You are on page 1of 15

MPU3312/PBM2072 BAHASA MELAYU

Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi


Universiti Malaysia Sarawak
Semester 1, Sesi 2023/2024

Projek: Analisis Kesalahan Teks Berkumpulan (25%)

Kumpulan : K03 (K1) Hari : Selasa


Nama : Masa : 10 pagi – 12 tengah hari
Pengajar Puan Shazwanie
Bil. Nama Ahli No. Matrik

1 Nicole Eu Zhen Ee 84850

2 Nur Hanani binti Burhan 85099

3 Norazwah binti Mohd Azlin 84926

4 Nur Amirah binti Alli Bator 85014

5 Nur 'Arisya Natasya binti Mohd 84952


Hasni
1.0 PENGENALAN

Tatabahasa merupakan elemen yang penting dalam komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan bukan sahaja di Malaysia dalam penggunaan Bahasa Melayu malahan seluruh dunia dengan
bahasa ibunda mereka yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, penggunaan tatabahasa yang tepat
dalam perbahasan dapat memastikan sesuatu maklumat itu disampaikan dengan lebih efektif. Selain
itu, tatabahasa ini juga terbahagi kepada dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi
merupakan bidang linguistik yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan
kata manakala sintaksis pula merupakan bidang linguistik yang berfokus pada kajian bentuk,
struktur dan binaan ayat.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015) prinsip-prinsip nahu dalam Bahasa Melayu
merupakan proses pembinaan ayat dan perkataan secara teratur agar lebih mudah difahami.
Sekiranya sesebuah maklumat tidak dapat disampaikan dengan inti pati yang tepat, dapat
menimbulkan salah faham bukan sahaja dalam hal-hal rasmi malahan dalam perbualan seharian.
Terdapat implikasi yang lebih besar apabila kesalahan tatabahasa dipandang enteng terutamanya
dalam penyampaian berita atau utusan rasmi yang akan mencuri tumpuan pelbagai pihak.
Natijahnya, kekeliruan boleh berlaku yang sekali gus mampu menimbulkan konflik atau
fitnah daripada segelintir masyarakat kepada pihak yang bertanggungjawab. Acap kali kita lihat
kesalahan-kesalahan tatabahasa digunakan dalam penulisan atau penyampaian mesej dan berita
yang merangkumi kesalahan penggunaan kata sendi nama, hukum D-M, kata majmuk, kata pemeri,
kata hubung, tanda sempang, kata tanya, pengejaan kata serta amalan kelewahan. Justeru seharusnya
dititikberatkan dalam karya penulisan bagi menjamin kualiti dan mengekalkan martabat bahasa
kebangsaan kita, Bahasa Melayu.

1
2.0 ANALISIS KESALAHAN

Kesalahan 1 (Kata Sendi Nama dan Imbuhan di)

Sumber: Laman Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), 21 Disember 2023,
https://www.facebook.com/100064369942037/posts/pfbid02cNZvx1bs4ipxbvjuMsmur1cqz3oWc
RFPabBJxSKmyRg6XmBZUVzzJoCwo6SEGwhJl/?mibextid=qC1gEa

Kesalahan:
Berikutan peningkatan kes jangkitan covid-19 kebelakangan ini, orang ramai di nasihatkan agar
sentiasa mengamalkan kawalan kendiri.

Jenis Kesalahan:
Penggunaan imbuhan “di” yang tidak betul iaitu di nasihatkan.

Pembetulan Kesalahan:
Berikutan peningkatan kes jangkitan covid-19 kebelakangan ini, orang ramai dinasihatkan agar
sentiasa mengamalkan kawalan kendiri.

Penerangan:
Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama merupakan kata yang tergolong dalam kelompok
kata tugas. Perkataan yang diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama dikenali sebagai kata
sendi nama. Kata sendi nama “di” digunakan secara khusus di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menunjukkan tempat (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid
Mahmood, 2015). Selain itu, kata sendi nama "di" ditulis secara terpisah daripada frasa nama dan
kata nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun, imbuhan awalan "di" akan ditulis bersama
dengan kata kerja yang mengikutinya. Sebagai contoh, dalam perkataan “di nasihatkan”, imbuhan
awalan “di” perlulah ditulis rapat dengan kata kerja yang mengikutinya dan akan membentuk kata

2
kerja pasif. Oleh itu, penutur bahasa Melayu masih menghadapi kesukaran untuk membezakan
penggunaan kata sendi nama "di", yang boleh menyebabkan kesalahan tatabahasa.

Kesalahan 2 (Hukum D-M)

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1 November 2023,


https://www.islam.gov.my/ms/info-korporat/pelan-strategik/pelan-strategik-hal-ehwal-agama

Kesalahan:
PTF ini dirangka dan dihasilkan selari dengan perubahan semasa dasar Kerajaan dan pendekatan
baharu melibatkan Malaysia MADANI, Maqasid Syariah, Agenda Pembangunan Mampan 2030,
Pelan Anti Rasuah Nasional serta lain-lain dasar yang berkaitan.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan Hukum D-M: Kedudukan frasa diterang dan menerangkan salah susunan.

Pembetulan Kesalahan:
PTF ini dirangka dan dihasilkan selari dengan perubahan semasa dasar Kerajaan dan pendekatan
baharu melibatkan Malaysia MADANI, Maqasid Syariah, Agenda Pembangunan Mampan 2030,
Pelan Anti Rasuah Nasional serta dasar-dasar lain yang berkaitan.

Penerangan:
Menurut Melai dan Abidin (2020), Hukum D-M bermaksud Diterang-Menerangkan. Ia
merupakan peraturan susunan frasa dalam Bahasa Melayu. Kesalahan ini berlaku kerana susunan
kedudukan frasa iaitu “dasar” yang sebenarnya hadir dahulu telah ditulis di belakang yang berfungsi
3
sebagai unsur yang menerang. Sama seperti perkataan “lain” yang sebenarnya berfungsi sebagai
unsur menerang telah ditulis di depan perkataan “dasar”. Dalam susunan frasa bahasa Melayu, kata
yang diterangkan (D) mesti hadir dahulu, diikuti oleh kata yang menerangkan (M). Dengan kata
lain, pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan
pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang
diletakkan pada kedudukan kedua.

Kesalahan 3 (Kata Majmuk tidak mantap)

Sumber: Laman Facebook Cawangan Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak, 5 Disember 2023,
https://www.facebook.com/100070147725446/posts/pfbid02X3q8tbgntP7xvWUuusQFbdEM9T4
B7gZd8QWdE2ubCmR2AaUdhA1HFyqS5ZfvwVg3l/?mibextid=qC1gEa

Kesalahan:
Pada Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang berlangsung
pada 3 Disember 2023, pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak telah menerbitkan video khas perjalanan
pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak untuk meraihkan semua pihak yang terlibat
dengan projek ini.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan pengejaan kata majmuk tidak mantap iaitu Lebuhraya.

Pembetulan Kesalahan:
Pada Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuh raya Pan Borneo Sarawak yang berlangsung
pada 3 Disember 2023, pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak telah menerbitkan video khas perjalanan
pembinaan projek Lebuh raya Pan Borneo Sarawak untuk meraihkan semua pihak yang terlibat
dengan projek ini.
4
Penerangan:
Kata majmuk adalah perkataan baharu yang hadir apabila dua kata dasar atau lebih
digabungkan dan menjadi bentuk yang berbeza. Tatabahasa dewan (2010) menyatakan bahawa, kata
majmuk dieja secara berasingan dan berfungsi sebagai satu unit, serta bentuknya tidak boleh
menerima unsur lain. Antara satu kategori daripada kata majmuk adalah kata majmuk tidak mantap.
Kata majmuk yang tidak mantap terdiri daripada dua perkataan dasar yang digabungkan menjadi
satu perkataan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan. Hanya kata majmuk yang telah mantap dieja
sebagai satu perkataan, dan kata majmuk yang tidak mantap dieja secara terpisah. Sebagai kata
majmuk yang tidak mantap, perkataan "lebuh raya" harus dieja secara berasingan dan bukannya
digabungkan menjadi satu perkataan seperti "lebuhraya".

Kesalahan 4 (Kata Pemeri: adalah)

Adalah dimaklumkan bahawa email rasmi jabatan baharu jabatan pengairan dan saliran
negeri Kedah adalah seprti berikut

Sumber: Laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, 14 September 2023,
https://www.facebook.com/JPSKEDAH/posts/pfbid01AZBFsMF8SN9kunYnCdtFaHQzJG4z7P1
3vHZWc5fphtLR8Jpf1FrfMF8kuKxcd7Qlv

Kesalahan:
Adalah dimaklumkan bahawa email rasmi jabatan baharu Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Kedah adalah seperti berikut.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan penggunaan kata pemeri “adalah” yang hadir di hadapan kata kerja “dimaklumkan”

Pembetulan Kesalahan:
Dengan ini dimaklumkan bahawa email rasmi jabatan baharu Jabatan Pengairan dan Saliran
Negeri Kedah adalah seperti berikut.

Penerangan:

5
Perkataan “adalah” merupakan kata pemeri yang boleh digunakan jika perkataan tersebut
hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang bersifat huraian (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2015). Manakala, “adalah” tidak boleh digunakan jika perkataan tersebut hadir di hadapan
kata kerja atau frasa kerja. Misalnya, penggunaan “adalah dimaklumkan” yang lazimnya digunakan
pada pangkal ayat berbentuk makluman dan pengisytiharaan adalah salah. Hal ini demikian kerana
“dimaklumkan” merupakan kata kerja.

Kesalahan 5 (Penggunaan Kata Tanya)

Permintaan kali ini memang agak luar biasa yang mana setakat ini tempahan saya terima
untuk tiga hari telah penuh dan saya tidak lagi dapat menerima tempahan.
Sumber: Kapsyen Laman Facebook Jabatan Pertanian Malaysia, 28 Jun 2023,
https://www.facebook.com/share/p/A9qZo7B8bBWZJKFC/?mibextid=qi2Omg

Kesalahan:
Permintaan kali ini memang agak luar biasa yang mana setakat ini tempahan saya terima untuk
tiga hari telah penuh dan saya tidak lagi dapat menerima tempahan.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan penggunaan kata tanya iaitu yang mana

Pembetulan Kesalahan:
Permintaan kali ini memang agak luar biasa dan setakat ini tempahan saya terima untuk tiga hari
telah penuh dan saya tidak lagi dapat menerima tempahan.

Penerangan:
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata tanya merupakan perkataan yang
digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan sesuatu (Dewan Bahasa, 2021). Namun begitu,
ungkapan “yang mana” sering digunakan sebagai kata hubung akibat pengaruh daripada
penterjermahan perkataan bahasa inggeris secara langsung iaitu “which”. Chee (2011) menyatakan
penggunaan ungkapan “yang mana” semakin kerap digunakan dalam akhbar dalam paparan umum
menimbulkan kebimbangan terhadap penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang kurang tepat oleh

6
khalayak ramai. Oleh itu, penggunaan ungkapan “yang mana” seharusnya dielakkan dan digantikan
dengan kata hubung yang sesuai seperti “dan”.

Kesalahan 6 (Penggunaan Tanda Sempang / - )

YB Menteri Pengangkutan merasmikan Sambutan Hari Pelaut ke 16 tahun 2023 Peringkat


Kebangsaan anjuran JLM bertempat di Marina Putrajaya.
Sumber: Laman X Kementerian Pengangkutan Malaysia, 25 Jun 2023,
https://x.com/MOTMalaysia/status/1672841837093220353?t=Xjr5JPr7PUq5fpno-Noflg&s=35

Kesalahan:
YB Menteri Pengangkutan merasmikan Sambutan Hari Pelaut ke 16 tahun 2023 Peringkat
Kebangsaan anjuran JLM bertempat di Marina Putrajaya.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan penggunaan tanda sempang iaitu ke 16

Pembetulan Kesalahan:
YB Menteri Pengangkutan merasmikan Sambutan Hari Pelaut ke-16 tahun 2023 Peringkat
Kebangsaan anjuran JLM bertempat di Marina Putrajaya.

Penerangan:
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan tanda sempang sebagai tanda garis pendek
yang melintang untuk menceraikan suku kata ( Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015). Borhan ( 2021)
menyatakan terdapat empat penggunaan tanda sempang iaitu tanda sempang digunakan dalam
penulisan kata ganda, menghubungkan imbuhan dengan kata nama khas, merangkaikan awalan ke-
dengan angka dan angka dengan akhiran –an dan juga mengasingkan huruf “e” yang bermaksud
elektronik. Oleh itu, frasa “ke 16” tanpa tanda sempang adalah kurang tepat kerana awalan ke- dan
angka mesti dihubungkan dengan tanda sempang bagi membentuk angka bilangan ordinal yang
menjelaskan kedudukan sesuatu dalam susunan.

7
Kesalahan 7 (Penggunaan 'ianya')

Ianya merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM dalam


mengenalpasti serta menyantuni bekas-bekas perajurit negara yang menghadapi
kesusahan dan memerlukan bantuan.
Sumber: Laman X Kementerian Pertahanan Malaysia, 19 Mac 2023,
https://x.com/MINDEFMalaysia/status/1637284493613740035?t=QvaFa6fayvKiR3wpIZ7rvA&s
=35

Kesalahan:
Ianya merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM dalam mengenalpasti serta
menyantuni bekas-bekas parajurit negara yang menghadapi kesusahan dan memerlukan bantuan.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan penggunaan ianya

Pembetulan Kesalahan:
Ia merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM dalam mengenalpasti serta
menyantuni bekas-bekas parajurit negara yang menghadapi kesusahan dan memerlukan bantuan.

Penerangan:
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), perkataan “ianya” merupakan gabungan kata
“ia” dan “nya” yang tidak boleh digabungkan. Hal ini demikian kerana, kedua-dua perkataan
tersebut merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang tidak boleh digabungkan
penggunaannya. “Ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang digunakan untuk merujuk kepada
manusia, haiwan dan benda yang merujuk kepada “dia”, manakala “nya” kata ganti nama diri orang
yang ketiga contohnya seperti “beliau” dan “dia”. Apabila “ianya” digunakan, maka terdapat dua
ganti nama diri di dalam ayat tersebut yang akan menjadikan ayat kelihatan janggal.

8
Kesalahan 8 (Penggunaan Kata Hubung)

"Saya beritahu oleh kerana kita boleh jimatkan beberapa kos (antara) RM 1 bilion hunggan
RM2 bilion daripada projek lama, wang itu akan dipindahkan untuk menjalankan projek
baharu.
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 5 Mac 2023,
https://www.pmo.gov.my/ms/2023/03/projek-rancangan-tebatan-banjir-disegerakan-perlu-
beroperasi-mulai-jun-ini-pm-anwar/

Kesalahan:
"Saya beritahu oleh kerana kita boleh jimatkan beberapa kos (antara) RM 1 bilion hingga RM2
bilion daripada projek lama, wang itu akan dipindahkan untuk menjalankan projek baharu. Sekarang
(banjir) ini di Segamat, (selain itu) Kota Tinggi dan kawasan-kawasan lain yang berat dilanda
banjir,”kata beliau.

Jenis Kesalahan:
Penggunaan kata sendi nama oleh sebelum kata hubung keterangan kerana yang juga merupakan
kata sendi nama.

Pembetulan Kesalahan:
Saya beritahu oleh sebab kita boleh jimatkan beberapa kos (antara) RM 1 bilion hinggan RM2 bilion
daripada projek lama, wang itu akan dipindahkan untuk menjalankan projek baharu.

Penerangan:
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), penulisan kata sendi nama oleh mestilah diikuti
dengan kata nama atau frasa nama. Tambahan pula, format “oleh kerana” yang diwartakan sebagai
bentuk yang gramatis, tidak pernah diguna pakai atau diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Gramatis merupakan binaan ayat yang mematuhi hukum tatabahasa atau prinsip-prinsip
nahu. Oleh disebabkan itu, penggunaan kata hubung yang tepat dalam ayat ialah “oleh sebab”
kerana sebab merupakan kata nama.

9
Kesalahan 9 (Pengejaan Kata)

Sumber: Kapsyen Laman X MOSTI, 5 Disember 2023,


https://twitter.com/officialmosti/status/1731848277673570531?t=ehEWE-
uuThl0EtNPZ53FtQ&s=08

Kesalahan:
Inisiatif Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI)
adalah salah satu initiatif kerajaan bagi meningkatan kadar pengkomersialan barangan dan
perkhidmatan hasil R&D tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

Jenis Kesalahan:
Kesalahan ejaan initiatif (Bahasa Inggeris) dan meningkatan

Pembetulan Kesalahan:
Inisiatif Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI)
adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kadar pengkomersialan barangan dan
perkhidmatan hasil R&D tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

Penerangan:
Terdapat dua kesalahan ejaan dalam ayat yang diberikan iaitu “initiatif” dan “meningkatan”.
Perkataan “initiatif” sepatutnya ditulis sebagai "inisiatif" dalam konteks Bahasa Melayu. Kesilapan
ini berlaku kerana kedua-dua perkataan mempunyai bunyi sebutan yang hampir sama. Ejaan
perkataan ini hampir serupa, hanya berbeza dalam satu abjad sahaja. Oleh itu, kekeliruan dan
kesilapan berlaku apabila ejaan dan sebutan sesuatu frasa hampir sama dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Kesalahan ejaan kedua yang terdapat pula ialah “meningkatan”. Ejaan sebenarnya
adalah “meningkatkan”.

10
Kesalahan 10 (Amalan Kelewahan dalam Bahasa Melayu)

Rasional sambutan ini adalah sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kerajaan dalam
membentuk kakitangan awam yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat
menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama seiring dengan
slogan Malaysia Madani.
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Sabah, 19 Mei 2023,
https://jkr.sabah.gov.my/2023/05/19/sambutan-hari-raya-aidilfitri-jkr-kudat/

Kesalahan:
Rasional sambutan ini adalah sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk
kakitangan awam yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di
antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama seiring dengan slogan Malaysia Madani.

Jenis Kesalahan:
Menggandakan perkatan selepas saling

Pembetulan Kesalahan:
Rasional sambutan ini adalah sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk
kakitangan awam yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling menghormati di antara satu
sama lain tanpa mengira kaum dan agama seiring dengan slogan Malaysia Madani.

Penerangan:
Menurut Abdul Wahab (2012), kelewahan dalam bahasa boleh ditakrifkan sebagai
penggunaan kata, frasa atau ungkapan yang digunakan secara berlebihan dalam penulisan bahkan
acap kali mengundang pengulangan idea dalam penulisan artikel, media dan akhbar. Di samping
itu, amalam kelewahan ini cenderung merumitkan proses pembacaan dan pemahaman info yang
ingin disampaikan. Oleh itu, Penggunaan yang betul ialah “saling menghormati atau “hormat-
menghormati”. Tambahan pula, penggunaan “hormat-menghormati” itu sendiri menunjukkan
perbuatan bersilangan antara dua pihak oleh sebab itu, perkataan saling tidak perlu ditambah. Justeru
, membina ayat dengan menggunakan perkataan yang lebih ringkas dan pendek adalah lebih
digalakkan selagi perkataan yang digunakan dapat membawa maksud yang tepat untuk
memudahkan pemahaman.
11
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak kesalahan Bahasa Melayu yang terdapat dalam laman
rasmi sosial . Analisis ini menunjukkan bahawa kebanyakan media dalam talian seperti Facebook
dan X masih memerlukan peningkatan dalam teknik penggunaan dan penulisan Bahasa Melayu yang
betul. Hal ini penting kerana penggunaan media dalam talian semakin berleluasa pada hari ini dan
ia memainkan peranan untuk menyalurkan informasi kepada ramai orang. Oleh itu, pembaca mudah
keliru dengan maklumat yang cuba disampaikan jika penggunaan Bahasa Melayu oleh pihak media
tidak tepat. Dengan penekanan terhadap isu ini, diharapkan penulis dan pembaca dapat memahami
lebih baik mengenai teknik penulisan Bahasa Melayu yang betul dan sentiasa peka terhadap
kesalahan yang sering berlaku supaya dapat menjamin komunikasi yang berkesan. Secara
keseluruhan, usaha untuk meningkatkan martabat Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan melalui
semua pihak, termasuk media supaya bahasa ini terus dianggap sebagai bahasa ilmu yang tinggi
oleh semua pihak, sejajar dengan statusnya sebagai bahasa rasmi negara.

12
SUMBER RUJUKAN

Abdul Wahab, H. (2012). Aspek Kelewahan Dalam Laporan Akhbar Atas talian. Issues in
Language Studies, 1(2). https://doi.org/10.33736/ils.1691.2012

Borhan, N. A. ( 2021). Tanda sempang. Jendela JBP. https://jendeladbp.my/peka-bahasa/tanda-


sempang/

Chee, L. K. (2011). Penggunaan di mana dan yang mana sebagai kata hubung: Analisis
Linguistik Korpus. Jurnal Bahasa, 11(2), 297-320.
https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8190

Dewan Bahasa. (2021). Kata tanya. Dewan Bahasa.


https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/03/16/24/

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Ianya. Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ianya&d=175768&

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Adalah dimaklumkan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=adalah+dimaklumkan&d=175768

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Menghormati. Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menghormati&d=175768

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Oleh Kerana. Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=oleh+kerana&d=175768

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Tanda sempang. Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tanda+sempang

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Tatabahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tatabahasa

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (2015). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa
Dewan (Edisi ketiga (harga ekonomi) cetakan pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Melai, Z., & Abidin, D. N.Z (2020). Pengajaran bahasa melayu dalam kalangan pelajar asing:
analisis pola kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Issues in Language Studies, 9(1).
https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/download/2351/986/
Tatabahasa Dewan (2010). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like