You are on page 1of 18

MPU3312/PBM2072 BAHASA MELAYU

Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi


Universiti Malaysia Sarawak
Semester 1, Sesi 2023/2024

1 Projek: Analisis Kesalahan Teks


Berkumpulan (25%)

Kumpulan : Kumpulan 1 Hari : Jumaat


Nama : Aliciea Anjeli Masa : ______________
Pengajar
Bil. Nama Ahli No. Matrik
1 Farhansyah bin Yuslie 97403
2 Ethel Gwen Anak Joe 101469
3 Nureliysa binti Idris 100546
4 Shasha Elisha binti Sulzari 102290
5 Maureen Baling Talek 99646
6 Christina Endi Anak Ambrob @ Ambrose 98516

Soalan Tugasan:

● Fokus: Laman sosial rasmi agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri (cth: Kementerian
Kesihatan Malaysia, MOSTI, JKR, dan sebagainya di Facebook & Instagram).
● Carian berfokus kepada tahun 2023 sahaja.
● Jenis kesalahan boleh dicari di mana-mana bahagian bertulis yang terdapat dalam laman rasmi sosial
tersebut (Cth: gambar, infografik, hebahan, kenyataan media, kapsyen, pekeliling, notis dan
sebagainya).
● Elakkan mengambil sumber kesalahan dalam bentuk iklan yang terdapat dalam laman rasmi sosial
berkenaan.
● Setiap kumpulan terdiri daripada LIMA orang ahli sahaja.
● Setiap kumpulan diminta mengenal pasti 10 jenis kesalahan tatabahasa yang berbeza (1 contoh bagi
setiap jenis kesalahan), seterusnya membetulkan 10 jenis kesalahan tatabahasa tersebut.
● Huraikan kesalahan dan pembetulan tatabahasa tersebut dengan betul berserta rujukan.
● Kesalahan tatabahasa yang dikenal pasti perlu dilampirkan bukti tangkap layar (screenshot). Setiap
kesalahan yang dikenal pasti melalui laman sosial rasmi berkenaan perlu juga digariskan/diwarnakan
(highlight). Sila sertakan sumber dapatan berkenaan (Cth.: Laman Facebook Rasmi Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI), 5 Oktober 2023).
● Setiap kumpulan perlu menghantar penulisan yang merangkumi bahagian Pendahuluan, Analisis
Kesalahan, Penutup, dan Rujukan.
● Tugasan ini juga perlu dibentangkan bersama slaid power point, canva, atau sebagainya.
1
Arahan kepada pelajar:

▪ Tugasan harus dihantar dan dibentangkan pada 01 - 12 Januari 2024 (Minggu 12 & 13) mengikut
pengajar kumpulan masing-masing (slot kelas).

10 ASPEK KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN BAHASA MELAYU (DALAM MODUL)

Kesalahan 1 Kesalahan 5
Kata Sendi Nama (KSN) dan Imbuhan Penggunaan kata Tanya
KSN dari Termasuklah apa-apa, mana-
KSN daripada mana dan bila-bila
KSN kepada Ungkapan yang mana dan di
KSN pada mana
KSN di dan Imbuhan di
KSN ke dan Imbuhan ke Kesalahan 6
Penggunaan di dalam dan dalam Penggunaan Tanda Sempang (-)
Penggunaan di antara dan antara
Kesalahan 7
Kesalahan 2 Penggunaan ‘ianya’
Hukum D-M
Termasuk pengecualian Hukum Kesalahan 8
D-M Penggunaan Kata Hubung
Penggunaan “oleh kerana”, “oleh
Kesalahan 3 sebab”’ ‘kerana’, dan ‘sebab’
Kata Majmuk Penggunaan “Ini kerana”
Pengejaan kata majmuk yang Penggunaan ‘tetapi’ dan ‘yang’
mantap dan tidak mantap pada pangkal ayat.
Penggandaan kata majmuk
Pengimbuhan kata majmuk Kesalahan 9
Pengejaan kata
Kesalahan 4 apabila menerima imbuhan
Kata Pemeri: Ialah dan adalah meN- dan peN- bagi kata asli BM dan
Tidak boleh hadir di hadapan kata pinjaman bermula dengan
kata kerja atau frasa kerja p,t,k,s
Tidak boleh hadir bersama-sama kata dasar yang berakhir dengan
kata nafi konsonan k dan menerima imbuhan
(dieja sama ada dengan 1k atau 2k)

Kesalahan 10
Amalan Kelewahan dalam BM

2
Kandungan
1.0 Pengenalan………………………………………………………………………………………….......4
2.0 Kesalahan 1……………………………………………………………………..………………………5
2.1 Contoh Kesalahan
2.2 Sumber
3.0 Kesalahan 2……………………………………………………………………………………..………6
3.1 Contoh Kesalahan
3.2 Sumber
4.0 Kesalahan 3……………………………………………………………………………………...……7-8
4.1 Contoh Kesalahan
4.2 Sumber
5.0 Kesalahan 4………………………………………………………………………………...…………8-9
5.1 Contoh Kesalahan
5.2 Sumber
6.0 Kesalahan 5………………………………………………………………………………...………10-11
6.1 Contoh Kesalahan
6.2 Sumber
7.0 Kesalahan 6………………………………………………………………………………..………11-12
7.1 Contoh Kesalahan
7.2 Sumber
8.0 Kesalahan 7…………………………………………………………………………………..……12-13
8.1 Contoh Kesalahan
8.2 Sumber
9.0 Kesalahan 8………………………………………………………………………………….……13-15
9.1 Contoh Kesalahan
9.2 Sumber
10.0 Kesalahan 9……………………………………………………………………………………....…15
10.1 Contoh Kesalahan
10.2 Sumber
11.0 Kesalahan 10……………………………………………………………………………………..…16
11.1 Contoh Kesalahan
11.2 Sumber
12.0 Rujukan………………………………………………………………………………………..……17
13.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………………18
3
1.0 Pengenalan

Dalam dunia yang dikelilingi dengan kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan bahasa Melayu
oleh pengguna laman sosial semakin membimbangkan. Hal ini berlaku kerana penggunaan bahasa Melayu
dalam penulisan berita dan hebahan tidak menyentuh aspek morfologi yang memerlukan perhatian dan
keutamaan. Jika masalah ini tidak diatasi, kesilapan bahasa akan meningkat dan bahasa rasmi Malaysia
akan terjejas. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul perlu diamalkan bagi memberi nilai kepada
bahasa Melayu. Usaha mempertingkatkan nilai Bahasa Melayu perlu dilakukan secara berterusan dengan
perancangan yang tegas dan berfokus, kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa intelek negara kita. Ini selaras dengan pandangan Yahya Othman et al. (2009) telah menyatakan
bahawa perjuangan untuk kedaulatan bahasa Melayu tidak berkesudahan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu
diambil untuk memartabatkan nilai bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji isu penggunaan bahasa Melayu dari sudut morfologi dalam media elektronik khususnya
dalam berita dan hebahan. Kajian ini memfokuskan kepada aspek kesalahan kata majmuk, kata sendi nama
dan kesalahan akhiran yang digunakan oleh penulis berita dan pengiklanan di media elektronik. Oleh itu,
pengguna Melayu perlu dididik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu melalui pembacaan bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan (1996), bahasa Melayu ialah
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa intelek. Sebagai warganegara Malaysia, penggunaan bahasa
yang salah tidak boleh diabaikan kerana bahasa melambangkan bangsa dan menzahirkan identiti
masyarakat.

4
2.0 Kesalahan 1 - Kata Sendi Nama (KSN) dan Imbuhan

Kata Sendi Nama merupakan istilah dalam bahasa melayu yang merujuk kepada kata depan,
preposisi dan sebagainya. Kata Sendi Nama juga digunakan untuk dua atau lebih frasa kata atau klausa
dalam suatu kalimat. Fungsi Kata Sendi Nama adalah untuk menyatakan hubungan antara kata benda, kata
ganti atau frasa lain mana perkataan yang letaknya di hadapan kata nama dan frasa nama dipisahkan
daripada perkataan mengikutinya.

2.1 Contoh Kesalahan:

2.2 Sumber: Tangkapan Layar:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02fS9mDnKDhzFZWi7qqPCWuBvxGFf297
H2Koj2eVucXdAVhEPHxp5UQpsRznNjXq3Ql&id=100069217249109
Berdasarkan sumber tangkapan layar diatas, kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ yang
telah dilakukan oleh pihak agensi kerajaan persekutuan, Kementerian Pertahanan Malaysia dalam hantaran
sosial rasmi mereka iaitu Facebook. Pada perenggan 2, dimana ayat diatas berbunyi ‘ Kerjasama dari pihak
ATM dan juga APM jelas membukti agensi-agensi untuk meringankan beban mangsa banjir di Kg Batu
Pertanian. Perkataan ‘dari’ hanya untuk merujukkan masa/waktu dan arah/tempat manakala tersebut
merujukkan kepada manusia. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama ‘daripada’ lebih sesuai digunakan
dalam konteks ayat tersebut kerana ‘daripada’ merujukkan manusia/haiwan/abstrak dan sumber.

Pembetulan : Kerjasama daripada pihak ATM dan juga APM

5
3.0 Kesalahan 2 - Hukum D-M

Hukum D-M merujuk kepada ‘Diterang-Menerangkan’ dimana terdapat peraturan susunan frasa
dalam bahasa melayu, kata yang diterangkan (D) MESTI hadir dahulu, diikuti oleh kata yang menerangkan
(M), misalnya “kereta (diterang) biru (menerangkan)”. Hal ini juga berlaku dalam susunan frasa bahasa
Inggeris iaitu kata yang menerangkan hadir di hadapan kata yang diterangkan,misalnya “Zahid’s Clinic”.
Maka, Hukum D-M ini juga merujuk kepada ‘Direct-Malay’ mana pendekatan ini pula mengutamakan
penggunaan Bahasa Melayu yang tulen tanpa campur aduk dengan unsur bahasa asing seperti
penterjemahan secara langsung daripada bahasa Inggeris.

3.1 Contoh Kesalahan:

3.2 Sumber: Tangkapan Layar:


https://www.instagram.com/p/Cx5b0QvproW/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Berdasarkan sumber tangkapan layar tersebut, terdapat kesalahan penggunaan hukum D-M yang
dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam hantaran di laman sosial Instagram mereka.
Pada perenggan satu, ayat terakhir “Manakala lain-lain stesen adalah berada pada bacaan baik dan
sederhana” untuk menyebut frasa nama mestilah menyebut nama benda dahulu, diikuti dengan
menerangkan sifatnya pula.

Pembetulan : Manakala stesen-stesen lain adalah berada pada bacaan baik dan sederhana.

6
4.0 Kesalahan 3 - Kata Majmuk

Kata majmuk adalah istilah linguistik yang merujuk kepada gabungan dua atau lebih kata dasar untuk
membentuk makna yang spesifik. Dalam Bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis kata majmuk yang perlu
difahami, iaitu kata majmuk rangkaian kata bebas, kata majmuk istilah khusus, dan kata majmuk simpulan
bahasa. Menurut buku Tatabahasa Dewan (2004), terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh walaupun bentuk kata-kata
tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan.

4.1 Contoh Kesalahan:

4.2 Sumber: Tangkap Layar

Hasrat untuk... - Kementerian Pendidikan Malaysia | Facebook

Berdasarkan tangkapan layar di atas, terdapat kesalahan kata majmuk yang telah dibuat oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dimuat naikan di laman sosial media rasmi mereka
iaitu di Facebook. Pada perenggan yang keempat dan ayat kedua di laman Facebook tersebut menyatakan,
“Dasar Pendidikan Digital (DPD), Kerangka Kurikulum 2027 dan Diskusi Bersama Pemegang Taruh
adalah antara usaha yang telahpun dimulakan untuk mencapai hasrat pendidikan berkualiti.” Berdasarkan
hukum tatabahasa berkaitan dengan penggunaan kata majmuk, perkataan ‘telahpun’ tersebut telah ditulis
dengan salah. Perkataan tersebut perlu ditulis dengan terpisahkan iaitu ‘ telah pun’.

7
Pembetulan: “ Dasar Pendidikan Digital (DPD), Kerangka Kurikulum 2027 dan Diskusi Bersama
Pemegang Taruh adalah antara usaha yang telah pun dimulakan untuk mencapai hasrat pendidikan
berkualiti.”

5.0 Kesalahan 4 - Kata Pemeri

Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata
nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di
hadapan frasa atau kata kerja. Perkataan "ialah" itu terdiri daripada "ya" dan "lah", bukannya "ia" orang
ketiga. "Ya" menyatakan kebenaran. "Ialah" hanya diguna apabila ayat memberi definisi. Penggunaan kata
pemeri “adalah” dan “ialah” seringkali disalah gunakan dalam petikan-petikan Bahasa Melayu. Menurut
Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, kata pemeri “adalah” merujuk
kepada huraian dan hanya boleh digunakan sebelum frasa sendi nama dan frasa adjektif sahaja. Selain dari
itu, penggunaan kata pemeri “adalah” tidak boleh digunakan kecuali wujudnya kata nafi yang disertakan
dengan frasa adjektif dalam ayat tersebut. Manakala penggunaan kata pemeri “ialah” seharusnya digunakan
sebelum frasa nama dan mana-mana frasa untuk menunjukkan persamaan. Kedua-dua kata pemeri ini tidak
boleh digunakan sama sekali di hadapan frasa kerja dan kata nafi.

5.1 Contoh Kesalahan

8
5.2 Sumber: Tangkap Layar

[PENGUMUMAN] HEBAHAN... - Kementerian Pendidikan Tinggi | Facebook


Berdasarkan tangkapan layar yang telah disertakan di atas, terdapat kesalahan kata pemberi yang telah
dilakukan oleh pihak agensi kerajaan Kementerian Pendidikan Tinggi di laman sesawang Facebook rasmi
mereka.

Berdasarkan tangkapan layar tersebut, pada ayat pertama menyatakan: “Adalah dimaklumkan fasa
permohonan geran inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) telah dibuka bagi Fasa 2/2024 mulai
5 Disember 2023 hingga 24 Januari 2024.” Mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu berkaitan dengan
cara pengguna kata pemeri “adalah” dan “ialah” yang telah ditetapkan, kata pemeri tersebut tidak boleh
diletakkan di hadapan kata kerja

Pembetulan: “Dengan ini dimaklumkan fasa permohonan geran inisiatif Public-Private Research
Network (PPRN) telah dibuka bagi Fasa 2/2024 mulai 5 Disember 2023 hingga 24 Januari 2024.”

9
6.0 Kesalahan 5 - Kata Tanya
Kata tanya merupakan ayat yang berfungsi untuk mengajukan pertanyaan tentang sesuatu.
Biasanya, kata tanya akan dilengkapi dengan kata penegas “-kah” yang ditempatkan pada awal dan
penghujung ayat.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata tanya termasuk dalam kategori kata praklausa, yang
bermaksud kata tersebut terletak di hadapan klausa. Pada dasarnya, klausa adalah sebuah unit rangkaian
kata yang mengandungi subjek dan predikat, dan ia juga berfungsi sebagai konstituen penting dalam sebuah
ayat.

6.1 Contoh Kesalahan

6.2 Sumber: Tangkap Layar

https://www.instagram.com/p/C1E7NqnRQz_/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFl
ZA==

Berdasarkan tangkap gambar layar yang disertakan, terdapat kesalahan penggunaan kata tanya yang
dilakukan oleh pihak agensi kerajaan persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam hantaran di
laman sosial rasmi Instagram mereka, iaitu perkataan ‘Kenapa’. Pada perenggan kedua, memetik kata-kata
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, “Doktor dan Anda: Kenapa Kes COVID-19 Meningkat?”.
Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata tanya perlu dilengkapi dengan kata penegas “-kah”
10
yang digunakan di awal, akhir, atau di tengah ayat tanya. Oleh itu, perkataan tersebut perlu digantikan
dengan perkataan ‘Kenapakah’.

Pembetulan : “Doktor dan Anda: Kenapakah Kes COVID-19 Meningkat?”

7.0 Kesalahan 6 - Kata Penggunaan Tanda Sempang


Merujuk kepada Jendela DBP (n.d), tanda sempang atau dikenali juga sebagai tanda sengkang
memiliki fungsi untuk menunjukkan garis pendek melintang yang digunakan untuk menulis kata ganda,
merangkaikan huruf dengan angka dan angka dengan akhiran “-an”, mengasingkan sebutan daripada huruf
“e” yang membawa maksud “elektronik”, dan apabila perkataan terikat diikuti dengan kata nama khas yang
bermula dengan huruf besar.

7.1 Contoh Kesalahan

7.2 Sumber: Tangkap Layar

https://www.facebook.com/photo/?fbid=761962465965759&set=a.221890939972917
Berdasarkan tangkap gambar layar yang disertakan, terdapat kesalahan penggunaan tanda sempang
yang dilakukan oleh pihak agensi kerajaan persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam hantaran
di laman sosial rasmi Facebook mereka, iaitu perkataan ‘hormat menghormati’. Pada perenggan ketiga,
memetik kata-kata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, “Semoga perayaan ini akan terus menjalinkan
rasa kasih sayang, hormat menghormati, keceriaan dan solidariti demi #MalaysiaMADANI yang sihat
11
sejahtera.”. Perkataan ‘hormat menghormati’ merupakan perkataan kata ganda. Oleh itu, merujuk kepada
Jendela DBP, tanda sempang yang memiliki garis pendek melintang perlu ditulis dalam kata ganda.

Pembetulan : Semoga perayaan ini akan terus menjalinkan rasa kasih sayang, hormat-menghormati,
keceriaan dan solidariti demi #MalaysiaMADANI yang sihat sejahtera.

8.0 Kesalahan 7 - Penggunaan ‘Ianya’

Perkataan "ianya" merupakan gabungan dua perkataan iaitu kata "ia" dan "nya". "Ia" dan "nya"
merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kata
ganti nama diri orang ketiga tidak boleh digabungkan. Oleh itu, perkataan "ianya" tidak boleh digunakan
sama sekali. Zainon (2004) menyatakan penggunaan kata ganti nama diri seperti ‘ia’ dan ‘nya’ boleh
dirujuk kepada manusia dan benda seperti beliau, kenderaan, alat tulis dan buku. Lazimnya, masyarakat
terbiasa menggunakan perkataan ‘ianya’ kerana bunyinya yang lebih sesuai didengar. Namun begitu,
mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu, perkataan “ianya” tidak boleh digunakan dan tidak diterima
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.1 Kesalahan:

12
8.2 Sumber : Tangkapan Layar

https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid02WaXcdAeEdhbY8jYW7p61owWnPBDSKsfyE
jGKuzFrmdY3oH6Znk6wj6DTnHRtPTDpl

Berdasarkan tangkapan layar yang disertakan, kesalahan penggunaan kata yang dilakukan oleh
pihak agensi kerajaan Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia dalam hantaran mereka di laman
sosial rasmi Facebook ialah perkataan ‘ianya’. Pada perenggan ketiga hantaran itu, memetik kata-kata pihak
Kementerian Kewangan, “ Tempoh ini, ekonomi negara sedang berhadapan cabaran dan ianya memerlukan
disiplin yang tinggi untuk melakukan pembaharuan seterusnya membawa Malaysia kembali ke landasan
yang betul demi kepentingan rakyat dan negara.”. Mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu berkaitan
perkataan ‘ianya’ yang telah dibincangkan, tindakan Kementerian Kewangan menggunakannya dalam
hantaran mereka adalah salah dan perlu digantikan dengan perkataan ‘ia’ sahaja.

Pembetulan : “ Tempoh ini, ekonomi negara sedang berhadapan cabaran dan ia memerlukan disiplin yang
tinggi untuk melakukan pembaharuan seterusnya membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul demi
kepentingan rakyat dan negara.”

9.0 Kesalahan 8 - Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

Menurut Yaakub, Y., Abd. Mutalib, M., & Halim, R. (2021), secara umum, kata hubung
berfungsi untuk menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain serta menghubungkan satu perenggan
dengan perenggan yang lain. Tidak kira sama ada secara lisan ataupun tulisan , kata hubung amat penting
penting dalam pembentukan ayat. Terdapat beberapa jenis kata hubung dan salah satunya ialah kata hubung
gabungan. Secara ringkas, kata hubung gabungan merupakan perkataan yang menghubungkan dua ayat
atau lebih.

13
9.1 Kesalahan :

9.1 Sumber : Tangkapan Layar

https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid0AcTwQ4h9o9DnMFiNKCPb63ae4ZfwadQ85gio
Pp2zG3yMEnGUF2ySViGr7gnmqSJrl

Berdasarkan gambar tangkap layar tersebut, terdapat kesalahan penggunaan kata hubung yang
dilakukan oleh badan kerajaan Kementerian Kewangan dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook
mereka. Pada perenggan kelima, pangkal ayat adalah perkataan “Oleh yang demikian”, memetik semula
kapsyen hantaran Kementerian Kewangan, “Oleh yang demikian, penerima eMADANI masih mempunyai
tempoh yang panjang, iaitu lebih daripada dua bulan untuk membuat pendaftaran melalui penyedia
perkhidmatan e-dompet yang terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.” . Perkataan
"Oleh" merupakan Kata Sendi Nama manakala perkataan "yang" ialah Kata Penghubung. Merujuk kepada
Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘yang’ didefinisikan sebagai kata penghubung untuk menyatakan
bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan. Mengikut hukum tatabahasa
Bahasa Melayu, Kata Sendi Nama wajib diikuti oleh kata nama sebagai pelengkapnya. Pengunaan "Oleh
yang demikian" tidak dibenarkan kerana selepas perkataan "Oleh" diikuti oleh kata penghubung iaitu
"yang". Kata hubung yang lebih sesuai digunakan adalah “ Oleh itu “.

14
Pembetulan : “Oleh itu, penerima eMADANI masih mempunyai tempoh yang panjang, iaitu lebih
daripada dua bulan untuk membuat pendaftaran melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih
iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.”

10.0 Kesalahan 9 - Pengejaan Kata Apabila Menerima Imbuhan

Imbuhan adalah penambah dari awalan, akhiran, dan sisipan. Menurut Ramli M. & Melai Z. (2016),
imbuhan dalam bahasa Melayu memberikan pelbagai makna yang berbeza. Contohnya, menggabungkan
imbuhan awalan ter- dengan kata dasar memberikan pelbagai makna. Oleh itu, imbuhan adalah penting
untuk memahamkan apa yang ingin disampaikan dengan membentuk kesulurahan bentuk ayat dengan
betul.

10.1 Contoh Kesalahan:

10.2 Sumber: Tangkapan Layar

https://web.facebook.com/PERSADAMALAYSIA/posts/pfbid02ueU9m3muN2k52L8p1V9gJtU9Tb
iPrzpEAVjMp5hV8pqCzmyvJLHpjNkh7ZKuHX74l

Tangkapan gambar layar yang dipamerkan kesalahan ejaan imbuhan dari tentang sesebuah artikel laman
web Facebook daripada Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia. Artikel tersebut
mendapat kesalahan ejaan kata imbuhan iaitu “perlantikan”. Ejaan imbuhan tersebut salah kerana kata
kerja “melantik” (me + kata dasar) akan menerbitkan perkataan pelantikan yang bermaksud pelantik.

Pembetulan : pelantikan
15
11.0 Kesalahan 10 - Amalan Kelewahan

Kelewahan adalah penggunaan bahasa yang berlebih-lebihan yang tidak perlu digunakan. Menurut Kamus
Dewan edisi ketiga (1997:805), kelewahan adalah “terlalu banyak hingga berlimpah”, atau “berlebih-lebih
sehingga tertambah sesuatu perkara dan sebagainya yang tidak perlu.” Kelewahan sering berlaku dari segi
pertuturan dan penulisan.

11.1 Contoh Kesalahan

12.2 Sumber: Tangkapan Layar

https://fb.watch/pl-6Pf4H0t/

Berdasarkan tangkapan gambar layar tersebut, terdapat kesalahan penggunaan amalan kelewahan
digunakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Johor tentang program online Inisiatif Pemerkasaan Wanita:
SKUAD WAJA. Kesalahan yang digunakan adalah ayat “masyarakat yang saling bantu-membantu”. Ini
membuktikan bahasa berlebih-lebihan yang tidak perlu digunakan.

Pembetulan : “masyarakat yang bantu-membantu”

16
12.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan, terdapat banyak kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang dikenalpasti dan
dibicarakan dalam tugasan ini. Tidak dinafikan bahawa masih wujudnya kesalahan dalam penggunaan
bahasa Melayu pada peringkat formal seperti organisasi media. Hal ini disokong oleh Azean Iduwani dan
Zaitul Azman Zainon (2011) di mana mereka menyatakan bahawa wujudnya kesalahan dalam penulisan
kewartawanan yang dihasilkan dan tidak menepati rumus tatabahasa Melayu tanpa disedari oleh penulis
mahapun pembaca. Faktor utama yang mempengaruhi kesalahan bahasa adalah pengetahuan yang kurang
dalam aspek-aspek tatabahasa, penggunaan bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku
seperti penggunaan dialek-dialek Melayu dan penggunaan bahasa Melayu yang salah daripada persekitaran
seperti iklan yang menggunakan tatabahasa yang salah. Oleh yang demikian, penulis-penulis berita dan
pengumuman seharusnya memandang serius terhadap masalah kecelaruan dan kesalahan dalam
penggunaan bahasa Melayu kerana masalah akan menjejaskan martabat bahasa Melayu jika tidak
dibendung, bak kata peribahasa, bahasa jiwa bangsa.

17
13.0 Rujukan

1. Awang Sariyan. Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia. Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2006. JendelaDBP, https://jendeladbp.my/ujana/siri-lestari-bahasa-warna-dan-suasana-

perancangan-bahasa-melayu-di-malaysia-edisi-kedua/. Accessed 29 December 2023.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. 4 ed., DBP, 2015. Accessed 29 December 2023.

3. Janib, S. (2021, March 16). Kata Tanya. Dewan Bahasa.

https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/03/16/24/

4. Hamzah, Zaitul Azma Zainon. “Penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-

kanak Melayu: satu analisis pragmatik.” vol. 4, no. 1, 2022, pp. 186-214. Jurnal Bahasa,

https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8583/4089.

5. Norhasliza, Ramli and Zeckqualine, Melai (2016) IMBUHAN TER-DARI PERSPEKTIF TEORI

RELEVANS (Affix Ter-From Relevance Theory Perspective). Journal of social sciences and

humanities, 11 (3). pp. 145-162. ISSN 1823-884x

https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=102025

6. Idrus, Azean Irduwani, and Zaitul Azma Zainon Hamzah. “Analisis Kesilapan dalam Laporan

Media: Morfologi dan Sintaksis.” Kelestarian bahasa: Satu rumpun satu ikatan, 2011, pp. 18-31.

7. Othman, Yahya, et al. Pemerkasaan pendidikan Bahasa Melayu dari teori ke praktik. Kuala

Lumpur, Utusan Publications, 2009. Repositori Khazanah Melayu,

https://melayu.library.uitm.edu.my/2006/. Accessed 27 October 2016.

8. Tanda Sempang. (n.d.). Jendela DBP.

https://jendeladbp.my/peka-bahasa/tanda-sempang/
9. Yaakub, Yusniza binti, et al. “Kata Kata Hubung sebagai Peranti Kohesi dalam teks Ucapan Tunku

Abdul Rahman: Conjunctions As a Cohesive Device in Tunku Abdul Rahman’s Speeches.” vol. 12,

no. 1, 2021, pp. 120-134. eJournal UPSI,

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/4551.

18

You might also like