You are on page 1of 23

MPU3312 / PBM2022 / PBM2072 BAHASA MELAYU

Fakulti Bahasa dan Komunikasi


Universiti Malaysia Sarawak
Semester 2, Sesi 2021/2022

Projek: Analisis Kesalahan Teks


Berkumpulan (25%)

Kumpulan : Kumpulan 5 Hari : Selasa


Nama : Cik Isabella binti Jali Masa : 12.00 - 14.00
Pengajar
Bil. Nama Ahli No. Matrik
1 Olyvia Nini anak Mark 77445
2 Watinie Connie Anak Eli 77142
3 Suzana anak Gramong 76919
4 Eva Cynthianna Anak Nais 77411
5 Nurul Syafinah Binti Naim 76499
6 Rachel Milan 76601
7 Jasyna Sio 75129
8 Goh Xin Ye 77470
9 Fedelia Anak Federick 74814
10 Awang Mukhayuddin bin Awangku 74222
Mahathir

Soalan Tugasan:

● Fokus: Berita bertulis dalam talian yang terkini iaitu tahun 2021 hingga 2022 sahaja (cth: Berita
Harian, Utusan, Sinar dan sebagainya).
● Setiap kumpulan terdiri daripada LIMA orang ahli.
● Pelajar boleh menggunakan berita bertulis dalam talian bagi mengenal pasti 10 jenis kesalahan
tatabahasa yang berbeza (1 contoh bagi setiap jenis kesalahan).
● Setiap kumpulan diminta mengenal pasti 10 jenis kesalahan tatabahasa yang berbeza. Kemudian,
membetulkan 10 jenis kesalahan tatabahasa tersebut.
● Huraikan kesalahan dan pembetulan tatabahasa tersebut dengan betul berserta rujukan.
● Kesalahan tatabahasa yang dikenal pasti perlu dilampirkan bukti tangkap layar (screenshot). Setiap
kesalahan yang dikenal pasti melalui berita bertulis dalam talian berkenaan perlu juga
digariskan/diwarnakan (highlight).

1
Arahan kepada pelajar:

▪ Tugasan harus dihantar pada 25 - 29 April 2022 (Minggu ke-7) mengikut pengajar kumpulan
masing-masing.
10 ASPEK KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN BAHASA MELAYU (DALAM MODUL)

Kesalahan 1 Kesalahan 5
Kata Sendi Nama (KSN) dan Imbuhan Penggunaan kata Tanya
KSN dari Termasuklah apa-apa, mana-
KSN daripada mana dan bila-bila
KSN kepada Ungkapan yang mana dan di
KSN pada mana
KSN di dan Imbuhan di
KSN ke dan Imbuhan ke Kesalahan 6
Penggunaan di dalam dan dalam Penggunaan Tanda Sempang (-)
Penggunaan di antara dan antara
Kesalahan 7
Kesalahan 2 Penggunaan ‘ianya’
Hukum D-M
Termasuk pengecualian Hukum Kesalahan 8
D-M Penggunaan Kata Hubung
  Penggunaan “oleh kerana”, “oleh
Kesalahan 3 sebab”’ ‘kerana’, dan ‘sebab’
Kata Majmuk Penggunaan “Ini kerana”
Pengejaan kata majmuk yang Penggunaan ‘tetapi’ dan ‘yang’
mantap dan tidak mantap pada pangkal ayat.
Penggandaan kata majmuk
Pengimbuhan kata majmuk Kesalahan 9
Pengejaan kata
Kesalahan 4 apabila menerima imbuhan
Kata Pemeri: Ialah dan adalah meN- dan peN- bagi kata asli BM dan
Tidak boleh hadir di hadapan kata pinjaman bermula dengan
kata kerja atau frasa kerja p,t,k,s
Tidak boleh hadir bersama-sama kata dasar yang berakhir dengan
kata nafi konsonan k dan menerima imbuhan
(dieja sama ada dengan 1k atau 2k)

Kesalahan 10

2
Pengenalan
Bahasa Melayu mengandungi tatabahasa yang menjadikan setiap baris ayat
yang dituliskan itu gramatis. Penggunaan tatabahasa yang salah menjadikan ayat
tersebut kurang menarik dan tidak gramatis untuk dibaca. Oleh hal yang demikian,
mencari kesalahan tatabahasa yang terdapat pada risalah dalam laman sesawang
kerajaan mahupun di dalam bacaan ilmiah seperti surat khabar, buku mahupun
majalah dapat membantu para pelajar untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa
dengan lebih jelas dan memperbaiki kesalahan tersebut untuk menyedarkan mereka
mengenai penggunaan tatabahasa yang betul. Hal ini sedemikian supaya para pelajar
dapat belajar dari kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan dan mengelakkan diri
daripada mengulangi kesalahan tatabahasa yang sama di masa hadapan. Kesalahan
tatabahasa ini tidak boleh dipandang remeh dan harus ditekankan kepada setiap
pelajar. Terdapat banyak kesalahan tatabahasa yang boleh didapati dalam risalah dari
laman web kerajaan. Antara kesalahan penggunaan bahasa Melayu adalah kata sendi
nama dan imbuhan, hukum D-M, kata majmuk, kata pemeri, penggunaan kata tanya,
penggunaan tanda sempang (-), penggunaan 'ianya', penggunaan kata hubung,
pengejaan kata dan amalan kelewahan dalam BM.

3
Kesalahan 1 - (Kesalahan kata sendi nama & imbuhan)
Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada
perkataan yang mengikutinya.

Kesalahan:

Sumber: Tangkapan Layar:


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943438/data-dalam-
mysejahtera-diarkib-dipadam-lepas-90-hari

Daripada rajah di atas, terdapat kesalahan kata sendi nama & imbuhan dalam
laman sesawang rasmi Berita Harian Nasional. Kesalahan penggunaan kata sendi
nama & imbuhan yang terdapat dalam gambar rajah di atas adalah penggunaan kata
sendi nama & imbuhan “di dalam aplikasi MySejahtera yang hanya digunakan untuk
pengurusan pandemik COVID-19”. Hal ini kerana, penggunaan frasa sendi nama “di
dalam” digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala
kata “dalam” digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau
tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bidang dan sebagainya.

4
Kesalahan:
di dalam aplikasi MySejahtera yang hanya digunakan untuk pengurusan pandemik
COVID-19.
Pembetulan:
dalam aplikasi MySejahtera yang hanya digunakan untuk pengurusan pandemik
COVID-19.

5
Kesalahan 2-Kesalahan Hukum D-M
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran
tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian
ataupun selepas konstituen pertama.
Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D)
merujuk aspek yang ‘Diterangkan’ manakala (M) merujuk aspek yang
‘Menerangkan’. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’
harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘menerangkan’.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/10/08/tolong-mak-jual-goreng-
pisang

Kesalahan :
Goreng Pisang
Pembetulan :
Pisang Goreng

6
Kesalahan 3 - Kesalahan penggunaan kata majmuk

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al. (2014), kata majmuk merupakan
gabungan dua kata dasar atau lebih, dan bentuk kata yang terhasil bersifat sama
seperti satu perkataan serta membawa maksud tertentu. Kebanyakan kata majmuk
terdiri daripada dua kata dasar, namun terdapat juga kata majmuk yang terdiri
daripada tiga dan empat kata dasar. Kata majmuk mempunyai persamaan dengan frasa
kerana kedua-duanya terbentuk daripada beberapa perkataan. Terdapat banyak
pengejaan kata majmuk yang boleh dikelirukan oleh frasa kerana kedua-duanya
ditulis secara terpisah. Terdapat empat cara penulisan kata majmuk iaitu kata majmuk
yang dieja terpisah, kata majmuk yang dieja bercantum atau majmuk mantap, kata
majmuk berimbuhan dan kata majmuk gandaan.

Kesalahan:

Sumber tangkapan layar:


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/934278/9-pegawai-anggota-
agensi-penguatkuasa-dalang-edar-dadah-ditahan

Berdasarkan gambar tangkapan layar di atas, terdapat kesalahan penggunaan


kata majmuk yang dikenal pasti daripada penulisan dalam artikel Berita Harian yang
bertajuk “9 Pegawai, Anggota Agensi Penguatkuasa Dalang Edar Dadah Ditahan”.
Kesalahan penggunaan kata majmuk tersebut dapat dikesan pada ayat “Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menahan sembilan pegawai dan anggota sebuah agensi
penguatkuasa disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah dalam serbuan berasingan
di Johor Bahru dan Putrajaya pada 6 hingga 8 Mac lalu”. Perkataan penguatkuasa

7
perlu dieja secara terpisah kerana kata “kuat kuasa” merupakan kata majmuk yang
dieja terpisah kerana berbentuk istilah khusus. Namun, frasa tersebut akan berubah
bentuk apabila digunakan bersama dengan imbuhan apitan pe-an, me-kan dan di-kan.

Pembetulan:

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sembilan pegawai dan anggota


sebuah agensi penguat kuasa disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah dalam
serbuan berasingan di Johor Bahru dan Putrajaya pada 6 hingga 8 Mac lalu.”

8
Kesalahan 4 - Kesalahan penggunaan kata pemeri "adalah" sebelum frasa kerja
Penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" seringkali disalah gunakan
dalam petikan-petikan Bahasa Melayu. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Bahasa
Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, kata pemeri "adalah" merujuk kepada huraian
dan hanya boleh digunakan sebelum frasa sendi nama dan frasa adjektif sahaja. Selain
dari itu, penggunaan kata pemeri "adalah" tidak boleh digunakan kecuali wujudnya
kata nafi yang disertakan dengan frasa adjektif dalam ayat tersebut. Manakala
penggunaan kata pemeri "ialah" seharusnya digunakan sebelum frasa nama dan mana-
mana frasa untuk menunjukkan persamaan. Kedua-dua kata pemeri ini tidak boleh
digunakan sama sekali di hadapan frasa kerja dan kata nafi.

Kesalahan:

Sumber Tangkapan Layar:


https://www.bharian.com.my/amp/sukan/bola/2021/09/863160/penggantungan-denda-
dijangka-menanti-sarawak-united

Dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 12 September 2021, kesalahan


penggunaan kata pemeri dapat dilihat dalam artikel yang bertajuk "Penggantungan,
denda dijangka menanti Sarawak United" seperti yang dinyatakan di bawah:
"Namun Baljit mengesahkan hanya satu penggantungan perlawanan dikenakan
terlebih dahulu sementara baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk
kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat
diterima.” Sumber: Berita Harian, 12 September 2021

9
Pembetulan:
Penggunaan kata pemeri "adalah" sepatutnya digantikan dengan penggunaan
kata pemeri "ialah" seperti contoh berikut:

"Namun Baljit mengesahkan hanya satu penggantungan perlawanan dikenakan


terlebih dahulu sementara baki satu lagi perlawanan ialah ditangguh tertakluk kepada
kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima.”

10
Kesalahan 5 KATA TANYA (Penggunaan Ungkapan “yang mana” dan “di
mana” dalam ayat penyata)
Kesilapan sering berlaku disebabkan penterjemahan secara langsung daripada
perkataan bahasa Inggeris which yang berfungsi sebagai ganti nama relatif dalam
bahasa Inggeris dan where yang boleh berfungsi sebagai kata hubung.

Sumber gambar tangkapan layar:


https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2021/10/874888/forum-
perniagaan-bh-rev-media-inisiatif-bantu-usahawan

Kesalahan
Terdapat lima sesi forum yang dipecahkan kepada dua hari (dua forum pada
hari pertama dan tiga forum pada hari kedua) akan disiarkan secara langsung
menerusi laman web mikro Forum Perniagaan PKS BH 2021, dan orang ramai yang
ingin menyaksikannya boleh mendaftar di https://www.bharian.com.my/bhsme yang
mana mereka boleh turut serta dengan bertanyakan soalan, berkongsi pengalaman dan
meninggalkan komen ketika forum berlangsung.

Pembetulan
Terdapat lima sesi forum yang dipecahkan kepada dua hari (dua forum pada
hari pertama dan tiga forum pada hari kedua) akan disiarkan secara langsung
menerusi laman web mikro Forum Perniagaan PKS BH 2021, dan orang ramai yang

11
ingin menyaksikannya boleh mendaftar di https://www.bharian.com.my/bhsme .
Mereka boleh turut serta dengan bertanyakan soalan, berkongsi pengalaman dan
meninggalkan komen ketika forum berlangsung.

12
Kesalahan 6 - Penggunaan Tanda Sempang (-)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tanda sempang didefinisikan sebagai
garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung atau dikenali
sebagai tanda sengkang. Selain itu, penggunaan tanda sempang adalah untuk
menyambungkan kata yang diulang dan menulis kata ganda. Contohnya sekolah-
sekolah, tiba-tiba , riuh-rendah, warna-warni dan sebagainya. Tanda sempang juga
digunakan untuk merangkaikan 'ke' dan 'an' seperti ke-10 , tahun 1980-an.
Kemudiannya, apabila perkataan bentuk terikat diikutinya kata nama khas, tanda
sempang perlu letakkan dengan kata yang berikutnya dimulai dengan huruf besar.
Contohnya, sinar-X, hamba-Nya, hamba-Mu dan lain-lain lagi. Tanda sempang juga
digunakan untuk mengasingkan perkataan sebutan daripada huruf 'e'. Huruf 'e' ini
merupakan maksud elektronik, seperti e-mel, e-dagang, e-pembayaran, e-kamus dan
e-poster.

Kesalahan:

Sumber gambar tangkapan layar: https://www.astroawani.com/berita-


malaysia/msc-malaysia-dijenamakan-semula-sebagai-malaysia-digital-341264

Berdasarkan gambar rajah di atas, kesalahan penggunaan tanda sempang (-)


yang dapat dikenal pasti daripada laman sesawang rasmi astro AWANI. Kesalahan
penggunaan tanda sempang (-) dapat dibuktikan seperti gambar rajah di atas ialah “
Beliau berkata, MSC Malaysia perlu berkembang berikutan peralihan pantas norma
13
sosio-ekonomi sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi digital.” Penggunaan
tanda sempang (-) “sosio-ekonomi” adalah dieja tanpa sempang dan hanya perlu
digabungkan menjadi satu perkataan iaitu sosioekonomi. Hal ini kerana, perkataan
‘sosio’ ini bukan kata nama khas. Tanda sempang (-) hanya perlu diletakkan apabila
selepas kata nama khas. Contohnya, perkataan yang tidak perlu meletakkan tanda
sempang (-) juga adalah seperti ekopelancongan, antidadah, sosiopolitik, seniwati dan
sebagainya.

Pembetulan: Beliau berkata, MSC Malaysia perlu berkembang berikutan peralihan


pantas norma sosioekonomi sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi digital.

14
Kesalahan 7- Penggunaan ‘ianya’
Penggunaan perkataan ‘ianya’ merupakan campuran daripada ‘ia’ dan ‘nya’.
Gabungan ‘ia’ dan ‘nya’ merupakan kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri
‘ia’ dan ‘nya’ boleh dirujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri kepada manusia
dan benda seperti beliau, kenderaan, alat tulis dan buku (Zainon, 2004). Perkataan
‘ianya’ sebenarnya direka semata-mata supaya ia dapat menyesuaikan dalam
penggunaan ayat malah ia adalah penggunaan kata ganti nama yang tidak digunakan
dalam Bahasa Melayu.

Kesalahan:

Sumber : Tangkapan Layar:


https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-
sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini

Berdasarkan gambar tangkapan layar diatas, terdapat kesalahan penggunaan


kata yang diguna pakai oleh pihak Berita Harian dalam artikel mereka yang bertajuk
"Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja Masa Kini". Kesalahan itu
dipanggil sebagai kesalahan penggunaan kata ganta nama iaitu 'ianya' yang telah
membuktikan dalam artikel tersebut. Dalam artikel tersebut yang dinyatakan adalah
"Lebih menghairankan ramai dalam kalangan remaja beranggapan perkataan
perkataan itu adalah satu bentuk komunikasi yang dilafazkan pada kawan kawan rapat
sahaja dan ianya sekadar bergurau dan sebagai satu bentuk "mesra rakan" ". 'Ianya'
merupakan kata ganti nama diri ketiga yang merupakan cantuman daripada 'ia' dan
15
'nya'. Dalam artikel tersebut, ia tidak sesuai diletakkan perkataan ianya malah perlu
digantikan dengan perkataan 'ia'.

Pembetulan : "Lebih menghairankan ramai dalam kalangan remaja beranggapan


perkataan perkataan itu adalah satu bentuk komunikasi yang dilafazkan pada kawan
kawan rapat sahaja dan ia sekadar bergurau dan sebagai satu bentuk "mesra rakan"

Kesalahan 8- Kesalahan penggunaan kata hubung


16
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau
menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. Menurut Hasmindar
Hassan (2006) telah membuka ruang kajian kata hubung dalam Bahasa Melayu yang
jelas mempunyai peranan yang penting dalam binaan ayat dan mengimplikasikan
makna yang tertentu berdasarkan konteks penggunaan. Kata hubung terdiri daripada
dua jenis iaitu kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung
gabungan ialah perkataan yang menghubungkan dua ayat atau lebih yang sifatnya
sama tara, iaitu ayat-ayat yang digabungkan itu ialah ayat utama. ayat yang terbentuk
menggunakan kata hubung demikian dinamai ayat majmuk gabungan. Contohnya
ialah dan,lalu,atau,sambil,serta,tetapi dan lain-lain lagi. Manakala kata hubung
pancangan ialah kata yang menyambungkan dua ayat tak serata atau lebih, iaitu ayat
pancangan disambung pada ayat utama atau ayat induknya.

Kesalahan :

Sumber gambar tangkapan layar :


https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/09/27/angkara-pandemik-lelaki-ini-
tiga-kali-bertukar-kerja-demi-survival-hidup

Berdasarkan gambar rajah di atas, kesalahan kata hubung yang dapat dikenal
pasti daripada laman sesawang rasmi Berita Harian Mstar yang disiarkan pada tahun
2021. Kesalahan penggunaan kata hubung dapat dibuktikan seperti gambar rajah di
atas ialah “ Oleh kerana itu,Edi membuat keputusan untuk pulang ke kampung
halaman di Kabupaten Binangun, Kabupaten Blitar”. Penggunaan kata hubung “oleh
kerana itu” adalah tidak sesuai. “Oleh” merupakan kata sendi nama dan mengikut
hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti

17
“oleh” kata nama,dan “kerana” juga merupakan kata sendi nama. “Oleh” itu, frasa
yang “oleh kerana itu” salah dan frasa yang betul ialah “oleh sebab” kerana ialah
kata nama yang boleh hadir selepas kata sendi nama “oleh”.

Pembetulan : Oleh sebab itu, Edi membuat keputusan untuk pulang ke kampung
halaman di Kabupaten Binangun,Kabupaten Blitar.

Kesalahan 9 Pengejaan Kata


18
Sumber Tangkap Layar: 7 Langkah untuk Memulakan Penternakan Ikan Tilapia.
Portal Ikan Air Tawar. https://ikanairtawar.com/7-langkah-memulakan-penternakan-
ikan-talapia/

Berdasarkan risalah yang dikeluarkan oleh Portal Ikan Air Tawar, terdapat
kesalahan umum penggunaan Bahasa Melayu iaitu kesalahan pengejaan kata yang
jelas ditunjukkan dalam petikan "Ikan talapia ialah ikan yang mudah dijaga dan
senang untuk dibiakkan". Pengejaan kata "talapia" dalam teks tersebut adalah salah.
Hal ini dikatakan demikian kerana, pengejaan kata "talapia" dalam ayat tersebut
merupakan pengejaan yang tidak tepat, di mana ejaan “talapia" tidak wujud dalam
Bahasa Melayu yang sepatutnya dieja "tilapia". Tanpa kita sedari, kita selalu
menyebut “talapia”, sebaliknya perkataan itu tidak dijumpai dalam Kamus Dewan
Bahasa dan Pusaka. Pengejaan kata yang betul dalam risalah tersebut sepatutnya
"Ikan tilapia ialah ikan yang mudah dijaga dan senang untuk dibiakkan".

Kesalahan:
Ikan talapia
Pembetulan:
Ikan tilapia
Kesalahan 10- Amalan Kelewahan dalam Bahasa Melayu

19
Amalan kelewahan dalam bahasa merujuk satu penggunaan atau pemakaian
frasa yang dianggap berlebihan atau penggunaan kata-kata mubazir. Perkataan
“lewah” pula ialah perihal berlebih-lebih sehingga tertambah perkara atau hal yang
tidak perlu sama sekali dalam ayat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, p.934).
Dalam penggunaan bahasa melayu dalam penulisan telah menwujudkan unsur
kelewahan dalam penulisan setiap individu dimana unsur kelewahan ini melibatkan
beberapa element yang penting dalam Bahasa melayu seperti imbuhan, perkataan,
frasa dan ayat. Justeru, kelewahan juga wujud dari sudut pengulangan idea dalam
penulisan karangan. Berdasarkan definisi dan pengertian ini, unsur lewah dalam
penulisan, khususnya penulisan formal seperti laporan akhbar wajar dihindari kerana
kehadiran elemen tersebut akan menjejaskan aspek nahu. Aspek kelewahan ini dapat
dikategorikan sebagai salah satu kesalahan dalam penggunaan nahu kerana wujudnya
unsur yang tidak gramatis dalam binaan ayat.

Sumber gambar tangkap layer: Portal Rasmi MyHealth Kementerian


Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/pemikiran-kanak-kanak1/

Berdasarkan gambar rajah di atas, amalan kelewahan dalam Bahasa melayu yang
dapat dikenal pasti daripada portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan
Malaysia yang telah dimuat naik pada 28 Ogos 2020. Amalan kelewahan dalam
Bahasa Melayu ini dapat dibuktikan melalui gambar rajah di atas seperti penggunaan
ungkapan “semua anak-anak” dianggap lewah dalam bahasa melayu terdapat ramai

20
yang berasa tidak yakin dengan sifat jamak dalam penulisan mereka sehinggakan
mereka lalu menambahkan perkataan “semua”, pada hal “anak-anak” sahaja telah
pun mencukupi serta memadai bagi melengkapkan ayat tersebut untuk menjadi
gramatis. Dalam hal ini “semua” dalam “semua anak-anak” dianggap lewah.

Pembetulan: Ibu bapa mempunyai peranan penting yang akan mencorakkan sikap,
gaya hidup, kemahiran bersosial dan masa depan untuk anak-anak mereka.

Kesimpulan

21
Ironinya, kegemilangan bahasa Melayu haruslah dikembalikan seperti
kedudukan bahasa Melayu pada zaman dahulu. Malaysia terdiri daripada masyarakat
majmuk yang disatukan oleh bahasa Melayu. Hasrat ini tercatat dalam Perlembagaan.
Yang menjadi penghalang dan menimbulkan masalah kesalahan penggunaan bahasa
adalah sikap masyarakat yang mengabaikan penggunaan tatabahasa yang betul dalam
bahasa Melayu. Usaha haruslah dilakukan untuk mengurangkan kesalahan
penggunaan tatabahasa. Faktor yang menjadi penyebab utama kesalahan bahasa
seperti faktor dialek, faktor media, faktor bahasa slanga dan faktor kurang
pemahaman dapat diatasi jika kita berusaha untuk mengubahnya. Oleh itu, masyarakat
kita haruslah bersama-sama mengekalkan serta memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar kesalahan penggunaan tatabahasa dapat dielakkan demi memartabatkan
bahasa Melayu.

Rujukan
Ahmad Khair Mohd Nor et. al. (2014). Tatabahasa Asas. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Angkara pandemik, lelaki ini tiga kali bertukar kerja demi survival hidup - Dunia |
mStar. (2021,
September27).Www.mstar.com.my.https://www.mstar.com.my/global/dunia/
2021/09/27/angkara-pandemik-lelaki-ini-tiga-kali-bertukar-kerja-demi-survival-hidup

Carian Umum.(n.d.).Prpm.dbp.gov.my.Retrieved April 24, 2022, from


https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=oleh+kerana&d=175768&

KATA PENYAMBUNG AYAT : KATA HUBUNG. (n.d.). Retrieved April 24, 2022,
from http://bukuteks.dbp.gov.my/media/media/kDPirZU0X6.pdf

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Lee, L. F., & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk bahasa.
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2004). Penggunaan Kata Ganti Nama Dia dan Kita
dalam Pertuturan Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa 4(1),
186- 204. Forum Perniagaan BH, REV Media inisiatif bantu keusahawanan. Berita
Harian.(2021, Oktober 11).
https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2021/10/874888/forum-perniagaan-
bh-rev-media-inisiatif-bantu-usahawan

23

You might also like