You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

BMMB3023
LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU – KERJA KURSUS 1

Nama : YAP ZHAN WEI


No. K/P : 010608-10-0421
Angka Giliran : 202012234024
Program : 1 PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : BAHASA MELAYU 1
Nama Pensyarah : EN. JAFRI BIN HUSSIN
Tarikh Hantar : 13 Oktober 2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
Kerja Kursus 1: Esei I (40 peratus)
Anda dikehendaki menulis esei, iaitu menilai penulisan pengguna bahasa dari segi
frasa, klausa dan ayat dengan memberi justifikasi yang kritis.

Isi Kandungan

Bil. Perkara m/s


1.0 Pengenalan 1
2.0 Frasa 1

2.1 Frasa Nama 1


2.1.1 Binaan 1
2.2.2 Kesalahan 1-2

2.2 Frasa Kerja 2


2.2.1 Binaan 2-3
2.2.2 Kesalahan 3
2.3 Frasa Adjektif 3
2.3.1 Binaan 3-4
2.3.2 Kesalahan 4
2.4 Frasa Sendi Nama 4
2.4.1 Binaan 4-5
2.4.2 Kesalahan 5
3.0 Klausa 5-6

4.0 Ayat 6

4.1 Ayat Tunggal 6

4.2 Ayat Majmuk 6-7

4.3 Kesalahan Ayat 7

5.0 Rumusan 7
1.0 Pengenalan

Sintaksis atau kajian binaan ayat merupakan proses mengkaji rangkaian-


rangkaian perkataan yang disusun menjadi frasa kepada klausa dan berakhir kepada
pembentukan ayat. Analisis binaan ayat ini akan fokus kepada frasa, klausa dan
ayat.

2.0 Frasa

2.1 Frasa Nama

2.1.1 Binaan

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), frasa nama ialah frasa yang terdiri
daripada kata nama sebagai unsur intinya. Frasa nama boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan
ayat. Salah satu contoh ayat yang menggunakan frasa nama adalah seperti yang
berikut:

Subjek Predikat
1. Bahasa Melayu sudah lama wujud sebagai bahasa
kesatuan dan pemersatuan.

Berdasarkan contoh ayat (1), subjek Bahasa Melayu wujud sebagai frasa nama
dan terbentuk daripada dua perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,
maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu, iaitu sama ada inti + inti
ataupun inti + penerang. Dalam frasa nama bahasa kebangsaan, intinya ialah
Bahasa sementara Melayu ialah penerang nama keturunan yang menerangkan
Bahasa. Jadi, binaan frasa nama dalam ayat ini ialah inti + penerang. Untuk binaan
inti + inti, tiada contoh berkenaan dalam bahan kajian.

2.1.2 Kesalahan

Antara kesalahan penggunaan frasa nama adalah seperti yang dinyatakan di


bawah:

Kesalahan bahasa Frasa yang betul


2. …bahawa kedudukan bahasa Melayu …bahawa kedudukan bahasa Melayu

1
perlu diberi keutamaan dalam ini negara. perlu diberi keutamaan dalam negara ini.
3. …tetapi juga simbol negara-simbol …tetapi juga simbol-simbol negara
negara penting seperti… penting seperti…

Berdasarkan contoh klausa (2), frasa nama ini negara tidak tepat kerana unsur
penerang ini mendahului unsur inti negara. Binaan frasa nama yang tepat ialah inti
+ penerang, iaitu negara ini. Dalam contoh klausa (3), frasa nama simbol negara-
simbol negara tidak tepat kerana apabila frasa nama (kata majmuk) ingin
digandakan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, iaitu simbol.

2.2 Frasa Kerja

2.2.1 Binaan

Menurut Nik Safiah et al. (2015), frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri
daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Dalam ayat yang
berpredikat frasa kerja, frasa kerja tersebut terdiri daripada dua jenis, iaitu frasa kerja
transitif dan frasa kerja tak transitif. Antara contoh ayat berpredikat frasa kerja adalah
seperti yang berikut:

Subjek Predikat
4. Bahasa Melayu sebagai bahasa memartabatkan budaya kesopanan dan
Kebangsaan juga ketamadunan bangsa.
5. Bahasa Kebangsaan tidak sekadar wujud dalam bentuk
susunan kata-kata.

Berdasarkan contoh ayat (4), terdapat unsur frasa kerja dalam predikat ayat
kerana kata intinya ialah kata kerja memartabatkan. Ayat ini boleh dipasifkan, maka
kata kerja membenarkan merupakan kata kerja transitif. Kata kerja jenis ini tidak
boleh berdiri sendiri dalam ayat kecuali ditambahkan objek, iaitu budaya kesopanan
dan ketamadunan bangsa untuk menyempurnakan maksud ayat. Berdasarkan
contoh ayat (5), terdapat unsur frasa kerja dalam predikat ayat kerana kata intinya
ialah kata kerja wujud. Disebabkan ayat ini tidak boleh dipasifkan, kata kerja wujud
merupakan kata kerja tak transitif. Frasa sendi nama sesudah kata kerja wujud
merupakan unsur keterangan yang mendukung makna keterangan hal.

2.2.2 Kesalahan

2
Antara kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di
bawah:

Kesalahan bahasa Frasa yang betul


6. …pada 1991 mengangkat tentang …pada 1991 mengangkat tema
tema Wawasan 2020. Wawasan 2020.
7. …yang dapat membawa kepada …yang dapat membawa kehancuran.
kehancuran.

Berdasarkan contoh klausa (6) dan (7), penggunaan frasa kerja dalam ayat di
atas tidak tepat kerana kata kerja transitif mengangkat dan membawa boleh diikuti
oleh objek tanpa memerlukan kata sendi nama sesudahnya. Jadi, kata sendi nama
tentang dan kepada hendak digugurkan untuk membentuk binaan frasa kerja yang
betul.

2.3 Frasa Adjektif

2.3.1 Binaan

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), frasa adjektif ialah susunan perkataan
yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat
atau adjektif sebagai intinya. Binaan inti boleh terdiri daripada satu atau dua
perkataan. Antara contoh ayat yang menjumpai kedua-dua binaan frasa adjektif
adalah seperti yang berikut:

Subjek Predikat
8. Wawasan 2020 tidak lengkap tanpa ulasan mendalam
pembentukan bangsa Malaysia seperti…
9. Mewujudkan bangsa Malaysia yang… Membentuk sebuah bangsa Malaysia
dengan rasa taat setia dan…

Berdasarkan contoh ayat (8), kata adjektif lengkap merupakan kata inti yang ada
dalam frasa adjektif dan tergolong dalam binaan satu perkataan kerana hanya terdiri
daripada satu kata adjektif. Berdasarkan contoh ayat (9), kata adjektif taat setia hadir
dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama rasa. Kata adjektif taat
setia tergolong dalam binaan dua perkataan kerana terdiri daripada dua kata adjektif
yang seiras maknanya.

3
2.3.2 Kesalahan

Antara kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di


bawah:

Kesalahan bahasa Frasa yang betul


10. Dengan minda sedar sebagai bangsa Dengan minda sedar sebagai bangsa
Malaysia yang paling bermaruah sekali Malaysia yang paling bermaruah dan
dan bermartabat. bermartabat.

Berdasarkan contoh ayat (10), frasa adjektif paling bermaruah sekali tidak tepat
kerana penanda darjah penghabisan paling dan sekali tidak dapat hadir serentak
dalam satu binaan. Oleh itu, binaan frasa adjektif yang tepat ialah sama ada paling
bermaruah ataupun bermaruah sekali.

2.4 Frasa Sendi Nama

2.4.1 Binaan

Menurut Nik Safiah et al. (2015), frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat
yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu. Antara contoh ayat yang mengandungi frasa
sendi nama adalah seperti yang berikut:

Subjek Predikat
11. Bahasa Melayu juga wahana pengikat sosial yang
mampu merentas tembok perbezaan
identiti khususnya untuk masyarakat
majmuk di negara ini.

Berdasarkan contoh ayat (11), frasa sendi nama wujud sebagai unsur
keterangan kepada frasa nama yang mendukung makna tujuan dengan kata sendi
nama untuk sebagai kata inti. Frasa sendi nama terbentuk daripada binaan Kata
Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan, iaitu frasa nama masyarakat
majmuk menjadi pelengkap kepada kata sendi nama untuk dan diikuti keterangan di
negara ini. Atas kajian, didiapati tiada penggunaan kata arah dalam semua binaan
frasa sendi nama.

4
2.4.2 Kesalahan

Antara kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di


bawah:

Kesalahan bahasa Frasa yang betul


12. …meresap masuk dalam bahasa …meresap masuk ke dalam bahasa
Melayu kerana… Melayu kerana…

Berdasarkan contoh klausa (12), kata sendi nama ke digugurkan dalam


membentuk binaan frasa sendi nama. Kesalahan ini menyebabkan ayat menjadi
tidak gramatis kerana tiada kata sendi nama ke yang digunakan untuk menunjukkan
arah atau tempat yang dituju. Jadi, binaan frasa sendi nama yang tepat ialah Kata
Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama, iaitu ke dalam bahasa Melayu.

3.0 Klausa

Menurut Nik Safiah et al. (2015), klausa merupakan satu unit rangkaian
perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan menjadi konstituen kepada
ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Contohnya,

Klausa Bebas Klausa Tak Bebas


13. Bahasa Melayu sebagai bahasa bahawa kedudukan bahasa Melayu perlu
kebangsaan seharusnya boleh diberi keutamaan dalam negara ini.
mengingatkan rakyat Malaysia

Jelaslah dilihat bahawa klausa bebas boleh berdiri sendiri manakala klausa tak
bebas tidak. Dalam bahan kajian, didapati kedua-dua klausa ini selalu wujud
bersama kerana penulis lebih suka menggunakan ayat majmuk berbanding dengan
ayat tunggal.

4.0 Ayat

4.1 Ayat Tunggal

5
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), ayat tunggal ialah ayat terbina daripada
subjek dan predikat. Contohnya,

Subjek Predikat
14. Perlembagaan persekutuan sebagai asas rujukan utama.
15. Bahasa Kebangsaan tidak sekadar wujud dalam bentuk
susunan kata.
16. Aspek kepentingan bahasa tidak boleh dikesampingkan.
Kebangsaan sebagai penyatu agen
masyarakat

Atas kajian, didapati hanya tiga ayat tunggal yang digunakan dalam penulisan.
Ketiga-tiga ayat merupakan ayat penyata, iaitu ayat yang diucapkan dengan maksud
membuat satu penyataan. Jika dilihat dari segi bentuknya, contoh ayat (14) ditulis
dalam bentuk susunan biasa dan pola FN + FSN. Contoh ayat (15) ditulis dalam ayat
aktif tak transitif susunan biasa. Ayat aktif tersebut tidak boleh dipasifkan, maka kata
kerja wujud ialah kata kerja tak transitif, iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya. Contoh ayat (16) merupakan ayat pasif susunan biasa. Ayat ini
mempunyai kata kerja transitif dikesampingkan yang berawalan ‘di-’ dan binaan oleh
+ FN sesudahnya telah digugurkan kerana unsur subjek ingin ditekankan.

4.2 Ayat Majmuk

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), ayat majmuk ialah ayat yang dibina
dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih. Contohnya,

17. Bahasa Melayu sudah lama wujud sebagai bahasa kesatuan dan pemersatuan.
18. Ianya mendorong rakyat untuk sanggup berjuang mengorbankan jiwa raga.
19. Dengan minda sedar sebagai bangsa Malaysia yang paling bermaruah dan
bermartabat.

Daripada contoh di atas, jelas kelihatan bahawa ketiga-tiga jenis ayat majmuk
telah digunakan dalam penulisan. Contoh ayat (17) merupakan ayat majmuk
gabungan jenis susunan faktanya berturutan; ayat (18) merupakan ayat majmuk
pancangan jenis keterangan; ayat (19) merupakan ayat majmuk campuran.

4.3 Kesalahan Ayat

6
Setiap ayat mesti mempunyai strukutur subjek-predikat. Menurut Paimah (2004),
pembaca akan gagal menghayati sesuatu ayat kerana mengalami kesukaran untuk
memahami ayat tersebut jika ayat tersebut tidak mantap dan tergantung. Berikut
merupakan contoh kesalahan ayat dalam bahan kajian:

20. Pada masa yang sama melestarikan bahasa ibunda dan menguasai bahasa
asing.
21. Dengan minda sedar sebagai bangsa Malaysia yang paling bermaruah sekali
dan bermartabat.

Kedua-dua ayat adalah tidak sempurna kerana tidak mempunyai subjek atau
predikat. Tambahan pula, bahagian subjek atau predikat juga tidak boleh
dikenalpasti dalam ayat tersebut kerana subjek sesungguhnya boleh dibentuk oleh
frasa kerja selain frasa nama. Masalah ketidakpastian ini menyebabkan intonasi
dalam ayat tidak boleh ditandai apabila kita membaca. Intonasi amat penting bagi
tatabahasa melayu oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian subjek
dan predikat dalam ayat (Nik Safiah Karim et al., 2015).

5.0 Rumusan

Hasil kajian mendapati bahawa penulis kerap menggunakan ayat majmuk dalam
penulisannya. Frasa kerja pula menjadi dominan dalam predikat keseluruhan
penulisan berbanding dengan frasa yang lain.

Bibliografi

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, & Zulkifli Osman. (2006).
Sintaksis. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi: untuk Sekolah Menengah. Kuala


Lumpur : PTS Professional.

7
Abdullah Hassan (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk
Guru. Pahang: PTS Publications & Distributors.

Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Hazreen Shah Hassan, & Sharil Nizam Sha’ri (2019). Analisis Kesalahan
Penggunaan Bahasa Dalam Rencana Akhbar. Jurnal Pengajian Media Malaysia,
21(2), 55-71. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/338295980_Analisis_Kesalahan_Peng
gunaan_Bahasa_dalam_Rencana_Akhbar

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
(2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Paimah Atoma. (2004). Gaya Persembahan dan Kemahiran Penulisan. Jurnal


Kemanusiaan, 2(1), 18-26. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/12131/1/ProfMadyaPaimahAtoma2004_GayaPers
embahandanKemahiranPenulisan.pdf

Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, & Rosdah Omar. (2007).
Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Sulaiman Masri, & Ahmad Khair Mohd Nor (2008). Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna. Rawang: Vivar Printing Sdn Bhd.

You might also like