You are on page 1of 11

BMMB3023 2021052340041

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TAWAU, SABAH

PEPERIKSAAN TERBUKA (OBT) OKTOBER 2021

PROGRAM
PISMP
(Programme)

AMBILAN
JUN 2021
(Intake)

SEM
SEMESTER 1
(Sem)

ANGKAGILIRAN
2021052340041
(Index Number)

No Kad Pengenalan
020404-12-0462
(Identity Card No.)

Kod Kursus
BMMB3023
(Course Code)

Nama Kursus
LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU
(Course Name)

Tarikh Peperiksaan
16 OKTOBER 2021
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi
peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.
3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.
4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
BMMB3023 2021052340041
BMMB3023 2021052340041

Bahagian A (Soalan 1)

Penerbitan suatu ayat merujuk kepada hasil daripada terlaksananya suatu


proses gramatis iaitu yang melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang mana
ia berfungsi untuk mengubah suatu aturan atau struktur ayat serta memperluas
sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga
penerbitan ayat yang dapat dilakukan melalui proses transformasi ini iaitu
pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

Proses pengguguran ialah suatu proses transformasi yang berlaku pada


struktur ayat yang menyebabkan penggunaan unsur-unsur tertentu daripada binaan
ayat itu. Dengan hal yang demikian, pada peringkat struktur permukaan, unsur yang
digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran dalam bahasa
Melayu iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat
dan pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

Seterusnya proses penyusunan semula yang mana dalam proses ini,


bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam
satu struktur ayat gramatis baharu. Proses penyusunan semula ayat-ayat biasanya
akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata lain pada
ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semula ayat-ayat pada
umumnya tidak membawa perubahan kepada makna suatu ayat. Terdapat tiga jenis
proses penyusunan semula iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek,
penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat
songsang.

Proses penerbitan ayat yang terakhir ialah proses peluasan yang mana
proses ini menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu dan proses ini juga
biasanya disebut peluasan ayat. Terdapat empat jenis peluasan ayat iaitu peluasan
frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung
dan peluasan melalui proses komplementasi.

Berdasarkan petikan di atas, satu contoh ayat yang mengalami proses


penerbitan iaitu mengalami proses pengguguran jenis pengguguran frasa nama

1
BMMB3023 2021052340041

sebagai subjek ayat. Berikut merupakan rajah pohon sebelum dan selepas
berlakunya proses pengguguran frasa nama sebagai subjek ayat.

2
BMMB3023 2021052340041

Bahagian A (Soalan 2)

Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan


tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap yang mana pengucapannya
dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan selain mengadungi intonasi yang sempurna.
Dalam bahasa Melayu, ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat ayat tunggal dan ayat
majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu sahaja klausa iaitu
unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Manakala ayat majmuk pula ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat
tunggal atau lebih dan percantuman itu pula disusun mengikut cara tertentu hingga
menghasilkan suatu ayat yang baharu.

Analisis petikan:
Ayat 1: Encik Mahzan dan keluarganya melancong ke Sarawak pada tahun
lepas.

Ayat pertama pada perenggan pertama merupakan satu ayat majmuk kerana ayat
tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung “dan”. “Encik Mahzan”
merupakan subjek bagi ayat pertama dalam ayat majmuk tersebut dan “keluarganya”
merupakan subjek kedua yang mana ayat kedua ini berlaku pengguguran predikat
kerana predikat yang sama dengan ayat tunggal yang pertama. Ia juga dikatakan
sebagai ayat majmuk kerana mempunyai penerang predikat iaitu “pada tahun lepas”
yang berfungsi sebagai penerang masa.

Ayat 2: Encik Mahzan disambut oleh Encik Fauzi dan anaknya, Julaihi di
Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Kuching.

Ayat kedua pada perenggan pertama merupakan satu ayat tunggal namun berlaku
peluasan dengan kata hubung yang berlaku pada objek dalam predikat ayat tersebut
iaitu frasa nama “Encik Fauzi” sebagai objek pertama dan berlaku peluasan dengan
menggunakan kata hubung “dan” dengan objek kedua iaitu “anaknya, Julaihi” diikuti
dengan penerang predikat iaitu “di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching” yang
berfungsi sebagai penerang tempat.

3
BMMB3023 2021052340041

Ayat 3: Encik Fauzi membawa Encik Mahzan ke rumah banglonya di tepi lereng
Sungai Rajang.

Ayat ketiga ini merupakan suatu bentuk ayat majmuk yang mana ayat tersebut
merupakan dua ayat tunggal yang digabungkan. Ayat tunggal pertama ialah “ Encik
Fauzi membawa Encik Mahzan ke rumah banglonya”. Bagi ayat tunggal yang kedua
berlaku pengguguran subjek ayat iaitu “rumah banglo” yang menjadi subjek kepada
predikat ayat “di tepi lereng Sungai Rajang”.

Ayat 4: Ellis, anak perempuan Encik Mahzan berkenalan dengan Juhaili.

Ayat ini merupakan suatu ayat tunggal iaitu “Ellis, anak perempuan Encik Mahzan”
merupakan subjek dan predikat ayat tunggal tersebut ialah “berkenalan dengan
Julaihi”. Subjek ayat tunggal ini mengalami proses peluasan frasa nama subjek iaitu
“Ellis” yang diperluaskan lagi dengan menyatakan bahawa Ellis merupakan anak
perempuan kepada Encik Mahzan.

Ayat 5: Mereka berbual dengan mesranya.

Ayat ini juga merupakan suatu bentuk ayat tunggal dengan subjek “mereka” yang
merujuk kepada Ellisa dan Julaihi, manakala predikatnya pula ialah “berbual dengan
mesranya”.

Ayat 6: Ellis kagum kerana ada sebuah galeri yang dibina oleh Encik Fauzi di
suatu sudut rumah itu.

Ayat ini merupakan suatu bentuk ayat majmuk campuran kerana terdapat ayat
majmuk dan beberapa ayat lain yang digabungkan dalam ayat ini. Ayat yang
pertama iaitu “Ellis kagum kerana ada sebuah galeri di suatu sudut rumah itu”. Ayat
ini merupakan satu ayat majmuk kerana menggunakan kata hubung “kerana”.
Seterusnya, ayat majmuk jenis relatif iaitu menggunakan perkataan “yang” dalam
ayat yang kedua iaitu “Sebuah galeri yang dibina oleh Encik Fauzi”.

4
BMMB3023 2021052340041

Ayat 7: Julaihi membawa Ellis dan keluarganya memasuki galeri tersebut.

Ayat ini merupakan suatu bentuk ayat tunggal. Subjek ayat tersebut ialah “Julaihi”
dan predikatnya ialah “membawa Ellis dan keluarganya memasuki galeri tersebut”.
Predikat ayat ini mengalami proses peluasan iaitu “Ellis” yang diperluaskan lagi
dengan menggunakan kata hubung “dan keluarganya”.

Ayat 8: Di dalam galeri itu terdapat gambar datok Julaihi.

Ayat kelapan ini merupakan suatu bentuk ayat tunggal.

Ayat 9: Beliau pernah berjuang untuk menentang penjajah British.

Ayat ini merupakan suatu bentuk ayat majmuk yang mana ia mempunyai subjek
yang sama iaitu “Beliau” yang merujuk kepada datok Julaihi dan predikat yang
berbeza. Ayat ini digabungkan dengan menggunakan kata hubung “untuk”. Ayat
pertama ialah “Beliau pernah berjuang”, manakala ayat yang kedua ialah “Beliau
menentang penjajah British”.

Ayat 10: Beliau sanggup bergadai nyawa demi negara tercinta.

Ayat terakhir ini merupakan suatu bentuk ayat majmuk jenis pancangan iaitu ayat
pancangan keterangan jenis keterangan tujuan. Subjek ayat ini ialah “beliau” dan
predikatnya ialah “sanggup bergadai nyawa”. Bagi ayat pancangan jenis keterangan
tujuan adalah merujuk kepada “demi negara tercinta” iaitu penggunaan perkataan
“demi” dalam frasa tersebut.

5
BMMB3023 2021052340041

Bahagian B (Soalan 1)

Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata terbahagi kepada


empat iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata majmuk, bentuk kata terbitan dan
bentuk kata ganda. Kata tunggal merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak
menerima sebarang imbuhan dan tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian. Kata terbitan pula ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui
proses pengimbuhan iaitu menggandingkan salah satu daripada empat jenis
imbuhan pada kata dasar iaitu sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau
imbuhan apiran. Seterusnya bagi bentuk kata majmuk merupakan proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih bagi menghasilkan satu kata yang
membawa makna yang khusus. Kata majmuk biasanya dieja secara terpisah dan
bertindak sebagai satu unit dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
Manakala kata ganda pula ialah perkataan yang terhasil daripada proses
penggandaan sama ada penggandaan penuh atau separa ataupun kata yang
digandakan secara berentak.

Berikut merupakan analisis ayat berdasarkan petikan dan diletakkan dalam jadual
mengikut bentuk kata setiap perkataan:
Perenggan 1:
Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
Hanif menziarahi cili padi
dan usahawan Encik Salim
bapanya tanaman Encik Azman
akan mengusahakan
kakannya tersebut
iaitu selama
ialah mempunyai
beliau sepuluh
telah
tahun
kini
200,000

6
BMMB3023 2021052340041

batang
pokok

Perenggan 2:
Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
ini kejayaan Encik Azman
beliau menjadikan cili padi
utama pembekal Semenanjung Malaysia
di mementingkan oleh itu
selatan tanaman
amat permintaan
kualiti
hasil
tinggi

Perenggan 3:
Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
juga pengeluar Encik Azman
beliau mendapat cili padi
botol bekalan
abangnya mempunyai
kilang pembuatan
di
Muar
Johor
sos

Perenggan 4:
Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
ini meningkatkan usaha sama
telah pendapatan Encik Azman
beliau mendapat cili padinya
harga harapan sos cili

7
BMMB3023 2021052340041

murah meluaskan
untuk tanaman
kos penghasilan
botol ditingkatkan
sos
ialah
dapat
agar
pada
masa
akan
datang

Berdasarkan petikan kata yang telah diberikan, bentuk kata tunggal


merupakan bentuk kata yang paling kerap digunakan iaitu 14 perkataan dalam
perenggan pertama, sembilan perkataan dalam perenggan kedua, lapan perkataan
dalam perenggan ketiga dan 16 perkataan dalam perenggan yang terakhir. Kata
tunggal yang paling kerap digunakan berdasarkan keempat-empat perenggan
tersebut ialah “beliau” yang mana kata tunggal ini digunakan untuk merujuk kepada
Encik Azman yang merupakan seorang usahawan tanaman padi dalam petikan
tersebut. Pada perenggan pertama, ayat yang menggunakan kata tunggal ini ialah
ayat kedua iaitu “Beliau telah mengusahakan tanaman tersebut selama sepuluh
tahun”.

Seterusnya pada perenggan yang kedua, kata tunggal ini berada dalam
keseluruhan perenggan tersebut, salah satunya ialah “Beliau amat mementingkan
kualiti hasil tanaman”. Manakala dalam perenggan yang ketiga pula, kata tunggal ini
digunakan dalam ayat “Beliau mendapat bekalan botol daripada abangnya”. Dalam
perenggan yang terakhir juga terdapat ayat yang menggunakan kata tunggal
tersebut iaitu dalam ayat “Beliau mendapat harga murah untuk kos botol sos”.
Berdasarkan contoh-contoh yang telah dinyatakan, sudah jelas bahawa bentuk kata
tunggal merupakan penggunaan bentuk kata yang paling kerap berdasarkan petikan
di atas.

8
BMMB3023 2021052340041

Berdasarkan petikan juga, sama sekali tidak terdapat penggunaan bentuk


kata ganda yang mana setiap kata dalam petikan tidak melalui proses penggandaan.
Juster, bagi bentuk kata yang paling kurang digunakan dalam petikan di atas ialah
bentuk kata majmuk yang mana dalam perenggan yang pertama hanya terdapat tiga
kata majmuk yang digunakan. Pada perenggan yang kedua pula hanya terdapat
empat kata majmuk begitu juga dengan kata yang digunakan dalam ayat pada
perenggan yang terakhir. Manakala pada perenggan ketiga, hanya terdapat dua
sahaja kata majmuk pada perenggan tersebut. Kata majmuk yang kerap digunakan
dalam seluruh petikan ialah “cili padi” yang mana kata majmuk ini merujuk kepada
perusahaan Encik Azman yang diceritakan dalam petikan.

You might also like