You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDC)


(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)

MPU2042D
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NOR FARAHIN BINTI ZAINAL ABIDDIN

NO. KAD PENGENALAN 930105-10-6188

ANGKA GILIRAN 2021192380034

KUMPULAN PDPM KDC JUN 2021

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH DAN JABATAN PN. SARIMAH AWANG

TARIKH HANTAR 1 DISEMBER 2021

TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS 21 NOVEMBER 2021

Pendahuluan
Analisis sintaksis menumpukan penelitian terhadap proses pembinaan ayat. Ayat menurut
pandangan umum terdiri daripada deretan perkataan. Perkataan-perkataan ini disusun dengan
cara tertentu bagi membolehkan komunikasi berlaku dalam sesebuah masyarakat bahasa.
Dalam bidang sintaksis, aspek yang mendasari binaan sesuatu ayat disebut rumus bahasa.
Untuk memahami sintaksis secara umum, pada peringkat awal perlu difahami aspek yang
berkaitan dengan struktur, sistem, dan rumus dalam pembinaan sesuatu ayat. Tujuan analisis
ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji dari aspek menamakan jenis binaan ayat yang terdapat
dalam cerita kanak-kanak.

Berdasarkan kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang
ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat. Menurut
Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain,
beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara
mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai
susunan kata-kata dalam sesuatu rangkai kata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.

Struktur Binaan Ayat


Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.
Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-
wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang
dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau .Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat

Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor
Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk
guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal. Subjek juga dikenali
sebagai perkara yang diceritakan. Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang
terbentuk daripada salah satu unsur seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang
berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Profesor
Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek mestilah terdiri daripada orang,
benda atau perkara. Contoh dalam cerpen Kancil dan Harimau yang Angkuh, terdapat
beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata kerja.
Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata
nama khas atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Kancil dan Harimau yang Angkuh terdapat
ayat yang subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat Harimau menjadi sangat
marah Subjek ayat ini adalah Harimau iaitu kata nama am.

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk dan
kata ganti nama diri. Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata
ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk
tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.

Dalam cerpen Kancil dan Harimau yang Angkuh tiada ayat yang menggunakan kata ganti nama
tanya sebagai subjek dalam ayat. Dalam cerpen lebih kerap menggunakan kata ganti nama diri
orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat. Contoh subjek ayat yang terdiri
daripada kata ganti nama diri pertama ialah seperti berikut.
I. Ia terus menoleh
II. Aku akan makan kau
III. Aku akan mengalahkannya
IV. Ia pun menjenguk

Predikat

Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek. Manakala menurut profesor Abdullah Hassan, predikat ialah bahagian
yang mengandungi ayat yang mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang
ataupun perkara yang disebut dalam subjek. Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu
apa yang dilakukan oleh benda, memberitahu sifat-sifat benda dan memberitahu dimana,
kemana, mengapa, bagaimana, dengan sifat dan bila. Oleh yang demikian, predikat boleh
terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa sifat dan frasa sendi

Ayat Dasar
Ayat Inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal, yakni
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat dasar yang terdapat dalam cerpen
ini seperti berikut.

V. Ia terus menoleh
VI. Aku akan makan kau
VII. Aku akan mengalahkannya
VIII. Ia pun menjenguk

Kesimpulan

Berdasarkan hasil analisis cerpen Kancil dan Harimau yang angkuh, sememangnya struktur
ayat terdiri daripada asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boleh di bina
dengan mengaplikasikan frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Namun
demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Cerpen ini
banyak menggunakan ayat yang mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Kesimpulannya
sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa-frasa yang boleh di ubah peranannya
dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata
hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk
komplemen.

Lampiran 1

Cerita Pendek : Kancil dan Harimau yang Angkuh


Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang
kecil takut akan dengan harimau itu. Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di
satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi
ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang
menghampirinya. Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang
kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi. Aku akan
makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di
makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.

"Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku
berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah
harimau yang paling kuat di hutan ini." kata sang kancil. Harimau menjadi sangat marah dan
mengaum dengan sekuat hati. "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan
mengalahkannya," kata Harimau dengan nada yang amat angkuh. "Di sini lah aku berjumpa
dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih
marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-
bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenang itu.

"Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil.
Harimau bertambah berang dan terus terjun ke dalam kolam untuk melawan harimau itu sambil
mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar
yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana
tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau
tewas dengan bayang-bayang sendiri.

Rujukan
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu : Morfologi dan Sintaksis. Pahang :
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim Datuk 1939-. (2003). Tatabahasa Dewan (Edisi baharu.). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan (Ed. ke 4.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

You might also like