You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan tentang latar belakang kajian iaitu keterangan
tentang ciri-ciri dan cara penggunaan serta jenis-jenis kata ganda yang digunakan
dalam cerpen yang dipilih iaitu cerpen Puteri Duyung. Kajian ini dijalankan bagi
melihat penggunaan jenis-jenis kata ganda yang digunakan dalam cerpen ini. Dalam
bahagian ini keterangan mengenai definisi-definisi konsep penting yang terlibat dan
digunakan dalam kajian ini juga turut dinyatakan bagi memberi keterangan yang
kukuh mengenai kata ganda berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan.

1.1 Latar Belakang


Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan kata
dasarnya. Dalam proses itu, penggandaan boleh melibatkan seluruh atau sebahagian
kata dasar. Kata dasar ini boleh juga digandakan secara serentak, yakni dengan
perubahan bunyi tertentu, baik pada huruf vokal mahupun huruf konsonan.

Apabila perkataan mengalami pergandaan, maka wujud pelbagai makna.


Antaranya termasuklah makna jumlah yang banyak, kepelbagaian kesamaan atau
keserupaan, nama haiwan, maksud tidak tentu, perbuatan yang berulang, perbuatan
saling berbalasan, penekanan dan penegasan. Menurut system Ejaan Rumi Baru
Bahasa Melayu, setiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan
menggunakan tanda sempang (-). Kata ganda terbahagi kepada empat jenis iaitu kata
ganda penuh atau seluruh yang bermaksud kata dasar yang diulang tanpa mengalami
perubahan bunyi dan bentuk, sama ada berimbuhan atau tidak. Kata ganda separa,
iaitu kata ganda yang terbentuk apabila kata dasar diambil sebahagian sahaja,
melibatkan pengulangan suku kata pertama pada kata dasar. Kata ganda berirama atau
berentak, kata ganda berirama atau berentak ialah kata ganda yang mengalami
perubahan bunyi dan ejaan apabila digandakan dan kata ganda berimbuhan pula ialah
kata ganda yang diberi imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau
sisipan.
1.2 Definisi konsep

Berikut merupakan definisi-definisi konsep yang dikaji bagi tujuan


memudahkan pemaham tentang kata ganda:

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan kata


dasarnya. Dalam proses pembinaan itu, pergandaan melibatkan seluruh atau
sebahagian kata dasar yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata akar. Kata
dasar ini boleh juga digandakan secara serentak, dengan perubahan bunyi tertentu,
baik pada huruf vokal mahupun huruf konsonan. Dalam proses penggandaan kata
ganda terbahagi kepada empat jenis iaitu Kata ganda penuh atau seluruh/semu iaitu
kata dasar yang diulang tanpa mengalami perubahan bunyi dan bentuk, sama ada
berimbuhan atau tidak. Kata ganda penuh atau seluruh juga boleh berlaku pada empat
kata utama iaitu Kata nama contohnya pokok-pokok, Kata kerja contohnya gelak-
gelak, kata adjektif dan kata keterangan.

Kata ganda separa pula ialah kata yang terbentuk apabila kata dasar diambil
sebahagian sahaja, iaitu pengulangan suku kata pertama pada dasar. Kata diganda
separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja contohnya melihat-lihat.

Selain itu, definisi bagi kata ganda berirama atau berentak ialah kata ganda
yang mengalami perubahan bunyi dan ejaan apabila digandakan. Kata ganda ini
terbahagi kepada tiga ciri iaitu persamaan bunyi pangkal contohnya batu-bata,
persamaan bunyi dihujung dan penyesuaian bunyi seluruhnya untuk bebas. Kata
ganda ini juga boleh berlaku pada empat kategori seperti dalam kata nama, kata kerja,
kata adjektif dan kata keterangan.

Kata berimbuhan pula boleh didefinisikan sebagai kata ganda yang diberi
imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Kata ganda ini
juga boleh berlaku pada empat kelas yang utama iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata keterangan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan bahagian yang menjadi tujuan utama kajian ini dijalankan
iaitu:

a. Mengenal pasti dan menyenarai kata ganda dalam cerpen Puteri Duyung.
b. Mengumpul dan mengelaskan kata ganda yang terdapat dalam cerpen Puteri
Duyung.
c. Menganalisis penggunaan dan fungsi kata ganda dalam cerpen Puteri Duyung.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting bagi memperlihatkan kepentingan penggunaan kata ganda
dalam penulisan untuk:

a. Memperlihatkan penggunaan kata ganda dalam penulisan karya-karya melayu


serta cara penggunaanya dalam penulisan.
b. Merumuskan kegunaan kata ganda dalam struktur kata dan penyampaian ayat.
c. Menambah kajian tentang penggunaan morfologi dalam karya-karya melayu
d. Kajian ini dijadikan sebagai panduan dalam penggunaan kata ganda yang sesuai
dalam penulisan Bahasa Melayu.
4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penggunaan kata ganda dalam Bahasa Melayu yang
terdapat dalam cerpen yang berjudul Puteri.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penggunan kata ganda dalam cerpen Puteri Duyung.
Kajian ini mengkaji semua jenis penggunaan kata ganda seperti yang terdapat dalam
Tatabahasa Dewan edisi keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2010 oleh Nik
Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Hanya cerpen
yang bertajuk Puteri Duyung yang dikaji dan tidak melibatkan cerpen lain dalan Antologi
cerpen Puteri Duyung.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mememperoleh dan menganalisis data.

6.1 Pemerolehan Data

Maklumat dalam data diperoleh dengan cara berikut melalui proses:

6.1.1 Kaedah Perpustakaan

Kaedah kepustakaan digunakan dalam mendapatkan data yang diperlukan


semasa menyiapkan kajian penulisan ilmiah ini dengan sempurna. Semasa
menjalankan kajian ini kami telah merujuk beberapa maklumat yang menyokong
kajian yang kami jalankan. Antaranya ialah definisi tentang kata ganda serta jenis-
jenis kata ganda yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah kajian daripada perpustakaan
banyak membantu kami dalam mencari dan mendapatkan maklumat yang digunakan
dalam kajian ini. Selain itu kajian juga melibatkan pencarian maklumat di laman
sesawang yang berkaitan tajuk .

6.1.2 Kajian Teks.

Kajian teks telah dijalankan oleh pengkaji untuk megumpul maklumat dari
Cerpen Puteri Duyung kayra Badrul Hisham.

6.1.3 Rujukan Internet

Rujukan daripada internet juga digunakan semasa menjalankan kajian ini.


Maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperolehi melalui internet dengan
memuat turun maklumat yang diperlukan kemudian data yang diperolehi dianalisis
semula sesuai dengan objektif kajian ini. Data yang dirujuk melalui internet adalah
seperti ciri-ciri setiap jenis kata ganda iaitu kata ganda semu, kata ganda penuh, kata
ganda separa dan kata ganda berentak. Dengan itu, rujukan daripada internet juga
banyak membantu kami dalam mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan secara
langsung kami dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna
6.2 Penganalisisan Data

Kaedah penganalisan data merupakan kaedah yang digunakan berdasarkan


data yang telah diolah dan dianalisis daripada bahan sedia ada. Kaedah pengaanalisan
data yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan rujukan buku.
7.0 DAPATAN KAJIAN

Kata gandaan merupakan satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah
kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau
seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada
bahagian-bahagian tertentu sahaja dalam perkataan tersebut. Dalam Bahasa melayu,
terdapat empat jenis kata ganda yang seringkali digunakan dalam penulisan Bahasa
melayu iaitu kata ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa dan juga kata
ganda berentak. Disamping itu, setiap jenis kata ganda yang digunakan mempunyai
ciri-ciri serta cara penggunaan yang berbeza dalam penulisan.

Oleh itu, analisis dapatan kajian dalam penulisan ilmiah ini adalah
berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Dalam bahagian ini, data yang
disampaikan dipersembahkan melalui dua bahagian iaitu bahagian pertama
menyatakan tentang penggunaan empat jenis kata ganda yang digunakan dalam
cerpen Puteri Duyung. Manakala bahagian kedua pula membincangkan tentang ciri-
ciri serta penggunaan keempat-empat jenis kata ganda yang telah dinyatakan dalam
bahagian pertama.
7.1 MENGENALPASTI DAN MENYENARAIKAN KATA GANDA YANG
TERDAPAT DALAM CERPEN PUTERI DUYUNG KARYA BADRUL
RISHAM.

i. Puteri-puteri

ii. Kadang-kadang

iii. Burung-burung

iv. Kanak-kanak

v. Lampu-lampu

vi. Pokok-pokok

vii. Buih-buih

viii. Jarang-jarang

ix. Bahagian-bahagian

x. Hampir-hampir

xi. Pisau-pisau

xii. Ragu-ragu

xiii. Masak-masak

xiv. Pusaran-pusaran

xv. Gadis-gadis

xvi. Benar-benar

xvii. Tiba-tiba

xviii. Beroleng-oleng

xix. Bersama-sama

xx. Bermain-main

xxi. Berenang-renang
xxii. Melihat-lihat

xxiii. Bersalam-salaman

xxiv. Bergulung-gulung

xxv. Sabung-menyabung

xxvi. Mengusap-usap

xxvii. Berjalan-jalan

xxviii. Memuji-muji

xxix. Selama-lamanya

xxx. Bersinar-sinar

xxxi. Berkata-kata

xxxii. Berkilau-kilauan

xxxiii. Sekali-sekala

xxxiv. Batu-bata
7.2 MENGUMPUL DAN MENGELASKAN KATA GANDA YANG TERDAPAT
DALAM CERPEN PUTERI DUYUNG.
Senarai di bawah adalah senarai kata ganda yang telas dikelaskan :

JENIS KATA GANDA SENARAI KATA GANDA


KATA GANDA PENUH Burung-burung
Benar-benar
Tiba-tiba
Puteri-puteri
Kadang-kadang
Kakak-kakak
Lampu-lampu
Pokok-pokok
Buih-buih
Jarang-jarang
Bahagian-bahagian
Hampir-hampir
Pisau-pisau
Ragu-ragu
Masak-masak
Pusaran-pusaran
Gadis-gadis
KATA GANDA SEPARA Bersama-sama
Bermain-main
Berenang-renang
Melihat-lihat
Bersalam-salaman
Bergulung-gulung
Sabung-menyabung
Mengusap-usap
Berjalan-jalan
Memuji-muji
Selama-lamanya
Bersinar-sinar
Berkata-kata
Berkilau-kilauan
KATA GANDA BERENTAK Sekali-sekala
Batu-bata
Beroleng-oleng
KATA GANDA SEMU
-
JENIS KATA GANDA KEKERAPAN PERATUSAN (%)
Kata Ganda Penuh 17 50%
Kata Ganda Separa 14 41%
Kata Ganda Berentak 3 2.4%
Kata Ganda Semu 0 0.00

Jadual kekerapan kata ganda.

PERATUSAN KATA GANDA

8.82%

50.00%
41.00%

Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak Kata Ganda Semu

Carta pai kekerapan penggunaan kata ganda.

Dalam carta pai di atas menunjukkan penggunaan kata ganda dalam Cerpen Puteri Duyung
karya Badrul Hisham. Kata ganda penuh paling banyak didapati dalam Cerpen Puteri Duyung
iaitu sebanyak 50%. Antara contoh kata tersebut ialah puteri-puteri, kadang-kadang,
Seterusnya, Kata ganda separa merupakan kata ganda kedua yang terbanyak didapati di
dalam Cerpen Puteri Duyung iaitu sebanyak 41%. Antara contoh kata ganda separa yang
digunakan ialah, berenang-renang, melihat-lihat. Tambahan lagi, kata ganda berentak
merupakan kata ganda ketiga yang paling banyak digunakan dalam Cerpen Puteri Duyung
iaitu sebanyak 8.82%. Antara kata ganda berentak yang digunakan dalam Cerpen Puteri
Duyung ialah lemah-lembut, batu-bata. Bagi kata ganda semu pula tiada dijumpai atau
didapati di dalam Cerpen tersebut
7.3 MENGANALISIS PENGGUNAAN DAN FUNGSI KATA GANDA DALAM
CERPEN PUTERI DUYUNG.

Terdapat banyak fungsi kata ganda dalam sesuatu cerpen antaranya ialah
menguatkan sesuatu ayat seperti yang terdapat dalam cerpen Puteri Duyung iaitu
hampir-hampir. Sebagai contoh ayat di dalam cerpen Puteri Duyung pada muka surat
27 “dia hampir-hampir berpatah balik.

Seterusnya, kata ganda juga berfungsi mengubah maksud ayat. Contohnya


masak kepada masak-masak. Contoh ayat dapat dilihat dalam cerpen Puteri Duyung
muka surat 28 “Fikirlah masak-masak, kata ahli sihir itu.

Selain itu, penggandaan sesuatu ayat juga berfungsi untuk menjelaskan


sesuatu yang lebih dari satu sebagai contoh pisau kepada pisau-pisau. Bukti dapat
dilihat dalam petikan yang terdapat dalam cerpen Puteri Duyung muka surat 31.
“Namun bagi puteri duyung sendiri setiap langkah itu seolah-olah berjalan di atas
pisau-pisau yang tajam.

Tambahan lagi, kata ganda juga berfungsi menjelaskan sifat sesuatu secara
total sebagai contoh ragu-ragu. Ayat ini dapat dilihat pada cerpen Puteri Duyung
muka surat 28. “ya, saya sanggup,”“Puteri duyung bongsu itu tidak ragu-ragu
menjawabnya apabila teringat akan putera itu.
8.0 RUMUSAN

Di akhir kajian ini, pengkaji berjaya mengenal pasti dan menyenaraikan Kata
ganda dalam cerpen Puteri Duyung. Antaranya ialah kata ganda penuh, kata ganda
separa dan kata ganda berentak namun pengkaji tidak mendapati sebarang
penggunaan kata ganda semu di dalam cerpen Puteri Duyung.

Berdasarkan hasil dapatan kajian Kata ganda penuh paling banyak didapati
dalam Cerpen Puteri Duyung iaitu sebanyak 50%. Antara contoh kata tersebut ialah
puteri-puteri, kadang-kadang, Seterusnya, Kata ganda separa merupakan kata ganda
kedua yang terbanyak didapati di dalam Cerpen Puteri Duyung iaitu sebanyak 41%.
Antara contoh kata ganda separa yang digunakan ialah, berenang-renang, melihat-
lihat. Tambahan lagi, kata ganda berentak merupakan kata ganda ketiga yang paling
banyak digunakan dalam Cerpen Puteri Duyung iaitu sebanyak 8.82%. Antara kata
ganda berentak yang digunakan dalam Cerpen Puteri Duyung ialah lemah-lembut,
batu-bata. Bagi kata ganda semu pula tiada dijumpai atau didapati di dalam Cerpen
tersebut.

Akhir sekali, antara fungsi kata ganda yang didapati di dalam cerpen Puteri
Duyung ialah menguatkan sesuatu ayat, mengubah maksud sesuatu ayat, menjelaskan
sesuatu yang lebih dari satu dan menjelaskan sifat sesuatu secara total.

.
9.0 PENUTUP

Dengan adanya kata ganda, pemulisan atau karya menjadi lebih baik dan lebih
menarik serta ianya lebih mudah untuk dihayati semasa membaca sesuatu karya.
Namun,penyalahgunaan kata ganda yang meluas dalam karya atau penulisan boleh
merosakkan keaslian Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, pengertian dan
pemahaman terhadap kata ganda dan penggunaannya dalam sesuatu karya atau
penulisan adalah amat penting bagi menjaga keaslian dan martabat Bahasa
Melayu.

Bagi menyempurnakan kajian ini, kami telah memberikan kerjasama yang


padu antara satu sama lain. Walaupun kami mengalami kekangan terutamanya dari
segi masa, namun kami tetap berusaha untuk menyiapkan kajian ini. Melalui kajian
ini, kami dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang fungsi dan makna kata ganda
yang sebelumnya kami tidak tahu maksud penggunaan kata ganda tersebut.

Akhir sekali, kami berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada
setiap pelajar yang merujuk kajian kami tentang morfologi iaitu fungsi kata ganda
dalam cerpen dan cara penggunaannya dengan tepat. Semoga terdapat pelajar yang
akan menyambung kajian kami tentang morfologi fungsi dan penggunaan kata ganda
dengan lebih mendalam. Kami juga berharap agar kajian kami ini dapat menambah
dokumentasi tentang morfologi fungsi kata ganda dan penggunaan kata ganda serta
dapat menambahkan lagi pemahaman pembaca mahupun pelajar tentang aspek yang
kami kaji.
BIBLIOGRAFI

Buku
Nik Safiah Karim, et al, 2008, Tatabahasa Dewan edisi ketiga, cetakan kedua, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Khair Mohd Nor, et al, 2008. Tatabahasa Edisi ketiga, Cetakan kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus
Kamus Dewan 2007 Edisi Keempat, Cetak kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Bahan internet
https://rujuknota.blogspot.com/2011/10/kata-ganda-dan-bentuk-kata-ganda.html

https://tatabahasabm.tripod.com/tata/kganda.htm

http://zakimohamad5435.blogspot.com/2011/12/kata-ganda-semu.html

http://zakimohamad5435.blogspot.com/2011/12/kata-ganda-separa.html

You might also like