You are on page 1of 12

2.

0 PENDAHULUAN
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih,
dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tentu sehingga menjadikannya ayat
baharu. Konstituen dalam ayat ialah klausa yang membezakan antara ayat-ayat yang
dicantumkan untuk menjadi ayat majmuk. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu
ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Asmah Hj
Omar (1973 : 58) mendefinisikan ayat majmuk sebagai klausa kompleks yang terbahagi
kepada dua iaitu klausa kompleks yang terbentuk daripada penggabungan dan pelapisan.
Beliau kemudiannya membahagikannya sebagai klausa kompleks tak setara dan klausa
kompleks setara.

3.0 ANALISIS RAJAH POHON


Berdasarkan jurnal yang saya pilih iaitu “Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif dalam
Bidang Sukan di Peringkat Universiti dan Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik”
oleh Mohd Samri bin Mohd Noor, saya telah berjaya mengenal pasti dan menganalisis
ayat majmuk seperti ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan dalam jurnal
tersebut.

1|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


4.0 AYAT MAJMUK GABUNGAN

1. Kajian ini membandingkan pencapaian akademik mahasiswa atlet dan bukan


atlet.

Rajah pohon 1 : Ayat majmuk gabungan

Ayat 1 : Kajian ini membandingkan pencapaian akademik mahasiswa atlet


Ayat 2 : Kajian ini membandingkan pencapaian akademik bukan atlet
Ayat 3 : Kajian ini membandingkan pencapaian akademik mahasiswa atlet dan
bukan atlet.
Kata hubung gabungan : dan

Berdasarkan rajah pohon tersebut, ayat ini terdiri daripada dua ayat tunggal. Ayat di atas
merupakan ayat penyata berbentuk ayat majmuk gabungan kerana dua ayat dasar yang
setara sifatnya telah dihubungkan dengan kata hubung gabungan dan menjadi satu ayat
majmuk gabungan yang lengkap. Konstituen ayat ini ialah susunan biasa. Ayat ini terbahagi
kepada dua ayat induk. Ayat induk yang pertama ialah kajian ini membandingkan
pencapaian akademik mahasiswa atlet manakala ayat kedua ialah kajian ini
membandingkan pencapaian akademik bukan atlet. Apabila kedua-dua ayat yang
digabungkan itu mempunyai unsur yang sama, maka bahagian yang sama akan digugurkan.
Ayat majmuk gabungan di atas mempunyai unsur subjek yang sama, maka terdapat
pengguguran bagi perkataan kajian ini membandingkan pencapaian akademik dalam ayat
1 dan dan ayat 2 iaitu frasa nama dalam subjek bagi kedua-dua ayat ini.

Ayat 1 digabungkan dengan ayat 2 untuk menghasilkan ayat 3. Pola ayat 1 ialah FN +
FK dan pola ayat 2 ialah FN + FK. Struktur binaan pola ayat di atas terdiri daripada frasa nama
sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat. Berdasarkan ayat 1 kajian ini merupakan

2|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


subjek yang tergolong dalam frasa nama iaitu kata nama dan ini merupakan kata tunjuk.
Predikat pula terdiri daripada frasa kerja yang mengandungi inti kata kerja iaitu
membandingkan dan kata nama iaitu pencapaian. Frasa mahasiswa atlet merupakan
penerang bagi objek pencapain. Manakala pada ayat 2 kajian ini merupakan subjek yang
tergolong dalam frasa nama, manakala predikat terdiri daripada frasa kerja. Berlaku proses
pengguguran dalam ayat induk kedua pada subjek iaitu ‘kajian ini’ dan predikat pula
membandingkan pencapaian akademik telah digugurkan kerana berlaku persamaan
dengan ayat induk pertama.

2. Pelajar lelaki dan perempuan dari lima buah fakulti.

Rajah pohon 2 : Ayat majmuk gabungan

Ayat 1 : Pelajar lelaki dari lima buah fakulti.

Ayat 2 : Pelajar perempuan dari lima buah fakulti.

Kata hubung gabungan : dan

Ayat majmuk di atas merupakan ayat majmuk gabungan. Konstituen ayat ini
ialah susunan biasa. Ayat 1 ialah pelajar lelaki dari lima buah fakulti manakala ayat
2 ialah pelajar perempuan dari lima buah fakulti. Subjek bagi ayat 1 ialah pelajar
lelaki yang merupakan frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa sendi iaitu
dari lima buah fakulti. Subjek bagi ayat 2 ialah pelajar perempuan yang merupakan
frasa nama iaitu pelajar inti dan perempuan adalah penerang kepada pelajar.
Manakala, predikatnya terdiri daripada frasa kerja iaitu dari lima buah fakulti. Pola
ayat bagi ayat 1 ialah FN+FS dan pola ayat bagi ayat 2 ialah FN+FS. Kata hubung
gabungan yang digunakan ialah kata hubung dan. Kedua-dua ayat ini pada asalnya
merupakan dua ayat tunggal dan kemudian digabungkan menjadi ayat majmuk

3|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


gabungan. Terdapat proses pengguguran yang berlaku di dalam ayat majmuk ini
dimana frasa nama sebagai subjek iaitu pelajar digugurkan daripada salah satu ayat
tunggal yang digabungkan. Selain itu, sebahagian daripada unsur predikat yang sama
juga mengalami proses pengguguran frasa sendi nama dari lima buah fakulti.

3. Mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Rajah pohon 3 : Ayat majmuk gabungan

Ayat 1:Mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti sukan


Ayat 2: Mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti rekreasi
Kata hubung gabungan : dan

Berdasarkan rajah pohon tersebut, ayat ini terdiri daripada dua ayat tunggal. Ayat di
atas merupakan ayat penyata berbentuk ayat majmuk gabungan kerana dua ayat
dasar yang setara sifatnya telah dihubungkan dengan kata hubung gabungan dan
menjadi satu ayat majmuk gabungan yang lengkap. Konstituen ayat ini ialah susunan
biasa. Ayat ini terbahagi kepada dua ayat induk. Ayat induk yang pertama ialah
mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti sukan manakala ayat kedua
ialah mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti rekreasi.

Apabila kedua-dua ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama,
maka bahagian yang sama akan digugurkan. Ayat majmuk gabungan di atas
mempunyai unsur subjek yang sama, maka terdapat pengguguran bagi frasa
mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti.

Pola ayat 1 ialah FN + FK dan pola ayat 2 juga FN + FK. Struktur binaan pola
ayat di atas terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai
predikat. Berdasarkan ayat 1, mahasiswa digalakkan merupakan subjek yang
tergolong dalam frasa nama iaitu kata nama dan digalakkkan merupakan kata kerja

4|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


transitif. Predikat pula terdiri daripada frasa kerja yang mengandungi inti kata kerja
iaitu bergiat,manakala aktif ialah kata adjektif, perkataan dalam ialah kata sendi
nama, bidang pula merujuk kepada kata nama dan sukan ialah kata nama. Frasa
bergiat aktif dalam bidang sukan merupakan penerang bagi perkataan digalakkan.

5.0 AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF

4. Kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali.

Rajah pohon 4 : Ayat majmuk relatif

Ayat 1 : Kajian ini bertepatan dengan hasil kajian


Ayat 2 : Kajian ini dijalankan oleh Mohd Razali
Kata hubung relatif : yang

Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan relatif. Konstituen bagi ayat di
atas ialah susunan biasa. Ayat induk ialah kajian ini bertepatan dengan hasil kajian
sementara ayat kecil pula ialah kajian ini dijalankan oleh Mohd Razali. Subjek bagi ayat
induk terdiri daripada frasa nama iaitu kajian ini. Kajian merupakan kata nama, ini pula
merujuk kepada kata nama tunjuk sementara juga merupakan kata nama tunjuk. Predikat
ayat induk terdiri daripada frasa kerja iaitu bertepatan dengan hasil kajian. Bertepatan
yang menjadi kata inti kepada frasa kerja ialah kata kerja transitif dan dengan merupakan
kata sendi nama manakala hasil dan kajian merupakan kata nama. Pola bagi ayat induk
ialah pola FN+FK. Subjek bagi ayat kecil terdiri daripada frasa nama iaitu kajian ini yang
telah digugurkan kerana telah berlaku pengulangan di ayat induk. Predikatnya terdiri
daripada frasa kerja iaitu dijalankan oleh Mohd Razali. Kata inti bagi frasa kerja ialah
kata kerja transitif iaitu dijalankan manakala perkataan oleh menjadi kata sendi dan kata
nama Mohd Razali menjadi penerang di dalam frasa ini.

5|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


5. Data ini diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden.

Rajah pohon 5 : Ayat majmuk relatif

Ayat 1 : Data ini dperoleh melalui soal selidik


Ayat 2 : data ini diedarkan kepada responden
Kata hubung relatif : yang

Berdasarkan rajah pohon ini, ayat ini merupakan jenis ayat penyata dan terdiri daripada dua
ayat tunggal. Selain itu, ayat ini dikategorikan sebagai susunan biasa dan merupakan ayat
majmuk pancangan jenis relatif kerana menggunakan kata relatif ‘yang’ bagi menggabungkan
ayat utama dan ayat kecil. Buktinya, ayat ini terbentuk daripada ayat utama iaitu data ini
diperoleh daripada melalui soal selidik dan ayat kecil iaitu data ini diedarkan kepada
responden. Apabila kedua-dua ayat digabungkan, ayat kecil dipacangkan ke dalam ayat
utama dan ungkapan data ini digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang.

Kemudian, pola ayat yang dihasilkan bagi kedua-dua ayat tunggal ini ialah FN+FK.
Bagi subjek untuk setiap ayat mempunyai frasa nama yang sama iaitu data ini. Data
merupakan kata nama dan ini menjadi kata nama tunjuk. Manakala predikat ayat 1 ialah
diperoleh melalui soal selidik. Diperoleh merupakan kata kerja tak transitif berpelengkap,
melalui menjadi kata kerja transitif dan menerima penyambut frasa nama soal selidik. Soal
menjadi inti dan selidik merupakan penerang kata kerja. Predikat bagi ayat kedua ialah
diedarkan kepada responden. Perkataan diedarkan menjadi kata kerja transitif dan
penyambutnya ialah kepada responden.

6|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


6.0 AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
6. Responden berpendapat bahawa penglibatan bidang sukan mereka tidak
menjejaskan.

Rajah pohon 6 : Ayat majmuk komplemen

1. Responden berpendapat
2. bahawa bidang sukan mereka tidak menjejaskan

Kata hubung komplemen : bahawa

Menurut Safiah Karim et. al. (2002), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya
disertai beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk
menandakan hubungan berkenaan. Contoh kata komplemen ialah bahawa dan
untuk. Oleh itu, ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan komplemen. Ayat di
atas juga dikategorikan sebagai susunan biasa.

Pola bagi klausa bebas ialah FN + FK. Kata nama dalam frasa nama ialah
responden dan kata nama dalam frasa kerja ialah berpendapat. Manakala klausa
komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen bahawa dan terdiri daripada pola
ayat FN + FK. Subjek terdiri daripada frasa penglibatan bidang sukan mereka
Penglibatan, bidang dan sukan merupakan kata nama dalam frasa nama manakala
perkataan mereka merupakan kata ganti nama diri ketiga dalam frasa frasa nama.
Predikat pula terdiri daripada frasa kerja tidak menjejaskan. Tidak merupakan kata
nafi dan menjejaskan menjadi kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Dalam contoh
di atas, ayat 2 telah dipancangkan ke dalam ayat 1 sebagai pelengkap kata kerja
transitif dalam ayat berkenaan. Hubungan sedemikian dinamai hubungan komplemen.

7|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


7. Masyarakat percaya bahawa penglibatan dalam sukan menjejaskan prestasi
pelajaran.

Rajah pohon 7 : Ayat majmuk komplemen

Ayat 1 : Masyarakat percaya (sesuatu)


Ayat 2 : Penglibatan dalam sukan menjejaskan prestasi pelajaran
Kata hubung komplemen : bahawa

Berdasarkan rajah pohon ini, ayat ini merupakan jenis ayat penyata dan terdiri daripada dua
ayat tunggal. Selain itu, ayat ini dikategorikan sebagai susunan biasa dan merupakan ayat
majmuk pancangan jenis komplemen kerana menghubungkan dua ayat yang berbeza
menggunakan kata komplemen ‘bahawa’. Contohnya, ayat ini tediri daripada ayat 1 (ayat
induk) iaitu Masyarakat percaya sesuatu dan ayat 2 (ayat komplemen) pula iaitu
penglibatan dalam sukan menjejaskan prestasi pelajaran. Apabila ayat-ayat ini
dipancangkan menggunakan kata hubung komplemen ‘bahawa’, maka ayat yang terhasil
akan menjadi Masyarakat percaya bahawa penglibatan dalam sukan menjejaskan
prestasi pelajaran.

Subjek bagi ayat 1 terdiri daripada frasa nama iaitu masyarakat. Predikatnya pula terdiri
daripada frasa kerja iaitu percaya sesuatu. Kata inti bagi frasa kerja ini ialah kata kerja tak
transitif percaya. Pola ayat bagi ayat 2 ialah pola FN+FK. Subjek bagi ayat 2 terdiri daripada
frasa nama iaitu penglibatan dalam sukan. Penglibatan merupakan kata nama, dalam pula
ialah kata sendi dan sukan kata nama. Predikatnya pula terdiri daripada frasa kerja iaitu
menjejaskan prestasi pelajaran. Kata inti bagi frasa kerja ini ialah kata kerja transitif
menjejaskan manakala prestasi dan pelajaran merupakan kata nama. Pola bagi ayat 2 ialah
pola FN+FK. Kata hubung pancangan komplemen yang digunakan ialah bahawa. Ayat 1
dipancangkan ke dalam ayat kecil dan mengalami proses pengguguran predikat di mana
sesuatu digugurkan daripada ayat induk.

8|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


8. Kaedah peratusan diguna pakai untuk mengukur setiap item soalan.

Rajah pohon 8 : Ayat majmuk komplemen

1. Kaedah peratusan diguna pakai


2. Kaedah peratusan mengukur setiap item soalan
Kata hubung komplemen : untuk

Berdasarkan rajah pohon, ayat ini terdiri daripada dua ayat tunggal. Ayat di atas
merupakan ayat penyata berbentuk ayat majmuk komplemen kerana dua ayat dasar
yang setara sifatnya telah dilengkapkan dengan kata hubung komplemen untuk
menjadi satu ayat majmuk komplemen yang lengkap.. Ayat ini terbahagi kepada satu
ayat induk dan satu ayat komplemen. Ayat induk yang pertama ialah kaedah
peratusan diguna pakai manakala ayat komplemen ialah kaedah peratusan
mengukur setiap soalan.

Pola ayat bagi ayat pertama ialah FN + FK, manakala pola ayat kedua ialah
FN + FK. Subjek bagi ayat pertama ialah kaedah peratusan yang terdiri daripada
frasa nama. Predikat pula terdiri daripada frasa kerja iaitu diguna dan pakai. Pola ayat
kedua FN +FK. Subjek bagi ayat kedua ialah kaedah peratusan dan telah digugurkan
kerana berlaku pengulangan pada ayat 1. Seterusnya, predikat bagi ayat kedua ialah
mengukur setiap item soalan yang terdiri daripada frasa kerja. Mengukur
merupakan kata kerja, setiap adalah kata bilangan, manakala item dan soalan adalah
kata nama.

9|LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU


9. Program ini dipilih kerana ia dapat memudahkan penganalisaan data.

Rajah pohon 9 : Ayat majmuk keterngan

Ayat induk : Program ini

Ayat kecil : Dipilih kerana ia dapat memudahkan penganalisaan data

Kata hubung pancangan keteragan : kerana

Berdasarkan rajah pohon tersebut, ayat ini terdiri daripada ayat induk dan satu ayat kecil. Ayat
di atas merupakan ayat penyata berbentuk ayat majmuk keterangan kerana telah
dihubungkan dengan kata hubung keterangan kerana dan menjadi satu ayat majmuk
keterangan yang lengkap.

Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat induk ialah
program ini sementara ayat kecil pula ialah dipilih kerana ia dapat memudahkan
penganalisaan data. Subjek bagi ayat induk terdiri daripada frasa nama iaitu program ini.
Program merupakan kata nama dan ini ialah kata nama tunjuk. Predikatnya pula terdiri
daripada frasa kerja iaitu dipilih kerana ia dapat memudahkan penganalisaan data. Kata
inti bagi frasa kerja ini ialah kata kerja transitif pasif dipilih. Kata hubung pancangan
keterangan yang digunakan ialah kerana. Oleh itu, ayat kecil menjadi penerang kepada ayat
induk. Perkataan ia menjadi kata ganti nama, dapat dan memudahkan pula ialah kata kata
kerja, manakala penganalisaan dan data ialah kata nama.

10 | L I N G U I S T I K T E R A P A N B A H A S A M E L A Y U
10. Borang soal selidik disesuaikan supaya mudah difahami

Rajah pohon 10 : Ayat majmuk keterangan

Klausa utama : Borang soal selidik disesuaikan

Klausa kecil : mudah difahami

Kata hubung keterangan : supaya

Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan keterangan kerana menggunakan


kata hubung supaya. Ayat di atas dikategorikan sebagai susunan biasa. Dalam klausa utama,
konstituen borang soal selidik disesuaikan merupakan klausa bebas. Pola ayat bagi klausa
bebas ialah FN + FK. Subjek bagi klausa utama ialah borang soal selidik. Borang menjadi
kata nama, soal pula kata kata kerja transitif dan selidik menjadi kata nama. Predikat bagi
klausa bebas ialah disesuaikan merupakan kata kerja transitif.

Klausa utama ini mengandungi satu klausa lain iaitu, mudah difahami. Klausa kecil
mudah difahami menjadi penerang kepada klausa utama. Mudah merupakan kata adjektif
manakala difahami ialah kata kerja transitif tak berpelengkap.

11 | L I N G U I S T I K T E R A P A N B A H A S A M E L A Y U
7.0 RUJUKAN

Arockiamary A/P Savarimuthu, 1992. Ayat Majmuk dalam Sejarah Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sintaksis, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd

Goay Teck Chong, Chpp Say Tee, Teks Pra-u STPM Bahasa Malaysia, (2008),

Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2011.

Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Samri (2010). Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif dalam Bidang Sukan di Peringkat
Universiti dan Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi
Malaysia Skudai. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/540/1/MohdSamriMohd2006_Penglibatanmahasiswasecaraaktifdalam.
pdf

12 | L I N G U I S T I K T E R A P A N B A H A S A M E L A Y U

You might also like