You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, perkembangan masyarakat yang pesat hari
ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Perubahan
ini telah menyebabkan sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri.
Sastera yang dahulunya menjadi hak milik bersama kini telah berubah menjadi kegiatan
yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta.

2.0 Konsep dan Definisi Sastera

Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa


maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala
penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan
pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6).
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa.
Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.
Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang
bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar
Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak
intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Kesusasteraan ialah
satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Siti Hajar Abdul Aziz (2011)
dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada
perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. sastera dari
segi makna bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Menurut kamus,
kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi
yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni
karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. Secara
umumnya, kategori sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden.

Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Antara genre
prosa tradisional ialah sastera rakya, sastera zaman peralihhan dan cerita berbingkai.

1
Manakala puisi tradisional terdiri daripada pantun, syair, peribahasa, teromba, gurindam,
nazam dan seloka. Manakala, bagi kategori sastera moden ialah cerpen, novel dan
drama, Bagi puisi moden pula ialah sajak.

3.0 Definisi Gurindam

Iladam (2003), mendefinisikan gurindam sebagai sebah wacana yang mengandung


kalimat berirama. Isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Kamus
Dewan (1994), menyatakan gurindam ialah sejenis puisi terdiri daripada dua baris, berisi
dengan berbagai-bagai pengajaran. Sultan Takdir Alisjahbana (1971), menyatakan
gurindam ialah nasihat, pengajaran yang mengandungi kebenaran.

4.0 Ciri-ciri Gurindam


Gurindam mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Terdapat dua jenis gurindam iaitu
gurindam terikat dan tidak terikat. Bentuk jenis gurindam terikat mempunyai dua baris
serangkap serta mengandungi tiga atau empat patah perkataan dengan skema rima
a,a. Gurindam tergolong dalam golongan puisi bebas. Oleh itu, jumlah baris,
perkataan, dan juga suku kata dalam setiap baris tidak ditetapkan. Manakala, bentuk
gurindam tidak terikat pula jumlah suku kata dalam sebaris dan jumlah perkataan
serta sekam rima yang tidak tetap. Gurindam mempunyai dua baris serangkap
berirama (a-a). Baris pertama adalah syarat dan baris kedua adalah jawab atau
akibat. Setiap baris mempunyai jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah
perkataan. Ada kalanya gurindam juga mengandungi ciri-ciri puisi lama seperti
aliterasi dan asonansi dalam baris gurindam. Akhir sekali, gurindam mengandung
pemikiran atau pernyataan yang serius terutama dalam memberi pengajaran,
nasihat, ppedoman dan panduan hidup.

2
5.0 FUNGSI-FUNGSI GURINDAM
Fungsi gurindam adalah untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Selain itu, gurindam
juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan
kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani
hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli
masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal. Menurut Harun Mat Piah (1989),
berpendapat, dengan contoh-contoh gurindam yang amat terbatas, amat sukar untuk
membincangkan percakupan isi, fungsi dan penyebarannya dalam masyarakat dan
kesusasteraan Melayu. Oleh itu, sebahagiaan besar penganalisis gurindam tertumpu
kepada Gurindam Dua Belas oleh Raja Ali Haji. Walau bagaimanapun secara
kesuluruhannya gurindam berperanan sebagai alat untu menyampaikan pengajaran, iaitu
menunjukkan jalan hidup yang sempurna. Dalam Gurindam Dua Belas membuktikan
pelbagai aspek pengajaran yang membimbing manusia untuk mencapai taraf
kesempurnaan atau insanul-kamil. Antaranya ialah beragama, memelihara anggota dan
hati, menghormati ibu bapa dan orang tua serta berbuat jasa dan sebagainya.

6.0 FALSAFAH GURINDAM

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:406), falsafah ialah pengetahuan


tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar-dasar ilmu
lain. Manakala, menurut Mohd. Rashid Md Idrid et.al (2014:16) falsafah bermaksud cinta
kepada ilmu dan kebenaran. Falsafah gurindam boleh dilihat melalui beberapa aspek
seperti agama, politik, sosial dan percintaan. Falsafah gurindam juga boleh dilihat melalui
pemikiran oleh Raja Ali Haji dari aspek isi dan mesej yang disampaikan berdasarkan
Gurindam Dua Belas.

3
6.1 Falsafah Gurindam Dua Belas

Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji yang termasyhur.
Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau, Indonesia.
Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan
antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya serta hidup bermasyarakat. Salah satu tujuan
terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati dan menghormati ibu
bapa. mengenali atau mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita
akan bangsanya.

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,


Lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik
semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. Cara
kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial
kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa melambangkan

4
bangsa, bangsa melambangkan budaya”. Dari bangsa seseorang kita akan kenali
bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. Begitu juga dengan
cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin
tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak
diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu. menyentuh
tentang pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak
mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan
atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, anak-
anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah lakunya
agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur buluh dari
rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku dan peribadi
seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki.

5
Ini Gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,


Tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji.

Seterusnya, kajian falsafah tentang fasal kedua. Raja Ali Haji menggunakan bahasa
yang sopan untuk menegur tanpa menyinggung sensitiviti seseorang. Penulis
menggunakan ayat yang indah, ringkas dan menarik, bagi memudahkan pembaca atau
pendengar memahami perkara yang ingin disampaikan. Raja Ali Haji juga menyatakan
bahawa Allah itu wujud. Oleh itu, penulis mahu kita berasa segan dan takut untuk
melakukan dosa. Beliau juga menekankan tentang rukun Islam seperti solat menjadi tiang
agama. Seterusnya, menunaikan zakat serta menunaikan haji bagi yang mampu. Oleh
itu, jelaslah bahawa dalam pasal kedua yang terkandung dalam Gurindam 12 ini, penulis
menyentuh hal berkaitan agama Islam dan disebarkan sebagai pesanan kepada
masyarakat dalam bentuk gurindam.

6
7.0 KESIMPULAN

Gurindam telah menjadi nadi kehidupan masyarakat zaman Melayu pada zaman
dahulu. Mereka menggunakan gurindam sebagai hiburan dan sebagai alat mendidik.
Gurindam 12 karya Raja Ali Haji adalah salah satu naskah Nusantara yang sangat
bernilai kepada masyarakat. Kumpulan gurindam ini merupakan salah satu bentuk
penyebaran ilmu oleh Raja Ali Haji. Melalui gurindam Raja Ali Haji kita dapat melihat
struktur ayat yang gramatis dan sangat tersusun. Beliau juga telah menerapkan falsafah
beliau di dalam gurindam tersebut. Beliau juga menyentuh tentang bimbingan moral
yang berkaitan agama pada melalui karyanya ini. Tanpa meningggalkan keindahannya
sebagai karya sastera, Gurindam 12 memberikan ajaran dan nasihat tentang ibadah,
kewajiban raja, kewajiban anak, kewajiban orang tua, budi pekerti, dan hidup
bermasyarakat yang dapat dijadikan pedoman hidup semua golongan dalam
masyarakat. Gurindam Dua Belas merupakan pusaka bangsa Melayu yang perlu
dilestarikan. Naskah Gurindam Dua Belas mencirikan kebudayaan bangsa Melayu yang
sangat memegang teguh nilai-nilai agama, nilai moral, nilai keindahan, dan nilai
kebenaran dan keyakinan. Oleh itu, keadaan ini menunjukkan keteguhan nilai ini sudah
dipesan atau disampaikan sejak beratus tahun yang lalu. walaupun nilai-nilai tersebut
sudah mulai pudar bahkan mulai hilang dari diri bangsa Melayu, keadaan ini merupakan
kewajiban kita bersama untuk terus saling mengingatkan jika ada kesalahan yang
dilakukan oleh anggota masyarakat yang lain.

7
8.0 RUJUKAN

Ahmad, K. (1997). Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan
Bahasa dan Pustaka

Ali, A. (2009). Kesusasteraan Melayu dalam Bandingan dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awang, H. (1984). Seuntai mutiara klasik. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mansor, A. (2012). Akal Budi Melayu Dalam Pantun Dan Sajak . Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mat Piah, H. (1998). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sariyan, A. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd.

http://aimiejensurah.blogspot.my/2015/05/gurindam-12-cikgu-nurul.html

8
9.0 LAMPIRAN

Lakaran wajah Raja Ali Haji

9
10

You might also like