You are on page 1of 23

Tugasan 1: Menulis Esei (25%)

1.0 Pengenalan

Nik Safiah Karim & Shahidah Hashim (2019) mengatakan bahawa sintaksis
merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan proses
pembinaan ayat. Frasa dan klausa ialah unsur yang wujud dalam ayat dan saling
berkait rapat dalam bahasa Melayu. Berdasarkan video ‘Betul-Betul Kaya vs
Berlagak Kaya’, terdapat beberapa jenis frasa dan klausa yang dapat dianalisis
dalam video tersebut.

2.0 Frasa

Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2015), ‘frasa’ didefinisikan sebagai


sesuatu kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa dalam bahasa
Melayu. Frasa juga merupakan satu kata atau lebih yang boleh bertugas sebagai
subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, 2017). Tatabahasa Dewan (2015) menegaskan bahawa frasa
dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama.

2.1 Frasa Nama

Frasa nama merujuk kepada frasa yang intinya terdiri daripada kata nama, kata
nama terbitan atau kata ganti nama (Nik Safiah Karim & Shahidah Hashim, 2019).
Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan
perkataan dan intinya merupakan kata nama. Bagi frasa nama yang terbentuk
daripada sederetan perkataan, terdapat dua jenis hubungan antara perkataan
tersebut. Jenis pertama merupakan frasa yang mengandungi satu perkataan sahaja
yang menjadi inti bagi seluruh frasa manakala perkataan lain merupakan
penerangan kepadanya. Jenis kedua pula ialah frasa yang terdiri daripada dua inti.
Inti merupakan unsur yang diberi tumpuan dari segi makna dan merupakan isi
terpenting bagi seluruh frasa manakala penerang merupakan unsur yang
menerangkan inti supaya maknanya lebih jelas (Nik Safiah Karim et. al., 2015).

1
Jadual 1 dan 2 merupakan hasil analisis tentang frasa nama yang terdapat dalam
video tersebut.

Frasa Nama
Inti Penerang
1. hari ini
2. kedai gambar
3. perkara yang mudah
Jadual 1: Frasa nama binaan inti + penerang

Frasa Nama
Inti Inti
4. Dato dan Datin
5. kasih sayang
Jadual 2: Frasa nama binaan inti + inti

Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2015), terdapat peraturan tertentu dalam
pembinaan frasa nama yang dikenali sebagai Peraturan D-M (Hukum D-M).
Peraturan ini menerangkan unsur yang diterangkan perlu hadir pada kedudukan
pertama manakala unsur menerangkan perlu hadir pada kedudukan kedua, iaitu
selepas unsur yang diterangkan. Jadual 3 berikut merupakan contohnya daripada
video:

Frasa Nama
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
6. orang putih
7. kereta mewah
Jadual 3: Hukum D-M

2.2 Frasa Kerja

Nik Safiah Karim et. al. (2015) mengatakan bahawa frasa kerja boleh terbentuk

2
daripada satu perkataan sahaja atau lebih dan intinya merupakan kata kerja. Kata
kerja pula dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tidak
transitif. Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang perlu diikuti oleh objek untuk
melengkapkan makna yang hendak disampaikan sementara kata kerja tak transitif
merupakan kata kerja yang sempurna maknanya apabila berdiri sendiri dan tidak
memerlukan objek di belakang untuk melengkapkan makna. Dengan ini, frasa kerja
dirumuskan kepada dua jenis, iaitu frasa kerja yang mengandungi objek dan frasa
kerja yang tidak mengandungi objek. Jadual 4 telah mencatatkan frasa kerja yang
mengandungi objek sementara Jadual 5 merupakan contoh frasa kerja yang tidak
mengandungi objek yang digunakan dalam video tersebut.

Ayat Frasa Kerja yang Mengandungi Objek


Kata Kerja Objek
8. Contoh-contoh bila you tunjuk -membuka -ruang
kekayaan, you membuka ruang untuk
orang plan.
9. Kita sedang mengusahakan stesen -mengusahakan -Stesen TV
TV sendiri.
Jadual 4: Frasa kerja yang mengandungi objek

Frasa Kerja yang Tidak Mengandungi


Ayat Objek
Kata Kerja Penerang
10. Kita kahwin. -kahwin
11. Berkongsi dengan penonton, -berkongsi -dengan penonton
kehidupan ini berbeza-beza.
Jadual 5: Frasa kerja yang tidak mengandungi objek

2.3 Frasa Adjektif

Frasa adjektif merujuk kepada susunan satu atau beberapa perkataan yang satu
daripadanya terdiri daripada kata adjektif dan kata sifat yang merupakan inti bagi
seluruh frasa (Asmah Haji Omar, 2008). Menurut Nik Safiah Karim & Shahidah
Hashim (2019), binaan frasa adjektif dapat dilihat dari tiga sudut utama, iaitu jumlah

3
perkataan dalam frasa, kata penguat dan kata bantu. Berdasarkan Rajah 6 di bawah,
jumlah perkataan perkataan dicabang kepada dua jenis, iaitu binaan satu perkataan
yang terdiri daripada satu kata adjektif dan jenis kedua merupakan binaan dua
perkataan yang terdiri daripada sama ada binaan kata adjektif diikuti kata adjektif
atau kata adjektif diikuti kata nama. Dari segi kata penguat dalam frasa adjektif pula,
terdapat tiga jenis kata penguat, antaranya ialah kata penguat hadapan yang hadir di
depan kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir di belakang kata adjektif dan
kata penguat bebas yang bebas kedudukannya sama ada di depan atau belakang
kata adjektif. Bagi kata bantu dalam frasa adjektif pula, terdapat ada yang boleh
hadir sebelum atau selepas kata penguat untuk membentuk frasa adjektif. Jadual 6
merupakan hasil frasa adjektif selapas analisis video tersebut.

Frasa
Adjektif

Jumlah Kata
perkataan penguat Kata bantu

Binaan satu Kata penguat Sebelum kata


perkataan hadapan penguat

Binaan dua Kata penguat Selepas kata


perkataan belakang penguat

Kata penguat
bebas

Rajah 6: Frasa Adjektif

Frasa Adjektif
Kata Penguat
Penguat hadapan Frasa Adjektif Penguat Belakang
12.paling penting
13.paling banyak
14. betul sekali
Jadual 7: Frasa Adjektif

4
2.4 Frasa Sendi Nama

Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim (2019) mengatakan frasa sendi nama
merupakan binaan ayat yang terhasil daripada satu kata sendi nama dan satu frasa
nama yang melengkapkan kata sendi nama itu. Frasa sendi nama dibahagikan
kepada empat jenis, iaitu:

i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama


ii) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
iii) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
iv) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

Contoh frasa sendi nama yang terdapat dalam video telah dicatatkan di Jadual
berikut:
Ayat Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Frasa Nama Frasa


Nama Keterangan
15.Kita sekarang banyak dengan sosial media
terpengaruh dengan sosial media.
16. Bagaimana Dato dan Datin ke tahap ini
sehingga sampai ke tahap ini?
17. Kami bawakan dua tetamu yang kepada anda
cukup istimewa kepada anda.
Frasa Sendi Nama
Kata Kata Frasa Frasa
Sendi Arah Nama Keterangan
Ayat
Nama
18. Selalu kita nampak orang yang ke atas itu
sampai ke atas itu, lobang-lobang
jatuh, tenggelam dan timbul orang
tak tahu.
19. Kalau posing di depan pasu, di depan pasu
pokok bunga sebelah, dekat hotel,

5
confirm sponsor!
Jadual 8: Frasa Sendi Nama

3.0 Klausa

Klausa merupakan unsur ayat yang paling besar dan berpotensi besar menjadi
sesuatu ayat tunggal (Asmah Haji Omar, 2008). Menurut Sulaiman Masri dan Ahmad
Khair Mohd Nor (2008), klausa adalah sama seperti ayat, tetapi klausa merupakan
ayat yang terikat kepada ayat yang lain. Klausa boleh dibahagikan kepada subjek
dan predikat apabila klausa tersebut mengandungi rangkai kata yang boleh
dibahagikan kepada inti dan penerang. Klausa tidak mempunyai intonasi
pengucapan yang sempurna walaupun mempunyai satu cerita utama. Klausa
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Perbezaan
antara dua jenis ini ialah klausa bebas ataupun dikenali sebagai klausa utama boleh
berdiri sendiri kerana mempunyai subjek dan predikat disertai oleh makna yang
lengkap dan boleh difahami sementara klausa tidak bebas atau klausa terikat tidak
boleh berdiri sendiri kerana tidak membawa maksud yang lengkap dan merupakan
kesinambungan kepada klausa utama.

Contoh:
20. sebenarnya hari ini kita juga bertuah (kerana kita ada tetamu yang cukup-cukup
Klausa bebas
istimewa yang susah dan jarang-jarang dapat di WHI bersama dengan anda
Klausa terikat
semua penonton).

21. kita kadang-kadang tengok orang kaya macam dia relaks tapi (kepalanya pening
Klausa bebas Klausa
macam-macam).
terikat

4.0 Penutup

Kesimpulannya, frasa dan klausa adalah saling melengkapi dan berperanan


penting dalam pembentukan ayat. Frasa nama berfungsi sebagai subjek atau
prediket manakala frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama berperanan untuk

6
menerangkan apa yang berlaku pada subjek. Bagi klausa pula, peranannya adalah
menjadi konstituen kepada sesuatu ayat. Daripada video “Betul-betul Kaya vs
Berlagak Kaya”, kita dapat simpulkan bahawa frasa dan klausa adalah sering
digunakan dalam pertuturan atau penulisan seharian. Oleh itu, penguasaan terhadap
ilmu pembinaan ayat seperti frasa dan klausa adalah sangat penting bagi
memartabatkan bahasa Melayu yang baku dan betul dan mewariskannya kepada
generasi yang akan datang.

5.0 Bibliografi:

Asmah Haji Omar, 2008, Ensiklopedia Bahasa Melayu, Selangor Darul Ehsan,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Hajah Noresah bt. Baharom, 2015, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim & Shahidah Hashim, 2019, Bahasa Melayu Semester 2, Shah
Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd..

7
Nik Safiah Karim et. al., 2015, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017, diakses
daripada http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=frasa

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2008, Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna Edisi Baharu, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd.

8
6.0 Lampiran:

Lampiran 1
Asmah Haji Omar, 2008,
Ensiklopedia Bahasa Melayu,
Selangor Darul Ehsan,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Lampiran 2
Hajah Noresah bt. Baharom, 2015,
Kamus Dewan Edisi Keempat,
Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lampiran 3
Nik Safiah Karim & Shahidah Hashim, 2019,
Bahasa Melayu Semester 2,
Shah Alam,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lampiran 4
Nik Safiah Karim et. al., 2015,
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lampiran 5
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2008,
Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi
Baharu,
Kuala Lumpur,
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Lampiran 6: Skrip Video Betul-betul Kaya vs Berlagak Kaya

Pengacara : Wanita Hari Ini dan saya kira pasti kamu anda semua penonton
ternanti-nanti apakah topik yang bakal kita terbawakan pada hari ini dan
sebenarnya hari ini kita juga bertuah kerana kita ada tetamu yang cukup-cukup
istimewa yang susah dan jarang-jarang dapat di WHI bersama dengan anda
semua penonton. Hari ini kita nak bincangkan topik Betul-betul Kaya vs Berlagak
Kata. Ini juga antara masalah yang saya kira sering ataupun telah membara
dalam kalangan masyarakat kita. Yang betul-betul kaya tak ada masalah tapi
bagaimana pula yang tak ada tetapi berkelakuan semacam-macam ada
sehinggakan sanggup berhutang dan menyebabkan diri sendiri mengalami
pelbagai masalah. Betul-betul Kaya vs Berlagak Kaya hari ini, kami bawakan
dua tetamu yang cukup istimewa kepada anda, penonton-penonton wanita hari
ini kita bersama dengan Datin Emilia Rusmaidah. Apa khabar, datin?

Datin: Thank you.

Dato: Apa khabar, assalamualaikum

Pengacara: Waalaikumusalam dan juga Dato A.C. Apa khabar, dato ?

Dato: Khabar baik, alhamdullilah.

Pengacara: Ok! Kalau kita cakap tentang kaya ini, saya kira dah ramai dalam
kalangan kita ada definisi yang berbeza-beza tentang kaya.

Dato: Betul.

Pengacara: Tapi definisi kaya yang secara ringkasnya apakah yang selalu orang
kata adalah kaya ini kita nilai sebanyak mana duit yang dia ada dalam bank. Itu
kaya.

Dato: Itu normal. Itu perkara normal.

Pengacara: Tak cukup duit dia kata miskin.

Dato: Ya.
Pengacara: Manusia kita selalu meletakkan sebegitu. Tapi bagi dato dengan datin, ia
ini kalau cakap tentang kaya ini, apa yang dato bayangkan akan dato faham
begitu dengan juga datin.

Dato: Kita sebenarnya kaya daripada pelbagai. Kita kayakan kasih saying. That’s
why kalau kata tengok macam daripada media sosial kita orang especially my
wife selalu berhubung dengan family dan sebagainya. Hanya sekarang ini
benda-benda isu apabila dipaparkan di sosial media sebenarnya orang
terlampau mengambil benda ini terlalu negatif sebenarnya saya nak tanya pula,
ok sekarang bila last kali you ambil gambar you pergi kedai gambar you develop
lepas itu letak dalam album?

Pengacara: Oh, bertahun rasanya.

Dato: Hahaha. Memang taka da kan?

Pengacara: 10 tahun tak ada.

Dato: So, sebenarnya sosial media ini ke, Facebook ke, Twitter merupakan album
kita zaman ini. This is our era. So, apa yang kita paparkan sebenarnya adalah
tentang apa yang kita ada dan sebagainya macam tadi cakap jugalah tak ada
korang kata kalau kaya sambil berhutang semua tak baguslah. Tapi ada dua
benda…

Pengacara: Tapi zaman sekarang memang macam macam itu kan?

Datin: Betul, because bila kadang-kadang references orang ini pakai handbag maca
mini dia pun nak rasa, itu yang sanggup berhutang, apa bayar ansuran yang
sampai menyeksa diri.

Dato: Macam kita orang, kita orang kata memadai, tapi dengan apa yang kita, orang
kata tak salah nak reward diri sendiri kan? Tapi kena tengok kemampuan
kitalah.

Pengacara: Tapi mungkin ramai juga dalam kalangan penonton tak faham bergelar
seorang celebriti dan juga usahawan sebagai seperti mana dato dan datin juga
meniti pelbagai fasa dalam kehidupan.
Dato: Betul, yes!

Pengacara: Maksudnya untuk ada seperti hari ini untuk memakai pakaian yang
berjenama, memiliki kereta mewah, mungkin padahal ini bukan satu fasa yang
singkat. Dato dan datin melalui pelbagai fasa, orang kata masa kita tak ada, kita
taka da. Bila ada, kita gunakan dengan sebaik mungkin. Mungkin dato nak
komen?

Dato: Betul. Sememangnya sampai sekarang pun saya dah 28 tahun dalam industri.
Apa sahaja yang saya beli saya pentingkan untuk kalau boleh untuk pakai show
dulu, lepas tu baru pakai untuk kerja. Tapi yang bahaya sekarang ini, ada
masalah yang timbul sekarang ini kebanyakan mereka kita tidak menyalahkan
pada mereka menunjukkan kaya dan ataupun ada. Bagi saya itu hak
masing-masing. Hanya bahayanya adalah zaman sekarang ini ekonomi is not so
good, alright. Orang sentiasa memerhati dan ini membuka peluang untuk orang
memikirkan tentang jenayah. Contohnya, macam you terlampau menunjuk pasal
rumah, ini sebenarnya kita tak menunjukkan rumah kita dan sebagainya
because kalau tunjuk you akan membuat orang…

(Ada orang telefon dato…)


Dato: Bila selalu kita tak ada buat kerja, tak ada telefon, hehehehe. So busylah busy
kadang-kadang jual gandum. So you akan menjadi target orang, you jangan
tunjuk kemewahan-kemewahan macam bagi saya lah, berani buat berani
tanggung. Ada yang juga saya kata itu lagi, saya nak tunjukkan orang cakap t
entang kaya kasih sayang.

Pengacara: Betul.

Dato: Ok, memang boleh you tunjuk dengan family, tetapi jangan sampai mengaitkan
family ataupun anak-anak you. You faham tak? You boleh tunjuk, sebab apa
pasal followers you tunjuklah dia ini bergadub dengan ini ini. Is not good. Is not
good. Sebab apa? Benda-benda ini semua adalah sosial media itu papar
kepada orang. Yalah,Terpulang kepada orang. Ataupun dia orang nak tengok
ataupun tidak. Tak nak tengok, unfollow. Kalau nak tengok, tengok. But, contoh-
contoh bila you tunjuk kekayaan, you membuka ruang untuk orang plan. Tahu dah
kalau orang kata macam sekarang dah popular, memanglah orang tak kacau you,
tapi kalau besok dah tak popular sikit, orang culik anak you? Orang rompak anak
you? So you… (Datin: Orang dah tahu dah mana bilik, mana dapur because bila
expose kat sosial media, orang kat luar dah tahu dah mana-mana orang kata
pelusut dalam rumah itu, semua dah tahu kan?) (Pengacara: Dia boleh tengok,
dia boleh melukis balik lah tu kan?) (Dato & Datin: Ye) Cerita dari sini, kalau you
(Datin: Selfie tu takut sebenarnya.) Ye. Kalau you betul-betul kaya, tak apa its
ok, rompaklah apa tetapi masalahnya bila orang yang berlakon nak jadi kaya, duduk
sebelah Ferari orang. Contoh macam-macam kereta dia duduk sebelah
Rostruck kereta dia, satu hari besok kalau orang target you, orang rompak you,
rupanyalah takde apa untuk rompak, rumah teres semuanya kan? Hehehehehe.
Dah kene dengan perompak. You kene fikir benda itu, implikasi dia sebab apa
kebanyakkan orang yang tunjak kekayaan, contohnya macam Hollywood
sebagainya semua. They have bodyguards. (Datin: Betul) Dia orang ada yang
menjaga orang, macam kita ini berlagak-lagak. (Datin: Bukan satu dua
bodyguard dia) bukan satu dua. Orang candlelight, ko nak candlelight. Padahal
kau kat rumah pakai pelita lampu kalimantan. So bila kena apa-apa, dia
membuka ruang kepada orang. So berhati-hati. Bagi saya, berani buat berani
tanggung. Kita bukan melarang, kita seronok tengok ini kan? Tapi berani buat
berani tanggung. (Pengacara: Inilah masalah kita ini kalau yang tak kaya tetapi
berlagak kaya, ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan ada juga pepatah
lama yang mengatakan biar apa-apa asal bergaya. Itu juga mungkin tak boleh.

Pengacara: Yang ini kita nak ceritakan sebentar lagi tapi apa kata kita dengarkan
dahulu pendapat orang ramai tentang topik pada hari ini. Silakan.

Orang 1: Dua-dua pun ada. Lelaki ada, perempuan pun ada, 50% 50%, tetapi
berdasarkan individu juga sebabnya suka berlagak kaya. ini adalah attitude dan
kita tak boleh nak gender biaslah sama ada lelaki paling banyak ke ataupun
perempuan paling banyak. Orang-orang kaya ini kebanyakannya merendah diri,
dia tahu dia mampu beli apa saja.

Orang 2: Bagi saya, sesetengah lelaki kalau dia orang suka, macam mana, macam
tunjuk dia ini ada kereta yang mewah, rumah mewah untuk mengurat
perempuan sedangkan kereta mewah tapi duit tak ada dalam poket.

Orang 3: Kita nampak dia macam orang kayalah, mewahlah, pakai branded apa
semua bila nak apa showoff kawan, apa semua kan, nak makan pun tuk belanja.
Orang 4: Perempuan pun ada yang berlagak kaya. Sebab dia nak nampak bagus di
depan di kalangan kawan-kawan dia kan? So, ramai-ramai dialah yang up
sekali. Kalau macam itu, orang yang betul-betul kaya ini kita tahu apa yang dia
pakai tu memang betul. Dia tak cakap pun, tak perlupun dia nak cakap kat orang
sekelilingnya, kan?

Orang 5: So ada setengah orang tu dia nak berlagak kaya, dia nak dihormati, nak
dihargai, semuanya dia takde, dia nothing. Orang yang kaya ini selalu saya
tengoklah dia humble, dan dia tidak menunjuk. Sebab apa? Mungkin kadang dia
takut orang tahu dia kaya ataupun dia takut orang pinjam duit dengannya ke
kan?

Pengacara: Ada macam-macam pendapat daripada (Dato: Takut oramg pinjam duit
daripadanya) Itu betul juga, tapi kang-kadang dalam kalangan kita ini tak
berkemampuan, tetapi kita nak transformasi masa, nak ikut kawan-kawan, kita
sanggup berhutang, bukan sahaja berhutang dengan keluarga, kawan-kawan
tetapi ada yang terpaksa juga terhutang dengan pemimjam yang berlesen kan?
(Dato: Yeahhhhh) Itu juga menimbulkan masalah juga nanti.

Dato: Betul. Sebenarnya, bahaya ini sebab kesedaran perlu ada, macam kita cakap
tadi. Sebab apa? Kita sekarang banyak terpengaruh dengan sosial media,
alright? Dan sosial media tidak salah, hanya orang yang mengguna itu
salahgunakan. Ok. Ramai yang tengok tak faham dengan kesushan orang
kaya ini. Sebenarnya, orang kaya ini lagi susah. Sebab pekerja dia banyak,
hutang lagi banyak dan sebagainya. So, kita kadang-kadang tengok orang
kaya macam dia relaks tapi kepalanya pening macam-macam. Tapi macam
orang yang berlagak-lagak kaya dia ini, masalahnya dia nak merasakan,
contohnya dia itu dihormati dan sebagainya. No, its wrong! Sebab apa? You
boleh menipu orang sekali-sekala lah, tapi bila tahu banyak sangat, you dalam
posting, kata macam satu hari esok, sebenarnya bukan, you are fake then you
punya reputasi terus down.

Datin: Tapi sebenarnya keinginan.

Pengacara: Betul.
Datin: Kan? Bila orang kata pengaruh sosial media lah, bila kita tengok orang pakai
beg ini, kita nak pakai beg ini; bila orang nak pakai kereta ini, tapi kadang-
kadang kita benda ini kita tak boleh cakap kan?

Dato: Yes!

Datin: Sebab kadang-kadang orang kata nafsu kan? Tapi dia orang tak boleh nak
control sendiri, itu yang start berhutang, bayar ansur- ansur, dia jerat diri sendiri.

Dato: So, bagi saya kalau nak benda itu, tidak ada masalah. Usaha! Work Hard!

Datin: Ikut kemampuan sendiri.

Dato: Yes!

Pengacara: Usaha keras dan juga ikut kemampuan sendiri, itu yang adanya pepatah
kata ukur baju di bada sendiri.

Datin: Betul!

Dato: Yes!

Pengacara: Maksudnya kita bahagikan dengan cara kita mengikut keadaan di


sekeliling kita. Kalau kita meminati seorang celebriti ataupun artis mungkin ada
yang artis atau celebriti itu mengikut kemampuan mereka sendiri.

Dato: Betul!

Pengacara: Tapi tak boleh lah kita nak mengidolakan artis tersebut sampai nak ikut
apa yang dipakai, apa dibeli.

Dato: Sebab kadang-kadang pakaian semua itu sponsor. Nak promote barang. Kita
kenaf aha benda tu. Kita kena faham sebab orang dalam sosial media ini
kadang-kadang dia hanya nampakkan luaran, tidak menyelidik di sebaliknya.
The reality of the particular situation sebagai dia. Kadang-kadang, orang tak
faham kadang-kadang bila ada artis-artis pakai contohnya pakai dengan pakaian
macam ini, you kena tengok kalau pakaiannya dipakai hari-harian, contoh
shopping dengan anak-beranak sebagai then pakaian itu dia. Kalau posing di
depan pasu, pokok bunga sebelah, dekat hotel, confirm sponsor! Confirm
sponsor! So, you kena faham benda itu. And then especially kereta, especially
kereta, kalau tengok macam kereta, orang kata tengok artis ini lah beli kereta
dekat belakang Yuscar.

Dato: Itu dia tolong…

Pengacara: Dia tolong promote.

Datin: Lagi satu dia nak convincekan orang dia berjaya.

Pengacara: Dato dan Datin mungkin kamu boleh kongsikan dengan penonton,
kadang-kadang kita ini kehidupan sebenar, apa yang ditulis dan apa yang
dikongsi sesame soaial itu tidak semestinya benar.

Dato: Ya…sokong

Pengacara: Bagaimana Dato dan Datin sehingga sampai ke tahap ini? Dato dan
Datin mendaki…selalu kita nampak orang yang sampai ke atas situ, lobang-
lobang jatuh, tenggelam dan timbul orang tak tahu la…

Datin: 17 tahun ye? Kita kahwin. Pada awal-awal kita start macam mana, kita build
up sampai 17 tahun, orang nampak sekarang, kadang-kadang tu, you faham
daripada awal kita kahwin selama 17 tahun tu, masih kita susah tu, keinginan
kita nak beli ni ni ni…

Dato: Waktu datin mengandung first time tu, baju mengandung pun tak ada, nak
makan Kentucky pun tak mampu. So, waktu saya mula-mula kahwin dengan
Datin waktu tu…waktu anak pertama…7 bulan duit dalam account saya hanya
250 Ringgit. Ini cerita betul, bukan main-main. Bila beranak saya taka da duit…
tapi dia tak cakap apa-apa. Dia dah 12 jam angkat tangan saya cakap tak pe la
bi. Itu pun beranak di Ipoh kerana tak mampu, ok tak pe bi pergi operate. Sampai
malam tu tidur kat atas katil pun memikir macam mana nak bayar. I don’t have
money…I really don’t have money. So, alhamdulilah, ada kawan-kawan dari Ipoh,
terima kasih Bai, kerana tolong saya, this is honest…nama dia Bai di Ipoh, dia
tolong saya bagi duit dan saya bayar nanti. Sekarang apa yang orang tak
Nampak apa kita buat, kita mula berniaga daripada jual sticker kereta.

Datin: Kesusahan itu yang membuat kita ni tak bomgkak, tak riak, teringin nak jadi
kaya, kita usaha, we work 7 days a week without fail until now.

Dato: Kita ada produk Wander Street kita…kita berniaga sebagai penjual sticker
kereta sampai sekarang ini, kita sedang mengusahakan stesen TV sendiri.

Datin: Tapi bagusnya kita sentiasa beringat. Sebab dulu kita susah, so kita buat
apa-apa pun tak overspend, kita fikir because kita tak nak susah macam dulu,
kita banyak beringat la dan membuat kita ni tak sombong tak bongkak.

Pengacara: Ok, ini saya suka apa yang dikatakan oleh Dato dan Datin. Maksudnya,
sebelum sampai ke tahap hari ini telah melalui fasa kesusahan dan daripada
fasa kesusahan tu, timbul keinginan ketika itu memang tidak kata. Alhamdulilah
sekarang mempunyai rezeki yang melimpah ruah dan alhamdulilah…kaya.
(ketawa)

Pengacara: Maksudnya kaya itu dari segi kasih sayangnya, keserdehanaan dan
kemampuannya. Tapi kalau kita cakap dari segi ini…berkongsi dengan
penonton, kehidupan ini berbeza-beza. Kita ada keinginan dan kita ada nafsu,
tetapi bagaimana kita mengendalikan keadaan keinginan kita itu.

Datin: Saya sebenarnya, duit itu nombor kedua la…Sebenarnya, saya lebih
pentingkan kebahagiaan, itu yang paling penting, suami dan kebahagiaan
anak-anak…itu yang membuatkan saya, jika taka de duit pun tak pe, pentingnya
dia sayang saya, anak-anak happy.

Pengacara: Kalau kita lihat dari Dato dan Datin ketika fasa pertama perkahwinan,
250 ringgit, itu bukan satu perkara yang mudah, saya rasa penonton kita juga
pernah melalui fasa yang sama. Itu yang kita kata, kekayaan itu subjektif kan, bukan
setakat kebendaan, pakaian mahal, kereta mewah, rumah yang besar, tetapi
bagaimana Dato dan Datin sentiasa ada bersama? Kebersamaan itu.

Dato : Sebab saling percaya-mempercayai dalam dunia perniagaan dialah partner


saya, kalau dalam bisnes artis dia manager saya dan bagi saya, dengan
sentiasa ada Bersama kita tahu kadang-kadang kita faham ada suami yang
bekerja isteri duduk rumah. Kadang-kadang isteri tak faham suami balik penat,
suami tak faham isteri bekerja rumah pun penat. So benda ni kefahaman itu juga
satu kekayaan juga. Sebab apa bagi saya bila ada pemahaman itu barulah hala
tuju keluarga itu dapat ditentukan. Dan paling penting sekali ialah kita mesti ada
moto kehidupan. Jangan tak ada moto kehidupan dan jangan takut untuk
berusaha jadi kaya. Tidak salah untuk jadi kaya, Yang salah ada orang tidak
berusaha. Macam saya, saya ikat pada rule lagi. Satu hari langit akan cerah, dan
that is my moto.

Pengacara: Saya suka nak ambil yang dato katakan tadi. Kita kena usaha. Tak salah
kita ingin nak jadi kaya, usaha dan satu hari nanti langit akan jadi cerah. Orang
kata ada cahaya di hujung terowong.

Datin: Dan lagi satu angan-angan tahu, kena ada dream tu, kena ada.

Pengacara: Orang putih tu kata subconcius mind. Seakan-akan kita berdoakan. Kita
nak kembali Bersama dato dan datin selepas ini tapi kita Bersama dengan encik
Saiful Bahari Bin othman di talian kita kini. Assalamalaikum apa khabar encik
Saiful?

Datin : Oh terputus-putus dia berputus di situ. Tak bayar prepaid pulak.

Pengacara: Ok kita cakap tentang keinginan nak kaya. Semua orang ada keinginan.
Dulu-dulu kita kata mak jenin, angan-angan mak jenin. Tapi kalau angan-angan
itu kita gandingkan dengan usaha, ini yang kita dapat kejayaan nanti.

Dato: Betul. Keinginan mesti ada, impian mesti ada. Dulu saya waktu saya susah
dulu saya cakap biy one day esok kita akan ada rumah besar dan sebagainya.
So apa saya buat ialah letak gambar-gambar kereta yang saya suka, saya letak di
cermin, so setiap hari bila siap saya sentiasa kata one day…

Datin: Then lagi satu, masa kita susah, every weekend kita pergi kedai second hand
kereta. Pergi tengok kereta. Tengok je untuk puaskan hati, puaskan mata.

Dato: Tapi artislah macam contoh macam tanya kereta ni, tak saya tak suka color ni
tapi kita sentiasa pergi tengok. That is us. kita sentiasa ada impian. motivasi dan
satu hari untuk allah makburkan permintaan kita. Apa yang kita tengok tu kita
dapat.

Pengacara: Ok dato ketika melalui fasa kesusahan dahulu, dato pun melihat
bagaimana datin setia di samping dato. Ketika itu ada tak dato pernah janjikan
apa-apa. Insyaallah sayang kalau I ada rezeki nanti you nak butik ni I beli butik
ni, you nak butik tu I beli butik itu.

Dato: You know yang paling menyeksakan saya adalah waktu beliau berkahwin
dengan saya, beliau bukannya orang biasa. Beliau juga dah berlakon filem she’s
a filem star. Dia berlakon drama lagi banyak dari saya. Dia popular. Saya terus
terang.

Pengacara: Saya potong gambar datin dulu letak dalam buku

Dato: Sama. Saya potong letak dalam dompet. So pengorbanan dia selepas kahwin.
Dia cakap, biy saya tak nak berlakon, saya nak jadi manager u. it’s okay. Fine.
Saya nak cakap dia takpe takpe, satu hari senang besok, apa u nak, u cakap je!
Apa I mampu I tak kisah. I cakap terus terang dengan dia, I cakap dengan my
wife I cakap duit semua u jaga. I paling penting duit minyak kereta sahaja. Until
sekarang, saya tak tahu apa dalam akaun saya semua, semua saya serah pada
dia.

Pengacara: Tapi itu memang betul. Kalau kita tak ikut dengan isteri, rezeki suami
akan lebih murah.

Datin: Tapi isteri kena jujurlah.

Dato: Jangan cakap beli handbag beli tali rupanya beli satu butik.

Pengacara: Ok kita Bersama dengan Encik Shaifful dalam talian. Encik Shaifful?

En. Shaifful: Ye hello assalamalaikum

Pengacara: Cik Shaifful kita Bersama dengan dato ac dengan datin amelia hari ini.

En Shaifful: Ok apa khabar dato ac dengan datin amelia?


Dato: Baik, nanti kita buat whatsapp group ye

Pengacara: baik cik shaifful kalau kita cakap tentang betul-betul kaya vs berlagak
kaya ni, apa antara rumusan atau kesimpulan yang boleh kita kongsikan kepada
penonton kita untuk kita beri pemahaman bahawa kaya itu bukan sekadar wang
ringgit, tai kaya itu mungkin dapat disulam dengan kasih sayang dengan
kesederhanaan, bagaimana kita memahami erti kekayaan itu sendiri.

En Shaifful: Ye betul. Terima kasih banyak fizah.

Encik Shaifful: Topik hari ini menarik, “ Yang Betul-betul Kaya atau Berlagak Kaya”.
Betul tidak eh?

Pengacara: Ya, betul.

En. Shaifful: Ok , baik. Saya nak simpulkan sedikit sahaja bahawa Talib al-Makki di
kitab menyatakan bahawa antara penyakit hati adalah yang pertama sombong
yang kedua riak. So, orang yang merasakan bahawa dirinya kaya tetapi padahal
dia tak kaya pun. Dia sinonimlah ataupun sama seperti seolah-olah seseorang
yang riak dengan apa yang dia tak ada pun sebenarnya. Dia tak ada apa-apa
pun, tak milik apa-apa pun, tetapi dia cuma berlagak untuk mengadakan perkara
tersebut yang akhirnya, yang natijahnya, dia akan memborokkan atau
mengelapkan laluan di hadapan nanti. Ok, baik. Yang soalan kedua yang
berkaitan sebenarnya tak semestinya kekayaan dan sebagainya, kurang murah
hati dan sebagainya. Betul tidak eh?

Pengacara: Ya

En. Shaifful: So, yang terbaiknya, yang terbaiknya ialah toleransi dan persefahaman
itu penting sebab kalau saya yakin saya percaya. Tengok kepada pengalaman
Dato tak teka Datin sendiri pun, saya rasa dia tidak concrete benda tu

Dato: No

En. Shaifful: So, dia menjahitkan kesusahan yang follows follows sepenuhnya
kepada Datin. So, dalam erti kata lain, dalam erti kata lain tidak.
Dato: Ok.
En. Shaifful: Sebenarnya sebenarnya orang yang berlagak kaya padahal tidak kaya
pun, tetapi dia berlagak kaya menunjukkan kekayaan dan sebagainya tersebut
adalah manusia atau orang-orang yang telah disebut, yang telah disebut dalam
al-Quran. Saya petik daripada surah al-Quran, ayat 37. Tuhan menyatakan
bahawa janganlah engkau berjalan di atas muka bumi dengan sombong kerana
tersebutnya engkau tidak dapat menembus bumi dan tidak mampu untuk
menjulang tebing gunung mana sekalipun. Maksudnya dengan orang kaya,
walaupun dengan kekayaan yang ada, tak perlu tunjuk apatah lagi dengan orang
yang miskin, dengan tidak ada kekayaan apatah lagi untuk dia menduduk
rencong.

Pengacara: Ok, baiklah saya kira satu konklusi yang cukup lengkap, padat daripada
Encik Shaiful. Saya terima kasih banyak Encik Shaifful atas perkongsian
tersebut.

Dato: Betul sangat, Encik Shaifful betul. Yes, it’s true, betul sebab kita jangan adakan
apa yang tidak ada. Kita gunakan apa yang kita ada, tapi tak salah untuk
berangan, tapi berangan itu perlu disulam dengan usaha.

Pengacara: Ok, tak salah untuk berangan. Berangan itu perlu disulam usaha. Itu
konklusi daripada Dato dan juga Datin. Kita cakap terima kasih banyak-banyak
pada Dato dan Datin atas perkongsian.

Dato: Tak ada makan-makan ke apa.

Pengacara: Ada kat luar nanti.

Dato: Macam rasa laparlah. Masa saya bungkus pun tak ada.

Pengacara: Ok, itu bungkus sekejap lagi ikat kat tepi kat luar. Sekali lagi terima kasih
untuk Dato dan juga Datin di atas perkongsian tersebut. Semoga apa yang
dikongsikan hari ini dapat sama-sama dijadikan manfaat rupa-rupanya untuk diri
saya sendiri dan juga anda, penonton-penonton wanita hari ini.

You might also like