You are on page 1of 2

1. Jelaskan konsep pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

(5 markah)
2. Rancang pengajaran anda yang menerapkan
(i) pergerakan lokomotor dan
(ii) bukan lokomotor. (20 markah)

1. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada


pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan
oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan
tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan
beredar. Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan
tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan
yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan
lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi
buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah
pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar.
Contohnya melambung, membaling, menggolek (seperti menggunakan bola) dan
menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang).

2. i) Pergerakan lokomotor

Murid akan dibagikan kepada dua kumpulan, Ketua dari kedua-dua kumpulan
akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh
gelanggang. Kemudian, kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di
depan, dan mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.  Penjaga akan menjaga
kawasannya semoga pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
Penempuh akan menempuh hingga melepasi garisan paling final tanpa disentuh
oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai
apabila murid telah melepasi garisan paling final melepasi garisan permulaan dan
berjaya memberikan tiga contoh kata adjektif. Dan permainan diteruskan sehingga
ada pemain yang ingin berhenti.

ii) Pergerakan bukan lokomotor


Dua orang murid duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Setiap kali
murid telah masuk buah ke lubang rumah sendiri, dia harus memberikan contoh
kata majmuk, barulah dia boleh sambung masukkan buah lain ke lubung
kampung. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing.
Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak, iaitu dia yang telah
memberikan lebih banyak contoh perkataan. Sekiranya jumlah buah congkak
sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira
kalah.

You might also like