You are on page 1of 23

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

SIFAT BAHASA
Definisi bahasa dan linguistik Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik Bahagian bahasa

SIFAT BAHASA
Struktur Bahasa

Bahasa merupakan suatu sistem yang mengandungi pola simbol-simbol bunyi yang arbitrari. Bahasa yang menjadi bahan kajian ahli bahasa adalah satu sistem yang teratur yakni satu pola susunan bunyibunyi atau percantuman bunyi-bunyi yang teratur.

Penentuan pola bahasa merupakan aspek yang terpenting dalam linguistik. Tiap-tiap bentuk ucapan tertakluk kepada aturan mengenai susunan pola ini. Tugas seorang ahli bahasa adalah untuk mencari, meneroka dan mengkaji aturan-aturan yang dimaksudkan itu.

Tiap-tiap unit dalam sesuatu bahasa itu mempunyai sifat-sifat kedudukannya di dalam pola, satu tempat yang berbeza dengan tempat atau kedudukan unit-unit lain.
Kedudukan unit-unit di dalam struktur atau pola boleh diketahui dengan cara meneliti a. Unit-unit atau item-item yang berlaku dalam rentetan dengannya dan b. Unit-unit yang boleh saling berganti

Struktur bahasa boleh diketahui melalui hubungan sintagmatik dan hubungan paradigmatik unit-unit itu di dalam struktur.

Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik

Bagi memahami maksud kedua-dua konsep di atas, adalah lebih baik jika maksud penyebaran difahami terlebih dahulu. Penyebaran suatu unit linguistik yang berlaku dalam bahasa dan penyebaran itu pula memperlihatkan suatu hubungan dengan unit yang lain mengikut konteksnya.

Hubungan unit linguistik ini berlaku secara sistematik dan terhad pula kejadiannya. Penentuan pola bahasa merupakan aspek yang terpenting dalam linguistik kerana tiap-tiap bentuk ucapan itu dengan sendirinya tertakluk kepada aturan mengenai susunan pola.

Dalam kajian bahasa terdapat dua jenis hubungan, iaitu paradigmatik dan sintagmatik. Sesuatu unit linguistik itu dikatakan boleh memasuki kedua-dua jenis hubungan itu. Dengan menyelidik kedua-duanya bagi sesuatu jenis unsur, kita akan dapat mengetahui penyebaran unsur itu, iaitu kedudukannya dalam pola sesuatu bahasa.

Kedua-dua jenis hubungan ini dapat dijelaskan melalui contoh berikut: saya kaya. Oleh sebab / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks ( di tempat) yang sama dalam suatu struktur, maka unit linguistik ini dikatakan berada pada hubungan paradigmatik.

Kedua-dua unsur ini sefungsi kerana berada di tempat yang sama dalam struktur bahasa. Manakala unsur / s / dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik dengan / a /, / y / dam / a /.

Hubungan paradigmatik dan sintagmatik bukan sahaja dapat diperlihatkan pada peringkat perkataan, malah pada semua peringkat penghuraian linguistik misalnya, rangkai kata sebuah buku.
Kata buku berada pada hubungan sintagmatik dengan kata sebuah. Jika dibandingkan dengan rangkai kata sebuah kereta, dan sebuah rumah pula, kata buku tadi berada pada hubungan paradigmatik dengan kereta dan rumah.

Begitu jugalah jika kita mengkaji hubungan tersebut dalam kejadian ayat. Dia makan roti dan Dia makan nasi.
Dapatkah anda jelaskan hubungan paradigmatik dan sintagmatik yang berlaku? Dengan melihat hubungan tersebut tentu kita dapat menjelaskan sistem dan struktur bahasa Melayu.

Kata yang mempunyai hubungan secara menegak disebut sebagai hubungan paradigmatik manakala hubungan secara mendatar disebut sebagai hubungan sintagmatik.

Amin

mengambil

seliter segelen sebotol secawan segelas air

Berdasarkan ayat Amin mengambil segelas air, perkataan segelas mempunyai hubungan paradigmatik dengan secawan, sebotol, segelen dan seliter. Sementara perkataan segelas mempunyai hubungan sintagmatik dengan kata nama Amin, air dan kata

Fonologi
Antara bunyi /r/, /k/, /b/, /m/, dan /d/ yang terdapat pada perkataan rata, kata, bata, mata, dan data.

Morfologi
Hubungan paradigmatik pada tataran morfologi dapat dilihat pada contoh perfiks me- di-, pe-, dan te- yang terdapat pada katakata merawat, dirawat, pesawat, dan terawat.

Sintaksis
Hubungan paradigmatik pada sintaksis dapat dilihat pada, Contoh: Ahmad membaca buku Kucing melawan ayam

Bahagian Bahasa: Pengucapan dan Isi

Bahasa manusia adalah satu sistem perhubungan utama yang bergantung kepada kebolehan manusia untuk membentuk dan menggunakan simbol.

Dengan simbol dimaksudkan sebagai satuan struktur yang mengandungi dua bahagian iaitu a. satu rentetan bunyi atau bunyi-bunyi yang diterima oleh telinga dan b. makna atau fikiran yang terkandung di dalam otak manusia.

Kedua-duanya berkaitan antara satu sama lain oleh apa yang dipanggil proses asosiasi (perhubungan). Dalam Bahasa Melayu, rentetan bunyi [rusa] pada satu bahagian adalah berkaitan dengan maknanya pada bahagian yang lain, dan tiap-tiap satu bahagian itu berkaitan dengan bahagian yang lain bagi menghasilkan simbol.

Beberapa istilah telah diberikan bagi menentukan kedua-dua bahagian simbol (sign) itu iaitu signifiant atau bentuk pengucapan untuk bahagian yang kedengaran, dan signifie, isi atau makna atau fikiran untuk bahagian yang tidak mudah difahami.
Bahasa bertindak melalui dua bahagian iaitu a. bunyibunyi bahasa yang biasanya diistilahkan sebagai expression dan b. buah fikiran, situasi sosial atau makna

Perkaitan di antara bentuk pengucapan (expression) dan makna (content) dalam apa segi sekalipun adalah arbitrari dan konvensional kewujudannya.

SEKIAN

MOHD NOR HAMZAH IPG KAMPUS PERLIS

You might also like