You are on page 1of 2

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Robert Lado (1964) mendefinisikan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada
bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mentakrifkan proses membaca sebagai satu
bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.
Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca
mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang
dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut.

Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca
yang boleh digunakan oleh para guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan
prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara
kaedah yang kerap digunakan oleh para guru bahasa ialah kaedah abjad, kaedah fonetik,
kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.

Oleh itu, pada tugasan individu kali ini saya akan membanding beza tiga kaedah
membaca serta mengulas mengenai ketiga-tiga kaedah tersebut secara ringkas.
Penutup

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah
lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui
pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu
memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam
pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca
memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada
lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza
daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara
serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan
dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Konklusinya, setiap kaedah membaca mempunyai kelebihan dan kelemahan yang


tersendiri. Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah bijak untuk menggunakan kaedah
membaca yang sesuai bagi mengajar anak-anak kemahiran membaca.

You might also like