You are on page 1of 18

FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU
BMMB 3013
SOALAN
Dengan merujuk kepada artikel, anda dikehendaki menganalisis
dari aspek:

7.1 Penggunaan pelbagai jenis ayat.


7.2 Kata Terbitan
7.3 Kata Terbitan Pinjaman
7.4 Cara-cara untuk meningkatkan penggunaan dan penguasaan
sebutan baku dan
kemahiran lisan dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
7.5 Cadangkan aktiviti-aktiviti untuk meningkat kemahiran
mendengar kepada pelajar-
pelajar.
ARTIKEL

BANTU PENDIDIKAN NEGARA, JANGAN ASYIK KRITIK

Kita kini berada pada 2020 - tahun di mana satu ketika dahulu wawasan negara ditetapkan bagi mencapai status
negara maju sepenuhnya.

Dizahirkan Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada 1991, Wawasan 2020
meletakkan status negara maju bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi politik, sosial, kerohanian, psikologi,
serta perpaduan nasional.

Teras kepada keupayaan negara mencapai Wawasan 2020 adalah melalui pendidikan berterusan, seperti aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan pada 1988 dan ditambah baik menjadi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) pada 1993.

Bagi merealisasikan FPK, Kurikulum Baharu Sekolah Rendah dilaksanakan sejak 1982 diubah kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Penyemakan semula kurikulum penting bagi memastikan ia relevan
merentas masa.

Konsep bersepadu menjadi asas kurikulum supaya pengetahuan, kemahiran dan nilai diintegrasi dalam pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya ada kesepaduan.
KBSR ini menggabung jalin kemahiran dalam penyerapan ilmu dan nilai diterapkan secara berterusan dalam PdP.
Hasil kesepaduan teori dan praktis ini memberi peluang kepada murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup
seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan
memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

Transformasi kurikulum dan pelaksanaan dalam sistem pendidikan negara sentiasa mengambil kira perkembangan
sains dan teknologi dunia serta keperluan pada masa akan datang.

Ketika berlaku ledakan teknologi maklumat sekitar 1990-an melalui internet, Kementerian Pendidikan mengorak
langkah melaksanakan inisiatif Sekolah Bestari atau The Smart School Initiative, satu institusi pembelajaran yang
direkayasa secara sistematik dalam amalan PdP dan pengurusan bagi menyediakan murid berfungsi dengan jaya
ketika era teknologi maklumat.

Inisiatif ini juga satu daripada program flagship Multimedia Super Corridor (MSC) yang dilaksanakan kerajaan bagi
memacu objektif Wawasan 2020 dan membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan, berkemahiran dan
mempunyai nilai tinggi, berdasarkan acuan kita sendiri.

Perkembangan teknologi dunia yang begitu pesat selepas 2000, menuntut sistem pendidikan negara bergerak lebih
pantas agar murid lebih bersedia mendepani ketidaktentuan masa hadapan.

Misi nasional pada waktu itu memberi penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’
sebagai pendekatan utama bagi negara melonjak ke status negara maju.
.
Kerajaan menetapkan lima teras utama untuk menjayakan misi nasional ini dan peranan pendidikan amat penting
terutama bagi Teras 2 iaitu - Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas
pertama’.

Selaras misi ini dan perubahan dunia, dalam fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai Wawasan 2020, kementerian
melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013–2025.

Jelas usaha dijalankan Kementerian Pendidikan seiring visi kerajaan dan selaras perubahan berlaku pada peringkat
global. Namun, kita perlu menerima hakikat pelaksanaan inisiatif pendidikan ini berdepan pelbagai cabaran yang
menjejaskan pencapaian seperti dihasratkan.

Kesan paling ketara apabila sistem pendidikan negara ditanda aras dengan pentaksiran antarabangsa seperti Programme
for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).
Malaysia tidak berada dalam kelompok satu pertiga teratas negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.

Kementerian Pendidikan dengan telus menyatakan dalam naskhah PPPM 2013-2025 sebab berlaku fenomena ini dan
menggariskan pelan strategik untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Tidak cukup dengan itu, pemantauan pelaksanaan inisiatif di bawah PPPM 2013–2025 juga dilaporkan secara tekal
melalui Laporan Tahunan PPPM setiap tahun sejak 2013.
Justeru, sebelum ada dalam kalangan kita lantang mengkritik ‘kepincangan’ dalam sistem pendidikan negara,
selidik dahulu latar belakang dan usaha dilakukan mereka yang bertungkus-lumus memastikan anak warganegara
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Benar, sistem pendidikan kita belum sempurna, tetapi mengkritik tanpa mengetahui fakta akan menjejaskan
kredibiliti kita sebagai sebuah negara, kerana pendidikan adalah tulang belakang sebuah negara yang berdaulat.

Tidak adil membandingkan Malaysia dengan negara yang sememangnya jauh di hadapan dalam pentaksiran
antarabangsa.

Letakkan Malaysia dalam kalangan negara yang memberikan peruntukan pendidikan hampir sama dan lihat sendiri
di mana prestasi negara kita.

Sistem pendidikan kita sedang melalui proses transformasi dan kajian dijalankan McKinsey and Co menunjukkan
70 peratus program transformasi berskala besar melalui kegagalan kerana pelaksanaan yang kurang berkesan.

Justeru jangan begitu gemar mengkritik, tetapi bersama-samalah kita memberikan sumbangan positif demi
memastikan anak warganegara Malaysia dapat menyumbang untuk kemakmuran negara.

- Penulis adalah Pengarah Kolej Genies Isan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS
AYAT DARI 1. ARTIKEL YANG
AYAT PENYATA
DICARI
CONTOH AYAT : :
1. Konsep bersepadu menjadi asas kurikulum supaya pengetahuan, kemahiran dan nilai

diintegrasi dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2. KBSR ini menggabung jalin kemahiran dalam penyerapan ilmu dan nilai diterapkan secara

berterusan dalam PdP.

3. Transformasi kurikulum dan pelaksanaan dalam sistem pendidikan negara sentiasa

mengambil kira perkembangan sains dan teknologi dunia serta keperluan pada masa akan
KATA TERBITAN DALAM
ARTIKEL YANG DIKAJI
A) KATA TERBITAN BERAWALAN
 Awalan kata kerja
Contoh :
1) men : mencapai,menyumbang
2) beR : bertukar,bergerak , berlaku, berkomunikasi
3) mem : memberi,memperoleh,membina
4) me : memupuk,melonjak,memacu ,menuntut , menerima
5) meng- : mengambil , mengkritik , mendapat
6) di : ditambah, ditanda
B) KATA TERBITAN BERAPITAN

 Apitan kata nama


Contoh :
1) per-….-an : perkembangan
2) pem-….-an : pembelajaran , pembangunan ,pemantauan
3) pe-…..-an : pelaksanaan
4) pen-….-an : penyemakan,penyerapan
5) pel…..-an : pelajaran
6) peR….-an : pergaulan , perubahan
7) peng-…-an : pengurusan
 Apitan Kata Kerja

Contoh :

1) mem-….-kan : membuatkan, membolehkan, membabitkan, membatalkan,membangunkan,


memberikan
2) me-…..-kan : meletakkan, membentangkan , memastikan,melaksanakan,menyediakan ,
menetapkan,meningkatkan
3) me-….i : memerangi , mempunyai ,mendepani , mengetahui
4) di-….-kan : ditetapkan,dilaksanakan , diintergrasikan,diterapkan
5) meN-…-kan : menyelesaikan , meningkatkan, menjejaskan
6) beR-….-kan : berasaskan
KATA TERBITAN PINJAMAN
DALAM ARTIKEL YANG DIKAJI
CONTOH:

 Praktis
 Automatik
 Subgolongan
 Internasional
 Ilmiah
 Kritikal
 Tatatertib
Cara-cara untuk meningkatkan penggunaan
dan penguasaan sebutan baku dan
kemahiran lisan dalam kalangan pelajar dan

masyarakat.
Baku adalah seragam, standard atau piawai iaitu sesuatu yang diterima sebagai yang
betul atau yang sewajarnya.
• Bahasa baku ialah bahasa yang dianggap standard, yang mempunyai struktur yang
lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata.
• Bahasa baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu
fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
• Sebutan baku ialah sebutan fonemik.
AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN
PENGUASAAN SEBUTAN BAKU
A. Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah bagi murid- murid.
B. DALAM KALANGAN
Memperdengarkan kepada murid model sebutan bahasaPELAJAR
Melayu baku daripada radio, televisyen
dan sumber- sumber lain dengan kerap.
C. Menggalakkan dan memperbanyakkan latihan murid bercakap menggunakan sebutan baku
dalam situasi formal dan tidak formal, misalnya, di luar bilik darjah seperti di kantin dan di
padang permainan, dan semasa kegiatan kokurikulum di sekolah.
Contoh sebutan baku dan tidak baku
Ejaan Bunyi (sebutan) baku Bunyi tidak baku

Kita ki-ta ki-te

Saya sa-ya sa-ye

Industri in-dus-tri in-das-tri

Pedagogi pě-da-go-gi pě-da-go-ji

Faktor fak-tor fěk-ter

Unit u-nit yu-nit

Unik u-nik yu-nik

Universiti u-ni-ver-si-ti yu-ni-ver-si-ti

Kampus kam-pus kěm-pes


CONTOH

1. "Karang aku buat“

Tukarkan ayat pasar di atas kepada ayat baku yang betul.

 “Sekarang aku buat.”


 Aktiviti-aktiviti untuk meningkat kemahiran
mendengar kepada pelajar - pelajar.
 Pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik berpotensi untuk
menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik.
 Mendengar – kemahiran bahasa secara intensif.
 Penting untuk dikuasai kerana penggunaannya sangat meluas dalam kehidupan.
 Kemahiran mendengar – kemahiran menerima, menaakul dan memproses maklumat dalam
komunikasi secara lisan.
 Antara aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mendengar :
I. Pilih bahan yang sesuai
Misalnya, penggunaan cakera padat interaktif boleh menarik minat pelajar untuk mengetahui kandungan teks
yang dipelajari.

II. Penggunaan bahasa yang mudah


Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu perkara dengan jelas dan cepat apabila menggunakan bahasa mudah
semasa berkomunikasi serta dapat memberikan tumpuan.

III. Mencari tahap kepayahan yang betul

Guru boleh memulakan pengajaran dengan teknik visual. Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan
dapat disampaikan dengan berkesan.

IV. Guru memasang beberapa lagu dan diminta meneka tajuk lagu tersebut di kelas

Tujuan : murid dapat berfokus dengan lebih mendalam untuk meneka lagu tersebut.
A
KASIH

You might also like