You are on page 1of 220

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HDPS3203
Bahasa, Literasi dan Komunikasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


HDPS3203
BAHASA, LITERASI
DAN KOMUNIKASI
Abdul Halim Masnan
Loy Chee Luen
Zaharah Osman

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Assoc Prof Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Abdul Halim Masnan


Loy Chee Luen
Zaharah Osman
Universiti Perguruan Sultan Idris

Penyederhana: Mahani Abdul Malik


Open University Malaysia
Prof Madya Dr Bustam Kamri

Dibangunkan oleh: Pusat Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2007


Edisi Kedua, April 2013

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2013, HDPS3203


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

Copyright © Open
Copyright Open University
University Malaysia
Malaysia (OUM)
(OUM)
Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiv

Topik 1 Perkembangan Kanak-kanak 1


1.1 Perbezaan Keupayaan Individu 2
1.1.1 Perkembangan Fizikal 3
1.1.2 Perkembangan Sosial dan Emosi 6
1.1.3 Perkembangan Kognitif 10
1.2 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak 11
1.2.1 Bayi 11
1.2.2 Kanak-kanak Berjalan Bertatih-tatih 12
1.2.3 Kanak-kanak Taska 12
1.2.4 Kanak-kanak Tadika 13
1.3 Persekitaran 14
1.3.1 Rakan Sebaya 14
1.3.2 Keluarga 15
1.3.3 Komuniti 17
1.3.4 Budaya 18
Rumusan 19
Kata Kunci 20
Rujukan 20

Topik 2 Asas Bahasa 21


2.1 Sistem Bahasa 22
2.1.1 Fonetik 23
2.1.2 Sintaksis 29
2.1.3 Semantik 31
2.1.4 Morfologi 33
2.2 Perkembangan Struktur Bahasa 34
2.2.1 Perkembangan Pertuturan 35
2.2.2 Perbezaan Individu 37
2.2.3 Bahasa dan Pemikiran 39
Rumusan 42
Kata Kunci 42
Rujukan 42

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Kurikulum dan Komponen Bahasa 43


3.1 Bahasa dalam Kurikulum Prasekolah 44
3.1.1 Komponen Bahasa 44
3.1.2 Hasil Pembelajaran/Objektif 45
3.1.3 Aktiviti Berbahasa 59
3.2 Komponen Bahasa dan Topik 62
3.2.1 Hubungkait Bahasa dan Komponen 66
3.2.2 Keselarasan Bahasa dalam Komponen 67
Rumusan 68
Kata Kunci 68
Rujukan 69

Topik 4 Kemahiran Berbahasa 70


4.1 Mendengar 71
4.1.1 Pengalaman Mendengar 72
4.1.2 Persepsi Deria Dengar 73
4.1.3 Kemahiran Fonologikal 74
4.2 Membaca 78
4.2.1 Kaedah Membaca 78
4.2.2 Faktor-faktor yang Menggalakkan Amalan Membaca 81
4.2.3 Aktiviti Membaca 83
4.3 Menulis 85
4.3.1 Perkembangan Penulisan 85
4.3.2 Bermain dan Menulis 86
4.3.3 Bahan dan Persekitaran 88
Rumusan 90
Kata Kunci 90
Rujukan 90

Topik 5 Buku dan Kanak-kanak 91


5.1 Genre Buku Kanak-kanak 92
5.1.1 Tradisi 93
5.1.2 Moden 97
5.1.3 Konsep dan Informatif 98
5.2 Pemilihan Buku Kanak-kanak 99
5.2.1 Jenis-jenis Buku 100
5.2.2 Kandungan 106
5.2.3 Aktiviti Membaca 109
Rumusan 111
Kata Kunci 111
Rujukan 111

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Bercerita 113


6.1 Pemilihan Kerja 113
6.1.1 Umur 114
6.1.2 Jenis Cerita 115
6.1.3 Bahasa 117
6.2 Bercerita 118
6.2.1 Teknik Penyampaian 119
6.2.2 Perancangan Aktiviti Bercerita 123
Rumusan 127
Kata Kunci 127
Rujukan 127

Topik 7 Boneka 128


7.1 Perancangan Boneka untuk Kanak-kanak 130
7.1.1 Jenis Boneka dan Pentas 131
7.1.2 Bahan dan Peralatan 136
7.1.3 Membuat Boneka 137
7.2 Perancangan Persembahan Boneka 142
7.2.1 Susun Atur 143
7.2.2 Perancangan Aktiviti Pementasan 143
Rumusan 145
Kata Kunci 145
Rujukan 145

Topik 8 Persembahan Drama dan Dramatika Kreatif 147


8.1 Drama Kanak-kanak 148
8.1.1 Jenis drama 148
8.1.2 Pemilihan Cerita 158
8.2 Perancangan Pementasan 162
8.2.1 Peranan Guru dan Kanak-kanak 163
8.2.2 Bahan dan Peralatan 164
8.2.3 Perancangan Aktiviti Drama 164
Rumusan 166
Kata Kunci 166
Rujukan 167

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 9 Puisi 168


9.1 Jenis Puisi 169
9.1.1 Tradisional 170
9.1.2 Moden 173
9.1.3 Lagu dan Nyanyian 175
9.2 Perancangan Aktiviti Persembahan 180
9.2.1 Individu 181
9.2.2 Kumpulan 183
Rumusan 186
Kata Kunci 187
Rujukan 187

Topik 10 Perancangan Bahasa dan Literasi 188


10.1 Kurikulum 189
10.1.1 Penyesuaian Bahan dan Kandungan 190
10.1.2 Mempelbagaikan Penyampaian 192
10.1.3 Menghubungkan Pelbagai Bidang 195
10.2 Persekitaran 197
10.2.1 Bayi dan Kanak-kanak Berjalan Bertatih-tatih 198
10.2.2 Taska 199
10.2.3 Prasekolah 200
Rumusan 203
Kata Kunci 203
Rujukan 203

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus
kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
Kursus HDPS3203 Bahasa, Literasi dan Komunikasi adalah kursus Open
Universiti Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 hingga
15 minggu.

Pendidikan awal untuk kanak-kanak adalah bentuk pengajaran yang berlainan


daripada pendidikan aliran perdana; ia memerlukan kemahiran yang khusus,
dan yang paling utama adalah pengetahuan yang khusus. Kursus ini bertujuan
memimpin pelajar ke arah lebih menghampiri bentuk pengajaran dan
pembelajaran di dalam pendidikan awal kanak-kanak

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-
kanak.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya jelas dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda
maklum dengan bahan kursus, keperluan kursus dan bagaimana kursus ini
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam


3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang Kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
Jumlah Masa Pembelajaran 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan asas pembelajaran bahasa;
2. Menerangkan kurikulum pengajaran bahasa;
3. Menyatakan pendekatan dan teknik pengajaran bahasa;
4. Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa; dan
5. Melaksanakan dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.

SINOPSIS KURSUS
Untuk membolehkan anda mencapai lima objektif di atas, kursus ini dibahagikan
kepada 10 topik, iaitu seperti berikut:

Topik 1 bermula dengan mengenal pasti perbezaan keupayaan individu dari segi
perkembangan fizikal, sosial dan emosi, dan kognitif. Selain itu, anda dapat
mengetahui perkembangan bahasa kanak-kanak dari peringkat bayi, kanak-
kanak berjalan bertatih-tatih, taska sehinggalah ke prasekolah. Perbincangan juga
adalah meliputi perkembangan kanak-kanak terhadap persekitaran iaitu rakan
sebaya, keluarga, komuniti dan budaya.

Topik 2 menerangkan sistem bahasa yang meliputi fonetik, sintaksis, semantik


dan morfologi. Kajian linguistik dapat dibahagi kepada tiga bidang besar iaitu
ilmu fonetik dan fonologi, ilmu morfologi dan sintaksis, dan juga ilmu semantik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Selain itu, anda dapat mengetahui kemahiran berbahasa mengikut kemampuan


dan perbezaan individu. Pendedahan terhadap kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat dipelajari melalui topik ini.

Topik 3 membincangkan bahasa dalam kurikulum prasekolah. Selain itu,


komponen bahasa dan hasil pembelajaran/objektif juga dipelajari. Sesuatu
bahasa dan komponen dari segi keselaran dan hubungkaitnya juga dihuraikan
dan diterangkan dengan lebih lanjut supaya mudah difahami dan diamalkan.

Topik 4 bermula dengan perbincangan tentang definisi mendengar, membaca


dan menulis. Selain itu, beberapa perkara melalui pengalaman mendengar,
persepsi deria dengar dan kemahiran fonologikal juga dipelajari. Di samping itu,
penting untuk mempelajari berkenaan kaedah membaca, faktor yang memupuk
membaca dan aktiviti membaca secara ringkas. Secara keseluruhannya, topik ini
cuba menghuraikan perkembangan penulisan, bermain dan menulis serta bahan
dan persekitaran menulis.

Topik 5 memaparkan pelbagai jenis buku kanak-kanak seperti buku cerita


hikayat, sejarah, luar negara, patriotik, kisah masyarakat, budaya, cerita moden
dan sebagainya. Selain itu, beberapa konsep dan informatif sesuatu buku sebagai
sumber rujukan yang berguna dan sesuai dapat dikenal pasti untuk peringkat
awal kanak-kanak. Pemilihan buku yang berkualiti dan sesuai sama ada melalui
jenisnya, penerbitan, penulis buku dan kandungannya adalah sangat penting di
samping menjalankan aktiviti-aktiviti membaca yang baik dan berkesan turut
dibincangkan.

Topik 6 bermula dengan mengenal pasti kepelbagaian bahan-bahan, jenis-jenis


cerita, dan kaedah bahasa yang digunakan dalam aktiviti bercerita yang
bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Dalam bercerita, beberapa
teknik penyampaian yang sesuai ketika bercerita dapat dipelajari. Selain itu,
adalah sangat penting merancang aktiviti bercerita yang sesuai mengikut tempat,
masa, ruang dan bahan-bahan sedia ada.

Topik 7 memperkenalkan jenis-jenis boneka dan pentas yang sesuai digunakan


di peringkat prasekolah. Pemilihan dan penyediaan bahan-bahan untuk
membuat boneka juga disenaraikan. Langkah-langkah membuat boneka
dijelaskan dalam bentuk gambarajah untuk memudahkan guru prasekolah
dalam pengajaran pembuatan boneka. Selain itu, susun atur persembahan
boneka dan perancangan aktiviti pementasan boneka juga dicadangkan dalam
topik ini untuk pelaksanaan aktiviti boneka dalam perkembangan bahasa kanak-
kanak prasekolah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 8 memperkenalkan jenis drama dan juga cerita drama untuk kanak-kanak
prasekolah. Peranan guru dan kanak-kanak dalam perancangan drama adalah
penting. Dalam aktiviti drama dan dramatika kreatif guru dan kanak-kanak
bekerjasama dalam menjayakan persembahan drama dan dramatika kreatif.
Penyediaan bahan dan peralatan untuk persembahan drama dan dramatika
kreatif juga disyorkan kepada guru-guru prasekolah dalam proses perancangan.

Topik 9 bermula dengan pembicaraan tentang unsur-unsur puisi yang


bersesuaian dengan awal kanak-kanak. Beberapa aspek mengenai keupayaan
dalam mempersembahkan sesuatu aktiviti puisi telah dibincangkan. Adalah
penting untuk mempelajari bagaimana mencipta puisi dan kefungsian terhadap
perkembangan kanak-kanak.

Topik 10 memberikan penerangan tentang perancangan dalam pengajaran


kurikulum melalui bahan dan kandungannya yang sesuai mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Selain itu, kepelbagaian penyampaian
dan hubungkaitnya dengan pengajaran telah dikenal pasti dan dibincangkan.
Paling penting dan perlu diketahui dalam topik ini adalah mengenai
persekitaran yang kondusif dan sesuai bagi setiap peringkat perkembangan
ketika bayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih, di taska dan di prasekolah.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-


soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

BAHAN BACAAN

Wajib
Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging
literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Sowers, J. (2000). Language arts in early education. New York: Thomson/Delmar
Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Tambahan
Bustam Kamri. (1990). Alat bantu mengajar penggunaan boneka Jurnal Dewan
Bahasa, 34(2).
Bustam Kamri & Kamariah. (1992). Persembahan boneka aktiviti bahasa, 7.
Kamarudin Husin., & Siti Abdul Aziz. (1998). Drama dalam pengajaran bahasa.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kay Hiatt. (2005). Drama play: Bringing books to life through drama for 4-7 year-
olds. Great Britain: David Fulton Publishers.
Lim, B. W. (1984). Boneka untuk kanak-kanak. Eastern Universities (M) Sdn Bhd.
MacCaslin, N. (1984). Creative drama in the classroom (4th ed.). New York: Longman.
Mayesky, M. (2004). Creative art & activities: Puppets. Australia: Thomson
Delmar Learning.
Nelsen, M. R. & Nelsen-Parish, J. (2002). Peak with books: An early childhood
resoursce for balanced literacy (3rd ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Rohani, A. (2001). Penilaian kanak-kanak secara portfolio. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.
Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children.
New York: Paul Chapman Educational Publishing.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open
Copyright Open University
University Malaysia
Malaysia (OUM)
(OUM)
Topik  Perkembangan
1 Kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perbezaan keupayaan individu dari segi
perkembangan fizikal, sosial dan emosi dan kognitif;
2. Menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak dari peringkat
bayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih, taska sehinggalah ke
prasekolah; dan
3. Membincangkan perkaitan antara perkembangan kanak-kanak
dengan persekitaran termasuk rakan sebaya, keluarga, komuniti dan
budaya.

 PENGENALAN
Perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak merupakan salah satu
bidang dalam psikologi perkembangan yang menarik untuk dikaji. Apakah
makna bahasa? Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik
yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah
perlakuan fizikal pembentukan dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.
Sementara komunikasi adalah interaksi antara dua pihak, di mana kedua-
duanya memainkan peranan sebagai penyampai dan penerima mesej.

Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan


mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan
bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu
sama lain. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat
merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di


persekitarannya.

Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan


perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka,
kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat
dan mengatasi batasan masa dan ruang. Melalui perkembangan bahasa ini,
kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik dengan perantaraan bahasa
yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan. Menurut Piaget,
bahasa membantu kanak-kanak membentuk dan mengembangkan idea.

AKTIVITI 1.1

Apakah kepentingan bahasa dan komunikasi dalam perkembangan


psikologi kanak-kanak?

1.1 PERBEZAAN KEUPAYAAN INDIVIDU


Perkembangan kanak-kanak merupakan satu bidang kajian yang merangkumi
pelbagai aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan
sehinggalah mereka dewasa. Perkembangan merupakan satu proses yang sangat
kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi
perkembangan fizikal, sosioemosi, perseptual, intelektual, bahasa dan moral
seseorang individu.

Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit


seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun.

Perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari satu
tahap ke tahap yang lain, seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial.

Perubahan ini merupakan suatu proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil
daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran.

AKTIVITI 1.2
1. Apakah itu perkembangan kanak-kanak?
2. Apakah perbezaan di antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  3

1.1.1 Perkembangan Fizikal


Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal
(perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan
rangka tulang), kemahiran pergerakan (motor kasar dan halus) serta pengawalan
dominan tangan (kanan dan kiri).

(a) Berat Badan


Purata berat badan bayi baru lahir sihat adalah 3 kilogram. Bayi akan
kehilangan lima hingga sepuluh peratus berat badan ketika lahir kerana
kehilangan cecair dari tubuhnya dan penyesuaian dengan persekitaran
barunya. Walau bagaimanapun, berat badannya beransur-ansur meningkat
kembali 10 hari kemudian.

Berat badan bertambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak.


Kebanyakan bayi bertambah berat badan sebanyak satu kilogram pada
akhir bulan pertama. Kadar pertumbuhan pada tempoh ini dianggap
paling cepat. Selepas peringkat ini kadar pertumbuhan beransur perlahan.

Rajah 1.1: Berat badan antara bayi lelaki dan perempuan adalah hampir sama

Dari umur dua tahun hingga baligh, berat akan meningkat sebanyak 2.5
kilogram setiap tahun. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit
semasa kanak-kanak berumur antara dua hingga tiga tahun dan seterusnya
meningkat beransur-ansur sebelum mencapai remaja. Walau
bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat
daripada lelaki pada usia yang sama (sila rujuk Rajah 1.1).

(b) Ketinggian Badan


Perubahan ketinggian bayi juga berubah dengan cepat. Setelah mencapai
umur dua tahun, ketinggian bayi meningkat sebanyak 75% daripada
ketinggian badan ketika lahir.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pada umur dua tahun, kebanyakan kanak-kanak telah mempunyai kira-


kira separuh daripada ketinggian sebenar yang akan dipunyai apabila
mereka dewasa kelak. Seterusnya, pertambahan sebanyak 5 hingga 7.5
sentimeter ketinggian badan setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih
rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun. Kemudian
pada usia 12 atau 13 tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi
daripada kanak-kanak lelaki. Dalam lingkungan umur 14 tahun, ketinggian
kanak-kanak lelaki meningkat kembali dan menjadi lebih tinggi daripada
kanak-kanak perempuan.

(c) Kadar Pertumbuhan Fizikal


Kadar pertumbuhan fizikal individu serta taraf perkembangannya biasanya
dikesan melalui lilitan kepala dan lengan, seperti yang berikut:

(i) Lilitan Kepala


Ć Pada masa kelahiran, jisim otak mencapai nisbah 2/3 saiz kepala
orang dewasa. Lilitan kepala bayi berusia dua tahun adalah 48
sentimeter.
Ć Peringkat perubahan lilitan kepala kanak-kanak pada 3 tahun dan
ke atas lilitan kepalanya mencapai 50% daripada saiz remaja.

(ii) Lilitan Lengan


Ć Kadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesatnya pada awal
kelahiran. Pada umur tersebut, lilitan purata lengan berukuran
daripada 11 sentimeter kepada 16 sentimeter. Kadar perubahan
fizikal ini bergantung kepada kesihatan yang baik dan
penerimaan zat pemakanan yang seimbang dan mencukupi.

(d) Pengkhususan Otak


Korteks serebral merupakan bahagian terbesar dalam otak manusia iaitu
lingkungan 85% daripada berat otak dan bertanggungjawab bagi
kecergasan unik spesis manusia. Selain itu, korteks serebral adalah
bahagian otak yang terakhir berhenti tahap perkembangannya. Terdapat
dua hemisfera korteks serebral, iaitu otak kiri dan otak kanan, yang
mempunyai rupa bentuk sama tetapi fungsi berbeza.

(i) Hemisfera Otak Kiri


Ć Ia mengawal kebolehan verbal seperti bahasa oral dan tulisan dan
mengawal emosi positif seperti keriangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  5

(ii) Hemisfera Otak Kanan


Ć Ia merupakan bahagian yang mengawal kebolehan spatial iaitu
hal jangkaan jarak, bacaan peta, pengesan bentuk geometrik dan
kawalan emosi negatif seperti kesedihan dan kemurungan.

(e) Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan Halus


Perkembangan motor bayi merangkumi kawalan pergerakan yang
membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan
keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu
sama lain untuk mengawal persekitaran berkesan. Kemahiran pengawalan
pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus.

(i) Kemahiran Motor Kasar


Ć Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang
memerlukan bantuan banyak otot dan membolehkan bayi
bergerak balas dengan persekitarannya seperti merangkak,
berdiri dan berjalan. Perkembangan motor kasar dapat
membantu kanak-kanak bergerak di sekeliling. Contohnya,
merangkak, berdiri dan berjalan.
Ć Badan kanak-kanak semasa membesar akan menjadi semakin
kurang berat-atas kerana bahagian kepalanya semakin seimbang
berbanding bahagian keseluruhan badan. Dengan perubahan ini,
pusat graviti mereka akan beralih dari bahagian kepala ke bawah,
menuju ke tubuh badan. Perubahan tersebut menyebabkan
pergerakan mereka semakin seimbang. Pada usia satu hingga dua
tahun, pergerakan badan kanak-kanak menjadi semakin terkawal,
seterusnya membolehkan mereka melakukan aktiviti seperti
berlari, berenang dan melompat.
Ć Pada umur 5 hingga 6 tahun, tubuh badan kanak-kanak akan
menjadi lebih kurus dan mencapai tahap kawalan motor kasar
yang baik. Mereka dapat berlari dengan laju tanpa jatuh, meloncat
secara berterusan, membaling, melambung, menyambut dan
menangkap bola besar dan kecil dan menunggang basikal roda
tiga dengan mahir. Pada peringkat ini, mereka suka melibatkan
diri dalam aktiviti lumba lari bersama rakan atau ibu bapa.
Mereka sangat aktif, kelihatan gelisah apabila menonton
televisyen, duduk di meja makan, dan sentiasa bergerak lasak
apabila tidur.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

(ii) Kemahiran Motor Halus


Ć Kemahiran motor halus adalah pergerakan yang lebih halus dan
memerlukan bantuan sedikit otot tertentu sahaja seperti
menggunakan jari untuk memegang objek atau melukis.
Penguasaan kemahiran motor halus membantu bayi dan
kanak-kanak mengikut kehendaknya sendiri. Perkembangan ini
memainkan peranan penting untuk membuka jalan baru dalam
penerokaan persekitaran (Piaget, 1936).
Ć Perkembangan motor halus juga melibatkan koordinasi antara
kawalan tangan dengan penglihatan kanak-kanak. Dengan
kemajuan penglihatan pada peringkat prasekolah, kawalan
pergerakan jari kanak-kanak menjadi semakin tepat. Mereka
dapat menyeimbangkan kawalan tangan, lengan dan badan
dengan pergerakan mata. Oleh yang demikian, mereka dapat
membina sesuatu binaan yang lebih kompleks dengan mahir dan
mudah sahaja.
Ć Berikut adalah beberapa kemahiran motor halus yang dapat
dicapai oleh kanak-kanak prasekolah seperti:
ă Mencantumkan puzzle atau menyesuaikan gambar;
ă Membina bentuk dengan blok bersaiz kecil;
ă Mengunting mengikut garisan tepi gambar dan menampal
gambar;
ă Melukis bentuk segi tiga, segi empat dan bulatan;
ă Menggunakan sudu semasa makan;
ă Mengenakan butang dan zip; dan
ă Menyikat rambut.

1.1.2 Perkembangan Sosial dan Emosi


Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses apabila kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang
kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak
terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti
kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Perkembangan emosi kanak-kanak merupakan tindak balas atau kebangkitan


yang ditonjol keluar terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  7

bertindak sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Tindak balas emosi


muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang pada ketika itu.
Ahli psikologi dan fisiologi telah bersependapat bahawa emosi melibatkan
perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan penyataan emosi.

(a) Kemahiran Komunikasi


Kanak-kanak berkomunikasi dengan orang lain dapat dilihat dengan jelas
pada tingkah laku mereka semasa bermain bersama rakan-rakan ataupun
membantu ibu bapa menjaga adik di rumah. Pada usia satu hingga dua
tahun, walaupun kanak-kanak bermain di suatu lokasi yang sama,
contohnya dalam bilik darjah, interaksi sosial yang berlaku di kalangan
kanak-kanak tersebut adalah minimum.

(b) Perkembangan Konsep Kendiri


Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara
umumnya, konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai anggapan
menyeluruh tentang diri sendiri, sama ada positif atau negatif. Konsep
kendiri juga merangkumi identiti kendiri dan kepercayaan tentang diri
sendiri. Misalnya, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga,
bangsa dan agamanya sendiri.

Selain itu, ia juga mengenali ciri-ciri lain seperti fizikal, mental dan
psikologi dirinya sendiri. Perkembangan konsep kendiri merangkumi
aspek-aspek yang berikut:
(i) Pengetahuan kendiri;
(ii) Regulasi dan pengawalan kendiri; dan
(iii) Penilaian dan penghargaan kendiri.

(c) Emosi Diskrit


Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka,
misalnya suka, takut, marah, sedih, atau duka minat, terkejut dan jijik.
Nada perasaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal masa bayi.

Secara semulajadi, tiga jenis emosi wujud pada kanak-kanak, iaitu perasaan
takut, marah dan kasih sayang. Watson dan Royner (1920), yang
menjalankan penyelidikan mengenai emosi kanak-kanak dengan
menggunakan prinsip pelaziman klasik, dapat membentuk tingkah laku,
sahsiah dan keperibadian kanak-kanak serta orang dewasa dengan hanya
memanipulasi keadaan alam persekitaran mereka. Tindakbalas dari emosi
yang dipelajari secara pelaziman kepada manusia, benda dan situasi boleh
dianggap akan bertindak secara umum dengan manusia, benda dan situasi
yang lain. Contohnya, sekiranya seorang kanak-kanak telah membentuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

perasaan takut terhadap burung, dia akan berasa takut kepada semua jenis
burung atau binatang lain yang menyerupai burung tersebut.

(d) Perapatan
Perapatan adalah satu ikatan kasih sayang yang kuat yang mengikat
seseorang dengan orang yang lain (John Browlby, 1969). Perapatan antara
ibu bapa dengan anak bersifat timbal balik iaitu ibu bapa rapat dengan
anak dan anak rapat dengan ibu bapa. Proses perapatan terbina apabila ibu
bapa dan anak berkomunikasi. Konsep perapatan penting kerana
mempengaruhi kejayaan atau kegagalan perkembangan sosio dan emosi
kanak-kanak.

Terdapat empat jenis keyakinan perapatan:


(i) Yakin
Ć Kanak-kanak membina keyakinan perapatan dengan penjaga,
merasa cemas apabila berpisah dengan penjaga dan berani
meneroka persekitaran baru apabila penjaga kembali.

(ii) Mengelak (Avoidant)


Ć Kanak-kanak yang mengelak penjaga apabila mereka kembali.

(iii) Menolak (Resistant)


Ć Kanak-kanak memberi reaksi yang menunjukkan kekeliruan
terhadap pengasuh ă mereka mungkin menolak atau memeluk
pengasuh.

(iv) Keliru (Ambivalent)


Ć Kanak-kanak menunjuk respon yang keliru ă kadang-kadang dia
menolak dan kadang-kadang dia memeluk pengasuhnya.

(e) Temperamen
Temperamen merupakan bahagian personaliti yang menentukan tingkah
laku, reaksi dan respon, sama ada konsisten atau berubah kepada pelbagai
stimuli. Temperamen individu boleh dibezakan berdasarkan sembilan ciri
temperamen iaitu:
Ć Paras aktiviti;
Ć Rentak;
Ć Senang terganggu;
Ć Boleh didekati atau kemesraan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  9

Ć Tahap penyesuaian;
Ć Penumpuan perhatian dan ketekunan;
Ć Intensiti reaksi;
Ć Perasaan yang sensitif; dan
Ć Kualiti perasaan.

Berdasarkan skor dalam dimensi tersebut, temperamen seseorang kanak-


kanak boleh dikategorikan sebagai senang, payah atau lambat mesra.

(f) Tingkah Laku Prososial dan Antisosial


Tingkah laku prososial merupakan perasaan empati kanak-kanak yang
membawa kepada perkembangan sosial ke arah membantu orang lain.
Antara persoalan yang sering dikaji oleh ahli-ahli psikologi ialah
bagaimanakah wujudnya kecenderungan seseorang individu untuk
bekerjasama dan apakah pengaruh persekitaran dalam membentuk tingkah
laku prososial atau antisosial kanak-kanak.

Kanak-kanak berumur antara 13 bulan hingga 24 bulan akan secara


sukarela menawarkan bantuan melalui percakapan atau sentuhan,
memberi barang permainannya atau mendapat bantuan daripada orang
dewasa jika kawannya menangis. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 7
tahun lebih cenderung menunjukkan tingkah kerjasama apabila bermain
dengan rakan mereka.

Tingkah laku antisosial adalah seperti tingkah laku agresif, intrusif,


disruptif, asertif dan suka mengawal orang lain atau melakukan keganasan
dan mencederakan orang lain. Tingkah laku agressif sebegini biasanya
apabila mereka menguasai kemahiran meluahkan perasaan secara verbal.
Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang individu menjadi
antisosial. Salah satunya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial
itu sebenarnya merupakan konsekuen daripada proses peniruan
(modeling), misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang
dipaparkan di televisyen.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.1.3 Perkembangan Kognitif


Kognitif bermaksud intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif
kanak-kanak memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses
maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses perkembangan daya fikir
atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berasaskan kepada perubahan


struktur mental kanak-kanak. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran,
penaakulan, penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak
mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu
masalah, adalah salah satu cara yang boleh kita gunakan bagi mengukur
perkembangan intelek mereka.

Mengikut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat


peringkat:

(a) Peringkat Sensorimotor (umur 0 hingga 2 tahun)


Peringkat ini bayi berfikir menggunakan alat kelengkapan deria seperti
memerhati dengan mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh
dengan tangan serta aktiviti-aktiviti pergerakan semasa meneroka
persekitaran mereka. Pada masa dilahirkan kanak-kanak menyedari
kewujudan alam sekelilingnya dengan kabur sahaja. Walaupun demikian
fungsi derianya yang berkembang dengan cepat akan dapat membantu
supaya lebih menyedari kewujudan alam sekelilingnya dengan cepat.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak itu akan memerhati dan bertindak balas
dengan alam sekelilingnya. Keupayaan untuk memerhati akan meningkat
dengan cepat. Ia adalah hasil bantuan daripada proses perkembangan
fizikal dan motor yang sangat cepat.

(b) Peringkat Praoperasi (umur 2 hingga 7 tahun)


Pada peringkat praoperasi, perkembangan kognitif kanak-kanak
mengalami perubahan yang ketara terutama daripada segi bahasa. Pada
peringkat ini, keupayaan operasi fizikal adalah kurang daripada
keupayaan operasi mental seperti dalam pembentukan atau penggunaan
konsep, imej dan simbol, atau penaakulan.

(c) Operasi Konkrit (umur 7 hingga 11 tahun)


Peringkat ini adalah titik perubahan utama dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak kerana ia menandakan permulaan pemikiran logik atau
operasi. Kanak-kanak kini cukup matang untuk menggunakan pemikiran
logik atau operasi (seperti peraturan) tetapi ia hanya boleh memikir secara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  11

logik untuk objek fizikal. Kanak-kanak menjadi kurang egosentrik dan


lebih baik pada tugas 'conservation'.

(d) Peringkat Operasi Formal (umur 11 tahun ke atas)


Apabila remaja memasuki peringkat ini, mereka mempunyai keupayaan
untuk berfikir secara abstrak, keupayaan untuk menggabungkan dan
mengkelaskan barang-barang dengan cara yang lebih canggih. Mereka juga
dapat berfikir pada tahap yang lebih tinggi.

1.2 PERKEMBANGAN BAHASA


KANAK-KANAK
Bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara
berkesan dengan penggunaan bahasa. Penguasan bahasa bermula dengan
memahami percakapan yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur.

1.2.1 Bayi
Terdapat banyak teori dan sumber maklumat tentang bagaimana bayi
berkembang dan membesar. Kajian berkenaan bahasa dan komunikasi bayi
dapat membentuk suatu asas pemahaman tentang hubungan antara
perkembangan diri kanak-kanak dengan kemunculan kenal huruf. Bayi
membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda
pertama bahasa muncul. Corak perkembangan bahasa pada umumnya sama
bagi semua kanak-kanak, tidak kira bahasa apa yang dipertuturkan. Bayi
mengeluarkan perkataan yang pertama antara usia lapan bulan hingga 18 bulan.
Sebaik sahaja bayi dapat mengeluarkan perkataan yang pertama, bahasa akan
berkembang dengan pesat. Ucapannya menjadi semakin panjang dan kompleks
(Bloom, 1998).

Bayi baru lahir biasanya menangis kerana keperluan fizikal. Perasaan lapar
adalah penyebab utama. Pertukaran suhu apabila tidak berpakaian, bunyi yang
kuat atau rangsangan pedih atau bunyi suara tangisan bayi lain adalah antara
penyebab lain. Sesetengah penyelidik percaya tindak balas menangis apabila
mendengar bayi lain menangis ini memberi kesan kepada kapasiti semula jadi
untuk bertindak terhadap penderitaan bayi lain atau tanda empati pada
peringkat awal (Hoffman, 1984; 1988).

Bunyi membantu bayi-bayi itu menyatakan keperluan dan melahirkan emosi


mereka. Misalnya, dalam masa tiga bulan pertama bayi belajar menangis dengan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

cara yang berlainan yang menunjukkan bahawa mereka lapar, berasa tidak
selesa, dan meluahkan perasaan lain. Pada akhir tempoh empat bulan, bunyi
mendekut dilahirkan untuk menunjukkan perasaan seronok. Pada usia lebih
kurang enam bulan, bayi akan menambahkan bunyi mericau sebagai
menambahkan jenis bunyinya.

Faktor yang paling penting dalam proses perolehan bahasa ialah interaksi orang
dewasa dan kanak-kanak. Bunyi perkataan yang lembut dan lunak itulah yang
membantu bayi bergerak balas apabila dia ketakutan atau terganggu. Bunyi-
bunyi ini mungkin suara ibu bapa, nada dan ritma dari abang dan kakak, atau
kata-kata ritma daripada melodi lagu yang menyenangkan.

1.2.2 Kanak-kanak Berjalan Bertatih-tatih


Apabila bayi berumur antara 12 hingga 20 bulan, mereka sudah dapat menyebut
perkataan yang pertama. Berdasarkan kajian oleh Clark (1983), mendapati
perkataan pertama kanak-kanak ialah perkataan yang berkaitan dengan
makanan seperti "susu", pakaian seperti "baju", permainan seperti "bola",
binatang seperti "miaw" dan orang yang terpenting seperti "mama". Kebanyakan
bayi akan menunjukkan satu kebolehan perolehan bahasa yang pesat apabila
berumur 18 bulan. Tempoh masa yang kritikal ini dikenali sebagai cetusan
perbendaharaan kata.

Pada peringkat ini juga, bayi akan tersenyum apabila berhadapan dengan orang
yang biasa dilihatnya, seolah-olah ingin memulakan interaksi dengan mereka.
Kemudian, bayi akan mengeluarkan bunyi kegembiraan bersama dengan
senyuman. Seterusnya, bayi akan mengeluarkan bunyi vokal, suku kata yang
menghampiri bunyi bahasa ibunda dan akhirnya, bunyi tersebut berubah menjadi
perkataan yang bermakna atau pertuturan (Iverson, Capirci & Caselli, 1994).

1.2.3 Kanak-kanak Taska


Apabila dalam lingkungan umur taska dua hingga tiga tahun, kanak-kanak ini
sudah dapat menggunakan sekurang-kurangnya kombinasi dua patah perkataan
(Bloom, 1998). Pada peringkat awal ini, kanak-kanak sudah pandai mengaplikasikan
peraturan tatabahasa dalam penggunaan ayat telegrafik yang terdiri daripada
kombinasi dua patah perkataan (Bloom, 1990; 1991, & Valian, 1991).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  13

Selain itu, kanak-kanak ini mula menggunakan strategi dengan kreatif dan
melanggar peraturan. Kematangan peralatan vokal dan usaha aktif kanak-kanak
membantu mereka dalam menyelesaikan masalah sebutan.

Mengikut Brown (1975), perbendaharaan kata yang diketahui oleh kanak-


kanak berumur tiga tahun hingga enam tahun meningkat dari 1000 patah
perkataan kepada 10 ribu patah perkataan. Dengan pengetahuan yang
meningkat ini, mereka dapat membuat penghuraian yang panjang lebar dan
cakap dalam perbualan.

1.2.4 Kanak-kanak Tadika


Kanak-kanak pada peringkat empat hingga enam tahun dapat menggunakan
kata sambung, ayat berlapis, soalan bertag, dan ayat pasif. Orang dewasa dapat
meningkatkan perkembangan tatabahasa kanak-kanak melalui:

(a) Penambahan Perbendaharaan Kata


Ungkapan kanak-kanak supaya menjadi lebih kompleks dan lengkap.

(b) Pembentukan Semula Ayat


Pengubahan ayat supaya menjadi lebih tepat dan betul.

Pada peringkat ini, kanak-kanak berkebolehan untuk membezakan maksud


perkataan melalui penekanan yang diberi pada perkataan yang disebutkan.
Misalnya antara "beri saya sebatang pensel" dengan "beri saya batang kayu".
Pertukaran penekanan pada sebutan apabila perkataan berubah daripada kata
nama kepada perbuatan. Sebagai contoh di antara "jalan" dan "berjalan".

Kanak-kanak prasekolah dapat menggunakan perkataan untuk membincangkan


sesuatu idea dan perasaan dan menceritakan sesuatu peristiwa atau pengalaman
dengan urutan yang mudah (dua hingga empat ayat) dan bermakna (sila rujuk
Jadual 1.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Jadual 1.1: Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Umur Perkembangan Bahasa

Lahir Ć Menangis
Ć Lebih suka kepada suara manusia, berbanding bunyi lain
Ć Dapat membezakan fonem

1 hingga 4 bulan Ć Mendekut, misalnya "aa_aa_aa_aaa" atau "oo_oo_oo_ooooo"

6 bulan Ć Mericau, misalnya "ma_ma_ma_maaa" atau "ba_ba_ba_baaa"

9 ă 12 bulan Ć Lebih banyak mericau


Ć Mula mencantum suku kata untuk meniru percatan yang
menghampiri bahasa ibunda, misalnya "mama_mama_mama"
atau "aba_aba_ aba_abah"

12 ă 18 bulan Ć Menyebut percatan seperti "mama" atau "baba" untuk


memanggil ibu atau bapanya

18 ă 24 bulan Ć Berlaku cetusan perbendaharaan kata

2 tahun Ć Menyebut ayat gabungan dua perkataan

2 ó - 6 tahun Ć Menyebut ayat gabungan tiga percatan


Ć Lebih banyak perbendaharaan kata, mula menggunakan
sintaksis
Ć Faham akan lawak jenaka dan metafora
Ć Faham pragmatik

Sumber: Rohani Abdullah (2001)

1.3 PERSEKITARAN
Bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan
orang lain dan persekitaran secara lebih berkesan. Penguasaan bahasa bermula
dengan memahami percakapan yang didengar melalui persekitaran mereka dan
diikuti oleh kebolehan bertutur sebagai tindak balas yang positif.

1.3.1 Rakan Sebaya


Konsep kanak-kanak berkenaan rakan sebaya amat berbeza daripada konsep
orang dewasa. Kanak-kanak berpeluang berinteraksi dengan rakan sebaya
mereka khususnya yang baru masuk ke sekolah. Kanak-kanak menganggap

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  15

sahabat mereka sebagai sahabat sepermainan sahaja lalu tidaklah begitu


mementingkan nilai persahabatan.

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak masih memperkembangkan speech


register mereka. Mereka juga mula membentuk kemahiran menggunakan
turnabout dan shading semasa mengambil bahagian dalam perbincangan kelas
atau perbualan dengan rakan sebaya.

Perhubungan rakan sebaya adalah perhubungan dua hala kerana kedua-dua


pihak yang terlibat akan menerima kepuasan daripada hubungan tersebut. Ini
kerana sahabat merupakan teman untuk berkongsi pendapat, meluahkan
perasaan, melaksanakan aktiviti bersama-sama serta saling bantu membantu
antara satu sama lain. Persahabatan juga merupakan satu hubungan yang
berkekalan iaitu hubungan ini sukar untuk dihapuskan.

1.3.2 Keluarga
Dalam kebanyakan budaya, agen utama sosialisasi bagi seseorang kanak-kanak
ialah ibu bapanya yang kuat pengaruhnya ke atas tingkah laku, sikap dan
personaliti kanak-kanak. Kajian Braumrind (1989) mendapati bahawa
kanak-kanak akan membesar dengan lebih cekap dari segi psikologi dan sosial
jika ibu bapa menunjukkan kemesraan dan penerimaan bila mengenakan
peraturan dan penguatkuasaan dengan cara yang sesuai dan fleksibel. Mereka
perlu mendengar pendapat anak dan responsif, memberi ruang kepada anak
membuat keputusan sendiri, bertanggungjawab atas diri sendiri serta kebebasan
yang sesuai.

Kadangkala ibu bapa merasa sukar menjaga bayi. Mereka tidak selalu
memahami mengapa bayi menangis, tetapi dengan pengalaman mereka dapat
meneka punca tangisan hanya dari bunyi tangisan bayi mereka. Apabila bayi
membesar, ibu bapa memberi tindak balas yang berbeza terhadap bunyi tangisan
yang berbeza, bukan hanya bertindak apabila bayi menangis secara bersungguh-
sungguh tetapi juga apabila mereka merengek atau membuat bunyi untuk
menyiasat masalah bayi mereka (Thompson & Leger, 1999).

Selain berkomunikasi melalui tangisan, ibu berinteraksi dengan bayinya dengan


mengagak keperluan bayi melalui pemerhatian dan respon kepada gerak-geri
bayi tetapi cara ini mungkin terhad. Gerak-geri seperti senyuman, menghulur
tangan atau menunjuk kepada sesuatu dan pengeluaran bunyi atau tangisan
digunakan oleh bayi untuk menunjukkan keinginan berinteraksi.

Setiap keluarga boleh mencari alternatif yang terbaik supaya dapat melibatkan
diri dengan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
16  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

dalam bahasa dan komunikasi boleh memanfaatkan kanak-kanak. Penglibatan


ibu bapa, sangat penting terutama dalam mengetahui kepentingan penggunaan
buku sebagai sumber pengetahuan. Selain itu, mereka dapat membantu kanak-
kanak memahami dan mempelajari bahasa dengan penggunaan buku.

Sesetengah ibu bapa tidak suka untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak
mereka. Sesetengah majikan pula tidak membenarkan ibu bapa mengambil
sedikit masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah anak mereka. Dalam
situasi begini abang dan kakak, ibu dan bapa saudara serta datuk dan nenek
perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.

Kunci kepada suatu program penglibatan ibu bapa yang berkesan ialah komunikasi.
Ibu bapa hendaklah menyedari apa yang sedang berlaku dalam kehidupan
pendidikan anak-anak mereka. Mereka perlu mengetahui apa yang berlaku di
dalam bilik darjah, bagaimana mereka dapat membantu di dalam bilik darjah, dan
apa yang boleh dilakukan dengan anak-anak mereka sewaktu di rumah.

Ini tidak bermaksud perlu ada satu program pendidikan di rumah yang
melengkapi pendidikan di sekolah. Ini hanya akan menambahkan beban tekanan
yang tidak sihat kepada kanak-kanak. Sebaliknya jika ibu bapa lebih perihatin
kepada apa yang dipelajari di sekolah, mengetahui sebab subjek itu perlu diajar
dan buku yang relevan, maka dengan maklumat ini mereka boleh membantu
meningkatkan prestasi anak-anak mereka. Ibu bapa akan dapat mengambil
peranan yang aktif dalam pendidikan anak-anak, penerimaan ilmu akan menjadi
lebih bermakna tanpa menjadi beban kepada anak ataupun pada diri sendiri.

Ibu bapa dapat menjadi suatu sumber sokongan yang cemerlang untuk
penyelarasan lawatan luar atau kunjungan ke bilik-bilik darjah. Kejayaan
kerjasama ini adalah komunikasi dua hala yang berkesan. Komunikasi seperti ini
membolehkan kedua-dua pihak, iaitu ibu bapa dan guru memahami keperluan
dan kebimbangan kanak-kanak. Melalui perkongsian ini, pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan dapat dirancang.

Ibu bapa dapat mempengaruhi komunikasi kanak-kanak dalam tiga cara utama:

(a) Pengawasan Secara Langsung


Mereka dapat menawarkan maklumat atau memberi peneguhan kepada
tingkah laku yang baik, betul atau yang diingini. Misalnya, ibu bapa
menggalakkan anaknya bermain dengan rakan sebaya atau melarang
anaknya bermain dengan orang asing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  17

(b) Role Model


Ibu bapa akan menjadi bahan ikutan anak-anak dari segi sikap,
kepercayaan, tingkah laku dan minat. Misalnya ibu bapa yang mesra akan
melibatkan diri dalam aktiviti anak-anak dan responsif terhadap anak serta
perkembangannya. Ini akan meningkat keyakinan anak-anak dan memberi
kecenderungan untuk menjadi seorang yang popular di sekolah.

(c) Fasilitator Perkembangan Sosial


Ibu bapa dapat mengendalikan beberapa aspek dalam perkembangan
sosial kanak-kanak. Mereka dapat mengatur masa belajar kanak-kanak,
memberikan peluang untuk mereka berinteraksi dengan rakan sebaya yang
akhirnya akan memperkembangkan dan memperkukuhkan jalinan
persahabatan di antara mereka.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Senaraikan beberapa contoh perlakuan berkenaan komunikasi


berkesan di antara ibu bapa dan anak mereka.
2. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang
betul dan baik. Apakah kaedah terbaik dalam mendidik anak
supaya dapat berkomunikasi dengan baik dan sopan?

1.3.3 Komuniti
Komuniti pada asalnya adalah daripada perkataan Latin yang bermaksud
fellowship atau ikatan persahabatan. Komuniti juga merujuk kepada kelompok
manusia yang mempunyai minat yang sama, sistem sosial yang
menyatupadukan ahli-ahlinya.

Pengalaman dan identiti kebudayaan kanak-kanak dapat diperkayakan dengan


pendedahan awal kepada bahasa dan komunikasi di dalam komuniti.
Pendedahan ini memberi peluang kepada kanak-kanak menerima manfaat dari
komuniti terutama sumbangan yang diberi oleh ahli komuniti. Penglibatan
komuniti dalam perkembangan sosial akan menawar banyak peluang
pembelajaran seperti penambahbaikan perpustakaan, pusat komuniti dan pusat
sumber yang mempunyai pelbagai bahan-bahan yang sangat berguna.

Banyak aktiviti boleh dijalankan oleh komuniti apabila ahli-ahli profesional atau
tidak profesional bekerjasama menyumbang kemahiran masing-masing.
Sumbangan ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak sekolah dan
kanak-kanak malahan kepada seluruh komuniti di kawasan terbabit.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
18  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Komuniti masyarakat sebenarnya mempunyai banyak aset dan sumber yang dapat
menjalankan program pendidikan awal kanak-kanak. Sumber-sumber ini mungkin
agak berlainan dari satu tempat ke satu tempat lain. Sumber ini perlu dimanfaatkan
dan digunakan dalam program pendidikan kerana pembelajaran kanak-kanak
dipengaruhi oleh pengetahuan am dan pengetahuan latar belakang serta fahaman
tentang dunia. Pengetahuan ini perlu dijadikan sebahagian daripada kurikulum
sekolah terutama dalam subjek yang berkaitan dengan bahasa dan komunikasi
supaya pengalaman pembelajaran kanak-kanak dapat diperluaskan.

Pengusaha sesuatu prasekolah perlulah berperanan dengan lebih aktif bagi


menggalakkan penglibatan komuniti tanpa ada halangan dan kekangan yang
melibatkan pihak dalam dan luar. Pendekatan mengadakan aktiviti berbentuk
kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan, perayaan dan sebagainya boleh
diadakan sama ada berbentuk harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Ini perlu
bertitik tolak terhadap pelbagai situasi yang perlu diberi perhatian terutama yang
melibatkan persekitaran komuniti itu sendiri dari segi budaya tempatan, agama,
lokasi bandar atau luar bandar, status sosial dan pelbagai lagi. Apabila ini semua
dapat di atasi dengan sebaiknya, kerjasama yang erat dapat dilakukan dan matlamat
untuk menjayakan sesuatu program di prasekolah akan mudah dilaksana.

1.3.4 Budaya
Budaya boleh diertikan sebagai cara hidup iaitu sistem dan tingkah laku
termasuklah kepercayaan, nilai, pengetahuan, seni, moral, undang-undang, adat
resam, bahasa, pakaian dan sebagainya. Budaya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu kebendaan dan abstrak. Kebendaan ialah hasilan seperti bangunan, seni,
barangan, cetakan, media, pakaian, sekolah, buku dan lain-lain. Sementara
abstrak adalah seperti bahasa, adat resam, dongeng, sistem politik, sistem
kerajaan undang-undang, tradisi, idea dan kepercayaan.

Budaya memainkan peranan yang ketara dalam perkembangan bahasa dan


komunikasi kanak-kanak. Mempelajari bahasa sesuatu budaya perlu diterapkan
kepada kanak-kanak untuk menjadikan sebahagian daripada masyarakat.
Bahasa membolehkan kanak-kanak berkomunikasi untuk mewujudkan budaya
di kalangan ahli masyarakat. Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri daripada
apa yang dipersepsikan oleh mereka melalui perlakuan persekitaran masyarakat
seharian kerana bahasa mempengaruhi manusia menjadikan dunia mereka
mengikut cara yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

Pembudayaan dalam aspek bahasa kanak-kanak sebenarnya dapat


meningkatkan minda dan pemikiran mereka kepada tahap yang sangat baik.
Penggunaan pelbagai bahasa dalam masyarakat yang majmuk dapat
memperkayakan perbendaharan kata dan kemahiran komunikasi kepada tahap
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  19

yang lebih baik dan matang. Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu yang baru
melalui peniruan atau pendidikan secara formal dan tidak formal. Penggunaan
bahasa yang betul dan sopan juga dipelajari dengan cara yang sama. Aspek-
aspek negatif juga boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak jika tidak
dibendung disebabkan kemasukan pelbagai jenis medium maklumat dari media
massa dan Internet yang sedikit sebanyak memberikan gambaran bagi
pembentukan bagi sesebuah generasi bangsa pada masa hadapan.

AKTIVITI 1.3
Bahasa jiwa bangsa. Adakah bahasa dan komunikasi kanak-kanak
banyak dipengaruhi oleh faktor budaya dan bangsa mereka?
Bincangkan.

Ć Keupayaan kanak-kanak pada peringkat bayi sehinggalah mereka di


prasekolah adalah sangat berbeza dari segi perkembangan fizikal, sosial,
emosi dan kognitif mengikut corak perkembangan yang berbeza menurut
umur dan kematangan kanak-kanak. Perkembangan bahasa dan komunikasi
kanak-kanak dari peringkat bayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih, taska
sehinggalah di prasekolah perlu dititikberatkan bagi mengetahui sama ada
mereka tergolong dalam golongan yang belum bersedia, normal dan
cemerlang supaya dapat melakukan tindakan susulan.

Ć Kejayaan dalam perkembangan kanak-kanak bergantung kepada


pendedahan pada persekitaran sekolah, rumah dan masyarakat di mana
tahap bahasa dan komunikasi adalah sangat baik.

Ć Perkembangan kanak-kanak dapat mencapai ke tahap yang optima dan


terbaik jika mereka selalu berkomunikasi secara langsung dengan pihak-
pihak yang berkomunikasi dengan berkesan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Bahasa Perkembangan emosi


Budaya Perkembangan fizikal
Cetusan perbendaharaan kata Perkembangan kanak-kanak
Kemahiran motor kasar dan halus Perkembangan kognitif
Komunikasi Perkembangan sosial
Komuniti Pertuturan
Konsep kendiri Perubahan kualitatif dan kuantitatif

Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging


literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Rohani, A. (2001). Penilaian kanak-kanak secara portfolio. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Whitehead, M. R. (2002). Developing language and literature for young children.
New York: Paul Chapman Educational Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Asas Bahasa
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang sistem bahasa;
2. Menerangkan fonetik, sintaksis, semantik dan morfologi;
3. Mengenal pasti perkembangan struktur bahasa;
4. Menerangkan perkembangan pertuturan;
5. Menjelaskan perbezaan individu; dan
6. Menghuraikan bahasa dan pemikiran.

 PENGENALAN
Seseorang yang mempunyai kecekapan berkomunikasi yang baik dalam sesuatu
bahasa adalah seorang yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang sistem bahasa tetapi boleh menggunakan bahasa itu untuk
tujuan komunikasi secara spontan, bersesuaian dengan peraturan-peraturan
penggunaan yang diterima oleh masyarakat penutur bahasa itu. Bagi tujuan
tersebut, seseorang mesti menguasai kemahiran-kemahiran bahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, perlu juga ketahui
sistem suatu bahasa dan nilai-nilai kesusilaan bahasa dalam konteks sosiobudaya
masyarakat penutur bahasa itu. Pengetahuan tentang nilai-nilai ketatasusilaan
bahasa amat penting untuk mewujudkan keharmonian antara penutur dengan
orang yang dilawan bertutur.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 ASAS BAHASA

2.1 SISTEM BAHASA


Selain memerlukan penguasaan terhadap sub-sub kemahiran berbahasa,
terdapat beberapa aspek penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk
mempertingkatkan kecekapan berbahasa.

Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa mestilah menguasai sistem


fonologi atau sistem bunyi sesuatu bahasa. Ini adalah untuk menentukan
bahawa ia boleh bertutur dalam bahasa tersebut dengan gaya, sebutan dan
intonasi yang betul. Sistem sebutan sesuatu bahasa itu meliputi sistem
penyebutan bunyi, konsonan, diftong dan unsur-unsur pindaan nada iaitu ciri-
ciri nada, tekanan, jeda dan intonasi. Seseorang penutur yang ingin menguasai
kemahiran lisan dengan sebaik-baiknya, mesti tahu dan boleh mengaplikasikan
sistem tersebut dalam pertuturannya dengan tepat dan lancar. Ia juga tahu dan
dapat membezakan bentuk-bentuk sebutan baku dan bukan baku serta berbagai-
bagai laras bahasa lisan yang terdapat di dalam bahasa yang dipelajarinya. Ciri-
ciri paralinguistik yang sesuai semasa bertutur seperti mimik muka, gerak
anggota dan turun naik suara juga penting untuk menghidupkan suasana kasual
dalam konteks formal atau tidak formal.

Tatabahasa merupakan aspek bahasa yang terpenting dikuasai oleh seseorang


penutur kerana tanpa pengetahuan, seseorang akan menghadapi masalah, bukan
sahaja untuk bertutur tetapi juga membaca dan menulis. Ini kerana apa sahaja
bentuk penggunaan bahasa akan memerlukan tatabahasa iaitu sistem atau
peraturan-peraturan tentang bagaimana bahasa itu seharusnya digunakan.
Aspek ini meliputi bidang sintaksis dan morfologi iaitu bidang khusus mengkaji
tentang sistem binaan perkataan dan hubungan perkataan-perkataan dalam
membentuk frasa, klausa dan ayat.

Penguasaan terhadap sistem ejaan juga amat penting terutamanya untuk


menyuburkan kemahiran membaca dan menulis kerana kedua-dua kemahiran ini
melibatkan rakaman bahasa dalam bentuk tulisan yang secara langsung
mempunyai sistemnya tersendiri. Pembacaan seseorang akan terganggu sekiranya
ia tidak dapat membunyikan sesuatu perkataan disebabkan oleh kekurangan
pengetahuan tentang sistem ejaan, begitu juga dengan penulisan.

Setiap bahasa mempunyai beberapa tahap yang tersendiri dan digunakan dalam
situasi atau konteks yang berbeza. Perbezaan ini wujud kerana keadaan-keadaan
tertentu yang terdapat dalam masyarakat penutur bahasa itu sendiri seperti bahasa
istana dan luar istana, begitu juga bahasa dalam situasi formal dan tidak formal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  23

Makna merupakan aspek penting dalam bahasa dan setiap pengguna bahasa
haruslah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang ini untuk
membolehkannya bertutur, memahami pertuturan orang lain dan untuk
menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Walau bagaimana baik sekalipun penguasaan seseorang terhadap aspek-aspek


tatabahasa dan penguasaannya terhadap kemahiran-kemahiran bahasa yang
lain, sekiranya ia tidak dapat menggunakan bahasa itu menurut ciri-ciri
ketatasusilaan yang telah ditetapkan secara konvensional atau bertulis oleh
masyarakat penutur jati bahasa itu, ia tidak dapat diterima sebagai penutur yang
mahir atau cekap. Ciri-ciri ketatasusilaan melibatkan kata-kata sapaan dan
rujukan, kata-kata hormat atau kata-kata pemanis yang sesuai.

Sesuatu bahasa juga mempunyai ciri-ciri keindahan tersendiri dan dapat dilihat
daripada adanya unsur-unsur seperti simpulan bahasa, peribahasa, bahasa
kiasan dan bentuk-bentuk ungkapan yang lazim digunakan dalam penghasilan
karya sastera seperti unsur pengulangan, perbandingan, pengorangan, aliterasi,
asonansi, rima dan sebagainya.

Bagi menambah kecekapan berbahasa, seseorang bukan sahaja perlu mengetahui


dengan mendalam seluruh sistem bahasa tetapi perlu mengasah kemahiran
menggunakan sistem bahasa dalam konteks penggunaan sebenar. Ini bermakna,
seseorang perlu menerapkan pengetahuan sosiolinguistiknya di samping
struktur sesuatu bahasa itu.

AKTIVITI 2.1

Apakah sistem bahasa?

2.1.1 Fonetik
Fonetik mengkaji penyebutan bunyi manusia iaitu bunyi yang digunakan dalam
pertuturan. Kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa adalah untuk membuat deskripsi
bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat kategori penggolongan bunyi-bunyi
tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar dahulu sebelum
ia ditranskripsikan. Oleh yang demikian, bunyi-bunyi yang dikaji perlu dirakam
dahulu. Mesin perakam yang baik dapat menghasilkan deskripsi yang baik.

Sebelum bunyi-bunyi itu dapat dideskripsikan, bunyi-bunyi itu perlu


diwujudkan dahulu sebagai unit-unit yang dapat dikaji. Rakaman bunyi-bunyi
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
24  TOPIK 2 ASAS BAHASA

diperdengarkan dan dipotong-potong bunyi-bunyi tersebut kepada unit-unit


kecil. Ada masalah dalam pemotongan bunyi kerana bunyi bahasa dituturkan
berterusan dan tidak terpisah-pisah. Setelah bunyi-bunyi bahasa dipotong
menjadi unit-unit bunyi, barulah dapat dibuat deskripsinya. Membuat deskripsi
bunyi ialah dengan menggunakan kesan-kesan pendengaran yang kita dapati
dalam menuturkan bunyi-bunyi tersebut. Apabila membuat deskripsi bagaimana
bunyi-bunyi tersebut dituturkan, mempertimbangkan harus dibuat tentang
loghat yang terlibat, cara sebutan dan sama ada pita suara digetarkan atau tidak.

Kemudian kita mengklasifikasi bunyi-bunyi yang mempunyai ciri-ciri yang sama


ke dalam satu golongan. Maklumat dalam deskripsi bunyi digunakan untuk
membuat klasifikasi bunyi tersebut. Segala maklumat tentang loghat, cara
sebutan, kesan-kesan pendengaran bunyi-bunyi dan keadaan pita suara
digunakan dalam deskripsi. Setelah itu, bunyi tadi diklasifikasikan ke dalam dua
golongan besar, iaitu vokal dan konsonan. Vokal pula diklasifikasikan lagi
kepada jenis-jenisnya dan konsonan juga kepada jenis-jenisnya.

Setelah disegmen, bunyi-bunyi itu diberi transkripsi iaitu memberi lambang


kepada bunyi-bunyi bahasa tersebut. Bunyi diberi lambang fonetik, bukan
sebaliknya. Semasa belajar membaca, kita belajar membunyikan huruf.
Sebenarnya, bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi.

Organ pernafasan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi bukanlah asalnya


organ sebutan tetapi untuk bernafas, makan dan minum. Namun demikian,
organ-organ ini kemudiannya melakukan fungsi menghasilkan bunyi bahasa
untuk berkomunikasi. Dalam menghasilkan bunyi bahasa, banyak organ
pernafasan yang kita gunakan. Ini termasuklah organ paru-paru di mana udara
yang disedut digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa. Organ-organ
penting yang terlibat dalam pernafasan juga terlibat dalam penghasilan bunyi
(sila lihat Rajah 2.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  25

Rajah 2.1: Sistem pernafasan

Udara mesti wujud bagi menghasilkan bunyi melalui organ kotak suara. Udara
yang masuk ke paru-paru itu ditekan keluar. Udara ini merupakan unsur aktif
dalam penghasilan bunyi. Otot-otot di sekeliling paru-paru menekan paru-paru
untuk mengempis, dan udara dipaksa keluar melalui rengkung dan hidung. Otot
paru-paru kenyal, jadi apabila dada dikembangkan ruang dalam paru-paru itu
menjadi besar dan udara tersedut ke dalam. Apabila dada dikempiskan maka
udara terdesak keluar melalui saluran rengkung.

Udara yang keluar melalui saluran rengkung yang berukuran 11 cm panjang dan
2.5 cm lebar dan terus keluar melalui rongga hidung atau mulut. Rongga
rengkung atau kotak suara terdiri daripada sembilan keping tulang rawan.
Dalam rongga rengkung inilah terletaknya halkum. Halkum ini boleh bergerak
ke atas dan ke bawah secara terhad, mengikut nada bunyi yang dihasilkan iaitu
tinggi atau rendah. Dalam halkum inilah terletaknya sepasang pita suara. Pita
suara ini boleh digetarkan bagi menghasilkan bunyi bahasa.

Epiglotis merupakan anak tekak yang terdiri daripada sekelompok otot yang
berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi
menutup rongga rengkung. Organ ini boleh digerakkan bagi menyempitkan atau
meluaskan rongga rengkung. Apabila bahagian belakang lidah dihulurkan ke
belakang maka organ ini turut tersorong ke belakang.

Tekak bermula dari rongga rengkung atau halkum membawa ke hidung.


Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini lebar di atas dan meruncing ke
bawah. Dinding belakang rongga ini bermula dari rengkung hingga ke tekak,
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
26  TOPIK 2 ASAS BAHASA

tetapi dinding depannya terbuka menuju ke rongga mulut. Otot dinding organ
ini boleh dikawal bagi meluaskan atau menyempitkan tekak tersebut. Lelangit
lembut boleh diangkat menutup rongga hidung atau diturunkan bagi membuka
dan meluaskan ruang rongga itu supaya aliran udara dapat keluar. Pergerakan
seperti ini penting untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Organ sebutan pula terlibat dalam proses mengeluarkan bunyi bahasa secara
langsung. Lidah adalah organ paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa
(sila lihat Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Organ sebutan

Lidah boleh dibahagi kepada tiga daerah iaitu hujung, depan dan belakang bagi
memudahkan kita membuat deskripsi penghasilan bunyi.

Gigi sebagai organ sebutan pasif. Ini bermakna lidah tidak bergerak, tetapi
digunakan sebagai pemampan aliran udara yang keluar dari paru-paru.

Bibir pula menjadi sempadan paling luar pada rongga mulut. Organ ini terdiri
dari kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan
mengawal otot-otot pada bibir. Otot-otot ini juga boleh dibundarkan atau
dileperkan bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan (rujuk Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Jenis sebutan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  27

Gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga
mulut. Gigi menjadi organ yang digunakan sebagai kawasan sebutan.

Lelangit keras adalah dari sempadan gusi di bahagian atas rongga mulut
hinggalah ke lelangit lembut. Organ ini mengisi lebih kurang 2/3 daripada
lelangit.

Manakala lelangit lembut pula, bermula dari sempadan lelangit keras hingga
akhir kawasan atas rongga mulut. Organ ini adalah bahagian lelangit yang
terkebelakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut boleh diturunkan dan
dinaikkan bagi menutup atau membuka saluran tekak ke rongga hidung.

Rongga hidung merupakan ruang yang terdapat di atas rongga mulut dan
dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit. Rongga hidung bermula dari lubang
hidung ke tekak.

Dalam halkum, terdapat sepasang otot selaput nipis dikenali sebagai pita suara.
Apabila dirapatkan, pita suara liputi ruang rongga rengkung. Pembukaan di
antara dua keping selaput itu boleh diluaskan atau disempitkan untuk
mengeluarkan bunyi. Pita suara yang nipis bergetar apabila mendapat tekanan
aliran udara yang keluar dari paru-paru. Getaran ini menerbitkan bunyi
bersuara. Pita suara itu bergetar 110 kali sesaat bagi suara lelaki atau tiga kali
ganda bagi suara wanita. Apabila aliran udara dihisap masuk, pita suara
bergetar pada frekuensi yang rendah dan menghasilkan bunyi garuk. Bunyi
demikian jarang terdapat dalam bahasa-bahasa. Apabila pita suara tersebut
dirapatkan dan tekanan udara dari paru-paru dilepaskan dengan serta merta
maka terjadilah letupan pita suara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 ASAS BAHASA

Apabila pita suara direnggangkan menjadi separuh terbuka maka tekanan udara
dari paru-paru menggetarkan pita suara tersebut. Pita suara yang bergetar
penting dalam menghasilkan bunyi. Apabila pita suara dalam keadaan 75%
terbuka, maka tekanan udara dari paru-paru mengalami sedikit sekatan. Pita
suara tidak bergetar dan menghasilkan bunyi bisikan. Bunyi-bunyi yang
dihasilkan dengan pita suara bergetar dikatakan bunyi bersuara dan apabila pita
suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan adalah bunyi tak bersuara (sila lihat
Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Peti suara

Terdapat tiga pendekatan dalam mengkaji fonetik:

(a) Fonetik Artikulasi


Fonetik artikulasi ialah kajian bunyi melalui sebutan. Ia merupakan kaedah
yang baik bagi menghasilkan deskripsi yang tepat untuk tujuan mengajar
bahasa. Dengan mendeskripsi cara bunyi bahasa dihasilkan, seseorang
dapat memahami tentang bagaimana bunyi bahasa disebut atau
dituturkan. Bunyi bahasa tidak mempunyai hubungan pasti dengan bentuk
lambang. Umpamanya bunyi [b] dalam bahasa Melayu diberi lambang b
dalam tulisan Rumi, dan ‫ ب‬dalam tulisan Jawi, iaitu ada dua lambang yang
berlainan bagi bunyi yang sama. Ini tidak bermakna bunyi mesti ada
lambang tertentu. Apabila kita membuat deskripsi bunyi dari segi
artikulasi, kita mendeskripsi bunyi-bunyi sebagai sengau, letupan, geseran
dan sebagainya. Ia merupakan penggolongan terhadap pendengaran dan
tidak semata-mata sebutan. Kajian fonetik juga menggunakan alat,
contohnya palatogram, laringoskopi dan letromiografi. Alat-alat ini
digunakan bagi menentukan sifat atau mengukur bunyi bahasa yang
diujarkan dalam makmal. Dengan menggunakan alat-alat ini, ahli fonetik
dapat menentukan organ seperti kedudukan lidah, bahagian lelangit keras
yang terlibat dalam mengujarkan sesuatu bunyi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 ASAS BAHASA  29

(b) Fonetik Auditori


Fonetik auditori merupakan pendekatan mengkaji bunyi melalui
pendengaran iaitu membuat deskripsi bunyi yang didengar. Melalui
pendengaran bunyi dideskripsikan sebagai kasar, garuk, halus, nyaring,
lantang, lunak dan sebagainya. Lunak membawa konotasi sedap didengar
dan garuk tidak sedap didengar.

(c) Fonetik Akustik


Fonetik akustik ialah mengkaji sifat-sifat bunyi yang dilakukan dengan
menganalisi bunyi yang dirakam dengan alat-alat tertentu. Melalui alat-alat
sensitif bunyi dapat dianalisis dari segi sifatnya. Ciri-ciri bunyi tersebut
dapat dikaji. Teknik ini menganalisis gambar-gambar gelombang bunyi
yang dirakam. Sifat-sifat bunyi seperti ukuran gelombangnya, kesengauan
bunyi, kawasan sebutan mudah dilihat dalam gambar-gambar akustik atau
spektogram bunyi (sila lihat Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Spektrum ujaran tan dan dan (dalam ukuran ikatan lebar 80-8,000Hz.
Calib IKHz 2.4saat)

2.1.2 Sintaksis
Sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat. Bagaimana
perkataan disusun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat.
Terdapat dua aspek yang dikaji dalam binaan sintaksis. Pertama, ayat yang
dikaji dengan melihat proses bagaimana unsur-unsur sintaksis bergabung
menjadi frasa dan ayat. Kedua, melihat bagaimana struktur-struktur ayat dibina
serta fungsi-fungsinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 ASAS BAHASA

Terdapat empat hubungan sintaksis dalam bahasa Melayu iaitu hubungan posisi,
hubungan berdampingan, hubungan kepertukaran dan hubungan unsur
terdekat.

Hubungan posisi mengkaji bagaimana perkataan bergabung untuk membina


frasa, frasa dengan frasa bagi membina klausa dan klausa dengan klausa bagi
membina ayat. Apabila disusun bagi membina frasa, posisi perkataan yang
menerangkan ( M ) terletak di belakang posisi perkataan yang diterangkan ( D ).
Istilah ini dinamakan DM iaitu posisi perkataan yang diterangkan mendahului
posisi perkataan yang menerangkan.

Contoh:

1. Kereta api (kata majmuk)


DM

2. Budak baik (frasa)


DM

3. Dia balik (klausa)


DM

Contoh 1 ialah kata majmuk iaitu kata kereta diterangkan oleh api, manakala
contoh 2 pula ialah frasa iaitu budak diterangkan oleh baik dan contoh ketiga
ialah klausa iaitu dia diterangkan oleh predikatnya balik.

Namun demikian ada tiga kekecualian. Pertama dalam frasa adverba, perkataan
yang menerangkan terletak di hadapan perkataan yang diterangkan. Contoh,
sangat sedih. Kedua, posisi kata bilangan dan penjodoh bilangan juga terletak di
hadapan posisi kata nama yang diterangkannya. Contoh, ramai orang, dua ekor
ayam. Ketiga, posisi kata sendi terletak di depan posisi kata nama yang
diterangkan. Contoh, di bawah, ke atas.

Hubungan berdampingan pula bermaksud ada perkataan yang digunakan


dengan perkataan tertentu sahaja. Jika menggunakan kata kerja transitif, maka,
kata nama bernyawa perlu menjadi pelakunya. Contoh kata nama seperti orang,
perlu berdampingan dengan kata kerja seperti makan dan berjalan. Kata nama
bernyawa dan tidak bernyawa menjadi objek seperti kata kerja transitif menjerit,
memerlukan kata nama bernyawa sebagai objek seperti adik, kawan. Kata kerja

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  31

transitif seperti membaca, menjahit boleh menerima kata nama tidak bernyawa
seperti surat, baju sebagai objek.

Hubungan kepertukaran melibatkan sintaksis pelbagai lapisan. Dalam frasa


kerusi baru sangat, boleh digantikan oleh frasa kerusi baru dan kerusi baru boleh
digantikan dengan kata kerusi. Ayat dapat difahami sebagai unit yang
mempunyai lapisan hubungan unsur-unsur yang lebih kecil. Unit yang lebih
kecil itu boleh mengganti unit yang lebih besar.

2.1.3 Semantik
Dalam bahasa harian, perkataan semantik bermaksud makna. Tetapi dalam ilmu
linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa.
Makna frasa ditentukan oleh tiga perkara:
(a) Untuk perkataan ada makna maka perlulah ada pilihan;
(b) Makna ditentukan oleh kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa; dan
(c) Makna ditentukan oleh konteks.

Ciri pilihan adalah penting dalam menentukan makna. Contohnya, setiap kali
bertemu guru, murid-murid biasanya mengucapkan "selamat pagi" atau "selamat
tengahari" atau "selamat petang" sebagai menghormati guru. Mereka tidak boleh
mengucapkan ucapan lain seperti, "selamat mengajar". Ini bermaksud, tidak ada
pilihan untuk murid-murid menuturkan sesuatu yang lain. Sebaliknya apabila
bermacam-macam kemungkinan ungkapan dapat diujarkan, maka setiap
satunya mempunyai makna yang berlainan. Contohnya seseorang yang bertemu
kawan lama, sudah tentu selepas memberi salam, mereka berbual tentang
pengalaman, pekerjaan dan kesihatan. Setiap satu ungkapan membawa makna
seperti yang dimaksudkan kerana ungkapan itu dihasilkan dengan pilihan kita.

Seseorang itu dikatakan dapat berbahasa dengan baik kerana dapat menuturkan
bahasa Melayu dalam konteks budayanya yang betul. Contohnya dalam budaya
Melayu, perkataan "aku" tidak sesuai digunakan dalam perbualan dengan orang
berpangkat tinggi yang tidak dikenalinya. Dalam terjemahan bahasa Inggeris, "to
take a seat" bermaksud "mengambil tempat duduk". Tetapi dalam kebudayaan
Melayu disebut "sila duduk". Manakala "to carry" dalam bahasa Inggeris
membawa maksud "bawa, angkat, kandar, ambil, pikul dan heret". Budaya
Melayu lebih mementingkan cara sesuatu barang dibawa tetapi dalam bahasa
Inggeris perbezaan-perbezaan dalam perbuatan tidak dipentingkan.

Konteks yang berlainan mempunyai makna yang berlainan. Contohnya


perkataan "gila". Apabila diucapkan semasa bertengkar menunjukkan marah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 ASAS BAHASA

Tetapi dalam perbualan dengan rakan secara tidak serius, menunjukkan


bergurau. Apabila diucapkan dalam suasana ayat berita, ungkapan tersebut
menyatakan gila betul.

Masalah makna dalam kiasan seperti kaki apabila digunakan dalam simpulan
bahasa iaitu kaki ayam atau kaki botol, maka makna kaki berubah. Ini bererti
makna asal dipindahkan kepada satu makna lain.

Makna perkataan boleh juga berubah melalui sejarah. Perkataan benua misalnya,
bermakna negeri seperti Benua Siam atau Cina. Tetapi sekarang berubah
membawa maksud tanah besar seperti Benua Afrika atau Benua Asia.

Ada dua jenis makna:


 Makna denotasi; dan
 Makna konotasi.

(a) Denotasi
Denotasi bermaksud makna yang ditunjukkan oleh sesuatu perkataan
tersebut dalam kamus atau dipanggil makna inti. Contohnya, makna
denotasi kaki ialah anggota bahagian bawah. Tetapi kaki bukit bermaksud
bahagian pangkal bukit atau kaki kain bermaksud bahagian hujung bawah
kain.

(b) Konotasi
Makna konotasi ialah penggunaan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa
dan budaya memberi tambahan kepada makna perkataan tersebut. Bunga
kemboja membawa makna tambahan dalam budaya Melayu iaitu "duka
kerana kematian" dan ada kaitan dengan tanah perkuburan yang
mempunyai konotasi buruk. Bagi masyarakat Hawaii, bunga kemboja
mempunyai konotasi baik di mana bunga tersebut dijadikan kalungan bagi
menyambut tetamu yang tiba di lapangan terbang Honolulu.

Makna juga boleh dilihat dalam jaringan perhubungan tertentu. Contoh


perkataan yang mempunyai makna yang sama dipanggil sinonim seperti kereta,
motokar dan mobil. Manakala makna berlawan seperti hidup lawan mati
dipanggil antonim. Ada juga perkataan yang mempunyai banyak makna seperti
berat. Boleh diertikan sebagai berat (timbangan), serius (masalah), tenat (sakit)
yang dipanggil polisim. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang
sama, makna berlawan dan banyak makna wujud dalam struktur perhubungan
masing-masing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  33

Unsur makna wujud dalam sebarang analisis bentuk bahasa. Ini menunjukkan
makna mempunyai hubungan dengan tatabahasa. Ayat yang gramatis tediri
daripada ayat-ayat yang cukup syarat dari segi tatabahasa dan membawa makna
penuh.

Contoh:

1. Busu minum ais. (ayat yang cukup syarat dari segi tatabahasa
dan bermakna)

2. Busu minum angin. (angin tidak boleh diminum)

Dalam contoh 1 dan 2, ais dan angin adalah kata nama. Walau bagaimanapun
ayat 2 cukup syarat daripada segi tatabahasa tetapi tidak bermakna.

2.1.4 Morfologi
Morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.
Kajian dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-
proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.
Unsur bagi membentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Morfem ialah unsur atau inti bahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi
tatabahasa. Contohnya perkataan lari atau rendah tidak dapat dijadikan unsur
yang lebih kecil lagi dan mempunyai makna. Morfem lari, rendah dapat berlaku
sendiri dan dipanggil morfem bebas. Morfem ănya, -kah, ber-, -an tidak dapat
berlaku tanpa morfem lain dan dipanggil morfem terikat. Morfem bebas disebut
juga kata dan morfem terikat boleh terdiri daripada imbuhan dan partikel.

Seorang linguis boleh melakukan analisis morfologi sesebuah bahasa


menggunakan kaedah analisis yang saintifik. Menganalisis pertuturan bagi
mencari morfem ini bermula dengan menganggapkan bahan pertuturan itu dapat
ditranskripsi dan dipenggal-penggal kepada morf-morf. Kemudian morf-morf ini
dibanding sehingga dapat dibuktikan yang setiap morf itu unit yang berasingan.

Contohnya, dalam perkataan bertenaga, berbuah dan berdaun, terdapat


bahagian atau unsur yang digunakan berulang-ulang dan bahagian yang
digunakan hanya sekali. Bentuk ber-, tenaga, buah dan daun dapat dipisahkan.
Bentuk-bentuk inilah yang dipanggil morf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 ASAS BAHASA

Bahagian yang digunakan berulang kali ialah ber-, dipanggil awalan. Bila awalan
ber- mempunyai fungsi, maka kata nama tenaga, buah dan daun menjadi kata
kerja. Unit bahasa terkecil yang mempunyai fungsi tatabahasa atau makna
adalah morfem.

SEMAK KENDIRI 2.1


Huraikan dengan contoh apa yang dimaksudkan dengan hubungan
perdampingan.

2.2 PERKEMBANGAN STRUKTUR BAHASA


Struktur bahasa Melayu patut dikaji semula dan dikemaskini sesuai dengan
perkembangan semasa dan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi. Antara faktor yang perlu diambil kira dalam membuat
keputusan mengenai bahasa ialah realiti dan praktikaliti penggunaannya. Pihak
terbabit khususnya pakar bahasa tidak seharusnya terlalu menekan mengenai
idealisme bahasa hingga memperkenalkan kaedah atau istilah yang terlalu
idealistik. Apa yang penting, panduan seperti ini praktikal dan mudah dipelajari
hingga dapat membantu perkembangan dan perluasan penggunaan bahasa
Melayu ke seluruh dunia. Istilah, perkataan atau ungkapan yang tiada diadakan,
perkara yang susah dipermudahkan, yang panjang diringkaskan dan yang keliru
diperjelaskan. Jika keadaan ini dapat dilakukan sudah pasti martabat bahasa
Melayu terus melonjak dan dapat bersaing dengan bahasa-bahasa dunia yang
lain. Tidak ada gunanya kalangan pakar bahasa Melayu cuba menegakkan
autoriti atau kekuasaan masing-masing hingga menyebabkan perkembangan
bahasa ini terjejas dan mula dipertikaikan oleh orang lain. Kesepakatan dan
penyatuan pendapatan dan pandangan pakar bahasa dalam hal ini pastinya
dapat memantapkan lagi bahasa Melayu tanpa boleh dipertikaikan oleh mana-
mana pihak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  35

2.2.1 Perkembangan Pertuturan


Terdapat empat komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak yang
melibatkan pertuturan:

(a) Perkembangan fonologikal iaitu pemahaman dan pengeluaran bunyi


bahasa pertuturan (sila rujuk Jadual 2.1)

Jadual 2.1: Perkembangan Fonologikal

Umur Kebolehan Fonologi


Baru lahir hingga 1 tahun  Boleh mengeluarkan bunyi seperti mendekut dan
mengagah
 Bunyi vokal berubah menjadi bebelan seperti
"mamamama"
 Boleh menyebut suku kata nama
1 tahun hingga 2 tahun  Mengulang suku kata
 Berminat untuk berbual
 Mengeluarkan bunyi yang mudah
 Mengetahui kesinambungan bunyi
2 tahun hingga 5 tahun  Kematangan peralatan vokal
 Sebutan bertambah baik
 Mengulang seni kata lagu atau puisi yang mudah
6 tahun hingga 10 tahun  Memahami penekanan yang membezakan maksud
perkataan seperti sebatang pembaris dengan sebatang
kayu
 Pertukaran penekanan apabila perkataan berubah
daripada perbuatan kepada nama
 Memahami seni kata lagu atau puisi
11 tahun ke atas  Cuba berbual seperti orang disekelilingnya
 Cuba menyesuaikan cara untuk menghasilkan bunyi
yang memberi maksud bersesuaian dengan budaya
 Menghasilkan seni kata lagu atau puisi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 ASAS BAHASA

(b) Perkembangan semantik iaitu pemahaman makna perkataan dan


kombinasi perkataan (sila rujuk Jadual 2.2)

Jadual 2.2: Perkembangan Semantik

Umur Kebolehan Semantik


Baru lahir hingga 1 tahun  Praperkataan mula terbentuk
 Praperkataan awal disebutkan merujuk kepada orang
terdekat, benda yang dapat bergerak dan aksi yang biasa
 Menggunakan variasi perkataan untuk memberi maksud
yang sebenar
 Dapat memahami perkataan serta menunjuk objek yang
dinamakan
2 tahun hingga 4 tahun  Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan
menyifatkan objek
 Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti
perasaan marah atau adjektif seperti comel
5 tahun hingga 10 tahun  Dapat menamakan objek atau kejadian dan
mengkategori
 Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan
 Memahami cerita lisan atau cerita yang dibaca dalam
buku
 Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi
 Dapat mengubah suai seni kata lagu atau puisi
10 tahun ke atas  Mempunyai perbendaharaan kata lebih kurang 30000
perkataan
 Dapat menaakul dengan agak mantap
 Dapat menggunakan perkataan untuk mencipta seni
kata lagu atau puisi

(c) Perkembangan tatabahasa iaitu bentuk atau struktur bahasa


Apabila bayi berumur antara 12 bulan hingga 20 bulan, ia sudah dapat
menyebut perkataan yang pertama seperti mama (orang yang penting),
binatang (miow). Kebanyakan bayi akan menunjukkan satu kebolehan
perolehan bahasa yang pesat apabila berumur 18 bulan yang dikenali
sebagai cetusan perbendaharaan kata. Kanak-kanak 3 hingga 6 tahun boleh
menggunakan kata sambung, ayat kompleks, soalan bertag dan ayat pasif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  37

(d) Perkembangan pragmatik iaitu gaya sesuatu perkataan digunakan dalam


sesuatu perbualan, mengikut konteks dan budaya (sila rujuk Jadual 2.3)

Jadual 2.3: Perkembangan Pragmatik

Umur Kebolehan Pragmatik


Lahir hingga 1 tahun  Menunjuk minat untuk melibatkan diri dalam perbualan
 Penglibatan dalam perbualan mula terbentuk
1 tahun hingga 2 tahun  Mula mengambil bahagian dalam perbualan
 Mula menyesuaikan diri dalam perbualan, interaksi dan
perbincangan
 Dapat menggunakan speech registers seperti bye bye atau
terima kasih
3 tahun hingga 5 tahun  Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan
besar
 Mula memberi komen dan meminta tindak balas
 Dapat menggunakan speech registers seperti selamat pagi
atau tolong
6 tahun hingga 9 tahun  Boleh menggunakan speech registers seperti apa khabar
secara berkesan
 Pandai mengubah topik perbincangan atau perbualan
secara beransur-ansur mengikut keadaan
 Dapat bertanya balik apabila disoal
11 tahun ke atas  Penggunaan bahasa yang betul mengikut tuntutan sosial
 Mahir mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan

2.2.2 Perbezaan Individu


Mengikut Dictionary of Psychology (1973), perbezaan individu ialah:

Variasi atau ketidaksamaan individu dari norma kumpulannya, sama


ada dari sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial,
bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat di kalangan individu
dalam sesuatu kumpulan.

Dari definisi tersebut, jelaslah setiap individu adalah unik dan mempunyai
perbezaan yang tersendiri. Misalnya dalam keluarga seramai empat orang, tidak
seorang pun yang mempunyai sifat yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 ASAS BAHASA

Ketidaksamaan ini ketara di dalam kelas yang terdiri daripada berbagai latar
belakang dan keturunan. Seseorang guru perlu peka dan memberi perhatian
yang serius terhadap perbezaan individu supaya proses pengajaran dan
pembelajaran boleh membawa kesan yang positif kepada kanak-kanak.

Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyebabkan perbezaan individu di


kalangan kanak-kanak. Di antaranya ialah intelek, kecerdasan, personaliti,
kreativiti, sosioekonomi, emosi, bentuk fizikal dan jantina.

Dari segi intelek, kanak-kanak memang berbeza. Contohnya kebolehan dari segi
membaca, menulis dan mengira. Perbezaan kebolehan intelek dapat diukur oleh
guru semasa membuat ujian bulanan. Setiap kanak-kanak akan mempunyai
pencapaian markah yang berbeza di dalam sesuatu mata pelajaran. Selain itu,
cepat atau lambatnya mereka menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi boleh
menunjukkan kebolehan mental seseorang kanak-kanak. Jurang perbezaan mental
semakin ketara apabila mereka berada pada peringkat persekolahan yang tinggi.

Menurut Benjamin, Hopkins dan Nations (1987), kecerdasan ialah keupayaan


seseorang dalam melibatkan berbagai-bagai aktiviti kognitif seperti persepsi,
penyimpanan dan penemuan kembali ingatan, penaakulan, penyelesaian masalah
dan kreativiti. Terdapat berbagai-bagai jenis ujian yang tergolong sebagai ujian
kecerdasan yang mengukur perkara yang berlainan dalam kecerdasan individu.
Guru perlu berhati-hati apabila menggunakan ujian kecerdasan untuk membuat
perbandingan di antara kanak-kanak. Satu ujian sahaja tidak boleh dijadikan
sebagai ukuran semua aspek kecerdasan kanak-kanak.

Personaliti merupakan kualiti-kualiti individu yang menunjukkan keperibadian


dan perwatakan seseorang. Personaliti dapat dikesan sejak dari tadika lagi.
Kebanyakan kanak-kanak kelihatan riang tetapi ada juga yang mengasingkan
diri. Murid-murid yang aktif akan mengacau murid-murid yang lemah. Adalah
penting untuk guru mengesan personaliti kanak-kanak serta mempelbagaikan
kaedah pengajaran untuk memastikan kanak-kanak menumpukan perhatian
terhadap pelajaran mereka.

Kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri. Mereka perlu galakan yang positif


dari guru supaya daya kreatif mereka dapat disalurkan ke arah jalan yang betul.

Perbezaan taraf sosioekonomi di kalangan kanak-kanak di dalam sesebuah


bilik darjah boleh menyebabkan pencapaian akademik yang berbeza. Jika
sesebuah keluarga bersosioekonomi tinggi ia mampu menyediakan pelbagai
kemudahan untuk berbahasa, sudah tentu kanak-kanak yang terlibat dapat
menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  39

baik berbanding dengan kanak-kanak dari sosioekonomi yang rendah dengan


kekurangan kemudahan.

Kanak-kanak sejak kecil lagi sudah mempunyai emosi tertentu. Keadaan emosi
tersebut bergantung kepada pengalaman kanak-kanak terhadap situasi yang
dialami. Jika kanak-kanak sering dimarahi di dalam kelas, ia akan takut kepada
guru tersebut. Emosi juga dikaitkan dengan keperluan atau hajat seseorang.
Sekiranya keperluan kanak-kanak tercapai, ia akan gembira dan puas, emosinya
juga stabil. Tetapi sebaliknya, jika keperluan tidak tercapai, ia akan kecewa dan
sedih. Oleh itu, guru perlu peka dengan emosi kanak-kanak melalui tingkah laku
dan air muka mereka.

Perbezaan fizikal yang paling ketara di antara individu ialah tinggi tubuh badan.
Kanak-kanak yang lebih kecil sukar menandingi rakan-rakan yang lebih besar
khasnya dalam aktiviti permainan.

Guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan jantina di kalangan kanak-


kanak. Ada perbezaan minat antara lelaki dan perempuan. Lelaki suka
mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup manakala perempuan suka mata
pelajaran Sains Rumah Tangga. Pencapaian akademik perempuan sekolah
rendah adalah tinggi tetapi lelaki dapat mengatasi perempuan dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains di peringkat sekolah menengah. Lelaki lebih
agresif dari perempuan. Perempuan lebih cepat baligh daripada lelaki.

Oleh itu, peranan penting yang harus dimainkan oleh seorang guru ialah
menyediakan peluang dan kemudahan pembelajaran untuk berbahasa yang
secukupnya.

Bagi mengatasi keadaan perbezaan individu, kaedah pengajaran seperti kaedah


kumpulan mengikut kebolehan, pengajaran secara bebas dan penggunaan bilik
sumber, pengajaran pemulihan, program pengayaan, program pembelajaran
bersegmen mengikut berdasarkan pencapaian kanak-kanak, kaedah gerak balas dan
pengajaran terancang perlu dijalankan oleh guru mengikut kesesuaian situasi.

2.2.3 Bahasa dan Pemikiran


Kanak-kanak perlu dibimbing bagi mengawal akal pemikiran mereka untuk
digunakan dalam mempelajari bahasa dengan lebih berkesan. Guru patut
didedahkan dengan kaedah pengajaran berpusatkan kanak-kanak yang dapat
mengubah senario pengajaran daripada guru "mengajar" kanak-kanak mengenal
huruf dan peraturan bahasa yang betul kepada pendekatan yang menunjukkan
bagaimana kanak-kanak boleh membentuk idea, menyelesaikan konflik,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 ASAS BAHASA

membuat pertimbangan terhadap sesuatu yang kabur, membuat kritikan diri


serta membuat penilaian terhadap apa yang perlu dan tidak perlu diketahui.

Peningkatan bahasa dan pemikiran boleh dilihat dalam lapan dimensi iaitu:

(a) Dimensi 1: Asas Kemahiran Berfikir


Kemahiran ini meliputi kemampuan dalam penterjemahan, menghubung
dan menyusun cita rasa, peka terhadap bahan rangsangan dan membina
imaginasi daripada maklumat yang diperolehi.

(b) Dimensi 2: Landasan Proses Berfikir


Kemahiran ini meliputi penggerakan kognitif yang kompleks yang
memerlukan interaksi lebih dari satu kemahiran berfikir yang kritis apabila
menghadapi bahan rangsangan. Ini termasuklah mengenal pasti keselarian,
bentuk, prinsip, membuat telahan, sebab akibat, tema dan tujuan,
menterjemah dan menginterpretasi serta mengenal pasti ketidakselarian
dan sebab mengapa wujudnya ketidakselarian tersebut.

(c) Dimensi 3: Membuat Keputusan


Kemahiran ini meliputi kebolehan membuat keputusan apabila berlaku
lebih daripada satu pilihan atau mencipta pilihan terbaru yang lebih baik
daripada pilihan yang diberikan. Ini merupakan salah satu kemahiran
berfikir tertinggi yang perlu dilatih pada peringkat awal kanak-kanak.

(d) Dimensi 4: Penyelesaian Masalah


Kemahiran yang melibatkan penganalisisan dan penyelesaian dalam situasi
yang genting, menilai dan menentukan hujah yang kukuh terhadap sesuatu
idea, menolak hujah yang lemah, menjelaskan andaian, menangguhkan
penyelesaian dengan sebab yang dapat diterima dan menggunakan kaedah
penyelesaian masalah pada waktu yang diperlukan.

(e) Dimensi 5: Strategi Metakognitif


Kemahiran ini terdapat tiga komponen yang boleh digunakan iaitu
pengetahuan dalaman, kesedaran dalaman dan kawalan dalaman. Kanak-
kanak akan belajar mengawal diri sendiri dengan membetulkan pemikiran
mereka dan mengatasi halangan yang dianggap bertentangan dengan
kebolehan, matlamat dan objektif yang mereka ingin capai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS BAHASA  41

(f) Dimensi 6: Proses Pemikiran Kreatif


Kemahiran ini melibatkan kemampuan meluahkan apa yang dirasa dan
diketahui dalam bentuk yang pelbagai, dalam perspektif yang baru,
meneroka sesuatu yang dianggap kurang logik, memberi inspirasi baru
terhadap idea lama dan memperkembangkan atau memperluaskan idea
lama.

(g) Dimensi 7: Berfikir Secara Efektif dalam Kumpulan


Kemahiran ini pula melibatkan kemampuan menjelaskan bagaimana idea
berkaitan antara satu sama lain, keperluan untuk membimbing,
bekerjasama, memahami perbezaan antara kepalsuan dengan kebenaran,
menetapkan saingan yang mencabar, menggunakan bakat yang berbeza
secara kolektif, latihan mendengar, bertanya soalan dan sensitif terhadap
perbezaan antara kesahan sesuatu kepercayaan dengan kemantapan yang
terkandung di dalamnya.

(h) Dimensi 8: Berfikir Secara Efektif ketika Bersendirian


Kemahiran ini membolehkan kanak-kanak bertanggungjawab untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan, menuju arah yang telah
ditentukan dan memastikan tujuan yang perlu dipenuhi dalam sesuatu
penerokaan. Guru juga boleh membimbing pelajar menetapkan pilihan
peribadi, memperbaiki pencapaian peribadi, menggerakkan minda ingin
tahu dan persembahan idea dengan jelas secara individu.

Guru perlu memahami kelapan-lapan dimensi ini agar dapat digunakan bagi
menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran bahasa di dalam bilik darjah.
Guru juga perlu mengatur strategi yang bersesuaian bagi memperkukuhkan
kemahiran bahasa kanak-kanak agar bersesuaian dengan dimensi yang
dibincangkan. Misalnya guru boleh membina soalan-soalan kefahaman yang
dapat memperkukuhkan daya pemikiran kanak-kanak berdasarkan setiap
dimensi yang dinyatakan. Latihan berbentuk penulisan juga boleh diatur
berdasarkan aspek yang hendak ditegaskan oleh guru berdasarkan dimensi
tertentu.

SEMAK KENDIRI 2.2


Bagaimanakah guru membuat perancangan pengajaran bahasa di
dalam bilik darjah untuk membantu pemikiran kanak-kanak?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 ASAS BAHASA

 Aktiviti pembelajaran terhadap sistem bahasa perlulah dilengkapi dengan


aktiviti penggunaan yang praktikal.

 Kajian linguistik dapat dibahagi kepada tiga bidang besar iaitu ilmu fonetik
dan fonologi, ilmu morfologi dan sintaksis dan ilmu semantik.

 Kanak-kanak perlu dilatih bertutur dengan baik sejak kecil lagi.

 Kanak-kanak perlu diajar berbahasa mengikut kemampuan dan perbezaan


individu.

 Pendedahan terhadap kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan


pembelajaran bahasa perlu dibuat seberapa awal yang boleh. Ini untuk
meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menguasai pelbagai kemahiran
bahasa pada tahap yang tinggi dan memudahkan penguasaan kemahiran ini
dalam bentuk yang lebih berguna pada tahap yang lebih tinggi kelak.

Denotasi Morfem
Fonetik Morfologi
Gaya Sebutan
Intonasi Semantik
Konotasi Sintaksis

Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging


literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Sowers, J. (2000). Language arts in early education. New York: Thomson/Delmar
Learning.
Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children.
New York: Paul Chapman Educational Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kurikulum
3 dan
Komponen
Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang bahasa dalam kurikulum prasekolah;
2. Mengenal pasti komponen bahasa dan hasil pembelajaran/objektif;
3. Menghuraikan bahasa dan topik komponen;
4. Menjelaskan hubungkait bahasa dan komponen; dan
5. Menerangkan keselarasan bahasa dan komponen.

 PENGENALAN
Kemahiran bahasa dan komunikasi adalah nadi pembelajaran kanak-kanak.
Seseorang kanak-kanak sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka
mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta dapat
berinteraksi dengan orang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

3.1 BAHASA DALAM KURIKULUM


PRASEKOLAH
Bahasa amat penting dan digunakan dalam semua bidang. Kemahiran bahasa
dan komunikasi memberi tumpuan kepada empat aspek, iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, kemahiran
mendiskriminasi dan mengingat adalah penting bagi membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kejayaan aktiviti berbahasa adalah
bergantung kepada kefahaman bahasanya kerana kanak-kanak belajar
mengingat, menyimpan dan memindahkan maklumat melalui bahasa.

AKTIVITI 3.1

Apa itu komponen bahasa? Bincangkan.

3.1.1 Komponen Bahasa


Ada empat komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

(a) Perkembangan fonologi iaitu memahami dan mengeluarkan bunyi bahasa


pertuturan. Contohnya perbezaan antara bunyi "ba dan "pa" pada awal
perkataan seperti "bapa" dan "papa".

(b) Perkembangan semantik iaitu memahami makna perkataan dan kombinasi


perkataan. Contohnya "jangan" atau "tepuk tangan".

(c) Perkembangan tatabahasa iaitu menggunakan lebih daripada satu


perkataan dalam satu ungkapan. Ada dua fasa dalam perkembangan
tatabahasa kanak-kanak iaitu:
(i) Pembentukan ayat mudah melalui kombinasi perkataan pertama.
Contohnya "nak baju"(untuk saya hendak pakai baju) atau "nak jalan"
(untuk saya hendak jalan keluar rumah).
(ii) Perkembangan daripada ayat mudah kepada perbualan kompleks.
Contohnya "kasut cantik" kepada "kasut cantik kerana ada warna
merah, kuning dan hijau".

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  45

(d) Perkembangan pragmatik iaitu gaya sesuatu perkataan digunakan dalam


sesuatu perbualan mengikut konteks dan budaya. Contohnya dapat
menggunakan "speech registers" (daftar bahasa) seperti selamat pagi dan
apa khabar.

3.1.2 Hasil Pembelajaran/Objektif


Objektif Kurikulum Bahasa Melayu membolehkan kanak-kanak:

(a) Mendengar dan Menyatakan Apa yang Didengar

(i) Mendengar dengan Penuh Perhatian

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengenal pasti apa yang didengar


 Contohnya guru memperdengarkan bunyi dipersekitaran iaitu
bunyi haiwan seperti ayam, itik, lembu, atau bunyi kenderaan
seperti ambulan, bomba dan polis. Kanak-kanak akan
mendengar bunyi tersebut dan menyatakan bunyi yang
mereka dengar.

Ć Mengecam dan membeza pelbagai jenis bunyi


 Contohnya guru memperdengarkan bunyi air menitis dari
paip, bunyi air terjun, bunyi air hujan atau bunyi tepuk tangan
dan petik jari. Kanak-kanak akan mengecam dan membezakan
bunyi yang didengarinya.

Ć Mengecam dan membeza intonasi suara


 Contohnya guru bercakap dengan suara perlahan (berbisik),
sederhana (percakapan biasa) atau tinggi (menjerit). Kanak-
kanak mendengar dan membezakan intonasi suara guru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

Ć Menceritakan apa yang didengar


 Contohnya guru memperdengarkan bunyi kenderaan yang
berlanggar. Kanak-kanak akan menceritakan apa yang
didengarnya.

Ć Mendengar dan memberi gerak balas terhadap:


 Arahan
Contohnya guru menyebut "pegang hidung", "tutup mata".
Kanak-kanak mendengar dan memberi gerakbalas mengikut
apa yang ia dengar.

 Bercerita
Contohnya guru bercerita tentang "Arnab dengan Kura-kura".
Selepas kanak-kanak mendengar cerita itu, kanak-kanak boleh
melakonkan watak dalam cerita tersebut.

 Puisi, ritma atau rentak


Contoh: Guru memberi teka teki iaitu:
Saya mengeluarkan bunyi eee...ooo...eee...ooo
Mengelip-ngelip lampu merah
Saya membawa pesakit
Siapa saya?
Kanak-kanak mendengar dan menjawab teka teki
yang diberikan.
Jawapannya ialah ambulan.

 Perbualan
Contohnya guru berbual tentang haiwan liar iaitu harimau.
Kanak-kanak mendengar perbualan dan melukis gambar
harimau yang dikatakan dalam perbualan.

(ii) Mendengar dan Mengecam Persamaan Bunyi Perkataan

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama


 Contoh bunyi a (ayam, adik, akar)

Ć Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama


 Contoh bapa, rupa,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  47

(iii) Mendengar dan Mengecam Bunyi Perkataan yang Berbeza

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza


 Contoh ayam, itik, udang

Ć Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza


 Contoh batu, bagi, baju

(b) Kemahiran Bertutur

(i) Berinteraksi dengan Mesra

Hasil pembelajarannya:

Ć Berbual dalam bahasa mudah dengan sebutan yang betul


 Contoh: Berbual tentang diri sendiri dengan menyebut nama
sendiri, nama ibu, ayah, adik beradik dan tempat tinggal

Ć Berinteraksi secara bersopan dan bertatasusila:


ă Mengikut giliran
Contohnya guru menunjukkan gambar seorang kanak-kanak
sedang membantu rakannya yang terjatuh dari basikal. Kanak-
kanak diminta meneka kata-kata yang mungkin diucapkan
oleh kanak-kanak dalam gambar. Dua orang kanak-kanak
dipilih akan mengikut giliran untuk mengucapkan kata-kata
tersebut.

ă Mengikut situasi
Contoh: Menggunakan ucapan berpandukan gambar yang
ditunjukkan seperti terima hadiah atau pemberian orang
(ucapan terima kasih)

ă Mengikut peringkat umur


Contoh: Panggilan abang, pakcik, datuk

Ć Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila


 Contoh: "Boleh saya masuk?", "Tolong angkat beg saya",
"Boleh saya pinjam pembaris"?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

(ii) Merangsang Pertuturan Melalui Soal Jawab

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul


 Contohnya guru menunjukkan gambar bola dalam kotak.
Guru menyoal kanak-kanak "apa ada dalam kotak?".
Kemudian guru menunjukkan gambar yang berbeza dan
kanak-kanak diminta membina soalan.

Ć Menjawab soalan dengan tepat


 Contohnya guru menunjukkan gambar atau membunyikan
bunyi haiwan. Kanak-kanak menamakan haiwan mengikut
gambar atau bunyi yang diperdengarkan.

Ć Menjawab soalan secara kreatif


 Contohnya guru bercerita tentang "Semut dengan belalang".
Guru berhenti bercerita apabila sampai pada kesudahan cerita
dan meminta kanak-kanak menghabiskan cerita tersebut.

Ć Bersoal jawab secara bersopan


 Contohnya guru menunjukkan gambar cara-cara membuat
kuih kepada kanak-kanak dituruti dengan sesi soal jawab.

(iii) Melafazkan Puisi dengan Intonasi yang Betul

Hasil pembelajarannya:

Ć Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair


 Contoh pantun:
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan adik makan,
Suruh mengaji adik tak mahu.

Ć Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa yang


mudah
 Contoh pantun:
Cincang landak atas batu,
Bintang banyak bulan satu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  49

(iv) Melakonkan Watak-watak Mengikut Situasi

Hasil pembelajarannya:

Ć Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai


untuk menghidupkan watak tersebut
 Contoh situasi: Mempersilakan tetamu masuk ke rumah
("silakan masuk").

(c) Kemahiran Membaca

(i) Mengenal Bentuk Huruf

Hasil pembelajarannya:

Ć Menyebut huruf mengikut urutan dan secara rawak


 Contoh: Menyanyi lagu abjad.

Ć Mengaitkan huruf dengan bentuk objek di persekitaran


 Contoh: Memadankan huruf j dengan mata kail.

Ć Mengenal bentuk huruf kecil dan huruf besar


 Contoh: Membulatkan huruf kecil dengan warna biru dan
huruf besar dengan warna merah.

(ii) Mengenal Huruf Vokal

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan pada


suratkhabar.
 Contoh: Mewarnakan huruf vokal dengan warna hijau.

Ć Membunyikan huruf vokal


 Contoh melalui nyanyian "Pak Mamat Ada Kebun"
Pak Mamat ada kebun;
a, e, i, o, u;
Di kebunnya ada lembu;
a, e, i, o, u.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

(iii) Mengenal Huruf Konsonan

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengecam dan membunyikan huruf konsonan


 Contoh: menggariskan huruf konsonan dalam perkataan
(mata)

Ć Mengecam bunyi huruf konsonan di awal dan di akhir perkataan


yang diperdengarkan
 Contoh: bunyi huruf konsonan awal (labu)
bunyi huruf konsonan akhir (awan)

(iv) Mengecam dan Memadankan Gambar dengan Perkataan

Hasil pembelajarannya:

Ć Memadankan gambar sesuatu objek dengan lakarannya


 Contoh: Lihat Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Memadankan gambar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  51

Ć Memadankan gambar dengan perkataan


 Contoh: Lihat Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Memadankan gambar dengan perkataan

(v) Memperkenal dan Menambah Perbendaharaan Kata

Hasil pembelajarannya:

Ć Mengecam dan mengaitkan label pada pelbagai objek dan tempat


 Contoh: Lihat Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Mengaitkan label dengan objek/tempat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

Ć Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja


 Contoh: Lihat Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Bercerita tentang gambar

Ć Mengecam perkataan melalui nyanyian atau puisi


 Contoh: Nyanyian Lompat Si katak Lompat
Lompat si katak lompat;
Lompatlah tinggi, tinggi;
Cepatlah adik cepat, cepatlah,
Bangun pagi, pagi.

(vi) Membina Suku Kata dan Perkataan

Hasil pembelajarannya:

Ć Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf


vokal (KV)
 Contoh: "ka", "ma"

Ć Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal (KV + KV) dalam
satu perkataan
 Contoh: "ka + ki", "ci + li"

Ć Membaca suku kata terbuka (VKV)


 Contoh: "ini" , "ibu", "ubi"

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  53

Ć Membaca suku kata tertutup (KVK)


 Contoh: "bas", "van"

Ć Membaca dua suku kata terdiri daripada (KV + KVK), (KVK +


KV) dan (KVK + KVK)
 Contoh: (KV +KVK) "ka + sut"
(KVK + KV) "pin + tu"
(KVK + KVK) "lin + tas"

Ć Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal berganding


dan konsonan berganding (KV + VK) dan (VK + KV)
 Contoh: (KV + VK) "ma + in"
(VK + KV) ""in + ti"

(vii) Membaca Perkataan dan Rangkai Kata

Hasil pembelajarannya:

Ć Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna


 Contoh: Bola saya
Ini bola saya.

(viii) Membaca Ayat dalam Konteks

Hasil pembelajarannya:

Ć Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata


 Contoh: Ada dua biji ciku.

Ć Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang


sesuai
 Contoh: Kereta
Ini kereta
Ini kereta bapa
Ini kereta biru bapa.
Ini kereta biru bapa yang baru.

Ć Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan


 Contoh: Kucingku sayang:
Namanya Belang,
Suka makan tulang,
Pagi dan petang.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
54  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

(ix) Memahami Bahan yang Dibaca

Hasil pembelajarannya:

Ć Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca


 Contoh: Pisang masak warnanya kuning.
Pisang masak warna apa?

Ć Menceritakan semula bahan yang dibaca melalui lisan, tulisan


atau lukisan
 Contoh: lihat Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Menceritakan semula bahan yang dibaca secara lisan berdasarkan gambar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  55

(x) Membimbing Cara Membaca

Hasil pembelajarannya:

Ć Membaca nama pengarang, judul buku dan penerbit

Ć Membaca mengikut arah dan cara yang betul


 Contoh: Membaca dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke
bawah.

Ć Memegang buku dengan cara dan jarak yang betul


 Contoh: Menunjukkan cara memegang buku dengan jarak 1
kaki antara mata dengan buku.

Ć Menyatakan cara menjaga buku dengan betul


 Contoh: Membuka helaian buku dengan cermat.

(xi) Memupuk Minat Membaca

Ć Membaca pelbagai bahan


 Contoh: Buku cerita, majalah dan media elektronik.

Ć Bercerita tentang bahan yang dibaca


 Contoh: Bercerita semula apa yang dibaca atau berlakon
berdasarkan cerita yang dibaca.

Ć Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca


Rujuk Rajah 3.6 sebagai contoh.

Rajah 3.6: Contoh cerita semula kandungan yang sudah dibaca

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

(d) Kemahiran Menulis

(i) Membina Kemahiran Menulis

Ć Melakukan koordinasi mata-tangan


 Contoh: Menggunting kertas mengikut garisan.

Ć Melakukan pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak


mengikut arah yang betul
 Contoh: lihat Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak

Ć Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis


 Contoh: Memegang pensil, krayon.

Ć Menulis huruf mengikut cara yang betul


 Contoh: Lihat Rajah 3.8.

Rajah 3.8: Cara betul menulis huruf

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  57

Ć Menulis nombor mengikut cara yang betul


 Contoh: Lihat Rajah 3.9.

Rajah 3.9: Cara betul menulis nombor

(ii) Menguasai Kemahiran Menulis

Ć Menulis perkataan
 Contoh: Lihat Rajah 3.10.

Rajah 3.10: Menulis perkataan

Ć Menulis rangkai kata dan ayat yang bermakna


 Contoh: Lihat Rajah 3.11.

Rajah 3.11: Menulis rangkai kata

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

Ć Menulis cerita
 Contoh: Lihat Rajah 3.12.

Rajah 3.12: Menulis cerita

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  59

3.1.3 Aktiviti Berbahasa


Berikut adalah contoh beberapa aktiviti yang boleh dijalankan.

(a) Kemahiran mendengar

Nama aktiviti: Berkatalah Simon


Hasil pembelajaran: Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan
Prosedur:
Langkah 1: Kanak-kanak ditunjukkan beberapa model melakukan aksi.
Langkah 2: Kanak-kanak diberitahu peraturan-peraturan permainan.
Langkah 3: Guru memberi arahan dengan permulaan kata "Simon
berkata........" (Simon berkata berdiri).
Langkah 4: Kanak-kanak akan melakukan aksi sebagaimana yang
disebutkan. Jika tanpa perkataan "Simon berkata", kanak-
kanak hanya perlu duduk diam dan jika mereka membuat
juga aksi, mereka akan diketepikan.
Permainan ini dimainkan beberapa kali dan kanak-kanak yang tinggal
apabila permainan berakhir dikira menang.

(b) Kemahiran bertutur

Nama aktiviti: Di mana saya?


Hasil pembelajaran: Menjawab soalan dengan tepat
Prosedur:
Langkah 1: Guru menunjukkan dua atau tiga benda dalam kelas seperti
pensel, pemadam dan pembaris.
Langkah 2: Guru kemudian meletakkan pensel di atas kerusi, pemadam
di bawah kerusi dan pembaris di tepi kerusi. Guru
kemudiaannya mengemukakan soalan-soalan yang
berhubung dengannya.
Contoh soalan: Apa ada atas kerusi?
Langkah 3: Kanak-kanak menjawab mengikut soalan yang dikemukakan
dengan ayat yang lengkap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

(c) Kemahiran membaca

Nama aktiviti: Susun abjad

Hasil pembelajaran: Menyebut huruf mengikut urutan dan secara rawak

Prosedur:

Langkah 1: Guru mengedarkan kad-kad abjad yang mengandungi urutan


abjad kepada kanak-kanak secara rawak.
Langkah 2: Kanak-kanak diminta menyambung atau mencantumkan kad-
kad abjad tersebut dalam urutan yang betul hingga
membentuk sesekor buaya.

Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan dua atau tiga
kumpulan. Kanak-kanak atau kumpulan yang dapat menyiapkan dengan
urutan yang betul dahulu dikira sebagai pemenang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  61

(d) Kemahiran menulis

Nama aktiviti: Cantum titik

Hasil pembelajaran: Melakukan koordinasi mata-tangan

Prosedur:

Langkah 1: Guru mengedarkan gambar kepada setiap kanak-kanak.


Langkah 2: Kanak-kanak diminta mencantumkan titik-titik dalam gambar
sehingga menjadi gambar yang sempurna. Kemudian kanak-
kanak menamakan gambar tersebut (sila rujuk Rajah 3.13).

Kanak-kanak yang dapat mencantumkan dan menamakan gambar tersebut


dikira menang.

Rajah 3.13: Mencantum titik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

SEMAK KENDIRI 3.1

Buat satu aktiviti dan perincikan aktiviti tersebut dalam bentuk


permainan. Bagaimanakah aktiviti tersebut dapat menarik perhatian
kanak-kanak untuk melakukannya?

3.2 KOMPONEN BAHASA DAN TOPIK


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan mengandungi enam komponen
pembelajaran iaitu:
(a) Komponen bahasa dan komunikasi;
(b) Komponen perkembangan kognitif;
(c) Komponen pendidikan kerohanian dan moral;
(d) Komponen perkembangan sosioemosi;
(e) Komponen perkembangan fizikal; dan
(f) Komponen kreativiti dan estetika.

Komponen bahasa dan komunikasi meliputi bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa
Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Penggunaan dan perkembangan bahasa dalam aktiviti di
prasekolah boleh membantu dalam perkembangan kemahiran-kemahiran lain
untuk kejayaan kanak-kanak pada masa akan datang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  63

Contoh:

Rancangan Pelajaran Harian

Komponen: Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu)


Pendidikan Kerohanian dan Moral (Pendidikan Agama
Islam)
Kreativiti dan Estetika

Kelas : Prasekolah Amanah

Tarikh: 22.7.2013

Masa : 9.30 ă 10.30 pagi

Bilangan pelajar: 25 orang

Tema: Kenderaan

Sub tema: Kenderaan di darat

Kemahiran: 3.7 Membaca perkataan dan rangkai kata


2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf
4.2 Mengamalkan adab dalam kehidupan seharian

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat atau menaiki kenderaan


Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Membaca kesemua perkataan hasil padanan perkataan dengan
gambar yang ditampal.
2. Menggunakan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai
kraf untuk binaan kenderaan.
3. Membaca doa menaiki kenderaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

Kemahiran berfikir: Menjana idea, banding dan beza

Penerapan nilai: Bekerjasama, cermat, berkongsi alat, mengikut giliran.

Bahan bantu mengajar:


Kotak, gam, pensel, krayon, warna air, suratkhabar lama, kertas iklan,
buku kenderaan, model mainan, carta doa dan pita rakaman.

Set induksi: Guru menunjukkan beberapa kenderaan mainan dan buku


yang memaparkan berjenis-jenis kenderaan masa kini
sambil bersoal jawab.

Soalan: Apakah kenderaan yang paling awak suka?


Nak cuba membuatnya?

Penyampaian: Aktiviti kumpulan

Kumpulan 1
1. Bahasa Melayu
2. Membuat buku skrap
 Memadankan mana-mana kenderaan mengikut gambar seperti
kereta, bas dan motosikal.
 Mengeja dan membaca nama kenderaan.

Langkah 1: Guru menyediakan bahan seperti surat khabar lama, iklan


jualan yang mempunyai banyak gambar kenderaan.
Langkah 2: Kanak-kanak bekerjasama dengan rakan menggunting
gambar kenderaan dan menampalkannya di kertas
kosong.
Langkah 3: Guru menyediakan nama kenderaan, kanak-kanak
menampal nama kenderaan berpandukan gambar yang
telah ditampal.
Langkah 4: Kanak-kanak mengeja dan membaca nama kenderaan.
Langkah 5: Guru mengumpulkan hasil kerja kanak-kanak dan
dijadikan buku skrap.
Langkah 6: Kanak-kanak menulis dan menghias kulit buku skrap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  65

Kumpulan 2
1. Kreativiti dan estetika
2. Projek membuat model kenderaan ă kereta, bas atau keretapi

Langkah 1: Kanak-kanak duduk mengikut kumpulan kenderaan


(2 hingga 3 orang).
Langkah 2: Guru menerangkan kepada kanak-kanak yang mereka
akan bekerjasama membina sebuah model kenderaan
mengikut nama kenderaan dalam kumpulan mereka.
Langkah 3: Guru meletakkan semua bahan-bahan yang diperlukan
diatas meja dan kanak-kanak mengambil keperluan
mereka sendiri.
Langkah 4: Murid bekerjasama dalam kumpulan membina sebuah
kenderaan pilihan mereka.

Kumpulan 3
1. Pendidikan Agama Islam
2. Menghafal doa naik kenderaan
(Maha suci Allah yang memudahkan bagi kami dan tiadalah kami
berkuasa menggunakannya jika tidak kerana kurniaanMu.
Sesungguhnya kami akan kembali kepada kamu).

Langkah 1: Guru mengeluarkan carta bacaan doa.


Langkah 2: Guru baca doa dan kanak-kanak mengikut guru.
Langkah 3: Kanak-kanak membaca doa tersebut secara latih tubi.

Penutup: Kanak-kanak mengikut kumpulan mengembalikan bahan


yang telah digunakan. Guru mempamerkan hasil kerja murid
dan membuat penilaian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

3.2.1 Hubungkait Bahasa dan Komponen


Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa komponen boleh dijalankan
apabila kemahiran dari komponen bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran
dari komponen perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral,
perkembangan sosioemosi, perkembangan fizikal dan kreativiti dan estetika.

Aktiviti lukisan dan kraf membolehkan kanak-kanak bermain dengan warna. Di


samping itu mereka boleh mengenali dan membezakan warna, menggunakan
deria sentuh untuk merasa sesuatu tekstur bahan sumber. Kanak-kanak juga
dapat menunjukkan kreativiti dan ekspresi melalui contengan, lakaran dan
warna yang digunakan atau reka bentuk kerja tangan yang dihasilkan. Peringkat
ini merupakan latihan motor halus yang akan menjadi kesinambungan kepada
perkembangan-perkembangan kemahiran lain. Misalnya menggunting,
menconteng, mewarna dan yang berkaitan dengannya adalah asas kepada
pratulis yang akan membawa kepada kemahiran menulis. Namun begitu
aktiviti-aktiviti yang disediakan bukanlah motor halus semata-mata tetapi ia juga
merangkumi latihan-latihan kemahiran motor kasar.

Melalui aktiviti muzik, nyanyian dan gerakan, kanak-kanak boleh


mengembangkan penggunaan bahasa. Ia merupakan bahasa komunikasi yang
berirama dengan tempo/rentak yang tertentu, diikuti dengan berbagai gerakan
kreatif. Selain daripada pertuturan biasa dalam menyampaikan mesej, nyanyian
juga merupakan sebahagian alat komunikasi yang sangat digemari oleh kanak-
kanak. Kadang-kadang kanak-kanak tidak memahami apa yang mereka
ucapkan, tetapi mereka sebenarnya telah bermain dengan bahasa. Tanpa
disedari, guru telah membantu kanak-kanak dalam penggunaan dan
perkembangan bahasa secara informal dan menyeronokkan. Nilai-nilai moral
dan agama juga dapat disampaikan melalui aktiviti nyanyian. Kanak-kanak
boleh melihat dan menganalisis dan seterusnya melakukan gerakan-gerakan
berdasarkan muzik dan senikata lagu. Muzik, nyanyian dan gerakan dapat
membantu perkembangan motor kasar dan halus kanak-kanak apabila meniru
bunyi atau gaya gerakan binatang, seperti katak, gajah dan burung.

Drama atau lakonan pula memerlukan tahap kemahiran bersosial yang tinggi.
Kanak-kanak akan meniru perlakuan atau watak-watak tertentu yang terdapat di
sekeliling mereka. Ia boleh berlaku secara spontan atau distrukturkan oleh guru
serta boleh dilakonkan berulang kali. Tema yang sesuai dengan kanak-kanak
akan dapat menghasilkan satu proses pembelajaran yang bermakna seperti
kerjasama, ikhlas dan rajin. Selain itu, dapat menggalakkan aktiviti komunikasi
kanak-kanak dan kemahiran bersosial. Kanak-kanak dapat dalam dibantu
perkembangan dan penggunaan bahasa tanpa rasa takut melakukan kesilapan
tatabahasa sepanjang mereka berinteraksi dalam sesuatu drama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  67

Bercerita menekankan penggunaan bahasa lisan. Ia bukan seni visual yang boleh
dipertontonkan tetapi bahan sumber boleh digunakan sebagai pelengkap kepada
penyampaian isi cerita untuk menjadikan cerita lebih menarik dan dapat
mengekalkan penumpuan kanak-kanak. Melatih kanak-kanak mendengar dan
memberi tumpuan bukanlah satu perkara yang mudah. Melalui aktiviti cerita,
kanak-kanak dilatih untuk mendengar dan memberi tumpuan, selain dari
membantu mendisiplinkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran
dengan baik dan berkesan. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dan daya imaginasi
kanak-kanak boleh dikembangkan melalui cerita yang disampaikan oleh guru.
Kanak-kanak yang mendengar cerita dengan teliti akan dalam keadaan separa
sedar membuat gambar dalam fikiran mereka. Maka, akan timbullah unsur-
unsur ingin tahu, imaginasi dan juga kritikan.

3.2.2 Keselarasan Bahasa dalam Komponen


Keselarasan bahasa dalam komponen boleh diperolehi melalui
penggabungjalinan kemahiran dan penyerapan isi pengetahuan. Kesemua
kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis
digabungjalinkan dalam satu pengajaran. Contohnya, dalam pengajaran ini,
aspek pengetahuan yang difokuskan ialah mengenal huruf vokal. Pengetahuan
tentang huruf vokal ini dibincangkan dari segi bentuk huruf, bunyi huruf dan
cara menulis huruf. Murid-murid digalakkan mendengar, menyebut huruf vokal
dan membunyikan bunyi huruf vokal kemudiannya menulis huruf vokal
mengikut cara yang betul. Soal jawab dijalankan sepanjang aktiviti dijalankan.

Contoh: Komponen Bahasa dan Komunikasi Bahasa Melayu

Kesemua kemahiran ditekankan iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca


dan kemahiran menulis (rujuk Jadual 3.1):

Jadual 3.1: Beberapa Jenis Kemahiran

Kandungan Hasil Pembelajaran


Kemahiran mendengar
1.1.1 Mengenal pasti apa yang didengar
Mendengar dengan penuh perhatian
Kemahiran bertutur
Merangsang pertuturan melalui soal 2.2.4 Bersoal jawab secara bersopan
jawab
Kemahiran membaca
3.2.2 Membunyikan huruf vokal
3.2 Mengenal huruf vokal
Kemahiran menulis 4.1.4 Menulis huruf mengikut cara yang
4.1 Membina kemahiran menulis betul

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA

Oleh itu, keselarasan bahasa dalam komponen diperolehi melalui pelbagai


pengalaman pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam
aktiviti yang menggembirakan seperti bercerita, berbual, bersoal jawab,
menyanyi, berlakon, berpuisi, menulis, melukis dan permainan bahasa. Secara
tidak langsung, aktiviti-aktiviti ini boleh menambahkan perbendaharaan kata
dan seterusnya meningkatkan kemahiran bahasa.

SEMAK KENDIRI 3.2


1. Jelaskan hubungkait bahasa dan komponen.
2. Bagaimana bahasa berselaras dengan komponen?

 Ada empat komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak iaitu


fonologi, semantik, tatabahasa dan pragmatik.

 Kejayaan aktiviti berbahasa adalah bergantung kepada kefahaman bahasa


kerana melalui bahasa kanak-kanak dapat belajar mengingat, menyimpan
dan memindahkan maklumat.

 Latihan dalam aktiviti bahasa dapat meningkatkan daya ingatan kanak-


kanak.

Keselarasan bahasa Sukukata


Komponen bahasa Vokal
Konsonan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KURIKULUM DAN KOMPONEN BAHASA  69

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum prasekolah kebangsaan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging
literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Sowers, J. (2000). Language arts in early education. New York: Thomson/Delmar
Learning.
Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children.
New York: Paul Chapman Educational Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
4 Berbahasa

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti komponen-komponen bahasa;
2. Menghurai kepentingan komponen-komponen bahasa;
3. Menghurai teknik-teknik mengajar yang digunakan dalam kemahiran
mendengar, bertututr, membaca dan menulis; dan
4. Menghurai jenis-jenis pendekatan yang digunakan dalam teknik
mengajar Bahasa Melayu.

 PENGENALAN
Dalam usaha untuk mencapai tahap yang agak baik dalam kecekapan
komunikasi dalam komuniti bahasa kedua, seseorang itu mestilah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang sistem bahasa dan boleh menggunakan
bahasa untuk tujuan berkomunikasi secara sepontan, bersesuaian dengan
peraturan-peraturan penggunaan yang diterima oleh masyarakat penutur bahasa
itu. Oleh itu, seseorang mesti menguasai kemahiran berbahasa yang meliputi
empat aspek: mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

AKTIVITI 4.1

Apa itu mendengar? Jelaskan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  71

4.1 MENDENGAR
Proses mendengar adalah proses fisiologi yang melibatkan telinga sebagai alat
penerima bunyi-bunyi bahasa.

Mendengar merupakan satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran.

(a) Menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama.


Contoh:
(i) b - p (badi - padi);
(ii) d - t (dari - tari);
(iii) l - r ( lagu - ragu); dan
(iv) k - g ( kari - gari).

(b) Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa
dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung juga pada
pengalaman, pengetahuan, sikap dan budaya orang yang menjadi
pendengar. Unsur-unsur kefahaman yang berikut adalah penting untuk
memahami bunyi bahasa:
(i) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan
budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa tersebut
digunakan.
(ii) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
(iii) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Proses pembelajaran memerlukan seseorang pendengar mengenal pasti dan


mengetahui makna bunyi bahasa. Ia juga perlu memilih dan menyimpan apa
yang difahami dalam ingatannya. Ini menjelaskan bahawa mendengar adalah
satu aktiviti yang aktif kerana tindak balas akan berlaku selepas mendengar.

AKTIVITI 4.2

Bagaimanakah pengalaman mendengar membantu seseorang untuk


menjadi seorang pendengar yang berkesan? Bincang dengan rakan
kursus anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

4.1.1 Pengalaman Mendengar


Guru hendaklah menggunakan bunyi, perkataaan, frasa atau ayat yang
mengandungi unsur-unsur yang hampir sama bunyinya. Ini secara tidak
langsung akan melatih seseorang itu mengenali bunyi-bunyi yang berbeza.
Pengalaman mendengar boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi
percakapan dan bukan percakapan.

(a) Mendengar dan mengucapkan kata-kata panggilan

Bahan dan alatan: Radio dan kaset

Langkah 1: Guru memperdengarkan rakaman suara yang mengucapkan kata-


kata panggilan mengikut umur.
Langkah 2: Kanak-kanak perlu mendengar dengan teliti setiap ucapan yang
diperdengarkan.
Langkah 3: Guru meminta kanak-kanak menyatakan semula ucapan
panggilan yang telah didengar.

(b) Menerima dan melakukan arahan

Bahan dan alatan: Kad arahan

Langkah 1: Guru membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan dan


setiap kumpulan diberi beberapa kad arahan.
Langkah 2: Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
Langkah 3: Ketua kumpulan yang pertama memberi arahan kepada
kumpulan yang kedua. Kumpulan kedua dikehendaki melakukan
arahan tersebut. Contoh arahan "tolong tutup kipas".
Langkah 4: Permainan diteruskan dengan kumpulan kedua memberi arahan
dan kumpulan pertama melakukan arahan.
Langkah 5: Kumpulan yang berjaya melakukan arahan dengan tepat dan
cepat menjadi pemenang.

(c) Menyusun gambar

Langkah 1: Kanak-kanak diberikan beberapa keping gambar yang tidak


mengikut susunan ceritanya.
Langkah 2: Sambil mendengar cerita yang berkaitan daripada guru, kanak-
kanak menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  73

Contoh: lihat Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Menyusun gambar

(d) Siapa saya

Langkah 1: Guru menerangkan tentang sesuatu objek.


Contoh:
Rupa saya bulat. Kulit saya berwarna oren. Saya sejenis buah.
Siapa saya?
(Jawapannya buah limau).

Langkah 2: Kanak-kanak mendengar dan meneka jawapan.

4.1.2 Persepsi Deria Dengar


Telinga bertindak balas pada gelombang bunyi. Bunyi-bunyi ini akan sampai ke
otak, disusun dan dikaitkan dengan pengalaman lepas. Proses yang sama
berlaku di peringkat awal kanak-kanak dan kemudian apabila kanak-kanak
belajar membaca. Perkembangan bahasa seorang individu bergantung kepada
kebolehan ia melibatkan diri dalam proses pendengaran.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
74  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

Aktiviti pendidikan yang boleh memberi latihan dan menolong kemahiran


mendengar selalunya mempunyai objektif seperti berikut:
(a) Menarik perhatian kanak-kanak;
(b) Mengikut arahan atau petunjuk;
(c) Meniru bunyi-bunyi;
(d) Mengenal pasti dan menggabungkan bunyi-bunyi;
(e) Menggunakan kemahiran mengingat; dan
(f) Membezakan bunyi (intensiti, pic, tempo).

4.1.3 Kemahiran Fonologikal


Fonologi ialah sistem bunyi sesuatu bahasa dan setiap bahasa mempunyai bunyi
yang tersendiri. Menurut Heaton (1979) dan Haycraft (1984), ciri-ciri fonologi
sesuatu bahasa itu adalah aspek-aspek bunyi yang berkaitan dengan:
(a) Sebutan (pronunciation);
(b) Tekanan (stress);
(c) Intonasi (intonation); dan
(d) Aliran ucapan (speech flow).

Bagi setiap bahasa, ciri-ciri fonologi yang disenaraikan seperti di atas wujud
dalam bentuk bahasa lisan, dan menjadi sifat keperibadian sesuatu bahasa.
Contohnya, ciri-ciri fonologi bahasa Melayu adalah menurut sistem bunyi bahasa
Melayu sama ada dari segi aspek sebutan, tekanan, intonasi dan gaya aliran
ucapannya. Aspek-aspek tersebut adalah unik kepada bahasa Melayu sahaja dan
tidak sama dengan lain-lain bahasa di dunia seperti Inggeris, Tamil atau Cina.

Aspek-aspek fonologi bahasa melayu perlu diajar dalam pendidikan bahasa


Melayu lisan di sekolah. Apabila pelajar-pelajar Melayu atau bukan Melayu
mempelajari bahasa Melayu, sama ada sebagai bahasa pertama atau bahasa
kedua, mereka terpaksa mengubah pengaruh ciri-ciri fonologi loghat atau bahasa
ibunda masing-masing kepada ciri-ciri fonologi bahasa Melayu baku (standard).
Biasanya, masalah timbul dalam pertuturan apabila pelajar-pelajar membawa
sistem bunyi dalam bahasa asalnya kepada bahasa yang sedang dipelajarinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  75

Aspek fonologi yang berkaitan dengan pengajaran dalam bahasa Melayu lisan
dari segi:

(a) Sebutan
Sebutan (pronunciation) ialah cara menyebut atau membunyikan sesuatu
perkataan dalam sesuatu bahasa. Sebutan yang standard ialah cara sesuatu
perkataan itu disebutkan menurut cara rasmi dalam sesuatu bahasa. Dalam
bahasa Melayu perbezaan sebutan pada peringkat perkataan, jika
dibandingkan yang standard dengan penggunaan loghat, adalah biasanya
terletak pada cara sesuatu konsonan atau vokal itu dibunyikan dalam
perkataan.

Contoh loghat daerah:

Perkataan: ikan

Ikang (Terengganu)
Ike (Kelantan)

Dalam mempelajari sebutan perkataan-perkataan menurut sebutan bahasa


Melayu standard, masalah timbul bukan sahaja disebabkan oleh kebiasaan
atau pengaruh loghat-loghat daerah tetapi juga oleh kebiasaan dalam
sistem bunyi bahasa ibunda kanak-kanak yang bukan Melayu.

Contoh pengaruh kebiasaan:

(i) Perkataan: Darah


Dara (oleh kanak-kanak India).

(ii) Perkataan: Berlari


Belali (oleh kanak-kanak Cina)

Contoh (i) mungkin kerana dalam bahasa Tamil, konsonan akhir dalam
sesuatu perkataan tidak biasa dibunyikan secara jelas. Contoh (ii) mungkin
kerana dalam Bahasa Cina, konsonan ÂrÊ tidak ada atau jarang digunakan.

Guru-guru bahasa Melayu perlu mengajar dan melatih kanak-kanak


mengenai aspek sebutan yang betul menurut sebutan bahasa Melayu
standard dalam setiap aktiviti lisan. Penekanan mengenai sebutan yang
standard mesti dilakukan seperti dalam percakapan biasa atau bercerita.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

Latih tubi sebutan amat baik dilakukan dari masa ke semasa bagi
perkataan-perkataan yang susah kepada kanak-kanak Sebutan guru
hendaklah menjadi contoh yang baik bagi kanak-kanak.

(b) Tekanan
Tekanan ialah tempat-tempat suara ditekankan (atau dikuatkan) apabila
menyebut sesuatu perkataan menurut sukukata-sukukata yang terdapat
dalam perkataan itu.

Contoh

Kuku kaki

Bagi kedua-dua perkataan tersebut, tekanan ialah pada suku kata pertama
dalam setiap perkataan dan bukan pada suku kata akhir.

Tekanan pada perkataan adalah sama dengan rentak dalam muzik. Bila
tekanan berubah dari satu perkataan kepada satu perkataan yang lain,
ulangan tekanan-tekanan itu menjadi rentak (rhythm), yang boleh
dibandingkan dengan rentak dalam muzik.

(c) Intonasi
Dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (selain bahasa
ibunda seseorang), aspek sebutan dan intonasi adalah lebih sukar dikuasai
jika dibandingkan dengan aspek perbendaharaan kata dan tatabahasa. Ini
kerana pengaruh pola-pola intonasi telah dipelajari oleh penutur itu dalam
bahasa pertamanya.

Ayat-ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis:

(i) Ayat Penyata


Ayat penyata adalah ayatăayat yang diucapkan dengan intonasi
yang sederhana yang diakhiri dengan nada penutup yang menurun.
Ayat-ayat ini bertujuan memberi keterangan atau menyatakan
sesuatu hal atau perkara yang berupa keterangan.

Contoh: Kayu itu patah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  77

(ii) Ayat Tanya


Ayat tanya adalah ayat-ayat yang diucapkan dengan intonasi tanya
yang diakhiri dengan nada penutup yang meninggi. Kanak-kanak
boleh diajar menukar ayat-ayat jenis penyata tadi pada bentuk
pertanyaan dengan menukarkan nada penutupnya dari yang
menurun (penyata) kepada yang meninggi (tanya).

Contoh: Kayu itu patah?

(iii) Ayat Perintah


Ayat perintah adalah ayat-ayat yang diucapkan dengan nada perintah
atau suruhan. Nada yang mengikuti ucapan itu adalah mendatar dan
keras, sesuai dengan maksud memberi perintah atau suruhan.

Contoh: Pergi ke rak buku dan baca.

(iv) Ayat Seruan


Ayat seruan adalah ayat-ayat yang diucapkan dengan nada seru yang
sederhana tinggi bagi menunjukkan keadaan sikap atau perasaan
penuturnya. Sikap atau perasaan itu boleh jadi hairan, sedih,
terperanjat atau takut.

Contoh: Alamak, koyak lagi!

(d) Aliran Pertuturan


Dalam sesuatu percakapan, aliran pertuturan adalah penting supaya
percakapan itu menjadi sempurna, bermakna dan sedap didengar. Aliran
pertuturan yang baik dan berkesan biasanya mengandungi ciri-ciri fonologi atau
ciri-ciri yang berkaitan dengan aspek bunyi dalam pertuturan dan pendengaran,
seperti sebutan, tekanan, intonasi, percakapan yang mempunyai makna atau
pemikiran wajar, kelajuan yang sesuai bagi pendengar mengikuti dan
memahami dan kualiti suara yang menarik dan sesuai.

SEMAK KENDIRI 4.1

Sediakan aktiviti yang sesuai untuk kemahiran mendengar kanak-


kanak. Bagaimanakah aktiviti tersebut dapat membantu kemahiran
mendengar?

SEMAK KENDIRI 4.1


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
78  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

4.2 MEMBACA
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat
melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan
dua proses iaitu:
(a) Menterjemahkan lambang-lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi
bahasa.
(b) Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang
disuarakan itu.

Sebagai pembaca yang efektif, kita perlu dapat menyebut perkataan dengan
betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Pembacaan
tidak berlaku tanpa tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu.
Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat
penting dalam menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.

4.2.1 Kaedah Membaca


Sesuatu bahan dapat dibaca oleh kanak-kanak dengan pelbagai kaedah
berdasarkan kemampuan mereka dan tahap penguasaan kemahiran membaca
mereka serta sejauhmana kompleksnya bahan yang dibaca. Tiada kaedah
tertentu yang dapat menentukan keberkesanan dalam membantu kanak-kanak
membaca. Penentuan kaedah yang sesuai digunakan kanak-kanak dalam sesuatu
pengajaran bergantung pada guru dan kanak-kanak itu sendiri, berdasarkan
bahan yang dibaca, kemampuan kanak-kanak membaca dan pengajaran aspek
tertentu atau persekitaran semasa. Guru perlu mengambil perhatian terhadap
beberapa kemungkinan yang akan berlaku bagi setiap kaedah yang digunakan
serta menyedari bila, mengapa dan bagaimana mahu menggunakan kaedah yang
dipilih. Lima kaedah membaca yang akan dibincangkan di sini hanya sekadar
garis panduan. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih
daripada satu kaedah berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin
dicapai. Antara kaedah tersebut ialah:

(a) Membaca Bebas


Kanak-kanak membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih. Kanak-
kanak berpeluang membaca bahan yang mereka pilih dari sekumpulan
bahan yang disediakan guru manakala aktiviti bacaan yang dijalankan di
dalam bilik darjah dikawal oleh bilangan guru yang minima.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  79

(b) Membaca Secara Berkoperatif


Pasangan kanak-kanak sama ada berdua atau bertiga mengambil giliran
untuk membaca sebahagian daripada bahan secara lantang kepada rakan
dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan
apa yang telah mereka baca. Kanak-kanak akan membuat telahan terhadap
apa yang akan berlaku seterusnya dan menyambung pembacaan bahagian
berikutnya secara senyap dan berhenti lagi untuk perbincangan. Pola ini
diteruskan sehingga buku selesai dibaca.

(c) Membaca dengan Panduan Guru


Kaedah ini memerlukan guru memberi panduan atau mengarahkan kanak-
kanak melakukan pembacaan senyap sesuatu bahan dan seterusnya
bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan ketika
mereka membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan. Guru boleh juga
membantu sekali sekala dalam membuat telahan terhadap bahagian bahan
yang telah dibaca. Pada akhir setiap bahagian, kanak-kanak berhenti dan
berbincang dengan guru tentang jawapan atau telahan serta
membincangkan isi penting dalam bahagian yang dibaca.

(d) Berkongsi Membaca


Guru membaca lantang sesuatu bahan dan kanak-kanak meneliti bahan
yang dibaca guru. Kemudian guru mengajak kanak-kanak bersama-sama
membaca apabila mereka berasa selesa berbuat demikian. Cerita akan
dibaca beberapa kali dan kanak-kanak akan diberi peluang bagi bertindak
balas menerusi lukisan, perbincangan dan pelbagai aktiviti yang lain.

(e) Membaca Lantang


Guru membaca bahan secara lantang dan kanak-kanak hanya mendengar
dan tidak mempunyai teks. Guru membincangkan kandungan bahan
secara bersama dengan kanak-kanak. Guru sebagai model yang dapat
diikuti kanak-kanak pada peringkat awal bacaan.

(f) Kombinasi Kaedah-kaedah Membaca


Kaedah-kaedah tersebut dapat membantu pelajar dalam pelbagai peringkat
dan kadangkala kaedah ini boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran.
Contohnya, jika kanak-kanak membaca sebahagian daripada cerita pendek,
guru boleh memulakan bacaan lantang bagi bahagian awal buku dan
membincangkan bahagian tersebut dengan kanak-kanak. Kemudian guru
membahagikan kanak-kanak secara berpasangan dan membenarkan
mereka meneruskan kegiatan membaca lantang bagi kaedah berkongsi
membaca. Pada bahagian akhir, guru menamatkan bacaan dengan
membenarkan kanak-kanak membaca sebahagian daripada teks dengan
bacaan bebas dan ini memberi peluang membaca secara sendirian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

Penggabungan ketiga-tiga kaedah ini dikenali sebagai strategi membaca


lantang, membaca bersama-sama dan membaca secara bersendirian.
Dengan menggabungkan ketiga-tiga kaedah ini, guru menyediakan
bantuan asas pada peringkat awal, kemudian membenarkan kanak-kanak
dibantu oleh pasangannya manakala pada peringkat akhir kanak-kanak
tersebut dapat membaca dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Pada umumnya, terdapat beberapa kaedah pengajaran yang digunakan oleh


guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal. Kaedah-kaedah itu ialah:

(a) Kaedah Mengeja atau Abjad


Kaedah ini ialah bagi mengetahui nama-nama huruf yang digunakan bagi
tulisan Melayu: a, b, c, ... hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-
nama huruf mengikut aturannya a, b, c, d, ... z.

Kemudian setelah beberapa minggu, barulah dibunyikan huruf-huruf


vokal: a, e, i, o, u. Selepas itu, dibina suku kata seperti „bu‰ + „bu‰, „ku‰ +
„ku‰ dan diikuti dengan mengeja perkataan. Kemudian baru diberi latihan
membaca ayat-ayat pendek. Kaedah abjad lebih menegaskan hafalan-
hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

(b) Kaedah Fonetik


Kaedah ini ialah untuk mengajar kanak-kanak melihat hubungan antara
ÂsimbolÊ (huruf) dan ÂbunyiÊ supaya mereka dapat membaca (membunyi)
perkataan-perkataan baru yang dihadapi mereka dengan sendiri.

Kanak-kanak tidak diajar nama-nama huruf tetapi diajar „bunyi-bunyi‰


huruf. Ini bermaksud, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyi: „u‰ ă
„uu‰. Setelah mereka mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan
bunyinya, suku kata pula dibina, misalnya, „ba‰, „tu‰. Kemudian suku kata
ini digabungkan menjadi perkataan-perkataan seperti „bu + ku‰ = „buku‰.

Seterusnya, murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang


menggunakan perkataan-perkataan yang sudah dieja itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  81

(c) Kaedah Pandang dan Sebut


Kaedah seluruh perkataan ini lebih bermakna daripada „nama setiap huruf
itu‰. Misalnya „baju‰ ditulis penuh dan diajar keseluruhannya kerana
difikirkan lebih bermakna daripada dipecahkan kepada huruf-huruf.

Kaedah „seluruh perkataan‰ (pandang dan sebut) dijadikan asas untuk


mengajar kanak-kanak yang baru hendak belajar membaca. Dalam
pengajaran, biasanya guru menunjukkan seluruh perkataan dan disertakan
dengan gambar (atau benda sebenar) yang mewakili perkataan yang
dilambangkan itu. Perkataan „baju‰ ditulis di tepi atau di bawah gambar
baju. Kadang-kadang digunakan kad imbasan yang menunjukkan gambar
dan perkataan untuk murid-murid membacanya apabila kad-kad itu
diimbas di hadapan mereka.

4.2.2 Faktor-faktor yang Menggalakkan Amalan


Membaca
Berikut adalah penjelasan faktor-faktor yang menggalakkan amalan membaca:

(a) Sesi Bercerita sebagai Amalan


Kanak-kanak sukakan cerita. Mendengar cerita antara aktiviti di rumah
yang dapat menanamkan minat kepada buku.

Aktiviti bercerita secara lisan sebelum tidur terutama membaca buku cerita
bergambar dapat memupuk minat membaca anak. Peruntukkan masa
sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk bercerita.

Mulalah dengan bercerita menggunakan buku cerita yang cantik dan


menarik ilustrasinya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjukkan
kepada tulisan dibaca walaupun mata kanak-kanak kita hanya melekat
pada gambar di buku.

Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat
penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya.

(b) Wujudkan Sudut Bacaan


Amalan membaca amat berkesan dipraktikkan sekiranya diwujudkan
sudut bacaan di rumah atau di kelas. Tempatkan bahan bacaan yang
pelbagai dan sesuai dengan kanak-kanak seperti buku cerita, kamus
bergambar dan majalah. Kanak-kanak boleh melihat dan membaca buku
pada waktu lapang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

(c) Ibu bapa dan Guru sebagai Model


Ibu bapa dan guru perlu terlebih dahulu mengamalkan membaca bagi
membentuk sikap positif kanak-kanak kepada tabiat membaca. Sikap
positif ini akan melahirkan generasi yang menghargai buku dan ilmu serta
memastikan membaca untuk kemajuan diri dan keluarga.

(d) Kunjungi Perpustakaan, Kedai Buku dan Pesta Buku


Jadikan aktiviti mengunjungi perpustakaan, kedai dan pesta buku sebagai
satu aktiviti mingguan atau bulanan. Ibu bapa atau guru boleh
menggalakkan kanak-kanak mendaftar sebagai ahli perpustakaan desa,
sekolah, cawangan atau perpustakaan awam untuk membolehkan mereka
meminjam buku. Ketika mengunjungi kedai atau pesta buku, bantulah
kanak-kanak memilih bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan mereka.

(e) Hadiah Buku atau Bahan Bacaan Sempena Harijadi


Ubah pemberian hadiah daripada berbentuk cenderamata kepada buku
atau bahan bacaan bukan buku seperti cakera padat atau cakera video
digital yang boleh dibaca, didengar dan ditonton. Bahan bacaan boleh
menyuburkan minat membaca.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  83

4.2.3 Aktiviti Membaca


Berikut adalah penjelasan aktiviti membaca:

(a) Domino Suku Kata

Hasil pembelajaran:
3.6.2 Mencantum dua sukukata konsonan dan vokal (KV + KV) dalam
satu perkataan
Bahan: 1. Kad domino suku kata dengan gambar
2. Kad domino suku kata dengan suku kata

Langkah: 1. Guru memberikan kad-kad domino kepada kanak-


kanak.
2. Guru menurunkan satu kad yang dipilih secara rawak di
atas meja kanak-kanak.
3. Guru mengarahkan kanak-kanak supaya memadankan
suku kata lain bagi membentuk perkataan.
4. Kanak-kanak akan membaca setiap suku kata yang ada
pada kad dan cuba membentuk perkataan atau mencari
suku kata pertama yang sesuai dengan gambar pada kad
domino.
5. Kanak-kanak yang berjaya menyusun dan membentuk
banyak perkataan dianggap pemenang.

Catatan: Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau kumpulan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

(b) "Puzzle" Perkataan

Hasil pembelajaran:
3.8.1 Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata

Bahan: Kad "puzzle"

Langkah: 1. Guru memberikan kad-kad "puzzle" kepada


kanak-kanak.
2. Kanak-kanak diminta menyambungkan kesemua kad
"puzzle" hingga menjadi satu perenggan ayat yang
sempurna.
3. Kanak-kanak yang berjaya menyiapkan "puzzle"
dengan cepat dan betul dikira menang.

Catatan: Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau kumpulan

SEMAK KENDIRI 4.2

Bagaimanakah minat membaca dapat dipupuk di peringkat awal


kanak-kanak?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  85

4.3 MENULIS
Dalam kehidupan hari ini, menulis masih merupakan alat hubungan yang
penting walaupun terdapat berbagai-bagai kemajuan dalam teknologi
komunikasi. Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam
bahasa. Oleh itu, kemahiran asas menulis berkait rapat dengan kebolehan murid
menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap. Menulis juga
memerlukan kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang
betul bagi menyampaikan sesuatu pengalaman.

4.3.1 Perkembangan Penulisan


Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca. Di peringkat tadika, kedua-
dua kemahiran ini bermula pada asas yang sama iaitu mengenal huruf. Murid
tidak dapat membaca jika tidak mengenal huruf dan begitu jugalah menulis.

Terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis iaitu:

(a) Kemahiran Mekanis


Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih menguasai kemahiran membentuk
huruf bagi menulis dengan tangan dalam sistem tulisan bahasa Melayu.
Kanak-kanak juga dilatih menggunakan tanda baca di tempat-tempat yang
betul. Kemahiran ini penting kerana tanpa penggunaan tanda baca yang
betul, hasil penulisan akan menjadi sukar dibaca dan membawa kepada
kesalahan maksud. Setelah kanak-kanak menguasai kaedah menulis tulisan
cap (huruf cerai), latihan selanjutnya yang diberikan kepada kanak-kanak
ialah kemahiran tulisan sambung.

(b) Kemahiran Mengeja


Belajar mengeja ialah satu proses pembinaan konsep dan mengeja perlu
disepadukan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kanak-
kanak. Belajar mengeja juga adalah satu proses perkembangan. Kanak-
kanak akan melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

(c) Kemahiran Memilih Perkataan dan Kemahiran Tatabahasa


Kanak-kanak diajar secara tidak formal tetapi secara sengaja, tentang
undang-undang bahasa yang merangkumi aspek morfologi dan sintaksis,
supaya kanak-kanak boleh:
(i) Menggunakan dengan tepat dan berkesan dalam penulisan.
(ii) Menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam pelbagai konteks.
(iii) Membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam pelbagai
konteks penulisan.

(d) Kemahiran Mengumpul, Memilih dan Menyusun Isi


Kemahiran ini adalah untuk kanak-kanak memilih dan menyusun
pengalaman yang berguna. Pada keseluruhannya, semua jenis penulisan
terdiri daripada fakta, pandangan dan pendapat yang dipilih dan disusun
dengan baik bagi tujuan penulisan yang khusus. Kejelasan tujuan,
ketepatan fakta dan kekemasan susunan menentukan keberkesanan hasil
penulisan itu.

(e) Kemahiran Menggunakan Gaya Bahasa


Gaya bahasa sesuatu penulisan dilihat dari aspek pemilihan perkataan,
kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis. Melalui bimbingan guru dan
latihan yang dilakukan, kanak-kanak seharusnya dapat membina
pemikiran yang tajam tentang kesesuaian bahasa dan bentuk penulisan
yang mereka gunakan. Semasa kanak-kanak berbincang dengan guru atau
rakan sekelas tentang sesuatu penulisan yang dihasilkan, mereka akan
dapat melihat betapa pentingnya gaya persembahan dalam menentukan
keberkesanan penulisan mereka.

(f) Kemahiran Membuat Pertimbangan


Kemahiran ini memerlukan kanak-kanak menentukan penggunaan laras
bahasa dan gaya bahasa yang sesuai untuk menulis jenis-jenis penulisan
yang berlainan seperti menulis surat, laporan, pesanan, minit mesyuarat
atau menulis cerita.

4.3.2 Bermain dan Menulis


Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut
bentuk saiz dan warna, melukis serta mewarna perlu diberi pendedahan kepada
kanak-kanak. Latihan begini boleh membantu kanak-kanak menguasai kordinasi
mata tangan dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk
menulis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  87

(a) Cantum Titik

Hasil pembelajaran:
4.1.1 Melakukan koordinasi mata-tangan

Bahan: Lembaran kerja

Langkah: 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kanak-


kanak.
2. Kanak-kanak diminta mencantumkan titik-titik dari
nombor 1 hingga 30 dalam gambar sehingga menjadi satu
objek. Namakan objek itu.
3. Kanak-kanak yang dapat mencantumkan titik-titik itu
dahulu dan menamakan gambar dengan tepat dikira
sebagai pemenang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

(b) Teka Kata

Hasil pembelajaran:
4.2.1 Menulis perkataan

Bahan: Lembaran kerja

Langkah: 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kanak-


kanak.
2. Kanak-kanak diminta mengisikan teka silang kata
bergambar. Kanak-kanak yang dapat menyiapkan teka
silang kata dengan betul dan tepat, dikira menang.

4.3.3 Bahan dan Persekitaran


Guru dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak dengan menyediakan pelbagai
kemudahan yang dapat menggalakkan kanak-kanak menguasai kemahiran yang
tertentu. Antaranya menyediakan persekitaran bilik darjah yang kaya dengan
kegiatan bahasa dan bahan bacaan. Kanak-kanak dapat menggunakan bahan dan
persekitaran yang disediakan guru bukan hanya bagi mata pelajaran bahasa
Melayu, malah bagi semua mata pelajaran lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA  89

Dalam memperkatakan perkembangan menulis kanak-kanak, sebenarnya


membaca dan menulis adalah seiringan. Persekitaran kanak-kanak mesti
disediakan untuk kedua-dua kemudahan membaca dan menulis.

Persekitaran kanak-kanak mesti kaya dengan cetakan iaitu persekitaran yang


memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam aspek bahasa iaitu bacaan dan
tulisan. Pelbagai jenis buku dan segala objek dalam persekitaran mempunyai
label yang jelas dan besar, poster, carta, papan tanda, buku besar dan hasil kerja
murid yang dipamerkan merupakan persekitaran yang menggalakkan kanak-
kanak untuk belajar membaca dan menulis.

Kanak-kanak juga boleh memilih dimana tempat yang sesuai untuk mereka
menulis dengan alat tulis yang telah disediakan seperti pensil, krayon, warna air
dan berus.

Bahan-bahan yang boleh didapati percuma atau bahan terbuang seperti majalah,
surat khabar lama atau katalog barang-barang dari pasaraya juga berguna
diletakkan di kelas prasekolah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kerana
terdapat di dalamnya gambar-gambar dan bahan bercetak yang berguna kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunting gambar-gambar atau perkataan-
perkataan untuk membuat buku skrap. Selain itu aktiviti menggunting dan
menampal dapat menguatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

Melalui persekitaran yang kaya dengan cetakan hasil kerja kanak-kanak itu
sendiri, mereka secara tidak langsung menyedari bahawa bahasa boleh dipelajari
melalui bacaan dan tulisan. Pengalaman ini memberi asas yang kukuh kepada
kanak-kanak untuk membaca, menulis dan mengeja. Selain itu, kanak-kanak
akan merasakan dirinya dihargai dan diterima.

SEMAK KENDIRI 4.3

Terangkan bagaimana untuk mengajar menulis melalui bermain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 KEMAHIRAN BERBAHASA

 Kemahiran mendengar amat penting. Murid perlu dilatih untuk menjadi


pendengar yang berkesan melalui aktiviti dan penggunaan alat yang
pelbagai dan menarik.

 Berjaya atau gagalnya sesuatu program bacaan di sekolah bergantung pada


kemampuan guru merancang dan mengendalikan aktiviti yang sesuai.

 Menulis dan membaca saling berhubungan. Oleh itu persekitaran yang


kaya dengan bahan cetakan dan alat-alat tulis dapat membantu kanak-
kanak untuk menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.

Aliran ucapan Gaya bahasa


Belajar melalui bermain Kemahiran mekanis
Fonetik Pandang dan sebut
Fonologi Sudut bacaan

Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging


literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Sowers, J. (2000). Language arts in early education. New York: Thomson/Delmar
Learning.
Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children.
New York: Paul Chapman Educational Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Buku dan
5 Kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pelbagai jenis buku kanak-kanak seperti buku cerita
hikayat, sejarah, luar negara, patriotik, kisah masyarakat, budaya,
cerita moden dan sebagainya;
2. Mengenal pasti konsep dan kandungan maklumat sesuatu buku
sebagai sumber rujukan yang berguna dan sesuai pada peringkat
awal kanak-kanak;
3. Melakukan pemilihan buku yang berkualiti dan sesuai sama ada
melalui jenisnya, penerbitan, penulis buku dan kandungannya; dan
4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti membaca yang baik dan berkesan.

 PENGENALAN
Kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun sudah mulai menguasai bahasa.
Mereka mula memahami bagaimana bahasa itu boleh digunakan untuk
melahirkan idea, perasaan, mencipta cerita, memberi makna dan pengalaman
hidup. Kanak-kanak yang sering membaca telah menyedari bahawa mereka
dikelilingi oleh bahan-bahan bercetak. Pada peringkat ini, kanak-kanak
menggunakan struktur ayat yang kompleks, bercerita, dan mengenali perkataan-
perkataan yang tercetak. Kadang-kadang, kanak-kanak juga mencuba untuk
memasukkan perkataan ke dalam lukisan mereka apabila membaca sesetengah
bahan bercetak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

Buku merupakan salah satu bahan bacaan yang paling sesuai untuk
menggalakkan proses pembelajaran kanak-kanak. Minat membaca kanak-kanak
dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku-buku seperti buku cerita,
ensiklopidia, buku akademik dan sebagainya. Ini dapat menggalakkan
penerokaan kanak-kanak terhadap mencari maklumat dan idea baru bagi
sesuatu perkara. Kanak-kanak dapat memberikan gambaran yang sahih dan
tepat melalui pembacaan buku-buku yang berkualiti dan berinformasi.
Pengalaman pembelajaran melalui pembacaan sememangnya memerlukan
kanak-kanak memberikan komitmen dan kesungguhan untuk memahami dan
menghayatinya. Ini dapat melahirkan kanak-kanak yang berinformasi, berdaya
maju, berdikari, dan sabar dalam melakukan sesuatu perkara yang baik dan
meninggalkan perkara yang tidak baik.

Pengawasan dalam aspek pembacaan adalah sangat penting. Pemilihan buku-


buku yang benar-benar berkualiti adalah sangat dititik beratkan. Ini kerana jika
pemilihan buku adalah tidak sesuai dan tidak membina minda, ia akan
memberikan impak yang sebaliknya. Buku-buku berbentuk keganasan, unsur
seks dan ayat yang tidak sopan akan memberi kesan terhadap budaya, agama
dan masyarakat setempat, perlulah dielakkan. Peranan ibu bapa, guru,
masyarakat dan negara adalah sangat penting bagi membina masyarakat yang
berinformasi dan berdaya saing dalam mengharungi generasi masa hadapan
yang bermaklumat.

AKTIVITI 5.1
Membaca Buku Jambatan Ilmu. Apakah yang boleh dikaitkan dengan
cogan kata ini dan perkembangan bacaan dan komunikasi
kanak-kanak?

5.1 GENRE BUKU KANAK-KANAK


Jelas sekali pada masa kini, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan
daya perhubungan mengikut peringkat umur serta daya kefahaman yang terbaik
terhadap kehidupan mereka. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak
bertutur dengan berkesan jika mereka tidak memahami apa yang disebutkan.
Mereka mungkin dapat menyebut apa sahaja tetapi tidak memahami apa yang
disebutkan dan merupakan satu hafalan. Penghafalan melalui pembacaan
sebenarnya sedikit sebanyak memberi impak yang positif ke arah minat kanak-
kanak untuk membaca. Jadi pemilihan buku yang baik perlu diberikan penekanan
berdasarkan minat dan kesesuaian umur mereka (sila rujuk Rajah 5.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  93

Pasaran buku masa kini adalah sangat baik dan menggalakkan. Sama ada buku
daripada luar negara mahupun di dalam negara kita ini, kualiti buku didapati
adalah sangat baik dan berguna. Walau bagaimanapun, peranan semua pihak
adalah sangat penting dalam memberikan buku yang benar-benar bermutu
tinggi dan sesuai supaya objektif sesuatu pembelajaran terhadap perkembangan
kanak-kanak adalah pada tahap yang terbaik dan optimum.

Rajah 5.1: Kanak-kanak boleh memilih buku bacaan yang sesuai dengan tahap
perkembangan mereka di perpustakaan awam
Sumber: http://amnybelle2006.blogspot.com/

5.1.1 Tradisi
Kebanyakkan kanak-kanak pada masa kini merasa penggunaan buku-buku
cerita kisah tauladan, cerita rakyat, mitos dan hikayat adalah suatu keseronokan
yang mendidik dan mendorong minat mereka untuk membaca. Menurut mereka
lagi sebab yang utama adalah semata-mata ceritanya yang menarik. Kisah-kisah
ini seringkali menjadi alat untuk mengajar sesuatu nilai sistem masyarakat.

Sejarah kebanyakan buku-buku berbentuk tradisi atau tradisional ini adalah


melalui cerita yang diwarisi daripada tradisi lisan kemudiannya disampaikan
kepada setiap generasi oleh pencerita atau penglipur lara berkenaan masyarakat
lama dan mengamalkan budaya daripada nenek moyang mereka dan jauh dari
arus kemodenan. Penglipur lara merupakan orang yang memang disanjung
dalam budaya dan masyarakat pada ketika itu. Kemudiannya kisah-kisah
tersebut dituliskan dan disimpan untuk diceritakan pada generasi berikutnya
mengikut zaman dan keadaan pada ketika itu. Hasil-hasil karya cerita terbabit
kebanyakannya tidak tersusun dan terlalu ringkas atau terlalu panjang. Setelah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

adanya penerbitan buku secara komersial, hasil-hasil karya cerita itu


kemudiannya diterbitkan dengan pelbagai kaedah dan penghasilan buku yang
warna-warni, tulisan yang besar dan cantik dan ilustrasi yang bermutu tinggi
sehingga dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca.

Terdapat tiga kategori genre buku yang boleh dikaitkan dengan kisah-kisah
tradisi iaitu cerita hikayat, cerita tauladan, dan cerita rakyat. Gambaran dalam
penceritaan kisah-kisah ini berlatar belakangkan cara hidup masyarakat lama
dan penuh adat resam dan budaya yang terpelihara, berbudi bahasa, dan
adakalanya bersikap tidak adil dan berperwatakan tidak baik.

(a) Cerita Hikayat


Cerita hikayat merupakan cerita bangsawan dan pahlawan terdahulu yang
di dalamnya pengarang memasukkan beberapa aspek bahasa
kesusasteraan klasik. Aspek ini kelihatan lebih teradun dan lebih indah
daripada kisah dongeng dan lagenda. Adakalanya cerita rakyat ini
berkemungkinan adalah benar. Mungkin ada beberapa fakta di dalam
cerita terbabit ditokok tambah bagi menampakkan keseronokan dan
kehebatan sesuatu cerita.

Kebanyakan penulis telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap


kesan yang ditinggalkan oleh kisah ini pada kanak-kanak yang masih baru
dalam dunia pembacaan. Kisah-kisah ini boleh menakutkan dan ada
kalanya mengandungi adegan ganas. Keadilan yang dipaparkan di dalam
kisah-kisah ini mungkin mengerikan dan digambarkan dengan cukup jelas.
Pertimbangan yang paling baik untuk memutuskan sama ada kisah-kisah
ini harus digunakan terletak kepada seseorang yang mengetahui tentang
jiwa kanak-kanak. Walau bagaimanapun, seseorang itu haruslah
mempertimbangkan hakikat bahawa zaman kanak-kanak dipenuhi dengan
raksasa yang menakutkan dan ketakutan yang tidak diketahui puncanya.

Ibu bapa dan guru kadang kala gagal menyedari bahawa kanak-kanak
akan mereka-reka watak yang menakutkan ini sebagai satu daripada cara
membina kemahiran untuk mengawal. Menggunakan kisah tersebut
mungkin dapat membantu kanak-kanak dengan menyediakan contoh-
contoh yang berperanan positif. Mendengar kisah-kisah tentang kasih
sayang dan kesetiaan watak yang baik dan kemusnahan yang diakibatkan
oleh unsur-unsur jahat dapat meyakinkan bahawa konflik dalaman dan
ketakutan mereka sebaliknya dapat diatasi dan diselesaikan secara positif.

Kisah Hikayat Hang Tuah Lima Bersaudara, atau Hikayat Singapura


dilanda Todak, mengisahkan tentang wira yang banyak menggunakan
kekuatan dirinya. Walau bagaimanapun, tidak seperti watak-watak dalam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  95

kaca televisyen, wira-wira ini sering kali lebih banyak menggunakan


kebijaksanaan, kepintaran dan muslihat untuk mengalahkan musuhnya.
Ada muslihat yang dikagumi yang menjadi ikutan kanak-kanak.

Ada sesetengah kisah yang harus digunakan secara berhati-hati disebabkan


wujudnya unsur-unsur ganas yang keterlaluan. Kanak-kanak memang
mendapati kisah-kisah itu menyeronokkan dan meyakinkan. Bahagian
akhir cerita seringkali menegaskan bahawa dunia ini memang berada di
pihak yang benar dan bahawa undang-undang dan peraturan telah
dipulihkan kembali.

(b) Cerita Tauladan


Cerita tauladan ialah cerita yang mengajarkan moral kepada manusia.
Kebanyakan cerita tauladan ini mengambil binatang sebagai wataknya.
Cerita tauladan yang mengambil watak binatang dikenali sebagai cerita
tauladan binatang. Cerita yang lain mungkin menggunakan manusia atau
objek-objek yang tidak bernyawa sebagai wataknya.

Cerita teladan wujud dalam semua budaya di seluruh dunia. Di barat


rakyatnya cukup mengenali cerita teladan yang dikenali sebagai cerita
teladan Aesop. Banyak lagi cerita teladan telah menjadi sebahagian daripada
tradisi penutur bahasa Inggeris. Ini termasuklah cerita Uncle Remus oleh Joel
Chandler Harris dan juga Jungle Book karangan Rudyard Kipling.

Cerita tauladan bagi masyarakat Malaysia, lebih popular dengan kisah


Sang Kancil dan Buaya, Sang Kancil dan Singa, Sang Kancil dan Sang
Kerbau dan sebagainya. Ada pula kisah tauladan berkenaan masyarakat
kita yang berfikiran cetek dan terburu-buru dalam membuat keputusan
seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang dan Pak Kadok. Ada juga kisah
tauladan yang memberikan kesan positif seperti dalam cerita Angan-angan
Mat Jenin. Walaupun cerita terbabit melibatkan keinginan yang terlalu
tinggi, tapi sebenarnya bagi masyarakat kini ia lebih kepada wawasan atau
misi yang sebenarnya yang hendak dicapai pada masa hadapan.

Cerita tauladan boleh digunakan untuk tujuan keseronokan dan


perbincangan tentang nilai moral dalam ceritanya. Aktiviti bilik darjah yang
boleh dijana dari genre ini termasuklah penghasilan cerita tauladan tentang
peraturan sekolah atau membayangkan imej dari cerita dan melakonkannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

(c) Cerita Rakyat


Cerita rakyat merupakan kisah dongeng bagi rakyat biasa (rujuk rajah 5.2).
Kisah ini ialah kisah yang klasik dan mudah difahami kerana ayatnya tidak
berbunga-bunga. Cerita ini juga dikenali sebagai lagenda yang mempunyai
plot yang sama apabila yang baik mengatasi yang jahat dan keadilan
berjaya ditegakkan. Setiap budaya memiliki kisah seperti ini. Kisah
berkenaan menghuraikan tentang masyarakat, sejarah dan fenomena
semula jadi dan memberikan semacam jaminan keselamatan, dan ada
kalanya menimbulkan kelucuan yang mencuit hati terhadap perkara yang
ingin diubah oleh manusia.

Kisah seperti Bawang Putih Bawang Merah, Sang Gedembai, dan Si


Tanggang adalah contoh kisah di kalangan masyarakat kita yang sangat
popular dan masih diceritakan kepada generasi masa kini. Kesesuaian
cerita ini digunakan untuk menjadi tauladan dan sempadan dalam
melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bermoral.

Kisah tempatan, legenda etnik dan kisah etnik juga berguna untuk membantu
dalam usaha mengintegrasikan kanak-kanak daripada golongan minoriti ke
dalam arus utama di dalam bilik darjah. Berkongsi warisan budaya seseorang
ialah satu cara memperkuat dan menyatupadukan untuk membina
persefehaman di kalangan kanak-kanak di samping membantu membina rasa
bangga diri setiap kanak-kanak itu. Ibu bapa dan perpustakaan biasanya dapat
membekalkan pita-pita atau cerita-cerita yang dapat mengisi keperluan bilik
darjah. Penglipur lara budaya juga boleh diundang untuk datang ke bilik
darjah untuk bercerita kepada kanak-kanak.

Rajah 5.2: Contoh buku cerita rakyat Malaysia


Sumber: Utusan Publications and Distributions, http://www.ujanailmu.com.my

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  97

AKTIVITI 5.2

1. Cuba senaraikan cerita-cerita berkenaan cerita hikayat, cerita tauladan,


dan cerita rakyat yang pernah anda baca dan dengar.
2. Berikan aspek positif dan negatif terhadap cerita yang telah anda baca
dan dengar itu.

5.1.2 Moden
Ketika ini dunia kita sedang mengalami suatu ledakan maklumat dan secara
langsung melibatkan kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Mereka seronok
membaca buku-buku seperti mengembara di Planet Marikh atau "Saya Ada Baju
Baru". Buku-buku yang mengandungi pelajaran seperti ini dan buku-buku lain yang
sama jenisnya dapat menyediakan banyak maklumat bagi kanak-kanak yang
dahagakan jawapan kepada pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana.

Minat membaca berkembang bagi kanak-kanak di taska mahupun di prasekolah.


Buku-buku ABC dan buku-buku dalam siri Bacalah Anakku, Mari Belajar
Membaca semakin menarik dari tahun ke setahun. Sama ada seseorang itu
menyokong program latihan membaca lebih awal atau tidak, buku ABC tetap
menarik perhatian masyarakat masa kini. Buku seperti ini boleh didapati dengan
banyaknya, mengikut perbezaan umur, dengan berbagai-bagai ilustrasi dan gaya.

Kanak-kanak boleh digalakkan berbincang tentang perasaan mereka terhadap


sesuatu cerita dan mereka boleh menawarkan penyelesaian yang mungkin
kepada masalah dengan mengamalkan pelbagai jenis plot. Misalnya cerita
tentang Ani dan Jiran Baru. Cerita ini ialah sebuah cerita yang penuh emosi,
yang dapat menegaskan tentang betapa pentingnya kasih sayang ibu bapa,
tentang bahaya kerana pergi seorang diri sahaja, dan usaha mengatasi perasaan
takut kerana keseorangan.

Perbincangan dalam kelas membolehkan kanak-kanak melahirkan pemikiran


tentang isu-isu yang menyentuh soal masyarakat di persekirarannya. Pandangan
yang diberi secara lisan boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa
kanak-kanak yang lain juga turut melahirkan pandangan yang sama ataupun
berbeza. Adalah penting untuk mereka memberikan pandangan terhadap apa
yang dibaca dan adakah bacaan itu memberi kesan yang baik atau sebaliknya.
Seorang individu tidak harus membenarkan sikap negatif mereka, atau
ketidakupayaan untuk meluahkan pandangan mereka untuk menghalang
perbincangan daripada berlaku.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

5.1.3 Konsep dan Informatif


Konsep dan maklumat merupakan salah satu keperluan utama dalam pemilihan
buku yang baik. Konsep yang bertema kadang kala dapat memberikan kesan
kepada kefahaman kanak-kanak yang lebih terarah. Sementara konsep buku
yang tidak tertumpu pada satu-satu tema boleh memberi kesan yang pelbagai
terhadap input yang diterima oleh kanak-kanak dan kadang kala tidak
memberikan kefahaman yang terarah disebabkan tiada penumpuan maklumat.

Antara konsep-konsep dalam pemilihan buku termasuk buku belajar mengira


dan buku ABC, merupakan suatu bidang dalam pembacaan buku yang popular
masa kini. Kanak-kanak juga memperlihatkan pertumbuhan yang hebat dan
beberapa perkembangan yang menarik dalam pembacaan buku-buku sebegini.
Antara jenis-jenis buku yang berkonsep adalah dalam bentuk buku yang timbul
atau tenggalam objeknya (pop-up books dan pop-out books), buku untuk teka-
teki, buku besar, buku ÂbonekaÊ buku yang dipotong mengikut pelbagai bentuk,
buku yang objeknya nampak menerusi lubang (poke-through-the-hole books),
buku mini, dan buku berteks.

Ketika ini terdapat pelbagai jenis buku seperti ini yang rata-ratanya masih
dikuasai oleh negara Barat seperti Koleksi Buku World Disney, Sunshine Books,
dan koleksi buku Dr. Seuss yang berkualiti, dan tidak menjadi masalah untuk
mendapatkan buku konsep seperti ini di pasaran.

Masalah yang timbul ialah masalah membuat keputusan tentang buku yang
paling sesuai untuk sesuatu tujuan. Buku-buku berkonsep dan bermaklumat
seronok digunakan dan buku-buku ini mendorong kanak-kanak supaya lebih
berkeinginan mempelajari konsep-konsep yang berkaitan dengan ruang, nombor
dan warna.

AKTIVITI 5.3

Cuba kenal pasti buku-buku yang biasa anda lihat yang melibatkan
bentuk buku yang timbul atau tenggelam objeknya, buku untuk teka-
teki, buku besar, buku ÂbonekaÊ buku yang dipotong mengikut
pelbagai bentuk, buku yang objeknya berlubang, buku mini, dan buku
berteks.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  99

5.2 PEMILIHAN BUKU KANAK-KANAK


Dalam melakukan pemilihan buku, beberapa panduan umum haruslah
diberikan perhatian (rujuk Rajah 5.3). Pertama, konsep itu hendaklah dihuraikan
dengan jelas dan diilustrasikan dengan baik di dalam buku itu. Fakta-fakta yang
dimasukkan hendaklah fakta yang betul dan sahih. Kalau buku itu tentang
magnet, ilustrasinya tidak harus menunjukkan sekeping duit melekat pada
magnet kerana magnet tidak bercantum dengan tembaga. Di samping itu,
ilustrasinya hendaklah juga tepat dari segi penomborannya. Kalau sebuah buku
belajar mengira menunjukkan bahawa ada lima objek pada halaman itu, maka
haruslah ada lima objek juga terlukis pada halaman tersebut.

Persembahan konsep itu haruslah menarik. Kalau guru terpaksa bersusah payah
untuk mengekalkan perhatian kanak-kanak supaya tertumpu sepenuhnya
kepada buku itu, maka buku itu barangkali membosankan mereka. Sebuah buku
konsep yang baik akan mendorong kanak-kanak menggunakan buku itu.
Mereka ingin mendengar cerita dan melihat gambar di dalam buku itu. Semua
buku hendaklah dicetak dengan kukuh supaya kanak-kanak boleh
menggunakannya selepas guru menggunakan buku itu. Akhirnya, buku itu
hendaklah mempunyai suatu faktor yang boleh mengingatkan. Kanak-kanak
akan tertarik kepada buku itu selepas ia dibacakan buat kali pertamanya oleh
orang dewasa. Kalau ini tidak berlaku, barangkali buku itu tidak sesuai untuk
kanak-kanak. Panduan-panduan ini, tentunya mengandaikan juga bahawa
kriteria lain seperti kesesuaian peringkat umur turut dipertimbangkan.

Pertama
Konsep itu hendaklah dihuraikan dengan
jelas dan diilustrasikan dengan baik di
dalam buku itu.

Kedua
Ilustrasinya hendaklah tepat dari segi
penomborannya.

Ketiga
Buku itu hendaklah mempunyai suatu faktor
yang boleh dingati ketika membacanya.

Rajah 5.3: Kaedah pemilihan buku bacaan yang sesuai


bagi tahap perkembangan bacaan kanak-kanak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

Guru bertanggung jawab kepada pemilihan buku kanak-kanak bagi memenuhi


pencapaian yang ditetapkan. Selalunya kebanyakan guru akan melihat dan
bertanya di kedai-kedai buku berkenaan buku-buku terkini untuk dibeli. Ada di
kalangan buku-buku memenuhi keperluan yang diingini, dan ada juga mencapai
kehendak yang ditetapkan. Kebanyakan perpustakaan awam menyediakan
peluang dari segi peminjaman buku di mana ia boleh membantu guru untuk
memilih buku-buku yang berkualiti sebagai bahan pengajaran dan penceritaan
yang menyeronokkan.

Kadang-kadang sesetengah buku pula diminati oleh seorang kanak-kanak dan


tidak pada kanak-kanak lain. Sesetengah buku pula sesuai untuk pembacaan
individu, dan ada pula sesuai bagi bacaan keseluruhan kelas. Kanak-kanak selalu
suka memilih membaca buku-buku lama yang mengandungi cerita-cerita yang
popular. Kanak-kanak yang suka membaca sesuatu buku yang mereka suka
berulang kali selalunya biasa dengan watak dalam bab tertentu di muka surat
tertentu.

5.2.1 Jenis-jenis Buku


Kebanyakan buku- buku yang terdapat di pasaran didapati kurang sesuai bagi
bacaan kanak-kanak disebabkan oleh kualiti buku dan paparan kandungan yang
terlalu tinggi atau terlalu rendah terhadap tahap pengetahuan kanak-kanak pada
peringkat umur tertentu. Ini bermakna jika bahan bacaan itu pada tahap kanak-
kanak lima dan enam tahun, maka bahan bacaan itu perlulah setara dengan
perkembangan mereka. Bagi buku bacaan orang dewasa pengarangnya sudah
tentu boleh menghasilkan karangan yang lebih panjang dengan mengemukakan
topik yang lebih kompleks tetapi karangan ini adalah berbeza dari segi
kuantitinya. Mutu hasil bahan bacaan itu seharusnya sama dengan karya untuk
bacaan kanak-kanak dan orang dewasa walaupun dalam jumlah isi kandungan,
ilustrasi, dan cara penulisan yang berbeza. Jadi jenis-jenis buku yang berkualiti
memerlukan hasil penulisan yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan
kanak-kanak dan boleh memberikan impak yang bermanfaat terhadap hasil
bacaan mereka.

Buku bergambar sebagai contoh, adalah sejenis buku yang khusus untuk kanak-
kanak yang baru berjinak-jinak dengan buku. Tidak seperti kanak-kanak yang
sudah boleh membaca banyak perkataan, kanak-kanak yang lebih muda
mendapat sebahagian besar pemahaman mereka daripada suatu cerita menerusi
ilustrasi dan dengan cara mendengar sesebuah kisah itu diceritakan kepada
mereka. Sebuah buku bergambar hendaklah mempunyai suatu plot yang cukup
berkembang , tema, latar dan perwatakannya. Ia juga harus menggunakan suatu
stail tertentu, kurang huruf dan saiz halaman yang sesuai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  101

Selain itu, buku bergambar hendaklah mempunyai suatu panduan khusus antara
teks dengan ilustrasinya. Kedua-dua unsur ini haruslah memberikan suatu cara
menyampaikan cerita yang dapat difahami kepada mereka yang tidak atau
belum lancar membaca. Buku-buku bergambar ini mestilah menghasilkan cerita
berdasarkan penyusunan ilustrasi yang tersusun. Perkataan yang tercetak di
halaman buku ini biasanya memberikan kefahaman kepada tindakan, kelancaran
dan tujuan cerita. Pengarang, ilustrator dan pembaca akan menikmati suatu
pengalaman bersama yang terdapat dalam bahasa tulisan.

Buku belajar mengira sebenarnya bukan sahaja dari jenis buku latihan, tetapi ia juga
boleh dijadikan sebagai buku cerita bagi sesetengah buku cerita kanak-kanak yang
sangat sesuai untuk dipelajari dengan mudah. Buku ini bukan sahaja menggunakan
ilustrasi yang mudah, jelas dan besar, tetapi perlu mempunyai kaitan antara
susunan dalam kandungan buku supaya kanak-kanak dapat memahami
berdasarkan turutan kandungan. Ramai di kalangan guru yang telah menggunakan
beberapa buah buku yang berlainan bagi sesuatu konsep yang diajar oleh mereka.
Kalau konsep itu tentang mengira, misalnya, ia boleh diperkenalkan dengan
menggunakan buku 1, 2, 3 to the Zoo atau Mari Belajar Mengira.

Buku tema menonjolkan imej keseluruhan atau sebahagian daripada sebuah


buku yang menceritakan cerita tentang sesuatu konsep atau subjek yang
berkaitan antara satu sama lain. Ada suatu atau beberapa tema atau subtema
dalam sesebuah cerita. Buku tema sering kali menggunakan cerita untuk
membantu kanak-kanak memahami atau membina kepekaan terhadap
sesetengah isu atau peristiwa. Malah buku-buku mudah untuk kanak-kanak
yang baru belajar membaca juga mempunyai tema tertentu dan tersembunyi.
Misalnya, kanak-kanak yang baru belajar membaca berhadapan dengan cara
bagaimana mahu mengenakan pakaian yang dilakukan sendiri. Setiap satu
penceritaan ada kaitan dengan pakaian yang dipakainya. Ilustrasi juga dapat
membantu meningkatkan tema. Dalam buku The Polar Express, karya Chris Van
Allsburg di mana dia telah mereka suasana tema itu dengan menggambarkan
pemandangan-pemandangan salji kelabu yang menyuramkan dan berkaitan
pula dengan keadaan kehidupan seorang kanak-kanak yang suram dan
kesedihan.

Berikut adalah beberapa kriteria pemilihan buku di mana guru boleh melakukan
pemilihan yang difikirkan sesuai diajar kepada kanak-kanak mengikut tahap
perkembangan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

(a) Buku Cerita (Buku Bergambar)

(i) Jenis buku


 Keluarga dan rumah, cerita rakyat dan dongeng, cerita khayalan,
kisah binatang.

(ii) Bentuk yang digemari guru


 Kenangan yang boleh dikongsi bersama.
 Memberi dorongan dan menarik minat kanak-kanak.
 Menyediakan bunyi-bunyian latar belakang dalam sesuatu watak.
 Pengenalan kepada kebenaran dalam seorang insan dan
pengembaraan yang penuh cabaran.
 Berkongsi minat.
 Kanak-kanak mudah mengenalpasti sesuatu watak dalam cerita.

(iii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Imaginasi dan fantasi.
 Mengenalpasti watak kemanusiaan.
 Harapan dan memenuhi kehendak.
 Penuh aksi, cabaran dan menyeronokkan.
 Kesedaran diri.
 Kepelbagaian gambar yang menarik.
 Keseronokan dalam penggunaan perkataan.

(b) Buku Non-fiksyen (Maklumat)

(i) Bentuk yang digemari guru


 Meningkatkan minat di dalam individu dan kumpulan.
 Memperbaiki sikap melalui "mengetahui dengan membaca".
 Mencari maklumat bersama-sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  103

(ii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Fakta, meneroka maklumat dan idea.
 Kefahaman berkenaan realiti dan bagaimana sesuatu benda itu
berlaku dan berfungsi.
 Menjawab kepada kenapa dan bagaimana.
 Perkataan-perkataan baharu dan pengertian baharu.

(c) Buku Tanpa Perkataan

(i) Bentuk yang digemari guru


 Mengalakkan kanak-kanak bercakap, menjadi kreatif dan
berimaginasi.

(ii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Menyediakan mereka menggunakan perkataan sendiri untuk
bercerita.
 Meneroka sesuatu maksud.
 Berwarna, penuh aksi dan kepelbagaian gambar.

(d) Buku Interaktif

(i) Jenis buku


 Buku-buku yang memerlukan kanak-kanak membuat
persembahan secara aktif.

(ii) Bentuk yang digemari guru


 Menyediakan kanak-kanak melibatkan diri dan bersemangat.
 Membina pemahaman kepada kemahiran bertindak.

(iii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Pergerakan dan perasaan dalam kumpulan.
 Melahirkan kreativiti secara individu.
 Kepelbagaian manipulatif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

(e) Buku Perkataan

(i) Jenis buku


 Buku perkataan yang mempunyai nama dan gambar yang
bercetak berdekatan atau di atas sesuatu objek, buku kamus
bergambar, buku ensiklopedia dan buku-buku bergambar yang
digemari.

(ii) Bentuk yang digemari guru


 Menyediakan perkataan dan model sesuatu huruf.
 Perkataan dan objek adalah sepasang.
 Sangat berguna dengan meningkatkan minat kanak-kanak
terhadap sesuatu perkataan dan huruf.

(iii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Penerokaan yang bermakna dan dapat menamakan sesuatu
perkataan dan huruf.

(f) Buku Kreatif

(i) Jenis buku


 Buku yang timbul atau tenggalam objeknya (pop-up books dan
pop-out books), buku untuk teka-teki, buku boneka, buku yang
dipotong mengikut pelbagai bentuk, buku yang objeknya
berlubang (poke-through-the-hole books), buku cantuman gambar
(puzzle books), buku yang gambarnya tersembunyi, dan buku
yang boleh bercakap.

(ii) Bentuk yang digemari guru


 Menambah perasaan kepelbagaian dalam penerokaan.
 Merangsang kreativiti.
 Hadir dalam pelbagai saiz dan bentuk yang berbeza.
 Melibatkan penggunaan motor kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  105

(iii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Penerokaan, sentuhan, pergerakan, rasa, menggunakan bau,
mewarna, melukis, memotong, menampal, kesenian, mendengar
suara mekanikal dan tindak balas segera.

(g) Buku Hasilan Guru dan Kanak-kanak

(i) Bentuk yang digemari guru


 Menggalakkan penglibatan kelas.
 Mewujudkan kefahaman tentang penulisan.
 Menyediakan perasaan kreatif.
 Merakamkan hasilan secara individu, projek dalam kumpulan,
lawatan sambil belajar, dan aktiviti jamuan.
 Menyediakan kanak-kanak terhadap perasaan prihatin dan
menyumbangkan idea.
 Membina kemahiran kendiri kanak-kanak.

(ii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Kanak-kanak dapat melihat sendiri hasilan kerja yang telah siap.
 Berkongsi idea dengan rakan lain.
 Penghargaan kendiri.

(h) Buku dan Kombinasi Bunyi-bunyian

(i) Bentuk yang digemari guru


 Menambah kepelbagaian.
 Menyediakan pengalaman secara kumpulan dan individu.
 Merangsang minat terhadap buku.

(ii) Bentuk yang digemari kanak-kanak


 Projek lukisan besar.
 Menyediakan pembelajaran yang menakjubkan secara peribadi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

5.2.2 Kandungan
Apabila kita perlu memilih kriteria tertentu dalam pemilihan buku yang sesuai
dengan kanak-kanak dan kurikulum, beberapa aspek tertentu tentang hasil
bacaan perlu dipertimbangkan. Aspek ini termasuklah perwatakan, latar, plot
dan temanya. Perkembangan semua unsur ini teradun dalam hampir semua
karya buku bacaan yang terbaik dan sangat berkualiti. Sesuatu unsur itu
mungkin lebih ditekankan bergantung pada sesuatu karangan itu, tetapi semua
unsur itu tetap ada di dalamnya.

(a) Perwatakan
Setiap cerita mempunyai sekurang-kurangnya satu watak, dan biasanya
lebih daripada satu. Watak-watak itu mungkin terdiri daripada binatang,
manusia, objek atau benda khayalan, dan tidak harus ada watak yang lebih
daripada yang diperlukan untuk bercerita. Lagipun, watak ini mestilah
benar kepada kanak-kanak. Watak dari hasil bahan bacaan bermutu
seharusnya ialah watak yang dirasakan benar, bertindak dengan realistik
dan mempunyai emosi yang sebenarnya. Watak ini memberikan suatu
imbasan kepada diri pembaca itu sendiri.

Watak hendaklah benar dan jujur terhadap peranan mereka atau sifat
mereka. Seorang pengarang yang baik akan membiarkan pembaca
mengetahui sendiri tentang peribadi dan motivasi watak melalui fikiran,
kata-kata, tindakan, bahasa dan perasaan individu. Pengarang mestilah
tepat dalam menanggani setiap perkara itu supaya pembaca percaya akan
wataknya (rujuk Rajah 5.4).

Rajah 5.4: Jika gambaran watak itu adalah


seorang budak lelaki, pastikan watak itu
jelas melambangkan ciri-ciri seorang budak
lelaki supaya kanak-kanak dapat
mengenalinya dan tidak terkeliru

(b) Watak yang Konsisten


Watak mungkin berubah dan berkembang, tetapi rekaan yang asas
hendaklah tetap tidak berubah. Ini bermakna bahawa sesuatu watak itu
tidak harus menjadi suatu watak yang berlainan sekali sebagai akibat
daripada suatu pengalaman di dalam cerita. Dalam The Story Ferdinand
karangan Munro Leaf, persekitaran telah mengubah watak seekor lembu
jantan yang terkenal itu, tetapi Ferdinand tetap pencinta damai. Dalam
buku karangan Norman Bridwell tentang Clifford, iaitu watak seekor

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  107

anjing besar berbulu merah, ia tetap konsisten dalam keupayaannya


menimbulkan masalah kerana saiznya yang besar itu.

Watak yang tidak dapat dilupakan daripada hasil bahan bacaan


memperlihatkan keperibadian yang menyebabkan mereka itu unik. Tetapi
ia lebih banyak berdasarkan hakikat yang sebenar aspek-aspek
kemanusiaan yang menjadikan mereka istimewa. Barangkali watak itu
bercakap atau bertindak dengan cara yang mengingatkan pembaca
terhadap diri mereka sendiri. Barangkali watak itu melakukan perkara
dengan cara yang diharapkan oleh pembaca dapat dilakukan mereka.
Interaksi yang kuat antara pembaca dengan peribadi itu didasarkan kepada
kekuatan peribadi dan keyakinan yang ditanamkan oleh watak itu.

(c) Watak Binatang


Perwatakan binatang adalah sebahagian daripada bahan bacaan kanak-
kanak yang penting. Cerita-cerita yang menggabungkan watak manusia
dan binatang memberikan suatu hubungan yang unik antara dua jenis
watak itu. Menggambarkan watak binatang dalam berbagai-bagai watak
dan peranan agar dapat diterima dan dapat dijadikan suatu pengalaman
yang positif dan menyeronokkan kepada pembaca. Topik yang sukar boleh
didekati melalui watak binatang dengan reaksi yang kurang mengejutkan
daripada kanak-kanak yang mungkin melihat diri mereka hidup atau
merasakan situasi seperti di dalam buku itu. Rasa selamat yang
mengelilingi pendekatan seperti itu dapat dijadikan sokongan yang perlu
bagi seorang kanak-kanak menghadapi kanak-kanak yang lain.

Kanak-kanak sering belajar tentang binatang dan kebiasaannya binatang-


binatang itu daripada watak di dalam buku. Mereka ada kalanya
membetulkan atau mempersoalkan sesuatu cerita apabila watak binatang
itu tidak digambarkan seperti sifat-sifatnya yang sebenar. Walaupun ini
berlaku, namun ia tidak mengurangkan keseronokan fantasi atau kisah-
kisah binatang yang dimilikinya semasa dalam zaman awal kanak-kanak
mereka. Pengarang yang memasukkan watak binatang yang ditakrifkan
dengan jelas menunjukkan gabungan yang bijak antara watak binatang
dengan tingkah laku manusia.

(d) Suasana/Peristiwa
Suasana atau peristiwa sesuatu cerita itu biasanya menyebabkan pembaca
berfikir tentang di mana dan apabila sesuatu cerita itu berlaku. Selain
daripada lokasi yang sebenar danwaktu bila cerita itu berlaku, bagaimana
watak memainkan peranannya dan aspek budaya perlu dijadikan
sebahagian situasi atau peristiwa. Contohnya seperti dalam peristiwa
semasa zaman perang dalam perjuangan kemerdekaan sentimen patriotik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

dikalangan orang muda disuntik ke dalam cerita. Kedudukan sesuatu


kawasan itu mungkin tidak banyak meninggalkan kesan, tetapi dari segi
nilai moralnya mungkin memberikan kesan yang ketara. Cerita juga
mungkin akan menjadi semakin menarik jika watak itu hidup dalam
kemiskinan atau kemewahan.

Satu keadaan atau peristiwa boleh berlaku dalam pelbagai cara. Setiap satu
cara mempunyai potensi mengubah moral, etika, dan keadaan sosial cerita
itu. Ini adalah penting kerana watak-watak itu adalah berkaitan dengan
suasana dan peristiwa yang telah diceritakan. Watak berlakon pada suatu
tempat, masa, dan persekitaran sosial. Samalah seperti manusia dalam
kehidupan yang sebenar, watak dalam cerita bertindak dengan suatu cara
tertentu bergantung pada suasana persekitaran mereka.

Keadaan sesuatu peristiwa boleh dibayangkan dari penerangan teks dan


boleh dijelaskan lagi dengan ilustrasi. Contohnya seperti cerita binatang di
dalam hutan dan gambaran tentang tempat tinggal atau habitat binatang
itu akan membolehkan pembaca mengenal pasti bahawa suasananya
adakah di dalam sebuah hutan atau di dalam sebuah zoo.

(e) Plot Cerita


Plot cerita merupakan penunjuk jalan dalam sesebuah cerita. Seorang
pengarang merancang sesuatu plot cerita untuk membantu pembaca
memahami cerita. Plot cerita mungkin didedahkan mengikut urutan
kronologi. Bagi cerita kanak-kanak, kebanyakan plot cerita lebih
merupakan suatu unsur yang dibuat-buat dan tidak semulajadi sifatnya
dengan tujuan memudahkan pemahaman sesuatu cerita itu. Seseorang
penulis buku itu, melakukan ini dengan memilih beberapa peristiwa,
beberapa watak, dan emosi tertentu.

Setiap plot cerita seharusnya mengandungi permulaan, pertengahan dan


akhiran sesuatu cerita. Permulaan haruslah menimbulkan minat kepada
pembaca dengan segera. Kanak-kanak yang lebih kecil tidak dapat
memberikan perhatian yang lama, jadi permulaan ini perlulah ringkas
tetapi padat dan mudah difahami. Kemudian, di pertengahan cerita
seharuslah menjadi intipati kepada cerita atau dikenali sebagai klimaks
dalam memberikan gambaran terhadap cerita secara keseluruhannya. Di
pengakhiran cerita pula selalunya adalah dalam bentuk penceritaan yang
mengajak supaya kanak-kanak dapat berfikir terhadap kesan buruk baik
cerita yang dibaca sebagai panduan kepada mereka dalam menghadapi
kehidupan yang sejahtera.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  109

5.2.3 Aktiviti Membaca


Di dalam usaha memperkembangkan penggunaan bahasa dan komunikasi
melalui aktiviti membaca, pendekatan yang bersesuaian perlu diambil bagi
menggalakkan kanak-kanak membaca. Sebagai guru, ibu bapa atau masyarakat
keseluruhannya hendaklah menggunakan kesempatan ini untuk membantu
perkembangan celik huruf dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu
memahami bahawa perkataan bercetak mewakili makna dan perasaan yang
terkandung dalam bahasa lisan.

Tumpuan haruslah lebih kepada makna daripada memberikan perhatian kepada


bentuk yang betul. Ejaan yang dicipta untuk kanak-kanak sebagai contoh, "Caya
ayang ammi," yang bermaksud "Saya sayang ummi" seharusnya diterima tanpa
memberikan komen yang negatif seperti gagap, lembap dan sebagainya . Kanak-
kanak akan bertemu dengan ejaan yang betul apabila mereka membacanya
berkali-kali sama ada secara bersama dengan orang dewasa ataupun secara
sendirian. Kadang kala ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dalaman seperti
perkembangan psikologi dan kognitif dan juga luaran seperti keluarga, rakan
sebaya dan masyarakat mereka.

Selain itu apabila membaca buku, jika boleh gunakan bahan maujud atau objek
sebenar (real thing) seperti penggunaan prop anak patung bersama dengan
pembacaan buku tersebut. Penggunaan boneka, kereta mainan, dan objek-objek
lain bukan sahaja berkesan malah mungkin menjadi watak di dalam cerita. Ini
akan meningkatkan lagi pemahaman dan keseronokan membaca. Objek-objek ini
akan menghubungkan kanak-kanak dengan cerita secara positif dan memberikan
kesan pengalaman yang agak panjang. Sesuatu prop yang telah disediakan
selepas membaca cerita akan menggalakkan kanak-kanak mencipta semula atau
membina kisah dalam buku itu dengan cara bercakap atau melakonkannya.
Misalnya, selepas membaca buku cerita Gordiloc dengan Tiga Ekor Beruang,
letakkan patung beruang dan buku di ruang bacaan di atas kerusi goyang. Kita
dapat melihat di mana kanak-kanak itu akan berada di kerusi tersebut, dan
membuka helaian lembaran buku dan memeluk patung beruang tadi. Ia dapat
menjadikan ruang bacaan atau sudut drama sama seperti berada pada cerita
terbabit dan dapat membantu pembaca dan kanak-kanak itu untuk terus
berinteraksi secara kreatif dengan buku.

Kanak-kanak akan terus membina kemahiran bahasa dan menambahkan kosa


kata mereka melalui pembacaan ketika berada di prasekolah. Mereka perlulah
menggunakan bahan bacaan yang sesuai sebagai alat bagi memahami diri
mereka sendiri dan alam persekitaran mereka. Dengan kemahiran membaca
yang baik kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai struktur tatabahasa dan
ayat dalam sesebuah buku cerita dengan betul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

Penulisan kanak-kanak dapat memberi gambaran keberkesanan aktiviti


membaca. Kanak-kanak juga boleh melahirkan perasaan mereka melalui lukisan
sebagai salah satu cara memahami sesebuah buku cerita yang dibacakan atau
melalui pembacaan sendiri. Peranan orang dewasa pada peringkat ini adalah
untuk memberikan interaksi yang banyak kepada kanak-kanak dengan cara
mendengar, menjawab soalan, mengemukakan soalan, menyediakan contoh-
contoh bahasa, dan berkongsi pelbagai pengalaman supaya kanak-kanak dapat
memberikan pengalaman melalui pembacaan buku dengan lebih baik.

Kita perlu sedar bahawa kanak-kanak pasti akan menanyakan pelbagai


persoalan terhadap benda-benda yang ditanyakan di dalam aktiviti bacaan yang
kita sendiri kadang kala sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Maka
wajarlah kita mewujudkan ruang bacaan yang kreatif untuk memastikan mereka
dapat mencari jawapan sendiri melalui pencarian di persekitaran mereka. Kita
bolehlah menyediakan maklumat berkenaan sesuatu musim, jenis-jenis pokok
dan haiwan, dan perjalanan bintang-bintang mengikut tema yang bersesuaian.
Poster-poster yang menerangkan apa yang terkandung dalam tubuh, gunung
dan bumi merupakan pilihan yang sesuai untuk menghiasi dinding. Meletakkan
haiwan yang sebenarnya berdekatan dengan ruang bacaan adalah suatu idea
yang baik, terutama sekali apabila kita menumpukan perhatian kepada tema
berkenaan binatang.

Maka jelaslah di sini bahawa aktiviti-aktiviti bacaan yang baik memerlukan


perancangan yang teliti dan seimbang. Walau bagaimanapun, setiap aktiviti
bacaan yang dijalankan adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan
yang dapat membantu merangsang pemikiran dan motivasi pada kanak-kanak
untuk terus berkembang maju dan menghadapi hari-hari yang menyeronokkan.

AKTIVITI 5.4

1. Senaraikan aktiviti-aktiviti bacaan yang sesuai dijalankan di rumah


dan di sekolah.
2. Cuba bina sebuah cerita kanak-kanak mengikut tema yang anda
pilih berdasarkan kepada jenis buku dan kandungan cerita terbabit
dengan melakarkan ilustrasi yang sesuai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK  111

 Memilih buku-buku terbaik yang boleh didapati untuk kegunaan kanak-


kanak sangatlah penting. Oleh sebab kanak-kanak membentuk pemikiran
dan pendapat tentang semua perkara, maka kita perlu membantu dan
menggalakkan mereka dengan idea yang mendorong pemikiran yang
mencabar, berguna dan peka.

 Pendedahan kepada cerita-cerita dan ilustrasi yang sebaik mungkin akan


dapat membantu mereka dalam bidang ini di samping memberikan mereka
suatu penghayatan terhadap bacaan yang bermutu.

 Kriteria untuk memilih bahan bacaan sangat dititik beratkan. Kriteria itu
menggabungkan aspek-aspek pertimbangan tentang bahan bacaan,
kandungan dan penilaian cara cerita dipersembahkan.

 Bahan bacaan yang baik, akan mendorong kanak-kanak untuk mendengar


cerita dan membolehkan mereka belajar membaca.

 Kepekaan guru dan ibu bapa membolehkan kanak-kanak belajar untuk


berhati-hati, menjadikan mereka pembaca yang berfikir yang telah pun mula
membina kemahiran berfikir secara kritikal tentang fakta-fakta dan maklumat.

Bahan maujud/objek sebenar Ledakan maklumat


Buku tradisional Penglipur lara
Celik huruf Plot cerita
Cerita hikayat dan tauladan Ruang bacaan
Hasilan buku Suasana/peristiwa
Konsep bertema dan tidak bertema Watak cerita
Konsep pemilihan buku

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging


literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.
Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children.
New York: Paul Chapman Educational Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bercerita
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kepelbagaian bahan-bahan, jenis-jenis cerita, dan
kaedah bahasa yang digunakan dalam aktiviti bercerita yang
bersesuaian kepada peringkat umur kanak-kanak;
2. Menerangkan pelbagai teknik penyampaian yang sesuai ketika
bercerita; dan
3. Merancang aktiviti-aktiviti bercerita yang sesuai mengikut tempat,
masa, ruang dan bahan-bahan sedia ada.

 PENGENALAN
Bacaan dan komunikasi yang baik dapat ditingkatkan dengan menggunakan
pelbagai kaedah persembahan yang menarik. Salah satunya adalah melalui
aktiviti bercerita. Pelbagai kaedah bercerita boleh dilakukan seperti
menggunakan kaedah cerita dengan suara yang kuat, bercerita menggunakan
flash card, persembahan cerita melalui teater, drama dan sebagainya. Melalui
kaedah penceritaan yang pelbagai ini dapat melahirkan kanak-kanak yang
berpengetahuan dengan lebih luas dan mendalam.

6.1 PEMILIHAN KERJA


Pengalaman yang menarik dan berguna adalah berfaedah kepada kanak-kanak
sebagai seorang pengarang dan pencerita. Pendedahan kepada ilustrasi yang
berkualiti, memberikan idea-idea baru untuk difikirkan dan diperluaskan.
Perkembangan intelektual kanak-kanak akan meningkat apabila peluang-
peluang seperti ini wujud.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 BERCERITA

Menulis dan bercerita merupakan suatu kegiatan berfikir. Kemampuan untuk


melibatkan kanak-kanak secara kognitif bergantung kepada kebolehan seorang
guru untuk menganalisis, bertanya, menyusun, menghasilkan dan menyusun
semula fakta dan realiti berdasarkan kepada apa yang kanak-kanak fikirkan.
Namun begitu, sesuatu penulisan perlulah berdasarkan tema sesuatu cerita.
Pemilihan cerita yang bersesuaian amat penting bagi melahirkan kanak-kanak
yang berfikiran realistik dan matang. Bimbingan perlu diberikan supaya hasil
yang dijelmakan oleh mereka benar-benar kualiti dan tidak sia-sia.

6.1.1 Umur
Walau apa jua peringkat umur perkembangan kanak-kanak, buku adalah sangat
sinonim dan perlu dibiasakan untuk dibaca kepada mereka. Buku boleh
dibacakan dan hendaklah dibacakan kepada kanak-kanak dari sejak waktu dia
lahir lagi. Buku itu pula mestilah daripada jenis yang tahan supaya kanak-kanak
dapat memegangnya. Buku-buku yang berkulit keras, berkertas keras dan tebal,
buku-buku daripada plastik merupakan buku-buku yang baik sebagai
permulaan. Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku hendaklah gambar-
gambar yang mudah, oleh sebab setiap kanak-kanak yang masih kecil tidak
dapat menumpukan perhatiannya kepada gambar-gambar yang berserabut
meskipun mereka mula melihat halaman-halaman buku.

Apabila membaca buku kepada bayi, kita boleh menggunakan prop seperti anak
patung bersama dengan pembacaan itu. Penggunaan boneka, kereta mainan, dan
objek-objek lain yang berkesan yang mungkin menjadi watak di dalam cerita ini
akan meningkatkan lagi pengalaman membaca. Objek-objek ini akan
menghubungkan bayi itu dengan cerita dengan cara yang positif dan semulajadi.

Bayi akan mendapat manfaat dari buku-buku yang ilustrasinya jelas dengan teks
yang sedikit. Mereka juga seronok dengan ritma dan puisi yang pendek dan
mudah. Gambar yang besar dan warna-warni boleh menarik perhatian mereka
untuk melihatnya.

Kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga dan empat tahun sentiasa sahaja
bertanya soalan "mengapa itu", dan "mengapa ini". Soalan-soalan ini merupakan
beban dan ganjaran kepada perancangan guru-guru di peringkat taska.
Selalunya mereka sangat suka untuk menikmati ritma cerita dan bahasa yang
mudah. Kanak-kanak akan merasa seronok dalam aktiviti membaca yang
berulang-ulang dan dibacakan dengan berlaku. Contohnya dalam cerita Pak
Mamat Ada Kebun atau Old McDonald Have a Farm yang sangat popular
sehingga kini yang menceritakan pelbagai tanaman yang ditanam oleh Pak
Mamat di kebunnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  115

Sementara pada peringkat kanak-kanak prasekolah sangat berminat kepada


cerita mengenai diri dan keluarga mereka sendiri ketika baru masuk ke sekolah.
Apabila dibacakan cerita berkenaan persekitaran dan dunia, mereka akan
terpesona dengan dunia di sekeliling mereka dan mula menyedari kehidupan
mereka adalah berkongsi bersama dengan makhluk lain. Pada waktu inilah
berlakunya permulaan peluasan dan perkembangan pengetahuan. Kanak-kanak
akan cepat membina maklumat dan pengalaman melalui bercerita. Mereka
sentiasa mengajukan persoalan seperti bagaimana, mengapa, dan di mana ia
berlaku dan terjadi.

Mereka juga lebih bersedia untuk menerima plot cerita yang lebih rumit dan
kepelbagaian dalam tema bercerita. Walau bagaimanapun, unsur kecindan
adalah sangat penting dalam penceritaan sesuatu buku cerita yang menghibur
dan menyeronokkan.

AKTIVITI 6.1

Senaraikan beberapa jenis cerita yang anda tahu dan kesesuaiannya


terhadap kanak-kanak di peringkat umur prasekolah.

6.1.2 Jenis Cerita


Pelbagai jenis bahan bacaan yang sangat sesuai dibacakan mengikut tahap
perkembangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pemilihan sesuatu buku
cerita itu sangat penting terutama dalam menyampaikan sesuatu mesej
berkenaan pengajaran bertema atau kepada tema yang spesifik.

(a) Cerita Bergambar


Cerita bergambar ialah cerita dengan gambar yang khusus untuk kanak-
kanak memahami cerita dengan mudah melalui gambar. Ia mempunyai
suatu kaedah penceritaan yang mudah untuk difahami, tema yang jelas,
dan perwatakan yang berkesan. Selalunya ia boleh diceritakan dengan
menggunakan gambar melalui kad bergambar (flash card), atau buku cerita
bersaiz sederhana mahupun besar.

(b) Cerita Berkonsep


Cerita yang diberikan dalam bentuk yang sama dari susunan tema dan
objektif cerita. Jika konsep tersebut adalah berkenaan bentuk, hampir
keseluruhan cerita adalah mengenai bentuk. Begitu juga bagi cerita
mengenai konsep haiwan, nombor, alam sekitar, kenderaan dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 BERCERITA

sebagainya. Selalunya cerita berkonsep ini sangat sesuai dibacakan kepada


kanak-kanak ketika mempelajari sesuatu tema pada setiap minggu
pembelajaran mereka supaya lebih jelas dan mudah difahami.

(c) Cerita Fiksyen


Cerita fiksyen pada dasarnya adalah untuk memberikan hiburan dan
keseronokan. Walau bagaimanapun, sesetengah cerita fiksyen itu kadang
kala boleh memberikan dorongan untuk kanak-kanak berfikir. Ini kerana,
fiksyen merupakan suatu naratif yang lahir daripada daya imaginasi si
pencerita dan bukan dari sumber sejarah atau maklumat. Kisah seperti
Mari Melawat Planet Marikh adalah merupakan kisah fiksyen sains yang
mustahil untuk dijadikan realiti buat masa kini. Tetapi ia boleh terjadi pada
masa akan datang berdasarkan kepada perkembangan teknologi yang
semakin berkembang pesat.

(d) Cerita Bermaklumat


Dunia kita kini sedang mengalami suatu ledakan maklumat dan kanak-
kanak prasekolah terlibat sama dalam fenomena ini. Buku-buku yang
mengandungi pelajaran seperti ini dan buku-buku lain yang sama jenisnya
dapat menyediakan banyak maklumat bagi kanak-kanak yang dahagakan
jawapan kepada pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana. Ia lebih
tertumpu kepada bidang pembelajaran akademik dan memudahkan kanak-
kanak untuk memahami dalam aspek pengenalan huruf dan nombor.

Buku-buku ABC dan buku-buku dalam siri Bacalah Anakku, Mari


Membaca adalah antara jenis buku yang sangat digemari oleh guru untuk
diajar di prasekolah. Sama ada seseorang itu menyokong program latihan
membaca lebih awal atau tidak, buku ABC tetap menjadi pilihan utama.
Buku seperti ini boleh didapati dengan banyaknya, mengikut perbezaan
umur, dengan berbagai-bagai ilustrasi dan gaya.

Buku Norman Bridwell berjudul CliffordÊs ABC, buku Anno berjudul


AnnoÊs Alphabet, buku Vincent Jefferds berjudul DisneyÊs Elegant ABC,
buku Deborah Niland berjudul ABC of Monsters dan buku karangan
Richard Scarry Find Your ABC adalah antara beberapa judul buku luar
negara yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Selain itu, ada juga buku-
buku cerita yang melihatkan berkenaan budaya dan bangsa dan menjadi
pelambangan kepada maklumat yang berguna kepada percambahan
pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  117

(e) Cerita Klasik


Cerita-cerita klasik seperti Cindrella, Sleeping Beauty dan Rapunzel adalah
menarik untuk dibacakan kepada kanak-kanak yang berusia dalam
lingkungan lima dan enam tahun. Mereka boleh menghayati pada
pengembaraan dalam epik ini, dan kegunaan kekuatan dan sihir, wira
dapat mengalahkan semua yang jahat. Fantasi atau khayalan akan menjadi
sebuah cerita lebih menarik.

Terdapat banyak cerita dan kisah pari-pari yang kurang terkenal yang
boleh digunakan untuk mengekalkan minat kanak-kanak dan untuk
membandingkan cerita-cerita itu dan versi-versi yang lebih popular.
Misalnya kanak-kanak dapat mengetahui watak dalam cerita Snow White
dan Tujuh Orang Kerdil. Membaca beberapa versi cerita yang sama dapat
digunakan untuk membantu kanak-kanak memberikan pandangan dan
perbandingan tentang cerita-cerita tersebut yang mempunyai mesej yang
sama iaitu nilai-nilai kebaikan dapat menewaskan nilai-nilai kejahatan.

6.1.3 Bahasa
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak terus membina kemahiran bahasa dan
menambahkan kosa kata mereka. Kini mereka dapat menggunakan bahasa
sebagai alat bagi memahami diri mereka sendiri dan alam persekitaran mereka.
Mereka dapat menggunakan pelbagai struktur tatabahasa dan ayat dengan betul.

Pada umumnya, penulisan kanak-kanak prasekolah terdiri daripada lukisan,


yang merupakan percubaan untuk melahirkan perasaan. Sama ada seseorang
guru itu dapat mengenali apa yang dilukis oleh kanak-kanak itu, kerja seni
mempunyai makna yang tertentu kepada kanak-kanak tersebut. Peranan guru
pada peringkat ini adalah untuk memberikan interaksi yang banyak kepada
kanak-kanak itu dengan cara mendengar, menjawab soalan, mengemukakan
soalan, menyediakan contoh-contoh bahasa dan berkongsi pelbagai pengalaman.

Dalam lingkungan umur lima dan enam tahun, kanak-kanak sudah mula
mengetahui kepentingan bahasa. Mereka mula memahami bagaimana bahasa itu
boleh digunakan untuk melahirkan idea dan perasaan, untuk mencipta cerita
dan makna dan untuk mengalami hidup. Tidak hairanlah banyak bahan-bahan
bercetak masa kini yang menjadi sumber pengetahuan kepada kanak-kanak
untuk dibaca. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan struktur ayat yang
kompleks, membandingkan perkataan dengan jauh lebih mudah, bercerita, dan
mengenali perkataan-perkataan yang tercetak. Ketika mereka membaca
setengah-setengah perkataan yang tercetak, mereka juga mencuba untuk
memasukkan perkataan ke dalam lukisan mereka melalui apa yang mereka baca
dan diceritakan oleh guru.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
118  TOPIK 6 BERCERITA

Peranan guru dalam pembinaan bahasa pada peringkat ini ialah mengambil
kesempatan daripada peluang-peluang yang ada melalui bercerita. Guru
hendaklah menggunakan kesempatan ini untuk membantu perkembangan celik
huruf di kalangan kanak-kanak. Seseorang itu dapat menggalakkan kanak-kanak
memahami bahawa perkataan-perkataan tercetak itu mewakili semua makna
dan perasaan yang terkandung dalam bahasa lisan. Tumpuan haruslah lebih
kepada makna daripada memberikan perhatian kepada bentuk yang betul. Ejaan
yang dicipta oleh kanak-kanak haruslah diterima tanpa memberikan komen
yang negatif.

Kanak-kanak akan belajar dari kesilapan jika guru tahu untuk menangganinya.
Pastinya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap kelemahan pasti
ada cara penyelesaiannya. Kaedah terkini dan sesuai boleh dikenal pasti bagi
membaiki kelemahan terhadap pemahaman bahasa kanak-kanak dan seterusnya
dapat meningkat pencapaian mereka pada tahap tertinggi.

6.2 BERCERITA
Pada satu ketika dahulu, seorang pencerita atau penglipur lara itu merupakan
seseorang yang disanjung. Dalam dunia sebelum adanya celik huruf, pencerita
merupakan pewaris budaya. Mereka merupakan Âsurat khabarÊ pada zaman itu
dan menjadi penghubung di kalangan masyarakat dahulu kala dan sekarang.
Seseorang pencerita itu merupakan seorang seniman yang membuat
persembahan dalam bentuk bercerita dengan menggunakan pelbagai kaedah
penyampaian sama ada dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan. Mereka akan
bercerita dengan menggunakan pelbagai dialek mengikut kawasan tertentu, lagu
dan pakaian yang bercirikan tradisional. Bertitik tolak dari situlah
perkembangan bahasa semakin baik dan dipelajari melalui penggunaan huruf
dan penulisan serta dibukukan sebagai sumber ilmu dan maklumat.

Membaca cerita kepada kanak-kanak seharusnya bermula ketika mereka masih


bayi. Bunyi suara yang penuh kasih sayang dan irama bahasa yang berintonasi
boleh memberikan ketenteraman kepada bayi. Bagi seseorang kanak-kanak yang
dibacakan cerita kepadanya, apabila besar kelak akan dapat memahami bahawa
pembacaan ialah sebahagian daripada kehidupan yang normal.

Apabila penggunaan bahasa itu telah memberikan makna, kanak-kanak akan


sentiasa dapat melihat dunia yang merupakan sebahagian dari hidup mereka.
Selain itu melalui membaca dapat merangsang imaginasi kanak-kanak dan
menyediakan asas bagi membina pengetahuan baru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  119

6.2.1 Teknik Penyampaian


Kemahiran dan bakat dalam bercerita adalah berbeza bagi setiap individu. Ia
sangat penting lebih-lebih lagi dalam memberikan sesuatu pengajaran yang
berguna khususnya kepada kanak-kanak. Teknik penyampaian yang berkesan
dan menghiburkan adalah sangat penting bagi menggambarkan keseluruhan
cerita dengan lebih sempurna.

Sebelum merancang sesuatu cerita, guru perlulah tahu untuk membiasakan diri
dengan sebutan perkataan-perkataan pada buku terbabit dan keseluruhan
ceritanya. Berikut adalah beberapa teknik penyampaian yang boleh dijalankan.
Antaranya seperti:

(a) Membaca dengan Kuat


Melalui pembacaan buku secara kuat kepada kanak-kanak merupakan
proses belajar membaca. Penggunaan suara adalah sangat penting dan
berkesan. Kemahiran ini boleh dikuasai melalui latihan, pemerhatian dan
amalan. Sebagai permulaan, guru boleh menggunakan pelbagai nada suara
sama ada suara yang tinggi, suara yang sederhana atau suara bernada
rendah atau lembut. Perkara penting dalam bercerita adalah mengetahui
secara keseluruhan sesuatu cerita yang ingin dibaca supaya dapat
membantu seseorang itu untuk menghayati dan menggunakan nada suara
yang berubah-ubah dengan betul pada situasi dan watak terbabit. Sebagai
contoh, guru boleh merendahkan suaranya menjadi bisikan pada sesuatu
cerita yang dalam keadaan sunyi, atau suara yang kuat atau garau dalam
keadaan marah atau geram.

Malah guru juga dapat memberhentikan sejenak sesuatu cerita yang dibaca
supaya dapat membuatkan kanak-kanak berfikir tentang apa yang
sebenarnya berlaku buat satu ketika. Membaca dengan lampat pula dapat
membantu kanak-kanak menggunakan daya imaginasi mereka untuk terus
menikmati cerita itu. Sementara membaca dengan laju pada sesuatu
bahagian cerita, boleh dilakukan dalam keadaan cemas pada kemuncak
cerita supaya kanak-kanak dapat menghayatinya dengan lebih tekun dan
terpaku seketika.

Penggunaan buku jenaka merupakan pilihan terbaik pada pertama kali


membacakan buku cerita. Ini adalah kerana humor juga dapat memberikan
sesuatu kesan baik dan bermotivasi. Apabila membaca dengan kuat dapat
memberikan kanak-kanak kesempatan untuk mempelajari pelbagai jenis
bacaan (rujuk Rajah 6.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 BERCERITA

Rajah 6.1: Di samping penggunaan suara yang lantang dan kuat ketika bercerita, guru
juga perlu pandai memasukkan unsur kecindan dalam bercerita supaya dapat
memberikan pengalaman yang berguna dan menyeronokkan
Sumber: Makmal Perkembangan Kanak-kanak, UPM

Mempunyai pengetahuan berkenaan buku yang dibaca membolehkan guru


melakukan aktiviti bercerita dengan lebih spontan dan bersedia. Maka
perancangan yang teliti dalam membacakan sesuatu buku secara kuat
adalah sangat penting bagi menimbulkan keseronokan dan menarik
perhatian kanak-kanak untuk sentiasa mendengarnya walaupun pada satu
tempoh masa yang lama.

(b) Nyanyian dan Pergerakan


Nyanyian merupakan alunan muzik atau lagu yang dilontarkan menerusi
suara bermelodi dan dialun dengan irama yang merdu dan menyeronokkan.
Ia boleh dilakukan mengikut irama yang mudah, pendek, secara spontan
kepada yang lebih kompleks, panjang, dan lebih serius mengikut kesesuaian
lagu dan tema. Guru boleh mengajak kanak-kanak untuk menyanyi bersama
dan ini boleh menambahkan keseronokan mereka untuk terus mendengar
cerita. Apabila kanak-kanak mendengar satu cerita atau satu baris perkataan
yang berulang berkali-kali melalui nyanyian, sekurang-kurangnya mereka
dapat mengingati dan seterusnya menghayati cerita berkenaan. Untuk
menggalakkan penyertaan kanak-kanak, kita boleh memulakan dengan ayat-
ayat mudah dan pernah mereka dengar.

Nyanyian lagu berserta pergerakan dalam cerita "Anak Itik Tok Wee Mandi
Dalam Kolam...." dapat digalakan dengan menggunakan isyarat badan dan
ekspresi muka yang sesuai bagi menggambarkan cerita terbabit. Semua
bentuk penyertaan kata-kata dan rupa boleh dipelbagaikan sama ada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  121

dalam bentuk pengulangan ayat, pergerakan, dan lakonan bagi


menambahkan keceriaan dalam sesi cerita (rujuk Rajah 6.2).

Rajah 6.2: Penghayatan cerita melalui nyanyian bukan sahaja menghiburkan tetapi akan
menjadi kenangan terindah kepada kanak-kanak untuk diingati

AKTIVITI 6.2

Kanak-kanak suka menyanyi. Berikan beberapa contoh lagu rakyat dan


kontemporari yang membawa cerita yang baik dan positif kepada kanak-
kanak.

(c) Main Peranan


Setiap kanak-kanak suka kepada persembahan cerita yang melibatkan
sesuatu watak yang hidup atau lakonan yang melibatkan mereka sebagai
watak (rujuk Rajah 6.3). Kegembiraan semasa membuat persembahan
sesuatu cerita memberi kanak-kanak pengalaman sebenar bagi watak
tersebut. Ini merupakan konsep main peranan di mana setiap aktiviti-
aktiviti yang dijalankan kepada kanak-kanak akan melibatkan mereka
untuk menggayakan dan meniru sesuatu watak sama ada ia pernah
dialami atau tidak, secara pengajaran mahupun secara spontan.
Menggunakan persembahan teater sebagai contoh, dapat memberikan
kesempatan untuk mengajar kanak-kanak tentang skema atau prosedur
untuk berlakon teater. Sebelum sesuatu persembahan dimulakan, kanak-
kanak perlu berlatih memainkan peranan sebagai watak seperti binatang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 BERCERITA

dan pokok dan sehinggalah kepada penjual tiket, penyambut tetamu,


penonton, pengacara, dan sebagainya.

Main peranan tidaklah hanya melibatkan pelakon semata-mata. Ia perlu


kepada suasana dalam sesuatu keadaan seperti penonton, pekerja di balik
tabir dan sebagainya bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku
dalam proses mengendalikan sesuatu teater atau persembahan supaya
kanak-kanak dapat mengalaminya sendiri. Selain itu lakonan seperti Main
Mak-mak dan sebagainya sangat sinonim dengan kanak-kanak dan boleh
diceritakan oleh guru dan dilakonkan oleh kanak-kanak mengikut
imaginasi mereka sendiri berdasarkan apa yang pernah mereka alami.

Rajah 6.3: Aktiviti bercerita melalui teater yang melibatkan kanak-kanak sebagai pelakon,
penonton dan pekerja di sebalik tabir
Sumber: http://www.ipks.edu.my

(d) Penyertaan Tanpa Buku


Cerita yang dipersembahkan tanpa buku ini perlulah melibatkan
penyertaan kanak-kanak sama ada melalui nyanyian, lakonan, bertanya
soalan, dan sebagainya. Peranan guru adalah untuk mencari cerita yang
sesuai untuk memastikan penyertaan kanak-kanak pada tahap optimum.
Mereka boleh melibatkan diri secara kumpulan besar atau kecil dan secara
individu. Walau bagaimana pun, kanak-kanak mungkin malu dan kurang
memberi perhatian apabila berada dalam kumpulan yang kecil. dalam
kumpulan besar pula kanak-kanak mungkin diluar kawalan guru dan
kanak-kanak mungkin tidak dapat dengar suara guru kerana kurang
kejelasan. Kadang kala idea bercerita akan datang secara spontan. Guru

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  123

perlu bijak untuk menggayakan cerita yang ingin disampaikan supaya


objektif cerita berkenaan akan tercapai.

Menurut Arbuthnot (1953), perkara utama dalam bercerita yang hebat


adalah melalui sebutan perkataan yang dapat menguasai kanak-kanak
untuk menghayatinya. Jadi penggunaan teknik dalam menggunakan
kanak-kanak sebagai watak adalah sangat penting dalam menentukan jenis
cerita, watak, lokasi dan usia kanak-kanak dalam meningkatkan kesan
emosi yang baik dan positif. Pemilihan suara yang baik, berdasarkan
pergerakan badan yang bebas dan bertenaga serta aktiviti pengayaan yang
berkaitan denagn cerita akan memberi kesan keseronokan yang hebat dan
ini akan menjadi satu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

6.2.2 Perancangan Aktiviti Bercerita


Perancangan sangat penting dalam menjayakan sesuatu cerita yang ingin
diberikan kepada kanak-kanak. Sama ada cerita terbabit berunsur nasihat,
pendidikan, keseronokan dan sebagainya, ia perlu diselaraskan dengan baik dan
memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak. Jika tidak,
aktiviti bacaan yang dijalankan akan menjadi bosan dan yang lebih buruk ialah
tidak memberikan makna atau sia-sia.

Menurut Jim Trelease, pengarang buku The New Read Aloud Handbook, ketika
guru membacakan buku cerita, kanak-kanak akan mengikuti jari guru yang
membacakan buku cerita dan pada masa yang sama dapat menjalinkan suatu
perhubungan di antara bunyi perkataan dengan huruf-huruf pada halaman buku
itu. Oleh itu, adalah sangat penting agar pembelajaran seperti aktiviti bercerita
tidak dijalankan secara paksaan supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran
secara sukarela. Ini sangat penting dan memerlukan perancangan yang teliti dan
baik bagi mendapatkan kesan bercerita yang terbaik.

Antara perancangan sebelum bercerita ialah seperti memandang cermin untuk


melihat ekspresi mata, muka dan tubuh badan, meminati buku yang akan
diceritakan, tahu di setiap babak cerita yang menggembirakan atau yang
menyedihkan, tahu kawalan suara yang bersesuaian dan sebagainya (Machado,
2002).

Berikut adalah beberapa perancangan aktiviti-aktiviti bercerita yang sesuai


dijalankan dalam membina keyakinan kanak-kanak untuk mendengar cerita dan
bercerita. Antaranya ialah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 BERCERITA

(a) Membina Buku Cerita


Kanak-kanak biasanya mempunyai sesuatu untuk dikatakan yang mereka
rasakan penting. Kadang-kadang mereka enggan untuk mengatakannya,
tetapi setiap orang mempunyai sesuatu untuk diceritakan. Kanak-kanak
perlu diberi banyak pengalaman agar dapat membantu fikiran kanak-
kanak menjadi aktif dan ini dapat membantu mereka membina makna dan
ceriota baru. Ramai kanak-kanak menggunakan lebih banyak perkataan
semasa menulis. Oleh itu, peranan guru adalah sebagai penterjemah dan
pemudah cara untuk cerita-cerita mereka.

Dalam keadaan tertentu, kanak-kanak akan menggambarkan sesuatu


pengalaman dalam bentuk gambar yang dilukis. Setelah gambar itu siap,
kanak-kanak itu akan menceritakan kepada guru tentang gambar yang
dilukisnya tadi.

Peranan guru pula adalah untuk menulis di bahagian bawah gambar itu satu
ayat ringkas atau frasa yang telah dikatakan oleh kanak-kanak itu tadi.
Semua ilustrasi dan tulisan itu dijilid, digam, dilekatkan bersama-sama
untuk dijadikan sebuah buku cerita sendiri. Buku ini boleh dikongsi oleh
semua murid dalam kelas untuk dibaca. Ini dapat memperkukuh kefahaman
mereka terhadap apa yang berlaku pada dunia mereka, mempunyai sesuatu
yang penting untuk diperkatakan, dan dapat melahirkan pengalaman dan
pengetahuan mereka melalui penulisan dan lukisan.

Kanak-kanak akan mula untuk menulis sewaktu mereka belajar melukis.


Mereka cuba memberikan pengertian melalui beberapa proses visual (rujuk
Rajah 6.4). Sesetengah kanak-kanak seolah-olah mempunyai lebih banyak
perkara yang hendak diceritakan daripada kanak-kanak lain. Sesetengah
kanak-kanak kelihatan lebih kreatif daripada yang lain. Walau
bagaimanapun, semua kanak-kanak memang mempunyai sesuatu untuk
dikatakan dan mempunyai pelbagai cara untuk mengucapkannya. Guru
berperanan sebagai penunjuk ajar dan memberikan galakan supaya kanak-
kanak dapat sentiasa berkarya dan menulis. Ini sedikit sebanyak dapat
memberi pengalaman yang berguna kepada mereka apabila mereka
dewasa dan menjadi penulis yang terkenal satu masa nanti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  125

Waktu pagi, Akmal membantu ayah


membersihkan kawasan di luar
rumah

Rajah 6.4: Melalui gambar yang dilukis, kanak-kanak akan menceritakan apa yang
mereka alami. Peranan guru adalah mencatatkan dan menampalkan apa yang ditulis
di atas kertas lukisan terbabit dan dihimpunkan bersama cerita-cerita lain yang
kanak-kanak lukis dan dijilidkan untuk dijadikan sebuah buku cerita mereka sendiri

(b) Pemilihan Ruang Bacaan


Ruang bacaan yang mempunyai rak berisi koleksi buku merupakan suatu
permulaan yang baik bagi menyesuaikan diri kanak-kanak dengan bacaan
dan buku. Pelbagai buku yang ditempatkan akan memberikan galakan
kepada kanak-kanak untuk membaca dan seterusnya bercerita.

Ia cukup sesuai terutama sekali setelah semua kanak-kanak bersedia


berkongsi suatu pengalaman yang dilalui menerusi penggunaan bahasa
dan komunikasi yang betul dan sesuai. Pengalaman itu berkemungkinan
dalam kisah ketika berjalan ke balai bomba, pulang dari lawatan ke zoo
negara atau suatu demonstrasi sains di Pusat Sains Negara.

(c) Mengadakan Pertandingan Bercerita


Bercerita adalah satu pendekatan yang berhubung dengan pengalaman
membaca. Kaedah bercerita dengan menggunakan bahasa kanak-kanak itu
sendiri merupakan asas pelajaran membaca dan menulis. Asas bagi cerita
itu mungkin daripada suatu pengalaman yang telah dikongsi bersama,
suatu cerita yang pernah didengari, atau imaginasi mereka. Kanak-kanak
memulakan cerita berdasarkan apa yang telah mereka alami atau dengar.
Cerita ini biasanya mempunyai pelbagai unsur mendidik, kecindan dan
menyeronokkan. Jadi dengan mengadakan pertandingan bercerita, kanak-

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 BERCERITA

kanak dapat meluahkan segala pengalaman dan emosi yang mereka ada di
samping meningkatkan tahap keyakinan diri untuk berhadapan dengan
kawan-kawan.

(d) Kempen Membaca Buku


Buku seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang istimewa. Konsep melalui
kempen membaca buku boleh dijadikan sebagai contoh. Kempen tersebut
boleh dijalankan mengikut tema pada minggu yang telah ditetapkan
ataupun pada Hari Membaca yang disambut saban tahun di seluruh dunia.
Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan seperti kesedaran membaca,
dan kepentingan menjaga buku. Guru dapat memberikan beberapa tips
yang berguna seperti bagaimana menggunakan buku dan cara
menyimpannya dengan baik.

Melalui aktiviti menjaga buku misalnya. Guru perlulah lebih mengawasi


penggunaan buku-buku yang senang rosak atau koyak supaya ianya tidak
akan berlaku. Jika boleh buku tersebut hendaklah dibalutkan dengan
plastik lutsinar dan disimpan oleh guru jika ia sangat mahal atau mudah
rosak. Pendekatan seperti ini dapat mengekalkan tempoh hayat sesuatu
buku dan menggalakkan kanak-kanak untuk menjaga dan menyayangi
buku

Sering kali buku-buku cerita ditulis dan dilukis pada halaman-halaman


besar bersaiz kertas poster A3, supaya ia dapat dijadikan sebuah buku
besar (big book). Dalam kempen terbabit boleh diadakan aktiviti bersama
kanak-kanak untuk mencipta sebuah buku atau buku besar bagi
menambahkan koleksi bacaan di rak bacaan pada sudut baca. Buku-buku
yang dipamerkan bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap
penghasilan sesuatu bahan, malahan jika buku itu sangat baik
penghasilannya ia boleh dijadikan sumber pengetahuan untuk digunakan
oleh rakan-rakan di kelas lain atau pada kanak-kanak tahun hadapan yang
bersekolah di situ.

AKTIVITI 6.3

1. Rancangkan aktiviti projek buku besar secara berkumpulan. Pilih


beberapa cerita berdasarkan cerita binatang, tumbuh-tumbuhan,
fiksyen, cerita rakyat dan sebagainya.
2. Gunakan buku cerita tersebut dan ceritakan kepada rakan-rakan
mengikut teknik penyampaian yang dipilih oleh anda yang
difikirkan paling sesuai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BERCERITA  127

 Objektif utama bercerita ialah mewujudkan rasa kebersamaan dan


kegembiraan menggunakan perkataan dalam mana-mana cerita.

 Bercerita juga membina kemahiran mendengar, perkembangan


perbendaharaan kata dan meningkatkan minat membaca buku.

 Guru dapat menggunakan kreativiti dalam merancang aktiviti bercerita,


menghasilkan aktiviti bercerita, dan menilai kembali keberkesanan aktiviti
bercerita.

 Guru dapat pengalaman melalui penambahbaikan aktiviti bercerita melalui


minat dan reaksi kanak-kanak dengan cara yang paling sesuai.

 Setiap kemahiran dalam bercerita memerlukan latihan, dan ini akan dapat
memantapkan lagi gaya guru bercerita dengan lebih baik dan berkesan.

Berintonasi Membaca dengan kuat


Celik huruf Membina buku cerita
Cerita berkonsep dan bermaklumat Nyanyian dan pergerakan
Cerita fiksyen dan khayalan Penyertaan tanpa buku
Hari membaca Ruang bacaan
Kad bergambar Unsur kecindan
Main peranan

Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging


literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Boneka
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan jenis boneka dan pentas;
2. Memilih dan menyediakan bahan dan peralatan untuk membuat
boneka;
3. Menerangkan cara-cara membuat boneka;
4. Menjelaskan susun atur persembahan boneka; dan
5. Merancang aktiviti pementasan boneka.

 PENGENALAN
Sebarang objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai
boneka (rujuk Rajah 7.1).

Rajah 7.1: Boneka dan pentas yang terdapat dalam bilik darjah di prasekolah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  129

Boneka atau pupet atau patungan merupakan salah satu daripada permainan
terawal yang dikenali oleh kanak-kanak. Boneka diperbuat dalam pelbagai
bentuk dan rupa seperti manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan boneka disenaraikan sebagai alat


bantu mengajar dan sebagai bahan kurikulum yang berfungsi sebagai alat
rangsangan untuk kanak-kanak di prasekolah (rujuk Rajah 7.2). Penggunaan
boneka di prasekolah dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk
belajar. Persembahan boneka dapat menghidupkan suasana pembelajaran
yang menggembirakan. Boneka dapat memberi pelbagai pengalaman
pembelajaran kepada kanak-kanak terutamanya kemahiran bahasa semasa
mereka bermain boneka.

AKTIVITI 7.1
Ambil sebatang pensel dan mengeraklakonkannya. Cuba menghidupkan
pensel tersebut dengan memberi satu watak kepadanya dan berdialog
secara bebas.

Rajah 7.2: Guru menggunakan boneka sebagai alat bantu mengajar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 BONEKA

7.1 PERANCANGAN BONEKA UNTUK


KANAK-KANAK
Boneka mempunyai satu daya tarikan yang istimewa. Ia mempunyai semangat
yang ajaib untuk meningkatkan dan memberangsangkan kanak-kanak untuk
belajar. Boneka sering digunakan dalam aktiviti berbahasa dan berkomunikasi di
prasekolah. Ia digunakan untuk kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan
mengembangkan pemikiran kanak-kanak. Boneka dapat melatih kemahiran
berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak dengan berkesan.

Kanak-kanak yang malu biasanya akan memberanikan diri untuk bertutur jika
berada di belakang pentas sambil mengeraklakonkan boneka. Boneka boleh
digunakan sebagai alat bantu mengajar, bercerita, dan membuat persembahan.
Aktiviti-aktiviti yang tersenarai boleh dijalankan secara perseorangan ataupun
berkumpulan.

(a) Boneka Sebagai Alat Bantu Mengajar


Sebagai alat bantu mengajar, boneka dapat menarik perhatian kanak-kanak
terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam aktiviti
pengajaran. Boneka boleh digunakan untuk set induksi, langkah
pengajaran dan pembelajaran atau sebagai aktiviti lanjutan dalam
rancangan mengajar. Aktiviti yang dirancang oleh guru melibatkan kanak-
kanak dengan menggunakan boneka.

(b) Bercerita Bersama Boneka


Dalam aktiviti bercerita, boneka boleh digunakan untuk melakonkan watak-
watak dalam cerita. Kanak-kanak digalakkan bercerita semula dengan
menggunakan boneka yang sedia ada atau membuat boneka yang ringkas dan
mudah untuk watak-watak dalam cerita yang dipilih. Cara ini dapat
menggalakkan kanak-kanak membaca dialog dalam text dan membincangkan
unsur-unsur moral dalam buku cerita yang dipilih.

Kanak-kanak digalakkan bercerita dengan menggunakan boneka dengan cerita-


cerita yang biasa mereka dengar.

(c) Persembahan Boneka


Untuk melaksanakan persembahan boneka, guru perlu menyediakan skrip
sama ada mereka cerita baru atau mengubahsuai cerita daripada buku cerita.
Selepas penulisan skrip, guru perlu sediakan boneka berdasarkan skrip yang
dipilih. Guru digalakkan membimbing kanak-kanak membuat boneka yang
ringkas untuk membuat persembahan. Seterusnya latihan pembacaan skrip
dan latihan menggeraklakonkan boneka dijalankan. Dalam persembahan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  131

boneka, latar, props, efek bunyi dan tatacahaya boleh digabungjalinkan


supaya persembahan menjadi lebih menarik.

7.1.1 Jenis Boneka dan Pentas


Berikut adalah penjelasan mengenai jenis boneka dan pentas:

(a) Jenis Boneka


Seni boneka adalah satu genre yang sangat luas dan terbahagi kepada
empat jenis boneka yang utama iaitu boneka sarung tangan, boneka batang,
boneka bertali dan boneka wayang. Tiga jenis boneka yang pertama
berbentuk tiga dimensi dan selinder manakala boneka wayang berbentuk
dua demensi dan kepingan.

(i) Boneka Sarung Tangan


Ć Boneka sarung tangan (rujuk Rajah 7.3) digeraklakonkan dengan
memasukkan tangan menerusi bahagian bawah ke dalam sarung
tangan. Tumpuan utama adalah pergerakan mulut atau kepala.
Kepala boneka sarung tangan boleh dibuat daripada kayu, papier
mache atau kain, dan tangannya daripada kayu atau kain sumbat.
Kepala dan tangan dilekatkan pada badan kain yang dibentuk
seperti guni, dan boneka ini disarungkan seperti sarung tangan.

Rajah 7.3: Ilustrasi boneka sarung tangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 BONEKA

Ć Boneka jari (rujuk Rajah 7.4) tergolong dalam kategori sarung


tangan. Boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari.
Biasanya boneka seperti ini kecil dan digeraklakonkan dengan
jari iaitu boneka disarung ke jari atau dilukis. Bahagian ini
dapat digerakkan ialah tangan dan kepala sahaja.

Rajah 7.4: Ilustrasi boneka jari

(ii) Boneka Berbatang


Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi ia berbentuk
tiga dimensi (rujuk Rajah 7.5). Ia berbentuk lengkap tetapi
mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di
bahagian bawah boneka tersebut. Rod kayu, buluh atau batang yang
dipegang oleh pemain boneka untuk menggerak lakonkannya sama
ada di bahagian tubuh atau tangannya.

Rajah 7.5: Ilustrasi boneka berbatang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  133

(iii) Boneka Bertali


Boneka ini bersendi yang dikendalikan dengan menggunakan tali
atau benang daripada bahagian atas boneka (rujuk Rajah 7.6). Tali-tali
diikatkan pada anak-anakan dan kayu kawalan yang biasanya
bersilang dipegang oleh pemain boneka. Pemain boneka perlu
menguasai kemahiran yang tinggi untuk menggeraklakonkannya.
Boneka jenis ini dianggap paling sukar dikendalikan kerana ia
memerlukan kemahiran dan latihan yang rapi.

Rajah 7.6: Ilustrasi boneka bertali

(iv) Boneka Wayang


Boneka wayang yang juga dikenalikan sebagai wayang kulit ialah
satu seni persembahan tradisional Malaysia (rujuk Rajah 7.7). Boneka
ini badannya rata dan berbentuk dua dimensi yang diperbuat
daripada kulit, kadbod, kertas tebal, plastik atau berlulang yang
disediakan khas. Boneka wayang seperti ini perlukan kain layar yang
lutsinar. Boneka dimainkan dibelakang layar dan hanya bayang-
bayangnya yang boleh dilihat oleh penonton.

Rajah 7.7: Ilustrasi boneka wayang

Selain empat jenis boneka utama yang diperkenalkan di atas, terdapat juga
boneka jenis lain seperti boneka kosong di tengah, boneka penuh, bunraku,
boneka daripada bahan sebenar, VentriloquistÊs Dummy boneka jari bercat,
boneka tangan bercat, muppet dan teater mainan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 BONEKA

(b) Jenis Pentas


Untuk membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh
digunakan. Jenis-jenis pentas adalah seperti yang berikut.

(i) Pentas Tirai


Pentas ini dapat dibuat dengan menggunakan tiang atau tali (rujuk
Rajah 7.8).

Rajah 7.8: Ilustrasi pentas tirai

(ii) Pentas Meja


Untuk membuat pentas ini meja boleh disusun mengikut saiz pentas
yang dikehendaki (rujuk Rajah 7.9). Kain, tirai atau kertas berwarna
gelap boleh ditutup pada bahagian hadapan meja.

Rajah 7.9: Ilustrasi pentas meja

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  135

(iii) Pentas Papan Tulis


Papan tulis diletakkan di bahagian depan dan bahagian belakangnya
disokong dengan sebuah meja (rujuk Rajah 7.10).

Rajah 7.10: Ilustrasi pentas papan tulis

(iv) Pentas Berlipat


Pentas ini boleh dibuat daripada kotak tebal yang disambung dan
dilipat, atau disusun daripada papan flannel (rujuk Rajah 7.11).

Rajah 7.11: Ilustrasi pentas berlipat

Selain empat jenis pentas yang disenaraikan di atas, pentas kerusi, pentas
tingkap, pentas pintu dan teknik OHP (Overhead Projector) atau video kamera
juga boleh digunakan dalam persembahan boneka. Boneka juga boleh
dipersembahkan tanpa pentas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 BONEKA

7.1.2 Bahan dan Peralatan


Berikut ialah bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat boneka yang
dicadangkan di bahagian 7.1.3.
(a) Gunting;
(b) Pisau;
(c) Pensel;
(d) Pelekat;
(e) Penebuk lubang;
(f) Glue/gam;
(g) Kadbod;
(h) Kad tebal;
(i) Sarung kaki;
(j) Benang kasar;
(k) Getah ikat rambut;
(l) Butang;
(m) Kayu; dan
(n) Span.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  137

7.1.3 Membuat Boneka


Rajah 7.12 hingga Rajah 7.15 menyatakan antara cara-cara untuk membuat boneka.

Rajah 7.12: Boneka sarung tangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 BONEKA

Rajah 7.13: Boneka berbatang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  139

Rajah 7.14: Boneka bertali

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 BONEKA

Rajah 7.15: Boneka wayang

Selain bahan-bahan yang tersenarai di atas, bahan-bahan terpakai seperti penapis


air, sudu, senduk, ping-pong dan sebagainya boleh digunakan untuk membuat
boneka. Kanak-kanak lebih senang menonton persembahan boneka yang
menggunakan bahan-bahan mudah yang biasa mereka lihat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  141

SEMAK KENDIRI 7.1

Apabila pensel digeraklakonkan dan disertai dialog, bolehkah ia


dianggap sebagai boneka? Mengapa?

Rancangan mengajar bercerita bersama boneka wayang

Objektif: Mencerita semula cerita dan melakonkan watak-watak di


dalam cerita dengan menggunakan boneka.
Bahan: Boneka wayang pokok, sang kancil dan buaya, pentas tirai
kain putih dan lampu suluh.
Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan sediakan pentas tirai kain putih
dan pasangkan lampu suluh.
Langkah 2: Membacakan cerita kepada kanak-kanak.

Contoh: Sang Kancil dengan Buaya


Langkah 3: Secara kumpulan, minta kanak-kanak memainkan watak-
watak di dalam cerita dengan menggunakan boneka.
Langkah 4: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 5: Guru membuat rumusan.

Sinopsis cerita Sang Kancil dengan Buaya


Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan
cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang
Kancil berhasrat untuk memakan buah-buahan di seberang sungai. Dia
mengkhabarkan kepada buaya bahawa dia telah diperintahkan oleh Raja
Sulaiman untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam
sungai ini kerana beliau ingin memberi hadiah kepada mereka semua.
Sang Kancil mengarahkan supaya semua buaya beratur, merentasi sungai
bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana.
Setelah itu, Sang Kancil terus melompat ke atas buaya-buaya itu satu
persatu sehingga berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing
Sang Kancil bersorak kegembiraan dan berkata mereka telah ditipu dan
tiada hadiah dari Raja Sulaiman. Semua buaya amat marah dan
berdendam sehingga hari ini.

Sumber: Laman web Pos Malaysia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 BONEKA

7.2 PERANCANGAN PERSEMBAHAN BONEKA


Persembahan boneka merupakan satu cara yang berkesan untuk melahirkan
ekspresi seni serta berkomunikasi dengan kanak-kanak. Ia mencetus kreativiti dan
imaginasi kanak-kanak dan turut berfungsi sebagai alat hiburan dan pelajaran.

Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila mereka


berdialog dalam persembahan mereka. Melalui persembahan, kanak-kanak
menggunakan perkataan dan bahasa untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan
yang lain. Apabila mereka membuat persembahan bersama-sama rakan-rakan
yang lain, pengetahuan mereka dapat berkembang dalam tempoh yang singkat.

Persembahan boneka boleh dilaksanakan dalam tiga situasi.


Ć Guru sebagai pemain boneka;
Ć Murid-murid sebagai pemain boneka; dan
Ć Gabungan guru dan murid-murid dalam suatu persembahan.

Berikut penjelasan persediaan guru dan murid:

(a) Persediaan Guru


Untuk melaksanakan satu persembahan boneka, guru mesti melakukan
pelbagai persediaan. Antaranya ialah menyediakan bahan-bahan dan
peralatan untuk membuat boneka, menentukan jenis-jenis boneka yang
hendak digunakan dalam persembahan, mengajar kanak-kanak membuat
boneka, menyediakan cerita yang sesuai untuk kanak-kanak dan
menyediakan pentas boneka untuk persembahan.

Guru juga perlu fikiran keupayaan kanak-kanak di dalam bilik darjah kerana
keupayaan setiap kanak-kanak berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu merancang
persembahan boneka yang sesuai untuk semua kanak-kanak supaya tidak ada
kanak-kanak yang rasa mereka telah dipinggirkan oleh guru.

Aktiviti lisan seperti perbincangan dan soal jawab perlu dirancang


selepas persembahan.

(b) Persediaan Murid


Murid-murid perlu membawa bahan-bahan atau peralatan untuk membuat
boneka dan pentas boneka. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti
kotak-kotak, sarung kaki dan kain-kain lama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  143

Murid-murid harus bersedia mengingati atau menghafal dialog yang ringkas


dalam persembahan boneka dan bekerjsama dengan rakan-rakan lain untuk
melakasanakan sesbuah persembahan boneka dengan jayanya.

7.2.1 Susun Atur


Berikut adalah penjelasan mengenai susun atur:

(a) Persekitaran Bilik Darjah


Guru perlu mengubahsuaikan keadaaan bilik darjah semasa pengajaran
yang menggunakan boneka. Begitu juga dengan persembahan boneka, bilik
darjah boleh diubahsuai menjadi teater.

(b) Pemilihan Pentas


Guru boleh memilih pentas tirai, berlipat, meja, pintu, tingkap atau tanpa
menggunakan pentas semasa pengajaran atau membuat persembahan
boneka. Pemilihan pentas adalah mengikut kesesuaian aktiviti yang
hendak dijalankan.

(c) Kedudukan Murid


Semasa pengajaran atau membuat persembahan, kedudukan murid di
dalam bilik darjah atau teater perlu difikirkan untuk keselesaan murid
(rujuk Rajah 7.16).

Rajah 7.16: Kedudukan murid dalam bentuk semi-bulatan


semasa persembahan boneka tanpa pentas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 BONEKA

7.2.2 Perancangan Aktiviti Pementasan


Dalam sesuatu persembahan boneka terdapat tiga peringkat yang harus dialami
iaitu peringkat sebelum, semasa dan selepas persembahan.

(a) Sebelum Persembahan


Peringkat ini lebih kepada perancangan dan penyediaan.
(i) Memilih cerita atau menulis skrip untuk persembahan boneka.
(ii) Kumpulkan boneka yang sedia ada atau membuat boneka mengikut
watak-watak yang tersenarai dalam cerita yang dipilih atau skrip
yang ditulis.
(iii) Mengarang dialog yang mudah dan sesuai dengan peringkat kanak-
kanak di prasekolah.
(iv) Menentukan bilangan pemain boneka.
(v) Membaca atau menghafal dialog.
(vi) Penyediaan pentas, props, latar belakang, efek bunyi dan
pencahayaan pentas.

(b) Semasa Persembahan


Pemain boneka yang terlibat dalam persembahan boneka melafazkan
dialog yang telah dihafal sebelum persembahan. Sementara itu kanak-
kanak lain yang menonton akan menggunakan kemahiran mendengar dan
memerhati. Semasa persembahan, kanak-kanak dapat menggunakan
kemahiran seperti mendengar, bertutur dan berlakon.

(c) Selepas Persembahan


Melaksanakan aktiviti perbincangan dan bersoal jawab tentang cerita yang
dipersembahkan. Kanak-kanak digalakkan bercerita semula atau
menyambungkan cerita yang telah dipersembahkan.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan pita rakaman untuk merakamkan
persembahan kanak-kanak. Rakaman ini boleh digunakan untuk menjalankan
aktiviti pendengaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BONEKA  145

AKTIVITI 7.2
Cuba anda jalankan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Membuat boneka sarung tangan (sila rujuk Rajah 7.12).
2. Membuat boneka berbatang (sila rujuk Rajah 7.13).
3. Membuat boneka bertali (sila rujuk Rajah 7.14).
4. Membuat boneka wayang (sila rujuk Rajah 7.15).
5. Menyediakan skrip.
6. Membuat persembahan boneka.

 Boneka sebagai alat bantu mengajar, bercerita bersama boneka dan


persembahan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah
adalah satu pengalaman yang mengembirakan kanak-kanak di prasekolah.

 Penggunaan boneka dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan


berkomunikasi kanak-kanak di prasekolah.

 Membuat boneka dan pentas boneka dapat melahirkan kanak-kanak yang


kreatif. Selain itu, aktiviti boneka dapat membina keyakinan diri kanak-
kanak dan memotivasikan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Bercerita bersama boneka Boneka wayang


Boneka Pentas berlipat
Boneka berbatang Pentas meja
Boneka bertali Pentas papan tulis
Boneka jari Pentas tirai
Boneka sarung tangan Persembahan boneka
Boneka sebagai alat bantu mengajar Teater

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 BONEKA

Bustam Kamri. (1990). Alat bantu mengajar penggunaan boneka. Jurnal Dewan
Bahasa. Jilid 34 Bil. 2, Mac 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bustam Kamri., & Kamariah. (1992). Persembahan boneka aktiviti bahasa Jilid 7,
1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Husin., & Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Drama dalam pengajaran
bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lim, B. W. (1984). Boneka untuk kanak-kanak. Eastern Universities (M) Sdn Bhd.
Mayesky, M. (2004). Creative art & activities: Puppets. Australia:
Thomson/Delmar Learning.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Persembahan
8 Drama dan
Dramatika
Kreatif
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti jenis drama;
2. Memilih cerita untuk drama;
3. Menerangkan peranan guru dan kanak-kanak dalam perancangan
drama;
4. Menyediakan bahan dan peralatan untuk drama; dan
5. Merancang aktiviti drama.

 PENGENALAN
Sebarang objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai
drama dan dramatika kreatif. Ia adalah penting untuk perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak di prasekolah. Kanak-kanak dapat menguasai
kemahiran bahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar dalam
aktiviti drama dan dramatika kreatif. Selain itu, ia juga penting untuk
perkembangan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Drama dan dramatika kreatif merupakan satu kaedah pengajaran yang berkesan
dan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dan merupakan
stimulasi yang baik bagi kanak-kanak berlatih bercakap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Pemerolehan bahasa seseorang kanak-kanak boleh berlaku melalui aktiviti


drama dan dramatika yang melakonkan atau meniru situasi kehidupan sebenar.
Aktiviti drama dan dramatika kreatif juga terbentuk daripada susunan kata yang
menjadi dialog atau pengucapan pelakonnya.

Kanak-kanak di prasekolah dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran


dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat melalui aktiviti drama dan
dramatika kreatif.

AKTIVITI 8.1
Melaksanakan Aktiviti Dramatika Kreatif Secara Individu dan Kumpulan
(a) Aktiviti Idividu - berjalan seperti nenek atau datuk tua.

(b) Aktiviti Kumpulan - anak-anak itik mengejar ibunya.

8.1 DRAMA KANAK-KANAK


Subtopik ini akan mendedahkan nada dengan drama kanak-kanak.

8.1.1 Jenis Drama


Berikut dijelaskan jenis-jenis drama:

(a) Lakon Peranan


Aktiviti lakon peranan merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang
timbul. Pemainnya perlu membayangkan situasi tersebut, kemudian
melakonkannya mengikut situasi tersebut. Semasa guru mengendalikan
aktiviti ini, kanak-kanak diminta melakonkan satu watak daripada satu
suasana yang dipetik daripada peristiwa, cerita atau situasi.

Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak mendapat pengalaman tentang diri dan


juga orang lain. Setelah melakukan aktiviti ini, kanak-kanak dapat
mengetahui masalah-masalah yang terdapat pada watak tersebut dan
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Lakon peranan ini dimulakan dengan satu situasi yang direkakan dan
ditimbulkan oleh guru. Guru menjelaskan objektif lakonan dalam lakon

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  149

peranan, dan watak-watak dalam situasi. Seterusnya, kanak-kanak dipilih


untuk melakonkan situasi tersebut.

Tempoh aktiviti ini biasanya di antara lingkungan 5 hingga 6 minit sahaja.


Selepas aktiviti ini, guru mengadakan aktiviti perbincangan dengan kanak-
kanak berdasarkan lakonan yang telah dilaksanakan.

Dalam aktiviti lakon peranan, kanak-kanak boleh memainkan peranan


mereka dalam situasi bahasa yang terkawal rapi atau bekerja berdasarkan
skrip sepenuhnya atau dalam bentuk separuh skrip.

Selepas aktiviti, penilaian prestasi kanak-kanak dan rumusan penyelesaian


akan dibuat oleh guru.

Rancangan mengajar aktiviti lakon peranan

Objektif: Melakonkan watak ibu, doktor, jururawat dan pesakit.


Bahan: Alat-alat mainan untuk lakonan atau props yang dibuat
oleh guru atau kanak-kanak.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan mewujudkan satu situasi kepada


kanak-kanak. Contoh: Hafiz deman. Ibunya membawa dia
ke klinik.
Langkah 2: Minta tiga orang kanak-kanak memainkan watak doktor,
jururawat dan pesakit.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

(b) Simulasi
Dalam aktiviti simulasi, bakat lakonan kanak-kanak dapat diasuh. Mereka
dikehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul. Selain bahasa,
simulasi menggalakkan perhubungan sosial dan perkembangan
kerohanian kanak-kanak. Aktiviti ini memberi kesempatan kepada mereka
untuk menghayati nilai-nilai moral dalam situasi yang disediakan. Melalui
proses ini, kanak-kanak dapat mengubah sikap negatif dan membina sikap
positif dalam diri mereka.

Bagi melaksanakan teknik simulasi, guru hendaklah merancang situasi


yang bermasalah dan menerangkan secara bertulis atau lisan dalam kelas.
Sebelum aktiviti, permasalahan, peranan watak-watak dan tempoh masa

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

untuk aktiviti simulasi hendaklah dijelaskan oleh guru. Seterusnya guru


memilih kanak-kanak yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Ini
akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

Berikut ialah langkah-langkah melaksanakan simulasi:


(a) Satu situasi bermasalah direka.
(b) Penerangan situasi bermasalah, peranan watak-watak dan masa lakonan.
(c) Memilih para pelakon.
(d) Pelakon memainkan peranan masing-masing dan menunjukkan cara
penyelesaiannya.
(e) Perbincangan prestasi para pelakon dan cara menyelesaikan masalah.
(f) Membuat rumusan daripada lakonan yang telah dipersembahkan.

Selepas aktiviti simulasi, kanak-kanak digalakkan memberi pandangan


mereka dalam situasi yang telah diwujudkan.

Rancangan mengajar aktiviti simulasi

Objektif: Melakonkan watak kanak-kanak prasekolah dan guru


prasekolah serta menyelesaikan masalah.
Bahan: Alat mainan.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan situasi bermasalah direka.


Contoh: Semasa waktu rehat, Nana dan Hanis berebut-
rebut alat mainan dan bergaduh. Hanis menangis. Guru
menasihati mereka.
Langkah 2: Secara kumpulan, minta kanak-kanak memainkan watak-
watak berdasarkan situasi bermasalah yang direka.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

(c) Teater Membaca


Membaca ialah proses psikolinguistik yang bermula apabila kanak-kanak
mengamati perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang terdapat dalam teks
yang dibaca. Melalui proses membaca, wujud interaksi antara bahasa
dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran
sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Teater membaca
pula melibatkan sekumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak membaca cerita

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  151

dengan lancar serta menggunakan nada intonasi yang betul berdasarkan


cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.
Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan
mimik muka. Cara ini dapat membantu kanak-kanak yang menjadi
penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu
sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Bagi melaksanakan aktiviti ini, guru perlu menyediakan skrip pendek yang
sesuai dan mengandungi dialog. Memilih seorang kanak-kanak sebagai
pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita pada
bahagian yang perlu sehingga cerita selesai.

Kanak-kanak yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri


dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita berada di tepi
sebelah kanan pelakon. Pelakon membaca cerita masing-masing.

Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater membaca, iaitu:


(i) Pencerita berada di dalam kelompok cerita
Pencerita membaca skrip sambil berjalan ke arah tempat pelakon
yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon akan berdiri apabila
wataknya dibacakan.
(ii) Pencerita berada di luar kelompok cerita
Pencerita hanya perlu membacakan cerita dari suatu tempat lain yang
telah disediakan dan pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu
dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya
dibacakan oleh pencerita berkenaan.

Rancangan mengajar aktiviti teater membaca

Objektif: Membaca buku cerita/buku bergambar dan melakonkan


watak-watak di dalam cerita.
Bahan: Buku cerita/ buku bergambar.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan membacakan buku cerita/buku


bergambar kepada kanak-kanak. Contoh buku cerita:
Bawang Putih dan Bawang Merah.
Langkah 2: Minta kanak-kanak membaca buku berita dan memainkan
watak-watak di dalam buku cerita/ buku bergambar.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

(d) Teater Bercerita


Teater bercerita mengabungkan teknik teater dan cerita untuk mengajar
sesuatu kepada kanak-kanak. Teknik ini sesuai dipraktikkan di prasekolah
kerana kanak-kanak pada peringkat ini suka mendengar cerita. Mereka
akan mendengar cerita dengan penuh perhatian dan mudah menangkap isi
cerita. Teater bercerita merupakan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah
dan dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa kanak-
kanak. Dalam teater bercerita, guru boleh mendapatkan bahan daripada
buku-buku cerita dan mengolah semula isinya untuk dijadikan bahan
lakonan.

Lima elemen penting dalam aktiviti bercerita ialah pencerita, pendengar,


tempat, cerita dan masa.

Cerita yang menarik dan berkesan adalah cerita yang mengandungi kriteria
seperti berikut:
(i) Cerita mempunyai mesej, pengajaran dan nilai-nilai murni.
(ii) Tema mudah, menarik dan sesuai.
(iii) Sesuai dengan latar belakang pendengar.
(iv) Plot yang mudah, susunannya mengikut urutan dan penyelesaiannya
menggembirakan.
(v) Bahasa mudah difahami, banyak pengulangan perkataan, ayat-
ayatnya pendek dan mempunyai unsur bahasa yang indah dan halus.
(vi) Cerita yang dapat memperkayakan kosa kata.

Teater bercerita dapat memberi pengetahuan dan menyampaikan nilai-nilai


moral kepada kanak-kanak. Aktiviti teater bercerita dapat melatih
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur kanak-kanak prasekolah.
Selain itu, aktiviti teater bercerita juga dapat membantu perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak prasekolah.

Bagi melaksanakan teater bercerita, kanak-kanak perlu membaca buku


cerita dan faham akan tentang ceritanya. Guru perlu meminta kanak-kanak
melakonkan babak-babak penting dalam peristiwa-peristiwa di dalam
buku cerita. Teater bercerita yang dilaksanakan perlu mewujudkan emosi
dan menarik minat kanak-kanak prasekolah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  153

Rancangan mengajar aktiviti teater bercerita

Objektif: Mencerita semula cerita dan kanak-kanak melakonkan


watak-watak di dalam cerita.
Bahan: Kostum/topeng.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan membacakan cerita kepada


kanak-kanak.
Langkah 2: Minta kanak-kanak memainkan watak-watak di dalam
cerita dengan kostum/topeng. Contoh: Kisah Kerbau
dengan Buaya.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

(e) Teater Boneka


Boneka sesuai digunakan di prasekolah kerana kanak-kanak peringkat ini
masih berfikiran animisme dan suka akan boneka. Teater boneka
disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa di prasekolah. Melalui teater
boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa diperkenalkan. Perlaksanaan
teater boneka dapat memberi pengalaman belajar yang seronok kepada
kanak-kanak prasekolah. Berikut adalah tujuan penggunaan boneka dalam
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah:
(i) Belajar bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.
(ii) Pengukuhan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
(iii) Mempercepatkan dan mempermudahkan pemahaman kanak-kanak.
(iv) Memupuk daya kreativiti kanak-kanak.
(v) Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
(vi) Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi.
(vii) Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
(viii) Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal.

Jenis-jenis boneka yang dicadangkan untuk peringkat prasekolah ialah


boneka sarung tangan, boneka jari, boneka berbatang, boneka bertali dan
wayang kulit. Jenis-jenis pentas yang dicadangkan termasuk pentas meja,
pentas kerusi, pentas tingkap, pentas pintu, pentas papan putih dan pentas
mudah alih.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
154  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Persembahan teater boneka menggalakkan kanak-kanak berbual secara


spontan. Kanak-kanak bertindak-balas dengan boneka yang dipegang. Tugas
guru hanya memberi nasihat, panduan dan arahan kepada kanak-kanak.

Rancangan mengajar aktiviti teater boneka

Objektif: Mencerita semula cerita dan melakonkan watak-watak di


dalam cerita dengan menggunakan boneka.
Bahan: Boneka watak arnab dan kura-kura.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan membacakan cerita kepada kanak-


kanak. Contoh: Arnab dengan Kura-kura
Langkah 2: Secara berpasangan, minta kanak-kanak memainkan watak-
watak di dalam cerita dengan menggunakan boneka.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

(f) Improvisasi
Improvisasi adalah lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian,
keadaan atau situasi dalam kehidupan seharian. Dalam keadaan tertentu,
kanak-kanak perlu berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara
spontan dalam situasi yang tidak dirancang.

Pergerakan dalam improvisasi termasuklah gerakan tindak balas, isyarat


tangan, gerakan badan, mimik muka dan isyarat-isyarat yang lain.

Improvisasi adalah cara menyampaikan sesuatu mesej dengan


menggunakan isyarat, menyampaikan sesuatu idea kepada sesuatu yang
tidak faham akan perkataan atau ayat yang kita ucapkan, menjelaskan
sesuatu bentuk apabila kita dapat menyampaikan melalui penulisan, untuk
menekankan suatu pemikiran tanpa memberi penyelesaian.

(i) Improvisasi Berdasarkan Situasi


Guru memberikan satu situasi kepada kanak-kanak secara individu,
berpasangan atau berkumpulan. Kanak-kanak dikehendaki
melakonkan situasi tersebut secara spontan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  155

Contoh, salah seorang budak baru datang belajar di tadika anda. Dia
menangis apabila ibunya meningalkannya. Apakah yang patut anda
lakukan kepada budak baru tersebut?

(ii) Improvisasi Berdasarkan Benda atau Alat


Guru menyediakan benda atau alat atau props untuk aktiviti
improvisasi.

Contoh, guru menyediakan payung. Berpandukan payung tersebut,


kanak-kanak diminta berfikir dan berbincang untuk melakonkan
kisah yang berkaitan dengan cuaca.

(iii) Improvisasi Berdasarkan Watak


Guru menggalakkan kanak-kanak mengingat satu watak,
berdasarkan watak tersebut dan kanak-kanak melakonkannya. Untuk
mencipta sesuatu watak, kanak-kanak diminta mengingat satu watak
yang mereka lihat setiap hari.

Contoh, improvisasi berdasarkan seorang penjual nasi lemak yang


tinggal berdekatkan dan selalu dilihat oleh anda.

(iv) Improvisasi Berdasarkan Petunjuk


Guru menunjukkan beberapa objek sebagai rangsangan kepada
kanak-kanak dalam aktiviti improvisasi. Selain itu, guru juga
memberi petunjuk dalam jalan cerita. Aksi dan dialog yang sesuai
boleh digunakan.

Contoh, topi atau kain tudung.

(v) Improvisasi Berdasarkan Biografi


Berdasarkan biografi dan latar kehidupan salah seorang watak yang
disebut atau diberikan. Kanak-kanak akan membentuk kumpulan dan
membincangkan tentang perwatakan kehidupan watak berkenaan
kemudiannya mengimprovisasikannya.
 Sejak lahir;
 Zaman kanak-kanak;
 Zaman remaja;
 Zaman dewasa; dan
 Zaman tua.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Biografi bukan sahaja mewakili perwatakan orang itu sahaja tetapi


juga orang-orang di sekelilingnya.

(vi) Improvisasi Berdasarkan Kostum/Pakaian


Sehelai kostum atau pakaian dapat mewujudkan aktiviti improvisasi.

Dengan menggunakan pakaian seperti topi, apron, selendang dan


barang kemas, kanak-kanak dapat mencipta beberapa jenis
perwatakan dalam aktiviti improvisasi.

Rancangan mengajar aktiviti improvisasi

Objektif: Menggalakkan kanak-kanak berbahasa dan berimaginasi.


Bahan: Tikar, botol-botol dan kotak-kotak kecil.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan memberi arahan kepada kanak-


kanak. Contoh: Anda seorang penjual ubat. Bagaimanakah
anda menjual ubat-ubat anda?
Langkah 2: Memilih kanak-kanak membuat improvisasi berdasarkan
situasi yang diberi oleh guru.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

(vii) Pantomin
Pantomin adalah lakonan situasi tanpa dialog. Manakala skripnya
akan dibaca oleh kanak-kanak lain mengiringi lakonan tersebut.
Lakonan jenis ini dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin
tanpa memikirkan masalah menghafal dialog.

Kanak-kanak yang membaca skrip dapat menguasai kemahiran


membaca dengan lebih baik manakala kanak-kanak yang berlakon dapat
melatih diri dalam menguasai kemahiran mendengar. Sebagai pelakon,
seseorang itu harus meneliti dan mendengar skrip yang dibaca agar ia
dapat melakonkan watak seperti yang diperlukan oleh skrip.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  157

Melalui aktiviti pantomin ini, kanak-kanak meluahkan perasaan


melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Ini dapat membina
keyakinan diri dan motivasi kepada kanak-kanak yang lemah dalam
kemahiran lisan.

Rancangan mengajar aktiviti pantomin

Objektif: Menggalakkan kanak-kanak membaca dan melakonkan


watak-watak di dalam cerita.
Bahan: Buku cerita.

Langkah 1: Mulakan aktiviti dengan sekumpulan kanak-kanak


membacakan buku cerita. Contoh: Semut dengan pemburu.
Langkah 2: Kanak-kanak satu kumpulan lagi untuk membuat lakonan
bisu berdasarkan cerita yang dibaca.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

(viii) Mimos
Mimos ialah lakonan bisu yang hanya menggunakan pergerakan
badan dan tanpa bahasa. Pelakon menyampaikan mesej melalui
mimik muka dan pergerakan badan. Kanak-kanak yang menjadi
penonton diminta meneka perlakuan pelakon dan diminta
menceritakan semula gerak-geri yang dilihat dalam persembahan
mimos (rujuk Rajah 8.1).

Penggunaan teknik mimos dalam pengajaran bahasa dapat melatih


kanak-kanak memerhati, memahami dan meramal pergerakan yang
dilakukan atau memindahkan idea dan perasaan melalui pergerakan
tersebut.

Melalui pemerhatian dan pengalaman, kanak-kanak dapat


memperkembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Bagi
kanak-kanak yang bermasalah seperti malu bercakap atau kurang
lancar bertutur, mimos dapat dijadikan bahan rangsangan bagi
menggalakan mereka menyertai aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Kisah pendek, bahagian-bahagian cerita, petikan puisi atau cerita


panjang yang lengkap boleh digunakan sebagai bahan. Muzik atau
bunyian yang sesuai juga boleh digunakan dalam aktiviti mimos.

Rancangan mengajar aktiviti mimos

Objektif: Menghasilkan satu lakonan bisu atau mimos dengan


menggunakan pergerakan badan.
Bahan: Tiada.

Langkah 1: Bertanya kepada kanak-kanak bagaimana cara mereka


menggosok gigi dan membasuh muka.
Langkah 2: Minta kanak-kanak melakonkan aktiviti membersihkan diri
dari awal hingga akhir.
Langkah 3: Guru minta kanak-kanak memberi pandangan.
Langkah 4: Guru membuat rumusan.

Rajah 8.1: Kanak-kanak dihiasi kostum arnab yang diperbuat daripada


surat khabar lama dalam aktiviti main peranan

8.1.2 Pemilihan Cerita


Memillih cerita yang bersesuaian adalah proses yang penting dalam aktiviti
drama dan dramatika kreatif. Cerita yang dipilih perlu mengandungi drama,
suspen, dialog dan mengandungi jalan cerita yang jelas dan baik. Soalan yang
mesti dicari di dalam memilih cerita ialah jenis cerita apa yang paling berkesan
dalam aktiviti drama dan dramatika kreatif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  159

Cerita yang menarik mengandungi unsur-unsur lucu, sedih, berani, garang,


marah, jahat, baik dan sebagainya. Cerita untuk kanak-kanak peringkat
prasekolah mestilah tidak terlalu panjang. Kanak-kanak mampu menumpukan
perhatian 15 hingga 20 minit sahaja.

Berikut ialah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa memilih cerita
untuk aktiviti drama dan dramatika kreatif:
(a) Cerita yang dipilih untuk aktiviti drama dan dramatika kreatif harus dapat
menarik perhatian guru itu sendiri. Kalau cerita itu menarik perhatian
guru, maka guru akan bersungguh-sungguh untuk mengendalikan aktiviti
drama dan dramatika kreatif.
(b) Cerita yang dipilih harus sesuai dengan keperibadian kanak-kanak supaya
kanak-kanak berminat dan terlibat aktif dalam aktiviti drama dan
dramatika.
(c) Cerita yang dipilih harus sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
prasekolah.

Cerita Tradisional Kanak-kanak sesuai digunakan dalam aktiviti drama dan


dramatika kreatif. Cerita tradisional kanak-kanak merupakan salah satu cabang
sastera tradisi yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak
bukan sahaja dapat memperolehi pengetahuan dan hiburan, malah dapat
memperkayakan kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang
diselitkan dalam sebahagian besar cerita-cerita ini. Melalui cerita-cerita ini,
kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar
belakang kehidupan, kepercayaan dan nilai-nilai kebudayaan nenek moyang
mereka. Cerita tradisional ini mengandungi elemen motivasi, yang biasanya
menonjolkan prinsip atau nilai murni di mana ia menjadi contoh yang baik
kepada kanak-kanak serta memberi inspirasi dan nilai-nilai moral yang kekal
sehingga mereka dewasa.
Sumber: Laman web Pos Malaysia

Si Tanggang, Mat Jenin, Sang Bedal Tak Berbudi, Si Badang and Bawang Putih
Bawang Merah dan watak cerita kanak-kanak yang amat digemari ialah „Sang
Kancil‰ yang merupakan antara cerita traditional yang disukai dan dibaca oleh
semua kanak-kanak Malaysia. Cerita tradisional kanak-kanak merupakan satu
contoh kepada cara tradisi di mana mereka yang lebih tua mengajar golongan
muda mengenai kepentingannya memiliki nilai moral yang kukuh serta positif.
Sumber: Laman web Pos Malaysia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Berikut ialah contoh-contoh cerita tradisional kanak-kanak yang boleh


digunakan dalam aktiviti drama dan dramatika kreatif kanak-kanak di
prasekolah:

Sinopsis cerita Sang Kancil Menolong Kerbau


Kisah buaya atau Sang Bedal yang tidak mengenang budi. Sang Bedal yang
dihempap pokok tumbang menjerit meminta tolong. Jeritan itu didengari oleh
Sang Kerbau. Apabila Sang Kerbau membantu mengangkat pokok itu dengan
tanduknya, Sang Bedal terus menangkap kaki kerbau. Semasa pergelutan itu
muncullah Sang Kancil dan Sang Kerbau pun meminta bantuan Sang Kancil.
Dengan itu, Sang Kancil pun berfikir cara untuk melepaskan kaki Sang Kerbau
dari mulut Sang Bedal. Dia berpura-pura tidak percaya Sang Kerbau boleh
mengangkat pokok itu dan meminta supaya ditunjukkan bagaimana ianya
dilakukan. Jadi, Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kancil
seterusnya menyuruh Sang Kerbau melepaskan batang pokok di atas Sang Bedal.
Kayu itu menghempap Sang Bedal yang tidak tahu mengenang jasa itu.
Sumber: Laman web Pos Malaysia

Sinopsis cerita Bawang Putih Bawang Merah


Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Bawang Merah yang
selalu didera oleh ibu tiri dan adik tiri yang bernama Bawang Putih. Suatu hari
dia terdengar panggilan seekor ikan kaloi di dalam perigi yang ingin
membantunya.Tetapi ibu dan adik tirinya mendapat tahu akan hal tersebut lalu
menangkap ikan kaloi itu dan dimasak. Pada suatu malam, Bawang Merah
bermimpi ibunya yang memberitahu dia akan perkara itu dan menyuruh dia
menanam semua tulang ikan itu. Sungguh menghairankan, sepohon pokok tiba-
tiba tumbuh dengan sebuah buaian yang diperbuat dari emas. Di sinilah Bawang
Merah bermain buaiannya sambil menyanyi gembira sehinggalah suaranya
didengari seorang putera mahkota yang akhirnya berkahwin dengan Bawang
Merah dan terus hidup bahagia hingga ke anak cucu.
Sumber: Laman web Pos Malaysia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  161

Sinopsis cerita Badang


Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda bernama Badang. Setiap hari Badang
menahan bubu di anak sungai dan sudah tiga pagi tiada seekor ikan pun
terperangkap. Badang hairan binatang apa yang memakan ikan-ikan itu. Dia
bercadang untuk menunggu di situ untuk melihat binatang apa yang memakan
ikan-ikan itu. Pada waktu tengah malam, dia nampak satu lembaga yang
berjanggut panjang hingga ke perutnya muncul. Lembaga dengan matanya
merah menyala itu menuju ke bubunya lalu mengeluarkan ikan di dalamnya dan
meratah dengan lahapnya. Badang melompat keluar dan meluru ke arah
lembaga itu dan mengancam akan membunuhnya. Lembaga itu merayu agar
Badang melepaskannya dan berjanji akan menjadikan Badang seorang yang
gagah dengan memakan ikan yang dimuntah keluar olehnya. Lembaga itu lari
dan kerana masih geram, Badang menarik sebatang pokok besar yang tercabut
dengan mudahnya. Badang hairan dengan kekuatannya. Mulai hari itu, Badang
menggunakan kekuatannya untuk menolong rakyat jelata. Kegagahan Badang
itu sampai ke pengetahuan Raja dan dia pun dilantik sebagai hulubalang
baginda.
Sumber: Laman web Pos Malaysia

Sinopsis ceita Si Tanggang


Kisah ini mengenai Si Tanggang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Pada
suatu hari, Si Tanggang telah ditangkap Nakhoda kapal dan dipaksa untuk
melakukan kerja-kerja di atas kapal. Nakhoda suka dengan kerajinan Si
Tanggang lalu dikahwinkan dengan anaknya serta melantiknya menjadi
Nakhoda yang baru. Pada suatu hari, awan menjadi gelap menandakan ribut
taufan akan melanda. Nakhoda Tanggang pun menghalakan kapalnya
memasuki muara sungai di kampung ibu bapanya. Ibu dan bapanya dengan
gembira pergi berjumpa dengan Nakhoda Tanggang. Nakhoda Tanggang berasa
malu untuk mengaku kedua orang tua itu sebagai ibu bapanya kerana kelihatan
begitu daif. Ibunya berasa sangat pilu dengan sikap angkuh Si Tanggang itu, lalu
berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang dan
ombak yang kuat memecahkan kapal itu. Nakhoda Tanggang, isterinya dan
semua anak kapalnya menjadi batu.
Sumber: Laman web Pos Malaysia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

8.2 PERANCANGAN PEMENTASAN


Pementasan yang dirancang boleh menggabungkan drama, muzik, nyanyian,
tarian dan pergerakan kreatif. Pementasan untuk kanak-kanak di prasekolah
memerlukan masa yang panjang untuk berlatih. Oleh itu, sebelum pementasan,
kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan cerita, lagu dan pergerakan.

Bagi kanak-kanak di peringkat prasekolah, mereka merupakan individu yang


baru belajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyediakan teks mudah bagi
menjadikan mereka mudah mengingat. Antara cerita teladan yang boleh
digunakan dalam pementasan adalah seperti cerita Arnab dengan Kura-kura,
dan Sang Kancil dengan Buaya.

Guru boleh mengajar kanak-kanak membaca skrip mudah menerusi rakaman


suara mereka, melatih kanak-kanak berlakon dan menyanyi. Selain itu, kanak-
kanak juga digalakkan melibatkan diri dalam membuat props dan kostum yang
ringkas dalam pementasan.

Dari segi penilaian pementasan kanak-kanak (rujuk Rajah 8.2), guru tidak boleh
mengharapkan sesuatu yang terlalu sempurna daripada kanak-kanak kerana
mereka merupakan budak yang baru belajar. Apa yang perlu dinilai oleh guru
ialah penglibatan mereka dalam proses pementasan.

Walau bagaimanapun, beberapa aspek yang perlu ditekankan dalam pementasan


adalah seperti kejelasan suara, intonasi dan sebutan, mimik muka dan kesesuaian
pembawaan watak, dan gerak badan terhadap penguasaan ruang pentas.

Rajah 8.2: Kanak-kanak memakai topeng dan bersedia


untuk berlakon dalam pementasan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  163

8.2.1 Peranan Guru dan Kanak-kanak


Berikut adalah penjelasan mengenai peranan guru dan kanak-kanak:

(a) Peranan Guru


Dalam pementasan, guru berperanan mengemukakan idea secara jelas dan
mengorganisasikan sebarang kerja dalam pementasan. Guru perlu
memastikan bahawa setiap kanak-kanak mengambil bahagian dan
memahami peranan masing-masing. Guru perlu menyediakan persekitaran
yang selesa dan sesuai semasa merancang pementasan. Guru kemudian
dikehendaki membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan mengikut
keperluan pementasan.

Guru perlu menyediakan semua bahan-bahan pementasan yang selamat


dan boleh digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu cekap
memilih bahan yang sesuai untuk kanak-kanak dan menepati maklamat
dan objektif pementasan.

Guru perlu menggalakkan kanak-kanak menceritakan perasaan dan


penyediaan mereka sebelum pementasan.

(b) Peranan Kanak-kanak


Dalam pementasan, kanak-kanak harus bekerjasama, mengetahui peranan
masing-masing dan mendisiplinkan diri untuk menjayakan pementasan
yang dirancang oleh guru.

Kanak-kanak harus bekerjasama dengan rakan-rakan lain sepanjang proses


pementasan dan belajar bergaul dengan orang lain. Belajar berkongsi dan
kerjasama adalah satu proses yang perlu ditekankan kerana kanak-kanak
datang dari pelbagai latar belakang dan secara tidak langsung memberi
kesan kepada bentuk pergaulan mereka dengan rakan.

Pada peringkat permulaan, mungkin sukar bagi kanak-kanak menerima


rakan akan tetapi kanak-kanak akan belajar menerima pendapat dan idea
rakan lain secara beransur-ansur apabila persekitaran dibentuk dengan
menarik oleh guru. Dalam proses pementasan, kanak-kanak perlu memberi
pendapat dan menerima pendapat orang lain kerana tindakan ini
merupakan suatu bentuk hubungan baru kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh menyatakan perasaan mereka dan mengawal


tingkahlaku negatif mereka di mana memberi peluang kanak-kanak lain
menyalurkan tenaga, emosi dan keinginannya dalam pementasan yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

dirancang oleh guru. Proses ini akan turut membuat kanak-kanak merasa
puas dan seronok.

(c) Perhubungan antara Kanak-kanak dengan Guru


Dalam pementasan, hubungan antara guru dan kanak-kanak adalah
penting. Kanak-kanak memandang serius perhubungan dengan guru
semasa di prasekolah. Oleh itu, amat penting untuk guru membina
kemahiran dan perasaan positif terhadap semua kanak-kanak yang terlibat
dalam pementasan

8.2.2 Bahan dan Peralatan


Berikut adalah bahan dan peralatan yang perlu disediakan dalam pementasan:

(a) Set Pentas


Set atau latar pentas perlu disediakan untuk pementasan. Guru dan kanak-
kanak boleh melukis atau membuat kolaj latar di atas kain atau papan.

(b) Props
Props ialah alat yang dipegang atau digunakan oleh pelakon dalam
pementasan. Guru boleh menyediakan atau mengajar kanak-kanak
membuat props untuk tujuan pementasan.

(c) Kostum
Kostum atau pakaian perlu disediakan untuk membantu kanak-kanak
menjiwai watak yang dipegang oleh mereka.

(d) Tatarias
Guru boleh menghias muka kanak-kanak dengan topeng atau solekan
supaya watak yang dipegang oleh kanak-kanak nampak jelas.

(e) Tatabunyi
Bunyi-bunyi burung, serangga dan binatang dalam hutan boleh dirakam
untuk mewujudkan suasana dalam hutan.

(f) Pencahayaan Pentas


Guru boleh menyediakan tatacahaya yang ringkas seperti lampu suluh dan
lampu berwarna kuning yang senang diperolehi untuk tujuan pementasan
kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  165

8.2.3 Perancangan Aktiviti Drama


Berikut adalah butiran mengenai perancangan aktiviti drama:

(a) Pengurusan Pementasan


Aktiviti drama merupakan kerja berpasukan. Dalam pementasan drama di
prasekolah, guru berfungsi sebagai pengurus produksi dan juga pengarah.
Tugas pengurus ialah menguruskan hal-hal pentadbiran, keperluan,
peralatan dan kebajikan ahli produksi, manakala pengarah
bertanggungjawab mengarah drama dari aspek lakonan, pelakon, pentas
dan cerita yang akan dipentaskan.

(b) Pengarahan
Seseorang pengarah perlu mengkaji skrip dari aspek tema, masa, tempat,
latar cerita, watak dan perwatakan. Selain itu, pengarah juga perlu
mengarah pelakon dari aspek lakonan yang merangkumi kesesuaian suara,
emosi, pergerakan, intonasi, gaya dan penguasaan ruang pentas.

(c) Lakonan
Aspek penting dalam lakonan adalah suara dan intonasi suara, pergerakan,
aksi dan mimik muka. Seseorang pelakon perlu menguasai aksi dan mimik
muka dengan baik supaya dapat menarik perhatian penonton. Aksi dan
mimik muka mempengaruhi minat dan kesungguhan kanak-kanak untuk
terlibat dalam persembahan drama.

(d) Kostum dan Tatarias


Kostum adalah pakaian yang dipakai oleh pelakon mengikut watak
masing-masing dalam pementasan. Manakala tatarias adalah solekan
kepada pelakon-pelakon mengikut watak. Persembahan kanak-kanak
banyak melibatkan cerita-cerita binatang maka kostum dan tatariasnya
mestilah ceria, berwarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak.

(e) Set dan Prop


Set dan prop diperlukan untuk melengkapkan sesebuah pementasan. Set
dan prop membantu watak dalam persembahan.

(f) Audio dan Pencahayaan Pentas


Sistem audio dan tatacahaya disediakan untuk menambahkan mood dalam
pementasan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

AKTIVITI 8.2
AKTIVITI KUMPULAN
Hasilkan satu pementasan drama kanak-kanak. Gunakan kreativiti anda
untuk menjadikan pementasan tersebut sesuatu yang menyeronokkan.

 Main peranan, simulasi, teater membaca, teater bercerita, teater boneka,


improvisasi, pantomin dan mimos boleh dilaksanakan di prasekolah untuk
membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Semasa
mengadakan aktiviti drama dan dramatika kreatif untuk kanak-kanak
prasekolah, guru perlu memilih jenis drama yang hendak dilaksanakan dan
memilih cerita yang sesuai untuk suatu pementasan.

 Dalam perancangan pementasan, guru dan kanak-kanak memainkan


peranan yang penting. Selain menyediakan bahan dan peralatan untuk
tujuan persembahan, aspek pengurusan, pengarahan, lakonan, kostum dan
tatarias, set dan props, audio dan pencahayaan pentas perlu dirancang
dengan teliti supaya persembahan drama berjalan dengan lancar dan
jayanya.

Audio dan tatacahaya Pengarahan


Cerita Pengurusan
Dramatika kreatif Perancangan
Improvisasi Persembahan drama
Kostum dan tatarias Set dan props
Lakonan Simulasi
Main peranan Teater bercerita
Mimos Teater boneka
Pantomin Teater membaca
Pementasan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERSEMBAHAN DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF  167

Kamarudin Husin., & Siti Abdul Aziz. (1998). Drama dalam pengajaran bahasa.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kay Hiatt. (2005). Drama play: Bringing books to life through drama for 4-7 year-
olds. Great Britain: David Fulton Publishers.
MacCaslin, N. (1984). Creative drama in the classroom (4th ed.). New York:
Longman.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Puisi
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan unsur-unsur puisi yang bersesuaian dengan
kanak-kanak;
2. Mengenal pasti keupayaan dalam mempersembahkan sesuatu
aktiviti puisi; dan
3. Mencipta puisi dan kefungsian terhadap perkembangan kanak-kanak.

 PENGENALAN
Puisi merupakan penulisan bait-bait perkataan yang disusun indah, ringkas,
padat dan bermakna. Puisi bukan hanya untuk menghiasi kad-kad ucapan
semata-mata tetapi menjadi keperluan kepada motivasi seseorang dan kenangan
indah berdasarkan pengalaman dan peristiwa yang digambarkan oleh si penulis.
Sebuah puisi itu diibaratkan seperti suatu lagu tanpa nada. Puisi ialah suatu
bentuk ciptaan yang digunakan bagi penulisan yang paling imaginatif dan
mendalam tentang dunia dan diri kita sendiri.

Puisi adalah berbentuk lirik, padat, menyentuh perasaan dan juga


menyeronokkan. Tidak kira bagaimana corak rimanya, ritma dan susunannya
tetap menarik perhatian kanak-kanak seperti juga lagu atau dendangannya.
Penggunaan bahasa secara deskriptif menjelmakan visi dalam fikiran pembaca,
samalah seperti menonton drama atau nyanyian. Di dalam sebuah buku cerita,
selalunya gambaran puisi adalah ringkas dan mudah difahami tetapi mempunyai
susunan ayat yang indah. Contohnya di dalam buku Winnie the Pooh iaitu suatu
watak beruang yang comel telah dikarang dalam bentuk puisi yang sangat
digemari. Susunan ayatnya cantik dan mengikut irama yang sama di pengakhiran
ayat supaya memudahkan kanak-kanak untuk membacanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  169

9.1 JENIS PUISI


Puisi yang formal mempunyai rangkap yang berirama. Ia menggunakan suku
kata, panjang baris, dan struktur khusus untuk mewujudkan perbezaan seperti
dalam pantun, syair, gurindam, seloka, sajak dan sebagainya. Terdapat
penggunaan pelbagai kata yang digunakan dalam puisi yang telah ditulis khusus
untuk kanak-kanak.

Dari pelbagai jenis puisi tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari perkataan


baru, idea dan kendiri dan menimba pengalaman darinya. Sama ada ia ditulis
dalam bentuk kad ucapan, dinyanyikan ketika hari jadi atau ditulis dalam
bentuk buku dan dibacakan memberikan pengalaman yang akan kekal
sepanjang hayat kanak-kanak.

Puisi perlu ada cara penulisan dan arahan tertentu. Tetapi ia juga terpulang
kepada si penulis. Kadang kala ia juga adalah terlalu ringkas dan mudah.
Apabila perkataan itu dikarang dengan ritma yang mudah, ibu bapa dan guru
mudah untuk membaca dan menceritakannya kepada kanak-kanak mengikut
intonasi sama ada dalam bentuk nada bercakap ataupun nada berlagu.

Kanak-kanak lebih mengingati sesuatu yang menyeronokkan pada satu jangka


pendek. Mereka akan bertanya untuk berkongsi pengalaman membaca puisi
yang dibacakan oleh guru, dan dinyanyikan bersama mengikut irama guru atau
muzik yang dimainkan. Guru perlulah sentiasa menggalakkan penglibatan yang
maksimum, menumpukan perhatian yang baik, dan memberikan respon yang
positif terhadap sebarang komen dan pandangan kanak-kanak.

Melalui bacaan, bercerita, dan aktiviti bahasa yang lain, objektif yang guru ingin
capai bergantung kepada kesesuaian puisi yang benar-benar santai dan
menyeronokkan kanak-kanak. Penggunaan seni dalam bahasa memberikan
jaringan pengetahuan dan minat kanak-kanak dengan lebih besar lagi.

Ada beberapa sebab mengapa aktiviti puisi itu sangat penting termasuklah
(Machado, 2002):
(a) Melatih telinga untuk mendengar bunyi;
(b) Menyediakan suasana yang menyeronokkan terhadap perkataan yang
seperti kebudak-budakan, seronok dan kelakar;
(c) Gambaran kepada imaginasi; dan
(d) Membina penghargaan kendiri dan keyakinan diri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 9 PUISI

AKTIVITI 9.1

Senaraikan jenis-jenis puisi yang anda ketahui dan berikan


contoh-contoh yang sesuai.

9.1.1 Tradisional
Kriteria pemilihan puisi digunakan oleh kanak-kanak dengan memberikan lebih
tumpuan kepada kandungannya dari segi aspek teknikal seperti skema ritma
dan pola ritma dalam puisi tersebut. Puisi itu seharusnya bermelodi dengan
rentak ritmanya yang hidup dan jelas. Ia seharusnya mempunyai bahasa yang
jelas. Oleh sebab puisi boleh menyentuh tentang apa sahaja, maka topik yang
difikirkan oleh guru seharusnya menarik dan releven dengan perkembangan
kanak-kanak.

Puisi tradisional seharusnya diajar dan didedahkan kepada kanak-kanak supaya


dapat dihayati sebagai satu khazanah yang ternilai yang melambangkan identiti
bahasa dan budaya sesuatu masyarakat. Di samping itu, ia dapat memberikan
penghayatan dan membina keupayaan kepada kanak-kanak untuk mempelajari
dengan lebih mendalam lagi sesuatu puisi tersebut.

Puisi dalam bentuk tradisional termasuklah pantun, syair, gurindam, seloka dan
pelbagai lagi yang menggambarkan kepada suasana dan keadaan sesebuah
masyarakat yang menjadikan ia sebagai hiburan, nasihat dan peringatan.

Pengajaran bagi kanak-kanak selalunya lebih kepada penggunaan pantun sama


ada 2 rangkap, ataupun 4 rangkap. Ada juga pantun yang dicipta 6 rangkap dan
8 rangkap. Tetapi pantun 2 rangkap dan 4 rangkap adalah paling sesuai
disebabkan ringkas dan mudah difahami berbanding yang lain. Walau
bagaimanapun, ia boleh diperbanyakkan mengikut perenggan dan juga cerita
yang ingin diberikan.

(a) Pantun 2 Rangkap


Contohnya:

Pat pat siku lipat,


Siapa cepat dia dapat.
Pat-patnya,
Siapa dapat dia punya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  171

(b) Pantun 4 Rangkap


(i) Contoh pantun tradisional Melayu:

Sorong papan tarik papan


Buah keranji di dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu

Pucuk pauh delima batu


Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Kalau ada sumur di ladang


Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi

(ii) Contoh pantun negara Barat:

Two little kittens,


One stormy night,
Began to quarrel,
And then to fight.

One had a mouse,


The other had none,
And thatÊs the way
The quarrel begun

"IÊll have that mouse,"


Said the bigger cat.
"YouÊll have that mouse?
WeÊll see about that!"

"I will have that mouse,"


Said the eldest son.
"You shanÊt have the mouse,"
Said the little one.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 9 PUISI

(c) Pantun Nasihat


Ia merupakan pantun yang menggambarkan nasihat dari orang tua kepada
orang muda sebagai azimat yang perlu dipegang dan diingati.

Contohnya:

Burung kenek-kenek
Terbang cucur atap
Pesan datuk nenek
Hati kita mahu tetap

Burung kenek-kenek
Terbang pokok pandan
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin jaga badan

Burung kenek-kenek
Terbang atas pagar
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin pergi belajar

Antara lain:

Cekur udang gamit,


Gali cekur tanam kunyit,
Cekur cekur ular lidi,
Mesti pandai jaga diri.

Cekur udang gamit,


Gali cekur tanam kunyit,
Cekur batang tebu,
Cari ilmu jangan jemu
Kura-kura di atas perahu
Pura-pura tidak tahu

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  173

(d) Pantun Jenaka


Contohnya:

Buai laju-laju,
Sampai pokok ru
Apa dalam baju,
Seekor katak puru.

Burung kakak tua


Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

(e) Pantun Permainan


Ia selalu dinyanyikan sambil bermain mengikut langkah-langkah dan
peraturan tertentu. Antaranya seperti tom-tombak, Nenek-nenek si
bongkok tiga, Jan jan jala, Enjit-enjit semut dan sebagainya.

Contoh pantun:

Tom-tom bak
Mak yun dedek
Pecah sebiji
Tinggal sesangkak
Nenek, oh nenek
Rumah nenek hendak roboh
Rak...rak..rum!!

Nenek nenek si bongkok tiga


Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu di mana saja
Nenek ku kawin dengan anak raja

9.1.2 Moden
Puisi moden merupakan koleksi sajak ataupun pantun masa kini yang menjadi
salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu mesej terhadap persekitaran sama
ada dalam masyarakat mahupun berkenaan dunia keseluruhannya. Sajak
merupakan sebuah kisah atau cerita yang dikarang secara lebih pendek dan
ringkas tapi penuh makna dan gaya bahasa yang indah. Ia perlu dideklamasi
secara perlahan tetapi mengikut intonasi yang kuat, semangat atau lembut. Sajak
tidak perlu mengikut ritma pengakhiran yang sama, tetapi yang penting
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
174  TOPIK 9 PUISI

mesejnya ringkas dan jelas. Kanak-kanak perlulah diberikan peluang untuk


sama-sama menghayati sajak tersebut sama ada melakukan bersama guru,
bersama rakan ataupun secara sendirian supaya mereka dapat menghayati dan
berimaginasi dengan apa yang mereka baca.

Berikut adalah beberapa jenis sajak dan pantun moden yang sesuai diajar kepada
kanak-kanak.

(a) Sajak
(i) Contoh sajak:

Aku si baju merah


Aku dipakai di mana-mana
Di waktu pagi dan di waktu petang
Kadang kala aku jadi kotor
Kadang kala aku jadi wangi
Itulah aku si baju merah.

(ii) Contoh sajak dari negara Barat:

I am a pine tree
Growing on a hill
I can stand do very, very still
All at once the wind begin to blow.
I bend to and fro, to and fro, to and fro.

(b) Pantun Moden


Ia lebih kepada pendekatan terhadap sesuatu situasi atau peristiwa khusus
bagi menggambarkan apa yang ingin disampaikan. Selalunya ia boleh
disampaikan berkenaan perayaan, hari kemerdekaan, berkenaan alam
sekitar dan sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  175

(i) Contoh perayaan:

Ikan gelama ikan bawal


Hari raya di bulan Syawal
Hari ini hari raya
Hati suka tidak terkira

Semua orang akan gembira


Kerana menyambut hari bahagia
Ketupat, lemang dan rendang
Dodol semperit juga bahulu

(ii) Contoh berkenaan tempat tinggal:

Tepi pokok betik


Ada anak kijang
Di mana rumah adik
Di pinggir bandar Kajang

9.1.3 Lagu dan Nyanyian


Kanak-kanak akan berasa seronok jika melakukan aktiviti permainan dengan
menyanyi bersama rakan-rakan mereka. Kini, kita lihat kanak-kanak sangat
meminati pelbagai jenis lagu sama ada ia berunsur nasihat, sehinggalah kisah-
kisah cinta. Lagu-lagu tersebut kadang kala membawa pelbagai mesej yang
positif mahupun yang negatif. Guru perlulah pandai memberikan lagu-lagu dan
nyanyian yang bermakna dan mempunyai unsur nasihat.

Melalui nyanyian, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka di samping


menambah kreativiti melalui seni suara dan peralatan muzik yang dimainkan
bersama. Ada kalanya penggunaan muzik sesuatu lagu sangat penting supaya
kanak-kanak dapat mengikutinya dengan baik dan menyeronokkan. Lagu yang
dinyanyikan adalah berdasarkan kepada melodi yang disusun secara senada
dalam bentuk seperti pantun dan dinyanyikan mengikut irama yang
dikehendaki. Selalunya rentak sesuatu lagu yang dinyanyikan adalah dalam
bentuk yang rancak dan bersemangat.

Beberapa kategori boleh dilakukan bagi mengelaskan jenis lagu dan nyanyian. Ia
boleh dikategorikan sebagai permainan jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu
permainan, lagu ucapan, lagu serantau, lagu tema dan sebagainya (Nani, 2005).
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
176  TOPIK 9 PUISI

(a) Permainan Jari


Permainan jari sesuai digunakan untuk kanak-kanak kecil kerana
pergerakan jenis ini ditumpukan kepada pergerakan jari dekat dengan
paras mata kanak-kanak (Nani, 2005). Ia dilakukan berulang-ulang kali
bersama kawan-kawan.

Antaranya:

Satu labah-labah cuba panjat perigi


Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit matahari air tiada lagi
Dan labah boleh panjat sekali lagi

Mana ibu jari 2x


Sini saya 2x
Apa khabar kamu
Saya khabar baik
Lari sembunyi 2x

(Melodi lagu Where is Thumbkin)

(b) Lagu Beraksi


Nyanyian ini dilakukan dengan aksi pergerakan atau mengikut lirik lagu
yang dinyanyikan. Melalui aksi kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu
dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan
perasaan dengan lebih aktif (Nani, 2005).

Antaranya:

Dua mata saya


Melihat dunia
Dua tangan saya
Memegang apa saja
Dua telinga saya
Mendengar cerita
Dua kaki saya
Berjalan sini sana

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  177

Old McDonald has a farm


EIEIO
And his farm he has a cow
EIEIO
And a Moo Moo here
Moo Moo there
Old Mc Donald has a farm
EIEIO

(c) Lagu Rakyat


Lagu rakyat adalah satu permainan tradisional yang dimainkan oleh
masyarakat Melayu khususnya pada masa dahulu bagi mengisi masa
lapang mereka.

Antaranya:

Anak itik Tok Wee


Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wee
Sakit sendi tulang

Ubat apa Tok Wee


Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wee
Sakit tulang tulang

Anaklah ayam, anak ayam turun


sepuluh
Mati seekor, mati seekor tinggal
sembilan

(dinyanyikan sehingga tiada


seekorpun anak ayam yang tinggal!)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 9 PUISI

(d) Lagu Permainan


Lagu permainan membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan
sepermainan secara langsung. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan
menyanyi sambil bermain (Nani, 2005). Mereka dapat berinteraksi dengan
baik dan menyeronokkan.

Jan jan jala itik


Jala jala ayam
Berapa lubang kancil
Seratus lima puluh
Panggil cik Nyonya makan sirih mulut merah
Cak lela junjung, cak lela junjung

Rajah 9.1 menunjukkan contoh permainan Jan-jan jala dipermainkan.

Rajah 9.1: Permainan Jan-jan jala yang dimainkan bersama kawan-kawan


Sumber: Makmal Perkembangan Kanak-kanak, UPM

Saya suka main buih sabun


Gelembung bulat
Cantik berkilat
Bila ditiup angin berkawan
Terbang tinggi sampai ke awan
Sabun taruh air kocak-kocak jadi buih
Ambil buluh celup tiup buih terbang sayup

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  179

(e) Lagu Ucapan


Lagu ucapan merupakan lagu yang mengandungi frasa ucapan seperti
selamat datang, selamat pagi atau selamat tinggal. Sementara lagu
berunsur nasihat pula adalah lagu yang mengandungi peringatan dan
boleh dijadikan sebagai panduan hidup (Nani, 2005). Lagu-lagu ini
mempunyai nilai murni dan moral. Ia selalunya terkandung dalam lagu-
lagu nasyid dan lagu nasihat kanak-kanak.

Antaranya:

I love you
You love me
We are happy family
With a great big hug and a kiss from me to
you
Won't you say you love me too .

Ingatlah pesan junjungan


Jagalah adab dan sopan
Pada ibu guru dan kawan
Moga diri tenang dan aman

Buat baik berpada-pada


Tabiat buruk dijauhkan
Akhlak baik semua suka
Sampai mati dalam ingatan
(Nasyid Rabbani, Akhlak Mulia)

(f) Lagu Serantau


Lagu-lagu ini dicipta bagi memperkenalkan sesuatu tempat, budaya
sesebuah masyarakat atau negara. Lagu-lagu ini biasanya dinyanyikan
dalam loghat bahasa asal tempat tersebut (Nani, 2005). Ia boleh
dinyanyikan secara dikir barat bagi negeri Kelantan, boria dari Pulau
Pinang, Seloka dari Melaka dan sebagainya mengikut budaya dan adat dari
negeri masing-masing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 9 PUISI

Ee wou bule
Ee wou bule
Ee wou bule
Tengaju tigo
(Wau bulan, Kelantan)

Kami di sini,
Ingin bagi pesanan,
Buat rakan-rakan,
Juga teman-teman
Boria dari Penang
Mahu persembahkan
Mari dengarkan
Janganlah segan! Ewah!
(Boria, Pulau Pinang)

Kei Ren Lai kan papa


Papapu chai chia
Woh cheng keren sien chuo sia
Chai cheng ee pei cha
(Ker Ren Lai, China)

AKTIVITI 9.2

Bina sebuah puisi moden yang melibatkan sajak dan pantun mengikut
tema yang anda suka.

9.2 PERANCANGAN AKTIVITI PERSEMBAHAN


Salah satu cara dalam perancangan aktiviti persembahan supaya kanak-kanak
mudah mengikutinya adalah melalui penghafalan. Penghafalan merupakan
salah satu kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak mendeklamasi sesuatu puisi
dengan lebih baik. Setelah mereka mengingati sesuatu puisi itu, galakkan mereka
menghayati dan menyampaikannya dengan penuh perasaan mengikut ÂmoodÊ
pada sesuatu puisi itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  181

Aktiviti penulisan puisi misalnya, mudah boleh dilakukan bagi mengekalkan


pemahaman mereka terhadap apa yang mereka baca. Selain itu, ia dapat
mewujudkan penghargaan terhadap sesuatu termasuklah kepada guru, ibu bapa,
binatang kesayangan dan sebagainya melalui penulisan buku atau kad-kad
ucapan tertentu. Kreativiti dalam penulisan dan menghiasi sesuatu hasil kerja itu,
akan menjadi suatu persembahan terbaik dan bermakna buat kanak-kanak. Selain
itu, ada sebilangan puisi yang mempunyai unsur-unsur jenaka. Ia boleh
menimbulkan suasana yang menghiburkan dan memberikan kegembiraan kepada
kanak-kanak supaya dapat melahirkan perasaan minat terhadap aktiviti ini.

9.2.1 Individu
Puisi boleh dibacakan dengan secara kuat atau bermelodi. Terpulanglah kepada
guru untuk mempersembahkan supaya ia menarik dan menghiburkan. Ia
perlulah dihayati dan dibacakan dengan penuh perasaan. Apabila kita
membacakan sesuatu puisi itu, penting bagi guru untuk menimbulkan suasana
yang diingin seperti dalam keadaan kegembiraan, kesedihan, semangat patriotik,
kemesraan, ketakutan dan sebagainya. Guru juga perlulah berhati-hati
membacakan sesuatu puisi itu dan tidak melibatkan sensitiviti sesuatu perasaan,
agama, bangsa dan persekitaran. Pemahaman penting dalam menghuraikan apa
yang dibaca supaya kanak-kanak tidak memberikan pandangan yang salah dan
tidak tepat. Jadi, sesuatu puisi itu perlulah dalam ayat yang mudah difahami dan
diikuti dan membawakan mesej yang positif dan berguna kepada kanak-kanak.

(a) Membina Kad Ucapan


Bila tiba sesuatu perayaan atau peristiwa, guru-guru bolehlah memberikan
pelbagai jenis ucapan yang berbentuk puisi yang ringkas dan penuh makna
kepada kanak-kanak untuk menulis dan melukis. Kanak-kanak boleh
mempelbagaikan kreativiti dalam membuat kad ucapan sama ada dalam
bentuk hati, seperti bertingkat-tingkat, bulan atau bujur dan sebagainya.
Karangan puisi ucapan boleh dilekatkan di atas kad. Kemudian ianya
dihias dengan lukisan atau ditampal dengan kertas warna agar kelihatan
lebih cantik dan menarik.

Galakkan kanak-kanak untuk membacakan apa yang telah dihasilkan.


Paling menarik dan simbolik jika kad tersebut diberikan kepada ibu pada
Hari Ibu sebagai tanda penghargaan dari seorang anak (rujuk Rajah 9.2).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 PUISI

Rajah 9.2: Contoh kad ucapan yang boleh dicipta oleh kanak-kanak
yang ditujukan khas buat ibu sempena Hari Ibu

(b) Menghayati Puisi


Kanak-kanak tidak perlulah diberikan cerita melalui lisan semata-mata.
Sesuatu puisi yang dibacakan, sebagai contoh, bolehlah dirakam dan
dipersembahkan kepada mereka untuk didengari secara individu supaya
mereka boleh menghayatinya. Guru pula tidak perlu untuk mengulang
cakap dan boleh menyebabkan menjadi bosan. Gunakan radio atau vcd
yang disambungkan kepada alat pendengar (earphone) bagi memudahkan
kanak-kanak menghafal sesuatu puisi yang didengar.

Rakaman suara perlulah dibuat mengikut irama dan melodi yang guru
ingini supaya kanak-kanak lebih mudah untuk mengikutinya. Buku puisi
bergambar boleh digunakan supaya kanak-kanak lebih mudah
memahaminya berdasarkan gambar yang dilihat. Jika kanak-kanak boleh
membaca puisi yang guru berikan, bolehlah menyuruhnya membaca dan
mengikuti rakaman suara yang guru bekalkan sama ada didengar di
sekolah ataupun di rumah.

Selain itu, melalui penulisan puisi dapat membantu guru terutama dalam
menghasilkan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan sangat disukai kanak-
kanak. Berikut adalah beberapa cadangan dalam menghasilkan puisi kanak-
kanak menurut Machado (2002). Antaranya ialah:
(a) Setiap gambaran pemikiran mengenai sesuatu yang ingin disampaikan
perlu dijadikan garisan utama dalam sesuatu penulisan.
(b) Irama lagu yang baik memberikan kekuatan sesuatu puisi tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  183

(c) Kenal pasti irama yang paling sesuai digunakan.


(d) Menggunakan perkataan dalam bentuk perbuatan dan perlakuan.
(e) Setiap langkah dan perubahan rentak dikenal pasti.
(f) Penggunaan perkataan adalah pada kesesuaian peringkat kanak-kanak.
(g) Tema dan subjek puisi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak.

SEMAK KENDIRI 9.1

Mengikut Allayarham Tan Sri P. Ramlee, "irama dan lagu tidak boleh
dipisahkan". Apakah itu irama dan lagu dan kesannya terhadap bahasa
dan komunikasi kanak-kanak? Jelaskan.

9.2.2 Kumpulan
Perkembangan motor halus melibatkan permainan jari, tubuh badan dan aktiviti
pergerakan, nasyid, dan puisi. Semuanya memerlukan irama dan rentak melodi
tertentu untuk membacanya. Puisi membantu dalam perkembangan keupayaan
mendengar dan memberi maklum balas yang melibatkan kanak-kanak
prasekolah. Aktiviti secara berkumpulan boleh dilakukan bagi memenuhi
keperluan kanak-kanak supaya lebih bekerjasama antara rakan-rakan dan
bertukar-tukar pandangan. Oleh itu, guru perlulah mencipta puisi melalui
pengalaman mereka sendiri dengan lebih kreatif dan inovatif dan
dipersembahkan oleh kanak-kanak dalam bentuk nyanyian beramai-ramai
seperti koir, nasyid, boria, dikir barat dan sebagainya.

Semasa melakukan pemilihan lagu untuk kanak-kanak, guru perlulah memilih


lagu yang mengandungi banyak pengulangan ayat atau lirik serta melodi yang
mudah dipelajari. Lagu-lagu perlulah dikaitkan dengan pergerakan, drama
ataupun mainan yang sesuai kerana ia dapat menambahkan minat kanak-kanak
terhadap lagu tersebut. Lagu yang sesuai kepada kanak-kanak, menurut Nani
(2005), mempunyai ciri-ciri berikut:
(a) Lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek ataupun panjang.
(b) Mengandungi perkataan berulang ataupun lirik berulang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 PUISI

Contoh Rancangan Mengajar

Tajuk
Mari Belajar Menyanyi

Bahan-bahan
Lirik lagu, muzik melalui kaset atau Audio CD, radio, peralatan muzik seperti
gendang, kerincing, klastenet, kompang dan sebagainya

Panduan Mengajar Nyanyian


(a) Lagu kanak-kanak yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu
yang pendek dan mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan
melodinya. Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang diingati;
(b) Guru perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik itu sebelum mengajar kepada
kanak-kanak. Nyanyikan berulang kali untuk kanak-kanak mendengarnya.
Jangan asingkan seni kata dengan muzik. Kaset muzik hanya digunakan
apabila memperkenalkan lagu ataupun selepas kanak-kanak mengetahui
lagu itu untuk menyanyikan bersama-sama mengikut iringan muzik;
(c) Nyanyikan lagu dengan nada (pic) suara yang sederhana dan tidak terlalu
tinggi ataupun rendah. Julat suara kanak-kanak di prasekolah khususnya
adalah dalam lingkungan not C tengah hingga not A. Nada guru biasanya
lebih rendah, cuba dapatkan nada permulaan sebelum menyanyikan lagu;
(d) Guru perlu menyanyikan lagu menghadap kanak-kanak, supaya mereka
dapat memerhatikan cara guru menyanyikan lagu. Nyanyian daripada guru
dan kanak-kanak perlulah jelas dan tepat susunan melodinya;
(e) Nyanyian untuk tahap prasekolah tidak memerlukan simbol not muzik.
Kanak-kanak belajar lagu dengan cara mengikuti nyanyian guru. Jangan
paksa kanak-kanak menyanyikan lagu atau mempelajari lagu dalam tempoh
masa yang terlalu singkat. Sebaliknya sentiasa diulangi lagu tersebut setiap
hari sehinggalah mereka dapat menghafal lagu itu. Ia juga bergantung
kepada kebiasaan lagu, dan panjang lirik yang diperdengarkan;
(f) Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain seperti nyanyian
dengan lakonan drama, pergerakan ataupun menggunakan peralatan muzik
dan alat genderang seperti gendang, kerincing, klastenet, kompang dan
sebagainya bagi meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar kanak-
kanak. Di samping itu melalui aktiviti ini dapat meningkatkan tahap
kreativiti dan sosioemosi mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  185

Contoh lagu mengikut tema tertentu:

Anak Patung Ku

Ini anak patungku


Hadiah dari ibu
Dia senyum padaku
Oh sungguh ayu

Akan ku bawa dia


Pergi berjalan-jalan
Tentu dia gembira
Bersama kawan-kawan

Kucing Saya

Saya ada kucing comel


Miau miau bunyinya
Saya beri nama montel
Miau miau bunyinya

Minum susu montel suka


Miau miau bunyinya
Siang tidur malam jaga
Miau miau bunyinya

Kereta Merah

Bapaku pulang dari kota


Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pon, pon, pon, pon, pon,


Pon, pon, pon, pon,
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 PUISI

SEMAK KENDIRI 9.2


1. Berikan beberapa contoh lagu-lagu kanak-kanak yang anda kenal
pasti sangat sesuai diajar kepada kanak-kanak.
2. Kenal pasti komponen yang terkandung melalui lagu yang anda
pilih.
3. Bina sebuah puisi berserta melodi lagu ciptaan anda sendiri dan
persembahkannya.

 Puisi boleh memberikan sumber pengetahuan yang menyeronokkan.

 Irama, gambaran perkataan, pergerakan dan lagu merupakan satu


pendekatan bagi meningkatkan kemahiran mendengar dan berkomunikasi
kanak-kanak.

 Susunan perkataan pendek dalam puisi senang untuk diingati kanak-kanak


dan memberikan keyakinan diri kepada kanak-kanak untuk
menggunakannya.

 Galakan dan perhatian perlu diberikan oleh guru kepada kanak-kanak


supaya meminati aktiviti persembahan puisi melalui nyanyian dan
pergerakan.

 Guru perlu mempelbagaikan sumber dan bahan untuk menghasilkan


aktiviti puisi yang menarik dan menghiburkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PUISI  187

Aktiviti individu Lagu serantau


Aktiviti kumpulan Lagu ucapan
Lagu beraksi Permainan jari
Lagu dan nyanyian Puisi
Lagu permainan Puisi moden
Lagu rakyat Puisi tradisional

Godwin, D., & Perkins, M. (2002). Teaching language and literacy in the early
years (2nd ed.). David Fulton Publishers.
Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging
literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Nani, M. (2005). Permainan, lagu & puisi. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perancangan
10 Bahasa dan
Literasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan perancangan dalam pengajaran kurikulum melalui
bahan dan kandungannya yang sesuai;
2. Mengenal pasti kepelbagaian penyampaian dan hubungkaitnya
terhadap pengajaran; dan
3. Membincangkan persekitaran yang kondusif dan sesuai dalam setiap
peringkat perkembangan ketika bayi, kanak-kanak berjalan bertatih,
di taska dan prasekolah.

 PENGENALAN
Guru perlulah mengetahui bagaimana perancangan yang baik dalam merangka
pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan kurikulum dan
kesesuaian kepada perkembangan kanak-kanak. Pengetahuan guru dan
kesediaan untuk mengetahui lebih lanjut teknik pengajaran dalam komponen
bahasa dan literasi akan mewujudkan pembelajaran yang seronok dan efektif
dalam proses pendidikan. Pengalaman guru menggunakan bahasa secara lisan
(perbuatan/percakapan) amat penting dalam mengembangkan bahasa kanak-
kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan perkembangan bahasa
(kemahiran linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan
interaksi, kanak-kanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru dalam
kehidupan harian mereka (rujuk Rajah 10.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  189

Rajah 10.1: Perkaitan di antara kemahiran linguistik, kemahiran berinteraksi


dan kemahiran komunikasi terhadap perkembangan minda kanak-kanak

10.1 KURIKULUM
Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran
kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak sudah menguasai kemahiran asas bahasa
apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan
berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada
pembelajaran sepanjang hayat.

Bacaan perlu dilihat sebagai salah satu perkara yang harus menjadi keperluan
utama kanak-kanak dalam tahun-tahun perkembangan mereka (rujuk Rajah 10.2).
Jelas di sini bahawa perancangan dengan teliti adalah penting supaya dapat
menggalakkan kanak-kanak dari keciciran terutama dalam perancangan aktiviti
bahasa mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

Rajah 10.2: Bacaan boleh bermula dengan cara mendampingi


dan mencintai buku walaupun pada waktu rehat

10.1.1 Penyesuaian Bahan dan Kandungan


Bahasa sangat penting digunakan dalam semua aspek dan bidang. Kemahiran
bahasa dan komunikasi memberikan tumpuan kepada empat aspek iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada itu, penyesuaian
bahan dan kandungan melalui kemahiran mendiskriminasi dan kemahiran
menghafal adalah penting bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
membaca dan menulis.

Kepelbagaian bahan bacaan seperti dalam penyampaian perlu didedahkan


kepada kanak-kanak supaya bahan bacaan tersebut bukan sahaja untuk
menimba ilmu, malahan untuk menghiburkan dan mendisplinkan diri kanak-
kanak supaya mereka mengikut peraturan dan arahan dan tauladan yang sesuai.

Pengalaman lepas kanak-kanak boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran yang


berguna. Guru boleh menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kefahaman bahasa yang mereka perolehi. Ini adalah kerana melalui
bahasa kanak-kanak dapat belajar mengingat, menyimpan dan memindahkan
maklumat. Daya ingatan dapat ditingkatkan dengan latihan yang kerap melalui
aktiviti melihat sekali dan mengimbas semula.

Sebelum mengetahui bahan-bahan yang perlu disesuaikan dengan kandungan,


perlulah diketahui juga apakah kandungan yang terkandung di dalam
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  191

Di dalam buku Kurikulum Prasekolah Kebangsaan didapati komponen bahasa


dan komunikasi merangkumi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, Bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar di sekolah Tamil dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Secara umumnya, kandungan di dalam komponen bahasa dan komunikasi


terdiri daripada empat aspek atau kandungan utama seperti berikut:

(a) Kemahiran Mendengar


Kanak-kanak boleh membezakan sesuatu bunyi dan memahami apa yang
didengar. Penggunaan bahan seperti radio, vcd, tv dan alat pandang
dengar lain, merupakan salah satu cara untuk membolehkan kanak-kanak
tahu untuk membezakan dan memahami bunyi melalui aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian.

(b) Kemahiran Bertutur


Kanak-kanak dapat menyebut bunyi dan perkataan yang betul. Selain itu,
kanak-kanak dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara
berkesan dan bertatasusila. Bercakap ketika sesi soal jawab, bercerita, atau
berlakon merupakan salah satu cara yang boleh meningkatkan keyakinan
dan kemahiran kanak-kanak untuk menggunakan perkataan dengan betul
ketika bercakap.

(c) Kemahiran Membaca


Kanak-kanak boleh mengucap apa yang tertulis dan bercetak. Di samping
itu mereka boleh memahami makna perkataan ataupun ayat yang dibaca.
Pendekatan melalui penggunaan bahan bacaan melalui buku cerita dan
buku latihan boleh dilakukan sebagai bahan yang boleh meningkatkan
kemahiran bertutur kanak-kanak.

(d) Kemahiran Menulis


Kanak-kanak dapat menguasai motor halus sehingga boleh menulis huruf dan
perkataan serta dapat menulis ayat-ayat mudah. Penggunaan bahan seperti
buku-buku latihan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak boleh
digunakan untuk mengemaskinikan cara pemegangan pensil dan penulisan
dengan lebih baik lagi. Aktiviti melukis juga dapat membantu kanak-kanak
untuk membina keyakinan diri sebelum dapat menulis huruf-huruf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

AKTIVITI 10.1

Pada pandangan anda, apakah kelebihan aktiviti-aktiviti yang


dijalankan bagi memenuhi empat aspek komponen bahasa dan
komunikasi?

10.1.2 Mempelbagaikan Penyampaian


Sama ada pengajaran dan aktiviti adalah secara spontan atau dirancang,
penggunaan bahasa merupakan satu aspek yang penting. Pengalaman lepas
adalah merupakan asas kepada kesemua kesenian bahasa kerana kanak-kanak
berjaya bergantung kepada bagaimana mereka memahami sesuatu yang berlaku.

Kebolehan menggunakan bahasa merupakan salah satu daripada pencapaian


yang penting bagi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Bagi kebanyakan
kanak-kanak, bahasa adalah saluran utama untuk pernyataan diri, tidak setakat
membolehkan mereka berhubung dengan orang lain sahaja. Melalui bahasa yang
digunakannya, kanak-kanak dapat mencerminkan perasaannya, ideanya,
konsep-konsepnya serta minat dan keupayaannya. Bahasa juga merupakan satu
saluran yang terpenting dalam usaha mendidik dan membudayakan kanak-
kanak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa adalah
perkara yang terpenting di dalam pertumbuhan dan perkembangan intelek dan
keupayaan pembelajaran kanak-kanak.

Satu daripada tanggungjawab utama pendidikan prasekolah ialah melalui


kaedah penyampaian mereka melalui memperluaskan dan memperkayakan
kemahiran-kemahiran lisan kanak-kanak. Ini dapat dilaksanakan dengan
mendedahkan serta memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri
secara aktif di dalam pengalaman-pengalaman dan aktiviti-aktiviti bahasa.
Hanya penggunaan bahasa dengan aktif dapat menentukan perkembangannya.
Kemahiran bertutur dan mendengar dan seterusnya membaca dan menulis
adalah berkait rapat dan akan berkembang dengan sempurna apabila kanak-
kanak berpeluang menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti yang beraneka
bentuk.

Aktiviti-aktiviti prasekolah yang berhubung dengan bahasa hendaklah


dirancangkan supaya kanak-kanak berpeluang bertutur dengan bebas dan
memberi kesempatan orang lain bertutur dengannya, serta membolehkan
mereka merasa yakin tentang kemahiran bahasa mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  193

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan bertujuan adalah untuk memenuhi empat


bidang perkembangan bahasa seperti berikut:
(a) Kemahiran lisan melalui pendengaran dan pertuturan;
(b) Kemahiran prabacaan dan awal bacaan;
(c) Kemahiran pratulis dan awal bacaan; dan
(d) Minat dan sikap terhadap pembacaan.

Aktiviti-aktiviti ini melibatkan kanak-kanak mendengar cerita, melihat gambar-


gambar, berbincang bersama guru, dan juga sesama mereka mengenai
pengalaman-pengalaman mereka, bermain dengan huruf-huruf serta perkataan-
perkataan yang mudah dan mengenali serta menggunakan buku-buku.

Rajah 10.3: Jaringan perkaitan dalam perkembangan bahasa dan komunikasi


awal kanak-kanak
Sumber: Machado, J. M. (2002)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

Berdasarkan Rajah 10.3, berfikir merupakan kunci utama kepada kemahiran


bahasa dan komunikasi yang baik.Terdapat pelbagai kaedah penyampaian yang
membantu kanak-kanak untuk berfikir dan seterusnya dapat menguasai setiap
komponen bahasa dan komunikasi mereka. Antaranya:

(a) Mendengar
Kemahiran mendengar sangat penting kepada kanak-kanak. Pengalaman
mendengar bunyi dan perkataan akan membantu kemahiran mendengar.
Guru sebaiknya memberikan arahan kepada kanak-kanak supaya
mengikuti arahan pertama, seterusnya dan akhir, supaya mereka mudah
memahaminya.

(b) Bercakap
Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan
dengan betul, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di
samping merangsang kebolehan membentuk ayat yang lengkap. Aktiviti
kuiz melatih kanak-kanak dalam penggunaan soalan seperti siapa, di
mana, bagaimana, bila dan mengapa. Penyampaian dalam bentuk
nyanyian dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut perkataan
dan rangkai kata yang berirama. Melalui nyanyian juga kanak-kanak dapat
meningkat perbendaharaan kata kanak-kanak.

(c) Prabaca
Aspek penyampaian perlulah melalui cara melihat kanak-kanak membaca.
Penyampaian dengan cara pengenalan abjad menggunakan bahan bantu
mengajar dan bahan bacaan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca.
Guru perlulah menyediakan persekitaran yang merangsangkan minat
membaca. Sudut bacaan dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dapat
menarik minat kanak-kanak untuk membaca.

(d) Pratulis
Kaedah penyampaian lebih tertumpu kepada bagaimana kanak-kanak
menggunakan pensil dan peralatan menulis untuk menulis. Penggunaan
buku latihan adalah satu kaedah penyampaian yang biasa dilakukan.
Buku-buku tulisan adalah sebagai cara kanak-kanak meniru ketika
menulis. Mereka boleh menulis mengikut bentuk dan saiz yang
dikehendaki melalui bantuan guru, atau melakukannya sendiri setelah
mahir. Selain itu, guru boleh mencipta buku cerita melalui helaian kerja
yang dihimpunkan sama ada mengandungi gambar atau tidak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  195

AKTIVITI 10.2

Senaraikan beberapa kaedah pengajaran bagi kemahiran membaca dan


menulis kanak-kanak yang biasa anda lihat di prasekolah.

10.1.3 Menghubungkan Pelbagai Bidang


Pelbagai bidang boleh dihubungkan dengan bacaan dan komunikasi kanak-
kanak. Penggunaan tema dapat menghubungkan antara satu bidang dengan
bidang yang lain. Walau bagaimanapun, guru perlulah mempertimbangkan
pengabungan bidang-bidang subjek yang berlainan. Bahasa dan komunikasi
merupakan nadi perhubungan kepada kesemua bidang atau komponen
pengajaran kanak-kanak. Antara yang boleh digabungjalinkan termasuklah
kognitif (sains dan matematik), kreativiti dan estetika, fizikal dan kesihatan,
sosio emosi, dan pendidikan Islam dan Moral (rujuk Rajah 10.4).

Rajah 10.4: Model Konseptual Kurikulum yang mengaitkan bahasa dan komunikasi
sebagai pusat perantaraan bagi kesemua komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Sumber: Buku Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003)

(a) Sains dan Matematik


Melalui sains kanak-kanak didedahkan mengenai tubuh badan, alam
sekitar, makanan dan kesihatan, keselamatan, bumi dan cakerawala dan
benda-benda bukan hidup. Banyak buku-buku berkaitan sains yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

mengandungi pelbagai istilah sains, gambar dan ilustrasi yang sesuai


untuk menambahkan perbendaharaan kata mereka.

Aktiviti matematik (rujuk Rajah 10.5) pula banyak boleh dilakukan


berkenaan pengenalan konsep nombor. Apabila kanak-kanak didedahkan
dengan pengalaman awal dalam mengenal nombor sama ada memadan
simbol dengan objek, operasi nombor dan pengukuran masa dan wang,
kanak-kanak akan cuba memerhati dan menyebutnya. Adakalanya mereka
perlu menulis nombor dan perkataan di bawahnya. Sebagai contoh nombor
1 ă satu, 2 ă dua, 3 ă tiga dan seterusnya.

Rajah 10.5: Melalui aktiviti pengiraan, kanak-kanak akan menyebut nombor terbabit dan
diperhatikan oleh rakan-rakannya. Komunikasi dua hala memberikan mereka lebih
yakin untuk bersosial dan bekerjasama di dalam kumpulan.
Sumber: Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak, UPSI

(b) Kreativiti dan Estetika


Kreativiti dan estetika memerlukan kanak-kanak untuk menghasilkan
sesuatu yang baru dan meneroka pelbagai bahan mewarna, melukis,
membentuk dan mengetahui fungsinya. Aktiviti melukis misalnya,
memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk menggunakan motor
halus seperti memegang pensil atau berus lukisan. Setiap hasil kerja
mereka boleh dilebalkan dengan menulis nama dan tarikh serta tajuk
aktiviti dibawahnya. Ini menggalakkan kanak-kanak untuk menulis dan
membaca.

(c) Fizikal, Kesihatan dan Keselamatan


Kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan aktiviti pergerakan melalui
permainan seperti teng-teng, congkak dan sebagainya. Di situ memerlukan
kanak-kanak untuk berinteraksi secara verbal atau bukan verbal bagi
memenuhi keperluan peraturan dan kerjasama dalam bermain permainan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  197

Aktiviti lain seperti bermain basikal di sekitar prasekolah dalam


keselamatan jalan raya yang memerlukan kanak-kanak mematuhi
peraturan. Kanak-kanak akan cuba memahami setiap papan tanda yang
mengandungi perkataan atau simbol tertentu sebagai arahan bagi setiap
perjalanan mereka.

(d) Pendidikan Islam dan Moral


Pendidikan Islam dan Moral dalam menyampaikan nilai-nilai murni,
akhlak mulia dan penghayatan terhadap mencintai agama, bangsa dan
negara. Aktiviti yang memerlukan kanak-kanak berkomunikasi seperti
mengadakan aktiviti bercerita kisah nabi atau tauladan, mengenal huruf-
huruf jawi dan membaca Quran, melafazkan doa-doa mudah, nyanyian
patriotik atau nasyid, lakonan dan sebagainya.

(e) Sosio Emosi


Perkembangan sosio emosi kanak-kanak boleh dilakukan melalui
pencapaian emosi yang positif. Kanak-kanak perlu bekerjasama melalui
komunikasi ketika berurusan dengan emosi mereka supaya melahirkan
perasaan gembira dan berupaya untuk menunjukkan kemajuan di sekolah.

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Bahasa dan komunikasi adalah nadi atau pusat kepada
perkembangan komponen-komponen Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Jelaskan fungsinya.
2. Berikan contoh lain bagi menggambarkan perkaitan antara
komponen-komponen tersebut.

10.2 PERSEKITARAN
Persekitaran pada kanak-kanak sangat penting memandangkan pengaruhnya
yang cukup besar di samping faktor genetik. Persekitaran yang positif dapat
menyediakan sosialisasi kanak-kanak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Kita
lihat dalam persekitaran yang aman, sejahtera dan terhindar dari pelbagai
pencemaran alam, dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti dan
bertamadun. Kesan daripada peperangan, pencemaran, gejala sosial yang teruk,
memberikan kesan jangka masa pendek dan panjang kepada kesejahteraan
penduduk khususnya kepada kanak-kanak. Penting dalam melihat dan
mengekalkan persekitaran yang positif dan pengaruhnya kepada kanak-kanak
dalam aspek perkembangan bahasa dan komunikasi mereka yang selesa,
selamat, cemerlang dan sejahtera.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
198  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

10.2.1 Bayi dan Kanak-kanak Berjalan Bertatih-tatih


Terdapat banyak teori dan sumber maklumat tentang bagaimana bayi
berkembang dan membesar. Faktor yang paling penting dalam proses perolehan
bahasa ialah interaksi orang dewasa terutama pengasuh atau ibu bapa terhadap
bayi. Bunyi perkataan yang lembut dan lunak itulah yang membantu bayi
bergerak balas apabila dia ketakutan atau terganggu. Bunyi-bunyi ini mungkin
suara ibu bapa, nada dan rima nyanyian lagu, atau suara yang lembut dan
menghiburkan.

(a) Bunyi sebagai Bahasa


Bayi mendengar dan bergerak balas kepada bunyi bahasa. Di peringkat
permulaannya, bayi mengeluarkan bunyi mereka sendiri. Bunyi membantu
bayi untuk menyatakan keperluan dan melahirkan emosi mereka.
Misalnya, dalam masa tiga bulan pertama bayi belajar menangis dengan
cara yang berlainan yang menunjukkan bahawa mereka lapar, berasa tidak
selesa, dan meluahkan perasaan lain. Pada akhir tempoh tiga bulan, bunyi
mendekut (cooing) dilahirkan untuk menunjukkan perasaan seronok. Pada
usia lebih kurang enam bulan, bayi akan menambahkan bunyi mendekut
sebagai menambahkan jenis bunyinya.

(b) Membaca kepada Bayi


Buku boleh dibacakan dan hendaklah dibacakan kepada kanak-kanak dari
sejak waktu dia lahir. Buku itu pula mestilah daripada jenis yang tahan
kalau bayi mahu memegangnya. Buku-buku yang berkulit keras, berkertas
keras dan tebal, buku-buku daripada plastik merupakan buku-buku yang
baik sebagai permulaan. Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku
hendaklah gambar-gambar yang mudah, oleh sebab setiap bayi tidak dapat
menumpukan perhatiannya kepada gambar-gambar yang berserabut
meskipun mereka mula melihat halaman-halaman buku.

Satu aspek penting yang harus dipertimbangkan berhubung dengan


penggunaan buku pada peringkat bayi ialah sikap pengasuh atau ibu bapa
terhadap buku. Buku seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang istimewa.
Konsep menghormati buku sentiasa boleh dijadikan contoh. Buku berkulit
lembut sukar untuk digunakan oleh bayi kerana buku-buku seperti ini
tidak tahan dengan cara kebanyakan bayi memegang buku. Ini tidaklah
bermakna bahawa guru itu harus mendapatkan buku seperti itu. Tetapi,
guru hendaklah lebih mengawasi penggunaan buku seperti itu. Tidak salah
jika dikatakan bahawa buku itu akan disimpan oleh guru. Ia sentiasa boleh
dikongsi kembali. Pendekatan seperti ini membolehkan guru
menggunakan banyak buku untuk kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  199

(c) Penggunaan Alat Bantu Mengajar


Apabila membaca buku kepada bayi, jika mahu seseorang bolehlah
menggunakan prop seperti anak patung bersama dengan pembacaan itu.
Penggunaan boneka, kereta mainan, dan objek-objek lain yang berkesan
yang mungkin menjadi watak di dalam cerita ini akan meningkatkan lagi
pengalaman membaca. Objek-objek ini akan menghubungkan bayi itu
dengan cerita dengan cara yang positif dan bersahaja.

10.2.2 Taska
Kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga dan empat tahun sentiasa sahaja
bertanya soalan "mengapa itu", dan "mengapa ini". Soalan-soalan ini merupakan
beban dan kadang kala menjadi ganjaran kepada perancangan guru-guru di
peringkat taska. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat berminat kepada diri
dan keluarga mereka sendiri. Mereka terpesona dengan dunia di sekeliling
mereka, tetapi mereka kini menyedari bahawa ini termasuklah juga yang lain-
lain di luar mahupun di dalam persekitaran mereka. Pada waktu inilah
berlakunya peluasan dan pertumbuhan pengetahuan. Kanak-kanak di peringkat
taska seolah-olah seperti ÂspanÊ yang boleh menyerap semua maklumat. Mereka
sentiasa mahu bertanya dan ingin tahu mengenai semua perkara secara spontan.

(a) Unsur Kecindan


Ada lagi aspek-aspek kecindan atau jenaka yang sangat diminati oleh kanak-
kanak pada peringkat ini. Kanak-kanak yang berusia tiga atau empat tahun
suka kepada hiburan dan mentertawakan perkataan-perkataan tertentu.

(b) Permainan Luar Kelas


Fantasi dan imaginasi merupakan faktor utama dalam pemikiran kanak-
kanak ini. Kanak-kanak taska suka melakukan aktiviti di luar kelas seperti
bermain pondok-pondok dan melaksanakan peranan olok-olok dalam
permainan mak-mak sebagai memenuhi keperluan ingin tahu mereka
mengenai dunia sebenar. Pada peringkat ini, ÂPak Pandir dan Mak AndirÊ
bukan hanya merupakan sebuah kisah rakyat yang diceritakan oleh guru.
Ia merupakan suatu peristiwa yang boleh dilakonkan secara serius dan
secara humor dengan hanya menggunakan beberapa prop sahaja di
persekitaran persekolahan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

10.2.3 Prasekolah
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak terus membina kemahiran bahasa dan
menambahkan kosa kata mereka. Mereka dapat menggunakan bahasa sebagai
alat bagi memahami diri mereka sendiri dan alam persekitaran mereka. Mereka
dapat menggunakan dengan betul berbagai-bagai struktur tatabahasa dan ayat.
Pada umumnya penulisan kanak-kanak prasekolah terdiri daripada lukisan,
yang merupakan percubaan untuk melahirkan perasaan. Sama ada guru dapat
mengenali apa yang dilukis oleh kanak-kanak itu, kerja seni memberikan seribu
makna yang tertentu kepada kanak-kanak. Peranan guru pada peringkat ini
adalah untuk memberikan interaksi yang banyak kepada kanak-kanak dengan
cara mendengar, menjawab soalan, mengemukakan soalan, menyediakan
contoh-contoh bahasa dan berkongsi pelbagai pengalaman.

(a) Kelainan dan Perbezaan


Kanak-kanak mudah terpesona dengan sesuatu kelainan. Mereka dapat
melihat perbezaan dan kelainan pada jantina, saiz, keadaan yang tidak
sempurna, pada rumah dan sebagainya. Seperti yang dijangkakan, mereka
mahu tahu mengapa terjadi perbezaan ini. Ini merupakan sebahagian dari
dunia realiti yang perlu guru ceritakan dengan cara yang positif.
Bagaimana sesuatu kebaikan perlu mengatasi kejahatan dan tidak semua
manusia itu mempunyai kesempurnaan. Walau bagaimanapun,
kekurangan itu boleh dipertingkatkan dengan cara yang positif seperti
berusaha sehingga berjaya dengan mengambil beberapa kisah masa kini
mengenai manusia yang berjaya dan cemerlang di dalam pendidikan.

(b) Ruang Bacaan Luar Kelas


Ruang bacaan seharusnya lebih mencabar. Menyediakan peralatan aktiviti
luar kelas bagi meningkatkan kefahaman dan merapatkan hubungan
kanak-kanak mengenai persekitaran perlu diperbanyakkan. Antaranya
dengan menyediakan seperti khemah, rumah rehat, bercucuk tanam, taman
bunga dan haiwan, kolam air dan sebagainya ialah pilihan yang baik.
Penempatan sesuatu ruang membaca di luar kelas perlu diberikan
perhatian. Cahaya matahari seharusnya digunakan untuk meningkatkan
tahap kecerdasan kanak-kanak terutama dalam memberikan tenaga
dalaman kepada mereka. Oleh yang demikian, memilih ruang bacaan di
luar kelas sangat digalakkan.

(c) Ruang Bacaan dalam Kelas


Menyedari akan keperluan golongan kanak-kanak peringkat umur ini
untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan "mengapa" terhadap
benda-benda yang ditanyakan, maka wajarlah kita mewujudkan ruang
bacaan yang kreatif. Kita boleh memasukkan maklumat tentang peredaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  201

musim, pokok dan perjalanan bintang-bintang. Poster-poster yang


menerangkan apa yang terkandung dalam tubuh, gunung dan bumi
merupakan pilihan yang sesuai untuk menghiasi dinding. Meletakkan
model haiwan yang sebenar berdekatan dengan ruang bacaan adalah suatu
idea yang baik, terutama sekali apabila kita menumpukan perhatian
kepada kisah-kisah binatang.

Jelaslah, idea-idea ini memerlukan perancangan yang teliti. Walau


bagaimanapun, memasukkan benda-benda itu sebagai sebahagian
daripada pelajaran, membantu merangsang motivasi pada kanak-kanak.
Terdapatnya prop selepas buku itu dibacakan akan menggalakkan kanak-
kanak mencipta semula atau membina kisah dalam buku itu dengan cara
bercakap atau melakonkannya. Menjadikan ruang bacaan mudah di ubah-
ubah akan membantu pembaca dan kanak-kanak itu terus berinteraksi
secara kreatif dengan buku.

(d) Sosialisasi Kanak-kanak


Kanak-kanak di peringkat tadika berjaya dalam banyak tugasnya.
Kemahiran mereka banyak menunjukkan sikap tidak bergantung pada
orang lain. Pengawasan guru tidak perlulah secara langsung seperti bagi
peringkat perkembangan yang lebih awal. Kanak-kanak tadika adalah aktif
dan seronok menikmati permainan luar yang aktif. Terdapat kerjasama
yang lebih dalam permainan di rumah dan di sekolah. Sebaliknya,
pergaulan antara mereka yang berusia lima dan enam tahun dapat
menampilkan kemahiran dan kebolehan yang luas. Lagipun, kanak-kanak
tadika ini mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan
dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Sikap yang mementingkan apa orang
lain kata boleh menyebabkan keengganan untuk turut serta dalam kegiatan
kecuali yang lain-lain itu terlibat lebih dahulu. Kadangkala guru hendaklah
melibatkan kanak-kanak seperti ini dalam kegiatan sebelum mereka
mengetahuinya. Kegiatan dan cerita hendaklah dipilih untuk mengekalkan
minat yang aktif kanak-kanak ini.

Libatkan sama kanak-kanak itu dalam perancangan, pembinaan dan


pengubahan kawasan. Tahun pertama hendaklah dimulai dengan hanya
memperuntukkan satu ruang di dalam bilik. Bawa masuk bahan-bahan dan
bincangkan bagaimana ruang bacaan dapat diwujudkan. Lebih ramai
kanak-kanak yang terlibat dalam perancangan, lebih mendalam
penglibatan emosi mereka terhadap ruang bacaan. Kebanyakan idea,
walaupun pada mulanya kelihatan mustahil, boleh menjadi kenyataan
pada takat tertentu. Dengan sedikit imaginasi, seseorang dapat mencipta
taman, planet, gua, hutan dan pondok di atas bagi sebuah ruang bacaan
dalam bilik darjah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

(e) Isu-isu Semasa


Isu-isu yang menimbulkan masalah meninggalkan kesan yang buruk
kepada kanak-kanak. Isu yang sama yang menimbulkan konflik kepada
guru boleh menyeksa perasaan kanak-kanak. Apabila guru dalam hidup
seseorang kanak-kanak itu mengalami tekanan perasaan akibat kematian,
perceraian, perpisahan, pengangguran, atau kesukaran peribadi lain,
mereka sering cuba melindungi kanak-kanak itu turut merasakan
kesannya. Malangnya, keadaan ini jarang berjaya. Walau bagaimanapun,
kanak-kanak itu tetap merasakan akibatnya. Apabila ini berlaku mereka
juga boleh merasakan diri mereka tersisih. Merasa tersisih atau dipencilkan
jarang-jarang dapat menolong sesiapa yang menghadapi masalah.
Berkongsi perasaan merupakan jalan keluar yang dapat melegakan tekanan
perasaan ini dan ia merupakan permulaan kepada proses penyembuhan.
Membaca buku tentang topik ini dapat membantu kanak-kanak memahami
apa yang sedang berlaku.

Isu lain yang menjadi tumpuan keprihatinan kanak-kanak prasekolah


termasuklah soalan anak angkat dan kanak-kanak cacat. Sering kita dengar
bahawa kanak-kanak sendiri boleh bersikap kejam terhadap kanak-kanak
lain yang cacat sifatnya. Manakala tingkah laku kasar seperti itu boleh
berlaku, kebanyakan kanak-kanak akan bertindak dengan lebih lembut dan
bersikap lebih kasihan kepada kanak-kanak yang malang seperti itu apabila
diberikan peluang mengetahui tentang bagaimana perbezaan sifat itu boleh
berlaku. Bagi kebanyakan mereka, kebimbangan terhadap suatu kecacatan
atau situasi dan kejahilan mendorong berlakunya tindak-tanduk yang tidak
bertimbang rasa itu. Jadi guru perlulah memastikan tiada penindasan dan
memberika keadilan dalam sesuatu situasi yang berlaku dengan baik.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Jelaskan perbezaan di antara alam bayi, kanak-kanak taska dan


prasekolah.
2. Apakah kelebihan persekitaran terhadap perkembangan kanak-
kanak? Jelaskan.
3. Bagaimanakah caranya untuk memupuk semangat cintakan alam
sekitar di dalam diri kanak-kanak?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI  203

 Guru perlu pandai merancang pengajaran kurikulum melalui bahan dan


kandungannya yang sesuai.

 Kepelbagaian penyampaian sangat penting untuk mengabungjalinkan


setiap komponen pengajaran dan pembelajaran.

 Persekitaran yang kondusif dan sesuai perlu di bina dalam melahirkan


perkembangan kanak-kanak yang optimum dan berkesan.

 Peringkat perkembangan ketika bayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih,


di taska dan di prasekolah adalah berbeza dan perlu dirancang dan
dilaksanakan dengan pendekatan yang berbeza.

Gabung jalin Mempelbagaikan penyampaian


Kemahiran bertutur Menghubungkan pelbagai bidang
Kemahiran linguistik Persekitaran bayi dan kanak-kanak
berjalan bertatih-tatih
Kemahiran membaca
Persekitaran prasekolah
Kemahiran mendengar
Persekitaran taska
Kemahiran menulis

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (2003).


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging
literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning.
Rohani Abdullah; Nani, M., & Sharani A. (2004). Panduan kurikulum prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like