You are on page 1of 206

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBSE3303
Ciri-ciri dan Perkembangan Kanak-kanak
Berkeperluan Khas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBSE3303
CIRI-CIRI DAN
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN
KHAS
Julia Jantan
Siti Suhaila Samian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Julia Jantan


Siti Suhaila Samian
Politeknik Johor Bahru

Penyederhana: Amir Hamzah Aman

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2007


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Mac 2011, HBSE3303
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus    xi‐xiv 
 
Topik 1  Penerokaan Perkembangan Kanak‐Kanak  1 
1.1  Definisi Perkembangan  2 
  1.1.1  Skop Perkembangan  3 
  1.1.2  Pengaruh Persekitaran dan Didikan  6 
1.2   Teori‐Teori Perkembangan Kanak‐Kanak  8 
  1.2.1  Teori Psikoanalitik  9 
  1.2.2  Teori Behaviorisme dan Pembelajaran Sosial  10 
  1.2.3  Teori Biologikal  11 
  1.2.4  Teori Kognitif  12 
1.3  Kajian Perkembangan Kanak‐Kanak  13 
  1.3.1  Falsafah Kajian  13 
  1.3.2  Kaedah‐Kaedah Kajian  15 
  1.3.3  Bentuk‐Bentuk Kajian  17 
Rumusan     18 
Kata Kunci     19 
Rujukan    19 
 
Topik 2  Genetik Dan Keturunan  20 
2.1  Bagaimana Genetik Diperturunkan  21 
  2.1.1  Reproduksi Manusia dan Pembahagian Sel  22 
2.2  Kecacatan Baka  25 
  2.2.1  Trait Dominan‐Resesif  25 
  2.2.2  Keabnormalan Kromosom Sindrom Down, Sindrom 
Klinefelter, Sindrom Turner, Sindrom Xxx,  
    Sindrom Xyy  26 
  2.2.3  Screening Prenatal dan Ujian Genetik  28 
2.3  Interaksi Gen dan Persekitaran  30 
  2.3.1  Julat Reaksi  30 
  2.3.2  Perubahan Perhubungan Antara Persekitaran dan 
Didikan  31 
 
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv X ISI KANDUNGAN

Rumusan     32 
Kata Kunci     33 
Rujukan     33 
 
Topik 3  Terencat Akal  34 
3.1  Definisi Terencat Akal  35 
3.2  Punca‐Punca Kerencatan Akal  37 
  3.2.1  Faktor Genetik  38 
  3.2.2  Kerosakan/Kecederaan Otak  39 
  3.2.3  Jangkitan  39 
  3.2.4  Faktor Persekitaran  40 
3.3  Kriteria Psikologi dan Tingkah Laku  41 
  3.3.1  Tumpuan  41 
  3.3.2  Ingatan  41 
  3.3.3  Perkembangan Bahasa  42 
  3.3.4  Pencapaian Akademik  42 
  3.3.5  Perkembangan Sosial  42 
3.4  Kaedah Pengajaran  43 
  3.4.1  Kurikulum dan Bahan Yang Sesuai  43 
  3.4.2  Aktiviti Yang Sesuai  44 
  3.4.3  Interaksi Dengan Pelajar Normal  44 
  3.4.4  Pengajaran Berasaskan Komuniti  45 
  3.4.5  Penglibatan Ibu Bapa  45 
Rumusan     46 
Kata Kunci     47 
Rujukan     47 
 
Topik 4  Masalah Pembelajaran  48 
4.1  Definisi  49 
4.2  Kecacatan Baka  50 
  4.2.1  Autisme  50 
4.3  Punca‐Punca Masalah Pembelajaran  53 
  4.3.1  Faktor Biologikal  53 
  4.3.2  Faktor Genetik  54 
  4.3.3  Faktor Persekitaran  54 
4.4  Kriteria Psikologi dan Tingkah Laku  55 
  4.4.1  Masalah Pencapaian Akademik  55 
  4.4.2  Masalah Persepsi dan Koordinasi  59 
  4.4.3  Masalah Memori dan Kognitif  59 
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN W v

  4.4.4  Masalah Sosial Emosi  60 


4.5   Pertimbangan Dari Aspek Pendidikan  61 
  4.5.1  Kaedah Pengajaran Untuk Masalah Akademik  61 
Rumusan     63 
Kata Kunci     64 
Rujukan     64 
 
Topik 5  Kecelaruan Emosi dan Tingkah Laku  66 
5.1  Definisi Kecelaruan Emosi dan Tingkah Laku  67 
5.2    Kategori Kecelaruan Emosi dan Tingkah Laku  69 
  5.2.1  Attention‐Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)  70 
  5.2.2  Masalah Kerisauan/Anxiety Disorder  72 
5.3  Punca‐Punca Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku  73 
  5.3.1  Faktor Biologikal  74 
  5.3.2  Faktor Keluarga  75 
  5.3.3  Faktor Sekolah  76 
  5.3.4  Faktor Budaya  76 
5.4  Kriteria Psikologi dan Tingkah Laku  77 
  5.4.1  Kecerdasan dan Pencapaian  77 
  5.4.2  Pencapaian Sosial dan Emosi  78 
  5.4.3  Kriteria Berkaitan Kecederaan Otak  79 
  5.4.4  Kriteria Berkaitan Skizofrenia Dan Autisme  79 
5.5  Pertimbangan Dari Aspek Pendidikan  82 
  5.5.1  Mengimbangi Kawalan Tingkah Laku Dengan 
Akademik dan Pembelajaran Sosial  83 
  5.5.2  Kepentingan Perkhidmatan Sokongan  84 
Rumusan     84 
Kata Kunci     85 
Rujukan     85 
 
Topik 6  Masalah Komunikasi  87 
6.1  Definisi Masalah Komunikasi  88 
6.2    Perkembangan Bahasa  89 
  6.2.1  Kesinambungan Perkembangan Bahasa  89 
  6.2.2  Teori‐Teori Perkembangan Bahasa  93 
6.3  Masalah Bahasa  94 
  6.3.1  Klasifikasi  94 
  6.3.2  Strategi Penilaian dan Pengesanan Awal  95 
  6.3.3  Masalah Bahasa Di Kalangan Kanak‐Kanak Autisme  96 
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
vi X ISI KANDUNGAN

  6.3.4  Kelewatan Perkembangan Bahasa  97 


6.4  Variasi Masalah Komunikasi  99 
  6.4.1  Masalah Pertuturan  99 
  6.4.2  Masalah Suara  100 
  6.4.3  Masalah Artikulasi  101 
  6.4.4  Masalah Pertuturan Akibat Kerosakan Saraf  101 
6.5   Pengesanan Awal  102 
6.6   Peralihan  104 
Rumusan     105 
Kata Kunci     106 
Rujukan     106 
 
Topik 7  Masalah Pendengaran  107 
7.1  Definisi Masalah Pendengaran  108 
7.2    Jenis‐Jenis Masalah Pendengaran  110 
  7.2.1  Konduktif  110 
  7.2.2  Sensori Neural  111 
  7.2.3  Campuran Kehilangan Pendengaran (Konduktif dan 
Sensori Neural)  111 
7.3  Anatomi Telinga  112 
7.4  Pengukuran Kemampuan Pendengaran  114 
  7.4.1  Ujian Bunyi Tulin (Pure Tone Audiometry)  115 
  7.4.2  Audiometri Pertuturan (Speech Audiometry)  116 
7.5   Punca‐Punca Masalah Pendengaran  117 
  7.5.1  Kerosakan Di Bahagian Telinga Luar  117 
  7.5.2  Kerosakan Di Bahagian Telinga Tengah  117 
  7.5.3  Kerosakan Di Bahagian Telinga Dalam  118 
  7.5.4  Jangkitan  118 
  7.5.5  Faktor‐Faktor Lain  119 
7.6   Kriteria Psikologi dan Tingkah Laku  119 
  7.6.1  Perkembangan Bahasa dan Pertuturan  120 
  7.6.2  Kemampuan Intelek  120 
  7.6.3  Pencapaian Akademik  121 
  7.6.4  Penyesuaian Sosial  122 
7.7   Pertimbangan Dari Aspek Pendidikan  122 
  7.7.1  Pendekatan Lisan – Auditori Verbal  122 
  7.7.2  Komunikasi Seluruh  123 
  7.7.3  Bacaan Bibir  123 
 
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN W vii

Rumusan    124 
Kata Kunci    125 
Rujukan    125 

Topik 8  Pintar Cerdas  127 


8.1  Definisi Pintar Cerdas  128 
8.2    Teori‐Teori Kecerdasan  129 
8.2.1  Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner  129 
8.2.2  Teori Triachic Sternberg  134 
8.2.3  Mengukur Kecerdasan  135 
8.3    Kriteria Fizikal, Psikologi dan Tingkah Laku  138 
8.3.1  Siapakah Kanak‐Kanak Pintar Cerdas?  138 
8.3.2  Ciri‐Ciri Pembelajaran Kanak‐Kanak Pintar Cerdas  138 
8.3.3  Ciri‐Ciri Kreativiti Kanak‐Kanak Pintar Cerdas  139 
8.3.4  Tahap‐Tahap Kanak‐Kanak Pintar Cerdas  139 
8.3.5  10 Langkah Memperkembangkan Keupayaan Kanak‐
Kanak Pintar Cerdas  139 
8.4  Pertimbangan Dari Aspek Pendidikan  140 
8.4.1  Pengayaan (Enrichment)  141 
8.4.2  Peningkatan (Acceleration)  142 
8.4.3  Guru‐Guru Kanak‐Kanak Pintar Cerdas  142 
8.5   Pengesanan Awal  143 
Rumusan    144 
Kata Kunci     145 
Rujukan    145 

Topik 9  Perkembangan Diri, Gender dan Moral  146 


9.1   Perkembangan Diri  147 
9.1.1  Perkembangan Konsep Kendiri  147 
9.1.2  Perubahan Dalam Harga Kendiri  152 
9.2    Perkembangan Peranan‐Jantina  155 
9.2.1  Teori Perkembangan Peranan‐Jantina  155 
9.2.2  Perkembangan Peranan‐Jantina  158 
9.2.3  Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya  161 
9.3    Perkembangan Moral  162 
9.3.1  Penaakulan Moral  162 
9.3.2  Peranan Emosi: Rasa Bersalah dan Empati  164 
9.3.3  Tingkah Laku Moral: Altruisme dan Agresif  166 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii X ISI KANDUNGAN

Rumusan     167 
Kata Kunci     168 
Rujukan     168 
 
Topik 10  Perkembangan Emosi, Perhubungan Keluarga serta Pengaruh 
Persekitaran  170 
10.1  Perkembangan Emosi  170 
  10.1.1  Emosi Asas  171 
  10.1.2  Perkembangan Temperamen  171 
  10.1.3  Perkembangan Pertautan  174 
10.2   Perhubungan Kekeluargaan  177 
  10.2.1  Gaya Keibubapaan  177 
  10.2.2  Cara Membesarkan Anak–Displin, Ganjaran dan 
Hukuman  179 
  10.2.3  Cadangan Cara yang Wajar Membesarkan Anak  181 
10.3   Pengaruh Persekitaran  183 
  10.3.1  Pengaruh Rakan Sebaya dan Persahabatan  183 
  10.3.2  Kanak‐Kanak dan Media  185 
Rumusan     185 
Kata Kunci     186 
Rujukan     186 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x X PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBSE3303 Ciri-ciri dan Perkembangan Kanak-kanak Berkeperluan Khas adalah
kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti
Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai tiga jam kredit yang akan dijalankan
dalam masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang
Pendidikan Khas dengan Kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


OUM telah menetapkan piawai yang memerlukan seseorang pelajar mengumpul
masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus ini
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa adalah seperti dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii X PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20


JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti modul ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan proses perkembangan kanak-kanak dari aspek pra-natal,
fizikal, kognitif dan bahasa serta perkembangan sosial dan personaliti;
2. membezakan perkembangan normal dan tidak normal yang membawa
kepada keadaan keperluan khas;
3. membincangkan pendekatan pendidikan kepada kategori kanak-kanak
berkeperluan khas;
4. memberi definisi serta menyenaraikan ciri-ciri kategori-kategori keperluan
khas; dan
5. menghubungkan perkembangan kanak-kanak dengan kesan keluarga,
sekolah dan budaya.

SINOPSIS KURSUS
Mata pelajaran ini meliputi perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak khas
mengikut kategori-kategori. Tumpuan akan diberi terhadap takrif, punca
permasalahan, kadar kejadian, profil perkembangan mengikut ciri intra dan
antara individu. Perbincangan juga meliputi aspek perkembangan fizikal,
kognitif dan bahasa, sosial dan kesan-kesan keluarga, sekolah dan budaya
terhadap perkembangan tersebut. Penekanan akan dibuat terhadap setiap jenis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xiii

masalah yang meliputi perkembangan daripada pelbagai aspek seperti psikologi


dan tingkah laku kanak-kanak.

Untuk membolehkan anda mencapai lima objektif kursus di atas, kursus ini
dibahagikan kepada 10 topik seperti berikut:

Topik 1 membincangkan tentang perkembangan kanak-kanak dan skop


perkembangan kanak-kanak. Topik ini juga akan menyentuh berkaitan teori-
teori perkembangan kanak-kanak seperti teori psikoanalitik, teori behaviorisme
dan pembelajaran sosial serta teori kognitif dan biologikal. Beberapa kajian
berkenaan perkembangan kanak-kanak juga akan dibincangkan dalam topik ini.

Topik 2 akan melihat bagaimana genetik diperturun. Kita juga akan


membincangkan berkenaan kecacatan baka yang berkaitan dengan gen dominan
serta gen resesif. Selain itu, kita akan menjurus kepada perbincangan berkenaan
keabnormalan kromosom yang mengakibatkan sindrom Down, sindrom
Klinefelter, sindrom XXX dan sindrom XYY. Dalam topik ini juga kita akan
melihat interaksi gen dan persekitaran dengan melihat julat reaksi serta
perubahan perhubungan antara persekitaran dan didikan.

Topik 3 membincangkan berkenaan terencat akal atau mental retardation. Kita


akan melihat definisi terencat akal serta punca-punca berlakunya kerencatan
akal. Di samping itu, kita akan membincangkan kriteria psikologi dan tingkah
laku kanak-kanak terencat akal dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai bagi
kanak-kanak terencat akal.

Topik 4 akan membincangkan berkaitan kategori kanak-kanak bermasalah


pembelajaran. Kita akan memberi fokus kepada definisi masalah pembelajaran,
mengklasifikasikan kategori masalah pembelajaran serta membincangkan punca-
punca masalah pembelajaran. Di samping itu, kita juga akan membincangkan
kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran selain
memberi tumpuan kepada pertimbangan daripada aspek pendidikan kanak-
kanak ini.

Topik 5 akan memberi tumpuan kepada masalah kecelaruan emosi dan tingkah
laku kanak-kanak. Kita akan membincangkan definisi dan kategori kanak-kanak
yang menghadapi kecelaruan emosi dan tingkah laku. Selain itu, topik ini juga
akan mengandungi perbincangan berkaitan punca-punca kecelaruan emosi atau
tingkah laku. Kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-kanak yang menghadapi
kecelaruan emosi dan tingkah laku juga akan dibincangkan dalam topik ini
selain pertimbangan daripada aspek pendidikan yang sesuai diberikan kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah kecelaruan emosi ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv X PANDUAN KURSUS

Topik 6 memberi tumpuan terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak serta


masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak atau individu yang
menghadapi masalah komunikasi. Topik ini juga akan membincangkan variasi
masalah komunikasi serta pengesanan awal yang boleh dilakukan untuk
mengesan masalah komunikasi di kalangan kanak-kanak.

Topik 7 memperkenalkan kita kepada definisi masalah pendengaran. Kita juga


akan mempelajari jenis-jenis masalah pendengaran serta bagaimana kaedah
pengukuran kemampuan pendengaran dilakukan. Selain itu, kita juga akan
melihat anatomi telinga serta punca-punca masalah pendengaran boleh berlaku.
Dalam topik ini juga kita akan melihat kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-
kanak yang bermasalah pendengaran di samping memberi pertimbangan
terhadap aspek pendidikan kepada kanak-kanak ini.

Topik 8 membincangkan definisi serta teori-teori yang mempunyai pertalian


dengan kecerdasan dan pintar cerdas. Kita juga akan melihat lebih mendalam
kriteria fizikal, psikologi dan tingkah laku kanak-kanak pintar cerdas. Selain itu,
fokus turut diberikan kepada aspek pendidikan kanak-kanak pintar cerdas
disamping pengesanan awal yang dilaksanakan bagi mengesan kanak-kanak
pintar cerdas.

Topik 9 berfokus terhadap perkembangan diri, gender dan moral individu.


Perkembangan peranan jantina juga menjadi sub-topik yang akan dibincangkan
bersama dalam topik ini. Selain itu, kita juga akan sama-sama membincangkan
berkenaan perkembangan moral dalam diri seseorang individu.

Emosi, Perhubungan keluarga dan pengaruh persekitaran merupakan antara


faktor penting yang mempengaruhi perkembangan individu. Dalam Topik 10,
kita akan melihat perkembangan emosi, perhubungan dengan ahli keluarga serta
pengaruh persekitaran yang banyak mempengaruhi tingkah laku dan emosi
manusia.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xv

untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi PANDUAN KURSUS

PENGETAHUAN ASAS
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap
pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

Contoh:

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Bahan bacaan untuk rujukan kursus ini adalah seperti mana yang dicadangkan
dan dinyatakan dalam rujukan.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Penerokaan
1 Perkembangan
Kanak-Kanak
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menyatakan definisi perkembangan dan lima peringkat utama
perkembangan kanak-kanak;
2. mengenal pasti faktor persekitaran yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak sebelum dan selepas lahir;
3. menghuraikan empat teori perkembangan kanak-kanak; dan
4. membincangkan falsafah, kaedah dan bentuk kajian perkembangan
kanak-kanak.

X PENGENALAN
Bayi dalam kandungan membesar mengikut tahap-
tahap tertentu. Apabila lahir, proses perkembangan ini
akan berterusan dari peringkat bayi, kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Apabila seseorang bayi dilahirkan,
kita selalu tertanya-tanya, bagaimana kita hendak
mengetahui bayi itu lapar? Bila agaknya anak-anak kita
boleh mula bercakap, belajar bertatih dan berjalan? Bila
anak-anak kita merajuk, bagaimana agaknya cara untuk
kita memujuk? Mengapa sesetengah kanak-kanak tidak
mahu berenggang dengan ibunya? Bagaimana pula kita
sebagai ibu bapa hendak menyediakan diri untuk
menjawab semua persoalan yang bakal ditanya oleh
anak-anak kita apabila mereka meningkat remaja?

Kesemua persoalan ini hanyalah sebahagian daripada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

proses kehidupan yang akan ditempuhi oleh ibu bapa dalam proses
perkembangan kanak-kanak. Justeru itu, dalam topik ini kita akan sama-sama
meneroka dan melihat perkembangan kanak-kanak bermula dari definisi dan
lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak. Kemudian kita pelajari faktor
persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sebelum dan
selepas lahir diikuti dengan teori-teori perkembangan. Akhir sekali, kita akan
melihat falsafah, kaedah dan bentuk kajian perkembangan kanak-kanak. Selamat
belajar!

1.1 DEFINISI PERKEMBANGAN


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, pastinya
setiap perkembangan kanak-kanak menjadi kenangan indah dalam hidup. Anda
pasti masih ingat saat anak-anak mula melontarkan senyuman, mula meniarap,
bertatih, berjalan dan bercakap. Semua ini merupakan detik-detik yang jelas
menunjukkan perkembangan seorang kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan?

Perkembangan melibatkan perubahan atau perkembangan daripada aspek


fizikal, kognitif serta personaliti sosial seseorang individu. Perkembangan
seseorang individu dipengaruhi oleh faktor umur dan evolusi. Perkembangan
manusia boleh dikatakan proses yang unik kerana setiap individu akan melalui
proses perkembangan yang berbeza. Perkembangan yang dimaksudkan juga
melibatkan kematangan seseorang.

Perkembangan seseorang individu merupakan proses yang berlaku secara


berterusan bermula dari peringkat percambahan sehinggalah akhir hayat.
Umumnya boleh dikatakan bahawa perkembangan manusia terjadi hasil
interaksi baka dan persekitarannya. Semasa seseorang bayi dilahirkan, dia akan
membawa bersamanya kod-kod genetik daripada kedua ibu bapanya yang akan
menentukan sifat-sifat tabiinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 3

1.1.1 Skop Perkembangan


Perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya sehingga ke peringkat
remaja boleh dibahagikan kepada lima peringkat utama seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak

Selain itu, perkembangan kanak-kanak juga meliputi empat aspek utama.

AKTIVITI 1.1

1. Melalui perbincangan dengan rakan sekelas anda, bincangkan skop


perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga remaja.

Mari kita lihat huraian tahap dan aspek perkembangan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan dalam Jadual 1.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Jadual 1.1: Tahap dan aspek perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat


perkembangan
[Sumber: Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, 2002]

Peringkat Aspek perkembangan


perkembangan
/Umur Fizikal Bahasa Kognitif Psikososial
• Perubahan • Kanak-kanak • Perkembangan • Mula belajar
bentuk badan mula kognitif terbatas membezakan
Bayi seperti mendapatkan • Mula ahli keluarga
(0-2 tahun) ketinggian dan perhatian mempunyai dengan orang
berat badan. melalui bunyi. persepsi lain
Contoh: berat Contoh: bunyi terhadap • Mula
badan cooing (bunyi sesuatu perkara menunjukkan
bertambah dua burung) melalui reaksi marah
kali ganda penglihatan dan apabila
semasa usia pendengaran kehendak
empat bulan • Mampu dibantah
membuat • Berasa takut
penilaian sama apabila
ada sesuatu itu mendengar
menarik atau bunyi di luar
tidak kebiasaan
• Mampu
menyebut
sesuatu benda
dengan
rangsangan
daripada ibu
bapa
Awal kanak- • Mendapat • Bahasa terus • Berupaya • Pergaulan
kanak kemahiran berkembang membezakan dengan rakan
(2 hingga 6 motor kasar. • Memahami perkara baik sebaya
tahun) Contoh: maksud atau erti dan buruk berlaku
melompat, perkataan • Mampu • Mula
memanjat, • Memahami memahami mempunyai
menendang bola arahan lisan konsep nombor sikap negatif
• Menguasai • Mempunyai • Perbendaharaan seperti
kemahiran kemahiran kata mula mengejek dan
motor halus menyoal bertambah memaksa
seperti menyikat
rambut, mandi
dan memakai
baju

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 5

• Menguasai asas • Menunjukkan • Mula menguasai • Mula bersikap


kemahiran dan penguasaan dan aspek pengiraan cemburu
tingkah laku sebutan bahasa • Boleh apabila
seperti menulis, biasa mengingat kurang diberi
membaca dan • Memperoleh sesuatu perhatian oleh
mengira sekurang- mengikut ibu bapa
• Berinteraksi kurangnya turutan • Kanak-kanak
Lewat kanak-
dengan rakan 30,000 • Boleh membuat lelaki
kanak
sebaya melalui perbendaharaan perbezaan saiz cenderung
(7 hingga 12
aktiviti luar bilik kata sesuatu objek bersikap kasar
tahun)
darjah yang dilihat dengan rakan
• Otot-otot kecil • Menunjukkan perempuan
bertambah di kemajuan
bahagian tangan memberangsang
dan kaki -kan sekiranya
didorong oleh
ibu bapa
• Pertumbuhan • Menguasai gaya • Mempunyai • Perasaan
fizikal paling bahasa dan kemahiran egosentrik
pesat di pelbagai berfikir dan mula
kalangan remaja struktur ayat menyelesaikan berkurangan
lelaki dan wanita masalah • Emosi mulai
Awal Remaja
• Remaja stabil dan
(12 hingga 15
perempuan terkawal
tahun)
mengalami
perubahan
bentuk badan
selepas haid
pertama
• Remaja lelaki • Menguasai • Mula terdedah • Remaja
menjadi lebih dengan baik dengan faktor- mudah
tinggi bahasa faktor terpengaruh
• Sel-sel penulisan dan persekitaran dengan
kewanitaan mula bahasa • Mula mencari pelbagai
terbentuk di pertuturan identiti diri faktor
Remaja bahagian • Menggunakan • Wujud perasaan persekitaran
(15 hingga 20 punggung dan bahasa yang egosentrik
tahun) dada betul semasa • Ada kalanya
komunikasi sukar menerima
• Penggunaan teguran
kod tertentu
dalam memberi
makna
perkataan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.1.2 Pengaruh Persekitaran dan Didikan


Apakah yang boleh anda rumuskan tentang persekitaran?

Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah-ubah dan secara tidak langsung


boleh mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang sama ada
sebelum dan selepas lahir.

Terdapat beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan anak-


anak sebelum dan selepas lahir. Mari kita lihat satu persatu dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Dua faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Sebelum Kelahiran Selepas Kelahiran


(i) Kesihatan ibu mengandung (i) Pemakanan
Kesihatan ibu mengandung amat Sumber pertumbuhan dan perkembangan
penting kerana kesihatan ini boleh kanak-kanak selepas lahir ialah makanan.
mempengaruhi janin dalam kandungan. Kekurangan zat makanan atau malnutrisi
Ibu yang suka merokok, di bawah merupakan ancaman kepada kesihatan bayi.
pengaruh dadah, mengandung Tanda kekurangan zat makanan ialah kanak-
terlampau muda serta menghidap kanak kelihatan letih, tidak aktif, pucat,
penyakit rubella berkemungkinan akan mudah mendapat penyakit serta
memberi kesan perkembangan negatif pertumbuhan yang lambat. Kanak-kanak
pada janin seperti lemah jantung, perlu mendapatkan nutrisi lengkap yang
kerosakan pada saraf pendengaran serta mengandungi jenis protein, bijian, sayuran
kelemahan pada sistem saraf. Bayi yang dan susu.
dilahirkan dengan berat yang
berkurangan juga menghadapi risiko
yang sama sekiranya kesihatan si ibu
tidak diberi perhatian serius.

(ii) Usia ibu mengandung (ii) Didikan ibu bapa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 7

Ibu-ibu yang mengandung pada usia Perkembangan mental emosi dan fizikal
yang sangat lewat juga berisiko kanak-kanak berkait rapat dengan pengaruh
melahirkan bayi sindrom Down. didikan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu
Berdasarkan kajian pakar-pakar memahami emosi kanak-kanak serta
perubatan, satu daripada 600 kalangan menggunakan kaedah paling sesuai untuk
ibu yang mengandung pada usia lewat mendidik anak-anak. Penggunaaan
40 melahirkan anak sindrom Down atau perkataan yang tidak elok seperti bodoh,
terencat akal. kurang ajar dan sebagainya perlu dielakkan
kerana kanak-kanak akan mengingati apa
yang dituturkan oleh kedua ibu bapa. Ibu
bapa harus mengelakkan perbezaan kasih
sayang terhadap anak-anak bagi membentuk
konsep kendiri yang mantap. Anak-anak
juga memerlukan sokongan dalam apa jua
tindakan baik yang dilakukan bagi
membentuk personaliti dan identiti diri.

(iii) Pemakanan (iii) Penyakit dan kecacatan kanak-kanak


Perkembangan janin dalam kandungan Kekurangan sistem pertahanan tubuh yang
boleh terjejas tanpa pengawalan serta lengkap boleh menghalang perkembangan
penjagaan pemakanan yang seimbang. kanak-kanak. Terdapat berbagai-bagai jenis
Ibu yang mengandung digalakkan penyakit yang boleh merencatkan
mengambil makanan yang mengandungi pertumbuhan dan perkembangan kanak-
cukup protein, karbohidrat, zat galian kanak seperti demam, batuk, selsema dan
dan sayuran bagi membantu lelah.
pertumbuhan janin. Kekurangan
kandungan zat protein contohnya boleh Kanak-kanak yang mengalami kecacatan
menjejaskan pertumbuhan otak janin. fizikal, pertuturan, penglihatan, autisme,
Sindrom Down dan cerebral palsy yang
menyebabkan keperluan asasinya terpaksa
dibantu oleh pertolongan ahli keluarga juga
merupakan halangan kepada perkembangan
kanak-kanak.

(iv) Rawatan sinar-X (iv) Pengaruh rakan sebaya


Rawatan sinar-x yang dijalankan ke atas Kanak-kanak sering bermain bersama rakan
ibu mengandung ketika usia kandungan sebaya. Pada masa yang sama, kanak-kanak
bawah empat bulan boleh mengundang belajar mengembangkan mental-emosi serta
risiko kecacatan akal, tempurung kepala, mempelajari sesuatu yang baru. Namun
buta dan sebagainya sekiranya rawatan begitu, bukan semua rakan sebaya
yang berlebihan diterima. memberikan kebaikan dalam interaksi sosial.
Kanak-kanak terdedah kepada pengaruh
rakan sebaya yang mungkin mempunyai
sikap negatif seperti merokok, mencuri dan
sebagainya. Justeru, ibu bapa perlu sebagai
memantau perkembangan mental-emosi
kanak-kanak supaya berkembang mengikut
apa yang diharapkan.

(v) Tekanan psikologi (v) Pengaruh media massa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pengeluaran hormon adrenalin yang Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan


berlebihan yang memasuki saluran objek berwarna warni. Televisyen, majalah,
darah janin akibat tekanan psikologi surat khabar dan buku kanak-kanak boleh
yang dialami oleh ibu-ibu yang menjadi elemen penting proses
mengandung boleh menjejaskan perkembangan minda dan intelek kanak-
pertumbuhan janin dalam kandungan. kanak. Kanak-kanak mudah menerima input
atau pengetahuan baru pada peringkat umur
tertentu. Sebagai ibu bapa, kita perlu bijak
mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran
dan pendidikan yang baik untuk manarik
minat kanak-kanak mempelajari dan
menguasai ilmu.

(vi) Masalah sewaktu proses kelahiran


Masalah kekurangan oksigen sewaktu
kelahiran akibat tempoh kelahiran yang
terlalu lama serta penggunaan forcep
dan vakum juga boleh menyebabkan
perkembangan janin terjejas. Contohnya,
kecederaan otak yang berlaku semasa
kelahiran boleh mengakibatkan bayi
menghadapi cerebral palsy.

AKTIVITI 1.2

1. Jelaskan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak sebelum dan selepas kelahiran.
2. Bincangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dari peringkat
bayi sehingga berumur tiga tahun.

1.2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Adakah anda tahu bahawa bidang psikologi pada hari ini telah dipengaruhi oleh
banyak pandangan dan pendekatan? Pakar-pakar psikologi pada hari ini banyak
menumpukan kajian terhadap tingkah laku dan kognitif, serta menggabungkan
pelbagai kaedah dan teori daripada pelbagai sumber. Beberapa pendekatan
utama dalam mengkaji psikologi perkembangan manusia antaranya ialah Teori
Psikoanalitik, Teori Tingkah Laku dan Pemelajaran Sosial, Teori Biologikal dan
Teori Kognitif. Mari kita lihat satu persatu teori-teori ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 9

1.2.1 Teori Psikoanalitik


Teori psikoanalitik diperkenalkan oleh seorang pakar jiwa Vienna bernama
Sigmund Freud (1856-1939). Apakah fokus utama teori ini?

Sigmund Freud
[Sumber: http://delambo.com/blog/style/sigmund.jpg]

Freud menjelaskan perkembangan struktur personaliti seseorang individu


mengandungi tiga elemen jiwa yang saling berinteraksi iaitu id, ego dan
superego (lihat Jadual 1.1).

Jadual 1.1: Tiga elemen jiwa Teori Psikoanalitik

Elemen Huraian
Id Dorongan-dorongan biologikal atau kehendak naluri manusia
seperti keperluan makanan, udara, tidur, seks dan sebagainya
Ego Bermaksud I atau saya
Merupakan penggerak personaliti manusia
Memainkan peranan dalam proses kematangan individu
Menjadi pengimbang antara keperluan id dengan superego
Superego Merujuk kepada pegangan moral indivividu yang diasaskan
daripada didikan atau asuhan yang diterima daripada ibu bapa

Namun begitu, anggapan yang menyatakan tindakan bawah sedar memainkan


peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang bertentangan
dengan pandangan Islam. Dari sudut Islam, tindakan bawah sedar tidak boleh
dijadikan kayu pengukur dalam membicarakan tingkah laku seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.2.2 Teori Behaviorisme dan Pembelajaran Sosial


Teori ini dipelopori oleh J. B. Watson, B. F.
Skinner dan E. L. Thorndike. Watson
menyatakan bahawa aspek yang berkaitan
tingkah laku manusia dipengaruhi oleh
persekitaran, bukannya aspek dalaman
individu itu sendiri. Persekitaran dikenal pasti
sebagai salah satu faktor penting yang
mempengaruhi pembentukan personaliti dan
pembelajaran seseorang. Tingkah laku J. B. Watson
berkaitan emosi dan pemikiran pula dikatakan [Sumber:
dipelajari secara kebiasaan iaitu melalui http://nwlink.com/~donclark/
pengalaman. Umumnya, teori ini cuba hrd/history/watson.gif]
menjelaskan tingkah laku manusia berdasarkan
pemerhatian atau kajian seperti penyelesaian
masalah dan proses pembelajaran.

E.L. Thorndike pula memperkenalkan konsep


pelaziman instrumental yang menjelaskan
proses penyelesaian masalah dalam proses
pembelajaran dilakukan secara cuba jaya.
Percubaan yang berulang-ulang dalam
melakukan sesuatu dapat mempengaruhi
kejayaan aktiviti yang dilakukan. Sebagai
contoh, kanak-kanak berumur tiga tahun yang
cuba menyusun blok mainan. Apabila tidak E. L. Thorndike
berjaya buat kali pertama, proses ulangan [Sumber: http://www-
yang dilakukan berkali-kali akan dapat distance.syr.edu/thorndike.gif]
menyelesaikan masalah dalam proses
pembelajarannya.

Skinner pula menyatakan:


Kejayaan melakukan sesuatu melalui usaha
yang dilakukan berulang-ulang kali diberikan
ganjaran atau imbuhan yang sesuai sebagai
peneguhan. Manusia tidak mempunyai kuasa
untuk mengawal hidupnya tetapi, manusia
merupakan hasil dan budaya yang diatur oleh
B. F. Skinner
manusia sendiri (Skinner, 1953).
[Sumber:
http://gator.uhd.edu/~willia
ms/images/Skinner11a.jpg]

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 11

Walau bagaimanapun, pandangan Skinner tidak disokong dalam perspektif


Islam. Ini kerana Allah telah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir
serta menentukan baik buruk sesuatu perkara, bukannya tunduk kepada
peraturan yang dibuat oleh manusia semata-mata. Justeru itu, peranan manusia
sendiri untuk menggunakan akal dengan sebaiknya penting dalam menguruskan
setiap inci kehidupannya.

1.2.3 Teori Biologikal


Kebanyakan penyataan berkaitan Teori Perkembangan Biologikal menyatakan
bahawa perkembangan dan kecenderungan tingkah laku individu merupakan
sebahagian atau keseluruhan perkembangan genetik. Keadaan ini dipengaruhi
oleh proses fisiologikal seperti perubahan hormon. Faktor baka yang diwarisi
daripada kedua ibu bapa pula mempengaruhi bentuk perkembangan individu.
Gesell (1925) menyatakan kanak-kanak adalah individu unik yang berbeza
daripada kanak-kanak lain. Faktor genetik diakui oleh kebanyakan pakar
psikologi sebagai faktor yang mempengaruhi bentuk perkembangan individu.
Selain faktor baka, faktor kematangan juga mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak.

Arnold Gesell
[Sumber:
http://www.acsu.buffalo.edu/~duchan/new_history/ima
ges/gessell.jpg]

Gesell menyatakan terdapat sebilangan kanak-kanak yang matang lebih awal


berbanding rakan-rakan sebaya yang lain. Gesell turut menyatakan bahawa
perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut peringkat-peringkat
perkembangan tertentu. Setiap peringkat yang dilalui mempunyai ciri-ciri
tertentu yang membezakan peringkat tersebut dengan peringkat yang lain.

Namun begitu, kanak-kanak cenderung menunjukkan tingkah laku kurang stabil


apabila berada pada tahap peralihan antara suatu peringkat ke peringkat yang
lain apabila berlakunya masalah koordinasi. Tempoh lima tahun pertama
perkembangan kanak-kanak merupakan tempoh paling penting kerana dalam
tempoh ini perkembangan kanak-kanak paling pesat daripada aspek fizikal,
mental, sosial dan emosi kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.2.4 Teori Kognitif


Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget (1896-
1980). Menurut Piaget, perkembangan dan
kematangan kognitif akan berlaku terlebih
dahulu dan diikuti oleh perkembangan bahasa.
Perkembangan kognitif boleh dibahagikan
kepada beberapa peringkat perkembangan
seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.2. Jean Piaget
[Sumber:
http://lecture.activemath.or
g/ActiveMath2/content/pia
get/pics/jean_piaget.jpg

Jadual 1.2: Empat peringkat perkembangan Teori Kognitif

Peringkat Huraian
Deria motor • Pengamatan kanak-kanak terhadap sesuatu benda hanya
(sehingga 2 tahun) berdasarkan penglihatan dan deria rasa sahaja
• Mengenal objek yang berada berhampiran dengannya
• Kebolehan membentuk imej mental-emosi dan penguasaan
bahasa masih terbatas
Pra-operasi • Mengalami perkembangan pesat daripada aspek
(2 - 7 tahun) perkembangan bahasa (2 - 4 tahun)
• Wujud sifat egosentrik iaitu enggan bersetuju dengan
pandangan orang lain
• Mampu menamakan objek-objek mudah seperti tanda-tanda,
lambang, objek dan perkataan
• Perkembangan emosi bercambah selepas usia empat tahun.
Namun begitu, pemikiran kanak-kanak hanya berdasarkan
suatu sudut atau penglibatan yang mudah
Operasi konkrit • Kanak-kanak dapat mengklasifikasikan sesuatu benda
(7 - 11 tahun) mengikut bentuk tertentu seperti bulat, bujur dan sebagainya
• Mempunyai pemikiran yang lebih luas
• Perasaan egosentrik pada kanak-kanak mulai hilang
beransur-ansur dan kanak-kanak mula menerima pendapat
dan pandangan daripada orang lain
• Memahami penggunaan kata ganti nama dengan betul
• Mempunyai semangat ingin tahu terhadap sesuatu perkara
yang dipelajari
Operasi formal • Mampu memikirkan sesuatu situasi secara mental
(11 - 15 tahun) • Dapat menggunakan masa lapang dengan pelbagai aktiviti
berfaedah
• Kanak-kanak dapat memahami konsep-konsep abstrak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 13

Rumusannya, pendapat Piaget berkenaan perkembangan kognitif ialah:


(a) perkembangan bahasa kanak-kanak berhubung rapat dengan
perkembangan kognitif manusia. Kanak-kanak akan sentiasa
memperkayakan perbendaharaan kata sesuai dengan peringkat
pertumbuhan dan perkembangannya.
(b) kanak-kanak berkembang mengikut proses perkembangan tertentu dan
secara berperingkat.
(c) proses perkembangan mental kanak-kanak turut dipengaruhi oleh faktor
baka dan persekitaran.
(d) pemikiran kanak-kanak akan lebih berkembang selepas berumur empat
tahun.

SEMAK KENDIRI 1.1

Pada pandangan anda, mengapakah faktor didikan ibu bapa sangat


penting dalam proses perkembangan kanak-kanak? Bincangkan.

1.3 KAJIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Sebagaimana yang kita ketahui, perkembangan kanak-kanak akan berterusan
sehingga akhir hayat. Perubahan kanak-kanak yang mungkin berlaku sering
diramal oleh ahli psikologi perkembangan. Kita selalu berfikir kaedah terbaik
untuk mendidik anak-anak, cara membentuk konsep kendiri dan personaliti
kanak-kanak serta cara membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran
penyelesaian masalah. Kajian-kajian yang telah dijalankan boleh dijadikan garis
panduan untuk kita mencari kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak. Mari
kita lihat falsafah, kaedah dan bentuk kajian dalam sub-topik yang seterusnya.

1.3.1 Falsafah kajian


Terdapat beberapa falsafah dalam kajian psikologi perkembangan. Antaranya
diterangkan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Beberapa falsafah dalam kajian psikologi perkembangan

Falsafah Huraian
Perkembangan Perkembangan bermula daripada janin di dalam
merupakan proses yang kandungan. Sesetengah aspek perkembangan seperti
berterusan aspek fizikal akan terhenti apabila mencapai peringkat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

remaja, namun perkembangan emosi, bahasa dan


sebagainya terus berlaku sepanjang hayat.
Perkembangan Kebanyakan ahli psikologi perkembangan memberi
menggambarkan penekanan terhadap proses pertumbuhan dan
kesinambungan dan perkembangan yang berlaku secara berperingkat seperti
ketaksinambungan perkembangan fizikal dan bahasa. Sesetengah ahli
psikologi pula melontarkan pendapat bahawa proses
perkembangan yang dilalui oleh individu mengikut siri
atau tahap. Setiap individu dikatakan akan melalui setiap
tahap tersebut.

Kesinambungan merujuk kepada perkembangan yang


dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran dan
pemelajaran sosial manakala ketidaksinambungan
perkembangan merujuk kepada pengaruh baka dan
kematangan yang berlaku sepanjang proses
perkembangan individu.
Perkembangan Perkembangan manusia berlaku sama ada disedari atau
dipengaruhi oleh baka tidak. Proses ini berlaku juga hasil interaksi kematangan
dan persekitaran dan pemelajaran. Sebagai contoh, kemahiran bercakap
kanak-kanak banyak bergantung kepada faktor
kematangan kanak-kanak itu sendiri. Namun sekiranya
dilatih dari peringkat awal, kanak-kanak yang mendengar
bunyi bahasa akan dapat menyebut semula perkataan
dengan cepat.
Perkembangan Perkembangan melibatkan proses yang kompleks dan
merupakan bidang yang boleh dibahagikan kepada empat aspek utama
multidimensi perkembangan iaitu perkembangan biologi,
perkembangan kognitif, perkembangan emosi dan
perkembangan sosial. Keempat-empat aspek ini sering
kali bertindih antara satu sama lain. Kajian psikologi turut
melibatkan bidang-bidang pengkajian lain seperti
perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya.
Perkembangan Ada kalanya peringkat perkembangan yang dialami
merupakan proses dalam satu-satu tahap perkembangan akan dialami
berkitar dan berulangan berulang-ulang kali sepanjang hayat. Penyesuaian perlu
dilakukan dalam setiap tahap perkembangan yang dilalui
sama ada semasa meningkat remaja, semasa menjengah
alam dewasa mahupun apabila meningkat ke usia tua.
Setiap individu akan mengalami bentuk pengulangan
yang berbeza dengan individu lain. Proses perkembangan
lebih mematangkan individu berdasarkan pengalaman
yang dilalui sendiri ataupun daripada pengalaman orang-
orang yang hampir dengan kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 15

Perkembangan Proses pengulangan dalam perkembangan melalui


menunjukkan perbezaan pengalaman mungkin sama dirasakan oleh kita dengan
antara individu orang lain namun, tetap bergantung kepada perbezaan
individu. Ada individu yang mengalami perkembangan
yang agak lambat dari aspek fizikal seperti ketinggian,
kognitif (seperti kecerdasan), emosi (bermasalah tingkah
laku) dan personaliti (periang atau kemurungan). Justeru
itu, perbezaan-perbezaan ini akan mempengaruhi
perkembangan sosial seperti komunikasi dengan orang
lain, pemilihan kerjaya dan sebagainya.

1.3.2 Kaedah-kaedah Kajian


Kita memerlukan kaedah saintifik dalam mengkaji aspek-aspek psikologi. Dalam
kaedah yang digunakan, permasalahan kajian akan ditentukan diikuti dengan
pengumpulan data dan seterusnya membuat kesimpulan serta mengesahkan
kesimpulan yang diperolehi berkaitan perkembangan yang dikaji.

Terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan dalam mengkaji aspek


perkembangan seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.4.

Jadual 1.4: Beberapa kaedah dalam kajian perkembangan

Kaedah Huraian
Pemerhatian Melalui kaedah ini, pengkaji akan mengkaji responden dalam
semula jadi keadaan semula jadi. Contohnya, memerhati tingkah laku kanak-
kanak pintar cerdas, memerhati kanak-kanak bermain di padang
permainan, memerhati ciri/trait pembacaan di kalangan kanak-
kanak prasekolah dan sebagainya. Sebagai contoh, pengkaji ingin
membuat kajian berkaitan semangat kerjasama kanak-kanak
dalam aktiviti permainan di luar bilik darjah.

Pengkaji akan melakukan tindakan-tindakan berikut:


Merekodkan tingkah laku kerjasama yang ditunjukkan kanak-
kanak tanpa mengganggu keadaan di luar bilik darjah tersebut
Bersikap terbuka dalam mengutip data dengan menjelaskan
bentuk tingkah laku yang ingin dilihat
Pemerhati kedua boleh digunakan sekiranya pemerhati tidak
bersetuju dengan apa yang dilihat bagi tujuan mendapatkan
kebolehpercayaan pemerhatian melalui perbandingan
Merakam tingkah laku yang ingin dikaji
Pemerhati digalakkan bergaul dan berkomunikasi dengan
responden untuk beberapa waktu sebelum menjalankan kajian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

 
Kanak‐kanak  cenderung  berlakon  di  hadapan  orang  yang  asing 
bagi  mereka.  Oleh  itu,  pemerhatian  yang  dilakukan  tidak  dapat 
memberikan  sebab  dan  akibat  yang  ingin  dikaji.  Contohnya,  kita 
berjaya  mengesan  ciri/trait  kerjasama  kanak‐kanak  cenderung 
bersama  rakan  sebaya  berbanding  kanak‐kanak  lebih  tua  atau 
muda tetapi, kita tidak dapat menentukan sebab sebenar tingkah 
laku tersebut terbina sebegitu. 
Kajian kes Kaedah  ini  menjurus  kepada  seorang  atau  beberapa  individu 
dalam jangka masa tertentu. Data deskriptif berkaitan responden 
akan  dikumpulkan  terlebih  dahulu.  Lazimnya,  ahli  psikologi 
menggunakan  kaedah  ini  untuk  mengkaji  individu  yang 
mengalami  gangguan  minda.  Maklumat‐maklumat  yang 
dikumpul merupakan latar belakang keluarga, status sosial, taraf 
pendidikan, rekod kesihatan dan lain‐lain. 
 
Namun,  kesimpulan  kajian  melalui  kaedah  ini  diragui  kerana 
keputusan kajian hanya bergantung kepada kebenaran kenyataan 
responden  semata‐mata.  Pengumpulan  data  juga  terhad  kerana 
perbezaan  antara  individu  menyebabkan  penerimaan  maklumat 
yang berbeza. 
Tinjauan Tinjauan  berbentuk  temu  bual  atau  soal  selidik  merupakan  dua 
kaedah  pengumpulan  maklumat  sampel  responden  yang 
mewakili  satu  golongan.  Sebagai  contoh,  soal  selidik  bagi 
mengkaji  tahap  kepuasan  guru  terhadap  masa  bekerja  yang 
ditetapkan. 
 
Kaedah  temu  bual  digunakan  bagi  menyelaraskan maklum  balas 
responden  dan  membuat  perbandingan  gerak  balas  dan 
sebagainya. Temu bual dapat mewujudkan hubungan baik antara 
pengkaji  dengan  responden  dan  kadar  penyertaan  responden 
adalah  tinggi.  Maklumat  terperinci  berkaitan  kajian  mudah 
diperoleh  kerana  telah  wujud  hubungan  secara  terus  dengan 
responden  misalnya  maklumat  yang  dikehendaki  berkaitan 
dengan emosi, sikap dan perasaan. 
Kaedah korelasi Kaedah ini digunakan sekiranya anda ingin melihat perhubungan
antara dua elemen atau dua pemboleh ubah. Contohnya, anda
ingin mengkaji pencapaian akademik kanak-kanak pekak dengan
interaksi ibu bapa. Anda mungkin akan menerima nilai kolerasi
yang positif atau negatif. Sekiranya nilai yang anda terima nilai
positif, ini bermakna secara relatifnya, peningkatan satu skor akan
membawa kepada peningkatan skor yang lain. Begitu juga
sebaliknya. Korelasi bernilai kosong pula bermakna tiada
hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 17

Uji kaji Uji kaji dijalankan dengan tujuan melihat perhubungan antara
beberapa situasi berbeza untuk menentukan perhubungan sebab-
akibat. Kumpulan-kumpulan responden dipilih tetapi, hanya satu
kumpulan yang akan diuji kaji. Contohnya, anda dikehendaki
membuat uji kaji berkaitan kesan rancangan kartun terhadap
pembentukan personaliti kanak-kanak.

Kumpulan  Diberi menonton kartun selama dua  
pertama  minggu 
Kumpulan  Dilarang menonton pada tempoh masa  
kedua  yang sama 

Walaupun kaedah ini dapat menunjukkan hubungan Âkesan-


akibatÊ yang dikehendaki, namun kaedah ini kurang sesuai kerana
kanak-kanak tidak suka dikawal. Justeru itu, anda perlu
memikirkan kaedah terbaik untuk menjalankan kajian seperti
membiarkan kanak-kanak dalam persekitaran biasa.

1.3.3 Bentuk-bentuk Kajian


Akhir sekali, mari kita lihat bentuk-bentuk kajian dalam perkembangan kanak-
kanak. Lazimnya, terdapat tiga bentuk kajian perkembangan yang boleh
dijalankan seperti dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Bentuk-bentuk kajian perkembangan


[Sumber: Psikologi Kanak-kanak dan Remaja,2002]

Jangka Panjang Berurutan Keratan Lintang Berturutan Perbandingan Berturutan


• Mengkaji kanak-kanak • Responden berbeza umur • Gabungan bentuk kajian
yang sama dalam tempoh tetapi dibuat pada masa Jangka Panjang
tertentu contohnya tiga yang sama Berturutan dan Keratan
atau lima tahun • Contohnya: kajian Lintang Berterusan.
• Contoh kajian: mengkaji perkembangan bahasa • Responden adalah
perkembangan bahasa kanak-kanak berusia tiga, berbeza peringkat umur
kanak-kanak tujuh dan 12 tahun dan perkembangan dikaji
• Melihat perubahan • Maklumat dikumpul dalam tempoh masa
perkembangan kanak- dalam masa singkat tertentu
kanak • Sukar untuk menentukan • Lebih menjimatkan masa
• Memerlukan masa dan pertumbuhan dan • Maklumat diterima lebih
kos yang tinggi kemerosotan banyak
• Risiko kehilangan perkembangan kerana • Dapat menjelaskan
responden ( sakit, responden yang berbeza perbezaan yang wujud
berpindah, bosan dengan umur (kesan kohort) antara responden yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

kajian) • Kesan kohort ă disebabkan oleh


• Wujud kesan ÂlatihanÊ sekumpulan manusia perbezaan perkembangan
ujian. Prestasi meningkat yang sama seharusnya
kerana sering diberi ujian terdedah kepada
yang sama persekitaran yang sama

Pada topik akan datang, kita akan melihat dan mendalami topik berkenaan
genetik dan keturunan yang memberi pengaruh yang besar terhadap
perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.

SEMAK KENDIRI 1.2

Bandingkan kaedah kajian perkembangan kanak-kanak daripada aspek


kekuatan dan kelemahannya.

• Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur


secara kuantitatif. Perkembangan kanak-kanak merupakan proses yang
berterusan dari janin sehinggalah ke akhir hayat.
• Lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak ialah:
(a) Peringkat bayi ( 0-2 tahun)
(b) Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
(c) Peringkat lewat kanak-kanak (7-12 tahun)
(d) Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
(e) Peringkat remaja (15-20 tahun)
• Terdapat faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak sebelum dan selepas lahir. Faktor persekitaran sebelum lahir ialah
kesihatan ibu mengandung, usia ibu mengandung, pemakanan, rawatan
sinar-X, tekanan psikologi dan masalah sewaktu proses kelahiran. Faktor
persekitaran selepas lahir pula ialah pemakanan, didikan ibu bapa,
penyakit dan kecacatan kanak-kanak, pengaruh rakan sebaya dan
pengaruh media massa.
• Empat teori perkembangan kanak-kanak ialah Teori Psikoanalitik, Teori
Tingkah Laku dan Pemelajaran Sosial, Teori Biologikal dan Teori Kognitif.
• Dalam kajian perkembangan kanak-kanak terdapat falsafah, kaedah dan
bentuk yang boleh dipilih dan digunakan untuk membuat kajian dalam
bidang ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 19

Faktor-faktor persekitaran Teori Behaviorisme dan Pemelajaran


Kaedah-kaedah kajian Sosial
Perkembangan bahasa Teori Biologikal
Perkembangan fizikal Teori Kognitif
Perkembangan kognitif Teori Psikoanalitik
Perkembangan psikososial Teori Perkembangan Kanak-kanak

Bee, H. (1995). The developing child. New York: Harper Collins College
Publishers.

Hallahan, D. & Kauffman, J. (2003). Exceptional children: Introduction to special


education. Boston: Allyn and Bacon.

Pettijohn, T. F. (1998). Psychology: A connectext (4th ed.). Ohio:


Dushkin/McGraw-Hill.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, & Ramlah Jantan (2003). Psikologi


pendidikan. Selangor: PTS Publication.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Genetik dan
2 Keturunan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan bagaimana genetik diperturunkan;
2. membincangkan trait dominan-resesif;
3. mengenal pasti keabnormalan kromosom dalam lima sindrom
penyakit;
4. menerangkan ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan
sebarang keabnormalan kromosom; dan
5. menjelaskan interaksi genetik dan persekitaran.

X PENGENALAN
Mari kita lihat Rajah 2.1. Rahimi mempunyai lesung pipi di pipi kiri dan
kanannya. Dia juga pandai menggulungkan lidah walaupun tanpa diajar oleh
ibu dan ayahnya. Manakala adiknya, Sofiyah mempunyai lesung pipi di pipi
kanannya sahaja. Rahimi juga mempunyai tona kulit yang lebih gelap
berbanding Sofiyah serta mempunyai alis kening yang lebat seperti ayahnya.
Kedua-duanya memiliki raut wajah yang hampir seiras. Bagaimana semua ini
terjadi?

Rajah 2.1: Raut wajah adik beradik boleh jadi seiras atau berbeza

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 21

Pada pandangan anda, adakah ini terjadi secara kebetulan? Atau apakah ada
faktor-faktor lain yang mempengaruhi kejadian ini? Jelasnya, setiap individu
memiliki kemampuan dan keupayaan yang mungkin berbeza. Apa yang berlaku
kepada dua beradik ini dipengaruhi oleh faktor baka iaitu faktor genetik yang
memberi kesan terhadap perkembangan dan tingkah laku manusia. Kita sedia
maklum, kebanyakan perkembangan psikologikal tidak boleh dikaitkan secara
langsung dengan genetik. Namun begitu, kecerdasan, tingkah laku dan
personaliti serta beberapa keadaan mental dikenal pasti merupakan hasil
interaksi antara genetik dan pengaruh persekitaran.

Dalam topik ini, kita akan melihat serta memahami bagaimana genetik
diperturunkan serta bagaimana kecacatan baka berlaku akibat ketidaknormalan
kromosom dalam sel-sel manusia. Akhir sekali, kita akan membincangkan
interaksi genetik dan persekitaran yang dapat mempengaruhi perkembangan
dan pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Mari kita mulakan!

2.1 BAGAIMANA GENETIK DIPERTURUNKAN


Pernahkah anda terfikir, mengapa setiap individu yang pernah anda temui
berlainan dengan anda sama ada daripada aspek sikap, fizikal, perwatakan dan
personaliti? Semua perbezaan yang ada pada seseorang individu berbanding
individu lain menyebabkan individu itu unik. Apa yang perlu diakui, tidak ada
dua individu yang sama dan serupa daripada semua sudut. Perbezaan yang
berlaku disebabkan oleh baka atau gen yang diwarisi daripada kedua ibu bapa
kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan gen?

Apakah peranan dan fungsi gen? Gen berperanan mengawal atau


mempengaruhi kriteria baka seseorang. Gen juga berfungsi mencipta kod arahan
baka seperti arahan tentang warna anak mata, sistem saraf, warna rambut serta
kebolehan atau kecerdasan seseorang individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22 X TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN

2.1.1 Reproduksi Manusia dan Pembahagian Sel


Proses kejadian manusia merupakan proses yang amat unik. Satu set tunggal
halus yang dipanggil zigot akan terbentuk daripada proses persenyawaan
menandakan satu kehidupan baru bermula. Sperma-sperma yang dihasilkan
lelaki akan berenang dan bersatu dengan ovum. Apabila terdapat satu sperma
yang berjaya menembusi membran ovum, hampir dua puluh juta sperma lain
akan gagal menembusi lapisan pelindung yang terbentuk secara semula jadi.

Zigot yang terhasil mempunyai satu nukleus dan pada nukleus zigot ini, segala
maklumat berkaitan genetik organisma baru ini sama ada dari segi biologi atau
psikologi akan terbentuk. Kebakaan atau jenis baka organisma baru yang
terbentuk adalah berasaskan kepada gen-gen yang terhasil yang akan
menentukan sikap, trait dan tingkah laku kita.

Tahukah anda manusia mempunyai 46 kromosom yang terdiri daripada lebih


kurang 100, 000 gen? Baka diperturunkan daripada 23 kromosom yang dimiliki
oleh ovum dan 23 kromosom lagi daripada sperma. Kromosom-kromosom ini
muncul secara berpasangan dan dikenali sebagai homologos kromosom (lihat
Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Manusia mempunyai 22 pasang kromosom (autosom) dan sepasang


kromosom jantina pada kromosom ke 23
[Sumber: Child development, A thematic approach (1998). Halaman 68]

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 23

Wanita mempunyai sepasang kromosom jantina yang terdiri daripada sepasang


kromosom XX. Lelaki pula mempunyai kromosom jantina yang terdiri daripada
satu kromosom X dan satu kromosom Y. Jantina organisma ditentukan oleh
kromosom Y yang hanya terdapat pada sperma. Oleh itu, jantina hanya dapat
ditentukan oleh lelaki iaitu sama ada sperma mengandungi kromosom X atau Y.

Set tunggal zigot yang terbentuk akan mula berkembang kepada satu organisasi
kompleks yang mengandungi jutaan sel dengan fungsi khas yeng berbeza.
Pembentukan organisma berlaku melalui proses mitosis, iaitu proses
pembahagian sel. Dalam proses ini, sel tunggal akan terbahagi kepada dua dan
kemudiannya terbahagi lagi kepada dua set kromosom yang sama seperti set
kromosom yang asal. Proses penggandaan dan pembahagian sel ini akan berlaku
secara berulang-ulang bagi membentuk sel-sel badan yang lain yang akan
mempunyai set gen yang sama (lihat Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Proses mitosis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24 X TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN

Pembentukan jantina berlaku dalam proses miosis (Rajah 2.4). Dalam proses ini,
jumlah kromosom dalam sel akan terbahagi dua. Setiap sel baru hanya akan
menerima satu daripada pasangan kromosom yang terhasil iaitu hanya 23
kromosom.

Rajah 2.4: Proses miosis

Ada kemungkinan setiap kromosom dalam pasangan akan bercantum dengan


sel jantina tertentu. Apabila keadaan ini berlaku, akan terdapat variasi dalam sel
jantina yang mengandungi kombinasi genetik yang berlainan. Variasi genetik
lazimnya akan bertambah apabila proses persenyawaan berlaku. Sel jantina yang
bergabung semasa proses persenyawaan akan mengakibatkan wujudnya variasi
genetik walaupun sesama adik beradik dalam sebuah keluarga.

AKTIVITI 2.1

1. Jelaskan bagaimana pembentukan sel organisma baru berlaku.


2. Melalui perbincangan dengan rakan sekelas, nyatakan faktor wujudnya
variasi genetik dalam sesebuah keluarga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 25

2.2 KECACATAN BAKA


Sekarang mari kita pelajari kecacatan baka. Pertama sekali, apakah yang
dimaksudkan dengan kecacatan baka?

Kecacatan baka boleh juga dikatakan sebagai kecacatan kromosom atau


keabnormalan kromosom. Kecacatan kromosom yang berlaku boleh
mengakibatkan risiko beberapa jenis penyakit, sindrom, kecelaruan mental dan
sebagainya.

2.2.1 Trait Dominan-Resesif


Sepasang gen daripada ibu bapa lazimnya mempengaruhi trait individu. Satu
gen daripada ibu atau bapa yang lebih kuat akan lebih dominan menyebabkan
kita lebih mirip ibu atau bapa kita. Gregor Mendel telah memperkenalkan
prinsip pewarisan ini yang menyatakan terdapat dua jenis trait dalam manusia
dan tumbuh-tumbuhan iaitu trait dominan dan trait resesif.

Sudah semestinya trait dominan lebih kuat daripada trait resesif. Corak genetik
pada manusia sangat kompleks. Hanya sebilangan kecil trait dikawal oleh
pasangan gen yang tunggal. Kebanyakan trait manusia ditentukan oleh lebih
daripada satu pasangan gen (trait poligenik) dan juga turut dipengaruhi oleh
faktor persekitaran (pewarisan multifaktor). Jadual 2.1 memberikan contoh trait
dominan dan trait resesif pada manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26 X TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN

Jadual 2.1: Trait dominan dan resesif


[Sumber: Danuta & Marwin (1998), hlm. 72]

Trait Dominan Trait Resesif


Rambut kerinting Rambut lurus
Mata coklat Mata kelabu, mata biru
Rambut hitam Rambut kuning
Rambut lebat Rambut nipis
Darah jenis A Darah jenis O
Darah jenis B Darah jenis O
Sel darah normal Penyakit sickle cell
Bibir tebal Bibir nipis
Penyakit Huntington Otak yang normal

2.2.2 Keabnormalan Kromosom Sindrom Down, Sindrom


Klinefelter, Sindrom Turner, Sindrom Xxx, Sindrom
Xyy
Adakah anda tahu bahawa kecacatan kromosom boleh berlaku disebabkan dua
faktor penting? Pertama, fenomena ini boleh berlaku kerana warisan dan
sesetengahnya pula berlaku secara kebetulan semasa proses perkembangan
kromosom. Kecacatan kromosom berlaku dalam dua kategori seperti dalam
Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Dua kategori kecacatan kromoson

Kategori Kecacatan Huraian


Keabnormalan dalam • Berlaku semasa peringkat awal persenyawaan
bilangan kromosom • Pasangan kromosom tidak berpisah menyebabkan
wujud lebihan atau kekurangan kromosom dalam
satu sel tertentu
Keabnormalan dalam • Disebabkan kromosom berpecah atau bercantum
struktur kromosom dalam bentuk lain daripada normal

Kedua-dua bentuk keabnormalan ini akan memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan seseorang individu. Terdapat beberapa cara sesuatu kecacatan
baka boleh diwarisi daripada satu generasi ke generasi berikutnya iaitu:
(a) kecacatan baka yang diwarisi oleh gen dominan pada autosom.
(b) kecacatan baka yang diwarisi oleh gen resesif pada autosom.
(c) kecacatan baka yang diwarisi oleh gen jantina (gen resesif pada kromosom
X).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 27

Terdapat beberapa sindrom yang wujud kerana keabnormalan dalam bilangan


kromosom sama ada mempunyai lebihan atau kekurangan sesuatu kromosom
tertentu. Antara sindrom ini diterangkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Sindrom akibat ketidakabnormalan kromosom


[Sumber: Danuta & Marwin (1998), hlm. 82]

Sindrom Ciri-ciri
Sindrom Down • Mengalami ketidaknormalan kromosom pada set kromosom
(Trisomy 21) ke-21
• Simptom-simptom ialah kulit yang berlipat-lipat di tepi
mata, hidung rata, kepala yang kecil, lidahnya tebal serta
mengalami kecacatan mental yang ringan
• Nisbah kekerapan berlaku ialah 1:800 kelahiran
• Penyebab utama lebih cenderung kepada baka sekiranya
umur ibu kurang 35 tahun
• Umur yang meningkat meningkatkan risiko melahirkan anak
Sindrom Down
Sindrom • Juga dikenali sebagai Sindrom XXY
Klinefelter • Berlaku lebihan satu kromosom X dan sesetengahnya
(Sindrom XXY) mempunyai lebihan dua kromosom X
• Mempunyai fizikal lelaki tetapi, tidak boleh menghasilkan
sperma
• Lebih tinggi, mempunyai bentuk badan seperti wanita
dengan nada suara yang nyaring
• Mempunyai masalah dengan pembacaan dan mengingat
• Nisbah berlaku sindrom ialah 1:500-1000 lelaki
Sindrom Turner • Mempunyai satu kromosom jantina sahaja
• Kebanyakannya mempunyai satu kromosom X sahaja
• Perkembangan psikomotor normal tetapi perkembangan
seksual terbatas
• Kurang mampu menghasilkan tisu ovari
• Mempunyai leher yang pendek
• Ada kalanya mengalami masalah kognitif seperti kebolehan
mengira, persepsi penglihatan dan pengamatan
• Boleh diatasi dengan pengambilan hormon estrogen dan
hormon-hormon lain bagi membantu meningkatkan sifat
seks sekunder wanita
• Nisbah kejadian 1 :1,200 hingga 2,500 wanita
Sindrom XXX • Juga dikenali sebagai Sindrom Triple ăX atau „superfemale‰
(„Superfemale‰) • Berlaku di kalangan 1:500 hingga 1200 wanita
• 90% wanita menerima dua salinan kromosom X
• Mengalami masalah kelewatan perkembangan bahasa dan
pertuturan, kordinasi yang lemah, pencapaian akademik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28 X TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN

yang lemah serta tingkah laku tidak matang


• Perkembangan seksual lazimnya adalah normal
• Perkembangan secara keseluruhan normal tetapi
sesetengahnya menghadapi masalah bahasa, kognitif dan
masalah sosio emosi
SindromXYY • Berlaku dalam kalangan kaum lelaki
(„Supermale‰) • Mempunyai lebih kromosom Y
• Mempunyai tahap ketinggian yang sederhana dengan
kemampuan intelek yang sederhana
• Kebanyakannya menjalani kehidupan yang normal
• Agak kasar berbanding lelaki biasa
• Nisbah berlaku adalah 1 : 700 hingga 1,000 lelaki

2.2.3 “Screening Prenatal” dan Ujian Genetik


Ujian sebelum kelahiran (screening prenatal) merupakan ujian yang dilakukan
bagi memastikan perkembangan dan kesihatan bayi dalam kandungan lancar
dan baik. Ujian ini biasanya dilakukan seawal kandungan berusia 20 minggu.
Ujian-ujian yang dilakukan dapat membantu mengesan tanda-tanda awal
sekiranya bayi menghadapi masalah. Apabila ujian yang dijalankan
menunjukkan hasil yang positif, rawatan susulan biasanya dicadangkan.

Terdapat banyak sebab mengapa ujian pranatal dilakukan seperti mengenal pasti
kecacatan baka yang diwarisi. Contohnya, ujian pranatal lazimnya dilakukan
sekiranya terdapat anak yang terdahulu dilahirkan dengan variasi kromosom
atau kecacatan gen. Ujian genetik yang dilakukan juga bertujuan untuk
mengesan sekiranya berlaku kesukaran kepada si ibu sepanjang tempoh
kehamilan. Ini turut membantu mengesan sekiranya fetus berkembang pada
kadar yang berbeza daripada normal sepanjang tempoh kehamilan.

Kebanyakan pemeriksaan awal dilakukan untuk mengesan ketidakabnormalan


kromosom seperti sindrom Down. Ibu bapa juga boleh membuat pemeriksaan
bagi mengesan masalah spina bifida iaitu masalah berkaitan tulang yang boleh
menyebabkan lumpuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 29

Jadual 2.4 menunjukkan beberapa contoh ujian Âprenatal screeningÊ.

Jadual 2.4: Beberapa contoh ujian Âprenatal screeningÊ

Ujian Huraian
Maternal • Menggunakan sampel darah daripada lengan wanita untuk
Serum Screen mengukur jumlah bahan tertentu yang ditemui dalam darah
(MSS) setiap ibu yang mengandung
• Sesuai dijalankan ke atas semua ibu yang mengandung
• Sekiranya janin dikesan menghidapi sindrom Down atau
spina bifida, jumlah bahan tertentu di dalam darah berbeza
daripada biasa
Ultrasound • Digalakkan dilakukan pada usia kandungan 18 hingga 20
minggu
Soal selidik • Dijalankan bagi mengetahui sejarah perubatan dalam
kalangan ahli keluarga

Selain ujian yang dilakukan pada si ibu, sampel darah janin turut diambil secara
terus daripada janin di dalam uterus si ibu bagi mengesan sebarang
keabnormalan pada fetus. Antara ujian yang dilakukan ialah amniocentesis,
chorionic villus sampling dan ultrasonography (Jadual 2.5).

Jadual 2.5: Ujian sampel darah janin

Ujian Huraian
Amniocentesis • Kaedah sampel cecair yang diambil daripada keliling
janin yang sedang berkembang dengan menggunakan
jarum
• Kaedah ini digunakan bagi mengesan gen janin dan
kelewatan perkembangan fetus sekiranya ada
• Dilakukan antara minggu ke-14 hingga minggu ke-16
kehamilan
Chorionic villus • Menggunakan sel embrio untuk mengesan keabnormalan
sampling kromosom dan perkembangan embrio
• Dilakukan seawal lima minggu kehamilan
Ultrasonography • Lebih dikenali dengan ultrasound
• Membantu mengesan perkembangan janin sama ada
berkembang dalam keadaan normal atau sebaliknya
• Mengesan usia kandungan
• Boleh mengesan sekiranya janin menghadapi masalah
microcephaly (saiz kepala yang kecil), sumbing dan
sengau atau kecacatan fizikal yang lain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30 X TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN

Kesemua ujian yang dilakukan dapat membantu pasangan ibu bapa untuk
mengesan sebarang keabnormalan pada janin di dalam kandungan lebih awal.
Oleh itu, usaha-usaha pencegahan atau kaedah rawatan terbaik boleh dirancang
sekiranya wujud sebarang keabnormalan yang dikesan melalui ujian-ujian yang
dilakukan. Ibu bapa juga boleh merancang penyediaan persekitaran serta kaedah
didikan yang sesuai untuk bayi yang bakal dilahirkan.

AKTIVITI 2.2

1. Terdapat dua kategori kecacatan kromosom iaitu kecacatan bilangan


kromosom dan struktur kromosom. Bincangkan apa yang anda faham
tentang kedua-dua kecacatan tersebut.
2. Jelaskan kepentingan Âprenatal screening‰.

2.3 INTERAKSI GEN DAN PERSEKITARAN


Adakah tingkah laku individu dipengaruhi oleh gen? Atau adakah tingkah laku
dipengaruhi oleh faktor persekitaran? Tahukah anda bagaimana gen
mempengaruhi persekitaran mungkin bergantung kepada persekitaran itu
sendiri. Walau bagaimanapun, lazimnya bagaimana persekitaran memberi kesan
kepada tingkah laku bergantung kepada faktor genetik. Keadaan ini merupakan
asas kepada interaksi kompleks antara gen dan persekitaran.

2.3.1 Julat Reaksi


Apakah julat reaksi? Hubungan interaktif antara genetik dan persekitaran boleh
dirumuskan dalam istilah julat reaksi.

Fenomena interaksi ini boleh dikesan dalam julat yang besar. Sebagai contoh,
kanak-kanak sindrom Down yang pada mulanya diletakkan dalam persekitaran
yang terkongkong akan mengalami perubahan daripada aspek perkembangan
inteleknya apabila diletakkan dalam persekitaran yang memberangsangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 31

Persekitaran yang sesuai dengan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi merangsang


perkembangan kognitif kanak-kanak ini, akan dapat membantu kanak-kanak
untuk mencapai fungsi kognitif yang lebih tinggi. Kanak-kanak yang
menghadapi masalah genetik yang lain juga boleh menerima kesan yang sama
bergantung kepada persekitaran dan rangsangan yang diberikan kepada mereka.

Sebagai ahli masyarakat, kita perlu peka dalam memikirkan konsep julat reaksi
ini. Ini memberikan tindak balas kepada apa yang kita faham berkaitan cara
genetik ditekankan dalam persekitaran yang biasa bagi kita. Contohnya, apabila
mengetahui bagaimana Trisomi 21 memberi kesan terhadap enzim dan protein
yang berperanan terhadap saraf yang telah difahami, persekitaran yang sesuai
perlu dibentuk supaya dapat membantu meningkatkan pencapaian intelek
kanak-kanak sindrom Down ini.

Pengetahuan berkenaan proses biologikal dan lain-lain pengaruh yang dipanggil


persekitaran boleh membantu proses pengubahsuaian kaedah bagaimana gen
boleh mempengaruhi tingkah laku tertentu.

2.3.2 Perubahan Perhubungan antara Persekitaran dan


Didikan
Terdapat korelasi antara faktor genetik dengan pengalaman yang dilalui oleh ibu
bapa dalam menyediakan persekitaran yang harmoni sesuai dengan minat dan
kecenderungan kanak-kanak. Ini dipanggil hubungan pasif kerana dicipta atau
disediakan oleh ibu bapa untuk anak-anak. Ibu bapa yang bersosialisasi
mungkin akan memindahkan genetik yang sama kepada anak-anak melalui
persekitaran sosial yang dibentuk di rumah. Namun begitu, hubungan antara
genetik dan persekitaran boleh menjadi positif apabila persekitaran yang
disediakan mengandungi elemen-elemen yang dapat menyokong dan
melengkapkan potensi genetik kanak-kanak. Contohnya, apabila ibu bapa
mengesan sikap anak yang terlalu pemalu, boleh mengambil inisiatif untuk
mendidik anak tersebut bersosialisasi melalui aktiviti permainan berkumpulan
serta aktiviti lain yang boleh membantu anak tersebut bersosial dengan rakan
sebaya.

Tingkah laku kanak-kanak sering dikaitkan dengan genetik, iaitu warisan


daripada kedua ibu bapa. Kanak-kanak yang aktif sering mencuba untuk
mendapatkan perhatian berbanding rakan sebaya yang lebih pemalu. Sebagai
ibu bapa, sokongan dan galakan perlu diberikan apabila kanak-kanak
menghadapi situasi sedemikian. Ini bagi membantu kanak-kanak ini untuk lebih
berkeyakinan terhadap potensi yang ada pada diri mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32 X TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN

Kanak-kanak perlu diberikan galakan dalam memilih aktiviti berdasarkan minat


masing-masing. Kesan genetik yang dimiliki oleh kanak-kanak akan memberi
pengaruh dalam proses penyediaan persekitaran yang sesuai untuk mereka di
samping memberi peluang untuk kanak-kanak mengawal situasi dan mendapat
pengalaman baru. Perbezaan antara setiap individu juga perlu diberi perhatian
dalam penyediaan persekitaran kanak-kanak.

Kanak-kanak yang diberi ruang untuk memilih aktiviti yang diminati akan dapat
membiasakan diri dengan persekitaran yang telah disediakan untuk mereka
sehingga mereka dewasa. Ini akan membantu kanak-kanak untuk lebih
mengembangkan bakat dan minat yang ada dengan sokongan serta didikan yang
sesuai daripada ibu dan bapa.

 
SEMAK KENDIRI 2.1

1. Nyatakan  jenis‐jenis  ujian  yang  boleh  dilakukan  sepanjang  tempoh 


  kehamilan. 
  2. Amir  seorang  kanak‐kanak  yang  suka  memencilkan  diri  dan  menghadapi 
masalah sukar bergaul dengan rakan sebaya. 
      Pada    pandangan  anda,  persekitaran  bagaimanakah  yang  sesuai 
disediakan kepada Amir supaya sikap tersebut dapat diubah? 

• Perbezaan yang berlaku antara setiap individu disebabkan oleh baka atau
genetik yang diwarisi.
• Pembentukan organisma berlaku melalui proses mitosis dan pembentukan
jantina berlaku melalui proses miosis.
• Terdapat dua jenis trait dalam manusia dan tumbuh-tumbuhan iaitu trait
dominan dan trait resesif yang boleh mempengaruhi trait individu.
• Kecacatan baka atau keabnormalan kromosom merujuk kepada suatu
keadaan apabila perkembangan kromosom tidak berlaku dengan
sempurna.
• Kecacatan kromosom boleh berlaku disebabkan dua faktor iaitu kerana
warisan daripada ibu bapa dan sesetengahnya pula berlaku secara
kebetulan semasa proses perkembangan kromosom. Kecacatan kromosom
ini boleh membawa kepada Sindrom Down, Sindrom Klinefelter, Sindrom
Turner, Sindrom XXX dan Sindrom XYY.
• Terdapat banyak pemeriksaan awal dan ujian yang boleh dilakukan untuk
mengesan ketidakabnormalan kromosom. Antara pemeriksaan awal yang
boleh dilakukan ialah maternal serum screen (MSS), ultrasound dan soal
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 GENETIK DAN KETURUNAN W 33

selidik. Manakala ujian amniocentesis, chorionic villus sampling dan


ultrasonography pula boleh dilakukan terhadap sampel darah janin.
• Tingkah laku kanak-kanak sering dikaitkan dengan genetik, iaitu warisan
daripada kedua ibu bapa.
• Persekitaran yang sesuai dengan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi
merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak ini, akan dapat
membantu kanak-kanak untuk mencapai fungsi kognitif yang lebih tinggi.

Kecacatan baka Sindrom Klinefelter


Kecacatan kromosom Sindrom Turner
Prenatal screening Sindrom XXX
Proses miosis SindromXYY(„Supermale‰)
Proses mitosis Trait dominan-resesif
Sindrom Down (Trisomy 21)

Danuta, B., & Marvin,W. D. (1998). Child development: A thematic approach


(3rd ed.). New York: oughton Mifflin Company.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pettijohn, T. F. (1998). Psychology: A connectext (4th ed.). Ohio, Dushkin: McGraw-


Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Terencat
3 Akal

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menyatakan definisi kerencatan akal;
2. mengenal pasti punca-punca kerencatan akal;
3. menjelaskan kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-kanak terencat
akal; dan
4. menghuraikan kaedah pengajaran yang sesuai bagi kanak-kanak
terencat akal

X PENGENALAN
Kita sering mendengar konsep persamaan manusia. Semua manusia dilahirkan
serupa. Pernyataan ini biasa digunakan di seluruh dunia. Hakikatnya, tidak ada
semua manusia yang sama. Masih terdapat perbezaan dalam persamaan yang
dilihat. Sebagai contoh, walaupun sepasang saudara kembar dikatakan kembar
seiras, mungkin terdapat perbezaan dari segi minat, tingkah laku dan kelebihan
masing-masing. Justeru, kita dapat melihat sendiri perbezaan yang ada dalam
persamaan yang boleh kita lihat daripada luaran.

Dalam topik ini kita akan melihat secara mendalam berkaitan individu yang
mengalami kerencatan akal atau lebih dikenali dengan istilah terencat akal atau
„mental retardation‰. Kita akan melihat definisi terencat akal, punca-punca
kerencatan akal, kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-kanak atau individu
terencat akal serta kaedah pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak terencat
akal. Lazimnya, kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima agak sukar
dikesan sejak kecil. Namun begitu, tanda-tanda awal yang ditunjukkan dapat
membantu pelbagai pihak sama ada ibu bapa, guru atau pun masyarakat untuk
mencari kaedah terbaik untuk mendidik kanak-kanak ini. Selamat belajar.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 35

3.1 DEFINISI TERENCAT AKAL/MENTAL


RETARDATION
Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), kerencatan akal
didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi
mental, di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku
penyesuaian. Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri
seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu yang
dikesan mengalami kerencatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri sendiri
atau hidup secara berdikari. Kecacatan ini lazimnya dikesan sebelum usia 18
tahun.

Bagaimana pula dengan kerencatan akal? Individuals with Disabilities Education


Act (IDEA) mendefinisikan kerencatan akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang
rendah serta kekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh
perkembangan yang memberi kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-
kanak.

Fungsi intelek atau IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ. Skor purata ialah 100.
Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami
kerencatan akal. Untuk mengukur tingkah laku adaptif, perbandingan dilakukan
dengan melihat apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak berbanding rakan
sebaya yang lain. Sesetengah kemahiran penting sebagai tingkah laku adaptif.
Antaranya ialah:
(a) kemahiran aktiviti harian seperti memakai pakaian, mandi, makan dan
sebagainya.
(b) kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan
berupaya memberi tindak balas.
(c) kemahiran sosial seperti hubungan dengan rakan, keluarga, orang dewasa
dan masyarakat.

Batasan-batasan ini menyebabkan proses perkembangan dan pembelajaran


kanak-kanak lebih lambat berbanding kanak-kanak normal yang lain. Kanak-
kanak terencat akal mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk belajar
bercakap, berjalan dan menguruskan diri. Kebanyakan daripada mereka juga
mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Kanak-kanak ini mungkin belajar
tetapi proses pembelajaran tersebut akan mengambil masa yang lebih lama.
Sesetengah daripada mereka langsung tidak dapat mempelajari sesuatu perkara.
Apakah yang menyebabkan kerencatan akal?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36 X TOPIK 3 TERENCAT AKAL

Kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan 
otak berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada 
individu  bukan  sahaja  melibatkan  batasan  fungsi 
mental  tetapi  turut  melibatkan  masalah  emosi. 
Kemampuan  kognitif  kanak‐kanak  terencat  akal 
juga  terganggu.  Ini  bermakna,  kanak‐kanak  ini 
lambat  untuk  menerima  sesuatu  maklumat  yang 
disampaikan  kepada  mereka  dan  sukar  untuk 
memahami konsep‐konsep kompleks.    
 

Terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum memastikan seorang kanak-
kanak itu mengalami kerencatan akal iaitu:
(i) kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan masalah dan
fungsi intelek(IQ).
(ii) kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau
lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai pakaian,
mandi, mengurus diri dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hendak mengenali kanak-kanak ini? Umumnya, kanak-kanak


terencat akal menunjukkan beberapa tanda tertentu seperti:
(iii) menghadapi masalah pertuturan.
(iv) kesukaran untuk mengingat.
(v) sukar memahami peraturan-peraturan sosial.
(vi) tidak dapat membezakan kesan dan akibat.
(vii) menghadapi masalah dalam proses penyelesaian masalah.
(viii) menghadapi masalah untuk berfikir secara logik.

Tidak ada rawatan khusus untuk kerencatan akal. Walau bagaimanapun, kanak-
kanak terencat akal boleh dan mampu belajar banyak perkara. Hanya proses
pembelajaran itu akan mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan
sokongan daripada pelbagai pihak.

Terdapat tiga kategori kanak-kanak terencat akal seperti yang diterangkan dalam
Jadual 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 37

Jadual 3.1: Kategori kecacatan mental

Kategori Huraian
Terencat akal • Berpotensi untuk berkembang dari segi akademik,
ringan vokasional dan sosial
(Skor IQ 50 ă 75) • Sukar mengikuti proses pembelajaran biasa, perlu
pendidikan yang sesuai dengan mereka
• Berpotensi berdikari jika diberi pendidikan yang
sesuai
• Boleh berfungsi dan berinteraksi dengan baik dengan
kanak-kanak normal yang 1-2 tahun lebih muda
• Boleh menerima 9 bulan dari 12 bulan tempoh
pembelajaran
Terencat akal • Mengurus diri sendiri (makan, membuka pakaian dan
sederhana mengurus diri di tandas)
(Skor IQ 30 ă 50) • Menyesuaikan diri dalam perhubungan sosial
(berkongsi dan bekerjasama)
• Belajar membaca, mengira dan mengenal simbol
• Menjalankan tugas dengan pengawalan
• Bekerja di kawasan tertutup
• Perlu pengulangan kepada pembelajaran konsep baru
• Boleh menerima 6 bulan dari 12 bulan tempoh
pembelajaran
Terencat akal teruk • Perlu persekitaran dan program yang khusus
dan sangat teruk • Perlu lebih banyak pengulangan dalam pembelajaran
(Skor IQ 30 ke • Perlu bantuan dalam rutin harian
bawah) • Biasanya mempunyai kecacatan lain seperti masalah
pendengaran, penglihatan, ataupun perubatan
• Mengalami masalah bahasa dan komunikasi
• Sukar beri tumpuan
• Perlu arahan lisan yang jelas dan mudah
• Tugasan perlu dipecahkan supaya mudah dicapai
• Pujian kepada tingkah laku yang baik
• Digalakkan penglibatan dengan kanak-kanak normal
(buddy system).
• Boleh menerima 3-4 bulan dari 12 bulan tempoh
pembelajaran.

3.2 PUNCA-PUNCA KERENCATAN AKAL


Sekarang kita akan mengenal pasti punca kerencatan akal. Anda tentu faham
terencat akal bukanlah suatu penyakit. Banyak pakar membuat anggaran
bahawa kita hanya boleh menentukan penyebab kecacatan mental hanya 10 ke

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38 X TOPIK 3 TERENCAT AKAL

15 peratus sahaja daripada kes yang ada. Penyebabnya berbeza antara kecacatan
mental ringan, sederhana dan teruk. Keadaan ini terjadi apabila berlaku
kecederaan atau kerosakan pada bahagian otak atau masalah yang menyebabkan
otak tidak dapat berkembang secara normal. Kerencatan akal juga bukanlah
salah satu penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan. Ada ketikanya kita
tidak tahu bagaimana seseorang boleh mengalami kerencatan akal. Terdapat
banyak faktor yang menyebabkan kerencatan akal antaranya faktor genetik,
kerosakan otak atau kecederaan otak, jangkitan dan faktor pesekitaran. Mari kita
lihat faktor-faktor ini satu persatu.

3.2.1 Faktor Genetik


Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 30 peratus
kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental teruk disebabkan oleh
ketidaknormalan genetik seperti sindrom Down. Manakala 25 peratus
disebabkan oleh palsi serebrum, 30 peratus disebabkan oleh meningitis dan
masalah pranatal. Selebihnya 15 peratus pula tidak dapat ditentukan faktor
penyebabnya.

Kerencatan akal boleh berlaku disebabkan keabnormalan gen seperti Sindrom X.


Kromosom X yang rapuh dikesan dalam kromosom yang menentukan jantina
merupakan punca utama kerencatan akal.

Gen tunggal seperti phenylkenoturia


Phenylkenoturia (PKU) ‐ Kegagalan 
(PKU) dan kegagalan metabolisme
metabolisme yang diakibatkan oleh 
sewaktu janin dalam kandungan juga
merupakan antara faktor kerencatan akal oleh organ hati yang tidak 
sekiranya tidak dapat dikesan pada berfungsi dengan aktif. 
peringkat awal lagi. Mutasi dalam • Dikesan  daripada  keturunan  dan 
perkembangan gen juga boleh diwarisi. 
menyebabkan kerencatan akal. Sebagai • Kanak‐kanak  dengan  PKU 
contoh: lebihan kromosom ke-18 atau kelihatan  normal  tetapi  jika  tidak 
lebih dikenali sebagai (Trisomi 18) dan dirawat,  mereka  akan  dikesan 
Sindrom Down. Sindrom Down berpunca menghadapi  kerencatan  akal 
daripada keabnormalan perkembangan seawal  usia  satu  tahun.  Sekiranya 
kromosom ke-21. diberikan diet yang khusus sejurus 
  lepas  kelahiran,  mereka  akan 
  berkembang  secara  normal  seperti 
  individu lain. 
• Ujian  darah  boleh  dilakukan 
 
seawal  mungkin  untuk  mencegah 
 
PKU. 
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 39

3.2.2 Kerosakan/Kecederaan Otak


Tahukah anda kerosakan atau kecederaan otak yang menyebabkan kegagalan
fungsi otak merupakan punca utama kerencatan mental dalam kalangan kanak-
kanak? Bagaimanakah ini berlaku? Keadaan ini boleh berlaku apabila ibu
mengandung menghidapi tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan
(hypertension) atau keracunan dalam darah (toxemia) akan menyebabkan
oksigen kepada fetus berkurangan. Situasi ini akan memberi kesan kepada
kerosakan otak dan kerencatan akal.

Proses kelahiran yang menyebabkan kecacatan fizikal di bahagian kepala, otak


dan sistem saraf tunjang juga merupakan antara punca kerencatan akal.
Contohnya, kecacatan tiub saraf merupakan kecacatan sewaktu kelahiran yang
menyebabkan kegagalan pembentukan saraf tulang belakang yang sempurna.
Keadaan ini menyebabkan pembentukan cecair yang berlebihan daripada tulang
belakang yang akan mengakibatkan hydrocephalus (bayi berkepala besar).
Apakah kesannya? Tekanan akibat kepala yang lebih besar boleh menyebabkan
kegagalan dalam poses pembelajaran.

3.2.3 Jangkitan
Untuk makluman anda, kernicterus merupakan kerosakan otak yang berlaku
apabila bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah jaundice atau
kekuningan. Apakah sebab berlakunya jaundice? Jaundice disebabkan oleh
pigmen kuning yang dihasilkan oleh hati. Biasanya jaundice akan hilang dengan
sendiri. Namun begitu, sekiranya penghasilan pigmen yang terlalu banyak tidak
dikawal atau dirawat, akan mempengaruhi kerosakan otak kanak-kanak. Banyak
kes kernicterus dikesan mengakibatkan palsi serebrum (cerebral palsy) dan
kehilangan pendengaran. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak juga
terdedah kepada terencat akal akibat jangkitan ini. Keadaan ini boleh diatasi
dengan menggunakan pencahayaan khusus atau kaedah terapi yang sesuai.

Jangkitan bakteria (penyakit Hib), batuk yang berpanjangan/batuk kokol,


chickenpox dan campak merupakan antara jangkitan yang boleh menyebabkan
kerencatan akal sekiranya rawatan awal gagal diberikan. Jangkitan lapisan
membran yang melitupi otak (meningitis) atau radang otak sendiri (encephalitis)
yang membengkak boleh menyebabkan kerosakan otak dan kerencatan akal.
Selain itu, gegaran yang kuat di bahagian kepala juga boleh menyebabkan
kerosakan otak dan kerencatan akal dalam kalangan kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40 X TOPIK 3 TERENCAT AKAL

3.2.4 Faktor Persekitaran


Tahukah anda bayi yang diabaikan serta tidak dibekalkan dengan rangsangan
mental dan fizikal sebagai sebahagian daripada proses perkembangan mungkin
akan menghadapi masalah dalam proses pembelajaran? Kanak-kanak yang
kekurangan zat makanan, hidup dalam persekitaran yang tidak sihat serta tanpa
penjagaan kesihatan yang sempurna mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami kerencatan akal.

Dalam kalangan manusia, perkembangan intelek kanak-kanak terencat akal


berbeza dengan kanak-kanak normal akibat kurangnya hubungan dengan
individu yang mempunyai tahap IQ normal serta kebolehan untuk membaca
buku serta rangsangan verbal. Kekurangan daripada aspek ekonomi juga
mempengaruhi perkembangan intelek untuk berkembang. Selain itu, faktor saiz
keluarga yang besar, sistem nutrisi yang tidak teratur serta jangkaan pencapaian
akademik yang rendah juga merupakan antara faktor kerencatan akal.

Tahukah anda terdapat juga punca-punca lain selain yang telah kita bincangkan
tadi? Rajah 31. menyenaraikan antara punca-punca lain yang turut
mempengaruhi kerencatan akal kanak-kanak.

Rajah 3.1: Punca-punca lain yang mempengaruhi kerencatan akal kanak-kanak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 41

AKTIVITI 3.1

1. Jelaskan tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal


ringan.
2. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kerancatan akal dalam
kalangan kanak-kanak.

3.3 KRITERIA PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU


Dalam menentukan kriteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat
akal, kita tidak dapat memastikan dengan tepat sekiranya seseorang individu itu
terencat akal. Ini kerana ada kalanya individu yang terencat akal tidak
menunjukkan kesemua kriteria tersebut. Terdapat pelbagai variasi tingkah laku
dalam kalangan kanak-kanak terencat akal yang menjadikan setiap seorang
daripada mereka merupakan individu yang unik. Dalam sub-topik ini, kita akan
membincangkan beberapa kriteria seperti tumpuan, ingatan, perkembangan
bahasa, pencapaian akademik serta perkembangan sosial kanak-kanak terencat
akal.

3.3.1 Tumpuan
Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran sangat penting. Kenapa
tumpuan ini sangat penting? Tumpuan penting kerana individu perlu mampu
untuk memahami sesuatu tugasan yang diberikan sebelum proses pembelajaran
berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menumpukan perhatian
terhadap sesuatu atau sukar memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama.

Kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana


ketidakupayaan untuk berfikir secara logik.

3.3.2 Ingatan
Kajian menunjukkan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah untuk
mengingat maklumat yang diterima. Bagaimana pula dalam persekitaran
pendidikan di sekolah? Dalam persekitaran pendidikan di sekolah, kanak-kanak
terencat akal menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat.
Ketidakupayaan untuk mengingat maklumat yang disampaikan menghadkan
kemampuan mereka untuk belajar. Keadaan ini merupakan halangan utama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42 X TOPIK 3 TERENCAT AKAL

dalam proses pembelajaran di sekolah. Kebolehan mengingat merupakan proses


pembelajaran yang kompleks dan memerlukan kaedah yang sesuai. Kanak-
kanak terencat akal menghadapi kesukaran untuk mengingat konsep serta
perkara-perkara yang berkaitan teori tentang sesuatu perkara.

3.3.3 Perkembangan Bahasa


Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi,
menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hatton,
1998). Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang
dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992).
Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-
kanak terencat akal. Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan
akal ringan, perkembangan bahasa mereka adalah selari dengan kanak-kanak
normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan
sekiranya kategori yang dialami terencat akal teruk.

Kelewatan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak terencat akal


mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal
sukar untuk menyampaikan bahasa-bahasa berasaskan linguistik dan
menyebabkan penguasaan bahasa yang lemah.

3.3.4 Pencapaian Akademik


Bagaimana pula dengan pencapaian akademik kanak-kanak terencat akal? Anda
tentu sedar terdapat hubungan yang kuat antara kemampuan intelek dengan
pencapaian. Maka tidaklah memeranjatkan sekiranya kanak-kanak terencat akal
lazimnya mempunyai pencapaian akademik yang rendah berbanding rakan
sebaya normal yang lain. Kanak-kanak terencat akal juga sering mempunyai
jangkaan pencapaian yang rendah disebabkan tahap kemampuan intelek yang
dimiliki (Mac Millan, 1982).

3.3.5 Perkembangan Sosial


Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih sensitif dan emosional. Kanak-kanak
ini juga menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari sewaktu menerima pengajaran di
sekolah. Namun begitu, kanak-kanak terencat akal ini tidak dapat memahami
peranan menunggu giliran seperti menunggu giliran apabila seseorang selesai
bercakap sebelum memulakan topik perbualan. Kanak-kanak terencat akal juga
menghadapi masalah untuk memahami konsep-konsep sosial. Sebagai contoh,
konsep wang. Mereka menghadapi masalah untuk memahami fungsi wang serta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 43

kegunaan wang dalam kehidupan harian. Kanak-kanak terencat akal juga sukar
untuk memahami kesan dan akibat sesuatu perhubungan. Contohnya, mengenal
pasti bahawa terdapat kesan daripada setiap tindakan yang dilakukan.

3.4 KAEDAH PENGAJARAN


Apakah kaedah pengajaran bagi kanak-kanak terencat akal? Fokus pendidikan
kepada kanak-kanak terencat akal haruslah pelbagai bergantung kepada tahap
kerencatan akal kanak-kanak atau sejauh mana kanak-kanak tersebut
memerlukan perkhidmatan sokongan. Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak
mengalami kerencatan akal yang ringan, kemahiran akademik perlu ditekankan
oleh guru. Sebaliknya, jika kanak-kanak mengalami kerencatan akal yang teruk,
guru perlu membuat penyesuaian kaedah pembelajaran yang merangkumi
pembentukan keyakinan diri, pengurusan diri, kemahiran komunikasi dalam
masyarakat serta kemahiran vokasional.

Anda sebagai guru pendidikan khas, perlu menerapkan kemahiran pengurusan


diri, kemahiran akademik, pembentukan kendiri, kemahiran berkomunikasi
serta kemahiran vokasional dalam proses pendidikan mereka tanpa mengira
tahap kerencatan yang dihadapi oleh kanak-kanak terencat akal.

3.4.1 Kurikulum dan Bahan yang Sesuai


Penggunaan kurikulum dan bahan yang sesuai perlu ditekankan bermula sejak
proses pembelajaran diperkenalkan kepada kanak-kanak terencat akal. Kanak-
kanak ini perlu didedahkan dengan penggunaan bahan yang mempunyai
hubung kait dalam kehidupan agar dapat diaplikasikan oleh mereka. Ini
bertujuan supaya penggunaan bahan tersebut dapat membantu kanak-kanak ini
hidup berdikari.

Sebagai guru, pendekatan pengajaran yang digunakan perlulah berdasarkan


analisis tingkah laku kanak-kanak tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan
analisis tingkah laku?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44 X TOPIK 3 TERENCAT AKAL

Terdapat enam langkah pengajaran yang boleh digunakan untuk kanak-kanak


terencat akal:
(i) guru mengenal pasti matlamat keseluruhan. Ini merangkumi kemahiran
yang diperlukan oleh kanak-kanak yang perlu ditingkatkan.
(ii) aras pengukuran kemahiran perlu ditetapkan. Ini membantu untuk
mengenal pasti tahap kemampuan kanak-kanak dan guru boleh membuat
perbandingan antara aras yang ditetapkan dengan kemampuan kanak-
kanak.
(iii) menetapkan objektif khusus proses pengajaran dan pembelajaran.
(iv) mengimplimentasikan program intervensi untuk meningkatkan kemahiran
yang diperlukan atau mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai.
(v) mengawasi perkembangan kemajuan pembelajaran kanak-kanak secara
berterusan.
(vi) menilai kesan intervensi yang dilakukan dengan membuat perbandingan
perkembangan dengan aras ditetapkan supaya guru dapat membuat
keputusan untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah sedia ada, atau membuat pengubahsuaian atau
menamatkan program intervensi yang dijalankan.

3.4.2 Aktiviti yang Sesuai


Kebanyakan program pendidikan untuk kanak-kanak terencat akal berfokus
kepada penyediaan untuk mereka hidup berdikari. Oleh itu, aktiviti
pembelajaran yang disediakan seharusnya berbentuk praktikal (Wehman, Moon,
Everson, Wood & Barcus, 1988). Belajar cara memakai pakaian ke atas anak
patung contohnya, bukanlah kaedah pembelajaran yang efektif. Sebaliknya
kanak-kanak perlu ditunjukkan cara memakai pakaian ke atas model sebenar.
Sesetengah kanak-kanak terencat akal boleh mempelajari kemahiran akademik.
Pembelajaran berkaitan perkara-perkara teori akan memakan masa yang lama,
justeru perkara yang paling penting ialah mengajar apa yang mereka perlukan
dalam kehidupan dan sesuatu yang mereka boleh belajar.

3.4.3 Interaksi dengan Pelajar Normal


Para profesional bersetuju bahawa kanak-kanak terencat akal akan memperoleh
banyak manfaat melalui interaksi dengan rakan sebaya yang normal. Bagaimana
dan berapa kerap interaksi tersebut bukanlah suatu persoalan. Sesetengah pakar
percaya lebih baik sekiranya kanak-kanak terencat akal diletakkan di dalam
kelas murid normal sepanjang tempoh pembelajaran harian di sekolah. Ini
bertujuan menjalin interaksi antara murid normal dengan kanak-kanak terencat
akal. Ada juga berpendapat interaksi perlu berlaku di antara mereka tetapi
dalam konteks yang lebih terbatas. Sebagai contoh, sesetengah sekolah boleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 45

mencuba meletakkan murid normal sebagai tutor atau pembantu bilik darjah di
dalam kelas kanak-kanak terencat akal.

3.4.4 Pengajaran Berasaskan Komuniti


Dalam usaha membantu kanak-kanak terencat akal memperoleh kemahiran-
kemahiran tertentu, program pendidikan untuk kanak-kanak ini perlu mendapat
tempat dalam masyarakat sebanyak mungkin. Banyak kemahiran harian yang
boleh dipelajari oleh kanak-kanak terencat akal ini di luar bilik darjah seperti
bagaimana menggunakan pengangkutan awam dan membeli belah di pasar
raya. Ini merupakan antara program pembelajaran yang menarik dan lebih
efektif.

Guru boleh menggunakan rangsangan pengalaman di dalam bilik darjah dengan


mencipta pusat membeli belah mini sebagai penyediaan sebelum kanak-kanak
ini pergi ke kedai sebenar. Namun begitu, pengalaman ini tidak cukup kerana
kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman sebenar iaitu mereka perlu
menggunakan segala kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar.

3.4.5 Penglibatan Ibu Bapa


Penglibatan ibu bapa sangat penting bagi membantu keberkesanan program
pendidikan pendidikan khas dalam semua peringkat. Bagi kanak-kanak terencat
akal, penglibatan ibu bapa amat penting kerana kebanyakan kemahiran yang
dipelajari berdasarkan model yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah. Jadi,
pendidikan pertama kanak-kanak terencat akal bermula di rumah dengan
penglibatan awal oleh ibu bapa sebagai pendidik secara langsung.

AKTIVITI 3.2

1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki mencari seorang kanak-kanak


terencat akal dan membincangkan ciri-ciri psikologikal dan tingkah
laku kanak-kanak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46 X TOPIK 3 TERENCAT AKAL

 
SEMAK KENDIRI 3.1

1. Jelaskan mengapakah penglibatan ibu bapa amat penting dalam


  pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas?
  2. Sebagai seorang pendidik, bincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil dalam penyediaan proses pengajaran untuk kanak-kanak
terencat akal.
 

• Kerencatan akal didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had


tertentu dari segi fungsi mental, di samping kemahiran yang rendah dari
aspek tingkah laku penyesuaian (American Association on Mental
Retardation (AAMR)).
• Menurut Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) pula,
kerencatan akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan
dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberi
kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak.
• Terdapat banyak punca kerencatan akal. Faktor genetik dan pengaruh
persekitaran yang mempengaruhi kerencatan akal merupakan faktor
penting yang dalam mempengaruhi perkembangan intelek kanak-kanak
terencat akal. Selain itu, faktor kerosakan/kecederaan otak dan jangkitan
juga boleh menyebabkan kerencatan akal.
• Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah pembelajaran yang
berkaitan dengan memberi tumpuan, mengingat, menguruskan diri,
perkembangan bahasa, pencapaian akademik, perkembangan sosial dan
motivasi diri.
• Matlamat pendidikan untuk kanak-kanak yang menghadapi kerencatan
akal ringan memerlukan aplikasi kemahiran serta kemahiran akademik
sejak peringkat awal kanak-kanak.
• Program pendidikan seperti kurikulum berdasarkan umur, aktiviti yang
sesuai, pendidikan berasaskan komuniti, interaksi dengan rakan sebaya
normal dan penglibatan ibu bapa merupakan antara kaedah pendidikan
yang digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERENCAT AKAL W 47

Faktor genetik Kerencatan akal


Faktor persekitaran Langkah-langkah pengajaran
Hydrocephalus Phenylkenoturia (PKU)
Kernicterus Punca kerencatan akal
Kaedah pengajaran Toxemia

Language development in mental retardation (t.t.). Dicapai pada 05 Julai 2007


dari http: www.aamr.org

Mac Millan, D. L. (1982). Mental retardation in school and society (2nd ed.).
Boston: Little, Brown.

Mental retardation(t.t.). Dicapai pada 07 Julai 2007 dari


http://www.cdc.gov.ncbddd/dd/ddmr/htm

Mental retardation (t.t.). Dicapai pada 07 Julai 2007 dari


http://www/nichy.org/pubs/factshe/fs8lxl.htm

Mental retardation-intelectual ability (t.t.). Dicapai pada 01 Julai 2007 dari


http://www.merck.com/mmhe/sec23/ch285/ch285a.html

Paula, A. F., & Martin, K. R. (2006). Mental retardation. Dicapai pada 2 Julai 2007
dari http://www.healthline.com/galecontent/mental-retardation/5

Philip, C. K., Constane, H. (1988). Abnormal psychology: Understanding human


problems (2nd ed.). New York: Houghton Mifflin Company.

Warren, S. F., & Abbeduto, L. (1992). The relation of communication and


language development to mental retardation. American Journal of Mental
Retardation, 97(2), 125-130.

Wehman, P., Moon, M. S., Everson, J. M., Wood, W., & Barcus, J. M. (1988).
Transition from school to work: New challenges for youth with severe
disabilities. Baltimore: Paul H. Brookes.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Masalah
4 Pembelajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mendefinisikan masalah pembelajaran;
2. menghuraikan apakah autisme;
3. membincangkan ciri-ciri autisme;
4. membincangkan punca-punca masalah pembelajaran dari segi
biologikal, genetik dan persekitaran;
5. menjelaskan empat kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-kanak
bermasalah pembelajaran; dan
6. menerangkan dua kaedah pengajaran untuk masalah akademik.

X PENGENALAN
Perkembangan antara seorang kanak-kanak dengan seorang kanak-kanak yang
lain adalah berbeza. Setiap perbezaan yang dialami ada istilahnya yang
tersendiri. Malah, setiap perbezaan mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Terdapat
kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dan emosi, masalah
pembelajaran dan perkembangan dan ada juga kanak-kanak pintar cerdas. Guru-
guru dan ibu bapa perlu menggunakan kaedah pengajaran dan kurikulum yang
khusus bagi golongan ini.

Topik ini akan mengkhususkan kepada masalah pembelajaran di mana


penerangan tentang definisi masalah pembelajaran, autisme dan ciri-cirinya serta
punca-punca masalah pembelajaran. Ini diikuti oleh kriteria psikologi dan
tingkah laku. Akhir sekali, anda akan mempelajari kaedah pengajaran untuk
masalah akademik. Selamat belajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 49

4.1 DEFINISI
Tahukah anda kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai tahap IQ
yang sama dengan kanak-kanak normal? Walaupun tahap IQ mereka sama,
sebenarnya mereka mempunyai masalah dalam satu atau lebih bahagian dalam
pembelajaran.

Untuk pengetahuan anda, masalah pembelajaran adalah masalah dalam


neurobiologikal. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran belajar dalam kaedah
yang berbeza kerana fungsi dan struktur otak mereka berbeza. Walau
bagaimanapun kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran atau
cacat fizikal, dan kurang upaya mental tidak dipanggil sebagai mengalami
masalah pembelajaran.

Apakah kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak ini? Kanak-kanak


bermasalah pembelajaran selalunya mengalami kesukaran dalam menerima,
menyusun atau bertindak terhadap maklumat yang didapati secara lisan atau
bukan lisan. Masalah yang selalu dihadapi ialah kesukaran memahami bahasa
percakapan dan bahasa penulisan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masalah
ini berlaku kerana perbezaan dalam neurologikal dan fungsi struktur otak.
Terdapat sembilan aspek yang menerima kesan masalah pembelajaran seperti
yang disenaraikan dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Sembilan aspek yang menerima kesan masalah pembelajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

4.2 KECACATAN BAKA

4.2.1 Autisme
Untuk makluman anda, kanak-kanak autisme kelihatan normal tetapi berbeza
dari segi tingkah laku dan pola perkembangan. Kanak-kanak autisme yang
lambat dikesan akan menyebabkan kelewatan perkembangan yang serius dalam
kemahiran sosial dan komunikasi. Apakah yang dimaksudkan dengan autisme?

Autisme selalunya berkait dengan gangguan komunikasi, interaksi sosial, deria,


pola bermain dan perilaku emosi. Autisme boleh dikesan seawal umur tiga
tahun. Kanak-kanak autisme juga mengalami terencat akal dalam pelbagai tahap.
Punca berlakunya autisme selalu dikaitkan dengan genetik. Kadang kala, ia juga
disebabkan oleh pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil seperti
rubela, herpes, pendarahan atau keracunan makanan yang memberi kesan
kepada fungsi otak bayi. Masalah pencernaan juga dikenal pasti sebagai punca
autisme. Lebih 60% kanak-kanak autisme menghadapi masalah pencernaan.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak ini? Mari kita lihat dalam Jadual 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 51

Jadual 4.1: Ciri-ciri autisme

Aspek Ciri
Komunikasi • Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung
• Jarang menggunakan bahasa
• Sukar diajak bercakap
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu
• Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
Interaksi • Suka bersendirian, menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut
Sosial • Tidak suka bermain dengan rakan-rakan dan sering menolak
ajakan rakan-rakan
• Tiada hubungan mata dan mengelak memandang muka orang
lain
Gangguan • Sensitif pada sentuhan, tidak suka dipegang atau dipeluk
Deria • Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
• Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
• Suka mencium dan menjilat mainan dan benda lain
Pola • Tidak suka bermain dengan rakan sebaya
Bermain • Tidak bermain mengikut cara biasa, memutar dan melambung
alat mainan
• Suka objek berputar seperti kipas angin
Tingkah • Sama ada kiperaktif atau hipoaktif
Laku • Tidak suka pada perubahan
• Duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan tiada reaksi
• Melakukan perbuatan atau gerakan yang sama berulang kali
Emosi • Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab
• Mengamuk jika kehendak tidak dituruti
• Menyerang sesiapa sahaja dan merosakkan apa sahaja jika
emosi terganggu
• Ada kalanya mencederakan diri sendiri
• Tidak bersimpati dan tidak faham perasaan orang lain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 4.2 pula menunjukkan anda struktur otak yang menyebabkan implikasi
autisme.

Rajah 4.2: Struktur otak yang menyebabkan kepada implikasi autisme


[Sumber: www.nimh.nih.gov/publicat/autisme.cfm]

SEMAK KENDIRI 4.1

Pada pendapat anda, adakah autisme dan kerencatan mental mempunyai


ciri yang sama? Berikan alasan kepada jawapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 53

4.3 PUNCA-PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN


Sekarang mari kita lihat apakah punca-punca masalah pembelajaran. Terdapat
tiga punca masalah pembelajaran iaitu faktor biologikal, faktor genetik dan
faktor persekitaran. Mari kita lihat huraian lanjut tentang ketiga-tiga faktor ini
dalam sub-topik yang seterusnya.

4.3.1Faktor Biologikal
Ramai yang percaya masalah pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor
neurologikal. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli sains menunjukkan
mereka yang bermasalah pembelajaran mempunyai gelombang otak yang
berlainan. Gelombang otak ini boleh dilihatkan dengan menggunakan kaedah
electroencephalogram (EEG). EEG memerlukan beberapa elektrod dilekatkan di
beberapa bahagian di kepala. Elektrod ini akan membolehkan penyimpanan data
elektrikal mengenai gelombang otak.

Selain EEG, kaedah lain yang digunakan ialah melalui imbasan computerized
axial tomographic (CAT), magnetic resonance imaging (MRI) dan positron
emission tomography (PET). Apakah imbasan CAT, MRI dan PET? Mari kita
lihat huraian tentang imbasan ini dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Imbasan CAT, MRI dan PET

Imbasan Huraian
CAT Kepala individu diletakkan di dalam gegelung yang besar.
Kemudian beberapa gambar x-ray otak diambil dan dihantar ke
komputer.
MRI Menggunakan gelombang radio untuk merekod imej keratan rentas
otak.
PET Dilakukan semasa individu melakukan aktiviti seperti membaca.
Individu akan disuntik dengan cairan radiasi yang rendah. Dengan
menggunakan pengimbas, pengkaji akan melihat bahagian otak
yang mana memberikan tindak balas dan sebaliknya.

Berdasarkan keputusan imbasan CAT dan MRI, pengkaji menjumpai bukti


bahawa faktor neurologikal memberi kesan kepada masalah pembelajaran
(Hynd, Marshall & Gonzales, 1991). Sementara melalui imbasan PET, pengkaji
menemui perbezaan metabolisme otak antara mereka yang bermasalah
pembelajaran dengan mereka yang tidak bermasalah (Flowers, 1993). Oleh itu
dapat disimpulkan bahawa masalah neurologikal adalah asas kepada masalah
pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

4.3.2 Faktor Genetik


Bukti juga menunjukkan bahawa masalah pembelajaran boleh diturunkan secara
genetik. Terdapat dua kajian yang selalu dilakukan untuk menilai masalah
pembelajaran kerana genetik. Kajian-kajian tersebut dikenali sebagai kajian
familialiti dan kajian pewarisan.

 
Kajian Familialiti Kajian Pewarisan
Melihat bagaimana Kajian pewarisan selalu dilakukan
kebarangkalian masalah ke atas pasangan kembar. Kajian
pembelajaran diturunkan ke ini menunjukkan masalah
generasi yang seterusnya. Walau pembelajaran sering berlaku
bagaimanapun, hasil kajian ini kepada kembar seiras berbanding
masih lagi tidak pasti. Kadang kala kembar tidak seiras. Jika seorang
masalah tersebut tidak diturunkan daripada kembar seiras
daripada generasi sebelumnya menghadapi masalah
tetapi disebabkan oleh keadaan pembelajaran, maka seorang lagi
persekitaran. pasti akan menghadapi masalah
yang sama.

4.3.3 Faktor Persekitaran


Akhir sekali mari kita lihat faktor persekitaran. Faktor persekitaran sukar untuk
dinyatakan pengaruhnya dalam masalah pembelajaran. Faktor persekitaran
melibatkan cara kanak-kanak menerima proses pembelajaran pada awal
perkembangan mereka. Dipercayai masalah pembelajaran wujud kerana
kelemahan cara pengajaran yang diberikan. Jika guru mengajar dengan
menggunakan teknik yang betul, maka masalah pembelajaran dapat dielakkan.

Faktor persekitaran seperti tabiat keluarga juga mempengaruhi masalah


pembelajaran. Jika kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada suasana
pembelajaran, mereka mungkin akan dapat belajar dengan lebih cepat. Malah
cara ibu bapa mengajar anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran
mestilah berbeza daripada anak-anak normal. Cara yang betul akan menjadikan
kanak-kanak tersebut dapat mengatasi masalah pembelajaran mereka dengan
lebih cepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 55

4.4 KRITERIA PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU

4.4.1 Masalah Pencapaian Akademik


Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam
mengingat, menyusun atau bertindak balas kepada maklumat lisan dan bukan
lisan. Selalunya mereka menghadapi masalah dalam memahami dan
menggunakan bahasa dan menulis. Kanak-kanak ini boleh dikenal pasti melalui
masalah dalam:
(i) kemahiran dan perkembangan bahasa (mendengar, bercakap, membaca,
menulis dan mengeja)
(ii) pergaulan sosial
(iii) matematik
(iv) kemahiran sosial
(v) kemahiran motor
(vi) perkembangan kognitif
(vii) tumpuan dan penyusunan
(viii) mengambil ujian

Perlu diingatkan bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran bukanlah


rendah tahap IQ tetapi mereka berada pada purata tahap biasa. Walau
bagaimanapun, pencapaian mereka dalam ujian selalunya lebih rendah daripada
kanak-kanak normal yang sebaya. Ini berlaku kerana masalah pembelajaran
mereka dan bukannya disebabkan oleh tahap IQ yang rendah.

AKTIVITI 4.1

1. Apakah peranan ibu bapa dan guru dalam


menangani kanak-kanak bermasalah
pembelajaran?
2. Terangkan maksud masalah pembelajaran dan
jenis-jenisnya.

Masalah pembelajaran terbahagi kepada dua jenis utama dan satu jenis masalah
pembelajaran pelbagai. Mari kita lihat masalah ini satu persatu dalam Jadual 4.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Jadual 4.3: Jenis-jenis masalah pembelajaran

Masalah Bahasa dan Masalah Kemahiran Masalah Pembelajaran


Pertuturan Akademik Pelbagai
• Kesukaran • Masalah membaca • Masalah kemahiran
mengeluarkan bunyi (disleksia) motor (dispraksia)
pertuturan dan • Masalah menulis • Masalah
menyebut sesuatu (disgrafia) pembelajaran bukan
perkataan dengan • Masalah kemahiran lisan
tidak tepat aritmatik • Lain-lain masalah
• Kesukaran dalam (diskalkulia)
menggunakan bahasa
• Kesukaran memahami
pertuturan orang lain

Berdasarkan Jadual 4.3, anda telah diperkenalkan dengan disleksia, disgrafia dan
diskalkulia. Apakah sebenarnya masalah-masalah ini? Mari kita lihat huraian
berikutnya tentang masalah-malasah ini.

(a) Disleksia
Apakah yang dimaksudkan dengan disleksia?

Disleksia mempunyai tiga tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk.


Terdapat tiga jenis disleksia seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Tiga tahap disleksia

Jenis Huraian
Disleksia Visual Masalah dalam menggunakan deria penglihatan (membeza
dan mengintepretasi apa yang dilihat)
Disleksia Masalah menggunakan deria pendengaran(sukar kenal
Auditori pasti bunyi, membahagi suku kata dan lain-lain)
Disleksia Tahap yang teruk kerana deria penglihatan dan
Visual-Auditori pendengaran tidak berfungsi dengan baik. Kedua-dua deria
gagal membantu menginterpretasi apa yang dilihat dan
didengar
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 57

Apakah ciri-ciri disleksia? Disleksia mempunyai enam ciri seperti berikut:


kemahiran membaca dan mengeja yang lemah
keliru dengan perkataan yang hampir serupa
sukar mengikut arahan
perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat
sukar menyalin
sukar menggunakan jalan yang berliku

(b) Disgrafia
Apakah yang dimaksudkan dengan disgrafia?

Apakah ciri-ciri kanak-kanak disgrafia? Kanak-kanak disgrafia mempunyai


lima ciri seperti berikut:
tulisan tangan yang buruk
masalah memproses maklumat (menulis terbalik, tidak mengikut
urutan)
menulis dalam kadar yang perlahan
sukar mengeja, mengenal tanda bacaan dan lain-lain
mencampur aduk antara huruf dan nombor dalam formula

Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kanak-kanak disgrafia? Kita


boleh mengenal pasti kanak-kanak ini dengan melihat 11 tanda ini:
(i) masalah dalam kemahiran menulis, tetapi dapat berkomunikasi
dengan baik
(ii) mengulang ayat atau perkataan yang sama, tanda bacaan yang tidak
betul dan ejaan yang salah
(iii) salah tafsir soalan
(iv) sukar tulis nombor ikut turutan
(v) mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil
(vi) ayat atau perkataan tidak ditulis sehingga habis
(vii) jarak antara perkataan tidak konsisten
(viii) bercakap sendirian ketika menulis
(ix) lambat menulis
(x) memberi perhatian kepada tangan yang menulis
(xi) genggaman yang luar biasa pada alat tulis
 
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
58 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(c) Diskalkulia
Akhir sekali, mari kita lihat masalah diskalkulia. Apakah yang
dimaksudkan dengan diskalkulia?

Apakah ciri-ciri kanak-kanak dengan masalah ini? Kanak-kanak diskalkulia


mempunyai empat ciri seperti berikut:
lemah dalam proses pengamatan (tidak dapat mengamati situasi
nombor dan matematik)
masalah mengecam nombor dan mencampur aduk nombor
masalah susun maklumat
masalah mengingat fakta dan formula bagi selesaikan pengiraan
matematik

Kita boleh mengenal pasti kanak-kanak diskalkulia dengan melihat


sembilan tanda berikut:
(i) sukar faham konsep matematik dalam ayat
(ii) keliru dengan nombor hampir serupa (7 dengan 9, 3 dengan 8)
(iii) sukar susun nombor mengikut ruang dan orientasi kiri dan kanan
(iv) masalah menggunakan mesin kira (kalkulator)
(v) selalunya bijak dalam mata pelajaran sains dan seni
(vi) sukar mengingati nama orang
(vii) sukar ingat dan faham konsep masa dan arah
(viii) tidak dapat ingat konsep matematik, formula, faktor asas dalam
matematik

SEMAK KENDIRI 4.2

Beri maksud perkataan di bawah dan nyatakan ciri-cirinya:


(a) disleksia
(b) disgrafia
(c) diskalkulia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 59

4.4.2 Masalah Persepsi dan Koordinasi


Apakah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang bermasalah persepsi dan
koordinasi? Kanak-kanak yang bermasalah persepsi menghadapi kesukaran
dalam menyelesaikan susunan gambar, melihat dan mengingat bentuk objek,
sukar kenal pasti perkataan, nombor atau huruf yang seakan-akan sama (contoh:
keliru antara 52 dengan 25, „b‰ dengan „d‰). Masalah koordinasi pula adalah
masalah yang melibatkan fungsi motor kecil dan besar. Apakah ciri-ciri masalah
persepsi dan koordinasi? Mari kita lihat dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Ciri-ciri masalah persepsi dan koordinasi


Kecelaruan Pandangan dan Penglihatan Kemahiran Motor
• Mengeja dengan tidak konsisten • Koordinasi yang lemah
• Sering meninggalkan huruf pada • Pergerakan pergelangan tangan
pangkal perkataan yang luar biasa
• Sering menambah huruf pada • Lambat menulis
hujung perkataan • Tulisan yang buruk
• Masalah dalam susunan huruf • Sukar memegang pensel dengan
• Sukar memahami perkataan betul
• Daya ingatan yang lemah • Sukar menggunting
• Sukar membayangkan perkataan • Sukar mengimbangkan badan
• Sukar menyepak dengan baik
• Sukar menaiki tangga dengan betul

4.4.3 Masalah Memori dan Kognitif


Kanak-kanak bermasalah pembelajaran selalunya akan memberi kesan kepada
memori jangka pendek dan memori aktif. Masalah kepada memori jangka
pendek ialah kesukaran untuk mengingati maklumat selepas melihat atau
mendengarnya. Apakah fungsi memori jangka pendek? Memori jangka pendek
berfungsi untuk mengingat dan menyebut semula perkataan yang didengari.
Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, ini sesuatu yang sukar dilakukan.
Masalah pada memori aktif pula adalah kesukaran untuk menyimpan sesuatu
maklumat ketika sedang melakukan proses kognitif yang lain. Contohnya
mengingati alamat rumah sambil mendengar tunjuk arah ke alamat tersebut.

Masalah dalam kognitif berlaku apabila individu gagal untuk menyusun


maklumat mengakibatkan kegagalan dalam merancang dan menyusun rutin
harian sama ada di sekolah atau di rumah. Oleh kerana itu mereka sukar untuk
menyusun jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Selain daripada itu,
kebolehan untuk memahami apa yang dibaca juga sangat minima. Mereka tidak
boleh menyelesaikan masalah ketidakfahaman tersebut. Jika kanak-kanak
normal, mereka akan membaca berulang kali perenggan yang tidak difahami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

4.4.4 Masalah Sosial Emosi


Menurut Achenbach dan rakan-rakan (Achenbach, Howell, Quay & Conners,
1991), terdapat dua dimensi dalam masalah tingkah laku iaitu tingkah laku
dalaman dan tingkah laku luaran. Apakah maksud kedua-dua tingkah laku ini?

Rajah 4.3 menunjukkan enam masalah tingkah laku dan contoh-contohnya.

Rajah 4.3: Enam masalah tingkah laku

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 61

Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku selalunya berbeza dengan


kanak-kanak normal secara kualiti dan kuantiti. Mereka selalu sukar didekati,
tidak berada di alam realiti dan mengalami ketidakstabilan mental.

4.5 PERTIMBANGAN DARI ASPEK PENDIDIKAN

4.5.1 Kaedah Pengajaran untuk Masalah Akademik


Terdapat dua kaedah pengajaran untuk masalah akademik iaitu latihan kognitif
dan arahan berterusan. Latihan kognitif mempunyai tiga teknik yang boleh
dilaksanakan iaitu arahan kendiri, kaedah kata kunci mnemonik dan arahan
berperingkat (scaffolded). Lihat Rajah 4.4 untuk ringkasan kaedah pengajaran
ini.

Rajah 4.4: Dua kaedah pengajaran untuk masalah akademik

Mari kita lihat huraian lanjut dua kaedah ini dalam seksyen berikutnya.

(a) Latihan Kognitif


Kaedah ini menekankan kepada tiga komponen iaitu: mengubah proses
berfikir, memberikan strategi pembelajaran dan mengajar inisiatif-kendiri.
Tujuan latihan kognitif adalah untuk mengubah cara berfikir pelajar dan
sekaligus melihat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku. Latihan
telah menunjukkan kejayaan dalam membantu kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.
 
 
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

 
Terdapat dua sebab kenapa latihan kognitif sesuai digunakan:
memberi latihan berkaitan masalah melibatkan kognitif dan
metakognitif dengan memberikan beberapa strategi penyelesaian.
memberikan masalah berkaitan motivasi dan menggalakkan kanak-
kanak bekerjasama sepenuhnya dalam kaedah rawatan mereka.

Terdapat tiga teknik yang boleh digunakan dalam latihan kognitif.


Tiga teknik tersebut dijelaskan dalam Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Tiga teknik latihan kognitif

Teknik Huraian
Arahan Kendiri • Memerlukan murid membaca masalah dengan kuat
kepada diri sendiri
• Mereka digalakkan (strategi lima langkah):
- Menyebut perkataan dengan kuat
- Menyebut suku kata pertama
- Menyebut huruf yang ada dalam suku kata sebanyak
tiga kali
- Menulis huruf berkenaan dan menyebutnya
- Ulang langkah dua hingga empat untuk suku kata
seterusnya
• Murid akan menggunakan beberapa arahan kendiri
iaitu:
- Mendefinisi problem = „Apa yang perlu saya
lakukan?‰
- Merancang = „Bagaimana saya boleh menyelesaikan
masalah ini?‰
- Penggunaan strategi = „Strategi lima langkah akan
membantu saya menyelesaikan masalah‰
- Penilaian kendiri = „Bagaimana pencapaian saya?‰
- Galakan kendiri = „Bagus. Saya melakukannya dengan
betul‰ 
Kaedah Kata • Menggalakan murid yang bermasalah mengingati
Kunci Mnemonik maklumat yang diberikan guru
• Guru mengubah maklumat abstrak kepada gambaran
atau lukisan supaya lebih mudah difahami dan dingati
• Contoh: bagi mengingati jenis memori dalam ingatan
jangka panjang
Emak Suka Pizza - E = episodik
S = semantik
P = prosedural

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 63

Arahan • Guru memberi bantuan semasa muird baru mula


Berperingkat mempelajari sesuatu tugasan
(Scaffolded) • Bantuan akan dikurangkan sedikit demi sedikit apabila
murid mula menguasai pelajaran
• Akhirnya, apabila murid semakin mahir, murid akan
melakukan tugasan sendiri tanpa bantuan dari guru
• Guru boleh menggunakan teknik pengajaran timbal-
balik (reciproca)l di mana guru akan mengajar sesuatu
sub-topik. Kemudian mengarahkan seorang muird
menerangkannya kepada murid yang lain

(b) Arahan Berterusan (Direct Instruction)


Arahan berterusan melibatkan proses latihan yang berterusan. Ia
menekankan kepada pengajaran sistematik tanpa mengambil kira ciri-ciri
pelajar yang diajar. Ia selalu digunakan kepada pelajar yang bermasalah
dalam matematik, bahasa dan bacaan. Program ini mengandungi isi yang
tersusun dan diajar kepada kumpulan kecil 4-10 orang. Ia melibatkan latih
tubi dan latihan yang banyak. Guru yang terlatih akan memberi arahan dan
pelajar mengikut arahan dan memberi tindak balas.

Guru akan memberi pujian kepada jawapan yang betul dan memberi
jawapan yang betul kepada kesilapan yang dilakukan. Arahan berterusan
selalu digunakan dalam menangani masalah pembelajaran dan
menunjukkan peningkatan dalam diri pelajar.

SEMAK KENDIRI 4.3

Beri pandangan anda terhadap jenis pembelajaran yang selalu


digunakan terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

• Masalah pembelajaran adalah masalah dalam neurobiologikal. Kanak-


kanak bermasalah pembelajaran belajar dalam kaedah yang berbeza kerana
fungsi dan struktur otak mereka berbeza.
• Autisme boleh diertikan sebagai keadaan kanak-kanak yang suka
bersendirian dalam dunianya sendiri.
• Autisme selalunya berkait dengan gangguan komunikasi, interaksi sosial,
deria, pola bermain dan perilaku emosi. Antara ciri-cirinya ialah
perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung, jarang menggunakan
bahasa, sukar diajak bercakap, mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
dan sebagainya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
64 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

• Terdapat tiga punca masalah pembelajaran iaitu faktor biologikal, faktor


genetik dan faktor persekitaran.
• Terdapat empat kriteria psikologi dan tingkah laku kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Empat kriteria ini ialah masalah pencapaian
akademik, koordinasi, persepsi memori kognitif dan masalah emosi sosial.
• Terdapat dua kaedah dalam pengajaran kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Kaedah tersebut adalah latihan kognitif dan arahan terus.
Latihan kognitif mempunyai tiga teknik iaitu arahan kendiri, kaedah kata
kunci mnemonik dan arahan berperingkat (scaffolded).

Arahan kendiri Kaedah electroencephalogram (EEG)


Arahan scaffolded  Kaedah kata kunci mnemonik 
Arahan terus (Direct Instruction) Kajian familialiti
Autisme Kajian pewarisan
Disgrafia Magnetic resonance imaging (MRI)
Diskalkulia Positron emission tomography (PET)
Disleksia
Imbasan computerized axial tomographic
(CAT)

Autisme (t.t). Dicapai pada 21 Jun 2007 dari http://www.AutismeFacts.com.html

Autisme spectrum disorder (t.t). Dicapai pada 21 Jun 2007 dari


http://www.nimh.nih.gov/publicat/autisme.cfm

Children with learning disabilities (May, 1999). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari
http://www.aacap.org

Hallahan, D., & Kauffman. (2003). Exceptional children: Introduction to special


education. Boston: Allyn and Bacon.

Learning disabilities.
(t.t). Dicapai pada 6 Jun 2007 dari
http://childdevelopmentinfo.com/learning/learning_diabilities.shtml

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W 65

Learning disabilities:Types, symptoms, diagnosis and causes (t.t). Dicapai pada 6


Jun 2007 dari http://www.helpguide.org/mental/learning_disabilities

LWD ă learning disabilities worldwide (t.t). Dicapai pada 29 Jun 2007 dari
http://www.ldworldwide.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Kecelaruan
5 Emosi dan
Tingkah Laku
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menyatakan definisi kecelaruan emosi dan tingkah laku;
2. menghuraikan dua dimensi dan dua kategori utama kecelaruan emosi
dan tingkah laku;
3. menjelaskan empat faktor punca kecelaruan emosi dan tingkah laku;
4. membincangkan empat kriteria psikologi dan tingkah laku; dan
5. menghuraikan dua pertimbangan dari aspek pendidikan.

X PENGENALAN
Kita sedar bahawa kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah emosi
atau tingkah laku sukar untuk mendapatkan rakan atau teman dalam
kehidupan. Lazimnya, kanak-kanak ini sukar untuk mempunyai hubungan
emosi yang kuat dengan individu lain. Malah, golongan ini lebih cenderung
mengasingkan diri daripada orang lain dan menyebabkan rakan-rakan tidak
menunjukkan minat untuk berkawan dengan kelompok ini.

Perkembangan antara seorang kanak-kanak dengan seorang kanak-kanak yang


lain adalah berbeza. Setiap perbezaan yang dialami ada istilahnya yang
tersendiri. Malah, setiap perbezaan mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Terdapat
kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dan emosi, masalah
pembelajaran dan perkembangan dan ada juga kanak-kanak yang pintar cerdas.
Justeru itu, guru-guru dan ibu bapa perlu menggunakan kaedah pengajaran dan
kurikulum yang khusus bagi golongan ini.

Anda akan mempelajari tentang isu ini dengan lebih lanjut dalam topik ini. Anda
akan diterangkan tentang kecelaruan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 67

sesetengah kanak-kanak bermula dengan definisi, dimensi dan kategori utama


kecelaruan emosi dan tingkah laku. Seterusnya, anda akan mempelajari apakah
punca-punca dan kriteria masalah ini. Akhir sekali, kita akan melihat
pertimbangan yang perlu dilakukan untuk menghadapi masalah ini. Selamat
menimba ilmu!

5.1 DEFINISI KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH


LAKU
Tahukah anda bahawa individu yang menghadapi masalah tingkah laku dan
emosi selalunya tidak pandai bersosial? Masalah utama mereka ialah sukar
untuk menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Selalunya mereka ini
disisihkan kerana terlalu agresif dan sukar ditangani. Jadi, apakah yang dapat
kita rumuskan tentang maksud kecelaruan emosi dan tingkah laku?

Menurut Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), kecelaruan emosi


dan tingkah laku yang serius dikenal pasti jika lima tingkah laku ini berlaku:
(i) seseorang itu tidak mampu untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan
melalui kemampuan intelek, deria atau faktor perubatan.
(ii) tidak mampu membina serta mengekalkan hubungan dengan rakan sebaya
dan guru.
(iii) mempunyai tingkah laku atau emosi yang sukar dikawal
(iv) mengalami kemurungan atau tekanan perasaan
(v) mempunyai simptom-simptom fizikal seperti ketakutan dengan masalah
peribadi atau masalah di sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Definisi yang dicadangkan oleh National Mental Health and Special Education
Coalition pada tahun 1990 pula menyatakan bahawa:

Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan pendidikan? Perkembangan


pendidikan yang dimaksudkan merujuk kepada perkembangan akademik,
sosial, vokasional dan kemahiran kendiri.

Kecelaruan emosi dan tingkah laku boleh wujud bersama jenis kecacatan lain
seperti skizofrenia, keresahan (anxiety disorder) atau pelbagai jenis kecacatan
lain yang boleh mengganggu perkembangan pendidikan individu (Forness &
Knitzer, 1992).

Terdapat enam masalah tingkah laku dalam perkembangan kanak-kanak seperti


yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 69

Rajah 5.1: Enam masalah tingkah laku 

Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku selalunya berbeza dengan


kanak-kanak normal secara kualiti dan kuantiti. Mereka selalu sukar didekati,
tidak berada di alam realiti dan mengalami ketidakstabilan mental.

5.2 KATEGORI KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH


LAKU
Terdapat dua dimensi utama dalam kecelaruan emosi dan tingkah laku kanak-
kanak iaitu dimensi dalaman (internalizing) dan luaran (externalizing). Apakah
perbezaan dua tingkah laku ini? Lihat dalam Jadual 5.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Jadual 5.1: Perbezaan dimensi luaran dan dimensi dalaman

Dimensi Luaran Dimensi Dalaman


Tingkah laku luaran yang lazim Mempengaruhi kecelaruan emosi dan
ditunjukkan ialah tingkah laku kasar tingkah laku kanak-kanak ialah sifat
dan agresif. resah, takut, menyendiri atau
perubahan mood atau perasaan.

Dalam  sub‐topik  seterusnya,  kita  akan  menjurus  kepada  dua  kategori  masalah 
kecelaruan emosi dan tingkah laku yang sering berlaku dalam kalangan kanak‐
kanak  iaitu  attention‐deficit/hyperactivity  disorder  (ADHD)  dan  masalah kerisauan 
(anxiety disorder).  

5.2.1 Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)


Apakah yang dimaksudkan dengan attention-deficit/hyperactivity disorder
(ADHD)? Secara ringkasnya ADHD adalah keadaan perkembangan kurang daya
tumpuan dan aktif. Terdapat banyak istilah lain yang digunakan untuk
menggambarkan situasi ini. Antaranya ialah
 
  ADHD merupakan satu keadaan seseorang itu sukar untuk
  duduk diam, mengawal tingkah lakunya dan menumpukan
perhatian.
 
(Mingguan Malaysia, 22 April 2007)
 
 
 
Sindrom hiperaktif dan „minimal brain dysfunction‰ merupakan sindrom yang
lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ADHD.

Tahukah anda ADHD selalunya lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak


lelaki? Jumlahnya lebih kurang tiga hingga lima kali banyaknya berbanding
kanak-kanak perempuan. Simptom-simptom ADHD boleh dikesan seawal umur
tujuh tahun. Di Amerika Syarikat (AS), antara tiga hingga lima peratus kanak-
kanak mempunyai ADHD. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 30 hingga 70
peratus membawanya hinggalah ke alam dewasa (Mingguan Malaysia, 22 April
2007). Jadual 5.2 memaparkan tiga kriteria ADHD dan simptom-simptomnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 71

Jadual 5.2: Tiga kriteria ADHD

Kriteria Simptom
Tidak − Gagal menyiapkan tugasan
memberi − Tidak mengikut arahan
tumpuan − Gagal memberi perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan
− Sukar untuk menyusun tugas dan aktiviti seharian
− Sering mengelak atau tidak suka diberikan tugasan
− Sering terlupa barangan penting untuk melakukan sesuatu
aktiviti (pensel, buku dan lain-lain)
− Sering terlupa aktiviti harian
Impulsif − Bertindak tanpa berfikir
− Sukar mengendalikan aktiviti yang diberikan
− Sukar menunggu giliran
− Sering bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain
− Memerlukan perhatian yang lebih
− Menjawab soalan tanpa mendengar soalan tersebut selesai
dibacakan
Hiperaktif − Sukar duduk di satu tempat dengan tenang
− Sentiasa aktif sepanjang masa
− Gagal bermain dalam keadaan yang senyap
dan tenang
− Bergerak secara berlebihan ketika tidur
− Berlari ataupun memanjat sebarang objek
tanpa terkawal

Berdasarkan tiga kriteria di atas, tiga jenis ADHD dapat dikenal pasti seperti
yang diterangkan dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3: Tiga jenis ADHD

Jenis Ciri
Predominan • sukar menyelesaikan tugas
tidak • sukar memberi perhatian
memberi • sukar mengikut arahan
tumpuan • mudah lupa rutin harian
Predominan • gemuruh dan bercakap banyak
hiperaktif- • sukar untuk duduk diam di suatu tempat
impulsif • berlari, memanjat dan melompat tanpa kawalan
• suka menyampuk perbualan
• mengambil barang di tangan orang lain
• selalu mengalami kecederaan
Gabungan • gabungan simptom-simptom di atas pada diri individu
terbabit

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

5.2.2 Masalah Kerisauan/Anxiety Disorder


Jika sesorang itu selalu risau, dia mungkin dianggap
bermasalah. Masalah kerisauan merupakan perkara yang
selalu berlaku dalam masalah psikiatri. Individu yang
mengalami masalah kerisauan sering kali tidak diberi
perhatian kerana simptom ini sukar dikenal pasti.

Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental


Disorders, edisi keempat, Text Revision (DSM-IV-TR),
masalah kerisauan boleh diklasifikasikan kepada 10
kategori seperti dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Sepuluh kategori masalah kerisauan

Tahukah anda masalah kerisauan yang terlampau boleh membawa kepada


kelakuan membunuh diri? Ini sering dikaitkan dengan masalah tekanan dan
penggunaan dadah. Jika tekanan yang dihadapi terlalu tinggi, maka mereka
boleh membunuh diri. Wanita sering dikaitkan dengan masalah kerisauan
berbanding lelaki dengan nisbah 3:2. Bagi kanak-kanak pula, mereka
menghadapi masalah kerisauan berkaitan dengan alam persekolahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 73

AKTIVITI 5.1

1. Apakah peranan ibu bapa dan guru dalam


menangani kanak-kanak bermasalah kerisauan?
2. Jelaskan ENAM ciri kanak-kanak yang
mempunyai masalah tingkah laku.

Pelbagai tanda atau simptom boleh dilihat untuk mengesan seseorang yang
menghadapi masalah kerisauan ini. Pengesanan simptom awal ini boleh
memberi ruang dan peluang kepada individu untuk mencari kaedah
penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada peringkat
awal. Jadual 5.4 menunjukkan masalah kerisauan dan simptom-simptomnya.

Jadual 5.4: Masalah kerisauan dan simptom-simptomnya

Masalah Kerisauan Simptom


Masalah panik Berpeluh, mengigil, sukar bernafas, loya, degupan
jantung kencang
Kerisauan biasa Sering letih, sukar beri tumpuan, kerengsaan, kejang
otot, gangguan tidur
Masalah obsesif- Kelakuan berulang (contoh: membasuh tangan,
kompulsif membuat pesanan)
Fobia sosial Bimbang dengan prestasi pelajaran, mengelak pergaulan
sosial
Masalah tekanan Mengelak perbualan mengenai trauma yang dihadapi,
selepas trauma trauma, amnesia, sukar tidur, sukar beri tumpuan

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerisauan boleh dirujuk kepada pakar


psikiatri. Kunjungan yang kerap dapat membantu mereka mengatasi masalah
kerisauan ini. Golongan ini juga tidak digalakkan mengambil makanan berkafein
seperti kopi, teh, minuman bergas seperti cola dan Mountain Dew.

5.3 PUNCA-PUNCA KECELARUAN EMOSI ATAU


TINGKAH LAKU
Terdapat empat faktor utama yang dikenal pasti menjadi punca kecelaruan
emosi dan tingkah laku iaitu faktor biologi dan penyakit, faktor hubungan
kekeluargaan, faktor pengalaman di sekolah serta pengaruh negatif budaya.
Meskipun dalam kebanyakan kes, tiada bukti khusus yang menunjukkan faktor-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

faktor tersebut sebagai punca, namun sesetengah faktor mungkin memberikan


kanak-kanak kesan dalam pembentukan tingkah laku bermasalah.

Sesetengah faktor seperti keturunan (memerhatikan tingkah laku ibu bapa


memukul adik beradik yang lain sebagai contoh) boleh memberi kesan emosi
kepada kanak-kanak. Sesetengah kajian membuktikan bahawa rata-rata jenayah
juvenil yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berpunca
daripada masalah kecelaruan emosi dan tingkah laku. Sekarang mari kita lihat
empat faktor ini dengan lebih mendalam.

5.3.1 Faktor Biologikal


Tingkah laku dan emosi yang terbentuk dalam diri kanak-kanak boleh
dipengaruhi oleh keturunan, neurologikal atau faktor biokimia atau gabungan
daripada faktor-faktor tersebut. Jelasnya, terdapat hubungan yang kuat antara
tubuh badan dengan tingkah laku.
 
Setiap kanak-kanak dilahirkan secara biologikal
dengan gaya tingkah laku tersendiri atau Temperamen ialah gaya
temperamen. Walaupun tingkah laku kanak- tingkah laku termasuk
kanak boleh berubah melalui cara didikan, tahap aktiviti secara am,
namun ramai yang percaya bahawa kanak- jangkaan, pendekatan
kanak yang mempunyai tingkah laku yang kemampuan tindakan dan
sukar dikawal lebih cenderung untuk tindak balas yang wujud
mempunyai kecelaruan emosi dan tingkah laku sewaktu kelahiran namun
(Thomas & Chess, 1984). Walau bagaimanapun, temperamen boleh diubah
tiada hubungan langsung antara kecacatan suai melalui pengurusan
dengan gaya tingkah laku kanak-kanak. keibubapaan.

Kanak-kanak yang mempunyai kecelaruan emosi dan tingkah laku mungkin


lebih sukar untuk diuruskan. Selain gaya tingkah laku, serangan penyakit, gaya
pemakanan yang tidak seimbang, kecacatan otak sebagai contoh boleh
menyebabkan kecelaruan emosi dan tingkah laku (Baumeister, Kupstas, &
Klindworth, 1990). Penderaan fizikal dan mental juga boleh menjadi salah satu
faktor penyumbang kepada kecelaruan emosi dan tingkah laku. Kanak-kanak
autisme atau skizofrenia lazimnya menunjukkan tanda-tanda mempunyai
masalah berkaitan sistem neurologi (otak) (Proir & Weey,1986). Kanak-kanak
yang mengalami sindrom TouretteÊs contohnya sering melakukan pengulangan
dalam tingkah laku atau pergerakan yang sama berulang kali atau membuat
bunyi-bunyi bising dan menyebut perkataan-perkataan serta frasa yang kurang
sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 75

Walaupun kita boleh faham bahawa autisme, skizofrenia, hiperaktif atau


sindrom TouretteÊs atau sesetengah bentuk kemurungan disebabkan oleh
kegagalan sistem biokimia otak berfungsi dengan baik, namun faktor biologikal
ini sebenarnya sukar dijelaskan. Kita tidak tahu sejauh mana faktor biologikal ini
menyumbang kepada masalah kecelaruan emosi dan tingkah laku kanak-kanak
atau apakah kaedah yang paling sesuai untuk memperbetulkan masalah
biologikal ini. Untuk perhatian, kita perlu ingat bahawa:
(i) Kecacatan yang disebabkan oleh faktor biologi bukan bermakna seseorang
individu tidak mempunyai kecelaruan emosi dan tingkah laku. Kecacatan
fizikal juga boleh menyebabkan emosi seseorang boleh terganggu.
(ii) Punca kecelaruan emosi dan fizikal lazimnya disebabkan oleh faktor
biologikal dan psikologikal. Apabila berlaku kecacatan secara biologikal,
secara tidak langsung tercipta masalah psikologi yang boleh menyumbang
kepada kecelaruan emosi dan tingkah laku.
(iii) Rawatan perubatan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah. Rawatan
perubatan mampu memberi faedah yang baik namun jarang sekali
pencegahan diperlukan dalam kes ini kerana faktor psikologi dan aspek
sosial juga perlu diberi penekanan.

5.3.2 Faktor Keluarga


Keluarga nukleus yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak merupakan unit
penting dalam pembentukan sikap dan tingkah laku kanak-kanak.
Perkembangan awal kanak-kanak yang dipengaruhi oleh interaksi negatif antara
ibu dan anak dikatakan punca utama kanak-kanak mengalami kecelaruan emosi
dan tingkah laku. Kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku ibu bapa dalam
proses perkembangan mereka. Tindakan ini ada kalanya mempengaruhi emosi
ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak perlu diajar dan dididik
berhadapan dengan pelbagai tekanan yang mungkin dihadapi dalam
persekitaran kehidupan sama ada dalam persekitaran sekolah, rakan-rakan
mahupun masyarakat.

Kaedah mendisiplinkan anak bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada


teknik yang diamalkan. Ini juga bergantung kepada kriteria kanak-kanak itu
sendiri. Personaliti yang baik perlu ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah dalam
usaha membentuk tingkah laku kanak-kanak yang baik dan sempurna.
Penolakan, sikap kejam atau terlalu garang boleh mendorong kanak-kanak
untuk bersikap agresif. Perceraian, keadaan rumah yang tidak terurus dengan
baik serta tidak mempunyai hubungan sosial yang baik juga boleh menyebabkan
emosi dan tingkah laku kanak-kanak menjadi tidak stabil (Reitman & Gross,
1995). Sebaliknya jika persekitaran keluarga adalah selesa dan baik, ia akan
mempengaruhi perhubungan ahli keluarga yang baik dan harmoni. Ini adalah
kerana kanak-kanak akan membentuk sikap dan tingkah laku berdasarkan
pengalaman mereka dalam hubungan dengan keluarga.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
76 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

5.3.3 Faktor Sekolah


Tahukah anda bahawa sesetengah kanak-kanak telah mempunyai masalah
kecelaruan emosi dan tingkah laku sebelum memasuki alam persekolahan lagi?
Pengurusan bilik darjah yang baik boleh membantu kanak-kanak menjadi lebih
baik atau sebaliknya sekiranya tidak diuruskan dengan baik (Walker, Colvin &
Ramsey, 1995). Kanak-kanak yang telah pun mempunyai gaya tingkah laku yang
negatif apabila memasuki sekolah akan mempengaruhi kejayaan dalam bidang
akademik dan sosial. Dia akan menerima respons negatif daripada rakan sebaya
dan guru-guru ( Martin, 1992).

Antara penyumbang kecelaruan emosi dan tingkah laku kanak-kanak ialah


harapan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian akademik kanak-kanak,
disiplin sekolah yang terlalu ketat, guru yang kurang peka dengan perubahan
sikap kanak-kanak serta interaksi negatif dalam kalangan rakan sebaya.
Persekitaran sekolah dan ejekan rakan-rakan boleh menyebabkan tingkah laku
kanak-kanak menjadi agresif. Ini perlu diberi perhatian kerana sikap kanak-
kanak boleh berubah menjadi kurang sopan apabila berhadapan dengan situasi
yang membuatkan mereka tertekan.

Menurut Kauffman (1997) sebagai guru, kita perlu bertanya kepada diri kita
sendiri. Apa harapan dan pendekatan kita untuk mengatasi masalah kecelaruan
emosi dalam kalangan kanak-kanak di alam persekolahan? Guru tidak boleh
menyalahkan tingkah laku kanak-kanak yang negatif sahaja kerana tanpa
pengurusan bilik darjah yang sesuai, pengurusan tingkah laku kanak-kanak
adalah sukar untuk dikawal.

5.3.4 Faktor Budaya


Kanak-kanak, ahli keluarga dan persekitaran sekolah merupakan faktor budaya
yang sentiasa memberi kesan dalam kehidupan (Rogoff & Morelli, 1989). Selain
keluarga dan sekolah, keadaan persekitaran memberi kesan terhadap jangkaan
dan harapan terhadap tingkah laku kanak-kanak dan rakan sebaya. Percayakah
anda sekiranya dikatakan bahawa pengaruh budaya seperti keresahan, tekanan
dan sikap agresif yang banyak dipengaruhi oleh media masa seperti televisyen
menjadi penyumbang kepada kejadian keganasan yang berlaku pada hari ini?
Garmezy (1985) menyatakan bahawa perubahan keadaan budaya di Amerika
Syarikat pada tahun 1980an telah mempengaruhi perkembangan negatif dalam
kecelaruan emosi dan tingkah laku kanak-kanak.

Antaranya ialah peningkatan dalam kelahiran bayi yang dilahirkan oleh


golongan remaja dan keciciran dalam pelajaran (tidak mendapat didikan yang
sempurna). Pengabaian kanak-kanak dan keluarga miskin yang berlaku

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 77

meninggalkan tanda tanya terhadap kepentingan kesihatan dan kebajikan


kanak-kanak dalam budaya Amerika Syarikat (Hodgkinson, 1995).

5.4 KRITERIA PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU

Penjelasan kriteria kanak-kanak dan remaja dengan kecelaruan emosi dan


tingkah laku merupakan cabaran yang luar biasa. Ini kerana kecelaruan emosi
dan tingkah laku adalah pelbagai. Kepelbagaian kriteria kanak-kanak ini boleh
dikesan melalui kecerdasan dan pencapaian, pencapaian sosial dan emosi,
berkaitan kecederaan otak dan berkaitan schizofrenia dan autismea. Mari kita
lihat empat kriteria ini satu persatu.

5.4.1 Kecerdasan dan Pencapaian


Tahukah anda bahawa idea yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang
mengalami kecelaruan emosi dan tingkah laku adalah pintar merupakan suatu
mitos? Kajian jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai
kecelaruan emosi dan tingkah laku mempunyai IQ di bawah paras normal (kira-
kira 90) dan hanya beberapa skor yang melebihi paras normal. Jika dibandingkan
dengan tahap kecerdasan normal, ramai kanak-kanak yang mengalami
kecelaruan emosi dan tingkah laku ini dikategorikan di bawah paras bermasalah
pembelajaran atau terencat akal ringan.

Jelasnya, kita merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan emosi


dan tingkah lau sebagai satu kumpulan. Sesetengah kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini benar-benar pintar dan memperoleh skor yang tinggi
dalam ujian kecerdasan. Kita juga perlu sedar bahawa intervensi tingkah laku
pada peringkat awal kanak-kanak mampu meningkatkan kemampuan kognitif
kanak-kanak yang belum diperlihatkan. Walaupun begitu, terdapat segelintir
kanak-kanak yang menghadapi masalah kognitif yang memungkinkan kanak-
kanak ini diandaikan mempunyai kekurangan aspek kognitif yang kekal.

Ujian kecerdasan bukanlah instrumen yang sempurna untuk mengukur


kecerdasan dan boleh dipertikaikan bahawa kecelaruan emosi dan tingkah laku
boleh menghalang kanak-kanak untuk mencapai skor yang tinggi yang mampu
mereka capai. Justeru itu, tidak adil untuk memberikan ujian kecerdasan kepada
kanak-kanak ini kerana kemampuan kecerdasan sebenar mereka mungkin lebih
tinggi daripada skor ujian yang diperoleh.

IQ yang lebih rendah dalam kalangan sesetengah kanak-kanak pula


menyebabkan kanak-kanak tidak mampu melakukan tugasan dengan baik jika
dibandingkan dengan rakan sebaya yang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya skor
yang rendah itu diiringi oleh kekurangan dalam aspek lain seperti pencapaian
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

akademik dan kemahiran sosial. Kecerdasan sebenarnya merupakan kayu


pengukur yang baik untuk menentukan sejauh mana perkembangan akademik
dan sosial kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecelaruan emosi dan tingkah laku


merupakan kumpulan yang mempunyai pencapaian rendah di sekolah melalui
pengukuran ujian-ujian standard (Kauffman, 1997). Pelajar tersebut gagal
mencapai tahap yang dijangka boleh dicapai pada tahap umur tertentu. Lebih
tepat lagi, ramai pelajar dengan masalah yang teruk tidak mampu menguasai
kemahiran asas seperti membaca dan mengira serta tidak mampu
mengaplikasikan kemahiran dalam penyelesaian masalah sehari-hari. Sesetengah
kanak-kanak dengan masalah emosi dan tingkah laku yang serius pula tidak
mampu untuk menguasai kemahiran pengurusan diri seperti menggunakan
tandas, memakai pakaian atau makan sendiri.

5.4.2 Pencapaian Sosial dan Emosi


Kecelaruan emosi dan tingkah laku boleh dikesan melalui kriteria luaran dan
dalaman. Apakah kriteria luaran dan dalaman ini? Kriteria luaran yang jelas
ialah bersikap agresif serta suka menyendiri manakala kriteria dalaman pula
ialah keresahan atau rendah diri yang keterlaluan. Perbincangan kita yang
seterusnya akan memberikan fokus kepada sikap agresif dan sikap suka
menyendiri yang dipamerkan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecelaruan
emosi dan tingkah laku.

Sikap agresif dan perbuatan suka menyendiri merupakan kriteria yang sering
dilihat pada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan emosi dan tingkah laku.
Ini menyebabkan kanak-kanak tersebut berbeza daripada orang lain dari aspek
kuantiti dan kualiti. Sesetengah kanak-kanak boleh mempamerkan sikap agresif
pada satu masa tetapi pada masa yang lain pula akan duduk menyendiri.
Banyak kanak-kanak dengan masalah emosi atau tingkah laku mempunyai
pelbagai masalah-masalah lain (Walker et. al, 1995).

Seperti mana yang kita ketahui, kanak-kanak yang mengalami kecelaruan emosi
dan tingkah laku ini kurang digemari oleh rakan-rakan sebaya. Kajian
menunjukkan kanak-kanak ini juga jarang dapat diterima dalam komuniti sosial
dan ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Mereka bukan sahaja diabaikan,
malah ditolak penyertaan mereka dalam kumpulan rakan sebaya. Menyedihkan
bukan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 79

5.4.3 Kriteria Berkaitan Kecederaan Otak


Kecederaan otak sama ada akibat kemalangan, gegaran yang kuat atau
sebagainya boleh menyebabkan kesan emosi dan tingkah laku yang serius. Perlu
diingatkan di sini bahawa bentuk-bentuk gangguan tingkah laku seperti
kekejaman tidak boleh dikaitkan dengan kerosakan otak. Walau bagaimanapun,
kita tahu bahawa kecederaan otak boleh mendorong kepada tindakan agresif,
hiperaktif, kurang tumpuan dan masalah kecelaruan emosi dan tingkah laku
yang lebih luas skopnya, bergantung kepada bahagian otak yang rosak atau
cedera (Allison, 1993).

Terdapat tujuh kesan kecederaan otak yang melibatkan masalah psikososial iaitu
(Deaton & Waaland, 1994):
(i) menunjukkan sikap yang tidak beradab.
(ii) gagal memahami jenaka atau ÂmembacaÊ situasi sosial.
(iii) mudah letih, kecewa atau cepat marah.
(iv) merasa takut atau resah tanpa sebab.
(v) perubahan mood secara tiba-tiba.
(vi) mengalami tekanan atau kemurungan.
(vii) mengulang perbuatan atau tingkah laku tanpa sedar.

Kecelaruan emosi dan tingkah laku akibat kecederaan otak juga bergantung
kepada umur ketika kecederaan otak tersebut berlaku serta persekitaran sosial
yang dilalui oleh seseorang individu selepas kecederaan berlaku (Deaton &
Waaland, 1994). Bagi kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak, pendidikan
yang efektif bukan sahaja berorientasikan pengurusan bilik darjah, namun terapi
ahli keluarga, rawatan perubatan dan latihan komunikasi yang baik juga amat
diperlukan (Feeney & Urbanczyk, 1994). Selain tu, khidmat kaunseling individu,
program pengubahsuaian tingkah laku, latihan vokasional, akademik dan sistem
sokongan juga diperlukan untuk membantu kanak-kanak ini.

5.4.4 Kriteria Berkaitan Skizofrenia dan Autisme


Kecelaruan emosi dan tingkah laku semangnya memerlukan usaha yang giat
untuk proses rawatannya. Sokongan yang kuat daripada ahli keluarga dan
masyarakat amat penting dalam menentukan kejayaan usaha yang dilakukan. Di
dalam sub-topik ini, kita akan melihat dua jenis kecelaruan emosi dan tingkah
laku yang biasa kita dengar dan biasa kita hadapi dalam kehidupan seharian kita
iaitu schizofrenia dan austism.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

(a) Skizofrenia
Anda faham maksud skizofrenia? Mari kita lihat definisinya.

Skizofrenia dikategorikan melalui perubahan personaliti, kelakuan dan


tingkah laku, cara berfikir, emosi, minat serta hubungan dengan orang lain.
Kebanyakan pesakit skizofrenia seolah-olah berada di dalam dunianya
sendiri.

Apakah simptom-simptom dan punca skizofrenia? Terdapat lapan


simptom-simptom dan punca skizofrenia iaitu:
berasa resah, risau dan tidak gembira tetapi enggan meminta bantuan
kerana malu atau tidak mempercayai orang lain.
tidak sensitif dengan perasaan orang lain yang dekat dengan mereka
dan sukar bertimbang rasa.
sesuatu idea yang diberikan tidak berkaitan dengan penjelasan.
autismea.
mengalami halusinasi (mendengar suara dari dalam diri).
mengalami tekanan perasaan atau kemurungan.
bercakap sendiri, ketawa atau menjadi marah secara tiba-tiba.
sukar mengawal perasaan.

Kanak-kanak dengan skizofrenia mempunyai masalah dalam cara berfikir.


Mereka mungkin percaya bahawa mereka dikuasai oleh makhluk asing
atau mengalami halusinasi. Kanak-kanak yang mengalami skizofrenia
lazimnya melalui proses perkembangan yang normal tetapi mengalami
keadaan ini pada suatu tahap yang sukar dijangka.

Klasifikasi kecelaruan emosi dan tingkah laku yang dibincangkan tadi lebih
menjurus kepada dimensi tingkah laku kanak-kanak. Masalah tumpuan,
tingkah laku agresif, keresahan dan suka menyendiri, pergerakan yang
sukar dikawal dan sebagainya merupakan sebahagian kecelaruan emosi
dan tingkah laku yang juga dialami oleh kanak-kanak skizofrenia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 81

(b) Autisme
Untuk makluman anda, kanak-kanak autisme kelihatan normal tetapi
berbeza dari segi tingkah laku dan pola perkembangan. Kanak-kanak
autisme yang lambat dikesan akan menyebabkan kelewatan perkembangan
yang serius dalam kemahiran sosial dan komunikasi. Sebelum kita pergi
lebih lanjut, mari kita ketahui dahulu definisi autisme.

Autisme boleh dikesan seawal umur tiga tahun. Kanak-kanak autisme juga
mengalami terencat akal dalam pelbagai tahap. Punca berlakunya autisme
selalu dikaitkan dengan genetik. Kadang kala, autisme juga disebabkan
oleh pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil seperti rubela,
herpes, pendarahan atau keracunan makanan yang memberi kesan kepada
fungsi otak bayi. Selain itu, masalah pencernaan juga dikenal pasti sebagai
punca autisme ă lebih 60% kanak-kanak autisme menghadapi masalah
pencernaan.

Apakah ciri-ciri autisme? Mari kita lihat dalam Jadual 5.5.

Jadual 5.5: Ciri-ciri autisme

Aspek Ciri-ciri
Komunikasi • Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.
• Jarang menggunakan bahasa.
• Sukar diajak bercakap.
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
• Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan
pertanyaan.
Interaksi • Suka bersendirian, menjauhkan diri dan duduk di suatu
sosial sudut.
• Tidak suka bermain dengan rakan-rakan dan sering
menolak ajakan rakan-rakan.
• Tiada hubungan mata dan mengelak memandang muka
orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Gangguan • Sensitif pada sentuhan, tidak suka dipegang atau dipeluk.


deria • Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
• Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut.
• Suka mencium dan menjilat mainan dan benda lain.
Pola bermain • Tidak suka bermain dengan rakan sebaya.
• Tidak bermain mengikut cara biasa ă memutar dan
melambung alat mainan.
• Suka objek berputar seperti kipas angin.
Tingkah laku • Sama ada hiperaktif atau hipoaktif.
• Tidak suka pada perubahan.
• Duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan tiada reaksi.
• Melakukan perbuatan atau gerakan yang sama berulang
kali.
Emosi • Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.
• Mengamuk jika kehendak tidak dituruti.
• Menyerang sesiapa sahaja dan merosakkan apa sahaja jika
emosi terganggu.
• Ada kalanya mencederakan diri sendiri.
• Tidak bersimpati dan tidak fahami perasaan orang lain.

AKTIVITI 5.2

1. Dalam kumpulan, bincangkan apa yang anda faham dengan


skizofrenia?
2. Jelaskan ciri-ciri kanak-kanak autisme.

5.5 PERTIMBANGAN DARI ASPEK PENDIDIKAN

Kanak-kanak yang mempunyai kecelaruan emosi dan tingkah laku biasanya


memperolehi gred yang rendah dan pencapaian akademik yang kurang
memuaskan berbanding rakan sebaya lain. Mereka juga lazimnya diletakkan
dalam persekitaran pendidikan yang terbatas dan dikatakan sering terlibat
dengan masalah juvenil (U. S. Department of Education, 1994).

Beberapa strategi telah dirangka bagi mengukuhkan agenda negara untuk


memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kecelaruan
emosi yang serius. Antaranya ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 83

(i) meluaskan peluang pendidikan sedia ada dengan mengambil kira


keperluan kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan emosi.
(ii) mengukuhkan kapasiti sekolah dan masyarakat dan menyediakan
pendidikan dalam persekitaran yang sesuai.
(iii) menekankan nilai kepelbagaian. Ini bagi menggalakkan budaya dan
perubahan kerjasama yang kukuh antara keluarga, profesional, murid dan
komuniti.
(iv) bekerjasama dengan ahli keluarga. Ini melibatkan ahli keluarga secara
langsung dalam pasukan khidmat sokongan untuk meningkatkan hasil
pendidikan yang diberi.
(v) mempromosikan penilaian yang sesuai.
(vi) membekalkan sokongan dan perkembangan kemahiran yang berterusan.
(vii) mencipta dan bekerjasama dalam menghasilkan sistem pendidikan yang
komprehensif.

Selain strategi-strategi tersebut, antara aspek pendidikan yang harus diberi


perhatian adalah seperti mengimbangi kawalan tingkah laku dengan akademik
dan pembelajaran sosial, dan kepentingan perkhidmatan sokongan. Mari kita
lihat kedua-dua pertimbangan ini dalam seksyen berikutnya.

5.5.1 Mengimbangi Kawalan Tingkah Laku dengan


Akademik dan Pembelajaran Sosial
Sesetengah pemerhatian yang dibuat berkaitan kualiti program pendidikan
untuk kanak-kanak yang mengalami kecelaruan emosi dan tingkah laku
lazimnya mengecewakan. Ini dikaitkan dengan bagaimana konsep model
pendidikan tersebut dipraktikkan. Fokus sering diberikan kepada pengawalan
tingkah laku luaran murid semata-mata dan pencapaian akademik. Pembelajaran
sosial yang harus dipelajari oleh kanak-kanak selalunya menjadi perkara kedua
atau diabaikan terus (Knitzer, Steinberg & Fleisch, 1990).

Strategi pengawalan tingkah laku merupakan bahagian yang penting dalam


program pendidikan untuk kanak-kanak yang mengalami pelbagai masalah
luaran (externalizing problems). Tanpa kawalan tingkah laku yang sering
mengganggu, pembelajaran sosial dan akademik tidak akan dapat berlangsung
dengan baik. Pengajaran pendidikan yang terbaik dapat mengurangkan banyak
masalah tingkah laku. Walau bagaimanapun, program pendidikan yang terbaik
juga belum tentu dapat membuang kesemua tingkah laku gangguan daripada
murid. Guru masih perlu mempunyai strategi kawalan yang baik. Guru juga
perlu menawarkan pengajaran yang efektif dalam kemahiran akademik dan
sosial yang membolehkan murid hidup, belajar dan bekerja dengan orang lain
pada suatu ketika (Walker et.al, 1995).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

5.5.2 Kepentingan Perkhidmatan Sokongan


Kanak-kanak dan remaja yang mengalami kecelaruan emosi dan tingkah laku
dikatakan mempunyai keperluan yang pelbagai dan kompleks. Bagi mereka,
kehidupan datang lebih dari satu cara. Selain mempunyai masalah di sekolah,
kanak-kanak ini juga rata-rata mempunyai masalah di rumah dan mempunyai
pelbagai kesukaran dalam interaksi dnegan komuniti di sekitar mereka. Selain
memerlukan pendidikan khas yang khusus buat mereka, kanak-kanak ini juga
memerlukan pelbagai perkhidmatan berorientasikan keluarga, kaunseling atau
psikoterapi, penyeliaan komuniti, latihan kerjaya dan sebagainya. Integrasi
perkhidmatan yang disediakan dalam bentuk yang lebih terancang dan efektif
akan dapat menyokong serta menjadi usaha yang berterusan bagi membantu
kanak-kanak ini (Edgar& Siegel, 1995).

AKTIVITI 5.3

1. Sebagai ahli masyarakat, bincangkan perkhidmatan-perkhidmatan


sokongan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami
kecelaruan emosi dan tingkah laku.
2. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang
akan anda lakukan sekiranya anda diminta mendidik kanak-kanak
ini? Nyatakan tindakan anda berserta sebab-sebab yang anda fikirkan
sesuai.

• Kecelaruan emosi dan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku ekstrim
iaitu berbeza daripada fitrah kebiasaan, masalah yang sukar ditangani
dengan cepat serta tingkah laku yang sukar dijangka akibat faktor sosial
dan budaya.
• Dua  dimensi  kecelaruan  emosi  dan  tingkah  laku  ialah  dimensi  luaran 
(externalizing)  dan  dimensi  dalaman  (internalizing)  manakala  dua  kategori 
utama kecelaruan emosi dan tingkah laku ialah attention‐deficit/hyperactivity 
disorder (ADHD) dan masalah kerisauan (anxiety disorder). 
• Empat  faktor  punca  kecelaruan  emosi  dan  tingkah  laku  ialah  faktor 
biologikal, faktor keluarga, faktor sekolah dan faktor budaya. 
• Empat  kriteria  psikologi  dan  tingkah  laku  ialah  kecerdasan  dan 
pencapaian,  pencapaian  sosial  dan  emosi,  kriteria  berkaitan  kecederaan 
otak dan kriteria berkaitan szhizofrenia dan autisme. 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU W 85

• Dua pertimbangan dari aspek pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah 
mengimbangi  kawalan  tingkah  laku  dengan  akademik  dan  pembelajaran 
sosial dan kepentingan perkhidmatan.  
 

ADHD Kecelaruan emosi dan tingkah laku


Anxiety Disorder Temperamen
Dimensi dalaman Skizofrenia
Dimensi luaran Autisme
Kategori Sindrom TouretteÊs

Allison, M. (1993). Exploring the link between violence and brain injury.
Headlines, 4(20), 12-17.

Baumeister, A. A., Kuptas, F., & Klindworth, L. M. (1990) New morbidity:


Implications for prevention of childrenÊs disabilities. Exceptionality, 1, 1-16.
Deaton,A.V., & Waaland, P. (1994). Psychosocial effects of acquired brain injury.
In R. C Savage & G. F. Wolcott (Eds.). Educational dimensions of acquired
brain injury (pp. 239-255). Austin, TX: Pro-Ed.

Dr. Tan, C. K. (1985). Stress & mental health in society. Singapura: Heinemann
Asia.

Edgar, E., & Siegel, S. (1995). Postsecondary scenarios for troubled and trobling
youth. In J. M. Kauffman, J. W. Lloyd, D. P. Hallahan, & T. A. Astuto (Eds.),
Issues in educational placement: students with emotional and behavioral
disorders (pp. 251-283). Hills-dale, NJ: Lawrence Erlbaum.

Feeney, T. J., & Urbanczyk, B. (1994). Behaviuor as communication. In R.C


Savage & G. F. Wolcott (Eds.), Educational dimensions of acquired brain
injury (pp. 239-255). Austin, TX: Pro-Ed.

Fornes, S. R., & Knitzer, J. (1992). A new proposed definition and terminology to
replace „serious emotional disturbances‰ in individuals with disabilities
act. School Psychology Review, 21, 12-20.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86 X TOPIK 5 KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Garmezy, N. (1987). Stress, competence, and development: Continuities in the


study of schizophrenic adults, children vulnerable to psychopathology, and
the search for stress-resistant children. American Journal of
Orthopsychiatry, 57, 159-174.

Hallahan, D. & Kauffman. (2003). Exceptional children: Introduction to special


education. Boston: Allyn and Bacon.

Hodgkinson, H. L. (1995). What should we call people? Race, class and the
cencus for 2000. Phi Delta Kappan, 77, 173-179.

Kauffman,J. M. (1997). Characteristics of emotional and behavioral disorders of


children and youth (6th ed.). New York: Merril/Macmillan.

Knitzer, J., Steinberg, Z., & Fleinsch, F.(1990). At the schoolhouse door: An
examination of programs and policies for children with behavioral and
emotional problems. New York: Bank Street College of Education.

Martin, R. P. (1992). Child temperament effects on special education: Process and


outcomes. Exceptionality, 3, 99-115.

Philip,C. K., Constance, H. (1998). Abnormal psychology. Understanding human


problems. Ney York: Houghton Mifflin Company.

Prior, M. & Werr, J. S. (1986). Autisme, skizofrenia, and allied disorders. In H. C.


Quay & J. S. Werry (Eds)., Psychopsthological disorders of childhood (3rd
ed). New York: John Wiley.

Reitman, D., & Gross, A. M. (1995). Familial determinants. In M. Hersen & R.


Ammerman (Eds.). Advanced abnormal chil psychology (pp. 87-104).
Hillsdale, NJ: Lawrance Erlbaum.

Solomon, H. S., Malcom, H.L. (1988). The Encyclopedia of psychoactive drugs


(Escape from anxiety & stress). London: Burke Publishing Company
Limited.

Thomas, A., & Chess, S. (1984). Genesis and evolution of behavioral disorders.
From infancy to early adult life. American Journal of Psychiatry, 141, 1-9.

Walker, H. M., Colvin, G., & Ramsey, E. (1995). Antisocial behavior in school:
Strategies and best practices. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Masalah
6 Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud masalah komunikasi;
2. menghuraikan tiga teori perkembangan komunikasi;
3. menerangkan empat isu dalam masalah bahasa;
4. membezakan empat variasi masalah komunikasi;
5. membincangkan empat kaedah pengesanan awal yang boleh
dilakukan; dan
6. menjelaskan peralihan komunikasi.

X PENGENALAN
Selamat datang ke Topik 6 Masalah Komunikasi. Seperti yang kita telah sedia
maklum, bahasa adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian
manusia. Tanpa bahasa kita tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
Walaupun bahasa berbeza antara kaum, tetapi perkembangan bahasa adalah
sama untuk semua manusia. Bahasa sangat penting. Ini kerana bahasa boleh
melambangkan identiti sosial seseorang dalam masyarakat. Bahasa juga boleh
dijadikan alat untuk membezakan taraf pendidikan individu. Begitu juga dengan
identiti ă identiti boleh ditunjukkan melalui bahasa yang dituturkan.

Justeru itu, topik ini akan menerangkan tentang perkembangan bahasa yang
berlaku dalam diri kanak-kanak. Perkembangan bahasa ini berlaku sejajar
dengan perkembangan emosi dan fizikal. Kita akan melihat ciri-ciri
perkembangan ini dan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak. Antara
yang akan dibincangkan kepada anda ialah definisi masalah komunikasi, teori-
teori perkembangan bahasa, isu-isu masalah bahasa, variasi-variasi masalah
komunikasi, kaedah-kaedah pengesanan awal dan peralihan. Selamat belajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

6.1 DEFINISI MASALAH KOMUNIKASI


Kita sedia maklum pertuturan dan bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi.
Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi?

Komunikasi juga melibatkan beberapa komponen. Apakah komponen-


komponen tersebut? Komponen dalam komunikasi termasuklah penerima dan
penghantar. Selain itu, anda tentu sedar komunikasi tidak semestinya
melibatkan bahasa sahaja. Komunikasi boleh dilakukan dalam bentuk
pergerakan, mimik muka, dan sebagainya. Namun, jika dikatakan komunikasi
kita selalu mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sahaja. Tahukah anda
maksud bahasa?

Bagaimana pula dengan pertuturan?

Setelah anda melihat beberapa definisi yang berkaitan dengan komunikasi,


apakah yang boleh kita fikirkan tentang definisi masalah komunikasi?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 89

6.2 PERKEMBANGAN BAHASA


Anda telah pun mempelajari definisi umum bahasa dalam sub-topik tadi.
Masihkah anda ingat? Sama seperti definisi awal tadi, bahasa merupakan satu
sistem kod yang menggunakan sistem simbol tertentu supaya mempunyai
makna. Bahasa mempunyai peraturan yang perlu kita dipelajari yang dianggap
„learned behaviour‰ yang dipelajari sejak kanak-kanak. Kanak-kanak yang
dianggap menghadapi masalah bahasa ialah kanak-kanak yang menghadapi
masalah berbahasa ibunda.

6.2.1 Kesinambungan Perkembangan Bahasa


Percakapan yang sempurna merupakan hasil daripada penguasaan bahasa.
Setiap manusia akan melalui proses yang sama dalam menguasai bahasa.
Menurut ahli linguistik, terdapat dua peringkat percakapan dan penguasaan
bahasa iaitu peringkat pra-linguistik (semasa bayi) dan peringkat linguistik
(semasa kanak-kanak dan usia seterusnya).

Apakah  komponen‐komponen  penting  bahasa?  Terdapat  lima  komponen 


penting bahasa seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.1.  

Jadul 6.1: Komponen penting bahasa

KOMPONEN PENTING BAHASA


Fonologi • Sistem bunyi dan peraturan yang digunakan dalam bahasa
Semantik • Makna pertuturan yang melibatkan perbendaharaan
kata/leksikon
• Makna perkataan mungkin dalam bentuk abstrak atau
konkrit
• Contohnya: peribahasa
Sintak • Peraturan menyusun perkataan dan bagaimana perkataan
berkaitan antara satu sama lain
• Contoh: wujud subjek dan objek dalam ayat, ada ayat aktif
dan pasif
Morfologi • Peraturan menggunakan tatabahasa atau nahu seperti ganti
nama, kata kerja dan sebagainya
Pragmatik • Peraturan menggunakan bahasa mengikut konteks sosial
yang berbeza
• Contoh: perbezaan laras bahasa bercakap dengan kanak-
kanak dengan orang dewasa
 
Sekarang mari kita lihat komunikasi pertama dan perkataan pertama dalam
dunia kanak-kanak.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
90 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

(a) Komunikasi Pertama


Komunikasi pertama peringkat pra-linguistik terdiri daripada dua fasa
(Jadual 6.2).

Jadual 6.2: Dua fasa komunikasi pertama peringkat pra-linguistik

Fasa Huraian
Tangisan • Bayi berkomunikasi melalui tangisan
(6 ă 8 minggu) • Tafsiran kepada tangisan bayi boleh membawa kepada
pelbagai maksud
• Kadang kala tangisan bayi adalah kerana lapar, marah,
sakit dan sebagainya
• Tafsiran ini dibuat berdasarkan kepada pelbagai nada,
kekuatan dan bentuk tangisan yang dikeluarkan oleh
bayi tersebut
Mendekut dan • Mendekut bermaksud satu bentuk pengucapan seperti
mericau vokal tetapi kadang-kadang diiringi dengan konsonan
(6 ă 8 bulan) dan biasanya berpunca daripada bunyi-bunyi yang
dihasilkan di bahagian belakang mulut iaitu k dan g
seperti „Ooh‰ atau „Aah‰
• Mendekut selalunya terjadi apabila bayi tersebut
berada dalam keadaan gembira

Tahukah anda terdapat tujuh peringkat pralinguistik? Tujuh peringkat ini


diterangkan dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Tujuh peringkat pralinguistik

Peringkat Huraian
Tangisan • Tangisan ini adalah lebih berbentuk gerakan pantulan
tanpa yang menggambarkan keperluan fisiologi bayi seperti
sebarang lapar, dahaga, sakit, tidak selesa dan sebagainya
perbezaan
Tangisan yang • Apabila mencapai umur sebulan, corak tangisan bayi sudah
berbeza dapat didengari perbezaannya
• Tangisan-tangisan yang berbeza ini menggambarkan sama
ada bayi itu sakit, marah atau mengantuk
“Cooing” • Pada tahap ini bayi sudah boleh mengeluarkan bunyi yang
menggunakan konsonan ÂhÊ
• Bayi yang mencapai umur satu setengah bulan akan mula
menghasilkan bunyi ini
“Babbling” • Bayi akan mengeluarkan bunyi yang berulang seperti Âma
ma ma⁄.Ê apabila berumur tiga atau empat bulan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 91

“Lallation” • Bayi akan peka kepada apa yang berlaku di


(Peniruan persekitarannya apabila berumur enam bulan
tidak • Jika ada perkara yang menarik minatnya, bayi akan
sempurna) berdiam diri dan apabila tamat, bayi akan mengulangi apa
yang telah didengarinya dengan menggunakan caranya
sendiri
“Echolalia” • Bayi akan cenderung mengulangi perkataan yang
(Meniru didengarinya tanpa memahami atau mengetahui apa yang
suara) disebutnya
“Expressive • Apabila bayi berumur lebih setahun, mereka sudah
jargon” berupaya menggunakan seolah-olah satu ayat yang
berintonasi
• Walau bagaimanapun, ayat yang digunakan itu tidak
membawa apa-apa makna.

SEMAK KENDIRI 6.1

Isi tempat kosong di bawah dengan peringkat pralinguistik yang betul

Peringkat Penerangan
Bayi mengeluarkan bunyi yang mempunyai konsonan
ÂhÊ.
Tangisan menggambarkan bayi lapar, sakit dan
sebagainya.
Menggunakan ayat seakan berintonasi yang tidak ada
makna.
Gerakan pantulan yang menggambarkan keperluan
fisiologi.
Mengulangi perkataan yang didengari tanpa tahu
maknanya.
Peka terhadap persekitaran

Sekarang mari kita lihat perkataan pertama ă bahasa awal kanak-kanak


peringkat percakapan linguistik.

Peringkat ini merupakan asas bagi keupayaan percakapan liguistik. Dalam


peringkat ini pembentukan vokal dilakukan untuk membentuk percakapan
dalam sebarang bahasa. Terdapat tiga peringkat percakapan linguistik seperti
yang disenaraikan dalam Jadual 6.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

Jadual 6.4: Tiga peringkat percakapan linguistik

Peringkat Huraian
1. „Holophrase‰ Bayi sudah boleh menyebut perkataan pertama
(Ayat perkataan apabila berumur 12 - 20 bulan. Menurut kajian yang
tunggal) dilakukan oleh Rice (1989), perkataan pertama yang
disebut oleh kanak-kanak ialah perkataan-perkataan
yang berkaitan dengan makanan, permainan,
binatang, bahagian-bahagian tubuh badan dan orang.

Walau bagaimanapun, mengikut Bloom (1973)


kebanyakan perkataan-perkataan pertama kanak-
kanak terhad kepada konteks yang spesifik.
Contohnya, beliau mendapati bayi yang berumur
sembilan bulan hanya akan menyebut „kereta‰ apabila
dia nampak kereta di jalan raya tetapi tidak di tempat
letak kereta, gambar kereta atau apabila berada di
dalam kereta.

Namun begitu, tidak semua perkataan yang disebut


oleh kanak-kanak itu difahaminya. Ini kerana kadang-
kadang mereka hanya meniru bunyi-bunyi perkataan
tersebut. Kadang kala satu perkataan boleh membawa
pelbagai makna bagi seseorang kanak-kanak. Apa
yang penting pada waktu ini, kanak-kanak sudah
berupaya memahami pertuturan orang dewasa tetapi
kurang berupaya untuk menyatakan maksudnya.
2. „Multiword Selepas menguasai beberapa perkataan, kanak-kanak
sentence‰ (Ayat mula menggunakan pelbagai perkataan dalam
pelbagai komunikasinya. Sebagai contoh, apabila selesai
perkataan) makan, dia akan berkata „dah sudah‰. Ini juga
dikenali sebagai percakapan telegrafik yang
perkataannya membawa maksud tertentu.
3. Percakapan yang Apabila kanak-kanak telah mencapai umur tiga tahun
betul dari segi atau telah menguasai banyak perbendaharaan kata,
tatabahasa maka kanak-kanak itu berkebolehan untuk bercakap
dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 93

6.2.2 Teori-teori Perkembangan Bahasa


Sekarang mari kita lihat tiga teori perkembangan bahasa seperti yang dijelaskan
dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Tiga teori perkembangan bahasa

Peringkat Huraian
1. Teori Berdasarkan  teori  ini,  kanak‐kanak  belajar  bertutur  hasil 
Pemelajaran daripada  pemelajaran.  Apabila  kanak‐kanak  sudah  boleh 
mengikut bunyi dan cara orang dewasa bertutur, maka ibu bapa 
boleh  memberikan  peneguhan  kepada  kanak‐kanak  tersebut 
untuk melancarkan pertuturannya.  
Skinner  berpendapat  bahawa  perolehan  bahasa  merupakan 
tingkah  laku  operan  kanak‐kanak  yang  kemudiannya  diberi 
peneguhan positif oleh ibu bapa. Namun begitu kebanyakan ibu 
bapa  kadang  kala  tidak  memberi  perhatian  kepada  kesalahan 
tatabahasa  tetapi  lebih  menumpukan  kepada  ketepatan  isi  dan 
makna ayat yang dituturkan. 
2. Teori Nativist Dipelopori  oleh  Chomsky  (1969,  1980).  Menurut  teori  ini,  otak 
manusia  telah  diprogramkan  secara  semula  jadi  untuk 
membolehkannya bertutur dan memahami bahasa sama seperti 
keupayaan berjalan.  
Chomsky  mengenal  pasti  sistem  ini  sebagai  LAD  (Language 
Acquisition  Device)  yang  bergantung  kepada  sel‐sel  di  dalam 
sereberum  korteks.  Fungsi  LAD  inilah  yang  membolehkan 
kanak‐kanak  menganalisis  bahasa  yang  mereka  dengari  dan 
membentuk tatabahasa yang betul. 
Walau  bagaimanapun,  keupayaan  yang  berbeza  dalam 
kemahiran  berbahasa,  memahami  makna  ayat  dan  mengapa 
kadang‐kadang  faktor  penutur  kedua  penting  dalam  bahasa, 
gagal diterangkan melalui teori ini. 
3. Pendekatan Dalam  teori  ini,  keupayaan  bertutur  kanak‐kanak  dapat 
Interaksi dibentuk  dengan  memerhati  dan  meniru  pertuturan  orang 
Kognitif dan dewasa.  Walaupun  peniruan  berlaku,  kadang  kala  tidak 
Sosial mempengaruhi  pertuturan  kanak‐kanak  tersebut.  Ini  kerana 
terdapat kanak‐kanak yang cenderung untuk mencipta struktur 
ayat mereka sendiri. 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

6.3 MASALAH BAHASA


Mari kita beralih pula kepada masalah bahasa. Kita akan melihat masalah bahasa
dari segi klasifikasi, strategi penilaian dan pengesanan awal, masalah bahasa di
kalangan kanak-kanak autism dan kelewatan perkembangan bahasa.

6.3.1 Klasifikasi
Tahukah anda masalah bahasa selalunya melibatkan lima perkara? Lima perkara
tersebut ialah:
(i) masalah membentuk ayat dengan menggabungkan bunyi (fonologi)
(ii) masalah menggunakan tatabahasa atau nahu seperti ganti nama, kata kerja
dan sebagainya (morfologi)
(iii) masalah menyusun perkataan dan bagaimana perkataan berkaitan antara
satu sama lain (sintaks)
(iv) masalah pertuturan yang melibatkan perbendaharaan kata/leksikon di
mana makna perkataan mungkin dalam bentuk abstrak atau konkrit
(semantik)
(v) masalah menggunakan bahasa mengikut konteks sosial yang berbeza
(pragmatik)

Masalah bahasa boleh berlaku dalam kes-kes masalah kerencatan mental,


masalah pembelajaran bahasa (Language Learning Disability (SLI)), masalah
bahasa spesifik (Specific Language Impairment), autism, kecederaaan otak serius,
kelewatan berbahasa dan penderaan.

Terdapat lima masalah bahasa yang biasa ditemui seperti yang diterangkan
dalam Jadual 6.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 95

Jadual 6.6: Lima masalah bahasa yang biasa ditemui

Masalah Huraian
Kelambatan Masalah ini boleh berlaku kepada kanak-kanak biasa atau
berbahasa yang terencat akal. Kita boleh menggunakan bahasa tetapi
pada tahap yang lebih rendah dari umur kanak-kanak
tersebut.
Masalah bahasa Terdapat dua bentuk masalah bahasa dalam penulisan:
dalam bentuk • ekspresif (tidak mampu untuk menanyakan soalan)
penulisan • reseptif (diberi arahan tetapi tidak boleh
memahaminya)
Kanak-kanak ini selalunya tidak menghadapi masalah
bahasa secara lisan.
Masalah yang Kanak-kanak ini tidak mengalami masalah fizikal, emosi,
dihadapi oleh tingkah laku, neurologi, fisiologi, kebudayaan dan lain-
kanak-kanak lain. Mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak yang
bermasalah lain. Masalah boleh dilihat secara ketara dalam membaca,
pembelajaran menulis dan mengira.
Kanak-kanak Mereka ini terdiri daripada kanak-kanak yang kurang
bermasalah pendengaran, penglihatan dan mereka yang mengalami
bahasa akibat gangguan neurologi.
ketidakupayaan  
fizikal
Kanak- kanak Kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajaran
bermasalah akademik. Ini berlaku kerana keadaan penerimaan sensori
bahasa dan auditori mereka pada tahap yang sangat rendah.
kurang  
pendengaran

6.3.2 Strategi Penilaian dan Pengesanan Awal


Apakah strategi penilaian dan pengesanan awal bagi masalah bahasa? Terdapat
dua strategi yang sering digunakan iaitu:
(i) Penentuan ă melihat keupayaan berbahasa kanak-kanak bertepatan dengan
perkembangan umur.
(ii) Pemantauan ă melihat kadar pembelajaran kanak-kanak terhadap
kemahiran bahasa yang baharu.

Menurut Wallace, Larsen dan Elskin (1992) terdapat tiga cara yang boleh
dilakukan untuk menilai masalah bahasa (Jadual 6.7).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

Jadual 6.7: Tiga cara untuk menilai masalah bahasa

Cara  Huraian 
Ujian standard Jarang digunakan dalam program intervensi tetapi
ia amat berguna dalam membuat perbandingan
berkenaan keupayaan bahasa kanak-kanak dalam
bahagian-bahagian tertentu.
Skala perkembangan Merupakan pemantauan yang dilakukan terhadap
perkembangan bahasa kanak-kanak selaras dengan
umur mereka.
Ujian tidak standard dan Melihat cara kanak-kanak menggunakan bahasa
pemantauan gelagat dalam situasi yang berbeza.

Penilaian ini amat penting dilakukan kerana masalah bahasa adalah berbeza di
antara individu dan mengikut umur. Oleh itu intervensi perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah ini. Program intervensi perlu menekankan kepada isi, bentuk
dan penggunaan bahasa. Penekanan harus diberikan kepada:
(i) apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak dan apa yang perlu diajar tentang
apa yang mereka perkatakan.
(ii) bagaimana kanak-kanak bercakap tentang sesuatu perkara dan bagaimana
mereka boleh diajar untuk menggunakan bahasa dengan lebih berkesan.
(iii) bagaimana kanak-kanak menggunakan bahasa dan bagaimana mengajar
mereka menggunakan bahasa yang betul untuk berkomunikasi dan
bersosial.

Setiap masalah bahasa memerlukan cara pembelajaran yang berbeza. Intervensi


perlu dilakukan dalam suasana yang normal dan biasa serta melibatkan
sepenuhnya kerja sama ibu bapa dan guru di sekolah. Guru terutamanya perlu
tahu bagaimana untuk mengesan murid yang mengalami masalah bahasa. Guru
perlu melihat perbezaan yang dipamerkan oleh murid bermasalah berbanding
murid normal. Mereka perlu dikenal pasti dan tempatkan di kelas yang khas
untuk cara permbelajaran yang lebih sesuai.

6.3.3 Masalah Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Autisme


Kanak-kanak autisme kelihatan normal tetapi berbeza dari segi tingkah laku dan
pola perkembangan. Kanak-kanak autisme yang lambat dikesan akan
menyebabkan kelewatan perkembangan yang serius dalam kemahiran sosial dan
komunikasi. Masihkah anda ingat maksud autisme?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 97

Terdapat enam ciri masalah bahasa di kalangan kanak-kanak autisme:


(i) Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.
(ii) Jarang menggunakan bahasa.
(iii) Sukar diajak bercakap.
(iv) Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
(v) Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
(vi) Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

6.3.4 Kelewatan Perkembangan Bahasa


Kanak-kanak dengan masalah perkembangan bahasa secara fizikal sama dengan
kanak-kanak normal. Walau bagaimanapun kemahiran berbahasa mereka
ketinggalan beberapa bulan ke belakang. Perbezaan perkembangan bahasa
kanak-kanak normal dan kanak-kanak bermasalah bahasa boleh dilihat dalam
Jadual 6.8.

Jadual 6.8: Perbezaan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah bahasa dengan


kanak-kanak normal
[Sumber: Exceptional learners. Chapter 7 ă Communication disorder, m/s 274]

Kanak-Kanak Bermasalah Bahasa Kanak-Kanak Normal


Umur Pencapaian Contoh Umur Pencapaian Contoh
(Bulan) (Bulan)
27 Perkataan Mama, bye- 13 Perkataan Mama,
pertama bye pertama bye-bye
38 50 perkataan 17 50 perkataan
dalam dalam
perbendaharaan perbendaharaan
kata kata
40 Gabungan dua Ini baju, bola 18 Gabungan dua Nak lagi,
perkataan biru, baju perkataan baju saya,
pertama papa pertama bola mama
48 Lanjutan Baju cantik, 22 Lanjutan Kucing
gabungan dua kerusi gabungan dua saya,
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
98 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

perkataan coklat, perkataan minum


kereta ayah susu
52 Ayat bermakna 24 Ayat bermakna Papa tidur,
gabungan dua gabungan dua mama
perkataan perkataan dan masak
55 Perkataan Emak mempunyai
mempunyai makan, fungsi
makna dan kucing lari
fungsi
63 Ayat bermakna 30 Ayat bermakna Mama
gabungan tiga gabungan tiga sedang
perkataan perkataan. tidur,
66 Perkataan Emak Perkataan kakak
mempunyai sedang menunjukkan sedang
makna dan makan, adik fungsi dengan melukis,
fungsi dengan sedang penambahan ayah
penambahan berlari, kata membasuh
kata abang penyambung kereta
penyambung sedang ayat
ayat melukis
73 Ayat bermakna 37 Ayat bermakna Ibu, boleh
gabungan empat gabungan saya
perkataan empat bermain
perkataan dan bola?
membina ayat-
ayat berbentuk
soalan
79 Ayat bermakna Boleh saya 40 Ayat bermakna
gabungan empat beli buku gabungan
perkataan. ini? empat
Membina ayat- perkataan
ayat berbentuk
soalan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 99

6.4 VARIASI MASALAH KOMUNIKASI

Terdapat empat variasi masalah komunikasi yang perlu kita pelajari. Empat
variasi ini disenaraikan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Empat variasi masalah komunikasi

Mari kita pelajari keempat-empat masalah ini dalam sub-topik berikutnya.

6.4.1 Masalah Pertuturan


Boleh dikatakan 70% ă 80% kanak-kanak yang hendak memulakan alam
persekolahan menghadapi masalah pertuturan. Masalah pertuturan berlaku
apabila bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-kanak tidak difahami oleh orang
yang mendengarnya. Kadang kala kanak-kanak bermasalah pertuturan adalah
diakibatkan oleh kecacatan seperti sumbing, masalah pendengaran, palsi
sereberum dan dispraksia.

Bagaimanakah caranya kita mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah


pertuturan? Terdapat tiga cara untuk mengenal pasti kanak-kanak bermasalah
pertuturan iaitu:
(a) Masalah fonologi
(i) Menggunakan bahasa yang lebih rendah daripada umur mereka.
Contoh: Berumur lapan tahun tetapi menggunakan bahasa kanak-
kanak enam tahun.
(ii) Menggunakan sebutan gantian yang tidak difahami oleh pendengar.
Contoh: Perkataan kecil menjadi ÂdeshikÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

(iii) Masalah artikulasi iaitu kemampuan kanak-kanak mengeluarkan dan


menggunakan bunyi adalah lambat.

(b) Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap

(c) Gagap
(i) Masalah suara yang terlalu perlahan atau terlalu kuat.
(ii) Mengulang perkataan sebelum menyambung ayat.
(iii) Memanjangkan sebutan perkataan.
(iv) Guna pemberhentian panjang (pause) antara perkataan.
(v) Guna frasa yang tidak lengkap.
(vi) Tidak menghabiskan sebutan (tinggal suku kata).

AKTIVITI 6.1

1. Cuba bezakan antara gagap (stuttering) dengan gagap sementara


(stammering). Bincangkan dalam kumpulan dan nyatakan cara yang
boleh dilakukan untuk mengatasi masalah gagap sementara.

6.4.2 Masalah Suara


Tahukah anda masalah suara sering berkait dengan larinks? Masalah suara boleh
berlaku akibat gangguan biologikal dan gangguan bukan biologikal. Antara
penyebabnya adalah ketumbuhan di larinks (nodul, polip atau tisu kanser),
jangkitan larinks (laryngitis), kerosakan saraf larinks atau lebam dan calar pada
larinks.

Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti masalah suara? Masalah suara boleh
dikenal pasti melalui:
(a) Nada suara yang terlalu perlahan atau terlalu kuat.
(b) Kadang kala suara yang dikeluarkan kasar.
(c) Terdapat bunyi sengau atau dengung walaupun kanak-kanak tidak
mempunyai apa-apa penyakit lain.
(d) Alunan bunyi tidak teratur akibat kesengauan dan keserakan.
(e) Gema suara yang disebabkan oleh bentuk lelangit.

Semasa membuat ujian masalah suara, ahli patologi akan melihat kepada kualiti
suara, gema, nada kelantangan dan jangka panjang nada. Jika terdapat masalah,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 101

kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar perubatan untuk pembedahan atau


lain-lain rawatan.

6.4.3 Masalah Artikulasi


Apakah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah artikulasi?

Sebagai contoh seperti rumah menjadi „umah‰ dan belum menjadi „lum‰.
Kadangkala terjadi penggantian dalam perkataan yang disebut. Contoh: botol ă
boton. Selain itu, selalu juga terjadi masalah pengubahan bentuk perkataan.
Contoh: saya ă syaya, cantik ă syantik.

Menurut Kneedler (1992) masalah artikulasi ini dikenali sebagai percakapan bayi
(baby talk) atau pelat (lisping). Namun masalah artikulasi yang teruk boleh
berlaku disebabkan oleh tiga faktor ini:
(a) Dysanthia – tidak boleh mengawal otot-otot disebabkan kerosakan
neurologikal bagi pengidap palsi sereberum.
(b) Ketidaknormalan struktur muka – sumbing bibir.
(c) Kepekakan yang teruk.

6.4.4 Masalah Pertuturan Akibat Kerosakan Saraf


Akhir sekali, mari kita lihat masalah pertuturan akibat kerosakan saraf.
Bagaimanakah masalah ini berlaku?
 
Terdapat dua kategori masalah pertuturan akibat kerosakan saraf iaitu: 
 
(i) Dysarthia  –  otak  rosak  yang  menyebabkan  kegagalan  kawalan  otot  yang 
digunakan dalam artikulasi.  
(ii) Apraxia – kegagalan menggerakkan otot yang terlibat dalam pertuturan.  

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

Kesukaran bertutur berlaku kerana otot yang mengawal larinks, tekak, lidah,
rahang dan bibir tidak dapat berfungsi dengan baik dan tepat. Kadang kala
masalah pertuturan juga disebabkan oleh kerosakan otak dan fungsi kognitif.

6.5 PENGESANAN AWAL

Sekarang mari kita pelajari bagaimana kita hendak mengesan masalah ini pada
peringkat awal. Kajian tentang perkembangan bahasa kanak-kanak
menunjukkan bahawa tahun-tahun awal tumbesaran mereka ialah masa yang
kritikal dalam pembelajaran bahasa. Kebanyakan bahasa kanak-kanak dan
perkembangan sosialnya bergantung kepada cara dan kuantiti bahasa pertuturan
dan perhubungan yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga.

Bahasa perhubungan ibu bapa lebih tertumpu kepada galakan dan dorongan
terhadap gelagat mereka dan memberi panduan dalam meneroka dunia yang
baru. Ibu bapa juga memberi panduan dan pengetahuan tentang sesuatu perkara
dan perkaitannya antara satu sama lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
bahasa akan mengalami masalah interaksi sosial seperti selalu ditegur kerana
sikap pendiam mereka dan mendengar bahasa yang tidak sesuai dengan usia
mereka. Perkara-perkara ini akan memberi kesan kepada emosi dan
menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak suka berinteraksi dengan orang lain.

Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bekerja, profesional dan


mementingkan kebajikan anak-anak lebih baik bahasa pertuturannya (Hart &
Risley, 1995). Perbezaan kemahiran berbahasa memberi kesan yang amat besar
dalam pencapaian akademik. Walau bagaimanapun, kemahiran berbahasa tidak
berkaitan dengan tahap pendapatan dan etnik seseorang. Perbezaan kemahiran
ini selalunya berkaitan dengan cara dan sebanyak mana ibu bapa berinteraksi
dengan anak-anak. Semakin kerap komunikasi, semakin mahir kanak-kanak
menggunakan bahasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 103

Pengesanan awal perlu dilakukan semasa peringkat prasekolah dan sekolah


rendah. Bahasa sering dikaitkan dengan proses kognitif. Kekurangan dalam
berbahasa akan memberi kesan terhadap proses kognitif. Kerosakan dan
ketidakupayaan motor dan neurologikal akan menyebabkan ketidakupayaan
bertutur. Perkembangan bahasa secara umumnya terbentuk semasa interaksi
awal antara ibu dan anak. Program pengesanan awal melibatkan peranan besar
ibu bapa. Ibu bapa boleh membuat permainan yang menggunakan bahasa
dengan anak-anak. Bercakap dengan anak-anak tentang sesuatu objek atau
melakukan aktiviti bertutur. Pemilihan objek, aktiviti, perkataan adalah sangat
penting agar penerimaan anak-anak berlaku dengan mudah di samping
menambah perbendaharaan kata.

Bagaimanakah caranya pengesanan awal dapat dibuat? Pengesanan awal boleh


dibuat dengan empat kaedah berikut:
(a) Pengesanan pra-linguistik.
(b) Pemerhatian tingkah laku.
(c) Kemahiran berbahasa.
(d) Rakan sebaya.

Mari kita lihat huraian empat kaedah ini satu persatu.

Pengesanan pra-linguistik amat penting dalam perkembangan bahasa.


Pengesanan sepatutnya bermula sebelum bahasa kanak-kanak itu terbentuk.
Asas kepada pembentukan bahasa berdasarkan perhubungan non-verbal bayi
dengan ibu bapa dan penjaga. Dalam pengesanan pra-linguistik ini, ibu bapa
boleh meminta bantuan daripada pakar untuk membentuk bahasa kanak-kanak.

Pengesanan juga boleh dilakukan melalui kaedah ketiga iaitu pemerhatian


tingkah laku kanak-kanak. Perhatian diberikan kepada tingkah laku kanak-
kanak semasa melakukan interaksi sosial. Bagi kanak-kanak yang belum mahir
berbahasa, pemerhatian tingkah laku dibuat kepada peniruan, aktiviti
permainan, bermain dengan objek dan mengenali fungsi sesuatu objek.
Pemerhatian ditumpukan kepada bagaimana kanak-kanak melihat dan
mengambil objek apabila disuruh, melakukan sesuatu kepada objek mengikut
arahan, penggunaan bunyi untuk menunjukkan penerimaan dan penolakan
terhadap arahan. Apabila kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa,
tingkah laku mereka diperhatikan seperti:
• bagaimana mereka melihat kepada orang yang berinteraksi dengan mereka
• mengambil giliran untuk bertutur
• mengikut arah mata orang dewasa terhadap sesuatu objek
• membuat gerakan, bunyi atau perkataan apabila orang dewasa tidak
menunjukkan tindak balas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

Semasa zaman prasekolah, kemahiran berbahasa merupakan fokus penting yang


diberi perhatian. Pada waktu ini kanak-kanak harus belajar bagaimana
menceritakan pengalaman dengan terperinci dan menerangkan tentang perkara
yang berlaku. Mereka juga perlu tahu menunggu giliran untuk bercakap dan
berada dalam tajuk perbualan atau menukar tajuk perbualan dengan cara yang
betul. Guru memainkan peranan penting dengan melakukan interaksi individu
sekerap mungkin. Aktiviti membaca buku cerita juga boleh dilakukan dan
kemudian diikuti dengan perbincangan kecil di dalam kelas.

Akhir sekali, rakan sebaya juga merupakan pengaruh dalam perkembangan


bahasa. Bahasa sangat penting dalam perhubungan sosial, maka rakan sebaya
patut diberikan tunjuk ajar cara berinteraksi dengan mereka yang bermasalah
bahasa. Rakan sebaya boleh membantu semasa bermain bersama dengan
membuat perhubungan mata (eye-contact), menerangkan permainan yang
dimainkan, mengulang perkataan dan meminta penjelasan tentang apa yang
dituturkan oleh kanak-kanak bermasalah bahasa.

6.6 PERALIHAN

Individu yang bermasalah bahasa perlu melalui proses peralihan dalam


perkembangan bahasa. Seperti yang telah kita pelajari tadi, ada individu yang
bermasalah bahasa akibat masalah kesihatan dan ada yang disebabkan oleh
kecacatan semula jadi. Pembedahan boleh dilakukan untuk memperbaiki
keadaan ini, walau bagaimanapun mereka perlu menjalani proses peralihan yang
memakan masa.

Semasa proses peralihan, bantuan daripada pakar patologi sering digunakan.


Perkara yang boleh dilakukan ialah dengan cara:
• mengajar mereka bahasa yang mudah dan berfungsi (perkenalan). Contoh:
Hello, apa khabar?
• menamakan objek dan perkataan menunjukkan permintaan. Contoh: Boleh
ambilkan saya air?

Perkara penting dalam peralihan ialah memastikan latihan yang diberikan


berterusan dan berlanjutan dari kecil hingga dewasa. Intervensi bahasa
pertuturan adalah penting, iaitu membuat mereka yang bermasalah bahasa
faham apa yang disampaikan oleh orang lain dan orang yang mendengar faham
apa yang dituturkan oleh mereka. Kemahiran komunikasi perlu dibina seperti
perhubungan mata, giliran bercakap, mengenal pasti topik dan berada dalam
topik yang dibincangkan. Selain itu, membaca, menulis mengikut arahan,
menggunakan kenderaan awam, melakukan kerja juga boleh dilakukan sebagai
kaedah dalam proses peralihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI W 105

Pengesanan awal perlu dilakukan oleh guru dengan bantuan pakar-pakar.


Pengesanan awal amat penting untuk memastikan individu bermasalah bahasa
melalui proses peralihan dengan lebih efektif.

AKTIVITI 6.2

1. Jika anda mempunyai murid yang bermasalah bahasa, apa tindakan


pertama yang perlu diambil. Apakah langkah-langkah seterusnya
yang sesuai dilakukan terhadap murid terbabit.

 
• Menurut American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1993),
masalah komunikasi adalah kegagalan untuk menerima, menghantar,
memproses dan menggabungkan konsep verbal, tidak verbal dan sistem
simbol grafik. Masalah komunikasi boleh dikategorikan kepada masalah
bahasa, masalah pertuturan dan kepelbagaian komunikasi (perbezaan
dialek, perbezaan penggunaan bahasa isyarat).

• Terdapat tiga teori yang membncangkan tentang perkembangan bahasa:


(i) teori nativis
(ii) teori pemelajaran
(iii) pendekatan interaksi kognitif dan sosial

• Empat isu dalam masalah bahasa adalah:


(i) Klasifikasi
(ii) strategi penilaian dan pengesanan awal
(iii) masalah bahasa di kalangan kanak-kanak autism
(iv) kelewatan perkembangan bahasa

• Empat variasi masalah komunikasi adalah:


(i) masalah pertuturan
(ii) masalah suara
(iii) masalah artikulasi
(iv) masalah pertuturan akibat kerosakan saraf

• Pengesanan awal boleh dilakukan oleh ibu bapa, penjaga dan guru.
Pengesanan boleh dilihat dari segi tahap pra-linguistik, tingkah laku
kanak-kanak dan kemampuan komunikasi yang dimiliki oleh kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106 X TOPIK 6 MASALAH KOMUNIKASI

• Pengesanan awal boleh dibuat dengan empat kaedah berikut:


(i) pengesanan pralinguistik
(ii) pemerhatian tingkah laku
(iii) kemahiran berbahasa 
(iv) rakan sebaya 

• Hasil daripada pengesanan inilah berlakunya proses peralihan di mana


individu terbabit diberi latihan yang berterusan agar dapat berkomunikasi
dengan lebih berkesan dalam masyarakat.

Fonologi Pragmatik
Holophrase Pralinguistik
Masalah artikulasi Semantik
Mendekut dan mericau Sintaks
Morfologi Teori Pemelajaran
Percakapan Lingustik Teori Nativist

Children with learning disabilities. (May, 1999). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari
http://www.aacap.org

Eggen, P., & Kauchak, D. (1997). Educational psychology windows on


classrooms. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional children: Introduction to


special education. Boston: Allyn and Bacon.

Learning disabilities
(t.t). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari
http://www.med.umich.edu

Oliver, M. (1990). Understanding disability: From theory to practice. London:


Macmillan.

Rahil Mahyudin., & Habibah Alias. (2006). Psikologi pendidikan untuk


perguruan. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Masalah
7 Pendengaran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menerangkan definisi masalah pendengaran;
2. membincangkan tiga jenis masalah pendengaran;
3. mengenal pasti struktur anatomi telinga;
4. menjelaskan dua kaedah pengukuran kemampuan pendengaran;
5. membincangkan lima punca masalah pendengaran;
6. menghuraikan empat kriteria psikologi dan tingkah laku dalam
masalah pendengaran; dan
7. menyatakan tiga pendekatan pendidikan kanak-kanak bermasalah
pendengaran.

X PENGENALAN
Hello. Selamat datang ke Topik 7 berkenaan dengan masalah pendengaran.
Anda tentu setuju bahawa setiap individu yang dilahirkan mempunyai
keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Ada individu dilahirkan sempurna
dan ada yang sebaliknya. Walau apa pun kekurangan dan kelebihan yang
dimiliki, setiap manusia mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan
pendidikan, kebebasan bersuara mahupun mendapatkan perkhidmatan
perubatan.

Bagi kanak-kanak yang kurang upaya (OKU), pelbagai istilah sebenarnya


diberikan kepada golongan ini. Ada yang memberikan istilah istimewa, kanak-
kanak luar biasa, cacat dan sebagainya. Namun begitu, istilah yang diberikan
bukanlah halangan untuk mereka mendapatkan peluang pendidikan yang
disediakan khusus buat mereka.

Dalam masyarakat kita, kehilangan pendengaran dilihat sebagai satu keaiban.


Salah satu sebab mengapa kurangnya permintaan untuk rawatan kehilangan
pendengaran ialah kerana kita kurang berbincang mengenainya. Alasannya,
kesilapan pendengaran merupakan tanda usia yang semakin lanjut. Namun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

begitu, sebagaimana individu yang kehilangan penglihatan, ini adalah masalah


kesihatan yang biasa berlaku di seluruh dunia.

Jadi dalam topik ini anda akan mempelajari tentang definisi dan jenis-jenis
masalah pendengaran. Selain itu, struktur anatomi telinga serta kriteria psikologi
dan tingkah laku akan turut dipelajari. Akhir sekali, anda akan diberikan tiga
pendekatan dalam mendidik kanak-kanak ini. Selamat membaca.

7.1 DEFINISI MASALAH PENDENGARAN


Apakah yang anda faham tentang masalah pendengaran? Dapatkah anda
berikan definisinya?

Tahukah anda ada berapa tahap kehilangan pendengaran? Tahap kehilangan


pendengaran ada dua iaitu:

Bermasalah Kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan


pendengaran: mendengar daripada satu atau kedua-dua belah
telinga. Tahap kehilangan pendengaran boleh jadi
ringan, sederhana atau teruk.
Pekak: Kehilangan seluruh kemampuan pendengaran pada
satu atau kedua-dua belah telinga.

Bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut darjah kehilangan


pendengaran. Apakah maksud darjah kehilangan pendengaran?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 109

Terdapat lima tahap kehilangan pendengaran yang lazim digunakan seperti


yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Tahap kehilangan pendengaran

Kehilangan Pendengaran Darjah Kepekakan


(desibel)
0dB hingga 20 dB Normal
20dB hingga 40dB Ringan
40dB hingga 60dB Sederhana
60dB hingga 90dB Teruk
Lebih 90dB Sangat Teruk

Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kepekakan? Kepekakan dapat


dikenal pasti melalui lima tanda (lihat Rajah 7.1).

Rajah 7.1: Lima tanda kepekakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

7.2 JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN


Apabila menjelaskan kaitan kehilangan pendengaran, secara umumnya kita
melihat kepada tiga perkara iaitu jenis kehilangan pendengaran, tahap
kehilangan pendengaran serta konfigurasi kehilangan pendengaran. Bagi
kehilangan pendengaran, ia boleh dikategorikan dengan mengenal pasti
bahagian sistem auditori yang rosak.

Tahukah anda terdapat tiga jenis masalah pendengaran iaitu:


(a) Konduktif
(b) Sensori neural
(c) Campuran kehilangan pendengaran (konduktif dan sensori neural)

Kita akan melihat ketiga-tiga jenis masalah pendengaran ini satu persatu dalam
sub-topik berikutnya.

7.2.1 Konduktif
Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan pendengaran konduktif?

Lazimnya, kehilangan pendengaran jenis ini melibatkan pengurangan bunyi atau


kemampuan untuk mendengar bunyi-bunyi kurang jelas. Kehilangan
pendengaran ini selalunya boleh diatasi melalui rawatan atau pembedahan.

Terdapat sembilan keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran


konduktif seperti:
(a) cuping telinga yang tidak sempurna
(b) external otitis (telinga bernanah)
(c) keadaan bentuk telinga tengah
(d) kegagalan tiub eustachio berfungsi
(e) jangkitan telinga tengah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 111

(f) saluran auditori luar tidak sempurna


(g) bengkak di gegendang telinga
(h) bendasing dalam saluran auditori luar
(i) ketidaksempurnaan tetulang

7.2.2 Sensori Neural


Tahukah anda bagaimanakah kehilangan pendengaran sensori neural berlaku?

Masalah pendengaran jenis ini adalah sangat serius. Masalah ini tidak dapat
diatasi melalui rawatan perubatan mahupun pembedahan kerana ini merupakan
kehilangan pendengaran tetap. Kehilangan pendengaran jenis ini bukan sahaja
melibatkan kekurangan tahap bunyi atau kemampuan mendengar bunyi-bunyi
yang tidak jelas, malahan turut mempengaruhi kefahaman pertuturan atau
kemampuan untuk mendengar bunyi yang dituturkan.

Tahukah anda apakah sebab-sebab masalah ini? Kehilangan pendengaran jenis


ini boleh disebabkab oleh berikut:
(a) Penyakit
(b) Kecederaan semasa kelahiran
(c) Genetik/keturunan
(d) Virus
(e) Trauma
(f) Tumor atau ketumbuhan
(g) Umur yang semakin lanjut

7.2.3 Campuran Kehilangan Pendengaran (Konduktif dan


Sensori Neural)
Tahukah anda adakalanya kehilangan pendengaran konduktif turut bercampur
dengan kehilangan pendengaran sensori neural? Dalam erti kata lain, pesakit
mengalami kerosakan pada kedua-dua anatomi telinga iaitu telinga luar dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

telinga dalam atau saraf pendengaran. Apabila keadaan ini berlaku, kita
merujuknya sebagai kehilangan pendengaran campuran.

7.3 ANATOMI TELINGA


Anda tentu bersetuju bahawa telinga merupakan anggota tubuh yang sangat
penting dalam kehidupan. Pancaindera ini sangat besar maknanya bagi
membolehkan fungsi pendengaran yang sempurna. Tanpa anggota tubuh ini,
kenikmatan pendengaran yang dianugerahkan oleh Tuhan mungkin tidak dapat
dirasai. Justeru itu, sebagai menghargai segala nikmat yang diberikan kepada
kita, penjagaan yang sempurna perlu ditekankan supaya pendengaran yang kita
miliki kekal terpelihara.

Telinga manusia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga
tengah dan telinga dalam (Rajah 7.2). Seterusnya kita akan melihat fungsi setiap
bahagian telinga ini yang mempengaruhi fungsi pendengaran manusia dalam
Jadual 7.2.

Rajah 7.2: Anatomi telinga


Sumber : http//www.medicastore.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 113

Jadual 7.2: Fungsi dan ciri telinga luar, tengah dan dalam

Telinga Fungsi dan Ciri


Luar • Terdiri daripada cuping telinga, salur telinga dan ruang udara.
• Hujung sebelah dalam ditutup dengan gegendang.
• Panjangnya lebih kurang satu inci.
• Gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan menyebabkan
gegendang bergetar (vibrate).
• Salur telinga berfungsi sebagai pemantul dan penguat gelombang
bunyi berfungsi (amplifies sound naves/ acoustic resonator).
• Tekanan dua hingga empat kali ganda lebih besar pada gegendang
di dalam telinga berbanding dari luar.
• Telinga luar membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat
dikesan jika gegendang telinga terletak di luar telinga.
• Lokasi gegendang di dalam telinga bertujuan untuk melindungi
daripda kerosakan fizikal, daripada terdedah kepada cuaca panas
dan kelembapan udara.
Tengah • Mengandungi osikel pendengaran iaitu tiga tetulang kecil
(tukul/malleus, andas/incus dan rakap/stapes).
• Dihubungkan secara mekanikal antara gegendang dan telinga
dalam.
• Rongga yang dikelilingi oleh tulang kepala.
• Osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligamen agar
tergantung kepada dinding rongga.
• Pemegang tukul/malleus terlekat pada gegendang dan meliputi
lebih separuh daripada keluasan gegendang.
• Pergerakan atau getaran gegendang dipindahkan oleh tukul ke
andas yang bersambung dengan rakap.
• Tapak rakap menutup jendela bujur (pintu masuk ke bahagian
dalam telinga).
• Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertutup menyebabkan
berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan luar telinga.
• Salur eustachio yang terletak di telinga tengah dan rongga mulut
menghubungkan ruang telinga tengah dengan udara luar.
• Perbezaan boleh dirasa apabila tekanan udara luar tiba-tiba
berubah. Contohnya: bila kita mendaki, turun naik sewaktu dalam
pesawat dan menyelam di dalam air.
• Perbezaan tekanan yang sedikit menyebabkan kita kurang selesa.
Perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan atau
gegendang pecah ataupun koyak.
• Apabila kita menelan, biasanya saluran eustachio terbuka sebentar
dan membantu tekanan menjadi seimbang semula.
Dalam • Kecil, berongga dan dikelilingi oleh tulang kepala.
• Koklea berbentuk seperti siput, berfungsi menukar getar mekanikal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

kepada denyutan saraf (nerves impulses).


• Terbahagi kepada dua bahagian utama di sepanjang saluran iaitu:
• Bahagian I: menghubungkan jendela bujur ialah skala vestibul.
• Bahagian II: bahagian yang menghubungi jendela bujur ialah skala
tympani.
• Kedua-dua bahagian dipenuhi oleh cecair dipanggil perilymph (dua
kali lebih pekat daripada air).
• Bahagian tengah ialah pembahagian koklea (cochlea partition
antara skala vestibul dengan skala tympani).
• Di hujung koklea dinamakan epical end. Terdapat ruang yang
terbuka yang diselaputi membran menghubungkan semula ke
telinga tengah.
• Salur vestibul tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisme
pendengaran.
• Salur separuh bulat adalah organ yang mengawal sistem
keseimbangan anggota tubuh kita.

AKTIVITI 7.1

1. Dengan merujuk kepada bahan bacaan tambahan, bincangkan apakah


peranan telinga tengah dalam fungsi pendengaran manusia.
2. Bincangkan TIGA jenis masalah pendengaran serta apakah punca-
punca masalah pendengaran tersebut berlaku.

7.4 PENGUKURAN KEMAMPUAN PENDENGARAN

Apakah cara untuk mengukur bunyi? Terdapat dua cara untuk mengukur bunyi
iaitu:
(i) dari segi kekuatannya atau tahap desibel
(ii) dari segi frekuensi atau nada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 115

Apakah yang dimaksudkan dengan skala desibel?

Tahap desibel (dB) bermula dari 0 iaitu bunyi yang paling perlahan dapat kita
dengar ke tahap bunyi yang paling kuat ă dalam lebih kurang 150dB.

Dalam perspektif seharian, percakapan manusia berada dalam lingkungan 40


hingga 60dB. Tahap bunyi yang melebihi 80dB adalah berpotensi untuk
merosakkan pendengaran sekiranya berpanjangan. Frekuensi disukat dalam
hertz (Hz). Tahukah anda maksud hertz?

Frekuensi yang berkaitan dengan julat pertuturan manusia berada dalam


lingkungan 200 hingga ke 8000Hz, walaupun telinga manusia boleh mengesan
frekuensi dari 20 hingga 20000Hz.

Bagi mengukur kemampuan pendengaran individu, dua kaedah yang lazim


digunakan ialah audiometri nada tulin (pure tone audiometry) dan audiometri
pertuturan (speech audiometry).

7.4.1 Ujian Bunyi Tulin (Pure Tone Audiometry)


Pertama sekali, kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ujian
bunyi tulin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

Bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 30 bulan, ujian boleh dijalankan
dengan rangsangan bunyi tulin melalui earphone. Alat yang digunakan ialah
audiometer, ujian terus udara atau ujian melalui tulang (air-conduction/bphone
conduction (bunyi terus ke telinga dalam) boleh dijalankan. Hasil ujian akan
direkodkan dalam audiogram. Ujian yang dijalankan perlu dilaksanakan di
dalam bilik tara bunyi (acoustic room). Sebaik-baiknya ujian dijalankan beberapa
kali untuk mendapatkan kesahihannya (validity).

Dalam ujian bunyi tulin ini, simbol-simbol yang digunakan ialah:

 
• Ujian melalui udara - O/R = telinga kanan
- X = telinga kiri
 
• Ujian melalui tulang - [< = telinga kanan
          ]>       = telinga kiri 

Ujian kehilangan pendengaran yang diambil dengan headphone melalui


audiometer biasanya dicatatkan dalam dBHL (decibel hearing loss).

Audiogram yang diambil dalam keadaan terbuka bagi kanak-kanak kecil atau
audiogram dengan memakai alat pendengaran biasanya dicatat dalam dBSPL
(decibel sound pressure level).

7.4.2 Audiometri Pertuturan (Speech Audiometry)


Oleh kerana kemampuan untuk mengesan dan memahami pertuturan
merupakan suatu kemahiran yang penting, satu teknik yang dipanggil
audiometri pertuturan atau speech audiometry telah dibangunkan untuk
menguji sejauh mana seseorang individu dapat mengesan dan memahami bunyi
pertuturan. Pengesanan pertuturan dikenal pasti sebagai tahap yang paling
rendah (dalam dB) apabila seseorang individu dapat mengesan pertuturan tanpa
perlu memahaminya.

Apa yang lebih penting ialah keyakinan pada tahap desibel yang manakah
seseorang itu berupaya atau mampu memahami pertuturan. Ini dikenali sebagai
SRT (Speech Reception Treshold). Satu cara untuk mengukur SRT ialah dengan
menunjukkan seseorang dengan senarai dua suku kata perkataan dan menguji
kedua-dua belah telinga secara berasingan. Tahap desibel individu tersebut
boleh memahami sebahagian perkataan tersebut lazimnya digunakan sebagai
anggaran tahap SRT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 117

7.5 PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN

Sekarang mari pelajari punca-punca masalah pendengaran. Tahukah anda


bahawa masalah pendengaran yang berlaku ke atas individu di seluruh dunia
hari ini disebabkan oleh pelbagai faktor? Anatomi telinga yang merangkumi tiga
bahagian seperti yang telah kita bincangkan tadi merupakan anggota penting
tubuh yang perlu diberi penjagaan yang baik. Ini adalah kerana terdapat
pelbagai faktor yang boleh merosakkan anatomi telinga kita yang seterusnya
akan mempengaruhi pendengaran yang kita dimiliki. Antara punca masalah
pendengaran ialah kerosakan di bahagian telinga luar, tengah dan dalam serta
jangkitan. Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang
kepada masalah ini. Mari kita lihat punca-punca tersebut dengan lebih lanjut.

7.5.1 Kerosakan di Bahagian Telinga Luar


Punca pertama ialah kerosakan di bahagian telinga luar. Anda harus sedar
bahawa walaupun kerosakan di bahagian telinga luar tidaklah begitu serius jika
dibandingkan dengan telinga tengah atau kerosakan di bahagian telinga dalam,
sesetengah kerosakan di bahagian telinga luar juga turut boleh menyebabkan
seseorang mengalami masalah pendengaran. Contohnya, sesetengah kanak-
kanak yang mempunya fizikal cuping telinga yang tidak sempurna (atresia)
boleh menghadapi masalah ini. Selain itu, jangkitan terhadap saluran luar telinga
juga boleh menyebabkan pendengaran kanak-kanak terjejas. Tumor atau
ketumbuhan juga antara faktor menyebabkan pendengaran seseorang boleh
terjejas.

Adakah masih terdapat punca lain? Ya. Antara punca lain masalah pendengaran
ialah jangkitan seperti serangan kuman tehadap kulit atau tisu, jerawat, kudis
akibat luka atau cedera akibat jolokan benda keras seperti kuku, pin, bilah
mancis atau gigitan serangga. Zat lilin atau wax yang terlalu banyak dan keras di
dalam salur telinga juga boleh mengganggu pendengaran seseorang.

7.5.2 Kerosakan di Bahagian Telinga Tengah


Sekarang kita lihat pula punca kedua masalah pendengaran. Tahukah anda
bahawa keabnormalan bahagian telinga tengah lazimnya lebih serius berbanding
kerosakan di bahagian telinga luar? Ini adalah kerana kerosakan yang dialami
akan menyebabkan seseorang individu diklasifikasikan menghadapi masalah
pendengaran berbanding pekak. Kehilangan pendengaran yang berpunca
daripada telinga tengah lazimnya disebabkan oleh tindakan mekanikal tulang-
tulang osikel. Kerosakan pada bahagian telinga tengah boleh dirawat melalui
rawatan perubatan atau pembedahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

Masalah yang biasa ditemui di bahagian telinga tengah ialah otitis media iaitu
jangkitan di bahagian ruangan telinga tengah yang disebabkan oleh bakteria.
Kerosakan ini lazimnya sukar dikesan terutamanya pada bayi kerana
kebanyakannya tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal (Giebink,
1990). Otitis media mempunyai hubung kait dengan kegagalan tiub eustachio
berfungsi di mana tiub eustachio tidak dapat berfungsi untuk mengering serta
mengawal bahagian telinga tengah daripada sebarang jangkitan.

Otitis media sering dihidapi oleh kanak-kanak sindrom Down atau kanak-kanak
sumbing (cleft palate) kerana ketidaksempurnaan tiub eustachio. Jangkitan di
salur eustachio menyebabkan nanah-nanah terkumpul dalam rongga telinga
tengah dan menyebabkan sakit telinga yang amat teruk. Otitis media boleh
menyebabkan seseorang individu mengalami kehilangan pendengaran
konduktif sementara atau sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan
kerosakan pada bahagian gegendang telinga.

7.5.3 Kerosakan di Bahagian Telinga Dalam


Tahukah anda bahawa kebanyakan kehilangan pendengaran yang dialami
kanak-kanak berkait dengan punca ketiga iaitu telinga dalam? Kehilangan
pendengaran yang melibatkan kerosakan telinga dalam ini akan mepengaruhi
rawatan dan pendidikan kanak-kanak. Kecacatan telinga dalam boleh
mempengaruhi keseimbangan badan serta mengakibatkan keadaan vertigo
(pening, mual dan muntah) akibat kehilangan pendengaran. Ada ketikanya,
kanak-kanak yang menghadapi kerosakan telinga dalam sering mendengar
bunyi berdesing dan bunyi bising.

Kebanyakan kes kepekakan dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada


keturunan (Schildroth, Rawlings & Allen, 1989). Selain itu, jangkitan bakteria
seperti meningitis merupakan punca kedua yang sering mengakibatkan
kepekakan dalam kalangan kanak-kanak. Kekurangan oksigen, rubella dan sifilis
juga merupakan antara faktor yang boleh memberi kesan terhadap pendengaran
kanak-kanak.

7.5.4 Jangkitan
Jangkitan terhadap anatomi telinga boleh menjadi salah satu faktor kehilangan
pendengaran di kalangan kanak-kanak. Jangkitan akibat selsema yang teruk
akan mengakibatkan berlakunya jangkitan di saluran eustachio yang boleh
mempengaruhi pendengaran kanak-kanak. Beguk, cacar serta radang tonsil
kronik juga menyebabkan kesakitan telinga yang teruk. Selain itu, jangkitan
otosklerosis juga akan menyebabkan kepekakan yang kronik di mana tulang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 119

stapes menjadi kaku dan tidak dapat bergerak dengan bebas di dalam jendela
bujur pada telinga tengah.

7.5.5 Faktor-faktor Lain


Akhir sekali, mari kita lihat faktor-faktor lain. Antara faktor-faktor lain yang
menyumbang kepada masalah kehilangan pendengaran ialah:
(i) Ketidaksempurnaan semasa lahir atau congenital malformation.
(ii) Kanak-kanak yang lahir tanpa pinna atau salur auditori .
(iii) Keturunan atau genetik (individu yang tidak pekak sebagai pembawa gen
resesif).
(iv) Jangkitan kuman (rubella, campak, herpes simplex).
(v) Penggunaan alkohol, dadah dan arak berlebihan sewaktu mengandung.
(vi) Kanak-kanak yang menghadapi masalah ketidaksempurnaan salur auditori
mereka.
(vii) Faktor peningkatan umur.
(viii) Kekurangan berat badan (tidak cukup bulan).

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Jelaskan DUA kaedah pengukuran kemampuan pendengaran


yang lazim digunakan untuk mengukur kemampuan
pendengaran seseorang individu.
2. Nyatakan faktor-faktor atau punca-punca masalah pendengaran
dan cadangkan langkah-langkah mengatasi masalah kehilangan
pendengaran.

7.6 KRITERIA PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU

Sekarang mari kita lihat kriteria psikologi dan tingkah laku. Tahukah anda
kehilangan pendengaran mempunyai kesan hubung kait dengan aspek tingkah
laku kanak-kanak? Jika anda diberi pilihan sama ada menjadi buta atau pekak,
yang mana satukah anda pilih? Secara umum, kebanyakan daripada kita akan
memilih menjadi pekak kerana kita masih ada penglihatan dan kemampuan
untuk bergerak dan kebanyakan apa yang ada di persekitaran kita masih boleh
dilihat. Selain itu, dalam menentukan fungsi penggunaan bahasa, orang buta
lebih beruntung kerana orang pekak kurang penguasaan bahasanya kerana
ketidakmampuan mereka untuk mendengar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

7.6.1 Perkembangan Bahasa dan Pertuturan


Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pekak atau kanak-kanak
yang menghadapi masalah pendengaran ialah masalah pemahaman dan
pengeluaran bahasa. Kanak-kanak pekak lazimnya menghadapi masalah untuk
menguasai bahasa berbanding kanak-kanak normal dalam masyarakat.
Kemampuan bertutur adalah berkait rapat dengan kehilangan pendengaran.
Sebanyak 75 peratus kanak-kanak yang dikesan pekak lazimnya gagal
menguasai bahasa berbanding hanya 14 peratus yang mempunyai kehilangan
pendengaran yang teruk mampu menguasai bahasa walaupun tidak sepenuhya.

Kanak-kanak yang kehilangan pendengaran sukar belajar bercakap kerana


mereka tidak mendapat tindak balas pendengaran daripada bunyi yang mereka
bunyikan. Mereka juga tidak dapat mendengar bahasa orang dewasa. Kegagalan
tindak balas juga merupakan sebab utama kekurangan pengeluaran bahasa
dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Menurut Fry (1966),
kanak-kanak yang mendengar akan dapat membina gerakan atau tindak balas
yang diterima apabila mereka menggerakkan jari, mulut dan lidah, sedangkan
kanak-kanak pekak pula sebaliknya. Oleh kerana itu, kanak-kanak pekak tidak
dapat mengulang semula bunyi-bunyi perkataan atau pertuturan yang
dituturkan.

Kelemahan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak pekak boleh dilihat melalui
kelemahan-kelemahan berikut:
(i) sukar memberikan makna daripada teks
(ii) gagal memberi tanggapan yang tepat terhadap maklumat yang diterima
(iii) perbendaharaan kata yang terhad
(iv) kesilapan dalam sintaksis
(v) sukar memahami perkara-perkara abstrak
(vi) sering melakukan kesilapan dalam tugasan-tugasan secara bertulis
(vii) mengambil masa yang lebih lama untuk membaca, memahami dan
menerima maklumat
(viii) kurang keyakinan diri dalam menghasilkan tugasan-tugasan akademik

7.6.2 Kemampuan Intelek


Kebanyakan profesioanal percaya bahawa kanak-kanak pekak menghadapi
kemampuan intelek yang terbatas kerana kekurangan bahasa pertuturan yang
dimiliki. Kepercayaan ini berasakan kepada dua sebab iaitu:
(a) Andaian bahawa bahasa boleh disamakan dengan kemampuan kognitif
(Vygotsky, 1962). Vygotsky mengandaikan pertuturan awal kanak-kanak
lebih bersifat dalaman dan boleh mempengaruhi pemikiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 121

(b) Andaian bahawa individu yang tidak boleh bertutur adalah disebabkan
orang pekak tidak mempunyai bahasa. Namun begitu, walaupun mereka
tidak mempunyai bahasa pertuturan seperti bahasa Inggeris, sekiranya
mereka menggunakan American Sign Language (ASL), mereka dikatakan
menggunakan bahasa yang betul dengan struktur tatabahasa tersendiri.

Kegagalan komunikasi dengan kanak-kanak pekak juga menyebabkan ramai


pengkaji mengandaikan bahawa kanak-kanak pekak menghadapi kekurangan
dalam kemampuan kognitif mereka. Walaupun kanak-kanak pekak
menggunakan bahasa isyarat, pembahagian tumpuan menjadi masalah yang
mengganggu perkembangan intelek kanak-kanak pekak. Pelaksanaan ujian
persembahan berbanding ujian verbal terutamanya dalam bahasa isyarat boleh
membantu guru untuk menentukan kemampuan intelek (IQ) kanak-kanak
pekak.

7.6.3 Pencapaian Akademik


Kebanyakan kanak-kanak pekak menghadapi kekurangan atau kelemahan
dalam pencapaian akademik. Kemampuan membaca merupakan kemahiran
akademik yang paling terjejas dalam kalangan kanak-kanak pekak. Kajian
menunjukkan bahawa perkembangan pencapaian pembacaan dalam kalangan
kanak-kanak pekak hanya satu pertiga daripada kanak-kanak normal. Walaupun
setelah tamat peringkat menengah, tidaklah menjadi sesuatu yang luar biasa
sekiranya mendapati remaja pekak mampu untuk membaca pada tahap kanak-
kanak dalam darjah empat.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pekak yang


mempunyai ibu bapa yang pekak menunjukkan pencapaian yang lebih baik
dalam kemahiran membaca berbanding kanak-kanak pekak yang mempunyai
ibu bapa yang bukan pekak. Ini disebabkan oleh dua faktor berikut:
(a) Ibu bapa yang pekak mampu untuk berkomunikasi dengan lebih baik
dengan anak-anak yang pekak menggunakan ASL serta dapat
membekalkan keperluan-keperluan sokongan yang diperlukan oleh anak-
anak mereka.
(b) Kanak-kanak pekak yang mempunyai ibu bapa yang juga pekak lebih
mahir dalam penggunaan ASL; dan ASL dapat membantu kanak-kanak ini
mempelajari bahasa penulisan dan pembacaan (Lane, 1992).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

7.6.4 Penyesuaian Sosial


Sosial dan pembangunan personaliti dalam populasi kanak-kanak atau individu
pekak bergantung kepada komunikasi. Situasi ini juga diperlukan dalam
komuniti bukan pekak seperti kita. Individu normal tidak menghadapi masalah
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bagaimanapun, bagi orang pekak,
mereka menghadapi masalah untuk mencari individu lain yang boleh
berkomunikasi atau berbual dengan mereka. Kajian menunjukkan bahawa
kanak-kanak pekak mengahapi risiko untuk berasa keseorangan (Charlson,
Strong & Gold, 1992; Loeb & Sarigani, 1986).

Dua faktor utama yang penting ditekankan untuk mengelakkan pengasingan


kanak-kanak pekak ialah percantuman dan status pendengaran ibu bapa kanak-
kanak pekak tersebut.

7.7 PERTIMBANGAN DARI ASPEK PENDIDIKAN

Bagi kanak-kanak pekak, pendekatan pengajaran yang sesuai dapat membantu


kanak-kanak ini untuk menguasai apa yang dipelajari. Kaedah yang digunakan
perlu disesuaikan dengan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak. Di
samping itu, penglibatan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat amat
diperlukan sebagai sokongan kepada kemajuan proses pembelajaran kanak-
kanak pekak. Terdapat tiga pertimbangan dalam pengajaran kanak-kanak pekak
iaitu pendekatan lisan-auditori verbal, komunikasi seluruh dan bacaan bibir.
Mari kita pelajari tiga pertimbangan ini satu persatu dengan lebih lanjut dalam
sub-topik berikutnya.

7.7.1 Pendekatan Lisan – Auditori Verbal


Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 123

Melalui kaedah ini, penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi


pertuturan (unisensory stimulation) tanpa membaca pergerakan bibir. Kaedah
ini bergantung sepenuhnya kepada keupayaan penggunaan alat bantuan
pendengaran. Pengajaran lazimnya dijalankan di dalam bilik tara bunyi (well
acoustic room) atau di bilik senyap. Pendekatan ini perlu diajar seawal mungkin
sebelum kaedah komunikasi lain seperti bahasa isyarat digunakan. Kaedah ini
lebih efektif dengan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak
mereka.

7.7.2 Komunikasi Seluruh


Bagaimana pula dengan komunikasi seluruh? Mari kita lihat maksudnya.

Kaedah ini menarik kerana menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan


isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari,
membaca dan menulis. Selain itu, kaedah ini perlu digunakan seawal mungkin
supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi
dalam masyarakat serta mampu mengelakkan perasaan terasing.

7.7.3 Bacaan Bibir


Akhir sekali ialah bacaan bibir. Pertama sekali, mari kita lihat definisinya.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini mempunyai kelemahan. Apakah


kelemahannya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

Bacaan bibir amat bergantung kepada deria penglihatan di mana pencahayaan


yang terang adalah amat diperlukan bagi memudahkan penumpuan ke arah
wajah penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah
paru-paru, tenggorok, larinks, pita suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.

AKTIVITI 7.2

1. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam


pendidikan kanak-kanak pekak. Bincangkan kebaikan pendekatan-
pendekatan tersebut.
2. Jelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak pekak daripada
peringkat bayi sehingga berumur tiga tahun melalui bacaan rujukan
tambahan. Bincangkan bersama rakan dalam kuliah berikutnya.

• Bermasalah pendengaran merujuk kepada kehilangan seluruh atau


sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah
telinga.
• Tiga jenis masalah pendengaran adalah:
(i) konduktif
(ii) sensori neural
(iii) campuran kehilangan pendengaran (konduktif dan sensori neural)
• Telinga manusia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu telinga luar,
telinga tengah dan telinga dalam.
• Dua kaedah yang lazim digunakan dalam mengukur kemampuan
pendengaran ialah audiometri nada tulin (pure tone audiometry) dan
audiometri pertuturan (speech audiometry).
• Lima punca masalah pendengaran adalah:
(i) kerosakan pada bahagian telinga luar
(ii) kerosakan pada bahagian telinga tengah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN W 125

(iii) kerosakan pada bahagian telinga dalam


(iv) jangkitan
(v) faktor-faktor lain
• Empat kriteria psikologi dan tingkah laku dalam masalah pendengaran
adalah:
(i) perkembangan bahasa dan pertuturan
(ii) kemampuan intelek
(iii) pencapaian akademik
(iv) penyesuaian sosial
• Tiga pendekatan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran
adalah:
(i) pendekatan lisan ă auditori verbal
(ii) komunikasi seluruh
(iii) bacaan bibir

Bacaan bibir Pendekatan lisan-auditori verbal


Bermasalah pendengaran Pure Tone Audiometry
Incus Sensorineural
Komunikasi seluruh Speech Audiometry
Konduktif Stapes
Malleus Vertigo
Pekak

Audiology (t. t.). Dicapai pada 25 Julai 2007 dari


http://www.bcm.edu/oto/studs/aud.html

Deafness and hearing impairment (March, 2006). Dicapai pada 29 Mei 2007 dari
http://www.who.int/mediacentre/factsheet/fs300/en/print.html

Fry, D. B. (1966). The development of a phonological system in the normal and


the deaf child. In F. Smith & G.A Miller (Eds.), The genesis of language: A
sycholinguistic approach. Cambridge. MA:MIT Press.

Giebink, G. S. (1990). Medical issues in hearing impairment: The otitis media


spectrum. In J. Davis (Ed), Our forgotten children: hard ăof-hearing pupils
in schools (pp.49-55) Bethesda.MD: Self Hep for Hard of Hearing People.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126 X TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN

Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional children: Introduction to


special education. Boston: Allyn and Bacon.

Heward, W. (2003). Exceptional children: An introduction to special education.


Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

Lane, H. (1992). The mask of benevolence: Disabling the deaf community. New
York: Knopf.

Teaching students with hearing impairments (t. t.). Dicapai pada 27 Julai 2007
dari ttp://www.shef.ac.uk/disability/teaching/hearing/3_language.html

Warning signs: Language/communication developmental delay (t. t.). Dicapai


pada 28 Mei 2007 dari http://www.disabilitymalaysia.com
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Pintar Cerdas
8
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan definisi pintar cerdas;
2. mengenal pasti dua teori kecerdasan;
3. menunjukkan cara kecerdasan diukur;
4. membincangkan kriteria fizikal, psikologi dan tingkah laku kanak-
kanak pintar cerdas; dan
5. menghuraikan dua perancangan pendidikan yang sesuai untuk kanak-
kanak pintar cerdas.

X PENGENALAN
Selamat datang ke Topik 8 dengan tajuk Pintar Cerdas. Kita tentu sedia maklum
bahawa setiap individu dilahirkan berbeza. Ada dalam kalangan kita yang
dilahirkan dengan anugerah tertentu seperti pintar, bijak, cacat anggota badan
dan sebagainya. Setiap perbezaan ini memerlukan kaedah pembelajaran yang
berbeza. Terdapat beberapa teori yang menceritakan tentang kecerdasan.
Kecerdasan merupakan satu anugerah yang baik, namun begitu ini memerlukan
cara pembelajaran yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Begitu juga
mereka yang dianugerahkan dengan kecacatan, mereka juga perlu pendekatan
yang berbeza.

Topik ini menerangkan tentang teori-teori kecerdasan yang diketahui umum dan
cara mengukur kecerdasan. Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan
kriteria fizikal, psikologi dan tingkah laku kanak-kanak pintar cerdas. Akhir
sekali, selepas mengetahui ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas, anda akan dapat
mengenal pasti perancangan pendidikan yang sesuai untuk mereka. Mereka
memerlukan kaedah pembelajaran khas. Keperluan khas ini bergantung kepada
situasi kepintaran dan kecerdasan mereka. Selamat membaca.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

8.1 DEFINISI PINTAR CERDAS


Pernahkah anda mendengar tentang pintar cerdas? Apakah maksudnya?

Tahukah anda selalunya mereka dianggap sebagai kanak-kanak yang nakal? Ini
adalah kerana mereka selalu tidak memberikan perhatian di dalam kelas.
Sebenarnya mereka tidak memberi perhatian kerana telah pun menguasai apa
yang diajar dengan cepat dan baik. Ini menjadikan mereka mudah merasa bosan
kerana apa yang diajar telah pun dikuasai sedangkan rakan yang lain masih
perlu diajar.

Kanak-kanak pintar cerdas selalunya


memiliki darjah kecerdasan melebihi 130. Ini
memberikan mereka kelebihan berbanding
kanak-kanak lain dari segi kebolehan.

Tahukah anda apakah kebolehan kanak-kanak pintar cerdas? Kebolehan kanak-


kanak pintar cerdas adalah:
(i) Perbendaharaan kata yang luas berbanding rakan sebaya. Sering
menggunakan istilah yang bermakna, matang dari segi pernyataan,
huraian dan kelancaran.
(ii) Suka kepada kesempurnaan. Tidak mudah berpuas hati dan menilai
tentang sesuatu kejadian dan individu lain.
(iii) Perasaan ingin tahu yang tinggi, sering bertanya soalan.
(iv) Yakin diri dan mempunyai ciri kepimpinan yang baik.
(v) Berkebolehan melakukan tindakan logik.
(vi) Mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi
(vii) Boleh melakukan interaksi sosial dengan baik.
(viii) Cepat belajar melalui pengalaman dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran.
(ix) Boleh menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 129

8.2 TEORI-TEORI KECERDASAN


Sekarang mari kita lihat teori-teori kecerdasan. Terdapat dua teori kecerdasan
yang selalu dijadikan rujukan. Teori-teori ini dapat membantu ibu bapa dan
guru mengenal pasti masalah anak mereka. Setelah kanak-kanak dikenal pasti
tahap kepintaran dan kecerdasan mereka, barulah boleh ditentukan kaedah
pembelajaran yang sesuai. Mari kita pelajari teori-teori kecerdasan ini dengan
lebih mendalam.

8.2.1 Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner


Teori pertama ialah Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner. Mari kita lihat teori ini
dari segi latar belakangnya, definisi, prinsip-prinsip dan jenis-jenisnya.

(a) Latar Belakang


Teori ini diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun
1983. Teori ini menyatakan bahawa manusia
mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan.
Apakah lapan kecerdasan tersebut? Lapan kecerdasan
tersebut adalah merangkumi pelbagai kebolehan,
bakat, keupayaan atau kemahiran yang wujud secara
alami. Lapan jenis kecerdasan Gardner ini boleh dilihat
dalam Rajah 8.1.

Howard Gardner

Rajah 8.1: Lapan jenis kecerdasan Gardner

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

Gardner menekankan bahawa setiap kecerdasan ini tidak bergantungan


antara satu sama lain. Ada individu yang cerdas dari segi matematik tetapi
tidak dari segi muzik. Kecerdasan seseorang mempunyai tahap yang
berbeza-beza.

Kecerdasan juga bukanlah semata-mata diwarisi. Jika ibu bapa mempunyai


IQ yang lemah, tidak semestinya anak-anak mereka bodoh. Kecerdasan
adalah berkaitan dengan otak. Ini menyebabkan kecerdasan berbeza
mengikut perkembangan usia dan jantina.

(b) Definisi
Bagaimanakah Howard Gardner mendefinisikan Teori Pelbagai
Kecerdasan? Howard Gardner mendefinisikan Teori Pelbagai Kecerdasan
seperti dalam Rajah 8.2.

Rajah 8.2: Definisi Gardner terhadap Teori Pelbagai Kecerdasan

(c) Prinsip-prinsip
Apakah prinsip-prinsip dalam Teori Pelbagai Kecerdasan? Terdapat lapan
prinsip yang dalam Teori Pelbagai Kecerdasan iaitu:
 
(i) Setiap individu mempunyai kecerdasan pelbagai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 131

(ii) Setiap kecerdasan mempunyai gabungan yang unik dan sentiasa


berubah.
(iii) Kecerdasan seorang individu berbeza dengan individu yang lain
berdasarkan perkembangannya.
(iv) Semua kecerdasan bersifat dinamik.
(v) Pelbagai kecerdasan boleh dikenal pasti dan dinyatakan.
(vi) Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan semua
kecerdasannya.
(vii) Satu kecerdasan boleh digunakan untuk membangunkan kecerdasan
yang lain.
(viii) Latar belakang merupakan faktor penting membentuk pengetahuan,
kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan.

Tahukah anda bahawa otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang
berbeza? Lihat Rajah 8.3 untuk fungsi otak kanan dan otak kiri.

Rajah 8.3: Fungsi otak kanan dan otak kiri


[Sumber: http://library.thinkquest.org]

(d) Lapan Jenis Kecerdasan


Anda telah pun mempelajari bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan
dalam Teori Pelbagai Kecerdasan. Mari kita lihat huraian setiap jenis
kecerdasan ini dalam Jadual 8.1.

 
 
 
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

Jadual 8.1: Lapan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai

Jenis Kecerdasan Huraian


Verbal-Linguistik • Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan
dalam lisan dan penulisan.
• Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan
pendapat.
• Berkomunikasi dengan berkesan melalui aktiviti
mendengar, membaca, menulis, bertutur dan
menghubung kait.
• Mudah mengingati maklumat dan berkebolehan
merangsang emosi.
• Cara belajar paling berkesan: pengajaran dan
penerangan secara lisan.
• Individu verbal-linguistik: penyair, pemberita, penulis,
penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik.
Logik-Matematik • Kebolehan menaakul secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual dan abstrak.
• Menggabungkan kebolehan matematik dan saintifik.
• Menyelesaikan masalah kompleks berkaitan dengan
matematik dengan mudah.
• Boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mengira, mensintesis dan menggunakan komputer
dengan cekap.
• Cara belajar paling berkesan: kaedah penyelesaian
masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.
• Individu logik-matematik: ahli matematik, jurutera,
penyelidik, ahli fizik dan pengaturcara komputer.
Visual-Ruang • Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
secara grafik.
• Mengesan dan menggambarkan ruang, bentuk, warna
dan garisan.
• Berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif
menggunakan warna, membaca peta dan daya ingatan
yang kuat.
• Cara belajar paling berkesan: tunjuk cara, video dan
gambar rajah serta boleh menyumbang kepada projek
kumpulan melalui carta dan gambar rajah.
• Individu visual-ruang: pelukis, pelayar, jurutera, pakar
bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik.
Kinestetik • Kebolehan menggunakan anggota badan untuk
menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah.
• Cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 133

• Gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain, bersukan


dan cekap menggunakan kemahiran motor.
• Cara belajar paling berkesan: simulasi, permainan, main
peranan dan membina model.
• Individu kinestetik: pelakon, penari, mekanik, atlit dan
pelumba kereta.
Muzik • Kebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta
irama di persekitaran.
• Sensitif kepada bunyi.
• Boleh mengesan ritma, nada dan melodi.
• Mahir mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama
dalam melodi yang mudah.
• Cara belajar paling berkesan: pengajaran lisan, aktiviti
seperti tarian, gimnastik serta berlatarbelakangkan
muzik.
• Individu muzik: penyanyi, penggubah lagu, konduktor
muzik, pemain alat muzik dan komposer lagu.
Interpersonal • Kebolehan memotivasi, memahami perasaan tabiat serta
hasrat orang lain.
• Boleh berinteraksi dengan mudah dan bekerjasama
dalam kumpulan.
• Mengenal dan sensitif terhadap ÂmoodÊ orang lain.
• Mahir membaca hasrat yang tersirat.
• Cara belajar paling berkesan: pembelajaran koperatif dan
rakan sebaya, penglibatan dalam perbincangan kelas.
• Individu interpersonal: pemimpin agama dan politik,
guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat
dan pekerja sosial.
Intrapersonal • Kebolehan memahami diri sendiri dan mengetahui
kekuatan dan kelemahan diri.
• Berdikari dan yakin pada diri.
• Memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya
tumpuan yang tinggi.
• Cara belajar paling berkesan: gemar belajar bersendirian
dan mampu membuat laporan jurnal yang baik.
• Individu intrapersonal: penulis novel, ahli psikologi dan
ahli falsafah.
Naturalis • Kebolehan mengenal dan mengklasifikasi flora, fauna
dan galian dengan mudah.
• Boleh memghubung kait antara alam tumbuhan dan
alam haiwan.
• Cara belajar paling berkesan: melalui aktiviti luar kelas.
• Individu naturalis: ahli biologi, zoologi, petani, doktor
haiwan dan aktivis persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

8.2.2 Teori Triachic Sternberg


Sekarang mari kita lihat teori kedua iaitu Teori Triachic Sternberg. Kita akan
melihat teori ini dari segi latar belakang dan strukturnya.
(a) Latar Belakang
Robert Sternberg ialah seorang ahli psikologi dari
Universiti Yale. Beliau dilahirkan pada tahun 1949.
Menurut beliau, kecerdasan bersangkutan dengan
pemprosesan informasi. Beliau membuat kajian terhadap
aliran maklumat ke dalam diri individu dan bagaimana
ianya berubah mengikut keperluan individu terbabit.

Robert Sternberg

Teori Sternberg dikenali sebagai Teori Kecerdasan Bercabang Tiga (Triachic


Theory). Apakah tiga cabang tersebut? Tiga cabang tersebut ialah
komponen, pengalaman dan konteks (lihat Rajah 8.4).

Rajah 8.4: Teori Triachic Sternberg

Beliau menyatakan bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai


satu sahaja kecerdasan. Terdapat individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga
cabang kecerdasan. Apabila seseorang mempunyai ketiga-tiga cabang
kecerdasan, individu terbabit mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi.
(b) Struktur Teori Triachic Sternberg
Sekarang mari kita lihat huraian ketiga-tiga cabang teori ini dengan lebih
lanjut dalam Jadual 8.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 135

Jadual 8.2: Tiga cabang Teori Triachic Sternberg

Cabang Huraian
Kecerdasan
Kecerdasan (a) Kebolehan menganalisis.
Komponen (b) Bijak dalam bidang akademik.
(c) Gabungan antara:
• Metakomponen ă mengawal dan menilai proses kognitif.
• Komponen perlaksanaan ă menyimpan data dalam
ingatan jangka pendek, membuat pengiraan dan
memanggil data dari ingatan jangka panjang.
• Komponen perolehan pengetahuan ă proses
mendapatkan dan menyimpan pengetahuan baru.
Kecerdasan (a) Boleh dijelaskan ertinya dengan kreativiti.
Pengalaman (b) Kebolehan mengatasi situasi baru dan belajar daripada
pengalaman tersebut.
(c) Bagaimana individu mengaitkan dunia dalaman kepada
dunia realiti luaran.
(d) Menggunakan kreativiti dan mengubahnya untuk
digunakan secara efektif kepada situasi baru.
Kecerdasan (a) Kebolehan mengadaptasi diri dalam apa jua situasi.
Konteks (b) Pandai memanipulasi keadaan bagi keperluan diri.
(c) Memahami dan berinteraksi dengan baik dengan rutin
harian.

8.2.3 Mengukur Kecerdasan


Bagaimanakah caranya kita hendak mengukur
kecerdasan? Terdapat banyak cara untuk
mengukur kecerdasan. Antara cara yang
digunakan telah diperkenalkan oleh Sir
Francis Galton dan Alfred Binet. Sir Francis
Galton menjalankan ujian melalui pelbagai
gerak kerja psikofizikal. Sir Francis Galton
percaya bahaya keupayaan psikofizikal Sir Francis Galton dan Alfred Binet
adalah asas kepada kecerdasan. [Sumber:
  http://www.answers.com]

Alfred Binet pula percaya kecerdasan perlu diukur melalui penilaian kemahiran
seperti penyelesaian masalah, penilaian, komprehensif dan memberi alasan.
Tahukah anda bahawa kaedah yang dilakukan oleh Binet merupakan satu ujian
yang amat terkenal? Ujian tersebut ialah Ujian IQ. Anda tentu pernah
mendengar tentangnya bukan? Dalam kaedah ini, Binet menggunakan konsep
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
136 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

sÂumur akalÊ. ÂUmur akalÊ adalah satu ujian di mana kanak-kanak yang
sederhana lulus sebilangan item ujian.

Berikut adalah formula yang digunakan untuk mengukur kecerdasan.

DK = UA x 100
UM

Di mana: DK = Darjah Kecerdasan


UA = Umur Akal
UM = Umur Masa

Mari kita lihat contoh bagaimana hendak menggunakan formula ini.

Contoh pengiraan:
Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun tetapi mempunyai umur akal 10 tahun
akan mempunyai:

DK = 10 x 100 atau 1.4 x 100 = 140


7

Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun tetapi mempunyai umur akal enam
tahun akan mempunyai:

DK = 6 x 100 atau 0.9 x 100 = 90


7

Purata DK untuk setiap kumpulan umur adalah 100. Oleh itu, kanak-kanak yang
berumur tujuh tahun yang mempunyai umur akal tujuh tahun akan mempunyai:

DK = 7 x 100 = 100
7

Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan 100


menunjukkan kanak-kanak tersebut yang mempunyai kemajuan yang
sederhana.
Walau bagaimanapun, kebanyakan ujian IQ kini menentukan kecerdasan
berdasarkan taburan statistik. Menurut taburan statistik ini, dianggarkan 95%
daripada populasi berada di antara IQ 70 dan 130 (lihat Rajah 8.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 137

 
Rajah 8.5: Taburan IQ
[Sumber: http://library.thinkquest.org]

Menurut lengkuk taburan IQ ini, mereka yang mempunyai IQ melebihi 130


dianggap sebagai pintar dan berbakat. IQ 70-84 diklasifikasikan sebagai
menghampiri sempadan kerencatan akal. IQ 55-69 pula kerencatan akal minima.
IQ 40-54 merupakan mereka yang kerencatan akal sederhana. Manakala IQ 25-39
adalah mereka yang kerencatan akal teruk.

AKTIVITI 8.1

1. Nyatakan perbezaan antara Teori Kecerdasan Gardner dengan Teori


Kecerdasan Sternberg.
2. Jika seorang kanak-kanak berumur lima tahun tetapi mempunyai
umur akal tujuh tahun, berapakah skor IQ yang diperolehinya?

 
 
 
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

8.3 KRITERIA FIZIKAL, PSIKOLOGI DAN TINGKAH


LAKU
Tahukah anda bahawa kanak-kanak pintar dan berbakat ialah kanak-kanak yang
menunjukkan keupayaan yang tinggi dari segi intelektual, kreativiti, artistik atau
kepimpinan? Kanak-kanak pintar memerlukan aktiviti pembelajaran yang
berbeza daripada yang biasa digunakan untuk memperkembangkan kebolehan
yang mereka ada. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas adalah sama
dengan kanak-kanak normal yang lain. Apa yang membezakan mereka adalah
perkembangan psikologi dan tingkah laku. Kanak-kanak pintar cerdas dilihat
sebagai lebih matang daripada umur mereka yang sebenar.

8.3.1 Siapakah Kanak-Kanak Pintar Cerdas?


Tahukah anda bagaimana untuk mengenali kanak-kanak pintar cerdas? Kanak-
kanak ini dapat dikenali jika dia:
(i) Selalunya terdiri daripada mereka yang memperoleh markah
ujian IQ di atas paras 130.
(ii) Belajar pada kadar yang pantas.
(iii) Memproses bahan dengan lebih mendalam.
(iv) Mempunyai tenaga, imaginasi, keberanian intelektual,
sensitiviti dan emosi yang tinggi berbanding dengan populasi
biasa.

8.3.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas


Sekarang mari kita pelajari apakah ciri-ciri pembelajaran kanak-kanak pintar
cerdas. Terdapat lima ciri pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas iaitu:
(i) Mempunyai kebolehan menilai.
(ii) Gemar membaca buku atau majalah yang ditulis untuk
mereka yang lebih tua.
(iii) Gemar kepada aktiviti intelektual.
(iv) Mempunyai banyak maklumat yang boleh digunakan
secara spontan.
(v) Suka menanya soalan dan mencari maklumat atas
inisiatif sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 139

8.3.3 Ciri-Ciri Kreativiti Kanak-Kanak Pintar Cerdas


Bagaimana pula dengan ciri-ciri kreativiti kanak-kanak pintar cerdas? Kreativiti
kanak-kanak pintar cerdas mempunyai lima ciri iaitu:
(i) Mampu menggunakan pelbagai cara penyelesaian masalah.
(ii) Dapat melihat perhubungan antara objek, idea dan fakta yang berlainan.
(iii) Gemar berfantasi dan berfikir.
(iv) Gemar menyelesaikan masalah yang rumit.
(v) Bersikap ingin tahu terhadap sesuatu objek, idea, situasi dan peristiwa.

8.3.4 Tahap-Tahap Kanak-Kanak Pintar Cerdas


Tahukah anda bahawa tahap kepintaran dan bakat boleh ditentukan melalui
ujian IQ? Terdapat lima tahap dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar dan
berbakat seperti yang dihuraikan dalam Jadual 8.3.
 
Jadual 8.3: Lima tahap kanak-kanak pintar dan berbakat

Tahap Ciri
Pintar dan berbakat IQ115+ atau satu daripada enam orang (84%)
Pintar dan berbakat IQ130+ atau satu daripada 50 orang (97.9%)
sederhana
Pintar dan berbakat tinggi IQ145+ atau satu daripada 1000 orang (99.9%)
Pintar dan berbakat luar IQ160+ atau satu daripada 30 000 orang
biasa (99.997%)
Pintar dan berbakat sangat IQ175+ atau satu daripada 1 juta orang
luar biasa (99.99997%)

8.3.5 Sepuluh Langkah Memperkembangkan Keupayaan


Kanak-Kanak Pintar Cerdas
Anda telah pun dapat mengenal pasti siapakah kanak-kanak pintar cerdas, ciri-
cirinya beserta dengan tahap kepintaran mereka. Sekarang, bagaimanakah
caranya untuk memperkembangkan keupayaan mereka? Terdapat 10 langkah
yang boleh diambil dalam memperkembangkan keupayaan kanak-kanak pintar
cerdas seperti berikut:
(i) Menyediakan pilihan ă menyediakan banyak cara atau pilihan untuk
memahami apa yang diajar. Contoh: belajar tentang negara; menggunakan
banyak cara seperti menggunakan brosur, peta, poster dan lain-lain.
(ii) Galakkan murid memenuhi matlamat pembelajaran dengan strategi akses
kendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

(iii) Gunakan kaedah yang berbeza dari kebiasaan. Pembelajaran penerokaan


amat sesuai untuk mereka. Selalu bertanyakan soalan „Di mana anda boleh
mendapatkan maklumat?‰, „Bagaimana anda mengetahuinya?‰
(iv) Ketahui perkara yang telah mereka tahu. Cari maklumat lain yang mereka
tidak tahu.
(v) Jika kanak-kanak terbabit telah memahami konsep, teruskan pembelajaran
ke peringkat yang seterusnya. Berikan ganjaran terhadap perkara yang
telah mereka tahu.
(vi) Sediakan aktiviti-aktiviti mencabar dengan lebih banyak.
(vii) Bina minat mereka. Berikan maklumat yang boleh menarik minat dalam
pembelajaran sesuatu topik.
(viii) Berikan peluang kepada kanak-kanak pintar dan berbakat bekerjasama
dengan mereka yang sama tahap intelektual.
(ix) Elakan latihan dan latih tubi dan aktiviti menyalin nota. Ini akan
menyebabkan kebosanan dan mencetuskan gelagat yang tidak dijangka.
(x) Gunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek sekerap yang mungkin.

SEMAK KENDIRI 8.1


Apakah cara yang berkesan bagi seorang guru yang mengajar kanak-
kanak pintar dan berbakat dalam memperkembangkan keupayaan
mereka?

8.4 PERTIMBANGAN DARI ASPEK PENDIDIKAN

Kita tentu sedar bahawa pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak pintar
cerdas seharusnya berbeza daripada kanak-kanak normal. Ini adalah kerana
mereka mempunyai tahap pemikiran yang berlainan walaupun secara fizikalnya
mereka serupa tetapi fungsi kognitif mereka jauh berbeza.

Terdapat tiga ciri yang perlu dipertimbangkan bagi kanak-kanak pintar cerdas
iaitu:
(i) kurikulum harus menepati kemahiran perkembangan kognitif mereka;
(ii) menggunakan strategi pembelajaran akses kendiri dan banyak aktiviti; dan
(iii) pengenalpastian murid yang harus dikategorikan dalam satu kumpulan
pintar cerdas.

Secara amnya, perancangan yang dibuat khas untuk kanak-kanak pintar cerdas
ada dua. Yang pertama ialah pengayaan (memberikan pengalaman dan
pembelajaran yang berbeza bersama-sama rakan sebaya yang lain tanpa
menempatkan mereka ke tahap yang tinggi). Kedua ialah peningkatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 141

(menempatkan murid di kelas yang lebih tinggi daripada rakan sebaya dalam
satu atau lebih mata pelajaran). Walau bagaimanapun, pengasingan murid pintar
cerdas daripada rakan sebaya mereka banyak menimbulkan kontroversi.
Beberapa ahli pendidikan membincangkan bahawa penempatan kanak-kanak
pintar cerdas ke kelas yang lebih tinggi akan memberi impak negatif kepada
kanak-kanak normal dalam kelas yang sama. Mereka beranggapan bahawa
mereka tidak bijak dan merendahkan keyakinan diri. Sementara itu, penggunaan
kurikulum yang berbeza tidak semestinya memenuhi semua keperluan
pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas. Ini kerana kanak-kanak pintar cerdas
mempunyai kemahiran dan kepintaran yang berbeza.

Sternberg mencadangkan pengenalpastian kanak-kanak pintar cerdas melalui


tiga aspek: analitik, sintetik dan praktikal. Jika seorang kanak-kanak mempunyai
kecerdasan bagi kesemua tiga tahap berikut maka, kurikulum yang berbeza
boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Penggunaan kemajuan teknologi
dalam permbelajaran kanak-kanak pintar cerdas juga sangat penting. Guru boleh
menggunakan televisyen, komputer, e-mel dan sidang video untuk berinteraksi
dengan kanak-kanak ini.

Seterusnya mari kita lihat dua cara tadi dengan lebih mendalam.

8.4.1 Pengayaan (Enrichment)


Menurut Renzulli dan rakan-rakan, mereka mengunakan model pengayaan
berdasarkan kepintaran murid dari segi keupayaan, kreativiti dan komitmen
pada tugas. Mengikut model ini, murid dikumpulkan mengikut kepintaran dan
kemudian diberikan tugasan yang mempunyai aktiviti pengayaan. Gerak kerja
boleh diberikan dalam individu atau berkumpulan. Tugasan ini memerlukan
penyelesaian bagi masalah sebenar yang berlaku dalam kehidupan. Mereka
boleh menjadi sebagai peguam, ahli politik, ahli geologi dan sebagainya.
Bagaimana pula peranan anda sebagai guru?

Anda sebagai guru boleh membantu dengan cara:


(i) Membantu murid mengenal pasti masalah yang timbul dan cuba mencari
jalan penyelesaian.
(ii) Menyediakan alatan atau cara yang boleh digunakan dalam menyelesaikan
masalah.
(iii) Membantu murid membentangkan dapatan mereka kepada audien.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

Model ini telah dikenali sebagai schoolwide enrichment model (Olenchak &
Ranzulli, 1989). Melalui model ini murid dinilai secara berperingkat:
• Tahap pertama ă keupayaan dalam meneroka maklumat baru dinilai.
• Tahap kedua ă bagaimana maklumat baru digunakan dalam aktiviti
berkumpulan.
• Tahap ketiga ă pelaksanaan maklumat sama ada secara individu atau
berkumpulan ke atas masalah sebenar.

Untuk makluman anda, pengenalpastian kanak-kanak pintar cerdas selalunya


lebih kepada tahap pertama dan kedua.

8.4.2 Peningkatan (Acceleration)


Peningkatan melibatkan proses menempatkan murid maju ke hadapan daripada
rakan sebaya dalam sesuatu bahagian kurikulum. Ini bermakna murid akan
melompat dua atau lebih tahap, atau, belajar bersama-sama murid yang lebih
tinggi umurnya untuk sesuatu atau beberapa subjek.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keburukan dalam program


peningkatan. Antaranya adalah:
(i) Dikhuatiri murid tidak dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial
dengan rakan-rakan yang lebih tua.
(ii) Pelajar menjadi matang berbanding dengan umur mereka.
(iii) Kurikulum khas untuk kanak-kanak pintar cerdas terdapat di sekolah-
sekolah yang khas sahaja atau di kelas yang muridnya lebih tua daripada
mereka.
(iv) Menghadapi tekanan daripada rakan yang lebih tua kerana kepintaran
mereka.

Perlu diingat bahawa program peningkatan merupakan program yang bagus


tetapi ianya memerlukan perhatian yang khusus dari segi bidang kepintaran
individu dan kurikulum yang sesuai.

8.4.3 Guru-guru Kanak-kanak Pintar Cerdas


Anda sebagai guru tentu sedar bahawa mendidik kanak-kanak pintar cerdas
memang sesuatu yang mencabar. Kebolehan yang ada pada mereka memerlukan
guru yang bijak, kreatif dan bermotivasi. Guru harus bijak membentuk dan
mengeluarkan sifat kreativiti yang ada dalam diri kanak-kanak pintar cerdas
dengan menggunakan cara pengajaran yang kreatif. Guru juga perlu sentiasa
peka dengan kebolehan semasa murid. Kebolehan dan kepintaran mereka
bertambah setiap hari, maka guru perlu tahu kemahiran terkini murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 143

Pengenalpastian ini boleh dilakukan dengan melalui komunikasi, pemantauan,


markah ujian dan temu bual pelajar dan ibu bapa.

Kesimpulannya, guru yang mengajar kanak-kanak pintar cerdas harus juga


mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kanak-kanak terbabit. Whitlock dan
DuCette (1989) menyatakan lima ciri yang perlu ada pada guru yang mengajar
kanak-kanak pintar cerdas adalah seperti dalam Rajah 8.6.

Rajah 8.6: Lima ciri guru kanak-kanak pintar cerdas

8.5 PENGESANAN AWAL

Pengesanan perlu dilakukan lebih awal supaya pengenalpastian dapat


dijalankan. Pengesanan boleh dilakukan seawal kanak-kanak berada dalam
tahun tiga dan empat. Pengesanan ini membolehkan ibu bapa dan guru
diberikan panduan untuk mengajar dan berinteraksi dengan kanak-kanak pintar
cerdas. Walau bagaimanapun sistem sekolah tidak menyediakan kurikulum khas
untuk kanak-kanak ini. Tambahan pula sistem sekolah tidak menerima
kemasukan murid di bawah umur pra-sekolah untuk mengikuti pembelajaran.

Namun begitu kanak-kanak ini boleh mengikuti pembelajaran melalui


pengayaan dan peningkatan. Mereka perlu diberikan kebebasan untuk belajar
dalam kelas yang lebih tinggi selaras dengan kemahiran yang ada. Mereka boleh
mengikuti sistem sekolah yang biasa dengan memasuki alam persekolahan pada
umur tujuh tahun. Kemudian mereka boleh mengikuti program peningkatan.
Kadang kala kepintaran kanak-kanak ini menimbulkan beberapa masalah.
Masalah boleh timbul dari segi kemahiran sosial dan emosi kerana
perkembangan kognitif dan bahasa mereka lebih maju dari rakan sebaya. Mereka

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144 X TOPIK 8 PINTAR CERDAS

memerlukan garis panduan dan tunjuk ajar yang betul agar kepintaran dan
kemahiran mereka dapat digunakan dalam interaksi sosial.

AKTIVITI 8.2

1. Apakah intervensi awal yang boleh dilakukan terhadap kanak-kanak


pintar cerdas?
2. Sebagai seorang guru, bagaimana anda ingin menimbulkan kreativiti
dalam diri kanak-kanak pintar cerdas?

• Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai potensi


dan kemampuan tinggi dalam bidang akademik. Selain itu, hasil kerja
mereka juga unik, kreatif dan mengagumkan.
• Kanak-kanak pintar dan berbakat memerlukan aktiviti pembelajaran yang
berbeza daripada kanak-kanak normal.
• Teori Gardner dan Sternberg ialah teori yang selalu digunakan untuk
menggambarkan kecerdasan.
• Kecerdasan boleh diukur melalui ujian kecerdasan.
• Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai sikap, ciri pembelajaran, ciri
kreativiti yang tersendiri. Mereka dapat dikelaskan kepada lima tahap.
• Kanak-kanak pintar cerdas boleh melalui pembelajaran melalui dua cara
iatu pengayaan dan peningkatan.
− Pengayaan ialah memberikan isi pelajaran yang selaras dengan
kemahiran dan kepintaran mereka.
− Peningkatan pula adalah kanak-kanak ini ditempatkan di kelas
bersama-sama dengan kanak-kanak normal dalam kelas tahap yang
lebih tinggi (contoh: umur tujuh tahun tetapi masuk darjah 2).
• Intervensi awal perlu dilakukan terhadap kanak-kanak pintar cerdas agar
langkah yang betul dapat diambil untuk tujuan perkembangan
pembelajaran mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PINTAR CERDAS W 145

Darjah kecerdasan Peningkatan (acceleration)


Kanak-kanak pintar cerdas Taburan IQ
Kecerdasan komponen Teori Gardner
Kecerdasan konteks Teori Triachic Sternberg
Kecerdasan pengalaman Umur akal
Pengayaan (enrichment) Umur masa

A 10 step inclusional model: Giftedness (t.t). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari
http://specialed.about.com/od/giftedness/a/giftedstep.htm

Children with learning disabilities (May, 1999). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari
http://www.aacap.org

Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional children: Introduction to


special education. Boston: Allyn and Bacon.

Hasan Mohd. Ali. (2006). Anak kita memang pintar cerdas. Batu Caves, Selangor:
PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Kecerdasan pelbagai (t.t). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari


http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/multiple/kenal.htm

Measuring intelligence (t.t). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari


http://library.thinkquest.org

Rahil Mahyudin., & Habibah Alias (2007). Psikologi pendidikan untuk


perguruan. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Recognizing the characteristic of gifted children (t.t). Dicapai pada 21 Jun 2007
dari http://www.ri.net/gifted_talented/character.html

Teori Triachic Sternberg (t.t). Dicapai pada 3 Julai 2007 dari


http://psikologi.vox.com/libralry /post/teori-triachic-sternberg.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Perkembangan
9 Diri, Gender
dan Moral
100 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan perkembangan konsep kendiri;
2. menjelaskan perubahan dalam harga kendiri;
3. membezakan empat teori perkembangan peranan-jantina;
4. membincangkan perkembangan peranan-jantina pada peringkat bayi,
kanak-kanak dan remaja;
5. menganalisis pengaruh keluarga dan rakan sebaya; dan
6. menghuraikan perkembangan moral dari segi penaakulan, peranan
emosi dan tingkah laku moral.

X PENGENALAN
Hello. Selamat datang ke topik baru. Apakah yang menanti anda dalam Topik 9?
Anda tentu sedia maklum bahawa perkembangan diri, gender dan moral amat
penting dalam hidup seseorang. Perkembangan yang positif akan menjadikan
kita individu yang berjaya dan sebaliknya. Perkembangan yang baik akan
membuat kita berasa yakin, ceria dan hidup dengan lebih bersemangat. Terdapat
banyak pengaruh yang terlibat dalam perkembangan ini. Pengaruh keluarga dan
rakan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat. Ini kerana dua pengaruh inilah
yang selalu kita jadikan sebagai panduan untuk membentuk perkembangan diri.

Topik ini akan menerangkan tentang perkembangan kendiri dan harga kendiri.
Begitu juga dengan teori-teori perkembangan peranan-jantina serta pengaruh-
pengaruhnya. Akhir sekali, kita juga akan melihat kepada perkembangan moral
yang berlaku dalam diri seseorang dari segi penaakulan, peranan emosi dan
tingkah laku moral. Selamat belajar!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 147

9.1 PERKEMBANGAN DIRI


Seiring dengan umur, otak kita juga akan berkembang. Perkembangan umur dan
otak ini membuatkan kita sering tertanya tentang diri kita sendiri. Selalunya
kanak-kanak akan bertanya kepada ibu bapa tentang dirinya, asal usul,
perhubungan diri dengan persekitaran dan sebagainya. Semua ini akan
menghantui kita sehinggalah kita faham dan menemui kendiri kita. Mari kita
lihat perkembangan konsep kendiri dalam seksyen berikutnya.

9.1.1 Perkembangan Konsep Kendiri


Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kendiri?

(a) Teori-teori Kendiri


Tahukah anda teori-teori kendiri yang terkenal? Saya akan
memperkenalkan dua teori kendiri yang popular iaitu Pendekatan
Kognitif-Perkembangan dan Teori Pemelajaran/Persekitaran. Mari kita
lihat kedua-dua teori ini dengan lebih mendalam.

(i) Pendekatan Kognitif-Perkembangan


Robert Selman (1980) merupakan ahli psikologi yang mempopularkan
pendekatan ini. Beliau telah melakukan kajian dengan menyediakan
cerita tentang watak yang menghadapi dilema. Kanak-kanak akan
ditanya bagaimana perasaan mereka terhadap watak utama dan cara
menyelesaikan dilema yang dihadapi.

Hasil kajian ini, Selman telah mengenal pasti lima tahap pengetahuan
kendiri (Jadual 9.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

Jadual 9.1: Lima tahap pengetahuan kendiri

Tahap Huraian
Tahap 0 (Bayi) Faham kewujudan fizikal tetapi tadak tahu tentang
kewujudan psikologi.
Tahap 1 (Awal Boleh mengasingkan kognisi daripada tingkah laku.
kanak-kanak) Percaya perasaan dan fikiran dapat dilihat daripada
tingkah laku dan penampilan seseorang.
Tahap 2 (Kanak- Faham bahawa tingkah laku berbeza dengan fikiran
kanak seseorang.
pertengahan)
Tahap 3 (Pra- Tahu kendiri adalah satu komponen personaliti yang
remaja) stabil.
Tahap 5 (Remaja) Tahu kendiri kadang kala tidak boleh difahami secara
keseluruhan kerana terdapat personaliti berlaku di paras
bawah sedar.

(ii) Teori Pembelajaran/Persekitaran


Teori kedua ialah Teori Pemelajaran/Persekitaran. Teori ini
berasaskan bahawa kanak-kanak tidak tahu apa yang berlaku kepada
fizikal dan persekitaran mereka. Justeru itu, peranan ibu bapa adalah
sangat penting dalam membina konsep kendiri. Ibu bapa akan
memberi arahan dan larangan kepada kanak-kanak. Arahan yang
diberi apabila dicampur dengan pengalaman cuba jaya kanak-kanak
akan menimbulkan tahap efektif-kendiri.

Terdapat dua faktor yang dapat menggalakkan efektif-kendiri seperti


yang diterangkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Dua faktor penggalak efektif-kendiri

Faktor Huraian
Permodelan Kanak-kanak akan menjadikan sesuatu perkara sebagai
model. Model ini akan dijadikan asas pengukur sama
ada kanak-kanak itu boleh melakukannya sendiri atau
tidak.
Contoh: Melihat kanak-kanak lain memanjat pokok. Jika
model itu berjaya, maka kanak-kanak itu beranggapan
dia juga boleh berjaya.
Reaksi dalaman Tindak balas kepada emosi seperti sakit, berpeluh dan
badan tertekan. Kanak-kanak sudah boleh mengenal pasti
rangsangan emosi seperti cemas, tidak yakin, takut dan
lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 149

(b) Sistem Kendiri


Sekarang mari kita lihat pula sistem kendiri. Sistem kendiri boleh
dibahagikan kepada tiga komponen (lihat Rajah 9.1).

Rajah 9.1: Tiga komponen sistem kendiri  

Bagaimana pula dengan perkembangan konsep kendiri? Lihat huraiannya


dalam Jadual 9.3.

Jadual 9.3: Perkembangan konsep kendiri

Tahap Ciri-ciri
(Tahun)
0 -1 • Membina kepercayaan secara konsisten.
• Mula berinteraksi dengan persekitaran.
• Dapat membezakan diri dengan alam sekitar.
1-3 • Tahu membezakan perkara yang disukai dan tidak.
• Kemahiran berfikir dan membuat tindakan meningkat.
• Sudah tahu menghargai penampilan diri dan fungsinya.
• Membina kendiri melalui kaedah model, meniru dan
pergaulan.
3-6 • Berinisiatif.
• Tahu membezakan jantina.
• Kesedaran diri ditingkatkan.
• Peningkatan dari segi kemahiran berbahasa, membezakan
perasaan.
• Peka kepada maklum balas ahli keluarga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

6-12 • Menggabungkan maklum balas daripada guru dan rakan.


• Peningkatan harga diri dengan menguasai kemahiran baru
(membaca, matematik, sukan, muzik).
• Identiti seksual diperkukuhkan.
• Peka terhadap kekuatan dan kelemahan diri.
12-20 • Menerima perubahan fizikal/matang.
• Menilai sikap, nilai dan kepercayaan.
• Menentukan matlamat masa depan.
• Positif terhadap perkembangan diri.
• Berinteraksi dengan individu yang menarik perhatiannya.
Pertengahan • Mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan
20an- individu tertentu.
pertengahan • Perasaan yang positif dan stabil terhadap diri sendiri.
40an • Peningkatan rasa tanggungjawab.
Pertengahan • Menerima perubahan penampilan dan ketahanan fizikal.
40an- • Selesa dengan peningkatan umur.
pertengahan
60an
Akhir 60an • Positif terhadap makna kehidupan.
• Minat meninggalkan warisan kepada generasi seterusnya.

Adakah perkembangan ini sama seperti yang telah anda alami? Sama
bukan?

SEMAK KENDIRI 9.1

Pada pendapat anda, bilakah umur kanak-kanak memperoleh


pengetahuan kendiri, penilaian kendiri dan pengaturan kendiri?

Berikutnya kita akan melihat tekanan yang boleh memberi kesan terhadap
konsep kendiri.

(c) Tekanan yang Memberi Kesan terhadap Konsep Kendiri


Apakah yang anda faham tentang tekanan konsep kendiri?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 151

Apakah yang aspek yang terlibat dalam perubahan ini? Aspek yang terlibat
dalam perubahan ini adalah fizikal, spiritual, emosi, seksual, keluarga dan
sosio-budaya. Keenam-enam aspek ini boleh memberi kesan kepada
konsep kendiri. Jika seseorang dapat menerima tekanan tersebut, ini akan
menimbulkan rasa positif kepada diri dan sebaliknya. Tahukah anda ada
berapa jenis tekanan? Terdapat dua jenis tekanan iaitu tekanan identiti dan
tekanan imej diri. Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang kedua-
dua tekanan ini dalam seksyen berikutnya.

(i) Tekanan Identiti


Anda tentu setuju bahawa tekanan identiti paling kuat diterima ialah
semasa remaja. Ini adalah kerana di waktu ini berlaku banyak
perubahan besar pada diri individu dari segi fizikal dan mental.
Ketika ini juga kita cuba menerima perubahan yang berlaku secara
fizikal, mental dan emosi ke arah kematangan. Remaja di waktu ini
cuba untuk membina kecekapan psikososial dan meniru strategi yang
dilakukan oleh orang dewasa.

Kekeliruan identiti merupakan satu faktor


yang menyumbang kepada tekanan identiti.
Ianya berlaku kerana individu tidak dapat
membezakan antara diri sendiri dengan diri
orang lain. Apabila ini berlaku seseorang
akan berasa tidak yakin dan perkembangan
konsep kendiri akan menjurus kepada
perkembangan yang negatif.
 
(ii) Tekanan Imej Diri
Tekanan imej diri adalah berkaitan dengan
penampilan, struktur dan fungsi anggota
badan. Perubahan yang berlaku kepada
penampilan, struktur dan fungsi anggota
badan memerlukan penerimaan yang positif.
Apabila berlaku perubahan yang mengubah
bentuk rupa diri, kita akan merasa rendah diri
dan serba kekurangan. Perasaan ini akan menyebabkan kita tidak
selesa setiap kali berinteraksi dengan orang lain.

Penerimaan imej diri yang negatif pula akan memberi kesan kepada
perkembangan konsep kendiri. Penting untuk kita menerima diri kita
seadanya supaya perkembangan konsep kendiri berlaku dengan lebih
baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

9.1.2 Perubahan dalam Harga Kendiri


Mari kita pelajari pula tentang perubahan dalam harga diri. Harga diri (self-
esteem) ialah konsep yang telah lama ada dalam bidang psikologi. Harga diri
mula diperkenalkan oleh William James pada tahun 1890 yang melibatkan
persepsi terhadap kualiti diri seseorang.

(a) Definisi
Apakah yang anda faham tentang harga diri? Mari kita lihat dua definisi
yang terkenal tentang harga kendiri.
  
  Maurice Resenberg (1960) mengatakan harga kendiri sebagai rasa stabil harga
  diri atau kelayakan. Harga diri boleh diukur melalui ujian laporan-diri.
 

Definisi ini digunakan oleh ramai penyelidik. Namun begitu definisi ini
menjadi tidak tepat apabila berhadapan dengan isu narsisisme dan
ketidaktepatan maklumat (berbohong mengenai laporan diri). Kita lihat
pula definisi kedua oleh Branden.
 
  Nathaniel Branden (1969) pula mendefinisikan harga diri sebagai
  pengalaman kecekapan dalam menghadapi cabaran hidup dan layak merasa
bahagia dengan kecekapan yang dilakukan.
 
 

Perubahan dalam harga kendiri berlaku pada setiap diri individu di


sepanjang hidupnya. Walau bagaimanapun, perubahan turun naik harga
kendiri kerap berlaku kepada remaja berusia antara 12-14 tahun. Boleh
dikatakan jika kita mempunyai harga kendiri yang tinggi pada zaman
kanak-kanak, maka kita juga akan mempunyai harga kendiri yang tinggi
semasa remaja. Ada kalanya harga kendiri menjadi semakin tinggi selaras
dengan perkembangan umur.
 
Tidak dinafikan terdapat individu yang mempunyai
harga kendiri yang tinggi dan juga rendah. Mereka
yang mempunyai harga kendiri yang rendah selalu
memikirkan apakah yang patut mereka lakukan untuk
menilai diri mereka. Selalunya mereka masih tidak
berpuas hati walaupun mereka mempunyai
pencapaian yang bagus. Sementara itu, individu yang
mempunyai harga diri tinggi menerima keadaan diri
seadanya. Dia boleh mengimbangi kebaikan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 153

kelemahan diri dan pada masa yang sama merasakan diri wajar menerima
keputusan berdasarkan tindakan yang telah diambil.

Bagaimanakah caranya kita hendak membina harga kendiri kanak-kanak?


Mari kita lihat dalam penerangan yang seterusnya.
 
(b) Membina Harga Kendiri Kanak-kanak
Harga kendiri berkembang dengan pesat pada usia kanak-kanak.
Pendekatan yang positif akan menimbulkan harga kendiri yang sihat dan
pendekatan negatif akan memberi harga kendiri yang rendah. Sebagai ibu
bapa kita harus tahu bagaimana mahu membina harga kendiri yang sihat
dalam diri anak-anak kita. Jadual 9.4 menerangkan perbezaan antara harga
kendiri sihat dan harga kendiri rendah.

Jadual 9.4: Perbezaan harga kendiri sihat dan harga kendiri rendah

AKTIVITI 9.2

1. Layari laman web http://www.utexas.edu.

Cari TIGA langkah yang boleh digunakan untuk membina harga


kendiri yang baik. Bincangkan jawapan anda dalam perbincangan atas
talian (online forum).

(c) Meningkatkan Harga Kendiri Kanak-kanak


Harga kendiri kanak-kanak boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Ibu bapa merupakan agen yang penting dalam memastikan harga kendiri
kanak-kanak pada tahap yang baik. Terdapat lima langkah yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan tahap harga kendiri kanak-kanak
(Jadual 9.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

Jadual 9.5: Lima langkah untuk meningkatkan tahap harga kendiri kanak-kanak

Langkah Huraian
Menghargai Harga kendiri akan menurun jika kanak-kanak merasa
dirinya tidak dihargai. Tunjukkan penghargaan anda setiap
masa. Puji mereka apabila membuat sesuatu yang baik.
Kanak-kanak suka dipuji, jadi mereka berasa yakin diri
apabila sesuatu yang dilakukan mendapat pujian.
Galakan Galakan akan menjadikan harga kendiri pada tahap yang
memberangsangkan. Galakkan kanak-kanak membuat
keputusan sendiri kerana ini akan menimbulkan rasa yakin
dan berdikari.
Pujian Puji gelagat yang baik. Ini akan menyebabkan kanak-kanak
tahu antara perkara yang baik dan tidak. Pujian juga dapat
menjadikan kanak-kanak mahu mencuba yang terbaik.
Saling Hormati kanak-kanak bagaimana kita mahu dihormati. Beri
menghormati penerangan atas setiap perkara yang berlaku. Layan mereka
seperti orang dewasa. Kanak-kanak yang selalu
diperkecilkan akan menjadi tidak yakin pada diri. Saling
menghormati akan menimbulkan rasa percaya dan yakin
diri.
Menerima Terangkan kepada kanak-kanak bahawa kegagalan punca
kegagalan kepada kejayaan. Jangan sekali-kali mengatakan mereka
telah gagal. Sebaliknya katakan „cuba lagi‰. Jadikan diri anda
sebagai mentor dan bantu kanak-kanak yakin dengan
keupayaan mereka walaupun mengambil masa yang lama.

Tahukah anda bahawa remaja perempuan mempunyai harga kendiri yang tinggi
berbanding lelaki? Ini adalah kerana remaja perempuan sering mengambil berat
akan paras rupa mereka. Isu inilah yang selalu membuatkan harga kendiri
mereka berubah. Mereka merasa risau sama ada mereka akan disukai atau tidak
oleh rakan-rakan.

Prestasi akademik juga diambil berat oleh remaja perempuan. Prestasi akademik
menjadi kayu pengukur kejayaan mereka sekali gus meningkatkan harga diri.
Selain itu, kelas sosial juga menjadi faktor penentu harga kendiri. Secara purata
remaja perempuan yang berasal dari golongan kelas pertengahan mempunyai
harga kendiri yang tinggi. Mungkin kejayaan di bidang akademik menjadikan
mereka yakin dan seterusnya meningkatkan lagi harga diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 155

9.2 PERKEMBANGAN PERANAN-JANTINA

9.2.1 Teori Perkembangan Peranan-Jantina


Sering kita tertanya kenapa terdapat perbezaan antara kanak-kanak perempuan
dan lelaki. Mereka berbeza dari segi pemikiran, tingkah laku dan perkembangan.
Ini menunjukkan wujudnya peranan-jantina. Apakah yang anda faham tentang
peranan-jantina?

Tahukah anda apakah teori-teori yang berkaitan dengan peranan-jantina?


Terdapat empat teori yang boleh dikaitkan dengan peranan-jantina iaitu:
(i) Teori biologi.
(ii) Teori psikoanalisis.
(iii) Teori pemelajaran sosial.
(iv) Teori kognitif-perkembangan.

Mari kita lihat keempat-empat teori ini dengan lebih mendalam.

(a) Teori Biologi


Apakah yang diperkatakan dalam teori ini?

Proses genetik dan biologi ini mewujudkan perbezaan fizikal, perbezaan


tingkah laku sosial, fungsi otak, kromosom dan hormon. Ada juga ahli
psikologi mengatakan kombinasi kromosom merupakan perkara yang
mengawal perkembangan jantina, iaitu percantuman kromosom X dan Y.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

Jika janin perempuan terlalu banyak dipengaruhi oleh hormon androgenik


(kelelakian) semasa dalam kandungan, besar kemungkinan ia akan menjadi
lebih kuat dan lebih asertif. Begitu juga jika janin lelaki banyak terdedah
kepada hormon estrogen dan progesteron semasa dalam kandungan, bayi
mungkin akan menjadi kurang asertif dan kurang aktiviti fizikal.
 
(b) Teori Psikoanalisis
Apakah fokus utama teori psikoanalisi?

Manusia dilahirkan dengan naluri semula jadi. Oleh itu, manusia perlu
mengambil kira nilai dan norma masyarakat dalam memenuhi naluri
mereka. Bagi perkembangan peranan-jantina, ini melibatkan satu proses
tidak sedar yang berlaku apabila perbezaan biologi berinteraksi dengan
proses-proses identifikasi yang dialami oleh lelaki dan perempuan.

Peringkat falik ialah peringkat yang terpenting dalam menentukan


personaliti dan peranan-jantina seseorang. Peringkat ini berlaku antara
umur dua hingga tujuh tahun. Pada ketika ini kanak-kanak akan
mempunyai naluri rasa kasih kepada ibu bapa. Selalunya anak lelaki akan
lebih tertarik kepada ibunya dan anak perempuan kepada ayahnya. Pada
waktu ini kanak-kanak menghadapi konflik kerana perasaan kasih sayang
ini perlu diidentifikasi dengan ibu atau bapa yang sejantina dengannya.
Dalam menunjukkan rasa kasih ini, kanak-kanak lelaki akan meniru
perlakuan bapanya. Oleh itu bapa perlu menunjukkan sikap kelelakian
terhadap anaknya. Jika bapa tidak menunjukkan model kelelakian yang
kuat, jarang ada di rumah dan kurang dominan, maka, anak lelaki akan
lemah kelelakiannya. Proses yang berlaku ini dikenali sebagai kompleks
oedipus.

Bagi kanak-kanak perempuan pula, ia cenderung untuk mengikut


perlakuan ibunya untuk menunjukkan rasa kasih kepada bapanya. Jika ibu
gagal menunjukkan peranan kewanitaannya, maka, kanak-kanak
perempuan juga akan gagal melaksanakan peranan kewanitannya. Bagi
kanak-kanak perempuan, proses ini dikenali sebagai kompleks elektra.
Kedua-dua komplek oedipus dan elektra berlaku di bawah tahap tidak
sedar dan dipengaruhi oleh banyak perkara seperti ibu bapa, sekolah,
media rakan sebaya dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 157

Mengikut Freud, zaman prasekolah merupakan peringkat kritikal dalam


menentukan perkembangan peranan-jantina. Menurut beliau, lelaki lebih
cenderung mengamalkan peranan-jantina berbanding dengan perempuan.
Lelaki lebih cepat mengetahui stereotaip jantina dan tingkah laku jenis-
jantina berbanding dengan perempuan. Freud juga menekankan bahawa
peranan bapa adalah penting dalam menentukan perkembangan peranan-
jantina.

(c) Teori Pemelajaran Sosial


Terdapat dua cara dalam teori pemelajaran sosial iaitu peneguhan dan
pemerhatian. Menurut Bandura, kanak-kanak akan diberi ganjaran apabila
menunjukkan tingkah laku yang sesuai dengan jantina, dan dendaan jika
sebaliknya. Melalui pemerhatian, kanak-kanak melihat model yang sesuai
tingkah lakunya dengan jantina mereka.

Fagot (1978) mendapati anak perempuan diberi peneguhan dengan diberi


permainan anak patung, menari dan sentiasa bergantung kepada ibu bapa.
Kanak-kanak perempuan ditegah berlari, melompat, berlari dan
sebagainya. Kanak-kanak lelaki pula digalakkan bermain senapang, blok-
blok kayu, kereta dan sebagainya. Bapa lebih memberi ganjaran sekiranya
kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang sesuai. Oleh itu, bapa
memainkan peranan penting dalam perkembangan peranan-jantina kanak-
kanak.

Hutson (1983) pula mengatakan rakan sebaya juga memainkan peranan


dalam perkembangan peranan-jantina. Kanak-kanak lelaki akan
memulaukan rakan sebaya sejantina mereka yang suka bermain dengan
anak patung dan juga kanak-kanak perempuan. Melalui pemerhatian,
mereka akan melihat barang permainan dan aktiviti yang sesuai dengan
jantina mereka. Mereka juga meniru aksi model yang sejantina dengan
mereka. Pemerhatian model boleh dilakukan melalui televisyen, majalah
dan interaksi sosial. Kanak-kanak perempuan lebih cenderung meniru aksi
model perempuan dan juga lelaki. Ini berlaku kerana peranan-jantina
kanak-kanak perempuan tidak begitu ketat dan terhad.

Kesimpulannya, teori ini menerangkan bahawa peranan-jantina boleh


dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya dan aksi peniruan.

(d) Teori Kognitif-Perkembangan


Teori terakhir dalam perkembangan peranan-jantina ialah teori kognitif-
perkembangan. Menurut Kohlberg, terdapat tiga tahap dalam proses
perkembangan peranan-jantina seperti yang diterangkan dalam Jadual 9.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

Jadual 9.6: Tiga tahap dalam teori kognitif-perkembangan

Tahap Huraian
Identiti Kanak-kanak sudah tahu yang dia lelaki atau perempuan pada
jantina umur tiga tahun.
Ketetapan Kanak-kanak tahu bahawa identiti jantina tidak akan berubah
jantina dan stabil pada umur empat tahun.
Konsistensi Kanak-kanak memperoleh konsep jantina yang lengkap apabila
jantina ia tahu jantina seseorang stabil di mana sahaja dia berada.

Kesimpulannya, perkembangan peranan-jantina kanak-kanak wujud


daripada kesedaran kognitif tentang identiti jantinanya. Pemahaman
tentang peranan-jantina bertambah baik selaras dengan perkembangan
kognitifnya. Isu yang penting di sini ialah kanak-kanak perempuan tidak
akan menjadi perempuan jika melakukan identifikasi kepada ibunya atau
orang lain. Sebaliknya, kanak-kanak perempuan akan sedar dahulu
bahawa dirinya seorang perempuan, barulah ia menjadikan ibunya sebagai
model atau proses identifikasinya.

9.2.2 Perkembangan Peranan-Jantina


Sekarang mari kita lihat perkembangan peranan-jantina pada peringkat bayi,
kanak-kanak dan remaja.

(a) Bayi
Menurut kajian bayi perempuan adalah lebih
sihat berbanding bayi lelaki. Bayi perempuan
juga lebih baik dari segi perkembangan
berbanding bayi lelaki walaupun mereka
lebih kecil dan ringan fizikalnya. Tahukah
anda bahawa bayi perempuan telah berupaya
mengekalkan kontak mata pada minggu
pertama? Bayi lelaki pula lebih menunjukkan
aktiviti melibatkan motor dan lebih berjaga.
Bayi lelaki juga dikatakan lebih banyak kerenah.

Apabila mencapai umur dua tahun, kanak-kanak perempuan lebih cepat


dan pandai bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Terdapat banyak lagi
kajian yang menunjukkan perbezaan keupayaan sensori, pendengaran dan
sebagainya, namun keputusan kajian yang dilakukan tidak konsisten dan
sukar diterjemahkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 159

Pemelajaran peranan-jantina pada peringkat bayi berlaku atas pengaruh


ibu bapa. Jika anak lelaki, ibu bapa akan memuji dengan mengatakan atau
menggelarnya dengan nama seperti „Pandai hero ayah‰ atau „Anak ayah‰.
Bagi anak perempuan pula digelar sebagai „Cantik sayang ibu‰, „Intan
payung‰, „Baby‰ dan sebagainya. Ibu bapa juga cenderung untuk
membelikan bayi lelaki barangan berwarna biru dan warna merah jambu
untuk bayi perempuan. Bayi lelaki lebih digalakkan untuk melakukan
aktiviti fizikal seperti merangkak dan berjalan. Manakala bayi perempuan
pula banyak menerima rangsangan secara lisan daripada ibu seperti
bercakap. Oleh itu cara layanan ibu bapa dan orang lain terhadap bayi akan
mewujudkan perbezaan-perbezaan jantina.

(b) Kanak-kanak
Apabila kanak-kanak berumur dua tahun, perbezaan
semakin ketara dan ianya selaras dengan stereotaip
tradisional. Kanak-kanak lelaki lebih banyak bermain
dengan permainan yang menunjukkan sifat kelelakian
seperti kereta, senapang, layang-layang dan sebagainya.
Mereka juga banyak melakukan aktiviti fizikal dan lebih
bersosial dengan orang lain dan rakan sebaya.
 
Kanak-kanak perempuan pula suka bermain dengan
anak patung, pinggan mangkuk, suka membaca dan
menulis. Kanak-kanak perempuan juga suka bermain
permainan yang menunjukkan sifat kewanitaan dan
kelelakian.
 
Semasa memasuki alam prasekolah, kanak-kanak lelaki dan perempuan
cenderung untuk bermain dengan rakan yang sejantina. Kanak-kanak lelaki
suka bermain dalam kumpulan yang besar dan sebaliknya bagi kanak-
kanak perempuan. Ibu bapa dan guru juga memberi peranan pada waktu
ini. Ibu bapa dan guru tidak akan menggalakkan kanak-kanak lelaki dan
perempuan bermain dengan permainan yang tidak sesuai dengan jantina
mereka. Permainan yang dibeli juga menyumbang kepada pemisahan
jantina; kanak-kanak perempuan diberikan permainan bersifat kewanitaan
(anak patung) dan lelaki bersifat kelelakian (pistol).
 
(c) Remaja
Semakin dewasa kanak-kanak cenderung untuk bertingkah laku mengikut
jantina masing-masing. Remaja perempuan terutamanya lebih
mementingkan peranan-jantina. Perbezaan-perbezaan yang wujud semasa
remaja terjadi kerana gesaan sosialisasi untuk melahirkan tingkah laku
stereotaip.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

Remaja perempuan menghadapi lebih banyak gangguan imej-kendiri dan


lebih sedar-kendiri jika dibandingkan dengan remaja lelaki. Remaja
perempuan pada waktu ini lebih berminat dan cekap membentuk
persahabatan akrab. Mereka tidak begitu berminat dalam matematik dan
sains. Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa pada peringkat ini
peranan-jantina akan meningkat dalam aspek-aspek tertentu.

Akhir sekali, mari kita lihat ringkasan kronologi peranan-jantina dalam


Jadual 9.7.

Jadual 9.7: Kronologi peranan-jantina

Tahap Huraian
Pra-lahir • Perkembangan kromosom dan alat jantina.
• Perkembangan otak dan fizikal dipengaruhi oleh hormon
jantina.
Lahir • Bayi dikenal pasti sebagai lelaki atau perempuan.
2-3 tahun • Kanak-kanak kenal pasti jantina mereka sendiri.
• Tahu membezakan jantina.
• Tahu sedikit tentang stereotaip jantina.
• Bermain dengan rakan sejantina dan permainan yang sesuai
dengan jantina.
4-5 tahun • Kestabilan jantina.
• Tidak gemar menunjukkan tingkah laku silang-jantina.
6-10 tahun • Ketetapan jantina diperoleh.
• Negatif terhadap permainan silang-jantina.
• Lebih positif kepada stereotaip peranan-jantina.
16-18 tahun • Tidak suka dengan interaksi pengasingan-jantina.
• Remaja perempuan gemar untuk tersenyum dan memandang.
• Remaja lelaki cenderung dalam tugas persepsi-ruang.
• Boleh bertolak ansur dengan tingkah laku yang berlainan
jantina.

AKTIVITI 9.3

1. Anda mempunyai seorang murid yang mengalami kecelaruan


identiti. Bagaimana anda patut bertindak membantu murid tersebut
mengatasi masalah yang dihadapi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 161

9.2.3 Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya


(a) Pengaruh Keluarga
Pengaruh keluarga boleh dikelaskan kepada empat isu seperti yang
dijelaskan dalam Jadual 9.8.

Jadual 9.8: Empat isu pengaruh keluarga

Isu Huraian
Kelas sosial Kebanyakan tanggapan menunjukkan bahawa keluarga kelas
sosial tinggi mendidik anak mereka dengan cara yang kurang
stereotaip jantina. Namun terdapat kajian yang menyatakan
kanak-kanak dari keluarga kelas sosial tinggi bersikap lebih
stereotaip dari segi tingkah laku dan sikap. Boleh disimpulkan
di sini, kelas sosial sesebuah keluarga tidak menjamin gelagat
tingkah laku stereotaip jantina.
Ibu bapa Beberapa kajian menunjukkan kanak-kanak yang berasal
tunggal daripada ibu bapa tunggal kurang menunjukkan stereotaip
jantina. Bagi kanak-kanak beribu tunggal, mungkin ketiadaan
bapa yang selalu mementingkan sterotaip jantina menjadi
penyebabnya. Kemungkinan lain yang boleh diambil kira ialah
ibu tunggal terpaksa berperanan sebagai ibu dan bapa
menyebabkan model yang lebih egalitarian wujud dalam diri
kanak-kanak.
Ibu bekerja Kanak-kanak yang ibunya bekerja kurang menunjukkan
stereotaip dari segi sikap, minat dan tingkah laku. Ini memberi
kesan yang tinggi kepada kanak-kanak lelaki. Mereka
cenderung untuk membantu ibu dan bersikap lebih bertolak
ansur dengan stereotaip peranan-jantina. Ibu yang menjadi suri
rumah sepenuh masa lebih suka mengekalkan stereotaip
jantina.
Sikap ibu dan Telah dibincangkan sebelum ini cara didikan kanak-kanak oleh
bapa dan cara ibu bapa mempengaruhi peranan-jantina mereka. Layanan
membesarkan terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan berbeza (kanak-
anak kanak perempuan ă barangan warna merah jambu, aktiviti
yang tidak agresif, kanak-kanak lelaki ă barangan warna biru,
aktiviti yang lasak) menyebabkan wujud stereotaip jantina. Ibu
bapa lebih menekankan pencapaian akademik anak perempuan
semasa kecil, tetapi mementingkan pencapaian anak lelaki
apabila dewasa. Boleh dikatakan di sini, ibu bapa berperanan
besar dalam membentuk perkembangan tingkah laku peranan-
jantina bermula dari awal umur kanak-kanak lagi.
 
 
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

(b) Pengaruh Rakan Sebaya


Kanak-kanak lebih menunjukkan tingkah laku sosial apabila bermain
dengan rakan sejantina. Kanak-kanak perempuan akan menjadi pasif
apabila bercampur dengan kanak-kanak lelaki. Walau bagaimanapun
kanak-kanak perempuan lebih gemar berkongsi permainan dan tidak
mudah marah dan menangis ketika bermain. Kanak-kanak lelaki yang
menunjukkan sikap silang-jantina akan menerima dendaan dan ejekan
yang lebih berbanding kanak-kanak perempuan silang-jantina. Semasa
berumur tiga hingga empat tahun pengasingan jantina mula berlaku.
Kanak-kanak perempuan akan hanya bermain dengan rakan sejantina
mereka sahaja. Namun sikap pengasingan jantina ini akan lenyap apabila
mereka memasuki alam remaja.

9.3 PERKEMBANGAN MORAL


Sekarang kita akan melihat perkembangan moral dari segi penaakulan moral,
peranan emosi dan tingkah laku moral.

9.3.1 Penaakulan Moral


Sebagai manusia, kita selalu memperkatakan tentang moral. Nilai moral yang
baik selalu dijadikan contoh dan nilai moral yang tidak baik akan cuba
dielakkan. Apakah yang anda faham tentang moral?

Bagaimana pula dengan perkembangan moral? Perkembangan moral pula ialah


apa yang diperoleh oleh seseorang tentang perkara yang betul dan salah.
Perkembangan moral ini akan dipengaruhi oleh kod-kod etika masyarakat
setempat.

Boleh disimpulkan bahawa moral membawa erti keupayaan mengenal pasti


perkara yang baik dan buruk, perkara yang salah dan betul dan kita bertindak
balas melalui tingkah laku berdasarkan pemahaman ini.

Tahukah anda terdapat tiga komponen moral? Lihat huraiannya dalam Rajah 9.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 163

Rajah 9.2: Tiga komponen moral

(a) Perkembangan Moral Kanak-kanak


Kebanyakan kanak-kanak masih terlalu kecil dan tidak terlalu bermoral.
Mereka mempelajarinya melalui pengalaman, pengaruh rakan sebaya dan
juga didikan ibu bapa. Semakin meningkat umur, semakin berkembang
penaakulan moral mereka. Terdapat beberapa pendapat yang boleh dilihat
mengenai perkembangan moral iaitu pendapat Kohlberg dan Piaget.
Kohlberg menekankan perkembangan moral dari lahir hingga ke peringkat
dewasa. Manakala Piaget pula membuat penilaian moral berdasarkan
kepada niat baik dan niat buruk seseorang kanak-kanak ă bagaimana niat
baik atau buruk itu digabungkan dengan konsekuen yang positif dan
negatif? Kanak-kanak perlu memilih niat baik atau buruk dan
menjangkakan konsekuen yang akan berlaku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

Akhir sekali, lihat Jadual 9.9 yang meringkaskan kronologi perkembangan


moral.

Jadual 9.9: Kronologi perkembangan moral

Tahap Huraian
Lahir • Tindak balas terhadap tangisan bayi lain dan menunjukkan
empati dengan cara yang primitif.
10-14 • Menunjukkan tanda-tanda empati yang pelbagai.
bulan
1-2 tahun • Memberi tindak balas dengan cara menepuk, menyentuh atau
memberi satu-satu objek.
• Menunjukkan konflik semasa berinteraksi dengan rakan sebaya.
3-6 tahun • Lebih agresif secara lisan dan hostiliti.
• Menilai moral berdasarkan objektif konsekuen.
• Percaya kepada keadilan sejati dan penilaian penebusan.
• Taakulan mengikut ganjaran dan dendaan.
10-16 • Nilai dilema moral mengikut niat, percaya pada dendaan dan
tahun prinsip pembalasan.
• Taakulan berdasarkan peraturan dan undang-undang.
16 tahun • Taakulan berasaskan prinsip keadilan dalaman.

9.3.2 Peranan Emosi: Rasa Bersalah dan Empati


Emosi merupakan perkara yang memainkan peranan dalam pembentukan
moral. Jika emosi tidak stabil, emosi akan memberi kesan yang negatif terhadap
moral dan sebaliknya. Apakah yang menyebabkan gangguan emosi? Gangguan
emosi selalunya berlaku disebabkan oleh kekecewaan, tekanan, kebimbangan,
sedih, malu dan sebagainya. Remaja sering berhadapan dengan masalah emosi.
Remaja merasa kecewa kerana adanya „double standard‰ yang wujud di
persekitaran mereka. Mereka diajar agar melakukan perkara yang baik, pandai
menjaga diri dan membuat keputusan sendiri. Walau bagaimanapun secara
realitinya apa yang berlaku sebaliknya. Oleh itu remaja merasa kecewa kerana
berlakunya percanggahan antara tuntutan masyarakat dengan apa yang hendak
dicapai.

Emosi juga mempunyai kesan langsung kepada otak remaja. Boleh dikatakan
kanak-kanak yang mempunyai emosi yang negatif akan menghadapai masalah
dalam pembelajaran. Emosi dilihat sebagai satu suis yang boleh membuka atau
menutup otak kita untuk belajar. Jika terlalu banyak emosi negatif, maka
keinginan untuk belajar akan tertutup dan sukar untuk menerima pelajaran.
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 165

Tahukah  anda  terdapat  enam  cara  yang  boleh  dilakukan  untuk  menggalakkan 
emosi positif? Lihat huraiannya dalam Jadual 9.10.  
 
Jadual 9.10: Enam cara untuk menggalakkan emosi positif

Cara Huraian
Motivasi Motivasi membina keyakinan dan sekali gus mewujudkan
persaingan dalam diri kanak-kanak. Puji kemahiran baru
yang diperolehinya dan beri peluang kepada kanak-kanak
menunjukkan kemahiran tersebut.
Wujudkan Sikap ingin tahu akan memberi peluang kepada kanak-kanak
perasaan ingin untuk mencuba idea baru. Ini akan menjadikan mereka suka
tahu mencuba sesuatu yang baru.
Memperkayakan Tahu apa yang kanak-kanak boleh lakukan dengan baik.
kebijaksanaan, Galakkan dan beri sokongan terhadap perkara yang diminati
bakat dan kuasa dari segi masa, kewangan dan psikologi.
Menggalakkan Bantu kanak-kanak menghubungkaitkan pengalaman mereka
perhubungan melalui perkataan, gambar, muzik dan sebagainya.
Memantau Membuat portfolio untuk setiap kanak-kanak. Galakkan
perkembangan mereka menyimpan jurnal berkenaan diri mereka sama ada
dalam bentuk gambar atau perkataan. Sering berkomunikasi
dengan mereka supaya mereka rasa dihargai.
Bertolak ansur Ibu bapa harus bertolak ansur dengan anak-anak. Beri
sokongan dan galakan jika mereka gagal.

Emosi yang positif akan membantu kanak-kanak berani menerima cabaran


dengan lebih optimis dan boleh berinteraksi dengan orang lain dengan lebih
terbuka.

Emosi dan empati merupakan dua perkara yang saling berkaitan. Apakah yang
dimaksudkan dengan empati?

 
Pada umur dua tahun bayi sudah menunjukkan rasa empati dengan
memberikan tindak balas emosi seperti menangis apabila melihat orang lain
menangis. Sikap empati akan terus berkembang selaras dengan pertambahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

umur. Cara menunjukkan empati juga akan berbeza mengikut umur. Kanak-
kanak yang tidak mempunyai sifat empati selalunya tidak mengendahkan orang
lain. Mereka juga tidak sensitif kepada perasaan orang lain. Tingkah laku mereka
juga tidak mengambil kira sensitiviti seseorang.

9.3.3 Tingkah Laku Moral: Altruisme dan Agresif


Apakah dia altruisme?

Ada juga yang mengatakan altruisme sebagai mengorbankan diri sendiri untuk
kebahagiaan orang lain. Mereka yang bersifat altruistik gemar untuk berkongsi
kehidupan dengan orang lain; jika orag lain gembira mereka akan gembira dan
sebaliknya. Apakah kepentingan altruisme? Altruisme dianggap penting dalam
hubungan kekeluargaan, kerana ini menggalakkan kerjasama dan
menghindarkan konflik.

Altruisme lebih menekankan kepada kerjasama antara individu dengan individu


lain. Kanak-kanak perempuan lebih cenderung memiliki sifat altruisme
berbanding kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak mula menunjukkan sifat altruistik
pada umur enam hingga tujuh tahun. Ketika ini mereka telah pandai bermain
permainan yang berbentuk kerjasama. Walau bagaimanapun menurut Chapman
dan Zahn-Waxler (1983), kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun
sudah menunjukkan sifat altruistik. Contohnya kanak-kanak akan memberikan
mainannya kepada kawannya yang menangis. Kelas sosial juga mempengaruhi
altruisme seseorang. Mereka yang berasal dari kelas sosial rendah dan dari luar
bandar lebih bekerjasama dari kanak-kanak yang berasal dari kelas sosial tinggi.

Tingkah laku agresif dikenali juga dengan tingkah laku antisosial. Tingkah laku
agresif sering dikaitkan dengan tingkah laku intrusif (suka menyampuk),
tingkah laku disruptif, asertif dan domineering (suka mengawal orang lain).
Kanak-kanak yang agresif boleh mencederakan orang lain dan suka bergaduh.
Mereka suka berbohong, mencuri dan lari dari rumah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL W 167

Apakah punca sifat agresif ini? Punca sifat agresif ialah kerana perasaan kecewa,
proses pemodelan (tv, ibu bapa, rakan sebaya) dan zaman remaja yang tidak
menentu dan huru hara.

Tingkah laku antisosial ini akan mempengaruhi hinggalah dewasa. Apabila


dewasa mereka yang antisosial akan sukar menjalinkan hubungan baik, sukar
menjadi ibu bapa yang baik, gemar bertukar tempat kerja dan gagal merancang
dengan baik.

AKTIVITI 9.4

1. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menangani


masalah moral di kalangan murid?
2. Anda mempunyai seorang murid yang agresif, sering bergaduh dan
suka mengambil barangan orang lain. Bagaimana anda mahu
memperbetulkan sikapnya yang agresif? Pendekatan apakah yang
paling sesuai dilakukan?

• Perkembangan diri seseorang akan terus berlaku selaras dengan


perkembangan umur.
• Zaman remaja merupakan zaman yang paling memberikan tekanan kepada
seseorang dalam perkembangan kendirinya.
• Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi perkembangan kendiri
dan harga kendiri iaitu paras rupa, imej diri, kepandaian, kelas sosial dan
sebagainya.
• Kanak-kanak lelaki dan perempuan dibesarkan melalui cara yang berlainan
dan menyebabkan berlakunya perbezaan peranan-jantina.
• Ibu bapa merupakan agen yang membawa kepada tanggapan peranan-
jantina. Walau bagaimanapun, bapa lebih memainkan peranan penting
kepada anak perempuan dan juga anak lelaki.
• Selain pengaruh ibu bapa, tanggapan peranan-jantina juga dipengaruhi
oleh persekitaran dan rakan sebaya.
• Empat teori perkembangan peranan-jantina ialah teori biologi, teori
psikoanalisis, teori pemelajaran sosial dan teori kognitif-perkembangan.
• Pengaruh keluarga dan rakan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat.
Ini kerana dua pengaruh inilah yang selalu kita jadikan sebagai panduan
untuk membentuk perkembangan diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168 X TOPIK 9 PERKEMBANGAN DIRI, GENDER DAN MORAL

• Perkembangan moral berlaku dalam setiap diri individu. Perkembangan


yang positif dan negatif adalah berdasarkan kepada emosi dan empati dan
juga altruisme dan agresif.
• Emosi dan empati yang positif akan membawa kepada moral yang positif.
• Altruisme akan menjadikan kanak-kanak mempunyai sikap moral yang
baik. Manakala sikap agresif menjadikan kanak-kanak mempunyai moral
yang tidak disenangi.

Altruisme dan agresif Sistem kendiri


Empati Tekanan identiti
Harga diri Tekanan imej diri
Harga kendiri sihat Teori biologi
Konsep kendiri Teori kognitif perkembangan
Penaakulan moral Teori pemelajaran
Peranan-jantina Teori psikoanalisis

Better self-esteem (1999). Dicapai pada 6 Julai 2007 dari http://www.utexas.edu

Gender development: Social theories (t. t.). Dicapai pada 5 Julai 2007 dari
http://blue.utb.edu/ecantu

Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional children: Introduction to


special education. Boston: Allyn and Bacon.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahil Mahyuddin., & Habibah Alias. (2007). Psikologi pendidikan untuk


perguruan. Shah Alam, Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd.

The role of emotions in learning (t. t.). Dicapai pada 21 Jun 2007 dari
http://www.schwablearning.org

What is altruisme? (t. t.). Dicapai pada 5 Julai 2007 dari


http://www.altruists.org/about/altruisme/

What is self-esteem? (t. t.). Dicapai pada 6 Julai 2007 dari http://www.more-
selfesteem.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Perkembangan

10 Emosi,
Perhubungan
Keluarga serta
Pengaruh
Persekitaran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud emosi;
2. menghuraikan perkembangan emosi dari segi temperaman dan
pertautan;
3. mengenal pasti tiga gaya keibubapaan;
4. membezakan tiga aspek dalam cara membesarkan anak;
5. membincangkan cadangan cara yang wajar untuk membesarkan anak;
dan
6. menyatakan pengaruh rakan sebaya dan media terhadap kanak-
kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

X PENGENALAN
Selamat datang ke topik terakhir dalam modul Perkembangan dan Ciri-ciri
Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Dalam topik terakhir ini anda akan
mempelajari tentang perkembangan emosi, perhubungan keluarga serta
pengaruh persekitaran.

Apakah yang anda faham tentang emosi? Emosi ialah sesuatu yang terdapat
dalam diri semua individu. Kita dilahirkan bersama-sama dengan emosi. Secara
umumnya emosi bersifat natural dan semula jadi semasa dilahirkan. Apa yang
membezakannya ialah cara kita menanganinya menjadi sebagai positif atau
negatif. Pemahaman emosi terbatas bagi kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Ibu bapa perlu sabar untuk menangani masalah emosi anak-anak.
Perkembangan emosi terbahagi kepada dua iaitu perkembangan temperamen
dan perkembangan pertautan.

Melalui topik ini, kita akan melihat bagaimana perhubungan keluarga


mempengaruhi perkembangan emosi kanak-kanak. Rakan sebaya dan
persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Oleh itu boleh disimpulkan
di sini bahawa kanak-kanak perlukan pembelajaran dari segi pengalaman untuk
mengawal emosinya yang berbeza. Semakin dewasa dan semakin banyak
pengalaman semakin matang seseorang individu mengawal emosinya. Selamat
maju jaya!

10.1 PERKEMBANGAN EMOSI


Sebelum kita melihat perkembangan emosi, mari kita lihat dahulu apakah
maksud emosi. Anda tentu setuju bahawa emosi adalah sesuatu yang kompleks.
Jadi, bagaimana kita hendak mendefinisikan emosi?

Tahukah anda bahawa emosi berbeza daripada perasaan? Ini kerana emosi
memerlukan kajian yang berkaitan dengan psikologi dan neurosains.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 171
PENGARUH PERSEKITARAN

10.1.1 Emosi Asas


Mari kita lihat emosi asas. Emosi asas ialah emosi umum di awal usia kanak-
kanak. Beberapa ahli-ahli teori telah dapat mengenal pasti beberapa jenis emosi
sebagai emosi asas.

Secara amnya terdapat lapan emosi asas seperti yang diterangkan dalam Jadual
10.1.

Jadual 10.1: Lapan emosi asas

Emosi Asas Huraian Contoh


Takut Berkaitan dengan ingatan dan pengalaman Menonton cerita
yang kurang menyenangkan seram
Sedih Merasa sedih apabila kehilangan sesuatu Kehilangan anak
yang dianggap penting dan sesuatu yang patung
dicintai
Kasih sayang Perasaan kasih sayang terhadap manusia, Memeluk dan
binatang atau benda yang menyenangkan. mencium ibu
Ditunjukkan dalam bentuk memeluk,
menepuk dan mencium objek/orang
Cemburu Berlaku apabila kanak-kanak merasa kasih Mendapat adik
sayang ibu bapa beralih kepada orang lain baru
Amarah Boleh disebabkan oleh perebutan mainan, Tidak dapat
tidak tercapai keinginan atau perkelahian membeli aiskrim
Iri hati Berkait rapat dengan kemampuan atau Melihat rakan
barang yang dimiliki oleh orang lain mempunyai
permainan baru
Ingin tahu Berlaku kepada perkara-perkara yang baru Ingin tahu kenapa
dilihat, mengenai diri sendiri atau orang siput bergerak
lain perlahan
Gembira Kerana sihat dan berupaya menyelesaikan Berjaya
tugas yang dianggap sukar memasukkan
butang baju ke
lubangnya

10.1.2 Perkembangan Temperamen


(a) Apakah Temperamen?
Pernahkah anda mendengar tentang temperamen? Apakah maksudnya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

Sifat ini jugalah yang menjadi instrumen perkembangan personaliti kanak-


kanak. Malah sifat ini akan menentukan bagaimana kanak-kanak belajar tentang
perkara-perkara yang berlaku di persekitarannya.

Ciri-ciri sifat ini stabil sewaktu ianya dilahirkan di mana ia tidak menekankan
kepada kelakuan yang jahat atau baik. Ibu bapa perlu tahu sifat temperamen
anak-anak agar dapat menyesuaikan diri dengannya. Apabila ibu bapa faham
sifat anak-anak maka ibu bapa boleh bersedia terhadap situasi yang mungkin
mendatangkan masalah.

Selain itu, ibu bapa boleh mengubah dan menyesuaikan strategi keibubapaan
mereka berdasarkan ciri-ciri temperamen yang dimiliki. Stail keibubapaan akan
menjadi lebih efektif jika penerimaan lebih terbuka terhadap personaliti unik
anak-anak. Semasa awal perkembangan, ibu bapa perlu melayan sifat anak-anak
dengan toleransi dan bukannya dengan kekerasan. Apabila semakin dewasa, ibu
bapa hanya membantu anak-anak mengadaptasi sifat mereka dengan
persekitaran.

(b) Sembilan Sifat Temperamen


Kajian perkembangan kanak-kanak klasik yang dilakukan oleh Doktor
Chess dan Thomas telah mengenal pasti sembilan sifat temperamen.
Sembilan sifat temperamen ini diterangkan dalam Jadual 10.2.

Jadual 10.2: Sembilan sifat temperamen

Sifat Huraian
Tahap aktiviti Melihat bagaimana keadaan aktiviti seorang kanak-kanak,
sama ada kanak-kanak tersebut suka berlari, selalu bergerak,
tidak boleh duduk diam atau duduk diam dan melakukan
aktiviti dalam keadaan senyap dan tenang. Kanak-kanak yang
bergerak aktif akan lebih berjaya dalam bidang sukan dan
pekerjaan yang memerlukan tenaga yang banyak dan mungkin
boleh memikul berbagai tanggungjawab.
Darjah Melihat bagaimana darjah tumpuan kanak-kanak apabila

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 173
PENGARUH PERSEKITARAN

tumpuan mereka tidak berminat dengan sesuatu aktiviti. Adakah


mereka cepat mengalihkan tumpuan apabila diberikan
barangan/aktiviti yang lain? Bagaimana suatu objek atau
bunyi dapat menarik perhatian kanak-kanak. Contoh: bunyi
kapal terbang menarik perhatian semasa sedang minum air.
Kanak-kanak yang mudah dialih perhatiannya akan mudah
ditangani. Contoh: apabila mereka menangis, kita berikan
permainan untuk alih perhatian mereka agar berhenti
menangis. Walau bagaimanapun, sikap ini dilihat sebagai
negatif apabila tumpuan sering beralih ketika belajar dan
membuat kerja rumah.
Kesungguhan Merujuk kepada tindak balas kepada sesuatu perkara sama ada
positif atau negatif. Adakah kanak-kanak hanya menerima
sahaja atau mempertahankan apa yang mereka mahu. Kanak-
kanak yang berkesungguhan tinggi lebih cenderung untuk
memenuhi kehendak mereka dan mempunyai emosi yang
lebih mendalam. Mereka selalunya tergolong kepada individu
yang berkemahiran dalam bidang seni drama. Kanak-kanak
yang berkesungguhan tinggi memerlukan kesabaran yang
tinggi untuk melayannya.
Ketetapan Berkaitan dengan faktor biologikal yang boleh dijangka seperti
selera dan waktu tidur. Adakah kanak-kanak berasa letih atau
lapar pada waktu yang tertentu? Atau adakah faktor biologikal
itu tidak boleh dijangka? Kanak-kanak yang ketetapannya
boleh dijangka lebih mudah ditangani.
Kepekaan Berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak bertindak balas
deria kepada rangsangan fizikal. Adakah kanak-kanak bertindak
positif atau negatif pada sesuatu bunyi? Atau adakah kanak-
kanak seorang yang memilih makanan atau tidak? Kanak-
kanak yang kepekaannya tinggi tergolong dalam golongan
artistik dan kreatif.
Mudah Merujuk kepada bagaimana kanak-kanak bertindak pada
mendekati/ situasi baru atau orang yang tidak dikenali. Adakah kanak-
menjauhkan kanak tidak sabar untuk berkenalan atau adakah kanak-kanak
diri akan menjauhkan diri? Kanak-kanak yang bersikap
menjauhkan diri lebih berhati-hati dan berfikir sebelum
bertindak.
Penyesuaian Bagaimana kanak-kanak menyesuaikan diri dengan peralihan
dan perubahan seperti berpindah daripada satu aktiviti kepada
aktiviti yang lain. Adakah kanak-kanak menghadapi kesukaran
dalam mengubah rutin mereka? Adakah kanak-kanak
mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri? Kanak-
kanak yang lambat menyesuaikan diri tidak akan melakukan
sesuatu yang merbahaya dan tidak mudah dipengaruhi oleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

tekanan rakan sebaya.


Ketabahan/ Berkaitan dengan masa yang diambil oleh kanak-kanak dalam
ketekunan mengatasi masalah untuk melengkapkan aktiviti. Adakah
kanak-kanak terus membuat aktiviti suai padan atau menukar
kepada aktiviti lain? Kanak-kanak yang mempunyai ketabahan
dan ketekunan yang tinggi selalunya akan berjaya mencapai
matlamat mereka. Manakala kanak-kanak yang rendah
ketabahan dan ketekunan mempunyai kemahiran sosial yang
tinggi. Ini kerana mereka menyedari bahawa orang lain boleh
membantu.
Angin (mood) Kecenderungan kanak-kanak untuk bertindak dalam cara yang
positif atau negatif. Adakah kanak-kanak selalu berada dalam
angin yang baik? Atau adakah kanak-kanak mengambil
sesuatu pekara dengan serius? Kanak-kanak yang serius akan
menjadi seorang yang analitikal dan menilai sesuatu perkara
dengan lebih berhati-hati.

10.1.3 Perkembangan Pertautan


Apakah yang dimaksudkan dengan pertautan?

Perlu diingat bahawa pertautan berbeza dengan sifat pergantungan. Ini kerana
sifat pergantungan akan mengakibatkan kanak-kanak tidak pandai berdikari dan
terlalu mengharapkan orang lain.

Pertautan merupakan satu ikatan kasih sayang yang kuat yang mengikat
seseorang dengan seseorang yang lain (Bowlby, 1969). Pertautan juga merupakan
satu proses yang bertimbal balik. Apakah maksud timbal balik? Timbal balik
bermakna ibu mempunyai hubungan yang rapat dengan anak dan sebaliknya.
Proses ini boleh berlaku melalui interaksi ibu-anak bagi jangka waktu yang
panjang. Pertautan boleh mempengaruhi kejayaan dan kegagalan perkembangan
kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 175
PENGARUH PERSEKITARAN

(a) Proses-proses Pertautan Bayi


Sekarang mari kita lihat proses-proses pertautan bayi dalam Jadual 10.3.

Jadual 10.3: Tiga proses pertautan bayi

Proses Huraian
Gerak balas sosial Bayi bertindak balas kepada suara, wajah dan rangsangan
yang tidak sosial lain. Masih tidak dapat membezakan antara wajah
dibezakan (Lahir ibu dan wajah orang lain.
hingga 2-3 bulan)
Gerak balas sosial Pertautan mula dibentuk. Bayi suka mereka yang rapat
yang boleh dan dikenali sahaja. Contoh: ibu, bapa, kakak, abang dan
dibezakan (2-3 penjaga.
hingga 6-7 bulan)
Pencarian kedekatan Bayi sangat rapat pada seseorang (ibu). Kemudian
yang aktif apabila umur mencecah 18 bulan, bayi mula rapat dengan
(6-7 bulan hingga 3 beberapa orang lain (atuk, nenek). Pada masa ini juga
tahun) berlaku dua perkara iaitu:
• kerisauan perpisahan: akan terbentuk pada umur 14 -
18 bulan dan kemudian akan berkurangan.
• kerisauan orang asing: takut kepada orang asing.

(b) Jenis-jenis Pertautan


Tahukah anda ada berapa jenis pertautan? Mari kita lihat dalam Jadual
10.4.

Jadual 10.4: Tiga jenis pertautan

Jenis Huraian
Pertautan selamat • Bayi berasa selamat apabila ibu berada bersamanya.
(dialami oleh 70% • Bayi akan bermain dengan aktif dan cergas apabila ibu
bayi) berada bersama.
• Jika ibu tiada berdekatan, bayi akan berasa sedih dan
selalunya menangis.
• Bayi mudah bergaul dengan orang lain apabila ibu ada
bersama.
• Ibu dianggap sebagai dasar keselamatan oleh bayi
kerana sentiasa responsif dan sensitif kepada kehendak
dan keperluan bayi.
Kerisauan dan • Bayi menjadi risau dan cemas apabila ibu tiada.
penentangan • Apabila ibu datang semula, bayi akan mengejar ibu
(dialami oleh 10% untuk didukung. Tetapi hanya untuk sementara sahaja,
bayi) mereka akan mengeliat untuk dilepaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

• Bayi amat peka dengan kehadiran orang lain walaupun


ibu berada di sisi.
• Dapat disimpulkan bahawa bayi tidak suka pada
perpisahan dan akan cenderung bersama ibunya sahaja
selepas setiap kali perpisahan.
Kerisauan dan • Tidak berminat dengan alat permainan semasa ibu ada
pengelakan bersama.
(dialami oleh 20% • Bayi merasa cemas apabila ditinggalkan. Namun apabila
bayi) ibu kembali bayi tidak mempedulikan ibu dan cuba
mengelak daripada dipeluk.

Dapat disimpulkan di sini bayi yang mengalami pertautan selamat


mempunyai hubungan yang mesra dan rapat dengan ibu. Manakala bayi
yang mengalami pertautan kerisauan dan penentangan pula, mereka rapat
dengan ibu tetapi mempunyai sikap tidak mempercayai ibunya. Pertautan
kerisauan dan pengelakkan pula menunjukkan bayi ingin menjauhkan dan
mengasingkan diri daripada ibunya.

Jadual 10.5 pula meringkaskan kronologi perkembangan emosi dalam diri


kanak-kanak.

Jadual 10.5: Kronologi perkembangan emosi


[Sumber: Psikologi Pendidikan untuk Perguruan]

Umur Perkembangan
Baru lahir • Membezakan suara, wajah dan bau ibu daripada orang lain.
• Reaksi minat, gembira, sedih dan tidak suka.
• Meniru ekspresi muka bila terkejut, gembira dan sedih.
• Senyum semasa tidur.
• Menangis apabila mahu keperluan fizikal dipenuhi.
1 bulan • Menangis yang kadang-kadang bukan kerana mahu keperluan
fizikal dipenuhi.
3 bulan • Senyum kepada ibu/penjaga.
• Membezakan antara marah, terkejut dan sedih.
• Melibatkan diri dalam interaksi.
4 bulan • Mula menunjukkan perasaan marah.
• Ketawa.
7 bulan • Menunjukkan perasaan takut.
• Mula mengenali dan memilih orang.
• Menunjukkan pertautan yang spesifik.
• Kerisauan perpisahan.
18 ă 24 bulan • Menunjukkan perasaan bersalah, malu dan cemburu.
• Mula menggunakan perkataan untuk menjelaskan perasaan.
3 ă 4 tahun • Reaksi senyum pada rakan sebaya yang sama jantina.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 177
PENGARUH PERSEKITARAN

• Tahu menjelaskan sebab dan konsekuen emosi.


• Kurang risau pada perpisahan.
6 ă 7 tahun • Tahu dan faham akan perubahan emosi mengikut masa.
• Tahu bahawa akal yang mengawal emosi.
10 ă 12 tahun • Tahu bahawa boleh mempunyai dua emosi pada satu masa.
• Pandai berpura-pura emosi tertentu.
• Faham emosi berdasarkan perasaan dalaman.

AKTIVITI 10.1

1. Anda dikehendaki melayari laman


http://www.childdevelopentinfo.com.

Cari apakah cara-cara menangani personaliti kanak-kanak


berdasarkan sifat temperamen mereka. Bincangkan dapatan anda
dalam tutorial yang seterusnya.

10.2 PERHUBUNGAN KEKELUARGAAN


Kita tentu setuju bahawa cara didikan ibu bapa akan mempengaruhi personaliti
anak-anak. Setiap ibu bapa mempunyai cara dan kawalan yang berbeza terhadap
kelakuan anak-anak. Semua bentuk kawalan terpulang kepada pilihan ibu bapa.
Terdapat ibu bapa yang mengamalkan kawalan secara langsung. Bagi
perkembangan emosi, ada juga ibu bapa yang beranggapan bahawa jika lebih
sedikit peraturan, lebih baik.

10.2.1 Gaya Keibubapaan


Baumrind (1971), telah mengenal pasti tiga profil personaliti asas kanak-kanak
pra-sekolah. Berdasarkan tiga profil ini, beliau telah mengklasifikasikan tiga
bentuk cara membesarkan anak iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif.

(a) Autoritatif
Cara ini lebih menekankan kepada peraturan atau had-had batasan tingkah
laku tertentu. Walau bagaimanapun ia membenarkan komunikasi terbuka
dan kebebasan membuat keputusan terhadap perkara-perkara tertentu.

Apakah sifat-sifat ibu bapa yang autoritatif? Sifat-sifat ibu bapa yang
autoritatif adalah seperti berikut:
(i) Fleksibel dan rasional. Menggalakkan anak-anak berdikari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

(ii) Kawalan yang tegas tetapi berkurangan mengikut perkembangan


anak.
(iii) Had-had batas tingkah laku dikenakan bersesuaian dengan
individualiti anak.
(iv) Menggalakkan tolak ansur lisan. Sentiasa menjelaskan sebab sesuatu
tindakan dikenakan.
(v) Menerangkan nilai yang diamalkan dan berharap anak-anak
mematuhinya.
(vi) Mengamalkan sifat autonomi dan arah kendiri. Mengajar anak-anak
bertanggungjawab pada gelagat yang dlakukan.
(vii) Tidak dimanipulasi oleh anak-anak.
(viii) Menggalakkan anak-anak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah.
(ix) Mesra tetapi tegas, responsif, beri galakan dan hormati kepentingan
anak.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri anak-anak yang dibesarkan dengan gaya


autoritatif? Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya autoritatif:
(i) Selalunya lebih bertenaga.
(ii) Perasaan ingin tahu yang tinggi.
(iii) Boleh mengawal diri.
(iv) Berdikari.
(v) Puas hati dengan diri.
(vi) Bersikap positif.
(vii) Suka menjelajah.

(b) Autoritarian
Ibu bapa mengenakan kawalan yang ketat dengan peraturan yag
ditetapkan. Setiap peraturan atau nilai perlu dipatuhi dan tidak boleh
dipertikaikan. Jadi, apakah yang dapat anda simpulkan tentang sifat-sifat
ibu bapa yang autoritarian? Berikut sifat-sifat ibu bapa yang autoritarian:
(i) Mengenakan peraturan yang ketat, mengawal tingkah laku anak dan
mementingkan ketaatan dan keakuran.
(ii) Anak-anak harus patuh pada arahan dan tiada tolak ansur lisan.
(iii) Keputusan ibu bapa adalah muktamad.
(iv) Setiap kata merupakan arahan.
(v) Tingkah laku dikawal, dibentuk dan dinilai dengan piawaian yang
telah ditetapkan.
(vi) Anak yang patuh dianggap mempunyai nilai yng tinggi dan ugutan
secara fizikal diberikan kpada anak yang ingkar.
(vii) Cenderung menggunakan hukuman sebagai mekanisme disiplin.
(viii) Tidak responsif, tidak fleksibel dan terlalu mengawal tingkah laku
anak-anak.
(ix) Tidak mendorong anak untuk berdikari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 179
PENGARUH PERSEKITARAN

Bagaimana pula ciri-ciri anak-anak yang dibesarkan dengan gaya


autoritarian? Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya autoritarian dapat
dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut:
(i) Tidak puas hati dengan diri.
(ii) Ganas.
(iii) Mudah tersinggung.
(iv) Bersikap negatif.
(v) Tidak suka bersosial.
(vi) Tidak boleh dipercayai.

(c) Permisif
Ibu bapa yang permisif mengamalkan komunikasi terbuka dan kurang
memberi penekanan kepada tingkah laku baik anak. Apakah sifat-sifat ibu
bapa yang permisif? Sifat-sifat ibu bapa yang permisif adalah:
(i) Memberikan sepenuh kebebasan kepada anak.
(ii) Menggunakan kaedah menjelaskan sebab musabab, tidak
menggunakan kekerasan.
(iii) Komunikasi terbuka dan tidak mempengaruhi tingkah laku anak.
(iv) Menerima segala kemahuan anak dan tidak suka menghukum.
(v) Membenarkan anak mengatur aktiviti sendiri.
(vi) Membimbing anak tanpa mengenakan had batasan yang tegas.

Jadi, apakah ciri-ciri anak-anak yang dibesarkan dengan gaya permisif?


Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya permisif adalah:
(i) Tidak dapat mengawal diri.
(ii) Kurang berdikari.
(iii) Kurang menjelajah.
(iv) Suka mendesak.

10.2.2 Cara Membesarkan Anak – Displin, Ganjaran dan


Hukuman
(a) Displin
Tahukah anda bahawa disiplin merupakan aspek yang paling banyak
digunakan dan juga yang paling berpengaruh? Displin dikenakan untuk
membetulkan tingkah laku anak selaras dengan nilai dan norma
masyarakat. Displin juga diamalkan agar perkembangan anak lebih
matang. Displin selalunya diiringi dengan hukuman dan ganjaran.
Ganjaran dan hukuman diberikan ke atas kelakuan yang tertentu. Kadang
kala ganjaran dan hukuman digunakan bersama-sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

(b) Ganjaran
Ganjaran selalunya diberikan untuk kelakuan yang baik. Ganjaran boleh
berbentuk pujian, pelukan atau pemberian (hadiah, gula-gula dan
sebagainya). Ganjaran merupakan satu cara modifikasi tingkah laku.
Apabila ganjaran diberikan, anak-anak akan cenderung mempamerkan
tingkah laku yang baik.

Apakah kesan daripada ganjaran? Kesan ganjaran adalah tingkah laku baik
tersebut akan secara sendiri terbentuk dalam diri anak-anak. Walaupun
ganjaran sudah tidak diberi tetapi anak-anak akan berasa seronok, puas
hati dan berasa pandai. Ibu bapa yang sering memberi ganjaran akan
membentuk anak yang berkelakuan baik.

(c) Hukuman
Bagaimana pula dengan hukuman? Hukuman dijalankan ke atas kelakuan
yang tidak baik. Tujuannya untuk mengurangkan atau menghapuskan
kelakuan tersebut. Hukuman boleh diberikan kepada tiga bentuk iaitu
penggunaan kuasa, penarikan kasih sayang dan induksi (lihat Rajah 10.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 181
PENGARUH PERSEKITARAN

Rajah 10.1: Tiga jenis hukuman

10.2.3 Cadangan Cara yang Wajar Membesarkan Anak


Bagaimanakah cara yang wajar dalam membesarkan anak? Terdapat sembilan
cadangan cara yang wajar dalam membesarkan anak seperti yang dihuraikan
dalam Jadual 10.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

Jadual 10.6: Sembilan cadangan cara membesarkan anak

Cara Huraian
Mengelak masalah Lebih mudah daripada menyelesaikan masalah. Ibu bapa
perlu peka kepada kepada situasi yang dijangka akan
mewujudkan masalah.
Memberi Beri penjelasan yang munasabah agar anak-anak faham
penjelasan tentang logik peraturan dan menyokongnya.
sesuatu peraturan
Komunikasi Beri peluang anak-anak beri pendapat terhadap peraturan
tersebut.
Membenarkan Galakan anak-anak meluahkan perasaan dalam keadaan
anak-anak yang terkawal. Tanya alasan jika terdapat sesuatu perkara
meluahkan emosi yang tidak disukainya.
Mengelakkan Beri hukuman yang setimpal dengan kesalahan. Jangan beri
hukuman yang hukuman yang keterlaluan kerana ia akan memberi kesan
tidak berpatutan yang mendalam terhadap emosi anak-anak.
Mendisplinkan Hukuman harus diberi merujuk kepada tingkah laku yang
tingkah laku anak salah. Jangan menghukum anak tersebut tetapi hukum
dan bukan anak tingkah laku mereka.
itu sendiri
Menjadi model Jadikan diri kita sebagai model kepada anak-anak. Oleh itu
ibu bapa harus bersikap positif jika mahu anak-anak
bersikap demikian.
Memberi Beri kebebasan anak-anak untuk membuat keputusan atau
kebebasan kepada sesuatu aktiviti. Namun begitu kebebasan haruslah dikawal
anak-anak agar tidak terlalu bebas.
Membekalkan satu Gunakan suasana yang positif agar perhubungan sosial
suasana yang dalam berkembang baik. Contonya sikap tolong menolong,
positif berkongsi mainan dan sebagainya.

AKTIVITI 10.2

1. Bezakan antara kesan yang timbul terhadap kanak-kanak bagi ibu


bapa yang menggunakan cara didikan autoritatif, autoritarian dan
permisif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 183
PENGARUH PERSEKITARAN

10.3 PENGARUH PERSEKITARAN


Terdapat dua pengaruh persekitaran yang akan dibincangkan dalam sub-topik
ini iaitu rakan sebaya dan persahabatan dan juga kanak-kanak dan media. Mari
kita lihat satu persatu.

10.3.1 Pengaruh Rakan Sebaya dan Persahabatan


(a) Rakan Sebaya
Apakah yang anda faham tentang rakan sebaya? Dapatkah anda berikan
maksudnya?

Apakah kepentingan rakan sebaya? Rakan sebaya memainkan peranan penting


kerana mereka merupakan sumber maklumat. Melalui maklumat ini mereka
akan membuat perbandingan mengenai tindakan, sikap dan perasaan diri.
Tahukah anda terdapat dua jenis rakan sebaya? Mari kita lihat dua jenis rakan
sebaya dalam Jadual 10.7.

Jadual 10.7: Dua jenis rakan sebaya

Clique Crowd
• Satu kumpulan yang rapat. • Bilangan ahli antara 15-30 orang.
• Keahlian sekurang-kurangnya • Pertalian tidak terlalu rapat.
enam orang. • Terdapat dua hingga empat clique
• Melibatkan diri dalam aktiviti yang dalam satu crowd.
dikongsi bersama. • Hubungan dalam bilangan yang
• Sering berjumpa di sekolah dan di besar dan lebih kasual.
luar sekolah. • Perjumpaan selalunya diatur dan
mempunyai fungsi sosial. Contoh:
kegiatan kokurikulum, mesyuarat
kelab dan sebagainya.
• Selalu bertemu hanya pada hujung
minggu .

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

Anda tentu faham bahawa rakan sebaya sangat penting dalam kehidupan
remaja. Apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, hubungan
dengan keluarga mula berkurangan. Rakan sebaya dianggap penting kerana ia
bertindak sebagai:
• Pengganti keluarga.
• Mekanisme transisi hidup.
• Pemberi sokongan sosial dan akademik.
• Agen sosialisasi.
• Memperkembangan konsep perhubungan sosial.
• Pembentukan personaliti dan tempat mencari identiti.
• Kumpulan rujukan pembentukan konsep kendiri.
• Tempat meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah.
• Pengawal tingkah laku dan peringkat pencapaian akademik.

(b) Persahabatan
Persahabatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan
kanak-kanak. Rakan persahabatan lebih mudah menerima tingkah laku
kanak-kanak. Apakah yang anda faham tentang persahabatan?

Dalam persahabatan, kanak-kanak cuba memahami sikap dan keunikan


rakan dan mengharapkan sebaliknya. Jika kanak-kanak boleh mengenal
pasti sikap rakan maka persahabatan lebih kekal, komited dan taat.

Persahabatan juga melibatkan kemesraan iaitu perasaan berdekatan.


Tahukah anda maksud kemesraan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 185
PENGARUH PERSEKITARAN

Apakah kelebihan seorang rakan? Kelebihan seorang rakan ialah mereka


bersikap terbuka, boleh menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
berbanding orang dewasa. Sikap empati merupakan aspek kepada
persahabatan. Oleh itu persahabatan boleh dianggap sebagai satu kaedah
yang membantu memperkembangkan emosi kanak-kanak. Sikap positif
dan negatif terpulang kepada jenis rakan yang dipilih.

10.3.2 Kanak-kanak dan Media


Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberikan banyak alternatif
dalam mendidik anak-anak. Perkembangan yang semakin luas ini menjadikan
jangkauan ke dunia luar semakin luas. Kanak-kanak dapat mengetahui apa yang
berlaku di seluruh dunia dengan cepat. Selain daripada pengetahuan, media
juga membolehkan sesuatu budaya itu dibawa masuk dengan mudah.
Pengaruhnya sangat bersr sehingga kadang kala kanak-kanak amat obses
dengan apa yang dilihat. Contohnya seperti cerita sains fiksyen ÂSupermanÊ.
Terdapat kanak-kanak yang mahu terbang seperti superman dan ini
membahayakan diri mereka.

Media seperti yang kita tahu boleh membawa kesan yang positif dan negatif.
Kesan positif ialah kanak-kanak dapat menimba ilmu pengetahuan dan tahu
perkembangan semasa. Manakala keburukannya ialah kanak-kanak lebih
terdedah kepada anasir-anasir yang tidak sihat. Imej-imej dalam media tanpa
sedar akan terus kekal dalam minda kaak-kanak. Dan imej-imej ini akan
mempengaruhi gaya, penampilan dan pemikiran mereka.

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Bagaimana gelagat kanak-kanak ketika bersama kelompok rakan
sebaya?
2. Bincangkan ciri-ciri keakuran yang muncul apabila mereka
berada bersama.

• Maksud emosi secara am ialah suatu proses psikofizikal yang muncul


secara spontan, dalam keadaan sedar dan berbentuk positif atau negatif.
• Emosi temperamen ialah emosi yang yang bersifat natural. Ianya lahir
bersama-sama individu terbabit. Perkembangan yang positif dapat
dilakukan jika ibu bapa memahami sifat-sifat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186 X TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA
PENGARUH PERSEKITARAN

• Emosi temperamen ini boleh diubah suai melalui pertautan. Pertautan ialah
cara hubungan seorang bayi dengan ibu bapanya. Perkembangan pertautan
yang baik akan melahirkan emosi yang positif.
• Gaya keibubapaan terbahagi kepada tiga iaitu gaya autoritatif, autoritarian
dan permisif.
• Gaya keibubapaan ini melibatkan cara membesarkan anak-anak melalui
displin, ganjaran dan hukuman.
• Antara cadangan cara yang wajar dalam membesarkan anak ialah
mengelak masalah, menjadi model, memberi kebebasan kepada anak-anak,
mengelakkan hukuman yang tidak berpatutan dan sebagainya.
• Pengaruh persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Pengaruh
persekitaran termasuklah pengaruh rakan sebaya dan media.
• Ibu bapa perlu tahu menangani diri anak-anak mereka dan perlu juga
mengambil tahu siapakah rakan-rakan anak mereka. Aspek ini dianggap
penting kerana rakan merupakan sumber yang paling banyak
mempengaruhi kanak-kanak.

Autoritarian Permisif
Autoritatif Persahabatan
Disiplin Pertautan
Ganjaran Rakan sebaya
Hukuman Temperamen
Pengaruh media

Baumrind, D. (1991). Parenting styles and adolescent development. In J. Brooks-


Gunn, R. Lerner, & A. C. Peterson (Eds.), The Encyclopedia of Adolescence,
pp. 746-758. New York: Garland.

Bimbinglah si kecil ungkapkan emosi (t. t.). Dicapai pada 1 Ogos 2007 dari
http://www.bicaramuslim.com

Exploring different types of parenting styles (t. t.). Dicapai pada 2 Ogos 2007 dari
http://www.babycarehelp.com
Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKEMBANGAN EMOSI, PERHUBUNGAN KELUARGA SERTA W 187
PENGARUH PERSEKITARAN

Media has big influence on kids (t. t.). Dicapai pada 3 Ogos 2007 dari
http://www.parentingbookmark.com

Rahil Mahyudin., & Habibah Alias (2007). Psikologi pendidikan untuk


perguruan. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Temperament and your childÊs personality (t. t.). Dicapai pada 30 Julai 2007 dari
http://www.childevelopmentinfo.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like