You are on page 1of 8

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM

AKTIVITI PRASEKOLAH
Nama Ahli : Normala Binti Jamian
Norsitianum Binti Noor Wahid
Julisalha Binti Jaafar

Tarikh : 15 Disember 2015

Pensyarah : Dr Kamisah Binti Buang


SOALAN 1

Berdasarkan pengalaman anda, sejauh


manakah tahap penglibatan ibu bapa di
prasekolah ?
JAWAPAN
Jawapan : Tahap ibu bapa yang biasa
Justifikasi : 10/25 adalah dalam kalangan ibu bapa yang tidak
menyokong dan penglibatan tidak aktif
Huraian :
Kebanyakkan ibu bapa dalam kategori ini tidak mengambil berat akan
tahap perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah. Mereka hanya
menyerahkan soal didikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-
mata. Mereka juga tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah walaupun telah dimaklumkan awal. Selain itu,
mereka juga sering menyalahkan pihak sekolah sekiranya berlaku
sesuatu kepada anak-anak mereka.
Cadangan :
Pihak sekolah boleh mengadakan satu aktiviti yang memerlukan
penglibatan anak bersama ibu bapa dan menetapkan bahawa sekiranya
ibu bapa tidak turut serta, anak tersebut tidak boleh menyertai aktiviti
tersebut.

Contoh aktiviti – Hari Keluarga dan Sukaneka


SOALAN 2

Bincangkan kelemahan-kelemahan dalam


hubungan dengan ibu bapa yang wujud di
tabika anda. Cadangkan penambahbaikkan
yang berkesan.
KELEMAHAN
Jawapan :
Kelemahan –
Antara kelemahan yang wujud ialah berlakunya ketidakserasian dalam
hubungan antara ibu bapa dan guru contohnya berlakunya perselisihan
pendapat yang tidak sama dalam melaksanakan sesuatu program
sekolah. Keadaan tersebut menyebabkan tiadanya sokongan ibu bapa
terhadap semua aktiviti anjuran sekolah. Ibu bapa juga tidak
memberikan sebarang sumbangan kepada pihak sekolah dan hanya
berkelakuan dengan menghantar anak ke sekolah dan mengambil anak
dari sekolah apabila tamat waktu persekolahan sahaja. Guru juga tidak
mengambil serius apabila hal tersebut berlaku dan menganggap hal
tersebut sebagai suatu masalah yang remeh.
CADANGAN
Cadangan –
Guru sepatutnya memandang serius terhadap masalah ini. Guru perlu
lebih efisyen dalam menangani masalah ini. Guru sepatutnya lebih bijak
dalam berkomunikasi dengan ibu bapa. Contohnya dengan menjadikan
hubungan dengan ibu bapa bukan sekadar hubungan guru-ibu bapa
tetapi lebih kepada hubungan sebagai seorang kawan. Apabila
hubungan ini terjalin, kemesraan akan wujud secara semulajadi dan ibu
bapa akan lebih terbuka untuk menyertai semua aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah tanpa menjejaskan peranan guru sebagai guru dan
peranan ibu bapa sebagai ibu bapa.
RUMUSAN
Ibu bapa dan guru merupakan penentu kepada
kejayaan dan kecemerlangan anak-anak di
masa hadapan. Jalinan hubungan yang baik dan
berkesan memainkan peranan yang penting
dalam pertumbuhan dan perkembangan sahsiah
serta keperibadian anak-anak itu sendiri.

You might also like