You are on page 1of 3
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA [ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK £2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: 603-8884 9302 62604 PUTRAJAYA, Foks 4603-8888 6680 MALAYSIA Website = httphwww.moe.govmy! Ruj. Kami; KPM.500-3/7/17 Jidd{ (4%) Tarikh : ‘ Disember 2018 YBrs. Prof. Dr. Widad Othman Timbalan Naib Presiden Open University Malaysia Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur YBrs, Prof. Dr., MOHON SURAT KEBENARAN UNTUK MENEMPATKAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TAHUN 2019 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia tiada halangan kepada pihak Open University Malaysia untuk menempatkan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh Malaysia bagi menjalani latihan praktikum untuk sesi tahun 2019 seperti yang dimohon 2. Sehubungan dengan itu, pihak Universitiinstitut pendidikan _hendaklah menghubungi Pengarah Pendidikan Negeri yang terlibat untuk membincangkan kaedah terbaik pelaksanaan program ini. Pihak YBrs. Prof. Dr. juga periu mengemukakan senarai nama pelajar kepada Pendaftar Negeri (Pengarah Pendidikan Negeri) di mana mereka akan mengikut latihan menggjar tersebut untuk mendapatkan Permit Mengajar. 3. Kelulusan ini adalah tertakluk kepada 3.1 Seksyen 103(1) dan 2(a), 2(b) dan 2(c), Larangan Mengajar, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550); 3.2 Seksyen 114(1)(a) Pengeluaran Permit Mengajar, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550); dan 3.3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1985: Latihan Mengajar Bagi Gui Guru Pelatih Maktab Perguruan, Pusat! Fakulti Pen n Universi 4. Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa dan menurut budi bicaranya, membatalkan sesuatu permit mengajar dengan memberi notis bertulis kepada pemegang permit itu. 5. Di samping itu, pihak YBrs. Prof. Dr. juga dikehendaki memastikan syarat-syarat berikut dipatuhi: 5.1 Mendapat persetujuan Pengetua/ Guru Besar sekolah-sekolah terlibat; MOHON SURAT KEBENARAN UNTUK MENEMPATKAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TAHUN 2019 Ruj. Kami: KPM 600-3/7/17 Jid. 11 (3) Tarikh: 3) Disember 2018 5.2 Pihak sekolah akan melantik guru/ guru-guru pendamping dan mereka boleh pada bila-bila masa memantau guru-guru_pelatih berkenaan; 5.3 Pihak Universiti/ institut pendidikan hendaklah menamakan pegawai akademik/ pensyarah pembimbing yang akan bertanggungjawab kepada guru-guru pelatih berkenaan; 5.4 Pengarah Pendidikan Negeri boleh menggunakan budi bicaranya untuk menentukan jadual pengajaran/ tugas pelatih berkenaan setelah berbincang dengan pegawai akademik/ pensyarah pembimbing mereka; 5.5 Guru-guru pelatih boleh diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar untuk terlibat sama dengan mana-mana program dan atau aktiviti sekolah;, 5.6 Pihak Universiti! institut pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan pelatin sepanjang menjlani latinan mengajar dan internship tersebut; 5.7 Semua kos yang melibatkan peralatan semasa menjalani latihan mengajar dan internship tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti/ institut pendidikan; 5.8 Pelatih yang sedang menjalani latihan mengajar dan internship adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan sedia ada, etika profesion keguruan dan tindakan boleh diambil jika mereka melanggar mana-mana peraturan tersebut; 5.9 Salinan laporan di akhir latihan mengajar dan internship hendaklah dikemukakan kepada Pendattar; dan 5.10 Mematuhi arahan-arahan lain Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia _berhak menarik balik surat kelulusan/ kebenaran ini sekiranya pihak YBrs. Prof. Dr. gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau bercanggah dengan dasar KPM yang sedang berkuatkuasa. MOHON SURAT KEBENARAN UNTUK MENEMPATKAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TAHUN 2019 Ruj. Kami: KPM 500-3/7/17 Jid.{t (34) Tarikh: 3) Disember 2018 7. Kelulusan ini (Mohon Surat Kebenaran untuk Menempatkan Pelajar Menjalani Latihan Praktikum di Sekolah Bawah Jabatan Pendidikan Negeri Tahun 2019) hanya untuk tujuan yang dimohon sahaja dan luput selepas tarikh 22 November 2019. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”’ Saya yang menjalankan amanah, SHAARI BIN OSMAN b,p.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia sk 4. Semua Pengarah Pendidikan Negeri

You might also like