You are on page 1of 169

HBEC2903

Pengurusan Tingkah Laku


untuk Kanak-kanak Kecil

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBEC2903
PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
UNTUK
KANAK-KANAK
KECIL
Dr Wirawani Kamarulzaman
Sarah Waheeda Muhammad Hafidz

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Penterjemah
Dr Mohd Fauzi Kamaruddin

Edisi kedua 2021


Edisi pertama 2018

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), HBEC2903
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix–xvi

Topik 1 Penyelidikan dan Teori yang Mempengaruhi Amalan 1


1.1 Model dan Rancangan Disiplin 2
1.1.1 Bentuk Disiplin yang Positif 2
1.1.2 Bentuk Disiplin yang Negatif 3
1.2 Teori yang Memfokuskan kepada Sistem Perkembangan 4
Kanak-kanak
1.2.1 Teori Sistem Ekologi – Urie Bronfenbrenner 4
1.2.2 Teori Sistem Keluarga 7
1.3 Teori yang Memfokuskan kepada Cara Kanak-kanak 10
Membentuk Pengetahuan
1.3.1 Teori Pragmatik/Pragmatisme – John Dewey 10
(1859–1952)
1.3.2 Teori Kognitif – Jean Piaget (1896–1980) 10
1.3.3 Teori Kognitif Sosiobudaya – Lev Vygotsky 13
(1896–1934)
1.4 Teori yang Memfokuskan kepada Keperluan 14
Pembelajaran Psikologi, Emosi dan Sosial
1.4.1 Teori Perkembangan Psikososial – Erik Erikson 14
(1902–1994)
1.4.2 Hierarki Keperluan – Abraham Maslow (1908–1970) 16
1.4.3 Teori Adler (Psikologi Individu) – Alfred Adler 17
(1870–1937)
1.4.4 Teori Rogers (Teori Personal) – Carl Rogers 18
(1902–1987)
1.4.5 Teori Pembelajaran Sosial – Albert Bandura 19
(1925–Sekarang)
Rumusan 20
Kata Kunci 21
Rujukan 21

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 2 Memahami Perkembangan Kanak-kanak: Kunci dalam 22


Menguruskan Tingkah Laku Kanak-kanak secara Berkesan
2.1 Kedinamikan Tingkah Laku di dalam Bilik Darjah 23
2.2 Persepsi dan Memori 25
2.2.1 Persepsi 25
2.2.2 Memori 27
2.3 Kesedaran Sosial: Cara Kanak-kanak Berfikir tentang 29
Orang Lain
2.3.1 Pemikir Praoperasi: Usia 2 hingga 6 Tahun 29
2.3.2 Pemikir Operasi Konkrit: Usia 6 hingga 30
11 atau 12 Tahun
2.4 Kawalan Kendiri dan Tingkah Laku Prososial 31
2.4.1 Kawalan Kendiri 31
2.4.2 Tingkah Laku Prososial 33
Rumusan 34
Kata Kunci 35
Rujukan 35

Topik 3 Pengurusan Komunikasi 36


3.1 Prinsip Komunikasi yang Positif 37
3.2 Membentuk Perasaan Kanak-kanak 39
3.3 Ciri-ciri Komunikasi 46
3.3.1 Melindungi Kanak-kanak 47
3.3.2 Memenuhi Keperluan Autonomi Kanak-kanak 48
3.3.3 Memupuk Kecekapan 50
Rumusan 53
Kata Kunci 54
Rujukan 54

Topik 4 Di Luar Bilik Darjah 55


4.1 Bekerjasama dengan Ibu Bapa 56
4.1.1 Mengembangkan Hubungan Ibu Bapa-Guru 56
4.1.2 Matlamat Kerjasama Ibu Bapa-Guru 57
4.2 Amalan Kerjasama 58
4.3 Penglibatan Ibu Bapa 60
4.4 Merumuskan Polisi Disiplin 61
Rumusan 67
Kata Kunci 67
Rujukan 68

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Menggunakan Pemerhatian dalam Pengurusan Tingkah Laku 69


Kanak-kanak
5.1 Rasional Penilaian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak 70
5.2 Sebab untuk Membuat Pemerhatian ke atas Tingkah Laku 72
Kanak-kanak
5.3 Kaedah Praktikal untuk Memerhatikan Kanak-kanak 74
Rumusan 81
Kata Kunci 81
Rujukan 82

Topik 6 Bimbingan Positif dan Strategi Disiplin: Bimbingan secara 83


Langsung
6.1 Konsep Bimbingan dan Disiplin 84
6.2 Bimbingan dan Strategi Positif: Gambaran dan Penerangan 85
6.3 Kepercayaan tentang Disiplin yang Mempengaruhi Pilihan 91
dalam Strategi Disiplin
6.4 Penalti 92
Rumusan 93
Kata Kunci 93
Rujukan 93

Topik 7 Penyesuaian dan Persekitaran Pembelajaran 94


7.1 Situasi 95
7.1.1 Tempat Baharu 95
7.1.2 Kakitangan dan Orang Dewasa 95
7.1.3 Rakan Sebaya 96
7.2 Rutin dan Peralihan 97
7.2.1 Jadual 98
7.2.2 Peralihan 100
7.3 Tindakan Ibu Bapa 102
7.4 Peraturan dan Akibat 104
7.5 Mengaitkan Tingkah Laku dengan Hasil 110
7.5.1 Bimbingan secara Tidak Langsung 113
7.5.2 Membina Hubungan 115
7.5.3 Membimbing Kanak-kanak secara Fizikal 116
7.5.4 Bimbingan Lisan 116
7.6 Amalan Perkembangan yang Bersesuaian dalam 118
Menguruskan Tingkah Laku Kanak-kanak
Rumusan 119
Kata Kunci 120
Rujukan 120

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Model Membuat Keputusan dalam Mengurus Tingkah Laku 121


Kanak-kanak
8.1 Model Membuat Keputusan Bimbingan Kanak-kanak 122
8.1.1 Pengetahuan, Kemahiran dan Hormat: 122
Asas Model Membuat Keputusan
8.2 Langkah-langkah dalam Model Membuat Keputusan 125
8.3 Menggunakan Model Membuat Keputusan dalam 128
Menghadapi Disiplin Setiap Hari
8.4 Menggunakan Model Membuat Keputusan dengan 131
Tingkah Laku yang Mencabar
8.5 Menggunakan Model Membuat Keputusan untuk 134
Membuat Perubahan Mengikut Konteks
Rumusan 137
Kata Kunci 137
Rujukan 138

Topik 9 Pembelajaran Sosial 139


9.1 Bermain dan Pembelajaran Sosial 140
9.1.1 Kepentingan Bermain 140
9.1.2 Kategori dan Jenis Bermain 141
9.2 Nilai Bermain dan Kecekapan Sosial 143
9.2.1 Nilai Bermain 144
9.2.2 Berkongsi 146
9.2.3 Persahabatan 147
Rumusan 149
Kata Kunci 149
Rujukan 150

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBEC2903 Pengurusan Tingkah Laku untuk Kanak-kanak Kecil ialah salah
satu kursus yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

AUDIENS KURSUS
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak (dengan Kepujian). Modul ini
bertujuan memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan tentang pengurusan
tingkah laku untuk kanak-kanak kecil. Pelajar didedahkan kepada aspek
penting seperti pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan tingkah laku
kanak-kanak dan untuk memastikan pembelajaran berlaku dalam pendidikan
awal kanak-kanak.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara kendiri dan
mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada. Sebelum
anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan kursus yang
betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 3 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 120 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT ă student learning time).

Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Membincangkan model dan teori yang mempengaruhi amalan awal


kanak-kanak dan menggunakan model serta teori ini untuk menguruskan
tingkah laku kanak-kanak dengan berkesan.

2. Menerapkan prinsip komunikasi positif untuk menguruskan tingkah laku


kanak-kanak dan bekerjasama dengan ibu bapa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

3. Melakukan pemerhatian dengan menggunakan kaedah praktikal untuk


menilai tingkah laku kanak-kanak.

4. Menyesuaikan strategi amalan bersesuaian dengan perkembangan dan


persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pembelajaran
dan tingkah laku sosial kanak-kanak.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada sembilan topik. Sinopsis bagi setiap topik
dinyatakan seperti yang berikut:

Topik 1 menghuraikan teori yang berkaitan dengan pembangunan kanak-kanak.


Anda akan belajar cara setiap teori memberi panduan kepada anda untuk
memahami tingkah laku kanak-kanak. Ia juga menjelaskan teori yang memberi
tumpuan kepada cara kanak-kanak membina pengetahuan dan berkembang
secara emosi, fizikal dan juga pembelajaran.

Topik 2 membincangkan kepentingan guru untuk mengenali perkembangan


persepsi dan memori kanak-kanak kecil. Anda akan belajar perbezaan antara
pemikir operasi dengan praoperasi konkrit. Ia merupakan unsur perkembangan
kognitif yang relevan kepada kanak-kanak kecil. Anda juga akan membincangkan
cara kawalan diri berkembang dalam diri kanak-kanak.

Topik 3 menerangkan prinsip komunikasi positif dan cara anda, sebagai


guru, dapat mengenali asas keperluan manusia yang menjadi asas terhadap
setiap permintaan untuk bantuan yang dibuat oleh kanak-kanak. Topik ini
menghuraikan cara anda boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan
kanak-kanak untuk membentuk perasaan dan kemahiran komunikasi mereka.

Topik 4 merangkumi matlamat dan cara guru dan ibu bapa bekerjasama serta
mengambil bahagian dalam menghadapi sekolah pada zaman moden. Ia juga
meliputi amalan yang boleh diamalkan oleh guru dan ibu bapa secara bersama
di sekolah. Anda juga akan mempelajari pentingnya dasar disiplin di sekolah
untuk kanak-kanak kecil.

Topik 5 menerangkan proses pemerhatian dan penilaian dalam membimbing


kanak-kanak. Melaluinya, anda akan mempunyai gambaran yang lebih jelas
tentang sebab pemerhatian kanak-kanak dan kaedah yang sesuai untuk
memerhatikan tingkah laku kanak-kanak. Sebelum sebarang percubaan dilakukan
dalam membimbing mana-mana kanak-kanak, tingkah lakunya harus
diperhatikan untuk memberikan idea yang lebih baik mengenai cara anda
boleh merancang strategi bimbingan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 6 menghuraikan definisi bimbingan dan kaunseling serta mencadangkan


strategi bimbingan yang boleh digunakan oleh guru untuk menguruskan tingkah
laku kanak-kanak. Anda juga akan meneliti kepercayaan anda mengenai disiplin
agar dapat menjadi pengasuh yang lebih baik.

Topik 7 mengkaji rutin dan jadual harian kanak-kanak di sekolah dan cara
tindakan ibu bapa mempengaruhi rutin ini. Ia juga menerangkan peraturan dan
akibat kepada kanak-kanak apabila mereka tidak mematuhi peraturan. Topik ini
juga menghuraikan cara tingkah laku boleh membawa kepada hasil tertentu
yang kadangkala tidak menyenangkan.

Topik 8 memperkenalkan model membuat keputusan untuk menguruskan


tingkah laku kanak-kanak. Ia menerangkan langkah untuk mengamalkan model
yang boleh digunakan dan diamalkan oleh guru. Ia juga menghuraikan cara
model tersebut boleh digunakan dalam menguruskan tingkah laku kanak-kanak
yang mencabar.

Topik 9 merangkumi definisi, kategori dan jenis bermain untuk kanak-kanak


yang berubah apabila mereka membesar. Topik ini juga meneroka nilai bermain
seperti kanak-kanak belajar menjadi lebih cekap dan mereka akan dapat
berkembang secara sosial. Selain itu, topik ini juga menerangkan beberapa
kaedah tentang cara guru dapat menggalakkan perkongsian dalam kalangan
kanak-kanak dan tahap persahabatan berdasarkan umur.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik,
anda digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Semak Kendiri: Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik


tertentu di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen ini,
renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan cuba menjawab
soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh mana anda memahami
subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk soalan yang ditanya terdapat
dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada


bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek atau
melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin perlu menilai
senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha merenungkan
apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini dan mengguna pakainya
pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda perlu mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam menganalisis,
mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan mendefinisikan sesuatu.

Rumusan: Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya dapat
mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik tersebut. Jika anda
dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham dengan sepenuhnya, sila kembali
membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan, sila kembali
mencari terma berkenaan dalam modul.

Rujukan: Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus
(pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda
digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut
untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda
berkenaan kursus ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Prentice Hall.

Beaver, M., Booty, M., Brewster, J., Neaum, S., Sheppard, H., & Tallack, J. (2005).
ChildrenÊs care, learning and development. Nelson Thomes.

Browne, K. W., & Gordon, A. M. (2014). Beginnings & beyond (Ed. ke-9.). Delmar
Thomson Learning.

Christian, L. G. (2006). Applying family systems theory to early childhood practice.


Young Children, 61(1),12–20.

Council of Chief State School Officers. (2008). Accountability systems. Dicapai


dari www.ccsso.org/projects/accountability_systems/

Driscoll, A., & Nagel, N. G. (2008). Early childhood education: Birth − 8: The world
of children, families and educators. Pearson.

Edwards, C. H., & Watts, V. (2004). Classroom discipline and management:


An Australasian perspective. John Wiley & Sons.

Essa, E. L. (2011). Introduction to early childhood education. Wadsworth/


Cengage Learning.

Gartrell, D. (2003). A guidance approach for the encouraging classroom (Ed. ke-4).
Thomson Delmar Learning.

Gonzalez-Mena, J. (2008). Foundation of early childhood education: Teaching


children in a diverse society (Ed. ke-4). McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Grace K., & Stiles, D. (2015). Why, is parent involvement important for ECE?
Gender equity in early childhood education.
http://scalar.usc.edu/works/gender-equity-in-early-childhood-
education/why-isparent-involvement-important-for-ecce

Henniger, M. L. (2012). Teaching young children: An introduction (Ed. ke-5).


Pearson.

Marion, C. M. (2014). Guidance of young children (Ed. ke-9). Pearson.

Marzano, R. J., Marzano, J. S., & Pickering, D. J. (2008). Classroom management


that works: Research-based strategies for every teacher. Association for
Supervision and Curriculum Development.

Maxwell, G. (2001). Teacher observation in student assessment. Discussion papers


on assessment and reporting (No. 2). Queensland School Curriculum
Council.

Miller, D. F. (2010). Positive child guidance (Ed. ke-6). Wadsworth.

Morrison, G. S. (2012). Early childhood education today (Ed. ke-12). Pearson.

Porter, L. (2006). Student behaviour: Theory and practice for teachers (Ed. ke-3).
Allen & Unwin.

Rogers, B. (2006). Classroom behaviour: A practical guide to effective teaching,


behaviour management and colleague support (Ed. ke-2). Paul Chapman.

Rogers, B. (2007). Behaviour management: A whole-school approach (Ed. ke-2).


Paul Chapman.

Santrock, J. W. (2011). Child development. McGraw-Hill.

Smith, A. B. (2006). The state of research on the effects of physical punishment.


Social Policy Journal of New Zealand, 27, 114–127.

Volpe, R., DiPerna, J., Hintze, J., & Shapiro, E. (2005). Observing student in
classroom settings: A review of seven coding schemes. School of Psychology
Review, 24, 454–474.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.

Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian


yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penyelidikan
dan Teori yang
1 Mempengaruhi
Amalan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mentakrifkan disiplin dan jenisnya.
2. Membincangkan teori perkembangan kanak-kanak.
3. Membandingkan antara teori Piaget dengan Vygotsky.
4. Menerangkan teori yang memberi tumpuan kepada keperluan
pembelajaran psikologi, emosi dan sosial.

 PENGENALAN
Pengurusan tingkah laku telah pun dikaji merentasi kumpulan sasaran yang
berbeza. Ini adalah kerana kumpulan yang berbeza memerlukan cara berlainan
untuk menangani dan menguruskan tingkah laku yang mencabar. Cuba fikirkan
sejenak: Adakah anda akan menangani pekerja dewasa yang mengamuk di
pejabat dengan cara yang sama seperti anda menangani kanak-kanak berusia
tujuh tahun yang mengamuk di sekolah?

Kursus ini secara keseluruhannya akan melihat pengurusan tingkah laku bagi
kanak-kanak kecil. Topik ini akan menerangkan teori dan model yang digunakan
dalam pengurusan tingkah laku terhadap kanak-kanak kecil. Terdapat pelbagai
kumpulan teori yang membantu kita memahami dan mempraktikkan pendekatan
terbaik dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

1.1 MODEL DAN RANCANGAN DISIPLIN


Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin? Perkataan disiplin berasal daripada
perkataan Latin disciplina yang bermaksud „pengajaran, pembelajaran‰ dan
disipulus yang bermaksud „murid‰. Hoover dan Kindsvatter (1997)
mengemukakan idea bahawa disiplin boleh dilihat sebagai kata nama dan
kata kerja. Sebagai kata nama, disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan atau
perintah yang ditetapkan untuk mengekalkan aturan di dalam bilik darjah.
Sebagai kata kerja, disiplin dapat ditakrifkan sebagai perkara yang dilakukan
oleh pendidik untuk memastikan murid bertingkah laku baik di dalam bilik
darjah. Berdasarkan pelbagai definisi yang diberi, kita dapat simpulkan
bahawa disiplin bermaksud mengajar kanak-kanak cara untuk berkelakuan baik.

Dalam mengajar kanak-kanak tentang cara bertingkah laku dengan baik, kita
boleh menggunakan salah satu cara berikut:

• sama ada bentuk disiplin yang positif atau yang negatif; dan

• gabungan kedua-duanya.

Kedua-dua bentuk disiplin positif dan negatif akan diterangkan dalam subtopik
berikutnya.

1.1.1 Bentuk Disiplin yang Positif


Disiplin yang positif adalah bermanfaat kerana ia membantu kanak-kanak
untuk membangunkan suara hati yang dibimbing oleh disiplin dalamannya
sendiri serta keprihatinan terhadap orang lain di sekeliling mereka. Disiplin
yang positif mengajar kanak-kanak untuk mempunyai kawalan diri, disiplin diri
dan akhirnya dapat membantu seorang kanak-kanak untuk membangunkan
harga diri yang positif dan realistik. Dalam disiplin yang positif, kanak-kanak
mempunyai kawalan ke atas tingkah lakunya sendiri, yang ditunjukkan oleh
tokoh berkuasa (authority figure).

Beberapa contoh disiplin yang positif termasuklah penetapan had dan


mengekalkannya, mengajar tingkah laku yang sesuai, menggalakkan usaha
positif kanak-kanak dan mengalihkan tingkah laku negatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  3

1.1.2 Bentuk Disiplin yang Negatif


Disiplin yang negatif tidak semestinya menyebabkan kanak-kanak disakiti
secara fizikal tetapi ia boleh mengganggu kanak-kanak tersebut. Malah dalam
jangka masa panjang, ia boleh menyakiti kanak-kanak melalui pelbagai cara
(secara fizikal dan mental). Dalam menggunakan disiplin negatif, kawalan
terhadap tingkah laku itu datang daripada tokoh berkuasa (contohnya, ibu bapa
atau guru) dan bukan kanak-kanak itu sendiri.

Disiplin yang negatif mungkin menghentikan salah laku kanak-kanak untuk


sementara waktu tetapi kemungkinan besar kanak-kanak itu akan kembali ke
takuk lama. Ini berlaku kerana disiplin negatif tidak membantu kanak-kanak
mengetahui bahawa tindakan mereka adalah salah dan mengapakah ia salah.

Beberapa contoh disiplin negatif termasuklah membebel, memberikan time-out,


enggan bercakap dengan kanak-kanak dan memukul.

AKTIVITI 1.1

Imbas kembali zaman kanak-kanak anda. Apakah yang dilakukan


oleh ibu bapa anda apabila anda berkelakuan tidak baik? Apakah
yang anda rasakan pada masa itu dan bagaimanakah perasaan anda
sekarang? Adakah anda fikir yang ia membantu anda menjadi seperti
diri anda pada hari ini?

Kongsikan jawapan anda dengan rakan-rakan anda semasa sesi tutorial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

1.2 TEORI YANG MEMFOKUSKAN KEPADA


SISTEM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Salah satu elemen dalam kumpulan teori yang boleh digunakan untuk
menjelaskan perkembangan kanak-kanak ialah sistem yang meliputi
perkembangan kanak-kanak. Sistem ini melihat kanak-kanak sebagai komponen
dalam sistem yang lebih besar. Terdapat dua teori yang terkenal, iaitu teori
sistem ekologi dan teori sistem keluarga. Kedua-dua teori ini menerangkan
bahawa kanak-kanak tidak boleh hidup keseorangan tetapi sebaliknya sangat
dipengaruhi oleh orang dan perkara lain di sekelilingnya, sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

1.2.1 Teori Sistem Ekologi – Urie Bronfenbrenner


Urie Bronfenbrenner (1917–2005) menghabiskan kerjayanya mempelajari
perkembangan manusia di Cornell University. Beliau mengemukakan pelbagai
idea yang mempunyai perspektif baharu mengenai perkembangan manusia.

Teori sistem ekologi mencadangkan bahawa kanak-kanak wujud dalam beberapa


sistem persekitaran yang tersusun antara satu sama lain. Ini bermaksud
perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti
keluarga, rumah, sekolah, komuniti dan masyarakat (sistem yang paling dekat
dengan kanak-kanak). Secara tidak langsung, teori ini juga menunjukkan
bahawa unsur persekitaran seperti ekonomi, politik dan geografi (antara lain)
mempengaruhi kanak-kanak melalui pengaruhnya terhadap keluarga kanak-
kanak dan masyarakat di sekitar mereka. Secara ringkas, perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak dipengaruhi oleh sifat semula jadi kanak-kanak dan
juga persekitaran.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1, sistem persekitaran yang dicadangkan
oleh Bronfenbrenner dikategorikan dari peringkat paling dekat kepada yang
paling jauh. Model ini menganjurkan konteks perkembangan ke dalam lima tahap
sistem persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  5

Rajah 1.1: Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner

Sumber: https://sites.google.com/site/dsmktylenda/content/bronfenbrenner-s-
ecological-theory

Sekarang, mari kita selidik setiap lapisan teori sistem ekologi Bronfenbrenner
secara terperinci.

(a) Mikrosistem
Mikrosistem berada pada pusat sistem dan merupakan komponen terkecil.
Ia terdiri daripada persekitaran langsung di mana kanak-kanak tinggal.
Ia melibatkan kediaman harian (termasuklah keluarga terdekat dan
keluarga besar kanak-kanak), sekolah atau kemudahan jagaan harian,
rakan sebaya, kumpulan atau komuniti di sekitar kanak-kanak.

Interaksi yang berlaku dalam mikrosistem biasanya melibatkan hubungan


peribadi dengan individu tersebut yang pengaruhnya berulang-alik. Walau
bagaimanapun, dua orang adik-beradik yang mengalami mikrosistem
yang sama mungkin berkembang menjadi individu dengan sikap yang
sangat berbeza. Oleh itu, penemuan ini menyokong teori ini bahawa
faktor lain (sistem persekitaran) bertanggungjawab dalam perkembangan
kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

(b) Mesosistem
Mesosistem (lapisan kedua sistem) merangkumi rangkaian mikrosistem
yang berbeza yang ditemui oleh kanak-kanak itu sendiri. Ia terdiri
daripada rumah-sekolah, kumpulan rakan sebaya-keluarga atau antara
jiran-keluarga.

Contohnya, hubungan antara keluarga kanak-kanak dengan guru sekolah


mereka akan memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak. Jika
perhubungan tersebut adalah baik, maka kanak-kanak itu akan terkesan
secara positif oleh perhubungan yang harmoni dan pemikiran yang
serupa. Sebaliknya, hubungan yang kurang mesra akan mengakibatkan
kanak-kanak itu mengalami ketidakseimbangan dan percanggahan emosi
(yang mencerminkan hubungan keluarga-guru), yang akan memberi
kesan negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.

(c) Eksosistem
Eksosistem ialah lapisan ketiga. Ia mengandungi unsur mikrosistem
yang tidak menjejaskan kanak-kanak secara langsung tetapi melalui
individu di sekitarnya. Ini mungkin termasuklah orang dari tempat kerja
ibu bapa, kejiranan yang lebih besar dan ahli keluarga yang lebih besar.
Contohnya, jika ibu bapa kehilangan kerja mereka, ia tidak akan menjejaskan
kanak-kanak secara langsung tetapi secara tidak langsung akibat
kekangan kewangan atau peningkatan tekanan yang dialami oleh ibu
bapanya.

(d) Makrosistem
Makrosistem ialah kumpulan orang dan tempat yang paling besar dan
paling jauh dari kanak-kanak yang masih dapat mempengaruhi kanak-
kanak. Ia terdiri daripada budaya kanak-kanak serta corak dan nilai
masyarakat, terutamanya kepercayaan dan idea dominan kanak-kanak.
Selain itu, sistem politik dan ekonomi di negara ini juga akan mempengaruhi
kanak-kanak. Antara contoh sistem yang termasuk dalam makrosistem
ialah norma jantina atau pengaruh agama.

(e) Kronosistem
Sistem ini memberi tumpuan kepada dimensi masa. Masa akan
menunjukkan cara kedua-dua perkara (konsisten dan tidak konsisten)
berubah dalam persekitaran kanak-kanak akan memberi kesan kepada
perkembangannya. Kronosistem mungkin, termasuk perubahan dalam
struktur keluarga (contohnya, apabila ibu bapa berpisah atau apabila salah
seorang ibu bapa meninggal dunia), status pekerjaan ibu bapa (misalnya,
kehilangan pekerjaan mereka, kembali bekerja selepas tinggal di rumah
dan menjaga anak) serta perubahan masyarakat (contohnya, kitaran
ekonomi dan konflik politik).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  7

1.2.2 Teori Sistem Keluarga


Teori sistem keluarga diperkenalkan oleh Dr Murray Bowen (1913–1990). Teori
ini menunjukkan bahawa individu (sama ada kanak-kanak atau orang dewasa)
tidak boleh wujud dan dilihat secara berasingan daripada satu sama lain dalam
unit keluarga tetapi harus dilihat dan difahami sebagai sebahagian daripada
keluarga, iaitu sebagai sebuah keluarga yang menjadi unit emosi. Oleh itu,
semua orang mempengaruhi antara satu sama lain.

Secara semula jadi, setiap orang dalam sesebuah keluarga akan saling berhubung
rapat antara satu sama lain. Tindakan seorang ahli keluarga akan memberi
kesan yang mendalam terhadap pemikiran, perasaan dan tindakan ahli keluarga
yang lain. Ia adalah perkara biasa untuk semua ahli keluarga ingin dan
memerlukan perhatian, persetujuan dan sokongan ahli keluarga yang lain, di
samping bertindak balas terhadap keperluan, harapan serta kekecewaan mereka.
Ini adalah keterhubungan dan kereaktifan yang menjadikan fungsi anggota
keluarga saling bergantung. Kita boleh memanggilnya sebagai kesan domino –
satu tindak balas berantai di mana perubahan dalam individu akan menyebabkan
perubahan terhadap ahli lain dalam sesebuah keluarga.

Tingkah laku kanak-kanak di sekolah akan mencerminkan perkara yang


berlaku di rumahnya. Di sinilah teori sistem keluarga memainkan peranan
penting dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak kecil. Christian (2006) telah
mengenal pasti enam faktor yang sangat berkaitan dengan pengurusan
kanak-kanak kecil (rujuk Rajah 1.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

Rajah 1.2: Enam Faktor yang Berkait Rapat dengan Pengurusan Kanak-kanak Kecil

Sekarang mari kita lihat huraian lanjut tentang enam faktor tersebut.

(a) Sempadan
Ia berkaitan dengan had, kebersamaan dan perpisahan dalam keluarga.
Sesetengah keluarga yang mempunyai batas yang longgar adalah bersikap
terbuka dan membenarkan orang, maklumat dan idea baharu masuk ke
dalam kumpulan, cenderung untuk berdikari dan biasanya dapat membuat
keputusan sendiri. Jenis keluarga ini menghargai autonomi dan kebebasan
berbanding rasa kekitaan dan kebergantungan.

Sebaliknya, terdapat keluarga yang batasnya lebih dekat dan ketat. Jenis
keluarga ini meletakkan kepentingan pada kebersamaan, kekitaan,
keterkaitan emosi dan kadangkala, mahukan kepatuhan daripada semua
ahli keluarganya. Mereka mungkin mengawal dan bukan setakatnya
memantau rakan serta aktiviti anak mereka dan ini boleh menggugat
hubungan keluarga dalam jangka masa panjang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  9

(b) Peraturan
Ia satu set piawaian, undang-undang atau tradisi yang memberitahu kita
cara kita perlu hidup dengan orang lain. Peraturan ini tidak perlu
dinyatakan secara khusus (ia juga tidak diucapkan) tetapi membantu
membimbing kita untuk bertingkah laku dengan baik. Peraturan yang
ditetapkan di rumah juga akan ditunjukkan dalam tingkah laku kanak-
kanak di sekolah. Oleh itu, guru harus sedar tentang hal ini dalam
menangani kanak-kanak.

(c) Peranan
Peranan atau tanggungjawab (secara keseluruhannya atau oleh ibu bapa)
diberi kepada ahli keluarga yang berlainan. Kanak-kanak yang anda lihat
di sekolah mungkin bertingkah laku berdasarkan peranannya di rumah.

(d) Hierarki
Ia berkaitan dengan pemilikan kuasa dan kawalan, dan pembuat keputusan
dalam keluarga. Dalam keluarga biasa, ibu bapa berada pada aras paling
atas piramid. Ibu bapa berkongsi tanggungjawab keluarga. Salah seorang
ibu bapa boleh mengajukan sesuatu isu/masalah kepada ibu bapa lain
berdasarkan situasi tertentu atau kekuatan individu masing-masing tetapi
masih perlu mengekalkan keadilan yang seimbang di samping bersikap
tolak ansur dalam menunjukkan kuasa dan kawalan.

(e) Iklim
Ia persekitaran di mana kanak-kanak membesar. Iklim bukan sahaja
mengenai persekitaran fizikal (rumah, kawasan mereka tinggal) tetapi
termasuklah persekitaran emosi di sekeliling rumah. Guru sepatutnya dapat
mengagak tahap di mana kanak-kanak itu berada dan menggunakannya
untuk membantu mereka menguruskan kanak-kanak tersebut.

(f) Keseimbangan
Semua ini adalah tentang keseimbangan. Setiap keluarga mempunyai
keseimbangan yang memberitahu ahli keluarga perkara yang perlu
dijangkakan. Walaupun begitu, kadangkala sesuatu perkara dan keadaan
akan berubah. Apabila ini berlaku, ia memberi impak kepada keseimbangan
keluarga. Perubahan boleh menjadi positif atau negatif tetapi aspek lain
dalam sesebuah keluarga dapat membantu mengimbangi kesan daripada
perubahan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

1.3 TEORI YANG MEMFOKUSKAN KEPADA


CARA KANAK-KANAK MEMBENTUK
PENGETAHUAN
Salah satu kumpulan teori lain yang boleh digunakan untuk menjelaskan
perkembangan kanak-kanak adalah melihat cara kanak-kanak membentuk atau
membina pengetahuan. Teori jenis ini menekankan pembelajaran melalui
aktiviti. Oleh itu, interaksi antara kanak-kanak dan individu lain dianggap
sangat penting. Pada tahap tertentu, teori ini boleh dianggap sebagai teori kognitif
dalam perkembangan kanak-kanak. Teori yang dimasukkan dalam kursus ini
ialah teori Dewey, Piaget dan Vygotsky.

1.3.1 Teori Pragmatik/Pragmatisme – John Dewey


(1859–1952)
John Dewey dianggap sebagai salah seorang bapa psikologi fungsional. Salah
satu tujuan utama beliau adalah untuk memupuk jenis pemikiran yang
membantu demokrasi berkembang. Dewey menyatakan bahawa kanak-kanak
berminat dengan perkara berikut:

• Keinginan untuk menyiasat dan meneroka sesuatu perkara;

• Keinginan untuk berkomunikasi;

• Kegembiraan dalam pembinaan; dan

• Ekspresi artistik.

1.3.2 Teori Kognitif – Jean Piaget (1896–1980)


Piaget mendapati bahawa kanak-kanak melalui „urutan peringkat biologi yang
telah ditentukan‰ dalam proses membesar dan pembelajaran. Empat peringkat
perkembangan kognitif ini ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  11

Rajah 1.3: Empat Peringkat Perkembangan Kognitif

Sumber: https://sites.google.com/site/hookappsychology2a/developmental-
psychology-by-brittany-june/piaget-s-stages-of-development

Piaget percaya bahawa proses pemikiran dan perkembangan intelektual


harus dianggap sebagai lanjutan proses biologi evolusi sesuatu bangsa. Beliau
menekankan bahawa tiga proses berikut adalah penting dalam memahami
cara kanak-kanak belajar:

(a) Skema
Skema adalah tindakan atau representasi mental yang mengawal
pengetahuan. Fikirkannya sebagai „satu fail‰ pada komputer; setiap fail
mengandungi fail yang berkaitan dengannya. Misalnya, untuk memandu
kereta, seseorang mesti mempunyai pengetahuan dan tahu cara memandu
kereta (contohnya, bahagian kereta dan perkara yang perlu dilakukan
untuk memandu kereta).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

(b) Asimilasi
Asimilasi berlaku apabila kanak-kanak mengambil maklumat baharu dan
menyimpannya dalam repositori sedia ada dengan jenis pengetahuan
yang sama. Contohnya, apabila seorang kanak-kanak melihat keldai dan
memanggilnya seekor lembu. Ini kerana kanak-kanak mengasimilasikan
sifat keldai kepada seekor lembu – empat kaki, mempunyai ekor dan kulit
berbulu – ke dalam skemanya.

(c) Penyesuaian
Penyesuaian berlaku apabila kanak-kanak menukar atau mengubah
pengetahuan sedia ada atau membentuk pengetahuan yang baharu untuk
berhadapan dengan sesuatu peristiwa baharu. Apabila kanak-kanak
menyesuaikan sesuatu dengan maklumat baharu, dia mengambil kira
sifat keldai yang berbeza berbanding lembu, mungkin akan memanggil
keldai sebagai binatang berkaki empat. Apabila dia akhirnya mengetahui
bahawa haiwan tersebut ialah „keldai‰, dia telah menyesuaikan maklumat
tersebut.

Heuwinkel (1996) mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan


semasa mengajar kanak-kanak, iaitu:

• Mengambil pendekatan konstruktivis;

• Memudahkan dan bukannya menggunakan pembelajaran secara


langsung;

• Mengambil kira pengetahuan dan tahap pemikiran kanak-kanak;

• Menggunakan penilaian berterusan;

• Menggalakkan kesihatan intelektual pelajar; dan

• Menghidupkan bilik darjah menjadi satu tempat untuk penerokaan


dan penemuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  13

1.3.3 Teori Kognitif Sosiobudaya – Lev Vygotsky


(1896–1934)
Vygotsky menjalankan kajiannya mengenai perkembangan kanak-kanak pada
masa yang sama seperti Piaget tetapi malangnya beliau tidak hidup lama.
Sama seperti Piaget, Vygotsky juga percaya bahawa kanak-kanak secara aktif
membina pengetahuan mereka tetapi beliau menekankan peranan budaya
serta interaksi sosial dalam perkembangan kognitif.

Walau bagaimanapun, teori Piaget menunjukkan bahawa perkembangan


kanak-kanak perlu berlaku sebelum pembelajaran mereka. Vygotsky, sebaliknya,
berpendapat bahawa pembelajaran sosial cenderung berlaku sebelum
perkembangan seorang kanak-kanak. Salah satu konsep utama di sini ialah
zon perkembangan proksimal (ZPD – zone of proximal development). ZPD adalah
pelbagai tugas yang terlalu sukar bagi seorang kanak-kanak kuasai sendiri
tetapi boleh dipelajari dengan beberapa panduan dan bantuan daripada orang
dewasa atau kanak-kanak yang lebih mahir. Peringkat yang lebih rendah adalah
tugas yang boleh dilakukan oleh seorang kanak-kanak secara bersendirian,
manakala di tahap yang lebih tinggi adalah tugas yang dapat diselesaikan oleh
kanak-kanak dengan bimbingan daripada individu yang mahir (orang dewasa
atau kanak-kanak lain).

Satu lagi konsep yang berkait dengan ZPD adalah perancah (scaffolding).
Perancah menyediakan sokongan kepada kanak-kanak dan mengubah tahap
sokongan berdasarkan kemajuan kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu
tugas. Untuk melaksanakan perancah, interaksi orang dewasa dan kanak-kanak
biasanya akan melibatkan dialog. Interaksi ini dapat membantu kanak-kanak
memahami konsep yang mereka tidak fahami.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Apakah empat peringkat dalam teori perkembangan Piaget?


Tahap manakah yang paling relevan dengan modul ini?
Mengapakah begitu?

2. Kenal pasti beberapa konsep utama dalam teori Vygotsky dan


bandingkannya dengan teori Piaget.

Kongsi jawapan anda dengan rakan sekuliah anda dalam forum


myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

1.4 TEORI YANG MEMFOKUSKAN KEPADA


KEPERLUAN PEMBELAJARAN PSIKOLOGI,
EMOSI DAN SOSIAL
Kumpulan teori terakhir yang boleh digunakan untuk menjelaskan
perkembangan kanak-kanak melihat kepada keperluan pembelajaran psikologi,
emosi dan sosial kanak-kanak. Teori yang dimasukkan dalam kursus ini ialah
teori Erik Erikson, Abraham Maslow, Alfred Adler dan Carl Rogers.

1.4.1 Teori Perkembangan Psikososial – Erik Erikson


(1902–1994)
Erik Erikson ialah ahli psikologi perkembangan dan kesusasteraan Amerika
kelahiran Jerman. Beliau terkenal dengan teori tentang perkembangan psikososial
manusia yang menggambarkan pertumbuhan psikologi manusia dari kelahiran
kepada kematian dengan mengambil perspektif jangka hayat (terdiri daripada
lapan peringkat yang berbeza).

Erikson mendakwa bahawa ego berkembang kerana ia berjaya menyelesaikan


krisis sosial yang jelas. Ini akan melibatkan rasa kepercayaan orang lain di
sekeliling anda, membina identiti anda sendiri dalam masyarakat dan membantu
generasi akan datang mempersiapkan masa depan (https://www.
simplypsychology.org/Erik-Erikson.html, 2017). Erikson menyambung kerja
Sigmund Freud dengan memberi tumpuan kepada sifat ego yang adaptif
dan kreatif dan memperluaskan tanggapan mengenai tahap perkembangan
personaliti termasuklah seluruh jangka hayat.

Erikson (seperti Freud dan ramai lagi sarjana) berpendapat keperibadian


berkembang dalam satu urutan tertentu dan dibina pada setiap peringkat
terdahulu. Ia perlu untuk memenuhi perkembangan dalam satu peringkat
sebelum bergerak ke arah yang lain, dan hasil daripada setiap peringkat akan
mempengaruhi hasil pada tahap seterusnya. Lapan peringkat perkembangan
psikososial Erikson ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Ia adalah penting untuk
diperhatikan bahawa interaksi seseorang dengan persekitaran sosial memberi
kesan kepada cara dia menangani cabaran pada setiap peringkat, sama ada
secara positif atau negatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  15

Jadual 1.1: Lapan Peringkat Perkembangan Psikososial Erikson

Teori Peringkat Erikson dalam Versi Terakhir

Resolusi atau Kemuncak pada


Umur Konflik
„Manfaat‰ Usia Tua

Peringkat bayi Kepercayaan asas Harapan Penghargaan terhadap


(0–1 tahun) lawan saling ketergantungan
Ketidakpercayaan dan keterkaitan

Zaman Autonomi lawan Khayalan Penerimaan kitaran hidup,


kanak-kanak Rasa malu daripada integrasi kepada
(1–3 tahun) perpecahan

Peringkat Inisiatif lawan Tujuan Kelakar, empati, ketahanan


bermain Rasa bersalah
(3–6 tahun)

Umur sekolah Kerajinan lawan Kecekapan Rendah diri – menerima


(6–12 tahun) Kekurangan perjalanan hidup seseorang
dan harapan yang tidak
tercapai

Remaja Identiti lawan Kesetiaan Alami kerumitan hidup,


(12–19 tahun) Kekeliruan menggabungkan persepsi
deria, logik dan estetika

Awal Keintiman lawan Cinta Alami kerumitan


kedewasaan Pengasingan
(20–25 tahun)

Kedewasaan Generativiti Penjagaan Kerja amal, menjaga orang


(26–64 tahun) lawan Stagnasi lain dan kagum, empati
dan prihatin terhadap
orang lain

Berusia Integriti lawan Kebijaksanaan Identiti eksistensi – satu


(65–meninggal Putus harapan rasa integriti yang cukup
dunia) kuat untuk menahan
perpecahan fizikal

Sumber:
http://www.intropsych.com/ch11_personality/eriksons_psychosocial_stages.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

Hierarki keperluan menunjukkan bahawa keperluan kanak-kanak perlu dipenuhi


berdasarkan hierarki. Contohnya, keperluan fisiologi kanak-kanak perlu dipenuhi
sebelum kanak-kanak dapat berkembang untuk memenuhi keperluan
keselamatan mereka dan sebagainya. Mengenai pengurusan tingkah laku, teori
ini dapat membantu kita menyedari bagaimanakah kita boleh memahami
mengapakah kanak-kanak bertingkah laku seperti yang mereka lakukan dan
teknik yang kita boleh gunakan untuk membantu menguruskan tingkah laku
mereka.

1.4.2 Hierarki Keperluan – Abraham Maslow


(1908–1970)
Maslow sangat terkenal dengan penyelidikannya tentang keperluan manusia.
Beliau memperkenalkan idea hierarki keperluan manusia (rujuk Rajah 1.4). Teori
ini boleh digunakan dalam pelbagai peringkat kehidupan seseorang, namun di
sini, ia hanya akan dibincangkan dari sudut hierarki kehidupan kanak-kanak.

Rajah 1.4: Hierarki Keperluan Manusia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  17

Hierarki keperluan ini menunjukkan bahawa keperluan kanak-kanak perlu


dipenuhi berasaskan hierarki. Misalnya, keperluan psikologi kanak-kanak perlu
dipenuhi terlebih dahulu sebelum dia boleh beralih untuk memenuhi keperluan
keselamatan dan keperluan seterusnya. Dari sudut pengurusan tingkah laku,
teori ini boleh membantu kita menyedari cara kita boleh memahami kenapakah
kanak-kanak bersikap sebegitu dan teknik yang boleh kita gunakan untuk
membantu mengurus tingkah laku mereka.

1.4.3 Teori Adler (Psikologi Individu) – Alfred Adler


(1870–1937)
Alfred Adler dilahirkan pada tahun 1870 di Vienna, Austria. Sebagai doktor
perubatan, beliau berminat dalam ilmu psikiatri ketika kerjayanya sedang
memuncak. Adler hidup sezaman dengan Freud tetapi menjarakkan dirinya
dengan membentuk gerakannya sendiri untuk psikologi individu. Adler
menangani isu kontemporari tetapi penting seperti kesaksamaan, tahap
pendidikan ibu bapa, pengaruh urutan kelahiran, gaya hidup (status sosio-
ekonomi) dan sifat holistik individu. Adler percaya bahawa kita semua hanya
mempunyai satu keinginan dan matlamat: untuk merasa kekitaan (to belong) dan
penting (to feel significant).

Menurut Adler, apabila kita diberi galakan, kita akan merasakan bahawa kita
berkemampuan dan dihargai oleh orang lain; lantas menyebabkan kita mahu
bekerjasama dengan orang lain. Walau bagaimanapun, apabila kita tidak diberi
galakan, kita mungkin melibatkan diri dalam cara hidup persaingan yang tidak
sihat (yang boleh menjadi keterlaluan), menarik diri daripada orang lain atau
berputus asa. Untuk kita merasa dihargai dan optimis, kita perlu mencari jalan
untuk memberi dan menerima galakan, penghormatan dan perhatian sosial
daripada orang lain di sekeliling kita.

Teori dan amalan Adler telah terbukti berkesan dalam aplikasi pada pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak. Adler percaya bahawa „kanak-kanak yang
nakal adalah kanak-kanak yang tidak diberi galakan‰ dan dengan cara membantu
kanak-kanak untuk merasa bernilai, penting dan cekap selalunya merupakan
strategi yang paling berkesan dalam menghadapi tingkah laku yang sukar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

Pengikut fahaman Adler sangat terpengaruh dengan keprihatinan untuk


memahami kepercayaan peribadi dan unik serta strategi (gaya hidup seseorang)
yang masing-masing wujud pada zaman kanak-kanak mereka. Skema dan gaya
hidup kognitif ini berfungsi sebagai titik rujukan individu untuk sikap, tingkah
laku dan mencerminkan pandangan peribadi diri sendiri, orang lain di sekeliling
mereka dan dunia di sekitarnya. Apabila kita melihat pengalaman awal hidup
kita, mengkaji corak tingkah laku yang diulang dengan sendiri dalam hidup kita
dan kaedah yang kita cuba untuk mendapatkan kepentingan dan kepunyaan;
hanya kemudiannya penyembuhan, perkembangan dan perubahan akan berlaku.

1.4.4 Teori Rogers (Teori Personal) – Carl Rogers


(1902–1987)
Carl Rogers ialah ahli psikologi pendidikan yang terkenal. Rogers menyatakan
bahawa setiap kita berkuasa untuk menyelesaikan masalah diri kita sendiri.
Salah satu idea Rogers yang utama ialah individu boleh mengarahkan diri
mereka sendiri dan ini juga boleh digunakan untuk pengurusan tingkah laku
kanak-kanak kecil. Kanak-kanak akan/sepatutnya dapat mengawal tingkah laku
mereka apabila mereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, mereka mungkin
memerlukan sedikit sokongan untuk melakukannya dengan lebih baik (dan
sokongan tersebut boleh datang daripada ibu bapa atau guru).

Rogers mengemukakan istilah realisasi kendiri yang merupakan kepercayaan


bahawa manusia dilahirkan dengan keinginan untuk menjadi yang terbaik yang
mereka mampu. Realisasi kendiri ialah daya motivasi bagi seseorang untuk
mencapai potensi penuh mereka. Dia juga membentuk istilah konsep diri, iaitu
cara persepsi seseorang terhadap diri mereka dibentuk oleh cara orang lain
melihatnya. Konsep kendiri ialah binaan utama dalam teori Rogers. Konsep
kendiri sangat bergantung pada pengalaman hidup, penilaian sosial dan
sikap individu lain yang penting. Contohnya, jika kanak-kanak menerima
penghormatan positif bersyarat daripada ibu bapanya, dia secara tidak
sengaja akan mengamal dan mengembangkan nilai dan syarat yang dikenakan
oleh ibu bapanya. Oleh itu, jika konsep kendiri adalah berlandaskan nilai
orang yang penting (misalnya, ibu bapa dan guru), ini dapat menimbulkan
ketidaksepadanan antara diri dan pengalaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  19

Keperluan untuk menghormati atau menerima diri sendiri bagi kanak-kanak


adalah sangat besar. Kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa mereka dan
berusaha untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka dengan melakukan
sesuatu perkara untuk menyenangkan mereka. Walau bagaimanapun, jika
tingkah laku mereka tidak mendapat persetujuan ibu bapa mereka, mereka berasa
kurang disayangi. Kanak-kanak kemudiannya mengalami ketidaksepadanan
antara diri dan pengalaman, dan ini mungkin membawa kepada masalah
psikologi pada kemudian hari dalam kehidupan mereka. Ia boleh menghalang
mereka daripada mencapai realisasi kendiri (rujuk Rajah 1.5).

Rajah 1.5: Kecenderungan dan Kesepadanan antara Diri dan Pengalaman

1.4.5 Teori Pembelajaran Sosial – Albert Bandura


(1925–Sekarang)
Teori pembelajaran sosial Bandura (1977) menyatakan bahawa kanak-kanak
belajar antara satu sama lain, melalui pelbagai kaedah: meniru, mencontohi dan
pemerhatian. Teori pembelajaran sosial sering dipanggil jambatan antara para
pengamal dan kognitivis kerana ia melihat kepada perhatian, ingatan dan
motivasi. Oleh itu, teori pembelajaran sosial menerangkan tingkah laku manusia
mengenai interaksi berterusan antara pengaruh kognitif, tingkah laku dan
persekitaran.

Kanak-kanak melihat tingkah laku orang di sekeliling mereka dalam pelbagai


cara. Individu yang diperhatikan disebut model. Dalam masyarakat, adalah
biasa bagi kanak-kanak dikelilingi oleh ramai model yang berpengaruh seperti
ibu bapa dalam keluarga, watak TV kanak-kanak, rakan dalam kumpulan
rakan sebaya dan guru di sekolah. Model ini menyediakan contoh tingkah laku
untuk diperhatikan dan ditiru. Misalnya, perilaku perkauman dan permusuhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN

Kanak-kanak memberi perhatian kepada sesetengah orang (model) dan


merekodkan tingkah laku mereka. Pada masa akan datang, mereka boleh
mencontohi (iaitu meniru) tingkah laku yang mereka perhatikan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, tidak semua tingkah laku akan ditiru. Terdapat beberapa
syarat yang peniruan akan berlaku, iaitu:

(a) Seorang kanak-kanak lebih cenderung untuk memerhatikan dan meniru


orang yang dianggap serupa dengan mereka. Akibatnya, kanak-kanak lebih
cenderung meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu yang sama
jantina.

(b) Individu di sekitar kanak-kanak tersebut akan bertindak balas terhadap


tingkah laku yang ditiru sama ada dengan pengukuhan atau hukuman. Jika
kita memberi ganjaran terhadap kanak-kanak yang meniru sesuatu tingkah
laku dan akibatnya, maka kanak-kanak itu mungkin akan terus melakukan
tingkah laku tersebut.

Sekiranya seorang guru melihat seorang budak kecil menenangkan


rakannya yang baru sahaja jatuh dan berkata kepadanya, „Awak seorang
perempuan yang baik,‰ ini merupakan ganjaran kepadanya dan tingkah
laku tersebut mungkin akan diulang. Ini dikenali sebagai tingkah laku yang
diperkukuh atau diperkuat.

(c) Kanak-kanak juga mengambil kira perkara yang berlaku kepada orang lain
apabila memutuskan sama ada untuk meniru atau tidak tindakan seseorang.
Ini dipelajari dengan memerhatikan akibat daripada tingkah laku orang lain.
Contohnya, seorang adik perempuan yang memerhatikan kakaknya diberi
ganjaran untuk membersihkan biliknya lebih cenderung mengulangi
tingkah laku itu sendiri. Ini dikenali sebagai pengukuhan gantian.

• Terdapat pelbagai teori berbeza yang mempengaruhi cara kita berurusan


dengan kanak-kanak kecil; banyak aspek perlu dipertimbangkan.

• Terdapat tiga kumpulan utama teori: satu kumpulan yang memberi tumpuan
kepada cara kanak-kanak kecil berkembang dan belajar, satu kumpulan
yang memberi tumpuan kepada cara kanak-kanak membina pengetahuan
dan satu kumpulan yang menumpukan kepada keperluan pembelajaran
emosi dan sosial kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELIDIKAN DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI AMALAN  21

Asimilasi Pembangunan psikososial


Disiplin Pemerhatian
Kemudahan Perancah (scaffolding)
Konsep kendiri Skema
Mencontohi Zon pembangunan proksimal
(ZPD – zone proximal development )
Meniru

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Christian, L. G. (2006). Understanding Families: Applying Family Systems Theory


to Early Childhood Practice. Young Children, 61(1), 12–20.

EriksonÊs psychosocial stages of development. (2017).


https://www.simplypsychology.org/Erik-Erikson.html

Hoover, R. L., & Kindsvatter, R. (1997). Democratic discipline: Foundation and


practice. Merrill.

Marion, M. (2015). Guidance of young children. Pearson.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Memahami
Perkembangan
2 Kanak-kanak:
Kunci dalam
Menguruskan
Tingkah Laku
Kanak-kanak
secara
Berkesan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan peringkat perkembangan kanak-kanak yang
sesuai berdasarkan usia.
2. Membincangkan cara persepsi dan memori mempengaruhi
pengurusan yang berkesan terhadap tingkah laku kanak-kanak
kecil.
3. Menerangkan cara kognisi sosial mempengaruhi pemikiran
kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  23
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

 PENGENALAN
Di dalam bilik darjah, seorang guru akan menguruskan bukan hanya seorang
kanak-kanak tetapi akan mengendalikan 20 hingga 30 orang kanak-kanak pada
satu masa. Di dalam setiap kelas, kanak-kanak adalah sebaya yang bermaksud
peringkat perkembangan mereka akan menjadi sama. Walau bagaimanapun,
ini tidak bermakna setiap kanak-kanak akan berada pada tahap yang sama.
Mungkin terdapat sedikit kelainan dalam perkembangan mereka. Oleh itu, guru
perlu memahami asas perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat
mengurus dan membimbing kanak-kanak ini dengan berkesan. Pengetahuan
tentang peringkat perkembangan sahaja tidak mencukupi. Guru juga perlu
mempunyai kemahiran dan sikap yang betul untuk melaksanakan tugas ini
dengan berkesan. Topik ini akan membincangkan persepsi dan memori, kognisi
sosial, kawalan diri dan tingkah laku prososial.

2.1 KEDINAMIKAN TINGKAH LAKU


DI DALAM BILIK DARJAH
Untuk kita memahami kedinamikan tingkah laku di dalam bilik darjah, kita
perlu terlebih dahulu melihat perkembangan sosial-emosi pada kanak-kanak.
Perkembangan sosial-emosi pada kanak-kanak dibahagikan berdasarkan
kumpulan usia yang berbeza seperti yang berikut:

(a) Sejak Lahir hingga 8 Bulan


Bayi kerap dan senang terperanjat tetapi belajar menenangkan dirinya
dan agak responsif terhadap penjaga mereka. Pada usia enam bulan, bayi
boleh mengenali wajah yang biasa dilihatnya. Oleh itu, mereka mungkin
kelihatan sedih ketika bersama orang asing. Mereka menggunakan tangisan
yang berbeza untuk menyampaikan keperluan mereka kepada penjaga
mereka.

(b) Usia 8 hingga 18 Bulan


Kanak-kanak kini lebih responsif dan seronok berinteraksi dengan penjaga
mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini belum memahami tentang
perkongsian. Ini menyebabkan berlaku banyak perkelahian ketika bermain
dengan kanak-kanak lain yang sebaya. Kanak-kanak pada peringkat ini
dapat memahami perkara yang diperkatakan kepada mereka, walaupun
mereka mungkin tidak dapat membalas perbualan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

(c) Usia 18 hingga 36 Bulan


Kanak-kanak pada usia ini akan menunjukkan bahawa mereka boleh
berdikari tetapi pada hakikatnya, mereka masih sangat bergantung pada
ibu bapa dan guru mereka. Mereka kini dapat „merasakan‰ emosi orang
lain dan belajar cara mengambil berat tentang orang lain dengan meniru
cara mereka dijaga. Mereka juga menambah baik ekspresi emosi tetapi
masih tidak dapat melafazkannya melalui kata/perkataan mengenai emosi
yang dialami oleh mereka.

(d) Usia 3 hingga 4 Tahun


Kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai repertoir perkataan yang agak
baik dan mungkin sedikit ramah. Mereka kini semakin pandai bermain
dengan kanak-kanak lain dan dapat menyelesaikan konflik dengan bantuan
orang dewasa.

(e) Usia 4 hingga 5 Tahun


Kanak-kanak pada peringkat ini dapat menuturkan ayat yang mengandungi
lebih daripada lima patah perkataan. Pada peringkat ini, rakan adalah
penting kepada mereka dan mereka mencari jalan untuk mengambil hati
rakan mereka. Mereka kian pandai mengendalikan emosi mereka, sekiranya
mereka diajar cara untuk mengekspresikan emosi mereka dengan
sewajarnya.

(f) Usia 6 hingga 8 Tahun


Kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai kemajuan yang agak baik dari
segi kemahiran kognitif dan bahasa mereka. Ini membolehkan kanak-kanak
berfikir tentang orang lain, masa dan kedudukan mereka di dunia dengan
cara yang berbeza berbanding ketika mereka masih kecil. Sekali lagi, pada
tahap ini, persahabatan adalah penting bagi mereka dan mereka mungkin
akan berasa kecewa apabila mereka menghadapi konflik dengan rakan
mereka.

Sekarang kita telah memahami perbezaan antara perkembangan sosial dengan


emosi kanak-kanak. Kita akan meneruskan kepada aspek perkembangan lain
kanak-kanak yang boleh membantu kita dalam menguruskan tingkah laku
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  25
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

SEMAK KENDIRI 2.1

Perhatikan kanak-kanak berusia lima tahun yang anda kenali. Adakah


huraian dalam Subtopik 2.1 tadi sesuai dengan kanak-kanak tersebut?
Jika tidak, mengapakah anda fikir begitu?

Kongsi jawapan anda dengan rakan sekuliah anda dalam forum


myINSPIRE.

2.2 PERSEPSI DAN MEMORI


Dalam merancang pendekatan dan kaedah terbaik untuk mengajar kanak-kanak,
guru perlu memahami cara kanak-kanak melihat dunia di sekeliling mereka
dan juga cara memori kanak-kanak berfungsi. Menguruskan tingkah laku
kanak-kanak bukan sahaja bermakna kita menguruskan tingkah laku yang
buruk tetapi juga cara untuk menggalakkan tingkah laku yang baik terhadap
kanak-kanak serta membimbing mereka terutamanya dalam persekitaran bilik
darjah.

2.2.1 Persepsi
Dalam menguruskan tingkah laku kanak-kanak dan membimbing mereka, guru
perlu memastikan kanak-kanak dapat mengambil bahagian dan memahami
perkara yang sebenarnya diajar. Mereka juga perlu memastikan kanak-kanak
memberi perhatian kepada isyarat lain dalam persekitaran mereka. Ini semua
dianggap sebagai rangsangan (stimulus) dan kanak-kanak perlu memahami
rangsangan (stimuli ) tersebut.

Rangsangan adalah deria kita: perkara yang kita lihat, perkara yang kita dengar,
perkara yang kita bau, perkara yang kita rasa dan perkara yang kita sentuh. Walau
bagaimanapun, rangsangan ini dengan sendirinya (contohnya, bunyi yang kita
dengar atau sesuatu yang kita lihat) tidak memberitahu kita apa-apa lagi. Untuk
memahami rangsangan, persepsi perlu dilakukan. Jika tiada penanggapan
terhadap rangsangan, maka kita tidak akan dapat memahami rangsangan yang
diperoleh daripada deria tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

Persepsi ialah proses yang digunakan oleh kanak-kanak untuk memahami


rangsangan. Ini dicapai dengan menyusun maklumat yang diperoleh mereka
daripada kelima-lima deria mereka. Persepsi ialah salah satu bahagian daripada
perkembangan kognitif. Persepsi bermula pada peringkat yang sangat awal
dan ini terbukti walaupun terhadap bayi berusia sebulan. Bayi yang masih kecil
ini berasa tidak selesa apabila lampin yang mereka pakai kotor (dengan berasa
sejuk dan basah) dan juga dapat berasa selesa apabila dibelai dan dipeluk oleh
ibu bapa atau penjaga mereka.

Kanak-kanak terus membangunkan kemahiran persepsi mereka apabila mereka


semakin membesar. Walau bagaimanapun, mereka masih belum menguasai
kemahiran ini sepenuhnya. Oleh itu, anda sepatutnya menjangkakan bahawa
masih ada masalah dalam memastikan kanak-kanak memberi perhatian kepada
perkara yang anda ajar di dalam kelas. Beberapa masalah adalah seperti yang
berikut:

• kanak-kanak tidak dapat mengimbas atau mencari dengan baik kerana


ketidakupayaan mereka melakukan sesuatu perkara secara sistematik;

• kanak-kanak tidak dapat menapis semua rangsangan (tidak dapat mengambil


hanya rangsangan penting dan mengabaikan yang lain);

• kanak-kanak cenderung menumpukan hanya satu perkara pada satu masa;

• kanak-kanak cenderung bertindak secara impulsif kerana mereka masih


belum berupaya berfikir secara mendalam dan ini akan mempengaruhi
persepsi mereka; dan

• kanak-kanak yang mempunyai beberapa jenis ketidakupayaan, mungkin tidak


dapat memahami sesuatu perkara dengan betul.

Kanak-kanak yang lebih besar (berusia enam tahun ke atas) dapat melihat dengan
lebih baik kerana adanya kemahiran mengingat yang lebih cekap, kemahiran
bahasa yang lebih matang dan pengalaman yang lebih banyak untuk membuat
kesimpulan. Guru harus ingat bahawa apabila kanak-kanak semakin membesar,
mereka semakin pandai memilih perkara yang harus diabaikan dan perkara yang
harus diberikan perhatian. Contohnya, jika seorang kanak-kanak berusia empat
tahun melihat layang-layang yang berwarna-warni di luar tingkap kelasnya, dia
mungkin terganggu olehnya dan tidak lagi dapat memberi perhatian kepada
guru di dalam kelas. Sebaliknya, budak lelaki berumur sembilan tahun hanya
akan mengabaikannya setelah mengetahui kewujudan layang-layang tersebut
di luar tingkap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  27
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

Kanak-kanak yang lebih besar juga dapat menghabiskan lebih banyak masa
menjalankan tugas yang diberi kepada mereka. Ini juga disebabkan oleh
keupayaan mereka untuk mengalih perhatian dan memberi keutamaan.

2.2.2 Memori
Memori ialah satu lagi aspek perkembangan kognitif yang sangat penting untuk
difahami dalam menguruskan tingkah laku kanak-kanak dengan lebih baik.
Memori ialah proses mengekodkan maklumat, menyimpan dan mendapatkannya
semula. Terdapat pelbagai jenis memori seperti yang diterangkan dalam
Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Tiga Jenis Memori

Jenis Memori Penerangan

Memori sensori Merujuk kepada proses awal yang menerima dan memuat
maklumat persekitaran yang belum diproses untuk tempoh
yang singkat, dari seketika hingga ke beberapa saat.

Memori jangka pendek Merujuk kepada proses yang boleh menyimpan hanya
sejumlah maklumat yang terhad; dengan purata tujuh item
untuk 30 saat. Ia juga dikenali sebagai memori bekerja.

Memori jangka panjang Merujuk kepada proses menyimpan sejumlah maklumat


yang hampir tidak terhad dalam tempoh masa yang lama.

Memori jangka panjang boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori


seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Jenis Memori Jangka Panjang

Sumber: https://images.flatworldknowledge.com/stangor/stangor-fig08_003.jpg
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
28  TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

Peningkatan dramatik dalam pengekalan memori berlaku pada kanak-kanak


yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Terdapat pelbagai sebab peningkatan
dramatik berlaku dan dijelaskan seperti yang berikut:

(a) Perubahan dalam Keupayaan Asas


Kanak-kanak yang lebih besar dapat memproses maklumat dengan lebih
cepat dan mampu memanipulasi maklumat dengan lebih baik berbanding
dengan kanak-kanak yang lebih kecil. Ini kerana mereka mempunyai
kapasiti/ruang yang lebih besar untuk memori jangka pendek (bekerja)
di dalam otak mereka.

(b) Perubahan dalam Strategi yang Digunakan untuk Mengingati Sesuatu


Kanak-kanak yang lebih besar akan mempelajari cara yang lebih baik untuk
menyimpan maklumat dalam memori jangka panjang mereka dan
memperoleh semula maklumat tersebut kemudiannya. Salah satu teknik
yang boleh digunakan ialah pengulangan (berlatih sesuatu berulang kali).
Namun, secara umumnya ini bukanlah teknik yang diketahui oleh kanak-
kanak yang berusia tiga tahun. Satu lagi contoh adalah penyusunan yang
kanak-kanak akan mengumpulkan perkara yang sama bersama-sama
apabila cuba untuk menghafal sejumlah perkataan. Perkara ini,
bagaimanapun, adalah berkaitan dengan skema idea yang mungkin belum
dibangunkan oleh kanak-kanak kecil.

(c) Perubahan dalam Pengetahuan Mengenai Memori


Kanak-kanak berusia tiga tahun tidak mempunyai banyak pengetahuan
tentang memori dan bukannya benar-benar mampu untuk memahami cara
untuk mengingati sesuatu dengan lebih baik. Sebaliknya, kanak-kanak
berusia 10 tahun akan menggunakan beberapa strategi dan memilih satu
strategi yang terbaik untuknya. Dengan itu dia akan menggunakan strategi
yang sama berulang kali. Ia merupakan kelebihan kepada kanak-kanak
tersebut tetapi ini tidak berlaku pada kanak-kanak yang lebih kecil.

(d) Perubahan dalam Pengetahuan tentang Dunia


Kanak-kanak yang lebih besar terdedah kepada lebih banyak perkara
berbanding kanak-kanak yang lebih kecil. Kanak-kanak yang lebih besar
dikurniakan dengan lebih banyak pengetahuan dan mempunyai lebih
banyak perkara untuk diingati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  29
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

2.3 KESEDARAN SOSIAL: CARA


KANAK-KANAK BERFIKIR TENTANG
ORANG LAIN
Kesedaran sosial merujuk kepada cara kanak-kanak berfikir tentang tingkah laku,
motif, perasaan, atau niat orang lain. Dalam Topik 1, anda telah diperkenalkan
kepada beberapa teori yang melihat kepada perkembangan kognitif kanak-kanak,
iaitu teori yang diketengahkan oleh Piaget dan Vygotsky. Secara kolektifnya,
kedua-dua teori ini menggariskan perkembangan kognitif kanak-kanak dan
cara budaya mempengaruhi pemikiran mereka.

Di sini, kita akan melihat kepada kesedaran sosial kanak-kanak pada dua tahap
yang berlainan. Penting untuk kita mengetahui perkembangan kognitif kerana ia
akan mempengaruhi banyak aspek lain. Contohnya, cara kanak-kanak melihat
dan menggambarkan tingkah laku orang lain, pandangan mereka tentang
persahabatan dan lain-lain.

2.3.1 Pemikir Praoperasi: Usia 2 hingga 6 Tahun


Peringkat praoperasi ialah tahap kedua dalam teori perkembangan kognitif
Piaget. Peringkat ini bermula pada sekitar usia dua tahun dan akan bertahan
lebih kurang hingga usia tujuh tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar
menggunakan simbol bahasa. Sekarang mari kita selidiki peringkat ini dengan
lebih teliti.

(a) Memberi Gambaran tentang Orang Lain


Pada peringkat ini, kanak-kanak cenderung untuk menggambarkan orang
lain di sekeliling mereka melalui penampilan fizikal. Contohnya, „Ibu saya
gemuk.‰ Kanak-kanak pada peringkat ini tidak akan menggambarkan
seseorang menggunakan sifat abstrak kerana ia bukanlah sesuatu yang
dapat dia lihat secara fizikal. Oleh itu, apa sahaja yang dilihat oleh
kanak-kanak itu akan menjadi penilaian yang akan diperkatakan oleh
kanak-kanak tersebut.

(b) Memahami Tingkah Laku yang Tidak Disengajakan atau Disengajakan


Sehingga mereka berumur kira-kira empat tahun, kanak-kanak tidak dapat
memahami konsep niat. Pada usia ini, kanak-kanak masih tidak dapat
melihat pandangan orang lain. Oleh sebab ini, mereka berfikir hanya yang
terbaik tentang semua orang di sekeliling mereka. Mereka tidak akan pernah
terfikir bahawa kanak-kanak lain akan sengaja melakukan sesuatu untuk
menyakiti mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

(c) Melihat Persahabatan


Kanak-kanak pada peringkat ini melihat kanak-kanak lain hanya sebagai
individu lain yang bermain dengan mereka. Ini cara biasa untuk
menerangkan tentang persahabatan kerana mereka bersikap egois, melihat
dunia hanya melalui kaca mata mereka sendiri dan mengharapkan orang
lain melihat perkara yang sama juga.

2.3.2 Pemikir Operasi Konkrit: Usia 6 hingga 11 atau


12 Tahun
Peringkat operasi konkrit ialah tahap ketiga dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak Piaget. Peringkat ini bertahan sekitar 7 hingga 11 tahun dan
bercirikan perkembangan pemikiran yang teratur dan rasional.

Piaget menganggap peringkat konkrit sebagai titik perubahan utama dalam


perkembangan kognitif kanak-kanak kerana ia menandakan permulaan
pemikiran logik atau operasi (McLeod, 2010).

(a) Menggambarkan tentang Orang Lain


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan istilah yang kurang
konkrit dan mula menggunakan istilah psikologi yang luas untuk
menggambarkan orang lain. Pada peringkat lebih awal, mereka akan
membandingkan rakan mereka dan hanya selepas itu mereka akan
menggunakan gambaran khusus tentang rakan mereka. Misalnya, seorang
kanak-kanak berusia tujuh tahun akan mengatakan bahawa kawannya
Emily lebih cantik daripada Jane. Sebaliknya seorang kanak-kanak lain
yang berusia 11 tahun akan mengatakan bahawa Emily sangat cantik.

(b) Memahami Tingkah Laku yang Tidak Disengajakan atau Disengajakan


Pada peringkat ini, egosentrik perlahan-lahan semakin berkurangan dan
sekarang mereka dapat memahami tingkah laku yang disengajakan oleh
orang lain di sekeliling mereka. Mereka mengasah kemahiran mereka
untuk mengesan sama ada sesuatu tingkah laku itu dilakukan dengan
sengaja atau tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  31
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

(c) Melihat Persahabatan


Apabila kanak-kanak semakin dewasa, rasa tanggungjawab moral mereka
kian berkembang. Oleh itu mereka memahami bahawa mereka
bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Mereka belajar untuk
berkongsi dan sekarang dapat menghabiskan masa dengan kanak-kanak
lain dengan lebih baik. Pada peringkat ini persahabatan bukan sekadar
untuk „mempunyai seseorang untuk bermain‰ tetapi ia untuk menjalin
hubungan yang lebih akrab dengan orang lain.

2.4 KAWALAN KENDIRI DAN TINGKAH LAKU


PROSOSIAL
Kanak-kanak, seperti orang dewasa, tidak wujud secara berasingan. Orang lain
sentiasa mengelilingi kita. Maka kita perlu tahu cara untuk berkelakuan dengan
sewajarnya apabila bersama orang lain. Tambahan pula, kanak-kanak juga perlu
membangunkan kawalan kendiri dan harapnya, mereka dapat membangunkan
tingkah laku prososial (bersikap belas kasihan dan mengambil berat tentang orang
lain). Kemajuan dalam kemahiran kognitif (iaitu memori dan persepsi)
membolehkan jenis tingkah laku ini berlaku.

2.4.1 Kawalan Kendiri


Kawalan kendiri adalah tingkah laku dalaman yang dibuat secara sukarela.
Ia merupakan salah satu perubahan yang paling ketara pada zaman kanak-kanak.
Kawalan kendiri kadangkala dikenali sebagai peraturan kendiri. Kawalan kendiri
ialah asas dalam menjaga ketertiban sosial dan moral.

Bagaimanakah kita mengenal pasti jika kanak-kanak mempunyai kawalan kendiri


atau sebaliknya? Yang berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan
oleh mereka jika mereka mempunyai kawalan diri:

(a) Kanak-kanak Mampu Mengawal Gerak Hati Mereka, Menunggu dan


Menangguhkan Tindakan Mereka
Contohnya, Adam tidak memukul kakaknya Alya ketika Alya merampas
kereta mainannya sewaktu dia sedang bermain. Sebaliknya, dia menunggu
seketika dan kemudian meminta Alya untuk memulangkan kereta tersebut
kepadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

(b) Kanak-kanak Mampu Menahan Kekecewaan


Misalnya, ayah Mikail telah berjanji kepadanya yang mereka akan pergi ke
taman permainan pada hari itu tetapi ayah Mikail dipanggil untuk bekerja
kerana ada kecemasan di pejabat. Daripada mengamuk dan membuat
perangai, dia dapat memahami sebab ayahnya tidak dapat memenuhi janji
itu dan boleh menerima situasi tersebut dengan tenang.

(c) Kanak-kanak Dapat Menetapkan Pelan Bergerak dan Melaksanakannya


Contohnya, adik-beradik Lana dan Dina merancang untuk memasak
sarapan untuk ibu mereka pada Hari Ibu dan mereka dapat melakukannya
seperti yang dirancang. Dapur mungkin sedikit berselerak semasa proses itu
tetapi rancangan tersebut berjalan seperti yang diharapkan oleh mereka.

Kita, sebagai orang dewasa yang akan membimbing kanak-kanak, perlu


memahami bahawa kawalan kendiri tidak hanya muncul dalam sekelip mata.
Ia akan berkembang secara beransur-ansur dan bergantung pada banyak faktor
lain. Yang berikut menunjukkan cara kawalan diri berkembang:

(a) Ia Berkembang dari „Luaran‰ ke „Dalaman‰


Pada peringkat yang sangat awal, kanak-kanak tidak dapat mengawal diri
dan sangat bergantung pada orang dewasa untuk mengawal tingkah laku
mereka. Inilah yang dimaksudkan dengan kawalan „luaran‰ kanak-kanak
itu. Walau bagaimanapun, apabila kanak-kanak membesar, mereka boleh
dan perlu mengambil lebih banyak tanggungjawab untuk tingkah laku
mereka sendiri. Kanak-kanak akan belajar daripada tingkah laku orang
dewasa di sekeliling mereka. Ia sama dengan konsep perancah (scaffolding)
yang kita pelajari dalam Topik 1. Kanak-kanak akan memerlukan sedikit
bimbingan supaya mereka dapat membangunkan kawalan kendiri mereka.

(b) Ia Berkembang secara Perlahan Mengikut Peredaran Masa


Perkembangan kawalan kendiri bermula apabila kanak-kanak berusia
kira-kira dua tahun tetapi beberapa tahun kemudiannya ia akan berkembang
sepenuhnya. Salah satu sebab kawalan kendiri kian baik apabila
kanak-kanak menjadi lebih dewasa adalah disebabkan oleh sistem yang
lebih baik (dari segi kognitif, persepsi dan linguistik).

(c) Ia Boleh Muncul dan Kemudian Hilang


Kawalan kendiri perlu diamalkan. Jika tidak, ia mungkin hilang sama sekali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  33
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

2.4.2 Tingkah Laku Prososial


Tingkah laku prososial dapat didefinisikan sebagai sebarang tindakan yang
bermanfaat kepada individu lain, misalnya, menolong dan berkongsi mainan.
Tingkah laku prososial juga kadangkala dipanggil altruisme. Marion (2015)
mencadangkan bahawa terdapat tiga kategori utama perilaku prososial seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Jenis Tingkah Laku Prososial

Jenis Tingkah Laku


Penerangan
Prososial

Berkongsi/ Berkongsi merujuk kepada perbuatan memberi. Contohnya,


menderma seorang kanak-kanak memberikan kereta mainan
kegemarannya kepada seseorang. Kanak-kanak yang lebih
kecil pada umumnya bersikap suka berpaut pada barang
yang dimilikinya dan tidak mudah berkongsi dengan kanak-
kanak lain. Walau bagaimanapun, apabila kanak-kanak
semakin dewasa, mereka lebih bersedia untuk berkongsi dan
ini perlu dipupuk dalam diri mereka.

Bekerjasama Bekerjasama merujuk kepada perbuatan bekerja bersama-


sama untuk menyelesaikan suatu tugasan. Kanak-kanak
dapat melakukan suatu tugasan bersama kanak-kanak lain.

Menolong Menolong merujuk kepada perbuatan membantu seseorang


dan melakukan suatu perbuatan yang baik. Seorang kanak-
kanak pada umumnya sangat suka menolong tetapi
penyelidikan oleh Eisenberg, Fabes, Carlo, Troyer, Speer,
Karbon dan Switzer (1992) mendapati bahawa tingkah laku
menolong banyak dipengaruhi oleh cara orang dewasa di
sekeliling mereka menghargai tingkah laku prososial.

Seperti yang telah kita katakan, kanak-kanak boleh melibatkan diri dalam
tingkah laku prososial kerana seorang kanak-kanak memerlukannya agar dia
mempunyai kecekapan tertentu untuk menghasilkan tingkah laku prososial
(rujuk Rajah 2.2). Kanak-kanak hanya boleh menunjukkan tingkah laku prososial
apabila mereka mempunyai ketiga-tiga kecekapan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

Rajah 2.2: Kecekapan yang Menyumbang kepada Tingkah Laku Prososial

AKTIVITI 2.1

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengembangkan


tingkah laku menolong? Kongsi jawapan anda dengan rakan sekuliah
dalam forum myINSPIRE.

• Pengetahuan tentang memori dan persepsi boleh membantu kita


menguruskan tingkah laku dengan lebih baik apabila kita memahami cara
kanak-kanak berfikir.

• Kawalan kendiri adalah sangat penting kepada kanak-kanak tetapi orang


dewasa (ibu bapa dan guru) perlu tahu cara untuk menggalakkannya dalam
kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang tiada kawalan kendiri akan lebih
sukar untuk diurus, maka ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk
semua orang.

• Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk „membesar‰ sebelum umur


mereka. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui tahap perkembangan mereka
dalam pelbagai bidang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: KUNCI DALAM  35
MENGURUSKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SECARA BERKESAN

Egosentrik Peringkat operasi konkrit


Kawalan kendiri Peringkat praoperasi
Memori jangka panjang Persepsi
Memori jangka pendek Tingkah laku prososial

Eisenberg, N., Fabes, R. A., Carlo, G., Troyer, D., Speer, A. L., Karbon, M., &
Switzer, G. (1992). The relations of maternal practices and characteristics
to childrenÊs vicarious emotional responsiveness. Child Development, 63,
583–602.

Marion, M. (2015). Guidance of young children. Pearson.

McLeod, S. A. (2010). Concrete operational stage.


http://www. simplypsychology.org/concrete-operational.html

Santrock, J. W. (2011). Child development. McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengurusan
Komunikasi
3
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Membincangkan prinsip komunikasi positif.
2. Menerangkan keperluan asas manusia yang menggariskan
permintaan kanak-kanak untuk mendapatkan pertolongan.
3. Menghuraikan cara membentuk perasaan kanak-kanak.
4. Membincangkan pelbagai ciri komunikasi mengikut umur
kanak-kanak.
5. Menghuraikan cara untuk mendorong kanak-kanak melalui
komunikasi yang betul.

 PENGENALAN
Komunikasi positif adalah seperti satu tarian – ekspresif dan responsif, melibatkan
memberi dan menerima sesuatu. Walaupun kanak-kanak memulakan tarian
interaktif ini pada awal kehidupan, kemahiran komunikasi yang berkesan
diperoleh secara beransur-ansur selama bertahun-tahun. Kanak-kanak boleh
belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan dengan meniru dan berinteraksi
dengan orang dewasa yang merupakan model ikutan melalui penglibatan
mereka dengan kanak-kanak dalam peranan konvensional, bercakap dan
mendengar, mengetuai dan mengikuti. Mempunyai kemahiran komunikasi
yang positif adalah penting dan boleh mempengaruhi cara kanak-kanak
memainkan peranannya di rumah, sekolah dan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  37

3.1 PRINSIP KOMUNIKASI YANG POSITIF


Bagaimanakah anda memastikan bahawa komunikasi yang positif berlaku
dalam persekitaran dan perhubungan anda? Yang berikut ialah senarai prinsip
komunikasi yang positif:

(a) Komunikasi Bermula Sebelum Lahir


Komunikasi bermula apabila janin mula mendengar bunyi nada suara
ibunya. Fisiologi pendengaran bayi yang baru lahir berkembang dengan
sangat baik.

(b) Perkembangan Kemahiran Komunikasi Awal Kanak-kanak Bergantung


pada Bimbingan Orang Dewasa
Orang dewasa perlu memimpin dan bertindak sewajarnya apabila
berkomunikasi dengan kanak-kanak, walaupun kanak-kanak itu masih
bayi lagi. Bayi terlibat dalam interaksi dengan melihat dan memberi tindak
balas ketika orang dewasa bercakap. Apabila interaksi menjadi terlalu
serius, bayi akan mengalihkan pandangan sambil merengek atau menguap
sebagai tanda keletihan dan masa untuk berehat.

(c) Komunikasi Bersama adalah Penting


Apabila kanak-kanak berkembang dan membesar, gaya komunikasi mereka
berubah daripada satu peringkat ke peringkat seterusnya. Orang dewasa
perlu mengenal pasti dan menyesuaikan diri dengan pelbagai batasan
kanak-kanak untuk membimbing mereka ke arah komunikasi yang
berkesan. Bimbingan kanak-kanak yang berkesan bergantung pada
komunikasi bersama. Matlamat utama disiplin positif bukan hanya untuk
mengawal atau memanipulasi kanak-kanak tetapi untuk merangsang
dan mengawal mereka berdasarkan pemahaman tentang keperluan dan
harapan terhadap diri sendiri dan orang lain melalui dialog yang terbuka
dan jujur.

(d) Tiga Keperluan Asas Manusia yang Menjadi Dasar untuk Kanak-kanak
Meminta Pertolongan
Terdapat tiga keperluan asas yang penting dalam komunikasi yang
menunjukkan keinginan untuk tindak balas atau pertolongan. Orang
dewasa dan kanak-kanak mempunyai dorongan asas manusia yang
sama untuk memenuhi keperluan sosial, emosi, intelektual, dan fizikal
mereka. Terdapat banyak cara yang rumit digunakan oleh manusia daripada
semua peringkat umur untuk mendekati orang lain bagi mendapatkan
bantuan. Namun sebenarnya di sebalik semua kerumitan ini, terdapat
tiga keperluan manusia yang mudah untuk dipenuhi. Keperluan ini
dinyatakan sebagai permintaan untuk:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

• Tindakan atau Maklumat


Contohnya, „Tolong lakukan ...‰ atau „Sila beritahu saya ...‰

• Pemahaman dan Perhatian


Contohnya, „Sila dengar dan berikan perhatian kepada saya ...‰

• Interaksi yang Tidak Sesuai


Contohnya, „Tolong benarkan saya berpaut, mengeluh, mengadu,
memandang rendah pada kamu dan sebagainya ...‰

(e) Mendengar dengan Penuh Perhatian Boleh Memupuk Perkembangan Diri


Kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai keperluan yang sangat kuat untuk mendapatkan
perhatian, pengiktirafan dan rasa kekitaan. Jika kanak-kanak sering
diabaikan, dia mungkin akan mula merasakan seolah-olah dirinya tidak
wujud. Kebanyakan perkara yang disebut sebagai salah laku adalah
semata-mata percubaan kanak-kanak untuk menonjolkan dirinya melalui
satu cara atau cara yang lain. Untuk mengelakkan keadaan sedemikian,
orang dewasa perlu mendengar mereka dengan penuh perhatian.
Mendengar dengan penuh perhatian termasuk:

• Mengekalkan hubungan mata;

• Memberi gerak badan bukan lisan yang relevan seperti mengangguk,


senyum dan sentuhan yang sesuai;

• Memberi tindak balas lisan yang relevan bagi menarik dan


menggalakkan kanak-kanak untuk terus meluahkan perasaan mereka;
dan

• Menunggu dengan sabar untuk kanak-kanak menyudahkan apa yang


mereka sedang perkatakan tanpa mendesak kanak-kanak tersebut
atau cuba menyudahkan ayat kanak-kanak tersebut.

Mendengar dengan penuh perhatian dan sopan ini bukan sahaja memberi
kanak-kanak keyakinan bahawa apa yang mereka perlu perkatakan adalah
cukup penting kepada orang dewasa untuk didengari tetapi juga
mengajar kanak-kanak cara mereka harus mendengar kata-kata orang lain.
Menetapkan teladan yang baik untuk kanak-kanak contohi adalah penting.
Selain itu, mendengar dengan teliti akan membantu orang dewasa
mendengar, mentafsir dan bertindak balas dengan lebih tepat terhadap
keperluan kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  39

AKTIVITI 3.1

Apakah pendapat anda tentang kepentingan komunikasi yang positif


kepada kanak-kanak? Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah
anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Berikan nilai terhadap prinsip-prinsip komunikasi yang positif.

2. Huraikan bagaimanakah mendengar dengan penuh perhatian


dapat memupuk rasa kendiri kanak-kanak.

3.2 MEMBENTUK PERASAAN KANAK-KANAK


Apabila kita bercakap tentang perasaan kanak-kanak, kita merujuk kepada
keupayaan mereka untuk mengenal pasti, memahami dan menguruskan
perasaan mereka sendiri serta membentuk cara mereka bertindak. Memahami
perasaan adalah satu bahagian penting dalam perkembangan emosi kanak-kanak.
Kanak-kanak mengalami banyak perasaan yang sama seperti orang dewasa.
Mereka boleh berasa marah, terkejut, lucu, gembira, bimbang, sedih dan malu.
Rajah 3.1 menggambarkan beberapa perasaan kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

Rajah 3.1: Perasaan Kanak-kanak

Adakah anda bersetuju bahawa penyediaan asuhan kanak-kanak dan pendidikan


awal kanak-kanak ialah pekerjaan yang sangat memenatkan dari segi emosi?
Kanak-kanak kecil sering mengalami emosi yang tidak menentu. Mereka boleh
bertukar daripada ketawa kepada menangis dalam sekelip mata. Akibatnya,
orang dewasa yang responsif yang berkait rapat dengan kanak-kanak kecil
tersebut sering terikut-ikut dengan gelombang emosi mereka yang tidak
menentu. Jadual 3.1 menunjukkan peringkat perkembangan sosial dan emosi
kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  41

Jadual 3.1: Peringkat Perkembangan Sosial dan Emosi Kanak-kanak

Umur Tahap Kemahiran Komunikasi

Tahun pertama Sejak lahir, bayi seronok meneroka persekitaran mereka dan
berinteraksi dengan orang lain.

Lahir–3 bulan Menghabiskan banyak masa mempelajari tentang tubuh badan


mereka seperti:

• menghisap jari;
• melihat tangannya sendiri;
• melihat dan menyentuh anggota badan; dan
• meneroka bahagian badan seperti tangan dan kaki.

Bayi menunjukkan minat terhadap orang lain dan belajar untuk


mengecam pengasuh utama mereka:
• lebih suka orang dewasa yang akrab dengan mereka;
• bertindak balas secara positif kepada sentuhan;
• berinteraksi dengan baik apabila diberi perhatian;
• senyum dan menunjukkan kegembiraan sebagai tindak balas
kepada rangsangan sosial; dan
• meluahkan emosi yang kuat melalui bunyi dan tindakan.

3–6 bulan Mula berinteraksi secara sosial:


• bermain cak;
• memahami nama sendiri;
• senyum secara spontan; dan
• kerap ketawa.

6–9 bulan Bayi menunjukkan emosi mereka dan merujuk kepada orang
yang dikenali:
• menunjukkan emosi yang berbeza dengan jelas;
• mengecam wajah orang yang dikenali dan orang asing;
• memberi reaksi terhadap pergerakan dan bahasa badan; dan
• menunjukkan kesedihan atau kemarahan apabila kehilangan
mainan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

9–12 bulan Apabila kanak-kanak berusia hampir setahun, dia akan meniru
orang lain dan cuba membuat sesuatu perkara untuk dirinya
sendiri menjadi keutamaannya. Antara lain, kanak-kanak itu
boleh:
• menyuap diri sendiri, menggunakan tangan;
• memegang cawan menggunakan kedua-dua belah tangan
dan mampu minum sendiri dengan sedikit bantuan;
• memberi kerjasama apabila memakai pakaian seperti
menghulurkan tangan dan kaki; dan
• meniru perbuatan yang mudah.

1–2 tahun Kanak-kanak lebih sensitif terhadap diri sendiri dan mampu
menyelesaikan tugas yang mudah. Kanak-kanak tersebut
meluahkan perasaan mereka secara mendalam dan merasa
seronok berinteraksi dengan orang lain:
• mengenali dirinya sendiri dalam gambar atau melihat
pantulannya sendiri dalam cermin dan tersenyum;
• menunjukkan perasaan sangat sayang kepada ibu bapa dan
perasaan sayang kepada orang yang dikenali;
• bermain bersendirian;
• menunjukkan perasaan yang negatif;
• menunjukkan rasa bangga terhadap pencapaiannya;
• meniru kelakuan orang dewasa semasa bermain;
• bertindak secara berdikari dan „suka mengarah‰; dan
• seronok „menolong‰ membuat kerja rumah seperti
membersihkan rumah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  43

2–3 tahun Kanak-kanak menjadi lebih berdikari dan kreatif. Mereka


seronok meneroka, lebih berdikari dan mengembangkan
kemahiran mereka:
• menunjukkan kepekaan terhadap jantina yang lain;
• menyatakan keperluan untuk pergi ke tandas;
• cuba memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri;
dan
• mengutamakan kepentingan diri terlebih dahulu dan berkata
„tidak‰ kepada permintaan orang dewasa.

Mula untuk membuat penilaian kendiri dan cuba menjadi orang


yang terbaik dan paling menarik:
• menunjukkan kepekaan terhadap perasaan mereka dan
orang lain;
• bercakap tentang perasaan;
• mengalami perubahan perasaan dan menunjukkan rasa takut;
dan
• mempamerkan perasaan dan tindakan yang agresif.

Kanak-kanak seronok bermain permainan selari dan memberi


tumpuan kepada aktiviti bersendirian ketika berada dekat dengan
kanak-kanak lain:
• memerhati kanak-kanak lain bermain. Bermain bersama-sama
mereka buat seketika;
• berpaut pada mainan mereka;
• bermain „rumah‰;
• menggunakan objek sebagai simbol ketika bermain;
• menyertai aktiviti berkumpulan yang mudah seperti
menyanyi; dan
• mengenal pasti jantina dengan mudah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

3–4 tahun Kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun adalah lebih
berdikari dan boleh melakukan perkara berikut:
• menurut siri arahan yang mudah;
• menyelesaikan tugas yang mudah seperti makan tanpa
bantuan dan menuang air ke dalam cawan;
• membasuh tangan dan membuang hingus;
• seronok bermain dengan kanak-kanak lain;
• berkongsi mainan dan mengikut giliran dengan bimbingan;
• mengambil bahagian dalam permainan berkumpulan; dan
• berlakon (drama) dan main peranan.

4–5 tahun Kanak-kanak mula menjadi lebih peka terhadap keperibadian


mereka sendiri:
• menunjukkan pemahaman tentang tujuan moral (meneroka
idea tentang keadilan atau salah laku);
• membandingkan tingkah lakunya sendiri dengan orang lain;
• pada usia empat tahun, kanak-kanak menunjukkan lebih
minat dalam perhubungan dengan kanak-kanak lain;
• membina perhubungan;
• sensitif terhadap perasaan orang lain;
• menunjukkan minat dalam meneroka perbezaan jantina;
• menikmati permainan imaginasi dengan kanak-kanak lain;
dan
• permainan dramatik adalah lebih realistik dan memberi
perhatian kepada masa dan ruang.

Menyokong perasaan kanak-kanak adalah sama pentingnya dengan menyokong


perkembangan mereka yang lain. Terdapat banyak cara untuk membantu
kanak-kanak belajar dan membentuk perasaan mereka. Beberapa cara untuk
menyokong dan membentuk perasaan positif kanak-kanak adalah seperti yang
berikut:

(a) Mengekalkan hubungan rapat dengan kanak-kanak untuk membina ikatan


yang kuat dan bertindak balas terhadap mereka dengan cara yang mesra
dan responsif.

(b) Menerima dan mengakui perasaan dan emosi kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  45

(c) Bacakan cerita kepada kanak-kanak dan bercakap tentang perasaan yang
berbeza daripada watak dalam cerita untuk membantu mereka memahami
perasaan mereka dengan lebih baik.

(d) Menggalakkan kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka atau


menerangkan perasaan melalui kata-kata.

(e) Menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap tentang pengalaman peribadi


yang membuat mereka berasa gembira, marah atau sedih.

(f) Sentiasa memuji kanak-kanak untuk kekal tenang dan tidak hilang kawalan.

(g) Membantu mereka untuk memisahkan perasaan mereka daripada tingkah


laku.

(h) Menawarkan pilihan kepada mereka kerana pilihan memberikan kanak-


kanak rasa kawalan dan dapat membantu mereka menghadapi kekecewaan.

(i) Memberi sokongan dan dorongan ketika menghadapi tekanan.

(j) Bertimbang rasa terhadap perasaan, keperluan dan keinginan kanak-kanak.

AKTIVITI 3.2

1. Bagaimanakah anda mengajar kanak-kanak untuk mengenal pasti


perasaan mereka?

2. Bincangkan beberapa cara yang dapat membentuk perasaan


kanak-kanak. Kongsikan dapatan anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 3.2

Bincangkan peringkat perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

3.3 CIRI-CIRI KOMUNIKASI


Komunikasi adalah pemindahan maklumat daripada seseorang kepada orang
lain. Adakah anda fikir kanak-kanak boleh hidup tanpa berkomunikasi antara
satu sama lain? Komunikasi bertujuan menyampaikan mesej. Menurut Maslow
(1970), keupayaan untuk memenuhi keperluan peribadi seseorang timbul
terutamanya daripada kemampuan untuk berkomunikasi.

Kanak-kanak memberi tindak balas kepada orang lain mengikut usia dan tahap
perkembangan kanak-kanak tersebut. Yang berikut ialah beberapa peringkat
dan ciri komunikasi kanak-kanak mengikut umurnya:

(a) Dari Lahir hingga 2 Tahun


Pada peringkat ini, kanak-kanak membina hubungan erat dengan
pengasuhnya seperti ibu bapa dan ahli keluarga dekat mereka. Kanak-kanak
belajar untuk mempercayai orang dewasa dan tahu bahawa mereka akan
bersamanya ketika dia memerlukannya. Misalnya, kanak-kanak akan
menangis jika dia dibiarkan bersendirian untuk tempoh masa yang lama.

(b) Usia 2 hingga 6 Tahun


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bersosial dan berkomunikasi
dengan rakan mereka. Kanak-kanak mengambil inisiatif untuk menyentuh,
meramas dan mencampurkan objek bersama tanpa bertanya terlalu banyak
soalan. Kanak-kanak juga cuba untuk berdikari tanpa bergantung kepada
pengasuh mereka.

(c) Usia 6 hingga 12 Tahun


Kanak-kanak pada peringkat ini dapat memahami bahawa maklumat
dan kawalan kendiri mereka telah meningkat. Mereka berkomunikasi
untuk membantu meningkatkan penampilan diri dan keyakinan diri
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  47

3.3.1 Melindungi Kanak-kanak


Salah satu tujuan komunikasi adalah untuk memberi motivasi. Sebagai guru, anda
berinteraksi dengan kanak-kanak untuk memperbaiki tingkah laku mereka.
Sebelum kanak-kanak dapat dimotivasikan, mereka perlu berasa selamat terlebih
dahulu dalam persekitaran mereka. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil
kira untuk melindungi kanak-kanak.

(a) Persekitaran Fizikal


Faktor persekitaran fizikal termasuklah:

• tetapan yang selesa


Keperluan fizikal asas termasuklah keperluan untuk makanan,
minuman, rehat, dan perlindungan. Ia merangkumi keselamatan fizikal,
aktiviti, pencahayaan yang mencukupi, dilatari kebisingan yang terhad,
sentuhan yang selamat, ruang yang mencukupi untuk bergerak, suasana
yang menarik, selesa dan hangat secara visual, dalam suasana santai
serta masa untuk berehat dan membuat refleksi.

• aktiviti yang mencukupi


Kanak-kanak perlu diberi aktiviti yang mencukupi dalam rutin harian
mereka untuk mengelakkan sebarang tingkah laku yang merosakkan.
Orang dewasa perlu memerhatikan jumlah aktiviti sekolah harian yang
diberi kepada kanak-kanak dan membekalkan aktiviti yang cukup
supaya mereka dapat bekerja secara senyap apabila perlu.

• aktiviti fizikal
Untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak, orang dewasa perlu
ada untuk mengawasi kanak-kanak pada setiap masa supaya mereka
tidak menghadapi risiko secara fizikal daripada kecederaan atau
penderaan (termasuk membuli).

• sentuhan yang selamat


Kanak-kanak memerlukan kemesraan dan kasih sayang, dan keselesaan
fizikal daripada ibu bapa, pengasuh dan guru mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

(b) Persekitaran Emosi


Tetapan awal kanak-kanak yang positif mencerminkan cara orang dewasa
mengawal persekitaran untuk memaksimumkan perkembangan dan
pembelajaran emosi kanak-kanak. Tetapan awal kanak-kanak yang positif
perlu mempunyai dimensi yang berikut:

• pertalian: Sejauh manakah perasaan gembira kanak-kanak dan


mengenali antara satu sama lain, dan sejauh manakah mereka sanggup
bekerjasama antara satu sama lain?

• penglibatan: Sejauh manakah kanak-kanak berminat dalam


pembelajaran akademik dan sejauh manakah mereka mengambil
bahagian?

• sokongan orang dewasa: Berapa banyakkah bantuan dan penglibatan


peribadi yang anda berikan kepada kanak-kanak dan sebanyak
manakah anda mempercayai mereka?

• kawalan: Adakah orang dewasa memonopoli, mengawal atau


bekerjasama dengan kanak-kanak untuk membentuk tingkah laku
yang produktif dan sihat?

3.3.2 Memenuhi Keperluan Autonomi Kanak-kanak


Adakah anda tahu bahawa kanak-kanak perlu merasakan bahawa mereka
mengawal diri mereka sendiri untuk dapat berkomunikasi dengan berkesan?
Sebagai pengasuh atau guru, anda mempunyai tanggungjawab untuk membantu
kanak-kanak di bawah jagaan anda merasakan bahawa mereka mempunyai
kawalan ke atas pilihan dan keputusan yang mereka buat. Pengasuh atau guru
yang memberi banyak sokongan kepada anak mereka dan tahu perkara yang
diharapkan daripada mereka akan dapat membina dan memenuhi autonomi
anak kecil mereka. Ia adalah penting bagi orang dewasa untuk membantu
kanak-kanak mengawal pembelajaran dan tingkah laku mereka sendiri
supaya mereka tidak akan menjadi ganas apabila keperluan asas mereka untuk
penentuan diri sendiri dilanggar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  49

Yang berikut ialah beberapa cara untuk memenuhi keperluan autonomi


kanak-kanak:

(a) Menggalakkan Kanak-kanak Berdikari


Mampu berdikari ialah keperluan asas dan berjaya berdikari akan
meningkatkan harga kendiri. Apabila anda membenarkan kanak-kanak
bekerja bersendirian dan mencuba tugasan secara berdikari serta
menggalakkan kawalan emosi diri, anda sedang membantu mereka
menjadi cekap dan berbangga dengan pencapaian mereka.

(b) Menyediakan Pilihan


Kanak-kanak akan menjadi tidak bermaya jika anda tidak memberi mereka
aktiviti yang cukup untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak perlu
diberi beberapa pilihan mengenai aktiviti mereka semasa waktu pengajaran.
Ini bukan sahaja membolehkan mereka memberi perhatian, malah ia juga
akan mengurangkan sebarang kelakuan yang mengganggu. Walaupun
mereka tidak mempunyai pilihan tentang aktiviti yang ditetapkan, anda
masih boleh memberi mereka pilihan terhadap cara untuk melakukannya.

(c) Memberi Contoh Kawalan Kendiri


Orang dewasa perlu menunjukkan cara untuk kekal tenang dan dapat
mengawal diri mereka sendiri supaya kanak-kanak akan belajar daripada
orang dewasa tentang cara mereka dapat melatih kawalan kendiri ke atas
emosi mereka.

(d) Mengajar Pengurusan Kendiri


Sekiranya anda mahu kanak-kanak mengembangkan kemahiran yang
diperlukan oleh mereka pada kemudian hari apabila dewasa, anda perlu
mengajar mereka cara menggunakan kemahiran tersebut pada saat ini
(iaitu dari waktu kecil lagi). Mereka perlu menyedari kelakuan mereka
sendiri dan reaksi orang lain sebagai tindak balas terhadap kelakuan
mereka. Kanak-kanak perlu belajar mengawal emosi mereka kerana banyak
tingkah laku yang mengganggu berasal daripada kekurangan kawalan
kendiri. Oleh itu, sebagai pengasuh atau guru, anda perlu menyokong
dan mengajar kanak-kanak cara menguruskan emosi apabila mereka
mengalami tekanan. Orang dewasa tidak boleh menghukum mereka
kerana mereka bersikap keterlaluan apabila mereka tidak dapat mengawal
emosi mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

(e) Apakah Akibatnya?


Daripada memberitahu kanak-kanak perkara yang akan berlaku kepada
mereka jika mereka melanggar peraturan, adalah lebih penting untuk
mengajar kanak-kanak kesan daripada tindakan mereka terhadap orang
lain. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berfikir tentang tingkah laku
mereka dan untuk mengelakkan sebarang tingkah laku yang tidak
berperikemanusiaan. Beberapa langkah yang mungkin dapat menggalakkan
kanak-kanak menyedari akibat daripada kelakuan mereka adalah seperti
yang berikut:

• Mencari penyelesaian dan bukan pesalahnya. Dengan berbuat demikian,


dengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak tentang perkara yang
sedang berlaku. Elakkan terlalu memfokuskan untuk mengetahui
siapakah yang bersalah;

• Membina hubungan yang erat dengan kanak-kanak supaya mereka


bersedia bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan sebarang
masalah;

• Elakkan memberitahu kanak-kanak tentang kesilapan mereka dan


berunding cara untuk meredakan sesuatu dengan meminta maaf,
membersihkan atau sebaliknya memulihkan sebarang kerosakan; dan

• Setelah penyelesaian dirunding, periksa semula kemudian atau buat


susulan untuk melihat sama ada ia berfungsi dengan baik.

3.3.3 Memupuk Kecekapan


Kanak-kanak juga perlu membangunkan kecekapan untuk berkomunikasi
dengan berkesan. Harga kendiri yang sihat dibina melalui kecekapan. Harga
kendiri merujuk kepada sejauh mana kanak-kanak menghargai kualiti dan
pencapaiannya.

(a) Menggalakkan Kecekapan


Kanak-kanak akan menjadi lebih yakin jika mereka cekap. Sebaliknya,
kegagalan yang berulang akan menyebabkan perhatian kanak-kanak itu
silih berganti antara menyiapkan tugas di tangan dan perasaan bimbang
seandainya tugas itu gagal dan dia dikritik. Yang berikut ialah beberapa
cara untuk menggalakkan kecekapan kanak-kanak:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  51

• menyediakan struktur yang mencukupi


Struktur dalam tetapan awal kanak-kanak menyediakan kejelasan dan
kebolehramalan untuk kanak-kanak serta akan memaksimumkan
peluang mereka untuk berjaya. Oleh itu, cara orang dewasa mengatur,
memantau dan menyampaikan aktiviti pengajaran mereka serta
mempunyai pusat pengasuhan kanak-kanak dan teknik pengurusan
kelas yang berkesan akan membantu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang baik untuk kanak-kanak.

• kurikulum yang relevan


Kanak-kanak lebih bermotivasi untuk belajar apabila perkara yang
dipelajari oleh mereka mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka.
Oleh itu, apabila membangunkan kurikulum, harus diingat bahawa
kanak-kanak perlu diberi aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka.

• sesuaikan pengajaran anda kepada tahap kemampuan dan kemahiran


kanak-kanak
Kanak-kanak akan bermotivasi untuk mencuba sesuatu tugas apabila
mereka percaya (berdasarkan pengalaman terdahulu) bahawa mereka
boleh berjaya melakukannya. Walau bagaimanapun, orang dewasa
tidak boleh menipu kanak-kanak dengan memberi tugas yang terlalu
mudah untuk mereka. Orang dewasa perlu mengajar kemahiran
yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

• memberi maklum balas yang khusus


Apabila kanak-kanak menerima hanya sedikit maklum balas yang
positif, mereka tidak akan berminat untuk melakukan apa-apa tugas
yang anda mahu mereka jalankan. Mereka mungkin juga tidak suka
pergi ke sekolah. Maklum balas yang diberikan mestilah sahih, spesifik,
segera, tulen, dan membina.

(b) Memperluaskan Konsep Kendiri Kanak-kanak


Kaedah kedua yang boleh menyebabkan kanak-kanak mempunyai harga
diri yang rendah adalah apabila mereka tidak menyedari potensi diri
mereka sendiri. Oleh itu, anda perlu membantu mereka mengembangkan
kesedaran diri mereka. Yang berikut ialah beberapa cara:

• memudahkan pengiktirafan kendiri


Kanak-kanak boleh memperluas konsep kendiri mereka dengan
memperhatikan kejayaan mereka sendiri melalui pengiktirafan diri
dengan serta-merta. Catatan harian atau gambar pencapaian mereka
boleh ditampal di tempat tertentu untuk membantu mereka menyedari
kejayaan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

• menggabungkan aktiviti yang meningkatkan pengetahuan kendiri


kanak-kanak
Orang dewasa boleh menggabungkan aktiviti yang membolehkan
kanak-kanak menyedari kualiti mereka seperti melukis atau
memberitahu rakan sekelas mengenai kemahiran mereka. Aktiviti
sedemikian tidak akan meningkatkan pengetahuan kendiri secara
langsung tetapi dengan konsep kendiri yang diperluaskan, kanak-kanak
mungkin menyedari bahawa mereka mempunyai banyak kualiti yang
sempurna dan akan belajar menghargainya.

• membenarkan kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka


Kanak-kanak mungkin mengalami pelbagai perasaan yang sebenar dan
tulen di sekolah. Sesetengah orang mungkin menimbulkan pandangan
negatif terhadap diri mereka sendiri kerana mereka percaya bahawa
perasaan mereka adalah salah. Apabila anda menerima perasaan dan
pengalaman kanak-kanak, anda memberitahu mereka bahawa perasaan
itu tidak perlu dihakimi dan mereka boleh meluahkan perasaan mereka
antara satu sama lain.

(c) Menggalakkan Cita-cita yang Realistik


Kaedah ketiga untuk meningkatkan harga kendiri kanak-kanak adalah
membantu mereka mempunyai cita-cita yang realistik untuk diri mereka
sendiri.

• harapan yang positif


Apabila anda mengharapkan kanak-kanak untuk berkebolehan
melakukan sesuatu perkara, mereka lebih cenderung untuk
melakukannya dengan cermat. Oleh itu, anda perlu berkomunikasi
dengan kanak-kanak dan mempercayai kemampuannya untuk
meningkatkan diri, berkembang dan maju, serta mengharapkan semua
orang mencapai taraf kerja yang tinggi.

• menggalakkan pengambilan risiko


Ia adalah penting untuk anda menggalakkan kanak-kanak mengambil
risiko, menetapkan matlamat mereka sendiri, mengatur aktiviti
mereka sendiri dan bijak mencari jalan untuk mengatasi masalah
dalam pembelajaran. Memupuk kreativiti adalah penting untuk
pembelajaran positif dan akan memberi galakan kepada kanak-kanak
untuk berusaha mencapai cita-cita mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI  53

• mengakui kesilapan
Kesilapan tidak selalunya perkara yang buruk. Kanak-kanak belajar
banyak perkara apabila mereka membuat kesilapan. Kesilapan
menandakan bahawa mereka sedang belajar sesuatu yang baharu. Oleh
itu, ia menandakan bahawa mereka perlu terus berusaha.

AKTIVITI 3.3

1. Mengapakah anda fikir bahawa komunikasi antara kanak-kanak


dengan orang dewasa adalah penting?

2. Apakah yang akan berlaku dalam jangka panjang jika kanak-kanak


tidak pernah diberi pilihan dalam hidup? Bincangkan dengan
rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Apakah perbezaan antara persekitaran fizikal dengan persekitaran


emosi?

2. Cadangkan beberapa contoh kesan kelakuan kanak-kanak


terhadap orang dewasa.

• Komunikasi positif membantu kanak-kanak memperbaiki perkembangan


sosial mereka.

• Guru perlu mengetahui keperluan asas manusia yang menjadi dasar untuk
kanak-kanak meminta pertolongan.

• Kanak-kanak belajar untuk meluahkan perasaan mereka dengan bantuan


orang dewasa.

• Untuk memotivasikan kanak-kanak, guru perlu melindungi persekitaran


fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut, memenuhi keperluan autonomi
mereka dan memupuk kecekapan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 PENGURUSAN KOMUNIKASI

Autonomi kanak-kanak Mendengar dengan penuh perhatian


Cita-cita yang realistik Persekitaran emosi
Komunikasi positif Persekitaran fizikal

Miller, D. F. (2010). Positive child guidance (Ed. ke-6). Wadsworth.

Porter, L. (2006). Student behaviour: Theory and practice for teachers (Ed. ke-3).
Allen & Unwin.

Rogers, B. (2007). Behaviour management: A whole-school approach (Ed. ke-2).


Paul Chapman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Di Luar
Bilik Darjah
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mengenal pasti matlamat kerjasama ibu bapa-guru.
2. Menganalisis pelbagai aspek yang dapat meningkatkan kerjasama
ibu bapa-guru.
3. Membincangkan rasional penglibatan ibu bapa di sekolah.
4. Membincangkan kepentingan polisi disiplin (atau peraturan) di
pusat awal kanak-kanak.
5. Menghuraikan matlamat polisi disiplin di taman asuhan
kanak-kanak dan prasekolah.

 PENGENALAN
Mengajar kanak-kanak melibatkan lebih daripada sekadar menghabiskan masa
dan membimbing kanak-kanak di dalam bilik darjah. Kumpulan ibu bapa dan
rakan sekerja juga merupakan sumber penting kepada guru terutamanya ketika
masalah timbul. Namun, tidak mudah bagi guru untuk bekerjasama dengan ibu
bapa dan rakan sekerja di pusat awal kanak-kanak. Oleh itu, guru memerlukan
sokongan pihak pentadbiran di pusat untuk melibatkan diri dengan cara yang
benar-benar membolehkan kerjasama berlaku antara ibu bapa kanak-kanak dan
rakan mereka. Guru perlu merasakan bahawa peranan mereka dinilai dan mereka
mempunyai sokongan dari luar bilik darjah untuk mendorong mereka
menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada murid mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

4.1 BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA


Kita tahu bahawa penglibatan ibu bapa dapat meningkatkan perkembangan
dan pembelajaran kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk
bekerjasama dengan ibu bapa kerana tidak semua guru dilatih untuk berbuat
demikian. Kemahiran dalam berunding dengan ibu bapa tidak sama dengan
kemahiran mengajar kanak-kanak dengan berjaya. Mujurlah kemahiran itu
dapat dipelajari.

Keterbatasan kedua untuk kerjasama ibu bapa-guru yang berjaya adalah


kekurangan atau kekangan dari segi kesediaan ibu bapa untuk melibatkan diri
secara aktif di pusat awal kanak-kanak. Selain itu, sesetengah ibu bapa tidak
mahu terlibat, malah lebih suka membiarkan keputusan pendidikan ditentukan
oleh golongan pendidik sahaja. Oleh itu, penglibatan ibu bapa yang tinggi
adalah penting di samping pentingnya kerjasama antara ibu bapa dan guru.

4.1.1 Mengembangkan Hubungan Ibu Bapa-Guru


Pada masa lalu, tanggapan kepakaran profesional menyifatkan bahawa pusat
jagaan harus memperbetulkan kekurangan pengalaman kanak-kanak di rumah.
Oleh itu, ramai guru merasa bahawa mereka perlu „memberi bantuan atau
menyelamatkan‰ kanak-kanak daripada ibu bapa yang „mempunyai
kekurangan.‰

Peringkat seterusnya adalah melibatkan guru yang mempunyai tanggungjawab


terhad untuk berkomunikasi dengan ibu bapa tentang pendidikan anak
mereka. Guru dilihat „mengetahui perkara yang terbaik‰ untuk kanak-kanak
dan menganggap ibu bapa sebagai penerima nasihat mereka yang pasif.

Peringkat seterusnya dalam hubungan dengan ibu bapa adalah untuk melibatkan
mereka dalam program anak mereka jika mereka berkelapangan. Hubungan
kerjasama ini lebih bersifat timbal balik daripada aliran maklumat sehala dari
pusat awal kanak-kanak ke rumah. Walau bagaimanapun, ia tidak
membayangkan tahap penyertaan yang tinggi; mungkin terdapat penglibatan
yang minimum seperti membantu mengumpul dana atau mengambil bahagian
dalam jawatankuasa pusat jagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH  57

Penekanan yang bersifat lebih baharu adalah pada kerjasama antara guru dengan
ibu bapa dalam menentukan matlamat dan merancang strategi bersama.
Penyertaan ibu bapa pada peringkat ini tidak semestinya bermaksud bantuan
dari hari ke hari di sekolah tetapi ia adalah mengenai berkongsi tanggungjawab
tentang pendidikan kanak-kanak. Kejayaannya bergantung pada keperluan
keluarga, nilai, aspirasi, dan kemahiran.

4.1.2 Matlamat Kerjasama Ibu Bapa-Guru


Matlamat bekerjasama dengan ibu bapa adalah memberi kuasa kepada guru dan
ibu bapa untuk bertindak demi kepentingan kanak-kanak mengikut peranan
masing-masing. Kerjasama ini ialah alat yang paling berkuasa untuk membantu
kanak-kanak berjaya di pusat awal kanak-kanak. Ia memberi ibu bapa dan guru
peluang untuk meningkatkan komunikasi mereka mengenai kemajuan kanak-
kanak serta membolehkan mereka bersama-sama membangunkan strategi dan
rancangan untuk masa depan kanak-kanak.

Yang berikut ialah kelebihan kerjasama antara guru dan ibu bapa di pusat awal
kanak-kanak:

(a) Ibu bapa akan merasa diperkasakan apabila mereka percaya keupayaan
mereka sendiri untuk merancang, memilih dan memperkukuh pilihan
mereka sendiri untuk perkhidmatan kepada anak mereka.

(b) Guru akan merasa diperkasakan apabila mereka tahu cara untuk memenuhi
keperluan anak didik mereka, sama ada secara langsung atau dengan
kerjasama ibu bapa dan rakan sekerja.

(c) Kanak-kanak juga boleh diperkasakan dalam proses ini, apabila orang
dewasa mendengar pilihan dan cadangan mereka untuk menyelesaikan
masalah mereka.

Pemerkasaan bersama ini boleh dihasilkan daripada kerjasama ibu bapa-guru.


Untuk memastikan ibu bapa mengambil bahagian sebagai rakan kongsi yang
setaraf, mereka perlu merasakan bahawa mereka mempunyai sesuatu yang
berguna untuk disumbangkan. Oleh itu, mereka memerlukan:

• Pengiktirafan terhadap kemahiran mereka;

• Dorongan untuk menyumbang kepada pendidikan anak mereka;

• Maklumat mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

• Keupayaan kawalan atau sense of control terhadap pilihan mereka; dan

• Masa dan sumber lain seperti tenaga.

AKTIVITI 4.1

Apakah perbezaan antara hubungan ibu bapa-guru pada masa dahulu


dengan masa sekarang?

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Bincangkan pelbagai kelebihan kerjasama ibu bapa-guru kepada


kanak-kanak prasekolah.

2. Kenal pasti pelbagai cara untuk meningkatkan penglibatan ibu


bapa di pusat awal kanak-kanak.

4.2 AMALAN KERJASAMA


Sebagai guru, adakah anda mengesyorkan amalan kerjasama antara ibu bapa
dan guru? Bagaimanakah anda akan melakukannya?

Anda perlu mencari jalan untuk menyampaikan mesej yang anda berniat untuk
bekerjasama dengan ibu bapa, tidak menjadi dominan dalam hubungan tersebut
tetapi mengakui kekuatan dan kemahiran mereka. Ini memerlukan kemahiran
komunikasi serta keyakinan diri yang baik terutamanya yang berkaitan
kemahiran anda. Dengan kata lain, anda harus bersifat terbuka dengan
pengetahuan profesional anda. Jadual 4.1 memberikan beberapa idea mengenai
cara untuk meningkatkan amalan kerjasama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH  59

Jadual 4.1: Cara Meningkatkan Amalan Kerjasama

Aspek Deskripsi

Peramah Sebagai guru, anda perlu disenangi ibu bapa dan berhubung
dengan mereka dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan
dengan murid anda.

Menghormati Hormati ibu bapa murid anda tanpa mengira latar belakang
ibu bapa yang berbeza dengan mengenali nilai dan perspektif mereka.
Pendekatan kerjasama memerlukan anda memahami setiap
keluarga mempunyai pengalaman yang berlainan.

Mengekalkan Setiap keluarga mempunyai hierarki semula jadi di mana peranan


kawalan ibu bapa ibu bapa adalah untuk memantau fungsi keluarga. Bapa
mempunyai peranannya sendiri dan ibu juga mempunyai
peranannya sendiri; ahli keluarga yang lain pula mempunyai
peranan masing-masing. Oleh itu, anda perlu memastikan
bahawa anda mengikuti hierarki dan mempunyai keyakinan
bahawa ibu bapa cukup cekap untuk mengurus dan mengatasi
kesukaran yang dialami anak mereka.

Mengimbangi Apabila anda meminta ibu bapa untuk bertindak ke atas masalah
keperluan secara berasaskan sekolah yang dihadapi anak mereka, anda perlu
individu dan mengimbangi perkara yang anda harap dilakukan oleh mereka
keluarga dengan mengambil kira komitmen keseluruhan mereka. Sebagai
guru, tumpuan anda bukan hanya pada murid secara individu
sahaja, malah kepada ibu bapa kerana mereka perlu menangani
seluruh keluarga. Oleh itu, mereka mungkin memerlukan masa
untuk berehat atau menyesuaikan diri dan memenuhi keperluan
seluruh keluarga.

Hadkan Walaupun penting untuk menjadi sensitif dan responsif terhadap


tanggungjawab keperluan ibu bapa, sokongan yang boleh anda beri ada hadnya;
anda oleh itu jangan benarkan ibu bapa terlalu bergantung pada nasihat
anda.

SEMAK KENDIRI 4.2

Huraikan pendapat anda, sebagai guru, tentang kepentingan


bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan pengalaman
sekolah anak-anak mereka. Kongsikan pendapat anda dalam forum
myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

AKTIVITI 4.2

Jelaskan beberapa aspek yang boleh meningkatkan amalan kerjasama


antara ibu bapa dengan guru dalam aktiviti prasekolah.

4.3 PENGLIBATAN IBU BAPA


Kanak-kanak yang dapat mengharungi alam persekolahan dengan baik adalah
mereka yang mampu mengimbangi pengalaman di rumah dengan pengalaman
di sekolah. Mereka berkembang maju apabila guru dan ibu bapa mereka berusaha
untuk saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Rasional
penglibatan ibu bapa adalah berdasarkan beberapa andaian berikut:

(a) Ibu bapa mempunyai hubungan yang paling penting dan berkekalan
dengan anak mereka.

(b) Kanak-kanak belajar lebih banyak daripada persekitaran di rumah mereka


berbanding mana-mana persekitaran lain.

(c) Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka menyumbang kepada
sikap dan tingkah laku kanak-kanak sebagai murid.

(d) Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka menggalakkan rasa
saling menghormati dan persefahaman antara pihak di rumah dan sekolah.

(e) Ibu bapa boleh memberi sumbangan positif kepada sekolah.

AKTIVITI 4.3

1. Apakah sumbangan-sumbangan yang boleh diberi oleh ibu bapa


kepada sekolah anak-anak mereka?

2. Apakah faedah yang dapat diperoleh kanak-kanak daripada


kerjasama antara ibu bapa dengan guru mereka? Bincangkan dan
kongsikan penemuan anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH  61

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Jalankan analisis terhadap rasional penglibatan ibu bapa.

2. Bagaimanakah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak


mereka menyumbang kepada pembelajaran dan perkembangan
anak-anak mereka?

4.4 MERUMUSKAN POLISI DISIPLIN


Disiplin ialah proses yang membantu kanak-kanak belajar dan mendapatkan
kemahiran peribadi − ia bukanlah sesuatu matlamat dengan sendirinya. Oleh
itu, kenyataan polisi tentang tingkah laku murid harus merangkumi lebih
daripada sekadar tumpuan langsung pada tingkah laku yang mengganggu.
Yang berikut ialah beberapa elemen yang perlu disertakan dalam polisi disiplin
atau peraturan:

(a) Mandat
Anda perlu mengambil kira polisi yang lebih tinggi yang mengawal polisi
disiplin di tempat anda. Sekolah mungkin tertakluk kepada polisi
menyeluruh yang disediakan oleh badan pentadbir atau pihak berkuasa
pendidikan tempatan. Di Malaysia, semua sekolah dikawal oleh polisi yang
ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan.

(b) Falsafah
Penyataan falsafah ialah tempat yang positif untuk memulakan polisi
disiplin kerana dapat membantu anda untuk memberi tumpuan kepada
perkara yang anda ingin capai. Apabila anda mempunyai penyataan
falsafah, ia boleh digunakan untuk membimbing amalan anda supaya ia
konsisten dan sejajar dengan falsafah anda mengenai pendidikan.

(c) Keperluan Peribadi


Polisi ini harus mengambil kira keperluan peribadi anda termasuklah:

• persekitaran fizikal yang menyenangkan untuk bekerja;

• sejauh mana adanya ketenteraman di dalam bilik darjah;

• tingkah laku yang sopan dalam kalangan semua ahli di dalam kelas;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

• kepuasan kerja; dan

• sokongan ibu bapa dan sekolah.

(d) Matlamat Pendidikan


Fokus utama polisi disiplin anda ialah memenuhi matlamat yang anda
mahu murid anda capai sebagai ahli pusat pembelajaran dan masyarakat
secara umumnya. Matlamat anda mungkin termasuk:

• mewujudkan persekitaran fizikal yang selamat dan penyayang serta


persekitaran emosi yang menyokong dan melindungi hak semua
kanak-kanak untuk belajar dan berkembang secara peribadi serta
melindungi hak anda untuk mengajar;

• memudahkan kejayaan kanak-kanak melalui penyediaan kurikulum


yang bermanfaat dan menyeronokkan;

• mengiktiraf pencapaian kanak-kanak yang melibatkan pertimbangan


tentang maklum balas bermaklumat dan evaluatif;

• memperkasakan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam


keputusan yang memberi kesan kepada mereka;

• menggalakkan tingkah laku prososial melalui cara proaktif;

• menyediakan kanak-kanak dengan strategi untuk mengatasi tekanan;


dan

• mengekalkan hubungan kerjasama dengan ibu bapa.

(e) Teori
Teori yang anda pilih mesti konsisten dengan falsafah anda. Teori ini juga
mesti selaras dengan pandangan anda tentang pendidikan dan
perkembangan kanak-kanak serta sama ada ia diketahui berkesan dan
beretika.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH  63

(f) Amalan
Anda perlu memperincikan beberapa kaedah dan prosedur yang cekap
untuk mencapai matlamat anda termasuk murid dalam merumuskan
dan menguruskan peraturan dan prosedur. Prosedur ini harus memberi
tumpuan kepada cara anda boleh mengurus sekolah atau bilik darjah
anda supaya kebanyakan masalah tingkah laku dapat dicegah. Yang berikut
ialah beberapa prosedur yang boleh diambil:

• campur tangan
Rogers (1998, seperti yang dipetik dalam Porter, 2006) percaya bahawa
Empat R (4R – rights, rules, responsibilities, relationship) harus diterima
pakai dalam setiap polisi disiplin sekolah. Ini ialah hak, peraturan
dan tanggungjawab yang berkaitan dengan kualiti perhubungan (lihat
Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Rangka Polisi untuk Hak,


Peraturan, Tanggungjawab dan Perhubungan

Sumber: Porter (2006)

Bagi memastikan campur tangan yang berlaku dapat membantu


kanak-kanak menangani perubahan sikap dan tingkah lakunya, anda
harus sedar tentang hak mereka dan peraturan yang dikenakan kepada
mereka. Semua 4R tadi adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

• penglibatan murid
Polisi anda perlulah terperinci, menyatakan cara untuk memperkasakan
penglibatan murid dalam membuat keputusan mengenai tingkah laku
dan pembelajaran mereka. Anda juga harus menyatakan hak dan
tanggungjawab mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

• kerjasama dengan ibu bapa


Rancangan anda harus merangkumi prosedur sistematik yang
melibatkan nasihat dan sokongan daripada ibu bapa terhadap isu
akademik dan tingkah laku. Ia harus lebih daripada sekadar
memberitahu ibu bapa tentang sekolah dan kelakuan anak mereka di
sana tetapi juga sebagai pertukaran maklumat secara dua hala.

• isu tertentu
Ia mungkin berguna bagi polisi sekolah untuk menyebut isu tertentu
seperti buli, prosedur gangguan seksual dan penderaan kanak-kanak.
Guru dikehendaki mematuhi undang-undang dengan melaporkan
sebarang syak wasangka mengenai penderaan kanak-kanak kepada
agensi kebajikan kanak-kanak tempatan. Memaklumkan kepada ibu
bapa bahawa guru bertanggungjawab melaporkan sebarang tindakan
penderaan yang mencurigakan dan memberi maklumat tentang
penderaan kanak-kanak akan meningkatkan kesedaran tentang isu ini.
Malah, ia mungkin boleh menghalang penderaan daripada menjadi
lebih teruk. Ia juga boleh menetapkan asas bagi campur tangan oleh
kakitangan sekolah dalam isu tertentu apabila anda sebagai guru
mengesyaki berlakunya penderaan.

(g) Penilaian terhadap Rancangan Polisi


Sebarang rancangan akan memerlukan beberapa pengubahsuaian sebaik
sahaja anda telah mengenal pasti keperluan khusus murid anda atau
apabila rancangan itu kelihatan tidak berkesan. Dalam kes sedemikian,
anda boleh bertanya kepada diri anda sendiri soalan berikut:

• adakah rancangan disiplin anda selaras dengan teori?

• adakah prosedur tersebut dapat dicapai dengan baik?

• adakah hasilnya bersesuaian dengan perkara yang telah anda buat


untuk dicapai?

• adakah murid menjadi lebih berjaya atau kurang berjaya?

• apakah sumber tambahan yang diperlukan untuk menjadikan polisi


itu lebih berkesan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH  65

(h) Kekangan pada Pelan Tatatertib


Polisi ini mungkin mempunyai beberapa kekangan atau batasan yang
perlu anda ketahui. Terdapat beberapa faktor kekangan yang anda perlu
terus pantau, agar pengajaran dan pembelajaran terhindar daripada
sebarang gangguan dan keadaan yang tidak terduga. Faktor kekangan
termasuklah:

• faktor kontekstual
Sebagai guru, tindak balas anda terhadap gangguan akan dipengaruhi
oleh faktor kontekstual seperti masa ketika tingkah laku itu terjadi
dan orang yang ada pada waktu tersebut. Contohnya, anda boleh
meminta kanak-kanak tidak terlalu teruja semasa melaksanakan uji kaji
sains, manakala tingkah laku yang sama boleh diterima di kelas lain.

• keperibadian guru
Guru adalah berbeza dalam pelbagai aspek – jumlah pergerakan dan
bunyi bising yang boleh diterima oleh mereka, jenis aktiviti yang
boleh dilakukan oleh mereka tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu,
penekanan mereka terhadap pembangunan kemahiran interpersonal
dan pemerolehan pengetahuan, jenis arahan yang digunakan oleh
mereka, sejauh mana mereka membenarkan murid mengambil
bahagian dalam membuat peraturan bilik darjah, status mereka dari
perspektif murid, penekanan mereka terhadap motivasi intrinsik
berbanding ekstrinsik, serta penekanan mereka terhadap kerjasama
berbanding persaingan.

Walau bagaimanapun, harapan anda terhadap murid atau kanak-kanak


perlulah realistik, dengan mengambil kira kebolehan dan tuntutan
tugas yang ada.

• tahap tekanan guru


Ramai guru mendapati bahawa walaupun mereka yakin dapat
memupuk autonomi dalam kalangan kanak-kanak, mereka kadangkala
mendapati diri mereka bersikap terlalu mengawal dan memilih.
Guru baharu biasanya memulakan kerjaya mengajar mereka penuh
dengan kebimbangan – seperti bimbang mengenai keperluan mereka
sendiri dan kesesuaian mereka sebagai seorang guru. Apabila mereka
memperoleh lebih banyak pengalaman, mereka menjadi lebih tertumpu
pada proses pengajaran dan akhirnya dapat memenuhi keperluan
murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

Mengajar kanak-kanak kecil boleh menjadikan seseorang sangat


tertekan pada masa-masa tertentu. Untuk mengelakkan tekanan, anda
boleh merangka rancangan yang memberikan beberapa garis panduan
untuk mengurangkan tahap tekanan anda. Anda boleh mencari rakan
sekerja yang akan dapat membincangkan pelbagai isu dengan anda dan
mencari penyelesaian untuk menguruskan tekanan serta memperbaiki
pengajaran anda.

• rangka minda murid


Tiada jaminan bahawa anda akan dapat mempengaruhi semua murid
anda secara positif. Dengan kata lain walaupun ada gunakan pendekatan
yang paling baik, paling canggih dan dilaksanakan dengan terbaik,
masih akan ada pelajar yang tidak memberi tindak balas yang
sewajarnya. Sesetengah faktor ketidakpatuhan mungkin disebabkan
oleh masalah pemakanan, kesihatan atau keselamatan yang menghalang
perkembangan sosial dan kognitif mereka. Ada juga yang kurang
berminat untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah.

Polisi formal yang menyeluruh mempunyai kelebihan untuk


memastikan tindakan disiplin guru itu boleh diramalkan, sementara
masih membenarkan beberapa autonomi dalam pelaksanaannya
berlaku. Satu lagi kelebihan ialah proses membangunkan polisi yang
membolehkan anda merancang cara bertindak berbanding harus
membuat keputusan secara tergesa-gesa sebagai tindak balas terhadap
masalah yang telah terjadi.

AKTIVITI 4.4

1. Bincangkan keberkesanan salah satu pusat awal kanak-kanak


yang anda tahu berhubung dengan polisi disiplin mereka.

2. Bincangkan beberapa kekangan atau batasan polisi disiplin


di pusat awal kanak-kanak pilihan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH  67

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Bagaimanakah anda memastikan bahawa anda telah


membangunkan polisi disiplin yang baik?

2. Cadangkan beberapa cara untuk mengatasi kekangan dalam


melaksanakan polisi disiplin sekolah anda. Kongsikan penemuan
anda dalam forum myINSPIRE.

• Penglibatan ibu bapa di sekolah adalah penting dan dapat memperkasakan


pembelajaran kanak-kanak.

• Terdapat beberapa aspek yang dapat meningkatkan amalan kerjasama ibu


bapa dan guru seperti peramah atau mudah didekati, menghormati ibu bapa,
mengekalkan kawalan ibu bapa, mengimbangi keperluan individu dan
keluarga serta membataskan tanggungjawab guru.

• Proses penggubalan polisi disiplin membolehkan semua peserta (guru,


sekolah, ibu bapa dan murid) mendapat peluang untuk menjelaskan nilai,
peranan dan tanggungjawab mereka.

• Pelbagai elemen untuk membangunkan polisi disiplin perlu diambil kira


untuk membangunkan polisi yang mampan. Komunikasi positif membantu
kanak-kanak memperbaiki perkembangan sosial mereka.

Amalan kerjasama Penglibatan ibu bapa


Kekangan polisi Polisi disiplin/polisi peraturan
Matlamat pendidikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 DI LUAR BILIK DARJAH

Miller, D. F. (2010). Positive child guidance (Ed. ke-6). Wadsworth.

Porter, L. (2006). Student behaviour: Theory and practice for teachers (Ed. ke-3).
Allen & Unwin.

Rogers, B. (2007). Behaviour management: A whole-school approach (Ed. ke-2).


Paul Chapman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Menggunakan
Pemerhatian
5 dalam
Pengurusan
Tingkah Laku
Kanak-kanak
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan rasional penilaian dalam pengurusan tingkah laku.
2. Membincangkan sebab untuk memerhatikan tingkah laku kanak-
kanak.
3. Menilai pelbagai kaedah praktikal yang digunakan untuk
memerhatikan tingkah laku kanak-kanak.
4. Membezakan kaedah naratif dengan bukan naratif untuk
memerhatikan tingkah laku kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

 PENGENALAN
Untuk memahami sepenuhnya penyebab kanak-kanak berkelakuan seperti apa
yang dilakukan oleh mereka, kita perlu melihat tingkah laku mereka. Salah satu
cara terbaik untuk melakukannya adalah melalui pemerhatian. Kita perlu tahu
cara kita boleh melakukan pemerhatian tanpa menyebabkan risiko terhadap
kanak-kanak yang mengubah tingkah laku mereka kerana mereka tahu bahawa
mereka sedang diperhatikan. Topik ini akan menggariskan perkara yang
diperlukan dalam pemerhatian dan cara terbaik untuk melakukan pemerhatian
untuk mendapatkan hasil yang optimum.

5.1 RASIONAL PENILAIAN DALAM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Penilaian adalah penting dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Penilaian
boleh didefinisikan sebagai „prosedur yang sistematik untuk mendapatkan
maklumat daripada pemerhatian, wawancara, portfolio, projek, ujian, dan sumber
lain yang boleh digunakan untuk membuat pertimbangan mengenai ciri-ciri
kanak-kanak atau program‰ (Council of Chief State School Officers, 2008). Dalam
kes kita, objek penilaian yang penting ialah kanak-kanak kecil. Oleh itu, kita
merujuk kepada mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan dan
kesimpulan tentang kanak-kanak kecil. Penilaian bukanlah sesuatu yang
dilakukan apabila guru mempunyai masa untuk berbuat demikian tetapi ia
lebih kepada keperluan. Penilaian bertindak sebagai panduan untuk semua
perkara yang kita lakukan dengan atau untuk kanak-kanak. Pembangunan
kurikulum, susun atur bilik darjah dan aktiviti semuanya dijalankan berdasarkan
hasil penilaian sebelumnya. Guru cenderung menggunakan penilaian sebagai
asas untuk mereka membuat keputusan penting kerana penilaian mengambil
kira kedudukan semasa kanak-kanak dalam kawasan di mana mereka sedang
dinilai.

Matlamat keseluruhan penilaian adalah untuk mengenal pasti dan membina


kekuatan kanak-kanak dan menyesuaikan pembelajaran mereka berdasarkan
maklumat yang diperoleh. Contohnya, perkembangan kanak-kanak mesti
mengambil kira pelbagai domain perkembangan dan bukan hanya satu domain
secara bebas. Ini kerana domain yang berbeza sering saling berkait serta
berhubung atau mempengaruhi kesan tertentu. Misalnya, kemahiran sosial
dan emosi kanak-kanak mempunyai kesan terhadap kejayaan akademiknya.
Perlu diberi perhatian juga bahawa jenis penilaian ini dapat memberi gambaran
lengkap tentang perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN  71
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Penilaian kanak-kanak kecil membolehkan guru merancang dengan memasukkan


semua keperluan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Penilaian yang
baik akan dapat mengenal pasti mereka yang mungkin memerlukan program
khas atau campur tangan pendidikan khas. Penilaian akan memberi manfaat
bukan sahaja kepada guru tetapi lebih kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa
mereka. Kanak-kanak akan mendapat manfaat daripada persekitaran
pembelajaran dan kurikulum yang dirancang dengan baik. Manakala guru dan
pentadbir akan mendapat manfaat dengan melakukan pekerjaan mereka dengan
baik kerana mereka akan tahu cara untuk merancang dan melaksanakan
program yang sesuai berdasarkan keperluan perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak.

Pendek kata, tujuan penilaian adalah untuk melakukan perkara berikut:

• menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak;

• mengenal pasti keperluan kanak-kanak terhadap kesihatan dan perkhidmatan


khas;

• menilai program dan perkhidmatan; dan

• memastikan individu kanak-kanak, guru dan sekolah dipertanggungjawabkan


bagi kejayaan pendidikan kanak-kanak.

Terdapat banyak kaedah penilaian yang boleh dijalankan. Salah satu darinya
adalah penilaian sahih yang kanak-kanak perlu menggunakan kemahiran dan
pengetahuan mereka dalam keadaan dunia sebenar. Penilaian sahih dilakukan
dengan melihat hasil kerja kanak-kanak, melakukan temu bual dengan mereka
dan memerhatikan mereka. Penilaian kesahihan ialah pendekatan komprehensif
yang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira keseluruhan
kanak-kanak kerana ia boleh memberi tumpuan pada seluruh perkembangan
kanak-kanak.

AKTIVITI 5.1

Selain pemerhatian, apakah kaedah lain yang anda fikir boleh


digunakan sebagai alat penilaian untuk menilai pelbagai domain
perkembangan kanak-kanak?

Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum


myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

5.2 SEBAB UNTUK MEMBUAT PEMERHATIAN


KE ATAS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Seperti yang dinyatakan dalam Subtopik 5.1, pemerhatian ialah salah satu
kaedah penilaian yang digunakan secara meluas dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Malah, pemerhatian ialah salah satu kaedah utama yang digunakan
untuk mendapatkan pandangan tentang pelbagai aspek perkembangan
kanak-kanak. Pemerhatian ialah kajian sistematik untuk melihat, merakam dan
menunjukkan tingkah laku kanak-kanak. Volpe, DiPerna, Hintze dan Shapiro
(2005) menyatakan „pemerhatian sistematik tingkah laku murid adalah
metodologi penilaian yang paling umum dan dilihat sebagai salah satu alat
pengukuran yang paling objektif dan secara langsung tersedia untuk menilai
tingkah laku kanak-kanak.‰ Namun, mengapakah kita harus memerhatikan
kanak-kanak? Kenapakah kita tidak menggunakan kaedah lain? Adakah
pemerhatian merupakan cara yang sangat hebat untuk melihat perkembangan
kanak-kanak? Jawapan kepada persoalan ini dijelaskan dalam huraian yang
berikut:

(a) Kanak-kanak Berkomunikasi melalui Tingkah Laku Mereka


Semua yang kita lakukan menyampaikan sesuatu. Begitu juga tingkah laku
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ada maknanya yang tersendiri. Malah
kepelbagaian tangisan bayi juga dikatakan menyampaikan makna yang
berbeza. Dengan kata lain, jika kita selaraskan tangisan mereka, kita akan
dapat memahami perkara yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Kanak-
kanak kecil, walaupun mereka sudah dapat bercakap, masih menggunakan
tingkah laku sebagai cara untuk berkomunikasi. Membesarkan mata mereka,
menggaru kepala mereka, air mata yang menitis di pipi mereka – semua ini
memberi isyarat kepada kita tentang perasaan kanak-kanak itu tanpa
mereka mengatakannya.

Guru atau penjaga boleh menggunakan lima „W‰ untuk cuba memahami
isu asas di sebalik tingkah laku. Untuk berbuat demikian, guru atau penjaga
boleh bertanya soalan berikut:

• siapakah yang terlibat? (who was involved? )

• apakah yang berlaku? (what happened? )

• bilakah ia berlaku? (when did it happen? )

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN  73
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

• di manakah ia berlaku? (where did it happen? )

• mengapakah kanak-kanak tersebut berkelakuan dengan cara demikian?


(why did the child behave in that manner?)

Oleh itu, pemerhatian kanak-kanak terutamanya apabila mereka bermain


atau berinteraksi dengan orang lain di dalam bilik darjah akan memberi
kita petunjuk yang baik tentang bagaimanakah mereka rasa dan/atau
berkembang.

(b) Kita Boleh Menemui dan Membina Kekuatan Kanak-kanak


Ahli profesional menggunakan pemerhatian tingkah laku untuk mengetahui
keutamaan kanak-kanak dan cara yang mereka boleh lakukan dengan
jayanya. Pemerhatian ialah satu langkah yang logik dalam membantu
kanak-kanak dengan tingkah laku yang mencabar dan untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan kanak-kanak. Apabila kita menyedari kekuatan
dan kelemahan kanak-kanak, kita akan dapat membimbingnya dengan
lebih baik. Beaty (1997) mencadangkan bahawa pemerhatian dan rakaman
yang sistematik terhadap perkembangan kanak-kanak adalah berdasarkan
sebab berikut iaitu untuk:

• membuat penilaian awal tentang keupayaan kanak-kanak;

• menentukan kekuatan kanak-kanak dan bahagian lain yang perlu


ditingkatkan;

• membuat rancangan individu berdasarkan keperluan pemerhatian


kanak-kanak;

• membolehkan penilaian berterusan mengenai kemajuan kanak-kanak


dilakukan;

• memahami lebih lanjut tentang perkembangan kanak-kanak dalam


bidang tertentu;

• menyelesaikan isu tertentu mengenai kanak-kanak tersebut;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

• membuat susulan dengan ibu bapa dan profesional untuk membantu


kanak-kanak; dan

• menyimpan rekod semua maklumat yang perlu berkaitan dengan


kanak-kanak untuk kegunaan masa depan (sebagai panduan dan
penempatan).

(c) Kita Boleh Memerhatikan Keperluan Individu untuk Pemeriksaan dan


Diagnosis Lanjut
Semasa pemerhatian yang disengajakan atau tidak, kadangkala kita boleh
mengenal pasti tingkah laku yang di luar daripada kebiasaan. Contohnya,
semasa mengamati sesi bermain sekumpulan kanak-kanak berusia empat
tahun, kita akan dapat mengesan jika salah satu corak perkembangan
kanak-kanak itu berada di luar kebiasaan. Sekiranya kita fikir ada isu yang
mungkin terselindung, kita boleh memaklumkan kepada ibu bapa dan
melakukan pemeriksaan saringan dan diagnosis lanjut.

AKTIVITI 5.2

Bentuk satu kumpulan empat orang. Seorang ahli akan melakonkan


adegan sebagai kanak-kanak kecil yang tipikal. Ahli-ahli lain perlu
cuba untuk sampai ke bahagian dasar perkara tersebut (cari sebab
sebenar ia berlaku) dengan menggunakan lima kaedah „W‰.

5.3 KAEDAH PRAKTIKAL UNTUK


MEMERHATIKAN KANAK-KANAK
Subtopik ini menggariskan pelbagai kaedah praktikal yang boleh digunakan
untuk memerhatikan kelakuan kanak-kanak kecil. Ingat, tiada kaedah terbaik.
Ia banyak bergantung pada keperluan anda. Disyorkan juga menggabungkan
dua kaedah yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Harus diberi perhatian bahawa salah satu perkara yang paling penting untuk
diingat ketika melakukan penilaian adalah objektiviti. Pemerhatian secara
objektiviti (dan menilai) bermaksud dapat melakukan pemerhatian dan penilaian
secara saksama dan adil kepada kanak-kanak yang diperhatikan. Sekiranya guru
atau penjaga (atau pemerhati) mempunyai kecenderungan berat sebelah yang
boleh menyebabkan penilaian mereka kabur dan seterusnya menyebabkan
kesimpulan yang salah, maka tiadalah objektiviti dalam pemerhatian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN  75
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Isu lain yang biasanya dikaitkan dengan pemerhatian ialah persepsi selektif.
Persepsi selektif dapat didefinisikan sebagai „melihat dan mendengar apa yang
kita jangka untuk kita lihat dan dengar‰ (Maxwell, 2001). Persepsi selektif dapat
mengawal penilaian pemerhati kerana pemerhati hanya melihat perkara yang
ingin dilihatnya dan akibatnya. Ia boleh membawa kepada penilaian yang
bersesuaian dengan pandangannya. Pada hakikatnya, ini mungkin berbeza
dengan perspektif kanak-kanak tersebut.

Pemerhatian juga harus merangkumi isyarat bukan lisan. Lihatlah bahasa tubuh
kanak-kanak itu serta intonasi dan infleksi suaranya.

Secara umumnya, kaedah pemerhatian boleh dibahagikan kepada kategori


berikut:

(a) Kaedah Naratif


Kaedah naratif ialah kaedah pemerhatian yang memberitahu tentang cerita.
Perlu diingat bahawa dalam kaedah naratif, pemerhati tidak berinteraksi
dengan kanak-kanak yang diperhatikan tetapi hanya memerhatikan tingkah
laku kanak-kanak dan interaksi mereka dengan kanak-kanak lain.

• rekod anekdot
Rekod anekdot ialah nota bertulis yang ringkas atau deskripsi yang
diambil oleh pemerhati tentang suatu peristiwa atau tingkah laku.
Ia berfungsi sebagai gambaran tentang peristiwa atau tingkah laku.
Pemerhati harus memperhatikan semua butiran yang berkaitan
untuk membantunya mengingat kembali peristiwa atau tingkah laku
kemudian nanti. Jenis pemerhatian ini boleh dirancang atau dijalankan
secara spontan.

Rekod anekdot tidak perlu ditulis dalam nota bertulis. Ia juga boleh
dilakukan dengan menggunakan perakam suara atau kamera video.
Rekod anekdot hanya boleh wujud daripada pemerhatian langsung,
ditulis dengan cepat dan tepat (faktual), menerangkan konteks tingkah
laku dan memberi tumpuan kepada aspek tipikal atau luar biasa
tentang tingkah laku kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Beberapa kelebihan rekod anekdot adalah seperti yang berikut:

− Ia boleh dilakukan semasa guru sedang mengajar. Oleh itu, ia tidak


mengambil masa pengajaran kanak-kanak lain;

− Kanak-kanak diperhatikan dalam persekitaran mereka. Oleh itu,


ia mengurangkan risiko tingkah laku palsu;

− Rekod anekdot agak mudah dilakukan (tidak memerlukan latihan


tambahan tertentu); dan

− Ia boleh dilakukan sebagai subtugas semasa melakukan tugas


utama anda.

Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa kelemahan:

− Rekod anekdot mungkin mempunyai terlalu sedikit maklumat


dan tidak membantu pemerhati untuk mengingati keseluruhan
peristiwa dengan baik;

− Ia boleh memakan masa pada peringkat perkembangan awal; dan

− Terdapat isu subjektiviti yang pemerhati mungkin akhirnya


membuat kesimpulan yang tidak berdasarkan nota yang diambil.

• rekod berterusan
Rekod berterusan adalah sama dengan rekod anekdot tetapi lebih
maju dari segi maklumat yang ada. Rekod berterusan mempunyai
lebih banyak maklumat mengenai peristiwa penting dan ini akan
membolehkan pemerhati memahami kelakuan dengan lebih baik.
Rekod berterusan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit untuk
diproses. Oleh itu, pemerhati harus menggunakan frasa pendek tetapi
objektif dan deskriptif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN  77
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Pendekatan berguna yang boleh digunakan untuk menulis rekod


berterusan ialah analisis ABC. Akronim ABC bermaksud tiga lajur
dalam kertas kerja anda untuk membantu anda merekodkan maklumat
yang berikut:

A – Peristiwa atau tingkah laku terdahulu (antecedent event or


behaviour )

B – Tingkah laku (berlaku) atau behaviour (occurring)

C – Akibat daripada tingkah laku (consequence(s) of the


behaviour)

Analisis ABC boleh membantu anda untuk memberi tumpuan bukan


sahaja kepada tingkah laku kanak-kanak tetapi juga membantu anda
mengetahui sebab di sebalik tingkah laku yang berlaku.

Rekod berterusan adalah berfaedah kerana ia boleh disesuaikan


dengan tujuan yang berlainan dan boleh digunakan oleh kakitangan
lain (guru atau kaunselor di sekolah) untuk memahami dengan lebih
baik tentang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia melibatkan masa
yang ditetapkan dan agak sukar untuk diuruskan.

(b) Kaedah Bukan Naratif


Kaedah bukan naratif ialah kaedah pemerhatian yang tidak menceritakan
sesuatu.

• senarai semak
Senarai semak ialah inventori atau senarai ciri atau kelakuan yang
boleh diawasi terhadap seseorang kanak-kanak. Pemerhati boleh
menggunakan senarai semak untuk memerhatikan tingkah laku
beberapa orang kanak-kanak pada masa yang sama. Sekiranya dalam
pemerhatian tersebut tingkah laku yang disenaraikan dalam senarai
semak ada, pemerhati akan meletakkan „tanda‰ dalam kotak, dan jika
tingkah laku tiada, maka kotak tersebut akan dibiarkan kosong. Anda
harus menggunakan kaedah ini jika anda hanya berminat untuk
mengenal pasti kanak-kanak mana yang dapat melakukan tugasan
tertentu atau jika anda ingin tahu tentang perkembangan tugasan
yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak berdasarkan pencapaian
perkembangannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Salah satu kelebihan menggunakan senarai semak adalah pemerhatian


boleh dilakukan bagi sekumpulan kanak-kanak pada satu masa dan
memerlukan sedikit masa dan usaha. Senarai semak juga sangat
mudah digunakan dan latihan terdahulu tidak diperlukan untuk
menggunakannya.

Walaupun begitu, salah satu kelemahan menggunakan senarai semak


ialah ia tidak mempunyai maklumat penting dan mendalam tentang
kanak-kanak atau sesuatu kejadian. Walau bagaimanapun, ini boleh
dibetulkan dengan mudah dengan menambah lajur lain dalam senarai
semak yang membolehkan pemerhati menulis ulasan atau nota yang
berkaitan dengan tingkah laku atau kejadian yang diperhatikan.

• skala penilaian
Skala penilaian ialah ringkasan pemerhatian yang dibuat dan ia
digunakan untuk membuat ringkasan penilaian tentang kanak-kanak.
Ia menyenaraikan aktiviti atau ciri-ciri kanak-kanak dalam usaha untuk
membuat kesimpulan. Kaedah skala penilaian menganggap bahawa
pemerhati telah menggunakan kaedah yang berbeza untuk
memerhatikan kanak-kanak. Skala penilaian boleh dianggap sebagai
kaedah tambahan untuk meningkatkan dan memudahkan kaedah
pemerhatian lain.

Skala penilaian boleh dibangunkan oleh pemerhati. Ia amalan yang


biasa untuk membangunkan skala penilaian berdasarkan senarai
semak. Oleh itu, kelebihan menggunakan skala penilaian adalah
sama dengan senarai semak. Pemerhati, bagaimanapun, harus menahan
diri daripada menggunakan skala pertengahan. Ini kerana skala
pertengahan boleh menjadikan keseluruhan penilaian tidak berguna
kerana anda tidak dapat membuat kesimpulan tentang kanak-kanak
tersebut.

Misalnya, beberapa laporan anekdot boleh dibuat terlebih dahulu.


Selepas itu, laporan anekdot boleh digunakan sebagai panduan untuk
mengembangkan skala penilaian supaya ringkasan penilaian tentang
kanak-kanak yang diperhatikan dapat dibuat. Tanpa rekod anekdot,
anda tidak mungkin mempunyai skala penilaian. Skala penilaian ini
ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN  79
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Rajah 5.1: Contoh Soal Selidik Skala Penilaian

Sumber: http://agesandstages.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

(c) Teknik Pensampelan


Teknik pensampelan merujuk kepada sampel bertulis tentang tingkah
laku tertentu dalam usaha untuk mengetahui kekerapan, tempoh masa
atau bila tingkah laku tertentu berlaku.

• pensampelan tingkah laku (event sampling)


Pensampelan tingkah laku ialah kaedah formal yang digunakan untuk
mengenal pasti kategori tingkah laku tertentu. Secara lebih khusus,
ia boleh memberi tumpuan kepada satu aspek perkembangan kanak-
kanak. Pemerhati terlebih dahulu mengenal pasti perkara yang mereka
ingin fokuskan. Misalnya, komunikasi lisan dengan kanak-kanak lain.
Pemerhati kemudiannya harus menentukan dengan jelas apakah yang
dianggapnya sebagai „komunikasi lisan‰. Hanya selepas definisi
tersebut dijelaskan, pemerhati boleh mula memerhatikan kanak-kanak
tersebut. Sekiranya tiada definisi yang jelas dan tepat tentang perkara
yang diperhatikan, terdapat kemungkinan bahawa pemerhati hanya
melihat atau menilai aspek perkembangan yang berbeza daripada
kanak-kanak tersebut.

Pensampelan tingkah laku perlu digunakan apabila anda ingin


memerhatikan tingkah laku yang tidak berlaku begitu kerap. Kaedah
analisis ABC juga boleh digunakan dalam pensampelan tingkah laku
untuk mengetahui sebab dan akibat daripada kelakuan yang
diperhatikan.

• pensampelan masa
Pensampelan masa ialah kaedah yang seseorang kanak-kanak sedang
diperhatikan untuk tempoh masa tertentu. Kaedah ini membolehkan
pemerhati melihat sampel kecil tingkah laku kanak-kanak. Pensampelan
masa tidak merekodkan setiap contoh tingkah laku yang diperhatikan
tetapi ia merekodkan sampel tingkah laku yang diperhatikan.

Dalam pensampelan masa, pemerhati boleh menentukan berapakah


lama dia ingin melihat kanak-kanak tersebut. Julat masa kemudiannya
dibahagikan kepada beberapa selang panjang yang sama dan tingkah
laku yang diperhatikan akan dicatatkan semasa setiap selang.
Contohnya, anda boleh menghitung berapa kalikah tingkah laku tertentu
berlaku dalam jangka masa yang telah anda tetapkan dan melakukan
perkara yang sama dalam beberapa hari akan datang.

Pensampelan masa lebih mudah direkodkan berbanding rekod anekdot


atau rekod berterusan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa
terdapat juga risiko kelakuan yang akan berlaku di luar jangkauan
masa pemerhatian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN  81
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

SEMAK KENDIRI 5.1

Bayangkan anda ialah guru prasekolah kepada kanak-kanak berusia


enam tahun. Anda telah menyedari bahawa salah seorang daripada
kanak-kanak tersebut sering meluahkan kemarahan tetapi anda tidak
tahu sebab ia berlaku. Kaedah manakah yang dibincangkan dalam
Subtopik 5.3 yang anda akan gunakan untuk memerhati tingkah
lakunya? Terangkan mengapa anda memilih kaedah itu. Kongsi
jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

• Terdapat pelbagai kaedah pemerhatian untuk memerhatikan tingkah laku


kanak-kanak.

• Tiada satu kaedah yang lebih baik daripada yang lain. Selalunya adalah
lebih baik menggunakan gabungan pelbagai kaedah.

• Ia adalah penting untuk menjadi objektif apabila melakukan pemerhatian


kerana subjektiviti boleh membawa kepada kelalaian dan andaian yang
tidak adil terhadap kanak-kanak.

Kaedah bukan naratif Pensampelan tingkah laku


Kaedah naratif Rekod anekdot
Objektiviti Rekod berterusan
Pemerhatian Senarai semak
Penilaian Skala penilaian
Pensampelan masa Subjektiviti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 MENGGUNAKAN PEMERHATIAN DALAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Council of Chief State School Officers. (2008). Accountability systems.


www.ccsso.org/projects/accountability_systems/

Essa, E. L. (2011). Introduction to early childhood education. Wadsworth/


Cengage Learning.

Marion, M. (2015). Guidance of young children. Pearson.

Maxwell, G. (2001). Teacher observation in student assessment. Discussion papers


on assessment and reporting, No 2. Queensland School Curriculum Council.

Volpe, R., DiPerna, J., Hintze, J., & Shapiro, E. (2005). Observing students in
classroom setting: A review of seven coding schemes. School of Psychology
Review, 24, 454–474.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bimbingan
Positif dan
6 Strategi
Disiplin:
Bimbingan
secara
Langsung
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Menentukan disiplin yang positif.

2. Menghuraikan pelbagai strategi bimbingan positif.

3. Menilai mengapa disiplin yang positif adalah lebih baik untuk


kanak-kanak kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

 PENGENALAN
Guru ialah salah seorang daripada orang penting dalam kehidupan kanak-kanak
kecil, selain daripada ibu bapanya. Kanak-kanak menghabiskan banyak masa
mereka di pusat asuhan kanak-kanak atau prasekolah. Oleh itu, guru atau
pengasuh ialah salah seorang tokoh penting yang membimbing kanak-kanak.
Ia adalah penting untuk kanak-kanak menjadi cekap dan berwibawa apabila
mereka membesar. Untuk itu berlaku, adalah sangat penting untuk kanak-kanak
mendapat bimbingan yang sesuai pada usia yang muda.

Salah satu cara untuk membantu mendidik kanak-kanak adalah dengan


menggunakan strategi bimbingan yang positif. Strategi bimbingan yang positif
ialah kaedah yang bergantung pada pengajaran berdasarkan peringkat
perkembangan kanak-kanak dan juga mengambil kira keupayaan dan batasan
kanak-kanak. Topik ini menerangkan pelbagai strategi bimbingan yang positif
yang boleh digunakan kepada kanak-kanak kecil.

6.1 KONSEP BIMBINGAN DAN DISIPLIN


Sebelum kita beralih untuk membincangkan bimbingan dan disiplin dengan
lebih mendalam, adalah penting bagi kita untuk memahami konsep bimbingan
dan disiplin. Selain bimbingan dan disiplin, hukuman juga sangat berkaitan
dengan pengurusan tingkah laku. Oleh itu, kita akan melihat terlebih dahulu
definisi tiga konsep ini untuk memahami sepenuhnya sama ada ia serupa atau
berbeza dan dengan cara mana ia sebegitu.

Merujuk kembali pada Topik 1, disiplin bermaksud mengajar kanak-kanak cara


untuk berkelakuan baik. Untuk menanamkan disiplin dalam diri kanak-kanak
bermaksud bahawa sebagai orang dewasa, kita perlu terlebih dahulu memahami
definisi disiplin dan kaedah untuk melaksanakannya. Dalam Topik 1, kita telah
sentuh secara ringkas mengenai disiplin positif dan disiplin negatif. Jika anda
ingat, disiplin positif membantu kanak-kanak belajar daripada orang dewasa
yang tegas tetapi baik hati yang mengajar kanak-kanak tentang kawalan kendiri
dan membantu mereka membangunkan harga diri yang positif dan realistik.

Sebaliknya, disiplin negatif (contohnya, membebel, memarahi) boleh menjadi


sangat menjengkelkan kepada kanak-kanak walaupun ia tidak menyakiti mereka
secara fizikal. Walau bagaimanapun, penyelidikan mendapati disiplin yang
negatif akan memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak secara emosi (Smith,
2006). Lebih-lebih lagi, apabila disiplin negatif yang dikenakan tidak berkesan,
kita perlu mengambil tindakan disiplin negatif yang lebih ekstrem dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:  85
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

harapan ia akan memberi kesan yang diingini kepada kanak-kanak tersebut.


Dengan cara yang sama, disiplin negatif boleh dianggap sebagai hukuman
untuk kanak-kanak.

Oleh itu, kita kembali semula pada konsep bimbingan. Bimbingan merujuk
kepada menunjukkan atau memimpin seorang ke jalan yang betul. Dengan
melihat makna perkataan tersebut, kita sudah dapat melihat bahawa bimbingan
membawa konotasi yang positif; bertentangan dengan hukuman. Bimbingan
benar-benar boleh membantu kanak-kanak memahami „mengapa‰ di sebalik
tingkah laku mereka, namun ia juga memerlukan anda banyak berfikir dan
tenaga (dan juga kesabaran!).

Memandangkan bimbingan lebih memberi kesan dalam pengurusan tingkah


laku kanak-kanak kecil, topik ini akan membentangkan pelbagai strategi yang
boleh digunakan oleh guru atau pengasuh terhadap anak kecil mereka.

AKTIVITI 6.1

Berikan satu contoh mengenai satu bentuk disiplin yang telah anda
gunakan sebelum ini, dan terangkan sama ada kaedah yang digunakan
mencapai hasil yang anda inginkan atau tidak.

Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum


myINSPIRE.

6.2 BIMBINGAN DAN STRATEGI POSITIF:


GAMBARAN DAN PENERANGAN
Strategi bimbingan ialah tindakan positif tertentu yang digunakan oleh orang
dewasa dalam mengurus pertemuan dengan kanak-kanak kecil dan merupakan
satu cara untuk mengurus tingkah laku mereka. Marion (2015) mencadangkan
beberapa strategi bimbingan positif yang boleh digunakan dalam mendidik
tingkah laku yang baik. Sesetengah strategi membolehkan guru mengajar
secara kawalan langsung, manakala yang lain melibatkan kurang kawalan dan
pengajaran daripada guru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

Strategi utama ini diterangkan seperti yang berikut:

(a) Membantu Kanak-kanak agar Tidak Menjatuhkan Air Muka Mereka serta
Memelihara Maruah Mereka
Dalam membimbing kanak-kanak, salah satu daripada perkara pertama
yang perlu kita lakukan adalah melayan kanak-kanak sepertimana kita ingin
dilayan. Bayangkan anda dimarah atau ditengking di hadapan kawan anda;
tidakkah ia memalukan? Sama seperti kita, orang dewasa, kanak-kanak juga
harus dihormati. Kita harus sentiasa cuba melihat dari sudut pandangan
mereka dan jika tidak betul, barulah kita jelaskan kepada kanak-kanak itu
dengan teliti. Anda tidak perlu membebel tentang masalah tersebut secara
berpanjangan tetapi biarkannya lepas. Selepas itu, kembalilah melakukan
sesuatu yang dapat membantunya meneruskan kehidupan.

(b) Tetapkan Batasan dengan Baik


Kanak-kanak kadangkala tidak tahu perkara yang boleh diterima dan
tidak boleh diterima. Tugas kita sebagai orang dewasa ialah untuk
membimbing mereka membezakan antara perkara yang betul dan salah.
Kita juga perlu menetapkan had dan sempadan serta memastikan kita dapat
menyampaikan mesej kepada kanak-kanak. Batasan yang kita tetapkan
hendaklah jelas dan sepatutnya sesuai dengan usia mereka. Beberapa
petua untuk membantu menetapkan batasan yang berkesan adalah seperti
yang berikut:

• libatkan kanak-kanak dalam menetapkan batasan, biarkan mereka


bersuara;

• gunakan perkataan konkrit, pastikan arahan yang diberi ringkas dan


mudah;

• beritahu kanak-kanak dengan tepat perkara yang diharapkan daripada


mereka;

• bersikap positif dengan sebaik mungkin;

• terangkan semula penyebab anda menetapkan batasan;

• nyatakan kembali batasan apabila perlu;

• berikan kanak-kanak pilihan jika ia boleh dilakukan; dan

• nyatakan batasan dalam bentuk yang positif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:  87
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

(c) Mengajar Lebih Banyak Tingkah Laku yang Berguna


Kita harus sentiasa mengajar kanak-kanak tingkah laku yang berguna. Salah
satu cara yang paling berkesan untuk mengajar tingkah laku yang berguna
kepada kanak-kanak adalah dengan melakukannya. Pepatah children see
children do (kanak-kanak lihat, kanak-kanak buat) sangat sesuai untuk
menggambarkannya. Untuk kita mengajar tingkah laku yang membantu
kanak-kanak, kita mestilah terlebih dahulu melakukannya sendiri. Kanak-
kanak dianggap seperti span dan mudah menyerap apa sahaja yang
berlaku di sekitar mereka. Kita boleh menggunakan kaedah ini untuk
mengajar mereka tentang tingkah laku yang berguna.

(d) Sediakan Sesi Latihan dan Berikan Bimbingan dengan Segera


Selepas kita mengajar kanak-kanak satu tingkah laku yang baharu, kita
mahu dia mengekalkan tingkah laku tersebut. Salah satu cara untuk
membantu mengekalkan tingkah laku tersebut adalah dengan memberinya
peluang untuk mengamalkan tingkah laku yang baru dipelajari di bawah
pengawasan dan bimbingan orang dewasa. Selepas kanak-kanak
mempunyai peluang untuk mengamalkannya, kita perlu memberi maklum
balas kepadanya. Sekurang-kurangnya, mereka akan tahu jika mereka
melakukannya dengan betul atau sebaliknya. Ini boleh dilakukan beberapa
kali, dan selepas itu anda akan memerhatikan tingkah laku baharu itu akan
berlaku apabila kanak-kanak tersebut berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Ingatkan kanak-kanak kepada tingkah laku yang harus diamalkan jika anda
melihat mereka mula kembali pada tingkah laku yang lama.

(e) Berikan Isyarat atau Tanda untuk Tingkah Laku Baharu yang Dibina
Ini ialah satu lagi strategi untuk membantu kanak-kanak mengingati agar
menggunakan tingkah laku yang sesuai. Pertama, anda perlu membuat
keputusan tentang cara anda akan memberikan tanda kepada kanak-kanak
(misalnya, isyarat tangan atau berdehem). Anda harus memberi isyarat
kepada mereka sejurus sebelum tingkah laku itu berlaku dan bukannya
selepas mereka terlupa melakukannya.

(f) Tukar Sesuatu tentang Konteks atau Ketetapan


Strategi ini bertujuan membantu kanak-kanak menjadi selamat atau
membolehkan mereka mengamalkan tingkah laku yang lebih diingini. Anda
boleh cuba mengubah persekitaran fizikal atau jadual, atau cuba
meningkatkan atau mengurangkan pilihan yang tersedia untuk kanak-
kanak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

(g) Kenal Pasti Empunya Masalah


Kadangkala, kanak-kanak bertindak sebagai respons kepada perkara yang
dilakukan oleh orang dewasa di sekelilingnya. Oleh itu, untuk membimbing
kanak-kanak melakukan tingkah laku yang positif, kita perlu memastikan
penyebab masalah tersebut. Adakah terdapat masalah dengan kanak-kanak
tersebut atau terdapat masalah dengan orang dewasa di sekelilingnya?
Pendekatan yang akan anda ambil bergantung pada perkara tersebut. Jika
masalahnya adalah dengan orang dewasa, anda boleh cuba membantunya
dengan bercakap dengan orang dewasa menggunakan I-mesej (I-messages)
dan bersikap diplomatik mengenai isu tersebut. Sebaliknya, jika masalah
utama adalah berkaitan dengan kanak-kanak tersebut, anda perlu
menggunakan pendengaran aktif untuk memahami sebab tingkah laku
tersebut berlaku yang berkemungkinan besar kerana keperluan mereka
tidak dipenuhi.

(h) Memberi Maklum Balas Bermakna kepada Kanak-kanak


Seperti orang dewasa, maklum balas adalah penting dalam usaha kita untuk
membimbing kanak-kanak secara positif. Apabila kita memberi maklum
balas, kita sebenarnya mengukuhkan perkara yang telah diajar serta
memberi ruang kepada kanak-kanak itu untuk bertambah baik. Tanpa
maklum balas, kanak-kanak tidak akan tahu kedudukan semasa mereka
dan tidak akan tahu perkara yang mereka perlu lakukan. Dalam memberi
maklum balas, kita boleh memberi perhatian terhadap perkara berikut:

• jangan menggunakan pujian kosong sebagai tindak balas, contohnya,


„Bagus!‰;

• berikan maklum balas positif dan cadangkan cara sesuatu perkara itu
boleh dilakukan dengan lebih baik; dan

• kita perlu sangat spesifik tentang tingkah laku yang dilakukan dengan
baik dan sebaliknya.

(i) Mengenal Pasti Matlamat yang Salah dan Memberi Galakan


Sering kali, cara kanak-kanak berkelakuan adalah berkait dengan rasa
kekurangan dalam diri mereka. Misalnya, kadangkala kanak-kanak menjadi
sangat nakal di sekolah (menarik rambut kanak-kanak lain) kerana guru
mereka tidak pernah memberikannya perhatian. Jika dia melakukan hal
tersebut dan guru menegurnya; sekurang-kurangnya guru tersebut telah
memberi perhatian kepadanya. Kita perlu mengenal pasti jika kanak-kanak
mempunyai persepsi yang salah dan kemudian kita dapat menerangkan
kepadanya dan mungkin juga berkongsi dengannya cara orang dewasa
menangani perkara tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:  89
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

Bayangkan seorang kanak-kanak yang kelihatan tidak dapat melakukan


sesuatu untuk dirinya sendiri, walaupun dia sepatutnya dapat berbuat
demikian berdasarkan umurnya. Kita perlu mengenal pasti jika dia
melakukannya untuk mendapat perhatian atau sama ada dia mengalami
kesukaran untuk melakukannya. Sekiranya dia melakukannya dengan
sengaja, kita mesti mengelak daripada melakukan tugasan itu bagi kanak-
kanak tersebut tetapi menggalakkannya untuk mencuba tugasan dengan
sendiri. Berikan banyak galakan dan mungkin tunjukkannya cara untuk
melakukannya.

(j) Tidak Mengendahkan Tingkah Laku (Hanya Apabila Wajar Dilakukan)


Ini adalah lebih kepada mengubah tingkah laku orang dewasa dan
bukannya kanak-kanak. Kita mahu menghentikan orang dewasa daripada
memberi perhatian kepada kelakuan negatif kanak-kanak. Namun, ini tidak
bermakna anda harus mengabaikan kanak-kanak tersebut sama sekali tetapi
anda perlu menilai jika ia selamat untuk dilakukan atau tidak.

Dalam usaha untuk mengabaikan tingkah laku kanak-kanak, kita boleh


memberitahu mereka bahawa kita tidak menyukai tingkah laku tersebut,
dan kita akan mengabaikan mereka jika mereka terus melakukannya.
Bersedialah untuk menghadapi senario yang lebih teruk lagi kerana kanak-
kanak mungkin akan menguatkan lagi tingkah laku negatifnya untuk
mendapatkan perhatian anda. Anda perlu bersikap teguh dan kuat. Apabila
keadaan emosi kanak-kanak itu telah mulai reda, anda boleh
menggalakkannya untuk melakukan tingkah laku yang betul.

(k) Mengarahkan Semula Kanak-kanak: Mengalihkan Perhatian (Kanak-kanak


yang Sangat Kecil) dan Menggunakan Pengganti (Kanak-kanak yang Lebih
Besar)
Kanak-kanak yang lebih kecil dan lebih besar agak berbeza tentang perkara
yang mereka boleh fahami. Ini bermakna pendekatan yang digunakan juga
haruslah berbeza. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, kita boleh cuba alihkan
perhatian mereka daripada aktiviti yang dilarang atau berbahaya kepada
aktiviti yang lebih selamat. Untuk kanak-kanak yang lebih besar pula, kita
boleh menggunakan penggantian – menunjukkan kanak-kanak kaedah
melakukan aktiviti yang sama dengan cara yang boleh diterima dan selamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

(l) Mendengar secara Aktif


Kita selalu berfikir bahawa orang dewasa sahaja sentiasa betul. Namun,
kanak-kanak kecil juga mempunyai perasaan dan perasaannya sama seperti
orang dewasa. Kita harus sentiasa mendengar perkara yang ingin
diperkatakan oleh kanak-kanak dan tidak boleh mengabaikan perasaan
mereka. Kita perlu mendengar secara aktif dan mendengar tanpa
menghakimi.

(m) Menyampaikan I-mesej


I-mesej ialah mesej yang memberi tumpuan kepada orang yang
menyampaikan mesej. I-mesej digunakan apabila orang dewasa mempunyai
masalah. I-mesej membenarkan maklumat mengalir secara bersopan dan ini
memberi kanak-kanak peluang untuk mengubah tingkah laku mereka
kerana anda tidak menyalahkan kanak-kanak tersebut. Dalam I-mesej, anda
memberitahu kanak-kanak tingkah laku yang menyebabkan masalah
tersebut dan cara tingkah laku itu mempengaruhi anda. Anda tidak
menyalahkan kanak-kanak tersebut tetapi berkongsi pendapat anda
mengenai tingkah laku mereka. I-mesej memberikan maklum balas dengan
selamat kerana ia mengelakkan kita daripada merendahkan, menghakimi
atau menyalahkan sesiapa; iaitu perkara yang kita mahukan ketika
berurusan dengan kanak-kanak kecil.

(n) Mengajar Penyelesaian Konflik (Penyelesaian Masalah)


Strategi ini bertujuan mencapai persetujuan dalam menyelesaikan masalah.
Walaupun anda, sebagai orang dewasa mempunyai kuasa untuk
menyelesaikan masalah, anda akan cuba mengelak daripada
menggunakannya untuk memenangi konflik. Contohnya, Arya dan Hanna
bergaduh tentang siapa yang dapat bermain buaian. Arya telah berada di
buaian selama 10 minit tetapi enggan membiarkan Hanna bermain.
Daripada memberitahu Arya untuk melepaskan buaian itu kepada Hanna,
anda boleh memudahkan perbincangan tersebut dengan cara yang lebih
baik untuk menyelesaikannya. Biarkan kanak-kanak memikirkan
penyelesaiannya dan bersama-sama dengan mereka memutuskan
penyelesaian yang terbaik. Berikan maklum balas mengenai cara
penyelesaiannya.

(o) Mengenali Tanda Tekanan, Kegelisahan atau Emosi yang Kuat: Mencegah
Terlebih Rangsangan dan Mengajar Teknik untuk Menenangkan
Sebagai orang dewasa, kita seharusnya dapat mengenali atau mengesan
penyebab tingkah laku. Kadangkala, perangai mengamuk yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak hanya berlaku kerana mereka mengalami banyak
rangsangan dan penat. Sekiranya ini berlaku, anda boleh mengambil
langkah yang sesuai untuk menenangkan kanak-kanak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:  91
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

(p) Menguruskan Emosi yang Kuat secara Bertanggungjawab


Strategi ini membantu dalam menjadikan kanak-kanak mengenali dan
mempelajari cara yang bertanggungjawab untuk menguruskan emosi
yang kuat. Apabila kanak-kanak marah, dia tidak tahu cara untuk
mengatasinya dan boleh bertindak dengan cara yang kurang baik. Ini
bukanlah kemahuan mereka tetapi kadangkala kerana mereka tidak
tahu cara untuk mengatasinya dengan berkesan. Sebagai orang dewasa,
kita boleh membimbing kanak-kanak tentang cara menangani emosi
mereka, terutamanya emosi yang menyebabkan mereka lebih sedih.

SEMAK KENDIRI 6.1

Apakah strategi yang akan anda gunakan dalam situasi ini?

(a) Samad yang sentiasa merampas permainan daripada kanak-kanak


lain.

(b) Ali yang sentiasa makan sarapan tanpa membasuh tangannya.

(c) Qayl yang sentiasa bercakap dan mengganggu kanak-kanak lain


semasa waktu tidur.

Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah anda dalam forum


myINSPIRE.

6.3 KEPERCAYAAN TENTANG DISIPLIN YANG


MEMPENGARUHI PILIHAN DALAM
STRATEGI DISIPLIN
Dalam subtopik sebelumnya, kita telah membincangkan pelbagai strategi
bimbingan positif yang boleh digunakan untuk membantu menguruskan tingkah
laku kanak-kanak. Anda tidak mungkin dapat menggunakan kesemua strategi
tersebut, sebaliknya ia berfungsi sebagai satu panduan pengetahuan tentang
pelbagai langkah yang boleh diambil oleh orang dewasa dan guru semasa
berurusan dengan kanak-kanak kecil. Strategi manakah yang akan digunakan
akan sangat bergantung pada kepercayaan orang dewasa terhadap disiplin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

Berkemungkinan besar guru telah mempunyai beberapa strategi dalam fikirannya


yang kelihatan berkesan terhadap muridnya pada masa lalu. Oleh itu, walaupun
mereka telah diajar tentang strategi bimbingan positif yang lebih sesuai, mereka
mungkin enggan menggunakan strategi baharu kerana dalam fikirannya, strategi
yang digunakan oleh mereka adalah lebih baik, justeru tidak perlu diubah.
Jika guru percaya perkara tersebut, maka sukarlah untuk mengubah strategi
yang digunakan oleh guru. Untuk guru membuat perubahan, mereka harus
terlebih dahulu „percaya‰ tentang kelebihan strategi baharu itu.

6.4 PENALTI
Penalti ialah sejenis hukuman yang biasanya dikenakan terhadap seseorang
kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak. Dalam mana-mana
konteks sekalipun, pada penghujungnya penalti ialah sejenis hukuman yang
diberi kepada seseorang yang melakukan sesuatu yang salah. Dalam psikologi
dan perkembangan awal kanak-kanak, istilah yang biasa digunakan ialah
hukuman.

Perkataan hukuman berasal daripada perkataan Latin punire yang bererti


perlakuan kasar atau untuk mengenakan sesuatu yang tidak menyenangkan
bagi kanak-kanak tersebut. Jika kita menghukum kanak-kanak, ini bermakna
kita melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan kepada dirinya. Salah satu
contoh hukuman ialah membuat kanak-kanak berdiri di satu sudut di dalam
bilik darjah selepas mereka melakukan sesuatu yang salah. Satu lagi contoh
ialah apabila guru enggan bercakap dengan kanak-kanak tersebut selepas dia
melakukan sesuatu kesalahan. Di samping itu, satu lagi bentuk hukuman ialah
dengan memukul kanak-kanak tersebut.

Hukuman mempunyai kesan yang negatif terhadap kanak-kanak dan selalunya ia


tidak dapat mencapai hasil yang diinginkan. Hukuman hanya memberitahu
kanak-kanak bahawa jika mereka melanggar peraturan, mereka akan menerima
akibat yang negatif. Hukuman tidak mengajar kanak-kanak mengapa melanggar
peraturan adalah salah, sebab peraturan itu penting, atau cara untuk berkelakuan
baik atau bertindak supaya peraturan itu tidak dilanggar. Paling penting,
kanak-kanak perlu memahami „kenapa‰ suatu tingkah laku itu tidak dibenarkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BIMBINGAN POSITIF DAN STRATEGI DISIPLIN:  93
BIMBINGAN SECARA LANGSUNG

• Terdapat banyak cara untuk menangani tingkah laku yang tidak sesuai
terhadap kanak-kanak kecil. Bimbingan yang positif ialah salah satu cara
terbaik untuk membantu membimbing mereka.

• Terdapat banyak strategi bimbingan positif yang boleh digunakan secara


kombinasi dan masing-masing perlu dinilai untuk memastikan ia sesuai
untuk digunakan terhadap kanak-kanak/keadaan tertentu.

• Kita harus cuba mengurangkan hukuman kerana ia boleh memudaratkan


kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa di sekolah adalah penting dan dapat
memperkuatkan pembelajaran kanak-kanak.

Bimbingan Hukuman
Bimbingan positif Penalti
Disiplin

Marion, M. (2015). Guidance of young children. Pearson.

Santrock, J. W. (2011). Child development. McGraw-Hill.

Smith, A. B. (2006). The state of research on the effects of physical punishment.


Social Policy Journal of New Zealand, 27.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penyesuaian
dan
7 Persekitaran
Pembelajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan konsep penyesuaian pembelajaran.
2. Menghuraikan situasi yang memerlukan penyesuaian pembelajaran.
3. Membincangkan rutin dan amalan harian kanak-kanak pada tetapan
awal kanak-kanak.
4. Mengenal pasti tindakan ibu bapa yang mempengaruhi
pembelajaran kanak-kanak.
5. Menganalisis cara tingkah laku kanak-kanak dan orang dewasa
mempengaruhi hasil tingkah laku kanak-kanak.
6. Menilai amalan yang sesuai dalam menguruskan tetapan awal
kanak-kanak.

 PENGENALAN
Penyesuaian diperlukan untuk sebarang keadaan yang baharu. Setiap kanak-
kanak menyesuaikan diri dengan situasi baharu melalui cara yang berbeza.
Sebagai pengasuh atau guru prasekolah, anda perlu membantu kanak-kanak
membuat penyesuaian. Terdapat beberapa amalan yang boleh membantu
kanak-kanak membuat penyesuaian diri dalam keadaan yang baharu. Faktor
persekitaran turut mempengaruhi penyesuaian diri. Persekitaran yang kondusif
akan membantu menggalakkan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  95

7.1 SITUASI
Bergantung pada keadaan sesebuah keluarga, kanak-kanak mungkin tidak
langsung mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang
baharu. Sekarang, mari kita pelajari perkara yang boleh kita lakukan untuk
membantu mereka menyesuaikan diri dengan tetapan yang berbeza.

7.1.1 Tempat Baharu


Tempat baharu adalah asing kepada kanak-kanak. Mereka mempunyai masalah
untuk berpisah buat sementara waktu daripada keluarga merekadan ini akan
menyebabkan emosi mereka terganggu. Bagi kanak-kanak yang dihantar ke
pusat asuhan kanak-kanak, dipisahkan daripada keluarga mereka dianggap
sebagai pengalaman baharu.

Ibu bapa perlu menerangkan kepada kanak-kanak tentang tempat baharu yang
akan mereka pergi. Sebelum menghantar kanak-kanak ke pusat asuhan atau
prasekolah, ibu bapa perlu melawat pusat asuhan atau prasekolah itu bersama
mereka. Ia adalah penting untuk kanak-kanak mendapat gambaran yang jelas
tentang tempat tersebut seawal mungkin supaya mereka lebih bersedia untuk
memasuki persekitaran baharu.

7.1.2 Kakitangan dan Orang Dewasa


Kakitangan dan pengasuh ialah teras kepada pusat asuhan kanak-kanak atau
prasekolah. Anda seharusnya mempunyai pengetahuan latar belakang yang
kuat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di taska
dan prasekolah. Di taska, kebanyakan kakitangan terdiri daripada pengasuh
dan pembantu mereka.

Sementara itu, di prasekolah, kakitangan terdiri daripada pengasuh, guru atau


pembantu mereka. Orang dewasa lain yang merupakan sebahagian daripada
taska dan prasekolah termasuklah mereka yang membersihkan bilik air, ruang
dalam dan luar, mereka yang memasak dan juga mereka yang mencuci peralatan.

Peranan kakitangan di taska dan prasekolah adalah membantu kanak-kanak


dalam pembelajaran. Kakitangan bertanggungjawab memastikan kanak-kanak
bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran taska atau prasekolah.
Oleh itu, kakitangan harus peka kepada kanak-kanak, di samping bersifat
penyayang, mengambil berat, berfikiran terbuka, fleksibel dan jujur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

7.1.3 Rakan Sebaya


Kanak-kanak akan mula menjaga satu sama lain, membantu menyelesaikan
masalah, merasa lebih diberi kuasa dan menjadikan tetapan awal kanak-kanak
sebagai komuniti kecil mereka sendiri. Pada peringkat ini, anda hanya perlu
memantau perkara yang berlaku dari semasa ke semasa. Ini membolehkan
kanak-kanak berkomunikasi secara terbuka antara mereka dan ia lebih berkesan
berbanding belajar secara individu. Namun, bagi sesetengah kanak-kanak yang
kurang berpeluang untuk berkomunikasi, mereka mungkin akan menghadapi
masalah hubungan jangka panjang pada masa hadapan.

Anda perlu menggalakkan hubungan dalam kalangan rakan sebaya pada semua
peringkat umur di dalam dan di luar tetapan awal kanak-kanak. Pada masa
yang sama, anda juga mesti mengenal pasti siapa yang baru mula berkawan.
Kanak-kanak tersebut mungkin tidak bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama
dengan kanak-kanak lain dan menyesuaikan diri dengan persekitaran
pembelajaran. Perkenalkan mereka kepada rakan sebaya mereka dan galakkan
rakan mereka untuk membantu kanak-kanak tersebut. Galakkan kerja berpasukan
dalam kalangan kanak-kanak dan tanamkan ciri kepimpinan dengan membentuk
kumpulan kecil yang terdiri daripada anggota yang berbeza supaya mereka
lebih menyedari kebolehan mereka.

AKTIVITI 7.1

Layari laman web berikut dan huraikan cara anda boleh mengaitkannya
dengan kanak-kanak di sekolah anda.

https://www.thespruce.com/help-your-kid-adjust-new-school-
2435862

Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah anda dalam forum


myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 7.1

Bezakan cara orang dewasa dan rakan sebaya dalam membantu


kanak-kanak menyesuaikan diri dengan situasi baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  97

7.2 RUTIN DAN PERALIHAN


Rutin ialah perkara yang kerap berlaku, yang berlaku secara seharian di sekolah
seperti ketibaan, waktu berkumpulan atau pulang. Peralihan pula merujuk
kepada pergerakan daripada satu aktiviti ke aktiviti lain yang boleh diadakan
di lokasi yang berbeza di pusat tersebut. Sebagai pengasuh atau guru prasekolah,
anda perlu memainkan peranan dalam memastikan rutin dan masa peralihan
kanak-kanak diuruskan dengan baik untuk mengelakkan sebarang tingkah laku
yang bermasalah.

Yang berikut ialah beberapa perkara asas yang mungkin diperlukan oleh
kanak-kanak semasa tiba dan pulang:

• langkah-langkah dalam rutin


Kanak-kanak perlu mengetahui rutin tiba dan pulang, susunan aktiviti dan
kedudukan di mana sesuatu barang diletakkan. Contohnya, menggantung
beg galas, masuk ke bilik, daftar masuk, menyapa pengasuh atau guru
prasekolah, menyapa „hai‰ kepada kawannya, memilih tempat, dan mula
bermain dan membuat kerja. Mengetahui perkara yang dijangkakan semasa
tiba atau pulang akan menghasilkan perasaan selamat.

• jangkaan
Kanak-kanak perlu mengetahui jangkaan anda terhadap tingkah laku mereka
semasa melakukan rutin. Misalnya, kanak-kanak memerlukan jawapan
kepada soalan yang berikut: „Bolehkah saya pergi ke tempat lain selepas
saya selesai di sini?‰ „Bolehkah saya meminta sesuatu yang saya perlukan?‰

• pengiktirafan
Apabila tiba di pusat, semua kanak-kanak perlu tahu bahawa pengasuh atau
guru menyedari bahawa mereka telah tiba dan mereka ada. Mereka
memerlukan pengasuh atau guru mereka untuk menyambut mereka secara
mesra dengan nada yang rendah. Mereka memerlukan peluang untuk
menyapa orang lain semasa tiba. Mereka memerlukan permulaan yang
mesra pada hari tersebut, walaupun apabila ketibaan mereka adalah untuk
pembelajaran. Setiap kanak-kanak juga perlu mendengar pengasuh atau
guru mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semasa pulang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

7.2.1 Jadual
Di pusat asuhan kanak-kanak atau prasekolah, kanak-kanak menghadapi
persekitaran yang berbeza berbanding dengan rumah mereka. Mereka belajar
mengikut jadual harian, sama ada secara individu ataupun dalam kumpulan.
Jadual harian untuk pusat asuhan kanak-kanak atau prasekolah adalah berlainan.
Biasanya, jadual harian termasuklah masa ketibaan, perhimpunan, aktiviti bebas,
sarapan pagi atau minum teh, bermain di luar, bercerita, makan tengah hari, tidur
sekejap, minum petang, tamat dan pulang ke rumah. Bagi program separuh hari
pula, waktu pulang ialah sama ada sebelum atau selepas waktu makan tengah
hari. Ringkasan aktiviti yang dijadualkan adalah seperti yang berikut:

• ketibaan
Ia adalah permulaan hari kanak-kanak pada tetapan awal kanak-kanak. Bagi
kebanyakan kanak-kanak, meninggalkan keluarga mereka yang selamat
untuk berada pada tetapan awal kanak-kanak boleh menjadi pengalaman
yang menakutkan. Menyambut kanak-kanak di pintu dan membimbing
mereka yang kurang keyakinan diri untuk melalui rutin yang konsisten
dapat membantu menjadikan waktu ketibaan lebih positif.

• perhimpunan
Ia merujuk kepada perhimpunan yang kanak-kanak dan kakitangan
menyanyikan lagu alu-aluan, lagu kebangsaan dan lain-lain. Ini biasanya
dilakukan sebagai aktiviti kumpulan yang besar.

• aktiviti bebas
Sekurang-kurangnya mesti ada tiga aktiviti bebas pilihan kanak-kanak yang
dilakukan di bawah pengawasan orang dewasa. Aktiviti tersebut perlu
mengandungi elemen pengajaran dan pembelajaran yang tersirat.

• waktu snek/makanan ringan


Dilakukan dalam kumpulan yang besar atau secara individu yang dianggap
wajar oleh pengasuh atau guru dan kakitangan prasekolah. Ia seharusnya
cukup untuk menyegarkan semula kanak-kanak dan sebagai cara untuk
mengumpulkan mereka semula selepas menyelesaikan aktiviti bersama.
Waktu snek seharusnya dapat memupuk sikap berdikari dalam kalangan
murid dan mewujudkan suasana santai untuk makan dan berjumpa dengan
orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  99

• bermain di luar
Bergantung pada keperluan kanak-kanak, bermain di taman permainan
adalah perlu untuk mencapai gaya hidup harmoni tanpa terlalu banyak
arahan untuk diikuti oleh kanak-kanak.

• bercerita
Ia penting untuk kanak-kanak beristirahat sebelum makan. Ia juga membantu
meningkatkan kemahiran mendengar kanak-kanak sama ada dalam
kumpulan kecil atau besar. Bercerita boleh dilakukan dengan membaca buku
atau hanya bercerita secara spontan.

• waktu makan
Ia seharusnya bersifat menyeronokkan dan santai. Ini dianggap sebagai masa
bersama seperti dalam satu keluarga; lebih baik jika pengasuh atau guru,
pembantu dan orang dewasa duduk dan makan bersama-sama mereka.
Pengasuh atau guru perlu bekerjasama dengan baik dengan ahli keluarga
untuk memahami jadual makan, pilihan makanan dan rutin setiap kanak-
kanak. Kanak-kanak prasekolah memerlukan snek berkhasiat pada
pertengahan pagi dan juga pertengahan tengah hari untuk memastikan tahap
tenaga yang tinggi.

• waktu tidur sekejap


Tujuannya adalah untuk membolehkan badan berehat selepas kanak-kanak
makan dan melakukan aktiviti. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi
rutin belajar di rumah dan keperluan tidur. Secara umumnya, paling baik
adalah untuk semua kanak-kanak menghabiskan masa secara senyap di atas
tikar atau katil bayi. Pengasuh atau guru harus bekerja keras untuk mencipta
suasana yang tidur adalah perlu bagi mereka yang memerlukannya dan
masa rehat yang menyenangkan bagi orang lain. Usapan di belakang badan,
nyanyian yang lembut, membaca buku dan perbualan yang perlahan boleh
membantu kanak-kanak pada masa tersebut.

• latihan ke tandas
Ketika kanak-kanak memulakan proses latihan ke tandas, pengasuh atau guru
harus bekerjasama dengan baik bersama ahli keluarga agar dapat
menggunakan prosedur ke tandas yang sama secara konsisten dan dapat
menyelesaikan isu dan masalah semasa ia timbul. Selepas latihan ke tandas
berakhir, sesetengah kanak-kanak kadangkala akan mengalami
„kemalangan‰. Cara anda bertindak balas terhadap situasi ini akan menjadi
perbezaan yang besar terhadap bagaimana kanak-kanak rasa tentang diri
mereka sendiri. Pendekatan yang santai dan tenang akan membantu
meminimumkan rasa malu yang mungkin dialami oleh kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

• penutup
Tujuannya adalah mengembalikan perhatian kanak-kanak tentang perkara
yang telah dilakukan sepanjang hari dan menilai pencapaian. Ia juga memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memilih dan berkongsi aktiviti yang
paling mereka suka. Ia boleh berakhir dengan lagu, muzik dan bercerita
kepada kumpulan yang besar. Pada penghujung hari, adalah penting untuk
mengambil masa untuk merumuskan perkara yang telah berlaku pada hari
tersebut dan memberi rumusan kepada banyak perkara yang telah dicapai
oleh kanak-kanak dalam cara yang dapat diramal dan dikenal pasti.

• waktu pulang
Menamatkan satu hari yang baik dengan cara yang baik supaya kanak-kanak
akan berpuas hati dengan perkara yang telah dilakukan oleh mereka pada hari
tersebut. Ini membuatkan mereka teruja dengan perkara yang mereka akan
lakukan pada keesokan hari. Mengucapkan „jumpa esok‰ akan mewujudkan
rasa puas hati dan kebahagiaan dalam kalangan kanak-kanak. Membantu
kanak-kanak berasa gembira terhadap hari tersebut juga dapat meningkatkan
peluang untuk memulakan sesi kelas seterusnya dengan tenaga yang positif.

7.2.2 Peralihan
Peralihan ialah bahagian penting dalam setiap program awal kanak-kanak. Sekali
imbas, masa antara aktiviti pusat asuhan kanak-kanak atau hari persekolahan
mungkin nampak tidak penting. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi masa
utama untuk masalah tingkah laku jika anda gagal merancang untuk mereka.

Kanak-kanak memerlukan arahan dan prosedur yang jelas untuk peralihan


daripada satu aktiviti ke aktiviti seterusnya. Jika jangkaan tidak diterangkan
dengan jelas, masa peralihan ini boleh menjadi sangat mengelirukan dan
mengecewakan kepada kedua-dua belah pihak: kanak-kanak dan orang dewasa.
Beberapa contoh peralihan termasuklah yang berikut:

• bertukar daripada aktiviti kumpulan yang besar ke aktiviti seterusnya;

• bergerak ke dalam kumpulan yang besar;

• beralih daripada kumpulan kecil ke masa pertengahan semula;

• bergerak dari satu sudut atau pusat ke pusat lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  101

• tiba atau pulang dari sekolah;

• melangkah keluar dari tempat belajar untuk bekerjasama dengan pakar; dan

• bergerak dari tempat belajar ke gimnasium, ruang makan atau taman


permainan.

Anda perlu merancang peralihan dengan baik untuk mengelakkan kanak-kanak


daripada berasa tertekan. Peralihan yang dirancang dengan baik dan digunakan
dengan bijak akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak, membantu mereka
memahami cara untuk mengakhiri satu aktiviti dan memulakan aktiviti lain.
Yang berikut ialah beberapa garis panduan tentang keperluan kanak-kanak
semasa peralihan:

(a) Peralihan Sesedikit Mungkin


Tanda yang jelas pusat pendidikan awal kanak-kanak tidak sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak ialah apabila terdapat jumlah peralihan yang
berlebihan. Beberapa peralihan diperlukan, manakala yang lain tidak
diperlukan. Kanak-kanak perlukan anda untuk melihat jadual, memastikan
sebarang peralihan adalah perlu. Sebagai pengasuh atau guru prasekolah,
anda perlu menghapuskan peralihan yang tidak perlu. Contohnya,
mengadakan lima peralihan – bergerak dari satu pusat ke pusat yang lain
selepas 10 minit dalam masa sejam adalah tidak perlu.

(b) Peralihan yang Telah Dirancang


Pengasuh atau guru yang bijak, reflektif dan berkesan akan memikirkan
setiap aspek pengajaran, termasuklah waktu peralihan. Kanak-kanak
memerlukan anda untuk mengenal pasti peralihan yang diperlukan dan
merancangnya.

(c) Peralihan yang Menyumbang kepada Perkembangan dan Pembelajaran


Pertimbangkan jumlah waktu yang diperuntukkan untuk peralihan. Yang
berikut ialah contohnya. Seorang pengasuh atau guru prasekolah
menggunakan satu minit untuk memindahkan kanak-kanak daripada
mesyuarat pagi (kumpulan yang besar) ke aktiviti seterusnya. Ia berlaku
dua kali setiap hari dengan jumlah lebih daripada 6½ jam dari tahun
persekolahan bergerak daripada kumpulan ke aktiviti lain dan ini ialah
satu peralihan. Jika anda menggabungkan semua peralihan pada hari
persekolahan, dengan cepat dan jelas ia mengambil masa yang banyak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 7.2

1. Bincangkan cara kanak-kanak mendapat manfaat daripada


peralihan.

2. Apakah aktiviti yang boleh anda lakukan semasa peralihan?

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Jalankan analisis apakah perkara yang diperlukan oleh kanak-


kanak dalam rutin dan peralihan?

2. Huraikan jadual kanak-kanak dalam rutin mereka.

7.3 TINDAKAN IBU BAPA


Penglibatan ibu bapa dalam program kanak-kanak dapat memberi kesan yang
positif kepada kanak-kanak. Antara kesannya ialah perubahan dalam tingkah
laku mereka dan peningkatan dalam kemahiran pengalaman. Pada masa yang
sama, ibu bapa sendiri dapat meningkatkan kemahiran mereka sendiri. Ibu bapa
yang terlibat secara langsung cenderung menggalakkan anak mereka belajar
di rumah. Ini dapat membantu meningkatkan penghargaan kendiri dan
mengurangkan masalah disiplin sama ada di taska, prasekolah atau di rumah.
Hasil yang positif dapat diperoleh daripada inisiatif penglibatan ibu bapa
dalam kegiatan anak mereka di rumah dan di pusat asuhan kanak-kanak atau
prasekolah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  103

Rajah 7.1: Tindakan Ibu Bapa dan Hasilnya kepada Kanak-kanak

Sumber: Grace & Stiles (2015)

Penglibatan ibu bapa tidak berlaku secara automatik. Sebagai pengasuh atau
guru prasekolah, anda mesti mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada
ibu bapa bahawa bantuan daripada mereka dialu-alukan. Ibu bapa kemudiannya
akan berasa selesa dan mencari cara untuk menyumbang kepada kebajikan
program anak mereka. Ibu bapa ialah suri teladan paling dekat dengan kanak-
kanak. Pengalaman pembelajaran akan diperkuatkan jika ibu bapa memberi
perhatian lebih kepada anak mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui perkara
yang anak mereka pelajari.

Mesyuarat yang diadakan antara ibu bapa atau penjaga dengan pengasuh atau
guru adalah saling menguntungkan. Benarkan ibu bapa membantu menjalankan
aktiviti tertentu yang sesuai untuk taska atau prasekolah. Ini akan
memperkukuhkan lagi hubungan antara keluarga dan institusi pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 7.3

1. Sebagai guru prasekolah, bagaimanakah anda mengajak ibu bapa


untuk terlibat dalam aktiviti sekolah?

2. Bincangkan risiko terhadap kanak-kanak jika ibu bapa mereka


tidak terlibat dalam aktiviti sekolah.

Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah anda dalam


forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Berikan nilai hasil positif penglibatan ibu bapa.

2. Apakah tiga aspek tindakan ibu bapa yang menyumbang kepada


hasil yang positif kepada kanak-kanak?

7.4 PERATURAN DAN AKIBAT


Peraturan diwujudkan untuk menggalakkan perkembangan kawalan kendiri
kanak-kanak melalui bimbingan yang positif. Peraturan bukan sahaja untuk
mengurus salah laku tetapi juga dapat meningkatkan harga diri kanak-kanak.
Peraturan membantu membimbing kanak-kanak supaya kurang bergantung
kepada orang dewasa, manakala hukuman menggalakkan tingkah laku yang
baik. Malah, perasaan marah dan malu dapat dielakkan sekiranya kanak-kanak
dihukum apabila melanggar peraturan. Untuk membimbing kanak-kanak supaya
mematuhi peraturan, isu berikut harus ditekankan:

• persekitaran pembelajaran
Dalam tetapan awal kanak-kanak, susun atur dan kedudukan akan memberi
kesan kepada kanak-kanak. Ruang yang terlalu besar atau kosong
membolehkan kanak-kanak berlari. Sementara ruang yang sempit boleh
mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan pergaduhan dalam kalangan
kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  105

• bahan baharu
Memperkenalkan kanak-kanak pada bahan/peralatan baharu adalah penting
terutamanya ketika masa berkumpulan. Bahan atau peralatan tersebut
harus dilabel dengan betul. Arahan mesti diberi kepada kanak-kanak tentang
cara menggunakan bahan baharu dan mereka harus bergilir-gilir untuk
menggunakannya.

• susunan aktiviti mengikut acara


Ia untuk menyediakan kestabilan dan memastikan aktiviti dijalankan
mengikut jadual harian. Kanak-kanak akan berasa selamat, aman dan tenang,
seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Menyediakan jadual
aktiviti harian juga boleh membuatkan mereka berasa selesa. Susunan sesuatu
aktiviti harus seimbang. Umpamanya, aktiviti yang memerlukan banyak
tenaga harus diselang-selikan dengan aktiviti yang senyap.

• mengurangkan masa menunggu


Kanak-kanak mempunyai tempoh perhatian yang singkat dan tidak boleh
memberi tumpuan kepada penjelasan yang panjang lebar tentang penggunaan
peralatan dan bahan. Arahan mestilah diberi dalam bentuk soalan dan
jawapan yang mana kanak-kanak bersetuju dengan jawapan mereka sendiri.

• menentukan batasan
Tetapkan batasan untuk tingkah laku kanak-kanak pada tetapan awal
kanak-kanak. Contohnya, mereka tidak dibenarkan menyakiti diri sendiri,
orang lain, dan merosakkan benda dan peralatan. Kanak-kanak juga harus
diajar untuk mengikut giliran dan berkongsi bahan.

Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, tingkah laku bermasalah kanak-kanak


tidak dapat dielakkan. Oleh itu, anda perlu bersedia untuk menggunakan
beberapa strategi disiplin sebagai penyelesaian kepada masalah tingkah laku
kanak-kanak. Disiplin tidak perlu dilaksanakan secara keras, menghukum
atau kejam. Kaedah disiplin yang baik memberi penekanan kepada mengubah
tingkah laku kanak-kanak daripada kurang diingini menjadi lebih diingini.
Pilihan yang sesuai tidak hanya bergantung pada situasi dan kanak-kanak
yang terlibat tetapi juga keperibadian orang dewasa. Strateginya adalah seperti
yang dijelaskan dalam Jadual 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Jadual 7.1: Strategi Disiplin untuk Kanak-kanak

Strategi Disiplin Deskripsi

I-mesej Pernyataan komunikasi ini ialah pernyataan yang bermula


dengan „saya‰ (I ) yang cenderung untuk kurang provokatif
berbanding yang bermula dengan „anda‰ (you). I-mesej
memberi tumpuan kepada perasaan anda tentang tingkah
laku seseorang dan hanya menyatakan masalah, tanpa
menyalahkan seseorang mengenai perkara tersebut. Ini
memudahkan orang lain (kanak-kanak) membantu
menyelesaikan masalah tersebut, tanpa mengakui bahawa
mereka salah. I-mesej biasanya mengandungi empat elemen:

• perasaan yang saya alami terhadap tingkah laku


tersebut dan kesannya;

• penerangan mengenai tingkah laku, perkara yang


sebenarnya berlaku;

• kesan yang sebenar, konkrit, ketara daripada tingkah


laku tersebut terhadap anda; dan

• tingkah laku yang anda lebih suka.

Daripada mengkritik kanak-kanak tentang tingkah laku


yang tidak diingini, I-mesej mengenal pasti perasaan orang
dewasa dan membantu kanak-kanak melihat cara tingkah
laku mereka mempengaruhi orang lain.

Sekiranya hubungan antara pengasuh atau guru dan


kanak-kanak adalah kuat, selalunya kanak-kanak akan
secara sukarela mengubah tingkah laku dan bertindak
dengan lebih bertanggungjawab.

I-mesej boleh memberi ganjaran melalui beberapa cara:

• mempunyai peluang yang tinggi untuk menukar


tingkah laku orang lain apabila anda mendapati tingkah
laku itu tidak dapat diterima;

• melindungi harga kendiri orang lain;

• mengekalkan kualiti hubungan antara anda dengan


orang lain; dan

• membantu orang lain memahami perkara yang berlaku


terhadap anda dengan lebih baik dan meningkatkan
prestasi mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  107

Akibat semula jadi Ini adalah akibat yang terhasil secara semula jadi kesan
daripada tingkah laku kanak-kanak. Akibat semula jadi ini
berlaku apabila pengasuh atau guru prasekolah atau ibu
bapa tidak campur tangan dalam situasi tetapi membiarkan
situasi untuk mengajar kanak-kanak tersebut.

Teknik ini berdasarkan pepatah: Setiap generasi mesti


belajar bahawa dapur adalah panas (every generation must
learn that the stove is hot).

Contohnya:

• sekiranya aiskrim ditinggalkan di kaunter, ia akan cair.


Apabila kanak-kanak enggan makan, lalu dia akan
lapar;

• sekiranya seseorang berjaga lewat malam, dia akan letih


pada keesokan harinya;

• jika, walaupun diberi amaran oleh pengawal


penyelamat atau lifeguard, kanak-kanak berlari di tepi
kolam renang yang licin, dia boleh terjatuh dan lututnya
akan terluka; dan

• apabila kanak-kanak terlupa untuk mengambil wang


makan tengah hari ke sekolah, dia tidak dapat makan.

Dalam setiap kes yang disebut, kanak-kanak belajar


daripada akibat semula jadi tingkah lakunya. Pengalaman
tersebut menjadi umpama pengasuh atau guru prasekolah.
Anda sebagai pengasuh atau guru prasekolah tidak perlu
campur tangan.

Sebaliknya, anda harus mengelak daripada mengatakan


apa-apa, terutamanya „Saya sudah ingatkan awak tadi‰ atau
ayat yang serupa dengannya.

Sekiranya anda atau ibu bapa campur tangan melalui


teguran atau dengan memberi hukuman tambahan, ini akan
merosakkan situasi pembelajaran semula jadi dengan
mewujudkan perebutan kuasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Kelemahan utama akibat semula jadi adalah ia lazimnya


sama ada tidak berlaku atau berpotensi boleh
merbahayakan kanak-kanak. Akibat semula jadi selalunya
berfungsi tetapi kadangkala, akibatnya boleh terlalu
teruk atau kesan semula jadinya mungkin terlalu lambat
untuk menjadi berkesan. Dalam kes seperti ini, akibat logik
pula perlu digunakan. Misalnya, menggunakan strategi
akibat semula jadi dengan cara membenarkan kanak-kanak
berlari ke tengah jalan, jelas sekali tidak boleh diterima
dan tidak wajar.

Akibat logik Anda sebagai pengasuh atau guru prasekolah perlu


menetapkan akibat yang mempunyai hubungan logik
dengan tingkah laku kanak-kanak. Cara terbaik untuk
mencapai akibat yang baik adalah ia perlu berkait secara
logik dengan salah laku. Sekiranya kanak-kanak
memecahkan tingkap, tidak masuk akal untuk dia
kehilangan hak menonton televisyen, mendengar leteran
atau dipukul. Tiada satu pun daripada tindakan tersebut
yang berkaitan dengan „jenayah‰ yang dilakukan. Namun,
membayar untuk tingkap yang baharu adalah hukuman
yang logik dan bersifat mendidik.

Misalnya, selepas kanak-kanak berusia empat tahun meluru


ke tengah jalan, logik menetapkan bahawa kanak-kanak itu
akan kehilangan hak untuk bermain di luar untuk satu
tempoh masa. Kemudian, apabila kanak-kanak diizinkan
bermain di luar lagi, anda perlu dengan cepat
menggalakkannya untuk bermain mengikut peraturan.
Alternatif lain mungkin kurang bersifat mendidik dan akan
menyebabkan lebih banyak kesulitan. Akibat berfungsi
dengan paling baik apabila ia dibuat dan dipersetujui
terlebih dahulu.

Akibat perlu dikaitkan secara logik kepada salah laku


atau kesilapan. Jangan memberi amaran, mengancam
atau memberi „ceramah‰ moral. Kanak-kanak perlu
mempercayai anda.

Apabila mereka bertingkah laku buruk, kanak-kanak kecil


mesti tahu bahawa akibatnya akan berlaku seperti yang
dijangkakan dan secara semula jadi seperti „matahari
terbenam pada waktu petang.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  109

Pengukuhan positif Ia adalah apa-apa yang menyusul sesuatu tingkah laku


dan meningkatkan kemungkinan bahawa ia akan berlaku
lebih kerap pada masa depan. Contohnya, memberikan
senyuman, high five dan komen yang positif semuanya
dianggap pengukuhan positif kepada kanak-kanak apabila
mereka tingkah laku mereka bertambah baik. Tindak balas
lisan yang tegas oleh pengasuh atau guru prasekolah
mungkin memperkuatkan kanak-kanak tertentu yang
benar-benar perlu mendapat perhatian daripada orang
dewasa.

Hukuman Ia strategi yang berkaitan dengan pengubahsuaian tingkah


laku dan ditakrifkan sebagai sebarang kejadian atau
tindakan yang mengikut tingkah laku dan mengurangkan
kemungkinan bahawa tingkah laku itu akan berlaku.
Hukuman yang biasa digunakan dikenali sebagai
pengembalian semula.

Pengembalian semula adalah mengenai „menjadikannya


betul semula.‰ Ia pendekatan disiplin yang mengakui
bahawa orang muda akan membuat kesilapan dan situasi
tersebut memberi peluang kepada murid untuk mengambil
tanggungjawab, memilih tingkah laku yang berkesan dan
mencipta penyelesaian yang positif. Matlamat
pengembalian semula adalah untuk membetulkan yang
salah. Contohnya, jika kanak-kanak memilih untuk
menconteng dinding, hukumannya ialah dia perlu
membersihkan dinding. Jika kecurian berlaku, kanak-kanak
perlu membayar wang yang dicuri.

Pengabaian Sering kali apabila kanak-kanak bertingkah laku buruk,


mereka sebenarnya menagih perhatian orang dewasa.
Pengabaian boleh menjadi strategi yang kuat untuk
kanak-kanak yang mencari perhatian jika orang dewasa
dapat menahan diri daripada memberi maklum balas lisan
atau bukan lisan terhadap tingkah laku yang tidak sesuai.

Apabila anda dan ibu bapa serta kanak-kanak lain secara


konsisten mengabaikan tingkah laku menagih perhatian
yang tidak terlalu mengganggu seluruh kelas, kanak-kanak
yang menagih perhatian tersebut dengan cepat belajar
bahawa strateginya tidak lagi sesuai dan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Peraturan adalah penting untuk meminimumkan masalah dan salah laku dalam
kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, anda perlu bersedia menerima
akibat jika salah laku berlaku dalam tetapan awal kanak-kanak anda.

AKTIVITI 7.4

1. Bagaimanakah anda mengenakan peraturan dalam tetapan awal


kanak-kanak anda? Bincangkan.

2. Adakah anda berfikir dengan memberi „masa tamat‰ atau


time-out, kanak-kanak akan bertingkah laku baik? Bincangkan.

Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah anda dalam


forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 7.4

1. Terangkan cara untuk memaksimumkan kanak-kanak yang


akan mengikut peraturan sekolah.

2. Nilai strategi disiplin yang terbaik untuk digunakan sebagai


akibat bagi salah laku dalam tetapan awal kanak-kanak.

7.5 MENGAITKAN TINGKAH LAKU DENGAN


HASIL
Penyesuaian kepada persekitaran pembelajaran baharu kadangkala menjadi
cabaran kepada kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya mahu menyesuaikan diri
dengan baik, namun ada beberapa sebab masalah tingkah laku mereka berlaku.
Sebabnya adalah seperti yang berikut (lihat Rajah 7.2):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  111

Rajah 7.2: Sebab Berlakunya Masalah Tingkah Laku

Mari kita lihat penjelasan lanjut tentang sebab berlakunya masalah tingkah laku.

• jangkaan yang tidak sesuai


Tingkah laku kanak-kanak ialah hasil secara langsung daripada jangkaan
yang tidak sesuai daripada orang dewasa. Anda mungkin mengharapkan
kanak-kanak dapat melakukan perkara yang mereka tidak mampu lakukan.

• jangkaan yang tidak difahami


Kanak-kanak tidak faham perkara yang diharapkan daripada mereka.

• kawalan diri yang tidak matang


Kadangkala kanak-kanak benar-benar ingin mematuhi permintaan orang
dewasa tetapi mereka tidak dapat mengendalikan kawalan kendiri yang
diperlukan untuk mencapai perkara yang orang dewasa harapkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

• kebebasan yang menggembirakan, pengaruh kumpulan


Kanak-kanak tahu bahawa mereka akan menerima hukuman daripada ibu
bapa mereka. Namun, kadangkala melakukan tindakan yang salah itu amat
menyeronokkan bagi kanak-kanak sehingga mereka tidak dapat berhenti
melakukannya.

• kebosanan
Terutamanya apabila kebosanan digabungkan dengan pengawasan yang
lemah akan membawa kepada tingkah laku yang salah dan juga letusan
kreativiti yang luar biasa.

• keletihan dan ketidakselesaan


Ini boleh menyebabkan kanak-kanak hilang kawalan dan bertindak secara
agresif, menentang peraturan atau bertingkah laku tidak sesuai.

• keinginan untuk penghargaan


Semua manusia perlu merasakan kepunyaan, merasakan bahawa mereka
dikehendaki dan diperlukan.

• patah semangat
Apabila diselubungi kata-kata yang mematahkan semangat, ia boleh
menyebabkan sesiapa pun berasa murung dan marah.

• pemberontakan
Kanak-kanak mencapai satu tahap putus asa yang mereka merasakan
bahawa mereka dalam keadaan yang terlalu bermasalah sehingga tiada apa
yang boleh mereka lakukan untuk membuatnya menjadi lebih baik.

Oleh itu, anda harus memberikan panduan kepada kanak-kanak untuk bertindak
dengan lebih baik. Komponen bimbingan adalah seperti diringkaskan dalam
Rajah 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  113

Rajah 7.3: Komponen Bimbingan

7.5.1 Bimbingan secara Tidak Langsung


Kebanyakan pengasuh atau guru prasekolah mempengaruhi tingkah laku
kanak-kanak secara tidak langsung. Dengan menguruskan ruang, peralatan,
bahan dan orang dalam persekitaran kanak-kanak, orang dewasa dapat
menyingkirkan banyak konflik yang mungkin timbul. Terdapat tiga jenis
bimbingan secara tidak langsung (lihat Rajah 7.4).

Rajah 7.4: Tiga Jenis Bimbingan secara Tidak Langsung

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Seterusnya mari kita lihat penerangan lanjut tentang tiga jenis bimbingan
secara tidak langsung.

(a) Membentuk Jangkaan yang Sesuai Berdasarkan Pemahaman Kanak-kanak


Anda perlu mengambil kursus mengenai perkembangan kanak-kanak dan
membaca perkara yang orang lain telah kenal pasti sebagai kanak-kanak
biasa pada usia yang berbeza sebagai salah satu cara untuk membentuk
jangkaan yang sesuai untuk kanak-kanak. Anda juga perlu memerhatikan
kanak-kanak dengan betul untuk membolehkan anda melihat kemahiran
dan pemahaman khusus tentang kanak-kanak secara individu. Anda boleh
bercakap dengan ahli keluarga untuk mendapatkan pemahaman tentang
kanak-kanak, seterusnya jangkaan yang sesuai dapat dibina.

(b) Mengurus Ruang dan Masa untuk Mewujudkan Persekitaran yang


Menyokong Tingkah Laku yang Positif
Susun aktiviti dengan cara menarik yang mengajak kanak-kanak untuk
turut sama menyertainya. Sediakan bahan agar kanak-kanak dapat
menggunakannya dengan selamat dan dengan sedikit bantuan daripada
orang dewasa. Tukar mainan dan peralatan yang keluar masuk daripada
tetapan awal kanak-kanak supaya ia sentiasa baharu dan menarik. Rancang
tempoh masa yang diperuntukan untuk aktiviti berlainan. Adakan aktiviti
nyanyian atau pergerakan di antara waktu mendengar dan memberi
maklum balas.

(c) Merancang Kurikulum di Luar dan di Dalam Bilik Darjah yang Melibatkan
Semua Kanak-kanak
Apabila aktiviti sangat menyeronokkan, kanak-kanak lebih cenderung
menghabiskan masa mereka secara aktif menggunakan bahan yang
disediakan dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya mereka.
Apabila aktiviti tidak dipilih atau dirancang dengan baik, kanak-kanak
lebih cepat terlibat dalam masalah tingkah laku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  115

7.5.2 Membina Hubungan


Interaksi yang berkesan dalam kalangan semua orang yang bekerja dengan
kanak-kanak kecil (keluarga, rakan sekerja dan pentadbir) akan mempunyai
pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan dan pembelajaran yang sihat.
Contohnya, menepuk perlahan di belakang badan untuk kerja yang bagus,
memberi senyuman ketika menyambut setiap anak pada waktu pagi dan
memberikan kata-kata dorongan. Program perkongsian keluarga yang kuat
seperti jamuan bawaan (potluck) akan menjadikan bimbingan lebih mudah untuk
diterapkan. Komunikasi yang baik ialah kunci kepada hubungan rumah-sekolah
yang kuat. Rajah 7.5 menunjukkan beberapa cara untuk mewujudkan ruang
yang mesra untuk perkongsian keluarga.

Rajah 7.5: Beberapa Cara untuk Mewujudkan


Ruang yang Mesra untuk Perkongsian Keluarga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

7.5.3 Membimbing Kanak-kanak secara Fizikal


Sentuhan fizikal, bahasa badan dan jarak ialah komponen tambahan untuk
bimbingan yang berkesan kepada kanak-kanak. Orang dewasa dan kanak-kanak
berbeza dari segi tahap keselesaan mereka terhadap sentuhan fizikal. Walau
bagaimanapun, menepuk bahu dengan lembut, memberi high five dan berjabat
tangan, semuanya menyampaikan kepada kanak-kanak bahawa kita mengambil
berat terhadapnya.

Pengasuh dan guru harus peka terhadap variasi kanak-kanak dan bertindak balas
dengan sewajarnya. Jarak fizikal orang dewasa sering menenangkan dan
mengarahkan kanak-kanak kepada tingkah laku yang lebih positif. Isyarat dan
bahasa badan seperti senyuman, menaikkan kening atau tunjuk dengan jari dan
memalingkan kanak-kanak perlahan di bahu dan mengarahkan mereka ke arah
aktiviti yang diinginkan juga berfungsi dengan baik untuk ramai kanak-kanak.

7.5.4 Bimbingan Lisan


Kata-kata yang anda gunakan sebagai orang dewasa sangat mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak kecil. Komunikasi lisan yang sangat baik ialah
keupayaan untuk menjadi pendengar yang baik. Mendengar secara aktif ialah
teknik yang membantu para profesional peringkat awal kanak-kanak
berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Anda boleh memulakan bimbingan lisan dengan bersikap terbuka dan senang
didekati serta mendengar dengan teliti perkara yang dikatakan dan dilakukan
oleh kanak-kanak. Kemudian dengan perkataan anda sendiri, anda ulangi
perkara yang anda dengar kanak-kanak tersebut katakan. Apabila orang dewasa
mendengar secara aktif, mereka memebritahu kanak-kanak bahawa mereka
sedang berusaha keras untuk membantu kanak-kanak mengenal pasti perasaan
dan bertindak balas terhadap perasaan tersebut dengan cara yang sesuai.

Satu lagi bentuk bimbingan lisan dipanggil pengalihan. Bagi kanak-kanak yang
paling kecil, pengalihan menjadi satu cara untuk melencong atau mengalihkan
perhatian kanak-kanak daripada tingkah laku yang tidak diingini kepada perilaku
yang lebih sesuai. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, orang dewasa boleh
menyatakan dengan lisan tentang penggantian untuk masalah tingkah laku yang
dihadapi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  117

Mesej lisan hendaklah digunakan dengan arahan yang positif, memberitahu


kanak-kanak perkara yang harus dilakukan dan bukannya yang tidak boleh
dilakukan. Anda boleh mengukuhkan komunikasi lisan dengan menjadikannya
jelas apabila kanak-kanak mempunyai pilihan. Banyak kali pilihan adalah sesuai
dan berguna dalam membangunkan kemahiran berdikari dan membuat
keputusan.

Beberapa cadangan untuk menjadikan bimbingan lisan lebih berkesan adalah


seperti yang berikut:

(a) Turun ke aras ketinggian kanak-kanak dan bercakap secara langsung


seperti membuat hubungan mata.

(b) Letakkan pernyataan bimbingan untuk bahagian tindakan di awal


pernyataan. Contohnya, pegang dengan kuat atau kamu mungkin jatuh.

(c) Berikan alasan yang logik dan tepat untuk permintaan anda.

(d) Berikan arahan pada masa dan tempat yang anda mahukan tingkah laku
itu berlaku.

AKTIVITI 7.5

1. Apakah yang anda fikir tentang aktiviti luar untuk kanak-kanak?


Bolehkah mereka banyak belajar daripadanya?

2. Bagaimanakah anda menarik minat ahli keluarga untuk melawat


sekolah anda?

SEMAK KENDIRI 7.5

1. Bincangkan elemen-elemen bimbingan secara tidak langsung.

2. Huraikan cara untuk meningkatkan amalan yang sesuai dalam


menguruskan tingkah laku kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

7.6 AMALAN PERKEMBANGAN YANG


BERSESUAIAN DALAM MENGURUSKAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Antara amalan biasa yang tidak sesuai dengan perkembangan kanak-kanak
termasuklah tempoh duduk dan „mendengar‰ yang panjang, aktiviti yang
ditetapkan dilakukan betul-betul mengikut standard, kerja kanak-kanak dinilai
secara kritikal – ini semua akan menimbulkan kebimbangan kanak-kanak
terhadap sekolah dan tingkah laku yang salah. Kanak-kanak kurang mampu
memenuhi jangkaan pengasuh atau guru apabila mereka diberikan amalan
perkembangan yang tidak sesuai.

Dalam menggalakkan amalan perkembangan yang bersesuaian (DAP −


developmentally appropriate practice) dalam tetapan awal kanak-kanak, anda
berusaha untuk memaksimumkan penglibatan kanak-kanak dalam proses
pembelajaran. Kaedah seperti pusat pembelajaran, arahan tematik, kurikulum
bersepadu, seni kreatif, pengalaman kumpulan kecil yang pelbagai dan sesi
kumpulan besar yang ringkas dan aktif membolehkan kanak-kanak mencari
makna dan kejayaan dalam pengalaman pembelajaran. Anda perlu meningkatkan
amalan yang sesuai untuk mengurangkan perilaku salah seperti yang diterangkan
dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Meningkatkan DAP untuk Mengurangkan Perilaku yang Salah

Berubah daripada Amalan Kepada Amalan Mengurangkan Tingkah


yang Tidak Sesuai yang Sesuai Laku Salah Tersebut

Duduk dengan lama dan Kumpulan yang aktif dan Gelisah, mengganggu
mendengar dalam ringkas; peningkatan orang sebelah, berbalah
kumpulan yang besar kumpulan kecil dengan orang dewasa

Aktiviti yang ditetapkan Aktiviti kreatif dan Menunjukkan rasa


dilakukan mengikut fleksibel untuk pelbagai kegagalan, kekecewaan,
standard peringkat perkembangan rendah diri, kebosanan
dan latar belakang

Penilaian kritikal terhadap Penilaian yang menyokong Pelbagai tindak balas


kerja kanak-kanak hasil kerja kanak-kanak terhadap kekecewaan,
tekanan dan harga diri
yang rendah

Menghukum sesetengah Penerimaan semua kanak- Menunjukkan rasa


kanak-kanak disebabkan kanak sebagai ahli dipinggir, keterasingan
tingkah laku salah yang kumpulan yang dialu- dan permusuhan
dilakukan alukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN  119

Sebagai pengasuh atau guru prasekolah, anda perlu mempunyai pengetahuan


dan kemahiran amalan perkembangan yang sesuai supaya kanak-kanak akan
merasa bahawa mereka tidak dibebani dengan aktiviti atau jangkaan yang tidak
sesuai untuk perkembangan mereka.

• Rutin dan peralihan merupakan bahagian yang perlu pada hari permulaan
awal kanak-kanak. Ia tidak berakhir dalam diri mereka tetapi ia sebahagian
daripada struktur hari kanak-kanak.

• Tindakan ibu bapa yang berkaitan dengan penglibatan dalam aktiviti


kanak-kanak di dalam atau di luar sekolah adalah penting untuk hasil yang
positif terhadap kanak-kanak.

• Pengasuh atau guru perlu menyedari beberapa isu dalam aktiviti kanak-kanak
dan persekitaran pembelajaran untuk memastikan mereka mematuhi tetapan
awal kanak-kanak.

• Pengasuh atau guru perlu bersedia untuk menerapkan strategi disiplin


kepada kanak-kanak yang bertingkah laku tidak baik.

• Tingkah laku orang dewasa di sekeliling kanak-kanak boleh menyebabkan


sama ada hasil yang positif atau negatif terhadap tingkah laku kanak-kanak.

• Pengasuh atau guru akan dapat menguruskan tetapan awal kanak-kanak


dengan lebih baik apabila mereka memberi penekanan kepada komponen
bimbingan pada tetapan awal kanak-kanak.

• Amalan perkembangan yang bersesuaian adalah penting untuk membantu


kanak-kanak menyesuaikan diri dan belajar dengan baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 PENYESUAIAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Akibat logik Bimbingan secara tidak langsung


Akibat semula jadi I-mesej
Amalan perkembangan Pengalihan
yang bersesuaian
Pengembalian semula
(DAP − developmentally
appropriate practice) Peralihan
Bimbingan fizikal Rutin
Bimbingan lisan

Browne, K. W., & Gordon, A. M. (2014). Beginnings and beyond (Ed. ke-9).
Wadsworth/Cengage Learning.

Grace K., & Stiles, D. (2015). Why is parent involvement important for ECE?
Gender equity in early childhood education.
http://scalar.usc.edu/works/gender-equity-in-early-childhood-
education/why-is-parent-involvement-important-for-ecce

Marion, C. M. (2014). Guidance of young children (Ed. ke-9). Pearson.

Morrison, G. S. (2012). Early childhood education today (Ed. ke-12). Pearson.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Model
Membuat
8 Keputusan
dalam
Mengurus
Tingkah Laku
Kanak-kanak
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan model membuat keputusan bimbingan kanak-
kanak.
2. Mengenal pasti empat langkah dalam model membuat keputusan.
3. Mengaplikasikan model membuat keputusan dalam isu disiplin
yang dihadapi seharian.
4. Mengaplikasikan model membuat keputusan untuk tingkah laku
yang mencabar.
5. Mengaplikasikan model membuat keputusan untuk membuat
perubahan mengikut konteks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

 PENGENALAN
Salah laku kanak-kanak dalam persekitaran awal kanak-kanak adalah satu
perkara yang tidak dapat dielakkan. Pengasuh atau guru perlu melengkapkan
diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk membimbing
tingkah laku kanak-kanak. Model membuat keputusan untuk mengurus tingkah
laku kanak-kanak ialah salah satu alat yang boleh digunakan dalam proses
bimbingan.

8.1 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN


BIMBINGAN KANAK-KANAK
Model membuat keputusan bimbingan kanak-kanak ialah satu proses empat
langkah untuk membuat pilihan mengenai cara menangani pelbagai jenis isu
bimbingan. Kita menggunakannya untuk membuat keputusan tentang cara
menangani pelbagai isu bimbingan kanak-kanak. Model ini memfokuskan
secara eksklusif kepada penyelesaian yang sesuai dengan perkembangan awal
kanak-kanak yang logik dan jelas. Anda tidak akan terperangkap dalamemosi
ketika melaksanakan disiplin.

8.1.1 Pengetahuan, Kemahiran dan Hormat: Asas


Model Membuat Keputusan
Membuat keputusan yang baik mengenai disiplin atau bimbingan adalah
lebih daripada sekadar logik akal. Ia bukan sesuatu yang dilakukan oleh manusia
secara automatik. Para profesional awal kanak-kanak menyedari bahawa mereka
perlu belajar cara untuk membuat keputusan yang baik tentang bimbingan,
mempelajari dan mengamalkan strategi tersebut. Terdapat tiga asas penting
dalam model membuat keputusan. Rajah 8.1 menunjukkan tiga asas penting
dalam model membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  123
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Rajah 8.1: Tiga Asas Penting dalam Model Membuat Keputusan

Seterusnya mari kita baca penerangan lanjut tentang tiga asas penting yang
telah dinyatakan dalam Rajah 8.1:

(a) Asas Pengetahuan tentang Bimbingan


Dengan adanya asas yang kuat dalam bimbingan dapat membantu anda
menggunakan model membuat keputusan dengan berkesan. Pengetahuan
paling penting yang diperlukan ialah maklumat mengenai cara kanak-kanak
membesar dan berkembang. Apabila anda dapat memahami keadaan kanak-
kanak pada usia yang berbeza, anda boleh membuat jangkaan yang sesuai
untuk kanak-kanak. Anda juga perlu tahu cara keluarga kanak-kanak dan
budaya mempengaruhi perkembangan mereka. Contohnya:

• Adakah wajar untuk mengharapkan bayi berusia enam bulan berhenti


menangis hanya kerana seseorang memberitahunya supaya berhenti?

• Sejauh manakah seorang bayi yang pernah didera boleh bersikap empati
terhadap orang lain?

• Betapa sukarnya kanak-kanak berusia tiga tahun untuk menunggu


dalam barisan untuk aktiviti seterusnya?

(b) Mempunyai Kemahiran Bimbingan Kanak-kanak yang Spesifik


Profesional yang menggunakan model membuat keputusan juga
mempunyai kemahiran tertentu. Anda boleh menggunakan salah satu
daripada pelbagai jenis strategi bimbingan kanak-kanak yang sesuai
dengan perkembangannya. Anda perlu mempunyai kemahiran untuk
menguruskan susun atur persekitaran awal kanak-kanak dengan baik
dan untuk menguruskan jadual, kurikulum, aktiviti, dan bahan. Anda
juga perlu memahami topik khas semasa dalam bimbingan kanak-kanak
seperti harga diri, buli atau tekanan dan mempunyai kemahiran untuk
membantu kanak-kanak menangani isu tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

(c) Menghormati Semua Kanak-kanak dan Keluarga


Golongan profesional yang mempunyai penghormatan mendalam terhadap
kanak-kanak dan keluarga berkemungkinan besar menggunakan model
membuat keputusan dengan baik. Seseorang yang tidak menghormati
kanak-kanak dan keluarganya serta tiada kecekapan budaya akan
menghadapi pelbagai kesukaran untuk membimbing kanak-kanak.

Sebagai pengasuh atau profesional awal kanak-kanak, anda perlu


memahami bahawa anda mempunyai tanggungjawab yang lebih besar
untuk sebarang interaksi antara anda dan kanak-kanak pada semua
peringkat umur untuk mengenali isyarat yang dihantar oleh kanak-kanak
daripada peringkat umur yang berbeza. Misalnya, kanak-kanak yang
menyampuk pasti akan menyakitkan hati ramai orang dewasa tetapi
terpulang pada anda untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut
memerlukan latihan kemahiran sosial, penetapan batasan dan/atau cara
yang berbeza untuk mendapatkan perhatian orang dewasa. Anda harus
memahami bahawa menjadi tanggungjawab anda untuk menghayati
masalah tersebut dan memikirkannya dengan teliti.

Membuat keputusan memerlukan banyak penglibatan aktif. Yang dimaksudkan


menjadi aktif ialah kesedaran membuat pilihan yang bertanggungjawab tentang
cara membantu kanak-kanak untuk berkelakuan dengan lebih sesuai.

AKTIVITI 8.1

Bincangkan dengan rakan sekuliah, cara anda membuat keputusan


untuk membimbing kanak-kanak dalam persekitaran awal mereka.
Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah model membuat keputusan dalam bimbingan kanak-


kanak?

2. Bincangkan asas dalam model membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  125
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

8.2 LANGKAH-LANGKAH DALAM MODEL


MEMBUAT KEPUTUSAN
Terdapat empat langkah dalam model pengambilan keputusan. Rajah 8.2
menunjukkan empat langkah tersebut.

Rajah 8.2: Empat Langkah dalam Model Pengambilan Keputusan

Sekarang kita akan mempelajari empat langkah dalam model pengambilan


keputusan dengan lebih terperinci.

(a) Memerhati
Langkah pertama ialah memerhati. Sekarang mari kita lihat perkara yang
kita perlu perhatikan (rujuk Jadual 8.1).

Jadual 8.1: Perkara yang Perlu Diperhatikan

Perkara yang Perlu


Penjelasan
Diperhatikan

Perhatikan tingkah Anda perlu memerhati kanak-kanak di dalam dan


laku kanak-kanak di luar bilik darjah untuk mengenali sebarang isu atau
masalah yang dihadapinya.

Fokus pada Kenal pasti masalah. Putuskan sama ada kanak-kanak


pertembungan atau orang dewasa „mengambil tanggungjawab‰ atas
sebagai masalah masalah tersebut. Fokus untuk menyelesaikan masalah,
yang akan bukannya menyalahkan kanak-kanak.
diselesaikan

Periksa „konteks‰ Tanya bagaimanakah usia kanak-kanak mungkin


masalah tersebut mempengaruhi kelakuan mereka. Tanya bagaimanakah
keluarga, budaya atau persekitaran fizikal, aktiviti
mereka atau bahan telah menyumbang kepada masalah
tersebut. Tujuannya bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi hanya untuk mendapatkan gambaran yang lebih
baik tentang konteks tingkah laku tersebut berkembang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

(b) Membuat Keputusan


Pemerhatian anda akan memberitahu anda perkara yang perlu diubah.
Misalnya, anda mungkin perlu memilih strategi bimbingan, menukar
konteks ataupun menukar amalan anda.

Mari kita fahami pilihan yang anda ada dalam membuat keputusan.

• memilih strategi bimbingan


Gunakan hanya strategi yang sesuai dengan perkembangan, bukan
hukuman. Anda akan memilih satu strategi dan nyatakan mengapakah
strategi yang dipilih itu sesuai untuk kanak-kanak tersebut pada
masa ini.

• menukar konteks
Anda mungkin memutuskan bahawa anda perlu mengubah persekitaran
fizikal awal kanak-kanak atau jadual. Anda mungkin memutuskan
bahawa anda harus memilih lebih banyak aktiviti yang sesuai dengan
perkembangan atau bahan yang perlu disusun dengan lebih baik.

• tukar amalan anda


Anda mungkin memutuskan bahawa anda perlu mengubah sesuatu
yang anda lakukan. Contohnya, anda mungkin membuat keputusan
untuk berbincang dengan kanak-kanak mengenai peraturan taman
permainan setelah anda menyedari bahawa anda tidak pernah
menetapkan batasan. Adakah anda perlu menyatakan semula batasan?
Adakah anda perlu merendahkan suara anda apabila bercakap dengan
seorang kanak-kanak yang melakukan sesuatu yang tidak sesuai?
Adakah anda perlu mengabaikan kanak-kanak yang membantah atau
merajuk mengenai batasan dan bukannya marah dan berbalah dengan
kanak-kanak tersebut?

(c) Mengambil Tindakan


Dalam langkah ketiga iaitu mengambil tindakan, anda boleh menjalankan
strategi bimbingan, membuat perubahan secara konteks atau menukar
amalan yang anda mahu tukar.

• menjalankan strategi bimbingan


Terdapat beberapa strategi bimbingan yang telah dibincangkan dalam
Topik 6. Untuk melaksanakannya, anda perlu mengamalkan bimbingan
lisan berikut (lihat Jadual 8.2):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  127
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Jadual 8.2: Bimbingan Lisan yang Perlu Diamalkan


dalam Melaksanakan Strategi Bimbingan

Bimbingan Lisan Penerangan

Mendengar secara aktif Mendengar secara aktif ialah teknik yang


membantu profesional awal kanak-kanak menjadi
lebih berkesan dalam proses komunikasi.

Pengalihan Bentuk lain bimbingan lisan dikenali sebagai


pengalihan. Bagi kanak-kanak yang paling kecil,
pengalihan menjadi satu cara untuk mengalihkan
atau mengubah perhatian kanak-kanak daripada
tingkah laku yang tidak diingini kepada aktiviti
yang lebih sesuai. Bagi kanak-kanak yang lebih
besar, orang dewasa boleh menyatakan secara
lisan pengganti bagi masalah tingkah laku.

Mesej lisan yang jelas Mesej lisan yang jelas hendaklah digunakan
dalam arahan yang positif, memberitahu kanak-
kanak perkara yang perlu dilakukan dan
bukannya „tidak‰ perlu dilakukan.

• membuat perubahan secara konteks


Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 7, anda boleh mengubah
persekitaran untuk membimbing kanak-kanak dengan lebih baik.
Anda perlu menguruskan ruang di pusat pembelajaran, menyediakan
peralatan dan bahan yang sesuai, dan memastikan guru tersebut layak
untuk mengajar.

• menukar amalan yang anda mahu tukar


Dalam sesetengah kes, anda juga perlu mengubah cara anda
menyediakan aktiviti dan kurikulum anda untuk lebih menepati
keperluan semasa kanak-kanak. Misalnya, lebih banyak pendekatan
pembelajaran berasaskan teknologi boleh ditambah dalam kurikulum
anda.

(d) Menghayati Kembali


Fikirkan apakah keadaan yang akan berlaku selepas anda membuat
perubahan. Tentukan apa yang berlaku dengan baik. Nyatakan mengapa
anda fikir peristiwa menjadi baik. Adakah terdapat beberapa faktor yang
perlu anda ubah? Mengapakah begitu? Jika anda ingin membuat perubahan
lain, lalui proses empat langkah ini sekali lagi untuk memperbaiki
pendekatan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

AKTIVITI 8.2

Bincangkan strategi bimbingan yang biasanya anda gunakan dalam


persekitaran awal kanak-kanak anda.

SEMAK KENDIRI 8.2

Huraikan empat langkah dalam model membuat keputusan untuk


bimbingan kanak-kanak.

8.3 MENGGUNAKAN MODEL MEMBUAT


KEPUTUSAN DALAM MENGHADAPI
DISIPLIN SETIAP HARI
Lihat Rajah 8.3. Ini merupakan contoh yang biasa, dalam menghadapi masalah
disiplin pada setiap hari. Sudah tiba masanya untuk kanak-kanak ini turut
serta untuk masa bercerita, dan anda dapati bahawa kedua-dua mereka iaitu,
Adam dan Aziz sekali lagi telah meninggalkan trak mainan di jalan dan bukan
meletakkannya di tempat yang sepatutnya. Anda dan kakitangan anda telah
menyatakan batasan secara jelas dan baik. Anda juga telah menyediakan
tempat meletakkan kenderaan yang mudah diakses untuk trak mainan tersebut.
Ibu bapa Adam adalah bersikap permisif atau mudah mengizinkan sesuatu secara
pilihan dan tidak menetapkan batasan. Aziz pula hanya mengikut langkah Adam.

Rajah 8.3: Kanak-kanak Bermain Trak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  129
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Yang berikut ialah cara anda menggunakan model tersebut dalam kes ini:

(a) Memerhati

• apakah masalahnya?

• ini adalah masalah siapa: Masalah Adam, Aziz, Adam dan Aziz, atau
anda?

• periksa konteks masalah tersebut. Apakah latar belakang Adam


yang mungkin menyumbang kepada pertembungan tersebut?
Bagaimanakah keperibadian Aziz menyebabkan pertembungan
tersebut?

(b) Membuat Keputusan


Pemerhatian anda akan memberitahu anda perkara yang perlu diubah
dan anda boleh memilih daripada menjalankan amalan bimbingan,
membuat perubahan mengikut konteks atau mengubah amalan yang
anda ingin ubah.

(c) Merancang Tindakan


Dalam kes ini, anda tidak perlu mengubah konteksnya. Anda telah
menyediakan tempat meletakkan trak mainan dengan baik. Anda juga
tidak perlu menukar amalan anda. Pertembungan tersebut diperlukan
untuk memilih strategi bimbingan yang akan membantu Adam dan Aziz.
Terdapat beberapa strategi bimbingan yang akan membantu anda
menghadapi pertembungan ini dengan berkesan. Yang berikut adalah
beberapa idea yang boleh anda mulakan.

• anda telah menyatakan batasan tersebut dengan berkesan. Jelaskan


mengapa anda perlu menyatakannya semula secara individu,
terutamanya kepada Adam yang tidak pernah mengikut batasan dan
Aziz yang meniru langkah Adam. Tulis perkataan tepat yang akan
anda gunakan untuk menyatakan semula batasan tersebut.

• terangkan cara anda boleh menggunakan I-mesej untuk membantu


Adam dan Aziz memahami kedudukan anda. Tuliskan I-mesej tersebut.

• terangkan cara anda boleh memberi maklum balas yang berguna untuk
menggalakkan kanak-kanak tersebut bekerjasama. Tuliskan kenyataan
tepat yang akan anda gunakan. Cuba hindari pujian yang singkat
seperti „Bagus!‰ Sebaliknya, jelaskan penghargaan yang tulus atas
usaha mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

• terangkan cara anda menggunakan perancah (scaffolding) untuk


membantu Adam dan Aziz. Tulis pernyataan ringkas yang
menggariskan rancangan anda daripada perancah pemahaman
mereka tentang perlunya meletakkan barang di tempat asal.

• jelaskan mengapa hukuman dari segi masa atau kos tindak balas, bukan
pilihan tepat dalam kes ini.

• jelaskan mengapa mengabaikan masalah ini juga tidak sesuai dalam


kes ini.

(d) Menghayati Semula

• strategi manakah yang anda rasa paling selesa untuk digunakan?

• daripada pengalaman saya, strategi yang paling berkesan adalah


________________.

• saya sengaja memilih untuk tidak ________________ (namakan strategi


yang ditolak) kerana ________________.

AKTIVITI 8.3

1. Apakah kesilapan biasa yang anda hadapi setiap hari dalam


persekitaran awal kanak-kanak? Bincangkan.

2. Bilakah anda menggunakan kaedah „masa rehat‰ dengan


kanak-kanak dalam persekitaran awal mereka?

Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 8.3

Kaitkan menangani disiplin setiap hari dengan penggunaan model


membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  131
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

8.4 MENGGUNAKAN MODEL MEMBUAT


KEPUTUSAN DENGAN TINGKAH LAKU
YANG MENCABAR
Ini ialah contoh penggunaan model membuat keputusan apabila anda
menghadapi perkara yang anda anggap sebagai tingkah laku mencabar. Anda
merupakan guru prasekolah untuk kanak-kanak berumur enam tahun.
Sebahagian daripada kelas, termasuk Aiman dan Haris, sedang menjalankan
projek mengenai labu, minat ini mula timbul setelah mereka membaca berita
dalam surat akhbar mengenai petani yang menanam labu yang sangat besar.
Aiman dan Haris terkenal dengan sifat pemarah mereka seperti yang dapat
anda lihat dalam Rajah 8.4; cuba anda perhatikan mereka betul-betul.

Rajah 8.4: Aiman dan Haris

Mereka berdua bersama-sama menulis suatu „berita untuk surat khabar‰ tentang
dekorasi labu mereka; apabila anda mendengar mereka mula menjerit antara
satu sama sama lain. Anda sedang dalam berjalan ke stesen kerja mereka dan
ketika itu, Haris mengambil labu Aiman dan membalingnya ke lantai, melompat
ke atasnya, dan memecahkannya hingga hancur. Aiman membalas tindakan
tersebut dengan merebut labu yang dihias oleh Haris.

Anda berkata dengan tegas tetapi perlahan, „Letakkan labu itu ke bawah, Aiman.
Lakukannya sekarang.‰ Haris memandang kamu dan tanpa berkata apa-apa,
melemparkan labu itu ke dinding, hingga ia hancur berkecai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Ini isu pengurusan kemarahan. Ramai orang akan menganggap ia tingkah laku
yang mencabar dan/atau sukar kerana melemparkan labu ialah perbuatan yang
agresif dan menjeling ke arah guru, seolah-olah memberontak. Yang berikut
ialah cara untuk menggunakan model pada tingkah laku yang mencabar.

(a) Memerhati

• apakah masalahnya?

• ini adalah masalah siapa: Aiman, Haris, Aiman dan Haris, atau anda?

• periksa konteks masalah. Ini kanak-kanak berusia enam tahun yang


keluarga mereka menggunakan disiplin yang keras dan menjalani
kehidupan yang kacau-bilau. Aiman anak yang diabaikan dan jabatan
kebajikan masyarakat bekerjasama dalam penjagaannya bersama ibu
bapanya. Anda telah memberi tumpuan kepada pengurusan kemarahan
terhadap kedua-duanya, namun kadangkala mereka melupakan
pengajaran yang diperoleh daripada anda seperti hari ini.

(b) Membuat Keputusan


Pemerhatian anda akan memberitahu anda perkara yang perlu diubah
dan anda boleh memilih daripada menjalankan amalan bimbingan atau
membuat perubahan mengikut konteks atau mengubah amalan yang anda
mahu ubah.

(c) Merancang Tindakan


Dalam kes ini, anda perlu membuat keputusan mengenai dua isu. Pertama,
bagaimanakah anda akan mengurus kemarahan anda sendiri dalam
menangani insiden tersebut? Kedua, strategi bimbingan manakah yang
akan membolehkan anda membantu Aiman dan Haris mengawal sifat
marah mereka?

• anda mungkin marah atau sekurang-kurangnya terkejut, sebaik sahaja


kejadian tersebut berlaku. Bagaimanakah anda dapat mengawal emosi
anda sebelum berurusan secara langsung dengan Aiman dan Haris?
Nyatakan dengan tepat, apakah yang akan anda lakukan untuk diri anda
sendiri?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  133
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

• anda menyedari bahawa ini masa yang tegang, dengan kemarahan yang
kian memuncak. Ini bukan masanya untuk bersyarah atau memberi
peringatan. Ini masanya untuk berbincang, tentunya secara tegas tetapi
juga dengan baik, dengan kanak-kanak lelaki tersebut. Anda perlu tegas
tetapi ini tidak bermakna anda perlu berkeras. Perbualan yang terarah
kepada guru ini bersesuaian dengan teori Vygotsky dengan
menggunakan perbualan antara guru dan kanak-kanak dan perancah.
Sebelum anda mulakan, tentukan sama ada anda harus memisahkan
kanak-kanak tersebut terlebih dahulu sebelum bercakap dengan mereka.
Mengapakah ia perlu atau mengapakah tidak?

• apakah yang akan anda katakan kepada setiap kanak-kanak? Apakah


yang anda akan katakan jika salah seorang daripada mereka cuba
mengalihkan topik dengan menuduh budak lelaki yang seorang lagi?
Bagaimanakah anda akan arahkan beliau untuk memfokuskan hanya
kepada tingkah laku dan tindak balas beliau terhadap situasi tersebut?

• bagaimanakah anda boleh mengambil tindakan susulan terhadap


kejadian tersebut; contohnya, pada keesokan harinya, ketika kedua-dua
kanak-kanak lelaki tersebut sudah tenang sedikit? Ini mungkin masa
yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pengurusan kemarahan yang
lain dengan perancah. Terangkan sekurang-kurangnya dua perkara
yang boleh anda lakukan.

• mengapakah adalah sangat tidak sesuai untuk memaksa kanak-kanak


lelaki tersebut untuk memohon maaf antara satu sama lain?

• mengapakah ia tidak sesuai untuk menggunakan hukuman seperti


pengasingan daripada rakan lain (time-out) atau merampas masa rehat
mereka?

• mengapakah anda tidak patut mengabaikan kejadian tersebut?

(d) Menghayati Kembali

• strategi manakah yang anda rasa paling selesa untuk digunakan?

• dari perspektif saya, strategi yang paling berkesan adalah


________________.

• saya sengaja memilih untuk tidak menggunakan ________________


(namakan strategi yang ditolak) kerana ________________.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

AKTIVITI 8.4

Bincangkan sebarang tingkah laku bermasalah yang anda hadapi


dalam persekitaran awal kanak-kanak anda. Bagaimanakah anda
menangani masalah tersebut?

SEMAK KENDIRI 8.4

Jalankan analisis cara anda mempraktikkan model membuat keputusan


untuk mengatasi tingkah laku mencabar kanak-kanak.

8.5 MENGGUNAKAN MODEL MEMBUAT


KEPUTUSAN UNTUK MEMBUAT
PERUBAHAN MENGIKUT KONTEKS
Anda merupakan guru kepada kumpulan kanak-kanak yang berumur empat
tahun. Mereka berminat dalam penulisan dan anda menyediakan banyak bahan
untuk kegunaan mereka. Hari ini, sebagai tambahan kepada semua bahan
penulisan biasa, anda telah meletakkan dua dulang biskut yang tidak begitu
dalam (ketinggian kira-kira separuh inci) dengan pasir kering di atas meja di
sudut penulisan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.5. Meja berada di
kawasan permaidani dan bila pasir jatuh ke lantai, ia akan tenggelam ke dalam
permaidani.

Rajah 8.5: Dulang Biskut dengan Pasir Kering

Sumber: http://www.spcdc.org/philosophy.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  135
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Ia aktiviti yang sesuai, dengan hampir semua kanak-kanak menggunakan dulang


pasir untuk menulis nama mereka atau menulis huruf lain. Walau bagaimanapun,
anda akan berasa kecewa apabila perlu mengulangi semula batasan tersebut
dengan kerap, mengingatkan kanak-kanak; „Tolong kemaskan pasir di dalam
dulang.‰ Kanak-kanak dengan tidak sengaja mengetuk pasir keluar dari dulang
dan ia akan bertaburan di meja dan lantai, lalu anda perlu membersihkannya
dengan pembersih hampagas. Penerangan menggunakan model untuk membuat
perubahan mengikut konteks adalah seperti yang berikut:

(a) Memerhati

• apakah masalahnya?

• ini adalah masalah siapa: kanak-kanak atau anda?

• periksa konteks dan tetapan masalah tersebut. Anda melihat pasir


tertumpah dari dulang. Bagaimanakah perkembangan pengawasan
kanak-kanak berusia empat tahun mempengaruhi cara dia
menggunakan dan menggerakkan pasir kering di dalam dulang besar
bersaiz besar? Bagaimanakah persediaan anda dalam aktiviti ini
menjejaskan jumlah pasir yang terkeluar dari dulang (dulang yang
mempunyai sisi yang sangat rendah berada di atas meja, meja di atas
permaidani)?

(b) Membuat keputusan


Pemerhatian anda akan memberitahu anda apakah yang perlu diubah
dan anda boleh memilih daripada menjalankan amalan bimbingan atau
membuat perubahan mengikut konteks atau mengubah amalan yang
anda mahu ubah.

(c) Merancang Tindakan


Anda telah menggunakan strategi bimbingan yang bagus dengan
menyatakan dan kemudian menyatakan semula batasan dengan
memberitahu mereka „Kekalkan pasir di dalam dulang.‰ Oleh itu,
penyelesaian nampaknya terletak di tempat lain yang bermaksud anda
tidak perlu memilih strategi bimbingan yang lain. Sudah tentu anda
boleh melakukannya tetapi ada penyelesaian yang lebih baik.

Hanya menyatakan semula batasan tersebut, „Tolong kekalkan pasir di


dalam dulang,‰ nampaknya tidak mencukupi. Pertimbangkan manfaat
menukar sesuatu tentang tetapan (konteks) untuk lebih berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Anda menggunakan pasir kering. Bagaimanakah anda dapat memastikan


pasir itu sendiri lebih stabil dan kurang cenderung terbang ke atas dan
ke tepi dulang? Anda membuat keputusan untuk terus membuang pasir
kering, menyedari sepenuhnya bahawa kanak-kanak berusia empat tahun
mungkin akan terus membuangnya keluar dari dulang.

• apakah yang anda boleh ubah untuk memperbaiki keadaan?


Pertimbangkan untuk mengubah keadaan dengan mengalihkan meja
ke tepi untuk sementara waktu dan meletakkan kertas yang besar
di bawah meja. Kemudian, gantikan meja tersebut; perlahan-lahan
alihkan sebarang pasir yang tumpah ke tengah, di bawah meja tadi.
Ketika pembersihan, kumpulkan bucu kertas dan ambil pasir yang
tumpah. Bagaimanakah anda fikir bahawa perubahan dalam konteks
yang mudah ini akan mempengaruhi keadaan?

• apakah perkara lain yang boleh anda lakukan dengan dulang itu?

• adakah anda perlu menggunakan dulang yang sama sekali lagi?


Bolehkah anda fikirkan tempat atau peralatan yang berlainan untuk
aktiviti penulisan ini? Apakah batasan yang anda masih perlukan?

(d) Menghayati Kembali

• strategi manakah yang anda rasa paling selesa untuk digunakan?

• perubahan mengikut konteks yang saya fikir akan berfungsi dengan baik
adalah ________________.

• saya tidak fikir bahawa ________________ akan berkesan. Alasan saya


adalah ________________.

AKTIVITI 8.5

Bincangkan cara persekitaran aktiviti pembelajaran di sekolah anda


dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Kongsikan jawapan
anda dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM  137
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

SEMAK KENDIRI 8.5

Huraikan tentang penggunaan model membuat keputusan dalam


menguruskan perubahan mengikut konteks dalam persekitaran awal
kanak-kanak anda.

• Anda boleh menggunakan model membuat keputusan bimbingan kanak-


kanak untuk mendapatkan maklumat dan membuat keputusan yang teliti
bertujuan menyokong kanak-kanak.

• Tiga asas penting dalam model membuat keputusan ialah:

− asas pengetahuan mengenai bimbingan;

− mempunyai kemahiran bimbingan kanak-kanak yang spesifik; dan

− menghormati semua kanak-kanak dan keluarga.

• Empat langkah dalam model membuat keputusan termasuklah memerhati,


membuat keputusan, mengambil tindakan dan menghayati kembali.

• Pengasuh atau guru boleh menggunakan proses ini untuk pelbagai bimbingan
atau pertembungan disiplin termasuklah pertembungan disiplin setiap hari,
tingkah laku yang mencabar dan isu mengikut konteks yang merupakan
perkara berkaitan dengan tetapan.

Isu mengikut konteks Merancang atau mengambil tindakan


Membuat keputusan Merenung
Memerhati Model membuat keputusan
Menangani disiplin setiap hari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 8 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM
MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Browne, K. W., & Gordon, A. M. (2014). Beginnings & beyond (Ed. ke-9).
Wadsworth/Cengage Learning.

Grace K., & Stiles, D. (2015). Why is parent involvement important for ECE?
Gender equity in early childhood education.
http://scalar.usc.edu/works/gender-equity-in-early-childhood-
education/why-is-parent-involvement-important-for-ecce

Marion, C. M. (2014). Guidance of young children (Ed. ke-9). Pearson.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pembelajaran
Sosial
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mentakrifkan bermain.
2. Menerangkan kepentingan bermain.
3. Membincangkan kategori dan jenis bermain.
4. Mentaksir nilai bermain untuk kanak-kanak kecil.
5. Menghuraikan perkembangan kecekapan sosial kanak-kanak
melalui bermain.

 PENGENALAN
Pada kebanyakan masa, kanak-kanak belajar bersosial melalui bermain seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1. Bermain ialah medium yang paling sesuai
untuk menyediakan semua aspek pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
Ia medium yang pelbagai dan kaya untuk pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL

Rajah 9.1: Kanak-kanak Belajar Bersosial Melalui Bermain

Sumber: https://mckayschooleducators.wordpress.com

9.1 BERMAIN DAN PEMBELAJARAN SOSIAL


Piaget (1962) mentakrifkan bermain sebagai asimilasi atau usaha kanak-kanak
untuk membuat padanan rangsangan persekitaran bersesuaian dengan
konsepnya sendiri. Bagi Piaget, struktur kognitif baharu tidak semestinya
terbentuk melalui bermain. Beliau kemudian menambah bahawa kanak-kanak
tidak semestinya mempelajari perkara baharu melalui bermain tetapi bermain
membolehkan kanak-kanak mengamalkan aktiviti yang mereka telah pelajari
sebelum ini dan ia hanya untuk keseronokan.

Sebaliknya Vygotsky (1978) percaya bahawa bermain sebenarnya memudahkan


perkembangan kognitif. Kanak-kanak bukan sahaja mempraktikkan perkara yang
telah mereka ketahui tetapi mereka juga mempelajari perkara baharu. Dalam teori
Vygotsky, beliau menjelaskan bahawa bermain memang menghasilkan pemikiran
dan bukan hanya mengamalkan perkara yang diketahui oleh kanak-kanak
sebelum ini seperti yang dikemukakan oleh Piaget.

9.1.1 Kepentingan Bermain


Bermain ialah salah satu cara utama kanak-kanak belajar. Ia penting untuk
kesejahteraan sosial, emosi, kognitif, dan fizikal kanak-kanak pada zaman awal
mereka. Ia alat semula jadi untuk kanak-kanak belajar bekerjasama dan berunding
dengan orang lain. Sekarang mari kita lihat kepentingan bermain untuk
kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL  141

(a) Bermain berlaku secara semula jadi kepada kanak-kanak. Ia satu cara bagi
kanak-kanak untuk menambah dan melatih pengetahuan, kemahiran dan
konsep dalam situasi yang terbuka dan menyeronokkan.

(b) Bermain tidak salah. Oleh itu, sediakan situasi yang selamat untuk kanak-
kanak mencuba perkara baharu tanpa rasa takut untuk gagal. Ini penting
dalam menyokong harga kendiri yang positif.

(c) Bermain menyediakan peluang untuk pengulangan. Salah satu cara penting
untuk pembelajaran berlaku adalah melalui pengulangan.

(d) Bermain menyediakan peluang untuk memanjangkan pembelajaran.


Persekitaran bermain yang berstruktur dan terancang membolehkan
pembelajaran pelbagai kebolehan secara luas berlaku. Contohnya, meneroka
pasir boleh memberikan pengalaman deria yang menenangkan tetapi ia
juga dapat memberi peluang untuk belajar tentang kapasiti dan jumlah.

(e) Bermain sentiasa berada pada tahap kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, segala
keperluan semua kanak-kanak dalam kumpulan tersebut dapat dipenuhi.

9.1.2 Kategori dan Jenis Bermain


Terdapat tiga kategori bermain iaitu bermain sensorimotor, bermain simbolik dan
bermain sosial. Mari kita lihat penerangan lanjut tentang setiap kategori.

• bermain sensorimotor
Bermain sensorimotor ialah satu bentuk permainan yang melibatkan
penerokaan, manipulasi, pergerakan dan deria. Ia kadangkala dikenali
sebagai „latihan bermain‰ atau „bermain mengikut fungsi.‰ Dalam bermain
sensorimotor, kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya
menggunakan kedua-dua objek dan orang di sekeliling mereka.

• bermain simbolik
Bermain simbolik ialah bentuk permainan yang menggunakan satu perkara
untuk menyokong perkara lain dan menunjukkan keupayaan seseorang untuk
mencipta imej mental. Tiga jenis permainan simbolik ditunjukkan dalam
Jadual 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL

Jadual 9.1: Tiga Jenis Permainan Simbolik

Jenis Permainan Simbolik Penerangan

Bermain dramatik Kanak-kanak berpura-pura sebagai suatu watak


dan biasanya, satu tema digunakan untuk mana-
mana drama.

Bermain konstruktif Ini melibatkan struktur binaan dengan blok,


pencungkil gigi, mainan Play-doh dan sebagainya.

Bermain permainan Ia memerlukan pemahaman tentang struktur yang


dengan peraturan telah ditetapkan dan kebolehan menggunakan
strategi.

• bermain sosial
Bermain sosial ialah permainan yang membantu kanak-kanak belajar dan
mengembangkan kemahiran sosial. Ia datang dalam beberapa jenis peringkat
yang berlainan. Lihat Jadual 9.2 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jadual 9.2: Peringkat dalam Bermain Sosial

Peringkat Penerangan

Perlakuan tidak Ia merujuk kepada aktiviti apabila kanak-kanak sebenarnya


menentu langsung tidak bermain. Kanak-kanak mungkin terlibat
(unoccupied play) dalam pergerakan rawak, tanpa objektif. Melalui permainan
ini, ia menetapkan peringkat untuk penerokaan permainan
pada masa hadapan walaupun mungkin kelihatan tidak
teratur.

Bermain sendirian Ia peringkat awal bermain. Ia bentuk permainan yang


(solitary play) seorang kanak-kanak bermain bersendirian walaupun
kanak-kanak lain ada.

Bermain Ia berlaku apabila seorang kanak-kanak hanya memerhatikan


pemerhatian kanak-kanak lain bermain tetapi dia tidak mengambil
(onlooker play) bahagian dalam permainan tersebut. Ia perkara biasa bagi
kanak-kanak kecil yang perkembangan perbendaharaan kata
mereka sedang berkembang.

Bermain selari Ini bentuk permainan yang melibatkan dua atau lebih
(parallel play) kanak-kanak bermain sendiri tetapi tetap rapat antara satu
sama lain. Mereka boleh berkongsi ruang, mungkin peralatan
tetapi permainan mereka tetap secara individu. Permainan
setiap kanak-kanak mungkin dipengaruhi oleh tindakan
atau perkataan kanak-kanak lain tetapi tiada komunikasi
atau pengakuan daripada kanak-kanak lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL  143

Bermain asosiatif Ia bentuk permainan yang kanak-kanak menggunakan


(associative play) peralatan bermain yang sama, bergaul antara satu sama lain
dan berbual. Kanak-kanak membuat interaksi rawak dan/
atau terlibat dalam aktiviti yang sama, walaupun permainan
mereka tetap peribadi.

Bermain koperatif Ia bentuk permainan yang perlu dianjurkan oleh kanak-


(cooperative play) kanak. Kanak-kanak boleh memegang peranan dalam
kumpulan dan bertindak balas terhadap keperluan dan
tindakan orang lain. Pada peringkat ini, mereka akan mula
memahami dan mematuhi peraturan yang mudah.

Bermain menawarkan banyak faedah. Satu manfaat utama bermain ialah ia


meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berurusan dengan dunia pada
tahap simbolik. Melalui penggunaan simbol, kanak-kanak akhirnya menjadi
pengguna yang mahir dari segi logik dan pemikiran.

AKTIVITI 9.1

Bermain telah dikaitkan dengan pembelajaran. Terangkan kepada rakan


sekuliah anda maksud belajar melalui bermain. Kongsikan jawapan
anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Huraikan kepentingan bermain.

2. Apakah kategori dan jenis permainan kanak-kanak?

9.2 NILAI BERMAIN DAN KECEKAPAN SOSIAL


Pernahkah anda mendengar ungkapan „Bermain ialah kerja kanak-kanak‰?
Namun apakah maksud sebenarnya? Bagi orang dewasa, kita mempunyai
pekerjaan masing-masing, dan itulah kerja hakiki kita; tetapi bagi kanak-kanak,
mereka bermain sepanjang masa kerana itulah kerja mereka. Kanak-kanak
belajar memahami dunia dengan menggunakan semua deria mereka seperti
menyentuh, merasa, menghidu, mendengar, dan melihat ketika mereka sedang
bermain. Contohnya, apabila kanak-kanak belajar untuk mengadun adunan,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL

menggali lubang, meneroka tekstur baharu, memanjat tangga, mendengar


muzik klasik, merangkak di ruang yang sempit dan menuangkan susu mereka
sendiri ialah kunci kepada perkembangan kanak-kanak yang menggunakan
semua deria mereka. Kanak-kanak juga belajar tentang cara tubuh mereka
bekerja apabila mereka menolak dan menarik, kacau dan putar, bergoyang dan
berpusing, berguling dan berdiri tegak, atau melompat dan meregangkan badan.
Dunia ini ibarat „makmal‰ bagi mereka untuk melibatkan seluruh badan mereka
dalam penerokaan dan penemuan.

9.2.1 Nilai Bermain


Sekarang, mari kita lihat nilai bermain. Rajah 9.2 menunjukkan lima nilai bermain.

Rajah 9.2: Lima Nilai Bermain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL  145

Seterusnya mari kita lihat penerangan lanjut tentang lima nilai bermain yang
telah dinyatakan dalam Rajah 9.2.

• membangunkan rasa cekap


Melalui bermain, kanak-kanak akan membangunkan rasa cekap. Kanak-kanak
mempunyai kawalan untuk memilih bahan mereka apabila mereka bermain
yang secara tidak langsung membuat mereka merasakan bahawa mereka
mempunyai kawalan terhadap dunia mereka. Ini menjadikan mereka merasa
cekap memilih perkara yang mereka suka dan minat. Apabila pengalaman
bermain mereka berjaya, keyakinan mereka turut meningkat.

• melatih kemahiran
Kanak-kanak juga mampu melatih kemahiran. Apabila kanak-kanak terus
mengulangi permainan yang sama, kemahiran mereka akan bertambah baik.
Hampir setiap kemahiran adalah pengalaman baharu kepada seorang
kanak-kanak, jadi pengulangan ialah satu pengalaman yang menyeronokkan.
Kemahiran yang lebih mendalam dapat dilihat dalam setiap amalan. Oleh itu,
minat kanak-kanak adalah tetap tinggi.

• berkembang secara sosial


Kanak-kanak mampu mengembangkan kemahiran sosial mereka. Walaupun
dalam beberapa tahun pertama, kanak-kanak kecil tidak bermain dengan
rakan, permainan awal mereka selalunya dengan orang dewasa dan bahan,
dan biasanya berhampiran dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak
memerlukan peluang untuk bermain dengan orang lain kerana ini akan
membina pengalaman yang mereka perlukan untuk membina konsep dan
kemahiran sosial.

• membuat keputusan dan menyelesaikan masalah


Kanak-kanak mampu untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dalam situasi yang selamat. Dalam permainan, kanak-kanak mempunyai
kebebasan untuk berpura-pura menjadi atau melakukan sebarang aktiviti
yang memberikan mereka konteks untuk berpura-pura menjadi dewasa
dan memainkan peranan mereka, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah, tanpa mengalami akibat yang sebenar. Oleh itu, dalam permainan
ini ia adalah selamat untuk mengambil risiko. Kanak-kanak mempunyai
peluang untuk meneroka peranan dan pengalaman yang berbeza dalam
situasi yang selesa dan selamat, dan mereka dapat mengembangkan
kemahiran yang diperlukan apabila mereka merasa selamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL

• mengekpresikan emosi
Kanak-kanak dapat menunjukkan emosi, melepaskan tekanan dan meneroka
situasi yang menghasilkan keresahan ketika mereka bermain. Kanak-kanak
dapat membiarkan orang dewasa mengetahui perasaan mereka melalui
permainan kecergasan fizikal dan kadangkala melalui permainan berpura-
pura. Kanak-kanak kecil mempunyai kesukaran untuk melabel perasaan
mereka atau memberitahu kita mereka takut atau sedih. Namun, melalui
permainan berpura-pura yang dimain oleh mereka kita boleh memahami
perasaan mereka.

9.2.2 Berkongsi
Penting untuk kanak-kanak belajar berkongsi kerana ia berguna untuk mendapat
dan mengekalkan rakan dan bermain bersama-sama, terutamanya pada usia
persekolahan. Berkongsi ialah satu kemahiran hidup yang penting kerana ia
mengajar kanak-kanak untuk berkompromi, bergilir-gilir dan berunding serta
belajar mengatasi kekecewaan. Kanak-kanak belajar bahawa apabila mereka
memberi sedikit kepada orang lain, mereka juga boleh mendapat sesuatu daripada
rakan sebaya mereka.

Kemahiran berkongsi harus diamalkan dengan menggalakkan kanak-kanak


untuk berkongsi melalui beberapa cara:

(a) Menyedarkan kanak-kanak apabila orang lain berkongsi. Umpamanya, anda


mungkin berkata „Rakan kamu telah berkongsi mainannya dengan kamu.
Dia sangat baik.‰

(b) Berikan kanak-kanak banyak pujian dan pengiktirafan apabila anda melihat
mereka berkongsi atau bergilir. Contohnya, „Saya suka cara kamu
membiarkan John bermain dengan permainan puzzle kamu. Itu perkongsian
yang hebat, Lucas!‰

(c) Masukkan unsur-unsur perkongsian dan mengambil giliran ketika bermain


permainan dengan kanak-kanak di bilik darjah anda. Beritahu mereka
langkah berkongsi dengan mengatakan seperti yang berikut, „Sekarang
giliran saya untuk bermain kereta itu, selepas ini giliran kamu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL  147

(d) Beritahu kanak-kanak tentang berkongsi sebelum mereka bermain dengan


kanak-kanak lain. Misalnya, anda boleh berkata, „Apabila Cindy datang,
kamu perlu berkongsi beberapa mainan kamu.‰

(e) Sesetengah mainan mungkin istimewa kepada sesetengah kanak-kanak,


dengan itu mereka tidak mahu berkongsi. Oleh itu, ia lebih baik jika anda
menyimpan mainan tersebut untuk mengelakkan masalah untuk berkongsi.

9.2.3 Persahabatan
Kanak-kanak berkawan semasa mereka bermain bersama-sama. Persahabatan
menyumbang secara meluas kepada kemajuan kemahiran sosial mereka. Kanak-
kanak belajar menjadi peka terhadap pandangan orang lain, peraturan perbualan
dan tingkah laku yang sesuai dengan usia melalui interaksi dengan rakan. Kanak-
kanak yang tidak mempunyai kawan, biasanya dikatakan mempunyai masalah
emosi dan tingkah laku atau merasa sukar untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya.

Rakan mempunyai kesan terhadap harga diri dan keyakinan diri kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai ramai kawan didapati mempunyai harga diri
yang lebih tinggi, cenderung bertindak lebih sosial daripada mereka yang tidak
mempunyai kawan atau sangat sedikit kawan. Mereka juga boleh mengatasi
tekanan dan juga peralihan hidup serta kurang dijadikan mangsa oleh rakan
sebaya. Ini menunjukkan bahawa rakan juga mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap prestasi sekolah kanak-kanak yang positif dan negatif serta boleh
mempengaruhi sama ada seorang kanak-kanak itu akan mempunyai masalah
tingkah laku atau tidak.

Terdapat empat tahap persahabatan seperti yang dapat anda lihat dalam
Jadual 9.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL

Jadual 9.3: Empat Tahap Persahabatan

Tahap Persahabatan Penerangan

Tahap 1: Umur 3 Persahabatan adalah sangat asas yang sering digambarkan


hingga 6 tahun dengan keakraban. Pada usia ini, kanak-kanak percaya
bahawa kawan ialah seseorang yang ingin bermain dengan
mereka atau yang ingin memberikan sesuatu kepada mereka.

Tahap 2: Umur 6 Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk


hingga 9 tahun saling memahami, saling bergantung antara satu sama lain;
dan mereka lebih cenderung untuk memahami fikiran, motif,
emosi dan perasaan diri mereka sendiri.

Tahap 3: Umur 9 Pada peringkat ini, persahabatan digambarkan sebagai


hingga 13 tahun mempunyai minat dan pengalaman yang sama. Kanak-kanak
lebih menyedari perasaan dan pendapat orang lain, dan ia
terjadi lebih untuk membantu daripada bermain. Kanak-
kanak banyak terlibat dalam permainan dengan peraturan
pada umur ini.

Tahap 4: Usia remaja Pada peringkat ini, penerimaan dan mempunyai rakan
hingga dewasa sebaya adalah lebih penting daripada penerimaan keluarga.
Individu pada tahap ini menyedari bahawa bukan setiap
orang akan menjadi sahabat baik atau orang yang baik.

AKTIVITI 9.2

Bincangkan sebab kanak-kanak perlu mempunyai rakan-rakan. Orang


yang bagaimanakah akan anda cadangkan sebagai rakan kepada anak
anda? Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 9.2

Jalankan analisis terhadap perbezaan persahabatan pada setiap


peringkat rakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL  149

• Kanak-kanak belajar bersosial melalui bermain.

• Terdapat tiga kategori bermain, iaitu bermain sensorimotor, bermain simbolik


dan bermain sosial.

• Terdapat enam jenis permainan sosial, iaitu perlakuan tidak menentu, bermain
sendirian, bermain pemerhatian, bermain selari, bermain asosiatif dan
bermain koperatif.

• Kanak-kanak juga belajar nilai sosial daripada aktiviti bermain seperti


membangunkan rasa cekap, melatih kemahiran, berkembang secara sosial,
mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, serta
mengekspresikan emosi.

• Melalui bermain, kanak-kanak juga belajar berkongsi dan membina


persahabatan dengan rakan sebaya mereka.

Bermain asosiatif Bermain sensorimotor


Bermain koperatif Bermain simbolik
Bermain pemerhatian (onlooker play) Bermain sosial
Bermain selari (parallel play) Perlakuan tidak menentu
(unoccupied play)
Bermain sendirian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 9 PEMBELAJARAN SOSIAL

Beaver, M., Booty, M., Brewster, J., Neaum, S., Sheppard, H., & Tallack, J. (2005).
ChildrenÊs care, learning and development. Nelson Thomes.

Browne, K. W., & Gordon, A. M. (2014). Beginnings & beyond: Foundations in


early childhood education (Ed. ke-9). Wadsworth/ Cengage Learning.

Driscoll, A., & Nagel, N. G. (2008). Early childhood education: Birth − 8: The world
of children, families, and educators. Pearson.

Gonzalez-Mena, J. (2008). Foundation of early childhood education: Teaching


children in a diverse society (Ed. ke-4). McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like