You are on page 1of 209

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL
Dr Ho Jo Ann
Dr Tee Keng Kok

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Dr Zakaria Ismail
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Ho Jo Ann


Universiti Putra Malaysia

Dr Tee Keng Kok


Open University Malaysia

Penyederhana: Tuan Fatma Tuan Sulaiman


Open University Malaysia

Penterjemah: Ayub Nasir

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Ogos 2013


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2013, OUMM3203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix–xv

Topik 1 Pertimbangan Moral dan Teori Etika 1


1.1 Pertimbangan Moral dan Teori Etika 2
1.1.1 Definisi Etika 3
1.1.2 Definisi Etika Perniagaan 3
1.1.3 Definisi Etika Profesional 4
1.1.4 Mengapa Perniagaan Harus Beretika? 4
1.1.5 Pembentukan Etika Individu 5
1.2 Falsafah Normatif dan Relativisme Etika 7
1.3 Prinsip-prinsip Etika 9
1.3.1 Undang-undang Abadi 10
1.3.2 Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme 12
1.3.3 Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme 14
1.3.4 Teori Keadilan Teragih 15
1.3.5 Teori Kebebasan Peribadi 17
1.4 Kesimpulan ke Atas Falsafah Normatif sebagai
Asas Pilihan Moral 19
1.4.1 Peraturan Keemasan 20
1.4.2 Hak Kantian 20
Rumusan 23
Kata Kunci 24

Topik 2 Hubungan Pihak Berkepentingan 25


2.1 Konsep Pihak Berkepentingan 26
2.1.1 Klasifikasi Pihak Berkepentingan 26
2.1.2 Sokongan Terhadap Konsep Pihak Berkepentingan 28
2.2 Pengurusan Pihak Berkepentingan 30
2.2.1 Mengenal Pasti Pihak Berkepentingan Firma
yang Relevan 31
2.2.2 Kuasa Pihak Berkepentingan 32
2.2.3 Kesahan Pihak Berkepentingan 34
2.2.4 Kesegeraan Pihak Berkepentingan 34
2.3 Tanggungjawab Firma Terhadap Pihak Berkepentingannya 35
2.4 Mengurus Hubungan Pihak Berkepentingan 36
Rumusan 37
Kata Kunci 38

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Sifat Etika dalam Perniagaan Moden 39


3.1 Masalah Etika sebagai Masalah Pengurusan 40
3.2 Ciri-ciri Masalah Etika dalam Pengurusan 40
3.2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat
yang Berpanjangan 41
3.2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai
Alternatif yang Pelbagai 41
3.2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai
Hasil yang Bercampur 42
3.2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai
Akibat yang Tidak Pasti 43
3.2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai
Implikasi Peribadi 43
3.3 Contoh-contoh Masalah Etika dalam Pengurusan 44
3.4 Analisis Masalah Etika dalam Pengurusan 48
3.5 Etika dalam Islam 50
3.5.1 Suatu Mesej Universal 51
3.5.2 Syariah 51
3.5.3 Perdagangan dan Perniagaan 53
3.5.4 Ajaran-Ajaran Amalan Ekonomi 54
3.5.5 Kewajipan Kewarakan 55
3.5.6 Kesimpulan 56
Rumusan 57
Kata Kunci 58

Topik 4 Etika Pengurusan dan Kedaulatan Undang-undang 59


4.1 Kedaulatan Undang-undang 61
4.2 Undang-undang sebagai Panduan kepada Pilihan Moral 61
4.3 Contoh Pilihan Moral 63
4.4 Undang-undang sebagai Kombinasi Keputusan Moral 65
4.5 Definisi Undang-undang 66
4.6 Hubungan antara Undang-undang dan Piawaian Moral 69
4.7 Pembentukan Undang-undang 72
4.7.1 Proses Individu 72
4.7.2 Proses Kumpulan 75
4.7.3 Proses Sosial 77
4.7.4 Proses Politik 78
4.8 Kedaulatan Undang-undang sebagai Asas Pilihan Moral 79
Rumusan 81
Kata Kunci 82

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Pendekatan Organisasi dalam Menambah Baik Kelakuan Etika 83


5.1 Menambah Baik Iklim Etika dalam Organisasi 85
5.1.1 Kod Etika 85
5.1.2 Kedudukan Ombudsman 88
5.1.3 Talian Penting Etika 89
5.1.4 Latihan Etika 90
5.2 Punca Struktur Kelakuan Tidak Beretika 91
5.3 Penyelesaian Terhadap Punca Struktur Kelakuan
Tidak Beretika 92
5.4 Tanggungjawab Etika Pihak Pengurusan 93
Rumusan 95
Kata Kunci 96

Topik 6 Tanggungjawab Sosial dan Organisasi 97


6.1 Pandangan Sejarah Terhadap Tanggungjawab Sosial 99
6.1.1 Era Keusahawanan 99
6.1.2 Era Kemelesetan 101
6.1.3 Era Sosial 102
6.2 Lingkungan Tanggungjawab Sosial 103
6.3 Hujah Tanggungjawab Sosial 106
6.4 Pendekatan Organisasi ke Arah Tanggungjawab Sosial 107
6.5 Kerajaan dan Tanggungjawab Sosial 109
6.6 Bagaimana Kerajaan Mempengaruhi Organisasi? 110
6.7 Bagaimana Organisasi Mempengaruhi Kerajaan? 111
6.8 Mengurus Tanggungjawab Sosial 112
6.9 Menilai Tanggungjawab Sosial 114
6.9.1 Audit Sosial 114
Rumusan 118
Kata Kunci 118

Topik 7 Tadbir Urus Korporat 119


7.1 Apakah Tadbir Urus Korporat? 120
7.1.1 Komponen Tadbir Urus Korporat 121
7.2 Perspektif Tadbir Urus Korporat 122
7.3 Perkaitan Tadbir Urus Korporat dengan Pengurusan Atasan 124
7.4 Mengapa Perlu Mempelajari Tadbir Urus Korporat? 124
7.5 Kod Tadbir Urus Korporat 125
7.6 Masa Depan Tadbir Urus Korporat 129
Rumusan 131
Kata Kunci 132

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Dimensi Moral Sistem Ekonomi 133


8.1 Sistem Ekonomi 134
8.2 Pekerjaan dan Upah 135
8.2.1 Hak Moral Pekerjaan 137
8.2.2 Amalan Pengambilan Pekerja yang Adil 139
8.2.3 Tindakan Afirmatif dan Layanan Utama 141
8.2.4 Upah 142
8.2.5 Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Sama 143
8.2.6 Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Setara 144
8.2.7 Pembahagian Pulangan ke Atas Sumber 145
8.3 Pemeringkatan dan Penarafan 146
8.4 Implikasi Etika Terhadap Penilaian Prestasi 147
Rumusan 149
Kata Kunci 150

Topik 9 Kakitangan dan Tempat Kerja 151


9.1 Menghormati Hak Kebersendirian Kakitangan 152
9.2 Penyalahgunaan Bahan 155
9.3 Penganiayaan Kakitangan 157
Rumusan 159
Kata Kunci 160

Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat 161


10.1 Maksud Kesetiaan 163
10.2 Peniupan Wisel 165
10.2.1 Peniupan Wisel Dalaman 166
10.2.2 Peniupan Wisel Luaran 168
10.3 Alasan Moral bagi Memecat Peniup Wisel 170
10.4 Kesetiaan yang Salah 171
Rumusan 172
Kata Kunci 173

Jawapan 174

Rujukan 191

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
OUMM3203 Etika Profesional ialah salah satu kursus yang di tawarkan oleh
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Open University Malaysia (OUM). Kursus
ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini adalah kursus wajib bagi semua pelajar OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai
3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20
Jumlah Masa Pembelajaran 120

OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus ini ialah untuk:

1. Membincangkan isu-isu etika yang berkaitan dengan amalan perniagaan


dan profesional;

2. Menerangkan perspektif etika yang berbeza dan mengaplikasikan teori-


teorinya;

3. Menghuraikan konsep dan perspektif pihak berkepentingan;

4. Menjelaskan masa depan tadbir urus korporat;

5. Menerangkan undang-undang sebagai gabungan keputusan moral;

6. Membincangkan punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi dan


cadangan untuk mengatasinya; dan

7. Membincangkan pengurusan yang baik, hak pekerjaan dan bagaimana


sistem ekonomi berurusan dengan peluang yang berkaitan dengan
pekerjaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
mana yang disenaraikan berikut:

Topik 1 bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep asas dan


teori-teori moral, sejarah perkembangan teori etika serta mengaplikasikan teori-
teori etika secara kritikal ke atas masalah-masalah sosial semasa untuk
menentukan betul atau salah dengan bersistematik.

Topik 2 memfokus kepada hubungan pihak berkepentingan. Pihak


berkepentingan adalah individu atau kumpulan yang boleh memberi dan
menerima akibat daripada tindakan, keputusan, polisi serta matlamat sesebuah
organisasi. Pihak berkepentingan boleh dikategorikan kepada pemegang
berkepentingan pasaran dan bukan pasaran.

Topik 3 membicarakan masalah mencapai keseimbangan antara prestasi


ekonomi dengan prestasi sosial organisasi apabila berhadapan dengan sesuatu
dilema etika. Topik ini juga membincangkan etika dalam perspektif Islam.

Topik 4 meneliti isu-isu bersangkutan undang-undang sebagai panduan bagi


keputusan dan tindakan pengurusan serta proses-proses yang terlibat dalam
pembentukan undang-undang.

Topik 5 memfokus kepada kelakuan tidak beretika serta sebab-sebab ia berlaku


dalam organisasi. Tanggungjawab pihak pengurusan kanan juga dibincangkan.

Topik 6 mendedahkan pelajar kepada konsep dan kesan tanggungjawab sosial


korporat serta kaedah mengurusnya dengan berkesan.

Topik 7 membincangkan tadbir urus korporat, definisi dan kepentingan


mempelajarinya serta masa depan tadbir urus korporat.

Topik 8 menggariskan sistem-sistem ekonomi umum dalam menangani isu-isu


berkaitan pekerjaan.

Topik 9 memperincikan hak kebersendirian kakitangan dan perkara-perkara


yang boleh membawa kepada pencabulan hak tersebut.

Topik 10 membincangkan maksud kesetiaan kakitangan kepada syarikat atau


organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda
telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan
kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan
sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang
bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal
dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di
dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian
Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk
mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Amrullah, A. M. A. K. (1982). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd.

Boo, S. L., & Kumar, D. (2010). Pakatan questions Sime DarbyÊs corporate
governance. The malaysian insider. Dicapai dari http:// www.
themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-questions-sime-darbys-
corporate-governance/.

Carroll, A. B., & Buchholtz, A. K. (2006). Business and society: Ethics and
stakeholder management (6th ed.). Ohio: South-Western.

Donaldson, T., & Preston, L. (1995). The stakeholder theory of the corporation:
Concepts, evidence, implications. Academy of Management Review 20(1),
pp. 65–91.

Elkington, J. (1997). Cannibals with forks: The triple bottom line of 21st century
business. Oxford: Capstone Publishing.

Elkington, J. (1999). Triple bottom-line reporting: Looking for balance. Australian


CPA, 69(2), pp. 18–21.

Ferrell, O. C., Thorne, D. M., & Ferrell, L. (2011). Social responsibility and
business (4th ed.). Canada: South-Western, Cengage Learning.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Freeman, R. E. (1984). Strategic management: A stakeholder approach. Boston:


Pitman Publishing.

Friedman, M. (1970). The social responsibility of business is to increase its profits.


Dicapai dari http://www.colorado.edu/studentgroups/libertarians/issues/
friedman-soc-resp-business.html

Friedman, M., & Friedman, R. D. (1962). Capitalism and freedom. Chicago:


Chicago University Press.

Global Reporting Initiative. (2007). About GRI. Dicapai dari www.global


reporting.org

Hosmer, L. (1991). The ethics of management (2nd ed.). Boston: Irwin.

Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, ethics
newsline. Ethics Newsline.

Lawrence, A. T., & Weber, J. (2011). Business and society: Stakeholders, ethics
and public policy (13th ed.). Singapore: McGraw-Hill.

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators. (2010). About


MAICSA. Dicapai dari http://www.maicsa.org.my

Malaysian Institute of Corporate Governance. (2008). Company profile. Dicapai


dari http://www.micg.net

Mitchell, R. K., Agle, B. R., & Wood, D. J. (1997). Toward a theory of stakeholder
identification and salience: Defining the principle of who and what really
counts. The Academy of Management Review, 22(4), pp. 853–886.

Securities Commission Malaysia. (2007). Malaysian Code of Corporate


Governance (Revised 2007). Dicapai dari http://www.sc.com.my

Securities Commission Malaysia. (2010). About us. Dicapai


dari http://www.sc.com.my

Thorne, D. M., Ferrell, O. C., & Ferrell, L. (2008). Business and society (3th ed.).
Boston: Houghton Mifflin.

Wheeler, D., & Sillanpaa, M. (1997). The stakeholder corporation: A blueprint for
maximising stakeholder value. London: Pitman Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PERPUSTAKAAN DIGITAL
TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pertimbangan
1 Moral dan
Teori Etika
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi etika dari sudut perniagaan dan profesional;
2. Menerangkan lima faktor yang terlibat dalam pembentukan etika
individu;
3. Menerangkan falsafah normatif dengan relativisme etika;
4. Membezakan kesemua sistem etika yang utama; dan
5. Mengguna pakai teori etika yang relevan dengan isu etika yang
timbul dalam amalan perniagaan dan profesional.

 PENGENALAN
Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila seseorang menyebut perkataan
„etika‰? Anda mungkin mempunyai jawapannya. Mari kita lihat dahulu apa
yang akan kita pelajari dalam topik ini.

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep-konsep asas dan teori-
teori moral; sejarah perkembangan teori tersebut serta pengkajian sistematik ke
arah menentukan betul-salah atau baik-buruk sesuatu perkara. Konsep dan teori
ini kemudian diaplikasikan untuk membantu anda menyelesaikan dilema-
dilema dalam pengurusan semasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

1.1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI


ETIKA
Adakah anda sedar bahawa masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan
sesebuah organisasi adalah sangat kompleks? Malah masalah tersebut boleh
menjadi lebih kompleks dengan penglibatan faktor-faktor berikut iaitu:

(a) Akibat yang berpanjangan;

(b) Alternatif yang pelbagai;

(c) Hasil yang bercampur;

(d) Akibat yang tidak pasti; dan

(e) Implikasi peribadi.

Faktor-faktor ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Topik 3 nanti.
Sekarang mari kita sambung kembali pembelajaran kita tentang masalah etika.

Tahukah anda bahawa masalah etika bersifat merebak? Oleh kerana itu
pengurus perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan yang boleh
memberi kesan kepada orang lain. Keputusan dan tindakan pengurus perlu
ditangani dan analisis moral harus dilakukan apabila:

(a) Ia memberi kesan negatif kepada orang lain; atau

(b) Ia memudaratkan atau mencederakan orang lain yang di luar kawalan


mereka

Dalam subtopik-subtopik berikutnya, anda akan didedahkan dengan definisi


etika secara umum, dari sudut etika perniagaan dan etika profesional.
Seterusnya, anda akan mempelajari sebab-sebab perniagaan harus beretika dan
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  3

1.1.1 Definisi Etika


Apakah maksud etika?

Umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku individu


yang diterima dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi
seseorang individu tentang kelakuan yang baik dan buruk.

Walaupun definisi ringkas ini menyampaikan intipati etika, namun terdapat tiga
implikasi yang perlu diberi pertimbangan lanjut iaitu:

(a) Etika didefinisikan oleh individu. Hanya orang sahaja mempunyai etika,
sedangkan organisasi tidak mempunyai etika;

(b) Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang
dengan yang lain; dan

(c) Etika bersifat relatif; ia bukan mutlak. Ini bermaksud bahawa walaupun
sesuatu kelakuan itu dianggap beretika mengikut kaca mata orang yang
melihat, ia biasanya perlu akur kepada norma-norma sosial yang diterima
umum.

1.1.2 Definisi Etika Perniagaan


Secara umumnya etika merujuk kepada tanggapan baik atau buruk (Lawrence
dan Weber, 2011). Bagaimana pula dengan etika perniagaan?

Etika perniagaan merujuk kepada aplikasi nilai dan idea terhadap isu-isu
yang timbul dalam konteks perniagaan.

Sedarkah anda bahawa etika perniagaan ini tidak banyak bezanya dengan
tanggapan etika umum? Sebagai contoh, jika kita menganggap berbohong itu
sebagai tidak beretika, maka sesiapa yang berbohong kepada pihak
berkepentingannya tentang produk atau prestasi kewangan syarikatnya telah
bertindak tanpa etika dalam perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

1.1.3 Definisi Etika Profesional


Bagaimana pula dengan etika profesional? Adakah anda tahu maksudnya?
Berikut adalah maksud etika profesional.

Etika profesional menunjuk kepada nilai-nilai moral yang dibentuk oleh


sekumpulan orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal
prestasi tugas atau penggunaan sumber mereka.

Golongan profesional menerapkan peraturan-peraturan dan nilai-nilai budaya


profesional mereka sama seperti menerap nilai masyarakat. Mereka mematuhi
secara refleksif peraturan-peraturan dan nilai-nilai profesional apabila
memutuskan bagaimana mereka harus berkelakuan.

Sesetengah organisasi mempunyai banyak kumpulan kakitangan profesional


(seperti jururawat, peguam, penyelidik, doktor dan akauntan) di mana kelakuan
mereka dikawal oleh etika profesional. Etika profesional membantu membentuk
budaya organisasi dan menetapkan nilai-nilai yang dipakai oleh ahlinya dalam
urusan mereka dengan para pihak berkepentingan. Kebanyakan kumpulan
profesional dibenarkan menguatkuasa piawai etika profesion masing-masing.
Malah, kumpulan profesional (seperti doktor dan peguam) boleh diharamkan
daripada menjalankan praktik mereka jika mereka didapati mencabuli peraturan
profesional mereka.

AKTIVITI 1.1

1. Berikan maksud etika menurut pandangan anda.

2. Bagaimanakah etika memberi kesan kepada hidup anda? Berikan


beberapa contoh.

1.1.4 Mengapa Perniagaan Harus Beretika?


Sedarkah anda bahawa etika memainkan peranan penting dalam perniagaan? Ini
adalah kerana ia diperlukan dalam semua aktiviti perniagaan. Terdapat dua
faktor utama mengapa perniagaan harus beretika. Dua faktor tersebut
diterangkan dalam Jadual 1.1 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  5

Jadual 1.1: Dua Faktor Utama yang Mengharuskan Perniagaan Beretika

Faktor Huraian
Pengaruh Tindakan perniagaan boleh memberi kesan kepada persekitaran
Signifikan ke atas semula jadi serta pihak berkepentingan organisasi seperti
Persekitaran dan pelanggan, kakitangan dan komuniti. Memandangkan
Pihak perniagaan boleh mempunyai pengaruh yang besar ke atas
berkepentingan mereka, organisasi harus bertanggungjawab dan beretika dalam
tindakannya.
Mempertingkatkan Etika perniagaan mempertingkatkan prestasi perniagaan
Prestasi Perniagaan sesebuah organisasi. Sesuatu perniagaan perlu sedar dan tahu
bahawa tindakan beretika boleh memberi kesan langsung
kepada keuntungan (Lawrence & Weber, 2011). Sebaliknya,
organisasi boleh menerima kesan buruk apabila ia bersikap tidak
beretika.

Berikut adalah satu contoh yang menunjukkan kesan perniagaan yang tidak beretika.

Suatu kajian oleh University of Washington mendapati bahawa nilai pasaran


syarikat-syarikat yang tidak menyatakan maklumat akaun mereka dengan
tepat telah merosot 41% apabila kesalahan mereka disedari. Ini adalah kerana
firma-firma yang tidak jujur mudah hilang pelanggan dan akan menghadapi
kos pembiayaan kewangan yang lebih tinggi.

Sumber: Institute for Global Ethics (2006)

1.1.5 Pembentukan Etika Individu


Apakah yang menjadikan sesetengah individu beretika dan sesetengah yang lain
tidak? Mengapa sesetengah orang jujur, manakala yang lain tidak? Terdapat lima
faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan etika individu.
Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 1.1 berikut.

Rajah 1.1: Lima faktor yang membentuk etika individu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Berikut adalah penerangan lanjut bagi kelima-lima faktor ini.

(a) Pengaruh Keluarga


Sedarkah anda bahawa individu mula membentuk piawai etika mereka
sejak dari zaman kanak-kanak lagi? Kanak-kanak membentuk piawai etika
mereka apabila persepsi mereka mula bertindak balas terhadap kelakuan
ibu bapa mereka. Kanak-kanak lebih berkemungkinan akan menerap
piawaian etika yang tinggi apabila mereka melihat ahli keluarga mereka
berpegang kepada piawaian yang tinggi (seperti bercakap benar). Serta
menerima ganjaran kerana mengikutinya, dan dihukum jika ingkar kepada
piawaian tersebut.

Sebaliknya, jika ahli keluarga terlibat dengan kelakuan tidak beretika


(seperti tidak bercakap benar), dan membiarkan anak-anak mereka
melakukan perkara yang sama, maka kanak-kanak tersebut
berkemungkinan akan membentuk piawaian etika yang lebih rendah.

(b) Pengaruh Rakan Sebaya


Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakan-
rakan sebaya yang berinteraksi dengan mereka setiap hari. Sebagai contoh,
jika rakan sebaya seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan
mencuri barangan kedai, melakukan vandalisme atau menyalahguna
dadah, maka kanak-kanak itu mungkin mengambil keputusan untuk
melakukan perkara yang sama.

Sebaliknya, jika rakan-rakannya mempunyai piawaian etika yang lebih


tinggi dan menolak kelakuan tersebut, kanak-kanak berkenaan mungkin
akan menerap piawaian tinggi ini.

(c) Pengalaman Hidup


Pelbagai peristiwa positif mahu pun negatif membentuk kehidupan
manusia dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika kita.
Peristiwa-peristiwa ini merupakan sebahagian daripada proses
pembesaran dan menjadikan kita lebih matang.

Sebagai contoh, seseorang yang mencuri dan tidak tertangkap tidak akan
berasa kesal dan akan terus mencuri. Walau bagaimanapun, seseorang
yang telah tertangkap mungkin berasa sangat bersalah sehingga mengubah
piawaian etikanya dan memastikan dirinya tidak lagi mencuri pada masa
akan datang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  7

(d) Nilai dan Moral Peribadi


Nilai dan moral juga mempengaruhi piawaian etika seseorang. Sebagai
contoh, seseorang yang menjadikan wang dan kemajuan peribadi sebagai
keutamaan tertingginya akan menyerapkan kod etika peribadi yang
bersifat mengejar kekayaan.

Dengan itu, ia akan cuba mendapatkan ganjaran yang diingini dengan


tidak menghiraukan kesannya terhadap orang lain tanpa sebarang belas
kasihan.

Sebaliknya, bagi seseorang yang memberi keutamaan kepada keluarganya,


dia akan menyerap suatu piawai etika yang berbeza.

(e) Faktor Keadaan


Akhir sekali, mari kita lihat faktor keadaan sebagai faktor terakhir dalam
mempengaruhi etika individu. Kadangkala tanpa disangka-sangka,
manusia mendapati diri mereka dalam keadaan yang mendesak mereka
bertindak bertentangan dengan pertimbangan baik mereka.

Sebagai contoh, terdapat sesetengah orang yang melakukan pemalsuan


akaun perbelanjaan kerana kesempitan wang. Pernyataan ini bukan
bertujuan untuk mewajarkan ketidakjujuran mereka, tetapi menjelaskan
konteks untuk kita memahami mengapa individu kadangkala boleh
berkelakuan tidak beretika apabila mereka tiada pilihan lain.

AKTIVITI 1.2

Faktor manakah dalam Rajah 1.1 tadi paling mempengaruhi


pembentukan etika diri anda? Berikan dua contoh.

1.2 FALSAFAH NORMATIF DAN RELATIVISME


ETIKA
Pertama sekali, tahukah anda apakah maksud falsafah?

Falsafah ialah kajian tentang pemikiran dan kelakuan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Sekarang mari kita pelajari pula tentang falsafah normatif. Tahukah anda
bahawa pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah
normatif? Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah normatif?

Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul,
iaitu bagaimana kita harus berkelakuan.

Tahukah anda bahawa ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah
normatif sejak lebih 2,400 tahun yang lalu? Ahli-ahli falsafah telah mula melihat
bidang falsafah normatif sejak zaman Plato lagi. Mereka cuba mewujudkan suatu
proses pemikiran logik berdasarkan kepada prinsip yang tiada pertikaian untuk
menentukan sama ada sesuatu tindakan boleh dianggap seperti berikut:

(a) „Betul‰ atau „salah‰;

(b) „Baik‰ atau „buruk‰; dan

(c) „Adil‰ atau „tidak adil‰.

Isu yang perlu difahami seterusnya untuk menjelaskan teknik-teknik


pertimbangan moral adalah berkenaan relativisme etika. Sebelum kita pergi jauh,
mari kita pelajari dahulu apakah maksud relativisme etika.

Relativisme etika menyatakan bahawa prinsip-prinsip etika harus


didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah, tradisi masyarakat,
keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi.

Persoalan dasar relativisme etika adalah sama ada terdapat prinsip-prinsip


universal yang objektif di mana seseorang boleh mendirikan suatu sistem
kepercayaan etika untuk diaplikasi ke atas mana-mana kumpulan, dalam semua
budaya dan pada bila-bila masa. Dalam erti kata lain, menurut pandangan ini
maksud yang diberikan terhadap etika adalah relatif kepada masa, tempat,
keadaan dan orang yang terlibat. Ini adalah kerana piawaian kelakuan moral
adalah berbeza antara kumpulan berlainan dalam satu budaya, antara budaya
yang berlainan dan juga antara waktu yang berlainan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  9

Sebagai contoh, mari kita ambil piawaian moral bagi memutuskan tahap
keselamatan produk di Malaysia. Pada masa kini, piawaian ini berbeza antara
pemimpin kumpulan pengguna dengan eksekutif syarikat di industri utama.
Kemungkinan juga piawaian keselamatan produk jauh lebih berbeza di antara
negara Malaysia dengan Amerika Syarikat, atau antara zaman sekarang
berbanding akhir abad ke-19.

SEMAK KENDIRI 1.1

Terangkan dengan ringkas istilah-istilah berikut:


(a) Falsafah normatif; dan
(b) Relativisme etika.

1.3 PRINSIP-PRINSIP ETIKA


Secara universal, kita sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap
orang lain dalam masyarakat dan terikat dengan konsep betul-salah dalam
kelakuan kita terhadap orang lain. Oleh itu, kita perlu mewujudkan kaedah
analitis yang konsisten untuk mengklasifikasikan tindakan kita sebagai „betul‰
atau „salah‰.

Jika kita tidak dapat melakukannya, ia bukan kerana kita tidak mencuba. Seperti
yang telah digambarkan lebih awal, sejarah intelektual sejak 2,400 tahun lalu
dipenuhi dengan percubaan untuk mewajarkan piawaian moral dan membentuk
sistem-sistem etika. Ini adalah kerana tiada satu sistem pun yang dianggap
sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya lima teori utama
yang berkait dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan. Rajah 1.2
berikut menyenaraikan kelima-lima teori tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Rajah 1.2: Lima teori utama yang mempunyai kaitan secara langsung dan relevan kepada
keputusan-keputusan pengurusan

Mari kita pelajari kelima-lima teori ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-
subtopik seterusnya.

1.3.1 Undang-Undang Abadi


Ramai pemimpin agama serta sesetengah ahli falsafah seperti Thomas Aquinas
dan Thomas Jefferson percaya bahawa terdapat suatu undang-undang yang
dipanggil „Undang-undang Abadi‰ (juga dikenali sebagai „Undang-undang
Semula Jadi‰) yang terbentuk dari kehendak Tuhan.

Undang-undang tersebut jelas terdapat dalam keadaan semula jadi dan


termaktub dalam kitab-kitab suci. Ia boleh dikenal pasti dan diterokai oleh
sesiapa yang sanggup meluangkan masa mengkaji salah satu di antara alam
semula jadi atau kitab suci.

Thomas Jefferson, orang pertama yang menyokong pemikiran humanisme


sekular, percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah suatu „hakikat
yang nyata‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  11

Jika orang mempunyai hak untuk „hidup, bebas dan mencari kebahagiaan‰,
maka mereka juga mempunyai kewajipan bagi memastikan hak yang sama
kepada orang lain. Pemimpin agama lebih cenderung menekankan sumber
kebenaran berdasarkan kitab suci berbanding pertimbangan logik.

Walau bagaimanapun, mereka juga percaya bahawa kedudukan undang-


undang tersebut tidak berubah-ubah, dan bahawa hak dan kewajipan itu
jelas; jika kita disayangi, maka kita mesti menyayangi orang lain.

Pertukaran yang saling bersilang ini diringkaskan dalam teologi Kristian


melalui Peraturan keemasan, „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda
ingin orang lain lakukan terhadap anda.‰

Dalam frasa terkenal beliau tadi, Thomas Jefferson mengatakan bahawa hak itu
„tidak terpisah‰ dan kewajipan boleh diterbitkan daripada hak tersebut dengan
mudah.

Namun, adakah wujud kesilapan dalam Undang-Undang Abadi atau Semula


Jadi (yang ditafsirkan sama ada oleh pemimpin agama atau ahli-ahli falsafah
normatif) sebagai asas sistem etika dalam pengurusan? Jawapannya tiada. Walau
bagaimanapun terdapat pelbagai tafsiran yang boleh ditimbulkan melalui
undang-undang ini.

Tiada seorang pun ahli teori Undang-Undang Abadi dan hanya segelintir
penulis-penulis agama yang bersetuju dengan peruntukan kebenaran mengikut
kitab suci atau pertimbangan logik secara tepat. Setiap agama menyediakan
piawaian moral untuk pengikut-pengikutnya dan ramai antara mereka
mematuhi piawaian tersebut dalam kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, piawaian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan


berlainan dan tiada suatu cara yang berupaya menentukan piawaian mana yang
„betul‰ atau „terbaik‰ atau „sesuai‰ bagi sesuatu masyarakat tanpa disangkal.
Begitu juga bagi Peraturan keemasan yang tampak mudah, elegan dan wajar
sebagai panduan hidup, tidak boleh diaplikasi secara universal pada setiap masa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

1.3.2 Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme


Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan teleologi? Teleologi
merupakan perkataan terbitan daripada istilah Greek yang bermaksud hasil atau
keputusan. Oleh itu, pendekatan teleologi ke atas etika pengurusan menekankan
kebergantungan penuh kepada hasil dan bukannya kepada niat tindakan
seseorang.

Sesetengah ahli falsafah tradisi Barat paling berpengaruh seperti Jeremy


Bentham dan J. S. Mill percaya bahawa nilai moral kelakuan peribadi boleh
ditentukan hanya oleh akibat kelakuan berkenaan. Oleh itu, sesuatu tindakan
atau keputusan adalah „betul‰ jika ia mendatangkan faedah kepada orang ramai.
Sebaliknya, ia adalah „salah‰ andai kata ia membawa kepada kerosakan atau
kemudaratan sebagai akibat. Objektif di sini adalah, nilai moral kelakuan
peribadi boleh ditentukan dengan cara melihat berapa banyak faedahnya kepada
orang ramai (semaksimum mungkin) di samping melihat berapa banyak
kerosakan atau kemudaratan (seminimum mungkin) yang akan timbul.

Secara umumnya, kehidupan memerlukan lebih daripada faedah kebendaan.


Persahabatan, pengetahuan, kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup harus
juga diambil kira. Selain itu, jumlah besar kepuasan atau faedah kepada semua
pihak dalam masyarakat juga perlu dipertimbangkan.

Walau bagaimanapun, bukan semua faedah bersifat positif sepenuhnya kerana


terdapat juga kos-kos negatif dan akibat buruk yang mengiringi setiap tindakan
di mana ia perlu diambil kira untuk mewujudkan keseimbangan. Kos-kos negatif
dan akibat buruk termasuklah rasa kesakitan, kematian, kejahilan, keterasingan
dan kesedihan yang dialami. Jumlah besar faedah dan kos ini perlu diambil
kira, kemudian dikira pula baki di antara kedua-duanya sebagai akibat bersih.
Rajah 1.3 berikut memberikan dua contoh kos negatif; terasing dan sedih.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  13

(a) Terasing (b) Sedih

Sumber: Sumber: http://ilovemyself.net


http://www.pharmacyescrow.com/
Rajah 1.3: Akibat-akibat buruk kos negatif

Sistem etika teleologi yang memfokuskan kepada baki bersih akibat berbanding
dengan niat seseorang individu ini dinamakan sebagai utilitarianisme.
Utilitarianisme sering dikaitkan dengan Jeremy Bentham (1748–1832), seorang
ahli fikir British. Nama bagi falsafah ini terbit daripada perkataan utility di mana
pada abad ke-18 merujuk kepada tahap kebergunaan barangan rumah atau
haiwan belaan. Dalam Teori Mikroekonomi, ia mengukur tahap keutamaan yang
kita beri terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan relatif kepada harganya.
Dalam Teori Utilitarianisme, istilah utiliti ini merujuk kepada persepsi kita
terhadap faedah dan kos bersih berkaitan sesuatu tindakan.

Perlu diingat bahawa utilitarianisme adalah berbeza dengan konsep analisis


kos/faedah ekonomi kerana pengagihan kos dan faedahnya juga perlu diambil
kira. Ia merupakan akibat bersih kepada masyarakat, dan setiap individu dalam
masyarakat perlu diambil kira dan diberi perhatian sama rata dalam pengagihan.
Dalam erti kata lain,

„Kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak‰ lebih diutamakan dalam


Teori Utilitarianisme berbanding dengan „kebaikan terbanyak untuk
golongan yang lebih kecil dan elit.‰

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Namun terdapat kekurangan dalam teori ini. Kekurangannya ialah


kemungkinan berlakunya eksploitasi. Dalam kebanyakan kes, di mana tiada
pihak yang menerima mudarat yang besar dan ukuran kewangan boleh
digunakan terhadap kos dan faedah, Teori Utilitarianisme adalah satu bentuk
analisis yang mudah dan berguna.

Walau bagaimanapun, kemungkinan memberi justifikasi kepada faedah


segolongan besar penduduk majoriti dengan mengorbankan atau memudaratkan
golongan minoriti yang kecil akan sentiasa wujud.

Oleh itu, Teori Utilitarianisme dianggap gagal kerana tiga faktor berikut:

(a) Dalam realiti, ia berkaitan dengan dua prinsip: „kebaikan terbanyak‰ dan
„golongan terbanyak‰. Terdapat situasi di mana kedua-dua prinsip ini
akan berkonflik apabila kita menghadapi sesuatu keputusan penting.
Maka, kita tidak mempunyai cara untuk menentukan tindakan mana yang
„betul‰ atau „sesuai‰.

(b) Kita mungkin dapat bersetuju bahawa sesetengah tindakan sememangnya


salah, walaupun faedahnya kepada segolongan besar majoriti jelas terlihat.
Sebagai contoh, membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah demi
kebahagiaan seluruh umat manusia. Tiada sesiapa pun yang harus
menerima perbuatan yang sekejam itu.

(c) Adalah mustahil untuk mengimbangi faedah kepada golongan majoriti


dengan pengorbanan golongan minoriti.

1.3.3 Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme


Tahukah anda bahawa perkataan deontologi berasal daripada istilah Greek? Ia
merujuk kepada tugas atau kewajipan seorang individu. Pendekatan deontologi
terhadap etika pengurusan pada dasarnya adalah berlawanan dengan Teori
Teleologi. Ini dinyatakan jelas dalam definisinya.

Teori Deontologi menyatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak


boleh bergantung kepada akibat kerana akibat tidak jelas dan tidak menentu
semasa keputusan untuk bertindak diambil. Sebaliknya, nilai moral sesuatu
tindakan haruslah bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan
atau mengambil tindakan itu sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  15

Sebagai contoh, jika anda inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan
moral anda perlulah yang terpuji, walaupun anda seorang individu yang kurang
menarik dan kurang cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah.
Biasanya niat yang baik ini akan menghasilkan akibat yang berguna.

Niat peribadi boleh diterjemahkan menjadi tugas atau kewajipan kerana jika kita
benar-benar inginkan kebaikan untuk orang lain, maka kita akan sentiasa
bertindak dengan cara yang memastikan hasil yang berfaedah. Cara-cara
tersebut dilihat sebagai tugas wajib ke atas diri kita dan bukan suatu pilihan.

Tugas peribadi kita adalah bersifat universal, dan boleh diaplikasi ke atas semua
orang. Oleh kerana itu, sebahagian besar Teori Deontologi juga diistilahkan
sebagai universalisme.

Tugas pertama universalisme adalah melayani orang lain sebagai matlamat akhir
dan bukan sebagai alat atau cara. Orang lain harus dilihat sebagai matlamat
tersendiri yang berharga, bermaruah dan harus dihormati, dan bukannya
sebagai alat yang bersifat insani untuk mencapai matlamat sendiri. Selaras
dengan kewajipan peribadi, tiada tindakan boleh dikira „betul‰; sekiranya ia
tidak mempedulikan nilai moral manusia lain yang begitu besar.

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam teori ini. Tahukah anda


apakah kekurangan teori ini? Terdapat dua kekurangan dalam teori ini iaitu:

(a) Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna tetapi ia tidak
mempunyai sebarang keutamaan dan darjah; dan

(b) Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan bukan sebagai alat
untuk sepanjang masa, terutamanya apabila ramai yang „bekerja‰ sebagai
alat atau cara ke arah pencapaian matlamat peribadi kita. Sebagai contoh,
peniaga runcit adalah cara untuk kita mendapatkan barangan runcit;
pelanggan adalah kaedah mata pencarian untuk hidup; dan kakitangan
adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang.

1.3.4 Teori Keadilan Teragih


Sedarkah anda bahawa kedua-dua teori klasik yang telah anda pelajari
tadi (utilitarianisme dan universalisme) tidak boleh digunakan untuk
mempertimbangkan kesemua tindakan moral dalam semua keadaan? Oleh itu,
terdapat dua sistem etika moden yang berdasarkan nilai dan bukannya prinsip
telah dibangunkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Teori pertama ialah Teori Keadilan Teragih yang telah diutarakan oleh John
Rawls. Ia berasaskan kepada keutamaan satu nilai tunggal secara eksplisit iaitu
keadilan.

Keadilan dirasakan sebagai sifat kebaikan pertama institusi sosial, seperti mana
kebenaran adalah sifat kebaikan pertama bagi sistem pemikiran.

John Rawls (1971) mencadangkan bahawa masyarakat dan institusi-institusi


yang terdapat dalamnya boleh dijelaskan melalui dua elemen berikut
(Jadual 1.2).

Jadual 1.2: Dua Elemen yang Menjelaskan Masyarakat dan Institusi yang
Terdapat dalam Masyarakat

Elemen Huraian
Kerjasama Kerjasama timbul kerana individu tahu bahawa usaha bersama akan
menjana lebih banyak faedah berbanding usaha berseorangan.
Konflik Konflik tidak dapat dielak kerana biasanya manusia mementingkan
keadilan dalam pembahagian faedah-faedah yang boleh didapati. Setiap
orang lebih suka bahagian faedah yang lebih besar berbanding dengan
yang lebih kecil. Mereka juga akan menyokong suatu sistem agihan
yang memastikan mereka mendapat pembahagian yang lebih besar.
Sistem-sistem ini mempunyai asas pembahagian sama ada secara sama
rata untuk semua orang, berasaskan keperluan, usaha, sumbangan atau
pun kecekapan seseorang.

Kebanyakan sistem ekonomi moden menggunakan kelima-lima prinsip tersebut;


sama rata, keperluan, usaha, sumbangan dan kecekapan. Sebagai contoh,
pendidikan awam pada teorinya diagih sama rata, bantuan kebajikan diasaskan
kepada keperluan, komisyen jualan diberikan atas usaha, penghormatan awam
diberikan atas sumbangan manakala gaji pengurus pula diberi atas tahap
kecekapan mereka.

Kebanyakan orang biasanya tidak akan memilih kesamarataan yang mutlak


sebagai asas pengagihan faedah. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa
sesetengah mereka akan lebih berusaha, memiliki kemahiran yang lebih tinggi
dan seterusnya. Mereka juga tidak akan setuju dengan ketidaksamarataan yang
mutlak berasaskan usaha, kemahiran atau kecekapan kerana mereka tidak tahu
siapa antara mereka yang memiliki kualiti berkenaan untuk menerima lebih
faedah atau kurang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  17

Sebaliknya, mereka akan membentuk satu konsep ketidaksamarataan bersyarat


di mana perbezaan faedah perlu dijustifikasikan. Mereka akan mencadangkan
suatu peraturan untuk memastikan agar perbezaan faedah mempunyai
justifikasi hanya apabila ia menghasilkan faedah yang seimbang untuk semua,
terutamanya untuk anggota masyarakat yang paling kekurangan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kekurangan dalam teori ini. Kekurangan


ini bergantung sepenuhnya kepada penerimaan saranan di mana kerjasama
masyarakat merupakan asas bagi pembahagian kesemua faedah ekonomi dan
sosial manakala usaha individu tidak ditekankan atau diambil peduli.

1.3.5 Teori Kebebasan Peribadi


Teori Kebebasan Peribadi adalah satu sistem etika yang dicadangkan oleh Robert
Nozick (1974). Sistem ini lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal
berbanding sesuatu prinsip iaitu kebebasan. Kebebasan dianggap sebagai
keperluan pertama masyarakat. Sesuatu institusi atau undang-undang yang
mencabuli kebebasan individu harus ditolak, walaupun ia boleh menghasilkan
lebih banyak kebahagiaan dan faedah untuk orang lain.

Nozick bersetuju bahawa masyarakat adalah sebuah persatuan antara individu


dan kerjasama antara individu ini adalah perlu untuk mendapat keuntungan
ekonomi. Pemilikan (pendapatan, kekayaan dan lain-lain yang menjadi asas
hormat-kendiri) setiap individu itu diperoleh daripada orang lain melalui
pertukaran barangan atau perkhidmatan, atau pun hadiah yang diterima. Corak
pemilikan sedia ada mungkin telah diwujudkan melalui mana-mana prinsip
pembahagian (secara sama rata, berdasarkan keperluan, usaha, sumbangan atau
kecekapan).

Walau bagaimanapun, corak ini akan berubah melalui proses pemindahan.


Pemindahan dengan pertukaran atau pemberian, boleh dikira „adil‰ selagi ia
dilakukan secara sukarela.

Kebebasan peribadi boleh dikembangkan dari suatu sistem pasaran bagi


pertukaran pemilikan menjadi suatu sistem penilaian kelakuan. Individu mesti
dibenarkan membuat keputusan berpengetahuan apabila memilih antara
beberapa tindakan alternatif yang membawa kepada kebajikan mereka sendiri.
Pilihan ini akan dianggap adil, betul dan sesuai asalkan peluang yang sama
diberikan juga kepada orang lain. Keadilan bergantung kepada peluang
membuat pilihan dan pertukaran yang sama, bukan kepada peruntukan
kekayaan atau pendapatan yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bagi teori ini. Apakah kekurangan


tersebut? Kekurangannya adalah kerana ia berasaskan suatu definisi kebebasan
yang sempit, iaitu terhad kepada hak negatif untuk tidak dicerobohi orang lain.
Hak untuk hidup, misalnya, adalah hak untuk tidak dibunuh oleh orang lain.
Namun, ia juga merangkumi hak untuk terus hidup dengan mendapat sejumlah
minimum makanan, tempat berlindung, pakaian dan bantuan perubatan yang
lebih berpuncakan inisiatif peribadi berbanding kerjasama sosial.

SEMAK KENDIRI 1.2

Dengan menggunakan suatu peta minda, ringkaskan lima teori etika


berikut:

(a) Teori Undang-Undang Abadi (Undang-Undang Semula Jadi);

(b) Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme;

(c) Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme;

(d) Teori Keadilan Teragih; dan

(e) Teori Kebebasan Peribadi.

Selesaikan latihan berikut untuk menyemak pemahaman anda.

LATIHAN 1.1

1. Bandingkan ciri-ciri utilitarianisme dengan universalisme sebagai


teori etika.

2. Bincangkan kelemahan setiap teori etika yang telah anda pelajari.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  19

1.4 KESIMPULAN KE ATAS FALSAFAH


NORMATIF SEBAGAI ASAS PILIHAN
MORAL
Seperti yang dijelaskan dalam subtopik 1.3 tadi, terdapat lima teori etika utama.
Sedarkah anda bahawa walaupun teori-teori tersebut tidak berkonflik pada
lahirnya, namun teori-teori ini tidak dapat diselaraskan untuk menjadi sesuatu
yang konsisten secara menyeluruh? Ini adalah kerana setiap teori menyatakan
hanya sebahagian daripada kebenaran; dan setiap teori tidak lengkap atau tidak
memadai sebagai cara untuk mempertimbangkan moral yang terkandung dalam
tindakan atau keputusan individu.

Jadi, apakah maksud ayat dalam perenggan pertama tadi kepada para pengurus?
Implikasi utama kepada pengurus ialah, tiada suatu sistem kepercayaan yang
mempunyai piawaian kelakuan moral atau kaedah pertimbangan moral yang
terbit secara rasional untuk mereka jadikan panduan ke arah mencapai
keputusan etika yang sukar.

Bagaimana pula kesimpulan tentang kelima-lima teori ini dengan kita? Apakah
yang harus kita lakukan? Kita harus menggabungkan kelima-lima sistem etika
berkenaan untuk mempertimbangkan akibat tindakan kita dan bukannya hanya
merujuk kepada satu teori sahaja.

Namun pertimbangan moral yang memakai kesemua lima teori bukanlah suatu
perkara ringkas dan mudah, tetapi berguna terutama sekali apabila digabungkan
dengan analisis ekonomi dan undang-undang.

Seterusnya sebelum kita mengakhiri topik pertama ini, mari kita beralih kepada
dua perspektif etika yang signifikan untuk dipraktikkan iaitu:

(a) Peraturan Keemasan; dan

(b) Hak Kantian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

1.4.1 Peraturan Keemasan


Tahukah anda bahawa Peraturan Emas adalah prinsip Kristian berdasarkan ayat
daripada kitab Bible. Ayat tersebut bermaksud „Lakukan kepada orang lain
seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰.

Prinsip ini juga didapati pada kebanyakan agama di dunia. Prinsip ini
memerlukan kita mengenal pasti pelbagai langkah tindakan. Kemudian kita
akan memilih hanya satu tindakan yang terbaik di mana tindakan tersebut dapat
melayan orang lain dengan cara seperti yang ingin kita terima daripada orang
lain.

Bagi bidang perniagaan, istilah „orang lain‰ ini merujuk kepada pihak
berkepentingan. Pihak berkepentingan ini termasuklah pelabur, rakan niaga,
kakitangan, kesatuan-kesatuan, para pelanggan dan pembekal organisasi serta
pihak kerajaan.

1.4.2 Hak Kantian


Untuk makluman anda, hak Kantian diterbitkan daripada pandangan ahli
falsafah, Immanuel Kant (1785). Perspektif ini mengandaikan bahawa dalam
alam semesta moral, setiap orang mempunyai hak asasi, seperti yang dijelaskan
dalam Jadual 1.3 berikut.

Jadual 1.3: Hak Kantian

Hak Penerangan
Keizinan bebas Hak diperlakukan mengikut pengetahuan dan persetujuan mereka
sendiri.
Kebersendirian Hak melakukan apa yang mereka mahu dalam hidup peribadi mereka
dan berhak untuk menentukan sejauh mana aktiviti peribadi mereka
didedahkan.
Kebebasan Hak menolak apa yang mencabuli kepercayaan moral mereka kerana
Nurani kepercayaan ini mencerminkan norma-norma yang diterima umum.
Kebebasan Hak mengkritik etika organisasi dengan hemat, asalkan kritikan
Mengkritik mereka tidak mencabuli hak individu lain dalam organisasi.
Keadilan Jika manusia percaya hak mereka telah dicabuli, mereka berhak untuk
dibicarakan secara adil dan saksama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  21

Mengikut pandangan etika ini, tindakan moral yang tepat ialah tindakan yang
meminimumkan pencabulan hak-hak tersebut. Oleh itu untuk menyelesaikan
sesuatu dilema etika menurut pandangan ini, seseorang perlu mempertimbangkan
sejauh mana pihak berkepentingan akan terjejas dan sejauh mana hak mereka
boleh tercabul oleh tindakannya.

AKTIVITI 1.3

Pada pandangan anda, adakah organisasi anda mendukung hak


peribadi yang diketengahkan oleh Kant? Bincangkan sesama rakan
anda di dalam kelas.

LATIHAN 1.2

1. Apakah maksud etika? Bagaimana etika individu terbentuk?

2. Huraikan beberapa hak peribadi yang ditunjukkan oleh


Immanuel Kant.

3. Adakah anda bersetuju dengan Peraturan Keemasan? Bagaimana


ia berbeza dengan ajaran Islam?

4. Pada pendapat anda, apakah faktor paling penting yang


mempengaruhi pembentukan etika individu?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

AKTIVITI 1.4

Baca kes kajian berikut:

Anda seorang juruanalisis di sebuah organisasi yang membuat


penilaian ke atas syarikat-syarikat untuk tujuan gabungan dan
pemerolehan. Jika anda memalsukan sebahagian angka-angka dalam
kenyataan kewangan syarikat berkenaan, ia akan dilihat berpotensi
untuk di ambil alih. Organisasi anda pula akan menerima bayaran
yang besar daripada syarikat pemeroleh. Harapan anda untuk
dinaikan gaji serta pangkat juga sangat cerah.

Berikut adalah beberapa petunjuk tentang akibat yang baik serta


buruk untuk dipertimbangkan:

 Keuntungan organisasi anda akan meningkat dan


membolehkannya membayar gaji yang lebih besar kepada
kakitangan serta dividen yang lebih tinggi kepada pemegang
saham.

 Kepentingan kewangan dan kerjaya anda akan bertambah baik.

 Syarikat pemeroleh akan mendapati bahawa kedudukan


kewangan syarikat yang diperoleh tidak berdaya maju dan ia
mungkin menanggung kerugian yang teruk sebagai akibatnya.

 Reputasi dan prospek jangka-panjang organisasi anda akan


terjejas sekiranya penipuan anda diketahui.

Reputasi dan masa depan anda akan turut terjejas.

Dengan mengaplikasikan mana-mana teori etika yang relevan yang


anda telah dipelajari, terangkan bagaimana anda menilai dan
memutuskan kes ini? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  23

• Secara umumnya etika merujuk kepada kepercayaan peribadi individu


tentang kelakuan yang betul dan salah.

 Terdapat lima faktor yang membentuk etika individu. Lima faktor tersebut
ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai
dan moral peribadi dan faktor keadaan.

 Pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif.


Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul;
iaitu bagaimana kita harus berkelakuan. Relativisme etika pula merujuk
kepada prinsip-prinsip etika di mana ia harus didefinisikan mengikut
tempoh waktu dalam sejarah, tradisi masyarakat, keadaan-keadaan istimewa
sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi.

 Undang-Undang Abadi merujuk kepada piawaian moral yang terkandung


dalam kitab-kitab suci atau alam semula jadi dan difahamkan kepada
pemimpin-pemimpin agama atau ahli falsafah kemanusiaan. Ia mempunyai
kepercayaan bahawa undang-undang tersebut tidak berubah dan sah
digunakan untuk sepanjang masa.

 Teori Utilitarianisme menyatakan bahawa akibat sesuatu keputusan atau


tindakan adalah paling penting dan hasilnya harus dijadikan pertimbangan
utama dalam perlakuan kita terhadap orang lain. Prinsip yang perlu diikuti
ialah kemurahan hati: di mana sesuatu keputusan atau tindakan itu dianggap
betul, sesuai dan baik hanya apabila ia menjana jumlah faedah yang
terbanyak untuk golongan orang terbanyak dengan jumlah kos atau
kemudaratan yang paling sedikit terhadap golongan lain.

 Sementara itu, Teori Universalisme mengatakan bahawa niat sesuatu


keputusan atau tindakan itu penting, kerana kita tidak dapat menjangka dan
menilai kesemua akibat yang boleh berlaku. Prinsip untuk diikuti adalah
bersifat konsisten di mana suatu keputusan atau tindakan dianggap betul,
sesuai dan baik hanya apabila kita dapat meyakinkan semua orang yang
menghadapi keadaan yang sama untuk mengambil keputusan atau tindakan
yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

 Teori Keadilan Teragih pula lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai
tunggal (iaitu keadilan), berbanding suatu prinsip tunggal. Kepercayaan
kepada keutamaan keadilan mengarah kita untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan yang dijangka akan menghasilkan faedah yang
mengimbangi semua pihak, terutamanya anggota masyarakat yang paling
kekurangan.

 Kebebasan Peribadi juga berdasarkan keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu


kebebasan), lebih daripada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada
keutamaan kebebasan akan mengarah kita untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan yang menghasilkan kebahagiaan yang lebih besar dan
pertambahan faedah untuk semua.

 Pertimbangan moral menyediakan alasan dan sebab untuk menentukan sama


ada sesuatu tindakan adalah betul atau salah dari segi moral. Sesetengah ahli
falsafah menyatakan bahawa terdapat satu piawaian moral universal bagi
setiap orang (fahaman moral yang mutlak), dan sesetengah lagi mengatakan
tidak terdapat piawaian yang demikian (relativisme etika).

 Sesetengah ahli moral berpegang pada prinsip bahawa tindakan tertentu


adalah salah. Namun, yang lain percaya bahawa tiada tindakan yang tidak
bermoral padanya kerana persekitaran dan keadaan sosial memainkan
peranan untuk menentukan sama ada tindakan tersebut betul atau salah.

Etika Keadilan Teragih


Etika individu Peraturan Keemasan
Etika perniagaan Pertimbangan moral
Etika profesional Relativisme etika
Falsafah normatif Undang-undang abadi
Hak kantian Universalisme
Kebebasan peribadi Utilitarianisme

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hubungan
2 Pihak
Berkepentingan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dua jenis pihak berkepentingan primer dan
sekunder;
2. Membincangkan mengapa organisasi perlu menyokong konsep
pihak berkepentingan berdasarkan hujah normatif, instrumental
dan deskriptif;
3. Membincangkan konsep pengurusan pihak berkepentingan;
4. Mengenal pasti pihak berkepentingan firma yang relevan
berdasarkan tiga elemen; dan
5. Menerangkan tanggungjawab organisasi terhadap pihak
berkepentingannya.

 PENGENALAN
Topik kedua ini akan membincangkan konsep pihak berkepentingan.
Terdapat dua kategori pihak berkepentingan yang akan disentuh dalam topik
ini. Selain itu, kita juga akan menyentuh berkenaan konsep pengurusan pihak
berkepentingan dan pengurusan hubungan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

2.1 KONSEP PIHAK BERKEPENTINGAN


Sebelum kita mendalami definisi dan konsep pihak berkepentingan, mari kita
fahamkan dahulu definisi „kepentingan‰.

Kepentingan bermaksud suatu tuntutan atau bahagian dalam sesuatu kerja


atau usaha.

Sesebuah organisasi besar mempunyai banyak pihak berkepentingan. Dari sudut


perniagaan, definisi yang diberikan untuk pihak berkepentingan adalah seperti
berikut:

Pihak berkepentingan ialah individu atau kumpulan yang boleh menjejaskan


atau terjejas oleh tindakan, keputusan, polisi, amalan atau matlamat sesebuah
organisasi.
(Freeman, 1984)

2.1.1 Klasifikasi Pihak Berkepentingan


Umumnya, terdapat dua kategori pihak berkepentingan berdasarkan kepada
jenis perhubungan mereka dengan organisasi. Wheeler dan Sillanpa (1997) telah
mengkategorikan pihak berkepentingan kepada dua iaitu:

(a) Pihak berkepentingan pasaran; dan

(b) Pihak berkepentingan bukan-pasaran.

Mari kita lihat setiap kategori tersebut dengan lebih terperinci.

(a) Pihak Berkepentingan Pasaran/Primer


Pertama sekali, apakah maksud pihak berkepentingan pasaran/primer?

Pihak berkepentingan pasaran adalah individu atau kumpulan yang


mempunyai kepentingan langsung dalam sebuah organisasi serta terlibat
dengan transaksi ekonomi dengan organisasi tersebut sambil ia menghasilkan
barangan dan perkhidmatan.
(Lawrence & Weber, 2011)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN  27

Pihak berkepentingan primer termasuklah pelanggan, pemegang saham,


pembekal, pemiutang dan kakitangan. Sebagai contoh, seorang pemegang
saham dianggap sebagai pihak berkepentingan primer kerana dia
menyumbang modal kepada organisasi dalam bentuk pelaburan dan ini
dibalas dengan dividen. Oleh itu, pemegang saham boleh mempengaruhi
polisi organisasi kerana ia boleh memilih ahli-ahli lembaga pengarah
organisasi. Mereka juga mempunyai hak mengundi ke atas keputusan-
keputusan firma seperti berkenaan penggabungan dan pemerolehan.

(b) Pihak Berkepentingan Bukan-Pasaran/Sekunder


Bagaimana pula dengan maksud pihak berkepentingan bukan-pasaran atau
sekunder?

Pihak berkepentingan bukan-pasaran termasuklah individu atau kumpulan


yang tidak terlibat secara langsung dalam transaksi ekonomi dengan
organisasi tetapi boleh terjejas atau boleh menjejaskan tindakannya.
(Lawrence & Weber, 2011)

Pihak berkepentingan sekunder terdiri daripada komuniti, media,


kumpulan sokongan perniagaan, kerajaan dan orang awam. Pihak media
boleh memberi kesan kepada organisasi melalui berita yang diterbitkan
dalam akhbar atau majalah. Manakala bagi pihak komuniti pula, ia boleh
terjejas oleh polisi dan keputusan organisasi.

Sebagai contoh, kesihatan sebuah komuniti boleh terancam apabila sebuah


firma mengambil keputusan untuk membuang sisa toksiknya ke dalam
sungai atau anak sungai yang diguna oleh komuniti.

Sebaliknya, komuniti boleh menjejaskan operasi organisasi apabila ia


menolak atau pun membantah rancangan organisasi untuk menjalankan
operasi dalam kawasannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Jadual 2.1 berikut menunjukkan beberapa contoh pihak berkepentingan pasaran


dan bukan-pasaran.

Jadual 2.1: Contoh Pihak berkepentingan Pasaran dan Bukan-Pasaran

Pihak Berkepentingan Pasaran Pihak Berkepentingan Bukan-pasaran


Kakitangan/pekerja Komuniti setempat
Pemilik/Pemegang stok/Pemegang Aktivis sosial
saham
Pelanggan Media
Pembekal Kumpulan sokongan perniagaan (contohnya,
pertubuhan perdagangan)
Pesaing Kerajaan
Peruncit/Pemborong Kerajaan pusat, negeri dan tempatan
Pemiutang Orang awam

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Nyatakan maksud pihak berkepentingan.

2. Senaraikan dua jenis pihak berkepentingan.

2.1.2 Sokongan Terhadap Konsep Pihak


Berkepentingan
Donaldson dan Preston (1995) telah mengenal pasti tiga hujah terhadap konsep
pihak berkepentingan. Oleh itu, organisasi harus mengikuti konsep pihak
berkepentingan berdasarkan tiga hujah ini.

(a) Hujah Deskriptif


Apakah maksud hujah deskriptif? Berikut adalah maksud hujah deskriptif
daripada Donaldson dan Preston.

Hujah deskriptif menjelaskan bagaimana organisasi mengurus dan


berinteraksi dengan pihak berkepentingannya.
(Donaldson & Preston, 1995)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN  29

Mengurus berkait rapat dengan prestasi, terutamanya prestasi kewangan.


Walaupun prestasi kewangan sesebuah organisasi itu penting, organisasi
masih perlu mengambil berat beberapa aspek berikut:

(i) Menghasilkan produk yang selamat dan inovatif untuk


pelanggannya;

(ii) Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk


kakitangannya; dan

(iii) Mematuhi peraturan-peraturan kerajaan.

(b) Hujah Normatif


Apakah pula maksud hujah normatif? Berikut adalah huraian tentang
hujah ini daripada Lawrence dan Weber.

Hujah normatif mengatakan bahawa mengambil berat tentang pihak


berkepentingan merupakan suatu perkara betul yang dilakukan oleh
organisasi. Oleh kerana organisasi mempunyai kuasa dan sumber yang
banyak, mereka mempunyai tanggungjawab terhadap semua yang terjejas
oleh tindakannya.
(Lawrence & Weber, 2011)

(c) Hujah Instrumental


Akhir sekali, mari kita pelajari apakah yang dimaksudkan dengan hujah
instrumental.

Hujah instrumental mengatakan bahawa teori pihak berkepentingan adalah


satu strategi korporat yang berkesan. Syarikat yang mengambil kira hak dan
kebimbangan pemegang kepentingan mereka biasanya akan berprestasi lebih
baik dalam jangka panjang berbanding syarikat yang tidak.
(Lawrence & Weber, 2011)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

AKTIVITI 2.1

Bincangkan mengapa organisasi harus mematuhi pandangan pihak


berkepentingan berdasarkan hujah-hujah berikut:

(a) Deskriptif;

(b) Normatif; dan

(c) Instrumental.

LATIHAN 2.1
1. Apakah perbezaan antara pihak berkepentingan pasaran dengan
pihak berkepentingan bukan-pasaran?

2. Baca situasi berikut:

Anda ialah seorang pengeluar minuman buah-buahan. Anda baru


saja mendapat tahu bahawa beberapa pelanggan anda telah jatuh
sakit selepas meminum produk anda. Anda mengesyaki bahawa
minuman itu tidak dipasteurkan dengan betul. Anda perlu
memastikan insiden ini hanya mengakibatkan kerosakan minimum
kepada reputasi anda.

Kenal pasti pihak-pihak berkepentingan yang terjejas oleh insiden


tersebut.

2.2 PENGURUSAN PIHAK BERKEPENTINGAN


Anda tentu sedar bahawa sesebuah organisasi mempunyai tanggungjawab
terhadap ramai pihak berkepentingannya. Oleh itu, para pengurus hendaklah
mengurus hubungan dengan pihak berkepentingan syarikat mereka secara baik.
Pengurusan pihak berkepentingan menjadi semakin penting kerana pengurus
mendapati bahawa kumpulan pihak berkepentingan mereka harus secara
relatifnya berpuas hati dengan firma sebelum firma tersebut boleh mencapai
objektifnya (Carroll & Buchholtz, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN  31

Tahukah anda apakah maksud pengurusan pihak berkepentingan? Mari kita


lihat maksudnya.

Pengurusan pihak berkepentingan merujuk kepada proses mengurus


jangkaan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai
kepentingan dalam organisasi atau boleh terjejas oleh aktiviti organisasi.

Organisasi yang ingin melaksanakan pengurusan pihak berkepentingan mesti


terlebih dahulu mengenal pasti pihak berkepentingan mana yang relevan
kepadanya. Kita akan bincangkan cara bagaimana mengenal pasti pihak
berkepentingan yang relevan dalam subtopik seterusnya.

LATIHAN 2.2

Adakah anda fikir penting bagi sesebuah organisasi melibatkan diri


dalam pengurusan pihak berkepentingan? Berikan sebab-sebab untuk
jawapan anda.

2.2.1 Mengenal Pasti Pihak berkepentingan Firma


yang Relevan
Sebuah organisasi perlu mengenal pasti pihak berkepentingannya yang relevan.
Dalam Subtopik 2.1.1 yang lalu kita telah membincangkan dua jenis pihak
berkepentingan. Masihkah anda ingat? Walau bagaimanapun, bukan semua
pihak berkepentingan yang telah anda pelajari tadi relevan kepada sesebuah
organisasi.

Sebagai contoh, syarikat seperti Amazon atau Dell yang menjual produknya
secara langsung secara atas talian kepada pelanggan tidak mempunyai peruncit
atau pengedar. Bagi syarikat Nestle pula, ia menjual sebahagian besar
produknya melalui rangkaian pasar raya dan kedai-kedai runcit. Oleh itu,
pengedar merupakan pihak berkepentingan yang penting bagi syarikat ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Jadi, bagaimanakah pihak berkepentingan yang relevan kepada organisasi


dikenal pasti? Untuk mengenal pasti pihak berkepentingan yang relevan kepada
organisasi, pengurus mesti memahami ciri-ciri pihak berkepentingannya.
Seorang pengurus boleh mengenal pasti pihak-pihak yang relevan sebagai pihak
berkepentingan berdasarkan elemen-elemen berikut:

(a) Kuasa pihak berkepentingan;

(b) Kesahan pihak berkepentingan; dan

(c) Kesegeraan pihak berkepentingan.

2.2.2 Kuasa Pihak Berkepentingan


Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kuasa pihak berkepentingan? Berikut
adalah maksudnya daripada Lawrence dan Weber.

Kuasa pemegang kepentingan merujuk kepada kebolehan menggunakan


sumber untuk mewujudkan sesuatu peristiwa atau mendapatkan sesuatu
yang diingini.
(Lawrence & Weber, 2011)

Pihak berkepentingan boleh mempunyai kuasa yang dikategorikan kepada tiga


iaitu kuasa paksaan, utilitarian atau simbolik.

(a) Kuasa Paksaan


Apakah maksud kuasa paksaan?

Kuasa paksaan adalah kuasa yang melibatkan penggunaan kuasa fizikal atau
keganasan.
(Thorne, Ferrell & Ferrell, 2008)

Kumpulan pihak berkepentingan seperti aktivis alam sekitar boleh


mempunyai kuasa paksaan apabila mereka membantah polisi atau
tindakan organisasi dengan memusnahkan kemudahan organisasi semasa
melakukan bantahan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN  33

Rajah 2.1 berikut menunjukkan satu contoh kuasa paksaan.

Rajah 2.1: Beberapa orang pencinta alam sekitar berhimpun untuk memberi
sokongan terhadap perjuangan menyelamatkan Bumi
Sumber: http://static.guim.co.uk

(b) Kuasa Utilitarian


Bagaimana pihak berkepentingan boleh mempunyai kuasa utilitarian?
Pihak berkepentingan boleh mempunyai kuasa utilitarian apabila mereka
berkuasa untuk mengawal sumber organisasi seperti kewangan atau bahan
mentah (Thorne et al., 2008).

(c) Kuasa Simbolik


Bagaimana pula dengan kuasa simbolik? Pihak berkepentingan boleh
memiliki kuasa simbolik apabila mereka mempunyai akses atau boleh
menggunakan simbol-simbol atau prestij (Thorne et al., 2008).

Sebagai contoh, surat yang ditulis oleh seorang menteri menggunakan


kepala surat kementerian akan mempunyai kuasa simbolik berbanding
surat biasa.

Selain itu, Internet juga boleh menjadi satu bentuk kuasa simbolik apabila
ia dapat menguasai perhatian media atau kerajaan.

AKTIVITI 2.2

Kenal pasti sekurang-kurangnya lima pihak berkepentingan organisasi


anda. Terangkan jenis-jenis kuasa yang mereka miliki ke atas organisasi
anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

2.2.3 Kesahan Pihak Berkepentingan


Tahukah anda apakah maksud istilah kesahan pihak berkepentingan? Berikut
adalah penerangan yang menerangkan maksudnya.

Kesahan pihak berkepentingan merujuk kepada sama ada tuntutan pihak


berkepentingan boleh dijustifikasi atau sesuai dengan sesuatu konteks.
Sesuatu tuntutan oleh pihak berkepentingan boleh dikira sah apabila ia
dianggap munasabah oleh pihak berkepentingan lain serta masyarakat.
(Thorne et al., 2008)

Sebagai contoh, adalah sah bagi para pelanggan untuk mengharap supaya
organisasi menghasilkan produk yang selamat dimakan. Oleh itu, organisasi
akan mengambil berat kebimbangan pengguna jika mereka menghadapi kritikan
ramai terhadap bahan makanan yang tidak sihat. Bagi pihak pemegang saham,
pelabur institusi dan ahli lembaga pengarah, mereka juga mempunyai tuntutan
yang sah kerana mereka adalah tuan punya organisasi berdasarkan saham yang
dimiliki.

2.2.4 Kesegeraan Pihak Berkepentingan


Apakah yang dimaksudkan dengan kesegeraan?

Kesegeraan merujuk kepada berapa pantas organisasi perlu bertindak balas


terhadap keperluan pemegang kepentingan.

Lebih tinggi kuasa yang dimiliki pihak berkepentingan, maka lebih tinggi
kesahan isu mereka. Seterusnya, organisasi turut perlu bertindak balas lebih
pantas terhadap isu yang ditimbulkan oleh mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN  35

Menurut Mitchell, Agel dan Wood (1997), kesegeraan sesuatu isu itu bergantung
kepada dua faktor. Dua faktor tersebut dihuraikan dalam Rajah 2.2 berikut.

Rajah 2.2: Dua faktor penentu tindakan segera

SEMAK KENDIRI 2.2

Terangkan dengan ringkas elemen-elemen berikut:

(a) Kuasa pihak berkepentingan;

(b) Kesahan pihak berkepentingan; dan

(c) Kesegeraan pihak berkepentingan.

2.3 TANGGUNGJAWAB FIRMA TERHADAP


PIHAK BERKEPENTINGANNYA
Apabila pengurus telah mengenal pasti pihak berkepentingan organisasi yang
relevan, persoalan logik seterusnya adalah apakah tanggungjawab firma
terhadap pihak berkepentingan berkenaan?

Tanggungjawab organisasi terhadap pihak berkepentingan boleh dianggap


sebagai tanggungjawab sosial korporat (TSK) firma yang akan dibincangkan
dengan lebih lanjut dalam Topik 6 nanti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Tahukah anda bahawa tanggungjawab sosial sebuah organisasi merangkumi


tanggungjawab ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan? Empat
tanggungjawab ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.2 berikut.

Jadual 2.2: Tanggungjawab Sosial Organisasi Terhadap Pihak berkepentingannya

Tanggungjawab Penerangan
Ekonomi  Berkeuntungan; dengan cara memaksimumkan jualan dan
meminimumkan kos.
 Memberi pulangan pelaburan yang memadai dan menarik.
Undang-undang  Mematuhi semua undang-undang dan peraturan seperti
undang-undang alam sekitar, pekerjaan dan pengguna.
Etika  Melakukan perkara yang betul, adil dan saksama. Menekankan
kepimpinan etika dalam organisasi.
 Melaksanakan kehendak minimum undang-undang.
Dermawan  Mempamerkan sifat warga korporat yang baik; melibatkan diri
dengan aktiviti sukarela.
 Menyokong komuniti dengan menyediakan program-program
pendidikan, khidmat kesihatan, budaya dan seni.

Sumber: Carroll & Bichholtz (2006)

AKTIVITI 2.3

Andaikan anda memiliki sebuah firma. Terangkan tanggungjawab


organisasi anda terhadap pihak berkepentingannya. Berikan beberapa
contoh untuk menyokong penerangan anda.

2.4 MENGURUS HUBUNGAN PIHAK


BERKEPENTINGAN
Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana mengurus hubungan dengan pihak
berkepentingan. Tahukah anda terdapat beberapa langkah strategik yang boleh
membawa kepada kejayaan organisasi dalam mengurus hubungan dengan pihak
berkepentingan mereka? Carroll dan Buchholtz (2006) telah mengenal pasti tiga
langkah strategik tersebut seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.3 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN  37

Jadual 2.3: Tiga Langkah Strategik untuk Kejayaan Hubungan Organisasi dengan Pihak
Berkepentingan

Langkah Huraian
Integrasikan pengurusan Kenal pasti misi, nilai dan norma organisasi. Kemudian,
pihak berkepentingan ke tentukan kumpulan pihak berkepentingan serta isu mana
dalam falsafah, nilai dan yang relevan kepada organisasi.
visi firma
Bentuk penyataan visi Perkukuhkan komitmen organisasi terhadap pihak
atau nilai yang berkepentingan melalui suatu kenyataan awam.
merangkumi pihak
berkepentingan
Laksanakan suatu sistem Sistem sebegini harus boleh diaudit, diintegrasi dan
pengukuran prestasi dipantau apabila hubungan pihak berkepentingan
pihak berkepentingan bertambah baik. Pengukuran menandakan niat yang serius
untuk mencapai sesuatu hasil. Kewujudan sistem ini juga
akan memastikan supaya komitmen pihak berkepentingan
kepada organisasi dapat dikekalkan.

LATIHAN 2.3

Sebutkan sama ada kenyataan berikut adalah benar atau pun palsu:
1. Pemegang kepentingan terbahagi kepada dua kategori; primer
dan sekunder.
2. Sebuah organisasi hanya mempunyai tanggungjawab ekonomi,
undang-undang dan etika terhadap pihak berkepentingannya.

• Pihak berkepentingan adalah individu atau kumpulan yang boleh


menjejaskan atau boleh terjejas oleh tindakan, keputusan, polisi dan amalan
sesebuah organisasi.

 Pihak berkepentingan boleh dikategorikan kepada dua iaitu pihak


berkepentingan pasaran dan pihak berkepentingan bukan-pasaran.

 Organisasi harus mengikut konsep pihak berkepentingan berdasarkan hujah-


hujah daripada tiga teori pihak berkepentingan; hujah deskriptif, hujah
normatif dan hujah instrumental.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

 Para pengurus hendaklah berhubung baik dengan pihak berkepentingan


organisasi mereka. Kegagalan memenuhi keperluan pihak berkepentingan
akan merosakkan reputasi firma dan akhirnya menjejaskan keuntungannya.

 Sebuah organisasi mesti mengenal pasti pihak berkepentingan mereka


dengan jelas untuk memastikan kesinambungan organisasi.

 Seorang pengurus boleh mengenal pasti pihak berkepentingan firma yang


relevan berdasarkan tiga elemen berikut: kuasa, kesahan dan kesegeraan
para pihak berkepentingan.

 Tanggungjawab organisasi terhadap pihak berkepentingannya merangkumi


tanggungawab ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan.

 Langkah-langkah strategik yang boleh membawa kepada kejayaan organisasi


dalam mengurus perhubungan mereka dengan pihak berkepentingan ialah:

– Integrasikan pengurusan pihak berkepentingan ke dalam falsafah, nilai


dan visi firma;

– Bentuk penyataan visi atau nilai yang merangkumi pihak


berkepentingan; dan

– Laksanakan suatu sistem pengukuran prestasi pihak berkepentingan.

Hujah deskriptif Kuasa pihak berkepentingan


Hujah instrumental Pihak berkepentingan
Hujah normatif Pihak berkepentingan bukan-pasaran
Kesahan pihak berkepentingan Pihak berkepentingan pasaran
Kesegeraan pihak berkepentingan Pengurusan pihak berkepentingan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sifat Etika
3 dalam
Perniagaan
Moden
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan beberapa masalah etika dalam pengurusan;
2. Menjelaskan lima ciri masalah etika dalam pengurusan;
3. Menghuraikan tiga kaedah menganalisis masalah etika dalam
pengurusan; dan
4. Membincangkan etika dari perspektif Islam.

 PENGENALAN
Topik ketiga ini akan meneliti pelbagai cara yang boleh digunapakai oleh
organisasi untuk mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi
sosial apabila berhadapan dengan dilema etika. Anda akan mempelajari ciri-ciri
masalah etika, melihat beberapa contoh masalah etika pada masa kini dan
bagaimana menganalisis masalah etika dalam pengurusan. Akhir sekali, anda
juga akan mempelajari bagaimana etika dinilai dari sudut perspektif Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

3.1 MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH


PENGURUSAN
Sedarkah anda bahawa masalah etika adalah masalah pengurusan? Ini adalah
kerana ia merupakan konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial
organisasi. Oleh itu, suatu imbangan yang „betul‰ atau „sesuai‰ antara kedua-
dua prestasi ini perlu diwujudkan. Namun, untuk mencapai keseimbangan
tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan wujud dilema pengurusan.

Subtopik seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut ciri-ciri masalah


etika dalam pengurusan.

3.2 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM


PENGURUSAN
Menurut Hosmer (1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan
seperti yang disenaraikan dalam Rajah 3.1 berikut.

Rajah 3.1: Lima ciri masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat setiap ciri tersebut dengan lebih terperinci dalam Subtopik 3.2.1
hingga Subtopik 3.2.5. Huraian dalam subtopik-subtopik tersebut adalah
berdasarkan buku „The Ethics of Management‰ oleh LaRue Tone Hosmer (1991).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  41

3.2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Akibat yang Berpanjangan
Sedarkah anda bahawa hasil daripada keputusan dan tindakan para pengurus
itu tidak terhenti pada satu peringkat sahaja? Sebaliknya, ia adalah berpanjangan
sehingga ke seluruh lapisan masyarakat, dan pemanjangan inilah menjadi asas
kepada hujah etika.

Hujah ini mengatakan bahawa keputusan pengurus mempunyai impak ke atas


mereka yang berada di dalam organisasi dan juga di luar organisasi iaitu
masyarakat. Oleh kerana impak di luar organisasi adalah di luar kawalan
mereka, para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka
dengan teliti dan serius. Sebagai contoh:
(a) Rasuah mengubah proses-proses kerajaan;
(b) Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran; dan
(c) Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

Kebanyakan orang dapat mengenali akibat jangka panjang yang terhasil


daripada tindakan pengurus tanpa banyak bantahan. Jika terdapat bantahan, ia
biasanya timbul daripada kewujudan alternatif yang pelbagai, hasil yang
bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Ciri-ciri alternatif ini
akan menambah kerumitan proses pembuatan keputusan berkenaan tindakan
tersebut.

Oleh itu, mari kita pelajari dengan lebih lanjut empat lagi ciri masalah etika yang
memainkan peranan signifikan dalam pengurusan sebuah organisasi.

3.2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Alternatif yang Pelbagai
Umumnya, isu-isu etika dalam pengurusan diandaikan sebagai suatu dikotomi ‒
terbahagi kepada pilihan sama ada „ya‰ atau „tidak‰ sahaja ‒ tanpa sebarang
alternatif lain.

Sebagai contoh, sesetengah orang menganggap bahawa organisasi menghadapi


persoalan yang berbentuk jelas dan mudah seperti berikut:
(a) Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?
(b) Haruskah kilang mencemar udara atau tidak?
(c) Haruskah syarikat mengeluarkan produk tidak selamat atau sebaliknya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan tadi tidak menunjukkan situasi


sebenar yang dihadapi dalam organisasi perniagaan. Walaupun rangka kerja
dikotomi menyampaikan isu-isu etika dengan jelas, ia tidak mencerminkan
dilema yang dihadapi oleh pengurus secara tepat. Oleh itu terdapat pelbagai
alternatif yang perlu dipertimbangkan apabila membuat pilihan etika.

3.2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil


yang Bercampur
Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya dianggap (pada sebahagian besarnya)
sebagai bersifat antitesis di mana pulangan kewangan adalah bertentangan
secara langsung dengan kos sosial.

Sebagai contoh:
(a) Merasuah secara tidak langsung. Namun dapat mengekalkan jumlah
jualan barangan import kerana barangan boleh diterima dengan segera;
(b) Mencemar udara atau air. Namun dapat mengelak kos memasang dan
mengendali peralatan kawal pencemaran; dan
(c) Reka bentuk suatu produk yang kurang selamat. Namun dapat
mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja pengeluaran.

Seperti juga rangka kerja dikotomi, model antitesis menilai akibat dengan
cara menunjukkan isu-isu etika melalui fokus yang jelas. Namun ia tidak
menggambarkan dilema pengurusan secara tepat. Faedah-faedah sosial dan kos
serta pendapatan dan perbelanjaan kewangan juga perlu diambil kira kerana ia
berhubung kait dengan kesemua alternatif dalam pilihan etika.

AKTIVITI 3.1

Anda adalah pemilik sebuah organisasi. Anda berhasrat untuk


membangunkan suatu produk yang canggih untuk memenuhi
keperluan masyarakat. Untuk menghasilkan produk tersebut,
organisasi anda perlu menjalankan beberapa ujian yang akan
mencemar kualiti udara.

Bagaimanakah cara anda menangani situasi ini berdasarkan ciri


„alternatif yang pelbagai‰ untuk membuat pilihan etika?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  43

3.2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Akibat yang Tidak Pasti
Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat
bebas daripada risiko serta ketidakpastian di mana akibat bagi setiap alternatif
boleh diketahui. Sebagai contoh:

(a) Jika merasuah, syarikat akan menerima barangan yang diimport dengan
segera;

(b) Jika melabur dengan membeli peralatan kawal-pencemaran, pencemaran


akan dikurangkan; dan

(c) Jika menghasilkan produk paling selamat, sejumlah kos tambahan tertentu
perlu ditambah bagi setiap unit.

Model berketentuan yang sedemikian iaitu tanpa kebarangkalian akan


memudahkan proses menganalisis. Namun ia tidak menjelaskan dilema
pengurusan secara tepat. Sebagai contoh, ia tidak menyatakan akibatnya jika
keputusan untuk tidak merasuah pegawai kastam diambil. Selain itu, akibat bagi
kebanyakan pilihan etika juga tidak dijelaskan.

3.2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Implikasi Peribadi
Anda tentu sedar bahawa kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi
peribadi. Mengikut fikiran umum, sebahagian besar isu-isu etika dalam
pengurusan adalah bersifat bukan peribadi dan terpisah daripada kehidupan
dan kerjaya para pengurus. Kebanyakan orang percaya bahawa keputusan yang
dianggap beretika dalam sesuatu operasi boleh mengurangkan keuntungan
syarikat tetapi tidak menjejaskan gaji pegawai-pegawai eksekutif atau peluang
kenaikan pangkat mereka.

Walau bagaimanapun, kawalan pengurusan telah direka bentuk untuk mencatat


prestasi kewangan operasi dan bukannya kualiti etika terhadap keputusan-
keputusan yang diambil ke arah mencapai prestasi kewangan tersebut.
Kebanyakan sistem insentif juga adalah berdasarkan kawalan yang sama.
Sebagai contoh:

(a) Laporan suku tahunan yang menguntungkan serta menyenangkan akan


diterima jika hasil jualan barangan import dapat dikekalkan pada paras
yang dijangka, walaupun jumlah perbelanjaan meningkat sedikit akibat
memberi rasuah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

(b) Pulangan pelaburan modal akan lebih hampir kepada peratusan yang
dirancang jika pemasangan peralatan mengawal pencemaran ditangguhkan.

Suatu model yang bersifat bukan peribadi tentu memudahkan proses membuat
keputusan ke atas isu-isu etika, tetapi ia tidak menjelaskan dilema pengurusan
secara tepat. Faedah dan kos kepada individu, termasuk faedah dan kos
kewangan dan sosial, adalah berkait dengan kebanyakan alternatif keputusan
etika.

Anda telah pun selesai mempelajari lima ciri masalah etika dalam pengurusan.
Sebelum kita beralih ke subtopik seterusnya, cuba anda buat latihan berikut
untuk menambah pemahaman anda.

LATIHAN 3.1

1. Bagaimanakah masalah etika timbul dalam pengurusan?


Terangkan bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah etika
dengan menggunakan satu contoh.

2. Senaraikan ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan.

3.3 CONTOH-CONTOH MASALAH ETIKA


DALAM PENGURUSAN
Apakah contoh-contoh yang boleh menggambarkan masalah etika? Mari kita
lihat beberapa isu yang menimbulkan masalah dalam etika. Anda harus ingat
bahawa kandungan moral setiap masalah adalah berbeza. Malah kita juga akan
berbeza pendapat mengenainya.

Piawaian moral antara individu adalah berbeza-beza kerana sistem kepercayaan


etika, nilai atau keutamaan, keyakinan terhadap perkara yang dianggap penting
dan asas piawaian moral mereka juga adalah berbeza. Kepercayaan ini
bergantung kepada latar belakang keluarga, warisan budaya, pengalaman
pendidikan setiap orang dan faktor-faktor lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  45

Namun perbezaan kepercayaan etika adalah tidak penting untuk kita


bincangkan dalam topik ini. Perkara yang lebih penting adalah mengakui
bahawa ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada ramai orang. Ia boleh
mencedera atau memudaratkan orang lain dengan cara yang di luar kawalan
mereka yang berpegang kepada kepercayaan etika tersebut. Keadaan cedera atau
mudarat yang tidak terkawal ini merupakan elemen asas dalam dilema etika
pengurusan. Keadaan tersebut wujud dalam contoh-contoh berikut:

(a) Paras Harga


Harga dilihat sebagai suatu keputusan ekonomi yang berdasarkan kos dan
permintaan. Walau bagaimanapun, paras harga boleh mendatangkan kesan
buruk kepada sesetengah pelanggan. Dalam industri perbankan contohnya,
gabungan faktor pengurangan kawal selia kerajaan dengan faktor
persaingan antara firma khidmat kewangan lain telah memberi impak yang
pelbagai.

Firma kewangan biasanya membayar kadar faedah yang sederhana tinggi


ke atas wang simpanan pelanggan. Walau bagaimanapun, manfaat kadar
faedah tersebut dinikmati terutamanya oleh pelanggan yang mempunyai
jumlah simpanan yang besar. Untuk mengimbangi pertambahan faedah
yang perlu dibayar bagi menarik penyimpan besar serta mencerminkan kos
sebenar perkhidmatan, kebanyakan bank telah menaikkan yuran yang
dikenakan kepada pelanggan kecil.

(b) Mesej Pengiklanan


Tahukah anda bahawa dalam pengiklanan, kebenaran adalah suatu isu
yang kompleks? Terdapat dua situasi yang mengurangkan keberkesanan
mesej pengiklanan iaitu:

(i) Iklan televisyen atau majalah yang menyampaikan kebenaran secara


tegar (setiap kenyataan disokong oleh kajian saintifik) adalah
membosankan dan mungkin tidak berkesan.

(ii) Iklan televisyen atau majalah yang langsung tiada kebenaran (dengan
diiringi dakwaan yang melulu dan berlebihan) adalah menyalahi
undang-undang dan tidak berkesan.

Sedarkah anda bahawa terdapat pelbagai tahap kebenaran dan penipuan


yang berbeza-beza antara dua situasi ekstrem tadi? Walau bagaimanapun
masalah utama dalam mesej pengiklanan adalah untuk menggariskan had
yang sesuai antara dua tindakan ekstrem tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

(c) Promosi Produk


Tahukah anda bahawa promosi juga adalah satu bentuk pengiklanan?
Terdapat juga promosi yang berbentuk tawaran hadiah-hadiah „percuma‰
dan potongan harga untuk menarik pelanggan.

Contohnya seperti yang dilakukan dalam industri penerbangan. Sebagai


langkah menghadapi impak pembatalan kawal selia kerajaan ke atas
industri penerbangan, syarikat-syarikat penerbangan telah melaksanakan
promosi produk dalam bentuk penerbangan tambahan dan penginapan
percutian. Promosi ini ditawarkan kepada penumpang-penumpang yang
„kerap terbang‰ melebihi suatu jarak penerbangan tahunan yang
ditetapkan oleh pihak syarikat penerbangan berkenaan.

Kebanyakan penumpang yang kerap terbang adalah untuk tujuan


perniagaan. Faedah diberikan kepada penumpang yang memilih syarikat
penerbangan dan membayar harga tiket mereka; bukannya kepada syarikat
yang menjana jumlah trafik (jumlah penumpang serta jarak penerbangan
terbanyak). Kos bagi faedah-faedah ini ditanggung oleh penumpang-
penumpang biasa yang tidak kerap menggunakan khidmat penerbangan.

(d) Keadaan Tempat Kerja


Bagi ramai tenaga kerja kasar dan perkeranian, keadaan tempat kerja
mereka adalah tidak ideal. Paras suhu, kelembapan atau bunyi bising
mungkin terlalu tinggi; pengalihan udara dan cahaya mungkin tidak
memadai disertai dengan asap dan debu di sesetengah tempat kerja.
Walaupun undang-undang negeri dan persekutuan telah mengharamkan
keadaan mudarat serta bahaya ini, masih terdapat banyak ruang untuk
memperbaiki keadaan tempat kerja golongan berkenaan.

(e) Khidmat Pelanggan


Sejak beberapa tahun ini, kualiti produk yang menurun merupakan
masalah dalam banyak industri. Sebagai contoh, penurunan kualiti dalam
industri automobil telah menghasilkan produk yang kurang efektif di mana
terdapat bermacam-macam kecacatan ketara yang boleh mengakibatkan
masalah besar kepada pembeli. Ini mengakibatkan pengguna tidak dapat
bergantung kepada kenderaan mereka bagi tujuan pengangkutan pergi dan
balik kerja atau temu janji perubatan, membeli-belah, perjumpaan keluarga
dan lain-lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  47

(f) Pengurangan Tenaga Kerja


Terdapat banyak syarikat besar bertindak mengurangkan saiz dan kos
operasi untuk membentuk suatu pasukan pengurusan yang lebih „kecil,
padat dan hebat„.

Pada umumnya, operasi mengurangkan pekerja merupakan tindak balas


terhadap tekanan persaingan. Walau bagaimanapun, ia merupakan kos
kepada pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan.

(g) Pencemaran Alam Sekitar


Walaupun umum mengetahui bahawa pembuangan sisa toksik boleh
mengakibatkan kemusnahan alam sekitar dan bertentangan dengan
undang-undang, kesalahan ini masih dilakukan oleh sesetengah syarikat
dengan meluas.

(h) Hubungan Komuniti


Sebuah syarikat besar dalam sesebuah komuniti setempat memiliki kuasa
ekonomi yang besar. Lebih-lebih lagi jika ia mempunyai banyak kilang-
kilang di lokasi lain dan berupaya memindahkan kerja atau pekerjaan di
antara pelbagai lokasi.

Oleh itu, kuasa ekonomi ini sering digunakan untuk menuntut potongan
cukai. Ini akan memberi impak langsung ke atas penduduk komuniti
setempat apabila kadar cukai mereka dinaikkan atau perkhidmatan
dikurangkan.

(i) Hubungan Pembekal


Firma pengeluar yang lebih besar mempunyai kuasa ekonomi dalam
komuniti di mana mereka beroperasi. Selain itu, mereka juga berkuasa ke
atas pembekal-pembekal kecil yang membekalkan bahan mentah, alat-alat
bahagian dan bekalan umum kepada mereka. Berdasarkan huraian ini, kita
dapat simpulkan bahawa kuasa ekonomi merupakan suatu konsep yang
sukar didefinisikan tetapi mudah dikenali.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

3.4 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM


PENGURUSAN
Bagaimanakah caranya kita menguruskan masalah-masalah yang berkaitan
dengan etika? Anda mungkin menganggap sesetengah contoh yang telah disebut
dalam Subtopik 3.3 tadi sebagai situasi yang mudah diurus, manakala bagi
sesetengah yang lain sebagai contoh penyalahgunaan kuasa atau kedudukan
yang melampau. Namun keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk
dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan.

Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia
merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi
sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh
mencapainya melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan
dilema etika dalam pengurusan (Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Tiga kaedah analisis masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat bagaimana tiga kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan
keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan sosial dengan menggunakan
contoh pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang. Tiga kaedah analisis ini
digunakan untuk menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan seperti yang
dihuraikan dalam Jadual 3.1 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  49

Jadual 3.1: Kaedah Analisis Masalah Etika

Kaedah Penerangan
Analisis Kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi;
Ekonomi iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat
bukan peribadi untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial.
Adalah tidak menyenangkan jika para pekerja hilang pekerjaan apabila
pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Walau
bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil
bekerja semula dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan
permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran.
Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran
itu mempunyai jumlah sumber yang terhad. Apabila pengguna
dibekalkan barangan berkualiti paling tinggi pada kos yang paling
rendah, maka sumber-sumber telah digunakan dengan paling cekap serta
berkesan.
Analisis Kita boleh juga melihat masalah etika melalui pendekatan rangka kerja
Undang- undang-undang; iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang
Undang bersifat bukan-peribadi untuk menentukan yang mana „betul‰ dan
„salah‰. Pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang memang tidak
menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasakan bahawa ia
begitu memudaratkan orang-orang yang terlibat sehingga memerlukan
suatu undang-undang untuk mencegahnya. Sekiranya ia menjadi satu
masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani situasi
tersebut.
Kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa sebuah
masyarakat berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri.
Jika orang-orang dan organisasi mematuhi peraturannya, anggota
masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang
mungkin.
Analisis Kita boleh melihat masalah etika menggunakan struktur falsafah
Etika normatif; iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk
memutuskan antara „betul‰ dan „salah‰. Kita boleh mengira „kebaikan
terbanyak untuk golongan terbanyak‰ dan menggunakannya sebagai
dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan
kilang berlaku.
Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional
dalam sesebuah masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau
sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan akan
mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Sekarang mari kita cuba aplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subtopik ini
kepada soalan-soalan berikut.

LATIHAN 3.2

1. Apakah tiga kaedah yang digunakan untuk menganalisis masalah


etika dalam pengurusan? Terangkan secara ringkas setiap satu
kaedah analisis berkenaan.

2. Senaraikan tiga masalah etika dalam pengurusan.

3.5 ETIKA DALAM ISLAM


Akhir sekali, mari kita pelajari tentang etika dari sudut perspektif Islam. Ini
adalah kerana kita perlu melihat etika dari perspektif lain dan tidak hanya
melihatnya dari satu perspektif tunggal sahaja.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menerangkan aspek utama
pemikiran etika dalam Islam secara terperinci iaitu:

(a) Kaedah sejarah atau mendatar yang menjejaki perkembangannya mengikut


garisan kronologi; atau

(b) Kaedah analitik atau skema yang menjelaskan tema-tema etika utama
secara menegak.

Kadangkala terdapat juga individu yang mempersoalkan sama ada terdapat


perkara yang boleh dipanggil sebagai "etika Islam". Ini adalah kerana mereka
agak kabur tentang tahap perundangan dan ritualisme dalam agama serta
institusi hidup umat Islam. Mereka juga hairan mengapa sumbangan para
penulis Islam dalam isu etika tidak setanding dengan sumbangan orang lain
dalam bidang kesusasteraan, linguistik, falsafah, sejarah, teologi dan sains.
Sebenarnya ada bahan etika dalam pemikiran Islam di mana terdapat usaha
yang sederhana untuk membawanya ke aliran semasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  51

3.5.1 Suatu Mesej Universal


Terdapat tiga teras kepercayaan dalam pendekatan Islam yang menyeluruh. Tiga
teras tersebut dijelaskan dalam Rajah 3.3 berikut.

Rajah 3.3: Tiga teras dalam pendekatan Islam yang menyeluruh

Disebabkan oleh teras-teras tersebut, Islam dianggap sebagai universal dan


abadi. Oleh itu, ia sesuai untuk semua orang di mana jua mereka berada. Islam
bukan suatu agama baru tetapi adalah sambungan wahyu Tuhan sejak zaman
Nabi Ibrahim a.h. sehinggalah kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat
manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam al-QurÊan ada dinyatakan secara
eksplisit bahawa Islam adalah penyambung serta penutup agama Maha Pencipta
untuk manusia.

3.5.2 Syariah
Sebelum kita membincangkan aspek-aspek etika dalam Islam, mari kita lihat
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan syariah.

Syariah ialah undang-undang Islam berdasarkan al-QurÊan.

Panduan etika adalah paling terangkum dan universal dalam hukum syariah.
Panduan ini terkandung dalam al-QurÊan yang menghendaki seorang Muslim
sentiasa (dalam semua keadaan) bertindak sopan, baik hati dan menjauhi salah
laku.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Tahukah anda bahawa pengertian panduan yang menyeluruh ini adalah serupa
dengan apa yang disebut oleh Aristotle? Menurut Aristotle,

„Jangan memudaratkan orang lain dan berurusanlah dengan mereka seperti


mana seseorang ingin orang lain berurusan dengannya‰.

Mesej asas Maha Pencipta boleh didapati dalam semua wahyuNya kepada umat
manusia seperti:

(a) Peraturan Kristian; Peraturan Keemasan yang terkenal dari kitab New
Testament:

„Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan
kepada anda‰.

(b) Peraturan Islam:

„Tiada siapa antara kamu adalah beriman sehinggalah ia menghendaki untuk


saudaranya apa yang ia sendiri kehendaki‰.

(c) Peraturan Buddhisme:

„Jangan menyakiti orang lain dengan cara yang kamu sendiri dapati
menyakitkan‰.

(d) Peraturan agama Yahudi:

„Apa yang kamu benci, jangan lakukan ke atas sesama manusia. Itulah seluruh
agama; lain-lainnya adalah ulasan‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  53

Selain pengajaran asas yang sama dikongsi dengan tradisi etika ulung lain,
syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan; dari perhubungan
Maha Pencipta dengan manusia sehinggalah perkara-perkara intim dalam
perhubungan antara perseorangan.

Oleh kerana syariah merupakan suatu sistem perundangan yang komprehensif,


peraturan menterjemah dan teknik-teknik menterjemah adalah penting. Ini
adalah kerana terdapat beberapa pendirian dan mazhab yang telah dibangunkan
di kalangan umat Islam sejak berkurun-kurun lepas bersumberkan al-Qur'an dan
hadis.

3.5.3 Perdagangan dan Perniagaan


Perdagangan dan perniagaan adalah dua aktiviti penting dalam tradisi etika
Islam. Perkembangan dakwah Islam adalah melalui individu di mana ini
merupakan satu hasil penting daripada aktiviti perdagangan.

Orang-orang Arab beragama Islam yang terkenal dalam perdagangan. Kelebihan


mereka dalam bidang pelayaran, pembinaan kapal, astronomi dan alat ukuran
saintifik membuatkan perdagangan Arab dan Islam berkembang dan tersebar ke
seluruh dunia.

Selain itu, kedudukan dunia Islam pada peringkat awal berada di tengah-tengah
laluan perdagangan dari Mediterranean, Teluk Parsi, Afrika Timur, Benua Kecil
India sehingga ke negara China. Disebabkan hubungan perdagangan ini,
sejumlah besar perkataan Arab berkaitan perdagangan telah diserap ke dalam
pelbagai bahasa Barat.

Perlu diingat bahawa pedagang Arab tidak mungkin berjaya tanpa satu
pegangan yang kukuh. Mereka berjaya mengembangkan kepercayaan serta
perdagangan mereka dengan mengamalkan apa yang kini kita kenali sebagai
etika perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

3.5.4 Ajaran-Ajaran Amalan Ekonomi


Sedarkah anda bahawa tanpa suatu kesatuan dalam kuasa perundangan dan
kehakiman di kalangan umat Islam, amalan akan menjadi berbeza? Malah
penguatkuasaan perundangan dan kehakiman juga boleh dikatakan tidak
wujud. Ini adalah kerana kepelbagaian antara umat Islam telah menghasilkan
adat, kelakuan dan jangkaan yang berbeza-beza terhadap hubungan perniagaan.

Secara umumnya pengertian ekonomi dan perniagaan Islam mempunyai banyak


persamaan dengan pendekatan ekonomi pasaran berasaskan perusahaan bebas
dan sektor swasta di mana mereka tidak mengenepikan hak masyarakat untuk
mengenakan sesuatu sekatan demi kebaikan bersama.

Syariah mengakui hak memiliki harta persendirian tetapi mengekalkan hak


komuniti dalam apa yang disebut sebagai eminent domain atau kepentingan
bersama. Sebenarnya, salah satu pertimbangan penting etika tentang harta
adalah mengizinkan penggunaan harta tetapi melarang salahguna dan
pembazirannya.

Dalam sebuah hadis oleh Nabi Muhammad s.a.w., Baginda mengatakan bahawa
9/10 daripada kurniaan Tuhan, termasuk pendapatan, boleh didapati daripada
perdagangan. Kenyataan ini jelas menerangkan dorongan umat Islam sejak
berkurun-kurun dahulu untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka melalui
perdagangan. Mereka bukan hanya meraih keuntungan sebagai sesuatu yang
sah, tetapi juga sebagai satu cara yang baik untuk melibatkan diri dalam apa jua
jenis industri.

Walaupun mengusahakan keuntungan merupakan sebahagian besar aktiviti


umat Islam, ia haruslah diperoleh melalui cara yang dibenarkan. Keuntungan
tidak boleh melampaui kewajipan persaudaraan, perpaduan dan amal jariah.
Untung juga tertakluk kepada keperluan berzakat, iaitu satu bentuk cukai yang
dikenakan ke atas umat Islam.

Syariah membezakan peraturan berkelakuan antara „halal‰ dan „haram‰, iaitu


yang mana dibenarkan dan yang mana dilarang. Perbezaan antara „halal‰ dan
„haram‰ juga menetapkan antara perkara yang sah dan tidak sah. Contoh
keuntungan yang diharamkan boleh ditunjukkan melalui amalan ribaÊ (usury),
iaitu tambahan yang dikenakan ke atas hutang atau pertukaran barangan apabila
tempohnya ditangguh. Ia juga membawa maksud pengambilan suatu kadar
faedah yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  55

Seorang Muslim dibenarkan mengambil untung hanya daripada hasil kerjanya,


atau modal yang risikonya ditanggung bersama. Oleh itu, berjudi adalah
dilarang kerana mendapat untung dari kesusahan atau kesengsaraan orang lain
dan ia adalah berdosa.

3.5.5 Kewajipan Kewarakan


Menunaikan kewajipan secara jujur adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip
etika perniagaan dalam Islam. Ia bukan hanya dituntut tetapi tidak boleh
dipisahkan daripada kewajipan umum sebagai seorang Muslim seperti yang
telah diterangkan dalam ayat 177, surah al-Baqarah.

„Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak


timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah,
dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada
kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang
terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk
memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan
sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian.‰

Perjanjian adalah ikatan paling penting antara sesama Muslim, serta antara
Muslim dengan bukan Muslim seperti yang disebut dalam hadis Nabi
Muhammad s.a.w. berikut:

„Penjual dan pembeli mempunyai pilihan (untuk membatalkan perjanjian),


selagi mereka belum berpisah; kemudian jika kedua mereka bercakap benar
dan menyatakannya, urus niaga mereka akan diberkati, tetapi jika mereka
berahsia dan bercakap bohong, keberkatan ke atas urus niaga mereka akan
dihapuskan.‰
Sumber: http://aaiil.org/text/had/manhad/ch22had.shtml 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Oleh itu, sebarang kecacatan pada barang yang dijual mestilah dinyatakan.
Sekiranya terdapat kecacatan yang tersembunyi, kontrak atau perjanjian yang
dibuat adalah terbatal.

Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya mengatakan bahawa:

„Pedagang yang paling benar dan jujur adalah bersama nabi dan mereka-
mereka yang benar dan syahid.‰

Oleh itu, menunaikan kewajipan dengan jujur dan bertepatan dengan prinsip-
prinsip etika perniagaan bukan sahaja dituntut tetapi tidak boleh dipisahkan
daripada kewajipan umum seorang Muslim. Menunaikan kewajipan juga
merangkumi kepercayaan bersifat lurus dan tidak mengambil kesempatan yang
tidak wajar ke atas orang lain. Keadilan dianggap sebagai alat serta matlamat,
tanpa mengira realiti praktikalnya. Kejujuran pula bukan hanya suatu kebaikan
tetapi suatu sifat yang dituntut ke atas setiap Muslim.

3.5.6 Kesimpulan
Kualiti serta sifat yang telah disebut dalam subtopik-subtopik lepas adalah
sangat signifikan kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan seorang
pedagang yang hidupnya harus dicontohi.

Lima belas abad yang lalu, Islam adalah suatu revolusi rohaniah, sosial dan
undang-undang. Potensinya untuk mempengaruhi kemajuan dengan positif
tetap tidak berubah. Ini merupakan kepercayaan golongan Muslim liberal yang
sedar dan tidak mempunyai pandangan regresif terhadap agama dan sejarah.
Sesungguhnya Islam, semasa zaman kegemilanganya dari abad ke-7 sehingga 12,
tidak menindas dan tidak regresif. Sebaliknya, ia adalah suatu kuasa progresif,
yang bersifat kemanusiaan dan mengajak manusia ke arah pembaharuan dan
keadilan.

Para cendekiawan Islam daripada pelbagai latar belakang tidak menganggap


Islam sebagi suatu agama yang berkembang, tetapi sebagai agama dan sistem
perundangan di mana aplikasinya perlu dikembangkan. Sesungguhnya, dengan
peruntukan al-QurÊan dan tafsirannya yang berdisiplin tinggi, Islam boleh
menyediakan penyelesaian bagi masalah-masalah ekonomi, etika dan sosial
semasa yang terdapat dalam masyarakat Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN  57

LATIHAN 3.3

1. Bagaimanakah caranya untuk mencapai keseimbangan antara


prestasi ekonomi dan sosial apabila berhadapan dengan suatu
dilema etika? Berikan satu contoh dan aplikasikan kaedah-kaedah
analitik untuk menganalisisnya berdasarkan maklumat yang telah
anda pelajari.

2. „Masalah etika dalam pengurusan adalah kompleks disebabkan


akibat yang berpanjangan, alternatif yang pelbagai, kesudahan
yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi.‰
Bincangkan pernyataan ini.

• Kebanyakan keputusan etika mempunyai (i) akibat yang berpanjangan,


(ii) alternatif yang pelbagai, (iii) hasil yang bercampur, (iv) akibat yang tidak
pasti dan (v) implikasi peribadi.

 Piawaian moral berbeza di antara individu kerana sistem-sistem kepercayaan


etika, nilai atau keutamaan, keyakinan orang-orang tentang apa yang
dianggap penting yang menjadi dasar piawaian moral mereka turut berbeza.

 Terdapat tiga kaedah analisis yang boleh membantu kita mencapai imbangan
yang sesuai antara prestasi ekonomi dengan sosial, iaitu:

– Ekonomi (berdasarkan kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan-


peribadi);

– Undang-Undang (berdasarkan kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan-


peribadi); dan

– Etika (berdasarkan prinsip dan nilai peribadi).

 Prinsip-prinsip panduan utama berkenaan isu-isu etika Islam terkandung


dalam syariah.

 Syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan, dari perhubungan Maha


Pencipta dengan manusia sehingga perkara-perkara intim dalam
perhubungan antara perseorangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Akibat yang berpanjangan Analisis undang-undang


Akibat yang tidak pasti Implikasi peribadi
Alternatif yang pelbagai Hasil yang bercampur
Analisis ekonomi Masalah etika
Analisis etika Syariah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Etika
4 Pengurusan dan
Kedaulatan
Undang-undang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang;
2. Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakan
tindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabila
berhadapan dengan dilema etika;
3. Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang;
4. Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral;
dan
5. Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

 PENGENALAN
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda perlu memutuskan antara
dua pilihan yang sukar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1?

Rajah 4.1: Dilema etika


Sumber: http://www.cartoonstock.com

Pernahkah anda mendengar istilah dilema moral? Apakah maksudnya? Rajah 4.1
menggambarkan dilema etika atau dilema moral yang dihadapi oleh seorang
pakar psikiatri. Walaupun dia berasa bahawa pesakitnya memerlukan rehat yang
cukup, namun, dia bimbang tentang caj yang perlu dikenakannya; lebih lama
pesakit berada di bilik kaunselingnya, maka lebih tinggi jumlah yang perlu
dibayar oleh pesakit.

Oleh itu, topik keempat ini akan memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan
dengan undang-undang sebagai panduan untuk pengurus dalam membuat
keputusan dan tindakan apabila berhadapan dengan dilema etika.

Isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang yang akan dibincangkan dalam


topik ini ialah:

(a) Kedaulatan undang-undang;

(b) Undang-undang sebagai panduan pilihan moral;

(c) Ciri-ciri undang-undang;

(d) Keperluan undang-undang dan piawaian moral;

(e) Pembentukan undang-undang; dan

(f) Kedaulatan undang-undang sebagai asas pilihan moral.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  61

4.1 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


Subtopik pertama ini akan membincangkan kepentingan undang-undang
sebagai asas bagi keputusan pengurusan apabila dilema etika berlaku. Oleh itu,
kita perlu mengetahui apakah maksud undang-undang secara umum.

Undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk


mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut.

Berdasarkan definisi umum undang-undang, kita boleh menggunakannya


sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika perlu
memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial.

Kita harus menyerahkan kepada undang-undang untuk memutuskan sebarang


keputusan, terutamanya dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi di mana
undang-undang itu jelas mewakili keputusan kolektif seluruh anggota
masyarakat. Kita harus mematuhi keputusan kolektif ini dan tidak mencuba
untuk menegakkan pendapat sendiri. Terdapat pelbagai contoh undang-undang
yang mencerminkan keputusan-keputusan moral kolektif ini untuk rujukan
anda.

4.2 UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN


KEPADA PILIHAN MORAL
Sedarkah anda bahawa sebagai pengurus, anda tidak boleh bergantung kepada
ketetapan pasaran sebagai panduan bagi anda membuat keputusan dan tindakan
pengurusan dalam sesuatu dilema etika? Bagaimana pula dengan undang-
undang? Bolehkah kita bergantung kepadanya? Anda perlu sedar bahawa hujah
undang-undang sangat berbeza daripada ketetapan pasaran. Mari kita lihat apa
yang dimaksudkan dengan istilah „hujah undang-undang‰.

Hujah undang-undang merujuk kepada set peraturan yang tertubuh dalam


sesebuah masyarakat. Peraturan-peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif
anggota masyarakat berhubung sebarang keputusan dan tindakan yang
memberi kesan kepada kebajikannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Hujah ini boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, mari kita lihat aplikasinya
terhadap seorang pegawai bank.

Contoh
Halim merupakan seorang pegawai bank. Dia perlu membuat keputusan sama
ada untuk:

(a) Meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan kecil pada
kadar faedah yang dihadkan oleh undang-undang; atau

(b) Memberi pinjaman yang sama jumlahnya kepada syarikat besar dari luar
yang berisiko lebih rendah, pada kadar faedah yang sama. Kadar pulangan
(faedah) sudah pasti lebih tinggi apabila mengambil kira pengurangan kos
pentadbiran pinjaman yang biasanya dinikmati oleh syarikat-syarikat besar
yang dibiayai dengan baik.

AKTIVITI 4.1

Andaikan anda adalah pegawai bank dalam Contoh tadi.


Bagaimanakah anda membuat keputusan jika benar-benar ingin
bersandar kepada hujah undang-undang?

Dalam kes ini, masyarakat telah menetapkan bahawa caj faedah yang berlebihan
adalah lebih buruk berbanding dengan sokongan daripada pihak tempatan yang
terhad. Oleh itu, pinjaman harus diberi kepada firma luar tersebut.

Namun, patutkah kita membantah ketetapan ini? Ini adalah kerana kita percaya
bahawa pembentukan syarikat-syarikat usahawan kecil harus digalakkan untuk
kebaikan masyarakat. Orang sering memperkatakan bahawa:

(a) Jika kita tidak suka kepada tindakan tertentu sesebuah syarikat, kita harus
cuba meluluskan undang-undang sama ada untuk menghalang tindakan
tersebut atau menggalakkan sesuatu tindakan alternatif; dan

(b) Jika undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan melalui proses-


proses demokrasi, maka kita harus menerima keadaan seadanya.

Tanggapannya di sini adalah bahawa kita harus bergantung kepada undang-


undang dalam membuat keputusan dan bersetuju bahawa sesuatu tindakan itu
adalah „betul‰ jika bertepatan dengan undang-undang dan „salah‰ jika tidak.
Kita juga harus memahami bahawa ketetapan betul atau salah ini boleh diubah
untuk mencerminkan pandangan majoriti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  63

Dalam contoh di atas (tentang bank yang enggan memberi pinjaman kepada
syarikat berisiko tinggi dalam komuniti tempatan), undang-undang untuk
membetulkan keadaan adalah agak mudah digubal. Setiap bank di dalam negeri
atau negara boleh dipaksa melalui kuasa undang-undang supaya melabur
beberapa peratus dananya dalam komuniti di mana dana penyimpan-
penyimpannya terkumpul.

4.3 CONTOH PILIHAN MORAL


Sekarang mari kita rujuk kembali kepada Contoh tadi di mana pegawai
berkenaan perlu membuat keputusan sama ada bank harus melabur dalam
syarikat tempatan berisiko tinggi yang dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan serta faedah-faedah lain kepada komuniti atau sebaliknya.

Mari kita lihat beberapa situasi berikut dalam membuat pilihan moral:

(a) Komuniti setempat berada di dalam satu kawasan yang kadar


penganggurannya adalah tinggi dan sangat memerlukan peluang-peluang
pekerjaan baru. Syarikat kecil yang dicadangkan adalah yang berada dalam
industri yang berasaskan buruh dengan kadar pertumbuhan yang tinggi
dan tenaga kerja yang besar;

(b) Pelaburan alternatif adalah sebuah syarikat besar di sebuah bandar


perindustrian. Ia berasaskan modal dan kurang menyediakan peluang
pekerjaan;

(c) Produk syarikat tempatan yang dicadangkan adalah barangan penjagaan


kesihatan yang sangat diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan
penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit tua di seluruh negara.
Sementara itu, produk pelaburan alternatif adalah barisan pakej makanan
berkalori tinggi dan rendah nilai pemakanannya; dan

(d) Dana yang biasanya disediakan melalui badan „Pentadbiran Perniagaan


Kecil‰ untuk syarikat-syarikat kecil telah banyak dikurangkan sejak
beberapa tahun lepas. Tambahan pula, jaminan kerajaan atau subsidi
faedah tidak disediakan untuk syarikat kecil.

Berdasarkan situasi-situasi tadi, kita kini berhadapan dengan dilema etika yang
klasik; memilih antara prestasi ekonomi atau kewajipan sosial yang dirumitkan
pula oleh akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasinya
terhadap kerjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Bagaimanakah keputusan yang harus diambil oleh pihak bank dalam dilema
sebegini? Jika ia mengambil keputusan untuk bersetuju membantu syarikat-
syarikat kecil, ia perlu menghadapi perkara-perkara berikut:

(a) Undang-undang membataskan pulangan yang memadai untuk


mengimbangi risikonya;

(b) Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah disediakan; dan

(c) Pegawai-pegawai bank dikehendaki oleh undang-undang supaya


meminimumkan risiko kepada para penyimpannya.

Walaupun mempunyai nilai sosial, kebanyakan bank akan menolak pinjaman


yang berisiko tinggi tanpa memberi sebarang penjelasan. Mereka akan
mengesyorkan supaya peminjam yang berpotensi untuk mencari dana di tempat
lain.

Walau bagaimanapun, persoalan dalam kes ini bukanlah sama ada pihak bank
harus memberi pinjaman bernilai sosial yang tidak menjana ekonomi. Tiada
bank yang mampu untuk memberi pinjaman kepada semua orang dan berjaya
kekal dalam perniagaan.

Pada masa yang sama, bank tidak boleh terlalu tegas dalam pemberian pinjaman
dengan meminggirkan keperluan masyarakat di mana ia beroperasi. Suatu had
perlu wujud untuk mengimbangkan antara kedua-duanya. Persoalannya ialah
bagaimana seseorang boleh mencapai imbangan tersebut?

Mari kukuhkan kefahaman anda dengan Aktiviti 4.2 berikut.

AKTIVITI 4.2

1. „Undang-undang boleh digunakan sebagai panduan bagi


keputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengan
dilema etika.‰ Bincangkan kenyataan ini bersama rakan sekelas.

2. Menggunakan contoh sendiri, terangkan bagaimana keseimbangan


antara prestasi ekonomi dengan sosial sesebuah organisasi boleh
dicapai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  65

4.4 UNDANG-UNDANG SEBAGAI KOMBINASI


KEPUTUSAN MORAL
Sebelum kita meneruskan pelajaran, mari kita teliti kenyataan berikut.

„Jika kita ingin melampaui asas peraturan undang-undang dalam keputusan


dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, apabila kita melampaui undang-undang, ini bermakna
bahawa kita telah mematuhi piawaian moral sendiri yang tidak selaras
dengan kehendak penduduk majoriti.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berdemokrasi. Oleh itu, jika kita
tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan pengundi
majoriti untuk meluluskan suatu undang-undang bagi menyekat perkara
tersebut. Sementara itu, kita perlu akur dengan kehendak penduduk
majoriti.‰

Bagaimana kita mengulas pernyataan tadi? Jika kita tidak dapat memberi ulasan
yang logik dan meyakinkan, adakah kita terpaksa menerima kedaulatan undang-
undang sebagai kata putus dalam kebanyakan dilema moral?

Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu:

(a) Pertamanya, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa


kita sedang membincangkan konsep yang sama; dan

(b) Keduanya, meneliti proses-proses yang terlibat dalam pembentukan


undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

4.5 CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG


Sebelum kita teruskan, mari kita lihat dahulu definisi undang-undang secara
lebih terperinci.

Undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan universal yang


konsisten, diterbitkan dengan meluas, secara umumnya diterima dan
kebiasaannya dikuatkuasakan.

Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan


mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah
masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan
sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk
bertindak sebegitu.

Dalam undang-undang, terdapat elemen mendesak yang mendefinisikan apa


yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk
undang-undang. Rajah 4.2 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang.

Rajah 4.2: Lima ciri undang-undang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  67

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut kelima-lima ciri ini dalam Jadual 4.1
berikut.

Jadual 4.1: Lima Ciri Undang-undang

Ciri-ciri Penerangan
Konsisten Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah
konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika
terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain,
kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-
undang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua-
duanya sekali.
Universal Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga
bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang
memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.
Diterbitkan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah
diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat
dapat mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa
untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walau
bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh
diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana
undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang
bukan suatu alasan yang boleh diterima.
Diterima Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang
ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat
yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka
akan dipaksa supaya mengikutinya.
Dikuatkuasakan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara
tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat
hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-
undang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang
hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang,
mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau
nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan.
Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga
mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa
yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Set peraturan yang konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan


dikuatkuasakan ini disokong oleh rangka kerja institusi-institusi sosial yang
sangat khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 berikut.

Jadual 4.2: Institusi-institusi Sosial dan Tanggungjawab

Institusi Sosial Tanggungjawab


Badan perundangan dan majlis Membentuk undang-undang
Peguam dan pembantu guaman Menerangkan undang-undang
Mahkamah dan agensi Mentafsirkan undang-undang
Polis Menguatkuasakan undang-undang

Sifat berlawan dalam perhubungan di mahkamah perbicaraan dilihat seperti


tidak menghiraukan peruntukan ciri-ciri konsisten dan universal. Ia sebaliknya
lebih memfokus kepada mencapai kemenangan dan bukannya keadilan.
Tindakan polis untuk menguatkuasakan undang-undang juga sering kelihatan
bersifat sewenang-wenang dan lebih tertumpu kepada menjaga keamanan
berbanding mengekalkan kesaksamaan. Oleh itu, kita harus menerima bahawa:

(a) Menguatkuasakan undang-undang adalah satu tugas yang sukar dan


kadangkala berbahaya; dan

(b) Mentafsir undang-undang seperti dalam kes mahkamah, sering melibatkan


pemberian jumlah wang yang besar. Potensi untuk mendapat atau
kehilangan jumlah tersebut telah memutarbalikkan konsep undang-undang
sebagai suatu set peraturan yang diterbitkan dan diterima pakai.

Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang sebagai konsep peraturan


ideal yang konsisten dan universal untuk dijadikan panduan dalam keputusan
pengurusan, bukan sebagai suatu realiti yang mempunyai kecacatan.

SEMAK KENDIRI 4.1

Senaraikan lima ciri undang-undang. Jelaskan setiap ciri tersebut secara


ringkas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  69

4.6 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG


DAN PIAWAIAN MORAL
Seperti yang telah kita sebutkan dahulu, undang-undang boleh dilihat sebagai
satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten bagi mengawal kelakuan
manusia dalam masyarakat. Persoalannya adalah sama ada kita boleh menerima
peraturan ini sebagai mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat
atau tidak.

(a) Jika boleh, maka kita mempunyai satu piawaian sebagai panduan kepada
keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada
paras yang minimum; dan

(b) Jika tidak boleh, maka kita hendaklah mencari kaedah lain untuk
mendapatkan piawaian yang kita perlukan.

Dalam mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara


keputusan moral dan kehendak undang-undang, tiga kesimpulan boleh dicapai
dengan agak mudah seperti berikut:

Kesimpulan 1
Sebahagian besar keperluan undang-undang adalah bertindih. Namun begitu, ia
tidak menduplikasi sepenuhnya piawaian moral yang mungkin wujud dalam
masyarakat. Sebagai contoh, adalah jelas bahawa seseorang yang mencabuli
undang-undang negara yang melarang perbuatan merompak bank juga
mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Adalah mudah
untuk menunjukkan bahawa undang-undang berkaitan kelakuan seks,
penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak itu serupa dengan
kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam
masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat
berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas
warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang
bertindih dengan piawaian moral. Ruang-ruang pertindihan antara undang-
undang dengan prinsip moral ini digambarkan dalam Rajah 4.3 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Rajah 4.3: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang

Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat


sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai
moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak
semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan
semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana.

Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian


moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya,
kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan
piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki
oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan
dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta.

Kesimpulan 2
Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian
moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang
menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu,
kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak.

Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu


seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan
piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana
negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana
yang mereka terdaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  71

Kesimpulan 3
Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian
moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak
menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa,
pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah
moral yang boleh diatasi oleh undang-undang.

Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan


yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang
yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara
kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya
hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran
dan rasuah akhirnya diluluskan.

SEMAK KENDIRI 4.2

Berdasarkan pemahaman anda tentang hubungan antara undang-


undang dengan piawaian moral, berikan dua contoh bagi:

(a) Kelakuan yang diterima di sisi undang-undang dan moral; dan

(b) Kelakuan yang tidak diterima di sisi undang-undang dan moral.

Untuk menguji kefahaman anda, cuba jawab latihan berikut:

LATIHAN 4.1

1. Definisikan istilah „undang-undang‰.

2. Bincangkan ciri-ciri asas undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

4.7 PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG


Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan
dalam Rajah 4.4 berikut.

Rajah 4.4: Empat proses pembentukan undang-undang

Kita akan meneliti setiap proses ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik
seterusnya.

4.7.1 Proses Individu


Tahukah anda bahawa undang-undang merupakan suatu entiti yang jelas sifat
dinamiknya kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah
mengikut peredaran masa? Cuba anda fikirkan perubahan-perubahan yang telah
berlaku dalam undang-undang bagi mengawal pekerjaan. Seperti yang telah
dijelaskan dahulu, terdapat kelengahan masa antara perubahan piawaian moral
dengan keperluan undang-undang. Dengan itu, tindakan yang dianggap tidak
melanggar undang-undang 20 tahun yang lalu (seperti diskriminasi bangsa dan
jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam
tasik dan anak sungai), kini merupakan perbuatan yang menyalahi undang-
undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  73

Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah


menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui proses-
proses sosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undang
itu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atau
tidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral
individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal
masyarakat. Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks. Walau
bagaimanapun, proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 4.5 berikut:

Rajah 4.5: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi
undang-undang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing


yang sama-sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan
dalam Jadual 4.4 berikut:

Jadual 4.4: Piawaian Moral Individu

Piawaian
Penerangan
Moral
Norma Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang
individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi
sesuatu keadaan.
Kepercayaan Kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Kepercayaan berbeza daripada
norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang
nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang
biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang
individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep
tertentu.
Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan
rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali
nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan.
Nilai Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang
diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya.
Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan
mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma
dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma
dan kepercayaan yang penting merupakan „nilai-nilai‰ atau sanjungan
tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara.

Tahukah anda bahawa nilai sering mempunyai kontroversi? Tahukah anda


sebabnya? Ini adalah kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung
tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang
disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi
atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang
tinggi kepada kriteria mereka seperti:

(a) Kelakuan (cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan

(b) Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  75

Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah negara sekular yang mempunyai
masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya. Dalam negara ini, tidak
terdapat satu pun agama warisan yang diterima atau disokong sepenuhnya.
Akibatnya, penduduk negara tersebut terpaksa menjalani hidup dengan norma,
kepercayaan dan nilai yang berbeza-beza antara individu. Perbezaan inilah yang
boleh membawa kepada pelbagai konflik.

SEMAK KENDIRI 4.3


Terangkan istilah-istilah berikut dengan ringkas:

(a) Norma;

(b) Kepercayaan; dan

(c) Nilai.

4.7.2 Proses Kumpulan


Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang proses kumpulan, mari
kita pelajari dahulu tentang konteks. Konteks dalam proses kumpulan membawa
maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia
memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai
seseorang individu.

Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui
konteks-konteks berikut:

(a) Budaya atau agama;

(b) Sosial atau politik; dan

(c) Ekonomi atau teknologi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai konteks yang terdiri daripada
pelbagai faktor yang berhubung kait. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam
Rajah 4.6 berikut:

Rajah 4.6: Enam faktor konteks yang saling berhubung kait

Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan
dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama
lain. Mari kita lihat satu contoh dalam Rajah 4.7 berikut:

Rajah 4.7: Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait

Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 4.7, perubahan teknologi komunikasi
telah membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula
menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian
berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya
gaya hidup.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  77

Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial,


politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh
faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat
dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini
boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut.

Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada:

(a) Peralihan aktiviti ekonomi ‒ Daripada pembuatan berat dan perlombongan


kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan;

(b) Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih


baik; dan

(c) Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan.

4.7.3 Proses Sosial


Sedarkah anda bahawa individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah
kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama
secara sama? Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada:

(a) Kedudukan individu;

(b) Unit keluarga;

(c) Kumpulan rakan sebaya; dan

(d) Organisasi-organisasi formal.

Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu


yang berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini
kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada
dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa.

Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama,
lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah
kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang
berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya
merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti:

(a) Firma perniagaan;

(b) Kesatuan sekerja;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(c) Parti politik;

(d) Badan amal;

(e) Institusi agama; dan

(f) Persatuan veteran.

Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan
mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka
pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya
boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana
kompromi ini terbentuk seperti:

(a) Keputusan autokratik;

(b) Penyesuaian birokratik; dan

(c) Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif.

4.7.4 Proses Politik


Tahukah anda bahawa proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai
yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan
menjadi undang-undang boleh dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi
konflik? Ini adalah kerana organisasi, kumpulan dan individu secara jelas
mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan)
dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan).

Perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten


dan universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang
boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan
ini iaitu:

(a) Kepimpinan ketua kerajaan;

(b) Kompromi institusi;

(c) Rundingan badan perundangan; dan

(d) Desakan para pengundi.

Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih, mereka diberi tanggungjawab formal


untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau
bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam
negara, segmen penduduk dan sektor ekonomi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  79

Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan kebanyakan undang-


undang. Orang awam boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka
terhadap undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi sesetengah
pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat
mereka boleh juga disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam,
surat dan media.

4.8 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL
Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik keempat ini, mari kita simpulkan
hubungan undang-undang dengan moral atau etika. Persoalan utama yang perlu
difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta
kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para
penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal
atau tidak.

Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif,


sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah
apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang
universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik.

Mari kita lihat masalah-masalah tersebut seperti yang diterangkan dalam


Jadual 4.5 berikut:

Jadual 4.5: Masalah Piawaian Moral dan Penerangan

Masalah Piawaian Moral Penerangan


Piawaian moral anggota  Kebanyakan orang ternyata tidak sedar tentang
masyarakat mungkin pembayaran rasuah yang besar sehinggalah kes
berdasarkan maklumat yang Lockheed terdedah.
tidak memadai berbanding  Ramai orang mungkin tidak sedar betapa besarnya
isu-isu kelakuan korporat. masalah pembuangan sisa toksik di mana
dianggarkan 440 juta tan metrik sisa toksik terhasil
setiap tahun.
 Oleh itu, adalah sukar untuk piawaian moral
individu mempengaruhi undang-undang tanpa
maklumat yang relevan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Piawaian moral individu  Seseorang yang sama norma, kepercayaan dan nilai
mungkin menjadi lemah adalah cenderung untuk bersekutu dalam
semasa pembentukan kumpulan-kumpulan kecil. Namun begitu, piawaian
kumpulan-kumpulan kecil. mereka tidak sentiasa serupa secara tepat, maka
kompromi perlu dicapai.
 Seterusnya, banyak kumpulan-kumpulan kecil
bertindak berasaskan motif selain moral kerana
faedah ekonomi dan prestij profesional sering
memainkan peranan yang lebih besar.
 Oleh yang demikian, adalah sukar bagi piawaian
moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika
ia tidak disampaikan dengan tepat.
Piawaian moral anggota  Banyak organisasi yang berkongsi norma,
masyarakat mungkin kepercayaan dan nilai yang sama. Walau
disalah erti dalam konsensus bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan
organisasi-organisasi besar. bahawa setiap individu dan setiap kumpulan dalam
organisasi mempunyai pengaruh yang sama dalam
menentukan sesuatu konsensus.
 Ini boleh dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai
dalam kebanyakan organisasi yang bukan
berasaskan keuntungan seperti rumah sakit dan
universiti, di mana piawaian profesional (pakar
perubatan dan fakulti) kerap mengatasi keadaan.
Piawaian moral anggota  Perkara ini serupa seperti yang disebut di atas
masyarakat mungkin tentang pembentukan konsensus organisasi tetapi ia
disalah erti dalam lebih berskala besar.
pembentukan undang-  Tidak terdapat jaminan bahawa semua organisasi
undang. mempunyai pengaruh yang sama atau jumlah
pengaruh mengikut saiz masing-masing dalam
menentukan undang-undang.
 Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang
percukaian yang sering memihak kepada organisasi
tertentu sahaja.
Keperluan undang-undang  Ini boleh dilihat dalam kes-kes liabiliti produk dan
yang dibentuk melalui ulasan tentang kesamarataan peluang pekerjaan.
proses politik sering kali Maksud dan aplikasi undang-undang perlu
tidak lengkap atau tidak dijelaskan di luar proses perundangan.
tepat dan perlu disokong  Oleh itu, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi
oleh keputusan mahkamah mempengaruhi undang-undang jika ia tidak diambil
atau tindakan agensi kira dalam proses pembentukan undang-undang
pentadbiran. atau hanya diambil kira secara tidak langsung dalam
dua proses berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  81

Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut:

LATIHAN 4.2

1. Pembentukan undang-undang melibatkan proses-proses yang


sangat kompleks dan menyusahkan. Apakah proses-proses ini?

2. Padankan institusi sosial berikut dengan tanggungjawab mereka.

Institusi Sosial Tanggungjawab


Badan perundangan dan majlis- Mentafsirkan undang-undang
majlis
Peguam dan pembantu guaman Menguatkuasa undang-undang
Mahkamah dan agensi-agensi Membentuk undang-undang
Polis Menerangkan undang-undang

• Undang-undang adalah set peraturan universal yang konsisten ditubuhkan


untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat. Peraturan ini diterbitkan
dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan.

• Terdapat lima ciri dalam definisi undang-undang iaitu konsisten, universal,


diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.

• Peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat ini mencerminkan pilihan


kolektif anggotanya tentang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi
kesan ke atas kebajikannya.

• Terdapat pertindihan antara piawaian moral dengan keperluan undang-


undang sesebuah masyarakat seperti undang-undang negara yang melarang
merompak bank dan piawaian moral yang menegah mencuri.

• Terdapat rangkaian empat proses dalam pembentukan undang-undang iaitu


proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• Sesetengah perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai individu anggota


sesebuah masyarakat boleh dilihat dalam perubahan undang-undang yang
dilaksanakan.

Hujah undang-undang Norma


Kepercayaan Piawaian moral
Keperluan undang-undang Pilihan moral
Konteks Undang-undang
Nilai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pendekatan
5 Organisasi
dalam
Menambah
Baik Kelakuan
Etika
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan empat pendekatan dalam menambah baik iklim
etika;
2. Mengenal pasti punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi;
3. Mengenal pasti kaedah bagi mengatasi masalah kelakuan tidak
beretika dalam organisasi; dan
4. Membincangkan tanggungjawab pengurusan dalam menangani
masalah etika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

 PENGENALAN

Rajah 5.1: Situasi kelakuan tidak beretika

Apa yang anda fikirkan setelah melihat Rajah 5.1 tadi? Adakah anda merasakan
bahawa tindakan meminta wang atau rasuah sama seperti melanggar kod-kod
etika yang telah disediakan dalam sesebuah organisasi?

Kita boleh mengandaikan bahawa eksekutif-eksekutif kanan di kebanyakan


firma perniagaan ingin kakitangan mereka bertindak mengikut apa yang mereka
anggap sebagai „betul‰, „sesuai‰ dan „adil‰. Kita juga yakin bahawa mereka
ingin kakitangan mereka bertindak tanpa menyinggung penduduk majoriti dan
tidak menimbulkan publisiti buruk oleh pihak media.

Namun begitu, kelakuan tidak beretika masih kerap terjadi. Mengapa ia terjadi
dan apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya? Dalam topik kelima ini, kita
akan meneliti beberapa cara mencegah kelakuan tidak beretika dan
membincangkan punca-punca serta jalan penyelesaiannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN  85
ETIKA

5.1 MENAMBAH BAIK IKLIM ETIKA DALAM


ORGANISASI
Tahukah anda bahawa pengurusan atasan boleh menggunakan pelbagai
pendekatan etika untuk menambah baik iklim etika sesebuah organisasi?
Terdapat empat pendekatan yang boleh dipraktikkan seperti yang disenaraikan
dalam Rajah 5.2 berikut:

Rajah 5.2: Empat pendekatan untuk menambah baik iklim etika dalam organisasi

Kita akan mempelajari setiap pendekatan ini dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya. Selain itu, kita juga akan melihat bagaimana pendekatan ini
digunakan dalam menambah baik persekitaran etika organisasi.

5.1.1 Kod Etika


Apakah definisi bagi kod etika? Mari kita lihat definisi yang diberikan.

Kod etika adalah pernyataan tentang norma dan kepercayaan sesebuah


organisasi.

Norma dan kepercayaan ini biasanya dicadang, dibincang dan didefinisikan oleh
eksekutif-eksekutif kanan organisasi sebelum ia diterbit dan diedarkan kepada
semua kakitangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

Sekarang, mari kita lihat apakah kod etika bagi norma dan kepercayaan dengan
merujuk Jadual 5.1 berikut:

Jadual 5.1: Kod Etika bagi Norma dan Kepercayaan

Aspek Norma Kepercayaan


Definisi Norma ialah piawaian kelakuan. Kepercayaan ialah piawaian
pemikiran. Ia adalah cara
Ia adalah cara bagaimana pihak
pemikiran yang perlu digunakan
pengurusan kanan organisasi
oleh kakitangan menurut pihak
mahu kakitangan mereka
pengurusan kanan organisasi.
bertindak apabila berhadapan
dengan situasi tertentu. Walau bagaimanapun, ia
bukanlah satu bentuk penapisan.
Ia bertujuan menggalakkan cara
pemikiran dan corak sikap ke
arah kelakuan yang diinginkan.
Bentuk yang Norma adalah kod etika yang Kepercayaan kepada kod etika
dinyatakan umumnya dinyatakan sebagai umumnya dinyatakan dalam
suatu siri kenyataan negatif. Ini bentuk positif.
adalah kerana secara umumnya,
kita lebih mudah menyenaraikan
secara tepat perkara-perkara yang
tidak harus dilakukan,
berbanding dengan perkara-
perkara yang harus dilakukan.
Contoh  Kakitangan syarikat tidak  Tanggungjawab utama kita
boleh menerima hadiah adalah kepada pelanggan kita.
peribadi melebihi nilai RM25  Kita ingin menyediakan
daripada mana-mana perkhidmatan yang baik
rakan/sekutu perniagaan. untuk komuniti di mana kita
 Kakitangan mungkin perlu beroperasi.
membayar kos makanan,
jamuan atau aktiviti yang
melebihi nilai RM25.

Adakah kod-kod etika ini dianggap berjaya? Dapatkah ia membantu


menyampaikan piawaian moral yang dipilih oleh lembaga pengarah dan
presiden syarikat kepada semua kakitangannya? Jawapan sebenarnya ialah
tidak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN  87
ETIKA

Mengapa ini berlaku? Masalah ini berlaku kerana norma dan kepercayaan
organisasi adalah relatif kepada pelbagai kumpulan (kakitangan, pelanggan,
pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang awam). Ia tidak mungkin
dapat dinyatakan secara jelas dan eksplisit tanpa menyinggung salah satu
kumpulan tersebut.

Sebagai contoh, tidak mungkin sebuah syarikat boleh mengatakan bahawa ia


menganggap kakitangannya lebih penting untuk kejayaan firma berbanding
dengan pemegang saham. Dengan mengatakan sebegitu, syarikat telah
menandakan bahawa keuntungan dan dividen adalah perkara yang kedua
terpenting. Ia bercanggah dengan matlamat kebanyakan organisasi perniagaan.
Akibatnya, kod-kod etika biasanya ditulis dalam bentuk umum, di mana ia
mencatatkan kewajipan kepada setiap kumpulan tanpa menyebut pihak mana
yang lebih penting dalam sesuatu keadaan.

Kesukaran mentakrifkan kod-kod etika wujud kerana ia tidak menetapkan


keutamaan antara norma dan kepercayaan. Keutamaan merupakan nilai sebenar
sesebuah firma. Sebagai contoh, jualan dan keuntungan di salah satu bahagian
sebuah firma didapati merosot. Oleh itu, firma akan menghadapi persoalan sama
ada ia harus mengurangkan kakitangan pengurusan pertengahan untuk
menjimatkan kos overhednya (keputusan pengecilan yang klasik). Salah satu
bahagian dalam kod etika pula mengatakan bahawa firma perlu menghormati
kakitangannya, manakala bahagian lain pula mengatakan ia menjangkakan
pencapaian keuntungan yang „saksama‰. Bagaimana harus kita memutuskan
tindakan mana yang terbaik? Apakah dia „kesaksamaan‰ yang dimaksudkan
dalam situasi ini? Malangnya, kod etika tidak dapat memberikan jawapan yang
terbaik.

Dilema etika merupakan konflik antara prestasi ekonomi dengan sosial. Prestasi
sosial dinyatakan sebagai kewajipan terhadap kakitangan, pelanggan, pembekal,
pengedar dan orang awam. Walaupun kod-kod etika boleh menyatakan secara
umum kewajipan terhadap kumpulan-kumpulan tersebut mengikut
pertimbangan pihak pengurusan kanan, namun, ia tidak dapat membantu
pengurus-pengurus peringkat pertengahan atau bawahan untuk membuat
pilihan antara kumpulan atau antara prestasi ekonomi dengan sosial.

AKTIVITI 5.1

Berikan dua contoh kepercayaan positif yang harus dimiliki organisasi.


Bincangkan bersama rakan sekelas anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

5.1.2 Jawatan Ombudsman


Pernahkah anda mendengar perkataan ombudsman? Apakah maksudnya?

Ombudsman ialah seseorang dalam sesebuah organisasi; kebiasaannya


seorang pengurus yang lebih tua, dihormati dan hampir bersara. Dia
dilepaskan daripada tanggungjawab operasi dan diberi tugas memberi
kaunseling kepada kakitangan yang lebih muda berkenaan masalah kerjaya,
kesukaran yang dihadapi dalam organisasi dan isu-isu etika.

Tahukah anda bahawa istilah „ombudsman‰ berasal daripada bahasa Sweden?


Dalam bahasa Sweden, ia bermaksud:

Seorang agen kerajaan dalam negara yang telah dilantik khas untuk
menyiasat aduan-aduan individu warga negara terhadap pegawai-pegawai
awam disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa atau bersikap tidak mengambil
peduli. Selalunya, ombudsman boleh melampaui tugas kaunseling atau
penyiasatan dan bertindak secara tidak formal untuk menyelesaikan masalah.

Adakah jawatan ombudsman ini berjaya? Sebenarnya tidak juga. Masalah yang
timbul adalah kakitangan yang melaporkan sesuatu insiden itu sebenarnya tidak
terlepas daripada pembabitan. Kita boleh mengandaikan bahawa ombudsman
secara umumnya bersikap berhati-hati dalam perbualannya dengan seseorang
pesalah laku.

Namun begitu, sumber maklumat ombudsman (iaitu pengadu asal) biasanya


jelas diketahui. Dia semestinya seseorang dalam organisasi yang mempunyai
maklumat tentang amalan salah tersebut dan merasa bersalah jika ia berdiam
diri. Kebiasaannya, pemberi maklumat adalah seseorang yang telah berhubung
dengan pesalah laku tentang kesalahannya. Ombudsman tidak perlu mengambil
tahu tentang hukuman tetapi pemberi maklumat selalunya akan berasa bimbang
jika terbabit.

AKTIVITI 5.2

Pada pendapat anda, bolehkah seorang ombudsman memainkan


peranan yang berkesan dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan
isu etika? Terangkan sebab-sebab anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN  89
ETIKA

5.1.3 Talian Penting Etika


Kadangkala kakitangan mungkin menghadapi isu etika tetapi keberatan untuk
mengutarakannya kepada pengurus atau rakan sekerja mereka. Bagi kakitangan
yang tidak mahu dilihat berada bersama pegawai etika, talian penting etika
boleh menyediakan saluran untuk melapor atau bertanyakan berkenaan etika
tanpa mendedahkan identiti mereka.

Sebagai contoh, syarikat Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan talian


penting etika yang beroperasi 24 jam sehari untuk kakitangan mendapatkan
nasihat tentang isu-isu atau kebimbangan berkaitan etika. Talian penting etika
ini boleh menjadi satu pendekatan yang berkesan untuk merahsiakan identiti
pemanggil di samping mengumpul maklumat-maklumat penting yang
diperlukan untuk menyelesaikan aduan atau tuduhan berkaitan dengan etika.

Mari kita lihat satu contoh lagi dalam Rajah 5.3 berikut.

Rajah 5.3: Paparan skrin talian penting etika bagi organisasi Ernst & Young
Sumber: http://secure.ethicspoint.com

Syarikat korporat terkenal Ernst & Young menyediakan kemudahan melalui


rangkaian Internet dengan mewujudkan talian penting etika bagi kakitangan
mereka yang ingin melaporkan kelakuan yang mungkin tidak beretika,
menyalahi undang-undang, mencabuli piawaian profesional atau tidak menepati
kod-kod kelakuan organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

5.1.4 Latihan Etika


Sesuatu program pematuhan oleh organisasi perlu diwartakan sebagai program
latihan etika dan sistem komunikasi untuk mendidik kakitangan tentang
piawaian etika syarikat. Latihan etika ini kebiasaannya melibatkan kuliah untuk
para pengurus dan disampaikan oleh jurulatih syarikat. Untuk memberi kesan
yang baik, latihan etika harus dikaitkan dengan situasi sebenar yang dialami
oleh kakitangan sewaktu bekerja, agar penyelesaian yang terbaik dapat
dihasilkan.

Umumnya, program latihan etika harus mendidik kakitangan organisasi tentang


polisi dan jangkaan, peraturan dan undang-undang yang relevan, serta piawaian
sosial am. Latihan etika yang berkesan akan turut menyedarkan kakitangan
tentang sumber-sumber sedia ada, sistem-sistem sokongan, kakitangan yang
boleh membantu berkaitan etika dan khidmat nasihat guaman.

Menurut Thorne, Ferrell dan Ferrell (2008), sesuatu latihan etika organisasi
mempunyai tiga matlamat. Matlamat latihan etika adalah bertujuan untuk
memastikan supaya kakitangan:

(a) Mengenali situasi-situasi yang memerlukan keputusan etika;

(b) Memahami nilai dan budaya organisasi; dan

(c) Menilai impak keputusan etika ke atas syarikat.

SEMAK KENDIRI 5.1

Apakah empat pendekatan etika yang boleh digunakan bagi


menangani persekitaran etika organisasi? Bincangkan dengan ringkas
bagi setiap pendekatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN  91
ETIKA

5.2 PUNCA KELAKUAN TIDAK BERETIKA


Kita telah mempelajari bahawa kod-kod etika kelakuan mahupun ombudsman
tidak dapat memastikan piawaian moral yang dipilih oleh presiden dan lembaga
pengarah sesebuah syarikat dipatuhi oleh seluruh warga firma. Oleh itu, kita
perlu beralih dan mengenal pasti punca-punca bagi kelakuan yang tidak beretika
dan menimbang sama ada punca-punca berkenaan boleh dihapuskan.

Sebagai contoh, mari kita lihat organisasi-organisasi besar seperti General


Electric, General Dynamics, E. F. Hutton dan Thorp Division di syarikat ITT.
Tahukah anda bahawa organisasi-organisasi ini mempunyai masalah etika? Mari
kita cuba fahami faktor-faktor yang menyebabkan para pengurus produk di
General Electric menipu kerajaan dan mengapa pula para pengurus kawasan di
E. F. Hutton menipu bank.

Pengurus-pengurus organisasi besar ini telah menipu kerajaan, bank dan


pelanggan tetapi mereka tidak menerima sebarang manfaat langsung
daripada tindakan tidak beretika mereka. Ini bukanlah suatu kelakuan
ketidakjujuran oleh pengurus kerana tiada bayaran balasan, pakej percutian
atau hadiah yang terlibat. Walau bagaimanapun, individu-individu terbabit
telah menerima manfaat secara tidak langsung. Oleh itu, kita perlu
memahami manfaat tidak langsung ini kerana ia merupakan punca bagi
kelakuan tidak beretika dalam organisasi.

Kebanyakan syarikat besar hari ini menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan


dalam pelbagai bahagian. Struktur yang mempunyai banyak bahagian sebegini
umumnya bersifat terpencar atau berpecah, di mana kuasa keputusan produk,
pasaran dan proses diserahkan kepada pengurus bahagian masing-masing yang
bertanggungjawab ke atas prestasi ekonominya.

Namun, terdapat dua masalah utama dalam struktur organisasi yang terbahagi
dan terpencar ini iaitu:

(a) Perhubungan antara bahagian (seperti bahagian produk, pasaran, proses


atau teknologi) adalah tidak efisien dan tidak dapat digunakan sebagai asas
mencapai ekonomi skala atau ekonomi skop akibat sifat mereka yang
terasing; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

(b) Pengurusan korporat dalam sesuatu struktur yang terpencar memiliki


hanya sedikit kuasa kawalan ke atas strategi bahagian-bahagian, melainkan
setelah berlaku sesuatu kejayaan atau kegagalan yang menonjol. Fungsi
mereka terhad setakat langkah kajian semula yang tidak berkesan. Masalah
ini telah membawa perubahan ke atas kaedah mengurus kepelbagaian,
bermula sekitar tahun 1975.

Sebelum kita ke bahagian seterusnya, mari kita cuba latihan berikut:

LATIHAN 5.1

1. Apakah kod etika?

2. Adakah kod etika berkesan? Nyatakan sebab-sebab anda.

3. Adakah anda fikir latihan etika berkesan dalam menambah baik


kelakuan etika seseorang kakitangan? Nyatakan sebab anda.

4. Apakah punca-punca struktur bagi kelakuan tidak beretika?

5.3 PENYELESAIAN TERHADAP PUNCA


STRUKTUR KELAKUAN TIDAK BERETIKA
Apakah yang boleh anda lakukan untuk menghapuskan punca struktur yang
menyebabkan kelakuan tidak beretika dalam organisasi? Malangnya, tidak
banyak yang boleh dilakukan. Dalam topik sebelum ini, kita telah mempelajari
bahawa individu tidak mempunyai sesuatu cara yang terbaik untuk mencapai
keputusan apabila berhadapan dengan dilema etika. Teknik pelbagai analisis
(menggunakan pertimbangan berbentuk ekonomi, undang-undang dan etika)
kelihatan membantu dalam menjelaskan isu dan keputusan-keputusan yang
„sesuai‰, „betul‰ dan „adil‰.

Walau bagaimanapun, proses tersebut tidak menjamin kesepakatan kerana nilai


dan keutamaan yang timbul akibat pengaruh ekonomi, undang-undang dan
etika berbeza-beza antara warga organisasi. Oleh itu, tidak terdapat cara yang
cukup memuaskan bagi mengubah sistem-sistem perancangan, kawalan dan
motivasi untuk memastikan piawaian moral eksekutif-eksekutif kanan diikuti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN  93
ETIKA

Kita boleh bersikap kurang mementingkan pengukuran prestasi kewangan


(seperti hasil jualan, kos berubah, perbelanjaan tetap dan keuntungan suku
tahunan) dan lebih menekankan pengukuran numerik (seperti aduan pelanggan,
penurunan kualiti, ketidakhadiran pekerja, sikap komuniti dan kelengahan
bertindak balas kepada pertanyaan tentang dividen).

Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini sahaja tidak akan menyelesaikan


masalah pengurusan yang mewakili konflik antara prestasi ekonomi dengan
prestasi sosial sesebuah organisasi.

Apakah yang anda fikir akan berlaku jika konflik ini tidak ditangani dan
diselesaikan oleh eksekutif-eksekutif kanan firma dengan baik? Jika ia tidak
dapat diselesaikan dengan baik oleh eksekutif-eksekutif kanan firma, pengurus
peringkat pertengahan dan operasi kebiasaannya akan lebih cenderung untuk
mencapai prestasi ekonomi organisasi. Ini adalah kerana sistem-sistem
pengurusan sekarang mengukur prestasi berdasarkan kriteria ekonomi yang
akan menentukan masa depan mereka.

AKTIVITI 5.3

Jika anda sebagai pengurus yang perlu menyelesaikan masalah


kelakuan tidak beretika dalam organisasi anda, bagaimanakah anda
akan melakukannya? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

5.4 TANGGUNGJAWAB ETIKA PIHAK


PENGURUSAN
Akhir sekali, mari kita pelajari tanggungjawab etika pihak pengurusan. Sebelum
itu, mari bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif kanan sebuah firma.
Bagaimanakah anda menangani dan menyelesaikan konflik antara prestasi
ekonomi dan sosial? Penyelesaian konflik perlu dilakukan sebagai sebahagian
daripada proses perancangan strategik. Isu-isu etika pula perlu dijadikan
sebahagian proses tersebut dan bukannya diketepikan atau diserahkan kepada
peringkat operasi. Bagi persoalan-persoalan etika yang sukar pula, ia hendaklah
dikemukakan kepada para pengurus bahagian dan eksekutif-eksekutif korporat
hendaklah memberikan jawapan beretika yang tepat terhadap persoalan-
persoalan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

Oleh itu, sebagai seorang eksekutif korporat, bagaimana harus anda menjawab
persoalan-persoalan yang sukar seperti berikut:

(a) „Salah satu klien utama kita mendesak untuk meletakkan pernyataan yang
tidak tepat dalam iklan mereka. Haruskah kita terus berurusan dengan
mereka?‰

(b) „Kita boleh mengurangkan kos dengan menyingkirkan pengedar-pengedar


borong yang telah membantu kita mengembangkan pasaran. Haruskah kita
mula menghantar produk-produk terus ke stor untuk dijual?‰

Pada dasarnya, respons anda harus mempunyai komponen-komponen berikut:

(a) Keperibadian
Keperibadian yang tinggi diperlukan untuk menghadapi isu-isu yang
mempunyai impak sosial berkaitan setiap keputusan alternatif.

(b) Keberanian
Keberanian diperlukan untuk menilai dengan teliti setiap alternatif
mengikut kaedah pertimbangan ekonomi, undang-undang dan etika.

Selain itu, kita juga memerlukan keperibadian yang tinggi untuk mengenal pasti
kos-kos peribadi yang berkaitan dengan setiap alternatif yang dipilih dan
keberanian untuk menanggungnya.

Walau bagaimanapun, orang lain mungkin tidak bersetuju dengan keputusan


tersebut disebabkan oleh perbezaan-perbezaan berikut:

(a) Perbezaan perspektif di dalam firma; atau

(b) Perbezaan kepercayaan terhadap kepentingan hasil ekonomi, keperluan


undang-undang, prinsip-prinsip moral (bermurah hati dan bersifat
konsisten), nilai-nilai moral keadilan dan kebebasan.

Terdapat banyak akibat ekonomi, undang-undang dan etika, keperluan, prinsip


dan nilai terhadap diri kita tetapi kesemuanya bersifat tidak teratur dengan jelas.
Namun begitu, ia bukan suatu alasan untuk kita mengelak daripada membuat
keputusan yang beretika dalam pengurusan. Kita hendaklah membuat
keputusan berdasarkan rasa tanggungjawab kita terhadap orang lain kerana
itulah dugaan terhadap keperibadian kita dan menjadi ukuran keberanian kita.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN  95
ETIKA

SEMAK KENDIRI 5.2

Bagaimanakah respons pihak pengurusan dalam menangani masalah


etika dalam sesebuah organisasi? Terangkan.

Mari uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

LATIHAN 5.2

Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan punca-punca


struktur terhadap kelakuan tidak beretika yang wujud dalam
organisasi?

• Terdapat empat pendekatan utama dalam menangani iklim etika sesebuah


organisasi iaitu kod etika, jawatan ombudsman, talian penting etika dan
latihan etika.

• Kod etika adalah senarai pernyataan yang mengandungi norma-norma dan


kepercayaan-kepercayaan sesebuah organisasi yang diterbit dan diedarkan
kepada seluruh warga firma.

• Ombudsman kebiasaannya ialah seseorang yang sudah berumur dan


dihormati dalam organisasi. Dia telah dilepaskan daripada tanggungjawab
operasi dan ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada kakitangan yang
lebih muda tentang isu-isu etika.

• Pembahagian dan pemencaran kuasa dipercayai menjadi punca utama


terhadap kelakuan-kelakuan yang tidak beretika.

• Penyelesaian bagi kelakuan tidak beretika adalah dengan mengurangkan


kepentingan yang diletakkan ke atas ukuran prestasi kewangan dan lebih
menekankan ukuran numerik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN
ETIKA

Ć Pihak pengurusan hendaklah mengambil keputusan berkaitan kelakuan


tidak beretika berdasarkan rasa tanggungjawab kepada orang lain kerana
ia merupakan dugaan dan ujian terhadap keperibadian serta ukuran
keberanian mereka.

Kepercayaan Ombudsman
Kod etika Pembahagian
Latihan etika Pemencaran kuasa
Norma Talian penting etika

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tanggungjawab
6 Sosial dan
Organisasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tiga era dalam perkembangan pemikiran
tanggungjawab sosial;
2. Menerangkan tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi;
3. Membincangkan hujah-hujah yang menyokong serta membantah
tanggungjawab sosial; dan
4. Menerangkan bagaimana kerajaan dan organisasi mempengaruhi
antara satu sama lain.

 PENGENALAN
Setelah memahami prinsip-prinsip etika pada peringkat individu, mari kita
alihkan fokus kita terhadap amalan-amalan terbaik organisasi, mengikut
perspektif pemegang kepentingan. Tahukah anda bahawa salah satu amalan
terbaik korporat adalah tanggungjawab sosial korporat? Apakah maksudnya?
Mari kita lihat Rajah 6.1 berikut untuk memahami maksud istilah
„tanggungjawab sosial korporat‰ dengan lebih jelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Rajah 6.1: Piramid tanggungjawab sosial


Sumber: http://bclc.chamberpost.com

Seperti mana yang kita dapat lihat dalam Rajah 6.1, tanggungjawab sosial
korporat berkisar kepada empat tanggungjawab utama iaitu ekonomi, undang-
undang, etika dan kedermawanan.

Apakah maksud tanggungjawab sosial korporat? Berikut adalah definisi


tanggungjawab sosial korporat secara lebih terperinci.

Tanggungjawab sosial korporat ialah suatu aktiviti organisasi untuk


menepati jangkaan pihak berkepentingan, sama ada mereka berada dalam
sektor swasta atau awam, bersaiz besar atau kecil, pada sesuatu peringkat
strategik ekonomi, undang-undang, etika atau tanggungjawab terhadap
masyarakat. Ia adalah suatu set kewajipan organisasi untuk melindungi dan
memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi.

(Ferrell, Thorne & Ferrell, 2011)

Seperti yang diterangkan tadi, tanggungjawab sosial korporat adalah satu set
kewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di
mana ia berfungsi. Dalam topik keenam ini, kita akan melihat aspek-aspek yang
berkaitan tanggungjawab sosial seperti pandangan sejarah, pendekatan-
pendekatan organisasi, pengaruh kerajaan dan organisasi ke atas satu sama lain,
pengurusan dan audit sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  99

6.1 PANDANGAN SEJARAH TERHADAP


TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Sedarkah anda bahawa pandangan terhadap tanggungjawab sosial yang
dipegang oleh organisasi, kerajaan dan orang awam secara umumnya telah
banyak sekali berubah sejak 100 tahun yang lepas? Walau bagaimanapun,
terdapat tiga titik perubahan kritikal yang dapat dikenal pasti dalam sejarah
perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial. Tiga titik perubahan ini
dinyatakan dalam Rajah 6.2 berikut:

Rajah 6.2: Perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial

Mari kita lihat setiap era tanggungjawab sosial ini dengan lebih terperinci dalam
subtopik-subtopik seterusnya.

6.1.1 Era Keusahawanan


Tahukah anda bahawa era keusahawanan bermula di Amerika pada akhir abad
ke-19? Pada masa itu, pemimpin ternama industri seperti John D. Rockefeller,
Cornelius Vanderbilt, J. P. Morgan dan Andrew Carnegie telah mengumpul
kekayaan dan membina empayar dalam industri minyak, kereta api, perbankan
dan keluli. Sebelum era ini, perniagaan adalah secara kecil-kecilan. Tokoh-tokoh
inilah merupakan eksekutif-eksekutif pertama yang memiliki kuasa dan
pengaruh sehingga ke seluruh negara.

Malangnya, usahawan-usahawan awal ini banyak menyalahgunakan kuasa yang


mereka miliki melalui amalan-amalan yang tidak bertanggungjawab. Amalan-
amalan ini diterangkan dalam Jadual 6.1 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Jadual 6.1: Amalan Tidak Bertanggungjawab Usahawan-usahawan Awal

Amalan
Penerangan
Usahawan Awal
Sekat Masuk Merupakan satu taktik menyekat pekerjaan. Majikan
Kerja menggunakannya untuk menghalang kesatuan sekerja atau
mendapatkan kelebihan pengaruh dalam sesuatu pertikaian
dengan pekerja. Ia sering dilakukan dengan menyekat kakitangan
daripada memasuki tempat kerja. Ia boleh juga dilaksanakan
dengan menghalang pelaksanaan tugas, memberhentikan pekerja
atau mengambil pekerja-pekerja pengganti yang bukan ahli
kesatuan.
(Sumber: http://www.britannica.com)
Polisi Merupakan tindakan mengenakan harga yang tidak berpatutan
Mendiskriminasi bagi produk atau perkhidmatan. Sesetengah kumpulan pengguna,
Harga misalnya, mungkin dikenakan harga yang berlainan untuk
produk atau perkhidmatan yang sama. Penyedia perkhidmatan
menggunakan diskriminasi harga untuk mengambil kesempatan ke
atas status ekonomi individu iaitu keupayaan dan kesanggupan
mereka membayar.
(Sumber: http://www.globecon.org)
Sogokan Merupakan bayaran atau tawaran perkhidmatan yang bertujuan
untuk mempengaruhi atau mendapatkan sesuatu daripada
organisasi atau seseorang. Sogokan berkait rapat dengan rasuah.
(Sumber: http://www.wisegeek.com)
Peras Ugut Merupakan tindakan memeras wang atau sesuatu barangan yang
berharga daripada seseorang dengan mengancam untuk
mendedahkan sesuatu perlakuan atau maklumat yang mengaibkan.
(Sumber: http://www.answers.com)
Mengelak Cukai Amalan yang menyalahi undang-undang di mana seseorang,
organisasi atau syarikat yang sengaja mengelak daripada
membayar sejumlah cukai sebenar yang perlu ditanggung.
Tuduhan jenayah dan hukuman yang berat akan dikenakan ke atas
mereka yang didapati mengelak cukai.
(Sumber: http://www.investopedia.com)

Akhirnya, bantahan daripada pegawai-pegawai awam dan para pemimpin lain


telah memaksa kerajaan persekutuan meluluskan undang-undang untuk
mengharamkan sesetengah amalan perniagaan dan mengenakan sekatan ke atas
yang lain. Undang-undang ini adalah penting kerana ia mengiktiraf wujudnya
perhubungan antara perniagaan, kerajaan dan masyarakat. Ia juga menunjukkan
bahawa perniagaan mempunyai peranan dalam masyarakat, selain
memaksimumkan keuntungan sahaja.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  101

6.1.2 Era Kemelesetan


Perubahan pandangan terhadap tanggungjawab sosial terus berkembang
sepanjang awal abad ke-20 walaupun tidak ketara. Walau bagaimanapun,
pandangan ini telah berubah secara mendadak semasa Era Kemelesetan pada
tahun 1930an. Ketika itu, organisasi-organisasi besar telah mendominasi
ekonomi Amerika dan ramai orang mengkritik amalan kewangan mereka yang
tidak bertanggungjawab dan telah mengakibatkan kejatuhan pasaran saham
pada tahun 1929. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan beberapa undang-undang
untuk melindungi para pelabur dan perniagaan kecil dengan mengikuti
sebahagian daripada Program Penyelesaian Baru (New Deal Programme) yang
dibangunkan oleh Franklin D. Roosevelt.

Apakah itu Program Penyelesaian Baru? Program Urusan Baru adalah satu
program yang diketengahkan oleh Presiden Amerika yang ke-32, Franklin D.
Roosevelt untuk menangani masalah ekonomi di Amerika.

Pada tahun 1929, pasaran saham Amerika telah jatuh teruk, menyebabkan
kesan domino pada seluruh ekonomi Amerika. Sebagai tambahan kepada
pergelutan ekonomi, negaranya juga menghadapi beberapa isu besar dalam
sektor perladangan. Ramai rakyat Amerika mendapati diri mereka telah jatuh
miskin dalam waktu yang singkat. Ini telah mencetuskan pergolakan sosial
dan menambah kerumitan dalam negara yang sedang mengalami masalah.
Roosevelt merasakan bahawa negaranya memerlukan tiga perkara penting
untuk menangani masalah ini iaitu pertolongan, pemulihan dan pembaharuan.

Program Penyelesaian Baru diperkenalkan pada 1930s adalah satu siri


pembaharuan sosial, ekonomi dan kerajaan yang dimulakan oleh Roosevelt.
Ia memfokus ke arah memberi bantuan kepada rakyat Amerika yang
menganggur dan sektor pembuatan yang menghadapi masalah. Ia juga
bertujuan untuk memulihkan ekonomi serta memperbaharui sistem kewangan
negara bagi mencegah berulangnya Era Kemelesetan. Pada masa itu, Program
Penyelesaian Baru menghadapi kritikan daripada sesetengah pihak di samping
pujian daripada pihak lain. Apabila ditinjau kembali, Program Penyelesaian
Baru merupakan satu peristiwa utama dalam sejarah Amerika kerana ia
berupaya membentuk landskap dan sikap rakyat Amerika.

(Sumber: http://www.wisegeek.com)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Kemudian, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (Securities and Exchange


Commission) telah ditubuhkan pada tahun 1934 untuk mengawal penjualan
sekuriti dan membendung amalan pasaran saham yang tidak adil. Melalui
langkah-langkah ini, tanggungjawab sosial organisasi telah menjadi semakin
jelas dan nyata. Paling penting, tindakan baru kerajaan yang mendesak
organisasi memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan kebajikan umum
rakyat Amerika telah berupaya mengubah keadaan ini.

6.1.3 Era Sosial


Tahukah anda bahawa era dalam sejarah Amerika yang disifatkan sebagai
perkembangan besar dalam tanggungjawab sosial dikenali sebagai Era Sosial?
Era ini berlaku pada tahun 1960an.

Gerakan menuntut hak awam dan bantahan meluas terhadap Perang Vietnam
telah meningkatkan kesedaran orang ramai untuk meneliti nilai, keutamaan dan
matlamat negara mereka. Para pelajar serta aktivis telah menuduh perniagaan-
perniagaan besar seperti McDonnell-Douglas dan DuPont cuba mempromosi
dan memanjangkan lagi Perang Vietnam untuk meningkatkan keuntungan
syarikat.

Perkembangan ini telah menimbulkan dua persoalan penting dalam arah aliran
perkembangan tanggungjawab sosial iaitu:

(a) Kepada siapa harus organisasi perniagaan bertanggungjawab?

(b) Siapa yang akhirnya harus dipertanggungjawabkan mengenai amalan-


amalan organisasi?

Kedua-dua soalan penting ini akan dijawab dalam subtopik seterusnya.

AKTIVITI 6.1

Lakarkan satu peta minda yang menunjukkan perkembangan


pemikiran tanggungjawab sosial. Huraikan butir-butir peta minda
tersebut secara terperinci.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  103

6.2 LINGKUNGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Tahukah anda bahawa ada beberapa lingkungan utama dalam tanggungjawab
sosial? Umumnya, organisasi boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka
dalam tiga lingkungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3 berikut.

Rajah 6.3: Tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi

Ketiga-tiga lingkungan ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti berikut.

(a) Konstituen
Siapakah ahli konstituen organisasi? Ahli konstituen organisasi terdiri
daripada seseorang dan organisasi lain yang terjejas secara langsung akibat
daripada amalan sesebuah organisasi. Mereka juga mempunyai kepentingan
dalam prestasinya. Konstituen utama adalah kerajaan negeri dan pusat,
pemiutang, pelanggan, pembekal, pekerja, kumpulan berkepentingan,
mahkamah dan pelabur.

Setiap perkara yang dilakukan organisasi akan memberi kesan kepada


kepentingan pemilik dan pelabur organisasi. Apabila pengurus firma
didapati melakukan jenayah atau mencabul piawaian etika, laporan buruk
media dan bantahan orang ramai akan menjejaskan keuntungan firma,
harga saham dan seterusnya. Organisasi yang bertanggungjawab secara
sosial dalam urusan mereka akan mengambil berat ke atas kakitangan
mereka secara adil, menjadikan mereka ahli sepasukan dan menghormati
maruah serta keperluan asas mereka.

Oleh itu, untuk mengekalkan tanggungjawab sosial terhadap pelabur, para


pengurus harus:

(i) Mengekalkan prosedur perakaunan yang sesuai;

(ii) Menyediakan maklumat semasa serta jangkaan mengenai prestasi


kewangan firma yang sesuai untuk pemegang-pemegang saham; dan

(iii) Menguruskan organisasi dengan cara yang dapat melindungi hak


dan pelaburan pemegang saham.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
104  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

(b) Persekitaran Semula Jadi Organisasi


Lingkungan kritikal kedua organisasi adalah persekitaran semula jadi.
Tidak lama dahulu, banyak organisasi kerap membuang kumbahan, bahan
sisa pembuatan dan sampah ke dalam sungai, udara dan juga kawasan
kosong.

Pada masa ini, banyak undang-undang telah diluluskan untuk mengawal


pembuangan bahan sisa. Terdapat banyak kejadian, di mana organisasi
dapat melihat sendiri akibat buruk tindakan mereka dan ini telah
menjadikan mereka lebih bertanggungjawab sosial dalam mengendalikan
bahan cemar industri mereka.

Rajah 6.4 berikut menunjukkan limpahan sisa mentah yang dibuang


ke dalam medium air. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini
mencemarkan sungai dan membahayakan kehidupan organisma di
dalamnya walaupun hakikatnya tindakan begini dilarang ketat oleh
undang-undang di seluruh dunia.

Rajah 6.4: Limpahan sisa mentah


Sumber: http://www.i8not.net

Syarikat-syarikat perlu membangunkan kaedah ekonomi yang mampu


mengelak terjadinya hujan asid, pengurangan lapisan ozon dan pemanasan
global. Mereka perlu mencari kaedah alternatif untuk mengendalikan
bahan kumbahan, sisa berbahaya dan sampah sarap biasa. Syarikat juga
perlu membentuk polisi-polisi keselamatan yang dapat mengurangkan
kemalangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan persekitaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  105

Rajah 6.5 berikut menunjukkan sebab dan akibat pemanasan global yang
mengancam kehidupan organisma bumi ini. Pemanasan global selalunya
disebabkan oleh pengeluaran asap kilang yang mengandungi peratusan
karbon dioksida yang tinggi. Selain itu, haba yang dilepaskan ke dalam
atmosfera mengakibatkan litupan air batu menjadi nipis dan mudah cair;
ini membuatkan bumi mudah diancam bahaya jika dibiarkan berterusan.

Rajah 6.5: Sebab dan akibat pemanasan global

Syarikat juga boleh mengamalkan kegiatan lain untuk menjalankan


tanggungjawab mereka terhadap persekitaran semula jadi. Antaranya
adalah dengan:

(i) Menyumbang kepada badan amal, organisasi yang bersifat


dermawan, yayasan dan persatuan bukan berasaskan keuntungan;

(ii) Menyokong muzium, simfoni, radio dan televisyen awam; dan

(iii) Memainkan peranan untuk menambah baik kesihatan dan


pendidikan awam.

(c) Kebajikan Umum Masyarakat


Akhir sekali, sesetengah masyarakat merasakan bahawa organisasi harus
juga mempromosikan kebajikan umum masyarakat sebagai tambahan
kepada tanggungjawab mereka terhadap konstituen dan persekitaran
semula jadi. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa organisasi harus
bertindak dengan betul atau pun sekurang-kurangnya tidak menyumbang
kepada ketidaksaksamaan dalam politik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Jelaskan secara ringkas tiga era tanggungjawab sosial.

2. Terangkan secara terperinci tiga lingkungan tanggungjawab sosial


tersebut.

6.3 HUJAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Secara realitinya, hanya terdapat sedikit bantahan terhadap keperluan organisasi
untuk bertindak secara bertanggungjawab. Mereka bukan hanya perlu
bertanggungjawab kepada konstituen mereka sahaja tetapi juga kepada
persekitaran semula jadi dan masyarakat umum di mana mereka beroperasi.

Namun begitu, beberapa hujah yang meyakinkan telah diutarakan oleh pihak
tertentu yang membantah tafsiran tanggungjawab sosial yang dianggap terlalu
luas. Sebahagian daripada hujah utama oleh kedua-dua belah pihak dalam
perbahasan ini telah diringkaskan dalam Jadual 6.2 berikut:

Jadual 6.2: Hujah-hujah yang Menyokong dan Membantah Tanggungjawab Sosial

Menyokong Membantah
Perniagaan menimbulkan masalah dan Tujuan perniagaan adalah untuk
harus membantu mengatasinya. menjana keuntungan bagi para
pemiliknya.
Syarikat juga adalah warganegara dalam Penglibatan dalam program sosial akan
masyarakat. memberi pengaruh yang terlalu besar
terhadap perniagaan.
Perniagaan selalunya memiliki sumber Terdapat potensi konflik kepentingan.
yang diperlukan untuk menyelesaikan
masalah.
Tanggungjawab sosial boleh meningkatkan Perniagaan kurang memiliki kepakaran
keuntungan. dalam menguruskan program-program
sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  107

Walaupun setiap hujah yang diringkaskan dalam Jadual 6.2 tadi telah
menerangkan dengan jelas kelakuan bertanggungjawab sosial organisasi,
terdapat satu lagi sebab asas yang menyokongnya iaitu keuntungan itu sendiri.
Organisasi yang menyumbang kepada masyarakat, di mana tindakan mereka
boleh dilihat dengan jelas, dapat memperkukuhkan reputasi dan menguasai
bahagian pasaran yang lebih besar bagi produk mereka.

AKTIVITI 6.2

Senaraikan hujah-hujah yang menyokong dan membantah


tanggungjawab sosial. Sertakan juga satu contoh bagi setiap hujah
tersebut.

6.4 PENDEKATAN ORGANISASI KE ARAH


TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Sesetengah orang menyokong peranan sosial yang lebih besar bagi organisasi,
manakala yang lain berhujah bahawa peranan sosial mereka sudah terlalu besar.
Pada masa yang sama, organisasi juga mempunyai pendekatan tanggungjawab
sosial sendiri yang luas seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.6 berikut:

Rajah 6.6: Pendekatan tanggungjawab sosial organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6, terdapat empat pendekatan
yang boleh digunakan oleh organisasi berkaitan dengan tanggungjawab sosial.
Pendekatan-pendekatan ini terletak secara sehala antara tahap amalan
tanggungjawab sosial yang terendah dengan tertinggi.

Huraian lanjut bagi setiap pendekatan tanggungjawab sosial ini dihuraikan


dalam Jadual 6.3 berikut:

Jadual 6.3: Empat Pendekatan Tanggungjawab Sosial

Pendekatan
Penerangan
Organisasi
Halangan Sosial Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling
rendah. Sejumlah kecil organisasi yang menggunakan pendekatan
ini biasanya menyelesaikan masalah sosial atau persekitaran dengan
cara yang paling minimum. Apabila melintasi garis etika atau
undang-undang yang memisahkan antara amalan yang diterima
dengan yang tidak diterima, mereka biasanya akan bertindak balas
dengan menafikan atau menutup tindakan buruk mereka.
Kewajipan Pendekatan ini melibatkan organisasi mematuhi segala kehendak
Sosial undang-undang dalam menyelesaikan masalah sosial atau
persekitaran tetapi tidak lebih daripada itu. Pendekatan ini paling
konsisten dengan hujah yang membantah tanggungjawab sosial
seperti diterangkan dahulu. Pengurus organisasi sebegini biasanya
menegaskan bahawa tugas mereka adalah menjana keuntungan.
Tindak Balas Pendekatan ini melibatkan pematuhan kepada keperluan undang-
Sosial undang dan etika serta melebihi keperluan dalam kes-kes tertentu.
Firma sebegini bersetuju menyertai program-program sosial yang
terhad secara sukarela. Walau bagaimanapun, mereka perlu
diyakinkan bahawa program berkenaan wajar menerima bantuan.
Sumbangan Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling
Sosial tinggi. Ia jauh melebihi keperluan minimum dan melibatkan carian
peluang-peluang untuk menyumbang kepada masyarakat secara
proaktif. Firma yang menggunakan pendekatan ini berpegang
kepada hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial. Mereka
melihat diri mereka sebagai warganegara dalam masyarakat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  109

6.5 KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB


SOSIAL
Anda tentu sedar bahawa terdapat perhubungan dua hala antara organisasi
dengan kerajaan. Dalam hubungan dua hala ini, organisasi dan kerajaan
menggunakan beberapa kaedah dalam usaha mereka untuk mempengaruhi satu
sama lain, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 6.7 berikut:

Rajah 6.7: Bagaimana organisasi dan kerajaan mempengaruhi antara satu sama lain

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

6.6 BAGAIMANA KERAJAAN


MEMPENGARUHI ORGANISASI?
Secara umumnya, kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturan-
peraturan langsung dan tidak langsung. Sebelum kita menghuraikan lebih lanjut
bagaimana kerajaan mempengaruhi organisasi, mari kita pelajari dahulu definisi
peraturan.

Peraturan adalah penubuhan undang-undang serta peraturan yang


menetapkan apa yang organisasi boleh atau tidak boleh lakukan dalam
keadaan tertentu.

Seterusnya, pengaruh kerajaan terhadap organisasi boleh digambarkan seperti


Rajah 6.8 berikut:

Rajah 6.8: Dua peraturan kerajaan yang mempengaruhi organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  111

6.7 BAGAIMANA ORGANISASI


MEMPENGARUHI KERAJAAN?
Bagaimana pula organisasi mempengaruhi kerajaan? Terdapat empat kaedah
utama yang digunakan oleh organisasi untuk menangani desakan kerajaan ke
arah tanggungjawab sosial yang lebih tinggi. Empat kaedah ini diterangkan
dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.4 berikut:

Jadual 6.4: Empat Kaedah Organisasi dalam Mempengaruhi Kerajaan

Kaedah
Penerangan
Organisasi
Kenalan Ramai eksekutif korporat dan pemimpin politik berada dalam
Peribadi kumpulan sosial yang sama. Oleh itu, kenalan dan rangkaian peribadi
menyediakan satu kaedah untuk mempengaruhi. Seorang eksekutif
perniagaan mungkin boleh menghubungi seorang ahli politik
kenalannya secara terus dan menyampaikan keadaannya berkaitan
sesuatu undang-undang yang sedang dalam pertimbangan.
Melobi Merupakan satu cubaan oleh individu atau kumpulan untuk
mempengaruhi undang-undang. Seorang pelobi boleh mewakili
sebuah organisasi dalam badan perundangan untuk mempengaruhi
keputusannya.
Jawatankuasa Jawatankuasa ini merupakan organisasi khas yang ditubuhkan untuk
Bertindak mendapat dan membahagikan wang kepada calon politik. Ini adalah
Politik kerana syarikat-syarikat dilarang oleh undang-undang daripada
membuat sumbangan terus kepada kempen politik. Oleh itu,
kakitangan syarikat digalakkan memberi sumbangan kepada
Jawatankuasa Bertindak Politik tertentu yang menyokong calon yang
berpendirian politik serupa dengan mereka. Seterusnya, Jawatankuasa
Bertindak Politik sendiri akan menyalurkan sumbangan kepada calon-
calon negeri dan pusat secara keseluruhan.
Pertolongan Organisasi kadangkala bergantung kepada pertolongan dan lain-lain
taktik berpengaruh untuk mendapatkan sokongan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

6.8 MENGURUS TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Secara umumnya, terdapat beberapa kesulitan yang boleh timbul apabila
pengurus gagal mengikuti piawaian etika yang tinggi atau apabila syarikat cuba
mengelak kewajipan mereka di sisi undang-undang.

Oleh itu, organisasi perlu menggunakan suatu pendekatan tanggungjawab sosial


yang selaras dengan kaedah yang digunakan untuk membangunkan strategi-
strategi perniagaan mereka yang lain. Mereka harus melihat tanggungjawab
sosial sebagai satu cabaran utama yang memerlukan perancangan, keputusan,
pertimbangan dan penilaian yang teliti. Mereka boleh mencapainya melalui dua
pendekatan iaitu pendekatan formal dan tidak formal, seperti mana yang
digambarkan dalam Rajah 6.9 berikut:

Rajah 6.9: Pendekatan formal dan tidak formal bagi organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  113

Jadual 6.5 menghuraikan dengan lebih lanjut pendekatan formal yang boleh
digunakan oleh organisasi untuk menguruskan tanggungjawab sosial mereka.

Jadual 6.5: Pendekatan Formal Organisasi

Pendekatan Formal Penerangan


Pematuhan Undang- Ia merujuk kepada sejauh mana organisasi mematuhi undang-
undang undang pada peringkat majlis tempatan, negeri, negara dan
antarabangsa. Tugas mengurus pematuhan undang-undang
biasanya diserahkan kepada pengurus-pengurus fungsian yang
sesuai.
Pematuhan Etika Ia merujuk kepada sejauh mana warga organisasi berkelakuan
mengikuti piawaian asas etika (dan undang-undang). Banyak
organisasi turut menubuhkan jawatankuasa etika masing-
masing. Ia mungkin ditugaskan untuk mengkaji semula
cadangan-cadangan projek baru, membantu menilai strategi
baru pengambilan pekerja atau menilai rancangan baru
terhadap persekitaran.
Pemberian Derma Merupakan pemberian dana atau lain-lain hadiah kepada
program-program amal dan lain-lain. Malangnya, dalam zaman
pengurangan kos sekarang ini, banyak syarikat telah
mengehadkan pemberian hadiah amal sejak beberapa tahun
yang lepas sebagai langkah mengurangkan bajet.

Bagi pendekatan tidak formal pula, penerangan lanjut dinyatakan dalam


Jadual 6.6 berikut:

Jadual 6.6: Pendekatan Tidak Formal Organisasi

Pendekatan Tidak
Penerangan
Formal
Kepimpinan dan Amalan kepimpinan dan budaya organisasi banyak
Budaya Organisasi membantu ke arah mendefinisikan pendirian tanggungjawab
sosial yang digunakan oleh organisasi serta warganya. Oleh
yang demikian, kepimpinan dan budaya yang sesuai adalah
penting dalam mengurus sesebuah organisasi secara tidak
formal.
Peniupan Wisel Peniupan wisel ialah pendedahan oleh seorang kakitangan
mengenai kelakuan tidak beretika atau menyalahi undang-
undang dalam sesebuah organisasi. Peniup wisel boleh
melakukannya melalui beberapa saluran. Mereka juga boleh
dipecat atas usaha mereka untuk mendedahkan salah laku
tersebut. Walau bagaimanapun, banyak organisasi mengalu-
alukan sumbangan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

6.9 MENILAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana tanggungjawab sosial organisasi
dinilai. Sesebuah organisasi yang bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab
sosial, perlu memastikan bahawa usahanya boleh menghasilkan faedah yang
diingini.

Pada dasarnya, ia perlu mengaplikasikan konsep kawalan terhadap


tanggungjawab sosial mereka. Banyak organisasi menghendaki kakitangan
mereka membaca garis panduan atau kod etika dan menandatangani
persetujuan mereka untuk mematuhinya. Organisasi juga harus menilai
bagaimana ia bertindak balas terhadap kelakuan-kelakuan yang boleh
dipersoalkan di sisi undang-undang atau etika.

6.9.1 Audit Sosial


Sedarkah anda bahawa terdapat sesetengah organisasi yang melaksanakan audit
sosial? Apakah maksud „audit sosial‰? Mari kita teliti penerangan seterusnya
untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai istilah ini.

Audit sosial korporat ialah suatu analisis formal dan lengkap ke atas
keberkesanan prestasi sosial firma.

Ia merupakan satu alat untuk menilai tanggungjawab sosial, di mana ia


menghendaki organisasi mendefinisikan kesemua matlamat sosialnya dengan
jelas. Ia juga menganalisis sumber-sumber yang ditumpukan kepada setiap
matlamat, menentukan sebaik mana matlamat dicapai dan mencadangkan
perkara mana yang perlu diberi perhatian tambahan.

Dalam erti kata lain, audit sosial merupakan satu proses menilai dan melaporkan
prestasi perniagaan daripada segi ekonomi, undang-undang, etika dan
dermawan yang merupakan tanggungjawab sosial mengikut jangkaan pihak
berkepentingan. Audit sosial menyediakan alat untuk digunakan oleh syarikat
dalam mengenal pasti dan mengukur impaknya ke atas pemegang saham,
menyampaikan maklumat secara dalaman dan luaran, dan mengaplikasikan
maklumat ini untuk menambah baik perkara-perkara yang diutamakan oleh
pihak berkepentingan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  115

Terdapat pelbagai garis panduan tanggungjawab sosial yang boleh digunakan.


Salah satu garis panduan tanggungjawab sosial yang terkini ialah „ISO 26000
Panduan Tanggungjawab Sosial‰ (ISO 26000 Guidance for Social Responsibility).
Walau bagaimanapun, ISO 26000 hanya bersifat sebagai panduan dan bukannya
untuk tujuan pengiktirafan. Berikut adalah kandungan ISO 26000.

ISO 26000: 2010 menyediakan panduan untuk semua jenis perniagaan tanpa
mengira saiz atau lokasi, berkenaan dengan perkara berikut:

(a) Konsep, istilah dan definisi berhubung tanggungjawab sosial;

(b) Latar belakang, arah aliran dan ciri-ciri tanggungjawab sosial;

(c) Prinsip dan amalan berkaitan tanggungjawab sosial;

(d) Perkara-perkara asas dan isu-isu dalam tanggungjawab sosial;

(e) Mengintegrasi, melaksana dan mempromosikan kelakuan


bertanggungjawab sosial dalam seluruh organisasi serta lingkungan
pengaruhnya melalui polisi dan amalannya;

(f) Mengenal pasti dan mengurus pihak berkepentingan; dan

(g) Menyampaikan komitmen, prestasi dan lain-lain maklumat berkaitan


tanggungjawab sosial.

ISO 26000: 2010 bertujuan untuk membantu organisasi dalam menyumbang


kepada pembangunan berkekalan. Panduan ini bertujuan untuk
menggalakkan mereka melebihi pematuhan undang-undang, mengetahui
bahawa pematuhan undang-undang adalah kewajipan asas mana-mana
organisasi dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial
mereka. Ia bertujuan untuk mempromosi kefahaman umum dalam bidang
tanggungjawab sosial dan sebagai pelengkap kepada alat-alat dan inisiatif
tanggungjawab sosial lain; bukan untuk menggantikannya. Organisasi
dinasihatkan mempertimbangkan kepelbagaian masyarakat, persekitaran,
undang-undang, budaya, politik dan organisasi serta perbezaan dalam
keadaan ekonomi, di samping menyelaraskannya dengan norma kelakuan
antarabangsa dalam mengaplikasikan ISO 26000: 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai ISO 26000, anda boleh lawati laman web
http://www.iso.org/iso/catalogue_detail

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Tahukah anda bahawa audit sosial berada hanya selangkah di belakang


penilaian tunggal prestasi syarikat yang berdasarkan pencapaian kewangan?
Selain itu, audit sosial juga menggalakkan syarikat melihat pencapaian-
pencapaian sosial, persekitaran dan ekonomi melalui pelbagai kaedah,
contohnya seperti Triple Bottom Line (Elkington, 1997, 1999). Contoh-contoh
ukuran bukan kewangan lain adalah Six Sigma dan Balanced Scorecard.

Bagaimana dengan faedah audit sosial kepada syarikat? Terdapat beberapa


faedah audit sosial kepada syarikat seperti:

(a) Mencapai prestasi sosial yang sebaik mungkin;

(b) Memudahkan penambahbaikan dan pembelajaran organisasi;

(c) Menambah baik perhubungan dengan pihak berkepentingan melalui


dialog;

(d) Membantu organisasi mengenal pasti risiko dan liabiliti yang berpotensi;

(e) Membantu menyelaraskan program-program dalam seluruh firma; dan

(f) Membenarkan syarikat menilai impak ke atas persekitaran, komuniti dan


masyarakat.

Secara ideal, keputusan audit sosial adalah suatu laporan sosial. Laporan sosial
korporat ialah laporan prestasi sosial korporat. Ia melaporkan apa yang telah
atau pun tidak dicapai pada akhir setiap tahun kewangan. Setakat ini, tiada
sesuatu piawaian formal bagi menyediakan laporan. Walau bagaimanapun,
Inisiatif Laporan Global (Global Reporting Initiatives) telah memperkenalkan
salah satu panduan laporan sosial yang paling menyeluruh. Anda boleh merujuk
kepada laman web www.globalreporting.org untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenainya.

Tahukah anda bahawa laporan sosial boleh menjadi sebahagian daripada


laporan tahunan ataupun sebagai satu laporan tersendiri? Pada tahun 2007,
Bursa Malaysia telah mewajibkan laporan sosial korporat ke atas semua syarikat
awam tersenarai di Malaysia. Ini adalah kerana laporan sosial memberi faedah
kepada syarikat seperti:

(a) Memudahkan pengurusan reputasi;

(b) Menggalakkan sikap bertanggungjawab; dan

(c) Meningkatkan ketelusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  117

Dengan itu, pemegang saham dan para pelabur akan berupaya membuat
keputusan berpengetahuan dalam mempertimbangkan sama ada syarikat telah
mencapai matlamat serta nilai-nilai penting yang telah ditetapkan atau
sebaliknya.

Sebagai penutup, cuba selesaikan latihan berikut untuk menyemak kefahaman


anda mengenai kandungan Topik 6.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Bagaimanakah kerajaan dan organisasi mempengaruhi antara


satu sama lain dalam hal berkaitan tanggungjawab sosial?

2. Terangkan secara ringkas tentang peraturan-peraturan langsung


dan tidak langsung kerajaan.

3. Terangkan secara ringkas tentang pendekatan formal dan tidak


formal organisasi dalam mengurus tanggungjawab sosial.

4. Apakah maksud „audit sosial‰?

LATIHAN 6.1

1. Ringkaskan pandangan asas tentang sejarah tanggungjawab


sosial.

2. Apakah hujah-hujah yang menyokong serta membantah


tanggungjawab sosial korporat?

3. Apakah cara-cara yang biasa digunakan oleh kerajaan untuk


mempengaruhi organisasi? Sebaliknya, bagaimana pula
organisasi mempengaruhi kerajaan?

4. Apakah pendekatan-pendekatan formal yang boleh digunakan


oleh organisasi untuk mengurus tanggungjawab sosial mereka?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

• Terdapat tiga era tanggungjawab sosial yang berlainan iaitu era


keusahawanan, era kemelesetan dan era sosial.

• Organisasi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam tiga


lingkungan ‒ konstituen, persekitaran semula jadi dan kebajikan umum
masyarakat.

• Hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial mengatakan bahawa


tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan, syarikat adalah
warganegara dalam sesebuah masyarakat dan perniagaan selalunya memiliki
sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

• Manakala hujah-hujah yang membantah tanggungjawab sosial mengatakan


bahawa perniagaan kurang kepakaran untuk mengurus program-program
sosial, wujud potensi konflik kepentingan dan tujuan perniagaan adalah
untuk menjana keuntungan bagi para pemilik.

• Terdapat empat pendekatan organisasi iaitu sumbangan sosial, tindak balas


sosial, kewajipan sosial dan halangan sosial.

• Kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturan-peraturan langsung


dan tidak langsung.

• Terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh organisasi dalam


menangani tekanan kerajaan supaya lebih bertanggungjawab sosial iaitu
kenalan peribadi, melobi, jawatankuasa bertindak politik dan pertolongan.

Audit sosial Peraturan


Halangan sosial Sumbangan sosial
Kerajaan Tanggungjawab sosial korporat
Kewajipan sosial Tindak balas sosial
Organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tadbir Urus
7 Korporat

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud tadbir urus korporat;
2. Mengenal pasti tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat;
3. Menjelaskan dua perspektif tadbir urus korporat; dan
4. Mentafsir amalan baik korporat berdasarkan Kod Tadbir Urus
Korporat.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar istilah „tadbir urus korporat‰? Apakah maksudnya?
Untuk makluman anda, istilah ini kadangkala digunakan oleh organisasi apabila
ingin menekankan kepentingan yang diletakkan ke atas pengurusan syarikat.

Seterusnya, perbincangan kita akan melihat kepada aspek-aspek berikut untuk


mempelajari tadbir urus korporat dengan lebih lanjut:

(a) Definisi tadbir urus korporat;

(b) Komponen dalam definisi tadbir urus korporat;

(c) Perspektif tadbir urus korporat;

(d) Perkaitan tadbir urus korporat dengan pihak pengurus atasan;

(e) Kepentingan mempelajari tadbir urus korporat;

(f) Kod tadbir urus korporat; dan

(g) Masa depan tadbir urus korporat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

7.1 APAKAH TADBIR URUS KORPORAT?


Tahukah anda bahawa syarikat-syarikat perlu sentiasa berwaspada mengenai
amalan korporat mereka untuk bertindak balas terhadap dunia perniagaan yang
dinamik? Ini adalah sangat penting memandangkan pelbagai kejadian boleh
berlaku, di mana akhirnya syarikat didapati terlibat dengan amalan-amalan
kontroversi. Antara syarikat yang pernah terlibat dalam kontroversi adalah
syarikat Enron, American International Group (AIG), Transmile dan Sime Darby.

Oleh kerana mereka merupakan syarikat awam tersenarai, maka mereka perlu
bertanggungjawab terutamanya terhadap pihak berkepentingan dan pemegang
saham mereka. Justeru itu, pengurus atasan hendaklah mempertingkatkan
amalan baik untuk menunaikan kontrak sosial mereka, iaitu menepati jangkaan
masyarakat.

Sebelum kita meneliti tadbir urus korporat dengan lebih lanjut, mari kita lihat
dahulu definisinya.
 
Tadbir urus korporat ialah satu sistem penyeliaan, kebertanggungjawaban
dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat
yang perlu diwujudkan untuk mendapatkan komoditi yang sangat
diperlukan oleh syarikat iaitu kepercayaan pihak berkepentingan secara
berterusan.
(Ferrell, 2011; Thorne, 2010)

Perkembangan fenomena tadbir urus adalah merupakan akibat secara langsung


kesan daripada kemajuan masyarakat, kebolehdapatan maklumat dan sifat
aktivis pemegang saham.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT  121

7.1.1 Komponen Tadbir Urus Korporat


Berdasarkan definisi tadbir urus korporat yang telah kita pelajari tadi, kita boleh
mengenal pasti tiga komponen dalam tadbir urus korporat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.1 berikut:

Rajah 7.1: Tiga Komponen tadbir urus korporat

Sekarang mari kita lihat ketiga-tiga komponen tersebut dengan lebih terperinci.

(a) Penyeliaan
Secara ringkasnya, penyeliaan merujuk kepada langkah-langkah sekatan
serta imbangan. Oleh itu, penyeliaan membenarkan keputusan pengurusan
disoal dan dicabar untuk mengurangkan risiko salah urusan.

Sebagai contoh, kewajaran melabur dalam sebuah projek baru boleh


dipersoalkan dan pihak pengurus atasan perlu menjawab isu-isu yang
ditimbulkan berkaitan projek tersebut. Objektif utama penyeliaan adalah
untuk meminimumkan salah guna kuasa pihak atasan.

(b) Kebertanggungjawaban
Kebertanggungjawaban merujuk kepada bagaimana keputusan pihak
pengurusan diselaraskan dengan hala tuju strategik yang telah dinyatakan
oleh syarikat. Secara ringkasnya, adakah pihak pengurusan bertindak
berdasarkan misi atau visi yang dinyatakan? Atas janji yang dibuat kepada
pihak awam, pihak pengurusan perlu dipertanggungjawabkan jika tidak
mahu kehilangan kepercayaan mereka.

Sebagai contoh, syarikat perkilangan telah berjanji untuk mengurangkan


pengeluaran karbonnya. Soalan yang akan diketengahkan adalah „Sudahkah
syarikat mengambil tindakan atau memulakan usaha untuk menunaikan
janji mereka?‰ Jika belum, syarikat boleh dipertanggungjawabkan ke atas
janji yang tidak ditepatinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

(c) Kawalan
Kawalan ialah satu proses audit dan menambah baik keputusan dan
tindakan organisasi. Pada peringkat ini, prestasi sebenar organisasi akan
dibandingkan dengan bajet, piawaian atau matlamat yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, apakah tujuan tadbir urus korporat? Tujuan tadbir urus
korporat adalah untuk mengimbangi kuasa, menangani kesilapan-
kesilapan, mengurangkan risiko dan mengelak salah-laku agar dapat
mencapai integriti.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Menggunakan perkataan anda sendiri, berikan definisi tadbir


urus korporat.

2. Terangkan dengan ringkas komponen-komponen tadbir urus


korporat.

7.2 PERSPEKTIF TADBIR URUS KORPORAT


Tahukah anda bahawa tadbir urus korporat boleh dilihat daripada dua
perspektif yang berbeza? Dua perspektif ini ditunjukkan dalam Rajah 7.2 berikut:

Rajah 7.2: Perspektif-perspektif tadbir urus korporat

Untuk makluman anda, semua perbincangan, keputusan dan tindakan yang


dibuat oleh organisasi perlu berdasarkan perspektif-perspektif ini. Oleh itu,
pengurus atasan hendaklah mempunyai perspektif tadbir urus korporat yang
jelas untuk dijadikan pegangan.

Daripada perspektif pemegang saham pula, dorongan bagi amalan baik tadbir
urus korporat adalah kepentingan pemegang saham. Sebagai pemilik syarikat,
tujuan tadbir urus korporat adalah untuk memelihara kepentingan pemegang
saham.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT  123

Menurut Friedman (1962, 1970), rasionalnya adalah kerana pemegang saham


merupakan pemilik syarikat. Oleh itu, syarikat harus bertanggungjawab
terhadap pemegang saham.

Sebagai contoh, jika pemegang saham berasa senang dengan keputusan dan
tindakan pengurus atasan dalam membersihkan sekeping tanah untuk tujuan
pembangunan, pengurus atasan boleh meneruskan prosesnya. Kepentingan
pihak lain adalah kepentingan sekunder.

Walau bagaimanapun, daripada perspektif pihak berkepentingan, dorongan


tadbir urus korporat adalah pemegang berkepentingan. Ini adalah kerana pihak
berkepentingan juga melabur untuk kejayaan firma. Satu lagi hujah adalah
semua keputusan dan tindakan korporat boleh memberi kesan kepada pihak
berkepentingan dan sebaliknya, pihak berkepentingan boleh menjejaskan
keputusan dan tindakan syarikat (Freeman, 1984).

Sebagai contoh, jika syarikat terlibat dalam perdagangan dalaman, situasi berikut
mungkin berlaku:

(a) Pemegang saham mungkin menanggung kerugian;

(b) Kakitangan mungkin hilang pekerjaan; dan

(c) Pelanggan mungkin tidak mendapat perkhidmatan yang seharusnya


diterima.

Akibatnya, kakitangan yang setia akan meninggalkan syarikat dan pelanggan


yang setia pula mungkin berhenti membeli atau menggunakan produk-produk
dan perkhidmatan syarikat. Ini menandakan betapa pentingnya perhubungan
yang refleksif antara perniagaan dan pihak berkepentingan.

AKTIVITI 7.1

Daripada perspektif pemegang berkepentingan, jika organisasi


mengambil keputusan untuk mengehadkan bajet, apakah yang berlaku
kepada pihak berkepentingannya? Bincangkan perkara ini bersama
rakan sekelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

7.3 PERKAITAN TADBIR URUS KORPORAT


DENGAN PENGURUSAN ATASAN
Dalam sesebuah organisasi, sebahagian besar keputusan, tindakan dan operasi
korporat adalah tanggungjawab pengurus atasan. Oleh itu, kebanyakan tugas
tadbir urus korporat terletak pada pengurus atasan iaitu lembaga pengarah.
Siapakah lembaga pengarah?

Lembaga pengarah dan pengurusan atasan adalah fidusiari kepada


pemegang berkepentingan. Mereka adalah individu-individu yang dipilih
untuk memegang kedudukan yang dipercayai, di mana mereka perlu
menumpukan perhatian dan kesetiaan demi kepentingan terbaik organisasi.

Apabila pengurus atasan bertindak dengan berhati-hati, mereka akan membuat


keputusan dengan berpengetahuan serta cermat. Keputusan-keputusan ini boleh
melibatkan penggabungan, pemerolehan dan pelaburan sehinggalah kepada
keputusan untuk menutup atau menjual unit-unit perniagaan yang kurang
menguntungkan.

Selain itu, pengurus atasan dan lembaga pengarah juga perlu bersifat setia;
mereka perlu membuat keputusan yang dapat memelihara kepentingan syarikat
serta pemegang sahamnya. Ini hanya berlaku apabila mereka mempunyai sifat
kesetiaan.

Sebagai contoh, dalam keputusan ganjaran kumpulan eksekutif (pengurusan


atasan), mereka perlu mempertimbangkan sama ada keputusan tersebut akan
memanfaatkan kumpulan tertentu sahaja atau syarikat secara keseluruhan.
Syarikat yang mempunyai amalan baik tadbir urus akan membuat keputusan
berdasarkan kesudahan yang terbaik untuk syarikat.

7.4 MENGAPA PERLU MEMPELAJARI TADBIR


URUS KORPORAT?
Setelah mengetahui apakah tadbir urus korporat dan perkara-perkara yang
terkandung di dalamnya, soalan seterusnya adalah mengapa ia begitu penting
untuk dipelajari? Tadbir urus korporat begitu penting untuk dipelajari kerana ia
adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat syarikat untuk mematuhi
amalan-amalan yang dianggap bersesuaian. Sebagai pemilik syarikat, pengurus
atasan mempunyai tanggungjawab dan harus dipertanggungjawabkan oleh
pemegang-pemegang saham.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT  125

Sebagai tambahan, kejadian-kejadian penyelewengan telah menarik perhatian


semua pihak untuk meneliti operasi syarikat. Pihak-pihak yang meneliti ini tidak
terhad hanya kepada pemegang saham tetapi termasuk juga pelabur-pelabur
berpotensi, kerajaan, media serta industri. Oleh itu, syarikat atau organisasi tidak
mampu untuk menjejaskan reputasi mereka yang sangat diperlukan apabila
menghadapi persaingan yang sengit.

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Huraikan secara ringkas dua perspektif tadbir urus korporat.

2. Terangkan mengapa seseorang perlu mempelajari tadbir urus


korporat.

7.5 KOD TADBIR URUS KORPORAT


Tahukah anda bahawa Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (juga dikenali
sebagai Kod) telah dibentuk dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti
(Suruhanjaya Sekuriti, 2010)? Suruhanjaya Sekuriti telah ditubuhkan pada 1 Mac
1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993. Ia adalah badan berkanun biaya
kendiri dengan diberi kuasa menyiasat serta menguatkuasakan. Ia melaporkan
kepada Menteri Kewangan dan penyata akaunnya dibentangkan di Parlimen
pada setiap tahun.

Sebagai agensi kerajaan, Suruhanjaya Sekuriti melindungi hak pemegang saham


dengan memastikan pasaran saham dikendalikan dengan adil dan maklumat
pelaburan didedahkan secara lengkap. Objektifnya adalah untuk memberi para
pelabur lebih banyak maklumat yang berguna kerana ia merupakan salah satu
cara terbaik untuk melindungi kepentingan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

Apakah fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti? Rajah 7.3 berikut


menunjukkan fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti.

Rajah 7.3: Sembilan fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT  127

Seterusnya, kita beralih kepada Kod. Tahukah anda bahawa ia mula diterbitkan
pada tahun 2000 dan meliputi tiga lingkungan utama? Tiga lingkungan tersebut
ialah:

(a) Pengarah
Kod meliputi pelantikan, formaliti dan ketelusan para pengarah.

(b) Pemegang Saham


Kod menekankan maklumat untuk keputusan pelaburan dan mesyuarat
agung tahunan.

(c) Kebertanggungjawaban dan Audit


Ini merujuk kepada kawalan dalaman dan perhubungan juruaudit.

Apakah tujuan Kod? Tujuan Kod adalah untuk membentuk rangka kerja tadbir
urus yang optimum. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Prinsip-prinsip tadbir urus korporat; dan

(b) Amalan terbaik tadbir urus korporat.

Bagi Kod versi tahun 2007, ia telah disemak semula dan tertumpu kepada usaha
memperkukuhkan lagi lembaga pengarah dan jawatankuasa audit. Ia memfokus
kepada kriteria kelayakan ahli lembaga pengarah untuk memastikan
keberkesanan lembaga dalam menunaikan tanggungjawabnya. Untuk maklumat
lanjut mengenai Kod versi 2007 ini, anda boleh merujuk kepada laman web
http://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdf.

Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa pematuhan Kod bukanlah


sesuatu yang mandatori. Pematuhan ini tidak dikawal untuk mengelak ia
digunakan sebagai satu latihan menanda senarai semak. Kelonggaran ini
bertujuan untuk mempromosi langkah kawal kendiri apabila bertindak balas
dengan amalan terbaik pasaran.

Di bawah Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia, syarikat-syarikat hendaklah


menyertakan kenyataan bagaimana mereka mengaplikasikan prinsip dan amalan
terbaik seperti yang disebut dalam Kod. Dalam erti kata lain, syarikat hendaklah
mendedahkan bagaimana ia telah mematuhi Kod. Kegagalan menjelaskannya
akan mengakibatkan syarikat terpaksa memberikan sebab-sebabnya. Matlamatnya
adalah untuk menyediakan maklumat prestasi syarikat kepada para pelabur,
sama ada berkaitan kewangan ataupun tadbir urus syarikat di mana mereka
boleh membuat keputusan yang wajar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

Tahukah anda terdapat dua lagi organisasi yang menyokong amalan terbaik
tadbir urus korporat di Malaysia? Dua organisasi tersebut ialah:

(a) Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia


Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia atau Malaysian Institute of
Corporate Governance (MICG) merupakan syarikat bukan bersifat
keuntungan yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Salah satu objektif
Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia adalah untuk menjadi pertubuhan
utama dalam mempromosi amalan terbaik dan pembangunan tadbir urus
korporat melalui program pendidikan berterusan bagi penjawat kanan
korporat seperti pengarah syarikat, ketua pegawai eksekutif, setiausaha
syarikat, penasihat syarikat, juruaudit syarikat, akauntan, peguam, ahli
jawatankuasa audit dan pelabur (Institut Tadbir Urus Korporat, 2007–2008).
Bagi misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia pula, ia adalah seperti
mana yang disenaraikan dalam Rajah 7.4 berikut:

Rajah 7.4: Enam misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia

(b) Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators


Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA)
ditubuhkan pada tahun 1958 dengan tujuan untuk menghasilkan
setiausaha syarikat yang berkelayakan serta memastikan sikap
profesionalisme anggotanya (Malaysian Institute of Chartered Secretaries
and Administrators, 2010).

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators berusaha


untuk mengekalkan piawaian integriti dan etika tertinggi dalam kalangan
anggota profesionnya. Ia juga bertujuan untuk menjadi pemangkin
perubahan dengan melibatkan diri secara aktif dalam mempertingkatkan
tadbir urus bidang korporat. Sebagai tambahan, ia juga berusaha untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT  129

memperjuangkan amalan terbaik tadbir urus korporat dan kepentingannya


melalui pendidikan sektor korporat Malaysia. Mari kita lihat Rajah 7.5
berikut yang menyenaraikan tiga misi Malaysian Institute of Chartered
Secretaries and Administrators.

Rajah 7.5: Tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators

LATIHAN 7.1

Bincangkan bagaimana Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG)


dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators
(MAICSA) membantu memupuk amalan baik tadbir urus korporat di
Malaysia.

AKTIVITI 7.2

Sila layari laman web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my dan


Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia di http://micg.org.my. Cari
bagaimana mereka menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang
baik di Malaysia.

7.6 MASA DEPAN TADBIR URUS KORPORAT


Akhir sekali, mari kita bincangkan masa depan tadbir urus korporat. Sedarkah
anda bahawa tadbir urus korporat akan menjadi suatu bahagian yang signifikan
dalam pengurusan korporat di masa akan datang? Untuk mengurus syarikat
dengan cekap dan berkesan, ia mestilah dipandu oleh prinsip-prinsip dan
amalan terbaik tadbir urus korporat dengan bersungguh-sungguh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

Oleh yang demikian, dalam usaha membentuk tadbir urus korporat dengan baik,
pihak pengurusan harus mengambil kira aspek-aspek yang menunjukkan faedah
mengamalkannya seperti yang dihuraikan dalam Jadual 7.1 berikut:

Jadual 7.1: Aspek-aspek yang Menunjukkan Faedah Mengamalkan


Tadbir Urus Korporat yang Baik

Aspek Huraian
Penglibatan Lembaga pengarah dipertanggungjawabkan untuk
Lembaga membangunkan misi dan visi syarikat dengan mengambil kira
Pengarah kepentingan pihak pemegang berkepentingan secara cermat.
Dalam arena perniagaan, lembaga pengarah perlu sedar bahawa
syarikat tidak beroperasi secara terasing.
Melakukan Selain itu, ahli lembaga pengarah dikehendaki menilai kendiri
Penilaian Kendiri prestasi mereka. Ia bertujuan untuk mencerminkan keberkesanan
lembaga dalam mentadbir syarikat. Dengan melakukan penilaian
kendiri, mereka akan sedar bagaimana relevannya mereka dalam
proses pembuatan keputusan. Pemilihan ahli lembaga secara
formal juga semakin meningkat.
Peningkatan Seperti yang dijelaskan dalam versi semak semula Kod 2007,
Peranan peranan jawatankuasa pencalonan telah dipertingkatkan.
Jawatankuasa Berdasarkan kaedah operasi jawatankuasa ahli lembaga, mereka
Pencalonan biasanya bertugas secara bebas dan ini menjejaskan fungsi
penyeliaan tadbir urus korporat. Dengan peningkatan peranan ini,
fungsi ahli lembaga dijangka akan lebih berkesan sebagai suatu
pasukan.
Penerangan yang Lebih banyak maklumat dijangka dapat diberikan dalam laporan
jelas tahunan syarikat. Syarikat diharapkan memberi lebih banyak
penerangan mengenai keputusan yang diambil untuk
menjustifikasikan tindakan mereka. Laporan juga diharapkan
mengandungi bukan sahaja maklumat pencapaian tetapi juga
kelemahan serta kegagalan mereka.
Peralihan Model Peralihan kepada model pihak berkepentingan dan bukan model
pemegang saham akan menjadikannya lebih berkesan.
Menjalankan Suatu siri latihan dan seminar perlu dianjurkan untuk syarikat
Latihan dan bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya mereka
Seminar mempunyai pandangan yang luas terhadap siapa yang harus
dipertanggungjawabkan.

Sokongan Sokongan pengurusan yang lebih besar terhadap tadbir urus


Pengurusan yang korporat akan wujud apabila timbul kesedaran tentang
Lebih Besar kepentingan amalan baik tadbir urus korporat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT  131

Pemegang Saham Pemegang saham dan pemegang berkepentingan lain perlu lebih
dan Pihak berpengetahuan serta lebih berpelajaran. Ini akan membuatkan
Berkepentingan mereka lebih sensitif terhadap peristiwa-peristiwa semasa dalam
yang dunia perniagaan.
Berpengetahuan

Penglibatan Penglibatan serta kehadiran pihak kerajaan juga akan bertambah


Kerajaan yang untuk menggalakkan amalan baik tadbir urus korporat dalam
Lebih Tinggi usaha mencapai pembaharuan ekonomi. Amalan baik tadbir urus
korporat akan memastikan sokongan berterusan bagi perniagaan
dan seterusnya akan membantu memperkukuhkan ekonomi
negara.

AKTIVITI 7.3

Sila layari laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.


com/market untuk mengetahui peranannya dalam mempromosikan
tadbir urus korporat di Malaysia.

LATIHAN 7.2

Bincangkan aspek-aspek yang pihak pengurusan harus ambil kira


untuk membentuk tadbir urus korporat yang baik.

 Tadbir urus korporat adalah suatu sistem penyeliaan, kebertanggungjawaban


dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat.

 Terdapat tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat iaitu


penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan.

 Terdapat dua perspektif tadbir urus korporat, iaitu:

‒ Perspektif pemegang saham; dan

‒ Perspektif pihak berkepentingan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

 Lembaga pengarah dan pengurusan atasan merupakan fidusiari kepada


para pemegang saham. Mereka adalah orang-orang yang diletakkan
dalam kedudukan yang boleh dipercayai untuk bertindak dengan penuh
tanggungjawab dan kesetiaan demi kepentingan organisasi.

 Di Malaysia, selain Suruhanjaya Sekuriti, terdapat juga organisasi lain yang


menyokong amalan baik tadbir urus korporat. Antaranya ialah Institut
Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Malaysian Institute of Chartered
Secretaries and Administrators.

Fidusiari Pihak berkepentingan


Institut Tadbir Urus Korporat (MICG) Pemegang saham
Kebertanggungjawaban Pengarah
Kod Tadbir Urus Korporat Pengurusan atasan
Lembaga pengarah Suruhanjaya Sekuriti
Malaysian Institute of Chartered Tadbir urus korporat
Secretaries and Administrators
(MAICSA)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Dimensi
8 Moral Sistem
Ekonomi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud sistem ekonomi;
2. Menerangkan kepentingan etika dalam penilaian prestasi pekerja;
3. Menerangkan lima garis panduan etika utama bagi penilaian
prestasi pekerja; dan
4. Membandingkan antara „tindakan afirmatif‰ dengan „layanan
utama‰.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar istilah „sistem ekonomi‰? Secara umumnya, sistem
ekonomi ialah suatu proses berterusan di mana orang ramai bertukar barangan
dan perkhidmatan peribadi untuk menyokong kepentingan kemanusiaannya
yang luas.

Sementara itu, dimensi moral bagi suatu sistem ekonomi adalah di mana
sumber-sumbernya dituai dan dimanipulasikan, barangan dan perkhidmatannya
ditukar dan diagih berdasarkan kegunaannya kepada orang ramai.

Dalam topik kelapan ini, kita akan mempelajari sistem ekonomi, pekerjaan dan
upah, pemeringkatan dan perkadaran prestasi pekerja, dan implikasi etika
terhadap penilaian prestasi pekerja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

8.1 SISTEM EKONOMI


Secara umumnya, setiap orang memerlukan sumber fizikal untuk memenuhi
keperluan fisiologi, psikologi, teknologi, estetik, intelek dan rohaniah untuk
membangun sebagai manusia. Sistem ekonomi menyediakan kemudahan kaedah
yang sangat penting untuk memperoleh sumber-sumber berkenaan.

Sumber-sumber asli boleh didapati dengan banyak secara semula jadi; tiada
sesiapa yang mempunyai hak tunggal ke atasnya. Keperluan, kebolehan dan
kesanggupan individu untuk berusaha akan menentukan bagaimana produk-
produk berasaskan sumber ini dihasilkan dan seterusnya diedarkan. Dalam
perkara ini, kesamaan atau kesamarataan pembahagian sumber-sumber bukan
sesuatu yang dituntut moral. Apa yang dikehendaki adalah agar semua manusia
mempunyai peluang yang sama untuk mendapat dan menggunakan sumber-
sumber yang ada. Pada masa yang sama, setiap orang juga mempunyai hak ke
atas sesuatu bahagian sumber yang minimum.

Sistem ekonomi yang moralnya kukuh akan memastikan perkara-perkara


berikut berlaku:

(a) Keadilan dalam mendapatkan sumber, keadilan dalam pertukaran dan


pengagihan barangan, dan keadilan dalam perkhidmatan;

(b) Melarang sebarang halangan buatan manusia seperti mendiskriminasi


tanpa alasan yang relevan di mana ia mengganggu kemudahan orang lain
untuk mendapatkan sumber; dan

(c) Tiada mana-mana kumpulan individu dalam sistem yang memiliki


bahagian sumber dengan tidak seimbang; semua orang mempunyai hak
saksama ke atas sesuatu bahagian.

Masyarakat mempunyai kewajipan menggunakan kerajaan dan agensi-agensi


sosial untuk mengagih semula sumber-sumber apabila terdapat pembahagian
sumber yang tidak adil dalam sistem ekonomi.

Tahukah anda bahawa sebaik mana kakitangan diupah, kebiasaannya


bergantung kepada sebaik mana pula mereka dinilai oleh majikan mereka?
Semua kakitangan tertakluk kepada suatu proses penilaian formal atau tidak
formal. Syarikat-syarikat besar biasanya menggunakan sistem pemeringkatan
dan perkadaran yang membandingkan antara kakitangan-kakitangan unit
perniagaan dan membayar gaji merit kepada mereka yang didapati melakukan
tugas dengan lebih baik dan menyumbang lebih banyak kepada organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  135

SEMAK KENDIRI 8.1

Berikan definisi istilah „sistem ekonomi‰ dengan menggunakan


perkataan anda sendiri.

8.2 PEKERJAAN DAN UPAH


Sedarkah anda betapa pentingnya mempunyai pengurus yang baik? Rajah 8.1
menunjukkan kriteria seorang pengurus yang baik walaupun ia disampaikan
secara sindiran. Mengapakah penting bagi sesebuah organisasi mempunyai
pengurus yang baik?

Rajah 8.1: Bagaimana untuk menjadi pengurus yang baik


Sumber: http://geekandpoke.typepad.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Pengurus yang baik akan berupaya menarik individu-individu ke dalam


syarikat, mengekalkan pusing ganti yang rendah, mendapatkan kesetiaan
mereka terhadap syarikat untuk mencapai objektif, seterusnya mengekal dan
meningkatkan tahap produktiviti dengan sebaik mungkin.

Bagi organisasi pula, jika ia mahu mengekalkan kakitangan yang baik, ia perlu
menawarkan gaji yang berdaya saing di samping perlindungan insurans
kesihatan, skim simpanan dan pencen sebagai sebahagian daripada pakej upah
asas. Selain itu, pengurus juga perlu melakukan perkara-perkara berikut bagi
memotivasi dan memuaskan hati kakitangan:
(a) Menyediakan latihan sambil bekerja dan latihan luar waktu bekerja untuk
mereka;
(b) Memberikan mereka maklum balas tentang prestasi kerja yang berkesan;
(c) Membenarkan mereka menyertai proses pembuatan keputusan yang
memberi kesan ke atas struktur dan objektif kerja mereka, dan juga
menerangkan bagaimana prestasi kerja mereka akan diukur;
(d) Menyediakan peluang untuk mereka maju ke jawatan yang bergaji serta
bertanggungjawab lebih tinggi; dan
(e) Menyediakan keadaan tempat kerja yang selamat untuk mereka.

Walaupun amalan yang disebutkan tadi merupakan kaedah „pengurusan baik‰,


ia juga mempunyai satu dimensi moral. Pengurus syarikat boleh mengabaikan
atau menyalahgunakannya demi keuntungan syarikat.

Namun begitu, tindakan ini adalah salah daripada segi moral kerana ia
melibatkan kemudaratan atau ketidakadilan kepada individu serta kegagalan
menghormati mereka dengan sewajarnya.

Oleh itu, dalam bahagian seterusnya, kita akan mempelajari aspek-aspek penting
berikut iaitu:
(a) Hak moral pekerjaan;
(b) Amalan pengambilan pekerja yang adil;
(c) Tindakan afirmatif dan layanan utama;
(d) Upah pekerja;
(e) Gaji sama untuk pekerjaan yang sama;
(f) Gaji sama untuk pekerjaan yang setara; dan
(g) Pembahagian pulangan ke atas sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  137

SEMAK KENDIRI 8.2

Senaraikan faktor-faktor yang menunjukkan pengurusan yang baik.


Bincangkan setiap faktor tersebut dengan ringkas.

8.2.1 Hak Moral Pekerjaan


Hak dan tuntutan moral apakah yang dimiliki oleh kakitangan terhadap majikan
mereka berhubung pekerjaan? Sedarkah anda mengenai apa yang telah berlaku
sejak 10 tahun yang lepas dalam bidang pekerjaan? Banyak kilang dan industri
telah mengambil keputusan untuk menutup, memindahkan operasi atau
mengurangkan tenaga kerja mereka. Ini mengakibatkan ramai orang yang
kehilangan pekerjaan, selain terpaksa mencari dan memulakan kerja dengan
majikan baru (mungkin juga terpaksa memilih kerjaya yang berlainan sama
sekali). Malah, di sebalik kerugian ekonomi, sesetengah mereka turut mengalami
tamparan psikologi terhadap harga diri mereka.

Mari kita teliti Rajah 8.2 yang menggambarkan kesan penutupan, pemindahan
dan penyusutan kilang serta industri yang berlaku di Amerika.

Rajah 8.2: Kesan penutupan, pemindahan dan penyusutan kilang dan industri di
Amerika Syarikat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Sesetengah orang mengatakan bahawa individu yang terlibat dalam penutupan,


pemindahan dan pengurangan tenaga kerja juga mengalami pencabulan hak
pekerjaan di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, persoalannya adalah
sama ada terdapat suatu hak moral yang boleh dibuktikan, seterusnya kepada
siapa tuntutan harus dituju.

Kita semua dilahirkan dalam suatu sistem ekonomi, walaupun jenis sistem
mungkin berbeza daripada segi asasnya. Sistem-sistem ini boleh berbeza antara
yang mengamalkan kaedah-kaedah primitif sehinggalah kepada yang
menjalankan urus niaga kompleks seperti dalam masyarakat berorientasikan
industri dan teknologi. Kebanyakan mereka yang berada dalam negara
perindustrian mendapatkan sumber-sumber bahan melalui „pekerjaan‰ atau
„bekerja‰, bukan melalui berkebun atau berburu.

Seperti yang telah diterangkan dahulu, setiap manusia mempunyai hak


memperoleh dan menggunakan sebahagian sumber bahan untuk memastikan
kita dapat hidup pada satu tahap kesejahteraan fizikal serta psikologi yang baik.
Oleh yang demikian, jika kebanyakan orang tertakluk kepada sistem ekonomi di
mana pekerjaan adalah cara untuk mendapatkan sumber-sumber penting ini,
maka mereka harus mempunyai hak moral ke atas pekerjaannya dan sistem
ekonomi pula bertanggungjawab menyediakan pekerjaan.

Dalam sesebuah sistem ekonomi kapitalis utama seperti di Amerika, kebanyakan


peluang pekerjaan ditawarkan oleh sektor swasta. Oleh itu, tanggungjawab
moral untuk menyediakan pekerjaan terletak pada majikan-majikan swasta.

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tadi? Bagaimanakah pernyataan


tersebut terhadap soalan berikut?

Adakah perniagaan mempunyai kewajipan moral untuk mengambil sejumlah


minimum pekerja bagi mengekalkan pekerjaan pada satu tahap yang
memuaskan dalam masyarakat di mana mereka beroperasi?

 
Jawapannya adalah „tidak‰. Ini adalah kerana masyarakat berkenaan
menggunakan sistem ekonomi yang memerlukan kebebasan luas dalam
perusahaan komersilnya untuk menjana tahap kemakmuran kebendaan yang
maksimum bagi anggotanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  139

Dalam sesuatu sistem kapitalis, kebebasan ini termasuklah hak untuk:

(a) Mengambil dan mengekalkan pekerja mengikut keperluan untuk


memenuhi permintaan sesuatu perniagaan; dan

(b) Beroperasi dengan cekap pada tahap keuntungan yang memuaskan.


 
Ia juga dilihat meliputi pengambilan pekerja yang memiliki pendidikan,
kemahiran dan ciri-ciri personaliti yang dianggap paling sesuai dengan jenis
operasi sesebuah perniagaan. Salah satu andaian yang dibuat di sini adalah
bahawa keputusan untuk hidup di bawah sistem kapitalis merupakan pilihan
bebas oleh anggota masyarakat, sama ada melalui proses langsung demokrasi
atau kontrak sosial yang tidak langsung.

Dalam erti kata lain, dengan terus menjalani hidup di bawah sistem tersebut
tanpa bantahan politik, mereka secara tidak langsung telah menyatakan pilihan
mereka. Berdasarkan andaian ini, majikan mempunyai kebebasan untuk
mengambil dan mengekalkan pekerja yang mereka anggap sesuai. Selain itu,
masyarakat di mana mereka beroperasi juga tidak mempunyai tuntutan moral ke
atas mana-mana pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor swasta.

8.2.2 Amalan Pengambilan Pekerja yang Adil


Ahli-ahli teori etika melihat amalan pengambilan pekerja yang adil daripada tiga
sudut yang berbeza iaitu:

(a) Undang-undang Semula Jadi


Penyokong moral undang-undang semula jadi (atau sesiapa yang
berpegang kepada teori moral berasaskan hak) akan menunjukkan bahawa
amalan pemilihan pekerja berdasarkan bangsa, jantina, umur atau agama
adalah tidak bermoral dan mencabuli hak setiap orang untuk dihormati.
Akibatnya, majikan-majikan harus memastikan mereka tidak
mendiskriminasi berdasarkan ciri-ciri yang tiada kaitan dengan prestasi
pekerjaan individu.

(b) Utilitarian
Penyokong utilitarian mempunyai kesimpulan yang sama seperti ahli
undang-undang semula jadi, walaupun pertimbangan mereka bergantung
kepada akibat keseluruhan amalan berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

(c) Relativisme Budaya


Penyokong relativisme budaya berhujah bahawa jika tidak terdapat
undang-undang yang melarang diskriminasi, maka polisi pengambilan
pekerja dan kenaikan pangkat haruslah mengikut adat yang diterima pakai
dalam sesebuah masyarakat.

Kita telah melihat tiga pandangan ahli teori berhubung amalan pengambilan
pekerja yang adil. Oleh itu, mari kita beralih pula kepada satu lagi aspek yang
berkaitan iaitu amalan anti diskriminasi. Mari kita fikirkan isu berikut:

Adakah agensi-agensi pekerjaan bersikap tidak bermoral jika mereka


menuruti amalan anti diskriminasi tetapi enggan menghantar pemohon-
pemohon daripada kumpulan minoriti dan lain-lain pemohon untuk
ditemuduga bagi memenuhi jawatan yang mereka layak? Adakah kerjasama
mereka formal atau penting dalam contoh ini.

Mari kita lihat pandangan yang diketengahkan oleh ahli-ahli teori etika
berhubung persoalan tadi daripada sudut:

(a) Undang-undang Semula Jadi


Penyokong undang-undang semula jadi akan menganggapnya sebagai
penglibatan tidak bermoral secara langsung kerana mereka telah bersetuju
menjadi lanjutan kepada pejabat pekerjaan klien mereka. Oleh itu, tindakan
mereka adalah suatu diskriminasi langsung yang sememangnya tidak
bermoral.

(b) Utilitarian
Sebaliknya, pihak utilitarian mempertimbangkan akibat daripada tindakan
agensi-agensi terbabit seperti kemungkinan kehilangan klien kerana
enggan bekerjasama menentang diskriminasi. Mereka juga cuba
menentukan sama ada suatu keadaan yang lebih baik boleh terhasil jika
amalan tersebut dipatuhi.

(c) Relativisme Budaya


Penyokong relativisme budaya pula akan menyetujui pematuhan kepada
kehendak sesebuah syarikat majikan sekiranya diskriminasi adalah amalan
sosial yang diterima dan tidak menyalahi undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  141

8.2.3 Tindakan Afirmatif dan Layanan Utama


Terdapat banyak tafsiran bagi istilah „tindakan afirmatif‰ dan salah satunya
adalah seperti berikut:

Tindakan afirmatif boleh melibatkan langkah menetapkan suatu angka


spesifik bagi pengambilan anggota kumpulan minoriti untuk memenuhi
jawatan-jawatan bagi suatu tempoh tertentu. Ia menetapkan pembahagian
jawatan yang selaras dengan pecahan jumlah penduduk dalam masyarakat. Ia
menyasarkan pencapaian prinsip menyeluruh di mana peluang pekerjaan dan
kenaikan pangkat adalah terbuka untuk semua, tanpa mengira jantina,
bangsa, agama, umur atau keupayaan.

Terdapat kemungkinan besar kumpulan undang-undang semula jadi dan


kumpulan utilitarian akan bersetuju bahawa setiap orang harus mempunyai
peluang yang sama untuk bersaing bagi mendapatkan mana-mana pekerjaan
yang mereka layak. Ini dikuatkan dengan sokongan daripada dua kumpulan
tersebut terhadap pendekatan tindakan afirmatif ini. Sementara itu bagi
kumpulan relativisme, budaya akan bergantung kepada adat-adat yang
diamalkan masyarakat dan semestinya menyetujui idea peluang sama rata.

Sekarang, mari kita beralih kepada satu lagi istilah penting yang berbeza
daripada tindakan afirmatif. Pernahkah anda mendengar istilah „layanan
utama‰ atau lebih dikenali sebagai „menetapkan kuota‰?

Layanan utama bermaksud amalan mengutamakan anggota kumpulan


minoriti berbanding anggota kumpulan bukan minoriti dalam pengambilan
pekerja atau kenaikan pangkat. 

Layanan utama merupakan bentuk tindakan yang mengulangi kesalahan yang


ingin diperbetulkan iaitu memilih seseorang berdasarkan sepenuhnya kepada
ciri-ciri yang tiada kaitan dengan prestasi fungsi atau pekerjaan. Amalan
menetapkan kuota spesifik bagi kumpulan minoriti boleh dianggap sebagai
tindakan yang tidak bermoral.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Oleh itu, bagi mengekang isu layanan utama, terdapat tiga aspek yang perlu
dilaksanakan untuk menanganinya iaitu:

(a) Menggunakan polisi peluang sama rata yang berdaya maju;

(b) Memilih pekerja berdasarkan sepenuhnya kepada kelayakan mereka


terhadap sesuatu jawatan, melainkan jika terdapat alasan yang kukuh
untuk melakukan sebaliknya; dan

(c) Mengamalkan layanan utama untuk sesuatu jangka waktu yang tetap.

Sebagai kesimpulan, apakah perbezaan antara tindakan afirmatif dengan


layanan utama? Mari kita lihat Rajah 8.3 berikut yang menjelaskan perbezaan
tersebut:

Rajah 8.3: Perbandingan antara tindakan afirmatif dengan layanan utama

8.2.4 Upah
Secara umumnya, majikan akan mengkaji soalan-soalan berikut untuk
menetapkan upah.

(a) Berapakah upah yang layak diterima oleh kakitangan secara moralnya?

(b) Adakah mereka layak menerima tahap faedah tertentu sebagai


tambahan kepada upah asas?

Upah kakitangan umumnya ditetapkan oleh pasaran buruh; ia merupakan satu


jumlah yang memadai untuk menarik dan mengekalkan individu-individu yang
produktif. Tahukah anda terdapat perbezaan upah antara perniagaan besar
dengan perniagaan kecil?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  143

(a) Dalam industri besar, andaian umum adalah bahawa gaji yang berdaya
saing merangkumi upah asas dan bonus serta ditambah pula dengan
pelbagai faedah seperti cuti bergaji, percutian, cuti sakit, insurans
perubatan dan pergigian, skim simpanan dan pencen; dan

(b) Sebaliknya, bagi perniagaan/organisasi kecil, upah selalunya adalah satu


jumlah yang mampu dibayar oleh majikan, manakala bonus dan faedah
adalah sesuatu yang belum pasti dapat diberi dalam pakej berkenaan.

Pekerjaan merupakan cara kakitangan mendapatkan sebahagian sumber bahan


yang saksama. Pada dasarnya, pekerjaan mereka harus menyediakan upah dan
faedah pada tahap yang dapat memastikan mereka boleh hidup dalam keadaan
serba minimum tetapi memuaskan.

Dalam apa jua keadaan, oleh kerana sesuatu perniagaan/organisasi tidak


mungkin membayar upah melebihi jumlah yang mereka mampu, jumlah yang
kurang bagi masyarakat memenuhi keperluan hidup pada tahap yang
memuaskan akan disalurkan oleh kerajaan sebagai satu langkah pembahagian
yang adil. Jumlah tersebut adalah berdasarkan statistik ekonomi yang sesuai
seperti „jumlah yang memadai untuk kehidupan sebuah keluarga seramai empat
orang‰.

AKTIVITI 8.1
Semasa krisis ekonomi di Malaysia pada tahun 1997, banyak
organisasi terpaksa mengurangkan aktiviti perniagaan mereka
sehingga mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan.

Bincangkan pernyataan di atas dalam hubungan dengan hak moral ke


atas pekerjaan.

8.2.5 Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Sama


Tahukah anda bahawa prinsip „gaji sama untuk pekerjaan yang sama‰ telah
dijadikan sebahagian daripada undang-undang buruh Amerika pada masa kini?
Prinsip ini mengatakan bahawa individu-individu yang melakukan jenis
pekerjaan yang sama mesti dibayar gaji yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Walau bagaimanapun, prinsip ini tidak diambil kira apabila kakitangan boleh
bekerja dengan lebih pantas atau lebih cekap daripada kakitangan lain, di mana
bayaran gaji yang lebih tinggi boleh dijustifikasikan. Bangsa, jantina, umur dan
kekurangan upaya tidak menjadi faktor ke atas gaji selagi ia melibatkan
pekerjaan yang sama.

Adakah keadilan sosial menghendaki kakitangan yang mempunyai tanggungan


(ahli keluarga yang perlu dijaga) dibayar melebihi individu yang tiada
tanggungan (bujang) tetapi melakukan jumlah pekerjaan yang sama? Persoalan
ini adalah sesuatu yang kompleks untuk dijawab kerana:

(a) Tidak mungkin layanan tidak sama rata ini dapat diterima di Amerika;

(b) Mereka yang bujang pasti akan berhujah bahawa majikan hanya perlu
membayar gaji yang ditetapkan oleh pasaran untuk pekerjaan tertentu.
Syarikat majikan tidak seharusnya terlibat dalam urusan menegakkan
keadilan sosial; dan

(c) Sekiranya keadilan teragih adil menjadi isu, maka kewajipannya terletak
pada masyarakat. Program-program khas kebajikan atau subsidi keluarga
mungkin diperlukan dan tanggungjawabnya harus dikongsi bersama oleh
setiap orang dalam komuniti secara adil dan saksama.

8.2.6 Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Setara


Semenjak kebelakangan ini, tanggapan „gaji sama untuk pekerjaan yang setara‰
telah mempengaruhi beberapa buah negeri di Amerika. Mereka membayar gaji
yang sama kepada kakitangan awam sekiranya pekerjaan mereka melibatkan
tanggungjawab yang berbeza tetapi memerlukan tahap pendidikan, kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman relatif yang sama seperti pencantas pokok dan
pemandu lori.

Adakah anda fikir bahawa gaji sama untuk pekerjaan yang setara ini merupakan
suatu tuntutan keadilan? Jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana pasaran
masih menjadi penentu yang paling efisien untuk memperuntukkan pekerjaan.
Walaupun keperluan kemahiran dan pengetahuan kelihatan serupa bagi
kebanyakan pekerjaan, faktor-faktor lain (contohnya, waktu kerja yang panjang,
faktor risiko yang berbeza-beza dan persekitaran fizikal) juga perlu
dipertimbangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  145

Apa yang dikehendaki moral adalah supaya tiada mana-mana kumpulan


individu yang tersisih daripada mendapat pekerjaan-pekerjaan yang bergaji
tinggi berasaskan alasan yang tidak relevan. Pendekatan menentukan gaji
dengan cara ini timbul akibat pembayaran gaji lebih rendah yang dibayar kepada
kaum wanita untuk pelbagai pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran dan
pengetahuan yang sama seperti kaum lelaki. Jika kaum wanita disisihkan
daripada pekerjaan-pekerjaan ini hanya atas dasar perbezaan jantina, maka
amalan diskriminasi ini hendaklah diperbetulkan untuk memberi peluang sama
rata kepada mereka.

AKTIVITI 8.2

Apakah pendapat anda tentang prinsip „Gaji sama untuk pekerjaan


yang sama‰ dan „Gaji sama untuk pekerjaan yang setara‰? Bincangkan
bersama rakan sekelas anda.

8.2.7 Pembahagian Pulangan ke Atas Sumber


Sedarkah anda bahawa terdapat hubungan antara jumlah sumber bahan yang
digunakan syarikat dengan kewajipan mengagihkan pulangan yang didapati
daripada sumber tersebut kepada anggota masyarakat? Pulangan ini tidak hanya
bergantung kepada jumlah sumber yang digunakan tetapi juga sebaik mana
syarikat menguruskannya dan bagaimana produktif para pekerjanya.

Oleh yang demikian, para pengurus dan pekerja mempunyai hak pembahagian
pulangan yang „saksama‰ berdasarkan sumbangan mereka kepada kejayaan
perusahaan. Pengurus atasan biasanya menganggap diri mereka sebagai
penyumbang terbesar dan menjangka akan menerima bahagian terbesar upah
dan bonus yang akan dibayar oleh syarikat.

Pemegang saham juga seharusnya berhak mendapat bahagian yang wajar


daripada jumlah pulangan syarikat. Mereka mempunyai tuntutan pertama ke
atas pulangan serta hak ke atas bahagian yang terbesar. Melalui pelaburan
mereka, pemegang saham dapat mengakses sumber-sumber dan ini memberikan
mereka hak untuk mendapat bahagian pulangan yang sewajarnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

SEMAK KENDIRI 8.3


Berdasarkan amalan pengambilan pekerja yang adil, terangkan
pandangan ahli-ahli teori berkenaan amalan tersebut daripada sudut:

(a) Undang-undang semula jadi;

(b) Utilitarian; dan

(c) Relativisme budaya.

8.3 PEMERINGKATAN DAN PENARAFAN


Secara umumnya, kadar sebaik mana kakitangan diupah adalah bergantung
kepada sebaik mana tanggapan penyelia mereka ke atas kerja yang mereka
lakukan. Walaupun prestasi kerja dan potensi untuk maju bukan perkara yang
serupa, seseorang yang berupaya mengendali tanggungjawab tambahan tidak
akan dinaikkan pangkat dalam syarikat tanpa prestasi yang baik dalam tugas
semasa yang diberikan.

Semua kakitangan adalah tertakluk kepada penilaian prestasi, sama ada secara
formal atau tidak formal. Bagaimanakah penilaian dilakukan? Sedarkah anda
bahawa terdapat perbezaan kaedah penilaian antara organisasi besar dengan
kecil? Mari kita lihat Jadual 8.1 berikut untuk mengetahui jawapannya.

Jadual 8.1: Perbezaan antara Kaedah Penilaian Organisasi Kecil dengan Organisasi Besar

Organisasi Kaedah
Kecil Penilaian Tidak Formal
Dalam perniagaan kecil, majikan umumnya boleh melakukan
pemerhatian ke atas prestasi kakitangan mereka secara langsung. Proses
penilaiannya bukan sesuatu yang terlalu rumit.
Besar Penilaian Formal
Syarikat-syarikat besar (terutamanya organisasi yang mempunyai ramai
kakitangan pengurusan) akan menggred, memeringkat dan memberikan
perkadaran kakitangan daripada pelbagai unit organisasi dengan
membandingkan prestasi mereka dengan rakan sekerja. Kakitangan yang
dianggap berprestasi lebih tinggi pada peringkat yang sama dalam
sesuatu unit akan menerima gaji yang lebih baik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  147

AKTIVITI 8.3

Apakah kriteria-kriteria yang digunakan oleh pengurus atasan dalam


mengukur prestasi kakitangan?

8.4 IMPLIKASI ETIKA TERHADAP PENILAIAN


PRESTASI
Akhir sekali, mari kita teliti implikasi etika terhadap penilaian prestasi.
Kebanyakan orang menyatakan bahawa maruah dan nilai mereka sebagai
individu dinilai melalui pekerjaan masing-masing. Pekerjaan memberi mereka
satu cara untuk mencapai matlamat peribadi dan menyumbang kepada
kesejahteraan diri mereka, keluarga serta masyarakat.

Pengiktirafan awam terhadap pekerjaan mereka, sama ada secara formal atau
tidak formal yang diterima daripada komuniti di mana mereka berada ialah
bahagian penting imej kendiri bagi menandakan „siapa diri mereka‰. Tiada
pendapat yang lebih penting pada mereka selain tanggapan majikan mengenai
prestasi kerja mereka.

Oleh itu, para pengurus mempunyai kewajipan menyediakan penilaian prestasi


yang kukuh. Sekiranya kakitangan mempertikaikan keadilan ganjaran mereka,
maka semangat serta prestasi kerja mereka akan terjejas. Walau bagaimanapun,
terdapat dimensi moral kepada tanggungjawab ini. Kita perlu mempertimbangkan
impak penilaian ke atas individu-individu yang dinilai dan persepsi harga diri
yang ditunjukkan melalui pengukuran oleh penyelia mereka.

Pelan penilaian syarikat yang menggariskan peraturan-peraturan asas bagi


penilaian prestasi merupakan suatu kontrak moral dengan kakitangan kerana ia
adalah suatu janji. Ia biasanya menunjukkan sejauh mana seseorang individu
telah mencapai piawaian yang telah ditetapkan dalam pelan penilaian untuk
menentukan jumlah upah yang akan dibayar. Penyelia yang gagal mengikuti
pelan penilaian akan berlaku tidak adil terhadap kakitangan bawahan yang
mempunyai hak untuk dinilai mengikut ketetapan dan piawaian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Terdapat beberapa garis panduan asas yang perlu dipatuhi untuk memastikan
layanan beretika diberikan terhadap kakitangan ketika proses penilaian dibuat.
Garis panduan ini dapat dilihat dalam Jadual 8.2 berikut:

Jadual 8.2: Garis Panduan Utama bagi Penilaian Prestasi

Garis Panduan Penerangan


Penetapan Objektif Kakitangan bawahan perlu mempunyai objektif yang jelas dan
tetap untuk sesuatu tempoh penilaian. Mereka juga perlu
memberi input sendiri mengenai objektif yang ditetapkan.
Mendapatkan Kakitangan mempunyai hak untuk mendapat maklum balas
Maklum Balas ke atas prestasi mereka secara berkala. Adalah tidak adil jika
seseorang itu diberitahu mengenai prestasi rendah mereka
hanya pada akhir tempoh penilaian. Seseorang kakitangan
bawahan hendaklah dimaklumkan mengenai prestasi mereka
yang lemah atau tidak memuaskan. Adalah tidak bertimbang
rasa dan tidak adil jika seseorang itu dibiarkan menganggap
mereka telah bekerja dengan baik, sedangkan ia adalah
sebaliknya.
Menggunakan Penilaian mesti diukur berasaskan kriteria yang sah. Adalah
Kriteria yang Sah tidak adil jika pengukuran prestasi kakitangan dilakukan
dengan menggunakan suatu kaedah yang sebahagian
besarnya tidak berkaitan dengan operasi yang dikendalikan.
Mempunyai Hanya mereka yang mempunyai pengetahuan yang baik ke
Maklumat Penting atas tugas kakitangan dibenarkan menilai prestasi mereka.
Mengenai Pada sesi penilaian, penyelia perlu menyediakan maklumat
Kakitangan yang tepat mengenai pencapaian dan kegagalan kakitangan.
Penilai yang bergantung kepada maklumat yang tidak tepat
atau tidak lengkap mengenai insiden-insiden melibatkan
kakitangan dalam tempoh penilaian boleh mengakibatkan
kakitangan gagal dalam persaingan ganjaran berbanding
dengan mereka yang disokong dengan maklumat lengkap.
Kakitangan Bawahan Kakitangan bawahan mempunyai hak untuk diberi
Mempunyai Hak kaunseling, tunjuk ajar dan latihan bagi membantu mereka
Menambah Baik menambah baik prestasi.

Walaupun garis-garis panduan yang ditunjukkan dalam Jadual 8.2 tadi kelihatan
sebagai kemahiran asas pengurusan yang baik, ia penting untuk diamalkan
kerana ia memberi kesan langsung ke atas manusia yang mempunyai maruah
dan ia berhak untuk mendapatkan layanan secara adil dan hormat.

Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut untuk menguji kefahaman
terhadap topik ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI  149

LATIHAN 8.1

1. Apakah hak dan tuntutan moral yang dimiliki oleh kakitangan ke


atas majikan mereka dalam konteks pekerjaan dan upah?

2. Buat perbandingan antara „tindakan afirmatif‰ dengan „layanan


utama‰.

3. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila menilai


prestasi kakitangan?

4. „Sistem penilaian prestasi mempunyai satu dimensi moral‰.


Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan alasan
anda.

5. Berikan garis-garis panduan bagi penilaian prestasi. 

• Sistem ekonomi adalah suatu proses yang berterusan di mana manusia


bertukar bahan/barangan dan perkhidmatan peribadi untuk menyokong
kepentingan kemanusiaan yang luas.

 Jika pengurus ingin mengambil dan mengekalkan pekerja yang produktif


dan setia, mereka perlu menawarkan gaji dan faedah yang berdaya saing,
latihan dan maklum balas prestasi yang memadai, peluang kenaikan
pangkat, kaedah mengatasi ketidakadilan yang saksama tanpa
membimbangkan tindakan balas, dan suasana kerja yang selamat.

 Pengurus dan pembantu mereka mempunyai kewajipan untuk


mengamalkan pengambilan pekerja secara adil dan mengelakkan
diskriminasi terhadap manusia berdasarkan jantina, bangsa, umur dan
keupayaan kerana ciri-ciri ini adalah tidak relevan dalam pekerjaan.

 Tindakan afirmatif adalah urusan peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat.


Ia terbuka untuk semua, tanpa mengambil kira jantina, bangsa, umur dan
ciri-ciri lain yang tidak relevan.

 Layanan utama ialah amalan pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat


yang lebih mengutamakan anggota kumpulan minoriti berbanding mereka
daripada kumpulan bukan minoriti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 Para pengurus, pekerja dan pemegang saham mempunyai hak menuntut


bahagian yang sepatutnya bagi mereka mengikut usaha masing-masing
dalam menggunakan sumber secara cekap dan produktif bagi sesebuah
perusahaan.

 Semua kakitangan adalah tertakluk kepada proses penilaian yang formal


atau tidak formal. Walau bagaimanapun, sistem penilaian prestasi
mempunyai dimensi etika. Kebanyakan orang menyatakan bahawa maruah
dan nilai mereka dapat dinilai melalui pekerjaan dan pengiktirafan awam
secara formal atau tidak formal, mengesahkan harga diri mereka.

 Terdapat lima garis panduan etika utama berhubung penilaian prestasi. Lima
garis panduan etika tersebut adalah:

– Mempunyai hak menambah baik diri.

– Mendapatkan maklum balas;

– Menggunakan kriteria yang sah;

– Menyediakan maklumat yang penting berkenaan kakitangan; dan

– Menetapkan objektif;

– Mempunyai hak menambah baik diri.

Gaji sama Sistem ekonomi


Layanan utama Sumber bahan
Pekerjaan Tindakan afirmatif
Pengambilan pekerja secara adil Undang-undang semula jadi
Penilaian prestasi Upah
Relativisme budaya Utilitarian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kakitangan
9 dan Tempat
Kerja
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan bagaimana melindungi hak kebersendirian kakitangan
dan syarikat;
2. Mengenal pasti alasan-alasan moral dalam langkah-langkah syarikat
sebelum mengambil pekerja; dan
3. Mengenal pasti kejadian-kejadian yang mengakibatkan pencabulan
hak kebersendirian.

 PENGENALAN
Tahukah anda semasa temu duga, penemu duga boleh meminta pemohon
supaya menjalani ujian dadah? Mengapa ujian itu perlu? Apakah rasional di
sebalik permintaan ini?

Ujian saringan boleh dibuat kerana syarikat ingin melindungi diri, kakitangan
dan pelanggan daripada keburukan yang boleh dielakkan. Oleh itu, mereka
percaya bahawa mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat
kakitangan mereka agar dapat melindungi organisasi daripada masalah
penipuan, kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku
kakitangan di bawah pengaruh arak atau dadah.

Namun, adakah syarikat mempunyai hak ke atas maklumat tersebut demi


kepentingannya sendiri? Adakah ia suatu pencerobohan yang tidak wajar
terhadap hak kebersendirian kakitangan jika ia dilakukan? Kita akan mengetahui
jawapan bagi isu-isu ini dalam subtopik-subtopik seterusnya. Mari kita teruskan!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

9.1 MENGHORMATI HAK KEBERSENDIRIAN


KAKITANGAN
Secara dasarnya, setiap syarikat mempunyai hak untuk melindungi diri daripada
penipuan, kecurian maklumat dan rahsia perdagangan, kerosakan ke atas
kemudahan serta kemudaratan kepada kakitangan, pelanggan dan orang awam
yang berurusan dengan syarikat.

Oleh kerana kakitangan berpotensi sebagai punca kemudaratan tersebut, para


pengurus selalunya perlu menyelidiki sejarah peribadi calon pekerja mereka.
Sesetengah syarikat menggunakan ujian pra-pekerjaan untuk mengetahui tahap
kejujuran bakal kakitangan mereka.

Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, ujian poligraf telah digunakan oleh
banyak syarikat sebagai alat saringan pra-pekerjaan (Rajah 9.1). Ia digunakan
untuk mengetahui tahap kejujuran seseorang. Walau bagaimanapun,
penggunaan alat tersebut kini dilarang oleh undang-undang.

Rajah 9.1: Ujian poligraf


Sumber: http://www.akhbarassociates.com

Para pengurus juga ingin memantau ataupun cuba menyekat aktiviti peribadi
pekerja yang bekerja dengan mereka untuk memastikan mereka tidak menjadi
ancaman kepada perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  153

Namun, terdapat dua persoalan penting yang boleh dipersoalkan terhadap


tindakan-tindakan tersebut iaitu:

(a) Sejauh manakah para pengurus boleh menceroboh hak kebersendirian


calon kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan syarikat?

(b) Adakah hak syarikat untuk melindungi diri akan sentiasa mengatasi hak
kebersendirian kakitangan?

AKTIVITI 9.1

Cuba anda tanya pengurus sumber manusia di tempat anda tentang


sejauh manakah majikan anda boleh menjalankan ujian ke atas
kakitangannya. Bandingkan maklumat yang anda dapati dengan rakan
sekelas. Kemudian, ringkaskan dapatan anda menggunakan peta
minda.

Selain itu, syarikat-syarikat juga boleh memasang alat-alat canggih seperti


televisyen litar tertutup (CCTV) atau perisian komputer untuk memantau gerak-
geri kakitangan mereka di pejabat dan dalam rangkaian komputer. Rajah 9.2
menunjukkan rakaman melalui televisyen litar tertutup di suatu organisasi.

Rajah 9.2: Memantau gerak-geri kakitangan melalui televisyen litar tertutup


Sumber: http://isafesoft.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

Pemasangan kamera ini membolehkan majikan memantau gerak-geri


kakitangannya sewaktu bekerja.

AKTIVITI 9.2
Bincangkan soalan-soalan berikut:

(a) Sejauh manakah majikan boleh menceroboh hak kebersendirian


bakal kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan
organisasi?

(b) Adakah hak organisasi untuk melindungi diri sendiri sentiasa


mengatasi hak kebersendirian kakitangan?

AKTIVITI 9.3

Terdapat kes-kes di Malaysia di mana majikan didapati menyelidik


kehidupan sosial kakitangan mereka melalui aplikasi jaringan sosial
seperti Facebook.

Sumber: http://itblog.ws

Adakah amalan ini boleh diterima? Bincangkan perkara ini daripada


sudut gangguan ke atas hak kebersendirian kakitangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  155

9.2 PENYALAHGUNAAN BAHAN


Anda tentu bersetuju bahawa tiada syarikat yang ingin berada dalam keadaan di
mana kakitangan mereka tidak dapat menjalankan tugas akibat pengaruh arak
atau dadah. Disebabkan penyalahgunaan arak dan dadah yang berleluasa pada
masa ini, ramai majikan bimbang jika pekerja yang diambil oleh mereka ialah
penagih dadah atau arak.

Oleh itu, ujian penyalahgunaan bahan berkenaan sudah menjadi suatu keperluan
pra-pekerjaan di banyak syarikat perniagaan. Namun, wujud persoalan sama
ada syarikat mempunyai hak moral untuk mengenakan ujian tersebut atau tidak.

Hak kebersendirian kakitangan supaya tidak dicerobohi bukan sesuatu yang


mutlak kerana seseorang itu tidak mungkin boleh mengetepikannya. Demi
kepentingan untuk membuktikan kepada majikan bahawa mereka bukan
ancaman kepada syarikat, pemohon pekerjaan boleh bersetuju untuk menjalani
ujian dadah atau arak.

Bagi pihak syarikat, mereka mempunyai justifikasi moral apabila menghendaki


pemohon pekerjaan menjalani ujian dadah atau arak sebagai langkah
perlindungan, terutamanya apabila keselamatan pelanggan dan kakitangan lain
dianggap terancam. Namun, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi di
mana syarikat yang menghendaki ujian tersebut perlu memastikan bahawa:

(a) Ujian adalah tepat dan bagi pemohon yang mempunyai kes perubatan,
mereka perlu dibenarkan untuk menunjukkan bukti bahawa mereka
menggunakan dadah mengikut preskripsi perubatan yang sah; dan

(b) Keputusan ujian disimpan sebagai sulit. Capaian terhadap maklumat


tersebut hanya dibenarkan kepada pihak-pihak yang sah dan perlu sahaja.

Sekiranya langkah beringat ini tidak dapat dipatuhi walaupun keadaannya


munasabah, maka syarikat tiada hak untuk meminta ujian berkenaan
dilaksanakan.

Terdapat dua persoalan penting berhubung ujian dadah atau arak ke atas
kakitangan. Dua persoalan tersebut dihuraikan seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

(a) Bagaimanakah ujian ke atas kakitangan yang sedia ada di syarikat


dilakukan?
(i) Ujian ini memerlukan penyelia-penyelia terlatih dalam teknik-
teknik mengenali tanda-tanda penyalahgunaan.

(ii) Selain itu, ia juga bermaksud menjalankan ujian „selepas fakta‰ di


mana terdapat kakitangan yang terlibat dalam sesuatu kemalangan
yang telah memudaratkan orang lain atau mengakibatkan
kerosakan harta benda yang meluas.

(iii) Bagi majikan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila


mendapat tahu bahawa kakitangan mereka khayal atau mabuk
dan mengakibatkan kemalangan kapal terbang, kereta api atau bas.
Kesimpulan yang menyedihkan ini menerangkan mengapa
majikan kadangkala menjalankan ujian rawak ke atas semua
kakitangan yang memegang jawatan di mana risiko untuk
memudaratkan orang lain atau harta benda adalah tinggi,
sekiranya mereka melakukan kesilapan.

(b) Adakah ujian rawak ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral?


Prinsip „sebab barangkali‰ dianggap boleh digunakan. Ini bermakna
ujian dadah atau arak hanya dibenarkan jika majikan mengesyaki
bahawa prestasi kakitangan adalah sah terjejas oleh penggunaan bahan
berkenaan.

Walau bagaimanapun, hanya dua keadaan yang dapat menjustifikasikan


sebarang ujian ke atas kakitangan iaitu:

(i) Syak dan sahkan bahawa kakitangan tertentu telah


menyalahgunakan arak atau dadah; atau

(ii) Mempunyai bukti statistik yang sah bahawa kejadian


penyalahgunaan arak atau dadah dalam kalangan kakitangan yang
disyaki adalah signifikan.

Ujian rawak boleh digunakan terutamanya dalam pekerjaan di mana


keselamatan kakitangan lain, pelanggan atau orang awam akan
terancam oleh prestasi pekerja yang tidak cekap. Jika ia dapat
memastikan keputusan yang memuaskan, maka ia mempunyai
justifikasi moral dengan syarat, semua kakitangan tertakluk kepadanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  157

SEMAK KENDIRI 9.1

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum sesebuah


organisasi mengenakan ujian penyalahgunaan arak atau dadah ke atas
kakitangannya? Senaraikan.

9.3 PENGANIAYAAN KAKITANGAN


Akhir sekali, mari kita pelajari tentang penganiayaan kakitangan. Pernahkah
anda menghadapi situasi di mana majikan anda memarahi anda dengan suara
yang lantang dan kuat di hadapan rakan-rakan sekerja anda kerana sangat
berang dan tidak dapat mengawal emosinya? Seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 9.3, ia mungkin bukan perkara yang luar biasa bagi seorang ketua yang
naik berang memarahi kakitangan bawahan mereka dengan cara yang agak
beremosi.

Rajah 9.3: Seorang majikan sedang memarahi kakitangannya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

Seorang ketua boleh memarahi kakitangan bawahannya di atas beberapa sebab,


kebiasaannya kerana kegagalan atau kesalahan mereka yang berkaitan dengan
kerja. Walau bagaimanapun, jika kakitangan turut diancam untuk diberhentikan
kerja atas alasan-alasan berikut, ia menjadi sesuatu yang serius:

(a) Tidak bersetuju untuk memalsukan penyata-penyata kewangan;

(b) Menolak desakan seksual;

(c) Tidak mengelak daripada dilantik menjadi juri; atau

(d) Enggan menipu bagi pihak kesatuan sekerja atau syarikat.

Alasan-alasan tadi melibatkan pencabulan hak kebersendirian yang jelas.


Walaupun kakitangan perlu diberitahu jika prestasi kerja mereka tidak
memuaskan, ia tidak bermakna bahawa kakitangan atau pengurus yang tiada
kaitan kerja secara langsung dengannya atau tidak mungkin akan menjadi
penyelianya, mempunyai hak untuk mengetahui tentangnya juga.

Semua orang berhak memelihara reputasi yang baik di khalayak ramai.


Menggunakan ancaman untuk memaksa kakitangan supaya melanggar undang-
undang adalah juga satu bentuk pelanggaran hak kebersendirian. Ia dianggap
seperti menceroboh ke dalam jiwa seseorang dan meletakkannya dalam keadaan
yang bertentangan dengan undang-undang.

Bagi penyokong moral undang-undang semula jadi atau penyokong moral


berasaskan hak, kejadian-kejadian ini adalah bukti penganiayaan kakitangan,
pencabulan maruah dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia dianggap tidak
bermoral. Bagi penyokong utilitarian, mereka juga tidak mungkin akan
mengatakan bahawa amalan-amalan ini mempunyai justifikasi moral dan boleh
menghasilkan akibat baik pada keseluruhannya. Akhir sekali, bagi penyokong
relativisme budaya, mereka juga tidak mungkin mempercayai wujudnya adat
sebegini di tempat kerja dalam mana-mana masyarakat di dunia sebagai normal
dan bermoral.

Sebagai penutup, cuba anda jawab soalan-soalan berikut untuk memperkukuhkan


pemahaman anda mengenai Topik 9 ini:

SEMAK KENDIRI 9.2

Apakah aspek-aspek yang boleh dianggap sebagai pencerobohan ke


atas hak kebersendirian kakitangan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  159

LATIHAN 9.1

1. Menggunakan perkataan sendiri, jelaskan pemahaman anda


tentang „hak kebersendirian kakitangan‰.

2. Sebagai seorang pengurus sumber manusia di sebuah syarikat,


apakah persediaan anda sebelum mengambil seseorang calon
sebagai pekerja baru di tempat anda?

3. Terangkan apakah keadaan yang membenarkan ujian arak atau


dadah ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral?

• Kakitangan mempunyai hak kebersendirian mereka; tiada sesiapa


(walaupun majikan) berhak untuk mencerobohi hak kebersendirian ini.

• Syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan mereka daripada


kemudaratan yang boleh dielak.

• Syarikat perlu mengetahui butir-butir peribadi calon/pekerja seperti sejarah


dan tabiat kakitangan mereka untuk melindungi syarikat daripada penipuan,
kecurian dan tingkah laku kakitangan yang boleh mendatangkan mudarat.

• Ujian rawak untuk mengesan penyalahgunaan bahan terlarang boleh


dijustifikasikan daripada segi moral, jika terdapat syak dan bukti yang sah
menunjukkan terdapat sejumlah besar kakitangan yang mungkin terlibat
dengan arak atau dadah.

• Memarahi kakitangan di khalayak ramai di atas sebab prestasi kerja yang


lemah adalah suatu pencabulan hak kebersendirian mereka. Semua orang
mempunyai hak untuk memelihara nama baik mereka di khalayak ramai.
Oleh itu, hanya mereka yang perlu sahaja harus mengetahui mengenai
prestasi seseorang.

• Mengancam seseorang kerana enggan melakukan sesuatu perkara yang


menyalahi moral atau undang-undang adalah pencerobohan terhadap
jiwa/kerohanian seseorang dan seterusnya menghadapkannya dengan
masalah undang-undang. Ini juga merupakan satu pencabulan ke atas hak
kebersendirian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

• Penyokong moral undang-undang semula jadi menganggap sebarang


penganiayaan ke atas kakitangan adalah salah daripada segi moral, manakala
penyokong utilitarian akan mendapatinya berjustifikasi hanya dalam
keadaan ekstrem jika ia boleh menghasilkan kebaikan yang menyeluruh.
Bagi penyokong relativisme budaya, mereka perlu memastikan bahawa
komuniti yang terlibat dalam penganiayaan boleh bertoleransi dengan isu
tersebut.

Kebersendirian kakitangan Ujian dadah


Penganiayaan kakitangan Ujian poligraf
Penyalahgunaan bahan Ujian rawak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kesetiaan
10 kepada
Syarikat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat;
2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran;
3. Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman
dan luaran; dan
4. Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian
syarikat.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah 10.1. Apakah yang
boleh anda katakan mengenainya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Rajah 10.1: Upacara perkahwinan


Sumber: http://www.nomoho.org

Rajah 10.1 menunjukkan satu upacara perkahwinan di mana pengantin lelaki


dan wanita berlari dengan gembira selepas selesainya upacara perkahwinan
mereka. Semasa upacara, pengantin lelaki dan wanita telah mengisytiharkan
lafaz cinta mereka, selain lafaz taat setia kepada pasangannya. Ini adalah kerana
kesetiaan merupakan elemen yang sangat penting bagi suatu perkahwinan yang
bahagia.

Bagaimana pula dengan kesetiaan di tempat kerja? Adakah anda fikir kesetiaan
juga merupakan perkara yang penting di tempat kerja? Dalam perniagaan,
majikan turut menghargai dan mengharapkan kesetiaan kakitangan mereka.
Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam
menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah daripada penyelia
mereka, menyimpan maklumat sulit dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang
tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.

Oleh itu, topik kesepuluh ini akan membincangkan beberapa aspek yang
berkaitan dengan konsep „kesetiaan‰ iaitu:
(a) Kesetiaan kepada majikan;
(b) Peniupan wisel;
(c) Pandangan moral terhadap pemecatan peniup wisel; dan
(d) Kesetiaan yang salah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  163

10.1 MAKSUD KESETIAAN


Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesetiaan adalah sesuatu yang
dikehendaki oleh majikan daripada seseorang kakitangan. Apakah yang
dimaksudkan dengan kesetiaan kepada majikan? Mari kita lihat huraian berikut
yang menerangkan maksud kesetiaan secara terperinci:

Kesetiaan menunjukkan kewajipan moral kakitangan untuk melakukan


perkara berikut:

(a) Menjalankan tugas dengan cekap;

(b) Mematuhi arahan sah daripada penyelia;

(c) Menyimpan maklumat sulit dan rahsia perdagangan syarikat; dan

(d) Menjauhi sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak


kepentingan syarikat.

Tahukah anda bahawa kesetiaan adalah suatu kebaikan yang dihargai, sekurang-
kurangnya pada pertimbangan majikan? Sebaik sahaja seseorang diterima
bekerja dengan sesebuah syarikat, ia dianggap bertanggungjawab untuk setia
kepada syarikat dan hendaklah kekal setia selagi ia masih bekerja dengan
syarikat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kesetiaan perlu dikekalkan
walaupun selepas kakitangan meninggalkan syarikat.

Adakah kesetiaan kepada majikan merupakan kewajipan moral? Jawapannya


bergantung kepada bagaimana anda mendefinisikan kesetiaan tersebut. Jika ia
bermaksud bahawa individu-individu dijangka melakukan tugas pada sesuatu
tahap kecekapan yang boleh diterima atau melakukan apa yang diarah oleh
penyelia mereka, sama ada mengikut deskripsi kerja atau arahan seharian, maka
kesetiaan adalah kewajipan moral kerana jangkaan ini merupakan intipati
kontrak pekerjaan.

Selain itu, pekerja juga perlu memahami bahawa mereka harus menyimpan
rahsia sulit perdagangan, pelan pemasaran, keputusan strategik dan maklumat
kakitangan syarikat. Ini juga bermakna bahawa kakitangan tidak akan berkongsi
maklumat sulit ini dengan pihak luar syarikat, sama ada mereka itu rakan, ahli
keluarga atau media.

Bagi pengurus yang mencabuli syarat-syarat kontrak pekerjaan, mereka


tertakluk kepada tindakan disiplin syarikat termasuklah pemecatan seperti mana
yang sering diingatkan dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat. Selain itu,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

pengurus yang mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak luar boleh


didakwa oleh syarikat mengikut undang-undang atas alasan menuntut ganti
rugi. Oleh itu, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kesetiaan dan mengapa ia
dianggap sebagai kewajipan moral.

Oleh itu, pengurus tidak seharusnya menjalankan aktiviti yang bertentangan


dengan kepentingan syarikat; melainkan setelah menerima kebenaran daripada
syarikat atas alasan yang kukuh. Selain itu, pengurus tidak seharusnya
menawarkan khidmat rundingan selepas waktu kerja kepada syarikat pesaing.
Mereka juga tidak boleh mendaftarkan hak paten ke atas sesuatu reka cipta
syarikat atau menjual proses-proses teknikal yang telah dibangunkan berasaskan
maklumat yang terbit secara langsung daripada pekerjaan mereka atau
menggunakan bahan dan kemudahan syarikat majikan untuk kepentingan
sendiri.

Berikut adalah dua soalan penting berkaitan dengan kesetiaan bagi bakal-bakal
pengurus iaitu:

(a) Adakah terdapat sesuatu had kepada sekatan-sekatan ini?

(b) Bolehkah syarikat memaksa pengurus menandatangani perjanjian yang


dilihat sebagai sekatan yang terlalu mengawal aktiviti-aktiviti luar
mereka?

Hak syarikat untuk mengenakan sekatan yang terlalu tegas boleh dipertikaikan.
Walau bagaimanapun, bagi akauntan, pakar pengurusan, jurutera atau pakar
sumber manusia yang menawarkan kepakaran profesional mereka kepada orang
luar atau organisasi yang bukan pesaing (malahan bukan bakal klien), masih
boleh diterima.

AKTIVITI 10.1
1. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling berkesan bagi
sesebuah syarikat memastikan kakitangannya kekal setia?

2. Layani website:
http://www.ups.com/europe/ch/news/speech/gerloyalty.html
Terangkan bagaimana kesetiaan di tempat kerja boleh
diterjemahkan menjadi prestasi keseluruhan yang lebih baik bagi
sesebuah syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  165

SEMAK KENDIRI 10.1

Apakah maksud kesetiaan kepada majikan? Terangkan secara ringkas.

10.2 PENIUPAN WISEL


Pernahkah anda mendengar istilah peniup wisel? Siapakah peniup wisel?
Berikut adalah definisi bagi peniup wisel dalam dunia perniagaan.

Peniup wisel merupakan seseorang yang melaporkan salah laku undang-


undang atau moral oleh rakan sekerja, penyelia atau pegawai syarikat.

Rajah 10.2 menunjukkan bagaimana seorang peniup wisel boleh mendapat


kedudukan yang signifikan dalam sesebuah organisasi melalui tindakannya
meniup wisel.

Rajah 10.2: Peniup wisel mungkin boleh menjawat jawatan yang signifikan dalam
organisasi melalui tindakannya
Sumber: http://www.cartoonstock.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Tahukah anda bahawa peniupan wisel boleh dibahagikan kepada dua kategori?
Dua kategori tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.1 berikut:

Jadual 10.1: Dua Kategori Peniupan Wisel

Kategori Huraian
Peniupan Wisel Berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau
Dalaman lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat.
Peniupan Wisel Berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada individu atau agensi
Luaran di luar syarikat seperti pihak berkuasa kerajaan atau media.

Justifikasi yang paling memungkinkan tindakan meniup wisel ini adalah apabila
seseorang dalam sesebuah syarikat melakukan atau membiarkan sesuatu aktiviti
yang memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam berlaku.
Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut ialah dengan
memberitahu penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat mengenainya.
Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak
berkuasa atau media. Namun begitu, terdapat dua persoalan yang perlu dinilai
dalam perkara ini iaitu:

(a) Bilakah peniupan wisel mempunyai justifikasi moral?


(b) Adakah ia kewajipan moral?

Jawapan kepada dua soalan tersebut adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama


ada peniupan wisel merupakan peniupan wisel dalaman atau luaran. Kita akan
mempelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

10.2.1 Peniupan Wisel Dalaman


Cuba bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat besar.
Andaikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki pengurus di
firma anda telah melakukan kesalahan berikut:

(a) Memalsukan akaun perbelanjaan syarikat;

(b) Mengambil rasuah daripada pembekal;

(c) Menggunakan sumber atau peralatan syarikat untuk tujuan peribadi;

(d) Mencuri bekalan dan bahan daripada syarikat; atau

(e) Bekerja untuk pesaing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  167

Anda tentu mahu meniup wisel ke atas pengurus tersebut yang jelas telah
melanggar undang-undang sebagai tanda kesetiaan anda kepada syarikat. Walau
bagaimanapun, wujud persoalan adakah anda dibenarkan meniup wisel ke atas
individu tersebut yang merupakan pengurus firma di tempat anda bekerja?

Jawapannya sudah pasti „ya‰, asalkan anda mematuhi beberapa peringatan


seperti yang digariskan dalam Jadual 10.2 berikut:

Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasikan Peniupan Wisel Dalaman

Kriteria Justifikasi Penerangan


Kemudaratan yang Ia harus terbukti bahawa kemudaratan kepada syarikat
Signifikan adalah signifikan.
Fakta yang Tepat Peniup wisel perlu mengesahkan faktanya. Salah tuduh
boleh merosakkan reputasi yang tertuduh walaupun
kemudiannya dibuktikan sebagai palsu.
Sudah Diketahui oleh Peniup wisel harus cuba memastikan sama ada aktiviti
Pihak Pengurusan orang yang disyaki sudah diketahui oleh pengurus atasan,
mungkin daripada hasil audit atau siasatan berasingan oleh
pihak keselamatan syarikat.
Jangkaan yang Harus terdapat jangkaan yang munasabah bahawa
Munasabah tindakan meniup-wisel akan berkesan; penyelia pada orang
yang disyaki akan dapat menghentikan salah laku kerana
sama-sama meyakini bahawa kesalahan tersebut adalah
serius.
Impak ke Atas Diri Peniup wisel perlu mempertimbangkan kerosakan ke atas
Sendiri reputasi dan masa depan sendiri dalam perniagaan.
Pelbagai soalan boleh timbul seperti adakah tindakannya
akan dilihat sebagai tanda kesetiaan atau perkara remeh,
satu tindakan membalas dendam atau peluang untuk
mencemar pesaing demi kenaikan pangkat? Adakah
peniup wisel akan dilabel sebagai pengacau walau sebaik
mana tujuannya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Kewajipan Moral Akhir sekali, peniup wisel perlu tahu bahawa dalam
sesetengah keadaan seperti menggunakan peralatan
syarikat untuk tujuan peribadi, teguran secara bersemuka
sudah memadai untuk menghentikan salah laku
berkenaan.
Adakah ia kewajipan moral bagi seorang pengurus untuk
meniup wisel? Untuk menjawabnya, kita harus
menentukan terlebih dahulu siapakah yang mempunyai
kewajipan utama untuk mengawas dan menyiasat sebarang
tindakan kakitangan yang menimbulkan kesangsian.
Misalnya, seorang pengurus telah menandatangani
perjanjian dengan syarikat untuk memperakui
tanggungjawabnya untuk melaporkan semua kejadian
yang dirasakan berkemungkinan melibatkan salah laku
melalui saluran yang disediakan. Maka, ia adalah
kewajipan moral untuk meniup wisel apabila timbul
keadaan yang memerlukannya. Walau bagaimanapun,
perjanjian formal yang begitu eksplisit jarang digunakan.

AKTIVITI 10.2

Terangkan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anda


mengesyaki seorang pengurus di syarikat anda bersikap tidak setia?

10.2.2 Peniupan Wisel Luaran


Seseorang pengurus yang melaporkan salah laku syarikat kepada pihak
berkuasa kerajaan atau media dianggap telah melakukan peniupan wisel luaran.
Bilakah anda fikir peniupan wisel luaran dibenarkan? Adakah ia suatu
kewajipan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  169

Jawapan kepada dua persoalan tersebut boleh dirujuk pada Jadual 10.3. Garis
panduan ini merupakan tambahan kepada garis panduan yang digunakan untuk
menjustifikasikan peniupan wisel dalaman. Ia perlu ditepati sebelum peniupan
wisel luaran dilakukan.

Jadual 10.3: Garis Panduan bagi Menjustifikasikan Peniupan Wisel Luaran

Kriteria Justifikasi Penerangan


Laporan Dalaman ke Pastikan bahawa usaha melaporkan salah laku telah dibuat
Atas Salah Laku mengikut saluran dalaman organisasi. Syarikat yang terlibat
harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan
sebelum meniup wisel kepada pihak luar.
Agensi Luaran Agensi-agensi luaran seperti juruaudit atau badan
pengawalan awam lain terbukti tidak berupaya atau tidak
sanggup melaporkan salah laku berkenaan.
Kemudaratan yang Salah laku (seperti penipuan, penyelewengan, keadaan kerja
Signifikan tidak selamat atau pembuangan bahan bahaya yang
menyalahi undang-undang) yang mengakibatkan
kemudaratan signifikan kepada pemegang saham, kakitangan
atau pihak awam merupakan isu yang perlu diatasi.
Tahap Kemudaratan Tahap kemudaratan yang akan dialami syarikat akibat
peniupan wisel harus sepadan dengan kemudaratan akibat
salah laku.

Perlu diingatkan bahawa peniupan wisel luaran hanya boleh dilakukan setelah
syarat-syarat dalam Jadual 10.3 telah ditepati. Persoalan seterusnya ialah bilakah
ia menjadi kewajipan moral?

Kewajipan utama untuk mencegah dan menghentikan salah laku terletak pada
peringkat penyeliaan. Lebih besar tanggungjawab yang dipegang oleh seseorang
pengurus, lebih besar juga kewajipannya. Pengurus mempunyai kewajipan
untuk melaporkan salah laku kepada pihak luar hanya apabila melibatkan
kemudaratan yang serius dan terbukti bahawa peringkat-peringkat penyeliaan
sedia ada dalam syarikat telah gagal menghentikannya.

Di Amerika, kakitangan kerajaan yang meniup wisel dilindungi oleh undang-


undang daripada sebarang tindakan. Kerajaan menganggap bahawa peniup
wisel menunjukkan darjah kesetiaan yang tinggi apabila mereka melaporkan
salah laku. Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, peniup wisel dilihat
sebagai sedikit lebih baik daripada seorang „pemberi maklumat‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Mari uji pemahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

SEMAK KENDIRI 10.2

Terangkan secara ringkas dua jenis peniupan wisel.

LATIHAN 10.1

Bezakan antara peniupan wisel dalaman dan luaran. Apakah sebab-


sebab ia diperlukan?

10.3 ALASAN MORAL BAGI MEMECAT


PENIUP WISEL
Adakah anda fikir bahawa syarikat mempunyai alasan tersendiri untuk
memecat, menurunkan pangkat atau menyekat kerjaya peniup wisel?
Jawapannya „tidak‰. Ini adalah kerana selagi peniup wisel melaporkan kes salah
laku sebenar melalui saluran yang disediakan atau kepada pihak luar (sebagai
langkah terakhir), syarikat tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan
disiplin ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Sesebuah syarikat mempunyai


justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan peniup wisel jika dia:

(a) Berbohong mengenai kes tersebut; sengaja menyalah lapor untuk


menggambarkannya seolah-olah lebih/sangat serius daripada keadaan
yang sebenarnya;

(b) Bertindak kerana ingin membalas dendam ke atas rakan sekerja atau
penyelia;

(c) Bertindak kerana membantah polisi baru syarikat yang dianggap tidak
mendatangkan kebaikan; dan

(d) Mencemarkan nama baik rakan sekerja yang bersaing untuk mengejar
kenaikan pangkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  171

Perlu diingat bahawa peniup wisel (dalaman atau luaran) melakukan sesuatu
yang terpuji daripada segi moral jika ia bertindak untuk mencegah kemudaratan
kepada individu atau persekitaran iaitu kemudaratan yang tidak dapat
dijustifikasikan oleh pegawai-pegawai syarikat.

Oleh itu, tindakan membalas dendam terhadap seseorang yang melakukan


sesuatu perkara yang bermoral atau mengekang kebenaran untuk memuaskan
hati pihak atasan pengurusan merupakan langkah yang tidak adil dan tidak
bermoral.

10.4 KESETIAAN YANG SALAH


Akhir sekali, mari kita bincangkan bagaimana kesetiaan menjadi sesuatu yang
salah. Kadangkala, para pengurus percaya bahawa kesetiaan kepada ketua
bermakna menutupi kesilapan-kesilapan besar atau pun salah laku mereka.
Kepercayaan ini ternyata palsu. Seseorang pengurus perlu mempunyai
tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian,
tindakan menutup salah laku penyelia yang memudaratkan mana-mana
kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas
tanggungjawab tersebut.

Bagi seseorang kakitangan bawahan, dia perlu melaksanakan arahan yang sah
daripada penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja
atau tugas tersebut. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan
untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan individu atau
kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi penyelianya. Walau
bagaimanapun, salah laku penyelianya tetap perlu dilaporkan dan tidak harus
diketepikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Sebagai penutup, mari kita uji sejauh mana pemahaman anda terhadap topik ini
dengan menjawab soalan-soalan berikut:

LATIHAN 10.2

1. Nyatakan maksud „kesetiaan kepada syarikat‰.

2. Dalam keadaan apakah yang membuatkan peniupan wisel


dalaman mempunyai justifikasi moral?

3. „Kesetiaan yang digambarkan sebagai menutup kesilapan atau


salah laku pihak atasan adalah satu kepercayaan yang palsu
terhadap kesetiaan‰. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan
ini? Bincangkan.

• Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada kakitangan


mereka.

• Kesetiaan merupakan kewajipan moral bagi pekerja. Untuk setia terhadap


majikan, mereka perlu menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan
yang sah oleh penyelia, menyimpan maklumat sulit syarikat dan rahsia
perdagangan, dan mengelak tingkah laku yang bertentangan dengan hak
kepentingan syarikat.

• Majikan tidak harus meminta para pengurus menunjukkan kesetiaan mereka


dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau
tidak bermoral, terlibat dalam pengiklanan yang memperdayakan atau
mengganggu, menurunkan pangkat atau memecat kakitangan atas sebab-
sebab yang tiada kaitan dengan kerja.

• Kewajipan meniup wisel dalaman bergantung sama ada seseorang itu


mempunyai tanggungjawab utama untuk mengetahui dan menyiasat
tindakan kakitangan yang boleh menimbulkan kesangsian atau tidak.

• Penyelia terdekat kepada kakitangan perlu berwaspada terhadap tindakan


kakitangan bawahan yang menimbulkan keraguan serius. Bahagian
keselamatan syarikat, jika ada, bertanggungjawab untuk melindungi aset
syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  173

• Keputusan untuk meniup wisel luaran kepada mana-mana pihak luar boleh
dijustifikasikan setelah semua syarat peniupan wisel dalaman ditepati dan
pihak pengurusan syarikat masih enggan mengambil tindakan memulihkan
kemudaratan ke atas kepentingan pemegang saham, kakitangan atau orang
awam walaupun setelah mengetahuinya.

• Tiada justifikasi moral untuk memecat peniup wisel yang mendedahkan kes
salah laku yang mengakibatkan kemudaratan kepada orang ramai atau
persekitaran dan ia tidak dapat dicegah melalui saluran biasa syarikat.
Memecat mereka bermakna kita telah berlaku zalim kerana telah
menghukum mereka di atas sebab melakukan sesuatu yang betul daripada
segi moral.

• Kesetiaan boleh menjadi satu perkara yang salah jika pekerja bertindak
menutup kesilapan atau salah laku penyelianya.

Kesetiaan Peniup wisel


Peniupan wisel

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Jawapan
TOPIK 1: PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA
Latihan 1.1
1. Dalam teori utilitarian, istilah tersebut merujuk kepada persepsi kita
terhadap faedah dan kos bersih akibat sesuatu tindakan. Utilitarianisme
berbeza dari konsep analisis kos/faedah ekonomi di mana pengagihan kos
dan faedah perlu juga diambil kira. Ia merupakan faedah bersih kepada
masyarakat, dan setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira dan
diberi perhatian yang sama rata dalam pengagihannya.

Teori deontologi/universalisme menyebut bahawa nilai moral sesuatu


tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana akibat sukar
ditentukan serta tidak pasti ketika keputusan bertindak diambil. Nilai
moral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung kepada niat orang
yang membuat keputusan atau menjalankan tindakan berkenaan. Jika anda
inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan moral anda adalah
dipuji, walaupun anda seorang individu yang kurang menarik dan kurang
cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah.

2. Kelemahan sesetengah teori etika

(a) Undang-undang Abadi


Setiap agama menyediakan piawaian moral untuk pengikutnya dan
ramai pengikut yang mematuhi piawaian ini dalam kehidupan
seharian. Walaubagaimanapun, piawaian berbeza-beza mengikut
kumpulan berlainan dan tidak terdapat sesuatu cara yang berupaya
menentukan piawaian mana yang „betul‰ atau „terbaik‰ atau
„sesuai‰ bagi masyarakat tanpa disangkal. Peraturan Emas yang
begitu mudah, elegan dan wajar sebagai panduan hidup juga tidak
boleh diaplikasi secara universal pada semua masa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  175

(b) Utilitarianisme
Utilitarianisme gagal disebabkan oleh faktor berikut:

(i) Dalam realiti, ia berkaitan dengan dua prinsip: „kebaikan


terbanyak‰ dan „golongan terbanyak‰. Terdapat situasi di mana
kedua-dua prinsip ini akan berkonflik apabila kita menghadapi
sesuatu keputusan penting. Maka, kita tidak mempunyai cara
untuk menentukan tindakan mana yang „betul‰ atau „sesuai‰.

(ii) Kita mungkin dapat bersetuju bahawa sesetengah tindakan


sememangnya salah, walaupun faedahnya kepada segolongan
besar majoriti jelas terlihat. Sebagai contoh, membunuh seorang
kanak-kanak yang tidak bersalah demi kebahagiaan seluruh
umat manusia. Tiada sesiapa pun yang harus menerima
perbuatan yang sekejam itu.

(iii) Adalah mustahil untuk mengimbangi faedah kepada golongan


majoriti dengan pengorbanan golongan minoriti.

(c) Universalisme
(i) Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna
tetapi ia tidak mempunyai sebarang keutamaan dan darjah.

(ii) Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan bukan
sebagai alat untuk sepanjang masa, terutamanya apabila ramai
yang bertugas sebagai alat atau cara ke arah pencapaian
matlamat peribadi kita. Pekedai adalah cara untuk mendapatkan
barangan runcit; pelanggan adalah kaedah mata pencarian
untuk hidup; dan kakitangan adalah sumber untuk
mengendalikan kilang-kilang kita.

(d) Teori Keadilan Teragih


Ia bergantung sepenuhnya kepada penerimaan saranan bahawa
kerjasama masyarakat dijadikan asas pembahagian bagi kesemua
faedah ekonomi dan sosial. Usaha individu tidak ditekankan atau
diambil peduli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


176  JAWAPAN

(e) Teori Kebebasan Peribadi


Ia berdasarkan suatu definisi kebebasan yang sempit, iaitu terhad
kepada hak negatif untuk tidak dicerobohi orang lain. Hak untuk
hidup, misalannya, adalah hak untuk tidak dibunuh oleh orang lain.
Walaubagaimanapun, ia boleh juga merangkumi hak untuk terus
hidup dengan mendapat sejumlah minimum makanan, tempat
berlindung, pakaian dan bantuan perubatan, yang lebih berpuncakan
inisiatif peribadi berbanding kerjasama sosial.

Latihan 1.2
1. Etika umumnya boleh didefinisikan sebagai prinsip-prinsip tingkahlaku
individu yang diterima dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan
peribadi seseorang individu mengenai kelakuan yang baik dan buruk.
Etika individu terbentuk melalui berbagai faktor.

Rujuk Rajah 1.1: Lima faktor yang membentuk etika individu.

2. Menurut Immanuel Kant, dalam alam semesta moral, setiap orang


mempunyai hak asasi tertentu – bebas memberi izin; kebersendirian;
kebebasan nurani; kebebasan mengkritik; dan keadilan.

Rujuk Jadual 1.3: Hak Kantian.

3. Peraturan Keemasan adalah prinsip Kristian berdasarkan ayat kitab Bible,


„Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan
kepada anda‰. Prinsip ini juga didapati pada kebanyakan agama dunia, jika
tidak kesemuanya. Ia memerlukan kita mengenalpasti berbagai langkah
tindakan dan memilih satu yang dapat melayani orang lain dengan cara
seperti yang kita ingin dilayani. Dalam istilah perniagaan, „orang lain‰
merujuk kepada pihak-pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan
termasuk pelabur, rakan niaga, kakitangan, kesatuan-kesatuan, para
pelanggan dan pembekal organisasi serta pihak kerajaan.

Menurut ajaran Islam, orang Muslim juga dikehendaki melakukan yang


terbaik terhadap orang lain terutamanya berhubung menjalankan tugas
dalam organisasi. Sebagai kakitangan, mereka telah diupah untuk
melakukan tugas. Oleh itu, mereka hendaklah melakukannya dengan
terbaik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  177

4. Rujuk Rajah 1.1: Faktor yang membentuk etika individu.

Pelajar perlu membincangkan faktor mana yang paling penting dan berikan
sebab-sebab bagi jawapan.

TOPIK 2: HUBUNGAN PIHAK BERKEPENTINGAN


Latihan 2.1
1. Pihak berkepentingan pasaran adalah individu atau kumpulan yang
mempunyai kepentingan langsung di dalam sebuah organisasi serta
terlibat dengan transaksi ekonomi dengan organisasi sambil ia
menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

Pihak berkepentingan bukan-pasaran termasuk individu atau kumpulan


yang tidak terlibat secara langsung dalam transaksi ekonomi dengan
organisasi tetapi boleh terjejas atau boleh menjejaskan tindakannya.

2. Pelanggan, kakitangan.

Latihan 2.2
Ya, pengurusan pihak berkepentingan sangat penting. Pengurusan pihak
berkepentingan merujuk kepada proses mengurus jangkaan individu-individu
dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam organisasi atau
boleh terjejas oleh aktiviti organisasi. Kegagalan menangani kebimbangan pihak
berkepentingan boleh merosakkan reputasi sebuah firma dan akhirnya
menjejaskan keuntungan.

Latihan 2.3 2.3


1. Benar

2. Palsu, satu lagi tanggungjawab adalah tanggungjawab kedermawanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


178  JAWAPAN

TOPIK 3: SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN


Latihan 3.1
1. Masalah etika adalah masalah pengurusan kerana ia merupakan konflik
antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial organisasi. Suatu imbangan
yang betul atau sesuai di antara kedua-dua prestasi ini harus ada. Oleh itu,
dilema pengurusan adalah untuk mencapai keseimbangan tersebut.

2. Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan:

(a) Akibat yang berpanjangan

(b) Alternatif yang pelbagai

(c) Hasil yang bercampur

(d) Akibat yang tidak pasti

(e) Implikasi peribadi

Latihan 3.2
1. (a) Analisis ekonomi

(b) Analisis undang-undang

(c) Analisis etika

2. Contoh masalah-masalah etika:

(a) Paras harga

(b) Mesej pengiklanan

(c) Promosi produk

(d) Keadaan tempat kerja

(e) Khidmat pelanggan

(f) Pengurangan Tenaga Kerja

(g) Pencemaran alam sekitar

(h) Hubungan komuniti

(i) Hubungan pembekal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  179

Latihan 3.3
1. Mengekalkan kualiti produk. Sesetengah pihak berkepentingan mahukan
produk dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Ini akan menjejaskan
kualiti produk. Walaupun aktiviti ini bertentangan dengan undang-
undang, ia masih luas berlaku.

2. Perbincangan hendaklah merangkumi kesemua ciri masalah etika dalam


pengurusan, iaitu:

(a) Kebanyakan masalah etika mempunyai akibat yang berpanjangan

(b) Kebanyakan masalah etika mempunyai alternatif yang pelbagai

(c) Kebanyakan masalah etika mempunyai hasil yang bercampur

(d) Kebanyakan masalah etika mempunyai akibat yang tidak pasti

(e) Kebanyakan masalah etika mempunyai implikasi peribadi

TOPIK 4: ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN


UNDANG-UNDANG
Latihan 4.1
1. Undang-undang ialah suatu set peraturan yang ditubuhkan oleh
masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut.
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai suatu set peraturan universal
yang konsisten, luas diterbitkan, umumnya diterima dan biasanya
dikuatkuasakan.

2. Ciri-ciri undang-undang:

(a) Konsisten
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten
untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika terdapat dua
keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-dua
keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang kerana
orang-orang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya sekali.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


180  JAWAPAN

(b) Universal
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga
bersifat universal, iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang
memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.

(c) Diterbitkan
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah
diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat
dapat mengaksesnya, walaupun tidak semua mempunyai masa
untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan.
Walaubagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh
diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undang-
undang. Oleh itu, kejahilan kepada undang-undang bukan suatu
alasan yang diterima.

(d) Diterima
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang
ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat
yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka akan
dipaksa supaya mengikutinya.

(e) Dikuatkuasa
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu
hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham
bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-undang jika mereka
enggan patuh dengan sukarela. Orang-orang hendaklah sedar
bahawa jika mereka melanggar undang-undang, mereka akan
kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa apabila
pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang
mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang
menentukan kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya
kita tidak mematuhi peraturan.

Latihan 4.2
1. Pelajar hendaklah membincangkan proses-proses yang terlibat dalam
pembentukan undang-undang, yang termasuk:
(a) Proses individu
(b) Proses kumpulan
(c) Proses sosial
(d) Proses politik
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
JAWAPAN  181

2. Institusi sosial dan tanggungjawab mereka:

Institusi Sosial Tanggungjawab


Badan perundangan dan majlis-majlis Membentuk undang-undang
Peguam dan pembantu guaman Menerangkan undang-undang
Mahkamah dan agensi-agensi Mentafsirkan undang-undang
Polis Menguatkuasa undang-undang

TOPIK 5: PENDEKATAN ORGANISASI DALAM


MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA
Latihan 5.1
1. Kod etika adalah pernyataan mengenai norma dan kepercayaan sebuah
organisasi.

2. Kod etika sebenarnya tidak berjaya. Masalahnya adalah kerana norma dan
kepercayaan organisasi relatif kepada berbagai kumpulan konstituen (iaitu
kakitangan, pelanggan, pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang
awam) tidak mungkin dapat dinyatakan secara jelas dan eksplisit tanpa
menyinggung salah satu kumpulan tersebut. Sebagai contoh, tidak
mungkin sebuah syarikat boleh mengatakan bahawa ia menganggap
kakitangannya lebih penting untuk kejayaan firma berbanding pemegang
saham. Dengan mengatakan begitu, syarikat telah menandakan bahawa
keuntungan dan dividen adalah perkara kedua terpenting. Ia bercanggah
dengan matlamat kebanyakan organisasi perniagaan. Akibatnya kod-kod
etika biasanya ditulis dalam bentuk umum, mencatatkan kewajipan kepada
setiap kumpulan tanpa menyebut pihak mana yang lebih penting dalam
sesuatu keadaan. Asas kesukaran kod-kod etika adalah ia tidak
menetapkan keutamaan di antara norma dan kepercayaan. Keutamaan
merupakan nilai sebenar sesebuah firma.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


182  JAWAPAN

3. Latihan etika biasanya melibatkan kuliah untuk para pengurus dan


disampaikan oleh jurulatih syarikat. Untuk memberi kesan yang baik,
latihan etika harus dikaitkan dengan situasi sebenar yang dialami
kakitangan sewaktu kerja serta penyelesaian etika yang mungkin boleh
digunakan. Suatu program latihan etika harus mendidik kakitangan
organisasi mengenai polisi dan jangkaan, peraturan dan undang-undang
yang relevan, serta piawaian sosial am. Suatu latihan etika yang berkesan
akan turut menyedarkan kakitangan mengenai sumber-sumber sedia ada,
sistem-sistem sokongan, kakitangan yang boleh membantu berkaitan etika
dan khidmat nasihat guaman.

4. Punca struktur dalam masalah etika adalah pembahagian dan pemencaran


dalam struktur sebuah organisasi.

Latihan 5.2
Tidak terdapat cara yang cukup memuaskan bagi mengubah sistem-sistem
perancangan, kawalan dan motivasi untuk memastikan piawaian moral
eksekutif-eksekutif kanan diikuti. Apa yang boleh kita lakukan adalah
menggunakan teknik pelbagai-analisis (menggunakan pertimbangan berbentuk
ekonomi, undang-undang dan etika) yang kelihatan membantu dalam
menjelaskan isu dan keputusan-keputusan yang sesuai, betul dan adil.
Walaubagaimanapun, proses tersebut tidak menjamin kesepakatan kerana nilai
dan keutamaan yang timbul akibat pengaruh ekonomi, undang-undang dan
etika berbeza-beza di antara warga organisasi.

Kaedah lain adalah dengan kurang mementingkan pengukuran prestasi


kewangan (seperti hasil jualan, kos berubah, perbelanjaan tetap dan keuntungan
suku-tahunan) dan lebih menekankan pengukuran numerik (seperti aduan
pelanggan, penurunan kualiti, ketidakhadiran pekerja, sikap komuniti dan
kelengahan bertindak balas kepada pertanyaan mengenai dividen).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  183

TOPIK 6: TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Latihan 6.1
1. Terdapat tiga titik perubahan kritikal dalam perkembangan pemikiran
mengenai tanggungjawab sosial:

(a) Era Keusahawanan

(b) Era Kemelesetan

(c) Era Sosial

2.

Menyokong Membantah
1. Perniagaan menimbulkan masalah 1. Tujuan perniagaan adalah untuk
dan harus membantu menjana untung bagi para
mengatasinya pemiliknya
2. Syarikat juga adalah warganegara 2. Penglibatan dalam program sosial
dalam masyarakat akan memberi pengaruh yang
terlalu besar kepada perniagaan
3. Perniagaan selalunya memiliki 3. Terdapat potensi konflik
sumber yang diperlukan untuk kepentingan
menyelesaikan masalah
4. Tanggungjawab sosial boleh 4. Perniagaan kurang memiliki
meningkatkan keuntungan kepakaran mengurus program-
program sosial

3. Rujuk Rajah 6.8 dan Jadual 6.4: Bagaimana organisasi dan kerajaan
mempengaruhi satu sama lain.

4. Rujuk Jadual 6.5: Pendekatan Formal Organisasi untuk melihat


pendekatan-pendekatan formal yang organisasi boleh gunakan bagi
mengurus tanggungjawab sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


184  JAWAPAN

TOPIK 7: TADBIR URUS KORPORAT


Latihan 7.1
Selain Suruhanjaya Sekuriti yang memainkan peranan penting dalam
mempromosi amalan tadbir urus korporat di Malaysia, terdapat dua lagi badan
yang menyokong amalan baik tadbir urus korporat. Mereka adalah:

(a) Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia


Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia atau Malaysian Institute of
Corporate Governance (MICG), yang telah ditubuhkan pada tahun 1998,
ialah sebuah syarikat bukan-membuat untung. Salah satu objektif MICG
adalah untuk menjadi sebuah pertubuhan utama dalam mempromosi
amalan terbaik dan pembangunan tadbir urus korporat melalui program
pendidikan berterusan bagi penjawat kanan korporat seperti pengarah-
pengarah syarikat, ketua pegawai eksekutif, setiausaha syarikat, penasihat
syarikat, juruaudit syarikat, akauntan, peguam, ahli jawatankuasa audit
dan pelabur (Institut Tadbir Urus Korporat, 2007-2008).

Rujuk Rajah 7.4: Enam misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia.

(b) Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators


Ditubuhkan pada tahun 1958, Malaysian Institute of Chartered Secretaries
and Administrators (MAICSA) bertujuan menghasilkan setiausaha syarikat
yang berkelayakan serta memastikan sikap profesionalisme anggotanya
(Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators, 2000).
MAICSA berusaha untuk mengekalkan piawaian integriti dan etika
tertinggi di kalangan anggota profesionnya. Ia juga bertujuan untuk
menjadi pemangkin perubahan dengan melibatkan diri secara aktif dalam
mempertingkatkan tabdir urus dalam bidang korporat. Sebagai tambahan,
ia juga berusaha untuk memperjuangkan amalan terbaik tadbir urus
korporat dan kepentingannya melalui pendidikan sektor korporat
Malaysia.

Rujuk Rajah 7.5: Tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and
Administrators.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  185

Latihan 7.2
Untuk membentuk tadbir urus korporat yang baik dalam sebuah organisasi,
pihak pengurusan harus mengambil kira aspek-aspek berikut:

(a) Penglibatan Lembaga Pengarah


Lembaga pengarah dipertanggungjawab untuk membangunkan misi dan
visi syarikat dengan mengambil kira kepentingan pihak pihak
berkepentingan secara cermat. Dalam arena perniagaan, lembaga pengarah
perlu sedar bahawa syarikat tidak beroperasi secara terasing.

(b) Melakukan Penilaian-Kendiri


Selain itu, ahli lembaga pengarah dikehendaki menilai-kendiri prestasi
mereka. Ia bertujuan untuk mencerminkan keberkesanan lembaga dalam
mentadbir syarikat. Dengan melakukan penilaian-kendiri, mereka akan
sedar bagaimana relevannya mereka dalam proses pembuatan keputusan.
Pemilihan ahli lembaga secara formal juga semakin meningkat.

(c) Peningkatan Peranan Jawatankuasa Pencalonan


Seperti yang dijelaskan dalam versi semak-semula Kod, 2007, peranan
jawatankuasa pencalonan telah dipertingkatkan. Berdasarkan kaedah
operasi berjawatankuasa ahli lembaga, mereka biasanya bertugas secara
bebas dan ini menjejaskan fungsi penyeliaan tadbir urus korporat. Dengan
peningkatan peranan ini, lembaga dijangka akan lebih berkesan sebagai
suatu pasukan.

(d) Penerangan yang jelas


Lebih banyak maklumat dijangka dapat diberikan dalam laporan tahunan
syarikat. Syarikat diharapkan memberi lebih banyak penerangan mengenai
keputusan yang mereka ambil untuk menjustifikasikan tindakan mereka.
Laporan juga diharapkan mengandungi bukan sahaja maklumat
pencapaian tetapi juga kelemahan serta kegagalan mereka.

(e) Peralihan Model


Peralihan kepada model pihak berkepentingan dan bukan model
pemegang saham akan lebih ketara.

(f) Menjalankan Latihan dan Seminar


Suatu siri latihan dan seminar dianjurkan untuk syarikat bagi memberi
kesedaran mengenai betapa pentingnya mempunyai pandangan lebih luas
kepada siapa mereka harus bertanggungjawab.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


186  JAWAPAN

(g) Sokongan Pengurusan yang Lebih Besar


Sokongan pengurusan yang lebih besar terhadap tadbir urus korporat akan
wujud apabila timbul kesedaran mengenai kepentingan amalan baik tadbir
urus korporat.

(h) Pemegang Saham dan Pihak Berkepentingan yang Berpengetahuan


Pemegang saham dan ihak erkepentingan lain akan lebih berpengetahuan
serta lebih berpelajaran. Mereka juga akan lebih sensitif terhadap peristiwa-
peristiwa semasa dalam dunia perniagaan.

(i) Penglibatan Kerajaan yang Lebih Tinggi


Penglibatan serta kehadiran pihak kerajaan juga akan bertambah untuk
menggalakkan amalan baik tadbir urus korporat dalam usaha mencapai
pembaharuan ekonomi. Amalan baik tadbir urus korporat akan
memastikan sokongan berterusan bagi perniagaan, yang seterusnya akan
membantu memperkukuhkan ekonomi negara.

TOPIK 8: DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI


Latihan 8.1
1. Setiap manusia mempunyai hak memperoleh dan mengguna sebahagian
sumber bahan untuk memastikan kita dapat hidup pada satu tahap
kesejahteraan fisikal serta psikologi yang baik. Oleh yang demikian, jika
kebanyakan orang tertakluk kepada satu sistem ekonomi di mana
pekerjaan adalah cara untuk mendapatkan sumber-sumber penting ini,
maka mereka harus mempunyai suatu hak moral ke atas pekerjaannya; di
mana sistem ekonomi bertanggungjawab menyediakan pekerjaan.

Dalam sesebuah sistem ekonomi kapitalis utama seperti di Amerika


Syarikat, kebanyakan peluang pekerjaan ditawarkan oleh sektor swasta.
Oleh itu, tanggungjawab moral untuk menyediakan pekerjaan terletak
pada majikan-majikan swasta.

Dalam sesuatu sistem kapitalis, kebebasan ini termasuk hak untuk:

(a) Mengambil dan mengekalkan pekerja-pekerja mengikut keperluan


untuk memenuhi permintaan sesuatu perniagaan

(b) Beroperasi dengan cekap pada tahap keuntungan yang memuaskan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  187

Berdasarkan andaian ini, majikan mempunyai kebebasan untuk mengambil


dan mengekalkan pekerja yang mereka anggap sesuai. Masyarakat di mana
mereka beroperasi juga tidak mempunyai tuntutan moral ke atas mana-
mana pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor swasta.

2. Tindakan afirmatif boleh melibatkan langkah menetapkan suatu angka


spesifik bagi pengambilan anggota kumpulan minoriti untuk memenuhi
jawatan-jawatan bagi suatu tempoh tertentu. Ia mengarah kepada
pembahagian jawatan yang selaras dengan pecahan jumlah penduduk
dalam masyarakat seterusnya mencapai prinsip menyeluruh di mana
peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat adalah terbuka untuk semua,
tanpa mengira jantina, bangsa, agama, umur atau kurang upaya.

Layanan utama bermaksud amalan mengutamakan anggota kumpulan


minoriti berbanding anggota kumpulan bukan-minoriti dalam
pengambilan kerja atau kenaikkan pangkat. Layanan utama merupakan
bentuk tindakan yang mengulangi kesalahan yang ingin diperbetulkan,
iaitu memilih seseorang berdasarkan sepenuhnya kepada ciri-ciri yang
tiada kaitan dengan prestasi fungsi atau pekerjaan. Menetapkan sesuatu
kuota spesifik bagi kumpulan minoriti boleh dianggap sebagai satu
tindakan yang tidak bermoral.

3. Ya, kenyataan bahawa sistem penilaian prestasi mempunyai dimensi etika


adalah dipersetujui. Terdapat satu dimensi moral kepada tanggungjawab
ini. Kita perlu mempertimbangkan impak penilaian ke atas orang-orang
yang dinilai dan persepsi harga-diri yang ditunjukkan melalui pengukuran
oleh penyelia mereka. Pelan penilaian syarikat yang menggariskan
peraturan-peraturan asas bagi penilaian prestasi merupakan suatu kontrak
moral dengan kakitangan kerana ia adalah suatu janji. Ia biasanya
menunjukkan sejauh mana seorang individu telah mencapai piawaian yang
telah ditetapkan dalam pelan penilaian untuk menentukan jumlah upah
yang akan dibayar. Seorang penyelia yang gagal mengikuti pelan penilaian
akan berlaku tidak adil terhadap kakitangan bawahan yang mempunyai
hak untuk dinilai mengikut ketetapan dan piawaian. Untuk memastikan
layanan beretika kepada kakitangan dalam proses penilaian, beberapa garis
panduan asas perlu dipatuhi.

4. Rujuk Jadual 8.2: Garis Panduan Utama Bagi Penilaian Prestasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


188  JAWAPAN

TOPIK 9: KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA


Latihan 9.1
1. Setiap kakitangan mempunyai hak kebersendirian. Walaubagaimanapun,
majikan juga mempunyai hak untuk melindungi diri mereka. Oleh itu,
mereka percaya mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat
kakitangan mereka supaya terlindung daripada masalah penipuan,
kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku
kakitangan yang di bawah pengaruh arak atau dadah.

Kakitangan perlu diberitahu jika prestasi kerja mereka tidak memuaskan.


Namun begitu, ia tidak bermakna bahawa kakitangan atau pengurus yang
tiada kaitan kerja secara langsung dengannya, atau tidak mungkin akan
menjadi penyelianya, mempunyai hak untuk mengetahui. Semua orang
berhak memelihara reputasi yang baik di khalayak ramai. Menggunakan
ancaman untuk memaksa kakitangan supaya melanggar undang-undang
adalah juga satu bentuk pelanggaran hak kebersendirian. Ia menceroboh ke
dalam hati nurani seseorang dan meletakkannya dalam keadaan yang
bertentangan dengan undang-undang. Bagi penyokong moral undang-
undang semula jadi atau penyokong moral berasaskan-hak, kejadian-
kejadian ini adalah bukti penganiayaan kakitangan, pencabulan maruah
dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia dianggap tidak bermoral. Penyokong
utilitarian juga tidak mungkin akan mengatakan bahawa amalan-amalan
ini mempunyai justifikasi moral dan boleh menghasilkan akibat baik pada
keseluruhannya. Bagi penyokong relativisme budaya pula, tidak mungkin
adat mana-mana masyarakat di dunia akan menerima layanan sebegini di
tempat kerja.

2. Menggunakan ujian pra-pekerjaan untuk mengukur tahap kejujuran


kakitangan, dan menguji kebolehan calon.

3. Prinsip „sebab barangkali‰ dianggap boleh digunakan. Ini bermakna ujian


dadah atau arak hanya dibenarkan jika majikan mengesyaki bahawa
prestasi kakitangan adalah sah terjejas oleh penggunaan bahan berkenaan.

Walaubagaimanapun, hanya dua keadaan yang dapat menjustifikasi


sebarang ujian ke atas kakitangan, iaitu:

(a) Mengesyak dengan sah bahawa kakitangan tertentu telah


menyalahguna arak atau dadah; atau

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  189

(b) Mempunyai bukti statistik yang sah bahawa kejadian


penyalahgunaan arak atau dadah di kalangan kakitangan yang
disyaki adalah signifikan.

Ujian rawak boleh digunakan terutamanya dalam pekerjaan di mana


keselamatan kakitangan lain, pelanggan atau orang awam akan terancam
oleh prestasi kerja yang tidak cekap. Jika ia dapat memastikan keputusan
yang memuaskan, maka ia mempunyai justifikasi moral dengan syarat
semua kakitangan sama tertakluk kepadanya.

TOPIK 10: KESETIAAN KEPADA SYARIKAT


Latihan 10.1
(a) Peniupan wisel Dalaman
Kategori pertama berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran
penyeliaan atau lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat.

(b) Peniupan wisel Luaran


Kategori kedua pula berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada orang-
orang atau agensi-agensi di luar syarikat, seperti pihak berkuasa kerajaan
atau media.

Syarikat memerlukan peniup wisel apabila terdapat keadaan di mana seseorang


dalam syarikat terlibat atau membiarkan sesuatu aktiviti yang akan
memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam. Satu-satunya
cara untuk menghentikan aktiviti tersebut adalah dengan memaklumkannya
kepada penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat. Jika saluran ini
tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau
media.

Latihan 10.2
1. Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam
menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah dari penyelia
mereka, menyimpan sulit maklumat dan rahsia syarikat, dan mengelak
sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan
syarikat.

2. Rujuk Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasi Peniupan Wisel


Dalaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


190  JAWAPAN

3. Kepercayaan ini ternyata palsu. Seorang pengurus mempunyai


tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang
demikian, menutupi tindakan penyelia yang memudaratkan mana-mana
kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas
tanggungjawab tersebut. Seorang kakitangan bawahan perlu melaksanakan
arahan sah dari penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai
kemajuan kerja atau tugas. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai
kewajipan untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan orang
atau kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi bosnya.
Walaubagaimanapun, salah laku bosnya tidak seharusnya diketepikan.
Salahlaku berkenaan harus dilaporkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Rujukan
Amrullah, A. M. A. K. (1982). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd.

Answers Corporation. (2013). Blackmail. Dicapai dari


http://www.answers.com/topic/blackmail

Boo, S. L., & Kumar, D. (2010). Pakatan questions Sime DarbyÊs corporate
governance. The Malaysian Insider. Dicapai dari http:// www.
themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-questions-sime-darbys-
corporate-governance/.

Carroll, A. B., & Buchholtz, A. K. (2006). Business and society: Ethics and
stakeholder management (6th ed.). Ohio: South-Western.

Donaldson, T., & Preston, L. (1995). The stakeholder theory of the corporation:
Concepts, evidence, implications. Academy of Management Review 20(1),
pp. 65–91.

Elkington, J. (1997). Cannibals with forks: The triple bottom line of 21st century
business. Oxford: Capstone Publishing.

Elkington, J. (1999). Triple bottom-line reporting: Looking for balance. Australian


CPA, 69(2), pp. 18–21.

Encyclopaedia Britannica, Inc. (2013). Lockout. Dicapai dari


http://global.britannica.com/EBchecked/topic/345839/lockout

Ferrell, O. C., Thorne, D. M., & Ferrell, L. (2011). Social responsibility and
business (4th ed.). Canada: South-Western, Cengage Learning.

Freeman, R. E. (1984). Strategic management: A stakeholder approach. Boston:


Pitman Publishing.

Friedman, M. (1970). The social responsibility of business is to increase its profits.


Dicapai dari http://www.colorado.edu/studentgroups/libertarians/issues/
friedman-soc-resp-business.html.

Friedman, M., & Friedman, R. D. (1962). Capitalism and freedom. Chicago:


Chicago University Press.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
192  RUJUKAN

Global Reporting Initiative. (2007). About GRI. Dicapai dari www.global


reporting.org.

Globecon. (2009). What is „discrimination‰ all about – Sorting out some


arguments. Dicapai dari http://www.globecon.org/en/globecon-
weekly/march-2009.html

Hosmer, L. (1991). The ethics of management (2nd ed.). Boston: Irwin.

Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, ethics
newsline. Ethics Newsline.

Investopedia US. (2013). Tax evasion. Dicapai dari


http://www.investopedia.com/terms/t/taxevasion.asp

Lawrence, A. T., & Weber, J. (2011). Business and society: Stakeholders, ethics
and public policy (13th ed.). Singapore: McGraw-Hill.

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators. (2010). About


MAICSA. Dicapai dari http://www.maicsa.org.my.

Malaysian Institute of Corporate Governance. (2008). Company profile. Dicapai


dari http://www.micg.net.

Mitchell, R. K., Agle, B. R., & Wood, D. J. (1997). Toward a theory of stakeholder
identification and salience: Defining the principle of who and what really
counts. The Academy of Management Review, 22(4), pp. 853–886.

Securities Commission Malaysia. (2007). Malaysian Code of Corporate


Governance (Revised 2007). Dicapai dari http://www.sc.com.my.

Securities Commission Malaysia. (2010). About us. Dicapai dari


http://www.sc.com.my.

Thorne, D. M., Ferrell, O. C., & Ferrell, L. (2008). Business and society (3th ed.).
Boston: Houghton Mifflin.

Wheeler, D., & Sillanpaa, M. (1997). The stakeholder corporation: A blueprint for
maximising stakeholder value. London: Pitman Publishing.

wiseGEEK. (2013). What are kickbacks? Dicapai dari


http://www.wisegeek.com/what-are-kickbacks.htm

wiseGEEK. (2013). What was the new deal? Dicapai dari


http://www.wisegeek.org/what-was-the-new-deal.htm
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like