You are on page 1of 278

MPU3192

Falsafah dan Isu Semasa 2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU3192
FALSAFAH DAN ISU
SEMASA 2
Mohd Syariefudin Abdullah
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Edisi pertama 2021

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), MPU3192
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi–xvi

Topik 1 Pengenalan Ilmu Falsafah 1


1.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Ilmu Falsafah? 2
1.1.1 Pendekatan Ilmu Falsafah 7
1.1.2 Hubungan Falsafah dengan Pembinaan 9
Sesebuah Negara
1.2 Penghayatan Falsafah Rukun Negara 11
1.2.1 Penghayatan Elemen Rukun Negara 13
1.3 Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 19
1.3.1 Komponen FPK 20
1.4 Falsafah Sejahtera 23
Rumusan 26
Kata Kunci 28
Rujukan 28

Topik 2 Falsafah dan Kehidupan 30


2.1 Takrifan dan Definisi Falsafah 31
2.1.1 Takrif Pertama 32
2.1.2 Takrif Kedua 34
2.1.3 Takrif Ketiga 36
2.2 Falsafah Teoretikal dan Falsafah Praktikal 39
2.2.1 Falsafah Teoretikal (Falsafah Nazariyyah) 40
2.2.2 Falsafah Praktikal (Falsafah Amaliyyah) 42
2.3 Aliran Alam Falsafah 46
2.3.1 Aliran Rasionalisme 47
2.3.2 Aliran Emperisisme 48
2.3.3 Aliran Positivisme 48
2.3.4 Aliran Idealisme 49
2.3.5 Aliran Eksistensialisme 50
2.3.6 Aliran Pragmatisme 52
2.3.7 Aliran Realisme 53
2.4 Falsafah Barat Lawan Falsafah Timur 55
Rumusan 58
Kata Kunci 60
Rujukan 60

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Logik dan Metodologi 61


3.1 Takrifan dan Latar Belakang Ilmu Logik 62
3.2 Komponen Penting dalam Ilmu Logik 66
3.2.1 Proposisi 66
3.2.2 Proposisi Berkategori 68
3.2.3 Hujahan 72
3.2.4 Silogisme 74
3.2.5 Falasi (Fallacy) 76
3.3 Kaedah Berhujah Secara Logik 82
3.3.1 Kaedah Deduktif 83
3.3.2 Kaedah Induktif 85
3.3.3 Kaedah Abduktif 87
3.3.4 Kaedah Heuristik 88
Rumusan 92
Kata Kunci 93
Rujukan 94

Topik 4 Psikologi dan Sosiologi 95


4.1 Hubungan antara Psikologi dan Sosiologi 97
dengan Falsafah
4.2 Mengubah Egosentrik kepada Ekosentrik 99
4.3 Hubungan antara Tuhan, Alam, dan Insan dalam 103
Tradisi Silam
4.4 Hubungan antara Tuhan, Alam, dan Insan dalam 107
Tradisi Islam, India, dan Cina
4.5 Konsep Insan Seimbang 110
4.6 Perlembagaan Insan 113
Rumusan 118
Kata Kunci 120
Rujukan 120

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Metafizik 122


5.1 Makna Metafizik dalam Domain Ilmu Falsafah 123
5.2 Sistem Metafizik yang Berkaitan dengan 131
Fahaman Keagamaan
5.2.1 Aliran Ateisme 132
5.2.2 Aliran Teisme 132
5.2.3 Aliran Agnosticisme 133
5.2.4 Perbincangan tentang Aliran Ateisme, 133
Teisme, dan Agnosticisme
5.3 Bentuk Kepercayaan dalam Beragama 135
5.4 Metafizik dan Sains 138
5.4.1 Pengaruh Agama dalam Perkembangan Sains 142
Rumusan 145
Kata Kunci 147
Rujukan 147

Topik 6 Epistemologi 149


6.1 Definisi Epistemologi 150
6.1.1 Ilmu Pengetahuan 152
6.1.2 Proposisi 154
6.1.3 Ilmu Pengetahuan dan Kepercayaan Sebenar 155
yang Dijustifikasikan
6.2 Kaedah Perolehan Ilmu Pengetahuan 158
6.3 Erti Kebenaran 161
6.3.1 Pendekatan Tradisional 162
6.3.2 Pendekatan Bukan Tradisional 163
6.3.3 Ketidakcukupan Kepercayaan Sebenar yang 163
Dijustifikasikan sebagai Pengetahuan
6.4 Jenis dan Klasifikasi Ilmu 165
6.4.1 Ilmu Priori dan Posteriori 165
6.4.2 Ilmu Eksplisit dan Tersembunyi 170
Rumusan 172
Kata Kunci 173
Rujukan 173

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 7 Epistemologi dan Isu Semasa 175


7.1 Kronologi Sejarah Ideologi 177
7.2 Implikasi Perbezaan Ideologi terhadap Epistemologi 178
7.2.1 Pandangan Rasionalisme terhadap Epistemologi 178
7.2.2 Pandangan Empirisisme terhadap Ilmu 181
Pengetahuan
7.2.3 Pandangan Idealisme terhadap Ilmu Pengetahuan 184
7.3 Ideologi dan Epistemologi 186
7.3.1 Liberalisme 186
7.3.2 Utilitarianisme 189
7.3.3 Hedonisme 191
7.3.4 Feminisme 192
7.3.5 Kesan Ideologi terhadap Epistemologi 194
Rumusan 196
Kata Kunci 197
Rujukan 197

Topik 8 Etika sebagai Isu Kefalsafahan 200


8.1 Etika sebagai Epistemologi Amali 201
8.2 Etika dalam Kehidupan Sejahtera 205
8.3 Konsep Etika Mengikut Kepelbagaian Agama 208
8.3.1 Etika bagi Agama Islam 209
8.3.2 Etika bagi Agama Buddha 213
8.3.3 Etika bagi Agama Hindu 214
8.3.4 Etika bagi Agama Kristian 216
8.3.5 Etika bagi Konfusianisme 217
8.4 Konsep Etika dalam Segenap Lapangan Hidup 221
Rumusan 226
Kata Kunci 227
Rujukan 228

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Kajian Kes Terpilih: Falsafah dan Isu Semasa 229


9.1 Sekularisme sebagai Asas Ideologi Moden 230
9.2 Modenisme 235
9.3 Modenisme pada Zaman Kesedaran 240
9.3.1 Kesedaran sebagai Lumières 243
9.3.2 Kesedaran sebagai Aufklärung 245
9.3.3 Zaman Kesedaran dan Agama 246
9.4 Pascamoden 249
9.4.1 Kesan Pascamoden 252
Rumusan 255
Kata Kunci 257
Rujukan 258

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU3192 Falsafah dan Isu Semasa 2 ialah salah satu kursus yang ditawarkan di
Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 2 jam kredit dan harus
dijalankan selama 8 hingga 14 minggu.

AUDIENS KURSUS
Kursus ini ialah kursus utama bagi pelajar yang mengambil program ijazah muda
OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara kendiri dan
mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada. Sebelum
anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan kursus yang
betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 2 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 80 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT – student learning time).

Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Menjelaskan isu semasa berlandaskan ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara.

2. Menerangkan isu semasa berdasarkan aliran pemikiran utama dalam


pelbagai aliran falsafah.

3. Menghuraikan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai


asas bagi menjalinkan dialog antara budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada sembilan topik. Sinopsis bagi setiap topik
dinyatakan seperti yang berikut:

Topik 1 menghuraikan hubung kait antara ilmu falsafah dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara dalam konteks pembinaan
negara bangsa.

Topik 2 memperkenalkan kepada anda ilmu falsafah dan kaitannya dengan


kehidupan manusia mengikut pendekatan falsafah teoretikal (nazariyyah),
praktikal (amaliyyah), dan aliran lain dalam falsafah.

Topik 3 membincangkan domain ilmu logik dalam bidang falsafah secara


deduktif, induktif, abduktif, dan heuristik.

Topik 4 mengupas elemen psikologi dan sosiologi dalam falsafah. Dua elemen ini
turut berkait rapat dengan konsep insan dalam pelbagai tamadun khasnya
tamadun Barat, tamadun Islam, dan tamadun Timur yang lain. Tidak ketinggalan,
konsep insan turut dibincangkan dalam konsep insan seimbang yang dinyatakan
dalam FPK.

Topik 5 menghuraikan makna metafizik, teori, sistem dalam metafizik, bentuk


kepercayaan, dan kaitannya dengan sains dan metafizik.

Topik 6 membincangkan epistemologi, kaedah memperoleh ilmu pengetahuan,


erti kebenaran, serta jenis dan klasifikasi ilmu.

Topik 7 menjelaskan aliran ideologi semasa, ideologi pada masa kini dan implikasi
fahaman ideologi terhadap epistemologi, iaitu ilmu pengetahuan.

Topik 8 membincangkan etika sebagai epistemologi, persoalan etika dalam


kehidupan sejahtera, konsep etika mengikut kepelbagaian agama, dan kehidupan
seharian.

Topik 9 mengupas sekularisme, diikuti dengan modernisme, perkembangannya


pada zaman kesedaran (enlightenment) dan hubungannya dengan agama. Juga
dibincangkan dalam topik terakhir ini adalah tentang pascamoden serta kesannya
terhadap sosial dan agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik,
anda digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.

Semak Kendiri: Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik


tertentu di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen ini,
renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan cuba menjawab
soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh mana anda memahami
subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk soalan yang ditanya terdapat
dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada


bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek atau
melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin perlu menilai
senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha merenungkan
apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini dan mengguna pakainya
pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda perlu mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam menganalisis,
mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan mendefinisikan sesuatu.

Rumusan: Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya dapat
mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik tersebut. Jika anda
dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham dengan sepenuhnya, sila kembali
membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan, sila kembali
mencari terma berkenaan dalam modul.

Rujukan: Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus
(pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda
digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut
untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda
berkenaan kursus ini.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan pengetahuan Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan sejarah dan falsafah sains. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah: Sejarah dan konsep dasar dalam falsafah dan
logika Melayu. Akademi Pengajian Melayu.

Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Hari muka Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Adab,
akhlak, limpahan budi dan sejahtera. Dalam Dzulkifli Abdul Razak &
Rosnani Hashim (Pnyt.), Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan pelaksanaannya pasca 2020 (ms. 3–20). Universiti Islam
Antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hashim Musa. (2001). Falsafah, logik, teori nilai dan etika Melayu: Suatu
pengenalan. Akademi Pengajian Melayu.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar pendidikan kebangsaan. Giga Wise


Network Sdn Bhd.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai pelajar
OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat
di perpustakaan ini.

Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian


yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
Ilmu Falsafah
1 Mohd Syariefudin Abdullah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan konsep ilmu falsafah dari pelbagai aliran sarjana dan
hubung kaitnya dengan pembinaan sesebuah negara bangsa.
2. Menjelaskan peranan Rukun Negara dalam usaha membina
masyarakat yang sejahtera.
3. Menghuraikan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dalam usaha membudayakan kehidupan berfalsafah dalam
masyarakat Malaysia.
4. Membincangkan falsafah sejahtera sebagai lanjutan yang ingin
dicapai melalui FPK.

 PENGENALAN
Pernahkah anda membaca buku atau menonton rancangan yang kandungannya
menggunakan bahasa dan istilah yang tinggi, dan anda hampir tidak
memahaminya? Pernahkah anda berbual-bual dengan seseorang mengenai ilmu
kehidupan, ilmu tentang alam semesta, dan individu tersebut memberikan
pendapatnya dengan sangat tersusun, berseni, serta memberi pelbagai
perumpamaan, kiasan, dan analogi? Individu tersebut merupakan seseorang yang
berfalsafah atau mempunyai falsafah tertentu dalam hidupnya sehingga
bicaranya sering dianggap „pelik, unik, tidak difahami.‰ Hal ini demikian kerana
individu yang berpegang kuat pada falsafahnya mempunyai nilai pegangan yang
tinggi disebabkan falsafah bermaksud orang yang berfikir secara mendalam
tentang sesuatu perkara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Oleh itu, topik pertama ini akan memperkenalkan kepada anda konsep asas ilmu
falsafah yang meliputi definisinya secara umum. Kemudian, ia memfokuskan
falsafah yang dipraktikkan di Malaysia, iaitu falsafah Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), dan falsafah sejahtera. Selamat belajar.

1.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


ILMU FALSAFAH?
Pernahkah anda mendengar perkataan falsafah? Pastinya ramai dalam kalangan
anda pernah mendengar perkataan ini. Namun, apakah yang anda faham mengenai
falsafah? Kebanyakan daripada kita apabila mendengar perkataan falsafah akan
merasa takut, seram, dan kurang selesa. Mengapakah perkara ini berlaku? Saya
percaya kebanyakan dari kita melihat perkara yang berkaitan falsafah adalah belajar
sesuatu di atas angin ataupun di awang-awangan. Malah, ada sesetengah orang
pula menyebut falsafah sebagai „falasampah‰. Hal ini adalah percakapan daripada
orang yang tidak memahami ataupun mengetahui apakah yang dimaksudkan
dengan falsafah.

Sebenarnya, falsafah ialah ilmu yang berkaitan dengan „membina, mengubah, atau
mentransformasikan sesuatu‰ yang bukan sahaja transformasi diri tetapi sehingga
kepada transformasi masyarakat, negara, dan global sehinggalah ke peringkat
antarabangsa.

Maka, bidang falsafah ini membawa agenda yang besar bukan sahaja di Malaysia,
malahan di seluruh dunia. Ilmu falsafah merupakan ilmu yang penting dan
merentas pelbagai ilmu lain sehinggakan ilmu ini terletak pada hierarki utama
sebelum mendalami ilmu tertentu.

Oleh itu, dari segi kedudukan, ilmu falsafah telah merentas pelbagai disiplin ilmu.
Tidaklah pelik apabila para sarjana awal yang menjadi rujukan seperti Plato,
Aristotle, dan Pythagoras meletakkan ilmu falsafah sebagai asas perbincangan
mereka sebelum bergerak dengan ilmu lain. Maka, kita percaya bahawa pelajar
yang mempunyai ilmu falsafah mempunyai asas yang kukuh untuk mendaulatkan
ilmu pengetahuan dan berprinsip dalam melayari kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  3

Seterusnya, mari kita memulakan dengan perbincangan yang santai. Apakah yang
dimaksudkan dengan falsafah? Berlandaskan rujukan yang ada, perkataan falsafah
sudah lama wujud dalam bidang ilmu pengetahuan. Perbincangan konsep falsafah
tidak dapat lari daripada para tokoh yang berasal dari Yunani ataupun Greek purba.
Ada juga sarjana sejarah yang mengungkapkan ilmu falsafah ini bermula pada
zaman Socrates lagi, iaitu seorang sarjana Greek yang telah lahir sekitar tahun 470
SM. Hal ini demikian kerana ilmu yang wujud selepas itu akan berpaksikan ilmu
dari Yunani. Misalnya, tokoh ahli fikir Yunani agung pada abad ke-6 SM, iaitu
Pythagoras (570–504 SM) menyatakan bahawa falsafah adalah gabungan daripada
dua perkataan, iaitu philo yang memberi makna „cinta‰ dan satu lagi sophia yang
memberi makna „kebijaksanaan‰ (lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Definisi Falsafah Menurut Pythagoras

Oleh itu, melalui gabungan dua perkataan ini, perkataan philosophia terbentuk
yang membawa makna „cinta akan kebijaksanaan.‰ Bidalan ini sering digunakan
oleh ahli falsafah dan mereka yang mengajar ilmu falsafah. Mungkin kerana
maknanya yang kena dengan jiwa dan dekat dengan jiwa manusia itu sendiri.
Namun begitu, untuk memberi makna ilmu falsafah yang luas, kita memerlukan
pemerhatian yang lebih terperinci.

Walaupun begitu, secara ilmiahnya, jika diperhatikan pada masa tersebut,


kewujudan perkataan philosophia adalah disebabkan adanya aktiviti kesarjanaan
yang amat pesat; aktiviti yang menggunakan fikiran yang menjadi kegiatan utama
masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Antara yang dibahaskan dengan aktif sekali ialah menyelidiki dan membahaskan
pelbagai:

• rahsia kejadian alam

• persoalan metafizik

• persoalan etika

Seterusnya, Plato (428/427–348/347 SM) yang juga ahli falsafah berbangsa Greek
menggunakan perkataan philosophia untuk menerangkan maksud ilmu. Menurut
Plato, tujuan falsafah adalah untuk kebijaksanaan (hikmat) dan bijaksana
merupakan ilmu yang wujud, sementara ilmu ialah „bahan‰ yang realiti.

Sekarang, mari kita beralih pula kepada Aristotle (384–322 SM) yang juga ahli
falsafah Greek. Menurutnya, falsafah adalah ilmu. Ilmu ini terbahagi kepada dua
bentuk seperti yang dijelaskan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Dua Bentuk Ilmu Falsafah Menurut Aristotle

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  5

Namun begitu, bangsa Rom dan Arab yang menggunakan perkataan falsafah
tidak pernah mengubah tujuan dan maksud asal falsafah tersebut. Hanya orang
Arab sering menggantikan perkataan falsafah ini dengan perkataan lain seperti
hikmah, failasuf, dan hakim. Walau bagaimanapun, semua istilah tersebut
membawa maksud yang hampir sama, iaitu bijak.

Kemudian, sarjana yang bernama Heraclitus (500 SM) memberikan makna


falsafah yang agak tepat (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Definisi Falsafah Menurut Heraclitus

Menurut ulasan yang diberi oleh Prof Mahmud Muhammad al-Hudzari


(pensyarah dari Universiti Kaherah, Mesir), makna falsafah yang diberi oleh
Heraclitus sangat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana segala perbahasan yang
berhubungan dengan ilmu falsafah terkemudian merujuk definisi oleh Heraclitus.
Kekuatan definisi yang diberi oleh Heraclitus merangkumkan segala jenis ilmu di
bawah satu tajuk. Walaupun banyak definisi diberi selepas beliau, namun tiada
yang bertentangan dengan definisi Heraclitus.

Selain itu, tokoh seperti Aristotle, pengikut Plato, para ahli falsafah Islam seperti
Abu Ali al-Hussain dan Ibn Sina mengatakan bahawa tujuan falsafah adalah
mencari hakikat sesuatu dengan segala kemampuan yang ada pada akal manusia
untuk mencapainya. Begitu juga dengan ahli falsafah Jerman bernama Albertus
Magnos (1200-an) yang memberikan definisi yang hampir sama; menurutnya ilmu
falsafah adalah ilmu yang mengkaji tiap-tiap yang mungkin diketahui oleh akal
manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Di samping itu, Francis Bacon (ahli falsafah Inggeris yang meninggal pada
1626 M) menyatakan bahawa skop perbahasan ilmu falsafah adalah mengenai
Tuhan, manusia, dan alam tabiat.

Kemudian, Rene Descartes (1596–1650), ahli falsafah Perancis, memberikan


definisi falsafah sebagai himpunan berbagai ilmu. Makna ini masih kekal hingga
sekarang.

Jika diperhatikan, ramai sarjana dari luar negara membicarakan dan melontarkan
maksud falsafah yang menggambarkan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu yang
sangat fundamental dan perlu diterokai untuk mendapatkan ilmu lain dalam
pelbagai bidang kajian.

Berdasarkan pelbagai definisi yang diberi, kita dapat mengenal pasti bahawa
falsafah mempunyai beberapa subdisiplin yang membincangkan beberapa tajuk
yang lebih spesifik seperti yang dijelaskan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Subdisiplin Ilmu Falsafah

Subdisiplin Fokus Perbincangan


Ilmu logik Kaedah berfikir dengan betul.
Ilmu psikologi Hakikat manusia dan potensi manusia.
dan sosiologi
Ilmu metafizik Hubungan antara alam, manusia dengan Tuhan.
Epistemologi Teori ilmu.
Estetik Keindahan, kesenian, dan kecantikan.
Ilmu etika Akhlak, budi, dan pekerti mulia.
Ilmu politik Pentadbiran, tadbir urus, dan kepimpinan.
Ilmu ekonomi Pengagihan pelbagai sumber secara adil dan melihat negara secara
keseluruhan dari aspek material dan bukan material.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Nyatakan maksud falsafah menggunakan ayat anda sendiri.

2. Bina peta minda untuk membezakan antara ilmu nazari dengan


ilmu amali.

3. Apakah subdisiplin bagi ilmu falsafah? Jelaskan lima daripadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  7

AKTIVITI 1.1

Cari tiga lagi definisi falsafah melalui carian Internet. Sediakan jawapan
anda dalam bentuk jadual seperti di bawah.

Tokoh Definisi Falsafah

Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE untuk


perbandingan dengan rakan sekuliah.

1.1.1 Pendekatan Ilmu Falsafah


Sejak awal kewujudan ilmu falsafah, secara tabiinya ia adalah satu ilmu, bahkan
semua kajian saintifik sama dalam sains fizik mahupun sains metafizik yang
dicetuskan oleh para ahli falsafah Greek disebut sebagai „falsafah‰. Dalam bahasa
Arab, falsafah dikaitkan dengan konsep Âilm (ilmu).

Oleh itu, dapatlah dibuat rumusan bahawa falsafah adalah kegiatan mencari ilmu
yang meliputi semua bidang kajian teori. Secara etimologinya, perkataan falsafah
adalah merujuk kepada kegiatan pencarian atau pemerolehan kebijaksanaan.

Jika diperhatikan, terdapat beberapa tahap dalam perkembangan ilmu falsafah.


Misalnya, sebelum abad ke-19, ilmu falsafah tidak muncul sebagai ilmu sains yang
tersendiri dan ahli sarjana Barat membuat klasifikasi bahawa ilmu falsafah ini
bersifat khusus. Pada peringkat ini, konsep falsafah adalah setara dengan konsep
ilmu dan segala kegiatan saintifik yang berlaku pada zaman tersebut. Pengertian
ini agak global dan berterusan sehingga zaman pertengahan, iaitu pada abad
ke-16 dan kemudian menembusi pemikiran kebanyakan ahli falsafah moden pada
abad ke-17 dan ke-18. Bahkan, konsep ini turut mempengaruhi ahli pemikir Islam,
misalnya al-Farabi dalam karya beliau yang bertajuk IhsaÊ al-Ulum yang
memasukkan pelbagai disiplin falsafah dalam ilmu sains seperti logik, metafizik,
dan etika.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Antara ahli pemikir yang tersohor mengkaji tentang alam ialah Thales,
Anaximander, dan Anaximenes. Pemikiran mereka bermula sejak 600 tahun
Sebelum Masihi. Thales merupakan pelopor yang membuat kajian tentang teori
komposisi, susunan, dan asal usul alam. Mereka mengkaji dalam menentukan
bahan asas ataupun komponen yang menjadi sumber terbentuknya segala benda
di dunia. Menurut mereka, terdapat empat kategori benda yang ada di alam ini,
iaitu tanah, air, udara, dan api. Thales berpendapat bahawa semua benda di dalam
alam ini bermula dengan air yang kemudiannya, air dalam bentuk yang lain.
Anaximenes pula berpandangan bahawa segala sesuatu adalah udara.
Perkembangan teori seterusnya ialah segala sesuatu di dalam alam ini
dikategorikan kepada pepejal, cecair, gas, dan sejenis bentuk tenaga.

Pemikiran, penyelidikan, dan perbincangan inilah kemudiannya menimbulkan


teori tentang atom pada abad ke-19. Pada masa tersebut, sains tidak boleh
dipisahkan daripada falsafah kerana falsafah meliputi perkembangan ilmu yang
bersifat teori dan uji kaji yang dikenal sebagai sains.

Falsafah ialah segala sesuatu yang berkaitan dengan manusia melalui penelitian
yang sistematik dan berfikir secara logik. Misalnya, dalam penulisan Plato,
Aristotle, dan ahli falsafah lain meletakkan perbincangan falsafah dalam pelbagai
disiplin ilmu yang lain, juga dikenal dengan nama fizik, matematik, astronomi,
sains politik, sosiologi, antropologi, teologi bahkan dalam bidang kejuruteraan.
Setelah dua milenium, barulah disiplin ilmu itu terpisah daripada falsafah dan
terbentuk sebagai disiplin yang tersendiri serta mempunyai aturan penyelidikan
tertentu, objektif penyelidikan, dan kerangka teorinya yang tersendiri.

Menurut sarjana falsafah yang menjadi rujukan pada masa kini, iaitu Prof Dr
Mohd Hazim Shah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, terdapat
tiga pendekatan yang dapat difahami pada maksud falsafah.

1. Falsafah boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas, atau


fundamental mengenai sesuatu perkara ataupun isu.

2. Falsafah juga adalah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara,


dan ia bersifat menyeluruh dan tidak terhad kepada sesuatu subjek, topik,
atau daerah pemikiran. Contohnya, persoalan falsafah yang terdapat dalam
ilmu falsafah ialah pelbagai soalan umum seperti:

• apakah makna kehidupan?

• apakah sifat kewujudan?

• apakah hakikat kewujudan itu yang terdapat dalam kajian metafizik?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  9

Persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan dalam bidang falsafah
dan bukannya dalam bidang lain.

Falsafah berperanan membuatkan kita berfikir secara mendalam mengenai


perkara asas dan persoalan pokok mengenai sesuatu isu supaya kita
mempunyai pemikiran yang jelas tentang apakah persoalan pokok yang
terdapat dalam sesuatu bidang itu.

3. Melalui pandangan falsafah moden Barat dan bukan Barat (falsafah Timur),
falsafah merupakan kegiatan untuk menjelaskan konsep dan pemikiran asas
mengenai sesuatu. Tujuannya adalah supaya kita dapat menjelaskan dalam
pemikiran kita tentang apakah makna yang signifikan mengenai sesuatu
konsep yang digunakan sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun
sebaliknya.

Secara umumnya, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat tiga kategori ilmu yang
berkembang dalam sejarah kehidupan manusia seperti yang dijelaskan dalam
Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Tiga Kategori Ilmu dalam Sejarah Hidup Manusia

Kategori Definisi
Ilmu pancaindera Segala yang boleh disentuh oleh pancaindera secara langsung.
Ilmu sains Segala aktiviti yang melibatkan eksperimen.
Ilmu falsafah Berkaitan dengan sesuatu yang terlibat dengan pemikiran.

Sumber: Sidi (1974)

1.1.2 Hubungan Falsafah dengan Pembinaan


Sesebuah Negara
Kita harus menyedari bahawa dunia yang kita lalui sekarang ini mengalami
perubahan yang besar, misalnya kita telah berpindah daripada dunia moden yang
dimanifestasikan dengan rasionaliti, sains, dan pembangunan kepada kemajuan
yang dikaitkan dengan pascamoden yang dilihat dengan idea antirasionaliti.
Contohnya, idea pascakebenaran yang kita boleh lihat dalam politik yang disebut
politik pascakebenaran. Logik dan analisis tidak lagi menjadi asas bagi
pertimbangan politik. Sebaliknya, emosi, sentimen, dan perasaan yang menjadi
keutamaan dalam dunia politik pada masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Timbul juga fenomena anti sains. Misalnya, timbul fenomena gerakan bumi leper,
gerakan anti vaksinasi, dan pelbagai gerakan yang menolak sains moden. Tidak
ketinggalan, kegagalan dunia moden menangani persoalan ekonomi seperti
menangani jurang ekonomi yang semakin besar antara manusia, iaitu kemiskinan
yang masih lagi tidak dapat diselesaikan. Begitu juga isu lain seperti peperangan
dan ketidakadilan sosial. Semua ini menunjukkan dunia yang sedang kita lalui
sedang berada dalam krisis yang memerlukan pemahaman dan pemerhatian yang
lebih lanjut supaya dunia yang kita diami menjadi lebih baik bagi kehidupan
manusia pada masa akan datang.

Perkara sama juga berkait dengan konteks kita di Malaysia. Malaysia sendiri
sedang mengalami perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang besar yang
memerlukan penelitian lanjut tentang cara kita boleh menghadapi perubahan
besar dalam ekonomi dan politik. Di sinilah tujuan kita merangka dan
memperkenalkan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di universiti. Tujuan
memperkenalkan falsafah kepada pelajar adalah supaya mereka dapat
membudayakan falsafah dalam kehidupan masyarakat Malaysia dengan cara
berfikir dan bertindak dengan lebih mendalam, komprehensif, dan menyeluruh
serta mengambil kira pelbagai faktor dalam membuat sesuatu keputusan.

Pada peringkat permulaan ini, adalah baik jika kita dapat menggunakan konsep
falsafah yang sangat popular dari dahulu sehingga sekarang yang disebut konsep
alam besar (makrokosmos/alam kabir) dan alam kecil (mikrokosmos/alam
saghir) ataupun dalam konteks negara bangsa, kita menyebutnya diri besar dan
negara kecil. Keadaan ini ialah pendekatan analogi dalam falsafah yang
menunjukkan bahawa manusia dan alam ini adanya persamaan yang kita boleh
bandingkan.

Apa-apa yang disebut alam besar (makrokosmos) ialah alam semesta yang kita
diami di dalamnya. Manakala dalam konteks nasional, negara ini kita boleh
ibaratkan sebagai alam besar yang mana Rukun Negara menjadi falsafah ataupun
pegangan bagi negara Malaysia. Bagi tujuan yang murni untuk membina negara
Malaysia, kita sebenarnya membina diri yang besar. Pada masa yang sama, diri
manusia yang mendiami negara Malaysia diumpamakan sebagai alam kecil
(mikrokosmos). Alam kecil adalah berkaitan dengan diri seseorang secara
individu.

Di Malaysia, kita ada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi membina setiap
individu dalam negara ini. Dalam situasi ini, kita boleh umpamakan FPK seperti
membina negara kecil. Berdasarkan konsep yang penting dalam falsafah ini, kita
dapat umpamakan Rukun Negara sebagai membina diri besar, manakala FPK
umpama kita membina negara kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  11

AKTIVITI 1.2

Bincangkan persoalan berikut dalam forum myINSPIRE:

(a) Perlukah kita kepada negara bangsa?

(b) Jelaskan bagaimanakah falsafah yang dibina mampu


mempengaruhi sesebuah negara bangsa?

1.2 PENGHAYATAN FALSAFAH RUKUN


NEGARA
Falsafah itu pada asasnya bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana
tempat atau lokasi geografi. Namun, falsafah boleh ditujukan kepada sesuatu
konteks yang spesifik; dalam konteks pemikiran sesebuah negara ataupun
budaya. Hal ini adalah realiti kehidupan dunia pada hari ini.

Terdapat ciri-ciri yang berbeza antara satu budaya dengan satu masyarakat dan
budaya lain. Contohnya, keadaan di Amerika ataupun Eropah berbeza dengan
keadaan di Asia atau Malaysia seperti sejarahnya, pemikirannya, dan sifat rakyat
tempatan. Wajar bagi satu falsafah yang hendak dibangunkan dalam sesuatu
masyarakat itu mempunyai kaitan dan sesuai dengan pelbagai persoalan yang
dihadapi masyarakat setempat. Perkara ini menunjukkan bahawa falsafah juga
mempunyai sifat tempatan yang tersendiri walaupun isu yang ditanganinya
bersifat universal dan global. Mengaitkan falsafah dengan satu ideologi tempatan
ataupun pemikiran kebangsaan seperti terdapat dalam Rukun Negara bukanlah
menjadi kesalahan. Malahan ini ialah perkembangan yang positif.

Sejak akhir-akhir ini, banyak isu yang menggugat kestabilan negara yang boleh
menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam negara kita. Situasi ini
menggambarkan kedudukan asas dalam Rukun Negara makin dicabar, misalnya
isu menghapuskan sistem beraja, isu berkaitan dengan agama, isu ekonomi, dan
usaha menghapuskan hak istimewa masyarakat asal. Ia adalah penting dalam
konteks negara bangsa khasnya dalam bentuk masyarakat pelbagai etnik, elemen
perpaduan menjadi kunci penting kepada keharmonian, dan pembangunan
negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Untuk makluman anda, Rukun Negara telah lama terbina dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Rukun Negara secara rasminya diisytiharkan pada tarikh
31 Ogos 1970 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Yang di-
Pertuan Agong IV yang juga merupakan tarikh ulang tahun ke-13 kemerdekaan
negara, kesan daripada rusuhan kaum terburuk negara pada tarikh 13 Mei 1969.
Falsafah Kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara adalah bertujuan
membentuk dan membina ideologi kebangsaan. Apabila kita menyebut Rukun
Negara, sebenarnya kita berbicara tentang membina diri yang besar.
Pembentukan Rukun Negara mempunyai matlamat dan objektif yang jelas.
Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian seperti yang dijelaskan dalam
Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Dua Bahagian Rukun Negara

Bahagian Huraian

Pertama Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk, iaitu:


• mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat
• memelihara satu cara hidup demokratik
• mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
• membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai corak
• membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden

Kedua Sebagaimana yang anda maklum, terdapat lima asas yang dimaktubkan
dalam Rukun Negara, iaitu:
• kepercayaan kepada Tuhan
• kesetiaan kepada raja dan negara
• keluhuran perlembagaan
• kedaulatan undang-undang
• kesopanan dan kesusilaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  13

Menurut Agoes Salim, selepas Rukun Negara diwartakan, beliau melihat


perubahan yang positif telah berlaku kepada masyarakat dan situasi politik pada
masa itu. Agoes Salim merupakan ketua yang dilantik untuk membentuk Rukun
Negara dan beliau bekerjasama dengan beberapa nama penting yang lain, iaitu
Ghazali Shafie, Abdullah Ayob, Zain Azraai, Khatijah Ahmad, Khoo Kay Kim,
James Peter Ongkili, G. K. Rama Iyer, dan Salleh Abas (Ramieza, 2020).

Menurutnya lagi, beliau berpendapat orang ramai dapat hidup dengan harmoni
dalam masyarakat pelbagai etnik, manakala golongan muda dan kanak-kanak
Cina dan India fasih bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Selain itu,
sebarang keputusan kerajaan diputuskan selaras dengan Rukun Negara yang
disediakan mereka. Namun begitu, beliau mendapati hanya bahagian kedua
dalam Rukun Negara yang diberi perhatian dalam mempromosikan Rukun
Negara tetapi bahagian pertama dalam Rukun Negara seperti diabaikan (Ramieza,
2020).

Oleh itu, satu tindakan perlu dilakukan bagi memulihkan semula Rukun Negara
supaya Rukun Negara tidak hanya dilihat daripada satu sisi tetapi daripada dua
sisi, iaitu bahagian pertama dan kedua Rukun Negara secara menyeluruh.

1.2.1 Penghayatan Elemen Rukun Negara


Jika kita perhatikan elemen pada bahagian pertama Rukun Negara, kita dapat
rumuskan ia ialah cita-cita negara untuk sebuah diri besar untuk mencapai lima
perkara yang dijelaskan dalam Jadual 1.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Jadual 1.4: Lima Perkara untuk Menjadi Diri Besar


Berdasarkan Elemen dalam Rukun Negara

Perkara Huraian
Perpaduan Masyarakat Malaysia ialah masyarakat majmuk yang mempunyai
nasional perbezaan dari segi latar belakang sejarah dan budaya, bahasa, agama,
dan cara hidup. Perbezaan ini merupakan cabaran yang dihadapi oleh
kerajaan yang memerintah untuk memastikan masyarakat yang
berbeza ini dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni.
Semenjak merdeka, terdapat beberapa krisis besar yang telah mencabar
perpaduan negara khususnya peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan
konflik rusuhan kaum terbesar di Malaysia. Namun, sejak peristiwa ini,
kita tidak menoleh ke belakang tetapi menjadikan peristiwa tersebut
sebagai pengajaran kepada kerajaan.

Melalui elemen dalam Rukun Negara yang meletakkan perpaduan


nasional sebagai matlamat negara, maka dasar kerajaan secara implisit
meletakkan perpaduan sebagai matlamat akhir. Dasar negara
seharusnya memberikan penekanan kepada pelbagai elemen seperti
bahasa, pendidikan, kebudayaan, dan ekonomi terlebih dahulu yang
bermatlamatkan perpaduan.

Sebaliknya, masyarakat Malaysia berdasarkan kepada kewujudan


identiti sivik yang berlandaskan perlembagaan, sistem politik,
perundangan, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain yang merentasi
sempadan kaum, agama, dan budaya. Matlamat utama dalam usaha ini
adalah mencapai pembentukan „masyarakat sivil‰ (civil society) atau
masyarakat madani. Masyarakat sivil merujuk arena tindakan kolektif
tanpa paksaan berasaskan kepentingan, tujuan, dan nilai yang dikongsi
bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  15

Cara hidup Melalui matlamat Rukun Negara juga, cara hidup demokratik akan
demokratik terbina. Masyarakat demokratik mempunyai kebebasan bersuara dan
bertindak tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Dalam banyak
keadaan, masyarakat akan berasaskan persetujuan bersama
berdasarkan pendapat dan kepentingan majoriti.

Masyarakat demokratik ialah sesebuah masyarakat yang semua


penduduk dewasa dengan mudah mendapat laluan untuk turut serta
dalam proses membuat keputusan dalam setiap organisasi yang
mereka terlibat.

Di samping itu, individu lain serta sesiapa sahaja dalam organisasi yang
membuat keputusan tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya
sekiranya keputusan itu melanggar hak asasi utama manusia, atau
keputusan itu tidak dibuat secara jujur, tidak beretika, tidak adil,
berselindung, tidak efisien, dan lain-lain.

Dalam masyarakat demokratik, semua organisasi adalah milik rakyat,


dikawal oleh rakyat, dan digerakkan oleh rakyat. Semua individu serta
organisasi akan bertanggungjawab atas segala salah tindakan jika ia
berlaku.
Masyarakat Masyarakat adil ialah masyarakat yang melaksanakan pengagihan
adil kekayaan negara secara adil dan saksama yang wujud perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan
kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kesemua kemunduran ekonomi
adalah berdasarkan kaum.
Masyarakat Masyarakat yang saintifik dan progresif mempunyai daya perubahan
saintifik tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan.
Masyarakat Masyarakat liberal ialah masyarakat yang pelbagai kaum yang dapat
liberal bertolak ansur dan bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan
kepercayaan agama masing-masing. Pada masa yang sama, mereka
meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Melalui bahagian pertama Rukun Negara, kita dapat lihat dengan jelas bahawa
penghayatan kepada bahagian pertama adalah tidak kurang pentingnya. Malahan
penghayatan bahagian pertama adalah pengenalan kepada bahagian kedua dalam
Rukun Negara itu sendiri. Oleh itu, penghayatan kepada bahagian pertama Rukun
Negara perlu diusahakan untuk memastikan gagasan besar Rukun Negara
mencapai matlamatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Sementara itu, penghayatan Rukun Negara pada bahagian kedua adalah


berdasarkan lima prinsip Rukun Negara yang dinyatakan dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Lima Prinsip Rukun Negara

Penghayatan lima prinsip ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Penghayatan Lima Prinsip Rukun Negara

Prinsip Huraian
Kepercayaan Hal ini ialah ciri umum yang dianuti oleh ramai penduduk di Malaysia
kepada yang juga mewakili masyarakat yang berbilang kaum. Prinsip ini tidak
Tuhan menimbulkan kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada
Tuhan merupakan satu kepercayaan yang dianuti oleh mereka
daripada pelbagai agama.

Contohnya, Islam, Kristian, Hindu, atau agama yang dikaitkan dengan


masyarakat Cina seperti Taoisme dan agama Buddha (Buddhism).
Majoritinya mempunyai konsep kepercayaan kepada satu yang
berkuasa atau ketuhanan. Walaupun dalam fahaman agama Buddha
tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan, namun ada unsur
kerohanian yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan.

Rukun pertama ini merupakan suatu common denominator, iaitu


suatu titik pertemuan antara pelbagai budaya dan kaum yang
mempunyai fahaman agama masing-masing.

Oleh itu, kepercayaan kepada Tuhan wajar diserapkan sebagai prinsip


yang pertama dalam Rukun Negara dan mempunyai unsur pemikiran
falsafah kerana dikaitkan dengan fahaman keagamaan ataupun
falsafah agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  17

Kesetiaan Dunia moden kini mempunyai sistem politik berdasarkan konsep


kepada raja negara bangsa (nation state). Malaysia tidak terkecuali sebagai satu
dan negara bentuk negara bangsa.

Namun, ciri-ciri negara bangsa Malaysia mengandungi unsur sejarah


tersendiri yang diserap melalui sistem beraja ataupun sistem monarki
melalui Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 atau ke-15. Unsur
kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek
kesepaduan dalam kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan
kesetiaan mereka kepada raja yang menjadi lambang sebagai ketua
negara berperlembagaan.

Di samping itu, perkara ini adalah perkara yang kita bincangkan


berkaitan dengan politik, pentadbiran, tadbir urus, tentang watan, dan
tentang kewarganegaraan dan kenegaraan.

Oleh itu, pada bahagian ini dapat dikaitkan dengan falsafah tentang
watan, falsafah tentang politik, dan falsafah tentang negara bangsa.
Keluhuran Elemen ini seharusnya menjadi komponen penting dalam falsafah
perlembagaan politik juga. Setiap negara bangsa termaktub secara eksklusif
mempunyai perlembagaan dan perundangan tersendiri. Keluhuran
perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan pertikaian dengan
merujuk prinsip perundangan yang paling tinggi, iaitu perlembagaan
negara. Prinsip ini penting bagi memastikan kestabilan sesebuah
negara kerana konsep masyarakat yang berasaskan undang-undang
dan ketenteraman (law and order ) hanya boleh dilaksanakan dengan
adanya perundangan yang jelas.
Kedaulatan Pelaksanaan kedaulatan undang-undang membolehkan rakyat
undang- Malaysia memperoleh keadilan yang sebenar. Perlaksanaan undang-
undang undang berasaskan perlembagaan undang-undang tertinggi (the
highest form of law). Kedaulatan undang-undang bermaksud tidak
ada sesiapa boleh mengatasi, melebihi ataupun melanggar undang-
undang. Melalui prinsip ini, keharmonian dalam negara ini dapat
dikekalkan kerana sebarang pertikaian yang mungkin muncul atas
dasar agama ataupun bangsa, dan sebagainya boleh diselesaikan
melalui sistem perundangan yang ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Kesopanan Prinsip yang terakhir ini merujuk sesuatu yang lebih bersifat personal
dan dan berkaitan dengan perhubungan manusia. Ia boleh menjamin dan
kesusilaan mengekalkan harmoni hubungan yang baik antara rakyat walaupun ia
tidak mempunyai suatu kuasa perundangan. Prinsip ini melahirkan
rakyat Malaysia dengan perasaan bertolak ansur, sopan, dan beradab
serta harmoni dan lebih bertimbang rasa terhadap rakan sesama
manusia atau senegara.

Mereka akan sentiasa mengambil kira perasaan, mempunyai rasa


hormat, dan bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan
dan mengekalkan kesusilaan. Semua perkara ini penting dan perlu
dipegang oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjamin kestabilan
politik dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita mengenal pasti
unsur pemikiran falsafah yang mendasari segala prinsip tersebut.
Elemen ini dalam Rukun Negara diletakkan di bawah falsafah etika.

Oleh itu, berdasarkan Rukun Negara, kita mampu mendirikan atau membina diri
besar Malaysia memandangkan Malaysia secara zahirnya sudah ada pelbagai
elemen yang mampu menjayakan penghayatan falsafah melalui falsafah agama,
falsafah politik kepada falsafah undang-undang, dan juga kepada falsafah etika.

SEMAK KENDIRI 1.2

Nyatakan kandungan Rukun Negara pada bahagian pertama.

AKTIVITI 1.3

Senaraikan lima pengalaman anda yang membuktikan bahawa kita


berjaya dalam merealisasikan bahagian kedua Rukun Negara.
Kongsikan pengalaman anda dalam forum myINSPIRE untuk
perbandingan dengan rakan sekuliah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  19

1.3 PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (FPK)
Setelah kita melihat aspek yang disebut negara besar atau makrokosmos pada
peringkat nasional, sekarang mari kita pergi pula kepada persoalan yang lebih
khusus kepada diri individu atau kita sebut membina negara kecil. Dalam
subtopik ini, kita akan melihat cara setiap warganegara membentuk diri mereka
sendiri. Tujuannya adalah supaya mereka secara individu dapat bertindak secara
kolektif untuk membina dan membentuk negara berlandaskan FPK yang menjadi
asas atau penampung kepada Rukun Negara itu sendiri. FPK ini telah
diperkenalkan pada 1988 dan ia menjelaskan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan (ke arah) untuk


lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat menyumbang sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)

FPK menyatakan dengan jelas bahawa sistem pendidikan negara memberikan


penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan,
keyakinan, serta kepatuhan kepada Tuhan. Hal ini bermakna FPK berhasrat untuk
melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.

Selain itu, berpandukan FPK, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan


insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini secara tepatnya akan
menyumbang kepada warganegara yang baik. Antara ciri-ciri baik yang
digariskan dalam FPK adalah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988):

• percaya dan patuh kepada Tuhan

• berilmu pengetahuan

• berakhlak mulia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara

• berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara

• memiliki sahsiah seimbang dan bersepadu

FPK ialah satu pengungkapan yang murni yang jika kita teliti dengan lebih
mendalam, akan melahirkan masyarakat atau warganegara yang dalam tradisi
falsafahnya kita sebut insan sempurna (good man) ataupun kamil. Hal ini adalah
idealisme yang dimahukan oleh ahli falsafah sejak zaman dahulu untuk
melahirkan manusia yang sempurna. Dengan kata lain, mereka boleh
menggembleng kesemua potensi yang ada secara bersepadu dan seimbang.

Perlu diingat bahawa kesempurnaan ini bukan bermaksud melahirkan insan yang
paling cantik atau jelita, sebaliknya merujuk proses dan usaha melahirkan
manusia yang sempurna dari segi penggemblengan potensi mereka. Oleh itu,
dalam FPK, empat potensi masyarakat tersebut dikenal sebagai jasmani, emosi,
rohani, dan intelek (JERI).

1.3.1 Komponen FPK


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut kesan dan
kepentingan beberapa komponen dalam takrif FPK. Antara komponen yang akan
dibincangkan adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Inti Pati FPK dalam Usaha Membina Negara Kecil

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  21

Kita sedia maklum bahawa setiap warganegara Malaysia mempunyai potensi


masing-masing tanpa mengira agama, kaum, dan asal usul mereka yang perlu kita
kembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Insan yang seimbang dan
harmoni ini adalah berkaitan dengan JERI dalam FPK. Jasmani, emosi, rohani, dan
inteleknya harus diseimbangkan dan diberi kekuatan yang diperlukan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang beragama dan majoriti rakyat Malaysia
mempunyai agama berpandukan kepercayaan kepada Tuhan. Selain itu, rakyat
Malaysia yang beragama juga haruslah mempunyai akhlak mulia dan
bertanggungjawab.

Kita berharap dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Kita
sekarang berada pada zaman ilmu pengetahuan dan rakyat Malaysia haruslah
berdaya saing dalam dunia ilmu pengetahuan yang semakin mencabar.

Rakyat Malaysia juga harus berketerampilan di samping harus berkeupayaan dari


segi kesejahteraan diri. Seterusnya, mampu menjadi rakyat yang dapat memberi
sumbangan pada peringkat tempatan dan nasional mahupun pada peringkat
antarabangsa.

Perkara inilah yang kita harapkan dalam diri setiap individu dalam usaha kita
membina negara kecil insan ataupun rakyat Malaysia berdasarkan komponen
dalam Rajah 1.5. Seterusnya, unsur penting dalam komponen JERI diterangkan
dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Unsur Penting dalam Komponen Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI)

Unsur Huraian
Jasmani Unsur jasmani mempunyai ciri-ciri berikut:
• kecergasan fizikal dan kesihatan diri
• dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk
berdikari dan hidup bermasyarakat
Emosi dan Unsur emosi dan rohani melibatkan perkara berikut:
rohani
• keyakinan kepada Tuhan
• kepercayaan beragama
• kemantapan jiwa
• penghayatan nilai murni dan norma masyarakat
• berbudi pekerti mulia
• berbakti dan berkorban

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Intelek Unsur intelek mengandungi aspek berikut:


• hikmah, iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran
• daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
• daya pemikiran yang logik dan analitis
• ilmu yang bermanfaat

Komponen emosi adalah antara komponen yang harus diberi perhatian pada hari
ini kerana kehidupan yang sangat mencabar pada hari ini terutamanya dalam
dunia pascamoden. Kehidupan yang semakin kompleks boleh memberikan kesan
yang banyak kepada emosi dan menyebabkan emosi seseorang mudah terganggu.
Tekanan emosi ini bukan sahaja berlaku kepada masyarakat Malaysia, malahan
kepada masyarakat di dunia. Maka, situasi ini memerlukan penyelesaian khusus
kepada pembinaan emosi yang harmoni dan seimbang.

Begitu juga komponen rohani antara elemen yang semakin terhakis dalam dunia
pasca moden. Hal ini demikian kerana dalam dunia sekarang, masyarakat lebih
cenderung untuk membuang Tuhan dalam kehidupan dan keadaan ini sering
menjadikan masyarakat menjadi kacau bilau. Elemen rohani telah dipinggirkan
terutamanya kepada masyarakat yang mengejar material. Situasi ini memerlukan
kepada pemahaman semula aspek kerohanian dalam kehidupan manusia.
Malaysia boleh memainkan peranan memandangkan Malaysia ialah sebuah
masyarakat beragama. Misalnya, Islam mempunyai tradisi kerohanian yang luas
dan mendalam. Begitu juga dengan tradisi India di kebanyakan bahagian Timur
yang masih lagi mempunyai tradisi rohani yang kuat.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat gerakan kerohanian misalnya wujud gerakan


kerohanian dunia era baharu (new ages spirituality) untuk mencari kerohanian.
Oleh itu, cuba anda difikirkan sumbangan apakah yang boleh berikan oleh
Malaysia kepada peradaban dunia pada abad ke-21?

Akhirnya ialah komponen intelek. Komponen intelek akan menjadi alat kepada
kita untuk membina peradaban ilmu yang lebih tinggi bukan sahaja dalam bidang
keagamaan tetapi juga dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi. Hal ini
demikian kerana unsur yang kita harapkan dapat dijelmakan melalui FPK dalam
kita membuat analogi bagi seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membina negara
kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  23

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Nyatakan kandungan FPK.

2. Apakah ciri-ciri baik yang digariskan dalam FPK?

3. Jelaskan empat potensi masyarakat.

AKTIVITI 1.4

Bincangkan persoalan berikut dalam forum myINSPIRE:

(a) Nyatakan pendapat anda tentang FPK.

(b) Bayangkan jika Malaysia tidak mempunyai FPK.

(c) Bagaimanakah FPK mempunyai kekuatan dalam pembinaan


negara yang harmoni?

1.4 FALSAFAH SEJAHTERA


Akhirnya, mari kita mempelajari falsafah sejahtera. Menurut Sivamurugan (2019)
falsafah sejahtera ini adalah lanjutan daripada FPK yang menekankan aspek JERI.
FPK diharapkan akan dapat melahirkan pelajar dan seterusnya mahasiswa
di universiti yang mempunyai budi pekerti yang luhur. Perkara yang berkaitan
dengan „budi‰ merupakan dimensi yang cukup penting dalam membina akar
umbi sebenar FPK.

Sebenarnya, konsep „budi‰ merupakan satu-satunya konsep yang wujud hanya


dalam masyarakat dan budaya Melayu Nusantara keseluruhannya. Jika perkataan
„budi‰ ini diterjemahkan ke dalam bahasa lain, ia bukanlah sesuatu yang mudah,
memandangkan budi penuh sarat dengan kefahaman serta unik kepada rumpun
Melayu. Daripada budi inilah akan menjelmakan adab dan akhlak yang tinggi
pada individu, seterusnya masyarakatnya yang akan mewakili negaranya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Apakah yang dimaksudkan dengan budi? Perkataan budi membawa kepada budi
bahasa yang membawa kepada maksud adab dan akhlak yang mulia lagi luhur
yang bertautan dengan „budi pekerti‰ dan „budi bicara‰ yang akan mengarah
kepada „kesejahteraan diri‰. Seterusnya, hal ini membawa kepada makna
„sejahtera‰.

Dalam konteks FPK, elemen jasmani, emosi, intelek, dan rohani merupakan dasar
kepada FPK yang akan membawa kepada aspek kesejahteraan berkenaan.
Misalnya, dalam etika, aspek budi memainkan peranan yang penting bertujuan
memakmurkan aspek rohani dan juga emosi. Sementara itu, aspek kognitif berkait
rapat dengan intelek (akal budi). Begitu juga dengan aspek psikomotor (jasmani)
yang kesemua ini boleh dianggap aspek dalaman ataupun disebut mikrokosmik.

Sementara empat elemen lain, iaitu ekologi, ekonomi budaya, dan masyarakat
lebih memfokuskan aspek luaran ataupun makrokosmik. Dua kategori ini dapat
menggariskan medan yang FPK dapat bertindak untuk menzahirkan
sumbangannya kepada keluarga, masyarakat, dan negara, bahkan dunia
sekalipun. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Unsur Pembentukan Falsafah Sejahtera

Sumber: Dzulkifli (2019)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  25

Oleh itu, falsafah sejahtera tidak boleh diterjemahkan dengan mudah ke bahasa
lain. Ia mempunyai makna yang komprehensif dan berlapis-lapis. Dzulkifli (2019)
menyatakan bahawa falsafah sejahtera ini berkait rapat dengan pengurusan
individu itu sendiri dan diseimbangkan dari segi ekstrinsik mencakupi dunia luar
melalui lima deria utama insan. Hubungan serta pertimbangan tadbir urus
dalaman yang lebih luas membayangkan betapa pentingnya sejahtera difahami
dan dihayati kerana sejahtera tidak dapat lari daripada penghayatan budi di
atasnya.

Penghayatan budi merupakan asas dalam membentuk falsafah sejahtera.


Perbincangan ini memperlihatkan bahawa betapa dalamnya inti pati FPK yang
menghubungkan semula pemahaman mendalam falsafah tersebut merangkumi
ruang lingkup sempadan nasional, internasional, mahupun global.

Selain itu, falsafah sejahtera ini adalah seiring dengan matlamat pembangunan
lestari (SDG − sustainable development goals) yang dibawa oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 17 matlamat yang perlu direalisasikan oleh
semua menjelang tahun 2030. Matlamat tersebut berkaitan dengan kesejahteraan
masyarakat global umumnya dan Malaysia khususnya.

Sebagai penutup topik ini, kita dapat simpulkan bahawa ilmu falsafah secara
umumnya merangkumi dua dimensi, iaitu dimensi teoretikal atau dimensi
nazariah (teori), dan falsafah dari sudut dimensi praktikal atau amaliah (amali).
Daripada teori kepada praktikal terdapat pelbagai subdisiplin falsafah yang di
dalamnya terangkum subfalsafah secara keseluruhan. Jika kita bahagikan kepada
konsep makrokosmos (alam kabir) dan mikrokosmos (alam saghir) daripada
peringkat negara dan nasional yang kita umpamakan sebagai makrokosmos.

Rukun Negara merupakan falsafah dalam diri besar Malaysia. Secara umumnya,
ilmu falsafah dipecahkan kepada ilmu logik, ilmu psikologi dan sosiologi,
metafizik, epistemologi, estetika, kesenian dan kecantikan, ilmu etika, ilmu politik,
ilmu ekonomi, dan yang lebih besar; ilmu peradaban.

Peringkat mikrokosmos melihat diri individual mempunyai FPK sebagai


dokumen untuk membina negara kecil, iaitu insan ataupun rakyat Malaysia.
Dengan kata lain, pada peringkat lebih kecil, kita mempunyai FPK sebagai falsafah
yang akan berusaha untuk membina dan membentuk rakyat Malaysia supaya
dapat menghayati FPK yang bertujuan menampung dan menjayakan Rukun
Negara sebagai diri besar Malaysia melalui falsafah kesejahteraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

SEMAK KENDIRI 1.4

Nyatakan maksud falsafah sejahtera mengikut kefahaman anda.

AKTIVITI 1.5

Bincangkan persoalan berikut dalam forum myINSPIRE:

(a) Apakah pendapat anda dengan falsafah sejahtera?

(b) Bagaimanakah FPK dapat dijadikan asas untuk mengembangkan


falsafah sejahtera?

(c) Apakah yang anda faham dengan konsep „makro‰Â dan „mikro‰Â
dalam hubungan Rukun Negara dengan FPK?

(d) Apakah cadangan anda untuk menjayakan falsafah sejahtera?

• Pythagoras menyatakan falsafah merupakan gabungan daripada dua


perkataan, iaitu philo yang memberi makna cinta dan sophia yang membawa
makna kebijaksanaan. Gabungan dua perkataan ini menjadi philosophia yang
membawa makna cinta akan kebijaksanaan dan kemudian dikenal sebagai
falsafah.

• Plato menggunakan perkataan philosophia untuk menerangkan maksud ilmu.

• Heraclitus memberi makna falsafah sebagai ilmu yang membahaskan sesuatu


hakikat.

• Francis Bacon menyatakan ilmu falsafah ialah perbincangan mengenai Tuhan,


manusia, dan alam tabiat.

• Rene Descertes menyebut ilmu falsafah ialah himpunan pelbagai ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  27

• Mengikut bidang falsafah, ilmu terbahagi kepada dua bentuk, iaitu ilmu nazari
(ilmu secara teoretikal, iaitu ilmu logik, psikologi dan sosiologi, metafizik, dan
epistemologi) sementara ilmu amali pula ialah ilmu berbentuk praktikal, iaitu
ilmu estetika, etika, politik, ekonomi, dan peradaban.

• Terdapat dua konsep besar dalam perbincangan ilmu falsafah, iaitu konsep
alam kabir (makrokosmos/alam besar/diri besar) dan alam saghir
(mikrokosmos/negara kecil).

• Terdapat dua bahagian dalam Rukun Negara, iaitu bahagian pertama


mengandungi elemen objektif masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk dan
bahagian kedua mengandungi lima prinsip untuk menjayakan matlamat
objektif berkenaan.

• Penghayatan elemen Rukun Negara dapat mewujudkan perpaduan nasional,


cara hidup demokratik, masyarakat adil, dan masyarakat liberal.

• Lima prinsip Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan


kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-
undang, dan kesopanan dan kesusilaan.

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi asas kepada kejayaan Rukun


Negara itu sendiri.

• FPK menyediakan empat asas yang besar, iaitu jasmani, emosi, rohani, dan
intelek yang selalunya dikenal sebagai JERI.

• Falsafah sejahtera ialah lanjutan daripada FPK yang berpaksikan JERI.

• Falsafah sejahtera terdiri dari aspek mikrokosmik dan makrokosmik.

• Mikrokosmik ataupun aspek dalaman terdiri dari aspek kognitif yang berkait
rapat dengan intelek (akal budi) dan aspek psikomotor (jasmani).

• Makrokosmik ataupun aspek luaran pula terdiri daripada empat elemen lain,
iaitu ekologi, ekonomi budaya, dan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Alam besar (makrokosmos/alam kabir) Ilmu nazari


Alam kecil (mikrokosmos/alam saghir) Ilmu praktikal
Diri besar Jasmani, emosi, rohani, dan
intelek (JERI)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Negara kecil
Falsafah sejahtera
Rukun Negara
Ilmu falsafah

Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan pengetahuan Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah: Sejarah dan konsep dasar dalam falsafah dan
logika Melayu. Akademi Pengajian Melayu.

Democracy Watch. (2011). Democracy watchÊs definition of a democratic society.


Democracy Watch. http://www.dwatch.ca/democracy.html

Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Hari muka Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Adab,
akhlak, limpahan budi dan sejahtera. Dalam Dzulkifli Abdul Razak &
Rosnani Hashim (Pnyt.), Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan pelaksanaannya pasca 2020 (ms. 3–20). Universiti Islam
Antarabangsa.

Hashim Musa. (2001). Falsafah, lojik, teori nilai dan etika Melayu. Akademi
Pengajian Melayu.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Pengarang.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar pendidikan kebangsaan. Giga Wise


Network Sdn Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH  29

Ramieza Wahid. (2020, Sept 13). Agoes Salim – Watak penting membidankan
Rukun Negara. Malaysiakini. https://bit.ly/313scYX

Sidi Gazalba. (1974). Sistematika filsafat: Pengantar kepada dunia filsafat, teori
pengetahuan, metafika, teori nilai. Penerbitan Utusan Melayu Bhd.

Sivamurugan Pandian. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan ÂsejahteraÊ:


Tapak integrasi masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam Dzulkifli Abdul
Razak & Rosnani Hashim (Pnyt.), Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan pelaksanaannya pasca 2020 (ms. 222–241). Universiti Islam
Antarabangsa.

Wan Abdul Halim Yaacob. (2008). Rukun Negara. Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Falsafah dan
Kehidupan
2 Mohd Syariefudin Abdullah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan takrifan dan definisi falsafah berdasarkan bentuknya.
2. Menerangkan domain utama dalam falsafah teoretikal dan falsafah
praktikal.
3. Mengenal pasti pelbagai aliran dalam falsafah.
4. Membandingkan falsafah Barat dengan falsafah Timur.

 PENGENALAN
Proses normal kehidupan manusia bermula daripada kelahiran kita sebagai bayi.
Kemudian, kita bergerak kepada zaman kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, tua,
atau warga emas. Akhirnya, kita meninggalkan dunia yang fana ini. Proses ini
ialah evolusi dalam kehidupan yang dialami oleh sesuatu yang bernyawa; bukan
sahaja kepada manusia malah kepada haiwan dan tumbuhan. Kehidupan satu
generasi bermula daripada proses kelahiran sehinggalah kepada kematian. Dalam
proses evolusi ini, kehidupan manusia akan mengalami beberapa proses.
Antaranya ialah proses sosialisasi.

Melalui proses sosialisasi, seseorang itu akan menerima penerapan budaya


(enculturation) dalam kehidupannya. Kita banyak belajar perkara baharu dalam
kehidupan sebagaimana dinyatakan oleh Aristotle. Sedar ataupun tidak, semasa
proses pembelajaran itu, kita sebenarnya diterapkan, menerima, atau mengambil
falsafah tertentu dalam kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  31

Contohnya, pernahkah anda membuat perkara yang tidak baik dalam hidup ini,
seperti membunuh hidupan lain? Persoalan berat ini anda sahaja yang boleh
menjawabnya. Sudah tentu melalui pendidikan yang betul dan penghayatan
kepada ajaran agama, jawapan anda pastilah tidak! Pastinya, sebagai seorang yang
normal, walaupun diupah dengan duit yang banyak, anda tidak sanggup
membunuh orang lain. Hal ini demikian kerana dalam diri anda ada etika
kehidupan tertentu yang dibentuk dengan nilai keagamaan dan kemanusiaan
yang mendalam sama ada secara formal ataupun tidak formal. Etika adalah
sebahagian daripada falsafah dalam kehidupan. Jadi, mari kita mempelajarinya
dengan lebih lanjut dalam topik kedua ini.

2.1 TAKRIFAN DAN DEFINISI FALSAFAH


Kita telah membincangkan definisi falsafah dalam topik yang pertama. Sekarang,
kita akan mendalami takrifan falsafah dengan lebih terperinci dalam topik ini.
Terdapat tiga bentuk makna yang sering dibahaskan apabila menyebut mengenai
ilmu falsafah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Tiga Bentuk Makna yang Merangkumi Ilmu Falsafah

Berdasarkan Rajah 2.1, wujudnya pelbagai maksud falsafah. Kepelbagaian ini


wujud atas tujuan ke manakah falsafah itu hendak dibawa ataupun dibincangkan.
Mari kita meneliti huraian lanjut mengenai tiga bentuk ini dalam subtopik
seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

2.1.1 Takrif Pertama


Takrif pertama ialah falsafah dilihat dari sudut kehidupan, iaitu persoalan apakah
tujuan falsafah dalam hidup seseorang. Sebelum kita membaca dengan lebih
lanjut, mari kita melihat makna falsafah secara umum. Perkataan falsafah berasal
daripada perkataan Arab ( ‫ﻓﻠﺴﻔﻪ‬ ). Menurut al-Farabi, perkataan Arab tersebut
diambil daripada perkataan Yunani, iaitu philo + sophia = philosophia. Philo
bermaksud cinta dan sophia bermaksud kearifan, iaitu cinta kepada kearifan
ataupun hikmah (love of wisdom). Oleh itu, makna falsafah adalah mencintai
kebijaksanaan, mencintai kearifan, dan mencintai kebenaran. Makna ini ialah
makna falsafah yang paling ringkas. Ungkapan ini muncul sejak kurun ke-6 SM.

Semasa kegemilangan tamadun Islam, ahli falsafah juga dirujuk sebagai hakim
yang diambil daripada perkataan hikmah ( ‫ﺣﮑﻤﺔ‬
). Selain itu, terdapat satu bidang
dalam tamadun Islam yang ada hubungan dengan falsafah yang dikenal dengan
ilmu tasawuf (‫ﺗﺼﻮف‬ ).

Tasawuf dipercayai berasal daripada perkataan Arab, iaitu sofi ataupun sofiyyu
‫ﺻﻔﻲ‬
( ) yang membawa makna suci. Terdapat maksud lain, iaitu sejenis bulu yang
dijadikan pakaian yang disebut suf ataupun sufu. Pendapat ini berasaskan ahli
sufi dahulu kala yang suka memakai pakaian daripada suf (bulu) dan mereka
mengamalkan cara khusus untuk membersihkan jiwa yang disebut tarekat ( ). ‫ﺗﺮﻳﮑﺔ‬
Tujuan mereka mengamalkan tarekat adalah mendekatkan diri kepada Pencipta
mereka mengikut kepercayaan dalam agama Islam, iaitu Allah SWT. Menurut
Sayyed Hossein Nasr, ahli falsafah pada zaman kegemilangan tamadun Islam
dahulu majoritinya terdiri daripada ahli tasawuf.

Tamadun Islam juga mengaitkan sufi dengan seorang yang bernama Sufah yang
dalam hidupnya dipenuhi dengan aktiviti beribadat kepada Allah SWT di
Masjidilharam, Mekah. Ada yang mengaitkan sufi dengan ibadat solat, iaitu saf
‫ﺻﻒ‬
( ) yang bermakna barisan ataupun orang yang berada di barisan hadapan.
Ada juga mengaitkan sufi daripada perkataan Yunani dalam ejaan rumi, iaitu sofis
atau dalam bahasa Inggerisnya sophist yang merujuk sarjana Yunani pada abad
ke-5 hingga abad ke-6 Sebelum Masihi yang merupakan ahli falsafah dan
mengamalkan tarekat dan pertapaan sebagaimana diamalkan oleh sofis yang
terkenal pada zaman Yunani seperti Pitagoras (572–479 SM) dan Protagoras
(481–411 SM). Ada juga pendapat mengatakan perkataan tasawuf berasal
daripada perkataan Yunani theosofie ataupun theosophie yang membawa makna
ilmu ketuhanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  33

Selain itu, terdapat tiga perkataan yang dapat dikaitkan dengan sufi, iaitu mistik,
asetik, dan gnostik. Apakah maksud ketiga-tiga istilah ini? Mari kita ketahui
jawapannya dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Tiga Istilah yang Dikaitkan dengan Sufi

Istilah Huraian
Mistik Orang yang berusaha untuk mencapai kesatuan dengan Tuhan dengan
harapan dapat mencapai kebenaran yang hakiki. Pitagoras dikatakan
mengamalkan sejenis mistik daripada agama purba yang disebut orfik
(percaya kepada perpindahan roh daripada jasad kepada jasad lain).
Asetik Orang yang kuat pegangan agamanya. Misalnya, pada zaman awal agama
Kristian, mereka berpegang kuat pada ajaran Kristian dan wujud golongan
yang hidup sederhana dan meninggalkan hal keduniaan. Dalam Islam
pula, mereka disebut zuhud (golongan yang menolak keduniaan dan
hanya beribadat kepada Allah SWT).
Gnosis Kelompok yang percaya kepada teori kesejahteraan (salvasi) yang muncul
ataupun melalui pemilihan super manusia. Teori ini diasaskan oleh Tatian pada
gnostik kurun ke-2 Masihi yang merupakan salah satu daripada mazhab agama
Kristian. Dalam Islam (melalui ilmu tasawuf) gnostik ini dikenal sebagai
ilmu makrifah.

Oleh itu, melalui penjelasan dalam Jadual 2.1, kita dapat kategorikan bahawa
terdapat kelompok manusia yang amat memberikan penekanan ke arah satu
kehidupan yang baik. Mereka mengutamakan kehidupan berfalsafah yang
bertujuan memberikan kita panduan tentang cara membentuk suatu kehidupan
yang lebih baik yang membawa kepada kebahagiaan khususnya jiwa.

Ia juga pendekatan yang terdapat dalam pelbagai tamadun pada masa dahulu.
Antaranya ialah tamadun Greek ialah tamadun Asia seperti tamadun Cina dan
India. Untuk mencapai matlamat kehidupan, ia mempunyai kaitan rapat dengan
fahaman keagamaan yang bertujuan melahirkan kehidupan yang baik, mendidik
insan menjadi mulia, dan bagaimana mencari kebahagiaan. Kesimpulannya, fokus
falsafah di sini adalah membentuk insan itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

2.1.2 Takrif Kedua


Takrif ini melihat falsafah dari aspek kehidupan. Pembinaan konsep falsafah
di sini adalah bertitik tolak oleh keinginan manusia untuk meneroka dan
memahami alam ini. Konsep alam terbahagi kepada dua, iaitu:

• alam yang terbentang luas (fizikal)

• alam diri sendiri

Pada peringkat awal, ahli falsafah Barat khasnya pada zaman Yunani sejak 600
tahun Sebelum Masihi cuba memahami alam di sekeliling mereka dan alam dalam
diri manusia itu sendiri. Terdapat tiga persoalan asas yang perlu dijawab
berkaitan dengan makna falsafah menurut aspek kehidupan, iaitu:

• apakah hakikat alam di sekeliling kita?

• bagaimanakah fikiran manusia bekerja?

• apakah jalan mencapai kebahagiaan?

Secara praktisnya, ilmu falsafah cuba untuk memahami pelbagai isu asas yang
berkaitan dengan kehidupan manusia itu sendiri yang akal menjadi alat utama
untuk melaksanakan penyelidikan falsafah.

Maka, sejarah perkembangan falsafah Barat sejak zaman kuno (zaman Yunani),
zaman pertengahan dan moden banyak dilakukan oleh kegiatan akal manusia
untuk mencari serta memahami hakikat diri dan alam sekitarnya.

Jika kita perhatikan, terdapat beberapa bidang dalam falsafah seperti metafizik,
epistemologi, etika, logik, dan falsafah yang berkait rapat dengan pencarian
hakikat. Menurut Aristotle, kita dapat memikirkan dan menggarap pelbagai
perkara yang berkaitan dengan pelbagai perkara asas seperti hakikat, kewujudan,
kemanusiaan, kebebasan lawan, dan ketentuan melalui metafizik. Malahan,
pengkajian dalam bidang ini disebut juga „teori hakikat kewujudan‰. Menurut
Aristotle, falsafah ini dinyatakan sebagai „falsafah pertama‰. Mari kita pelajari
beberapa maksud istilah yang berkaitan dengan takrifan kedua ilmu falsafah
dalam Jadual 2.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  35

Jadual 2.2: Istilah yang Berkaitan dengan Falsafah dari Aspek Kehidupan

Istilah Definisi
Metafizik Menurut Sidi (1974), metafizik merujuk sesuatu yang berkaitan dengan
sesuatu yang dipercayai ada di belakang sesuatu.
Epistemologi Epistemologi berasal daripada perkataan epistem yang membawa
makna ilmu dan logos bererti kajian ataupun sains.
Domain Domain etika merupakan falsafah moral yang ada kaitan dengan isu
etika benar, salah, dan aspek lain yang ada kaitan dengan tingkah laku
manusia.
Logik Bidang falsafah yang berkait dengan alasan dan struktur hujah, serta
menjadi asas dalam setiap penyelidikan falsafah.
Politik Bidang falsafah yang merangkumi kehidupan manusia sebagai anggota
masyarakat seperti isu kekuasaan politik, sistem pemerintahan, dan
masalah pengharmonian antara kebebasan dengan tanggungjawab.

Selain itu, ilmu falsafah dari aspek kedua ini juga menumpukan hubungannya
dengan alam semesta ataupun alam tabii yang luas sifatnya. Falsafah merupakan
antara ilmu yang memberi penekanan kepada alam tabii (natural philospophy).
Wujud beberapa teori falsafah yang mengisahkan tentang apakah sifat alam ini.
Buktinya terdapat pelbagai bidang yang dikaji dan dibuat penyelidikan yang tidak
dapat dipisahkan daripada alam semesta.

Dengan kata lain, setiap bidang ilmu tidak dapat dipisahkan daripada alam
semesta. Misalnya, dalam ilmu sains, terdapat:

• sains fizikal: Geologi, geomorfologi, hidrologi, sains tanah, dan sebagainya;

• sains hayat: Genetik, biologi, botani, zoologi, genetik, mikrobiologi, dan


sebagainya;

• sains pasti: Fizik dan matematik; dan

• sains kemanusiaan ataupun kemasyarakatan: Sosiologi, antropologi,


psikologi, geografi, linguistik, sejarah, kesusasteraan, kesenian, ekonomi,
politik, teologi, dan bidang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Setiap bidang ilmu ini mengkaji satu cabang dari alam. Contohnya, sains hayat
yang membincangkan pelbagai benda hidup dalam alam semesta seperti haiwan,
serangga, dan tumbuhan. Sains pasti pula membincangkan hubungan,
pergerakan, tindak balas, sifat benda, dan fenomena dalam alam semesta ini
seperti kajian tentang cakerawala, haba, tarikan, penolakan, ruang, dan masa.
Sains fizikal mengkaji tentang benda fizikal di alam semesta seperti batu-batan,
tanah-tanih, dan padang pasir. Akhirnya, ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan
yang mengkaji tentang manusia sama ada secara individu ataupun berkelompok
yang akhirnya berintegrasi dengan alam. Begitu juga bidang lain seperti sains
gunaan ataupun sains terapan (sains perubatan, sains kejuruteraan, teknologi,
industri, sains komputer, dan bioteknologi) yang perlu berintegrasi dengan alam.

Dapat kita simpulkan bahawa persoalan falsafah sudah bergerak daripada


persoalan tentang manusia kepada persoalan tentang alam termasuklah bidang
metafizik dalam kajian falsafah, iaitu cuba mengkaji persoalan:

• apakah bentuk realiti sebenar?

• apakah alam ini cuma bersifat material ataupun mengandungi unsur lain yang
sebenar (bukan bersifat material)?

Terdapat juga banyak persoalan lain yang bukan sahaja kepada manusia tetapi
kepada alam tabii. Semua ini merupakan hakikat kehidupan yang dibawa dalam
ilmu falsafah yang akan memandu perbincangan kita dalam memahami fenomena
alam.

2.1.3 Takrif Ketiga


Tahap ketiga dalam ilmu falsafah ialah tahap yang menjadikan falsafah tersebut
sebagai bidang yang berkaitan dengan aktiviti akademik ataupun intelektual, iaitu
menggunakan ilmu falsafah sebagai alat untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Ilmu falsafah mengambil hasil kajian daripada pelbagai disiplin ilmu dan
membuat kesimpulan yang dapat menghubungkannya dengan kewujudan alam
ini. Proses penyimpulan ini dibuat berdasarkan data dan fakta yang dibuat secara
renungan, penaakulan, dan hujah yang rasional menggunakan ilmu logik
daripada penghayatan terhadap falsafah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  37

Ilmu falsafah bermula dengan mengenal pasti dan meneliti masalah yang wujud.
Antara persoalan yang ditanya adalah:

• apakah masalah tersebut?

• apakah penyelesaian dan bentuk penyelesaiannya?

Dari sini, ilmu itu berkembang dan melahirkan ilmu pengetahuan manusia. Ketika
manusia mengkaji falsafah, ilmu manusia yang lain juga berkembang. Oleh itu,
terdapat beberapa kategori ilmu yang dimiliki oleh manusia. Antaranya ialah ilmu
imbasan, ilmu sains, ilmu falsafah, dan ilmu mistik. Definisi empat jenis ilmu ini
diberi dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Definisi Empat Jenis Ilmu yang Dimiliki oleh Manusia

Jenis Definisi
Ilmu Pengetahuan yang diperoleh oleh manusia melalui tanggapan
imbasan pancainderanya secara sepintas lalu ataupun sekali imbas yang
ataupun merupakan satu imbasan atau „tanggapan‰ (impression) yang
pengetahuan terbentuk dalam fikirannya secara sepintas lalu dan bersifat sementara
imbasan dengan pengukuran kebenarannya berasaskan deria/pancaindera
semata-mata.
Ilmu sains Pengkajian tentang objek empirikal ataupun zahiriah yang berdasarkan
penelitian dan eksperimen yang logikal dan empirikal dengan nilai
kebenarannya diukur berasaskan akal dengan bukti yang logik serta
berdasarkan penemuan dan pengamatan.
Ilmu falsafah Ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logik yang
merupakan hakikat benda dan kejadian dalam alam semesta ini yang
dilihat dan dihuraikan secara holistik berdasarkan paradigma berfikir
logik dengan kaedah mengamati, menaakul, dan memberi hujah yang
rasional.
Ilmu mistik Ilmu tentang objek yang abstrak ataupun transendental yang
berdasarkan paradigma pemikiran yang mistik dan supralogikal,
melalui kaedah latihan yang bersifat jasmani, rohani, ilham, kasyaf, dan
wahyu dengan nilai kebenarannya berasaskan pengukuran rasa kalbu
ataupun hati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Jadual 2.4 pula menjelaskan keadaan objek, paradigma pemikiran, kaedah kajian,
dan anggota/pengukuran bagi setiap ilmu tadi.

Jadual 2.4: Empat Jenis Ilmu Pengetahuan Manusia

Paradigma Anggota/
Jenis Keadaan Objek Kaedah Kajian
Pemikiran Pengukuran
Imbasan • Empirikal • Imbasan • Pengalaman • Deria
pancaindera • Cerapan
Sains • Empirikal • Positivisme • Eksperimen • Akal
saintifik • Bukti empirikal
Falsafah • Abstrak • Logikal • Renungan • Akal
• Logikal • Penaakulan • Bukti logikal
• Hujah dan rasional
rasional
Mistik • Abstrak • Mistikal • Latihan • Hati
• Transendental • Supralogikal jasmaniah • Kalbu
dan
rohaniah • Rasa

• Ilham • Iman

• Kasyaf • Yakin

• Wahyu

Sumber: Hashim (2001)

Falsafah telah beralih arah kepada suatu bidang yang bersifat akademik yang
hanya menghuraikan persoalan intelektual dengan penyelesaian yang tertentu
serta mengaitkannya dengan kearifan dan kehidupan manusia.

Kesimpulannya, falsafah itu sendiri mempunyai orientasi yang berbeza dan


dengan itu, kita boleh memberikan pelbagai takrifan berbeza menurut fahaman
orientasi tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  39

Namun begitu, perkara yang dikongsi bersama oleh ilmu falsafah yang terdapat
di Barat adalah penekanan mereka terhadap kegiatan penyelesaian masalah dan
falsafah itu merupakan satu alat dalam menyelesaikan masalah. Penyelesaian
masalah dilakukan dengan menggunakan pelbagai hujah yang rasional pada abad
ke-19 dan ke-20 menggunakan kaedah logik yang melibatkan logik simbolik yang
bersifat matematikal. Ia merupakan satu bentuk falsafah yang agak berlainan dan
baharu yang selaras dengan ilmu itu sebagai sesuatu yang mempunyai justifikasi
tersendiri. Dalam kes falsafah, ia bersifat justifikasi rasional dan konseptual yang
agak berbeza dengan falsafah pada zaman Greek yang berteraskan persoalan
kehidupan dan kebahagiaan.

Ia juga berbeza dengan falsafah timur yang tidak bersifat konseptual tetapi lebih
kepada kata-kata hikmah yang disebut wisdom. Falsafah Timur tidak berhujah
secara mendalam menggunakan logik dan rasionaliti tetapi lebih kepada kaedah
induktif dan metafizikal keinginan untuk menghuraikan realiti mengikut
pandangan ataupun visi masing-masing yang tidak semestinya berdasarkan hujah
rasional semata-mata.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Rumuskan maksud falsafah dari tiga dimensi berikut:

(a) Dari sudut kehidupan

(b) Dari aspek kehidupan

(c) Ia sebagai alat penyelesaian masalah

2. Bagaimanakah ilmu falsafah boleh diangkat sebagai ilmu dalam


akademik ataupun intelektualisme?

2.2 FALSAFAH TEORETIKAL DAN FALSAFAH


PRAKTIKAL
Dalam topik lepas, ada disebut tentang tujuan falsafah, iaitu menggarap persoalan
yang disebut makrokosmos (alam kabir) dan mikrokosmos (alam saghir).
Seterusnya, dalam subtopik ini, anda akan mempelajari dua komponen utama
dalam falsafah, iaitu falsafah teoretikal (falsafah nazariyyah) dan falsafah
praktikal (falsafah amaliyyah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

2.2.1 Falsafah Teoretikal (Falsafah Nazariyyah)


Apakah tujuan falsafah teoretikal? Tujuan falsafah teoretikal adalah untuk kita
memahami hakikat tentang kewujudan dan juga kebenaran yang berkaitan
dengan ketuhanan, tentang alam, dan tentang manusia. Falsafah teoretikal atau
dalam tradisi Islam disebut falsafah nazariyyah terdiri daripada tiga bahagian
(lihat Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Tiga Bahagian dalam Falsafah Teoretikal (Falsafah Nazariyyah)

Tiga bahagian ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.5.

Jadual 2.5: Tiga Bahagian dalam Falsafah Teoretikal (Falsafah Nazariyyah)

Bahagian Definisi
Falsafah Merupakan falsafah yang membahaskan segala yang bercampur
tabiat wujudnya (di luar akal dan pada akal) dengan gerak dan benda seperti
keadaan haiwan, tumbuh-tumbuhan, unsur alam, tabiat, bintang, dan
hukumnya.
Falsafah Merupakan falsafah yang membahaskan segala sesuatu yang bercampur
riyadhiyyah wujudnya di luar akal dengan gerak dan benda seperti keadaan nombor
dan rajah (geometrical figure). Angka dan rajah itu boleh jadi imbasan
pada akal dan wujudnya tidak bercampur dengan gerak dan benda.
Falsafah Turut dikenal sebagai falsafah ketuhanan, iaitu falsafah yang
ilahiyyah membahaskan segala yang ada (maujud) yang tidak bercampur dengan
gerak dan benda sama ada wujudnya itu pada hakikat di luar akal fikiran
seperti wujudnya Allah SWT.

Tiga falsafah tadi merupakan pecahan kepada falsafah teoretikal atau dalam
bahasa Yunani disebut teoria dan dalam falsafah Islam disebut nazariyyah. Dalam
falsafah teoretikal biasanya akan bermula dengan ilmu logik (mantik).

Ilmu logik (mantik) merupakan ilmu tentang kaedah berfikir yang betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  41

Ia biasanya melibatkan pendekatan ataupun kaedah untuk kita menyusun premis


bagi membuat kesimpulan yang kita sebut proposisi. Daripada gabungan premis
ataupun proposisi ini kita akan membina apa-apa yang kita sebut qias ataupun
kesimpulan. Dalam logik juga, kita akan menyusun pelbagai pendekatan ataupun
kaedah seperti induktif, deduktif, abduktif, dan heuristik. Kita juga akan
membincangkan tentang „falasi‰, iaitu berkaitan dengan kesilapan dalam berfikir
ataupun kesilapan dalam membuat hujah.

Falsafah juga mengambil berat tentang persoalan psikologi ataupun potensi


manusia tentang hakikat dan sifat insan dan ada juga berkaitan dengan aspek
sosiologi yang membawa makna manusia secara individu ataupun manusia secara
kolektif dalam masyarakat.

Selain membincangkan tentang psikologi dan sosiologi, kursus ini juga akan
membincangkan perkara yang bersifat abstrak seperti metafizik. Apakah yang
dimaksudkan dengan metafizik?

Metafizik ialah hubungan antara insan yang kita sebut mikrokosmos (alam
saghir) yang merujuk membina negara kecil dan seterusnya melihat
hubungannya dengan alam yang lebih besar yang disebut makrokosmos
(alam kabir) ataupun disebut diri besar.

Dalam masyarakat beragama seperti di Malaysia, kita menjaga hubungan dengan


Tuhan.

Namun di Barat, terdapat golongan yang menolak agama dalam hidup dan secara
khusus menolak ketuhanan dan etika dalam kehidupan. Mereka lebih
mengutamakan hubungan dengan alam semata-mata dan ini mencetuskan
pelbagai krisis dalam kehidupan manusia seperti krisis nilai dan krisis alam
sekitar yang menyebabkan hilangnya komponen nilai, keagamaan, dan ketuhanan
dalam masyarakat moden dan pascamoden.

Selepas metafizik, kita juga ada membincangkan epistemologi (teori ilmu).


Episteme dalam bahasa Yunani bermakna „ilmu‰. Episteme bertujuan
mendapatkan teoria untuk mendapatkan episteme, iaitu pendedahan yang benar.
Maka, epistemologi merupakan kajian untuk mendapatkan ilmu yang benar dan
ini berbeza dengan ilmu palsu atau ilmu yang disebut pseudo khowledge. Pseudo
knowledge ialah ilmu yang nampak seperti ilmu tetapi hakikatnya bukan ilmu
yang sebenar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Dalam falsafah Yunani, terdapat konsep ilmu yang dikenal sebagai sofis atau
dalam tradisi Islam disebut sofastayah, iaitu golongan yang menggambarkan
seolah-olah mereka menyampaikan ilmu tetapi hakikatnya apa-apa yang
disampaikan itu bukanlah ilmu – ia mungkin sentimen, emosi, atau retorik dan
perkara ini jelas berlaku pada masa ini.

Pada zaman pascamoden ini, banyak timbul apa-apa yang disebut fakta palsu
yang ia sekadar memenuhi kehendak „pascakebenaran‰. Pada hari ini juga, tidak
ada lagi kebenaran hakiki di luar diri manusia. Semua kebenaran adalah apa-apa
yang dibina atau dikonstrukkan dalam pemikiran manusia.

Oleh itu, komponen epistemologi adalah sangat penting dalam falsafah manusia.
Terdapat empat bidang penting yang dikaitkan dengan falsafah teoretikal seperti
yang dinyatakan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Empat Bidang Penting dalam Falsafah Teoretikal

Pada hari ini, bidang psikologi berkembang sebagai bidang sains kemasyarakatan,
namun ia masih tidak dapat diputuskan sebagai cabang falsafah walaupun
psikologi moden dikatakan bersifat eksperimen dan praktikal. Hal ini demikian
kerana ia masih lagi mentafsir dapatan kajian menggunakan pendekatan falsafah.
Dapatan sains pula menunjukkan penemuannya perlu diberi huraian lanjut dari
aspek metafizik kerana tiada penjelasan daripada bidang sains untuk metafizik.

2.2.2 Falsafah Praktikal (Falsafah Amaliyyah)


Setelah kita membincangkan aspek falsafah yang bersifat teoretikal, sekarang mari
kita beralih kepada falsafah yang bersifat praktikal atau disebut falsafah
amaliyyah dalam tradisi Islam. Maksudnya, penghasilan perbincangan falsafah
amaliyyah tersebut boleh digunakan dalam pelbagai disiplin tertentu bagi
menyelesaikan masalah tertentu seperti politik, ekonomi, sosial, dan keadilan.
Semua ini ialah komponen falsafah untuk menyelesaikan masalah yang disebut
juga bersifat etika (akhlak). Terdapat tiga bahagian dalam falsafah amaliyyah atau
falsafah praktikal seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  43

Jadual 2.6: Tiga Bahagian dalam Falsafah Praktikal (Falsafah Amaliyyah)

Bahagian Definisi
Falsafah Falsafah yang membahaskan perkara pentadbiran manusia mengenai
akhlaqiyyah dirinya. Merujuk apa-apa dan cara berkelakuan yang sebaik-baiknya
boleh menjamin dirinya mendapat kebahagiaan.
Falsafah Falsafah yang membahaskan perkara pentadbiran manusia mengenai
iqtisadiyyah diri, keluarga, dan masyarakat. Termasuk dalam bahagian ini ialah
perbahasan bagi menentukan cara mendapatkan sumber keperluan,
pembahagian kerja, menentukan harga barang, dan hak milik.
Falsafah Falsafah yang membahaskan soal politik, pemerintahan dan
siasiyyah menentukan buruk baiknya.

Terdapat dua bentuk falsafah, iaitu ada falsafah yang menjurus kepada dimensi
teoretikal yang lebih bersifat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera
manusia, dan satu lagi kita dapat lihat dengan jelas melalui mata kasar dan boleh
dipraktikkan dalam kehidupan.

Selain itu, terdapat komponen falsafah untuk kita mengetahui hubungan antara
alam, Tuhan, dan manusia. Begitu juga, ada falsafah yang menjurus kepada
tingkah laku, perbuatan manusia sama ada bersifat etika, politik, atau ekonomi.

Oleh itu, kita boleh rumuskan bahawa falsafah mempunyai subdisiplin. Dari
aspek praktikal, terdapat subdisiplin yang dikaitkan dengan pelbagai bidang yang
penting seperti estetika, etika, politik, ekonomi, dan peradaban.

Sekarang, mari kita membincangkan bidang estetika.

Bidang estetika merupakan bidang yang berkaitan dengan keindahan


ataupun kesenian.

Antara contoh bidang estetika ialah puisi. Puisi ialah satu nilai estetika yang karya
penulisannya adalah bersifat sastera.

Selain itu, hasil artifak ciptaan manusia seperti seni ukir, seni lukis, dan seni bina
merupakan contoh bidang estetika yang bertujuan supaya kita memahami dan
mengenal pasti keindahan. Dengan kata lain, estetika lebih kepada bermain
dengan perasaan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Bidang ini kurang mendapat perhatian dalam dunia moden. Namun, bidang ini
jika dikembangkan boleh memberi nilai dan juga boleh memberi kelembutan
kepada pembaikan akhlak dan budi pekerti manusia yang tinggi. Walau
bagaimanapun, objektif ini antara perkara yang mungkin menyebabkan
masyarakat moden tidak memberi perhatian kepada perkara yang bersifat
estetika.

Sekarang, mari kita beralih pula kepada etika (akhlak) atau disebut juga moral.
Apakah yang dimaksudkan dengan etika?

Etika ialah bidang kajian atau pengertian terhadap tingkah laku manusia
untuk memperoleh kebaikan bagi menentukan tingkah laku yang baik yang
boleh memberi kebaikan kepada manusia.

Maka, bidang ini sangat penting dalam tradisi falsafah Yunani dan falsafah Islam.
Misalnya, etika ini akan menjadi asas kepada ilmu politik dan ilmu ekonomi. Oleh
sebab itu, Aristotle menulis dalam bukunya yang bertajuk Etika Nikomakea
sebagai asas bidang politik dan ekonomi.

Dalam tradisi Islam pula, Ibn Miskawayh, al-Farabi, Ibn Sina, dan Jalaludin
al-Dawani menulis perkara yang sama, iaitu tentang akhlak. Manakala Jalal al-Din
al-Dawani menulis kitab yang berjudul Akhlak al-Dawani yang membicarakan
tentang etika, politik, dan ekonomi. Aristotle dan Jalal al-Din mempercayai
kesempurnaan budi pekerti manusia menjadi asas bagi politik dan ekonomi yang
baik, politik yang bertanggungjawab, dan ekonomi yang adil.

Seterusnya, mari kita teliti ilmu politik yang biasanya disebut siasah dalam
masyarakat. Al-Farabi pernah menulis buku bertajuk Madinal al-Fadhilah. Dalam
buku ini, beliau membawa pendekatan yang dibawa oleh Plato dalam bukunya
bertajuk The Republic yang Plato mengenai teori politik bagi menghasilkan
kepimpinan berdasarkan ilmu dan kebenaran.

Mempelajari ilmu ataupun falsafah politik sangat berkait rapat dengan


kepimpinan dan kerajaan. Sistem kerajaan seperti demokrasi, liberal demokrasi,
Marxisme, dan komunisme adalah berkaitan dan berpunca daripada falsafah.
Semua ini merupakan bidang yang sangat penting dalam isu semasa, misalnya
soal pemerintahan, berkerajaan, soal integriti, rasuah, dan tadbir urus berkesan.
Semua ini berkaitan dengan politik dan memerlukan ilmu pengetahuan politik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  45

Selanjutnya, mari kita membincangkan ilmu ekonomi yang disebut dalam falsafah
Islam sebagai tadbir al-manzil. Ilmu ini memfokuskan pengagihan ekonomi, dan
kekayaan yang tepat dan adil dalam masyarakat ataupun negara.

Bagi peradaban pula, ia meliputi perkara yang merentas banyak aspek seperti
kebudayaan, kemanusiaan, dan tentang ekosistem. Peradaban merujuk al-umran
atau cara membina bandar dalam ketamadunan. Jika kita perhatikan ilmu
peradaban ini, ia merupakan ilmu yang bersifat ensiklopedia yang ia merentas
pelbagai subdisiplin falsafah yang kesemuanya menyentuh pelbagai usaha ke
arah transformasi atau pembinaan diri sebagai negara kecil sehingga membina
masyarakat yang lebih besar atau diri besar.

Kesimpulannya, mempelajari falsafah merupakan usaha ke arah membina


transformasi diri dan transformasi masyarakat dan negara. Ramai tokoh falsafah,
baik daripada falsafah Yunani, Islam, Kristian sehingga kepada falsafah Barat
menyumbangkan usaha dan pandangan mereka dalam membina transformasi
masyarakat dan negara.

SEMAK KENDIRI 2.2

Apakah yang anda faham tentang falsafah teoretikal dan falsafah


praktikal? Jelaskan perbezaan antara kedua-duanya.

AKTIVITI 2.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai perkaitan antara


falsafah teoretikal dengan falsafah praktikal dalam usaha membina
negara Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

2.3 ALIRAN DALAM FALSAFAH


Jika kita menelusur sejarah perkembangan falsafah, terdapat pelbagai aliran
falsafah yang muncul mempengaruhi sudut pandang falsafah yang berbeza.
Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan ini berlaku? Perbezaan aliran ini
berlaku disebabkan oleh:

• sudut pandangan semesta

• nilai

• kepercayaan yang berbeza-beza dalam kalangan pendukungnya

Mari kita lihat Rajah 2.4 yang menyatakan tujuh aliran falsafah yang utama.

Rajah 2.4: Tujuh Aliran Falsafah yang Utama

Tujuh aliran ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  47

2.3.1 Aliran Rasionalisme


Apakah yang dimaksudkan dengan aliran rasionalisme?

Aliran falsafah rasionalisme ialah aliran falsafah yang meletakkan akal


sebagai sumber pengetahuan dan menolak pancaindera sebagai sumber
pengetahuan.

Tokoh falsafah yang berpegang pada aliran ini ialah:

• Rene Descartes (1596–1650)

• Spinova (1632–1677)

• Leibniz (1646–1716)

Aliran rasionalisme meletakkan bahawa daya intelek sudah memadai untuk


mendapatkan kebenaran. Dalam hal ini, aliran rasionalisme mengagungkan akal
sebagai punca segala ilmu pengetahuan.

Oleh itu, aliran ini menolak ilmu yang diperoleh melalui wahyu dan mukjizat atas
alasan wahyu dan mukjizat ini tidak logik. Bagi aliran rasionalisme, ukuran
terletak pada sama ada ia logik ataupun tidak. Jika tidak logik, maka mustahil
ilmu itu dapat diterima ataupun digunakan.

Sehubungan dengan itu, aliran ini berpegang pada akal manusia dan bagi mereka
juga, segala kejadian alam merupakan kejadian semula jadi yang biasa ataupun
normal dan bukannya terjadi daripada kuasa yang luar biasa. Maka, mereka
menolak konsep Tuhan ataupun mereka tidak percaya kepada wujudnya pencipta
yang telah mencipta alam ini. Mereka turut mempercayai bahawa gerak hati
manusia yang mencari pencipta merupakan gerak hati suci seorang insan,
bukannya petunjuk daripada Tuhan yang kudus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

2.3.2 Aliran Emperisisme


Apakah yang dimaksudkan dengan aliran emperisisme?

Aliran emperisisme ialah aliran falsafah yang menyatakan bahawa semua


pengetahuan diperoleh melalui pengalaman.

Antara tokoh falsafah yang menjadi pendukung kepada aliran ini ialah:

• John Locke (1632–1704)

• David Hume (1711–1776)

• John Stuart Mill (1806–1873)

Pengalaman yang mencetuskan ilmu dalam aliran ini boleh dialami sendiri oleh
pancaindera manusia.

Walau bagaimanapun, terdapat lompong dalam aliran ini kerana sesetengah ilmu
yang dimiliki manusia seperti ruang, masa, sebab musabab, pengertian logik,
matematik, dan etika tidak semuanya diperoleh melalui pengalaman. Namun,
melalui pengertian yang lebih bersifat fitrah (innate) ataupun hadir secara
anugerah.

2.3.3 Aliran Positivisme


Aliran emperisisme kemudiannya meningkat kepada satu tahap dan melahirkan
aliran positivisme.

Aliran positivisme merupakan aliran yang berpusatkan sesuatu yang pasti,


berfakta, nyata, dan berdasarkan data empirikal.

Aliran positivisme ialah aliran falsafah yang hanya melihat bahawa alam
merupakan satu-satunya sumber pengetahuan yang benar dan menolak perkara
yang dikaitkan dengan metafizik. Pengetahuan yang diperoleh ini dianggap
sebagai positif dan baik kepada manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  49

Siapakah tokoh dalam aliran ini? Antara tokoh yang merupakan pendukung
kepada aliran positivisme ialah:

• Auguste Comte (1798–1857)

• Herbert Spencer (1820–1903)

Mereka mengeluarkan pendapat bahawa semua ilmu pengetahuan perlulah


selaras dengan penemuan sains serta menolak ilmu yang berasaskan tahyul,
wahyu, ilham, agama, dan metafizik.

Seterusnya, aliran ini meningkat kepada satu tahap yang dikenal sebagai
positivisme logikal atau disebut emperisisme logikal. Antara pendukung aliran ini
ialah:

• Carnap (1891–1970)

• J. Ayer (1910–1989)

Aliran positivisme logikal merupakan aliran yang menekankan kaedah sains pasti
seperti logik, matematik, dan geometri dalam penghuraian dan penghujahannya.
Hanya kaedah sains diterima sebagai huraian dan hujah.

Namun, aliran ini ditolak oleh golongan agama, Maxist-Lenin, feminis, dan lain-
lain kerana didakwa membawa fahaman ateis.

2.3.4 Aliran Idealisme


Tahukah anda idealisme ialah perkataan yang diambil daripada bahasa Latin,
iaitu idea? „Idea‰ membawa maksud pemikiran, gagasan dan sebagainya
manakala „-isme‰ pula merujuk aliran ataupun fahaman. Aliran falsafah ini
merupakan antara aliran falsafah tertua di dunia yang wujud semenjak zaman
India purba di Timur dan zaman Plato di Barat. Pendukung kepada aliran ini
sering bertentangan pendapat, namun mereka mempunyai sama pendapat, iaitu
jiwa dan kerohanian amat penting. Secara umumnya, aliran idealisme merupakan
aliran falsafah yang memberikan keutamaan kepada jiwa.

Aliran idealisme merupakan aliran yang menggabungkan jiwa dan cita-cita


yang seterusnya melahirkan idea.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Menurut aliran ini, cita-cita merupakan perkara yang dapat digambarkan serta
bersifat rohani dan jiwa terletak antara gambaran asli (cita-cita) dengan bayangan
dunia yang diungkapkan oleh pancaindera.

Antara tokoh sarjana yang mendukung aliran ini ialah:

• Plato (428/427–348/347 SM)

• Rene Descartes (1596–1650)

• Baruch Spinoza (1632–1677)

• George Berkeley (1685–1753)

• Immanual Kant (1724–1804)

• Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770–1831)

Aliran ini sebenarnya dibawa oleh Plato dan Gottfried Leibniz (1646–1716)
merupakan individu pertama yang menggunakannya. Aliran idealisme
berpendirian bahawa idea atau buah fikiran dapat memberikan gambaran
ataupun representasi akal bagi menjelaskan hakikat kewujudan yang sebenar.

Kewujudan sesuatu yang zahiriah adalah berpunca dan bergantung pada


kewujudannya dalam bentuk akal atau fikiran dan sesuatu itu tidak boleh wujud
secara bersendirian. Plato berpendapat bahawa pengetahuan sebenar ialah hasil
daripada proses taakulan semata-mata kerana kaedah penaakulan akan dapat
diperlihatkan bentuk kerohanian sesuatu benda atau perkara.

2.3.5 Aliran Eksistensialisme


Sekarang, mari kita pelajari pula aliran eksistensialisme.

Aliran eksistensialisme merupakan aliran moden yang menegaskan betapa


pentingnya pengalaman dan tanggungjawab seseorang individu yang
tekanan yang dikenakan ke atasnya dianggap dapat bertindak dengan bebas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  51

Siapakah pendukung aliran ini? Pendukung aliran ini ialah:

• Soren Kierkegaard (1813–1855)

• Martin Heidegger (1889–1976)

• Karl Jaspers (1883–1969)

• Gabriel Marcel (1889–1973)

• Friedrich Nietzsche (1844–1900)

• Jean Paul Sartre (1905–1980)

Aliran ini mempunyai pelbagai cabang. Namun, secara umumnya, ia menekankan


pengalaman ataupun kehidupan sebenar manusia yang menjadi fokus pada
segala pemikiran, pertimbangan serta menolak idealisme, rasionalisme, dan
sebagainya.

Mereka juga menekankan keutamaan hak dan tanggungjawab individu, namun


mereka menolak keutamaan dan hak masyarakat atau kumpulan yang mengatasi
kelebihan individu. Contohnya:

• Kiekergaard menolak konsep jemaah (herd) tetapi menekankan hak individu


untuk bergiat, berjuang, dan meningkatkan diri dalam kegiatan agama.

• Nietzsche pula menolak agama dan menganggapnya sebagai warisan


daripada mentaliti perhambaan yang menekankan keserupaan dan
kesepunyaan dalam jemaah supaya wujud keseimbangan dan kebajikan
bersama. Menurutnya, agama mengorbankan kecemerlangan dan kemajuan
individu, maka akan melahirkan mediokriti dan kelembapan.

• Sartre menekankan kepentingan kebebasan individu untuk memilih tanpa


penekanan dan dominasi orang lain. Dalam bukunya yang bertajuk Being and
Nothingness, beliau menilai sesuatu tindakan berdasarkan etika dan situasi
yang sesuatu perbuatan sama ada wajar ataupun tidak adalah berdasarkan
situasi ataupun keadaan pada waktu tersebut.

Kesimpulannya, aliran ini menekankan kebebasan memilih (freedom of choice)


dalam situasi di mana mereka berada untuk:

• kebebasan jasmani

• kebebasan moral

• kebebasan kehendak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

2.3.6 Aliran Pragmatisme


Apakah yang dimaksudkan dengan aliran ini?

Aliran pragmatisme merupakan aliran yang menekankan perbuatan ataupun


tindakan yang membawa makna fahaman ataupun ideologi tertentu. Dalam
aliran ini, sesuatu yang praktikal dan membawa hasil yang bermanfaat
mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi.

Hal ini demikian kerana perkataan pragmatisme diambil daripada akar kata
pragma daripada bahasa Yunani yang membawa makna perbuatan ataupun
tindakan, sementara „-isme‰ membawa makna fahaman ataupun ideologi
tertentu. Pragmatisme turut dikenal dengan pelbagai panggilan lain, antaranya
ialah:

• eksperimentalisme

• fungsionalisme

• empirisisme

• instrumentalisme

Antara pendukung aliran pragmatisme ialah:

• Charles Sanders Peirce (1839−1914)

• William James (1842−1910)

• John Dewey (1859−1952)

Pierce merupakan ahli fizik dan matematik, sementara William James daripada
bidang psikologi dan John Dewey dalam bidang sains sosial dan biologi. Mereka
berpendapat bahawa kegunaan, kelebihan, dan manfaat yang praktikal sebagai
hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan, dan perbuatan itulah yang menentukan nilai
dan kebenaran serta kebaikannya.

Seperti yang dinyatakan tadi, sesuatu yang praktikal dan membawa hasil yang
bermanfaat mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi dalam aliran ini. Namun,
aliran pragmatisme yang ekstrem boleh membenarkan ataupun menggunakan
sebarang langkah, kaedah, dan strategi asalkan ia mendatangkan hasil yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  53

Bahkan prinsip ini membenarkan pengorbanan sebarang prinsip dan ideal. Pada
mereka, prinsip dan ideal adalah keberuntungan dan keberhasilan pada matlamat
akhir (the end justifies the means). Aliran ataupun mazhab falsafah pragmatisme
ini juga dikatakan lahir bersama-sama dengan kebangkitan sains dan kaedah
saintifik terutamanya daripada hasil usaha Charles Darwin dengan teori
evolusinya dan Albert Einstein dengan teori relatifnya. Aliran ini lebih
memberikan tumpuan kepada bidang seperti epistemologi, aksiologi, dan sedikit
daripada metafizik.

2.3.7 Aliran Realisme


Akhirnya, mari kita mempelajari aliran realisme.

Aliran realisme ialah aliran yang menegaskan bahawa perkara yang dialami
pancaindera di alam ini adalah benar dan wujud secara tersendiri serta bebas
daripada pengkonsepsian akal fikiran.

Akal harus menerima seadanya sesuatu perkara yang ada dan wujud secara
objektif dan realistik. Siapakah pendukung aliran ini? Antara pendukung aliran
ini ialah:

• Aristotle (384–322 SM)

• John Locke (1632–1704)

• Johan Amos Comenius (1592–1670)

• Francis Bacon (1561–1626)

• William McGucken (1938)

Realisme ialah aliran klasik yang bersandarkan elemen material. Maknanya segala
apa yang ada di hadapan kita adalah terpisah daripada alam pemikiran. Antara
tokoh yang berjaya memasukkan elemen keagamaan dalam perbincangan aliran
ini ialah William McGucken yang bersetuju bahawa kita dapat memahami banyak
hukum moral dengan menggunakan akal, namun dia masih menganggap bahawa
hukum moral ini diciptakan oleh Tuhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Subtopik ini membahaskan tujuh aliran falsafah yang wujud di Barat yang
mempengaruhi dunia dalam membina pemikiran dan mendalami ilmu. Ia adalah
penting untuk kita mengenali semua aliran falsafah tersebut dengan lebih
mendalam supaya:

• kajian yang kita lakukan dan penemuan yang kita temui mempunyai asas
yang kukuh

• kita tidak terpengaruh oleh aliran yang bertentangan adat, budaya, dan agama
kita

SEMAK KENDIRI 2.3

Rumuskan tujuh aliran yang telah anda pelajari tadi dalam bentuk
jadual seperti yang berikut:

Aliran Maksud Tokoh

AKTIVITI 2.2

Bincangkan persoalan berikut dalam forum myINSPIRE:

(a) Bayangkan anda hidup pada zaman aliran pemikiran yang telah
dihuraikan tadi. Apakah aliran pemikiran yang anda akan ikut?
Mengapakah anda memilihnya?

(b) Apakah aliran pemikiran lain yang ada pada zaman moden ini?

(c) Bagaimanakah seseorang itu dikatakan mempraktikkan aliran


pragmatisme dalam hidup? Berikan dua contoh sesuai.

(d) Apakah contoh falsafah realisme yang berlaku dalam masyarakat?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  55

2.4 FALSAFAH BARAT LAWAN FALSAFAH


TIMUR
Adakah anda perasan bahawa dalam perbincangan ini kita banyak bergantung
pada falsafah dari Barat? Mengapakah ini berlaku? Jawapannya adalah kerana
perkembangan falsafah Barat telah berkembang lama dan mempengaruhi
peradaban dunia khasnya dalam aspek penciptaan dan sumbangan. Secara
umumnya, sejarah falsafah Barat dapat dibahagikan kepada empat (lihat
Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Empat Zaman Perkembangan Sejarah Falsafah

Sumber: Levi (1991)

Pembahagian ini menunjukkan kepada kita tentang evolusi falsafah Barat yang
bermula dengan peneguhan sistem aristokrat pada zaman Yunani, lalu
berkembang kepada penguasaan gereja Roman pada zaman pertengahan abad ke-
5 dan selanjutnya kepada kemajuan sains dalam zaman moden yang bermula
pada abad ke-17. Pandangan Levi telah memperlihatkan aspek sejarah dalam
situasi politik, agama, sains, dan semantik yang dilalui oleh masyarakat Barat dari
zaman kuno hingga ke zaman moden.

Namun begitu, falsafah bukan Barat seperti falsafah Timur juga mempunyai
perkembangannya yang tersendiri walaupun agak lewat. Misalnya, falsafah
daripada tradisi Islam, tradisi India, dan tradisi Cina. Terdapat pendapat yang
menyatakan bahawa kita tidak perlu menerima falsafah luar memandangkan
falsafah Timur sudah ada asas dan pandangan yang tersendiri, sesuai dengan
masyarakatnya. Adakah anda bersetuju? Untuk membalas perkara ini, terdapat
dua pandangan, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

(a) Pandangan Pertama


Kita tidak boleh menerima falsafah Timur sahaja atas hujah berikut:

• apa-apa yang terdapat dalam pemikiran Timur lebih bersifat kajian


mengenai cara hidup yang betul dan baik (virtual living) seperti yang
terdapat dalam agama yang diamalkan pada bahagian ini;

• falsafah Timur merupakan cara mereka membentangkan pandangan


alam mereka yang tidak semestinya mempunyai satu sokongan yang
rasional kerana bersifat metafizik dan emosi; dan

• falsafah Timur tidak diterima sebagai kaedah yang sah ataupun yang
sahih dalam falsafah Barat.

(b) Pandangan Kedua


Kita boleh menerima falsafah Barat atas beberapa perkara, iaitu:

• falsafah Barat juga ada yang bersifat seperti Timur, umpamanya teori
metafizik mereka mencerminkan pandangan alam mereka yang
mungkin tidak mempunyai sokongan yang rasional. Wujud juga
pandangan mereka bersifat imaginatif tentang alam dan sebagainya; dan

• kalau dikatakan falsafah Barat itu berasaskan hujah rasional dan


sebagainya, bagaimanakah pula dengan falsafah pascamodenisme?
Falsafah pascamodenisme tidak berteraskan hujah rasional tetapi
merupakan penentangan kepada rasionaliti sendiri. Aspek bukan
rasional seperti emosi dan intuisi yang difahami oleh pascamodenis yang
dikenal sebagai logocentrisme.

Maka, konsep falsafah janganlah disempitkan tetapi dilonggarkan. Semua jenis


pemikiran yang mempunyai persamaan dalam ciri-ciri falsafah dalam kalangan
ahli falsafah serata dunia boleh diterima sebagai falsafah. Falsafah haruslah
bersifat inklusif supaya kita boleh menerima pelbagai ilmu lain tentang alam,
manusia, dan sebagainya yang akhirnya menjadi panduan kita dalam membentuk
falsafah ataupun pemikiran.

Sebagai penutup topik ini, kita boleh merumuskan bahawa topik ini telah
membincangkan aspek falsafah dalam kehidupan manusia. Perbincangan utama
merangkumi tiga perkara yang utama, iaitu definisi, makna falsafah yang lebih
terperinci dari segi etimologi dan perkembangannya, falsafah dari aspek teoretikal
dan falsafah praktikal, dan akhirnya, beberapa aliran utama falsafah dari falsafah
Barat yang mempengaruhi pembinaan aliran falsafah di dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  57

Melalui definisi falsafah, kita telah membincangkan makna falsafah dari


perspektif Yunani dan Islam serta mengaitkannya dengan golongan agama dan
mistik. Kemudian, kita melihat hubungan falsafah dengan alam sekitar yang
falsafah sebagai kaedah untuk berinteraksi dengan alam. Alam di sini merujuk diri
sendiri dan alam luas, iaitu alam di mana kita berada.

Perkembangan ilmu pengetahuan yang positif membolehkan masyarakat


cenderung melihat bidang falsafah sebagai satu bidang kajian dan perlu dilakukan
penyelidikan dalam bidang akademik bagi merentas pelbagai disiplin ilmu.

Pada masa kini, falsafah semakin berkembang sebagai cabang ilmu pengetahuan
dalam pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu mantik (logik), ilmu psikologi, ilmu
akhlak (moral), dan ilmu estetika.

Dalam topik ini juga kita telah membincangkan tentang falsafah teoretikal
(falsafah nazariyyah) dan falsafah praktikal (falsafah amaliyyah). Selain itu, empat
perkara besar berkaitan dengan falsafah, iaitu logik, psikologi, metafizik, dan
epistemologi turut kita pelajari. Falsafah praktikal pula merangkumi ilmu estetika,
etika, politik, ekonomi, dan peradaban. Tidak ketinggalan, topik ini turut
membincangkan aliran utama falsafah yang berpengaruh dan perbandingan
antara falsafah Barat dengan bukan Barat iaitu falsafah Timur.

SEMAK KENDIRI 2.4

Apakah perbezaan antara falsafah Barat dengan falsafah Timur?

AKTIVITI 2.3

Bincangkan dalam forum myINSPIRE persoalan berikut:

(a) Adakah falsafah Timur sesuai dalam pembinaan negara Malaysia?

(b) Apakah fungsi falsafah dalam menangani fenomena kehidupan


sekarang?

(c) Bagaimanakah falsafah metafizik dapat menerangkan kehidupan


beragama masyarakat Malaysia?

(d) Mengapakah ilmu falsafah merupakan satu bidang yang penting?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

• Takrifan falsafah dari sudut kehidupan diambil daripada perkataan Arab


falsafah. Perkataan Arab ini pula diambil daripada perkataan Yunani yang
diterjemahkan akan menjadi philo + sophia = philosophia. Philo bermakna
cinta dan sophia bermakna kearifan, iaitu cinta kepada kearifan atau hikmah
(love of wisdom).

• Pembinaan konsep falsafah dari aspek kehidupan adalah bertitik tolak oleh
keinginan manusia untuk meneroka dan memahami alam ini.

• Sebagai alat ataupun kaedah, ilmu falsafah mengambil hasil kajian daripada
pelbagai disiplin ilmu dan membuat satu kesimpulan yang
menghubungkaitkan dengan kewujudan alam ini yang dibuat berdasarkan
data dan fakta secara renungan, penaakulan, dan hujahan yang rasional
menggunakan ilmu logik daripada penghayatan kepada falsafah.

• Falsafah teoretikal adalah untuk kita memahami hakikat tentang kewujudan


dan juga kebenaran berkaitan dengan Tuhan, alam dan manusia.

• Falsafah teoretikal terdiri daripada falsafah tabiat, falsafah riyadhiyyah, dan


falsafah ilahiyyah.

• Falsafah praktikal merupakan perbincangan falsafah dalam pelbagai disiplin


tertentu untuk menyelesaikan masalah ummah, misalnya politik, ekonomi,
sosial, dan keadilan yang komponen falsafah ini bertujuan menyelesaikan
masalah yang disebut juga bersifat etika (akhlak).

• Tiga bahagian falsafah praktikal ialah falsafah akhlaqiyyah, falsafah


iqtisadiyyah, dan falsafah siasiyyah.

• Terdapat pelbagai aliran falsafah yang muncul mempengaruhi sudut pandang


falsafah yang berbeza. Antara yang utama ialah aliran rasionalisme,
emperisisme, positivisme, idealisme, eksistensialisme, pragmatisme, dan
realisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN  59

• Aliran falsafah rasionalisme ialah aliran falsafah yang meletakkan akal sebagai
sumber pengetahuan dan menolak pancaindera sebagai sumber pengetahuan.

• Aliran emperisisme ialah aliran falsafah yang menyatakan bahawa semua


pengetahuan diperoleh melalui pengalaman.

• Aliran positivisme merupakan aliran yang berpusatkan sesuatu yang pasti,


berfakta, nyata, dan berdasarkan data empirikal.

• Aliran idealisme merupakan aliran falsafah yang memberikan keutamaan


kepada jiwa.

• Aliran eksistensialisme merupakan aliran moden yang menegaskan


pentingnya pengalaman dan tanggungjawab individu yang tekanan yang
dikenakan ke atasnya dianggap dapat bertindak dengan bebas.

• Aliran pragmatisme berpendapat bahawa kegunaan, kelebihan dan manfaat


yang praktikal sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan, dan perbuatan
itulah yang menentukan nilai dan kebenaran dan kebaikannya.

• Aliran realisme ialah aliran yang menegaskan bahawa benda yang dialami
pancaindera dalam alam ini adalah benar dan wujud secara tersendiri, dan
bebas daripada pengkonsepsian akal fikiran.

• Berbanding falsafah Timur, falsafah Barat telah berkembang lama dan


mempengaruhi peradaban dunia khasnya dari aspek penciptaan dan
sumbangan.

• Terdapat empat zaman perkembangan falsafah Barat, iaitu zaman silam,


zaman pertengahan, zaman moden, dan zaman kontemporari.

• Semua jenis pemikiran yang mempunyai persamaan dalam ciri-ciri falsafah


dalam kalangan ahli falsafah serata dunia boleh diterima sebagai falsafah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 2 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

Eksistensialisme Idealisme
Emperisisme Philosophia
Falsafah akhlaqiyyah Positivisme
Falsafah ilahiyyah Pragmatisme
Falsafah iqtisadiyyah Rasionalisme
Falsafah praktikal Realisme
Falsafah riyadhiyyah Zaman kontemporari
Falsafah siasiyyah Zaman moden
Falsafah tabiat Zaman pertengahan
Falsafah teoretikal Zaman silam

Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan pengetahuan Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan sejarah dan falsafah sains. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan logika Melayu. Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

Hashim Haji Musa. (2001). Falsafah, logik, teori nilai dan etika Melayu: Suatu
pengenalan. Penerbitan Utusan Melayu Bhd.

Levi, A. W. (1991). Falsafah sebagai pengungkapan sosial. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan sejarah dan falsafah sains (Ed. ke-3).
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sidi Gazalba. (1974). Sistematika filsafat: Pengantar kepada dunia filsafat, teori
pengetahuan, metafika, teori nilai. Penerbitan Utusan Melayu Bhd.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik  Logik dan
Metodologi
3 Mohd Syariefudin Abdullah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan makna dan latar belakang ilmu logik.
2. Mengenal pasti lima komponen penting dalam logik.
3. Menghuraikan empat kaedah berhujah secara logik.

 PENGENALAN
Mungkin ada yang bertanya, mengapakah perlu belajar falsafah? Bagi mereka, ada
banyak lagi ilmu lain yang lebih penting dan bermanfaat selain falsafah. Adakah
ilmu falsafah lebih penting daripada agama? Di Barat, aliran falsafah tertentu
diangkat menjadi kepercayaan mereka sehingga setaraf dengan kepercayaan dan
agama mereka. Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa masyarakat barat
mempunyai cara berfikir yang berbeza dengan tradisi Timur.

Sebenarnya, semua orang boleh berfikir dan setiap orang mempunyai cara
berfikirnya yang tersendiri. Ilmu falsafah merupakan ilmu yang mengajar kita
tentang berfikir seperti cara seseorang itu berfikir dan kaedah berfikir. Hal ini
demikian kerana falsafah itu sendiri ialah perkara yang berkaitan dengan
pemikiran. Cuma yang menjadi persoalannya, adakah pemikiran seseorang itu
betul, tidak betul, atau kabur? Jadi, pemikiran seseorang itu perlu disusun dengan
betul supaya dapat dilihat kebenarannya ataupun tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Oleh itu, dalam ilmu falsafah, terdapat satu domain yang amat penting supaya
kita dapat menentukan fikiran kita, supaya dapat disusun secara sistematik untuk
mengesahkan kebenarannya supaya kita dapat berhujah atau menjawab dengan
cara yang betul. Apakah domain falsafah tersebut? Domain falsafah yang
dimaksudkan ialah domain logik.

Logik merupakan kaedah berfikir yang dianjurkan dalam falsafah dan ilmu
dalam berhujah.

Oleh itu, untuk memberi hujah yang baik, kita perlu berfikir. Topik ketiga ini akan
mengajar anda tentang falsafah logik yang meliputi cara menyusun idea dan
hujah, supaya hujah kita dapat disampaikan dengan betul dan tersusun. Ilmu
logik amat penting untuk kita pelajari kerana ia menjelaskan tentang metodologi
dalam berhujah yang betul dan tepat mengikut kaedah logik. Jadi, mari kita
teruskan pembacaan!

3.1 TAKRIFAN DAN LATAR BELAKANG ILMU


LOGIK
Secara etimologinya, perkataan logik berasal daripada bahasa Latin, iaitu logos
yang membawa maksud „ucapan ataupun perkataan‰. Dalam tradisi Islam, ilmu
logik disebut ilmu mantik yang berasal daripada perkataan nataqa yang
membawa makna „berkata ataupun berucap‰. Jadi, apakah yang dapat kita
ungkapkan untuk menerangkan maksud ilmu logik?

Ilmu logik ialah ilmu yang dapat digolongkan dalam usaha membezakan
antara hujahan (argument) sama ada hujah itu:

• sah (valid) ataupun tidak sah

• benar (true) ataupun tidak benar

Sementara itu, kajian tentang logik ialah kajian untuk mencari kebenaran ataupun
membezakan antara yang benar dengan yang salah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  63

Kajian logik menumpukan penelitian hujah yang sah dan benar; begitu juga
sebaliknya. Logik bukannya mengkaji tentang kaedah berfikir sebagaimana
pendapat sesetengah orang kerana kaedah berfikir terletak di bawah bidang kajian
psikologi yang melibatkan proses mental.

Logik ialah ilmu yang khusus untuk membuat rumusan ataupun justifikasi
kepada hujah yang diberi sama ada dalam bentuk rumusan yang sah dan benar
adalah berasaskan premisnya. Kesimpulan atau rumusan itu menjadi benar jika
semua premisnya benar, begitu juga sebaliknya. Unsur ataupun elemen yang
membentuk hujah ialah premis atau premis-premis, manakala kesimpulan ialah
proposisi ataupun penegasan.

Sama juga dengan falsafah, ilmu logik mula muncul pada zaman Greek ataupun
Yunani dalam sekitar 600 Sebelum Masihi. Tokoh yang mempopularkan
perkataan logik ini ialah Herakleitos (540–475 SM). Herakleitos pertama kali
menggunakan perkataan logos atau disebut kaedah berfikir yang benar untuk
mengkaji „kuasa‰ yang menguasai dan mentadbir alam serta mengkaji pelbagai
sebab berlakunya perubahan pada alam. Dengan kata lain, logik yang berasal
daripada kata logos itu ialah kaedah berfikir untuk memperoleh keputusan yang
benar ataupun untuk membezakan sesuatu yang sah daripada sesuatu yang tidak
sah.

Pythagoras (570–504 SM) sebagai ahli matematik, mempunyai ilmu falsafah yang
menggunakan kaedah logik untuk mencari penyelesaian kepada bidang
matematik dan kejuruteraan melalui kepercayaannya bahawa „asas segala
sesuatu ialah nombor dan angka.‰ Dari sini lahirlah teorem Pythagoras yang
terkenal itu (lihat Rajah 3.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Rajah 3.1: Pythagoras dan Teoremnya yang Terkenal Mengenai


Segi Tiga yang Bersudut Tegak

Teori ini merupakan kaedah mencari panjang sesuatu segi tiga yang bersudut
tegak dan akas Pythagoras, iaitu kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu segi
tiga bersudut tegak ataupun sebaliknya.

Socrates (470–399 SM) kemudiannya mempraktikkan kaedah logikal bertujuan


mencari kebenaran berfikir dalam membuktikan bahawa alam semesta yang unik
ini menunjukkan kewujudan pencipta yang menjadikannya. Socrates menyeru
masyarakat supaya menerima wujudnya Tuhan yang Maha Berkuasa di alam ini.
Kemudian, murid Socrates, iaitu Plato mengembangkan ajaran gurunya ini. Plato
menggunakan akalnya untuk mencari kebenaran. Namun begitu, ilmu logik yang
dipraktikkan oleh kedua-dua tokoh sarjana ini masih lagi bersifat umum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  65

Kemudian, Aristotle (348–322 SM) menggabungkan huraian Herakleitos dan


Pythagoras menjadi logik klasik yang dikenal sebagai „kaedah silogisme‰ ataupun
disebut kias. Apakah yang dimaksudkan dengan kias?

Kias merupakan perkataan yang disusun dalam dua ayat yang dapat
melahirkan ayat ketiga yang merupakan natijah ataupun kesimpulannya.

Mari kita lihat contoh kias dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Contoh Kias

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu logik? Nyatakan


maksudnya dengan perkataan anda sendiri.

2. Jelaskan hubungan antara logik dengan falsafah.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kias?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

AKTIVITI 3.1

Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE:

(a) Apakah perbezaan antara logik dengan berfikir secara logik?

(b) Apakah contoh lain untuk kias?

3.2 KOMPONEN PENTING DALAM ILMU


LOGIK
Terdapat beberapa konsep penting dalam ilmu logik yang perlu kita tahu. Antara
komponen tersebut dinyatakan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Lima Komponen Penting Ilmu Logik

Setiap komponen ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

3.2.1 Proposisi
Apakah yang dimaksudkan dengan proposisi?

Proposisi ataupun premis merupakan penegasan ataupun pengusulan yang


terkandung dalam ayat penyata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  67

Proposisi tidak terdapat dalam jenis ayat yang lain, misalnya ayat tanya, ayat
permintaan, dan ayat seru kerana tiada sebarang pernyataan maksud dalam tiga
jenis ayat berkenaan. Hal ini demikian kerana dalam:

• ayat tanya, yang terkandung adalah pertanyaan

• ayat permintaan, yang terkandung adalah permintaan yang boleh jadi


perintah, harapan, silaan, dan larangan

• ayat seru pula, yang terkandung adalah seruan

Satu proposisi boleh mengesahkan afirmatif ataupun penegasan tentang sesuatu


dan boleh menafikannya. Pengesahan dan penafian sesuatu boleh berlaku dari
segi kewujudannya ataupun keadaan sesuatu. Contoh proposisi dalam bentuk
mengesahkan sesuatu diberi dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Contoh Proposisi dalam Bentuk Mengesahkan Sesuatu

Proposisi Perihal Mengesahkan


Malaysia berada di Asia Tenggara. Kewujudan
Malaysia negara membangun. Keadaan/sifat
Tuhan wujud. Kewujudan
Kehidupan di dunia adalah sementara. Keadaan/sifat

Contoh proposisi dalam bentuk penafian pula diberi dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Contoh Proposisi dalam Bentuk Menafikan Sesuatu

Proposisi Perihal Menafikan


Kebebasan tidak terlaksana dalam pemerintahan kuku besi. Kewujudan
Pekerja itu bukan warganegara Malaysia. Kewujudan
Jin tidak berkuasa membinasakan manusia. Keadaan
Perundingan itu tidak berjaya menyelesaikan krisis di Timur Keadaan
Tengah.

Kesimpulannya, proposisi ataupun premis ialah satu ayat yang berupa


pengesahan ataupun penegasan, dan penafian melalui ayat yang telah dibina.
Kaedah ini selalu dipraktikkan dalam debat, dialog, perbincangan, wacana,
penghujahan antara individu, kelompok, atau mungkin antara negara. Proposisi
dan ayat sebegini selalu digunakan dalam berhujah kerana manusia secara
umumnya akan mencari kebenaran.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
68  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

3.2.2 Proposisi Berkategori


Sebagaimana yang dibincangkan tadi, proposisi ialah apa-apa yang terkandung
dalam sesuatu ayat penyata ataupun ayat penegasan (isbat). Beberapa proposisi
membentuk sesuatu hujah, dengan syarat ada beberapa proposisi yang menjadi
dalil/penyokong ataupun premis, dan satu proposisi lagi menjadi kesimpulan
yang logik berdasarkan premis tersebut.

Dalam penghujahan deduktif, sesuatu kesimpulan boleh jadi sah ataupun tidak
sah. Kesimpulan menjadi sah apabila semua premisnya benar tetapi menjadi tidak
sah jika semua premisnya menjadi tidak benar.

Oleh itu, hujahan deduktif menghuraikan hubungan antara beberapa premis


dengan kesimpulan dan cara menentukan deduksi yang sah daripada deduksi
yang tidak sah.

Hujah deduksi kebanyakannya berdasarkan kategori perkara yang dihujahkan.


Oleh itu, ia disebut hujahan berkategori (categorial argument). Contohnya, diberi
dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Contoh Hujahan Deduktif

Berdasarkan contoh tadi, „manusia‰ dan „kekal‰ disebut kategori perkara yang
menjadi asas hujahan. Kategori mempunyai sifat ataupun ciri khusus yang
sepunya. Jika setiap anggota sesuatu kategori terkandung juga dalam kategori
yang lain, maka kategori yang pertama itu dikatakan tergolong dalam kategori
yang kedua. Mari kita lihat contohnya dalam Rajah 3.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  69

Rajah 3.5: Contoh Hujahan Berkategori Semua

Begitu juga, jika sesetengah satu kategori tergolong dalam kategori yang lain,
maka kategori yang pertama sebahagiannya digolongkan dalam kategori yang
kedua. Mari kita lihat contohnya dalam Rajah 3.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Rajah 3.6: Contoh Hujahan Berkategori Sebahagian

Terdapat juga kategori yang tidak tergolong dalam kategori lain sama sekali. Mari
kita lihat contohnya dalam Rajah 3.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  71

Rajah 3.7: Contoh Kategori yang Tidak Tergolong dalam Kategori Lain Sama Sekali

Penjelasan jenis berkategori dapat didasarkan pola ayat yang ditandai oleh
hakikat subjek ayat dan sama ada ia bersifat afirmatif ataupun negatif. Oleh itu,
proposisi dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang diterangkan dalam
Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Empat Jenis Proposisi

Jenis Lambang Contoh


Subjek sejagat dan A A = Semua S (afirmatif) + P
afirmatif = Semua manusia ialah makhluk.
Subjeknya sejagat dan E E = Tiada S (negatif) + P
negatif = Tiada manusia yang kekal.
Subjeknya khusus dan I I = Sesetengah S (afirmatif) + P
afirmatif = Sesetengah haiwan merupakan mamalia.
Subjeknya khusus dan O O = Sesetengah S + negatif P
predikat negatif = Sesetengah haiwan bukan manusia.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Terangkan tentang konsep proposisi dalam ilmu logik.

2. Apakah perbezaan antara proposisi dengan proposisi berkategori?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

3.2.3 Hujahan
Apakah yang dimaksudkan dengan hujahan?

Hujahan ialah proposisi yang merupakan kesimpulan daripada dalil ataupun


bukti yang terdiri daripada beberapa proposisi.

Dalil ataupun bukti disebut juga premis. Hujahan boleh terdiri daripada beberapa
proposisi. Satu proposisi tunggal tidak dapat menjadi dalil ataupun premis.
Beberapa proposisi yang berhubungan antara satu dengan lain dapat menjadi asas
untuk menentukan manakah:

• premis ataupun dalil

• kesimpulan ataupun hujahan

Hujahan atau argumen dibahagikan kepada dua, iaitu hujahan deduktif dan
hujahan induktif.

(a) Hujahan Deduktif


Hujahan ini bertitik tolak daripada sesuatu yang umum atau sejagat kepada
yang khusus, spesifik, atau kurang sejagat. Misalnya, apabila proposisi
bermula dengan pernyataan „Alam ialah ciptaan Tuhan‰ dan diikuti dengan
proposisi „Makhluk alam terdiri daripada manusia, tumbuhan-tumbuhan,
haiwan, batu-batan, dan pelbagai makhluk ghaib‰, maka hujahan itu
tergolong dalam bentuk hujahan deduktif.

Secara ringkasnya, hujahan ini bermula dengan satu pernyataan umum dan
diikuti oleh pernyataan yang memperincikan pernyataan umum itu. Mari
kita lihat Jadual 3.4 yang merumuskannya.

Jadual 3.4: Contoh Hujahan Deduktif

Pernyataan Umum Pernyataan yang Memperincikan Pernyataan Umum


Alam ialah ciptaan Makhluk alam terdiri daripada manusia, tumbuhan-
Tuhan. tumbuhan, haiwan, batu-batan, dan pelbagai makhluk
ghaib.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  73

(b) Hujahan Induktif


Hujahan induktif pula bertitik tolak daripada sesuatu yang spesifik kepada
yang umum. Misalnya, „Setengah-setengah negara mengamalkan sistem
demokrasi.‰ Ayat „mengamalkan sistem demokrasi‰ merupakan hujah
spesifik. Hujah ini menjadi umum kerana dalam kalangan negara
demokrasi, ada negara yang dikenal sebagai republik dan ada juga yang
dikenal sebagai negara beraja. Semua sistem pemerintahan itu bergantung
pada latar belakang negara berkenaan (Awang, 2007). Selain itu, contoh
hujah induktif juga tidak menyebutkan apakah „setengah-setengah negara‰
yang dimaksudkan.

Ilmu logik ialah ilmu yang mengkaji pertalian logik antara premis dengan
kesimpulan. Jika terdapat hujah yang berbunyi seperti „Malaysia ialah negara
yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Menteri besar dan ketua
menteri di negeri-negeri dalam Malaysia dipilih daripada kalangan wakil rakyat‰
(Awang, 2007). Hujahan tersebut tidak dapat diterima sebagai hujah yang sah
kerana premis tidak membawa kepada kesimpulan.

Kesahan premis ataupun ketepatan fakta dalam hujah menjadi tugas ahli sains
ataupun ahli ilmu dalam bidang yang khusus. Misalnya, ketepatan fakta tentang
air terdiri daripada hidrogen dan oksigen tidak menjadi tugas ahli falsafah tetapi
menjadi tugas ahli sains. Begitu juga ketepatan fakta jumlah negeri dalam
Persekutuan Malaysia tidak menjadi tugas ahli kimia tetapi menjadi tugas ahli
sejarah ataupun ahli sains politik.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Terangkan maksud hujahan.

2. Apakah perbezaan antara hujahan deduktif dengan hujahan


induktif?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

AKTIVITI 3.2

Kenal pasti premis dan kesimpulan dalam ayat berikut. Seterusnya,


nyatakan sama ada ayat tersebut sah ataupun tidak sah.

(a) Semua mamalia ada paru-paru. Ikan paus adalah mamalia. Oleh
itu, ikan paus ada paru-paru.

(b) Kalau hujan lebat, banjir akan berlaku di Kajang. Kajang banjir
pagi ini. Oleh itu, hujan pasti lebat semalam.

(c) Kakinya patah. Orang patah kaki terpaksa memakai tongkat untuk
berjalan. Oleh itu, dia terpaksa memakai tongkat untuk berjalan.

Bina jadual untuk mengisi jawapan anda seperti yang berikut:

Premis Kesimpulan Sah/Tidak Sah

Bincangkan jawapan aktiviti ini dalam forum myINSPIRE.

3.2.4 Silogisme
Apakah yang dimaksudkan dengan silogisme?

Silogisme ialah hujah yang terdiri daripada tiga proposisi, iaitu dua premis
dan satu kesimpulan.

Proposisi tersebut merupakan proposisi berkategori. Terdapat tiga konsep penting


dalam silogisme yang membentuk dan membuat kesimpulan seperti yang
dijelaskan dalam Jadual 3.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  75

Jadual 3.5: Tiga Konsep Penting dalam Silogisme

Konsep Huraian
Major (P) Merupakan predikat dalam kesimpulan dan bahagian itu wujud juga
dalam salah satu premis, menjadikan premis itu sebagai premis major
(utama).
Minor (S) Merupakan subjek dalam kesimpulan dan bahagian itu wujud juga dalam
satu premis yang satu lagi, menjadikan premis itu sebagai premis minor.
Tengah Wujud dalam kedua-dua premis tetapi tidak wujud dalam kesimpulan.
(M) Contohnya (Hashim (2005) dalam Awang, 2007):
• semua makhluk adalah fana (premis utama)
• para malaikat ialah makhluk (premis minor)
• oleh itu, para malaikat adalah fana (kesimpulan)

Kata „fana‰ adalah major (predikat dalam kesimpulan dan juga premis
utama). Frasa „para malaikat‰ pula adalah minor (subjek dalam
kesimpulan dan premis minor). Sementara itu, kata „makhluk‰ ialah
tengah (M) yang wujud dalam premis utama dan premis minor tetapi tidak
wujud dalam kesimpulan.

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan silogisme?

2. Jelaskan tiga konsep penting dalam silogisme dan berikan dua


contoh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

3.2.5 Falasi (Fallacy)


Secara etimologi, falasi diambil daripada kata Greek, iaitu fallo yang bererti „saya
menipu.‰ Tahukah anda, orang yang pertama membuat penelitian tentang falasi
ialah Aristotles?

Falasi dalam logik membawa pengertian hujahan palsu yang digunakan sama
ada untuk mengelirukan ataupun bagi mempengaruhi orang untuk
mempercayainya sebagai benar ataupun sah.

Dengan kata lain, falasi secara zahirnya mungkin nampak benar dan sah, tetapi
premis dan kesimpulannya tidak sah.

Copi (1953) membahagikan falasi kepada dua bahagian secara khusus seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 3.8.

Rajah 3.8: Dua Bahagian Falasi

Sumber: Copi (1953)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  77

Dua bahagian falasi ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Dua Bahagian Falasi

Bahagian Huraian
Falasi Falasi yang berkaitan dengan hujah yang premis-premisnya tidak
kerelevanan relevan secara logik dengan kebenaran ataupun kesimpulan yang
palsu. Falasi yang dimaksudkan ini boleh dibahagikan kepada
beberapa kriteria seperti:

• Falasi Kesimpulan Tidak Relevan


Dalam falasi ini, kesimpulan yang dikemukakan menyimpang
daripada tujuan ataupun matlamat. Falasi jenis ini boleh juga
bersandarkan kekuatan seperti kuasa, kekuatan, dan
sokongan yang digunakan sebagai sandaran hujah dan
bukannya berdasarkan hujah logik.

• Falasi Serangan Peribadi


Hujah yang diberi terarah kepada isu peribadi, bukannya
pendapat ataupun prinsip. Falasi ini digunakan untuk
menjatuhkan kedudukan peribadi seseorang yang tidak
sependapat dengannya.

Selain itu, terdapat falasi kejahilan, falasi menagih simpati, falasi


menagih sokongan popular, falasi rujukan autoriti, falasi menolak
akibat kerana sebabnya tidak berlaku, dan falasi jamak soalan
kerana terdapat lebih daripada satu soalan yang tidak dijawab
„ya‰ ataupun „tidak‰.
Falasi kekaburan Falasi ini mengandungi sesuatu yang taksa atau samar
(ambigious). Terdapat pelbagai bentuk falasi kekaburan seperti:

• Falasi Ekuivokasi
Ekuivokasi merujuk istilah yang mempunyai beberapa erti.
Satu ungkapan yang berlainan makna, apabila digunakan
dalam sesuatu silogisme akan menimbulkan falasi kekaburan.

• Falasi Amfiboli
Amfiboli merujuk susunan ayat dengan pelbagai tafsiran.
Falasi ini merupakan satu istilah atau ungkapan yang
berlainan maknanya apabila digunakan dalam sesuatu
silogisme yang memungkinkan menimbulkan falasi
kekaburan. Selain itu, terdapat falasi amfiboli yang wujud
apabila ayat menimbulkan tafsiran makna yang lebih daripada
satu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

• Falasi Tekanan Suara Berlainan


Berlaku apabila intonasi suara ataupun ayat menimbulkan
tafsiran makna yang berlainan.

• Falasi Komposisi atau Percantuman Fakta


Berlaku apabila dua atau lebih daripada dua proposisi tidak
dilihat sebagai suatu panduan.

• Falasi Pembahagian Fakta


Berlaku apabila sesuatu fakta terpencil daripada fakta yang
bersifat kolektif.

• Falasi Hujahan Berputar


Berlaku apabila kesimpulan daripada satu premis kemudian
dijadikan pula premis untuk membuat kesimpulan yang
merupakan premis pertama tadi dan akhirnya membentuk
falasi kekaburan generalisasi.

Falasi membawa kepada kekeliruan ataupun berfungsi mempengaruhi orang


untuk menerimanya sebagai benar ataupun sah, manakala logik berfungsi
membezakan antara falasi dengan proposisi. Secara umumnya, falasi berlaku
dalam dua bentuk berikut:

(a) Falasi Formal (Formal Fallacy)


Falasi formal berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan yang betul
dalam logik deduktif dan ilmu induktif. Bila kita mengabaikan penggunaan
peraturan yang betul dalam membuat kesimpulan daripada premis, maka
kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.

Falasi formal juga merujuk hujah yang dibawa secara deduktif dengan
melihat kepada struktur atau susulan hujah tersebut. Dalam struktur hujah
berbentuk deduktif, biasanya premis itu betul tetapi kesimpulannya salah.

Misalnya, kita tahu bahawa harimau dan singa merupakan haiwan


pembunuh yang ganas. Kucing juga kita tahu tergolong dalam keluarga
harimau dan singa, maka dalam fikiran kita „kucing ialah spesies yang
membunuh dan ganas.‰ Walau bagaimanapun, pernyataan ini salah
walaupun kita tahu harimau, singa dan kucing berada dalam satu keluarga.
Pernyataan inilah yang kita sebut falasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  79

Oleh itu, falasi formal melibatkan perkara yang berkaitan dengan cara kita
menggunakan silogisme tadi. Maknanya, kita membina premis pertama,
kemudian premis seterusnya, dan kesimpulan. Jika kita tidak mengikuti
syarat dalam membina silogisme, maka kita sebenarnya melakukan falasi
formal. Mari kita lihat contoh seterusnya dalam Jadual 3.7 yang premisnya
adalah betul tetapi kesimpulannya adalah salah.

Jadual 3.7: Contoh Falasi Formal

Premis 1 Premis 2 Kesimpulan


Manusia adalah Ikan paus adalah Manusia ialah ikan.
mamalia. mamalia.

Contoh ini menunjukkan kesimpulannya adalah salah walaupun Premis 1


dan Premis 2 adalah betul. Hal ini menunjukkan kesimpulan yang salah
walaupun silogismenya adalah betul.

(b) Falasi Tidak Formal (Informal Fallacy)


Falasi tidak formal ini biasanya melibatkan hujah yang dibawa secara
induktif. Falasi jenis ini dapat dikesan melalui hujah yang dibawa dan
premis yang digunakan. Premis yang digunakan adalah betul tetapi
kesimpulannya adalah salah.

Contohnya, „Ali tidak mahu membuang masa mempelajari falsafah kerana


falsafah merupakan sesuatu yang tidak bermanfaat.‰ Falasinya ialah Ali
telah mengandaikan bahawa mempelajari falsafah tidak bermanfaat, sebab
itu Ali tidak mahu belajar. Falasi ini disebut begging the claim atau andaian
awal tanpa melihat dahulu adakah benar mempelajari falsafah itu tidak
bermanfaat ataupun sebaliknya.

Falasi tidak formal ini tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan


logik dalam membuat kesimpulan daripada premis-premis. Mari kita lihat
tiga contoh falasi tidak formal mengikut kategorinya dalam Jadual 3.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Jadual 3.8: Contoh Falasi Tidak Formal

Kategori Huraian Contoh


Ad Serangan peribadi ke atas orang yang membuat kenyataan ataupun
hominem yang mengeluarkan pandangan. Serangan peribadi ini merupakan
kesilapan dalam berhujah ataupun dalam berfikir kerana tiada kena
mengena dengan kandungan hujah yang diberi. Walaupun kita
nampak si „A‰ memberikan pelbagai idea dan pandangan, namun
apabila kita dengar dan teliti, pandangan „A‰ itu tidak boleh
diterima kerana hujah yang diberi terarah kepada serangan sifat
peribadi orang yang mengeluarkan pandangan.
Misalnya, seseorang itu mengeluarkan suatu teori sains dan dikritik
oleh seseorang yang tidak bersetuju dengan teori itu dengan
mengatakan bahawa orang itu seorang Yahudi. Kritikan tersebut
bukan terhadap idea ataupun teori saintifik yang dikemukakannya
tetapi atas dasar bahawa orang yang mengeluarkan teori itu
berbangsa Yahudi.
Kritikan ini dianggap sebagai satu falasi kerana tidak menunjukkan
kesilapan dalam pemikiran orang itu tetapi sebaliknya menyerang
peribadi orang itu hanya kerana dia seorang Yahudi yang rata-rata
ditolak oleh kebanyakan orang yang beragama Islam kerana isu
Israel. Jadi, ini merupakan satu jenis retorik dan bukannya merujuk
kritikan yang berasaskan pemikiran yang logikal.
Post hoc Pernyataan ini berasal daripada bahasa Latin yang maksudnya apa-
ergo apa sahaja yang berlaku, maka apa-apa yang berlaku sebelumnya
propter dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu. Contohnya,
hoc seseorang masuk ke hutan dan terlanggar tunggul kayu dan
keesokannya orang tersebut demam ataupun jatuh sakit. Tersepak
tunggul kayu di hutan merupakan penyebab kepada orang tersebut
jatuh sakit; dikaitkan dengan kejadian tersepak tunggul kayu
sebelum seseorang itu jatuh sakit dan ia dikatakan sebagai penyebab
kepada jatuh sakit.
Sebenarnya, anggapan ini tidak ada kaitan sebab dan akibat (causal
relation) yang sebenar antara tersepak tunggul kayu dan jatuh sakit.
Oleh sebab sesuatu itu berturutan dengan sesuatu yang lain, maka
dianggap ada hubungan sebab akibat, namun ia tidak semestinya
benar. Jadi, apabila seseorang membuat kesimpulan yang
sedemikian, dia dikatakan telah membuat kesilapan tetapi kesilapan
secara tidak formal kerana tidak membuat pelanggaran hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  81

Hujah Misalnya, penguin berwarna hitam dan putih. Sebahagian TV lama


tidak sah juga berwarna hitam dan putih (lihat Rajah 3.9).

Rajah 3.9: Penguin Berwarna Hitam dan Putih. Sebahagian TV


Lama Juga Berwarna Hitam dan Putih. Adakah Sebahagian
Penguin ialah TV Lama kerana Warna Penguin adalah Hitam
dan Putih?

Sumber: https://thewallpapers.org

Jadi, adakah sebahagian penguin adalah TV lama kerana warna


penguin adalah hitam dan putih? Kenyataan ini juga satu bentuk
falasi dalam logik.

Contoh tadi merupakan sebahagian daripada contoh falasi. Terdapat banyak


lagi falasi dalam logik yang boleh dibincangkan. Kesimpulannya, dalam
memahami logik terdapat beberapa komponen yang perlu diketahui dan
difahami operasinya supaya kita dapat memahami asas falasi. Kita telah
bincangkan proposisi, hujah, silogisme, dan falasi. Kebanyakan struktur
dalam logik disusun daripada premis yang terdiri daripada premis 1,
premis 2, dan seterusnya serta menghasilkan kesimpulan tertentu.

SEMAK KENDIRI 3.5

1. Jelaskan maksud falasi.

2. Terangkan dua bahagian falasi dan jenis-jenisnya.

3. Bezakan antara dua bentuk falasi dan berikan satu contoh bagi
setiap satunya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

AKTIVITI 3.3

Nyatakan jenis falasi di bawah dan ayat manakah yang melanggar


hukum silogisme?

(a) Semua buku ilmiah merupakan bahan yang perlu dikaji dengan
rapi. Tiada buku cerita merupakan buku teks. Oleh itu, tiada buku
cerita merupakan bahan yang perlu dikaji dengan rapi.

(b) Tiada binatang kesayangan merupakan perosak. Sesetengah


binatang kesayangan ialah kucing. Oleh itu, sesetengah kucing
tidak merupakan perosak.

Bincangkan jawapannya dalam forum myINSPIRE.

3.3 KAEDAH BERHUJAH SECARA LOGIK


Kita telah mempelajari bahawa logik ialah hujah yang terbina daripada beberapa
proposisi atau disebut juga premis yang apabila ia disusun, maka terbitlah satu
kesimpulan. Konsep ini merupakan kerangka paling asas dalam kita memahami
kaedah berfikir mengikut ilmu logik dalam falsafah. Terdapat empat kaedah
berhujah secara logik, iaitu kaedah deduktif, induktif, abduktif, dan heuristik
(lihat Rajah 3.10).

Rajah 3.10: Empat Kaedah Berhujah secara Logik

Empat kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  83

3.3.1 Kaedah Deduktif


Dari segi etimologi, perkataan deduktif berasal dari perkataan Latin de (daripada)
dan decure (memimpin ke arah) yang membawa kepada memimpin kepada satu
kesimpulan tertentu. Deduksi juga berasal daripada bahasa Latin yang membawa
makna „menarik keluar‰. Istilah ini membawa kepada makna penaakulan
daripada kesimpulan ataupun rumusan kepada kes khusus (Amsal, 2004).

Jika dilihat dalam konteks sejarah, ia berkaitan dengan logik klasik yang
dinamakan silogisme atau disebut juga kias. Deduktif kebiasaannya mengandungi
tiga pernyataan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.11.

Rajah 3.11: Tiga Jenis Pernyataan dalam Kaedah Deduktif

Pernyataan premis minor dan premis major mengandungi unsur yang sama, iaitu
salah satu bersifat umum. Sementara pernyataan ketiga (kesimpulan) akan
memberi rumusan daripada dua premis tadi berdasarkan kebenaran yang ada
pada dua pernyataan sebelumnya.

Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang terhasil


daripada premis tersebut. Dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu
sifatnya ialah:

Jika premis-premisnya benar, maka kesimpulan yang terhasil daripada premis


tersebut mestilah benar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Contohnya, dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih


premis berdasarkan kesimpulan. Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan
yang umum (universal argument). Premis kedua tidak semestinya ada satu
universal argument (premis yang umum) tetapi satu pernyataan yang khusus.
Mari kita lihat dua contoh logik deduktif dalam Jadual 3.9.

Jadual 3.9: Dua Contoh Logik Deduktif

Contoh Premis 1 Premis 2 Kesimpulan


1 Semua manusia Ali ialah seorang Ali juga mempunyai jantung.
mempunyai jantung. manusia.
2 Semua manusia akan Ali seorang Ali akan mati.
mati. manusia.

Dalam Contoh 1, kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa „Semua manusia
mempunyai jantung‰ dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis kedua
bahawa „Ali juga seorang manusia‰, maka kita harus membuat kesimpulan
bahawa „Ali semestinya mempunyai jantung‰. Hal ini demikian kerana jika
kenyataan yang menyatakan bahawa „Semua manusia itu mempunyai jantung‰
adalah benar dan kenyataan „Ali ialah seorang manusia‰ juga benar, maka kita
tidak boleh lari daripada membuat kesimpulan bahawa „Ali juga mempunyai
jantung.‰

Bagi Contoh 2, premis pertama mengatakan bahawa „Semua manusia akan mati‰
merupakan satu pernyataan yang umum yang berbeza dengan premis kedua yang
berupa satu pernyataan khusus yang mengatakan bahawa „Ali ialah seorang
manusia‰ dan dari dua premis tersebut, maka dibuat kesimpulan bahawa „Ali
juga akan mati.‰

Dua contoh tadi menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana terdapat
dua premis dan satu kesimpulan. Jika premis-premis tersebut benar, iaitu jika
benar bahawa „Semua manusia akan mati‰ dan dalam kes ini memang benar „Ali
ialah seorang manusia‰ dan kita dapati juga benar kerana ada manusia bernama
Ali yang bersifat sebagai seorang manusia, maka sudah tentulah kesimpulan yang
boleh dibuat ialah „Ali juga akan mati.‰

Penggunaan hujah deduktif selalunya digunakan dalam matematik dan mantik.


Selain itu, kaedah deduktif digunakan untuk menolak pelbagai teori palsu dan
mengukuhkan teori tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  85

3.3.2 Kaedah Induktif


Kaedah induktif adalah berlawanan dengan kaedah deduktif. Dalam kaedah
induktif, penaakulan adalah daripada kes khusus kepada umum ataupun
rumusan umum. Kaedah induktif merupakan sistem penaakulan yang mengambil
kira prinsip kesimpulan yang sah daripada sejumlah perkara yang khusus kepada
kesimpulan yang bersifat umum ataupun kemungkinan.

Kaedah ini juga dikenal sebagai kaedah logik moden. Dalam tradisi Islam, kaedah
ini disebut al-istiqra. Contohnya, seseorang ingin mengkaji tentang pengaliran
haba yang baik daripada logam. Maka, ujian pun dilakukan ke atas semua logam
daripada besi, timah, tembaga, dan perak. Hasil ujian mendapati bahawa semua
logam mengalirkan haba yang baik. Rumusan dibuat oleh penyelidik bahawa
semua logam merupakan pengalir haba yang baik walaupun tidak semua logam
dilakukan ujian. Oleh itu, kaedah induktif yang berasaskan ujian daripada prinsip
sains moden.

Di samping itu, logik induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya


memerlukan sekurang-kurangnya satu premis. Walaupun kebiasaannya terdapat
lebih daripada satu premis yang digunakan, kita dapat membuat kesimpulan
berdasarkan premis-premis tersebut.

Logik induktif tidak mempunyai kriteria ataupun sifat yang sama seperti logik
deduktif. Hal ini demikian kerana dalam logik induktif, sekiranya premis ataupun
premis-premis betul, tidak semestinya bermakna kesimpulannya juga semestinya
betul. Mari kita lihat contoh dalam Rajah 3.12.

Rajah 3.12: Contoh Logik Induktif dengan Satu Premis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Berdasarkan contoh dalam Rajah 3.12, kita dapati bahawa daripada premis yang
boleh dikatakan bersifat khusus (merujuk pemerhatian mengenai burung gagak
dalam jumlah yang terhad), kesimpulan dihasilkan dengan mengatakan bahawa
semua burung gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam. Jadi, daripada
sebahagian kepada semua ini ialah suatu sifat logik induktif dan walaupun premis
ini benar, iaitu semua burung gagak yang pernah dilihat sebelum ini mempunyai
bulu yang berwarna hitam, ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulan
yang dibuat mengatakan bahawa „semua burung gagak, iaitu termasuk yang
belum saya lihat lagi juga berwarna hitam.‰ Namun, kesimpulan ini yang
melangkaui batas yang terdapat dalam premis yang diberi tidak menjamin
kebenaran kesimpulan tersebut.

Oleh sebab itu, dengan adanya elemen ketidakpastian dalam penggunaan logik
induktif, ia dapat membezakannya daripada logik deduktif; logik deduktif
mempunyai kepastian dalam kesimpulan yang dibuatnya daripada premis-
premis yang dinyatakan. Rumusannya, logik induktif tidak semestinya memberi
kesimpulan yang benar. Mari kita lihat satu lagi contoh dalam Jadual 3.10.

Jadual 3.10: Contoh Logik Deduktif dengan Dua Premis

Premis 1 Premis 2 Kesimpulan


Ali seorang datuk Ahmad seorang datuk Semua datuk berkepala botak.
yang berkepala botak. yang berkepala botak.

Contoh yang diberi dalam Jadual 3.10 menepati syarat penggunaan logik induktif.
Terdapat dua premis yang mana setiap premis itu mengandungi ayat yang berupa
ayat khusus, iaitu premis pertama mengatakan bahawa „Ali ialah seorang datuk
yang berkepala botak‰, manakala premis kedua mengatakan „Ahmad ialah
seorang datuk yang berkepala botak.‰ Daripada dua premis tersebut, maka
disimpulkan bahawa „semua datuk mempunyai kepala botak.‰ Kesimpulan ini
merupakan satu kesimpulan umum berdasarkan dua premis yang khusus.
Kesimpulan umum ialah mengenai datuk yang dikatakan semua mempunyai
kepala botak.

Namun, perlu diingat bahawa kenyataan umum yang terdapat dalam kesimpulan
itu tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya benar. Hal ini demikian
kerana mungkin terdapat datuk yang mempunyai cucu yang masih lagi
mempunyai rambut dan kepalanya tidak botak. Jadi, jika ada datuk yang masih
mempunyai rambut (tidak botak), maka ini sudah tentulah bermakna bahawa
kesimpulan yang mengatakan bahawa semua datuk mempunyai kepala botak itu
tidak benar (palsu). Kenyataan ini juga merupakan satu sifat logik induktif yang
daripada premis-premis yang benar, kita membuat kesimpulan umum yang tidak
semestinya benar berdasarkan premis-premis yang telah diberi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  87

3.3.3 Kaedah Abduktif


Sekarang, mari kita mempelajari pula kaedah abduktif.

Kaedah abduktif (abduction) merujuk berlakunya sesuatu fenomena dan kita


dapat melihat berlakunya fenomena tersebut. Dari situ, kesimpulan dibuat
mengenai apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh
menjelaskan mengapa fenomena tersebut berlaku.

Dengan kata lain, kita cuba memberikan satu penjelasan terbaik berdasarkan
fenomena yang berlaku itu (inference to the best explanation). Dalam hal ini, kita
perlu berfikir dengan cara berfikir ke belakang (thinking backwards). Contohnya,
kita melihat sesuatu fenomena, iaitu memerhatikan kereta yang bergerak di jalan
raya dan kita bertanya soalan berikut:

• bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

• apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?

• apakah yang mesti wujud? (Kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk
membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku)

Proses ini menyebabkan seseorang berfikir ke belakang dan bertanya apakah


syarat yang perlu dipenuhi ataupun wujud sebelum kita boleh melihat fenomena
kereta bergerak itu berlaku. Antaranya ialah:

• syarat seperti kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang
mencukupi kerana kereta tidak mungkin bergerak tanpa adanya petrol di
dalam tangki minyak;

• kita boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu kereta itu
kerana walaupun terdapat teknologi kereta pandu sendiri, namun teknologi
itu belum sampai di negara kita dan kita masih menggunakan sistem
pemanduan konvensional untuk menggerakkan kereta; dan

• kita boleh juga membuat kesimpulan lain seperti terdapat empat tayar yang
berfungsi dengan baik kerana tanpa tayar yang berfungsi dengan baik seperti
jika terdapat tayar yang pancit, maka kereta tersebut mungkin sukar untuk
bergerak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Oleh itu, daripada satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang
bergerak kita boleh menyimpulkan pelbagai perkara yang tidak kita lihat dengan
mata kita sendiri tetapi boleh dibuat penaakulan ataupun inferens dengan cara
memikir ke belakang dengan bertanyakan apakah syarat yang perlu ada sebelum
kereta itu boleh bergerak.

Kita sudah dapat mengetahui tentang benda yang kita tidak lihat dengan
memeriksa keadaan kereta itu tetapi secara logiknya, kita katakan mesti perkara
itu wujud kerana jika kereta itu tidak ada pemandu, kereta itu tidak ada minyak
atau semua tayarnya pancit, maka mustahil kereta itu dapat bergerak di jalan raya.
Jadi, cara berfikir begini disebut abduktif ataupun memikirkan tentang apakah
keadaan yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena yang kelihatan itu
wujud.

3.3.4 Kaedah Heuristik


Akhirnya, mari kita pelajari kaedah heuristik. Logik induktif, deduktif, dan
abduksi merupakan antara kaedah cara berfikir secara logik yang terdapat
peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan.

Walau bagaimanapun, kaedah heuristik berbeza daripada tiga kaedah tadi. Hal
ini demikian kerana kaedah heuristik tidak ada peraturan yang sistematik yang
boleh diaplikasikan seperti dalam logik deduktif dan induktif. Sifat ini
membezakan heuristik sebagai suatu jenis berfikir yang berlainan daripada
pemikiran logik yang lain. Walaupun kaedah heuristik ini tidak mempunyai
peraturan yang tertentu, namun kaedah ini ada garis panduan untuk
melaksanakan pemikirannya.

Selain itu, pemikiran heuristik bersifat penerokaan (exploratory) yang bukan


bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik deduktif dan induktif (kaedah
logik digunakan untuk menilai sama ada sesuatu penghujahan ataupun argumen
itu boleh diterima sebagai sah ataupun tidak sah). Jadi, apakah maksud kaedah
ini?

Kaedah heuristik merupakan kaedah yang bersifat penerokaan, bukan


bersifat penilaian, dan tidak ada peraturan yang sistematik, namun
mempunyai garis panduan untuk melaksanakan pemikirannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  89

Dalam kaedah heuristik, kita boleh mencuba beberapa kali sehingga berjumpa
penyelesaian. Misalnya, „Arief mencuba beberapa teknik belajar untuk mencari
kaedah yang berkesan untuknya, jadi kesimpulannya membuat nota bergambar
adalah teknik yang berkesan untuk Arief.‰

Oleh itu, dalam kaedah heuristik, kita cuba meneroka pelbagai keadaan baharu
yang mempunyai permasalahan tertentu dan mencari penyelesaian ataupun
jawapan kepada masalah/persoalan tersebut sebagaimana situasi Arief tadi.

Kaedah heuristik berasal daripada perkataan Yunani dipanggil eureka yang


bermaksud „saya menjumpai‰ atau „saya menemui‰ (lateral thinking). Strategi
kaedah ini adalah mengubah satu pendekatan untuk menyelesaikan satu-satu
masalah.

Misalnya, „Arissa minum kopi untuk mengelakkan rasa mengantuk semasa di


dalam kelas tetapi Arissa seorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang tetap.‰
Jadi, kesimpulannya, Arissa sepatutnya mengambil pendekatan menyusun waktu
tidurnya supaya tidak mengantuk di dalam kelas dan bukannya minum kopi
untuk menyelesaikan masalah mengantuknya. Kesimpulan ini ialah cara kita
berfikir secara lateral.

Sekiranya kita mencari penyelesaian kepada masalah, kita tidak perlu mempunyai
kaedah yang khusus kerana jika kita mempunyai kaedah yang khusus yang boleh
diaplikasikan dengan menjamin mencapai kesimpulan ataupun jawapan yang
memuaskan, maka sudah tentulah tidak ada masalah lagi yang tidak dapat
diselesaikan dalam dunia ini. Menarik bukan?

Dengan adanya pelbagai masalah yang masih belum diselesaikan, ia


menunjukkan bahawa kaedah heuristik boleh digunakan, namun tidak menjamin
tercapainya satu penyelesaian.

Namun begitu, kaedah ini berguna kerana ia boleh meningkatkan kemungkinan


tercapainya sesuatu penyelesaian, iaitu boleh membantu ke arah penyelesaian
masalah. Antara cara yang boleh difikirkan dalam kaedah heuristik ialah „kaedah
cuba jaya‰ (trial and error) keputusan yang dicapai melalui sesuatu percubaan.
Kaedah heuristik mengamalkan prinsip kebebasan kerana ia melihat masalah
yang timbul dari pelbagai sudut bagi mencari kesimpulan yang baik.

Jadi, apabila kita menggunakan kaedah ini, ia bukannya satu kaedah yang khusus
tetapi boleh dikatakan mengikut kebiasaan (rule of thumb), maka kita akan lihat
bahawa „kita cuba beberapa cara‰ dan mendapati bahawa masih juga gagal dan
„kita cuba cara yang lain pula‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Oleh itu, dengan mencuba pelbagai kaedah dalam penyelesaian masalah mungkin
berjaya mencapai satu penyelesaian tetapi bukannya suatu jaminan. Namun
begitu, cara ini lebih baik daripada tidak mencuba langsung. Oleh itu, kaedah cuba
jaya juga bersifat heuristik.

Contoh lain ialah pemikiran lateral yang digunakan oleh Edward de Bono.
Pemikiran lateral dianggap sebagai sejenis pemikiran heuristik kerana mampu
membantu ke arah penyelesaian masalah. Contoh pemikiran lateral yang diajar
oleh Edward de Bono ialah kadangkala kesilapan atau kebolehan kita untuk
menyelesaikan masalah konseptual itu disebabkan kita mengambil satu
pendekatan yang salah ataupun membuat andaian yang silap. Jika kita ubah
andaian itu, mungkin kita dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Contohnya, Edward de Bono menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai


pelajar sarjana muda di Universiti Oxford. Beliau dan beberapa rakannya telah
keluar lewat malam dan apabila kembali ke tempat penginapan, didapati pintu
pagar tertutup. Oleh sebab beliau ingin masuk ke dalam kawasan penginapan
tersebut, maka beliau dan kawan-kawannya memanjat pagar untuk masuk ke
dalam kawasan penginapan. Apabila mereka berjaya memasuki kawasan
penginapan barulah mereka sedar bahawa pintu pagar itu sebenarnya tidak
berkunci, hanya tertutup.

Berdasarkan peristiwa tersebut, Edward De Bono mengatakan bahawa apa-apa


yang silap dalam pemikiran mereka ialah mereka membuat andaian yang salah,
iaitu menganggap bahawa pagar yang tertutup bermaksud berkunci. Jika dia
mengubah andaian itu ataupun memeriksa dahulu pintu pagar, maka tentulah dia
mudah masuk ke dalam tanpa perlu memanjat pagar tetapi hanya membuka pintu
pagar yang tidak berkunci itu.

Sebagai penutup, mari kita simpulkan pembelajaran kita dalam topik ini. Logik
menjelaskan cara kita ingin memandu hujah yang ingin dibawa dan sampaikan
kepada umum. Antara komponen penting dalam logik untuk membina hujah
ialah proposisi atau premis, hujahan, silogisme, dan falasi.

Secara umumnya, proposisi ini merupakan satu bentuk penegasan ataupun


pengusulan dalam ayat. Proposisi boleh terdiri daripada beberapa kategori
antaranya dikenal sebagai proposisi berkategori. Proposisi ini akan membawa
kepada hujahan tertentu atau disebut dalil ataupun bukti. Hujahan pula terdiri
daripada tiga proposisi dan satu kesimpulan yang dipanggil silogisme. Namun
begitu, dalam berhujah juga ada yang dipanggil falasi. Falasi ialah hujah palsu
yang dibawa dan digunakan untuk mengelirukan ataupun mempengaruhi orang
untuk mempercayai sesuatu sebagai benar ataupun sah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  91

Selain itu, dalam topik ini telah dibincangkan beberapa kaedah dalam berhujah,
antaranya ialah kaedah deduktif, induktif, abduktif, dan heuristik. Kaedah
deduktif membawa komponen hujah melalui proposisi tertentu kepada satu
kesimpulan yang benar. Kaedah induktif pula adalah hujah yang terdiri daripada
komponen proposisi yang betul tetapi kesimpulan yang tidak pasti ataupun tidak
benar. Kaedah abduktif pula adalah untuk memberikan ataupun mencari satu
penyelesaian terbaik dengan cara berfikir ke belakang (thinking backwards).
Akhirnya, kaedah berbentuk heuristik, iaitu kaedah berbentuk penerokaan. Oleh
itu, gabungan pelbagai komponen dalam logik membolehkan kita mengenal pasti
pelbagai kaedah yang sistematik dalam berhujah dan memilih kaedah terbaik
untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.

SEMAK KENDIRI 3.6

1. Bandingkan dua kaedah, iaitu kaedah deduktif dan induktif


mengikut kefahaman anda.

2. Apakah kaedah abduktif dan berikan dua contoh mengenainya.

3. Nyatakan maksud kaedah heuristik dan kepentingannya.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran lateral?

AKTIVITI 3.4

Bagaimanakah anda mengaplikasikan ilmu logik dalam kehidupan?


Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE dan berikan contoh
untuk menyokong hujah anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

• Ilmu logik ialah ilmu yang dapat digolongkan dalam usaha membezakan
hujah (argument) sama ada sah (valid) dan benar (true) daripada hujahan yang
tidak sah dan tidak benar.

• Ilmu logik merupakan kajian untuk mencari kebenaran ataupun membezakan


antara yang benar dengan yang salah.

• Lima komponen penting dalam ilmu logik ialah proposisi, hujahan, proposisi
berkategori, silogisme, dan falasi.

• Proposisi ataupun premis ialah sejenis ayat yang mengandungi penegasan


ataupun pengusulan yang merupakan ayat penyata.

• Proposisi berkategori merupakan hujah deduksi yang kebanyakannya


berdasarkan kategori perkara yang dihujahkan.

• Hujahan ialah proposisi yang merupakan kesimpulan daripada dalil ataupun


bukti yang terdiri daripada beberapa proposisi. Hujahan boleh dibahagikan
kepada hujahan deduktif dan hujahan induktif.

• Silogisme merupakan hujahan yang terdiri daripada tiga proposisi, iaitu dua
premis dan satu kesimpulan. Tiga komponen penting dalam silogisme ialah
major (P), minor (S), dan tengah (M).

• Falasi dalam logik adalah membawa pengertian hujahan palsu yang


digunakan sama ada untuk mengelirukan ataupun bagi mempengaruhi orang
untuk mempercayainya sebagai benar atau sah. Terdapat dua bahagian falasi,
iaitu falasi kerelevanan dan falasi kekaburan. Dua bentuk falasi pula ialah
falasi formal dan falasi tidak formal.

• Untuk berhujah secara logik, ada empat kaedah yang boleh kita praktikkan,
iaitu kaedah deduktif, kaedah induktif, kaedah abduktif, dan kaedah heuristik.

• Dalam kaedah deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang terhasil


daripada premis tersebut. Logik deduktif yang sah, salah satu sifatnya adalah
jika premis-premisnya, benar maka kesimpulan yang terhasil daripada premis
tersebut mestilah benar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI  93

• Kaedah induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan


sekurang-kurangnya satu premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih
daripada satu premis yang digunakan dan daripada premis tersebut, kita
membuat kesimpulan.

• Mengikut logik induktif, sekiranya premis ataupun premis-premis itu betul,


tidak semestinya kesimpulannya juga semestinya betul.

• Kaedah abduktif membolehkan kita cuba memberi satu penjelasan yang


terbaik berdasarkan fenomena yang wujud.

• Kaedah abduktif dilakukan dengan cara kita berfikir ke belakang (thinking


backwards).

• Kaedah heuristik tidak mempunyai peraturan yang tertentu, namun ada garis
panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik. Pemikiran heuristik
bersifat penerokaan (exploratory) dan ia bukan bersifat penilaian. Dalam
kaedah heuristik, kita boleh mencuba beberapa kali sehingga berjumpa
penyelesaiannya.

• Pemikiran lateral dianggap sebagai sejenis pemikiran heuristik kerana mampu


membantu ke arah penyelesaian masalah.

Falasi Kaedah deduktif


Falasi formal Kaedah heuristik
Falasi kekaburan Kaedah induktif
Falasi kerelevanan Kesimpulan
Falasi tidak formal Pemikiran lateral
Hujahan Proposisi
Ilmu logik Proposisi berkategori
Kaedah abduktif Silogisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan pengetahuan Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan sejarah dan falsafah sains. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Amsal Bakhtiar. (2004). Filsafat ilmu: Divisi buku perguruan tinggi. Pt Raja
Grafindo Persada.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan logika Melayu. Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

Copi, I. (1953). Introduction to logic. Macmillan.

Danto, A. C. (1953). Introduction to logic. The Journal of Philosophy, 50(22),


673–676.

Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan sejarah dan falsafah sains (Ed. ke-3).
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Psikologi dan
Sosiologi
4 Mohd Syariefudin Abdullah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mengupas hubungan antara psikologi dan sosiologi dengan
falsafah.
2. Menjelaskan cara mengubah egosentrik kepada ekosentrik.
3. Menghuraikan hubungan Tuhan, alam, dan insan dalam tradisi
silam, Islam, India, dan Cina.
4. Membincangkan konsep insan seimbang dan perlembagaan insan.

 PENGENALAN
Di manakah anda tinggal sekarang? Jika anda tinggal di pinggir bandar ataupun
kampung, cuba bayangkan anda berada di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Anda akan melihat gelagat manusia yang sibuk bekerja, semuanya bergerak
dengan pantas, situasi trafik di jalan raya pula selalu sesak dengan kenderaan,
pencemaran turut berlaku dalam pelbagai keadaan sama ada pencemaran udara,
bunyi, dan air seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Rajah 4.1: Situasi Trafik di Kuala Lumpur yang Sentiasa Sibuk

Sumber: Ismail (2017)

Anda tentu sudah lali atau „imun‰ dengan situasi anda tinggal dan dibesarkan.
Bagi mereka yang membesar ataupun sudah bekerja lama di bandar besar seperti
Kuala Lumpur, anda tiada masalah dengan situasi ini.

Bagi orang yang sudah biasa di bandar besar, bagaimanakah perasaan anda jika
anda dihantar ke kawasan terpencil, lengang, dan tiada kesesakan? Jawapannya
mungkin anda mengalami „kejutan budaya‰ ataupun kurang selesa. Anda
mungkin rindukan pasar raya besar di mana anda selalu pergi membeli belah dan
mudah untuk mendapatkan barang basah ataupun barang kering dengan pelbagai
pilihan dan harga yang menarik. Internet pula dapat diakses dengan mudah
memandangkan banyak fasiliti dan kemudahan perkhidmatan Internet yang
disediakan di bandar.

Begitu juga untuk mereka yang dibesarkan di kawasan pedalaman seperti di


kampung, tetap akan merasa selesa di kampung walaupun mereka bekerja
ataupun pergi ke bandar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  97

Tahukah anda dua situasi yang disebutkan tadi berkait rapat dengan sosiologi dan
psikologi? Sosiologi amat berkait rapat dengan proses pembesaran seseorang yang
terdapatnya proses sosialisasi yang membentuk diri seseorang dan secara
psikologi, seseorang itu terbina dengan tanggapan tertentu dan kebiasaannya dia
akan merasa selesa di mana dia dibesarkan.

Oleh itu, psikologi dan sosiologi amat berkait rapat dengan kemenjadian manusia
ataupun dipanggil insan. Jadi, topik ini akan membincangkan tentang psikologi
dan sosiologi yang menjadi sebahagian domain penting dalam pembahagian
bidang falsafah. Mari kita teruskan!

4.1 HUBUNGAN ANTARA PSIKOLOGI DAN


SOSIOLOGI DENGAN FALSAFAH
Perbincangan subtopik ini akan memfokuskan elemen psikologi dan sosiologi
secara seiringan. Hal ini demikian kerana sosiologi dan psikologi amat berkait
rapat dengan manusia. Berdasarkan hubungan ini, sudah pasti elemen psikologi
mempunyai hubungan yang luas dalam masyarakat yang mempunyai hubungan
dengan sosiologi.

Apakah yang dimaksudkan dengan sosiologi?

Sosiologi ialah satu bidang berkaitan masyarakat yang merupakan elemen


yang penting dalam membina penghayatan berbudaya falsafah yang
berkaitan dengan psikologi manusia.

Negara ini dibina melalui falsafah diri besar berasaskan Rukun Negara dan kita
membina negara kecil berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Psikologi ialah komponen kedua yang ingin kita terokai untuk mengenal pasti
potensi insan itu sendiri. Potensi insan ini secara umumnya merangkumi potensi
manusia, atau dalam konteks negara bangsa merujuk kepada potensi
warganegara dan rakyat Malaysia itu sendiri. Justeru itu, potensi manusia adalah
perkara asas yang perlu kita fahami apabila membincangkan psikologi.

Sedarkah anda bahawa perbincangan falsafah pada hari ini tidak menumpukan
sebarang perbincangan khusus tentang manusia? Biasanya perbincangan falsafah
hanya menumpukan perbincangan kepada logik, epistemologi, dan metafizik
sahaja. Kemudian, aplikasi falsafah melalui etika, politik, dan ekonomi yang
dibincangkan. Semua perbincangan tersebut menunjukkan seolah-olah manusia
tidak mendapat tempat dan pemerhatian khusus dalam bidang falsafah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Bagi pengkajian falsafah semasa, perkara ini tidaklah menghairankan kerana


psikologi itu sendiri telah diangkat menjadi satu disiplin ilmu lain yang lebih
bersifat empiris. Sebenarnya dalam bidang psikologi, dapatan empiris dan
eksperimen itu juga banyak memerlukan tafsiran dari sudut psikologi yang lebih
bersifat falsafah dalam konteks tradisi masyarakat beragama.

Malah, dalam tradisi Timur, psikologi merupakan komponen penting dalam


pengkajian falsafah. Maknanya, dalam domain falsafah, elemen psikologi dan
sosiologi manusia diperlukan untuk membincangkan manusia secara individu
dan manusia secara kolektif ataupun bermasyarakat.

Elemen psikologi merupakan kajian untuk melihat potensi insan dalam usaha
membentuk jiwa manusia melalui konsep insan. Apakah tujuan psikologi? Tujuan
psikologi sebenarnya memandu manusia supaya dapat mencapai kesejahteraan
dalam kehidupan. Dalam pengkajian falsafah lama, pengkajian tentang manusia
ini bertujuan membentuk manusia yang baik atau disebut insan kamil (good man),
iaitu insan yang sempurna.

Oleh itu, anda perlu faham bahawa kursus ini mempunyai matlamat yang murni
– melalui falsafah yang dipelajari, masyarakat atau manusia yang sempurna dapat
dilahirkan. Diharapkan melalui kursus falsafah ini, transformasi diri manusia ke
arah kemenjadian manusia yang lebih baik dapat dilaksanakan supaya kita
menjadi manusia yang lebih efektif dan produktif dalam kehidupan.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu psikologi?


Bagaimanakah ilmu ini dapat dikaitkan dengan ilmu falsafah?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan insan kamil?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  99

AKTIVITI 4.1

Bincangkan persoalan berikut dalam forum myINSPIRE:

(a) Bagaimanakah dengan memahami ilmu sosiologi dapat


membantu dalam membudayakan kehidupan berfalsafah dalam
masyarakat Malaysia?

(b) Bagaimanakah insan kamil dapat dibentuk melalui gerak kerja


falsafah?

4.2 MENGUBAH EGOSENTRIK KEPADA


EKOSENTRIK
Pada pandangan anda, mengapakah perbincangan tentang psikologi ini amat
penting? Jika kita perhatikan pada hari ini, terdapat satu gerakan ataupun satu
gagasan di dunia akademik mahupun bukan akademik yang kita sebut gerakan
bukan kerajaan yang mahu mengolah kehidupan manusia menjadi „ekosentrik‰.
Ekosentrik adalah lawan kepada „egosentrik‰. Apakah maksud ekosentrik dan
egosentrik? Mari kita lihat Rajah 4.2 yang menerangkan dua konsep ini dengan
lebih mendalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Rajah 4.2: Mengubah Egosentrik kepada Ekosentrik

Apakah makna semua ini? Apakah yang dimaksudkan dengan egosentrik?


Apabila kita menyebut egosentrik, ia merujuk ahli falsafah moden yang
mencetuskan apa-apa yang disebut falsafah Barat kontemporari. Descartes (1637)
mengemukakan moto cogito ergo sum yang membawa makna I think, therefore I
am atau „Saya berfikir, justeru saya ada‰ (lihat Rajah 4.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  101

Rajah 4.3: Descartes dan Motonya

Jika kita perhatikan falsafah yang dikemukakan oleh Descartes ini, banyak
mengutamakan kepada diri manusia itu semata-mata, terutamanya mindanya.
Falsafah ini menjadi asas kepada pendekatan falsafah melalui egosentrik dan
dalam konteks ilmu semasa falsafah sentrik ini juga berkait dengan ilmu
permulaan manusia yang bersifat „eurosentrik‰ yang hanya berpusat ataupun
berpaksikan Eropah.

Jika kita perhatikan daripada eurosentrik inilah yang telah menghasilkan apa-apa
yang disebut kerosakan alam sekitar yang kita dapati pada hari ini. Isu ini
merupakan masalah yang besar untuk manusia. Egosentrik ini turut mempunyai
hubungan dengan istilah antroposentrik yang membawa makna mengutamakan
manusia ataupun dengan kata lain berpusat kepada diri sendiri.

Dalam peringkat kehidupan, sama ada egosentrik atau antroposentrik, kedua-


duanya berlegar-legar sama ada berpusat kepada diri sendiri ataupun berpusat
kepada manusia semata-mata. Keadaan inilah antara yang mencetuskan pelbagai
krisis kemanusiaan sama ada krisis alam sekitar, krisis nilai, dan krisis keamanan
seperti peperangan yang timbul akibat daripada sifat manusia yang bersifat
egosentrik dan antroposentrik.

Lanjutan daripada ini, sudah ada usaha memperkenalkan istilah biosentrik pula
pada masa kini. Konsep bio adalah melihat kepada keseluruhan kehidupan ini. Ia
tidak membawa pengertian hanya kepada manusia sahaja tetapi keseluruhan
alam ini termasuk haiwan, pokok, dan sebagainya dan dalam pengamatan yang
lebih luas ia disebut ekosentrik. Ekosentrik membawa makna pendekatan yang
memberi tumpuan kepada keseluruhan planet bumi itu sendiri. Gambaran ini
dapat dijelaskan sebagaimana gambaran Rajah 4.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Rajah 4.4: Mengubah Egosentrik kepada Ekosentrik

Berdasarkan Rajah 4.4, kita dapat melihat manusia menjadi paksi ataupun
manusia berada pada hierarki atas sekali yang makhluk lain perlu memberi
khidmat kepada manusia (egosentrik). Kemudian, konsep ini berubah kepada
ekosentrik yang manusia adalah sebahagian daripada alam sekitar. Melalui
ekosentrik, manusia menjadi sebahagian daripada alam ini daripada warga planet
yang lebih luas.

Misalnya, dalam kehidupan kita pada masa kini, kita boleh membeli-belah di
pasar raya besar seperti Giant, Tesco, Econsave, dan Aeon yang lebih
mendominasi. Begitu juga tempat beli-belah secara dalam talian seperti Lazada
dan Shopee.

Terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia pada hari ini, terutamanya
dalam kalangan cerdik pandai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO −
non-governmental organisation) yang ingin mengubah sikap egosentrik manusia,
iaitu yang menganggap dialah sebagai tumpuan untuk kegiatan alam ini bagi
kepentingan mereka sendiri kepada ekosentrik, iaitu manusia merupakan
sebahagian daripada warga planet yang besar. Daripada ego, iaitu kita berada di
tengah-tengah yang kemudiannya kita menjadi sebahagian daripada alam ini
yang dinamakan ekosentrik.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekosentrik, biosentrik,


antroposentrik, dan egosentrik? Berikan maksudnya
menggunakan perkataan anda sendiri.

2. Nyatakan perbezaan antara egosentrik dengan ekosentrik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  103

AKTIVITI 4.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai aplikasi konsep


egosentrik kepada ekosentrik dalam kehidupan seharian kita dengan
mengambil contoh yang sesuai.

4.3 HUBUNGAN ANTARA TUHAN, ALAM,


DAN INSAN DALAM TRADISI SILAM
Tradisi Islam, Cina, dan Barat amat berkait rapat dengan idea untuk melestarikan
antara manusia dengan alam ataupun mengharmonikan antara alam dan manusia
yang menjadi kelaziman bagi tradisi sebelah Timur. Keadaan ini berbeza dengan
tradisi sebelah Barat. Misalnya, Eropah yang bermula dengan idea cognito ergo
sum yang menjadikan ego manusia sebagai paksi dalam kehidupan.

Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami keadaan manusia itu sebagai insan
untuk kita membina falsafah manusia. Apabila kita tidak memahami manusia
dengan tepat, maka agak sukar untuk kita membina negara bangsa yang baik
seperti yang kita inginkan atau dalam istilah al-Farabi disebut madinatul
al-fadilah yang membawa makna negara yang baik dan berjaya. Untuk membina
negara yang mempunyai konsep ini, kita memerlukan kefahaman dan penjelasan
insan sebagai negara kecil sebelum menjadi diri besar.

Mari kita lihat Rajah 4.5 yang menunjukkan hubungan antara Tuhan, insan, dan
alam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Rajah 4.5: Hubungan antara Tuhan, Alam, dan Insan dalam Tradisi Silam

Dalam tradisi silam (disebut juga tradisi Timur) yang terdiri daripada tradisi Islam
dan India, hubungan antara Tuhan, insan, dan alam agak rapat dan dibincangkan
secara bersama. Hubungan tiga penjuru (Tuhan, insan, dan alam) ini dinamakan
„teologi‰ ataupun „kalam‰ atau disebut juga „metakosmos‰ kerana ia berkait
dengan Tuhan.

Perbincangan tentang insan ataupun psikologi pula disebut „mikrokosmos‰,


manakala perbincangan tentang alam disebut „makrokosmos‰ ataupun
„kosmologi‰. Maknanya, dalam tradisi silam, ketiga-tiga elemen ini mempunyai
hubungan yang rapat ataupun ada kaitan antara satu sama lain seperti yang
dijelaskan dalam Rajah 4.5 tadi.

Malah, dalam tradisi Timur, hubungan antara insan dengan alam amat rapat dan
saling memerlukan antara satu sama lain sehingga mewujudkan hubungan yang
harmoni dan saling melengkapi. Manusia sentiasa cuba untuk melestarikan alam
ataupun dilestarikan oleh alam. Oleh itu, dalam tradisi Timur, Tuhan itu sentiasa
ada sehingga mewujudkan tradisi beragama yang Tuhan itu sentiasa ada dan
tidak terpisah dalam kehidupan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  105

Manakala, dalam tradisi Barat moden, mereka melihat alam sebagai alat yang
perlu ditakluki oleh manusia. Oleh itu, seolah-olah berlaku pertentangan antara
insan ataupun psikologi manusia dengan alam semesta. Keadaan ini dipengaruhi
oleh falsafah Barat terdahulu yang membezakan antara jiwa dengan raga yang
disebut dualisme yang mereka melihat alam ialah benda yang mati. Alam bagi
mereka tiada fungsi dan sekadar bergerak secara mekanikal seperti mesin.
Sementara manusia dan minda ialah perkara lain yang boleh menentukan
perjalanan alam. Tradisi falsafah Barat ini berakar umbi daripada falsafah Yunani
– alam ini hanya dianggap bertentangan dengan manusia. Jadi, manusia sentiasa
mencari jalan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam. Fahaman inilah yang
membawa kepada kerosakan alam sekitar.

Selain itu, dalam falsafah Barat moden, Tuhan seolah-olah tidak ada tempat lagi
dalam kehidupan dan pemikiran mereka. Keadaan ini jelas dalam dimensi
metafizik Barat semasa yang memang menolak Tuhan dan menolak agama dalam
kehidupan. Hal ini demikian kerana pegangan falsafah Barat moden adalah
rasionaliti semata-mata. Dalam rasionaliti ilmu sains, sandaran mereka ialah sains
sebagai ilmu pengetahuan yang akan memacu kepada kemajuan dan
pembangunan. Keadaan inilah sebenarnya yang menimbulkan krisis dalam
masyarakat Barat moden yang kita sebut masyarakat pascamoden.

Misalnya, Aristotle ialah ahli falsafah Yunani yang berpegang pada aliran faham
realisme menyatakan bahawa manusia sebagai haiwan rasional. Kenyataan ini
tidak jauh dengan apa-apa yang dipegang oleh falsafah Barat pada dekad
kemudian. Manusia yang terbentuk adalah berpaksikan minda semata-mata.

Namun, idea ini kemudiannya mendapat tentangan daripada Friedrich Nietzsche,


ahli falsafah Jerman yang berpegang pada fahaman Nihilisme. Bagi Nietsche,
manusia dibentuk oleh emosi ataupun kehendak dan kemahuan diri yang disebut
will power. Nietsche percaya bahawa manusia ialah haiwan yang amat
bergantung pada kemahuan diri ataupun emosi atau disebut juga nafsu. Nietsche
menolak peranan rasional dalam kehidupan. Beliau juga dianggap pelopor
kepada pascamoden. Pada tanggapan aliran ini, tidak ada lagi kebenaran ataupun
hakikat yang boleh kita kenal pasti atau fahami di luar kemampuan kita dan ini
menyebabkan berlaku krisis nilai di Barat disebabkan oleh kenyataan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Namun begitu, masih terdapat lagi sesetengah dalam masyarakat Barat yang
masih berpegang bahawa manusia sebagai makhluk Tuhan. Sebagai makhluk
Tuhan manusia harus patuh kepada hukum-hakam yang ditetapkan oleh Tuhan.
Walaupun agama Kristian tidak lagi berperanan besar dalam menentukan
perjalanan hidup masyarakat Barat, namun falsafah silam daripada falsafah Barat
pada abad pertengahan secara jelas menyatakan hubungan manusia dengan
Tuhan. Dalam hal ini, muncul Jean-Paul Sartre, iaitu ahli falsafah Perancis yang
dikenal dengan aliran falsafah fahaman existentealism. Fahaman existentealism
menganggap manusia ini lahir tanpa panduan hidup dan manusia harus mencari
makna kehidupan itu sendiri.

Dalam masyarakat Barat, selepas zaman renaissance, berlaku revolusi sains dalam
abad ke-16 dan 17 yang meminggirkan agama dalam kehidupan. Namun begitu,
masyarakat Barat mula mencari makna dalam kehidupan melalui falsafah.
Misalnya, Nietsche dan Sartre. Keadaan ini menunjukkan Barat sentiasa dalam
pencarian tentang makna kehidupan dan hakikat kewujudan mereka. Secara
umumnya, memang sudah ada dalam kalangan masyarakat Barat yang beragama
dan masih berpegang pada agama mereka, namun agama tidak menjadi pegangan
yang dominan dalam kalangan masyarakat Barat.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Terangkan konsep atau makna hubungan antara Tuhan, insan, dan


alam.

2. Berdasarkan konsep ini, buatkan perbandingan dalam bentuk


analisis antara tradisi Barat silam dengan moden ataupun
pascamoden.

AKTIVITI 4.3

Apakah yang anda faham dengan konsep „makro‰ dan „mikro‰ dalam
hubungan Rukun Negara dan FPK? Bincangkan persoalan ini dalam
forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  107

4.4 HUBUNGAN ANTARA TUHAN, ALAM,


DAN INSAN DALAM TRADISI ISLAM,
INDIA, DAN CINA
Dalam tradisi Islam, manusia merupakan hamba Allah SWT. Manusia dihantar ke
muka bumi ini untuk melakukan amal ibadat dengan melaksanakan perintah
Allah SWT. Hakikat ini ialah dimensi kewujudan manusia di muka bumi. Oleh
itu, manusia perlu taat kepada Tuhan serta patuh dan menyembah-Nya.

Selain itu, manusia juga dimanahkan sebagai khalifah di muka bumi, iaitu
manusia dipertanggungjawabkan untuk mentadbir alam ini dan beramal dengan
perbuatan yang baik. Hakikat insan dalam Islam secara umumnya mempunyai
dua fungsi, iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai:

• hamba Allah SWT

• khalifah Allah SWT

Sebagai insan, kita mempunyai peranan yang sangat penting untuk mengurus
tadbir alam ini. Dalam Islam terdapat perbincangan yang menjurus kepada sifat
manusia, misalnya perbincangan oleh Imam al-Ghazali. Beliau merupakan antara
ulama Islam yang terkemuka dalam tradisi Islam yang memberikan penerangan
yang jelas tentang manusia melalui kitab beliau yang masyhur bertajuk Ihya
Ulumuddin.

Menurut Imam al-Ghazali, manusia ini terdiri daripada dua komponen, iaitu:

• jasad (komponen fizikal)

• roh (komponen spiritual)

Seterusnya, Imam al-Ghazali membahagikan paksi manusia ini kepada tiga


komponen, iaitu:

• akal (intelek)

• diri (nafsu)

• jasmani (roh)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Kemudian, Imam al-Ghazali membincangkan bahawa manusia ini sebagai


khalifah yang disebut hamba Allah SWT dengan potensi yang ada mencakupi
akal, hati, diri, dan roh. Jadi, dalam Islam, gabungan daripada semua elemen ini
akan membina potensi diri seseorang (lihat Rajah 4.6).

Rajah 4.6: Komponen, Paksi, dan Potensi Manusia

Misalnya, akal bertujuan mempertajamkan pemikiran manusia untuk mencari


kebenaran. Kemudian, dari sudut nafsu ataupun jiwa, manusia ini memerlukan
proses yang disebut tazkiah al-nafs (proses untuk mengawal hawa nafsu) yang ia
perlu dikawal supaya tidak menjadi ekstrem ataupun berlebihan.

Selain itu, terdapat juga komponen roh yang lebih dekat dengan dimensi
ketuhanan yang harus dipulihkan supaya memperteguh lagi komponen
kerohanian. Jadi, ini adalah antara fahaman yang penting dalam tradisi Islam
tentang konsep kejadian ataupun hakikat manusia. Fahaman ini dilihat penting
khususnya kepada negara kita Malaysia, memandangkan sebahagian besar
masyarakat Malaysia beragama Islam. Jika kefahaman Islam yang betul
diterapkan kepada masyarakat Islam, mereka mampu menjadi lebih kuat, dan
berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  109

Sementara itu, dalam tradisi India juga mempunyai faham yang tersendiri tentang
hakikat kejadian manusia. Misalnya, dalam ajaran Hindu, manusia ataupun insan
ini disebut mempunyai roh ataupun disebut atman. Tradisi Hindu di India
percaya kepada konsep kelahiran semula (reinkarnasi) sebelum mencapai
pengabadian dengan Tuhan ataupun disebut mokhsa. Manusia dilahirkan semula
berdasarkan apa-apa yang dilakukan dalam kehidupan lepas. Oleh itu, amat
penting kita memahami tradisi kerohanian dalam masyarakat Hindu kerana
dalam masyarakat India, mereka memiliki tradisi psikologi yang khusus untuk
membina diri mereka yang mempunyai peranan dalam konteks membina negara
Malaysia.

Selain itu, melalui kepercayaan Buddha, awalnya kepercayaan ini mempunyai


tradisi yang tersendiri. Misalnya, Buddha menolak konsep seks dalam kehidupan.
Bagi mereka, tidak wujud konsep keinginan seks jika mahu menjadi seorang yang
taat beribadat dengan agama. Peranan manusia ialah membebaskan diri daripada
sengsara dengan cara melepaskan ikatan terhadap dunia. Tradisi ini jika
disesuaikan dan diaplikasikan dalam konsep pembinaan manusia seharusnya
perlu dimanfaatkan oleh masyarakat Malaysia yang beragama Buddha. Hal ini
supaya mereka boleh menyumbangkan potensi mereka supaya memberi manfaat
terhadap negara mereka, Malaysia.

Dalam tamadun Cina pula, terdapat kepercayaan kepada Konfusianisme yang


merupakan lebih kepada sistem etika dan akhlak dalam kehidupan melalui kitab
agamanya Analect. Kepercayaan Konfusianisme meletakkan kesopanan dan
kesusilaan dalam kehidupan mengikut peringkat masyarakat. Sewajarnya inilah
yang menjadi pegangan penting dalam masyarakat Cina di Malaysia yang masih
berpegang pada fahaman Konfusianisme. Begitu juga dengan fahaman Taoisme.
Taoisme melihat cara manusia dapat mengharmonikan diri mereka dengan alam
yang lebih bersifat kepada pendekatan kerohanian berbanding Konfusianisme.
Taoisme merupakan bentuk falsafah bagi membina keperibadian masyarakat
Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia.

Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga tradisi agama dan falsafah yang


jelas, iaitu tradisi:

• Islam bagi mereka yang beragama Islam

• India bagi masyarakat yang beragama Hindu

• Buddha bagi masyarakat Cina

Sudah pasti ada peranan yang boleh dimainkan oleh ketiga-tiga tamadun besar ini
yang sememangnya sudah lama berada di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Terangkan konsep hubungan Tuhan, alam, dan insan dalam


tamadun Islam, India, dan Cina.

2. Bagaimanakah potensi insan dapat dikembangkan mengikut


kaedah psikologi dan sosiologi berpandukan idea falsafah yang
dipelajari.

4.5 KONSEP INSAN SEIMBANG


Melahirkan insan yang seimbang menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan di
Malaysia sejak sekian lama. Objektif ini adalah berdasarkan FPK yang
dibincangkan dalam topik pertama. Mari kita imbas kembali FPK (lihat Rajah 4.7).

Rajah 4.7: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)

Apakah yang dimaksudkan dengan insan yang seimbang?

Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia


mencukupi, iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi, dan
jasmani secara sihat dan bersepadu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  111

Apakah pula yang dimaksudkan dengan harmonis?

Harmonis bermaksud unsur rohani, intelek, emosi, dan jasmani yang serasi
dan sesuai dalam diri manusia.

Keadaan harmonis ini akan membawa hubungan baik antara:

• manusia dengan manusia

• manusia dengan alam sekitar dan haiwan

• manusia dengan Maha Pencipta

Penghayatan dan kefahaman kepada aplikasi semua elemen ini penting kerana
akan membawa kepada keseimbangan dalam masyarakat seluruhnya. Insan yang
seimbang dan harmonis:

• memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan

• berakhlak mulia

• mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat, dan cergas

• mampu bekerjasama dengan orang lain

• mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan

Semua ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmoni memiliki kefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan pula,
mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga
begitu teguh dalam menjalani kehidupan seharian, iaitu menghadapi segala
masalah dan cabaran secara profesional dan rasional.

Oleh itu, keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah
dan di rumah. Sekolah disediakan untuk pendidikan yang sempurna bagi anak.
Namun, hasrat ini tidak akan tercapai jika anak tidak hadir ke sekolah. Maka, ibu
bapa dan guru harus bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada
golongan pelajar untuk memenuhi hasrat FPK.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Untuk mewujudkan keseimbangan dalam diri insan, segala potensi yang ada pada
individu harus dikembangkan secara bersepadu dan tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain. Contohnya, potensi dari sudut intelek tidak boleh
dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak ialah pelajar yang
mengamalkan semua norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia
dan menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain, iaitu potensi rohani
dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran
bersosial semasa bermain secara berpasukan seperti sifat kerjasama dan tolak
ansur dalam permainan. Semua potensi ini seharusnya berkembang secara
menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang sempurna.

Dalam hal ini, usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkan


perkembangan semua potensi untuk memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani,
dan intelek (JERI). Apakah usaha tersebut? Antara usaha yang boleh dilakukan
untuk mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan
menerapkan kepercayaan kepada Tuhan selain memberikan pendidikan
keduniaan seperti ilmu akademik dan jasmani. Segala usaha ini akan melahirkan
pelajar yang bersahsiah tinggi selain berilmu.

Oleh itu, semua potensi hendaklah dikembangkan melalui pelbagai aktiviti


kehidupan manusia yang berlandaskan nilai murni dan norma masyarakat yang
baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong. Selain itu, sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas atau di bilik kuliah. Melalui pelbagai
aktiviti ini, maka konsep insan yang seimbang dapat diterapkan.

SEMAK KENDIRI 4.5

1. Nyatakan maksud insan yang seimbang dan harmoni.

2. Bagaimanakah FPK dapat membantu dalam mencapai konsep


insan seimbang?

AKTIVITI 4.4

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai bagaimanakah


keadaan manusia jika mereka tiada hubungan antara manusia dengan
Tuhan, manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  113

4.6 PERLEMBAGAAN INSAN


Sebagai penutup topik ini, mari kita mempelajari perlembagaan insan.
Pembangunan insan ialah proses membentuk dan mendidik manusia secara
seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek perlembagaan insan seperti JERI
untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi.

Proses pembangunan manusia ini memerlukan satu usaha yang konsisten dan
berterusan supaya tidak berlaku kepincangan pada mana-mana peringkat
perlaksanaannya. Usaha pembangunan insan ini merupakan usaha pendidikan
yang paling utama. Ia bertujuan melahirkan manusia yang berkeupayaan
membangunkan seluruh potensi diri dan setiap bakat serta kebolehan yang
tersembunyi dalam diri seseorang. Keupayaan untuk melakukan pembangunan
dan pembinaan insan yang seumpama ini akan membantu melahirkan sekali gus
menzahirkan diri insan itu seutuhnya atau insan yang paling sempurna (Saharia,
2015).

Elemen seperti JERI harus seimbang dalam usaha melahirkan manusia yang
harmoni dari semua aspek kemanusiaan. Empat elemen ini penting disepadukan
bagi membangunkan insan supaya tidak berlaku kepincangan kejadian terhadap
makhluk ciptaan Allah SWT. Ketidakseimbangan semua elemen tersebut akan
membawa kepada golongan manusia yang pelbagai. Dalam hal ini, insan yang
bergelar manusia yang ingin dihasilkan ialah insan yang terangkum padanya
semua nilai murni sama ada dari aspek JERI. Semua elemen tersebutlah yang
menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian (Tajul, 1993).

PdP tidak akan berjalan dengan lancar dan berkesan sekiranya kesihatan tubuh
badan kurang memuaskan. Hal ini boleh dirujuk pepatah Arab yang bermaksud,
„akal yang sihat berada dalam tubuh badan yang sihat.‰

Oleh itu, kesihatan jasmani adalah sangat penting. Pembangunan jasmani di


Malaysia dibangunkan melalui kurikulum yang telah diterapkan dalam
Pendidikan Jasmani. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum turut diterapkan dalam
bentuk kesukanan, kemahiran teknikal dan vokasional, serta keusahawanan.
Semua kemahiran ini kelak akak membantu seseorang pelajar menjalani
kehidupannya di atas muka bumi ini. Pendidikan ini adalah sejajar dengan apa-
apa yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya, „⁄kamu lebih
mengetahui urusan duniamu, maka laksanakanlah apa-apa yang kamu
kehendaki⁄‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Oleh itu, dalam usaha untuk membangunkan insan, semua unsur kemanusiaan
yang wujud dalam diri seseorang hendaklah dibangunkan seiring dengan
perubahan zaman. Kaedah usul yang menjadi pegangan ulama dalam membina
hukum juga bergantung pada kepentingan dalam maslahat semasa, iaitu merujuk
konsep maslahah mursalah. Pada masa yang sama, konsep sad al zaraiÊ digunakan
supaya dapat menghalang daripada sebarang keburukan (Hassan & Mohd Salleh,
2002).

Harus diingat bahawa seimbang dari aspek jasmani (sihat tubuh badan) dan emosi
yang stabil sahaja tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak
ada unsur rohani dalam diri. Apakah yang dimaksudkan dengan kerohanian?

Kerohanian merujuk pembentukan serta pembinaan watak dan jati diri


manusia.

Sistem pendidikan melahirkan watak dan jati diri yang sesuai dengan agama,
adat, dan sosiobudaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara.
Unsur rohani ini diselitkan supaya setiap individu mempercayai Tuhan, sentiasa
bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan, berakhlak mulia, dan berpegang
teguh pada semua amalan yang baik. Jika rohani kosong ataupun penerapan
semua nilai moral tidak ada, maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang
mulia.

Oleh itu, kerajaan telah memantapkan mata pelajaran agama Islam di sekolah
kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab, dan Fardu Ain
(J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam, pendidikan moral sudah mencukupi
tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses PdP supaya dapat dipraktikkan
di luar.

Seterusnya, bagi pembangunan emosi dan rohani, kedua-dua elemen tersebut


perlu dibangunkan secara seimbang dengan menerapkan segala nilai murni
merentasi kurikulum. Bagi mengukuhkan lagi ilmu yang menghubungkan
kepada kemantapan rohani, prinsip kepercayaan perlu dijadikan pegangan.
Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT akan mengukuhkan lagi sahsiah
keperibadian manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  115

Oleh itu, antara unsur rohani yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan
termasuklah:

• menyedari dan menginsafi daya Pencipta

• menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta

• menyedari dan menginsafi tanggungjawab

• memupuk dan membina disiplin kendiri

• membentuk akhlak mulia

Pembangunan rohani dan emosi ini pula boleh dihubungkan dengan afektif, iaitu
tentang perasaan dan kejiwaan (Ahmad, 2008). Melahirkan insan ataupun
individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem pendidikan negara. Kita juga
perlu melahirkan insan ataupun individu yang stabil emosinya. Unsur emosi ini
diselitkan bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih
sayang untuk mencintai perpaduan dan keamanan serta perasaan positif yang lain
supaya dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada kestabilan
negara.

Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi apabila menghadapi cabaran,
dia berubah seperti cepat panas baran, putus asa sehingga mahu membunuh diri.
Keadaan ini berlaku kerana emosi tidak dikawal dengan baik dan menjadikannya
tidak stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar
yang mempunyai masalah emosi, guru kaunseling bertanggungjawab untuk
memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat
diselesaikan dengan baik.

Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap


sekolah. Ahlinya dipilih dalam kalangan pelajar untuk membantu rakan lain yang
mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan
yang khas untuk membantu rakan mereka. Satu buku panduan yang
mencadangkan cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara
percuma kepada semua pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah supaya
dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana
sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi
adalah penting kerana masalah emosi bukan itu sahaja boleh menjejaskan mental,
malah boleh menjejaskan fizikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Bagi membangunkan intelektual dan pemikiran manusia pula, salah satu cabang
utama falsafah iaitu epistemologi yang berperanan membangunkan manusia.
Kewujudan ilmu epistemologi ini mampu meningkatkan dan
memperkembangkan minda manusia. Sistem pendidikan di Malaysia yang
disusun berdasarkan kurikulum banyak berkaitan dengan teori epistemologi, iaitu
teori ilmu. Islam membuktikan bahawa ilmulah yang dapat membawa umat
manusia daripada kejahilan kepada kebenaran.

Sehubungan dengan itu, kurikulum pendidikan di Malaysia menyusun pelbagai


kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian bagi
menepati teori ilmu (Mok, 2009). Maka, dalam membangunkan intelektual
manusia, terdapat beberapa unsur yang diberi tumpuan kepada daya fikir, iaitu:

• mempunyai kemahiran 3M

• mendapat, meningkat, dan menyebarkan ilmu

• kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

• memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 memberi fokus


kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi menentukan kejayaan
transformasi pendidikan seperti yang digariskan. Ringkasnya, pembangunan
intelektual ini lebih menjurus kepada pembangunan kognitif seseorang (Ahmad,
2008).

Perkembangan insan yang merangkumi elemen JERI ialah sesuatu yang penting
dan mesti diberi keutamaan untuk dibangunkan. Semua elemen tersebut boleh
dibangunkan melalui falsafah yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara.
Hal ini bertujuan menghasilkan insan yang berkualiti dari semua aspek.

Walau bagaimanapun, falsafah yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara


hanyalah sebagai garis panduan untuk kita mencapai maksud pendidikan yang
sebenarnya. Yang lebih penting, insan yang menerima pendidikan itu harus
dibangunkan sekali semua elemen perlembagaan insannya.

Dapat disimpulkan bahawa secara umumnya, FPK ialah usaha membina negara
kecil yang komponen JERI harus digarapkan secara saksama dan tidak
melebihkan antara satu sama lain; tidak hanya menumpukan aspek jasmani
semata-mata sehingga tidak ada perkembangan intelek, rohani, dan emosi, atau
hanya menumpukan aspek rohani semata-mata dengan mengabaikan elemen lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  117

Oleh itu, semua elemen JERI ini perlu digembleng secara bersama dan saksama.
Kita memerlukan kepakaran dalam proses membina JERI bagi masyarakat
Malaysia. Jika kita perhatikan isu yang berlaku dalam masyarakat moden ataupun
pascamoden ini adalah disebabkan oleh kehilangan makna dalam kehidupan.
Keadaan ini jika berterusan boleh membawa kepada masalah psikologi dalam
masyarakat sebagaimana yang sedang berlaku pada masa kini seperti masalah
mental, kemurungan, keruntuhan rumah tangga, dan masalah krisis identiti diri.

Semua isu ini merupakan cabaran yang perlu diatasi untuk membuktikan
Malaysia mampu menghadapi cabaran dengan cara membina negara besar
sebagai diri yang besar bermula dengan membina negara kecil. Setiap individu
dalam negara ini perlu membina diri mereka melalui elemen JERI kerana ia
menepati hakikat manusia dalam pelbagai tradisi masyarakat di Malaysia seperti
tradisi Cina, India, dan Islam.

SEMAK KENDIRI 4.6

1. Jelaskan makna perlembagaan insan.

2. Bagaimanakah insan boleh dibangunkan secara baik untuk


membentuk manusia yang seimbang?

3. Bagaimanakah perlembagaan insan dapat membantu mencapai


matlamat FPK?

AKTIVITI 4.5

Apakah cadangan anda bagi menjayakan matlamat perlembagaan insan


di tempat kerja anda? Kemukakan cadangan anda dalam forum
myINSPIRE untuk perbincangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

• Sosiologi ialah satu bidang berkaitan masyarakat yang merupakan elemen


yang penting dalam membina penghayatan berbudaya falsafah yang berkaitan
dengan psikologi manusia.

• Tujuan psikologi adalah supaya manusia dapat mencapai kesejahteraan dalam


kehidupan berfalsafah bagi menjadi manusia baik (good man) ataupun insan
kamil.

• Terdapat gagasan dalam falsafah Barat kontemporari yang melihat manusia


sebagai indikator yang membentuk bumi ini ataupun dunia berpusatkan
manusia.

• Rene Descertas mengemukakan moto cogito ergo sum (saya berfikir, justeru
saya ada) yang menjadi asas kepada falsafah sentrik berpusatkan manusia.

• Konsep egosentrik melihat manusia berada dalam hierarki paling atas


berperanan mendominasi makhluk lain, kemudian bergerak kepada
ekosentrik yang menggambarkan manusia hidup bersama-sama dengan
pelbagai makhluk lain.

• Manusia pada hari ini mereka cuba mengubah sikap egosentrik kepada
ekosentrik yang menganggap manusia merupakan sebahagian daripada
warga planet yang besar.

• Keadaan manusia sebagai insan perlu difahami dengan tepat supaya falsafah
manusia yang dibawa oleh al-Farabi sebagai madinatul al-fadilah (negara yang
baik dan berjaya) dapat dibina.

• Falsafah Barat moden melihat alam sebagai sesuatu yang perlu ditakluki dan
seolah-olah Tuhan tidak wujud yang akhirnya menjadi punca kepada banyak
krisis yang berlaku di dunia.

• Aristotle menyatakan manusia ialah haiwan yang rasional yang


menggambarkan manusia yang terbentuk berpaksikan minda semata-mata.

• Sebaliknya, Nietzsche mengatakan manusia adalah dibentuk oleh kehendak


atau kelemahan diri yang disebut will power.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  119

• Sartre pula menyatakan manusia ini lahir tanpa panduan hidup dan manusia
harus mencari makna kehidupan itu sendiri.

• Dalam tradisi Islam, manusia sebagai hamba Allah SWT yang hakikat manusia
dicipta adalah untuk melakukan ibadat dan melaksanakan perintah Allah
SWT.

• Dalam ajaran Hindu daripada tradisi India, mereka percaya kepada konsep
kelahiran semula (reinkarnasi) sebelum mencapai pengabadian dengan Tuhan
atau disebut mokhsa.

• Tradisi Buddha cuba melepaskan ikatan daripada sengsara dengan cara


melepaskan ikatan dari dunia.

• Konfusianisme meletakkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan pada


peringkat masyarakat.

• Taoisme lebih kepada melihat bagaimana manusia dapat mengharmonikan


diri dengan alam.

• Konsep insan seimbang ialah matlamat utama FPK.

• Insan seimbang bermaksud semua keperluan manusia mencukupi


merangkumi pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi, dan rohani
secara sihat dan bersepadu.

• Elemen seperti jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) harus seimbang
dalam usaha untuk melahirkan manusia yang harmonis dari semua aspek
kemanusiaan.

• Pembangunan insan ialah proses membentuk dan mendidik manusia secara


seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek perlembagaan insan seperti JERI
untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi.

• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 memberi fokus


kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi menentukan kejayaan
transformasi pendidikan mencapai matlamatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

Alam Makrokosmos
Antroposentrik Metakosmos
Biosentrik Mikrokosmos
Cogito ergo sum Perlembagaan insan
Egosentrik Psikologi
Ekosentrik Seimbang
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Sosiologi
Insan Teologi
Jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) Tradisi
Kosmologi Tuhan
Madinatul al-fadilah

Abdul Latif Samian. (2005). Satu ulasan tentang definisi manusia. Malim: Jurnal
Pengajian Umum Asia Tenggara, 6, 153−160.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian agama Islam & j-QAF: Metodologi dan
pedagogi pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Descartes, R. (2004) [1637]. A discourse on method: Meditations and principles.


Veitch, J. (Terj.). Orion Publishing Group.

Haron Din. (2015). Manusia dan Islam: Mengupas segala persoalan umat secara
komprehensif dan autoritatif. PTS Millennia Sdn Bhd.

Hassan Ahmad, & Mohd Salleh Ahmad. (2002). Usul fiqh dan kaedah fiqh.
Pustaka Haji Abdul Majid.

Ismail Che Rus. (2017). The Malaysian Reserve. https://bit.ly/3tLgVJ8

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI  121

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Pengarang.

Mohd Zohdi Mohd Amin. (2021). Makhluk pertama mendiami bumi. Risalah
USIM. https://bit.ly/3f20W56

Mok, Soon Sang. (2009). Pengurusan kurikulum. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Rosnani Hashim. (1996). Education dualism in Malaysia: Implications for theory


and practice (Ed. ke-2). The Other Press.

Saharia Ismail. (2015). Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan


kebangsaan. Journal of Human Capital Development, 8(2), 83–99.

Tajul Ariffin Noordin. (1993). Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Stapa. (2009). Manusia pembina tamadun: Perspektif pemikiran Islam.


Jurnal Hadhari, 1(1), 31–44.

Zurina Mahadi, & Hukil Sino. (2016). Hubungan nilai alam sekitar dan nilai
peribadi: Satu analisa. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7, 1–12.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metafizik
5
Mohd Syariefudin Abdullah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan makna metafizik dalam domain ilmu falsafah.
2. Menghuraikan sistem metafizik yang berkaitan dengan fahaman
keagamaan.
3. Mengupas bentuk kepercayaan dalam beragama.
4. Membincangkan hubungan metafizik dan sains.

 PENGENALAN
Pernahkah terlintas dalam fikiran anda, adakah Tuhan itu wujud? Jika Tuhan itu
wujud, bagaimanakah Tuhan mencipta bumi ini? Siapakah yang mencipta alam
yang luas terbentang ini? Ke manakah manusia selepas mati? Benarkah ada
kehidupan selepas mati? Betulkah ada alam lain di dunia ini seperti alam jin
ataupun alam bunian? Bagaimanakah gambaran syurga dan neraka?

Apakah jawapan anda kepada segala persoalan tadi? Segala persoalan tadi tidak
mampu dijawab oleh orang biasa memandangkan hanya mereka yang belajar ilmu
agama dan ilmu tasawuf dalam tradisi Islam ataupun tradisi agama lain sahaja
boleh memberikan jawapan kepada semua persoalan tadi kerana jawapannya
tidak boleh difikirkan oleh minda yang biasa. Semua jawapan ini mungkin
daripada maklumat yang disediakan dalam bentuk tulisan seperti kitab suci
dalam sesebuah agama ataupun terdapat utusan Tuhan yang membawa risalah
sebegini. Kita sebenarnya tidak ada kudrat untuk memikirkan perkara ini. Ilmu
sebegini dalam ilmu falsafah ialah ilmu yang disebut ilmu metafizik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  123

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu metafizik? Secara amnya, ilmu metafizik
ialah disiplin ilmu tertinggi dalam ilmu falsafah. Makna metafizik itu sendiri
adalah merujuk perbincangan melampaui alam fizikal ataupun alam dunia ini.
Maka, perbincangan tentang asas ilmu metafizik ialah ilmu yang penting. Oleh
itu, topik kelima ini akan mengupas pelbagai topik perbincangan mengenai ilmu
metafizik. Mari kita teruskan!

5.1 MAKNA METAFIZIK DALAM DOMAIN


ILMU FALSAFAH
Metafizik merupakan ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam usaha kita
membangunkan falsafah sejahtera melalui Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini demikian kerana metafizik merupakan
bidang yang penting di bawah disiplin falsafah. Metafizik ialah ilmu yang
menghubungkan antara insan, alam, dan Tuhan dengan cara yang lebih luas.
Namun, metafizik merupakan satu cabang ilmu bawah falsafah yang sukar untuk
difahami dan ia mula diteroka pada zaman pra-Socrates hingga awal zaman
falsafah. Malah, hingga hari ini, kita masih membincangkan tentang ilmu
metafizik.

Apakah tujuan metafizik? Tujuan metafizik adalah mencari tujuan hakikat


kehidupan yang paling asas. Tujuan asas ini seterusnya membawa kepada
persoalan bagimana alam ini dibina dan dijadikan. Dalam sains, persoalan ini
disebut sebagai „teori segala-galanya‰ (theory of everything). Teori segala-
galanya cuba memahami apakah yang berkuasa dalam mewujudkan alam ini.

Sekarang, mari kita terokai makna metafizik. Apakah yang dimaksudkan dengan
metafizik? Dari sudut bahasa, metafizik berasal daripada bahasa Yunani. „Meta‰
bermaksud melampaui, melebihi, di atas, atau tingkatan atas, manakala „fizik‰
merujuk perkara ataupun alam yang bersifat material, ataupun fizikal. Oleh itu,
kita boleh simpulkan maksud metafizik seperti yang berikut:

Metafizik merujuk sesuatu yang melampaui sempadan ataupun batasan


fizikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 METAFIZIK

Sementara itu, kajian metafizik merupakan kajian peringkat kedua ataupun


second order study or second order thinking. Jadi, apakah first order? First order
merujuk alam fizikal. Masihkah anda ingat dalam perbincangan sebelum ini ada
disebut tentang mikrokosmos? Mikrokosmos ialah tentang diri kita dan
makrokosmos pula membincangkan tentang alam ataupun diri besar yang
merujuk negara yang besar. Selain itu, metakosmos pula merujuk Tuhan. Tuhan
melangkaui kedua-dua mikro dan makro dalam kosmos.

Oleh itu, metafizik ialah sesuatu yang melangkaui fizik. Fizik dalam bahasa
Yunani bermaksud alam tabii. Jadi, metafizik juga ialah sesuatu yang melangkaui
alam tabii.

Antara tokoh yang disegani dalam bidang falsafah dalam tradisi silam ialah
Aristotle. Para pendukung kepada bidang ilmu falsafah telah mengumpulkan
segala karya Aristotle. Mereka mendapati bahawa ada karya Aristotle yang
membincangkan metafizik selepas fizik dibincangkan. Bersempena itu, mereka
menamakannya sebagai metafizik.

Malah jika diperhatikan dalam silibus kursus ini, kita dapati metafizik
dibincangkan setelah membincangkan ilmu logik, metodologi, psikologi insan,
dan peranan sosiologi dalam masyarakat. Oleh itu, metafizik ialah dimensi yang
paling utama dalam kita memahami ataupun mempelajari falsafah.

Metafizik sering dikaitkan dengan perkara yang tidak berpijak di bumi nyata.
Dengan kata lain, perkara di awang-awangan. Secara harfiahnya, memang betul
kajian dalam ilmu metafizik adalah begitu kerana seseorang itu masih perlu
berfikir, bertindak berdasarkan ilmu metafizik yang mereka miliki, iaitu ilmu yang
tidak nampak dengan mata kasar.

Oleh itu, inilah cabarannya dalam ilmu metafizik. Hal ini demikian kerana apa-
apa yang kita tidak nampak boleh memberikan impak dalam menentukan
tindakan dan pemikiran kita semua.

Ilmu metafizik dapat kita bahagikan kepada dua kategori seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Dua Kategori Ilmu Metafizik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  125

Dua kategori ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Dua Kategori Ilmu Fizik

Kategori Huraian
Metafizik dalam Metafizik dalam bentuk falsafah mengkaji fenomena alam pada
bentuk falsafah peringkat yang paling abstrak. Dalam falsafah Yunani, ia dikaitkan
dengan substance, matter, dan form. Dalam tradisi Islam, ia
dipanggil jauhar. Menurut Aristotle, metafizik merupakan kajian
pada peringkat paling abstrak ataupun paling umum mengenai
sesuatu perkara ataupun sesuatu fenomena yang berkaitan degan
alam.
Misalnya, fikirkan tentang sesuatu objek seperti kerusi. Kerusi itu
mempunyai warna dan tempat di dalam sesuatu ruang dan juga
mempunyai bau yang tersendiri. Kita boleh menghidunya ataupun
boleh merasa sama ada kerusi itu keras ataupun lembut, dan
sebagainya. Semua itu merupakan sifat khusus yang dikaitkan
dengan kerusi itu.
Namun, jika kita gugurkan semua sifat tersebut, apakah yang
tinggal pada kerusi itu? Menurut Aristotle, yang tinggal pada kerusi
itu adalah substance, iaitu sesuatu yang tidak mempunyai kualiti
khusus. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan substance?
Substance dianggap oleh Aristotle sebagai gabungan daripada jisim
dan rupa bentuk sesuatu objek itu.
Metafizik dalam Metafizik dalam persoalan agama merujuk kepada fenomena di luar
bentuk agama alam nyata atau disebut sebagai alam ghaib dalam tradisi Islam.
Fenomena ini tidak dapat dijelaskan oleh pancaindera kita yang lima
ini.
Misalnya, kewujudan Tuhan, hidup selepas mati (eskatologi), hidup
di alam barzakh, serta konsep syurga dan neraka. Semua ini ialah
perkara yang tidak boleh kita sahkan melalui deria kita. Namun, ia
boleh disahkan melalui cara lain, iaitu melalui wahyu, ilham, dan
sebagainya (seperti disampaikan melalui para nabi dan rasul).
Semua perkara ini kita tidak nampak menggunakan mata biasa
tetapi perkara tersebut wujud, dan inilah yang dinamakan metafizik.
Dalam tradisi Islam, metafizik disebut ilmu Ilahi ataupun ilmu
ilahiat. Menurut falsafah Islam, ilmu ilahiat dapat dibahagikan
kepada dua bentuk, iaitu:
• dalam konteks ahli falsafah – Membincangkan fenomena alam
yang paling abstrak; dan
• dalam bidang usuluddin atau akidah – Membincangkan
ketuhanan, sifat Tuhan, dan apa-apa yang disebut tentang amal
ataupun perbuatan Tuhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 METAFIZIK

Metafizik ialah sesuatu yang sangat penting kerana ia mempengaruhi pemikiran


dan tindakan kita. Kita imbas kembali maksud metafizik – meta bermaksud
melampaui ataupun melebihi, fizik pula merujuk alam yang bersifat material
ataupun fizikal. Jadi, metafizik merujuk sesuatu yang melampaui sempadan
ataupun batasan fizikal. Kajian metafizik merupakan kajian pada tahap kedua.
Maknanya, kita berfikir sesuatu di luar dari alam ini ataupun di luar dari alam
nyata ataupun alam fizikal.

Jika kita perhatikan, dimensi agama memainkan peranan yang penting dalam
memberi makna kepada metafizik. Dalam fahaman agama, realiti tidak hanya
terhad kepada perkara yang bersifat hiasan seperti jasmani ataupun fizikal sahaja
tetapi boleh juga diketahui dengan cara yang rasional melalui akal dan
pancaindera.

Namun begitu, realiti dan hakikat merupakan perkara yang tidak bersifat jasad.
Apakah contoh perkara bukan bersifat jasad? Contoh perkara bukan bersifat jasad
ialah (kita tidak nampak secara nyata) seperti roh, jin, dan malaikat. Oleh itu, apa-
apa yang boleh dikaitkan di sini dari sudut agama dan metafizik ialah perkara
tentang realiti ataupun hakikat yang ia wujud.

Realiti daripada aspek agama tidak hanya kepada perkara yang bersifat material
ataupun bersifat ideal semata-mata tetapi merangkumi kedua-duanya. Realiti
ataupun hakikat dari sudut pandang agama sama ada Islam ataupun bukan Islam,
biasanya menggabungkan jasmani dan rohani. Dalam tradisi Timur, mereka
berpegang pada kepercayaan kewujudan jasad dan roh. Namun, bagi pandangan
material, mereka menolak pandangan dari sudut rohani.

Dalam membincangkan perkara ini, terdapat teori yang dibincangkan oleh ahli
falsafah, iaitu teori tentang kewujudan. Dalam teori ini, terdapat dua teori lain
yang membincangkan tentang kewujudan yang hakiki (lihat Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Dua Teori tentang Kewujudan yang Hakiki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  127

Dua teori ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Teori Materialisme


Tahukah anda teori materialisme juga dikenal sebagai teori naturalisme?
Dalam tradisi Islam, ia dipanggil tabiiyun, iaitu hanya percaya kepada apa-
apa yang mereka nampak di alam nyata (alam sekeliling mereka sahaja).
Bagi mereka, golongan ini adalah golongan yang percaya hanya jasad
ataupun jirim yang wujud secara hakiki. Benda yang wujud secara hakiki
terbahagi kepada dua bahagian seperti yang dijelaskan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Dua Kategori Sifat Benda Hakiki

Bagi golongan materialis, minda tidak mempunyai nilai sebagaimana jasad


ataupun material. Situasi ini berkait rapat dengan fahaman naturalisme;
mereka tidak percaya kepada apa-apa yang disebut „super naturalisme‰,
iaitu merujuk benda yang melangkaui alam material. Oleh itu, golongan ini
disebut juga berfahaman naturalisme ataupun lebih ekstrem, berfahaman
fizikalisme.

Bagi pihak materialis, idea tidak mempunyai realiti yang tersendiri tetapi
bergantung pada sesuatu yang bersifat jasad, iaitu otak. Minda itu terhasil
daripada pergerakan fizikal di dalam otak. Sebagaimana yang dijelaskan
tadi, golongan materialis menolak kewujudan sesuatu yang bukan material.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 5 METAFIZIK

Oleh itu, pada hari ini, kita dapat melihat masyarakat yang sangat obsesi
kepada jenama dan peralatan ataupun objek, dan seumpamanya. Semua ini
merupakan satu bentuk kecenderungan materialistik yang lahir daripada
materialisme. Bagi golongan ini, apa-apa yang mereka nampak sahaja
dikatakan sebagai „kehidupan‰, manakala apa-apa yang mereka tidak
nampak dikatakan „bukan kehidupan sebenar‰.

Mengenai perkara yang bukan bersifat idea pula (seperti kepercayaan


terhadap alam ghaib dan roh), mereka mengambil jalan yang mudah dengan
mengatakan bahawa semua perkara tersebut sebenarnya tidak wujud tetapi
hanya wujud dalam imaginasi kita. Ramai ahli sains berpegang pada
falsafah ini. Bagi mereka, ilmu yang kita dapati kini hanya boleh diterima
daripada pancaindera. Malah, pada hari ini, terdapat falsafah yang menjadi
asas fahaman materialistik ini, misalnya hedonisme.

Apakah yang dimaksudkan dengan hedonisme?

Hedonisme ialah bentuk fahaman materialistik yang hanya percaya


kepada keseronokan kehidupan dunia dengan menumpukan kepada
pancaindera ataupun disebut keseronokan jasmani manusia.

(b) Teori Idealisme


Secara amnya, teori ini berlawanan dengan fahaman materialisme. Bagi teori
idealisme, kewujudan yang hakiki bukan bersifat material tetapi bersifat
mental, bersifat idea, atau bersifat kerohanian.

Josh Barkeley (pelopor fahaman idealisme) mengatakan bahawa kita tidak


mengenal jasad yang berada di luar pencapaian pancaindera tetapi kita
mempunyai deria (sense) ataupun imej jasad tersebut dalam minda kita
yang kita sebut subjektif. Maksudnya, tiada jasad yang kita dapat beritahu
secara objektif seadanya tetapi sekadar berdasarkan subjektif – berdasarkan
pengalaman deria dan pancaindera kita yang mengolahnya. Deria ataupun
imej itu bersifat mental dan bukannya fizikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  129

Menurut Berkeley (1685–1753), fahaman ini mengatakan bahawa hanya


alam minda yang wujud dan alam fizikal itu tidak dapat kita kenal secara
langsung. Fahaman ini juga dikenal teori subjektif idealisme. Bagi Berkeley,
apa-apa yang kita nampak di luar sana semuanya adalah subjektif.
Misalnya, kita nampak manusia atau pokok, kereta, dan sebagainya, kita tak
pasti betul ataupun tidak secara hakiki. Sebaliknya, pancaindera kita yang
mengolahnya dengan imej tertentu. Minda ataupun apa-apa yang ada di
kepala itulah sebenarnya hakiki dan sebab itulah ia disebut subjektif.

Teori Berkeley ini kekal sehinggalah Hegel (1770–1831) yang menolak


fahaman ini dan menyatakan apa-apa yang ada dalam kepala dan apa-apa
yang kita fikirkan itulah hakikat sebenar.

Hagel menyebut apa-apa yang rasional adalah yang nyata (real). Hagel
merupakan golongan yang berpegang pada idealisme mutlak atau absolute
idealism. Fahaman ini menjadi inspirasi kepada golongan pascamoden pada
masa kini. Fahaman sebegini sebenarnya boleh membuka ruang kepada
kepercayaan terhadap kerohanian kerana ia menganggap bahawa realiti itu
bukan bersifat fizikal, sebaliknya bersifat bukan fizikal. Dengan itu, konsep
seperti roh yang terdapat dalam fahaman agama boleh diterima kerana roh
bukan bersifat jasad tetapi sesuatu yang kita fahami melalui minda kita yang
dikaitkan dengan sesuatu yang kita katakan bersifat kerohanian (tidak
mempunyai sifat material).

Fahaman ini juga berkaitan dengan pengaruh daripada Nietzsche. Beliau


mengatakan bahawa apa-apa yang ada di luar sana, kita tidak tahu
kebenarannya, kewujudannya bergantung kepada minda semata-mata.
Fahaman ini popular kepada masyarakat pada hari ini yang disebut
pascapolitik, pascakebenaran, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana
pada hari ini, politik kini seolah-olah tidak ada lagi kebenaran dan
rasionaliti. Tindakan yang diambil atas nama politik berlaku berdasarkan
emosi, sentimen, dan propaganda kesan daripada idealisme yang
melampau, sehingga kita tidak pasti adakah maklumat yang disampaikan
benar ataupun palsu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 METAFIZIK

Kesimpulannya, teori materialisme dan teori idealism ialah dua teori dalam
domain metafizik yang popular dan berpengaruh dalam kalangan ahli falsafah.

Dalam masyarakat pula, kedua-dua teori ini amat berpengaruh tanpa mengira
kelas masyarakat dan kategori kelompok masyarakat sama ada tradisi ataupun
moden.

Jadi, bagaimanakah kita boleh menyantuni ataupun melestarikan kedua-dua


ekstrem metafizik ini? Sebenarnya, fahaman sebegini boleh membuka ruang
perdebatan. Fahaman idealisme membuka ruang kepada kerohanian dan
kepercayaan, namun kita perlu berhati-hati kerana jika kita terlalu ekstrem, kita
mungkin akan menjadi seperti Hagel dan ini akan membawa permasalahan lain
yang lebih serius.

Oleh itu, dalam agama sebelah Timur, sentiasa ada ruang untuk kita melestarikan
dan menyantuni kedua-dua ekstrem materialisme dan idealisme. Malah dalam
Islam itu sendiri, kita disuruh mengambil pendekatan wasatiyah (kesederhanaan)
supaya kita tidak menjadi ekstremis materialisme ataupun ekstremis idealisme.

Seharusnya, kita perlu ada keseimbangan dalam memahami kedua-dua metafizik


ini dan peranan mereka dalam kehidupan manusia. Hal ini disebabkan kita
mampu membezakan dan mencari maklumat terlebih dahulu sama ada
menyokong kelompok yang berpegang pada aliran materialisme ataupun
menerima golongan idealisme. Bagi golongan tersebut, mereka hanya
menumpukan pada minda serta idea semata-mata dan berada dalam dunia
mereka sendiri. Keadaan ini juga mampu memberi masalah dari aspek menjalani
kehidupan yang kita sebutkan sempurna. Oleh itu, kita perlu kembali kepada
tujuan kita sebagai insan kamil, iaitu kita perlu mengimbangi keseluruhan
metafizik yang ekstrem ini.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Jelaskan dua kategori ilmu metafizik dan bagaimanakah kedua-


duanya dikaitkan dengan metafizik?

2. Apakah dua teori yang membincangkan tentang kewujudan yang


hakiki?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  131

AKTIVITI 5.1

Buat rumusan yang membezakan antara teori materialisme dengan teori


idealism dalam satu jadual. Kongsikan jadual anda dalam forum
myINSPIRE untuk perbincangan dengan rakan sekuliah.

5.2 SISTEM METAFIZIK YANG BERKAITAN


DENGAN FAHAMAN KEAGAMAAN
Fahaman keagamaan bergerak dalam pelbagai bentuk yang membawa kepada
pelbagai aliran tertentu. Antaranya ialah aliran ateisme, teisme, dan aliran antara
ateisme dengan teisme, iaitu agnosticisme. Ciri dan fahaman keagamaan ini
mempengaruhi secara langsung serta tidak langsung kebudayaan masyarakat dan
perbincangan mereka tentang alam semesta kesan daripada pemerhatian dan
eksperimen yang dijalankan.

Maka, diskusi penting yang mempengaruhi pemikiran di dunia akademik sejak


akhir abad ke-20 sehingga kini adalah perdebatan tentang permasalahan
ketuhanan. Konsep ketuhanan yang diperdebatkan adalah tentang keberadaan
Tuhan sebagai perancang kepada pembentukan alam ini. Berdasarkan asas ini,
berkembang kelompok yang mempercayai kewujudan Tuhan disebut teisme dan
kelompok yang menolak kewujudan Tuhan disebut ateisme. Antara dua
kelompok ini wujud kelompok yang berada di persimpangan antara kedua-
duanya yang disebut agnosticisme – mereka masih tercari-cari bukti yang kukuh
akan kewujudan Tuhan di alam semesta ini. Oleh itu, subtopik kedua ini akan
membincangkan tentang tiga konsep ketuhanan yang besar ini, iaitu ateisme,
teisme, dan agnosticisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 METAFIZIK

5.2.1 Aliran Ateisme


Pertamanya, apakah yang dimaksudkan dengan aliran ateisme?

Aliran ateisme ialah kelompok yang memperakui bahawa realiti alam ini
hanya terhad kepada kewujudan benda nyata.

Bagi golongan ateis, mereka cenderung kepada fahaman yang mengatakan


bahawa Tuhan tidak wujud. Fahaman ini berpegang pada pandangan bahawa
realiti alam ini hanya terhad kepada kewujudan benda nyata seperti manusia,
alam sekitar, objek fizikal, dan mungkin juga idea.

Ateis ialah golongan yang menolak adanya Tuhan. Golongan ateis lebih dekat
dengan aliran materialisme kerana mereka hanya percaya kepada benda yang
wujud dan boleh dilihat. Bagi pendukung ateisme, Tuhan itu tidak boleh dilihat,
maka ia tidak wujud.

Oleh sebab itu, golongan ini sering mencari bukti bagaimana Tuhan itu wujud.
Bagi negara Malaysia, masyarakatnya masih mempunyai agama yang
mempercayai kepada kewujudan Tuhan. Oleh itu, ateisme tidak diterima dan
tidak menjadi amalan ataupun kelaziman bagi masyarakat Malaysia.

5.2.2 Aliran Teisme


Seterusnya ialah aliran teisme. Secara amnya, aliran teisme ialah aliran yang
berlawanan daripada aliran ateisme. Jika ateisme tidak percaya kepada
kewujudan Tuhan, bagi teisme, mereka mempercayainya.

Aliran teisme mendukung kewujudan Tuhan. Aliran ini percaya bahawa


Tuhan itu wujud walaupun tidak dapat dilihat dan tidak dapat dikesan oleh
pancaindera.

Bagi penganut agama Islam, mereka percaya kepada kewujudan Tuhan, iaitu
Allah SWT walaupun mereka tidak pernah melihat Tuhan. Mereka mengenal,
mempercayai, dan meyakini Allah SWT adalah melalui wahyu yang disampaikan
oleh utusan Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad SAW dan juga dikisahkan dalam
kitab suci agama Islam, iaitu al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  133

5.2.3 Aliran Agnosticisme


Terdapat satu golongan lagi antara golongan teisme dan ateisme, iaitu golongan
atau aliran agnosticisme.

Aliran agnosticisme ialah aliran yang menangguhkan kepercayaan mereka


terhadap kewujudan Tuhan ataupun mereka tidak pasti tentang kewujudan
Tuhan.

Aliran ini kemudiannya dikenal sebagai agnostik. Mereka tidak mampu membuat
keputusan sama ada Tuhan itu wujud ataupun tidak. Golongan ini dalam tradisi
Islam telah lama dibincangkan dan dikenal sebagai golongan sofastayah.
Sofastayah diambil daripada perkataan sosis dalam bahasa Greek. Dalam ilmu
kalam Islam, mereka dipanggil la adriÊ ataupun la adriah. Pada zaman awal Islam,
terdapat sebahagian masyarakat yang berada dalam kategori aliran ini, iaitu
daripada golongan sofas yang mereka tidak berupaya membuat keputusan
tentang kebenaran dan mereka tidak boleh membuat keputusan tentang adanya
Tuhan.

5.2.4 Perbincangan tentang Aliran Ateisme, Teisme,


dan Agnosticisme
Jika kita perhatikan pada hari ini, wujud kumpulan yang dikenali sebagai gerakan
ateisme yang dikenal sebagai new atheisme yang popular di Barat. Ramai
daripada saintis yang terlibat cuba meluaskan kepercayaan ateisme mereka secara
saintifik. Gerakan ini tidak diterima di Malaysia memandangkan majoriti
masyarakatnya mempunyai agama. Terdapat ramai pendakwah yang
menyediakan pelbagai hujah konkrit untuk menolak fahaman aliran dan
kebangkitan gerakan ini yang menolak Tuhan. Gerakan fahaman yang membawa
aliran ini tidak dinafikan semakin mendapat tempat dan pengikut serta
pengaruhnya sendiri.

Antara hujah fahaman agnosticisme tentang Tuhan ialah mereka tidak ada
kepastian akan kewujudan Tuhan kerana keupayaan manusia yang terbatas.
Manusia tidak boleh mengetahui kewujudan Tuhan kerana pemahaman manusia
adalah terhad, dan kebolehan kita untuk mengenali alam ini juga terhad dengan
pancaindera yang ada serta juga pemikiran kita yang terbatas. Bagi golongan
agnosticisme, hakikat ini adalah kekangan terhadap kebolehan manusia untuk
mengetahui realiti yang wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 METAFIZIK

Namun begitu, dalam agama Islam, terdapatnya nabi dan rasul yang
memberitahu tentang kewujudan Tuhan dan perkara ghaib. Agama Islam
mempercayai nabi dan rasul diturunkan untuk menerangkan kepada manusia
tentang kewujudan dan Keesaan Tuhan dalam kehidupan. Hakikat ini adalah
antara sumber ilmu yang mendasari agama Islam. Dalam tajuk epistemologi, ilmu
ini akan dibincangkan pada bahagian pelbagai sumber ilmu. Antaranya ialah akal,
fikiran, punca pancaindera, dan sumber wahyu ataupun sumber yang disebut
khabar sadik (berita benar). Dengan demikian, hakikat ini menjadi sumber yang
diperakui dalam memperoleh ilmu.

Namun, dalam fahaman aliran agnostik, mereka agak ragu dan tidak percaya
kepada ilmu wahyu, khabar sadik, dan tentang berita benar daripada rasul dan
nabi. Jadi, mereka hanya mempercayai kepada akal dan pancaindera sahaja. Oleh
itu, mereka tidak mendapat bukti yang konkrit bahawa Tuhan itu wujud.
Walaupun ada dalam kalangan sarjana dan ahli falsafah dapat mengenal Tuhan
melalui cara ini, namun bagi aliran agnostik dan ateis, mereka tidak boleh
menerimanya.

Perbezaan antara ateis dengan agnostik adalah kepercayaan kepada Tuhan. Bagi
ateis, mereka tidak percaya kepada kewujudan Tuhan tetapi bagi agnostik mereka
masih ragi-ragu tentang kewujudan Tuhan dan mereka tidak berupaya untuk
mengetahui Tuhan itu wujud. Mereka berada dalam keadaan waswas dan curiga.
Oleh itu, kumpulan agnostik juga digolongkan dalam kumpulan skeptik. Bagi
golongan teisme, kita telah pelajari bahawa mereka merupakan kelompok yang
mempercayai kewujudan Tuhan dan secara langsung berpegang pada agama
tertentu. Misalnya, Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha.

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Jelaskan secara ringkas ciri-ciri tiga sistem metafizik.

2. Apakah faktor yang menyebabkan seseorang berpegang pada


aliran ateisme?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  135

5.3 BENTUK KEPERCAYAAN DALAM


BERAGAMA
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan dua konsep beragama, iaitu
monoteisme dan politeisme. Mari kita mempelajari dahulu konsep monoteisme.

Secara etimologi, monoteisme adalah berasal daripada bahasa Yunani, iaitu


monos (satu, tunggal) dan theos (Tuhan). Apabila digabungkan, dua perkataan ini
menerbitkan makna Tuhan yang satu atau Tuhan yang tunggal. Hal ini bermakna
dalam aliran fahaman agama ini, ajarannya mengajar para penganutnya
menyembah Tuhan yang satu, Tuhan yang sempurna, Tuhan yang tidak berubah,
dan sebagainya. Asas perbincangan di sini adalah merujuk hanya satu Tuhan dan
diwajibkan kepada penganutnya memberi kebaktian kepada satu entiti sahaja
mewakili Tuhan yang tertinggi.

Sejarah konsep monoteisme ini dipercayai diperkenalkan oleh Yesaya (second


Isaih) ketika tragedi pembuangan ataupun diaspora kaum Yahudi (exile). Para
pengkaji mendapati Firaun bernama Ikhnaton (1375–1358) menggunakan konsep
monoteisme kerana kerajaan Firaun sebelumnya telah menganggap matahari
sebagai penguasa tunggal. Namun, kepercayaan ini tidak berkembang lama dan
tidak tersebar luas. Dalam kepercayaan lain, konsep monoteisme sudah
diamalkan oleh manusia pertama yang menduduki bumi, iaitu Adam.

Dalam kajian berkaitan dengan agama di dunia, monoteisme ialah salah satu fasa
perkembangan yang dilalui oleh manusia dari zaman primitif dan berkembang
secara perlahan-lahan sehingga zaman moden. Fasa perkembangan tersebut
adalah daripada pra-animisme, animisme, politeisme, dan monoteisme (lihat
Rajah 5.4).

Rajah 5.4: Fasa Perkembangan Agama dari Zaman Primitif ke Zaman Moden

Berdasarkan perkembangan ini, terdapat dua pendapat tentang perkembangan


agama:

• apakah politeisme ini muncul lebih awal dan selepas itu, berkembang ke arah
monoteisme?

• adakah semuanya daripada politeisme kemudian berevolusi menjadi


monoteisme?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 5 METAFIZIK

Secara umumnya, pendapat pertama adalah lebih dominan digunakan. Perjalanan


keagamaan manusia bermula dari praanimisme, kemudian animisme seterusnya
politeisme, dan akhirnya monoteisme. Perkembangan ini senada dengan teori
sejarah perkembangan pengetahuan gagasan Auguste Comte. Beliau menyatakan
bahawa:

• tahap pertama disebut tahap teologi

• tahap kedua merupakan tahap metafizik

• tahap ketiga ialah tahap positif (sains)

Secara umumnya, kita dapat simpulkan bahawa fahaman monoteisme ialah


keyakinan dan percaya kepada satu Tuhan. Dalam istilah lain, proses ini juga
disebut „metamorfosis beragama‰. Yang menjadi persoalan ialah berkenaan status
Tuhan itu sendiri. Hal ini demikian kerana dalam konsep monoteisme,
kepercayaan tunggal terhadap apa-apa yang dianggap Tuhan ini masih lagi
bersifat umum, samar, dan belum pasti.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila isu ini dijadikan sandaran kepada pluralis untuk
menyetarakan semua Tuhan dalam agama. Jika diperhatikan, hanya agama Islam
yang disebut agama tauhid ataupun agama yang mengesakan Tuhan yang satu
secara konsisten, iaitu Allah SWT. Dengan kata lain, penganut Islam meyakini
Allah SWT tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pembantu. Selain Islam,
beberapa agama lain dianggap monoteisme, iaitu agama Yahudi dan Kristian.
Namun, perdebatan mengenainya masih berterusan hingga kini.

Sekarang, mari kita beralih kepada lawan monoteisme, iaitu politeisme. Politeisme
secara etimologinya diambil daripada perkataan Yunani, iaitu poli yang
diterjemahkan sebagai banyak dan theos, iaitu Tuhan. Secara umumnya,
politeisme merujuk agama yang percaya kepada banyak Tuhan, manakala akhiran
„-isme‰ merujuk doktrin tertentu.

Maka, konsep politeisme boleh difahami sebagai banyak Tuhan dan doktrin ini
digunakan untuk menggambarkan bahawa Tuhan itu lebih daripada satu.
Misalnya, agama Hindu percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahma (Tuhan
pemelihara), Vishnu (Tuhan pencipta), dan Shiva (Tuhan pemusnah). Walaupun
penganut Hindu menyatakan mereka percaya kepada Tuhan yang satu, namun
mereka mempunyai banyak dewa lain yang membawa fungsi Tuhan atau
menjalankan tugas Tuhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  137

Begitu juga dengan kepercayaan orang Yunani yang mempercayai banyak Tuhan
dengan menyatakan bahawa adanya Tuhan di Gunung Olympus, Tuhan di
Lautan Atlantik, dan mereka juga percaya adanya Tuhan di pelbagai tempat dan
adanya Tuhan untuk diri sendiri. Kepercayaan ini merupakan metafizik bagi
orang Greek ataupun Yunani pada suatu masa dahulu. Malah, politeisme
berkembang dengan begitu pesat sepanjang tempoh awal Yunani purba sehingga
wujud beratus-ratus watak mitos dewa dan perwira dengan kuasa dan peranan
khusus yang direka bagi memperjelaskan segala fenomena alam.

Kepercayaan ini berlarutan sehinggalah zaman ahli falsafah seperti Aeschylus


(525–245 SM), Sophocles (497–407 SM), dan Plato (428–328 SM) yang menolak idea
politeisme dan membawa idea kewujudan satu Tuhan yang berkuasa, iaitu Zeus.
Idea satu Tuhan ini merupakan evolusi pemikiran masyarakat Yunani yang mula
memahami bahawa alam ini berfungsi mengikut hukum alam yang universal.
Malah, jika diperhatikan pada hari ini, kesan kepada fahaman politeisme di Barat
dapat dilihat dalam penamaan nama hari yang diambil daripada dewa-dewa
Norse, dan nama planet yang diambil daripada dewa Yunani dan Latin seperti
yang diterangkan dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2: Nama Hari dan Planet Mengikut Nama Para Dewa Norse, Yunani dan Latin

Nama Hari/Planet Sumber Nama


Tuesday Dewa perang, Tyr
Wednesday Ketua dewa, Woden atau Odin
Thursday Dewa halilintar, Thor
Friday Isteri kepada ketua dewa, iaitu Frigg ataupun Freyja
Mercury Dewa perniagaan dan pembawa khabar
Venus Dewi kecantikan
Mars Dewa perang
Jupiter Ketua dewa
Saturn Dewa pertanian
Uranus Dewa langit
Neptune Dewa lautan

Malah, hingga abad ke-20 Masihi, Amerika masih menamakan kapal angkasa
mereka dengan nama yang wujud dalam cerita dongeng Yunani seperti Apollo
dan Gemini. Keadaan ini bertentangan dengan konsep monoteisme seperti Islam,
Yahudi, dan Kristian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 5 METAFIZIK

Selain itu, antara politeisme dan monoteisme terdapatnya fahaman henotisme.


Henotisme merujuk seseorang yang percaya kepada beberapa Tuhan. Kajian
dalam bidang antropologi agama mendapati ramai masyarakat beragama
bergerak daripada politeisme kepada henotisme, dan kemudiannya monoteisme
seperti yang digambarkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Fasa Perkembangan Agama dari Zaman Primitif ke Zaman Moden

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep agama monoteisme?


Apakah ciri-cirinya?

2. Jelaskan tentang konsep agama politeisme. Berikan dua contoh


yang sesuai.

AKTIVITI 5.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai bagaimanakah


kepercayaan dalam beragama boleh memajukan sesebuah masyarakat?

5.4 METAFIZIK DAN SAINS


Sebelum kita akhiri topik ini, mari kita mempelajari hubungan antara metafizik
dan sains. Hubungan ini adalah antara perkara yang sangat penting dalam dunia
hari ini terutamanya berkaitan dengan sains dan teknologi. Fizik atau sains fizik
tidak boleh hanya sekadar berada pada paras natural ataupun paras biasa. Sebagai
seorang insan, penting bagi kita untuk berpijak atas kepercayaan kepada metafizik
tertentu walaupun kita melakukan kerja sains di makmal atau di lapangan yang
bebas daripada metafizik. Oleh sebab itu, ada hubungan antara fizik dan metafizik
yang perlu dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  139

Misalnya, dalam memahami teori evolusi, teori kuantum fizik, dan sebagainya,
terdapat tafsiran metafizik tertentu dalam teori ini yang boleh mengesahkan dan
menambahkan keyakinan kita terhadap kewujudan Tuhan. Perkara ini diberi
perhatian oleh para ulama, misalnya tokoh besar qalam ulama, iaitu Imam al-
Ghazali sendiri yang mengkaji metafizik ahli falsafah yang dinamakan falsafah
„neoplatonisme‰. Terdapat pelbagai masalah yang bertentangan dengan ajaran
Islam dalam falsafah ini.

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 20 perkara yang disebut aksiom ataupun


proposisi ahli falsafah fizik. Ahli falsafah neoplatonisme menggabungkan falsafah
Plato dan Aristotle. Terdapat tiga perkara dalam falsafah ini yang jelas
bertentangan secara metafiziknya dengan akidah Islam. Tiga perkara ini
dijelaskan dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3: Tiga Perkara dalam Falsafah Neoplatonisme yang


Bertentangan dengan Ajaran Islam

Perkara Huraian
Mengenai Alam ini dikatakan tiada permulaan (the internanity of the world).
kewujudan Maknanya, alam ini sama-sama wujud dengan Tuhan secara metafizik.
alam ini
Dalam konteks Islam, ia bercanggah dengan Islam kerana dalam
fahaman Islam, alam ini diciptakan oleh Allah SWT. Alam ini baru
diciptakan dan masa diciptakan Tuhan itu telah sedia ada (kidam).
Namun, bagi ahli falsafah Greek, mereka berpendapat alam ini wujud
ataupun tercipta sama dengan Tuhan.
Tuhan tahu Bagi ahli falsafah Greek, Tuhan hanya tahu perkara yang besar sahaja di
perkara alam ini seperti gerhana matahari dan gerhana bulan. Tuhan tidak tahu
yang besar apa-apa yang dilakukan oleh kita sekecil-kecil perkara secara peribadi
sahaja ataupun secara sendirian. Tanggapan ini antara fahaman yang boleh
mempengaruhi diri ataupun peranan kita dari sudut akhlak, tingkah
laku baik dan buruk; seolah-olah Tuhan tidak tahu apa-apa yang berlaku
secara peribadi dan terperinci dalam kehidupan kita, sedangkan dalam
tradisi Islam, Tuhan tahu semua perkara walaupun sebesar zarah pun.
Konsep Bagi ahli falsafah Greek, apa-apa yang kita sebut seksaan kubur, syurga,
seksaan dan neraka hanya sekadar bersifat spiritual dan tidak bersifat jasmani.
kubur, Tanggapan ini merupakan contoh cara metafizik mempengaruhi
syurga, dan kehidupan harian ataupun kehidupan saintifik. Tentunya dalam bidang
neraka sains akan banyak perkara yang akhirnya memerlukan tafsiran
metafizik walaupun sains itu rata-rata pada hari ini dibuat dalam bentuk
empirikal ataupun eksperimen. Namun, kita tidak boleh memisahkan
hubungan metafizik dengan sains kerana ia berkaitan dengan persoalan
akidah, keagamaan, akhlak, dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 5 METAFIZIK

Dalam Islam, wahyu pertama yang telah diturunkan hampir 15 abad yang lalu
mempunyai signifikan yang besar kepada umat Islam terutamanya jika dikaitkan
dengan sains dan teknologi. Hal ini bermakna Islam menekankan kepentingan
sains sejak turun wahyu yang pertama lagi.

Oleh itu, kegemilangan tamadun Islam dapat dikaitkan dengan perkembangan


sains dalam pelbagai bidang. Kesedaran tentang metafizik bagi umat Islam telah
wujud sejak awal lagi bila mereka telah mengenal pencipta mereka, iaitu Allah
SWT. Usaha mengembangkan ilmu pengetahuan tidak bertentangan dengan
kesedaran agama mereka, malahan sains ialah usaha mencari kebenaran yang
mampu mendekatkan diri dengan pencipta.

Al-Quran menyarankan beberapa pendekatan yang memerlukan manusia


menggunakan kemampuan akal fikiran. Hal ini demikian kerana dalam bidang
sains, semua pendekatan adalah bersifat sementara. Sains amat bergantung pada
penemuan dan bukti baharu.

Walaupun sains tidak dapat menentukan kebenaran mutlak secara saintifik tetapi
kaedah saintifik dilihat sebagai satu-satunya cara bagi mengembangkan
pengetahuan secara objektif. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan dalam
al-Quran yang menyuruh manusia supaya berfikir, menimbang, beringat, melihat,
dan mengambil pengajaran. Kaedah ini sesuai dengan kaedah sains dalam
membuat eksperimen di makmal. Maka, dalam dunia Islam, lahir ramai saintis
yang bukan sahaja membuat kajian, malah mempunyai ikatan kerohanian yang
kuat seperti Ibn Sina, al-Biruni, dan al-Haitham.

Eksperimen yang dijalankan membolehkan pembetulan dibuat ke atas kesilapan


yang berlaku dalam eksperimen terdahulu. Misalnya, Ibn Haitham
memperbetulkan teori penglihatan yang dibawa oleh kajian lebih awal, antaranya
ialah Aristotle dan Euclid. Jabir Ibn Aflah pula mengkritik teori planet Ptolemy,
sementara Nasir al-Tusi mengkritik teori astronomi yang dibawa oleh Ptolemy.

Selain itu, terdapat ramai tokoh besar Islam dalam bidang masing-masing seperti:

• Jabir Ibn Hayyan (722–804) dalam bidang kimia

• Al-Kindi (801–873) dalam bidang geogologi

• Imam al-Bukhari (810–870) dalam bidang sejarah dan ilmu hadis

• Ibn Sina (980–1037) dalam bidang perubatan

• Ibn Zuhr (1091–1162) dalam pembedahan

• Ibn Khaldun (1332–1406) dalam bidang sains sosial

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  141

Ilmu saintifik dalam tamadun Barat bermula sejak zaman Romawi lagi tetapi
selepas kejatuhan Empayar Romawi pada tahun 476 Masihi, benua Eropah
kemudiannya menuju ke zaman kegelapan. Dalam zaman kegelapan,
kepercayaan animisme dan ilmu berupa sihir berakar umbi dalam kehidupan
masyarakat Eropah sehingga menjadikan masyarakat Eropah masyarakat yang
ketinggalan dalam bidang ilmu pengetahuan.

Selain itu, pada abad ke-15 hingga ke-17, wujud kekeliruan antara sihir dengan
sains sehingga mendesak pihak gereja melakukan inkues ke atas orang yang
disyaki mengamalkan sihir, walaupun hakikatnya mereka ialah saintis. Inkues
yang dilakukan adalah dengan penuh kekejaman dan ada yang dibunuh.

Pada abad ke-13 (walaupun masih kuat dengan kepercayaan animisme dan sihir),
Robert Grosseteste (1175–1253) membawa masuk pengetahuan saintifik ke Eropah
berdasarkan pendedahan yang diperoleh beliau hasil penulisan oleh Aristotle, Ibn
al-Haitham dan Ibn Sina. Grosseteste merupakan canselor di Universiti Oxford
pada tahun 1224 Masihi dan kemudiannya menjadi biskop pada tahun 1235
hingga kematiannya. Beliau mengambil inisiatif membawa masuk pelbagai
manuskrip Yunani lama ke England bagi merancakkan aktiviti pemindahan
khazanah ilmu silam ke Oxford.

Salah seorang anak murid Robert Grosseteste, iaitu Roger Bacon (1214–1294).
Bacon menyatakan bahawa pendekatan saintifik ialah kitaran yang berulang
melibatkan proses pencerapan, hipotesis, eksperimen, dan pengesahan secara
bebas. Pemikiran dan penulisan Bacon dilihat banyak dipengaruhi oleh Plato,
Aristotle, Ibn Sina, dan Ibn Rush.

Selepas Bacon, tokoh seterusnya di Eropah yang berpengaruh dalam bidang sains
ialah Nicolaus Copernicus (1473–1543). Beliau tokoh yang membawa teori
holiosentrik, iaitu teori yang mengatakan bumi mengelilingi matahari. Sebelum
itu, masyarakat berpegang pada teori sebaliknya. Teori ini siap ditulis pada tahun
1530 Masihi dan mendapat perkenan Paus Clement VII supaya kajian ini
diterbitkan. Teori ini memberi kesan besar kepada masyarakat hingga wujud
penolakan oleh pihak gereja terhadap teori ini kerana ia bertentangan dengan
ajaran Kristian. Kesannya, buku beliau diharamkan. Namun, teori ini diterima
kembali pada tahun 1822, iaitu 279 tahun selepas buku Copernicus diterbitkan.

Selepas Copernicus, tokoh besar seterusnya yang mempelopori bidang saintifik di


Eropah ialah Galileo Galilei (1564–1642). Beliau memperkenalkan teori mekanis
yang berbeza dengan saintis sebelum ini. Bagi kebanyakan pengkaji sejarah sains,
Galilei dianggap sebagai „Bapa Sains Moden‰ dan diiktiraf oleh tokoh fizik
terkenal di dunia, Stephen Hawking.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 5 METAFIZIK

Pada waktu ini, pengaruh gereja sangat kuat dan ilmu saintifik yang dibawa oleh
Galilei dianggap bertentangan dengan pegangan Kristian pada waktu itu. Pihak
gereja yang bimbang dengan pemikiran Galilei yang bertentangan dengan ajaran
agama Kristian, mengenakan tahanan rumah ke atas beliau sehingga beliau
meninggal dunia pada tahun 1642. Sebelum Galilei meninggal, beliau sempat
memberikan kenyataan bahawa „kebenaran matematiknya dalam fiziknya itu
berupa kebenaran yang tiada hubungan dengan kebenaran teologi.‰ Pernyataan
Galilei ini merupakan permulaan awal kepada pemisahan sains daripada agama.
Kemudiannya, pemisahan ini diperteguhkan pada zaman Isaac Newton yang
menegaskan kepercayaan bahawa „Tuhan berehat‰, iaitu sesuatu itu berlaku
secara mekanis.

5.4.1 Pengaruh Agama dalam Perkembangan Sains


Hakikatnya, agama adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Maka,
agama dan golongan beragama mempunyai peranan dan pengaruh yang besar
dalam perkembangan dan pembangunan sains. Sekiranya agama dan golongan
agama melihat sains dalam konteks yang positif, maka perkembangan sains akan
berlaku secara sihat dan pesat. Namun begitu, jika agama dan golongan agama
melihat sains dalam konteks yang negatif, maka perkembangan sains akan
terencat dan tergendala.

Dalam tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir purba,


Yunani purba, Cina purba, dan Lembah Indus, pengaruh politeisme adalah cukup
kuat. Politeisme dikuasai dengan konsep dewa yang berupa manusia dan
fahaman ini dipegang oleh kebanyakan tamadun awal yang menyebabkan
penjelasan mengenai kosmologi dipengaruhi oleh pegangan kepercayaan ini.
Ketidakupayaan manusia mentafsir sesuatu yang abstrak menyebabkan mereka
mencari penjelasan bersifat mitos dan dongeng untuk menerangkan kejadian alam
tabii. Keadaan ini dapat dilihat melalui pandangan mengenai kosmologi dalam
kebanyakan tamadun awal.

Bagaimanakah agama mempengaruhi pemikiran ahli sains? Pemikiran saintifik


awal menunjukkan bahawa pemikiran saintis mula tersemai dan berkembang
bermula dengan penaakulan secara deduktif yang digunakan oleh para tokoh
seperti Thales, Phthagoras, Plato, Eudoxeus, Euclid, dan Archimedes. Manakala
penaakulan secara induktif pula digunakan oleh Aristotle. Pemikiran terhadap
sains mula berkembang dengan lebih teratur dan pesat semasa zaman Yunani
pertengahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  143

Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, pemikiran saintifik berkembang pesat


adalah kerana budaya iqraÊ yang menjadi tuntutan daripada wahyu pertama yang
diturunkan kepada umat Islam. Wahyu pertama ini menekankan penguasaan
ilmu pengetahuan seperti yang berikut:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang


menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada
sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia
apa-apa yang tidak diketahui.

(Surah al-Alaq, 96:1–5)

Berdasarkan surah ini, satu penyelidikan telah dibuat ke atas wahyu pertama ini.
Kepentingan wahyu ini dapat dipecahkan kepada empat, iaitu:

• wahyu yang menjadi watikah pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi
dan rasul yang terakhir membuka lembaran baharu dalam pembangunan
tamadun manusia. Syiar Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia melalui
ajaran dakwah. Tamadun ini berkongsi pegangan akidah yang sama sebagai
tunjang perpaduan dan menjadi tamadun yang berteraskan ilmu pengetahuan
sehingga bangkit sebagai sebuah tamadun yang hebat di tengah-tengah
kegelapan masyarakat Arab pada ketika itu;

• kandungan mesej saintifik yang dibawa oleh wahyu pertama menjadi


petunjuk bahawa sains tidak boleh sama sekali diketepikan. Misalnya, wahyu
pertama ini membuktikan secara saintifik perkembangan janin manusia yang
hanya dibuktikan pada awal kurun ke-20;

• gabungan kalimah iqraÊ dan qalam merupakan satu mesej daripada Allah SWT
mengenai kaedah menuntut ilmu pengetahuan. Membaca ialah kunci kepada
ilmu pengetahuan, manakala menulis ialah kaedah untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan. Gabungan membaca (iqraÊ ) dan menulis (qalam) dapat
disepadukan sebagai budaya penyelidikan dan pembangunan. Saranan ini
telah diamalkan oleh para ilmuwan Islam silam seperti menterjemah,
membaca, mengkaji, dan menilai kajian terdahulu dan kemudian, membina
ilmu pengetahuan yang baharu menerusi penulisan mereka; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 5 METAFIZIK

• kepentingan surah ini adalah melalui ayat kelima surah al-Alaq, iaitu Allah
SWT menjelaskan bahawa segala bentuk ilmu pengetahuan asalnya daripada
Allah SWT. Hal ini menjelaskan bahawa hubungan dengan pencipta haruslah
dijaga supaya mendapat keredaan Allah SWT dalam menjalankan kajian dan
penyelidikan. Hal ini demikian kerana jika Allah SWT tidak membenarkan
dan reda, mustahil sesuatu ujian atau kajian itu berjaya. Oleh itu, hubungan
antara sains dan agama mempunyai hubungan yang rapat.

Penghayatan kepada budaya ilmu yang dibawa oleh ajaran Islam menjadikan
tamadun Islam sebagai tamadun yang gemilang pada suatu masa dulu. Namun,
apabila budaya ilmu ini mula diabaikan, maka bermulalah kejatuhan tamadun
Islam yang berlaku hampir selari dengan kebangkitan Eropah. Hasil ilmuwan
Islam inilah yang telah menyinari tamadun Barat hingga mereka dapat keluar dari
zaman kegelapan dan bermulalah zaman cerah (enlightment). Para tokoh sains
Barat seperti Nicolaus Copernicus, Galileo Galilei, Francis Bacon, dan Isaac
Newton telah meneruskan ilmu daripada Islam dalam usaha membina tamadun
Barat walaupun menerima tamparan hebat daripada pihak gereja dalam
menyatakan kebenaran mereka.

Kemudian, bermulalah bibit-bibit yang memisahkan agama daripada sains dan


ilmu sehingga lahir sekularisasi di Barat. Pada zaman moden ini, kita dapat
saksikan bahawa bukan sesuatu yang mengejutkan sains dan agama dilihat
sebagai entiti yang terasing dan terpisah. Namun menurut Coll et al. (2009), saintis
tidak dapat lari daripada pegangan nilai dan kepercayaan dirinya yang mewarnai
pemikiran terhadap sains. Perkara ini sekali gus menunjukkan bahawa sains dan
agama walaupun diasingkan, pegangan dan kepercayaan agama seseorang saintis
akan tetap mempengaruhi pemikiran saintifik pada dirinya.

Maka, kesimpulannya, topik ini telah membincangkan makna metafizik, sistem


metafizik yang berkaitan dengan faham keagamaan, bentuk kepercayaan dalam
beragama dan akhirnya, hubungan antara metafizik dan sains. Makna metafizik
telah dibincangkan dari aspek falsafah dan konteks agama.

Selain itu, dua teori penting dalam kewujudan hakiki, iaitu teori materialisme dan
teori idealisme turut diketengahkan. Sementara itu, sistem metafizik yang
berkaitan dengan fahaman keagamaan adalah aliran ateisme, teisme, dan aliran
agnosticisme. Dua konsep bentuk agama iaitu agama monoteisme dan agama
politeisme turut kita pelajari. Akhirnya, perbincangan tentang hubungan
metafizik dan sains turut diutarakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  145

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Apakah hubungan antara metafizik dan perkembangan ilmu


sains?

2. Mengapakah elemen metafizik (ketuhanan) merupakan elemen


yang penting dalam memartabatkan tamadun Islam pada suatu
masa dulu?

AKTIVITI 5.3

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai bagaimanakah sains


berperanan penting dalam mengukuhkan kefahaman kita kepada
kewujudan Tuhan?

• Metafizik ialah satu ilmu yang menghubungkan antara insan, alam, dan Tuhan
dengan cara yang lebih luas bermula pada zaman pra-Socrates sehingga ke
awal zaman falsafah dan sehingga hari ini masih dibincangkan tentang
metafizik.

• Metafizik ialah untuk mencari apakah tujuan hakikat kehidupan yang paling
mendasar yang membawa kepada membina atau menjadikan alam ini. Dalam
sains, ia disebut sebagai teori segala-galanya (theory of everything); teori ini
cuba memahami apakah yang berkuasa dalam mewujudkan alam ini.

• Terdapat dua kategori ilmu metafizik iaitu dalam bentuk falsafah dan bentuk
agama.

• Metafizik dalam bentuk falsafah adalah mengenai fenomena alam pada


peringkat yang paling abstrak.

• Metafizik dalam persoalan agama ialah merujuk kepada fenomena di luar


alam nyata atau dalam tradisi Islam disebut alam ghaib.

• Terdapat dua teori kewujudan hakiki iaitu teori materialisme dan teori
idealism.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 5 METAFIZIK

• Teori materialisme dalam tradisi Islam disebut tabiiyun. Ia merujuk kepada


hanya percaya kepada apa yang mereka nampak di alam nyata sahaja (alam
sekeliling mereka).

• Teori idealism merujuk kepada kewujudan yang hakiki dan bukan bersifat
material, tetapi bersifat mental ataupun bersifat idea, ataupun bersifat
kerohanian.

• Fahaman keagamaan bergerak dalam pelbagai bentuk yang membawa kepada


pelbagai aliran tertentu. Antaranya ialah aliran ateisme, teisme, dan
agnosticisme (aliran antara ateisme dengan teisme).

• Aliran ateis ialah kelompok yang memperakui realiti alam ini hanya terhad
kepada kewujudan benda nyata.

• Aliran teisme mendukung kewujudan Tuhan. Mereka percaya bahawa Tuhan


itu wujud walaupun mereka tidak nampak Tuhan, tidak pernah melihat
Tuhan, dan Tuhan itu sendiri tidak dapat dikesan oleh pancaindera mereka.

• Kelompok agnosticisme ialah aliran yang kita panggil menangguhkan


kepercayaan kepada kewujudan Tuhan atau mereka tidak pasti akan
kewujudan Tuhan; mereka tidak mampu membuat keputusan sama ada
Tuhan itu wujud ataupun tidak.

• Monoteisme ialah aliran fahaman beragama yang mengajar penyembahan


kepada Tuhan yang satu, Tuhan yang Esa, Tuhan yang tidak berubah, dan
sebagainya. Tuhan hanya satu dan kita diwajibkan berbakti kepada satu entiti
sahaja yang mewakili Tuhan yang Agung.

• Politeisme merujuk agama yang percaya kepada Tuhan itu lebih daripada
satu, malah mungkin banyak. Dengan kata lain, konsep politeisme boleh
difahami sebagai mempercayai banyak Tuhan.

• Metafizik dan sains mempunyai hubungan istimewa; sains boleh


memperteguh kepercayaan seseorang tentang kewujudan Tuhan.

• Dalam tradisi Islam, terdapat ramai tokoh sains dan mereka juga kuat
berpegang pada konsep ketuhanan seperti Jabir Ibn Hayyan, al-Kindi, Imam
al-Bukhari, Ibn Sina, Ibn Zuhr, dan Ibn Khaldun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METAFIZIK  147

Agnosticisme Politeisme
Ateisme Sains
Bentuk agama Teisme
Bentuk falsafah Teori idealisme
Metafizik Teori materialisme
Monoteisme

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan sejarah dan falsafah sains. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Coll, R. K., Taylor, N., & Lay, M. C. (2009). ScientistsÊ habits of mind as evidenced
by the interaction between their science training and religious beliefs.
International Journal of Science Education, 31(6), 725–755.

Hasbi Arijal. (2015). Problem konsep monoteisme dalam agama-agama semit.


Jurnal Kalimah, 13(1), 103–124.

Karlina Supelli. (2006). Kosmologi: Bercanda dengan Tuhan. Dalam Zainal Abidin
Bagir, Lik Wilardjo, Arqom Kuswanjono, & Muhammad Yusuf (Pnyt.), Ilmu,
etika dan agama: Menyingkap tabir alam dan manusia (ms. 39–90). Centre
for Religious and Cross Culture Studies, Gadjah Mada University.

Leahy, L. (2006). Sains dan agama dalam perdebatan. Dalam Zainal Abidin Bagir,
Lik Wilardjo, Arqom Kuswanjono, & Muhammad Yusuf (Pnyt.), Ilmu, etika
dan agama: Menyingkap tabir alam dan manusia (ms. 19–33). Centre for
Religious and Cross Culture Studies, Gadjah Mada University.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 5 METAFIZIK

SH Mohd Saifuddeen SH Mohd Salleh. (2012). Tipologi interaksi antara agama dan
sains: Satu penilaian mengikut perspektif Islami. Tesis kedoktoran tidak
diterbitkan. Universiti Malaya.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1995). Prolegomena to the metaphysics of


Islam: An exposition of the fundamental elements of the worldview of Islam.
International of Islamic Thought and Civilization.

Zainal Abidin Bagir. (2006). Sains dan agama-agama: Perbandingan beberapa


tipologi mutakhir. Dalam Zainal Abidin Bagir, Lik Wilardjo, Arqom
Kuswanjono, & Muhammad Yusuf (Pnyt.), Ilmu, etika dan agama:
Menyingkap tabir alam dan manusia (ms. 3–18). Centre for Religious and
Cross Culture Studies, Gadjah Mada University.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Epistemologi
6
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan maksud epistemologi.
2. Mengenal pasti lima kaedah perolehan ilmu pengetahuan.
3. Menilai erti kebenaran.
4. Membezakan antara ilmu priori dengan pasteriori, dan ilmu
eksplisit dengan tersembunyi.

 PENGENALAN
Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan ilmu pengetahuan?
Apakah ciri-ciri sesuatu perkara itu untuk dikategorikan sebagai ilmu
pengetahuan? Dari manakah ilmu itu datang? Apakah kepentingan ilmu? Ahli
falsafah sering membincangkan pelbagai persoalan ini kerana mereka sangat
khuatir sekiranya manusia tidak dikurniakan dengan ilmu, manusia akan
terperangkap dalam minda mereka sendiri atau lebih dikenal sebagai solipsisme.

Ilmu pengetahuan menghubungkan manusia dengan dunia. Malah, ilmu


membantu kita supaya tidak terperangkap dalam dunia khayalan yang akhirnya
menjadi buntu dan menyesatkan. Persoalan mengenai ilmu pengetahuan juga
dapat membezakan antara ilmu yang sebenar dengan pendapat semata-mata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Oleh itu, para ahli falsafah memulakan perbincangan mengenai ilmu pengetahuan
melalui pemahaman tentang epistemologi, iaitu memahami ilmu pengetahuan.
Adakah anda sudah bersedia untuk mendalami maksud sebenar ilmu
pengetahuan? Dari manakah ia datang? Mari kita cari jawapannya dan
mempelajari epistemologi dengan meneruskan pembacaan.

AKTIVITI 6.1

Cuba anda fikir sejenak, ilmu apakah yang anda rasakan sangat penting
untuk kelangsungan hidup seorang manusia? Mengapakah anda
memilih ilmu tersebut? Kongsikan pendapat dan justifikasi anda dalam
forum myINSPIRE.

6.1 DEFINISI EPISTEMOLOGI


Apakah maksud epistemologi? Menurut Martin (2014):

• epistemologi merujuk istilah formal mengenai „memahami ilmu pengetahuan‰


dalam bidang falsafah

• epistemologikal merujuk „berkenaan memahami ilmu pengetahuan‰

• epistemik merupakan „berkenaan dengan pengetahuan‰

Kesemua istilah ini merupakan istilah bidang falsafah yang diguna pakai untuk
memahami ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Menurut Encyclopaedia Britannica (Stroll & Martinich, 2019), epistemologi


merupakan kajian falsafah mengenai sifat, asal usul, dan batasan ilmu pengetahuan
manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Greek, iaitu epistm (ilmu
pengetahuan) dan logos (pertimbangan). Ia sangat berkait rapat dengan sejarah
falsafah Barat, bermula dari zaman Greek kuno sehingga sekarang. Epistemologi
juga merupakan satu daripada cabang bidang falsafah, di samping metafizik, logik,
dan etika.

Menurut Kamus Dewan (2005), epistemologi merupakan „teori tentang


pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan,
kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  151

Selain itu, definisi yang lebih terperinci mengenai istilah epistemologi diberi oleh
Standard Ensiklopedia of Philosophy (Matthias, 2018), iaitu epistemologi
merupakan kajian mengenai ilmu pengetahuan dan kepercayaan yang
dijustifikasikan yang membincangkan pelbagai persoalan yang dikelaskan seperti
yang berikut (lihat Jadual 6.1).

Jadual 6.1: Persoalan dalam Epistemologi Mengikut Dua Kategori Kajiannya

Kategori Persoalan
Berkenaan ilmu • Apakah keperluan dan syarat yang mencukupi untuk ilmu
pengetahuan pengetahuan?
• Apakah sumber ilmu pengetahuan?
• Apakah struktur ilmu pengetahuan dan apakah batasannya?
Berkenaan • Bagaimana kita memahami konsep justifikasi?
kepercayaan
sebenar yang • Apakah yang menyebabkan kepercayaan sebenar yang
dijustifikasikan dijustifikasikan tentang pengetahuan itu adalah wajar?
• Adakah sesuatu justifikasi merupakan dalaman ataupun luaran
minda seseorang?

Semua persoalan ini jika dibiarkan tanpa jawapan, sudah tentu akan
meninggalkan kita dalam situasi yang agak buntu dan penuh tanda tanya.
Pastinya anda akan berada dalam situasi ini, terutamanya jika anda tidak pernah
berjumpa dengan istilah epistemologi. Jangan risau! Anda tidak keseorangan.
Kefahaman anda mengenai epistemologi akan menjadi lebih baik melalui
pembacaan subtopik yang seterusnya! Mari kita teruskan!

AKTIVITI 6.2

Sekiranya anda dapat membuat satu gambaran tentang epistemologi


dalam bentuk rajah/imej/lukisan, apakah bayangan pertama anda?
Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE untuk mengenal
pasti jawapan yang terbaik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

6.1.1 Ilmu Pengetahuan


Memandangkan epistemologi merujuk teori mengenai ilmu pengetahuan, maka
adalah lebih tepat jika kita mengenal ilmu pengetahuan dengan lebih dekat.
Martin (2014) membahagikan ilmu pengetahuan kepada tiga perkara umum
seperti yang dijelaskan dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Tiga Kategori Ilmu Pengetahuan

Kategori Contoh
Pengetahuan tentang fakta Ahmad tahu bahawa majlis itu telah
dibatalkan.
Pengetahuan tentang sesuatu atau seseorang Saya kenal Siti.
Pengetahuan tentang membuat sesuatu Sofian tahu cara memetik gitar.

Sumber: Martin (2014)

Menurut Martin (2014) lagi, kebanyakan ahli falsafah lebih tertumpu kepada
pengetahuan tentang sesuatu atau seseorang dalam perbincangan tentang
epistemologi kerana mengetahui tentang sesuatu merupakan asas kepada
pengetahuan. Contohnya, pernyataan „Ahmad sayangkan Siti‰ dan „Siti
disayangi Ahmad‰ mempunyai proposisi (kandungan) yang sama, walaupun
dinyatakan dalam ayat yang berbeza. Oleh itu, pernyataan „Ahmad sayangkan
Siti‰ merupakan pengetahuan bagi Azhar, iaitu sahabat mereka.

Pritchard (2016) memberi gambaran terhadap ilmu pengetahuan dan syarat untuk
dipenuhi bagi ilmu pengetahuan melalui beberapa kes. Mari kita lihat contohnya
dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Dua Kes untuk Gambaran Ilmu Pengetahuan dan Syaratnya

Kes 1 Kes 2
Rajesh sangat mudah mempercayai Dr Yahya merupakan ahli saintis yang
kata-kata orang lain. Pada suatu hari, terkenal dan telah menyertai satu misi untuk
rakannya memberitahu bahawa bulan ke bulan. Setelah membuat pengamatan dan
itu diperbuat daripada keju. Dia beberapa uji kaji dengan teliti, beliau
mempercayainya selama ini dan membuat kesimpulan bahawa bulan
akhirnya, memang benar, bulan dijadikan daripada keju. Dr Yahya telah
diperbuat daripada keju. membentuk satu kepercayaan sebenar
tentang bulan yang dijadikan daripada keju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  153

Adakah kes pertama ini yang dikatakan sebagai ilmu pengetahuan? Menurut
Pritchard, dengan bernasib baik menjadikan apa-apa yang Rajesh percayai itu
rupa-rupanya benar, namun tidak menunjukkan keupayaan kognitifnya. Oleh itu,
ia tidak diterima sebagai pengetahuan. Ia menunjukkan sebenarnya Rajesh tidak
tahu!

Berdasarkan kedua-dua kes ini, terdapat perbezaan tentang ilmu pengetahuan


yang dimiliki oleh Rajesh dan saintis Dr Yahya. Kegagalan Rajesh untuk
menyediakan sebab terhadap kepercayaannya, menyebabkan tidak terdapat
justifikasi untuk membuktikan pernyataan „bulan diperbuat daripada keju‰
merupakan satu proposisi yang sebenar. Walau bagaimanapun, saintis Dr Yahya
berjaya memberikan satu justifikasi terhadap kepercayaan beliau, maka
pernyataan „bulan diperbuat daripada keju‰ ialah satu proposisi yang benar.

Apa-apa yang dapat disimpulkan di sini ialah manusia itu dikatakan mempunyai
ilmu pengetahuan apabila manusia dapat memberi justifikasi kepada kepercayaan
terhadap sesuatu, dan nasib baik bukanlah sebahagian daripadanya. Pengetahuan
juga tidak dibina atas sikap prejudis, firasat, atau tekaan (Martin, 2014). Ia
merupakan pengetahuan sebenar dan tepat. Oleh itu, sesuatu proposisi juga perlu
memenuhi beberapa syarat supaya dapat diterima sebagai pengetahuan.

Mari kita lihat Jadual 6.4 yang memberikan gambaran Martin (2014) terhadap
syarat yang perlu dipenuhi bagi sesuatu proposisi.

Jadual 6.4: Syarat bagi Sesuatu Proposisi

Syarat Contoh
Satu syarat perlu dipenuhi Menjadi perempuan merupakan syarat untuk menjadi
untuk menjadi x kakak.
Gabungan beberapa Menjadi perempuan dan berkongsi ibu bapa yang sama
syarat juga boleh diterima merupakan syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi
sebagai syarat menjadi x kakak.

Sumber: Martin (2014)

Oleh itu, pengetahuan terhadap „kakak‰ terdiri daripada satu syarat, iaitu
„perempuan‰ ataupun gabungan beberapa syarat, iaitu „perempuan dan
berkongsi ibu bapa yang sama.‰ Dengan adanya justifikasi seperti ini, maka
sesuatu proposisi itu dapat diterima sebagai pengetahuan. Dapat juga
disimpulkan bahawa pengetahuan itu terdiri daripada kepercayaan sebenar yang
dijustifikasikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Pandangan ini disokong oleh Zagzebski (2009) yang membuat satu kesimpulan
tentang keseluruhan perbincangan dalam penulisan beliau yang bertajuk On
Epistemology, iaitu dengan menyatakan bahawa ilmu pengetahuan itu merujuk:

• satu kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan

• kepercayaan sebenar yang terhasil daripada proses pembentukan kepercayaan


yang boleh dipercayai

• kepercayaan sebenar yang disokong oleh bukti yang menghapuskan segala


kemungkinan yang ada, kecuali yang sememangnya tidak benar

6.1.2 Proposisi
Dalam perbincangan mengenai epistemologi, ahli falsafah sering menggunakan
istilah proposisi (proposition) dalam perbincangan ilmu pengetahuan.

Apakah yang dimaksudkan dengan proposisi? Menurut Stroll dan Martinich


(2019), proposisi merupakan isi kandungan, maksud, atau ayat yang boleh jadi
betul ataupun salah.

Contohnya, ayat bahasa Inggeris Snow is white mempunyai proposisi yang sama
dengan ayat yang dinyatakan dalam bahasa Jerman Schnee ist weiß.

Martin (2014) menjelaskan bahawa proposisi sesuatu ayat itu perlu diungkapkan
secara penuh dan deklaratif. Dengan kata lain, proposisi merujuk isi kandungan
ataupun maksud yang sama apabila ayat yang dinyatakan adalah berbeza sama
ada dari segi komponen perkataan, susunan perkataan, atau bahasa (rujuk contoh
yang diberi oleh Stroll dan Martinich tadi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  155

6.1.3 Ilmu Pengetahuan dan Kepercayaan Sebenar


yang Dijustifikasikan
Adakah ilmu merupakan satu kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan?
Sebelum kita menjawab soalan ini, terlebih dahulu kita perlu memahami apakah
yang dimaksudkan dengan justifikasi dalam konteks epistemologi.

Menurut Martin (2014), justifikasi merujuk apakah yang membuatkan sesuatu itu
munasabah untuk dipercayai dan apakah yang membuatkan sesuatu kepercayaan
itu terjamin? Terdapat beberapa contoh yang boleh kita bincangkan untuk lebih
memahami erti justifikasi seperti yang dinyatakan dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Contoh Justifikasi

Situasi Justifikasi
Abu mempercayai bahawa hujan Abu melihat hujan turun dengan lebat melalui
turun dengan lebat. tingkap rumahnya.
Siti tahu kakaknya telah membeli baju Kakaknya telah menelefon Siti dan
baru. memberitahunya tentang itu.
Hamdi mengetahui bahawa umur Hamdi telah mendapat maklumat tentangnya
penyu boleh mencapai 100 tahun. dengan menonton rancangan dokumentari
National Geographic.

Martin juga menjelaskan bahawa kepercayaan yang tinggi terhadap apa-apa yang
kita ketahui berkait rapat dengan justifikasi yang dapat kita berikan terhadap
kepercayaan itu. Sungguh pun begitu, terdapat juga keadaan apabila kita
mempercayai sesuatu dengan kuat tetapi kita tidak mempunyai justifikasi yang
jelas terhadap kepercayaan itu. Contohnya, kita merasakan ada sesuatu kejadian
buruk akan berlaku, mempercayai nasib baik itu berlaku kerana horoskop,
kepercayaan terhadap cerita dongeng, dan pelbagai petua kesihatan kuno yang
belum terbukti kesahihannya.

Oleh sebab itu, Zagzebski (2009) menekankan penggunaan bukti yang jelas
sebagai satu justifikasi. Malah, Foley (2012) pula berpendapat bahawa
kepercayaan yang terbentuk perlulah merupakan hasil daripada proses kognitif
(otak) yang berfungsi dengan baik.

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan pengetahuan kepercayaan sebenar


yang dijustifikasikan (justified true belief knoalwedge)? Untuk memahami
persoalan ini, pandangan Edmund Getter yang menyoalkan Is justified true belief
knowledge? perlu diambil kira. Sebelum ini, pengetahuan klasik bagi ahli falsafah
mengenai ahli falsafah adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Rajah 6.1: Pengetahuan Klasik bagi Ahli Falsafah

Ia bermaksud, sekiranya sesuatu proposisi itu dapat dijustifikasikan (dinyatakan


sebabnya untuk dipercayai), maka proposisi itu diterima sebagai pengetahuan.

Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan pandangan Gettier yang


mempercayai bahawa justifikasi semata-mata tidak memadai untuk menyebabkan
sesuatu proposisi itu diterima sebagai pengetahuan. Menurut Schukraft (2012),
Gettier menolak kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan oleh kebetulan
ataupun secara tidak sengaja. Persoalan yang ditimbulkan oleh Gettier adalah
„Apakah syarat yang diperlukan untuk mendapat pengetahuan selain daripada
kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan?‰ (Foley, 2012).

Menurut Foley (2012), selain daripada kepercayaan sebenar, untuk mendapatkan


pengetahuan, terdapat juga syarat lain yang boleh didapati melalui tiga usul yang
agak popular, iaitu:

• penghasilan kepercayaan sebenar boleh dipercayai

• kepercayaan subjek terhadap sesuatu perkara yang menjadi persoalan dapat


menjejaki perkara sebenar

• kepercayaan merupakan produk fakulti kognitif yang berfungsi dengan baik

Foley menjelaskan pandangan mengenai ketiga-tiga usul melalui kes berikut:

Sebelum meninggalkan pejabat, Joan sering meninggalkan komputer ribanya


di hujung meja. Tanpa pengetahuannya, komputer ribanya telah dicuri dan
berada atas meja di rumah si pencuri. Joan masih mempercayai bahawa
komputer ribanya berada di atas meja pejabatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  157

Persoalan yang diutarakan oleh Foley adalah, adakah pengetahuan Joan dapat
dikira dengan hanya sekadar bergantung pada kepercayaannya tentang komputer
ribanya yang masih berada di pejabat? Hal ini demikian kerana kejadian kecurian
itu berada di luar pengetahuan Joan. Jika diikutkan pada usul kedua dalam senarai
tadi, kepercayaan subjek tidak dapat membawa kepada perkara sebenar.

Martin (2014) mengaitkan pandangan ini dengan erti kebenaran. Sesuatu


kepercayaan tanpa kebenaran merupakan kepercayaan palsu dan tidak diterima
sebagai pengetahuan. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
Subtopik 6.3. Memandangkan usul ketiga menyentuh tentang fakulti kognitif,
adalah lebih tepat jika kita mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kaedah
perolehan ilmu. Kaedah perolehan ilmu akan diterangkan dalam subtopik
seterusnya. Mari kita teruskan!

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan epistemologi? Terangkannya


menggunakan ayat anda sendiri.

2. Adakah proposisi penting dalam epistemologi? Mengapakah


begitu?

3. Adakah hanya dengan mempercayai sesuatu proposisi


membuatkan ia diterima sebagai pengetahuan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

6.2 KAEDAH PEROLEHAN ILMU


PENGETAHUAN
Bagaimanakah ilmu pengetahuan diperoleh? Matthias (2018) berpendapat
bahawa ilmu pengetahuan dapat diperoleh atau didapati melalui lima cara seperti
yang digambarkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Lima Kaedah Pemerolehan Ilmu Pengetahuan

Sumber: Matthias (2018)

Lima kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  159

Jadual 6.6: Lima Kaedah Pemerolehan Ilmu Pengetahuan

Kaedah Huraian
Persepsi Fakulti bagi persepsi merupakan lima deria utama manusia, iaitu deria
penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa. Persoalannya,
adakah fakulti persepsi ini boleh dipercayai kesahihannya? Menurut
empirisisme, jika dengan penggunaan fakulti yang dipercayai ini
mencukupi untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan dengan
menggunakan fakulti ini dapat membina kepercayaan terhadap
kesahihan penggunaan fakulti, maka dengan itu, kita akan mendapati
bahawa fakulti ini boleh dipercayai. Salah satu cara untuk memperoleh
ataupun mendapatkan ilmu pengetahuan melalui persepsi adalah
melalui memori, iaitu pengetahuan lepas tentang sesuatu.
Introspektif Secara umumnya, introspektif boleh dikatakan sebagai „dalam‰ minda
seseorang. Melalui introspektif, kita dapat mengetahui keadaan mental
seseorang seperti kehausan, kepenatan, keterujaan, atau ketegangan.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui persepsi lebih cenderung
untuk melakukan kesalahan berbanding melalui introspektif.

Contohnya, adalah mustahil untuk mengatakan tidak sakit bagi sakit


kepala yang berdenyut-denyut. Oleh itu, apabila seseorang mengalami
sakit kepala berdenyut-denyut, dia mempunyai pengetahuan keadaan
kesakitan itu, iaitu kepalanya sakit dan bukannya gatal. Berbanding
dengan persepsi melihat adanya secawan kopi di atas meja, kemungkinan
besar boleh berlakunya kesalahan jika cawan itu bukannya sebenar,
hanya satu kesan hologram sahaja.
Memori Memori ialah keupayaan untuk mengekalkan pengetahuan yang
diperoleh pada masa lalu. Walaupun begitu, ia tidak semestinya perkara
yang berlaku di masa lampau. Memori mungkin fakta seperti nombor
telefon, atau tarikh pilihan raya akan datang. Satu isu berkenaan dengan
memori adalah, adakah pengetahuan masa lepas dapat menjadi sumber
menjustifikasikan kepercayaan? Terdapat juga isu untuk membezakan
antara pengetahuan sebenar dengan imaginasi.

Contohnya, Pak Kassim menceritakan memori silamnya tentang


kehidupan masyarakat yang sukar ketika zaman Jepun menjajah di Tanah
Melayu. Benar, Pak Kassim hidup dan merasai keperitan zaman tersebut,
namun pada usia 80 tahun adakah semua memorinya masih kuat dan
boleh dipercayai sepenuhnya? Terdapat kemungkinan memorinya sudah
bercampur dengan pelbagai peristiwa dan pengalaman lain. Walau
bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan memori juga mampu
menyumbang kepada pemerolehan ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Penaakulan Penaakulan ialah membuat pertimbangan dan penilaian menggunakan


akal ataupun secara logik. Terdapat pemerolehan ilmu ataupun
kepercayaan yang dibina melalui penaakulan semata-mata.

Contohnya, pengetahuan tentang „pelajar yang berumur 16 tahun sudah


mengambil peperiksaan PT3 dan memasuki tingkatan empat.‰ Namun,
terdapat juga pelajar yang berumur 16 tahun masih di dalam kelas
pemulihan dan belum mengambil PT3.
Testimoni Pemerolehan ilmu pengetahuan melalui testimoni tidak memerlukan
fakulti kognitif. Testimoni merujuk pengetahuan terhadap Y seperti apa-
apa yang dikatakan orang lain terhadap Y. Ia termasuklah paparan yang
dibuat oleh penulis blog, artikel yang ditulis oleh wartawan, serta
maklumat yang diperoleh melalui televisyen, radio dan sebagainya.

Contohnya, dengan membaca Harian Metro anda mengetahui bahawa


berlakunya kemalangan antara lori dengan tiga biji kereta di Lebuhraya
Utara-Selatan menghala ke arah utara.

Sumber: Matthias (2018)

Selain itu, terdapat juga pemerolehan ilmu seperti pancaindera dan akal.
Pancaindera terdiri daripada mata, hidung, telinga, lidah, dan kulit. Semua ini
mempunyai fungsi tersendiri membentuk pengetahuan. Oleh itu, manusia perlu
menggunakan pancainderanya untuk mencari pengetahuan dan kebenaran.

Akal pula sebagai alat untuk berfikir, merenung, melihat, menaakul, menganalisis,
membuat perbezaan sesuatu ilmu, atau perkara yang diperoleh. Akal yang sihat
mampu mengatur dan menghubungkan ilmu pengetahuan antara satu sama lain.

Ingat, memperoleh dan mencari ilmu bukan sekadar pengumpulan maklumat dan
fakta. Yang penting ialah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh hati
seseorang, sehingga ilmu yang diperoleh dapat menjadi seperti „pelita‰ yang
menerangi kehidupannya dan memberi manfaat kepada orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  161

6.3 ERTI KEBENARAN


Kebenaran merupakan syarat untuk mendapat pengetahuan. Menurut Martin
(2014), jika sesuatu kepercayaan itu palsu, maka ia bukan pengetahuan. Mari kita
lihat contoh yang diberi oleh Martin.

Cynthia telah membuat pencarian yang menyeluruh dan teliti di setiap bilik
dan menyatakan bahawa dia telah kehilangan kunci rumah tetapi bukan dalam
rumah. Kemudian, anda telah terjumpa kunci rumah tersebut di satu tempat,
contohnya di bawah peti sejuk.

Martin mengujarkan satu soalan, iaitu adakah anda masih menyatakan bahawa
Cynthia tahu bahawa kunci rumahnya tidak hilang di dalam rumah? Sudah tentu,
tidak. Walau bagaimanapun, Cynthia berhak menyatakan apa-apa yang telah
dilakukannya, di mana dia tidak terus membuat kesimpulan, sebaliknya berusaha
mencari kebenaran, dan akhirnya percaya bahawa kuncinya tiada di dalam rumah,
namun kepercayaan itu adalah palsu. Di sini, Martin telah membuat perbandingan
bagi dua jenis kepercayaan palsu, iaitu:

• kepercayaan palsu yang datang sebagai satu tekaan dan anda menerimanya
tanpa usaha untuk membuktikan kebenarannya

• kepercayaan palsu setelah terdapat percubaan untuk mencari kebenaran


tentang sesuatu

Bagi sesiapa yang mempercayai sesuatu proposisi, mereka perlu berusaha untuk
mencari kebenarannya kerana kepercayaan palsu tidak diterima sebagai
pengetahuan. Jika dilihat kepada perbincangan mengenai kebenaran ini, ia masih
berkait rapat dengan justifikasi terhadap pengetahuan.

Oleh itu, Matthias (2018) berpendapat bahawa tiga komponen utama pengetahuan
adalah kebenaran, kepercayaan, dan justifikasi (lihat Rajah 6.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Rajah 6.3: Tiga Komponen Utama Pengetahuan

Sumber: Matthias (2018)

Aspek kepercayaan ini sudah kita bincangkan dalam Subtopik 6.1.3. Maka
sekarang, subtopik ini membincangkan pula tentang kebenaran dan justifikasi.
Adakah terdapat perbezaan antara keduanya? Matthias memberi penyelesaian
terhadap persoalan ini berdasarkan dua pendekatan, iaitu pendekatan tradisional
dan pendekatan bukan tradisional. Dua pendekatan ini dijelaskan dengan lebih
lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

6.3.1 Pendekatan Tradisional


Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan tradisional menyatakan bahawa
pengetahuan terhadap sesuatu sekurang-kurangnya mestilah kebenaran sebenar
yang telah dijustifikasikan. Mereka menolak proposisi yang palsu. Oleh itu,
pengetahuan memerlukan kebenaran. Malah, subjek juga perlu percaya proposisi
tersebut. Hal ini bermaksud pengetahuan juga memerlukan kepercayaan.

Oleh itu, anda dikatakan mempunyai pengetahuan tentang sesuatu apabila


proposisi yang anda ketahui adalah benar dan anda mempercayainya. Contohnya,
anda mempunyai pengetahuan tentang sebab-sebab berlakunya Perang Dunia
Kedua kerana pengetahuan tersebut adalah benar (fakta) dan anda
mempercayainya benar-benar berlaku kerana benar-benar tercatat dalam sejarah.

Elemen justifikasi bagi pendekatan tradisional adalah bagi mengelakkan bahawa


pengetahuan yang diperoleh adalah secara nasib baik ataupun kebetulan.
Kepercayaan terhadap sesuatu pengetahuan perlulah munasabah dan rasional.
Anda masih ingat Rajesh dalam Subtopik 6.1.1? Mengikut fahaman evidentialism,
sesuatu kebenaran itu wajar (dijustifikasikan) adalah terdapatnya bukti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  163

6.3.2 Pendekatan Bukan Tradisional


Ahli falsafah yang mengadaptasi pendekatan bukan tradisional juga mempercayai
kepada tiga elemen utama pengetahuan (kebenaran, kepercayaan, dan justifikasi).

Namun, apa-apa yang membezakan pendekatan ini ialah penggunaan justifikasi


yang berbeza. Tugas justifikasi bagi pendekatan bukan tradisional adalah untuk
memastikan bahawa kepercayaan seseorang terhadap pengetahuannya
merupakan kebarangkalian objektif yang tinggi.

Oleh itu, jika benar, pengetahuan tidak diperoleh semata-mata secara kebetulan.
Pandangan reliabilism mendapati bahawa kepercayaan itu berasal daripada
proses kognitif ataupun fakulti yang boleh dipercayai. Fakulti kognitif terdiri
daripada pelbagai komponen seperti lima deria utama, memori, imaginasi, dan
intelek.

Oleh itu, pendekatan bukan tradisional lebih menumpukan terhadap fungsi yang
dijalankan oleh „justifikasi‰ itu untuk mengelakkan pemerolehan pengetahuan
melalui nasib yang baik. Pengetahuan perlu diperoleh melalui proses kognitif
yang boleh dipercayai (wajar).

6.3.3 Ketidakcukupan Kepercayaan Sebenar yang


Dijustifikasikan sebagai Pengetahuan
Sesuatu proposisi diterima sebagai pengetahuan apabila ia dipercayai dan
terdapat kebenaran untuk mempercayainya melalui justifikasi yang membuatkan
sesuatu itu dipercayai dan benar. Namun, ada kalanya berlaku juga
ketidakcukupan bagi kebenaran sebenar yang wajar untuk diterima sebagai
pengetahuan.

Menurut Matthias (2018), perkara ini terjadi apabila tiada bukti mahupun asal usul
daripada fakulti yang boleh dipercayai untuk memastikan bahawa kepercayaan
yang dibina bukanlah semata-mata kerana nasib yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Matthias memberi gambaran ketidakcukupan ini sepertimana yang dibincangkan


oleh Pritchard (2016), iaitu melalui pengetahuan Henry mengenai bangsal seperti
yang berikut:

Henry memandu di luar kawasan bandar sambil mengamati pemandangan di


luar. Dengan melakukan demikian, dia dapat melihat beberapa bangunan yang
mempunyai bentuk seakan-akan sebuah bangsal (yang sebenarnya bukanlah
bangsal). Kemudiannya, dia terlihat sebuah bangsal yang sebenar dan
mempercayai bahawa adanya bangsal di ladang itu berdasarkan apa-apa yang
dilihatnya.

Contoh tadi menunjukkan bagaimana Henry membina pengetahuan tentang


sebuah bangsal sehingga Henry percaya terdapat sebuah bangsal di ladang.
Menurut pendekatan tradisional, pengalaman visual Henry membenarkan
kepercayaannya. Manakala pendekatan bukan tradisional juga membenarkan
kepercayaan ini kerana Henry telah mendapat pengetahuan „bangsal‰ melalui
proses kognitif yang boleh dipercayai, iaitu melalui penglihatan.

Walau bagaimanapun, Matthias berpendapat, kepercayaan Henry hanyalah


secara kebetulan kerana kepercayaannya terhadap bangsal sebenar adalah
berdasarkan sebilangan kecil bangsal yang terdapat di situ.

Oleh itu, Henry sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan tentang bangsal tetapi
mengetahuinya ialah bangsal berdasarkan apa-apa yang dilihatnya secara
kebetulan. Ahli epistemologi berpendapat bahawa kepercayaan Henry ini tidak
dikira sebagai pengetahuan.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Nyatakan lima pembahagian kaedah pemerolehan ilmu.

2. Apakah kaedah yang digunakan untuk memperoleh pengetahuan


sebenar mengenai sesuatu berita kemalangan yang berlaku?

3. Apakah perbezaan antara penggunaan pendekatan tradisional


dengan bukan tradisional terhadap kebenaran sesuatu proposisi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  165

6.4 JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU


Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita kenal pasti jenis dan klasifikasi ilmu.
Berdasarkan pendapat Lacewing (2017), fahaman ideologi terbahagi kepada dua,
iaitu rasionalisme dan empirisisme (akan dibincangkan dalam Topik 7), maka
ilmu pengetahuan juga dibahagikan kepada dua jenis, iaitu priori dan posteriori.

Dua istilah yang berasal daripada Latin ini merujuk daripada apa-apa yang
sebelum ini (priori) dan daripada apa-apa yang selepas ini (posteriori). Kedua-
duanya membincangkan perdebatan tentang sebab dan akibat. Collins (2010) pula
membahagikan ilmu kepada ilmu eksplisit dan ilmu tersirat. Empat jenis ilmu ini
akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

6.4.1 Ilmu Priori dan Posteriori


Williamson (2013) menegaskan bahawa sesuatu ilmu pengetahuan itu ialah priori
atau posteriori dan bukan kedua-duanya:

• dinamakan ilmu priori jika ia diperoleh melalui kaedah bagi ilmu priori

• dinamakan posteriori jika ia diperoleh melalui kaedah bagi ilmu posteriori

Walau bagaimanapun, jika terjadi juga kedua-duanya, maka ilmu itu diperoleh
melalui pelbagai cara, iaitu sebahagian ilmu berkaitan dengannya adalah melalui
kaedah bagi ilmu priori dan sebahagiannya lagi adalah melalui kaedah bagi ilmu
posteriori.

Menurut Lacewing (2017), seorang itu diketahui mempunyai ilmu priori apabila
ilmu tersebut tidak memerlukan pengalaman untuk memastikan bahawa ia benar
(bebas daripada pengalaman). Contohnya, semua orang bujang ialah mereka yang
belum berkahwin. Kita tidak perlukan pengalaman berjumpa dengan mereka
yang bujang untuk mengetahui kebenarannya. Begitu juga dengan 2 + 2 = 4 yang
kebenarannya hanya dapat dibuktikan melalui logik pemikiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Menurut Lacewing (2017) lagi, seorang itu diketahui mempunyai ilmu posteriori
apabila pengalaman deria diperlukan untuk memastikan bahawa ilmu itu benar
(bergantung pada pengalaman). Contohnya, terdapat lebih daripada enam bilion
manusia di atas muka bumi.

Immanuel Kant berpendapat bahawa pengetahuan posteriori dan pengetahuan


empirikal adalah sama. Kedua-duanya adalah bertentangan dengan pengetahuan
priori. Hal ini bermaksud bahawa jika pengetahuan empirikal secara epistemik
bergantung pada pengalaman, maka pengetahuan priori pula adalah sebaliknya
(Casullo, 2012).

Menurut Stroll dan Martinich (2019), terdapat empat bentuk proposisi yang dapat
membezakan antara pengetahuan priori ataupun posteriori. Empat proposisi ini
dijelaskan dalam Jadual 6.7.

Jadual 6.7: Empat Proposisi untuk Menentukan Pengetahuan Priori atau Posteriori

Proposisi Huraian
Diperlukan Sesuatu proposisi itu perlu benar (necessarily true) jika ia benar dan
(necessary) perlu salah (necessarily false) jika ia salah. Contohnya, 2 + 2
lawan luar sememangnya jawapannya 4 ataupun seorang „suami‰ merupakan
jangkaan lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga. Dua hakikat ini
(contingent) merupakan pengetahuan priori kerana perolehan pengetahuan ini
bukanlah didapati melalui pengalaman.

Sesuatu proposisi itu akan menjadi sama ada betul ataupun salah
(contingently true or false) bergantung pada yang diperlukan.
Contohnya, memang benar bahawa bilangan serangga melebihi
bilangan semua binatang lain tetapi proposisi ini suatu hari akan
menjadi salah. Ia bergantung pada habitat, alam semula jadi, dan
bencana alam yang berlaku. Pengetahuan posteriori ini memerlukan
pengalaman pancaindera untuk mengetahui kebenarannya seperti
melakukan uji kaji, pemerhatian, dan pembacaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  167

Analitik Sesuatu pengetahuan itu jelas kebenarannya secara analitik hanya


lawan dengan memikirkan maksud perkataannya. Contohnya, empat segi
sintetik tepat mempunyai empat sisi yang sama panjang (lihat Rajah 6.4).

Rajah 6.4: Pengetahuan Empat Segi Tepat Mempunyai Empat Sisi yang
Sama Panjang Merupakan Pengetahuan Priori kerana Anda Hanya
Perlu Memikirkan tentangnya

Secara sintetik, sesuatu pengetahuan itu dikatakan benar apabila


kebenarannya bukan bergantung pada maksud perkataan tetapi
bergantung pada cara ia berlaku. Contohnya, buah tomato yang masak
berwarna merah (lihat Rajah 6.5).

Rajah 6.5: Pengetahuan Buah Tomato yang Masak Berwarna Merah


Merupakan Pengetahuan Posteriori kerana Ia Memerlukan
Pengamatan melalui Penglihatan untuk Mengetahuinya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Tautologi Apakah yang dimaksudkan dengan tautologi? Tautologi merupakan


lawan pengulangan secara keterlaluan tentang sesuatu idea. Oleh itu, suatu
signifikan proposisi dikatakan tautologi jika istilah ataupun ideanya adalah
berulang-ulang.

Contohnya, „batu = batu‰ („batu adalah serupa dengan batu‰).


Proposisi sedemikian tidak menyampaikan maklumat dan tidak
memberi input kognitif kerana mengapakah kita memaklumkan batu
ialah batu? Proposisi dikatakan signifikan jika proposisi itu
memberikan maklumat baharu tentang dunia. Misalnya, terdapat
pelbagai jenis batuan di dunia dan setiap batu berbeza mengikut iklim
di suatu tempat.

St Anselm of Canterbury (1033/34–1109) cuba mengulas tentang


kewujudan Tuhan melalui premis tautologi, bahawa „Tuhan itu satu-
satunya yang sempurna dan tiada makhluk akan jadi sempurna
melainkan ia wujud‰ (proposisi ini merupakan tautologi kerana
pengulangannya memberi maksud yang sama, makhluk sememangnya
wujud). „Satu-satunya makhluk yang wujud adalah‰ sama dengan
„tiada makhluk yang menyamai kewujudan Tuhan.‰

Berbeza dengan St Anselm, Hume dan Kant yang menyatakan bahawa


kewujudan Tuhan tidak dinyatakan melalui proposisi semata-mata.
Proposisi tautologi umumnya merujuk ilmu priori, penting, dan
analitikal. Manakala proposisi yang signifikan umumnya merupakan
ilmu posteriori, kontinjen (boleh berubah), dan sintetik (tiruan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  169

Logik lawan Proposisi logik adalah suatu proposisi yang menyatakan kebenaran
fakta logik. Contohnya, untuk suatu proposisi „Semua suami telah
berkahwin‰, secara logiknya ia bersamaan dengan proposisi „Jika ada
seseorang yang sudah berkahwin dan dia ialah lelaki, maka dia ialah
suami.‰

Sebaliknya, ciri-ciri semantik dan sintaksis daripada proposisi fakta


tidak mungkin membuatkan sesuatu proposisi itu menjadi kurang
kebenaran logik. Contohnya, infografik pada kes dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Statistik COVID-19 di Malaysia pada Tarikh 27 April 2020

Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-
ncov-wuhan

Proposisi logik selalunya adalah priori, selalu diperlukan dan biasanya


analitik (analisis). Proposisi faktual pula secara amnya adalah
posteriori, kontinjen (kebenaran fakta), dan sintetik (melakukan
sintesis).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah jenis ilmu 2 + 2 = 4?

2. Nyatakan empat pengelasan ilmu priori dan posteriori?

3. „Lelaki yang bujang ialah lelaki yang belum berkahwin.‰ Adakah


benar jika proposisi yang dinyatakan adalah priori, diperlukan
(necessary), dan analitik?

6.4.2 Ilmu Eksplisit dan Tersembunyi


Collins (2010) merupakan tokoh yang membincangkan mengenai ilmu eksplisit
(jelas) dan tersembunyi (tersirat). Apabila kita baca dan merujuk pandangan
Michael Polanyi (1966) dalam artikelnya yang bertajuk The Logic of Tacit
Inference, beliau menyatakan bahawa setiap ilmu tersembunyi itu berakar umbi
daripada ilmu eksplisit ataupun ilmu tersebut merupakan ilmu eksplisit secara
keseluruhannya.

Mari kita ikuti penjelasan mengenai definisi ilmu eksplisit dan tersembunyi
mengikut Collins (2010).

Ilmu eksplisit merujuk komunikasi manusia melalui tanda, ikon, kod, dan
yang lain sepertinya ataupun lebih mudah dijelaskan sebagai interaksi objek
fizikal, yang dikenal sebagai untaian, rentetan (string) (seperti yang dapat
dilihat dalam kod binari), atau entiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  171

Sesuatu untaian itu memenuhi syarat berikut:

• berbentuk fizikal (memenuhi impak fizikal);

• merupakan satu corak (ia boleh ditekan, dicetak, atau menghasilkan corak
yang sama dengan menggunakan cara yang berbeza);

• berkomunikasi secara mekanikal (seperti kod yang dimasukkan ke dalam


komputer); dan

• berkomunikasi melalui interpretasi bermakna yang dibuat oleh manusia.

Ilmu eksplisit lebih mudah disusun dan dikongsi bersama orang lain. Kaedah
penstoran ilmu tersebut adalah lebih penting daripada isi kandungannya.
Contohnya, maklumat mengenai sejarah Malaysia lebih mudah dikongsi dalam
bentuk buku dan isi kandungannya disusun dalam bentuk kronologi, iaitu dengan
mengikut masa.

Situasi ini adalah berbeza dengan ilmu tersembunyi. Ilmu tersembunyi lebih sukar
untuk dikongsi. Contohnya, adalah sukar untuk menguasai ilmu pengetahuan
mengenai cara bermain piano dengan hanya berpandukan buku. Ilmu
tersembunyi mempunyai persamaan dengan ilmu posteriori, iaitu perlu diperoleh
melalui pengalaman.

Collins melihat ilmu tersembunyi melalui seseorang yang mempelajari cara


menaiki basikal. Ia merupakan ilmu tersembunyi memandangkan cara mengayuh
basikal tidak dapat dikuasai dengan hanya merujuk arahan berbentuk buku
manual, iaitu secara eksplisit. Pasti anda akan teringat, bagaimanakah pertama
kali anda mampu mengayuh basikal dengan baik bukan? Begitulah juga dengan
ilmu eksplisit dan tersembunyi ini. Mari kita saksikan video di
https://www.youtube.com/watch?v=p6SNCvIN4EI yang memaparkan cara
seseorang memperoleh kedua-dua ilmu tersebut.

AKTIVITI 6.3

Apakah pandangan anda terhadap gerak hati atau naluri? Adakah ia


boleh diterima sebagai ilmu? Bagaimanakah pula dengan deria keenam?
Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

• Epistemologi merujuk kajian tentang ilmu pengetahuan.

• Ilmu pengetahuan ialah proposisi yang diyakini dan justifikasi terhadap


proposisi membuktikan kebenaran kepercayaan itu.

• Proposisi merupakan isi kandungan, maksud, atau ayat yang boleh jadi betul
ataupun salah.

• Terdapat lima kaedah perolehan ilmu, iaitu melalui persepsi, introspektif,


memori, penaakulan, dan testimoni.

• Persepsi merupakan lima deria utama manusia, iaitu deria penglihatan,


pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa.

• Introspektif boleh dikatakan sebagai apa-apa yang ada „dalam‰ minda


seseorang.

• Memori ialah keupayaan untuk mengekalkan pengetahuan yang diperoleh


pada masa lalu.

• Penaakulan ialah membuat pertimbangan dan penilaian menggunakan akal


ataupun secara logik.

• Testimoni merujuk pengetahuan terhadap Y seperti apa-apa yang dikatakan


orang lain terhadap Y.

• Kebenaran merupakan syarat untuk mendapat pengetahuan. Jika sesuatu


kepercayaan itu palsu, maka ia bukan pengetahuan.

• Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan tradisional menyatakan bahawa


pengetahuan terhadap sesuatu sekurang-kurangnya mestilah kebenaran
sebenar yang dijustifikasikan.

• Ahli falsafah yang mengadaptasi pendekatan bukan tradisional juga


mempercayai kepada tiga elemen utama pengetahuan, iaitu kebenaran,
kepercayaan, dan justifikasi.

• Dua jenis ilmu yang terhasil melalui pemikiran rasionalisme dan empirisisme
ialah ilmu priori dan posteriori.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  173

• Priori merujuk ilmu sebelum ini dan posteriori merujuk ilmu apa-apa selepas
ini.

• Ilmu eksplisit merujuk komunikasi manusia melalui tanda, ikon, kod, dan
yang lain sepertinya ataupun lebih mudah dijelaskan sebagai interaksi objek
fizikal yang dikenal sebagai untaian, rentetan (string) (seperti yang dapat
dilihat dalam kod binari), atau entiti.

• Ilmu tersembunyi merupakan ilmu yang perlu diperoleh melalui pengalaman


dan lebih sukar untuk dikongsi. Ilmu tersembunyi mempunyai persamaan
dengan ilmu posteriori.

Epistemologi Justifikasi
Ilmu eksplisit Kebenaran
Ilmu pengetahuan Memori
Ilmu posteriori Penaakulan
Ilmu priori Persepsi
Ilmu tersembunyi Proposisi
Introspektif Testimoni

Casullo, A. (2017). Essays on a priori knowledge and justification: Essays. Oxford


University Press.

Collins, H. (2010). Tacit and explicit knowledge. The University of Chicago Press.

Foley, R. (2012). When is true belief knowledge? Princeton University Press.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lacewing, M. (2017). Philosophy for AS and a level: Epistemology and moral


philosophy. Routledge.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Martin, R. M. (2014). Epistemology: A beginnerÊs guide. Oneworld Publications.

Matthias, S. (2018). Epistemology. Stanford Encylopedia of Philosphy Archive.


https://stanford.io/2PjqfVl

Polanyi, M. (1966). The logic of tacit inference. Philosophy, 41(155), 1–18.

Pritchard, D. (2016). Epistemology (Ed. ke-2). Palgrave Macmillan.

Schukraft, J. (2017). An analysis of Edmund GettierÊs is justified true belief


knowledge? Macat International Ltd.

Stroll, A., & Martinich, A. P. (2019). Epistemology. Encyclopaedia Britannica.


https://bit.ly/3sb8RAW

Williamson, T. (2013). How deep is the distinction between a priori and a posteriori
knowledge? Dalam A. Casullo & J. C. Thurow (Pnyt.), The a priori in
philosophy (ms. 291–312). Oxford University Press.

Zagzebski, L. (2009). On epistemology. Wadsworth Cengage Learning.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Epistemologi
dan Isu
7 Semasa
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mengenal pasti sejarah ideologi.
2. Menghuraikan implikasi tiga pandangan ideologi terhadap
epistemologi.
3. Membincangkan empat ideologi dan kesannya terhadap
epistemologi.

 PENGENALAN
Lacewing (2017) telah membincangkan epistemologi dan sumber ilmu
pengetahuan mengikut fahaman ideologi yang berbeza, iaitu:

• innatisme
• rasionalisme

• empirisisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Perbezaan ini bermula dari zaman Plato, iaitu ketika ilmu pengetahuan mula
dibincangkan melalui ilmu falsafah. Ketika itu, Plato dan rakan-rakannya seperti
Decartes dan Leibniz, berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu dapat diperoleh
melalui kaedah penaakulan.

Walau bagaimanapun, ahli falsafah seperti Locke dan Hume menolak pandangan
ini dengan menyatakan bahawa ilmu pengetahuan itu dapat diperoleh melalui
pengalaman. Perbezaan pandangan ini dapat diringkaskan seperti dalam
Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Sumber Ilmu Pengetahuan Mengikut Perbezaan Ideologi

Ideologi Pecahan Ideologi Huraian


Rasionalisme Rasionalisme Ilmu diperoleh melalui pandangan rasional dan
klasik penaakulan.
Innatisme Fitrah manusia dikurniakan dengan ilmu.
Empirisisme Empirisisme Ilmu diperoleh melalui pengalaman, bukan
klasik melalui pandangan rasional dan penaakulan
ataupun secara fitrah semula jadi manusia.

Sumber: Lacewing (2017)

Sebagaimana yang telah anda baca dalam Topik 6, terdapat dua jenis ilmu
pengetahuan, iaitu priori dan posteriori (Lacewing, 2017). Seterusnya, dalam topik
ini, kita akan mempelajari cara pemerolehan ilmu dari sudut ideologi berlaku.
Jadi, mari kita teruskan!

AKTIVITI 7.1

Perhatikan orang di sekeliling anda. Adakah anda merasakan bahawa


persepsi mereka tentang ilmu pengetahuan dipengaruhi oleh
pandangan ahli falsafah? Atau adakah mereka sendiri tidak
menyedarinya? Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  177

7.1 KRONOLOGI SEJARAH IDEOLOGI


Terdapat tiga ideologi yang berbeza wujud dalam sejarah ideologi. Tiga ideologi
yang berbeza ini dijelaskan dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Tiga Ideologi dalam Sejarah Ideologi

Latar Belakang Sarjana Ideologi


Rasionalis benua Descartes (1576–1650) • Meditasi
Eropah • Wacana tentang kaedah
Spinoza (1632–1677) • Etika
Leibniz (1646–1716) • Monadologi
• Wacana metafizik
Empirisis Locke (1632–1704) • Esei mengenai pemahaman manusia
berbangsa
Berkeley (1685–1753) • Karya tentang prinsip pengetahuan
Inggeris
manusia
• Tiga dialog antara Hylas dan Filonus
Hume (1711–1776) • Perjanjian mengenai sifat manusia
Idealis berbangsa Kant (1724–1804) • Kritikan akal (critique of pure reason)
Jerman
Hegel (1770–1831) • Fenomenologi semangat, sains logik

Sumber: Anderson (2008)

Idealisme dikatakan sebagai permulaan satu era moden terhadap epistemologi,


walaupun sebahagian besar ahli falsafah masih bergantung pada rasionalisme
ataupun empirisisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

7.2 IMPLIKASI PERBEZAAN IDEOLOGI


TERHADAP EPISTEMOLOGI
Subtopik ini akan membincangkan tiga ideologi yang dinyatakan dalam Jadual 7.2
tadi mengikut Anderson (2008). Mari kita teruskan.

7.2.1 Pandangan Rasionalisme terhadap Epistemologi


Menurut Blanshard (2016), fahaman ahli rasionalis melihat ilmu pengetahuan
sebagai sesuatu yang menepati ciri-ciri penaakulan – kebenaran itu merujuk
sesuatu yang dapat diterima akal dan mempunyai bukti yang kukuh. Dua ciri ini
bertentangan dengan ilmu esoterik seperti pengalaman mistik, wahyu, dan intuisi,
begitu juga dengan perkara yang dianggap tidak rasional seperti emosi dan
perkara bawah sedar.

Ahli rasionalis percaya bahawa ilmu pengetahuan itu diperoleh melalui ilmu
priori ataupun secara rasional, intuisi, iaitu ilmu itu diperoleh secara langsung
melalui intelek dan ini adalah bertentangan dengan perolehan ilmu melalui
pengalaman. Menurut ahli rasionalis lagi, terdapat satu ciri universal yang
dimiliki oleh sesuatu pengetahuan, iaitu manusia dapat memikirkan tentang ilmu
dan hubungan antara mereka, contohnya ilmu logik dan matematik.

Rasionalisme menentang psikologi genetik, idea cendekiawan dari Switzerland,


iaitu Jean Piaget (1896–1980) yang mengkaji perkembangan pemikiran dan
tingkah laku bayi. Menurut Piaget, minda berkembang hanya melalui pengalaman
bayi menempuhi situasi dunia.

Begitu juga, rasionalisme menentang transaksionalisme yang merupakan satu


sudut psikologi yang menyatakan bahawa kemahiran persepsi manusia ialah satu
bentuk pencapaian, iaitu dicapai melalui tindak balas terhadap persekitaran yang
aktif. Hal ini menunjukkan bahawa persepsi itu diperoleh melalui pertimbangan
kebarangkalian yang terbentuk berdasarkan tindakan terdahulu yang dilakukan
dalam situasi yang sama.

Walau bagaimanapun, pihak rasionalisme mempertahankan nativisme yang


berpendapat bahawa kemampuan persepsi dan konseptual tertentu ialah fitrah
(semula jadi). Contohnya, eksperimen dijalankan oleh Eleanor J. Gibson dan
Richard D. Walk (1960) yang mengkaji tentang persepsi kedalaman sesuatu
kawasan. Keadaan eksperimen tersebut dipaparkan dalam Rajah 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  179

Rajah 7.1: Eksperimen Tebing Visual

Sumber: Myers & DeWall (2017)

Eksperimen ini mengkaji persepsi tentang sesuatu kedalaman dengan


menggunakan pasangan bayi dan ibu. Sebelum meja lut sinar diletakkan seperti
dalam Rajah 7.1, bayi memberi reaksi yang baik dan terus mendapatkan ibunya
pada kedalaman yang mereka yakin selamat.

Namun, setelah diletakkan kaca lut sinar pada sebahagian daripada meja untuk
mendapatkan kesan kedalaman tiga dimensi (3D), bayi menjadi kurang selesa
untuk meneruskan perjalanannya merentasi kaca tersebut, walaupun sebenarnya
keadaan itu selamat. Kajian ini mendapati bahawa ilmu tentang kedalaman di
sesebuah tempat merupakan fitrah atau semula jadi, tanpa perlu diajar kepada
bayi tersebut. Fahaman ini juga dikenal sebagai innatisme. Pada tahun 1950,
seorang ahli sintetik yang inovatif bernama Noam Chomsky, menjadi pengikut
René Descartes (1596–1650); beliau secara jelas menerima doktrin rasionalistik
innatisme.

Walaupun terdapat beribu-ribu bahasa yang digunakan di dunia yang


mempunyai perbezaan bunyi dan simbol, kesemuanya mempunyai persamaan
sintaksis, iaitu dengan wujudnya „skema tatabahasa sejagat‰ yang ditentukan
secara semula jadi dalam minda manusia itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Contohnya, perkataan „tidak‰ apabila diterjemahkan kepada:

(a) bahasa Inggeris menjadi no

(b) ‫ﻻ‬
bahasa Arab menjadi la ( )

(c) bahasa Urdu menjadi nehi (‫)ﻧﮩﻴﮟ‬

(d) bahasa Portugis menjadi não

Yang boleh kita simpulkan daripada skema tatabahasa sejagat ialah intonasi suara,
memek muka, dan bahasa badan ketika menyatakan perkataan tersebut dapat
difahami dan diagakkan maksudnya.

Fahaman ini menjadi satu bukti bagaimana sesuatu bahasa itu dapat
diterjemahkan kepada bahasa lain dengan mudah. Fahaman ahli rasionalis
terhadap idea innatisme bukanlah bermaksud bahawa kesemua ilmu yang
dimiliki oleh manusia adalah secara semula jadi sejak lahir, tetapi kebolehan
memahami beberapa hubungan dan prinsip yang jelas melalui cara intuisi
lahiriah, dan bukan dengan mempelajarinya melalui pengalaman.

Ahli rasionalis berpegang teguh bahawa penaakulan (bukan perasaan, adat, atau
kuasa autoriti) merupakan sumber penilaian baik dan buruk, betul, atau salah.
Dengan kebolehan kognitif manusia, penentuan baik dan buruk sesuatu perilaku
itu dapat ditentukan. Contohnya, Ah Meng tahu perbuatan mencuri itu perbuatan
yang buruk dan salah di sisi undang-undang.

Selain itu, ahli rasionalis juga percaya bahawa pengetahuan manusia lahir secara
semula jadi (bukan dengan bantuan kuasa ghaib) dengan memberi penekanan
terhadap kebolehan kognitif atau otak manusia, berbanding kuasa ghaib/sakti
atau kepercayaan terhadapnya.

Oleh itu, ahli rasionalis menentang agama atau kepercayaan yang berkaitan
dengan Tuhan kerana bagi mereka, sumber agama boleh didapati melalui
kemahiran berfikir manusia dan boleh ditulis dari semasa ke semasa. Walau
bagaimanapun, penulisan tentang agama masih tidak sempurna kerana tidak
cukup ciri atau syarat dan pemikiran manusia adalah terhad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  181

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Huraikan eksperimen yang dilakukan oleh Gibson dan Walk


tentang persepsi bayi mengenai kedalaman sesuatu kawasan.

2. Apakah hubungan eksperimen tersebut dengan pandangan


rasionalisme mengenai ilmu pengetahuan?

7.2.2 Pandangan Empirisisme terhadap Ilmu


Pengetahuan
Peter (2017) menjelaskan bahawa ahli empirisis melihat perolehan ilmu
pengetahuan itu secara posteriori, iaitu melalui pengalaman deria (pancaindera).
Oleh itu, tiada ilmu pengetahuan yang diperoleh secara fitrah (semula jadi)
(Carlin, 2009).

Berdasarkan perbincangan mengenai epistemologi dalam Topik 6, kebenaran ilmu


pengetahuan itu perlu dijustifikasikan dan ini adalah bertepatan dengan jenis ilmu
posteriori, iaitu mengikut empirisisme, justifikasi kebenaran bagi sesuatu ilmu
pengetahuan perlu dibuat melalui pengalaman deria.

Menurut Carlin (2009), pandangan bersifat empirisisme ini bermula dengan


komentar Aristotle terhadap Plato yang lebih bersifat rasionalis, diikuti dengan
zaman empirisis klasik (seperti Locke, Berkeley, dan Hume). Zaman ini
merupakan zaman bermulanya revolusi saintifik, dan pasca-reformasi dan zaman
renaissance (iaitu zaman kebangkitan Eropah setelah berakhirnya zaman gelap
dan zaman pertengahan). Pada ketika ini, terdapatnya keperluan terhadap
perubahan pemikiran yang kritikal terhadap dunia yang membuatkan para ahli
falsafah ini muncul dan memberikan pandangan mereka.

Menurut Wolfe dan Gal (2010), keperluan terhadap bukti empirikal sebagai satu
syarat bagi bidang sains telah dipersetujui dalam mesyuarat Royal Society of
London pada tahun 1660. Syarat empirikal ini ialah:
• amalan penguji kajian secara berkumpulan yang bersifat terbuka

• menggunakan peralatan uji kaji yang direka khas

• disokong oleh wacana kritikal dalam kalangan umum

• menekankan kepada ketepatan dan boleh diulang semula

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Dengan bantuan ahli sains Francis Bacon, ahli empirisis telah mencuba pelbagai
uji kaji saintifik yang menggunakan pelbagai kaedah termasuklah pemerhatian
Aristotle dan eksperimen alkimi (perubahan kimia terhadap sesuatu bahan).

Carlin (2009) merumuskan pergerakan empirisisme ini dengan pandangan


daripada Bacon – pemerolehan ilmu pengetahuan tentang alam adalah hasil uji
kaji yang tepat menggunakan kaedah induksi yang betul, maka pengetahuan ini
dapat dimanipulasikan untuk tujuan yang mulia. Hobbes juga mempercayai
bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui input deria daripada alam sekeliling
tetapi beliau juga mencadangkan pandangan umum mengenai mekanisme, iaitu
dunia ini berjalan berdasarkan pergerakan sesuatu.

Pada abad ke-18, setelah terdapatnya pelbagai sumbangan idea daripada ahli
falsafah empirisisme terdahulu seperti Hobbes dan Locke, Berkeley telah
membawa empirisisme kepada tahap logik – pengalaman terhadap deria
membawa kepada persepsi terhadap idea dan idea merupakan objek yang dialami
setiap hari. Dengan pandangan ini, Berkeley mengembangkan pandangannya
dalam bentuk metafizik, epistemologi, dan falsafah sains berdasarkan idea dan
akal fikiran.

Hume, ahli empirisis yang terkenal turut membawa falsafah empirikal ini ke tahap
logik, dengan memberi penegasan kepada pengalaman deria dan penggunaan
persepsi akal fikiran. Hume membuat perbandingan antara idea dengan perkara
sebenar (matters of fact). Menurut beliau, hubungan antara idea merupakan satu
proses pemikiran semata-mata, tanpa perlu mengambil kira tentang apakah yang
wujud di mana-mana tempat dalam dunia ini.

Contohnya, proposisi „1 + 2 = 3‰ merupakan ilmu pengetahuan yang diperoleh


tanpa pemerhatian empirikal. Ia dapat diketahui dengan hanya melihat hubungan
idea yang terdapat dalam proposisi tersebut. Begitu juga dengan proposisi
„jumlah sudut dalaman bagi segi tiga ialah 180À‰.

Selain itu, perkara sebenar (matters of fact) juga merujuk pengalaman yang dilalui
oleh seseorang. Contohnya, proposisi „di dalam bilik tidur ada lima ekor kucing.‰
Pengetahuan tidak dapat diperoleh hanya dengan membuat hubungan antara
bilik tidur dengan kucing. Seseorang itu perlu pergi ke bilik tidur tersebut untuk
melihat kebenaran proposisi mengenai lima ekor kucing tadi seperti yang
digambarkan dalam Rajah 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  183

Rajah 7.2: Untuk Melihat Kebenaran Proposisi Mengenai Lima Ekor Kucing, Seseorang
Itu Perlu Pergi ke Bilik Tidur Tersebut untuk Mengesahkannya

Hume juga berpandangan bahawa sesuatu pengetahuan itu terhasil melalui


„sebab dan akibat‰.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Empirisisme sangat menekankan kepada pengalaman deria


sebagai sumber ilmu pengetahuan. Siapakah yang telah membuat
pembaharuan dengan mengambil kira idea sebagai salah satu
sumber empirikal?

2. Jelaskan mengapakah perkara hakikat (matters of fact)


memerlukan pengalaman sebagai kaedah perolehan ilmu
pengetahuan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

7.2.3 Pandangan Idealisme terhadap Ilmu


Pengetahuan
Pritchard (2014) melihat ahli falsafah Berkeley sebagai penggerak kepada
bermulanya fahaman idealisme terhadap ilmu pengetahuan. Ahli falsafah seperti
Kant dan Hegel menyuarakan pandangan yang berunsurkan fahaman idealisme
ini, terutamanya dengan pandangan bahawa sumber ilmu pengetahuan itu
berpunca daripada pemikiran Tuhan. Apabila kita mempunyai pengetahuan
tentang sesuatu, itu bermaksud kita sudah tiba ke satu tahap pemahaman di
bawah sedar tentang sesuatu idea.

Namun, pandangan ini bertentangan dengan Plato yang menyatakan bahawa


sumber pengetahuan manusia adalah dalam bentuk priori yang tersembunyi
dalam minda tanpa manusia menyedarinya (Ornstein et al., 2011).

Menurut Bird (2006), Kant telah menolak idealisme tradisional yang berpendapat
bahawa sumber pengetahuan hanya dapat diperoleh sama ada daripada deria dan
ilusi atau semata-mata daripada penaakulan dan sumber agung, iaitu Tuhan.

Menurut Robinson (2018) pula, idealisme berpegang bahawa pada dasarnya,


dunia ini wujud sebagai semangat ataupun kesedaran; abstrak dan undang-
undangnya lebih kepada asas dalam realiti berbanding dengan sebagai benda
deria ataupun sekurang-kurangnya wujud dalam dimensi utama mentaliti, iaitu
sebagai idea.

Pandangan idealisme terhadap epistemologi pula menyatakan bahawa ahli idealis


melihat pengetahuan sebagai proses minda yang dapat menggarap hanya
fizikalnya ataupun objek yang dicapai oleh persepsi. Pandangan idealis ini
bertentangan dengan idea realisme yang berpandangan bahawa manusia hanya
dapat menggarap ilmu sesuatu objek itu mengikut apa-apa yang dilihat oleh
mereka.

Robinson (2018) juga menyatakan bahawa ada kalanya, idealisme dikaitkan


dengan spiritual. Menurut Ornstein et al., 2011, para guru yang berfahaman
idealisme percaya bahawa idea mengenai Tuhan yang Esa telah wujud bagi
mereka yang mencari kebenaran dan mereka menjustifikasikannya dalam bentuk
pengetahuan. Oleh itu, dengan menyatakan keutamaan akademik berbanding hal
yang lain, pihak sekolah mula menyusun kurikulum utama yang berasaskan
falsafah dan ilmu teologi (keagamaan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  185

Jadi, apakah pandangan idealisme terhadap ilmu pengetahuan? Ornstein et al.


(2011) menyatakan bahawa idealisme melihat ilmu pengetahuan sebagai
kebenaran spiritual yang universal yang didasari oleh realiti dan menyentuh
tentang idea yang membuktikan kebenaran. Memandangkan pengetahuan
merupakan idea yang universal, maka pendidikan merupakan proses intelektual
yang membawa semua idea ini kepada kesedaran manusia.

Malah, sekolah merupakan sebuah institusi intelektual, tempat di mana pelajar


mengemukakan pelbagai persoalan seperti Socrates dan Plato, iaitu apakah yang
dimaksudkan dengan:

• kebenaran?

• kecantikan?

• hidup yang baik?

Untuk memberikan jawapan kepada segala persoalan tadi, pemikiran yang


mendalam serta kesedaran bahawa semua jawapannya ada dalam minda kita
amat diperlukan. Kebenaran dapat dipelajari melalui pembacaan, sama ada dalam
bentuk buku, artikel, jurnal, majalah, akhbar, atau melalui pengamatan hasil karya
seni yang mana hasil karya penulis atau pelukis tersebut merupakan media untuk
menyalurkan kebenaran mereka.

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Bagaimanakah para guru idealisme menyusun kurikulum


pendidikan?

2. Apakah perbezaan antara pandangan idealisme dengan


rasionalisme? Adakah perbezaan pandangan ini memberikan
impak yang besar dalam perkembangan epistemologi pada masa
hadapan?

3. Apakah persoalan yang ditimbulkan oleh Socrates dan Plato?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

7.3 IDEOLOGI DAN EPISTEMOLOGI


Kita akhiri topik ini dengan perbincangan mengenai ideologi dan epistemologi.
Terdapat beberapa ideologi pada masa kini yang memberi kesan terhadap
epistemologi secara umum. Antara ideologi tersebut dinyatakan dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Empat Ideologi yang Memberi Kesan terhadap Epistemologi

Empat ideologi ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

7.3.1 Liberalisme
Apakah yang dimaksudkan dengan liberalisme? Istilah „liberal‰ mula digunakan
sebagai pemikiran terbuka dan sikap toleransi (Freeden, 2015). Liberal mula dilihat
sebagai satu gambaran terhadap individu yang:

• membebaskan diri daripada batasan yang tidak diterima akal sehingga menjadi
satu penentu kepada idea dan polisi yang mahu diubah;

• membebaskan diri; dan

• membuka ruang bagi individu yang ingin menjalani kehidupan mengikut


kemahuan mereka.

Di Sepanyol, istilah liberales digunakan untuk mewakili parti politik. Terdapat tiga
versi liberalisme yang dibincangkan oleh Freeden seperti yang diterangkan dalam
Jadual 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  187

Jadual 7.3: Tiga Versi Liberalisme

Versi Huraian
Liberalisme Merujuk kebebasan individu, kemerdekaan manusia, kedaulatan
klasik undang-undang, dan yang penting membatasi apa-apa yang hendak
dilakukan oleh negara dan pemerintah kepada individu.
Liberalisme Liberalisme sosial dan liberalisme baharu yang muncul di Britain
sosial lebih dari satu abad yang lalu, seiring dengan beberapa negara
sosiodemokratik Skandinavia. Liberalisme ini meneroka pelbagai
syarat untuk pembangunan dan perkembangan individu yang
disokong oleh jaringan kerjasama. Daripada cabang liberalisme ini,
muncul negara berkebajikan yang moden.
Neoliberalisme Merupakan produk pada separuh kedua abad ke-20 yang
menekankan kebaikan pasaran yang kompetitif dan kemajuan
peribadi. Walau bagaimanapun, fahaman ini kurang menyumbang
kepada kesejahteraan manusia.

Sumber: Freeden (2015)

Dari aspek keagamaan, liberalisme mempunyai pandangan sendiri tentang


kedudukan agama terutamanya kewujudan dan kekuasaan Tuhan dalam
kehidupan manusia. Menurut Murphy (2007) (ahli teologi konservatif, penyebar
dan pendakwah Kristian):

• Tuhan berkuasa untuk campur tangan dalam urusan alam semula jadi dan
manusia;

• wahyu merupakan campur tangan Tuhan dalam kehidupan manusia. Para


konservatif menyatakan bahawa kitab suci sebenarnya menyampaikan
maklumat mengenai Tuhan dan hubungan Tuhan dengan alam semesta;

• kitab Bible berfungsi sebagai landasan (data) teologi, bukannya pengalaman


manusia; dan

• penekanan pada wahyu sebagai sumber maklumat mengenai realiti agama


menunjukkan teori konservatif mengenai bahasa agama.

Fahaman ini menolak agama dalam kehidupan dan perlu diasingkan daripada
pembangunan negara (Laborde, 2017). Tujuan pemisahan agama adalah
memastikan prinsip kesamarataan antara rakyat serta negara dan memberi ruang
kepada integriti individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Selain itu, fahaman ini percaya pemisahan tersebut akan memberi „kebebasan‰
kepada individu kerana dengan kebebasan ini, potensi manusia akan dapat lebih
dikembangkan. Hasilnya, negara:

• menghormati dan melindungi agama, hanya apabila negara melihat rakyat


hidup dengan baik; dan

• tidak mendirikan ataupun meluluskan mana-mana agama secara rasmi.

Liberalisme di negara seperti Amerika memberi beberapa bentuk kebebasan


kepada rakyat mereka, termasuk:

• kebebasan bersuara

• kebebasan media

• kebebasan beragama

• pengasingan agama dan pentadbiran negara

• kesamarataan dalam masyarakat

Walau bagaimanapun, kebanyakan elemen liberalisme sering bertentangan


dengan norma masyarakat terutamanya di negara Asia yang berpegang teguh
pada agama, adat, dan budaya. Sehingga kini, fahaman liberalisme telah
mewujudkan liberalisme moden seperti perkahwinan sama jantina. Walaupun
begitu, fahaman ini dipercayai membawa kebaikan seperti memelihara hak alam
sekitar, hak mengundi, dan rakyat bebas mendapat pendidikan.

AKTIVITI 7.2

Apakah pandangan anda terhadap perkembangan liberalisme di


Malaysia? Adakah ia masih terkawal ataupun tidak, dalam zaman
kepesatan teknologi maklumat pada masa kini? Bincangkan perkara ini
dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  189

7.3.2 Utilitarianisme
Sekarang, mari kita beralih kepada utilitarianisme. Apakah yang dimaksudkan
dengan utilitarianisme? Menurut Kamus Dewan (2005), utilitarianisme
bermaksud falsafah yang berdasarkan prinsip bahawa sesuatu tindakan itu baik
jika membawa manfaat kepada seberapa ramai orang yang mungkin.

Utilitarianisme merupakan idea ataupun fahaman dalam falsafah moral yang


memberi penekanan terhadap prinsip manfaat ataupun kegunaan dalam menilai
sesuatu tindakan sebagai prinsip moral yang paling dasar. Prinsip kegunaan pula
bermaksud prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai kayu ukur asas untuk
menilai dan membuat keputusan sama ada suatu tindakan itu secara moral dapat
dibenarkan ataupun tidak.

Oleh itu, prinsip utilitarianisme ialah seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu
tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap
orang ataupun kebahagiaan yang paling banyak kepada paling ramai manusia.

Teori utilitarianisme diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748–1832) dan


kemudiannya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806–1873). Jeremy
Bentham berpandangan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi oleh
keseronokan dan kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mendapatkan
kebahagiaan, iaitu keseronokan.

John Stuart Mill pula membezakan tahap keseronokan dengan mengambil kira
aspek kualiti. Beliau mengukur kualiti dan kuantiti sekali gus. Menurut Mill,
terdapat beberapa petunjuk kualiti keseronokan dan faktor yang boleh
mempengaruhi keseronokan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Petunjuk Kualiti dan Faktor yang Mempengaruhi Keseronokan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Utilitarianisme menganggap bahawa sesuatu perbuatan baik ataupun jahat boleh


diukur. Oleh itu, sebelum sebarang tindakan diambil, seseorang perlu bertanya
kepada dirinya sendiri mengenai akibatnya ke atas pihak yang terlibat. Tindakan
tersebut dianggap betul, sekiranya ia menghasilkan kebaikan. Jika tidak
membawa kebaikan, maka tindakan itu dianggap salah.

Contoh aplikasi konsep utilitarianisme adalah seperti yang diterangkan dalam


Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Contoh Aplikasi Utilitarianisme

Aplikasi Huraian
Pandangan Dalam menentukan kemoralan melancarkan peperangan tertentu,
tentang kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil mesti diambil
peperangan kira. Dari segi moral, peperangan dianggap wajar jika kebahagiaan
dan kelebihan yang terhasil melebihi kesengsaraan dan
penderitaan.

Contohnya, pihak utilitarianisme menyokong pengeboman bandar


Hiroshima dan Nagasaki untuk menamatkan Perang Dunia
Kedua, walaupun banyak nyawa yang terkorban. Hal ini demikian
kerana, jika pihak Jepun menang, kezaliman akan terus
bermaharajalela di dunia. Jadi, dalam perkara ini, pengeboman
wajar dilakukan kerana lebih banyak mendatangkan kebaikan dan
menamatkan peperangan.
Pandangan Sesuatu peraturan yang dibuat perlu memastikan keseronokan
tentang peraturan yang maksimum bagi semua yang terlibat. Misalnya, peraturan
yang bermoral memakai seluar pendek dalam kampus universiti dianggap
bermoral jika pemakaian seluar pendek memberikan keseronokan
yang maksimum kepada penuntut.
Tindakan Mencuri wang daripada orang kaya yang kedekut dan diagihkan
mencuri kepada orang miskin dikira baik kerana bilangan orang yang
mendapat faedah adalah lebih daripada bilangan orang kaya yang
menjadi mangsa kecurian.

Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kelemahan. Antara


kelemahannya ialah:

• tahap keseronokan atau kesakitan adalah subjektif dan sukar diukur kerana
perasaan setiap orang adalah berbeza; dan

• kualiti keseronokan ataupun kesakitan yang dialami oleh seseorang individu


juga berbeza daripada orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  191

AKTIVITI 7.3

Apakah pandangan anda terhadap kajian klinikal terhadap sukarelawan


vaksin penyakit koronavirus 2019 (COVID-19 – coronavirus diseases
2019) di Malaysia? Adakah kajian ini selari dengan prinsip
utilitarianisme? Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE.

7.3.3 Hedonisme
Hedonisme berasal daripada dua percantuman perkataan, iaitu hedone dan isme.
Hedone merupakan perkataan Greek yang bermaksud kesenangan dan
keseronokan. „Isme‰ pula memberi maksud kepercayaan, gerakan politik atau
keagamaan, sikap, dan perlakuan.

Menurut Kamus Dewan (2005), hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan


hidup yang mengutamakan keseronokan atau kesenangan hidup. Ia cara berfikir
ataupun doktrin. Keseronokan dan kesenangan hidup merupakan matlamat akhir
bagi satu tindakan (Simpson & Weiner, 1989).

Hedonisme mengukur tingkah laku yang baik daripada hasil „rasa puas‰,
„nikmat‰, dan „keseronokan maksimum‰ terhadap tindakan yang dilakukan
(Haron Din et al., 1990). Jika hasil tersebut tercapai, maka ia dianggap bermoral
dan baik. Mereka yang menganut fahaman ini dikenal sebagai hedonis, manakala
sifat yang mementingkan keseronokan disebut hedonistik.

Daripada maksud tadi, hedonisme diklasifikasikan kepada dua pengertian, iaitu:

• suatu tindakan bagi memperoleh keseronokan dan kebahagiaan; dan

• suatu doktrin falsafah yang menjelaskan bahawa sumber nilai moral adalah
keseronokan. Kegembiraan dan keseronokan pada tahap tinggi akan
menerima kredit tertinggi (Mardzelah, 2007).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Menurut pandangan ahli falsafah, hedonisme terbahagi kepada dua bentuk


seperti yang diterangkan dalam Jadual 7.5.

Jadual 7.5: Dua Bentuk Hedonisme

Bentuk Huraian
Hedonisme Doktrin yang menyatakan bahawa manusia sentiasa melakukan
psikologi sesuatu tindakan yang difikirkan dapat memberi kenikmatan
terbesar kepada mereka. Doktrin ini kemudiannya dikenal sebagai
hedonisme psikologi egoistik. Fahaman ini beranggapan bahawa
manusia secara fitrah sentiasa memilih sesuatu perkara yang
difikirkan dapat memberi lebih banyak kebahagiaan dan
mengurangkan kesakitan kepada mereka.
Hedonisme etika Doktrin yang menyatakan bahawa manusia seharusnya
melakukan sesuatu tindakan yang dapat menghasilkan
kenikmatan dan kebahagiaan terbesar kepada mereka. Doktrin ini
seterusnya dikenal sebagai hedonisme etika universal. Fahaman
ini berpendapat bahawa manusia sepatutnya bertindak untuk
mendapatkan kebahagiaan dan menghindarkan kesakitan.
Dengan kaedah ini, mereka dapat memperoleh kehidupan yang
terbaik.

Source: Halipah et al. (2016)

Antara contoh budaya hedonisme yang membawa kepada masalah ialah


penyalahgunaan dadah, gengsterisme, pelacuran, pergaulan bebas, dan
sebagainya.

7.3.4 Feminisme
Apakah yang dimaksudkan dengan feminisme?

Feminisme ialah gerakan ataupun fahaman yang menuntut persamaan hak


wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki.

Persamaan ini meliputi semua aspek sosial, politik, dan ekonomi. Berdasarkan
sejarah, feminisme dikenal sebagai fahaman yang digerakkan oleh sekumpulan
aktivis wanita Barat yang memperjuangkan hak kaumnya yang tertindas dan
membebaskan wanita daripada sistem masyarakat yang sebahagian besar
kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki (Osborne, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  193

Antara perjuangan feminisme untuk hak asasi kaum wanita ialah:

• hak pengguguran yang sah di sisi undang-undang

• pencegahan kehamilan

• penjagaan pranatal yang bermutu

• perlindungan daripada keganasan rumah tangga

• penganiayaan seks

• gaji yang sama

Perjuangan mereka merentasi sempadan sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama.


Fahaman ini mula mempengaruhi sebahagian pemikiran masyarakat di Malaysia.
Secara khusus, antara pemikiran feminisme yang menuntut persamaan hak antara
lelaki dan wanita ialah:

• poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal dalam undang-undang;

• perkahwinan antara pasangan berlainan agama mesti dikira sah;

• masa ataupun tempoh „berehat‰ untuk wanita selepas bercerai ataupun


diceraikan juga perlu dijalani oleh lelaki, iaitu selama 130 hari;

• isteri juga berhak menceraikan suami; dan

• harta perempuan dan lelaki perlu setara.

Sejarah perjuangan feminisme sudah bermula pada abad ke-14, iaitu sekitar tahun
1301–1400 di Barat dan kekal relevan sehingga kini. Pada zaman tersebut, isu
ketidaksamarataan jantina menjadi perjuangan wanita. Antaranya ialah hak
mereka dalam masyarakat, keluarga, politik, sosial, dan „keberadaan‰ wanita
dalam sebuah negara.

Namun, pada abad tersebut, terdapat juga ahli feminis lelaki yang turut
memperjuangkan hak wanita dalam negara. Antaranya ialah John Stuart Mill, Karl
Marx, Mao Se Tung, Michel Foucault, dan Singmund Freud. Perjuangan isu
feminisme mencapai kemuncaknya pada abad ke-20 sehingga muncul pertubuhan
yang memperjuangkan nasib wanita (Nuril Hidayati, 2018).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Pada masa kini, perjuangan feminisme masih diteruskan dan mendapat sambutan
di beberapa negara membangun. Namun, terdapat isu perjuangan mereka yang
dipertikaikan khususnya isu yang melibatkan agama dan kepercayaan.

AKTIVITI 7.4

Apakah pandangan anda terhadap perjuangan feminisme di Malaysia?


Apakah kesan baik dan buruk perjuangan ini terhadap negara kita?
Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE.

7.3.5 Kesan Ideologi Terhadap Epistemologi


Kepelbagaian ideologi dan fahaman yang menjadi pegangan masyarakat pada
masa kini mengundang pelbagai implikasi. Antaranya implikasi terhadap ilmu
pengetahuan. Kita sedia maklum ilmu pengetahuan merupakan aset berharga jika
digunakan secara betul dan difahami tujuannya. Ilmu yang dimanfaatkan mampu
mengubah keadaan serta gaya hidup manusia menjadi lebih baik. Fikiran yang
cerdas hasil daripada menuntut ilmu mampu menghasilkan masyarakat yang
berwawasan dan berketerampilan.

Namun, apabila masyarakat menyalahgunakan kecanggihan sains dan teknologi


pada masa kini untuk mendapatkan ilmu yang tidak benar, maka mereka mudah
dipengaruhi oleh budaya dan ideologi yang tidak tepat dan menyesatkan
pemikiran.

Ideologi yang menyimpang mampu membentuk serta melahirkan manusia yang


keras hati, menolak kebenaran, dan berfikiran sempit. Selain itu, kemewahan
berupaya menjadikan hati manusia menjadi sombong, ego, kasar, hilang
kepekaan, dan merosakkan fitrah manusia. Golongan seperti ini sebenarnya ditipu
dengan nikmat sementara. Mereka leka dengan pujian, sanjungan, keseronokan,
kekayaan, dan kekuatan yang ada pada diri mereka. Budaya berpegang pada
ideologi yang menyimpang ini menekankan pegangan falsafah hidup yang
mementingkan kebebasan manusia, kepuasan, keseronokan yang mementingkan
diri sendiri yang akhirnya membentuk sifat individualistik dan materialistik
dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  195

Ideologi yang dibincangkan tadi juga mampu melahirkan sikap tamak, keinginan
untuk hidup mewah, tidak perlu berusaha keras, dan sangat bermegah-megah
dengan kekayaan. Semua sikap negatif ini boleh mendorong individu untuk
terlibat dengan jenayah rasuah, penyeludupan, penipuan, pengedaran dadah, dan
sebagainya. Manusia tanpa mengira usia dan golongan mudah tertarik dengan
harta dan kemewahan. Maka, cara mudahnya adalah membuat segala aktiviti
yang tidak bermoral dan jenayah yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada
masyarakat dan negara.

Individu yang mengutamakan keduniaan akan menjadikan dunia ini sebagai


matlamat dalam setiap kehidupannya. Hubungan sesama manusia tidak lagi
berdasarkan sifat murni dan mulia, tetapi lebih kepada kepentingan dan nilai
kebendaan yang akan diperoleh. Yang paling ditakuti ialah aliran ideologi ini akan
berakar umbi menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat yang dianggap
moden. Seterusnya, dikhuatiri mereka akan lalai melaksanakan tanggungjawab
sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.

SEMAK KENDIRI 7.4

Jelaskan maksud dan prinsip ideologi liberalisme, utilitarianisme,


hedonisme, dan feminisme.

AKTIVITI 7.5

Bincangkan persoalan berikut dalam myINSPIRE:

(a) Apakah ideologi lain yang masih berlegar dalam pemikiran


masyarakat barat?

(b) Apakah contoh fahaman liberalisme, utilitarianisme, hedonisme,


dan feminisme di Malaysia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

• Terdapat tiga ideologi yang membawa kepada perkembangan epistemologi,


iaitu rasionalisme, empirisisme, dan idealisme.

• Rasionalisme menilai kebenaran ilmu pengetahuan melalui akal fikiran.


Agama merupakan sesuatu yang tidak rasional. Oleh itu, ia tidak diterima
sebagai sumber ilmu pengetahuan.

• Empirisisme pula menekankan pengalaman deria sebagai kaedah perolehan


ilmu pengetahuan. Manusia perlu merasa, menyentuh, mendengar, melihat,
dan menghidu untuk memperoleh ilmu.

• Idealisme memberi ruang kepada dimensi spiritual dan nilai keagamaan


sebagai kaedah perolehan ilmu kerana mereka tidak melihatnya melalui
sumber ilmu tersebut tetapi kesan yang dirasai oleh manusia.

• Agama merupakan sumber perolehan ilmu yang rasional memandangkan ia


membawa kesan terhadap manusia dalam bentuk keamanan dan teraturnya
sistem kehidupan.

• Empat ideologi yang memberi kesan terhadap epistemologi ialah liberalisme,


hedonisme, utilitarianisme, dan feminisme.

• Liberalisme dilihat sebagai gambaran terhadap individu yang cuba


membebaskan diri daripada kongkongan.

• Terdapat tiga versi liberalisme, iaitu liberalisme klasik, liberalisme sosial, dan
neoliberalisme.

• Utilitarianisme bermaksud falsafah yang berdasarkan prinsip bahawa sesuatu


tindakan itu baik jika membawa manfaat kepada seberapa ramai orang yang
mungkin.

• Hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan


keseronokan atau kesenangan hidup. Ia cara berfikir ataupun doktrin.

• Feminisme ialah gerakan atau fahaman yang menuntut persamaan hak wanita
seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki yang meliputi semua aspek sosial,
politik, dan ekonomi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  197

• Kepelbagaian ideologi dan fahaman yang menjadi pegangan masyarakat pada


masa kini mengundang pelbagai implikasi. Antaranya ialah ideologi yang
menyimpang mampu membentuk serta melahirkan manusia yang keras hati,
menolak kebenaran, dan berfikiran sempit.

• Oleh itu, ilmu pengetahuan merupakan aset berharga jika digunakan secara
betul dan difahami tujuannya. Ilmu yang dimanfaatkan mampu mengubah
keadaan dan gaya hidup manusia menjadi lebih baik.

Empirisisme Ideologi
Epistemologi Ilmu teologi
Feminisme Liberalisme
Hedonisme Rasionalisme
Idealisme Utilitarianisme

Anderson, J. (2008). Lectures on modern philosophy 1932–35: Hume, Reid and


James. Sydney University Press.

Bird, G. (2006). The revolutionary Kant: A commentary on the critique of pure


reason. Open Court.

Blanshard, B. (2016). Rationalism. Encyclopaedia Britannica.


https://bit.ly/2PiFded

Carlin, L. (2009). The empiricists: A guide for the perplexed. Continuum


International Publishing Group.

Freeden, M. (2015). Liberalism: A very short introduction. Oxford University


Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA

Gibson, E. J., & Walk, R. D. (1960). The „visual cliff‰. Scientific American, 202(4),
64–71.

Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan, & Noor Shakirah Mat Akhir. (2016).
Konsep budaya hedonisme dan latar belakangnya dari perspektif ahli
falsafah Yunani dan Barat moden. Jurnal al-Tamaddun, 11(1), 49–58.

Haron Din et al. (1990). Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laborde, C. (2017). LiberalismÊs religion. Harvard University Press.

Lacewing, M. (2017). Philosophy for AS and a level: Epistemology and moral


philosophy. Routledge.

Mardzelah Makhsin. (2007). Sains pemikiran dan etika. PTS Professional


Publishing Sdn Bhd.

Murphy, N. (2007). Beyond liberalism and fundamentalism: How modern and


postmodern philosophy set the theological agenda. Trinity International
Press.

Myers, D. G., & DeWall, C. N. (2017). Psychology in everyday life (Ed. ke-4). Worth
Publishers.

Nuril Hidayati. (2018). Teori feminisme: Sejarah, perkembangan dan relevansinya


dengan kajian keislaman kontemporer. Jurnal Harkat: Media Komunikasi
Gender, 14(1), 21–29.

Oftestad, B. T. (2019). The Catholic church and liberal democracy. Routledge.

Ornstein, A. C., Levine, D. U., Gutek, G. L., & Vocke, D. E. (2011). Foundations of
education. Wadsworth Cengage Learning.

Osborne, S. (2001). The pocket essential feminism. Pocket Essentials.

Peter, M. (2017). Rationalism vs empiricism. The Stanford Encyclopedia of


Philosophy. https://stanford.io/3tJIQsE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA  199

Pritchard, D. (2014). What is this thing called knowledge? Routledge.

Robinson, D. S. (2018). Approaches to understanding idealisme. Encyclopaedia


Britannica. https://bit.ly/3se6kpI

Simpson, J. A., & Weiner, E. S. C. (1989). The Oxford English dictionary. Clarendon
Press.

Wolfe, C. T., & Gal, O. (2010). The body as object and instrument of knowledge:
Embodied empiricism in early modern science. Springer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Etika sebagai
Isu
8 Kefalsafahan
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan etika sebagai epistemologi amali.
2. Mengupas persoalan etika dalam kehidupan sejahtera.
3. Membezakan konsep etika mengikut pelbagai agama utama di
dunia.
4. Membincangkan konsep etika dalam segenap lapangan hidup.

 PENGENALAN
Etika merupakan satu topik yang sering dibincangkan oleh ahli falsafah untuk
mengenal pasti dan membuat pertimbangan antara perkara yang baik dan buruk.
Perbincangan tersebut keseluruhannya meliputi:

• bagaimanakah seharusnya manusia menjalani kehidupan seharian?

• bagaimanakah seharusnya manusia menghadapi perkara dan hal yang


bersangkut paut dengan pencapaian hidup yang sejahtera dan peningkatan
tahap kegembiraan?

• bagaimanakah manusia membuat keputusan secara praktikal?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  201

Oleh itu, topik ini akan membincangkan etika dari pelbagai perspektif yang
berbeza termasuk dari perspektif agama yang berlainan. Jadi, mari kita teruskan!

AKTIVITI 8.1

Pilih lima filem (tempatan dan antarabangsa) yang pernah anda tonton
dan memberi kesan kepada diri anda. Adakah anda merasakan bahawa
semua filem ini memberi kesan terhadap pembentukan etika
masyarakat setempat? Bincangkan pandangan anda dalam forum
myINSPIRE.

8.1 ETIKA SEBAGAI EPISTEMOLOGI AMALI


Sedarkah anda bahawa epistemologi dan etika merupakan penilaian? Epistemologi
merupakan penilaian terhadap kepercayaan dan proses kognitif (otak, cara berfikir),
manakala etika merupakan penilaian terhadap tingkah laku. Ahli falsafah sering
membincangkan bagaimana kedua-dua cara penilaian ini mempunyai hubungan
antara satu sama lain.

Singer (2019) melihat etika sebagai falsafah moral, iaitu disiplin yang
membincangkan perkara yang baik dan buruk ataupun betul dan salah secara
moral. Istilah ini digunakan juga ke atas mana-mana sistem, teori nilai, atau prinsip
moral. Istilah etika dan moral adalah sangat berkaitan seperti peribahasa Melayu,
isi dengan kuku.

Malah, terdapat pendapat yang mengatakan penaakulan etika ataupun prinsip etika
sebagai penaakulan moral ataupun prinsip moral. Penggunaan ini dikaitkan
dengan maksud etika itu sendiri. Pada awal etika diperkenalkan, istilah tersebut
tidak merujuk moral tetapi sebagai cabang kajian yang mempunyai kajian dengan
moral sebagai subjek utamanya. Dari aspek ini, etika lebih tepat jika disandarkan
sebagai falsafah moral.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Untuk membincangkan etika sebagai s epistemologi amali, maka kita perlu merujuk
perbincangan Fieser (2000) yang membahagikan etika kepada tiga kategori (lihat
Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Tiga Kategori Etika

Sumber: Fieser (2000)

Tiga kategori etika ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Tiga Kategori Etika

Kategori Huraian
Metaetika Merujuk asal usul prinsip etika dan maksud di sebaliknya. Adakah etika
lahir dalam kalangan masyarakat? Adakah etika bukan sekadar ekspresi
terhadap emosi secara individu? Metaetika memberi jawapan terhadap
semua persoalan yang memberi fokus pada kebenaran semesta,
kehendak Tuhan, fungsi penaakulan dalam penentuan etika, dan
maksud kepada pelbagai istilah yang berkaitan dengan etika.

Memandangkan epistemologi ialah kajian tentang ilmu, maka dengan


perbincangan mengenai asal usul etika ini, menjurus kepada kajian
tentang ilmu etika dan sumbernya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  203

Etika Merujuk etika secara praktikal. Etika ialah piawaian moral yang
normatif menunjukkan perilaku yang betul dan salah, termasuklah menyuarakan
semua sifat baik yang harus kita amalkan, tanggungjawab yang perlu
dipenuhi, dan akibat daripada tindakan kita terhadap orang lain.
Contohnya, aktiviti gotong-royong yang merupakan etika normatif
terhadap masyarakat setempat (lihat Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Gotong Royong Membersihkan Sekolah Selepas


Banjir Merupakan Sifat yang Baik dan Bertanggungjawab
terhadap Masyarakat

Sumber: BERNAMA (2015)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Etika gunaan Membincangkan pelbagai isu kontroversi yang berkaitan dengan etika,
termasuk pengguguran bayi, pembunuhan bayi, hak haiwan, isu alam
sekitar, homoseksual, hukuman mati, dan perang nuklear. Etika normatif
dan etika gunaan merupakan bentuk epistemologi amali yang manusia
menjalani kehidupan berdasarkan segala prinsip etika yang jelas
diperoleh.

Malah, timbulnya pelbagai isu adalah kerana isu tersebut yang


bertentangan dengan standard nilai etika ataupun lebih dikenal sebagai
norma seperti yang dinyatakan tadi. Selain itu, isu kontroversi ini sering
mendapat tentangan masyarakat seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Demonstrasi Menentang Kerosakan Alam Sekitar untuk


Aktiviti Perlombongan Merupakan Contoh yang Berkaitan dengan
Etika Gunaan

Sumber: https://otaireformis98.blogspot.com/p/blog-page.html

Sumber: Fieser (2000)

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan etika dan apakah yang dinilai


oleh etika?

2. Bezakan antara tiga kategori etika.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  205

8.2 ETIKA DALAM KEHIDUPAN SEJAHTERA


Singer (2019) membangkitkan beberapa persoalan mengenai etika dalam
pembinaan kehidupan yang sejahtera. Antara persoalan tersebut adalah:

• bagaimanakah seseorang itu meneruskan kehidupan?

• adakah seseorang itu meneruskan kehidupan dengan memberi tumpuan


kepada pencapaian kegembiraan atau pada ilmu pengetahuan, kebaikan, atau
penciptaan objek yang cantik?

• jika kita memilih untuk gembira, adakah kegembiraan itu milik kita secara
individu ataupun kegembiraan yang dikongsi bersama?

Selain itu, timbul beberapa persoalan seperti:

• adakah perlakuan tidak jujur dibenarkan semata-mata untuk mengejar


kebaikan?

• adakah dibenarkan untuk kita hidup dalam kemewahan sedangkan manusia di


negara lain sedang kelaparan?

• adakah turut serta dalam peperangan yang ramai manusia yang tidak berdosa
terbunuh, boleh diterima?

• adakah salah untuk mengklon manusia ataupun memusnahkan embrio


manusia dalam kajian perubatan?

• apakah tanggungjawab kita terhadap generasi akan datang dan kepada


hidupan lain yang berkongsi planet yang sama dengan kita?

Etika membincangkan pelbagai soalan sedemikian pada semua peringkat.


Perbincangan utamanya terdiri daripada pelbagai isu asas dalam membuat
keputusan praktikal dan penekanan utamanya termasuk ciri-ciri nilai utama dan
piawaian yang tindakan manusia boleh diadili dengan betul ataupun salah.

Menurut Perkams (2013), Socrates merupakan ahli falsafah pertama yang membuat
hubung kait antara kognitif dengan tingkah laku. Beliau bukan sahaja
memperkenalkan kepentingan penaakulan yang benar untuk berkelakuan baik dan
cara ia boleh diperoleh, malah beliau menjadikan matlamat falsafah sebagai seni
pengajaran tentang kehidupan yang baik dengan menyampaikan ilmu yang
mengandungi pengetahuan tentang kehidupan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Berdasarkan pandangan ini, ahli falsafah kuno dan zaman pertengahan berpegang
pada prinsip sikap yang baik datang daripada penaakulan yang benar dan betul.
Malah, ahli falsafah kuno, terutamanya pada era klasik, Helenistik, dan imperial
(sehingga tahun 200 SM), memfokuskan perbincangan tentang „bagaimanakah
pemikiran dapat membawa kepada tindakan yang baik, hubungannya dengan sifat
kebaikan, dan bagaimanakah pemikiran yang benar dapat diajar‰, sehinggakan
mereka mewujudkan pendapat yang signifikan mengenai kebebasan kehendak.

Ahli falsafah zaman pertengahan juga membincangkan perkara yang sama, di


samping memperkenalkan idea baharu. Subjek utamanya adalah membincangkan
fakulti baharu bagi manusia, iaitu kehendak. Mengikut ahli falsafah pertengahan,
kehendak dan penaakulan merupakan dua fakulti yang berbeza; kedua-duanya
berinteraksi untuk menghasilkan sesuatu perbuatan.

Berdasarkan pandangan ini, Aristotle membuat kesimpulan yang merumuskan


keseluruhan maksud etika, iaitu dengan menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan itu
merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia dan manusia berusaha untuk
merealisasikan impian. Menurut Aristotle lagi, kemampuan untuk merealisasikan
impian merupakan satu sikap yang baik, sehingga terciptanya impian terhadap
kehidupan yang baik.

Walau bagaimanapun, masih terdapat perdebatan terhadap perkara ini, adakah


impian dicapai berdasarkan penaakulan yang rasional ataupun kehendak nafsu
yang berterusan?

Perkams (2013) menyatakan bahawa Aristotle menjawab persoalan ini dengan


merujuk undang-undang semesta, iaitu terdapatnya undang-undang yang
menghalang perlakuan buruk secara universal tetapi sumber penaakulannya secara
rasional masih tidak jelas.

Oleh itu, pandangan umum masih berpendapat bahawa norma kehidupan manusia
itu bergantung pada masyarakat sekitarnya yang masyarakat tersebut tidak dapat
dikritik melalui penaakulan praktikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  207

Brülde (2011) membincangkan kesejahteraan hidup manusia berdasarkan empat


teori utama seperti yang dinyatakan dalam Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Empat Teori Utama yang Membincangkan Kesejahteraan Hidup Manusia

Sumber: Brülde (2011)

Empat teori ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Empat Teori Utama yang Membincangkan Kesejahteraan Hidup Manusia

Teori Huraian
Teori Kita sudah membincangkan hedonisme dalam topik sebelum ini,
hedonisme namun perbincangan kali lebih menjurus kepada kesejahteraan hidup
menurut hedonisme. Menurut Brülde (2011), kehidupan yang baik
adalah sama dengan kehidupan yang menyenangkan ataupun
menggembirakan. Lebih senang kehidupan seseorang, maka dianggap
lebih baik. Lebih kurang senang pula hidup seseorang, maka lebih
buruk kehidupannya.

Fletcher (2016) pula menjelaskan hedonisme sebagai pencapaian


kegembiraan dan mengelakkan kesakitan. Contohnya, membeli rumah
dan memiliki harta.

Namun, sesuatu perkara yang menggembirakan bagi seseorang adalah


berbeza bagi orang lain. Kesimpulannya, hedonisme boleh disimpulkan
seperti berikut:

• kesemua dan satu-satunya perkara yang baik ialah perkara yang


menggembirakan (bukan secara instrumental);

• kesemua dan satu-satunya perkara yang buruk bagi manusia


adalah kesakitan (bukan secara instrumental); dan

• tahap keseluruhan kesejahteraan seseorang ditentukan semata-


mata oleh keseimbangan kegembiraan dan kesakitan yang mereka
alami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Teori Menurut teori ini, tahap kehidupan manusia itu diukur melalui tahap
kegembiraan kegembiraan yang dialaminya. Ia masih bergantung pada penilaian
seseorang terhadap kegembiraan, termasuklah sebagai satu sikap
(kehidupan yang memuaskan), satu perasaan (perasaan yang baik),
atau kombinasi kedua-duanya.
Teori Menurut teori ini, seseorang itu menjalani kehidupan yang baik
pemenuhan sekiranya seseorang itu dapat menjalani kehidupan seperti yang
keinginan diingininya. Nilai positif yang dikecap dalam teori ini adalah apabila
seseorang itu dapat mencapai keinginan intrinsik (iaitu dengan
melakukan sesuatu demi diri sendiri), dan nilai ekstrinsik pula adalah
apabila seseorang itu mencapai keinginan ekstrinsik (iaitu dengan
mencapai keinginan orang lain).
Teori senarai Menurut teori ini, terdapat juga objektif yang lain bagi kehidupan yang
objektif sejahtera selain daripada kegembiraan dan kesenangan. Contohnya,
pengetahuan, persahabatan, kasih sayang, dan kebebasan.

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Huraikan hubungan antara etika dengan epistemologi.

2. Jelaskan empat teori utama yang dikaitkan dengan kesejahteraan


hidup.

8.3 KONSEP ETIKA MENGIKUT


KEPELBAGAIAN AGAMA
Walaupun etika dikaitkan dengan bidang falsafah, ia masih dibincangkan dalam
konteks yang berbeza, termasuklah bidang sosiologi, antropologi, sejarah, biologi,
dan sebagainya.

Oleh itu, subtopik ini membincangkan konsep etika dalam bidang keagamaan
dengan memberi tumpuan kepada beberapa agama dan kepercayaan utama dunia,
iaitu Islam, Buddha, Hindu, Kristian, dan Konfusianisme. Mari kita teruskan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  209

8.3.1 Etika bagi Agama Islam


Manusia ialah makhluk Allah SWT yang teristimewa yang memiliki tabiat dan
mentaliti yang dapat mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya. Maka
keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama
dalam akhlak.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam
pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini
terbina daripada asas akhlak ataupun dikenal sebagai tamadun kemanusiaan,
iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan.

Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri serta


memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri. Dalam Islam, etika
dikenal sebagai akhlak. Akhlak merupakan salah satu komponen penting dalam
Islam, iaitu akidah, ibadah, dan akhlak. Apakah kepentingan akhlak Islam? Mari
kita ketahui jawapannya dalam Rajah 8.5.

Rajah 8.5: Lima Kepentingan Akhlak dalam Islam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Lima kepentingan ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Lima Kepentingan Akhlak Islam

Kepentingan Huraian
Akhlak Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan
mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang
tingkah laku lahir daripada manusia sebenarnya adalah terhasil daripada apa-apa
yang tersemat dalam dirinya.

Menurut Imam al-Ghazali, „Setiap yang ada di dalam hati akan


menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap
pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya.‰ Maka, apabila
akhlak menjadi sebati dalam diri, akan melahirkan tindakan
spontan, bergantung pada nilai akhlak yang ada padanya.
Akhlak Akhlak yang sebati dalam diri manusia akan mempengaruhi
mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu,
pertimbangan kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung pada sejauh mana
akhlak yang dimiliki hasil daripada pegangan akidahnya. Sehebat
mana pun pemikiran manusia, terdapat juga perkara yang tidak
diketahui dan tersembunyi. Hanya Allah SWT dan Rasul-Nya sahaja
yang mengetahui dan ini dapat menjadi pendorong kepada
pembentukan akhlak yang mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  211

Akhlak Akhlak ialah cermin keimanan seseorang. Dengan kata lain, iman
mencerminkan yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang baik/mulia
keimanan ataupun dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pokok yang
tumbuh subur, mempunyai akar yang mantap, mempunyai batang
ataupun dahan yang kuat, dan menghasilkan buah yang berkualiti.
Buah yang berkualiti itu merupakan „akhlak‰. Perumpamaan ini
boleh digambarkan seperti dalam Rajah 8.6.

Rajah 8.6: Akhlak yang Baik Umpama Buah yang Berkualiti yang
Datang daripada Pokok yang Subur kerana Mempunyai Akar yang
Mantap dan Batang ataupun Dahan yang Kuat

Akhlak sebagai Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana
simbol tamadun penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak
manusia adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat
dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa
akhlak, nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun
kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor
membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat
tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya.
Akhlak adalah Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat
mangkin serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap
perubahan agenda perubahan kepada masyarakat, sebagaimana yang diulas
oleh Imam as Syahid Hassan al-Banna, iaitu akhlak merupakan
„tongkat perubahan‰. Hal ini demikian kerana krisis yang dihadapi
oleh dunia merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum
menjadi krisis ekonomi dan politik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun pada


saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam membuktikan
bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan.
Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam
menempuh situasi genting perubahan ini. Kita telah melihat buktinya di Turki
ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah. Antara faktor kelemahan dan kejatuhannya
disebabkan keruntuhan nilai akhlak dalam kalangan pemerintah dan tenteranya.

Menurut pandangan Islam, manusia ialah khalifah Allah SWT (vicegerant) di


muka bumi berteraskan falsafah khilafah. Konsep ini menjelaskan bahawa Allah
SWT mempertanggungjawabkan manusia sebagai makhluk yang paling tepat
dipilih untuk memakmurkan muka bumi ini menurut kuasa, kelebihan, akal yang
bijaksana, dan tenaga yang dimiliki oleh manusia yang dianugerahkan Allah SWT
kepadanya; berbanding dengan makhluk lain yang serba kekurangan dan tidak
mampu untuk menjalankan fungsi seperti manusia.

Islam menolak keganasan dan sifat pelampau sebagai cara hidup ataupun budaya
masyarakat Islam. Terdapat banyak petikan ayat daripada al-Quran yang
meminta penganutnya tidak melampau dalam tindakan. Antaranya ialah:

• suruhan saling menghormati (surah al-Hujurat, 49:13)

• larangan membunuh diri dan membunuh orang lain (surah an-NisaÊ, 4:29−30)

• tidak menghina agama lain (surah al-AnÊam, 6:108)

Jelasnya, Islam merupakan agama yang menganjurkan keamanan,


kesederhanaan, dan berserah kepada Tuhan sebagai cara hidup dalam kehidupan
(ad-din). Islam menentang kekerasan dan segala tindakan keganasan. Sebaliknya,
Islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan sahaja dalam
kalangan penganut Islam bahkan juga dalam kalangan bukan Islam.

Islam menekankan akhlak yang baik dalam kehidupan. Bermula dengan aspek
akidah, umat Islam perlu menanamkan rasa yakin kepada Allah SWT dan
menunaikan solat lima kali sehari. Dengan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa,
umat Islam juga percaya bahawa setiap perbuatan akan dilihat oleh Allah SWT
dan dinilai di akhirat nanti. Kepercayaan ini membina sikap berhati-hati apabila
membuat keputusan bagi mengambil sesuatu tindakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  213

Islam bukan sahaja melihat aspek akidah dalam amalan, malah memberi
penekanan pada aspek muamalah, iaitu hubungan sesama manusia. Manusia
perlu menjaga hubungan dan mengasihi Muslim yang lain seperti mengasihi
dirinya sendiri. Terdapat akhlak yang perlu dijaga untuk membina hubungan
yang baik seperti:

• jujur ketika berniaga

• memberi salam dan senyuman ketika berjumpa

• memenuhi janji

• melangsaikan hutang

Semua aspek ini perlu diberi penekanan dalam Islam kerana ia berkaitan dengan
sosial, ekonomi, politik, kehidupan sebelum dilahirkan sehinggalah selepas
manusia itu meninggal dunia.

AKTIVITI 8.2

Adakah anda akan sentiasa menjaga tingkah laku anda di hadapan


kanak-kanak atau anak-anak yang memerhatikan tindakan anda?
Bagaimanakah cara anda memohon maaf apabila melakukan kesilapan
dengan orang lain? Bincangkan persoalan etika ini dalam forum
myINSPIRE.

8.3.2 Etika bagi Agama Buddha


Menurut agama Buddha, hidup adalah untuk melakukan sesuatu, dan tindakan
itu boleh mempunyai akibat yang berbahaya atau bermanfaat untuk diri sendiri
dan orang lain. Etika Buddha berkenaan dengan prinsip dan amalan yang
membantu seseorang bertindak dengan cara yang membantu dan bukannya
membahayakan. Kod etika teras Buddha dikenal sebagai lima ajaran dan ini ialah
prinsip etikanya. Lima ajaran tersebut bukanlah peraturan ataupun perintah tetapi
„prinsip latihan‰ yang dilaksanakan secara bebas dan perlu dipraktikkan dengan
kecerdasan dan kepekaan.

Tradisi Buddha mengakui bahawa kehidupan adalah kompleks dan dipenuhi


dengan kesulitan; tidak terdapat satu tindakan yang betul ataupun salah akan
berlaku dalam semua keadaan. Malah, daripada bercakap tentang tindakan yang
betul ataupun salah, agama Budda bercakap mengenai seorang yang
berkemahiran (kusala) atau tidak berkemahiran (akusala).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Agama Buddha menekankan konsep meninggalkan hawa nafsu yang


menyebabkan penderitaan. Seorang penganut agama Buddha perlu mengambil
jalan tengah, iaitu bukan jalan ekstrem apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Penganut agama Buddha perlu mengelakkan diri daripada sikap yang ekstrem.
Contohnya, tidak terlalu mencapai keseronokan melalui deria, dan tidak pula
menyeksa diri sendiri untuk mengelakkan daripada pengaruh hawa nafsu.

Dengan itu, setiap penganut agama Buddha yang mencapai nirwana, iaitu bebas
daripada dikongkong oleh hawa nafsu, tidak akan dilahirkan semula. Konsep
meninggalkan hawa nafsu ini ialah konsep yang mengatakan bahawa seorang
penganut agama Buddha itu tidak lagi dipengaruhi oleh keindahan dunia semata-
mata. Dirinya mencapai kegembiraan apabila sikap dan tindakannya tidak
dipengaruhi oleh sikap kejahilan, kebencian, dan rasa tamak.

8.3.3 Etika bagi Agama Hindu


Hinduisme tidak melihat sebarang konflik umum antara pendekatan berpusatkan
tanggungjawab dan akibatnya. Apabila dalam situasi tertentu, konflik timbul
antara tanggungjawab dan hak, Hinduisme cenderung menyokong pendekatan
akibat (consequentialist). Arahan moral dari segi „lakukan‰ (do) dan „jangan
lakukan‰ (donÊts) adalah tidak asing dalam Hinduisme. Pemikiran kontemporari
menekankan hak lebih baik daripada tugas. Sebaliknya, Gandhi menekankan
tugas lebih daripada hak.

Tugas melibatkan tanggungjawab moral yang merupakan asas etika. Hak dan
kewajipan boleh diumpamakan sebagai dua wajah duit syiling yang sama. Hak
tidak boleh dilaksanakan selagi tanggungjawab seseorang untuk
melaksanakannya tidak dapat dipastikan. Seseorang boleh membuat undang-
undang yang memberi orang hak kepada pendidikan, tetapi ia tidak boleh
dilaksanakan melainkan kewajipan negara dan ibu bapa, ataupun penjaga juga
dinyatakan dalam akta yang sama.

Hinduisme turut mengembangkan falsafah moral, hanya kaedah mereka tidak


sama seperti dalam falsafah Barat. Menurut Matilal (dalam Ganeri, 2002), didaktik
ataupun ajaran dan naratif itu disatukan supaya pelajaran moral diterima dengan
baik dan diingati oleh pengikutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  215

Kisah epik seperti Ramayana, Mahabharata dan Puranas, buku cerita seperti
Panchatantra, Jaataka dan Hitopadesha, semuanya bertujuan memberikan
pelajaran moral – menunjukkan cara etika dilaksanakan dan cara konflik moral
diselesaikan. Semua pelajaran ini bukan hanya bertujuan mendidik mereka yang
elit intelektual tetapi juga untuk orang ramai supaya dapat mengingati pelajaran
moral melalui penceritaan. Bagi Hinduisme, tidak mencukupi jika etika terhad
kepada golongan cerdik pandai sahaja. Yang dimaksudkan oleh semua teks ini
adalah untuk meningkatkan tahap moral dan intelektual rakyat biasa termasuk
orang yang buta huruf.

Agama Hindu mempercayai kelahiran semula berdasarkan karma. Semua amalan


yang dilakukan dalam kehidupan akan menentukan kehidupan pada kelahiran
akan datang. Oleh itu, mereka percaya bahawa setiap perbuatan itu akan diiringi
dengan akibat.

Maka, agama Hindu mendidik penganutnya untuk sentiasa memikirkan akibat


melakukan sesuatu perbuatan yang jahat. Malah, para dewa agama Hindu
sentiasa menentang kejahatan. Segala epik dewa yang hebat digambarkan
menentang kejahatan dan membawa keharmonian ke atas muka bumi ini.

Para dewa agama Hindu mempunyai tugas yang tersendiri. Mereka mempunyai
kuasa untuk menjalankan tugas yang tertentu. Agama Hindu menjadikan rumah
ibadat (kuil) sebagai tempat untuk pemujaan dewa dan amalan menziarahi kuil
adalah dituntut dalam agama Hindu. Amalan ini mendidik anak muda untuk
menjadikan agama sebagai sebahagian daripada kehidupan dan kebergantungan
pada satu kuasa yang hebat yang menguruskan alam ini. Seterusnya, daripada
amalan itu, sikap rendah diri dapat dipupuk dan sekali gus mencipta rasa kasih
sayang sesama manusia.

Agama Hindu lebih menumpukan pada amalan agama yang berkonsepkan ritual,
upacara korban, dan pemujaan dewa. Oleh itu, konsep agama yang dapat
dirumuskan di sini ialah amalan agama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan
dan seterusnya membentuk peribadi yang mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

8.3.4 Etika bagi Agama Kristian


Orang Kristian mengakui bahawa mereka bukan sahaja wajib untuk percaya
kepada kitab Bible, mengaku beriman dan menyembah Tuhan, malah mereka juga
perlu menjalani seluruh hidup mereka menurut kehendak Tuhan. Menjadi umat
Tuhan bererti mematuhi hukum Tuhan, yang bermaksud berjalan mengikut jalan
kebenaran (Mazmur 25:4−5; 86:11) dan mematuhinya (Roma 2:8; Galatia 5:7;
Petrus 1:22; 3−4).

Terdapat dua perintah yang baik kepada orang Kristian, iaitu untuk mencintai
(Matius 22:37−39):

• Tuhan

• jiran

Untuk „hidup dalam cinta‰ adalah sama seperti mencintai Tuhan, Dia yang benar
dan penuh kecintaan (Yohanes 1).

Agama Kristian menitikberatkan rasa cinta terhadap orang lain. Perasaan kasih
yang disemai sesama manusia dapat menimbulkan suasana harmoni dan
toleransi. Kasih sayang dapat menjauhkan hasad dengki yang menimbulkan
pergaduhan dan peperangan. Manusia juga akan saling hormat-menghormati dan
memberi ruang kepada pendapat daripada pelbagai sumber secara terbuka.

Penganut Kristian digalakkan untuk lebih memberi fokus terhadap amalan agama
berbanding dengan segala hal kebendaan. Berusaha untuk kehidupan yang lebih
baik dan mengejar kekayaan adalah tidak salah, tetapi sikap tersebut perlulah
dilakukan demi mendekatkan diri dengan Tuhan.

Agama Kristian juga menitikberatkan kesalahan manusia ke atas manusia lain.


Manusia perlu diberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukannya. Hukuman dapat mengajar manusia untuk berkelakuan dengan
lebih baik dan ia boleh dianggap sebagai proses untuk membentuk sikap manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  217

Beberapa nilai moral yang digariskan oleh agama Kristian adalah seperti yang
berikut:

• beribadat kepada Tuhan yang satu atau esa

• umat yang rendah hati, lembut hati, prihatin dan belas kasihan akan
menerima balasan yang baik seperti syurga

• tidak boleh membunuh atau memarahi orang lain

• tidak boleh berzina

• memberi hukuman yang setimpal dengan apa yang dialami

• tidak suka kepada orang munafik

• mementingkan perasaan kasih sayang sesama manusia

• tidak menganiaya orang lain

8.3.5 Etika bagi Konfusianisme


Perlu diingat bahawa Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada
pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
Fahaman ini diasaskan oleh Kung Fu Tze (Confucius) yang lahir di negara China
pada tahun 551 SM oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun pada ketika
itu. Kung Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal
dengan penyebaran pelbagai ilmu baharu ketika berumur 32 tahun. Beliau banyak
menulis buku moral, sejarah, kesusasteraan, dan falsafah yang banyak diikuti oleh
penganut ajaran ini. Kung Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 SM.

Apakah tujuan ajaran Konfusianisme? Tujuan ajaran Konfusianisme ialah menuju


kemajuan dan kesejahteraan negara, dunia dan kehidupan sekarang (focus on the
here and now factor of the human life). Mengikut kepercayaan fahaman ini,
manusia lahir dengan segala nilai yang baik dan terpuji; manusia hanya
dirosakkan oleh persekitarannya.

Ajaran ini juga menganjurkan perikemanusiaan (ren) yang berteraskan menjaga


kemesraan antara manusia, berbuat baik pada setiap orang, dan murah hati setiap
masa. Menghormati sesama (shu) manusia menjadi asas pada ajaran ini. Ajaran
Konfusianisme termaktub dalam kitabnya yang bernama Analects.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Pada amnya, ajaran Konfusianisme menitikberatkan tingkah laku dan tabiat yang
baik dalam lima bentuk perhubungan manusia seperti yang dinyatakan dalam
Rajah 8.7.

Rajah 8.7: Lima Bentuk Perhubungan Manusia dalam Ajaran Konfusianisme

Ajaran Konfusianisme turut mengetengahkan beberapa konsep panduan hidup


termasuk lima sifat baik yang harus ada pada manusia yang sempurna (junzi),
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 8.8.

Rajah 8.8: Lima Sifat Baik yang Harus Ada pada Manusia yang Sempurna

Konsep ren atau perikemanusiaan yang menitikberatkan kebajikan terhadap


sesama manusia, tanpa mengira batas bangsa, negara, warna kulit kerana manusia
adalah bersaudara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  219

Konsep chun tze menjelaskan bahawa segala sifat keperibadian yang mulia adalah
seperti:

• hati yang terbuka

• tidak sombong

• menjaga maruah

• menguasai gerak-geri

• menghayati keadilan

• berilmu

• kebijaksanaan

• menjaga kebajikan terhadap anak-anak

• hormat-menghormati

• berbudi bahasa

• kesetiaan

• kemesraan

• penyayang

• ikhlas

• boleh dipercayai

• kebenaran

• kesederhanaan.

Semua sifat keperibadian mulia yang disenaraikan tadi akan melahirkan manusia
yang baik ataupun sempurna.

Li atau keserasian adalah berkaitan dengan ucapan serta perbuatan cendekiawan


dan tokoh yang berpengalaman dan mahir dalam sesuatu bidang yang dijadikan
sebagai teladan dan iktibar. Nilai kesederhanaan dalam hubungan masyarakat
diberi keutamaan. Selain itu, konsep ti atau wibawa, menyentuh mengenai
kerajaan. Kerajaan yang berwibawa ialah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Confucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu


tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
Mengikut ajaran Confucius, manusia berhak hidup dengan kebebasan, keamanan,
dan harmoni.

Fahaman Confucius mempunyai empat dimensi humanisme seperti yang


dinyatakan dalam Rajah 8.9.

Rajah 8.9: Empat Dimensi Humanisme dalam Fahaman Confucius

Confucius mengetengahkan sikap tidak menyakiti hati orang lain seperti juga kita
tidak mahu orang lain menyakiti kita. Ajaran Confucius lebih mementingkan
pelbagai sifat kemanusiaan dan hubungan sesama manusia untuk mewujudkan
suasana kehidupan yang aman dan harmoni.

Ajaran Confucius juga mengajar penganutnya supaya jangan membebankan


orang lain dengan perkara yang tidak disukai oleh diri sendiri. Hal ini demikian
kerana jika kita melakukan sesuatu yang kita sukai, kita akan melakukannya
dengan sepenuh hati dan merasa lebih gembira.

SEMAK KENDIRI 8.3

Rumuskan prinsip etika dalam ajaran Islam, Buddha, Hindu, Kristian,


dan Konfusianisme dalam bentuk jadual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  221

8.4 KONSEP ETIKA DALAM SEGENAP


LAPANGAN HIDUP
Sebelum kita akhiri topik ini, mari kita lihat konsep etika dalam segenap lapangan
hidup. Fletcher (2016) menjelaskan konsep kesejahteraan hidup berdasarkan istilah
kesejahteraan (well-being) dan istilah lain yang seerti dengannya seperti:

• kebajikan

• nilai berhemah (prudential value)

• kepentingan diri (self-interest)

• utiliti (utility)

Menurut Fletcher, kesejahteraan itu merujuk bagaimana baiknya seseorang itu


menjalani kehidupan. Fletcher menggambarkan nilai berhemah dalam bentuk kes
ataupun penceritaan seperti yang berikut:

Richard mempunyai masalah kesihatan yang penyakitnya dapat diubati sama


ada dengan menerima buah pinggang baru atau melalui pendermaan darah.
Sekiranya Richard melakukan salah satu daripadanya, dia mempunyai
peluang untuk hidup sihat.

Namun, berlainan pula bagi David (abang Richard, penderma). Kehilangan


satu buah pinggang adalah lebih menyakitkan dan berisiko berbanding
kehilangan darah yang boleh diganti semula. Malah, proses penyembuhannya
juga mengambil masa yang lebih lama.

Pemilihan antara menderma darah atau menderma buah pinggang merupakan satu
nilai berhemah bagi kesejahteraan hidup David, iaitu bagaimana David dapat hidup
dengan baik selepas ini.

Menurut Brülde (2011), persoalan mengenai hidup yang baik (sejahtera) merupakan
persoalan klasik dalam bidang falsafah. Antara persoalan yang berkaitan
dengannya adalah:

• apakah yang membuatkan kehidupan seseorang itu dianggap baik?

• apakah yang membuatkan sesuatu kehidupan itu berbaloi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Bagi menjawab dua persoalan ini, ahli falsafah memberikan satu definisi yang
formal terhadap kesejahteraan (kehidupan yang baik), iaitu nilai akhir bagi
seseorang. Terdapat tiga aspek penting dalam pendefinisian ini seperti yang
dijelaskan dalam Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Tiga Aspek Penting dalam Pendefinisian Kesejahteraan

Aspek Huraian
Sesuatu kehidupan yang Persoalannya perlu bersifat menilai secara penuh, bukan
baik ataupun mempunyai secara melihat secara fizikal dan eksperimen sahaja.
kualiti yang tinggi perlu
dinilai secara positif
Jenis nilai yang relevan Kehidupan itu sememangnya baik untuk mereka, bukan
adalah „nilai berhemah‰ sepatutnya baik secara moral atau estetika. Aspek ini
(prudential value) merujuk „apakah jenis kehidupan yang baik bagi seseorang
yang melalui kehidupan tersebut?‰
Nilai berhemah yang Persoalan tentang nilai ini adalah dengan melihat nilai
relevan ialah nilai terakhir sebagai keputusan akhir, bukan sebagai alat ataupun cara.
bagi seseorang dan ia Kehidupan yang baik merupakan kehidupan yang dipenuhi
bukanlah nilai dengan nilai akhir yang positif berbanding nilai negatif.
instrumental

Seligman (2012) pula berpendapat bahawa tiada definisi yang khas bagi
kesejahteraan. Menurutnya, kesejahteraan itu terbentuk berdasarkan tiga elemen
utama (lihat Rajah 8.10).

Rajah 8.10: Tiga Elemen Utama yang Membentuk Definisi Kesejahteraan

Sumber: Seligman (2012)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  223

Tiga elemen utama ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.5.

Jadual 8.5: Tiga Elemen Utama yang Membentuk Definisi Kesejahteraan

Elemen Huraian
Emosi yang Kegembiraan dan kehidupan yang memuaskan bukanlah matlamat tetapi
positif sebagai faktor kepada kehidupan yang sejahtera.
Komitmen Ia sama seperti emosi yang positif dan komitmen secara subjektif.
Contohnya, menilai komitmen dari sudut berikut:

• adakah masa menghentikan anda?

• adakah anda benar-benar mendalami tugasan tersebut?

• adakah anda hilang kesedaran kendiri?

Semua jawapan tersebut sangat subjektif dan kita tidak menemukan


jawapan yang tepat.
Maksud Maksud memberi definisi sesuatu perbuatan itu adalah subjektif. Walau
bagaimanapun, penekanan masih diberi terhadap perasaan positif
mengenai sesuatu perkara yang berlaku, tanpa perlu mempunyai maksud
terhadapnya. Maksud tidaklah semata-mata berbentuk subjek, ia juga
merupakan penaakulan objektif terhadap sejarah, logik, dan ketepatan.
Memberi maksud kepada sesuatu peristiwa juga dapat menyumbang
kepada kehidupan yang baik.

Contohnya, Cikgu Ana menceritakan mengenai Perang Dunia Kedua.


Penjelasan Cikgu Ana secara menyeluruh termasuklah faktor berlaku
perang, kisah di sebalik perang, kesan perang, dan pengajaran peperangan
tersebut dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kisah perang Cikgu Ana
menjadi pengajaran untuk mendapatkan kesejahteraan.

Seterusnya, elemen emosi yang positif dan komitmen dianggap memenuhi kriteria
bagi elemen kesejahteraan, iaitu:

(a) emosi yang positif dan komitmen memberi sumbangan terhadap


kesejahteraan hidup;

(b) kedua-duanya dikejar oleh manusia demi diri sendiri, dan tidak semestinya
untuk mencapai elemen yang lain; dan

(c) kedua-duanya dinilai secara berasingan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

Dr Steven Mintz (2018) yang merupakan Profesor Emeritus di California


Polytechnic State University, San Luis Obispo membincangkan isu yang
memaparkan keperluan etika dalam kehidupan seharian. Menurutnya, kejujuran,
penyayang dan belas kasihan, integriti, dan tanggungjawab peribadi merupakan
nilai yang dapat membantu manusia beretika ketika menghadapi dilema dalam
kehidupan.

Beliau membuat analisis terhadap tinjauan kes kecurian di kaunter layan diri pada
tahun 2015. Menurut juruaudit, satu juta transaksi telah dilakukan dalam setahun,
yang menghasilkan USD21 juta penjualan. Laporan audit juga menunjukkan
hampir USD850,000 jualan keluar dari kedai tanpa diimbas dan dibayar.
Persoalannya ialah bagaimanakah mereka melakukannya? Beliau mendapati
terdapat pelanggan yang melakukan perkara berikut:

• pelanggan yang memasukkan kuantiti yang lebih kecil daripada kuantiti


pembelian sebenar;

• pelanggan mengimbas barang yang lebih murah ketika pembayaran, contohnya


menukar imbasan buah organik dengan buah biasa; dan

• pelanggan menanggalkan pelekat harga asal dengan menukarkannya dengan


pelekat harga yang lebih murah.

Cara mencuri pelanggan tadi dipercayai memberi inspirasi kepada pelanggan lain.
Malah, mereka yang tidak biasa mencuri juga akan melakukan perkara yang sama
dengan alasan semua orang melakukannya, mudah dilakukan, dan boleh
dilakukan. Bagi Mintz, tindakan pelanggan mencuri barangan tersebut adalah salah
kerana pelanggan salah tafsir tentang anonimiti barang kedai tersebut. Namun,
pelanggan merasionalkan tindakan mencuri mereka dengan mengatakan bahawa
kedai tersebut meletakkan harga yang tinggi.

Sewajarnya, pelanggan perlu sedar bahawa tindakan merasionalkan diri selepas


mencuri ataupun melakukan kesalahan perlu dielakkan. Apabila pelanggan yang
mencuri tadi terlepas atau gagal ditangkap, berkemungkinan besar mereka akan
mencuri lagi.

Oleh itu, Mintz menyarankan analisis etika seperti dalam Jadual 8.6 perlu dilakukan
untuk mengelakkan masalah mencuri. Analisis ini merupakan analisis kendiri, iaitu
pelanggan perlu menganalisis atau bertanya diri sendiri apabila hendak mencuri
barangan di sebuah kedai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  225

Jadual 8.6: Analisis Etika

Teori Huraian Analisis Kendiri Pelanggan


Prinsip Prinsip memperlakukan Andaikan anda memiliki pasar raya.
peraturan emas orang lain sepertimana kita Adakah anda mahu pelanggan
(golden rule) mahu diperlakukan. menipu anda menggunakan mesin
imbasan?
Egoisme Manusia perlu melakukan Bagaimanakah tindakan saya
beberapa tindakan kerana mempengaruhi saya? Saya mungkin
tindakan tersebut akan dapat terperangkap dan perlu membayar
meningkatkan kepentingan harga yang sebenar.
diri.
Utilitarianisme Tindakan yang diambil Bagaimanakah tindakan saya
memberi kegembiraan dan mempengaruhi orang lain? Kedai
senang, dan tindakan yang itu akan mengalami kerosakan/
menyebabkan kesedihan dan kerugian kerana barang yang dicuri
mendatangkan bahaya perlu tidak dibayar. Keadaan ini akan
ditinggalkan. mempengaruhi keuntungan.
Prinsip perintah Peraturan tingkah laku yang Bagaimanakah jika semua orang
mutlak dilaksanakan untuk semua menggunakan pengimbas untuk
(categorical dan tidak bergantung pada menipu kedai? Adakah anda mahu
imperative) keinginan ataupun tujuan tindakan anda diterima menjadi
akhir. tindakan sejagat?
Ujian muka Adakah anda akan bersetuju Bagaimanakah perasaan anda
hadapan (the dengan keputusan yang anda sekiranya tindakan anda
front page test) buat berdasarkan ia dicetak di terpampang pada muka depan surat
halaman depan surat khabar? khabar esok? Adakah anda
berbangga dengan tindakan
tersebut ataupun memalukan
sahaja?

AKTIVITI 8.3

Adakah anda pernah berhadapan dengan karenah pelanggan? Jika


tidak, pernahkah anda berhadapan dengan karenah pelanggan lain di
restoran/pasar raya/kedai elektronik? Kongsikan pengalaman anda
menghadapi ataupun menyelesaikan situasi tersebut dalam forum
myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

• Etika merupakan penilaian terhadap tingkah laku.

• Etika amali berkait rapat dengan metaetika, etika normatif, dan etika gunaan.

• Metaetika merujuk asal usul prinsip etika, dan maksud di sebaliknya.

• Etika normatif merujuk etika secara praktikal.

• Etika gunaan membincangkan pelbagai isu kontroversi yang berkaitan dengan


etika seperti pengguguran bayi dan perang nuklear.

• Bagi membina kehidupan yang sejahtera, kita perlu menjawab persoalan seperti
bagaimanakah mahu meneruskan kehidupan? Apakah tumpuan kepada
pencapaian ilmu pengetahuan? Apakah penciptaan sesuatu yang baharu itu
salah?

• Empat teori utama yang membincangkan kesejahteraan hidup manusia ialah


teori hedonisme, teori kegembiraan, teori pemenuhan keinginan, dan teori
senarai objektif.

• Etika dalam agama Islam termasuk dalam komponen akhlak. Akhlak


mempunyai lima kepentingan dalam Islam, iaitu mencorakkan tingkah laku,
mempengaruhi pertimbangan, mencerminkan keimanan, simbol tamadun
manusia, dan memangkinkan perubahan.

• Kod etika yang menjadi teras ajaran Buddha dikenal sebagai lima ajaran. Lima
ajaran tersebut bukanlah peraturan ataupun perintah tetapi prinsip latihan
yang dilaksanakan secara bebas dan perlu dipraktikkan dengan kecerdasan
dan kepekaan.

• Hinduisme mempercayai amalan yang dilakukan dalam kehidupan dunia


akan menentukan kehidupan pada kelahiran akan datang. Maka, agama
Hindu mendidik penganutnya untuk sentiasa memikirkan akibat melakukan
sesuatu perbuatan yang jahat.

• Agama Kristian menitikberatkan perasaan kasih, cinta kepada orang lain bagi
membentuk suasana harmoni. Dua perintah yang baik kepada orang Kristian
ialah mencintai Tuhan dan mencintai jiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN  227

• Mengikut kepercayaan fahaman Konfusianisme, manusia lahir dengan segala


nilai yang baik dan terpuji; nilai ini hanya dirosakkan oleh persekitarannya.
Tujuan ajaran Konfusianisme ialah menuju kepada kemajuan dan
kesejahteraan negara, dunia dan kehidupan sekarang.

• Kesejahteraan itu merujuk bagaimana baiknya seseorang itu menjalani


kehidupan.

• Nilai akhir bagi seseorang merupakan fokus kesejahteraan hidup. Aspek


penting dalam nilai akhir ialah penilaian positif, dan nilai berhemah sebagai
nilai yang relevan dan bukannya nilai instrumental.

• Tiga elemen utama yang membentuk definisi kesejahteraan ialah emosi yang
positif, komitmen, dan maksud.

• Analisis kendiri perlu dilakukan sebelum melakukan sesuatu tindakan


berdasarkan beberapa teori untuk menilai baik buruk tindakan tersebut.

Akhlak Komitmen
Analisis kendiri Maksud
Emosi yang positif Metaetika
Epistemologi Nilai akhir
Etika Teori hedonisme
Etika agama Teori kegembiraan
Etika gunaan Teori pemenuhan keinginan
Etika normatif Teori senarai objektif
Kesejahteraan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 8 ETIKA SEBAGAI ISU KEFALSAFAHAN

BERNAMA. (2015, Januari 8). Suasana pasca banjir di pantai timur. Astro Awani.
https://bit.ly/3cYYwld

Brülde, B. (2011). Health, disease and the goal of public health. Dalam A. Dawson
(Pnyt.), Public health ethics: Key concepts and issues in policy and practice
(ms. 20–47). Cambridge University Press.

Fieser, J. (2000). Metaethics, normative ethics, and applied ethics: Historical and
contemporary readings. Wadsworth/Thomson Learning.

Fletcher, G. (2016). The philosophy of well-being: An introduction. Routledge.

Ganeri, J. (Pnyt.). (2002). The collected essays of Bimal Krishna Matilal: Ethics and
epics. Oxford University.

Mintz, S. M. (2018). Ethics in personal life. Ethics Sage. https://bit.ly/3cfUq9h

Perkams, M. (2013). Aquinas on choice, will and voluntary actions. Dalam


T. Hoffmann, J. Müller & M. Perkams (Pnyt.), Aquinas and the nicomachean
ethics (ms. 72–90). Cambridge University Press.

Seligman, M. E .P. (2011). Flourish: A visionary new understanding of happiness


and well-being. Free Press.

Singer, P. (2019). Ethics into action: Learning from a tube of toothpaste. Rowman
& Littlefield.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kajian Kes
Terpilih:
9 Falsafah dan
Isu Semasa
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan konsep sekularisme sebagai asas ideologi moden.
2. Mengupas ideologi modenisme.
3. Menjelaskan perkembangan era modenisme pada zaman kesedaran
(enlightenment).
4. Membincangkan pascamoden dan kesannya terhadap masyarakat.

 PENGENALAN
Berdasarkan perbincangan semua topik sebelum ini, anda seharusnya sudah
mempunyai gambaran yang jelas terhadap perkembangan falsafah dan
implikasinya dalam kehidupan seharian. Perkembangan falsafah moden dan
pascamoden membawa kepada pembentukan senario baharu yang membawa
perubahan terhadap perspektif dan penerimaan masyarakat terhadap senario
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Oleh itu, dalam topik terakhir ini, mari kita membincangkan beberapa kes
ataupun senario semasa yang mempunyai kaitan dengan falsafah moden. Selamat
membaca!

AKTIVITI 9.1

Sejauh manakah anda terbuka untuk menerima perspektif baharu


berbentuk falsafah moden dalam kehidupan anda? Tanya rakan
sekuliah anda dalam forum myINSPIRE. Adakah terdapat perbezaan
terhadap penerimaan falsafah moden antara anda dengan rakan
sekuliah?

9.1 SEKULARISME SEBAGAI ASAS IDEOLOGI


MODEN
Istilah „sekularisme‰ dengan dunia moden sering kali dikaitkan dengan merujuk
keadaan susutnya pengaruh agama dalam kehidupan manusia zaman moden.
Malah, ada yang menganggap sekularisme sebagai bertentangan dengan agama,
sehingga mampu mendatangkan dosa dan seharusnya dihukum. Sungguhpun
demikian, pakar ilmiah mempunyai pandangan yang tersendiri apabila
mendefinisikan istilah sekularisme. Masing-masing mempunyai perspektif yang
berbeza terhadap aspek yang membentuk perkembangan sekularisme pada masa
kini.

Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme? Menurut Encyclopaedia


Britannica (2019), sekularisme merujuk mana-mana pergerakan dalam masyarakat
yang menjauhkan alam ghaib (yang berkenaan dengan aspek spiritual/kuasa ghaib
(supernatural)/metafizikal) dengan kehidupan atas muka bumi (any movement in
society directed away from otherworldliness to life on earth). Definsi ini
menjelaskan bahawa segala aktiviti di dunia sebenar tidak dikaitkan dengan
kewujudan kuasa ghaib.

Bagi kamus Merriam-Webster pula, sekularisme didefinisikan sebagai tidak


mempedulikan atau menolak, atau mengecualikan diri daripada agama serta
pertimbangan agama (indifference to or rejection, or exclusion of religion and
religious considerations).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  231

Kesimpulannya, definisi yang diberikan oleh dua sumber tadi ialah penolakan
sepenuhnya terhadap agama; manusia mula mengecualikan diri dari segala aspek
keagamaan dalam kehidupan.

Seorang sarjana Barat awal bernama George Jacob Holyoake (1817–1906)


menjelaskan sekularisme secara terperinci. Beliau melihat sekularisme dengan
agama bagaikan lautan dengan daratan – mana status sekularisme berada antara
teisme (percayakan kewujudan Tuhan) dengan ateisme (tidak percayakan
kewujudan Tuhan). Walaupun sekularisme berbeza dengan agama, ia masih tidak
mengabaikan, menyerang, atau menafikan agama.

Copson (2019) melihat teori Holyoake dipengaruhi oleh para sarjana zaman
kesedaran (enlightenment). Beliau telah memperkenalkan sikap keduniaan, iaitu
menggalakkan manusia untuk menolak kearifan umum (received wisdom) dan
politik autoritarian. Malah, beliau turut menggunakan penaakulan dan sains untuk
menilai mana-mana tuntutan serta untuk melihat kemajuan manusia.

Hal ini telah diterangkan dengan lebih jelas oleh Encyclopaedia Britannica (2019)
yang melihat latar belakang sekularisme ini bermula dengan peranan agama dalam
kehidupan manusia pada zaman pertengahan. Pada ketika itu, di Eropah, golongan
agamawan memperlekehkan urusan dunia dan lebih menumpukan kepada urusan
yang berfokuskan kepada Tuhan dan alam akhirat. Dengan ini, gerakan
sekularisme bermula ketika zaman pembaharuan (zaman renaissance), zaman
berkembangnya teori humanisme yang cenderung untuk melihat pencapaian
budaya manusia dan kebarangkalian untuk mencapainya di dunia ini.
Perkembangan sekularisme ini berlangsung sepanjang zaman moden tetapi ia
dilihat sebagai anti-Kristian atau antiagama.

Pada pertengahan abad ke-20, sebilangan ahli teologi mula menyokong agama
Kristian sekular. Mereka menyarankan agar penganut agama Kristian bukan sahaja
berusaha untuk akhirat, malah perlu mencari peluang untuk memperkenalkan
segala nilai Kristian di dunia ini. Ahli teologi ini berpendapat bahawa makna
sebenar mesej Jesus dapat ditemui dan dipenuhi dalam urusan kehidupan sekular
sehari-hari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Berdasarkan pelbagai penulisan sarjana mengenai sekularisme, Marbaniang (2012)


merumuskan bahawa sekularisme dapat dikelaskan kepada empat kumpulan
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Empat Kategori Kumpulan Sekularisme

Sumber: Marbaniang (2012)

Empat kategori kumpulan sekularisme ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti
yang berikut:

(a) Kumpulan Mengikut Aspek Keagamaan (Berasaskan Gereja)


Definisi ecclesiastical ini merujuk penggunaan sekularisme yang berkenaan
dengan aspek keagamaan. Malah, istilah sekular mula diperkenalkan oleh
golongan agama.

Pada awalnya, ia digunakan untuk merujuk paderi yang tidak terikat


dengan ikrar ataupun peraturan monastik. Pada zaman moden, istilah
sekularisme ringkasnya merujuk „tidak beragama‰ ataupun „tidak suci‰.

(b) Kumpulan Mengikut Aspek Falsafah


Dalam bidang falsafah, sekularisme dikategorikan sebagai ideologi ataupun
sistem doktrin dan amalan yang menolak sebarang bentuk kepercayaan dan
amalan keagamaan kerana agama dilihat sebagai aspek yang tidak
menyumbang kepada kemajuan manusia.

Malah, para sarjana sekularis yang tegar menolak agama dan mengandaikan
agama sebagai faktor yang menghalang perkembangan intelektual. Dengan
berkembangnya fahaman sekularisme ini, maka peranan agama dalam
aspek ekonomi, politik dan sosial, malah dalam tabiat peribadi dan motivasi
juga, semakin berkurangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  233

Menurut Halverson (2005), terdapat tujuh ciri sekularisme dalam bidang


falsafah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Tujuh Ciri Sekularisme

Sumber: Halverson (2005)

(c) Kumpulan Mengikut Aspek Sosiologi (Teori Memuaskan Keinginan)


Bidang sosiologi berpendapat bahawa dalam proses evolusi sesuatu
masyarakat, ketidakupayaan untuk berpatah balik daripada ketakutan
primitif melalui zaman animisme, politeisme, panteisme, dan monoteisme,
sehingga zaman saintifik sepenuhnya, agama tidak mempunyai
kepentingan bagi manusia. Peranan agama dalam perkembangan proses
sosiobudaya adalah sangat terhad. Masyarakat dan budaya diasingkan
daripada dominasi institusi dan simbol keagamaan. Ketika itu, agama telah
hilang kepentingan sosialnya. Masyarakat sekular dilihat sebagai
masyarakat yang telah mengehadkan peranan agama dalam perkembangan
sosialnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

(d) Kumpulan Mengikut Aspek Politik


Dalam bidang politik, sekularisme merujuk polisi sesebuah negara yang
tidak campur tangan dalam urusan keagamaan, begitu juga tidak memihak
kepada mana-mana agama untuk membuat keputusan. Ia merupakan polisi
yang mengasingkan urusan negara dengan pengaruh agama.

Menurut Sharma (2000), terdapat empat bentuk sekularisme politik seperti


yang dijelaskan dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Empat Bentuk Sekularisme Politik

Bentuk Huraian
Sekularisme ateis Ia juga dikenal sebagai sekularisme fundamentalis. Bentuk
sekularisme ini sangat skeptikal terhadap agama,
sehinggakan menganggap agama sebagai halangan
kepada kejayaan manusia. Sekularisme ini menentang
agama secara terang-terangan. Contohnya, fahaman
komunis di Rusia dan China. Dua negara ini memantau
dan menyelia semua jenis pemikiran dan aktiviti
keagamaan.
Sekularisme ahli Bentuk sekularisme ini bersikap acuh tak acuh terhadap
kemanusiaan agama. Contohnya, negara yang mengamalkan prinsip
materialisme, naturalisme, humanisme, Marxisme (Cuba,
Laos, dan Vietnam), saintisme, dan rasionalisme.
Sekularisme semu Bentuk sekularisme ini wujud melalui tindakan yang
formal, hodoh, dan hipokrit. Walaupun negara itu
mengakui berfahaman sekular, negara tersebut masih
memihak kepada beberapa agama pilihan berbanding
dengan agama lain. Negara ini dikatakan bersikap
dwistandard hanya secara trend dan bukan sekularisme
yang tersirat.
Sekularisme liberal Bentuk sekularisme ini tidak menentang ataupun bersikap
berat sebelah terhadap mana-mana agama. Negara ini
mengiktiraf nilai dan kepentingan toleransi agama serta
menghormati semua agama. Dalam konteks pluralisme
agama, negara sekular ini mengikut pendekatan liberal
dan simpati terhadap agama.

Salah sebuah negara yang mengamalkan sekularisme


liberal ialah India yang juga memberi hak keistimewaan
kepada penganut agama Islam dan Kristian sebagai tanda
pengiktirafan terhadap kepelbagaian agama.

Sumber: Sharma (2000)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  235

Kesimpulannya, walaupun terdapat sarjana yang melihat sekularisme dalam


bentuk yang positif (seperti menyokong penyebaran nilai murni agama yang
dianuti melalui aktiviti bercorak keduniaan sehari-hari), namun kebanyakan
sarjana dan apa-apa yang diterima umum adalah sekularisme merupakan aspek
negatif yang bertentangan dengan agama. Jika dilihat daripada sejarahnya,
peranan agama itu sendiri, pada asalnya ialah agama Kristian serta peranan gereja,
sangat tertumpu pada hal ketuhanan sehingga mengabaikan hal keduniaan,
sedangkan kedua-duanya memerlukan satu sama lain. Sebenarnya, jika seseorang
itu ingin mencapai matlamat kebahagiaan sesudah mati, maka segala aktiviti
kemanusiaanlah yang dapat membantu manusia untuk mencapai matlamat itu.

Namun, apabila manusia melihat agama sebagai batu penghalang kepada


kejayaan dunia, maka sekularisme pun terbentuk, sehinggakan ada yang
mengeluarkan peranan agama secara keseluruhannya daripada kehidupan
seharian. Perkara ini bukan sahaja mengehadkan peranan institusi agama dalam
pentadbiran negara, malah ia juga tidak membuka ruang kepada agama untuk
menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Berikan maksud sekularisme dengan menggunakan ayat anda


sendiri.

2. Apakah empat kategori kumpulan dan ciri-ciri sekularisme?

9.2 MODENISME
Dengan bermulanya pengaruh sekularisme dalam dunia moden, maka peranan
agama semakin terhad. Sarjana Barat mula menumpukan perhatian terhadap
perkembangan sains dan penggunaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan.
Selain itu, bukti empirikal juga sangat ditekankan dalam perkembangan ilmu
pengetahuan. Pengetahuan yang tidak menepati ciri-ciri saintifik dan tidak
diterima akal fikiran tidak diterima pada era modenisme. Dengan itu, peranan
agama yang mengetengahkan konsep alam ghaib seperti ketuhanan dan alam
selepas mati semakin diketepikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Apakah yang dimaksudkan dengan modenisme? Walz (2013) mendefinisikan


modernisme sebagai sesuatu yang baharu, berlainan daripada yang tradisional.
Dari aspek sejarah, modenisme berasal daripada istilah „moden‰ dan „baru‰,
merujuk sejarah Eropah ketika zaman pembaharuan dan reformasi. Ketika
berlakunya revolusi sains pada kurun ke-17, berlaku perubahan daripada sains
tradisional (Aristotle, Ptolemy, dan Galen) kepada pelbagai pengetahuan baharu
melalui matematik, pemerhatian, eksperimen, dan eksplorasi global yang
memperlihatkan teknologi yang hebat dan keuntungan komersial. Hal ini
membawa kepada gaya hidup moden dan kesenian kebudayaan dalam kalangan
buorgeoisie, iaitu gabungan bangsawan bandar, peniaga, golongan profesional,
dan artisan (tukang) yang kaya, berbanding golongan bangsawan dan petani.

Bermulanya era modenisme ini dapat dilihat dengan bermulanya zaman


kesedaran (enlightenment). Apakah yang dimaksudkan dengan kesedaran?
Immanuel Kant (1784) mendefinisikan kesedaran sebagai „berani ambil tahu!‰
(sapere aude!/dare to know!). Menurut Kant lagi, seseorang yang moden berfikir
secara autonomi untuk diri sendiri, melangkaui batasan pengetahuan, kuasa, adat,
dan hal yang tidak diterima akal. Berdasarkan „sikap baharu‰ ini, golongan
penulis, penggiat seni, dan bijak pandai zaman kesedaran percaya bahawa mereka
dapat memimpin masyarakat menuju „tahap baharu‰ dalam pengetahuan dan
sejarah berpandukan falsafah mereka.

Pada kurun ke-19, proses pemodenan, iaitu perkembangan kapitalisme komersial


melalui pengindustrian seiring dengan pembangunan negara bangsa dan
imperialisme moden telah mengubah masyarakat dan budaya Eropah. Walau
bagaimanapun, golongan sasterawan dan penggiat seni melihat bahawa semangat
kreatif adalah lebih baik berbanding dengan hasil industri. Mereka mempercayai
bahawa penggiat seni adalah hebat sebagai cerdik pandai. Pada masa yang sama,
pemodenan berjaya menyediakan tempat untuk golongan ini menjual karya
mereka sehingga mendapat sambutan yang meluas.

Pada zaman moden ini, ahli sasterawan dan karyawan seni perlu menghasilkan
karya berbentuk novel (menarik, baru, dan unik) dan inovatif. Karya zaman
moden perlu berjaya menghasilkan perubahan dalam kalangan pembaca ataupun
peminat seni; karya ataupun ekspresi artistik perlu memberi kesedaran bahawa
pembaharuan perlu dilakukan. Segala elemen tradisional perlu diperbaharui dan
dipertingkatkan. Semua pembaharuan ini menggalakkan eksperimentasi yang
para artis mengeksperimenkan, mengkaji, dan mengubah bentuk dan maksud
kesenian, kesusasteraan, pembinaan, dan reka bentuk sehinggakan mewujudkan
cara hidup yang kontemporari dan berunsurkan duniawi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  237

Lunn (1982) menyatakan terdapat empat dimensi umum mengenai estetika


moden seperti yang diterangkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Empat Dimensi Umum Mengenai Estetika Moden

Dimensi Huraian
Reflektif kendiri Artis modenis memberi penekanan terhadap karya itu sendiri serta
peraturan dan bentuk pembinaannya. Wujud hubungan antara
karya dengan pemiliknya, contohnya karya artis Sepanyol bernama
Pablo Picasso (lihat Rajah 9.3).

Rajah 9.3: Pablo Picasso (1881–1973)

Karya beliau menggambarkan realiti subjektif seorang artis


berbanding dengan gambaran dunia secara objektif. Pemerhati
digalakkan untuk mencari maksud melalui respons langsung dan
subjektif terhadap karya tersebut, bukannya menilai sama ada karya
itu sesuai dengan beberapa standard estetika luaran. Rajah 9.4
menunjukkan salah satu karya Picasso.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Rajah 9.4: Three Musicians oleh Picasso

Sumber: https://byronsmuse.files.wordpress.com/2017/01/1921-
pablo-picasso-musicians-with-masks.jpg

Keserentakan Karya seni menjadi seperti montaj mempunyai bentuk yang dicapai
melalui penjajaran unsur media, gambar, kata, dan objek dalam
ruang yang sama. Contohnya, perspektif tiga dimensi dan linear.
Hasilnya, kesan karya seni dapat menghasilkan rasa „kesatuan‰,
iaitu semua unsur ditempatkan bersama-sama (misalnya, sejumlah
besar gambar pegun dicetak pada filem seluloid, disejajarkan
melalui penyuntingan montaj, dan bergerak serentak melalui
projektor untuk menghasilkan ilusi penyatuan „gambar bergerak‰).

Antara contoh karya keserentakan yang terkenal ialah karya


Sigmund Freud yang bertajuk The Interpretation of Dream. Karya
ini menceritakan tentang mimpi yang merupakan satu pengalaman
kehidupan yang paling baik. Karya ini telah memberi inspirasi
kepada kebanyakan artis dan karyawan modenis. Contoh lain ialah
stream of conciousness (sastera), kubisme dan kolaj (seni visual), dan
atonaliti dan multitonality (muzik).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  239

Ketidakpastian Berbanding dengan pandangan positivisme era ke-19, pandangan


maksud optimisme percaya bahawa pengetahuan saintifik dan kemajuan
sosial dapat menyedarkan lebih ramai orang. Para modenis
menyesuaikan diri dengan paradoks, kekaburan, dan ketidakpastian
dalam kehidupan kontemporari.

Sikap „menentang positivisme‰ dalam kalangan modenis


dimulakan oleh beberapa ahli intelektual seperti Darwin, Nietzsche,
dan Freud. Misi utama modernisme adalah untuk menjadikan dunia
ini unik, menarik perhatian, dan memberi kesedaran bahawa
modernisme „bukan semula jadi‰. Dunia ini dibina melalui sejarah
dan sedang mengalami transformasi secara berterusan. Manusia
perlu melihat dunia secara berbeza.
Penyingkiran Manusia bukan lagi menjadi kayu ukur bagi segala perkara. Identiti
kualiti manusia ialah kesan gabungan sejumlah besar kekuatan luaran
kemanusiaan terhadap jiwa manusia yang rapuh. Menurut ahli modenis,
personaliti bukanlah sesuatu yang bersepadu dan sifat manusia
tidak terbentuk dengan sendirinya atau secara semula jadi. Manusia
menjalani kehidupan dunia secara subjektif melalui medan psikik
bagi sensasi, persepsi, gambar, dan objek luaran. Seni visual moden
menggambarkan manusia dengan mengherot-herotkan tubuh
manusia (seperti karya Picasso dalam Rajah 9.5), ataupun hanya
dengan memperlakukan beberapa bahagian yang tidak berbentuk
sebagai unsur montaj pada gambar yang lebih besar.

Rajah 9.5: Cubism Woman Spanish oleh Pablo Picasso

Sumber: https://www.pinterest.com/pin/243194448616404864/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Dalam modenisme, manusia mempunyai ciri tetapi tidak lagi


menjadi teras organik. Para modenis percaya bahawa mereka
memiliki misi sebagai avant-garde elit (kumpulan elit yang
membawa pembaharuan, dan melakukan uji kaji idea dan kaedah).
Menurut mereka, sebuah peradaban moden yang dicipta oleh
mereka, dapat mengubah sifat manusia itu sendiri. Bagi mereka,
sebilangan besar seni bukan hanya mengenai estetika, malah
menawarkan jalan ke arah kejuruteraan sosial.

Sumber: Lunn (1982)

Kesimpulannya, modernisme memperlihatkan satu pembaharuan, iaitu


terdapatnya pelbagai elemen baharu yang menjauhi elemen tradisional melalui
eksperimentasi dan kaedah cuba jaya terhadap nilai tradisional. Para modenis mula
membuka ruang kepada perkembangan kepada pelbagai pengetahuan baharu dan
nilai yang memerlukan penglibatan bukan sahaja para penggiat modenis, malah
masyarakat umum yang terdiri daripada penonton, pemerhati, dan pembaca karya
moden hingga akhirnya, ia membawa kepada kesedaran dalam masyarakat tentang
dimensi baharu dalam kehidupan.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Golongan apakah yang menjadi pencetus kepada perkembangan


modenisme pada kurun ke-19?

2. Jelaskan empat dimensi umum mengenai estetika modenis yang


dinyatakan oleh Eugene Lunn.

9.3 MODENISME PADA ZAMAN KESEDARAN


Modenisme berkembang dengan lebih pesat pada zaman kesedaran. Pada zaman
ini, sains dan pengetahuan yang bersumberkan akal fikiran menjadi rujukan
utama dalam kehidupan. Gerakan ini berjuang untuk menggantikan segala
pemikiran tradisional dan menggantikannya dengan pemikiran yang lebih semasa
yang disebut „moden‰.

Pada peringkat awal, pemikiran ini mendapat sambutan dan berkembang kerana
masyarakat pada zaman tersebut dikatakan berusaha untuk keluar daripada
kuasa gereja dan menentang fahaman tradisional Bible. Selain itu, mereka mula
melakukan perubahan dalam pelbagai aspek dalam masyarakat. Dengan kata lain,
masyarakat Eropah mula membebaskan diri dari agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  241

Kesedaran (enlightenment) merupakan gerakan yang menuju masyarakat yang


lebih terbuka dan percaya kepada dunia sains dan penaakulan rasional. Agama
yang tidak menyokong segala elemen kemodenan juga ditolak kerana modenisme
bermula daripada sekularisme.

Malah, ciri-ciri modenisme menjadi semakin jelas apabila masyarakat Barat


memulakan eksplorasi dan menjajah negara lain, terutamanya masyarakat Asia
yang sangat mendukung agama dan adat dalam kelangsungan kehidupan
mereka.

Menurut Robertson (2015) (dari aspek sejarah), kesedaran dirujuk sebagai satu
gerakan intelektual di Eropah sekitar abad ke-18 melalui pelbagai idea yang
berbeza dan komitmen ahlinya yang lebih meluas terhadap pembaca dan
pengamalnya. Terdapat dua kepentingan kesedaran, iaitu:

• ia memiliki prospek pemahaman baru yang jelas dan moden mengenai


kedudukan manusia di dunia ini; dan

• peningkatan radikal tentang keadaan manusia.

Gerakan kesedaran dipelopori oleh para tokoh berpengaruh seperti Charles Louis
Montesquie (1689–1778) dan Jean Jacques Rousseau (1712–1778) (lihat Rajah 9.6).

Rajah 9.6: Dua Tokoh Kesedaran yang Berpengaruh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Jadual 9.3 menjelaskan beberapa karya mereka.

Jadual 9.3: Dua Tokoh Gerakan Kesedaran dan Karya Mereka

Tokoh Karya Inti Pati Karya


Charles Lettres Persanes Kritikan sosial mengenai kemerosotan moral
Louis rakyat Perancis semasa pemerintahan Raja Louis
Montesquie XIV dan Raja Louis XV.
(1689–1778)
The Considerations on Sejarah kebangkitan dan kejatuhan kerajaan
the Causes of the Rom dari aspek moral dan sosial.
Grandeur and
Decadance of the
Romance
Spirit of the Laws Membincangkan pembahagian kuasa
pemerintahan kepada tiga, iaitu badan
perundangan, badan kehakiman, dan badan
eksekutif. Tujuannya adalah mengurangkan
pemusatan kuasa.
Jean Jacques Discourse on the Arts Membincangkan peranan sains dan seni dalam
Rousseau and Science pembinaan moral individu dan masyarakat.
(1712–1778)
Discourse on the Mengetengahkan idea bahawa dalam
Origin of Equality masyarakat moden, manusia yang kuat akan
lebih berkuasa daripada mereka yang lemah.
The Social Contract Membincangkan teori politik dengan
menekankan bahawa individu perlu akur
dengan kehendak masyarakat.
Emile Pendidikan awal kanak-kanak.

Robertson (2015) melihat bahawa kesedaran mempunyai kaitan yang rapat


dengan „moden‰, dan semakin lama semakin dikaitkan dengan „pemodenan‰.
Pada asalnya, kesedaran merupakan satu pemikiran falsafah sahaja sehingga
akhirnya ia dilihat sebagai satu subjek terhadap penyiasatan dalam bidang
sejarah. Kesedaran merupakan gabungan istilah lumières dalam bahasa Perancis
dan aufklärung dalam bahasa Jerman yang memusatkan ideanya kepada
„cahaya‰. Konsep cahaya ini akhirnya menjadi nadi kepada agama kerana agama
dipercayai membawa cahaya ke dalam jiwa manusia.

Walau bagaimanapun, dari sudut falsafah, Plato melihat cahaya sebagai


pengetahuan yang benar yang diperoleh sejurus sahaja manusia meninggalkan
gua yang berdindingkan sikap prejudis dan kejahilan yang mengaburi
penglihatan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  243

9.3.1 Kesedaran sebagai Lumières


Pada abad ke-18, Bernard de Fontenelle (1657–1757), setiausaha di Académie des
Sciences, Paris, dengan jelas mengaitkan lumières dengan un esprit philosophique
presque tout nouveau, iaitu semangat falsafah yang keseluruhannya adalah
baharu (a philosophical spirit almost entirely new).

Pada tahun 1751, hubungan antara falsafah dengan lumières ini dijelaskan dengan
lebih mendalam oleh Jean dÊAlembert dalam Encyclopédie, ou Dictionnaire
Raisonné des Sciences, des Arts et des Métiers (Ensiklopedia atau Kamus
Sistematik Sains, Seni, dan Kraf). Ensiklopedia ini ditulis bersama Denis Diderot
yang mengandungi „genealogi‰ pengetahuan manusia dan kemajuan
pengetahuan dalam bentuk sejarah sejak abad ke-16. Genealogi yang
dimaksudkan ialah asal usul deria, iaitu:

• adakah pengetahuan diperoleh melalui deria atau secara reflektif?

• adakah pengetahuan diperoleh melalui gabungan atau perbandingan idea


yang berbeza?

Selain itu, terdapat juga pandangan mengenai idea diperoleh secara semula jadi.
Apabila membincangkan mengenai kemajuan pengetahuan, dÊAlembert memuji
ahli falsafah seperti Bacon, Newton, dan Locke serta penyokong kuat modenisme
yang menyatakan bahawa pemahaman dapat diperoleh melalui deria.

Idea ini kemudiannya diikuti pula oleh Voltaire, Montesquieu, Condillac, dan
Buffon. Abbé de Condillac contohnya, melalui karyanya bertajuk Essai sur
lÊorigine des Connaissances Humaines (Esei Mengenai Asal Usul Pengetahuan
Manusia) dan David Hume dengan karyanya Treatise of Human Nature (Risalah
tentang Sifat Manusia) membincangkan tentang implikasi idea Locke mengenai
deria sebagai asas pengetahuan. Condillac membincangkan asal usul pengetahuan
ini dalam bentuk asal usul bahasa, begitu juga dengan budaya manusia, manakala
Hume pula menghuraikan topik baharu mengenai „sains manusia‰ (science of
man).

Ahli falsafah lain ialah Benedict Spinoza (1632–1677) dan Gottfried Leibniz (1646–
1716). Menurut Spinoza, Tuhan dan alam semula jadi adalah berbeza daripada
satu „bahan‰, iaitu Tuhan dengan jelas dapat dilihat di mana-mana melalui alam,
dan alam pula ialah Tuhan. Oleh itu, Tuhan tidak menggunakan kuasa luaran
untuk menentukan alam memandangkan alam mempunyai hak untuk
menentukannya sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Leibniz pula menegaskan kemungkinan adanya pemahaman tentang dunia secara


menyeluruh, iaitu kuasa alam dan ejen manusia berinteraksi dengan harmoni
seperti yang ditentukan oleh Tuhan tetapi masih dapat dicapai oleh akal manusia.

Dengan melibatkan elemen metafizik sebagai sumber pengetahuan priori, muncul


seorang lagi ahli falsafah dengan idea yang lebih kritikal iaitu, Immanuel Kant
(1724–1804). Ideanya dinyatakan dalam Rajah 9.7.

Rajah 9.7: Immanuel Kant dan Ideanya tentang Kesedaran

AKTIVITI 9.2

Tonton sebuah filem yang bertajuk The French Revolution (2005) dan
kaitkannya dengan perbincangan tentang zaman kesedaran sebelum ini.
Kenal pasti elemen zaman kesedaran dan kesan yang dialami oleh
masyarakat serta negara Perancis secara keseluruhan daripada filem
tersebut. Kemudian, bincangkan jawapan anda bersama rakan sekuliah
dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  245

9.3.2 Kesedaran sebagai Aufklärung


Menurut Robertson (2015), Jerman menggunakan aufklärung untuk
menggambarkan kesedaran. Muncul tanda tanya apakah ertinya aufklärung ini?
Berbeza dengan lumières dalam bahasa Paris, aufklärung merujuk falsafah,
berbanding dengan agama.

Moses Mendelssohn (1729–1786) melihat aufklärung sebagai pemahaman teori


dan dilihat sangat diperlukan untuk membantu perkembangan budaya dan
pendidikan. Tokoh yang sangat berpengaruh mentafsirkan aufklärung ialah
Immanuel Kant (1724–1804). Dalam esei beliau yang bertajuk Beantwortung der
Frage: Was is Aufklärung? (1784), Kant menjelaskan bahawa aufklärung
menunjukkan kebebasan awam menggunakan penaakulan untuk mencapai
tujuan membebaskan manusia daripada ketidakmatangan yang dipaksa. Menurut
Kant lagi dalam Critique of Pure Reason (1781), penaakulan ialah proses
menghuraikan pengetahuan yang diperoleh hanya melalui deduksi, preposisi
yang berkaitan dengan sebab kepada sesuatu, semuanya adalah prasyarat untuk
memahami dunia fizikal dan moral.

Dalam Beantwortung der Frage: Was is Aufklärung?, Kant menyarankan


penggunaan penaakulan dalam perkara berkaitan agama tetapi dengan jelasnya
menyatakan bahawa penggunaannya perlu membawa kebaikan kepada manusia.
Istilah awam yang digunakan oleh Kant merujuk kebebasan bersuara dalam
penulisan, iaitu beliau membandingkan ia dengan tanggungjawab peribadi bagi
penjawat awam untuk memenuhi tanggungjawab kepada syarikat/majikan.

Contohnya, paderi tidak seharusnya mempersoalkan sistem kepercayaan


gerejanya apabila memberikan khutbah. Begitu juga pensyarah tidak
mempersoalkan keperluan terhadap kerusinya (untuk duduk) ketika memberikan
kuliah. Namun, paderi dan pensyarah boleh membincangkan topik rakyat
ataupun raja sebagai subjek dalam ucapan/pengajaran (contohnya, menegur)
untuk menyatakan keprihatinan terhadap hal yang berkaitan dengan masyarakat
umum. Kant turut menekankan keberanian individu dalam memikirkan tentang
diri sendiri, berhenti bergantung pada pihak berkuasa untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tetapi bersikap terbuka terhadap pandangan dan idea baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

9.3.3 Zaman Kesedaran dan Agama


Zaman kesedaran menekankan segala aspek seperti penaakulan, pemikiran
rasional, dan logik akal. Oleh itu, para sarjana zaman kesedaran sering berbalah
dengan pihak gereja mengenai pelbagai perkara yang tidak diterima akal seperti
mukjizat dan alam ghaib. Malah, mereka juga meletakkan pandangan sekularisme
terhadap perbuatan baik dan buruk yang dikatakan tiada kaitan dengan
keagamaan tetapi lebih kepada kesejahteraan individu atau sosial.

Baruch de Spinoza (1632–1677), ahli falsafah Yahudi, memperkembangkan


pelbagai teori yang bertentangan dengan agama, sehinggakan beliau diusir dan
disumpah oleh penguat kuasa Yahudi, juga dituduh sebagai seorang ateis dan
beliau hanya diterima di Belanda. Antara pandangannya ialah:

• hanya terdapat satu Zat yang wujud dan semua yang ada datang daripada Zat
yang sama, iaitu Tuhan. Jiwa individu dan beberapa bahagian perkara lain,
adalah aspek makhluk suci semata-mata;

• semua perkara yang terhad ditentukan oleh batasnya, dan Tuhan satu-satunya
makhluk yang tidak terbatas;

• cinta manusia kepada Tuhan merupakan cinta intelektual yang


menggabungkan intelek dan emosi; tidak mungkin Tuhan mencintai manusia
(kerana manusia itu terbatas); dan

• semuanya berlaku mengikut kehendak Tuhan yang ada kalanya mustahil atau
tidak dapat ditafsirkan, dan jika perkara itu kelihatan berdosa kepada manusia,
itu adalah kerana sifat manusia yang terbatas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  247

Voltaire (nama sebenarnya Francois-Marie Arouet, 1694–1778) merupakan


pengkritik yang paling lantang terhadap pandangan dan institusi keagamaan
kontemporari. Dalam karya beliau yang bertajuk Traite de la Tolerance (1763) dan
Letters on the English (1778), beliau memuji toleransi yang ditunjukkan oleh
begitu banyak kumpulan Kristian yang berbeza, iaitu:

• Calvinis (yang paling tidak toleran, dengan pandangan mereka tentang asal
dosa, rahmat Ilahi, dan takdir)

• Arminia (yang merupakan Calvinis yang tidak menerima takdir)

• Arians (yang menolak triniti)

• Socinians (yang berpandangan bahawa Jesus ialah seorang lelaki)

• Latitudinarians (penganut gereja Anglikan tetapi percaya bahawa perincian


doktrin adalah tidak penting)

Kemudiannya, sarjana seperti Fontenelle, Shaftesbury, dan dÊHolbach


menyuarakan pendapat bahawa manusia berkembang daripada keadaan yang
primitif, iaitu mereka melihat bahawa agama sebagai satu cara bagi minda yang
jahil bagi menjawab persoalan mengenai kuasa alam yang mereka tidak hadapi.

Julien Offray de La Mettrie (1709–1751) dan Baron dÊHolbach (1723–1789)


mengambil pandangan Newton, iaitu semua gerakan disebabkan oleh jirim dan
pemikiran (mengikuti Locke) dijelaskan sebagai harta benda. Oleh itu, bagi
mereka tiada jiwa dan tidak memerlukan Tuhan. Mereka melihat Tuhan sebagai
raksasa yang diciptakan oleh orang jahil untuk menjelaskan kekuatan yang
mereka sendiri tidak mengerti, dengan hasil yang tidak menguntungkan untuk
menafikan manusia kebahagiaan yang mereka dapat di bumi ini demi
kebohongan tentang dunia yang akan datang.

Pierre Bayle (1647–1706), seorang Huguenot (pengikut ajaran John Calvin yang
lari daripada kekejaman pemerintahan Katolik Perancis), berpendapat bahawa
ajaran Kristian tidak konsisten, oleh itu padanya tidak berasas mengikut ajaran
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

David Hume (1711–1776) berpendapat manusia tidak dapat mengetahui dengan


pasti tentang sebab dan akibat tetapi hanya memerhatikan bahawa beberapa
peristiwa diikuti oleh yang lain. Beliau juga menyatakan memandangkan terdapat
hanya satu alam semesta, kita tidak dapat membuat pemerhatian tentang apa-apa
yang „menyebabkan‰ kejadian alam itu. Dalam karya Dialogues Concerning
Natural Religion (diterbitkan pada tahun 1779, setelah kematian beliau), Hume
berpendapat akal manusia tidak mampu memahami kehendak agama.

Jean-Jacques Rousseau (1712–1778) pada beberapa tahun akhir kehidupan beliau,


menyokong kesucian agama kerana ia berdasarkan emosi dan bukannya
intelektual. Beliau juga mempercayai nilai „agama sivil‰, namun harus sederhana,
tanpa dogma dan ritual yang akan mengalihkan perhatian daripada semangat
cintakan negara. Pandangan ini sama seperti pandangan Voltaire terhadap agama
sivil, iaitu agama bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk memajukan
akhlak.

Walau bagaimanapun, Rousseau melihat agama Kristian tidak sesuai untuk


campur tangan dalam politik kerana menurut beliau, penganut Kristian sejati
diciptakan untuk menjadi hamba. Semasa beliau berminat dengan perbahasan
agama, pandangan beliau juga turut berubah. Dalam Letters from the Mountain,
beliau yang ketika itu masih muda dan berada di bawah pengaruh gereja Katolik
Mme de WarensÊ, memperdebatkan penganiayaan terhadap penganut Kristian
Protestan (Manuscrit de Geneve) dan menggambarkan „agama semula jadi‰
(natural religion) dalam bukunya, Rêveries. Beliau mengatakan bahawa manusia
tidak memerlukan kitab suci, cukup dengan hanya melalui penghayatan kejadian
alam dan perasaan dalaman manusia. Menurut Rousseau, „Saya melihat Tuhan di
mana-mana dalam ciptaannya... Saya merasakan Dia dalam diri saya‰ (I perceive
God everywhere in His works⁄ I sense Him in me).

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Apakah maksud kesedaran (enlightenment) dan ciri-cirinya?

2. Bandingkan maksud kesedaran dalam bentuk lumières dan


aufklärung.

3. Apakah gambaran La Mettrie dan dÊHolbach terhadap Tuhan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  249

9.4 PASCAMODEN
Sebelum kita akhiri topik ini dan seterusnya modul ini, mari kita membincangkan
falsafah pada era pascamoden. Pada tahun 1976, arca yang dihasilkan oleh Carl
Andre yang bertajuk Equivalent VIII telah mendapat kritikan apabila dipamerkan
di Tate Gallery, London (lihat Rajah 9.8).

Rajah 9.8: Equivalent VIII oleh Carl Andre

Sumber: https://www.tate.org.uk/art/artworks/andre-equivalent-viii-t01534

Arca itu merupakan salah satu simbol bagi kebangkitan era pascamoden. Arca ini
dihasilkan dengan menggunakan 120 ketul bata jenis firebricks yang mempunyai
tinggi, jisim, dan isi padu yang sama (yang menunjukkan persamaan ataupun
serupa), disusun di atas lantai menjadi bentuk geometri yang ringkas. Walaupun
bentuknya ringkas, arca ini menjadi sebahagian daripada persekitaran, mengubah
hubungan antara penonton ataupun pemerhati dengan ruang sekitarnya. Teori
avant-garde Andre ini menguji respons intelektual pemerhati yang menunjukkan
bahawa keseronokan dalam penghasilan segala karya awal tidak tercapai
berbanding dengan karya pascamoden.

Semua karya seni pada era pascamoden adalah berbeza dengan karya moden yang
berbentuk patung ukiran. Para pengusaha galeri seni atau muzium memilih untuk
mempamerkan pelbagai karya seni yang minimalis. Ia ringkas dan mudah
difahami oleh penonton.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Antara perkara yang berkaitan dengan karya seperti itu adalah:

• Puritanism (gerakan reformasi agama yang bermula di England pada akhir abad
ke-15 yang mempunyai tujuan menghilangkan saki-baki hubungan dengan
Katolik dalam Gereja England selepas pemisahannya dengan gereja Katolik);

• menggalakkan sifat inkuiri; dan

• menjadikan penonton merasa bersalah atau terganggu.

Menurut Butler (2002), ahli pascamodenisme mempunyai cara yang berbeza untuk
melihat dunia secara keseluruhannya. Mereka menggunakan satu set idea falsafah
yang bukan sahaja menyokong estetika tetapi juga menganalisis keadaan budaya
„kapitalis‰ akhir era pascamoden. Keadaan ini seharusnya mempengaruhi kita
semua, bukan hanya melalui seni avant-garde (bersifat baharu dan progresif) tetapi
juga bermula daripada asas, melalui pengaruh perkembangan komunikasi media
elektronik yang sangat besar. Marshall McLuhan pada tahun 1960 menyebutnya
sebagai „kampung elektronik‰. Namun, dalam era teknologi maklumat,
kebanyakan maklumat nampaknya tidak dapat dipercayai untuk menyumbang
lebih banyak terhadap kemajuan pengetahuan.

Oleh itu, doktrin pascamodenisme menggunakan pemikiran yang cenderung ke


arah falsafah, politik, dan sosiologi yang disebarkan menjadi artistik avant-garde
(khususnya dalam seni visual seperti lukisan), dan sebagai teori dalam kebanyakan
jabatan kemanusiaan universiti di Eropah dan Amerika. Oleh sebab itu, zaman
pascamoden menunjukkan penguasaan luar biasa karya akademik berbanding
dengan artis.

Dalam percubaan pascamodenisme mengambil alih tempat modenisme, era ini


menyambut kepelbagaian, meraikan perbezaan, dan mengalu-alukan segmentasi.
Oleh itu, dalam era pascamoden, terdapat banyak perubahan yang jelas dapat
dilihat. Antaranya ialah:

• „liberal‰ telah menjadi istilah bagi penganiayaan

• „hijau‰ telah menjadi simbol kesihatan

• radikal telah menjadi konservatif

• konservatif adalah radikal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  251

Hal ini mencerminkan keadaan politik pascamodenisme bagi beberapa individu


dan masyarakat, iaitu:

• kepastian dan pengkategorian lama telah dipersoalkan

• kesetiaan politik yang lama dipadamkan

• falsafah baharu diterima dengan penuh semangat

David Lyon menjelaskan pandangan pascamoden mengenai agama dalam bukunya


Jesus in Disneyland (2008). Lyon menerangkan status agama dalam masyarakat
pascamoden yang tidak terletak di bawah mana-mana organisasi keagamaan atau
di negara tertentu ataupun konteks asalnya. Hal ini membolehkan masyarakat:

• memilih dan mencampurkan-adukkan pelbagai sistem kepercayaan

• mengambil apa-apa yang mereka suka

• menolak apa-apa yang tidak mereka suka

Malah, agama didapati muncul di pelbagai tempat yang tidak sepatutnya. Misalnya,
dalam tajuk penerbitan, buku, dan di taman. Dengan cara ini, agama menjadi
pilihan dan bukan sebagai kewajipan (seperti agama tradisional) tetapi lebih kepada
penggunaannya.

Selain itu, bersesuaian dengan idea pertumbuhan lingkungan holistik dan sifat
gerakan agama zaman baharu, terdapat syarikat yang menjual keagamaan sebagai
barangan yang diperdagangkan. Mengapakah ini berlaku? Salah satu faktor utama
ialah teknologi; televisyen dan Internet mengeluarkan agama daripada bangunan
gereja ke saluran televisyen dan laman web.

Di samping itu, agama juga diswastakan. Ditambah pula dengan era globalisasi,
huraian serta inkuiri tentang agama ada kalanya dinilai bukan oleh sarjana agama
sendiri, tetapi melalui pengaruh luar yang juga dipengaruhi oleh pengamalan
agama negara lain, polisi agama sesuatu kerajaan, pengamalan minoriti ataupun
majoriti kumpulan agama bagi sesuatu kawasan, dan faktor lain yang tidak serasi
dengan pandangan agama tempatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

9.4.1 Kesan Pascamoden


Terdapat pelbagai kesan hasil daripada falsafah pascamoden. Antaranya ialah isu
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), dan juga pluralisme agama. Dua
isi ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)


Menurut Franklin-Jeune (2013), teori queer merupakan satu bentuk era
pascamoden. Teori ini menerangkan aliran pemikiran yang berkaitan
dengan identiti seksual, seksualiti manusia, dan jantina. Kesan pemikiran
seperti itu dapat dilihat dalam budaya Barat seperti homoseksual, biseksual,
dan poliamor.

Namun, trend yang paling membimbangkan adalah apabila beberapa


pemimpin Kristian dan ahli agama menerapkan aspek teori queer dalam
cara mereka membaca dan mentafsirkan firman Tuhan. Ia bukan sahaja
memberi kesan terhadap agama Kristian, malah agama lain, seperti agama
Islam di Malaysia. Golongan homoseksual, misalnya menjadikan aktiviti
homoseksualiti sebagai salah satu isu hak sivil seperti isu perkahwinan.

Bagaimanakah isu ini memberi kesan terhadap agama Kristian ketika itu?
Ajaran Kristian menekankan hubungan kasih sayang dan kesetiaan
terhadap pasangan, seterusnya mengelakkan salah laku sosial. Sarjana
agama yang pro-homoseksual telah mengolah semula dan menghuraikan
fahaman terhadap kitab suci dengan membenarkan perbuatan salah laku
seksual seperti ini, termasuk:

• monogamish (bukan sahaja menerima hubungan seksual lebih daripada


satu pasangan, malah menggalakkannya)

• polyamorous (hubungan terbuka)

Ideanya ialah pasangan masih mengekalkan hubungan intim antara satu


sama lain tetapi dibenarkan untuk membuat hubungan seksual dengan
orang lain juga. Perkara yang dinamakan „keterbukaan‰ ini dianggap
sebagai amalan berasaskan kepercayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  253

Malah, pasangan gay beranggapan bahawa hubungan terbuka amat


berlainan daripada perkahwinan sama jantina yang dibina berasaskan
kesetiaan kepada pasangan, bahkan ia adalah pentakrifan baharu bagi
perkahwinan (Golden, 2013). Jika tuntutan mereka ini diterima, maka
keterbukaan ini telah melanggar ajaran agama serta menghakis peranan
Tuhan.

Kesan yang diterima oleh individu dan masyarakat adalah besar jika perkara
ini mula diterima dan diamalkan dalam masyarakat yang bukan sahaja
melanggar segala hukum agama, malah mengurangkan peranan agama
dalam kehidupan seharian manusia.

Dari aspek politik pula, dasar pemerintahan negara akan mula diubah suai
bagi memenuhi tuntutan ini. Contohnya, di Malaysia, peranan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mula dipersoalkan.

Selain itu, perkara ini juga merombak pelbagai aspek sosial dalam
kehidupan masyarakat seperti penggunaan tandas awam, kelonggaran yang
diberi ke atas kaum wanita, dan pengajaran di sekolah akan mula menerima
kesannya. Perlakuan seksualiti seperti ini, walaupun hanya dilakukan oleh
sebilangan pasangan, mampu memberi kesan mendalam terhadap
masyarakat umum seluruhnya.

(b) Pluralisme Agama


Netland (2001) melihat pluralisme agama sebagai satu peralihan sosial
daripada era modenisme kepada pluralisme. John Hick (1922–2012)
merupakan sarjana teologi yang cukup lantang mempertahankan
pluralisme agama yang beranggapan bahawa kesemua agama di dunia ini
adalah sama. Semua sistem kepercayaan adalah unik tetapi masing-masing
masih menuju tujuan yang sama. Bagi Hick, pelbagai agama hebat dunia
seperti Kristian, Islam, Yahudi, Buddha, dan sebagainya, berasal daripada
sumber kepercayaan yang sama yang dinamakan Tuhan, Yang Agung,
Logos, atau sebagainya.

Walau bagaimanapun, setiap agama dilihat berbeza kerana


dimanifestasikan secara berbeza. Gambaran Hick tentang dunia yang ideal
dapat dicapai apabila setiap agama memahami tujuan bersama yang akan
mereka kecapi, maka mereka akan mula menerima satu sama lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Brother Wayne Teasdale (1945–2004) pula menggabungkan beberapa


perkataan yang menjadikan istilah interspirituality untuk menunjukkan
kefahaman terhadap perkongsian agama, terutamanya pengalaman mistik
yang dialami oleh tradisi yang berbeza.

Menurut King (2012), era pascamoden menyaksikan batasan akal fikiran


dalam sains dan teknologi tetapi pada masa yang sama, memberi ruang
kepada pemikiran teologi rasional. Globalisasi yang mendekatkan jurang
manusia dari aspek geografi telah membawa masyarakat, budaya, dan
agama lebih dekat sehinggakan kepekaan kontemporari terhadap
kepelbagaian etnik, sosial, kaum, dan agama meningkat berbanding dengan
sebelumnya.

Kebanyakan agama besar dunia sudah mula menerima dialog agama yang
hanya dibuat melalui pujukan, bukan paksaan. Walaupun gerakan interfaith
ini sudah bermula bertahun-tahun yang lepas, perkembangan dinamik dan
perluasan batasan dialog antara agama pada hari ini mempersembahkan
kepentingan pluralisme dan era pascamoden yang fleksibel.

Oleh itu, dialog antara agama dapat dilihat sebagai sebahagian daripada
proses globalisasi yang memberi kesan terhadap kesemua aspek bagi
kehidupan kontemporari.

Ray dan Phan (2014) pula membincangkan pluralisme agama dari aspek
kesannya terhadap tradisi dan prinsip agama asal. Melalui dialog agama,
sarjana teologi dapat mengenal pasti kewujudan agama lain serta
mengetahui segala nilai keagamaan bagi sesebuah komuniti dan doktrin
mereka, dan berpendapat bahawa tradisi agama yang lain mempunyai nilai
universal yang berbeza tetapi benar. Hal ini mendapat kritikan daripada
golongan yang tidak menyokong pluralisme agama memandangkan
pertimbangan terhadap tradisi agama lain merupakan satu cabaran
terhadap tafsiran teks dan tradisi agama sendiri. Bagi mereka, untuk
memahami agama lain, penganutnya perlu memahami agama sendiri
terlebih dahulu.

Pluralisme agama ini bukan sahaja menimbulkan kegusaran kepada


penganut Kristian, malah penganut agama lain. Manusia perlu menerima
adanya kepelbagaian agama di dunia ini dan setiap agama mempunyai
pendekatan yang unik. Dialog agama seharusnya dapat memberikan
pemahaman terhadap penganut agama lain tentang agama yang tidak
dianutinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  255

Ia tidak seharusnya dijadikan sebagai cara untuk meningkatkan penerimaan


dan pengamalan agama lain kerana akhirnya, ia akan menjadi cabaran besar
terhadap sesuatu agama secara menyeluruh sehingga mempersoalkan aspek
ketuhanan, perkara ghaib, dan segala nilai ataupun prinsip agama yang
tidak dipersetujui oleh penganut, sedangkan pengamalan agama ini
difahami melalui hikmah. Ada kalanya faktor dan faedah pengamalannya
adalah tersirat. Manusia pula akan bertindak mengikut kepentingan dengan
sewenang-wenangnya mengambil mana-mana nilai yang disukai serta
meninggalkan pengamalan yang dirasakan remeh, menyusahkan, dan kolot.

SEMAK KENDIRI 9.4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah yang muncul dalam


era pascamoden?

2. Jelaskan kesan falsafah pascamoden.

• Pemisahan agama dan aktiviti harian bermula daripada sekularisme.

• Sekularisme ialah fahaman yang menolak sepenuhnya terhadap agama dan


manusia mula mengecualikan diri dari segala aspek keagamaan dalam
kehidupan.

• Terdapat empat kategori kumpulan sekularisme, iaitu berdasarkan aspek


keagamaan, falsafah, sosiologi, dan politik.

• Terdapat tujuh ciri sekularisme, iaitu:

− penafian adanya Tuhan

− penafian terhadap mukjizat

− fakta evolusi

− potensi kemanusiaan

− kesudahan bagi kematian

− penekanan terhadap relativiti

− berpusatkan sains

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

• Terdapat empat bentuk sekularisme politik, iaitu sekularisme ateis,


sekularisme ahli kemanusiaan, sekularisme semu, dan sekularisme liberal.

• Ideologi modernisme merujuk sesuatu yang baharu dan berlainan daripada


yang tradisional.

• Kesedaran (enlightenment) dirujuk sebagai satu gerakan intelektual di Eropah


sekitar abad ke-18, melalui pelbagai idea yang berbeza dan komitmen ahlinya
yang lebih meluas terhadap pembaca dan pengamalnya.

• Kesedaran merupakan gabungan istilah lumières dalam bahasa Perancis dan


aufklärung dalam bahasa Jerman yang memusatkan ideanya kepada „cahaya‰.

• Terdapat empat dimensi umum mengenai estetik modenis, iaitu refleksi


kendiri, keserentakan, ketidakpastian maksud, dan penyingkiran kualiti
kemanusiaan.

• Modenisme berkembang dengan lebih pesat pada zaman kesedaran; sains dan
pengetahuan yang bersumberkan akal fikiran menjadi rujukan utama dalam
kehidupan. Gerakan ini berjuang untuk menggantikan segala pemikiran
tradisional dan menggantikannya dengan pemikiran yang lebih semasa, yang
disebut moden.

• Gerakan kesedaran dipelopori oleh tokoh berpengaruh seperti Charles Louis


Montesquie (1689–1778) dan Jean Jacques Rousseau (1712–1778).

• Kesedaran sebagai lumières mementingkan pemahaman dapat diperoleh


melalui deria.

• Kesedaran sebagai aufklärung mementingkan kebebasan awam menggunakan


penaakulan untuk mencapai tujuan membebaskan manusia daripada
ketidakmatangan yang dipaksa.

• Zaman kesedaran menekankan segala aspek seperti penaakulan, pemikiran


rasional, dan logik akal serta menolak pelbagai perkara yang tidak diterima
akal seperti mukjizat dan alam ghaib.

• Pada tahun 1976, arca yang dihasilkan oleh Carl Andre yang bertajuk
Equivalent VIII mendapat kritikan apabila dipamerkan di Tate Gallery,
London. Arca itu merupakan salah satu simbol bagi kebangkitan era
pascamoden.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  257

• Selain itu, pelbagai karya seni yang minimalis dihasilkan kerana ia ringkas dan
mudah difahami oleh penonton.

• Doktrin pascamodenisme menggunakan pemikiran yang cenderung ke arah


falsafah, politik, dan sosiologi yang disebarkan menjadi artistik avant-garde
(khususnya dalam seni visual seperti lukisan), dan juga sebagai teori dalam
kebanyakan jabatan kemanusiaan universiti di Eropah dan Amerika.

• Era pascamoden berkembang pesat dengan perkembangan media elektronik


seperti televisyen dan Internet. Agama menjadi pilihan dan bukan sebagai
kewajipan (seperti agama tradisional) tetapi lebih kepada penggunaannya.

• Terdapat pelbagai kesan hasil daripada falsafah pascamoden. Antaranya ialah


isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), dan pluralisme agama.

• Teori queer merupakan satu bentuk era pascamoden. Teori ini menerangkan
aliran pemikiran yang berkaitan dengan identiti seksual, seksualiti manusia,
dan jantina. Kesan pemikiran seperti itu dapat dilihat dalam budaya Barat,
seperti homoseksual, biseksual, dan poliamor.

• Pluralisme agama menganggap kesemua agama di dunia ini adalah sama.


Semua sistem kepercayaan adalah unik tetapi masing-masing masih menuju
tujuan yang sama.

• Dua isu ini perlu ditangani kerana mampu memberi kesan mendalam
terhadap masyarakat umum seluruhnya.

Aufklärung Pascamodenisme
Kesedaran (enlightenment) Pembaharuan (renaissance)
Lesbian, gay, biseksual, dan Pluralisme agama
transgender (LGBT)
Reformasi
Lumières
Sekularisme
Modernisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Butler, C. (2002). Postmodernism: A very short introduction. Oxford University


Press.

Copson, A. (2019). Secularism: A very short introduction. Oxford University Press.

Encyclopaedia Britannica. (2019). Secularisme. https://bit.ly/3r9ZXT1

Franklin-Jeune, S. (2013). Queer theory as a form of post-modernism.


ResearchGate. https://bit.ly/3caqTgQ

Golden, S. (2013). Queer theory: The influence of postmodernism. 1:1 Answers in


Genesis. https://bit.ly/3tO719p

Halverson, D. C. (2005). State of the world secularism. The Traveling Team.


https://bit.ly/3vWwAXZ

Kant, I. (1784). Beantwortung der Frage: Was is Aufklärung? (Terjemahan Inggeris


Answer the question: What is Enlightenment?) https://bit.ly/3eXu7q2

King, U. (2012). Interfaith spirituality or interspirituality? A new phenomenon in


a postmodern world. Dalam S. Sugirtharajah (Pnyt.), Religious pluralism
and the modern world: An ongoing engagement with John Hick
(ms. 107–120). Palgrave Macmillan.

Lunn, E. (1982). Marxism and modernism: An historical study of Lukács, Brecht,


Benjamin, and Adorno. University of California Press.

Lyon, D. (2008). Jesus in Disneyland: Religion in postmodern times. Polity Press.

Marbaniang, D. (2012). The story and meaning of secularism. Lulu Press, Inc.

Merriam-Webster. (2021). Secularism. https://bit.ly/31cqKDr

Netland, H. A. (2001). Encountering religious pluralism: The challenge to Christian


faith mission. InterVarsity Press.

Ray, J. S., & Phan, P. C. (2014). Introduction. Dalam P. C. Phan & J. S. Ray (Eds.).
Understanding religious pluralism: Perspectives from religious studies and
theology (ms. IX–XVI). Pickwick Publications.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAJIAN KES TERPILIH: FALSAFAH DAN ISU SEMASA  259

Robertson, J. (2015). The enlightenment: A very short introduction. Oxford


University Press.

Sharma, L. (2000). Dharmadarshan ki rooprekha. Abhivyakti Prakashan.

Walz, R. (2011). Modernism. Dalam Martel, G. A Companion to Europe:


1900−1945. Blackwell Publishing Ltd.

Walz, R. (2013). Modernism (Ed. ke-2.). Routledge.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like