You are on page 1of 210

ADSS2103

TASAWWUR
ISLAM
Dr Zulkifli Aini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Dr Rozeman Abu Hassan
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Zulkifli Aini


Kolej Universiti Islam Selangor

Penyederhana: Mohd Jamaludin Hj Muhammad


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2012


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2012, ADSS2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiv

Topik 1 Tasawwur Islam: Konsep dan Skop 1


1.1 Definisi Tasawwur Islam 2
1.2 Skop Perbincangan Mengenai Tasawwur Islam 3
1.3 Istilah-istilah yang Mempunyai Kaitan dengan Perbincangan
Tasawwur Islam 6
Rumusan 9
Kata Kunci 10
Rujukan 10

Topik 2 Islam pada Tasawwur Masyarakat Bukan Islam 11


2.1 Latar Belakang Pertentangan Islam dan Bukan Islam 12
2.1.1 Perang Salib 13
2.1.2 Strategi dan Mekanisme Barat Selepas Perang Salib 15
2.1.3 Pertentangan Islam dan Sekularisme 16
2.2 Gambaran Masyarakat Bukan Islam terhadap Agama 18
2.3 Gambaran Masyarakat Bukan Islam terhadap Sumber
Utama Islam 20
2.3.1 Gambaran terhadap Kitab Suci Al-Quran Al-Karim 20
2.3.2 Gambaran terhadap Al-Hadith 26
2.4 Kesan Gambaran Salah terhadap Islam kepada Umat Islam 29
Rumusan 30
Kata Kunci 31
Rujukan 31

Topik 3 Islam: Pengertian dan Ciri-ciri 32


3.1 Definisi Islam 32
3.1.1 Islam sebagai Al-Din 38
3.2 Ciri-ciri Keistimewaan Islam 42
3.2.1 Waqi`iyyah (Realistik) 42
3.2.2 Syumuliyyah (Lengkap) 45
3.2.3 Wasatiyyah (Kesederhanaan) 49
3.2.4 `Alamiyyah (Sejagat) 53
Rumusan 55
Kata Kunci 56
Rujukan 56

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 4 Tasawwur Islam tentang Pencipta 57


4.1 Tauhid kepada Allah S.W.T 58
4.1.1 Kalimah Syahadah dan Konsepnya 59
4.1.2 Hakikat dan Sifat Allah S.W.T 61
4.2 Kesan Tauhid dalam Kehidupan Insan 65
4.2.1 Tauhid dan Ekonomi 67
4.2.2 Tauhid dan Pendidikan 71
Rumusan 74
Kata Kunci 74
Rujukan 74

Topik 5 Tasawwur Islam tentang Alam 76


5.1 Konsep Alam Menurut Pandangan Islam 76
5.1.1 Alam Arwah/Roh 77
5.1.2 Alam Syahadah/Nyata 79
5.1.3 Alam Barzakh 82
5.1.4 Alam Akhirat 88
5.2 Konsep Istikhlaf dalam Alam Syahadah/Nyata 91
Rumusan 94
Kata Kunci 94
Rujukan 95

Topik 6 Tasawwur Islam tentang Manusia atau Insan 96


6.1 Hakikat Kejadian Insan 97
6.2 Elemen-elemen Dalaman Insan 106
6.2.1 Al-Nafs 108
6.2.2 Al-Qalb 114
6.2.3 Al-`Aql 118
6.2.4 Al-Syahawat 120
6.2.5 Al-Ruh 121
6.3 Tanggungjawab Insan 124
6.3.1 Insan sebagai `Abid 124
6.3.2 Insan sebagai Khalifah 125
6.3.3 Insan sebagai Da`ie 126
Rumusan 126
Kata Kunci 127
Rujukan 127

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 7 Tasawwur Islam tentang Ilmu 128


7.1 Konsep Ilmu Menurut Pandangan Islam 129
7.1.1 Takrifan Ilmu 129
7.1.2 Klasifikasi dan Maratib atau Hierarki Ilmu 132
7.1.3 Budaya Ilmu 134
7.2 Epistemologi Islam 135
7.2.1 Pengertian Epistemologi 135
7.2.2 Sumber Ilmu 136
Rumusan 139
Kata Kunci 140
Rujukan 140

Topik 8 Tasawwur Islam tentang Ibadah 141


8.1 Definisi Ibadah 142
8.1.1 Maksud Ibadah 142
8.2 Kepentingan Ibadah dalam Islam 144
8.3 Kesan Ibadah kepada Individu dan Masyarakat 150
Rumusan 152
Kata Kunci 152
Rujukan 153

Topik 9 Tasawwur Islam tentang Akhlak 154


9.1 Definisi Akhlak 155
9.2 Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Insan 157
9.3 Kedudukan Akhlak dalam Islam 159
9.4 Ciri-ciri Sistem Akhlak dalam Islam 162
9.5 Perbezaan antara Akhlak, Moral dan Etika 168
Rumusan 170
Kata Kunci 170
Rujukan 171

Topik 10 Tasawwur Islam tentang Dakwah 172


10.1 Definisi Dakwah 172
10.2 Kepentingan Berdakwah 175
10.3 Elemen Dakwah 179
10.3.1 Pendakwah 181
10.3.2 Sasaran Dakwah 183
10.3.3 Saluran/Media Dakwah 185
Rumusan 194
Kata Kunci 195
Rujukan 195

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
ADSS2103 Tasawwur Islam adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam). Modul ini bertujuan untuk
memaklumkan pandangan Islam tentang perkara-perkara asas dan fundamental
dalam ajaran Islam.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan aspek-aspek yang terangkum dalam Tasawwur Islam seperti


Islam, agama, ibadah, akhlak dan dakwah;
2. Menjelaskan ciri-ciri Islam seperti realistik (waqi`iyyah), lengkap
(syumuliyyah), sederhana (wasatiyyah) dan sejagat (`alamiyyah);
3. Menerangkan pandangan Islam tentang konsep Pencipta, alam, insan atau
manusia, ilmu, ibadah dan akhlak;
4. Menjelaskan imej Islam pada tasawwur masyarakat bukan Islam seperti
masyarakat Barat; dan
5. Mengaplikasikan konsep tasawwur Islam yang sebenar dalam konteks
penyebaran mesej Islam dalam aktiviti dakwah.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan dengan mengemukakan konsep dan


pengertian tasawwur Islam serta istilah-istilah yang berkaitan dengan skop
tasawwur Islam seperti agama, Islam, ibadah, akhlak dan dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Topik 2 membincangkan imej dan citra Islam pada sisi pandang masyarakat
bukan Islam terutama Barat. Ini termasuklah aspek-aspek yang penting dalam
ajaran Islam seperti sumber utama Islam iaitu al-Quran dan Hadis. Di samping
itu, ia juga membincangkan tentang kesan daripada gambaran salah tentang
Islam kepada umat Islam secara keseluruhan.

Topik 3 membincangkan pengertian Islam sebagai agama yang benar serta ciri-
ciri keistimewaan Islam berbanding kepercayaan dan anutan lain.

Topik 4 membincangkan pandangan Islam tentang konsep Pencipta yang sebenar


dari sudut Tauhid dan kesannya terhadap kehidupan manusia.

Topik 5 membincangkan pandangan Islam tentang alam yang dilalui oleh


manusia dalam penghidupannya seperti alam roh, alam nyata, barzakh dan
akhirat. Ini termasuklah konsep istikhlaf dalam alam nyata yang dilalui oleh
manusia dan kaitannya dengan alam-alam lain terutama alam akhirat.

Topik 6 membincangkan konsep dan pengertian insan dalam pandangan Islam.


Ini termasuklah elemen-elemen yang membentuk seseorang insan terutama
aspek dalamannya seperti al-Ruh, al-Qalb, al-`Aql dan al-Shahwat. Perbincangan
juga ditumpukan kepada tugas dan tanggungjawab insan bagi melengkapkan
kejadiannya di muka bumi.

Topik 7 membincangkan pandangan Islam tentang konsep, pengertian dan teori


ilmu.

Topik 8 membincangkan konsep dan pengertian ibadah dalam tasawwur Islam.


Ini termasuklah kepentingan dan kesan melakukan ibadah dalam kehidupan
seseorang sama ada secara individu mahupun kumpulan masyarakat.

Topik 9 membincangkan tentang akhlak dari sudut konsep, kepentingan,


kedudukan dan sistem yang terdapat dalam akhlak serta perbezaan antara
akhlak dengan moral dan etika.

Topik 10 berkaitan mekanisme penyampaian topik dan skop tasawwur Islam


kepada masyarakat dalam bentuk dakwah. Perbincangan ditumpukan kepada
konsep dakwah dan kepentingannya serta elemen-elemen yang menyempurnakan
proses dakwah seperti pendakwah, sasaran dan saluran atau media dakwah yang
digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di


akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani kursus
ini.

KAEDAH PENILAIAN
Penilaian bagi kursus ini boleh disenaraikan seperti berikut:

(a) Penilaian berterusan:


 Tugasan 30%

(b) Ujian-ujian
 Ujian Pertengahan Semester 30%

(c) Peperiksaan Akhir 40%

JUMLAH 100%

RUJUKAN
Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009). Tasawwur
Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar Baru Bangi:
Wadah Niaga Sdn Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Abdelaziz Berghout (ed.). (2009). Introduction to the Islamic worldview: Study of


selected essentials. Gombak: IIUM Press.

Mohd Yusuf Ahmad. (2007). Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Zaidan, Abd al-Karim. (2002). Islam dan dakwah. Terjemahan Solehan bin Ayub.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
1 Islam: Konsep
dan Skop
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi tasawwur Islam;
2. Menjelaskan skop perbincangan mengenai tasawwur Islam; dan
3. Menerangkan istilah-istilah yang berkaitan dengan tasawwur Islam
seperti istilah agama, ibadah, akhlak dan dakwah.

 PENGENALAN
Islam perlu dipersembahkan dalam citra dan imej yang betul dalam perspektif
serta spektrumnya. Gambaran sebenar tentang Islam yang mencakupi
keseluruhan hidup manusia menterjemahkan maksud dan konsep bahawa
agama ini diturunkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Ini supaya
manusia boleh mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat.
Justeru, dalam topik ini, kita akan melihat dan membincangkan maksud
tasawwur Islam. Di samping itu, kita akan membicarakan skop perbincangan
mengenai tasawwur Islam melalui huraian aspek kewujudan, ilmu pengetahuan,
manusia dan alam. Kita juga akan meneliti beberapa istilah yang berkaitan
dengan tasawwur Islam seperti istilah agama, Islam, ibadah, akhlak dan dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

1.1 DEFINISI TASAWWUR ISLAM

Istilah tasawwur Islam adalah perkataan bahasa Arab. Istilah ini secara
umumnya, barangkali, agak asing bagi kebanyakan masyarakat Islam di
Malaysia kecuali mereka yang berada di institusi pengajian sama ada di
peringkat sekolah menengah (itu pun mereka yang mempelajari mata pelajaran
tersebut untuk tujuan peperiksaan) ataupun di peringkat pengajian tinggi (jika
mata pelajaran itu ditawarkan oleh institusi pendidikan berkenaan).

Terdapat istilah lain yang boleh dikatakan bagi menggambarkan maksud


tasawwur Islam, iaitu Islamic worldview yang diertikan sebagai „pandangan
hidup Islam‰ dan istilah Islam as a way of life yang bermaksud „Islam sebagai
satu cara hidup‰. Ada juga ahli akademik yang menggunakan istilah dalam
bahasa Jerman yang memberi maksud yang sama, iaitu weltanschaung.

Sebagaimana yang dikatakan sebelum ini, tasawwur Islam adalah istilah bahasa
Arab. Ia mengandungi dua patah perkataan, iaitu „tasawwur‰ dan „Islam‰. Kita
akan lihat perkataan tasawwur terlebih dahulu sebelum kita meneliti perkataan
Islam.

Perkataan „tasawwur‰ berakar kata daripada perkataan ‫( صار‬sara) yang


kemudiannya diadun menjadi ‫( صور‬sawwara) dan ‫( تصور‬tasawwara). Dalam
kamus Arab, tasawwur memberi erti ‫ توھم صورته وتخيله‬atau ‫صارت له صوره وشكل‬.

Maksudnya, gambaran rupa bentuk sesuatu. Barangkali timbul persoalan, di


mana dan bagaimana seseorang itu mahu memberikan gambaran tentang bentuk
sesuatu. Oleh itu, tasawwur adalah suatu gambaran atau tanggapan akal atau
pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Dengan kata lain, tasawwur ini
melibatkan kerja akal bagi menghasilkan sesuatu rupa atau bentuk.

Secara umum, perkataan „Islam‰ adalah merujuk kepada agama Islam. Walau
bagaimanapun kita akan perincikan maksudnya dalam topik yang akan datang.
Oleh itu, jika kita gandingkan dua perkataan itu menjadi tasawwur Islam, ia
memberi maksud gambaran bentuk rupa Islam. Sehubungan dengan itu,
tasawwur Islam adalah menjelaskan Islam yang sebenar secara menyeluruh.
Malah melalui tasawwur Islam seseorang itu dapat menentukan matlamat
kehidupannya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Dalam pada itu, Abdelaziz Berghout ketika membincangkan definisi Islamic


worldview dalam buku bertajuk Introduction to the Islamic Worldview
berpandangan bahawa Tawhid dan kesannya terhadap kepercayaan dan
kehidupan seseorang itu adalah kata kunci utama terhadap pentakrifan dan
pemerian konsep Islamic worldview. Tambahan pula, perbincangan tentang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP  3

Islamic worldview tidak harus memisahkan antara unsur yang boleh dilihat oleh
mata kasar dengan sesuatu yang tidak boleh dilihat serta dinilai dengan mata
zahir, antara kehidupan di dunia dengan kehidupan selepas kematian. Dengan
kata lain, ia mengandungi kedua-dua kehidupan di dunia dan di akhirat dengan
menekankan bahawa aspek duniawi mesti dikaitkan secara bermakna dengan
aspek ukhrawi (ini kerana kehidupan di akhirat adalah matlamat utama dan
kepentingan yang terakhir bagi insan).

AKTIVITI 1.1

1. Mengapa Islam perlu dipersembahkan dalam bentuk dan imej yang


hakiki?

2. Mengapa kita perlu menggunakan istilah tasawwur Islam dalam


bahasa Arab walaupun ada istilah dalam bahasa lain yang juga
memberi maksud yang hampir sama? Bincangkan.

1.2 SKOP PERBINCANGAN MENGENAI


TASAWWUR ISLAM
Dalam perbincangan sebelum ini, kita telah melihat definisi dan maksud
tasawwur Islam. Ia secara umumnya menjelaskan secara keseluruhan prinsip-
prinsip asas Islam yang boleh menerangkan Islam yang sebenar lagi menyeluruh.

Sebagaimana yang diketahui, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah
S.W.T. Ia bukan hasil pemikiran manusia, kebudayaan dan pencapaian mana-
mana tamadun. Firman Allah S.W.T dalam surah `Ali `Imran ayat 19:

∩⊇®∪ ... 3 ÞΟ≈n=ó™M}$# «!$# y‰ΨÏã š⎥⎪Ïe$!$# ¨βÎ)


Maksudnya:
„Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

Dalam pada itu juga, seorang tokoh dakwah di Mesir yang terkenal, iaitu Al-
Syahid Hasan al-Banna, pernah menyebut bahawa:

„Islam merupakan suatu perutusan yang jangkauan panjangnya meliputi


setiap zaman yang datang mendatang, pengisian keluasannya mencakup
segala pelosok dunia dan ketunjangan dalamnya meliputi semua urusan
dunia dan akhirat‰.

Persoalan tentang tasawwur amat penting kerana tasawwur seseorang itu


menentukan sikap dan tindakannya. Dengan kata lain, jika tasawwur seseorang
itu terhadap sesuatu betul dan tepat maka akan lahir tindakan dan sikap yang
betul tentang sesuatu itu. Lebih-lebih lagi jika kita membicarakan tentang
tasawwur yang berkaitan dengan agama Islam. Ini bermakna apabila tasawwur
seseorang itu betul dan tepat tentang Islam, maka tindakan dan sikapnya tentang
Islam adalah betul dan tepat. Malah dia akan menepati ciri-ciri seorang Muslim
yang benar. Begitulah sebaliknya, apabila seseorang tidak mempunyai tasawwur
yang tepat dan benar tentang Islam, maka dia akan memberikan suatu gambaran
dan menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dengan penjelasan dan
tindakan yang salah. Inilah yang banyak berlaku di dunia Barat apabila Islam
ditonjolkan dengan imej yang buruk dan memalukan. Malah di negara orang
Islam sendiri pun apabila orang Islam mendapat gambaran tentang Islam melalui
sumber-sumber yang tidak sahih dan benar, seperti daripada sumber Barat yang
anti-Islam, maka sikap mereka terhadap Islam pun agak negatif. Oleh itu,
perbezaan tasawwur berpunca, salah satu daripadanya, adalah daripada latar
belakang pendidikan.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu jelas tasawwur Islamnya dari sudut maksud
kehidupan yang hakiki, dia akan menghitung kehidupannya ketika bermula di
alam roh, yang kemudiannya dilanjutkan di alam rahim ibu. Selepas itu ia diikuti
dengan kehidupan di alam nyata. Kehidupan itu tidak akan berakhir di situ sahaja.
Selepas merasa kehidupan di alam nyata, alam kematian akan menjelma yang
ditandai dengan alam barzakh. Kemudian akan tiba pula alam yang akan kekal
abadi, iaitu alam akhirat. Jika semua alam ini diambil kira dan dibuat perkiraan,
maka tidak timbul persoalan sekularisme yang hanya melihat kehidupan di alam
dunia yang nyata sahaja. Seolah-olah apa yang dilakukan tidak diperkirakan kesan
dan akibatnya di alam transisi (alam barzakh) dan alam kekal abadi (alam akhirat).
Sebab itulah berlakunya kepincangan dalam kehidupan apabila berleluasanya
segala macam permasalahan sama ada dalam sosial (seperti gejala zina, buang bayi
dan derhaka kepada ibu bapa), ekonomi (seperti penindasan, kezaliman dan
penipuan) serta politik (seperti rasuah, pecah amanah dan sombong).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP  5

Skop perbincangan mengenai tasawwur Islam pada umumnya dapat dihuraikan


melalui perbincangan konsep-konsep seperti berikut:

(a) Ontologi (teori kewujudan);


(b) Epistemologi (teori ilmu); dan
(c) Aksiologi (teori nilai).

Di samping itu, terdapat pokok-pokok perbahasan yang menyentuh empat


perkara utama dalam tasawwur Islam, iaitu mengenai:

(a) Tuhan;
(b) Alam;
(c) Manusia; dan
(d) Ilmu.

Perkara-perkara di atas akan dihuraikan secara terperinci dalam topik-topik yang


akan datang.

Justeru, melalui pengajian tasawwur Islam dengan skop-skop perbincangannya,


kita menyedari bahawa Islam bukan agama yang difahami oleh kebanyakan
orang yang menganggap Islam itu suatu dogma dan ritual semata-mata. Jika
inilah yang difahami oleh kebanyakan orang Islam, maka agama ini tidak
berbeza dengan agama dan kepercayaan lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha
yang hanya menekankan aspek ritual dan moral semata-mata. Ini menunjukkan
bahawa Islam itu pengajarannya lebih luas yang mencakupi segala aspek
termasuklah aspek kerohanian dan akhlak.

AKTIVITI 1.2

1. Bincangkan alasan-alasan yang munasabah mengapa tasawwur Islam


yang jelas mampu menentukan sikap dan tindakan seseorang.

2. Bagaimana seseorang boleh menentukan sikap dan tindakannya


melalui tasawwur yang tepat dan jelas terhadap Islam?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

1.3 ISTILAH-ISTILAH YANG MEMPUNYAI


KAITAN DENGAN PERBINCANGAN
TASAWWUR ISLAM
Terdapat beberapa istilah yang mempunyai kaitan dengan perbincangan
tasawwur Islam, iaitu:

(a) Agama;
(b) Islam;
(c) Ibadah;
(d) Akhlak; dan
(e) Dakwah.

Mengapa istilah-istilah tersebut dikatakan mempunyai kaitan atau hubungan


dengan perbincangan dalam tasawwur Islam? Sebagaimana yang dibincangkan
sebelum ini, apabila kita membicarakan tentang tasawwur Islam kita akan dapati
kenyataan-kenyataan seperti berikut memberikan maksud dan konsep tasawwur
Islam, iaitu:

(a) Dengan tasawwur Islam, kita akan memberikan suatu gambaran dan citra
Islam yang sebenarnya kepada sikap dan tindakan kita.
(b) Dengan tasawwur Islam, kita dapat menentukan sikap dan tindakan kita
terhadap agama Islam.
(c) Dengan tasawwur Islam juga, kita dapat menentukan matlamat kehidupan
kita sejajar dengan ajaran Islam yang sebenar.

Justeru, istilah-istilah yang disenaraikan di atas mempunyai kaitan dengan


kenyataan-kenyataan tersebut. Agama misalnya, sering diungkapkan dalam
bentuk yang umum. Persoalannya, agama apa yang paling layak dan betul
dianuti? Jika seseorang tidak mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan tepat,
barangkali dia akan menyatakan bahawa semua agama itu sama dengan hanya
melihat nilai-nilai universal yang dikatakan mempunyai persamaan dengan
semua agama. Ini kerana kefahamannya tentang maksud agama, tuntutan
beragama, matlamat beragama, peraturan beragama dan sebagainya barangkali
tidak jelas sehingga dia sanggup melafazkan bahawa semua agama itu sama.
Barangkali juga dia memperolehi pengetahuan tentang agama daripada sumber
yang salah atau sumber yang sengaja meletakkan dirinya dalam keadaan
sedemikian. Ini menyebabkan dia bukan mempunyai tasawwur yang sifatnya
Islami tetapi lebih kepada tasawwur liberal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP  7

Istilah ibadah pula mempunyai suatu kepentingan tertentu dalam perbincangan


tasawwur Islam. Sebelum ini kita menjelaskan bahawa melalui tasawwur Islam
kita dapat menentukan matlamat kehidupan kita yang sebenar. Persoalannya
lagi, apakah matlamat kehidupan seseorang itu? Jawapannya ada dalam sumber
yang paling tepat dan benar, iaitu al-Quran. Dalam al-Quran, melalui surah al-
Dhariyyat ayat 56, Allah S.W.T berfirman, iaitu:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Cuba bayangkan apabila tasawwur seseorang tentang matlamat kehidupan tidak


jelas dan dia cuba mencerahkan pengetahuannya tentang itu dengan merujuk
sumber yang tidak tepat dan benar. Sudah tentu matlamat kehidupannya bukan
apa yang ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat di atas, iaitu untuk beribadah
kepada-Nya. Sebab itu, apabila seseorang memahami maksud dan tuntutan
ibadah yang sebenar, yang kemudiannya melaksanakan tuntutan tersebut, maka
dia mempunyai tasawwur yang jelas tentang agama Islam.

Istilah akhlak pula mencerminkan sikap dan tindakannya sama ada secara
lahiriah atau batinnya terhadap agama Islam yang dianutinya. Jika kita membuat
suatu ilustrasi terhadap sebatang pokok, kita akan melukiskan pokok tersebut
dari akarnya yang berada di perut bumi, kemudian batangnya yang menyokong
keseluruhan pokok, rantingnya yang menjadi pautan daun-daun dan buahnya
yang melambangkan kematangannya serta petanda kepada kesinambungan
kepada kelangsungan pokok tersebut. Jika kita kaitkan dengan persoalan agama
Islam, akar itu boleh dilambangkan sebagai akidah, batang pokok sebagai ibadah
asas, ranting sebagai ibadah sunat dan buah sebagai akhlak. Rajah 1.1 berikut
boleh menerangkan kenyataan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

Rajah 1.1: Islam yang dilambangkan melalui pokok

Manakala istilah dakwah pula merupakan suatu usaha bagi merealisasikan


maksud tasawwur Islam tercapai. Ini kerana tasawwur Islam adalah untuk
menjelaskan bentuk dan gambaran yang sebenar tentang Islam. Bagaimana kita
boleh menjelaskan bentuk dan gambaran yang sebenar tentang Islam kepada
orang lain supaya kefahaman tentang Islam dapat disebarkan ke seluruh penjuru
alam? Ini dapat dicapai melalui usaha dakwah. Dakwah secara umumnya adalah
suatu usaha menyampaikan ajaran Islam yang merupakan mawdu` atau tajuk
dakwah daripada seseorang yang dikenali sebagai pendakwah kepada sasaran
dakwah melalui metodologi dan pendekatan tertentu yang mempunyai kesan
tertentu hasil dakwah yang dilakukan.

Melalui maksud dakwah itu kita dapati bahawa pendakwah yang menyampaikan
ajaran Islam dalam bentuk dan gambaran yang sebenarnya adalah pendakwah
yang mempunyai tasawwur yang jelas tentang agama Islam. Pendakwah yang
bertanggungjawab menyampaikan ajaran Islam kepada sasaran dakwahnya juga
mempunyai tasawwur yang jelas tentang agamanya. Ini kerana agama Islam yang
dianutinya itu bukan sahaja diamalkan untuk dirinya tetapi turut disebarkan
kepada orang lain agar mereka juga dapat merasai nikmat mengamalkan agama
yang dianutinya. Begitu juga apabila pendakwah tersebut menyampaikan ajaran
Islam yang betul dengan menggunakan pendekatan yang betul memberi isyarat
bahawa tasawwurnya tentang agama Islam adalah jelas. Dalam al-Quran, Allah
S.W.T menjelaskan prinsip-prinsip pendekatan dakwah yang perlu diikuti oleh
seseorang pendakwah. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl ayat 125:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP  9

4 ß⎯|¡ômr& }‘Ïδ ©ÉL©9$$Î/ Οßγø9ω≈y_uρ ( ÏπuΖ|¡ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$$Î/ y7În/u‘ È≅‹Î6y™ 4’n<Î) äí÷Š$#

∩⊇⊄∈∪ t⎦⎪ωGt ôγßϑø9$$Î/ ÞΟn=ôãr& uθèδuρ ( ⎯Ï&Î#‹Î6y™ ⎯tã ¨≅|Ê ⎯yϑÎ/ ÞΟn=ôãr& uθèδ y7−/u‘ ¨βÎ)

Maksudnya:
„Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk‰.

AKTIVITI 1.3

1. Ulas dengan memberikan contoh apabila perkataan tasawwur


digandingkan dengan istilah sekularisme dan liberalisme.

2. Bersetujukah anda bahawa pertembungan antara dunia Islam dan


Barat bukan berpunca daripada pertembungan tamadun tetapi lebih
kepada pertembungan worldview? Berikan hujah anda.

 Ada dalam kalangan orang Islam yang menyikapi dan memahami Islam
dalam maksud dan gambaran yang tidak jelas. Ini kerana Islam difahami
mengikut selera dan latar belakang masing-masing dan bukannya
berdasarkan sumber yang sahih serta ajaran Islam yang sebenarnya.

 Keadaan yang menggambarkan Islam dalam citra yang bukan sebenarnya


menyebabkan Islam disikapi dan ditanggapi secara salah sehingga ada yang
menisbahkan Islam dengan perkataan atau istilah yang bukan selayaknya
dengan Islam seperti Islam fanatik, Islam moderat dan Islam liberal.

 Keadaan ini dapat diperbetulkan apabila masyarakat mempunyai tasawwur


yang jelas tentang Islam dengan skop perbincangan tertentu yang berkaitan
dengan Tuhan, alam, manusia dan ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

 Tasawwur Islam dapat menentukan arah panduan kehidupan yang sebenar


dan cara kehidupan itu dilalui berdasarkan sumber yang sahih daripada
Penciptanya.

Agama Ibadah
Akhlak Islam
Dakwah Tasawwur

Abdelaziz Berghout (ed.). (2009). Introduction to the Islamic worldview: Study of


selected essentials. Gombak: IIUM Press.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Islam pada
2 Tasawwur
Masyarakat
Bukan Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah pertentangan antara Islam dan bukan Islam;
2. Menerangkan persepsi dan gambaran masyarakat bukan Islam
terhadap Islam; dan
3. Membincangkan akibat gambaran dan persepsi yang salah terhadap
Islam kepada umat Islam.

 PENGENALAN
Islam adalah agama kesejahteraan dan membawa misi keamanan kepada seluruh
alam. Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T dengan
menyampaikan mesej Islam adalah pembawa rahmat ke seluruh alam. Walau
bagaimanapun, secara fitrahnya mesej agama yang menonjolkan kebenaran atau
al-Haqq selalu mendapat tentangan daripada pihak-pihak yang membawa panji-
panji kebatilan. Mereka turut menggambarkan sesuatu yang buruk dan negatif
terhadap agama Islam kepada penganut agama selain daripada Islam. Mereka
mengambil kesempatan daripada kekurangan dan kelemahan umat Islam yang
sepatutnya mempamerkan citra serta wajah Islam yang sebenar hasil daripada
kefahaman mereka terhadap mesej dan sistem Islam. Justeru timbullah ungkapan
daripada pemikir Islam sendiri yang mengakui bahawa al-Islam mahjub bi al-
Muslimin (Islam terdinding kebenarannya oleh umat Islam sendiri).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Islam ditohmah dan dilabel dengan imej negatif seperti agama yang menaja
keganasan, walaupun yang melakukan kesilapan adalah segelintir penganutnya.
Islam dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan apabila mereka berbicara
dalam nada pembangunan sosio-ekonomi. Walaupun Barat pernah bangkit dari
zaman kegelapan hasil kemajuan yang dibawa dan diperkenalkan oleh umat
Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, jasa-jasa Islam dan umatnya
seolah-olah dinafikan bagi menggambarkan bahawa Islam tidak pernah aktif
dalam pentas kreativiti dan inovasi yang bersandarkan sumber serta sistem yang
benar. Justeru dalam topik ini, kita akan membincangkan latar belakang
pertentangan antara Islam dengan bukan Islam terutamanya daripada Barat,
gambaran dan persepsi masyarakat bukan Islam terhadap agama dan kehidupan
beragama, terhadap sumber utama Islam serta akibat daripada kesilapan
meletakkan imej Islam yang sepatutnya terhadap umat Islam sendiri.

2.1 LATAR BELAKANG PERTENTANGAN


ISLAM DAN BUKAN ISLAM
Pertentangan dan permusuhan antara Islam dan bukan Islam telah lama wujud.
Jika kita meneliti sejarah permulaan Islam, kita dapati berlaku pertembungan
dan pertempuran antara Islam dengan kumpulan musyrikin Makkah di
Semenanjung Tanah Arab. Pertempuran antara kumpulan yang menjulang panji
al-Haqq yang diwakili Islam itu dengan kumpulan al-Batil berlanjutan sehingga
ke kerajaan dan wilayah Rom dan Parsi serta ke Peperangan Salib. Inilah yang
diperingatkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya melalui surah al-Baqarah ayat
109, iaitu:

#Y‰|¡ym #·‘$¤ä. öΝä3ÏΖ≈yϑƒÎ) ω÷èt/ .⎯ÏiΒ Νä3tΡρ–Šãtƒ öθ9s É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ï∅ÏiΒ ×ÏVŸ2 ¨Šuρ

u’ÎAù'tƒ 4©®Lym (#θßsxô¹$#uρ (#θàôã$$sù ( ‘,ysø9$# ãΝßγ9s t⎦¨⎫t6s? $tΒ Ï‰÷èt/ .⎯ÏiΒ ΟÎγÅ¡àΡr& ωΨÏã ô⎯ÏiΒ

∩⊇⊃®∪ ÖƒÏ‰s% &™ó©x« Èe≅à2 4’n?tã ©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯ÍνÍöΔr'Î/ ª!$#


Maksudnya:
„Banyak antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka
dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki
yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran
(Nabi Muhammad S.A.W). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan
mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  13

Dalam pada itu tokoh pendakwah di Timur Tengah, iaitu al-Marhum Ustaz Fathi
Yakan dalam kitabnya Qawarib al-Najat Fi Hayat al-Du`ah membincangkan
cabaran yang dihadapi oleh pendakwah Islam yang membawa panji Islam di
tengah masyarakat dengan mengemukakan sabda Nabi Muhammad S.A.W iaitu:

‫ ﻣﺆﻣﻦ ﳛﺴﺪﻩ ﻭﻣﻨﺎﻓﻖ ﻳﺒﻐﻀﻪ ﻭﻛﺎﻓﺮ ﻳﻘﺎﺗﻠﻪ ﻭﺷﻴﻄﺎﻥ‬:‫ﺍﳌﺆﻣﻦ ﺑﲔ ﲬﺲ ﺷﺪﺍﺋﺪ‬


‫ﻳﻀﻠﻪ ﻭﻧﻔﺲ ﺗﻨﺎﺯﻋﻪ‬
Maksudnya:
„Orang mukmin sentiasa berada di ambang lima dugaan yang susah, iaitu
mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci kepadanya, kafir yang
memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung
untuk mengalahkannya‰.

Atas premis itulah, musuh-musuh Islam terus berusaha untuk mencemarkan dan
merosakkan Islam dengan pelbagai kaedah dan cara.

2.1.1 Perang Salib


Sejarah merakamkan bahawa Perang Salib merupakan peperangan yang paling
getir yang meletus antara al-Haqq dan al-Batil. Apabila kita menelusuri fakta
sejarah, kita dapati apabila Islam telah berjaya mara melangkah ke wilayah
Sepanyol pada tahun 711M, Islam telah menempa pelbagai kejayaan terutama
apabila tentera Islam dipimpin oleh Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair.
Kejayaan Islam mengundang kegelisahan masyarakat bukan Islam di Barat dan
mereka memikirkan bagaimana mahu menghadapi umat Islam pada ketika itu.
Dari sinilah berlakunya peperangan Salib yang memakan masa yang begitu
panjang dengan permulaannya pada tahun 1096M dan berakhir pada tahun
1291M. Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, peperangan ini
merupakan kesinambungan daripada siri-siri peperangan antara Islam dan
bukan Islam yang motif utamanya adalah seperti yang diungkapkan oleh al-
Quran melalui firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 120, iaitu:

∩⊇⊄⊃∪ … 3 öΝåκtJ¯=ÏΒ yìÎ6®K?s 4©®Lym 3“t≈|Á¨Ψ9$# Ÿωρu ߊθåκuø9$# y7Ψtã 4©yÌös? ⎯s9uρ
Maksudnya:
„Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
telah terpesong itu)...‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Begitu juga firman-Nya dalam surah al-MaÊidah ayat 82, iaitu:

∩∇⊄∪ … ( (#θä.uõ°r& š⎥⎪Ï%©!$#uρ yŠθßγ‹u ø9$# (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©#Ïj9 Zοuρ≡y‰ã


t Ĩ$¨Ψ9$# £‰©
x r& ¨βy‰ÉftGs9 *

Maksudnya:
„Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang
keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-
orang Yahudi dan orang-orang musyrik...‰.

Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas kepada kita bahawa motif peperangan


berkenaan adalah untuk menghancurkan Islam dan penganutnya. Musuh-musuh
Islam itu beranggapan bahawa melalui peperangan sahajalah yang dapat
menyekat kemaraan Islam di samping boleh menyelesaikan permasalahan yang
timbul pada waktu itu.

Walau bagaimanapun Peperangan Salib berakhir dengan kemenangan kepada


pihak Islam. Pihak Barat telah mendapat pengajaran yang cukup besar daripada
peperangan tersebut dan mula mengatur strategi untuk mengalahkan Islam dan
tenteranya. Strategi yang dimaksudkan di sini bukanlah strategi ketenteraan
dengan peperangan bersenjata tetapi peperangan yang melibatkan idea dan
pemikiran. Inilah yang pernah diulas oleh seorang pemikir Islam, iaitu Anwar
Jundi sebagaimana yang dipetik pemikirannya oleh Dr Haron Din yang berkata:

„Mereka memutuskan bahawa peperangan akan datang yang akan dilancarkan


ke dunia Islam ialah peperangan idea dan kata-kata. Kerana orang-orang Islam,
sekalipun mereka mundur dalam perindustrian dan ilmu pengetahuan (sains),
akan tetapi akidah mereka tetap teguh yang dengannya memberangsangkan
mereka untuk berperang jihad. Oleh itu, perlulah dilemahkan (dipalsukan)
akidah tersebut‰.

Di samping itu, mereka percaya bahawa apa yang difikirkan oleh St Louis IX
selepas Perang Salib boleh dijadikan strategi melawan umat Islam dengan kata-
katanya seperti yang dipetik oleh Anwar Jundi dalam buku Tasawwur Islam oleh
Dr Haron Din, iaitu:

„Sesungguhnya tidak ada jalan (cara) yang boleh menguasai orang Islam
melainkan dengan menggunakan perkataan (penulisan) juga dengan cara
menguasai dan meracuni pemikiran Islamnya dengan menimbulkan keraguan
dan merosakkan isi kandungannya yang berteraskan kepada jihad itu. Semuanya
itu tidak akan berjaya melainkan dengan jalan menghantar pengembang-
pengembang agama Kristian, mengadakan misi-misi muhibbah, mengadakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  15

pengajaran kurikulum dan pendidikan serta membantu pemikiran Barat Kristian


supaya ia dapat menguasai pemikiran Islam dan kandungannya‰.

Menurut Edward W. Said dalam bukunya Covering Islam (yang diterjemahkan


ke bahasa Melayu dengan jodol Liputan Berita Tentang Islam) bahawa pada
zaman pertengahan dan pada awal zaman pembaharuan di Eropah, orang
Kristian menganggap Islam sebagai agama yang lahir daripada kuasa jahat, sesat,
tercela dan kabur. Mereka juga tidak menghiraukan kepercayaan orang Islam
yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah dan
bukannya Tuhan. Bagi mereka, Nabi Muhammad S.A.W itu bukan nabi yang
sebenarnya. Mereka mendakwa bahawa Baginda adalah seorang pencetus
permusuhan, mementingkan hawa nafsu, penipu dan wakil syaitan di muka
bumi.

2.1.2 Strategi dan Mekanisme Barat Selepas Perang


Salib
Berdasarkan kenyataan tersebut mereka beranggapan bahawa mekanisme yang
terbaik untuk melemahkan umat Islam ialah melonggarkan serta menjarakkan
mereka daripada agama Islam. Antara strategi mereka ialah:

(a) Mengelirukan umat Islam dari sudut akidah;


(b) Melemahkan semangat umat Islam untuk berjihad;
(c) Menghapuskan undang-undang Islam dan menggantikannya dengan
undang-undang ciptaan dan tajaan Barat; dan
(d) Melancarkan gerakan pembaratan dalam kalangan umat Islam melalui
usaha pecah dan perintah.

Sebab itulah antara usaha mereka untuk merealisasikan strategi tersebut ialah
melalui bidang pendidikan dan penyelidikan. Mereka yang pernah terhutang
budi dengan Islam dari sudut ilmu pengetahuan mula menubuhkan pusat
pengajian yang berkaitan dengan hal ehwal Timur dan pengajian Islam. Mereka
cukup mendalami disiplin ilmu Islam seperti al-Quran dan ilmu yang berkaitan
dengannya seperti ilmu tafsir, ulum al-Quran dan sebagainya, hadis dan ilmu
yang berkaitan dengannya, fekah dan perundangan Islam, tasawwuf dan lain-
lain lagi. Mereka menampilkan ketrampilan dalam bidang keilmuan sehingga
ramai umat Islam mempelajari Islam daripada mereka dan ada yang menjadi
agen-agen Barat apabila mereka kembali ke tanah air. Mereka inilah yang
menjadi penyambung lisan usaha-usaha gerakan ilmiah Barat melalui gerakan
orientalis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Malah, ada dalam kalangan mereka yang lebih orientalis daripada orientalis
sendiri. Melalui gerakan ilmiah inilah juga fakta-fakta tentang Islam mula
dipesongkan dan imej Islam digambarkan dengan citra yang negatif seperti
kejam, ganas, mundur, menolak kemajuan dan pembangunan, tidak progresif
dan sebagainya dengan merujuk dan menafsirkan sumber Islam secara salah dan
buruk sangka serta tingkah laku sesetengah orang Islam yang tahap pemikiran
dan kefahaman mereka yang rendah. Di samping itu muncullah belenggu
ciptaan manusia yang memesongkan pemikiran dan amalan umat Islam seperti
sekularisme, pluralisme, liberalisme dan sebagainya.

2.1.3 Pertentangan Islam dan Sekularisme


Sekarang kita melihat contoh yang jelas memperlihatkan pertentangan antara
Islam dengan bukan Islam yang boleh disifatkan hebat dalam sejarah pemikiran
manusia ialah pertembungan antara Islam dan sekularisme. Beberapa takrifan
tentang sekularisme telah dikemukakan oleh sarjana Islam bagi mengenali dan
memahami fahaman yang telah ditaja oleh Barat dan yang telah menular ke
dalam pemikiran umat Islam.

Takrifan dan Konsep Sekularisme


Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, misalnya, dalam kitabnya al-Islam wa al-`Ilmaniyyah
Wajhah li Wajhi berhujah bahawa istilah sekular dalam bahasa Arab ialah
`almaniyyah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah terjemahan yang tepat dan ia
tiada kaitan langsung dengan perkataan `ilm dalam bahasa Arab. Bagi Prof al-
Qaradawi terjemahannya yang tepat dalam bahasa Arab ialah al-La Diniyyah
atau tanpa agama atau al-Dunyawiyyah (keduniaan). Dengan kata lain, sekular
melibatkan aktiviti dan tindakan yang tiada kaitannya dengan agama. Di
samping itu, beliau menyenaraikan sejumlah takrifan yang dipetik daripada
sumber-sumber Barat bagi menggambarkan fahaman tersebut dalam kerangka
pemikiran Barat. Antaranya ialah takrifan Ensiklopedia Britannica yang
menyatakan bahawa:

„Sekularisme adalah satu gerakan sosial yang bermatlamat membawa manusia


dan mengarahkan mereka daripada mementingkan akhirat kepada mementingkan
dunia sahaja. Ini disebabkan manusia pada zaman pertengahan mempunyai
kehendak yang amat kuat untuk menjauhkan dunia, hanya bermeditasi untuk
Allah dan hari akhirat. Bagi memerangi kehendak ini, bangunlah sekularisme
memperkenalkan dirinya melalui pembangunan kehendak kemanusiaan di mana
manusia pada zaman pembangunan menonjolkan pergantungan penuh mereka
pada kemajuan thaqafah dan kemanusiaan serta kemampuan mereka untuk
menghasilkan kehendak mereka dalam dunia ini. Aliran sekularisme ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  17

berkembang secara berterusan sepanjang sejarah moden keseluruhannya atas asas


gerakan yang menentang agama dan memusuhi Kristian‰.

Takrifan yang dikemukakan oleh tokoh orientalis, iaitu Archberry dalam buku
pentingnya Religion in the Middle East juga menarik untuk diperhatikan apabila
beliau mengatakan bahawa:

„Sesungguhnya sains materialis, kemanusiaan, aliran tabii dan aliran ciptaan


semuanya adalah bentuk-bentuk bagi perkara tanpa agama. Tanpa agama adalah
satu sifat khusus bagi Eropah dan Amerika. Walaupun gambaran ini wujud di
Timur Tengah, namun ia tidak mengambil sebarang ungkapan falsafah atau
sastera yang tertentu. Contoh utama bagi perkara ini adalah pemisahan agama
daripada negara seperti Republik Turki‰.

Sementara itu, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku


pentingnya iaitu Islam and Secularism bukan sekadar meneliti maksud
sekularisme daripada bahasa Inggerisnya tetapi mengakar kepada asal bahasa
Inggeris iaitu bahasa Latin. Istilah sekularisme yang bahasa Inggerisnya adalah
secular terbit daripada bahasa Latin iaitu saeculum yang memberi maksud masa
(time) dan tempat atau kedudukan (location). Justeru, sekularisme itu bermaksud
masa kini, masa sekarang dan di dunia ini. Oleh itu, jika maksud dan faham
sekular itu merujuk kepada makna dan faham „kedisinikinian‰, maka
terjemahannya yang tepat ke dalam bahasa Arab secara harfiah ialah
hunalaniyyah yang merupakan gabungan dua kata nama Arab iaitu huna yang
bererti di sini dan al-an yang bermaksud kini atau masa sekarang.

Kesan daripada pengaruh sekularisme terhadap orang Islam, seperti yang


dirumuskan oleh al-Qaradawi dan al-Attas, ialah:

(a) Ia memberi kesan kepada pemikiran individu Muslim yang berada di


dalam masyarakat Islam secara keseluruhannya.

(b) Ia memberi kesan kepada pelaksanaan undang-undang Islam dalam


kehidupan bernegara orang Islam.

(c) Ia memberi kesan kepada pemikiran individu Muslim apabila ia menafikan


secara menyeluruh dan mengosongkan elemen alam tabi`i dari semua
makna ruhani sehingga memisahkan alam ini dari Tuhan sehingga manusia
bebas mempergunakan alam menurut kemahuan dan keperluan sendiri.

(d) Ia memberi kesan kepada sistem politik dan kepimpinan apabila ia


menafikan sistem yang bersumberkan sumber ruhani dan agama.

(e) Ia memberi kesan kepada sistem nilai atau value apabila ia menafikan
kesucian dan kekalan semua nilai hidup.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Sehubungan dengan itu, al-Attas menyimpulkan bahawa sekularisme dan


sekularisasi bukan sahaja suatu istilah dan konsep yang tiada kena mengena
dengan Islam dan tidak menepati pandangan hidup Islam, tetapi ia diciptakan
untuk menentang Islam. Malah ia direka untuk mengusir semua nilai yang
terdapat dalam Islam.

AKTIVITI 2.1

1. Bincangkan dengan rakan anda, kesan pertembungan antara Islam


dan Barat selepas peristiwa 9/11.

2. Dengan menggunakan hujah yang bernas, bincangkan bagaimana


fahaman sekularisme boleh dibendung oleh umat Islam.

2.2 GAMBARAN MASYARAKAT BUKAN


ISLAM TERHADAP AGAMA
Sekarang, kita bincangkan pula gambaran dan persepsi masyarakat bukan Islam
terhadap agama secara umum. Seorang sarjana Barat yang dikenali di Barat
sebagai Bapa Sosiologi, iaitu Auguste Comte, pernah mengemukakan teori
tentang agama yang masih lagi dibincangkan dan mempengaruhi pemikiran
manusia. Pada pandangan beliau, sejarah pemikiran keagamaan manusia
terbahagi kepada tiga peringkat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Tiga Peringkat Sejarah Pemikiran Keagamaan Manusia


Menurut Auguste Comte

Peringkat Penerangan
Peringkat teologi Peringkat manusia menafsirkan kejadian dan fenomena hidup
dengan nama Tuhan.

Peringkat metafizik Peringkat manusia menafsirkan kejadian dan fenomena hidup


melalui pendekatan metafizik atau suatu unsur luar tabi`i yang
tidak diketahui oleh manusia tetapi bukan Tuhan.

Peringkat positif Peringkat manusia menafsirkan kejadian dan fenomena hidup


sebagai semula jadi atau nature yang tunduk di bawah suatu
peraturan hidup (the law of nature). Semua kejadian adalah bebas
daripada sebarang kuasa kerana ia terjadi dengan sendirinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  19

Menurut Dr Haron Din dalam Tasawwur Islam, jika dilihat kepada peringkat-
peringkat di atas, kita sekarang berada di peringkat yang ketiga yang juga
dikenali sebagai Logical Positivism yang disandarkan kepada pendekatan
emperikal secara saintifik. Maksudnya, kajian yang bersifat emperikal yang
menentukan tiap-tiap sesuatu dalam hidup ini. Ini termasuklah hakikat sesuatu
mestilah dibuktikan kebenarannya melalui kajian emperikal. Sedangkan agama
bukanlah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui kajian seumpama
itu. Oleh itu, menurut teori ini agama dan Tuhan adalah ciptaan yang bersifat
karut. Mereka juga mendakwa bahawa sekiranya Tuhan ada sekalipun, Tuhan
telah mati (God is dead).

Teori ini mendapat dokongan dan sokongan ahli-ahli sains seperti Isaac Newton
(sarjana Inggeris dalam disiplin Matematik, Fizik dan Astronomi) yang
mengatakan bahawa tiada Tuhan yang mengatur bintang-bintang atau
cakerawala. Malah, dia percaya bahawa alam ini wujud dan berkembang melalui
sistem atau undang-undang alam (nature). Charles Darwin pula yang terkenal
dengan teori evolusi percaya dengan sangkaannya yang semua hidupan ini
bermula dari sel purba yang kemudiannya menerima perubahan biologi secara
evolusi dari satu peringkat ke satu peringkat, berubah dari satu kejadian kepada
kejadian yang lain seperti dari beruk kepada mawas dan dari mawas kepada
orang utan dan seterusnya, manusia. Karl Marx dalam pada itu percaya bahawa
agama adalah candu masyarakat. Jadi kesemua dakwaan dan teori tersebut
adalah satu usaha terancang atas nama gerakan ilmiah dan kajian saintifik yang
bertujuan memesongkan pemikiran umat Islam dan membentuk suatu
pandangan hidup tentang kehidupan di dunia yang tidak berhubung dengan
unsur ketuhanan atau Rabbaniyyah dan tidak berkait dengan kehidupan di alam
akhirat. Inilah yang dinamakan sekularisme seperti yang kita bincangkan
sebelum ini.

AKTIVITI 2.2

1. Sebagai orang Islam, bagaimana kita boleh mempertingkatkan


kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia?
Bincangkan.

2. Adakah anda setuju bahawa tahap kefahaman orang Islam di negara


ini masih boleh diperbaiki? Sertakan jawapan anda dengan hujah
yang bernas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

2.3 GAMBARAN MASYARAKAT BUKAN


ISLAM TERHADAP SUMBER UTAMA
ISLAM
Dalam subtopik ini, kita membincangkan bagaimana masyarakat bukan Islam
membuat tafsiran dan persepsi terhadap sumber utama Islam, iaitu al-Quran dan
hadis.

2.3.1 Gambaran terhadap Kitab Suci Al-Quran


Al-Karim
Jika kita mentelaah sejarah Islam terutama dalam konteks nuzul al-Quran, kita
dapati bahawa orang-orang musyrik Makkah telah melemparkan pelbagai
tuduhan serta tohmahan terhadap al-Quran dan Rasulullah S.A.W sebagai
penerima wahyu tersebut. Antara tuduhan yang liar itu ialah al-Quran adalah
rekaan dan ciptaan Nabi Muhammad S.A.W, kitab dongeng dan khayalan yang
dihikayatkan dari generasi ke generasi. Allah S.W.T merakamkan tuduhan-
tuduhan mereka itu dalam al-Quran sendiri dengan firman-Nya seperti yang
termaktub dalam surah al-Furqan ayat 5, iaitu:

∩∈∪ Wξ‹Ï¹r&uρ Zοtò6ç/ Ïμø‹n=tã 4’n?ôϑè? }‘ÏSsù $yγ7t oKtGò2$# š⎥⎫Ï9¨ρF{$# çÏÜ≈y™r& (#þθä9$s%uρ
Maksudnya:
„Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-
orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian
perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk
dihafaznya)".

Mereka meragukan isi kandungan al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi


Muhammad S.A.W dengan mengatakan bahawa wahyu itu adalah seperti syair.
Mereka seolah-olah mahu mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah
seorang penyair yang membacakan bait-bait syair kepada pengikutnya. Perkara
ini dinafikan sendiri oleh Allah S.W.T dalam surah Yaasin ayat 69, iaitu:

∩∉®∪ ×⎦⎫Î7•Β ×β#u™öè%uρ Öø.ÏŒ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) 4 ÿ…ã&s! ©Èöt7.⊥tƒ $tΒuρ t÷èÏe±9$# çμ≈oΨôϑ¯=tæ $tΒuρ
Maksudnya:
„(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair
kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami
wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan kitab suci
yang memberi penerangan‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  21

Allah S.W.T telah mencabar mereka untuk mendatangkan ayat yang seumpama
al-Quran sekiranya mereka mendakwa bahawa mereka adalah di pihak yang
benar. Dalam surah al-Baqarah ayat 23, kita boleh perhatikan cabaran Allah
S.W.T kepada mereka dengan firman-Nya:

(#θãã÷Š$#uρ ⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ⎯ÏiΒ ;ο‘u θÝ¡Î/ (#θè?ù'sù $tΡωö7tã 4’n?tã $uΖø9¨“tΡ $£ϑÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû öΝçFΖà2 βÎ)uρ

∩⊄⊂∪ t⎦⎫Ï%ω≈|¹ öΝçFΖä. χÎ) «!$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ Νä.u™!#y‰yγä©


Maksudnya:
„Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran)
kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu
surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang
kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu orang-
orang yang benar‰.

Walau bagaimanapun pada masa kini, kita dapati pihak musuh Islam telah
mereka cipta ayat yang seumpama ayat al-Quran dengan tujuan mengelirukan
umat Islam terutama yang jarang membaca dan meneliti al-Quran apatah lagi
mereka yang mencari sesuatu yang difikirkan Islamik melalui pencarian di laman
sesawang alam siber. Apa yang jelas, mereka seolah-olah mahu menjawab
cabaran yang dikemukakan di dalam ayat 23 surah al-Baqarah tersebut.

Keadaan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila kita melihat laman
sesawang, http://surahlikeit.com/ yang dikenali kononnya sebagai al-Quran al-
`asri atau al-Quran zaman moden terbitan Sharikah Jibril li al-Wahy wa al-Tanzil
atau Syarikat Jibril untuk wahyu dan tanzil. Al-Quran palsu ini membawa ayat
23 surah al-Baqarah terlebih dahulu sebelum menyenaraikan 12 surah ciptaan
mereka seperti surah al-Hayat (diletakkan tanda „new‰ yang bermaksud baharu;
barangkali ini adalah surah yang terbaharu yang mereka ciptakan dan diletakkan
di laman sesawang ini), surah al-Afdal, surah al-RajaÊ, surah al-Muqata`ah, surah
al-Kitab, surah al-`Usfur, surah al-Nabi, surah al-Du`a, surah al-Iman, surah al-
Tajassud, surah al-Muslimun dan surah al-Wasaya. Kita ambil satu contoh
daripada surah-surah palsu tersebut, iaitu surah al-Muslimun sebagaimana yang
digambarkan seperti di dalam Rajah 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Rajah 2.1: Contoh surah palsu al-Muslimun


Sumber: http://surahlikeit.com/

Surah yang dikatakan mengandungi 11 ayat disertakan juga dengan terjemahannya


di dalam bahasa Inggeris (rujuk Rajah 2.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  23

Rajah 2.2: Contoh surah palsu al-Muslimun dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris
Sumber: http://surahlikeit.com/

Jika kita baca ayat-ayat tersebut dan terjemahannya kita dapati bahawa mereka
meletakkan kedudukan orang Islam di tempat yang hina. Orang Muslim
dianggap orang yang jauh tersesat daripada kebenaran. Mereka adalah orang
yang tidak beriman dengan Allah dan Nabi Isa yang menyebabkan mereka akan
dimasukkan ke dalam neraka dan menerima azab yang pedih daripada Allah
S.W.T. Justeru pada hari Kiamat, orang Islam didakwa telah mengingkari kitab
Taurat dan Injil. Kononnya mereka tidak menyesatkan diri sendiri tetapi telah
disesatkan oleh orang yang mendakwa menjadi pesuruh Allah. Pada ketika
itulah Nabi Muhammad didakwa oleh Allah kerana menyesatkan orang Islam
dan menjadikan mereka kafir. Nabi Muhammad menjawab bahawa syaitan yang
menyesatkan Baginda.

Begitulah tindakan musuh Islam yang bukan sahaja mencabar Allah S.W.T tetapi
turut mencemarkan kebenaran al-Quran, merosakkan imej dan kedudukan Nabi
Muhammad serta orang Islam keseluruhannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Musuh-musuh Islam mendakwa bahawa Islam merupakan agama yang menaja


dan memperkenalkan keganasan kepada orang Islam. Mereka juga mendakwa
bahawa terdapat ayat al-Quran yang menyokong aktiviti keganasan sehingga
melabelkan orang Islam yang berjihad sebagai pengganas (terrorist atau
irhabiyyun). Dakwaan mereka berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-
Anfal ayat 60, iaitu:

⎯ÏμÎ/ šχθç7Ïδöè? È≅ø‹y⇐ø9$# ÅÞ$t/Íh‘ ∅ÏΒuρ ;ο§θè% ⎯ÏiΒ ΟçF÷èsÜtGó™$# $¨Β Νßγ9s (#ρ‘‰Ïãr&uρ

$tΒuρ 4 öΝßγßϑn=÷ètƒ ª!$# ãΝßγtΡθßϑn=÷ès? Ÿω óΟÎγÏΡρߊ ⎯ÏΒ t⎦⎪Ìyz#u™uρ öΝà2¨ρ߉tãuρ «!$# ¨ρ߉tã

∩∉⊃∪ šχθßϑn=ôàè? Ÿω óΟçFΡr&uρ öΝä3ö‹s9Î) ¤∃uθム«!$# È≅‹Î6y™ †Îû &™ó©x« ⎯ÏΒ (#θà)ÏΖè?

Maksudnya:
„Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan. Dengan persediaan itu musuh Allah
dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan
kamu tidak akan dianiaya‰.

Mereka membuat kesimpulan dengan menterjemahkan perkataan terrorist dalam


bahasa Inggeris kepada bahasa Arab sebagai irhabiyyun. Perkataan itu ada
disebutkan dalam al-Quran dengan kalimah turhibun seperti yang terdapat di
dalam ayat di atas.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, pihak Barat menyifatkan orang Islam sebagai


umat ekstrem yang ganas sejak dari dahulu lagi. Dalam kata lain, keganasan
yang dilakukan oleh orang Islam sekarang merupakan warisan daripada generasi
dan tamadun silam. Bahkan mereka mendakwa bahawa keganasan itu berpunca
daripada akidah orang Islam sendiri. Mereka mendakwa bahawa antara aspek
akidah yang mendorong kegiatan keganasan ialah apabila orang Islam beriman
dengan Tuhan yang bersifat al-Jabbar (berkuasa), al-Qahhar (Memaksa) dan al-
Muntaqim (Membalas dendam). Mereka, barangkali, tersilap memahami maksud
ayat al-Quran yang menyatakan asma ul Husna sebagaimana yang termaktub
dalam surah al-Hasyr ayat 23, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  25

Ú∅Ïϑø‹γ
y ßϑø9$# ß⎯ÏΒ÷σßϑø9$# ãΝ≈n=¡¡9$# â¨ρ‘‰à)ø9$# à7Î=yϑø9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω ”Ï%©!$# ª!$# uθèδ

∩⊄⊂∪ šχθà2Îô³ç„ $£ϑtã «!$# z⎯≈ysö6ß™ 4 çÉi9x6tGßϑø9$# â‘$¬6yfø9$# Ⓝ͓yèø9$#


Maksudnya:
„Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan dia; yang Menguasai (sekalian
alam); yang Maha Suci; yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);
yang Maha melimpahkan Keamanan; yang Maha Pengawal serta Pengawas;
yang Maha Kuasa; yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); yang
Melengkapi segala Kebesaran-Nya. Maha suci Allah dari segala yang mereka
sekutukan dengannya‰.

Edward W. Said mendedahkan dalam bukunya Covering Islam bahawa


orientalis seperti V. S. Naipaul berpendapat walaupun Islam itu boleh dikatakan
sebagai agama yang bersifat fundamental tetapi pada pandangan mereka
fundamentalisme Islam tidak mempunyai bahan intelektual yang akhirnya
agama itu akan berakhir dan binasa. Mereka juga mendakwa bahawa ajaran
Islam merangkumi semua perkara yang paling tidak disukai dari sudut
pandangan rasional tamadun Barat. Akhirnya, mereka membuat kesimpulan
bahawa Islam merupakan ancaman kepada tamadun Barat.

Dalam perbincangan sebelum ini, kita didedahkan bagaimana pihak Barat


memerangi Islam dan memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam dan
umat Islam melalui gerakan ilmiah atas nama orientalis. Ini termasuklah gerakan
memahami dan menyelidiki al-Quran atas tujuan tertentu. Justeru nama-nama
orientalis seperti Gotthelf Bergstrasser, Arthur Jeffery dan Otto Pretzl berani
mengendalikan program tentang al-Quran yang dikenali sebagai Projek Quran
Edisi Kritis (A Critical Edition of the QurÊan). Projek ini, antara lain, mahu
menimbulkan keraguan masyarakat awam terhadap keaslian kitab suci al-Quran.
Menurut Ugi Suharto (2012), projek orientalis tersebut terbantut kerana bahan-
bahan yang mereka kumpulkan hancur lebur ketika Perang Dunia Kedua. Projek
tersebut, malangnya, diteruskan oleh kumpulan orang Islam sendiri yang tidak
mempunyai tasawwur Islam dan worldview yang benar tentang Islam dan al-
Quran seperti kumpulan Islam Liberal di Indonesia. Pada pandangan mereka,
mashaf al-Quran yang berada di tangan orang Islam sekarang perlu diedit secara
kritikal kerana ia mengandungi banyak permasalahan.

Menurut Ugi Suharto lagi, bahawa mereka mengungkit-ungkit semula sejarah


pembukuan al-Quran (tadwin al-QurÊan) seperti yang dipelopori oleh Saidina
`Uthman bin `Affan. Mereka turut menuduh Saidina `Uthman membakar
mushaf-mushaf lain atas alasan kepentingan politik sehingga khalifah yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

ketiga hanya membenarkan Mushaf `Uthmani sahaja yang boleh diedarkan dan
digunakan. Sedangkan Mushaf `Uthmani adalah mushaf yang digunakan oleh
seluruh orang Islam kerana ia merupakan mushaf yang disandarkan kepada
riwayat yang mutawatir. Oleh kerana itulah orang orientalis menuduh bahawa
kesemua riwayat hadis yang menthabitkan kebenaran mashaf tersebut adalah
rekaan para ulama Islam apabila mereka tidak berjaya menggempur al-Quran.
Kemudian, mereka menumpukan pula kepada isu hermeneutika yang
diterapkan pada kajian al-Quran seperti Ulum al-Quran dan tafsir. Secara
umumnya, kaedah ini adalah menggunakan pendekatan penafsiran Injil (Bible)
yang sentiasa mempersoalkan kebenaran sesuatu teks.

2.3.2 Gambaran terhadap Al-Hadith


Hadis merupakan sumber kedua dalam Islam selepas al-Quran. Hadis ialah
sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sama ada
perkataannya, perbuatannya atau pengakuannya terhadap sesuatu perkara.
Sama seperti al-Quran, Barat turut mempersembahkan imej yang negatif
terhadap hadis dengan mereka-reka keraguan tentang hadis dan Nabi
Muhammad S.A.W. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai tasawwur dan
worldview yang benar dan tepat tentang Nabi Muhammad S.A.W dan hadis
serta ilmu yang berkaitan dengan hadis.

Di Barat, menurut Dr Muhammad Mustafa al-A`zami dalam bukunya Studies in


Early Hadith Literature, puak orientalis giat melakukan penyelidikan tentang
hadis. Sarjana Barat yang mula-mula melakukan penyelidikan tentang hadis
ialah Ignas Goldziher dengan kajiannya yang bertajuk Muhammedanische
Studies pada tahun 1890. Kajian tersebut menjadi sumber terpenting dalam
kajian tentang hadis di Barat. Goldziher mengatakan bahawa kemunculan dan
perkembangan hadis, sebahagian besarnya, adalah hasil perkembangan Islam
pada abad pertama dan kedua dalam aspek keagamaan, politik dan sosial. Ini
menunjukkan bahawa Goldziher meragui kesahan hadis yang sudah ada pada
zaman Nabi Muhammad S.A.W, zaman sahabat dan zaman tabi`in. Bagi beliau,
hadis adalah karya para ulama kemudian yang dipengaruhi dengan suasana
sosial dalam masyarakat dan ia terdedah kepada kesilapan dan kepalsuan. Di
samping itu, Goldziher mendakwa bahawa kesahan hadis boleh dipertikaikan
kerana terdapat kelemahan metodologi para ulama dalam melakukan penelitian
terhadap hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  27

Menurut Dr Haron Din, sarjana orientalis melancarkan keraguan terhadap hadis


dan sunnah Nabi dengan berhujah bahawa:

(a) Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang meriwayatkan hadis


digambarkan sebagai penipu besar.

(b) Hadis tidak ditulis pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ia hanya ditulis
pada zaman `Umar bin `Abd al-Aziz (682-729). Mereka sangsi dengan
ketulenan hadis yang diriwayatkan selepas sekurun dari zaman Nabi
S.A.W.

(c) Banyak hadis yang dikenal pasti adalah dalam kategori dha`if (lemah) dan
mawdu` (palsu).

Keraguan inilah yang menyebabkan mereka menolak hadis sebagai sumber


agama Islam. Mereka percaya hanya al-Quran sahaja yang boleh dijadikan
sumber dan hujah dalam agama.

Pihak Barat dan orientalis sering memberikan gambaran yang salah terhadap
Nabi Muhammad S.A.W. Dr Haron Din dalam bukunya Tasawwur Islam
mendedahkan bahawa orientalis Barat mengkritik Nabi Muhammad S.A.W yang
dilantik sebagai Nabi dan Rasul serta menerima wahyu daripada Allah S.W.T
untuk disampaikan kepada bangsa Arab. Mereka menuduh bahawa Nabi
Muhammad S.A.W bukanlah nabi yang sebenar dan digambarkan sebagai nabi
palsu yang menerima wahyu setelah sembuh daripada penyakit sawan dan
histeria.

Jika kita meneliti sejarah, kita dapati bahawa penghinaan terhadap Nabi
Muhammad S.A.W ini telah berlaku sejak zaman Baginda S.A.W lagi. Sebagai
contoh, dalam peperangan Tabuk berlaku penghinaan terhadap Baginda S.A.W.
Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran dalam surah al-
Tawbah ayat 65 dan 66 dengan firman-Nya:

⎯ÏμÏG≈tƒ#u™uρ «!$$Î/r& ö≅è% 4 Ü=yèù=tΡuρ ÞÚθèƒwΥ $¨Ζà2 $yϑ¯ΡÎ)  ∅ä9θà)u‹s9 óΟßγtFø9r'y™ ⎦È⌡s9uρ

βÎ) 4 óΟä3ÏΨ≈yϑƒÎ) y‰÷èt/ Λänöxx. ô‰s% (#ρâ‘É‹tG÷ès? ∩∉∈∪ Ÿω šχρâ™Ì“öκtJó¡n@ óΟçFΨä. ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ

∩∉∉∪ š⎥⎫ÏΒÌøgèΧ (#θçΡ$Ÿ2 öΝåκ¨Ξr'Î/ OπxÍ←!$sÛ ó>Éj‹yèçΡ öΝä3ΖÏiΒ 7πxÍ←!$sÛ ⎯tã ß#÷è¯Ρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Maksudnya:
„Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah
mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-
main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya
kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlah kamu berdalih (dengan
alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah
kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka
bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah
orang-orang yang terus bersalah‰.

Pada zaman moden ini, penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dalam
bentuk melukis karikatur yang berkaitan dengan Baginda S.A.W yang
diterbitkan dalam media massa dan sebagainya. Dr Muhammad bin Sa`id al-
Qahtani misalnya, dalam kitabnya al-IstihzaÊ bi al-Din wa Ahlih mendedahkan
bagaimana akhbar al-Ahram yang diterbitkan di Mesir melukis karikatur seorang
lelaki Badwi yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad S.A.W sedang
menunggang seekor keldai dalam keadaan terbalik bagi menggambarkan
bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah agama yang
mundur dan kolot. Di samping itu, dalam karikatur itu juga dilukis di atas tanah
terdapat sembilan ekor ayam betina yang menggambarkan poligami yang
diamalkan oleh baginda S.A.W.

Pada tahun 2005, akhbar Denmark Jyllands-Posten telah menyiarkan 12 kartun


Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga pada tahun 2007, seorang seniman kartunis
Sweden, Roger Endel Lars Vilks, melukis potret Nabi Muhammad S.A.W
bertubuh seekor anjing. Gambar-gambar tersebut telah dipamerkan dalam
pameran seni tempatan di Sweden. Pada tahun awal 2010, sebilangan penganut
agama Kristian meraikan „Hari Melukis Gambar Muhammad‰ atau „Draw
Muhammad Day‰ dalam Facebook.

Dunia Islam pada awal tahun 1990an telah digemparkan dengan karya kontroversi
Salman Rushdie yang bertajuk The Satanic Verses. Karya ini memperlihatkan
penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan keperibadiannya. Begitu juga
dengan karya Dante yang bertajuk Divine Comedy yang cuba mengadaptasi
peristiwa mi`raj Nabi Muhammad S.A.W ke dalam karyanya itu. Secara simbolik,
Dante hendak mempamerkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai mengungkapkan
penentangan dalam masyarakat Kristian.

Kalau ada pun karya Barat yang cuba memberikan imej yang positif terhadap Nabi
Muhammad S.A.W, kita boleh membaca buku The 100: A Ranking of the Most
Influential Persons in History oleh Micheal H. Hart. Walaupun Hart telah memberi
satu pengiktirafan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan meletakkan Baginda di
tempat pertama dalam senarai 100 orang yang berpengaruh dalam sejarah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  29

manusia, tetapi sebagai orang Islam kita berpendapat penyenaraian tersebut tidak
boleh dilakukan kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang Nabi dan Rasul
yang ma`sum yang ditanzilkan kepadanya wahyu. Sedangkan individu-individu
lain hanyalah manusia biasa yang tidak beriman kepada Allah dan rasul-Nya
kecuali Saidina `Umar bin al-Khattab. Kedudukan khalifah Islam yang kedua itu,
bagaimanapun, diletakkan dalam kedudukan yang ke 34 iaitu selepas Pope Urban
II.

AKTIVITI 2.3

1. Bincangkan bagaimana orang Islam boleh mempertingkatkan program


celik al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam.

2. Adakah anda setuju bahawa pengajian hadis secara bersanad daripada


guru yang berautoriti penting dalam konteks semasa? Bincangkan
mengapa.

3. Pada pandangan anda, adakah tindakan orang Islam yang membantah


sikap Barat yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan
mengadakan tunjuk perasaan boleh menyelesaikan isu tasawwur Islam
yang kita bincangkan? Bincangkan mengapa.

2.4 KESAN GAMBARAN SALAH TERHADAP


ISLAM KEPADA UMAT ISLAM
Apabila tasawwur Islam dan worldview tentang Islam tidak benar dan jelas, ia
mendatangkan kesan kepada Islam itu sendiri sebagai agama yang ditanzilkan
oleh Allah S.W.T kepada pesuruh-Nya. Malah ia juga mendatangkan kesan
kepada umat Islam yang menganut agama suci itu. Antara kesan gambaran salah
terhadap Islam kepada umat Islam ialah:

(a) Islam mengajarkan orang Islam konsep keganasan. Ini menyebabkan orang
Islam dilabel sebagai pengganas, ekstrem dan sebagainya. Walaupun
terdapat orang Islam yang gagal memahami ajaran Islam dalam erti kata
yang sebenar sehingga ada yang melampau-lampau mengamalkan ajaran
agama dalam kerangka yang tidak benar. Akibatnya timbullah istilah al-
ghuluw seperti yang disebutkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya
al-Sahwah al-Islamiah bayna al-Juhud wa al-Tatarruf. Keadaan ini
menyebabkan al-Qaradawi mengemukakan semula konsep-konsep yang
sudah ada dalam Islam seperti wasatiyyah, fiqh al-Awlawiyyat, fiqh al-
Tawazun dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM

(b) Islam adalah agama yang bersifat individu yang tidak ada kena mengena
dengan masyarakat dan negara. Dalam erti kata lain, Islam adalah agama
yang tidak syumul.

(c) Islam adalah agama yang diamalkan untuk akhirat sahaja dan tiada kena
mengena dengan kehidupan di dunia.

(d) Hukum-hakam Islam tidak sesuai dilaksanakan kerana tidak menjunjung


keadilan dalam neraca dan perspektif Barat.

Oleh kerana gambaran-gambaran seperti yang kita bincangkan di atas, kita


dapati orang Islam berada dalam keadaan dilema dan ketidaktentuan dalam
konteks global. Mereka diberikan layanan yang tidak istimewa dalam
masyakarat terutama ketika mereka dalam situasi minoriti. Orang Islam terpaksa
mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Barat dalam aspek-aspek seperti
ekonomi dan politik. Islam kadang-kadang ditafsirkan dan dilaksanakan
mengikut selera pihak Barat dengan alasan untuk keserasian iklim politik global.
Negara orang Islam juga kadang-kadang terpaksa menerima perancangan pihak
Barat dalam konteks keamanan dan memerangi keganasan global.

AKTIVITI 2.4

1. Bincangkan masa depan orang Islam dalam konteks pertembungan


worldview antara Islam dan Barat.
2. Jelaskan peranan dakwah Islamiyyah di Malaysia bagi menghadapi
pertembungan worldview antara Islam dan Barat.

 Pertembungan antara Islam dan Barat bukanlah pertembungan dalam bentuk


budaya dan politik semata-mata tetapi lebih kepada pertembungan tasawwur
dan worldview.

 Umat Islam perlu tampil memperbetulkan imej Islam yang telah tercalar
akibat tasawwur Barat yang salah terhadap Islam. Ini dapat dilakukan,
antaranya, ialah melalui ilmu, amal, akhlak, pendidikan dan dakwah.

 Umat Islam perlu menyedari bahawa terdapat segelintir individu Muslim


yang kurang memahami Islam dalam erti kata yang sebenar. Ini boleh
menyumbang kepada salah faham terhadap Islam secara keseluruhannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ISLAM PADA TASAWWUR MASYARAKAT BUKAN ISLAM  31

Al-Hadis Orientalis
Al-Quran Perang Salib
Faham agama

Abdelaziz Berghout (ed.). (2009). Introduction to the Islamic worldview: Study of


selected essentials. Gombak: IIUM Press.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Ugi Suharto. (2012). Pemikiran Islam liberal. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Islam:
3 Pengertian
dan Ciri-ciri
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi Islam;
2. Menerangkan maksud al-Din dalam perspektif yang sebenar; dan
3. Menghuraikan ciri-ciri keistimewaan Islam.

 PENGENALAN
Secara umum, Islam dikenali sebagai suatu agama anutan orang Islam. Biasanya
Islam dirujuk sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan ibadah. Walau
bagaimanapun, Islam bukan sekadar kepercayaan dan amalan ibadah tertentu.
Islam bukan agama seperti yang difahami oleh fahaman Barat dan fahaman orang
Melayu yang cetek pengetahuan dan pendidikannya. Islam meliputi semua aspek
kehidupan sebagai a way of life (cara hidup). Justeru dalam topik ini, kita akan
membincangkan maksud Islam dari sudut bahasa dan istilah. Kita juga akan
membicarakan Islam sebagai al-Din. Dalam topik ini juga, kita akan menghuraikan
ciri-ciri umum Islam seperti waqi`iyyah (realistik), syumuliyyah (lengkap),
wasatiyyah (sederhana) dan `alamiyyah (sejagat).

3.1 DEFINISI ISLAM

Islam merupakan perkataan bahasa Arab. Dalam konteks bahasa Arab, perkataan
Islam berasal daripada kalimah ‫ سلم يسلم سلما‬yang bermaksud selamat. Daripada
kata dasar itulah terbentuk perkataan ‫ أسلم يسلم إسالما‬yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  33

(a) Ketulenan dan kesucian;


(b) Kedamaian, keamanan atau kesejahteraan; dan
(c) Ketaatan dan penyerahan.

Dengan kata lain, perkataan Islam adalah kata terbitan daripada perkataan
aslama yang berasal daripada perkataan salima. Terdapat perbezaan antara Islam
dengan agama-agama lain dari sudut penamaan perkataan tersebut. Cuba lihat
dan teliti sejarah dan latar belakang kemunculan agama-agama yang ada dalam
sejarah peradaban dan tamadun manusia seperti Kristian, Hindu, Buddha dan
sebagainya. Agama Islam tidak dinisbahkan kepada nama individu, golongan
dan tempat tertentu. Ia merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah
S.W.T dan menjadi hak mutlak Allah S.W.T untuk menamakannya dalam kitab
suci-Nya, iaitu al-Quran. Justeru dakwaan yang mengatakan bahawa agama
Islam dinisbahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W seperti Muhammadan Law
adalah satu dakwaan yang tersasar dari sudut ilmu dan keadilan. Sebab itulah
satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah S.W.T dan satu-satunya agama
yang paling benar ialah Islam.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 19:

∩⊇®∪ 3… ÞΟ≈n=ó™M}$# «!$# y‰ΨÏã š⎥⎪Ïe$!$# ¨βÎ)


Maksudnya:
„Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam..‰.

Dari segi istilah, terdapat beberapa takrifan tentang Islam yang dikemukakan
oleh para ilmuan Muslim. Antaranya ialah yang dibincangkan oleh `Abd al-
Karim Zaydan (1993) dalam buku pentingnya Usul al-Da`wah, iaitu:

(a) Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T dan pengakuan
bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan atau Rasul Allah,
mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan
dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya berkemampuan. Takrifan ini
berdasarkan jawapan Nabi Muhammad S.A.W kepada pengertian Islam
yang dikemukakan oleh Jibril. Hadis yang juga dikenali sebagai hadis Jibril
yang menyatakan bahawa Malaikat Jibril datang menemui Nabi
Muhammad S.A.W dalam keadaan menyerupai seorang lelaki bangsa Arab.
Nabi Muhammad S.A.W pada ketika itu sedang bersama-sama dengan para
sahabat telah ditanya tentang Islam, iman, ehsan dan hari kiamat. Malaikat
bertanya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

‫ ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ‬.‫ ﻳﺎ ﳏﻤﺪ ﺃﺧﱪﱐ ﻋﻦ ﺍﻹﺳﻼﻡ‬:‫ﻭﻗﺎﻝ‬


‫ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺃﻥ ﺗﺸﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻭﺃﻥ ﳏﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻭﺗﻘﻴﻢ‬: ‫ﻭﺳﻠﻢ‬
‫ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺗﺆﰐ ﺍﻟﺰﻛﺎﺓ ﻭﺗﺼﻮﻡ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻭﲢﺞ ﺍﻟﺒﻴﺖ ﺇﻥ ﺍﺳﺘﻄﻌﺖ ﺇﻟﻴﻪ‬
.‫ﺳﺒﻴﻼ‬
Maksudnya:
„Dia berkata: „Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam‰.
Lalu Rasulullah S.A.W menjawab: „Islam itu ialah kamu menyaksikan
bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad
adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya‰.

(b) Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh


keikhlasan dan sukarela, bukan dengan terpaksa kepada Allah S.W.T dalam
seluruh aspek kehidupan iaitu melibatkan komponen fitrah manusia seperti
jasmani, rohani, akal dan perasaan. Ia juga merangkumi aspek-aspek
rabbani iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Berikut adalah beberapa ayat al-Quran yang menunjukkan maksud Islam


seperti yang dibincangkan.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 83:

Ä⇓ö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû ⎯tΒ zΝn=ó™r& ÿ…ã&s!uρ šχθäóö7tƒ «!$# Ç⎯ƒÏŠ uötósùr&

∩∇⊂∪ šχθãèy_öムÏμø‹s9Î)uρ $\δöŸ2uρ $YãöθsÛ

Maksudnya:
„Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka
mencari agama lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk
taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan
sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  35

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 19:

∩⊇®∪ …3 ÞΟ≈n=ó™M}$# «!$# y‰ΨÏã š⎥⎪Ïe$!$# ¨βÎ)


Maksudnya:
„Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah
Islam..‰.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 85:

z⎯ÏΒ Íοt ÅzFψ$# ’Îû uθèδuρ çμ÷ΨÏΒ Ÿ≅t6ø)ム⎯n=sù $YΨƒÏŠ ÄΝ≈n=ó™M}$# uöxî ÆtGö;tƒ ⎯tΒuρ

∩∇∈∪ z⎯ƒÌÅ¡≈y‚ø9$#
Maksudnya:
„Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dalam kalangan
orang-orang yang rugi‰.

Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 22:

3 4’s+øOâθø9$# Íοuρöãèø9$$Î/ y7|¡ôϑtGó™$# ω)


s sù Ö⎯Å¡øtèΧ uθèδuρ «!$# ’n<Î) ÿ…çμyγô_uρ öΝÎ=ó¡ç„ ⎯tΒuρ *

∩⊄⊄∪ Í‘θãΒW{$# èπt7É)≈tã «!$# ’n<Î)uρ


Maksudnya:
„Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas)
sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada
Allah jualah kesudahan segala urusan‰.

(c) Sistem dan peraturan hidup yang bersifat integral dan syumul
(menyeluruh) yang datangnya daripada Allah S.W.T yang disampaikan
bagi mengatur kehidupan insan, menjadi dasar akhlak mulia dan
disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan panduan
kepada seluruh manusia. Walau bagaimanapun, kepatuhan atau
keingkaran terhadap peraturan tersebut mempunyai implikasi dan kesan
tertentu daripada sudut penilaian pahala dan dosa. Inilah yang difahami
melalui firman Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 85, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

z⎯ÏΒ Íοt ÅzFψ$# ’Îû uθèδuρ çμ÷ΨÏΒ Ÿ≅t6ø)ム⎯n=sù $YΨƒÏŠ ÄΝ≈n=ó™M}$# uöxî ÆtGö;tƒ ⎯tΒuρ

∩∇∈∪ z⎯ƒÌÅ¡≈y‚ø9$#
Maksudnya:
„Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi‰.

(d) Himpunan peraturan dan hukum hakam yang diturunkan oleh Allah S.W.T
kepada Nabi Muhammad S.A.W terdiri daripada komponen akidah,
akhlak, ibadat, muamalat dan berita-berita yang terdapat dalam al-Quran
dan al-Sunnah. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita diperintahkan untuk
menyampaikannya kepada manusia. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
MaÊidah ayat 67, iaitu:

|Møó¯=/t $yϑsù ö≅yèøs? óΟ©9 βÎ)uρ ( y7Îi/¢‘ ⎯ÏΒ šø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& !$tΒ õÏk=t/ ãΑθß™§9$# $pκš‰r'¯≈tƒ *

∩∉∠∪ t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# tΠöθs)ø9$# “ωöκu‰ Ÿω ©!$# ¨βÎ) 3 Ĩ$¨Ζ9$# z⎯ÏΒ šßϑÅÁ÷ètƒ ª!$#uρ 4 …çμtGs9$y™Í‘

Maksudnya:
„Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan
semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya;
dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir‰.

(e) Islam adalah jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh
manusia, iaitu:

(i) Dari mana manusia datang?


(ii) Mengapa manusia diciptakan?
(iii) Ke mana kesudahan manusia?

Sehubungan dengan itu, Islam menyatakan bahawa manusia pada mulanya


tiada (istilah yang digunakan oleh `Abd al-Karim Zaydan (1993), ialah lam
yakun shayÊan, kana ma`duman). Maka Allah S.W.T menciptakan manusia
daripada suatu kejadian ke suatu kejadian sebagaimana yang dijelaskan-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  37

Nya dalam al-Quran seperti yang termaktub dalam surah al-Hajj ayat 5,
iaitu:

§ΝèO 5>#tè? ⎯ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ*sù Ï]÷èt7ø9$# z⎯ÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû óΟçFΖä. βÎ) â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ

4 öΝä3s9 t⎦Îi⎫t7ãΨÏj9 7πs)¯=sƒèΧ Îöxîuρ 7πs)¯=sƒ’Χ 7πtóôÒ•Β ⎯ÏΒ ¢ΟèO 7πs)n=tæ ô⎯ÏΒ §ΝèO 7πxõÜœΡ ⎯ÏΒ

¢ΟèO WξøÏÛ öΝä3ã_ÌøƒéΥ §ΝèO ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) â™!$t±nΣ $tΒ ÏΘ%tnö‘F{$# ’Îû ”É)çΡuρ

ÉΑsŒö‘r& #’n<Î) –Štム⎯¨Β Νà6ΖÏΒuρ 4†¯ûuθGt ム⎯¨Β Νà6ΖÏΒuρ ( öΝà2£‰ä©r& (#þθäóè=ö7tFÏ9

!#sŒÎ*sù Zο‰
y ÏΒ$yδ š⇓ö‘F{$# “ts?ρu 4 $\↔ø‹x© 8Νù=Ïæ ω÷èt/ .⎯ÏΒ zΝn=÷ètƒ Ÿξø‹x6Ï9 Ìßϑãèø9$#

∩∈∪ 8kŠÎγ/t £l÷ρy— Èe≅à2 ⎯ÏΒ ôMtFt6/Ρ&r uρ ôMt/u‘uρ ôN¨”tI÷δ$# u™!$yϑø9$# $yγøŠn=tæ $uΖø9t“Ρr&

Maksudnya:
„Wahai manusia, kalau kamu ragu tentang hari berbangkit sesungguhnya
Kami ciptakan kamu semuanya dari tanah kemudian dari setitis mani
kemudian segumpal darah kemudian segumpal daging yang berbentuk
dan tidak berbentuk agar Kami dapat menjelaskan kepadamu, Kami
tempatkan di dalam rahim, sesuai kehendak Kami sampai waktu yang telah
ditentukan kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi kemudian kamu
mencapai dewasa, antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang
dilanjutkan usia sehingga lupa sama sekali hal-hal yang dahulu diketahui.
Kamu saksikan bumi ini gersang, tetapi apabila Kami turunkan hujan ia
berubah menjadi subur mengembang menumbuhkan pelbagai tanaman
yang indah dan serba berpasangan‰.

Sementara itu, Islam memberi arah panduan dan pedoman tentang


matlamat penghidupan manusia apabila diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu
untuk beribadah kepada-Nya termasuklah mencapai ma`rifah Allah S.W.T,
mewujudkan rasa cinta kepada-Nya, tunduk dan patuh kepada perintah
serta larangan-Nya dan menuruti segala manhaj atau sistem yang telah
ditentukan oleh-Nya kepada manusia. Semuanya itu adalah untuk
meletakkan manusia di kedudukan yang sempurna dan yang selayaknya
sebagai makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Dhariyyat ayat 56, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Manakala, dalam konteks destinasi dan perjalanan manusia selepas


menempuh penghidupan di dunia, Islam memberikan pedoman bahawa
manusia akan kembali menemui Allah S.W.T dan mempersembahkan
segala amalannya ketika beraksi dan beramal di dunia supaya ditentukan
penghidupannya yang kekal abadi di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Insyiqaq ayat 6, iaitu:

∩∉∪ ÏμŠÉ)≈n=ßϑsù %[nô‰x. y7În/u‘ 4’n<Î) îyÏŠ%x. y7¨ΡÎ) ß⎯≈|¡ΡM}$# $y㕃r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah
(menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah
(semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap
menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)‰.

3.1.1 Islam sebagai Al-Din


Yusuf al-Qaradawi (2012), dalam kitabnya al-Madkhal Li Ma`rifah al-Islam
memetik pendapat Sheikh Dr Muhammad Abdullah Darraz seperti yang
termaktub dalam kitab al-Din yang mengatakan bahawa al-Din ialah:

„Kepercayaan terhadap kewujudan satu Zat (atau lebih), yang bersifat ghaib lagi
tinggi, yang mempunyai perasaan dan bebas bertindak. Zat ini mempunyai
kuasa dan mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan manusia.
Kepercayaan ini mestilah mendorongnya untuk mengagungkan Zat yang mulia
itu dengan penuh rasa keinginan dan kegerunan serta penuh rasa rendah diri
dan kebesaran. Dengan ungkapan yang lebih ringkas ialah „keimanan kepada
Zat ketuhanan yang layak diberi ketaatan dan pengabdian‰. Ini jika kita melihat
al-Din itu dari aspek psikologi dalam erti beragama. Namun, jika kita melihat al-
Din itu sebagai satu realiti yang luar dari fahaman manusia kita katakannya
sebagai „sejumlah peraturan secara teori yang menentukan sifat kekuatan
Ketuhanan tersebut dan sejumlah kaedah secara amali yang menentukan bentuk
peribadatan kepadanya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  39

Walau bagaimanapun, takrifan al-Din tersebut menurut hemat al-Qaradawi


merangkumi semua agama, tidak mengira sama ada ia benar atau salah dan
sama ada agama itu bersumberkan kitab tertentu atau berhala. Walaupun istilah
ini juga terpakai untuk agama-agama yang selain daripada Islam, namun yang
membezakan antara Islam dengan agama-agama lain ialah penyerahan diri yang
tulus dan menyeluruh kepada kehendak Allah S.W.T serta melakukan ketaatan
secara mutlak terhadap hukum-hakam yang ditanzilkan dan diwahyukan oleh
Allah S.W.T.

Sementara itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas (2011), ketika mengupas


maksud dan konsep al-Din mengatakan bahawa konsep yang terkandung dalam
istilah al-Din, yang biasanya diertikan sebagai agama, tidak sama dengan konsep
agama seperti yang difahami dan ditafsirkan dalam kerangka pemikiran Barat.
Dengan merujuk karya penting Ibn Manzur, Lisan al-`Arab, Syed Muhammad
Naquib al-Attas menjelaskan bahawa kata dasar bagi perkataan al-din ialah DYN
yang mempunyai banyak makna, yang jika dilihat secara kasar terdapat
pertentangan antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya memiliki hubungan
dari sudut konseptual yang akhirnya membentuk suatu kesatuan makna yang
terpadu dan tidak terpisah. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, terdapat
empat makna utama yang terkandung dalam kalimah al-Din, iaitu:

(a) Keadaan berhutang;


(b) Penyerahan diri;
(c) Kuasa peradilan; dan
(d) Kecenderungan alami.

Daripada perkataan DYN yang merupakan kata dasar kalimah al-Din, terbit kata
kerja DANA yang bermaksud keadaan berhutang. Kata kerja DANA, menerbitkan
pula kata nama DAÊIN yang bermaksud orang yang berhutang (debtor) dan
pemberi hutang (creditor). Berdasarkan keterangan tersebut, Syed Muhammad
Naquib al-Attas membuat kesimpulan bahawa „pada keadaan seseorang
berhutang, dengan kata lain seorang daÊin, ia semestinya menundukkan dirinya,
iaitu berada dalam keadaan berserah dan taat kepada hukum dan aturan dalam
berhutang, dan dalam keadaan tertentu juga terhadap pemberi hutang yang juga
dipanggil sebagai daÊin. Kesinambungan daripada itu juga, keadaan berhutang
bermaksud mempunyai suatu kewajipan atau dayn. Oleh itu, apabila seseorang
berada dalam keadaan berhutang dan mempunyai kewajipan, dia sebenarnya
terkait dengan suatu penghakiman atau daynunah dan tertakluk kepada
pemberian hukuman atau idanah mengikut keadaan tertentu‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

Terdapat beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran seseorang tentang


bagaimana bentuk hutang yang ditanggung oleh seseorang itu dalam konteks
kerohanian dan keagamaan, apakah yang dimaksudkan dengan hutang? Kepada
siapa insan berhutang? Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, bahawa
insan itu sebenarnya berhutang kepada Allah S.W.T, Zat yang menjadikan
manusia wujud dan menjaganya agar sentiasa wujud. Ini kerana manusia pada
asalnya tidak wujud dan setelah melalui beberapa proses dengan izin-Nya
manusia wujud. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T dalam surah al-
Mukminin ayat 12-14:

&⎦⎫Å3¨Β 9‘#ts% ’Îû ZπxôÜçΡ çμ≈oΨù=yèy_ ∩⊇⊄∪ §ΝèO &⎦⎫ÏÛ ⎯ÏiΒ 7's#≈n=ß™ ⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# $oΨø)n=yz ô‰s)s9uρ

$Vϑ≈sàÏã sπtóôÒßϑø9$# $uΖø)n=y‚sù ZπtóôÒãΒ sπs)n=yèø9$# $uΖø)n=y‚sù Zπs)n=tæ sπxôÜ‘Ζ9$# $uΖø)n=yz ∩⊇⊂∪ ¢ΟèO

∩⊇⊆∪ t⎦⎫É)Î=≈sƒø:$# ß⎯|¡ômr& ª!$# x8u‘$t7tFsù 4 tyz#u™ $¸)ù=yz çμ≈tΡù't±Σr& ¢ΟèO $Vϑøtm: zΟ≈sàÏèø9$# $tΡöθ|¡s3sù

Maksudnya:
„Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)
daripada tanah; Kemudian Kami jadikan dia dari air mani yang tersimpan di
tempat yang kukuh (rahim). Lalu Kami jadikan mani itu segumpal darah, dari
segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging kemudian Kami jadikan
kerangka tulang dan akhirnya Kami bungkus tulang itu dengan daging. Lalu
Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain. Maha Suci Allah, Dia memang
sebaik-baiknya Pencipta‰.

Insan yang menyedari bahawa dirinya secara mutlak tidak mempunyai sesuatu
untuk membayar hutangnya kecuali terdapat kesedaran pada dirinya tentang inti
pati keadaan berhutang itu terletak pada kewujudan dirinya sendiri dengan
membayar hutang itu dengan mengembalikan dirinya kepada Allah S.W.T yang
memiliki dirinya. Dengan kata lain, dia wajib membayar hutangnya dengan
menjadikan dirinya dalam keadaan berkhidmat atau menghambakan diri kepada
Tuannya, iaitu Allah S.W.T dengan mematuhi segala peraturan-Nya, larangan-
Nya dan hukum-Nya.

Di samping itu, seluruh makna yang terkandung dalam kata DANA seperti yang
dibincangkan di atas hanya akan terjadi dalam masyarakat yang tersusun dan
terlibat dalam aktiviti perdagangan di dalam sebuah kota atau bandar yang
disebut dalam bahasa Arab sebagai mudun atau madaÊin (kata nama yang
menunjukkan bilangan satu ă mufrad, singular ă ialah madinah). Di dalam
sebuah madinahlah (merujuk kepada maksud kota atau bandar, dan bukannya
negeri Madinah al-Munawwarah atau Yathrib) terdapat suatu struktur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  41

pentadbiran seperti seorang hakim, penguasa atau pemerintah yang disebut


dalam bahasa Arab sebagai dayyan. Daripada keterangan ini, dapat kita fahami
bahawa daripada kata DANA dengan kepelbagaian maknanya memberikan kita
suatu tasawwur bahawa ia berkaitan dengan kehidupan yang dilatari dan
dinaungi oleh suatu peradaban yang melibatkan suatu kehidupan bermasyarakat
yang disusun atur dengan hukum, peraturan dan autoriti.

Jika kata DANA mempunyai hubungan dengan kalimah MADINAH, Syed


Muhammad Naquib al-Attas berpandangan kalimah al-Din juga mempunyai
kaitan dengan kalimah Madinah (yang juga berasal daripada perkataan din).
Malah terdapat kepentingan yang bermakna antara orang yang beriman dengan
kata din dan madinah itu sendiri. Pertukaran nama daripada Yathrib kepada al-
Madinah mempunyai kepentingan dalam episod hijrah Nabi Muhammad S.A.W
ke kota tersebut. Ini kerana al-Madinah dinamakan dan disebut seperti itu kerana
di kota itulah din yang sebenarnya tertegak dan diamalkan oleh manusia. Di kota
itulah juga orang yang beriman menghambakan dirinya di bawah autoriti dan
kuasa hukum atau sultah tasyri`yyah Nabi Muhammad S.A.W. Di kota itu
jugalah terdapat kesedaran tentang keberhutangan seseorang hamba dengan
Tuannya, iaitu Allah S.W.T. Di kota itu juga diterangkan kaedah pembayaran
hutang tersebut.

Di samping itu, kalimah Madinah yang terbit juga kata MADDANA merujuk
kepada maksud membangun atau membina kota, membangunkan peradaban,
memurnikan dan memanusiakan. Daripada kata MADDANA terbit pula kalimah
dan istilah tamaddun yang bererti peradaban dan perbaikan dalam budaya
sosial.

AKTIVITI 3.1

1. Bincangkan dengan rakan anda mengapa Islam sering dikaitkan


dengan keganasan sedangkan Islam bermaksud keamanan dan
kesejahteraan.

2. Berdasarkan maksud Islam dan al-Din yang telah dibincangkan,


jelaskan dua persoalan berikut:

(a) Apakah yang menggambarkan insan yang berada di institusi


pengajian tinggi di negara kita adalah insan yang beradab?

(b) Apakah yang menggambarkan institusi Islam di negara kita


sebagai institusi Islam dalam erti kata yang sebenar?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

3.2 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM


Sarjana-sarjana Islam seperti Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr `Abd al-Karim
Zaydan dalam karya-karya mereka menerangkan ciri-ciri khusus agama Islam.
Antara keistimewaan Islam jika dibandingkan dengan agama-agama dan aliran
ciptaan manusia ialah:

(a) Waqi`iyyah (Realistik);


(b) Syumuliyyah (Lengkap);
(c) Wasatiyyah (Kesederhanaan); dan
(d) `Alamiyyah (Sejagat).

3.2.1 Waqi`iyyah (Realistik)


Menurut `Abd al-Karim Zaydan (1993), dalam karya pentingnya Usul al-Da`wah,
Islam adalah agama yang bersifat waqi`iyyah (realistik) yang tidak mengabaikan
aspek semula jadi dan fitrah insan walaupun dalam masa yang sama tetap
berusaha membawa insan ke suatu tahap kesempurnaan atau ideal (mithaliyyah).

Islam adalah agama yang meraikan fitrah kejadian insan. Islam juga menyedari
bahawa kemampuan insan berbeza antara satu sama lain terutama dalam
mencapai kedudukan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, dalam perspektif
Islam, insan dalam usaha mencapai tahap kesempurnaan dalam hidupnya
mengiktiraf segala usaha yang dilakukan oleh mereka walaupun dalam tahap
yang paling minimum jika itulah yang mampu diusahakan untuk kearah
tersebut. Ia bermaksud jika seseorang itu mampu melakukan amalan-amalan
fardhu ain dan menjauhkan perkara-perkara yang diharamkan ia sudah
memadai baginya dalam kerangka memperbaiki dirinya untuk menjadi Muslim
yang baik. Walau bagaimanapun, mereka digalakkan mempertingkatkan tahap
dan kedudukan mereka di martabat yang paling tinggi. Ini bukanlah sesuatu
yang diwajibkan dalam Islam kerana ia akan mengundang kesusahan kepada
mereka kerana syariat Islam mengambil kira aspek kesusahan atau al-Haraj yang
dialami oleh insan. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya
melalui surah al-Hajj ayat 78, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  43

∩∠∇∪ 4… 8ltym ô⎯ÏΒ È⎦⎪Ïd‰9$# ’Îû ö/ä3ø‹n=tæ Ÿ≅yèy_ $tΒuρ

Maksudnya:
„Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah
payah dalam perkara agama⁄‰.

Begitu juga dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 286, iaitu:

∩⊄∇∉∪ … 4 $yγyèó™ãρ ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω


Maksudnya:
„Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya⁄‰.

Sekarang kita lihat beberapa contoh yang dikemukakan oleh `Abd al-Karim
Zaydan (1993) bagi menjelaskan perbincangan tersebut:

(a) Solat ada yang dikategorikan sebagai fardhu seperti solat lima waktu dan ada
pula yang dikelompokkan sebagai sunat seperti solat witir, solat dhuha dan
solat tahajjud. Kategori fardhu itu dikira sebagai memenuhi tuntutan dalam
kadar yang minimum. Manakala kategori sunat menempati kedudukan dan
tahap tinggi.

(b) Puasa di bulan Ramadhan adalah suatu kefardhuan bagi setiap Muslim yang
perlu dilakukan dan ia berada di tahap minimum. Sementara berpuasa sunat
seperti sunat enam Syawal dan puasa hari Isnin dan Khamis dikenali sebagai
memenuhi tuntutan pada tahap tinggi.

(c) Haji diwajibkan sekali seumur hidup. Walau bagaimanapun, jika dilakukan
lebih daripada sekali ia dikira sebagai sunat dan diletakkan sebagai tahap
tinggi.

Di samping itu, waqi`iyyah Islam juga dilihat dalam konteks mewujudkan suatu
penyelesaian yang diharuskan bagi individu Muslim yang berhadapan dengan
sesuatu kesempitan. Pada ketika itu dia diberikan kelonggaran atau rukhsah
(dengan syarat-syarat tertentu) untuk tidak melakukan sesuatu yang diwajibkan
atau diharamkan. Contoh yang paling popular yang boleh menggambarkan
keadaan tersebut ialah apabila seseorang yang berhadapan dengan situasi
kebuluran yang boleh memudaratkan tubuh, jiwa dan nyawanya. Pada ketika
itulah makanan yang ada ialah binatang yang diharamkan oleh Islam seperti
khinzir. Di sinilah Islam menumpahkan waqi`iyyah dan rahmatnya kepada
individu berkenaan yang berada dalam keadaan darurat. Dia diharuskan
memakan binatang tersebut dalam kadar yang dibolehkan sahaja iaitu sekadar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

menyelamatkan jiwanya daripada mati kelaparan. Dalam Islam, kaedah yang


berkaitan dengan kes tersebut ialah al-Darurat tuqaddiru bi qadariha, iaitu
darurat itu dikadarkan mengikut kadarnya yang tertentu.

Begitu juga Islam mengharuskan individu Muslim berbuka puasa apabila


berhadapan dengan situasi sakit yang memudaratkan dirinya jika berpuasa atau
ketika bermusafir. Begitu juga dengan situasi seseorang Muslim yang tidak
mampu untuk berdiri menunaikan solat fardhu; dia dibolehkan untuk
mengerjakan solat dengan duduk.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan bahawa Islam begitu meraikan fitrah dan


kemampuan seseorang bagi mencapai kesempurnaan dalam kehidupannya
dengan mudah, seimbang dan menyeluruh tanpa menyusahkan kehidupannya.

Di awal perbincangan waqi`iyyah sebelum ini, terdapat ciri lain yang menjadi
pelengkap kepada ciri waqi`iyyah iaitu mithaliyyah atau ideal. Maksud ideal
dalam perbincangan ini ialah Islam sentiasa membawa insan ke suatu martabat
yang lebih sempurna tetapi mengikut kemampuan insan tersebut. Ini
termasuklah segala tingkah lakunya, tutur katanya, perbuatannya, matlamat,
pemikirannya dan kecenderungannya yang mesti disandarkan kepada pedoman
dan panduan yang digariskan oleh Islam. Walau bagaimanapun, ciri mithaliyyah
ini mestilah didasarkan kepada dua teras, iaitu:

(a) Sederhana; dan


(b) Syumul.

Menurut `Abd al-Karim Zaydan (1993), sifat sederhana ialah tidak menokok
tambah dan sentiasa melakukan sesuatu tindakan dengan cara yang paling betul.
Inilah perkara yang terbaik yang perlu dilakukan oleh seseorang sebagaimana
yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya, iaitu:

‫ﻭﺧﲑ ﺍﻷﻣﻮﺭ ﺃﻭﺳﺎﻃﻬﺎ‬


Maksudnya:
„Perkara yang terbaik ialah yang bersederhana‰.

Sikap bersederhana boleh diperluaskan dalam hal ehwal ibadat dalam konteks
tidak membebankan atau memudaratkan dirinya sendiri. Dalam hal ini,
Rasulullah S.A.W pernah menegur tindakan tiga orang lelaki yang tidak
memperlihatkan sikap bersederhana dalam ibadat sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari bahawa:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  45

„Tiga orang lelaki telah datang ke rumah-rumah para isteri Rasulullah S.A.W
untuk bertanya tentang ibadat Baginda. Apabila mereka diberitahu mereka pun
seolah-olah membandingkan ibadah Baginda. Lalu mereka berkata: Bolehkan
kita samakan diri kita dengan Rasulullah S.A.W kerana segala dosa Baginda yang
lalu dan akan datang diampunkan? Lalu salah seorang berkata: Saya akan solat
malam selama-lamanya. Seorang lagi berkata: Saya akan berpuasa selama-
lamanya dan tidak akan meninggalkannya. Seorang lagi berkata: Saya akan
menjauhi wanita dan saya tidak akan berkahwin selama-lamanya. Setelah itu,
Rasulullah S.A.W datang dan berkata: Kamukah yang berkata itu dan ini? Demi
Allah! Saya adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa,
saya berpuasa dan saya juga berbuka, saya solat dan saya juga tidur, saya juga
berkahwin. Sesiapa yang terpesong dari sunnah saya, dia bukanlah pengikut
saya‰.

Manakala teras yang berkaitan dengan syumul akan dibincangkan dalam ciri
Islam yang berikut.

3.2.2 Syumuliyyah (Lengkap)


Islam adalah agama yang syumul dalam pelbagai aspek kehidupan yang
membezakannya dengan agama, falsafah, ideologi dan aliran pemikiran ciptaan
manusia. Kesyumulan Islam itu meliputi semua zaman dan tidak hanya terhad
kepada era ia ditanzilkan dan diperundangkan. Dengan kata lain, Islam sesuai
untuk semua masa dan generasi, sesuai di semua tempat dan keadaan, serta
sesuai untuk semua golongan dan kedudukan manusia. Islam tidak seperti
risalah yang dibawa oleh Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W Nabi
dan Rasul sebelum Baginda S.A.W diutuskan untuk menyampaikan risalah Allah
S.W.T untuk kaumnya dan masa risalah itu ditanzilkan sahaja. Risalah yang
dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah kekal sehingga hari kiamat. Dengan
kata lain, risalah Nabi Muhammad S.A.W adalah sesuai dan kekal dari dahulu
(masa lalu yang lampau), kini (semasa) dan masa depan. Justeru itulah Nabi
Muhammad S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T adalah untuk memberi rahmat
kepada seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-AnbiyaÊ ayat 107,
iaitu:

∩⊇⊃∠∪ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ïj9 ZπtΗôqy‘ ωÎ) š≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ


Maksudnya:
„Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

Begitu juga dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raf ayat 158, iaitu:

ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# Ûù=ãΒ …çμs9 “Ï%©!$# $·èŠÏΗsd öΝà6ö‹s9Î) «!$# ãΑθß™u‘ ’ÎoΤÎ) ÚZ$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ ö≅è%

Çc’ÍhΓW{$# Äc©É<¨Ψ9$# Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/ (#θãΨÏΒ$t↔sù ( àM‹Ïϑãƒuρ ⎯Ç‘ósムuθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω ( ÇÚö‘F{$#uρ

∩⊇∈∇∪ šχρ߉Gt ôγs? öΝà6¯=yès9 çνθãèÎ7¨?$#uρ ⎯ÏμÏG≈yϑÎ=Ÿ2uρ «!$$Î/ Ú∅ÏΒ÷σム”Ï%©!$#

Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku
adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) Yang
menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-
kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah
petunjuk".

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Islam merupakan risalah untuk seluruh


insan dari sudut dirinya sebagai insan yang sempurna. Ia adalah risalah untuk
insan yang mempunyai unsur-unsur al-Ruh, al-Nafs, al-`Aql dan al-Jasad. Dengan
kata lain, Islam sesuai dengan ciri-ciri keinsanan yang ada pada diri insan yang
juga mengambil kira aspek fitrah insan. Ia sesuai dengan semua fasa kehidupan
manusia bermula dari kelahirannya di dunia sehingga ia meninggalkan dunia
yang fanaÊ ini. Sebab itulah ada hukum-hakam yang berkaitan dengan kelahiran
bayi seperti membersihkan kekotoran, mengazankan pada telinganya, memilih
nama yang baik, menyembelih binatang untuk akikah dan sebagainya. Begitu juga
hukum-hakam perkahwinan sekiranya sudah sampai ketentuan untuk mendirikan
rumah tangga seperti bertunang, bernikah dan sebagainya. Hukum-hakam yang
melibatkan kematian juga ada dijelaskan dalam Islam seperti penyelenggaraan
jenazah dengan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya
dan mengkebumikannya.

Islam adalah agama yang syumul dalam semua aspek kehidupan dan aktiviti
manusia. Islam mempunyai perspektif tersendiri dalam setiap perbuatan
manusia sama ada dalam bentuk pengakuan, sokongan, pembetulan, pembaikan,
penyempurnaan, bimbingan, perundangan, nasihat dan hukuman. Maknanya,
Islam tidak pernah meninggalkan insan keseorangan dalam mengemudi
kehidupannya dan memandu seluruh perjalanannya di atas muka bumi
semuanya sama ada yang berbentuk kerohanian, kemasyarakatan, pemikiran,
keagamaan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  47

Kesyumulan Islam dapat kita perhatikan dalam segala aspek seperti akidah,
akhlak, hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan insan dengan
Penciptanya seperti solat, puasa, haji dan sebagainya, serta hukum-hakam yang
berkaitan dengan hubungan sesama insan seperti ahwal sakhsiyyah (contohnya
nikah dan cerai), muamalah (contohnya jual beli dan sewaan), kehakiman dan
pendakwaan, undang-undang antara negara yang melibatkan imigresen,
undang-undang antarabangsa dan sebagainya.

Bagaimana Islam meletakkan kesyumulannya dalam bidang akidah dengan


dapat kita lihat melalui perkara-perkara berikut seperti yang diterangkan oleh
Yusuf al-Qaradawi (2012):

(a) Akidah Islamiyyah merangkumi semua aspek penafsiran terhadap semua


persoalan yang besar dalam kehidupan ini seperti persoalan ketuhanan,
persoalan alam, persoalan manusia, persoalan kenabian dan persoalan
destinasi kembalinya manusia selepas kematiannya.

(b) Akidah Islamiyyah bersifat tauhid yang tidak memberi ruang kepada
unsur-unsur syirik kepada Allah S.W.T.

(c) Akidah Islamiyyah bersifat Rabbaniyyah yang bersumberkan Allah S.W.T


dan bukannya kepada naluri, perasaan dan pemikiran manusia yang
terbatas dan serba kekurangan sifatnya. Walaupun Islam mengiktiraf akal
yang membentuk pemikiran seseorang tetapi akal yang dipandu dengan
tauhid dan akidah yang jelas menjadikan insan menyedari peranannya
dalam mengagungkan dan mentaati Allah S.W.T.

(d) Akidah Islamiyyah tidak menerima pembahagian dalam bentuk peratusan


tertentu; ia mestilah diterima secara menyeluruh dan peratusan yang penuh
lagi bermakna supaya maksud penyerahan seperti yang terkandung dalam
makna Islam lebih bermakna.

Kesyumulan Islam dalam aspek ibadah pula dapat kita perhatikan dan hayati
apabila kita dapati bahawa Islam bukan risalah yang hanya membincangkan
aspek ibadat khusus sahaja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Dalam Islam ada
yang dinamakan sebagai muamalat yang menjaga interaksi sesama manusia
seperti hal ehwal perkahwinan, jual beli, ketatanegaraan, jihad, al-Amr bi al-
Ma`ruf dan al-Nahy `an al-Munkar dan sebagainya.

Kesyumulan Islam dalam aspek akhlak pula dapat kita fahami bahawa dalam
Islam tiada yang dikenali sebagai „akhlak keagamaan‰ yang hanya memfokus
kepada ibadat khusus dan teras sahaja, tidak makan dan minum sesuatu yang
diharamkan seperti khinzir dan arak. Akhlak Islam merangkumi keseluruhan
aspek kehidupan manusia. Ini termasuklah akhlak dalam pentadbiran dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

pengurusan, akhlak dalam pembelajaran dan pengajaran, akhlak dalam


peperangan, akhlak dalam melaksanakan perundangan, akhlak dalam
perniagaan dan sebagainya. Akhlak dalam Islam tidak sama pengertiannya
dengan moral dan etika seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Kita akan
membincangkan perkara ini dalam topik Tasawwur Islam dan Akhlak akan
datang.

Jika begitulah sifat Islam yang begitu syumul dalam pelbagai aspek dan sudut,
maka kita perlu menerima dan mengamalkan Islam juga secara syumul. Dengan
kata lain, kita tidak boleh mengambil satu aspek daripada ajaran Islam serta
hukumnya dan menolak aspek yang lain sama ada sengaja atau tidak semata-
mata mahu memenuhi keperluan hawa nafsu ataupun kerana kita tidak
menerima kejahilan kita. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T dalam al-
Quran melalui surah al-Baqarah ayat 85-86, iaitu:

öΝÏδÌ≈tƒÏŠ ⎯ÏiΒ Νä3ΖÏiΒ $Z)ƒÌsù tβθã_ÌøƒéBuρ öΝä3|¡àΡr& šχθè=çGø)s? Ï™Iωàσ¯≈yδ öΝçFΡr& §ΝèO

îΠ§ptèΧ uθèδuρ öΝèδρ߉≈xè? 3“t≈y™é& öΝä.θè?ù'tƒ βÎ)uρ Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ ÄΝøOM}$$Î/ ΝÎγøŠn=tæ tβρãyγ≈sàs?

â™!#t“y_ $yϑsù 4 <Ù÷èt7Î/ šχρãàõ3s?uρ É=≈tGÅ3ø9$# ÇÙ÷èt7Î/ tβθãΨÏΒ÷σçGsùr& 4 öΝßγã_#t÷zÎ) öΝà6ø‹n=tã

tβρ–ŠtムÏπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒuρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠysø9$# ’Îû Ó“÷“Åz ωÎ) öΝà6ΨÏΒ šÏ9≡sŒ ã≅yèøtƒ ⎯tΒ

(#ãρutIô©$# t⎦⎪Ï%©!$# ∩∇∈∪ y7Íׯ≈s9'ρé& tβθè=yϑ÷ès? $£ϑtã @≅Ï≈tóÎ/ ª!$# $tΒuρ 3 É>#x‹yèø9$# Ïd‰©
x r& #’n<Î)

∩∇∉∪ tβρç|ÇΖムöΝèδ Ÿωuρ Ü>#x‹yèø9$# ãΝåκ÷]tã ß#¤sƒä† Ÿξsù ( ÍοtÅzFψ$$Î/ $uŠ÷Ρ‘$!$# nο4θuŠysø9$#

Maksudnya:
„Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya;
kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang
mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka
datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang
perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka
patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan
mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang
berbuat demikian itu dari antara kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di
dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  49

berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia
(dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang
membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan
azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan
pertolongan‰.

Ini menunjukkan bahawa Islam memandang serius kepada seseorang yang


menerima dan mengambil Islam dalam segmen-segmen tertentu sahaja. Sebagai
contoh, seseorang menerima Islam ketika dalam upacara pernikahan dengan
mengadakannya di masjid atau surau sedangkan dalam majlis walimah yang
dilangsungkan ajaran Islam tidak dititikberatkan malah dikesampingkan. Begitu
juga apabila seseorang yang mengaku beriman dengan rukun iman yang enam
tetapi tidak menerima salah satu daripadanya, maka keimanannya boleh terjejas.
Ini kerana penerimaan dan penolakan terhadap rukun iman itu tidak boleh
dinilai melalui perkiraan matematik. Sebagai contoh, dalam matematik jika enam
(6) ditolak satu (1) maka jawapannya ialah lima (5). Namun dalam Islam, enam
(6) rukun iman ditolak satu (1) maka jawapannya adalah sifar (0) dan bukannya
kekal lima (5). Sebab itulah Islam tidak dapat menerima seseorang yang hanya
mengambil aspek akidah tetapi dalam masa yang sama mengabaikan aspek
ibadat dan akhlak.

3.2.3 Wasatiyyah (Kesederhanaan)


Sekarang, kita bincangkan pula ciri keistimewaan Islam yang seterusnya iaitu
wasatiyyah atau kesederhanaan. Istilah wasatiyyah juga diungkapkan dengan
istilah tawazun atau keseimbangan. Istilah wasatiyyah di sini bermaksud
pertengahan dan saksama antara dua perkara yang bertentangan tanpa
terpengaruh kepada salah satunya dengan meninggal aspek yang lain. Ia juga
merujuk kepada suatu keadaan yang tidak memberikan salah satu aspek
melebihi haknya yang wajar dengan melanggar hak aspek yang bertentangan
dengannya.

Sebagai contoh, dua aspek yang dilihat sebagai bertentangan ialah Rabbaniyyah
(unsur ketuhanan) dan Insaniyyah (unsur kemanusiaan), kerohanian dan
kebendaan, akhirat dan dunia, wahyu dan akal, individu dan masyarakat, realiti
dan ideal dan sebagainya. Bagaimana ia dikira sebagai memenuhi keperluan
wasatiyyah dalam aspek-aspek tersebut? Wasatiyyah memberikan ruang kepada
setiap aspek tersebut dan menyerahkan haknya dengan saksama dan secara
timbangan yang lurus atau dengan istilah al-Qistas al-Mustaqim tanpa terkurang,
terlebih atau tidak melampaui batas dan kurang daripada apa yang sepatutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

Wasatiyyah ini adalah salah satu sunnah Allah di atas muka bumi sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam surah al-Rahman ayat 7-9, iaitu:

∩∇∪ (#θßϑŠÏ%r&uρ Èβ#u”Ïϑø9$# ’Îû (#öθtóôÜs? ∩∠∪ ω&r šχ#u”Ïϑø9$# yì|Êuρuρ $yγyèsùu‘ u™!$yϑ¡¡9$#uρ

∩®∪ tβ#u”Ïϑø9$# (#ρçÅ£øƒéB Ÿωρu ÅÝó¡É)ø9$$Î/ šχø—uθø9$#


Maksudnya:
„Dan Dia telah tinggikan langit dan Dia letakkan neraca (keadilan). Agar kamu
tidak melampaui batas dalam menentukan timbangan. Tegakkan neraca dengan
adil dan jangan kamu kurangi timbangan itu‰.

Ayat tersebut mengisyaratkan kepada kita bahawa hanya Allah S.W.T sahaja
yang berkuasa memberikan hak kepada setiap sesuatu di dalam alam wujud ini
dan menciptakan segala-galanya dengan menentukan kadar-kadarnya. Ini
termasuklah menciptakan keseimbangan yang sangat halus dan bermakna dalam
ciptaan-Nya.

Antara bentuk wasatiyyah yang terdapat dalam Islam ialah (rujuk Rajah 3.1):

Rajah 3.1: Tiga bentuk wasatiyyah dalam Islam

Mari kita bincang bentuk-bentuk tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Wasatiyyah dalam Ibadat


Pertama, kita lihat bagaimana bentuk wasatiyyah Islam dalam aspek ibadat.
Islam adalah satu-satunya agama yang mementingkan dan memfokuskan
wasatiyyah dalam aspek ibadat jika dibandingkan dengan agama-agama
dan fahaman ciptaan manusia. Agama Buddha misalnya hanya
menumpukan aspek moral sahaja. Begitu juga dengan penganut agama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  51

tertentu yang hanya meminta para pengikutnya hanya beribadat dan


berhenti daripada aktiviti keduniaan seperti pendeta agama Kristian.

Islam, bagaimanapun, tidak menganjurkan umat Islam menumpukan satu-


satu aspek walaupun dalam keadaan beribadah. Sebagai contoh, ketika hari
Jumaat umat Islam boleh menjalankan sebarang aktiviti yang bermanfaat
termasuklah berjual beli. Namun, sebaik sahaja masuk waktu solat Jumaat,
mereka perlu bersegera menunaikan kewajipan yang berkaitan dengan
solat Jumaat termasuklah mendengar khutbah Jumaat. Selepas solat Jumaat,
mereka boleh meneruskan penghidupan dengan aktiviti yang bermanfaat
dalam rangka untuk mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mereka
sentiasa mencapai kejayaan. Inilah yang diperingatkan oleh Allah dalam
firman-Nya melalui surah al-Jumu`ah ayat 9-10 berikut:

4’n<Î) (#öθèy ó™$$sù Ïπyèßϑàfø9$# ÏΘöθtƒ ⎯ÏΒ Íο4θn=¢Á=Ï9 š”ÏŠθçΡ #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩®∪ #sŒÎ*sù tβθßϑn=÷ès? óΟçGΨä. βÎ) öΝä3©9 ×öyz öΝä3Ï9≡sŒ 4 yìø‹t7ø9$# (#ρâ‘sŒuρ «!$# Ìø.ÏŒ

©!$# (#ρãä.øŒ$#uρ «!$# È≅ôÒsù ⎯ÏΒ (#θäótGö/$#uρ ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρãϱtFΡ$$sù äο4θn=¢Á9$# ÏMuŠÅÒè%

∩⊇⊃∪ tβθßsÎ=øè? ö/ä3¯=yè©9 #ZÏWx.


Maksudnya:
„Wahai orang yang beriman! Kalau kamu dipanggil untuk melaksanakan
solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah untuk mengingat Allah dan
tinggalkan kesibukan jual beli. Itulah yang terbaik bagimu kalau kamu
mengetahui. Apabila solat telah dilaksanakan, bertebarlah kamu di muka
bumi mencari kurnia Allah, berzikirlah kepada Allah sebanyak mungkin
agar kamu sekalian berjaya‰.

(b) Wasatiyyah dalam Akhlak


Wasatiyyah Islam dalam aspek akhlak dapat kita perhatikan apabila Islam
tidak seperti agama ciptaan yang lain di mana penganutnya terlalu idealis ă
membayangkan manusia seperti malaikat ataupun separuh malaikat.
Mereka itu menciptakan sesuatu sistem nilai dan peraturan-peraturan
moral yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh manusia. Islam juga kita
dapati tidak seperti agama ciptaan tertentu di mana penganutnya berfikiran
pragmatis yang tidak meletakkan kedudukan manusia di tempat yang
mulia sehingga sanggup menjadikan manusia seperti binatang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

Islam, dalam pada itu, meletakkan kedudukan manusia dalam keadaan


wasatiyyah antara dua aliran atau fahaman di atas dengan melihat dan
meletakkan manusia di tempat yang sepatutnya. Islam juga melihat
manusia sebagai makhluk yang sempurna kejadiannya yang dilengkapkan
dengan al-`Aql, al-Ruh, al-Nafs, al-Qalb, fitrah, naluri dan rohani
kemanusiaan. Semuanya itu melayakkan manusia diberi amanah dan
tanggungjawab menjadi khalifah, menjadi pendakwah dan `abid di atas
muka bumi dalam rangka al-Habl minAllah, al-Habl min al-Nas dan al-
Habl min al-`Alam.

(c) Wasatiyyah di dalam Sistem Sosial antara Individu dan Masyarakat


Akhir sekali, kita lihat bagaimana Islam boleh meletakkan wasatiyyah
dalam sistem sosial yang melibatkan kebebasan individu dan kepentingan
masyarakat. Ini termasuklah dalam soal-soal yang melibatkan keserasian
hak dan kewajipan serta pengagihan kekayaan dan tanggungjawab secara
adil dan saksama. Islam telah meletakkan garis panduan tentang hak
individu dan masyakarat dalam sistem sosialnya. Sebagai contoh, dalam
zakat ada tanggungjawab individu dan hak masyarakat yang memerlukan
sebagaimana yang dikelompokkan dalam asnaf. Individu yang menjadikan
perniagaan sebagai profesionnya diberikan hak, tanggungjawab dan
kebebasan tertentu untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka tidak
disekat untuk meraih laba dan mencapai kekayaan, tetapi Islam
menentukan bahawa harta kekayaan tersebut hanyalah amanah dari Allah
S.W.T yang di dalamnya ada hak orang yang memerlukan, sebagaimana
yang dibincangkan dalam topik zakat.

Islam tidak seperti aliran yang menyuruh pengikutnya ke arah hidup


dalam serba kekurangan, kefakiran, kezuhudan dalam erti kata yang
sempit dan membujang dengan tujuan supaya dapat mencapai kefanakan
kerana dunia ini penuh dengan kezaliman, kejahatan dan kesusahan. Islam
juga tidak seperti aliran yang menyeru pengikutnya ke arah perkongsian
harta dan wanita. Islam juga tidak seperti aliran yang menyeru pengikutnya
ke arah kebebasan secara mutlak atau hampir-hampir mutlak dari sudut
pemilikan harta, berbicara, bertindak dan berseronok walaupun ia boleh
memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Justeru dalam aliran ini,
individu boleh memiliki harta dengan cara yang difikirkan sesuai bagi
mencapai matlamat seperti monopoli, penipuan, riba, amalan hedonisme
dan sebagainya.

Islam juga tidak seperti aliran yang menyeru pengikutnya ke arah


pengurangan dan penghapusan nilai individu sehingga diberikan begitu
banyak tanggungjawab dan kewajipan dengan alasan bahawa individu
adalah juzuk-juzuk kecil dalam sistem masyarakat yang lebih besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  53

Dengan kata lain, matlamat utama mereka ialah masyarakat (dalam konteks
aliran ini ialah parti pemerintah) dan bukannya individu. Individu hanya
boleh memiliki sebahagian barangan peribadi dan harta yang boleh alih.
Individu juga tidak mempunyai hak untuk menentukan hala tuju
pemerintah dan tidak dibenarkan untuk menyatakan pendirian atau
kritikan terhadap pemerintah.

Islam memberikan pengiktirafan yang adil kepada individu, antaranya


ialah:

(i) Menjaga kehormatan nyawa individu bagi memastikan individu


memiliki hak kehidupan dan penghidupan.

(ii) Menjaga kehormatan atau harga diri.

(iii) Menjaga kehormatan harta dengan memastikan individu mempunyai


hak pemilikan yang sempurna.

(iv) Menjaga kehormatan rumah tangga.

(v) Menjaga hak kebebasan beragama dengan tidak memaksa orang


bukan Islam memeluk Islam.

(vi) Menjaga kebebasan memberikan pandangan, fikiran dan kritikan.

(vii) Menjaga tanggungjawab individu dengan timbangan dosa-pahala dan


syurga-neraka.

3.2.4 'Alamiyyah (Sejagat)


Islam adalah agama yang bersifat `alamiyyah atau memelihara kesejagatan yang
ditanzilkan kepada semua manusia tanpa mengira kelompok atau bangsa
tertentu. Sebab itulah Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W kepada
seluruh manusia, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah SabaÊ ayat 28,
iaitu:

Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £⎯Å3≈s9ρu #\ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 Ĩ$¨Ψ=Ïj9 Zπ©ù!$Ÿ2 ωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ

∩⊄∇∪ šχθßϑn=ôètƒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

Maksudnya:
„Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-
orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar);
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)‰.

Menurut `Abd al-Karim Zaydan (1993), `alamiyyah Islam ini tidak terhad kepada
sesuatu tempoh masa tertentu atau generasi tertentu kerana ia bersifat merentas
dan menjangkaui masa dan tempat. Oleh itu, Islam adalah agama yang kekal
abadi, tidak akan pupus, tidak akan mengalami perubahan dan tidak akan
dimansuhkan. Ini adalah kerana Islam mempunyai dasar, prinsip dan peraturan
yang mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan mereka
atau menyebabkan mereka mundur. Islam yang ditanzilkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W merupakan rahmat kepada seluruh alam. Sifat rahmat ini
bermaksud memelihara kepentingan manusia dan menjauhkan manusia
daripada sebarang kejahatan dan keburukan. Sebab itu apabila direnungkan
dengan mendalam, mana mungkin Islam sebagai agama rahmat mengenepikan
kepentingan manusia dan keperluannya di dunia.

Di samping itu, Islam yang ditanzilkan adalah untuk membawa kebaikan dan
keamanan kepada manusia sebagaimana yang terkandung dalam makna Islam
seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Sebagai contoh, dalam Islam terdapat
satu perbincangan yang melibatkan ketatanegaraan iaitu fiqh al-Dawlah. Di situ
ada perbahasan tentang qisas atau balas bunuh. Ia disyariatkan untuk memenuhi
keperluan manusia iaitu memelihara kehidupan manusia dalam keadaan aman
damai, harmoni, tenang dan menghalang berlakunya pertumpahan darah
dengan memberi amaran kepada mereka yang cenderung untuk membahayakan
atau mengancam nyawa orang lain.

Islam juga mengadakan beberapa kelonggaran tertentu jika seseorang


berhadapan dengan situasi tertentu yang menjadi beban kepada dirinya untuk
melaksanakannya dan ia melampaui kemampuan semula jadi manusia. Perkara
ini telah kita bicarakan dalam perbincangan sebelum ini.

Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan dan dibincangkan di atas, terdapat


beberapa ciri lain yang tidak kurang pentingnya juga seperti Rabbaniyyah
(ketuhanan) yang melibatkan matlamat dan sumber, Insaniyyah (kemanusiaan)
dalam pelbagai aspek seperti ibadah dan akhlak dan Islam itu antara al-Thabat
(tegas) dan al-Murunah (anjal).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI  55

AKTIVITI 3.2

1. Berikan pandangan anda bagaimana kita boleh melaksanakan Islam


yang bercirikan wasatiyyah dalam bidang-bidang berikut:

(a) Dakwah Islamiyyah; dan


(b) Pentadbiran dan pengurusan negara.

2. Jelaskan bagaimana ciri waqi`iyyah boleh diamalkan dalam


pelaksanaan amar makruf nahi munkar.

3. Bincangkan dengan rakan anda, adakah terdapat unsur-unsur


syumuliyyah dalam undang-undang ciptaan manusia. Mengapa?

4. Anda diminta membuat analisa terhadap matlamat dan objektif


syariah (maqasid al-Syari`ah) dan menghubungjalinkannya dengan
ciri Insaniyyah.

 Islam adalah agama yang sebenarnya yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T
kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh manusia.

 Penamaan nama Islam dan muslimin kepada penganutnya adalah diberikan


sendiri oleh Allah S.W.T dalam kitab suci-Nya yang Maha Benar (iaitu al-
Quran) yang membezakan Islam dengan agama-agama dan aliran ideologi
ciptaan manusia walaupun agama-agama berkenaan juga mempunyai kitab
atau pegangan tersendiri.

 Pemahaman maksud Islam sebagai agama tidak sama pemahamannya dalam


kerangka pemikiran bukan Islam.

 Pemahaman terhadap ciri-ciri keistimewaan Islam yang sebenar boleh


mencerahkan kekeliruan yang berlaku di sekitar pemikiran bukan Islam dan
sekali gus menunjukkan bahawa Islam itu tinggi dan tiada agama lain boleh
mengatasinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI

`Alamiyyah Syumuliyyah
Al-Din Wa`qiyyah
Islam Wasatiyyah

`Abd al-Karim Zaydan. (1993). Usul al-da`wah. Beirut: MuÊassah al-Risalah.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2011). Islam dan sekularisme. Terjemahan


oleh Khalif Muammar A. Harris. Bandung: Institut Pemikiran Islam dan
Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Centre For Advanced
Studies on Islam and Civilization (CASIS) UTM.

Yusuf Al-Qaradawi. (2012). Al-Madkhal Ila Ma`rifah al-Islam. Terjemahan


Muhammad Zaini Yahya. Bandar Baru Bangi: Syabab Book Link.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
4 Islam tentang
Pencipta
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Tauhid kepada Allah S.W.T;
2. Menerangkan sifat dan hakikat Allah S.W.T; dan
3. Menghuraikan kesan Tauhid dalam kehidupan insan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan suatu perkara yang amat asas dalam
agama Islam. Ia juga adalah penentu kepada segala tindakan insan sama ada boleh
dikira sebagai sesuatu yang Islami atau sebaliknya. Ia menentukan kefahaman
insan yang benar dan tepat tentang makna keberadaan hidup di dunia dan
penghidupan di akhirat. Ia juga menentukan makna sebenar kebergantungan insan
kepada suatu Zat yang Maha Kuasa seperti yang dinyatakan-Nya sendiri melalui
wahyu yang ditanzilkan kepada Pesuruh-Nya, Muhammad S.A.W.

Melalui tanzil itulah Allah S.W.T menyatakan hakikat Diri-Nya, mengenai


mahkluk-Nya, penisbahan antara makhluk dengan Diri-Nya, perintah dan
larangan-Nya. Apa yang pasti bahawa faham tentang Dia sebagai Pencipta dan
Zat Yang Maha Kuasa adalah tidak sama dengan faham Tuhan dalam agama-
agama ciptaan. Malah pengikraran insan terhadap Wujud-Nya dan segala Sifat
serta AsmaÊ-Nya sebagaimana yang terkandung dalam kalimah tayyibah, LA
ILAHA ILLA ALLAH, memberikan suatu indikasi bahawa segala tindakan insan
adalah tertakluk pada penyaksian dan pengikraran kalimah tersebut. Jika insan
memahami maksud kalimah ini dengan benar dan tepat dan menterjemahkannya
dalam kehidupan, ia menunjukkan kepada kekesanan kalimah yang tauhid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

bukan sahaja diucapkan di bibir tetapi turut diakui dalam al-Qalb serta
diterjemahkan dalam tindakan seharian.

4.1 TAUHID KEPADA ALLAH S.W.T


Kalimah Tauhid adalah kata terbitan daripada perkataan bahasa Arab, iaitu
Wahhada ă Yuwahhadu ă Tauhid, yang memberi maksud menjadikan sesuatu
itu satu. Jika kita meneliti kalimah Tauhid ini kita dapati perkataan wahid yang
bermaksud satu atau tunggal juga ada kaitan dengan istilah Tauhid.

Nabi Muhammad S.A.W menggunakan istilah Tauhid ketika Baginda S.A.W


mengutus sahabatnya, Mu`adz bin Jabal r.a, ke Yaman dengan katanya:

‫ ﹶﻓ ﹾﻠَﻴ ﹸﻜ ْﻦ ﹶﺃ ّﻭ ﹶﻝ ﻣَﺎ ﺗَﺪْﻋُﻮﻫُﻢْ ِﺇﹶﻟْﻴ ِﻪ ﺇﱃ ﺃﻥ ﻳﻮﺣﱢﺪﻭﺍ ﺍﷲ‬،ٍ‫ﻚ َﺗ ﹾﺄﺗِﻲ ﹶﻗﻮْﻣﹰﺎ ﹶﺃ ْﻫ ﹶﻞ ِﻛﺘَﺎﺏ‬


َ ‫ﺇّﻧ‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya kamu mendatangi suatu kaum dari golongan ahli kitab, maka
perkara pertama yang kamu perlu lakukan ialah berdakwah kepada mereka
supaya mentauhidkan Allah S.W.T⁄‰.

Sehubungan dengan itu, kalimah Tauhid adalalah suatu konsep yang


mempercayai dan meyakini bahawa Allah S.W.T itu Esa. Dalam konteks tauhid
sebagai disiplin ilmu, ia dikenali sebagai ilmu tauhid. Ilmu Tauhid merupakan
ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam. Ia
dinamakan sebagai ilmu Tauhid kerana pokok perbahasannya ialah untuk
mentauhidkan Allah S.W.T. Menurut Mohd Sulaiman Haji Yasin, akidah Islam
ialah kepercayaan dan keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang
mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, kudus dan suci seperti yang
diwajibkan oleh Islam. Ia juga suatu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan
padu dalam jiwa seorang Muslim sehingga tidak mungkin akan terhurai dan
terputus walau apa pun jua keadaan dan suasana.

Secara umum, ilmu Tauhid membincangkan persoalan tentang keimanan kepada


Allah S.W.T, Kitab-kitab, para Rasul, Malaikat, hari Akhirat dan qadar baik dan
jahat. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang paling mulia dan penting kerana ia berkait
rapat dengan Allah S.W.T, Rabb al-`Alamin (Tuhan semesta alam) dan
membahaskan kebesaran-Nya sebagai Pencipta Alam.

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi serta Rasul terdahulu, tiada yang
dinamakan sebagai ilmu Tauhid. Walau bagaimanapun, persoalan Tauhid
merupakan topik atau mawdu` utama dalam misi dakwah para Nabi dan Rasul

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  59

termasuk Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana hadis yang dinyatakan sebelum


ini.

4.1.1 Kalimah Syahadah dan Konsepnya


Perkataan syahadah dari segi bahasa ialah al-Hudur wa al-Mu`ayanah, iaitu
hadir dan menyaksikan. Syahadah juga berkaitan dengan ilmu dan keyakinan
yang dihasilkan oleh kedua-dua keadaan (iaitu hadir dan menyaksikan). Oleh itu
apabila seseorang itu melafazkan kalimah syahadah dia sebenarnya
mengucapkan sesuatu lafaz untuk memberitahu sesuatu yang diketahuinya
berdasarkan ilmu dan keyakinannya kepada orang lain.

Manakala syahadah dari segi istilah ialah suatu lafaz yang khusus diucapkan
untuk mengkhabarkan ilmu pengetahuannya dan keyakinannya tentang hakikat
kewujudan Zat Allah S.W.T, tentang keesaan-Nya, tentang hakikat kenabian dan
kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Kalimah syahadah terangkum dalam lafaz
berikut, iaitu:

‫ﺷﻬﺎﺩﺓ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻭﺃﻥ ﳏﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬


Kalimah syahadah ini perlu diketahui dan difahami oleh individu Muslim dalam
kehidupan mereka. Kalimah syahadah tidak sama dan setaraf dengan ucapan
biasa yang dilafazkan oleh seseorang. Ia merupakan lafaz yang amat penting
kerana mengandungi sesuatu yang amat penting iaitu penyaksian yang kudus ke
atas hakikat kebenaran Allah S.W.T. Ini dicapai dengan menafikan segala tuhan
yang tidak benar dan hanya mengiktiraf Allah sebagai Rabb al-`alamin. Justeru,
kita merasakan bahawa penterjemahan kalimah syahadah LA ILAHA ILLA
ALLAH oleh sesetengah ilmuan dalam bahasa Inggeris, iaitu „There is no god
but God‰ amat tidak tepat. Seolah-olah kita dapat membezakan antara tuhan
dengan Allah itu hanya menggunakan perkataan huruf kecil (god) dengan
perkataan huruf besar (God). Sebab itu dalam konteks penggunaan istilah Allah
oleh orang bukan Islam ia perlu dibincangkan dalam konteks tauhid dan konsep
syahadah yang benar. Ia tidak harus dibincangkan dalam konteks terminologi
bahasa semata-mata.

Syahadah juga mengandungi pengertian yang amat penting tentang hakikat


kebenaran Rasul-Nya. Justeru sebagai orang Islam, kita perlu mempunyai
tasawwur dan worldview yang benar dan tepat tentang konsep nubuwwah atau
kenabian. Perkara ini penting kerana manusia dalam sejarah kehidupannya tidak
akan merasai keadilan dan kebahagiaan tanpa bimbingan daripada Allah S.W.T.
Bimbingan ataupun hidayah ini tidak terus ditanzilkan oleh Allah S.W.T kepada
manusia melainkan melalui seorang Pesuruh-Nya, iaitu Rasul. Dalam konteks
umat akhir zaman, Pesuruh Allah S.W.T yang dimaksudkan di sini ialah Nabi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

Muhammad S.A.W. Baginda S.A.W adalah insan kamil yang mempunyai sifat
fizikal seperti manusia biasa (al-Basyar) dan disempurnakan dengan wahyu serta
akhlak terpuji. Melalui nubuwwah, manusia dapat mengenali risalah ilahiyyah
yang mengatur kehidupan insan di dunia bagi menghadapi kehidupan yang
kekal abadi di akhirat.

Lafaz syahadah atau penyaksian tauhid seperti yang diikat dengan kukuh dalam
jiwa dan al-Qalb, dituturkan dengan pengakuan lidah dan diterjemahkan dengan
pelaksanaan anggota badan merupakan suatu penyaksian peringkat tertinggi
pada peringkat akidah dan keimanan. Perkara ini dinyatakan oleh Allah S.W.T
dalam surah Ali `Imran ayat 18:

tμ≈s9Î) Iω 4 ÅÝó¡É)ø9$$Î/ $JϑÍ←!$s% ÉΟù=Ïèø9$# (#θä9'ρé&uρ èπs3Íׯ≈n=yϑø9$#uρ uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω …çμ¯Ρr& ª!$# y‰Îγx©

∩⊇∇∪ ÞΟŠÅ6y⇔ø9$# Ⓝ͖yêø9$# uθèδ ωÎ)


Maksudnya:
„Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan
bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat
serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang
demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰.

Pengakuan syahadah ini terjelma dan dapat dibuktikan melalui tindakan-


tindakan berikut:

(a) Azan yang dikumandangkan dan iqamah yang diucapkan sebelum


mendirikan solat.
(b) Solat yang didirikan sama ada yang wajib atau sunat.
(c) Zakat yang ditunaikan.
(d) Puasa yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan yang lain
(puasa sunat).
(e) Haji dan umrah yang ditunaikan.
(f) Takwa dalam konteks melakukan segala perintah Allah S.W.T dan
meninggalkan semua larangan-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  61

4.1.2 Hakikat dan Sifat Allah S.W.T


Syed Muhammad Naquib al-Attas (2007), dalam bukunya Tinjauan Ringkas Peri
Ilmu dan Pandangan Alam, membincangkan satu topik yang penting, iaitu
berkenaan „Peri Tanzil dan Kesatuan Agama‰. Dalam topik itu, al-Attas
membincangkan konsep tauhid Allah S.W.T. Sebagai orang Islam kita perlu
meyakini bahawa hakikat dan sifat Allah S.W.T dinyatakan-Nya sendiri melalui
wahyu yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dalam erti kata lain,
melalui tanzil itulah Allah S.W.T menyatakan perihal hakikat dan sifat-Nya,
makhluk ciptaan-Nya, hubungan-Nya dengan makhluk, Jalan yang benar bagi
panduan makhluk melakukan pengabdian kepada-Nya.

Allah S.W.T memberitahu perihal hakikat dan sifat-Nya dalam bentuk kata-kata
yang Esa sifatnya, kata-kata yang tidak sama dengan kata-kata makhluk, kata-
kata yang tidak bersuara dan berhuruf, kata-kata yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad makhluk yang paling mulia dengan kaedah tertentu dan ia
diucapkan oleh Baginda S.A.W dalam suatu bentuk bahasa Arab yang baru.
Faham mengenai perihal hakikat dan sifat-Nya itu tidak sama dengan faham
yang difahami oleh pelbagai adat, kebudayaan dan agama lain di dunia. Ini
kerana pelbagai adat dan agama lain itu mempunyai pandangan alamnya yang
tersendiri tentang wujud Allah dan keadaan-Nya yang Esa. Inilah yang
membezakan antara faham agama dalam Islam dengan faham agama dalam
agama dan kepercayaan ciptaan manusia seperti yang disentuh dalam Topik 1.
Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa kita seharusnya menolak konsep
kesatuan agama seperti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Berikut adalah beberapa perkara pemerian Allah S.W.T tentang hakikat dan sifat-
Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam wahyu:

(a) Dia adalah Tuhan yang Esa.


(b) Dia Tuhan yang sentiasa hidup.
(c) Dia Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya.
(d) Dia Tuhan yang Qadim dan berkekalan wujud-Nya.
(e) Dia Tuhan yang Esa pada pihak Zat-Nya yang tidak mungkin ada
pembahagian dalam Zat-Nya.
(f) Dia Tuhan yang Esa pada pihak Sifat dan Af`al-Nya.
(g) Dia Tuhan yang maha Kuasa, maha Mengetahui, Berkehendak, Maha
Mendengar, Maha Berkata dengan perantaraan sifat-sifat-Nya, iaitu hayat
dan ilmu, kudrat dan iradat, sama` dan basar, dan kalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

Dalam surah al-Ikhlas, Allah S.W.T menyatakan tentang beberapa hakikat dan
sifat-Nya, iaitu:

…ã&©! ⎯ä3tƒ ∩⊂∪ öΝs9ρu ô‰s9θムöΝs9ρu ô$Î#tƒ ∩⊄∪ öΝs9 ߉yϑ¢Á9$# ∩⊇∪ ª!$# î‰ymr& ª!$# uθèδ ö≅è%

∩⊆∪ 7‰ymr& #·θàà2


Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah
yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia
tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang
serupa dengan-Nya".

Aspek keEsaan-Nya adalah aspek yang paling penting sebagaimana yang


termaktub dalam ayat 1 surah al-Ikhlas di atas. Aspek pengajaran Islam yang
paling asas adalah bagi seorang Islam mempersaksikan keEsaan Allah Taala. Ini
dikenali sebagai Tauhid. Antara kesan penyaksian yang amat penting ini ialah
kemunculan satu umat yang berasaskan Tauhid.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-NisaÊ ayat 1:

$yγy_÷ρy— $pκ÷]ÏΒ t,n=yzuρ ;ο‰


y Ïn≡uρ <§ø¯Ρ ⎯ÏiΒ /ä3s)n=s{ “Ï%©!$# ãΝä3−/u‘ (#θà)®?$# â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

¨βÎ) 4 tΠ%tnö‘F{$#uρ ⎯ÏμÎ/ tβθä9u™!$|¡s? “Ï%©!$# ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 [™!$|¡ÎΣuρ #ZÏWx. Zω%y`Í‘ $uΚåκ÷]ÏΒ £]t/uρ

∩⊇∪ $Y6ŠÏ%u‘ öΝä3ø‹n=tæ tβ%x. ©!$#


Maksudnya:
„Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya ă Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya ă zuriat keturunan ă lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu‰.

Dalam firman-Nya yang lain, Allah S.W.T menyatakan bahawa walaupun umat
yang satu ini berpecah kepada pelbagai bangsa dan suku, lelaki dan perempuan,
ia tetap satu dalam matlamat hidupnya di bumi dan destinasi akhirnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  63

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 13:

4 (#þθèùu‘$yètGÏ9 Ÿ≅Í←!$t7s%uρ $\/θãèä© öΝä3≈oΨù=yèy_uρ 4©s\Ρé&uρ 9x.sŒ ⎯ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ) â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊂∪ ×Î7yz îΛ⎧Î=tã ©!$# ¨βÎ) 4 öΝä39s)ø?r& «!$# y‰ΨÏã ö/ä3tΒtò2r& ¨βÎ)
Maksudnya:
„Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)‰.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Dhariyat ayat 56:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Dalam surah Yasin ayat 82, Allah S.W.T menyatakan bahawa Dia berkuasa
menjadikan sesuatu tanpa terikat kepada sesuatu syarat:

∩∇⊄∪ ãβθä3uŠsù ⎯ä. …çμs9 tΑθà)tƒ βr& $º↔ø‹x© yŠ#u‘r& !#sŒÎ) ÿ…çνãøΒr& !$yϑ¯ΡÎ)
Maksudnya:
„Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya
sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! "
maka ia terus menjadi‰.

Dalam surah al-Rahman ayat 3, Allah S.W.T menjelaskan bahawa Dia berkuasa
mencipta manusia:

∩⊂∪ z⎯≈|¡ΣM}$# šYn=y{


Maksudnya:
„Dia lah Yang telah menciptakan manusia‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

Allah S.W.T juga berkuasa mencipta binatang dan tumbuh-tumbuhan


sebagaimana firman-Nya berikut dalam Surah Nuh: 17 dan Surah Ghafir: 79:

∩⊇∠∪ $Y?$t7tΡ ÇÚö‘F{$# z⎯ÏiΒ /ä3tF;u /Ρ&r ª!$#uρ


Maksudnya:
„Dan Allah telah menumbuhkan (untuk) kamu (hidup daripada benda-benda
yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sangat sempurna‰.

∩∠®∪ šχθè=ä.ù's? $pκ÷]ÏΒuρ $pκ÷]ÏΒ (#θç7Ÿ2÷tIÏ9 zΝ≈yè÷ΡF{$# ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_ “Ï%©!$# ª!$#

Maksudnya:
„Allah yang menjadikan binatang ternakan bagi kamu; sebahagian antaranya
untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan‰.

Dalam surah al-Syura ayat 11 berikut, Allah S.W.T menyatakan kekuasaan-Nya


menciptakan langit dan bumi, manusia dan binatang secara berpasangan supaya
kelangsungan generasi berikutnya dapat diteruskan. Allah S.W.T juga
menegaskan bahawa Dia tidak menyerupai dengan sesuatu pun daripada
makhluk yang diciptakan dan Dia Maha Mendengar dan Melihat.

Firman Allah S.W.T:

ÉΟ≈yè÷ΡF{$# z⎯ÏΒuρ $[_≡uρø—r& öΝä3Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ /ä3s9 Ÿ≅yèy_ 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ãÏÛ$sù

∩⊇⊇∪ çÅÁt7ø9$# ßìŠÏϑ¡¡9$# uθèδuρ ( Ö™ï†x« ⎯ÏμÎ=÷WÏϑx. }§øŠs9 4 ÏμŠÏù öΝä.äτu‘õ‹tƒ ( $[_≡uρø—r&

Maksudnya:
„Dia-lah (Tuhan) yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu
pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-
binatang ternakan pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); Dengan jalan
yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. tiada
sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-
Nya) dan Dia-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat‰.

Allah S.W.T juga menggunakan kiasan dan perumpamaan tertentu untuk


menyatakan hakikat dan sifat-Nya bagi memudahkan pemahaman manusia
sebagaimana yang termaktub dalam surah al-Rum ayat 27:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  65

4’n?ôãF{$# ã≅sVyϑø9$# ã&s!uρ 4 Ïμø‹n=tã Üχuθ÷δr& uθèδuρ …çν߉‹Ïèム¢ΟèO t,ù=y⇐ø9$# (#äτy‰ö7tƒ “Ï%©!$# uθèδuρ

∩⊄∠∪ ÞΟ‹Å3ysø9$# Ⓝ͕yèø9$# uθèδuρ 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ’Îû


Maksudnya:
„Dan Dia-lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia
mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan
yang demikian amatlah mudah baginya. dan bagi-Nyalah jua sifat yang tertinggi
di langit dan di bumi, dan Dia-lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰.

AKTIVITI 4.1

1. Bincangkan dengan rakan anda perkara-perkara yang boleh


menjejaskan kalimah syahadah yang diucapkan oleh seseorang Muslim.

2. Kemukakan pandangan anda apakah kaedah yang berkesan untuk


mengajar dan mempelajari ilmu Tauhid.

4.2 KESAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN


INSAN
Setelah kita mengetahui pengertian Tauhid dan hakikat serta sifat Tuhan Yang
Maha Esa sebagimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran, kita lihat pula
kesan Tauhid dalam kehidupan insan. Perbincangan ini penting bagi
menunjukkan bahawa Tauhid bukan sahaja melibatkan latihan pemikiran,
kepercayaan dalam jiwa dan al-Qalb tetapi merupakan suatu yang praktikal
dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, penerimaan Tauhid ini melibatkan dua
perkara, iaitu kepercayaan dan pelaksanaan sistem yang mengatur kehidupan
insan. Sebagai orang Islam, kita wajib menerima kedua-dua perkara. Orang
bukan Islam, bagaimanapun, boleh menerima pelaksanaan sistem.

Menurut Abdul Majid Aziz al-Zindani (2004) dalam Kitab al-Tawhid, seseorang
yang tidak memahami Tauhid dalam erti kata yang sebenar diibaratkan sebagai
seorang buta. Dia tidak mengetahui siapa Penciptanya, kenapa dia diciptakan,
apakah hikmah kewujudannya di atas muka bumi dan sebagainya. Di samping
itu, dia akan menjadikan setiap tindakannya adalah bermatlamatkan kesenangan
di dunia tanpa memikirkan kehidupan selepas kematian, iaitu di alam barzakh
dan di alam akhirat. Justeru, dia akan mencari kemewahan dan kesenangan
hidup di dunia tanpa memikirkan halal dan haram. Dia akan sentiasa menjadi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

seorang yang individualistik dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri


sahaja. Apabila keadaan ini berada dalam jiwa seseorang dibimbangi Allah S.W.T
akan menurunkan azab-Nya keatas manusia.

Di samping itu, menurut al-Zindani, terdapat beberapa kesan atau implikasi


Tauhid dalam kehidupan insan, antaranya, ialah:

(a) Insan yang mentauhidkan Allah S.W.T dan beriman kepada-Nya serta para
Rasul-Nya mengetahui tujuan dia diciptakan. Dia akan menjalani
kehidupannya di dunia di atas jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredhai
oleh Allah S.W.T. Dia amat menyedari dan mengetahui permulaan
kehidupannya dan pengakhirannya.

(b) Dengan Tauhid menjadikan al-Qalb insan bersatu di bawah naungan Allah
yang Esa, Kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Dengan
ini, akan menumbuhkan sifat berkasih sayang dan bersaudara. Masyarakat
yang bertauhid dan beriman adalah masyarakat yang menjunjung
semangat tolong-menolong atas nama ketakwaan. Mereka akan bekerja
untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. Mereka takut untuk melakukan
maksiat dan segala perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T seperti mencuri,
membunuh, berzina, menipu, melakukan rasuah dan sebagainya. Apabila
mereka berpegang teguh pada Tauhid dalam erti kata yang sebenar,
mereka inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran melalui
surah Ali `Imran ayat 110:

Ç⎯tã šχöθγ
y ÷Ψs?uρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ tβρâßΔù's? Ĩ$¨Ψ=Ï9 ôMy_Ì÷zé& >π¨Βé& uöyz öΝçGΖä.

4 Νßγ©9 #Zöyz tβ%s3s9 É=≈tGÅ6ø9$# ã≅÷δr& š∅Βt #u™ öθs9ρu 3 «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè?uρ Ìx6Ζßϑø9$#

∩⊇⊇⊃∪ tβθà)Å¡≈xø9$# ãΝèδçsYò2r&uρ šχθãΨÏΒ÷σßϑø9$# ãΝßγ÷ΖÏiΒ


Maksudnya:
„Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi
mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  67

(c) Apabila Tauhid difahami dan diterjemahkan dalam kehidupan, ia akan


membuahkan pelbagai amalan soleh yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Dengan ini, pintu keberkatan dan kebajikan akan dibuka dan akhirnya
mereka akan meraih kemenangan dalam menghadapi segala rintangan dan
ancaman musuh. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raf ayat 96:

Ï™!$yϑ¡¡9$# z⎯ÏiΒ ;M≈x.tt/ ΝÍκön=tã $uΖóstGxs9 (#öθs)¨?$#uρ (#θãΖtΒ#u™ #“tà)ø9$# Ÿ≅÷δr& ¨βr& öθs9ρu

∩®∉∪ tβθç7Å¡õ3tƒ (#θçΡ$Ÿ2 $yϑÎ/ Μßγ≈tΡõ‹s{r'sù (#θç/¤‹x. ⎯Å3≈s9uρ ÇÚö‘F{$#uρ

Maksudnya:
„Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka
dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan‰.

Untuk memahami kesan dan implikasi Tauhid dalam kehidupan insan,


cuba kita ikuti perbincangan di bawah yang lebih menjurus kepada sektor-
sektor tertentu. Ia melibatkan kegiatan dan aktiviti insan seperti dalam
sektor ekonomi dan sebagainya.

4.2.1 Tauhid dan Ekonomi


Menurut Yusuf al-Qaradawi (2010), dalam kitabnya Daur al-Qiyam wa al-Akhlaq
Fi al-Iqtisad al-Islami, ekonomi yang sebenarnya adalah bersifat Rabbani
(ketuhanan). Perkara ini amat penting kerana dasar dan prinsip bagi seluruh
kegiatan ekonomi adalah kerana Allah S.W.T. Matlamatnya adalah menuju
kepada Allah S.W.T dan segala saranannya tidak bercanggah dengan apa yang
disyariatkan oleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, seseorang yang bekerja di
pelbagai sektor sama ada pertanian, perlombongan, perkhidmatan dan
sebagainya, segala pekerjaan dan kegiatannya adalah dikira sebagai ibadah. Oleh
itu, jika pekerjaan yang dilakukannya itu bertambah baik dan bermutu atau
berkualiti, bertambahlah pula ketakwaannya kepada Allah S.W.T dan semakin
dekatlah hubungan-Nya dengan Allah S.W.T.

Begitu juga sekiranya seseorang itu menggunakan suatu benda atau menikmati
makanan yang baik, dia akan sentiasa beranggapan bahawa semua rezeki
datangnya daripada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah
ayat 172:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

βÎ) ¬! (#ρãä3ô©$#uρ öΝä3≈oΨø%y—‘u $tΒ ÏM≈t6ÍhŠÛ


s ⎯ÏΒ (#θè=à2 (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊇∠⊄∪ šχρ߉ç7÷ès? çν$−ƒÎ) óΟçFΖà2


Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman! makanlah benda-benda yang baik (yang
halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah,
jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya‰.

Dalam contoh yang lain pula, apabila seseorang melakukan akad dalam urusan
jual beli dan sebagainya, dia akan sentiasa memikirkan dan berdiri pada batasan
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dengan ini, dia akan mengelakkan
menggunakan sumber yang haram bagi mengembangkan aktiviti ekonominya,
tidak mengamalkan riba dan rasuah, menghindarkan perkara-perkara yang
syubhat dan sebagainya. Dia juga akan sentiasa memikirkan bahawa kelebihan
yang ada padanya adalah suatu amanah yang perlu ditunaikan dan akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Justeru itulah, dia tidak akan
meninggalkan kewajipan solat dan zakat. Oleh itu, dalam usaha memenuhi
keperluan dirinya, dia tetap menjalinkan perhubungan dengan Allah S.W.T dan
perhubungan dengan insan yang lain.

Dalam pada itu, Islam sebagai agama Tauhid mengajarkan bahawa ekonomi
bukanlah matlamat dan tujuan kehidupan. Ia adalah hanya salah satu keperluan
manusia untuk dapat meneruskan kehidupan. Dalam erti kata lain, ekonomi
hanyalah penolong atau pelengkap kepada manusia dan berkhidmat untuk
akidah dan risalahnya sahaja. Dalam ekonomi yang berteraskan Tauhid dan
Rabbaniyyah inilah bagaimana manusia dapat dipandu supaya tetap
menyembah Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Quraysh ayat 4:

∩⊆∪ ¤∃öθyz ô⎯ÏiΒ ΝßγoΨtΒ#u™uρ 8íθã_ ⎯ÏiΒ ΟßγyϑyèôÛr& ü”Ï%©!$#

Maksudnya:
„Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka daripada
kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  69

Inilah yang membezakan ekonomi dalam perspektif Tauhid dengan ekonomi


dalam kerangka pemikiran dan worldview bukan Islam. Dalam kerangka dan
perspektif bukan Islam, manusia menjadi hamba ekonomi seolah-olah ekonomi
itu adalah tuhan yang dijadikan matlamat untuk kehidupan di dunia.

Menurut Mohd Sulaiman Haji Yasin (1987), dalam buku Pengantar Aqidah,
metodologi asas dalam pembentukan sistem ekonomi ialah kesedaran yang
mendalam dan bermakna bahawa yang mencipta itulah yang mengetahui
hakikat yang diciptanya. Ini termasuklah dalam soal pemberian hidayah dan
anugerah kemakmuran. Mesej ini mengisyaratkan bahawa sesiapa yang
mengikut hidayat Allah maka dia tidak akan sesat, susah dan sengsara dalam
menjalankan kegiatan ekonomi. Kenyataan ini dapat kita fahami dengan jelas
apabila kita perhatikan firman Allah S.W.T berikut melalui surah al-Hadid ayat
331 ayat 25:

tΠθà)u‹Ï9 šχ#u”Ïϑø9$#uρ |=≈tGÅ3ø9$# ÞΟßγyètΒ $uΖø9t“Ρr&uρ ÏM≈uΖÉit7ø9$$Î/ $oΨn=ߙ①$uΖù=y™ö‘r& ô‰s)s9

ª!$# zΝn=÷èu‹Ï9uρ Ĩ$¨Ζ=Ï9 ßìÏ≈oΨtΒuρ Ó‰ƒÏ‰x© Ó¨ù't/ ÏμŠÏù y‰ƒÏ‰ptø:$# $uΖø9t“Ρr&uρ ( ÅÝó¡É)ø9$$Î/ â¨$¨Ψ9$#

∩⊄∈∪ Ö“ƒÌ“tã ;“Èθs% ©!$# ¨βÎ) 4 Í=ø‹tóø9$$Î/ …ã&s#ß™â‘uρ …çνçÝÇΖtƒ ⎯tΒ


Maksudnya:
„Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan
membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah
menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi
neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah
menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta
berbagai faedah lagi bagi manusia (dijadikan besi dengan keadaan yang
demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan
mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang
(menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan
agama Allah serta menolong Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak
kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa‰.

Berdasarkan ayat tersebut, kita boleh memahami mesej yang disampaikan


sebagaimana dijelaskan di dalam Jadual 4.1:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

Jadual 4.1: Antara Mesej yang Disampaikan Melalui


Surah Al-Quran berkaitan Kegiatan Ekonomi

Surah Penerangan
Allah S.W.T menurunkan besi dalam konteks Dia
y‰ƒÏ‰ptø:$# $uΖø9t“Ρr&uρ telah menyediakan di bumi suatu bahan galian yang
sangat penting dalam pembangunan sektor
pembuatan, pembinaan dan perindustrian.

Allah S.W.T menyatakan kepentingan bahan galian


Ĩ$¨Ζ=Ï9 ßìÏ≈oΨtΒuρ Ó‰ƒÏ‰x© Ó¨ù't/ ÏμŠÏù besi dalam dua bentuk, iaitu mempunyai kekuatan
yang hebat dan mempunyai banyak faedah kepada
manusia. Kepentingan pertama bermaksud kekuatan
dari sudut persenjataan yang diperlukan dalam
keselamatan ketenteraan bagi memastikan keamanan
dan mengawal ancaman musuh.

Kepentingan kedua merujuk kepada keperluan


negara untuk pembangunan dan ketamadunan
manusia.

Allah S.W.T menyatakan dan mengisytiharkan hakikat


Ö“ƒÌ“tã ;“Èθs% ©!$# ¨βÎ) dan sifat-Nya, iaitu Maha Kuat dan Maha Berkuasa.
Kenyataan itu mengisyaratkan bahawa anugerah yang
diberikan oleh Allah S.W.T dalam membangunkan
ekonomi melalui sumber tertentu tidak akan berjaya
sekiranya manusia tidak menyandarkan kepada
Pencipta dan Pemberi rezeki yang memiliki sifat
perkasa dan amat berkuasa. Keupayaan manusia
hanyalah terbatas untuk memakmurkan bumi melalui
aktiviti ekonomi tetapi rahmat Allah S.W.T yang
menciptakan sumber ekonomi dan menganugerahkan
nikmat kemakmuran ekonomi itulah yang paling
penting.

Di samping itu, Mohd Sulaiman Haji Yassin (1987), turut mengemukakan asas-
asas Tauhid dalam sistem ekonomi yang mudah difahami supaya kita boleh
melihat kesan Tauhid dalam kehidupan insan terutama dalam konteks aktiviti
ekonomi. Antara asas tersebut ialah seperti berikut:

(a) Bumi diciptakan oleh Allah S.W.T untuk kegunaan dan manfaat manusia.
(b) Manusia ialah khalifah Allah di atas muka bumi yang ditugaskan untuk
memakmurkan dan mentadbir bumi mengikut landasan yang ditetapkan
oleh Allah S.W.T.

(c) Keperluan dan sumber yang disediakan adalah untuk manusia sebagai
khalifah untuk diuruskan dengan sebaik mungkin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  71

(d) Kuasa mutlak adalah milik Allah S.W.T kerana Allah S.W.T adalah pemilik
hakiki.
(e) Hak orang lain dalam harta kekayaan, Ini kerana manusia hanya diberi
amanah untuk menguruskannya dengan baik.
(f) Bekerja dan berusaha melaksanakan perintah Allah S.W.T dalam segala
kegiatan supaya keterikatan dan kebergantungan hanya kepada-Nya.
(g) Harta kekayaan hanyalah alat perantaraan untuk melakukan ketaatan
kepada Allah S.W.T dan bukannya sebagai matlamat yang utama.
(h) Harta kekayaan merupakan ujian Allah S.W.T kepada manusia sama ada
manusia boleh mensyukuri nikmat tersebut atau sebaliknya.

4.2.2 Tauhid dan Pendidikan


Sekarang, kita lihat pula kesan Tauhid terhadap bidang pendidikan. Konsep
pendidikan yang berteraskan Tauhid juga berkait rapat dengan konsep ilmu
dalam pandangan Islam. Walau bagaimanapun, kita tidak akan membincangkan
aspek ilmu dalam topik ini tetapi dalam topik yang akan datang.

Dalam ajaran Islam, manusia menduduki kedudukan yang mulia dalam senarai
penciptaan mahkluk Allah S.W.T. Manusia adalah khalifah dan hamba Allah
S.W.T. Perbincangan tentang pandangan Islam terhadap manusia akan dibuat
dalam topik yang akan datang. Matlamat asas pendidikan ialah pembangunan
individu supaya keupayaan intelektual, fizikal dan kedalaman rohani akan
membolehkan insan melaksanakan peranannya sebagai khalifah dan hamba
Allah S.W.T. Untuk melihat kaitan antara peranan manusia dalam kerangka
Tauhid dan hubungannya dengan pendidikan, mari kita lihat rumusan
Persidangan Sedunia yang Pertama mengenai Pendidikan Islam yang diadakan
di Makkah pada tahun 1977. Menurut Persidangan yang dihadiri oleh sejumlah
313 orang para sarjana Islam dari seluruh pelosok dunia itu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

Rajah 4.1: Rumusan persidangan sedunia yang pertama mengenai Pendidikan Islam
Sumber: Wan Mohd Nor Wan Daud (1994)

Melalui kenyataan di atas, cuba kita lihat analisa yang dilakukan oleh Wan Mohd
Nor Wan Daud (1994), untuk kita memahami kesan Tauhid terhadap pendidikan.
Beliau mengkelompokkan analisa tersebut kepada beberapa aspek seperti
kerohanian (afektif), intelektual (kognitif) dan ketrampilan psikomotor (rujuk
Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Tiga aspek tauhid dalam pendidikan

Sekarang, mari kita lihat aspek-aspek tersebut satu persatu.

(a) Kerohanian (Afektif)


Antara objektif pendidikan dalam Islam ialah untuk memupuk dan
menyemai:

(i) Kesedaran akan kemurahan dan kekuasaan Allah S.W.T yang sejagat
sifatnya dalam pemikiran dan tindakan.

(ii) Kesedaran akan status dan matlamat akhir insan di dunia dan
hubungannya dengan Allah S.W.T, alam tabii dan sesama insan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  73

(iii) Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan Islam.

(iv) Kesabaran dalam menghadapi ujian-ujian ketika berusaha mencapai


matlamat yang ditetapkan dalam Islam.

(v) Keinginan, keberanian dan bertanggungjawab dalam mencari,


menyatakan dan mempertahankan sesuatu kebenaran dan keadilan.

(vi) Kebencian terhadap kezaliman dan kejahilan dan bertekad untuk


membetulkannya secara bijaksana dan tepat.

(b) Intelektual (Kognitif)


Antara objektif dalam bidang ini bertujuan untuk:

(i) Memiliki ilmu pengetahuan dan pemahaman yang tepat serta benar
tentang semua bentuk worldview dalam Islam.

(ii) Memahami semua aspek syariah Islamiah.

(iii) Berilmu dan menganalisis aliran-aliran serta keperluan suasana


sejarah yang ada yang meliputi aspek-aspek seperti ritual, kehakiman,
ekonomi, sosiopolitik dan ketenteraan.

(iv) Aplikasi idea dan ideal tentang Islam kepada keadaan sejarah dalam
bidang individu dan masyarakat.

(c) Ketrampilan Psikomotor


Antara objektif dalam bidang ini ialah untuk:

(i) Menumpukan semua amalan demi mencari keredhaan Allah S.W.T


melalui rumusan lisan dan tujuan psikologi atau niat.

(ii) Berupaya membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran.

(iii) Menunaikan semua kewajipan yang difardhukan sama ada dalam


bentuk fardhu ain mahupun fardhu kifayah.

AKTIVITI 4.2

1. Bincangkan dengan rakan anda, kesan Tauhid terhadap bidang politik.

2. Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari sudut kesan Tauhid


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
dan institut pengajian tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA

 Persoalan Tauhid adalah suatu yang fundamental dalam ajaran Islam yang
menentukan asas tasawwur yang jelas kepada penganutnya.

 Penyaksian yang benar dan bermakna terhadap keEsaan Allah S.W.T


memberikan kesan yang positif dalam kehidupan orang Islam.

 Wahyu merupakan sumber yang berautoriti dalam menyatakan dan


membincangkan hakikat dan sifat Allah S.W.T kerana ia dinyatakan sendiri
Allah S.W.T melalui Pesuruhnya, Nabi Muhammad S.A.W.

 Pemahaman yang jelas, benar dan bermakna tentang konsep Tauhid akan
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap amalan dan kegiatan insan di
dunia yang akhirnya membuahkan natijah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Hakikat dan sifat Ketuhanan Tauhid


Syahadah Tauhid dan kehidupan insan
Tanzil dan wahyu

Abdelaziz Berghout (Ed.). (2009). Introduction to the Islamic worldview: Study of


selected essentials. Gombak: IIUM Press.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Abdul Majid Aziz Al-Zindani. (2004). Kitab al-Tawhid (Terjemahan). Kuala


Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA  75

Isma`il Raji Al-Faruqi. (1995). Al-Tawhid: Its implications for thought and life.
Cetakan ke-3. Herndon, Virginia, USA: International Institute of Islamic
Thought.

Mohd. Sulaiman Haji Yasin. (1987). Pengantar aqidah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep ilmu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf Al-Qaradawi. (2010). Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami


(Terjemahan: Mohamad Dahlan Haji Arshad). Kuala Lumpur: BLUE-T
Publication Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
5 Islam tentang
Alam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep alam menurut pandangan Islam;
2. Menerangkan jenis-jenis alam yang dilalui oleh insan; dan
3. Menghuraikan konsep istikhlaf dalam alam syahadah/nyata.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan pandangan Islam tentang alam. Ini
termasuklah perbincangan tentang jenis-jenis alam yang dilalui oleh insan iaitu
alam roh, alam syahadah, alam barzakh dan alam akhirat yang kekal abadi. Di
samping itu kita juga akan membahaskan konsep istikhlaf dalam alam syahadah
atau alam nyata.

5.1 KONSEP ALAM MENURUT PANDANGAN


ISLAM
Perbincangan tentang alam ini amat penting untuk melihat siri-siri perjalanan
seorang insan daripada noktah permulaannya sehingga menuju ke destinasi yang
kekal abadi. Faham tentang alam dengan erti kata yang sebenar menjadikan
insan memahami matlamat kejadian dan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kefahaman yang jelas tentang alam amat penting bagi membezakan tasawwur
atau worldview yang benar dengan kefahaman tentang alam yang dianuti oleh
tasawwur atau worldview Barat. Jika ini tidak difahami dengan betul dan tepat,
maka kita dapati berlakunya kepincangan dalam mengurus dan mentadbir alam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  77

ini. Oleh kerana itulah Islam memulakan kehidupan seseorang insan dengan
alam arwah, alam rahim, alam nyata, alam barzakh dan diakhiri dengan alam
akhirat. Sementara Barat hanya melihat kepada alam rahim dan alam nyata
sahaja. Maknanya, dengan kematian, bagi mereka, maka berakhirlah
penghidupan seseorang manusia. Tiada yang dikenali sebagai pembalasan yang
hakiki. Tiada kaitan antara kehidupan di alam nyata dengan alam akhirat.
Manusia boleh sesuka hati melakukan apa yang difikirkan sesuai dengan akal
mereka. Inilah antara faham sekularisme yang melanda pemikiran kebanyakan
orang. Sebab itulah ada orang yang melakukan maksiat dan kejahatan di dunia
dengan maksud ia akan berakhir di dunia tanpa ada pembalasan di alam akhirat
sebagaimana yang difahami dalam kerangka tasawwur dan worldview Islam.

Kematian bukanlah persinggahan terakhir seseorang insan. Kematian juga bukan


merupakan fasa terakhir dalam peringkat kewujudan insan. Ia merupakan
penghijrahan daripada satu fasa kepada satu fasa baharu dalam kehidupan yang
lain. Pada masa itulah insan menerima balasan dan ganjaran yang sebenar
terhadap segala perbuatan yang dilakukan sebelum ini.

Justeru, perbincangan tentang alam ini secara umumnya terbahagi kepada dua,
iaitu:

(a) Fenomena yang nyata seperti yang terbentang di alam nyata dan alam
semesta. Ini termasuklah makhluk yang menghuni bumi. Oleh itu
perbincangan dalam tajuk ini akan melihat penghidupan manusia di alam
nyata atau alam syahadah.

(b) Sesuatu yang berada di luar jangkauan persepsi manusia. Ini dipanggil juga
sebagai perkara ghaybiyyat. Ini termasuklah makhluk yang bernama jin
dan malaikat, peristiwa-peristiwa lampau sebagaimana kisah para nabi dan
rasul terdahulu serta realiti alam yang selain alam nyata.

5.1.1 Alam Arwah/Roh


Perbincangan tentang alam arwah/roh ini berkait rapat dengan sesuatu yang
berlaku sebelum kejadian insan di alam secara biologi. Pada ketika itu, yang
dinamakan kewujudan tidak tergambar dan tidak mengetahui sama ada
seseorang itu boleh berwujud sebagaimana sekarang. Pada ketika itu
kebergantungan kepada Allah S.W.T sangat kuat sehingga dapat menyaksikan
ketauhidan-Nya tanpa berbelah bahagi. Inilah yang dijelaskan oleh Allah S.W.T
dalam surah al-A`raf ayat 172 sebagaimana berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

öΝÍκŦàΡr& #’n?tã öΝèδy‰pκô−r&uρ öΝåκtJ−ƒÍh‘èŒ óΟÏδÍ‘θßγàß ⎯ÏΒ tΠyŠ#u™ û©Í_t/ .⎯ÏΒ y7•/u‘ x‹s{r& øŒÎ)uρ

ô⎯tã $¨Ζà2 $¯ΡÎ) Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθƒt (#θä9θà)s? χr& ¡ !$tΡô‰Îγx© ¡ 4’n?t/ (#θä9$s% ( öΝä3În/tÎ/ àMó¡s9r&

∩⊇∠⊄∪ t⎦,Î#Ï≈xî #x‹≈yδ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-
anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firman-
Nya): „Bukankah Aku Tuhan kamu?‰ mereka semua menjawab: „Benar
(Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi‰. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: „Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini‰.

Justeru, peringatan tentang kehidupan di alam seterusnya, iaitu di alam


syahadah, alam barzakh dan alam akhirat amat penting untuk memberitahu
insan tentang penyaksian yang pernah dilafazkan ketika berada di alam arwah.

Penyaksian dan pengucapan kalimah tauhid di peringkat itu juga merujuk


kepada konsep fitrah dalam kejadian insan. Sebab itulah setiap bayi yang
dilahirkan berada dalam keadaan fitrah sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Ini juga disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-Rum
ayat 30:

Ÿ≅ƒÏ‰ö7s? Ÿω 4 $pκön=tæ }¨$¨Ζ9$# tsÜsù ©ÉL©9$# «!$# |NtôÜÏù 4 $Z‹ÏΖym È⎦⎪Ïe$#Ï9 y7yγô_uρ óΟÏ%r'sù

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=ôètƒ Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r&  ∅Å3≈s9uρ ÞΟÍhŠs)ø9$# Ú⎥⎪Ïe$!$# šÏ9≡sŒ 4 «!$# È,ù=y⇐Ï9

Maksudnya:
„(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya;
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama
yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  79

5.1.2 Alam Syahadah/Nyata


Kehidupan di alam syahadah atau nyata adalah bersifat sementara. Kehidupan di
dunia sementara ini adalah untuk beramal. Sebab itulah alam syahadah ini juga
dikenali sebagai tempat beramal. Kita dituntut beramal dalam tempoh masa
tertentu mengikut matlamat kejadian kita sebagaimana ayat 56 dalam surah al-
Dhariyat, iaitu untuk mengabdikan atau beribadah kepada Allah S.W.T. Cuba
kita baca dan renungkan ayat 44-45 surah Fatir berikut bagi menjelaskan perkara
yang kita sedang bincangkan ini:

(#þθçΡ%x.uρ öΝÎγÎ=ö6s% ⎯ÏΒ t⎦⎪Ï%©!$# èπt7É)≈tã tβ%x. y#ø‹x. (#ρãÝàΨu‹sù ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρçÅ¡o„ óΟs9ρu r&

’Îû Ÿωρu ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû &™ó©«


x ⎯ÏΒ …çνt“Éf÷èãŠÏ9 ª!$# šχ%x. $tΒuρ 4 Zο§θè% öΝåκ÷]ÏΒ £‰x©r&

(#θç7|¡Ÿ2 $yϑÎ/ }¨$¨Ψ9$# ª!$# ä‹Åz#xσム∩⊆⊆∪ öθs9uρ #\ƒÏ‰s% $VϑŠÎ=tã šχ%x. …çμ¯ΡÎ) 4 ÇÚö‘F{$#

#sŒÎ*sù ( ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) öΝèδã½jzxσム⎯Å6≈s9uρ 7π−/!#yŠ ⎯ÏΒ $yδÌôγsß 4’n?tã š‚t s? $tΒ

∩⊆∈∪ #MÅÁt/ ⎯ÍνÏŠ$t6ÏèÎ/ tβ%x. ©!$#  χÎ*sù öΝßγè=y_r& u™!$y_


Maksudnya:
„(dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu
telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana
kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka, sedang orang-
orang itu lebih kuat-daripada mereka? dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan
Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit
atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. Dan
kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka
disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak
membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi
(Dia tidak bertindak dengan serta-merta, bahkan) ia memberi tempoh kepada
mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh
mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana
sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambanya‰.

Tempoh yang ditentukan kepada kita semakin berkurangan dari sehari ke sehari.
Ertinya kita semakin menghampiri garisan penamat destinasi kita yang
sebenarnya. Justeru kehidupan kita sesudah itu telah digambarkan oleh Allah
S.W.T menerusi ayat 45 surah Yunus sebagaimana berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

uÅ£yz ô‰s% 4 öΝæηuΖ÷t/ tβθèùu‘$yètGtƒ Í‘$pκ¨]9$# z⎯ÏiΒ Zπtã$y™ ωÎ) (#þθèV6t ù=tƒ óΟ©9 βr(x. öΝèδçà³øts† tΠöθtƒuρ

∩⊆∈∪ t⎦⎪ωtGôγãΒ (#θçΡ%x. $tΒuρ «!$# Ï™!$s)Î=Î/ (#θç/¤‹x. t⎦⎪Ï%©!$#


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak),
dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia
melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-
kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah
mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak
mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)‰.

Secara umumnya apabila kita membincangkan sesuatu yang dinamakan sebagai


syahadah, ia merujuk kepada kejadian Allah S.W.T yang nyata. Ini termasuklah
langit dan bumi atau segala fenomena yang nyata dengan erti segala apa yang
dapat diperhatikan dan disaksikan kewujudannya dalam kosmos.

Apabila kita merujuk al-Quran kita dapati konsep alam dinyatakan dengan
ungkapan „langit dan bumi dan segala apa di antara kedua-duanya‰. Ini dapat
kita telusuri menerusi ayat-ayat al-Quran berikut, iaitu surah Maryam ayat 65,
surah al-Rum, ayat 8 dan surah al-Zumar, ayat 5:

ÞΟn=÷ès? ö≅yδ 4 ⎯ÏμÏ?y‰≈t6ÏèÏ9 ÷É9sÜô¹$#uρ çνô‰ç7ôã$$sù $yϑåκs]÷/t $tΒuρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# >§‘

∩∉∈∪ $wŠÏϑy™ …çμs9


Maksudnya:
„Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada
antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan
tekun tetap dalam beribadat kepadanya; Adakah engkau mengetahui sesiapa
pun yang senama dan sebanding dengan-Nya?‰.

ωÎ) !$yϑåκs]øŠt/ $tΒuρ uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ª!$# t,n=y{ $¨Β 3 ΝÍκŦàΡr& þ’Îû (#ρã©3xtGtƒ öΝs9uρr&

∩∇∪ tβρãÏ≈s3s9 öΝÎγÎn/u‘ Ç›!$s)Î=Î/ Ĩ$¨Ζ9$# z⎯ÏiΒ #ZÏVx. ¨βÎ)uρ 3 ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r&uρ Èd,ysø9$$Î/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  81

Maksudnya:
„Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan
tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui),
bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara
keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada
masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)?
dan sebenarnya banyak antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan
pertemuan dengan Tuhannya‰.

†n?tã u‘$yγ¨Ψ9$# â‘Èhθ3


s ãƒuρ Í‘$pκ¨]9$# ’n?tã Ÿ≅øŠ©9$# â‘Èhθ3
s ム( Èd,ysø9$$Î/ uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{

Ⓝ͓yèø9$# uθèδ Ÿω&r 3 ‘‡Κ|¡•Β 9≅y_L{ “Ìøgs† @≅à2 ( tyϑs)ø9$#uρ }§ôϑ¤±9$# t¤‚y™uρ ( È≅øŠ©9$#

∩∈∪ ã≈¤tóø9$#
Maksudnya:
„Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang
sebenar; Dia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan
menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Dia menjadikan
matahari dan bulan beredar menurut perintah-Nya, - tiap-tiap satu dari
keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia-lah
yang Maha Kuasa, lagi yang sentiasa Mengampuni‰.

Justeru, apabila kita membicarakan tentang alam syahadah ini bukan kita mahu
membincangkan proses kejadian alam termasuk isinya. Apa yang lebih penting
ialah falsafah kejadian di alam syahadah ini. Dengan mengambil contoh insan
yang menghuni bumi di alam syahadah ini dijadikan bukan untuk permainan
tetapi kerana matlamat yang tertentu iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T. Begitu juga dengan kejadian insan itu bukanlah berasaskan matlamat
terakhirnya dan tidak mempunyai nilai kerohanian dalam erti kata yang sebenar.
Walaupun isi bumi yang lain dijadikan untuk kegunaan insan dari aspek fizikal,
tetapi yang lebih penting ia adalah untuk mempertingkatkan nilai dan kualiti
kerohanian insan itu sendiri.

Justeru dalam al-Quran dipaparkan beberapa peringatan untuk insan yang


menghuni alam syahadah supaya mereka tidak lari dan lupa daripada matlamat
asal kejadian mereka dan perjanjian mereka ketika berada di alam roh dahulu,
antaranya ialah:

(a) Mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan kepadanya sama ada


dalam bentuk kebendaan mahupun kerohanian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

(b) Bertakwa kepada Allah S.W.T.


(c) Beriman dengan Allah S.W.T yang selalunya digandingkan dengan
beriman dengan hari akhirat. Ini merupakan satu isyarat bahawa keimanan
kepada Allah S.W.T. Dengan melakukan segala ketaatan dan meninggalkan
segala larangan-nya merupakan satu persediaan bagi menghadapi alam
akhirat. Justeru gabungan antara keduanya itu merupakan satu tasawwur
yang amat penting bagi menunjukkan bahawa kehidupan di alam syahadah
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan alam akhirat. Ini juga
mengisyaratkan kepada insan bahawa perspektif yang benar dan tepat
amat perlu kepada keseluruhan hidup insan. Di sinilah letaknya faham
tanggungjawab dan kebertanggungjawapan terhadap hak-hak yang
melatari penghidupan insan di alam syahadah yang akan dipersembahkan
di alam akhirat untuk mendapat balasan yang setimpal.

5.1.3 Alam Barzakh


Kematian pasti menjemput sesiapa yang bernyawa. Inilah yang dijanjikan oleh
Allah S.W.T dalam firman-Nya dalam surah Ali `Imran ayat 185:

yyÌ“ômã— ⎯yϑsù ( Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ öΝà2u‘θã_é& šχöθ©ùuθè? $yϑ¯ΡÎ)uρ 3 ÏNöθpRùQ$# èπs)Í←!#sŒ <§øtΡ ‘≅ä.

∩⊇∇∈∪ Í‘ρãäóø9$# ßì≈tFtΒ ωÎ) !$u‹÷Ρ‘$!$# äο4θuŠy⇔ø9$# $tΒuρ 3 y—$sù ô‰s)sù sπ¨Ψyfø9$# Ÿ≅Åz÷Šé&uρ Í‘$¨Ψ9$# Ç⎯tã

Maksudnya:
„Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari
kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah
berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya‰.

Alam kematian adalah termasuk dalam perkara yang bersifat ghaybiyyat yang
tidak boleh diterangkan melalui pancaindera dan akal manusia yang sangat
terbatas untuk mengetahuinya. Ia juga tidak boleh diterangkan melalui
pengalaman seseorang. Ini kerana seseorang yang sudah mengalami kematian
tidak dapat berhubung dengan orang yang masih hidup. Tambahan pula,
seseorang berpisah rohnya daripada jasadnya, dia berpindah dari alam nyata ke
suatu alam yang dikenali sebagai alam barzakh sebelum menuju ke alam yang
kekal abadi iaitu alam akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  83

Persoalannya, apakah yang dikatakan sebagai alam barzakh? Apakah yang


berlaku di alam tersebut? Apakah ada kehidupan di alam barzakh? Dengan kata
lain, kita perlu tahu bahawa apabila seseorang meninggal dunia, maka sudah
berakhirlah kehidupannya.

Secara umum, barzakh adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud


penghalang, penghadang atau pemisah antara dua benda. Maksud bagi kalimah
ini ditunjukkan dalam al-Quran melalui surah al-Rahman ayat 19-20:

∩⊄⊃∪ Èβ$u‹Éóö7tƒ ω Óˆy—öt/ ∩⊇®∪ $yϑåκs]÷t/ Èβ$u‹É)tGù=tƒ Ç⎯÷ƒt óst7ø9$# ylttΒ

Maksudnya:
„Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya
pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-
masing tidak melampaui sempadannya‰.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Furqan ayat 53:

Ÿ≅yèy_uρ Ól%y`é& ìxù=ÏΒ #x‹≈yδuρ ÔN#tèù Ò>õ‹tã #x‹≈yδ Ç⎯÷ƒtóst7ø9$# ylttΒ “Ï%©!$# uθèδuρ *

∩∈⊂∪ #Y‘θàføt¤Χ #\ôfÏmuρ %Y{y—öt/ $yϑåκs]÷t/


Maksudnya:
„Dan Dia-lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu
tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia
menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat
percampuran keduanya‰.
Sementara itu menurut Mustafa Sa`id al-Khin dan Muhy al-Din Dib (2003), dalam
kitab al-`Aqidah al-Islamiyyah: Arkanuha-HaqaÊiquha-Mufsidatuha, menyebutkan
bahawa barzakh ialah suatu alam antara kematian dan hari kiamat ataupun alam
di antara dunia dan akhirat. Orang yang berada di alam barzakh tidak berada di
alam nyata di dunia di mana dia boleh makan, minum dan membuat kegiatan
fizikal yang lain; dan bukan juga berada di alam akhirat di mana dia akan dibalas
bagi setiap amalan yang dilakukan ketika berada di dunia sama ada mendapat
balasan syurga atau neraka. Keadaan alam barzakh diterangkan oleh Allah S.W.T
dalam al-Quran melalui surah al-MuÊminun ayat 99-100:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

$yϑŠÏù $[sÎ=≈|¹ ã≅yϑôãr& ∩®®∪ þ’Ìj?yès9 ÈβθãèÅ_ö‘$# Éb>u‘ tΑ$s% ßNöθyϑø9$# ãΝèδy‰tnr& u™!%y` #sŒÎ) #©¨Lym

∩⊇⊃ ∪ tβθèWyèö7ムÏΘöθtƒ 4’n<Î) îˆy—öt/ ΝÎγÍ←!#u‘uρ ⎯ÏΒuρ ( $yγè=Í←!$s% uθèδ îπyϑÎ=x. $yγ¯ΡÎ) 4 Hξx. 4 àMø.ts?

Maksudnya:
„Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada
salah seorang antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah
aku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh
dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapannya ada alam barzakh (yang dia tinggal tetap
padanya) hingga hari dia dibangkitkan semula (pada hari kiamat)‰.
Kehidupan di alam barzakh berbeza dengan kehidupan di alam syahadah atau
alam nyata. Kita tidak mampu menyelami dan memahami hakikat alam tersebut
dengan menggunakan pendekatan saintifik kerana ia merupakan perkara
ghaybiyyat yang hanya dapat dijelaskan menerusi wahyu. Di samping itu,
terdapat penghalang di antara alam syahadah dengan alam barzakh sebagaimana
terdapat penghalang di antara alam syahadah dengan alam roh dan alam rahim.

Ada tiga perkara dalam perbincangan tentang alam barzakh, iaitu:

(a) Himpitan lubang kubur;


(b) Soalan dua malaikat; dan
(c) Azab dan nikmat kubur.

Apabila seseorang dikebumikan dan dimasukkan ke dalam lubang kubur, maka


manusia yang masih hidup tidak akan mengetahui hakikat sebenar keadaannya
melainkan Allah S.W.T sahaja yang mengetahui tentang betapa sempitnya
lubang kubur. Setiap yang menempuh kematian tidak akan terlepas daripada
merasainya sama ada dia seorang mukmin atau kafir, soleh atau jahat. Bezanya,
penyempitan yang dialami oleh orang yang beriman berlaku tidak lama
sebagaimana yang dialami oleh orang yang tidak beriman. Hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bayhaqi daripada `AÊisyah r.a bahawa Nabi S.A.W
bersabda, maksudnya: „Sesungguhnya setiap kubur memiliki tekanan atau
himpitan. Seandainya seseorang selamat darinya, pastilah SaÊad bin Mu`adh
akan selamat daripadanya‰. Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa Sa`ad bin
Mu`adh ialah pemimpin kaum Ansar yang mati syahid dalam peperangan
Khandaq. Cuba kita bayangkan orang yang sehebat Sa`ad bin Mu`adh pun
mengalami himpitan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W
inikan pula orang lain.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  85

Dalam pada itu, apabila seseorang sudah dikebumikan di dalam kuburnya, Allah
S.W.T akan menghadirkan kepadanya dua malaikat (iaitu Munkar dan Nakir)
untuk bertanya kepadanya soalan-soalan tentang Allah S.W.T, Rasul-Nya,
adakah dia beriman dengan keduanya atau sebaliknya. Berdasarkan pandangan
ahli sunnah wa al-Jama`ah, soalan dua malaikat itu pasti ada kepada seluruh
manusia yang mukallaf sama ada Muslim atau kafir. Ini kerana soalan itu adalah
hasil pertanggungjawabannya ketika hidup di dunia. Sebab itulah orang yang
belum mukallaf seperti kanak-kanak, janin dan orang yang tidak sampai seruan
dakwah Islam kepadanya terlepas daripada soalan dua malaikat. Kenyataan ini
berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim ayat 27 berikut:

( Íοt ÅzFψ$# †Îûuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠptø:$# ’Îû ÏMÎ/$¨V9$# ÉΑöθs)ø9$$Î/ (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# ª!$# àMÎm6sVãƒ

∩⊄∠∪ â™!$t±tƒ $tΒ ª!$# ã≅yèøtƒuρ 4 š⎥⎫ÏϑÎ=≈©à9$# ª!$# ‘≅ÅÒãƒuρ


Maksudnya:
„Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang
tetap teguh Dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-
orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa
melakukan apa yang dikehendaki-Nya‰.
Menurut al-BarraÊ bin `Azib r.a bahawa ayat tersebut diturunkan menceritakan
tentang azab kubur. Si mati akan disoal di dalam kubur tentang siapakah
Tuhanmu? Dia menjawab: Allah Tuhanku, Nabi Muhammad S.A.W Nabiku.

Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud): jika seorang manusia
telah diletakkan di dalam kubur dan orang-orang (yang mengiringinya ke tanah
perkuburan) telah meninggalkannya dan dia dapat mendengar bunyi tapak kasut
mereka, pada ketika itulah dua malaikat datang kepadanya dan duduk di
hadapannya dan bertanya soalan kepadanya: Apa yang engkau katakan tentang
lelaki yang bernama Muhammad? Jika dia adalah orang beriman, dia akan
menjawab: Aku menyaksikan bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.
Dikatakan kepadanya: Lihatlah tempatmu dahulu di neraka, sekarang Allah
menggantikannya dengan syurga. Maka dia pun melihat kedua-kedua tempat
tersebut. Adapun orang munafik dan kafir, ditanya kepadanya: Apa yang engkau
katakan tentang lelaki ini? Dia menjawab: Aku tidak tahu. Aku hanya
mengatakan tentangnya apa yang orang lain katakan tentangnya. Dikatakan
kepadanya: Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu membaca al-Quran? Lalu
hamba tersebut pun dipukul dengan palu dari besi. Dia menjerit dengan jeritan
yang kuat sehingga jeritannya didengari oleh sesiapa yang ada di sekelilingnya
selain jin dan manusia‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

Dalam keterangan di atas, kita dapati ada perkara penting yang ditimbulkan iaitu
tentang soalan daripada dua malaikat. Soalan yang ditanya itu adalah soalan
yang dikemukakan kepada seseorang yang berada di alam barzakh, iaitu tempat
persinggahan sebelum dibangkitkan di alam akhirat. Tidak timbul sama ada
soalan itu ditanya di dalam tanah perkuburan atau di mana-mana sahaja
dikebumikan hatta di dasar lautan sekalipun. Walau bagaimanapun, kita sering
mengaitkan alam barzakh itu dengan alam kubur memandangkan ramai orang
yang meninggal dunia dikebumikan di tanah perkuburan.

Perkara ketiga yang menjadi perbincangan penting dalam alam barzakh ialah
tentang azab dan nikmat kubur. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat
pembalasan daripada Allah S.W.T (al-JazaÊ al-Rabbani) kepada seseorang sama
ada ganjaran yang baik atau sebaliknya. Keterangan ini boleh kita teliti di dalam
ayat 45-46 daripada surah Ghafir berikut:

∩⊆∈∪ â‘$¨Ψ9$# É>#x‹yèø9$# â™þθß™ tβöθtãöÏù ÉΑ$t↔Î/ s−%tnuρ ( (#ρãx6tΒ $tΒ ÅV$t↔ÍhŠy™ ª!$# çμ9s%uθùs

šχöθã
t öÏù tΑ#u™ (#þθè=Åz÷Šr& èπtã$¡¡9$# ãΠθà)s? tΠöθtƒuρ ( $|‹Ï±tãuρ #xρ߉äî $pκön=tæ šχθàÊt÷èãƒ

∩⊆∉∪ É>#x‹yèø9$# £‰x©r&


Maksudnya:
„(dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka dia
diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-
sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya, Mereka didedahkan
kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada
dalam alam barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada
malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa
api neraka yang seberat-beratnya!‰.
Cuba kita perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim
daripada Ibn `Umar r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda (yang
bermaksud): Sesungguhnya salah seorang daripada kamu jika meninggal dunia
dibentangkan kepadanya tempatnya (tempat pembalasannya) pagi dan petang,
jika dia ahli syurga maka dia adalah ahli syurga, dan jika dia ahli neraka maka
dia menjadi ahli neraka, maka dikatakan: ini tempat kamu sehingga Allah
membangkitkan kamu pada hari kiamat‰.

Dalam pada itu, Rasulullah S.A.W pernah lalu di hadapan dua kubur dan
mengatakan bahawa kedua-dua pemilik kubur itu sedang diazab. Salah satunya
adalah kerana ketika hidupnya dia membuang air kecil tetapi tidak bersuci
dengan sempurna dan seorang lagi suka menjaja keburukan orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  87

Kemudian Baginda S.A.W mengambil ranting pokok tamar dan dicacakkan pada
kedua-dua kubur dengan harapan boleh mengurangkan azab yang sedang
menimpa mereka berdua.

Oleh itu, azab dan nikmat di alam barzakh adalah muqaddimah kepada azab dan
nikmat di alam akhirat. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W daripada
`Uthman bin `Affan r.a.:

‫ﺇﻥ ﺍﻟﻘﱪ ﺃﻭﻝ ﻣﻨﺎﺯﻝ ﺍﻵﺧﺮﺓ ﻓﺈﻥ ﳒﺎ ﻣﻨﻪ ﺻﺎﺣﺒﻪ ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﺃﻳﺴﺮ ﻣﻨﻪ ﻭﺇﻥ ﱂ ﻳﻨﺞ‬
‫ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﺃﺷﺪ‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya kubur itu adalah tempat persinggahan pertama menuju alam
akhirat, jika pemiliknya selamat daripada azab kubur maka apa yang berlaku
selepas itu lebih mudah dan jika dia tidak selamat daripada azab kubur maka
apa yang berlaku selepas itu lebih dasyat lagi azabnya‰.
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, kita dapati bahawa kematian
seseorang bukanlah berakhir perjalanannya. Apabila dia meninggal dunia, maka
bermula kehidupan di alam lain, iaitu alam barzakh. Ia seolah-olah tempat
menunggu untuk menuju ke alam yang kekal abadi, iaitu alam akhirat.
Penghidupan di alam barzakh dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran
melalui surah Ghafir ayat 11:

⎯ÏiΒ 8lρãäz 4’n<Î) ö≅yγsù $oΨÎ/θçΡä‹Î/ $oΨøùutIôã$$sù È⎦÷⎫tFt⊥øO$# $uΖtG÷u‹ômr&uρ È⎦÷⎫tFt⊥øO$# $oΨ−FtΒr& !$uΖ−/u‘ (#θä9$s%

∩⊇⊇∪ 9≅ŠÎ6y™
Maksudnya:
„Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami
berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali,
maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. oleh itu adakah sebarang
jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?‰.

Justeru, marilah kita mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W memohon


perlindungan Allah S.W.T daripada azab kubur selepas mengerjakan solat
sebagaimana yang pernah diceritakan oleh `AÊisyah r.a:

‫ﻓﻤﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻌﺪ ﺻﻠﻰ ﺻﻼﺓ ﺇﻻ ﺗﻌﻮﺫ ﺑﺎﷲ ﻣﻦ‬
‫ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ‬
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
88  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

Maksudnya:
„Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W selepas solat melainkan Baginda
meminta perlindungan dari Allah daripada azab kubur‰.

Antara doa yang dilafazkan oleh Rasulullah S.A.W ialah sebagaimana yang
diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.:

... ‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﱐ ﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻘﱪ ﻭﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬


Maksudnya:
„Wahai Tuhan kami! Aku berlindung dengan Engkau daripada azab kubur dan
azab api neraka‰.

5.1.4 Alam Akhirat


Alam akhirat adalah destinasi manusia yang sebenar apabila hidup dan tinggal di
dunia. Penghidupan di dunia bukanlah matlamat sebenar manusia. Jika manusia
tidak melihat kepada penghidupan selepas kematiannya, maka nilai kerohanian
manusia berada di tahap yang paling rendah, menurut al-Sayyid Sabiq dalam
kitabnya al-`AqaÊid al-Islamiyyah, serendah haiwan yang hanya memenuhi
tuntutan syahwat semata-mata. Tambahan pula, manusia yang tidak mempunyai
cita-cita tentang alam akhirat, maka dia mengalami kemerosotan dan keruntuhan
rohaniah yang paling hebat yang boleh merosakkan keperibadian manusia itu
sendiri. Jika ini terjadi, maka faham tentang kehidupan yang sebenar sudah
dicemari dengan elemen sekularisme yang hanya memandang penghidupan di
dunia sahaja.

Di samping itu, kejadian manusia di dunia bukanlah sia-sia, main-main dan tidak
mempunyai sebarang nilai dalam perkiraan Allah S.W.T. Inilah yang
dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-MuÊminun ayat 115-
116:

ª!$# ∩⊇⊇∈∪ ’n?≈yètGsù tβθãèy_öè? Ÿω $uΖøŠs9Î) öΝä3¯Ρr&uρ $ZWt7tã öΝä3≈oΨø)n=yz $yϑ¯Ρ&r óΟçFö7Å¡yssùr&

∩⊇⊇∉∪ ÉΟƒÌx6ø9$# ĸöyèø9$# >u‘ uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω ( ‘,ysø9$# à7Î=yϑø9$#

Maksudnya:
„Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu?
dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  89

lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai
Arasy Yang mulia‰.

Oleh itu, perlantikan manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan dan


mentadbir bumi ini mengikut aturan Allah S.W.T diiringi dengan tuntutan
melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amanah ini akan dipertanggungjawabkan
di hadapan Allah S.W.T pada hari kiamat sebagai hari pembalasan. Firman Allah
S.W.T dalam surah al-Qiamah ayat 36:

∩⊂∉∪ “´‰ß™ x8uøIムβr& ß⎯≈|¡ΡM}$# Ü=|¡øts†&r


Maksudnya:
„Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan
tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?‰.

Alam akhirat adalah alam yang kekal abadi atau dikenali juga sebagai Dar al-
Qarar. Hari akhirat didahului dengan kemusnahan alam. Pada ketika itu, seluruh
makhluk yang masih hidup mati binasa. Di alam akhirat, seluruh makhluk akan
dibangkitkan atau dihidupkan semula. Roh akan dikembalikan ke dalam tubuh.
Pada ketika itulah setiap jiwa akan dihisab atau dihitung segala amalan mereka
sama ada yang baik atau sebaliknya. Jika kebaikan mengatasi keburukan,
balasannya adalah syurga. Jika keburukan mengatasi kebaikan, balasannya
adalah neraka.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ghafir ayat 39-40:

∩⊂®∪ ô⎯tΒ Í‘#ts)ø9$# â‘#yŠ }‘Ïδ nοt ÅzFψ$# ¨βÎ)uρ Óì≈tFtΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# äο4θu‹ysø9$# ÍνÉ‹≈yδ $yϑ¯ΡÎ) ÉΘöθs)≈tƒ

4†s\Ρé& ÷ρr& @Ÿ2sŒ ⎯ÏiΒ $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtã ô⎯tΒuρ ( $yγn=÷WÏΒ ωÎ) #“t“øgä† Ÿξsù Zπy∞ÍhŠy™ Ÿ≅Ïϑtã

∩⊆⊃∪ 5>$|¡Ïm ÎötóÎ/ $pκÏù tβθè%y—öムsπ¨Ψpgø:$# šχθè=äzô‰tƒ y7Íׯ≈s9'ρé'sù Ñ∅ÏΒ÷σãΒ uθèδuρ

Maksudnya:
„Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan
(untuk sementara waktu sahaja), dan Sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja
negeri yang kekal. "Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia
tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan
sesiapa yang mengerjakan amal soleh - daripada lelaki atau perempuan - sedang
ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga; mereka beroleh rezeki di dalam
syurga itu dengan tidak dihitung‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

Alam akhirat dikenali juga dengan tempat pembalasan. Ia merujuk kepada


tempat manusia menerima hasil dan balasan terhadap amalan yang dilakukan
sepanjang berada di alam syahadah atau alam nyata. Firman Allah S.W.T dalam
surah al-Sajadah ayat 11-12 memberikan gambaran yang jelas tentang perkara
tersebut:

∩⊇⊇∪ šχθãèy_öè? öΝä3În/u‘ 4’n<Î) ¢ΟèO öΝä3Î/ Ÿ≅Ïj.ãρ “Ï%©!$# ÏNöθϑ


y ø9$# à7n=¨Β Νä39©ùuθGt tƒ ö≅è% *

$tΡ÷|Çö/r& !$oΨ−/u‘ óΟÎγÎn/u‘ y‰ΖÏã öΝÎηÅ™ρâ™â‘ (#θÝ¡Ï.$tΡ šχθãΒÌôfßϑø9$# ÏŒÎ) #“ts? öθ9s uρ

∩⊇⊄∪ šχθãΖÏ%θãΒ $¯ΡÎ) $·sÎ=≈|¹ ö≅yϑ÷ètΡ $oΨ÷èÅ_ö‘$$sù $uΖ÷èÏϑy™uρ


Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat
maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu
akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". Dan
(sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan
hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar
dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka
kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik;
Sesungguhnya kami sekarang telah yakin‰.

Alam akhirat juga tempat di mana Allah S.W.T memperlihatkan keadilan-Nya


terhadap perbuatan manusia yang dilakukan ketika hidup di alam syahadah.
Allah S.W.T Yang Maha Adil telah mencipta manusia dengan segala sifat yang
ada pada manusia termasuklah sukakan keadilan. Jika manusia pun sukakan
sesuatu yang bernama keadilan, maka Allah S.W.T yang menciptakan keadilan
itu adalah Tuhan Yang Maha Sempurna Keadilan-Nya. Begitu juga pada sisi
pandang keadilan manusia, dia tidak boleh menerima tindakan menyamakan
antara orang yang melakukan kezaliman dan orang yang dizalimi, pembunuh
dengan orang yang dibunuh, orang yang melakukan ketaatan dengan orang
yang melakukan perkara mungkar dan maksiat. Jika begitu neraca keadilan yang
ada pada manusia, lebih-lebih lagi keadilan Ilahi mengatasi segala-galanya.
Sebab itulah keadilan Ilahi juga tidak dapat menyamakan antara orang yang
melakukan ketaatan terhadap perintah-Nya dengan orang yang melanggar
arahan-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  91

AKTIVITI 5.1

1. Apakah kepentingan perbincangan tentang alam-alam yang


diterangkan dalam teks di atas?

2. Terangkan hubungan penghidupan insan di alam-alam yang


dibincangkan dalam teks dengan konsep sekularisme.

5.2 KONSEP ISTIKHLAF DALAM ALAM


SYAHADAH/NYATA
Kehadiran insan di dunia bukanlah untuk makan, minum, berkeluarga atau
membuat sesuka hati seperti seekor haiwan. Insan mempunyai tugas yang mulia
sesuai dengan statusnya sebagai khalifah, iaitu untuk beribadah kepada Allah
S.W.T seperti mengerjakan kebaikan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T,
mencegah kemungkaran, berpegang teguh pada ajaran Allah S.W.T serta
bersedia menempuh segala rintangan dan dugaan dengan penuh kesabaran.

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, manusia adalah khalifah


Allah S.W.T di atas muka bumi ini untuk mengimarahkan dan membangun
dunia mengikut aturan dan acuan Ilahi. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh
Allah S.W.T dalam surah Hud ayat 60:

∩∉⊇∪ ... $pκÏù óΟä.tyϑ÷ètGó™$#uρ ÇÚö‘F{$# z⎯ÏiΒ Νä.r't±Ρr& uθèδ (


Maksudnya:
„Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya...‰.

Antara aktiviti pembangunan yang perlu dilakukan oleh khalifah ini ialah
terlibat dalam kegiatan ekonomi. Ini termasuklah menggunakan segala sumber
bumi yang telah disediakan oleh Allah S.W.T untuk manfaat manusia. Konsep ini
dikenali sebagai taskhir dengan maksud menundukkan segala sumber untuk
digunakan dan dimanfaatkan untuk kehidupan manusia dan tamadunnya. Inilah
yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya dalam surah Luqman
ayat 20:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

öΝä3ø‹n=tæ xt7ó™r&uρ ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $¨Β Νä3s9 t¤‚y™ ©!$# ¨βr& (#÷ρts? óΟs9&r

“W‰èδ Ÿωρu 5Οù=Ïæ ÎötóÎ/ «!$# †Îû ãΑω≈pgä† ⎯tΒ Ä¨$¨Ζ9$# z⎯ÏΒuρ 3 ZπuΖÏÛ$t/uρ ZοtÎγ≈sß …çμyϑyèÏΡ

∩⊄⊃∪ 9ÏΖ•Β 5=≈tGÏ. Ÿωuρ


Maksudnya:
„Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?
Dalam pada itu, ada dalam kalangan manusia orang yang membantah mengenai
(sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang
petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi
kebenaran‰.

Justeru, segala kegiatan ekonomi yang mengambil kira konsep taskhir adalah
akhirnya ditujukan matlamatnya kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan
segala kehendak-Nya, membantu memperkuatkan kedaulatan agama-Nya,
sistem-Nya dan undang-undang-Nya di atas muka bumi ini. Walaupun manusia
menjalankan tugas khalifah di atas muka bumi ini, kemampuan dan kekuasaan
manusia masih lagi terbatas dan terikat dengan peraturan Ilahi. Dengan kata lain,
kekuasaan yang mutlak adalah milik Allah S.W.T walaupun segala sumber dan
isi bumi disediakan untuk manusia sebagai alat pembangunan dan kebahagiaan.
Keupayaan manusia hanyalah bersifat sementara dan hanya menjalankan
amanah Allah S.W.T sahaja. Sebagai pemegang amanah, kebebasan dan
kekuasaan yang diberikan tidak kekal sifatnya dan terikat dengan peraturan
yang ditetapkan oleh Allah. Namun begitu, apa yang dilakukan oleh manusia
masih lagi ada elemen ikhtiar dan daya usaha manusia untuk melaksanakannya
tetapi manusia perlu bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan terhadap
tindakan dan keputusan yang diambil.

Justeru, dalam konteks pemakmuran bumi melalui kegiatan ekonomi dan konsep
taskhir, kita dapati bahawa manusia berusaha untuk memiliki dan menggunakan
sumber bumi bagi kesenangannya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dalam
Islam, manusia bukanlah pemilik mutlak harta tersebut tetapi dia hanya diberi
kuasa untuk memanfaatkan harta tersebut di jalan yang diredhai oleh Allah
S.W.T. Jika manusia menyedari bahawa yang menciptakannya ialah Allah S.W.T,
maka apa yang dimilikinya adalah milik Allah S.W.T. Dia hanyalah pemegang
amanah yang diberi kuasa oleh Allah S.W.T untuk memanfaatkannya untuk
kepentingan manusia seluruhnya. Inilah yang dikenali sebagai konsep istikhlaf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  93

dalam tasawwur atau worldview Islam. Cuba kita lihat ayat-ayat al-Quran bagi
membantu kita memahami konsep yang kita perkatakan di atas:

Firman Allah S.W.T dalam surah Taha ayat 6:

∩∉∪ 3“u©Y9$# |MøtB


r $tΒuρ $yϑåκs]÷t/ $tΒuρ ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ …çμs9

Maksudnya:
„Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta
yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah di perut bumi‰.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hadid ayat 7:

(#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$$sù ( ÏμŠÏù t⎦⎫Ïn=ø⇐tGó¡•Β /ä3n=yèy_ $£ϑÏΒ (#θà)ÏΡr&uρ ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/ (#θãΖÏΒ#u™

∩∠∪ ×Î7x. Öô_r& öΝçλm; (#θà)xΡr&uρ óΟä3ΖÏΒ


Maksudnya:
„Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan
kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikan-
Nya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman antara
kamu serta mereka yang membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada
jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar‰.

Ayat-ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa seluruh harta
adalah milik mutlak Allah S.W.T. Manusia hanyalah diberi kuasa atau
mustakhlaf untuk memanfaatkannya untuk kehidupan di dunia. Manusia juga
adalah petugas yang diamanahkan untuk mengembangkan harta tersebut,
menginfakkanya, memanfaatkannya dan menggunakannya mengikut ketentuan
dan peraturan yang ditetapkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM

AKTIVITI 5.2

1. Apakah kaitan antara konsep istikhlaf dengan penghidupan insan di


alam akhirat?

2. Anda diminta menerangkan konsep alam dalam perspektif Islam


kepada kumpulan remaja yang mempunyai masalah akhlak.
Terangkan metodologi yang bersesuaian untuk situasi tersebut.

 Kefahaman tentang konsep alam amat penting bagi membentuk tasawwur


yang jelas terhadap perjalanan kehidupan insan.

 Perbincangan tentang alam boleh diteliti dan difahami melalui penyaksian


akal yang tunduk kepada wahyu dan pembenaran terhadap wahyu yang
ditanzilkan oleh Allah S.W.T.

 Perbincangan tentang alam pada sisi pandang Islam merupakan manifestasi


terhadap pemahaman tentang matlamat kewujudan insan dan perjalanannya
untuk destinasi seterusnya.

 Perbincangan tentang alam boleh menyedarkan insan tentang tanggungjawab


dan tugas sebenar mereka yang mempunyai kaitan antara satu alam dengan
alam yang lain.

Akhirat Ghaybiyyat
Alam Istikhlaf
Barzakh Syahadah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM  95

Abdelaziz Berghout (Ed.). (2009). Introduction to the Islamic Worldview: Study of


selected essentials. Gombak: IIUM Press.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Abdul Majid Aziz al-Zindani. (2004). Kitab al-Tawhid. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam.

Al-Sayyid Sabiq. (1988). Al-`AqaÊid al-Islamiyyah. Kelang: Klang Book Centre.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Muhammad Khayr al-Dira`. (t.t). `Alam al-Ghayb. Beirut: Dar al-Fikr.

Mustafa Sa`id al-Khin., & Muhy al-Din Dib. (2003). Al-`Aqidah al-Islamiyyah:
Arkanuha, HaqaÊiquha, Mufsidatuha. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep ilmu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya Murad. (2002). `Alam al-Ghayb Bayna al-Wahy wa al-`Aql. Beirut: Dar al-
Kutub al-`Ilmiyyah.

Yusuf Al-Qaradawi. (2010). Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami


(Terjemahan: Mohamad Dahlan Haji Arshad). Kuala Lumpur: BLUE-T
Publication Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
6 Islam tentang
Manusia atau
Insan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan konsep insan menurut pandangan Islam;
2. Menjelaskan hakikat kejadian insan;
3. Menerangkan elemen-elemen dalaman insan; dan
4. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan insan di dunia.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan pandangan Islam tentang manusia
atau insan. Ini termasuklah perbincangan tentang hakikat kejadian insan, elemen-
elemen yang membentuk insan seperti al-Ruh, al-Qalb, al-`Aql dan al-Shahwat.
Di samping itu, kita juga akan meneliti tanggungjawab insan di dunia sebagai
`abid atau hamba kepada Penciptanya, khalifah yang diberi tanggungjawab
untuk memakmurkan dunia ini dan sebagai da`i atau pendakwah yang
menjalankan tugas mengajak manusia agar taat kepada Allah S.W.T dan
mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
mengundang murka dan bala Allah S.W.T.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  97

6.1 HAKIKAT KEJADIAN INSAN


Insan adalah salah satu makhluk ciptaan Allah S.W.T yang paling sempurna
berbanding makhluk-makhluk lain, hatta malaikat sendiri pun tidak dapat
menandingi kesempurnaan penciptaan insan. Walau bagaimanapun, insan akan
menduduki urutan yang paling bawah sama seperti haiwan apabila dia tidak
menjaga kesempurnaan yang diamanahkan kepadanya. Kenyataan tersebut
boleh kita rujuk dalam al-Quran menerusi firman Allah S.W.T dalam surah al-Tin
ayat 4-6:

∩∈∪ ωÎ) t⎦,Î#Ï≈y™ Ÿ≅xó™r& çμ≈tΡ÷ŠyŠu‘ ∩⊆∪ ¢ΟèO 5ΟƒÈθø)s? Ç⎯|¡ômr& þ’Îû z⎯≈|¡ΣM}$# $uΖø)n=y{ ô‰s)s9

∩∉∪ 5βθãΨøÿxΕ çöxî íô_r& óΟßγ=n sù ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=ÏΗxåuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$#


Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia
panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami
kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang
tidak putus-putus‰.
Di samping kesempurnaan yang dimiliki, insan juga memiliki sifat nisyan atau
lupa. Ini kerana perkataan insan berasal daripada perkataan nasiya yang
bermaksud lupa. Justeru, insan itu dipanggil insan kerana dia lupa tentang
perjanjian yang pernah dimeterai antara dirinya dengan Allah S.W.T di alam roh,
sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah al-A`raf ayat 172:

öΝÍκŦàΡr& #’n?tã öΝèδy‰pκô−r&uρ öΝåκtJ−ƒÍh‘èŒ óΟÏδÍ‘θßγàß ⎯ÏΒ tΠyŠ#u™ û©Í_t/ .⎯ÏΒ y7•/u‘ x‹s{r& øŒÎ)uρ

ô⎯tã $¨Ζà2 $¯ΡÎ) Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθƒt (#θä9θà)s? χr& ¡ !$tΡô‰Îγx© ¡ 4’n?t/ (#θä9$s% ( öΝä3În/tÎ/ àMó¡s9r&

∩⊇∠⊄∪ t⎦,Î#Ï≈xî #x‹≈yδ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-
anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firman-
Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Insan juga lupa untuk memenuhi dan melaksanakan tugasnya yang sebenar,
iaitu untuk melakukan ta`abudiyyah atau pengabdian yang setulusnya kepada
Allah S.W.T. Dia juga lupa tentang tujuan dia dijadikan oleh Allah S.W.T. Sifat
pelupa itulah yang menjadikan dia ingkar dan derhaka kepada Allah S.W.T. Ini
juga menjadikan dia cenderung untuk menjadi zalim atau tidak adil dan jahil
tentang Islam.

Al-Quran mengemukakan istilah insan sebanyak 65 kali, kalimah al-Nas dan al-
Ins, iaitu kata jamak bagi al-Insan masing-masing sebanyak 240 dan 18 kali.
Malah, terdapat dua surah dalam al-Quran yang dinamakan sebagai surah al-
Insan (surah yang ke 76) dan al-Nas (surah yang ke 114).

Dalam pada itu, al-Quran juga menggunakan istilah al-basyar bagi menunjukkan
maksud manusia sebagai makhluk biologi. Kalimah basyar disebut sebanyak 36
kali dalam al-Quran. Surah al-Kahf ayat 110 dan surah Fussilat ayat 6
umpamanya menegaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W secara biologi sama
seperti orang lain. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Kahf ayat 110:

(#θã_ötƒ tβ%x. ⎯yϑsù ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) öΝä3ßγ≈s9Î) !$yϑ¯Ρ&r ¥’n<Î) #©yrθムö/ä3è=÷WÏiΒ ×|³o0 O$tΡ&r !$yϑ¯ΡÎ) ö≅è%

∩⊇⊇⊃∪ #J‰tnr& ÿ⎯ÏμÎn/u‘ ÍοŠy $t7ÏèÎ/ õ8Îô³ç„ Ÿωuρ $[sÎ=≈|¹ WξuΚtã ö≅yϑ÷èu‹ù=sù ⎯ÏμÎn/u‘ u™!$s)Ï9
Maksudnya:
„Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan yang Esa; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia
mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya‰.

Ïμø‹s9Î) (#þθßϑ‹É)tGó™$$sù Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î) !$yϑ¯Ρr& ¥’n<Î) #©yrθムö/ä3è=÷WÏiΒ ×|³o0 O$tΡr& !$yϑ¯ΡÎ) ö≅è%

∩∉∪ t⎦⎫Ï.Îô³ßϑù=Ïj9 ×≅÷ƒρu uρ 3 çνρãÏøótGó™$#uρ


Maksudnya:
„Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu; diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan yang Esa; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  99

(yang membawa kepada mencapai keredhaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya


mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar
bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain).

Terdapat dua tahap penciptaan manusia sebagaimana yang dibicarakan oleh al-
Quran, iaitu:

(a) Tahap Pertama


Tahap ghaib, yang hanya diketahui melalui sumber naqli.

(b) Tahap Kedua


Melibatkan proses biologi yang boleh diterangkan melalui ilmu sains.

Pada tahap pertama, yang juga dikenali sebagai tahap azali, manusia diciptakan
daripada tiada kepada ada. Penciptaan manusia pada tahap ini adalah daripada
unsur-unsur organik rendah seperti tin (tanah liat), turab (debu dan lumpur) dan
daripada min salsal min hamai masnun yang diadun sendiri oleh Allah S.W.T
dengan Tangan-Nya. Apabila ia telah mengalami kesempurnaan dari segi
bentuknya, Allah S.W.T meniupkan roh-Nya dan diacukan dalam bentuk yang
terbaik ke dalam organisasi manusia dengan mengatasi kandungan materialistik
yang lebih hina sehingga menjadikan manusia makhluk yang paling mulia.
Tahap-tahap tersebut boleh kita rujuk dalam al-Quran sebagaimana ayat-ayat al-
Quran berikut:

óΟçFΡr& ¢ΟèO ( …çνy‰ΨÏã ‘‡Κ|¡•Β ×≅y_r&uρ ( Wξy_r& #©|Ós% ¢ΟèO &⎦⎫ÏÛ ⎯ÏiΒ Νä3s)n=yz “Ï%©!$# uθèδ

∩⊄∪ tβρçtIôϑs?
Maksudnya:
„Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal
(kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisi-Nya (iaitu masa yang
telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam
pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)‰.
(Surah al-An`am: 2)

∩⊄∉∪ 5βθãΖó¡¨Β :*uΗxq ô⎯ÏiΒ 9≅≈|Áù=|¹ ⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# $oΨø)n=yz ô‰s)s9ρu


Maksudnya:
„Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat
yang kering, Yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

⎯ÏΒ §ΝèO 5>#tè? ⎯ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ*sù Ï]÷èt7ø9$# z⎯ÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû óΟçFΖä. βÎ) â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ

’Îû ”É)çΡρu 4 öΝä3s9 t⎦Îi⎫t7ãΨÏj9 7πs)¯=sƒèΧ Îöxîuρ 7πs)¯=sƒ’Χ 7πtóôÒ•Β ⎯ÏΒ ¢ΟèO 7πs)n=tæ ô⎯ÏΒ §ΝèO 7πxõÜœΡ

( öΝà2£‰ä©r& (#þθäóè=ö7tFÏ9 ¢ΟèO WξøÏÛ öΝä3ã_ÌøƒéΥ §ΝèO ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) â™!$t±nΣ $tΒ ÏΘ%tnö‘F{$#

.⎯ÏΒ zΝn=÷ètƒ Ÿξø‹x6Ï9 Ìßϑãèø9$# ÉΑsŒö‘r& #’n<Î) –Štム⎯¨Β Νà6ΖÏΒuρ 4†¯ûuθGt ム⎯¨Β Νà6ΖÏΒuρ

ôN¨”tI÷δ$# u™!$yϑø9$# $yγøŠn=tæ $uΖø9“t Ρr& !#sŒÎ*sù Zοy‰ÏΒ$yδ š⇓ö‘F{$# “ts?uρ 4 $\↔ø‹x© 8Νù=Ïæ ω÷èt/

∩∈∪ 8kŠÎγ/t £l÷ρy— Èe≅à2 ⎯ÏΒ ôMtFt6/Ρr&uρ ôMt/u‘uρ


Maksudnya:
„Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang
kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada
tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu
dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku,
kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak
disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak
menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan
dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan
hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan
kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke
peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada antara kamu yang dimatikan
(semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke
peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang
telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); engkau melihat bumi
itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah
tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur
membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah
permai‰.
(Surah al-Hijr: 26)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  101

|MΖä. ÷Πr& |N÷y9õ3tGó™r& ( £“y‰u‹Î/ àMø)n=yz $yϑÏ9 y‰àfó¡n@ βr& y7yèuΖtΒ $tΒ ß§ŠÎ=ö/Î*¯≈tƒ tΑ$s%

∩∠∈∪ t⎦,Î!$yèø9$# z⎯ÏΒ


Maksudnya:
„Allah berfirman: "Wahai lblis! apa yang menghalang kamu daripada turut sujud
kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaan-Ku? Adakah engkau
berlaku sombong takbur, ataupun engkau daripada golongan yang tertinggi?‰
(Surah Sad: 75)

4 nο‰
y Ï↔øùF{$#uρ t≈|Áö/F{$#uρ yìôϑ¡¡9$# ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_uρ ( ⎯ÏμÏmρ•‘ ⎯ÏΒ ÏμŠÏù y‡xtΡuρ çμ1§θy™ ¢ΟèO

∩®∪ šχρãà6ô±n@ $¨Β Wξ‹Î=s%


Maksudnya:
„Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh
ciptaan-Nya. dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur.‰
(Surah al-Sajadah: 9)

∩⊆∪ x8tø.ÏŒ y7s9 $uΖ÷èsùu‘uρ


Maksudnya:
„Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?‰
(Surah al-Insyirah: 4)

∩⊂⊂∪ t⎦⎫Ïϑn=≈yèø9$# ’n?tã tβ≡tôϑÏã tΑ#u™uρ zΟŠÏδ≡tö/Î) tΑ#u™uρ %[nθçΡuρ tΠyŠ#u™ #’s∀sÜô¹$# ©!$# ¨βÎ) *

Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga
keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga `Imran, melebihi segala umat (yang ada
pada zaman mereka masing-masing).‰
(Surah Ali `Imran: 33)

Sementara itu, pada tahap kedua yang dinyatakan oleh al-Quran berkenaan
kejadian manusia ialah proses biologi yang boleh dikaji dan difahami secara
saintifik walaupun al-Quran bukanlah kitab sains yang ditanzilkan untuk tujuan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

saintifik. Proses kejadian ini boleh kita teliti dalam surah al-MuÊminun ayat 13-14
sebagaimana berikut:

sπs)n=yèø9$# $uΖø)n=y‚sù Zπs)n=tæ sπxôÜ‘Ζ9$# $uΖø)n=yz ∩⊇⊂∪ ¢ΟèO &⎦⎫Å3¨Β 9‘#ts% ’Îû ZπxôÜçΡ çμ≈oΨù=yèy_ §ΝèO

$¸)ù=yz çμ≈tΡù't±Σr& ¢ΟèO $Vϑøt:m zΟ≈sàÏèø9$# $tΡöθ|¡s3sù $Vϑ≈sàÏã sπtóôÒßϑø9$# $uΖø)n=y‚sù ZπtóôÒãΒ

∩⊇⊆∪ t⎦⎫É)Î=≈sƒø:$# ß⎯|¡ômr& ª!$# x8u‘$t7tFùs 4 tyz#u™


Maksudnya:
„Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging
itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang
lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta‰.
Rajah 6.1 boleh membantu kita memahami proses kejadian manusia seperti yang
kita bincangkan sebelum ini.

Rajah 6.1: Proses kejadian manusia


Sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  103

Berdasarkan ilustrasi tersebut, kita dapat memahami proses kejadian manusia


berdasarkan petunjuk daripada al-Quran (iaitu surah al-MuÊminun ayat 12-16),
iaitu (rujuk Jadual 6.1):

Jadual 6.1: Proses Kejadian Manusia Berdasarkan Al-Quran

Tahap Istilah Al-Quran


Proses pada tahap 1 (tahap ghaib) Tin (tanah)
Proses pada tahap 2 (tahap biologi) Nutfah (air mani)
Tahap biologi `Alaqah (segumpal darah)
Tahap biologi Mudghah (seketul daging)
Tahap biologi `Izam (tulang belulang)
Tahap biologi Lahm (daging)
Tahap biologi Khalq akhar (bentuk sempurna yang berbeza
dengan asal kejadian)
Proses pada tahap 1 (tahap ghaib) Tin (tanah)
Proses pada tahap 2 (tahap biologi) Nutfah (air mani)

Di samping itu, al-Quran juga menyebut bukan sahaja proses kejadian manusia
tetapi turut menyebut sifat-sifat yang ada pada manusia yang melengkapkan
kejadiannya sebagai makhluk yang paling sempurna dan mulia. Walaupun
nampak seperti ada pertentangan antara sifat tersebut, ia menunjukkan bahawa
itulah fitrah manusia yang diciptakan untuknya oleh Penciptanya yang Maha
Berkuasa.

Berikut kita perhatikan beberapa sifat fitrah yang ada pada manusia:

(a) Al-Quran menyebut yang manusia sentiasa merungut dan kedekut. Firman
Allah S.W.T dalam surah al-IsraÊ ayat 100:

4 É−$xΡM}$# sπu‹ô±yz ÷Λä⎢õ3|¡øΒ`{ #]ŒÎ) þ’În1u‘ Ïπyϑômu‘ t⎦É⎩!#t“yz tβθä3Î=ôϑs? öΝçFΡr& öθ©9 ≅è%

∩⊇⊃⊃∪ #Y‘θçGs% ß⎯≈|¡ΡM}$# tβ%x.uρ


Maksudnya:
„Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu memiliki perbendaharaan
rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil
kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat
bakhil kedekut‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

(b) Al-Quran juga menyebut yang manusia suka berbantah-bantahan,


sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Kahf ayat 54:

ß⎯≈|¡ΡM}$# tβ%x.uρ 4 9≅sWtΒ Èe≅à2 ⎯ÏΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 Èβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ ’Îû $oΨøù§|À ô‰s)s9ρu

∩∈⊆∪ Zωy‰y` &™ó©x« usYò2r&


Maksudnya:
„Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara
dalam al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh
bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak
sekali bantahannya‰.

(c) Al-Quran juga menggambarkan manusia tidak bersyukur dalam


tindakannya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raf ayat 10:

$¨Β Wξ‹Î=s% 3 |·ÍŠ≈yètΒ $pκÏù öΝä3s9 $uΖù=yèy_uρ ÇÚö‘F{$# ’Îû öΝà6≈¨Ζ©3tΒ ô‰s)s9ρu

∩⊇⊃∪ tβρãä3ô±s?
Maksudnya:
„Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di
bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur‰.

(d) Manusia juga disebut dalam al-Quran sebagai tidak bersabar sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam al-Quran melalui surah al-Ma`rij ayat 19-21
berikut:

çμ¡¡tΒ ∩⊄⊃∪ #sŒÎ)uρ $Yãρâ“y_ •¤³9$# çμ¡¡tΒ ∩⊇®∪ #sŒÎ) %·æθè=yδ t,Î=äz z⎯≈|¡ΣM}$# ¨βÎ) *

∩⊄⊇∪ $¸ãθãΖtΒ çösƒø:$#


Maksudnya:
„Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan
apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  105

(e) Manusia juga digambarkan oleh Allah S.W.T memiliki sifat tergopoh-
gapah. Ini dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah al-`Alaq ayat 6-14:

#©ët ô_”9$# y7În/u‘ 4’n<Î) ∩∠∪ ¨βÎ) #©o_øótGó™$# çν#u™§‘ ∩∉∪ βr& #©xöôÜuŠs9 z⎯≈|¡ΣM}$# ¨βÎ) Hξx.

’n?tã tβ%x. βÎ) ∩⊇⊃∪ |M÷ƒu™u‘r& #’©?|¹ #sŒÎ) ∩®∪ #´‰ö7tã 4‘sS÷Ζtƒ “Ï%©!$# ∩∇∪ |M÷ƒu™u‘r&

Λs>÷ètƒ ∩⊇⊂∪ óΟs9&r #’¯<uθ?s uρ z>¤‹x. βÎ) ∩⊇⊄∪ |M÷ƒu™u‘r& #“uθø)−G9$$Î/ ttΒr& ∩⊇⊇∪ ÷ρr& #“y‰çλù;$#

∩⊇⊆∪ 3“ttƒ ©!$# ¨βr'Î/


Maksudnya:
„Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang
sepatutnya atau yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah
cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah
tempat kembali (untuk menerima balasan). Adakah engkau nampak
(baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) ă seorang hamba Allah
apabila ia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya)
jika ia berada di atas jalan yang betul? ă Atau ia menyuruh orang bertakwa
(jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya daripada
azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
kepadaNya) serta ia berpaling ingkar? Tidakkah ia mengetahui bahawa
sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?‰

(f) Manusia juga dinyatakan sebagai makhluk yang melampaui segala batasan
sebagaimana yang termaktub dalam surah al-`Alaq ayat 6-14 di atas.

AKTIVITI 6.1
1. Bincangkan dengan rakan anda mengapa segelintir manusia suka
mengubah hakikat kejadiannya dari sudut penampilan fizikal dan
jantina.
2. Kemukakan pandangan anda mengapa ada manusia yang sudah hilang
nilai kemanusiaannya dan apakah kesannya terhadap peradaban.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

6.2 ELEMEN-ELEMEN DALAMAN INSAN


Menurut Dr Mohd Sani bin Badron dari Pusat Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia dalam kertas kerjanya
„Faham Insan dalam Proses TaÊdib‰, insan tidak harus difahami sekadar
mempunyai badan serta pancaindera dan sekadar perlu makan apabila dia lapar.
Jika kita memahami sedemikian, maka insan itu tidak berbeza dengan makhluk
yang bernama haiwan. Dalam pada itu, manusia dalam konteks faham
materialisme hanya dilihat dari sudut proses-proses jasmaniah semata-mata.
Malah yang lebih menyedihkan apabila manusia dianggap sebagai mesin seperti
analogi Julien Offray De La Mettrie, seorang pakar perubatan dan falsafah
Perancis, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Manusia sebagai mesin (Man a Machine), analogi oleh La Mettrie
Sumber: http://l-aquoiboniste.blogspot.com

Jika begitu manusia disifatkan sebagai mesin dalam faham falsafah Barat, maka
manusia itu hilang sifat kemanusiaannya atau keinsanannya (insaniyyah) yang
membentuk dirinya sebagai makhluk yang paling mulia dan sempurna sehingga
Allah S.W.T memerintahkan para malaikat sujud dan tunduk kepadanya. Arahan
dari Yang Maha Mulia itulah yang menyebabkan iblis berasa sombong dan
enggan sujud kepada makhluk yang dinamakan sebagai Adam a.s sehingga
peristiwa itu dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran melalui surah al-
Baqarah ayat 30:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  107

⎯tΒ $pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s% ( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡρu x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøãƒ

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Justeru dalam konteks Islamic worldview dan tasawwur Islam, kita bukan sahaja
mengenal hakikat kejadian manusia dari sudut proses kejadiannya yang bersifat
biologi, tetapi kita perlu mengetahui dan mengenal hakikat insan dari sudut
elemen-elemen dalaman (inner dimension) insan seperti al-Qalb, al-Ruh, al-`Aql,
al-Nafs dan al-Shahwat (rujuk Rajah 6.3). Dalam subtopik ini, kita akan
membincangkan elemen dan dimensi dalaman insan tersebut.

Rajah 6.3: Elemen-elemen dalaman insan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

6.2.1 Al-Nafs
Kalimah al-Nafs selalunya diertikan sebagai jiwa dalam bahasa Melayu. Dalam
bahasa Arab pula, ilmu psikologi dikenali sebagai `ilm al-Nafs, iaitu ilmu yang
membincangkan tentang tingkah laku luaran yang boleh dilihat dan dinilai oleh
pancaindera seperti berlari, berjalan dan makan, serta tingkah laku dalaman
manusia yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera luaran tetapi boleh dikenal
pasti melalui kesan tingkah laku luaran seperti berfikir dan bermuhasabah.
Biasanya al-Nafs merujuk kepada suatu dorongan dalaman yang kuat untuk
melakukan sesuatu yang tidak baik. Al-Nafs juga dilihat sebagai sesuatu yang
melahirkan sifat tercela dan tingkah laku buruk. Sedangkan al-Nafs itu dikaitkan
dengan diri insan yang mempunyai kewujudan, sifat dan ciri khusus. Kita boleh
merujuk surah Ali `Imran ayat 61 bagi memahami kenyataan tersebut, iaitu:

$tΡ™u !$oΨö/r& äíô‰tΡ (#öθ9s $yès? ö≅à)sù ÉΟù=Ïèø9$# z⎯ÏΒ x8u™!%y` $tΒ Ï‰÷èt/ .⎯ÏΒ Ïμ‹Ïù y7§_!%tn ô⎯yϑsù

«!$# |MuΖ÷è©9 ≅yèôfuΖsù ö≅ÍκtJö6tΡ ¢ΟèO öΝä3|¡àΡr&uρ $oΨ|¡àΡr&uρ öΝä.u™!$|¡ÎΣuρ $tΡu™!$|¡ÎΣuρ ö/ä.u™!$oΨö/r&uρ

∩∉⊇∪ š⎥⎫Î/É‹≈x6ø9$# ’n?tã


Maksudnya:
„Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya,
sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada
mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan
perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami
serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-
sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-
orang yang berdusta‰.

Al-Quran juga menyebut al-Nafs dengan maksud sebagai Zat dan Sifat-Sifat
Allah S.W.T sebagaimana firman-Nya dalam surah al-An`am ayat 54:

4’n?tã öΝä3š/u‘ |=tGx. ( öΝä3ø‹n=tæ íΝ≈n=y™ ö≅à)sù $uΖÏG≈tƒ$t↔Î/ tβθãΖÏΒ÷σムš⎥⎪Ï%©!$# x8u™!%y` #sŒÎ)uρ

⎯Íνω÷èt/ .⎯ÏΒ z>$s? ¢ΟèO 7's#≈yγpg¿2 #L™þθß™ öΝä3ΨÏΒ Ÿ≅Ïϑtã ô⎯tΒ …çμ¯Ρr& ( sπyϑôm§9$# ÏμÅ¡øtΡ

∩∈⊆∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàxî …çμ¯Ρ'r sù yxn=ô¹r&uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  109

Maksudnya:
„Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu
datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat daripada dosa-dosa
mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh keselamatan! Tuhan
kamu telah menetapkan bagi diri-Nya untuk memberi rahmat (yang melimpah-
limpah): bahawasanya sesiapa antara kamu yang melakukan kejahatan dengan
sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha
memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani".

Walau bagaimanapun, kita tidak akan membincangkan perkara yang berkaitan


dengan Zat Allah S.W.T. Ini kerana ia berada di luar kerangka pemikiran
manusia kerana tiada sesuatu yang serupa dengan Allah S.W.T yang boleh
difikirkan. Tambahan pula terdapat larangan daripada Nabi Muhammad S.A.W
untuk kita memikirkan tentang Zat Allah S.W.T, Nabi S.A.W cuma menyarankan
kepada kita agar kita memikirkan ciptaan Allah S.W.T dan bukannya tentang
Zat-Nya yang Maha Hebat.

Dalam masa yang sama al-Nafs juga disebut oleh Allah S.W.T sebagai roh. Ini
dapat kita fahami apabila kita merujuk surah al-An`am ayat 93. Firman Allah
S.W.T:

Ö™ó©x« Ïμø‹s9Î) yyθムöΝs9ρu ¥’n<Î) z©Çrρé& tΑ$s% ÷ρr& $¹/É‹x. «!$# ’n?tã 3“utIøù$# Ç⎯£ϑÏΒ ãΝn=øßr& ô⎯tΒuρ

ÏN≡tyϑxî ’Îû šχθßϑÎ=≈©à9$# ÏŒÎ) #“t s? öθs9uρ 3 ª!$# tΑt“Ρr& !$tΒ Ÿ≅÷WÏΒ ãΑÌ“Ρé'y™ tΑ$s% ⎯tΒuρ

šχ÷ρt“øgéB tΠöθ‹u ø9$# ( ãΝà6|¡àΡr& (#þθã_Ì÷zr& óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& (#þθäÜÅ™$t/ èπs3Íׯ≈n=yϑø9$#uρ ÏNöθpRùQ$#

⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ ô⎯tã öΝçGΨä.uρ Èd,ptø:$# uöxî «!$# ’n?tã tβθä9θà)s? öΝçFΖä. $yϑÎ/ Èβθßγø9$# z>#x‹tã

∩®⊂∪ tβρçÉ9õ3tFó¡n@
Maksudnya:
„Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang
dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku",
padahal tidak diberikan sesuatu wahyu kepadanya; dan orang yang berkata:
"Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh
ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam
penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-


orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah
nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab
seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu
katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan)
sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-Nya".

Di samping itu, al-Nafs diertikan sebagai jiwa, sebagaimana firman Allah S.W.T
dalam surah al-Syams ayat 7 dan surah al-Fajr ayat 27.

∩∠∪ $yγ1§θy™ $tΒuρ <§øtΡρu


Maksudnya:
„Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)‰.

∩⊄∠∪ èπ¨ΖÍ×yϑôÜßϑø9$# ߧø¨Ζ9$# $pκçJ−ƒr'¯≈tƒ


Maksudnya:
„(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,
Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan
disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa
tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!‰.

Secara umumnya, kalimah al-Nafs disebutkan dalam al-QurÊan sebanyak 295


ayat dalam pelbagai bentuk. Untuk memahami dengan lebih jelas maksud al-
Nafs, kita boleh merujuk kepada Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Maksud-maksud al-Nafs

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  111

Al-nafs berfungsi sebagai penggerak tingkah laku apabila ia menjadi penampung


perkara-perkara yang baik dan yang buruk. Oleh itu, jika al-Nafs terpelihara
daripada dorongan-dorongan syahwat, maka kualitinya akan meningkat sekali
gus meningkatkan kualiti perbuatan jasmani insan. Walau bagaimanapun, jika ia
dikotori oleh perbuatan maksiat, maka kualiti al-Nafs akan menurun sama
menurunnya perbuatan jasmaninya. Justeru, apabila timbul konflik antara
kepentingan dan keperluan jasmani dengan kepentingan dan keperluan rohani
(jiwa), perlu ada kompromi antara keduanya. Ini dilakukan dengan memenuhi
keperluan fizikal dalam batasan yang diperkenankan oleh Allah S.W.T tetapi
dalam masa yang sama ia perlu memenuhi keperluan kerohaniannya. Kompromi
ini berlaku apabila seseorang dalam kehidupannya tekal dengan sikap moderat
dan menghindarkan diri daripada sikap berlebih-lebihan dalam memenuhi
dorongan fizikal ataupun rohaninya. Ini kerana dalam Islam, tidak ada konsep
kerahiban yang menentang seseorang daripada memenuhi keperluan fizikalnya.
Islam juga tidak menggalakkan dan membenarkan seseorang itu memenuhi
secara mutlak keperluan fizikalnya. Oleh itu, Islam menganjurkan keseimbangan
antara tuntutan fizikal dan jiwa. Inilah yang diisyaratkan dalam surah al-Qasas
ayat 77, iaitu:

( $u‹÷Ρ‘‰9$# š∅ÏΒ y7t7ŠÅÁtΡ š[Ψs? Ÿωuρ ( nοtÅzFψ$# u‘#¤$!$# ª!$# š9t?#u™ !$yϑ‹Ïù ÆtGö/$#uρ

Ÿω ©!$# ¨βÎ) ( ÇÚö‘F{$# ’Îû yŠ$|¡xø9$# Æö7s? Ÿωρu ( šø‹s9Î) ª!$# z⎯|¡ômr& !$yϑŸ2 ⎯Å¡ômr&uρ

∩∠∠∪ t⎦⎪ωšøßϑø9$# =Ïtä†


Maksudnya:
„Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada
kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagian kamu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada
kamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang berbuat kerosakan‰.

Melalui ayat itu, kita dapati bahawa keseimbangan antara kedua tuntutan fizikal
dan rohani akan melahirkan keperibadian yang tinggi seperti yang ditunjukkan
oleh Rasulullah S.A.W.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

Secara fitrahnya, potensi positif manusia lebih dominan daripada potensi


negatifnya. Walau bagaimanapun, daya tarikan keburukan lebih kuat berbanding
daya tarikan kebaikan. Oleh itu, manusia dianjurkan agar menjaga kesucian
jiwanya dan tidak mengotorinya. Secara fitrahnya, al-Nafs lebih mudah
melakukan kebaikan berbanding kejahatan. Konflik yang berlaku pada manusia
kerana manusia memiliki dua dimensi, iaitu luaran dan dalaman.

Al-Nafs diciptakan oleh Allah S.W.T secara sempurna. Ia perlu dijaga agar tidak
rosak, kotor dan tercemar. Ia akan tercemar apabila seseorang melakukan
maksiat. Justeru, kualiti al-Nafs seseorang berbeza-beza antara satu sama lain
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Antara kualiti al-Nafs

Berdasarkan Rajah 6.5, al-Nafs boleh meningkat kualitinya apabila seseorang itu
berjaya mencapai kedudukan muttaqi, iaitu orang yang melakukan ketaatan
kepada Allah S.W.T. Al-Nafs, bagaimanapun, boleh menurun kualitinya apabila
seseorang itu menjadi ma`asi, iaitu orang yang melakukan penderhakaan kepada
Allah S.W.T. Turun naiknya kualiti al-Nafs ini bergantung pada amalan
seseorang.

Dalam pada itu, al-Quran menyebut jenis-jenis al-Nafs yang menggambarkan


keadaan dan kualiti diri seseorang itu. Jenis-jenis itu adalah mengikut tahap
tertentu seperti yang digambarkan dalam Jadual 6.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  113

Jadual 6.2: Jenis-jenis al-Nafs


Jenis al-Nafs Maksud Dalil
Al-Nafs al- Nafs yang sangat
Ammarah menyuruh $tΒ ωÎ) Ï™þθ¡9$$Î/ 8οu‘$¨ΒV{ }§ø¨Ζ9$# ¨βÎ) 4 û©Å¤øtΡ ä—Ìht/é& !$tΒuρ *
melakukan kejahatan

∩∈⊂∪ ×Λ⎧Ïm§‘ Ö‘θàxî ’În1u‘ ¨βÎ) 4 þ’În1u‘ zΟÏm‘u


(Surah Yusuf: 53)
Al-Nafs al- Nafs yang sangat
Lawwammah mencela perbuatan ÏπtΒ#§θ¯=9$# ħø¨Ζ9$$Î/ ãΝÅ¡ø%é& Iωuρ ∩⊇∪ Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# ÏΘöθu‹Î/ ãΝÅ¡ø%é& Iω
maksiat dan
kejahatan.
(rasa hati) ∩⊄∪
(Surah al-Qiyaamah: 1-2)
Al-Nafs al- Nafs yang diberi
Mulhamah ilham sama ada ∩∇∪ $yγ1uθø)s?uρ $yδu‘θègé $yγyϑoλù;r'sù ∩∠∪ $yγ1§θy™ $tΒuρ <§øtΡuρ
kepada perkara yang
baik (takwa) atau
kepada perkara ∩⊇⊃∪ $yγ9¢™yŠ ⎯tΒ z>%s{ ô‰s%uρ ∩®∪ $yγ8©.y— ⎯tΒ yxn=øùr& ô‰s%
buruk (maksiat).
(Surah asy-Syams: 7-10)
(diri sedar)
Al-Nafs al- Nafs yang tenang
Mutma'innah ∩⊄∠∪ èπ¨ΖÍ×yϑôÜßϑø9$# ߧø¨Ζ9$# $pκçJ−ƒr'¯≈tƒ
(Surah al-Fajr: 27)
Al-Nafs al- Nafs yang redha dan
Radiah al- diredhai ∩⊄∇∪ Zπ¨ŠÅÊó£Δ ZπuŠÅÊ#u‘ Å7În/u‘ 4’n<Î) û©ÉëÅ_ö‘$#
Mardiyyah
(Surah al-Fajr: 28)

Sekarang, mari kita lihat jenis-jenis al-Nafs tersebut satu persatu.

(a) Al-Nafs al-Ammarah


Apabila keperibadian manusia berada di tahap rendah, potensi akalnya
dikuasai oleh hawa nafsu, maka jiwanya termasuk dalam golongan jiwa
yang cenderung kepada kejahatan. Al-Nafs jenis ini mempunyai kualiti
yang rendah yang ditandai dengan sifat-sifat tercela. Secara umumnya, ada
empat ciri al-Nafs yang mempunyai kualiti rendah, iaitu:
(i) Mudah melanggar perintah Allah S.W.T;
(ii) Menurut tuntutan hawa nafsu;
(iii) Melakukan maksiat; dan
(iv) Tidak mahu memenuhi tuntutan kebenaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

(b) Al-Nafs al-MutmaÊinnah


Apabila keperibadian manusia berada di puncak kecemerlangan atau
kesempurnaan dan dia berjaya melakukan keseimbangan antara tuntutan
fizikal dan rohaninya, maka dia memiliki jiwa yang tenang. Jiwa yang
tenang ditandai dengan perkara-perkara berikut, iaitu:
(i) Memiliki keyakinan terhadap kebenaran;
(ii) Memiliki rasa aman dan bebas daripada rasa takut serta sedih; dan
(iii) Hatinya tenteram kerana selalu ingatkan Allah S.W.T.

(c) Al-Nafs al-Lawwamah


Apabila seseorang mengadakan pertimbangan atau perhitungan terhadap
kesalahan yang dilakukan dan berusaha untuk mencegah dirinya daripada
tindakan-tindakan yang membangkitkan amarah Allah S.W.T dan membuat
hatinya rasa berdosa. Walau bagaimanapun, dia tidak selalu berhasil dalam
upayanya. Kadang-kadang, upayanya lemah dan membuatkannya
terjerumus ke dalam kesalahan. Pada ketika itulah jiwanya berada dalam
jiwa yang menyesali dirinya sendiri.

(d) Al-Nafs al-Mulhamah


Al-Nafs yang mendapat ilham dalam bentuk ilmu, rasa tawaddu` (rendah
diri), qana`ah (memadai apa yang ada) dan sakhawah (bermurah hati). Al-
Nafs jenis ini adalah sumber kepada sifat sabar dan syukur.

(e) Al-Nafs al-Radiyah wa al-Mardiyah


Ia merujuk kepada al-Nafs yang diredhai oleh Allah S.W.T dan kesannya
dapat diperhatikan apabila mendapat anugerah daripada Allah S.W.T
seperti sifat kemuliaan, ikhlas dan sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T.

6.2.2 Al-Qalb
Dalam bahasa Arab, kalimah al-Qalb merujuk kepada jantung dan bukannya
hati. Ini kerana hati disebut sebagai al-kabid. Dalam konteks istilah bahasa pula
al-qalbu ialah sesuatu yang bolak-balik, iaitu merujuk sifat hati manusia yang
tidak tekal. Sebab itulah terdapat frasa dalam bahasa Arab, iaitu:

‫ﲰﻴﺖ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻗﻠﺒﺎ ﻟﺘﻘﻠﺒﻪ‬


Maksud:
Dinamakan al-Qalb itu sebagai al-Qalb kerana dia sering berbolak-balik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  115

Ini mengingatkan kita kepada doa yang pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad
S.A.W iaitu (maksudnya):

„Wahai Allah Yang membolak-balikkan al-Qalb, tetapkan hati kami sentiasa


melakukan ketaatan dalam agama Mu‰

Dalam al-QurÊan al-Karim, kalimah yang digunakan ialah al-Qalb dan al-Qulub
(kata jamak bagi al-Qalb) dengan pelbagai maksud, iaitu:

(a) Maksud roh. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 10:

ÏMtón=t/uρ ã≈|Áö/F{$# ÏMxî#y— øŒÎ)uρ öΝä3ΖÏΒ Ÿ≅xó™r& ô⎯ÏΒuρ öΝä3Ï%öθsù ⎯ÏiΒ Νä.ρâ™!$y_ øŒÎ)

∩⊇⊃∪ O$tΡθãΖ—à9$# «!$$Î/ tβθ‘ΖÝàs?uρ tÅ_$oΨs


y ø9$# ÛUθè=à)ø9$#
Maksudnya:
„Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah
hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah
masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar
dan bingung) serta al-qulub pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan
kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-
bagai sangkaan‰.

(b) Maksud alat untuk memahami, sebagaimana dalam surah al-A`raf ayat 179:

ω Ò>θè=è% öΝçλm; ( ħΡM}$#uρ Çd⎯Ågø:$# š∅ÏiΒ #ZÏWŸ2 zΟ¨ΨyγyfÏ9 $tΡù&u‘sŒ ô‰s)s9ρu

4 !$pκÍ5 tβθãèuΚó¡o„ ω ×β#sŒ#u™ öΝçλm;uρ $pκÍ5 tβρçÅÇö7ムω ×⎦ã⎫ôãr& öΝçλ;m uρ $pκÍ5 šχθßγs)øtƒ

∩⊇∠®∪ šχθè=Ï≈tóø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé& 4 ‘≅|Êr& öΝèδ ö≅t/ ÉΟ≈yè÷ΡF{$%x. y7Íׯ≈s9'ρé&


Maksudnya:
„Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada
jin dan manusia yang mempunyai al-qulub (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti ke-Esaan Allah) dan yang mempunyai
telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

(c) Maksud keberanian. Ini sebagaimana dalam surah Ali `Imran ayat 126:

ô⎯ÏΒ ωÎ) çóǨΖ9$# $tΒuρ 3 ⎯ÏμÎ/ Νä3ç/θè=è% ¨⎦È⌡yϑôÜtGÏ9uρ öΝä3s9 3“uô³ç0 ωÎ) ª!$# ã&s#yèy_ $tΒuρ

∩⊇⊄∉∪ ÉΟ‹Å3ptø:$# Í“ƒÍ•yèø9$# «!$# ωΨÏã


Maksudnya:
„Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan
kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram
dengan bantuan itu. dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa
kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰.

(d) Maksud ketakutan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 26:

’Îû t∃x‹s%uρ öΝÎγŠÏ¹$uŠ|¹ ⎯ÏΒ É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏiΒ Οèδρãyγ≈sß t⎦⎪Ï%©!$# tΑt“Ρr&uρ

∩⊄∉∪ $Z)ƒÌsù šχρçÅ ù's?uρ šχθè=çGø)s? $Z)ƒÌsù |=ôã”9$# ãΝÎγÎ/θè=è%


Maksudnya:
„Dan Dia menurunkan golongan ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu
tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah
diisikan-Nya al-qulub mereka dengan perasaan gerun (lalu mereka diadili
dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian antaranya kamu bunuh, dan
sebahagian lagi kamu tawan‰.

Al-Qalb juga berhubung kait dan erat dengan aktiviti berfikir yang
dilakukan oleh akal sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj
ayat 46:

( $pκÍ5 tβθãèyϑó¡o„ ×β#sŒ#u™ ÷ρr& !$pκÍ5 tβθè=É)÷ètƒ Ò>θè=è% öΝçλm; tβθä3tGsù ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρçÅ¡o„ óΟn=sùr&

∩⊆∉∪ Í‘ρ߉Á9$# ’Îû ©ÉL©9$# Ü>θè=à)ø9$# ‘yϑ÷ès? ⎯Å3≈s9uρ ã≈|Áö/F{$# ‘yϑ÷ès? Ÿω $pκ¨ΞÎ*sù

Maksudnya:
„Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi
supaya ă dengan melihat kesan-kesan yang tersebut ă mereka menjadi
orang-orang yang ada al-qulub yang dengannya mereka dapat memahami,
atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi
kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  117

yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu
ialah mata hati yang ada di dalam dada‰.

Di samping itu, al-Qalb mempunyai sifat-sifat berikut, iaitu:

(i) Tidak tekal dan sering berubah-ubah;


(ii) Kadang-kadang bergejolak;
(iii) Kadang-kadang lembut;
(iv) Kadang-kadang benci;
(v) Kadang-kadang terhanyut oleh perasaan cinta;
(vi) Kadang-kadang yakin; dan
(vii) Kadang-kadang ragu.

(e) Al-Qalb dapat diuji. Ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-
Hujurat ayat 3:

ª!$# z⎯ystGøΒ$# t⎦⎪Ï%©!$# y7Íׯ≈s9'ρé& «!$# ÉΑθß™u‘ y‰ΖÏã öΝßγs?≡uθô¹r& tβθ‘Òäótƒ z⎯ƒÏ%©!$# ¨βÎ)

∩⊂∪ íΟŠÏàtã íô_r&uρ ×οtÏøó¨Β Οßγs9 4 3“uθø)−G=Ï9 öΝåκu5θè=è%


Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka
berada di sisi Rasulullah (S.A.W), ă merekalah orang-orang yang telah
dibersihkan Allah al-qulub mereka untuk bertakwa; mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

(f) Al-Qalb dapat dilonggarkan atau disempitkan. Firman Allah S.W.T dalam
surah al-An`am ayat 125:

…ã&©#ÅÒムβr& ÷ŠÌム⎯tΒuρ ( ÉΟ≈n=ó™M∼Ï9 …çνu‘ô‰|¹ ÷yuô³o„ …çμtƒÏ‰ôγtƒ βr& ª!$# ÏŠÌム⎯yϑsù

šÏ9≡x‹Ÿ2 4 Ï™!$yϑ¡¡9$# ’Îû ߉¨è¢Átƒ $yϑ¯Ρ'r Ÿ2 %[`tym $¸)Íh‹|Ê …çνu‘ô‰|¹ ö≅yèøgs†

∩⊇⊄∈∪ šχθãΖÏΒ÷σムŸω š⎥⎪Ï%©!$# ’n?tã }§ô_Íh9$# ª!$# ã≅yèøgs†


Maksudnya:
„Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk
menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-
olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak
beriman‰.

(g) Hati boleh ditutup rapat. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat
7:

öΝßγs9uρ ( ×οuθ≈t±Ïî öΝÏδÌ≈|Áö/r& #’n?tãuρ ( öΝÎγÏèôϑy™ 4’n?tãuρ öΝÎγÎ/θè=è% 4’n?tã ª!$# zΝtFyz

∩∠∪ ÒΟŠÏàtã ë>#x‹tã


Maksudnya:
„(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah memeteraikan atas al-qulub
mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada
penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat
besar‰.

6.2.3 Al-`Aql
Kalimah al-`Aql adalah kata nama kepada kata kerja `aqala yang bermaksud,
mengikat atau menahan. Al-`Aql adalah suatu potensi yang disiapkan untuk
menerima ilmu pengetahuan. Al-`Aql juga berkemampuan menyelesaikan
masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  119

Al-Quran, dalam pada itu, tidak menyebut kalimah `aql dengan kata nama (ism)
tetapi dalam bentuk kata kerja (fi`il). Seolah-olah ia memberi suatu isyarat
bahawa al-Quran mementingkan proses kerja berbanding bentuk (form) `aql itu
sendiri.

Jadual 6.3 menyatakan penggunaan kalimah al-`Aql dalam bentuk kata kerja
(verb/fi`il) dalam al-Quran:

Jadual 6.3: Penggunaan Kalimah al-`Aql dalam al-Quran

Perkataan Kekerapan dalam Al-Quran

‫ﻋﻘﻠﻮﻩ‬ 1 ayat ă (surah al-Baqarah: 75)

‫ﺗﻌﻘﻠﻮﻥ‬ 24 ayat

‫ﻧﻌﻘﻞ‬ 1 ayat ă (surah al-Mulk: 10)

‫ﻳﻌﻘﻠﻬﺎ‬ 1 ayat ă (surah al-`Ankabut: 43)

‫ﻳﻌﻘﻠﻮﻥ‬ 22 ayat

Dalam pada itu, al-`Aql bermaksud proses mengerti, memahami dan memikirkan
sesuatu. Sebab itulah al-Quran menggunakan istilah-istilah lain yang memberi
maksud al-`Aql (dalam konteks berfikir), iaitu:

(a) ‫( ﻧﻈﺮ‬surah Qaf: 6-7; al-Tariq: 5-7);


(b) ‫( ﺗﺪﺑﺮ‬surah Sad: 29; Muhammad: 24);
(c) ‫( ﺗﻔﻜﺮ‬surah al-Nahl: 68-69);
(d) ‫( ﺗﻔﻘﻪ‬surah al-IsraÊ: 44);
(e) ‫( ﺗﺬﻛﺮ‬al-Dhariyyat: 47-49); dan
(f) ‫( ﻓﻬﻢ‬surah al-AnbiyaÊ: 78-79).
Al-Quran juga menggunakan istilah-istilah seperti ulu al-`ilm, ulu al-albab, ulu
al-abshar dan ulu al-nuha yang merujuk kepada orang yang berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

Anugerah al-`Aql inilah yang membezakan antara insan dengan haiwan


walaupun masing-masing mempunyai daya dan fungsi persepsi. Ini kerana
dengan al-`Aql insan mampu melihat dan meneliti segala kejadian di
hadapannya secara induktif dan deduktif. Kemampuan seperti inilah yang
menyebabkan insan terpilih sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun insan
diberikan anugerah dan kemampuan berfikir dengan adanya al-`Aql, namun
kemampuan tersebut masih lagi terbatas dan ia mesti dipandu dengan wahyu.
Ini kerana al-`Aql yang tidak dipandu dengan pedoman wahyu akan
menyebabkan insan tersasar sehingga memikirkan sesuatu yang tidak
selayaknya baginya seperti memikirkan tentang Zat Allah S.W.T. Tambahan
pula, individu berkenaan barangkali mahu menafsirkan wahyu dengan akal
pemikiran mereka atas dasar semuanya boleh difikirkan dan diteliti sehingga
sesuatu yang bersifat fundamental dan qat`ie dalam agama pun mahu difikirkan
semula dan dicadangkan sesuatu yang disangka sesuatu yang baharu seperti
yang terjadi kepada kumpulan Liberalisme dan Pluralisme.

6.2.4 Al-Syahawat
Dari segi bahasa, syahwat bermaksud menyukai, menyenangkan, iaitu
kecenderungan jiwa terhadap apa yang dikehendaki. Dalam al-Quran, istilah
syahwat merujuk kepada maksud objek yang diinginkan dan juga potensi
keinginan manusia. Al-Quran menggunakan kalimah al-syahawat sebagaimana
yang terdapat dalam surah Ali `Imran ayat 14:

ÍοtsÜΖs)ßϑø9$# ÎÏÜ≈oΨs)ø9$#uρ t⎦⎫ÏΖt6ø9$#uρ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# š∅ÏΒ ÏN≡uθy㤱9$# =ãm Ĩ$¨Ζ=Ï9 z⎯Îiƒã—

ßì≈tFtΒ šÏ9≡sŒ 3 Ï^öysø9$#uρ ÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρ ÏπtΒ§θ|¡ßϑø9$# È≅ø‹y‚ø9$#uρ ÏπÒÏø9$#uρ É=yδ©%!$# š∅ÏΒ

∩⊇⊆∪ É>$t↔yϑø9$# Ú∅ó¡ãm …çνy‰ΨÏã ª!$#uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θu‹ysø9$#


Maksudnya:
„Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-
benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta
benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan
yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  121

Berdasarkan ayat di atas, boleh kita fahami bahawa potensi keinginan manusia
yang dinamakan sebagai al-Syahawat itu adalah menyukai:

(a) Wanita (seksual);


(b) Anak (kebanggaan);
(c) Harta (kebanggaan, kesenangan);
(d) Binatang ternakan (kesenangan, manfaat); dan
(e) Sawah ladang (kesenangan, manfaat).

Dalam hal syahwat, sama ada yang berkaitan dengan seksual ataupun harta,
semua manusia memiliki potensi untuk melakukan penyimpangan, walaupun
dalam kadar yang berbeza. Walaupun manusia dibentengi dengan iman, tetapi
benteng tersebut boleh roboh. Memang, kecenderungan positif manusia lebih
kuat dalam diri, tetapi daya tarikan syahwat lebih kuat berbanding ajakan
kebaikan.

Al-Syahwat juga merupakan kecenderungan yang ada pada fitrah manusia yang
bersifat universal. Oleh itu, manusia boleh menjalankan aktiviti kehidupannya
termasuklah berkahwin, menyayangi dan disayangi oleh ahli keluarga seperti
anak dan isteri. Jika ia dilakukan secara sah dan halal dari sudut syariah, ia dikira
sebagai ibadah.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang hanya mengaitkan al-


Syahawat dengan nafsu syahwat dalam konteks hubungan seksual semata-mata.
Namun, apabila kita merujuk kepada ayat al-Quran di atas, kita dapati bahawa
pengertian al-Syahwat adalah lebih luas. Seperkara lagi ialah, ada segelintir
masyarakat yang tidak dapat membezakan antara hawa nafsu dengan nafsu
syahwat. Bagi mereka, dua istilah itu adalah sama, sedangkan hawa nafsu
merujuk kepada suatu dorongan ke arah pemuasan dan keperluan fizikal
manusia sahaja. Walaupun begitu, dua jenis dorongan ini akan mempunyai
kecenderungan yang sama jika dapat disalurkan dan dipandu kepada perkara-
perkara yang positif.

6.2.5 Al-Ruh
Kalimah al-Ruh sering diterjemahkan sebagai roh atau dalam bahasa Inggeris
disebut sebagai spirit, soul atau breath of life. Sementara itu, kalimah al-Ruh
seperti yang disebut dalam al-Quran merujuk kepada sesuatu yang berbentuk
metafizik seperti malaikat dan wahyu. Adakalanya al-ruh merujuk kepada
dimensi dalaman manusia atau dikenali sebagai inner divine human nature.
Persoalan mengenai al-Ruh pernah dikemukakan kepada Nabi Muhammad

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

S.A.W oleh orang Quraisy sehingga turun wahyu yang menerangkan hakikat al-
Ruh yang menghidupkan dan menggerakkan tubuh badan adalah urusan Allah
S.W.T sebagaimana ayat al-Quran (surah al-IsraÊ ayat 85) berikut:

ωÎ) ÉΟù=Ïèø9$# z⎯ÏiΒ ΟçFÏ?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ ÌøΒr& ô⎯ÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Ç⎯tã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

∩∇∈∪ WξŠÎ=s%
Maksudnya:
„Dan mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang roh. Katakan:
„Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu
pengetahuan melainkan sedikit sahaja‰.

Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Tafsir al-Munir Fi al-`Aqidah wa al-


Syari`ah wa al-Manhaj bahawa jawapan Allah S.W.T seperti yang ditunjukkan
dalam ayat di atas merupakan jawapan yang samar-samar (jawaban mubhaman).
Ia mengisyaratkan bahawa hakikat kejadian al-Ruh adalah urusan Allah S.W.T
dan kita diminta untuk tidak menyelidikinya secara terperinci. Ini menunjukkan
bahawa kehebatan ilmu Allah S.W.T dan kelemahan serta keterbatasan manusia
untuk memikirkan dan menyelidikinya. Di samping itu, ia juga menunjukkan
kelemahan manusia mengetahui tentang hakikat dirinya, apatah lagi manusia
tidak mampu mencapai hakikat Allah S.W.T.

Hasil penelitian al-Zuhaili, beliau mendapati terdapat beberapa pandangan para


ulama tentang hakikat al-Ruh, antaranya ialah:

(a) Pandangan Imam al-Razi dan Imam Ibn al-Qayyim bahawa al-Ruh ialah
sesuatu inti pati yang mudah dalam bentuk jisim nurani yang abstrak (tidak
boleh disentuh) yang berbeza dengan keadaan tubuh badan yang boleh
disentuh. Ia terjadi mengikut arahan Allah S.W.T iaitu Kun Fa Yakun.

(b) Pandangan Imam al-Ghazali dan Abu al-Qasim al-Raghib al-Asfahani


bahawa al-Ruh tidak berjisim dan tidak dalam bentuk jasmani, tetapi
bergantung kepada tubuh badan dari sudut tindakan dan tingkah laku.

Walaupun hakikat al-Ruh tidak dinyatakan secara tepat, tetapi dalam beberapa
ayat al-Quran yang menceritakan proses kejadian manusia turut memasukkan
elemen al-Ruh dalam proses tersebut. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr
ayat 28-29 memberikan kita penjelasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  123

∩⊄∇∪ 5βθãΖó¡¨Β :*yϑym ô⎯ÏiΒ 9≅≈|Áù=|¹ ⎯ÏiΒ #\t±o0 7,Î=≈yz ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 y7•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

∩⊄®∪ t⎦⎪ωÉf≈y™ …çμs9 (#θãès)sù ©Çrρ•‘ ⎯ÏΒ ÏμŠÏù àM÷‚xtΡuρ …çμçF÷ƒ§θ™


y #sŒÎ*sù
Maksudnya:
„Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
„Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari
(ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.‰

Hadis berikut juga menyatakan tentang proses kejadian manusia dengan


menyebutkan elemen al-Ruh ditiupkan di dalam rahim wanita yang sedang
mengandungkan janin atau bayi. Pada ketika itulah ditentukan empat perkara
sebelum kelahirannya, iaitu tentang rezeki, ajal kematian, pekerjaan dan nasib di
dunia sama ada bahagia atau sengsara. Sabda Nabi S.A.W:

‫ “ﺇﻥ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬-‫ﻭﻫﻮ ﺍﻟﺼﺎﺩﻕ ﺍﳌﺼﺪﻭﻕ‬- ‫)ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬


‫ ﰒ‬،‫ ﰒ ﻳﻜﻮﻥ ﻋﻠﻘﺔ ﻣﺜ ﹶﻞ ﺫﻟﻚ‬،‫ﺃﺣﺪﻛﻢ ﻳُﺠﻤﻊ ﺧﻠﻘﹸﻪ ﰲ ﺑﻄﻦ ﺃﻣﻪ ﺃﺭﺑﻌﲔ ﻳﻮﻣﺎ‬
:‫ ﰒ ﻳﺒﻌﺚ ﺍﷲ ﻣﻠﻜﹰﺎ ﻳﺆﻣﺮ ﺑﺄﺭﺑﻊ ﻛﻠﻤﺎﺕ ﻭﻳﻘﺎﻝ ﻟﻪ‬،‫ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻀﻐﺔ ﻣﺜﻞ ﺫﻟﻚ‬
‫ ﺻﺤﻴﺢ‬.(”…‫ ﰒ ﻳﻨﻔﺦ ﻓﻴﻪ ﺍﻟﺮﻭﺡ‬.‫ﺍﻛﺘﺐ ﻋﻤﻠﻪ ﻭﺃﺟﻠﻪ ﻭﺭﺯﻗﻪ ﻭﺷﻘﻲ ﺃﻭ ﺳﻌﻴﺪ‬
(3208) ‫ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﺭﻗﻢ‬
Maksudnya:
„Rasulullah S.A.W telah menceritakan kepada kami ă sedang Baginda adalah
orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya ă sabdanya: „Bahawa seseorang
kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian
dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging
seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang malaikat untuk menulis
empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan
untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya⁄‰.
(Sahih Al-Bukhari No. 3208)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

AKTIVITI 6.2

1. Bincangkan dengan rakan anda kaitan antara elemen al-Ruh, al-Qalb,


al-Nafs dan al-`Aql dalam diri insan.
2. Bagaimana kita boleh menghubungkaitkan antara aktiviti zikir
dengan fikir dalam pembentukan insan?

6.3 TANGGUNGJAWAB INSAN


Setelah kita mengetahui hakikat insan dari sudut kejadiannya dan dimensi
dalamannya yang membentuk kualiti penghidupannya, kita lanjutkan
perbincangan tentang tanggungjawab insan di dunia. Dalam perbincangan ini
kita menumpukan kepada tiga tanggungjawab insan, iaitu sebagai:

(a) `Abid;
(b) Khalifah; dan
(c) Da`ie.

6.3.1 Insan sebagai`Abid


Insan adalah `abd atau hamba kepada Allah S.W.T yang menghambakan dirinya
hanya kepada Allah S.W.T dengan melakukan ta`abbudiyyah kepada-Nya
dengan cara dan peraturan syarak. Inilah tujuan insan diciptakan sebagaimana
firman Allah S.W.T:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada Aku‰.

Sebagai `abid, insan adalah kerdil di hadapan Allah S.W.T. Justeru kepatuhan
seorang hamba kepada Tuannya adalah berdasarkan hakikat kejadiannya dan
tugas serta peranannya hidup di dunia. Seorang hamba perlu menunjukkan
kepada Tuannya bahawa dia adalah sebenar-benar hamba. Oleh itu, tiada ruang
baginya untuk menduakan Tuannya, mengingkari perintah Tuannya,
menyanggah arahan Tuannya dan sebagainya. Dia harus membuktikan nilai dan
kualiti kehambaannya dalam segala ibadah, perhubungan sesama hamba dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  125

makhluk yang lain, tingkah laku ketika dia bersendirian mahupun ketika
berinteraksi dengan orang lain dan sebagainya.

6.3.2 Insan sebagai Khalifah


Insan diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk memakmurkan dan
mentadbir mengikut peraturan dan undang-undang Allah S.W.T. Detik
penciptaan insan sebagai khalifah dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran
sebagai ayat al-Quran berikut:

⎯tΒ $pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s% ( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøãƒ

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; „Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi‰. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): „Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?‰ Tuhan berfirman: „Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya‰.
(Surah al-Baqarah: 30)
Firman Allah S.W.T:

t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# ߉ƒÌ“tƒ Ÿωuρ ( …çνãøä. Ïμø‹n=èy sù txx. ⎯yϑsù 4 ÇÚö‘F{$# ’Îû y#Íׯ≈n=yz ö/ä3n=yèy_ “Ï%©!$# uθèδ

∩⊂®∪ #Y‘$|¡yz ωÎ) óΟèδãøä. t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# ߉ƒÌ“tƒ Ÿωuρ ( $\Fø)tΒ ωÎ) öΝÍκÍh5u‘ y‰ΖÏã öΝèδãøä.
Maksudnya:
„Dia lah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih
berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar, maka balasan kufurnya itu akan
menimpa dirinya sendiri; dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak
menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan
kehinaan; dan juga orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan
mereka melainkan kerugian jua‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN

6.3.3 Insan sebagai Da`ie


Da`ie bermaksud pendakwah. Pendakwah ialah orang yang mengamalkan ajaran
Islam yang sebenar dan menyampaikannya kepada orang lain dengan
menggunakan pendekatan tertentu. Pendakwah adalah orang yang menjalankan
amanah Allah S.W.T di muka bumi dengan menyebarkan risalah Islam
sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para Rasul sebelum ini.

Berdasarkan tanggungjawab insan di atas, kita dapati bahawa dalam


hubungannya dengan Pencipta, manusia adalah kecil dan lemah kerana dia
hanyalah seorang `abd (hamba). Dalam hubungannya dengan sesama ciptaan
Allah di muka bumi, insan memiliki kedudukan yang tinggi dan mulia, iaitu
sebagai khalifah dan da`ie. Dia diberi tanggungjawab menegakkan hukum
hakam Allah S.W.T dan menyampaikan risalah-Nya agar manusia tunduk
kepada kekuasaan-Nya setelah bumi ini diserahkan kepadanya untuk ditadbir
dan dimanfaatkan.

AKTIVITI 6.3

1. Bincangkan sifat `Ibad al-Rahman sebagaimana yang termaktub


dalam al-Quran.

2. Dengan merujuk ayat 105 surah Ali `Imran, bagaimana insan boleh
menjadi khayr ummah? Bincangkan.

 Manusia harus mengetahui hakikat kejadiannya agar dia mampu


meningkatkan kualiti kehambaannya kepada Allah S.W.T.

 Manusia yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan harus menggunakan


potensi dirinya untuk menjadi pentadbir dan pengurus yang baik di atas
muka bumi.

 Manusia yang hilang erti kemanusiaan adalah manusia yang merudum nilai
kehidupannya walaupun dia mempunyai elemen-elemen dalaman yang
membentuk dirinya sebagai insan yang sejati.

 Pemahaman yang jelas tentang tugas dan tanggungjawab sebagai insan


menjadikan dirinya amat bermakna di sisi Allah S.W.T dan makhluk yang
lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TASAWWUR ISLAM TENTANG MANUSIA ATAU INSAN  127

`Abid Al-Syahawat
Al-`Aql Da`ie
Al-Nafs Insan
Al-Qalb Khalifah
Al-Ruh

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep ilmu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
7 Islam tentang
Ilmu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud ilmu menurut perspektif Islam;
2. Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu dalam
Islam seperti klasifikasi ilmu dan budaya ilmu; dan
3. Menjelaskan konsep epistemologi dalam Islam.

 PENGENALAN
Ilmu adalah sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan insan. Justeru, Islam
amat menggalakkan insan agar menuntut ilmu pengetahuan. Dengan ilmu
pengetahuan, hidup manusia akan terpandu. Melalui ilmu, insan dapat
mengenali kebenaran sehingga dapat mengenal Penciptanya yang akhirnya
menjadikan insan mengimani Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Ilmu juga akan
menggerakkan insan untuk taat kepada Allah S.W.T dan menjauhi segala
larangan-Nya. Ilmu juga yang dapat membezakan antara yang al-Haqq dan yang
al-Batil. Justeru dalam topik ini, kita akan membincangkan maksud ilmu dalam
perspektif Islam. Kita juga akan menyentuh perihal bagaimana membudayakan
ilmu dalam kehidupan. Perbincangan juga akan ditumpukan kepada teori ilmu
atau epistemologi yang berkisar tentang sumber pencarian dan penerokaan ilmu
dalam Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  129

7.1 KONSEP ILMU MENURUT PANDANGAN


ISLAM
Kita akan membincangkan konsep ilmu dalam pandangan alam Islam. Ini
termasuklah takrifan ilmu dan pembudayaan ilmu dalam tamadun kemanusiaan.

Jika kita menelusuri sirah Nabawiyyah, kita dapati bahawa peristiwa penurunan
wahyu yang pertama di Gua HiraÊ mengandungi mesej yang jelas tentang konsep
ilmu yang kita sedang bincangkan. Cuba kita renungkan firman Allah S.W.T
dalam surah al-`Alaq ayat 1-5 berikut:

ãΠtø.F{$# y7š/u‘uρ ∩⊄∪ ù&tø%$# @,n=tã ô⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# ∩⊇∪ t,n=y{ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$#

∩∈∪ ÷Λs>÷ètƒ óΟs9 $tΒ z⎯≈|¡ΣM}$# ∩⊆∪ zΟ¯=tæ ÉΟn=s)ø9$$Î/ zΟ¯=tæ ∩⊂∪ “Ï%©!$#
Maksudnya:
„Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah,
dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya‰.

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, jelas kepada kita bahawa wahyu yang
pertama ditanzilkan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah berkenaan dengan
aktiviti baca dan tulis. Kedua-dua perkara tersebut merupakan antara elemen
penting dalam pencarian dan pemahaman terhadap ilmu pengetahuan.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Adakah ilmu sama
pengertiannya dengan maklumat? Adakah maklumat sesuatu yang tidak boleh
dikategorikan sebagai ilmu? Inilah antara soalan yang penting dalam memahami
konsep ilmu dalam Islam.

7.1.1 Takrifan Ilmu


Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991), dalam bukunya Penjelasan Budaya
Ilmu, ilmu itu walaupun sukar diberi takrifan tetapi dari sudut pemahaman
terhadap makna dan maksudnya tidak sesukar mana. Apa yang menyedihkan
beliau ialah makna ilmu telah disempitkan kepada pengetahuan tentang
maklumat dan kemahiran sahaja pada zaman moden ini. Keadaan ini tidak
menghairankan apabila takrifan ilmu dilihat dari sisi pandang falsafah Barat.
Antaranya, ilmu dikenali sebagai pengenalan atau persepsi yang jelas tentang
fakta. Fakta pula dimaksudkan sebagai sesuatu yang boleh dinilai melalui

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

pancaindera zahir semata-mata. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa


agama tidak mempunyai tempat dalam pemahaman makna ilmu.

Jika kita meneliti realiti pada hari ini, kita dapati bahawa ramai orang
mengetahui banyak perkara khususnya yang berkaitan dengan kehidupan dan
keperluan jasad manusia serta perkara-perkara yang ada di alam nyata. Manusia,
walau bagaimanapun, tidak mengetahui banyak perkara penting dalam hal-hal
yang melibatkan kehidupan rohani dan akhlak.

Perkataan ilmu adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu al-`Ilm.
Istilah al-`Ilm juga diertikan sebagai al-ma`rifah dan al-shu`ur (kesedaran). Dari
sisi pandang Islam, kalimah al-`Ilm berpunca dari istilah-istilah seperti al-`aalim,
al-`Aliim dan al-`Allam. Salah satu nama Allah S.W.T ialah al-`Aliim iaitu Yang
Maha Mengetahui.

Berdasarkan keterangan di atas, kita dapati bahawa dalam Islam, ilmu yang
sebenar bagi insan datang daripada Allah S.W.T yang ditanzilkan kepada para
rasul. Di samping itu, ia dapat dicapai melalui alam ciptaan Allah S.W.T. Justeru,
menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, ilmu dalam perspektif Islam dikenali
sebagai sifat, proses dan hasil.

Dalam pada itu, Franz Rosenthal (1992), dalam bukunya Knowledge Triumphant
yang terjemahannya Keagungan Ilmu menyenaraikan puluhan takrifan ilmu
yang diambilnya daripada karya tulis para ilmuan dan sarjana Muslim yang
meliputi aspek-aspek yang disebut dalam perenggan di atas. Secara ringkas,
takrifan ilmu yang dimaksudkan adalah seperti berikut, antaranya, iaitu:

(a) Ilmu ialah proses mengetahui dan bersamaan dengan orang yang
mengetahui dan apa yang diketahui, atau ia adalah satu sifat yang
membolehkan orang yang mengetahui untuk mengetahui.
(b) Ilmu ialah ma`rifah (kognisi).
(c) Ilmu ialah suatu proses memperolehi (idrak) atau mencari menerusi
persepsi mental.
(d) Ilmu ialah suatu proses penjelasan, penyataan dan keputusan.
(e) Ilmu ialah suatu bentuk (surah), suatu konsep atau makna (ma`na), suatu
proses pembentukan minda dan imaginasi (tasawwur) dan pengujian
minda (tasdiq).
(f) Ilmu ialah kepercayaan.
(g) Pengetahuan ialah ingatan, imaginasi, suatu bayangan, suatu pandangan
dan suatu pendapat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  131

(h) Ilmu ialah gerak-geri.


(i) Ilmu ialah penyangkalan kejahilan.

Cuba kita lihat pula takrifan yang dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib
al-Attas (2007), tentang ilmu. Takrifan tersebut, menurut Wan Mohd. Nor Wan
Daud, sebenarnya adalah penegasan dan pembugaran semula dengan nafas
baharu daripada takrifan yang dikemukakan oleh Fakhruddin al-Razi.

Takrifan yang dimaksudkan ialah ilmu itu „merujuk kepada Allah sebagai asal
segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang.
Apabila merujuk kepada diri sebagai penafsir, ilmu adalah ketibaan diri
seseorang kepada makna tentang sesuatu‰.

Berdasarkan takrifan tersebut, kita boleh membuat kesimpulan seperti berikut:

(a) Allah S.W.T adalah sumber sebenar ilmu;


(b) Manusia adalah makhluk yang aktif dalam usaha mendapatkan ilmu;
(c) Allah S.W.T yang Maha Mengetahui adalah yang sebenarnya memberikan
makna sesuatu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya;
(d) Allah S.W.T tidak memberikan ilmu tanpa persediaan daripada manusia;
(e) Manusia perlu berusaha untuk mendapatkan makna dan memperoleh ilmu;
dan
(f) Ilmu tidak sama dengan fakta, kemahiran dan maklumat. Walaupun ilmu
mengandungi maklumat tetapi ilmu hanya mengandungi maklumat yang
tepat dan bermakna.

Dalam konteks perkembangan dan ledakan teknologi maklumat dengan


penciptaan pelbagai peralatan komunikasi, kita didedahkan dengan pelbagai
maklumat dan fakta. Persoalannya: Adakah maklumat yang kita peroleh itu
benar dan memberi makna? Benar dalam erti ia adalah datang dari sumber ilmu
yang benar sebagaimana takrifan di atas. Begitu dengan „memberi makna‰ yang
datang dari sumber yang memberi faham dan makna kepada sesiapa yang
mahukan kebenaran dan kefahaman. Kadang-kadang maklumat dan fakta itu
bukan sahaja tidak benar dan tidak memberi makna tetapi ia boleh mengundang
kekeliruan.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh mengatakan komputer adalah suatu yang
berilmu walaupun ia menyimpan pelbagai fakta dan maklumat. Ini kerana fakta
dan maklumat tersebut tidak memberi makna kepada komputer walaupun ia
mungkin benar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

Bagaimana sesuatu maklumat itu dikira sebagai bermakna kepada seseorang? Ia


dikira sebagai bermakna sekiranya seseorang itu menghubungkannya dengan
suatu yang benar yang lain dalam sistem yang benar. Sistem yang dimaksudkan
ialah sistem yang terdapat dalam pandangan hidup Islam yang meliputi aspek
akidah, syariah dan akhlak. Makna yang benar hendaklah dihubungkan dengan
pengenalan kepada Allah S.W.T. Inilah tujuan pencarian dan pembudayaan ilmu
dalam Islam iaitu untuk mengenal Allah S.W.T dan mengabdikan diri kepada-
Nya. Dengan ini, ilmu amat berkait rapat dengan kualiti kerohanian yang tidak
ada pada alat seperti komputer. Justeru, komputer dengan kecanggihan perisian
software dan hardware dan keupayaan menyimpan dan mengadun pelbagai
maklumat dan fakta tidak boleh dikatakan berilmu. Disamping ia tidak memberi
makna kepada dirinya, ia juga tidak mempunyai elemen dalaman insan
(sebagaimana yang dibincangkan dalam Topik 6) seperti al-Qalb, al-`Aql dan al-
Ruh. Walau bagaimanapun, umat Islam boleh memanfaatkan kecanggihan
peralatan untuk membantu mereka membuat keputusan dan menilai sesuatu
maklumat itu sama ada benar atau tidak tetapi ia tidak boleh menggantikan
keupayaan insan untuk menggunakan al-Qalb dan al-`Aql dalam pencarian ilmu.

7.1.2 Klasifikasi dan Maratib atau Hierarki Ilmu


Setelah kita mengikuti perbincangan tentang konsep ilmu dan takrifannya, mari
kita melihat pula pembahagian ilmu dan maratib atau hierarkinya dalam
pandangan alam Islam. Perbincangan ini amat penting bagi kita memahami
kedudukan ilmu yang sebenar dalam Islam supaya kita dapat meletakkan nilai
ilmu yang sebenar di tempatnya yang sebenar dan betul. Ini kerana jika kita silap
dan salah meletakkan nilai dan kedudukan ilmu yang betul, maka kita
melakukan kezaliman yang merupakan lawan kepada sifat ilmu dan Pencipta
serta Sumber ilmu, iaitu Allah S.W.T.

Pertimbangan yang salah dalam meletakkan nilai dan kedudukan ilmu


disebabkan seseorang itu mempunyai skema yang salah dari sudut kepentingan
diri. Jika kita meletakkan kepentingan kebendaan mengatasi kepentingan agama,
maka salahlah kita dalam membuat penilaian terhadap nilai dan hierarki ilmu
yang sebenar. Penilaian yang salah juga menyebabkan sistem pendidikan yang
sepatutnya mengajar sesuatu ilmu yang benar untuk melahirkan insan yang
berilmu dalam erti kata yang sebenar tidak berada di atas landasan yang betul.
Institusi pendidikan seolah-olah menjadi „kilang‰ mengeluarkan produk yang
sama dan serupa dari segi pattern dan bentuknya. Insan yang keluar daripada
institusi pendidikan berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai nilai ilmu dalam
erti kata yang sebenar sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini, tetapi
dibimbangi mereka juga tidak memiliki nilai-nilai kemanusiaan atau insaniyyah.
Ini boleh berlaku meskipun mereka mempunyai banyak maklumat dan
kemahiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  133

Islam mengakui kemampuan insan yang terbatas untuk menguasai semua ilmu.
Oleh itu, pengkelasan ilmu kepada ilmu yang bersifat fardhu `ain dan fardhu
kifayah amat sesuai dan sangat praktikal. Ilmu fardhu `ain ialah ilmu asas yang
wajib diketahui oleh semua individu berdasarkan tugas dan peranannya sebagai
insan dan ahli masyarakat. Manakala ilmu fardhu kifayah ialah salah satu bidang
ilmu yang diperlukan oleh masyarakat dan wajib diketahui oleh sebahagian ahli
masyarakat. Ilmu fardhu `ain juga merupakan ilmu yang berkaitan dengan
mengurus diri supaya menjadi `abd, khalifah dan da`ie sebagaimana yang kita
bicarakan dalam Topik 6. Sementara itu, ilmu fardhu kifayah pula ilmu yang
berkaitan dengan mengurus sistem supaya sistem dapat membentuk diri patuh
kepada suatu sistem yang lebih teratur dan bermakna.

Rajah 7.1 menggambarkan klasifikasi dan maratib ilmu.

Rajah 7.1: Klasifikasi dan maratib ilmu


Sumber: Mustaffa Kamil Ayub (1991)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

7.1.3 Budaya Ilmu


Setelah kita mengetahui konsep ilmu dan takrifannya, cuba kita lihat pula
bagaimana ilmu boleh dipraktikkan dalam konteks pembudayaannya dalam
masyarakat. Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1994), budaya ilmu merujuk
kepada kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat terlibat dalam
kegiatan yang berkaitan dengan keilmuan sama ada secara langsung atau
sebaliknya. Ia juga merujuk kepada suatu keadaan di mana setiap tindakan
manusia diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan asas ilmu. Dengan kata lain,
budaya ilmu merupakan suatu pembudayaan minat terhadap ilmu yang
dimanifestasikan melalui kesungguhan menyelidik dan menganalisis dengan
menggunakan pancaindera secara adil dan seimbang bagi mengasingkan antara
yang hak dan batil.

Berdasarkan kenyataan di atas, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan


bahawa sesuatu masyarakat atau individu memiliki budaya ilmu, antaranya
ialah:

(a) Ilmu dimuliakan dan diletakkan di tempat yang paling tinggi;


(b) Sifat jahil, bebal dan anti-ilmu tidak mendapat tempat di masyarakat;
(c) Pandangan yang tidak mencerminkan keilmuan tidak diberi penghormatan
dan penghargaan; dan
(d) Penghargaan diberi kepada golongan ilmuwan.

Di samping itu, terdapat beberapa ciri budaya ilmu dalam perspektif Islam yang
menampakkan keunikannya, kesepaduannya dan kesyumulannya, antaranya
ialah:

(a) Tauhid sebagai asas;


(b) Ia menjadi konsep terpenting dalam setiap perbincangan;
(c) Kesepaduan dalam konteks tiga dimensi yang saling kait mengait antara
satu sama lain, iaitu ketuhanan, manusia dan alam semesta;
(d) Menekankan sifat tradisi dan mempunyai kesinambungan;
(e) Meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber yang asas;
(f) Bersifat sepanjang hayat;
(g) Tiada perbezaan dalam konteks hak dan tanggungjawab untuk mendapatkan
ilmu;
(h) Tiada diskriminasi dalam sistem sosial; dan
(i) Bersifat sejagat dan tidak eksklusif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  135

Disamping itu, dalam budaya ilmu segala tindakan dan aktiviti manusia bertitik
tolak dari ilmu pengetahuan, bukannya atas asas hawa nafsu, kepentingan
peribadi, kumpulan tertentu, faktor ekonomi dan sebagainya. Justeru, apabila
ilmu tidak mendapat tempat dalam masyarakat, maka lahirlah masyarakat yang
jahil dan bebal. Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) memetik pandangan yang
mengatakan antara ciri masyarakat yang bebal ialah:

(a) Tidak mampu mengenali masalah;


(b) Jika diberitahu sekalipun, dia tidak mampu menyelesaikannya;
(c) Tidak mampu mempelajari sesuatu dan tidak memiliki kemahiran tertentu;
(d) Tidak mengaku kebebalan;
(e) Tidak boleh menghubungkaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dalam
konteks yang sama;
(f) Hanya memberikan respons yang bersifat jangka pendek dan sementara;
dan
(g) Tidak berfikir dengan mendalam.

AKTIVITI 7.1

1. Berikan pandangan anda bagaimana kita boleh membezakan sesuatu


yang dikenali sebagai ilmu dan bukan ilmu.

2. Bincangkan dengan rakan anda, apakah kesan terhadap


perkembangan ilmu apabila fenomena cloudy library semakin
mendapat tempat berbanding sistem tradisi dalam proses pencarian
ilmu pengetahuan.

7.2 EPISTEMOLOGI ISLAM

Subtopik ini akan membincangkan pengertian epistemologi Islam dan sumber


ilmu dengan lebih lanjut.

7.2.1 Pengertian Epistemologi


Perkataan epistemologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu episçmç yang
bermakna knowledge atau pengetahuan, dan logos yang bermakna teori. Oleh
itu, epistemologi ialah ilmu yang membincangkan maksud pengetahuan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

bagaimana memperoleh pengetahuan. Epistemologi juga dirujuk sebagai ilmu


falsafah tentang pengetahuan atau falsafah pengetahuan. Secara ringkasnya,
apabila kita memperkatakan tentang epistemologi, ia membahaskan perkara-
perkara berikut:

(a) Asal-usul ilmu pengetahuan;


(b) Hubungan ilmu dengan pengalaman manusia; dan
(c) Falsafah tentang hakikat ilmu, makna, kandungan, sumber dan proses
mendapatkan ilmu.

Dalam perbincangan ini, kita akan memfokuskan kepada epistemologi Islam.


Apakah yang dimaksudkan dengan epistemologi Islam? Jika kita kaitkan dengan
perbincangan di atas, istilah tersebut merujuk kepada „teori atau falsafah yang
membincangkan ilmu berdasarkan ajaran Islam‰ (Mohd Yusuf Ahmad, 2007).
Berdasarkan takrifan itu, kita dapati bahawa perbahasan tentang epistemologi
Islam merangkumi beberapa aspek berikut:

(a) Sumber ilmu yang hakiki dalam Islam ialah Allah S.W.T;
(b) Ilmu dianugerahkan kepada manusia setelah manusia berusaha untuk
mendapatkannya;
(c) Perbincangan ilmu dalam Islam meliputi persoalan-persoalan penting
dalam kehidupan manusia sama ada yang bersifat individu, keluarga,
masyarakat mahupun negara yang berlegar di dalam dunia yang fanaÊ dan
alam akhirat; dan
(d) Persoalan-persoalan tentang jenis ilmu yang boleh diketahui dan cara
mengetahuinya serta mendapatkannya.

7.2.2 Sumber Ilmu


Sumber ilmu yang mutlak ialah dari Allah S.W.T kerana Dia-lah yang mengajar
manusia segala yang diketahuinya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-`Alaq
ayat 5:

∩∈∪ ÷Λs>÷ètƒ óΟs9 $tΒ z⎯≈|¡ΣM}$# zΟ¯=tæ


Maksudnya:
„Dia (Allah) mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  137

Dalam pada itu, malaikat yang cukup taat kepada Allah S.W.T pun mengakui
hakikat bahawa ia tidak mempunyai ilmu melainkan apa yang dianugerahkan
oleh Allah S.W.T. Ini dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam peristiwa kejadian
Nabi Adam a.s melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 32:

∩⊂⊄∪ ÞΟŠÅ3ptø:$# ãΛ⎧Î=yèø9$# |MΡr& y7¨ΡÎ) ( !$oΨtFôϑ¯=tã $tΒ ωÎ) !$uΖs9 zΝù=Ïæ Ÿω y7oΨ≈ysö6ß™ (#θä9$s%

Maksudnya:
„Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai
pengetahuan selain daripada apa yang engkau ajarkan kepada kami;
Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana‰.

Keterangan di atas menunjukkan bahawa semua ilmu adalah milik Allah S.W.T
dan Dia kemudiannya menganugerahkan ilmu kepada manusia berdasarkan
tatacara dan peraturan tertentu. Ini termasuklah daya usaha dan kemampuan
manusia untuk mendapatkannya melalui kaedah berfikir dan mentaakul.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 269:

3 #ZÏWŸ2 #Zöyz u’ÎAρé& ô‰s)sù sπyϑò6Åsø9$# |N÷σム⎯tΒuρ 4 â™!$t±o„ ⎯tΒ sπyϑò6Åsø9$# ’ÎA÷σãƒ

∩⊄∉®∪ É=≈t6ø9F{$# (#θä9'ρé& HωÎ) ã2¤‹tƒ $tΒuρ


Maksudnya:
„Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan sesiapa yang
diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang
banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya‰.

Dalam kitab `AqaÊid al-Nasafi karangan Sheikh Abu Hafs `Umar Najm al-Din al-
Nasafi, seperti yang dipetik dan diulas oleh Al-Attas dalam buku The Oldest
Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of The `AqaÊid of
Al-Nasafi (2007) ada menyebutkan bahawa:

„Maka segala perkara yang menghasilkan `ilmu bagi makhluqat itu tiga perkara:
suatu pancaindera yang lima: kedua khabar sadiq (yakni berita yang benar);
ketiga `aql‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

Berdasarkan petikan tersebut, kita dapati bahawa alat untuk mencapai dan
memperoleh ilmu pengetahuan ada tiga, iaitu:

(a) Lima pancaindera;


(b) Khabar sadiq ă wahyu; dan
(c) ÂAql atau akal.

Lima pancaindera yang biasa ada pada manusia yang normal ialah deria
pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Semua pancaindera tersebut
amat penting dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat.
Walau bagaimanapun, dalam al-Quran, Allah S.W.T menyatakan terdapat dua
pancaindera yang banyak menanggap lebih banyak ilmu dan maklumat iaitu
deria pendengaran dan penglihatan yang turut digandingkan dengan al-Qalb
atau al-FuÊad (iaitu salah satu dimensi dalaman insan yang membentuk
kesempurnaan insaniyyah seorang insan) sebagaimana firman-Nya dalam surah
al-IsraÊ ayat 36 berikut:

tβ%x. y7Íׯ≈s9'ρé& ‘≅ä. yŠ#xσàø9$#uρ u|Çt7ø9$#uρ yìôϑ¡¡9$# ¨βÎ) 4 íΟù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ß#ø)s? Ÿωuρ

∩⊂∉∪ Zωθä↔ó¡tΒ çμ÷Ψtã


Maksudnya:
„Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan‰.

Khabar sadiq pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang pertama ialah
perkhabaran yang bersifat mutawatir. Ia merupakan khabar yang thabit yang
mustahil ada unsur-unsur pendustaan. Kedua ialah khabar daripada Rasulullah
S.A.W yang merupakan mukzijat Baginda S.A.W. Kedua-dua kategori tersebut
merupakan wahyu yang bersifat matlu (iaitu al-Quran yang disampaikan kepada
Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril a.s) dan ghyr matlu sama
ada yang berupa hadis qudsi (maksudnya dari Allah tetapi diucap secara lisan
oleh Nabi Muhammad S.A.W) atau hadis nabawi.

Manakala akal adalah suatu anugerah Allah S.W.T kepada manusia yang dapat
menanggapi ilmu terutama yang berkaitan dengan kewujudan Allah S.W.T,
mengenal diri serta orang lain yang berada di sekelilingnya. Akal juga
berperanan memikirkan sesuatu yang berlandaskan sunnatullah yang terdapat di
alam ini. Namun, akal juga mempunyai keterbatasannya yang tertentu. Akal
tidak boleh memikirkan sesuatu yang bersifat ghaybiyyat seperti hal-hal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  139

ketuhanan, kerasulan, alam akhirat, roh, akidah dan hikmah ibadah. Semua
perkara tersebut diketahui melalui perkhabaran ilmu wahyu dan di sinilah
letaknya peranan Rasul untuk menerangkannya kepada manusia.

AKTIVITI 7.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu laduni sebagaimana yang


dibincangkan dalam disiplin tasawuf? Bincangkan.

2. Bincangkan tradisi ilmu para ilmuan Muslim silam seperti Ibn Sina
dan Ibn Rusyd.

 Persoalan epistemologi adalah suatu yang asas dan penting bagi membentuk
tasawwur dan worldview yang jelas tentang ilmu.

 Kegagalan memahami maksud ilmu dalam erti kata yang sebenar akan
menyebabkan penyampaian sesuatu yang sebenarnya ilmu tidak dapat
direalisasikan dengan tepat.

 Masyarakat perlu dipupuk dengan budaya ilmu yang benar supaya


kebenaran dan keadilan (meletakkan sesuatu yang benar di tempat yang
sewajarnya) dapat direalisasikan.

 Kebebasan yang mutlak dengan menggunakan akal fikiran semata-mata


tanpa berlandaskan ilmu wahyu akan menyebabkan manusia terpesong
daripada kebenaran yang mutlak.

 Klasifikasi ilmu dalam Islam tidak menunjukkan dualisme tetapi


menunjukkan penjurusan dan kecenderungan seseorang yang bersumberkan
kepada sumber yang satu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

Budaya ilmu Ilmu


Epistemologi Sumber ilmu
Hierarki ilmu

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Franz Rosenthal. (1992). Keagungan ilmu. Terjemahan oleh Syed Muhamad


Dawilah Syed Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Mohd. Yusuf Ahmad. (2007). Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Pengajian Islam.

Mustafa Kamil Ayub. (1991). Gerakan pelajar-mahasiswa misi dan visi. Petaling
Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1991). Penjelasan budaya ilmu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1994). Konsep ilmu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
8 Islam tentang
Ibadah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi ibadat menurut pandangan Islam;
2. Menerangkan kepentingan ibadah dalam Islam; dan
3. Menghuraikan kesan ibadah terhadap individu dan masyarakat.

 PENGENALAN
Kita sering mengungkapkan perkataan ibadah yang dikaitkan dengan pelakuan
amalan yang bersifat wajib sebagaimana yang termaktub dalam rukun Islam dan
yang bersifat sunat seperti solat sunat tahajjud, puasa sunat hari Isnin dan
Khamis, dan sebagainya. Persoalannya, adakah perkara-perkara tersebut itu
sahaja yang dipanggil ibadah? Adakah perkara-perkara kebajikan dan kebaikan
yang dilakukan seharian yang berkaitan dengan rutin pekerjaan bukan ibadah?
Mengapa ada pengasingan di mana yang satu dipanggil ibadah dan yang lain
tidak? Adakah perkara-perkara yang kita kenali sebagai ibadah kekal sifatnya
sebagai ibadah? Apakah ciri-ciri sesuatu pekerjaan boleh dipanggil sebagai
ibadah? Persoalan-persoalan seperti inilah yang akan kita bincangkan bagi
membantu kita mempunyai tasawwur yang jelas dan worldview yang tepat dan
benar tentang konsep ibadah dalam Islam. Di samping itu, kita juga akan
membincangkan kepentingan ibadah dalam Islam dan kesan ibadah kepada
individu serta masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

8.1 DEFINISI IBADAH


Kalimah ibadah adalah kalimah yang amat penting yang selalu digunakan dan
diucapkan oleh umat Islam tetapi mempunyai kefahaman yang sedikit. Ibadah
adalah kemuncak matlamat kehidupan insan di muka bumi ini sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam surah al-Dhariyat ayat 56 berikut:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

Maksudnya:
‰Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Justeru, insan perlu memahami maksud ibadah yang sebenar sebagaimana yang
terangkum dalam pengertian ayat di atas. Kegagalan memahami maksud ibadah
yang sebenar akan menyebabkan kita tidak dapat memenuhi keperluan konsep
ibadah terutama yang berkaitan dengan matlamat kita diciptakan oleh Allah
S.W.T. Secara mudahnya, seperti yang dibincangkan oleh Sayyid Abu A`la
Mawdudi (1989), dalam bukunya Let Us Be Muslims, jika seorang doktor tidak
merawat pesakitnya dengan baik dan betul, dia dianggap gagal dalam
profesionnya sebagai doktor. Begitulah jika kita tidak mampu memenuhi tujuan
hidup kita, ibadah yang kita lakukan selama ini boleh dipertikaikan. Dengan kata
lain, perbincangan kita mengenai ibadah adalah sesuatu yang penting kerana ia
menentukan tahap kefahaman dan kejayaan kita dalam kehidupan yang sebenar
di dunia dan di akhirat.

8.1.1 Maksud Ibadah


Kalimah ibadah adalah perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan
`abd yang membawa maksud hamba (servant, slave). Ibadah juga merujuk
kepada maksud al-Ta`ah wa al-Khudu` yang bererti taat serta tunduk. Jika kita
kaitkan maksud ibadah dari segi `abd iaitu hamba dengan al-Ta`ah wa al-Khudu`
kita boleh katakan bahawa ibadah itu bermaksud pelaksanaan tugas seseorang
hamba sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuannya. Seseorang itu menjadi
hamba kepada Tuannya apabila dia hidup dalam lingkungan perkhidmatan dan
kepatuhan kepada Tuannya. Walau bagaimanapun, apabila seseorang yang
sepatutnya menjalankan tugas seorang hamba dengan upah tertentu tidak
menjalankan tugas yang diperintahkan dianggap melakukan suatu kesalahan
kerana dia tidak setia dan patuh kepada Tuannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  143

Persoalannya bagaimana seorang hamba boleh mematuhi perintah Tuannya?

(a) Kita perhatikan tugas seorang hamba ialah hanya melakukan ketaatan
kepada Tuannya. Dia sepatutnya mempunyai kepercayaan yang tulus
kepada Tuannya.

(b) Dia mesti selalu patuh dan taat kepada Tuannya. Ini kerana seorang hamba
tetap seorang hamba pada setiap masa dan setiap keadaan. Dia tidak boleh
memilih sama ada untuk mematuhi atau tidak mematuhi arahan Tuannya.
Ataupun dia tidak boleh mengatakan yang dia akan menjadi hamba apabila
tugas yang diberikan kepadanya sesuai untuknya dan dalam masa yang
sama, dia mengabaikan arahan Tuannya untuk berehat atau merasakan
tugas berkenaan tidak sesuai untuknya.

(c) Tugas seseorang hamba ialah mengagungkan Tuannya. Oleh itu, dia mesti
mengikuti segala arahan yang diberikan kepadanya. Apabila dia istiqamah
dan tekal serta melakukan yang terbaik dalam konteks memberi
kepercayaan dan ketaatan kepada Tuannya, dia seharusnya mempamerkan
rasa kehambaannya bila-bila masa Tuannya memintanya untuk melakukan
ketaatan.

Berdasarkan keterangan di atas, kita dapati bahawa kualiti tingkah laku seorang
hamba terhadap Tuannya boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

(i) Kesetiaan hanya kepada Tuannya;


(ii) Ketaatan hanya kepada Tuannya; dan
(iii) Mengagungkan Tuannya.

Justeru apabila kita mengaitkan keterangan di atas dengan ayat 56 surah al-
Dhariyat, kita sebagai hamba Allah S.W.T mesti setia hanya kepada-Nya tidak
kepada yang lain, kita mesti mengikuti segala arahan-Nya, kita mesti jujur dalam
mentaÊzimkan Allah S.W.T.

Sementara itu, Ibn Taymiyyah mengatakan bahawa ibadah itu nama bagi setiap
yang dijelaskan oleh Allah S.W.T dan diredhai-Nya, sama ada dalam bentuk
perkataan mahupun perbuatan, zahir mahupun batin. Seterusnya, beliau
menyenaraikan sejumlah amalan yang dikira sebagai ibadah mengikut takrifan
yang diberikan, antaranya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 8.1):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

Jadual 8.1: Takrifan Ibadah

Ibadah Takrifan
Solat Menunaikan janji
Puasa Menyuruh perkara yang ma`ruf
Zakat Menegah perkara yang munkar
Haji Berjihad terhadap orang kafir dan munafik
Bercakap benar Berbuat baik kepada jiran
Menunaikan amanah Berihsan kepada anak yatim
Berbakti kepada kedua ibu bapa Berihsan kepada orang miskin
Menghubungkan silaturrahim Berihsan kepada musafir
Melakukan kebaikan kepada haiwan Berzikir
Membaca al-Quran Kasih, takwa dan bertaubat kepada Allah
Kasih kepada Rasul Bersyukur atas nikmat Allah

Takrifan dan senarai di atas menunjukkan bahawa ruang lingkup ibadah cukup
luas termasuklah semua perintah dan tegahan Allah S.W.T dan Rasul-Nya dalam
semua tindakan, gerak-geri dan bentuk. Sebab itulah ada yang mengatakan
bahawa ibadah boleh dikelompokkan kepada dua bahagian iaitu ibadah khusus
(seperti yang termaktub dalam rukun Islam) dan ibadah umum (semua tindakan
yang mengarah kepada melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya
dalam pelbagai pekerjaan).

AKTIVITI 8.1

1. Bincangkan dengan rakan anda kaitan antara ibadah khusus dengan


ibadah umum.

2. Bagaimana kita boleh melakukan ibadah yang terbaik kepada Allah


S.W.T? Bincangkan.

8.2 KEPENTINGAN IBADAH DALAM ISLAM

Dalam perbincangan ini, kita melihat mengapa manusia perlu beribadat dalam
erti kata yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan.

Tugas manusia selama hidup di dunia ini ialah hanyalah untuk melakukan
ibadah kepada Allah S.W.T sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 56 surah
al-Dhariyat berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  145

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Ini kerana ibadah merupakan tanda seseorang itu merendah dan menundukkan
dirinya kepada Allah S.W.T yang juga kemuncak rasa kecintaannya kepada Allah
S.W.T. Dengan kata lain, ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari
perasaan tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan kemuncak dari perasaan
yang merasakan kebesaran Allah S.W.T sebagai tempat mengabdikan diri. Ini
bukan sahaja terzahir dalam ibadah khusus sahaja tetapi merangkumi seluruh
kandungan Islam secara keseluruhannya.

Dalam konteks manfaat daripada ibadah yang kita lakukan kepada Allah S.W.T,
Dia tidak mengambil sedikit sekali pun manfaat dari segala ibadah yang kita
lakukan. Malah Allah S.W.T. tidak merasa rugi jika kita melalaikan ibadah yang
diwajibkan kepada kita. Kerajaan Allah S.W.T tidak bertambah apabila kita
melakukan ibadah dan tidak berkurangan apabila kita melalaikan ibadah
kepada-Nya. Ini kerana Allah S.W.T. Maha Kaya dan tidak memerlukan sesiapa.
Sebaliknya, kitalah yang sangat memerlukan-Nya setiap masa dan setiap ketika.
Justeru, Allah S.W.T memerintahkan kita untuk melakukan ibadah yang
memberikan kebaikan kepada kita.

Dalam sepotong hadis qudsi, Allah S.W.T berfirman (maksudnya):

„Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya kamu tidak akan dapat mendatangkan


bencana (memudaratkan) kepada Aku, dan kamu tidak akan dapat memberi
kemanfaatan kepada Aku. Wahai hamba-Ku! Kalau orang yang terdahulu dan
orang yang terakhir dalam kalangan kamu, meliputi jenis manusia dan jin,
mereka itu bertakwa seperti bertakwanya seseorang itu di antara kamu, ini tidak
akan menambah Kerajaan-Ku sedikit pun. Wahai hamba-Ku! Jika yang pertama
dan terakhir dari kamu, meliputi manusia dan jin, dan mereka jahat sepertii
jahatnya seorang daripada kalangan kamu, itu juga tidak mengurangi Kerajaan-
Ku sedikit pun‰.

Dengan melaksanakan ibadat, kita dapat menikmati santapan rohani. Ini kerana
kita sedang membuat perhubungan secara langsung dengan Allah S.W.T. Ini
tidak sahaja ketika kita melakukan ibadah khusus seperti solat tetapi juga ketika
kita menyempurnakan tugasan seperti sebagai pendidik, petani, peniaga dan
sebagainya kita masih lagi melupakan Allah S.W.T. Ini seperti yang difirmankan
oleh Allah S.W.T dalam surah al-Nur ayat 37.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

  Íο4θ.x ¨“9$# Ï™!$tGƒÎ)uρ Íο4θn=¢Á9$# ÏΘ$s%Î)uρ «!$# Ìø.ÏŒ ⎯tã ììø‹t/ Ÿωuρ ×οt≈pgÏB öΝÍκÎγù=è? ω ×Α%y`Í‘

∩⊂∠∪ ã≈|Áö/F{$#uρ ÛUθè=à)ø9$# ÏμŠÏù Ü=¯=s)tGs? $YΒöθtƒ tβθèù$sƒs†


Maksudnya:
„(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan‰.

Dengan kata lain, ibadah dalam bentuk ini merupakan satu manifestasi sifat
ihsan sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﺃﻥ ﺗﻌﺒﺪ ﺍﷲ ﻛﺄﻧﻚ ﺗﺮﺍﻩ ﻓﺈﻥ ﱂ ﺗﻜﻦ ﺗﺮﺍﻩ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﺮﺍﻙ‬


Maksudnya:
„Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika
kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu‰.

Sementara itu, menurut Yusuf al-Qaradawi (1993), dalam kitab al-`Ibadah Fi al-
Islam, seseorang yang sedang menikmati ibadah sebagai santapan rohani
sebenarnya sedang melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan
kepadanya oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 72:

$pκs]ù=Ïϑøts† βr& š⎥÷⎫t/r'sù ÉΑ$t6Éfø9$#uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ’n?tã sπtΡ$tΒF{$# $oΨôÊttã $¯ΡÎ)

∩∠⊄∪ Zωθßγy_ $YΒθè=sß tβ%x. …çμ¯ΡÎ) ( ß⎯≈|¡ΡM}$# $yγn=uΗxquρ $pκ÷]ÏΒ z⎯ø)xô©r&uρ

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada
langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  147

Di samping itu, dengan beribadah seseorang menggembleng al-Qalb, akal, lisan


dan seluruh anggota badannya untuk melakukan khidmat dan bakti kepada
Allah S.W.T. Maka tumpuan dan fokusnya adalah kerana Allah S.W.T semata-
mata. Jika ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menentukan
perbuatannya sama ada menjadi ibadah atau adat kebiasaan.

Dengan beribadah kepada Allah S.W.T dalam erti kata yang betul, seseorang
dapat menemui kebahagiaan, ketenangan, kelapangan al-Qalb dan kepuasan
dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr ayat 97-99:

⎯ä.uρ y7În/u‘ ωôϑpt¿2 ∩®∠∪ ôxÎm7|¡sù tβθä9θà)tƒ $yϑÎ/ x8â‘ô‰|¹ ß,ŠÅÒtƒ y7¯Ρr& ÞΟn=÷ètΡ ô‰s)s9ρu

∩®®∪ Ú⎥⎫É)u‹ø9$# y7u‹Ï?ù'tƒ 4©®Lym y7−/u‘ ∩®∇∪ ô‰ç6ôã$#uρ t⎦⎪ωÉf≈¡¡9$# z⎯ÏiΒ

Maksudnya:
„Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati
dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan
memuji Tuhanmu, serta jadilah orang-orang yang sujud. Dan sembahlah
Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin‰.

Dengan beribadah kepada Allah S.W.T, kita dapat membebaskan diri kita
daripada sesuatu pergantungan yang bukan kepada Allah. Dengan ini kita dapat
memerdekakan jiwa dan al-Qalb kita daripada perhambaan dan pergantungan
kepada makhluk, daripada pengaruh dan keinginan syahwat dan sebagainya.
Keadaan ini akan menentukan keikhlasan ibadah hanya kepada Allah S.W.T
tanpa ada sebarang unsur-unsur syirik. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Kahf
ayat 110:

(#θã_ötƒ tβ%x. ⎯yϑsù ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) öΝä3ßγ≈s9Î) !$yϑ¯Ρr& ¥’n<Î) #©r


y θムö/ä3è=÷WÏiΒ ×|³0o O$tΡ&r !$yϑ¯ΡÎ) ö≅è%

∩⊇⊇⊃∪ #J‰tnr& ÿ⎯ÏμÎn/u‘ ÍοyŠ$t7ÏèÎ/ õ8Îô³ç„ Ÿωρu $[sÎ=≈|¹ WξuΚtã ö≅yϑ÷èu‹ù=sù ⎯ÏμÎn/u‘ u™!$s)Ï9
Maksudnya:
„Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan yang Esa; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah
dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

Antara unsur syirik dalam ibadah ialah apabila seseorang mengerjakan ibadah
dalam keadaan riyaÊ atau memperlihat-lihatkan amalannya kepada orang lain.
Saidina `Umar bin al-Khattab r.a pernah bertanya kepada Mu`adz bin Jabal r.a
yang sedang menangis: Apakah yang sedang engkau tangiskan? Mu`adz bin
Jabal r.a menjawab bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda
yang bermaksud „sedikit riyaÊ itu adalah syirik‰.

Dalam perkembangan yang sama, Ibn Rajab al-Hanbali al-Baghdadi dalam kitab
Jami` al-`Ulum wa al-Hikam berpendapat bahawa amalan yang dikerjakan bukan
kerana Allah S.W.T dianggap riyaÊ kerana ia dikerjakan hanya untuk menunjuk-
nunjuk kepada orang demi tujuan keduniaan. Contohnya riyaÊ semasa
mengerjakan solat. Perbuatan seperti ini disifatkan oleh Allah S.W.T dalam al-
Quran sebagai perbuatan orang munafik. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
NisaÊ ayat 142:

(#θãΒ$s% Íο4θn=¢Á9$# ’n<Î) (#þθãΒ$s% #sŒÎ)uρ öΝßγããω≈yz uθèδuρ ©!$# tβθããω≈sƒä† t⎦⎫É)Ï≈uΖßϑø9$# ¨βÎ)

∩⊇⊆⊄∪ WξŠÎ=s% ωÎ) ©!$# šχρãä.õ‹tƒ Ÿωuρ }¨$¨Ζ9$# tβρâ™!#tム4’n<$|¡ä.


Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama)
Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada
batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri
hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan)
riyaÊ (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)‰.

Ibadah yang kita lakukan merupakan satu ujian dari Allah S.W.T supaya kita
boleh meraih kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T dalam
surah al-Mulk ayat 1-2:

|Nöθϑ
y ø9$# t,n=y{ ∩⊇∪ “Ï%©!$# íƒÏ‰s% &™ó©«
x Èe≅ä. 4’n?tã uθèδuρ à7ù=ßϑø9$# Íνωu‹Î/ “Ï%©!$# x8t≈t6s?

∩⊄∪ â‘θàtóø9$# Ⓝ͕yèø9$# uθèδuρ 4 WξuΚtã ß⎯|¡ômr& ö/ä3•ƒ&r öΝä.uθè=ö7u‹Ï9 nο4θu‹ptø:$#uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  149

Maksudnya:
„Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai
pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu; Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) ă
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)‰.

Apabila kita beribadah kepada Allah S.W.T, kita sebenarnya melaksanakan hak
Allah S.W.T ke atas kita sebagai makhluk dan hamba-Nya. Mari kita lihat hadis
Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang diceritakan oleh Mu`adz bin Jabal r.a
dalam perkara ini:

‫ ﻳﺎ ﻣﻌﺎﺫ! ﺃﺗﺪﺭﻱ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ ﱄ‬.‫ﻛﻨﺖ ﺭﺩﻳﻒ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﲪﺎﺭ‬
‫ ﺣﻖ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﺃﻥ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬.‫ ﺍﷲ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ ﺃﻋﻠﻢ‬:‫ﻣﺎ ﺣﻖ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ؟ ﻗﻠﺖ‬
.‫ﻳﻌﺒﺪﻭﻩ ﻭﻻﻳﺸﺮﻛﻮﺍ ﺑﻪ ﺷﻴﺌﺎ‬
Maksudnya:
„Aku (Mu`adz) duduk membonceng keldai yang ditunggang oleh Rasulullah
S.A.W Baginda S.A.W bertanya kepada aku: Wahai Mu`adz! Tahukah kamu
apakah hak Allah atas hamba-hamba-Nya? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya
lebih mengetahui. Lalu Baginda S.A.W menjawab: Hak Allah atas hamba-hamba-
Nya ialah agar mereka menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan
sesuatu‰.

Ibadah yang kita lakukan merupakan suatu wasilah atau cara untuk kita
mendidik al-Nafs kita. Hasil daripada didikan yang terbaik untuk al-nafs
dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Fajr ayat 27-30:

∩⊄∇∪ ’Í?ä{÷Š$$sù Zπ¨ŠÅÊó£Δ ZπuŠÅÊ#u‘ Å7În/u‘ 4’n<Î) ∩⊄∠∪ û©ÉëÅ_ö‘$# èπ¨ΖÍ×yϑôÜßϑø9$# ߧø¨Ζ9$# $pκçJ−ƒ'r ¯≈tƒ

∩⊂⊃∪ ©ÉL¨Ζy_ ∩⊄®∪ ’Í?ä{÷Š$#uρ “ω≈t6Ïã ’Îû


Maksudnya:
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,
Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan
disambut dengan kata-kata): „Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa
tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! „Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! ă „Serta masuklah engkau dalam
kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia ă „Dan masuklah ke dalam
Syurga-Ku!‰

AKTIVITI 8.2

1. Mengapa ada kalangan ahli masyarakat yang menyempitkan maksud


ibadah hanya kepada ibadah khusus sahaja? Bincangkan.

2. Bagaimana kita boleh memupuk kefahaman masyarakat bahawa


bekerja dalam pelbagai sektor juga dikira sebagai ibadah? Nyatakan.

8.3 KESAN IBADAH KEPADA INDIVIDU DAN


MASYARAKAT
Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, ibadah merupakan matlamat
utama penciptaan manusia dan jin. Ini menunjukkan bahawa seluruh kehidupan
manusia mestilah berada dalam lingkungan ibadah. Sekarang kita lihat pula
apakah kesan ibadah kepada individu dan juga masyarakat. Secara umum, boleh
kita katakan bahawa ibadah yang kita lakukan mempunyai kesan terhadap kita
sebagai individu, antaranya ialah:

(a) Ibadah tersebut boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T.
(b) Ibadah yang kita lakukan boleh menghalang kita daripada melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar.
(c) Dengan ibadah yang kita lakukan itu, kita akan mendapat ganjaran pahala
daripada Allah S.W.T.
(d) Jika kita melakukan ibadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan
kita akan dikasihi oleh Allah S.W.T.
(e) Ibadah yang kita lakukan akan menjamin kita meraih kebahagian di dunia
dan di akhirat.
(f) Apabila kita melakukan ibadah dengan ikhlas kita akan dihormati oleh
orang lain.

Sementara itu, jika kita lihat dari sudut ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat
dan haji, kita dapati ibadah-ibadah tersebut mempunyai kesan yang amat positif
terutama dalam pembentukan sahsiah individu Muslim. Jadual 8.2 memberikan
kita penjelasan mengenai perkara tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  151

Jadual 8.2: Kesan Positif Mengerjakan Ibadah-ibadah Khusus

Ibadah Khusus Kesan


Solat  Wuduk yang diambil untuk solat dapat menghapuskan dosa-dosa
yang dilakukan oleh anggota badan.
 Solat dapat mencegah daripada melakukan perkara fahsya` dan
mungkar.
 Solat dapat menghapuskan dosa.
 Solat dapat menghampirkan seseorang dengan Allah S.W.T.

Puasa  Puasa menjadi perisai dan pengawal seseorang daripada melakukan


perkara yang keji dan mengatakan sesuatu yang kotor (al-Rafath).
 Puasa menjauhkan seseorang daripada melakukan zina.
 Puasa menjadikan seseorang lebih mengerti maksud sabar.
 Puasa menjadikan seseorang lebih mengerti maksud pemurah dan
melaksanakannya dalam kehidupan.
 Puasa menjamin pengampunan dosa oleh Allah S.W.T.

Zakat  Dengan berzakat, seseorang itu menzahirkan keimanannya dan


menikmati kelazatan iman.
 Seseorang itu bersungguh mencari rezeki yang halal dan dengannya
dapat berzakat.
 Seseorang itu dapat menjauhkan diri daripada mengungkit-ungkit
zakat yang dikeluarkan dan mengharapkan pujian serta balasan.
 Seseorang menjadi pemurah dan tidak bakhil.
 Seseorang itu menjadi lebih prihatin terhadap kesusahan orang lain
dan ini dapat menguatkan hubungan silaturahim dengan mereka.
 Seseorang dapat merapatkan jurang antara si kaya dengan si miskin
atau fakir. Ini dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

Haji  Menjadikan seseorang lebih mengerti maksud jihad.


 Mengenal maksud sebenar sabar dalam menanggung kesusahan.
 Melaksanakan konsep al-Ta`aruf dalam konteks umat Islam seluruh
dunia.
 Mendapat keampunan Allah S.W.T dan menghapuskan dosa.

Sumber: Udah Mohsin (1987)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

AKTIVITI 8.3

1. Bincangkan bagaimana konsep perpaduan boleh dikaitkan dengan


konsep ibadah.

2. Pada pandangan anda, bagaimana kita boleh menjelaskan konsep


jihad ekonomi dengan maksud ibadah dalam Islam?

 Persoalan ibadah adalah suatu yang sangat fundamental dalam Islam yang
menentukan asas penciptaan manusia di atas muka bumi.

 Ibadah yang dilakukan kepada Allah S.W.T merupakan terjemahan terhadap


penyaksian yang benar dan bermakna terhadap keEsaan Allah S.W.T.

 Keikhlasan amat penting dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

 Pemahaman yang jelas, benar dan bermakna tentang konsep ibadah akan
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap amalan dan kegiatan insan di
dunia yang akhirnya membuahkan natijah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Ibadah Khusus RiyaÊ


Ibadah Umum Syirik
Ikhlas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  153

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Sayyid Abu A`la al-Mawdudi. (1989). Let us be Muslims. Editor Khurram Murad.
Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

Udah Mohsin. (1987). Kesan ibadah dalam pembentukan akhlak seorang Muslim.
Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

Yusuf al-Qaradawi. (1993). Ibadah dalam Islam. Terjemahan oleh Abu Asma
Anshari dan Nasruddin Abd Rahman. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
9 Islam tentang
Akhlak
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi akhlak;
2. Menerangkan kepentingan dan kedudukan akhlak dalam kehidupan
insan;
3. Menjelaskan ciri-ciri sistem akhlak dalam Islam; dan
4. Membezakan antara akhlak dengan moral dan etika.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan pandangan Islam tentang akhlak.
Persoalan tentang akhlak adalah suatu perbincangan yang amat penting selepas
kita memahami konsep akidah dan syariah. Ia merupakan pelengkap kepada
keseluruhan ajaran Islam. Memahami akhlak boleh menyempurnakan
kefahaman tentang Islam secara menyeluruh. Ini kerana insan yang mempunyai
akhlak yang mulia akan mempamerkan keseluruhan ajaran Islam pada dirinya
dan menjadi cermin kepada orang lain. Inilah yang ditonjolkan oleh Rasulullah
S.A.W sepanjang hidupnya sebagai utusan Allah, pemimpin umat, ketua turus
angkatan perang, ketua keluarga dan sebagainya. Oleh kerana akhlak ini datang
dari Allah dan bukannya hasil daya pemikiran dan cetusan idea manusia, ia tetap
sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  155

9.1 DEFINISI AKHLAK


Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia. Malah, Allah S.W.T mengiktiraf bahawa Baginda S.A.W memiliki
akhlak yang paling mulia sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Qalam ayat 4:

∩⊆∪ 5ΟŠÏàtã @,è=äz 4’n?yès9 y7¯ΡÎ)uρ


Maksudnya:
„Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat
mulia‰.

Berdasarkan dalil di atas, kita mungkin inginkan pencerahan apakah yang


dimaksudkan dengan akhlak.

Kalimah akhlak berasal daripada bahasa Arab yang merupakan kata jamak
kepada perkataan khuluq. Istilah khuluq pula merupakan istilah al-Quran
sebagaimana yang termaktub dalam surah al-Qalam ayat 4 di atas. Khuluq
bermaksud sifat semula jadi, tabiat, maruah, agama dan gambaran jiwa dalaman
seseorang individu atau sekumpulan individu. Malah, sistem kepercayaan dan
agama yang dianuti oleh seseorang yang berperanan mewarnai tingkah laku dan
perbuatan seseorang juga dikaitkan dengan maksud akhlak.

Berikut adalah beberapa pandangan ilmuan Muslim tentang takrifan akhlak


(rujuk Jadual 9.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

Jadual 9.1: Pandangan tentang Takrifan Akhlak oleh Para Ilmuan Muslim

Ilmuan Muslim Pandangan tentang Takrifan Akhlak


Ibn Miskawayh Akhlak ialah keadaan sesuatu jiwa yang menggerakkan seseorang untuk
melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih
dahulu. Jiwa dalam konteks takrifan ini merujuk kepada keadaan jiwa
yang bersifat tabii dan keadaan jiwa yang „dibentuk‰ melalui latihan
tertentu dan kebiasaan seharian.

Imam al-Ghazali Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang
darinya muncul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Dalam konteks ini, akhlak boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Akhlak yang baik, apabila keadaan jiwa melahirkan tingkah laku dan
perbuatan yang baik yang diiktiraf oleh akal dan syarak.

(b) Akhlak yang buruk, apabila keadaan jiwa melahirkan tingkah laku
dan perbuatan yang jahat.

Miqdad Yaljin Akhlak merangkumi tiga aspek, iaitu:

(a) Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah.

(b) Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya
yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat.

(c) Meliputi dua aspek iaitu aspek kejiwaan (batin) dan kelakuan (zahir).

Ahmad Amin Akhlak ialah sesuatu yang bersifat batiniah (kejiwaan) dan bukannya
bersifat lahiriah (luaran). Walau bagaimanapun, perbuatan lahiriah yang
dinamakan sebagai kelakuan atau muamalah adalah gambaran dan bukti
kepada sifat kejiwaan.

Abd al-Karim Akhlak ialah himpunan sifat yang terdapat dalam jiwa dan berdasarkan
Zaydan dorongan serta pertimbangan sifat itu, sesuatu perbuatan itu dapat
dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia. Dengan sifat
itulah juga dia dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya.

Mohd. Nasir Akhlak ialah sains yang menekankan jiwa seseorang sebagai daya
Omar penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan di mana perbuatan itu
perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan
disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi.

Zakaria Stapa Akhlak ialah suatu tingkah laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan
sebati di dalam diri seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan
perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu dan
ia boleh dilaksanakan atau muncul daripada dirinya secara spontan. Ia
bukan sesuatu lakonan, berlagak, perkara yang dibuat-buat dan bersifat
munafik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  157

Berdasarkan pengertian di atas, boleh kita katakan bahawa akhlak itu merupakan
tabiat semula jadi manusia yang ada di dalam diri manusia secara fitrah dan
tabiat yang dimiliki melalui latihan, tarbiyyah dan disiplin diri sehingga ia
menjadi darah daging atau adat kebiasaan seseorang. Contoh sifat yang ada di
dalam diri seseorang secara fitrah ialah perasaan cepat marah, cepat ketawa,
mudah tersinggung, mudah memaafkan dan sebagainya. Manakala contoh yang
kedua ialah manusia yang bakhil boleh menjadi seorang yang dermawan dengan
melatih dirinya untuk menderma, walaupun pada peringkat awalnya agak
keberatan, tetapi lama kelamaan dia merasa seronok menderma.

AKTIVITI 9.1

1. Berdasarkan takrifan-takrifan di atas, bincangkan ciri-ciri penting


akhlak dalam Islam.

2. Sabar merupakan salah satu cabang akhlak dalam Islam. Kaitkan sifat
dan perlakuan sabar dengan takrifan akhlak yang disenaraikan di atas.

9.2 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM


KEHIDUPAN INSAN
Berdasarkan dalil yang dikemukakan dalam subtopik 9.1, kita dapati bahawa
akhlak merupakan sesuatu yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang
sangat besar dalam pembentukan tingkah laku dan perbuatan insan. Malah,
tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa semua tindak tanduk manusia adalah
berdasarkan sifat yang ada di dalam jiwanya. Dengan kata lain, perbuatan insan
mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan elemen dalaman dirinya
seperti al-Nafs dan al-Qalb. Kenyataan ini dapat kita fahami apabila kita meneliti
maksud hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa di dalam tubuh manusia
ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh badannya
(termasuklah tingkah lakunya) dan begitulah sebaliknya. Nabi Muhammad
S.A.W menyebutkan bahawa benda itu ialah al-Qalb. Menurut `Abd al-Karim
Zaydan dalam kitabnya Usul al-Da`wah, perkaitan antara tingkah laku luaran
dengan dalaman adalah laksana eratnya hubungan sebatang pokok dengan
akarnya. Jika akar pokok itu rosak, maka rosaklah pokok tersebut. Begitulah juga
dengan perbuatan insan.

Cuba kita perhatikan ayat 58 daripada surah al-A`raf berikut bagi menggambarkan
maksud kenyataan di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

4 #Y‰Å3tΡ ωÎ) ßlãøƒs† Ÿω y]ç7yz “Ï%©!$#uρ ( ⎯ÏμÎn/u‘ ÈβøŒÎ*Î/ …çμè?$t6tΡ ßlãøƒs† Ü=Íh‹©Ü9$# à$s#t7ø9$#uρ

∩∈∇∪ tβρáä3ô±o„ 5Θöθs)Ï9 ÏM≈tƒFψ$# ß∃Îh|ÇçΡ y7Ï9≡x‹Ÿ2


Maksudnya:
„Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan
izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya
melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda
(kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang
(mahu) bersyukur‰.

Oleh itu, Islam merupakan ajaran yang memfokuskan kepada usaha


memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya untuk mencapai kehidupan
yang lebih baik. Bagaimana Islam membentuk manusia? Islam membentuk
manusia supaya menjadi insan yang terbaik sejajar dengan kejadiannya yang
terbaik (ahsana taqwim). Ini dapat dilakukan dengan memperbaiki al-Nafs dan
al-Qalbnya dan menanamkan sifat-sifat terpuji serta menjauhkan sifat-sifat yang
terkeji. Ini kerana Islam adalah satu-satunya agama yang memandu manusia ke
arah kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenteraman.

Akhlak penting kepada manusia kerana manusia sebelum melakukan sesuatu


atau meninggalkan sesuatu selalunya akan mempertimbangkan atau memikirkan
adakah sesuatu tindakan itu baik atau sebaliknya. Dengan kata lain, adakah apa
yang akan dilakukan itu sesuai dengan akhlak yang ada dalam dirinya? Justeru,
jika sudah ada keputusan yang diambil berdasarkan kata-kata al-Nafs dan al-
Qalbnya, barulah timbul dorongan dan keinginan untuk melakukan atau
meninggalkan sesuatu perkara.

AKTIVITI 9.2

1. Bincangkan dengan rakan tentang aplikasi akhlak dalam perhubungan


antarabangsa.

2. Bagaimana nilai-nilai akhlak boleh diterapkan dalam pelaksanaan


undang-undang? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  159

9.3 KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Persoalan akhlak adalah suatu persoalan yang sangat penting dalam agama
Islam. Kepentingannya dapat kita perhatikan melalui perbincangan berikut:

(a) Matlamat risalah Islam adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan


akhlak mulia sebagaimana maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W yang
menyebutkan bahawa Baginda S.A.W diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak mulia (makarim al-Akhlaq).

(b) Maksud al-Din (yang merujuk kepada agama Islam) dikaitkan dengan
persoalan akhlak yang baik sebagaimana hadis Nabi S.A.W berikut:

‫ ﺣﺴﻦ‬: ‫ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻣﺎ ﺍﻟﺪﻳﻦ؟ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬


.‫ﺍﳋﻠﻖ‬
Maksudnya:
„Wahai Rasulullah, apakah al-Din itu? Baginda menjawab: Akhlak yang
baik‰.
Ini menunjukkan bahawa salah satu perkara asas yang penting dalam Islam
ialah akhlak yang baik.

(c) Akhlak yang baik menjadi pemberat timbangan kepada amalan kebaikan
yang seseorang lakukan pada hari akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi
Muhammad S.A.W:

‫ﺃﺛﻘﻞ ﻣﺎ ﻳﻮﺿﻊ ﰲ ﺍﳌﻴﺰﺍﻥ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺗﻘﻮﻯ ﺍﷲ ﻭﺣﺴﻦ ﺍﳋﻠﻖ‬


Maksudnya:
„Untuk memberatkan apa yang diletakkan pada timbangan pada hari
akhirat adalah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik‰.
(d) Keadaan dan sikap orang yang beriman adalah selalu mengutamakan
akhlak yang baik. Ini dapat kita buktikan melalui sabda Nabi S.A.W ketika
Baginda ditanya tentang sikap orang beriman:

‫ ﺃﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ‬:‫ ﺃﻱ ﺍﳌﺆﻣﻨﻮﻥ ﺃﻓﻀﻞ ﺇﳝﺎﻧﺎ ؟ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻗﻴﻞ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬


Maksudnya:
„Ditanya orang: Wahai Rasulullah, orang mukmin yang mana satukah yang
paling utama? Baginda menjawab: Orang yang akhlaknya paling baik‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

(e) Rasulullah S.A.W menjanjikan kepada umat Islam bahawa mereka yang
paling dikasihi oleh Baginda S.A.W dan yang paling dekat dengan Baginda
S.A.W pada hari kiamat ialah orang yang beriman dan berakhlak mulia.
Sabda Rasulullah S.A.W:

‫ﺇﻥ ﺃﺣﺒﻜﻢ ﺇﱄ ﻭﺃﻗﺮﺑﻜﻢ ﻣﲏ ﳎﻠﺴﺎ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺃﺣﺎﺳﻨﻜﻢ ﺃﺧﻼﻗﺎ‬


Maksudnya:
„Sesungguhnya orang yang paling kasih kepada aku dan yang paling dekat
kepada aku pada hari kiamat adalah orang-orang yang baik akhlaknya‰.

(f) Insan yang berakhlak mulia akan terhindar daripada azab api neraka dan
membawanya ke dalam syurga. Ini menunjukkan bahawa akhlak mulia
mengandungi nilai yang tinggi jika dibandingkan dengan ibadah-ibadah
yang lain. Dengan kata lain, sekiranya seseorang itu kuat beribadah tetapi
tidak mempunyai akhlak yang baik, ibadahnya tidak bernilai. Inilah yang
dimaksudkan dengan hadis Nabi S.A.W berikut:

‫ﺇﻥ ﻓﻼﻧﺔ ﺗﺼﻮﻡ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺗﻘﻮﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﻭﻫﻲ ﺳﻴﺌﺔ ﺍﳋﻠﻖ ﺗﺆﺫﻱ ﺟﲑﺍﻬﻧﺎ‬
‫ ﻗﺎﻝ ﻻ ﺧﲑ ﻓﻴﻬﺎ ﻫﻲ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬.‫ﺑﻠﺴﺎﻬﻧﺎ‬
Maksudnya:
„Si Pulanah berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada waktu
malam sedangkan dia berakhlak dengan akhlak yang buruk mengganggu
jirannya dengan lidahnya. Baginda bersabda: Tidak ada kebaikan dalam
ibadahnya itu, dia adalah ahli neraka‰.

(g) Kesungguhan Nabi Muhammad S.A.W dalam doanya agar Allah S.W.T
memperbaiki akhlaknya sebagaimana sabdanya:

‫ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻫﺪﱐ ﻷﺣﺴﻦ ﺍﻷﺧﻼﻕ‬... ‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺣﺴﻨﺖ ﺧﻠﻘﻲ ﻓﺤﺴﻦ ﺧﻠﻘﻲ‬


‫ﻓﺈﻧﻪ ﻻ ﻳﻬﺪﻱ ﻷﺣﺴﻨﻬﺎ ﺇﻻ ﺃﻧﺖ ﻭﺍﺻﺮﻑ ﻋﲏ ﺳﻴﺌﻬﺎ ﻓﺈﻧﻪ ﻻ ﻳﺼﺮﻑ ﻋﲏ‬
‫ﺳﻴﺌﻬﺎ ﺇﻻ ﺃﻧﺖ‬
Maksudnya:
„Ya Allah perbaikilah akhlakku sepertimana Engkau memperbaiki
kejadianku⁄Ya Allah tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang
dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik selain Engkau. Hindarkan
aku dan tidak ada yang dapat menghindarkan aku daripada kejahatan selain
Engkau‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  161

(h) Rasulullah S.A.W mendapat pujian dari Allah S.W.T, lantaran akhlak
mulianya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qalam ayat 4:

∩⊆∪ 5ΟŠÏàtã @,è=äz 4’n?yès9 y7¯ΡÎ)uρ


Maksudnya:
‰Dan bahawa sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang amat mulia‰.

(i) Akhlak merupakan inti pati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak, ibadat yang
dilakukan menjadi adat resam dan tindakan yang tidak mempunyai nilai
dan tidak berfaedah. Dalil-dalil berikut boleh menjelaskan keterangan
tersebut:

Firman Allah S.W.T dalam surah al-`Ankabut ayat 45:

4‘S
s ÷Ζs? nο4θn=¢Á9$# χÎ) ( nο4θn=¢Á9$# ÉΟÏ%r&uρ É=≈tGÅ3ø9$# š∅ÏΒ y7ø‹s9Î) z©Çrρé& !$tΒ ã≅ø?$#

∩⊆∈∪ tβθãèoΨóÁs? $tΒ ÞΟn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 çt9ò2r& «!$# ãø.Ï%s!uρ 3 Ìs3Ζßϑø9$#uρ Ï™!$t±ósxø9$# Ç∅tã

Maksudnya:
‰Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan
kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji
dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan‰.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﻣﻦ ﱂ ﺗﻨﻪ ﺻﻼﺗﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻔﺤﺸﺎﺀ ﻭﺍﳌﻨﻜﺮ ﱂ ﻳﺰﺩﺩ ﻣﻦ ﺍﷲ ﺇﻻ ﺑﻌﺪﺍ‬


Maksudnya:
„Sesiapa yang tidak dapat dihalang oleh solatnya daripada melakukan
perkara jahat dan mungkar beliau adalah bertambah jauh dari Allah‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻳﻮﻡ ﺻﻮﻡ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﻓﻼ ﻳﺮﻓﺚ ﻭﻻ ﻳﺼﺨﺐ ﻓﺈﻥ ﺳﺎﺑﻪ ﺃﺣﺪ ﺃﻭ ﻗﺎﺗﻠﻪ‬
‫ﻓﻠﻴﻘﻞ ﺇﱐ ﺻﺎﺋﻢ‬
Maksudnya:
„Janganlah seorang daripada kamu melakukan rafath (mengeluarkan kata-
kata yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh) dan
bertengkar pada hari beliau berpuasa. Apabila beliau dicerca atau diperangi
oleh seseorang, beliau hendaklah mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa‰.

AKTIVITI 9.3

1. Mengapa Rasulullah S.A.W perlu dijadikan qudwah atau ikutan


daripada sudut akhlak? Bincangkan.

2. Masalah keruntuhan sosial sering dikaitkan dengan penghayatan ajaran


agama. Bincangkan kenyataan tersebut dalam konteks kedudukan
akhlak dalam Islam.

9.4 CIRI-CIRI SISTEM AKHLAK DALAM ISLAM


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan sistem akhlak dalam Islam yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri tersebut dinyatakan dalam Rajah 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  163

Rajah 9.1: Ciri-ciri sistem akhlak dalam Islam

Sekarang, mari kita lihat ciri-ciri tersebut satu persatu.

(a) Ajaran Akhlak dalam Bentuknya yang Umum


Islam adalah agama yang menyeru manusia supaya berakhlak dengan
akhlak yang mulia. Firman Allah S.W.T dalam surah al-IsraÊ ayat 53:

¨βÎ) 4 öΝæηuΖ÷t/ éøu”∴tƒ z⎯≈sÜø‹¤±9$# ¨βÎ) 4 ß⎯|¡ômr& }‘Ïδ ©ÉL©9$# (#θä9θà)tƒ “ÏŠ$t7ÏèÏj9 ≅è%uρ

∩∈⊂∪ $YΖÎ7•Β #xρ߉tã Ç⎯≈|¡ΣM∼Ï9 šχ%x. z⎯≈sÜø‹¤±9$#

Maksudnya:
‰Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang
beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada
orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu
sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang);
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

Perkataan yang baik merupakan salah satu topik dalam dakwah Islam. Setiap
orang perlu berkata yang baik dalam semua bentuk sama ada dalam
panggilan mahupun dalam pertuturan biasa. Justeru, manusia perlu
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji.
Walau bagaimanapun, Islam bukan sahaja mengemukakan persoalan akhlak
dalam bentuk yang umum tetapi turut membincangkan sifat-sifat terpuji
yang melambangkan ketinggian akhlak yang mulia secara terperinci.
Kenyataan ini sebagaimana yang pernah dibincangkan oleh Fathi Yakan
dalam kitabnya Madha Ya`ni IntimaÊi li al-Islam apabila membicarakan
persoalan „Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak‰. Menurut beliau, antara
sifat akhlak yang semestinya ada pada diri seseorang Muslim sehingga dia
benar-benar Islam dari sudut akhlak ialah seperti berikut:

(i) Bersifat warak daripada melakukan perkara-perkara yang syubhat. Ini


sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W iaitu:

‫ﺍﳊﻼﻝ ﺑﲔ ﻭﺍﳊﺮﺍﻡ ﺑﲔ ﻭﺑﻴﻨﻬﻤﺎ ﺃﻣﻮﺭ ﻣﺸﺘﺒﻬﺎﺕ ﻻ ﻳﻌﻠﻤﻬﻦ ﻛﺜﲑ ﻣﻦ‬


‫ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻓﻤﻦ ﺍﺗﻘﻰ ﺍﻟﺸﺒﻬﺎﺕ ﺇﺳﺘﱪﺃ ﻟﺪﻳﻨﻪ ﻭﻋﺮﺿﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﻗﻊ ﰲ‬
‫ﺍﻟﺸﺒﻬﺎﺕ ﻭﻗﻊ ﰲ ﺍﳊﺮﺍﻡ‬
Maksudnya:
„Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu pun jelas,
tetapi di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhat yang
tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menjauhi
perkara syubhat bererti dia telah membersihkan agamanya dan
kehormatannya. Sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat
bererti dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram...‰.

(ii) Menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang


diharamkan kerana ia boleh menimbulkan syahwat dan mendorong
seseorang melakukan maksiat dan dosa.

(iii) Memelihara lidah daripada berkata sesuatu yang tidak memberi


faedah, perkataan yang keji, mengumpat dan sebagainya. Hadis Nabi
Muhammad S.A.W:

‫ﻟﻴﺲ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﺑﺎﻟﻄﻌﺎﻥ ﻭﻻ ﺍﻟﻠﻌﺎﻥ ﻭﻻ ﺍﻟﻔﺎﺣﺶ ﺍﻟﺒﺪﻯﺀ‬


Maksudnya:
„Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka
melaknat, suka bercakap kotor dan keji‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  165

(iv) Malu dalam semua keadaan. Walau bagaimanapun, sifat malu tersebut
tidak menghalang seseorang daripada berkata tentang kebenaran.
Hadis Nabi S.A.W:

‫ ﺃﻓﻀﻠﻬﺎ ﻗﻮﻝ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ‬.‫ﺍﻹﳝﺎﻥ ﺑﻀﻊ ﻭﺳﺒﻌﻮﻥ ﺃﻭ ﺑﻀﻊ ﻭﺳﺘﻮﻥ ﺷﻌﺒﺔ‬


‫ﺍﷲ ﻭﺃﺩﻧﺎﻫﺎ ﺇﻣﺎﻃﺔ ﺍﻷﺫﻯ ﻋﻦ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﻭﺍﳊﻴﺎﺀ ﺷﻌﺒﺔ ﻣﻦ ﺍﻹﳝﺎﻥ‬
Maksudnya:
„Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau lebih daripada enam puluh
cabang yang paling afdal ialah kalimah La Ilah Illa Allah dan yang
paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari
jalan dan malu itu satu cabang dari iman‰.

(v) Bersifat benar, jujur dan tidak berdusta sekalipun terhadap diri sendiri
dengan tidak merasa takut kepada celaan manusia demi
kepatuhannya kepada Allah S.W.T. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﺇﻥ ﺍﻟﺼﺪﻕ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ ﺍﻟﱪ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﱪ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ ﺍﳉﻨﺔ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ‬
‫ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻜﺬﺏ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ‬.‫ﻟﻴﺼﺪﻕ ﺣﱴ ﻳﻜﺘﺐ ﻋﻨﺪ ﺍﷲ ﺻﺪﻳﻘﺎ‬
‫ﺍﻟﻔﺠﻮﺭ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻔﺠﻮﺭ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻟﻴﻜﺬﺏ ﺣﱴ‬
‫ﻳﻜﺘﺐ ﻋﻨﺪ ﺍﷲ ﻛﺬﺑﺎ‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan
kebaikan itu membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat
benar sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat
benar. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan
kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang itu akan terus berdusta
sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta‰.

(b) Kesempurnaan Sistem Akhlak dalam Islam


Sistem akhlak dalam Islam amat lengkap dan sempurna yang meliputi
semua aspek perbuatan manusia sama ada yang berkaitan dengan individu,
masyarakat dan negara. Dengan kata lain, tiada sesuatu perbuatan manusia
yang terkeluar dan tidak diatur di bawah peraturan akhlak. Sistem seperti
ini tidak ada pada agama dan kepercayaan lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

(c) Akhlak Perlu Dilaksanakan dalam Semua Keadaan dan Tujuan


Sistem akhlak dalam Islam amat menekankan aspek pelaksanaannya dalam
semua tindakan dan perbuatan. Islam tidak membenarkan adanya unsur
matlamat menghalalkan cara apatah lagi sekiranya cara yang dilakukan
bertentangan dengan tujuan atau matlamat yang lari daripada akhlak yang
mulia.

(d) Akhlak Mempunyai Hubungan dengan Keimanan dan Ketakwaan


Akhlak dalam Islam mempunyai ikatan yang kuat dengan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
Tawbah ayat 4:

öΝs9uρ $\↔ø‹x© öΝä.θÝÁà)Ζtƒ öΝs9 §ΝèO t⎦⎫Ï.Îô³ßϑø9$# z⎯ÏiΒ Ν›?‰yγ≈tã š⎥⎪Ï%©!$# ωÎ)

=Ïtä† ©!$# ¨βÎ) 4 öΝÍκÌE£‰ãΒ 4’n<Î) óΟèδy‰ôγtã öΝÎγøŠs9Î) (#þθ‘ϑÏ?r'sù #Y‰tnr& öΝä3ø‹n=tæ (#ρãÎγ≈sàãƒ

∩⊆∪ t⎦⎫É)−Gßϑø9$#
Maksudnya:
‰Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari
orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu
itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorang pun yang memusuhi
kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga
(habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertakwa‰.

Begitu juga dengan hadis Nabi S.A.W:

‫ﻻ ﺇﳝﺎﻥ ﳌﻦ ﻻ ﺃﻣﺎﻧﺔ ﻟﻪ ﻭﻻ ﺩﻳﻦ ﳌﻦ ﻻ ﻋﻬﺪ ﻟﻪ‬


Maksudnya:
„Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak amanah dan tidak
sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji‰.

(e) Ganjaran Akhlak


Islam menetapkan dalam sistem akhlak apa yang dikenali sebagai ganjaran
terhadap apa yang dilakukan. Ini kerana dalam Islam terdapat perintah
untuk meninggalkan beberapa larangan. Sesiapa yang melanggar perintah
tersebut akan menerima ancaman dan seksaan. Ini jelas apabila kita meneliti
ayat 1 surah al-Humazah berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  167

∩⊇∪ >οt“yϑ—9 ;οt“yϑèδ Èe≅à6Ïj9 ×≅÷ƒuρ


Maksudnya:
‰Kecelakaan besar bagi setiap pencaci, pengeji‰.

Begitu juga Islam turut menetapkan bahawa mereka yang melakukan


perintah Allah S.W.T akan mendapat ganjaran yang baik berupa pahala dan
syurga.

(f) Kualiti Akhlak


Islam mementingkan agar seseorang individu mempertingkatkan kualiti
akhlaknya. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan agar
akhlak boleh diperbaiki kualitinya, antaranya ialah:

(i) Berusaha mempertingkatkan pengetahuan tentang hakikat sebenar


akhlak yang mulia dan yang keji.
(ii) Berusaha mengetahui kepentingan akhlak dan hubungannya dengan
keimanan, ketakwaan dan seluruh tindakan dalam kehidupan manusia.
(iii) Bukan sekadar mengetahui hakikat akhlak tetapi berusaha menanamkan
dalam diri sifat-sifat yang perlu ada supaya menjadi orang yang
berakhlak.
(iv) Berusaha mempertingkatkan rasa keyakinan terhadap setiap ganjaran
melakukan sesuatu kebajikan dan meninggalkan keburukan yang
semuanya itu mengikut neraca akhlak yang baik.
(v) Berusaha membiasakan diri dengan melakukan kebaikan dan
meninggalkan keburukan sehingga ia menjadi sebati dalam diri.
(vi) Berusaha mempertingkatkan kualiti ibadah sama ada yang wajib
mahu pun yang sunat.
(vii) Berusaha mempertingkatkan daya kemampuan untuk berlatih secara
tekal dan istiqamah dengan tawakkal kepada Allah S.W.T.
(viii) Bergaul dan bermuamalah dengan orang yang berakhlak mulia dan
menjauhkan diri daripada orang yang berakhlak keji.
(ix) Mengambil contoh yang terbaik untuk dijadikan ikon dalam diri yang
boleh membantu mempertingkatkan kualiti akhlak.
(x) Berusaha tinggal dalam suasana dan persekitaran yang mementingkan
akhlak mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

(g) Kesyumulan Akhlak


Menurut Yusuf al-Qaradawi (2010), dalam kitabnya al-KhasaÊis al-`Ammah
li al-Islam, kesyumulan akhlak dalam Islam terbahagi kepada beberapa
bahagian, iaitu:

(i) Akhlak terhadap diri sendiri;


(ii) Akhlak terhadap keluarga;
(iii) Akhlak terhadap masyarakat;
(iv) Akhlak terhadap alam; dan
(v) Akhlak terhadap Allah S.W.T.

AKTIVITI 9.4

1. Pada pendapat anda, adakah akhlak sama dengan adab? Bincangkan


dengan mengambil kira konteks agama dan budaya masyarakat di
Malaysia.

2. Kaitkan konsep „legally right but morally wrong‰ dengan pemahaman


maksud akhlak dalam kerangka tasawwur Islam.

9.5 PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL


DAN ETIKA
Dalam perbincangan tentang perbezaan antara akhlak, moral dan etika ini, kita
akan meneliti pengertian dan konsep moral dan etika terlebih dahulu. Oleh
kerana sebelum ini kita telah mengikuti perbincangan tentang pengertian dan
konsep akhlak, maka kita tidak akan mengulanginya.

Menurut Mohd Nasir Omar (1992), dalam buku Falsafah Etika, persoalan moral
selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang praktikal, walaupun tidak semua yang
berbentuk praktikal boleh dipanggil sebagai moral. Moral selalunya
dibincangkan dalam konteks betul-salah, benar-tidak, perlu buat atau tidak yang
dilihat dalam konteks kerangka pemikiran, budaya, sistem sosial dan
kepercayaan serta keadaan manusia. Secara mudah, moral merujuk kepada cara
untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan
atau tingkah laku seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  169

Etika pula biasanya merujuk kepada satu peraturan yang menjadi panduan
hidup manusia. Kita sering dengar tentang etika perubatan, etika perniagaan dan
sebagainya yang merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang dapat
mengatur dan memberi panduan tingkah laku kepada petugas-petugas tertentu
dalam bidang kedoktoran dan ahli-ahli perniagaan, misalnya, sama ada yang
melibatkan kompetensi diri sendiri, dengan pesakit atau pelanggan dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, etika masih lagi berada dalam kerangka
pemikiran manusia yang mana jika ia difikirkan baik pada pandangan manusia,
maka ia adalah baik. Etika, walaupun tidak sama dengan moral tetapi ia adalah
sebahagian daripada moral.

Secara umumnya, moral dan etika adalah ciptaan manusia hasil pemerhatian dan
penelitian dalam konteks pemikiran, budaya, sistem sosial dan ekonomi dan
sebagainya yang mempunyai keterbatasan dan pindaan dari semasa ke semasa
mengikut keadaan sezaman. Ada ketikanya sesuatu etika yang dikemukakan
tidak sesuai pada satu-satu masa, tempat dan keadaan kerana berlainan
persekitaran. Begitu juga dengan moral yang perkiraannya salah-betul mengikut
kaca mata sesetengah orang tetapi perkara yang dikatakan bermoral tidak
dianggap bermoral oleh sesetengah orang.

Dengan kata lain, tidak ada suatu neraca yang boleh dipertanggungjawabkan
dalam semua keadaan. Ini berbeza dengan akhlak yang sumbernya dari Allah
S.W.T yang dizahirkan melalui Nabi-Nya S.A.W. Jadual 9.2 boleh menggambarkan
kepada kita perbezaan antara akhlak dengan moral dan etika. Secara umum, ia
menunjukkan sesuatu yang datang secara wahyu dengan sesuatu yang dicipta
hasil daya dan usaha pemikiran manusia.

Jadual 9.2: Perbezaan antara Akhlak dengan Moral dan Etika

Akhlak Moral dan Etika


 Akhlak bersumberkan wahyu dari Allah  Merupakan ciptaan manusia berdasarkan
S.W.T. pengalaman, sikap, pemikiran dan
tingkah laku manusia.

 Bersifat mutlak, tetap dan sesuai pada  Bersifat relatif, tidak tetap dan boleh
setiap masa, tempat dan keadaan. berubah-ubah mengikut tempat, masa
dan keadaan.

 Bertujuan mendapat keredhaan Allah  Bertujuan mendapat keredhaan manusia


S.W.T. sahaja.

 Bersifat universal dan boleh diterima  Bersifat khusus dan hanya boleh diterima
umum. oleh sesuatu masyarakat sahaja.

Sumber: http://albesuty.blogspot.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

AKTIVITI 9.5

1. Mengapa ada pendapat yang mengatakan bahawa etika dan akhlak


adalah sama? Bincangkan dengan memberikan contoh yang sesuai
bagi menyokong hujah anda.

2. Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari sudut kesan etika,


moral dan akhlak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di
peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

 Akhlak adalah perkara yang fundamental dalam ajaran Islam yang


menentukan asas tasawwur yang jelas kepada penganutnya.

 Akhlak merupakan inti pati akidah dan syariah yang dapat membentuk
pandangan alam yang sebenar tentang Islam.

 Wahyu merupakan sumber yang berautoriti dalam menyatakan dan


membincangkan hakikat dan sifat akhlak.

 Pemahaman yang jelas, benar dan bermakna tentang konsep akhlak akan
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap amalan dan kegiatan insan di
dunia yang akhirnya membuahkan natijah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

 Akhlak tidak sama dengan moral dan etika dari sudut falsafah, prinsip,
peraturan dan prosedur.

Akhlak Mazmumah
Etika Moral
Mahmudah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  171

`Abd al-Karim Zaydan. (1993). Usul al-Da`wah. Beirut: MuÊassasah al-Risalh.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Fathi Yakan. (2000). Apa erti saya menganut Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Mohd Nasir Omar. (1992). Falsafah etika: Perbandingan pendekatan Islam dan
Barat. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Yusuf Al-Qaradawi. (2010). Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami


(Terjemahan: Mohamad Dahlan Haji Arshad). Kuala Lumpur: BLUE-T
Publication Sdn. Bhd.

Zakaria Stapa. (1995). Akhlak dan tasawwuf Islam. Kuala Lumpur: Berita
Publishing Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tasawwur
10 Islam tentang
Dakwah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi dan konsep dakwah;
2. Menerangkan kepentingan berdakwah dalam kehidupan insan; dan
3. Menjelaskan elemen-elemen yang ada dalam proses penyampaian
dakwah.

 PENGENALAN
Topik yang terakhir ini merupakan perbincangan tentang bagaimana mesej Islam
yang jelas seperti yang terkandung dalam tasawwur Islam boleh disampaikan
kepada sasaran. Inilah yang dikenali sebagai dakwah. Justeru, kefahaman
tentang Islam yang tepat perlu disampaikan dengan menggunakan pendekatan
yang sesuai dengan mengikut sasaran mesej itu disampaikan. Justeru dalam
topik ini, kita akan membincangkan terlebih dahulu konsep dan pengertian
dakwah, kepentingan berdakwah dan beberapa elemen dalam dakwah yang
menjayakan proses penyampaian mesej Islam seperti pendakwah, sasaran
dakwah dan pendekatan yang digunakan.

10.1 DEFINISI DAKWAH


Dalam Islam, istilah yang digunakan sebagai satu usaha untuk memperkenalkan
sesuatu mesej Ilahi (divine message) kepada orang lain dikenali sebagai dakwah.
Individu yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah dikenali sebagai pendakwah.
Kerja-kerja dakwah secara umumnya adalah bertujuan memanggil atau menyeru

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  173

orang supaya menganut dan mengamalkan ajaran Islam, beribadah mengikut


kaedah Islam dan menarik rahmat serta kasih sayang Allah S.W.T.

Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah? Perkataan „dakwah‰ walaupun


biasa digunakan dalam pertuturan lisan orang Melayu tetapi sebenarnya berasal
daripada kalimah bahasa Arab. Kata akarnya ialah da`a. Dari kata ini, kita dapati
istilah „dakwah‰ dari sudut bahasa memberi pelbagai maksud dan pengertian
sebagaimana berikut:

(a) Panggilan atau Seruan (al-NidaÊ)


Ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Rum ayat 25:

ZοuθôãyŠ öΝä.$tãyŠ #sŒÎ) §ΝèO 4 ⎯ÍνÌøΒr'Î/ ÞÚö‘F{$#uρ â™!$yϑ¡¡9$# tΠθà)s? βr& ÿ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ ô⎯ÏΒuρ

∩⊄∈∪ tβθã_ãøƒrB óΟçFΡr& !#sŒÎ) ÇÚö‘F{$# z⎯ÏiΒ


Maksudnya:
„Dan antara tanda yang membuktikan keluasan ilmu-Nya dan kekuasaan-
Nya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan
itu) dengan perintah dan penentuan takdir-Nya; akhirnya apabila Dia
menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula)
dari bumi, kamu dengan serta-merta keluar (dari kubur masing-masing)‰.

(b) Penjelasan, Penerangan dan Penyampaian (al-Bayan wa al-Tabligh)


Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj ayat 67:

∩∉∠∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β ”W‰èδ 4’n?yès9 y7¨ΡÎ) ( y7În/u‘ 4’n<Î) äí÷Š$#uρ 4


Maksudnya:
„Dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu,
kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus‰.

(c) Permintaan atau Permohonan (al-SuÊal)


Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 186:

( Èβ$tãyŠ #sŒÎ) Æí#¤$!$# nοuθôãyŠ Ü=‹Å_é& ( ë=ƒÌs% ’ÎoΤÎ*sù ©Íh_tã “ÏŠ$t6Ïã y7s9r'y™ #sŒÎ)uρ

∩⊇∇∉∪ šχρ߉ä©ötƒ öΝßγ¯=yès9 ’Î1 (#θãΖÏΒ÷σã‹ø9uρ ’Í< (#θç6‹ÉftGó¡uŠù=sù

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Maksudnya:
„Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka
(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila ia berdoa kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut seruan-
Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul‰.

Sementara itu, dakwah mempunyai pelbagai takrifan lain yang dikemukakan


oleh para sarjana dan ilmuan Islam sebagaimana yang diringkaskan oleh
Muhammad Amin Hasan Muhammad Bani `Amir dalam kitabnya Asalib al-
Da`wah wa al-Irsyad, berikut (rujuk Jadual 10.1):

Jadual 10.1: Istilah Dakwah Mengikut Para Ilmuan Islam

Ilmuan Islam Istilah Dakwah


Ibn Taymiyyah Dakwah ialah suatu ajakan dan seruan supaya manusia beriman
dengan perkara-perkara yang terkandung dalam rukun iman dan
rukun Islam. Dengan kata lain, takrifan ini merumuskan kepada
tiga perkara penting yang menjadi tajuk penyampaian mesejnya
iaitu tauhid, syariat dan ihsan.
al-Bahi al-Khawli Dakwah ialah suatu usaha membawa suatu kelompok
masyarakat dari satu keadaan yang negatif (seperti kejahilan,
kerosakan) kepada satu keadaan yang positif (seperti keilmuan,
kesejahteraan).
RaÊuf Syalabi Dakwah ialah satu gerakan untuk menghidupkan sistem rabbani
atau ketuhanan yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W.
Abu Bakr Dhikri Dakwah ialah usaha para ulama yang ikhlas berjuang dalam
agama dalam konteks mengajar masyarakat tentang ajaran agama
dan keduniaan mengikut keupayaan mereka yang maksimum.
Muhammad Amin Dakwah ialah penyebaran dan penyampaian mesej Islam kepada
Hasan Muhammad seluruh manusia dalam usaha supaya manusia mendapat
Bani `Amir petunjuk dari Allah S.W.T dengan menggunakan pendekatan
tertentu mengikut kesesuaian sasaran dakwahnya yang pelbagai.

Berdasarkan takrifan-takrifan di atas, dapat kita fahami bahawa dakwah merujuk


kepada suatu usaha yang dilakukan oleh pendakwah untuk menyampaikan mesej
agama Islam kepada sasaran dakwahnya dengan menggunakan pendekatan
tertentu yang dengan ajakan tersebut melahirkan kesan-kesan tertentu. Oleh itu,
secara umumnya, dakwah itu mengandungi elemen-elemen berikut yang
melengkapkan dan menyempurnakan usaha murni tersebut, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  175

(a) Pendakwah;
(b) Mesej dakwah;
(c) Saluran dan pendekatan dakwah;
(d) Sasaran dakwah; dan
(e) Kesan dakwah.

AKTIVITI 10.1

1. Apakah sumbangan anda terhadap dakwah di negara ini?

2. Bincangkan dengan rakan anda, bagaimana anda boleh meyakinkan


masyarakat bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat
kepada seluruh manusia?

10.2 KEPENTINGAN BERDAKWAH


Jika kita bercakap tentang dakwah, kita sebenarnya bercakap tentang kehidupan.
Justeru, wahyu diturunkan untuk menunjukkan jalan yang lurus kepada kita
supaya kehidupan kita bertepatan dengan wahyu. Oleh kerana dakwah sesuatu
yang melibatkan kehidupan kita, maka kita mesti melihat apakah kepentingannya
kepada kehidupan kita. Sebab itulah kita mesti melihat kepentingan tersebut
menurut perspektif al-Quran dan hadis.

Keterangan berikut yang disandarkan kepada ayat-ayat al-Quran boleh membantu


kita memahami kepentingan berdakwah.

Allah S.W.T menyatakan kepentingan mewujudkan kelompok dakwah dalam


masyarakat yang menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan dan melarang
daripada kejahatan sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali `Imran ayat 104:

4 Ìs3Ψßϑø9$# Ç⎯tã tβöθγ


y ÷Ζtƒuρ Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ tβρããΒù'tƒuρ Îösƒø:$# ’n<Î) tβθããô‰tƒ ×π¨Βé& öΝä3ΨÏiΒ ⎯ä3tFø9ρu

∩⊇⊃⊆∪ šχθßsÎ=øßϑø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Maksudnya:
„Dan hendaklah ada antara kamu satu kelompok yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya‰.

Tugas berdakwah merupakan tugas para Nabi dan Rasul serta pengikut mereka
sepanjang zaman. Dengan berdakwah, bermakna kita menyambung tugas para
Nabi dan Rasul serta pengikut mereka. Jadi, kita sebenarnya melaksanakan suatu
tugas yang murni kerana ia adalah tugas utusan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T
dalam surah Yusuf ayat 108:

«!$# z⎯≈ysö6ß™uρ ( ©Í_yèt6¨?$# Ç⎯tΒuρ O$tΡr& >οuÅÁt/ 4’n?tã 4 «!$# ’n<Î) (#þθãã÷Šr& þ’Í?ŠÎ6y™ ⎯ÍνÉ‹≈yδ ö≅è%

∩⊇⊃∇∪ š⎥⎫Ï.Îô³ßϑø9$# z⎯ÏΒ O$tΡr& !$tΒuρ


Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha
suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari
golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.‰

Berdakwah memerlukan penyampaian mesej lisan kepada sasaran dakwah.


Allah S.W.T menegaskan bahawa lisan dakwah adalah lisan yang terbaik. Firman
Allah S.W.T dalam surah Fussilat ayat 33:

∩⊂⊂∪ t⎦⎫ÏϑÎ=ó¡ßϑø9$# z⎯ÏΒ ©Í_¯ΡÎ) tΑ$s%ρu $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtãuρ «!$# ’n<Î) !%tæyŠ ⎯£ϑÏiΒ Zωöθs% ß⎯|¡ômr& ô⎯tΒuρ

Maksudnya:
„Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!‰

Oleh kerana kerja dakwah adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan
manusia, sesiapa yang mengabaikan tanggungjawab ini dikira mengabaikan
kewajipan dan syiar praktikal yang terbesar dalam Islam. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Baqarah ayat 159-160:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  177

’Îû Ĩ$¨Ζ=Ï9 çμ≈¨Ψ¨t/ $tΒ Ï‰÷èt/ .⎯ÏΒ 3“y‰çλù;$#uρ ÏM≈uΖÉit7ø9$# z⎯ÏΒ $uΖø9“t Ρr& !$tΒ tβθßϑçFõ3tƒ t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

(#θç/$s? t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊇∈®∪ ωÎ) šχθãΖÏè≈¯=9$# ãΝåκß]yèù=tƒuρ ª!$# ãΝåκß]yèù=tƒ y7Íׯ≈s9'ρé&   É=≈tGÅ3ø9$#

∩⊇∉⊃∪ ÞΟŠÏm§9$# Ü>#§θ−G9$# $tΡr&uρ 4 öΝÍκön=tæ ÛUθè?&r šÍׯ≈s9'ρé'sù (#θãΖ¨t/uρ (#θßsn=ô¹r&uρ

Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat,
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka
sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah
Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani‰.

Orang Islam adalah umat terbaik jika dibandingkan dengan mereka yang bukan
Islam. Keistimewaan ini adalah kerana orang Islam melaksanakan tugas dakwah
dengan memikul tanggungjawab al-Amr bi al-Ma`ruf dan al-Nahy `an al-Munkar.
Inilah yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 110:

Ìx6Ζßϑø9$# Ç⎯tã šχöθγ


y ÷Ψs?uρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ tβρâßΔù's? Ĩ$¨Ψ=Ï9 ôMy_Ì÷zé& >π¨Βé& uöyz öΝçGΖä.

ãΝßγ÷ΖÏiΒ 4 Νßγ©9 #Zöyz tβ%s3s9 É=≈tGÅ6ø9$# ã≅÷δr& š∅tΒ#u™ öθ9s uρ 3 «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè?uρ

∩⊇⊇⊃∪ tβθà)Å¡≈xø9$# ãΝèδçsYò2r&uρ šχθãΨÏΒ÷σßϑø9$#


Maksudnya:
„Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah
ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya),
tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang
beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Mari kita lihat pula hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menunjukkan
kepentingan berdakwah.

Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan tentang nilai ganjaran orang yang


berdakwah sebagaimana sabdanya:

‫ﻣﻦ ﺩﻋﺎ ﺇﱃ ﻫﺪﻯ ﻛﺎﻥ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺍﻷﺟﺮ ﻣﺜﻞ ﺃﺟﻮﺭ ﻣﻦ ﺗﺒﻌﻪ ﻻ ﻳﻨﻘﺺ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ‬
‫ ﻭﻣﻦ ﺩﻋﺎ ﺇﱃ ﺿﻼﻟﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﻷﺛﺎﻡ ﻣﺜﻞ ﺁﺛﺎﻡ ﻣﻦ ﺗﺒﻌﻪ ﻻ‬.‫ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻴﺌﺎ‬
.‫ﻳﻨﻘﺺ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺁﺛﺎﻣﻬﻢ ﺷﻴﺌﺎ‬
Maksudnya:
‰Sesiapa yang mengajak [orang lain] kepada petunjuk [Allah] baginya ganjaran
pahala sama dengan ganjaran orang yang mengikutinya (seruannya) tidak
berkurang pahalanya sedikit pun. Dan sesiapa yang mengajak [orang lain] kepada
kesesatan baginya ganjaran dosa, sama dosa dengan orang yang mengikutinya
(ajakannya) tidak berkurang dosanya sedikit pun‰.

Nabi Muhammad S.A.W pernah mengisyaratkan bahawa antara tiang agama dan
kekuatan agama ialah nasihat menasihati. Ini kerana nasihat merupakan suatu
ungkapan yang menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Di samping itu pula,
nasihat merupakan salah satu kaedah berdakwah. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W yang bermaksud bahawa al-Din itu ialah nasihat. Para sahabat bertanya
kepada Baginda S.A.W nasihat itu untuk siapa? Baginda S.A.W menjawab: untuk
Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, pemimpin umat Islam dan umat Islam secara
keseluruhan.

Setelah kita melihat kepentingan berdakwah kepada kehidupan manusia, timbul


beberapa lagi persoalan: Kenapa perlu berdakwah kepada manusia? Apakah
matlamat atau objektif berdakwah?

(a) Tujuan utama berdakwah adalah mengajak manusia untuk menerima Islam
sebagai agama Tauhid, mentauhidkan Allah S.W.T sebagai Pencipta dan
Pentadbir alam ini, menerima ajaran Allah S.W.T dalam konteks
mengabdikan diri kepada-Nya tanpa ada sebarang unsur syirik kepada-
Nya. Justeru, tugas dakwah amat penting untuk menerangkan kepada
sasaran dakwah tentang tasawwur atau worldview yang jelas tentang
ketuhanan seperti yang terkandung dalam kalimah tayyibah, La Ilah Illa
Allah. Mesej penting ini merupakan mesej dakwah para Nabi dan Rasul
termasuk Nabi Muhammad S.A.W.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  179

(b) Di samping itu, dengan dakwah jugalah manusia dapat penjelasan tentang
ajaran Allah S.W.T sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan
hadis dalam pelbagai aspek seperti akidah, syariah dan akhlak. Lebih-lebih
lagi perkara-perkara yang bersifat ghaibiyyat yang hanya dapat
diterangkan melalui dalil al-Quran dan hadis.

(c) Dakwah mengajak sasaran dakwah supaya mengamalkan ajaran Islam


dalam erti kata yang sebenar dalam pelbagai bidang.

(d) Dakwah menerangkan tentang kerosakan yang dilakukan oleh manusia.


Dengan ini, manusia dapat mengingati kesilapan yang mereka lakukan dan
akhirnya kembali kepada ajaran agama yang sebenar.

(e) Dakwah juga mengingatkan sasaran dakwah agar menjauhkan segala


larangan Allah S.W.T yang mengakibatkan balasan atau azab dari Allah
S.W.T jika dilakukan.

(f) Dakwah menjelaskan halangan-halangan dalam mengamalkan ajaran


agama. Ini termasuklah pelbagai aliran pemikiran yang menyesatkan umat
Islam seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan sebagainya.

(g) Dakwah mengingatkan manusia tentang tanggungjawab mereka di atas


muka bumi sebagai makhluk ciptaan Allah, hamba Allah dan khalifah yang
bertanggungjawab mengimarahkan bumi dengan melakukan ketaatan
kepada-Nya.

AKTIVITI 10.2

1. Apakah kesan jika mengabaikan urusan dakwah dalam kehidupan?

2. Anda dikehendaki mengambil satu contoh gerakan dakwah di negara


ini dan analisa sumbangan gerakan tersebut dalam dakwah di Malaysia.

10.3 ELEMEN DAKWAH


Sebagaimana perbincangan sebelum ini, tugas dakwah perlu dimaksimumkan
dengan pengemblengan beberapa elemen dakwah. Ini amat perlu bagi memastikan
perjalanan dakwah berada di atas landasan yang sebenar dan boleh mencapai
matlamat yang diinginkan sebagaimana dalam perbincangan sebelum ini. Elemen-
elemen tersebut ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

(a) Pendakwah selaku pemain utama dalam proses dakwah.


(b) Mesej dakwah yang disampaikan iaitu agama Islam itu sendiri.
(c) Pendekatan dakwah yang digunakan: Ini termasuklah saluran, perancangan
dan fokus dalam pendekatan tersebut.
(d) Sasaran dakwah yang menerima mesej dakwah yang disampaikan oleh
pendakwah.
(e) Kesan pendakwahan: Elemen ini perlu diambil perhatian dengan melihat
kepada persekitaran, pendekatan yang bersesuaian dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dalam perbincangan kita hanya memfokuskan kepada


pendakwah, sasaran dan pendekatan dakwah sahaja. Mesej dakwah, iaitu Islam,
telah dibincangkan dalam topik sebelum ini. Manakala kesan pendakwahan kita
telah sentuh secara bebas dalam topik-topik sebelum ini.

Rajah 10.1: Proses dakwah

Rajah 10.1 memberikan kita gambaran bagaimana proses dakwah berlangsung. Ia


dimulakan dengan pendakwah yang terlibat sebagai pemain utama
menyampaikan mesej dakwah (iaitu Islam dengan segala ajarannya) dengan
menggunakan pendekatan dan saluran tertentu kepada sasaran dakwahnya.
Pendakwah sebelum menyampaikan mesej kepada sasaran melakukan suatu
proses maklum awal, iaitu suatu proses untuk mendapatkan maklumat awal
tentang sasaran (yang berkaitan dengan latar belakang kehidupannya yang asas
seperti taraf pendidikan, sistem sosioekonomi dan pemikiran) dan elemen-
elemen lain seperti saluran dan pendekatan yang sesuai untuk sasaran. Ketika
proses dakwah berjalan, sasaran akan memberikan maklum balas, sama ada
secara lisan atau bukan lisan terhadap mesej yang disampaikan kepadanya. Ini
secara langsung atau tidak menunjukkan kesan pendakwahan tesebut.

Berikut, mari kita meneliti elemen-elemen dakwah yang terlibat dalam proses
dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  181

10.3.1 Pendakwah
Pendakwah adalah elemen utama yang menentukan mesej dakwah dapat
disebarkan kepada sasaran dakwah. Pendakwah menjalankan kesinambungan
tugas para Nabi dan Rasul dalam menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran
dakwah. Tugas yang digalas mestilah mengikut aturan dan pedoman yang
ditetapkan oleh Islam. Pendakwah juga boleh dikenali sebagai seorang doktor
yang menawarkan perkhidmatan untuk kesejahteraan sasarannya dengan
mengenal pasti simptom penyakit yang dihidapi oleh ‰pesakitnya‰ dan
mengemukakan ‰ubat‰ yang diperlukan oleh ‰pesakitnya‰. Pendakwah juga
boleh dikira sebagai saudara dan rakan kepada seseorang yang memerlukan
bimbingan rakannya. Pendakwah juga boleh jadi seorang pemimpin dalam
lingkungan pengaruh persekitarannya dalam pelbagai kedudukan dan jawatan
yang disandangnya.

Dalam pada itu, pendakwah boleh dikelompokkan kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Semua orang Islam boleh menjadi pendakwah dalam lingkungan dan
persekitarannya dengan kapasiti serta keilmuan yang dimilikinya.
Pendakwah jenis ini mempunyai kelayakan dan pengalaman yang layak
untuk dirinya sahaja. Sebagai contoh, seorang suami atau bapa dalam sebuah
keluarga yang mempunyai beberapa ahli keluarga. Si bapa berdakwah
kepada ahli keluarga dengan menggunakan pendekatan kekeluargaan bagi
memastikan kebahagiaan keluarganya mengikut ajaran agama. Dalam masa
yang sama, si bapa sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang
berkaitan dengan Islam.

(b) Terdapat juga segolongan pendakwah yang secara sepenuh masa


berdakwah kepada masyarakat, tetapi dalam masa yang sama tidak
mengabaikan tugas dan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Mereka
ini mempunyai kelayakan berdakwah dari sudut pendidikan dan
pengalaman. Di samping itu, pendakwah perlu mempunyai persediaan
untuk berdakwah. Persediaan tersebut seperti berikut:

(i) Persediaan peribadi, iaitu akhlak dan adab. Ini termasuklah akhlak
dan adabnya kepada Allah S.W.T dan Rasul-nya.

(ii) Persediaan keilmuan. Persediaan ini, seperti yang disifatkan oleh Yusuf
al-Qaradawi (2011), dalam kitabnya Thaqafah al-Da`iah, melibatkan
persediaan pelbagai cabang keilmuan seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 10.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Jadual 10.2: Persediaan Pelbagai Cabang Keilmuan

Bentuk Thaqafah (Keilmuan) Cabang Thaqafah


Thaqafah Diniyyah (agama)  Al-Quran dan Ulum al-Quran
 Hadith dan Ulum Hadith
 Fiqh dan Usul Fiqh
 Akidah
 Sirah Nabawiyyah
 Tarikh Islami

Thafaqah Lughawiyyah wa Adabiyyah  Bahasa dan Kesusasteraan Arab


(Bahasa dan Kesusasteraan)
 Bahasa-bahasa moden seperti bahasa
Inggeris
 Bahasa setempat

Thaqafah Tarikhiyyah (Sejarah)  Sirah Nabawiyyah


 Sejarah para Nabi dan Rasul
 Sejarah Khalifah
 Sejarah moden

Thaqafah Insaniyyah (Kemanusiaan)  Psikologi


 Sosiologi
 Pendidikan
 Falsafah

Thaqafah Waqi`iyyah  Isu-isu semasa dalam negara umat Islam


 Isu-isu semasa dalam negara bukan Islam
 Isu-isu umat Islam sebagai kumpulan
minoriti
 Aliran pemikiran semasa seperti
sekularisme, liberalisme, pluralisme dan
ajaran sesat

Thaqafah `Ilmiyyah  Ilmu sains dengan cabang-cabang


disiplinnya seperti biologi, fizik dan kimia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  183

Walaupun tidak menguasai kesemua bidang keilmuan seperti yang dinyatakan


di atas, paling asas pendakwah perlu memiliki keilmuan dan kepakaran dalam
bidang thaqafah diniyyah serta ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan
komunikasi.

Oleh itu pendakwah mesti mempunyai tasawwur atau worldview yang jelas
tentang prinsip-prinsip utama dalam Islam seperti konsep ketuhanan, kenabian,
hari akhirat dan sebagainya sebelum menyampaikan dan menjelaskannya kepada
sasaran dakwah. Cuba bayangkan apabila si pendakwah tidak mempunyai
tasawwur atau worldview yang tepat dan betul tentang Islam dan ajarannya;
bagaimana dia boleh menerangkannya kepada sasaran dakwah? Apa yang boleh
diharapkan daripada sasaran yang tidak mempunyai latar belakang tasawwur
Islam yang jelas jika si pendakwah juga sedemikian?

10.3.2 Sasaran Dakwah


Dakwah tidak akan berlangsung dengan sempurna tanpa ada pihak yang
menerima mesej yang disampaikan oleh pendakwah. Penerima mesej juga
dikenali sebagai sasaran dakwah yang terdiri daripada golongan manusia. Dalam
konteks penyampaian mesej dakwah kepada sasaran, Islam tidak meletakkan
ciri-ciri tertentu siapa yang layak menjadi sasaran dakwah. Ini kerana risalah
Islam yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan
adalah risalah global yang merangkumi seluruh manusia tanpa mengira pangkat,
keturunan, kelompok, jantina dan sebagainya. Firman Allah S.W.T dalam surah
SabaÊ ayat 28:

Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £⎯Å3≈s9ρu #\ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 Ĩ$¨Ψ=Ïj9 Zπ©ù!$Ÿ2 ωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ

∩⊄∇∪ šχθßϑn=ôètƒ
Maksudnya:
‰Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-
orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar);
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Dari sudut pemilihan sasaran dakwah, pemilihan perlu bijak melakukannya


mengikut urutan keutamaan sebagaimana berikut:

(a) Memulakan dengan ahli keluarga;


(b) Memulakan dengan insan muda seperti kanak-kanak dan remaja berbanding
warga emas;
(c) Memulakan dengan golongan terpelajar berbanding mereka yang memiliki
latar belakang yang paling asas;
(d) Memulakan dengan kumpulan yang mempunyai rasa tawadduÊ berbanding
mereka yang sukar dilentur kerana kesombongan mereka; dan
(e) Memulakan dengan rakan taulan terdekat.

Dalam konteks kelompok sasaran dakwah, pembahagian berikut boleh membantu


kita mengenal pasti kumpulan yang menjadi penerima mesej dakwah yang
disampaikan oleh pendakwah (rujuk Jadual 10.3):

Jadual 10.3: Pembahagian Kelompok Sasaran Dakwah

Jenis Pengkelasan Kumpulan


Berdasarkan pengamalan beragama Muslim
 Dari sudut kualiti pengamalan agama
 Dari sudut kesungguhan mengamalkan agama

Bukan Muslim
 Mulhid/Atheis
 Penyembah berhala/objek
 Ahli kitab
 Munafik

Berdasarkan sistem sosial  Pemerintah


 Rakyat biasa
 Pelaku maksiat

Oleh itu, pendakwah perlu mendatangi sasaran dakwah sebagaimana yang


dinyatakan di atas, dan bukannya mereka itu yang mencari pendakwah. Oleh
kerana sasaran dakwah mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza dari
sudut jantina, peringkat umur, pendidikan, sistem sosial, ekonomi, pengalaman
beragama dan sebagainya, maka pendakwah perlu menggunakan pendekatan
yang sesuai dengan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  185

10.3.3 Saluran/Media Dakwah


Sekarang, mari kita lihat pula saluran atau media dakwah yang perlu digunakan
bagi menyampaikan mesej dakwah. Perbincangan ini menumpukan kepada
pendekatan yang sesuai untuk sasaran dakwah supaya mereka memahami dan
menerima mesej yang disampaikan. Secara umum, pendekatan yang digunakan
boleh kita bahagikan kepada tiga bahagian, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.2 di bawah.

Rajah 10.2: Tiga bahagian pendekatan saluran atau media dakwah

Mari kita bincang bahagian-bahagian tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Aspek Prinsip


Dalam konteks aspek prinsip pendekatan dakwah, mari kita meneliti
firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl ayat 125 berikut:

}‘Ïδ ©ÉL©9$$Î/ Οßγø9ω≈y_uρ ( ÏπuΖ|¡ptø:$# ÏπsàÏãöθϑ


y ø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$$Î/ y7În/u‘ È≅‹Î6y™ 4’n<Î) äí÷Š$#

ÞΟn=ôãr& uθèδuρ ( ⎯Ï&Î#‹Î6™


y ⎯tã ¨≅|Ê ⎯yϑÎ/ ÞΟn=ôãr& uθèδ y7−/u‘ ¨βÎ) 4 ß⎯|¡ômr&

∩⊇⊄∈∪ t⎦⎪ωtGôγßϑø9$$Î/
Maksudnya:
‰Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu, Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah


petunjuk‰.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, kita dapati terdapat tiga prinsip


pendekatan utama yang dinyatakan, iaitu:

(i) Pendekatan secara al-Hikmah (kebijaksanaan dan keadilan);


(ii) Pendekatan secara al-Maw`izah al-Hasanah (pengajaran yang baik);
dan
(iii) Pendekatan secara al-Mujadalah bi allati ahsan (berdebat dengan cara
yang terbaik).

Ketiga-tiga pendekatan tersebut juga dikenali sebagai ummahat al-Asalib


dalam kalangan ilmuan dan sarjana Muslim. Muhammad Natsir dalam
bukunya Fiqh al-Da`wah memetik pendapat Muhammad `Abduh, daripada
kitab Tafsir al-Manar, yang menyimpulkan bahawa ayat 125 surah al-Nahl
menyatakan bahawa terdapat tiga kumpulan sasaran yang harus didekati
oleh pendakwah dengan menggunakan pendekatan tertentu. Kumpulan
tersebut ialah seperti dalam Jadual 10.4 berikut.

Jadual 10.4: Kumpulan Sasaran

Kumpulan Sasaran Penerangan


Kumpulan intelektual Mereka ini adalah golongan yang mampu berfikir secara
yang cintakan kritikal dan cepat menangkap sebarang persoalan. Oleh itu,
kebenaran. pendakwah perlu menggunakan pendekatan al-Hikmah
berserta dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan
akal.

Kumpulan orang awam Mereka masih belum mampu menggarap persoalan yang
yang kemampuan untuk memerlukan mereka mengulas dan menanganinya secara
berfikir secara kritikal kritikal. Oleh itu, pendakwah perlu menggunakan pendekatan
agak terbatas. al-Maw`izah al-Hasanah dengan mengemukakan pengajaran
yang mudah difahami.

Kumpulan yang berada Mereka tidak harus dihadapi dengan menggunakan


antara kumpulan pendekatan al-Hikmah dan juga al-Maw`izah al-Hasanah
pertama dan kedua. tetapi dengan pendekatan mujadalah bi allati hiya ahsan.
Melalui pendekatan mujadalah ini, pendakwah boleh
mengadakan dialog dengan mereka sambil bertukar-tukar
pandangan tentang sesuatu perkara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  187

Dalam konteks pendekatan al-Hikmah, terdapat beberapa mekanisme yang


boleh diambil bagi merealisasikan pendekatan tersebut, antaranya ialah:

Berdakwah mengikut keutamaan dengan mendahulukan perkara yang


lebih penting (al-Aham) berbanding dengan perkara yang penting (al-
Muhim). Perkara ini boleh kita rujuk sirah Nabawiyyah apabila Nabi
Muhammad S.A.W mengajar Mu`az bin Jabal r.a yang diutus ke Yaman
untuk berdakwah dengan memulakan topik dakwah dengan persoalan
iman, kemudian solat, zakat dan begitulah seterusnya.

Dalam melaksanakan perkara yang disusun mengikut keutamaan itu,


pendakwah perlu melakukannya secara bertahap (al-Tadarruj). Ini penting
terutama ketika melakukan perubahan dalam masyarakat. Contoh berikut
boleh membantu kita memahami pendekatan ini, iaitu apabila `Abd al-
Malik bin `Umar bin `Abd al-`Aziz menegur ayahnya yang menjawat
jawatan Khalifah Kerajaan Umayyah dengan katanya: Wahai ayahanda.
Kenapa ayahanda tidak melaksanakan semua perkara kebaikan dalam
negara? Beliau menyatakan kebimbangannya tentang kesan yang akan
menimpa jika tidak dilaksanakan. Khalifah `Umar menjawab: Jangan gopoh
wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela pengambilan atau
penggunaan arak pada dua peringkat sebagaimana yang termaktub dalam
al-Quran dan hanya mengharamkannya pada peringkat ketiga. Oleh itu,
aku bimbang jika aku terus menguatkuasakan sesuatu perkara atau
peraturan walaupun ia adalah yang benar, maka rakyat akan menolaknya
sekali gus. Ini akan mengundang fitnah‰.

Pendakwah perlu menyesuaikan pendekatan yang sesuai ketika berdakwah


dengan mengikut keadaan, peringkat umur, jantina dan tahap kedudukan
dalam sistem sosial sasaran dakwahnya. Pendekatan dakwah kepada warga
emas tidak sama dengan pendekatan terhadap kumpulan remaja.

Pendakwah perlu memilih pendekatan yang sesuai mengikut situasi yang


dihadapi oleh sasaran. Sebagai contoh, pendakwah perlu bijak
menggunakan pendekatan yang menetapi fokus yang sesuai dengan situasi
yang dihadapi oleh sasaran. Jika fokus yang diambil perhatian adalah
kepada emosi sasaran, maka berilah tumpuan kepada emosi. Apabila
tumpuan adalah terhadap akal, maka berilah perhatian yang lebih kepada
akal. Apabila tumpuan adalah kepada kedua-duanya pula, maka berilah
tumpuan kepada keduanya.

Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila didatangi oleh
seorang pemuda yang meminta izin daripada Baginda S.A.W untuk
berzina. Baginda S.A.W terus melayan permintaan pemuda tersebut,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

walaupun ada para sahabat yang cuba menghalang permintaan pemuda


tersebut yang dikira tidak siuman, dengan duduk hampir dengannya
sambil bertanyakan beberapa soalan yang menyebabkan pemuda tersebut
berfikir secara waras tentang permintaannya itu. Baginda S.A.W meminta
pemuda tersebut memikirkan bagaimana perasaannya apabila ada
seseorang yang berzina dengan ibunya, anak perempuannya, saudara
perempuannya dan emak saudaranya. Pemuda tersebut memberikan
respons bahawa dia tidak suka jika ada orang berzina dengan keluarganya
yang disebut oleh Nabi S.A.W. Jika begitu, kata Nabi S.A.W, orang lain juga
tidak suka jika pemuda tadi berzina dengan mana-mana perempuan dari
kalangan keluarga mereka. Jawapan Baginda S.A.W tadi menyebabkan
pemuda tadi memikirkan semula hasratnya untuk berzina. Di akhir
pertemuan itu, Nabi S.A.W memegang tangan pemuda tersebut sambil
mendoakannya dengan kata-katanya: ‰Ya Allah! Ampunkanlah dosanya,
sucikanlah qalbnya, peliharalah kemaluannya‰.

Dalam konteks pendekatan secara al-Maw`izah al-Hasanah, contoh berikut


boleh memberikan kita pencerahan tentang bagaimana ia dilaksanakan.
Anas bin Malik r.a menceritakan bagaimana ketika dia dan para sahabat
duduk di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki (a`rabi ă yang
datang dari pedalaman jauh dari Madinah) dan masuk ke masjid sambil
membuang air kecil. Tindakan lelaki tadi tidak disenangi oleh para sahabat
yang ada pada ketika itu. Nabi S.A.W melarang mereka berbuat sesuatu
kepada lelaki dan membiarkannya menyelesaikan hajatnya. Setelah selesai,
barulah Baginda S.A.W memanggil lelaki tersebut sambil menerangkan
sesuatu kepadanya dengan berkata: ‰Sesungguhnya di masjid tidak sesuai
untuk membuang air kecil dan sebarang kekotoran. Di masjid adalah
tempat untuk berzikir, solat dan membaca al-Quran‰. Kemudian Baginda
S.A.W menyuruh lelaki tersebut mengambil baldi yang berisi air dan
memintanya menyucikan tempat dia membuang air kecil tadi.

(b) Aspek Tumpuan dan Fokus


Sekarang mari kita lihat pula pendekatan dakwah dari sudut tumpuan dan
fokus yang perlu diambil oleh pendakwah ketika berdakwah kepada
sasaran. Oleh kerana sasaran dakwah adalah manusia sama seperti
pendakwah, maka pendakwah perlu mengenali keseluruhan elemen yang
ada di dalam diri manusia seperti yang pernah kita bincangkan sebelum ini
dalam Topik 6. Begitu juga tumpuan perlu diberi kepada elemen-elemen
yang ada pada manusia seperti jiwanya dan akalnya. Sebab itulah ilmuan
yang mendalami bidang dakwah berpendapat, terdapat tiga jenis tumpuan
yang perlu diambil perhatian ketika berdakwah, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  189

(i) Fokus kepada emosi, perasaan dan al-Qalb. Sasaran ini dikenali
sebagai al-Manhaj al-`Atifi.

(ii) Fokus kepada minda atau sasaran akal supaya dia boleh memikirkan
sesuatu, mengambil iktibar dan pengajaran. Ini dikenali pula sebagai
al-Manhaj al-`Aqli.
(iii) Fokus kepada sasaran pancaindera supaya boleh menyaksikan sesuatu
dan membuat tunjuk ajar atau eksperimen. Fokus ini dikenali sebagai
al-Manhaj al-Hissi atau al-Tajribi atau al-`Ilmi.

Dalam konteks pendekatan yang menumpukan kepada emosi, perasaan


dan al-Qalb, pendekatan prinsip al-Maw`izah al-Hasanah boleh digunakan
dengan menzahirkan kasih dan sayang kepada sasaran yang terdiri
daripada mereka yang memerlukan bantuan. Pendekatan seperti ini
menyahut firman Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 159:

(#θ‘ÒxΡ]ω É=ù=s)ø9$# xá‹Î=xî $ˆàsù |MΨä. öθ9s uρ ( öΝßγ9s |MΖÏ9 «!$# z⎯ÏiΒ 7πyϑômu‘ $yϑÎ6ùs

|MøΒz•tã #sŒÎ*sù ( ÍöΔF{$# ’Îû öΝèδö‘Íρ$x©uρ öΝçλm; öÏøótGó™$#uρ öΝåκ÷]tã ß#ôã$$sù ( y7Ï9öθym ô⎯ÏΒ

∩⊇∈®∪ t⎦,Î#Ïj.uθtGßϑø9$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ) 4 «!$# ’n?tã ö≅©.uθGt sù


Maksudnya:
‰Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau
telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakkalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang bertawakkal kepada-Nya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Antara sasaran dakwah yang boleh diambil perhatian ketika menggunakan


pendekatan al-`Atifi ini ialah:

(i) Orang yang mempunyai asas pendidikan yang sangat minimum;


(ii) Orang yang mempunyai pengamalan agama yang sangat asas;
(iii) Orang yang mudah tersentuh emosi, perasaan dan al-Qalb seperti
wanita, kanak-kanak, anak yatim, fakir miskin, pesakit dan orang
yang ditimpa musibah; dan
(iv) Dakwah ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapa, rakan sebaya
dan sanak saudara.

Bagi dakwah yang ditumpukan kepada minda sasaran pula, pendakwah


boleh menggunakan beberapa mekanisme, antaranya ialah:

(i) Penggunaan kiasan dan perbandingan tertentu yang menyebabkan


sasaran berfikir di sebalik mesej yang disampaikan. Contoh berikut
boleh dijadikan panduan bagi penggunaan pendekatan ini. Rasulullah
S.A.W menerangkan kepada para sahabatnya tentang hubungan
kelamin suami isteri mempunyai nilai sedekah. Kenyataan tersebut
menyebabkan mereka tertanya-tanya: Adakah memenuhi keperluan
syahwat seksual mendapat pahala? Respons Baginda S.A.W adalah:

‫ﺃﺭﺃﻳﺘﻢ ﻟﻮ ﻭﺿﻌﻬﺎ ﰲ ﺣﺮﺍﻡ ﺃﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺯﺭ؟ ﻓﻜﺬﻟﻚ ﺇﺫﺍ ﻭﺿﻌﻬﺎ ﰲ‬


‫ﺍﳊﻼﻝ ﻛﺎﻥ ﻟﻪ ﺃﺟﺮ‬
Maksudnya:
„Apa pandangan kamu jika kamu melempiaskannya kepada sesuatu
yang haram, adakah mendapat dosa? Maka demikianlah jika
dilempiaskan kepada sesuatu yang halal baginya pahala‰.

(ii) Perdebatan, perbincangan dan perbualan yang mencetuskan sesuatu


dalam minda.

(iii) Penggunaan perumpamaan dan penceritaan yang boleh menggerakkan


minda supaya memikirkan pengajaran di sebalik cerita dan
perumpamaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  191

Pendakwah yang memfokuskan kepada pancaindera yang boleh memberi


tunjuk contoh boleh memanfaatkan elemen-elemen alam sebagaimana yang
dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Dhariyat ayat 20-23:

∩⊄⊇∪ ’Îûuρ tβρçÅÇö7è? Ÿξsùr& 4 ö/ä3Å¡àΡr& ∩⊄⊃∪ þ’Îûuρ t⎦⎫ÏΖÏ%θçΗø>Ïj9 ×M≈tƒ#u™ ÇÚö‘F{$# ’Îûuρ

A,yss9 …çμ¯ΡÎ) ÇÚö‘F{$#uρ Ï™!$uΚ¡¡9$# ∩⊄⊄∪ Éb>‘u uθùs tβρ߉tãθè? $tΒuρ ö/ä3è%ø—Í‘ Ï™!$uΚ¡¡9$#

∩⊄⊂∪ tβθà)ÏÜΖs? öΝä3¯Ρ&r !$tΒ Ÿ≅÷WÏiΒ


Maksudnya:
‰Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keEsaan dan
kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan)
yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak
mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? Dan di langit
pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah
(ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan langit dan
bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut
diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu
dapat berkata-kata‰.

Pendekatan seumpama ini pernah digunakan oleh Rasulullah S.A.W ketika


mengajar umat Islam cara-cara mengerjakan solat dan ibadah haji
sebagaimana sabdanya:

‫ﺻﻠﻮﺍ ﻛﻤﺎ ﺭﺃﻳﺘﻤﻮﱐ ﺃﺻﻠﻰ‬


Maksudnya:
„Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat‰.

‫ﺧﺬﻭﺍ ﻋﲏ ﻣﻨﺎﺳﻜﻜﻢ‬
Maksudnya:
‰Ambillah (pelajarilah) daripada aku ibadah haji kamu‰.

Pendekatan ini juga sesuai digunakan oleh pendakwah yang mempunyai


latar belakang pendidikan ilmu sains dengan mengemukakan kajian
saintifik yang disandarkan kepada ajaran agama. Pendakwah seperti ini
mampu berhadapan dengan para intelektual dan ahli sains yang membuat
kajian berkaitan dengan ilmu sains. Melalui hujah al-Quran dan hadis yang
menerangkan fenomena sains, pendakwah sedemikian mampu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

menyampaikan mesej dakwah dengan lebih berkesan. Ini kerana mereka


mempunyai tasawwur dan worldview yang jelas dan tepat mengenai
fenomena sains yang digarap melalui pendekatan al-Quran dan hadis.

(c) Aspek Fizikal


Cuba kita lihat pula perbincangan tentang pendekatan dakwah
menggunakan aspek fizikal. Aspek ini menumpukan perbincangan kepada
dua perkara, iaitu (rujuk Jadual 10.5):

Jadual 10.5: Aspek Fizikal

Pendekatan Penerangan
Pendekatan bersifat Sesuatu yang bersifat abstrak (ma`nawi) tetapi dizahirkan melalui
abstrak (ma`nawi) tingkah laku seseorang.

Pendekatan bersifat Sesuatu yang bersifat bahan (maddi) yang wujud melalui potensi
bahan (maddi) dan fitrah kejadian manusia, melalui bakat dan latihan yang
dilalui oleh manusia dan melalui pembangunan.

Sekarang, mari kita bincang kedua-dua pendekatan yang telah dinyatakan di atas
dengan lebih lanjut.

(a) Pendekatan yang Bersifat Abstrak (ma`nawi)


Dalam konteks pendekatan yang bersifat abstrak, kita melihat bagaimana
pendakwah dalam usaha dakwahnya menggunakan pelbagai mekanisme
yang melibatkan aspek dalaman dirinya seperti al-Qalb dan pemikiran. Ia
tercerna melalui tindakan si pendakwah dengan mempersembahkan akhlak
terpuji, buah fikiran dan perancangan yang boleh menjayakan pendekatan
dakwah yang disusun.

(b) Pendekatan yang Bersifat Bahan (maddi)


Manakala dalam konteks pendekatan yang bersifat maddi atau bahan, kita
boleh menerangkannya dalam situasi berikut:

(i) Ia melibatkan kemahiran si pendakwah sama ada yang berbentuk skill


set ataupun dalam bentuk peralatan. Pendakwah perlu menggunakan
kedua-dua pendekatan, bagi menggarap persoalan dakwah yang
dikemukakan kepada sasaran. Walau bagaimanapun, dari sudut
keutamaan, penggunaan pendekatan yang bersifat ma`nawi menepati
turutan yang pertama. Ini kerana disitulah asas kepada pergerakan
pendekatan tersebut. Di sinilah juga letaknya nilai keinsanan yang
sebenar dalam diri pendakwah. Manakala pendekatan yang berbentuk
maddi hanya peralatan yang bersifat sekunder yang mungkin ada dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  193

mungkin juga tiada. Dibimbangi juga apabila pendakwah hanya


bergantung semata-mata pada sesuatu yang bersifat maddi tanpa
mengemukakan pendekatan yang berbentuk ma`nawi. Jika ia berlaku,
pendakwah akan berkomunikasi dengan bahasa maddi dan bukannya
bahasa insan yang bersifat ma`nawi. Justeru dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran (P&P), misalnya, guru yang diamanahkan sebagai
pendakwah jika hanya bergantung pada pendekatan maddi, walaupun
ia banyak membantu dalam proses P&P, namun dia mungkin tidak
dapat berperanan sebagai pendakwah yang berkesan dalam erti kata
mendidik pelajar dengan memindahkan ilmu pengetahuan yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T bersama-sama dengan nilai-nilai
keinsanan yang ada. Justeru, tidak hairanlah jika ada guru yang hanya
berperanan seperti „penghantar surat‰ yang tugasnya hanya
memastikan surat itu sampai kepada penerima.

(ii) Pendakwah yang menggunakan pelbagai media dakwah sama ada


dalam bentuk elektronik (seperti televisyen dan radio), media cetak
(seperti surat khabar, majalah dan buku) dan media siber (seperti
Internet, laman sesawang, Facebook, Twitter dan blog).

(iii) Pendakwah yang menggunakan pendekatan komunikasi sama ada


secara interpersonal dan awam (seperti berkhutbah, berceramah,
memberi kuliah dan syarahan).

(iv) Pendakwah yang menggunakan medium pembangunan, sama ada


secara material (seperti pembinaan masjid dan surau, institusi
pendidikan, institusi kesihatan dan kemasyarakatan) dan secara
spiritual (seperti menubuhkan persatuan dan kelab yang memberikan
bimbingan dan konsultasi kepada sasaran).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

AKTIVITI 10.3

1. Pada pandangan anda apakah pendekatan yang sesuai digunakan


untuk berdakwah kepada kumpulan berikut?
(a) Penagih dadah;
(b) Orang yang keliru identiti seperti pondan, pengkid; dan
(c) Pengikut ajaran sesat.

2. Anda dikehendaki memilih salah satu laman sesawang yang


mengandungi unsur-unsur Islam dan menganalisa laman sesawang
tersebut dari sudut pendekatan dakwah yang digunakan.

3. Apa pandangan anda tentang drama dan filem yang dikatakan


berunsurkan Islamik?

 Dakwah adalah salah satu syiar amali yang fundamental dalam ajaran Islam
yang menyempurnakan asas tasawwur yang jelas kepada umat Islam.

 Dakwah begitu dekat dengan kehidupan manusia dan kepentingannya amat


jelas sebagaimana yang terungkap melalui kitab al-Quran dan hadis Rasulullah
S.A.W.

 Elemen-elemen dakwah amat penting bagi menyempurnakan kelangsungan


dakwah.

 Pendakwah perlu mempunyai keterampilan dari sudut keilmuan, adab dan


akhlak, pengamalan agama dan kemahiran bermuamalah dengan manusia.

 Pendakwah perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai dengan


sasaran dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  195

Dakwah Pendekatan dakwah


Mesej dakwah Sasaran dakwah
Pendakwah

`Abd al-Karim Zaydan. (1993). Usul al-Da`wah. Beirut: MuÊassasah al-Risalah.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Muhammad Abu al-Fath Al-Bayanuni. (1995). Al-Madkhal Ila `Ilm al-Da`wah.


Beirut: MuÊassasah al-Risalah.

Muhammad Amin Hasan Muhammad Bani Amir. (1999). Asalib al-Da`wah wa


al-Irshad. Yarmuk, Jordan: Jami`at al-Yarmuk.

Yusuf al-Qaradawi. (2011). Fi al-Da`wah Ila Allah. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like