You are on page 1of 234

Fakulti Sains Sosial Gunaan

ABSP4103
Prinsip Pengurusan Islam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ABSP4103
PRINSIP
PENGURUSAN
ISLAM
Dr Muhammad Nasri Md Hussin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Muhammad Nasri Md Hussin


University Utara Malaysia

Penyederhana: Mohamad Kamil Ariff Dato’ Khalid


Universiti Teknologi MARA

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2012

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2012, ABSP4103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xviii

Topik 1 Perspektif Pengurusan Islam 1


1.1 Definisi Pengurusan 2
1.2 Fungsi-fungsi Pengurusan dalam Organisasi Formal 3
1.2.1 Evolusi dan Tahap Pembangunan Pengurusan dari 6
Perspektif Islam
1.2.2 Evolusi Pengurusan Konvensional Skop dan 7
Pendekatan
1.3 Islam dalam Bidang Pengurusan 8
1.3.1 Skop Pengurusan Islam 8
1.3.2 Pendekatan Pengurusan Islam 10
1.3.3 Aplikasi Pengurusan Islam 14
1.4 Tauhid dan Pengurusan 15
1.4.1 Pengertian Tauhid 15
1.4.2 Penerapan Tauhid dalam Aspek Pengurusan 17
1.4.3 Visi, Misi, Matlamat dan Fungsi Pengurusan Islam 19
Rumusan 22
Kata Kunci 23
Rujukan 23

Topik 2 Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam 25


2.1 Sumber Hukum Primer dan Sekunder 26
2.1.1 Sumber-sumber Utama Hukum Islam 28
2.1.2 Sumber Hukum Islam Tambahan 33
2.2 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam 37
2.2.1 Perbezaan Pemilihan 37
2.2.2 Huraian Beberapa Prinsip Islam dalam Pengurusan 39
2.3 Etika dan Tanggungjawab Sosial Organisasi 40
2.3.1 Definisi Etika dan Tanggungjawab Sosial 40
2.3.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh 41
2.3.3 Budaya Organisasi 43
Rumusan 45
Kata Kunci 45
Rujukan 46

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Pembangunan Teori Pengurusan Islam 47


3.1 Pembangunan Teori 48
3.1.1 Kepentingan Pembangunan Kerangka dan Teori 49
3.1.2 Peranan Dominan Nilai ke atas Semua Kegiatan 50
Organisasi
3.1.3 Teori dan Amali 51
3.2 Pendekatan dalam Kaedah Penyelidikan 55
3.2.1 Matlamat Penyelidikan; Penyelidikan Primer dan 55
Sekunder
3.2.2 Analisis Teks 56
3.2.3 Analisa Empirikal 57
3.3 Ubah Suai Amalan Konvensional 58
3.3.1 Panduan Mengubahsuai 60
3.3.2 Contoh Pengubahsuaian 62
3.3.3 Semakan dan Penambahbaikan 62
Rumusan 63
Kata Kunci 64
Rujukan 64

Topik 4 Perancangan dalam Organisasi 66


4.1 Perancangan dan Kejayaan 67
4.1.1 Definsi Perancangan 68
4.2 Konsep Perancangan Allah dan Para Nabi-nabi 70
4.2.1 Perancangan oleh Allah 72
4.2.1 Perancangan oleh Para AnbiyaÊ dan Nabi 72
Muhammad s.a.w.
4.3 Jenis-jenis Perancangan 74
4.3.1 Perancangan Strategik 75
4.3.2 Perancangan Taktikal 77
4.3.3 Perancangan Operasi 77
4.3.3 Perancangan Kontingensi 79
4.4 Proses Perancangan Strategik Organisasi 81
4.4.1 Unsur-unsur Perancangan Strategik 81
4.4.2 Proses Perancangan 82
4.4.3 Ciri-ciri Perancangan yang Baik 84
Rumusan 85
Kata Kunci 86
Rujukan 86

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Perancangan dalam Organisasi 88


5.1 Dimensi dan Reka Bentuk Kerja 89
5.1.1 Dimensi Utama Kerja: Kepelbagaian Kemahiran, 89
Identiti Tugas, Kepentingan Tugas, Autonomi dan 90
Maklumbalas
5.1.2 Teori Pembentukan Kerja
5.1.3 Analisis Kerja, Deskripsi Kerja (Job Description) dan 90
Spesifikasi Kerja (Job Specification)
5.2 Hubungan Kerja dalam Organisasi 92
5.2.1 Autoriti dan Tanggungjawab dalam Organisasi 93
5.3 Jenis-jenis Struktur Organisasi 97
5.3.1 Struktur Mudah 97
5.3.2 Struktur Fungsian 98
5.3.3 Struktur Bahagian 98
5.3.4 Struktur Konglomerat 100
5.3.5 Struktur Kacukan 100
5.3.6 Struktur Matriks 101
5.3.7 Struktur Berasaskan Pasukan 101
5.3.8 Struktur Rangkaian 101
5.4 Kerja Berkepasukan dalam Organisasi 102
5.4.1 Personaliti dan Kerjaya 103
5.4.2 Peranan Anggota-anggota Kumpulan 105
5.4.3 Proses Keberkesanan Kumpulan 107
5.4.4 Peringkat Pembentukan Kumpulan 108
5.4.5 Ciri-ciri Pasukan yang Berkesan 110
5.4.6 Kekuatan dan Kelemahan dalam Kumpulan 111
Rumusan 113
Kata Kunci 113
Rujukan 114

Topik 6 Sumber Manusia 115


6.1 Definisi Sumber Manusia 116
6.1.1 Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia 117
6.1.2 Proses Pengurusan Sumber Manusia 119
6.2 Perundangan dan Pembangunan Sumber Manusia 120
6.2.1 Perundangan Sumber Manusia 121
6.2.2 Latihan Pembangunan dan Disiplin Pekerja 122
6.3 Prinsip-prinsip Islam dalam Pengurusan Sumber Manusia 123
6.3.1 Amanah 123
6.3.2 Mengamalkan Syura 124
6.3.3 Keadilan 125
6.3.4 Persamaan 127
6.3.5 Kebebasan 127

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.3.6 Bekerjasama 128


6.3.7 Asas Pemilihan dalam Islam 129
Rumusan 133
Kata Kunci 134
Rujukan 134

Topik 7 Kepimpinan 136


7.1 Fungsi Kepimpinan 137
7.1.1 Fungsi Kepimpinan dalam Organisasi 138
7.2 Ciri-ciri Pemimpin dan Pembangunan Kepimpinan 141
7.2.2 Keusahawanan 145
7.3 Peranan Pemimpin dan Pengikut 146
7.3.1 Kewajipan Pemimpin 147
7.3.2 Kewajipan Pengikut 148
7.3.3 Timbal Balik antara Pemimpin dan Pengikut 149
7.4 Model-model kepimpinan 150
7.4.1 Model Berteraskan Pemimpin 150
7.4.2 Model Berteraskan Pengikut 152
Rumusan 153
Kata Kunci 153
Rujukan 153

Topik 8 Membuat Keputusan dan Komunikasi 155


8.1 Model Membuat Keputusan 156
8.2 Kepentingan Membuat Keputusan 156
8.2.1 Model Rasional dan Model Gelagat 157
8.2.2 Langkah-langkah Membuat Keputusan 158
8.3 Membuat Keputusan dalam Kumpulan 161
8.3.1 Peranan Membuat Keputusan dalam Kumpulan 161
8.3.2 Teknik-teknik Membuat Keputusan dalam 162
Kumpulan (Syura)
8.3.3 Teknik-teknik Membuat Keputusan dalam 163
Kumpulan
8.3.4 Keputusan Rutin dan Tidak Terancang 164
8.3.5 Jenis Keputusan 164
8.4 Asas-asas Komunikasi 165
8.4.1 Kepentingan Komunikasi, Unsur-unsur dan Proses 166
Komunisasi, Saluran Komunikasi dan Halangan-
halangan Komunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

8.4.2 Bentuk-bentuk Komunikasi: Rohaniah, Dalam 171


Perorangan (Intrapersonal), antara Perorangan
(Interpersonal), dalam Organisasi
(Intra-organisational), antara Organisasi
(Inter-organisational)
8.3.3 Halangan-halangan Komunikasi: Individu, Sistem 175
dan Persekitaran
Rumusan 178
Kata Kunci 178
Rujukan 178

Topik 9 Motivasi 180


9.1 Definisi Motivasi 180
9.2 Sumber Motivasi 181
9.2.1 Fungsi Ganjaran dan Hukuman 183
9.2.3 Aqidah Tauhid Sebagai Motivasi Primer 184
9.3 Model - model Teori Motivasi Konvensional 186
9.4 Motivasi Islam 189
9.4.1 Penerapan Aqidah 189
9.4.2 Hubungkait antara Aqidah, Kehendak, Tindakan 191
dan Prestasi Kerja
9.4.3 Perbezaan Motivasi Islam dan Konvensional 193
Rumusan 195
Kata Kunci 196
Rujukan 196

Topik 10 Kawalan, Budaya Organisasi dan Perubahan 197


10.1 Kawalan 198
10.1.1 Teknologi Maklumat 200
10.1.2 Kaitan antara Penilaian Prestasi dan Kawalan 200
10.2 Budaya, Prestasi dan Perubahan Organisasi 201
10.2.1 Keterangan Budaya Organisasi 201
10.2.2 Pembinaan, Pembaikan dan Penerusan Budaya 202
Organisasi
10.2.3 Perubahan 203
10.2.4 Bentuk-bentuk Perubahan 204
10.3 Pengurusan Konflik 206
10.3.1 Konflik Bermanfaat dan tidak Bermanfaat; Punca, 207
Akibat dan Pengurusan Konflik
Rumusan 211
Kata Kunci 211
Rujukan 212

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
ABSP4103 Prinsip Pengurusan Islam adalah salah satu kursus yang ditawarkan
oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam). Modul ini bertujuan memaklumkan
asas, konsep, prinsip utama dan skop pengurusan Islam dan evolusi pengurusan
Islam, serta perbezaannya dengan pengurusan konvensional. Ia juga
menonjolkan pendekatan untuk membangunkan pengurusan Islam, dan isu-isu
berkaitan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda harus fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Activiti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
2
dalam perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 8
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 18
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan asas, konsep, prinsip utama dan skop pengurusan Islam;
2. Menerangkan evolusi pengurusan Islam, dan perbezaannya dengan
pengurusan konvensional; dan
3. Membincangkan pendekatan untuk membangunkan pengurusan Islam,
dan isu-isu yang berkaitan.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan dengan pengenalan pengurusan dari


perspektif Islam dari segi fungsi pengurusan dalam organisasi formal, evolusi
dan tahap pembangunan pengurusan dari perspektif Islam, skop pengurusan
Islam, pendekatan pengurusan Islam dan tauhid dan pengurusan.

Topik 2 memperkenalkan konsep pembangunan disiplin pengurusan Islam yang


merangkumi sumber primer dan sekunder, Maqasid al-ShariÊah dan Usul
al-Fiqh, Prinsip-prinsip pengurusan Islam dan etika dan tanggungjawab sosial
organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 3 membincangkan pembangunan teori pengurusan Islam yang


merangkumi pembangunan teori, pendekatan dalam kaedah penyelidikan dan
ubahsuian amalan konvensional.

Topik 4 membincangkan aspek perancangan iaitu perancangan oleh Allah s.w.t.,


perancangan oleh para AnbiyaÊ dan Nabi Muhammad s.a.w., jenis-jenis dan plan
perancangan dan proses perancangan dan halangan-halangan.

Topik 5 membincangkan aspek pengorganisasian dan kepasukanan dari segi


dimensi dan reka bentuk kerja, hubungan kerja, kerja berpasukan dan proses
pemantapan kumpulan.

Topik 6 membincangkan aspek sumber manusia yang merangkumi kepentingan


sumber manusia, pembangunan dan pengurusan sumber manusia dan proses
pengurusan sumber manusia seperti pengambilan, pemilihan, latihan dan
pembangunan, disiplin, ganjaran dan perhubungan perusahaan.

Topik 7 membincangkan aspek kepimpinan yang merangkumi tajuk-tajuk fungsi


kepimpinan, peranan pemimpin dan pengikut dan model-model kepimpinan.

Topik 8 membincangkan aspek membuat keputusan dan komunikasi dari segi


model membuat keputusan, proses membuat keputusan dalam kumpulan dan
asas-asas komunikasi.

Topik 9 membincangkan aspek motivasi dari segi sumber motivasi, Êaqidah


tauhid sebagai motivasi primer, model-model motivasi konvensional dan
perbezaan motivasi Islam dan konvensional.

Topik 10 membincangkan aspek kawalan, budaya organisasi, dan perubahan


dari segi kawalan diri (self control), kawalan dalaman (internal control) dan
kawalan luaran (external control); kawalan secara langsung dan tidak langsung,
rasmi dan tidak rasmi, budaya, prestasi dan perubahan organisasi serta
pengurusan konflik.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting anda mengambil tahu akan
susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk
merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya,
susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Pastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa


penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat
menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca
topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Ab. Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Abu Mansor Ahmad.
(2007). Pengurusan. Sintok: Pernerbit Universiti Utara Malaysia.

Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t),
al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah.
Abu Sin, Ahmad Ibrahim. (1991). Pengurusan Dalam Islam (terjemahan Abd
Rashid Ngah dan Jusoh Kadir). K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan


Publication.

Ahmad ibn Yahya ibn Jabir al-Baladhuri. (1987). Futuh al-Buldan. Beirut: Dar
al-Fikr.

Al-Buti, Muhammad SaÊid Ramadhan. (1980). Fiqh al-Sirah. cet. 8, Beirut: Dar
al-Fikr.

al-Quran versi 6.31 (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.

Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (1996). Introduction to research in education
(5th ed.) New York: Harcourt Brace.

Asmadi Mohamed Naim (2003). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan


Islam. Sintok, Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa
Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah : Dar al-Fikr.
Burr, W. (1973). Theory construction and the sociology of the family. New york:
Wiley.

Garrison, R. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st


Century: A shift from structural to transactional issues. International
Review of Research in Open and Distance Learning. 1(1), June, 1-17.
Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York:
McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Ibn Hajar al-ÂAsqalani, Abu al-Fadhl Syihab al-Din Ahmad b. ÂAli b. Muhammad
(1991), Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr.

Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7eds). Mc Graw Hill.

Jaafar Muhamad (1999). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd.

Jaafar Muhamad (1992). Ed. ke-2. Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn Bhd.

Jaafar Muhamad (1999). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd.

Kaplan, A. (1964). The conduct of inquiry: Methodology for behavioral science.


San Francisco: Chandler.

Kerlinger, F.N. (1973). Foundations of behavioral research (2nd ed.). New York:
Holt, Rinehqrt and Winston.

Lefrancois, G.R. (1986). Psychology of learning (2nd ed.). New York: Springer.

Manna Al-Qattan (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and case study applications in


education. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development; An Islamic
perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm
al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.
Muhammad bin YaÊqub al-Fairuz Abadi. (1997). al-Qamusal Munjid. Juz. 1.
Beirut: Darul IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan
Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah
Muhammad Nasri Md Hussain, Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber
manusia dari perspektif Islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Muhammad Rawas Dr, QalÊahji. (1985). MuÊjam Lughat al-FuqahaÊ. Beirut: Dar
al-NafaÊis.

Muhammad Said Ramadhan al-Buti. (1982). Dhawabit al-Maslahah fi al-Syariah


al-Islamiah. Beirut: Muassah Risalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

Muslim, Abu al-Husayn b. al-Hajjaj b. Muslim al-Qusyairy al-Naisaburo (t.t),


Sahih Muslim. Kaherah: MatbaÊah Muhammad ÂAli Subayh wa Awladih.
Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications &
Distributions.

Nik Azis, N.P. (2003). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan


matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Nizamuddin Zainuddin, Badruddin A.Rahman, Abu Bakar Hamed, Thi Lip Sam,
Azrain Nasyrah Mustapa, Nazlina Zakaria, Norita Deraman, Norzalila
Jamaludin, Shamsul Huda Abd Rani & Suhaila Abdul Hanan, (2010).
Penyelidikan Saintifik: Asas dan Aplikasi. Malaysia, McGraw-Hill
Sdn. Bhd.

P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for
TomorrowÊs Leaders. Ohio: Thomson South-Western.
Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamed Yusop Mohd Jani,
Muhammad Shukri Bakar, Norita Deraman, Norria Zakaria, Syahrina
Abdullah, Rosli Mohd Saad & Azrain Nasyrah Mustapa (2007). Prinsip-
Prinsip Asas Keusahawanan. Singapore:Thomson Learning.
Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management Theory and Application. Illinois:
Richard D. Irwin Inc.

Sohair Abdel Moneim Sery. (1990). Konsep Pengurusan Pentadbiran Menurut


Ajaran Islam Satu Kajian Perbandingan dengan Penekanan ke atas
Konsepsi Kepimpinan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara.

Stoner, James A.F. Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management. Prentice Hall,
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Hj. Muhammad Nasri Hj. Md.
Hussain & Mohd. Nizam Hanafiah. (2006). Penghantar Perniagaan Islam.
Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Syed Othman Alhabshi & Hamiza Ibrahim. (1998). Pengurusan dan Pentadbiran:
Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai. Malaysia: Unit
Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of Scientific Management. New


York: Harper & Row.

Troye, S.V. (1994). Evaluation of theory and research. Oslo: Tano.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

Wahbah al-Zuhayli. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.

Yusof Ismail. (2004). Mengurus Secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S
Noordeen.

Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn. (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala
Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi
wa Auladuhu.

Zainal Ariffin Ahmad. (1998). Perlakuan Organisasi. Penerbit Fajar Bakti.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1969). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al Islamiyyah.


Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perspektif
1 Pengurusan
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum definisi pengurusan secara
konvensional dan Islam;
2. Menjelaskan fungsi-fungsi pengurusan dalam organisasi formal;
3. Membincangkan skop dan pendekatan Islam dalam bidang
pengurusan; dan
4. Menghuraikan konsep tauhid dan kaitannya dengan bidang
pengurusan.   

 PENGENALAN
Ibnu Khaldun, seorang sarjana Islam pada zaman silam, pernah berkata bahawa
manusia itu terbina secara fitrahnya secara bermasyarakat. Manusia hidup bukan
secara bersendirian. Mereka menjalankan kehidupan secara bermasyarakat.

Secara umumnya, setiap kaum dan bangsa di dalam dunia ini mempunyai cara
mengurus yang tersendiri. Manusia selalunya menggunakan akal fikiran mereka
dalam membina cara-cara mengurus kehidupan mereka. Selalunya mereka
memulakan kaedah pengurusan daripada perkara yang mudah kepada yang
lebih terperinci. Masyarakat Jepun, China, Melayu, Arab dan barat ada cara
pengurusan masing-masing. Cuma dalam dunia pengurusan moden sekarang
ini, kaedah pengurusan masyarakat barat nampaknya lebih dikenali di semua
peringkat kerana mereka telah membuat kaedah pengurusan secara sistematik
dan saintifik termasuk mengumpulkannya dalam bentuk makalah yang tersusun
sama ada untuk kegunaan atau sebagai disiplin ilmu pengurusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Dalam topik ini, kita akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai
pengurusan secara konvensional dan Islam dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya seperti definisi pengurusan secara konvensional dan Islam, fungsi-
fungsi pengurusan dalam organisasi formal, skop dan pendekatan Islam dalam
bidang pengurusan dan konsep tauhid dalam bidang pengurusan.

AKTIVITI 1.1

Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda boleh memikirkan


beberapa aspek pengurusan Islam seperti apa erti Islam sebagai satu
cara kehidupan dan sama ada terdapat aktiviti Islam dalam
pengurusan di tempat anda bekerja. Anda juga boleh memikirkan
bagaimana bentuk pengurusan dan pentadbiran kerajaan Melayu
pada zaman dahulu dan bagaimana pula pengurusan pada masa
sekarang .

1.1 DEFINISI PENGURUSAN


Apakah maksud pengurusan?

Pengurusan secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu seni bagi


melaksanakan sesuatu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara
bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Dari segi epistemologi, perkataan mengurus (management) adalah berasal dari


bahasa Itali ÂmaneggiareÊ yang bermaksud menangani. Kata nama ÂmaneggiareÊ
tersebut pula terbit daripada perkataan Latin iaitu ÂmanusÊ yang bermaksud
tangan. Sebenarnya, perkataan bahasa Perancis ÂmesnagementÊ telah banyak
mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris
ÂmanagementÊ iaitu pada abad ke-17 dan ke-18.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  3

Jadual 1.1 menunjukkan tiga lagi definisi pengurusan daripada penulis yang
berbeza.

Jadual 1.1: Definisi Pengurusan

Tokoh Definisi Pengurusan


Mary Parker Follet Pengurusan adalah suatu seni untuk mencapai sesuatu melalui
(1868 -1933) orang lain. Pengurusan juga boleh didefinisikan berdasarkan
kepada fungsinya sebagai Âtindakan untuk mengukur sesuatu
kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan
kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan
untuk mencapai maklumat yang dirancangÊ. Pengurusan juga
adalah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan seluruh ahli-ahli dalam
sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau
objektif dengan cara yang paling berkesan.
James A.F Stoner Pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi,
(1955-2012) memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja
Charles Babbage melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang
dikhususkan dengan fungsi tertentu dan memberikan idea
(1791 ă 1871)
penubuhan Âline of productionÊ dengan penetapan fungsi kerja
yang rutin.

1.2 FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN DALAM


ORGANISASI FORMAL
Fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung
kepada cara kita mengkelaskannya, iaitu melalui perancangan, penyusunan,
penyelarasan, penstafan dan pengawalan.

Secara umumnya, fungsi pengurusan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu


perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan (Lihat Rajah 1.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Rajah 1.1: Fungsi-fungsi pengurusan

Mari kita lihat setiap fungsi dengan terperinci.

(a) Perancangan (Planning)


Perancangan ialah memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa
hadapan (hari ini, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan,
sepanjang lima tahun yang berikut dan sebagainya) dan mencipta
rancangan-rancangan untuk dilaksanakan. Sebelum pihak pengurusan
memulakan sesuatu aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat
terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara-perkara yang perlu
dipersoalkan adalah seperti berikut:

(i) Tujuan dan Objektif


Ini termasuklah mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh
sesebuah organisasi seperti misi dan visi organisasi berdasarkan
matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang
diinginkan, seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan
keuntungan dan lain-lain.

(ii) Strategi Organisasi


Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas,
organisasi perlu mencari strategi untuk mencapai matlamat dan
tujuan yang diharapkan. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan
membincangkan beberapa perkara seperti strategi pemasaran yang
meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan
barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  5

(iii) Pelan Pelaksanaan


Langkah seterusnya ialah pihak pengurusan perlu membuat pelan
pelaksanaan yang teratur mengikut strategi yang berasaskan
matlamat organisasi yang dirancangkan.

(b) Penyusunan (Organising)


Penyusunan ialah menyusun atur penggunaan sumber-sumber yang
diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan
dilaksanakan dengan berjaya. Terdapat juga buku pengurusan yang
menggunakan istilah pengorganisasian bagi penyusunan.

Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan


(proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan
pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan
dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan
dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan
sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan
latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah dan faedah),
program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan
kesihatan kakitangan serta program kebajikan dan perkhidmatan
kakitangan.

(c) Pengarahan (Leading)


Pengarahan atau kepimpinan menonjolkan kemahiran dalam bidang-
bidang kepimpinan dan motivasi bagi mendapatkan orang lain untuk
memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-
rancangan.

Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi


berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni.
Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan
sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

(d) Pengawalan (Controlling)


Pengawalan ialah proses memeriksa dan membandingkan kemajuan yang
sebenar dengan rancangan serta mengubah suai rancangan tersebut (jika
perlu) berdasarkan maklum balas. Jika sesuatu perancangan tidak dapat
dilaksanakan, maka pengubahsuaian aktiviti perlu dilakukan sehingga
matlamat yang disasarkan tercapai. Pengawalan merupakan fungsi terakhir
untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut
perancangan, masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah
tertentu diambil. Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat
kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu
diberi perhatian dan diawasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

SEMAK KENDIRI 1.1


Huraikan fungsi-fungsi pengurusan dan kaitannya dengan kejayaan
organisasi.

AKTIVITI 1.2

Bincangkan kenapa aktiviti pengawalan penting untuk pengurusan


organisasi.

1.2.1 Evolusi dan Tahap Pembangunan Pengurusan dari


Perspektif Islam
Kehidupan manusia dalam sistem bermasyarakat dan bernegara memerlukan
ilmu pengurusan. Tanpa ilmu pengurusan sudah pasti kehidupan akan menjadi
tidak tersusun seperti sebuah kapal tanpa nakhoda. Begitu juga dengan manusia
dalam kehidupan seharian, mereka perlukan sistem pengurusan bagi
memastikan kehidupan mereka menjadi sempurna.

Namun dari perspektif Islam, pengurusan yang dijalankan oleh manusia


hendaklah bertepatan dengan kehendak Islam iaitu dengan berpandukan apa
yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi pegangan
seluruh umat Islam. Dalam pengurusan, manusia perlulah saling mengenali,
bekerjasama, ada perancangan serta perlaksanaan dan sebagainya bagi manusia
mencapai tujuan hidup. Hidup yang berpengurusan perlu ada pada setiap orang
sama ada orang biasa, majikan, pemimpin atau siapa saja. Jika semua faham
akan tanggungjawab, barulah hidup ini akan lebih bermakna.

Kedatangan Islam bukan sahaja membawa perubahan pokok dalam bidang


akidah, perundangan dan akhlak, malah ia membawa ciri-ciri perubahan dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran.

Islam bukan saja agama yang membangun kekuatan peribadi atau akhlak, malah
ia juga mengatur kehidupan berorganisasi dan bersistem. Insan atau manusia
sangat memerlukan pedoman bagaimana sesuatu itu harus diurus atau
ditadbirkan. Tanpa pedoman yang menepati keperluan akidah, syariah dan nilai
Qurani, tidak mungkin sesuatu pengurusan dan pentadbiran berjalan mengikut
keperluan ihsan dan insan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  7

1.2.2 Evolusi Pengurusan Konvensional


Berikut diterangkan beberapa evolusi pengurusan yang dibuat oleh beberapa
orang tokoh terkenal:

(a) Frederick Taylor


Para pengkaji ilmu pengurusan selalunya sudah biasa dengan seorang
tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik.
Antara karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah
Shop Management (1912), Principles of Scientific Management dan pernah
membentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada
tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz Weirich).

Frederick Taylor juga memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang


telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing-
masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick
Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang
ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada
dibawah pengawalan dalam jangka masa tertentu. Ia juga turut
memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu
mengurangkan kepenatan bekerja.

(b) Henry Gantt


Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh
Frederick Taylor dan ia mendapati teori ini kurang memberikan penekanan
terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem
Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual
tugasan dan amat relevan dari masa lalu hingga masa kini bagi
membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir bagi
setiap tugasan. Ia juga turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja
yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut
menekankan kepentingan latihan dalam memahirkan kakitangan dalam
menjalankan tugas.

(c) Frank dan Lillian Gilbreths


Frank dan Lillian Gilbreths banyak memberikan sumbangan dalam kajian
tentang gerakan pengurusan saintifik. Dalam buku bertajuk ÂThe
Psychology of ManagementÊ (1912), mereka telah memberikan penekanan
tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis ke
atas kajian mereka tentang Âkelesuan dan gerakan kerjaÊ. Frank
memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikal yang
sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan
dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak selesa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

(d) Henry Fayol


Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan
antara karya beliau yang terkenal adalah ÂAdministration Industrielle et
GeneraleÊ (1916). Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi.
Menurutnya, fungsi organisasi haruslah mantap dan berkemampuan untuk
menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan.

1.3 SKOP DAN PENDEKATAN ISLAM DALAM


BIDANG PENGURUSAN
Islam mempunyai skop perbincangan yang tersendiri. Pihak pengurusan yang
ingin menerapkan sistem Islam di dalam pengurusan organisasi mereka perlu
memahami skop dan pendekatan Islam di dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran.

1.3.1 Skop Pengurusan Islam


Islam itu mempunyai tiga cabang utama iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak (lihat
Rajah 1.2). Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di
dalam bidang muamalat. Hukum-hukum yang berkaitan dengan bidang tersebut
dinamakan fiqh muamalat.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul
(lengkap) boleh dijadikan asas oleh para pengurus perniagaan, ahli ekonomi dan
kewangan dalam membina suatu sistem perniagaan yang baik dan dapat
menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan kehidupan termasuk
isu-isu muamalat iaitu perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain. Syariat
Islam melengkapi segenap aktiviti kehidupan meliputi persoalan tauhid,
keimanan, ibadah, akhlak, kekeluargaan, jenayah, muamalat, pengurusan
pentadbiran, politik dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  9

 
Rajah 1.2: Tiga cabang utama Islam

Dari segi sejarah, agama Islam telah dibawa oleh seorang rasul atau utusan
Tuhan yang bernama Muhammad bin Abdullah. Beliau telah dilantik oleh Tuhan
sebagai rasul ketika berumur 40 tahun bagi membawa ajaran Tuhan kepada
seluruh manusia untuk dijadikan panduan hidup yang membawa kepada
kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Beliau tidak mereka atau mencipta agama Islam sebaliknya beliau hanya
membawa dan menyampaikan apa yang datang dari Allah. Oleh sebab itu nabi
Muhamad s.a.w dinamakan sebagai rasul iaitu penyampai.

Akhirat ialah kehidupan selepas mati dan selepas kemusnahan dunia iaitu hari
kiamat. Kehidupan akhirat kekal abadi dan ia hanya mempunyai dua tempat
iaitu syurga dan neraka. Syurga adalah tempat selesa yang disediakan oleh Allah
untuk semua Muslim yang baik semasa hidup mereka di dunia sementara
neraka ialah tempat azab yang disediakan kepada semua manusia yang jahat
semasa kehidupan mereka di dunia.

Dari segi nama, istilah Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu
salima yang bermaksud sejahtera, damai, suci dan selamat. Dari segi istilah
syarak pula Islam bererti ketundukan, kepatuhan, ketaatan dan penyerahan jiwa
dan raga dengan penuh keikhlasan hanya kepada Allah s.w.t. Terdapat juga
ulamak yang memberikan definisi Islam sebagai kepatuhan, penyerahan dan
ketaatan kepada Allah dalam semua tindak-tanduk manusia yang meliputi aspek
pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkah laku dan iÊtikad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Selain merupakan satu agama mengikut fahaman biasa, Islam juga adalah
kaedah sosial dan tata cara hidup yang lengkap yang berbeza dengan agama
lain. Islam adalah agama yang memberi panduan hidup kepada manusia ke jalan
yang selamat iaitu jalan yang baik dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Islam
ialah ad-din atau satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang merangkumi
peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang-undang yang lengkap dalam
semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya
secara menyeluruh. (Abd al-Karim Zaydan, 1984: 3), (Muhammad al-Buraey,
1992: 2).

Oleh itu skop pengurusan Islam adalah menyeluruh. Segala aspek kehidupan
selari dengan konsep Islam sebagai ad-din. Seluruh aspek kehidupan perlu
diurus dengan sempurna sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Manusia perlu
mengurus kehidupan dunia mereka untuk mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat. Aspek ini agak berbeza dengan konsep pengurusan barat yang hanya
membincangkan kebaikan hidup dunia tanpa membincangkan kehidupan
akhirat serta keredaan Allah dalam isu hidup sesudah mati seperti syurga dan
neraka.

AKTIVITI 1.3

1. Bincangkan skop pengurusan dari perspektif Islam.


2. Huraikan pendekatan yang diambil oleh ajaran Islam dalam
ilmu pengurusan.

1.3.2 Pendekatan Pengurusan Islam


Dalam konteks pengurusan Islam, terdapat lima objektif umum yang hendak
dicapai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  11

Rajah 1.3: Objektif umum pengurusan Islam

(a) Mencapai kebaikan hidup dunia dan akhirat


Kebaikan adalah idaman kepada semua manusia. Persoalannya, apakah
yang dikatakan baik? Apakah kebaikan itu kebahagiaan? Atau keseronokan
itu kebahagiaan sebagaimana yang digambarkan oleh para ahli falsafah
Yunani? Apakah kebahagiaan boleh dinilai sebagai memiliki harta benda
atau wang ringgit yang melimpah ruah, kereta besar menjalar, rumah bagai
mahligai atau pelbagai kenikmatan hidup yang diperolehi?

Dalam konteks pengurusan Islam, baik yang sebenar adalah baik dunia dan
akhirat. Manusia menjadikan dunia sebagai landasan/jambatan ke akhirat
yang kekal abadi. Di akhirat dijauhi daripada api neraka dan mendapat
nikmat hidup di syurga. Ini yang sering didoakan sebagaimana firman
Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2:200-202) yang bermaksud:

3 #\ò2ÏŒ £‰x©r& ÷ρr& öΝà2u™!$t/#u™ ö/ä.Ìø.É‹x. ©!$# (#ρãà2øŒ$$sù öΝà6s3Å¡≈oΨ¨Β ΟçGøŠŸÒ%s #sŒÎ*sù

9,≈n=yz ô⎯ÏΒ ÍοtÅzFψ$# †Îû …ã&s! $tΒuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $oΨÏ?#u™ !$oΨ−/u‘ ãΑθà)tƒ ⎯tΒ Ä¨$¨Ψ9$# š∅Ïϑsù

$oΨÏ%uρ ZπuΖ|¡ym ÍοtÅzFψ$# ’Îûuρ ZπuΖ|¡ym $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $oΨÏ?#u™ !$oΨ−/u‘ ãΑθà)tƒ ⎯¨Β Οßγ÷ΨÏΒuρ ∩⊄⊃⊃∪

∩⊄⊃⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# z>#x‹tã

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Maksudnya: „Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan


Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan
mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu
menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan
sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang
(berdoa dengan) berkata: ‰Wahai Tuhan kami! berilah kami kebaikan) di
dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada
baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada
yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka‰.
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah
mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya‰.

Untuk mencapai kebaikan tersebut sudah pasti kita perlu melakukan


semua aktiviti hidup yang selaras dengan tuntutan syariah dengan
berpaksikan ketauhidan kepada Allah s.w.t. Bahagia, baik dan buruk
berasaskan kenyataan yang diwahyu oleh Allah s.w.t, bukannya
berasaskan kefahaman manusia semata-mata.

(b) Organisasi yang „baik‰ dan diampuni oleh Allah s.w.t


Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan organisasi yang baik, aman
dan makmur serta dirahmati Allah s.w.t yang Maha Pengampun. Ini
sebagaimana dirakamkan oleh al-Quran melalui Surah SabaÊ (34:15) yang
bermaksud:

É−ø—Íh‘ ⎯ÏΒ (#θè=ä. ( 5Α$yϑÏ©uρ &⎦⎫Ïϑtƒ ⎯tã Èβ$tG¨Ψy_ ( ×πtƒ#u™ öΝÎγÏΨs3ó¡tΒ ’Îû :*t7|¡Ï9 tβ%x. !ô‰s)s9

∩⊇∈∪ Ö‘θàxî ;>u‘uρ ×πt6Íh‹sÛ ×οt$ù#t/ 4 …çμs9 (#ρãä3ô©$#uρ öΝä3În/u‘

Maksudnya: „Demi sesungguhnya! Adalah bagi penduduk negeri SabaÊ


satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat ditempat
tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subor), yang
terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (qariah mereka). (Lalu
dikataan kepada mereka): „makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu
dan bersyukurlah kepada-Nya; (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik
(aman makmur), dan (Tuhan kamu ialah) Tuhan yang amat Pengampun! ‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  13

(c) Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan


Objektif seterusnya ialah menegakkan kebaikan dan menghapuskan
kerosakan di atas muka bumi. Ini adalah antara tugas manusia sebagai
khalifah fi al-ardh ă khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t dalam
Surah al-Baqarah (2: 30) yang bermaksud:

⎯tΒ $pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s% ( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøãƒ

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ

Maksudnya: „Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;


‰Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi„.
mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata):
‰Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-
bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?‰. Tuhan berfirman: ‰Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya‰.

Khalifah ialah manusia, bermula dengan Adam a.s. dan keturunannya. Visi
dan misi cukup jelas iaitu memakmurkan alam dengan syariat-Nya. Dalam
Surah al-Haj (22: 41) pula Allah berfirman, bermaksud:

(#ρãtΒr&uρ nο4θŸ2¨“9$# (#âθs?#u™uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r& ÇÚö‘F{$# ’Îû öΝßγ≈¨Ψ©3¨Β βÎ) t⎦⎪Ï%©!$#

∩⊆⊇∪ Í‘θãΒW{$# èπt6É)≈tã ¬!uρ 3 Ìs3Ζßϑø9$# Ç⎯tã (#öθyγtΡuρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/

Maksudnya: „Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.‰

Gambaran dalam ayat ini cukup jelas, iaitu mereka yang diberikan
kedudukan, memegang jawatan, berkuasa atau sebagainya tidak boleh
mengabaikan tanggungjawab asas, solat, zakat dan berbuat baik serta
mencegah kejahatan dan mungkar. Ini sesuai dengan fungsi manusia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

sebagai hamba-Nya. Dalam Surah ad-Dzariyat (51:56), Allah berfirman,


bermaksud:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

Maksudnya: „Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.‰

(d) Menjaga nilai dan maslahat (kepentingan) manusia


Terdapat pelbagai nilai dan kepentingan (maslahat) yang diperlukan oleh
manusia. Ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan sesuai dengan
tujuan kedatangan syariat (maqasid syariat). Antara maslahat yang utama
tersebut ialah agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Objektif
pengurusan Islam adalah untuk menjaga kelima-lima maslahat ini agar
berada dalam keadaan yang diredai Allah s.w.t. Justeru, para pengurus dan
pekerja Muslim perlu memelihara kelima-lima aspek ini agar tidak
terjerumus ke arah larangan Allah s.w.t. Kelima-lima nilai (maslahat) ini
merupakan perkara dharuri (asas) kepada manusia.

1.3.3 Aplikasi Pengurusan Islam


Umat Islam di Malaysia agak bertuah kerana agama Islam telah dianuti oleh
majoriti penduduk Malaysia. Semua penduduk berbangsa Melayu yang
memegang tampok pemerintahan sejak dahulu pula beragama Islam. Islam telah
dijadikan agama persekutuan. Pentadbiran agama Islam juga terdapat disetiap
negeri untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Usaha-usaha
menerapkan sistem Islam dalam pengurusan dan pentadbiran hendaklah
dilaksanakan secara berterusan.

Sehingga kini terdapat tiga bidang pengurusan Islam yang telah diaplikasikan
dalam sistem kehidupan semasa iaitu bidang kewangan Islam, perbankan Islam
dan takaful. Umat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi dari segi halalnya produk-
produk tersebut kerana disetiap bidang tersebut terdapat jawatankuasa syariah
yang melihat dan mengkajinya. Begitu juga dalam produk makanan halal
terdapat bahagian hub halal JAKIM yang melihat, mengkaji dan memutuskan
sama ada sesuatu produk itu halal atau sebaliknya. Dalam bidang latihan
sumber manusia pula terdapat beberapa organisasi yang menerapkan konsep
Islam dalam latihan seperti ESQ Training yang telah berjaya membawa konsep
baru dalam latihan sumber manusia walaupun terdapat beberapa isu kontroversi
dalam pelaksanaannya. Umat Islam perlu terus menerus memperjuangkan
pelaksanaan sistem pengurusan Islam dalam kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  15

SEMAK KENDIRI 1.2

Huraikan beberapa prinsip Islam dalam bidang pengurusan.

AKTIVITI 1.4

Bincangkan bagaimana prinsip Islam boleh diterapkan di dalam


sistem pengurusan organisasi pekerjaan anda sekarang.

1.4 TAUHID DAN PENGURUSAN


Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang konsep tauhid dalam bidang
pengurusan.

1.4.1 Pengertian Tauhid


Tauhid (bahasa Arab: ‫ )توحيد‬merupakan konsep monoteisme Islam yang
mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam
bahasa Arab, ‰Tauhid„ bermaksud ‰penyatuan„, sedangkan dalam Islam,
‰Tauhid„ bermaksud ‰menegaskan penyatuan dengan Allah„. Lawan kepada
perkataan Tauhid ialah ‰mengelak daripada membuat„ dan dalam bahasa Arab
bermaksud ‰pembahagian„ dan merujuk kepada ‰penyembahan berhala‰.

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada
lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang
wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz
(harus) dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka
yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan
yang berhubung dengan perkara-perkara samÊiyat, iaitu perkara yang diambil
dari al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai ilmu yang menerangkan


hukum-hukum syarak dalam bidang iÊtiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang
qatÊi (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, al-Quran dan Hadis.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Kalimah Âlaa ilaha illallahÊ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini
menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan
berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada
yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita
berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri
pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini
melahirkan konsep tawakkal, di mana selepas kita berusaha, kita tetap perlu
kepada Allah.

Tauhid bukanlah sekadar ucapan Âlaa ilaha illallahÊ, walaupun ucapan tersebut
merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk
pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar
dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan daripada penyembahan
kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta
pengibadahan kepada Allah semata. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah
(2: 163):

∩⊇∉⊂∪ ÞΟŠÏm§9$# ß⎯≈yϑôm§9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Hω ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î)uρ

Maksudnya: „Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang
berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani‰.

Dan Allah berfirman lagi dalam Surah al-Mukmin (40: 41-42)

∩⊆⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# ’n<Î) û_Í_tΡθããô‰s?uρ Íο4θyf¨Ζ9$# ’n<Î) öΝà2θãã÷Šr& þ’Í< $tΒ ÏΘöθs)≈tƒuρ ãt*

Í“ƒÍ“yèø9$# ’n<Î) öΝà2θãã÷Šr& O$tΡr&uρ ÖΝù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ ’Í< }§øŠ9s $tΒ ⎯ÏμÎ/ x8Îõ°é&uρ «!$$Î/ tàò2L{ ©Í_Ρt θããô‰s?

∩⊆⊄∪ Ì≈¤tóø9$#

Maksudnya: ‰Dan Wahai kaumku! apa halnya Aku Dengan kamu? Aku
mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?42.
‰Kamu mengajakku supaya Aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan
mempersekutukanNya Dengan apa Yang Aku tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya, padahal Aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  17

Ayat-ayat seperti ini terdapat banyak dalam al-Quran dan menerangkan bahawa
erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah,
dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk
dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan
untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.

Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah dan mereka


mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu
diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas
berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair.
AthaaÊ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.
Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau
perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap
kepada Allah kerana itu hak Allah daripada hambanya. Suatu kisah terjadi di
zaman Rasulullah s.a.w, di mana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu
dia berkata kepada Nabi, „Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat
kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.‰ Nabi s.a.w
langsung bersabda, „Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.‰ Perkara ini
menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan
dipanjatkan doa ialah Allah dan Allah semata.

Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:

‰Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah
meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang
saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk
menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat.‰

Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan


makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya
relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam
menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang
memerihalkan Tuhan sebagai tiga entiti.

1.4.2 Penerapan Tauhid dalam Aspek Pengurusan


Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan
atau pelaksanaan. Dalam kontek pengurusan Islam, prinsip bertindak selaku
landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk
mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan. Pentadbiran
dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah di samping tidak
mengenepikan daya pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam
bersifat global, universal dan kekal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Rajah 1.4 menunjukkan beberapa pengaruh tauhid dalam pengurusan Islam.

Rajah 1.4: Pengaruh tauhid dalam pengurusan Islam

(a) Kepatuhan kepada Keesaan Allah


Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh
aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah
Yang Maha Agong mentadbir dan mengurus segala-galanya. Kepatuhan
manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para
pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab
mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan
menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan
dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang
diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin
dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran.

(b) Melaksanakan Amalan Syura


Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu
diterapkan dalam segala bidang kehidupan. Proses syura yang dijalankan
akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan
pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan
pihak lain. Akhirnya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui
penyertaan pelbagai pihak.

(c) Mementingkan Persamaan (al-Musawah)


Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan
dan undang-undang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak
asasinya melainkan mengikut undang-undang. Setiap pekerja adalah sama
dari segi:
(i) Tanggungjawab terhadap undang-undang.
(ii) Tanggungjawab terhadap hukuman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  19

(iii) Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

(d) Melaksanakan Keadilan (al-ÂAdalah)


Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan keadaan yang
betul. Ia mesti dipatuhi di dalam setiap aktiviti. Skop keadilan teramat luas,
meliputi keadilan dalam urusan persendirian, menguruskan harta,
pertuturan, proses perbicaraan dan penghukuman, melayani mereka yang
tidak sealiran pendapat.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, keadilan boleh berlaku dalam


hal-hal seperti keadilan dalam bentuk persamaan ă semua kakitangan
dibayar gaji pada hari yang sama, keadilan dalam bentuk yang berbeza ă
jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau
profesion masing-masing, keadilan dalam bentuk hak keistimewaan ă
ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi kebaikan
jabatannya.

(e) Mengutamakan Kebebasan (al-Hurriyyah)


Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan
dalam perkara-perkara seperti kebebasan diri, kebebasan beragama,
kebebasan bergerak, kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat dan
kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal.

1.4.3 Visi, Misi, Matlamat dan Fungsi Pengurusan


Islam
(a) Definisi Visi dan Misi

Visi boleh didefinisikan sebagai suatu bayangan masa depan yang ingin
diwujudkan atau dicapai.

Pernyataan visi selalunya dapat menerangkan di mana kedudukan penentu


matlamat pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan
yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika
semua perkara berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Ia adalah satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah


organisasi dari segi tujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari
pernyataan visi (wawasan).

Bagi memahami lebih jelas tentang visi dan misi mari kita lihat contoh visi
dan misi syarikat Telekom Malaysia Berhad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

(b) Visi dan Misi Syarikat Telekom Malaysia

Jadual 2.2 dan 2.3 menerangkan visi dan misi Syarikat Telekom Malaysia.

Jadual 2.2: Visi Syarikat Telekom Malaysia

English Bahasa Malaysia


‰To be MalaysiaÊs leading new „Untuk menjadi peneraju pembekal
generation communications provider, komunikasi generasi baru Malaysia,
embracing customer needs through menerima keperluan pelanggan
innovation and execution excellence‰ menerusi inovasi dan kecemerlangan
pelaksanaan‰

Jadual 2.3: Misi Syarikat Telekom Malaysia

English Bahasa Malaysia


(a) Strive towards customer service (a) Berusaha ke arah kecemerlangan
excellence and operational perkhidmatan pelanggan dan
efficiency. kecekapan operasi.
(b) Enrich consumer lifestyle and (b) Memperkayakan gaya hidup dan
experience by providing pengalaman pengguna dengan
innovative new generation menyediakan perkhidmatan
services. generasi baru yang inovatif.
(c) Improve the performance of our (c) Meningkatkan prestasi pelanggan
business customers by providing perniagaan kami dengan
high value information and menyediakan maklumat yang
communications solutions. bernilai tinggi dan penyelesaian
komunikasi.
(d) Deliver value for stakeholders by (d) Memberikan nilai terbaik bagi
generating shareholder value and mereka yang berkepentingan
supporting MalaysiaÊs growth and dengan menjana nilai pemegang
development. saham dan menyokong
pertumbuhan dan pembangunan
Malaysia.

(c) Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam


Dari pandangan Islam, pihak pengurusan dan pekerja adalah khalifah
Allah s.w.t yang diamanahkan untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t
dengan menjalankan pengurusan secara adil dan memelihara hubungan
yang baik sesama manusia. Perkara tersebut perlu menjadi matlamat
umum pekerjaan mereka. Objektif pengurusan Islam juga adalah untuk
melaksanakan syariah secara total termasuk di dalamnya ibadat, muamalat
dan hukum Islam. Matlamat umum pengurusan Islam ialah untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  21

memakmurkan bumi Allah s.w.t mengikut cara yang diredai-Nya.


Manusia perlu menggunakan segala kemampuan yang ada dalam diri
seperti keazaman, dedikasi, fikiran, tenaga, kemahiran bakat dan sumber
alam untuk memaksimumkan produktiviti dan kualiti yang tinggi

(d) Pelaksanaan Sistem Pengurusan Islam


Pelaksanaan sistem pengurusan Islam boleh mengeratkan hubungan antara
pihak pengurusan dengan pekerja dan masyarakat melalui nilai bersama
yang dibangunkan oleh organisasi. Organisasi perlu mengutamakan syura
dalam proses pembuatan keputusan dan kerjasama dalam tindakan untuk
meningkatkan produktiviti dan kualiti. Pelaksanaan sistem pengurusan
Islam akan memperkukuhkan ekonomi dan kemakmuran di samping
menjaga kebajikan pekerja. Kepimpinan organisasi perlu mengagihkan
bidang kuasa, tanggungjawab, tugas dan kawalan kepada pekerja dengan
adil dan beramanah.

(e) Pengurusan Sumber Manusia


Organisasi perlu menyediakan tenaga kerja yang mencukupi, berkelayakan
dan berkemahiran serta diberi latihan yang sesuai. Kepimpinan organisasi
memupuk sifat amanah dalam tingkah laku dan meningkatkan keyakinan
diri pekerja dengan kekuatan rohani dan akhlak. Mereka perlu
meningkatkan disiplin dari perancangan, pengurusan tugas, pelaksanaan,
penyeliaan, peneguhan pekerja hinggalah kepada produktiviti dan kualiti.
Mereka perlu meningkatkan kerjasama seperti ketaatan, kepatuhan dan
kesetiaan kepada pengurusan oleh pihak pekerja.

(f) Kesan Tauhid dalam Pengurusan Islam


Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan
melahirkan budaya kerja cemerlang dalam organisasi. Penghayatan konsep
tauhid dalam pengurusan seharusnya akan melahirkan sistem pengurusan
organisasi yang berkualiti. Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan
seharusnya akan melahirkan perkhidmatan masyarakat yang sempurna.
Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan
melahirkan masyarakat yang adil, stabil dan bahagia.

SEMAK KENDIRI 1.3


Apakah maksud visi dan misi dalam sesuatu organisasi serta
bagaimana pula matlamat organisasi dari perspektif Islam?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

 Pengurusan adalah satu ilmu yang penting untuk memenuhi kehidupan


manusia untuk berjaya.

 Terdapat perlbagai definisi pengurusan, antaranya ialah satu seni bagi


melaksanakan sesuatu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara
bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

 Terdapat empat fungsi pengurusan yang utama iaitu perancangan,


penyusunan (pengorganisasian), pengarahan (kepimpinan) dan kawalan.

 Mengikut perspektif Islam, ilmu pengurusan adalah tergolong di dalam


bahagian muamalat.

 Sumber ilmu muamalat adalah akal fikiran selagi ia tidak bercanggah dengan
al-Quran dan al-Hadis.

 Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh telah menganjurkan supaya
manusia dapat mengurus kehidupan dengan sempurna supaya mencapai
kebaikan hidup dunia dan akhirat.

 Islam menerapkan nilai tauhid dalam aspek pengurusan. Prinsip-prinsip


Islam yang banyak dalam pengurusan hendaklah diamalkan disetiap fungsi
pengurusan yang dilaksanakan dalam organisasi.

 Semua aktiviti manusia yang dibuat dengan niat yang ihklas dan bertepatan
dengan kehendak syarak akan dikira ibadat oleh Allah s.w.t.

 Mengurus organisasi secara Islam akan melahirkan budaya kerja yang baik
untuk mencapai kecemerlangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  23

Aqidah Islam Prinsip Pengurusan Islam


Evolusi pengurusan Skop Pengurusan Islam
Fungsi pengurusan Syariah Islam
Khalifah Allah Syura
Organisasi formal Tauhid dalam pengurusan
Pengurusan Islam Visi dan misi pengurusan Islam

Al-Quran versi 6.31 (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

Abu Sin, Ahmad Ibrahim (1991). Pengurusan dalam Islam (terjemahan Abd
Rashid Ngah dan Jusoh Kadir), K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koontz, H., & Weirich, H. (1999). Principles of management. New York:


McGraw-Hill.

Muhammad al-Buraey (1992). Administrative development: An Islamic


Perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.
Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications
& Distributions.

Lewis, P.S., Goodman, S.H., and Fandt, P.M. (2004). Management: Challenges for
tomorrowÊs leaders. Ohio: Thomson South-Western.
Rue, L.W dan Byars, L.L (2005). Management theory and application. Illinois:
Richard D. Irwin Inc.

Sohair Abdel Moneim Sery (1990). Konsep pengurusan pentadbiran menurut


ajaran Islam satu kajian perbandingan dengan penekanan ke atas
konsepsi kepimpinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara.

Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel (2000). Management. Prentice Hall,
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Taylor, F. W. (1978). Principles of scientific management. New York: Harper &


Row.

Yusof Ismail (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S
Noordeen.

Zaydan, ÂAbd al-Karim (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah,


Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pembangunan
2 Disiplin
Pengurusan
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum mengenai asas pembangunan disiplin
pengurusan Islam;
2. Menjelaskan sumber-sumber rujukan utama pembinaan hukum
Islam;
3. Menghuraikan beberapa prinsip pengurusan Islam; dan
4. Membincangkan bagaimana etika dan tanggungjawab sosial
berkaitan dengan pengurusan Islam.

 PENGENALAN
Proses membangunkan sesuatu sistem pengurusan perlulah mengikut asas
tertentu. Masyarakat barat membangunkan sistem pengurusan mereka
berlandaskan kaedah saintifik seperti apa yang dibuat oleh beberapa tokoh
pengurusan yang telah dibincangkan dalam Topik 1 yang lalu.

Proses membangunkan sistem pengurusan Islam pula perlu berasaskan fikiran


manusia untuk maslahah umum namun ia perlulah tidak bercanggah dengan
sumber hukum Islam serta falsafahnya boleh diambil daripada prinsip-prinsip
al-Quran dan hadis serta apa yang telah dibuat oleh para sahabat. Ini adalah
kerana prinsip Islam menyebut bahawa urusan muamalat adalah asalnya harus
kecuali ada dalil atau sebab yang mengharamkannya. Topik 2 ini akan
membincangkan asas-asas pembentukan sistem pengurusan Islam yang akan
membincangkan sumber-sumber hukum utama dan tambahan bagi dijadikan
asas pembentukan nanti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

AKTIVIT1 2.1
Bincangkan dalam kumpulan bagaimana sesuatu teori pengurusan
Islam boleh dibina dalam memenuhi keperluan hidup yang sentiasa
berubah.

2.1 SUMBER HUKUM PRIMER DAN


SEKUNDER
Pembangunan disiplin ilmu pengurusan Islam adalah berasaskan kekuatan akal
yang dianugerah Allah kerana ia adalah termasuk di dalam urusan muamalat.
Manusia perlu memikirkan kaedah terbaik dalam kehidupan dunia namun ia
hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak. Kaedah tersebut juga boleh
diambil daripada prinsip-prinsip umum di dalam al-Quran, hadis, amalan
sahabat dan tokoh-tokoh Islam di zaman silam.

Mengikut prinsip asas Syariat Islam, semua bentuk urusan muamalat secara
asalnya adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Sebaliknya
semua bentuk ibadat asalnya adalah haram dilakukan kecuali terdapat dalil yang
sahih dan jelas mengenai pensyariatannya. Semua ulama dan para sarjana
menerima prinsip ini kecuali Ibn Hazm al-Zahiri yang menganggap semua
perkara adalah haram kecuali wujudnya sesuatu yang mengharuskan
(Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t): 52).

Menurut Syeikh al-Qaradawi, antara bukti yang jelas berkenaan prinsip ini ialah
kes pada zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu peristiwa pengharaman arak pada
peringkat awal. Ketika itu Allah berfirman: „Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar
dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya....‰ (Surah al-Baqarah, 2: 219). Selepas ayat ini turun,
terdapat lagi para sahabat yang masih minum arak kerana belum wujud lagi
dalil yang jelas tentang pengharamannya bahkan sesetengah daripada mereka
juga mahukan suatu penerangan yang menyeluruh berkenaan dengan
pengharaman arak. Kes ini menurut al-Qaradawi ialah bukti bahawa para
sahabat tidak meninggalkan sebarang perbuatan sehingga datangnya dalil yang
jelas tentang haramnya sesuatu perkara (Yusuf al-Qaradawi, 2001: 15-16).

Prinsip ini juga, menurut Ibn Qayyim, adalah berasaskan prinsip al-Istishab.
Mengikut prinsip al-Istishab, segala hukum sekarang adalah dianggap suatu
penerusan daripada hukum terdahulu iaitu selagi tidak ada bukti yang boleh
mengubah hukum dahulu kepada status hukum yang baharu, justeru itu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  27

meletakkan bahawa asalnya manusia ini bebas daripada menanggung sebarang


liabiliti (al-BaraÊah al-Dhimmah) (Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim
al-Jawjiyyah (t.t); 355).

Oleh itu, manusia secara asalnya bebas melakukan apa-apa sahaja dalam urusan
muamalat kecuali setelah terbukti ia diharamkan. Allah s.w.t. berfirman:
„Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah
kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat
kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan
sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan
bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta
terhadap Allah?‰ ( Surah Yunus:59).

Dari segi ibadat pula manusia tidak boleh melakukan ibadah sewenang-
wenangnya kecuali terbukti ia telah ditentukan oleh syariah sebagai ibadat
(al-Qaradawi, 2001: 15-16; Ibn Qudamah, 1999: 112). Membuat ibadat tanpa ada
dalil akan dianggap bidÊah (perkara baru yang dilarang oleh ajaran Islam).

Prinsip semua bentuk muamalat asalnya adalah harus boleh diguna pakai oleh
para ahli pengurusan dalam membuat sistem pengurusan semasa yang
berlandaskan Islam di mana ia boleh memberikan suatu keyakinan kepada
mereka untuk berani mengetengahkan kaedah-kaedah baru yang sesuai dengan
keperluan semasa dalam sistem pengurusan moden berteraskan prinsip Islam.

Bagi memudahkan ahli pengurusan Islam mencipta kaedah-kaedah baru dalam


pengurusan, mereka hendaklah memahami sumber-sumber hukum Islam yang
utama dan tambahan untuk dijadikan panduan. Oleh itu dalam mencari sesuatu
hukum halal atau haram dalam sesuatu produk pengurusan, adalah perlu dicari
kebaikan dalam produk tersebut dan ditentukan adakah terdapat dalil atau
sesuatu yang mengharamkan daripada produk tersebut. Jika tiada sesuatu yang
mengharamkan maka hukumnya adalah harus atau halal walaupun tiada dalil
yang menghalalkan.

Sumber hukum adalah tempat rujukan sesuatu hukum Islam itu diperolehi.
Ulamak telah membahagikan sumber pengambilan hukum-hukum Islam kepada
dua jenis sumber iaitu sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak (sumber
hukum utama) dan sumber-sumber hukum yang tidak disepakati ulamak
(sumber hukum tambahan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

2.1.1 Sumber-sumber Utama Hukum Islam


Sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak ialah al-Quran, al-Hadis, Ijmak
dan Qiyas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Sumber utama hukum Islam

Berikut adalah penerangan bagi setiap sumber utama hukum Islam.

(a) Al-Quran
Sumber hukum yang utama di dalam Islam yang disepakati oleh para
ulamak ialah al-Quran. Al-Quran didefinisikan sebagai Kalam (perkataan)
Allah yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. dalam bahasa Arab
sebagai mukjizat yang boleh melemahkan sesuatu walaupun dengan hanya
suatu surah yang pendek. Ia ditulis di dalam mashaf-mashaf dan
dipindahkan dari Rasulullah kepada para sahabat secara mutawatir.
Membacanya dikira ibadat. Ayatnya dimulakan dengan surah al-Fatihah
dan disudahi dengan surah al-Nas (al-Zuhaili, Wahbah: 211).

Terdapat empat ciri al-Quran iaitu:

(i) Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu al-Quran
terjemahan tidak dikira sebagai al-Quran dan ia juga tidak boleh
dijadikan rujukan dalam membuat kesimpulan sesuatu hukum Islam.
Ini adalah kerana dikhuatirkan berlaku kesilapan atau pemahaman
yang salah dari maknanya yang sebenar mengikut bahasa Arab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  29

(ii) Lafaz dan makna al-Quran yang berbahasa Arab itu adalah
diturunkan dari Allah s.w.t. Tugas Rasulullah s.a.w. mengenainya
hanyalah menerimanya dari Allah dan menyampaikannya kepada
manusia serta menjelaskan apa yang perlu dijelaskan. Al-Quran
berbeza daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. kerana dalam hadis,
lafaznya adalah dari Rasul tetapi makna dari Allah.

(iii) Al-Quran dipindahkan dengan cara mutawatir iaitu secara tulisan


dan mulut ke mulut (musyafahah) dalam semua peringkat masa
semenjak diturunkannya ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah
sekarang. Proses mutawatir itu berlaku dengan al-Quran telah ditulis
oleh para sahabat dari Rasulullah s.a.w. oleh segolongan penulis
wahyu dan dihafaz oleh sejumlah para sahabat yang mana tidak
mungkin mereka (segolongan penulis dan penghafaz-penghafaz
al-Quran) bersepakat untuk memalsukannya. Ia kemudian
dipindahkannya dari segolongan ini oleh segolongan yang lain pula
dengan sejumlah sahabat yang mana tidak mungkin mereka
bersepakat memalsukannya, begitulah berlakunya sepanjang zaman
sehingga sampailah ia kepada kita sekarang ini dalam keadaannya
ditulis di dalam mashaf dan dihafaz oleh para penghafaznya
(Wahbah al- Zuhaili, 1987 : 212-217).

(iv) Al-Quran adalah mukjizat yang tidak mampu dicipta oleh manusia
walaupun dengan satu surah. Ini ternyata berlaku apabila dicabar
oleh pakar-pakar bahasa Arab untuk melakukannya pada zaman nabi
seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah
(2: 23-24):

⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ⎯ÏiΒ ;οu‘θÝ¡Î/ (#θè?ù'sù $tΡωö7tã 4’n?tã $uΖø9¨“tΡ $£ϑÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû öΝçFΖà2 βÎ)uρ

öΝ©9 βÎ*sù ∩⊄⊂∪ t⎦⎫Ï%ω≈|¹ öΝçFΖä. χÎ) «!$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ Νä.u™!#y‰yγä© (#θãã÷Š$#uρ

ôN£‰Ïãé& ( äοu‘$yfÅsø9$#uρ â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ ©ÉL©9$# u‘$¨Ζ9$# (#θà)¨?$$sù (#θè=yèøs? ⎯s9uρ (#θè=yèøs?

∩⊄⊆∪ t⎦⎪ÌÏ≈s3ù=Ï9

Maksudnya: ‰Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang


Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad),
buatlah[31] satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang


benar. 24. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti
kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari
neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi
orang-orang kafir.‰

Ayat ini merupakan tentangan bagi mereka yang meragukan tentang


kebenaran al-Quran itu tidak dapat ditiru walaupun dengan
mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan
mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

(b) Al-Hadis
Sumber hukum Islam kedua ialah al-Hadis. Al-hadis juga disebut
al-sunnah. Al-Sunnah dari segi bahasa Arab bermaksud perjalanan yang
biasa dilalui sama ada ia baik atau jahat. Rasullullah s.a.w. bersabda:
„Barang siapa mengadakan sesuatu sunnah (perjalanan) yang baik maka
baginya pahala sunat (perjalanan) itu dan pahala orang yang
mengerjakannya hingga hari kiamatÊ dan barang siapa mengadakan
sesuatu sunat (perjalanan) yang jahat atau buruk maka keatasnyalah
dosanya dan dosa orang yang mengerjakannya hingga hari kiamat.‰
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Definisi al-Sunnah pada istilah UlamaÊ Usul al-Fiqh ialah perkara yang
datang dari Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran sama ada berupa
perkataan, perbuatan atau pengakuan. Pengertian al-Sunnah pada istilah
UlamaÊ Usul al-Fiqh ini membayangkan kepada kita bahawa al-Sunnah
dipandang dari sudut dirinya sendiri dan ia terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu:

(i) Al-Sunnah al-Qauliyyah (Sunnah dengan Perkataan)


Sunnah secara perkataan iaitu segala hadis yang diperkatakan oleh
Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh adalah hadis dari Saidina Umar
al-Khattab bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: „Bahawasanya segala
amalan itu dengan niat dan setiap perkara itu diatas apa yang ia
niatkan.‰ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

(ii) Al-Sunnah al-FiÊliyyah (Sunnah dengan Perbuatan)


Sunnah secara perbuatan pula ialah segala perbuatan Rasulullah
s.a.w. seperti baginda berwuduk, bersembahyang, menunaikan fardu
haji dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  31

(iii) Al-Sunnah al-Taqririyah (Sunah Penerimaan/Penetapan)


Sunnah secara penerimaan/penetapan adalah sunnah yang berlaku
apabila Rasulullah s.a.w. hanya mendiamkan diri sahaja tanpa
berkata apa-apa sama ada membenarkan sesuatu perbuatan itu atau
melarangnya sedangkan Rasulullah s.a.w. mengetahuinya berlaku
sama dihadapannya atau dibelakangnya. Diam baginda ini
menunjukkan bahawa perkataan atau perbuatan ini adalah harus
kerana Rasulullah s.a.w. tidak mendiamkan diri pada perkara yang
batil dan mungkar. Contohnya, Rasulullah s.a.w. hanya berdiam diri
apabila melihat seorang Badawi Muslim membawa dhob (sejenis
binatang padang pasir seperti biawak). Diam baginda menunjukkan
bahawa tidak haram memakan dhob walaupun Rasulullah tidak
memakan dhob.

(iv) Al-Ijmak al-Ulamak (Persepakatan Ulamak)


Definisi ijmak dari segi istilah ialah persepakatan para ulamak
mujtahidin dari umat Nabi Muhammad s.a.w. pada mana-mana masa
terhadap hukum syarak selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w..
Ijmak ulamak akan dikira berlaku jika terdapat perkara-perkara
seperti berikut:
 Persepakatan itu mestilah terdiri di kalangan ulamak mujtahidin.
Oleh itu persepakatan di kalangan orang awam yang tidak ada
kemampuan berijtihad mengeluarkan hukum adalah tidak dikira
ijmak ulamak.
 Persepakatan itu hendaklah terdiri daripada kesemua ulamak
mujtahidin yang ada pada zaman itu. Jika hanya sebilangan besar
sahaja bersepakat dan tidak yang lain maka tidak dikira ijmak
ulamak.
 Para ulamak mujtahidin itu hendaklah terdiri daripada umat Nabi
Muhammad s.a.w. Oleh itu jika terdapat orang bukan Islam yang
mahir ilmu agama Islam dan menjadi tempat rujukan orang Islam
dalam mengeluarkan hukum, maka ia tidak boleh melakukan
ijmak kerana ia tidak menganut Islam. Begitu juga jika terdapat
orang berilmu dari pengikut nabi-nabi terdahulu seperti ahli
al-Kitab, maka persepakatan mereka tidak diterima sebagai ijmak.
 Ijmak mestilah dilakukan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Persepakatan para sahabat semasa hayat Rasulullah s.a.w. masih
ada tidak dikira ijmak.
 Hukum yang disepakati itu mestilah terdiri daripada hukum
syarak seperti wajib, sunat, haram, sah, batal dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Persepakatan dalam urusan bahasa, politik, sosial dan sebagainya


tidaklah dikira ijmak ulamak.

(v) Al-Qiyas (Perbandingan)


Al-Qiyas didefinisikan sebagai proses mendapatkan hukum bagi
sesuatu masalah baru dengan membandingkan masalah tersebut
dengan hukum yang telah jelas dalam al-Quran dan hadis atau ijmak
berdasarkan illah (sebab) yang sama.

Masalah yang dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran, Sunnah atau


ijmak dinamakan asal (hukum asal yang dirujuk) atau maqis alaih
(perkara yang dijadikan rujukan asal).

Masalah baru yang tidak dijelaskan hukumnya dinamakannya faraÊ


(cabang) atau maqis. Hukum masalah yang dijelaskan di dalam salah
satu dari tiga dalil itu dinamakan hukum asal. Illah ialah sebab
sesuatu hukum itu dibuat seperti arak diharamkan kerana
menyebabkan mabuk. Maka mabuk adalah illah hukum arak
diharamkan diminum.

Contoh haramnya minum bir kerana arak haram. Firman Allah s.w.t
dalam Surah al-Maidah (5:90):

Maksudnya: „Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya


(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi
nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan.‰

Yang dimaksudkan dengan al-Khamru oleh para fuqaha ialah nama


minuman yang memabukkan yang dibuat dari buah anggur sahaja.
Jadi telah difahami daripada ayat di atas adalah hukum haram
meminum arak (yang dibuat dari buah anggur). Illahnya ialah
kerana ia memabukkan. Apabila didapati juga minuman lain yang
memabukkan seperti tuak, bir, todi dan lain-lain tetapi tidak disebut
perkataan tuak, bir dan todi di dalam al-Quran atau Sunnah hukum
yang menjelaskannya. Oleh itu ulama mujtahidin menggunakan
kaedah Qiyas bagi menentukan hukum haram minuman tuak, bir
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  33

dan todi kerana ia sama dengan arak dari segi illah hukum iaitu
memabukkan.

Qiyas mempunyai empat rukun iaitu Ushul, Hukum Ushul, FariÊ


dan Illah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Empat Rukun Qiyas

Rukun Qiyas Penerangan


Ushul Iaitu masalah yang dijelaskan hukumnya dalam al-QurÊan atau
sunnah atau ijma, seperti arak yang sabit hukumnya dengan al-
QurÊan.
Hukum Ushul Iaitu hukum syarÊi bagi masalah yang dijelaskan di dalam salah satu
dari tiga dalil seperti hukum haram arak.
FarÊi Iaitu maslah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam salah satu dari
tiga dalil tersebut seperti tuak.

IÊllah Iaitu sifat berupa sebab bagi hukum ushul yang mana ia serupa
dengan sifat pada farÊi seperti sifat mabuk pada arak.

2.1.2 Sumber Hukum Islam Tambahan


Sebagai agama sejagat, Islam telah membuka pintu bagi menyesuaikan
pelaksanaannya dengan perkembangan hidup manusia. Pada masa hayat
Rasulullah s.a.w. iaitu diperingkat pertama pembentukan hukum Islam,
Rasullullah s.a.w. menerima fikiran dan ijtihad para sahabat sepertimana dalam
hadis Muaz Jabal walaupun sumber-sumber hukum Islam pada masa itu
hanyalah kitab Allah dan Sunnah rasul. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, para
mujtahid mula menggunakan fikiran mereka dalam bidang hukum secara
meluas berpandukan kepada prinsip al-Quran dan al-Sunnah. Mereka telah
berijtihad memahami nas-nas dan menggunakan kaedah atau prinsip yang
umum bagi maslahah baru yang lahir dalam masyarakat. Penggunaan kaedah
tersebut berasaskan cara Istishab, Qiyas, Istihsan, Masalih al-Mursalah, ÂUrf dan
lain-lain lagi (Manna Al-Qattan, 1995: 46).

Sumber-sumber hukum yang tidak disepakati ulamak ialah Istihsan, Masalih


Mursalah, Uruf dan Istishab (lihat Rajah 2.2).
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Rajah 2.2: Sumber hukum Islam tambahan

(a) Istihsan
Secara amnya, istihsan bererti mengambil sesuatu yang lebih baik
mengikut keperluan. Menurut istilah ulamak Hanafi, istihsan ialah
mengubah sesuatu perkara yang berasal daripada al-Qiyas kepada al-Qiyas
yang lebih baik dan kuat atau perubahan terhadap al-Qiyas kepada dalil
nas yang bercanggah dengan qiyas yang terang nyata.

Manakala menurut istilah ulamak usul fiqh pula, istihsan ialah


menukarkan pengambilan al-Qiyas yang nyata (al-Jaliy) kepada kias yang
tidak nyata (al-Qiyas al-Khafiy) ataupun menukarkan sesuatu hukum
kulliy (umum) kepada hukum pengecualian (IstihnaÊ) atau dari kulliy
kepada hukum takhsis ekoran terdapat dalil yang menyebabkan mujtahid
memindahkannya.

Istihsan juga didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang dikira baik yang
lahir hasil pemikiran ulamak mujtahid dalam perkara yang bertentangan
dengan hukum al-Qiyas terang. Walaupun begitu, ia juga mempunyai
sandaran yang berupa al-QurÊan atau hadis, ijmak atau al-Qiyas yang tidak
jelas atau disebabkan keadaan yang memerlukannya. Sebagaimana Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

„Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di
sisi Allah, dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia
adalah buruk di sisi Allah.‰
(HR Bukhari )

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  35

Contoh istihsan ialah: Syarak menegah melakukan akad atau jual beli
terhadap barangan yang tidak ada pada waktu akad. Berdasarkan istihsan,
harus akad jual beli bagi barang yang tiada pada waktu akad seperti salam,
sewa-menyewa, upah-mengupah atau membuat tempahan atau semua
bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan
penggunaan istihsan kerana manusia memerlukan dan berhajat dan sudah
menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.

(b) Masalih Mursalah


Masalih Mursalah ialah sifat-sifat atau keadaan yang boleh mendatangkan
kebaikan atau menjauhkan makhluk dari keburukan disebabkan oleh diikat
hukum dengan sifat-sifat itu dan dibinakan hukum ke atasnya, dan tidak
ada sesuatu dalil syarak yang khusus memperakui atau menghapuskannya.

Di antara contohnya ialah harus bagi pemerintah yang adil mewajibkan


orang-orang kaya mengeluarkan sejumlah wang yang ditetapkan bagi
menambah anggota tentera dan alat kelengkapan perang untuk
mempertahankan negara jika wang perbendaharaan tidak mencukupi
untuk membiayainya. Ini adalah merupakan masalih mursalah kerana
tidak ada sesuatu dalil yang khusus menegaskan atau melarang perbuatan
itu bahkan ia merupakan usaha yang baik dan mendatangkan kepentingan
umum kepada masyarakat iaitu dengan angkatan tentera yang kuat dan
dapat mempertahankan masyarakat daripada ancaman musuh.

Masalih Mursalah juga boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan yang


sesuai untuk diadakan hukum syarak yang boleh mendatangkan kebaikan
atau menjauhkan daripada keburukan serta tidak ada satupun dalil atau
nas syarak khusus yang mengesahkan atau menghapuskan hukumnya. Ia
juga boleh didefinisikan sebagai membuat sesuatu hukum dan undang-
undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan
masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar
sama ada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan.

Prinsip utama masalih ialah untuk mencari seuatu yang boleh memberi
manfaat dan menolak sesuatu yang kemudaratan. Konsep penggunaan
masalih mursalah ialah untuk tujuan kemaslahatan dan kebaikan manusia
dengan berdasarkan kepada asas Islam berikut:
(i) Daruriyat iaitu keperluan asasi.
(ii) Hajiyat iaitu keperluan kebaikan dan kebiasaan.
(iii) Tahsiniyat iaitu tujuan kesempurnaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Antara contoh penggunaan masalih mursalah dalam masyarakat


ialah:
(i) Kerajaan mengeluarkan lesen memandu kereta motor untuk
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan melahirkan
pemandu yang mahir serta mengetahui peraturan jalan raya.
Undang-undang tersebut tidak ada nas yang boleh dijadikan
bukti atau ditolak.
(ii) Kerajaan mengenakan denda terhadap orang-orang yang
melintas jalan raya yang tidak menggunakan jejantas sewaktu
melintas. Hal tersebut untuk mengelakkan daripada berlaku
kemalangan jiwa dan kesesakan lalu lintas.

(c) Uruf
Uruf dari sudut bahasa ialah adat atau perkara yang senang dan diterima
pada perasaan manusia. Manakala Uruf dari segi istilah syarak ialah: Apa
sahaja yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia serta diikuti oleh
orang lain, sama ada dalam percakapan atau amalan. Uruf tidak dianggap
sebagai hujah jika menyalahi dalil-dalil dan hukum syarak yang tetap dan
tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. Justeru itu
mana-mana uruf yang bertentangan dengan nas atau hukum mestilah
sama-sama kita berusaha untuk menghapuskannya dan meninggalkannya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

„Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)


dan pencerobohan.‰
(Surah al-Maidah, 5: 2).

Uruf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak mestilah diambil
kira dalam pembinaan hukum dan pembuatan keputusan. Contohnya:
Syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik
serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diat
terhadap Âaqilah iaitu ahli keluarga pembunuh. Antara syarat penerimaan
uruf ialah:
(i) Sesuatu uruf itu diamalkan secara berterusan di dalam semua
masalah atau diamalkan pada kebanyakan masalah, walaupun tidak
pada semua masalah.
(ii) Uruf itu wujud dan diamalkan ketika melakukan tindakan sama ada
berupa uruf perkataan atau perbuatan.
(iii) Uruf tidak menyalahi dalil syarak dan kaedah asas.
(iv) Uruf itu mestilah diamalkan oleh orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  37

(d) Istishab
Istishab ialah sesuatu perkara atau keadaan yang dihukum pada zaman
kedua (zaman sahabat) berdasarkan hukum zaman pertama (zaman
Rasulullah), iaitu menetapkan hukum yang berlaku pada masa kini
berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu. Kecuali terdapat nas
yang mengubahnya atau sesuatu yang dibuat oleh ulamak mujtahid dalam
sesuatu perkara yang telah dikaji setelah mereka tidak menemui sesuatu
dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut,
ulamak mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang
telah sedia ada, kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah
hukum tersebut.

Imam al-Syawkani memberikan definisi istishab ialah sesuatu yang kekal


keadaannya selama mana tiada sesuatu yang boleh mengubahnya.
Ini bermakna keadaan atau kedudukan sesuatu ini kekal seperti
sebelumnya dan akan sentiasa digunakan dan diambilkira di masa
sekarang dan akan datang, contohnya dalam pertelingkahan hak milik
sesuatu barang. Hakim akan memutuskan yang memiliki surat hak milik
itu dikira pemiliknya sehinggalah dapat dibuktikan sebaliknya. Begitu juga
jika seseorang suami itu hilang (mafqud), isterinya tetap dikira isterinya
yang sah kecuali mahkamah mengeluarkan hukum sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 2.1


Senaraikan sumber-sumber hukum utama Islam dan sumber-sumber
hukum tambahan.

2.2 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM


Selain daripada hukum aqidah dan hukum ibadat, Islam juga banyak memberi
prinsip-prinsip hidup berasaskan al-Quran dan al-Hadis. Terdapat beberapa
prinsip pengurusan dalam Islam yang akan dibincangkan selanjutnya.

2.2.1 Perbezaan Pemilihan


Setiap manusia dalam perjalanan hidupnya tidak dapat lari dari membuat
pilihan dan keputusan. Seorang manusia yang bijak akan membuat keputusan
setelah menimbang pilihan yang ada. Sepertimana manusia membuat keputusan
untuk memilih apa yang paling baik untuk hidupnya, organisasi juga perlu
membuat pilihan bagi memastikan operasinya berjalan dengan baik. Selain
daripada memiliki peralatan yang moden serta sumber kewangan yang kukuh,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

kelangsungan hidup sesebuah organisasi amat bergantung kepada individu


yang berada di dalamnya. Sejarah telah membuktikan bahawa jatuh bangun
sesebuah organisasi amat bergantung kepada individu yang berada dalam
organisasi tersebut. Ini dibuktikan misalnya dalam kejayaan umat Islam
menundukkan golongan Musyrikin Mekah semasa tercetusnya perang Badar.
Walaupun bilangan tentera Islam hanya sepertiga daripada bilangan golongan
tentera Musyrikin Mekah, mereka berjaya mengalahkan golongan tersebut
seperti mana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran (3:123):

∩⊇⊄⊂∪ tβρãä3ô±n@ öΝä3ª=yès9 ©!$# (#θà)¨?$$sù ( ×'©!ÏŒr& öΝçFΡr&uρ 9‘ô‰t7Î/ ª!$# ãΝä.u|ÇtΡ ô‰s)s9uρ

„Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam


peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit
bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada
Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).‰

Persoalannya bagaimanakah kemenangan tersebut boleh tercapai jika individu


yang berada dalam organisasi tersebut mempunyai agenda tersendiri
berbanding dengan kepentingan organisasi. Selain daripada pertolongan Allah,
kemenangan tentera Islam juga didokong oleh kebijaksanaan Rasululah s.a.w.
dalam mengemudi pasukan di samping semangat anggota-anggota pasukan
perangnya yang merupakan insan terpilih, sama ada hidup untuk mengabdikan
diri kepada Allah atau syahid dijalan Allah. Sebaliknya apa yang berlaku semasa
Perang Uhud adalah berbeza. Tentera Kafir telah berjaya mencapai kemenangan
kerana kealpaan umat Islam dalam perjuangan. Setelah berjaya menggempur
tentera musuh dan hampir berjaya mencapai kemenangan, timbul perasaan
tamakkan kebendaan, lalu memilih untuk meninggalkan medan pertempuran
bagi mengutip harta peperangan dan seterusnya mengabaikan perintah
Rasululah s.a.w. Pilihan untuk merebut harta dari mempertahankan Bukit Uhud
telah menyebabkan bukit tersebut ditawan oleh tentera Musyirikin dan ia
merupakan sebahagian dari punca kekalahan umat Islam di medan Uhud.
Peristiwa-peristiwa yang terungkap di dalam al-Quran sebenarnya bukan
sekadar cerita semata-mata tetapi adalah satu nasihat dan panduan kepada umat
manusia agar tidak membuat pilihan yang salah kerana harga yang terpaksa
dibayar apabila suatu kesilapan dilakukan adalah terlalu tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  39

2.2.2 Huraian Beberapa Prinsip Islam dalam


Pengurusan
Antara beberapa prinsip pengurusan Islam yang lain dalam organisasi ialah:

(a) Pembentukan Keikhlasan dan Semangat Bekerja


Keikhlasan dalam diri untuk memberi sumbangan yang bermakna. Sifat
keikhlasan ini kita sendiri boleh mengetahui dan merasainya. Sekiranya
keikhlasan wujud, ia sudah tentu akan dapat menimbulkan semangat juang
yang tinggi. Keikhlasan bukan terletak pada apa yang kita cakap atau apa
yang kita janji tetapi ianya terserlah melalui perbuatan dan etika seseorang.

(b) Pengurusan Berorientasikan Pelanggan


Pekerja yang berjaya di dalam sesebuah organisasi mestilah
mengutamakan pelanggan. Pelanggan tidak semestinya orang yang
memberi kita perniagaan bahkan pelajar juga dianggap pelanggan kepada
seorang guru. Oleh itu pekerja yang baik akan sentiasa berusaha untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Seorang pekerja yang baik hendaklah
mempunyai pengetahuan dan memahami pelanggannya. Bagi organisasi
sekolah misalnya, murid adalah pelanggan utama dan memahami
pelanggan adalah memahami dari segi pembangunan jasmani, emosi,
rohani dan inteleknya.

(c) Keupayaan Berfikir Kepimpinan


Pemimpin yang baik berupaya untuk berfikir dengan baik. Pemikiran yang
baik pula hanya dapat dihasilkan daripada ilmu dan pengalaman yang
dimiliki. Mereka yang tidak berilmu tidak akan mampu menjadi pemimpin
yang baik di dalam dunia moden ini di mana ilmu merupakan sumber
utama bagi kejayaan sesuatu bangsa. Seseorang pemimpin yang baik bukan
sahaja perlu memiliki ilmu itu sendiri malah mereka berupaya
menggunakan dan mengolah maklumat bagi menghasilkan strategi yang
baik. Oleh itu kepelbagaian ilmu seperti memiliki limu dalam bidang
kepimpinan, pengurusan, kewangan, strategi organisasi, sumber manusia
dan lain-lain adalah penting dalam membentuk strategi, program, aktiviti
dan lain-lain tugasan. Keupayaan berfikir boleh dipraktikkan dengan
memperkayakan ilmu. Cara yang paling mudah untuk mendapat ilmu
adalah dengan membaca. Nabi Muhammad s.a.w. diberi tugas sebagai
pemimpin bermula dengan BACA.

(d) Sistem Berkomunikasi Berkesan


Kepimpinan dalam organisasi sering didefinisikan sebagai keupayaan
seseorang untuk mempengaruhi satu kumpulan untuk melakukan sesuatu
yang tanpanya segala aktiviti organisasi lazimnya tidak dapat dilakukan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

dengan sempurna atau gagal. Ini bermakna pemimpin sebenar perlu


berupaya memberi nilai tambah kepada organisasi. Ia juga melibatkan
keupayaan mempengaruhi atau mengorientasikan orang lain untuk
melaksana atau menjayakan sesuatu yang dihasrat oleh pemimpin tersebut.
Ini bermakna seseorang pemimpin perlu berupaya berkomunikasi secara
berkesan sama ada secara lisan, penulisan atau lain-lain. Dalam konteks ini,
komunikasi bermakna pemimpin tersebut berupaya dan sentiasa
berkomunikasi secara berkesan dengan pegawai-pegawai dan pekerja di
bawahnya dalam konteks untuk sama-sama memahami, menghayati dan
komited dengan strategi, misi, visi, matlamat dan wawasan serta aktiviti
yang dirancang. Ini juga bererti pemimpin mestilah selalu berbincang,
meminta pandangan, mendengar dan berinteraksi dengan baik dalam
organisasi yang diterajuinya. Dalam hal ini pendekatan turun padang
(management by working around) adalah perlu untuk menjayakan
komunikasi dengan berkesan.

AKTIVITI 2.2
Huraikan beberapa prinsip pengurusan Islam yang boleh
dilaksanakan dalam organisasi anda pada masa kini.

2.3 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


ORGANISASI
Pembangunan prinsip pengurusan juga berasaskan etika dan tanggungjawab
sosial. Etika adalah salah satu komponen utama ajaran Islam selain aqidah dan
ibadah. Islam sangat mementingkan akhlak dalam kehidupan. Islam adalah
agama yang ada hubungan antara manusia dan Allah (hablum minallah) dan
hubungan antara manusia sesama manusia (hablum minannas). Tanggungjawab
sosial adalah sebahagian daripada hubungan tersebut.

2.3.1 Definisi Etika dan Tanggungjawab Sosial


Kerja yang dilakukan oleh seseorang manusia itu tidak dapat lari dari
pertimbangan moral. Kerja yang dilakukan mungkin baik atau buruk, mungkin
diterima oleh masyarakat dan mungkin juga tidak. Begitu juga kerja boleh
dipertimbangkan sama ada benar dan salahnya oleh pelakunya. Ini kerana
perbuatan manusia tidak sama dengan perlakuan haiwan. Haiwan dijadikan
oleh Allah tergerak melakukan satu-satu perbuatan akibat dari naluri yang ada
dalam diri mereka, sebab itu ia tidak memerlukan pertimbangan etika dan ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  41

jauh sekali dari dipertanggungjawabkan ke atas perlakuannya itu. Sebaliknya


manusia dibekalkan oleh Penciptanya dengan perasaan kemanusiaan serta
keintelektualan yang memungkinkan mereka memilih, meneroka,
membayangkan, menjangkakan atau menyembunyikan sesuatu realiti. Oleh
yang demikian dalam perbuatannya manusia itu dipertanggungjawabkan atas
pilihan yang dibuatnya. Allah menerangkan perkara tersebut di dalam al-Quran:
„Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan perasaan hati manusia semuanya
akan disoal oleh Allah.‰

Setiap perbuatan itu tidak boleh dipisahkan penilaiannya dari aspek agama dan
pertimbangan etika. Setiap perlakuan manusia sama ada aktiviti fizikal atau
pemikirannya terletak kepada pertimbangan agama dan pada masa yang sama
pertimbangan etika. Antara keduanya saling menyokong dan saling melengkapi.
Pada pandangan Islam tidak ada perkataan secular morality seperti yang wujud
dalam sesetengah masyarakat. Konsep secularism telah diketengahkan asalnya
di Eropah Barat bertujuan membebaskan diri masyarakat dalam aspek sosial,
ekonomi dan politik dari ketidakadilan dan penguasaan gereja dan ilmuan
agamanya (Muhammad Abdul Rauf, 1987). Pemisahan antara dua aspek utama
ini yang satunya disebut sebagai sekular (secular) atau keduniaan (worldly)
daripada perkara yang satu lagi disebut sebagai spiritual atau religious
(keagamaan) adalah terlalu asing bagi pemikiran masyarakat dan ajaran Islam
dari dahulu sehingga sekarang.

Islam sebagai punca penunjuk jalan yang benar dan Allah s.w.t. mengetahui apa
yang terbaik bagi setiap jiwa manusia. Sekiranya diri manusia bebas menentukan
pertimbangan etika tentu akan membawa kepada konflik di mana hukuman-
hukuman yang berbeza diberikan kepada satu perlakuan yang sama akibat dari
perbezaan geografi dan manusia yang terlibat. Panduan etika dan perbuatan
seseorang Islam dalam perkara ini telah ditentukan oleh wahyu yang tentunya
jauh dari sifat kekurangan dan kelemahan.

2.3.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh


Sistem pengurusan kualiti menyeluruh juga boleh dianggap sebahagian
daripada tanggungjawab sosial organisasi malah ia menjadi faktor penting
dalam kejayaan sesebuah organisasi. Islam menerima prinsip ini kerana ia
menjamin sesuatu itu menjadi baik dan elok.

Total Quality Management (TQM) atau juga dikenali sebagai Pengurusan Kualiti
Menyeluruh merupakan satu sistem pengurusan baru yang lahir pada tahun
1920an dan digunakan oleh kilang-kilang di Amerika Syarikat bagi tujuan
mengawal kualiti. Sistem ini kemudiannya mendapat sambutan menggalakkan
daripada para pengurus syarikat di Jepun bermula sekitar tahun 1950an yang
mana pada ketika itu sedang pesat membangun dalam sektor industri dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

seterusnya konsep ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia pada tahun
1980an, bilamana timbul kesedaran tentang pentingnya kualiti dalam kehidupan
manusia. Kewujudan sistem pengurusan baru ini seterusnya telah berjaya
mempengaruhi serta merubah sikap para pengurus di sektor swasta dan
kerajaan tentang cara mereka menguruskan kualiti dan hal ini telah
menyebabkan para pengurus menukar cara pengurusan mereka dalam
pengurusan bercorak tradisional kepada pengurusan kualiti menyeluruh kerana
diyakini cara pengurusan yang baru ini adalah lebih efektif dan berjaya
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Seterusnya menyentuh mengenai konsep yang dipegang oleh TQM ini, apa yang
jelas ialah pengurusan jenis ini adalah lebih berorientasikan kepada pelanggan
dan akitivitinya adalah berterusan serta melibatkan semua aspek dalam
organisasi yang bertujuan membawa perubahan menyeluruh ke arah melahirkan
organisasi cemerlang yang berjaya mencapai kualiti menyeluruh dalam segala
aspek operasinya. Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan
pentadbiran, kebolehan pekerja, kelicinan operasi dan sebagainya. Antara ciri-
ciri TQM ialah:

(a) Matlamat
Terdapat tiga matlamat sebenar TQM dan yang pertamanya ialah kepuasan
hati pelanggan, output tanpa cacat (zero defect) dan output yang sentiasa
tepat.

(b) Fokus
Dalam hal ini, pengurusan jenis ini nampaknya adalah lebih memfokuskan
kepada beberapa perkara. Perkara yang pertama yang difokuskan oleh
pengurusan jenis ini adalah sistem dan operasi, budaya organisasi,
pelanggan dan juga pembekal. Pemfokusan mengenai perkara-perkara
yang sebegini adalah penting bagi mengelakkan ketidakcekapan daripada
berlaku.

(c) Strategi
Strategi yang pertama ialah ‰Penambahbaikan yang berterusan‰. Langkah
atau strategi yang pertama ini boleh dilakukan dengan mewujudkan „team
work‰ dalam organisasi. Peranan pihak pengurusan amat penting dalam
melaksanakan tujuan ini kerana pengurusan bertanggungjawab terhadap
seluruh organisasi.

Strategi seterusnya ialah „Pengawalan kos kualiti‰. Ini boleh dilakukan


dengan menggunakan sumber yang ada dengan seoptimum mungkin bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengelakkan
penghasilan output yang tidak berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  43

Strategi terakhir adalah „Tindakan Pencegahan‰. Ini boleh dilakukan


dengan memperbaiki proses-proses kerja supaya peluang untuk berlaku
kesilapan atau kecacatan dapat dikawal sepenuhnya.

(d) Pelaksana
Hal ini merujuk kepada siapakah yang akan melaksanakan tugas-tugas
yang telah dirancang bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan tadi.
Terdapat tiga faktor dalam melaksanakan tujuan ini iaitu pihak
pengurusan atasan, semua pekerja (total participation) dan teamwork.

2.3.3 Budaya Organisasi


Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif dan berteraskan
falsafah tauhid dan berasaskan ilmu wahyu iaitu al-QurÊan, al-Hadith dan
amalan ulamak silam. Oleh itu pembangunan modal insan bersepadu adalah
amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini, segala proses
pembuatan keputusan, perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek,
perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di antara majikan dan pekerja,
etika kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah
berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah digariskan
oleh ajaran Islam.

Pengurusan dalam Islam amat menekankan aspek pengurusan kerja berkualiti


dan pembangunan modal insan secara terancang. Ia telah dibincangkan sejak
wujudnya dan terbinanya sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya,
telah ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan penghijrahan
bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Nabi Musa a.s. mempunyai
pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat, Nabi Musa a.s.
bersetuju untuk mengikut pandangan yang diutarakan oleh bapa mertuanya
iaitu menyediakan beberapa orang yang berkemampuan menjadi pekerja.
Pekerja ini dilantik dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut
masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan ini telah
dipraktikkan sehingga kini dan ia mempunyai persamaan dengan corak
pengurusan sekarang yang menekankan konsep disentralisasi dan penurunan
kuasa (empowerment) kepada staf bawahan (subordinates) yang dipilih dan
dilantik oleh pihak pengurusan.

Rasulullah s.a.w. sendiri bagi orang Islam adalah model pekerja yang
berwawasan dalam konteks pengurusan Islam yang sebenar. Baginda telah
mempelopori sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui
praktik-praktik kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan negara. Fungsi-
fungsi pengurusan barat seperti perancangan (plan), pengorganisasian
(organise), pengawalan (control), penstafan (recruitment), kepimpinan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

(leadership) dan pelaksanaan (execute) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah


s.a.w. dalam mengurus modal insan iaitu pengikut-pengikutnya semasa
penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan juga dalam usaha baginda
menyebarkan agama Islam di muka bumi ini. Berpandukan fakta sejarah ini,
adalah perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks ini,
seorang pekerja organisasi yang baik akan sentiasa berusaha untuk
menambahbaik pencapaian organisasi dengan penuh komitmen dan semangat.
Justeru itu, pekerja yang baik akan menetapkan objektif-objektif yang beliau
percaya sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif kepada organisasi dalam
suasana kerja yang penuh bersemangat dan ceria. Ini bererti kepimpinan yang
berkesan merupakan agen perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa
berusaha untuk menambahbaik organisasi.

Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah
mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta
objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga bertanggungjawab
dalam mengawalselia perancangan dan mengatur strategi, mewujudkan
program dan memantau pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan
sahaja berupaya dalam melaksana perkara yang betul dan dirancang tetapi juga
memastikan pelaksanaannya adalah mengikut jadual dan mencapai objektif dan
matlamat dengan sumber mentah yang boleh digemblengkan.

Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja murni dan berkualiti
yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses,
prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan
oleh peringkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan
diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau pertengahan dan
seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan (subordinates).

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Huraikan prinsip Islam dalam etika organisasi dan


tanggungjawab sosial.
2. Huraikan budaya organisasi berteraskan prinsip Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  45

AKTIVITI 2.3

Apakah pandangan anda mengenai konsep Pengurusan Kualiti


Menyeluruh dan kaitannya dengan sistem pengurusan Islam?

 Proses membangunkan sesuatu sistem pengurusan perlu mengikut asas


tertentu.
 Proses membangunkan sistem pengurusan Islam perlu berasaskan fikiran
manusia untuk maslahah umum dan tidak bercanggah dengan sumber
hukum Islam.
 Falsafah pengurusan Islam boleh diambil daripada prinsip-prinsip al-Quran
dan hadis serta apa yang telah dibuat oleh para sahabat.
 Prinsip Islam menyebut bahawa urusan muamalat adalah asalnya harus
kecuali ada dalil atau sebab yang mengharamkannya.
 Asas-asas pembentukan sistem pengurusan Islam yang akan melibatkan
sumber-sumber hukum utama dan tambahan bagi dijadikan asas
pembentukan nanti.
 Sumber hukum Islam yang utama ialah al-Quran, al-Hadis, Ijmak Ulamak
dan Qiyas.
 Terdapat juga sumber-sumber hukum tambahan iaitu Istihsan, Masalih
Mursalah, Uruf dan Istishab.

Al-Qiyas Masalih mursalah


Al-Quran dan al-Sunnah Pengurusan kualiti menyeluruh
Disiplin pengurusan Islam Sumber hukum Islam tambahan
Ijmak ulamak Sumber hukum Islam utama
Istihsan , Istishab Uruf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

al-Quran versi 6.31. (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.

Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t).
al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52.
Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa
Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr.
Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah,
h. 46, 83.

Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t). IÊlam al- MuwaqqiÊin Âan
Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah.
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm
al-usul, Cet 1. Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.
Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar
al-Fikr, h. 15-16.

Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala
Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah : Muassasah al-Halabi wa
Auladuhu, h. 118.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pembangunan
3 Teori
Pengurusan
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum konsep pembangunan teori pengurusan
Islam;
2. Menghuraikan kepentingan kerangka teori dalam membangunkan
sesuatu penyelidikan atau kajian;
3. Menerangkan beberapa pendekatan dalam kaedah penyelidikan
berteraskan Islam; dan
4. Menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam
mengubahsuai sesuatu produk konvensional kepada produk
berteraskan Islam.

 PENGENALAN
Umat Islam hendaklah sentiasa berani memikirkan dan mengenengahkan idea-
idea baru dalam kehidupan. Lihatlah tokoh-tokoh ilmuan Islam silam yang
berani membongkar rahsia-rahsia kehidupan berteraskan ajaran Islam seperti
Ibnu Sina, Ibnu Taymiyyah, al-Khawarizmi dan lain-lain yang menjadi rujukan
manusia seluruh dunia dalam bidang ilmu. Mereka berjaya membuat teori baru
dalam kehidupan. Umat Islam tidak perlu risau dalam membuat kajian dan
mengenengahkan teori baru dalam bidang pengurusan. Ini adalah disebabkan
ilmu pengurusan adalah ilmu muamalat yang sumber ilmu utamanya ialah akal
fikiran. Yang perlu diberi perhatian adalah teori baru tersebut tidak boleh
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah prinsip-prinsip pengurusan boleh


diperolehi di dalam al-Quran dan hadis. Topik ini akan membincangkan
beberapa aspek pembangunan teori pengurusan Islam seperti falsafah
pembangunan teori dari pandangan Islam, kepentingan membina kerangka teori,
peranan dominan nilai ke atas semua kegiatan organisasi, teori dan amali dan
cara mengubahsuai sesuatu produk konvensional menjadi produk Islam.

AKTIVITI 3.1
Sebelum anda meneruskan pembacaan, bolehkan anda menamakan
beberapa ahli falsafah dan ilmuan Islam silam yang terkenal dengan
teori-teori serta sumbangan kepada bidang ilmu? Pernahkah anda
terfikir bagaimana mereka dapat membuat pelbagai teori dan
penemuan ilmu baru yang sebelumnya tidak diketahui oleh orang?

3.1 PEMBANGUNAN TEORI


Secara umumnya, umat Islam sekarang agak kebelakang dalam membuat teori
pengurusan berbanding dengan orang barat. Umat Islam tidak lagi gemar
menggunakan akal fikiran untuk membuat teori atau ilmu baru berbanding
dengan para ulamak dan sarjana Islam silam seperti Ibnu Sina, al-Farabi, al-
Mawardi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Perkara ini mungkin terjadi kerana kekeliruan mengenai konsep pembangunan


ilmu kehidupan (muamalat) dan ilmu aqidah serta ilmu ibadat. Pembinaan ilmu
aqidah dan ibadat perlu dirujuk 100 peratus kepada nas syarak iaitu al-Quran
dan hadis sementara ilmu-ilmu kehidupan dunia (muamalat) adalah bergantung
kepada akal fikiran manusia. Ia perlu dicerna oleh akal berdasarkan kaedah-
kaedah tertentu dalam ilmu keduniaan, Cuma akhirnya perlulah dipastikan ia
tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Namun secara asalnya ia tidak
perlu bergantung kepada nas-nas syarak. Nas-nas syarak hanyalah perlu dalam
pembentukan hukum dalam bidang aqidah dan ibadah.

Ahli falsafah Islam di Zaman Pertengahan menggunakan akal fikiran mereka


untuk membuat teori baru dalam kehidupan dengan mengambil panduan dan
pengajaran daripada al-Quran dan hadis serta pengamatan mereka tentang
kehidupan. Antaranya ialah Ibn Ishaq al-Kindi, al-Razi, al-Jahiz, Abu al-Nasr al-
Farabi, Ibn Masarrah, al-Amiri, Ibn Miskawayh, Ikhwan al-Safa, Ibn al-Haytham,
Ibn al-Rawandi, Abu Raihan al-Biruni, Ibn Sina, Ibn Hazm, al-Ghazali, Ibn Tufail,
Ibn Rushd, Nasīr al-Dīn al-Tūsī, Zakariya al-Qazwini, Ibn al-Nafis, Fakhruddin
al-Razi, Ibn Taymiyyah, Ibn Khaldun dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  49

Pada hakikatnya, teori dan penyelidikan saling berkait antara satu sama lain.
Mereka merupakan dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Penyelidikan dan teori hanya akan bermakna apabila kerja terhadap mereka
dilakukan secara serentak. Misalnya, penyelidikan membekalkan data, manakala
teori pula memberi makna kepada data tersebut. Teori memandu penyelidikan
tetapi akhirnya penyelidikanlah yang membekalkan data empirikal untuk
meningkatkan tahap daya maju sesuatu teori.

Teori dalam ilmu pengetahuan boleh dikatakan sebagai sesuatu model atau
kerangka fikiran yang boleh menjelaskan fenomena alam atau fenomena sosial
yang berlaku. Sesuatu teori selalunya dirumus, dikembang dan dinilai mengikut
kaedah-kaedah ilmiah yang diterima. Kadangkala teori juga adalah suatu
hipotesis yang telah terbukti akan kebenarannya setelah ujian dijalankan.

Pembangunan teori pengurusan Islam boleh diambil daripada falsafah sumber-


sumber utama hukum Islam dan sumber tambahan seperti yang telah
dibincangkan dalam Topik 2 yang lalu di samping penelitian kepada amalan
sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan silam serta pemikiran manusia yang benar.
Namun perlu diketahui bahawa dalam mencapai urusan kehidupan dunia, Islam
memberi kebebasan kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran yang
Allah kurniakan bagi mencari kaedah dan cara sendiri asalkan tidak melanggar
hukum syarak dan prinsipnya boleh diambil daripada al-Quran dan hadis
kerana dua sumber tersebut mempunyai banyak prinsip kehidupan.

Sebagai contoh, ada suatu hadis yang berasal dari peristiwa penanaman pokok
kurma di mana Rasulullah s.a.w. melihat orang sedang memindahkan debunga
kurma antara pokok ke pokok bertujuan mempercepatkan dan
memperbanyakkan penghasilan buah kurma. Melihat yang demikian, Rasulullah
berkata: „Aku tidak melihat adanya faedah padanya.‰ Lalu mereka
meninggalkan usaha tersebut dan nyata selepas itu hasil kurma mulai
berkurangan lalu Rasulullah s.a.w. diberitahu akan akibat ini kemudian baginda
pun bersabda, „Kamu semua lebih mengetahui urusan dunia kamu‰
(Sahih: Hadis dari Anas bin Malik radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Malik dan
Muslim (Sahih Muslim ă no: 2363).

3.1.1 Kepentingan Pembangunan Kerangka dan Teori


Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan
kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk kepada struktur idea
yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan dan laporan
sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan bahagian-bahagian
dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan (Nik Azis, 2003).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) serta Merriam (1998), kerangka kajian
adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Ia membekalkan
landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan
dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang
menyediakan konteks bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus
sesuatu kajian.

Kerangka kajian mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan. Ia merangkumi


garis panduan tentang perkara yang akan dan tidak akan dikaji dalam sesuatu
kajian dan cara untuk mengkaji perkara tersebut. Kerangka kajian boleh
berbentuk teori atau konsep. Ia memandu semua aspek kajian, termasuk proses
mengenal pasti metodologi yang akan digunakan dalam kajian (reka bentuk
kajian), pemilihan subjek kajian (pensampelan), jenis maklumat yang akan
dikumpulkan dan cara mengumpul maklumat tersebut (pengumpulan data),
cara mentafsir maklumat (analisis data) dan cara melaporkan hasil kajian
(laporan kajian).

Kerangka kajian juga membolehkan penyelidik menghubungkaitkan hasil kajian


dengan himpunan pengetahuan yang sudah mantap. Dalam konteks ini,
wajarlah kebanyakan jurnal penyelidikan menetapkan bahawa artikel yang
hendak diterbitkan mestilah mempunyai kerangka kajian yang jelas.

3.1.2 Peranan Dominan Nilai ke Atas Semua Kegiatan


Organisasi
Nilai adalah sesuatu yang berharga dalam kehidupan. Dalam sistem
pengurusan, semua orang, alat dan semua sumber adalah dianggap bernilai
kepada organisasi. Semua aktiviti yang boleh membawa kejayaan organisasi
dianggap sesuatu yang bernilai. Pembangunan sesuatu teori dalam pengurusan
Islam juga dianggap perkara yang bernilai kerana ia mempunyai matlamat akhir
untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Teori dianggap amat bernilai jika hasilnya benar dan boleh dilaksanakan untuk
kepentingan organisasi. Di dalam pembentukan sesuatu teori pula, pembentukan
kerangka teori adalah amat penting. Dalam menganalisa penggunaan kerangka
teori atau konsep dalam pembangunan sesuatu ilmu atau penyelidikan,
mungkin terdapat banyak persoalan asas yang perlu dijawab seperti:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan teori?
(b) Apakah kegunaan teori dalam pembangunan sesuatu ilmu?
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  51

(d) Apakah hubungan antara teori dengan apa yang diselidiki atau yang ingin
diketahui?
(e) Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka teori bagi penyelidikan?
(f) Apakah pula kerangka konsep bagi sesuatu penyelidikan?
(g) Apakah hubungan antara kerangka teori dengan kerangka konsep?
(h) Bagaimanakah pula sesuatu kerangka teori bagi sesuatu penyelidikan
dibentuk?
(i) Bagaimanakah cara untuk menentukan kecukupan kerangka teori bagi
sesuatu penyelidikan?

3.1.3 Teori dan Amali


Dalam disiplin ilmu pengurusan dan penyelidikan, perkataan „teori‰ berasal
dari perkataan Yunani iaitu „theoria‰ yang bermaksud visi, berfikir dalam-dalam
atau membuat spekulasi. Ramai sarjana penyelidikan membincangkan definisi
teori (lihat Jadual 3.1).

Jadual 3.1: Definisi Teori dari Beberapa Orang Sarjana Penyelidikan

Sarjana Definisi
Rudner (1966) Mendefinisikan teori dari sudut yang sempit sebagai satu
himpunan proposisi yang berkait secara sistematik dan boleh
diuji secara empirikal.
Troye (1994) Mendefinisikan teori dari sudut yang luas sebagai andaian
tentang hubungan antara konsep.
McMillan dan Mendefinisikan teori dari sudut yang luas sebagai satu
Schumacher (1984) penjelasan atau pemerian sistematik tentang saling hubungan
di kalangan satu himpunan fenomena.
Lefrancois (1986) Mendefinisikan teori secara umum dari sudut tujuan
pembinaan teori. Menurut beliau, teori merujuk kepada satu
himpunan pernyataan berkait yang bertujuan untuk
menyusun dan menjelaskan satu himpunan pemerhatian.
Bagaimanapun, matlamat pembinaan teori bukan sekadar
untuk memberi penjelasan. Sebagai tambahan, ia melibatkan
ramalan dan kawalan.

Nik Azis (2003) menerangkan bahawa teras bagi sebarang teori ialah satu
himpunan konsep dan saling hubungan antara mereka. Teori menjelaskan
fenomena dalam kehidupan manusia dan ia dijana dengan berlandaskan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

pemikiran reflektif, pengalaman atau pemerhatian. Teori beroperasi pada tahap


yang berlainan dan memenuhi tujuan yang berbeza.

Banyak istilah digunakan dalam membincangkan idea yang berkait secara


langsung atau tidak langsung dengan teori seperti acuan, andaian, anggapan,
cadangan, corak, dogma, doktrin, fahaman, hujah, ideologi, kaca mata, kaedah,
kepercayaan, kerangka, konsep, mazhab, model, paradigma, pandangan,
pegangan, pendapat, pendekatan, perspektif, pola, rasional, skim, spekulasi,
syarat, tanggapan dan wawasan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa teori
bukan merupakan satu pelan generik bagi penyelidikan. (Nik Azis, 2003).

Mengikut Garrison (2000), teori merupakan satu penyusunan idea, konsep dan
model secara sistematik bagi tujuan membina makna untuk menjelaskan,
mentafsir dan mencorak amalan. Teori membekalkan perspektif yang dapat
mengurangkan kerumitan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks dan
pada masa yang sama, mencadangkan generalisasi. Himpunan pengetahuan
yang disebut sebagai teori ialah satu set pernyataan yang telah disusun dan
diolah sedemikian bagi tujuan memahami fenomena dan memandu amalan.

Teori wujud dalam pemikiran manusia semata-mata dan terdiri daripada


pengetahuan yang tidak pasti dan tidak muktamad; satu penjelasan tentatif
(sementara) tentang satu himpunan fenomena: suatu yang tidak ditemui dalam
dunia luar, tetapi dibina oleh individu berasaskan saling hubungan yang
munasabah antara konsep-konsep yang berkait dengan fenomena tertentu.

Penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembinaan teori


dan begitu juga sebaliknya. Misalnya, penyelidikan berpandukan teori sebab
teori membantu dalam penetapan batasan dan konteks bagi penyelidikan akan
datang.

Dari sudut epistemologi, teori membolehkan penyelidik menggabungkan


komponen-komponen fenomena yang kompleks untuk membentuk satu
keseluruhan yang boleh difahami, yang kemudiannya membolehkan penyelidik
mengaitkan fenomena tersebut dengan himpunan pengetahuan lain yang
relevan.

Menurut Garrison (2000), tujuan teori ialah membentuk aturan konsepsi dan
membekalkan kemudahan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks. Aturan
tersebut membayangkan nilai dan andaian yang akhirnya mencorakkan amalan.
Teori membekalkan kerangka asas bagi perkembangan bidang kajian melalui
penjelasan yang koheren tentang amalan semasa dan analisis tentang arah aliran
kini serta ramalan tentang trend masa depan. Perkembangan tersebut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  53

didedahkan dan dikekalkan melalui pembinaan teori yang koheren dan rapi,
yang terbuka kepada kritikan, perbahasan dan penilaian.

Garrison berpendapat teori penting bagi memahami dan menghuraikan tujuan


dan kaedah sesuatu bidang penyelidikan atau amalan tertentu. Kebergunaan
suatu teori berkait langsung dengan kebolehan teori tersebut untuk memandu
penyelidikan dan amalan praktikal dalam disiplin ilmu yang tertentu. Teori
membantu penyelidik memahami bukan sahaja apa yang berlaku tetapi
mengapa perkara itu berlaku. Intipati teori ialah penjelasan bagaimana dan
mengapa konsep tertentu saling berkait antara satu sama lain. Pandangan
sistematik yang dibekalkan oleh teori tentang sesuatu fenomena boleh
menggalakkan pengembangan pengetahuan sedia ada dan pembinaan
pengetahuan baru.

Menurut Krathwohl (1998), teori merujuk kepada satu penjelasan yang


munasabah tentang tingkah laku (dan fenomena) dan ia dicirikan sebagai:
(a) Konsisten dengan hasil penyelidikan dan penjelasan yang terdahulu; dan
(b) Menyangkal atau mengubahsuai hasil penyelidikan dan penjelasan yang
terdahulu.

Teori membantu penyelidik mengenal pasti pemboleh ubah yang signifikan,


menggabung pelbagai hasil penyelidikan untuk membentuk satu himpunan
pengetahuan yang padu dan saling berkait dan mengenal pasti isu yang relevan
untuk kajian lanjutan. Ringkasnya, kepentingan teori bagi penyelidikan tidak
boleh dipandang rendah. Tanpa satu teori yang baik untuk memandu
penyelidikan, kebarangkalian memperoleh hasil kajian yang bermakna adalah
rendah.

Penyelidikan dianggap kurang berkualiti jika pengkaji gagal meneliti sumber


yang diketahui umum dan disiplin ilmu yang relevan secara menyeluruh untuk
mengenal pasti teori yang sesuai dijadikan landasan bagi kajian yang hendak
dijalankan. Pengkaji dianggap cuai dalam menjalankan tugas penyelidikannya.
Sebaliknya, jika pengkaji mendapati tidak ada teori tahap makro atau tahap
pertengahan yang sesuai dijadikan landasan bagi penyelidikan yang hendak
dijalankan selepas berusaha bersungguh-sungguh mencarinya, maka dia boleh
menggunakan teori tahap mikro sebagai landasan penyelidikannya.

Johnson (1980) menegaskan bahawa persediaan yang tidak mencukupi telah


menimbulkan kelemahan yang mungkin boleh dianggap sebagai paling besar
dalam penyelidikan kontemporari, iaitu kurang berpegang kepada sebarang
jenis kerangka teori atau konsep untuk memandu usaha penyelidikan dan untuk
membekalkan asas bagi mentafsirkan hasil kajian. Beliau menegaskan bahawa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

pengkaji perlu memberi perhatian kepada kerangka teori semasa


mengkonsepsikan masalah kajian, menjalankan aktiviti kajian dan menganalisa
data kajian. Ini kerana teori dapat membantu pengkaji dalam menjalankan
beberapa aktiviti seperti:
(a) Menjelaskan fenomena yang diperhatikan;
(b) Membuat ramalan tentang saling hubungan yang belum diperhatikan; dan
(c) Menstrukturkan proses inkuiri, khususnya proses mengemukakan soalan,
membentuk hipotesis dan menentukan apa pemboleh ubah dan saling
hubungan utama yang hendak dikaji.

Dalam sesuatu penyelidikan, teori membekalkan jawapan kepada persoalan


mengapa dan bagaimana sesuatu fenomena berlaku. Menurut Burr (1973),
penjelasan dianggap sebagai fungsi teori yang paling penting.

Klein dan White (1996) pula menjelaskan bahawa teori dapat membantu pengkaji
melakukan beberapa perkara seperti:
(a) Memahami bagaimana pelbagai pemerhatian dan data berkait antara satu
sama lain (fungsi organisasi);
(b) Menentukan perkara penting yang perlu diberi perhatian (fungsi
tumpuan);
(c) Menentukan perkara-perkara yang berkemungkinan besar akan berlaku
sebelum mereka berlaku (fungsi ramalan);
(d) Menentukan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan (fungsi kawalan);
(e) Menjana soalan kajian dan menggalakkan penyelidikan baru (fungsi
heuristik);
(f) Mentafsirkan fenomena yang kompleks (fungsi tafsiran);
(g) Menyusun dan menghubungkaitkan hasil penyelidikan (fungsi
pengembangan);
(h) Meningkatkan kejelasan dan ketepatan dalam komunikasi (fungsi
ketepatan); dan
(i) Membentuk dan menguji hipotesis (fungsi bimbingan).

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan teori membekalkan cara (mekanisme,


aturan dan penjelasan) memahami fenomena dan amalan yang kompleks.
Misalnya Remenyi, Williams, Money dan Swartz (1998) menegaskan bahawa
kajian kes yang tidak berlandaskan teori mudah bertukar menjadi satu cerita
anekdot sahaja. Secara ideal, teori boleh menjelaskan aktiviti semasa dan
membekalkan arah haluan kepada pendekatan baru. Seterusnya, teori yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  55

relevan dan bermakna adalah penting kepada perkembangan sesuatu disiplin


ilmu.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah kaitan di antara teori dan penyelidikan?


2. Terangkan bagaimana sesuatu teori boleh membantu penyelidik
mencapai tujuan kajian.
 

AKTIVITI 3.2

Bagaimanakah tahap sesuatu penyelidikan jika ia tidak mempunyai


teori yang menjelaskannya sebelum penyelidikan dijalankan? Jelaskan.

3.2 PENDEKATAN DALAM KAEDAH


PENYELIDIKAN
Penyelidikan yang dijalankan oleh para penyelidik atau ilmuan mempunyai
pelbagai pendekatan dan kaedah penyelidikan.

3.2.1 Matlamat Penyelidikan; Penyelidikan Primer


dan Sekunder
Tidak kira betapa tidak sempurnanya sesuatu teori, teori kasar sentiasa lebih
baik daripada tiada teori langsung. Teori amat penting dalam mengenal pasti
keteraturan dalam data yang tidak teratur. Teori juga menyediakan jalan untuk
mengembangkan pengetahuan dalam disiplin ilmu yang tertentu. Pada
dasarnya, teori yang digunakan tidak sepatutnya lebih kompleks daripada apa
yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Teori boleh terdiri daripada dua
konsep dan saling hubungan antara mereka atau lima belas konsep dan saling
hubungan antara mereka. Pemilihan teori adalah bergantung kepada skop kajian
(Nik Azis, 2003).

Terdapat banyak bentuk kajian atau penyelidikan seperti kajian tinjauan,


eksperimen, kajian kes, kajian tindakan, kajian falsafah, kajian penilaian dan
kajian sejarah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

Dalam kajian eksperimen berlandaskan pendekatan kuantitatif (empirisisme dan


reduksionisme), teori akan memandu penyelidikan dan penyelidikan pula
menguji teori. Semasa menguji sesuatu teori, pengkaji mencari bukti empirikal
untuk menyangkal teori tersebut dan bukan untuk mengesahkannya. Kebenaran
sesuatu teori tidak boleh dibuktikan tetapi kepalsuan teori tersebut mungkin
boleh dibuktikan melalui pemerhatian empirikal. Apabila suatu teori tidak
disokong oleh sejumlah pemerhatian empirikal, teori tersebut akan diubahsuai
sedikit atau diketepikan sepenuhnya. Dengan kata lain, teori boleh digunakan
sehingga ia terbukti salah. Bagaimanapun, kadangkala teori yang didapati salah
dalam beberapa kes tidak diketepikan dengan serta-merta sebab teori itu
merupakan teori yang terbaik pada ketika itu atau teori tersebut dapat
membekalkan idea yang berguna bagi menjalankan kajian baru yang mungkin
dapat menghasilkan teori yang lebih baik. Perlu ditegaskan bahawa pengujian
empirikal sesuatu teori bukan merupakan satu proses yang bersifat objektif
sepenuhnya. Oleh itu, biasanya teori tidak dianggap salah secara menyeluruh.

Pada umumnya, proses deduktif digunakan untuk menguji atau mengubahsuai


teori sedia ada manakala proses induktif digunakan untuk menjana teori baru.
Seterusnya, apabila suatu teori disokong oleh pemerhatian empirikal, keyakinan
seseorang terhadap teori itu akan meningkat. Bagaimanapun, keadaan ini (iaitu
tahap daya maju) tidak sekali-kali menunjukkan bahawa kebenaran teori
tersebut telah terbukti. Pada hakikatnya, tidak ada cara untuk membuktikan
kebenaran sesuatu teori. Terdapat dua alasan untuk perkara ini.
(a) Manusia tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan semua
pengujian yang mungkin dan mereka tidak boleh mendakwa bahawa
mereka mengetahui semua perkara yang boleh diketahui. Misalnya,
walaupun sesuatu teori terselamat (tidak didapati salah) dalam seribu
pengujian, ada kemungkinan teori itu akan gagal dalam pengujian kali ke
seribu satu.
(b) Sesuatu fenomena boleh ditafsirkan dengan menggunakan lebih daripada
satu teori. lni kerana teori hanya merupakan satu naratif atau kisah yang
menjelaskan fenomena tertentu dan kisah itu boleh diceritakan dalam
pelbagai cara yang berbeza.

3.2.2 Analisis Teks


Dokumen analisis adalah ujian sistematik dokumen pembelajaran seperti
sukatan, tugas, nota kuliah dan hasil penilaian tentu saja dalam rangka untuk
mengenal pasti keperluan instruksional dan cabaran dan menggambarkan suatu
kegiatan pembelajaran. Fokus analisis harus pemeriksaan kritis, daripada
keterangan belaka, dari dokumen-dokumen. Analisis ini harus merangkumi
soalan tentang tujuan instruksional dokumen, bagaimana anda dan pelajar
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  57

menggunakannya dan bagaimana hal itu adalah (atau tidak) memberikan


sumbangan untuk belajar.

Analisis dokumen bekerja paling baik bila tujuannya adalah untuk mendapatkan
maklumat tentang kegiatan pembelajaran atau pendekatan. Hal ini dapat
membantu anda untuk mengenali pola yang mungkin anda lewatkan jika anda
membuat satu kuliah, tugas atau kegiatan pada satu masa. Sebagai contoh, anda
mungkin meninjau dokumen untuk menentukan sama ada anda menyajikan
maklumat dengan menggunakan pelbagai mod yang sesuai dengan gaya belajar
yang berbeza. Belajar mode termasuk aural (bercakap pendengaran), membaca,
(nombor melihat, diagram, grafik, gambar) visual dan kinestetik (menggunakan
gerakan dan penyertaan aktif).

Sumber primer adalah bahan yang dihasilkan oleh orang atau kumpulan
langsung terlibat dalam peristiwa atau topik yang sedang dipertimbangkan, baik
sebagai peserta atau saksi. Ciri-ciri yang paling penting dari teks primer, dengan
kata lain, adalah bahawa itu diciptakan pada masa peristiwa di bawah analisis
dan bahawa hal itu tidak diinterpretasikan.

Mesej Sekunder / Bukti / Sumber


Teks sekunder adalah tafsiran dari teks primer. Sumber sekunder ialah artikel,
buku, monograf akademik, filem, peta dan graf statistik. Ia dikira teks sekunder
kerana penulis mereka menggunakan bukti primer dan tafsiran berasal dari
mereka kemudian menerbitkan interpretasi.

3.2.3 Analisa Empirikal


Menurut The Collins International Dictionary, penyelidikan ialah suatu
penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu
perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan
saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan
penyiasatan saintifik?.

Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik,


terkawal dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara
fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan
empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat
menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancang boleh diuji di dalam atau di
luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Empirikal ialah kaedah yang digunakan melalui kajian dengan pengumpulan


data. Kajian empirikal melibatkan pengumpulan data dan maklumat melalui
temubual dan pengedaran borang soal selidik. Bukti empirikal dikumpul secara
sistematik berasaskan maklumat yang sahih, tekal, telus dan boleh
dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian
objektif sesuatu itu dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat
subjektif, pincang dan rapuh.
 
SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah yang anda faham mengenai analisa empirikal?


2. Bezakan analisa empirikal dan analisa teks.
3. Terangkan bagaimana penyelidikan primer dan sekunder boleh
membantu anda mencapai matlamat penyelidikan.
 

3.3 UBAH SUAI AMALAN KONVENSIONAL


Ubah suai amalan konvensional untuk mencari kaedah baru secara Islam adalah
dibenarkan di dalam sistem pengurusan Islam. Ini adalah kerana yang
dipentingkan di dalam Islam ialah menerima sesuatu yang baik dan bertepatan
dengan kehendak syarak sama ada ianya berasal dari kaedah Islam atau yang
diubahsuai dari amalan semasa pada waktu itu. Rasulullah s.a.w. menerima duit
emas daripada Rom dan Parsi sebagai matawang kerajaan Islam Madinah
semasa hayatnya kerana ia bertepatan dengan kehendak Islam yang matawang
perlu diperbuat daripada emas.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius
Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah
pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk
melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan
kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada
masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas
manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai
berubah apabila Nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham
telah dinaiktaraf sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana
terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah
reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  59

dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar r.a. telah menambah pada
dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah,
Bismillah Rabbi dan Alhamdulillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah
yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian
bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini.
Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham
ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam
yang khusus tanpa wujud elemen Byzantine dan Parsi yang muncul pada tahun
76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani
Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku
di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu Khalifah Abd al-Malik bin
Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis
menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Semasa Islam muncul di Mekah dan Madinah, sistem matawang yang digunakan
pada waktu tersebut adalah sistem pertukaran barang dan sistem wang yang
menggunakan emas dan perak. Walaupun tiada ditentukan mana-mana jenis
matawang yang sah digunakan di negeri-negeri tersebut. Matawang daripada
mana-mana negeri diterima pakai di kawasan tersebut asalkan diperbuat
daripada emas atau perak. Pada masa tersebut terdapat dua kerajaan besar di
kawasan tersebut iaitu kerajaan Rom (Bizantium) dan Parsi (Sasan). Kedua-
duanya telah mempunyai sistem matawang negara yang standard. Rasulullah
s.a.w. menerima kedua-dua matawang tersebut tanpa ada sebarang perubahan.
Amalan pertukaran pada waktu tersebut ditentukan berdasarkan berat
matawang tersebut. Perubahan hanya berlaku bermula pada zaman khalifah
Umar al-Khattab yang menggunakan berat wang emas (dinar) ialah 4.25 gram
(mengikut timbangan sekarang) dan berat wang perak ialah 3 gram (mengikut
timbangan sekarang) (Taqi al-Din Ahmad Ali al-Maqrizi, 1998: 652-653).

Pemerintahan Islam selepas itu yang terdiri daripada pemerintahan sistem


khalifah (KhulafaÊ al-Rasyidin: 632M-661M, ÊUmawiyyah: 661M-750M,
ÊAbbasiyyah: 749M-1258M, ÊUthmaniyyah: 1324M-1691M) telah menggunakan
logam emas dan perak sebagai matawang walaupun dengan melakukan
pengubahsuaian iaitu menggunakan bentuk penepaan yang berbeza. Kedua-dua
logam tersebut bersifat Êalami (global) dan mempunyai nilai benar dalam setiap
tempat, keadaan dan masa (al-Maqrizi, 1998: 652-653; Mahmood M.Sanusi
(2002:81).

Kaedah pertukaran wang mengikut perspektif Islam (al-Sarf) dilihat berdasarkan


pemahaman yang diambil daripada sumber hukum fiqh yang disepakati ulama
dalam Madhhab Fiqh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah iaitu al-Quran, al-Sunnah,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

al-IjmaÊ dan al-Qiyas. Asas muamalat dan kaedah al-Sarf diambil daripada
sumber hukum tersebut yang telah dibincangkan oleh ulama silam di dalam
kitab-kitab Turath yang muktabar manakala perkara-perkara baru, hukum
diambil daripada fatwa semasa dan pandangan tokoh ilmuan Islam dan ekonomi
semasa yang banyak menjalankan kajian mengenai kes-kes kewangan Islam
sama ada telah dibukukan atau hasil pembentangan kertas kerja di seminar
hukum semasa atau seminar ekonomi dan kewangan Islam. Bagi perkara baru
yang berlaku di dalam masyarakat, fatwa semasa oleh orang-orang yang
berkelayakan adalah diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut (Abd al-
Karim Zaydan, 1969).

Rasulullah s.a.w. melarang pertukaran satu dinar emas dengan dua dinar emas
atau satu dirham perak dengan dua dirham kerana wujud unsur riba yang
diharamkan. Pertukaran yang bersamaan jenis mestilah tamathul pada kuantiti
sebagaimana hadis Abu Said al-Khudri r.a. yang meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:„Jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali
dengan sama bilangan dan jangan kamu menukar dengan bilangan yang lebih.
Jangan kamu menukar perak dengan perak kecuali dengan sama bilangan dan
jangan menukar dengan bilangan yang lebih. Jangan kamu menukar barangan
yang ada dengan barangan yang tiada‰ (Ibn Hajar al-ÂAsqolani (2000), h. 479).

3.3.1 Panduan Mengubahsuai


Agama Islam datang daripada Allah s.w.t. Seluruh ajarannya bertujuan menjaga
kebaikan hidup manusia sama ada di dunia ataupun di akhirat. Segala hukum
dan peraturannya bertujuan menjaga kemaslahatan manusia.

Maslahah boleh diertikan sebagai kemaslahatan atau kebaikan yang banyak.


Maslahah di dalam perspektif Islam adalah maslahah yang meletakkan
pertimbangan kepada kebaikan dunia dan akhirat secara serentak
(Mustafa Zaid 1964 :19 ; Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, 1982:25).

Rajah 3.1 menerangkan lima langkah membuat pengubahsuaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  61

Rajah 3.1: Langkah-langkah membuat pengubahsuaian

Langkah-langkah membuat pengubahsuaian dimulakan dengan proses


membuat kajian secara terperinci sesuatu perkara yang asal untuk diubahsuai
seperti produk simpanan dalam perbankan konvensional.

Kemudian ia diikuti dengan membuat cadangan baru dengan rangka


pengubahsuaian secara terperinci mengikut kehendak syariat Islam seperti
produk al-Wadiah.

Seterusnya rancangan pengubahsuaian mengikut acuan Islam perlu diperakukan


oleh jawatankuasa penasihat syariah.

Selepas itu barulah produk baru berteraskan Islam boleh dilaksanakan seperti
produk simpanan al-Wadiah dalam perbankan Islam.

Akhirnya untuk membuat penambahbaikan yang berterusan, proses semakan


dan penambaikan yang berterusan perlu dilakukan dari masa ke semasa
berdasarkan keperluan dan kesesuaian namun setiap perubahan perlu
diluluskan oleh jawatankuasa penasihat syariah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

3.3.2 Contoh Pengubahsuaian


Antara  contoh  pengubahsuaian  yang  dilakukan  dalam  sistem  perbankan  Islam 
ialah  produk  kredit  kad  bank  Islam.  Produk  tersebut  adalah  pengubahsuaian 
kepada sistem kredit kad konvensional. Perubahan dibuat kepada sistem Bai al‐
Inah  bagi  had  kredit  yang  dibenarkan.  Had  kredit  tersebut  dikira  hutang  dan 
akan  dibayar  secara  ansuran  iaitu  apabila  ia  digunakan.  Bank  mendahulukan 
bayaran  bagi  setiap  pembelian  dan  pelanggan  dibenarkan  membuat  bayaran 
balik  secara  tunai  atau  tertangguh.  Jika  bayaran  dibuat  secara  tertangguh 
(hutang), bank berhak menuntut keuntungan secara prinsip Bai al‐Inah. 
 
Begitu  juga  terhadap  produk‐produk  perbankan  Islam  yang  lain,  hampir  80 
peratus  produk  pasaran  dalam  sistem  perbankan  Islam  adalah  merupakan 
pengubahsuaian  daripada  sistem  konvensional  yang  akhirnya  diluluskan  oleh 
jawatankuasa  penasihat  syariah  setiap  bank  dan  majlis  Penasihat  Syariah  Bank 
Negara. 

3.3.3 Semakan dan Penambahbaikan


Proses semakan dan penambahbaikan hendaklah dijalankan secara berterusan
kerana persekitaran sesuatu industri itu dan kehendak pelanggan sentiasa
berubah.

Apabila sesuatu produk baru hendak dicadangkan, proses semakan terhadap


sistem atau produk sedia ada hendaklah dijalankan secara terperinci supaya
setiap sudut sistem atau produk tersebut diketahui dengan sempurna. Kemudian
dilakukan penyelidikan terhadap kekurangan atau kelemahan yang perlu
diubah. Semakan menyeluruh hendaklah dilakukan dengan sempurna. Selepas
dikenal pasti kelemahan atau kekurangan, proses penambahbaikan perlu dikaji
secara mendalam supaya perubahan yang akan dilakukan itu mempunyai
kebaikan yang bermakna. Tiada guna pembaharuan dilakukan jika tiada
kebaikan diperolehi daripada apa yang diubah atau ditambah. Ini adalah kerana
perubahan akan melibatkan kos. Jika perubahan itu bermakna maka kos yang
dikeluarkan itu dianggap berbaloi dan akan memberi keuntungan di masa
hadapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  63

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Sebutkan  jenis‐jenis  penyelidikan  yang  boleh  dijalankan  untuk


mencapai sesuatu objektif penyelidikan.  
2. Terangkan  perbezaaan  di  antara  analisis  dokumen  dan  analisis
empirikal 

 Dewasa ini, penekanan kepada saling hubungan antara teori dan


penyelidikan dalam bidang kehidupan termasuk pengurusan Islam semakin
meningkat.
 Ramai pengkaji mula menyedari kepentingan kerangka teori dalam
membimbing penyelidikan mereka. Bagaimanapun, adalah tidak munasabah
untuk mengharapkan semua penyelidikan dalam pengurusan menggunakan
teori tahap makro sebagai landasan kajian mereka.
 Pada asasnya, teori tahap mikro yang berlandaskan sorotan kajian yang
meluas dapat membekalkan panduan yang mencukupi bagi sebahagian
penyelidikan dalam pengurusan.
 Kerangka teori adalah penting bagi kedua-dua kajian kuantitatif dan
kualitatif. Dengan menjelaskan kerangka teori secara eksplisit, pengkaji tidak
lagi bekerja secara bersendirian, tetapi menjadi ahli kumpulan penyelidik
yang menggunakan teori yang khusus seperti konstruktivisme radikal atau
perspektif bersepadu sejagat sebagai landasan bagi kajian mereka.
 Pembangunan teori pengurusan Islam boleh diambil daripada falsafah
sumber-sumber utama hukum Islam dan sumber tambahan seperti yang
telah dibincangkan dalam Topik 2 yang lalu di samping penelitian kepada
amalan sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan silam serta pemikiran manusia yang
benar.
 Dalam mencapai urusan kehidupan dunia, Islam memberi kebebasan kepada
manusia supaya menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan bagi
mencari kaedah dan cara-cara sendiri asalkan tidak melanggar hukum syarak
dan prinsipnya boleh diambil daripada al-Quran dan hadis kerana dua
sumber tersebut mempunyai banyak prinsip kehidupan.
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

 
Ahli falsafah Islam   Ibnu Sina  
Amalan konvensional   Kerangka teori   
Analisis dokumen   Penambahbaikan  
Analisis empirikal    Pengubahsuaian 
Aristotle       Teori dan konsep   

 
Al-Buti, Muhammad SaÊid Ramadhan. (1980). Fiqh al-Sirah. cet. 8, Beirut: Dar
al-Fikr.

Ibn Hajar al-ÂAsqalani, Abu al-Fadhl Syihab al-Din Ahmad b. ÂAli B.

Muhammad. (1991). Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Fikr.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1969). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini
Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (1996). Introduction to research in
education (5th ed.) New York: Harcourt Brace.
Burr, W. (1973). Theory construction and the sociology of the family. New York:
Wiley.

Garrison, R. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st


Century: A shift from structural to transactional issues.

International Review of Research in Open and Distance Learning, 1(1),


June, 1-17.

Kerlinger, F. N. (1973). Foundations of behavioral research (2nd ed.). New York:


Holt, Rinehart and Winston.

Klein, D. M., & White, J. M. (1996). Family theories: An introduction.


Thousand Oaks, CA: Sage.

Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. (1982). Dhawabit al-Maslahahfi


al-Syariah al-Islamiah. Beirut: Muassah Risalah.
Mustafa Zaid. (1964). al-Maslahah fi al-TaysriÊ al-Islami wa Najm al-Din al-Tufi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM  65

Nik Azis, Nik Pa. (2003). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam


pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Taqi al-Din Ahmad Ali al-Maqrizi (1998). Kitab al- suluk li maÊrifah al duwat
al-Muluk. jil2, Kaherah: Darul Kutub.
Wahbah al-Zuhayli. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.

al-Maqrizi, Taqi al-Din Ahmad Ali. (1998). Kitab al-Suluk li maÊrifah al-Duwat
al-Muluk. jil2, Kaherah: Darul Kutub.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perancangan
4 dalam
Organisasi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum definisi perancangan dalam konteks
ilmu dan pengurusan Islam;
2. Menghuraikan konsep perancangan Allah dan para Nabi-nabi;
3. Menerangkan proses perancangan dan jenis-jenis perancangan dalam
organisasi;
4. Menjelaskan ciri-ciri perancangan yang baik dalam organisasi.

 PENGENALAN
Islam mempercayai manusia adalah makhluk yang mulia yang difitrahkan
memiliki potensi untuk mendapat kejayaan dari segi intelek, jasmani dan rohani
untuk mentadbir alam ini supaya ia selari dengan apa yang dikehendaki oleh
penciptaNya. Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidup yang cukup
luas dan sentiasa relevan dengan kehendak masa, keadaan dan tempat namun
Islam tidak pernah menolak pembaharuan tetapi perlu dijalankan dengan penuh
amanah. Dalam membuat pembaharuan pengurusan, aspek perancangan amat
penting. Ia kemudiannya diikuti dengan proses pengorganisasian, kepimpinan
dan pengawalan.

Dalam bidang pengurusan, merancang adalah fungsi pengurusan yang paling


utama. Tanpa perancangan, fungsi-fungsi pengorganisasian, pengarahan dan
kawalan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pada asasnya perancangan
ialah satu penentuan arah tujuan yang bakal dilakukan oleh sesebuah organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  67

Ini memerlukan penentuan tentang apa yang akan dibuat, siapa yang akan
membuatnya dan bila masanya sesuatu kerja itu perlu disiapkan.

4.1 PERANCANGAN DAN KEJAYAAN


Islam adalah agama untuk berjaya dan memandu manusia ke arah kejayaan.
Bagi mendapat kejayaan ia memerlukan perancangan yang jelas, teratur dan
strategik. Berjaya adalah satu tuntutan dalam Islam, ini bertetapan dengan sabda
Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud:

„Orang yang beriman apabila membuat sesuatu perkara ia akan membuatnya


dengan betul-betul, bersungguh-sungguh dan penuh tekun.‰ (HR Bukhari)

Perancangan secara umumnya merujuk kepada proses menentukan objektif


organisasi dan menentukan aktiviti di masa hadapan bagi memastikan objektif
yang disasarkan tercapai. Untuk mencapai kejayaan ia perlu perancangan dari
peringkat awal lagi supaya segala bentuk yang ingin dilaksanakan mengikut
perancangan yang telah digariskan.

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran yang membawa maksud:


„Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu melihat apa yang siap
untuk hari esok dan masa depan kamu.‰

Islam telah menerima perancangan sebagai satu unsur penting dalam kehidupan
kerana perancangan merupakan salah satu cara untuk kita melihat masa depan.
Merancang untuk kejayaan hidup adalah suatu tanggungjawab atau amanah
daripada manusia kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, kehidupan dan segala
sumbernya adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Oleh itu semua
sumber-sumber itu perlu dirancang secara pelbagai tanpa menyebabkan
sebarang kemudaratan kepada organisasi dan persekitarannya. Prinsip ini juga
bermaksud setiap individu bertanggungjawab menjalankan atau melaksanakan
amanah itu dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi, konsep „Al-Falah‰
adalah konsep yang digalakkan dalam Islam untuk dituntut. Ini dapat dilihat
daripada seruan azan yang mengajak manusia menuju kejayaan. Pekerja
bertanggungjawab terhadap segala apa yang telah ditugaskan oleh pengurus
mereka selagi arahan yang diberikan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Dalam hal ini, Allah s.w.t telah memberi amaran kepada manusia yang suka
melakukan kezaliman dan membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan, seperti yang disebut dalam Surah al-Ahzab (33:72).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

$yγn=uΗxquρ $pκ÷]ÏΒ z⎯ø)xô©r&uρ $pκs]ù=Ïϑøts† βr& š⎥÷⎫t/'r sù ÉΑ$t6Éfø9$#uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ’n?tã sπtΡ$tΒF{$# $oΨôÊttã $¯ΡÎ)

∩∠⊄∪ Zωθßγy_ $YΒθè=sß tβ%x. …çμ¯ΡÎ) ( ß⎯≈|¡ΡM}$#

„Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada


langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah pula bermaksud: „Tunaikanlah


amanah terhadap orang yang memberi amanah kepada kamu‰ (Riwayat
Tarmizi).

Setiap individu harus membuat perancangan dengan baik. Ia perlu


bertanggungjawab di dunia dan di akhirat kerana mereka akan dipersoalkan di
atas apa yang dipertanggungjawabkan. Allah s.w.t. menegah sama sekali
berkhianat dalam menunaikan amanah. Firman Allah s.w.t. dalam Surah
al-Anfal (8:27) yang bermaksud:

∩⊄∠∪ tβθßϑn=÷ès? öΝçFΡr&uρ öΝä3ÏG≈oΨ≈tΒr& (#þθçΡθèƒrBuρ tΑθß™§9$#uρ ©!$# (#θçΡθèƒrB Ÿω (#θãΖtΒ#u™ z⎯ƒÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

‰Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)


Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).‰

4.1.1 Definsi Perancangan


Perancangan adalah satu unsur yang penting di dalam pengurusan. Organisasi
yang berjaya selalunya mementingkan perancangan. Perancangan melibatkan
masa depan organisasi. Tanpa sistem perancangan yang baik dan teratur
pastinya masa depan organisasi tidak akan menentu dan akan mengalami
masalah. Perancangan juga ialah kaedah-kaedah yang terperinci yang telah
diaturkan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Perancangan
mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlaku
sesuatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  69

Perancangan ialah proses menyatukan dan menjuruskan segala sumber


organisasi secara optimum untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam proses
perancangan, pemimpin atau ketua hendaklah mengenal pasti matlamat yang
ingin dicapai oleh organisasi tersebut serta menyusun sumber-sumber, langkah-
langkah dan tindakan-tindakan yang hendak diambil untuk mencapai matlamat
tersebut.

Gary Dessler mendefinisikan perancangan sebagai kaedah-kaedah yang


terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Michael Scott
pula mendefinisikan perancangan sebagai suatu proses analitikal yang
merangkumi penilaian masa hadapan, pembentukan pelbagai alternatif tindakan
untuk mencapai matlamat dan pemilihan daripada pelbagai alternatif. Koontz
pula mengatakan perancangan adalah penentuan tentang apa yang hendak
dibuat, bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan melaksanakannya
(Jaafar Muhammad, 1999).

Perancangan terdiri daripada aktiviti berikut:  
(a) Menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat sesuatu.
(b) Mengenal pasti objektif sesuatu dan menetapkan kaedah pencapaiannya
keberkesanan yang paling baik melalui proses penetapan matlamat
organisasi yang tepat.
(c) Mengumpul serta menganalisis maklumat perancangan.
(d) Mencari alternatif atau pilihan sesuatu objektif.
(e) Menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan yang
dibuat.

Dari perspektif Islam, kepentingan perancangan dalam membangunkan


organisasi di dalam kehidupan organisasi dapat dilihat dari firman Allah yang
bermaksud:

„Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah


setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat).‰

Perancangan adalah penting kepada organisasi kerana sumber-sumber yang ada


adalah terhad dan perkara yang ingin dicapai adalah sentiasa tinggi dan tiada
had. Tanpa perancangan, sesuatu pekerjaan akan menjadi kucar-kacir dan tidak
terurus, oleh itu pengurus atau ketua itu haruslah merancang terlebih dahulu
sebelum mengambil sesuatu tindakan yang sewajarnya. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: „Perancangan adalah sebahagian dari kehidupan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

Dari perspektif Islam, perancangan yang dibuat mesti tidak bercanggah dengan
matlamat penubuhan organisasi serta tidak terkeluar dari landasan Islam.
Perancangan juga perlu mengambil kira elemen-elemen persekitaran dalaman
dan luaran. Allah s.w.t. telah memerintahkan manusia untuk bersedia di dalam
menghadapi sesuatu perjalanan atau tindakan. Hal ini mengandungi pengertian
bahawa sesuatu perbuatan atau tindakan itu haruslah dimulai dengan suatu
perancangan yang konkrit, bagi menghindari kekeliruan yang merugikan.
Perancangan juga merupakan satu proses berfikir, di mana Nabi Muhammad
s.a.w. juga menyatakan bahawa berfikir itu adalah ibadah. Rasulullah s.a.w.
bersabda, yang bermaksud: „Tidakkah akal itu seperti suatu perancangan?‰ Jadi,
sebelum pengurus melakukan sesuatu wajiblah difikirkan terlebih dahulu. Allah
mengurniakan akal dan ilmu yang digunakan untuk melakukan sesuatu ikhtiar
bagi menghindari kerugian atau kegagalan.

Dari perspektif Islam juga objektif sesebuah organisasi juga tidak hanya memberi
tumpuan kepada keuntungan yang maksimum semata-mata, namun Islam
mementingkan hubungan antara manusia, seperti hubungan pengurus dengan
pekerja, pembeli dengan penjual, organisasi dan masyarakat dan sebagainya.
Oleh itu, Islam menyuruh pengurus mengambil pekerja yang berfikir tentang
masa depan mereka kerana mereka ini akan membuat perancangan yang baik
tentang apa yang akan dilakukan kelak. Organisasi memerlukan pekerja yang
dapat melakukan kerja dengan baik dan tahu apa yang hendak mereka lakukan.
Pekerja inilah yang dikatakan sebagai pekerja yang cemerlang.

SEMAK KENDIRI 4.1

Huraikan beberapa definsi perancangan yang anda ketahui dan


bagaimana hubungannya dengan kejayaan sesebuah organisasi.

4.2 KONSEP PERANCANGAN ALLAH DAN PARA


NABI-NABI
Hidup manusia di dunia memerlukan mereka berusaha untuk menyediakan
keperluan-keperluan asasi yang penting bagi menjamin kelangsungan hidup
mereka agar lebih sempurna. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Qasas (28:17)
yang bermaksud:

„Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di
dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah s.w.t. telah
berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  71

Untuk itu adalah penting bagi manusia agar berusaha untuk mencari rezeki yang
halal. Islam menekankan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
segala pekerjaan. Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith riwayat Baihaqi ada
menyebut yang bermaksud:

„Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai apabila kamu melakukan sesuatu


pekerjaan supaya dikerjakan dengan baik dan sempurna.‰

Usaha sambil lewa tidak akan mendatangkan sebarang perubahan. Firman Allah
s.w.t. di dalam al-Quran dalam Surah al-RaÊd (13:11) yang bermaksud:

$tΒ çÉitóムŸω ©!$# χÎ) 3 «!$# ÌøΒr& ô⎯ÏΒ …çμtΡθÝàxøts† ⎯ÏμÏù=yz ô⎯ÏΒuρ Ïμ÷ƒy‰tƒ È⎦÷⎫t/ .⎯ÏiΒ ×M≈t7Ée)yèãΒ …çμs9

⎯ÏiΒ Οßγs9 $tΒuρ 4 …çμs9 ¨ŠttΒ Ÿξsù #[™þθß™ 5Θöθs)Î/ ª!$# yŠ#u‘r& !#sŒÎ)uρ 3 öΝÍκŦàΡr'Î/ $tΒ (#ρçÉitóム4©®Lym BΘöθs)Î/

∩⊇⊇∪ @Α#uρ ⎯ÏΒ ⎯ÏμÏΡρߊ

‰Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya
dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya)
dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu
kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan
tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadanya.‰

Oleh itu, Islam menuntut agar para pekerja berusaha untuk berjaya. Islam telah
menyediakan beberapa garis panduan ketika bekerja antaranya adalah
menggalakkan sikap mujahadah. Sikap ini menekankan kepada nekad individu
terutamanya pekerja dalam melaksanakan kerjayanya sehingga ia dapat
menembusi segala halangan. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Ankabut
(29:69) yang bermaksud:

∩∉®∪ t⎦⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# yìyϑs9 ©!$# ¨βÎ)uρ 4 $uΖn=ç7ß™ öΝåκ¨]tƒÏ‰öκs]s9 $uΖŠÏù (#ρ߉yγ≈y_ z⎯ƒÏ%©!$#uρ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi


kehendak ugama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

dan sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang


yang berusaha membaiki amalannya.

Rasulullah s.a.w. juga ada menyebut di dalam riwayat al-Faqih dan sabdanya
dari Ayyub yang menyebut bahawa Sabillillah (menegakkan agama Allah s.w.t)
itu bukan hanya perang sahaja tetapi turut melibatkan orang yang memberi
nafkah kepada anak isteri dengan jalan yang halal. Oleh itu adalah penting
pekerja itu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam membangunkan kerjaya bagi
memenuhi keperluan keluarga mereka.

Konsep perancangan bukan sahaja difikirkan oleh manusia. Jika diteliti kepada
ajaran agama Islam, konsep tersebut telah dilakukan oleh Allah s.w.t. dan
kehidupan para nabi dan rasul. Di bahagian ini, kita akan mempelajari tentang
konsep perancangan Allah dan para nabi-nabi.

4.2.1 Perancangan oleh Allah


Allah  menyuruh  kita  merancang  dalam  melaksanakan  sesuatu.  Manusia  perlu 
yakin  bahawa  Allah  juga  membuat  perancangan  dan  manusia  hendaklah 
melakukan perancangan dan aktiviti yang selari dengan kehendak Allah kerana 
apabila berlaku pertembungan dengan perancangan manusia maka perancangan 
Allah lebih berjaya. 
 
Konsep  kehidupan  akhirat  adalah  salah  satu  bentuk  arahan  mengenai 
perancangan  yang  dinyatakan  secara  simbolik  oleh  Allah  kerana  umat  Islam 
mengakui  adanya  hari  akhirat  sudah  pasti  mereka  merancang  dengan  baik  apa 
yang perlu mereka lakukan di dunia ini bagi mencapai kehidupan yang baik di 
akhirat nanti. 
 
Setiap  manusia  itu  apabila  dilahirkan  sahaja  di  dunia  ini  ia  telah  ditetapkan 
rezekinya, jodohnya dan tarikh matinya. 
 
Kenyataan  di  atas  menunjukkan  Allah  telah  mempunyai  perancangan  kepada 
manusia  apabila  dilahirkan  cuma  manusia  hanya  perlu  berusaha  sementara 
ketentuan berada di tangan Allah. 

4.2.2 Perancangan oleh Para Anbiya’ dan Nabi


Muhammad s.a.w.
Marilah kita sama-sama menyingkap kembali sirah Rasulullah s.a.w. sendiri pun
membuat perancangan dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Di antara kisah
yang boleh dipetik bagi membuktikan bahawa setiap perkara yang dilakukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  73

haruslah didahului dengan perancangan antaranya ialah peristiwa hijrah


Rasulullah s.a.w. dan seruan masuk Islam selepas penghijrahan baginda dari
Makkah ke Madinah.

Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. pada tahun 662 Masihi menjadi satu lambang
dan kemuncak semangat pengorbanan yang tinggi demi agama. Rasulullah
s.a.w. telah membuat perancangan yang rapi untuk membolehkan hijrah tersebut
berjaya.

Dalam kisah tersebut, pihak kaum musyrikin yang diketuai oleh Suraqah bin
Malik dapat mengesan tempat persembunyian baginda dan cuba membunuh
baginda, namun begitu tindakan mereka menghalang hijrah baginda gagal
kerana Allah s.w.t. juga membuat perancangan yang lebih baik. Kegagalan kaum
musyrikin itu adalah ditakdirkan oleh Allah.

Pengajaran daripada hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ialah walaupun


perancangan tersebut telah dilaksanakan namun ketentuannya bergantung
datang dari Allah. Kita sebagai manusia perlu merancang dan melaksanakan
dengan perancangan yang teratur dan seterusnya bertawakal kepadaNya supaya
perancangan yang dilaksanakan itu mendapat kejayaan.

Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa berfikir terlebih dahulu apa yang
akan dilakukan pada masa hadapan termasuk membuat perancangan yang rapi
dan tersusun. Rasulullah s.a.w. sendiri merancangkan sesuatu aktiviti atau
tindakan yang akan diambil untuk memastikan segala perancangan mampu
membuahkan hasil yang dikehendaki. Jika kita melihat kepada hijrah baginda,
baginda telah membuat perancangan yang strategik dan di dalam kisah-kisah
peperangan seperti peperangan Badar, Uhud dan lain-lain.

Antara contoh perancangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ialah:

(a) Era Mekah


Pada era Mekah, penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada
pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan
mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu secara sulit dan
terang-terangan. Nabi merancang langkah sedemikian dengan mengambil
kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari
golongan Quraish dan suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam
difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi mengambil langkah
berdakwah secara terang-terangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

(b) Era Madinah


Program al-Muakha merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang
berbeza kerana menyedari matlamat lebih mudah dicapai sekiranya wujud
perpaduan di kalangan mereka.

Mendirikan masjid ă Nabi juga merancang membina masjid sebagai


langkah untuk menyatukan umat Islam atas dasar Islam dan bukan atas
semangat perkauman yang sangat menebal ketika itu. Selain itu, jangkaan
Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga
merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerak setiap
aktiviti yang dirancang.

Menggubal Piagam Madinah ă Nabi juga mengambil langkah untuk


mengukuhkan Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu
perlembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek
dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah.

Dari perspektif Islam, aktiviti yang ingin dilaksanakan merupakan suatu


amanah dan tanggungjawab yang besar diberikan oleh organisasi bagi
dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengelak dari berlaku kesilapan atau
kekurangan dalam menjalankan tugas tersebut, ia memberi kesan yang
besar kepada organisasi, ia biasanya dilaksanakan oleh bahagian sumber
manusia.

AKTIVITI 4.1

Huraikan bentuk-bentuk perancangan yang dilakukan oleh Rasulullah


s.a.w. dalam kisah hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah dan seterusnya
corak pemerintahan Rasulullah di Madinah.

4.3 JENIS-JENIS PERANCANGAN


Menurut Jaafar Muhamad (1999), perancangan boleh dikelaskan kepada
beberapa jenis. Ini dilakukan dengan berbagai cara, iaitu:
(a) Perancangan dikelaskan mengikut jangka masa yang diliputi oleh sesuatu
perancangan seperti perancangan jangka panjang ialah untuk lima tahun
ke atas dan perancangan jangka pendek meliputi jangka masa tidak
melebihi setahun.
(b) Perancangan juga boleh dikelaskan mengikut skop iaitu sama ada
perancangan itu menyeluruh untuk keseluruhan organisasi atau sesuatu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  75

bahagian (perancangan bahagian pemasaran) atau unit dalam organisasi


sahaja (perancangan unit kawalan kualiti).
(c) Perancangan dikelaskan mengikut peringkat pengurusan dalam organisasi
seperti perancangan peringkat pengurusan tertinggi yang akan memberi
tumpuan kepada perancangan strategik, perancangan pengurusan
peringkat pertengahan (perancangan operasi) atau bawahan (perancangan
harian, mingguan dan bulanan).

Di dalam pengurusan organisasi moden sekarang ini, terdapat beberapa jenis


perancangan diadakan bagi melancarkan proses operasi aktiviti organisasi. Di
bahagian ini, kita akan mengenal pasti beberapa jenis pelan perancangan.
Terdapat tiga jenis perancangan iaitu:
(a) Perancangan strategik;
(b) Perancangan taktikal;
(c) Perancangan operasi; dan
(d) Perancangan kontigensi.

4.3.1 Perancangan Strategik


Perancangan strategik ialah suatu perancangan jangka panjang yang
komprehensif yang dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai matlamat
organisasi. Perancangan strategik bermaksud proses mengenal pasti objektif
organisasi sebagai reaksi kepada peluang dan ancaman dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang
digariskan.

Pengurusan strategik adalah bidang yang berkaitan dengan inisiatif yang


diambil oleh pengurus yang melibatkan penggunaan sumber daya untuk
meningkatkan prestasi syarikat dalam persekitaran luaran mereka. Ini
memerlukan penetapan misi organisasi, visi dan tujuan, dasar dan rancangan
pembangunan yang direka untuk mencapai tujuan tersebut. Hal ini biasanya kita
boleh lihat dalam projek-projek dan program yang memperuntukkan sumber
untuk melaksanakan dasar dan rancangan tersebut. Pengurusan strategik
selalunya dimulakan terlebih dahulu untuk sesebuah organisasi supaya dapat
mencapai matlamat yang ditetapkan dengan sempurna.

Sesuatu proses strategik apabila ia melibatkan pilihan tindakan yang terbaik


untuk respon kepada persekitaran yang dinamik. Pengurusan strategik proses
formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan perancangan tersebut.
Ia melibatkan pemilihan strategik dan implementasi strategik. Pengurusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

strategik meliputi tidak hanya pasukan pengurusan sahaja tetapi meliputi juga
pengarah dan pihak yang berkepentingan (stakeholder) lain dalam organisasi.

Dari perspektif Islam, semua aktiviti organisasi sama ada jangka masa panjang
atau pendek mestilah dirancang terlebih dahulu supaya mudah mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Dalam membuat perancangan yang bijak
seharusnya berasaskan keilmuan dan kepakaran yang tinggi. Firman Allah Taala
dalam Surah al-Nahl (16:43) yang bermaksud:

Ÿω óΟçGΨä. βÎ) Ìø.Ïe%!$# Ÿ≅÷δr& (#þθè=t↔ó¡sù 4 öΝÍκös9Î) û©ÇrθœΡ Zω%y`Í‘ ωÎ) y7Î=ö6s% ∅ÏΒ $uΖù=y™ö‘r& !$tΒuρ

∩⊆⊂∪ tβθçΗs>÷ès?

„Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad),


melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada
mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-
orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.‰

Imam Ibn Kathir mentafsirkan dalam ayat di atas bahawa Allah berfirman, „Dan
kami tidak mengutuskan sebelum kamu melainkan orang-orang lelaki yang
kami beri wahyu kepadanya Rasul, maka jika kamu tidak mengetahui tanyalah
kepada orang-orang yang mengetahui, iaitu ahli-ahli kitab.‰

Dan dalam tafsir Munir ( ‫ ) التفسير المنير‬telah menyatakan bahawa tanyakanlah


kepada ahl al-dhikr merujuk kepada ahli ilmu dan ahli kitab yang lepas. Maka
daripada ayat ini dapatlah dikaitkan bahawa dalam sesebuah perancangan
memerlukan kepakaran yang tinggi dan relevan. Al-Quran menyebut orang-
orang yang berkepakaran itu sebagai ahl al-dhikr yang perlu dirujuk
sebagaimana yang diperintahkan dalam ayat di atas.

Kesediaan mendengar pelbagai pandangan dan seterusnya membuat pilihan


yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran. Firman Allah Taala
dalam Surah al-Zumar (39:18) yang bermaksud:

öΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&uρ ( ª!$# ãΝßγ1y‰yδ t⎦⎪Ï%©!$# y7Íׯ≈s9'ρé& 4 ÿ…çμuΖ|¡ômr& tβθãèÎ6−Fu‹sù tΑöθs)ø9$# tβθãèÏϑtFó¡o„ t⎦⎪Ï%©!$#

∩⊇∇∪ É=≈t7ø9F{$# (#θä9'ρé&

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  77

„Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu


mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum
ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan
mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.‰

Menurut tafsiran Ibn Kathir menyatakan tentang Allah memberi berita gembira
kepada hamba-hambanya yang apabila mendengar perkataan dan ucapan,
mereka memilihkannya lalu mengikuti dan menerima apa yang paling baik dan
paling benar. Orang-orang yang demikian itu yang termasuk dalam golongan
ahli fikir dan yang mempunyai akal yang sempurna.

Ayat ini diturunkan kepada orang-orang yang meninggalkan dari menyembah


berhala dan kembali kepada jalan yang benar yakni beriman kepada Allah. Dan
menurut tafsiran dari tafsir Munir menerangkan bahawasanya Allah
menjanjikan balasan syurga ke atas golongan ini iaitu golongan yang bersedia
mendengar perkataan yang benar daripada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah
s.a.w. dan mereka adalah golongan yang diberi hidayah oleh Allah.

SEMAK KENDIRI 4.2


Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik serta
hubungannya dengan kejayaan sesebuah oganisasi?
 

4.3.2 Perancangan Taktikal


Perancangan taktikal selalunya dibuat oleh pengurus peringkat pertengahan.
Mereka membuat perancangan berpandukan perancangan strategik yang dibuat
oleh pihak atasan. Perancangan ini dibuat bagi memastikan perancangan
strategik organisasi dapat dicapai.

4.3.3 Perancangan Operasi


Sebuah perancangan operasi adalah sebahagian daripada rancangan kerja
strategik. Ia memperincikan lagi perancangan strategik organisasi. Ia boleh
menjelaskan bagaimana rancangan strategik ini akan dimasukkan ke dalam
operasi selama tempoh operasi diberikan.

Rancangan operasi harus menetapkan aktiviti dan anggaran untuk setiap


bahagian organisasi untuk satu hingga tiga tahun. Ia akan menyambungkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

rancangan strategik dengan aktiviti organisasi dari segi pelaksanaan. Rancangan


operasi selalunya dibuat oleh pekerja di peringkat pelaksanaan.

Dari perspektif Islam, perancangan memang amat digalakkan dalam setiap


perbuatan. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Anfal (8:60) yang bermaksud:

«!$# ¨ρ߉tã ⎯ÏμÎ/ šχθç7Ïδöè? È≅ø‹y⇐ø9$# ÅÞ$t/Íh‘ ∅ÏΒuρ ;ο§θè% ⎯ÏiΒ ΟçF÷èsÜtGó™$# $¨Β Νßγs9 (#ρ‘‰Ïãr&uρ

&™ó©x« ⎯ÏΒ (#θà)ÏΖè? $tΒuρ 4 öΝßγßϑn=÷ètƒ ª!$# ãΝßγtΡθßϑn=÷ès? Ÿω óΟÎγÏΡρߊ ⎯ÏΒ t⎦⎪Ìyz#u™uρ öΝà2¨ρ߉tãuρ

∩∉⊃∪ šχθßϑn=ôàè? Ÿω óΟçFΡr&uρ öΝä3ö‹s9Î) ¤∃uθム«!$# È≅‹Î6y™ †Îû

„Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala


jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah
dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan
kamu tidak akan dianiaya.‰

Menurut Tafsir Ibn Kathir (‫)ابن كثير‬, Allah menyuruh hambanya yang beriman
supaya selalu bersiap sedia dan berwaspada dalam apa jua jenis kekuatan. Selalu
bersiap sedia di sini bermaksud kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri
dengan pelbagai kelengkapan kekuatan yang dapat menimbulkan rasa takut di
kalangan musuh Allah seperti perlengkapkan senjata dan kenderaan supaya
orang kafir tidak memandang ringan terhadap orang Mukmin kerana Allah
mewajibkan orang Mukmin jika dihina dan dipersendakan agama maka wajib
membela dan mempertahankan agama walaupun nyawa terkorban. Ayat ini
disokong dengan sebuah hadith daripada Uqbah Ibn Amir r.a. berkata, saya
telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ketika di atas mimbar:

‰Siap sedialah untuk menghadapi musuh dengan segala kekuatan yang dapat
kamu sediakan, ingatlah sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah‰
(Riwayat Ahmad, Muslim, Ibn Majah, Abu Daud)

Oleh itu dapatlah dinyatakan bahawa ayat-ayat tersebut secara jelas menyeru
kepada merancang dan melaksanakan perancangan. Umat Islam juga diseru
supaya bersiap-sedia dengan segala kemampuan yang ada untuk berhadapan
dengan perkara-perkara yang mungkin akan terjadi ke atas mereka. Persiapan
tersebut meliputi banyak aspek seperti menyediakan pemuda-pemudi yang sihat
dan mempunyai kelengkapan persenjataan yang hebat, bersesuaian dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  79

sesuatu zaman untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Dalam erti kata
lain, gerak kerja merancang dan melaksanakan perancangan merupakan perkara
yang sudah wujud dalam syariat yang agung ini sejak ianya mula-mula
diturunkan lagi dan ianya tidak khusus kepada peperangan sahaja.

Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil


dengan mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya
menetapkan cara untuk mencapai matlamat tersebut dengan mengambil kira
keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Perancangan akan melibatkan proses
membuat keputusan untuk masa depan.

SEMAK KENDIRI 4.3


Bagaimanakah rancangan taktikal dan operasi memainkan peranan
dalam kejayaan organisasi?
 

4.3.4 Perancangan Kontingensi


Sebuah rancangan kontingensi adalah rancangan yang dibuat untuk menangani
situasi-situasi atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah rancangan kecemasan.
Rancangan kontingensi sering dibuat oleh kerajaan atau perniagaan yang ingin
bersiap menghadapi keadaan luar jangka yang terjadi.

Perniagaan dan rancangan kerajaan kecemasan perlu menyediakan perancangan


kontingensi untuk mendapatkan sokongan semua pihak yang berkepentingan
dengannya iaitu stakeholder.

Perancangan kontingensi mempunyai hubungan yang erat dengan kedua-dua


jenis perancangan yang dihuraikan tadi iaitu perancangan operasi dan
perancangan strategik seperti yang dijelaskan dalam Rajah 4.1. Perancangan
perlu dimulakan dengan perancangan strategik, kemudian diikuti dengan
perancangan operasi seterusnya diakhiri dengan perancangan kontingensi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

Rajah 4.1: Hubungan antara perancangan strategik, taktikal dan operasi

Perancangan strategik bermula dengan penyediaan dokumen lengkap ke mana


organisasi akan tuju dan bagaimana organisasi yang boleh mencapai kejayaan. Ia
dibuat hasil daripada proses menilai keadaan semasa bagi menentukan strategi
untuk mencapai misi dan visi organisasi. Ia selalunya dibuat oleh pihak
perancangan peringkat tertinggi dan ia bersifat jangka panjang serta
menyeluruh.

Perancangan operasi adalah program yang dibuat bagi memastikan pelan


strategik dilaksanakan. Ia adalah perancangan yang dibuat oleh pihak
pengurusan peringkat pertengahan. Selalunya ia bersifat jangka pendek dalam
skop yang lebih khusus bagi setiap bahagian atau unit.

Perancangan taktikal selalunya dibuat oleh pengurus-pengurus peringkat


pertengahan. Mereka membuat perancangan berpandukan perancangan
strategik yang dibuat buat oleh pihak atasan. Perancangan ini dibuat bagi
memastikan perancangan strategik organisasi dapat dicapai.

Perancangan kontingensi pula adalah perancangan luar jangka yang akan


digunakan jika perancangan tidak dapat dilaksanakan akibat perubahan
persekitaran organisasi. Ia digunakan bagi memastikan pelan operasi
dilaksanakan dengan baik bagi mencapai matlamat organisasi biarpun telah
berlaku beberapa perubahan daripada perancangan asal. Ia juga adalah
perancangan pelaksanaan yang bercorak semasa bagi menyelesaikan masalah
yang timbul daripada pelaksanaan yang dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  81

AKTIVITI 4.2
Bincangkan kenapa perancangan kontingensi menjadi senjata penting
kepada organisasi jika sesuatu keadaan luar jangka berlaku.

4.4 PROSES PERANCANGAN STRATEGIK


ORGANISASI
Setelah dibincangkan bahawa terdapat beberapa perancangan iaitu strategik,
taktikal, operasi dan kontingensi. Persoalan yang mungkin timbul pula ialah
bagaimanakah pula proses pelaksanaannya. Kita akan huraikan lebih lanjut
mengenai perincian bagaimana proses setiap perancangan dilakukan.

4.4.1 Unsur-unsur Perancangan Strategik


Perancangan  merupakan  satu  proses  yang  melibatkan  individu  di  mana  ia 
merangkumi  aktiviti  yang  boleh  meningkatkan  pembangunan  dan  peluang‐
peluang  dalam  usaha  mencapai  kejayaan.  Bagi  setiap  Muslim,  dalam  mengejar 
keredaan,  ia  perlu  disertakan  dengan  niat  yang  ikhlas  bagi  mencapai  kejayaan. 
Niat adalah awal bagi perbuatan manusia yang menggambarkan perbuatan yang 
akan  dilaksanakan  dan  keinginan  untuk  mencapai  hasil  yang  positif  dan 
konstruktif. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  
 
„Bahawasanya semua pekerjaan itu dimulakan dengan niat dan bahawasanya
pekerjaan seseorang itu bergantung kepada niatnya‰.
 
Proses perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya: 

(a) Mengenal Pasti Matlamat


Dalam membuat perancangan, matlamat yang dikehendaki mestilah jelas
sama ada matlamat yang perlu dicapai bagi jangka panjang atau matlamat
bagi jangka pendek. Matlamat yang jelas perlu merangkumi serampang
dua mata iaitu kejayaan dunia dan akhirat.

(b) Menilai Keupayaan Sumber


Keupayaan sumber juga perlu diambil kira dengan membuat analisa dari
sudut kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Semua ini penting untuk
menentukan sama ada matlamat itu boleh dan boleh dicapai atau
sebaliknya. Selain itu, perlu difikirkan cara terbaik yang boleh dilakukan
untuk menggembelingkan segala keupayaan yang ada untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

meningkatkan produktiviti dan ia juga perlu diambil kira peluang yang


disediakan oleh pihak kerajaan.

(c) Membuat Jangkaan atau Ramalan


Keupayaan untuk membuat jangkaan, andaian atau ramalan juga penting
dalam menyediakan strategi tertentu dalam memastikan matalamat
tercapai. Oleh itu, perlu juga dilakukan pelbagai kajian dari pelbagai sudut
seperti jangkaan pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, harga sumber,
pilihan gantian sumber dan sebagainya.

(d) Memperkenalkan Pelan Tindakan


Akhir sekali disediakan pelan tindakan yang difikirkan sesuai diambil
untuk menjayakan setiap misi yang disasarkan. Pelan ini perlu meliputi
perancangan utama dan langkah susulan perlu diambil sekiranya pelan
utama menghadapi kegagalan atau menghadapi sesuatu di luar jangkaan.

4.4.2 Proses Perancangan


Sebelum  pihak  pengurusan  memulakan  aktiviti  organisasi,  perancangan 
hendaklah  dibuat  terlebih  dahulu.  Terdapat  tiga  peringkat  utama  di  dalam 
proses  menyediakan  perancangan.  Peringkat‐peringkat  tersebut  seperti  dalam 
Rajah 4.2. 

Rajah 4.2: Tiga peringkat dalam proses perancangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  83

(a) Menentukan Objektif


Menentukan objektif ialah langkah pertama dan terpenting dalam
pembentukan sesuatu perancangan. Objektif menentukan apa yang harus
dilakukan. Ia merupakan sasaran yang akan dituju oleh sesebuah
organisasi. Objektif organisasi mestilah bersifat realistik dan mencabar,
sekiranya tidak berpotensi pekerja tidak akan dapat digunakan
sepenuhnya. Biasanya seseorang pengurus mempunyai dua bentuk objektif
iaitu objektif formal dan objektif tidak formal.

Objektif formal ialah objektif yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk
hitam putih serta disampaikan kepada seluruh ahli di dalam organisasi.

Objektif tidak formal pula tidak tercatat malahan ia hanya merupakan


sampingan kepada objektif yang formal.

(b) Membentuk Dasar dan Strategi


Peringkat kedua di dalam perancangan ialah membentuk dasar dan
strategi. Dasar merupakan satu garis panduan yang umum untuk sesuatu
organisasi. Untuk mencapai sesuatu objektif beberapa dasar mungkin
dibentuk. Dasar adalah lebih terperinci daripada objektif. Dasar merupakan
sesuatu peraturan asas untuk menjalankan sesuatu tindakan. Sebagaimana
yang dinyatakan, strategi ialah suatu perancangan jangka panjang yang
komprehensif yang dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai beberapa
matlamat. Untuk mencapai sesuatu matlamat, seseorang pengurus terlebih
dahulu mengatur suatu perancangan jangka panjang iaitu strategi. Strategi
merupakan suatu senjata yang paling utama dalam sebarang operasi.
Alfred D. Chandler mendefinisikan strategi sebagai mengatur langkah dan
peruntukan sumber-sumber pengeluaran yang perlu bagi mencapai
matlamat yang telah ditentukan. Ini jelas menunjukkan bahawa strategi
merupakan suatu perancangan tindakan untuk mencapai satu matlamat
yang telah ditentukan dengan menggunakan punca-punca matlamat yang
telah ditentukan dengan menggunakan sumber-sumber pengeluaran yang
ada dengan cara yang paling cekap.

(c) Perancangan Jangka Panjang


Perancangan jangka panjang bermula dengan pemahaman yang mendalam
tentang segala operasi yang dijalankan oleh sesebuah organisasi pada masa
sekarang. Ini meliputi keluaran-keluaran yang dikeluarkan dan bahagian-
bahagian keuntungan yang diperolehi dan segala yang berkaitan dengan
organisasi. Analisis operasi boleh dijalankan secara berkesan dengan
meneliti prestasi syarikat pada masa lalu. Perancangan lima tahun yang
akan datang biasanya adalah berasaskan kepada pengendalian dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

perancangan yang ada sekarang untuk membaiki pengendalian pada masa


hadapan.

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Apakah proses-proses yang membantu dalam perancangan


strategik dan perancangan taktikal?
2. Apakah peringkat-peringkat perancangan yang perlu ada dalam
pengurusan?

4.4.3 Ciri-ciri Perancangan yang Baik


Di antara ciri-ciri perancangan yang baik ialah:

(a) Luwes (Fleksibel)


Ciri ini penting terutamanya di dalam perancangan jangka panjang yang
objektif dan strategiknya boleh diubah untuk disesuaikan dengan keadaan
masa dan peluang baru yang mungkin wujud dari masa ke semasa.

(b) Keberkesanan Kos


Kos menyedia dan melaksanakan sesuatu perancangan itu seharusnya
tidak melebihi faedah yang boleh diperolehi daripada penggunaan
perancangan itu sendiri.

(c) Rasional
Sesuatu perancangan yang baik seharusnya bersifat rasional dari segi
objektif dan pelaksanaan.

(d) Ketepatan
Tiap-tiap penyataan dalam perancangan perlulah jelas dan tepat tentang
apa yang hendak dibuat, bila akan dibuat, di mana dan bagaimana akan
dibuat serta siapa yang akan melakukannya.

(e) Keformalan
Perancangan seharusnya disediakan dengan format yang tertentu dan
diselaras supaya ia boleh diikuti dan difahami oleh semua pihak yaang
bertanggungjawab di dalam pelaksanaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  85

(f) Kerahsiaan
Sesuatu perancangan seharusnya hanya diketahui oleh pihak-pihak yang
patut mengetahuinya dan tidak semua orang perlu tahu jika tiada
keperluan.

(g) Jangka Waktu


Sesuatu perancangan yang dibuat perlulah dinyatakan jangka masa
tertentu yang ingin dicapai. Jika jangka waktu tidak dinyatakan, maka ia
tidak akan berlaku dengan berkesan.

(h) Relevan (Sesuai)


Sesuatu perancangan perlu mengandungi objektif-objektif dan cara
pelaksanaan yang sesuai.

(i) Menyeluruh
Sesuatu perancangan harus bersifat komprehensif. Ia mestilah meliputi
semua fungsi dan peringkat di dalam sesebuah organisasi.

SEMAK KENDIRI 4.5

Apakah ciri-ciri perancangan yang baik?

 Perancangan ialah satu penentuan arah tujuan yang bakal dilakukan oleh
sesebuah organisasi. Ini memerlukan penentuan tentang apa yang akan
dibuat, siapa yang akan membuatnya dan bila masanya sesuatu kerja itu
perlu disiapkan.
 Islam telah menerima perancangan sebagai satu unsur penting dalam
kehidupan kerana perancangan merupakan salah satu cara untuk kita
melihat masa depan.
 Di dalam Islam, kehidupan dan segala sumbernya adalah amanah yang
diberikan kepada manusia. Oleh itu semua sumber-sumber itu adalah perlu
dirancang tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan kepada organisasi dan
persekitarannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

 Dari perspektif Islam, perancangan yang dibuat mestilah tidak bercanggah


dengan matlamat penubuhan organisasi serta tidak terkeluar dari landasan
Islam.
 Dari perspektif Islam juga objektif sesebuah organisasi juga tidak hanya
memberi tumpuan kepada keuntungan yang maksimum semata-mata,
namun Islam mementingkan hubungan antara manusia, seperti hubungan
pengurus dengan pekerja, pembeli dengan penjual, organisasi dan
masyarakat dan sebagainya.
 Allah s.w.t. menyuruh kita merancang dalam melaksanakan sesuatu.
Manusia perlu yakin bahawa Allah s.w.t. juga membuat perancangan dan
manusia hendaklah melakukan perancangan dan aktiviti yang selari dengan
kehendak Allah s.w.t. kerana apabila berlaku pertembungan dengan
perancangan manusia maka perancangan Allah s.w.t. lebih berjaya.
 Perancangan dikelaskan mengikut peringkat pengurusan dalam organisasi
seperti perancangan peringkat pengurusan tertinggi yang akan memberi
tumpuan kepada perancangan strategik, perancangan pengurusan peringkat
pertengahan (perancangan operasi) atau bawahan (perancangan harian,
mingguan, bulanan).

Aqidah Islam Organisasi formal


Fungsi perancangan Perancangan operasi
Jangka waktu Perancangan operasi
Keberkesanan kos Perancangan strategik
Luwes Perancangan taktikal

Ab. Wahab Mat et al. (2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UUM,
Sintok, Kedah.

Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t),
al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1 al-Quran
versi 6.31 (1997), CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa


Nazariyyah al- Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI  87

Jaafar Muhamad. (1992). Ed. ke-2. Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn Bhd.

Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al-Islami. Beirut: Muasasah Risalah,


h. 46, 83.

Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t). al-mustafa min ÂIlm
al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.
Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t). IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan
Rabb al- ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah.
Shahrol Aman Ahmad et al. (2004). Prinsip pengurusan. Fakulti Perniagaan dan
Pengurusan, Universiti Terbuka Malaysia.
Yusof Ismail. (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur:
A.S Noordeen.

Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar


al-FikrZainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn (1968). al-Asybah wa al-
nazaÊir Âala Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah
al-Halabi wa Auladuhu.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al-Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengorganisasian
5 dan Kepasukanan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara jelas tentang konsep autoriti dalam organisasi;
2. Mengenal pasti kepelbagaian dalam mereka bentuk kerja;
p
3. Menghuraikan bentuk-bentuk struktur organisasi;
4. Membincangkan konsep personaliti dan kerjaya; dan
5. Menjelaskan faktor dalam pemantapan sebuah kumpulan.

 PENGENALAN
Islam sangat mementingkan kehidupan manusia. Begitu juga ia mengambil berat
mengenai amanah dalam sesuatu organisasi. Apabila seseorang itu diberi
amanah untuk menjalankan sesuatu tugas, ia perlu mengorganisasikan segala
sumber yang ada dengan baik dan sempurna. Proses pengorganisasian juga
dianggap penting selepas fungsi perancangan. Istilah pengorganisasian
menentukan cara bagaimana suatu matlamat tersebut akan dicapai dan
menetapkan peranan serta tugas yang mesti dijalankan oleh setiap pekerja.
Dalam proses tersebut bahagian sumber manusia disusun dan dibahagikan
mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan
mencapai matlamatnya. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa,
membahagikan unit-unit atau jabatan serta memilih kakitangan untuk
memenuhi jawatan yang diwujudkan. Proses penyusunan melibatkan kerja
menstruktur organisasi.

Topik ini akan membincangkan beberapa tajuk mengenai pengorganisasian


seperti dimensi dan reka bentuk kerja dalam organisasi, jenis-jenis struktur
organisasi dan isu-isu kepasukanan dalam organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  89

5.1 DIMENSI DAN REKA BENTUK KERJA


Struktur organisasi ialah suatu susunan kerja, bahagian atau jabatan yang
mengarah perilaku individu dan kumpulan ke arah pencapaian objektif
organisasi. Ini merupakan satu sistem perhubungan antara tugas, aliran kerja
dan saluran komunikasi antara individu atau kumpulan kerja. Tujuannya bagi
mempermudahkan penggunaan setiap sumber dan individu secara kolektif
sebagai satu sistem pengurusan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya struktur organisasi akan menunjukkan pembahagian kerja
mengikut aktiviti seperti pemasaran, kewangan, pemprosesan, tingkat (hierarki)
autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat.
Autoriti dalam sebuah organisasi mengalir dari bahagian atasan ke bahagian
bawahan. Pakar-pakar pengurusan pula menegaskan bahawa autoriti dan
tanggungjawab harus berjalan serentak dan selari. Ini bermakna apabila
seseorang itu diberikan tanggungjawab melaksanakan sesuatu tugas, dia juga
harus diberikan kuasa atau autoriti untuk melaksanakan tugas tersebut.

5.1.1 Dimensi Utama Kerja: Kepelbagaian


Kemahiran, Identiti Tugas, Kepentingan Tugas,
Autonomi dan Maklumbalas
Jaafar Muhamad (1992) mendefinisikan istilah pengorganisasian sebagai
penyusunan sumber organisasi (sumber fizikal, sumber manusia dan sumber
fungsian seperti pemasaran, pengeluaran dan kewangan) dalam bentuk kesatuan
dengan cara berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang
dapat dicapai. Ini secara langsung berkait rapat dengan kepelbagaian yang
wujud dalam setiap organisasi.

Kepelbagaian tenaga kerja dalam organisasi berlaku apabila terdapat pekerja


yang berbeza dari segi bangsa, agama, jantina, umur dan juga perbezaan dari
sudut personaliti, nilai dan kepercayaan. Kepelbagaian yang diamalkan oleh
sesebuah organisasi itu akan menyumbang banyak manfaat terutamanya dalam
aspek penjimatan kos, pengekalan pekerja berbakat serta peningkatan
pertumbuhan perniagaan yang dijalankan.

Selain itu, kepelbagaian juga membantu organisasi meningkatkan kecekapan dan


produktiviti. Tenaga kerja yang pelbagai dapat memastikan setiap kerja dapat
dilaksanakan dengan baik serta mencapai objektif organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

5.1.2 Teori Pembentukan Kerja


Menurut Milkovich dan Boudreau (1988), reka bentuk kerja adalah gabungan
kerja, ganjaran dan kelayakan yang diperlukan dalam sesuatu pekerjaan. Gomez
(1998) pula menjelaskan bahawa reka bentuk kerja merupakan satu proses
penstrukturan kerja yang menghendaki tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan untuk melaksanakan pekerjaan khusus. Ia dilakukan bertujuan
meningkatkan keberkesanan organisasi serta kepuasan pekerja.

Reka bentuk dalam pekerjaan mesti suatu bentuk kerja yang membantu
memudahkan pencapaian matlamat organisasi serta pada masa yang sama dapat
mengenal pasti kemampuan dan keperluan mereka dalam melaksanakan
pekerjaan tersebut.

Terdapat dua reka bentuk kerja iaitu perluasan kerja dan pengkayaan kerja
seperti dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Perbezaan antara Perluasan Kerja dan Pengkayaan Kerja

Perluasan kerja Pengkayaan kerja


 Dikenali sebagai kepelbagaian kerja  Dikenali sebagai kepelbagaian kerja secara
secara mendatar menegak
 Merupakan peningkatan jumlah tugas  Merupakan peningkatan prestasi kerja
yang perlu dilaksanakan untuk dengan faktor motivasi seperti
meningkatkan kepelbagaian dan tanggungjawab, pencapaian, pengiktirafan
motivasi dan kemajuan
 Dapat melahirkan individu yang lebih  Pekerja dapat mengawal perancangan,
berkemahiran dalam pelbagai tugas pelaksanaan dan penilaian tugasannya
 Usaha ini tidak begitu diterima kerana  Menambah kebebasan pekerja dan
pekerja akan merasa terbeban dengan bersikap berdikari, bertanggungjawab
kerja yang lebih banyak serta memberikan maklumbalas untuk
 Kekurangan kepelbagaian dalam menilai dan memperbaiki prestasi pekerja
tugasan yang khusus

5.1.3 Analisis kerja, Deskripsi Kerja (Job Description)


dan Spesifikasi Kerja (Job Specification)
Analisis kerja merupakan salah satu tugas penting yang perlu dijalankan oleh
bahagian sumber manusia di dalam sesebuah organisasi.

Analisis pekerjaan juga didefinisikan sebagai suatu proses mempelajari sesuatu


pekerjaan untuk memperolehi, menganalisis, mensintesis dan melaporkan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  91

maklumat mengenai sesuatu pekerjaan dan semua ganjaran yang berkaitan


dengan pekerjaan (Heneman & Judge, 2000). Ivancevich (1995) pula menjelaskan
analisis pekerjaan adalah suatu proses yang sistematik bertujuan mengumpulkan
maklumat yang berkaitan dengan aspek kerja serta tugas bagi sesuatu jenis
pekerjaan.

Secara amnya, ia merupakan satu proses sistematik yang digunakan untuk


memperoleh dan menganalisis maklumat tentang sesuatu kerja bagi
membolehkan organisasi menentukan keperluan dalam sesuatu tugas tertentu.
Proses ini melibatkan segala aspek pekerjaan seperti maklumat yang berkaitan
dengan tugas, peranan, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yang perlu
dilaksanakan dalam sesuatu pekerjaan.

Hasil maklumat yang diperoleh daripada analisis kerja ini adalah untuk
menyediakan pangkalan data kerja dan membantu melaksanakan fungsi-fungsi
pengurusan sumber manusia. Pengurus sumber manusia akan menggunakan
hasil analisis kerja untuk menyediakan spesifikasi dan deskripsi pekerjaan (lihat
Rajah 5.1).

Rajah 5.1: Dua jenis analisis kerja

(a) Spesifikasi Pekerjaan


Spesifikasi pekerjaan (job specification) merupakan penerangan bertulis
tentang pengetahuan, kemahiran, keupayaan, sifat dan lain-lain kriteria
yang diperlukan bagi memastikan prestasi yang efektif terhadap suatu
pekerjaan. Maklumat ini penting kepada organisasi untuk memastikan
suatu jawatan yang ada di dalam organisasi itu dipegang oleh mereka yang
berkelayakan dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
sempurna sehingga matlamat organisasi tercapai. Organisasi akan
membayar kos gaji serta imbuhan berdasarkan tugas yang disempurnakan.

(b) Deskripsi Pekerjaan


Deskripsi pekerjaan (job description) adalah satu penyataan tentang tugas,
kewajipan dan tanggungjawab, peranan serta situasi kerja dalam sesuatu
pekerjaan. Ia menyenaraikan dengan jelas setiap tugas yang patut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

dilakukan secara terperinci, kewajipan dan tanggungjawab yang akan


dipikul. Begitu juga dalam sebuah organisasi, jawatan selalunya akan
diberi kepada mereka yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Pengurus organisasi boleh mendapatkan maklumat
tersebut daripada deskripsi pekerjaan yang disediakan oleh bahagian
sumber manusia.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Bagaimanakah kepelbagaian dalam organisasi boleh berlaku?


2. Apakah yang anda faham mengenai perluasan kerja?
3. Huraikan dengan ringkas konsep deskripsi pekerjaan dan
spesifikasi pekerjaan.

AKTIVITI 5.1

1. Mengapakah perluasan kerja perlu digantikan dengan pengkayaan


kerja? Jelaskan.
2. Apakah hubungan di antara kepelbagaian dan tugas dalam
sesebuah organisasi?
3. Bagaimanakah bahagian sumber manusia dalam organisasi
menganalisis sesuatu kerja?

5.2 HUBUNGAN KERJA DALAM ORGANISASI


Hubungan antara ahli di dalam sesuatu organisasi bukanlah bersifat hubungan
sosial. Ia adalah hubungan rasmi organisasi yang melibatkan struktur dalam
organisasi seperti siapa di atas dan siapa di bawah dari segi hierarki. Ini
melibatkan kesan pematuhan, berkenaan siapa yang perlu mengeluarkan arahan
dan siapa pula patut patuh kepada siapa dan lain-lain lagi. Subtopik ini akan
membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  93

5.2.1 Autoriti dan Tanggungjawab dalam Organisasi


Setiap organisasi mempunyai piawaian penilaian prestasi bagi semua jenis
jawatan dan pekerja. Setiap pekerja hendaklah mematuhi semua piawaian
tersebut agar proses penilaian prestasi dapat dijalankan dengan sempurna dan
adil. Dalam menyusun sebuah organisasi formal, terdapat tiga perkaitan asas
antara konsep iaitu autoriti, tanggungjawab dan penanggungjawaban.

Autoriti bermaksud hak untuk memberi arahan, mengambil tindakan dan


membuat keputusan berhubung dengan aktiviti-aktiviti bagi mencapai
matlamat organisasi.

Autoriti yang kuat biasanya ada pada pihak atasan serta ianya diperturunkan
kepada pihak bawahan mengikut kesesuaian tugas. Hak ini berasaskan jawatan
atau kedudukan formal seseorang dalam organisasi. Jika seseorang
meninggalkan kedudukan tersebut, autoriti masih kekal dalam jawatan tersebut.

Tanggungjawab boleh diertikan sebagai kewajipan seorang individu dalam


melaksanakan tugas yang telah diberikan kepadanya.

Ia wujud dengan adanya hubungan antara pekerja dan pengurus. Apabila


seorang pengurus mempunyai autoriti atau kuasa dalam memberikan tugasan
kepada pekerja, maka secara rasmi pekerja tersebut mempunyai tanggungjawab
terhadap suatu tugasan yang telah diserahkan. Penyerahan tersebut bukan
bermakna pengurus bebas dari sebarang tugasan tetapi ia merupakan kebenaran
kepada pekerja dalam menyelesaikan tugas; dalam erti kata lain, penurunan
tugas dari ketua kepada pekerja. Di samping itu, pengurus mesti memantau apa
sahaja tugas yang telah diserahkan kepada pekerja agar ia mencapai objektif
sebenar suatu organisasi.

Penanggungjawaban bermaksud ciri tanggungjawab yang mengalir dari


bawah ke atas dalam organisasi. Contohnya dari pekerja kepada penyelia,
dari penyelia kepada pengurus dan dari pengurus kepada pengurus besar
iaitu setiap kakitangan bertanggungjawab kepada ketuanya.

Hierarki autoriti adalah satu hubungan yang tidak putus daripada kekuasaan
pihak atasan kepada pekerja bawahan. Ia merujuk kepada hak yang diperoleh
oleh pengurus bagi mengeluarkan arahan dan menjangkakan arahannya
dipatuhi. Setiap pengurus diberikan satu tahap kekuasaan tertentu supaya ia
dapat melaksanakan tanggungjawab itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Struktur organisasi yang wujud dalam setiap organisasi terdiri daripada unit
atau jabatan, kedudukan individu dalam organisasi serta perkaitan dan
perhubungan antara satu dengan lain. Bentuk struktur yang dipilih akan
menentukan kaedah atau cara sesebuah organisasi itu bergerak.

Syura merupakan mekanisme pembuatan keputusan yang lazim digunakan


bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi juga dalam sebuah organisasi.
Secara umum, sistem syura ini digunakan dalam menyelesaikan masalah yang
dikenali sebagai musyawarah atau mesyuarat.

Syura bermaksud mendapatkan pandangan daripada orang yang


mempunyai banyak pengalaman terhadap sesuatu perkara untuk mencapai
kebenaran pada kebanyakan perkara.

Sistem syura ini digunakan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga hari
ini.

Rajah 5.2 menunjukkan satu carta rantaian perintah (chain of command) dalam
sebuah organisasi. Garisan yang menghubung kotak-kotak yang berada di
bahagian atas dengan kotak-kotak yang berada di bahagian bawah dikenali
sebagai rantaian perintah. Carta rantaian perintah ini menerangkan autoriti
setiap individu dalam sebuah organisasi. Individu yang berada pada barisan
atasan mempunyai autoriti terhadap individu barisan bawahan mengikut
garisan yang menghubungkannya. Individu barisan atas mempunyai hak dalam
memberi arahan, mengambil tindakan serta membuat keputusan berkenaan
tugas individu dibawahnya. Sebarang aduan atau pertanyaan mestilah dirujuk
kepada pihak yang berada diatasnya terlebih dahulu sebelum dirujuk oleh
pengurus atasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  95

Rajah 5.2: Carta rantaian perintah

Paduan arahan (unity of command) pula merujuk kepada seorang pengurus


sahaja dalam satu bahagian. Pengurus tersebut mempunyai hak untuk membuat
keputusan dan memberikan arahan kepada para pekerja yang berada di dalam
rantaian perintahnya. Jika terdapat lebih dari seorang pengurus dalam satu
bahagian, kelancaran suatu tugas akan terganggu disebabkan perbezaan arahan
yang diterima.

Jangkauan kawalan (span of control) boleh dirujuk pada bilangan pekerja yang
melapor secara langsung kepada pengurus. Terdapat dua jenis jangkauan
kawalan iaitu jangkauan kawalan sempit dan jangkauan kawalan luas.
Jangkauan kawalan sempit bermaksud bilangan pekerja yang melapor kepada
pengurus adalah dalam jumlah yang sedikit manakala jangkauan kawalan luas
bermaksud bilangan pekerja yang melapor kepada pengurus adalah dalam
jumlah yang ramai seperti dalam Rajah 5.3(a) dan Rajah 5.3(b).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Rajah 5.3(a): Jangkauan kawalan sempit

Rajah 5.3(b): Jangkauan kawalan luas

Pelaksanaan jangkauan kawalan perlu disesuaikan mengikut jenis pekerjaan


yang dilakukan oleh pihak pengurus dan pekerja. Sekiranya suatu kerja yang
dilaksanakan memerlukan khidmat nasihat, bimbingan dan penyeliaan daripada
pengurus, maka jangkauan kawalan sempit sesuai digunakan. Tetapi jika kerja
yang dilakukan tidak memerlukan sebarang khidmat nasihat, bimbingan dan
penyeliaan yang khusus daripada pengurus, maka jangkauan kawalan luas
sesuai diaplikasikan.

Tahap pemusatan kuasa (delegation of authority) ada dua jenis iaitu pemusatan
dan pemencaran. Pemusatan kuasa merupakan situasi yang merangkumi
keseluruhan kuasa dipusatkan, terutamanya kuasa dalam membuat keputusan
kepada pihak atasan sebuah organisasi. Konsep pemusatan kuasa ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  97

memberikan autoriti membuat keputusan sepenuhnya kepada pihak pengurus


walaupun berkaitan perkara yang kecil.

Pemencaran kuasa pula bererti autoriti yang diturunkan kepada pekerja


bawahan dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik mengikut bidang
kuasa yang diberikan. Masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera tanpa
mengambil masa yang terlalu lama.

SEMAK KENDIRI 5.2

Apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab?

5.3 JENIS-JENIS STRUKTUR ORGANISASI


Jenis-jenis struktur organisasi terbahagi kepada lapan iaitu:
(a) Struktur mudah;
(b) Struktur fungsian;
(c) Struktur bahagian;
(d) Struktur konglomerat;
(e) Struktur kacukan;
(f) Struktur matriks;
(g) Struktur berasaskan pasukan; dan
(h) Struktur rangkaian.

5.3.1 Struktur Mudah


Bentuk struktur ini merupakan bentuk organisasi yang pertama. Struktur ini
biasa ditemui pada peringkat awal penubuhan sebuah firma. Ia menggambarkan
keinginan dan personaliti pemilik sebuah organisasi. Pada peringkat ini,
hierarkinya adalah mendatar, memiliki sedikit peraturan dan tahap
pengkhususan kerja yang rendah (lihat Rajah 5.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Rajah 5.4: Struktur mudah

(Hanya ada satu tahap pengurusan hierarki di bawah pemilik)

5.3.2 Struktur Fungsian


Bentuk organisasi kedua ialah struktur fungsian. Struktur fungsian merupakan
struktur penjabatan berasaskan fungsi perniagaan. Struktur ini meletakkan
pekerja dengan kemahiran kerja yang sama dalam satu kumpulan formal.
Contoh penjabatan berdasarkan fungsian seperti pemasaran, kewangan,
pengeluaran, sumber manusia dan lain-lain bersesuaian dengan organisasi
tersebut (lihat Rajah 5.5).

Rajah 5.5: Struktur fungsian

5.3.3 Struktur Bahagian


Struktur bahagian adalah bentuk organisasi yang ketiga. Pekerja yang
mempunyai pelbagai kemahiran diletakkan dalam satu jabatan atau kumpulan
(lihat Rajah 5.6 (a), Rajah 5.6 (b) dan Rajah 5.6 (c).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  99

Rajah 5.6 (a): Contoh struktur bahagian produk

(Struktur ini digunakan oleh organisasi yang mempunyai pelbagai jenis produk
dan perkhidmatan untuk dipasarkan)

Rajah 5.6 (b): Contoh struktur bahagian pelanggan

(Struktur ini membolehkan pihak pengurusan memberi tumpuan layanan


kepada para pelanggan)

Rajah 5.6 (c): Contoh struktur bahagian geografi

(Struktur yang membahagikan para pekerja berdasarkan kawasan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

5.3.4 Struktur Konglomerat


Struktur konglomerat ini digunapakai oleh syarikat besar yang menjalankan
perniagaan yang berbeza serta ianya tidak berhubungan antara satu sama lain
(lihat Rajah 5.7).

Rajah 5.7: Contoh struktur konglomerat

5.3.5 Struktur Kacukan


Jenis struktur organisasi kelima ini menggabungkan struktur fungsian dan
bahagian dalam organisasi yang sama (lihat Rajah 5.8).

Rajah 5.8: Contoh struktur kacukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  101

5.3.6 Struktur Matriks


Struktur organisasi matriks adalah gabungan struktur bahagian dan fungsian di
dalam suatu grid. Terdapat dua struktur arahan iaitu menegak dan mendatar.

5.3.7 Struktur Berasaskan Pasukan


Struktur organisasi ini memerlukan sebuah kumpulan, sama ada tetap atau
tidak, digunakan bagi memperbaiki hubungan secara mendatar serta
menyelesaikan masalah bersama dalam sesebuah organisasi.

5.3.8 Struktur Rangkaian


Pada peringkat struktur ini, sesebuah organisasi mempunyai pusat perniagaan
dan bekerjasama dengan beberapa firma di tempat yang berbeza. Mereka
berhubungan melalui jaringan komputer.

Mekanisma Penyelarasan: Matlamat, Polisi, Peraturan, Prosedur dan Pelan

Rajah 5.9: Mekanisma penyelarasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Huraikan jenis-jenis struktur dalam organisasi.


2. Bagaimanakah perkaitan antara peraturan dan prosedur?

AKTIVITI 5.2
Berdasarkan kepada struktur-struktur organisasi yang telah
dibincangkan, struktur manakah yang anda rasa paling penting?
Mengapa?

5.4 KERJA BERPASUKAN DALAM ORGANISASI


Pasukan dan kumpulan merupakan dua entiti berbeza.

Pasukan dapat didefinisikan sebagai satu entiti yang saling bergantung dan
lengkap melengkapi dalam semua aspek antara ahli serta mempunyai
komitmen mencapai matlamat.

Kumpulan pula boleh didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang
berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain dalam mencapai
matlamat tertentu.

Amalan berpasukan amat popular kerana ia dapat meningkatkan prestasi dan


fleksibiliti dalam sebuah organisasi. Kejayaan yang dicapai dalam sebuah
pasukan adalah hasil kebergantungan antara setiap ahli pasukan serta
usahasama antara mereka. Setiap ahli juga akan mempengaruhi ahli yang lain
apabila bekerja dalam satu pasukan.

Suatu pasukan akan diperlukan apabila tujuan atau maksud penggunaanya


adalah jelas. Kebanyakan organisasi menggunakan pasukan kerana beranggapan
suatu pasukan yang ditubuhkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Tetapi suatu pasukan hanya akan berjaya apabila setiap ahli tahu tujuan
penubuhan pasukan tersebut dan apa yang perlu mereka laksanakan. Selain itu,
pasukan juga diperlukan apabila suatu kerja itu tidak boleh dilakukan secara
individu. Dalam erti kata lain, pasukan diperlukan dalam suatu tugas yang lebih
kompleks, memerlukan pelbagai perspektif atau memerlukan pengulangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  103

interaksi dengan orang lain untuk menyelesaikannya. Pasukan boleh digunakan


apabila telah tersedia pelbagai sumber antaranya latihan, masa, tempat dan
kaedah untuk bekerja bersama-sama, peralatan dan maklumat yang konsisten
serta maklumbalas mengenai proses kerja berpasukan dan prestasi kerja. Setiap
pasukan juga mempunyai autoriti yang jelas untuk mengurus dan mengubah
cara kerja, membuat penjadualan kerja, latihan dan penyelenggaraan atau
bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Apabila autoriti tugas
dalam satu pasukan telah jelas, maka kerja yang ditanggungjawabkan dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

5.4.1 Personaliti dan Kerjaya


Personaliti merupakan perkara pertama yang akan menentukan tingkah laku
seseorang dalam setiap pasukan.

Personaliti boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri dan sifat-sifat yang


membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain.

Ia merupakan antara faktor yang membantu interaksi sesama individu.


Personaliti adalah gabungan antara kestabilan ciri-ciri fizikal dan mental yang
akan menjadikan identiti tersendiri (lihat Rajah 5.10). Rajah ini menunjukkan
terdapat lima jenis personaliti iaitu jenis personaliti keterbukaan, persetujuan,
berhati-hati, emosi yang stabil dan terbuka pengalaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Rajah 5.10: Dimensi dalam personaliti

Rajah 5.11 pula menerangkan empat ciri-ciri personaliti, iaitu keberkesanan diri,
penghargaan diri, lokus kawalan dan pemantauan diri.

Rajah 5.11: Empat ciri personaliti yang penting dalam organisasi

(a) Lokus Kawalan


Lokus kawalan menyatakan sebanyak mana manusia percaya bahawa
mereka mengawal takdir mereka melalui usaha mereka sendiri. Lokus
kawalan terbahagi kepada dua golongan iaitu individu yang mempunyai
lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman. Seseorang yang
tergolong dalam lokus kawalan luaran akan melihat kehidupan mereka

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  105

dikawal oleh kuasa luar, manakala individu yang mempunyai lokus


kawalan dalaman percaya mereka yang mengawal dan mencorak
kehidupan mereka.

(b) Keberkesanan Diri (Self-efficacy)


Keberkesanan diri (self-efficacy) merupakan kepercayaan ke atas
keupayaan sendiri untuk melakukan suatu tugas demi mencapai kejayaan.
Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi berani mengambil
risiko serta lebih teliti dalam membuat sebarang pemilihan. Keyakinan diri
individu yang rendah pula lebih sensitif terhadap pengaruh luar. Mereka
lebih mengutamakan pendapat serta persetujuan orang lain daripada
pendapat sendiri. Kajian mengesahkan bahawa individu yang
berkeyakinan diri yang tinggi lebih berpuas hati dengan kerjaya mereka
berbanding individu yang mempunyai keyakinan diri yang rendah.

(c) Penghargaan Diri (Self-esteem)


Penghargaan diri (self-esteem) meninjau sejauh mana seseorang itu
menyukai atau tidak menyukai dirinya. Setiap individu harus berusaha
meningkatkan harga diri. Pengurus juga berperanan memberi sokongan,
perhatian serta meyakini keupayaan pengurusan kendiri pekerja di
samping memberi ganjaran di atas usaha yang telah disumbangkan.

(d) Pemantauan Diri (Self-control)


Pemantauan diri (self-control) merujuk kepada keupayaan individu
menyelaraskan gelagatnya terhadap situasi yang berbeza. Seseorang yang
mempunyai pengawalan diri yang tinggi menunjukkan penyesuaian yang
ketara walaupun dalam keadaan yang berbeza. Pemantauan diri yang
rendah pula ialah ia gagal mengawal diri dalam keadaan sedemikian.
Mereka lebih menunjukkan sifat semulajadi mereka.

5.4.2 Peranan Anggota-anggota Kumpulan


Setiap individu dalam kumpulan mempunyai peranan penting dalam mencapai
matlamat organisasi (lihat Jadual 5.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Jadual 5.2: Peranan Anggota-anggota Kumpulan

Peranan Penerangan
Mendalamkan pengetahuan Apabila terdapat isu yang perlu dibentangkan dalam
dalam satu bidang kerja satu kumpulan, setiap ahli kumpulan tersebut
mestilah menyumbangkan idea, pendapat serta
pengalaman mereka dalam pelbagai aspek. Ini
membantu ketua kumpulan dalam proses pembuatan
keputusan di samping bertukar pandangan sesama
ahli kumpulan. Bertukar idea serta maklumat dapat
menambahkan ilmu pengetahuan yang sudah sedia
ada dalam diri mereka.
Mewujudkan pelbagai strategi Pembahagian kerja dalam kumpulan biasanya
dalam penyelesaian masalah dibahagikan antara ahli bagi memudahkan proses
pembuatan keputusan. Ini menjadikan setiap orang
mempunyai kemahiran dalam bidang tugas tertentu.
Dalam setiap perbincangan, ahli kumpulan akan
mengutarakan idea-idea yang dapat membantu dalam
menyelesaikan suatu masalah.
Membantu meningkatkan Individu dalam kumpulan yang terlibat secara
produktiviti langsung dalam proses pembuatan keputusan akan
lebih komited serta sanggup menerima beban
tanggungjawab berbanding dengan ahli yang lain.
Hasilnya, produktiviti suatu kerja akan meningkat
apabila setiap tugas dilaksanakan dengan sukarela.
Membantu menjimatkan masa Apabila setiap ahli kumpulan mempunyai
pengetahuan serta kepakaran dalam pelbagai aspek,
ini akan memudahkan mereka membuat keputusan di
samping dapat menjimatkan masa.
Mencapai matlamat Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab
dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi.

Membuat penambahbaikan Teguran atau komen yang diterima daripada


pelanggan adalah salah satu faktor penting dalam
sebuah organisasi. Ini akan dapat meningkatkan mutu
kerja dan kualiti suatu kerja di atas penambaikan
yang dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  107

5.4.3 Proses Keberkesanan Kumpulan


Bekerja secara berkumpulan dalam organisasi meningkatkan pencapaian
organisasi. Terdapat beberapa faktor yang akan memberi kesan kepada kerja
secara berkumpulan. Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan
kumpulan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.12.

Rajah 5.12: Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kumpulan

(a) Saiz Kumpulan


Ia bergantung kepada jenis kerja yang dilaksanakan. Saiz optimum adalah
antara lima hingga tujuh orang. Saiz kumpulan membolehkan setiap ahli
mengenali antara satu sama lain. Semakin besar saiz kumpulan itu,
semakin rumit proses komunikasi dalam kumpulan tersebut. Jika tugas
yang dilaksanakan memerlukan pembentukan kumpulan yang besar, maka
lebih baik kumpulan itu dibahagikan mengikut kumpulan yang lebih kecil
berdasarkan tanggungjawab yang diberikan.

(b) Perwatakan Ahli


Kemahiran dan perwatakan yang baik adalah perlu dalam mewujudkan
kumpulan kerja yang baik. Setiap ahli mempunyai peranan penting dalam
sebuah organisasi di samping meningkatkan prestasi organisasi.

(c) Tanggungjawab
Sesebuah kumpulan kerja wujud apabila ada tugas yang perlu diselesaikan.
Tanggungjawab tersebut termasuklah menyelesaikan masalah, menjana

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

idea, merancang dan melaksanakan perubahan, peningkatan kualiti,


membuat keputusan dan sebagainya.

(d) Organisasi
Secara am, norma dalam sebuah organisasi akan mempengaruhi kumpulan
kerja dalam organisasi tersebut. Organisasi yang terlalu bersifat birokrasi
seperti tentera mengandungi prosedur dalam setiap tugas yang
dilaksanakan.

(e) Ketua Kumpulan


Individu yang bertanggungjawab dalam mengetuai sebuah kumpulan
sebenarnya mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kumpulan itu. Ketua
kumpulan mempunyai hak ke atas kedudukan mereka dalam hierarki
kumpulan tersebut. Walaupun ketua kumpulan tidak mempunyai
kedudukan dalam sebuah organisasi, mereka juga bertanggungjawab serta
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik apabila mengetuai
sebuah kumpulan kerja.

(f) Proses dan Prosedur


Satu model proses yang berkesan digunakan dalam menyelesaikan
masalah dalam kumpulan iaitu:
(i) Mengenal pasti masalah
(ii) Mencari maklumat
(iii) Merancang
(iv) Pandangan
(v) Penilaian
(vi) Keputusan

(g) Komunikasi
Cara berkomunikasi antara ahli sesama ahli dan ahli bersama orang luar
memberikan kesan pada keberkesanan sebuah kumpulan kerja.
Komunikasi yang berkesan dapat dilihat sekiranya saiz sesebuah
kumpulan yang kecil berbanding kumpulan yang besar.

5.4.4 Peringkat Pembentukan Kumpulan


Rajah 5.13 menunjukkan terdapat lima peringkat dalam pembentukan sesebuah
kumpulan iaitu pembentukan, persaingan, pembentukan norma, pelaksanaan
dan pembubaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  109

Rajah 5.13: Peringkat pembentukan kumpulan

(a) Pembentukan
Peringkat pertama ialah peringkat pembentukan (forming). Ia dikenali
sebagai peringkat pengenalan dan penerimaan antara satu sama lain. Pada
peringkat ini, ahli kumpulan cuba untuk mengenal pasti dan mempelajari
perlakuan yang digemari serta tidak digemari. Ketidakpastian juga tinggi
berkenaan dengan matlamat kumpulan, kuasa dan hubungan antara
perorangan. Peringkat ini lebih menekankan orientasi dan penyesuaian
diri.

(b) Persaingan
Peringkat kedua ialah peringkat persaingan atau pertelingkahan
(storming). Setiap ahli kumpulan sudah berasa selesa antara satu sama lain
dan timbul isu siapa layak menjadi ketua serta peranan yang dimainkan
dalam kumpulan tersebut. Konflik timbul pada peringkat ini kerana
penetapan matlamat serta peraturan tidak mudah diterima oleh setiap ahli
kumpulan. Ia berakhir apabila struktur kumpulan jelas iaitu apabila
melantik seorang ketua, peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli,
tanggungjawab dan sebagainya.

(c) Pembentukan Norma


Peringkat ketiga ialah pembentukan norma dalam kumpulan (norming).
Semua masalah dan konflik telah dapat diselesaikan. Kerjasama antara ahli
kumpulan mulai terbentuk apabila ahli kumpulan jelas berkenaan dengan
arah, tujuan, norma yang perlu dipatuhi serta peraturan yang perlu diikuti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

(d) Pelaksanaan
Peringkat pelaksanaan (performing) adalah peringkat keempat dalam
pembentukan kumpulan. Kumpulan yang telah terbentuk mula berfungsi
sebagai satu unit dan ahli kumpulan bertindak menyokong antara satu
sama lain.

(e) Pembubaran
Peringkat terakhir iaitu peringkat pembubaran (adjourning). Selepas tugas
yang diberikan telah diselesaikan, kumpulan tersebut akan dibubarkan.
Perasaan ahli kumpulan terhadap pembubaran tersebut ada bermacam-
macam. Ada yang gembira dan ada yang sebaliknya.

5.4.5 Ciri-ciri Pasukan yang Berkesan


Suatu pasukan adalah berkesan apabila berjaya menghasilkan keputusan yang
cemerlang dan berjaya mencapai keputusan selepas menghadapi pelbagai
kesukaran serta rintangan. Setiap ahli dalam pasukan tersebut mestilah
mempunyai rasa tanggungjawab sesama mereka dalam memberikan sumbangan
peribadi ke arah keputusan yang ingin dicapai. Ciri-ciri pasukan yang
berprestasi tinggi dapat dilihat dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3: Ciri-ciri Pasukan yang Berkesan

Ciri-ciri Penerangan
Hasil Pasukan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding apa-
apa yang mampu dihasilkan oleh individu.
Objektif Ahli-ahli dalam setiap pasukan memahami tujuan mereka dan
berkongsi matlamat, iaitu kombinasi bagi mencapai misi.
Tenaga Setiap ahli mendapat kekuatan dan membina keupayaan melalui ahli-
ahli yang lain. Ini menerangkan tentang gabungan tenaga sesama ahli
pasukan.
Struktur Ahli yang lebih matang membentuk mekanisme untuk berurusan
dengan isu prosedur, organisasi, peranan, kawalan dan juga
kepimpinan.
Persekitaran Ahli-ahli membentuk kepercayaan dan budaya yang terbuka, dapat
menghadapi dan mengambil risiko serta keyakinan yang boleh
dikongsi bersama-sama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  111

5.4.6 Kekuatan dan Kelemahan dalam Kumpulan


Jadual 5.4 membandingkan kekuatan dan kelemahan dalam kumpulan.

Jadual 5.4: Kekuatan dan Kelemahan dalam Kumpulan

Kekuatan Kelemahan
Meningkatkan kepuasan pelanggan Kadar pusing ganti yang tinggi
 Pelanggan akan terus dihubungkan  Pada peringkat awal pembentukan
kepada pasukan di samping kumpulan, ahli tidak dapat
memenuhi kehendak pelanggan. menyesuaikan keadaan persekitaran
dalam pasukan.
 Ketidakupayaan untuk mengambil
tanggungjawab, menyumbang usaha
dan tidak berpengalaman.
Meningkatkan kualiti produk dan Lepak sosial
perkhidmatan  Pekerja gagal untuk memberikan
 Pasukan dapat memenuhi keperluan sumbangan dalam suatu kerja.
terhadap kepantasan dan kecekapan  Menjadi „sleeping partner‰ dalam
mereka bentuk dan mengeluarkan pasukan.
produk.
 Berlaku dalam pasukan yang bersaiz
 Perubahan citarasa yang pantas besar.
menyebabkan organisasi memerlukan
kepantasan dan kecekapan tersebut.  Kegiatan mereka sukar dikesan oleh
pihak atasan.

Meningkatkan tahap kepuasan kerja Gelagat pembatasan diri


 Memberi pekerja peluang untuk  Terdapat ahli kumpulan yang tidak
meningkatkan kemahiran. mengeluarkan sebarang pandangan
 Ahli pasukan dapat menikmati atau pendapat.
kepuasan kerja daripada  Ahli yang tidak melibatkan diri dalam
tanggungjawab kerja yang perbincangan dan banyak berfikir atau
dilaksanakan. ‰daydreaming‰.

Membuat keputusan yang berkualiti


 Pasukan terdiri daripada individu
yang mempuyai pengetahuan,
kemahiran, keupayaan dan
pengalaman yang berbeza.
 Menjana idea yang bernas dalam
menyelesaikan suatu masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Apakah yang anda faham tentang konsep personaliti pada hari ini?
2. Merujuk kepada peringkat pembentukan kumpulan, apakah yang
berlaku pada peringkat persaingan?

AKTIVITI 5.3

Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul.

Pernyataan Betul
Seseorang yang tergolong dalam lokus kawalan
luaran akan melihat kehidupan mereka dikawal oleh
kuasa luar.
Personaliti boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri dan
sifat-sifat yang membezakan antara seorang individu
dengan individu yang lain.
Dimensi personaliti jenis keterbukaan menerangkan
ciri-ciri individu yang bersikap lemah lembut,
kesediaan memberikan kerjasama, pemaaf dan
fleksibel.
Timbulnya konflik pada peringkat persaingan
kerana penetapan matlamat serta peraturan tidak
mudah diterima oleh setiap ahli kumpulan.
Pemantauan diri yang rendah pula gagal menyamar
diri dalam keadaan sedemikian. Mereka lebih
menunjukkan sifat semulajadi mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  113

 Islam sangat mementingkan kehidupan secara berjamaah.


 Organisasi perlu distruktur sebaik mungkin agar ia dapat memberikan ruang
ke arah kecekapan dan keberkesanan suatu kerja. Reka bentuk struktur
organisasi juga perlu disesuaikan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhinya agar dapat membantu ke arah keberkesanan strategi yang
dirancang.
 Kepelbagaian tenaga kerja memberikan banyak manfaat dalam organisasi. Ia
dapat membantu dalam memperkukuhkan kelebihan persaingan di samping
para pengurus mengetahui tentang perbezaan yang wujud antara individu.
 Setiap pekerja yang terlibat dalam sebuah organisasi secara langsung terlibat
dalam menggalas tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ini
kerana tanggungjawab serta autoriti adalah saling berkaitan antara satu sama
lain dalam meningkatkan prestasi sebuah organisasi.
 Individu merupakan aset bernilai kepada sebuah organisasi. Penelitian
terhadap gelagat individu penting kepada seorang pengurus untuk
mengurus sebuah organisasi. Gelagat individu boleh diteliti melalui aspek
nilai, sikap, personaliti, persepsi dan pembelajaran.
 Pasukan adalah satu entiti yang mampu memberikan kekuatan kepada
pembangunan organisasi. Pasukan yang diwujudkan mestilah sesuai pada
masanya agar dapat memaksimumkan kebaikannya.

Autoriti Kerja berkumpulan


Pasukan Penghargaan diri (Self-esteem)
Personaliti Keberkesanan diri (Self-efficacy)
Struktur organisasi Pemantauan diri (Self-control)
Tanggungjawab Syura

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Ab. Wahab Mat et al. (2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UUM,
Sintok, Kedah.

Abu Sin, Ahmad Ibrahim. (1991). Pengurusan dalam Islam (terjemahan Abd
Rashid Ngah dan Jusoh Kadir), K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Quran versi 6.31. (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management, New York:
McGraw-Hill.

Jaafar Muhamad. (1992). Ed. ke-2. Asas pengurusan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti
Sdn Bhd.

Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development; An Islamic


perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.
Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications &
Distributions.

P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for
tomorrowÊs leaders. Ohio: Thomson South-Western.
Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management theory and application. Illinois:
Richard D. Irwin Inc.

Shahrol Aman Ahmad et al. (2004). Prinsip Pengurusan. Fakulti Perniagaan dan
Pengurusan, Universiti Terbuka Malaysia.

Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management. Prentice Hall,
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of scientific management.


New York: Harper & Row.

Yusof Ismail. (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur:


A.S Noordeen.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al-Islamiyyah, Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumber
6 Manusia
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi pengurusan sumber manusia mengikut
pandangan konvensional dan Islam;
p
2. Mengenal pasti kepentingan pengurusan sumber manusia kepada
organisasi;
3. Menghuraikan beberapa isu perundangan dan pembangunan
pengurusan sumber manusia; dan
4. Menjelaskan prinsip-prinsip Islam dalam pengurusan sumber
manusia.

 PENGENALAN
Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian yang penting dalam
ilmu pengurusan. Ini adalah kerana semua aktiviti organisasi dilaksanakan oleh
sumber manusia organisasi.

Pengurusan sumber manusia ialah aktiviti yang menumpukan bagaimana tenaga


kerja diurus dengan baik di dalam sesuatu organisasi agar matlamat organisasi
dapat dicapai dengan sempurna. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa
manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan
berkesan dan cekap dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian
matlamat organisasi.

Pekerja adalah aset paling penting dan bernilai dalam organisasi. Oleh itu,
perhatian perlu diberi kepada cara mengurus pekerja dengan baik dan berkesan
supaya mereka dapat menyumbang tenaga dengan produktif kepada organisasi.
Berbagai cara mengurus difikir dan dilaksanakan di setiap organisasi bagi
mencapai matlamat organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

Topik ini akan membincangkan definisi sumber manusia, bagaimana ia menjadi


penting kepada pencapaian organisasi dan beberapa prinsip Islam dalam
pengurusan sumber manusia.

6.1 DEFINISI SUMBER MANUSIA


Terdapat berbagai definisi diberikan oleh para sarjana mengenai ilmu
pengurusan sumber manusia. Secara umumnya, ia merujuk kepada cara dan
pendekatan sesebuah organisasi mengurus dan mengawal aktiviti yang berkait
dengan sumber manusia agar ia seiring dengan matlamat yang ingin dicapai
(lihat Jadual 6.1).

Jadual 6.1: Definisi Pengurusan Sumber Manusia oleh Para Sarjana

Para Sarjana Definisi


Ivancevich Mendefinisikannya sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam
(2001) organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber
manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan
individu.
Noe et all Mendefinisikannya sebagai dasar, amalan dan sistem yang
(2000) mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara
amalan bidang ini termasuklah menentukan keperluan sumber
manusia, menarik pekerja yang berpotensi, memilih pekerja,
mengajar pekerja bagaimana melaksanakan kerja dan menyediakan
mereka untuk masa hadapan, memberi ganjaran, menilai prestasi dan
membentuk persekitaran pekerjaan yang positif.
Daft (2000) Merumuskan bahawa bahagian sumber manusia sesuatu jabatan
mempunyai tugas utama kepada organisasi di dalam aktiviti menarik
pekerja yang berpotensi kepada organisasi, membangunkan pekerja
di dalam organisasi agar sesuai dengan pencapaian matlamat dan
mengekalkan pekerja yang telah sesuai dan mahir di dalam
organisasi.

Pengurusan sumber manusia mempunyai fungsi tertentu yang sentiasa


berkembang mengikut keperluan dan cabaran semasa. Byres dan Rue (2000)
menjelaskan terdapat enam fungsi utama pengurusan sumber manusia iaitu:
(a) Perancangan dan perekrutan;
(b) Pembangunan sumber manusia;
(c) Pampasan dan kemudahan;
(d) Keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  117

(e) Perhubungan industri; dan


(f) Penyelidikan sumber manusia.

Fungsi-fungsi di atas akan dibincangkan dalam topik yang akan datang.


Mengikut definisi dari perspektif Islam pula, ilmu pengurusan sumber manusia
tergolong di dalam ilmu fardhu kifayah. Sumber utama ilmu ini adalah akal
fikiran dan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syariah, ia boleh
dipraktikkan. Ini kerana Islam mempunyai prinsip terbuka di dalam menerima
dan mengembang ilmu pengetahuan. Apa yang penting adalah ia tidak
bercanggah dengan hukum syariah dan etika Islam. Oleh itu fungsi yang disebut
di atas tadi boleh diterima sama ada dikurang atau ditambah mengikut
keperluan semasa di dalam organisasi.

6.1.1 Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia


Pengurusan sumber manusia merupakan suatu aktiviti penting dalam sebuah
organisasi. Ini kerana, kajian mendapati bahawa terdapat hubungan antara
pengurusan sumber manusia yang cekap dengan prestasi organisasi. Oleh itu,
jika organisasi mahu memastikan sumber manusia ataupun pekerja boleh
membantu mencapai matlamat dan objektif organisasi, maka ia perlu diurus
dengan baik. Pengurus sumber manusia yang berupaya memotivasikan pekerja
seperti menyediakan latihan kepada pekerja, memberi imbuhan yang adil dan
menarik dan yang memberikan penilaian secara adil dapat menghasilkan tenaga
kerja yang mempamerkan prestasi yang cemerlang.

Di samping itu, menurut kajian yang dibuat oleh Huselid (1995), beliau
mendapati bahawa pengurusan sumber manusia mempengaruhi kadar lantik
henti pekerja. Pekerja yang tidak diurus dengan baik lebih cenderung untuk
berhenti kerja berbanding pekerja yang diurus dengan baik dan sempurna.

Byars dan Rue (2006) menyatakan bahawa pengurus sumber manusia boleh
memberi kesan langsung pada prestasi organisasi melalui pelbagai cara.
Antaranya:
(a) Mengurangkan perbelanjaan lebih masa yang tidak sepatutnya dengan
meningkatkan produktiviti pada hari kerja biasa;
(b) Memantau ketidakhadiran dan melaksanakan program yang dirangka
khusus untuk mengurangkan perbelanjaan bagi masa tidak bekerja;
(c) Menghapuskan masa yang dibazirkan oleh pekerja melalui reka bentuk
kerja yang baik;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

(d) Meminimumkan lantik henti pekerja dengan mengamalkan hubungan


pekerja yang baik dengan membentuk satu suasana kerja yang boleh
meningkatkan prestasi kerja;
(e) Melaksanakan dan memantau program keselamatan dan kesihatan yang
berkesan bagi mengurangkan kehilangan masa akibat kemalangan dan
memastikan kos perubatan dan pampasan rendah;
(f) Melatih dan membangunkan pekerja dengan sempurna agar mereka
mempunyai nilai tambah kepada organisasi serta mereka boleh
menjalankan kerja membuat serta menjual produk ataupun perkhidmatan
berkualiti tinggi pada kos terendah;
(g) Mengurangkan bahan buangan mahal dengan menghapuskan tabiat dan
sikap kerja yang buruk dan suasana kerja yang kurang baik yang boleh
menyebabkan kecuaian dan kesilapan;
(h) Mengambil pekerja yang terbaik bagi mengelakkan masalah berlebihan
staf;
(i) Mengamalkan pembayaran gaji dan program faedah yang kompetitif untuk
menggalakkan suasana yang memberangsangkan untuk pekerja;
(j) Menggalakkan pekerja memberi idea tentang cara meningkatkan
produktiviti dan menjimatkan kos;
(k) Mengadakan sistem maklumat sumber manusia untuk memperkemaskan
fungsi pengurusan sumber manusia.

Bohlander, Snell dan Sherman (2000) telah menyenaraikan objektif-objektif


pengurusan sumber manusia, antaranya:
(a) Menempatkan tenaga kerja yang sesuai dalam kerja yang sesuai dan pada
masa yang sesuai.
(b) Menetapkan sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang adil supaya
organisasi dapat mengambil pekerja paling berkelayakan dan sesuai untuk
memenuhi keperluan organisasi.

(c) Memaksimumkan potensi setiap pekerja supaya matlamat organisasi


tercapai.
(d) Menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dengan
menyediakan program-program yang sesuai.

Setiap organisasi perlu mengambil tindakan dalam memastikan objektif-objektif


ini tercapai. Bagi membolehkan perkara ini terjadi, mereka perlu membentuk
dan melaksanakan dasar-dasar sumber manusia secara tepat, terang dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  119

dibenarkan oleh kerajaan. Dasar-dasar ini perlu sah dari segi kerajaan, bagi
mengelak pekerja dari dianiaya dan mewujudkan suatu suasana organisasi yang
stabil dan harmoni, iaitu majikan, pihak pengurusan dan pekerja-pekerja lain
tidak terasa ditindas dan mereka mempunyai hubungan yang baik. Dengan
wujudnya hubungan ini, ahli-ahli organisasi akan berusaha memastikan
organisasi mencapai matlamat dan dapat bertahan lebih lama dalam pasaran.

6.1.2 Proses Pengurusan Sumber Manusia


Pengurusan sumber manusia penting untuk organisasi kerana ia merancang,
menarik, membangun dan mengekalkan suasana kerja yang efektif. Proses
pengurusan sumber manusia terdiri daripada aktiviti yang dijalankan oleh
pengurus bagi meningkatkan prestasi kerja sekaligus mencapai visi dan misi
yang telah ditetapkan oleh organisasi. Antara proses pengurusan yang
digunakan oleh kebanyakan organisasi di Malaysia adalah:
(a) Menetapkan visi dan misi yang sesuai
(b) Merancang strategi pembangunan organisasi
(c) Merancang keperluan sumber manusia
(d) Membuat pengambilan dan pemilihan pekerja
(e) Menjalankan latihan dan pembangunan pekerja
(f) Menjalankan penilaian prestasi pekerja

Berikut adalah Jadual 6.2 yang menerangkan fungsi dan aktitivi-aktiviti yang
dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.

Jadual 6.2: Fungsi dan Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan oleh Jabatan Sumber
Manusia
Fungsi Aktiviti
Perancangan dan Pengrekrutan Temuduga, pengrekrutan, ujian, koordinasi
pekerja sementara.
Latihan dan Pengembangan Orientasi, pengurusan prestasi, kemahiran,
latihan, dan peningkatan produktiviti.
Pampasan Mentadbir gaji dan upah, reka bentuk kerja,
pampasan eksekutif, bayaran insentif dan
penilaian kerja.
Kemudahan Insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan,
pembahagian keuntungan dan pelan stok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

Perkhidmatan Pekerja Program-program bantuan pekerja,


pemindahan pekerja dan perkhidmatan
mendapatkan pekerjaan lain.
Pekerja dan Hubungan Kajian sikap, hubungan pekerja, penerbitan,
Komuniti/Masyarakat undang-undang buruh, disiplin dan
mematuhi undang-undang.
Rekod Peribadi Sistem maklumat dan rekod pekerja.
Keselamatan dan Kesihatan Pengawasan keselamatan, kesihatan dan
ujian kesihatan.
Perancangan Strategik Pengurusan sumber manusia antarabangsa,
ramalan, perancangan, gabungan dan
pengambilalihan.

Sumber: Faizuniah Pangil, Aini hayati Mohamed, Daratul Ambia Che Mit, Khulida
Kirana Yahya, Norazuwa Mat, Norsiah Mat. (2002). Pengurusan Sumber Manusia.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

6.2 PERUNDANGAN DAN PEMBANGUNAN


SUMBER MANUSIA
Perundangan dan pembangunan sumber manusia adalah suatu aspek yang
penting bagi memastikan prosesnya berjalan lancar di dalam organisasi.
Undang-undang akan memastikan proses berjalan seperti yang dikehendaki
sementara pembangunan sumber manusia yang mampan dianggap penting
kerana ia menyediakan tenaga kerja di dalam pengurusan sumber manusia.
Tanpa adanya pekerja berkenaan, isu-isu pengurusan sumber manusia sukar
untuk dilaksanakan.

6.2.1 Perundangan Sumber Manusia


Perundangan sumber manusia digubal untuk memastikan pekerja mendapat
perhatian yang sewajarnya daripada majikan serta menjaga hak-hak pekerja
supaya tidak ditindas. Selain itu juga, ia mengelakkan diskriminasi antara
pekerja dan lain-lain. Antara bidang perundangan yang dititikberatkan dalam
pengurusan sumber manusia adalah hubungan pekerja, pampasan dan faedah,
kesihatan dan keselamatan dan peluang pekerjaan yang sama.

(a) Hubungan Pekerja


Di Malaysia, Akta Kerja 1955 menyentuh hak pekerja yang menjadi
tangungjawab majikan seperti standard minimum waktu kerja dan kerja
lebih masa, cuti yang boleh diambil oleh pekerja, faedah-faedah bersalin,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  121

penamatan kerja dan lain-lain. Akta ini juga meliputi perlindungan


berkaitan dengan kebajikan pekerja serta perlindungan kepada pekerja
wanita. Selain itu, akta ini juga menetapkan pekerjaan pekerja asing serta
berkenaan dengan diskriminasi dan pemberhentian kerja.

Selain dari akta kerja 1955, akta-akta yang berkaitan dengan hubungan
pekerja adalah akta Majlis Penetapan Gaji 1947, Akta Cuti Mingguan 1950,
Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966, Akta Maklumat Pekerjaan 1953,
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan Akta Standard Minimum
Perumahan dan Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

(b) Pampasan dan Faedah


Antara akta yang membincangkan pampasan dan faedah ialah Akta
Pampasan Pekerja 1952. Akta ini mula dikuatkuasakan di Semenanjung
Malaysia pada 1953 dan di Sabah dan Sarawak pada tahun 1981. Ia
dikuatkuasakan bagi sektor awam dan swasta. Antara yang terkandung di
dalam akta ini adalah peruntukan tentang pembayaran pampasan kepada
pekerja termasuk pekerja asing yang ditimpa kemalangan atau mendapat
kecederaan yang serius semasa bekerja, membayar pampasan kepada
tanggungan pekerja sekiranya pekerja terlibat dalam kemalangan yang
menyebabkan kematian di tempat kerja, memberi pampasan sekiranya
pekerja menghadapi penyakit disebabkan kerja yang dilakukan dan
penyakit tersebut boleh menyebabkan kematian. Selain itu, ia juga
memperuntukkan wang pampasan dan ganti rugi atau perlindungan
kepada pekerja selepas mereka bersara.

(c) Kesihatan dan Keselamatan


Bagi memupuk dan menggalakkan kesedaran tentang kesihatan di
kalangan pekerja dan mewujudkan organisasi yang mempunyai langkah-
langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan, kerajaan Malaysia telah
menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Ia
menggariskan peraturan berhubung kewajipan umum majikan, pengilang,
pekerja, pekerja sendiri, pereka bentuk, pengimport dan pembekal.
Walaubagaimanapun ia hanya dikuatkuasakan di sektor perkilangan,
pelombongan dan penguraian, pembinaan, pertanian, perhutanan dan
perikanan, kemudahan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi,
perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans,
harta tanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak
berkuasa berkanun.

(d) Peluang Kerja yang Sama


Diskriminasi adalah layanan tidak adil terhadap individu tertentu.
Diskriminasi dalam pekerjaan berlaku apabila seseorang yang layak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

diambil bekerja atau dinaikkan pangkat tidak mendapat hak tersebut


disebabkan perkara yang tidak munasabah. Contohnya disebabkan oleh
warna kulit, jantina, agama dan kepercayaan pekerja tersebut. Kerajaan
Malaysia menentang sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi
terhadap pekerja kerana dasar kerajaan yang mengamalkan persamaan
meliputi kesemua aspek pekerjaan tanpa mengira jantina, paras rupa serta
agama dan kepercayaan.

Dasar ini juga memberi penekanan bahawa semua pekerja mendapat hak
sama seperti peluang latihan dan perkembangan kerjaya, bayaran yang
sama untuk pekerjaan yang bersesuaian dengan kebolehannya. Selain itu,
ia juga mengelakkan diskriminasi terhadap pekerja lama serta golongan
yang kurang keupayaan fizikal dan mental.

6.2.2 Latihan, Pembangunan dan Disiplin Pekerja

Latihan bermaksud majikan memberi peluang kepada pekerja untuk


meningkatkan prestasi dan membangunkan kemahiran bekerja.

Ini amat diperlukan supaya organisasi dapat berkembang dengan lebih baik
supaya dapat menyaingi pesaing. Latihan bukan sahaja diperlukan oleh pekerja
baru malahan pekerja yang sudah lama bekerja juga layak mendapat latihan bagi
meningkatkan kualiti kerja ataupun membantu kenaikan pangkat. Ia lebih
memfokuskan kepada sesuatu yang spesifik dan prestasi jangka pendek.

Pembangunan bermaksud aktiviti-aktiviti yang direkabentuk oleh sesebuah


organisasi secara terancang bagi memberi peluang kepada pekerja mempelajari
kemahiran yang penting untuk pekerja di masa akan datang.

Ia lebih memfokuskan kepada kaedah jangka panjang yang boleh memberi


manfaat kepada pekerja dan organisasi.

Disiplin bermaksud satu bentuk penguatkuasaan peraturan organisasi yang


berkait rapat dengan salah laku.

Pekerja yang berdisiplin ialah pekerja yang mempamerkan kelakuan yang baik
seperti yang diminta oleh organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  123

SEMAK KENDIRI 6.2

Nyatakan definisi latihan dan pembangunan sumber manusia


organisasi.

AKTIVITI 6.2

1. Bincangkan bagaimana latihan dan pembangunan dapat


meningkatkan prestasi dan kemahiran pekerja.
2. Pada pendapat anda, adakah pihak majikan perlu menyediakan
latihan dan pembangunan kepada pekerja? Mengapa?

6.3 PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM


PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Di dalam Islam, bagi memastikan pengurusan sumber manusia organisasi yang
terbaik, terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi oleh pengurus semasa
membuat keputusan berkaitan dengan sumber manusia organisasi. Di antara
prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

6.3.1 Amanah
Amanah adalah prinsip akauntabiliti kepada Allah. Dalam Islam, kehidupan dan
segala sumbernya adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Dalam
mengurus sumber manusia, perlu berlaku amanah kepada organisasi,
masyarakat, individu dan Allah. Oleh itu, sumber-sumber organisasi perlu
dimanfaatkan secara paling beramanah tanpa menyebabkan sebarang
kemudharatan kepada masyarakat dan persekitaran. Keperluan amanah ini
ditegaskan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud:

4 ÉΑô‰yèø9$$Î/ (#θßϑä3øtrB βr& Ĩ$¨Ζ9$# t⎦÷⎫t/ ΟçFôϑs3ym #sŒÎ)uρ $yγÎ=÷δr& #’n<Î) ÏM≈uΖ≈tΒF{$# (#ρ–Šxσè? βr& öΝä.ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

∩∈∇∪ #ZÅÁt/ $Jè‹Ïÿxœ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯ÏμÎ/ /ä3ÝàÏètƒ $−ΚÏèÏΡ ©!$# ¨βÎ)

„Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum


dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar,
lagi sentiasa Melihat.‰

6.3.2 Mengamalkan Syura


Bagi memastikan sesuatu urusan dalam pengurusan sumber manusia dapat
dijalankan dengan cekap dan berkesan dan tidak mendatangkan rungutan
kepada pekerja-pekerja yang lain sebaik-baiknya ia perlu diputuskan dengan
jalan perundingan. Islam menjadikan syura (permesyuaratan) sebagai peraturan
untuk meneliti dan menilai pendapat orang lain serta menyatukan pendapat
sebelum sesuatu keputusan dipersetujui untuk dilaksanakan. Firman Allah
dalam surah al-Syura (42:38):

∩⊂∇∪ tβθà)ÏΖムöΝßγ≈uΖø%y—u‘ $£ϑÏΒuρ öΝæηuΖ÷t/ 3“u‘θä© öΝèδãøΒr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r&uρ öΝÍκÍh5tÏ9 (#θç/$yfGt ó™$# t⎦⎪Ï%©!$#uρ

„Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan
sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;
dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri
kepadanya.‰

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, Rasullulah telah


bersabda yang bermaksud:

„Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah


bermesyuarat nescaya Allah akan memberi taufiq bagi memperelokkan urusan
mereka.‰

Melalui mesyuarat majikan akan dapat mendengar pandangan dari semua


pihak sebelum sesuatu keputusan diambil khususnya yang berkaitan soal
pemilihan pekerja. Ini akan mengurangkan risiko untuk membuat keputusan
pemilihan yang salah dan berkemungkinan akan menjejaskan prestasi
organisasi.

Islam mewajibkan amalan syura dalam menyelesaikan masalah berkaitan


dengan kehidupan organisasi seperti firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Imran
(3:159), yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  125

öΝåκ÷]tã ß#ôã$$sù ( y7Ï9öθym ô⎯ÏΒ (#θ‘ÒxΡ]ω É=ù=s)ø9$# xá‹Î=xî $ˆàsù |MΨä. öθs9uρ ( öΝßγs9 |MΖÏ9 «!$# z⎯ÏiΒ 7πyϑômu‘ $yϑÎ6sù

∩⊇∈®∪ t⎦,Î#Ïj.uθtGßϑø9$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ) 4 «!$# ’n?tã ö≅©.uθtGsù |MøΒz•tã #sŒÎ*sù ( ÍöΔF{$# ’Îû öΝèδö‘Íρ$x©uρ öΝçλm; öÏøótGó™$#uρ

„Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu


Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah
berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal
kepadaNya.‰

Setiap pengurus perlu sedar bahawa syura adalah kaedah berkesan dalam
menyelesaikan sebarang masalah dalam organisasi. Hasil syura juga
menunjukkan kemajuan kualiti kerja serta dapat meningkatkan mutu dan hasil
kerja dalam organisasi. Dalam banyak hal penyelesaian melalui syura mampu
mengelak daripada berlakunya konflik, kekecewaan dan salah faham mengenai
sesuatu isu. Mengenai keutamaan amalan syura Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda sebagaimana berikut:

„Orang-orang yang bersyura tidak akan menyesal dan orang-orang yang


beristikharah tidak akan menyesal.‰

6.3.3 Keadilan
Untuk mencapai matlamat utama pengurusan sumber manusia pengurus perlu
bertindak dengan adil dalam semua perkara sama ada selari dengan ketetapan
prosedur, pengagihan sumber dan juga tanggungjawab yang perlu diberikan
kepada pekerja. Antara keadilan yang dituntut dalam Islam semasa
melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia ialah bebas daripada
ketidakadilan, tidak mengamalkan nepotisme, kronisme, prejudis dan stereotaip.
Ini bermakna pengurus perlu memberi memberi layanan yang sama rata kepada
semua pekerja tanpa sikap pilih kasih. Hukum syarak mewajibkan pengurus
menegakkan keadilan tidak kira dalam apa jua situasi dan tempat. Allah s.w.t.
berfirman dalam Surah an-Nisa (4:58) yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

4 ÉΑô‰yèø9$$Î/ (#θßϑä3øtrB βr& Ĩ$¨Ζ9$# t⎦÷⎫t/ ΟçFôϑs3ym #sŒÎ)uρ $yγÎ=÷δr& #’n<Î) ÏM≈uΖ≈tΒF{$# (#ρ–Šxσè? βr& öΝä.ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

∩∈∇∪ #ZÅÁt/ $Jè‹Ïÿxœ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯ÏμÎ/ /ä3ÝàÏètƒ $−ΚÏèÏΡ ©!$# ¨βÎ)

„Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.‰

Seterusnya dalam Surah al-AÊraf (7:29), Allah s.w.t. telah berfirman:

$yϑx. 4 t⎦⎪Ïe$!$# ã&s! š⎥⎫ÅÁÎ=øƒèΧ çνθãã÷Š$#uρ 7‰Éfó¡tΒ Èe≅à2 y‰ΖÏã öΝä3yδθã_ãρ (#θßϑŠÏ%r&uρ ( ÅÝó¡É)ø9$$Î/ ’În1‘u zsΔr& ö≅è%

∩⊄®∪ tβρߊθãès? öΝä.r&y‰t/


„Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada Segala perkara), dan
(menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah)
Dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan Beribadatlah
Dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata; (kerana)
sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu
akan kembali (kepadaNya).‰

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya :

„Orang yang paling dicintai Allah s.w.t. pada hari kiamat dan amat dekat
kedudukannya di sisi Allah s.w.t. adalah pemimipin yang adil. Dan orang yang
paling dibenci Allah s.w.t. pada hari kiamat dan amat jauh kedudukannya dari
Allah s.w.t. adalah pemimpin yang zalim‰.

Sekiranya seseorang pengurus itu berlaku adil terhadap pekerjanya, tidak akan
timbul perasaan tidak puas hati kerana mereka beranggapan tiada diskriminasi
di antara mereka. Ini akan menyebabkan pekerja bekerja dengan lebih
bersungguh-sungguh kerana yakin akan mendapat ganjaran yang adil daripada
organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  127

6.3.4 Persamaan
Di dalam Islam konsep persamaan adalah penting, tambahan pula dalam
organisasi. Semua manusia adalah sama di sisi Allah s.w.t. tanpa perbezaan
warna kulit, paras rupa dan kedudukan tetapi yang membezakan seseorang
dengan yang lain adalah ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Oleh itu, prinsip
ini perlu diamalkan sepenuhnya dalam mengurus sumber manusia. Ini kerana
pengurusan mestilah mengambil kira pendapat yang dikemukakan oleh para
pekerja mereka tanpa mengambil kira kedudukan mereka dalam organsisasi.
Semasa membuat sebarang keputusan terdapat empat situasi di mana
persamaan dituntut dalam Islam:
(a) Persamaan dari segi undang-undang dan peraturan;
(b) Persamaan hak di dalam mendapatkan pengagihan ganjaran dan tugas
berdasarkan ;
(c) Kebolehan setiap pekerja;
(d) Persamaan untuk bersuara dan menyatakan pendapat; dan
(e) Persamaan di dalam memberi peluang kepada pekerja untuk memajukan
kerjaya.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang menegaskan bahawa Ia sangat suka


kepada orang yang berjuang laksana satu barisan yang sama sebagai firmannya
dalam Surah al-Saff (61:4):

∩⊆∪ ÒÉθß¹ö¨Β Ö⎯≈uŠ÷Ψç/ Οßγ¯Ρr(x. $y|¹ ⎯Ï&Î#‹Î6y™ ’Îû šχθè=ÏG≈s)ムš⎥⎪Ï%©!$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ)

„Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela


ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan Yang tersusun kukuh.‰

6.3.5 Kebebasan
Mengikut Islam manusia berhak bersuara bagi menyatakan rasa ketidakpuasan
hati kepada pengurus. Kebebasan bersuara dibenarkan selagi ia tidak menyalahi
syariat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Jadi, semasa berinteraksi dengan
pekerja, mereka hendaklah diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, rasa
ketidakpuasan hati dan memberi maklum balas terhadap kesukaran yang
dihadapi semasa melaksanakan tugas. Pengurus perlu sedar kebebasan yang
diberikan kepada pekerja akan membolehkan mereka menjadi lebih kreatif,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

inovatif dan peka terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi semasa


melaksanakan tanggungjawab.

6.3.6 Bekerjasama
Islam mengutamakan kerjasama dan saling tolong-menolong dalam pelaksanaan
tugas dan tanggungjawab. Sungguhpun begitu kerjasama yang boleh diberikan
hanyalah dalam melakukan kebaikan (amal maÊruf) tidak sekali-kali dalam
melakukan kerosakan (nahi mungkar). Di samping itu, Islam menggalakkan
kegiatan saling bantu membantu dalam usaha untuk mencapai keredaan Allah
s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Surah al-Maidah ( 5:2).

Iωuρ y‰Íׯ≈n=s)ø9$# Ÿωuρ y“ô‰oλù;$# Ÿωuρ tΠ#tptø:$# töꤶ9$# Ÿωuρ «!$# uÈ∝¯≈yèx© (#θ=ÏtéB Ÿω (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Ÿωuρ 4 (#ρߊ$sÜô¹$$sù ÷Λä⎢ù=n=ym #sŒÎ)uρ 4 $ZΡ≡uθôÊÍ‘uρ öΝÍκÍh5§‘ ⎯ÏiΒ WξôÒùs tβθäótGö6tƒ tΠ#tptø:$# |MøŠt7ø9$# t⎦⎫ÏiΒ!#u™

(#θçΡuρ$yès?uρ ¢ (#ρ߉tG÷ès? βr& ÏΘ#tptø:$# ωÉfó¡yϑø9$# Ç⎯tã öΝà2ρ‘‰|¹ βr& BΘöθs% ãβ$t↔oΨx© öΝä3¨ΖtΒÌøgs†

߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ ÉΟøOM}$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès? Ÿωuρ ( 3“uθø)−G9$#uρ ÎhÉ9ø9$# ’n?tã

∩⊄∪ É>$s)Ïèø9$#

„Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka
hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang
dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah
untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai
orang-orang yang menuju ke Baitullah al-Haraam, yang bertujuan mencari
limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari
keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu
telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali
kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu
dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah
kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah
Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  129

Dalam konteks pengurusan sumber manusia kerjasama sepatutnya meliputi


perkara-pekara seperti menyediakan program latihan, memberi bimbingan,
saling membantu, menghormati dan patuh kepada kepimpinan, polisi, peraturan
dan undang-undang yang selaras dengan tuntutan Islam. Islam melarang keras
falsafah tujuan menghalalkan cara kerana ia boleh menyebabkan berlaku
penindasan terhadap pekerja, memanipulasi, vandalisme terhadap aset
organisasi dan mengambil tindakan yang membelakangkan nilai moral dan
etika.

6.3.7 Asas Pemilihan Dalam Islam


Aktiviti pemilihan pekerja merupakan satu tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh pengurus dengan penuh berhati-hati. Islam memberi garis
panduan yang jelas bagi memilih para pekerja dan bagaimana ia dilakukan.
Antara asas yang perlu diguna pakai dalam pemilihan pekerja mengikut
perspektif Islam adalah:

(a) Pertimbangan Ilmu


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

„Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka


tunggulah saat kehancurannya‰ (Riwayat oleh Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, Islam telah menetapkan bahawa pemilihan individu


untuk menjawat sesuatu jawatan tertentu perlu berlandaskan kebolehan
dan kemampuan individu untuk melaksanakan tugas tersebut. Bukan
sahaja ilmu duniawi tapi ilmu akhirat juga perlu dimiliki oleh setiap
individu kerana ilmu duniawi yang yang diperoleh membolehkan pekerja
tersebut menjalankan kerjanya dengan baik untuk kepentingan orang lain
manakala ilmu akhirat akan membolehkannya menyedari hakikat
penciptanya.

Bagi membolehkan sesuatu pekerjaan dijalankan dengan sempurna,


seseorang calon perlu mempunyai pengetahuan bukan sahaja ilmu duniawi
malahan juga ilmu akhirat. Ilmu keduniaan yang diperolehi akan
membolehkan calon pekerja tersebut menjalankan kerjanya dengan baik
untuk kepentingan manusia lain. Manakala ilmu akhirat akan
membolehkannya menyedari hakikat penciptanya.

(b) Berkebolehan
Di samping berilmu, seseorang calon yang baik perlu mempunyai
kebolehan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Seseorang calon
hanya akan mempunyai kebolehan setelah menjalani latihan dengan tekun.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
130  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

Latihan yang diperolehnya akan menjadikannya lebih berkemahiran dan


berpengetahuan dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan mudah.
Pengalaman yang dikumpul oleh pekerja memerlukan kesabaran dan
ketekunan yang tinggi.

Di samping mempunyai ilmu pengetahuan, seseorang calon pekerja yang


baik perlu mempunyai kebolehan dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan. Seseorang calon pekerja yang baik hanya akan mempunyai
kebolehan untuk melaksanakan sesuatu tugas setelah menjalani latihan
yang tekun. Latihan yang diperolehi akan menjadikan seseorang itu
berkemahiran dan berpengetahuan dan dapat mengendalikan tugas
tersebut dengan lebih mudah.

Pengalaman yang dikumpul oleh seseorang pekerja memerlukan kesabaran


dan ketekunan sepertimana yang pernah dialami oleh nabi Allah Yusuf a.s.
Pengalaman nabi Yusuf dalam menjalani pelbagai ujian hidup dengan
cubaan dibunuh oleh saudara-maranya, dipisahkan dari ayah kandungnya
dan dipenjarakan atas perbuatan fitnah, telah membolehkan beliau menjadi
seorang yang tabah untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan
ke atasnya dengan sempurna. Kehidupan beliau semasa remaja penuh
dengan dugaan seperti yang telah diperjelaskan oleh Allah dalam surah
Yusuf telah melengkapkan beliau dengan pelbagai ilmu serta kebolehan.

Kebolehan ini meletakkan beliau pada martabat yang tinggi sehingga


dilantik menjadi bendaharawan negara. Peristiwa ini telah dinyatakan oleh
Allah s.w.t. dalam Surah Yusuf (12:54-55), yang bermaksud:

$uΖ÷ƒt$s! tΠöθu‹ø9$# y7¨ΡÎ) tΑ$s% …çμyϑ¯=x. $£ϑn=sù ( ©Å¤øuΖÏ9 çμóÁÎ=÷‚tGó™r& ÿ⎯ÏμÎ/ ’ÎΤθçGø$# à7Î=yϑø9$# tΑ$s%uρ

∩∈∈∪ ÒΟŠÎ=æ
t îáŠÏym ’ÎoΤÎ) ( ÇÚö‘F{$# È⎦É⎩!#t“yz 4’n?tã ©Í_ù=yèô_$# tΑ$s% ∩∈⊆∪ ×⎦⎫ÏΒr& î⎦⎫Å3Βt

„Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja


berkata: „Bawalah Yusuf kepadaku, Aku hendak menjadikan Dia orang
yang khas untuk Aku bermesyuarat dengannya. setelah (Yusuf dibawa
mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui
kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: „Sesungguhnya Engkau
pada hari ini (Wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi
dipercayai di kalangan Kami „.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  131

Yusuf berkata: „Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi


(Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi
mengetahui cara mentadbirkannya‰.

(c) Amanah
Seseorang pekerja yang dipilih majikan untuk sesuatu jawatan bukan
sahaja akan membawa imej dirinya tetapi juga imej kepada organisasi
majikannnya. Pekerja yang beramanah akan menjadi contoh dan ikutan
serta berupaya membimbing dan memimpin pekerja lain. Bukti betapa
pentingnya sifat amanah telah diperlihatkan dalam pemilihan nabi
Muhamad s.a.w. oleh Siti Khadijah sebagai pekerjanya untuk membawa
barang dagangan untuk diniagakan di Syam. Lantaran sifat amanah nabi
Muhammad s.a.w. berjaya memikat Khadijah untuk mengambil beliau
sebagai pekerjanya dan kemudiannya melamar baginda. Dalam sebuah
hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

„Seseorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi


dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga
baginya.‰ (Diriwayatkan oleh Muslim)

Berhubung dengan sifat amanah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang


bermaksud: „Ia pemimpin adalah amanah. Dihari kiamat ia menjadi punca
kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mengambilnya dengan
haknya (yakni cukup syarat-syarat dan menunaikan kewajipan yang
terkandung di dalamnya.‰ (Diriwayatkan oleh Muslim)

Dengan mempunyai pekerja yang amanah, majikan tidak perlu bimbang


kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa serta penglibatan pekerja
dalam perkara maksiat.

(d) Beriman
Asas pemilihan pekerja mestilah berdasarkan keimanan dan ketaqwaan
pekerja terhadap penciptaNya. Namun begitu Islam tidak melarang
seseorang pengurus mengambil pekerja bukan Muslim asalkan mereka
mempunyai kelayakan dan budi pekerti yang baik. Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda: „Orang yang beriman itu apabila membuat sesuatu
pekerjaan, ia membuatnya dengan penuh teliti.‰ (Riwayat Bukhari).

(e) Taat
Sesebuah organisasi hanya akan berfungsi dengan berkesan sekiranya
pekerja yang berada di dalam organisasi tersebut mempunyai perasaan
kepunyaan dan memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
organisasi, di samping itu, keberkesanan sesuatu organisasi bergantung

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

kepada corak perhubungan di antara pekerja dengan pengurus. Corak


perhubungan yang erat antara pekerja dan pengurus adalah jaminan utama
kepada kejayaan sesebuah organisasi. Islam telah menggariskan bahawa
pekerja yang baik wajib mematuhi arahan pengurus selagi tidak
bercanggah dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam
Surah an-Nisa (4:59) yang bermaksud:

βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# ’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x« ’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs?

∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's? ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ

„Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan


Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada „Ulil-Amri‰ (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya.„

(f) Kuat fizikal


Bagi memastikan sesuatu pekerjaan dapat dijalankan dengan sempurna,
keupayaan fizikal seseorang pekerja untuk mengendalikan sesuatu tugas
adalah amat diperlukan. Islam telah menetapkan bahawa seseorang calon
yang hendak diberikan pekerjaan mestilah mempunyai tubuh badan yang
sihat dan kuat. Allah telah berfirman dalam Surah al-Qashash (28:26) yang
bermaksud:

∩⊄∉∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ‘“Èθs)ø9$# |Nöyfø↔tGó™$# Ç⎯tΒ uöyz χÎ) ( çνöÉfø↔tGó™$# ÏMt/r'¯≈tƒ $yϑßγ1y‰÷nÎ) ôMs9$s%

„Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: „Wahai ayah,
ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita),
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat, lagi amanah‰.

Persoalan kuat di sini bukan sahaja merujuk kepada keperluan untuk


mempunyai tubuh badan yang sihat semata-mata tetapi juga dari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  133

kemampuan mental untuk menanggung amanah yang akan diberikan.


Rasulullah s.a.w. sendiri sangat berhati-hati dalam melaksanakan
pemilihan seseorang calon untuk menjalankan tugasan yang akan
dipertanggungjawabkan. Pemilihan tersebut perlu dilakukan secara teliti
bagi memastikan calon tersebut bukan sahaja dapat mematuhi perintah
Allah serta dapat mengelakkan diri dari aktiviti rasuah dan kegiatan yang
tidak bermoral.

Penelitian Rasulullah terhadap aktiviti pemilihan, terbukti dalam peristiwa


permintaan Abu Zar untuk mendapatkan jawatan. „Abu Zar Al-Ghaffari
meriwayatkan, saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Tidakkah Tuan
hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah
menepuk bahu saya dan berkata „Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah
sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan
dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan
menunaikan kewajipan yang ditentukan didalamnya.‰ (Diriwayatkan oleh
Muslim)

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah prinsip Islam dalam pengurusan sumber manusia?


2. Bagaimana pemilihan pekerja dibuat mengikut prinsip Islam?
3. Pada pandangan anda, apakah kaitan saringan jasmani dalam
pengambilan pekerja?

 Perancangan sumber manusia adalah proses penyemakan semula keperluan


sumber manusia di dalam organisasi bagi memastikan bilangan pekerja dan
kemahiran tersedia apabila diperlukan.
 Dari perspektif Islam, ilmu pengurusan sumber manusia tergolong di dalam
ilmu fardhu kifayah.
 Ilmu pengurusan sumber manusia yang telah dibuat dan difikirkan oleh
sarjana pengurusan di seluruh dunia dianggap boleh diterima jika ia sesuai
dengan prinsip kehidupan Muslim bagi kebaikan hidup di dunia dan di
akhirat.
 Perancangan melibatkan masa depan organisasi. Tanpa sistem perancangan
yang baik dan teratur pastinya masa depan organisasi tidak akan menentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

 Terdapat banyak prinsip Islam dalam pengurusan sumber manusia.


 Prinsip Islam boleh dirujuk kepada ayat al-Quran, hadis, ijmak ulamak,
amalan sahabat dan kisah-kisah silam serta akal fikiran yang sempurna.
Islam mengiktiraf hasil buah fikiran asalkan ia dapat memberi kebaikan
kepada semua dan tidak bertentangan dengan Quran dan hadis.

Akta Pemilihan
Amanah Perancangan
Kuat jasmani Syura
Latihan sumber manusia Undang-undang
Pembangunan

Ad. Wahab Mat, Azahari Ramli, Sharol Aman Ahmad, Abu Mansor Ahmad.
(2007). Pengurusan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Bohlander, Snell & Sherman. (2001). Managing human resources (12th Ed.).
South-Western College Publishing: Cincinnati, Ohio.

Faizuniah Pangil, Aini Hayati Mohamed, Daratul Ambia Che Mit, Khulida
Kirana Yahya, Norazuwa Maat, Norsiah Mat. (2002). Pengurusan sumber
manusia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Faridahwati Mohd. Samsudin, Md. Lazim Mohd. Zin, Zuraida Hassan, Hadziroh
Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam, Ghazali Din, Mohamad Ismandi
wasli, Edora Ismail (2006). Pengurusan sumber manusia di Malaysia.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York:
McGraw-Hill.

Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7 ed.). Mc Graw Hill.

Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development: An Islamic


perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.
Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications &
Distributions.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SUMBER MANUSIA  135

P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for
tomorrowÊs leaders, Ohio: Thomson South-Western.
Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management theory and application, Illinois:
Richard D. Irwin Inc.

Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management. Prentice Hall,
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of Scientific Management,


New York: Harper & Row.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al-Islamiyyah, Baghdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kepimpinan
7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum definisi kepimpinan;
2. Mengenal pasti fungsi kepimpinan;
p
3. Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan;
4. Membandingkan hubungan antara kewajipan pemimpin dan
kewajipan pengikut; dan
5. Mengaplikasikan sifat-sifat model berteraskan pemimpin.

 PENGENALAN
Kepimpinan berasal dari perkataan pemimpin yang bermaksud orang yang
berada di hadapan dan mempunyai pengikut. Kepimpinan amat diperlukan
dalam sesebuah kumpulan atau organisasi supaya ada pihak yang menyusun
dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan tertentu. Dengan adanya
seorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh
kumpulan tersebut dapat dibincangkan bersama. Seterusnya, dengan
kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat
akan dihormati dan ini menjamin kepentingan semua pihak supaya terpelihara.

Di dalam Islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w.


yang bermaksud:

„Jika tiga orang keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada mereka
dilantik menjadi ketua.‰

Walaupun hanya tiga orang, keperluan melantik seorang ketua amat ditekankan,
apatah lagi dalam masyarakat mahupun kumpulan atau organisasi, pasti
memerlukan seorang ketua untuk menjaga kepentingan mereka. Namun, dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  137

adanya kuasa ketua atau pemimpin, tidaklah bermakna seseorang yang


memegang jawatan itu boleh bertindak sesuka hati. Sebaliknya beliau terikat
dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam.
Seseorang pemimpin haruslah memerintah atau mengurus berlandaskan syura
yang mana segala keputusan diambil melalui suara ramai. Justeru itu, orang
Islam diwajibkan menurut dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh
seseorang pemimpin selagi tidak bertentangan dengan syarak seperti contoh
perintah untuk membuat maksiat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

„Tidak ada taat kepada pemimpin bagi membuat maksiat kepada Pencipta.‰

7.1 FUNGSI KEPIMPINAN


Huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A
Person of Influence berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah
satu cara mengaplikasikan pengaruh berikut:
(a) Keperibadian (Personhood)
(b) Pembangunan manusia (People development)
(c) Pengeluaran (Production)
(d) Kebenaran (Permission)
(e) Kedudukan (Position)

Kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang hanya bergantung


kepada kuasa dan jawatan. Pemimpin seperti ini sentiasa berada di dalam
keadaan tidak tenteram dan tidak selamat dan beliau akan menggunakan
sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya lebih
daripada usaha membangunkan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin.

Lazimnya, kepimpinan bermula dengan kedudukan dan jawatan (position).


Jawatan dan kuasa merupakan lesen yang memudahkan laluan seseorang
berperanan. Akan tetapi, itu hanya sebagai pengiktirafan kepada kualiti asasnya
sebagai ketua dan pemimpin. Justeru itu, ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang
lebih tinggi. Apabila seseorang ketua berjaya memperlihat kewibawaan pada
dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan
diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap
„permission‰.

Untuk membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke


peringkat „production‰, pengikut mungkin akan membenarkan seorang ketua
melaksanakan lebih dari skop kerjanya. Pengikut akan bertanya lebih dari soal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 KEPIMPINAN

kerja dan meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi. Kerjasama di
antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin boleh menghasilkan kerja
mereka dengan lebih produktif.

Jika seorang pemimpin bergaul baik dengan pengikutnya, beliau berjaya


memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih
baik, maka kepimpinannya sudah berada di tahap yang keempat iaitu „people
development‰. Pemimpin yang berada ditahap ini akan membantu pengikutnya
membangunkan potensi diri.

Akan tetapi, seseorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin


yang berjaya sampai ke peringkat kelima iaitu „personhood‰. Kepimpinannya
bukan hanya memberi kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut atau
kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan
yang cemerlang hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin.
Ianya amat sukar dicapai, kecuali jika seseorang itu menghabiskan seluruh
umurnya untuk membangunkan manusia untuk mencapai potensi terbaik
mereka.

7.1.1 Fungsi Kepimpinan dalam Organisasi


Kepimpinan yang berwibawa akan menghasilkan pengurusan dan pentadbiran
yang cekap yang mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Para pemimpin memegang peranan yang penting di dalam membantu organisasi
untuk mencapai objektif masing-masing. Dengan melakukan tugas-tugas seperti
merancang, mengelola, mengambil dan melatih para pekerja serta mengawal,
pengurus akan memperoleh keputusan. Tetapi, keputusan itu tidak mungkin
sampai pada tahap yang tinggi pencapaiannya sekiranya pengurus tidak
memimpin secara berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  139

Rajah 7.1 menunjukkan hubungan kepimpinan kepada organisasi.

Rajah 7.1: Hubungan kepimpinan kepada organisasi

Apabila berbicara mengenai kepimpinan, Islam menentukan bahawa bidangnya


amat luas. Semakin tinggi bidang kepimpinannya semakin besar tanggungjawab.
Pemimpin tidak hanya memimpin di dalam sesebuah negara, malah pemimpin
dalam Islam merupakan orang yang diberi tanggungjawab untuk
mengendalikan sesuatu urusan. Oleh disebabkan setiap orang mempunyai
tanggungjawab ini, maka setiap orang mempunyai peranan memimpin.
Contohnya, seorang bapa perlu memimpin keluarganya, maka ia merupakan
pemimpin kepada keluarganya. Begitu juga seorang ketua negara yang diberi
tugas untuk memimpin rakyat di negaranya, maka ia merupakan pemimpin
kepada rakyatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Dalam al-Quran terdapat beberapa istilah yang dapat diertikan sebagai


pemimpin atau secara tidak langsung berkait dengan kepimpinan, antaranya:

(a) Imam
Satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepada sesuatu arah
atau tempat atau memimpin dengan menunjuk contoh di mana imam mesti
melaksanakan segalanya lebih awal dari orang yang dipimpin.

(b) Khalifah
Khalifah merupakan pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang
bertanggungjawab mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan
kepada wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur
dan mempunyai tujuan hidup yang suci untuk mencapai keredhaan Allah.
Manusia sebagai khalifah merupakan wakil Allah di bumi dan
berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhai oleh Allah.

(c) Amir al-Mukminin


Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang
bermaksud sebagai memberi arahan, pemberi tugas, pemerintah atau
mengamanahkan seseorang dengan tugas. Dalam sejarah Islam, Amir al-
Mukminin merupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara Islam.

(d) Uli al-Amri


Merupakan suatu jawatan atau kedudukan di dalam kepimpinan yang
menjalankan tugas dan amanah unutk mentadbir dan mengendalikan
urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. Oleh sebab itu, menjadi
kewajipan kepada rakyat mematuhi apa yang diperintahkan oleh Uli al-
Amri sebagaimana firman Allah dalam Surah an-NisaÊ (4:59) yang
bermaksud:

βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# ’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x« ’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs?

∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's? ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ

„Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan


Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  141

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah)


RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.‰

Selain itu, terdapat juga istilah yang dipakai membawa maksud yang berkaitan
dengan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan seperti Mursyid (penunjuk),
Syeikh (ketua) dan Murabbi (pendidik).

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Nyatakan fungsi kepimpinan.


2. Bagaimanakah fungsi kepimpinan berhubung dengan organisasi?
3. Berikan istilah lain yang dapat diertikan sebagai pemimpin.

AKTIVITI 7.1

Adakah fungsi kepimpinan dalam organisasi penting? Mengapa?

7.2 CIRI-CIRI PEMIMPIN DAN


PEMBANGUNAN KEPIMPINAN
Menjadi pemimpin adalah amanah yang harus dilaksanakan dengan baik kerana
Allah akan meminta pemimpin bertanggungjawab atas kepimpinannya itu.
Dalam Islam, terdapat ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang pemimpin seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Rajah 7.2: Ciri-ciri pemimpin

Mari kita lihat ciri-ciri pemimpin satu persatu.

(a) Lelaki
Sebaiknya wanita tidak memegang tampuk kepimpinan. Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:

„Tidak akan beruntung kaum yang dipimpin oleh seorang wanita‰.

(Riwayat Bukhari)
(b) Niat yang Ikhlas
Ketika menerima suatu tanggungjawab ia perlu berlandaskan niat yang
sesuai dengan ketetapan yang telah Allah perintahkan dan mengharapkan
keredhaanNya. Kepimpinan adalah tanggungjawab.

(c) Muqarabah
Di samping keikhlasan, peimimpin juga wajib merasa sensitif terhadap
pengawasan Allah yang berterusan terhadapnya pada setiap waktu dan
setiap tindak-tanduk kerja yang dilakukannya. Perasaan itu akan
mendorong untuk segera membuat kebaikan dan membaiki segala kerjanya
serta membantu peningkatan martabat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  143

(d) Bertanggungjawab
Pemimpin mesti mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam yang
mendorongnya untuk sentiasa berwaspada dalam memegang amanah yang
diberikan. Seorang pemimpin mestilah bersedia menghadapi segala
kemungkinan dalam mencapai faedah dari aspek yang baru atau yang akan
berlaku.

(e) Keadilan
Pemimpin Islam hendaklah berurusan dengan orang ramai secara adil dan
saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan agama. Hal ini
jelas dari firman Allah s.w.t. yang memerintahkan orang-orang Islam
supaya berlaku adil walau apabila berurusan dengan orang-orang yang
menentang mereka. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah (5:8) yang
bermaksud:
 

öΝà6¨ΖtΒÌôftƒ Ÿωuρ ( ÅÝó¡É)ø9$$Î/ u™!#y‰pκà− ¬! š⎥⎫ÏΒ≡§θs% (#θçΡθä. (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

©!$# χÎ) 4 ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( 3“uθø)−G=Ï9 Ü>tø%r& uθèδ (#θä9ωôã$# 4 (#θä9ω÷ès? ωr& #’n?tã BΘöθs% ãβ$t↔oΨx©

∩∇∪ šχθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ 7Î6yz

„Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa


menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu
lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya
Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.‰

Dan firmanNya lagi dalam Surah an-Nisa (4:135) yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Íρr& öΝä3Å¡àΡr& #’n?tã öθs9uρ ¬! u™!#y‰pκà− ÅÝó¡É)ø9$$Î/ t⎦⎫ÏΒ≡§θs% (#θçΡθä. (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ *

(#θãèÎ7−Fs? Ÿξsù ( $yϑÍκÍ5 4’n<÷ρr& ª!$$sù #ZÉ)sù ÷ρr& $†‹ÏΨxî ï∅ä3tƒ βÎ) 4 t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ È⎦ø⎪y‰Ï9≡uθø9$#

#ZÎ6yz tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ*sù (#θàÊÌ÷èè? ÷ρr& (#ÿ…âθù=s? βÎ)uρ 4 (#θä9ω÷ès? βr& #“uθoλù;$#

‰Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang


Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu
bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya
atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana
Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu
turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan
jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada
menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.‰

(f) Memimpin Hati Pengikut


Seorang pemimpin dakwah yang masyhur, Hassan Al-Banna pernah
berkata:

„⁄kamu akan dapat dikalahkan dengan pukulan teruk yang akan


mengakibatkan kamu hilang segala-galanya lantaran satu sebab iaitu,
apabila hati kamu telah rosak, Allah tidak memperbaiki kerja-kerja kamu,
suara kamu berpecah belah dan fikiran kamu bertentangan di antara satu
sama lain. Sebaliknya selagi kamu bersatu padu ditambahii pula kamu
sentiasa menghadap kepada Allah, sentiasa mengikuti jalan taat
kepadaNya, berjalan menurut petunjuk yang diredhaiNya, tidak pernah
merasa lemah dan hina maka kamulah umat yang paling tinggi, Allah
bersama dengan kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan kerja kamu.‰

Daripada apa yang disebut oleh Imam Hassan Al-Banna, jelas


menunjukkan bahawa faktor penting dalam kepimpinan adalah hati.
Pemimpin sebenarnya memimpin hati atau jiwa manusia untuk melakukan
sesuatu kerja. Sekiranya pemimpin dapat menguasai hati pengikutnya,
bererti beliau mampu menguasai jasad mereka dan segala kerja akan
menjadi mudah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  145

Pembangunan pemimpin dapat dilihat melalui tanggungjawab dan


perhatian yang cukup kepada urusan mendidik dan memberi latihan bagi
peningkatan pengikutnya. Pemimpin mestilah berusaha membentuk iman
yang kuat, asas yang teguh dalam pembentukan peribadi individu dalam
organisasi. Hanya dengan melaksanakan tuntutan itu barulah dapat
memenuhi janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman dengan
menjadikan mereka mempunyai ketetapan, ketahanan, kejayaan dan
kecemerlangan.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Senaraikan ciri-ciri pemimpin dan huraikan.


2. Salah satu daripada ciri-ciri pemimpin ialah keadilan. Nyatakan
dengan ringkas maksud ciri ini.

7.2.2 Keusahawanan

Keusahawan mempunyai pelbagai definisi yang meluas. Hanya terdapat satu


terma utama yang terhasil iaitu keusahawanan dikenal pasti sebagai satu proses.
Satu proses keputusan dan tindakan yang berterusan. Ianya juga melibatkan satu
siri keputusan dan tindakan bermula dari memulakan hingga mengurus sesuatu
perniagaan. Definisi terma kedua ialah inovasi. Keusahawanan melibatkan
perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baru. Definisi
terakhir ialah penciptaan nilai. Melalui keusahawanan, produk baru,
perkhidmatan, transaksi, pendekatan, sumber-sumber, teknologi dan pasaran
telah dicipta dengan tujuan memberi sedikit sumbangan nilai kepada
masyarakat atau pasaran. Sumber-sumber dipindah ke dalam bentuk output
seperti produk. Maka dengan itu, nilai proses transformasi dicipta kerana
usahawan berupaya mencipta sesuatu yang berguna dan bernilai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Rajah 7.3 menunjukkan ciri-ciri yang diperoleh dalam definisi keusahawanan.

Rajah 7.3: Ciri-ciri yang diperoleh dalam definisi keusahawan

Keusahawan berkaitan rapat dengan kepimpinan. Kepimpinan dalam organisasi


mempunyai fungsi tersendiri untuk membuat keputusan, di mana seseorang
pemimpin seharusnya boleh dan mampu membuat keputusan, berkomunikasi,
memberi motivasi, mengarah dan mengawal aktiviti orang bawahannya dengan
melaksanakan pemantauan dan mendapatkan maklum balas.

7.3 PERANAN PEMIMPIN DAN PENGIKUT


Dalam Islam, kepimpinan adalah merupakan satu perhubungan di antara ketua
dengan pengikut. Pemimpin perlu melaksanakan tugas ini dengan menekankan
beberapa prinsip yang di antaranya:
(a) Sentiasa memberikan contoh yang baik
(b) Sentiasa menjaga hubungan baik dengan yang dipimpin
(c) Menghormati pendapat orang lain walaupun tidak diterima
(d) Mewujudkan persekitaran bekerja dengan amanah
(e) Yakin terhadap kemampuan pengikut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  147

(f) Sentiasa mengawasi daripada apa jua bentuk penyelewengan


(g) Memberi tunjuk ajar dengan penuh hormat

Pemimpin hendaklah memaklumkan tanggungjawabnya kepada setiap bahagian


dibawah kuasanya agar mereka dapat merasakan bagaimana beratnya amanah
yang dipikul oleh pemimpin dan bagaimana orang bawah boleh menolong
meringankan bebanannya. Ini akan mendorong setiap anggota
menyempurnakan kewajipan masing-masing dengan tidak lagi membebankan
pemimpin. Malah menolongnya dengan memberi nasihat dan cadangan dalam
suasana kasih sayang, persaudaraan serta hormat menghormati.

Di antara perkara yang selalu menolong kepimpinan ialah kemurnian pengertian


kasih sayang, kemesraan dan keakraban di kalangan anggota organisasi. Justeru
itu, akan lahirlah suasana persefahaman, syura, tolong menolong dan
bekerjasama. Jika tidak wujud kemesraan di kalangan anggota, persengketaan
akan tercetus dan ini akan merosakkan suasana tolong menolong, sekali gus
menambah berat bebanan pepimpin.

7.3.1 Kewajipan Pemimpin


Seseorang pemimpin wajiblah bekerjasama dengan orang-orang di bawah
pimpinannya dalam segala aspek dan hendaklah menonjolkan bahawa pemimpin
sebagai salah seorang anggota masyarakatnya yang menjadi teladan dalam
menyelesaikan sesuatu kepentingan. Bagi tujuan ini, seseorang pemimpin
hendaklah sentiasa mendampingi ahli atau jemaahnya dan menjadikan sebagai
amalan dan perkara asasi dalam kepemimpinannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:

„Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan
pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak memperdulikan tentang keperluan
mereka, kesusahan dan penderitaan mereka, nescaya Allah tidak akan
mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat
nanti.‰
(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)

Huraian daripada hadis ini menerangkan pemimpin yang tidak melaksanakan


tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah
pemimpin yang tidak bertanggungjawab manakala kepimpinan yang baik adalah
kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang
terhadapnya. Seseorang pemimpin hendaklah bijak dalam membuat sesuatu
tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 KEPIMPINAN

seharusnya bersikap sombong dan mementingkan diri hingga rakyat hidup


menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

7.3.2 Kewajipan Pengikut


Semua perlakuan seperti kesetiaan, ketaatan, perlanggaran, keingkaran adalah
suatu Sunnahtullah dalam kehidupan di dunia ini. Kita perlu menempatkan diri
sendiri selari dengan tuntutan syarak dan seiring dengan keperluan dan mudah-
mudahan peranan yang dimainkan itu dapat membawa diri, keluarga,
masyarakat dan negara mendapat keredhaan Allah s.w.t. Malaysia sudah
semestinya mempunyai kerajaan dan ketua negara dan raja yang menjadi
payung kepada sistem yang kita amalkan iaitu negara demokrasi dan raja
perlembagaan.

Seri Paduka Yang Dipertuan Agung merupakan tunggak utama kepimpinan


negara yang bertanggungjawab melindungi seluruh rakyat tanpa mengira
bangsa dan agama dan menjadi tunjang kedaulatan negara sebagai pemimpin
tertinggi dan sebagai obor pemeliharaan kesucian agama Islam di negara ini.

Kewajipan pengikut adalah mentaati Ulil Amri iaitu mentaati ketua negara dan
wajib mematuhi segala perintahnya selagi tidak bertentangan dengan syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

„Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w.: Mendengar dan mentaati adalah
tanggungjawab atas setiap Muslim sama ada perkara yang ia tidak suka atau
tidak (benci) selagi ia tidak disuruh berbuat maksiat. Maka apabila disuruh
mengerjakan perkara maksiat, maka perintah itu tidak boleh didengar dan tidak
boleh ditaati lagi.‰
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Imam al-Mawardi:

„Adalah menjadi kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam untuk
mematuhi Ulil Amri (pemerintah) selama mana pemerintah tersebut mentaati
Allah dan rasulNya serta tidak pula menyuruh melakukan perkara maksiat dan
mungkar.‰

Sesebuah negara tidak akan wujud jika tiada rakyat dan pemerintah serta
wilayah yang berdaulat. Kita sebagai rakyat hendaklah mematuhi dan
menghormati perlembagaan negara. Rakyat mengharapkan segala urusan
mereka ditadbir dan dilaksanakan secara teratur dan baik. Bagi pemerintah,
mereka memerlukan rakyat yang sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  149

serta ketaatan kepadanya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah SabaÊ (34:15)
yang bermaksud:

„...Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya,


(negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan
kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun)‰.

Rasulullah s.a.w. berdoa:

„Ya Allah! Barangsiapa yang ditugaskan untuk menguruskan sesuatu keperluan


umat ini, lalu ia berlaku kasih sayang kepada mereka maka sayangilah dia, dan
barangsiapa yang berlaku merendahkan hati kepada mereka maka kasihanilah
dia.‰
(Riwayat An-NasaaÊi)

7.3.3 Timbal Balik Antara Pemimpin dan Pengikut


Sebagai pemimpin terdapat kewajipan yang mesti dipikul dan dilaksanakan.
Sedemikian juga para pengikut, mereka juga mempunyai kewajipan dan
tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Jika segala kewajipan dan
tanggungjawab masing-masing tidak ditunaikan sama ada dari pihak pemimpin
atau pengikut, maka perlantikan menjadi sia-sia dan hancur dengan sendirinya.
Oleh itu, selaku pemimpin dan pengikut perlu berusaha untuk memikul
tanggungjawab dan melaksanakan tugas masing-masing.

Pemimpin dan pengikut adalah dua konsep yang berbeza dan keduanya mesti
difahami. Tanpa pemahaman salah satunya, maka seseorang itu tidak akan
memahami gambaran sebenar pemimpin dan juga pengikut. Sebaik-baik
hubungan patut dilihat sebagai satu peranan yang ditemui didalam setiap
organisasi. Pergantungan antara pemimpin dan pengikut yang baik akan
menghasilkan pemimpin yang baik dan juga sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 7.3

Huraikan peranan antara pemimpin dan pengikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 KEPIMPINAN

7.4 MODEL-MODEL KEPIMPINAN

Di bahagian ini, kita akan mempelajari tentang model berteraskan pemimpin dan
model berteraskan pengikut.

7.4.1 Model Berteraskan Pemimpin


Para nabi dan rasul merupakan manusia yang dipilih dan menjadi utusan Allah
untuk memimpin dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Ternyata para
nabi dan rasul merupakan contoh pemimpin dan mercu tanda sejarah
ketamadunan manusia. Dalam konteks yang lebih khusus, Nabi Muhammad
s.a.w. merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan
rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan
dengan hal-hal kepimpinan.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya dirancang sedemikian rupa
untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim,
hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi aspek penting
dalam proses memupuk sifat kepimpinan baginda. Dengan kehendak dan
pemeliharaan Allah, baginda dapat menbataskan diri baginda dari perkara yang
merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya menjadi manusia yang
paling dipercayai yang digelar „al-Amin‰ oleh seluruh masyarakat di zamannya.

Sifat-sifat wajib bagi nabi dan rasul cukup terserlah dan nyata pada diri
Rasulullah s.a.w. iaitu sidiq, amanah, tabligh dan fatonah. Sifat-sifat ini
merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Sidiq
ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak
melakukan pembohongan dan pendustaan, sama ada dalam percakapan
mahupun dalam perbuatan. Sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan
baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki yang membawa manusia ke arah
mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sifat amanah merujuk kepada sifat baginda melaksanakan segala tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan
keikhlasan. Sifat asasi yang lain ialah tabligh yang bermaksud menyampaikan
seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada
manusia. Dengan sifat tabligh, baginda mempunyai kemahiran dan kemampuan
komunikasi yang tinggi dan membolehkan manusia yang didakwah oleh
baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  151

Sifat asasi yang lainnya ialah fatonah yang bermaksud bijaksana. Sebagai
pembawa utusan dan risalah Allah dan juga pemimpin manusia sejagat, baginda
merupakan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Ini dapat
dilihat melalui tindakan yang dilaksanakan dalam sejarah perjuangan dan
kehidupan baginda.

Rajah 7.4 menerangkan empat sifat wajib Nabi dan Rasul.

Figure 7.4: Sifat-sifat wajib Nabi dan Rasul

Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab


kenabian dan kerasulan dengan berjaya dan ianya penuh dengan contoh dan
teladan yang bukan sedikit. Sewajarnya ianya dicungkil dan dihayati oleh
seluruh umat manusia. Jika diselusuri sepanjang perjalanan kehidupan baginda,
khususnya yang berkaitan dengan persoalan kepimpinan, baginda memberi
penekanan kepada beberapa isu yang penting iaitu melibatkan perkara-perkara
berikut:
(a) Pembinaan manusia
(b) Objektif dan matlamat
(c) Bekerja secara kolektif
(d) Perancangan yang tepat
(e) Terbuka dan dinamik
(f) Bertunjangkan Islam dan sejagat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 KEPIMPINAN

(g) Disiplin dan pengorbanan


(h) Usaha dan tawakal
(i) Tarbiyah, dakwah dan daulah
(j) Agenda dan pendekatan
 
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin agung pilihan Allah.
Ketokohan baginda dalam bidang kepimpinan begitu menyerlah dalam segenap
sudut dan peringkat. Baginda merupakan pemimpin diri sendiri yang berkesan,
pemimpin keluarga yang memikat, pemimpin masyarakat dan negara yang
cukup berpengaruh. Baginda merupakan pemimpin contohan dan ikutan,
pemimpin yang dihormati bukan ditakuti, pemimpin yang dikasihi dan
disayangi. Wajar kiranya kepimpinan baginda itu ditelaah, ditekuni dan diambil
mutiara darinya untuk menerangi kehidupan. Mudah-mudahan kita akan
menjadi umatnya yang ingin mengambil ikhtibar dan contoh dari kehidupan
baginda. Inilah sebahagian dari rasa kasih dan cinta kita kepada baginda.

7.4.2 Model Berteraskan Pengikut


Sistem pentadbiran di zaman Saiyidina Abu Bakar r.a. merupakan penerusan
kepada apa yang beliau warisi daripada Rasulullah s.a.w. oleh kerana tempoh
pemerintah beliau begitu singkat dan beliau terpaksa berdepan dengan beberapa
pemberontakan selepas kewafatan Rasulullah tetapi beliau telah menggunakan
waktu yang singkat ini untuk menstabilkan negara Islam dari sudut politik dan
pentadbiran (organisasi). Beliau telah berjaya menundukkan musuh Islam dalam
masa dua setengah tahun sepanjang tempoh pemerintahan beliau dan berjaya
menyatukan seluruh Semenanjung Arab.

SEMAK KENDIRI 7.4

1. Bincangkan sifat-sifat wajib nabi dan rasul yang menjadi tunggak


asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah s.a.w.
2. Jelaskan dengan ringkas peranan pemimpin terhadap pengikut.
3. Rasulullah s.a.w. merupakan model berteraskan pemimpin.
Bincangkan sifat kepimpinan yang terdapat pada beliau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPIMPINAN  153

AKTIVITI 7.2
Pergantungan antara pemimpin dan pengikut yang baik akan
menghasilkan pemimpin yang baik dan juga sebaliknya. Adakah
terdapat kesilapan di dalam logik ini? Jelaskan.

 Kepimpinan Islam mengambil berat kedua belah pihak iaitu pemimpin dan
yang di pimpin.
 Islam mengemukakan pemimpin contoh yang mana pengikut bukan hanya
disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri
melaksanakan apa yang diperintahkan.
 Seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu
merumus, memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi
untuk mencapai matlamat organisasi.
 Kejayaan dan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang
menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-
nilai murni di dalam organisasi.

Amir al-Mukminin Khalifah


Dinamik Muqarabah
Fungsi kepimpinan Syeikh
Keperibadian Uli al-Amri

Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York:
McGraw-Hill.

Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7th ed.). Mc Graw Hill.

Jaafar Muhammad. (1992). Asas pengurusan. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti


Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development: An Islamic


perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.
Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K. Lumpur: Utusan
Publications & Distributions.

P.S. Lewis, S.H Goodman, & P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for
tomorrowÊs Leaders. Ohio: Thomson South-Western.
Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamed Yusop Mohd Jani,
Muhammad Shukri Bakar, Norita Deraman, Norria Zakaria, Syahrina
Abdullah, Rosli Mohd Saad & Azrain Nasyrah Mustapa (2007).
Prinsip-prinsip asas keusahawanan. Singapore: Thomson Learning.
Rue, L.W. & Byars, L.L. (2005). Management theory and application. Illinois:
Richard D. Irwin Inc.

Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel (2000). Management. Prentice Hall,
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Syed Othman Alhabshi & Hamiza Ibrahim. (1998). Pengurusan dan


pentadbiran: Mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai.
Malaysia: Unit Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of scientific management.


New York: Harper & Row.

Zaydan, ÂAbd al-Karim (1984). Al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al-Islamiyyah. Baghdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Membuat
8 Keputusan
dan
Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang model membuat keputusan;
2. Menghuraikan kepentingan dalam membuat keputusan dengan
p
langkah-langkah yang sistematik;
3. Menjelaskan maksud dan bentuk-bentuk komunikasi di dalam
menjalankan sesuatu pengurusan; dan
4. Mengenal pasti halangan-halangan komunikasi antara individu,
sistem dan persekitaran.

 PENGENALAN
Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk
kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses
membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga
dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di
rumah dan di tempat kerja. Kadangkala kehidupan kita terdiri daripada beribu-
ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar. Keputusan merujuk kepada
pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Pilihan
merupakan suatu fungsi kepada objektif si pembuat keputusan tadi, maka dalam
penilaian alternatif untuk dipilih, si pembuat juga berminat untuk mengetahui
akibat daripada tindakan, akibat daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga
melibatkan elemen ketidakpastian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

8.1 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN


Banyak definisi wujud mengenai proses membuat keputusan dan perkataan
„keputusan‰ iaitu suatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai
alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan (Massie (1987) dan
definisi lain ialah suatu aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan
merupakan nadi dalam perancangan (Koontz dan Dannel, 1978). Menurut Ofstad
pula, maksud keputusan adalah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh
seseorang bagi melakukan sesuatu tindakan dan tidak mempunyai keraguan
untuk melakukan tindakan tersebut. Selain itu, membuat keputusan juga adalah
suatu kehakiman mengenai apa yang patut dibuat terhadap keadaan tertentu.
Menurut Herbert A. Simon dalam kerja pengurusan sains pula, ia menganggap
pembuat keputusan sebagai satu proses yang sama dengan seluruh proses
pengurusan.

Tujuan kita mengadakan membuat keputusan adalah untuk memberi


pendedahan kepada teknik-teknik penyelesaian masalah dan mengutarakan cara
pembuatan keputusan secara individu dan berkumpulan. Biasanya dalam proses
membuat keputusan, kita harus mengutamakan tiga perkara iaitu:
(a) Proses membuat keputusan;
(b) Orang yang membuat keputusan; dan
(c) Keputusan yang dibuat.

8.2 KEPENTINGAN MEMBUAT KEPUTUSAN


Pembuatan keputusan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
Setiap tindakan yang diambil oleh setiap individu memiliki latar belakang yang
mendalam dari sebuah proses pembuatan keputusan itu sendiri. Kepelbagaian
keputusan yang dilakukan seseorang menunjukkan berapa kuat dirinya. Akan
tetapi, kita tidak mempunyai masa untuk meneliti semua aspek di dalam sesuatu
situasi untuk membuat keputusan yang tepat. Kadang-kadang kita harus
menggunakan seluruh sumber daya kita. Kita juga tidak memiliki masa yang
cukup untuk menganalisis bahagian yang benar dan yang tepat dan yang kurang
tepat. Oleh sebab itu, kita hanya mendapatkan suatu pandangan dan gambaran
yang luas dan sekilas pandang mengenainya akibat dari tindakan tertentu.
Seperti firman Allah di dalam Surah al-Mukminun (23: 115) yang bermaksud:

„Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main


(tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  157

Ayat ini menjelaskan kepada manusia supaya bermuhasabah diri dalam


melakukan sesuatu keputusan dengan menggunakan akal iaitu suatu anugerah
Allah yang tidak ternilai seperti firman Allah di dalam Surah al-Kahfi (18: 29)
yang bermaksud:

„ ...maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang
mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya..‰

Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dengan tiga komponen iaitu hati, akal
dan jasad. Ketiga-tiga komponen ini ada tugas dan peranan. Peranan hati ialah
untuk membuat pilihan. Maka gabungan akal dan hati yang dikurniakan Allah
dapat menghasilkan suatu keputusan yang baik tanpa melanggar syariat yang
telah ditetapkan oleh Allah.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah proses dalam membuat keputusan?


2. Berikan maksud keputusan dari sudut konsep berserta
contohnya.

8.2.1 Model Rasional dan Model Gelagat


Definisi bagi model rasional merujuk kepada logikal dan pembuatan keputusan
langkah demi langkah melalui analisis alternatif dan akibat-akibat. Model ini
diasaskan oleh teori ekonomi klasik dan pembuatan keputusan dikatakan
rasional sepenuhnya. Hasil keputusan adalah rasional sepenuhnya dan pembuat
keputusan memiliki sistem pilihan yang konsisten bagi kegunaan memilih
alternatif terbaik. Selain itu, pembuat keputusan boleh mengira kebarangkalian
kejayaan bagi setiap alternatif dan pembuat keputusan sedia maklum tentang
semua alternatif yang mungkin.

Mc Shane dan Von Gilnow (2005) menjelaskan bahawa terdapat enam fasa
berkaitan model rasional iaitu mengenal pasti masalah atau peluang, memilih
gaya pemutusan terbaik, membangunkan alternatif penyelesaian, memilih
penyelesaian terbaik, melaksanakan alternatif terpilih dan menilai hasil
keputusan yang dibuat.

Model gelagat adalah satu pembuat keputusan di kalangan pengurus yang mana
hasil keputusannya berupaya memberi implikasi tertentu kepada prestasi dan
imej organisasi. Gibson, Ivancevich dan Donnelliy (1997) menjelaskan bahawa
terdapat beberapa faktor gelagat yang mempengaruhi proses pembuatan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
158  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

keputusan. Dalam pada itu, pengaruh gelagat boleh memberikan kesan kepada
seluruh proses berkaitan pembuatan keputusan. Menurut Porteretal (2004) dan
Turban (2004), faktor persekitaran (dalaman dan luaran) merupakan faktor yang
boleh mempengaruhi proses pengurusan dan pembuatan keputusan organisasi.
Oleh yang demikian, faktor gelagat dan persekitaran merupakan faktor yang
mempengaruhi pembuatan keputusan organisasi. Pembuat keputusan
merupakan aktiviti kritikal dalam kehidupan seorang pengurus ini dapat
menyebabkan keputusan yang dihasilkan tidak memenuhi objektif dan aspirasi
organisasi.

Bagi memahami gelagat pembuat keputusan di kalangan pengurus, maka model


rasional digunakan sebagai asas perbincangan. Aspek perbincangan adalah
meliputi konsep, andaian, pengukuran hasil dan fasa-fasa atau proses
perlaksanaan. Selepas itu, faktor persekitaran (luaran dan dalaman) yang
memberi permasalahan kepada pembuat keputusan akan dibincangkan. Oleh
itu, fenomena ini menimbulkan implikasi tertentu kepada organisasi dan pihak
berkepentingan. Akhir sekali, isu-isu etika turut dibincangkan memandangkan
proses pembuatan keputusan bukan sahaja realistik dari segi perlaksanaannya,
malahan juga beretika dari segi pembuatan keputusan.

8.2.2 Langkah-langkah Membuat Keputusan


Terdapat enam langkah yang penting dan terlibat dalam proses pembuatan
keputusan yang efektif iaitu mengenal pasti keperluan, situasi dan masalah,
diagnosis dan analisis sebab, pembentukan alternatif, pemilihan alternatif,
pelaksanaan alternatif dan penilaian dan maklum balas (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Langkah-langkah membuat keputusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  159

(a) Mengenal pasti Keperluan, Situasi dan Masalah


Ia merupakan langkah pertama dalam membuat sesuatu keputusan.
Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang. Dalam
memilih sesuatu masalah dan peluang, kita boleh menggunakan kriteria
berikut:
(i) Kawalan – Sejauh manakah kita boleh mengawal masalah tersebut
dan penyelesaiannya?
(ii) Kepentingan – Darjah kepentingan masalah tersebut.
(iii) Kerumitan – Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.
(iv) Masa – Jangka masa yang akan diambil daripada menyelesaikan
masalah tersebut
(v) Sumber – Sumber-sumber yang diperlukan.

Mengenal pasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenal pasti
masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang
selanjutnya.

(b) Diagnosis dan Analisis Data


Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh mengumpulkan semua
data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu
dalam membuat keputusan.

(c) Pembentukan Alternatif


Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif
baru. Adalah dicadangkan supaya kita berwaspada dengan alternatif yang
tersedia. Juga dicadangkan supaya pertimbangkan tentang batasan dan
peluang dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan
alternatif lama kepada masalah yang sama.

(d) Pemilihan Alternatif


Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu pertimbangkan kriteria
berikut:
(i) Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan
anda/kita?
(ii) Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?
(iii) Keperluan sumber: Mampukah kita melaksanakannya (manusia,
wang, peralatan dan sebagainya?)
(iv) Faedah: Adakah ia bersedekah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

(v) Masa: Berapa lama sebelum kita dapat lihat hasilnya?


(vi) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

(e) Perlaksanaan Alternatif


Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang
terperinci. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan.
Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk membentuk strategi
pelaksanaan:
(i) Kebolehterimaan: Bagaimanakah kita boleh mendapatkan
penerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh kita tonjolkan
dari alternatif ini? Dan bagaimana boleh kita tunjukkan faedah
tersebut?
(ii) Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada alternatif
ini? Bagaimanakah patut kita patut mengatasinya?
(iii) Bantuan: Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang
atau kumpulan lain?
(iv) Lokasi: Dimanakah patut kita laksanakan alternatif ini?
(v) Masa: Bagaimanakah boleh kita mengambil kesempatan hari, masa
dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?
(vi) Berhati-hati: Bagaimanakah boleh kita uji keberkesanan alternatif ini?

(f) Penilaian dan Maklum Balas


Semasa pelaksanaan, kita patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih
itu merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur
keberkesanan alternatif tersebut, kita haruslah fikirkan:
(i) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?
(ii) Alat analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis
dan mempamerkan maklumat?
(iii) Ujian: Apakah ujian atau „trial run‰ yang perlu untuk kita lihat
keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah kita akan menilai
keputusannya?
(iv) Keputusan: Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Bilakah kita
melakukan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif itu berkesan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  161

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Apakah langkah-langkah dalam membuat sesuatu keputusan?


2. Apakah maksud model gelagat dan model rasional yang dapat
difahami dalam konteks membuat keputusan dalam pengurusan?

8.3 MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM


KUMPULAN
Dalam bahagian ini kita akan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai
membuat keputusan dalam kumpulan.

8.3.1 Peranan Membuat Keputusan dalam Kumpulan


Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan jamin-menjamin sesama Muslim
di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan ukhuwah
Islamiyah (persaudaraan Islam). Seseorang Muslim sentiasa berusaha membantu
saudara Muslimnya yang lain. Membantu sesama Muslim adalah antara
tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap orang yang beriman berdasarkan
firman Allah dalam Surah al-Hujurat (49: 10) yang bermaksud:

„Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara‰

Bagi membuktikan persaudaraan Islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w.


menghuraikan di dalam hadisnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.

„Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu
bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain‰
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Bandingan orang-orang mukmin yang saling sayang-menyayangi dan lemah-


lembut di antara mereka seperti satu tubuh badan yang apabila satu anggota
berasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga malam dan berasa demam"
(Riwayat Ahmad)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

Allah telah menerangkan kepada kita supaya saling membantu di antara satu
sama lain dalam melakukan sesuatu. Kerjasama wujud dan berkembang dalam
suasana kehidupan yang harmoni dan stabil. Kehidupan begini berpunca
daripada kemesraan berkomunikasi, kemesraan kecintaan dan kasih sayang serta
saling bersimpati. Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat harmoni
dan simpati dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana
kerjasama dalam masyarakat kini.

Gambaran sebuah masyarakat yang bekerjasama dan saling membantu yang


diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. antaranya ialah wujudnya keadaan bersimpati
antara anggota masyarakat, bak kata pepatah, "Cubit paha kiri, paha kanan
terasa sakit."

8.3.2 Teknik-teknik Membuat Keputusan Dalam


Kumpulan (Syura)
Membuat keputusan adalah merupakan satu proses yang agak menakutkan dan
ia juga memakan masa. Ini kerana setiap keputusan yang dilakukan akan
mempengaruhi perjalanan hidup anda. Terdapat beberapa teknik untuk
membuat sesuatu keputusan di antarannya dengan mengadakan perbincangan
kumpulan ataupun dikenali sebagai syura, ia merupakan satu jalan yang terbaik
dalam membuat sesuatu keputusan. Ia juga adalah satu prinsip organisasi dan
perlembagaan terpenting dalam Islam.

Sebelum kita mengetahui tentang teknik-teknik untuk membuat keputusan,


terlebih dahulu mari kita lihat tentang kelebihan dan kelemahan dalam membuat
keputusan dalam kumpulan (lihat Jadual 8.1).

Jadual 8.1: Kelebihan dan Kelemahan Dalam Membuat Keputusan

Kelebihan Kelemahan
1. Dapat menjana lebih banyak alternatif 1. Mengambil masa yang lama
2. Dapat menghasilkan idea yang lebih 2. Meningkatkan ketidakberkesanan
baik dan kreatif dan kos
3. Membolehkan ahli-ahli melihat situasi 3. Akauntabiliti sukar dilaksanakan
dan masalah pelbagai sudut 4. Wujud tolak ansur
4. Ahli lebih komited dan bermotivasi 5. Seseorang/lebih ahli cuba
untuk melaksanakan tindakan yang menguasai sesi perbincangan
dibuat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  163

8.3.3 Teknik-teknik Membuat Keputusan Dalam


Kumpulan
Terdapat tiga teknik membuat keputusan secara kumpulan iaitu sumbangsaran
(brainstorming), kumpulan nominal dan teknik delphi.

(a) Teknik sumbangsaran (brainstorming) ialah teknik penjanaan idea dengan


setiap ahli dalam kumpulan dibenarkan untuk memberi pendapat secara
bebas tentang sesuatu masalah atau tajuk perbincangan. Ia sesuai
digunakan apabila idea-idea baru diperlukan. Biasanya terdiri daripada
lima hingga tujuh orang individu. Setiap ahli akan menunggu giliran
masing-masing untuk mencadangkan idea-idea sehingga tiada lagi
cadangan atau idea baru dapat dihasilkan. Garis panduan berikut
diperlukan untuk membolehkan proses sumbangsaran dijalankan dengan
berkesan. Sebarang kritikan atau perbahasan tidak digalakkan. Pembatasan
dari segi bilangan idea yang boleh dihasilkan adalah tidak digalakkan.
Sinergi (gabungan) digalakkan melalui sumbangan bersama dan
persaingan yang sihat agar dapat menghasilkan lebih banyak idea.

(b) Teknik kumpulan nominal digunakan apabila persetujuan sebulat suara


atau penyelesaian masalah perlu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Satu panel ditubuhkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pendapat
ahli panel dianggap sulit.

(c) Teknik delphi ialah kaedah tinjauan untuk mengembleng pendapat ahli-
ahli kumpulan dalam proses pembuatan keputusan yang kreatif dengan
ahli-ahli kumpulan tidak bertemu dan identiti ahli dirahsiakan. Setiap ahli
akan ditinjau menerusi beberapa pusingan penyiasatan untuk
menghasilkan profil maklumat, idea-idea atau penyelesaian kepada
sesuatu masalah yang ditakrifkan dengan jelas. Teknik delphi berkesan
untuk mendapatkan balasan atau idea berkenaan isu-isu negatif.

Akan tetapi terdapat beberapa kelemahan dalam teknik delphi iaitu


keahlian panel mungkin berubah, khasnya jika proses berkenaan
memerlukan masa yang panjang. Ahli-ahli kumpulan mungkin bukan
pakar dalam hal-hal yang dibincangkan. Identiti secara rahsia mungkin
akan menjejaskan sikap akauntabiliti dan tanggungjawab di kalangan ahli.
Soalan-soalan yang tidak jelas mungkin menyebabkan ahli-ahli panel
mencapai konsensus yang tidak tepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

8.3.4 Keputusan Rutin dan Tidak Terancang


Pengambilan keputusan merupakan suatu hal yang sangat penting bagi individu
mahupun organisasi. Mengambil keputusan kadang-kadang mudah tetapi lebih
sering sulit sekali. Kemudahan atau kesulitan mengambil keputusan tergantung
pada banyaknya alternatif yang tersedia. Semakin banyak alternatif yang
tersedia, kita akan semakin sulit dalam mengambil keputusan. Keputusan yang
diambil memiliki tingkat yang berbeza-beza. Ada keputusan yang tidak terlalu
berpengaruh terhadap organisasi, tetapi ada keputusan yang dapat menentukan
kelangsungan hidup organisasi. Oleh kerana itu, hendaknya mengambil
keputusan dengan hati-hati dan bijaksana.

8.3.5 Jenis Keputusan


Jenis keputusan dalam sebuah organisasi dapat digolongkan berdasarkan
banyaknya waktu yang diperlukan untuk mengambil keputusan tersebut,
bahagian mana organisasi harus dilibatkan dalam mengambil keputusan dan
pada bahagian organisasi mana keputusan tersebut difokuskan.

Secara menyeluruhnya keputusan digolongkan ke dalam keputusan rutin dan


keputusan yang tidak rutin. Keputusan rutin adalah keputusan yang sifatnya
rutin dan berulang-ulang dan biasanya telah dikembangkan dengan cara tertentu
untuk mengendalikannya. Keputusan tidak rutin adalah keputusan yang diambil
pada saat-saat khusus dan tidak bersifat rutin.

Dalam mengambil keputusan, baik yang bersifat rutin mahupun tidak, ada dua
metode yang digunakan. Metode pertama adalah metode tradisional, di mana
pengambilan keputusan lebih berdasarkan pada intuisi dan kebiasaan. Metode
yang kedua adalah metode moden, di mana pengambilan
keputusan disandarkan kepada perhitungan matematik dan penggunaan
instrumen yang bersifat moden, seperti komputer dan perhitungan statistik.

SEMAK KENDIRI 8.3

Apakah teknik-teknik yang berkesan dalam menghasikan sesuatu


keputusan yang baik?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  165

8.4 ASAS-ASAS KOMUNIKASI


Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi?

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat,


perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan
individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan
dan merangkumi perkara berikut:
(a) Perbuatan menghantar matklumat
(b) Proses untuk bertukar-tukar maksud

Proses ini dilakukan supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi


boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa
gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan.

Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang


tertakluk kepada tiga peringkat peraturan semiotik, iaitu:
(a) Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)
(b) Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan
pengguna)
(c) Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol dan maknanya).

Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua


ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik
yang sama. Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya
saling menghantar dan menerima maklumat. Teori pengawalan bersama
memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik,
dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan.

Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan


dalam bahasa sejadi) dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi
saluran penghantaran, misalnya udara. Perantara komunikasi bukan sahaja
membabitkan media massa dan media berita tetapi juga merangkumi perantara
tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua tujuan.
Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk
menyimpan dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan
komunikasi dalam saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan
kandungan akan terjejas dan dengan itu, penghantar pesanan itu tidak akan
mencapai kesan yang diingini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks, misalnya intonasi, gerak
isyarat atau simbol bertulis iaitu yang menyampaikan pemikiran atau perasaan.
Kedua-dua bahasa pertuturan dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan
sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada simbol (leksem) serta juga peraturan
tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun haiwan tidak memiliki
sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan bahasa,
iaitu bahasa tersendiri.

Dalam kehidupan seharian, aktiviti komunikasi adalah perkara yang amat


penting. Ini kerana kesemua individu berusaha bagi memenuhi keperluan dan
kehendak sendiri melalui komunikasi. Manusia juga mahu berperanan dan
merasai kehidupan yang sempurna dan selesa dalam sesebuah masyarakat. Oleh
itu, aktiviti komunikasi adalah asas kepada segala aktiviti sesebuah masyarakat
atau organisasi dalam usaha memenuhi keperluan kehidupan manusia itu.
Dalam konteks perhubungan sesama manusia, manusia menggunakan pelbagai
bentuk komunikasi yang canggih. Tidak dapat dinafikan kemajuan dalam
bidang teknologi maklumat adalah pemangkin kepada pola komunikasi semasa
dunia semakin sempit dan tiada lagi batas sempadan yang menghalang manusia
dari mendapat maklumat sejauh mana manusia berada.

8.4.1 Kepentingan Komunikasi, Unsur-unsur dan


Proses Komunisasi, Saluran Komunikasi dan
Halangan-halangan Komunikasi
(a) Kepentingan Komunikasi
Komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam sesebuah organisasi (Zelko
dan Dance, 1965) dan pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi
besar di Amerika Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja
mereka untuk kerja-kerja yang ada kaitan dengan komunikasi. Penulis-
penulis tentang organisasi telah menekankan kepentingan komunikasi
dalam organisasi sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Barnard (1938)
menyatakan bahawa tugas pertama yang patut dilakukan oleh seseorang
eksekutif dalam organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem
komunikasi formal yang baik. Ia juga patut berusaha mewujudkan iklim
komunikasi yang baik dalam organisasinya di samping menggalakkan
pertumbuhan satu sistem komunikasi tidak formal yang baik. Kemahiran
dalam komunikasi lisan juga telah dijadikan satu syarat untuk kenaikan
pangkat dalam organisasi.

Kepentingan komunikasi dari perspektif Islam pula dilihat dari sudut


menyebarkan dakwah, menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan
dengan Allah s.w.t., melaksanakan tuntutan-tuntutan SyariÊah dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  167

menegakkan konsep „amar maÊruf nahi mungkar‰ serta melaksanakan


segala apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan menjauhi segala
larangannya. Allah s.w.t. telah menjelaskan kepentingan komunikasi dalam
al-QurÊan dengan jelas. Umpamanya dalam firman Allah s.w.t. di dalam
Surah al- Hujurat (49:13) yang bermaksud:

„Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari


lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu dari pelbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang
lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dalam dan kamu)‰

Pada masa hadapan, seseorang pengurus bukan saja berkomunikasi


dengan kakitangan tetapi juga dengan mesin. Komputer dan pemprosesan
data bereletronik akan terus berkembang bagi memenuhi kepentingan dan
keperluan komunikasi yang lebih baik antara manusia dan mesin. Dengan
bertambahnya daya input maklumat dalam mengarahkan komputer, kad,
pita, disk dan lain-lain peralatan, maka tidak lama lagi manusia akan
berupaya mengarahkan komputer secara langsung melalui kata-kata
sahaja. Dalam perkara ini, jelas komunikasi yang berkesan sangat
diperlukan di dalam semua organisasi dan kumpulan pengurus, eksekutif
perniagaan penyelia dan lain-lain. Mereka terpaksa meningkatkan daya
komunikasi mereka untuk memenuhi cabaran-cabaran masa kini. Sebagai
rumusannya, dipercayai bahawa masalah komunikasi akan terus
meningkat oleh kerana faktor berikut.

(i) Menukar sikap dan keperluan kerja


Menurut E.B. Weiss, pekerja-pekerja, sama ada golongan kolar biru
atau putih tidak lagi bertolak ansur semata-mata kerana bilangan
yang ramai. Artikel dan kajian telah mengutarakan ketidakpuasan
tenaga kerja yang berkisar kepada hak mereka untuk mengambil
bahagian dalam membuat keputusan dan dasar organisasi. Ini bererti
pola pengurusan penyelia yang cenderung kepada pemegangan
rahsia harus ditukarkan dengan yang lebih terbuka untuk
berkomunikasi.

(ii) Organisasi semakin membesar


Pembesaran, perkembangan dan percantuman syarikat bersama-sama
dengan kepelbagaian keluaran turut meningkatkan lagi masalah–
masalah komunikasi. Misalnya, perkembangan syarikat-syarikat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

perniagaan pada peringkat nasional dan antarabangsa, maka timbul


pula beberapa masalah seperti perbezaan agar perbezaan ini dapat
difahami oleh pihak-pihak berkenaan.

(iii) Organisasi bertambah kompleks


Perkembangan teknologi juga telah membawa persekitaran seperti
pencemaran dan persaingan. Kesan daripada peraturan dasar
kerajaan asing dalam perniagaan antarabangsa pula memerlukan satu
penyelesaian oleh organisasi dengan keadaan. Misalnya, apabila
diadakan bagi mengeratkan pemahaman dan menyelesaikan masalah
yang wujud. Perkembangan teknologi ini juga telah menambahkan
masalah oral pekerja. Dengan adanya mesin-mesin automatik, operasi
kerja menjadi semakin kurang mencabar dan pergaulan antara dan
dengan pekerja-pekerja mulai renggang. Begitu juga dengan
pengkhususan kerja juga telah menimbulkan ketidakpuasan dalam
melakukan sesuatu kerja. Hasil daripada gejala-gejala ini boleh
melibatkan daya pengeluaran merosot.

(iv) Data dan maklumat yang berlebihan


Dengan bertambahnya amaun data yang ada hasil daripada
keupayaan memproses komputer, telah mewujudkan kelebihan
maklumat. Ini telah menambahkan beban dan dilema kepada sistem
komunikasi untuk memastikan maklumat itu diagihkan dan
disebarkan kepada mereka yang memerlukannya.

(v) Peningkatan persaingan


Syarikat-syarikat perniagaan bukan sahaja menghadapi persaingan
dalam negeri, malahan berdepan dengan gergasi perdagangan
antarabangsa. Untuk bersaing di pasaran antarabangsa, syarikat-
syarikat perniagaan seharusnya menjadi lebih cekap dalam bidang
pengeluaran dan pemasaran. Kekerapan dan ketepatan
berkomunikasi adalah penting bagi memastikan kejayaan persaingan
seperti itu.

(vi) Permintaan masyarakat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan


Jika dahulunya sesebuah firma perniagaan beroperasi hanya sekadar
mencari untung dan tidak bertangungjawab pula, maka hari ini ianya
tidak lagi boleh berkelakuan sedemikian. Ianya haruslah
betanggungjawab kepada permintaan pelanggan dan juga terpaksa
mendengar dan meneliti setiap kritikan yang dilemparkan
kepadanya. Di masa-masa hadapan akan terdapat keperluan yang
sangat besar untuk mengadakan dialog yang berterusan di antara
firma-firma perniagaan dengan penduduk tempatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  169

(vii) Peraturan kerajaan


Peraturan dan kawalan memerlukan jumlah data mentah yang
banyak dan juga laporan–laporan terperinci. Bagi mengurangkan
peraturan, firma atau organisasi perniagaan haruslah lebih peka
kepada keperluan dan keinginan masyarakat dan mengamalkan
peraturan diri dan disiplin diri. Ianya haruslah diumumkan melalui
komunikasi tentang apa yang telah dibuat, apa yang sedang dibuat
dan apa yang akan dibuat di masa hadapan.

Faktor komunikasi lain yang menentukan kepentingan berterusan tentang


komuniksi firma perniagaan termasuklah peningkatan dalam
pengkhususan organisasi, perubahan dalam struktur organisasi,
pembentukan kuasa, sentimen anti perniagaan sama ada di peringkat
domestik mahupun peringkat antarabangsa, serta penjelasan dan kajian
yang berterusan.

(b) Unsur Komunikasi


Pada keseluruhannya, walaupun banyak definisi komunikasi, terdapat
beberapa unsur yang tidak boleh dipisahkan daripada pengertian sebenar.
Antara unsur-unsur komunikasi yang penting adalah seperti berikut.
(i) Bertujuan
Komunikasi mesti mempunyai objektif yang telah ditetapkan dahulu
selaras dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Ia
mungkin berbentuk formal atau tidak formal tetapi bukan berbentuk
sosial, kecuali yang selaras dengan matlamat akhir firma.
(ii) Pertukaran
Biasanya, ia melibatkan sekurang-kurangnya dua orang atau lebih
termasuk pengantar dan penerima.
(iii) Idea, pendapat, maklumat, arahan dan sebagainya
Kandungan mesej yang disampaikan berbeza kerana bergantung
kepada tujuan dan keadaan.
(iv) Secara personal atau tidak personal
Saluran mungkin secara langsung, misalnya pertemuan empat mata
atau melalui televisyen yang disiarkan kepada berjuta manusia.
(v) Isyarat atau lambang
Mana-mana alat atau cara yang dapat dikodkan untuk membawa
mesej atau maklumat yang boleh digunakan. Corak boleh jadi positif
atau abstrak, isyarat pula boleh dalam bentuk perkataan atau tidak,
tetapi yang penting adalah mesej yang disampaikan itu harus
difahami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

(vi) Mencapai matlamat organisasi


Salah satu ciri yang menonjol bagi organisasi yang formal ialah
menetapkan matlamat atau menentukan tujuan oleh pihak
pengurusan. Bettinghaus telah menamakan dua jenis matlamat
utama, matlamat daya pengeluaran dan matlamat penyelenggaraan.
Sebagai firma perniagaan yang kejayaannya diukur dari segi
keuntungan, matlamat daya pengeluaran dapat menentukan paras
atau tahap operasi dan matlamat penyelanggaran telah diwujudkan
untuk kesinambungan tahap oeperasi tersebut.

(c) Proses Komunikasi


Komunikasi boleh disifatkan sebagai suatu proses atau aliran. Masalah-
masalah komunikasi timbul apabila terdapat lencongan atau halangan di
dalam aliran tersebut. Dalam bahagian ini, akan dijelaskan proses
komunikasi dalam bentuk model.

(d) Model Komunikasi


Model komunikasi merupakan satu persembahan abstrak yang digunakan
untuk menerangkan proses komunikasi. Namun begitu, persembahan ini
kadangkala berlainan daripada aktiviti–aktiviti sebenar yang berlaku
semasa penyampaian maklumat-maklumat tertentu sehinggalah penerima
bertindak terhadap maklumat berkenaan. Dalam suatu proses komunikasi,
terdapat sekurang-kurangnya tiga elemen penting iaitu sumber
(penghantaran), maklumat-maklumat (mesej) dan penerima seperti yang
digambarkan berikut:

Penghantar Mesej Penerima

Model ini mudah jika dibincangkan dengan keadaan sebenarnya. Untuk


menerangkan keadaan yang kompleks di dalamnya terdapat beberapa
unsur penting seperti sumber, enkod, saluran gangguan maklumat,
penerima dan maklum balas (lihat Jadual 8.2).

Jadual 8.2: Model Komunikasi

Perkara Penerangan
Sumber Dalam konteks komunikasi, sumber ialah orang atau sesuatu objek
seperti buku, laporan, radio dan lain-lain. Keberkesanan sesuatu
proses komunikasi bergantung kepada ciri-ciri sumber yang
berkesan. Jika sumber mempunyai ciri-ciri ini, maklumat yang
disampaikan akan diterima dengan mudah oleh penerima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  171

Ini merupakan satu persembahan untuk menyampaikan


Enkod maklumat yang baik oleh sumber. Misalnya, seseorang
menyampaikan maklumat dengan menulis dalam bahasa yang
mudah diterima. Keberkesanan proses enkod ini akan menambah
keberkesanan penerima maklumat.
Maklumat Proses enkod menghiasi maklumat sama ada dalam bentuk lisan
atau bukan lisan. Maklumat atau mesej berbentuk lisan banyak
digunakan dalam organisasi. Mesej bukan lisan mengambil
bentuk, antaranya air muka, pergerakan badan, nada suara,
hubungan mata, sentuhan dan isyarat. Mesej lisan boleh
menghasilkan keberkesanan dengan sokongan dari mesej bukan
lisan.

(e) Saluran Komunikasi


Saluran merupakan alat–alat yang digunakan untuk menyebarkan
maklumat kepada penerima, iaitu sama ada secara penglihatan,
pendengaran, penulisan ataupun kombinasi alat-alat tersebut. Pemilihan
saluran adalah penting dalam penyampaian maklumat supaya masalah
ketidakfahaman penerima tidak akan berlaku. Biasanya, cara-cara yang
digunakan berbeza di antara individu dan syarikat berserta dengan situasi
yang berlainan. Misalnya untuk menjelaskan sesuatu masalah matematik
yang kompleks kepada pelajar, seseorang pengajar boleh menggunakan
berbagai cara, iaitu melalui pengajaran (mengajar), melalui penglihatan
(jawapan secara graf) dan penulisan (nota pengajaran).

SEMAK KENDIRI 8.4

Apakah saluran-saluran yang terdapat dalam proses komunikasi?

8.4.2 Bentuk-bentuk Komunikasi: Rohaniah, dalam


Perorangan (Intrapersonal), antara Perorangan
(Interpersonal), dalam Organisasi (Intra-
organisational), antara Organisasi
(Inter-organisational)
Perhubungan antara manusia dibangun melalui komunikasi. Dengan kata lain,
komunikasi menjadi sarana yang ampuh untuk membangun perhubungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

antara kita dengan orang lain. Melalui komunikasi kita mampu mengenal diri
kita dan orang lain.

(a) Komunikasi Intrapersonal


Komunikasi intrapersonal bererti fikiran dan bahasa kita berkomunikasi
dengan diri sendiri. Tanpa disedari, komunikasi intrapersonal selalu kita
alami, iaitu ketika kita berkhayal, termenung dan berfikir. Komunikasi
intrapersonal diperlukan sebagai saranan untuk kita lebih kenal dan akrab
dengan diri dan peribadi kita. Tuhan yang Maha Bijaksana telah mengatur
proses komunikasi intrapersonal yang melibatkan beberapa unsur atau
elemen sebagai berikut (Burgon & Huffner, 2002):

(i) Sensasi berasal dari kata „sense‰ yang ertinya alat pengindraan, yang
menghubungkan organisme dengan lingkungannya. Menurut Dennis
Coon, „Sensasi adalah pengerakan elementer yang segera, yang tidak
memerlukan penguraian verbal. Simbolis, atau konseptual dan
terutama sekali berhubungan dengan kegiatan alat pancaindera.‰
Definisi sensasi, iaitu fungsi alat pancaindera untuk menerima
informasi, sangat penting. Kita mengenal lima alat indera atau
pancaindera. Kita mengelaskan kepada tiga jenis pancaindera, sesuai
dengan sumber informasi. Sumber informasi boleh didapati dari
dunia luar (eksternal) atau dari dalam diri (internal). Informasi dari
luar diindera oleh eksteroseptor (misalnya, telinga atau mata).
Informasi dari dalam diindera oleh ineroseptor (misalnya, sistem
peredaran darah). Gerakan tubuh kita sendiri diindera oleh
propriseptor (misalnya, organ vestibular).

(ii) Persepsi, ialah proses memberikan makna terhadap informasi yang


ditangkap oleh sensasi. Pemberian makna ini melibatkan unsur
subjektif.

(iii) Memori, iaitu proses penyimpanan informasi dan evaluasinya dalam


kognitif atau fikiran seseorang individu. Kemudian informasi dan
evaluasi komunikasi tersebut akan dikeluarkan atau diingat kembali
pada suatu saat, baik ketika sedar mahupun tidak sedar. Proses
pengingatan kembali ini disebut sebagai recalling.

(iv) Berfikir, iaitu proses mengolah dan memanipulasi maklumat untuk


memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah. Proses ini
meliputi pengambilan keputusan, pemecahan masalah dan berfikir
kreatif. Setelah mendapatkan evaluasi terhadap proses komunikasi
interpersonal, maka ada antisipasi terhadap proses komunikasi yang
selanjutnya. Contohnya, jika kita merasa tidak selesa berkomunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  173

dengan seseorang maka kita mempunyai cara untuk antisipasi agar


komunikasi di kemudian hari menjadi lancar.

(b) Komunikasi Interpersonal


Kita dapat memahami makna komunikasi interpersonal dengan mudah jika
sebelumnya kita sudah memahami makna komunikasi intrapersonal.
Komunikasi intrapersonal dapat diertikan sebagai penggunaan bahasa atau
fikiran yang terjadi di dalam diri sendiri. Jadi dapat diertikan bahawa
komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan pelaku
atau individu lebih dari satu orang. R. Wayne Pace mengatakan bahawa
komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung
antara dua orang atau lebih secara bersua muka (face to face). Komunikasi
interpersonal ini berlaku bergantung kepada keadaan, budaya dan juga
konteks psikologikal. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan
tercorak mengikut keadaan-keadaan ini. Komunikasi interpersonal telah
dikelaskan dalam beberapa tujuan, di sini dinyatakan lima tujuan mengapa
komunikasi ini terbentuk:
(i) Menemukan diri sendiri
Salah satu tujuan komunikasi interpersonal adalah menemukan
seseorang atau peribadi diri. Bila kita terlibat dalam pertemuan
interpersonal dengan orang lain kita akan mempelajari tentang diri
kita mahupun orang lain. Komunikasi interpersonal memberikan
kesempatan kepada kita untuk berbicara tentang apa yang kita sukai
atau mengenai diri kita. Adalah sangat menarik dan mengasyikkan
bila berdiskusi mengenai perasaan, fikiran dan tingkah laku kita
sendiri. Dengan membicarakan diri kita dengan orang lain, kita
memberikan sumber balikan yang luar biasa pada perasaan, fikiran
dan tingkah laku kita.
(ii) Menemukan dunia luar
Hanya komunikasi interpersonal menjadikan kita dapat memahami
lebih banyak tentang diri kita dan orang lain yang berkomunikasi
dengan kita. Banyak pengetahuan yang kita ketahui datang dari
komunikasi interpersonal, meskipun banyak jumlah pengetahuan
yang datang kepada kita dari media massa, hal itu seringkali
dibincangkan dan akhirnya dipelajari atau didalami melalui interaksi
interpersonal.
(iii) Membentuk dan menjaga hubungan
Salah satu keinginan manusia yang penting adalah membentuk dan
memelihara hubungan dengan orang lain. Banyak masa yang
digunakan dalam komunikasi interpersonal diabadikan untuk
membentuk dan menjaga hubungan sosial dengan orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

(iv) Berubah sikap dan tingkah laku


Banyak masa kita pergunakan untuk mengubah sikap dan tingkah
laku orang lain dengan pertemuan interpersonal. Kita boleh mengajak
mereka memilih cara tertentu, misalnya mencuba diet yang baru,
membeli barang tertentu, menonton filem, menulis dan membaca
buku, memasuki bidang tertentu dan percaya bahawa sesuatu itu
benar atau salah.
(v) Untuk bersenang hati dan bermesra antara satu sama lain
Mencari kesenangan. Berbicara dengan teman mengenai aktiviti kita
pada waktu akhir pencen, berdiskusi mengenai olahraga,
menceritakan cerita dan cerita lucu. Dengan melakukan komunikasi
interpersonal seperti itu dapat memberikan keseimbangan yang
penting dalam fikiran yang memerlukan ketenangan di usia kita
ketika itu.

Setelah kita mengetahui tentang kedua-dua komunikasi di atas, dinyatakan


juga di sini enam peringkat proses komunikasi yang dipetik daripada
Denis McQuail bagi memudahkan pembaca mengenali proses-proses
komunikasi, iaitu:
(i) Komunikasi intra-peribadi (intrapersonal communication)
Proses komunikasi yang terjadi dalam diri seseorang, berupa
pengolahan informasi melalui pancaindra dan sistem saraf. Contoh:
berfikir, merenung, menggambar, menulis sesuatu dan lain-lain.
(ii) Komunikasi antara-peribadi
Kegiatan komunikasi yang dilakukan secara langsung antara
seseorang dengan orang lain. Misalnya, percakapan dengan menatap
muka, korespondensi, percakapan melalui telefon dan sebagainya.
(iii) Komunikasi dalam kelompok
Kegiatan komunikasi yang berlaku di antara suatu kelompok. Pada
peringkat ini, setiap individu yang terlibat berkomunikasi sesuai
dengan peranan dan kedudukannya dalam kelompok. Pesanan atau
informasi yang disampaikan juga bersangkutan dengan kepentingan
seluruh anggota kelompok, bukan bersifat pribadi. Misalnya,
perbincangan antara ayah, ibu dan anak dalam keluarga,
perbincangan guru dan murid di kelas tentang topik yang dipelajari
dan sebagainya.
(iv) Komunikasi antara-kelompok (association)
Kegiatan komunikasi yang berlangsung antara suatu kelompok
dengan kelompok lainnya. Jumlah pelaku yang terlibat boleh jadi
hanya dua atau beberapa orang, tetapi masing-masing membawa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  175

peranan dan kedudukannya sebagai wakil dari kelompok dan


kumpulan masing-masing.
(v) Komunikasi organisasi
Komunikasi organisasi merangkumi kegiatan komunikasi dalam
suatu organisasi dan komunikasi antara organisasi. Bezanya dengan
komunikasi kelompok adalah sifat organisasi lebih formal dan lebih
mengutamakan prinsip-prinsip efisiensi dalam melakukan kegiatan
komunikasi.
(vi) Komunikasi dengan masyarakat secara meluas
Pada tahap ini, kegiatan komunikasi ditujukan kepada masyarakat
am. Bentuk kegiatan komunikasinya dapat dilakukan melalui dua
cara iaitu komunikasi massa iaitu komunikasi melalui media massa
seperti radio, surat khabar, TV dan sebagainya; dan secara langsung
atau tanpa melalui media massa, misalnya ceramah atau pidato di
lapangan terbuka.

Dalam pengurusan, semua jenis komunikasi ini berhubungkait antara satu sama
lain dalam membentuk pengurusan yang sentiasa bijak dalam membuat sesuatu
keputusan sama ada dari segi perbincangan mahupun persendirian.

SEMAK KENDIRI 8.5


1. Apakah maksud komunikasi dalam aspek pengurusan dan
kepentingannya di dalam sesebuah organisasi?
2. Bagaimanakah sesuatu proses komunikasi itu berlaku?
3. Apakah unsur- unsur yang tedapat dalam komunikasi?

AKTIVITI 8.1

Bagaimanakah sesuatu komunikasi itu berlaku dalam bentuk


intra-peribadi dan antara peribadi, dalam organisasi dan antara
organisasi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

8.3.3 Halangan-halangan Komunikasi: Individu,


Sistem dan Persekitaran
Halangan-halangan komunikasi biasanya berbentuk dalam dua keadaan sistem
komunikasi, iaitu formal dan tidak formal. Halangan-halangan biasanya
menyebabkan salah faham dan salah tafsir maklumat ataupun mesej. Sesuatu
mesej yang dihantar dari seorang kepada orang lain jarang menepati ciri-ciri
seperti yang dikehendaki. Halangan berlaku di setiap peringkat proses
komunikasi, tetapi perlu diatasi bagi melancarkan perjalanan proses komunikasi
dan pengurusan.

Halangan Individu
Terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan peribadi dalam sesuatu proses
komunikasi. Antara empat faktor utama adalah seperti dalam Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Empat Faktor Halangan Individu

Faktor Penerangan
Tidak berupaya Mendengar sahaja tidak membawa sebarang maksud dan
mendengar dan penyelesaian. Sebagai seorang pengurus, seseorang itu perlu
memahami mendengar dan memahami situasi dan masalah yang dihadapi.
Mendengar dengan baik juga membolehkan sesuatu mesej itu
ditafsir dengan baik walaupun masalah yang disampaikan adalah
kririkal.
Stereotaip dan Halangan ini wujud apabila berlaku kepercayaan kekal dan tetap
prejudis berkenaan sesuatu kelompok atau kumpulan. Hal ini salah kerana
walaupun secara purata sesuatu kumpulan dapat ditafsir tetapi
adalah tidak adil untuk semua ahli yang sesetengah ahlinya
mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Contohnya,
proses komunikasi yang berkaitan dengan jantina iaitu lelaki dan
wanita yang mempunyai teknik komunikasi tertentu.
Komunikasi Komunikasi bukan lisan juga dapat menjadi halangan dalam
bukan lisan komunikasi. Contohnya gaya badan dan riak wajah perlu
bersesuaian dengan perkataan ataupun pernyataan yang
diucapkan. Komunikasi tanpa lisan memainkan peranan penting
supaya mesej yang ingin disampaikan diterima dengan baik.
Kepelbagaian Individu dapat mentafsir sesuatu mesej komunikasi yang sama
rujukan dan dalam pelbagai aspek yang berbeza bergantung pada pengalaman
konsep lalu, rujukan dan pengetahuan sedia ada. Hasil perbezaan antara
proses enkod dan dekod menyebabkan berlaku halangan dalam
komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  177

Halangan Sistem
Masalah semantik juga wujud antara kumpulan kerja kerana kebanyakan
kumpulan pekerja berkomunikasi secara dalaman dan juga berkomunikasi
golongan yang biasanya berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Jargon
adalah istilah yang digunakan dalam kumpulan, iaitu bahasa-bahasa teknikal
yang diaplikasikan bagi menggambarkan dan membezakan sesuatu kumpulan.
Setiap unit mempunyai terminologi unik yang berbeza dan tersendiri bagi
menggambarkan kumpulan masing-masing. Bagi mengatasi masalah ini
pengurus perlu mengambil berat beberapa perkara yang utama seperti menjadi
sensitif apabila mentafsir mesej atau maklumat, mengenalpasti kumpulan-
kumpulan yang berbeza serta meramal gaya penggunaan yang dapat
merapatkan hubungan dengan para pekerja.

Halangan Persekitaran
Halangan persekitaran terdiri daripada halangan fizikal. Halangan fizikal ialah
suatu kekangan yang dapat dikurangkan ataupun diatasi. Halangan ini tidak
dapat dielakkan. Halangan fizikal dapat dibahagikan kepada beberapa
bahagaian yang penting, iaitu:

(a) Bunyi
Sesuatu aspek persekitaran yang mengakibatkan gangguan dalam
penghantaran dan penerimaan mesej dikenali sebagai bunyi. Bunyi adalah
gangguan utama komunikasi dan dapat menyebabkan kebanyakan mesej
hilang begitu sahaja kerana perhatian penerima terganggu. Kajian
menunjukkan pengurus kadangkala tidak dapat mengelak daripada
berkomunikasi dalam keadaan bising. Contohnya bunyi mesin faks, telefon
berdering dan sebagainya. Pengurus perlu menggunakan bilik khas bagi
mengadakan mesyuarat atau di tempat-tempat yang tiada gangguan.

(b) Masa
Masa memainkan peranan yang penting dan merupakan elemen utama
dalam halangan komunikasi. Masalah ini biasanya timbul disebabkan
pengurus tidak mempunyai masa untuk kerap berkomunikasi dengan
semua kakitangan pekerja. Tekanan masa dapat membawa kepada konflik
serius sehingga menghasilkan mesej negatif pada seseorang pengurus.
Pengurus juga dianggap kurang prihatin dan sekaligus menjatuhkan
produktiviti dan kerjasama dari kalangan pekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

SEMAK KENDIRI 8.6

Apakah halangan-halangan yang wujud dalam dalam individu, sistem


dan persekitaran?

 Membuat keputusan merupakan elemen yang penting dalam mengurus


sesebuah organisasi.
 Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah
organisasi.
 Komunikasi adalah satu faktor penting dalam kejayaan ekonomi dan
pekerjaan. Ciri inilah yang paling membezakan kita daripada makhluk lain
di dunia ini.

Bahantara Semiotik
Leksem Simiotik
Model gelagat Sintaks
Model rasional Storan
Pragmatik Syura

Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan organisasi. Utusan Publication.


Distributions.

Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York:

Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7eds) . McGraw Hill.

Jack G. McAuley, terjemahan oleh Mohd Safar Hashim, Fatimah Yusoof (1988).

Kathryn M. Bartol & David C. Martin. (1998). Management. Irwin McGraw-Hill.


Komunikasi antara manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  179

Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development; An Islamic


perspective, United Kingdom: Islamic Publisher.
Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications &
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for
tomorrowÊs leaders, Ohio: Thomson South-Western.
Peter Byrne David Cadman. (1993). Risiko, ketidakpastian dan membuat
keputusan dalam pembangunan harta. DBP Kuala Lumpur. Richard D.
Irwin Inc.

Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management theory and application. Illinois:

Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management., Prentice Hall,

Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of scientific management. New


York: Harper & Row

Zainal Ariffin Ahmad. (1998). Perlakuan organisasi. Penerbit Fajar Bakti.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al-Islamiyyah, Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Motivasi
9
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum definisi motivasi;
2. Menerangkan tentang sumber-sumber motivasi;
3. Menghuraikan model-model motivasi konvensional; dan
4. Membezakan beberapa isu antara motivasi Islam dan konvensional.

 PENGENALAN
Perkataan motivasi dalam era pembangunan masa kini sudah menjadi sesuatu
yang lumrah. Namun kini, masih ramai individu yang kurang faham dan tidak
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan perkataan motivasi. Ia adalah
perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu motivation.
Perkataan asalnya adalah motive yang juga dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada
motif, yang memberi definisi tujuan. Selain maksud motivasi, kita juga akan
membincangkan tentang sumber motivasi dan perbezaan antara motivasi Islam
dan konvensional.

9.1 DEFINISI MOTIVASI


Apakah yang dimaksudkan dengan motivasi?

Motivasi boleh didefinisikan sebagai suatu proses dalaman yang


mendorong perlakuan untuk mencapai matlamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  181

Ia adalah suatu yang kompleks dan tanggungjawab yang sukar serta merupakan
sistem yang mempunyai pertalian yang banyak di dalam dan di luar organisasi.

Di samping itu, motivasi adalah dorongan untuk seseorang mengambil tindakan


yang mahu dilakukannya. Jika seseorang merasa tertekan, mereka biasanya akan
bertindak ke atas sesuatu kerana mereka rasakan ia perlu dilakukan,
walaubagaimanapun, jika mereka bermotivasi mereka akan membuat pilihan
yang positif untuk melakukan sesuatu kerana tindakan-tindakan tersebut
dirasakan penting.

Secara umumnya, motivasi bolehlah didefinisikan sebagai suatu set paksaan


yang menyebabkan manusia berkelakuan dalam cara tertentu. Sementara proses
motivasi merupakan suatu proses mencipta keadaan supaya bertindak sebagai
pendorong kepada pekerja berusaha ke arah mencapai kehendak atau matlamat
organisasi.

9.2 SUMBER MOTIVASI


Sekiranya kita merujuk mana-mana bahan rujukan mengenai motivasi, kita akan
dapat melihat banyak definisi yang diutarakan oleh setiap penulis. Akan tetapi
kita akan dapat melihat sumber motivasi yang akan dipersoalkan hanyalah dua.
Sebagaimana yang kita lihat di bawah, sumber motivasi terbahagi kepada dua
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Sumber motivasi

Menurut Sardiman (1987), motivasi yang mendorong ke arah memenuhi


kehendak dan keperluan setiap individu ialah motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 MOTIVASI

(a) Motivasi Intrinsik


Motivasi intrinsik juga dikenali sebagai motivasi dalaman bagi seseorang.
Motivasi ini timbul dari dalam diri individu sendiri tanpa paksaan dan
dorongan orang lain tetapi atas kemahuan dan tujuan diri sendiri. Ia juga
adalah motivasi yang menjadi aktif dan berfungsi dengan tidak
memerlukan perangsang dari luaran, disebabkan dalam diri individu sudah
ada dorongan untuk melakukan sesuatu. Seseorang yang memiliki sumber
motivasi seperti ini tidak memerlukan tawaran ganjaran atau diancam
dengan sebarang hukuman apapun untuk melakukan sesuatu. Sebagai
contoh pelajar akan tetap mempelajari sesuatu pelajaran dengan tekun
walaupun masa itu bukanlah musim peperiksaan. Dengan demikian,
tingkah laku seseorang itu disebabkan oleh kemahuan sendiri, bukan
dorongan luar dan sama sekali tidak terdapat sebarang bentuk paksaan dari
luar.

(b) Motivasi Ekstrinsik


Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi luaran bagi seseorang dan wujud
dalam diri seseorang akibat dari pengaruh dari luar seperti suruhan, ajakan
atau paksaan dari individu atau pihak lain. Dengan kata lain, motivasi ini
merupakan motif yang berfungsi kerana ada dorongan atau rangsangan
dari luar dan dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang lain (mencapai
tujuan). Ia dipengaruhi oleh insentif luaran seperti pemberian sesuatu
ataupun hukuman. Sebagai contoh, seorang pelajar menjadi rajin kerana
tidak mahu dihukum ataupun ingin mendapat keputusan yang cemerlang
pada masa akan datang.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Berikan pengertian motivasi.


2. Bezakan motivasi intrinsik dan ekstrinsik.
3. Apakah kebaikan motivasi intrinsik berbanding ekstrinsik?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  183

9.2.1 Fungsi Ganjaran dan Hukuman


Apabila bayaran ganjaran bonus berdasarkan kerja yang dibuat, dibayar
mengikut kadar seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, ujian dan keselamatan
bekerja dilaksanakan, ia memberikan kesan positif. Contohnya, gaji kepada
jurujual berdasarkan kuota yang diberikan bonus tunai menyebabkan pekerja
bekerja kuat untuk meningkatkan kuota penjualan demi mendapatkan bonus
yang lebih banyak lagi. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah
(2:261-262 ) yang bermaksud:

Èe≅ä. ’Îû Ÿ≅Î/$uΖy™ yìö7y™ ôMtFu;/Ρr& >π¬6ym È≅sVyϑx. «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû óΟßγs9≡uθøΒr& tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$# ã≅sW¨Β

tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$# ∩⊄∉⊇∪ íΟŠÎ=æ


t ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 3 â™!$t±o„ ⎯yϑÏ9 ß#Ïè≈ŸÒムª!$#uρ 3 7π¬6ym èπs($ÏiΒ 7's#ç7/Ψß™

öΝÎγÎn/u‘ y‰ΨÏã öΝèδãô_r& öΝçλ°;   “]Œr& Iωuρ $xΨtΒ (#θà)xΡr& !$tΒ tβθãèÎ7÷GムŸω §ΝèO «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû öΝßγs9≡uθøΒr&

∩⊄∉⊄∪ šχθçΡt“óstƒ öΝèδ Ÿωuρ óΟÎγøŠn=tæ ì∃öθyz Ÿωuρ

„Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan


Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha
Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.‰

„Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah,


kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan
perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung
atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,
dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.‰

Terdapat juga hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

‰Bercucuk tanam di dunia untuk menuai di akhirat.‰

Hukuman digunakan untuk mengubah sikap seseorang yang gagal untuk


melaksanakan tugasnya. Pekerja datang lambat berulang kali mungkin akan
digantung atau ditangguhkan gajinya. Contohnya, liga bola sepak menggantung
pemain yang didapati bersalah agar dapat mengubah sikap pemain tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 MOTIVASI

Ganjaran dapat digunakan dengan baik apabila manusia mengetahui perlakuan,


kemahuan dan pekerjaan baru. Pada umumnya, pengurus yang suka memberi
ganjaran dan memberi sesuatu yang positif kepada seseorang yang berkelakuan
baik, akhirnya akan menimbulkan kesan yang positif dalam hubungan antara
majikan dan pekerja. Ganjaran lebih disukai oleh pekerja berbanding dengan
hukuman dalam mewujudkan motivasi pekerja.

Walaubagaimanapun, ada had tertentu dalam untuk menggunakan ganjaran.


Ganjaran akan digunakan apabila seseorang percaya yang mereka boleh
melakukan kerja yang baik, apabila mereka akan mendapat ganjaran dari
perlaksanaan kerja yang baik dan juga apabila mereka inginkan ganjaran atau
sanjungan oleh syarikat atas perlaksanaan kerja yang baik.

Kebanyakan pihak atasan tidak suka memberi hukuman kerana ia akan


menimbulkan kemarahan, permusuhan atau perasaan dendam. Kadangkala ia
perlu menggunakan cara hukuman untuk mengurangkan risiko. Kebanyakan
pihak pengurusan menggabungkan hukuman untuk pekerja yang berkelakuan
buruk dan ganjaran untuk pekerja yang berkelakuan baik.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Apakah yang anda faham mengenai ganjaran?


2. Jelaskan definisi hukuman.
3. Berikan dua contoh ganjaran kepada pekerja.

9.2.3 Aqidah Tauhid Sebagai Motivasi Primer


Aqidah dan tauhid mempunyai hubungan dan kaitan yang tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan Muslim. Dalam diri setiap insan, jika tidak
tersemat aqidah yang satu iaitu mengakui bahawa Tuhan hanyalah satu iaitu
Allah yang Maha Esa. Pengakuan ini adalah penting bagi setiap insan yang
bergelar mukmin.

Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang kukuh dalam jiwa umpama
tali yang tersimpul kuat sehingga tidak mungkin akan terurai. Di atas aqidah
atau iman inilah berdirinya syariat Islam dan akhlak manusia. Tunjang kepada
aqidah Islam ialah rukun iman seperti yang kita lihat dalam Rajah 9.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  185

Rajah 9.2: Rukun Iman

Tauhid merupakan konsep utama Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu
hanya satu. Ianya adalah asas aqidah. Perkataan tauhid yang berasal dari bahasa
Arab bermaksud penyatuan dan dalam Islam, tauhid memberi makna mendalam
iaitu penyatuan dengan Allah. Lawan bagi perkataan tauhid ialah mengelak
daripada membuat sesuatu. Tauhid dari sudut bahasa memberi pengertian
mengetahui dan mengakui dengan sebenar-benarnyanya Allah itu wujud lagi
Esa. Berdasarkan maksud menurut istilah, tauhid adalah suatu ilmu yang
membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah).

Seringkali kita mendengar persoalan „Apa itu tauhid?‰ dan bagi seseorang yang
mengetahui apakah itu tauhid hanya akan menjawab dengan mudah adalah
ucapan kalimah syahadah iaitu lafaz „Laa ilaha illallah‰ yang merupakan puncak
kenyataan tauhid. Selain itu, terdapat juga individu yang tidak mengetahui dan
memahami apakah maksud sebenar tauhid tetapi pernah mengucapkan lafaz
tersebut.

Kalimah „Laa ilaha illallah‰ memberi maksud tidak ada Tuhan selain Allah.
Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar,
berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan
mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Sebagaimana
firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2:163) yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 MOTIVASI

∩⊇∉⊂∪ ÞΟŠÏm§9$# ß⎯≈yϑôm§9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Hω ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î)uρ

„Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak
disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.‰

Berdasarkan definisi yang diterangkan di atas, kita dapat memperjelaskan


apakah pula aqidah tauhid.

Aqidah tauhid memberi pengertian yang sama walaupun berbeza dari segi
perkataan, iaitu suatu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan
seseorang berkenaan dengan konsep ketuhanan, kerasulan dan juga samÊiyyat
dengan bukti-bukti dalil iaitu dalil aqli dan naqli. Dengan adanya bukti-bukti ini
keraguan yang timbul di dalam hati manusia akan hilang.

Aqidah tauhid merupakan suatu ilmu yang mendedahkan kebatilan, keraguan


dan pendustaan orang-orang musyrikin terhadap orang-orang yang beriman
yang mempercayai Allah, rasul-rasul, kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada
dan qadar yang telah tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w.

Selain dari itu, aqidah tauhid memiliki peranan penting dalam penetapan
keimanan dalam hati seseorang yang yakin sebenar-benarnya dengan kewujudan
Allah s.w.t. dan mentauhidkannya.

9.3 MODEL-MODEL TEORI MOTIVASI


KONVENSIONAL
Mengikut Jaafar Muhamad (1999), terdapat banyak teori atau model motivasi
antaranya ialah:

(a) Teori Keperluan Maslow


Teori keperluan Maslow diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow dalam
tahun 1954. Menurut Maslow, manusia dari segi dorongan memenuhi
keinginan dan kepuasan, adalah seakan haiwan. Manusia, seperti haiwan,
digerakkan oleh keinginan untuk memuaskan beberapa jenis keperluan.
Menurutnya lagi, manusia tidak pernah puas. Selepas satu keperluan
dipuaskan, keperluan yang lain pula akan timbul. Untuk memenuhi
keperluan tersebut, manusia perlu bekerja. Keperluan utama manusia ialah
keperluan fisiologi dan biologi, keperluan keselamatan diri, keperluan
sosial dan keperluan penghormatan atau ego diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  187

(b) Teori ERG


Teori ERG oleh Alderfer pula menyebut tiga peringkat keperluan iaitu
keperluan kewujudan, keperluan pertalian dan keperluan pertumbuhan.

(c) Teori X dan Y


Teori X dan Y dipelopori oleh Douglas McGregor pada awal tahun 1960-an.
Teori ini menerangkan dua keadaan bertentangan tentang sifat manusia.

Dalam teori X, terdapat beberapa andaian penting seperti:


(i) Manusia memang secara semulajadi mempunyai sifat malas atau
tidak suka bekerja. Jika ada peluang mereka akan mengelak daripada
bekerja. Oleh itu mereka perlu diberi arahan dan kawalan untuk
bekerja dengan baik.
(ii) Manusia secara semulajadi selalunya bertentangan tanggapan dengan
organisasi. Oleh itu mereka perlu diugut dan dipaksa oleh kuasa-
kuasa luaran bagi mencapai matlamat organisasi.
(iii) Manusia selalunya mempunyai kelemahan sehingga mereka tidak
mampu mendisiplinkan diri termasuk tidak mempunyai cita-cita dan
selalu mementingkan kepentingan diri. Oleh itu organisasi perlu
mengarah dan mengawal mereka supaya mencapai matlamat
organisasi.

Teori Y pula ditampilkan oleh McGregor yang mengandaikan perkara-


perkara berikut:
(i) Dorongan yang paling baik ialah dengan memuaskan keperluan
manusia di peringkat yang tertinggi seperti penghargaan dan
pencapaian hasrat diri.
(ii) Kebanyakan manusia boleh mengawal diri sendiri termasuk boleh
didorong untuk melakukan kerja dan tidak dikuasai oleh perasaan.
Mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
organisasi.
(iii) Manusia mempunyai kemampuan dari segi fizikal dan mental untuk
membuat sesuatu kerja.
(iv) Kawalan dan hukuman bukanlah cara yang baik untuk mencapai
matlamat organisasi.

(d) Teori Z
Teori Z pula dikemukakan oleh Willium Ouchi yang berorientasikan
pengurusan masa hadapan. Antara ciri-ciri teori yang dikemukakan ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 MOTIVASI

(i) Kesetiaan bersama yang kukuh di antara pekerja dan syarikat.


(ii) Menjamin pekerjaan seumur hidup kepada pekerja.
(iii) Menekankan matlamat jangka panjang organisasi.
(iv) Setiap keputusan dibuat bersama dan bebanan ditanggung bersama.

(e) Teori Pencapaian McClelland


Teori pencapaian McClelland mengenal pasti dan mengkaji beberapa motif
manusia dalam konteks organisasi. Keperibadian dikatakan mempunyai
tiga motif asas iaitu:
(i) Keperluan untuk pencapaian ă Keperluan untuk mencapai kejayaan
diukur mengikut suatu piawaian.
(ii) Keperluan untuk gabungan (affiliation) ă Keperluan untuk menjalin
perhubungan peribadi dan persahabatan yang rapat dengan orang
lain.
(iii) Keperluan untuk memperoleh ă Keperluan untuk mengawal atau
mempengaruhi kelakuan orang lain secara langsung atau tidak
langsung.

(f) Teori Keperluan Dua Faktor


Teori ini dikemukakan oleh Frederick Hertzberg pada tahun 1959. Faktor
motivasi yang dimaksudkan dalam teori ini ialah faktor keperluan dua
faktor iaitu faktor intrinsik yang terdiri daripada keperluan pencapaian,
pengiktirafan, tanggungjawab, keupayaan dan sebagainya. Faktor lain ialah
faktor ekstrinsik yang berhubung dengan gaji, ganjaran dan sebagainya
yang ditawarkan oleh organisasi.

(g) Teori Ekuiti (kesamaan)


Teori ini menjelaskan bahawa seseorang pekerja akan membuat
perbandingan di antara input-output kerjanya dengan input-output
pekerja-pekerja lain. Sekiranya perbandingan yang dibuat dengan pekerja
lain menunjukkan nisbah yang diterimanya berkurangan maka ia akan
menurunkan motivasi kerja. Jika perbandingan menunjukkan ia mendapat
lebih daripada pekerja lain atau sama, ia akan meningkatkan motivasi kerja.

(h) Teori Penetapan Matlamat


Teori ini menjelaskan bahawa penetapan matlamat boleh memberikan
motivasi kepada pekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  189

(i) Teori Jangkaan


Teori Jangkaan mengatakan bahawa manusia berkelakuan berdasarkan
kepada jangkaan yang akan diperolehi. Jika ia menjangka akan mendapat
sesuatu melalui tindakan yang sepatutnya ia buat maka ia akan terdorong
melakukan kerja tersebut. Contohnya, Amin menjangka bapanya akan
memberi hadiah yang bernilai jika ia mendapat keputusan yang cemerlang
dan jangkaan ini mendorongnya untuk rajin belajar.

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Apakah kebaikan Teori Keperluan Maslow?


2. Terangkan konsep teori pencapaian McClelland.
3. Berikan definisi ekuiti.

9.4 MOTIVASI ISLAM


Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan motivasi Islam dan konvensional.

9.4.1 Penerapan Aqidah


Sebagaimana yang kita ketahui, paksi aqidah yang utama adalah lafaz „La ilaha
illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)‰. Ianya merupakan kalimah pengakuan
keimanan yang membawa maksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan
pengabdian melainkan Allah.

Penerapan aqidah adalah wajib dalam diri setiap individu yang bergelar Muslim.
Ia menjadi teras utama seorang Islam. Di Malaysia, penerapan aqidah ini sudah
mula dipraktikkan beberapa ketika yang lalu terutamanya kepada golongan-
golongan yang mengikut ajaran Islam. Ia dilaksanakan setelah timbul kesedaran
yang agak menyeluruh dalam masyarakat umat Islam betapa perlunya Islam dan
ajarannya dijadikan panduan dan landasan hidup demi mencapai kehidupan
yang sejahtera dan diredhai Allah s.w.t.

Di samping itu, disebabkan timbul kesan-kesan negatif kerana penjajahan yang


berlaku ke atas umat Islam memberi impak yang amat mendalam kepada
masyarakat tentang pentingnya penerapan aqidah dalam diri setiap orang.
Sebagai contoh, penubuhan sistem pengajian, penambahan silibus dan pelajaran
pendidikan Islam diberikan nafas baru dan keutamaan yang sewajarmya. Selain
dari itu, dengan munculnya institusi pengajian agama sama ada di peringkat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 MOTIVASI

bawah iaitu tadika, rendah dan menengah bahkan di peringkat institusi


pengajian tinggi secara besar-besaran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
diseluruh negara, di mana ia menunjukkan bahawa isu pendidikan Islam mula
bertapak secara serius bermula dari saat itu.

Justeru itu, usaha penerapan aqidah dalam sistem dan silibus pengajian mula
menampakkan kejayaan dan ia terus berlangsung dan berkembang sehingga
sekarang.

Namun begitu, dalam kerangka memantapkan aqidah dalam pelbagai sistem


seperti sistem pendidikan, persoalan yang dihadapi ialah cabaran semasa yang
berlaku dalam masyarakat dan bagaimana pula caranya untuk membina
kekuatan penerapan aqidah dan menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Antara
cabarannya adalah seperti dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Cabaran-cabaran masa kini

Berdasarkan kepada cabaran-cabaran semasa seperti dalam Rajah 9.3, beberapa


langkah perlu dilaksanakan, antaranya ialah melalui sistem penerapan aqidah
dalam proses pendidikan dan pembentukan anak-anak sejak dari kecil lagi.
Sehubungan ini, dapat dirumuskan beberapa kepentingan dari pendidikan dan
penerapan aqidah kepada generasi anak-anak. Antara penerapannya adalah:
(a) Aqidah dapat menjelaskan tentang pengertian dan maksud hidup yang
sebenar sebagai khalifah di muka bumi.
(b) Aqidah menjadikan anak-anak dibimbing melalui asal fitrah kejadian hidup
mereka.
(c) Melalui didikan aqidah, anak-anak dapat dididik watak, cara hidup dan
ibadat menurut ketentuan Penciptanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  191

(d) Aqidah yang mantap menjadi benteng dan teras utama dalam realiti hidup
yang akan ditempuhi oleh anak-anak apabila dewasa kelak.
(e) Melalui didikan aqidah, anak-anak akan terselamat dari sebarang
penyelewengan dan kejutan akhlak dan moral yang berbagai.

9.4.2 Hubungkait antara Aqidah, Kehendak,


Tindakan dan Prestasi kerja
Perspektif Islam menjelaskan motivasi mempunyai kaitan dengan aqidah Islam
iaitu kepercayaan yang teguh kepada Allah sebagai puncak segala amalan. Setiap
amalan yang dibuat oleh manusia berpaksi kepada ibadat yang tulus kepada
Allah. Manusia menjalankan aktiviti ibadat khusus dan ibadat umum untuk
memperolehi keredhaan Allah bagi mencapai kehendak manusia yang inginkan
kejayaan kehidupan akhirat dan kesenangan hidup dunia.

Rajah 9.4: Hubungkait aqidah, kehendak, tindakan dan prestasi

(a) Aqidah
Aqidah yang benar kepada Allah sepatutnya menjadi perkara utama dalam
kehidupan Muslim. Ini kerana asas kehidupan bermula dengan aqidah
yang benar yang sepatutnya menjadi puncak kehidupan

Agama Islam mempunyai lima pokok ajaran iaitu mempercayai Allah


sebagai Tuhan yang satu (tauhid), Nabi Muhammad ialah rasul atau utusan
Allah, menunaikan sembahyang, berpuasa di bulan Ramadan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Ia juga mempunyai
enam kepercayaan utama yang dinamakan rukun iman iaitu percaya
kepada Allah sebagai Tuhan yang satu, percaya kepada malaikat, percaya
kepada rasul sebagai utusan Tuhan, percaya kepada seseorang, percaya
kepada hari akhirat, percaya kepada qada dan qadar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 MOTIVASI

Menurut Islam, matlamat hidup seseorang individu Muslim itu adalah


mencari keredhaan Allah. Firman Allah dalam Surah Az-Dzaariyat (51:56)
yang bermaksud:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

„Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah (beribadat) kepada Aku.‰

Tujuan agama Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk dijadikan


panduan hidup bagi kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi tujuan tersebut,
Allah s.w.t. telah menurunkan al-Quran sebagai sumber rujukan dan hadis
sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran. Al-Quran
ialah himpunan kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad selaku perantaraan malaikat Jibrail bagi dijadikan panduan
hidup manusia dan membacanya dikira ibadat. Segala ajaran dan peraturan
yang dibawa melalui al-Quran adalah dikira syariat. Allah berfirman di
dalam Surah Al-Baqarah (2:1-2) yang bermaksud:

∩⊄∪ z⎯ŠÉ)−Fßϑù=Ïj9 “W‰èδ ¡ Ïμ‹Ïù ¡ |=÷ƒu‘ Ÿω Ü=≈tGÅ6ø9$# y7Ï9≡sŒ ∩⊇∪ $Ο!9#

„Alif lam Mim, demikianlah seseorang al-Quran itu yang tiada ragu ragu
lagi (isinya), menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman.‰

Tujuan syariat Islam adalah untuk menjaga lima perkara iaitu agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta. Semua hukum-hakam yang terdapat dalam ajaran Islam
seperti wajib, sunat, makhruh, haram, halal dan harus semuanya untuk menjaga
lima perkara yang disebutkan di atas. Hukum haram minuman keras adalah
untuk menjaga akal, hukum haram berzina adalah untuk menjaga keturunan dan
agama, haram mengata orang adalah untuk menjaga jiwa, wajib sembahyang
adalah untuk menjaga agama dan akhlak.

Semua perkara yang dijelaskan tadi memberi tujuan yang lebih utama sebab-
sebab penurunan ajaran Islam iaitu akhlak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: „Bahawasanya aku diutuskan kepada manusia adalah untuk
menyempurnakan akhlak.‰

(a) Kehendak
Kehendak merupakan keinginan dalam diri seseorang. Islam tidak
menghalang manusia memenuhi keinginan mereka. Kehendak terhadap

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  193

sesuatu boleh mendorong kepada sesuatu perbuatan dan tindakan.


Keyakinan teguh kepada kehendak Allah s.w.t. dan ajaran Islam boleh
menjadi sumber motivasi kepada seseorang Muslim kerana apa yang
dilakukan mereka untuk kehidupan dunia akan dikira ibadat oleh Allah
s.w.t. jika ia dilaksanakan dengan cara yang betul dengan syariat Islam dan
niat yang betul.

(b) Tindakan
Apabila seseorang manusia itu mempunyai aqidah yang benar, ia
mempunyai kehendak untuk melakukan sesuatu. Kerja yang dilakukan
dengan niat yang betul serta bertujuan mencapai kehendak manusia boleh
berlaku dengan penuh motivasi. Tindakan yang betul dengan penuh
bermotivasi akan dikira ibadat dan sudah tentu akan memberikan kesan
yang baik. Tindakan yang dilakukan perlu bersesuaian dengan kehendak
Allah s.w.t. Di dalam ajaran Islam, semua tindakan manusia dengan niat
yang ikhlas dan betul akan dikira ibadat dan diberi ganjaran Allah s.w.t.

(c) Prestasi
Prestasi kerja adalah perkara yang penting dalam Islam. Rasulullah
bersabda, „Seorang mukmin itu, bila melakukan sesuatu kerja/amalan, ia
akan buat dengan penuh teliti dan sunguh-sungguh‰. Prestasi kerja pula
perlu dihisab setiap masa. Islam sentiasa menyuruh setiap Muslim supaya
melakukan muhasabah terhadap setiap amalan yang dilakukannya. Jika
prestasi kerja tidak dapat memenuhi kehendak yang diperlukan manusia,
maka ia perlu membuat pengubahsuaian dalam tindakan sesuatu kerja.

Pencapaian prestasi kerja yang tinggi akan memberikan motivasi kepada


seseorang untuk terus bekerja dengan kuat di masa akan datang. Manusia
perlu sentiasa memikirkan untuk melakukan kerja dengan baik agar
prestasinya baik dan ini akan menambahkan motivasinya di masa akan
datang.

9.4.3 Perbezaan Motivasi Islam dan Konvensional


Islam bersifat tolerasi dan terbuka dalam perbincangan ilmu kehidupan. Ilmu
motivasi yang dibincangkan oleh cendekiawan barat boleh diterima selagi
konsep dan prinsipnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Biarpun terdapat
beberapa perbezaan diantara konvensional dan Islam, ia hanyalah bersifat
beberapa perkara yang boleh menunjukkan bahawa Islam itu adalah lengkap dan
mempunyai asas sumber rujukan yang kukuh dalam membincangkan isu
motivasi. Berikut adalah beberapa perbezaan yang terdapat di dalam motivasi
Islam dan konvensional

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 MOTIVASI

Rajah 9.5 menunjukkan perbezaan antara motivasi Islam dan konvensional.

Rajah 9.5: Perbezaan antara motivasi Islam dan konvensional

Dari segi sumber rujukan, prinsip motivasi Islam berlandaskan al-Quran dan
hadis sementara prinsip motivasi konvensional berlandaskan teori-teori
cendekiawan barat yang bersumber kepada akal fikiran.

Objektif sistem motivasi Islam ialah untuk mencapai kebahagiaan akhirat dan
kesenangan dunia sementara sistem motivasi konvensional semata-mata
bermotifkan kesenangan duniawi. Penyelesaian motivasi Islam berteraskan
akhlak Islam yang mementingkan maslahah umum sementara penyelesaian
motivasi konvensional berteraskan keinginan peribadi, akal fikiran serta
kemungkinan terdapat penyelesaian mengikut sentimen nafsu, keinginan
peribadi, emosi dan lain-lain.

SEMAK KENDIRI 9.4

Huraikan beberapa perbezaaan di antara motivasi Islam dan


konvensional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MOTIVASI  195

 Motivasi boleh didefinisikan sebagai suatu set paksaan yang menyebabkan


manusia berkelakuan dalam cara tertentu.
 Proses motivasi merupakan suatu proses mencipta keadaan supaya bertindak
sebagai pendorong kepada pekerja berusaha ke arah mencapai kehendak atau
matlamat organisasi.
 Penerapan akidah ke dalam jiwa setiap umat Islam adalah penting bagi
memberi motivasi kerja kepada mereka.
 Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan hidup dan panduan bagi
setiap mukmin untuk mencari sumber motivasi hidup.
 Perspektif Islam menjelaskan bahawa motivasi mempunyai kaitan dengan
aqidah Islam iaitu kepercayaan yang teguh kepada Allah sebagai puncak
segala amalan.
 Manusia menjalankan aktiviti ibadat khusus dan ibadat umum untuk
memperolehi keredhaan Allah bagi mencapai kehendak manusia yang
inginkan kejayaan kehidupan akhirat dan kesenangan hidup dunia.
 Dari segi sumber rujukan, prinsip motivasi Islam berlandaskan al-Quran dan
hadis sementara prinsip motivasi konvensional berlandaskan teori-teori
cendekiawan barat yang bersumber kepada akal fikiran.
 Objektif sistem motivasi Islam ialah untuk mencapai kebahagian akhirat dan
kesenangan dunia sementara sistem motivasi konvensional semata-mata
bermotifkan kesenangan duniawi.
 Penyelesaian motivasi Islam berteraskan akhlak Islam yang mementingkan
maslahah umum sementara penyelesaian motivasi konvensional berteraskan
keinginan peribadi, akal fikiran serta kemungkinan terdapat penyelesaian
mengikut sentimen nafsu, keinginan peribadi, emosi dan lain-lain.

Akhlak Islam Kehendak


Aqidah Maslahah
Ekstrinsik Prestasi
Emosi Proses motivasi
Intrinsik Sumber ilmu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 MOTIVASI

Ab.Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Abu Mansor Ahmad.
(2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara
Malaysia.

al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.

Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t),
al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52.
Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa
Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr.
Jaafar Muhamad. (edisi ketiga 1999). Kelakuan organisasi. Perpustakaan Negara
Malaysia, Kuala Lumpur.

Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah,
h. 46, 83.

Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm
al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.
Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan
Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah
Muhammad Nasri Md Hussain, Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber
manusia dari perspektif Islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar
al-Fikr, h. 15-16.

Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn. (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala
Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi wa
Auladuhu, h. 118.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kawalan,
10 Budaya
Organisasi
dan
Perubahan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum maksud kawalan dan jenis-jenis kawalan
dalam meningkatkan keberkesanan organisasi;
p 2. Menjelaskan berkaitan budaya, prestasi dan perubahan budaya
organisasi;
3. Menghuraikan beberapa bahagian dalam perubahan berkaitan
dengan perubahan budaya organisasi; dan
4. Menguruskan tekanan konflik dalam pekerjaan.

 PENGENALAN
Islam adalah cara hidup yang sempurna, baik dari segi kepercayaan atau
kehidupan seharian. Manusia adalah aset organisasi kerana pekerja merupakan
penggerak organisasi sama ada di sektor awam atau swasta. Selain itu, penilaian
pekerja patut dijalankan supaya prestasi pekerja tidak merosot dan dapat
memperbaiki kelemahan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh
komitmen. Pampasan dan faedah juga patut diberikan kepada pekerja sebagai
ganjaran. Pemikiran pengurusan kontemporari telah membuat penyusunan asas
untuk gerak kerja pengurusan iaitu kawalan, budaya, prestasi, perubahan
organisasi dan pengurusan konflik. Topik ini cuba melihat amalan kerja
pengurusan yang boleh diterima pakai oleh syariat Islam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
198  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

10.1 KAWALAN
Kawalan merupakan langkah terakhir kepada pengurusan. Melalui kawalan,
sesuatu perancangan dan pelaksanaan pengurusan dapat dipastikan
keberkesanannya. Tanpa kawalan, sesuatu perancangan yang baik tidak akan
dapat dipastikan kejayaannya. Abd Rahman al-Dahyan dalam bukunya
memberikan pembahagian yang baik mengenai tahap-tahap kawalan. Kawalan
dapat dilihat daripada sudut satu organisasi kepada tiga tahap kawalan iaitu,
kawalan diri sendiri, kawalan dalaman dan kawalan luaran.

Maksud melakukan kawalan sememangnya sudah diisyaratkan dengan jelas


sekali dalam ajaran Islam. Kawalan yang boleh disama ertikan dengan
memeriksa dan memerhatikan kemudiannya membawa ke arah membetulkan
sebarang kepincangan yang timbul daripada perlaksanaannya. Sebagai contoh,
seorang pengurus yang memantau prestasi dan membandingkannya dengan
matlamat. Seterusnya membuat tindakan pembetulan sekiranya tindakan itu
perlu.

Terdapat dalil yang menunjukkan bahawa kawalan dianjurkan dalam


pengurusan Islam. Firman Allah dalam Surah al-Taubah (9:105) yang
bermaksud:

„Dan katakan (wahai Muhammad), berbuatlah kamu, bahawasanya Allah s.w.t


melihat amalan-amalan kamu, dan rasulnya dan orang-orang mukmin (akan
turut melihat). Dan akan dikembalikan amalan-amalan tersebut ke alam ghaib
dan alam yang sebenar, maka dia akan mengkhabarkan kepada kamu dengan
setiap apa yang kamu lakukan‰.

Ayat suci di atas dengan jelas menerangkan bagaimana faktor mengawasi diri
sendiri, merasai diri diawasi oleh manusia dan merasakan pemerhatian oleh
Allah s.w.t ditanam dalam jiwa setiap Muslim. Diri yang mempunyai kekuatan
untuk menghisab perlakuan diri, berupaya untuk menilai setiap gerak-gerinya
daripada melakukan kesilapan. Manakala merasai diawasi oleh seseorang sama
ada oleh manusia mahupun Allah s.w.t. menjadikan seseorang lebih berhati-hati
dalam melakukan setiap tindakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  199

Jadual 10.1 menyenaraikan tiga tahap kawalan berserta dengan penerangannya.

Jadual 10.1: Tiga Tahap Kawalan

Kawalan Penerangan
Kawalan diri Setiap pekerja perlu mengawasi diri sendiri. Kawalan terhadap
diri sendiri ini dapat dilakukan melalui pemahaman kepada
ajaran Islam itu sendiri yang amat menyeru kepada bertaqwa
dan merasai pemerhatian dan kekuasaan Allah s.w.t terhadap
semua perbuatan manusia sama ada secara terang-terangan
mahupun secara bersembunyi. Melalui keyakinan yang
bertapak di jiwa inilah yang akan mendorong seseorang
melakukan kerjanya sebaik mungkin.
Kawalan dalaman Kawalan dalaman bermaksud melalui jabatan-jabatan dalam
sesebuah organisasi yang bertanggungjawab memerhatikan
pekerja-pekerjanya. Ataupun peranan seseorang ketua
mengawasi para pekerja.
Kawalan luaran Kawalan luaran adalah kawalan yang dilakukan oleh negara
terhadap organisasi bagi menjaga kesinambunagan keluhuran
pekerja dan organisasi dalam mencapai matlamat masing-
masing melalui institusi al-hisbah, al-muzalim dan kehakiman
biasa.

Tambahan lagi, untuk mengurus kawalan dengan efektif adalah dengan cara
sistem kawalan yang baik. Antara cirinya, ia perlu strategik dan berpotensikan
keputusan. Sistem kawalan biasanya menggalakkan rancangan-rancangan
strategik dan fokus pada aktiviti-aktiviti penting yang menjadikan sesebuah
organisasi itu berbeza dan lebih efektif daripada organisasi lain. Pengurus
merangka dan membangunkan sesuatu rancangan strategik bagi mencapai
matlamat strategik. Oleh sebab itu, mereka patut mengambil perhatian bagi
membangunkan piawai kawalan yang menjadi ukuran betapa baiknya
perancangan yang dibuat dapat dicapai.

Selain itu, ia perlu mengikut masa, tepat dan berobjektif. Ini kerana sistem
kawalan yang baik diperlukan seperti maklumat yang berkesan untuk semua
aspek. Maklumat tidak semestinya sampai cepat tetapi ia perlu sampai tepat dan
sesuai pada masanya seperti setiap minggu atau setiap bulan. Maklumat itu
biasanya cukup untuk para pengurus dan pekerja membuat tindakan
pembetulan pada sebarang penyimpanan atau kesalahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

10.1.1 Teknologi Maklumat


Teknologi maklumat merupakan teknologi yang diperlukan dalam
pemprosesan data. Isi kandungannya sangat luas berkaitan dengan segala aspek
dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara keseluruhannya,
teknologi maklumat boleh didapati dengan tepat dan mudah. Selain itu,
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat serta mendapatkan maklumat tanpa mengira
waktu dan di mana-mana.

Selain itu, teknologi maklumat dapat dipecahkan kepada beberapa komponen


atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Bahagian komponen
tersebut adalah teknologi, organisasi dan pengguna. Selain dari itu, terdapat juga
tafsiran di mana komponen penting dalam teknologi ialah komputer seperti
perisian, maklumat, tatacara, manusia dan rangkaian komunikasi.

10.1.2 Kaitan antara Penilaian Prestasi dan Kawalan


Pengurus perlu membuktikan kepekaan yang tinggi terhadap keadilan dalam
melaksanakan penilaian prestasi dari perspektif Islam. Keprihatinan mereka
dalam perlaksanaan penilaian prestasi akan memungkinkan mereka
meringankan kesan-kesan negatif yang telah dikenal pasti.

Oleh itu, pelaksanaan penilaian prestasi berlandaskan Islam perlu diberi tempat
yang sewajarnya, dihayati dan dikomunikasikan. Ini adalah untuk menjamin
agar tidak ada pihak yang akan menjadi mangsa.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, Islam merupakan satu cara hidup yang
mencakupi segenap aspek dalam kehidupan manusia dan fitrah kejadian
manusia itu sendiri. Oleh kerana pekerjaan melibatkan hubungan pengurus dan
pekerja maka sudah tentu setiap keputusan yang melibatkan pengagihan tugas,
penentuan ganjaran dan program pembangunan pekerja perlu dilakukan dengan
seadil yang mungkin.

Islam sebagai satu cara hidup yang syumul diyakini mampu memberi kelebihan
kepada organisasi dalam memastikan untuk terus membangun. Prestasi kerja
yang terbaik mampu diberikan penghargaan kerana pekerja bekerja hasil
daripada dorongan dalaman yang tinggi di atas keyakinan iaitu untuk mendapat
keredhaan Allah.

Keharmonian dalam organisasi jelas terjejas apabila pengurus yang


bertanggungjawab dalam menilai prestasi pekerja lebih cenderung dijadikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  201

sebahagian daripada alat kawalan untuk mengawal gelagat kerja pekerja dan
seterusnya mendapat ganjaran untuk mereka. Akibat daripada keadaan ini,
matlamat utama pelaksanaan penilaian prestasi tidak dicapai.

Sehubungan dengan ini, pengurus perlu bertindak sebagai pereka atau pemikir
strategi untuk membangunkan model serta melaksanakan keputusan sesuai
dengan persekitaran Islam berkait dengan pelaksanaan penilaian prestasi dalam
organisasi. Mereka perlu bertindak selari dengan tuntutan yang dijelaskan dalam
Surah ar-RaÊd (13:11):

„Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengubah keadaan nasib sesuatu kaum
sehingga mereka merobohkan keadaan yang ada pada diri mereka sendiri‰.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan? Dengan


ringkas, jelaskan mengapa ia penting.
2. Nyatakan perbezaan antara kawalan diri, kawalan dalaman
dan kawalan luaran.

AKTIVITI 10.1
Bincangkan kaitan teknologi maklumat dengan pengurusan kawalan.

10.2 BUDAYA, PRESTASI DAN PERUBAHAN


ORGANISASI
Di bahagian ini, kita akan membincangkan budaya, prestasi dan perubahan
organisasi.

10.2.1 Keterangan Budaya Organisasi


Budaya organisasi ialah satu perkongsian pegangan dan nilai yang wujud dalam
sesebuah organisasi bagi membimbing kelakuan ahli-ahli dalam organisasi itu.
Budaya organisasi adalah berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi
lain. Setiap organisasi mungkin berbeza dari segi penerimaan risiko, layanan
kepada pekerja, kerja berpasukan, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

konflik-konflik yang timbul, kritikan-kritikan kepada majikan dan organisasi


serta ganjaran-ganjaran yang disediakan kepada ahli-ahlinya.

10.2.2 Pembinaan, Pembaikan dan Penerusan Budaya


Organisasi
Apabila membicarakan tentang budaya organisasi, ia lebih tertumpu kepada
budaya kerja. Pengurusan dan budaya kerja mempunyai hubungan erat antara
satu sama lain. Pengurusan melahirkan budaya organisasi dalam kerja. Budaya
organisasi tidak wujud dengan sendirinya. Oleh itu, tanpa pengurusan bererti
tiada budaya kerja. Pengurusan adalah kuasa penggerak bagi mewujudkan
budaya kerja yang baik ataupun sebaliknya.

Sebagai pengurus, terdapat lima aspek utama yang perlu mereka fahami dan
lakukan iaitu, menentukan matlamat, merancang dan menyelenggarakan
sumber-sumber yang sedia ada dengan cara yang berkesan. Antaranya ialah
tenaga manusia. Selain itu, mengawal proses perlaksanaan untuk mencapai
matlamat organisasi dan meletakkan standard tertentu untuk mengawal mutu
kerja.

Bagi organisasi yang mempunyai pengurusan yang baik, kelima-kelima aspek ini
berhubung kait dalam satu keadaan yang seimbang dan harmoni. Ini merupakan
ciri utama bagi budaya kerja organisasi dan pengurusan yang sempurna. Antara
hasil-hasil budaya kerja organisasi yang unggul ialah produktiviti yang tinggi,
bermutu dan cemerlang. Kesemua ini boleh dihasilkan oleh barisan pekerja yang
bersemangat tinggi, bermotivasi dan mempunyai iltizam yang tinggi terhadap
kerja. Justeru itu, perancangan dalam membangunkan organisasi dapat dilihat
dari firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Hasyr (59:18), yang bermaksud:

„Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah


setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok‰.

Dalam konteks penerusan budaya organisasi, ia lebih kepada mewujudkan


budaya yang kukuh. Budaya organisasi yang kukuh wujud apabila semua pihak
memahami dan mempunyai kepercayaan terhadap matlamat-matlamat, nilai-
nilai utama dan amalan-amalan dalam organisasi. Semakin tinggi penerimaan
matlamat-matlamat, nilai-nilai utama dan amalan-amalan tersebut, maka
semakin tinggi komitmen mereka pada matlamat, nilai dan amalan itu. Oleh itu,
budaya organisasi yang kukuh dapat memberikan kelebihan kepada organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  203

10.2.3 Perubahan
Perubahan organisasi ialah keperluan organisasi untuk berubah daripada satu
keadaan kepada suatu keadaan lain sama ada bagi mengambil peluang atau
mengelak ancaman hasil daripada perubahan persekitaran bagi menjamin
survival organisasi. Organisasi kebiasaannya berhadapan dengan dua jenis
persekitaran, iaitu persekitaran stabil dan dinamik. Amat sukar pada masa kini
mencari persekitaran yang stabil. Organisasi masa kini berhadapan dengan
persekitaran dinamik yang faktor-faktor persekitarannya sama ada faktor
persekitaran khusus atau umum berubah dengan cepat. Sekiranya organisasi
tidak berupaya menangani perubahan persekitaran ini, ia akan menyebabkan
organisasi mempunyai peluang yang gelap untuk terus kekal dalam apa-apa
bidang yang diceburi. Justeru, organisasi perlu sentiasa memerhatikan dan
melihat kesan bagi setiap perubahan itu. Sebarang perubahan dapat memberikan
peluang dan ancaman kepada organisasi.

Selain itu, terdapat juga beberapa objektif yang boleh digunakan sebagai
panduan. Perubahan yang dilakukan kepada sesebuah organisasi mempunyai
objektif yang jelas. Cuma kadangkala maksud itu tidak begitu disenangi atas
alasan tertentu. Antara beberapa objektif perubahan ialah seperti dalam
Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Objektif perubahan

(a) Meningkatkan Motivasi


Perubahan yang diperkenalkan dalam organisasi lebih bertumpu kepada
menarik dan meningkatkan minat kerja kakitangan sama ada di peringkat
atasan mahupun bawahan. Dalam hal ini satu susunan dan reka bentuk
kerja yang baru dan menarik perlu diadakan supaya mereka turut
menyertai setiap program atau rancangan yang disampaikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

(b) Meningkatkan Daya Pengeluaran


Kerja yang kemas boleh memberi kesan positif ke arah peningkatan
produktiviti. Kerjasama di kalangan pekerja telah bertambah dengan
adanya perubahan struktur yang dijalankan disesetengah syarikat. Di
samping itu, pengaruh hubungan produktiviti organisasi dari masa ke
semasa.

(c) Faktor Mengurangkan Konflik


Elemen persekitaran organisasi semakin kompleks masa kini. Faktor-faktor
seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio-budaya berkait rapat antara
satu sama lain. Begitu juga di dalam organisasi setiap bahagian saling
berhubung untuk meningkatkan kecekapan masing-masing.

10.2.4 Bentuk-bentuk Perubahan


Terdapat beberapa bentuk perubahan yang dilakukan oleh sesebuah organisasi
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2.

Rajah 10.2: Bentuk-bentuk perubahan

(a) Perubahan struktur organisasi


Perubahan keadaan persekitaran menyebabkan perubahan terhadap
struktur organisasi itu sendiri. Perhubungan aktiviti dan fungsi dalam
organisasi disusun dengan jelas selaras dengan kelakuan dan kebolehan
individu atau kumpulan. Segala perubahan yang ingin dilakukan boleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  205

dijalankan dengan menyediakan garis panduan kerja dengan jelas dan


mudah. Contohnya syarikat pembuat kereta terutamanya di bahagian
pemasangan. Pengubahsuaian kerja di barisan pemasangan yang
diperkenalkan dapat mendorong kepada kepuasan kerja dan seterusnya
meningkatkan pengeluaran.

(b) Perubahan pekerja


Salah satu perkara yang sukar diubah ialah kelakuan manusia. Sesetengah
perubahan bertujuan untuk memberi kesan kepada individu supaya
bersikap lebih positif terhadap tugasnya. Oleh itu, dalam proses perubahan
ia perlu diselenggarakan dengan teliti supaya segala tindakan dianggap ke
arah yang positif.

(c) Perubahan teknologi


Perubahan teknologi yang canggih telah menghasilkan perhubungan dan
produktiviti yang lebih baik di dalam organisasi. Contoh seperti ini boleh
di ambil daripada sebuah kilang pembuat kain di India yang telah
membuat perubahan teknologi secara berskel setelah memperbaiki sistem
sosial di kalangan pekerja di organisasi itu. Dalam pada itu, walaupun
perubahan teknologi membawa kepada penghasilan yang positif, tetapi ia
melibatkan kos yang tinggi, memerlukan penilaian semula sistem kerja
yang mungkin juga akan mengubah kelakuan pekerja yang tidak dijangka.

(d) Perubahan budaya organisasi


Perubahan dalam budaya organisasi telah menyebabkan beberapa tugas
perlu diubah. Mengikut kelazimannya, pekerja menjalankan tugas
mengikut apa yang biasa dilakukan tiap-tiap hari, tetapi setelah terdapat
perubahan dalam organisasi dari segi pendekatan, objektif, kepercayaan,
autoriti, tugas dan sebagainya telah memaksa mengubah cara mereka
bekerja. Dalam proses ini, pengurus harus yakin bahawa budaya baru yang
ditampilkan benar-benar perlu dan jika tidak mereka menghadapi
rintangan yang lebih merumitkan.

(e) Perubahan proses pengurusan


Perubahan proses pengurusan juga merupakan tumpuan kepada
perubahan. Perubahan boleh dibuat pada matlamat organisasi, rancangan
organisasi atau kawalan. Fungsi mengarah dan penyeliaan juga boleh
diubah. Perubahan dan aktiviti proses pengurusan boleh dibuat dalam
berbagai bentuk. Contohnya seperti pengenalan management by objective
(MBO), ramalan teknologi, pemilihan pekerja dan sistem insentif kepada
prestasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

(f) Perubahan dalam proses membuat keputusan


Perubahan perancangan selalunya menitikberatkan rasional dan ini perlu
mengarah kepada satu keputusan yang ideal. Proses membuat keputusan
yang praktikal mungkin boleh dicapai melalui latihan yang diperolehi atau
melalui penyampaian yang baik. Pembuat keputusan yang berkesan adalah
mustahak dalam menentukan pencapaian matlamat dalam masa yang
ditentukan.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Prestasi dalam sesuatu kerja boleh mempengaruhi perubahan


dalam organisasi. Huraikan.
2. Jelaskan maksud perubahan organisasi.

AKTIVITI 10.2

Bagaimanakah mewujudkan atau membina budaya organisasi


yang kukuh? Bincangkan.

10.3 PENGURUSAN KONFLIK


Dalam menyempurnakan sesuatu tugasan, kumpulan dan pasukan menghadapi
percanggahan idea dan konflik dalam kumpulan. Konflik merujuk kepada
ketidakserasian pandangan yang mengakibatkan perselisihan ahli.

Terdapat beberapa pendekatan berkaitan konflik iaitu:


(a) Konflik pada pandangan tradisional – menyatakan konflik mesti dielakkan
bagi menghindarkan sebarang masalah.
(b) Konflik pada pandangan hubungan manusia – konflik adalah semulajadi
dan tidak dapat dielakkan. Selain membawa kesan negatif, ia turut
membawa kesan positif ke atas sumbangan prestasi kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  207

10.3.1 Konflik Bermanfaat dan Tidak Bermanfaat;


Punca, Akibat dan Pengurusan Konflik
Konflik yang menyokong matlamat organisasi dan menolong memperbaiki
tahap pencapaian organisasi dipanggil konflik bermanfaat, sementara konflik
yang menyekat keadaan positif di atas merupakan konflik tidak bermanfaat.
Batasan antara kedua konflik ini tidak dapat ditentukan dengan nyata. Ini
memandangkan tiada satu tahap konflik yang boleh dikatakan bermanfaat atau
tidak bermanfaat di dalam semua keadaan. Kewujudan suasana organisasi yang
mempunyai konflik yang sihat terletak kepada kebijaksanaan pihak pengurusan
menilai sama ada tahap konflik yang ditetapkan di dalam organisasinya telah
mencapai optima, tinggi atau rendah.

Dalam usaha mengawal kedua-dua keadaan ini, beberapa strategi boleh


dilakukan dengan membentuk satu badan berkecuali yang dihormati untuk
mengurangkan konflik. Seterusnya membentuk satu matlamat bersama supaya
kedua-dua pihak tertarik dan seterusnya sedia bekerjasama ke arah yang baru.
Ini boleh dilakukan dengan menstruktur semula organisasi kepada beberapa
bahagian agar ahli-ahli dari kedua pihak boleh dipecahkan dan diintegrasikan
antara satu sama lain.

Seterusnya terdapat beberapa punca yang menjuruskan kepada berlakunya


konflik. Dengan memahami punca-punca ini, ahli dalam pasukan atau
kumpulan dapat mengatasi konflik dan mengelak daripada konflik yang
menguasai persekitaran kerja. Rajah 10.3 berikut menyenaraikan beberapa punca
konflik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

Rajah 10.3: Punca-punca konflik

(a) Sumber yang terhad


Punca pertama adalah persaingan pada sumber yang terhad; hal ini
berlaku apabila dua pihak memerlukan sumber yang sama seperti ruang
pejabat yang terhad, sumber kewangan, peralatan dan juga pekerja.

(b) Kekangan masa


Apabila berlaku kekangan masa, pekerja berasakan masa yang diberikan
bagi menyelesaikan sesuatu kerja itu tidak mencukupi. Contohnya apabila
majikan meletakkan tempoh pelaksanaan kerja yang ditetapkan tetapi
pekerja merasakan mereka tidak mampu memenuhi kehendak itu.

(c) Matlamat atau sistem ganjaran yang tidak konsisten


Keadaan ini berlaku apabila setiap individu mempunyai objektif yang
berbeza tetapi mengharapkan ganjaran yang setimpal.

(d) Pengadilan yang meragukan


Keadaan ini berlaku berpunca daripada kekaburan dalam bidang kerja.
Apabila tanggungjawab dalam melaksanakan tugas tidak jelas, maka akan
wujud konflik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  209

(e) Perbezaan status


Mereka yang berada pada status yang rendah mempunyai kuasa yang
sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai status yang lebih
tinggi. Ini juga mendorong berlakunya konflik kerana kuasa dan pengaruh
tidak konsisten.

(f) Pertembungan personaliti


Apabila perbezaan individu terlalu ketara dan tidak dapat disesuaikan,
konflik mudah berlaku. Ini adalah berpunca dari pertembungan
personaliti. Perbezaan personaliti, nilai, sikap dan pengalaman antara
individu boleh diketepikan apabila bekerja dalam pasukan. Namun begitu,
konflik lebih mudah berlaku kerana mereka gagal menyesuaikan diri
sesama mereka kerana perbezaan itu.

(g) Kegagalan dalam komunikasi


Kegagalan dalam komunikasi mendorong berlakunya konflik apabila
komunikasi itu mendatangkan salah tanggapan serta salah faham sesama
ahli.

Organisasi perlu mengambil langkah-langkah yang serius dalam menangani


konflik di tempat kerja. Antara langkah-langkah pengurusan konflik adalah
seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.4.

Rajah 10.4: Pengurusan konflik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

(a) Iklim organisasi yang baik


Langkah-langkah pengurusan konflik dipengaruhi oleh iklim organisasi
yang baik. Bagi mengelakkan berlakunya konflik, iklim atau suasana dalam
organisasi perlu dalam keadaan yang menyenangkan semua pihak. Iklim
organisasi mungkin tidak harmoni, terlalu banyak birokrasi dan tiada
kebebasan sehingga menyebabkan konflik. Kebajikan pekerja dan
hubungan sesama ahli dalam organisasi juga perlu dititikberatkan.

(b) Pemilihan dan penempatan dalam menguruskan konflik


Ciri-ciri, latar belakang dan pengalaman individu mempengaruhi tahap
ketegangan pekerja. Oleh itu, semasa pemilihan dan penempatan pekerja,
faktor individu dan pekerjaan perlu dikaji dengan teliti.

(c) Penempatan matlamat


Pekerja yang mempunyai matlamat dan arah tuju adalah mereka yang
lebih cemerlang berbanding rakan-rakan mereka. Pekerja tahu sama ada
mereka berjaya ataupun tidak dalam menjalankan tugas apabila matlamat
ditetapkan. Namun begitu, penetapan matlamat tidak boleh diserahkan
sepenuhnya kepada pekerja. Ia perlu dilakukan bersama-sama pihak
pengurusan atau penyelia supaya tahap kemajuan dapat dinilai secara
bersama dan bimbingan perlu diberikan kepada mereka yang
memerlukannya.

(d) Reka bentuk semula kerja


Terdapat sesetengah pekerjaan yang membosankan, tidak mencabar atau
terlalu menekan pekerja. Organisasi boleh mereka bentuk semula pekerjaan
itu bagi membantu mengurangkan ketegangan yang berpunca daripada
faktor-faktor pekerjaan. Memberikan tanggungjawab yang lebih, kuasa
atau autonomi bagi membuat keputusan dan memberikan maklum balas
pada prestasi dapat meningkatkan kawalan pekerja pada pekerjaan
mereka. Memberikan hak kepada pekerja bagi menentukan matlamat, cara
bekerja, masa depan mereka dalam organisasi dan perkara-perkara yang
melibatkan dasar organisasi dapat meningkatkan kepuasan kerja mereka.

(e) Komunikasi organisasi


Komunikasi dapat menjelaskan peranan pekerja yang sebenar dan
mengurangkan kekaburan peranan atau konflik peranan. Setiap perubahan
yang dilakukan mesti dimaklumkan kepada pekerja secara rasmi. Pekerja
mempunyai persepsi mereka sendiri pada apa-apa yang berlaku. Mereka
membuat andaian mereka sendiri sekiranya tidak diberikan penjelasan
yang sebaik-baiknya. Namun, komunikasi tidak rasmi seperti khabar angin
memesongkan fakta-fakta sebenar. Justeru itu, ia harus dielakkan dalam
organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  211

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Apa yang dimaksudkan dengan konflik bermanfaat dan


konflik tidak bermanfaat?
2. Bagaimanakah seseorang pekerja dapat mengurus konflik
apabila berlaku situasi sedemikan?

AKTIVITI 10.3

Setiap organisasi tidak akan terlepas dari berlakunya konflik.


Bincangkan bagaimana untuk mengurus konflik dengan baik.

Budaya organisasi Penilaian prestasi


Jenis-jenis kawalan Perubahan organisasi
Kawalan Punca konflik
Pengurusan konflik Teknologi maklumat

 Islam sangat menggalakkan sistem pengawalan dalam kehidupan.


 Secara keseluruhannya, fungsi kawalan adalah salah satu fungsi pengurusan
yang penting dalam sesebuah organisasi. Dengan adanya sistem kawalan,
perjalanan organisasi dapat dikawal dengan teratur dan sempurna.
 Pengawalan dibuat dengan memantau prestasi, membandingkannya dengan
matlamat dan membuat tindakan pembetulan sekiranya perlu. Melalui
kawalan juga, sesebuah organisasi tidak mampu pergi jauh dan tidak mampu
bersaing dengan organisasi lain.
 Dalam memahami budaya organisasi, pada keseluruhannya perkara yang
penting adalah melihat setakat mana budaya berkenaan berjaya
mempengaruhi elemen kepuasan kerja dan prestasi pekerja dalam organisasi
dari semasa ke semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

 Kepuasan kerja berubah atau berbeza mengikut prestasi pekerja terhadap


budaya organisasi. Pencapaian menjadi tinggi apabila budaya itu sesuai
dengan teknologi. Budaya yang tidak formal, kreatif dan menyokong dalam
pengambilan risiko dan konflik, pencapaian prestasinya adalah tinggi jika
teknologi tidak rutin.
 Konflik wujud dalam setiap organisasi dan tidak boleh dihapuskan tetapi
dapat diminimumkan pada satu tahap yang tertentu dan terkawal.
 Kebanyakkan pihak pengurusan akan cuba mengurangkan konflik
disebabkan oleh keburukan yang timbul dari masalah itu.
 Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai kebaikan terhadap organisasi di
mana ia berfungi meningkatkan produktiviti pekerja.

Ab. Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Abu Mansor Ahmad.
(2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti, Utara
Malaysia.
Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t),
al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52.
al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar
al-Fikr.

Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa


Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr.
Jaafar Muhamad (edisi ketiga 1999). Kelakuan organisasi. Perpustakaan Negara
Malaysia, Kuala Lumpur.
Manna al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al-Islami. Beirut: Muasasah Risalah,
h. 46, 83.

Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm
al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.
Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan
Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah.
Muhammad Nasri Md Hussain, Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber
manusia dari perspektif Islam. Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  213

Yusuf al-Qaradawi, (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar


al-Fikr, h. 15-16.

Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn. (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala
Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi
wa Auladuhu, h. 118.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al-Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like