You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS BAHASA MELAYU

59990, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 5)

SEMANTIK BAHASA MELAYU


BMMB3123

NAMA PELAJAR FAREEZ HAKEEM BIN MD ISA

ANGKA GILIRAN 2018192340068

NOMBOR KAD PENGENALAN 990208-05-5701

KUMPULAN PISMP D4

TUGASAN PENULISAN ESEI

NAMA PENSYARAH PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TARIKH HANTAR 29 SEPTEMBER 2020


NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU 4-5

2.1 SIFAT MAKNA

2.2 KELAS MAKNA

2.3 LEWAH DALAM MAKNA


3.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU 5-8

3.1 SINONIM

3.2 ANTONIM

3.3 HIPONIM

3.4 HOMONIM

3.5 POLISEM
4.0 PERUBAHAN MAKNA 8-9
5.0 KETAKSAAN MAKNA 9-10

5.1 KETAKSAAN STRUKTURAL

5.2 KETAKSAAN LEKSIKAL

5.3 KETAKSAAN FIGURATIF


6.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU 10-11

6.1 MAKNA AYAT

6.1.1 MAKNA DETONATIF

6.1.2 MAKNA KONOTATIF


7.0 KESIMPULAN 12
RUJUKAN 13

2
PENGHARGAAN

Salam, di sini saya ingin berterima kasih dan bersyukur kehadrat Tuhan kerana dengan izin
dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Semantik Bahasa Melayu
(BMMB3123). Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam
hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Pengalaman yang saya
perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja
dalam hidup saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Pn. Rozeha binti Harun, pensyarah
bagi kursus Semantik Bahasa Melayu yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya yang selalu
memberi sokongan moral dan nasihat sebagai pembakar semangat kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang selalu menyumbang pendapat dan idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam
menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan ini khasnya ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung. Setiap bantuan yang anda berikan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

3
1.0 PENGENALAN

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu ‘sema’ yang bermaksud
isyarat dan diterbitkan menjadi ‘semainein’ yang bermaksud bererti. Perkataan ini kemudian
dingriskan menjadi semantics dan akhirnya wujudlah dalam Bahasa Melayu perkataan
‘Semantik’ (Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin, 2016). Istilah semantik
dimaksudkan sebagai penilitian makna kata dalam bahasa tertentu menurut sistem
pergolongan (Junaini Kasdan & Nor Hashimah Jalaluddin, 2015). Menurut Muhammad Zaid
Daud (2018) pula, semantik ialah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna kata
dalam sesuatu bahasa. Selain itu, semantik juga didefinisikan oleh Paul R. Kroeger (2019)
sebagai perincian makna kata yang terdapat di dalam entri bahasa dan digolongkan dalam
kelompok yang mempunyai makna berkaitan di antara satu sama lain.

Secara keseluruhannya, semantik adalah ilmu tentang makna atau erti dan
mempunyai hubung kait yang rapat dengan bidang linguistik tamsilnya fonetik, tatabahasa,
sistaksis dan morfologi. Bidang kajian semantik berperanan untuk meneliti makna kata, asal
usul, perkembangan dan sebab-sebab yang mendorong kepada berlakunya perubahan
makna dalam sejarah bahasa.

2.0 FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

Menurut Kridalaksana (1982), menjelaskan bahawa fitur makna merupakan satu atau
beberapa unsur makna yang hadir bersama membentuk makna atau ujaran. Oleh itu,
subbidang semantik ini merupakan kajian perkataan yang mempunyai kaitan makna dengan
ciri-ciri yang boleh digolongkan bersama.

Penggunaan tanda (+) atau (-) diguna pakai bagi menganalisis ciri semantik dalam
perkataan. Tanda (+) bermakna ciri tersebut hadir pada perkataan yang dianalisis maknanya
manakala tanda (-) bermakna ciri tersebut tidak hadir pada perkataan yang dianalisis.
Contoh analisis fitur semantik bagi haiwan dijelaskan dalam Rajah 1.

Reptilia Mamalia Burung Amfibia


- berbulu + berbulu + berbulu - berbulu
- berdarah panas + berdarah panas + berdarah panas - berdarah panas
+ bertelur - bertelur + bertelur + bertelur
Rajah 1: Analisis Fitur Semantik bagi haiwan

4
2.1 Sifat Makna

Sifat makna menurut Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin (2014), sifat yang
terdapat pada makna akan sentiasa berubah dan berkembang mengikut peredaran
masa. Maka, sifat makna ini dinamik dan sentiasa mengalami perubahan
bersesuaian dengan evolusi yang berlaku dalam kajian bahasa. Perubahan sifat
makna dipengaruhi oleh empat ciri iaitu;

i. pilihan;
ii. budaya;
iii. konteks; dan,
iv. peribahasa.

Perkataan akan dipilih mengikut kesesuaian untuk menghasilkan ungkapan


bermakna. Budaya sesebuah masyarakat penutur mempengaruhi sifat makna
tersebut dan makna sesuatu perkataan berbeza mengikut masyarakat. Konteks pula
merujuk kepada situasi dan perbezaan penutur semasa menyampaikan ungkapan
yang bermakna. Manakala, peribahasa digunakan bagi membawa makna yang
berbeza daripada perkataan asal.

2.2 Kelas Makna

Muhammad Zaid Daud (2018) menyatakan bahawa kelas makna dapat


menghuraikan makna dan ragam perkataan dalam sesuatu bahasa. Pengkelasan
makna ini mempunyai hubung kait dengan pengalaman, sejarah, tujuan dan
perasaan pengguna bahasa. Huraian makna dalam bidang semantik ini boleh
dibahagi kepada dua kelas iaitu makna struktural dan makna leksikal.

Makna struktural melibatkan makna gramatikal dan makna tematis (Nur


Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin, 2016). Makna gramatikal ialah
makna yang berkaitan dengan proses tatabahasa dalam ayat seperti pengimbuhan
dan pemajmukan. Misalnya, perkataan ‘latih’ merujuk kepada kata kerja dan apabila
ditambah imbuhan awalan pe- maka perkataan tersebut akan menjadi ‘pelatih’ yang
merujuk kepada kata nama. Makna tematis pula ialah makna yang hadir apabila
penutur memberi penekanan kata dalam ayat. Penekanan kata itu boleh dilihat
dengan nada dan intonasi yang berlainan.

Makna leksikal pula membawa dua jenis makna iaitu makna langsung dan
makna kiasan. Makna langsung ialah makna yang difahami secara terus terbahagi
kepada dua bahagian iaitu makna umum dan makna khusus. Makna umum merujuk
kepada makna tersurat dan makna khusus adalah sebuah makna tersirat yang telah

5
mengalami sifat sempit daripada sifat asalnya yang luas (Bloomfield, 1993). Sebagai
contoh, perkataan ‘universiti’ adalah bersifat luas dan boleh disempitkan kepada
‘Universiti Malaya’. Contoh perkataan makna khusus pula ialah ‘ekzima’, ‘resdung’
dan ‘asma' yang merujuk kepada penyakit. Makna kiasan pula merujuk kepada
makna kata yang terhasil daripada perasaan ataupun fikiran penutur dan pendengar.
Contohnya, perkataan ‘babi’ membawa konotasi negatif dalam masyarakat kerana
selain merujuk kepada haiwan, perkataan ini juga digunakan sebagai celaan.

2.3 Lewah dalam makna

Lewah merujuk kepada gabungan kata yang berlebih-lebihan sehingga menjadikan


penggunaannya mengalami kesalahan tatabahasa. Pengulangan kata, pengulangan
makna, penambahan imbuhan dan penggunaan kata sendi yang berturut-turut
merupakan faktor yang mendorong kepada berlakunya lewah. Berikut merupakan
contoh lewah yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Contoh Kata Contoh Ayat Lewah Faktor Lewah Penerangan


Lewah
Mereka-mereka Kepada mereka-mereka Pengulangan kata Mereka ialah kata majmuk
yang belum makan. yang tidak perlu digandakan.

Hadiah “Dapatkan produk ini Pengulangan Hadiah sudah membawa


Percuma segera dan hadiah makna makna pemberian ikhlas;
percuma menanti anda!” penambahan percuma
adalah tidak perlu.

Memperkukuh- Kursus itu bertujuan untuk Penambahan Penggunaan yang betul ialah
kan memperkukuhkan lagi jati imbuhan mengukuhkan atau
diri pelajar. memperkukuh.

Hingga ke “Hingga ke hujung dunia Pengulangan kata Kata sendi hingga sudah
akanku kejar cinta sendi merangkumi jarak dan tidak
sejatimu.” perlu penambahan kata ‘ke’.
Rajah 2: Contoh Lewah dalam Makna

3.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

Makna leksikal ialah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan
sebagainya (Paul R. Kroeger 2019). Makna leksikal ini diterbitkan daripada istilah leksikon
iaitu kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa
yang bermakna. Makna leksikal dinilai pada makna perkataan tersebut dan tidak dilihat

6
penggunaan perkataan dalam ayat. Rajah 3 menunjukkan jenis-jenis makna leksikal dalam
bahasa Melayu:

Makna Leksikal

Sinonim Antonim Hiponim Homonim Polisem

Rajah 3: Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu

3.1 Sinonim

Sinonim ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan dan bunyi tetapi mempunyai
makna yang sama atau hampir sama (O’Grady 2000). Terdapat empat jenis sinonim
iaitu;

i. sinonim pinjaman;
ii. sinonim konteks;
iii. sinonim laras sosial; dan,
iv. sinonim kolokasi.

Contohnya, ‘cantik’, ‘anggun’, ‘jelita’ dan ‘ayu’ yang merujuk kepada sifat
fizikal yang menawan. Oleh itu, kesemua perkataan ini dikatakan menjadi perkataan
sinonim konteks bagi perkataan menawan kerana mempunyai fitur yang sama
dengan perkataan-perkataan tersebut. Manakala, ‘kacak’, ‘tampan’, ‘segak’ dan
‘ranggi’ juga merujuk kepada sifat fizikal yang menawan. Namun, cantik dan tampan
mempunyai kolokasi yang berbeza iaitu jantina. Sinonim pinjaman dapat diambil
contoh daripada perkataan ‘teriak’ yang membawa maksud ‘jerit’ dalam bahasa
Melayu standard tetapi dalam dialek utara bermaksud ataupun ‘menangis’. Sinonim
laras sosial dapat dilihat pada perkataan ‘beradu’ dalam penggunaan laras bahasa
istana yang bermaksud ‘tidur’ dalam bahasa Melayu standard.

3.2 Antonim

Antonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allen 2004). Antonim dibahagi
kepada tiga iaitu;

i. antonim taksiran;
ii. antonim pelengkap; dan,
iii. antonim berhubungan.

7
Antonim taksiran merupakan antonim yang boleh dibuat perbandingan
tamsilnya ‘berat’ dan ‘ringan’, ‘manis’ dan ‘pahit’ dan ‘keras’ dan ‘lembut’. Antonim
pelengkap ialah antonim yang mempunyai pasangan kata seperti ‘lelaki’ dan
‘perempuan’. Antonim berpasangan pula ialah perkataan yang berlawanan makna
tetapi mempunyai hubungan contohnya ‘guru’ dan ‘murid’.

3.3 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain (O’Grady
2000). Hiponim terbahagi kepada dua jenis iaitu hiponim umum dan hiponim tulen.
Hiponim umum adalah perkataan yang mempunyai makna yang meluas. Misalnya,
‘burung’, hiponimnya ialah ‘enggang’, ‘merpati’, ‘ayam’ dan ‘itik’. Hiponim tulen
mempunyai dua atau lebih perkataan lain di dalamnya contohnya ‘padi’ mempunyai
perkataan ‘beras’, ‘dedak’, ‘nasi’ dan ‘bubur’ dalam kumpulan yang sama.

3.4 Homonim

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2013) mendefinisikan homonim sebagai


perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza
maknanya. Sebagai contoh, perkataan ‘salak’ yang boleh membawa maksud bunyi
gonggongan anjing dan nama buah. Perkataan tersebut merujuk kepada homograf
kerana mempunyai ejaan dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza.

3.5 Polisem

Kuiper dan Allan (2004) menyatakan bahawa polisem ini sebagai perkataan sama
yang mempunyai makna berkaitan secara konseptual. Maka, polisem ialah
hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai
etimologi yang sama. Tamsilnya, perkataan ‘ahli’ yang boleh merujuk kepada dua
maksud iaitu anggota pertubuhan dan juga orang yang mahir dalam sesuatu bidang.
Namun, kedua-dua perkataan ini berbeza maknanya mengikut konteks penggunaan.

4.0 PERUBAHAN MAKNA

Bahasa terdedah kepada perubahan dan perkembangan sejajar dengan dasar langit
terbuka (Abdul Rashid Daeng Melebek & Amat Juhari Moain 2010). Oleh itu, bahasa
memiliki sifat dinamik menjadikan perkataan-perkataannya sentiasa mengalami perubahan
termasuk pada maknanya. Makna boleh berubah disebabkan beberapa faktor iaitu
perkembangan bahasa, tanggapan penutur, peluasan makna, pembatasan ataupun
penyempitan makna dan tujuan simbolik serta dan stilistik. Tujuan simbolik dan stilistik
merujuk kepada huraian kelas makna leksikal.

8
Ulmann (1962) pula menjelaskan terdapat enam sebab utama berlakunya perubahan
makna dalam bahasa termasuklah sebab sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan
keperluan untuk kata baharu. Oleh itu, sesuatu perkataan bukan merujuk kepada satu
makna semata-mata tetapi boleh digunakan untuk pelbagai makna. Rajah 4 menerangkan
contoh perubahan makna:

Leksikal Makna/Takrif dan Contoh Ayat

Ranggi I Kelopak bunga


Contoh- Secawan teh ros itu kelihatan menarik dilitupi ranggi pada
permukaannya.
Ranggi II Tampan, gagah
Contoh- Pemuda itu sungguh ranggi dan indah mata memandang.
Ranggi III Angkuh, berlagak, sombong
Contoh- Sungguh dia sengaja tunjukkan rangginya sedekah di depan
semua.
Rajah 4: Leksikal “ranggi” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013)

5.0 KETAKSAAN MAKNA

Taksa didefinisikan sebagai mempunyai makna yang kabur atau boleh menimbulkan lebih
daripada satu makna atau perihal (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013). Maka, ketaksaan
makna merujuk kepada perkataan yang boleh memberikan lebih daripada satu tafsiran
makna dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam menentukan makna perkataan tersebut.
Jenis ketaksaan makna boleh dibahagikan kepada empat. Berikut merupakan pembahagian
jenis ketaksaan makna.

5.1 Ketaksaan struktural

Ketaksaan berlaku apabila terdapat kekeliruan dalam menterjemah meliputi aspek-


aspek seperti konstituen ayat dan nada intonasi. Contoh ketaksaaan struktural
seperti berikut:

“Hadi makan roti itu”

Berdasarkan ayat tersebut, perbezaan intonasi berperanan menentukan


ketaksaannya sama ada menjadi ayat tanya, ayat perintah atau ayat penyata.
Penyataan ini disokong oleh Muhammad Faisal (2012) yang menyatakan bahawa
penekanan nada keras terhadap kata-kata tertentu akan menyampaikan emosi dan
maksud yang berbeza.

9
5.2 Ketaksaan leksikal

Ketaksaan leksikal terjadi pada makna sesuatu perkataan atau perbendaharaan


kata. Contoh, perkataan ‘hutan’ dan ‘belukar’ yang kedua-duanya menjelaskan
tentang kawasan yang ditumbuhi tumbuhan liar namun penggunaan fungsi
perkataan tersebut dalam ayat adalah berbeza. Hal ini demikian kerana hutan
menerangkan makna yang lebih besar daripada belukar. Ketaksaan makna jenis ini
banyak dipengaruhi oleh makna leksikal dalam bahasa Melayu seperti sinonim dan
homonim.

5.3 Ketaksaan figuratif

Ketaksaan figuratif dipengaruhi oleh makna leksikal yang tidak jelas dan makna yang
lebih bersifat abstrak daripada makna biasa. Hal ini dipengaruhi unsur polisemi yang
mempunyai hubung kait dengan perbezaan budaya. Sebagai contoh, frasa ’sugat-
coat’ dalam bahasa Inggeris memberi maksud ‘janji manis’ dalam bahasa Melayu
kerana terdapat persamaan yang tepat dari segi bentuk.

Unsur personafikasi turut mendorong kepada ketaksaan figuratif. Menurut Nik


Hassan Basri (2003), personafikasi merujuk kepada pemberian sifat-sifat menusia
kepada sesuatu benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan, keadaaan atau idea yang
abstrak. Sebagai contoh, “…lalu burung pun saling bernyanyi-nyanyian menambah
warna dalam taman.” yang memberikan sifat manusia iaitu ‘bernyanyi-nyayian’
kepada burung yang sepatutnya ‘berkicauan’.

6.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi kedudukannya dalam tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap; yang
pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang
sempurna. Oleh itu, setiap jenis atau ciri ayat yang ditutur dan didengar boleh membawa
makna yang berbeza.

6.1 Makna ayat

Pembentukan suatu ayat adalah melalui penyusunan perkataan kerana makna ayat
bergantung kepada makna perkataan yang disusun dalam ayat tersebut. Rajah 5
merupakan pembahagian makna dalam bahasa Melayu.

10
Pembahagian makna Bahasa Melayu

Makna konotatif Makna denotatif

Rajah 5: Pembahagaian makna dalam bahasa Melayu

6.1.1 Makna denotatif

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) menerangkan makna denotasi


atau denotatif sebagai makna eksplisit yang membawa maksud makna
perkataan yang sebenarnya dan menunjukkan makna tersurat kepada
sesuatu yang boleh dilihat secara langsung melalui penglihatan,
pendengaran, perasaan atau pengalman. Misalnya, perkataan ‘lampu’
dikaitkan dengan peralatan rumah manakala ‘kaktus’ berhubung kait dengan
tumbuhan. Contoh dalam ayat pula adalah seperti berikut:

Shi Song sedang menunggang basikal.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa Shi Song sebagai subjek sedang


melakukan aktiviti dengan basikalnya. Kesimpulannya, makna denotatif ialah
makna langsung atau konseptual sesuai dengan pemerhatian menggunakan
pancaindera atau makna yang nyata.

6.1.2 Makna konotatif

Makna konotatif pula ialah huraian makna tersirat yang bergantung kepada
konteks ayat. Keadaan ini melibatkan makna tidak langsung atau kontekstual
yang melibatkan perasaan dan tafsiran terhadap objek lain yang berlaku
disebabkan keinginan untuk menyatakan sesuatu perkara secara berkias
dengan maksud yang lain. Contoh seperti berikut:

Adif : Akim, dah makan ke?


Akim : Duit dah habis la.

Dalam dialog tersebut, Akim menggunakan ayat tersirat bagi


menjawab pertanyaan Adif yang boleh ditafsir sebagai ‘belum makan’ kerana
ketiadaan duit belanja.

11
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, semantik ialah sebuah bidang bahasa yang amat luas dan menarik untuk
dikaji dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi buat bakal guru bahasa Melayu yang perlu
memahirkan diri dalam dunia linguistik ini. Ilmu ini bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam
penulisan, malah boleh diguna pakai dalam pertuturan seharian bagi menambah lagi
kepelbagaian dan warna dalam bahasa.

12
RUJUKAN

Abdul Rashid Daeng Melebek dan Amat Juhari Moain. (2010). Sosiolinguistik dan bahasa
Melayu.

Cruse, D. A. (1986). Lexical Semantics. In Google Books. Cambridge University Press.


https://books.google.com/books?
id=xDSBaet2uSsC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false

Crystal D. (2008). ‘A Dictionary of Linguistics and Phonetics’. United Kingdom: Blackwell


Publishing Ltd.

Muhammad Zaid Daud. (2018). Pengaplikasian kerangka semantik inkuisitif melalui slanga.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Harimurti Kridalaksana (1982). Kamus Linguistik. Jakarta : PT Gramedia.

Jackendoff, R. (1992). Semantic Structures. In Google Books. MIT Press.


https://books.google.com/books?
id=7wbYlHis6OEC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false

Junaini Kasdan & Nor Hashimah Jalaluddin (2015). Unsur asam dan akal budi Melayu:
Analisis semantik inkuisitif. In Seminar Meja Bulat: Simpulan Bahasa dan Kognitif
Penutur (pp. 1-20).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kroeger, P. R. (2019). Analyzing meaning: An introduction to semantics and pragmatics.


Second corrected and slightly revised edition. Language Science Press.

Kuiper, K., & Allan, S. (2004). ‘An introduction to English language: Word, sound and
sentence’. (2nd ed). Palgrave Macmillan.

Leonard Bloomfield (1939). Linguistik Aspects of Science. Journal of Symbolic Logic,


1(4),118-119. University of Chicago Press.

Leech, G. N. (1981). Semantics. (2nd edition). Harmondsworth: Penguin.

Muhammad Faisal. (2012). Teknik seni lakon dalam pengajaran: Satu kajian kes di Negeri
Selangor. Tesis Sarjana Sastera: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

13
Nik Hassan Basri Hj. Nik Ab. Kadir. (2003). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran
Tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim. et. al. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin (2016). Makna implisit bahasa kiasan
Melayu: Mempertalikan komunikasi, kognisi dan semantik. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication, 32(1).

O’ Grady (2000). What Really Matters. Kanada : McGill Queen’s University Press.

14

You might also like