You are on page 1of 8

1

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 KERTAS 2 (TATABAHASA)


A) BINA AYAT
1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan
tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.

Contoh soalan dan jawaban:

(i) Suka duka.

Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka
duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di
kawasan itu. ( Ayat Majmuk )

(ii) Baik buruk.

Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan
gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah

Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam
pertandingan itu. ( Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web

Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi


untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA). ( Ayat Majmuk )

(v) Pembangunan mesra alam

Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah


mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan
kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.
2

( Ayat Majmuk )

(vi) Semangat setia kawan

Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat
setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara.
( Ayat Majmuk )

Tip :
- Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
- Jika pelajar melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan
ditolak.
- Pelajar haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan
ayat.
- Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :
1) Nizam menaikkan bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
2) Nizam menaiki bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)
Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi
tatabahasa. Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya.
Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------

IMBUHAN ME.....KAN DAN ME.....I DAN ME.......:


Me...kan (apa kepada/untuk siapa)
Me....i ( kepada siapa)
Me....( kepada siapa )

Rumus:
me--kan ---Objek Bergerak,
me-.-I Objek Tidak Bergerak

Huraian:
Apitan men--kan dan men--I yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua
objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam
situasi ini, apitan men-kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men--
I diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:
3

A Menghadiahi dan menghadiahkan


1. Emak menghadiahi adik sebuah basikal
2. Emak menghadiahkan sebuah basikal kepada adik

B Mengajar dan mengajarkan


1. Puan Hidayah mengajar pelajar mata pelajaran Matematik
2. Puan Hidayah mengajarkan Matematik kepada pelajarnya
*tidak ada perkataan mengajari.

C Mengirimi dan mengirimkan


1. Farhan mengirimi Suzana sepucuk surat
2. Farhan mengirimkan sepucuk surat kepada Suzana
D menganugerahi dan menganugerahkan
1. Sultan Pahang menganugerahi pembesar pingat kebesaran
2. Sultan Pahang menganugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar.

Emenghutangi dan menghutangkan


1. Ceti haram itu menghutangi mereka wang
2. Ceti haram itu menghutangkan wang kepada mereka.
F menjatuhi dan menjatuhkan
1. Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati.
2. Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah itu

G menasihati dan menasihatkan


1. Encik Azrin menasihati pelajar supaya berkelakuan baik.
2. Encik Azrin menasihatkan perkara itu kepada pelajar.

_____________________________________________________________________
___
IMBUHAN MEN. ...... DAN MEN.....KAN
MeN.... : subjek bergerak (apa? ,untuk /kepada siapa
MeN...kan : Objek tak bergerak (benefaktif) (siapa?.....apa?)

Rumus:

Me---kan --> Objek Bernyawa


Me- --> Objek Tak Bernyawa

Huraian:

Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai
dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak
4

bernyawa. Dalam situasi ini, apitan men--kan diikuti oleh objek bernyawa dan
awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.
1.Contoh
S
S A Membuat dan membuatkan
1.Saya akan membuat secawan kopi untuk ayah
2. 2.. Saya akan membuatkan ayah secawan kopi

B. Menjahit dan menjahitkan


1. Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik
2. Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung

C. Mencari dan mencarikan


1. Azhari mencari ubat sakit pinggang untuk Pak Badar.
2. Azahari mencarikan Pak Badar ubat sakit pinggang
D. Menyuntik dan menyuntikkan
1. Aminah menyuntik kucing ubat bius
2. Aminah menyuntikkan ubat bius kepada kucing

E. Membeli dan membelikan


1. Ahmad membeli sebuah buku untuk Nabil
2. Ahmad membelikan Nabil sebuah buku.

F. Membaca dan membacakan


1. Asyraf membaca sepucuk surat kepada nenek
2.Asyraf membacakan nenek sepucuk surat

_____________________________________________________________________
___
IMBUHAN MEN....I (SUBJEK BERGERAK)
MEN....KAN (OBJEK BERGERAK)

A Menenggelami dan menenggelamkan


1. Banjir menenggelami rumah-rumah di taman itu
2. Banjir menenggelamkan rumah-rumah di taman itu.

B Melayari dan melayarkan


1. Azhar melayari samudera dengan sebuah perahu
2. Azhar melayarkan perahu kertas di kolam renang.

C. Menaiki dan menaikkan


1. Anggota bomba menaiki tangga untuk ke tingkat dua bangunan itu.
2. Anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat dua.

D. Menghiasi dan menghiaskan


1. Kerongsang mutiara menghiasi tudung Puan Haryati
5

2. Puan Haryati menghiaskan kerongsang pada tudungnya.


CONTOH KESALAHAN
1. Badan amal itu membantu kanak-kanak miskin dengan memberi keperluan asas
kepada mereka.(memberikan)
2. Pihak polis telah menemui mayat di ladang getah Guthrie( menemukan)
3. Pihak TV 3 memberi bantuan kepada mangsa tanah runtuh( memberikan)

______________________________________________________________________
__

LATIHAN A.
Tuliskan semula ayat- ayat di bawah dengan memberikan awalan meN- yang
sesuai berdasarkan perkataan -perkataan dalam kurungan.

1. Pasukan keselamatan telah berjaya ............( tangkap ) lapan orang pencuri kereta
dan ..........( bunuh ) ketuanya.

2. Sementara ............( nanti ) pada masak , petani itu ..........( tanam ) jagung.

3. Gopal ........( ngilai ) dengan kuatnya apabila .........( dengar ) kisah lucunya itu.

4. ............( lompat ) ialah sebahagian daripada latihan gerakan badan.

5. Cikgu Husin ..........( ajar) kami mata pelajaran Bahasa Melayu.

6. Ali ..........( lap ) cermin tingkap biliknya.

7. Kapal terbang tentera berjaya ..........( bom ) kubu musuh.

8. Janganlah kamu hampiri tempat latihan menembak itu kerana sangat ..............(
bahaya )

9. Pak Ali fasih ...........( kaji ) al- Quran.

10. Pakar kimia sedang ------- ( kaji ) punca kebakaran itu.

LATIHAN B.
Pilih perkataan yang sesuai dari kurungan untuk mengisi tempat kosong dalam
ayat .( Latihan ini bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tingkah
laku alomorf-alomorf tertentu ( meN- ) walaupun daripada kata dasar yang sama.
6

1. Dia ................ ( membaca , membacakan , membacai , memperbacai) surat


kakaknya .

2. Pak Abu ...........( membaca , membacakan, membacai , memperbacakan) isterinya


surat dari Aminah.

3. Dia ...........( mempercayakan ,mempercayai mempercaya ) anaknya untuk


menjalankan urusan perniagaan.

4. Tidak seorang pun .............( mempercaya , mempercayakan , mempercayai ) cerita


hantu itu.

5. Dia .............( membesar , memperbesarkan , membesarkan ) anak-anaknya dengan


berjual kuih-muih.

LATIHAN C

Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]

(1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [ ]


(2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa.[ ]
(3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [ ]
(4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [ ]
(5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [ ]
(6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [ ]
(7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [ ]
(8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [ ]
(9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [ ]
(10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [ ]

LATIHAN D
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]

(1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [ ]


(2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [ ]
(3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [ ]
(4) Ibu memasak sup kambing untuk ayah. [ ]
(5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [ ]
(6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [ ]
(7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya. [ ]
(8) Reza menulis neneknya sepucuk surat.[ ]
7

(9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [ ]


(10) Mereka akan membeli cenderamata untuk kami. [ ]

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

B) AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH /


PERBUALAN KEPADA CAKAP PINDAH

1- Kependekan kata seperti dah , mau , pergi dibetulkan kepada sudah, mahu ,
pergi
2- Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi
frasa mengikut konteks ayat berkenaan.
3- Perkataan Bahasa Arab seperti Alhamdulilah ditukar kepada mengucap syukur.
4- Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan
digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur
slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti
diri saya ditukarkan kepada dia , di sini menjadi di sana , masa ini menjadi
masa itu dan kami menjadi mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

KESALAHAN LAZIM TATABAHASA

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan dia) salah
- disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan kea) salah
- keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripadaa) dari - rumus A (arah),
T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
8

- sumber atau asal kejadian sesuatu benda


- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)a) salah - semua guru-guru,


segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunana) salah - beratus orang, beribu


penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisana) salah - paling tinggi sekali,


terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas salinga) salah - saling hormat-menghormati, saling


bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasifa) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9 Penggunaan kan menggantikan akana) salah - sayangkan, rindukan, bencikan,


cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjamana) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden,


anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

You might also like