You are on page 1of 18

UPU3122

PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

GROUP : AF

KUMPULAN : 6

NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIKS


MUHAMAD IZHAM BIN ABDULLAH D20221103267
FAROYZER FABIAN D20212098893
CELESTA EPING LEE D20212098927
CHRIST DYONY EV SELVOSIUS D20212098931
TUVITR A. KRISHNABAVAN D20212098710
NURUL ATHIRAH BINTI ABD MUNIR D20212098707
DIRA EDRYANA BINTI DAHLI D20221104455
CHARISMA GRACIA BINTI OSMAN D20221103800

NAMA PENSYARAH :
CIK NOORKHARILHUDA BINTI
IBRAHIM
NAMA: MUHAMAD IZHAM BIN ABDULLAH

NO. MATRIK: D20221103267

KUMPULAN: 6

1.Senaraikan masalah-masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dalam


kalangan mahasiswa mahasiswi di Malaysia.

Mahasiswa mahasiswi pada masa kini mempunyai banyak masalah yang berkaitan
akhlak adab dan moral. Antaranya mereka terdedah dengan pelbagai aktiviti jenayah.
Hal ini demikian kerana mereka baru sahaja melepasi usia akhir remaja dan telah
terdedah dengan dunia luar. Pada peringkat ini juga mereka lebih cenderung untuk
melakukan pelbagai jenayah yang mereka tidak boleh lakukan semasa peringkat
persekolahan keran dikawal oleh ibu bapa. Hal ini telah dibuktikan dengan sejumlah
55 kes jenyah kekerasan berlaku di institusi pengajian tinggi(IPT) melibatkan
mahasiswa dan mahasiswi dikampus sepanjang 2020 hingga September 2021,
berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM). kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) didaam jawapan lisan di Dewan Rakyat memberitahu bagi kes jenayah harta
benda, sebanyak 241 kes telah direkodkan masing-masing 154 kes pada 2020 dan 87
kes 2021. Selain daripada itu, negara pernah digemparkan dengan satu kes
pembunuhan mahasiswa daripada salah satu universiti awam di Malaysia yang
melibatkan enam orang mahasiswa Univesiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
dalam kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain yang juga merupakan salah
seorang penuntut universiti itu. Hal ini telah menjejaskan reputasi institusi pengajian
tinggi kerana tidak bejaya mendidik akhlak, adab dan moral pelajar dengan baik.

Selain itu, masalah berkaitan moral, adap dan akhlak mahasiswa dan mahasiswi di
Malaysia juga melibatkan masalah sosial pelajar. Hal ini kerana mereka telah
berjauhan daripada kawalan ibu bapa dan telah bebas menjalani hidup sendiri. Justeru
itu, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti sosial yang tidak sihat tanpa kawalan.
Sebagai contohnya, mereka yang dahulunya datang daripada kawasan yang
mempunyai sosial yang baik dan tidak bebas akan mengalami kejutan budaya apabila
melangkah masuk ke alam universiti yang serba bebas. Hal ini mengakibatkan mereka
lalai dan suka melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti menghisap vape, melepak
sehingga lewat malam, ponteng kelas, mengunjungi kelab hiburan. Hal ini juga telah
mengakibatkan ramai mahasiswa dan mahasiswi dibuang kerana tidak mematuhi
peraturan dan kehendak universiti.

Akhir sekali, masalah mahasiswa bekaitan akhlak, adap dan moral ialah tidak dapat
mengawal emosi dengan baik. Hal ini kerana mahasiswa dan mahasiswi sekarang
jarang bergaul dengan manusia secara nyata kerana lebih tertumpu dengan teknologi
yang canggih pada masa kini. Hal ini menyebakan mereka tidak
Menyesuaikan diri dalam situasi sebenar. Selain itu, dari segi pembelajaran juga
menjadi masalah dalam moral pelajar. Hal ini boleh dibuktikan dengan beberapa kes
bunuh diri dalam kalangan mahasiswa baru-baru ini iaitu kes bunuh diri penuntut
USM Pulau Pinang yang mengantung diridi rumah keluarganya yang terletak di
Lorong Bukit Lima. Hal ini jelas kejatuhan moral pelajar telah mengundang masalah
bunuh diri kerana mereka tidak mempunyai jati diri yang tinggi dan lebih cendrung
mengikut emosi ketika berdepan dengan masalah stress.

2. Sejauhmanakah subjek Penghayatan Etika dan peradaban mampu mengatasi


masalah tersebut?

Pada pandangan saya, subjek etika dan peradaban dapat mengatasi masalah tersebut
kerana penerapan nilai etika dan moral dalam diri mahasiswa dan mahasiswi. Hal
boleh mendidik rohani dan jasmani mahasiswa supaya tidak cenderung dalam
masalah yang boleh membawa kemudarantan terhadap diri mereka dan orang lain.
Subjek ini juga menekakan tentang tingkah laku dan adap yang membolehkan setiap
mahasiswa mempunyai akhlak dan adap yang mantap sebelum melangkah keluar
daripada alam universiti. Selain itu, penerapan niai-nilai murni dalam subjek ini juga
dapat membantu pelajar menjadi mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama
dan pelajar yang jauh daripada masalah sosial, jenayah dan akhlak.

Rujukan

1. Kronologi kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain - Utusan Malaysia

2. https://www.kosmo.com.my/2021/01/10/pelajar-universiti-nekad-bunuh-diri-
punca.stress

3. 3L The Southeast Asian Journal of English Language Studies (ukm.my)

4.https://www.bing.com/search?q=statistik+mahasiswa+dibuang+pengajian&qs=n&f
orm=QBRE&sp=-1&lq=0&pq=statistik+mahasiswa+dibuang+pengajian
Nama : Faroyzer Fabian
No Matrix : D20212098893
Kumpulan : 6

JAWAPAN SOALAN
1. Masalah akhlak, adab serta moral bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan
mahasiswa mahasiswi di Malaysia, bahkan, kawan-kawan di sekeliling kita juga jelas
terlihat melakukan kesilapan yang sama.

Terdapat banyak masalah akhlak yang sudah terang lagi bersuluh, berlaku sendiri di
sekitar kita seperti masalah lewat menghantar tugasan yang diberikan. Hal ini sentiasa
berlaku dalam kalangan mahasiswa mahasiswi di Malaysia, tambahan lagi “kerja
pecutan terakhir” atau lebih dikenali sebagai “last minute work” yang menjadi pola
pemikiran mahasiswa mahupun mahasiswi pada di Malaysia pada zaman sekarang
yang menjadi salah satu punca lewatnya menghantar tugasan. Selain daripada itu,
antara masalah akhlak adalah pelajar tidak memberikan seratus peratus komitmen
dalam kerja kumpulan. Hal ini berlaku akibat pemikiran yang tidak sehati dengan
kawan-kawan yang lain dan menyerahkan semuanya kepada ahli kumpulan yang lain.
Hal ini bukan sahaja meruntuhkan markah tugasan kumpulan, malah, menggugurkan
semangat ahli kumpulan lain untuk meneruskan perjuangan mereka di universiti
kerana usaha yang mereka berikan tidak setimpal dengan ekspektasi markah yang
mereka inginkan.

Dalam konteks adab dan moral pula, seperti yang kita lihat sendiri ketika ingin
menaiki bas universiti, terdapat beberapa pelajar yang memotong barisan ataupun
saling tolak menolak semata-mata ingin menaiki bas dengan lebih awal. Masalah ini
sudah tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi, malah, sudah
menjadi akar dalam setiap pelajar. Selain daripada itu, masalah menghantar pesanan
diluar waktu kelas. Contohnya, menghantar pesanan kepada pensyarah pada waktu
malam. Hal ini bukan sahaja menunjukkan ketidak beradab seseorang mahasiswa,
tetapi juga menunjukkan diri sendiri ketidak hormatan kita sebagai pelajar terhadap
pensyarah yang memberikan ilmu kepada kita.

2. Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban memberikan impak yang besar bukan sahaja
kepada diri sendiri, malah, kepada pelajar yang lain juga. Pada pendapat saya, subjek
ini amatlah penting terutama sekali kepada mahasiswa dan mahasiswi pada zaman
sekarang. Hal ini kerana, subjek ini bukan sahaja menguatkan akal dan budi
seseorang, malah, membina semula pola pemikiran mahasiswa kearah yang lebih
matang, berakhlak mulia, serta mempunyai nilai moral yang tinggi. Dalam masa yang
sama, secara tidak langsung, menguatkan perpaduan dan mengeratkan lagi silaturahim
antara pelajar yang berbilang kaum, agama, keturunan, warna kulit, dan juga bangsa.
Oleh demikian, demi menyelesaikan masalah ini dalam kalangan mahasiswa di negara
kita, seterusnya melahirkan insan yang lebih berkualiti, sekaligus demi menjaga
perpaduan di negara kita, saya berharap agar subjek ini diwajibkan kepada semua
mahasiswa mahasiswi di university tidak kiralah universiti awam mahupun swasta
baik masa sekarang ataupun di masa hadapan.
Nama : Celesta Eping Lee
No. Matriks : D20212098927

1. Senaraikan masalah-masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dalam kalangan mahasiswa
mahasiswi di Malaysia.

- penyalahgunaan dadah

- buli siber

- LGBTQ

- pergaulan bebas

- berpakaian tidak sopan

- menggunakan perkataan tidak sopan

- lewat datang ke kelas

- tidak mengikuti arahan

- isu perkauman

2. Sejauhmanakah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah


tersebut?

Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah-masalah berkaitan


akhlak, adab dan moral dengan menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa
dan mahasiswi. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui subjek ini pelajar akan diberikan
pendedahan yang tidak langsung mengenai nilai-nilai murni. Contohnya, dalam subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban ada mengajarkan mengenai etika dan peradaban dalam
masyarakat kepelbagaian. Melalui bab ini, menghayati interaksi masyarakat Malaysia dalam
pelbagai etnik dan kaum. Seperti kita semua sudah sedia maklum, negara kita mempunyai
masyarakat yang pelbagai kaum dan etnik, untuk memastikan tiada isu perkauman berlaku, kita
sebagai masyarakat yang berbilang kaum haruslah memahami cara untuk berinteraksi dalam
masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Jika pelajar dapat memahami dan menghayati subjek ini,
secara tidak langsung pelajar dapat menerapkan nilai hormat-menghormati dan seterusnya ia
juga akan memberi impak yang positif dimana isu perkauman juga dapat dibasmi dengan baik.

Selain itu, subjek ini juga mampu mengatasi masalah-masalah ini melalui aspek agama
yang menekankan mengenai pentingnya akhlak, adab dan moral terhadap diri seseorang
individu. Hal ini dikatakan demikian kerana etika dan peradaban merupakan dua aspek yang
penting bagi mencorak kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. Semua masyarakat bukan
sahaja mahasiswa dan mahasiswi perlu kedua aspek ini sebagai pegangan bagi membentuk
tingkah laku dan sistem sosial yang seimbang dan berkesan. Melalui agama, setiap masyarakat
dapat mengelak daripada melakukan masalah-masalah akhlak, adab dan moral jika mereka
diberikan pendedahan yang lebih terhadap nilai dalam keagamaan. Hal ini dikatakan demikian
kerana semua agama tidak mengajar kita untuk melakukan perkara yang negatif dan apabila
semua pelajar dapat menghayati apa yang diajar dalam agama mereka, tentunya masalah-
masalah akhlak, adab dan moral dapat dikurangkan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Tegasnya, subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah yang berlaku
pada masa ini dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia.

Kesimpulannya, subjek Penghayatan Etika dan Peradaban memainkan peranan yang


penting dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi agar masalah ini dapat
dikurangkan bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi tapi juga kepada semua
masyarakat di Malaysia.

Rujukan

http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/2207/1/ETIKA%20DAN%20PERA
DABAN%2018.4.2021.pdf

https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56979/1/56979.pdf

https://www.researchgate.net/publication/361560133_Permasalahan_Keruntuhan_Akhl
ak_dalam_Kalangan_Remaja_Muslim_di_Malaysia_Isu_Cabaran_dan_Cadangan_Pen
yelesaian
Nama: CHRIST DYONY EV SELVOSIUS
No. matriks: D20212098931
Kumpulan: 6

1. Masalah-masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dalam kalangan mahasiswa mahasiswi
di Malaysia
- Pergaulan bebas
- Penyalahgunaan dadah
- Siber buli
- Menggunakan bahasa yang tidak sopan
- Tidak menghormati orang lain
- Tidak menepati waktu
- Tidak berpakaian sopan
- Tidak mematuhi peraturan
- Masalah LGBTQ

2. Sejauhmanakah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah


tersebut ?
Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah berkaitan akhlak,
adab dan moral mahasiswa dan mahasiswi di malaysia dengan memberi penekanan mengenai
peranan individu dalam menghayati nilai-nilai moral dalam kehidupan. Melalui kata deradaban
itu sendiri mengajar mahasiswa dan mahasiswa agar dapat menjadi individu yang lebih baik,
bertatasusila dan sentiasa mengamalkan adab sopan santun di dalam kehidupan seharian.
Dalam konteks ini bukan hanya harus diaplikasikan Ketika berada di rumah tetapi juga ketika
berada di university dan apabila bersama-sama rakan. Seperti menurut Ibn Manzur (1998) iaitu
istilah peradaban (civilization) atau tamadun berasal dari kata maddana yang berarti perbaikan
dalam budaya sosial. Ia juga merujuk kepada kehalusan tatasusila dan keluhuran kebudayaan
sesuatu masyarakat. Kata peradaban juga juga memberi pengertian kepada adab, kesopanan,
kesantunan serta kehalusan. Di dalam subjek Penghayatan Etika dan Peradaban jelas mampu
mengatasi masalah berkaitan akhlak, adab dan moral mahasiswi serta mahasiswa di Malaysia
kerana pelajar diberi penerangan secara khusus tentang konsep etika dan peradaban sehingga
para pelajar mampu menerapkan dan mampu menghayati nilai-nilai moral di dalam kehidupan
seharian mereka.
Seterusnya, subjek Penghayatan Etika dan Peradaban juga mampu mengatasi masalah
berkaitan akhlak, adab dan moral dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia
kerana pelajar diberi penerangan mengenai etika dan peradaban dalam perspektif Islam dan
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, mahasiswa dan mahasiswi dapat mengetahui
mengenai kepimpinan kerajaan melayu terdahulu. Mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil
teladan daripada kepimpinan tamadun Islam yang terdahulu seterusnya mengaplikasikan sikap
yang ada dari pemimpin-pemimpin tersebut pada hari ini. Etika Islam adalah dikaitkan dengan
istilah akhlak dan daripada sudut Bahasa bermaksud sikap, tabiat, budi pekerti, perangai dan
tingkah laku (Mohd Liki Hamid & Rosnaaini Hamid, 2002: 108). Oleh itu, apabila mahasiswa
dan mahasiswi dapat menghayati sikap kepimpinan pemimpin tamadun islam terdahulu sudah
pasti masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dapat diatasi kerana para pelajar tidak akan
melakukan kesalahan yang sama dan pelajar juga lebih mengetahui mengenai pentingnya
mempunyai akhlak yang baik. Jelaslah bahawa mata pelajaran Penghayatan Etika dan
Peradaban mempunyai peranan yang besar dalam membentuk peribadi mahasiswa dan
mahasiswi yang lebih berkualiti seterusnya mampu meneraju negara pada masa hadapan.
Selain daripada sikap kepimpinan tamadun Islam terdahulu, etika dan peradaban dalam
perspektif Islam dan melayu juga menekankan mengenai pentingnya mengahayati nilai agama
agar tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh yang tidak baik. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kemorosotan akhlak adalah disebabkan pegangan agama yang tidak kukuh dalam diri
seseorang individu. Terutama dalam peringkat umur remaja yang melalui banyak dugaan
ketika berjauhan dari keluarga, ajaran dan pegangan agama adalah amat penting. Akhlak
merupakan garis panduan bagi menggalakkan sikap-sikap mulia ataupun amal soleh seperti
yang disebut di dalam al-Quran serta dipancarkan daripada kehidupan nabi Muhammad s.a.w
dan menjauhi segala sikap-sikap yang tidak bermoral yang dibenci oleh Islam. Seterusnya,
konsep taqwa merupakan konsep etika yang menghubungkan manusia dengan Tuhan dan
manusia dengan alam persekitaraannya. Seperti kod etika yang dibincangkan oleh ulama-
ulama silam seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Mawardi dan ulama yang lain kod etika Islam
merupakan kod etika yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Dalam konteks ini
mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia akan mampu menjadi manusia yang berakhlak kerana
mematuhi etika dan tatacara yang baik iaitu mengakui kewujudan dan kekuasaan Tuhan.
Kesimpulannya, subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mempunyai peranan yang
besar kepada mahasiswa dan mahasiswi sebagai pendedahan mengenai pentingnya menjadi
individu yang berakhlak, beradab dan bermoral. Hal ini juga penting untuk membangunkan
modal insan yang lebih berkualiti dan melahirkan pemimpin yang mampu menaikkan nama
negara Malaysia. Oleh itu, jelaslah bahawa subjek Penghayatan Etika dan Peradaban
merupakan subjek yang penting untuk diajar di peringkat universiti.

Rujukan
1.http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/2207/1/ETIKA%20DAN%20PERADA
BAN%2018.4.2021.pdf
2.https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=kTZgEAAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA39
&dq=sejauhmanakah+subjek+penghayatan+etika+dan+peradaban+mampu+meningkatkan+a
khlak+pelajar&ots=coiVW1laZP&sig=mPYzAVvaNbekttCWdBy6XYP3i8A&redir_esc=y#
v=onepage&q&f=false
Nama : TUVITR A. KRISHNABAVAN
No matrik: D20212098710
Kumpulan : 6
Subjek: UPU 3122 (AF)

SOALAN 1
Senaraikan masalah- masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dalam kalangan
mahasiswa mahasiswi di Malaysia.

1. Kes buli
2. Masalah samseng jalanan
3. Seksual bebas
4. Ponteng kelas
5. Penyalahgunaan dadah
6. Masalah etika pakaian
7. Pergaulan bebas
8. Merokok
9. Pembuangan bayi

Pada pendapat saya , masalah berkaitan adab dalam kalangan mahasiswa mahasiswi kurang
sopan. Sesetengah mahasiswa mahasiswi akan berbual dengan perkataan- perkataan yang
tidak sopan kepada orang yang berumur tinggi. Bukan itu sahaja , sesetengah mahasiswa
mahasiswi tidak memberi salam dan mengucapkan terima kasih selepas tamat kuliah.

Selain itu, masalah yang berkaitan dengan akhlak dalam kalangan mahasiswa mahasiswi
ialah kebebasan bersuara. Sekarangnya zaman berarah ke teknologi yang canggih dan hebat
seperti sosial media. Melalui sosial media semua orang meluahkan perasaan dan emosi
mereka tanpa memikirkan impaknya.

Seterusnya, masalah yang berkaitan moral dalam kalangan mahasiswa mahasiswi adalah
pembuangan bayi. Statistik kes menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun.
Kehidupan generasi sekarang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke
kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama.
Soalan 2

Sejauhmanakah subjek penghayatan etika dan peradaban mampu mengatasi masalah


tersebut?

Subjek penghayatan etika dan peradaban mampu mengatasi maslah tersebut kerana subjek ini
mempersiapkan mahasiswa mahasiswi untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud
dalam kalangan masyarakat kepelbagaian etnik Malaysia. Sebagai contoh, nilai-nilai moral
yang ditunjukan pada masyarakat pada tamadun terdahulu serta budaya peradaban yang
diwujudkan secara “worldewide”.

Tambahan pula, subjek penghayatan etika dan peradaban mampu mengatasi masalah tersebut
kerana topik – topik yang dipelajari juga dapat membuka minda anak watan kini dalam
membentuk jati diri yang baik untuk menerusi contoh teladan pada masa datang.
NURUL ATHIRAH BINTI ABD MUNIR D20212098707

1. Senaraikan masalah-masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dalam kalangan mahasiswa di
Malaysia.

Menurut penyelidik Khairul Hamimah Mohd Jodi masalah berkaitan dengan akhlak ialah :

1. Penglibatan pelajar terhadap aktiviti seks.


2. Penglibatan pelajar terhadap kegiatan lumba haram.
3. Dadah dan perjudian.
4. Penglibatan pelajar terhadap masalah agama.
5. Permasalahan pelajar di Kolej.
6. Kurangnya kesantunan berbahasa dalam berbicara.
7. Merokok.
8. Merempit.
9. Pergaulan bebas.
10. Melepak.
11. Membuli.

Pada pendapat saya, antara masalah yang berkaitan dengan akhlak, adab dan moral disebabkan
oleh faktor diri sendiri yang mendorong masalah ini berlaku kerana tidak mempunyai
perkembangan yang baik dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Malah mempunyai
perasaan ingin tahu dan mencuba yang menebal di dalam diri serta kurangnya nilai-nilai murni di
dalam diri juga menyebabkan mahasiswa terjebak dengan masalah sosial. Selanjutnya, faktor
pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana rakan merupakan seseorang yang paling rapat dengan diri
mahasiswa malah individu lebih mempercayai rakan untuk menyelesaikan sebarang isu yang
dihadapi berbanding menceritakannya kepada keluarga sendiri.
2. Sejauhmanakah subjek Penghayatan Etika dan peradaban mampu mengatasi masalah tersebut?

Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah tersebut kerana subjek ini
mengajarkan dan mendidik mahasiswa untuk berfikir secara lebih matang di dalam setiap situasi.
Dengan cara ini, ia telah memberikan kesedaran bahawa betapa pentingnya mempunyai akhlak,
adab dan moral yang baik di dalam kehidupan kerana ia membawa ke arah kebaikan serta
memperbaiki kekurangan yang wujud di dalam diri. Selain itu, dengan ilmu-ilmu yang dipelajari
di dalam subjek ini akan menjadikan individu menjadi lebih beretika dan menghayati apa itu
etika dan adab agar menjadi rasional di dalam apa jua keadaan. Individu juga dapat
mempraktikkan tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dalam kehidupan seharian.
Selanjutnya, dengan subjek ini juga setiap individu dapat memahami setiap intipati
Perlembagaan Malaysia untuk mengelakkan dan mengatasi masalah berkaitan dengan akhlak,
adab dan moral. Akhir sekali, dengan subjek ini ia mampu memberikan pengajaran dan
kemahiran yang perlu ada di dalam diri seseorang manusia dengan cara melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran. Nattijahnya, subjek Penghayatan Etika dan Peradaban juga
membantu diri individu untuk menerapkan nilai-nilai murni serta sifat yang positif malah dapat
membendung diri daripada melakukan hal-hal ataupun perkara yang sia-sia.
Nama : Dira Edryana Binti Dahli
No. Matrik : D20221104455
Kumpulan : 6

1. Senaraikan masalah-masalah berkaitan akhlak, adab dan moral dalam


kalangan mahasiswa mahasiswi di Malaysia.

● Buli siber
● LGBTQ+
● Penyalahgunaan dadah, rokok dan rokok elektronik.
● Pengaruh negara Barat yang kuat
● Pergaulan bebas
● Bersikap endah tak endah terhadap peraturan
● Kurang disiplin serta manja
● Lemah pegangan agama

2. Sejauhmanakah subjek Penghayatan Etika dan peradaban mampu mengatasi


masalah tersebut?

= Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban diwujudkan untuk membimbing


remaja Malaysia yang akan masuk ke alam dewasa untuk menjadi insan berjaya,
bukan sahaja ilmu akademik malah ilmu akhlak serta adab.
Objektif serta prasarana yang ditetapkan oleh pihak akademik telah dianalisis
kesesuaiannya dalam membentuk mahasiswa atau mahasiswi yang berwibawa,
selari dengan peredaran masa. Penerangan yang jelas mengenai asal-usul, sejarah,
bahkan nilai-nilai moral dan murni diterapkan dalam subjek ini bagi memadatkan
pemahaman mahasiswa serta mahasiswi dalam perjalanan mengenali diri dan
pemantapan jati diri.
Maka, subjek Penghayatan Etika dan Peradaban mampu mengatasi masalah
akhlak, adab dan moral bagi mahasiswa dan mahasiwi sekiranya pendekatan yang
dilakukan berhasil serta dalam jangka masa yang sesuai.

Rujukan

Harun A. F. , Jusoh M. H. , Mustaffa S. (2021). Penghargaan. Penghayatan Etika


Dan Peradaban (Bahagian 1). https://online.anyflip.com/axom/ctef/mobile/
Nama: Charisma Gracia Binti Osman
No Matrik: D20221103800
No Kumpulan: 6

1) Keruntuhan akhlak dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi semakin hari

semakin memburuk dan membimbangkan ramai pihak. Keruntuhan akhlak ini juga

tidak dapat dibendung disebabkan golongan ini semakin hanyut dengan hiburan yang

melalaikan diri mereka sendiri. Hal ini juga disebabkan isu keruntuhan akhlak adalah

bergerak seiring dengan pembangunan pesat teknologi dan kemajuan sesebuah negara.

Menurut Wan Abdul Fattah (2010), beliau menjelaskan bahawa mahasiswa dan

mahasiswi yang lebih dikenali sebagai remaja semakin hari semakin tidak memahami

tujuan hidup mereka sebagai manusia. Menurutnya lagi, rutin harian golongan ini

adalah sangat bebas tanpa mengira batas terutamanya antara lelaki dan perempuan.

Aktiviti yang dapat dijadikan sebagai contoh pada masa ini adalah seperti aktiviti

berfoya-foya dan bersuka ria di kelab malam. Hal ini telah menjadi suatu kebiasaan

dan lama-kelamaan menjadi tabiat kepada golongan tersebut. Tambahan pula, budaya

barat yang melampau sehingga mempengaruhi golongan ini juga dapat dilihat dengan

jelas sekali. Antaranya seperti hedonisme iaitu ajaran atau pandangan bahawa

kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia,

sekularisme, liberalisme dan sebagainya.

Selain itu, menurut Orestes (2002) pula, banyak golongan mahasiswa dan

mahasiswi ini terpengaruh dengan media cetak dan elektronik yang memaparkan

pelbagai kandungan yang tidak baik untuk tontonan masyarakat. Antaranya adalah

seperti pornografi, pornoaksi, kekerasan, keganasan melampau dan kehidupan yang


liar iaitu menyimpang dari agama dan moral serta budaya. Hal ini telah memberi

kesan dalam standard moral remaja di Asia yang semakin merosot iaitu 20% remaja

yang terlibat dalam perzinaan, 24% remaja terlibat dalam pornografi dan pornoaksi,

21% seks sebelum nikah dan 35% kes juvana. Hal inilah yang menyebabkan isu

keruntuhan akhlak semakin meningkat dalam kalangan golongan ini.

Akhir sekali, dalam kajian Zainudin dan Roslan (2011), mereka mendapati isu

keruntuhan akhlak dalam kalangan golongan mahasiswa dan mahasiswi juga

disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana pertemuan dengan rakan

sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti yang negatif telah secara tidak

langsung turut mempengaruhi seseorang itu untuk mencuba sesuatu yang baru bagi

dirinya. Misalnya, berkunjung ke kelab hiburan, penyalahgunaan dadah dan seks

bebas.

2) Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban ini dapat mengatasi masalah berkaitan

dengan akhlak, adab dan moral. Hal ini kerana menurut saya sendiri, subjek ini

mengandungi pelbagai topik yang dapat meningkatkan akhlak, adab dan moral dalam

diri seseorang. Contohnya, dalam topik Konsep Etika iaitu dibawah Sejarah

Pemikiran Eropah menjelaskan tentang etika yang bermaksud dengan ilmu berkenaan

prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seorang individu atau

kumpulan. Melalui perspektif Barat, kayu ukur yang menjadi pertimbangan yang

menentukan baik, buruk atau benar dan salah sesuatu tindakan moral atau etika ialah

pemikiran rasional yang berlandaskan akal fikiran manusia semata-mata. Melalui

perspektif Barat ini, dapat kita simpulkan bahawa, masyarakat khususnya golongan

remaja ini dapat membuat pertimbangan sama ada ingin merosakkan akhlak, moral
dan adabnya sendiri atau pun tidak. Golongan ini juga dapat berfikir secara rasional

baik atau buruk yang akan mereka sendiri peroleh daripada perbuatan yang mereka

lakukan terutamanya berkaitan dengan akhlak, moral dan adab ini.

You might also like