You are on page 1of 4

TEMA : PENDIDIKAN

TAJUK

Sejarah perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield di USJ2 Subang Jaya Dari

Tahun 1993-2012.

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah,pendidkan rendah, pendidikan

menengah, dan pendidikan lepas menengah. Pendidikan prasekolah menerima kemasukan

kanak-kanak yang berusia daripada 4-6 tahun. Pendidikan rendah, bermula dari tahun 1 hingga

6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Hanya

pendidikan di sekolah rendah diwajidkan dalam undang-undang. Sekolah menengah awam

pula memerlukan para pelajar belajar dari Tingkatn 1 hingga Tingkatan 5. Tingkatan 1 hinnga

Tingkatan 3 dikenali sebagai pendidikan menengah rendah dan Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5

dikenali sebagai pendidikan menengah atas. SMK Seafield merupakan salah satu contoh

sekolah menengah di Malaysia yang terletak di kawasan USJ 2 Subang Jaya Selangor.

Objektif kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sejarah perkembangan di Sekolah Menengah Kebangsaan

Seafield Subang Jaya, Selangor yang banyak memberi manfaat dan sumbangan kepada

masyarakat setempat. Seterusnya, kajian ini akan meneliti perkembangan kurikulum dan

kokurikulum
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Disamping itu,

kajian ini bertujuan menilai kejayaan sekolah ini dalam melahirkan individu yang intelektual

dalam pelbagai bidang dalam memenuhi semua aspek.

Permasalahan Kajian

Kajian ini akan meneliti bagaimana Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield mempengaruhi

perkembangan bidang pendidikan di kawasan itu. Selain itu, kajian ini akan mengenalpasti

apakah perkembangan kurikulum yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah

ini. Di samping itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah kejayaan sekolah ini dalam

melahirkan individu yang intelektual dalam pelbagai bidang di negeri Selangor sampai

mendapat gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Skop Kajian

Skop kajian dibahagikan kepada 3 bahagian. Pertama, merujuk isu yang dikaji iaitu

perkembangan dalam bidang pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield . Kedua,

merujuk kepada lokasi dan tempat kajian iaitu kawasan Subang Jaya, Negeri Selangor.

Bahagian ketiga adalah tempoh kajian selama 19 tahun yang bermula pada tahun 1993 hingga

tahun 2012 yang mempunyai signifikan dan nilai sejarah tersendiri terhadap Sekolah

Menengah Kebangsaan Seafield sehingga SMK Seafield mencapai gelaran Sekolah Kluster

Kecemerlangan di daerah Petaling Perdana


Sorotan Kajian Lepas

Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield daripada Blogspot

(http://smkseafieldusj2.blogspot.my/ ) berkaitan dengan sejarah dan perkembangan

pembangunan sekolah dalam bidang kurikulum dalam kalangan para pelajar terutama di daerah

Subang Jaya, Selangor. Selain itu terdapat juga laman sesawang Persatuan IbuBapa dan Guru

SMK Seafield ( http://pibgsmkseafield.blogspot.my/ ) yang menerangkan lagi aktiviti yang

dianjurkan oleh PIBG SMK Seafield.

Kaedah Kajian

Kaedah penyelidikan ke perpustakaan termasuk penyelidikan buku-buku ilmiah, jurnal,

majalah sekolah, internet, dan website. Kajian lapangan termasuk mengadakan temu

ramah,temu bual, soal selidik, dan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield USJ2

Pembahagian struktur esei

Kesimpulan

Pada keseluruhannya, bahagian ini akan merumuskan hasil kajian khasnya pengaruh Sekolah

Menengah Kebangsaan Seafield dalam perkembangan pendidikan dan intelektual di kalangan

masyarakat setempat dan luar negeri Selangor.


Penutup

Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield telah menjadi salah sebuah sekolah kebangsaan yang

terkenal dan disegani dek kemajuan dalam pendidikannya yang cemerlang. Selain itu, Sekolah

Menengah Kebangsaan Seafield juga merupakan salah sebuah sekolah yang mampu berjaya

dengan mengutamakan agama sebagai sandaran utama. Jadi tidak dinafikan lagi bahawa

sekolah ini dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat setempat dan luar negeri

Selangor dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah diri, agama dan

pendidikan demi kemajuan sekolah, bangsa dan negara. Hasil daripada kajian ini mampu

memberi pengetahuan berkaitan sekolah ini kepada generasi pada masa hadapan.

Biblografi

Sumber Primer
-Temu Bual Encik Abdul Rahim Bin Khalid ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah

Menengah Kebangsaan Seafield, USJ2 Subang Jaya, Selangor )


-Sijil Pencapaian SMK Seafield
-Gambar kawasan SMK Seafield

Sumber Sekunder
-Surat khabar Berita Harian, Utusan Malaysia
-Sumber laman web Wikipedia, http://pibgsmkseafield.blogspot.my/,

http://smkseafieldusj2.blogspot.my/
-Majalah Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield

You might also like