You are on page 1of 5

TEMA:PENDIDIKAN

TAJUK: PERKEMBANGAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH


RENDAH (UPSR) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SAGOR DARI TAHUN
2010 HINGGA 2019

PENGENALAN
Pendidikan adalah sangat penting dalam hidup kita. Semua masyarakat amat
diwajibkan untuk mengambil Pendidikan malah dalam islam juga digalakkan menuntut
ilmu. Tempat yang dijadikan menuntut ilmu di seluruh dunia ini adalah sekolah. Di
Malaysia terdapat beberapa jenis buah sekolah antaranya ialah sekolah kebangsaan,
sekolah menengah kebangsaan, skolah jenis kebangsaan, sekolah sukan dan banyak lagi.
Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ.
Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi matlumat (IT)
atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga
pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar. Kebanyakkan masyarakat di
Malaysia terutamanya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah
pada umur 7 tahun hingga umur 12 tahun. Selepas itu, mereka akan dihantar ke sekolah
menengah pada umur 13 tahun hingga umur 17 tahun.
Sekolah di dalam negara kita iini akan diadakan peperiksaan yang besar seperti Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), yang akan diambil oleh semua pelajar di Malaysia apabila
umur 17 tahun. Dahulu kita mempunyai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang
sekarang ini sudah dimansuhkan pada tahun lepas iatu 2021. UPSR ini telah diwujudkan
oleh Menteri Pendidikan pada tahun 1988. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ini
diwujudkan kerana untuk menilai pencapaian kognitif pelajar pada akhir sesi sekolah
rendah di Malaysia dalam pendidikan rendah dan diambil oleh murid-murid akhir Tahun
Enam.
OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui perkembangan keputusan Ujian
Pentaksiran Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago dari tahun 2010 hingga
2019. Melalui kajian ini pengkaji akan dapat mengetahui perkembangan keputusan.

Seterusnya pengkaji ingin mengkaji pencapaian yang sekolah telah dapat dari tahun 2010
hingga 2019. Melalui kajian ini pengkaji akan mendapat tahu pencapaian yang telah
diperoleh.

Selain itu, pengkaji ingin mengkaji sejarah pembinaan yang telah dilakukan oleh sekolah.
Dengan ini pengkaji akan tahu pembinaan yang telah dilakukan oleh sekolaj

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini ialah untuk mengkaji perkembangan keputusan Ujian


Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago dari tahun 2010
hingga 2019. Dengan kajian ini, pengkaji akan mendapat tahu bahawa keputusan
meningkat atau tidak.

Seterusnya, pengkaji juga ingin mengetahui pencapaian yang sekolah telah lakukan
sepanjang tahun 2010 hingga 2019. Oleh itu pengkaji akan dapat tahu pencapaian sekolah
yang lakukan.

Akhir sekali, permasalahan kajian ini dibuat bagi mengkaji sejarah pembinaan yang
telah lakukan oleh sekolah. Dengan ini, pengkaji akan memperoleh matlumat tentang
pembinaan yang dibuat oleh sekolah.
SKOP KAJIAN

Skop kajian ini meliputi tiga perkara pertama yang ingin disampaikan oleh pengkaji
dalam kajian yang dibuat. Antarnya ialah meliputi Kawasan kajian, tempoh kajian yang
dikaji dan aspek yang ingin dikaji. Dari segi Kawasan kajian yang dibuat, pengkaji telah
memilih Kawasan Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago di Jalan Tanjung Tualang, Kampung
Mata Tok Embin, 36800, Kampung Gajah, Perak. Tempat ini terletak di daerah perak
tengah.
Selain itu pengkaji telah memilih tempoh masa yang ingin dikaji iatu dalam tempoh
9 tahun dari tahun 2010 hingga 2019. Dalam tahun tersebut pengkaji ingin mengkaji
pelbagai matlumat yang telah dipilih.
Dari aspek yang di kaji pula adalah, pengkaji telah memilih 3 aspek yang ingin
dikaji iatu yang pertama adalah perkembangan keputusan Ujian Pentaksiran Sekolah
Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago.
Seterusnya, aspek yang kedua adalah pengkaji ingin mengkaji pencapaian yang
sekolah telah lakukan dari tahun 2010 hingga tahun 2019. Oleh itu pengkaji akan dapat
berkongsi matlumat dengan orang ramai tentang pencapaian yang sekolah telah lakukan.
Akhir sekali, adalah pengkaji ingin mengkaji sejarah pembinaan yang tekah
dilakukan oleh sekolah. Oleh itu pengkaji akan mengetahui sejarah pembinaan yang telah
dilakukan oleh sekolah

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebelum pengkaji ingin mengkaji tentang perkembangan keputusan UPSR sekolah


kebangsaan Dato’Sago, didapati tiada tiada pengkaji lain yang melakukan kajian sejarah
di sekolah itu. Namun terdapat pengkaji dahulu yang telah membuat kajian tentang
sekolah yang berhampiran di lokasi kajian pengkaji iatu Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Maharaja lela. Ianya menceritakan tentang sejarah sekolah itu. Nama sekolah itu
kebanyakan orang memanggil sekolah Tok Lela. Kajian itu mengatakan pada tahun
1970,satu mesyuarat lembaga pengurusan sekolah dan ibu bapa telah bersetuju untuk
menukar nama sekolah ini kepada sekolah menengah kebangsaan dato' seri maharaja lela.
nama ini telah digunakan mulai 20 september 1976 iaitu selepas perasmiannya yang telah
disempurnakan oleh duli yang maha mulia paduka seri sultan perak sultan Iskandar.
Sekolah ini terletak di Kawasan pekan Kampung Gajah, Perak. Sekolah ini boleh
dikatakan sekolah yang agak maju di dalam daerah Perak tengah ini. Kita boleh melawat
laman sesawang ini jika ingin tahu lebih banyak tentang Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Maharaja Lela http://themeloader.com/
KAEDAH KAJIAN

Untuk melaksanakan kajian ini, saya sebagai pengkaji akan melakukan satu Kaedah
untuk mendapat dan mengkumpul matlumat yang akan diberi. Cara saya Untuk mendapat
matlumat adalah dengan cara mengadakan kaedah temu bual dengan Pengetua dan P.K Hem
1 di sekolah kebangsaan Dato’ Sago. Saya akan bertanya soalan yang berkaitan dengan
objektif kajian saya sahaja. Selepas mendapat matlumat saya akan catat di buku nota dan
saya akan menerangkan matlumat tersebut dalam esei saya. Saya akan pergi ke tempat lokasi
kajian saya iatu bertempat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago, Kampung Gajah, Perak untuk
mendapatkan matlumat dan pengkaji akan menangkap gambar dengan orang yang di temu
bual sewaktu melakukan temu bual. Gambar-gambar yang ditangkap akan pengkaji tunjuk
kepada cikgu sebagai bahan bukti bahawa pengkaji melakukan temu bual. Pengkaji akan
bertanya soalan-soalan yang berkaitan matlamat kajian sahaja, pengkaji tidak akan bertanya
soalan yang di luar hasil kajian.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Bahagian esei pula pengkaji akan melakukan tiga bahagian di esei seperti
pengenalan, matlumat yang dikaji dan kesimpulan. Pada pengenalan pengkaji akan
menceritakan tentang peperiksaan UPSR dan sedikit latar belakang tentang sekolah
yang pengkaji ingin di kaji.
Seterusnya, selepas membuat pengenalan pengkaji akan menceritakan segala
matlumat yang dapat selepas siap temu bual. Pengkaji akan menceritakan tentang
perkembangan keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah. Pengkaji akan ceritakan
dari tahun 2010 hingga 2019.
Selain itu, pengkaji akan menceritakan pula tentang sejarah pembinaan yang
sekolah kebangsaan Dato’ Sago telah bina. Terdapat beberapa pembinaan baru yang
sekolah telah dibina dan pengkaji akan menceritakan segala pembangunan yang baru
dibina.
Seterunya, pengkaji akan menceritakan pencapaian yang telah sekolah
Kebangsaan Dato’ Sago telah dapat. Pengkaji merasakan banyak pencapaian yang
sekolah telah dapat kerana sekolah Dato’ Sago ini boleh dikatakan sebagai sekolah
cemerlang.
Seterusnya, kesimpulan pula dengan adanya kajian ini pengkaji harap dapat
memberi semangat dan ilham kepada semua pentadbir sekolah-sekolah yang ada di
Malaysia ini. Saya harap semua guru-guru akan bersemangat dalam tempuhi cabaran
yang akan datang di masa kini ataupun di masa hadapan. Jika kita ingin berjaya kita
perlu berusaha dengan bersungguh sungguh dan perlu mengorbankan masa kita
daripada bermain dengan benda yang lalai. Pengkaji harap kajian ini dapat memberi
inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca.
BIBLIOGRAFI

Sumber primer:
Temu bual: Puan Salmi Shaari (P.K Hem 1 Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago)

Temu bual: Encik Zainal Anuar Bin Abdul Rsyid (Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Dato’Sago)

Kajian lapangan: Sekolah Kebangsaan Dato’ Sago

Sumber sekunder:
Sorotan kajian lepas:
http://themeloader.com/
facebook sekolah kebangsaan Dato Sago
https://www.facebook.com/sekolahkebangsaan.datosagor

You might also like