You are on page 1of 19

FILEX BILONG JALONG

TAJUK: PERKEMBANGAN ADAT PAREN DAN PANYIN DALAM SOSIAL

MASYARAKAT KENYAH DI BARAM, SARAWAK. (1950-1990)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan perkara-perkara asas yang meliputi latar belakang kajian, objektif

kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, metodologi kajian, kepentingan kajian, skop

kajian, dan sorotan kajian lepas. Selain itu, dalam bab ini turut membincangkan definisi

istilah, pembahabian bab dan kesimpulan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Baram merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di dalam bahagian Miri, Sarawak. Walau

bagaimanapun, keluasan kawasan Baram adalah kawasan kedua terbesar di Sarawak selepas

bahagian Kapit. Baram mempunyai dua majlis daerah iaitu Majlis Daerah Marudi dan Majlis
2

Daerah Kecil Long Lama. Kedua-dua Majlis Daerah ini ditubuh untuk mentadbir urus

masyarakat yang pelbagai kaum di Baram.

Baram mendapat namanya daripada sebuah sungai iaitu Sungai Baram yang

merupakan sungai kedua terpanjang di Sarawak selepas Sungai Rajang. Baram mempunyai

masyarakat yang majoritinya adalah Orang Ulu iaitu masyarakat yang tinggal di hulu sungai. 1

Secara spesifiknya, masyarakat Orang Ulu terdiri daripada beberapa kaum yang mempunyai

persamaan dari segi adat dan kebudayaan iaitu kaum Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit, Bisaya,

dan Sebob.

Masyarakat Orang Ulu telah mendiami sepanjang arus Sungai Baram serta anak

sungai yang terdapat di Baram. Baram dibahagikan kepada lima bahagian kecil iaitu Baram

Ulu, Baram Tengah, Baram Hilir, Tinjar dan Tuto Apoh. Di setiap bahagian ini mempunyai

pemimpin-pemimpin masyarakat yang membantu untuk mengurus tadbir masyarakat di

setiap bahagian kecil itu. Baram Ulu adalah bahagian di hulu Sungai Baram. Keadaan

geografinya mempunyai tanah dataran tinggi serta bergunung. Arus sungainya pula sangat

deras. Bahagian Baram Ulu telah didiami oleh kaum Kenyah dan kaum Penan. Kaum Kenyah

di bahagian Baram Ulu mempunyai sebanyak 21 buah kampung di sepanjang pinggiran

sungai. Kaum Penan pula mempunyai 7 buah kampung. Selepas Perang Dunia Kedua,

sebahagian daripada kaum Kenyah telah berpindah ke Belaga iaitu sebuah kawasan kecil di

daerah Kapit dan ada juga yang telah berpindah ke Indonesia.2

1
M. Peter. The Baram District: A Survey of Kenyah, Kayan, and Penan peoples. The Peoples of Central Borneo.
(1979). Sarawak Museum Journal, Special issue. Vol 22. No 43. Jan-Dec. Hlm 29.
2
The Orang Ulu: Some Aspects of Their Social, Cultural and Traditions dalam Custom and Traditions of
Peoples at Sarawak. Hlm 215.
3

Baram Tengah pula didiami oleh kebanyakannya kaum Kayan dan kaum Kenyah.

Baram Tengah dikira dari kampung Long Liam sehingga kampung Long Laput. Keadaan

geografi di Baram Tengah ini mempunyai dataran Tanah Tinggi dan bergunung ganang.

Walau bagaimanapun, arus sungai Baram tidak deras dan keadaanya tenang. Tuto Apoh

adalah sebuah cabang sungai dalam sungai Baram. Masyarakat yang mendiami Tuto Apoh

adalah kaum Kayan, Kenyah, dan Penan. Tinjar juga merupakan cabang sungai di Sungai

Baram dan kebanyakkan masyarakat yang mendiami pinggiran sungai ini ialah Kayan,

Kenyah, Iban, Penan, Lirong, dan Sebob. Baram Hilir pula didiami oleh masyarakat Iban dan

Melayu. Masyarakat ini kebanyakkannya mendiami di hilir Marudi iaitu sebuah pekan kecil

yang terdapat di daerah Baram.

Selain itu, agama atau kepercayaan masyarakat di Baram mempunyai pelbagai

kepercayaan. Agama Kristian merupakan agama yang paling ramai dianuti oleh masyarakat

di daerah Baram. Agama Kristian yang telah disebarkan oleh pendakwah Kristian bagi

menggantikan kepercayaan lama masyarakat di Baram. Terdapat dua mahzab Kristian yang

telah disebarkan di Baram iaitu Evangelical atau dikenali sebagai Sidang Injil Borneo (SIB)

yang telah dibawa dari Australia 3 dan Roman Katolik (RC). Pagan atau kepercayaan lama

juga masih dianuti oleh beberapa orang di setiap kampung yang tidak ingin mengikuti agama

Kristian. Terdapat juga agama Islam dan agama Islam dianuti kebanyakkannya oleh

masyarakat Melayu dan juga segelintir dari masyarakat Orang Ulu serta masyarakat Iban

yang tinggal di Marudi.

3
M. Peter. The Baram District: A Survey of Kenyah, Kayan, and Penan peoples. The Peoples of Central Borneo.
(1979). Sarawak Museum Journal, Special issue. Vol 22. No 43. Jan-Dec. Hlm 30.
4

Di Baram ini, wujud kepelbagaian adat resam dan budaya yang telah dianuti oleh

kaum-kaum yang ada di Baram. Sesetengah adat resam yang dianuti ini juga mempengaruhi

sistem pentadbiran dalam masyarakat di Baram terutamanya bagi masyarakat Orang Ulu.

Adat resam yang dianuti dalam masyarakat Orang Ulu adalah sebagai tunjang kepada sosial

kehidupan kerana kebanyakan adat resam ini memberi peraturan dan larangan yang perlu

diikuti oleh masyarakat Orang Ulu. Selain itu, adat resam yang diamallan juga dilihat sebagai

faktor utama kepada masyarakat Orang Ulu dalam memilih pemimpin mereka. Oleh hal yang

demikian, pemimpin-pemimpin masyarakat yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri

Sarawak untuk mentadbir di peringkat kampung ataupun peringkat masyarakat perlu

mempunyai adat resam yang telah dianuti mereka. Antaranya ialah, Temenggong, Pemancha,

Penghulu, Ketua Kaum dan juga Ahli Jawatankuasa Kampung (dilantik oleh Ketua Kaum).

Oleh itu, kajian ini akan dijalankan bagi membincangkan Dinamisme Tradisi Paren

dan Panyin dalam masyarakat Kenyah di Baram, Sarawak dari tahun 1850 hingga ke tahun

1996. Sehubungan dengan itu, dalam kajian turut menceritakan sedikit sebanyak tentang

perkembangan adat Paren dan Panyin dalam masyarakat Kenyah di Baram pada tahun 1850

hingga tahun 1996. Perkembangan adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah di

Baram diukur berdasarkan perubahan dan kesan adat ini dalam sosial masyarakat Kenyah.

1.3 Penyataan Masalah


5

Daerah Baram adalah sebuah daerah pendalaman yang luas serta mempunyai masyarakat

yang berbilang kaum. Majoriti masyarakat yang mendiami sepanjang tebigan Sungai Baram

adalah daripada masyarakat Orang Ulu yang terdiri daripada kaum Kenyah, Kayan, Penan,

Sebob, Kiput, Kelabit, serta beberapa kaum yang lain yang mendiami Daerah Baram.

Pecampuran masyarakat di Baram telah terjadi sehingga menyebabkan kurang pendedahan

masyarakat Kenyah terhadap fungsi Adat Paren dan Panyin dalam masyarakat mereka sendiri

walaupun adat Paren dan Panyin dalam masyarakat Kenyah telah diamalkan sekitar 200

tahun yang lalu4 ketika masyarakat ini masih belum mempunyai petempatan yang tetap.

Masyarakat Kenyah juga sering menghadapi masalah dalam memilih seorang

pemimpin masyarakat baik di peringkat kampung mahupun di peringkat kepimpinan

masyarakat yang lebih tinggi. Adat Paren dan Panyin yang telah wujud ini telah

mempengaruhi aspek pentadbiran masyarakat Kenyah iaitu dengan dilibatkan dalam

pemilihan pemimpin bagi masyarakat Kenyah dan menjadi aspek atau syarat yang paling

utama dalam masyarakat Kenyah bagi menentukan pemimpin masyarakat mereka.

Selain itu, adat Paren dan Panyin ini juga mewujudkan kesan terhadap sosial

masyarakat Kenyah. Hal ini kerana, adat ini telah mempengaruhi pelbagai aspek dalam sosial

kehidupan masyarakat sehinggakan adat ini telah mewujudkan perbezaan taraf sosial dalam

kalangan masyarakat Kenyah.

4
Galvin. The Passing Of a Kenyah Chief (The Hon’ble Senator Dato Temenggong Aban Lawai Jau) dalam
Journal of Malaysian Historical Society. No 2. 1976. Hlm 57.
6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mengumpul, mengkaji dan menganalisis maklumat-maklumat penting daripada

dokumen-dokumen dan sumber sejarah yang telah diperolehi untuk menjalankan kajian

mengenai perkembangan adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah di Baram.

Oleh hal yang demikian, antara objektif kajian adalah seperti berikut;

a) Mengkaji sejarah dan latar belakang sosial masyarakat Kenyah di Baram.

b) Mengenalpasti pengamalan tradisi Paren dan Panyin melalui peringkat Zaman

Tradisional, Zaman Separa Tradisional dan Zaman Moden dalam masyarakat

Kenyah di Baram pada tahun 1850 sehingga tahun 1996.

c) Membincangkan kesan adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah di

Baram.

d) Menilai kepentingan adat Paren dan Panyin dalam masyarakat Kenyah di Baram.

1.5 Metodologi Kajian


7

Untuk menjalankan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan. Segala sumber sejarah seperti

dokumen dan rekod-rekod yang berkaitan dengan tajuk kajian yang diperolehi akan ditapis

semula mengikut prosedur sejarah dan keperluan kajian.

Kaedah utama yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah kualitatif

iaitu mendapatkan dan mengumpul maklumat dan data-data yang berkaitan dengan kajian.

Sumber yang dikumpul sama ada dari sumber pertama ataupun sumber kedua. Kaedah ini

membolehkan data-data dan maklumat penting dikumpulkan daripada dokumen asal,

manuskrip, rekod-rekod rasmi kerajaan, dan penerbitan yang berkaitan dengan kajian ini.

Dalam menjalankan kajian ini, maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang

berkaitan yang telah diperolehi melalui pembacaan dan penyelidikan dijalankan di Arkib

Negara Malaysia, Arkib Negara Cawangan Negeri Sarawak, Majlis Daerah Marudi, Majlis

Daerah Kecil Long Lama, Pejabat Residen Bahagian Miri, Perpustakaan Tuanku Bainun

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pustaka Miri, Pustaka Negeri Sarawak dan beberapa

perpustakaan utama yang lain. Selain itu bahan yang berharga seperti Sarawak Gazzete yang

mengandungi laporan-laporan berdasarkan masyarakat di Sarawak.

Semua bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dijadikan

sebagai sumber rujukan, sama ada dari segi sumber pertama atau sumber kedua. Dengan

pengumpulan bahan-bahan dan maklumat yang dijadikan sebagai sumber, maka pengkaji
8

dapat maklumat tentang perkembangan adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat

Kenyah di Baram.

Setelah semua bahan, maklumat dan sumber-sumber mengenai kajian telah dikumpul,

kemudian ditapis dan dianalisis, barulah kajian ini dipersembahkan ke dalam penulisan.

Penulisan merupakan peringkat terakhir dalam proses penyelidikan, terutamanya selepas

sumber diperolehi, dihayati, disaring lalu digunakan.5 Kaedah penulisan sejarah terdiri

daripada pelbagai jenis gaya seperti kronologi, kritikal, penganalisisan, periwayatan,

pemerihal dan sebagainya.6 Oleh itu, persembahan penulisan hasil kajian ini akan terdiri

dalam pelbagai bentuk dan gaya yang sesuai.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kepada masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, kajian ini akan

mendedahkan kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak. Kajian ini juga akan menjelaskan

kepada masyarakat di Malaysia tentang wujudnya sub-etnik atau suku kaum Kenyah yang

merupakan sebahagian etnik yang besar di Sarawak yang mendiami Daerah Baram. Kajian

ini juga menjelaskan tentang bagaimana masyarakat Kenyah di Daerah Baram yang

mempunyai kepelbagaian adat resam dan kebudayaan dapat hidup menghidupkan perpaduan

dalam masyarakat majmuk di Sarawak.

5
Nabir Hj. Abdullah, Ishak Saat & Fairisia Othman. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Tanjong
Malim: Emeritus Publications. 2013. Hlm 135.
6
Ibid.
9

Kajian ini juga sangat penting kepada mahasiswa-mahasiswa dari pelbagai Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) serta bakal-bakal penjawat awam mahupun swasta yang akan bekerja

di Baram. Hal ini kerana, kajian ini akan mendedahkan bagaimana cara kehidupan yang

mereka perlu lalui jika bekerja di Baram. Selain itu juga, kajian ini memberi pendedahan

kepada mereka tentang kehidupan bermasyarakat dan mereka dapat menyesusaikan diri

ketika berada di Baram dan dikelilingi masyarakat Orang Ulu.

Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbangkan sebuah kajian yang baharu kepada

Jabatan Sejarah (UPSI). Hal ini kerana, terdapat banyak sejarah-sejarah yang belum

dirungkai oleh pengkaji-pengkaji yang terdapat di Sarawak terutamanya di Daerah Baram.

Kajian ini akan dapat membantu para penyelidik dari Jabatan Sejarah yang berminat untuk

mengkaji sejarah yang terdapat di Daerah Baram, Sarawak.

Antara lainnya, kajian ini memberi kepentingan kepada diri saya. Hal ini kerana,

kajian telah membantu meningkatkan ilmu pengatahuan saya. Selain itu, kajian ini juga

memberi pengalaman kepada saya dalam membuat kajian sebelum ke peringkat yang lebih

tinggi. Kajian ini diharapkan dapat memperkenalkan masyarakat minoriti yang terdapat di

Malaysia terutamanya masyarakat Kenyah kepada peringkat global.


10

1.7 Skop Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada masyarakat Kenyah sahaja. Kajian ini tertumpu kepada

masyarakat Kenyah yang meliputi beberapa petempatan masyarakat ini di Baram, Sarawak.

Skop masa kajian ini adalah dari tahun 1850 sehinggalah tahun 1996 kerana skop masa ini

memperlihatkan sosial masyarakat Kenyah sebelum penggabungan Tanah Melayu, Sabah,

Sarawak dan Singapura membentuk pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 serta

perkembangan adat Paren dan Panyin ini selepas pembentuk Malaysia. Dalam tempoh ini,

dapat dilihat perubahan demi perubahan dalam masyarakat Kenyah dari segi perubahan sosial

masyarakat yang dipengaruhi oleh adat Paren dan Panyin dalam sosial kehidupan masyarakat

Kenyah itu sendiri. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada latar belakang dan kesan adat

Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah sebelum dan selepas penubuhan

pembentukan Malaysia pada 1963 sehingga pengakhiran abad ke-20. Secara keseluruhannya,

skop kajian ini adalah mengenai masyarakat Kenyah sahaja di Baram, Sarawak yang

berkaitan tentang sosial masyarakat.

1.8 Tinjauan Kajian Lepas

Beberapa bahan rujukan telah dibuat tinjauan yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu

membuat sorotan dan review terhadap buku-buku dan kajian terdahulu. Proses ini melibatkan

penelitian terhadap bahan-bahan rujukan yang mempunyai kaitan dengan masalah kajian

sama ada dalam bentuk dokumen seperti buku, tesis, kertas kerja seminar, dan bahan-bahan
11

yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian. Kajian-kajian lepas yang dipilih berdasarkan

dapatan kajian yang berkaitan bagi mengelakkan dapat kajian ini terkeluar daripada tema

kajian. Penulisan tentang institusi pentadbiran masyarakat di Daerah Baram terutamanya

masyarakat Kenyah sangat kurang dan jarang sekali dibuat oleh mana-mana pengkaji sejarah.

Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat tambahan adalah sangat terhad. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa kajian lepas yang sedikit sebanyak berkaitan dengan tajuk

dan isu yang dikemukakan.

Antara kajian yang telah dibuat oleh Bilcher Bala yang telah diterbitkan pada tahun

1993 dalam jurnal Jebat edisi ke-21 yang bertajuk “Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang”.7

Kajian ini adalah tentang kepelbagaian etnik di Sarawak yang sangat banyak menyebabkan

kepelbagaian sosial masyarakat dan kepelbagaian budaya. Pelabelan atau klasifikasi

masyarakat seperti Dayak Laut (Iban) dan Dayak Darat (Bidayuh) yang telah dibuat oleh

pengkaji-pengkaji barat. Selain itu, masyarakat yang telah diklasifikasikan ini turut

digunakan oleh Dr. Charles Hose yang merupakan Residen pertama di Claudetown (pekan

Marudi sekarang). Masyarakat Orang Ulu dilabelkan mengikut kepelbagaian etnik yang ada

di Baram. Misalnya Kenyah, Kayan, Bisaya, Kelabit dan Murut dilabelkan mengikut kaum

walaupun pada asalnya kaum-kaum ini memperkenalkan diri mereka mengikut sungai yang

mereka diami. Pelabelan masyarakat ini juga dipengaruhi oleh sosial masyarakatnya yang

merangkumi aspek asal asul masyarakat, tempat tinggal masyarakat, kegiatan-kegiatan dalam

masyarakat. Oleh kerana sosial masyarakat yang berbeza, sistem atau institusi pentadbiran

juga berbeza antara kaum di Sarawak.

7
Bilcher Bala. (1993). Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak. Jebat. Vol (21). m/s 21-54.
12

Selain itu, kajian yang telah dibuat oleh Peter Metcalf yang bertajuk “The Baram

District: A Survey of Kenyah, Kayan, and Penan Peoples” 8 yang telah diterbitkan pada tahun

1979 dalam jurnal Sarawak Museum (Special Issue) edisi ke-22. Kajian sejarah ini adalah

tentang keadaan di masyarakat di Daerah Baram. Dalam kajian ini juga telah mengulas

tentang petempatan-petempatan masyarakat Kenyah yang mendiami sepanjang Sungai

Baram.

Rt. Rev. A.D Galvin dalam kajiannya yang bertajuk “The Passing Of a Kenyah Chief

(The Hon’ble Senator. Dato Temenggong Aban Lawai Jau)” yang diterbitkan dalam Journal

of Malaysian Society ke-2 pada Mac 1976.9 Kajian ini menceritakan tentang pentadbiran

seorang pemimpin masyarakat Kenyah iaitu Temenggong Datuk Lawai Jau yang merupakan

Temenggong pertama di daerah Baram. Kajian ini juga mengulas tentang kehidupan

masyarakat Kenyah yang pada asalnya menetap di dataran tanah tinggi Usun Apau yang telah

berpindah ke petempatan baru di sepanjang Sungai Baram.

Selain itu, Rt. Rev. A.D Galvin dalam kajiannya yang seterusnya ialah “Tribal

Authority Among The Kenyahs”10 dalam The Brunei Museum Journal edisi ke-20 pada tahun

1975. Dalam kajian ini mengulaskan tentang bagaimana adat dan kebudayaan yang berkait

dengan terlantiknya seorang pemimpin dalam kalangan masyarakat Kenyah. Adat yang

menjadi tunjang kepada masyarakat Kenyah untuk mengurus kehidupan masyarakat selain

kepercayaan mereka.

8
Peter Metcalf. The Baram District: A Survey of Kenyah, Kayan, and Penan Peoples dalam The Peoples of
Central Borneo. Sarawak Museum Journal, Special Issue. Vol (22). No 43. Jan-Dec 1974.
9
Galvin. (1976). The Passing Of a Kenyah Chief (The Hon’ble Senator Dato Temenggong Aban Lawai Jau)
dalam Journal of Malaysian Historical Society. No 2.. Hlm 57.
10
Galvin A.D. (1975).Tribal Authority Among The Kenyahs. The Brunei Museum Journal. Vol(20). Hlm 27.
13

“The Orang Ulu: Some Aspects of Their Social, Cultural and Religious Practies”11

juga sebuah kajian lepas yang telah diterbitkan dalam sebuah buku “Custom and Traditions

of Peoples at Sarawak” oleh Publicity and Film-Committee pada tahun 1988 menjelaskan

tentang tradisi, kebudayaan dan agama bagi masyarakat Orang Ulu. Dalam kajian ini telah

menyentuh tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang layak dipilih dan juga penjelasan tentang

perbezaan kasta iaitu Paren/Maren dan Panyen. Kajian lepas ini mempunyai kaitan dengan

kajian yang dijalankan kerana telah menyentuh tentang pentadbiran masyarakat Kenyah

terutama tentang Paren/Maren dan Panyen.

Selain daripada itu, sebuah kajian lepas yang dibuat oleh Jeffry Jalong yang bertajuk

“Kalong: Seni Motif Tradisi Orang Ulu” 12 yang telah diterbitkan oleh Kementerian

Kebudayaan dan Kesenian dan Pelancongan pada tahun 2001. Kajian beliau menceritakan

tentang kesenian dalam masyarakat Orang Ulu yang sangat unik iaitu Kalong. Kajian ini juga

menjelaskan tentang peranan pemimpin masyarakat Orang Ulu dahulu yang menjadi

pengantara antara masyarakat dengan pegawai pemerintah serta masyarakat dari luar.

Suffian Mansor yang pernah membuat kajian tentang “Perubahan Sistem

Pentadbiran Sarawak, 1840-1963”13 dalam buku “Dasar dan Tadbir Dalam Sejarah” yang

diterbitkan oleh Universiti Malaya pada tahun 2015 menjelaskan tentang beberapa era

pentadbiran iaitu sistem pentadbiran tradisional, pemerintahan keluarga Brooke,

Pemerintahan Jepun, dan juga pemerintahan British di Sarawak. Dalam era-era ini,

11
The Orang Ulu: Some Aspects of Their Social, Cultural and Traditions dalam Custom and Traditions of
Peoples at Sarawak. Hlm 215.
12
Jeffry Jalong. (2001). Kalong: Seni Motif Tradisi Orang Ulu. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian dan
Pelancongan. Hlm 3.
13
Suffian Mansor. (2015). Perubahan Sistem Pentadbiran Sarawak, 1840-1963. Dasar dan Tadbir dalam
Sejarah. Universiti Malaya.. Hlm 70.
14

masyarakat mengalami pelbagai perubahan yang mereka alami. Perubahan demi perubahan

dalam era pentadbiran di Sarawak memberikan perubahan sistem pentadbiran dalam

masyarakat Kenyah.

Seterusnya, William W. Conley yang telah membuat kajian tentang kebudayaan

masyarakata Kenyah. Kajian beliau yang bertajuk “Kenyah Cultural Themes and Their

Interrelationship”14 yang diterbitkan dalam Sarawak Museum Journal edisi ke-22 pada tahun

1979 menyentuh tentang kebudayaan dan adat masyarkat Kenyah yang berhubung dengan

alam semulajadi atau supernaturalism. Beliau juga menyatakan dalam kajian beliau bahawa

masyarakat Kenyah mempunyai adat paren/maren dan panyen/panyin yang perlu diikuti.

Ribka Alan, Hj. Hassan, Md Salleh, Bolong, Jusang, Osman, dan Nizam dalam kajian

mereka iaitu “Pola Komunikasi Interpersonal Dalam Pencarian Maklumat: Kajian Kes

Masyarakat Orang Ulu, Sarawak, Malaysia”15 yang diterbitkan dalam sebuah jurnal iaitu

Jurnal Perspektif edisi ke-8 bilangan 2 pada tahun 2016. Kajian ini menceritakan tentang

variasi bahasa yang pelbagai menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan masyarakat

lain. Memimpin sebuah masyarakat yang pelabagai adat dan budaya serta bahasa yang

berbeza memerlukan pembahagian masyarakat mengikut kaum. Komunikasi antara

masyarakat yang mempunyai perbezaan bahasa ini menyebabkan masyarakat sukar untuk

memahami maklumat atau mesej yang disampaikan oleh masyarakat yang lain. 16 Hal ini

dilihat menjadi salah satu punca kepada pembahagian masyarakat oleh pihak kerajaan negeri

supaya kepimpinan sebuah masyarakat diletakkan mengikuti etnik masing-masing.


14
W.W Conley. (1974). Kenyah Cultural Themes and their Interrelationship dalam The Peoples of Central
Borneo. Sarawak Museum Journal, Special Issue. Vol (22). No 43. Jan-Dec 1974. Hlm 303.
15
Ribka Alan, et.al. Pola Komunikasi Interpersonal Dalam Pencarian Maklumat: Kajian Kes Masyarakat
Orang Ulu, Sarawak, Malaysia .Jurnal Perspektif Jil. 8 Bil.2. Hlm 11-12
16
Ibid
15

Kesimpulannya, bahan yang dirujuk sememangnya membantu menghasilkan kajian

yang berkaitan dengan institusi Penghulu masyarakat Kenyah di Daerah Baram. Kajian-

kajian lepas yang telah diselidiki sedikit sebanyak mempunyai persamaan dan perbezaan dari

segi aspek yang dikaji. Namun, kajian ini lebih berfokus kepada sejarah institusi pentadbiran

masyarakat Kenyah di Daerah Baram secara khususnya. Walau bagaimanapun, sorotan kajian

lepas memang sangat membantu dalam usaha menyiapkan kajian ini.

1.9 Definisi Istilah

i) Adat

Perkataan “adat” adalah pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud

kebiasaan. Istilah ini sendiri memberi pengertian yang agak meluas dalam situasi

satu bentuk perbuatan atau tingkah laku dan cara manusia berfikir yang telah

wujud dan diamalkan begitu lama sehingga dianggap tradisi. Dari aspek lain, adat

ditakrifkan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang mencerminkan perlakuan

harian, bermusim sama ada berdasarkan bulan atau tahun. Adat adalah peraturan

hidup merangkumi gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai

kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim

dilakukan di sesuatu tempat.17

ii) Sosial
17
Jabatan Warisan Negara. http://www.heritage.gov.my/ms/warisan-tidak-ketara/adat-budaya/adat. Diakses
pada 16 Januari 2019.
16

Sosial didefinisikan segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,

dan kemasyarakatan.18 Secara umumnya, sosial adalah berkaitan dengan aktiviti

masyarakat dan cara kehidupan masyarakat.

iii) Masyarakat

Masyarakat ialah sebagai “kelompok manusia yang telah cukup lama hidup

bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan

meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas

tertentu”.19 Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di

sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu.20 Masyarakat juga

didefinisikan sebaga satu kumpulan mannusia yang berinteraksi dalam kawasan

atau sempadan yang telah ditetapkan dan dibimbing oleh satu budaya yang

dikongsi bersama.21 Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai

sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama,

mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan.

1.10 Pembahagian Bab

18
Kamus Dewan Bahasa: Edisi Keempat.
19
L. Ralph. 1936. The Study of Man: An Introduction.
20
Kamus Dewan Bahasa. 2005.
21
Rahimah Abd. Aziz, Mohamad Yusoff Ismail. 2000. Masyarakat, Budaya, dan Perubahan. Hlm 7
17

Terdapat lima pembahagian bab dalam kajian ini. Ianya terdiri daripada Bab Satu iaitu

Pengenalan, Bab Dua iaitu sejarah dan latar belakang masyarakat Kenyah di Baram, Bab

Tiga iaitu perkembangan adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah di Baram

dari tahun 1950 hingga tahun 1990, Bab Empat iaitu tentang kesan dan kepentingan adat

Paren dan Panyin dalam masyarakat Kenyah di Baram dan yang terakhir ialah Bab Lima iaitu

kesimpulan untuk keseluruhan bab.

Dalam Bab Satu, ianya merupakan Pengenalan awal kajian yang dijalankan. Bab ini

merangkumi Latar Belakang Kajian, Pernyataan Masalah Kajian, Objektif Kajian, Soalan

Kajian, Metodologi Kajian, Kepentingan Kajian, Skop Kajian, Tinjauan Kajian Lepas,

Ringkasan Pembahagian Bab dan Kesimpulan. Perkara-perkara ini menyebutkan tentang

gambaran awal tentang kajian yang dijalankan. Selain itu, dalam Bab Satu ini juga adalah

untuk menyatakan masalah dan objektif yang hendak dikaji bagi memudahkan pembaca

memdapat pembayang atau gambaran tentang isu yang telah dikupas dan dibincangkan secara

mendalam dalam bab-bab yang lain.

Bab Dua pula akan memperkenalkan sejarah dan latar belakang masyarakat Kenyah

di Baram. Ianya merangkumi lokasi, sejarah masyarakat Kenyah, kawasan-kawasan

penempatan masyarakat Kenyah. Latar belakang masyarakat Kenyah akan merangkumi ciri-

ciri masyarakat Kenyah dari segi sosial, kebudayaan, adat serta kepercayaan masyarakat

Kenyah di Daerah Baram.

Seterusnya, dalam Bab Tiga, perbincangan dan penekanan akan tertumpu kepada

perkembangan adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah di Baram pada tahun

1950 hingga tahun 1990. Dalam bab ini akan menjelaskan tentang peranan adat Paren dan
18

Panyin ini dalam masyarakkat Kenyah di Baram. Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan

tentang perubahan adat Paren dan Panyin ini sebelum dan selepas Pembentukan Malaysia

yang mana telah mempengaruhi pelbagai aspek antaranya ialah aspek sosial kehidupan

masyarakat Kenyah dan pentadbiran masyarakat Kenyah di Baram.

Bab Empat pula akan menyatakan kesan dan kepentingan adat Paren dan Panyin ini

terhadap masyarakat Kenyah di Baram. Bab ini akan menyatakan tentang kesan kewujudan

adat Paren dan Panyin dalam sosial masyarakat Kenyah. Kesan-kesan ini akan diambil kira

dari tahun 1950 hingga ke tahun 1990 dalam kalangan masyarakat Kenyah. Selain itu, dalam

bab ini akan menilai kepentingan adat Paren dan Panyin dalam masyarakat Kenyah sehingga

masyarakat ini menjadikannya sebagai sebuah adat yang besar pengaruhnya dalam kehidupan

bermasyarakat dalam masyarakat Kenyah di Baram.

Akhir sekali ialah Bab Lima iaitu penutup ataupun kesimpulan kepada penulisan

kajian ini. Bab ini akan membuat kesimpulan secara keseluruhan setiap bab berdasarkan

maklumat dan dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam bab satu, bab dua, bab tiga, dan

bab empat. Justeru, institusi Penghulu masyarakat Kenyah akan dapat disimpulkan secara

menyeluruh berdasarkan kajian yang telah dibuat.

1.11 Kesimpulan
19

Kajian ini meliputi kesan dan kepentingan adat Paren dan Panyin yang mempengaruhi sosial

masyarakat Kenyah di Baram. Segala sumber dan maklumat yang telah diperolehi akan

memberi jawapan kepada soalan-soalan yang telah dikemukakan dan seterusnya mencapai

objektif kajian yang telah dinyatakan. Oleh itu, segala perbincangan dan penjelasan dapatan

kajian yang telah diperolehi mengenai perkembangan adat Paren dan Panyin dalam sosial

masyarakat Kenyah di Baram, Sarawak.

You might also like