You are on page 1of 35

1.

PENGENALAN

Malaysia antara negara yang diduduki oleh kumpulan-kumpulan etnik pelbagai yang sentiasa berusaha untuk mencapai kehamornian dan keadaan yang aman damai. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, terdapat pandangan menyatakan bahawa amat sukar untuk negara mengecapi nikmat kemerdekaan yang stabil lantaran daripada komposisi kumpulan etnik yang pelbagai. Terdapat andaian juga menyatakan bahawa kewujudan pelbagai kumpulan etnik akan berkemungkinan mengakibatkan ketidakadilan terhadap etnik majoriti dan etnik minoriti lain.

Namun begitu pada ketika negara memperjuangkan kemerdekaan, rundingan dari semua pihak telah dibuat oleh pemimpin negara dan semua pihak telah bersetuju membuat perundingan dengan pihak penjajah. Dari segi aspek ini, dapat dilihat etnik tersebut dapat bersatu ketika menuntut kemerdekaan. Justeru selepas kemerdekaan, banyak harapan dan perubahan yang dibuat untuk mengatasi kemunduran etnik-etnik agar dapat mengubah kehidupan etnik untuk keluar daripada belengu kemiskinan dan meningkatkan tahap hidup melalui pelbagai dasar yang dirancang pada masa tersebut. Catatan sejarah selalu menyebut betapa harmoninya keakraban antara etnik dalam memperjuangkan kemerdekaan. Antara kumpulan etnik yang terdapat di negara ini adalah etnik-etnik Melayu, Cina ,India, Peribumi Sabah dan Sarawak, dan Orang asli serta kumpulan etnik kecil lain.

Disamping itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai bangsa dan wujud perbezaan dari segi bahasa, budaya, ekonomi, cara hidup, penempatan dan hubungan sosial. Justeru itu, pepaduan diantara etnik-etnik perlu dijaga untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia ini memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat-menghormati, setiakawan, tolong-menolong sama ada diwaktu senang
1

ataupun susah. Salah satu konsep Satu Malaysia yang di pekenalkan Perdana Menteri Malaysia telah diamalkan pada masa kini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik. Melalui konsep ini juga golongan pemimpin dapat mengenali dan mengetahui kebajikan rakyat.

Selain itu, di Malaysia juga mengalami pewujudan masyarakat integrasi sejak berabad dahulu. Merurut Ahmad Haji Kambar, 1987 Integrasi satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi. Antara konsep integrasi adalah segrerasi, akomodasi, alkuturasi, asimilasi dan amalgamasi. Walaupun konsep ini terjadi secara semulajadi yang banyak terjadi daripada perkhawinan campur tetapi ianya boleh diterima oleh semua pihak di Malaysia. Ini dapat dilihat dari segi budaya yang amat menpengaruhi sesuatu kumpulan etnik tersebut. Antara konsep integrasi adalah amalgamasi yang melibatkan dua bangsa yang berbeza dan bercampur menjadi suku bangsa yang lain. Contohnya bangsa cina berkahwin dengan bangsa melayu akan menghasilkan budaya baru yang dikenali sekarang sebagai Baba Nyonya. Juga konsep asimilasi dimana cina dengan masyarakat orang asli Jakun dan budayanya lebih kepada budaya masyarakat orang asli. Malahan dari segi konsep ini juga perpaduan diantara masyarakat majmuk ini dapat dipupuk bagi mewujudkan perpaduan oleh kerana sikap bertolak ansur, saling memahami dan bekerjasama antara pelbagai pihak.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpandukan tema-tema yang telah diberikan, kumpulan kami telah mengambil tajuk Etnik dalam Negara iaitu Orang asli. Suku Kaum Jakun kebanyakannya tinggal di selatan pendalaman Semenanjung Malaysia. Endicott (1975, 1979) dan William Hunt (1952) menjelaskan kebanyakkan masyarakat Orang Asli tinggal di kawasan-kawasan bukit dan hulu sungai, yang mana juga persekitarannya dikelilingi oleh hutan rimba. Sebilangan besar mereka mendiami kawasan luar bandar yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunungganang, bukit-bukau, lembah, sungai, gua, dan sebagainya. Juga terdapat diantaranya dikatakan mengamalkan animisme. Tempat yang kajian kami lakukan ialah No. 39, Blok B, RPS Kedaik, 26800 Kuala Rompin ,Pahang. Daripada UTHM,Johor ke Pahang mengambil masa sekuangkurangnya 140 km.Terdapat jugak Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kedaik,26700 Muadzam Shah, Rompin dan klinik desa RPS Kedaik Rompin.Kebanyakan pelajar menaiki bas yang telah disediakan oleh kawasan-kawasan kampung sendiri. Daripada rumah ke sekolah lebih kurang 25 km. Semua penduduk yang mempunyai masalah tentang kesihatan hanya pergi ke klinik sahaja. Pada mulanya disini tiada pejabat orang asli,oleh itu mereka menetap di sungai dan penempatan bermula 1978. Sebelum Felcra dibuka, kebanyakan penduduk mancari sumber makanan dan minuman kesemua dari sumber pendapatan iaitu sungai.

2.1

PENTADBIRAN & INSTITUSI ADAT

Institusi Adat masih lagi berperanan penting dalam kehidupan harian masyarakat ini. Secara tradisinya, di wilayah atau perkampung masyarakat Orang Asli ditadbir oleh seorang ketua masyarakat yang dipanggil Tok Batin dan Lembaga Adat (ahlinya terdiri daripada Tok Batin, Menteri, Jukerah, Jenang, dan Penghulu).

Gelaran Tok Batin ini sama seperti yang digunakan oleh suku kaum Temuan, Semelai, Jahut, Semoq Beri, Che Wong, dan Mahmeri. Bagi suku kaum Semai (Perak), Lanoh, Jahai, Kensiu, dan Temiar misalannya, mereka lebih gemar memanggil ketua masyarakatnya dengan gelaran penghulu . Sejak turun menurun pemilihan dan pelantikan Tok Batin dibuat

berdasarkan keturunan sebelah Tok Batin, iaitu anak lelaki sulung. Jika beliau tiada zuriat lelaki, atau tiada dikalangan anaknya yang berkebolehan maka pewaris seterusnya akan dipilih dari kalangan adik beradik atau saudara mara yang mempunyai pertalian darah paling dekat dengan Tok Batin. Beliau penasihat dan bertanggungjawab dalam urusan adat istiadat perkahwinan, menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung, dan mentadbir hal ehwal adatresam suku kaum dalam kampung atau wilayahnya.

2.2

KEGIATAN UTAMA MASYARAKAT

Suku kaum Jakun masih lebih banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi, kegiatan pertanian, penternakan, dan berniaga secara kecil-kecilan. Berderau Ladang. Istilah berderau nmembawa maksud kerja secara beramai-ramai untuk menyiapkan sesuatu kerja

dengan cepat. Suku Kaum Jakun mengamalkan konsep berderau ini bila mana untuk membuka kawasan baru seperti bertanam padi huma. Berderau mengikut giliran, contohnya bermula dengan kawasan tanah milik A, selepas itu diikuti kawasan tanah milik B, tanah C, D, dan seterusnya. Suku Kaun Jakun juga mempercayai hutan-belukar, bukit-bukau, gunung-ganang dan anak sungai ada penguasa atau keramatnya. Justeru itu, demi keselamatan diri dan tanaman maka netau atau upacara buka tanah dilakukan sebelum pembukaan kawasan baru (Seman, 2002). Ini juga bagi menjamin berhuma padi memberi hasil yang memberangsang dan tanam selamat dari gangguan binatang liar dan bencana alam. Tradisi netau atau upacara buka tanah diketuai oleh pawing atau poyang kampung atau wilayah tersebut. Dilakukan dengan jampi mentera termasuklah membakar kemeyan dan mendirikan sangkak berisi pulut kuning, nasi putih, ayam, sireh pinang, air, dan rokok (Deh, 2002). Selepas itu barulah aktiviti berderau atau kegiatan menebas menebang dijalankan. Aktiviti ini dibuat oleh kaum lelaki dan bederau biasanya mengambil masa panjang sehinggalah belukar pokok selesai ditebas-tebang, kering
4

maka barulah dibakar sehingga kawasan tersebut bersih atau hangus dijilat api. Beberapa hari kemudiannya maka aktiviti menugal padi dijalankan secara beramai-ramai oleh sebilangan besarnya adalah kaum wanita. Jenis padi yang biasa ditanam ialah padi merah, padi melek, padi pulut, padi serendah, dan padi kasturi.

2.3

ISTIADAT PERKAHWINAN

Selain dari menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung , institusi keluarga dan lembaga adat juga bertanggungjawab terhadap hal-hal perkahwinan. Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan merisik yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyap dan hanya diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja. Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara meminang serta kepala) satu hantaran, diikuti dengan penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin belah rotan digunakan sebagai tanda pertunangan, pengeras (batu suku(dua puluh lima sen), dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian,

sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu gunting, jarum, dan benang). Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki, saudara mara terdekat dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua Tok Batin dari wilayah atau kampung tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin juga boleh bertindak sebagai wali dalam situasi tertentu.

Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki atau perempuan yang berkenaanterhadap saudara mara atau waris masing-masing. Jemputan juga dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran. Biasanya kedua-dua belah pihak berkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum. Pada malamnya dimulakan dengan upacara malam berinai (antara aktivitinya iaitu pasangan
5

pengantin berinai, tarian inai, dll.) yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum majlis persandingan pada keesokan harinya.

Sebelum majlis persandingan, bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin. Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang. Setelah sampai di halaman rumah salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki member salam dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan. Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan tarian lian buah pukul (silat menyambut kedatangan pengantin lelaki), oleh pihak pengantin lelaki serta pihak pengantin perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas pelamin, menurut adatnya juga pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki. Adapun, pasangan pengantin di atas pelamin itu juga di sebut Raja Sehari. Seterusnya, diikuti dengan tarian (silat) sembah pengantin. Tempung Tawar direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu. Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin. Masyarakat Orang Asli mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang durjana.

Hari Perayaan Suku Kaum Jakun yang asal ialah upacara Bela Kampung yang mana acara kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru (tengah malam 31 Disember dan 1 Januari). Aktiviti Bela Kampung tersebut bermula dari siang hari sehingga terbit matahari subuh. Semua warga kampong jauh-dekat, datang beramai-ramai. Ada yang membawa barangbarang masakan seperti padi, pulut, kelapa, ayam, daging, ikan, gula, teh, sayur-sayuran, ubi, buah-buahan, sireh-pinang, asam, garam, dan sebagainya. Berkumpul, beramah mesra dalam suasana kekeluargaan, bersama-sama menyediakan makan minum, dan segala hidangan istimewa seperti nasi berdiri, pulut putih, kuning, dan merah.

3.0

PENYATAAN MASALAH

Di bawah ini menerangkan tentang faktor-faktor masalah yang di hadapi oleh penduduk orang asli Jakun yang berada di Pahang:

1) Mereka mencari sumber pendapatan dengan alam semulajadi sahaja. Oleh itu, agak sukar untuk mereka maju ke hadapan kerana banyak pelbagai kemungkinan akan beraku apabila kita hanya bekerja dengan alam semulajadi. Contohnya hujan, hakisan tanah, pembuangan sampah sarap dan pembakaran. Semua ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat untuk mencari nafkah untuk kehidupan seharian mereka.

2) Kesihatan mereka tidak menentu di sebabkan hanya mempunyai klinik sahaja. Oleh itu, tiada peralatan yang canggih untuk mengatasi kesakitan mereka. Jadi, mereka perlu pergi ke hospital yang sangat jauh untuk mendapatkan rawatan yang baik.

3) Kebanyakan penduduk orang asli tidak mepunyai perabot dan peralatan yang canggih seperti komputer, televisyen dan radio. Oleh itu, mereka sukar untuk menghubungkan mereka dengan dunia luar.

4) Mempunyai jalan raya yang tidak sekata dan perlu masuk ke dalam lagi untuk sampai ke rumah orang asli. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kenderaan untuk keluar, jadi susah untuk mereka pergi ke pekan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk memperkenalkan budaya masyarakat orang asli di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. 2. Untuk mengetahui adat, budaya dan latar belakang kelompok masyarakat orang asli jakun. 3. Untuk mengkaji hubungan dan persepsi masyarakat lain terhadap masyarakat orang asli di Malaysia.

5.0

PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang kami kaji didalam tajuk kajian adalah seperti berikut:-

Latar belakang:

1. Bagaimana sejarah penempatan masyarakat orang asli di kawasan ini? 2. Apakah asal-usul keturunan orang asli di sini? 3. Apakah majoriti suku kaum/agama masyarakat di sini? 4. Apakah cara hidup dan pertuturan bahasa/tulisan yang digunakan? 5. Bagaimana organisasi untuk masyarakat orang asli? 6. Apakah sumber pendapatan masyarakat? 7. Bagaimana sambutan perayaan masyarakat di sini? 8. Apakah kebudayaan dan adat resam masyarakat di sini? 9. Adakah masih mengamalkan tradisi turun-temurun? 10. Bagaimana pergaulan/penerimaan masyarakat luar terhadap masyarakat orang asli di sini?
8

Perkahwinan:

1. Bagaimana adat perkahwinan (cina atau orang asli) masyarakat di sini? 2. Adakah terdapat sebarang halangan dari kedua belah pihak pengantin? 3. Apakah pakaian pada hari perkahwinan, adakah masih memakai pakaian tradisi masyarakat orang asli atau pakaian moden? 4. Apakah jenis hidangan tradisi utama (gotong-royong/catering)? 5. Apakah persembahan dan alat muzik tradisional masyarakat disini semasa upacara perkahwinan? 6. Bagaimana perkahwinan campur terutamanya dari segi pemilihan agama/penerapan budaya terhadap anak-anak?

Soalan tambahan:

1. Apakah sumbangan dari pihak kerajaan kepada masyarakat disini? 2. Apakah kemudahan yang terdapat di kampong ini? 3. Jika berlaku sebarang kesalahan sepert imencuri, adakah hukuman akan dijatuhkan oleh Tok Batin atau mengikut system perundangan yang sedia ada? 4. Percaya kepada pantang larang.

6.0

METODOLOGI

6.1

PENGENALAN

Metodologi kajian adalah mengenai hubungan etnik masyarakat orang asli cina di Pahang menerangkan aspek yang diketengahkan iaitu berkaitan dengan kaedah-kaedah yang telah diterapkan serta dilaksanakan sepanjang kajian ini dilakukan.

Bagi memastikan kajian ini berjaya mencapai matlamat, langkah-langkah sistematik perlu dirancang sebaik yang mungkin bagi menjamin kajian yang dilaksanakan dapat memuaskan serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Dalam merancang sesuatu kajian, carta alir akan digunakan serta penerangan tentang kaedah dan aktiviti yang akan digunakan bagi melaksanakan kajian ini. Metadologi juga

menerangkan susun aturcara yang dilakukan dengan menyiapkan keseluruhan kajian bagi modul hubungan etnik ini. Selain itu, ketika permulaan kajian dibahagian pertengahan dan bahagian akhir kerja kajian dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang ditetapkan.

6.2

KAEDAH-KAEDAH METODOLOGI

Untuk melaksanakan kajian ini, perancangan awal adalah penting bagi memastikan kajian yang hendak dilakukan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dengan perencanaan yang sistematik dan teratur, kerja-kerja bagi melaksanakan kajian ini dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masalah.

10

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah :

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Mencari tajuk kajian berkaitan dengan hubungan etnik/kaum di Malaysia Mencari maklumat untuk mendapatkan persetujuan Mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan kajian Membuat temujanji Membuat persediaan sebelum membuat kajian Membuat sesi temuramah Mengumpul maklumat Membuat laporan

6.2.1 Mencari tajuk kajian berkaitan dengan hubungan etnik/kaum di Malaysia

Sebelum kajian luar dijalankan, kami telah membuat beberapa perbincangan bagi memilih tajuk yang sesuai untuk melakukan kajian berkaitan dengan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Pada perbincangan yang pertama, kami telah bercadang untuk menjalankan kajian mengenai masyarakat orang asli jakun di Bekok tetapi setelah melalui beberapa proses perbincangan bersama dengan ahli kumpulan, kata sepakat telah dicapai dengan memilih tajuk iaitu kajian mengenai masyarakat orang asli cina.

6.2.2 Mencari maklumat untuk mendapatkan persetujuan

Setelah tajuk-tajuk yang dibentangkan mendapat persetujuan dari ahli kumpulan, kami telah mencari beberapa maklumat untuk mendapatkan persetujuan daripada pensyarah sebelum kajian ini dijalankan. Pensyarah telah bersetuju dengan tajuk yang telah diberikan oleh kami dan telah memberikan sedikit penerangan bagi proses perlaksanaan kajian agar berjalan dengan
11

lancar. Kami juga telah mencari maklumat dari sumber- sumber untuk rujukan sepanjang kajian ini dijalankan bagi memantapkan lagi sesi temuramah bersama masyarkat orang asli.

6.2.3 Mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan kajian

Umum mengetahui bahawa penempatan orang asli memang banyak di Malaysia terutama di Johor dan Pahang. Tetapi bagi masyarakat orang asli cina, kami telah sepakat untuk menjalankan kajian di kampung orang asli Kedaik, Muadzam Shah, Pahang. Kami memilih lokasi ini berikutan salah seorang ahli kumpulan kami berketurunan orang asli cina dan menetap di sana. Dengan pemilihan ini, proses menjalankan kajian ini dapat dilakukan dengan lancar.

6.2.4 Membuat temujanji

Sebelum kajian dibuat di lokasi yang telah ditetapkan, satu temujanji telah diaturkan antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak kami dan pihak bagi masyarakat orang asli cina. Membuat temujanji adalah penting bagi memastikan kelancaran proses kajian ini. Kami telah membuat temujanji dengan sebuah keluarga orang asli cina dimana pasangan suami beketurunan cina dan isteri berketurunan orang asli dan telah menetap di perkampungan itu. Temujanji yang kedua adalah dengan Tok Batin iaitu ketua bagi masyarakat orang asli di situ. . Kami telah membuat temujanji pada 10 November 2012. Dengan penemuan bagi sesi temuramah dengan masyarakat orang asli ini dapat memberi maklumat dengan lebih jelas dan tepat

12

6.2.5 Membuat persediaan sebelum membuat kajian

Ahli kumpulan kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang kecil bagi pembahagian tugas. Kami telah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan membuat kajian, laporan dan pembentangan. Kerjasama daripada ahli kumpulan amat diperlukan bagi mencapai matlamat kajian ini. Kumpulan yang membuat kajian telah membuat beberapa persediaan sebelum berangkat ke Pahang. Antaranya menyediakan beberapa skrip soalan untuk diajukan kepada pihak yang berkaitan supaya perjalanan sepanjang sesi temuramah berjalan lancar, mudah disampaikan dan tersusun.

Selain itu juga, persediaan untuk merakam semasa sesi temuramah turut disediakan. Kami menggunakan video perakam bagi merakam keseluruhan sesi temuramah itu untuk dijadikan rujukan bagi kajian etnik ini. Kami juga telah menyediakan beberapa cenderahati sebagai tanda kenangan bagi pihak kami kepada masyarakat orang asli disitu.

6.2.6 Membuat sesi temuramah

Pada tarikh yang telah ditetapkan, kami telah bertolak dari Johor untuk melakukan kajian etnik di perkampunagna orang asli di Pahang. Kami telah disambut oleh sebuah keluarga di perkampunagn orang asli disitu. Bagi sesi temuramah yang pertama kami telah menemubual sebuah keluarga yang mengamalkan perkahwinan campur iaitu antara orang asli dan orang cina. Sesi temuramah telah berlangsung selama 30 minit dengan pertanyaan soalan adalah dari segi agama dan perkahwinan campur ini

Bagi sesi temuramah yang kedua telah dijalankan bersama dengan Tok Batin iaitu lebih dikenali sebagai ketua kampung didalam masyarakat Melayu dan sesi temuramah telah
13

berlangsung kira-kira satu jam. Soalan yang diajukan berkaitan dengan latar belakang, adat, budaya dan ekonomi di kampung tersebut.

6.2.7 Mengumpul maklumat

Setelah selesai sesi temuramah itu, ahli-ahli kumpulan mengumpul maklumat hasil daripada kajian yang telah dijalankan di Pahang. Hasil daripada pungutan maklumat iaitu dengan mencatit dan merakam semasa sesi temuramah telah dikumpulkan supaya satu laporan penuh yang lengkap dapat dihasilkan. Kami juga membuat rujukan di Internet dan beberapa buku untuk memantapkan lagi hasil kajian ini.

6.2.8 Membuat laporan

Setelah selesai proses mengumpul maklumat hasil daripada sesi temuramah dan beberapa rujukan, satu laporan perlu dilakukan. Ini adalah penting supaya hasil kajian yang dilakukan dapat memenuhi dan menepati matlamat sebenar kajian iaitu mengkaji masyarakat orang asli cina.

14

6.3

CARTA ALIRAN KAEDAH-KAEDAH MELAKSANAKAN KAJIAN

MULA

Mencari tajuk kajian berkaitan dengan hubungan etnik/kaum di Malaysia

TIDAK SETUJU

Mencari maklumat untuk mendapatkan persetujuan

SETUJU

Mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan kajian Membuat temujanji

Membuat persediaan sebelum membuat kajian

Membuat sesi temuramah

Mengumpul maklumat

Membuat laporan

TAMAT

15

7.0

DAPATAN

7.1

PENGLIBATAN KERAJAAN DAN AGENSI

Keprihatinan dan sokongan pihak Dun Muadzam Shah dan kerajaan terhadap taraf kehidupan masyarakat asli telah memberi impak positif kepada penduduk miskin Orang Asli. Program bantuan kerajaan melalui pelbagai agensi kerajaan dilakukan bagi memastikan tahap ekonomi penduduk Orang Asli terus meningkat dari semasa ke semasa.

Beberapa agensi terlibat dalam pelaksanaan bantuan kerajaan negeri Pahang, disokong oleh agensi seperti di bawah:

a) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Jabatan yang berperanan dalam membantu meningkat taraf kehidupan masyarakat Orang Asli dari segi sosioekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

b) FELCRA

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA bermatlamat untuk membangunkan sektor luar Bandar dengan membantu penduduk menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi Negara Malaysia dan seterusnnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

16

7.2

PEKERJAAN DAN SUMBER MANUSIA

Keunikan pekerjaan masyarakat Orang Asli di Dun Muadzam Shah terletak pada sifat mereka yang sentiasa ingin mengekalkan tradisi dan budaya kehidupan sejak dari zaman nenek moyang mereka. Pekerjaan tradisi yang menjadi sumber pendapatan Orang ASli di Kampun Kedaik adalah berlandaskan kepada persekitaran alam mereka. Pekerjaan utama mereka boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil mahsul hutan.

Pertanian sara diri merujuk kepada pertanian secara kecil-kecilan yang biasanya diusahakan di sekitar rumah sahaja. Tanaman kontan yang diusahakan lebih bertujuan memenuhi keperluan seharian mereka tanpa perlu dijual kepada masyarakat lain. Mereka juga menanam pelbagai jenis tanaman lain berbentuk padi, atau makanan ubi yang lain. Ada juga yang menyara keluarga dengan menjual lebihan daripada hasil tanaman mereka bagi mendapatkan wang saku dan digunakan sebagai perbelanjaan seharian.

Menangkap ikan adalah salah satu aktiviti utama mereka untuk mendapatkan sumber protein dalam makanan seharian. Kerja menangkap ikan dilakukan di sungai yang berhampiran. Mereka menggunakan jerat, lukah, kail, racun akar Tuba, tombak, jaring dan menggunakan tangan. Ikan sungai yang masih banyak dan mendapat permintaan tinggi adalah ikan jenis Lais, Lampan, Baung, Kelah dan Sebarau. Oleh sebab itu, Orang Asli masih lagi mudah mendapatkan bekalan ikan dan kebanyakan ikan ditngkap juga dijual kepada peraih ikan dan orang awam.

Sumber pendapatan lain bagi masyarkat Orang Asli di Dun Muadzam Shah ini adalah memungut hasil hutan. Antara hasil hutan yang dijadikan sebagai sumber pendapatan ialah rotan, buluh, kayu gaharu, camar, akar-akar kayu, petai dan buah-buahan hutan seperti buah Sentul dan Tampoi. Rotan dan buluh dijadikan alat perabot yang tinggi nilai komersialnya di pasaran
17

manakala akar kayu seperti Cendana dijadikan minyak wangi.Hasil hutan yang dibawa keluar oleh Orang Asli seperti ulam-ulaman ini menjadi kegemaran masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu.

Namun begitu, setelah agensi kerajaan mula memberi bantuan kepda masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik, mereka tidak lagi menjadikan hasil hutan sebagai pekerjaan utama tetapi telah menjadi pengusaha ladang kelapa sawit yang berjaya.

Kadar pekerjaan
Menangkap ikan Hasil hutan Pertanian Kelapa sawit

14% 14% 46%

26%

Rajah 7.2.1 : Kadar Pekerjaan Penduduk di Kampung Kedaik

Rajah di atas menjelaskan pecahan peratusan mengikut jenis pekerjaan dan sektor utama di dalam masyrakat Orang Asli. Majoriti daripada mereka menjadi penangkap ikan di sungai di samping menjadikan hasil tangkapan sebagai makanan harian. Peratusan kedua terbesar ialah mencari hasil hutan iaitu sebanyak 26 peratus. Namun selepas pembangunan dan penggunaan tanah diberikan, mereka lebih ramai bergiat dalam mengusahakan lading kelapa sawit iaitu peratusannya mencapai 14 peratus. Selebihnya adalah mereka yang bertani untuk mendapatkan hasil tanaman untuk dihantar kepada peraih besar.
18

Gambar 7.2.1 : Hasil hutan (rotan)

Gambar 7.2.2 : Kolam ikan

Kadar Penggunaan Tanah

6% 18% Kelapa Sawit Dusun Lain-lain 76%

Rajah 7.2.2 : Kadar Penggunaan Tanah

Rajah di atas menerangkan tentang penggunaan tanah oleh penduduk Orang Asli di Dun Muadzam Shah. Butiran dalam rajah tersebut menunjukkan bahawa majoriti penggunaan tanah adalah untuk penanaman kelapa sawit iaitu 88 peratus bersamaan dengan 888.05 hektar tanah. Hal ini kerana kedudukan geografi dan bentuk tanah-tanih di kawasan petempatan Orang Asli Kampung Kedaik bersesuaian dengan penanaman kelapa sawit dan pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, rambutan dan sebagainya. Hanya 3 peratus bersamaan dengan 30.02 hektar
19

tanah di kawasan Kampung Kedaik diusahakan bagi tujuan perikanan, perternakan dan pertanian seperti penanaman getah.

7.3

PERKEMBANGAN EKONOMI

JAKOA adalah Jabatan Kemajuan Orang Asli yang telah melaksanakan program-program yang dirancang serta yang telah diagihkan oleh pihak kerajaan. Sungguhpun masyarakat Orang Asli merupakan golongan minoriti, namun mereka tidak dibiarkan ketinggalan dari arus pembangunan. Justeru, JAKOA telah memberi banyak pendedahan yang memberi kesan positif kepada pendapatan Orang Asli di Kampung Kedaik. Kewujudan program-program pelaksanaan positif ini bukan sahaja dapat mengurangkan kemiskinan malah telah memajukan serta menaikkan taraf hidup masyarakat Orang Asli.

Program keusahawanan yang telah dilaksanakan adalah satu contoh program yang telah dijalankan oleh kerajaan. Kesan daripada program ini dapat meningkatkan daya saing antara mereka dan masyarakat luar dalam bentuk perniagaan seprti membuka kedai runcit di perkampungan Orang Asli di Kampung Kedaik. Belia Orang Asli diberikan ruang dan peluang untuk mempelajari kemahiran seperti menjahit, bidang automotif dan sebagainya.

Selain itu, program perumahan PPRT yang diwujudkan juga telah memberikan kesan positif dimana kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung Kedaik menjadi lebih tersusun. Kemudahan asas yang mencukupi seperti bekalan elektrik 24 jam, bekalan air, jalan perhubungan antara blok ke blok di Kampung Kedaik dan sebagainya. Justeru itu, dengan adanya kemudahan prasarana yang disediakan mereka dapat membawa masuk dan keluar hasil usaha mereka dengan lancar. Pembangunan sebegini telah meletakkan masyarakat Orang Asli maju ke hadapan dan tidak terpinggir.

20

Gambar 7.3.1 : Ladang kelapa sawit

Gambar 7.3.2 : Kedai runcit

Rumah PRT

Felcra

ASB PPRT

ROA Tanah Abg

ROA Tanah Abg, 9.92% ASB PPRT, 35.32%

felcra, 22.62%

Rumah PRT, 35.14%

Rajah 7.3.1: Program Peningkatan Ekonomi

Rajah di atas menjelaskan tentang jumlah peratusan penerima program pembangunan ekonomi yang dijalankan di kawasn perkampungan Orang Asli di sekitar Kampung Kedaik. Ternyata melalui rajah ini kita dapat lihat seramai 252 Orang Asli atau 35 peratus menerima Amanah Saham Bumiputera (ASB PPRT). Program pembangunan ekonomi bersama FELCRA hanya melibatkan 10 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima di kawasan ini. Hal ini
21

kerana kebanyakan penduduk perkampungan asli bekerja di ladang-ladang sawit milik sendiri. Oleh sebab tanah terbiar milik Orang Asli terlalu kurang, menyebab sejumlah kecil penduduk yang tidak bekerja, dan juga mereka yang berminat dengan perladangan kelapa sawit menerima pembangunan ekonomi ini.

7.4

SOSIAL

Kajian ini meliputi amalan agama yang dianuti dan kepercayaan yang diamalkan Orang Asli suku kaum Jakun yang terletak di Rompin, Pahang.Terdapat tiga jenis agama dan kepercayaan yang dianuti oleh Orang Asli di sini iaitu Islam, Kristian dan Buddha. Selain itu, kepercayaan seseorang itu mengikut sebelah bapa mereka sendiri.

Penduduk kampung kedaik disini, sesetengahnya juga menganuti agama Islam. Surau juga telah dibina bagi memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin sembahyang berjemaah dan juga menjadi tempat penyampaian ajaran Islam kepada penduduk kampung kedaik. Penerimaan ajaran Islam dalam kalangan Orang Asli tidak dilakukan secara paksaan. Jabatan Agama Islam Pahang dan JAKOA terus menerus mendidik masyarakat Islam Orang Asli memahami dan menghayati ajaran Islam.

Agama Kristian merupakan salah satu agama yang menjadi ikutan di perkampungan Orang Asli. Namun begitu, tidak ramai yang memeluk agama Kristian disebabkan mereka masih setia kepada kepercayaan nenek moyang mereka.

22

AGAMA
100% 80% 60% 40% 20% 0% Blok A Blok B Islam Kristian Buddha

BLOK KAMPUNG KEDAIK

Rajah 7.4.1 : Peratusan agama yang dianuti oleh penduduk kampung Blok A dan Blok B Kampung Kedaik

7.5

PERAYAAN

Sikap keterbukaan penduduk Orang Asli dalam menerima perayaan lain selain daripada adat tradisional mereka membuktikan bahawa mereka sebenarnya masyarakat yang fleksibel dan berfikiran terbuka.

Setiap kali Tahun Baru Cina, masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik akan menyambut perayaan tersebut. Hal ini bermula disebabkan salah seorang ahli keluarga mereka menganut agama kristian dan Buddha. Selain itu juga, mereka juga turut menyambut Hari Raya Puasa dan meraikan bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli yang beragama islam.

23

7.6

PERKAHWINAN

Adat perkahwinan Orang Asli di sini ada persamaan dengan orang melayu dari sudut persandingan. Bagi masyarakat Orang Asli, kaum lelaki berumur 18 tahun sudah sesuai untuk berkahwin manakala umur pengantin perempuan tidak boleh melebihi umur pengantin lelaki. Upacara perkahwinan dilakukan oleh ibubapa pengantin itu sendiri. Proses perkahwinan ini bermula dengan merisik sehinggalah bersanding. Pada hari peminangan, upacara tersebut akan diketuai oleh Tok Batin seterusnya hari perkahwinan akan ditetapkan atas persetujuan kedua belah pihak. Tok Batin akan memberi khidmat kaunseling serta nasihat terhadap pasangan yang ingin berkahwin. Begitu juga dengan pasangan yang ingin bercerai, Tok Batin akan memberi pandangan terlebih dahulu. Bagi Orang Asli yang beragama islam, pasangan perlu mendaftar terlebih dahulu di jabatan Agama Islam.

7.6.1 Perkahwinan Campur

Seiring dengan peredaran zaman, perkahwinan campur antara Orang Asli dengan warga asing semakin bertambah peratusnya.Perkahwinan campur dapat ditakrifkan dengan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa atau kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari kelompok berbeza samada agama atau bangsa lain. Sehubungan dengan itu, masyarakat Orang Asli tidak terkecuali daripada perkahwinan campur.

Contoh : Asli + Cina

Perkahwinan antara orang asli dan cina akan mengikut adat perkahwinan kedua dua belah pihak. Selain itu juga masyarakat Orang Asli tidak memberi sebarang halangan kepada kedua belah
24

pihak pengantin untuk berkahwin. Cara perkahwinan dikekalkan dengan memakai pakaian tradisi tetapi akan mengikut adat pakaian orang cina dan tiada perarakan yang dibuat. Jenis hidangan tradisi juga mengikut adat orang cina dimana mereka akan makan di meja bulat. Majlis makan-makan juga hanya dibuat bersama dengan keluarga yang terdekat dan dibuat secara sederhana sahaja. Dari segi pemilihan agama dan penerapan budaya pula adalah bebas. Anakanak bebas untuk menganut mana-mana agama samada pihak ibu atau bapa. Kebiasaannya, agama yang dianuti oleh keluarga yang berkahwin campur antara asli dengan cina adalah agama Buddha.

Gambar 7.6.1.1: Keluarga kahwin campur (cina+asli)

7.7

ADAT KELAHIRAN DAN ADAT KEMATIAN

Saat kelahiran seorang bayi adalah masa yang amat dinanti-nantikan semua pasangan suami isteri. Sedikit keunikan yang terdapat pada masyarakat Orang Asli, mereka masih mempercayai pantang larang yang harus dipatuhi bagi mengelakkan nasib buruk. Terdapat beberapa pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik ini sewaktu isteri mereka mengandung. Antara pantang larang yang masih diamalkan ialah tidak boleh makan
25

kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat kerana bimbang terkena kenan dan menghidap sakit sawan. Selain itu, sewaktu si isteri sedang mengandung, si suami juga tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai bayi akan putus semasa bersalin. Suami juga tidak boleh memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang bakal dilahirkan terlekat uri.

Kepercayaan mereka bukan terhenti di saat kelahiran tetapi juga kepada kematian. Apabila terdapat kematian, saudara-saudara yang jauh dan dekat akan dihubungi dengan segera. Mereka akan dating menziarahi dan memberi bantuan dalam upacara pengebumian. Penduduk di kampung yang ada kematian ahlinya, akan menangguhkan kerja-kerja seharian mereka kerana dikhuatiri akan ditimpa nasib malang. Pada sebelah malamnya pula, penduduk kampung akan berjaga sepanjang malam di rumah si mati bagi mengelakkan si mati diganggu hantu dan dilangkahi kucing kerana menurut kepercayaan mereka jika mayat dilangkahi kucing, mayat tersebut boleh bangun dan mengacau orang sekeliling.

7.8

PENDIDIKAN

Peluang pendidikan untuk Orang Asli di Negara ini sentiasa terbuka luas. Peluang yang diberikan telah menyebabkan taraf pendidikan Orang Asli bertambah baik. Kesedaran ibu bapa dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga semakin positif. Mereka sedar kepentingan pendidikan untuk generasi mereka. Namun begitu, perkembangan pelajar Orang Asli agak lambat kerana mereka hanya mengharapkan sekolah yang berdekatan sahaja.

Pendidikan membawa kepada peningkatan kesedaran pembangunan dalam sesuatu kampung. Apa yang boleh dilihat, pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan di bandar akan memberi kesan kepada kampung Orang Asli yang tahap pendidikannya meningkat. Hal ini demikian kerana pendidikan di sekolah dan juga pendedahan kepada orang luar membuatkan

26

mereka ingin bersaing dengan lebih hebat lagi dan menginginkan kemajuan kaum mereka di samping mendukung falsafah pendidikan negara.

7.8.1 Statistik pendidikan masyarkat Orang Asli di Kampung Kedaik

Berdasarkan statistik dan kajian yang dijalankan di Kampung Kedaik di dun Muadzam Shah, ternyata pendidikan anak-anak Orang Asli lebih tertumpu kepada pendidikan di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Namun begitu, ada juga yang telah berjaya melanjutkan ke peringkat pengajian tinggi (IPT).

Statistik Pendidikan
160 140 120 100 80 60 40 20 0

statistik pendidikan

Rajah 7.8.1.1 : Keseluruhan Statistik Pendidikan Masyarakat Orang Asli

Rajah di atas menunjukkan peratusan keseluruhan anak-anak masyarakat Orang Asli yang menerima pendidikan. Kebanyakkan adalah pada peringkat rendah dimana mereka dapat melanjutkan pelajaran di sekolah yang berdekatan. Namun peratusan anak-anak Orang Asli yang menuntut pelajaran di peringkat IPT juga semakin memuaskan.

27

Gambar 7.8.1.2 : Salah satu sekolah yang terdapat di Kampung kedaik

Gambar 7.8.1.3 : Asrama kediaman pelajar

28

8.0

RUMUSAN

Secara rumusanya, setiap insan yang berada di muka bumi ini tidak akan lari daripada menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. Pendidikan merupakan salah satu cabang ilmu yang disampaikan secara formal mahupun tidak formal kepada semua lapisan Masyarakat. Sehubungan dengan itu, Masyarakat minoriti iaitu Masyarakat orang asli di RPS Kedaik Pahang tidak ketinggalan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan setaraf dengan penduduk di Bandar. Meskipun begitu, Terdapat banyak cabaran yang timbul untuk menjadikan impian kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan orang asli menjadi kenyataan. Namun seribu daya tak hendak seribu dalih. Pelbagai usaha dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini dilaksanakan oleh semua pihak dari segi meningkatkan kemudahan prasarana. Hal ini penting kerana melalui pendidikan, Masyarakat orang asli mampu memperbaiki taraf kehidupan mereka. Masyarakat orang asli yang bersedia untuk melakukan anjakan paradigm harus diberikan peluang meningkatkan kemahiran supaya mereka terus Berjaya dalam hidup sama seperti Masyarakat etnik yang lain di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang pelbagai kumpulan etnik telah menjadi diskusi sejagat. Iklan pelancongan sering menggambarkan masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian dari segi budaya dan perpaduan. Namun dalam situasi sebenar, setiap kumpulan etnik bukan sahaja mempertahankan identitinya malah analisis menunjukkan perjuangan antara etnik berlaku. Persaingan antara etnik dalam merebut peluang-peluang yang ada sememangnya wujud. Setiap kumpulan etnik memperjuangkan kepentingan masing-masing dengan gelagat tertentu. Selalu ditimbulkan persaingan dibimbangi akan menimbulkan konflik etnik yang memusnahkan. Ada pihak yang begitu takut kesan-kesan negatif persaingan antara etnik. Hakikatnya persaingan etnik dalam mengekalkan kepentingan masing-masing berterusan. Secara teori, persaingan merupakan sesuatu yang fungsional dalam masyarakat. Ahli-ahli masyarakat akan menjadi lebih dinamik dengan adanya persaingan. Dalam usaha masing-masing mengekalkan status quo, mereka cuba merungkaikan kekuatan pihak lawan.

29

LAMPIRAN

Gambar 1: Kemudahan Pendidikan Seperti Sekolah Rendah

Gambar 2: Klinik Desa RPS Kedaik

30

Gambar 3: Kemudahan Kesihatan Bagi Penduduk RPS Kedaik

Gambar 4: Sesi Bergambar Bersama Dengan Tok Batin 31

Gambar 5: Rumah Tok Batin (Ketua Kampung)

Gambar 6: Makanan Tradisional Masyarakat Orang Asli 32

Gambar 7: Perkahwinan Cina Campur Orang Asli

Gambar 8: Anak Cina Campur Orang Asli 33

Gambar 9: Kedai Runcit di RPS Kedaik

Gambar 10: Suasana Penempatan Penduduk RPS Kedaik

34

BIBLIOGRAFI

Persatuan Siswazah

Orang Asli

Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia Orang Asli

Graduates Association). 2002. Suku Kaum Jakun [Orang Asli] Semenanjung Malaysia. Rencana secara luaran atau suatu pengenalan terhadap suku kaum Jakun.

Dr. Rafiuddin Afkari. 2012. Antara Kasih & Naungan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Hubungan Etnik. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kuala Lumpur. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali, Mohd Hasani Dali (November 2011). KanakKanak Minoriti Orang Asli Di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia.

Wan Hashim Wan Teh. 1988. Kesinambungan Budaya Melayu-Orang asli: Rencana tentang budaya Masyarakat orang asli: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Omar Bin Othman. Januari 2004. Orang Asli Dalam Politik Dan Pembangunan Di Pahang: Abstrak tesis Universiti Putra Malaysia

Shabli bin Arshad (Ketua Pengarang). 2011. Buletin Asli: Komuniti Berdaya, Desa Berjaya.

Mhd.Ariff Mhd.Shariff Dan Mustafa Bahari. 1992. Dialek Orang Asli Suku Jakun: Satu Kajian Kes Awal (Fonologi). Universiti Malaya. http://www.jakoa.gov.my/ abstrak

Low Ai Choo. 2000. Penilaian Taraf Pemakanan Warga Tua Semelai Di Kg. Sg. Sampo, Jempol: Universiti Putra Malaysia. http://www.jakoa.gov.my/ abstrak

35

You might also like