You are on page 1of 10

Tatacara

Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN eBOOK NEGERI TERENGGANU

1. Pengenalan

Garis panduan ini menerangkan dasar dan peraturan penggunaan eBOOK secara umum di
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.
2. Matlamat
Melahirkan warga Terengganu yang techno-savvy menjelang Tahun 2020.
3. Objektif eBOOK adalah untuk:-
1.
2.
3.
4.
5.

Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar.
Merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia iaitu Sebuah Keluarga, Sebuah Komputer.
Menyebarluaskan penggunaan aplikasi ICT dalam kalangan keluarga.
Menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.


4. Definisi eBOOK

eBOOK ialah Buku Teks Digital Kerajaan Negeri Terengganu.

eBOOK yang dimaksudkan ialah segala perkakasan, peralatan, sistem pengoperasian,
aksesori, perisian serta aplikasi yang dibekalkan seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi
teknikal atau dinyatakan dalam penerangan sama ada dibekalkan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
(JPNT), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau sekolah.

Jika ada perkakasan, peralatan dan perisian serta aksesori milik peribadi yang dimasukkan
ke dalam E-Book berkenaan, garis panduan, dasar dan peraturan ini perlu juga dipatuhi.

5. Hak Milik eBOOK

eBOOK ialah hak milik sepenuhnya Kerajaan Negeri Terengganu dan diberikan sumbangan
secara milik kepada murid dengan perjanjian, peraturan-peraturan serta syarat-syarat
tertentu yang dipersetujui bersama.

Surat Perjanjian Penerimaan eBOOK Kerajaan Negeri Terenganu adalah sebagaimana yang
terkandung dalam Lampiran A.

Pihak pengurusan sekolah berkenaan mempunyai hak untuk memindahkan atau menarik
balik eBOOK yang diberi milik kepada pengguna berdasarkan keperluan tertentu,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



kepentingan semasa atau jika didapati mana-mana bahagian perjanjian, peraturan-


peraturan dan syarat-syarat telah diingkari.

Perkakasan tersebut tidak dibenarkan untuk dijual, disewakan, dipindahkan, dipatenkan,
dipinjamkan, disebarkan atau diberi milik kepada sesiapa atau entiti lain sama ada
sebahagian peralatan yang dibekalkan atau keseluruhan komponen lengkap tanpa
kebenaran pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Pengguna eBOOK akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kehilangan eBOOK atau
peralatannya.


5.1 Kehilangan dan Hapus Kira eBOOK Kerajaan Negeri Terengganu

Kehilangan bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan pengguna disebabkan oleh
kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian.

Hapus Kira ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang.

Pegawai Pengawal ialah Kerajaan Negeri Terengganu atau wakil-wakilnya.

Ketua Jabatan termasuk Pengetua / Guru Besar Sekolah.

Pengguna dikehendaki membuat laporan polis jika berlaku kes kehilangan dan dimaklumkan
kepada pihak pengurusan sekolah untuk dikemukakan kes tersebut kepada EIO Pejabat
Pelajaran Daerah. Makluman dan permohonan ini perlu dipanjangkan kepada Sektor ICT,
Jabatan Pelajaran Negeri bagi pengesahan dan ulasan untuk pertimbangan pihak Kerajaan
Negeri bagi tujuan penggantian jika didapati TIADA unsur-unsur kecuaian dipihak pengguna.

Carta Aliran Hapus Kira Aset eBOOK adalah sebagaimana yang tertera dalam Jadual 5.

6. Tanggungjawab Pengguna eBOOK

6.1 Pengguna bertanggungjawab memastikan keselamatan eBOOK yang diperuntukkan
kepadanya. Pengguna tidak boleh membiarkan eBOOK tersebut berada di kawasan yang
terbuka dan boleh dicapai oleh orang lain atau tanpa pemerhatiannya. Pihak pengurusan
sekolah berhak mengambil balik eBOOK yang didapati berada di tempat yang tidak selamat
atau tanpa kawalan pengguna.

6.2 Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) seperti pencetak dan pengimbas
menjadi tanggungjawab bersama pengguna-pengguna terbabit.

6.3 Pengguna juga hendaklah memastikan kebersihan dan penjagaan eBOOK yang
diperuntukan kepadanya dengan sebaik-baiknya. eBOOK disarankan juga ditutup (log off)
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



jika ditinggalkan untuk masa yang lama atau selepas digunakan bagi penjimatan sumber
kuasa.


6.4 Pengguna juga dikehendaki menjalankan program antivirus bagi mengesan virus dan
spyware di dalam eBOOK mereka atau yang dibekalkan oleh pihak pengurusan sekolah.
Scanning secara keseluruhan hendaklah dijalankan setiap masa bagi memastikan bahawa
eBOOK bersih daripada ancaman virus dan spyware.

7. Pengguna dan Penggunaan eBOOK

Pengguna ialah murid atau pelajar yang diberikan milik dan kebenaran mengunakan eBOOK
yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) atau yang ada kaitan dengan
program serta aktiviti yang dijalankan di sekolah masing-masing.

8. Definisi dan Terma ICT

8.1 Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Segala peralatan komputer, notebook, pencetak, pengimbas, peralatan untuk rangkaian
seperti modem, hub, router, telefon bimbit, PDA dan sebagainya.

8.2 Rangkaian Komputer

Merupakan sambungan talian komunikasi dan litar dengan suatu komputer atau suatu
kompleks peranti terdiri daripada dua atau lebih komputer atau peralatan teknologi
maklumat yang tersaling sambung, sama ada menggunakan media fizikal (wired) atau tanpa
wayar (wireless).

8.3 Pelayan Komputer (Server)

Sebarang komputer yang menawarkan perkhidmatan melalui rangkaian komputer
termasuklah mel-elektronik, laman web, ftp, telnet, audio, video, fail, pencetak,
pengesahan, Internet Phone, Internet Relay Chat, pangkalan data, Domain Name
System, Proxy dan sebagainya.

8.4 Data dan Maklumat Digital

Maksudnya ialah representasi maklumat atau konsep yang disediakan atau telah disediakan
dalam bentuk yang sesuai bagi kegunaan dalam suatu komputer. Selain itu, bahan ini juga
merupakan suatu penyataan atau representasi sama ada berbentuk tulisan, tercetak,
bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain yang :

dihasilkan oleh komputer;
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



dipaparkan pada skrin komputer; atau


diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau representasi yang
dihasilkan itu.


8.5 Atur Cara atau Perisian

Perkara ini ialah data yang merupakan arahan atau penyataan, apabila diaplikasikan dalam
suatu komputer, menyebabkan komputer itu melaksanakan suatu fungsi termasuklah logik,
kawalan, aritmetik, hapusan, storan dan dapatan semula dan komunikasi atau
telekomunikasi kepada, daripada atau dalam sesuatu pemproses.

8.6 Capaian

Bagi maksud dokumen ini, seseorang itu mendapat capaian kepada mana-mana atur cara
atau data yang disimpan dalam komputer apabila dia menyebabkan komputer tersebut
melaksanakan sebarang fungsi untuk :

mengubah, menambahkan atau memadamkan atur cara/perisian atau data;
menyalin atau mengalihnya ke mana-mana bahantara storan selain tempat
simpanannya atau ke tempat lain dalam bahantara storan tempat simpanannya itu;
menggunakannya; atau menyebabkan data di output daripada komputer tempat
simpanannya.
Sebarang rujukan terhadap capaian atau niat untuk mendapat capaian terhadap atur
cara atau data akan ditafsirkan sewajarnya.

9. Peraturan-peraturan Am

Setiap pengguna hendaklah mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan ini. Di samping
itu, setiap pengguna disaran supaya menjadi pengguna beretika dan menghormati
pengguna-pengguna lain.

9.1 Pengguna dilarang sama sekali meminda, menukarkan, mengeluarkan, menambahkan atau
mengalihkan komponen eBOOK tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

9.2 Pendaftaran eBOOK mesti dilakukan oleh sekolah masing-masing dengan maklumat yang
berikut :
a.
Nombor siri eBOOK
b.
Nama murid
c.
Nombor telefon rumah/telefon bimbit
d.
Nombor kad pengenalan/surat beranak/pasport
e.
Tahun pembelajaran/kelas
f.
Nama sekolah
g.
Alamat tempat tinggal
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



h.
i.

Nama ibu bapa


Tarikh diterima


Rekod pendaftaran mesti disimpan oleh pihak pengguna, sekolah dan pihak Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu untuk tujuan rujukan dan pengauditan.


9.3 Pengguna berdaftar berhak untuk menggunakan eBOOK dan diberikan keistimewaan
tersebut mengikut perjanjian, peraturan dan syarat-syarat tertentu. Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu berhak menarik balik
kemudahan yang diberikan pada bila-bila masa jika mana-mana bahagian perjanjian,
peraturan dan syarat-syarat tertentu diingkari.

9.4 Kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh eBOOK hanya boleh digunakan untuk
tujuan P&P secara formal atau sebaliknya. Penggunaan selain daripada yang berkaitan P&P
adalah tidak dibenarkan seperti untuk tujuan komersial atau kepentingan politik.

9.5 Penggunaan untuk tujuan peribadi yang berpatutan dibenarkan sekiranya amalan itu tidak
melibatkan peningkatan kos dan penggunaan sumber yang ketara sehingga menjejaskan
prestasi eBOOK.

9.6 Sentiasa menyelenggarakan ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin
pengoperasian komputer sentiasa pada tahap optimum dan stabil.

9.7 Pengguna hendaklah melapor atau membuat aduan tentang sebarang kerosakan kepada
pihak pengurusan sekolah untuk diambil tindakan penyenggaraan dan pembaikan oleh EIO
sekolah.

9.8 Pengguna dibenarkan menggunakan peralatan ICT yang lain kepada eBOOK tertakluk pada
dasar dan peraturan ini.

9.9 Sebarang penggunaan tertakluk pada Dasar Keselamatan ICT KPM Pekeliling ICT Bil. 1
Tahun 2009. Kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
penyalahgunaan eBOOK yang dilakukan oleh pengguna.

9.10 Keselamatan Mengakses Internet mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan
1 Tahun 2003 UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet
Dan
Mel
Elektronik
Di
Agensi-agensi
Kerajaan
(http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm).



10. Dasar Penggunaan eBOOK

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



10.1 Peraturan Melayari Laman-laman Web



10.1.1 Laman-laman yang boleh dilayari, dilanggani dan digunakan adalah yang berbentuk
pendidikan, pengetahuan dan urusan untuk rujukan tugas atau diarahkan oleh
pentadbir sekolah atau guru-guru. Laman yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan,
tidak produktif dan yang boleh menimbulkan atau menyebabkan keganasan,
keruntuhan akhlak dan kebencian adalah tidak dibenarkan dan dilarang sama
sekali.

10.1.2 Penggunaan laman-laman yang berbentuk hiburan, hobi atau 'leisure' tidak digalakkan.

10.1.3 Melayari internet tanpa tujuan atau meninggalkan penggunaan internet unattended
adalah tidak beretika dan tidak digalakkan kerana amalan ini boleh menyebabkan
kesesakan talian.

10.1.4 Pengguna tidak dibenarkan menggunakan laman web untuk tujuan komersial kecuali
dengan kebenaran pihak JPNT.

10.1.5 Pengguna juga dilarang memuat turun (downloading) sebarang maklumat yang
berbentuk hiburan, lucah dan sebagainya.

10.1.6 Pentadbir Rangkaian Sekolah berhak menapis, menghalang, memeriksa dan mencegah
penggunaan mana-mana laman web atau kandungan yang dianggap tidak sesuai dan
memudaratkan.

10.2 Penyalahgunaan Capaian dan Membina Laman Web

10.2.1 Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh laman-laman yang tidak dibenarkan
oleh pentadbir laman berkenaan.

10.2.2 Pengguna dilarang memasukkan, menyalin, menciplak, mencetak atau menyebarkan
maklumat-maklumat dari internet yang menyalahi undang-undang negara.

10.3 Penggunaan E-Mail

Pengguna-pengguna e-mail perlu faham bahawa perkara-perkara berikut perlu dipatuhi mengikut
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 UPTM 159/526/9 Jld.3 (9)
Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi
Kerajaan (http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm).



11. Perisian dan Sistem Pengoperasian eBOOK

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



11.1


11.2

11.3

11.4


11.5

11.6

Pengguna dilarang membuang, meminda atau menambahkan sebarang perisian yang


telah dimasukkan ke dalam komputer untuk kegunaan mereka. Sebarang pindaan atau
pertambahan perisian hanya boleh dilakukan oleh kakitangan yang dibenarkan oleh
pihak Kerajaan Negeri Terengganu atau pembekal rasmi yang dilantik. Hal ini bertujuan
untuk mengelakkan eBOOK tersebut mengalami sebarang masalah ketidakstabilan atau
kerosakan.
Pengguna juga dilarang memuat turun (download) sebarang perisian atau screen saver
dari internet ke dalam eBOOK yang dibekalkan. Langkah ini adalah untuk mengelakkan
berlakunya penyebaran virus, spyware dan sebagainya.
Bagi tujuan keselamatan daripada ancaman virus dan sebagainya perisian antivirus yang
akan digunakan ialah Symantec Norton Antivirus, AVG Anti Spyware dan sebagainya
yang difikirkan perlu dimasukkan mengikut perkembangan semasa.
Pihak pengurusan sekolah berhak membuang mana-mana perisian yang difikirkan tidak
perlu berada di dalam eBOOK kerana boleh membebankan kelajuan sesebuah komputer
atau perisian yang dilarang dimasukkan seperti perisian untuk sembang (internet
chatting) dan sebagainya.
Pihak pengurusan sekolah juga akan menyelaraskan program screen saver bagi semua
eBOOK supaya menjadi seragam dan standard. Pengguna tidak dibenarkan untuk
mengubah atau membuang screen saver yang telah ditetapkan ini.
Perisian-perisian lain selain daripada yang dinyatakan di atas tidak dibenarkan
dimasukkan ke dalam komputer melainkan mendapat kebenaran daripada pihak
pengurusan sekolah berkenaan.


12. Pengurusan dan Pentadbiran eBOOK

12.1 Pengurusan eBOOK:

12.1.1 Kes kehilangan eBOOK perlu dibuat laporan polis dan dimaklumkan kepada pihak
pengurusan sekolah untuk dikemukakan kepada EIO Pejabat Pelajaran Daerah untuk
dipanjangkan kepada Sektor ICT Jabatan Pelajaran Negeri untuk pengesahan dan ulasan
bagi pertimbangan pihak Kerajaan Negeri.

12.1.2 Kelulusan penggantian eBOOK adalah bergantung kepada pengesahan dan ulasan
Jabatan Pelajaran Negeri.

12.1.3 Kes ini juga terpakai kepada permohonan perolehan eBOOK kepada murid Tahun 6 2010
yang telah bertukar sekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



12.1.4 Sebarang aduan berkenaan permasalahan eBOOK perlu melalui EIO Sekolah untuk
dikemukakan kepada EIO Pejabat Pelajaran Daerah untuk dipanjangkan kepada Sektor
ICT Jabatan Pelajaran Negeri bagi pengesahan dan ulasan.

12.1.5 Pihak Kerajaan Negeri tidak akan memberikan pertimbangan kepada sebarang
permasalahan dan aduan yang datang terus tanpa ulasan dan pengesahan Jabatan
Pelajaran Negeri.

12.1.6 Penerima eBOOK yang bertukar ke sekolah luar Negeri Terengganu diminta
mengembalikannya semula kepada pihak sekolah. Pihak pengurusan sekolah perlu
menghantar kepada penerima, surat peringatan pemulangan semula eBOOK.

12.2 Jawatankuasa Pelaksanaan eBOOK Negeri Terengganu Peringkat JPNT

Pengerusi:


Pengarah
Timbalan Pengerusi:
Timbalan Pengarah
Setiausaha:


Ketua Sektor ICT
Ahli:

Semua Ketua Sektor/Wakil




Semua Pegawai Pelajaran Daerah/Wakil




KPP BTPN/Wakil




Wakil UPEN, SUKTR




Wakil UPMN, SUKTR
Atau mana-mana orang peseorangan atau wakil agensi
yang difikirkan perlu oleh pengerusi.
Terma Rujukan:

1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan eBOOK Sekolah.
2. Mengemukakan Laporan Penuh Pelaksanaan eBOOK.
3. Mencadangkan program dan aktiviti yang bersesuaian dengan eBOOK.
4. Mengemukakan cadangan penambahbaikan pelaksanaan eBOOK.

12.3 Jawatankuasa Pelaksanaan eBOOK Sekolah

Pengerusi:


Pengetua/Guru Besar
Timbalan Pengerusi:
Guru Penolong Kanan 1
Setiausaha:


Guru Penyelaras ICT
Ahli:

Guru Penolong Kanan
Semua Ketua Bidang




Guru Panitia




EIO Sekolah
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa
Pemantauan eBOOK Sekolah.
Tugas utama jawatankuasa ini ialah:
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



1. Merancang, merangka dan melaksanakan dasar dan peraturan penggunaan


eBOOK.
2. Memantau pelaksanaan eBOOK dan aktiviti yang berkaitan.
3. Memastikan semua aspek keselamatan eBOOK diutamakan.
4. Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran
eBOOK diambil tindakan.


13. Pihak-pihak yang Boleh Dihubungi :

En. Hamidi bin Othman
Penolong Setiausaha (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 13 Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
Tel :
09 623 1957 ext 3236
Fax :
09 623 7348
HP :
019 939 3396

En. Mohd Isa bin Nik
Ketua Pegawai Eksekutif
TOP IT Industries Sdn Bhd
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Tel :
09 623 6623
Fax :
09 622 0781
HP :
012 220 2577

En. Nasir bin Ismail
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu
Tel :
09 621 3206
Fax :
09 623 7470
HP :
019 956 7264




Akronim

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tatacara Penggunaan eBOOK Negeri Terengganu



KPM
JPNT
PPD
ICT
eBOOK

Kementerian Pelajaran Malaysia


Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Pejabat Pelajaran Daerah
Information and Communication Technology
Buku Teks Digital Kerajaan Negeri Terengganu

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

10

You might also like