You are on page 1of 16

<KOD KURSUS>

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS (BIM)

SEPTEMBER / 2018

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 890508145719001


NO. KAD PENGNEALAN : 890508-14-5719
NO. TELEFON : 016-6110062
E-MEL : wgc5054@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTER

0
PENGENALAN

Sejarah pekerjaan saya bermula dengan bertugas di Jabatan kemajuan orang asli. Saya
mula berkhidmat di jabatan pada tahun 1997 sehingga sekarang. Sepanjang 21 tahun
berkhidmat di jabatan ini, saya telah dapat mengenal pasti wujud satu masalah etika yang
berlaku terhadap pengurusan iaitu masalah rasuah. Setiap tahun jabatan kami akan
mengiklankan projek secara tender terbuka bagi program-program yang akan dijalankan
untuk masyarakat orang asli. Ketua Pengarah Jakoa yang akan membuat keputusan
kepada siapa tender tersebut akan dihadiahkan. Kebanyakkan kontaktor akan melobi
ketua pengarah dengan macam-macam pemberian antaranya mendapat sumbangan
kewangan daripada pihak syarikat yang diberi melalui kiriman perantaraan individu yang
dilantik serta pakej percutian. Ketua pengarah akan memastikan kontrak tersebut akan
dimenangi oleh syarikat yang banyak melobi beliau dengan cara memaklumkan secara
terperinci harga yang ditetapkan jabatan supaya syarikat tidak meletakkan harga melebihi
paras yang ditetapkan jabatan untuk memenangi kontrak tersebut. Hal ini dengan jelas
menunjukkan berlaku masalah etika berbentuk rasuah di jabatan saya.

LATAR BELAKANG MASALAH ETIKA

MAKSUD ETIKA

Etika berasal daripada perkataan ‘Ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang
membawa maksud sikap yang menentukan tingkahlaku seseorang individu. Secara
umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku individu yang diterima
dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu tentang
kelakuan yang baik dan buruk.

Menurut Ahmad Amin (1983), etika ialah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk yang
menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di
dalam perbuatan mereka.

Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik,
memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk.

1
LATAR BELAKANG ORGANISASI

Bagi menyiapkan tugasan subjek OUMM3203 Etika Porfesional ini, saya telah memilih
Sebuah Agensi dibawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah iaitu Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA). Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia ditubuhkan pada tahun
1953/54 di bawah undang-undang baru yang dinamakan “Aborigional Peoples”
Ordinance No. 3, 1954. Ia dibentuk bagi melindungi Orang Asli dan cara hidup mereka
dari kepesatan perkembangan tamadun dan eksplotasi, di samping menyediakan
kemudahan-kemudahan untuk pendidikan dan pembangunan yang sesuai bagi
mereka. Tujuan utama JAKOA adalah membangun sosio- ekonomi dan taraf hidup
Orang Asli di samping menyatupadukan mereka dengan masyarakat lain di negara ini.
JAKOA beroperasi di Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,142-
c, Jalan Ampang, 50548 Kuala Lumpur..

VISI JAKOA

Organisasi penggerak yang unggul dalam memajukan masyarakat Orang Asli setanding
dengan masyarakat perdana.

MISI JAKOA

Melaksanakan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan


kualiti hidup ke arah kemajuan dengan memartabatkan warisan yang unggul masyarakat
Orang Asli.

2
MASALAH YANG DIKENAL PASTI, BILA IANYA BERLAKU DAN INDIVIDU
YANG TERLIBAT

Dalam pengurusan organisasi, tidak terlepas daripada tanggungjawab etika dan sosial
dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan “etika profesional”. Masalah yang
dikenal pasti dalam pengurusan organisasi ialah sering berlaku salah guna kuasa, rasuah,
penyelewengan, penipuan dan penindasan melibatkan kontrak-kontrak yang ditawarkan
atau diberikan. Antara masalah yang dikenal pasti ialah :-

a) Salah Guna Kuasa

Salah guna kuasa dan pangkat dalam sesuatu organisasi sering berlaku untuk
menjatuhkan seseorang, untuk menipu atau untuk memberi rasuah. Mereka yang terlibat
dalam penyalahgunaan kuasa dan pangkat dianggap sebagai mementingkan diri sendiri
dan mengetepikan norma-norma masyarakat.

Masalah etika pertama dalam pengurusan organisasi JOKA ialah golongan professional
menyalahgunakan kuasa dan pangkat dalam etika kerja. Contohnya, Encik Adam adalah
seorang ketua pengarah, beliau diminta untuk mencari pemaju bagi melaksanakan projek
pembinaan kediaman penduduk orang asli di Pos Musoh. Projek akan ditawarkan kepada
pemaju berlesen secara proses tender. Atas dasar kepentingan peribadi, melakukan
penyalahgunaan kuasa dengan memberi maklumat dan membuat pilihan syarikat pemaju
tersebut diberikan kepada syarikat kawan baik beliau sendiri. Tindakan beliau ini telah
menyekat persaingan secara sihat antara syarikat pemaju lain dalam mendapatkan tender
yang ditawarkan oleh jabatan.

b) Rasuah

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas
rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah
atau diskaun.

3
Masalah etika kedua yang dikenal pasti ialah masalah rasuah dalam pengurusan. Contoh
Encik Murad merupakan pengarah unit logistik. Tugas beliau adalah memastikan aset-
aset seperti kenderaan jabatan mencukupi dan berada dalam keadaan baik. Ramai
kontraktor cuba mendekati beliau agar mereka mendapat tawaran dalam membaik pulih
dan servis kenderaan. Pada suatu hari, Encik Murad telah mendapat panggilan dan
membuat temu janji dengan syarikat kontraktor A, pada pertemuan itu beliau hadiahkan
seutas jam tangan berjenama yang berharga ribuan ringgit. Encik murad merasa gembira
pada pertemuan dan telah menawarkan projek bagi membaik pulih dan servis kenderaan
secara kontrak dan beliau mahu komisen 10% hasil dari jumlah projek yang diberikan
kepada kontraktor tersebut. Kegiatan rasuah ini menyebabkan kos barangan serta
perkhidmatan bagi projek tersebut tinggi dan memberi kesan buruk pada perbelanjaan
jabatan.

c) Penipuan

Penipuan boleh didefinisikan sebagai kesengajaan atas salah pernyataan terhadap suatu
kebenaran atau keadaan yang disembunyikan dari sebuah fakta material yang dapat
mempengaruhi orang lain untuk melakukan perbuatan atau tindakan yang merugikannya,
biasanya merupakan kesalahan namun dalam beberapa kes (khususnya dilakukan secara
disengaja) memungkinkan merupakan suatu kejahatan (menurut Black Law Dictionary).

Masalah etika ketiga ialah penipuan dalam pengurusan, iaitu pemalsuan dokumen
tuntutan. Sebagai contoh, Encik Fitri berkursus di Kuala Lumpur dan layak untuk
membuat tuntutan elaun penginapan. Setelah tiba di sana, Encik Fitri menetap di rumah
rakannya tanpa bayaran sepanjang tempoh berkursus. Namun, Encik Fitri telah membuat
tuntutan palsu dengan membeli resit daripada hotel. Tindakan menipu dokumen yang
dilakukan oleh Encik Fitri merupakan tindakan etika yang salah dan tidak telus dalam
pekerjaan beliau serta perkara tersebut dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi.

4
KRITERIA 2

Terdapat 3 ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan iaitu:

1. Akibat yang berpanjangan atau berlarutan

Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011) menerangkan bahawa sesuatu keputusan
yang diambil oleh pihak pengurusan mempunyai impak ke atas mereka yang
berada di dalam organisasi dan di luar organisasi tersebut. Contoh masalah rasuah
yang dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi sesebuah organisasi akan
menyebabkan berlaku perubahan kos sesuatu tender atau projek untuk dilaksana.
Berhubung dengan pembinaan kediaman, harga akan meningkat lebih tinggi dari
kos sebenar, ianya akan memberi beban kepada pembeli untuk memiliki rumah
tersebut. pihak pengurusan atasan, golongan professional dan pihak yang terlibat
dalam membuat keputusan perlu jujur dan beretika dalam menjalankan kewajipan
dalam organisasi demi kepentingan organisasi untuk jangka masa panjang.
Persaingan terbuka adalah amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana
ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, manakala amalan
rasuah akan menjejaskan kualiti barang dan kualiti perkhidmatan. Genjala rasuah
boleh menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak terhadap pihak lain
kerana mereka percaya bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam
sesuatu urusan yang dijalankan.

2. Kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur

Perbuatan rasuah yang dilakukan oleh pihak pengurusan JAKOA dapat


menambah dana sokongan dalam mengerakkan aktiviti jabatan yang memerlukan
pembiayaan sebagai contoh menyumbang hadiah dalam aktiviti yang dijalankan.
Ini dengan jelas menunjukkan pulangan kewangan adalah bertentangan secara
langsung dengan kos sosial sebagaimana yang diperkatakan oleh Ann, Ho Jo &
Kok, Tee Keng (2011).

5
3. Kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi

Kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Mengikut fikiran


umum, sebahagian besar isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat bukan
peribadi dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya para pengurus. Suatu model
yang bersifat bukan peribadi tentu memudahkan proses membuat keputusan ke
atas isu-isu etika, tetapi ia tidak menjelaskan dilemma pengurusan secara tepat.
Merujuk kepada perbincangan di rubrik satu diatas keputusan Encik Fitri
melakukan penipuan dokumen dimana beliau membuat tuntutan resit hotel adalah
keputusan etika yang mempunyai implikasi peribadi. Tindakan ini secara tidak
langsung akan menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan dan tidak
beretika. Tujuan beliau membuat penipuan dokumen dalam pengurusan tuntutan
adalah kerana beliau memerlukan wang sampingan untuk meraih hidup mewah
dan lebih kepada materialistik.

KRITERIA 3

Analisis tentang masalah etika yang dikenal pasti dalam pengurusan boleh dicapai
melalui tiga kaedah analisis iaitu :

1. Analisis Ekonomi

Masalah etika rasuah yang digunakan sebagai fokus utama dalam tugasan ini
dapat dianalisis dari sudut ekonomi. Mengikut Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng
(2011), kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi
iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bukan bersifat peribadi
untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial. Apabila dihubungkan
dengan persoalan rasuah tadi maka dapatlah dikatakan perbuatan tersebut berlaku
memandangkan wujud faktor penawaran dan permintaan. Pihak syarikat
kontraktor A sangat memerlukan kerjasama erat pihak pengurusan JAKOA dalam
memastikan setiap tender atau projek di beri kepada sebuah syarikat sahaja. Pihak
jabatan pula terdesak mencari dana tambahan dalam mengerakkan aktiviti jabatan

6
yang semakin banyak. Berdasar analisis teori makro dan mikro ekonomi
bergantung kepada keadaan pasaran terbuka, penawaran dan permintaan yang
boleh membantu pemasalahan etika dalam organisasi.. Kepercayaan dasar kaedah
ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran yang mempunyai jumlah sumber
terhad. Contohnya, apabila pengguna dibekalkan dengan barangan atau
perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah maka, sumber telah
digunakan secara cekap dan dihasilkan dengan baik. Masalah etika yang berlaku
ialah salah guna kuasa iaitu Encik Adam menyalah guna kuasa beliau dalam
membuat keputusan bagi memilih syarikat pemaju iaitu kawan baiknya sendiri.
Tindakan beliau itu boleh memberikan kesan kepada syarikat pemaju yang benar-
benar layak dan mempunyai keupayaan dalam melaksanakan projek. Akibat sikap
pegawai seperti Enci Adam maka, akan berlaku syarikat gulung tikar akibat sikap
salah guna kuasa. Persaingan pasaran ekonomi dalam Negara menjadi tidak sihat
akibat daripada perbuatan pegawai golongan atasan dan golongan profesional
sama ada sektor awam atau swasta melakukan salah guna kuasa. Akibatnya
ekonomi dalam Negara menjadi tidak stabil dan banyak syarikat akan mengalami
kerugian. Masalah etika salah guna kuasa boleh menimbulkan ketidakpuasan hati
pihak lain terhadap organisasi kerana tidak adil kepada orang lain. Contohnya,
apabila pihak lain tidak puas hati maka mereka akan membuat aduan kepada
pihak berkuasa. Ini akan mengakibatkan nama jabatan dipandang serong serta
tahap intergriti pekerja lain dalam jabata tersebut juga akan tercemar akibat
perbuatan pegawai tersebut.

2. Analisis Undang – Undang

Apabila masalah rasuah tadi dilihat dari aspek undang-undang pula maka kita
dapat lihat organisasi jabatan yang bersih dari perlakuan rasuah akan mendapat
perhatian yang baik dalam kalangan masayarakat. Mengikut Ann, Ho Jo & Kok,
Tee Keng (2011), kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa
masyarakat berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri. Hal ini dengan
jelas menunjukkan budaya hidup dalam masyarakat demokrasi akan
menggunakan peraturan yang dipersetujui dalam mengawal perilaku yang

7
bertentangan dengan kehendak masyaraka.bMasalah etika melalui pendekatan
rangka kerja undang-undang iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang
bersifat bukan peribadi untuk menentukan yang mana “betul” dan “salah”.
Kegiatan rasuah dapat dibendung jika undang-undang dan denda yang dikenakan
keatas kesalahan menerima rasuah dan memberi rasuah di tingkatkan. Kegiatan
merasuah dan memberi rasuah memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh
masyarakat terhadap pegawai dan organisasi tersebut. Berdasar daripada analisis
yang saya buat, saya dapati genjala rasuah ini akan meningkatkan kos barangan
dan kos perkhidmatan sekaligus ia memberi kesan kepada pengguna. Impak yang
diterima oleh pengguna ialah perkhidmatan yang diterima tidak memenuhi
spesifikasi dan mutu kerja menjadi tidak berkualiti. Oleh itu, undang-undang dan
peraturan kepada yang memberi rasuah dan menerima rasuah perlu di perketatkan
lagi dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil untuk mengatasi genjala buruk
ini daripada terus berluasa dan menjadi tabiat kepada orang lain. Perbuatan tidak
beretika ini akan melumpuhkan ekonomi Negara dan sistem sosial dalam
perniagaan menjadi tidak telus dan tidak berdisiplin. Kepercayaan yang menjadi
dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah masyarakat demokrasi boleh menubuhkan
peraturannya sendiri, dan jika orang-orang dan organisasi mematuhi peraturan itu,
maka seluruh masyarakat akan mendapat perhatian dan keadilan yang sama rata.

3. Analisis Etika

Menurut Ann, Ho Jo & Kok, Tee Keng (2011), Masalah etika menggunakan
struktur falsafah normatif iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk
memutuskan antara “betul” dan “salah”. Berdasar daripada analisis etika,
keputusan tersebut boleh digunakan untuk pengurangan tenaga kerja dan
penutupan syarikat. Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita
dalam sebuah masyarakat bertindak atas prinsip beretika dan sifat ketelusan dalam
kerja, maka anggota masyarakat akan mendapat perhatian dan keadilan yang sama
rata. Dalam hal ini, dasar keputusan yang melibatkan etika kerja perkhidmatan
awam telah termaktub dalam Kod Etika Penjawat Awam. Kod ini menurut Nilai
dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (1990), merupakan panduan utama bagi

8
penjawat awam. Mengikut Sang ,Mok Soon (2011), kakitangan awam hendaklah
merujuk kepada Peraturan Am Kakitangan Kerajaan yang telah diwujudkan dalam
memastikan penjawat awam mengikut etika kerja yang betul. Masalah etika
menipu dokumen dapat diatasi jika pegawai menjalankan tugas dengan amanah
dan jujur. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian
manusia. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa
disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu, maka tidak dapat
mencapai tahap etika yang dikehendaki. Berdasarkan daripada analisis etika
mengenai permasalahan Encik Fitri, beliau adalah seorang yang mempunyai
beban hutang yang tinggi kerana gaya cara hidupnya yang mementingkan
kemewahan oleh sebab itu beliau terjebak dalam penipuan dokumen untuk
mendapat wang sampingan demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan
bahawa apa yang dilakukan adalah salah dan tidak beretika dalam kerja. Oleh itu,
adalah penting bagi oraganisasi memilih pekerja yang berintergriti tinggi, jujur
dan komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Selain itu, adalah
penting juga semua pekerja diberi kursus etika dalam menjalankan tugas agar
dapat melahirkan generasi pekerja yang berdisiplin dan berintergriti tinggi dalam
organisasi. Masyarakat akan menghormati pegawai dan organisasi yang
melaksanakan etika kerja secara adil, telus dan berwibawa. Ini secara tidak
langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi Negara dan sistem sosial dalam
Negara menjadi adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

KRITERIA 4

Cadangan untuk menyelesaikan masalah etika dalam organisasi adalah penting bagi
memastikan masalah etika dapat diatasi daripada berlarutan dan berpanjangan. Etika
kerja ialah sebagai panduan tingkahlaku yang perlu diikuti oleh pekerja dalam organisasi
dan kepada masyarakat khususnya dikalangan masyarakat islam. Dalam masyarakat
moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih
menuju kepada kemajuan material dan kemewahan hidup di dunia. Terdapat dua
cadangan untuk menyelesaikan maslah yang dikenal pasti :-

9
1. Kod Etika

Cadangan pertama untuk menyelesaikan masalah etika dalam organisasi ialah


mengubalkan kod etika bertulis dalam organisasi. Kod etika adalah pernyataan
tentang norma dan kepercayaan sesebuah organisasi. Kod etika ialah salah satu
alat kawalan sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam
mendisiplinkan diri kearah pekerja yang beretika. Kod etika hendaklah dicetak
dan diedarkan kepada semua pekerja. Ia bertujuan agar semua pekerja sentiasa
mengingati diri dan etika kerja dalam organisasi. Kod etika mengelaskan pelbagai
tingkahlaku yang sepatutnya diamalkan dalam organisasi atau jabatan, ia juga
dianggap sebagai landasan dalam menjalankan tugas supaya menjadi lebih teratur
dan lebih baik. Dengan adanya peraturan dan panduan amalan-amalan kerja, kod
etika ini boleh memandu dan meningatkan golongan profesional dan golongan
bawahan mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang
sepatutnya dilakukan dalam sesuatu keadaan.

Selain itu, kod etika boleh digunakan khususnya oleh badan-badan profesional
untuk menyiasat sebarang kes penyelewengan dan salah guna kuasa apabila
terdapat aduan. Aduan-aduan yang diterima akan mengurangkan berlakunya
penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berpangkat dan mempunyai kedudukan
tinggi dalam organisasi atau jabatan. Dengan adanya kod etika juga dapat
mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk
kepentingan diri sendiri. Contohnya, masalah etika Encik Fitri iaitu menipu
dokumen tuntutan untuk kepentingan diri sendiri. Perkara ini mungkin tidak akan
berlaku jika kod etika telah mengariskan panduan dan peraturan kepada semua
pegawai dalam menjalankan tugas seharian. Adalah penting kod etika diedarkan
kepada semua pegawai dan pekerja dalam organisasi agar mereka sentiasa
mengingati bahawa setiap tindakan yang dibuat adalah benar atau salah untuk
mengelak daripada tindakan tataterbit diambil ke atas pekerja tersebut atau
tindakan buang kerja dilakukan kepada mereka

10
Kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif
organisasi atau jabatan bahawa setiap pekerja atau pegawai terikat dengan satu
standard etika yang tinggi. Kod etika merupakan satu garis panduan atau
peraturan kepada golongan bawahan dan golongan atasan untuk meningkat,
membina dan mempertahankan intergriti, kejujuran dan maruah profesyen
masing-masing. Selain itu, kod etika juga menjelaskan bahawa setiap pegawai
atau pekerja perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimiliki untuk
meningkatkan kesejahteraan semua, jujur kepada diri sendiri, masyarakat,
majikan dan pelanggan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan
dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berwibawa.
Contonhya, Encik Murad sebagai seorang pengarah unit logistic, Jika beliau
menggunakan ilmu pengetahuan beliau dan sentiasa berdisiplin dalam
menjalankan tugas maka beliau tidak akan menerima rasuah daripada kontraktor
tersebut. Tindakan beliau menerima jam tangan tersebut menunjukkan bahawa
beliau tidak beretika dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pegawai atasan
dan telah mencemarkan imej organisasi.

2. Kursus Etika

Cadangan kedua ialah pihak organisasi atau jabatan perlu mengadakan kursus-
kursus berkaitan dengan etika kepada semua golongan atasan dan golongan
bawahan. Ia bertujuan untuk memberi maklumat, kemahiran dan pendedahan
kepada pegawai mengenai isu-isu etika dalam organisasi. Dengan adanya kursus-
kursus etika maka pekerja akan diberikan pengetahuan dan maklumat berkaitan
etika dalam organisasi dan pekerja akan menjadi lebih berhati-hati apabila
menjalankan tugas yang berhadapan dengan masyarakat.

Kemahiran dan pendedahan mengenai isu-isu etika genjala buruk seperti rasuah,
penyelewengan, penipuan, salah guna kuasa dan lain-lain adalah wajar diberi
penerangan kepada semua golongan dalam organisasi. Ianya bagi mengelak
daripada pegawai dan pekerja tidak mengetahui bahawa mereka akan disogok,
diumpan untuk rasuah, atau terlibat dalam penipuan untuk terima wang suapan

11
dari pihak luar. Oleh itu, kursus etika adalah penting dilaksanakan dalam
organisasi untuk memberi maklumat dan menerangkan bahawa tindakan
menerima rasuah atau memberi rasuah adalah satu perbuatan salah disisi undang-
undang. Contohnya, Encik Murad menerima rasuah daripada syarikat kontraktor
tersebut. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman penjara, denda
atau dibuang kerja. Oleh itu, kursus etika adalah wajar dilaksanakan bagi
memberi ilmu pengetahuan kepada semua pekerja dan pegawai agar sentiasa
beretika dalam menjalankan tugas

12
KRITERIA 5

RUMUSAN

Dapatlah diringkaskan bahawa masalah etika di tempat saya bertugas berpunca dari
tindakan mengambil rasuah yang dilakukan oleh Ketua Pengarah. Rasuah diambil dari
kontraktor bagi mendapat sesuatu projek. Ini menyebabkan perolehan projek melalui
proses tender diberikan kepada syarikat secara tidak telus dan menyebabkan syarikat lain
tidak berpeluang . Tindakan ini merupakan satu kesalahan serius kerana melanggar Kod
Etika Penjawat Awam. Masalah etika ini juga dapat diulas berdasarkan ciri-ciri masalah
etika iaitu akibat yang berpanjangan atau berlarutan, hasil yang bercampur, dan implikasi
peribadi. Masalah etika ini juga dapat dianalisis mengikut bidang ekonomi, undang-
undang dan etika itu sendiri. Pengesyoran penyelesaian masalah etika ini dianjurkan
melalui mengubal kod etika bertulis organisasi dan mengadakan kursus berkaitan etika
kepada pekerja. Pihak pengurusan perlu sedar bahawa setiap penjawat awam tertakluk
dalam Peraturan Am Penjawat Awam. Sebarang salah laku serius terutamanya kesalahan
rasuah boleh diambil tindakan tatatertib. Faktor-faktor seperti keperluan kehidupan, nilai-
nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-
lain perlu diambil kira supaya dapat mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang
mendorong seseorang individu melakukan perkara yang berfaedah dan memberi kebaikan
kepada semua pihak. Dengan adanya peraturan dan panduan etika dalam kerja, maka
dapat melahirkan sebuah organisasi atau jabatan yang berintergriti tingi dalam
melaksanakan tugas. Masyarakat akan lebih yakin dengan sistem pengurusan dalam
organisasi atau jabatan terutama dalam memberi perkhidmatan kepada orang awam.
Justeru adalah penting bagi sebuah organisasi atau jabatan untuk memastikan pengurusan
dalam organisasi atau jabatan berada di landasan yang betul, berintergriti, berdisiplin dan
amanah agar dapat memacu ekonomi negara serta menampakkan imej yang baik kepada
Negara luar.

(3113 patah perkataan)

13
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (2016), Kenali Rasuah, Portal Rasmi
SPRM. Diambil: http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah

Fraud Bsi (2012), Pengertian Fraud. Diambil:


http://fraudbsi.blogspot.com/2012/09/pengertian-fraud.html

Zainal Bin Yang (2003), NilaiI, Etika Dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor
Awam Di Malaysia Dari Perspektif Islam (Satu Imbasan Kembali Tinjauan Karya),
Diambil: http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23670/Article__5.PDF

Adi Fahrudin (2003), Kod Etika Dalam Profesion Kerja Sosial: Satu Keperluan Dalam
Konteks Malaysia 1, Diambil:
https://www.researchgate.net/publication/308985845_KOD_ETIKA_DALAM_PROFESI
ON_KERJA_SOSIAL_SATU_KEPERLUAN_DALAM_KONTEKS_MALAYSIA_1

Donaldson, T., & Preston, L. (1995). The stakeholder theory of the corporation:
Concepts, evidence, implications. Academy of Management Review 20(1).

14
15

You might also like