You are on page 1of 17

KAJIAN KAWASAN TEMPAT TINGGAL

HGF3013 (PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL)

NAMA ATHIRAH BT ABDUL HAMID

NO. MATRIK D20191088336

KOS ISMP BIOLOGI

KUMPULAN A

NAMA PENSYARAH DR. SUMAYYAH AIMI BINTI MOHD NAJIB

KAWASAN TEMPAT
PEKAN SIK, 08200, SIK, KEDAH.
TINGGAL
Isi Kandungan

Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 2-3

2.0 Elemen-elemen Fizikal Kawasan Tempat Tinggal

2.1 Atmosfera 4-6

2.2 Hidrosfera 6-9

2.3 Litosfera 9 - 10

2.4 Biosfera 11 - 13

3.0 Kesimpulan 14

Rujukan 15 - 16

1
1.0 PENGENALAN TEMPAT & SEJARAH

Kawasan tempat tinggal saya iaitu Pekan Sik merupakan sebuah pekan kecil yang berada dalam
Daerah Sik. Daerah Sik adalah sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman,
Malaysia. Daerah Sik mempunyai keluasan 1635 km persegi, iaitu 17.35% daripada keluasan
Negeri Kedah sekaligus merekodkan daerah terluas di negeri Kedah. Daerah ini bersempadan
dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara,
daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan
daerah Pendang di sebelah barat. Kini, daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik.

Terdapat sejarah ringkas berkenaan asal usul nama Sik ini. Penduduk Sik umum mengetahui
bahawa nama Sik diperoleh daripada perkataan “Syeikh” iaitu gelaran yang diberikan kepada
sekumpulan pendakwah Islam dari Arab (Hadramaut). Pada sekitar abad ke-17, Mereka
(Syeikh) menyusuri Sungai Chepir (salah satu sungai utama di Sik) dan singgah di Kampung
Lubok Tok Keramat untuk menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat Melayu Sik.
Masyarakat Melayu Sik asalnya merupakan masyarakat Melayu Pattani yang berhijrah ke
kawasan barat dalam wilayah penguasaan Kesultanan Kedah dan membuka tanah di sini. Nama
Sik itu sendiri diperoleh apabila masyarakat Melayu Pattani ini menyebut perkataan “Syeikh”
itu sebagai “Sek” atau “Saik” mengikut loghtat lidah Pattani yang akhirnya dijadikan sebagai
nama kepada daerah ini.

Daerah Sik terbahagi kepada 4 mukim iaitu Mukim Sik, Mukim Sok, Mukim Teloi, Mukim
Jeneri. Manakala pecan utama di Sik ialah Pekan Sik, Pekan Batu Lima, Pekan Kuala Begia,
Pekan Gulau, Pekan Gubir. Kawasan tempat tinggal saya ialah Taman Derdap yang terletak di
Pekan Sik iaitu merupakan pusat utama aktiviti perniagaan di Sik.

2
Rajah 1.0 menunjukkan peta topografi lokasi Daerah Sik.

RAJAH 1.0
(Sumber : Google Maps)

Rajah 1.1 pula menunjukkan peta Daerah Sik yang dibahagikan mengikut mukim-mukim
daerah tersebut.

RAJAH 1.1
(Sumber : JPS Komuniti)

3
2.0 ELEMEN FIZIKAL KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Alam sekitar fizikal terdiri daripada empat elemen penting iaitu atmosfera, hidrosfera, litosfera
dan biosfera. Keempat-empat elemen alam ini berfungsi sebagai sumber alam yang amat
berguna kepada manusia. Manusia amat bergantung kepada komponen alam sekitar daripada
sumber-sumber tersebut bagi menjamin kelansungan hidup. Elemen-elemen ini juga
semestinya wujud juga di Sik dan akan dibincangkan satu per satu elemen dalam kajian ini.

2.1 ATMOSFERA
Daerah Sik mempunyai julat suhu harian di antara 35°C hingga 28°C. Namun begitu,
Sik pernah menjadi antara daerah yang mencatatkan suhu tertinggi di Malaysia tahun lepas
pada bulan April iaitu 37.9°C semasa fasa penghujung monsoon timur laut. Sik kebiasaannya
mempunyai cuaca yang panas tetapi apabila musim monsoon timur laut, Daerah Sik juga antara
kawasan yang akan mengalami hujan yang lebat dan ribut yang kuat. Rumah-rumah yang
berada di kawasan-kawasan rendah akan mengalami banjir apabila tiba musim monsoon timur
laut.

Graf dibawah menunjukkan julat suhu di Daerah Sik bagi bulan Disember 2020.

RAJAH 1.2
(Sumber : AccuWeather)

4
Daerah Sik juga mempunyai taburan bujan purata antara 572MM hingga 428MM. Graf di
bawah menunjukkan purata taburan hujan bagi tahun 2020. Sik akan mengalami hujan dan
mendung yang berpanjangan hampir setiap hari apabila tiba musim monsoon timur laut.
Sebagai contoh, pada tahun ini, musim monsoon timur laut di daerah Sik adalah bermula pada
pertengahan bulan November dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2021. Sepanjang
tempoh monsoon ini, Pekan Sik akan menerima tiupan angin yang lebih kencang dan
berterusan dari arah timur laut dengan dengan kelajuan di antara 10 hingga 20 kilometer per
jam. Pada bulan Disember iaitu pada masa ini, Sik telah mengalami beberapa siri hujan lebat
secara menyeluruh dan dijangka menerima hujan melebihi purata iaitu antara 100mm hingga
300mm.

RAJAH 1.3
(Sumber : World Weather Online)

5
Seterusnya, berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (2019), kualiti udara di Sik berada pada
Indeks Pencemaran Udara 30 dan mencapai tahap “Baik”. Kualiti udara di Sik masih terjaga
kerana ianya merupakan kawasan luar bandar yang hanya mempunyai pekan-pekan yang kecil
dan bilangan industri perkilangan masih berada di skala yang rendah. Tambahan pula, Daerah
Sik kaya dengan hutan-hutan dan bukit-bukau serta mempunyai banyak kawasan bendang.

2.2 HIDROSFERA
Terdapat beberapa elemen hidrosfera yang wujud di kawasan Pekan Sik. Elemen
hidrosfera yang utama sekali ialah sungai. Sungai utama di Sik ialah Sungai Chepir. Panjang
Sungai Chepir ialah 27 km dengan keluasan tadahannya ialah 660 km2. Lebar sungai di
kawasan hulu ialah 10m manakala di kawasan hilir ialah 30m. Sungai Chepir yang menjadi
nadi Daerah Sik itu mengalir dari hulu di kawasan Chepir hingga bertembung dengan Sungai
Muda yang terletak di Jeniang, daerah jiran bagi daerah Sik.

Rajah di bawah menunjukkan pemandangan Sungai Chepir dari jalanraya Pekan Sik.

RAJAH 1.4
(Sumber : Google Maps)

6
Rajah di bawah pula menunjukkan sub-lembangan sungai di seluruh daerah Sik.

RAJAH 1.5
(Sumber : JPS Komuniti)

Maklumat Sub - Lembangan

Bil. Nama Sungai Panjang (m) Keluasan (km2)

1. Sg. Sik 14000 138.05

2. Sg. Tebal 3200 53.19

3. Sg. Pau 6151 21.19

4. Sg. Teloi 12800 184.29

5. Sg. Radek 1600 32.19

6. Sg. Semerliang 7000 15.0

Jadual 1.0

Komponen hidrosfera yang lain wujud di Daerah Sik ialah air terjun. Terdapat dua kawasan air
terjun yang menjadi destinasi rekreasi di daerah Sik. Terdapat dua kawasan air terjun di daerah
Sik iaitu Lata Mengkuang dan Peranginan Rimba Taqwa.

7
Lata Mengkuang merupakan keindahan semulajadi Hutan Lipur Lata Mengkuang
menjadikannya pusat peranginan yang terkenal di daerah Sik. Jarak Lata Mengkuang dari
Pekan Sik ialah kira-kira 11km. Aliran air yang terdapat di Lata Mengkuang adalah merupakan
aliran air dari Sungai Chepir. Aliran air Lata Mengkuang yang jernih dan dingin merentasi
hutan lipur ini menjadikannya sesuai sebagai lokasi perkelahan bersama keluarga. Terdapat
dua lokasi tumpuan iaitu kawasan air terjun yang terletak dibahagian atas dan kawasan rekreasi
dibawah.

Selain itu, kawasan air terjun kedua yang juga wujud di Pekan Sik ialah Rimba Taqwa atau
juga dikenali sebagai Perangin Sik. Rimba Taqwa terletak hanya 6km dari Pekan Sik. Ianya
merupakan kawasan pelancongan utama di Daerah Sik suatu ketika dahulu. Rimba Taqwa
merupakan kawasan air terjun di dalam Hutan Simpan Bukit Enggang dan antara kawasan
rekreasi yang terawal dibangunkan di Negeri Kedah. Rimba Taqwa memiliki pelbagai
khazanan alam semula jadi seperti hutan asli, air terjun, kejernihan air sungan dan panorama
menarik yang sesuai untuk aktiviti riadah dan perkhemahan. Namun begitu, pada masa kini
kawasan air terjun Rimba Taqwa tidak lagi menjadi tarikan utama penduduk di sini disebabkan
airnya yang sudah kotor dan wujud kes kencing tikus di kawasan itu. Walaubagaimanapun,
masih terdapat penduduk kampong di sekitar itu yang mengunjugi Rimba Taqwa dan ia masih
di bawah penyeliaan Majlis Daerah Sik

Lata Mengkuang

RAJAH 1.6
(Sumber : Laman Web Rasmi Negeri Kedah)
8
Rimba Taqwa

RAJAH 1.7

2.3 LITOSFERA
Terdapat pelbagai elemen litosfera yang wujud di Daerah Sik. Namun, elemen litosfera
di Pekan Sik yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah jenis tanih dan “rare earth
elements” (REE).

Antara jenis tanih yang banyak terdapat di Sik ialah tanih liat atau juga dipanggil tanih
alluvium, dan juga tanih laterit. Penanaman Padi menjadi salah satu sumber utama ekonmi
penduduk Sik kerana tanih alluvium ini amat sesuai untuk penanaman padi. Terdapat banyak
sawah padi dan bendang yang boleh dijumpai di sekitar kampung-kampung di Pekan Sik.

Rajah 1.8 menunjukkan pemandangan sawah padi dari tepi jalan Pekan Sik.

RAJAH 1.8
Sumber : Google Maps 9
Selain itu, tanih yang juga banyak wujud di Sik ialah tanih laterit. Kewujudan tanih jenis laterit
inilah menyebabkan terdapat banyak kebun-kebun getah yang ada di Pekan Sik. Maka, tidak
hairanlah apabila menorah getah telah menjadi salah satu sumber pekerjaan kepada penduduk
kampung di sekitar Sik.

Rajah 1.9 menunjukkan salah satu ladang getah di dalam sebuah kampung di Sik.

RAJAH 1.9
Sumber : Google

Elemen seterusnya ialah ramai yang baru mengetahui bahawa terdapat keuwujudan “rare earth
elements” (REE) yang tersimpan di bawah bumi Sik. Menteri Besar Kedah mengumumkan
bahawa terdapat penemuan mineral yang dijangka bernilai 62 bilion di Negeri Kedah dan
dianggarkan 12.24 billion nilai mineral tersebut ditemui di bumi Sik iaitu di Hutan Simpan
Bukit Enggang yang mempunyai kawasan seluas 50,000 ekar. Mineral-mineral tersebut adalah
jenis “rare earth elements” (REE) dan baru sahaja diberi kelulusan oleh kerajaan negeri untuk
aktiviti perlombongan di daerah Sik.

10
2.4 BIOSFERA

Komponen biosfera atau system ekologi merangkumi manusia, tumbuh-tumbuhan dan


haiwan. Di Daerah Sik, ia mempunyai penduduk seramai 78.2 ribu dengan kepadatan penduduk
46/km2. Kadar pertumbuhan penduduk ialah 1.6%. Purata pendapatan seisi rumah yang
direkodkan pada 2016 pula ialah RM4455. Majoriti pekerjaan penduduk di sini ialah sebagai
kakitangan kerajaan, petani, peniaga dan pekerja syarikat swasta.

Daerah Sik juga mempunyai masyarakat yang berbilang kaum namun majoriti etnik penduduk
Sik ialah Melayu. Manakala, etnik minoriti yang tinggal di Daerah Sik ialah India iaitu hanya
100 orang secara keseluruhannya. Kebanyakkan penduduk Sik menggunakan loghat hilir
Kedah dan ada juga yang menggunakan loghat Hulu Sik.

Jadual di bawah menunjukkan pembahagian bilangan penduduk mengikut etnik masyarakat di


Daerah Sik.

BIL. ETNIK BILANGAN PENDUDUK

1. Melayu 71.3 ribu

2. Cina 0.8 ribu

3. India 0.1 ribu

4. Lain-lain 3.6 ribu

5. Bukan Warganegara 2.4 ribu

JUMLAH 78.2 ribu

JADUAL 1.1
Komponen biosfera seterusnya ialah tentang hutan simpan di Sik. Salah satu hutan simpan di
Sik yang terkenal ialah Hutan Simpan Ulu Muda. Hutan Simpan Ulu Muda yang merupakan
kawasan tadahan air terbesar bagi mengisi tiga empangan iaitu Empangan Ahning, Empangan
Muda dan Empangan Pedu juga sebernanya terletak di Sik.

Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) ini meliputi 161,103 hektar hutan hujan yang membekalkan
lebih 4.09 Juta bekalan air di 3 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Faktor wujudnya
bekalan air dari HSUM inilah yang menyebabkan negeri Kedah terkenal dengan sektor
penanaman padi.

11
Hutan Simpan Ulu Muda juga kaya dengan hidupan flora dan fauna dengan lebih 47 spesies
tumbuhan, 109 spesies mamalia serta 50 spesies reptilian dan 110 spesies burung. Hutan ini
merupakan habitat haiwan-haiwan termasuk tapir, beruang matahari, harimau dan gajah .

Peta lokasi Hutan Simpan Ulu Muda

RAJAH 2.0
Sumber : Google Maps

Hutan simpan yang lain wujud di Sik adalah Hutan Simpan Bukit Enggang dan Hutan Simpan
Rimba Teloi. Terdapat dua hutan lipur yang terkenal di dalam kedua-dua hutan simpan ini.

Di dalam Hutan Simpan Rimba Teloi, terdapat Hutan Lipur Lata Menkuang yang mempunyai
kawasan air terjunnya sendiri. Wujud beberapa spesies pokok di dalam hutan ini seperti pokok
Meranti Melantai, Meranti Langgong, Meranti Tembaga serta Palma. Pokok-pokok ini
merupakan spesies terpenting dalam industri pembalakan. Manakala, di dalam Hutan Simpan
Bukit Enggang, terdapat juga hutan lipur yang dinamakan sebagai Hutan Lipur Perangin Sik
yang juga mempunyai kawasan air terjunnya sendiri. Haiwan-haiwan seperti monyet, musang,
khinzir antara haiwan yang pernah dijumpai oleh pengunjung di Hutan Lipur Perangin Sik.

12
Rajah di bawah menunjukkan lokasi Hutan Simpan Bukit Enggang.

RAJAH 2.1
Sumber : Google Maps

Rajah di bawah menunjukkan lokasi Hutan Lipur Lata Mengkuang

RAJAH 2.2
Sumber : Google Maps 13
3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian yang saya jalankan di kawasan tempat tinggal saya iaitu Pekan
Sik telah memberi banyak pengetahuan baru yang lebih jelas dan mendalam. Kajian ini telah
menjadikan saya lebih arif mengenai kawasan-kawasan sekitar Pekan Sik dan malah Daerah
Sik itu sendiri. Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui tentang kegiatan-kegiatan
ekonomi yang dijalankan oleh penduduk-penduduk di Pekan Sik. Hal ini telah menjadikan saya
lebih peka tentang isu semasa yang berlaku di kawasan tempat tinggal saya.

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya mendapat pengalaman menggunakan pelbagai kaedah
dalam mengumpul maklumat tentang kawasan tempat tinggal saya. Saya telah menggunakan
beberapa kaedah bagi pengumpulan data iaitu melalui pemerhatian dan tinjauan, temubual dan
sedikit soal selidik bersama penduduk Pekan Sik dan yang terakhir ialah pencarian maklumat
di Internet melalui jurnal, artikel serta surat khabar. Maklumat-maklumat yang saya perolehi
ini telah dianalisis terlebih dahulu dan diringkaskan sebelum dimasukkan dalam penulisan
kajian.

Sumber-sumber pertanian utamanya seperti getah dan padi terutamanya yang menghasilkan
beras telah menjadi salah satu penyumbang terbesar dalam sektor ekonomi di negara kita.
Setelah selesai menyiapkan penulisan kajian Pekan Sik, saya telah menyedari bahawa kawasan
tempat tinggal saya iaitu Pekan Sik amat kaya dengan keindahan alam semulajadi, flora dan
fauna. Namun begitu, pada masa kini ketamakkan sesetengah individu telah menyebabkan
hutan-hutan di Sik musnah akibat aktiviti pembalakan yang kian rancak dari hari ke hari.

Harapan saya ialah agar daerah Sik sentiasa dapat mengekalkan keindahan alam semulajadinya
hingga ke generasi akan datang. Semua penduduk-penduduk di kawasan ini perlulah
berganding bahu bagi menjaga kelestarian dan kehijauan bumi Sik ini.

14
4.0 RUJUKAN

AccuWeather. (2020). Cuaca Bulanan, Sik, Kedah, Malaysia. Diperoleh pada


Disember 15, 2020 daripada
https://www.accuweather.com/ms/my/sik/228382/december-weather/228382

Google Maps. Diperoleh pada Disember 14, 2020


daripada https://www.google.com/maps/place/Pekan+Sik,+08210+Sik,+Keda
h/@5.8165934,100.7377977,15.63z/data=!4m5!3m4!1s0x31b4ce474e5f7269:
0x43c015fd7afb807b!8m2!3d5.8193307!4d100.7464275!5m1!1e4

Google Maps. Diperoleh pada Disember 14, 2020


daripada https://www.google.com/maps/@5.8182648,100.7441795,3a,61.6y,2
71.92h,82.51t/data=!3m6!1e1!3m4!1sihMxUTDuss1xyet8VQ0AMg!2e0!7i13
312!8i6656

Google Maps. Diperoleh pada Disember 14, 2020


daripada https://www.instantstreetview.com/@5.813993,103.738299,315.23h,
3.29p,0.65z

Google Maps. Diperoleh pada Disember 14, 2020


daripada https://www.google.com.my/maps/place/Hutan+Lipur+Lata+Mengk
uang/@5.8622013,100.8396239,1778a,35y,180h/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s
0x31b4c5c8ce239db9:0x4ac0c121e4b95e39!8m2!3d5.862036!4d100.8357239

Junglewalla. (2018). Ulu Muda and Pedu Lake Forest Reserve. Diperoleh pada
Disember 14, 2020, daripada https://junglewalla.com/ulu-muda-pedu-lake-
forest-reserve/

Malaysia, Jabatan Meteorologi. (2019). Ramalan Cuaca Bandar. Petaling Jaya,


Selangor : Jabatan Meteorologi. Diperoleh pada Disember 15, 2020 daripada
https://www.met.gov.my/forecast/weather/district/Ds010

15
Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran. (2011). Laporan JPS@Komuniti Sg. Chepir.
Kuala Lumpur : Jabatan Pengairan dan Saliran. Diperoleh pada Disember 15,
2020 daripada
http://apps.water.gov.my/jpskomuniti/dokumen/JPS@Komuniti%20Sg%20Ch
epir.pdf

Siti Zubaidah Zakaraya. (2020, Disember 9). Penduduk harap dapat nikmati hasil
REE. Sinar Harian. Diperoleh pada Disember 15, 2020 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/113937/EDISI/Utara/Penduduk-
harap-mampu-nikmati-hasil-REE

Zuliaty Zulkiffli. (2019, Mac 11). Sik paling 'hangat' la ni... Harian Metro. Diperoleh
pada Disember 12, 2020 daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/432386/sik-paling-hangat-la-
ni

16

You might also like