You are on page 1of 22

1

PERANAN TENAGANITA DAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU


PEMERDAGANGAN ORANG.

NAFISAH BT. ILHAM HUSSIN

(UPM)

Abstrak

Pemerdagangan orang merupakan satu aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang dan
merupakan masalah konvensional (tradisional) yang memberi ancaman besar kepada
keselamatan insan, negara dan hak asasi manusia. Kertas kerja ini cuba mengupas isu
pemerdagangan orang khususnya mangsa eksploitasi seksual dari Indonesia ke Malaysia.
Tenaganita dan kerajaan Malaysia merupakan aktor utama dalam perbincangan ini merujuk
kepada usaha-usaha yang telah dilakukan dalam menangani masalah ini. Justeru, kertas kerja ini
menggarap dua persoalan iaitu mengapa pemerdagangan orang iaitu eksploitasi seksual berlaku
di Malaysia dan apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan Malaysia dan Tenaganita dalam
menangani masalah ini.

Kata Kunci: Pemerdagangan orang, eksploitasi seksual,Tenaganita, kerajaan Malaysia

Profil Penulis:

NAFISAH BT. ILHAM HUSSIN M.S.Sc. (UKM) merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian
Kemasyarakatan & Kewarganegaraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); menjalankan
penyelidikan dalam bidang isu-isu sosial, pemerdagangan orang dan politik antarabangsa.
Sebelum ini, pernah menjadi tutor separuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan
mengajar kursus Pengantar Sains Sosial dan kini mengikuti pengajian Ph.D. dalam bidang Politik
dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia, mengkaji tentang Pemerdagangan Orang dan
eksploitasi seksual di Malaysia. (Emel: nafisah@fsk.upsi.edu.my /ana_903@yahoo.com H/p:
0123930997).
Kertas kerja disediakan untuk SIMPOSIUM KEBUDAYAAN INDONESIA MALAYSIA XIII
dianjurkan oleh Universitas Padjadjaran Jatinangor, Bandung dan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) yang diadakan pada 12-14 November 2013.
2

Pengenalan

Menurut Jonas, Enstrom, Hilliard & Diaz 2007; Dervitsiotis 2001; National Asian Pacific
American Womens Forum (NAPAWF) 2008, pemerdagangan orang merupakan satu bentuk
perhambaan moden (modern slavery) dan jenayah transnasional yang terkenal untuk didorong
oleh globalisasi. Ia adalah satu masalah antarabangsa yang melibatkan isu-isu kritikal pencabulan
hak asasi manusia (U.S Department of State, 2000). Held & Kaya 2003; Little 2003 menyatakan
kapitalisme global menyebabkan jurang antara kaya dan miskin di mana yang lemah berada di
bawah piramid ekonomi yang paling menderita. Goldberg & Kremen 1990 pula menyatakan
golongan yang paling lemah adalah wanita dunia ketiga di mana dikenali sebagai kemiskinan
wanita. Jones et.al 2007 pula menyatakan bahawa perkara ini merupakan satu isu pilihan
sukarela bagi mangsa yang kebanyakannya tiada pilihan di bawah hierarki pembangunan
ekonomi. Justeru, untuk melawan jenayah global ini, setiap negara yang terjejas dan terlibat
perlu melaksanakan usaha-usaha yang serius, terutamanya dalam penubuhan atau pindaan dasar-
dasar yang bertujuan untuk menghapuskan pemerdagangan orang di samping melakukan
kerjasama antara negara lain (U.S. Department of State 2000).

Isu Pemerdagangan orang bukanlah satu agenda baru apabila membincangkan aspek-
aspek keselamatan. Ia telah menjadi satu ancaman yang boleh mengancam keselamatan dan
kedaulatan sesebuah negara. Ini terjadi kerana pemerdagangan orang telah menjadi salah satu
jenayah rentas sempadan yang semakin berkembang pesat. Pemerdagangan orang juga dikenali
sebagai perhambaan cara moden merupakan salah satu jenayah terancang yang melanggar hak
asasi dan etika masyarakat. Manusia menjadi komoditi yang dijual beli serta dieksploitasi di
pasaran. Usaha untuk menangani isu ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana jenayah ini begitu
rumit dan semakin sofistikated. Sindiket pemerdagangan orang ini begitu licik dan sentiasa
berusaha melindungi aktiviti mereka, mengelakkan diri dari disiasat serta diambil tindakan
undang-undang.

Untuk kajian ini akan membincangkan secara terperinci faktor-faktor yang mendorong
berlakunya pemerdagangan orang di Malaysia di samping meneliti peranan Tenaganita dan
kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini. Untuk kajian ini pemerdagangan orang
memfokuskan kepada mangsa eksploitasi seksual.
3

Malaysia dan Pemerdagangan Orang

Pemerdagangan orang melibatkan mangsa-mangsa yang telah ditipu dan dipaksa menjadi
mangsa eksploitasi seksual atau pekerja seks dan juga eksploitasi kanak-kanak serta bayi.
Dianggarkan hampir 600 hingga 800 ribu wanita, lelaki, kanak-kanak didagangkan secara haram
di mana 80% mangsa terdiri daripada golongan wanita. Pemerdagangan orang merupakan
pendapatan ketiga terbesar atau dikenali sebagai pasaran gelap tertinggi selepas
pemerdagangan dadah dan juga senjata (Tenaganita, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) 2007: 17). Pemerdagangan orang adalah satu
bentuk pencabulan hak asasi manusia dan merupakan cabaran kepada individu, masyarakat dan
negara pada masa kini.1

Pemerdagangan orang didefinisikan ole UN Protocol to Prevent, Suppress and Punish


Trafficking in Persons, especially women and children sebagai pengerahan, pertukaran atau
perpindahan, pengrekrutan serta penyimpanan atau penerimaan individu-individu melalui elemen
ugutan atau paksaan atau sebarang bentuk ancaman (paksaan) seperti penculikan, penipuan,
penyalahgunaan kuasa atau kelemahan yang turut melibatkan pemberian atau penerimaan
bayaran atau faedah-faedah tertentu untuk mencapai hak mengawal dari seorang ke atas seorang
yang lain bagi tujuan eksploitasi.2 Eksploitasi secara minima merangkumi eksploitasi individu
yang melibatkan mangsa eksploitasi seksualan atau sebarang bentuk eksploitasi seksual,
perburuhan atau perkhidmatan secara paksa, perhambaan atau kegiatan yang menyerupai atau
menyamai perhambaan dan pemindahan organ-organ badan
http://www.state.gov/documents/organization/105501.pdf (1 Julai 2013).

Pemerdagangan orang meliputi pemerdagangan wanita (eksploitasi seksual), kanak-kanak


dan pemerdagangan buruh tidak kira lelaki atau wanita serta kanak-kanak. Terdapat pelbagai
jenis pekerjaan di dalam pemerdagangan orang seperti pembantu rumah, pekerja perindustrian,

1
Perkara ini merupakan satu halangan yang besar untuk mencapai matlamat persamaan dan pembangunan.
Pemerdagangan orang iaitu pemerdagangan wanita dan kanak-kanak ini secara langsung telah menarik hak asasi
serta kebebasan mereka untuk melakukan apa yang mereka suka. Ekoran terikat dengan pedagang membuatkan
mereka terus-terusan dieksploitasi dan menderita. Bukan hanya hak asasi dieksploitasi malah keselamatan insan juga
turut terancam.
2
Proses perpindahan dari tempat asal atau tempat mangsa pertama kali dibawa untuk ke destinasi mereka
didagangkan. Sepanjang proses pertukaran atau perpindahan ini, mangsa akan melalui beberapa daerah transit atau
persinggahan sebelum tiba ke destinasai yang sebenarnya. Rekrutmen merupakan semua kegiatan yang dilakukan di
tempat asal atau tempat mangsa (kampung halamannya).
4

buruh, pekerja sektor pertanian dan pekerja seksual (mangsa eksploitasi seksual) yang
merupakan intipati utama dan diberi perhatian dalam kajian ini.3 Di dalam pemrdagangan wanita
juga terdapat beberapa dimensi di bawahnya seperti pembantu rumah, pekerja kilang, pengasuh,
pekerja seks (sex worker), pelancongan seks (sex tourism sexcommercial), perniagaan seks
komersial (sex commercial), perkhidmatan pelacur untuk tentera (military prostitution),
pornografi wanita dan kanak-kanak (women and child pornography), pelacur di rumah-rumah
eksploitasi seksual, pelacur jalanan, strip clubs dan lap dancing (Farley, M. 2003: 168).4

Kini, negara di dunia telah mengalami transisi permodenan serta kemajuan. Justeru,
aktiviti eksploitasi seksual juga tidak terlepas daripada arus permodenan, malah aktiviti ini
bergerak semakin maju selaras dengan kemajuan dunia. Statistik di Malaysia menunjukkan
bahawa semakin hari semakin banyak kes yang melibatkan pelacur-pelacur asing yang ditangkap
dan diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan orang. Dianggarkan pada tahun 2008 seramai
29 orang mangsa telah diselamatkan, diikuti seramai 132 orang pada tahun 2009, 176 orang pada
tahun 2010, 63 orang pada tahun 2011 dan meningkat menjadi 202 orang mangsa yang berjaya
diselamatkan pada tahun 2012. Jika merujuk kepada statistik mangsa dari negara, Indonesia
merupakan bilangan mangsa yang tinggi dalam kategori ini iaitu seramai 218 orang diikuti
Filipina seramai 148 orang mangsa dan Vietnam 100 orang mangsa yang berjaya diselamatkan.
Statistik ini menunjuk seriusnya masalah pemerdagangan orang terutamanya eksploitasi seksual
di Malaysia (PDRM, 2013).

3
Pemerdagangan seks merupakan kegiatan yang melibatkan penjualan tubuh wanita untuk kepuasan seksual lelaki.
Pemerdagangan seks adalah sesuatu yang amat menakutkan kerana komoditi yang terlibat bukanlah sesuatu objek
yang dicipta, tidak mempunyai nyawa sebaliknya manusia yang bernyawa terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Proses pemerdagangan secara keseluruhannya merupakan transaksi gender iaitu pembeli lelaki menggelarkan ia
sebagai seks dan pelacuran manakala wanita dan kanak-kanak yang dibeli menyifatkan ia sebagai pencabulan
seksual atau rogol. Pemerdagangan wanita adalah fokus dalam pemerdagangan orang. Pemerdagangan orang di
dalam kajian ini merujuk kepada pemerdagangan wanita. Salah satu elemen di dalam pemerdagangan wanita adalah
aktiviti pelacuran. Justeru, untuk kajian ini pengkaji menggunakan istilah pemerdagangan orang yang meliputi
maksud pemerdagangan wanita iaitu merujuk kepada pelacur serta aktiviti pelacuran (mangsa sindiket
pemerdagangan orang).
4
Perniagaan seks komersial merangkumi pelacuran di jalanan, rumah-rumah urut, perkhidmatan escort, strip
clubs, lap dancing, panggilan seks, pornografi kanak-kanak dan orang dewasa, pelacuran kanak-kanak, pornografi
video, internet dan juga pemerdagangan. Pemerdagangan antarabangsa dianggap saling berkaitan dengan
manifestasi industri seks di peringkat tempatan dan global. Ia juga merupakan komponen-komponen kepada
ancaman hak asasi manusia yang dikenali sebagai pemerdagangan orang(bagi konteks ini merujuk kepada wanita).
Pemerdagangan orang yang meliputi pemerdagangan wanita seperti yang didefinisikan oleh Trafficking Victims
Protection Act of 2000 (TVPA), menyatakan bahawa aktiviti ini meliputi seks komersial yang terjadi ekoran
daripada elemen paksaan, penipuan di mana mangsa-mangsa ini telah dipaksa menjadi pelacur.
5

Malaysia merupakan destinasi, sumber dan persinggahan (transit) bagi pemerdagangan


orang tidak kira wanita, lelaki atau yang bertujuan untuk dipaksa bekerja sebagai buruh, pekerja
domestik dan juga pelacur. Kebanyakan mangsa perdagangan ini terdiri daripada wanita dan
gadis yang datang dari negara Indonesia, Thailand, Filipina, Cambodia, Vietnam, Burma,
Peoples Republic China (P.R.C), India, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan di mana
mereka didagangkan ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelacur dan buruh. Malaysia
dikategorikan sebagai negara sedang membangun yang merangkumi pertumbuhan ekonomi serta
politik yang stabil, aman dan peluang pekerjaan yang banyak. Ini menjadi faktor penarik yang
menarik perhatian mangsa untuk datang bekerja di Malaysia. Buktinya, kini jumlah lambakan
pekerja asing tidak kira mereka datang melalui kaedah penyeludupan, secara sah atau tidak sah
dan juga melalui pemerdagangan orang begitu tinggi di Malaysia
http://www.humantrafficking.org/countries/malaysia (9 Februari 2013).

Faktor-faktor Kedatangan Mangsa Pemerdagangan orang

Pemerdagangan orang terutamanya wanita merupakan jenayah rentas sempadan yang begitu aktif
pergerakannya. Walaupun pihak berkuasa telah menumpaskan beberapa sindiket yang
berhubungan, namun aktiviti ini tidak pernah tersekat dan tergugat. Ia bergerak pantas selaras
dengan arus globalisasi dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda seperti
pemerdagangan barangan cuma bezanya manusia itu dijadikan komoditi pemerdagangan.

Terdapat pelbagai faktor pencetus yang membawa kepada aktiviti ini. Faktor-faktor ini
terbahagi kepada dua iaitu faktor penolak (dalaman) dan faktor penarik (luaran). Faktor penolak
merupakan faktor yang datang daripada negara asal mangsa. Terdapat beberapa kriteria atau
kategori faktor ini iaitu dari konteks sosio-ekonomi. Ekonomi ini merangkumi elemen
kemiskinan, kegawatan ekonomi kurangnya tawaran atau peluang pekerjaan serta pengangguran,
kadar literasi rendah (kurang maklumat). Selain itu keluarga bermasalah serta kenalan rapat,
politik dan alam menjadi faktor penolak bagi aktiviti ini
http://www.humantrafficking.org/uploads/ publications/Full.Book.pdf (13 Februari 2013,
Widgren, J. 1994, William L.Ritcher & Linda K.Ritcher 1999, Dedring, J. 2004 & Nafisah 2008)

Faktor penarik (daya tarikan dari negara yang ingin mereka bekerja) pula merujuk kepada
beberapa perspektif iaitu dari konteks ekonomi dan politik di mana keseimbangan dan kestabilan
6

ekonomi dan politik serta keamanan negara destinasi membuat mangsa ingin bekerja di luar
negara. Tawaran gaji yang lumayan serta dijanjikan kehidupan yang lebih baik dan permintaan
tenaga kerja yang tinggi juga menjadi faktor ekonomi mangsa ingin bekerja di luar negara.
Selain itu adalah faktor budaya dan bahasa yang hampir sama antara Indonesia dan Malaysia
memudahkan mangsa untuk menyesuaikan diri apabila bekerja di Malaysia. Faktor alam
semulajadi juga mempengaruhi kerana Malaysia tidak mengalami bencana alam seperti di
Indonesia, keadaan negara aman dan selamat. Kedudukan yang strategik dan persempadanan
antara Indonesia dan Malaysia membuatkan mangsa tertarik untuk bekerja di Malaysa. Ini kerana
memudahkan mereka untuk pulang ke kampung halaman dan masa yang diambil tidak terlalu
lama (Nafisah, 2008). Selain itu, menurut William L. Ritcher & Linda K. Ritcher 2004, Widgren,
J. 1994, terdapat faktor-faktor lain yang membawa kepada masalah ini iaitu kawalan
persempadanan yang longgar serta tambang penerbangan yang murah. Naims M. (2006) pula
menyatakan kecanggihan teknologi merupakan medium utama yang menjadi punca
berkembangnya jenayah ini. Melaluinya pelanggan hanya perlu memilih dan melanggan melalui
laman web yang dibina dan ini amat menggalakkan ekorang permintaan yang tinggi dan
mudahkan mereka untuk melanggan. Globablisasi merupakan faktor yang sangat-sangat
mempengaruhi aktiviti pemerdagangan orang, di mana dunia rentas sempadan ini sukar untuk
mengawal aktiviti jenayah terancang rentas sempadan. Ianya berlaku dengan pantas selari
dengan arus globalisasi dan sukar dikesan aktivitinya (Elizabeth Pathy, 1998; William L. Ritcher
& Linda K. Ritcher, 1999; Naims M. 2006).

Kesimpulannya, kedua-dua faktor ini saling berhubungan di antara satu sama lain.
Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa kebanyakan isu pemerdagangan orang ini berlaku
di negara yang ekonominya kurang stabil (Bales, K. 1999). Merujuk kepada kajian ini, faktor
ekonomi (dalaman dan luaran) menjadi tunjang utama yang mempengaruhi mangsa untuk
bekerja di Malaysia selain daripada faktor sampingan seperti globalisai, pujukan, tawaran gaji
yang lumayan dan sebagainya. Para pedagang juga telah memainkan peranan pening dalam
memperdayakan golongan wanita terutamanya untuk kajian ini, ekoran desakan hidup dan
tawaran yang tidak masuk akal di samping kadar literasi yang rendah mempengaruhi mereka
untuk terjebak dalam kegiatan ini. Kesimpulannya, kedua-dua faktor tersebut telah memberi
implikasi yang besar kepada mangsa dengan bermulanya episod atau lembaran baru dalam
kehidupan mereka sebagai mangsa pemerdagangan orang (mangsa eksploitasi seksual).
7

Peranan Tenaganita dan Kerajaan Malaysia

Terdapat pelbagai NGO yang memperjuangkan isu pemerdagangan orang ini seperti WOA,
CAMSA, NCWO dan sebagainya, namun untuk kajian ini, Tenaganita menjadi agenda utama
perbincangan. Tenaganita telah memainkan peranan penting untuk membantu membela serta
memperjuangkan nasib mangsa-mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi seksual) terutamanya
dan dibincangkan dalam kajian ini5.

Di antara peranan yang telah dilakukan oleh Tenaganita untuk membantu mangsa-
mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi seksual) bagi kajian ini adalah dari aspek melakukan
program kesedaran kepada masyarakat berhubung masalah pemerdagangan orang dan memberi
perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang. Di antara program kesedaran yang telah
dilakukan oleh Tenaganita adalah melalui sidang dialog, program penentangan dan persidangan
berhubung isu perdagangn manusia. Tenaganita telah melakukan sidang dialog dengan pelbagai
institusi pada tahun 1993 dan Tenaganita juga telah melancarkan satu program penentangan
terhadap pemerdagangan orang. Pada tahun 1995 pula, Tenaganita telah melancarkan
persidangan pertamanya berhubung isu pemerdagangan orang yang bertajuk Peningkatan
perdagangan wanita di Malaysia. Selain itu, Tenaganita juga telah menubuhkan satu pusat
perlindungan bagi melindungi mangsa-mangsa pemerdagangan orang pada bulan Mei 2006
dengan kerjasama Organisasi Antarabangsa untuk Migran (International Organization for
Migrants (IOM)) yang telah melindungi seramai 26 orang mangsa (Aegile Fernandez 2012). Ini
menunjukkan bahawa Tenaganita telah memainkan peranan penting dalam membantu mangsa
pemerdagangan orang. Tenaganita juga memainkan peranan penting dalam penggubalan akta,
merupakan primer kepada Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) dan Pindaan 2010 dan
Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran dan juga Peranan Majlis Anti
Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) http://e-mesra.org.my/wanita/uploads (15
Mac 2013).

Selain itu, Tenaganita juga berperanan memberikan perlindungan kepada mangsa


pemerdagangan orang dengan menyediakan rumah perlindungan di mana mangsa-mangsa di

5
Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam melindungi hak-hak asasi wanita dan juga pendatang asing
(imigran) yang ditindas serta dieksploitasi oleh majikannya, Tenaganita telah memperjuangkan isu pemerdagangan
orang sejak 15 tahun dahulu. Tenaganita telah ditubuhkan pada tahun 1991.
8

bawah penjagaan Tenaganita diberikan perhatian, penjagaan, sokongan, ilmu dan juga latihan
sampingan. Usaha lain yang telah dilakukan oleh Tenaganita dalam membantu mangsa yang
menjadi mangsa eksploitasi seksual adalah dengan memberikan khidmat kaunseling, bantuan
perubatan, sesi ceramah dan motivasi serta berusaha menyediakan tiket penerbangan untuk
mangsa pulang ke kampung halaman masing-masing. Selain itu, mangsa juga diajar pelbagai
jenis kemahiran (komputer), dan juga bahasa Inggeris sehingga kes mereka selesai disiasat.
Mangsa juga diajar mengenai migrasi secara selamat6 (Aegile Fernandez 2012).

Merujuk kepada proses penghantaran pulang setelah selesai penyiasatan, mangsa akan
dihantar pulang menggunakan kapal terbang dengan selamat (safe repatriation) oleh Tenaganita.
Ini bermakna Tenaganita akan terus berhubungan dengan kerajaan atau NGO dan satu bentuk
perjanjian dibuat agar mangsa akan tiba dan disambut dengan selamat di lapangan terbang di
negara asal mereka. Setelah selamat sampai ke lapangan terbang, pekerja yang menguruskan
mangsa akan menghantar mangsa ke rumah perlindungan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk
memastikan keselamatan mangsa selamat kerana dikhuatiri mangsa ini akan dijejaki oleh konco-
konco, cukong atau agen bapa ayam yang berada di kampung. Jadi, pemantauan dan siasatan
akan dilakukan untuk memastikan keselamatan mangsa terjamin. Oleh kerana itu, mangsa
dihantar ke rumah perlindungan yang disediakan dahulu di samping diberikan latihan kemahiran,
kaunseling serta bantuan sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing. Sekiranya
keselamatan mangsa diyakini tidak terjamin (setelah pemantauan dan siasatan dilakukan) untuk
pulang ke kampung, negara mangsa akan menghantar mangsa ke negara lain untuk bekerja di
tempat atau kawasan lain. NGO-NGO di negara mereka akan turut sama membantu
mendapatkan pekerjaan untuk mereka (Aegile Fernandez 2012).

ASEAN Vientiane Action Plan merupakan satu usaha yang dilakukan dengan beberapa
buah negara sumber aktiviti pemerdagangan orang di rantau ini seperti Thailand, Singapura,
Indonesia, Vietnam, Kemboja dan juga Laos. Tenaganita percaya bahawa usaha antara negara
6
Maksudnya ialah sekiranya mereka telah pulang ke negara asal dan ingin kembali bekerja di luar negara, mereka
sewajarnya menggunakan medium yang betul, melakukan prosedur secara sah dan berhati-hati dengan sindiket
jenayah terancang ini. Ini kerana Tenaganita percaya bahawa mangsa ini kebanyakannya datang dari keluarga yang
miskin. Jadi, kemungkinan untuk mereka bekerja di luar negara adalah tinggi dan kerana itu mereka memberi tunjuk
ajar berhubung proses migrasi yang sebenar dan selamat. Mangsa-mangsa ini juga boleh terus menghubungi
kerajaan atau NGO di negara asal mereka sekiranya ingin datang semula bekerja di Malaysia. Mereka akan diajar
cara yang betul dengan menyediakan permit serta kontrak kerja dan sebagainya. Apabila mereka telah sampai di
Malaysia, Tenaganita akan terus berhubungan dengan mereka (Aegile Fernandez 2012).
9

serantau ini merupakan satu perkara yang harus diambil perhatian serius untuk menangani
masalah pemerdagangan orang. Selain itu, di peringkat serantau juga Tenaganita telah bergiat
aktif dalam menyediakan agensi dan bidang tugas berhubung pemerdagangan orang. Tenaganita
juga terlibat secara aktif dalam menyediakan tugas-tugas antara agensi di peringkat serantau
berhubung pemerdagangan orang antaranya adalah:

1. Thailand Malaysia Singapura


2. Thailand Malaysia Singapura Vietnam Kemboja Laos
3. Tenaganita Singapura Batam (dalam proses penyediaan)
4. Kempen peringkat global UK Metropolitan Police
Tenaganita, PDRM, MCPF 2006: 42

Walaupun di peringkat antarabangsa, Malaysia dikatakan tidak melakukan usaha yang


efektif dalam menangani masalah pemerdagangan orang seperti yang dinyatakan di dalam
Trafficking in Person Reports 2005, 2006 dan 2007, hakikatnya negara telah melakukan
beberapa program sebagai usaha mencegah jenayah pemerdagangan orang. Merujuk kepada
kerajaan Malaysia terdapat beberapa aktor atau agensi yang memainkan peranan penting dalam
menangani masalah pemerdagangan orang antaranya adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dan juga Jabatan Imigresen Malaysia. Bagi kajian ini disenaraikan beberapa
peranan serta usaha yang menunjukkan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam menangani
masalah pemerdagangan orang ini.

Antara peranan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani masalah
pemerdagangan orang adalah memberikan latihan kepada pegawai kerajaan bagi mengenal pasti
mangsa dengan membuat bengkel pengendalian mangsa pemerdagangan orang yang disertai oleh
PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri, Pegawai-
pegawai di KPWKM dan beberapa NGO di Malaysia. Peranan yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia ini selari dengan idea Zarina Othman (2004), di mana perlunya pendidikan khusus
berhubung pemerdagangan orang kerana ramai pihak berkuasa tidak dapat membezakan mangsa
perdagangan dengan penyeludupan. Justeru itu, dengan adanya latihan ini, diharapkan mangsa
tidak akan menjadi mangsa sekali lagi dan hak asasi serta keselamatan insan mereka terjamin dan
terbela. Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai mekanisma kerjasama serantau bagi
10

memerangi pemerdagangan orang dalam perjanjian multiliteral berhubung kerjasama perkara


jenayah dalam negara di rantau ASEAN. Malaysia juga terlibat dalam ASEAN Declaration yang
ditandatangi di Vientiane, Laos, pada 10th Summit pada 29 November 2004. Deklarasi ini
bertujuan untuk bersama-sama mencegah dan menentang pemerdagangan orang di kawasan
serantau ASEAN http://www.parlimen.gov.my/hindex/DN-24052007.pdf (14 April 2013).

PDRM merupakan salah satu institusi yang berada di dalam kerajaan Malaysia. PDRM
telah memainkan peranan penting dengan melakukan pelbagai usaha yang efektif dalam
menangani isu tersebut. Di antara peranan PDRM adalah melalui penguatkuasaan di mana
PDRM telah melakukan pelbagai tindakan proaktif dalam menangani masalah pemerdagangan
orang seperti:7

1. Mengenal pasti individu dan sindiket yang terlibat dalam kegiatan eksploitasi
seksual dan mengambil tindakan pendakwaan di bawah undang-undang yang
berkaitan.
2. Mengambil tindakan terhadap penganjur dan pengusaha haram di bawah Akta
Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat No.5 1969.
3. Mengenal pasti tempat-tempat yang sering dijadikan point of entry, penyeludup-
penyeludup yang membawa wanita-wanita warganegara asing untuk dijadikan
pelacur bagi tindakan pencegahan dan menyelamatkan mangsa.
4. Menjalin kerjasama dalam pertukaran maklumat dan risikan antara penguatkuasa
luar negara dan penguatkuasa tempatan bagi menangani masalah penyeludupan
wanita dan gadis untuk tujuan eksploitasi seksual.
5. Mengambil tindakan menyelamat mangsa-mangsa yang dikurung dan dipaksa
untuk menjadi pelacur apabila menerima maklumat dan laporan dari pihak
kedutaan, orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-10052007.pdf

(30 April 2013)

7
Penguatkuasaan ini meliputi elemen serbuan, pendakwaan, tangkapan mangsa dan pedagang, kawalan ketat di
point of entry, penguatkuasaan undang-undang dan dasar setelah undang-undang dan dasar dilaksanakan dan
sebagainya yang berhubungan dengan elemen ini.
11

PDRM juga telah mengadakan sebuah bengkel selama satu hari bagi merancang satu
strategi nasional berhubung masalah pemerdagangan orang. Antara peranan serta usaha dari
konteks penguatkuasaan adalah di mana pihak polis telah berjaya melumpuhkan beberapa
sindiket eksploitasi seksual di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan juga Selangor8.
Usaha lain yang telah dilakukan oleh PDRM ialah menghadiri persidangan pada 25 Mei 2006,
persidangan ASEANAPOL (ASEAN Chiefs of National Police) dengan beberapa negara
ASEAN yang lain berhubung penentangan terhadap pemerdagangan orang (Tenaganita, PDRM
& MCPF 2007: 29).9 Hasilnya, PDRM semakin bersungguh-sungguh dalam mengatasi masalah
pemerdagangan orang dan banyak pusat kegiatan haram yang telah diserbu dan sebagainya
seperti yang dinyatakan di dalam kajian ini bagi membuktikan kesungguhan usaha yang
dilakukan oleh PDRM. Malaysia mempunyai Akta Bantuan Bersama Dalam Jenayah 2002 (Akta
621) (Mutual Assistance in Criminal Matters) bagi mengendalikan kes-kes yang melibatkan
jenayah di negara-negara luar. Walau bagaimanapun, proses ini hendaklah mendapat persetujuan
daripada kedua-dua buah negara. Jabatan Peguam Negara memainkan peranan dalam hal ini
seperti mana peruntukan di bawah Seksyen 7 akta tersebut. Bagi membanteras jenayah
pemerdagangan orang, Malaysia telah mementerai beberapa perjanjian dalam bentuk
Memorandum of Outstanding (MoU) dengan beberapa negara luar bagi membendung jenayah
yang melibatkan persempadanan. Di samping itu, beberapa NGO dan NGO antarabangsa juga
dijadikan orang perantara bagi menjalinkan hubungan antara negara. Majlis Anti-Pemerdagangan
Orang (MAPO) merupakan suatu majlis yang dibentuk oleh KDN khususnya untuk membanteras
jenayah pemerdagangan orang dan menjalankan fungsi-fungsinya. PDRM merupakan salah satu
agensi di dalam majlis tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6, Akta Anti-
Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Jimrey Hillary 2013).

8
Pihak polis juga telah berjaya mengambil tindakan ke atas penganjur-penganjur kegiatan eksploitasi seksual dan
beberapa orang bapa ayam atau juga dikenali sebagai snake head di mana mereka ditahan di bawah Undang-
undang Pencegahan dan telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam. Pihak PDRM juga telah
berjaya menyelamatkan 371 warga asing daripada kegiatan eksploitasi seksual pada tahun 2004 http://161.
142.161.111?action=antidaganganmanusia.htm (18 Februari 2013).
9
Ahli persidangan ini akan bersidang setiap tahun dan membincangkan tentang pencegahan, penguatkuasaan dan
pengoperasian kerjasama dalam mengatasi jenayah rentas sempadan ASEANAPOL menggalakkan kerjasama
serantau dengan membina budaya teknologi maklumat di samping mewujudkan platform latihan dan kajian serta
menganjurkan persidangan-persidangan ini secara berterusan.
12

Selain daripada PDRM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(KPWKM) juga memainkan peranan penting dalam usaha membanteras masalah pemerdagangan
orang dan membantu mangsa-mangsa pemerdagangan orang ini. Antara peranan serta usaha
yang telah dilakukan oleh KPWKM adalah menyediakan program kesedaran kepada masyarakat
berhubung masalah pemerdagangan orang. Program kesedaran ini dilakukan dengan cara
melakukan kempen kesedaran awam mengenai masalah pemerdagangan orang melalui seminar,
bengkel serta pengedaran risalah http://161.142.161.111?action=antidagangmanusia.htm (18
Februari 2013). Selain itu, peranan yang telah dilakukan oleh KPWKM adalah membuat satu
persidangan dengan memberi latihan kepada polis dan pegawai Jabatan Imigresen bagi mengenal
pasti mangsa-mangsa pemerdagangan orang. KPWKM juga berperanan memberikan
perlindungan kepada mangsa di mana KPWKM telah membuka lima pusat khas (rumah
perlibdungan)10 bagi membantu golongan wanita yang memerlukan perlindungan, perkhidmatan
kaunseling dan kemahiran pekerjaan pada tahun 2003 di mana telah dikelola oleh Jabatan
Pembangunan Wanita
http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=kpwkm/menu_dasar&menu=kpwkm/dasarsos
ial&lang (13 Mac 2013).11 KPWKM juga mengadakan latihan kepada pegawai pelindung.
Namun begitu pegawai kebajikan masyarakat sedia ada sebenarnya telah terlatih untuk
mengendalikan kes-kes yang berkaitan. Antara latihan-latihan yang diberi kepada pegawai-
pegawai ini adalah kursus asas kaunseling dan lain-lain kursus berkaitan kaunseling, pengurusan
kerja kes, penyediaan laporan, pengurusan kanak-kanak, therapy post traumatic disorder dan
pengendalian konflik. Kursus ini kebanyakannya dijalankan di Institut Sosial Malaysia yang
terletak di bawah penyeliaan KPWKM http://www. parlimen.gov.my/hindex.pdf/DN-
10052007.pdf (30 April 2013).

Jabatan Imigresen juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras
masalah pemerdagangan orang. Peranan penting yang telah dilakukan oleh anggota serta
pegawai di Jabatan Imigresen dari aspek penguatkuasaan adalah seperti mengadakan kawalan
ketat pintu masuk aktiviti ini di samping mengadakan rondaan dan kawalan yang ketat di
perairan yang merupakan saluran pintu masuk (entry point) selain udara. Ini kerana banyak

10
Rumah Perlindungan Lima (RP5).
11
Lima buah negeri yang dibuka adalah di Kelantan, Pahang, Selangor, Melaka. Rumah perlindungan ini adalah
sebagai tempat perlindungan sementara kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan. Rumah
perlindungan di Selangor dijadikan rumah perlindungan khusus untuk pemerdagangan orang
13

aktiviti perdagangan ini dijalankan melalui sistem perkapalan. Mangsa-mangsa yang berjaya
ditangkap akan ditahan bagi sesi siasatan dan kemudiannya akan diserahkan oleh pihak polis
untuk mengambil tindakan seterusnya http://www.imi.gov.my/ (5 Mei 2008). Ekoran Malaysia
berada di kedudukan Tier 2 (watch list) dalam Trafficking In Person Reports (TIPS), Ketua
Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad mencadangkan agar menubuhkan satu
bahagian baru untuk memerangi jenayah pemerdagangan orang yang dikenali sebagai Bahagian
Anti Pemerdagangan Orang.12 Selain itu, Jabatan Imigresen juga sedang menjalani penyusunan
semula organisasi dan bahagian Anti Pemerdagangan Orang yang meliputi aspek struktur,
kelengkapan, pelaksanaan sistem dan tenaga manusia
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/12/mstar_berita/20130712102910&sec
=mstar_berita (12 Ogos 2010).

Selain itu, peranan kerajaan Malaysia adalah dari aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan
undang-undang dan dasar negara di mana pada 28 Februari 2008, kerajaan Malaysia telah
meluluskan Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) dan ia menjadi undang-undang serta
dasar negara Malaysia. Kemudian digubal menjadi Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan
Penyelidupan Migran 2007 (ATIPSOM). ATIPSOM 2007 digubal dan dirangka sedemikian rupa
bersesuaian dengan persekitaran Negara kita Malaysia. Melalui akta ini, nasib mangsa
pemerdagangan orang lebih terjamin kerana kandungan akta ini merangkumi aspek pendakwaan,
pencegahan, jagaan dan perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang.13 Kerajaan Malaysia
juga menjalinkan kerjasama dengan negara Ausralia dalam usaha membanteras jenayah
pemerdagangan orang. Malaysia juga mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara
ASEAN, sama ada kerjasama bilateral mahupun multiliteral seperti ASEAN Ministerial Meeting
on Transnational Crime (AMMTC), ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime
SOMTC dan Working Group on Trafficking in Persons (Khairi Azali Ibrahim 2013).

12
Jabatan ini bertujuan untuk memperkasakan lagi usaha kerajaan Malaysia dalam memerangi jenayah
pemerdagangan orang. (salah satu jenayah rentas sempadan). Selain itu, iai bertujuan agar bahagian ini dikhususkan
bagi memudahkan tugas dan operasi berkaitan dengan jenayah rentas sempadan lebih fokus. Cadangan penubuhan
Bagian Anti Pemerdagangan Orang ini merupakan inisiatif utama Jabatan Imigresen yang diiktiraf sebagai agensi
sector awam terbaik pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Global anjuran Institut Pengurusan
Malaysia (MIM)
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/12/mstar_berita/20130712102910&sec=mstar_berita (12
Ogos 2013).
13
Selain itu, Akta ini juga mempunyai peruntukan bagi kesalahan pemerdagangan orang (untuk pedagang),
perlindungan dan bantuan kepada orang yang didagangkan, penubuhan bagi Majlis Anti Pemerdagangan Orang
(MAPO) dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya
14

Sehubungan itu, melalui peranan yang telah dimainkan oleh Tenaganita dan kerajaan
Malaysia dalam membantu mangsa pemerdagangan orang secara tidak langsung telah membela
hak asasi mangsa di mana mangsa merasa bebas, mempunyai hak untuk hidup, mendapatkan
kemahiran dan sebagainya di mana ia selari dengan idea Locke bahawa setiap manusia
dilahirkan bebas, mempunyai hak, tiada perbezaan dari segi jantina dan warna kulit. Hasil
daripada diselamatkan dari kancah eksploitasi seksual, telah memberikan nafas baru buat mangsa
untuk meneruskan kehidupan dan tidak menjadi mangsa eksploitasi dan diskriminasi di mana
keselamatan insan mereka turut terjamin. Ini kerana hasil perlindungan daripada Tenaganita dan
juga kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa mangsa bebas dari sebarang bentuk ancaman
secara langsung dan tidak langsung kerana mereka dijaga dan diberi perhatian oleh pihak
Tenaganita serta kerajaan Malaysia. Peranan yang dilakukan oleh Tenaganita dan kerajaan
Malaysia ini selari dengan idea Bajpal, K. (2000) di mana beliau menyatakan bahawa
keselamatan ini melibatkan pelbagai individu dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman
langsung dan tidak langsung.

Keberkesanan Kerjasama Antara Tenaganita dan Kerajaan Malaysia dalam Menangani Isu
Pemerdagangan Orang

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Tenaganita dan kerajaan Malaysia yang menunjukkan
satu bentuk empowerment yang telah diambil oleh pihak ini dalam usaha membantu mangsa
pemerdagangan orang agar tidak terus dieksploitasi. Usaha yang dilakukan harus dipuji
walaupun tidak Berjaya membanteras jenayah ini sepenuhnya, namun ia dapat mengurangkan
jenayah ini secara berperingkat dan yang utama membantu mangsa-mangsa ini dalam pelbagai
aspek.

Peranan Tenaganita dan juga kerajaan Malaysia tidak hanya berada di lingkungan mereka
sahaja. Malah, terdapat kerjasama antara Tenaganita dan juga kerajaan Malaysia dalam bersama-
sama bergandingan membanteras aktiviti ini. Kerjasama di antara Tenaganita dan kerajaan
Malaysia dalam menangani masalah pemerdagangan orang ini dapat dilihat melalui aspek
penguatkuasaan dan advokasi. Kerjasama yang dilakukan bersama antara Tenaganita dengan
kerajaan Malaysia dari aspek penguatkuasaan adalah di mana sekiranya Tenaganita mendapat
informasi daripada mangsa, keluarga atau NGO dari luar negara, Tenaganita akan bekerjasama
dengan Polis Bukit Aman PDRM D7/D9 untuk menyelamatkan mangsa (Tenaganita, PDRM dan
15

MCPF 2006: 42). Selain itu, PDRM juga memberikan mangsa yang ditangkap kepada
Tenaganita untuk dilindungi (ditempatkan di rumah perlindungan yang disediakan) demi
menjamin keselamatan mangsa tersebut.

Merujuk kepada PDRM, mereka mempunyai kerjasama secara langsung dengan


Tenaganita selain daripada kerjasama yang dinyatakan di atas. Selain itu, PDRM bersama-sama
Tenaganita juga telah mengadakan persidangan berhubung penentangan terhadap
pemerdagangan orang pada 21 September 2006 di Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur.14
PDRM juga bekerjasama dengan Tenaganita dan MCPF bagi menghasilkan buku Stop
Trafficking in Persons A Transborder Crime in Region (output daripada persidangan tersebut).

Tenaganita adalah watch dog iaitu pemerhati kepada negara. Selain itu, Tenaganita juga
mewakili suara dari grassroot agar sampai ke pihak atasan iaitu kerajaan Malaysia. Justeru,
pelbagai perbincangan telah dilakukan bersama dalam membincangkan masalah pemerdagangan
orang yang semakin bergiat aktif di Malaysia sehingga Malaysia dikategorikan sebagai negara
transit, sumber dan destinasi bagi aktiviti ini. Tenaganita juga telah mengusulkan banyak cara
dalam mengatasi masalah pemerdagangan orang. Usaha Tenaganita dalam memperjuangkan
nasib mangsa pemerdagangan orang ini bermula sejak 15 tahun dahulu. Menurut Aegile,
Tenaganita begitu lantang dalam memperjuangkan nasib mangsa pemerdagangan orang sehingga
menjadi satu pertubuhan yang tidak mendapat sumbangan atau dana dari kerajaan ekoran terlalu
banyak bersuara. Beberapa perbincangan, perdebatan yang telah dilakukan bersama kerajaan
akhirnya membawa kepada Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang dan telah menjadi
Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) dan kemudian digubal menjadi ATIPSOM kini.
Akta ini termasuk di dalam undang-undang dan juga atau dasar negara (Aegile Fernandez 2012).
Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara Tenaganita dan kerajaan Malaysia dari konteks
advokasi di mana melalui idea, perbincangan bersama kerajaan Malaysia serta perdebatan yang
telah dilakukan oleh Tenaganita akhirnya mempengaruhi kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan
undang-undang dan dasar negara sehingga mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007
(Akta 670) pada 28 Februari 2008 dan ATIPSOM. Akta ini secara langsung telah menjadi
undang-undang dan dasar negara. Ini kerana sebelum adanya akta ini, tiada satu pengkhususan

14
Antara institusi serta NGO lain yang turut serta adalah Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF),
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), IOM, Jabatan Imigresen Malaysia dan ramai lagi.
16

berhubung isu pemerdagangan orang, namun dengan adanya akta ini nasib mangsa
pemerdagangan orang lebih terbela dan terjamin.

Menurut Khairi Azali Ibrahim (2013), Tenaganita mempunyai hubungan langsung dan
tidak langsung dengan KDN dalam perbincangan dan program-program berkaitan
pemerdagangan orang dan mempengaruhi dalam penggubalan dasar. Selain itu, Datuk Shahrizat
(Menteri KPWKM pada masa itu), menyatakan bahawa kerajaan bersama beberapa NGO di
Malaysia berusaha menyediakan rumah perlindungan di samping menyediakan beberapa
perkhidmatan lain bagi membantu mangsa-mangsa pemerdagangan orang ini. Di samping itu,
kerajaan juga menyediakan dana kepada NGO yang disenaraikan dalam usaha membantu
mangsa pemerdagangan orang. Walau bagaimanapun, Tenaganita tidak mendapat peruntukan
dana tersebut.

Hasil pemerhatian mendapati bahawa kerajaan Malaysia dan Tenaganita memainkan


peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Penggabungan dan kerjasama yang dilakukan
secara langsung dan secara tidak langsung telah membantu membela hak asasi mangsa dan
menjamin keselamatan insan mangsa. Tambahan pula, melalui penggabungan kerjasama, secara
tidak langsung membawa banyaknya penggabungan idea bagi membanteras jenayah
transnasional ini yang mengancam keselamatan insan dan juga negara. Kerjasama antara
Teanaganita dengan kerajaan Malaysia ini merupakan pengaplikasian konsep daripada idea
Bajpal, K. yang sedikit sebanyak telah diadaptasikan di Malaysia.

Kelemahan Kerjasama Antara Tenaganita dan Kerajaan Malaysia dalam Menangani Isu
Pemerdagangan Orang

Terdapat beberapa kelemahan dalam usaha menangani pemerdagangan orang. Merujuk kepada
Tenaganita khusunya terdapat kelemahan dari segi penyediaan infrastruktur di mana rumah
perlindungan yang disediakan tidak mampu menampung bilangan mangsa yang ramai. Selain itu,
kelemahan utama yang lain adalah masih ramai orang awam, pegawai kerajaan terutamanya
yang tidak memahami apa itu pemerdagangan orang termasukla agensi-agensi pelaksana.
Justeru, perlunya kursus, pendidikan dan pemahaman yang mendalam berhubung isu ini.
17

Di pihak kerajaan, rumah perlindungan masih tidak mencukupi untuk menampung


mangsa pemerdagangan orang.15 Kerajaan dalam usaha menambahbaik dengan mencadangkan
ingin mewujudkan rumah perlindungan di setiap negeri yang dikendalikan oleh seorang pegawai
yang dilantik. Ini kerana rumah perlindungan berada jauh dari lokasi sesuatu kes dibicarakan.
Contohnya mangsa ditangkap atau diselamatkan di Kedah tetapi rumah perlindungan di tempat
lain. Ini memberi satu kesukaran dan menambahkan kos yang besar untuk menampung
perbelanjaan tersebut. Selain itu, kelemhan dari segi pelaksanaan undang-undang di mana proses
mahkamah mengambil masa bertahun-tahun untuk menjatuhkan hukuman. Ini memberi
kesukaran bukan hanya di pihak rumah perlindungan, malah mangsa juga bosan kerana terlalu
lama tinggal di rumah perlindungan (Siti Fairuz Salehuddin, 2013). Justeru, wajar ditubuhkan
mahkamah khas untuk kes-kes ini agar tidak ada kes yang pending bukan hanya satu kawasan,
malah boleh diwujudkan di setiap negeri agar ianya memberi impak yang amat efektif. Selain
Untuk menyelesaikan isu pemerdagangan orang, kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar
untuk membanteras jenayah ini (Khairi Azali Ibrahim, 2013).

Kelemahan kerjasama di mana KPWKM tidak mempunyai kerjasama secara langsung


dengan Tenaganita dalam isu ini. Ini kerana terdapat beberapa NGO lain yang berhubungan
dengan kementerian atau jabatan ini. Selain itu, merujuk kepada rumah perlindungan, NGO
memohon agar rumah perlindungan yang dijaga oleh Jabatan Pembangunan Wanita di bawah
KPWKM diusulkan agar diambil alih oleh NGO-NGO yang berhubungan, di mana ia masih
dalam cadangan dan tiada kata putus oleh pihak MAPO. ATIPSOM juga harus diperbaiki dari
semasa ke semasa untuk proses penambahbaikan selaras dengan perubahan dunia dan jenayah
ini. NGO perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis bagi
Antipemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih
cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan.

Selain itu, kelemahan lain yang dapat dilihat adalah agensi-agensi ini terikat dengan
dasar-dasar kerajaan (dasar luar) yang membenar atau tidak membenarkan suatu kerjasama
dilakukan di mana Malaysia masih binding dengan dasar-dasar Kementerian Luar yang
dipertanggungjawabkan dalam membanteras isu pemerdagangan orang.

15
Rumah perlindungan hanya mampu menempatkan seramai 30 orang mangsa bagi sesebuah rumah.
18

Hasil kajian menunjukkan bahawa kerajaan dan Tenaganita harus saling bekerjasama
dalam membanteras jenayah ini. Perlunya persefahaman dan toleransi antara agensi agar segala
kelemahan dapat diatasi dengan jayanya.

Kesimpulan

Pemerdagangan orang merupakan isu yang semakin berleluasa dan merupakan cabaran global
masa kini selari dengan jenayah-jenayah yang lain di mana Malaysia bukan hanya negara
destinasi, malah transit bagi aktiviti ini. Aktiviti ini juga memberi ancaman begitu besar bukan
hanya pada negara, malah mangsa dan juga individu. Bales, 1999; Denisvoa, 2004; Mattar, 2005,
menyatakan bahawa pemerdagangan seksual merupakan satu isi hak asasi manusia yang terbesar
pada masa kini. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlakunya pemerdagangan orang di
Malaysia. Walaupun, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia serta
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia dan sebagainya, Malaysia masih berada di
tahap Tier 2 (watch list) dalam Trafficking in Persons Report (TIPS) selama empat tahun
berturut-turut. Mengapa ini terjadi? Ini kerana (TIPS) merupakan sebuah laporan sebelah pihak.
Amerika Syarikat secara bersendirian membuat penilaian dan meletakkan negara-negara dinilai
mengikut tahap, 1, 2, 2 (pemerhatian) dan 3. US menilai negara-negara di dalam laporan tersebut
berdasarkan kepada perundangan domestik negara tersebut iaitu Trafficking Victims Protection
Act (TVPA) 2000. Malaysia melaksanakan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang
atas dasar hak asasi manusia dan imej negara (yang didakwa tidak serius dalam membanteras
jenayah ini). Melihat dalam lingkungan ASEAN sahaja, 7 negara merupakan negara sumber
manakala 3 negara merupakan negara penerima (termasuk Malaysia).

Secara keseluruhan, Tenaganita dan kerajaan Malaysia memberi sumbangan besar dalam
uasaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di kerjasama di antara keduanya dalam
membantu membela nasib, hak asasi mangsa dan menjamin keselamatan insan mangsa. Ini
merupakan satu langkah yang proaktif telah diambil oleh kesemua aktor yang terlibat bagi
menangani isu pemerdagangan orang di samping membela hak asasi dan keselamatan insan
mangsa pemerdagangan orang (mangsa eksploitasi seksual).
19

RUJUKAN

Bales, K. (1999). Disposable people: New slavery in the global economy. Berkeley,
CA: University of California Press.
Denisova, T. (2004). Trafficking in women and children for purposes of sexual
exploitation: The criminological aspect. In J. O. Finckenauer & J. L. Shrock
(Eds.), Prediction and control of organized crime: The experience of Post-Soviet
Ukraine (pp. 43-51). Piscataway, NJ: Transaction.
Dervitsiotis, K. N. (2001). Emerging elements of a world view for sustainable quality. Total
Quality Management, 12(7&8), 817-824. doi: 10.1080/09544120100000002

Held, D., & Kaya, A. (2007). Introduction. In D. Held & A. Kaya (Eds.), Global inequality (pp.
1-25). Cambridge, UK: Polity Press.

Farley, M. 2003. Prostitution, Trafficking and Traumatic Stress. USA: The Haworth Press Inc.

Goldberg, G. S., & Kremen, E. (Eds.). (1990). The feminization of poverty: Only in America?
New York, NY: Praeger Publishers.

Jones, L., Engstrom, D. W., Hilliard, T., & Diaz, M. (2007). Globalization and human
trafficking. Journal of Sociology & Social Welfare, XXXIV(2), 107-122. Retrieved from
http://www.wmich.edu/hhs/newsletters_journals/jssw/

Little, D. (2003). The paradox of wealth and poverty. Boulder, CO: Westview Press.

Mattar, M. (2005, June 29). Trafficking in persons, especially women and children.
Paper presented at the 2005 Effective Measures to Combat Trafficking in Persons.
Outline retrieved September 8, 2005, from http://protectionproiect.org/lawex.htm
Nafisah Ilham Hussin. 2008. Keselamatan Insan dan Isu Perdagangan Manusia: Analisis
Peranan Tenaganita dan Kerajaan Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Sains Sosial. Bangi:
UKM.
Naims, M. 2006. Illicit How Smugglers, Traffickers and Copycat are Hijacking the Global
Economy. New York: Anchor Books Edition.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM). 2013. Statistik Mangsa Pemerdagangan Orang: Eksploitasi
Seksual. Kuala Lumpur: PDRM.

Tenaganita, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Malaysia Crime Prevention (MCPF). 2007.
National Conference: Stop Trafficking in Persons, A Transborder Crime in the Region.
Kuala Lumpur: Seasons Sdn. Bhd.
20

William L. Richter and Linda K. Richter. 1999.Human Trafficking, Globalization, and Ethics
Introduction Bales, Kevin. Disposable People: New Slavery in the Global Economy.
Berkeley: University of California Press.

Widgren, J., 1994. Multilateral co-operation to combat trafficking in migrants and the role of
international organizations. Paper presented at the Seminar of the IOM on International
Response to Trafficking in Migrants and the Safeguarding of Migrant Rights. Geneva.

Zarina Othman. 2004. Trafficking Women and Children in Southeast Asia: Focus on Malaysia.
Journal of Population, 10 (31) pp 31: 532.

Temubual:

Aegile Fernandez. Koordinator Tenaganita. 2012. Masalah Perdagangan Manusia (Pelacuran),


Peranan serta Usaha yang telah dilakukan oleh pihak Tenaganita. Kuala Lumpur.
Temubual, 16 Mei.

Dra Bertha Lina Efendi, Kaunselor KBRI. 2012. Mangsa Perdagangan Manusia, Peranan serta
Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh KBRI berhubung isu tersebut. Kuala
Lumpur.Temubual, 3 Jun.

Jimrey Hillary. Unit Pemerdagangan Orang, Bukit Aman, PDRM. 2013. Peranan PDRM Dalam
Usaha Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang Di Malaysia. Kuala Lumpur.
Temubual, 18 April.

Khairi Azali Ibrahim. Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam
Negeri (KDN). 2013. Peranan MAPO dan KDN Dalam Pemerdagangan Orang Di
Malaysia. Putrajaya. Temubual, 3 April.

Siti Fairuz Salehuddin. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jabatan Pembangunan


Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita (JPW), Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
2013. Peranan JPW Dalam Membantu Mangsa-mangsa Pemerdagangan Orang di
Malaysia. Kuala Lumpur. Temubual, 10 April.
21

Atas Talian:

A Web Resource for Combating Human Trafficking (Malaysia). 2006.


http://www.humantrafficking.org/countries/malaysia (9 Februari 2013).

Bajpal, K. The Idea of a Human Security Audit. Joan B. Kroc Institute Report, No. 19. Fall 2000,
p. 1-4. http://www.nd.edu/-krocinst/ocpapers/op_19_1.PDF (9 Mac 2008).

Chapter One: Introduction to Human Trafficking.


http://www.humantrafficking.org/uploads/ publications/Full.Book.pdf (13 Februari 2013).

Dedring, J. (2004) Dedring, J. 2004. Human Security Peace-Building and the UN Security
Council, pg:1.
http://www.gmu.edu/academic/hsp/Dedring.htm (14 Februari 2008).

http://161. 142.161.111?action=antidaganganmanusia.htm (18 Februari 2013).

Iwan Shu-Ashwad Shuaib. 2013. Jabatan Imigresen Cadang Tubuh Bahagian Baru Perangi
Pemerdagangan Orang.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/12/mstar_berita/20130712102910
&sec=mstar_berita (12 Ogos 2013).

Jabatan Imigresen Malaysia.


http://www.imi.gov.my/ (5 Mei 2008).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=kpwkm/menu_dasar&menu=kpwkm/das
arsosial&lang (13 mac 2013).

Parlimen Malaysia
http://www.parlimen.gov.my/hindex/DN-24052007.pdf (14 April 2013).

Parlimen Malaysia
http://www. parlimen.gov.my/hindex.pdf/DN-10052007.pdf (30 April 2013).
22

Peranan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS)


http://e-mesra.org.my/wanita/uploads (15 Mac 2013).
Trafficking in Persons Report 2007 (TIPS).
http://www.state.gov/documents/organization/82902.pdf. (1 Julai 2013).

U.S. Department of State. (2000). Trafficking in persons report 2000. Retrieved from
http://www.state.gov/documents/organization/4107.pdf (3 Februari 2013).

You might also like