You are on page 1of 7

HGM3053- GEOGRAFI WILAYAH ASIA MONSUN

ULASAN JURNAL

NAMA: SITI ARISHA BINTI MOHD SABRI


NO. MATRIK: D20171078732
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (GEOGRAFI)
SEMESTER: 6
KUMPULAN: B
NAMA PENSYARAH: DR. ZURIATUNFADZLIAH BINTI SAHDAN
ARTIKEL 1

TAJUK JURNAL: STRATEGI ORGANISASI WANITA ANTI TRAFFICKING APNE


AAP DALAM PENANGGULAN ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA DI INDIA.

Pemerdagangan manusia merupakan isu global yang dikategorikan sebagai salah satu

“transnational crime” iaitu jenayah antara semapadan. Melalui kongres perikatan bangsa-

bangsa bersatu di Kairo, Mesir pada 29 april hingga 8 may 1991 yang membincangkan 18 jenis

jenayah lintasan sempadan dan salah satunya ialah pemerdagangan manusia. Aktiviti jenayah

ini telah mengaut keuntungan sehingga berbillion dollar amerika setiap tahun. Kawasan utama

yang mendapat tmpuan jenayah ini ialah kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara yang mana

antara negara tertinggi kegiatan pemerdagangan manusia ini ialah negara india. India

merupakan negara yang penjadi transit kegiatan pemerdagangan manusia malah 90% nya

adalah berlaku pemerdagangan dalaman yang berlaku antara wilayah di india. Disebabkan oleh

kegiaan ni makin giat berlaku, muncul satu pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai

Apne Aap yang mana merupakan sebuah organisasi anti-trafficking yang muncul daripada

masyarakat lapisan bawah.

Apne Aap merpakan NGO yang berusaha membentuk insiatif bagi membendung

masalah pemerdagangan manusia, terutamanya penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Inisiatif yang dibentuk adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita akan potensi

mereka untuk membawa perubahan terhadap kehidupan sosial mereka. Antara golongan yang

mendapat faedah daripada program ini adalah, mangsa atau mangsa yang terselamat daripada

kegiatan pemerdagangan manusia, golongan wanita yang berisiko, golongan yang terpinggir,

golongan yang hidup dalam kemiskinan, mangsa kekerasan rumah tangga, terjebak dengan

pernikahan di usia muda dan banyak lagi. Seterusnya apabila kesemua golongan in

dikumpulkan, mereka akan dibahagi kepada dua kelompok iaitu kishori mandal iaitu “youth

group” dan kelompok keda ialah mahila mandal iaitu “women’s group”. Tujuan kelompok ini
dibentuk adalah utuk meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melawan dan menghentikan

aktiviti pemerdagangan manusia di India.

Strategi pertama yang dilakukan adalah bermula dengan dari bawah yang mana, pihak

NGO cuba untuk memenuhi kekurangan keperluan asas seperti makanan, rawatan kesihatan

dan tempat untuk berlindung. Strategi yang dilakukan berterusan sehingga pihak atasan yang

mana, pihak NGO turut meminta kerjasama dari pihak tempatan dan seterusnya kerajaan pusat.

Antara usaha yang dilakukan adalah seperti mengubah perlembagaan tertentu dalam system

pentadbiran kerajaan. Hal ini dapat memperlihatkan usaha Apne Aap merupakan organisasi

yang memperjuangkan kebebasan bagi setiap wanita untuk membendung kegiatan

pemerdagangan manusia.

Jurnal ini turut membincangkan tentang konsep pemerdagangan manusia yang mana,

melibatkan kaedah kegiatan ini dilakukan seperti merekrut, pemindahan atau penerimaan

mangsa. Seterusnya cara kegiatan ini dilakukan samada menggunakan kekerasan, paksaan

penculikan, penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengendalian kegiatan ini. Akhir sekali

ialah tujuan kegiatan ni dilakukan yang mana bertujuan untuk mengeksploitasi yang

melibatkan seksual atau pengambilan organ. Secara keseluruhan, kedudukan wanita dalam

kelas sosial masyarakat telah menyebabkan mereka mudah terjebak dengan kegiatan

pemerdaganggan manusia dan antara penyebabnya adalah keadaan ekonomi keluarga,

kekerasan dan diskriminasi dalam rumahtangga, pernikahan di usia muda dan banyak lagi.

Oleh hal demikian, NGO Apne Aap telah membentuk beberapa alternatif dengan

memperkenalkan beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah ini antaranya adalah

dengan meningkatkan keyakinan dalam diri golongan ini dalam menuntut hak-hak yang

sepatutya menjadi milik mereka. Hal ini kerana di India, golongan perempuan dianggap

golongan yang berada pada kasta yang rendah dan sentiasa ditindas. Kemunculan Apne Aap
adalah untuk mengubah pandangan masyarakat dan pemerintah di India bahawa golongan

perempuan juga sebahagian daripada warganegara yang sepatutnya mendapat perlindungan

dan mempunyai hak-hak yang sama dengan golongan lelaki.

Apne Aap telah menggunakan kepentingan gender sebagai salah satu strategi intuk

mendapatkan hak-hak wanita dalam sosial masyarakat. Perbezaan peranan wanita dalam sosial

masyaraktat di pertikai dan keperluan gender yang terhasil daripada perjuangan wanita setiap

hari dalam pembahagian kerja adalah berasarkan jantina. Ketidakadilan dalam masyarakat

sosial dapat dilihat apabila dalam pungutan suara berkaitan politik, wanita tidak berpeluang

untuk memperoleh kerusi dalam pilihanraya. Selain itu, dari segi pembayaran upah yang mana,

pendapatan yang diberikan tidak sama rata dengan orang lelaki kerana pekerjaaan wanita

dianggap tidak bernilai dan tidak diakui.

Selain itu, Apne Aap turut memperkenalkan penyelesaian seperti, membentuk hak-hak

bagi wanita dan kanak-kanak perempuan iaitu hak untuk perlindungan undang-undang, hak

mendapatkan pendidikan dan hak untuk mempertahankan dan memperoleh rumah yang selesa.

Seterusnya pendekatan kedua yang dilakukan adalah kempen yang mana utnuk menyekat

kegiatan pemerdagangan manusia. Kempen ini bertujuan membawa perubahan sosial yang

mana, bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya kaum lelaki yang memiliki

peranan penting dalam industri ini dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk membentuk

undang-undang khas dalam membendung masalah ini.

Kesimpulannya, Apne Aap telah berusaha untuk menyelesaikan masalah bermula dari

individu yang menjadi mangsa dan komuniti masyarakat bagi mengembangkan diri dalam

masyarakat bagi mengelakkan kegiatan ni terus berleluasa. Hasil daripada usaha yang

dilakukan oleh NGO ini, mereka berjaya membawa perubahan dalam masyarakat di India

bermula dari individu sehingga ke pemerintahan pusat. Menurut Apne Aap, bagi membedung
masalah ini, bukan hanya menangkap pelaku tetapi harus dibendung hingga ke akar dimana

bermulanya jenayah ini. Hal ini hanaya dapat diselesaikan sekiranya adanya kesedaran dalam

diri setiap rakyat dan mendapat kerjasama dari masyarakat setempat.

ARTIKEL 2

TAJUK ARTIKEL: PEMERKASAAN WANITA MELALUI PENDIDIKAN DI

PAKISTAN: SUATU KAJIAN TERHADAP PERJUANGAN MALALA YOUSAFZAI.

Dalam kehidupan dunia yang semakin moden, pemerkasaan dan otonomi wanita seta

penambahbaikan status politik, sosial, dan ekonomi adalah sangat penting. Melalui pendidikan

pemerkasaan terhadap wanita dapat dilakukan bagi pembangunan Negara yang mapan.

Menurut jurnal ini, kajian yang dilakukan keatas Negara Pakistan dapat dijadikan contoh

bagaiman pemerkasaan wanita dilakukan. Hal ini kerana, Pakistan merupakan Negara yang

masih baru dibentuk hasil daripada perpecahan India. Sebelum perpecahan india, peranan asas

wanita ialah hanya ibu dan sri rumah. Hal ini kerana wanita tidak digalakkan untuk

mendapatkan pendidikan formal kerana ianya cenderung kepada aliran barat dan kolonial.

Namn pada hujung abad ke-19, perkara ini berubah apabila usaha Sayyed Ahmad dan

pemimpin yang lain, bilangan wanita yang dihantar utnuk mendapatkan pendidikan meningkat.

Hal ini menyebabkan kebanyakan wanita ini pemimpin pergerakan wanita Pakistan. Namun di

luar bandar, peratusan kanak-kanak perempuan yang dihantar ke sekolah adalah sangat rendah.

Sejak kecil lagi, kanak-kank di Pakistan diajar bahawa mereka merupakan golongan yang lebih

rendah berbanding kaum lelaki. Hal ini kerana, mereka ditunjukkan contoh idmana, suami akan

sentiasa berjala di depan bersama anak lelaki manakala, isteri mengikuti mereka dari belakang

bersama anak perempuan.

Kajian yang dilakukan menunjukkan Pakistan masih menghadapi masalah

ketidaksamaan jantina dan masalah untuk mendapat pendidikan. Hal ini menyebabkan
tercetusnya perjuangan Malala Yousafzai dalam memperjuangkan hak wanita untuk

mendapatkan pendidikan. Kejadian serangan terhadap sekolah dan universiti masih lagi

berlaku di Pakistan. Hal ini terjadi kerana hak untuk mendapatkan pendidikan masih lagi

dinafikan oleh Taliban. Usaha yang dilakukan oleh Malala dengan membangunkan sekolah

telah banyak membantu kanak-kanak di Pakistan. Tidak hanya itu, Malala fund turut membantu

merekrut guru wanita dan menghapuskan diskriminasi jantina. Namun dengan usaha yang

dilakukan oleh Malala masih lagi tidak mencukupi. Hal ini kerana, statistic menunjukkan

Pakistan secara keseluruhannya masih lagi menghadapi masalah dengan isu kesamarataan

jantina dan hak kanak-kanak perempuan untuk ke sekolah.

Malala telah melakukan pendekatan dalam bentuk faminisme yang mana, Malala

percaya gender merupakan punca utama perpecahbelahan masyarakat. Mereka berpendapat

penindasan terhadap wanita bermula daripada diskriminasi undang-undang dan institusi yang

menafikan kewibawaan dan kebebasan wanita. Oleh itu, Malala berusaha untuk memastikan

perubahan terhdapa dasar dan budaya yang diperlukan untuk golongan wanita bagi mencapai

hak asasi mereka. Dapat dilihat bahawa usaha Malal adalah tertumpu kepada penyelesaian yang

sah melalui perubahan undang-undang dan institusi.

Berdasarkan perjuangan Malala, dapat dilihat bahawa, pendidikan memainkan peranan

penting dalam membebaskan dan membuka minda manusia. Namun, ia dilihat sebagai suatu

perkara yang susah untuk wanita di Pakistan apabila hak mereka telah dinafikan oleh golongan

ekstrimis Taliban dan kerajaan yang tidak tegas menanggani Taliban. Penubuhan Malala Fund

turut dapat membantu Negara lain seperti Syria, Nigeria, Afghanistan, brazil dan banyak lagi

dari segi pendidikan dan uuntuk memastikan kanak-kanak perempuan terutamanya mendapat

hak pendidikan. Perjuangan Malala turut tidak melupakan kaum lelaki kerana Malala

mementingkan kesamarataan dalam mendapatkan pendidikan. Berdasarkan junal ini, melalui

lanskap pendidikan Malala Yousafzai berjuang dengan harapan utnuk memberi sumbangan
dalam dunia akademik untuk menyelesaikan masalah kedudukan wanita dalam hak

berpendidikan di Pakistan.

You might also like