You are on page 1of 49

KAJIAN TERHADAP GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA DAN PERBANDINGAN DENGAN AGAMA ISLAM

PUAN NORASYIKIN BINTI HAMZAH

KUMPULAN 8 : MEGAMI
NUR SYAHIRA BT HOZAMI FAIRUZ HANANI FARAHIYAH BT AZMAN NOOR ANINA BT AB BAKAR NUR SYAZWANI BT MOHD BOHARI NOR HIDAYAH BT SUMSUDIM SITI ZUHAILA BT ABD WAHID NUR HIDAYAH BT HUSAIN WAN NOOR HAZIRAH BT WAN SULAIMAN IIS 130009 IIS 13001 IIS 130007 IIS 130010 IIT 130002 IIT 130003 IEF 130014 IEF 130022 019-7556765 013-4410955 019-9805208 013-4467801 017-4841509 011-12159303 013-4274090 013-3460416

PEMBENTANGAN MINGGU KE-8, 27/11/2013, GILIRAN PERTAMA

TAJUK KERTAS KERJA :

KAJIAN TERHADAP GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA DAN PERBANDINGAN DENGAN AGAMA ISLAM

1.0 - PENGENALAN
Pada masakini, umat Islam terutamanya di Malaysia telah diserang dengan ideologi yang mengancam aqidah. Antaranyaialah ideologi feminism yang telah meracuni pemikiran umat Islam tanpa disedari. Contohnya pada hari ini terdapat tuntutan hak kesamarataan dalam perwarisan harta antara lelaki dan perempuan, tuntutan penarikan semula hak poligami dan tuntutan persamaan hak dalam penceraian. Maka kami memilih tajuk Kajian Terhadap Gerakan Feminism di Malaysia Dan Perbandingannya Dengan Agama Islam. Responden kami adalah dalam kalangan pelajar

Universiti Malaya (UM) dan kajian kami adalah berdasarkan objektif yang ingin kami capai.

1.1 - OBJEKTIF KAJIAN


1- Mengkaji sejarah dan pengaruh gerakan feminisme di Malaysia. 2- Mengenalpasti gerakan-gerakan feminisme yang ada di Malaysia. 3- Mengkaji ideologi gerakan feminisme dan perbandingannya dengan agama Islam. 4- Menilai tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaya (UM) feminisme di Malaysia. 5- Mengenalpasti sama ada ideologi feminisme ini memberi ancaman kepada aqidah umat Islam kini. tentang gerakan

1.2 - KAEDAH PENYELIDIKAN


Sebelum memulakan kajian, kami telah mengenal pasti beberapa kaedah yang perlu kami gunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, jenisjeniskaedah penyelidikan yang kami gunakan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah kaedah penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif. Umumnya, kaedah kuantitatifini melibatkan perangkaan, pengiraan dan analisis data secara menyeluruh. Manakala kaedah kualitatif pula melibatkan catatan. Di sini, kami telah mengkaji dan menganalisis data melalui kaedah kuantitatif dandisokong olehkaedah kualitatifuntuk memperoleh hasil kajian yang lebih tepat.Tanpa gabungan daripada kedua-dua kaedah ini, mungkin data yang dikaji terhad dan hasilnya tidak memuaskan. Seterusnya, jenis-jenis pengumpulan data yang kami gunakan pula adalah menerusi kajian perpustakaan dan lapangan. Jika kami menggunakan kedua-dua kajian tersebut, maka hasil kajian yang berdasarkan pembacaan dapat dikukuhkan lagi dengan penemuan daripada kajian lapangan. Berikut menerangkan lagi kaedah-kaedah yang digunakan:(i) Rujukan Sebelum memulakan kajian, kami perlulah membaca dan merujuk beberapa bahan rujukan terlebih dahulu. Oleh itu, kami telah berkunjung ke Perpustakaan Utama, Universiti Malaya(UM) untuk mendapatkan rujukan tersebut. Bahan rujukan yang kami gunakan terdiri daripada sumber primer dan sekunder.Contoh sumber primer yang kami gunakan ialah temu bual, al-Quran & al-Hadis. Manakala, bagi sumber sekunder pula, kami telah menggunakan bahan-bahan rujukan seperti buku dan laman sesawang. Kebanyakan info yang kami perolehterdapat di dalam blog dan laman web yang boleh dipercayai. Hal yang demikian dapat

memudahkan lagi kerja kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh pensyarah. (ii) Soal selidik Borang soal selidik kami dirangka menggunakan empat pendekatan iaitu soalan dikotomi, aneka pilihan, skala jumlah tetap dan subjektif. Kami telah mengedarkan borang ini kepada 35 orang responden di sekitar kolej-kolej kediaman UM. Responden terdiri daripada 16 orang lelaki dan 19orang perempuan yang merupakan pelajar-pelajar UM.Tujuannya adalah untuk memudahkan kami untuk menganalisis data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Kesemua responden ini telah dipilih secara rawak dari segi fakulti, tahun pengajian dan peringkat pengajian. Tiada masalah yang dialami sepanjang sesi soal selidik. Kesemua responden memberi kerjasama yang baik kepada kami. (Borang soal selidik sila rujuk lampiran) (iii) Temu bual Untuk melengkapkan lagi hasil kajian kami, kaedah temu bual digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan data tambahan daripada responden. Kami telah memilih dua orang responden yang merupakan pensyarah dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam UM. Mereka telah diajukan beberapa soalan berhubung pelbagai perkara bagi mendapatkan pandangan mereka. Kedua-dua responden memberi kerjasama yang baik dalam kajian ini.Melihat kepada keperluan kajian, kami memilih untuk mendapatkan data dengan kaedah temu bual berstruktur secara individu. Seterusnya, kaedah bersemuka telah dilaksanakan kerana mudah untuk berinteraksi dengan responden bagi mendapatkan maklumat lanjut. (Soalan temu bual sila rujuk lampiran)

1.3 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN 1.3.1 SEJARAH GERAKAN FEMINISME
a. Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Gerakan Feminisme : Feminisme ialah sebuah gerakan wanita yang menuntut hak kesamarataan dengan lelaki dalam bidang politik, social, ekonomi serta undang-undang keselamatan bagi melindungi wanita dari kebahayaan dan dari sebarang diskriminasi gender. Gerakan feminisme tercetus di akhir abad ke-18, dipelopori oleh tokoh gerakan feminis pertama di eropah iaitu Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet. Gerakan ini mula tercetus melalui pengaruh Lady Mary Wortley Montagu yang mencetuskan kebangkitan dalam kalangan wanita dalam menuntut hak kebebasan dan kesamarataan hak. Buku gerakan feminisme yang pertama diterbitkan ialah A Vindication of the Rights of Woman tulisan Mary Wollstonecraft di Britain. Di Britain pada tahun 1903, di bawah pemerintahan Emmeline Pankhurst, sebuah pertubuhan gerakan feminisme bernama Women's Social and Political Union (WSPU) ditubuhkan bagi menuntut hak mengundi bagi kaum wanita. Demonstrasi jalanan dilakukan secara besar-besaran oleh kaum wanita dari pelbagai lapisan umur dan kelas sosial bagi menuntut hak mereka, mereka yang terlibat dengan demonstrasi ditangkap dan dipenjara, lokasi demonstrasi ditutup dan dihalang daripada berdemo, serta wanita-wanita yang menjadi ahli parlimen dikeluarkan daripada menjadi sebahagian ahli parlimen. Apabila Perang Dunia Pertama tercetus, WSPU membuat keputusan untuk memberi bantuan dan sumbangan dalam peperangan tersebut. WSPU memberi sumbangan besar dalam

peperangan tersebut dengan kehadiran seribu sukarelawan turut serta memberikan sumbangan, dan ini menjadi faktor terbesar dalam menjadikan pertubuhan WSPU mula diterima kerajaan dan sekatan daripada kerajaan mula dikurangkan terhadap gerakan pertubuhan ini. Di Amerika Syarikat, kebangkitan gerakan wanita ini pertama dilakukan bagi menuntut hak kebebasan dari perhambaan wanita pada tahun 1848 dibawah pimpinan Elizabeth Cady Stanton. Beliau menyuarakan tuntutan ini dalam Women's Rights Convention di Seneca Falls, New York. Pada tahu 1950, sebuah lagi konvensyen yang sama dianjurkan oleh Lucy Stone, juga merupakan aktivis feminisme dan akhirnya kedua-dua tokoh ini bersetuju menubuhkan satu pertubuhan Women's National Loyal League, pada tahun 1863, di bawah pimpinan Susan B. Anthony. Pada tahun 1920 hingga 1960, gerakan feminisme ini kemudiannya disebarluas melalui beberapa gerakan politikal wanita seperti pertubuhan League of Women Voters (1920) dan National Council of Negro Women (1935). Pertubuhan-pertubuhan ini menyatakan sokongan penuh terhadap reformasi liberal dalam feminisme yang memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Tuntutan terhadap kesamarataan hak ini telah diluluskan dalam undang-undang oleh National Women's party pada tahun 1913 dan dikekalkan sehingga 50 tahun lamanya. Pada tahun 1960-an, gerakan feminis merebak ke Amerika Syarikat melalui kajian meluas terhadap gerakan feminis seperti The Second Sex (1953) oleh Simone de Beauvoir dan The Feminine Mystique (1963) oleh Betty Friedan, seorang tokoh politik dan juga seorang feminis dan melalui gerakan minoriti yang menuntut hak kesamarataan dan anti-diskriminasi. Akhirnya, sebuah gerakan wanita ditubuhkan iaitu The Women's Liberation Movement yang

lebih kepada gerakan sosialis berbanding politik dan gerakan ini manifestasikan perjuangan mereka melalui penulisan sastera dan beberapa siri demonstrasi jalanan oleh gerakan feminis yang radikal. Ini telah membangkitkan kesedaran wanita negara tersebut terhadap kelaziman diskriminasi dalam masyarakat. Pada masa yang sama, ahli-ahli politik yang memperjuangkan gerakan feminisme kemudian bergabung menjadi sebuah pertubuhan yang memperjuangkan gerakan feminisme sepenuhnya pada tahun 1970-an, antaranya ialah National Organization for Women (NOW) pada 1966 bawah pimpinan Betty Friedan, yang kemudiannya mencetus kewujudan pertubuhan

gerakan yang menyokong feminisme seperti National Women's Political Caucus (1971) oleh tokoh-tokoh feminis seperti Bella Abzug, Shirley Chisholm dan Gloria Steinem; Equal Rights Amendment Ratification Council (1973); dan Coalition of Labor Union Women (1973). Bermula 1980-an, gerakan feminisme kemudiannya telah memberi fokus pada pelbagai isu termasuk hak reproduktif, pencabulan seksual dan kesamarataan gender.

b. Sejarah Gerakan Feminisme di Malaysia Gerakan feminisme yang aktif di Malaysia ialah pertubuhan Sister In Islam (SIS) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Pertubuhan ini banyak menjurus kepada isu-isu kekeluargaan dan kebebasan hak wanita di Malaysia. Gerakan feminisme di Malaysia mempunyai matlamat yang sama bagi wanita sejagat, sama ada kesaksamaan dalam ekonomi, pendidikan, politik, mahupun sosial. Perkembangan isu wanita dan tuntutan kesamaan hak mula menjelma hanya selepas kemerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957. Zaman pra-kemerdekaan melihat penglibatan wanita dan lelaki secara bersama dalam usaha mengusir keluar penjajah British. Gerakan feminisme di Malaysia pada awal-awal penubuhanya banyak menjurus kepada isu-isu kekeluargaan dan kurang prihatin kepada pembanterasan keganasan dan gangguan seksual yang dihadapi oleh kaum hawa Malaysia. Selain itu, isu wanita yang diketengahkan hanya berhubung pendidikan khususnya bagi kanak-kanak perempuan yang buta huruf. Namun kini gerakan feminisme di Malaysia mula menuntut beberapa hak lain seperti tuntutan hak kesamarataan dalam perwarisan harta antara lelaki dan perempuan, tuntutan penarikan semula hak poligami dan tuntutan persamaan hak dalam penceraian. Banyak tuntutan dilakukan menyumbang kepada rombakan Undang-undang Keluarga Syariah. Antara tokoh gerakan feminisme di Malaysia ialah : i) Zaiton Kasim Beliau merupakan seorang graduan dari University of Denver dan Universiti Teknologi MARA. Beliau bekerja sebagai Pakar Perunding di IZEC Consulting, Malaysia. Selain itu, beliau juga turut bekerja sambilan sebagai guru Bahasa Inggeris dan editor di di IZEC Consulting. Zainton Kassim berpegang teguh pada prinsip

keadilan dan kesamarataan untuk semua tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan mempunyai hak kebebasan masing-masing.

ii)

Rohana Arifffin Pengurus Syarikat di ACT Training & Team Management Systems pada tahun 20012002. Beliau juga merupakan Presiden Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2011 hingga kini.

iii)

Cecelia Ng Beliau antara tokoh gerakan feminisme di Malaysia yang telah banyak bergiat aktif dalam bidnag penulisan. Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah Feminism And The Women's Movement in Malaysia : An Unsung Revolution.

Professor Dr Kamil Bin Abdul Majid pula mengatakan; Sebenarnya gerakan feminisme hanya wujud di barat kerana wanita-wanita disana ditindas namun gerakan ini dibawa masuk ke Malaysia. Di barat, apabila wanita berkahwin mereka akan menggunakan nama suami dan tidak lagi menggunakan nama bapa. Selain itu, hak yang dikenakan keatas wanita tidak sama rata dan wanita yang bekerja akan mendapat gaji yang sedikit berbanding lelaki serta tidak dinaikkan pangkat. Daripada persekitaran inilah feminisme lahir.

1.3.2 GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA


Gerakan feminisme yang ada di Malaysia ialah melalui sebuah pertubuhan yang digelar Sister In Islam (SIS), dibentuk pada tahun 1988 oleh kumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir. SIS ditubuhkan bagi mengadakan satu gerakan untuk selesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Ditubuhkan secara rasmi (1993) dengan nama Sister In Islam Forum (Malaysia) Berhad. Tumpuan gerakan SIS ini adalah menggesa undang-undang negara terutama undangundang syariah supaya digubal kembali. Atas nama Islam diskriminasi wanita, kemudian diperluaskan kepada isu lebih besar iaitu demokrasi dan hak asasi manusia, gerakan ini menuntut kebebasan mutlak bagi individu tanpa ada sekatan agama. Selain SIS, sebenarnya terdapat banyak lagi pertubuhan-pertubuhan lain yang turut memperjuangkan kebajikan dan hak wanita di Malaysia namun pertubuhan-pertubuhan ini tidak mendukung perjuangan feminisme sepenuhnya. Tumpuan badan-badan ini ialah kepada kebajikan wanita. Antara badan-badan kebajikan wanita yang ada di Malaysia ialah: i) Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI) Membawa inisiatif bahawa sesebuah masyarakat yang maju dan progresif itu cuma dapat dibentuk menerusi pendidikan dan pelajaran, maka PERTIWI dengan sokongan pelbagai pihak telah bergerak bagi mencapai objektif tersebut. Antaranya : a) Berusaha ke arah mencapai keadilan sosial dan ekonomi untuk wanita. b) Menyebarkan ilmu pengetahuan bagi kemajuan wanita dengan cara perbincangan, penulisan, penterjemahan dan penyiaran.

c) Berusaha meninggikan taraf pelajaran dan pendidikan bagi wanita dan kanakkanak. d) Menyokong dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan wanita lain yang bertujuan sama.

ii)

Pertubuhan Pertolongan Wanita / Womens Aid Organisation (WAO) Pada bulan Jun 1982, WAO menerima pendaftaran sementara sebagai satu masyarakat dan sebuah rumah satu tingkat telah disewa sebagai tempat perlindungan dan pejabat premis WAO ini. Setelah pertubuhan ini bergerak aktif sebagai badan kebajikan wanita, akhirnya pertubuhan ini diiktiraf sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar secara rasmi.

iii)

All Womens Action Society (AWAM) AWAM memperjuangkan masyarakat yang adil, demokratik, dan saksama, di mana semua orang, di kalangan wanita khususnya, dilayan dengan hormat dan adalah bebas daripada segala bentuk keganasan dan diskriminasi. Antara objektif gerakan AWAM ialah: a) Mendapatkan hak-hak wanita b) Membawa keadilan dan kesaksamaan antara gender tanpa diskriminasi c) Membina keupayaan untuk memperkasakan wanita dan transformasi sosial d) Menyokong wanita dalam krisis.

Secara ringkasnya, pertubuhan-pertubuhan wanita yang ada di Malaysia apabila dikaji walaupun memperjuangkan tuntutan yang sama dengan SIS, namun tidak mendukung perjuangan feminisme sepenuhnya sebagaimana SIS. Pertubuhan SIS ini diangotai oleh Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Rashidah Abdullah, Rose Ismail, Norani, Askiah Adam, Amina Wadud dan Sharifah Zuriah Aljefri. Gagasan SIS dicedok daripada tokoh liberal yang bernama Rose Ismail. Zainah Anwar merupakan Pengarah Musawah, satu pergerakan global untuk kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Beliau juga menulis kolum bulanan mengenai politik , agama dan hak-hakwanita yang dipanggil Sharing the Nation, dalam Sunday Star, Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Salbiah Ahmad seorang peguam berasal dari Singapura. Beliau kemudian bekerja sebagai seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Merupakan salah seorang anggota pengasas SIS, namun telah keluar dari pertubuhan itu dan tidak lagi menganggotainya kerana isu tudung yang dipakainya dan disuruh buka selepas penubuhan SIS secara rasmi, namun Salbiah Ahmad bertindak meninggalkan pertubuhan itu. Rose Ismail merupakan timbalan ketua bagi kumpulan editor untuk akhbar New Straits Times. Bergerak aktif mendukung perjuangan Islam Liberal di Malaysia, dan menjadi anggota dalam pertubuhan SIS Norani Othman seorang graduandari Universiti Malaya dalam bidang Sosiologi dan Antropologi, beliau memperoleh iIjazah Sarjana Falsafah beliau menerusi Universiti Hull dan kemudian juga menyambung pengajian ijazah lanjutan di Wolfson College, University of

Oxford. Dari tahun 1977 hingga 1997, beliau adalah seorang pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi di UniversitiKebangsaan Malaysia. Askiah Adam merupakan seorang jurnalis bebas dan penyelidik, juga bekas pelajar dalam bidang falsafah terutamanya falsafah Islam dan membuat penyelidikan dalam bidang wanita dalam Islam dan bidang berkaitan. Sharifah Zuriah Aljefri mendapatpendidikan undang-undang di Inner Temple, London dan memiliki Diploma Perhubungan Awam dari Insitute Public Relations, Malaysia. Dan Amina Wadud, beliau dilahirkanpada 25 September 1952 di Bethesda, Maryland. Padatahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan. Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika, dan Pengajian Qur'an dan Tafsir di Universiti Kaherah, dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar. Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam di Universiti Commonwealth Virginia di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semenjak 1989. Anggota pertubuhan SIS ini kebanyakannya tidak mempunyai latar belakang pengajian agama yang mendalam, dan mempelajari ilmu Islam tanpa mengikut disiplin ilmu Islam secara teratur hingga menyebabkan kefahaman terhadap Islam itu tersilap. Tidak dinafikan ada juga anggota SIS yang mempunyai latar pengajian Islam yang hebat namun tetap mendukung juga perjuangan feminisme. Pertubuhan SIS secara amnya menyalahkan golongan ulama, menuduh hukum Syariah digubal secara tidak benar dan bias gender. SIS juga turut memuatkan beberapa

tuntutan yang terkeluar dari rangka tuntutan kebajikan dan hak wanita yang sepatutnya. Tuntutan-tuntutan SIS ini akan diperincikan pada bahagian seterusnya

1.3.3 - PERJUANGAN DAN IDEOLOGI YANG DIBAWA OLEH GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA
a) Ideologi yang dibawa oleh SIS Sisters in Islam (SIS) ialah salah satu gerakan feminisme yang wujud di Malaysia. Misinya ialah memperjuangkan emansipasi wanita danmenyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi, keadilandankebebasan. SIS menyatakan bahawa objektif mereka adalah: 1) Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita. 2) Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki. 3) Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar mengenai kesaksamaan, keadilan,kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Perjuangan SIS ini bermula daripada sebuah persoalan iaitu Kalau Allah itu Maha Adil atau kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang dibuat atas namaIslam tetapi mencetuskan ketidakadilan? Menurut Puan Ratna, Pengarah Eksekutif SIS, persoalan asas inilah yang menjadi pendorong dan penyuntik semangat kumpulanwanita ini untuk mengetahui benarkah wujud dalam ajaran Islam yangmenganjurkan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Persoalan ini telah menarik minat mereka untuk mendalami ajaran Islam dan hukum-hukumnya. Namun malangnya, proses pembelajaran ilmu Islam ini dicedok dari tengah tanpa mempelajarinya mengikut disiplin ilmu Islam yang sewajarnya. SIS sebelum memulakan perbincangan mengenai konsep dan agenda perjuangannya, sudahawal-awal lagi memberi fokus pada aspek ideologi dengan menganjurkan perbincangan yang merujukkepada maksud atau tujuan asal Islam yang diwahyukan dalam kehidupan umatmanusia. SIS berusaha mengajak masyarakat Islam untuk menganalisis dan menilai semula apakah Islam seperti yang difahamidandiamalkanolehmajoritiumat Islam dewasainiadalahsebenarbenarnyamenepatimaksuddankehendakasal Islam yang diwahyukan itu. Lalu, dalam usaha untuk menjustifikasikan kewujudan SIS dan kepentingan pergerakannya, SIS memulakan

perbincangannya dengan mengungkit persoalan yang dianggap sangat penting untuk difikirkan bersama iaitu tentang realiti Islam dalam perkembangan hidup umatnya, permasalahan dan punca-puncanya sehinggalah kepada kaedah penyelesaian yang perlu diusahakan.

Maka,sebagai permulaan, kumpulan ini telah mengadakan kelas kajian terhadap alQuran, ilmu tafsir, Syariah dan Fiqah. Menurut Ratna: Segalanya berpunca dari kefahaman umum yang mengatakan undang-undang Islam itu adalah Syariah. Apabila ia disebut Syariah, maka ia mestilah diterima secara mutlak serta tidak lagi boleh untuk dipertikaikan. Sebaliknya, SIS memahami bahawa Syariah itu adalah hasilkerja manusia yang mungkin berdasarkan pada al-Quran dan Hadith. Namun,perolehan untuk hukum di mana, kebanyakannya diambil dari hasil kerja-kerja para imam Fiqah, sebenarnya bersifat manusiawi. Maka, sudah tentu undang-undang tersebut sentiasa terbuka untuk dikaji, dipersoalkan, diperkemas mahupun ditolak mengikut sebab-sebab yang tertentu. SIS telah lama mendesak kerajaan agar menerima kes keganasan rumah tangga sebagai satu bentuk jenayah. Malangnya terdapat bantahan ketika itu dari pihak Pusat Islam sendiri yang berpendapat bahawa undang-undang keganasan rumah tangga tidak boleh disabitkan ke atas pihak suami yang memukul isterinya yang nusyuz. Alasan yang diberikan ialahkerana Islam membenarkan si suami memukul isterinya yang nusyuz berasaskandalil dari al-Quran. Menurut SIS, hujah sedemikian sangat-sangat tidak masuk akal, kerana sebagai orang Islam, mereka percaya bahawa Islam itu agama keadilan, Allah itu Maha Adil dan mustahil yang Allah itu memuliakan ketidakadilan, menyokong keganasan dan penindasan terhadap kaum wanita. ZainahAnwar, Pengarah Eksekutif SIS pernah menegaskan dalam artikel di Utusan Malaysia, 26 September, 2000; Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulamak.Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulamak semata-mata.

Malah dalam satu kenyataannya, SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mencapai hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan. Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005), SIS bersama beberapa kumpulan wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi wanita. Sebelum itu, mereka juga menentang kuat Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan perdebatan yang sengit. Namun setelah diselidiki, terbukti bahawa dakwaan mereka itu sebenarnya berpunca dari prasangka buruk mereka terhadap undang-undang Syariah dan juga kejahilan mereka dalam memahami peruntukan yang ada di dalam rang undang-undang tersebut. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya. b) Isu yang dibangkitkan oleh SIS Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Sister in Islam (SIS) adalah mempersoalkan keadilan undang-undang hudud ke atas wanita. SIS ingin mengulangi pendirian mereka bahawa undang-undang hudud adalah tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan. Ini melanggar prinsip-prinsips ejagat Hak Asasi Manusia dan diskriminasi terhadap wanita. Islam mengajar semangat cinta universal dalam masyarakat dan menekankan kepentingan taubat dan pemulihan bagi orang-orang yang bersalah iaitu dengan tidak mengenakan hukuman yang teruk.

Selainitu, SIS bersama Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) membantah pesalah sumbang mahram disebat. Ini merupakan diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip anti-diskriminasi ini. Tambahan pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke ataswanita, tidak kira umur. Mereka juga menyokong kebebasan menukar agama bagi Muslim. Dalam kenyataan medianya, SIS bertanyabagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa yang sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut. Kepercayaan berdasarkan paksaanakan jadi hipokrit, menurut SIS dalam kenyataan medianya. Pengarah program SIS, Suri menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya. Islam bukanlah agama jalan sehala, kata Suri. Malahan, SIS menyokong peserta Muslim menyertai pertandingan ratu cantik dan mempertikaikan sistem fatwa di Malaysia. SIS telah menyatakan bahawa langkah-langkah bagi fatwa menggubal undang-undang sebagai "tidak Islamik" dan "tidak demokratik". Kumpulan Islam mempersoalkan bagaimana fatwa yang diwartakan mempunyai kuasa undang-undang secara automatik tanpa melalui proses perundangan,dan menyifatkan keputusan ini sebagai alat untuk meluluskan undang-undang yang melanggar hak kebebasan asasi kita.

c) Tuntutan yang diutarakan oleh SIS Antara tuntutan-tuntutan lain SIS ialah menuntut agar undang-undang yang bertujuan mengawal moral masyarakat dimansuhkan termasuklah semua undang-undang diperingkat Kebangsaan, Negeri dan kerajaan Tempatan,menuntut agar kuasa Mufti-mufti dikaji dan dihapuskan. Selain itu, kerajaan perlu mengiktiraf kebebasan beragama dalam negara ini, dalam erti kata lain membenarkan umat Islam yang ingin keluar dari Islam diisytiharkan murtad secara terbuka tanpa campur tangan Mahkamah Syariah. Mereka juga mendesak agar pihak Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan pernyataan status Agama dalam kad pengenalan, bagi memudahkan umat Islam diisytiharkan murtad. SIS turut menuntut agar membenarkan agama lain memberikan pandangan dan mempersoalkan tentang cara hidup dan akidah umat Islam melalui cadangan mereka iaitu dengan menubuhkan Majlis PerundinganAntara Agama (ICM). Malahan,mendesak agar pihak Jabatan Agama tidak campur tangan dalam urusan peribadi umat Islam di Malaysia termasuklah dalam tatacara berpakaian, pergaulan dan cara hidup, walaupun ianya bertentangan dengan hukum Islam seperti tidak menutup aurat, tidak bersembahyang dan berpuasa atau melakukan maksiat seperti judi, minum arak dan zina atas dasar menjaga hak asasi manusia. SIS juga menuntut persamaan dalam harta pusaka dan hak dalam penceraian. Selain itu, hak poligami lelaki juga perlu ditarik balik dan diisytihar terbatal di sisi undang-undang.

1.3.4

PERBANDINGAN

AGAMA

ISLAM

DENGAN

GERAKAN

FEMINISME
Gerakan Feminisme sememangnya ditolak di dalam Islam kerana ia bertentangan dengan syiar Islam yang sebenarnya. Akan tetapi ada antara tuntutan feminisme yang baik untuk wanita yang sememangnya sudah terdapat dalam islam itu sendiri.

a) Tuntutan feminisme yang diterima Islam :


1) Melindungi hak wanita yang semakin terancam, melindungi keselamatan wanita dan melindungi dari mengalami keruntuhan moral dan akhlak. Allah telah berfirman dalam ayat 34:Surah An-Nisa yang bermaksud :Lelaki itu pelindung bagi kaum wanita Rasulullah SAW apabila baginda menyebarkan agama Islam, baginda meninggikan martabat wanita dan wanita di sisi Islam terlindung daripada penindasan pada ketika itu yang menjadikan wanita hamba seks, kanak-kanak wanita dibunuh dengan ditanam hidup-hidup dan taraf wanita ketika itu yang tidak mempunyai hak untuk memiliki apa-apa harta. Memetik kata-kata Prof Dr.Kamil : Bagaimana mungkin wanita itu ditindas, dan mengikut kepada kata-kata hukamat, syurga itu dibawah telapak kaki ibu yang menunjukkan betapa Islam itu mengangkat martabat wanita. Ustaz Hamidi Ismail pula berkata; Islam itu melihat fitrah kemurniaan wanita. Bukan sahaja mempertahankannya, malahan melindungi wanita, perlindungan kepada kemurniaan wanita

2) Gerakan feminisme memperjuangkan taraf pendidikan yang sama antara lelaki dan perempuan tanpa diskriminasi. Gerakan ini tidak setuju jika perempuan diberikan pendidikan yang berbeza dengan pendidikan yang diberikan kepada lelaki. Mereka menegaskan bahwa separuh dari penduduk dunia adalah kaum perempuan. Kerana itu, membiarkan wanita dalam kebodohan tanpa diberi peluang pendidikan bererti membiarkan potensi separuh bangsa tanpa manfaat. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut. Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

: :
Maksudnya : "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap orang Islam." (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah)

b) Tuntutan feminisme yang ditolak oleh Islam


Manakala antara ideologi feminisme yang bertentangan dengan Islam dan boleh membawa jatuhnya kufur keatas seorang muslim ialah antaranya dari skop kekeluargaan dan perkahwinan.

1)

Konsep Keluarga Secara Sah

Gerakan feminisme menolak konsep berkeluarga secara sah kerana menganggap kebebasan wanita akan hilang. Golongan ini berpendapat lelaki dan perempuan dapat hidup berdampingan tanpa disatukan oleh perkahwinan. Namun Islam menolak pandangan feminisme dalam hal ini kerana melalui konsep kekeluargaan secara sah, hak wanita lebih terpelihara dan kedua-dua lelaki dan wanita sebenarnya hidup saling lengkap-melengkapi, konsep kekeluargaan bukanlah bermakna lelaki memiliki wanita. Dalam hal ini, lelaki dan wanita saling berperanan antara satu sama lain. Hidup berdampingan tanpa disatukan perkahwinan akan menimbulkan lebih banyak gejala sosial, lelaki dan perempuan bebas bersekedudukan dengan sesiapa dan risiko penyakit bahaya seperti AIDS akan mudah berjangkit hingga ke beberapa generasi. Allah berfirman dalam Ayat 21: Surah ar-Rum yang bermaksud;Dan di antara tandatanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dalam kalangan kamu, agar kamu cenderung dan merasa tenteram padanya (pasangan), dan Dia menjadikan di antara kamu kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran (Allah) bagi kaum yang berfikir. Mereka juga ingin mengganti konsep keluarga konvensional. Keadaan ini terjadi tanpa memandang segala potensi yang ada dalam diri perempuan. Secara tidak langsung mereka berpendapat bahawa perempuan juga boleh menjadi ketua keluarga. Allah berfirman dalam ayat 34:Surah An-Nisa Lelaki itu pelindung bagi kaum wanita

Bahawa ayat ini menerangkan bahawasanya lelaki itu lebih layak menjadi seorang pemimpin untuk menampung kekurangan wanita dalam tempoh ibadahnya yang kurang 30 hari kerana kitaran haid, pada waktu tersebut perubahan hormon dalam badan wanita menjadi amat ketara dan pertimbangan rasional dan emosi mudah bercampur untuk menentukan sesuatu keputusan. Lelaki juga kuat untuk menampung perihal keluarga apabila wanita sedang sarat mengandung dan selepas melahirkan anak, ketika ini wanita amat-amat memerlukan perlindungan dan penjagaan dari lelaki. Kata Profesor Dr Kamil Bin Abdul Majid, Dalam islam lelaki dan wanita adalah sama dan membezakannya adalah fungsi mereka dan lelaki dan wanita itu sendiri saling melengkapi. Ustaz Hamidi Ismail pula berkata; Feminisme bukan memberi hak kepada wanita, namun telah mencabut kesucian, kesopanan wanita. Disebabkan hendak menjaga kepada kehormatan, kesucian dan kemuliaanlah perlunya wanita menutup aurat. Sememangnya Islam itu telah memberi fitrah kepada wanita itu sendiri. Namun, feminisme telah mencuba menghapus kemurniaan akhlak dan kemurniaan kesopanan kepada wanita itu sendiri. Ini adalah kerana budaya barat yang cuba masuk ke Malaysia dan mahu kan rakyat Malaysia mengikut gaya dan cara mereka. Dengan membawa ideologi wanita Islam tidak perlu terikat dengan agama. Antaranya, tidak menutup aurat. Dalam hal, pembahagian harta pula, ianya adalah bagi melatih lelaki lebih berusaha dan wanita lebih bergantung dan wanita itu lebih berharap kepada suami barulah lahirnya keluarga mawaddah wa rahmah.

2)

Poligami

Gerakan feminisme di Malaysia mendakwa bahawa poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang. Sedang sebenarnya poligami dibenarkan dalam Islam sepertimana diterangkan dalam ayat 3:surah al-Nisaa : dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hakhak) perempuan yatim (apabila kamu mengahwininya) maka khawinilah perempuan (lain) yang kamu senangi, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu khuatir, tidak akan mampu berlaku adil maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba sahaya perempuan demikian itu lebih dekat dari kamu agar kamu tidak berbuat zalim. Namun dalil dalam surah an-Nisa itu juga disertakan amaran keras daripada Allah SWT untuk para lelaki berlaku adil terhadap kaum wanita, kerana berpoligami ini mudah untuk melakukan kealiman terhadap kaum wanita jika tidak berlaku adil. Kerana itu pada ayat akhir surah ini, akhirnya Allah lebih memberatkan supaya menikahi seorang sekiranya khuatir tidak berlaku adil. 3) Perkahwinan berbeza agama adalah sah juga mengatakan bahawa perkahwinan berbeza agama antara yang kamu miliki. Yang

Gerakan feminisme

muslim dan bukan muslim dikira sah. Islam menolak hal ini kerana sudah termaktub dalam alQuran larangan untuk mengahwini pasangan yang berlainan agama. Allah berfirman dalam al-Quran ayat 221 : surah al-Baqarah yang bermaksud; Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mu'min lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan

janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu'min lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. Manakala pernikahan dengan ahlul kitab pula tidak lagi diterima kini kerana kitab orang kristian (Injil) dan yahudi (taurat) bukan lagi mushaf asal tetapi telah dicampur aduk dengan tulisan manusia, maka status ahlul kitab itu sendiri diragui. 4) Masa Iddah bagi wanita

Dalam hal ini, SIS mengatakan masa iddah bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi untuk lelaki. Dalam Islam, para ulama sepakat atas wajibnya iddah bagi seorang perempuan yang telah bercerai dengan suaminya. Firman Allah pada ayat 228 : surah al-Baqarah yang bermaksud; Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) Tidak wujudnya mana-mana hadis atau dalil yang mengharuskan lelaki itu bereddah, malahan pendapat ulama juga tidah mengharuskan iddah keatas lelaki, ini adalah kerana eddah itu diwajibkan keatas wanita atas beberapa faktor yamg amat penting, antaranya ialah; i) Memastikan rahim suci. Adapun proses itu mampu melewati masa-masa kritikal, sekaligus jika dikaitkan dengan masa iddah selama 3 bulan atau tiga kali suci, dalam tempoh itu dapat dipastikan bahawa rahim seorang perempuan kosong dari benih kehamilan. Ertinya dengan

iddah itu, maka dapat dipastikan bahawa seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya, baik kerana cerai hidup atau kerana suaminya meninggal dunia tidak dalam keadaan hamil, dan hamil akan mengakibatkan kelahiran manusia (anak). Apabila dikenalpasti kekosongan rahim itu, maka status anak yang akan dilahirkan oleh seorang perempuan akan jelas atau akan memperjelaskan status ayah bagi janin yang ada pada rahim seorang wanita, sekaligus akan menentukan status nasab anak tersebut. ii) Iddah sebagai masa untuk wanita berkabung. Bagi para wanita yang ditinggal oleh suaminya mati, dibenarkan baginya berkabung. Jumhur ulama sepakat atas keharusan wanita yang ditinggal mati suaminya untuk melakukan hidad (berkabung), baik itu wanita itu muda, masih kecil mahupun sudah tua. Kecuali Hanafi, mazhab ini mengatakan bahwa wanita zimmi dan masih kecil (belum baligh) tidak harus menjalani hidad sebab mereka tidak dikenakan kewajiban. iii) Iddah sebagai saat penting bagi pihak suami dan isteri untuk berfikir untuk rujuk kembali. Apabila seseorang bercerai dengan suami atau isterinya, maka ia akan merasakan adanya berbagai perubahan dalam kebiasaan hidupnya. Sebelumnya seorang lelaki sentiasa dilayani, tetapi ketika ia berpisah dengan isterinya, kebiasaan-kebiasaan itu tidak

didapatkan atau ditemukannya lagi, begitu pula bagi perempuan yang dicerai oleh suaminya. Sehingga saat-saat inilah yang dapat digunakan untuk berfikir yang mana terbaik untik kedua belah pihak. iv) Iddah sebagai taabbudi (pengabdian dan pendekatan) kepada Allah. Selain tujuan-tujuan iddah sebagaimana diungkapkan diatas, pelaksanaan beriddah juga merupakan

ruang yang diberi Allah untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepadaNya, selain merupakan perintah untuk ditaati.

5)

Tuntutan hak sama rata bahagian warisan anak lelaki dan wanita

Gerakan feminisme di Malaysia melihat pembahagian hak warisan dalam Islam adalah berat sebelah dan diskriminasi gender, selain melihat ini sebagai stau penafian hak wanita dalam pewarisan harta. Sebenarnya jikalau kita melihat hikmah pembahagian harta ini secara tersirat, dapat kita perhatikan bahawa dalam hal ini, perempuan dapat menyimpan semua bahagian warisannya atau di belanjakan untuk keperluan peribadinya. Sementara, lelaki harus membelanjakan warisannya untuk menyara kehidupan keluarganya, baik nafkah maupun mahar, ataupun untuk menanggung perbelanjaan saudara perempuan di bawahnya. Dalam harta yang diwarisi oleh seorang lelaki, sebahagian hartanya juga ialah hak yang perlu diberikan oleh isteri. Sebaliknya, suami tidak berhak memperoleh bahgian warisan

isterinya dan ia harus membelanjakan haknya untuk isterinya. Allah berfirman dalam ayat 11 dan 12 : surah an-Nisaa yang bermaksud: (Allah) perintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu

perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbubapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan bagi kamu satu perdua harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Sekalipun bahagian warisan wanita kurang dari bahagian lelaki, perbezaan itu kembali pada perbezaan hak dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Dapatlah kita lihat bahawa Islam sebenarnya memperjuangkan keadilan, dan bukan kesamarataan kerana tidak semua hak sama rata itu adil pelaksanaannya. Ringkasnya, gerakan feminisme di Malaysia ini perlu ditolak kerana banyak tuntutannya yang bertentangan dengan agama Islam, dan gerakan ini bahaya bagi pemikiran dan akidah umat Islam. Kata Ustaz hamidi ismail, Feminisme itu menuntut kepada kesamarataan antara lelaki dan wanita menyebabkan berlakunya penentangan kepada ayat yang sorih yakni ayat yang telah ditetapkan hukumnya dan tidak akan berubah dan tidak boleh diubah hukumnya itu. Maka disitu berlakunya penentangan kepada hukum Allah, dan boleh membawa kepada kufurnya seseorang itu. Menurut Profesor Dr Kamil Bin Abdul Majid, Gerakan ini sangat membahayakan akidah umat islam kerana menentang hukum-hukum islam itu sendiri.

1.3.5 HASIL KAJI SELIDIK TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN TENTANG GERAKAN FEMINISME DAN

PERBANDINGAN DENGAN AGAMA ISLAM

Responden yang diambil keseluruhannya adalah daripada golongan mahasiswa Universiti Malaya. Responden seramai 35 orang, 19 orang perempuan dan 15 orang lelaki. 4 orang responden bukan beragama Islam 2 orang perempuan beragama Buddha, seorang perempuan beragama Hindu manakala seorang lelaki penganut Kristian. Kesemua responden berumur antara 19-28 tahun dan bujang, kecuali seorang responden berumur lebih 34 tahun dan sudah berkahwin. Responden merupakan daripada pelbagai fakulti sepertiAkademiPengajian Islam, Akademi Pengajian Melayu, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan sebagainya yang mana tidak tertumpu kepada satu fakulti yang khusus sahaja. Berdasarkan Graf bar 1 di bawah, peratusan dari segi agama responden, 88.57% adalah beragama Islam iaitu seramai 31 orang dan selebihnya, 11.43% merupakan responden bukan Islam. Responden kami lebih tertumpu kepada orang Islam memandangkan kajian kami tertutumpu kepada perbandingan dari segi kefahaman orang Islam sendiri dengan ideologi yang dibawa oleh gerakan feminisme.

JANTINA DAN AGAMA RESPONDEN

Graf bar 1 Dari segi pengetahuan umum responden mengenai gerakan feminisme, seperti definisi feminism itu sendiri, kewujudan feminisme di Malaysia, tokoh feminisme dan pertubuhan Sister in Islam turut dikenalpasti. Hampir separuh daripada jumlah responden, iaitu 51% menyatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai gerakan feminsme seperti dalam Carta Pai 1. Seramai 3 orang, yakni 9% daripada responden menyatakan bahawa mereka sangat tahu mengenai feminisme, dan yang paling menakjubkan, mereka merupakan daripada golongan lelaki, dan tiada responden perempuan mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai feminisme. Sebanyak 40% daripada responden tahu sedikit sebanyak mengenai gerakan feminisme.

PENGETAHUAN ASAS MENGENAI GERAKAN FEMINISME

Carta Pai 1

Beralih kepada tuntutan-tuntutan yang diperjuangkanolehgerakan feminisme, kami telah menyenaraikan beberapa tuntutan seperti dalam Senarai 1 sebagai rujukan para responden sebagai rujukan untuk soalan seterusnya. Perkahwinan di antara Muslim dan bukan Muslim adalah sah. Menuntut harta warisan yang sama banyak dengan lelaki. Menolak poligami. Menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam bidang politik, sosial,ekonomi serta undang-undang keselamatan. Senarai 1

Soalan seterusnya berkaitan pandangan responden mengenai kewajaran tuntutan-tuntutan ini dilaksanakan. Berikut adalah keputusan daripada soal selidik kami. KEWAJARAN TUNTUTAN FEMINISME DILAKSANAKAN

Graf bar 2 Seramai 6 orang responden iaitu 17.14% menyatakan kewajaran tuntutan tersebut dilaksanakan, yang mana terdiri daripada 4 orang responden bukan Islam dan 2 orang responden lelaki beragama Islam. Manakala responden yang selebihnya, sebanyak 82.86 % menyatakan ketidakwajaran tuntutan ini dilaksanakan.

Untuk soalan seterusnya merujuk kepada Graf bar 3, kami bertanya kepada responden tentang pendapat mereka mengenai kenyataan gerakan feminisme memperjuangkan hakhakwanita.

GERAKAN FEMINISME MEMPERJUANGKAN HAK-HAK WANITA

Graf bar 3

Seramai 25 orang responden bersetuju, iaitu melebihi majority responden, 71.43% termasuklah 4 orang responden bukan Islam dan selebihnya mereka yang beragama Islam menyokong kenyataan bahawa gerakan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita. Hanya 10 orang, yakni 28.57% daripada keseluruhan responden tidak bersetuju bahawa gerakan feminisme ini memperjuangkan hak-hak wanita.

Berdasarkangraf bar seterusnya, Graf bar 4, berkaitan dengan kenyataan mengenai feminisme bertentangan dengan ajaran Islam.

FEMINISME BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

Graf bar 4

Berdasarkan Graf 4 tersebut, seramai 8 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak bersutuju feminisme bertentangan denganajaran Islam yang membawa kepada peratusan 22.86% yang mana memperlihatkan 4 orang responden lelaki dan 4 orang responden perempuan, termasuklah 4 orang golongan bukan Islam tadi. Manakala majoriti selebihnya, sebanyak77.14% responden menyatakan persetujuan mereka bahawa feminisme bertentangan dengan ajaran Islam.

Untuk sesi kaji selidik tersebut, kami juga bertanyakan soalan mengenai persepsi mereka bahawa Islam menolak sepenuhnya apa-apa yang dibawa oleh gerakan feminisme. Hasil kaji selidik adalah seperti dalam Graf bar 5.

ISLAM MENOLAK SEPENUHNYA APA-APA YANG DIBAWA FEMINISME

Graf bar 5

Melalui jawapan responden, dapat dirumuskan bahawa 11 orang responden, termasuk seorang responden perempuan beragama Buddha dan seorang responden beragama Kristian bersetuju bahawa Islam menolak sepenuhnya apa-apa yang dibawa oleh feminisme. Ia bersamaan dengan 31.43%, manakala 68.57 % selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju denga kenyataan tersebut yang mana dua orang responden bukan Islam yang berbaki tergolong dalam kumpulan ini.

FEMINISME MEMPERJUANGKAN HAK-HAK WANITA YANG DIABAIKAN OLEH ISLAM

Graf bar 6

Daripada Graf bar 6 di atas, seramai 14 orang responden, menyamai 40% responden menyatakan persetujuan mereka dengan kenyataan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita yang diabaikan oleh Islam, yang mana golongan responden bukan Islam juga termasuk dalam kategori ini. Selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju, iaitu sebanyak 57.14 %, dan seorang responden menyatakan pengecualian dalam merespon persoalan ini yang menyamai 2.85 % daripada jumlah keseluruhan responden.

Selainitu, untuk soalan kepada responden, kami bertanyakan pendapat mereka mengenai Islam adalah agama yang mempertahankan hak-hak wanita keseluruhannya. Berikut merupakan hasil kaji selidik.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMPERTAHANKAN HAK-HAK WANITA KESELURUHANNYA

Graf bar 7

Daripada soalan di atas, hampir keseluruhan responden memberi jawapan bahawa mereka bersetuju Islam adalah agama yang mempertahankan hak-hak wanita secara syumul. Golongan ini membolot 88.57 % daripada peratus keseluruhan yang mana seorang responden perempuan beragama Hindu turut bersetuju dengan kenyataan di atas. Sebaliknya, 4 orang responden termasuk seorang responden lelaki yang telah berkahwin dan 3 orang golongan bukan Islam selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju Islam menjaga hak-hakwanita keseluruhannya.

Melaluikaji selidik secara kualitatif, kami bertanyakan soalan kepada responden mengenai gerakan feminisme di Malaysia yang diketahui oleh responden. Berikut adalah senarai jawapan yang diberikan.

Perbadanan Bantuan Wanita (WAO) Pusat Krisis Wanita (WCC) SIS PEMBINA RCMP Cahaya Bulan Senarai 2

Jika disemak semula, Perbadanan Bantuan Wanita (WAO) merupakan satu gagasan persatuan yang membela kebajikan wanita pada zaman sebelum. Selain itu, Pusat Krisis Wanita (WCC) merupakan satu badan bukan kerajaan yang menjaga hak-hak wanita yang sedia ada, ia bukanlah satu gerakan yang menuntut perjuangan hak-hak wanita tetapi lebih menjurus kepada penjagaan hak itu sendiri.

Seperti yang dibincangkan secara meluas dalam kajian ini, SIS merupakan gerakan feminisme yang sangat popular di Malaysia yang memperjuangkan hak-hakwanita.

Bagi Persatuan Belia Islam Nasional Royal College of Medicine Perak (PEMBINA RCMP), persatuan ini sebenarnya menentang gerakan feminisme dan bukanlah penyokong kepada gerakan tersebut. Manakala yang terakhir ialah Cahaya Bulan, ia merupakan satu nama blog yang membincangkan hal-hal wanita. Responden yang memberikan jawapan-jawapan di atas berkemungkinan mencari di laman sesawang tanpa membaca penuh artikel suatu isi.

Seterusnya, kami mengkaji kefahaman responden tentang isu-isu wanita yang berlaku di Malaysia. Antara jawapan responden telah dimuatkan dalam Senarai 3 di bawah.

Hak wanita Islam untuk menyertai program Ratu Cantik Hak untuk talak seperti lelaki Menuntut hak keamanan untuk wanita Menuntut persamaan taraf dalam pekerjaan Kajian semula isu homoseksual Kajian semula Al-Quran Kajian semula Al-hadis Penderaan oleh suami Layanan tidak adil di tempat kerja. Poligami Gangguan seksual

Senarai 3

Merujuk kepada senarai di atas, dapat disimpulkan bahawa responden cakna mengenai isu-isu wanita walaupun ia tidak meluas. Mungkin kerana ia berkait dengan kehidupan mereka atau orang di sekitar mereka. Untuk yang terakhir, kami ingin mengetahui pandangan responden mengenai pengetahuan mereka tentang hak-hak wanita dalam Islam. Hampir kesemua responden bukan Islam tidak member apa-apa jawapan berkaitan dengan soalan ini. Senarai 4 merupakan antara jawapan yang diberikan oleh responden.

Persamaanjantinadalamekonomi Hakwanitamenjadiketua Hakmenuntuthartasamakadardenganlelaki Auratwanitaadalahhakwanita Bolehmenuntutfasakhjikasuamitidakadil Berhakmenjagaanak Mendapatlayanan yang baikdarisemuamasyarakat Mendapatnafkahzahirdanbatindarisuami Wanitaadahakdalammenuntutilmudanbersuara Bekerjadalam Islam Dari sudutjenayah, sekiranyaadapasanganlelakidanperempuan yang disahkanberzina, kedua-duamerekaakandikenakanhukuman yang sama, berbezadenganhukum civil yang meletakkangolonganlelaki yang wajibdihukumsekiranyaumurperempuan yang terlibatitubelummelepasiumurdewasa

Senarai 4

Seperti soalan yang sebelum ini, jawapan yang diberikan masih kurang meluas skopnya dan hanya berkisar mengenai wanita dan kehidupan seharian yang disedari. Kebanyakan aspek masih kurang mendapat perhatian dalam kesedaran wanita.

1.4 RUMUSAN
Gerakan feminisme ini pada asalnya merupakan satu gerakan yang ingin membebaskan wanita dari penindasan dan diskriminasi. Namun, apabila martabat wanita diiktiraf perjuangan feminisme ini mula menuntut hak kebebasan dan kesamarataan gender selain memperjuangkan kebajikan wanita dari penindasan. Di Malaysia, gerakan feminisme paling menonjol melalui pertubuhan Sister In Islam (SIS). Terdapat juga pertubuhan lain yang memperjuangkan kebajikan wanita seperti PERTIWI, WAO dan AWAM namun tidak mendukung gerakan feminisme. Gerakan feminisme di Malaysia menuntut penggubalan undang-undang yang

memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita tanpa terikat pada apa-apa peraturan termasuk Syariah Islamiyyah Analisis dari borang kaji selidik menunjukkan 51 % dari responden yakni separuh dari keseluruhan responden tidak mengetahui mengenai gerakan feminisme di Malaysia. 71.43% dari responden bersetuju bahawa gerakan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita. Ini menunjukkan kebanyakan responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaya tidak mempunyai pengetahuan atau pendedahan mengenai ideologi dan gerakan feminisme ini di Malaysia. Melalui kajian yang dibuat, gerakan feminisme ini ternyata memberi ancaman kepada aqidah umat Islam kerana boleh menyebabkan umat Islam sendiri meragui keadilan dalam Islam. Umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama dengan jelas agar dapat mengetahui samada fahaman yang dibawa oleh gerakan tertentu bertentangan ataun tidak dengan ajaran Islam.

Dalam hal ini, Jabatan atau badan yang berwajib

seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan

Kemajuan Islam (JAKIM) dan Majlis Fatwa hendaklah memberi pendedahan mengenai gerakan feminisme ini kepada masyarakat agar pengetahuan mengenai gerakan ini diketahui oleh masyarakat umum.

1.5 RUJUKAN
BUKU 1) Al-Quran 2) Al-Hadith 3) Fatimah Syarha Mohd Noordin. (2011) Sebarkan CintaMu. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Publication. 4) Ng, Cecilia. (1950) Feminism and The Women's Movement in Malaysia : An Unsung (R)Evolution. Malaysia: Taylor & Francis. LAMAN SESAWANG 1) http://www.scholastic.com/teachers/article/history-womens-rights-movements 2) http://history.house.gov/Exhibitions-and-Publications/WIC/Historical-Essays/NoLady/Womens-Rights/ 3) http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/penerbitan/ISI_DALAM_LIBERAL.pdf 4) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz2lOvHSw9E

5) http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/gerakan-feminism-pintu-masuk-agenda-liberalisasibahagian-1/ 6) http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/gerakan-feminism-pintu-masuk-agenda-liberalisasibahagian-2/ 7) http://www.pertiwi.1webonline.com/ 8) http://www.wao.org.my 9) http://pembinarcmp.net/ 10) http://www.kpwkm.gov.my/senada/senarai-ngo

BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DITERBITKAN KertasKerjaolehJabatan Agama Islam Selangor (http://www.jais.gov.my/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf) TEMU BUAL 1) Ustaz Hamidi Ismail 2) Professor Dr Kamil Bin Abdul Majid

1.6 LAMPIRAN
Lampiran soalan- soalan temu bual dan soalan dalam borang kaji selidik yang diedarkan kepada responden.

Soalan Temu Bual


1. Gerakan feminisme mendakwa islam menindas wanita, apakah hujah bagi menjawab isu ini?

2. Adakah gerakan feminisme merbahaya akidah umat islam?

BORANG SOAL SELIDIK


KERTAS KERJA BAGI SUBJEK PENGAJIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA(GXEX 1414) KAJIAN TERHADAP GERAKAN FEMINISME DAN PERBANDINGANNYA DENGAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA. Pengenalan Borang soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian terhadap gerakan feminisme dan perbandingannya dengan agama Islam di Malaysiabagi tujuan memenuhi keperluan kertas kerja bagi subjek TITAS (GXEX 1414). Secara ringkasnya, feminisme ialah sebuah gerakan wanita yang menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi serta undang-undang keselamatan bagi melindungi wanita dari kebahayaan dan dari sebarang diskriminasi gender. Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B (i)(ii)(iii). Kerjasama tuan/puan/encik/cik untuk menjawab soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN Arahan:Sila tandakan (/) pada kotak yang disediakan. 1. Jantina: Lelaki 2. Umur: 19 23 tahun 24 28 tahun 3. Bangsa: Melayu India 4. Agama: Islam Hindu Buddha Cina Lain-lain :______________ Kristian Lain-lain :______________ 29 33 tahun 34 tahun dan ke atas Perempuan

5.

Status: Bujang Berkahwin Janda/ Duda Lain-lain :______________

6.

( Fakulti ) _______________________________ ( Tahun Pengajian ) _______________________________ (Peringkat Pengajian) _______________________________

BAHAGIAN B: PENGETAHUAN TENTANG FEMINISME Arahan: Soalan 1 4. Sila bulatkan pilihan anda. 1 = Sangat Tahu Bil. 1 2 3 4 (ii) 2 = Tahu 3 = Tidak Tahu Pernyataan Adakah anda tahu apa itu feminisme? Adakah anda mengenali tokoh feminisme di Malaysia? Adakah pertubuhan Sister In Islam (SIS) merupakan salah satu daripada gerakan feminisme di Malaysia? Adakah anda mengetahui gerakan feminisme disekitar anda? 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3

Soalan 5 11. Berdasarkan kenyataan di bawah, gariskan setuju atau tidak setuju.

Antara tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh gerakan feminisme di Malaysia ialah: 1. Perkahwinan diantara Muslim dan bukan Muslim adalah sah. 2. Menuntut harta warisan yang sama banyak dengan lelaki. 3. Menolak poligami. 4. Menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi serta undang-undang keselamatan. 5. Adakah tuntutan-tuntutan tersebut wajar dilaksanakan? (Setuju / Tidak setuju) Adakah gerakan feminisme wujud di Malaysia? (Setuju / Tidak setuju)

6.

7.

Gerakan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita. (Setuju / Tidak setuju) Adakah feminisme bertentangan dengan ajaran agama Islam? (Setuju / Tidak setuju) Adakah Islam menolak sepenuhnya apa yang dibawa oleh feminisme? (Setuju / Tidak setuju) Terdapat hak-hak wanita diabaikan dalam Islam tetapi diperjuangkan oleh gerakan feminisme. (Setuju / Tidak setuju) Islam adalah agama yang mempertahankan hak-hak wanita keseluruhannya. (Setuju / Tidak setuju)

8.

9.

10.

11.

(iii) 12.

Soalan 12 14. Isikan tempat kosong dan bulatkan mana yang berkenaan. Namakan gerakan feminisme yang anda ketahui di Malaysia ini: i. ____________________________________________________________ ii. ____________________________________________________________ iii. ____________________________________________________________ Adakah anda tahu isu-isu berkaitan hak-hak wanita di Malaysia? Ya / Tidak Jika ya, sila nyatakan: i. _____________________________________________________________ ii. _____________________________________________________________ iii. _____________________________________________________________

13.

14.

Nyatakan hak-hak wanita di dalam Islam yang anda ketahui: i. _____________________________________________________________ ii. _____________________________________________________________ iii. _____________________________________________________________ SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH.

You might also like