You are on page 1of 3

SKOP KAJIAN

Kajian yang dipilih ialah kajian mengenai isu-isu kesaksamaan gender dari segi
keburukan dan kebaikan dalam sektor pekerjaan di Malaysia. Pengumpulan data tertumpu
kepada isu yang biasanya berlaku terhadap wanita iaitu kebaikan dalam mengamalkan konsep
kesaksamaan gender dalam sektor pekerjaan serta keburukan menerapkan konsep
kesaksamaan gender dalam sektor pekerjaan. Responden kajian ini adalah terdiri daripada
semua golongan wanita yang berumur 19 tahun keatas yang diambil secara rawak di sekitar
kawasan Tanjong Malim, Perak.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi projek yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian Kualitatif. Kajian
Kualitatif ini merupakan satu kaedah yang menggunakan maklumat data berbentuk angka yang
boleh diukur. Kajian ini menggunakan instrumen seperti soal selidik bagi mengumpul data.
Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan
responden kajian. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui soal selidik yang
diedarkan kepada semua golongan wanita di sekitar Tanjong Malim, Perak.
Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia
merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Kajian berbentuk soal selidik
adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan pengkaji kerana soal
selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah. Melalui
soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini
membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau
atau bimbang.

Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama mengenai
latar belakang responden. Antara soalan yang terkandung ialah jantina dan umur.
Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis
soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan
jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang
diberikan (Syed Arabi: 1998:135).

Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada pengkaji serta
semua maklumat peribadi responden akan dirahsiakan. Soalan ini berbentuk apa
pandangan seorang wanita terhadap kesaksamaan gender. Soalan soal selidik lebih
tertumpu untuk mendapatkan data tentang kebaikan serta keburukan menerapkan
konsep kesaksamaan gender. Borang soal selidik ini disediakan sebanyak 50 set. Contoh
borang soal selidik seperti dalam Lampiran.

You might also like