You are on page 1of 4

ZZZT2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SET 10)

SEMESTER 2 2012/2013

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK KAJIAN : BENTUK PENDERAAN TERHADAP WANITA

DISEDIAKAN OLEH : IZZA TIKA BINTI SAMIT @ ZAKARIA NORFAERAH BINTI MAZLAN SITI HAJAR AISHAH BINTI AM SOLIEHIN NUR HAZIRAH BINTI AHMAD RAZI SITI SHARA BINTI MOHD NAZRI A136528 A137233 A137385 A137610 A137808

FAKULTI : FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)

PENSYARAH : USTAZ HASNAN BIN KASAN

TAJUK : BENTUK PENDERAAN TERHADAP WANITA

1.0 Pengenalan

Latar Belakang Saban hari, jumlah kes penderaan terhadap wanita semakin meningkat .Menurut psikologi, penderaan ialah sebarang bentuk perlakuan yang mendatangkan bahaya, bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi melalui apa juga cara atau teknik yang menyebabkan gangguan mental dan emosi kepada mangsa .Penderaan terhadap meliputi semua aspek, sebagai contoh bangsa, agama dan pendapatan. Penderaan boleh dibahagikan kepada dua kelompok besar iaitu yang pertama ialah penderaan fizikal, di mana penderaan yagn mengakibatkan kesan-kesan luaran seperti lebamlebam dan luka-luka akibat dipukul. Manakala penderaan yang kedua ialah, penderaan emosi dimana ianya tidak meninggalkan kesan terhadap fizikal mangsa tetapi memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi mangsa. Di dalam kajian ni, kami akan mengupas dengan lebih terperinci tentang jenis-jenis penderaan berdasarkan dua aspek besar tersebut.

2.0 Persoalan Kajian

1. Seberapa banyak jenis-jenis penderaan terhadap wanita di Malaysia yang boleh dikenalpasti. 2. Apakah jenis penderaan yang paling tinggi berlaku dikalangan kaum wanita?

3.0 Objektif Kajian

1. Mengkaji jenis-jenis penderaan yang dilakukan terhadap wanita-wanita di Malaysia 2. Mengenalpasti jenis penderaan yang paling banyak berlaku dikalangan wanita.

4.0 Kaedah Kajian dan Pelaksanaan

1. Kajian menggunakan kemudahan perpustakaan dan talian internet Mencari maklumat tentang isu penderaan terhadap wanita yang difokuskan sekitar lima tahun kebelakangan ini.

2. Kajian melalui borang soal selidik Menghasilkan borang soal selidik untuk mengumpul pandangan responden tentang isu penderaan terhadap wanita, contohnya pengetahuannya mengenai penderaan wanita atau apakah perkara seperti ini pernah dialami atau berlaku di sekeliling mereka.

3. Kajian melalui media cetak Mencari dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian melalui media cetak seperti surak khabar, majalah-majalah dan buku-buku.

5.0 Lokasi / Skop Kajian Dalam melaksanakan kajian ini, kami telah mengambil negara Malaysia sebagai skop kajian.Hal ini demikian kerana di Malaysia sendiri, terdapat pelbagai kes penderaan terhadap kaum wanita dan ia semakin meningkat. Oleh itu,kajian ini lebih memfokuskan tentang jenis-jenis penderaan yang berlaku terhadap wanita di Malaysia.

6.0 Rujukan

Rujukan internet Nurbalqis Hayati Ahmad Najih, Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita, http://www.yadim.com.my, 6 Mac 2013, 12.35 am Penderaan Terhadap Wanita http://dupahang.wordpress.com, 6 Mac 2013, 12.36 am

You might also like