You are on page 1of 6

ARTIKEL GENGSTERISME

Gangsterisme Dalam Kalangan Remaja Gangsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud dalam kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gangsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara.

Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.

Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian. Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang seringkali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti sosial. Ikatan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat ditambah semangat setia kawan atau kukuh serta mengamalkan tradisi kumpulan. Menurut Millers (1980), definisi gang ini adalah termasuk dalam aktiviti haram dan sentiasa berubah-ubah. Manakala Klein & Maxson pula menekankan gang ini adalah suatu aktiviti haram dan suatu yang kritikal. Mereka mencadangkan 3 kriteria untuk mendefinisikan gang iaitu:

a) Aktiviti kumpulan secara umumnya di pandang negatif oleh undang-undang. b) Masyarakat mengiktiraf kumpulan tersebut. c) Aktiviti yang dipandang negatif oleh kumpulan masyarakat.

Menurut Taylor (1993), terdapat empat kriteria yang berbeza mengenai gang daripada aspek fungsi remaja dan lain-lain jenis kumpulan remaja. Kriteria itu adalah termasuk: a) Struktur organisasi yang formal (bukan sindikit) b) Kepimpinan c) Mengenal pasti kawasan jajahan d) Interaksi semula e) Perkara yang melekakan atau tingkah laku ganas

Menurut Lal et. al. (1993) perlakuan gangsterisme merupakan masalah yang memerlukan perhatian serius dan strategi mengurangkan masalah itu. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-tanda awal perlakuan gangsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah perlakuan gangsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat dalam kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gangsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Haslina Hassan (2000), delinkuen dan tindakan ganas oleh para remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh para remaja lelaki yang lebih tua kepada yang lebih muda dan aktiviti -aktiviti tertumpu beberapa kawasan di luar sekolah. Begitu juga dengan Bodinger-de-Uriarte (1993), mendapati faktor untuk mendapatkan kuasa dan status merupakan penyebab utama para remaja menyertai gangster jalanan di Amerika Syarikat. Majoriti daripada gangster tersebut merupakan gang lelaki dan ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang etnik yang sama. Masalah pelanggaran disiplin di sekolah tidak pernah selesai sejak dahulu sehinggalah sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan semua pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibu bapa serta pihak kerajaan. Laporan tentang salah laku para pelajar sentiasa mendapat tempat

didalam akhbar di negara kita. Semua pihak mahukan sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia

Seterusnya sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah ( Utusan Malaysia, 1998 ). Apa yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan baru-baru ini menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap (Berita Harian, 1997).

Laporan akhbar mengenai kes-kes perlanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di sekolah merupakan perkara biasa pada hari ini. Di sekolah-sekolah di Malaysia pula, masalah buli merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Akhbar perdana, Utusan Malaysia keluaran 30 Mac 2004 telah melaporkan seorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Berdasarkan rekod polis pula, terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah dilaporkan dalam tempoh lima tahun iaitu dari 1999 hingga 2003 (Utusan Malaysia, 29 Mac 2004). Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan gangsterisme.

Diikuti pula dengan laporan-laporan akhabar (Harian Metro, 25 Mac 2004; BeritaHarian 25 Mac 2004) menunjukkan peningkatan jumlah jenayah juvana yang dilakukan oleh pelajar sekolah seperti gangterisme, pergaduhan, rogol, seks bebas dan buli, telah sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara. Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah serta perlanggaran displin yang serius terjadi

di dalam kawasan sekolah (Utusan Malaysia, 25 Mac 2004). Masalah ini perlu ditanggani dengan segera dan sebaik mungkin kerana ia bukan sahaja menjatuhkan imej sekolah sebagai institusi pembentuk jati diri dan pendidikan anak bangsa. Tetapi akan juga memberi impak kepada survival dan kemajuan negara pada masa hadapan.

Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tahun 2008 sahaja, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda.. Menurut statistik yang dikeluarkan, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius statistik tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya (Utusan Malaysia, 2009).

Menurut Lal et. al. (1993) perlakuan gangsterisme merupakan masalah yang memerlukan perhatian serius dan strategi mengurangkan masalah itu. Oleh itu, pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-tanda awal perlakuan gangsterisme adalah amat penting bagi menangani masalah perlakuan gangsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat dalam kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gangsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar

Hampir seringkali akhbar arus perdana menceritakan tentang perlakuan gangster pelajar sekolah. Mereka yang seakan suka menunjuk-nunjuk kekuatan supaya dapat menindas orang yang lemah. Siapa yang kuat pastilah dia yang akan menang. Itulah slogan 'anak jantan' yang pantang dicabar. Tiada apa yang perlu dibanggakan bagi golongan seperti mereka. Ini kerana mereka sendiri bergantung perlindungan kepada kumpulan samseng yang lain. Kelakuan seperti itu sudah pastilah menampakkan ketidakmatangan dalam mendepani pentas kehidupan dunia. Buktinya tahun lalu sahaja, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda.. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius statistik tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya (Utusan Malaysia, 2009).

Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka kategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen. Apa yang jelas, delinkuen atau gangsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka satu kajian mengenai masalah disiplin gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah perlu dijalankan.

You might also like