You are on page 1of 41

HALAMAN PENGAKUAN

Saya berjanji bahawa tugasan ini merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa maklumat yang dinyatakan sumbernya

Tandatangan,

.................................................. (MUHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL MANAP) (930419-03-5837) TARIKH: 18 SEPTEMBER 2011

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan projek bagi subjek Kemahiran Belajar ini pada waktu yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat membantu dan memberi sumbangan dan dorongan sepanjang saya berusaha menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya, Encik Muhamad Yusof bin Husin yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Semua tunjuk ajar serta dorongan daripada beliau amat bermakna untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan bantuan terutamanya bantuan kewangan dan sokongan moral kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu memberi sokongan dan sama-sama mencari bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Terima kasih. Wassalam

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Folio ini dilaksanakan bagi menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Pendek(KPP) bagi subjek Kemahiran Belajar.Tugasan ini telah diberikan kepada semua guru pelatih bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda semester satu di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Di peringkat institut pengajian tinggi, markah bukan sekadar dinilai daripada aspek pencapaian dalam peperiksaan, malahan juga meliputi kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Oleh yang demikian, setiap guru pelatih haruslah menyiapkan tugasan yang telah diberi. Dalam proses menyiapkan tugasan, pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa diharungi bagi mendapatkan pelbagai maklumat. Walaupun tugasan ini dilakukan secara individu, ianya tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan. Didalam tugasan ini saya memuatkan maklumat mengenai sebuah isu pendidikan atau keguruan yang saya pilih iaitu mengenai isu gengsterisme. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap tugasan ini mendapat pandangan yang baik dan diterima oleh pihak yang berkenaan. Selain itu, saya juga berharap tugasan ini dapat membantu meningkatkan prestasi saya di dalam akademik.

Sekian..terima kasih

PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lainlain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan wujudnya pelbagai maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran.

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

KEPENTINGAN DAN FAEDAH KEMAHIRAN BELAJAR

pembelajaran sepanjang hayat memperolehi ilmu secara sistematik dan bermakna pengurusan masa yang sistematik mengumpul maklumat dengan cepat dan tepat kemahiran membuat rujukan

KEMAHIRAN MAKLUMAT Definisi maklumat

maklumat ialah pengetahuan,data, butiran, keterangan atau cerita tentang sesuatu perkara/seseorang

Definisi kemahiran maklumat

keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mancari atau mengumpul atau mengurus dan mengolah maklumat berbekalkan maklumat 6

SUMBER MAKLUMAT MENGGUNAKAN PELBAGAI SUMBER Pengenalan Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari. Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan opembelajaran ialah; i ii Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Jenis Sumber Pembelajaran 1. rakan sebaya A. Sumber berasaskan manusia B. Bahan bercetak 2. guru 3. pakar bidang 4. pegawai sumber. 1. buku 2. majalah 3. jurnal 4. ensiklopedia 5. surat khabar 6. kad katalog 7. kamus 7

8. buku teks 1. mikrofic C. Bahan pandang dengar 2. radio 3. televisyen 4. video 1. disket D. Sumber berasaskan komputer 2. cakra padat 3. cakra laser 4. disket video 5. internet Kriteria memilih bahan atau sumber - selaras dengan falsafah pendidikan negara - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat - releven dengan kurikulum - selaras dengan prinsip pedagogi - memberi maklumat terkini - cost effective - mudah diperolehi Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran 1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer. 2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahanbahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru. 3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus. 8

Strategi Mengoptimumkan Sumber Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya. Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik. Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bestari. Strategi Pengoptimuman sumber 1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber Guru boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word prosessor atau electronic presentation untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat menarik dan berkesan. 2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti hand on serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya. 3. Perkongsian melalui internet Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui edunet. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

4 Penyelidikan dan Pembangunan Guru digalak menjalankan kajian tindakan mengumpul maklumat tentang pengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain.

sumber berasaskan manusia

bahan audiovisual

bahan bercetak

sumber berasaskan komputer

MEMPEROLEH MAKLUMAT Mengumpul MaklumaT


Mendengar secara aktif Mencatat nota Membuat rujukan Menemuramah (menyoal untuk mendapat maklumat )

Kemahiran Mendengar Untuk Belajar Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut:

Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru; Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat; Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan 10

Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat

Mendengar Secara Aktif Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.

Tujuan Mendengar

mendapatkan maklumat mencatat nota menjalankan atau menunaikan arahan mengecam bunyi mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar

Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah:

Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa Berikan tumpuan kepada guru Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan

Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya Bersifat positif dan terbuka Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti

11

Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.

Mencatat Nota Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa cara mencatat nota merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut:

ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap; disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami; mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan subidea pertama kedua, dan seterusnya; dan menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat sokongan.

Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan. Proses Membuat Rujukan Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini. Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan. 12

Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan. Membuat Catatan (a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini. (b) Menyusun dan Merekod Maklumat Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti, mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap),menulis maklumat pada kad kecil,menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek, memasukkan maklumat ke dalam computer Menemuramah Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa. Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan. Tahap-Tahap Temu Ramah (1) Peringkat Sebelum Temuramah Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut:

Tentukan maklumat yang diperlukan Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemuramah Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah 13

Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang tempat, masa dan tarikh untuk dibuat temuramah Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya mengikut keperluan

(2) Peringkat Semasa Temuramah Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalankan perkara-perkara di bawah.

Tiba ke tempat yang dikenal pasti lebih awal daripada masa yang dijanjikan. Gunakan/pengucapan bertatasusila yang sesuai. Nyatakan tujuan temuramah itu dengan jelas kepada tokoh berkenaan. Bersikap ramah mesra dengan tokoh berkenaan. Tunjukkan minat anda untuk mendengar perkara yang hendak diceritakan oleh tokoh berkenaan. Adakan hubungan mata dan interaksi yang selesa. Wujudkan suasana yang tenang dan ceria Jadikan pendengar yang patuh Kemukakan soalan-soalan yang telah disediakan Gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika difikirkan perlu Catatkan butir-butir penting pada buku catatan Nyatakan penghargaan anda kepada tokoh berkenaan sebaik sahaja selesainya temuramah tersebut

(3) Peringkat Selepas Temuramah Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan

Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah tadi Rancangkan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya, atau ketegori tertentu.

Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti

14

Teliti draf pertama dan tentukan maklumat sama ada perlu ditambah atau tidak. Masukkan gambar, gambar rajah, atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca Senaraikan bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan Dapatkan bimbingan guru atau rakan Sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada kelas atau media cetak tempatan

KEMAHIRAN MENEMURAMAH

maklumat boleh didapati dengan menemuramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa

PERSEDIAAN MENEMURAMAH sebelum menemuramah o tentukan maklumat yang diperlukan o kenalpasti tokoh/ orang yang ditemuramah o selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki(latar belakang tokoh, bidang perkerjaan dan sebagainya) o buat janji temu dengan tokoh(tarikh, masa dan tempat) 15

o sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki) o sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan

semasa menemuramah tepati janji beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan dan ucap terima kasih) bersikap ramah dan tunjuk minat ketika tokoh bercerita/ sampai maklumat adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti kemukan soalan yang disediakan

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Dalam era ledakan maklumat, mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingati semuanya.

16

Kaedah mengesan maklumat dan merujuk kepada bahan di PSS

17

PENGENALAN GENGTERISME

Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang.Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, peringkat umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka. Disiplin secara amnya boleh ditafsirkan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu,

mengamalkan tingkah laku yang baik, saling hormat menghormati, tolong menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina. 18

Moral merujuk kepada tingkah laku manusia yang berkaitan mengenai apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa yang kita harus buat dan apa yang kita harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana tingkahlaku mereka mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain. (Iheoma, 1986)

Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderong untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk jika akhlaknya jahat. (Mohd Sulaiman Haji Yasin, 1992)

Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah.

Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, 19

keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan

1. Kertas Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober 1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan gengsterisme mengikut respon Pengetua dan Guru di sekolah seperti berikut berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancaman guru dan ceroboh.

20

2. Majalah Sejak kebelakangan ini,isu gengsterisme kerap kali dikeluarkan dalam majalah bagi menyedarkan masyarakat bahawa isu ini telah berleluasa di negara kita.Justeru itu,tujuannya ialah membenteras kejadian gengterisme ini dari terus berleluasa.

3. Akhbar Selain itu, akhbar juga kerap kali mengeluarkan berita-berita berkaitan dengan kejadian jenayah dan isu gengsterisme dikalangan pelajar sekolah.Gengsterisme berlaku disebabkan oleh beberapa punca yang mengakibatkan gejala gengsterisme dikalangan pelajar sekolah semakin berleluasa. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak.

21

PUNCA-PUNCA GENGSTERISME

22

PUNCA-PUNCA GENGTERISME 1) Kurang pendidikan agama Pelajar yang terlibat dalam pelbagai jenayah dan gengsterisme merupakan pelajar yang kurang didikan agama dan bimbingan serta perhatian dari keluarga dirumah.kesibukan ibu bapa keluar berkerja menyebabkan mereka merasa terabai dan hidup mereka tidak terurus.mereka juga kurang dapat meluangkan masa bersama ibu bapa dirumah kerana kesibukan ibu bapa mereka berkerja.ibu bapa seolah-olah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru disekolah. 2) Pengaruh media massa Pengaruh media massa juga menjadi punca pelajar-pelajar melibatkan diri dengan gengterisme.antaranya media memainkan peranan dengan menyiarkan pelbagai cerita yang memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar sekolah.contohnya,filemfilem ganas dan unsur seks yang disiarkan ditelevisyen dan akhbar-akhbar.Pelajarpelajr menjadi keliru menjdi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka.Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak. 3) Pengaruh Persekitaran Punca dari pengaruh persekitaran pula seperti pusat-pusat hiburan,siber kafe,kedaikedai video game dan pelbagai pusat hiburan yang semakin ligat berkembang tanpa penguatkuasa undang-undang telah menambahkan lagi keruntuhan akhlak dan moral sehingga membawa pelajar dan remaja terjerumus dengan aktiviti jenayah dan gengterisme. 4) Pelajar yang mempunyai masalah keluarga Selalunya pelajar-pelajar yang mempunyai masalah keluarga yang berharapan besar akan menjadi ahli-ahli gengterisme dan boleh mempengaruhi pelajar-pelajar yang rapat dan tinggal berdekatan dengan kediaman mereka atau rakan disekolah. 5) Pencapaian akademik yang kurang memuaskan. 23

Pelajar yang terlibat dengan gengterisme merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah dalam akademik dan mempunyai masalah disiplin semasa di sekolah.

KESAN-KESAN GENGTERISME

24

KESAN-KESAN GENGSTERISME

I. Membawa kesan negatif kepada sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia bolah mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah

II. Menggangu proses pembelajaran dan pengajaran. Salah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan di sekolah Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu proses P&P disekolah. Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara.

25

III. Mewujudkan budaya takut Kehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali ganda lebih takut Iklim di sekolah menjadi tidak selamat dan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada yang tidak bersalah menjadi mengsa ganas geng Pelajar-pelajar hilang semangat untuk belajar dan mengajar bagi guru-guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

IV. Sekolah menjadi pusat aktiviti geng Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster di luar sekolah malas masuk ke kawasan sekolah Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahliahlibaru dan untuk, tujuan sosial yang lain Majoriti geng ini ada di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat di amna mereka dapat berkumpul dan membincangkan aktiviti-aktiviti mereka Mereka juga memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakutnakutkan pelajar lain mengambil ahli-ahli baru dan melibatkan diri dalam perlakuan-perlakuan jenayah

26

V. Vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah Jenis vandalisme meninggalkan kesan buruk dan bahagian-bahagian sekolah, harta guru dan pelajar lain dengan sengaja dirosakkan Ahli-ahli geng juga melakukan contengan grafik pada harta sekolah Grafik-grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan pembelajaran untuk membersihkan Terdapat kejadian di mana bangunan sekolah dibakar oleh pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah

27

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA GENGTERISME

Kuasa pihak sekolah

Kerjasama semua pihak

Pemantauan ibu bapa

Akta Makhamah Juvana 1947 dipinda

Iklim persekolahan yang tenang dan kondusif

Membentuk keperibadian akhlak remaja

28

i. Kuatkuasa pihak sekolah Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Gejala gengsterisme sangat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah. Malahan cabaran juga dihadapi dari segi kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disipilin di sekolah. Masalah ini diyakini sebagai suatu yang mesti ditangani segera. ii. Kerjasama semua pihak Kerjasama pihak sekolah dan masyarakat untuk sama-sama membanteras kegiatan gengsterisme di sekolah yang semakin meningkat sejak belakangan ini Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan para pelajar sekolah serta tidak terkecuali media massa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diperlukan Kerjasama tersebut untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang bebas daripada unsure-unsur keganasan dan gengsterisme Masalah gengsterisme masih pada peringkat fenomena dan belum lagi menjadi satu sindrom yang membudaya di sekolah Namun, fenomena yang berlaku ini tetap membimbangkan dan memerlukan pencegahan serta penyelesaian oleh semua pihak.

29

iii.

Pemantauan ibu bapa

Peningkatan kes tersebut memerlukan ibu bapa melakukan pengawalan, pengawasan dan pemantaunan terhadap gerak-geri ank-anaknya Ibu bapa perlu mengambil berat tentang segala aktiviti yang dilakukan di sekolah dan di luar sekolah Ibu bapa hendaklah mengambil inisiatif untuk mengetahui tingkah laku anakanak di sekolah melalui perjumpaan dengan guru-guru dan pengetua sekolah Anak-anak mereka semasa berada di luar rumah, ibu bapa patut menyiasat latar belakang kawan-kawan anaknya dan apa-apa yang mereka lakukan

iv.

Akta mahkamah juvana 1947 dipinda Seorang pelajar Tingkatan 4, Tee Wui Hong telah dipukul oleh sekumpulan pelajar dalam kawasan sekolah pada tahun 2008 Kesihatan pelajar tersebut terjejas lepas insiden itu di Kuala Lumpur Ini membuktikan akta tersebut hendak dipinda bagi membolehkan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah juvana Hukuman seperti dan rotan perlu diberikan pertimbangan olah pihak yang berkuasa Walaupun hukuman penjara tidak boleh menyelesaikan sepenuhnya kes yang berkaitan dengan gengsterisme

30

Tetapi sekurang-kurangnya hukuman ini boleh dijadikan sebagai salah satu alat kawalan untuk mengurangkan pembabitan pelajar dalam gejala tersebut

v.

Iklim persekolahan yang tenang dan kondusif Sekolah hendaklah mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pentingkan pengukuhan disiplin dalam kalangan pelajar di semua peringkat persekolahan Cara-cara untuk melahirkan keadaan yang kondusif termasuklah konsep sekolah penyayang amalan zero-defect, penerapan nilai-nilai murni dan sebagainya Cara dan kaedah tersebut sentiasa diperbentukan dan semasa ke semasa Pelajar-pelajar juga dikawal secara tertutup pada waktu sekolah dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah

31

PELAPORAN Dengan terjadinya gejala gengterisme ini dapat kita perhatikan bahawa

perlanggaran disiplin dan gejala salah laku di kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin diperingkat sekolah. Dalam kata lain ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi dan yang pening kepala ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini antaranya pengaruh media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat membangun di kawasan luar bandar, pengaruh meterialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah. Perlanggaran disiplin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di 32

sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta kawasankawasan perkampungan. Ini menunjukkan cara perlanggaran disiplin di kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Selain itu, kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah.

Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Gejala ini seolah-olah suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membenterasnya.

Terdapat beberapa faktor yang menjurus kepada isu gengsterisme di sekolah. Faktor utama tersebut ialah kurangnya didikan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah.Namun ia bukan sahaja terhad kepada pelajar-pelajar muslim sahaja bahkan juga pelajar-pelajar non-muslim.Oleh yang demikian, kekurangan asuhan dan bimbingan dari rumah menyebabkan anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, meterialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya

menyebabkan berlakunya pelbagai gejala jenayah dan salah laku dikalangan remaja. Di sekolah dengan tertubuhnya kumpulan-kumpulan samseng atau gengster yang mana sering melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman dan mencemarkan persekitaran 33

persekolahan. Sehingga ke hari ini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani dan dibenteras dengan kadar yang segera.

Rumusan

Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak. Ia merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya ia dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara kita.

34

REFLEKSI
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya saya dapat tugasan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) menyiapkan

ini pada masa yang telah ditetapkan.

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini,saya telah bertungkus lumus mencari maklumat berkenaan tajuk yang telah diberi. Saya mengalami kesukaran pada peringkat awalnya, antara kesukaran yang saya hadapi ialah, saya tidak faham bagaimana cara untuk memilih maklumat yang bertepatan dengan tajuk yang diberi. Namun begitu, saya seringkali bertanya Encik Muhamad Yusof Bin Husin sekiranya tidak mamahami tugasan ini dan untuk mendapat maklumat yang lebih tentang tajuk ini. Tanpa campur tangan dan tunjuk ajar beliau, saya tidak mungkin dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Beliau merupakan seorang pensyarah yang mudah mesra, baik hati, senang didekati dan peramah. Beliau bagaikan seorang bapa dibahagikan berbincang mendidik kami semua. Bagi memudahkan kami untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki, kami telah kepada beberapa kumplan. Walaupun tugas yang diberi harus di hantar untuk menyelesaikannya selain mencari maklumat bersama-sama. secara individu namun pembahagian kumpulan ini banyak membantu kami. Kami sering Memandangkan kami adalah rakan seperjuangan, kami sering bantu-membantu dalam membuat tugasan. Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan moral dan kos bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sering memberi bantuan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang saya hadapi. Atas berkat bantuan dari semua, segala persoalan mengenai

35

bahasa melayu ini telah berjaya saya kupas satu persatu agar lebih jelas. Terima kasih diucapkan Wassalam..

YANG BENAR, ____________ (MUHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL MANAP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN

BORANG REKOD KOLABORASI


NAMA UNIT NAMA PENSYARAH JABATAN TARIKH : MUHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL MANAP : PPISMP PJ SK SEMESTER 1 : EN. MUHAMMAG YUSOF BIN HUSIN : ILMU PENDIDIKAN PERKARA Sesi taklimat oleh pensyarah, En. Muhamad Yusof Bin Husin Pemilihan tajuk yang bersesuaian. CATATAN Melontarkan pertanyaan. Membuat catatan. Meminta pendapat rakan mengenai pemilihan tajuk yang sesuai. 36 TANDATANGAN

Bertanya mengenai kemahiran scanning

Bertanya kepada rakan mengenai teknik scanning

Mencari maklumat

Mencari sumber di internet dan buku rujukan. Rakan menunjukkan cara-cara membuat pengurusan grafik.

Bertanya mengenai pengurusan grafik

Menyusun maklumat

Menyusun maklumat mengikut kepentingan.

37

Menaip tugasan

Menaip maklumat dalam microsof word 2007 dan dibuat dalam bentuk pengurusan grafik. Meminta pendapat rakan bentuk-bentuk menarik dan sesuai digunakan untuk pengurusan grafik. Menjilidkan tugasan dan dibukukan.

Menjilidkan tugasan

Tugasan dihantar kepada pensyarah

Tugasan diterima oleh pensyarah dan direkodkan

BIBLIOGRAFI 38

Rujukan : Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian , Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur http://tuanmat.tripod.com/ssial.html http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/gejala-buli-di-sekolah-mesti-diperangihabis-habisan.html http://www.geocities.com/pendislam/gengster.html Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7 November 1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://www.scribd.com/doc/18486977/Gangsterisme

LAMPIRAN 39

40

41

You might also like