You are on page 1of 8

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KEHIDUPAN INSAN

NBWU1072

ULASAN ARTIKEL JURNAL

DIESEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD HARITH HAKIMI BIN RAZMAN 20BE01003

NUR HAFIFAH BINTI HAMBARI 20BE01004

MUHAMMAD RAZEEN BIN MA’AMOR 20BE01005

SITI MUNIRAH BINTI KAMALUDIN 20BE01007

MUHAMMAD FARIS BIN MOHD SAIFUL 20BE01010

MUHAMMAD FARIS BIN KAMAROL ARIFFIN 20BE01011

NOORAISYAH HUMAIRAH BINTI AHMAD


20BE01012
MAHMOOD

HUDA NADIA BINTI HASBI 20BE01018

TUAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN TUAN MOHD 20BE01031

SUHAIMI

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN NOOR IDAYU BINTI ABD WAHID

IJAZAH SARJANA MUDA TESL DAN MULTIMEDIA (BE01) 2A

SESI 2 2020/2021
BULI SIBER DALAM PENGAJIAN TINGGI: IMPLIKASI DAN PENYELESAIAN

PENGENALAN

Artikel jurnal ini ditulis oleh Gina S. Smith, Maria M. Minor dan Henry M. Brashen. Artikel

jurnal yang menarik ini diterbitkan di dalam jurnal Journal of Educational Research and Practice jilid

4, Isu 1, muka surat 50 hingga 60 pada tahun 2014.

Serba sedikit tentanag latar belakang penulis artikel yang pertamanya, Gina S. Smith adalah

seorang penyelidik yang gemar dan pengarang atau penulis. Beliau telah mengarang tiga jurnal

inspirasi. Beliau juga telah menyampaikan hujah tentang beberapa penyelidikannya di banyak

persidangan dan Mesyuarat Fakulti Nasional. Penyelidikannya merangkumi topik mengenai pendidikan

khas, pemikiran sistem, pengurusan dan buli siber. Di samping itu, beliau terlibat dalam pekerjaan

sukarela di seluruh komuniti untuk menyokong anak-anak K-12 dalam program pendidikan khas, dan

teater. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama lebih dari 23 tahun. Sumber maklumat penulis

diambil daripada https://isearch.asu.edu/profile/2851974.

Sementara itu, Henry M. Brashen ialah seorang ahli dalam kepemimpinan, perencanaan

penggantian, pengurusan sumber daya manusia, pengembangan organisasi, pembinaan, penelitian dan

metodologi reka bentuk, penyelidikan, fasilitasi, dan pelatihan, Beliau telah membuktikan hasil dari

kliennya dan telah bekerjasama dengan organisasi di seluruh negara dalam topik komunikasi, latihan

kepelbagaian, pemikiran kreatif, pengurusan prestasi, pengekalan karyawan, dan komunikasi pria atau

wanita, proses penilaian prestasi, perencanaan penggantian, penyelesaian konflik, pengurusan tekanan

dan masa, perundingan, dan melatih pelatih. Beliau juga mengarang banyak artikel dan telah melakukan

penyelidikan yang luas di seluruh Eropah, Asia, Pasifik Selatan, dan Hindi Barat. Maklumat penulis

diambil daripada https://www.linkedin.com/public-profile/in/henry-brashen-

0378b647?challengeId=AQFLmtDNbhPyggAAAXaz91R2O9nEqZqgXmk97QOKyV5hmnN8FJaRn

9o84vC7WnfvL2XO-7jt9D-dNrr4avm6IXfDgS0UlW_0cw&submissionId=eb0d32a9-9083-5516-

4851-4c5c1f34392e

2
Maria M. Minor pula bekerja selama 23 tahun untuk Verizon Communications sebagai

pengurus dalam Perkhidmatan Pelanggan, Pemasaran, Kejuruteraan dan Pengurusan Projek. Beliau

memulakan kerjaya keduanya dalam mengajar pada tahun 2007. Beliau bekerja sepenuh masa di

Universiti Kaplan sebagai profesor yang mengajar kelas Pengenalan kepada Pengurusan. Beliau juga,

mempunyai BS dalam Pekerjaan Sosial dari University of Vermont, ijazah Sarjana dalam Penurious

dari Universiti Lesley dan doktor dalam Kepimpinan Organisasi dari University of Phoenix. Beliau

telah menerbitkan satu bab dalam sebuah buku berjudul "Praktik Pengajaran Terbaik" dan menerbitkan

sebuah artikel mengenai Cyber Bullying in Higher Education. Beliau telah membentangkan di

persidangan Sloan Consortium dan International Assembly for Collegiate Business Education. Artikel

jurnal ini adalah mengenai buli siber dalam pendidikan tinggi dan diterbitkan pada tahun 2014 oleh

Walden University Publishing. Maklumat penulis diambil daripada laman web rasmi kolej Champlain

College yang dirujuk di https://www.champlain.edu/academics/our-faculty/champlain-college-

online/faculty/minor-maria.

ULASAN KANDUNGAN

Menurut Smith, Minor, dan Brashen (2014), tujuan artikel penyelidikan ini adalah untuk

memberikan implikasi dan cadangan untuk fakulti dan pentadbir dalam pendidikan tinggi yang perlu

dipertimbangkan ketika berhadapan dengan buli siber, khususnya fakulti dibuli melalui siber oleh

pelajar. Maklumat latar belakang dan penyelidikan yang berkaitan disertakan. Smith et al. (2014)

menyarankan beberapa saranan dalam menyelesaikan isu ini termasuk pelaksanaan, latihan, dan

kebijakan jawatankuasa pembangunan.

Artikel ini bertemakan jenis-jenis pembulian yang sering dilakukan oleh para pelajar, penjawat

awam dan terutamanya pembulian di alam siber. Terdapat 3 jenis pembulian yaitu pembulian di alam

nyata (traditional bullying); - pembulian yang melibatkan fizikal, social mahupun secara lisan,

pembulian dengan cara hanya memerhatikan orang yang dibuli tanpa mengambil apa-apa tindakan

dengan sengaja(bystander) dan akhir sekali pembulian di alam maya (cyberbullying). Pembulian di

3
alam siber ini biasanya terjadi apabila seorang kanak-kanak ataupun remaja diganggu, dimalukan dan

diugut menggunakan teknologi digital (Smith et al., 2014).

Teori yang digunapakai oleh pengkaji pada artikel ini ialah berdasarkan teori daripada Olweus yang

menghuraikan tentang definisi dan jenis-jenis buli (Hasibuan, 2013). Antaranya, buli tradisional dan

buli siber. Dalam teori tersebut membahagikan definisi buli kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Buli Tradisional: Buli yang melibatkan perilaku yang kasar terhadap mangsa yang berulang

kali. Juga termasuk dalam perkataan, sosial mahupun fizikal.

2. Penonton (bystander): Individu yang menyaksikan secara langsung mahupun tidak langsung

yang mengetahui kegiatan buli tersebut namun, tidak mengambil apa-apa tindakan yang

sewajarnya.

3. Buli Siber: Buli yang berlaku apabila mangsa diganggu, dimalukan atau diugut menggunakan

teknologi digital.

4. Buli Dewasa (Adult Bullying): Lebih cenderung kepada buli tradisonal namun Olweus

menambah beberapa jenis buli yang melibatkan Adult Bully ini iaitu Narsisistik, Impulsif,

Fizikal, Pertuturan dan Sekunder.

5. Buli ditempat kerja: Buli yang melibatkan kumpulan atau individu dalam persekitaran

pekerjaan yang bertujuan untuk memalukan dan menakut-nakutkan mangsa.

Daripada teori ini, pengkaji berhasil memberikan contoh yang relevan bagi setiap jenis buli yang

dinyatakan. Disamping pengkaji dapat memberikan kesedaran kepada pembaca tentang implikasi dan

penyelesaian isu buli ini.

Kaedah kajian yang digunakan oleh para penulis ialah dengan mengadakan tinjauan di sebuah

universiti diatas talian. Tinjauan tersebut diadakan pada Januari 2013 dan dikendalikan sendiri oleh

Minor, Breashen dan Smith (2013). Beberapa soalan yang diajukan tertumpu pada pihak fakulti

pengurusan siswazah sepenuh masa dan separuh masa. Metod yang sama digunakan di Universiti

Teknologi Malaysia berkaitan buli siber dikalangan mahasiswa. Kaedah ini terbukti berkesan dan

4
banyak digunakan kerana ianya bersifat versatil, efisyen dan umum yang mana ia melindungi maklumat

peribadi responden.

Daripada kajian yang telah dilakukan, para penulis mendapati 20% kadar pulangan di antara

responden berikut, 85% daripadanya merupakan fakulti separuh masa, 15% lagi daripada fakulti

sepenuh masa. Dan dikalangan responden tersebut 59% adalah lelaki dan 41% adalah wanita. Diantara

respon yang didapati, 34% responden menyedari bahawa mereka mangsa buli siber, manakala 62%

yang lain mengatakan mereka tidak dibuli, selebihnya 4% tidak pasti akan situasi masing-masing.

Secara keseluruhannya, majoriti mangsa buli siber didapati mengurus keadan tersebut dengan sendiri.

Walaubagamanapun, para responden tinjauan ini meyakini bahawa kes buli siber berada di dalam

keadaan yang terkawal.

ULASAN KRITIS ARTIKEL

Daripada kajian yang dilakukan oleh kami ini, kami dapati bahawa isu utama dalam artikel ini

adalah berkaitan dengan buli siber. Seperti yang dinyatakan didalam pendahuluan artikel, “The purpose

of this article is to offer implications and recommendations for faculty and administrators in higher

education to consider when dealing with cyberbullying, specifically faculty being cyberbullied by

students”. Sini, Smith et al. (2014) menyatakan isu terbesar dalam kalangan fakulti adalah pembulian

siber dan perkara ini perlu diselesaikan. Oleh itu, penulis artikel memberi beberapa cadangan untuk

menyelesaikan masalah pembulian siber di dalam artikel tersebut. Penulis telah memberi penjelasan

dan definisi berkaitan dengan apa itu pembulian siber. Penulis menyatakan bahawa pembulian siber ini

adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja diganggu, dimalukan, di ugut atau didera dengan

menggunakan teknologi digital. Kenyataan ini dapat dikuatkan oleh Watts, Wagner, Velasquez dan

Behrens (2017), yang mengatakan bahawa medium pembulian siber ini adalah amat luas kerana apa

sahaja bentuk alatan teknologi yang boleh menghubungkan antara satu sama lain boleh dijadikan sebuah

platform untuk pembulian siber ini.

5
Pada pandangan kami, artikel tersebut dapat menerangkan dengan lebih jelas tentang buli siber

yang berlaku pada masa kini terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Selain itu,

hasil dapatan daripada kajian juga dilakukan dengan amat baik sekali kerana terdapat banyak maklumat

yang dikumpulkan melalui graf, jadual, rajah dan juga data juga mudah untuk dilihat dan di analisis..

Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah, kekuatan yang dapat dilihat ialah hasil pengumpulan data

yang sistematik, hasil kajiannya juga disusun dan diaturkan dengan sempurna. Segala data yang

berbentuk jadual, graf dan rajah juga dilihat teratur dan maklumat juga mudah untuk dicapai. Oleh itu,

kami sangat bersetuju dengan interpretasi keputusan yang dilakukan pada jurnal tersebut dan ianya

merupakan satu artikel yang sangat menarik.

Isu yang dibangkitkan di dalam artikel ini iaitu, pembulian siber di dalam kelas atas talian ini

releven dengan kami sebagai penyelidik. Ini kerana pada zaman pandemik ini, terdapat banyak cabaran

dalam kehidupan seharian kita dan dengan adanya pandemik ini, ia tidak membantu untuk

mengurangkan masalah tersebut malahan ia menambahkan lagi masalah dalam kehidupan. Setiap

perkara yang disebutkan didalam artikel tersebut adalah amat membantu dalam penyelidikan kami

terutamanya jika berkata tentang pembulian siber. Pembulian siber ini sebenarnya bermula daripada

pembulian biasa. Pmebulian biasa ini boleh berlaku di atas berbagai faktor. Oleh itu, dengan wujudnya

artikel ini ia akan membantu kami dalam menyelesaikan masalah tersebut sedikit demi sedikit.

Seterusnya, kembangkan latihan fakulti agar fakulti bukan sahaja dapat mengenali buli siber,

tetapi juga mereka dapat berjaya mengatasinya. Memberi mandat kepada fakulti untuk memperoleh

sekurang-kurangnya satu perkembangan professional kelas dalam pendidikan buli yang mengkaji dasar

sekolah mengenai buli, kesedaran mengenai masalah, dan langkah-langkah yang harus diambil

mengenai bagaimana menangani kejadian tersebut. Kelas pengembangan profesional ini tidak akan

disampaikan sebagai sesi latihan, melainkan sekeping maklumat yang dirancang untuk menjelaskan

peranan dan tanggungjawab fakulti ketika menghadapi masalah buli siber. Ia akan dirancang untuk

meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah menangani buli siber. Pada pendapat kami, kaedah

6
mengatasi buli siber dalam pendidikan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam artikel amatlah

bersesuaian dengan pelajar di pengajian tinggi.

PENUTUP/KESIMPULAN

Buli siber adalah satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan lumrahnya di laman sosial.

Buli siber merupakan gejala yang perlu ditangani kerana ia merugikan negara yang sentiasa bergantung

harap kepada kualiti sumber manusia untuk maju. Fenomena buli dalam pandangan Islam adalah

merupakan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar benar menjaga dan memelihara

kemulian Insan. Mangsa-mangsa buli siber mempunyai ciri-ciri khusus yang kadangkala mudah

dikenalpasti dan juga merupakan mudah mereka dibuli. Tingkah laku buli siber telah dilihat

memberikan kesan negatif kepada fizikal, psikologi dan emosi serta proses pembelajaran mangsa buli

dalam jangka masa pendek dan panjang. Di dalam Islam kesemua perbuatan manusia samada baik atau

jahat akan dihisab oleh Allah S.W.T di Akhirat bertujuan memberi keadilan kepada semua manusia.

Oleh itu, memahami dan mengenali mangsa buli siber dan pembuli di media sosial adalah satu

keperluan dalam menangani dan mengawal gejala buli siber. Mengurangkan kejadian buli adalah juga

usaha menjamin kesejahteraan mental dan kehidupan mangsa semasa dan juga masa hadapan mereka.

Dengan memahami kesan jangka masa panjang dan pendek gejala buli siber sangat penting bagi para

kaunselor untuk membantu memberi intervensi yang sesuai kepada mangsa buli siber dalam membantu

proses kepulihan dari kejadian buli siber ini. Kaunselor harus berusaha mencari kaedah yang terbaik

dan berkesan dalam menangani fenomena ini.

7
RUJUKAN

Che Hasniza Che Noh & Mohd Yusri Ibrahim (2013). Kajian Penerokaan Buli Siber dalam Kalangan

Pelajar UMT. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 134(2014). 323-329

Hargeet Kaur Basant Singh (2013, Mei 27). Buli Siber. Dimuat turun daripada

http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

Hasibuan, R. (2013). Efektivitas Rational Emotive Behavior Therapy (Rebt) Untuk Meningkatkan Self

Esteem Pada Siswa SMP Korban Bullying. Sumatera: Universitas Sumatera Utara.

Smith, G., Minor, M., & Brashen, H. (2014). Cyberbullying in Higher Education: Implications and

Solutions. Journal of Educational Research and Practice. 4(1). 50-60.

Watts L.K., Wagner J., Velasquez B. & Behrens P.I. (2017). Cyberbullying in higher education: A

literature review. Computers in Human Behavior.

You might also like