You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329182558

PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAH


LAKU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Conference Paper · November 2018

CITATIONS READS

0 1,331

3 authors:

Ismail Maakip Azizi Yahaya


Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
45 PUBLICATIONS   148 CITATIONS    136 PUBLICATIONS   555 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Peter Voo
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
35 PUBLICATIONS   28 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Accident and Safety Research Group, UKM View project

Technological Immersion in Brunei View project

All content following this page was uploaded by Ismail Maakip on 26 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA
TERHADAP TINGKAH LAKU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Azizi Yahaya, Ismail Maakip dan Peter Voo


Fakulti Pikologi dan Pendidikan UMS

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh media berunsur agresif dan kesannya
terhadap tingkah laku pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar bermasalah
disiplin daripada tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai, Johor. Seramai 127 orang pelajar
yang terdiri daripada 92 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar perempuan telah dilibatkan
dalam kajian ini. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang
dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang
responden. Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab keempat-empat persoalan kajian
yang dikemukakan. Item-item soal selidik diukur dengan menggunakan skala lima tahap. Data
yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science,
Versi 17.0 (SPSS) untuk menilai peratusan kekerapan, purata, ujian t dan ujian korelasi. Kajian
rintis telah dilakukan oleh pengkaji untuk mengukur kebolehpercayaan soalan dalam soal selidik.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh program-program media berunsur agresif
terhadap pelajar adalah pada tahap sederhana. Dapatan untuk kesan-kesan terhadap tingkah-laku
agresif pelajar juga adalah pada tahap sederhana. Kajian ini mempunyai implikasi penting
tentang peranan media supaya menilai kembali program-program yang disiarkan agar dapat
meminimakan unsur-unsur agresif yang boleh menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku
agresif.

ABSTRACT

The purpose of this research was to study the influence of media violence and its effects
on student’s behavior. Respondents were among discipline problem students from three
secondary schools in Kulai, Johor. Participants for this study were 127 respondents comprising
of 92 boys and 35 girls. Element A for respondent background and element B for statement
based on the aspects of studies. The questionnaire items were measured by five level Likert’s
Scale. The collected data were analyzed by using Statistical Package for Social Science, Version
17.0 (SPSS) to measure the frequency, mean, t-test and correlation test. Pioneer research was
done to measure the questionnaires credibility. This research found that the influence of media
violence on students behavior were at moderate level. Result of media violence effects on
aggressive behavior of students also at moderate level. The study has important implication in
the role of media and the need to reevaluate the telecast of violent programs in order to minimize
violence elements that can cause students to be aggressive.

Pengenalan

Media adalah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Walau bagaimanapun


kebelakangan ini media telah disalahgunakan untuk menyalurkan banyak perkara yang tidak baik
dan sepatutnya tidak disiarkan kepada umum. Kisah-kisah seperti aksi ganas, pembunuhan,
peperangan, unsur lucah kian banyak disiarkan pada masa kini dan sukar untuk dikawal. Kisah-
kisah seperti ini ditayangkan dalam pelbagai bentuk media seperti internet, televisyen, majalah,
buku,artikel, media interaktif dan video game. Kini kebanyakan media yang menjadi tarikan
orang ramai untuk menonton adalah media yang mempunyai unsur ganas dan kekerasan tanpa
mengira umur dan jantina. Akibatnya menularnya budaya agresif dan tidak bermoral yang
diadaptasi dalam kalangan penonton sama ada orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak
(Mallick, 1996).
Banyak kajian yang dilakukan dan mendapati bahawa pendedahan kepada media yang
berunsur ganas kepada remaja adalah antara salah satu sebab mengapa tingkah laku remaja
cenderung menjadi agresif. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengkaji mendapati
perlakuan delinkuan yang terdapat dalam televisyen dan video menjadi pemangkin dalam
meningkatkan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar (Pennel dan Browne, 1999). Unsur-
unsur ganas dalam media juga meningkatkan rangsangan dan menyebabkan seseorang itu hilang
kawalan semasa berada dalam dunia yang nyata (Anderson dan Dill, 2000). Kajian ini juga
menyebut golongan pelajar merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan tingkah laku
agresif kesan dari pendedahan berulangan tingkah laku ini dalam media (Pennel dan
Browne,1999).
Eron (1982), dalam kajiannya mengenai unsur ganas dalam media dan kesannya terhadap
tingkah laku agresif pelajar telah menyatakan pelajar-pelajar agresif lebih mudah dipengaruhi
oleh adegan-adegan ganas dalam media berbanding pelajar-pelajar yang normal. Perkara ini
berlaku kerana pelajar-pelajar mempunyai ciri-ciri agresif dalam diri mereka dan bila mereka
menonton kisah yang berunsur agresif dalam media, tingkah laku agresif akan mudah tercetus
secara fizikal verbal dan nonverbal. Kajian Eron (1982) juga mendapati pelajar-pelajar agresif
yang kerap menonton media yang agresif lebih cenderung bertingkah laku agresif kerana
terpengaruh dengan model-model yang mereka tontoni.
Keadaan ini menyebabkan remaja, khususnya pelajar-pelajar di sekolah-sekolah
menengah sering menghadapi masalah dalam membentuk identiti kendiri dan jati diri kerana
sentiasa terdedah dengan situasi yang tidak baik (Ma’rof 2001). Remaja merupakan golongan
yang belum matang dalam kehidupan dan masih dalam proses membentuk personaliti diri. Oleh
itu, mereka mudah terpengaruh dengan unsur agresif kerana mereka merupakan golongan yang
paling ramai dan banyak menggunakan media sama ada untuk mencari maklumat positif atau
negatif (Ma’rof, 2001).
Berdasarkan kepada beberapa dapatan kajian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa media
berunsur agresif dan kesannya terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar merupakan
satu masalah serius yang berlaku ketika ini. Masalah ini perlu dibendung dengan segera supaya
aksi ganas dalam media tidak membawa kesan yang negatif dalam diri pelajar-pelajar pada masa
kini dan akan datang.
Latar Belakang Masalah
Media massa menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja. Tidak dinafikan kemudahan
seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi,
mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada
kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet
untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang
akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil
khayal, dan dadah.
Menurut Orestes (2002), unsur agresif dalam media merupakan masalah utama yang
mengancam keharmonian kehidupan berkeluarga. Menurutnya lagi, media banyak menyebarkan
fahaman seks yang keliru, pornografi, pornoaksi, kekerasan, keganasan melampau dan
kehidupan yang liar (menyimpang dari budaya dan agama). Beliau juga mendapati, kesan
daripada pengaruh media yang tidak bertanggungjawab menyebabkan moral remaja di Asia
semakin merosot iaitu 20% remaja terlibat dengan perzinaan, 24% terlibat dengan pornografi dan
pornoaksi, 21% seks sebelum nikah dan 35% kes juvana. Semua perkara ini akan menyebabkan
remaja semakin bermasalah dan melibatkan masalah perlanggaran disiplin di sekolah yang amat
ketara.
Menurut Amir Hassan Dawi (2002), filem, surat khabar, majalah, novel, buku, internet,
media interaktif dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning telah menimbulkan masalah
dalam perubahan tingkah laku fizikal, verbal, nonverbal, antisosial dan jenayah dalam kalangan
pelajar. Beliau melaporkan bahawa babak ganas dan aksi seks yang ditonton dalam media akan
menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Beliau juga menyatakan perkara ini tidak dapat
dinafikan kerana rata-rata mereka berusia di antara 12 hingga 20 tahun iaitu satu tahap umur
yang dianggap masih mentah. Pada tahap ini pelajar-pelajar mudah dirangsang kerana mereka
berada dalam proses perubahan ke alam baligh. Oleh itu mereka akan menggunakan maklumat
ini yang diadaptasi melalui media untuk diamalkan dalam tingkah laku seharian mereka.
Kisah-kisah yang berunsur agresif dalam media juga menimbulkan masalah peniruan
tingkah laku yang kronik dalam kalangan pelajar ( Ralph, 1999). Menurutnya, ketika ini banyak
tingkah laku agresif dan liar yang ditayangkan di dalam media dengan mudah mempengaruhi
dan ditiru oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Perkara ini menjadi lebih buruk lagi apabila
ibu bapa dengan sengaja menjadikan media sebagai tempat untuk mengelakkan diri dari
mendidik anak-anak kerana faktor keletihan, kerjaya dan mencari sumber rezeki (Rogers, 1980).
Oleh itu, pembentukan sahsiah anak-anak bergantung kepada bahan yang ditonton dan
mudah didapati dalam media. Ini akan menyebabkan remaja menjadikan bahan tontonan sebagai
medium untuk mempelajari sesuatu dan kemudiannya diamalkan dalam kehidupan. Kesannya,
perlakuan agresif yang seronok dan sesuai dengan naluri remaja akan menjadi mekanisma utama
sikap dan perangai remaja.
Kesannya terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar di Malaysia masih kurang
dijalankan. Walau bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan oleh Samsudin (2001),
mendapati masalah tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar agresif kesan menonton media
berunsur agresif memang telah lama wujud di Malaysia. Kajian beliau mendapati remaja
merupakan golongan yang paling banyak menggunakan media iaitu 21.3 hingga 22 jam
seminggu dan terlalu meminati filem-filem yang bercorak ganas, berahi, mendebarkan, cemas,
peperangan, pembunuhan, mistik dan sukan lasak. Kesan dari pendedahan yang terlalu lama
melalui media akan menyebabkan pelajar menjadi golongan yang paling aktif untuk meniru dan
melakukan adegan ganas yang dilihat dari media (Samsudin, 2001).
Para penyelidik telah mengemukakan beberapa definisi mengenai tingkah laku agresif. Secara
umumnya, tingkah laku agresif boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang dilakukan dengan
tujuan untuk mencederakan orang lain, individu itu sendiri atau pun objek di sekelilingnya.
Tingkah laku agresif ini mesti disertai dengan niat untuk mencederakan orang lain dan sebarang
tindakan yang agresif tetapi tidak disertai dengan niat untuk mencederakan orang lain atau objek
di sekelilingnya dianggap bukan tingkah laku agresif (Baron dan Bryne, 1991).
Tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar-pelajar agresif di sekolah menengah
merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dengan
institusi pendidikan dan persekolahan. Masalah tingkah laku agresif perlu ditangani dengan
sebaik mungkin supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh mendatangkan kesan negatif dalam
perkembangan akademik dan sahsiah pelajar. Masalah ini juga perlu diselesaikan dengan teliti
supaya peranan sekolah sebagai pusat perkembangan ilmu dan jati diri pelajar tidak terjejas imej
serta kredibilitinya.

Pernyataan Masalah
Pengaruh media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif dikalangan pelajar-pelajar sekolah
menengah merupakan satu masalah yang harus dipandang serius ketika ini. Masalah tingkah
laku yang agresif dikalangan pelajar mendatangkan banyak kesan yang negatif kepada sekolah
dan masyarakat. Hal ini kerana media adalah punca seseorang pelajar untuk cenderung
melakukan tingkah laku dan tindakan yang agresif kerana media adalah satu alat yang tidak
asing lagi dalam kehidupan remaja pada masa ini. Media yang mempunyai unsur ganas yang
menarik pelajar-pelajar agresif harus diambil perhatian oleh semua pihak untuk membendung
masalah ini supaya tidak merosakkan ahklak generasi muda. Menurut kajian Bayley (1991),
adegan keras dan ganas yang dipaparkan ini mencetuskan idea baru untuk remaja dan kanak-
kanak mempelajari serta mempraktikkannya. Kajiannya juga menunjukkan, media menjadi
punca utama pelajar mempelajari cara melakukan tingkah laku agresif.
Kesan menonton pelbagai program yang agresif dalam media telah mewujudkan masalah
meningkatnya kecenderungan melakukan tindakan kekerasan dan perilaku negatif lainnya dalam
kalangan remaja (Baron dan Bryne, 1991). Menurutnya lagi, ketika ini media memiliki potensi
besar dalam mengubah sikap dan perilaku masyarakat terutama remaja yang relatifnya masih
mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Hasil penelitian para pengkaji menunjukan bahwa paparan
media elektronik dan cetak seperti televisyen, empayar internet, filem, majalah, akhbar dan buku
boleh mempengaruhi tingkah laku agresif golongan remaja (Bushman dan Heusman, 2001).
Media adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Begitu juga media berperanan penting kepada pelajar untuk mendapat sumber maklumat yang
luas seperti internet. Namun jika ianya disalahgunakan akan menyebabkan kesan yang negatif
terhadap pencapaian akedemik pelajar. Menonton media akan mengurangkan masa pelajar untuk
menumpukan pada pelajaran dan sekiranya tidak dikawal pelajar akan hilang tumpuan pada
pelajaran mereka dan tidak mahu belajar. Oleh itu, Ibubapa juga berperanan penting untuk
mengawal anak-anak mereka daripada terpengaruh untuk terus menonton media khususnya
media yang tidak berunsur negatif dan agresif.
Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji daripada pelbagai aspek tentang media agresif
seperti, jenis-jenis media yang mempengaruhi tingkah-laku agresif, kesan-kesan media yang
berunsur agresif terhadap tingkah laku pelajar, punca-punca pelajar minat untuk menonton
media yang berunsur ganas, sikap ibubapa terhadap pengaruh tingkah laku pelajar menonton
media yang berunsur ganas, dan perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akedemik antara
pelajar-pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti;

i. Mengenalpasti ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif
pelajar.
ii. Mengenalpasti punca-punca pelajar menonton media berunsur agresif.
iii. Mengenalpasti kesan-kesan media berunsur agresif terhadap tingkah laku pelajar.
iv. Mengenalpasti sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media berunsur agresif.
v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program media,
punca-punca menonton media berunsur agresif, kesan-kesan menonton media berunsur
dengan jantina.
vi. Mengenalpasti sama ada terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media, kesan-kesan
menonton media berunsur agresif dan sikap ibubapa terhadap pencapaian akademik.

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan, persoalan-persoalan berikut cuba


dijawab melalui kajian ini;

i. Apakah ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif pelajar?
ii. Apakah punca-punca pelajar menonton media berunsur agresif?
iii. Apakah kesan-kesan media berunsur agresif terhadap tingkah laku pelajar?
iv. Apakah sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media berunsur agresif?
v. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program media, punca-punca
menonton media berunsur agresif, kesan-kesan media berunsur agresif dengan jantina?
vi. Apakah terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media, kesan-kesan menonton
media berunsur agresif dan sikap ibubapa terhadap pencapaian akademik?

Hipotesis Kajian

i. Hipotesis Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program media
dengan jantina.
ii. Hipotesis Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara punca-punca menonton
media berunsur agresif dengan jantina.
iii. Hipotesis Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan-kesan media
berunsur agresif dengan jantina.
iv. Hipotesis Ho4 : Tidak terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media terhadap
pencapaian akademik.
v. Hipotesis Ho5 : Tidak terdapat perhubungan antara kesan-kesan media berunsur agresif
terhadap pencapaian akademik.
vi. Hipotesis Ho6 : Tidak terdapat perhubungan antara sikap ibubapa terhadap pencapaian
akademik.

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini.
Menurut Majid (1998), reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh
maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah untuk mengetahui
pengaruh media agresif dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar. Satu set soalan soal selidik
disediakan bagi mengumpulkan maklumat dan data. Data diperoleh dengan menggunakan soal
selidik yang telah diedarkan kepada responden yang telah terpilih mewakili populasi pelajar-pelajar
sekolah menengah di Daerah Kulai. Menurut Tuckman (1988), penggunaan kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik memudahkan penyelidik memperolehi kerjasama daripada responden.
Penyelidik menggunakan instrumen berbentuk soal selidik kerana ia senang ditadbir, data mudah
dikutip dan dianalisa.

Populasi
Populasi kajian ini adalah dikalangan pelajar-pelajar tingkatan dua yang bermasalah dipilih dari
tiga buah sekolah menengah di daerah Kulai.

Sampel Kajian
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi
yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel
adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998)
perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel
melebihi 30 unit dan pertambahan dalam saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan
mengurangkan ralat persampelan. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang
bermasalah.
Menurut Azizi (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian nanti. Responden kajian ini juga terbahagi kepada dua jantina utama iaitu lelaki
dan perempuan. Jumlah keseluruhan pelajar dalam tingkatan dua yang bermasalah dari tiga buah
sekolah menengah di daerah Kulai adalah seramai 127 orang. Daripada jumlah ini 92 orang
merupakan pelajar lelaki dan bakinya 35 orang merupakan pelajar perempuan.

Kaedah Persampelan
Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie
dan morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan (1970), tatacara untuk menentukan saiz sampel
adalah berdasarkan formula berikut:
S = X² NP(1-P) ÷ d² (N-P) + X² P(1-P) di mana
S = saiz sampel
X² = Jadual Nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada paras
keyakinan yang diperlukan 0.05 (3.841)
N = saiz populasi
P = nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel
Yang maksimum)
D = Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.50
= 3.841 x 150 x 0.5 (1-0.50)
0.05² x ( 150-1) + 3.841 x 0.5 (1-0.5)
= 144
1.33
= 108.27 @ 108 orang sampel.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Instrumen berbentuk soal
selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden
(Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, pengunaan instrumen berbentuk soal selidik
adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten
dan boleh dipercayai. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan instrumen yang mudah
ditadbir, senang untuk diedarkan kepada responden dan mudah untuk mendapatkan data yang
tepat. Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian yang telah
dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu;

i. Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidik.

ii. Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi


untuk menjawab item-item dalam soal selidik.

iii. Responden menjawab soal selidik secara suka rela dan ikhlas.

Arahan dan soalan yang diberi dalam soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua
responden yang dikaji. Responden dapat bertindak balas terhadap rangsangan soalan yang piawai
dengan lebih berkesan. Ini dapat meningkatkan lagi ketepatan dan kebenaran gerak balas
responden terhadap rangsangan soalan yang diberi. Di samping itu, responden juga lebih mudah
dan berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang dikaji (Mohd.Majid Koting). Dalam
kajian ini penyelidik telah menggunakan soal selidik yang berdasarkan skala kadar dengan
menggunakan skala lima mata. Penggunaan skala lima mata adalah kerana sebab-sebab berikut :

I. Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik.


II. Lebih mudah untuk mendapatkan data yang banyak.
III. Maklumat yang diperoleh daripada responden mudah dianalisis.
IV. Soal selidik lebih menjimatkan masa , tenaga dan kos.
V. Responden lebih mudah dan berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang
dikaji.

Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A menggunakan
skala nominal di mana soalan perlu ditanda (/) oleh responden berkaitan latar belakang mereka .
Bahagian B pula, soalan berkaitan tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
responden. Skala yang digunakan untuk mengukur pemarkahan bahagian B bagi kajian ini ialah
menggunakan kaedah skala 5 mata iaitu 1,2,3,4 dan 5.
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 37 item soalan menjurus kepada aspek yang hendak dikaji oleh
penyelidik berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan bagi menjawab permasalahan
yang dikemukakan. Skala Likert digunakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai aspek.

Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum set soal selidik digunakan dalam kajian
sebenar. Kajian rintis dapat membantu penyelidik memperoleh petunjuk awal tentang mana-
mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau tidak berjaya. Menurut Polit el al. (2001),
kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai
persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Ianya juga boleh membantu penyelidik
mengenal pasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya memperbaiki
kelemahan tersebut. Kekuatan kolerasi bagi setiap pemboleh ubah boleh dikelaskan berdasarkan
kepada julat 0.0 hingga 1.0 Azizi et al. (2007).
Satu kajian rintis juga telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen kajian. Seramai dua belas pelajar tingkatan dua yang bermasalah dari SMK Taman
Universiti 2, Skudai telah di pilih sebagai sampel kajian rintis. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS 17.0, didapati nilai alpha Cronbach yang diperolehi mencapai 0.76.
Oleh itu, kesahan dan tahap kebolehpercayaan bagi item-item soal selidik adalah kuat.

Hasil Dapatan.
Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif
pelajar. Jadual 2 menunjukkan punca-punca pelajar menonton media yang berunsur agresif,
jadual 3 menunjukkan kesan-kesan media berunsur agresif. Jadual 4 menunjukkan sikap ibubapa
apabila pelajar menonton media berunsur agresif manakala jadual 5 menunjukkan perbezaan
antara ciri-ciri program media agresif dengan jantina dan jadual 6 menunjukkan perbezaan antara
punca-punca menonton media agresif dengan jantina. Jadual 7 menunjukkan perbezaan antara
kesan-kesan media agresif dengan jantina, jadual 8 menunjukkan perhubungan antara ciri-ciri
program media agresif terhadap pencapaian akademik.jadual 9 menunjukkan perhubungan
antara kesan-kesan media agresif terhadap pencapaian akademik dan jadual 10 menunjukkan
perhubungan yang signifikan antara sikap ibubapa terhadap pencapaian akademik.

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Ciri-Ciri Program Media Yang Boleh Mempengaruhi Tingkah
Laku Agresif Pelajar

1 2 3 4 5
ITEM SST TS TP S SS MIN SP
Saya suka menonton rancangan TV yang 10.2 8.7 15.0 27.6 38.6 3.76 1.33
menayangkan aksi perlawanan/konflik
(gusti,smallville,prsison break)

Saya suka bermain game yang berbentuk 11.8 7.9 1.6 29.1 49.6 3.97 1.38
aksi perlawanan, tembak-menembak, tinju.
Saya suka menonton rancangan drama 17.3 15 15.7 22.0 29.1 3.30 1.47
yang ada aksi perlawanan.
Saya menonton media yang berunsur lucah 39.4 13.4 12.6 25.2 9.4 2.52 1.46
Saya suka menonton filem perdebatan 29.1 18.1 9.4 34.6 8.7 2.76 1.41

Saya menonton yang lebih kepada 14.2 16.5 6.3 28.3 34.6 3.53 1.43
gengsterisme

Saya suka menonton program animasi 11.0 10.2 15.0 20.5 43.3 3.75 1.39
yang ada memaparkan ciri perlawanan

Saya suka menonton kisah benar yang 13.4 13.4 14.2 25.2 33.9 3.53 1.42
memaparkan pembunuhan,peperangan,
konflik
Saya menonton filem percintaan yang ada 15.0 12.6 15.0 28.3 29.1 3.44 1.41
aksi perebutan, persaingan, pergaduhan
antara dua pihak9filem bollywood)
Saya menonton cerita seram 3.1 3.1 7.9 43.3 42.5 4.19 0.94 J
umla
h Keseluruhan Min : 3.29 SD: 0.76

Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian yang pertama ialah 3.29 dan
sisihan piawai ialah 0.76. Ini menunjukkan ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi
tingkah laku agresif pelajar adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di
bawah angka satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.
Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Punca-Punca Pelajar Menonton Media Yang Berunsur Agresif

1 2 3 4 5
ITEM SST TS TP S SS MIN SP

Memberi dorongan kepada saya untuk 6.3 20.5 15.7 27.6 29.9 3.54 1.28
menjadi seorang hebat, kuat, berani

Lebih bersemangat untuk melakukan 19.7 26.8 9.4 22.8 21.3 2.99 1.47
latihan agar boleh menjadi seperti watak
utama dalam filem

Dapat menjadikan diri saya seorang 8.7 12.6 13.4 33.1 31.5 3. 67 1.28
boleh menghadapi masalah, konflik,
halangan dengan berani

Boleh memberi semangat kepada saya 24.4 20.5 8.7 26.8 19.7 2.97 1.50
untuk menjadi ketua dalam kumpulan

Terpengaruh menonton/permainan game 18.1 8.7 12.6 25.2 35.4 3.51 1.50
yang agresif (counter-strike,call of
duty,general)

Aksi agresif boleh digunakan apabila diri 22.8 14.2 14.2 22.8 26.0 3.15 1.52
terancam (ugutan, buli, pertengkaran)
Saya dapat aplikasikan apa yang saya 13.4 16.5 18.1 32.3 19.7 3.28 1.32
lihat untuk membantu orang lain yang
dibuli/diugut.oleh kumpulan jahat
Menjadi seorang yang terhebat, 18.1 15.7 18.1 20.5 27.6 3.24 1.47
berpengaruh diantara rakan-rakan yang
lain
Diajak oleh rakan-rakan 17.3 15.7 13.4 26.0 27.6 3.31 1.46

Jumlah Keseluruhan Min : 3.47 SD: 0.80

Secara keseluruhan min yang bagi persoalan kajian ini ialah 3.47 dan sisihan piawai ialah
0.80. Ini menunjukkan punca-punca pelajar menonton media yang berunsur agresif adalah pada
tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka satu menunjukkan pilihan
jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.
Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Kesan-Kesan Media Berunsur Agresif

ITEM 1 2 3 4 5
SST TS TP S SS MIN SP

Saya akan bergaduh/ berkelahi 32.3 13.4 9.4 25.2 19.7 2.87 1.57
untuk menyelesaikan masalah
yang timbul
Saya mengugut seseorang 37.0 14.2 6.3 24.4 18.1 2.72 1.59
Saya membuli seseorang 39.4 15.7 9.4 22.0 13.4 2.54 1.52

Saya menengking dan memaki 27.6 17.3 10.2 21.3 23.6 2.96 1.57
seseorang

Saya merosakkan kemudahan 47.2 13.4 11.0 14.2 14.2 2.35 1.52
awam
Saya terdorong untuk menyertai 50.4 13.4 7.9 16.5 11.8 2.26 1.50
kumpulan haram

Saya akan bertindak balas dengan 18.9 9.4 14.2 30.7 26.8 3.37 1.45
segera bila berasa diri dianiaya.

Saya menggunakan kata-kata 35.4 11.8 8.7 27.6 16.5 2.78 1.56
yang kurang sopan/ lucah
Saya memiliki benda/alat yang 43.3 16.5 11.0 14.2 15.0 2.41 1.52
boleh membahayakan seseorang

Saya dengan segera menolong 11.0 12.6 9.4 22.8 44.1 3.76 1.41
kawan saya yang apabila dia
bertengkar,disakiti oleh pihak
lawan

Jumlah Keseluruhan Min : 2.80 SD: 1.01

Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian ini ialah 2.80 dan sisihan piawai
ialah 1.01. Ini menunjukkan kesan-kesan menonton media berunsur agresif adalah pada tahap
sederhana dan sisihan piawai yang berada pada angka satu menunjukkan pilihan jawaban
responden tertumpu pada jawaban yang sama.

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Sikap Ibubapa Apabila Pelajar Menonton Media Berunsur
Agresif

ITEM 1 2 3 4 5 MIN SP
SS TS TP S SS
T

Ibubapa membiarkan saya 27.6 22.8 9.4 25.2 15.0 2.77 1.46
menonton/membaca/bermain media yang
berunsur agresif
Ibubapa juga ikut sekali menonton apabila 35.4 12.6 9.4 21.3 21.3 2.80 1.61
saya menonton media yang beraksi agresif

Ibubapa menghukum apabila mendapati 28.3 17.3 17.3 19.7 17.3 2.80 1.47
saya menonton/ membaca/bermain game
media yang berunsur agresif
Ibubapa hanya membenarkan saya 20.5 14.2 12.6 29.9 22.8 3.20 1.47
menonton rancangan pendidikan sahaja
Ibubapa tidak ambil tahu tentang apa saja 29.1 15.0 6.3 36.2 13.4 2.90 1.49
media yang dibaca/ditonton
Seisi keluarga menonton bersama filem 24.4 13.4 4.7 31.5 26.0 3.21 1.56
baru walaupun mempunyai unsur agresif

Bersambung…

…sambungan
Ibubapa membeli filem berunsur agresif 29.9 17.3 11.0 29.9 11.8 2.76 1.45
untuk ditonton bersama dirumah bersama
anak-anak

Ibubapa tidak menegur walaupun saya 29.1 16.5 15.0 18.1 21.3 2.86 1.54
banyak menonton media berunsur agresif
daripada belajar pelajaran akademik

Jumlah Keseluruhan Min : 2.91 SD: 0.92


Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian ini ialah 2.91 dan sisihan piawai
ialah 0.92. Ini menunjukkan sikap ibubapa apabila anak-anak menonton media berunsur agresif
adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka satu menunjukkan
pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.

Jadual 5: Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan


Antara Ciri-Ciri Program Media Agresif Dengan Jantina

Jantina N Min Beza F Sisihan T Df Sig. Sig (2-


Min Piawai Tailed)
Lelaki 92 3.77 1.06 14.24 0.49 9.10 125 0.001 0.001
Perempuan 35 2.70 0.80 7.40 44.14

Signifikan pada aras keertian 0.05

Daripada Jadual 5, nilai min ciri-ciri program media berunsur agresif lelaki lebih tinggi
iaitu (M= 3.77, SD= 0.49) dan (t= 9.10, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada perempuan (M=
2.70, SD= 0.80). Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.001 (p=0.001 <
P=0.05). Ini menunjukkan hipotesis nol berjaya ditolak, dengan kata lain terdapat perbezaan
yang signifikan dalam ciri-ciri program media berunsur agresif yang ditonton antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan.

Jadual 6: Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan


Antara Punca-Punca Menonton Media Agresif dengan jantina

Jantina N Min Beza F Sisihan T Df Sig. Sig.( 2-


Min Piawai Tailed)
Lelaki 92 3.57 1.0 2.59 0.61 7.61 125 0.11 0.001
Perempuan 35 2.57 0.78 6.84 44.14
Signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan jadual 6 didapati min lelaki lebih tinggi iaitu (M= 3.57, SD= 0.61) dan (t=
7.61, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada perempuan (M= 2.57, SD= 0.78). Berdasarkan
ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.11 (p=0.11 > P=0.05), Ini menunjukkan hipotesis
nol gagal ditolak, dengan kata lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap punca-
punca menonton media agresif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Jadual 7 : Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan


Antara Kesan-Kesan Media Agresif Dengan Jantina

Jantina N Min Beza F Sisihan T Df Sig. Sig. ( 2-


Min Piawai Tailed)
Lelaki 92 3.21 1.49 0.097 0.74 9.83 125 0.76 0.001
Perempuan 35 1.73 0.83 9.32 55.60 0.001

Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan jadual 7 didapati min lelaki lebih tinggi iaitu (M= 3.21, SD= 0.74) dan (t=
9.83, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada perempuan (M= 1.73, SD= 0.83). Berdasarkan
ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.76 (p=0.76 > P=0.05). Ini menunjukkan hipotesis
nol gagal ditolak, dengan kata lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan-
kesan menonton media berunsur agresif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Jadual 8: Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang


Signifikan Antara Ciri-Ciri Program Media Agresif Terhadap
Pencapaian Akademik

ciri-ciri program Pencapaian


media
Pencapaian Korelasi Pearson -0.056 1
Signifikan (2-tailed) 0.534
N 125 125
ciri-ciri program Korelasi Pearson 1 -0.056
media Signifikan (2-tailed) 0.534
N 127 125

Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan jadual 8 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.056. Ini menunjukkan
perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “ciri-ciri program media berunsur agresif
yang ditonton” adalah negatif atau berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah sangat
lemah. Sementara nilai P= 0.534 > 0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara pencapaian dengan ciri-ciri program media berunsur agresif.

Jadual 9 : Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang


Signifikan Antara Kesan-Kesan Media Agresif Terhadap Pencapaian
Akademik

Kesan-kesan Pencapaian
media
Pencapaian Korelasi Pearson -0.201 1
Signifikan (2-tailed) 0.025
N 125 125
Kesan-kesan Korelasi Pearson 1 -0.201
media Signifikan (2-tailed) 0.025
N 127 125

Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan jadual 9 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.201. Ini menunjukkan
perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “kesan-kesan media berunsur agresif” adalah
negatif atau berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah lemah. Sementara nilai P= 0.025
< 0.05. Hipotesis nol ditolak dan menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara
pencapaian dengan kesan-kesan media berunsur agresif.

Jadual 10 : Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang


Signifikan Antara Sikap Ibubapa Terhadap Pencapaian Akademik

Sikap ibubapa Pencapaian


Pencapaian Korelasi Pearson -0.044 1
Signifikan (2-tailed) 0.625
N 125 125
Sikap ibubapa Korelasi Pearson 1 -0.044
Signifikan (2-tailed) 0.625
N 127 125

Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan jadual 10 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.044. Ini menunjukkan
perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “Sikap ibubapa” adalah negatif atau berkadar
songsang dan kekuatan hubungan adalah sangat lemah. Sementara nilai P= 0.625 > 0.05.
Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara
pencapaian dengan sikap ibubapa.

Perbincangan. Kebanyakkan pelajar adalah lebih minat untuk menonton tayangan yang
memamarkan banyak aksi perlawanan dan merasa seronok menonton media yang memaparkan
aksi ganas. Pernyataan ini selari dengan kenyataan oleh Jordan (1996) yang menyatakan
kebanyakkan pelajar selalu menonton program yang mengandungi konflik.

. Menurut Zillman Dolf (1998), punca seseorang minat untuk menonton media agresif
adalah dengan melihat karakter dalam tayangan. Penonton adalah sangat cepat untuk menilai
yang mana karakter yang disukai dan tidak disukai. Bagi filem yang disukai, ia akan merasa
seronok. Watak yang berlakon akan dijadikan kegemaran atau model yang baik untuk diikuti.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa item yang mempunyai nilai min paling tinggi ialah
“Seisi keluarga menonton bersama filem baru walaupun mempunyai unsur agresif” mencatatkan
min tertinggi iaitu 3.21 dan sisihan piawai 1.56. Hal ini menunjukkan bahawa ibubapa tidak
begitu peduli tentang program media yang ditonton bersama. Ini menunjukkan bahwa ibubapa
tidak mengawal sangat dalam kekeluargaan. Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-
anak juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku devian. Latar belakang
tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin
yang tidak konsistensemasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku
antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan
keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).

Dapatan kajian ini adalah bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura yang
menyatakan usia dan jantina model memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Pelajar-
pelajar perempuan didapati lebih meminati program berbentuk informasi kerana ia bersesuaian
dengan watak jantinanya yang mempunyai tingkah laku kurang agresif dan takut untuk
menonton kisah-kisah agresif secara langsung. Pelajar-pelajar lelaki pula lebih meminati
program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli kerana bersesuaian
dengan watak jantinanya yang lebih agresif dan berani untuk melihat adegan-adegan ganas yang
ditayangkan secara langsung melalui media.

Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat perhubungan yang
signifikan antara ciri-ciri program dan pencapaian akademik pelajar. Hal ini kerana walaupun
pelajar-pelajar menonton media yang berunsur agresif namun mereka tidak begitu terpengaruh
pada apa yang mereka lihat sehingga boleh menjejaskan pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar
menonton hanya untuk keseronokan, menghilangkan rasa bosan dan mengurangkan stres dalam
diri. Ini selari dengan Barrie and Jill (1990), remaja yang sedang mempunyai perasaan yang
tidak baik lebih cenderung untuk menonton program yang berunsur agresif untuk melepaskan
perasaan mereka. Manakala remaja yang tidak mempunyai perasaan atau dalam keadaan yang
baik kurang menonton media yang berunsur agresif.
BIBLIOGRAFI

Albert Bandura (1973). Aggression A Social Learning analysis. United States: Prentice- Hall,
Inc, Englewood, New Jersey.
Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung
Malim:Quantum Books.

Anderson, C. A., & Bushman, B. J. (2002). Human aggression. Annual Review of


Psychology, 53, 27 - 51.
Anderson, C. A. (1997). Effects of violent movies and trait irritability on hostile feelings and
aggressive thoughts: Aggressive behavior. Journal ofPersonality and Social Psychology,
23, 161 – 178.
Austin, E., & Johnson, K. (1997). Effects of general and alcohol-specific media Literacy training
on children’s dicision-making about alcohol. Journal of Health Communication. 2, 17 –
42.
Alverman, D. E., & Hagood, M. C. (2000). Critical media literacy: research, theory
and practice in “New Time”. Journal of Education Research, 93, 193 -205.
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Azizi Yahaya, Shahrin , Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon (2006). Psikologi
Sosial: Alam Remaja. Selangor: PTS PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon (2005). Psikologi
sosial: Alam remaja. Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personality Individu. Shah Alam:Karisma
Publication Sdn. Bhd.
Badrulzaman (2006). Tesis Master. Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap
Tingkah Laku Devian Remaja Di Daerah Pontian, Johor. Universiti Teknologi Malaysia,
Johor.
Bandura, A. (1965). Influence of models’ reinforcement contingencies on the acquisition of
imitative responses. Journal of Personality and Social Psychology, 6, 589 – 595.
Baron, R. A., & Bryne, D. (2000). Social psychology: Understanding human
interaction. Boston: Allyn & Bacon.
Baron, R. A., Bryne, D., & Suls, J. (1991). Aggression and heat: Mediating effects of
prior provocation and exposure to an aggressive model. Journal of Personality and Social
Psychology, 31, 825 – 832.
Barrie Gunter & Jill. McAleer (1990). Children And Television The One Eyed Monster. New
York: Routledge, Chapman and Hall,Inc.
Baumrind, D. (1991). The Influence Parenting Style on Adolesent Competence
and Substance Use. Journal, of Early Adolecence.
Bayley, L. D., & Topper, J. R. (1991). The impact of television advertisement on
children. New Delhi: Sage Publication.
Bradley, M. M., & Davis, J. F.(1997). Media literacy: from activism to exploration.
Dalam P. Aufderheide (Ed.), Media Literacy: A report of the National Leadership
Conference on media literacy. Queenstown, MD: Aspen Institute.

Brandon S. Centerwall, MD, MPH (1992). Television and Violence The Scale of the Problem
and Where to Go From Here. Journal of the American Medical Association. June 10,
1992 Vol 267. No. 22.
Brown, J. A. (1999). Media literacy perspectives. Journal of Communication, 48,
44 – 57.
Berkowitz, L. (1984). Some effects of thoughts on anti and prosocial influence of
Media events. A cognitive neoassociationist analysis. Psychological Bulletion, 95, 410 -
427.
Bushman, B. J., & Anderson, C. A. (2002). Violent video games and hostile expections: A test of
general aggression model. Iowa State Universiti.
Bushmann, B. J., & Huesman, L. R. (2001). Stability of aggression over time and
generations. Journal of Developmental Psychology, 20, 1120 – 1134. Dominick, J. R.
(1984). Videogames, television, violence and aggression in
teenagers. Journal of Communication, 34, 136 – 147.
Craig A.anderson et al (2003). The Influence Of Media Violence On Youth. American
Psychological society, 81-110.
Crick, N. R., & Dodge, K. A. (1995). A Review and reformation of social
Information on processing mechanism in children’s social adjustment. Psychology
Bulletin, 115, 74 – 101.
Crick, N. R., & Grotpeter, J. (1995). Relational aggression, gender and social
psychological adjustment. Child Development, 66, 710 – 722.
Deaux, K., & Wrightman, R. (1984). Killing for culture: an Illustrated history of
Death film from mondo to snuff. London: Creation Books.
Dill, K. E., & Dill, J. C. (1998). Video game Violence: A review of the empirical
literature. Aggression and Violent Behavior. A Review Journal, 3, 407 – 428.
Dominick, J. R. (1984). Videogames, television violence, and aggression in teenagers. Journal of
Communication, 34(2), 136-147.
Dollard, J., Doob, L., Miller, N., Mowrer, O., & Sears, R. (1939). Frustration and
aggression. New Haven, CT: Yale University Press.
Eron, L.D. (1982). Parent-Child Interaction, Television Violence and Aggression of
Children. American Psychologist, 37, 197-211.
Gerbner (1997). Growing Up With Television. Hillslade, NJ : Earlbaum.
Glenn G. Sparks (2010). Media Effects Research. Canada. Nelson Education, Ltd.
Himmleweit, M. B. (1958). Gender of subject and target as mediators of aggression.
Journal of Applied Social Psychology, 24, 453 – 471.
Huesman, L. R., & Miller, L. S. (1994). Long-term effect of repeated exposure to media violence
in childhood. New York: Plenum Press.
Huesman, L. R. (1994). Aggressive behavior current perspectives. New York:
Plenum Press.
Huston, A. C., Donnerstein, E. J., Fairchild, H. L, Feshback, N. D., Katz, P. A.,
Murray, J. P., Rubinstein, E. A., Wilcox, B. L., & Zuckerman, D. (1992). Big world,
small screen: The role of television in American society. Lincoln: University of Nebraska
Press.

Jacobvitz, D.B., dan Bush, N.F. (1996). Reconstructions of Family Relationships :


Parent-Child Alliences, Personal Distress, and Self Esteem. Developmental
Psychology, 32(4), 732-743.
John W. Renfrew (1998). Aggression And Its Causes. New York : Oxford University Press, Inc.
Kamus Dwibahasa (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Tribahasa Oxford Fajar. (2000). Edisi Pertama. Selangor: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Khaidir Hj. Ismail,Lukman Z.M., Hanina H. Hamsan (2008). Pembangunan Kanak-Kanak. Shah
Alam: arah pendidikan Sdn. Bhd.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research. Educational
and Psychological Measurements, 30, 607-610.
Liebes, J. L., Robert, M. & Curan, M. R. (1998). The early window: effects of
Television on children and youth. State University of New York.
Ling, P. A., & Thomas, D. R. (1986). Imitation of television aggression among
Maori & Eropean boys and girls. New Zealand Journal of Psychology, 15, 47 – 53.
Loo, M. A. (1979). The impact of media and technology in schools. Tesis PHD.
Universiti of Georgia.
Mahmood Nazar Mohamad (1996). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mallick, S. K., & McCandeless, B. R. (1996). A study of catharsis of aggression.
Journal of Personality and Social Psychology, 4, 591 – 596.
Ma’rof Redzuan (2001). Psikologi Sosial. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Melson, G.F., (1992). Keluarga dan Persekitaran Perspektif Ekosistem. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Miller, N. E. (1941). The frustation-aggression hypothesis. Psychology Review, 48,
337– 342.
Mitchell, B. (1989). The Family Environment and Leaving the Parental Home. Journal of the
Marriage and Family, 51, 605-613.
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Mosher, D. L., & Katz, R. D. (1971). Macho Personality, sexual aggression and
reactions to guided imagery of realistic rape. Journal of Research in Personality, 20, 77 –
94.
Musa Ahmad. Seks dalam media dan pengaruhnya terhadap remaja. (Januari, 2000)
Berita Harian, N1 11 (emel), p.16.
Drs. Muhibbin Syah (1995). “Psikologi Pendidikan Suatu Pendekatan Baru.”
Bandung: Penerbit Remaja Rosdakarya.
Nawiroh Vera , S.Sos (2006). Kekerasan Dalam Media Massa ; Perspektif Kultivasi. Universitas
Budi Luhur 53- 67.
Noraini Ahmad (2000). Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur: Utusan Publications
And Distributors.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problem among school children: basic facts and
Effect of the school, based Intervention Programme. Dalam Pepler, D., & Rubin,
K.(Eds.). The Development and treatment of childhood aggression. Hillsdale,New Jersey:
Erlbaum.
Olweus, D. (1978). Victimisation by peers: Antecedents and longiterm outcomes.
Dalam K. H. Rubin & J. B. Asendorpf (Eds.). Social withdrawal, inhibition
and shyness in childhood. Hillsdale, New Jersey: Erlbaum.
Orestes, P. M. (2002). Song to avoid after the tragedy. London: Sage Publication.
Pennel, A. E., & Brown, K. D. (1999). Film violence and young offenders.
Aggression and Violent Behavior, 4, 13 – 28.
Polit, D. F. Beck, C. T., & Hungler, B. P. (2001). Essentials of nursing research: methods,
appraised & utilization (5th ed.). Philadelphia: Lippincott William
& Walkins.
Portney L. G., & Walkins, M. R. (1993). Foundation of clinical research: Boston: Allyn &
Bacon.Wiles, E., & Strasburger, V.C. (1998).
Ralph, E. C. (1999). Audience effects when viewing aggression movies. British
Journal of Social Psychology, 23(1), 69 – 76.
Raymond W. Preiss, barbara Mae Gayle, Nancy Burrel, Mike allen & Jennings Bryant (2007).
Mass Media Effect Research. Mahwah, New Jersey. Lawrence Erlbaum Associates,
Publisher.
Razali Che Mat (1994). Remaja Lepak Semua Pihak Perlu Campur Tangan dalam
Dewan Siswa, April. Hlm 30-43.
Rogers, R. W. (1981). Subjects’ reaction to experimental reception. Tuscaloosa:
Universiti of Alabama.
Rosly (2007). Tesis Master. Kelangsangan Dalam Media Dan Kesannya Terhadap Tingkah
Laku Agresif Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Samsudin A. Rahim & Latifah Pawanteh (2001, August). Media penentration and
cultural consequences on adolescents in Malaysia. World communication conference on
images and identities in a global society. La Universidad de Cantabria, Spain.
Santrock, J.M. (1972). Relation of Type and Onset of Father Absence to Cognitive
Development. Child Development, 43, 455-469.
Schacter, D. M., & Russel H. L.(2000). Mediation: The role of significant others.
Journal of Communication, 30, 106 – 118.
Sharifah Akman Syed Zakaria (2005). Panduan dan Strategi Motivasi Diri.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Steinberg, L. (2001). We know some things: Parent-adolescent relationships in retrospect and
prospect. Journal of Research on Adolescence, 11, 1-19.
Steinberg, L., Oktober, (1996). Checked Out Parents. Megazine: The American
Enterprise.
Taylor, S. E., PePlau, L. A., & Sears, D. O. (1997). Aggression. Dalam Janzow .P,
Freund, P., Biller, B., & Rooney, A. (Eds.). Social Psychology (9th ed.).
Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.
Tuckman, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York:
Harcourt Brace Jovanovich.

Walkin, J. L. (1993). From intention to action. A theory of planned behavior. Dalam


Mohd Majid Konting. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
DBP.
Webster, M. (1985). Webster’s ninth new collegiate dictionary. Meriam: Webster
Inc.
William, A. B. (1978). Television violence and the adolescent boy. England: Saxon
House.
Wolf, R. M. (1988). Questionnaires. Dalam Keeves, J. P. (Eds.). Educational
research, methodology and measurement: An international handbook. Oxford:Pergamon
Press.
Zahiruddin Mustapha (2001). Media massa dan perkembangan identiti remaja.
Majalah Wanita, 31: 22 - 23.
Zillman, D. (1981). Hostility and aggression. Hillsdale, New Jersey: Erlbaum
Zillman, D. & Weaver, J. B. (1981). Psychoticism in the effect of prolonged
exposure to gratuitous media violence on the acceptance of violence as a
preferred means of conflict resolution. Personality and Individual Differences, 22, 613 –
627.
Zulzaidi (2008). Pengaruh Televesyen Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak. Jabatan
Syariah Dan Undang-Undang Akademi Pengajuan Islam Universiti Malaya.

View publication stats

You might also like