You are on page 1of 12

KESAN SIBERBULI TERHADAP PEMBENTUKAN EMOSI NEGATIF DALAM KALANGAN

MURID SEKOLAH RENDAH

Ummi Syuhada Bt Nor Azam

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Ummi02-1191@epembelajaran.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kesan buli siber terhadap pembentukan emosi
negatif dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Besut.Responden merupakan murid tahun
enam di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud yang terdiri daripada 30 orang responden yang
dipilih secara berfokus untuk mewakili populasi kajian ini. Kajian ini memfokuskan kepada corak
pembentukan emosi negatif mangsa buli siber dalam kalangan murid sekolah rendah dan
hubungan antara kesan bulisiber dengan pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid
sekolah rendah. Selain itu, kajian ini meninjau hubungan antara kesan bulisiber dengan
pembentukan emosi negatif. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Dapatan kajian telah
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Seterusnya, dapatan kajian telah dihuraikan
berdasarkan analisis diskriptip dan inferensi iaitu taburan kekerapan, peratus dan kolerasi. Hasil
dapatan kajian mendapati bahawa secara purata responden bersetuju dengan kesan buli siber
terhadap pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid sekolah rendah. Sementara itu, kajian
ini mendapati bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara kesan buli siber terhadap
pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid sekolah rendah. Tegasnya, kajian ini
diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan kaunselor dan GBK tentang kemudaratan kesan buli
siber dalam kalangan murid sekolah rendah.

Kata kunci: buli siber, emosi, kesan, murid sekolah rendah

ABSTRACT

This study was conducted to examine the effect of cyber bullying on the formation of
negative emotions among primary school students in Besut district. The respondent is a sixth year
student at Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud consisting of 30 respondents selected in a
focused manner to represent the population of this study. This study focuses on the pattern of
negative emotion formation of victims of cyberbullying among primary school students and the
relationship between the effects of cyberbullying with the formation of negative emotions among
primary school students. In addition, this study examined the relationship between the effects of
bulisiber with the formation of negative emotions. The instrument used was a questionnaire. The
findings of the study were analyzed using SPSS software version 26.0. Next, the findings of the

1
study were elaborated based on descriptive and inferential analysis namely frequency distribution,
percentage and correlation. The results of the study found that on average respondents agreed
with the effect of cyber bullying on the formation of negative emotions among primary school
students. Meanwhile, this study found that there was no significant relationship between the effects
of cyber bullying on the formation of negative emotions among primary school students. He
stressed that this study is expected to increase the knowledge of counselors and GBK about the
harmful effects of cyberbullying among primary school students

Keywords: cyberbullying, emotions, impressions, elementary school students

PENGENALAN

Ledakan teknologi yang berlaku di empat penjuru dunia telah memudahkan akses
komunikasi sama ada menerusi blog, emel, jaringan sosial dan permainan secara atas
talian. Perkembangan teknologi yang semakin pesat turut meningkatkan jaringan
komunikasi menerusi pelbagai medium misalnya Whatsapp, Instagram, permainan
secara atas talian dan sebagainya. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah pengaruh
Internet menjadikan seluruh dunia sebagai sebahagian daripada lingkungan jaringan
sosial seseorang individu. Walaubagaimanapun, kemajuan jaringan komunikasi ini turut
menimbulkan isu khususnya dalam kalangan remaja iaitu berlaku peningkatkan masalah
sosial iaitu buli siber (cyberbullying). Menerusi pemerhatian dan laporan akhbar, buli siber
telah meninggalkan impak yang besar terhadap emosi mengsa buli siber. (Olweus, 2010)
dalam kajiannya menyatakan mangsa buli siber akan mengalami kemurungan, rendah
diri, masalah kesihatan, dan serta berpotensi untuk membunuh diri.

PERNYATAAN MASALAH

Isu buli siber ini dilihat memerlukan pemerhatian yang serius dan perlu kepada
kajian-kajian yang berterusan daripada pelbagai disiplin ilmu. Merujuk Menesini & Spiel
(2013), kajian buli siber telah bermula sepuluh tahun lalu yang menyumbang kepada
penjelasan tentang fenomena buli siber khususnya yang berkaitan dengan penggunaan
medium Internet dan telefon bimbit serta hubungannya dengan buli siber. Walaupun
setakat ini dapatan kelihatan konsisten, namun menurutnya lagi, masih terdapat jurang
pengetahuan tentang beberapa isu misalnya proses bagaimana berlakunya buli siber,
peramal dan kolerasi seperti personaliti, emosi dan faktor sosial.

Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada kesan buli siber terhadap pembentukan
emosi negatif dalam kalangan murid sekolah rendah. Pembentukan emosi negatif dapat

2
mendorong kepada masalah emosi yang tidak stabil misalnya cepat marah, anxiety
(bimbang), panik, depresi, kesedihan yang melampau dan sebagainya. Pendapat ini turut
diperkuatkan lagi dengan kajian Richard (2012) yang menegaskan bahawa kesan buli
siber jika tidak diatasi akan membawa kepada kematian kerana ia mampu mengakibatkan
ketakutan yang melampau, perasaan gusar dan tidak yakin dengan diri serta kemurungan
emosi

Sementara itu, Kajian ini terhad kepada murid-murid sekolah rendah di sebuah
sekolah kawasan daerah Kuala Besut dan tidak boleh digeneralisasikan kepada murid di
kawasan lain. Menerusi kajian ini, pengkaji akan meninjau kesan bulisiber terhadap
pembentukan emosi negatif mangsa buli dan corak pembentukan emosi negatif mangsa
buli siber dalam kalangan murid sekolah rendah.

OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti corak pembentukan emosi negatif mangsa buli siber dalam
kalangan murid sekolah rendah.
2. Mengkaji hubungan antara kesan buli siber dengan pembentukan emosi negatif:
I. Rasa takut
II. Rasa bimbang
III. Rasa Sedih
IV. Rasa ditolak

SOALAN KAJIAN

1. Apakah corak pembentukan emosi negatif mangsa buli siber dalam kalangan
murid sekolah rendah?
2. Adakah terdapat hubungan antara kesan bulisiber dengan pembentukan emosi
negatif:
I. Rasa takut
II. Rasa bimbang
III. Rasa Sedih
IV. Rasa ditolak

METODOLOGI

3
Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan secara kuantitatif iaitu menggunakan
instrumen soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji kepada murid di salah sebuah
sekolah di daerah Besut. Berdasarkan kajian ini, sampel yang digunakan adalah sampel
berfokus dimana sampel ini telah diambil dengan bilangan responden lelaki dan
perempuan yang terdiri daripada 30 orang.

Soal selidik yang dijalankan mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D, dan
E, dimana instrumen ini menggunakan skala likert iaitu, sangat kerap, kerap dan tidak
kerap manakala pada bahagian B, C, D dan E skala likert yang digunakan ialah 1- Sangat
tidak setuju, 2- Tidak setuju, 3-Sederhana setuju, 4-Setuju, dan 5-Sangat setuju.
Berdasarkan kajian ini, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen diukur daripada Nilai
Aplha Cronbach’s yang boleh diterima kebolehpercayaannya iaitu di antara 0.71- 0.99
(Khoa, 2010). Berdasarkan instrumen soal selidik yang digunakan, Nilai Cronbach Alfa
mencatatkan 0.763 dimana ia melebihi Nilai Cronbach Alfa iaitu, 0.6 yang sering kali
diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Sementara itu,
kandungan ini juga telah dinilai oleh seorang pakar bidang bagi menguji kesahan
instrumen yang digunakan.

Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini dimulakan dengan pengkaji membuat
surat kebenaran kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan
sebelum melaksanakan soal selidik ke atas sampel kajian. Ini turut ditegaskan oleh Huma
Parveen dan nayeem (2017) yang menyatakan bahawa: “Informed consent is the prime
responsibility of the researcher.” Seterusnya, pengkaji membuat tinjauan untuk memilih
hari dan masa yang sesuai untuk mentadbir soal selidik. Kemudian, murid diberikan masa
untuk menjawab soal selidik yang diberikan mengikut arahan yang telah ditetapkan.
Proses yang terakhir ialah, pengkaji akan meneliti soal selidik yang telah lengkap dijawab
untuk direkod dan dianalisis.

Pengkaji telah menganalisis data secara deskriptif dimana ia melibatkan taburan


kekerapan dan pemeratusan untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh dan
terperinci sebagaimana yang dinyatakan pada objektif kajian. Selain itu, statistik kolerasi
juga digunakan untuk mengkaji hubungan antara kesan buli siber dengan pembentukan
emosi negatif. Data yang bersifat kuantitatif itu telah dianlisis menggunakan perisian
Stastical Package for The Social Science (SPSS) versi 26.0.

DAPATAN

4
Soalan 1: Apakah corak pembentukan emosi negatif mangsa buli siber dalam
kalangan murid sekolah rendah?

KONSTRUK TAHAP
Kekerapan dibuli Sangat kerap
Kesan Emosi takut Setuju
Kesan Emosi bimbang Setuju
Kesan Emosi Sedih Setuju
Kesan Emosi Rasa ditolak Setuju

Berdasarkan dapatan kajian Kesan buli siber terhadap pembentukan emosi


negatif dalam Kalangan murid sekolah rendah, secara puratanya, responden
menunjukkan tahap sangat kerap dibuli. Sementara itu, menerusi konstruk emosi takut,
bimbang, rasa sedih dan rasa ditolak, secara keseluruhan, responden bersetuju dengan
item-item yang terdapat dalam ketiga tiga konstruk ini. Ini bermakna, secara puratanya,
responden bersetuju bahawa kesan buli siber terhadap pembentukan emosi takut, rasa
bimbang, rasa sedih, dan emosi rasa ditolak dalam kalangan murid sekolah rendah.

Soalan 2: Adakah terdapat hubungan antara kesan bulisiber dengan pembentukan


emosi negatif Rasa takut, bimbang, sedih dan ditolak.

Nilai pekali kolerasi bagi Bahagian A (kekerapan buli siber) dengan Bahagian
B (emosi takut) ialah .42. Ini telah menunjukkan terdapat hubungan sederhana.

5
Seterusnya, nilai pekali kolerasi bagi Bahagian A (kekerapan buli siber) dengan
Bahagian C (emosi bimbang), Bahagian D (emosi sedih) dan bahagian E (rasa
ditolak) mencatatkan nilai iaitu, 0.06, 0.11, dan 0.15. Justeru, nilai Ini telah
menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah.

Kemudian, hubungan bagi bahagian A (kekerapan siber buli) dengan bahagian


B,C,D,E (emosi takut, bimbang, rasa sedih dan rasa ditolak) adalah tidak signifikan
iaitu nilai aras keyakinan yang dicatatkan iaitu 0.02, 0.74, 0.56, dan 0.43 adalah lebih
daripada aras keyakinan yang ditetapkan iaitu 0.05.

PERBINCANGAN

Soalan 1: Apakah corak pembentukan emosi negatif mangsa buli siber dalam
kalangan murid sekolah rendah?

Menerusi konstruk Bahagian A iaitu kekerapan dibuli, secara puratanya,


responden menunjukkan tahap sangat kerap dibuli. Ini selari dengan dapatan
daripada Yatiman dan Mohd Rozimi Husin (2020) yang mendapati bahawa seramai
60 peratus daripada responden pernah terlibat dengan buli siber. Ini turut disokong
oleh pendapat daripada Che Hasniza Che Noh dan Mohd Yusri (2014) yang
menyatakan bahawa isu buli siber merupakan isu global yang bukan sahaja
kebanyakan berlaku di seluruh dunia, malah ia turut berlaku di Malaysia.

Kemudian, menerusi konstruk Bahagian B iaitu, emosi takut juga menunjukkan


secara puratanya responden bersetuju dengan item item kesan buli siber terhadap
emosi takut dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini turut disokong oleh kajian
daripada Simona dan Barbara (2016) yang menunjukkan bahawa kesan buli siber
telah menimbulkan ketakutan kepada mangsa buli siber berbanding dengan murid
yang tidak terlibat dengan isu ini. Kajian ini turut mendedahkan bahawa pengalaman
sebagai mangsa buli siber merupakan satu pengalaman yang menakutkan kepada
mereka. Ini selari dengan Gimenez, Hunter, Durking, & Maquilon (2015) yang
menegaskan bahawa

“feeling of sadness and fear are more typical od cyber-victims”

Seterusnya, menerusi konstruk Bahagian C iaitu, emosi bimbang turut


menunjukkan bahawa secara purata responden bersetuju dengan item-item kesan
buli siber terhadap emosi bimbang dalam kalangan murid sekolah rendah. Dapatan
ini turut disokong oleh kajian daripada Amin Al Haadi dan Azad (2017) menerusi

6
kajiannya yang bertajuk mangsa buli dan kesan buli dimana menerusi dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa sebilangan besar responden yang terdiri daripada 1671
orang remaja menyatakan perubahan emosi kesan daripada tingkah laku buli siber
misalnya, bimbang, sedih, tertekan dan malu.

Konstruk Bahagian D iaitu, emosi sedih turut menunjukkan bahawa secara


purata responden bersetuju dengan item-item kesan buli siber terhadap emosi sedih
dalam kalangan murid sekolah rendah. Dapatan ini turut disokong oleh Price
Dagleish (2010) yang menyatakan terdapat perubahan yang besar kepada emosi
mangsa buli siber dimana sebanyak 75 % daripada responden merasa sedih
manakala, 54% daripada responden merasakan kesedihan yang melampau kesan
daripada isu bulisiber. Kajian ini turut mendedahkan bahawa sebanyak 80% kesan
emosi sedih yang melampau ini adalah berpunca daripada buli siber yang berbentuk
komen yang menyinggung perasaan sama ada menggunakan perkataan lucah,
penghinaan dan sebagainya terhadap mangsa.

Konstruk Bahagian E iaitu, emosi rasa ditolak menunjukkan bahawa secara


purata responden bersetuju dengan item-item kesan buli siber terhadap emosi rasa
ditolak dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini selari dengan dapatan daripada
kajian daripada Ashraf Alhujaili dan K. Waldemor (2020) menerusi jurnalnya yang
bertajuk Affective and Stress Consequencees of Cyberbullying dimana kajian ini telah
melaksanakan dua eksperimen untuk melihat kesan buli siber terhadap emosi dan
tekanan menerusi dua skala iaitu skala negatif dan positif. Hasil dapatan kajian ini
telah menunjukkan terdapat kolerasi yang siginifikan antara kesan buli siber dan
emosi negatif misalnya marah, sedih, rasa bersalah, ditolak, dan gelisah.

4.3.3.2. Perbincangan Persoalan Kajian Kedua

Soalan 2: Adakah terdapat hubungan antara kesan bulisiber dengan


pembentukan emosi negatif Rasa takut, bimbang, sedih dan ditolak.

Menerusi dapatan kajian ini, kesan buli siber tidak menunjukkan hubungan
yang signifikan dengan pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid sekolah
rendah. Ini bermakna kesan buli siber dilihat kurang mempengaruhi perubahan emosi
individu. Hal ini dilihat bertentangan dengan dapatan daripada kajian lalu yang
menyatakan bahawa buli siber memberi kesan kepada pembentukan emosi negatif

7
individu. Ini dapat dilihat menerusi dapatan kajian daripada Hillaty Noll (2016) yang
bertajuk Cyberbullying:

Impacting Today’s Youth mendapati bahawa mangsa buli siber menunjukkan


kebolehpercayaan dan hubungan yang tinggi antara kesan buli siber dan emosi
negatif termasuklah emosi sedih, kecewa, kurang keyakinan diri dan takut. Hal ini
demikian kerana, mangsa buli siber terdedah dengan kata-kata yang menyinggung
perasaan, kesat, dan bertujuan untuk menghina, mengejek serta memalukan
mangsa di platform media sosial. Tegasnya, komen komen negatif ini telah diterima
oleh remaja khususnya remaja yang baru menginjak usia 11 tahun sehingga 15
tahun. Ini dijelaskan menerusi teori Jean Piaget yang menyatakan bahawa remaja
yang berada pada peringkat operasi formal akan berhadapan dengan fasa
“adolescent egocentrism”, dimana mereka seringkali merasakan bahawa mereka
diperhatikan oleh individu lain. Hal ini menyebabkan mangsa buli merasakan bahawa
kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pelaku kepadanya turut dipersetujui oleh
individu-individu yang ada di persekitarannya. Hal ini turut ditegaskan oleh Woolfolk
et al. (2012) yang berpendapat bahawa:

“adolescents who are experiencing adolescent egocentrism often project their


own insecurities on others, meaning that they have an “imaginary audience”
and feel that others are judging them according to their own insecurities. For
instance, if the victim of cyberbullying believes that his/her imaginary audience
accepts that what is being posted about them is indeed true, then this audience
may also agree with their aggressor.”

Justeru, Pada fasa ini mangsa buli cenderung dengan pembentukan emosi
negatif misalnya, mereka mudah panik dan cemas, cepat marah, rendah diri, sedih
serta kemurungan. Lebih parah apabila emosi negatif ini juga menyebabkan mangsa
buli cenderung untuk melakukan tindakan di luar jangkaan misalnya mencederakan
diri sendiri atau orang lain dan berpotensi untuk membunuh diri.

Walaubagaimanapun, ini berbeza dengan responden dalam kajian ini dimana,


kesan buli siber dilihat kurang mempengaruhi emosi negatif mereka. Buktinya, nilai
Pearson, r setiap konstruk melebihi aras keyakinan yang ditetapkan iaitu 0.01 dimana
ia telah menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara kesan buli siber dan
pembentukan emosi negatif. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kesan buli
siber kepada responden adalah dipengaruhi oleh faktor lain misalnya, tahap

8
kecerdasan. Secara umumnya, keberhasilan atau kegagalan individu dalam
mengawal emosi adalah bergantung kepada tahap kecerdasan emosinya (Sarwono,
2011). Ini bermakna, individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi
dapat mengendalikan emosi dengan baik dan tidak mudah terdedah dengan emosi
negatif misalnya, emosi marah, kecewa, sedih, tertekan dan bimbang. (Goleman,
2021). Justeru, kesan buli siber dilihat tidak mempengaruhi responden yang
mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam pembentukan emosi negatif.

Mengikut dapatan kajian ini, data yang diperolehi adalah tidak signifikan.
Jelasnya, walaupun data ini tidak signifikan dari aspek data statistik, namun ia
berbeza dalam statistik psikologikal dimana kesan buli siber terhadap pembentukan
emosi negatif dilihat mustahil tiada kolerasi namun ia hanya membezakan selemah
kolerasi. Christine P. Dancey & John Reidy (2011). Tegasnya, dapatan ini merupakan
dapatan kajian pengkaji berdasarkan sampel kajian di sebuah sekolah daerah Besut.
Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini mungkin berbeza sekiranya ia dilaksanakan
terhadap sampel kajian lain di lokasi lain.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa secara puratanya,


responden sangat kerap dibuli. Seterusnya, keempat empat konstruk menunjukkan
secara puratanya, responden bersetuju dengan kesan buli siber terhadap pembentukan
emosi negatif dalam Kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, Dapatan kolerasi antara
kesan buli siber terhadap pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid sekolah
rendah ini telah menunjukkan nilai kolerasi antara kekerapan dibuli dan konstruk emosi
takut, bimbang, sedih dan rasa ditolak mencatatkan nilai kolerasi pada tahap sederhana
dan sangat lemah dimana masing dimana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kesan buli siber dan pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid sekolah rendah.
Hipotesis nul bagi kajian ini juga adalah diterima.

Kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada pihak GBK, Ibu bapa, murid
dan pihak sekolah. Secara umumnya, kajian ini dapat memberikan satu gambaran yang
jelas kepada ibu bapa, kaunselor dan GBK bahawa murid-murid pada masa kini terdedah
dengan isu buli siber. Ini demikian selari dengan peredaran zaman yang semakin canggih
dimana pada masa kini murid terdedah dengan kemudahan komunikasi menerusi
pelbagai medium misalnya, teks, chatting, facebook, Instagram, dan whatsapp yang dapat

9
mendorong murid untuk terjebak dengan isu ini. kajian ini diharapkan dapat membantu
murid yang menjadi mangsa buli siber untuk membuka minda mereka mengenai kesan
buli yang mengakibatkan gangguan pada emosi, sosial dan psikologi mangsa buli.
Mangsa buli diharapkan dapat mengambil langkah yang bijak dan mencari jalan yang
sesuai seperti membuat laporan dan aduan kepada pihak bertangunggjawab. Pihak
sekolah juga seharusnya cakna dengan risiko murid untuk terlibat dengan buli siber
memandangkan murid murid terdedah dengan kemudahan komunikasi secara maya pada
masa kini.

Antara cadangan kajian lanjutan ialah, kajian ini dapat dijalankan dalam kalangan
murid sekolah menengah. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan dapatan kajian antara
kesan bulisiber terhadap pembentukan emosi negatif antara murid sekolah rendah dan
menengah. Selain itu, pengkaji mencadangkan tumpuan kajian kesan buli siber terhadap
pembentukan emosi negatif turut merangkumi aspek gender bagi melihat perbezaan
kesan emosi negatif secara lebih terperinci antara jantina lelaki dan perempuan. pengkaji
menyarankan kajian selanjutnya akan melibatkan lebih ramai sampel. Ini bertujuan untuk
mendapatkan gambaran yang lebih meluas tentang kesan buli siber terhadap
pembentukan emosi negatif dalam kalangan murid sekolah rendah.

10
RUJUKAN

Amin Al Haadi Shafie, A. A. (2017). Mangsa Buli Dan Kesan Buli. 89.

Ashraf Alhujailli, W. K. (2020). Affective and Stress Consequences of Cyberbullying. 10-


12.

Che Hasniza Che Noh, M. Y. (2014). Kajian Penerokaan Buli Siber Dalam Kalangan
Pelajar UMT. 315.

Christine P. Dancey & John Reidy (2011). Statistic Without Maths for Psychology.5th
edition.

Giménez Gualdo, A. M., Hunter, S. C., Durkin, K., Arnaiz, P., & Maquilón, J. J. (2015). The
emotional impact of cyberbullying: Differences in perceptions and experiences as
a function of role. Computers & Education, 82(0), 228-235

Goleman, D. (2021). Leadership: The Powerful of Emotional Intelligence.More Than


Sound LLC.Northampton MA.

Huma Parveen dan Nayeem Showkat. (2017). Research Ethics.e-PG Pathshala.India

Menesini, E., & Spiel, C. (2013). Cyberbullying: Development, Consequences, Risk and
Protective Factors. Taylor and Francis, Hoboken

M. Price, J. D. (2010). Cyberbullying: Experiences, impacts and coping strategies as


described by Australian young people. 106.

Noll, H. (2016). Cyberbullying: Impacting Today’s Youth. Running Head: Cyberbullying:


Impacting Today’s Youth, 7-13.

Olweus, D., & Limber, S. P. (2010). The Olweus Bullying Prevention Program:
Implementation and evaluation over two decades. In S. R. Jimerson, S.M.
Swearer, & D. L. Espelage (Eds.), Handbook of bullying in schools: An
international perspective (pp. 377–402). New York.

11
Richard Donegan. (2012). Bullying and cyberbullying: History, statistics, law, prevention
and analysis. The Elon Journal of Undergraduate Research in Communications, 3
(1): 33-42.

Sarwono, S. W. (2011). Psikologi Remaja. Jakarta: Rajawali Pers

Woolfolk, A. E., Winnie, P. H., & Perry, N. E. (2012). Educational psychology (5th ed.).
Toronto, Canada: Pearson

Yatiman Karsodikromo, M. R. (2020). Buli siber dalam kalangan murid sekolah menengah
di daerah Samarahan, Sarawak. 41-42

12

You might also like