You are on page 1of 6

Proposal Tesis

Teknik Neuro- Linguistic Programme terhadap Motivasi


Pelajar Sains
UMS
Siti Hajar Binti Mhd Azir
2016

Penyelia:

1.0

Dr. Sabariah Sharif

Pernyataan Masalah

Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran Sains, ianya merupakan suatu


subjek yang sangat popular bukan sahaja dalam sistem pendidikan di Malaysia
bahkan di serata dunia. Pembelajaran Sains merupakan suatu pembelajaran
yang mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kalangan masyarakat dan
negara. Melihat kepada kepentingan mata pelajaran Sains itu sendiri, peluang
kerjaya dalam bidang ini adalah sangat besar. Ahli jurutera, pakar bedah,
pergigian, saintis, dan sebagainya, begitu banyak peluang kerjaya yang
berkaitan bidang ini. Sehingga, pihak kerajaan amat menitikberatkan
penglibatan para pelajar untuk terlibat dalam bidang ini. Berdasarkan Kajian
Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 yang memerlukan
60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera (Norazialwati, Noraini &
Mahizer, 2013).
Walaubagaimanapun, peratusan ini masih belum lagi dicapai. Keadaan ini
boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi teknologi ke
arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi. Melalui hal ini,
dapat dilihat bahawa, bidang Sains merupakan suatu bidang yang memberikan
input yang sangat besar kepada negara, hal ini kerana, arus perubahan global
dan anjakan pemodenan menuntut setiap negara dari pelosok dunia mempunyai
kemahiran dan pengetahuan Sains bagi memastikan keperluan terhadap
teknologi dapat dicapai secara langsung membawa perubahan kepada ekonomi
negara ke arah yang lebih cemerlang. Selain itu, antara isu yang berkaitan
dengan bidang Sains ini adalah, kemerosotan terhadap penglibatan para pelajar
untuk menceburi bidang Sains yang berlaku di peringkat Sekolah, kerana, peara
pelajar ini mengganggap mata pelajaran Sains ini adalah merupakan salah satu
subjek yang sukar untuk lulus secara langusng dapat menjejaskan peluang
mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Persepsi negatif ini secara
langsung memberikan impak kepada bilangan pelajar yang menceburi bidang ini
di peringkat pengajian tinggi. Masalah ini merupakan masalah yang serius dan
ditahap yang kritikal walaupun banyak inisiatif yang diambil kerajaan.
Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di luar negara
seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar
yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang Sains,
Matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan
kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi.
Dapat dilihat bahawa, masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh para pelajar di
negara membangun seperti Malaysia bahkan di negara-negara maju.
Berdasarkan permasalahan-permasalahan ini, adalah amat penting dalam
membangkitkan motivasi dalam diri pelajar itu sendiri, agar mereka mempunyai
minat dan kekuatan untuk menceburi dalam bidang Sains ini.
Berdasarkan permasalahan-permasalahan ini, adalah amat penting dalam
membangkitkan motivasi dalam diri pelajar itu sendiri, agar mereka mempunyai
minat dan kekuatan untuk menceburi dalam bidang Sains ini. Tanpa
kesungguhan dalam diri mereka ini, adalah amat sukar bagi mereka untuk
mendalami bidang ini dengan lebih terperinci, tambahan pula, bidang ini amat
menitikberatkan proses pemikiran yang kritikal dan kekreatifan dalam
penyelesaian masalah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mencari penyelesaian
kepada masalah motivasi rendah dalam diri pelajar Sains. Teknik-teknik yang
terdapat dalam program NLP ini adalah amat bermanfaat dalam merangsang
motivasi dalam diri pelajar Sains.

2.0

Kajian Literatur

Terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan NLP ini. Berdasarkan kajian
yang dilakukan Rice, C. J (2014), NLP ini telah memberikan impak positif
terhadap
Nick Burnside yang
mengalami masalah claustrophobia dan
agoraphobia dalam beberapa tahun. Teknik NLP ini juga telah membantu beliau
mengasah keyakinan dan kemahiran pembentangan dan meningkatkan
kemahiran komunikasi beliau dalam kelompok audiens yang ramai tambahan
pula, melalui teknik ini, beliau mampu mencapai personal goal yang beliau
sendiri tidak sangka dapat dicapai, selain itu beliau juga telah menyampaikan
sebanyak lebih kurang 300 sesi latihan sebagai pakar pembangunan
pembelajaran dan sahsiah Berdasarkan kajian ini, ianya telah menjawab
persoalan kajian, hal ini bermakna, teknik NLP ini sememangnya boleh
digunapakai dalam bidang pendidikan dan mampu meningkatkan motivasi
pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, ini ianya telah mampu
meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang individu.
Kajian yang dilakukan oleh Esterbrook, L. R (1972), juga mendapati
bahawa, individu yang menjalani teknik NLP telah mampu untuk mengubah
keyakinan diri mereka, persepsi yang positif terhadap suatu perkara, dan
mengurangkan kegelisahan dalam diri mereka agar mereka lebih focus terhadap
perkara yang mereka lakukan. Dapatan ini boleh memberikan gambaran
terhadap kajian teknik NLP ini terhadap peningkatan motivasi pelajar Sains.
Manakala, kajian yang dilakukan oleh Skinner, H. & Croft, R (2009), adalah
mengenai teknik program NLP yang untuk meningkatkan efikasi diri pelajar
disertasi sarjana muda. kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan data
kuantitatif dan kualitatif di salah sebuah universiti diluar negara bagi sekolah
bisnes. Melalui bengkel para responden akan di berikan bimbingan mengenai
cara mengurus projek disertasi mereka dengan lebih teratur. Melalui temubual
yang dijalankan, para responden memberikan respon positif berkaitan program
NLP ini. Para responden menyatakan bahawa, melalui program ini ianya telah
memberikan sumbangan terhadap peningkatan efikasi diri para pelajar. Dan
berdasarkan dapatan kajian kuantitatif mendapati bahawa, para pelajar yang
menjalani program NLP ini mempunyai prestasi yang lebih baik dalam
melaksanakan projek disertasi dan keseluruhan pencapaian ijazah mereka
berbanding pelajar yang tidak terlibat dengan program ini. Hal ini ternyata
terbukti NLP ini sememangnya boleh digunapakai dalam bidang pendidikan dan
dapat meningkatkan motivasi dalaman pelajar.
Menurut Dolnick, H.
K (2006), pengaplikasian teknik NLP dalam
pengurusan bilik darjah telah memberikan suatu transformasi yang baru dalam
pembelajaran pelajar bukan sahaja dalam pendidikan tetapi motivasi pelajar.
Dalam kajian Mora, J. V. D (2008), menyatakan bahawa, teknik NLP mempunyai
hubungan yang sangat tinggi terhadap peningkatan keyakinan diri pelajar. Oleh
itu melalui hal ini, dapat dilihat sememangnya teknik NLP ini merupakan suatu
teknikyang boleh digunapakai dalam meningkatkan motivasi pelajar khususnya,
pelajar Sains. Motivasi intrinsik merupakan motivasi yang sangat penting dalam
merangsang pelajar ke arah kecemerlangan dalam suatu bidang.

3.0

Objektif Kajian

Melalui kajian ini terdapat 3 objektif kajian seperti yang berikut:


3.1.1 Untuk mengkaji perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan
berdasarkan jantina
3.1.2 Untuk mengkaji pengaruh teknik NLP terhadap motivasi pelajar Sains.
3.1.3 Untuk mengkaji perhubungan antara teknik NLP terhadap motivasi pelajar
Sains.

4.0

Hipotesis Kajian

H01

Tidak terdapat perbezaan


berdasarkan jantina.

H02

Tidak terdapat perhubungan antara teknik NLP terhadap motivasi pelajar


Sains.

H03

Tidak terdapat pengaruh antara teknik NLP terhadap motivasi pelajar


Sains.

5.0

Metodologi Kajian

antara

kumpulan

rawatan

dan

kawalan

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk


menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai
keseluruhan rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif
kajian. Reka bentuk bagi kajian ini adalah kajian kuantitatif. Penyelidikan
kuantitatif ini adalah merupakan suatu penyelidikan yang dikaitkan dengan data
numerika dan ketepatan, dimana data-data ini dipungut, dan dianalisis dengan
ujian statistik (Chua Yan Piaw, 2006). Manakala menurut Fauzi, Jamal & Mohd
Saifoul (2014), kajian yang berbentuk kuantitaif ini, melibatkan koleksi data
berangka bagi menjawab soalan kajian tertentu, kajian berbentuk kuantitatif ini
mempunyai matlamat untuk memberi satu gambaran tepat terhadap suatu
fenomena atau situasi yang dikaji.
Lokasi kajian adalah disalah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di
Sabah. Populasi kajian terdiri daripada para pelajar Sains yang mempunyai PNGK
dibawah 2.30. Persampelan yang digunakan dalam kajian ini, ialah persampelan
kebarangkalian. Dalam persampelan kebarangkalian ini, terbahagi kepada lima
iaitu persampelan rawak mudah, persampelan bersistem, persampelan berstrata
mudah, persampelan berstrata mengikut nisbah, dan persampelan berkelompok
(Lay Yoon Fah et.al., 2012).
Dalam kajian ini, persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak
mudah. Dalam teknik persampelan ini, adalah perlu memastikan setiap elemen

dalam populasi mempunyai peluang yang sama dan bebas untuk dipilih sebagai
sampel. Peluang yang sama ini bermaksud tidak ada bias bahawa seseorang itu
boleh dipilih sebagai sampel berbanding orang lain. manakala bebas kerana
pemilihan seseorang sampel tidak menjadi bias bagi pengkaji untuk memilih
seseorang yang lain sebagai sampel (Fauzi et. al., 2014).
Instrumen bagi kajian ini ialah adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik
yang disediakan mestilah berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan,
disamping itu juga, soal selidik yang tidak menepati soalan kajian atau tidak
menguji hipotesis haruslah dielakkan. Menurut Lay Yon Fah (2012) para
penyelidik dinasihatkan menggunakan skala likert 4-poin atau 5-poin. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan skala likert 5 poin. Dalam membuat
soalan,Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah Skala Likert 5 Pilihan
atau 5 poin.
Skala Likert Lima ini digunakan untuk mengetahui darjah persetujuan
pelajar terhadap item yang dikemukakan sama ada Sangat Setuju (SS) (5),
Setuju (S) (4), Tidak Pasti (TP) (3), Tidak Setuju (TS) (2), Sangat Tidak Setuju
(STS) (1). Menurut Sulaiman Ngah Razali didalam Baharin et. al, (2007),
menyatakan bahawa soal selidik ialah kaedah untuk mendapatkan maklumat
ataupun data dengan cara yang paling mudah tambahan pula, soal selidik selalu
digunakan untuk mengukur sikap seseorang samada melalui soalan respon
tetap, bebas (terbuka), senarai semak atau skala kadar. Soal selidik juga
merupakan kaedah pengumpulan data yang paling kerap digunakan dalam
penyelidikan pendidikan.
Bagi menguji hipotesis dan menganalisis data, borang soal selidik yang
dipungut disemak terlebih dahulu untuk memastikan setiap responden
menjawab soal selidik mematuhi arahan dan keperluan yang telah ditetapkan
dalam kajian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages of Social Sciences (SPSS) for Windows V22. Terdapat
tiga hipotesis yang dikaji dalam kajian, iaitu untuk melihat perbezaan antara
kumpulan rawatan dan kawalan berdasarkan jantina, yang kedua adalah
perhubungan antara teknik NLP terhadap motivasi pelajar Sains, ketiga adalah
untuk melihat pengaruh teknik NLP terhadap motivasi pelajar Sains. Berikut
merupakan ringkasan jadual analisis data:
Jadual 1.1: Hipotesis dan Jenis Analisis Data
Objektif Kajian
Tidak terdapat perbezaan antara
kumpulan rawatan dan kawalan
berdasarkan jantina.
Tidak terdapat perhubungan antara
teknik
NLP
terhadap
motivasi
pelajar Sains.
Tidak terdapat pengaruh antara
teknik
NLP
terhadap
motivasi
pelajar Sains.

6.0

Rangka Jadual Kerja

Analisis data
Ujian T- Test

Korelasi Pearson

Regresi

Jadual 1.2: Prosedur Pengumpulan Data


i. Pemilihan masa yang sesuai
ii. Penerangan kepada responden mengenai tujuan kajian
iii. Mengutip dan mengira soal selidik
iv. Menganalisis data-data daripada borang soal selidik

Rujukan
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw- Hill
Sdn. Bhd.
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. 2014. Kaedah Penyelidikan
& Analisis Data SPSS. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. 2012. Pengenalan Kepada Kaedah Kuantitatif
Dalam Penyelidikan Pendidikan. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Heather, S. & Croft, R. . 2014. Neuro-Linguistic Programming Techniques To
Improve Self Eficacy Of Undergraduate Dissertation Student. Journal Of
Applied Research in Higher Education, 1 (1): 30 38.
Rice, C. J. 2014. NLP Promotes Personal Development and Professional Success.
Journal Of Human Resource Management International Digest, 22 (3): 38
41.
Esterbrook, R. L. 1972. Introducing Russian Neuro-Linguistic Programming
Behavior Modification Techniques to Enhance Learning and Coping Skills
for High-Risk Students in Community Colleges: An Initial Investigation.
Master Dissertation Thesis. George Mason University.
Dolnick, H. K. 2006. Neuro-Linguistic Applications To Classroom Management:
Reach Them To Teach Them. Doctor of Philosophy Dissertation Thesis.
Capella University.
Norazialwati, Noraini & Mahizer. 2013. Memperkasakan Daya Pembudayaan
Sains. Trend dan isu : Pengajaran dan Pembelajaran, 1 (1): 75 91.

You might also like