You are on page 1of 18

1

pati

Pendatang Tanpa Izin


Ekonomi Malaysia yang berkembang pesat dan
pelbagai projek pembangunan dilaksanakan
menjana peluang pekerjaan yang melimpah
ruah terutamanya dalam sektor perladangan,
pembinaan dan perkilangan.
Kepesatan pembangunan ini telah mewujudkan
kekurangan tenaga kerja pelbagai sektor. Faktor ini telah
menjadi tarikan kepada kemasukan pendatang tanpa izin
(PATI) dari negara jiran dan dari negara-negara
Asia Tenggara yang lain. Kemasukan pendatang tanpa
izin ini telah mewujudkan keadaan yang tidak
tenteram dan selamat kerana mereka telah banyak
menimbulkan masalah kepada Malaysia.

pati

Pendatang Tanpa Izin

Mengikut Kamus Dewan


PENDATANG TANPA IZIN
ialah orang yang
memasuki secara haram

Tafsiran Pendatang Asing Tanpa Izin


(PATI) mengikut Akta Imigresen
1959/63 di bawah Seksyen 55 E (7):
IMIGRAN HARAM ertinya seseorang,

selain daripada warganegara Malaysia, yang


melanggar seksyen 5, 6, 8, 9 atau 15 dalam
Akta Imigresen 1959/63 atau peraturan 39
di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Seksyen 5(2)
Orang yang masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan
keluar yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan.
Seksyen 6(3)
PATI Orang yang masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas
dan permit yang sah.
Seksyen 8
Imigran yang dilarang.
Seksyen 9
Orang yang masuk dan tinggal di Malaysia setelah permit
dibatalkan atau pas tamat tempoh.
Peraturan 39B
Orang yang melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.
Pendatang Tanpa Izin (PATI) atau Pendatang Haram
merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di
sesebuah negara secara haram dan tidak mengikut undangundang imigrasi dengan memasuki negara tanpa permit dan
bukan dengan melalui pintu masuk utama.

pati

Pendatang Tanpa Izin

Terdapat beberapa cara PATI masuk sesebuah negara.


Antaranya:
MELALUI SEMPADAN
Pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang
mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara
jiran.
MELALUI PERAIRAN
PATI memasuki sesebuah negara dengan menaiki kapal
yang kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh)
dan para penumpangnya (PATI) akan berenang untuk tiba
di pantai atau daratan.
MELALUI PINTU UTAMA
PATI memasuki sesebuah negara sebagai pelancong.
Namun mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi
tarikh visa yang diberikan.
MELALUI PERKAHWINAN
Perkahwinan dengan rakyat tempatan

Malaysia menarik minat PATI disebabkan faktor-faktor berikut:


Kemakmuran dan kedamaian hidup masyarakat Malaysia


dianggap sebagai faktor penarik bagi warga asing
terutamanya dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India,
Filipina, Pakistan dan lain-lain memasuki negara ini.

Malaysia adalah sesebuah negara yang aman


dan diyakini dapat menjaga keselamatan diri mereka.

Banyak peluang pekerjaan


terutama dalam sektor pembinaan, perkhidmatan,
perladangan, perindustrian dan sebagai pembantu rumah.

pati

Pendatang Tanpa Izin


Gaji atau upah yang diterima oleh


warga asing dianggap tinggi kerana
nilai mata wang mereka adalah jauh
lebih rendah daripada nilai ringgit
Malaysia.
Pertukaran mata wang asing
menyebabkan mereka hidup mewah
apabila pulang ke negara asal.
Kemajuan dalam bidang infrastruktur
dan pembinaan berkembang pesat
dan buruh asing ini yang sanggup
bekerja lebih masa untuk mendapatkan
pendapatan yang lumayan sedangkan
rakyat tempatan tidak berminat untuk
bekerja di sektor berkenaan.

Budaya dan kehidupan sosial


yang lebih dekat kepada negara asal
mereka.

Persisiran pantai yang panjang dan


luas
mudah untuk menyusup masuk.

Terdapat pula faktor pendorong (penolak) dari negara asal


mereka seperti:
Keadaan politik yang tidak stabil.
Ekonomi yang tidak berkembang dan kadar pengangguran
yang tinggi.
Peluang pekerjaan yang terdapat di negara mereka adalah
rendah.
Kemudahan untuk datang secara haram ke Malaysia
melalui orang tengah.
PATI yang datang ke Malaysia terdiri dari rakyat berasal dari
negara:
Indonesia
Bangladesh
Thailand
Kemboja
Nepal

Myanmar
Laos
Vietnam
Filipina
Pakistan

Sri Lanka
Turksmenistan
Uzbekistan
Kazakhtan
India

pati

Pendatang Tanpa Izin

Kesalahan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di bawah seksyen


Akta Imigresen 1959/1963
SEKSYEN

TAFSIRAN

HUKUMAN

6(3)

Tiada Pas / Permit yang sah


Warga Asing yang masuk dan
berada di Malaysia secara tidak
sah (secara haram)

DENDA tidak lebih


RM10,000; atau
PENJARA tidak lebih
5 tahun
Atau kedua-duanya
sekali
dan ROTAN

15(4)

Tinggal Lebih Masa


Masih berada di Malaysia selepas
pas tamat tempoh dan tempoh
tinggal tidak dilanjutkan.

DENDA tidak kurang


(minima) RM10,000;
atau
PENJARA tidak lebih
5 tahun
Atau kedua-duanya
sekali

Kesalahan PATI mengikut peraturan di bawah


peraturan-peraturan Imigresen 1963
Per. 39(b)

Langgar Syarat / Salahguna Pas


Pemegang pas melakukan perkara /
aktiviti yang lain daripada tujuan pas
dikeluarkan. Contohnya Pas Lawatan
Sosial untuk melawat sahaja tetapi
digunakan untuk bekerja.

DENDA tidak lebih


RM1,000; atau
PENJARA tidak lebih
6 bulan
Atau kedua-duanya
sekali

KESAN KEMASUKAN PATI


KEJADIAN JENAYAH MENINGKAT
Kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia telah
menyebabkan kejadian jenayah yang melibatkan kaum
pendatang telah meningkat.
PATI tersebut melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat
perlindungan setelah melakukan jenayah di negara
mereka.
Jenayah yang biasa mereka lakukan ialah rompakan,
samun, pembunuhan, pengedaran dadah dan rogol.
Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa tidak selamat dan
imej Malaysia akan terjejas di mata dunia.

pati

10

Pendatang Tanpa Izin

PENYEBARAN PENYAKIT BERBAHAYA


Fomema mula dilaksanakan pada tahun 1997 bertujuan untuk
menguruskan program wajib bagi ujian saringan kesihatan bagi
semua pekerja asing yang berdaftar untuk bekerja di negara
ini dan memastikan semua pekerja asing ini bebas daripada
penyakit berjangkit.

Penyebaran penyakit berbahaya kerana tidak menjalani


pemeriksaan kesihatan, seperti HIV, penyakit kusta,
tuberculosis (tibi), penyakit kelamin dan lain-lain sukar
dikesan.

11

pati

12

Pendatang Tanpa Izin

MENIMBULKAN MASALAH PENEMPATAN



Menimbulkan masalah petempatan dengan membuka


kawasan perumahan secara haram di kawasan
tanah kerajaan seperti kawasan hutan yang berhampiran
dengan tempat merreka bekerja.

MENJEJASKAN HAK RAKYAT TEMPATAN


Pihak majikan lebih suka mengupah PATI dalam sektor


perladangan, pembinaan dan pembantu rumah kerana
gaji mereka jauh lebih murah.
Ramai antara mereka juga melibatkan diri dalam
perniagaan, misalnya membuka gerai makan, menjual
pakaian, kedai runcit dan sebagainya.

PENGALIRAN KELUAR WANG NEGARA



Gaji dan upah yang diperolehi dihantar ke negara


masing-masing. Hal ini akan menyebabkan ekonomi
Malaysia tidak berkembang.

SEJARAH KEGANASAN YANG DILAKUKAN


Kebanjiran pekerja asing dari negara jiran terutamanya dari
Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Pakistan ke Malaysia
sesungguhnya telah mendatangkan kesan dari segi ekonomi
dan sosial. Jumlah pekerja asing kini dianggarkan kira-kira
2.5 juta orang atau lebih kurang 10% daripada 30 juta orang
penduduk Malaysia.
Rusuhan yang pernah dicetuskan oleh pekerja Indonesia di
depot tahanan Pekan Nenas, Johor dan sebuah kilang di Nilai
beberapa tahun dahulu sehingga sanggup membakar bangunan
dan merosakkan kenderaan polis telah membuka mata pihak
pemerintah akan risiko yang terpendam selama ini. Setelah
menyedari hakikat itu, kerajaan telah mengambil beberapa
langkah khususnya operasi pembersihan untuk mengurangkan
jumlah buruh asing sehingga hanya merangkumi kira-kira 5%
daripada jumlah penduduk Malaysia.

13

pati

14

Pendatang Tanpa Izin

Pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil oleh pihak


berkuasa, antaranya:
PENGUATKUASAAN
Penguatkuasaan yang ketat, misalnya mengenakan denda yang
berat kepada pesalah yang mendalangi kegiatan tersebut serta
mengembalikan pendatang asing tanpa izin ke negara asal
mereka.
PENGAWASAN DI SEMPADAN
Pihak imigresen mengetatkan pengawasan di sempadan
negara. Meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang
pantai dan sempadan negara di mana Polis Marin, Jabatan
Imigresen dan tentera laut telah bergabung tenaga dan bertindak
secara bersepadu.
MENGEMBALIKAN PENDATANG KE NEGARA ASAL
Tindakan kerajaan mengembalikan sebilangan besar pendatang
asing yang tiada permit ke negara asal mereka. Usaha berterusan
ini adalah untuk mengekalkan keamanan di negara kita.

DALANG KEMASUKAN PATI


Seterusnya pihak polis telah meningkatkan penguatkuasaan
undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang
masuk tanpa izin. Pihak berkuasa sentiasa mengawasi dalang
dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing
tanpa izin ini.
HUKUMAN
Mereka yang diberkas dijatuhi hukuman yang berat termasuk
hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan
dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka
tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
OPERASI PEMUTIHAN DAN OPERASI NYAH
Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan
Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung
limpahan pendatang asing tanpa izin.

15

pati

16

Pendatang Tanpa Izin

Tafsiran majikan, pelindung dan orang yang membenarkan


PATI dalam premis (occupier) mengikut Akta Imigresen
1959/63:
Kesalahan majikan, agen dan sindiket mengikut seksyen
di bawah Akta Imigresen 1959/63
SEKSYEN

TAFSIRAN

HUKUMAN

55B

Mengambil kerja seseorang


(warga asing) yang tidak memiliki
Pas yang sah
Mengambil pekerja satu atau lebih
orang selain daripada warganegara
atau pemegang Permit Masuk yang
tidak memiliki suatu Pas yang sah.

Seksyen 55B(1)
1 hingga 5 orang

15(4)

Maksud bekerja tidak semestinya


dibayar melibatkan pembayaran gaji.

55B(5)

Kesalahan oleh pertubuhan koporat Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus,


Setiausaha atau jawatan yang
sama taraf dipertanggungjawabkan.

DENDA tidak kurang


RM10,000 tapi tidak
lebih RM50,000 setiap
seorang PATI; atau
PENJARA tidak lebih
12 bulan
Atau kedua-duanya sekali
Seksyen 55B(3)
lebih 5 orang; atau
DENDA tidak kurang
RM10,000 tapi tidak
lebih RM50,000 setiap
seorang PATI; atau
PENJARA tidak kurang
6 bulan tapi tidak lebih
5 tahun
dan ROTAN tidak lebih
6 sebatan

Keterangan
Tambahan:

Menggaji pekerja asing sah kepunyaan majikan lain.
Contohnya pekerja majikan A bekerja dengan majikan B.
Menggaji pekerja asing sah dari sektor berlainan.
Contohnya pekerja diluluskan untuk sektor perladangan
tetapi bekerja di sektor perkhidmatan.
Menggaji warga asing yang hanya memiliki Pas Lawatan
Sosial atau Pas Pelajar sahaja.

17

pati

18

Pendatang Tanpa Izin

Kesalahan majikan, agen dan sindiket mengikut seksyen di


bawah Akta Imigresen 1959/63
SEKSYEN

TAFSIRAN

HUKUMAN

SEKSYEN

TAFSIRAN

55E

Membenarkan PATI di dalam premis


Mana-mana orang yang
membenarkan mana-mana PATI
memasuki atau tinggal di dalam
premis yang ianya mempunyai
kepentingan sebagai penyelia atau
menguruskan atau mempunyai
kawalan ke atas mana-mana premis
tersebut.

Setiap PATI

Lebih 5 orang

DENDA tidak kurang


RM5,000 tapi tidak
lebih RM30,000; atau
PENJARA tidak lebih
12 bulan
Atau kedua-duanya
sekali

DENDA tidak kurang


RM10,000 tapi tidak
lebih RM50,000 setiap
seorang PATI; atau
PENJARA tidak kurang
6 bulan tapi tidak lebih
5 tahun
dan ROTAN tidak lebih
6 sebatan

Kesalahan Kedua
DENDA tidak kurang
RM10,000 tapi tidak
lebih RM50,000; atau
PENJARA tidak lebih
2 tahun
56(1) (d)

Melindungi PATI
Dengan sengaja memberi
perlindungan kepada mana-mana
orang yang diketahuinya telah
melanggar peruntukan dalam
Akta Imigresen 1959/63.

1 5 orang
DENDA tidak kurang
RM10,000 tapi tidak
lebih RM50,000 setiap
seorang PATI; atau
PENJARA tidak kurang
6 bulan tapi tidak lebih
5 tahun

56 (1A)

Bersubahat dengan PATI


Mana-mana orang yang cuba
melakukan, melakukan apa-apa
perbuatan sebagai persediaan
untuk melakukan atau bagi
membantu perlakuan, bersubahat
atau melibatkan diri dalam
komplot jenayah untuk melakukan
apa-apa kesalahan.

HUKUMAN

DENDA tidak melebihi


RM10,000; atau
PENJARA tidak lebih
5 tahun
Atau kedua-duanya
sekali

19

pati

20

Pendatang Tanpa Izin

PERKARA 2, 3 dan 9
Berdasarkan aktiviti penguatkuasaan Imigresen pada tahun
2014 sehingga 30 April 2015:
Tangkapan PATI bagi tahun 2014 sehingga 30 April 2015.
TAHUN
Tangkapan PATI

SEKSYEN

TAFSIRAN

HUKUMAN

55D

Pemalsuan atau pindaan bagi


pengendorsan dokumen
Mana-mana orang yang membuat,
memalsukan atau meminda suatu
pengendorsan atau suatu dokumen
untuk digunakan sebagai suatu visa,
Permit, Pas atau Kelayakan.

DENDA tidak kurang


RM30,000; dan
PENJARA tidak kurang
5 tahun tapi tidak lebih
10 tahun;
dan ROTAN tidak lebih
6 sebatan

2014 30/4/2015
37,644

18,310

PATI serah diri

112,276

36,435

JUMLAH

149,920 54,745

Tangkapan PATI adalah melalui Operasi Bersepadu yang


melibatkan pelbagai Agensi

Tangkapan PATI adalah melalui Operasi Bersepadu yang


melibatkan pelbagai Agensi

21

pati

22

Pendatang Tanpa Izin

PERKARA 4

Senarai pusat tahanan:

Statistik pengusiran pada tahun 2014 sehingga 30 April 2015:

TAHUN
Pengusiran PATI

2014 30/4/2015
70,064

25,308

CATATAN
PATI diusir melalui:


14 buah Depot Tahanan Jabatan Imigresen Malaysia di


Semenanjung dan Sarawak
4 buah Pusat Tahanan Sementara, Majlis Keselamatan
Negara di Sabah
Data di atas tidak termasuk 112,276 orang (tahun 2014)
dan 36,435 orang (tahun 2015) PATI serah diri di bawah
Program Kompaun 3+1. PATI di bawah Program Serah
Diri (3+1) ini dikeluarkan Memo Periksa Keluar
(Check Out Memo) untuk balik ke negara asal atas
tanggungan kos dan perjalanan sendiri.

Putrajaya (HQ)
Depot Belantik - Kedah
Depot Juru - Pulau Pinang
Depot Langkap - Perak
Depot Semenyih - Selangor
Depot KLIA - Selangor
Depot Bukit Jalil - W.P Kuala Lumpur
Depot Lenggeng - Negeri Sembilan
Depot Macap Umboo - Melaka
Depot Pekan Nenas - Johor
Depot Ajil - Terengganu
Depot Tanah Merah - Kelantan
Depot Semuja - Sarawak
Depot Bekenu - Sarawak
Pusat Tahanan Sementara Papar
dibawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN),
Jabatan Perdana Menteri
Pusat Tahanan Sementara Menggatal - Sabah
Pusat Tahanan Sementara Tawau - Sabah
Pusat Tahanan Sementara Sandakan Sabah

23

pati

24

Pendatang Tanpa Izin

PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH


KERAJAAN MEMBANTERAS PATI
PROGRAM 6P
Kerajaan juga telah melaksanakan Program 6P iaitu pendaftaran,
pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan
pengampunan. Program tersebut dilaksanakan adalah untuk
tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang
berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat peribadi
mereka termasuklah data biometrik. Menerusi program 6P ini,
kerajaan akan mengenalpastikan keperluan jumlah pekerja
yang diperlukan setiap sektor yang dibenarkan mengambil
pekerja asing di negara ini.
Program 6P bertujuan:
Memperolehi data mengenai jumlah warga asing di
Malaysia.
Regularisasi pekerja asing yang tidak sah dan pengagihan
pekerja ke sektor yang memerlukan.
Kawalan keluar masuk dan mengesan keberadaan warga
asing.

Memberi nasihat kepada PATI dan majikan agar tidak


melakukan kesalahan Imigresen.
Memberi kelonggaran kepada PATI untuk pulang ke negara
asal.
PROGRAM PEMUTIHAN
Program Pemutihan ini adalah berkaitan PATI diregularisasikan
bagi membolehkan mereka bekerja di Malaysia. Permohonan
Pemutihan adalah tertakluk kepada sektor / sub sektor yang
dibenarkan, negara sumber yang dibenarkan dan turut
mengambil kira kriteria / kelayakan majikan secara nominal.
Majikan juga bertanggungjawab membayar levi kepada
kerajaan. Program Pemutihan ini akan dilaksanakan dalam
tempoh (3) tiga bulan selepas selesai Program Pendaftaran.
Dasar Asas Program Pemutihan adalah berdasarkan kepada
(3) tiga katogeri berikut:
Warganegara: Hanya warga asing dari negara sumber
yang dibenarkan
Sektor: Sektor dan subsektor yang dibenarkan termasuk
yang dibekukan
Majikan: Majikan yang layak berdasarkan peraturan
semasa

25

pati

26

Pendatang Tanpa Izin

PROGRAM PENGAMPUNAN
Program Pengampunan adalah untuk PATI yang melakukan
kesalahan Imigresen sahaja dibenarkan pulang ke negara asal
masing-masing tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

Pulang ke negara asal mengikut pintu masuk yang


ditetapkan sahaja iaitu seperti berikut:
Syarat Pengampunan
PATI hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang
sah dan tiket pulang (kecuali perjalanan darat bagi
warganegara Thailand).
PATI hadir sendiri ke Pejabat Imigresen.
Perlu proses pendaftaran dan pengambilan biometrik
(pengambilan cap jari tangan).

Padang Besar Perlis


Bukit Kayu Hitam, Jeti Kuah Langkawi Kedah
Rantau Panjang Kelantan
Pengkalan Hulu Perak
Pelabuhan Kelang, KLIA/LCCT Selangor
Stulang Laut, Pasir Gudang Johor
LTA Bayan Lepas Pulau Pinang
Port Dickson Negeri Sembilan
Pelabuhan Melaka, Melaka

27

pati

28

Pendatang Tanpa Izin

PROGRAM PEMANTAUAN
Program Pemantauan adalah untuk mengawal dan mengurus
warga asing yang berada di Malaysia. Pemantauan dikenali
sebagai Operasi Nasihatv yang mana pemeriksaan terhadap
PATI akan diadakan. Satu (1) minggu notis akan dikeluarkan
untuk pendaftaran, pemutihan dan pengampunan. Pemantauan
dilakukan supaya semua pihak dimaklumkan sebelum tindakan
penguatkuasaan dijalankan.
PROGRAM PENGUATKUASAAN
Program Penguatkuasaan adalah berkaitan dengan PATI dan
majikan yang masih melakukan kesalahan Imigresen akan
dikesan dan ditangkap melalui Operasi Penguatkuasaan
Bersepadu terhadap PATI selepas Program Pemutihan
berakhir. Tindakan perundangan yang lebih tegas akan
diambil termasuk tindakan perundangan di bawah Akta
Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) bagi
kesalahan mendapat keuntungan daripada eksploitasi orang
yang diperdagangkan dengan hukuman denda tidak melebihi
RM1 juta dan dilucutkan keuntungan yang diperolehi daripada
memperdagangkan orang tersebut.

29

pati

30

Pendatang Tanpa Izin

PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI KERAJAAN


Operasi membabitkan lokasi di darat, laut, dan sempadan
darat itu bakal diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia,
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Operasi
Darat akan membabitkan PDRM, RELA ATM, Jabatan Depot,
PBT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jawatan kuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK).
Operasi di laut pula diletakkan di bawah tanggungjawab
JKDRM, TLDM, Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan sementara
di sempadan darat membabitkan Majlis Keselamatan
Negara (MKN), PDRM, Jabatan Imigresen, Unit Pencegahan
Penyeludupan (UPP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), RELA, Jabatan Depot
serta Polis sempadan di bawah KDN.

Nombor Telefon Unit Aduan


BAHAGIAN PENGUATKUASA IMIGRESEN MALAYSIA
03-8880 1000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-5511 7230 Shah Alam
04-390 6170
Pulau Pinang
06-762 4275
Negeri Sembilan
07-233 3855 Johor
04-976 2636 Perlis
04-733 3302 Kedah
05-501 7117 Perak
06-232 2562 Melaka
09-573 9143 Pahang
09-627 0149 Terengganu
09-744 1833 Kelantan
03-8880 1294 Putrajaya
08-848 8853
Kota Kinabalu, Sabah
087-451 995
087-423 297
Wilayah Persekutuan Labuan
087-421 296
082-486 504
Kuching, Sarawak

31

32

Anda juga boleh emailkan aduan anda ke pro@imi.gov.my


Sila buat aduan mengikut kawasan / negeri masing-masing
Untuk sebarang aduan layari www.imigresen.gov.my
Cara membuat aduan:
Laman Utama Capaian Pengguna Orang Awam
Sistem Aduan Awam
Isi borang dengan maklumat dikehendaki dan kemukakan
aduan serta klik di bahagian hantar.

Sumber rujukan:
Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Akhbar-akhbar tempatan

You might also like