You are on page 1of 13

UW00202

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


SEMESTER 2 SESI 2019/2020
PENSYARAH : DR. SAIFULAZRY BIN MOKHTAR
TAJUK ESEI : ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN MASYARAKAT
MURUT
DISEDIAKAN OLEH :
BIL NAMA NO. MATRIKS
01 KASSYFILLAH BIN ABDULLAH BB19110294

02 NURSHARMILLAH HANIM BINTI SANI BA19110386

03 NURHIDAH BINTI ZULKARNANIN BA19110116

04 NUR FAIZRAH BINTI GANIE BB19110228

05 MONICA DEON LIM BA19110651

06 MARIANA BINTI ABON BA19110251


1.0 PENGENALAN

Masyarakat Murut merupakan antara salah satu suku kaum yang terkenal dengan keunikan
serta kebudayaan yang tersendiri daripada sudut Adat, Budaya, Bahasa, Agama Dan
Kepercayaan di negeri Sabah. Di negeri Sabah terdapat seramai 3,206,742 juta penduduk yang
merangkumi warganegara Malaysia dan bukan warganegara menurut Jabatan Perangkaan
1
2010 . Daripada jumlah tersebut, seramai 2,316,963 juta penduduk merupakan warganegara
yang terdiri daripada Bumiputera dan Bukan Bumiputera (Cina, India dan Lain-lain). Secara
terperincinya, bagi kategori Bumiputera di Sabah, jumlahnya ialah seramai 1,965,309 juta
penduduk yang terdiri daripada kaum Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau, Murut, dan Bumiputera
Lain.

Menurut Siti Aidah (2007:12-13), Istilah murut berasal daripada perkataan ‘belud’ dalam
2
Bahasa bajau yang membawa maksud ‘gunung’ atau ‘Kawasan perbukitan’ . Hal yang demikian
bahawa kebanyakan daripada suku kaum mereka dahulunya telah mendiami samaada persisiran
sungai atau Kawasan perbukitan. Namun, terdapat di beberapa Kawasan seperti keningau,
tenom, pensiangan, sipitang, kalabakan, beaufort dan Kinabatangan yang di diami oleh Suku
kaum Murut dan mempunyai sub-sub etnik tersendiri antaranya murut tahol atau tagol, tidung
atau tirong, timugon, sembakung, paluan, bookan, kalabakan, murut serundung, murut agabag
atau ahavah, tanggara atau tanggala, kolor atau kolod atay akolod, murut nabai, murut gana
atau hana dan murut lundayeh/lun bawang. Disamping itu, Kaum ini terkenal dengan
penggunaan 15 jenis Bahasa dan 21 dialek asal murut dan Mereka menganut agama islam dan
sebahagian lagi menganut agama Kristian.

Masyarakat Murut mempunyai pelbagai budaya tradisi yang masih diamalkan secara turun-
temurun. Antara salah satu budaya yang diamalkan iaitu semasa adat kelahiran dan adat
kematian. Adat kelahiran yang diamalkan yang diketahui adalah semasa melahirkan anak. Kaum
murut selepas melahirkan anak tidak diberikan nama serta merta. Namun, mereka akan
memberikan nama anak tersebut mengikut suatu peristiwa atau berdasarkan alam semula jadi.
Hal ini kerana, masyarakat murut amat menitikberatkan pemberian nama bagi kelahiran anak
mereka. Seseorang yang yang sakit atau meninggal dunia dan secara kebetulan nama mereka

1 Banci Penduduk Dan Perumahan Msia, “Jabatan Perangkaan Malaysia Department of Statistics, Malaysia,”
2010.

2 Siti Aidah Hj. Lokin. 2007.Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah
(1881-1963). Kota Kinabalu: Penerbitan Universiti Malaysia Sabah.
adalah sama, maka mereka perlu menukar nama tersebut dengan serta merta bagi

mengelakkan perkara yang sama berulang kepada dirinya.

Disamping itu, adat kematian kaum murut dilakukan pada proses sebelum,semasa dan
selepas. Adat kematian yang diamalkan oleh kaum murut berbeza dengan adat-adat yang
diamalkan pada kaum lain di sabah. Ahli keluarga si mati akan memukul gong untuk
memberitahu kepada semua penduduk dan semua penduduk perlu menghentikan kegiatan
harian. Jika mereka mengingkari maka mereka akan dedenda seekor Khinzir dan diberikan
kepada ahli keluarga. Keunikan adat dan kebudayaan masyarakat kaum murut telah memupuk
minat masyarakat untuk mengkaji serta memahami dengan lebih mendalam berkaitan Adat,
Budaya, Amalan dan kepercayaan kaum murut. Bagi mengetahui perkara tersebut perlulah jelas
memahami perkara yang berkaitan adat semasa kelahiran dan kematian yang dianuti oleh
masyarakat mereka sendiri.

1.0 POPULASI MASYARAKAT MURUT DI SABAH

Masyarakat kaum murut kebanyakan mereka tinggal menetap dikawasan perlerengan sungai
dan perbukitan mengikut sub-sub etnik di pendalaman Sabah. Mereka dikategorikan Kawasan
tempat tinggal sebagai tanah tinggi dan rendah. Masyarakat murut yang menetap di Kawasan
tanah rendah antaranya Murut Timogun, Bookan, Murut Keningau dan Murut di Daerah Beaufort
iaitu Kawasan lembah Padas. Menurut Jacqueline (2012:26) Dikatakan mereka membina rumah
Panjang tersebut dikawasan pondok-pondok di pinggiran sungai dan kuala sebagai tempat
3
kediaman yang berdekatan dari tebing sungai . Disamping itu, masyarakat murut sebahagian
yang mendiami Kawasan tanah tinggi adalah masyarakat yang dikatakan tinggal dikawasan
perbukitan, pergunungan dan berhutan rimba. Antara masyarakat murut yang tinggal tanah
Tinggi seperti Murut Tahol, Murut Timugon, Murut Dalit, Murut Sembakung, Murut Selungai dan
Murut Paluan.

Populasi Masyarakat Murut mencatatkan sebanyak 102,393 orang menurut Jabatan


4
Perangkaan Malaysia direkodkan pada tahun 2010 . Sebanyak 83 peratus daripada keseluruhan
Masyarakat Murut di Sabah mendiami Kawasan pendalaman Sabah antaranya Masyarakat Murut
3 Jacqueline Pugh-kitingan 2012. Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah, ed. Kntayya Mariappan & Paul Porodong.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

4Banci Penduduk Dan Perumahan Msia, “Jabatan Perangkaan Malaysia Department of Statistics, Malaysia,” 2010
di Tenom adalah sebanyak 29,169, Nabawa atau pensiangan sebanyak 25,096, Keningau
sebanyak 29,682 dan Tambunan sebanyak 446 orang. Hal yang demikian, Masyarakat Kaum
Murut merupakan etnik yang terbesar dan tertua di negeri sabah. Dikatakan bahawa suku kaum
murut mempunyai sub-sub etnik yang tersendiri dan mempunyai sistem kehidupan yang
bersandarkan kepada adat dan sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, mereka juga sangat mengamalkan cara hidup sebagai petani,penternak,pemburu
dan memungut hasil-hasil hutan. mereka yang tinggal di pendalaman Sabah sudah menjadi
kebiasaan untuk meneruskan kehidupan. Kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Namun mereka
dikatakan etnik yang unik dengan kebudayaan dan kepercayaan adat yang diamalkan oleh
nenek moyang mereka sehingga ramai masyarakat yang minat untuk mengkaji tentang
kebudayaan yang mereka amalkan.

3.0 KEMUNCULAN ADAT MASYARAKAT MURUT

Sejak di awal kemunculan lagi, masyarakat Murut sememangnya berpegang teguh dengan
5
kepercayaan yang berlandaskan animisme. Berdasarkan kepercayaan anismisme ini, mereka
mengganggap bahawa alam semula jadi misalnya pokok, gigi, tajau dan padi masing-masing
mempunyai semangat dan kuasa yang luar biasa. Bagi masyarakat Murut, Aki Kaulung
merupakan sumber kuasa yang paling utama dan terbesar sekali malahan turut dikenali juga
6
sebagai permulaan kepada setiap kejadian di muka bumi ini. Dalam bahasa Murut, Aki bererti
7
datuk, asal atau asas, manakala Kaulung pula membawa maksud terbesar atau agung.
Masyarakat Murut percaya bahawa tiap kejadian yang di dunia ini contohnya bukit-bukau, laut,
sungai, tumbuhan, haiwan dan manusia merupakan ciptaan Aki Kaulung. Manusia pula
berperanan mentadbir, mengurus dan membina kehidupan mereka dengan menggunakan apa
sahaja ciptaan yang sudah disediakan oleh Aki Kaulung.

Kepercayaan terhadap kewujudan semangat dalam alam semula jadi telah banyak
mempengaruhi corak kehidupan seharian masyarakat Murut terutamanya dalam penetapan
adat, pantang larang dan amalan seharian mereka. Adat ataupun amalan yang diamalkan

5 Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Moktar. Agama dan Budaya Berpisah Tiada : Tinjauan Terhadap Masyarakat Murut Tahol
di Sabah. International Journal of The Malay World and Civilisation. Vol 5(2). 2017. hlm 5.
6Ibid.
7Ibid.
seharian hendaklah sejajar dengan keinginan para semangat yang sentiasa berada dalam
lingkungan kehidupan masyarakat Murut agar keharmonian dapat dicapai. Keharmonian yang
dimaksudkan ialah kesenangan dan kebahagiaan kehidupan yang terhindar daripada sebarang
bala, bencana mahupun penyakit. Kewujudan fenomena semula jadi misalnya bencana, banjir
8
dan kemarau dipercayai mempunyai perkaitan dengan semangat.

Kehidupan berlandaskan semangat mendorong masyarakat Murut hidup mengharapkan


belas kasihan daripada semangat di sekeliling mereka. Pada mulanya amalan ini dilakukan oleh
datuk dan nenek moyang atau orang yang terawal dalam masyarakat Murut dan kemudiannya
diteruskan oleh generasi yang seterusnya. Secara tidak langsung amalan yang pada asalnya
dilakukan bagi memenuhi kehendak semangat ini telah menjadi adat yang wajib dilakukan
dalam kalangan masyarakat Murut. Penurunan adat ini pula dilakukan secara warisan iaitu dari
satu generasi kepada generasi yang lainnya. Penulis tidak akan membincangkan adat sebelum
kelahiran dan kematian masyarakat Murut kerana tiada adat spesifik yang diamalkan justeru
hanya akan menekankan adat semasa dan selepas kelahiran dan kematian dalam masyarakat
Murut.

4.0 ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT MURUT DI SABAH

4.1 Adat Semasa dan Selepas Kelahiran masyarakat Murut

4.1.1 Penjagaan Kesihtan Tubuh Badan Bagi Ibu yang Melahirkan Anak

Bagi kaum Murut, mereka sangat menitikberatkan pemilihan makanan yang tertentu. Hal ini
kerana ibu yang telah melahirkan anak masih dalam keadaan yang tidak stabil dan memerlukan
zat makanan yang berkhasiat. Sebagai contoh pantang larang makanan ialah sayur yang
mengandungi getah iaitu pucuk ubi. Pucuk ubi ini mempunyai bau yang menyebabkan pengsan
dan jika tidak menghindari makanan ini boleh berlakunya pendarahan. Selain itu, ibu yang telah
melahirkan wajib berpantang dalam penjagaan rambut. Hal ini kerana, air yang membasahi
rambut akan menyebabkan tubuh badan mereka tidak sihat. Mereka juga mengamalkan ikat
perut selepas kelahiran agar darah beku mampu keluar dengan waktu yang singkat dan tidak
berlakunya perut kembung.

4.1.2 Pemberian nama bayi serta-merta selepas kelahirannya

8Ibid, hlm 6.
Pemberian nama kepada bayi yang lahir wajib dilakukan bagi kaum Murut. Mereka berpandapat
bahawa jika lewat memberi nama kepada bayi yang lahir boleh mengakibatkan tanda yang tidak
9
baik bakal menimpa bayi tersebut. Pemilihan nama bayi mesti berdasarkan alam semula jadi
seperti angin atau busak (bunga).

5.0 ADAT KEMATIAN MASYARAKAT MURUT DI SABAH

5.1 Adat Semasa Kematian Masyarakat Murut

Menurut Ismail Ibrahim (2011), bagi masyarakat Murut apabila seseorang meninggal dunia,
gong (tawak) akan dipalu mengikut rentak tertentu untuk mengumumkan kepada orang
kampung bahawa terdapat kematian di kampung tersebut. Menurut kepercayaan yang diwarisi
dari nenek moyang mereka juga ialah jumlah paluan gong adalah mengikut jantinah seseorang.
Dipercayai bahawa sekiranya paluan gong agak panjang dan diakhiri dengan dua paluan pada
akhirnya menandakan si mati ialah seorang lelaki dan sekiranya diakhiri dengan satu paluan
bermakna si mati ialah seorang wanita. Oleh hal yang demikian, kematian si mati akan diketahui
oleh keluarga, sahabat handai dan orang-orang kampung. Mereka juga kebiasaannya akan
berkumpul selama tiga hingga tujuh hari mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini kerana
mayat si mati akan disimpan di rumah, sementara menunggu keranda (lungun) siap dibuat.
Keranda yang dibuat untuk si mati biasanya diperbuat daripada kayu belian. Sementara itu,
kenalan si mati boleh membuat penghormatan terakhir kepada si mati sebelum dikuburkan.

5.1.1 Mayat Si Mati Di Bawah Keluar Dari Rumah

10
Setelah sampai waktu untuk dikuburkan, keranda akan diturunkan dari rumah. Waktu inilah
suasana sayu dan sedih akan menyelubungi keluarga dan kenalan terdekat si mati. Kesedihan
tersebut ditunjukkan melalui perlakuan tarik-menarik keranda semasa keranda hendak
diturunkan. Keluarga terdekat si mati ini akan menarik semula keranda itu untuk menaiki rumah
dan yang lain akan menariknya turun. Dipercayai bahawa perkara sedemikian dilakukan adalah
sebagai tanda kasih sayang keluarga si mati untuk melepaskan si mati pergi buat selama-

9
Jelajah Edisi Daus, 18 April 2017, Adat dan Budaya Etnik Di Malaysia
<http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/kaum-murut.html> [accessed: 14 Mac 2020]
10 Ismail Ibrahim, Warisan Motif dan Corak Murut, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011.
11
lamanya. Dikatakan juga semasa kematian si mati ini keluarga si mati akan meminum tapai
sehingga mabuk untuk melupakan kesedihan mereka sepanjang masa tersebut.

5.1.2 Perjalanan Membawa Jenazah ke Kuburan

Semasa perjalanan jenazah ke kuburan, bendera berwarna merah, kuning dan putih akan
12
dibawa bersama untuk mengiringi si mati. Bendera tersebut melambangkan keluarga si mati
rela untuk menyerahkan mayat si mati ke tanah. Tanah akan digali lebih kurang sekaki dalam
untuk memuatkan keranda dan kebiasaannya keranda hanya ditanam sebahagian sahaja.
Perkara ini dilakukan bertujuan untuk memudahkan upacara pengebumian kedua iaitu upacara
13
“buang tulang”. Bagi masyarakat Murut, barang-barang peribadi si mati seperti sumpitan,
parang, perhiasan dan sebagainya milik si mati diletakkan di dalam keranda bersama-sama
dengan si mati. Di samping itu, upacara pengebumian masyarakat Murut dijalankan oleh bomoh
yang dikenali sebagai lalahan.

5.1.3 Keberadaan Roh Si Mari Sehingga Hari Ketiga Kematiannya

Menurut kepercayaan Murut, roh si mati dianggap masih berada di rumah sehingga hari
14
ketiga. Sekiranya terdapat pakaian atau barang kesukaan si mati tertinggal di rumah, maka
awal pagi hari ketiga keluarga si mati harus membawa barang-barang tersebut ke tanah
perkuburan untuk diberikan kepada si mati. Pemberian barangan yang tertinggal harus
mengikut pantang larang iaitu setibanya keluarga si mati berhampiran tanah perkuburan,
15
mereka dikehendaki menyiram air di kawasan tanah perkuburan. Hal ini bertujuan untuk
meminta keizinan kepada si mati. Sekiranya tiada sebarang petanda , pihak keluarga si mati
harus beredar beredar daripada tempat tersebut kerana dipercayai roh jahat sedang berada di
situ. Sekiranya upacara pemulangan barangan si mati tidak dapat dilaksanakan, barang-barang

11 Ibid.
12 Ibid.
13 Ibid.
14 Ibid.
15 Ibid.
tersebut hendaklah dikumpul di depan muka pintu. Seekor anjing akan dibawa dan disuruh
16
melangkah barang-barang tersebut sebagai menandakan roh si mati telah melepaskannya.

5.2 Adat Selepas Kematian Masyarakat Murut

Sesuatu adat itu tidak akan habis selepas urusan pengebumian selesai tetapi adat yang diwarisi
oleh masyarakat Murut ini akan diteruskan lagi selepas pengebumian selesai dimana akan
terdapat beberapa adat dan pantang larang yang mesti diikuti semasa dalam tempoh
perkabungan selama 30 hari. Selepas tempoh perkabungan terdapat lagi upacara “Buka
Pantang” dan upacara “Buang Tulang” selepas kematian mengikut adat tradisi masyarakat
Murut.

5.2.1 Perkabungan Selama 30 hari

Mengikut adat masyarakat Murut sepanjang tempoh perkabungan iaitu selama 30 hari, ahli
keluarga terdekat si mati tidak boleh keluar rumah mahupun bergaul mesra dengan orang
17
luar. Selain itu, sepanjang tempoh perkabungan itu juga ahli keluarga si mati dilarang sama
sekali untuk melakukan beberapa perkara seperti mengadakan pesta atau keramaian dan
18
dilarang menyanyi. Dari segi pemakaian ahli keluarga terdekat si mati tidak boleh pemakaian
barang kemas dan balu atau duda si mati dikehendaki untuk memakai pakaian bewarna putih
19
serta bercukur rambut. Selepas empat hari, si duda akan memakai tutup kepala bewarna
hitam dan si balu akan memakai tutup kepala bewarna putih sehingga selesai tempoh
berkabung. Bukan itu sahaja, mengikut adat tradisi masyarakat Murut dalam soal makanan
semasa tempoh berkabung masyarkat Murut tidak dibenarkan memakan daging terutamanya
daging payau (rusa). Terdapat juga perkara yang paling dilarang dalam adat tradisi masyarakat
Murut dalam tempoh perkabungan selama 30 hari selepas kematian dimana mereka tidak boleh
20
melihat cermin kerana dikhuatiri akan menjadi gila.

16 Ibid.
17 Saidatul Nornis Hj. Mahali, Nilai dan Norma Masyarakat di Malaysia, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia
Sabah, 2013, hlm 152.
18 Ibid., hlm 153.
19 Ibid., hlm 147.
20 Ibid.
Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan tempah berkambung hanya selama
21
empat hari. Pada hari keempat iaitu setelah empat hari tajau di tanah perkuburan ahli
keluarga si mati akan meletakkan tiga potongan bara. Seterusnya, keluarga si mati akan
mengawal api dari bara-bara tersebut kerana masyarkat murut mempercayai tindakan tersebut
dapat menghalang roh si mati supaya tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya
sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa
bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah
selesai.

5.1.2 Upacara “Buka Pantang”

Upacara yang dikenali sebagai “buka pantang” merupakan upacara adat masyarakat Murut yang
dilakukan selepas tamatnya tempoh perkabungan selama 30 hari. Semasa upacara ini dijalankan
semua sanak saudara akan hadir membawa barang keperluan seperti daging babi dan kerbau,
22
biasanya mereka akan pergi memburu sebelum upacara “Buka Pantang” dijalankan. Upacara
“Buka Pantang” ini akan dimulakan dengan pemandian iaitu balu atau duda akan dimandikan
oleh seorang tua dan seterusnnya balu atau duda kepada si mati akan dipakaiankan pakaian
serba baru.

Manakala pakaian yang digunakan semasa berkabung akan dihanyutkan ke dalam sungai
begitu juga dengan gelung rotan yang dipakai sepanjang tempoh berkabung juga akan
23
ditanggalkan. Seterusnya, pesta akan dijalankan selama tujuh hari. Menurut kepercayaan
masyarakat Murut, malam ketujuh merupkan hari terakhir roh si mati mengunjungi rumah. Maka
pada malam hari ketujuh lampu akan dipadamkan dan penghuni akan duduk diam untuk
menanti kedatangan roh si mati. Masyarakat Murut juga mempercayai bahawa roh si mati akan
24
menyerupai kucing atau anjing.

5.1.3 Upacara “Buang Tulang”

Mengikut kepercayaan masyarakat Murut upacara “Buang Tulang” merupakan upacara yang

akan dijalankan selepas tiga bulan dan upacara ini hanya dijalankan jika mendapat persetujuan
21 Ibid., hlm 156.
22 Ismail Ibrahim, Warisan Motif dan Corak Murut, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011.
23 Ibid.
24 Saidatul Nornis Hj. Mahali, Op.cit., hlm 153.
25
daripada keluarga si mati. Upacara “Buang Tulang” ini akan dijalankan di tanah perkuburan.
Upacara ini akan dimulakan dengan mengeluarkan dan mengumpul tulang si mati. Seterusnya
tulang-tulang si mati yang telah dikeluarkan dan dikumpul akan dibungkus mengunakan kain
bewarna kuning dan akan dikubur bersama keranda secara kekal. sekiranya, si mati bukan
berasal dari kampung itu, tulang-tulang akan dikumpul dan dibalut mengunakan kain kuning dan
26
tulang-tulang tersebut akan dimasukkan ke dalam tajau agar keluarga si mati boleh melawat.

Selepas upacara “Buang Tulang” selesai keluarga di mati akan mengadakan pesta
27
ataupun keramaian selama dua hingga tiga hari. Upacara ‘Buang Tulang” ini hanya dilakukan
oleh masyarakat Murut terdahulu dimana masyarkat murut ketika itu belum mengamalkan atau
mempunyai agama. Masyarakat Murut mengunakan tajau sebagai upacara pengebumian dan
tajau hanya ditanam sebahagian sahaja dan menurut kepercayaan masyarakat Murut ketika itu
pengunaan tajau lebih mendatangkan ketenangan kepada keluarga si mati kerana mereka dapat
28
melihat tulang-tulang di mati walaupun si mati sudah tiada.

6.0 FAKTOR PERKEMBANGAN ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN MASYARAKAT

MURUT DI SABAH

6.1 FAKTOR KEMASUKAN AGAMA

Perubahan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat Murut telah menyebabkan antara
salah satu faktor perubahan adat kelahiran dan kematian masyarakat tersebut. Hal ini kerana,
perubahan agama bukan sahaja melibatkan perubahan dalam sistem kepercayaan seseorang
individu tersebut, malah turut memberi kesan kepada amalan hidup seharian dan persepsi
mereka terhadap kehidupan. Sifat perubahan tersebut pula amat bergantung kepada tahap
kefahaman mereka terhadap agama yang baru mereka anuti. Semakin mendalam penghayatan
mereka kepada agama tersebut, maka semakin menjauhlah dengan amalan-amalan agama lama
29
itu mereka tinggalkan.

25 Ibid., hlm 150


26 Ibid.
27 Ibid.
28 Ibid., hlm 153.
29 Hasan Mat Nor. 2001. Salib dalam Komuniti Pinggiran. Kota Kinabalu: Malaysia Sabah
Oleh itu dapat kita lihat dengan jelas, bahawa faktor kemasukan agama menjadikan
30
punca utama perubahan adat kelahiran dan kematian. Apabila ramai dikalangan masyarakat
Murut pada kini yang memasuki agama Kristian majoritinya dan sebahagiannya juga ada yang
memilih untuk memeluk agama Islam. Akibat daripada itu, terdapat adat kepercayaan mereka
yang salah dan haram dari agama yang mereka anuti sekarang menyebabkan mereka tidak lagi
31
mengamalkan adat kepercayan nenek moyang lagi pada masa kini. Masyarakat Murut yang
telah menganuti agama Islam tidak lagi mengamalkan kepercayaan adat kematian masyarakat
Murut pada masa lalu. Contohnya, si anak tidak lagi memotong rambutnya yang panjang dan
dibawa bersama-sama dengan mayat bapanya ke kuburan. Rambut yang dipotong kemudiannya
32
digantung di pondok perkuburan. Kerana itu telah diterangkan dalam hukum syarak islam
bahawa perkara sebegitu ialah syirik dan tidak boleh diikuti oleh individu yang beragama Islam.

6.2 FAKTOR PEREDARAAN ZAMAN

Faktor perubahan zaman juga menjadikan perubahan adat kelahiran dan kematian dalam
masyarakat Murut berubah. Hal ini kerana, generasi y sekarang yang lebih terdedah dengan
budaya moden mula menganggap bahawa kepercayaan itu sebagai satu perkara yang jika
diamalkan ketinggalan zaman dari apa sepatutnya yang berlaku pada masa sekarang. Selain itu
juga, golongan belia sekarang yang lebih terdedah dengan ilmu pengetahuan menyedari
bahawa kebanyakkan kepercayan yang berasal dari nenek moyang itu adalah tidak wajar diikuti.
Hal ini kerana, akibat peredaraan zaman yang berlaku adat kepercayaan yang diamalkan
pada masa lalu kebanyakkannya tidak wajar dipertahankan lagi akibat daripada adat
kepercayaan tersebut yang menyusahkan masyarakat itu sendiri. Contohnya, meletakkan beg
tangan yang kerap digunakan oleh si mati diletakkan di atas badan pada bahagian dada. Di
33
dalam beg tangan diletakkan dompet duit, barang kemas dan beberapa barangan keperluan
harian lain contohnya kirai (tembakau). Menerusi adat kematian seperti di atas, wajarlah faktor

30 Rutter, Owen. 1929. The Pagans Of North Borneo. London : Hutchinson & Co.
31
Spitzack, John. A(ed.). 1984. The Murutic Language Family. Languages of Sabah: A Survey Report. Australia:

The Australian National University.


32 Ismail Ibrahim. Warisan Motif dan Corak Murut. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2011.
33 Ismail Ibrahim. Warisan Motif dan Corak Murut. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2011.
perubahan zaman semakin kurang yang mengamalkan adat kepercayaan tersebut kerana jika
difikir menggunakan akal fikiran si mati tidak akan dapat menggunakan lagi beg tangan tersebut
di alam rohnya.

7.0 KESIMPULAN

Golongan muda masyarakat Murut pada masa kini merupakan aset yang terpenting kepada
masyarakat Murut di Sabah dalam memastikan kepercayaan adat kaum Murut terpelihara
ataupun tidak. Perubahan agama adalah salah satu daripada sejarah masyarakat Murut yang
penting untuk ditonjolkan. Ini kerana, perubahan ini sangat signifikan kepada sistem
kepercayaan masyarakatnya. Penglibatan golongan belianya juga baik untuk diteliti kerana ia
dapat dijadikan sumber inspirasi golongan muda pada hari ini dan juga pada masa hadapan.
Keupayaan mereka dalam menunjangi perubahan telah diterima oleh semua lapisan
masyarakatnya.

Selain daripada kekuatan tersendiri yang dimiliki golongan ini, menyebabkan hal ini
dapat disumbangkan oleh tradisi masyarakat Murut yang memandang tinggi keupayaan
golongan muda masyarakat mereka sendiri. Kisah Alomor dan adiknya menunjukkan bahawa
golongan muda Murut tidak pentingkan diri sendiri serta sanggup berkorban untuk kebahagiaan
manusia sejagat. Dapat disimpulkan, hasil daripada kajian kumpulan yang kami lakukan
sehingga sekarang masih ada lagi adat kepercayaan kelahiran dan kematian yang masih
diamalkan oleh segelintir masyarakar Murut di Sabah. Oleh itu, hasil kajian yang kami lakukan
ini dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa satu adat kepercayaan amat penting pada
masa dahulu
RUJUKAN

Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Moktar. (2017). Agama dan Budaya Berpisah Tiada :
Tinjauan Terhadap Masyarakat Murut Tahol di Sabah. International Journal of The Malay
World and Civilisation. Vol 5(2).
Banci Penduduk Dan Perumahan Msia, “Jabatan Perangkaan Malaysia Department of Statistics,
Malaysia,” 2010.
Hasan Mat Nor. 2001. Salib dalam Komuniti Pinggiran. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia

http://theonlyguysdat1a.blogspot.com/2018/01/masyarakat-
tempatan.html https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/403
Ismail Ibrahim. 2011. Warisan Motif dan Corak Murut. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Jacqueline Pugh-kitingan 2012. Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah, ed. Kntayya
Mariappan & Paul Porodong. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Leicester: Inter-Varsity Press.

Less, W. dan Shirley Less. 1987. Is it Sacrifce? Experiencing Mission and Revival in Borneo.

Report. Australia: The Australian National University.

Rutter, Owen. 1929. The Pagans Of North Borneo. London : Hutchinson & Co.

Sabah.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2013. Nilai dan Norma Masyarakat di Malaysia. Kota Kinabalu.

Siti Aidah Hj. Lokin. 2007.Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah
(1881-1963). Kota Kinabalu: Penerbitan Universiti Malaysia Sabah
Spitzack, John. A(ed.). 1984. The Murutic Language Family. Languages of Sabah: A Survey

Universiti Malaysia Sabah.

You might also like