You are on page 1of 4

Tajuk

Syarikat Moto Honda : Satu Analisa Terhadap


Strategi kemasukan ke Perniagaan
Antarabangsa, Cabaran Perniagaan, Strategi
Lini Produk dan Kitaran Hayat Produk
1.0 Pengenalan

Syarikat Motor Honda ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Sochiro Honda (1906-1991).
Beliau merupakan seorang mekanik dan jurutera yang bermula sebagai seorang tukang besi di
bengkel basikal bapanya iaitu Gihei Honda. Pada tahun 1938, iaitu sewaktu beliau berusia 32
tahun, beliau telah bekerja di sebuah bengkel kereta yang bernama Art Shokai dan beliau
menggunakan segala kemahiran yang dimilikinya dalam bidang mekanikal dan kejuruteraan.
Honda secara ringkas mengkaji kejuruteraan dan reka bentuk mekanikal di Sekolah Tinggi
Teknikal Hamamatsu, iaitu di mana Honda menyempurnakan reka bentuk barunya untuk
cincin omboh. Beliau kemudian menghabiskan masa enam tahun sebagai mekanik
kereta sebelum pulang ke kampung halaman untuk memulakan perniagaan baik pulih kereta
pada tahun 1928, ketika berusia 21 tahun, iaitu selepas 6 tahun berkelana di ibu kota.
(Sumber:https://www.scribd.com)

Pada tahun 1937, Honda mengasaskan kilang Tōkai Seiki yang menghasilkan gelang


piston untuk Toyota. Malangnya, semasa Perang Dunia Kedua (WWII), pesawat pengebom
Amerika Syarikat (AS), B-29 memusnahkan kilang miliknya pada tahun 1944, manakala
kilang Itawa musnah akibat gempa bumi Mikawa pada tahun 1945.
(Sumber:https://www.hondaprokevin.com)

Selepas perang tamat, Honda kemudian memutuskan menjual kilang yang masih ada
kepada Toyota pada harga ¥450,000 (RM17,655) dan menggunakan wang itu untuk
mengasaskan Institut Kajian Teknikal Honda pada Oktober tahun 1946.

(Sumber:https://www.hondaprokevin.com)

Pada 1948, Honda yang menyandang jawatan Presiden Syarikat Honda Motor  mula
menghasilkan motosikal lengkap (gambar atas) yang menjadi kenderaan paling laris di dunia,
sekali gus menukarkan status syarikatnya kepada multinasional dengan meraih pendapatan
berbilion dolar. Kejuruteraan dan kemahiran pemasaran Honda ketika itu berjaya
mengetepikan model motosikal Britain, Triumph dan AS, Harley-Davidson di pasaran
tempatan masing-masing.  Pada tahun 1959, Honda Motorcycles membuka syarikat wakil
jualan pertama di AS. Honda menjadi presiden hingga bersara pada tahun 1973 dan kekal
sebagai pengarah selepas itu sebelum dilantik menjadi penasihat tertinggi pada tahun 1983.
(Sumber:https://www.hondaprokevin.com)

Lampiran 1 : Gambar Motosikal Honda Yang Pertama


Di Malaysia, Syarikat Boon Siew Sdn Bhd sinonim dengan motosikal Honda yang
diasaskan oleh mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Boon Siew Honda Sdn Bhd
merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk memasang, mengedar dan
menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Beliau merupakan usahawan yang
berjaya dan bijak mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Beliau
menyedari kelebihan motosikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang
dikeluarkan oleh Eropah. Pada tahun 1958, Boon Siew melihat populariti motosikal Honda
Cub Super di mana pada waktu tersebut hanya diperkenalkan di Jepun dan beliau percaya ia
boleh mendapat sambutan di Malaysia. Pihak Honda Jepun, Honda Motor Co Ltd telah
melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dan pada waktu
tersebut, hanya 50 unit sahaja motosikal Honda telah diimport ke Malaysia. Sebuah kilang
telah dibina di Pulau Pinang untuk memasang Honda Cub dan motosikal Honda yang
dipasang di Malaysia telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Produk yang
dikeluarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd antaranya adalah motosikal jenama Wave Dash,
CRF 250L, CBR1000RR, EX5 Dream, Future, Gold Wing, Wave Dash SE, Wave 110, Wave
100, Icon dan CBR 250R.

(Sumber:https://www.academia.edu)

Kajian ini akan menumpukan perbincangan terhadap strategi kemasukan perniagaan


motosikal Honda di Malaysia, cabaran-cabaran perniagaan yang dihadapi, strategi lini produk
dan perkembangan kitaran hayat produk yang dihadapi.
Lampiran 1

You might also like