You are on page 1of 2

KERETA MINI MOKE

Mini Moke adalah varian kereta Mini keluaran British Motor Corporation yang direka
oleh Sir Alex Issigonis.
Pada asalnya, jentera itu dihasilkan untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat, namun
saiz roda yang kecil dan ketinggian tidak menepati piawaian untuk kegunaan lasak,
maka ia ditawarkan kepada orang awam berikutan penyelenggaraan rendah.
Mini Moke keluaran 1962
Proses baik pulih:
- Kerangka
- Lampu hadapan dan belakang asal
- Stereng dan meter kelajuan asal
- Ekzos binaan khas
- Tempat duduk binaan khas
Mini Moke, varian Mini asli rekaan Sir Alec Issigonis dalam bentuk seakan
buggy
Nama kenderaan ini berasal daripada nama Mini yang mana kerangka Mini Moke
diasaskan dan “Moke” satu perkataan kuno untuk keldai
Reka bentuk asal adalah sebagai sebuah kenderaan pelbagai guna tentera seperti
mana kenderaan Jeep yang digunakan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Tetapi
saiz roda yang kecil dan ketinggian Mini Moke tidak mencukupi untuk kegunaan jalan
lasak (off road). Oleh itu, Mini Moke ditawarkan kepada orang awam sebagai
kenderaan pelbagai guna kos rendah yang memerlukan selenggaraan mudah.

Kenderaan Mini Moke mula dibina di kilang BMC di Longbridge di Birmingham, tetapi
pengeluarannya kemudiannya dipindahkan ke luar negara. Sebanyak 14,500 buah
kenderaan Mini Moke dikeluarkan di United Kingdom di antara tahun 1964 and 1968,
dan 26,000 buah kenderaan dikeluarkan di Australia di antara tahun 1966 dan 1981.
10,000 buah kenderaan lagi dikeluarkan di Portugal dalam tahun 1980 hingga 1993
apabila pengeluaran Mini Moke ditamatkan.

Kereta yang digunakan di dalam filem anak bapak tersebut adalah daripada model
Morris Mini Moke ‘970S’ tahun 1965. Mini Moke ialah kenderaan kecil pacuan roda
hadapan dan dihasilkan sebagai kenderaan tentera ringan oleh British Motor
Corporation (BMC), dan kemudiannya dipasarkan untuk kegunaan awam di bawah
jenama Austin, Morris, Leyland dan Moke .
Model Mokes buatan British telah dipasang dengan enjin empat sebaris melintang 848
cc yang rendah, menggunakan suspensi, kotak gear dan roda 10 inci yang sama
seperti model Mini yang lain. Pada asalnya, tempat duduk penumpang, pengelap
cermin depan dan bahagian atas kanvas boleh ditanggalkan adalah peralatan pilihan,
dipasang oleh pemiliknya.

Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata kereta “Mini Moke Austin Morris” yang berdaftar
dahulunya Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1973 mempunyai nilai sejarahnya
tersendiri kerana pernah digunakan oleh Pengarah Ladang untuk membuat rondaan di
kawasan ladang serta keseluruhan UPM.

You might also like