You are on page 1of 9

SEJARAH TOYOTA

Sejarah Toyota bermula daripada Sakichi Toyoda pada tahun 1867. Beliau dikenali
sebagai "King of Japanese Inventors" dan dikatakan sebagai bapa kepada revolusi perindustrian
Jepun. Beliau telah mencipta mesin tenun automatik. Dengan sumber kewangan yang
diperolehi, Toyoda kemudian menubuhkan Syarikat Motor Toyota. Faktor penyumbang
terbesar kepada penubuhan syarikat ini adalah di atas sokongan kerajaan Jepun semasa perang
di Manchuria.
Pada tahun 1950, Syarikat Motor Toyota telah menghadapi masalah kewangan. Pada
masa ini telah berlaku pertikaian buruh dan perletakan jawatan secara sukarela oleh pekerja-
pekerja syarikat ini. Pada tahun ini juga, Toyota Motor Sales Co. Ltd. telah ditubuhkan. Tujuh
tahun kemudian (1957), syarikat ini buat pertama kalinya telah mengimport kenderaan
penumpang, iaitu Crown, ke Amerika Syarikat. Peristiwa ini telah membawa kepada
pengantarabangsaan syarikat tersebut. Pada 1958, Toyota telah membina sebuah kilang
pengeluaran di Brazil, iaitu kilang yang pertama dibina di luar sempadan negara Jepun.
Perusahaan Toyota berterusan berkembang dan akhirnya Toyota berjaya memenangi
anugerah Deming kerana kemajuan yang dicapai dalam penambahbaikan kualiti dalam tahun
1965. Pelbagai jenis kenderaan yang telah dilancarkan seperti Corolla (1966), Toyota 2000GT,
Hiace, Miniace (1967), Lexus (1989), Prius (1997) sebagai kereta hybrid yang pertama di
dunia. Sebagai tambahan, pada tahun 2002, Toyota telah menyertai Kejohanan Formula 1 (F1).
Sumber: http://www.toyota-global.com/company/history_of_toyota

SEJARAH TOYOTA DI SINGAPURA & BILA DITUBUHKAN DI MALAYSIA?


UMW atau United Motor Works merupakan nama sebuah kedai membaiki automotif
yang dimiliki oleh Chia Yee Soh, seorang warganegara Singapura. Kedai beliau terletak di
Orchard Road. Kedai beliau mula terkenal dalam kalangan pemilik kenderaan mewah di
Singapura kerana kepintaran beliau dalam bidang mekanikal. Beliau menyedari akan
kepentingan untuk menyediakan alat ganti kenderaan kerana berlakunya peningkatan dalam
penggunaan kenderaan ketika itu. Hal ini menyebabkan beliau menjalinkan hubungan dengan
pengeluar automotif di Eropah dan Amerika. Beliau telah berjaya untuk menjadi pengeluar
bahagian automotif untuk automotif Amerika dalam General Motors. Perniagaan beliau
mencapai satu tahap yang amat memberangsangkan sehinggalah beliau menyatukan
perniagaannya dengan menubuhkan United Motor Works Pte Ltd pada 1927.
Perniagaan beliau semakin berkembang sehinggalah ke Malaysia dengan penubuhan
pengedaran pelbagai bahagian di Semenanjung Malaysia. Chia Yee Soh merupakan
pengimport alat ganti kereta dan lori yang utama kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang
menjalankan aktivit import alat ganti kenderaan ini. Beliau dan rakan karibnya, Ong Senior
telah menjadi pengedar untuk United Motor Works di Seremban, Negeri Sembilan.
Tahun 1941 merupakan tahun yang malang buat British apabila Jepun telah menguasai
Singapura, diikuti dengan Sarawak, Borneo Utara dan Indonesia.
(Rujukan: Zuraidah Omar, Turning Points: The UMW Story, UMW Holdings Berhad, Shah
Alam, 2008)
Pada Januari 1982, UMW Corporation Sdn. Bhd telah membentuk syarikat usaha sama
iaitu Sejati Motor. Sejati Motor kemudian mengubah nama ini kepada UMW Toyota Motor
Sdn. Bhd.
Pada tahun 1987, terdapat tiga pemegang saham untuk usaha sama ini iaitu UMW
Corporation Sdn. Bhd., Toyota Motor Corporation dan Toyota Tsusho Corporation.

Picture

Dari Kiri: R H. Ioki (President, Toyota Boshoku Asia), Tan Sri Asmat (Pengerusi UMW
Toyota), Datuk Takashi Hibi (Timbalan Pengerusi UMW Toyota) & Datuk Ismet (Presiden
UMW Toyota)

JAWATANKUASA
Pengerusi: Tan Sri Asmat Kamaludin
Timbalan Pengerusi: Datuk Takashi Hibi
Timbalan Pengerusi: Datuk Syed Hisham Syed Wazir
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd : Datuk Ismet Suki
VISI SYARIKAT
> Menghormati orang lain dan alam sekitar <
Mempunyai impian untuk menjadi sebuah oraganisasi yang dikagumi dengan kecemerlangan
dan integriti serta menghormati orang dan alam sekitar.

MISI SYARIKAT
Mereka berhasrat untuk merealisasikan wawasan dengan :
1. Mencapai falsafah "Pelanggan Diutamakan" dengan menumpukan usaha untuk memberi
kepuasan kepada pelanggan-pelanggan mereka dan mengukuhkan hubungan dengan rakan
kongsi perniagaan.
2. Menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan bertaraf dunia yang memenuhi keperluan
pelanggan dengan cara yang efisien.
3. Membentuk tenaga kerja yang komited dan berupaya serta mempunyai kesedaran
keselamatan yang kukuh.
4. Menggunakan "The Toyota Way" sebagai nilai teras mereka untuk segala yang dilakukan.
5. Menyumbang kepada masyarakat dengan menggalakan pemuliharaan alam sekitar dan
meningkatkan servis khidmat masyarakat kami.

PROFIL SYARIKAT
Gambaran keseluruhan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT)
IBU PEJABAT
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.,
No. 2, Persiaran Raja Muda,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: (+603) 5123 6688


TARIKH MULA OPERASI
Januari 1982
SUBSIDIARI
• Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB)
• Automotive Industries Sdn. Bhd. (AISB)
• Toyota Boshoku UMW Sdn. Bhd. (TBU)

SYARIKAT USAHA SAMA


• KYB-UMW Malaysia Sdn. Bhd.
• KYB-UMW Steering Malaysia Sdn. Bhd.
• JTEKT Automotive (Malaysia) Sdn. Bhd.

CARTA ORGANISASI (PEMEGANG SAHAM)


Picture

PERKONGSIAN SAHAM
• UMW Corporation Sdn. Bhd. (51%)
• Toyota Motor Corporation (39%)
• Toyota Tsusho Corporation (10%)
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Milestones
Sejarah Ringkas
1955
3unit pertama Toyota Land Cruiser, diimport oleh North Borneo Trading Co. Ltd. (NBT),
dihantar dari Jepun ke Jesselton (Kota Kinabalu), Sabah.
1968
ASSB memulakan “Toyota Vehicle Assembly”.
1972
AISB ditubuhkan.
1982
UMW Corporation Sdn. Bhd. dan Toyota Motor Corporation membentuk syarikat usaha sama,
Sejati Motor, untuk memulakan perniagaan automotif di Malaysia.
1987
Sejati Motor mengubah nama kepada UMWT.
1999
TMC meningkatkan pegangan saham sebanyak 39% dan Toyota Tsusho Corporation
mengekalkan pegangan saham kepada 10%.
2000
Mencapai jumlah pemasangan kenderaan sebanyak 500,000 unit.
2003
UMWT mencapai tempat pertama dalam JD Power Survey untuk Sales Satisfaction Index
(SSI).

2004
UMWT membuka cawangan Parts Distribution Centre Di Shah Alam, Selangor.
2005
UMWT memindahkan ibu pejabatnya ke Shah Alam.
2006
Eksport Toyota Hiace ke Thailand bermula.

UMWT mendapat tempat pertama dalam JD Power Survey untuk SSI.


UMWT menubuhkan Lexus Malaysia.
2007
Lexus Malaysia membuka Bilik Pameran Lexus pertama di Mutiara Damansara, Kuala
Lumpur.
UMWT mengekalkan kedudukan pertama dalam JD Power Survey untuk SSI.
UMWT membuka Regional Parts Distribution Centre yang baru di Kota Kinabalu, Sabah.
2008
UMWT mencapai sebanyak 100,000unit jualan kenderaan Toyota Vios di Malaysia.
UMWT mendapat tempat pertama untuk SSI dan Customer Satisfaction Index (CSI) dalam JD
Power Survey.
UMWT membuka Regional Parts Distribution Centre yang pertama di Kuching, Sarawak.
2009
UMWT memperkenalkan Toyota Prius, kenderaan hybrid pertama dari Toyota di Malaysia.
UMWT mengekalkan kedudukan pertama dalam JD Power Survey untuk CSI.
UMWT mencapai 1,000,000 Total Unit Serviced (TUS) untuk kenderaan Toyota di Malaysia.
2010
UMWT meluaskan Parts Distribution Centre di Shah Alam, Selangor.
Lexus Malaysia membuka Bilik Pameran Lexus di Pulau Pinang.
2011
Mencapai 1,000,000unit pemasangan kenderaan.
UMWT membuka Initial Quality Hub (IQH) yang baru dan trek ujikaji di Bukit Raja, Klang,
Selangor.
Lexus Malaysia memperkenalkan kenderaan hybrid mewah peringkat pertama, Lexus CT 200h
dan meluaskan rangkaiannya di Johor.
2012
ASSB memulakan pemasangan Camry generasi ketujuh.
UMWT menyambut ulang tahun yang ke-30.
2013
UMWT mengekalkan kedudukan pertama dalam JD Power Survey untuk SSI.
OPERASI PENGELUARAN
Teknologi: Menyumbang ke arah pembangunan industri automotif Malaysia dengan Teknologi
terkini Toyota
Kemudahan paling canggih dan kepakaran yang memenuhi Standard global Toyota
telah dilaksanakan di Syarikat pembuatan kumpulan UMW Toyota Motor untuk menghasilkan
produk dan perkhidmatan terkini.
Orang-orang mereka telah dilatih secara profesional dan bersedia untuk memenuhi
permintaan Toyota global standard. Pelaburan mereka dalam sumber manusia dan kemudahan
merupakan usaha yang berterusan. Ini membolehkan mereka menyumbang kepada
pembangunan industri perkilangan automobil di Malaysia.
Eksport kenderaan Hiace ke Thailand bermula pada tahun 2006, dan ini jelas
menunjukkan permintaan yang meluas untuk kenderaan Toyota buatan Malaysia, termasuk di
luar negara
Kualiti: Memberikan hanya yang terbaik melalui aktiviti Kaizen oleh semua anggota pasukan.

Reputasi kenderaan Toyota untuk kebolehpercayaan adalah terhasil daripada keinginan


Toyota Motor Corporation untuk kualiti dan tumpuan yang diberikan untuk pelanggan. Pada
setiap peringkat proses pembuatan, mereka mengambil setiap langkah untuk memastikan
kualiti tetap terjamin.
Mereka telah memupuk Kualiti dan pemikiran Kaizen dalam kalangan kakitangan
dengan mengikuti budaya dan nilai "The Toyota Way". Ini membolehkan mereka untuk terus
memberikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami.
Pencapaian kualiti kenderaan Toyota telah diiktiraf oleh JD Power Survey Untuk IQS
(penanda aras industri untuk kualiti kenderaan baru, termasuk rekabentuk dan pengeluaran :
kerosakan atau kecacatan), Penilaian JD Power Survey untuk IQS merupakan bukti terhadap
pencapaian konsisten kami dalam memenuhi kualiti yang baik dan reka bentuk yang inovasi.
Keselamatan: Memastikan 100% Selamat sebagai keutamaan mereka.

Amalan keselamatan dimasukkan ke dalam operasi harian, termasuk pemasangan dan


perancangan pembuatan, kenderaan dan bahagian-bahagian pusat pengedaran, jualan dan pusat
perkhidmatan dan keseluruh syarikat.
Kakitangan mereka yang dilatih dalam prosedur keselamatan mereka sejak hari pertama
di tempat kerja, semasa program induksi. Latihan keselamatan ini menyeluruh dalam kerjaya
mereka.
Pada awal mesyuarat, topik pertama yang dibincangkan adalah keselamatan, manakala
pemeriksaan pra-keselamatan tetap dilaksanakan pada peralatan pembuatan.
Tiga bidang utama yang diberi penumpuan ialah Peralatan dan Alat, Keseragaman
Kerja dan Latihan dan Pengesahan. Latihan dalam ketiga-tiga bidang utama ini dipertingkatkan
melalui KYT (Latihan Kiken Yochi - yang bermaksud latihan untuk ramalan bahaya), audit
berkala dan skim cadangan. Genchi-Genbutsu (Pengalaman, Pemerhatian dan Menganalisa)
juga merupakan asas utama dalam proses mencegah kemalangan.
Di samping itu, keselamatan kakitangan mereka adalah sangat penting kepada syarikat
dan kempen diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran pekerja dalam menjaga
keselamatan di jalan raya.

SISTEM PENGELUARAN SANDAR (LEAN PRODUCTION) TOYOTA


- Sistem ini menjadikan pembangunan barangan, pengeluaran dan pembelian sebagai
satu sistem menyeluruh.
- Pengoptimaan sistem ini akan dapat menjadikan Toyota secara serentak mencapai satu
tahap kualiti, pengeluaran dan penghantaran mengikut masa dan fleksibiti yang tinggi.
- Asal usul konsep ini datang daripada Kiichiro Toyoda yang menumpukan kepada
konsep "tepat pada masanya".
- Pada hujung 1940-an, Taichi Ohno mengawasi pengeluaran Toyota.
- Beliau menggabungkan unsur-unsur pendekatan Ford dan Taylor seperti kerja-kerja
pemiawaian dan sistem jenis - kesenian yang membantu pekerja-pekerja mendapat
pelbagai kemahiran.

KAWALAN MUTU MENYELURUH (TOTAL QUALITY CONTROL)


- Sistem ini berbeza dengan barat.
- Di Barat, mempunyai satu unit kawalan mutu yang khas (barang rosak diserahkan
kepada pekerja unit itu untuk diperbaiki) dan cara ini tiada dalam TQC Jepun.
- TQC Jepun lebih mementingkan tanggungjawab setiap individu pekerja itu sendiri
untuk membaiki sebarang kecacatan atau kerosakan yang ada pada barang itu.
- Menjaga mutu dan kualiti barangan merupakan tugas setiap pekerja Jepun.
- Hal ini menyebabkan pekerja bekerja dengan berhati-hati dan mengelakkan dari
melakukan kesilapan.

KAIZEN
- Membawa maksud penambahbaikan menyeluruh atau secara berterusan.
- Dalam gaya pengurusan Jepun, kaizen merupakan satu usaha berterusan untuk
pembaikan dan kemajuan bagi setiap pekerja syarikat Jepun.
- Pembaikan biasanya dicadangkan oleh pekerja dan dilaksanakan sebelum dicadang
secara rasmi.
- Pendekatan-pendekatan yang mendedahkan masalah sebelum ia menjadi serius
(mengawasi stok simpanan, menghentikan garisan perhimpunan "assembly line"
apabila terdapat kecacatan dijumpai dan pencucian lantai kilang untuk mengesan
kejanggalan kecil pada mesin merupakan kunci kepada kaizen.
KANBAN (PEMBUATAN "TEPAT PADA MASANYA") - JUST IN TIME
Kanban (sign board).
- Ia dikenali sebagai pengurusan tepat pada masanya.
- Merupakan teknik pengeluaran dan kawalan inventori yang merupakan sebahagian dari
sistem pengeluaran Toyota.
- Taiichi Ohno menggunakan sistem ini dalam pengurusan Toyota untuk mengurangkan
pembaziran dalam pengeluaran.
- Ia merupakan satu alat komunikasi yang dipanggil "kanban" atau kad rekod yang
dilekatkan pada bahagian nombor-nombor yang diberi atau barangan pada garis
pengeluaran, yang mengarahkan penghantaran dalam satu kuantiti yang diberi.
- Apabila bahagian tersebut telah digunakan, kanban akan dipulangkan kepada asal, dan
ia menjadi satu arahan untuk menghasilkan lebih banyak,
- Ia merupakan sistem pengurusan operasi pengeluaran yang komprehensif kerana
meliputi sistem kawalan inventori, pengurusan pengeluaran, kawalan mutu, sistem
pembelian, sistem pengedaran dan motivasi pekerja.
- Melalui sistem ini, Toyota dapat membuat kenderaan dengan mengikut jadual
permintaan pelanggan.

SENARAI RUJUKAN
1. http://www.toyota.com.my/corporate-info/press-release/corporate-news/umw-toyota-
motor-celebrates-30th-anniversary-of-automotive-excellence-in-malaysia.html
2. http://www.toyota.com.my/assets/2-5/downloads/corporate-
info/UMWTCorporateBrochure.pdf
3. http://www.toyotacapital.com.my/abtus.php?id=abtus_ss

You might also like