You are on page 1of 4

Tajuk 7: Reka Bentuk Industri

Sejarah Perkembangan Reka Bentuk Industri

Perkembangan Reka Bentuk Industri berlaku sejajar dengan


perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah padu penghujung
abad ke-8. Semasa revolusi ini, banyak ciptaan baharu telah
dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti pengangkutan.
komunikasi. pertanian dan perusahaan.

Perkembangan Reka Bentuk Industri di Malaysia dapat dikesan dengan pengenalan


kursus Reka Bentuk Industri pada tahun 1967 di Teknologi MARA (kini UITM). Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia pula telah memperkenalkan
bidang Reka Bentuk Industri ini pada tahun 1980-an. Produk terkenal basil Reka
Bentuk Industri di Malaysia ialah kereta Proton Saga yang dilancarkan pada tahun
1985. Sejak itu. bidang Seni Reka Industri terus berkembang maju. Penubuhan Majlis
Rekabentuk Malaysia (MRM) menunjukkan kepentingan industri ini sejajar dengan
teknologi masa kini.
Prinsip Reka Bentuk Industri

Bidang Reka Bentuk Industri

Reka Bentuk Industri merupakan bidang yang terlibat dalam penghasilan


produk melalui proses reka bentuk dan pengeluaran. Kita akan mengkaji
tiga bidang Reka Bentuk Industri dalam tajuk ini. iaitu reka bentuk
produk, reka bentuk perabot dan reka bentuk automotif.

Reka Bentuk Produk

Reka bentuk produk merangkumi


perkakasan domestik. aksesori, peralatan
elektrik dan sebagainya. Produk
dengan reka bentuk yang menarik, baik
dan berfungsi akan menjadi pilihan
pengguna selain daripada faktor harga.

Reka Bentuk Perabot

Reka bentuk perabot meliputi


rekaan perabot kontemporari
dan moden. seperti reka bentuk
meja. kerusi, katil. kabinet. rak
dan almari. Reka bentuk perabot
yang baik akan menyumbang ke
arah pengurangan kos, bahan dan
penjimatan ruang.

Reka Bentuk Automotif

Reka bentuk automotif melibatkan reka bentuk


styling dan konsep kenderaan darat, udara dan
laut seperti motosikal. kereta, jet, kapal laut
dan bot. Penampilan reka bentuk automotif
yang menarik akan menampakkan kehebatan
produk kerana ia sebahagian daripada reka
bentuk. Penyesuaian produk dengan keadaan
fizikal dan mental pengguna juga diambil kira
sebagai faktor kemanusiaan dan ergonomik.
Gabungan teknologi mampu menonjolkan
kreativiti dan imaginasi pereka.
Bentuk mengikut fungsi

Reka bentuk lebih


tumpuan kepada aspek fungsi
tanpa menekankan sudut
estetik, ergonomik
kesesuaian reka
bentuk produk.

Fungsi mengikut bentuk

Reka bentuk lebih memberi


peranan kepada aspek bentuk
luaran dan nilai estetik produk tanpa
mengambil kira aspek fungsi yang
akan digabungkan dalam
reka bentuk produk.

Prinsip dan Elemen

Prinsip Reka Bentuk Industri merupakan satu gambaran tentang cara kita mengamati
dan memproses maklumat visual bagi menghasilkan idea dan imej dalam bentuk 2D.
Prinsip ini membantu pereka menggunakan elemen dan menjadikan imej visual lebih
menarik. Elemen reka bentuk pula ialah elemen asas seni reka yang diaplikasikan
dalam pelbagai unsur dan komposisi reka Selain itu. faktor kreativiti dan ergonomik
penting dalam reka bentuk sebelum barangan produk itu dapat dipasarkan.

Ergonomik

Ergonomik ialah satu disiplin ilmu mengenai kebolehan. had dan ciri-ciri manusia
yang berkaitan dengan reka bentuk. Ergonomik memainkan peranan dalam
penghasilan produk agar dapat digunakan secara efisien dan efektif. Aspek-aspek
seperti keselamatan, keselesaan, kesesuaian,kemudahan dalam penjagaan dan
pembaik pulih serta ketahanan perlu dipertimbangkan dalam penghasilan sesuatu
produk.

You might also like